The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tinie best, 2020-12-10 20:35:10

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

6.6. Aset Luar Jangka Dan Liabiliti Luar Jangka

6.6.1. MFRS 137 dan MPSAS 19 Peruntukan, Liabiliti Luar Jangka dan Aset Luar
Jangka serta MPERS 21 Peruntukan dan Luar Jangka menyatakan:

a. Aset atau obligasi yang mungkin timbul daripada peristiwa lepas, dan
kewujudannya akan hanya disahkan apabila berlakunya atau tidak
berlakunya satu atau lebih peristiwa masa hadapan yang tidak pasti, dan
bukan di bawah kawalan penuh entiti itu; atau

b. Obligasi kini yang timbul daripada peristiwa lepas, tetapi tidak diiktiraf
kerana tiada kebarangkalian bahawa aliran keluar sumber yang
mengandungi manfaat ekonomi atau potensi perkhidmatan akan
diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut. Amaun obligasi ini
tidak boleh diukur dengan pasti.

6.6.2. Aset Luar Jangka dan Liabiliti Luar Jangka perlu didedahkan dalam nota
kepada penyata kewangan kecuali kebarangkalian aliran keluar masuk sumber
yang mengandungi manfaat ekonomi adalah tipis.

6.6.3. Berdasarkan penyata kewangan bagi tahun berakhir
31 Disember 2019 yang disijilkan setakat 30 September 2020,
sebanyak empat (4) Agensi Persekutuan telah membuat
pendedahan berkaitan aset luar jangka seperti dalam Jadual 6.6.
Sebanyak 15 Agensi Persekutuan telah membuat pendedahan berkaitan liabiliti
luar jangka seperti dalam Jadual 6.7.

JADUAL 6.6
PENDEDAHAN NOTA ASET LUAR JANGKA

BIL. PENDEDAHAN

Bank Negara Malaysia

Nilai aset luar jangka pada 31 Disember 2019 ialah RM1.400 bilion. Aset ini terdiri daripada pendanaan Bank

Negara Malaysia (BNM) kepada Tabung Amanah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (International

1. Centre for Leadership in Finance, ICLIF) berjumlah RM800 juta dan Tabung Amanah Pusat Pendidikan Kewangan
Islam Antarabangsa (International Centre for Education in Islamic Finance, INCEIF) berjumlah RM600 juta.

Pendanaan untuk membiayai aktiviti berkaitan dengan latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia

dalam bidang perbankan dan perkhidmatan kewangan yang dikendalikan masing-masing oleh Pusat Kepimpinan
dan Tadbir Urus ICLIF dan INCEIF. Surat Ikatan Amanah memperuntukkan bahawa jumlah pendanaan tersebut

akan dikembalikan kepada BNM apabila institusi mampu berdikari pada masa hadapan.

Yayasan Tun Razak

Berdasarkan laporan pada 8 Disember 2017, Mahkamah Tinggi memerintahkan pada 24 Julai 2017 agar

2. defendan membayar sejumlah RM177.25 juta kepada semua pemegang bon. Unit nominal bon yang dipegang
oleh Yayasan Tun Razak (YTR) adalah 1,000,000 unit manakala anggaran pemulihan yang akan diperoleh oleh

YTR adalah RM1.74 juta.

Pada 18 September 2019, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan untuk menolak rayuan defendan.

LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NeggaarraaTTaahhuunn20210919 37 37

Pengesahan PPeenngyeasatahanKPeewnyaantagKaenwaAnggaennAsgienPsiePresrseekkuuttuuanan

BIL. PENDEDAHAN

Bagaimanapun, perbicaraan kes ditangguhkan kerana kes disambung ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah
Persekutuan telah menetapkan 13 Ogos 2020 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan.
Lembaga Lebuhraya Malaysia

3. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menuntut sejumlah RM54,700 daripada peguam panel yang telah
dilantik untuk mengendalikan kes guaman LLM. Tuntutan disebabkan peguam panel tersebut gagal

mengendalikan kes diberi dan LLM telah mengeluarkan notis tuntutan bertarikh 5 Ogos 2020 kepada rakan-rakan
kongsi.

Akademi Sains Malaysia

Pada tahun 2018, pihak Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap
seorang pekerja di atas kesalahan pecah amanah dan penipuan transaksi yang dilakukan oleh beliau dan telah
disabitkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur. Beliau diarahkan untuk membayar ganti rugi sejumlah
4. RM1.69 juta kepada ASM atas kesalahan yang dilakukan. Memandangkan kemungkinan ketidakmampuan beliau
untuk membayar ganti rugi tersebut, ASM telah dinasihati oleh Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur untuk
memfailkan status kebankrapan terhadap beliau. Justeru itu, permintaan untuk mengeluarkan notis kebankrapan
telah dipohon oleh ASM pada 30 Ogos 2018. Sebarang pembayaran yang dilakukan oleh beliau selepas disahkan
bankrap akan terus dibuat ke Jabatan Insolvensi. Tiada peruntukan dinyatakan dalam penyata kewangan ASM.
Bagaimanapun, kos undang-undang berkaitan telah diakrukan dalam penyata kedudukan kewangan.

Sumber: Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

JADUAL 6.7
PENDEDAHAN NOTA LIABILITI LUAR JANGKA

BIL. PENDEDAHAN

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Pada tahun 2018, kontraktor utama pembinaan pusat pemulihan bencana Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
(PIDM) telah membuat tuntutan melalui prosiding timbang tara. PIDM telah memfailkan kes pembelaan dan
1. membuat tuntutan balas terhadap kontraktor utama tersebut. Pendedahan tuntutan terhadap PIDM adalah
sejumlah RM1.20 juta. Sehingga 31 Disember 2019, keputusan bagi prosiding timbang tara masih belum
diperoleh. Selepas mengambil kira nasihat penasihat undang-undang, berkemungkinan tuntutan tersebut boleh
berjaya adalah rendah. Oleh itu, tiada peruntukan telah dibuat dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir
31 Disember 2019.

Lembaga Pertubuhan Peladang

2. Tuan Timbangtara telah memutuskan dalam award bertarikh 29 Disember 2017 supaya Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) membayar sejumlah RM502,104 kepada syarikat. LPP telah membuat rayuan di Mahkamah
Persekutuan, Putrajaya pada 14 Januari 2020. Tarikh bagi pengurusan kes selanjutnya belum ditetapkan.

Suruhanjaya Tenaga

3. Pada tahun 2019, saman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Suruhanjaya Tenaga (ST)
oleh syarikat pembekal tenaga pada 16 Oktober 2019 untuk deklarasi bahawa pembatalan perakuan pendaftaran

syarikat oleh ST pada 18 Januari 2019 adalah tidak sah dan menuntut sejumlah RM1.29 juta bagi kerugian akibat
pembatalan tersebut.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

i. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah melabur sejumlah RM100 juta bersama CIMB

Principal Asset Management Bhd (CPAM) di bawah produk CIMB Islamic Dali Equity Theme Fund (CIMB
IDETF) pada 17 Jun 2014. Satu kontrak perjanjian pelaburan telah dimeterai seperti arahan Kementerian
Kewangan yang meluluskan pelaburan tersebut. Pelaburan ini telah mendapatkan kelulusan Mesyuarat

Lembaga, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan YB Menteri Kewangan selaras Akta 724.
Semasa tempoh pengauditan penyata kewangan LPSVN tahun 2017 yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit

Negara pada Mei 2018, didapati terdapat pelanggaran terma kontrak pelaburan tersebut oleh CPAM yang
telah menjejaskan modal pelaburan RM100 juta dan memberi kesan terhadap persembahan penyata

4. kewangan tahun 2018. LPSVN telah melantik khidmat guaman pada 13 Mei 2019 bagi tuntutan ganti rugi
berjumlah RM32.87 juta dan dalam proses perundangan. Pelaburan ini telah dinyatakan dalam penyata

kewangan pada nilai saksama.

ii. Baki tuntutan bagi perkhidmatan Kerja Pemulihan dan Naik Taraf Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang telah
dinyatakan dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2019 sebagai Akaun Belum Terima bagi

Urus Niaga Pertukaran berjumlah RM150,000. Projek ini telah bermula pada 19 Julai 2016 dan telah tamat
pada 28 April 2017 di mana keperluan konservasi ini telah disyorkan oleh Jabatan Warisan Negara kepada

Jabatan Kerja Raya. LPSVN telah melantik khidmat guaman pada 13 Mei 2019 bagi tuntutan Akaun Belum
Terima berjumlah RM150,000 dan masih dalam proses perundangan.

38 38 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n192019

PPenegnegsaehsaan hPeannyaPtaeKneywaantgaanKAegwenasni PgearsnekuAtguaennsi Persekutuan

BIL. PENDEDAHAN

Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Sejumlah RM5.70 juta (2018: RM60,000) merupakan tuntutan luar jangka bagi kes-kes tuntutan mahkamah yang
masih dalam perbicaraan. Semua kes tuntutan luar jangka ini dilindungi oleh insurans.

Universiti Sains Malaysia
6.

Kes litigasi berjumlah RM4.09 juta masih belum selesai sehingga 31 Disember 2019.

Universiti Putra Malaysia

7. Sejumlah RM1.10 juta telah dilaporkan yang terdiri daripada kes Tort (kecuaian) berjumlah RM100,000 dan
semakan kehakiman terhadap keputusan Jawatankuasa Tertib berjumlah RM1 juta.

i. Universiti Utara Malaysia
ii.

i. Satu jaminan korporat berjumlah RM2.81 juta dijadikan sebagai sekuriti bagi pinjaman berjangka salah satu
syarikat subsidiari.

ii. Letter of awareness telah diberikan kepada bank sebagai sekuriti pembiayaan perniagaan berjumlah
8. RM45 juta bagi salah satu syarikat subsidiari.

iii. Seorang bekas pekerja di salah satu syarikat subsidiari telah memfailkan saman ke atas Syarikat dan dua (2)
syarikat subsidiarinya yang mana menuntut sejumlah RM15.62 juta yang melibatkan tunggakan emolumen,
elaun dan komisen. Mahkamah telah memutuskan bahawa syarikat subsidiari tidak bersalah. Namun, bekas
pekerja tersebut telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk ditelitikan oleh Mahkamah Tinggi, yang
mana perbicaraan kes tertangguh buat masa ini.

i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
ii.

i. Anggaran kos tuntutan oleh kontraktor pembinaan terhadap Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
9. berjumlah RM1.20 juta termasuk faedah dan kos prosiding adjukasi yang dijangka selesai pada tahun 2021.

ii. Tuntutan oleh kontraktor perkhidmatan terhadap UTHM yang melibatkan kos tuntutan sejumlah RM80,000.
Kes dijangka selesai pada tahun 2021.

Universiti Malaysia Pahang

Syarikat menuntut wang tertunggak sejumlah RM5.33 juta, caj bayaran lewat berterusan atas jumlah tertunggak
10. hingga tarikh penghakiman, kos penyimpanan dan faedah tahunan 5% ke atas jumlah penghakiman dari tarikh

penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Bagaimanapun, syarikat telah mengemukakan satu tawaran
penyelesaian luar mahkamah sebanyak RM2.50 juta pada 26 Ogos 2019 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan
kepada pihak UMP Holdings Sdn. Bhd.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

11. Pada 11 Julai 2019, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah menerima 17 saman daripada
Penyedia Latihan Program B40 yang terlibat dengan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pada

12 Mei 2020, PTPK telah melantik firma guaman untuk mewakili PTPK dalam kes saman terhadap Penyedia
Latihan B40 tersebut. Anggaran liabiliti keseluruhan saman tersebut adalah berjumlah RM8.86 juta.

Perwira Niaga Malaysia

12.

Jaminan bank dikeluarkan untuk manfaat pihak ketiga berjumlah RM420,856.

Perbadanan Perwira Harta Malaysia

13. Jaminan bank untuk tiga (3) projek berjumlah RM291.23 juta dan tuntutan baki yuran pengawasan tapak projek
serta pembayaran balik gaji di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 berjumlah
RM504,279.

Universiti Malaysia Sabah
14.

Tuntutan bayaran di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 berjumlah RM17.28 juta.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Barclays Bank PLC sebagai plaintif telah menyaman Malaysia Sea Best Sdn. Bhd. (MBSB) dan Majuikan Sdn. Bhd.
15. (MSB) sebagai defendan bagi menuntut balik pinjaman bernilai 10 juta euro pada 29 Oktober 2009. Tuntutan

Barclays Bank PLC terhadap Majuikan Sdn. Bhd. secara automatik telah gugur apabila MSB digulung pada
25 Mei 2017. Semua pemiutang termasuk Barclays Bank PLC telah mendapat dividen daripada penjualan aset-
aset MSB yang telah selesai sepenuhnya pada Disember 2019.

Sumber: Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NeggaarraaTTaahhuunn20210919 39 39

Pengesahan PPeenngyeasatahanKPeewnyaantagKaenwaAnggaennAsgienPsiePresrseekkuuttuuanan

Pendapat Pendedahan liabiliti luar jangka di Nota Kepada Penyata
Audit Kewangan oleh Agensi Persekutuan menunjukkan
ketersediaan Agensi dalam menyelesaikan sesuatu
tuntutan.

6.7. Kakitangan Pengurusan Utama

6.7.1. Piawaian perakaunan MFRS 124, MPERS 33 dan MPSAS 20 menetapkan
kakitangan pengurusan utama adalah pihak yang mempunyai kuasa dan
tanggungjawab untuk merancang, mengarah dan mengawal aktiviti entiti sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak ini terdiri daripada Ahli Lembaga
Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak lain yang berkepentingan mengikut
takrifan agensi. Manfaat merangkumi semua manfaat pekerjaan dan
pertimbangan yang diberikan oleh entiti atas perkhidmatan yang diberikan.
Antara manfaat yang diberi adalah emolumen dan nilai wang manfaat yang
diterima atau benefits in kind seperti kereta, rumah, pembantu rumah dan
pemandu. Entiti hendaklah mendedahkan dalam Nota kepada Penyata Kewangan
berkaitan manfaat yang diberikan kepada kakitangan pengurusan utama.

6.7.2. Berdasarkan 69 penyata kewangan bagi tahun berakhir
31 Disember 2019 yang telah disijilkan setakat 30 September 2020, sebanyak 57
Agensi Persekutuan telah membuat pendedahan dalam Nota kepada Penyata
Kewangan mengenai Manfaat Kepada Kakitangan Pengurusan Utama berjumlah
RM90.57 juta. Sebanyak tujuh (7) Agensi Persekutuan tidak
membuat pendedahan Manfaat Kakitangan Pengurusan Utama
dalam Nota Kepada Penyata Kewangan manakala pendedahan
berkenaan Kakitangan Pengurusan Utama adalah tidak berkaitan
bagi lima (5) Agensi Persekutuan seperti dalam Jadual 6.8.

JADUAL 6.8
AGENSI PERSEKUTUAN YANG TIDAK MEMBUAT PENDEDAHAN

MANFAAT KAKITANGAN PENGURUSAN UTAMA

BIL. AGENSI PERSEKUTUAN

PENDEDAHAN TIDAK DIBUAT

1. Bank Negara Malaysia (BNM)

2. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

3. Kumpulan Wang Warisan (KWW)

4. Lembaga (Penyelidikan Dan Kemajuan) Perusahaan Timah (Lembaga
Timah)

5. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

6. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

7. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)

40 40 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n192019

PPenegnegsaehsaan hPeannyaPtaeKneywaantgaanKAegwenasni PgearsnekuAtguaennsi Persekutuan

BIL. AGENSI PERSEKUTUAN

PENDEDAHAN ADALAH TIDAK BERKAITAN

1. Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (SWA)

2. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang Dipertua-
Yang Dipertua Negeri (BIASISWA RAJA-RAJA)

3. Kumpulan Wang Jubli Perak Pulau Pinang Dan Seberang Perai
(JUBLI PERAK)

4. Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP)

5. Tabung Pencen Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya Dan British
Borneo (TPLM)

Sumber: Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019

Pendapat Pendedahan mengenai Manfaat Kepada Kakitangan
Audit Pengurusan Utama bagi memastikan wujudnya
akauntabiliti dan kedudukan kewangan serta prestasi
Agensi Persekutuan.

6.8. Kesan Pandemik Covid-19

Pada tahun 2020, pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia telah memberi
kesan negatif kepada ekonomi. Berdasarkan Nota Kepada Penyata Kewangan bagi
tahun berakhir 2019, sebanyak 13 Agensi Persekutuan telah membuat pendedahan
berkaitan kesan Covid-19 kepada agensi tersebut. Bagaimanapun, memandangkan
pandemik Covid-19 ini berlaku pada tahun 2020, ia tidak memberi kesan kepada
lebihan atau kurangan terkumpul dalam Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 2019
(non-adjusting event). Butiran mengenai kesan pandemik Covid-19 yang didedahkan
dalam Nota Kepada Penyata Kewangan adalah seperti dalam Jadual 6.9.

JADUAL 6.9

PENDEDAHAN KESAN PANDEMIK COVID-19

DALAM NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

BIL. PENDEDAHAN AGENSI
1. PERSEKUTUAN
2.
Kesan wabak Covid-19 akan dimasukkan dalam anggaran peruntukan BSN
3. kerugian kredit pada tahun 2020.

4. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memberikan pengecualian

sewa kepada penyewa rumah, rumah kedai, bengkel dan bangunan KEDA
industri selama enam (6) bulan mulai 1 April hingga 30 September 2020

dan ini akan menyebabkan hasil KEDA berkurangan.

Bagi meringankan beban rakyat ekoran Covid-19, Kerajaan

mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna

Semenanjung Malaysia mulai 1 April hingga Disember 2020 melalui Pakej

Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi

Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020, Bantuan PRIHATIN KWIE

Elektrik (BPE) pada 20 Jun 2020 dan lanjutan diskaun PRIHATIN pada

2 Julai 2020. Pemberian diskaun ini akan ditanggung oleh Kementerian

Kewangan, Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dan Tenaga Nasional

Berhad.

Pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman akan menyebabkan

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tidak akan dapat

membuat kutipan berjumlah RM45 juta (anggaran) sepanjang tempoh

penangguhan antara April hingga September 2020. Penangguhan tempoh PTPK

latihan akan menyebabkan pelanjutan tempoh mula balik bayaran

pinjaman dan akan memberi kesan langsung kepada kutipan tahun 2020.

Selain itu, Geran Pembangunan Kerajaan yang diterima tidak dapat

LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NeggaarraaTTaahhuunn20210919 41 41

Pengesahan PPeenngyeasatahanKPeewnyaantagKaenwaAnggaennAsgienPsiePresrseekkuuttuuanan

BIL. PENDEDAHAN AGENSI
PERSEKUTUAN
5. dibayar mengikut jadual ditetapkan yang memberi kesan kepada prestasi
6. permohonan dan kelulusan latihan pelatih dan pengeluaran pembiayaan. MBOT
7.
Bagi tempoh 3 bulan, terimaan bagi fi pendaftaran, penilaian dan SPAN
pembaharuan meningkat kerana aktiviti boleh dijalankan atas talian.
Perbelanjaan bagi Mei dan Jun 2020 berkurang kerana tiada perjalanan ke MIA
luar, penggunaan utiliti dan aktiviti percetakan kerana pekerja bekerja dari LGMPC,
rumah. Hasil fi akreditasi dijangka berkurang kerana penilaian akreditasi LP KEMAMAN,
ke atas program yang dijalankan oleh Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) LP KUANTAN,
yang perlu dibuat secara audit field tidak dapat dijalankan kerana LPK, LPM,
penutupan semua PPT di Malaysia. MAVCOM

Agensi tidak dapat mengesahkan impak negatif yang ketara dan
keupayaan untuk beroperasi dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan
kerana dalam proses membuat analisis implikasi Perintah Kawalan secara
lebih mendalam.

Terdapat penurunan pendapatan yang dijana daripada acara dan
persidangan akibat daripada pengurangan bilangan kursus, latihan dan
persidangan fizikal akibat daripada langkah pengurangan kos oleh
perniagaan dan belanjawan latihan yang rendah.

8. Kesan pandemik Covid-19 dinyatakan secara umum.

Sumber: Nota Kepada Penyata Kewangan

7. SYOR AUDIT

Agensi Persekutuan termasuk kementerian hendaklah peka terhadap pematuhan
piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Pemantauan
yang berterusan dan efektif di semua peringkat dapat memastikan penyediaan
penyata kewangan adalah tepat dan saksama. Sehubungan itu, pihak Audit
mengesyorkan perkara berikut:

7.1. Agensi Persekutuan perlu mengemukakan penyata kewangan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan selaras dengan Akta 240.

7.2. Pihak pengurusan Agensi Persekutuan hendaklah mengambil tindakan
proaktif dan berkesan bagi menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan.

7.3. Unit Audit Dalam/Naziran/Jawatankuasa Audit hendaklah berperanan untuk
memastikan kecekapan dalam operasi dan tadbir urus melalui kawalan dalaman yang
berkesan.

42 42 LLaappoorarannKeKteutauaAuAduitdNiteNgaergaaTraahTuanh2u0n192019

PPenegnegsaehsaan hPeannyaPtaeKneywaantgaanKAegwenasni PgearsnekuAtguaennsi Persekutuan

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

1. Insentif Benih Padi Sah
– Lembaga Pertubuhan Peladang



RINGKASAN EKSEKUTIF

INSENTIF BENIH PADI SAH

Lembaga Pertubuhan Peladang

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

Apa yang Perkara Utama
diaudit?  Pengauditan pematuhan terhadap bayaran tuntutan Insentif Benih

Mengapa ia Padi Sah (IBPS) oleh syarikat pengeluar.
penting
untuk  Memastikan bayaran tuntutan IBPS oleh syarikat pengeluar
diaudit? dilaksanakan selaras dengan akta, peraturan dan prosedur yang
berkuat kuasa.
Apa yang
ditemui?  Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Benih padi yang diberi IBPS berjumlah RM8.06 juta telah dijual
kepada petani sebagai Benih Padi Tanpa Subsidi; dan

- Pemborong/peruncit benih padi tidak memiliki lesen.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Menetapkan harga jualan maksimum Benih Padi Sah kepada
petani dan menguatkuasakan keperluan lesen kepada
pemborong/peruncit Benih Padi Sah;

- Menggunakan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan
Industri Makanan (MAFI) seperti Lembaga Pertubuhan Peladang
sebagai saluran untuk mengedarkan benih padi bagi menjamin
bekalan benih padi sampai kepada petani mengikut harga yang
ditetapkan;

- Memuktamadkan prosedur operasi standard bagi pengeluaran
Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras antara negeri
kepada syarikat pengeluar bagi tujuan kawalan dengan segera;
dan

- Mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pengeluar
sekiranya berlaku pelanggaran syarat perjanjian.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 45 45

InIsnes enntitfi fBBeenniihh PP aa ddii SSaahh

46 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

Insentif Benih Padi Sah

1. INSENTIF BENIH PADI SAH

Lembaga Pertubuhan Peladang

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan Program Subsidi Benih
Padi Sah di bawah Belanja Mengurus berjumlah RM75 juta setahun bagi tahun 2019
dan 2018 kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI). Proses
pengeluaran Benih Padi Sah bermula dari Benih Asas yang dikeluarkan oleh Institut
Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk diusahakan oleh syarikat
pengeluar yang dilantik. Syarikat yang dilantik akan menghasilkan Benih Padi Daftar
yang kemudiannya benih tersebut ditanam semula untuk dijadikan Benih Padi Sah.

1.2. Syarikat pengeluar akan menjual Benih Padi Sah kepada
pemborong/peruncit/petani dengan harga di pintu kilang sebanyak RM28.00/beg untuk
20 kilogram (kg). Syarikat pengeluar hanya dibenarkan untuk menjual Benih Padi Sah
setelah Borang Pengesahan Kualiti (SAP 10) dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian (DOA).
Sebarang aktiviti penjualan Benih Padi Sah yang dilaksanakan sebelum Borang SAP 10
dikeluarkan tidak layak diberi tuntutan insentif. Syarikat pengeluar yang dilantik hanya
dibenarkan untuk menuntut jumlah insentif di bawah Program Subsidi Benih Padi Sah
dengan kadar RM1.03/kg atau RM20.60/beg tertakluk kepada jumlah kuota yang
diperuntukkan sahaja.

1.3. Bahagian Industri Padi dan Beras (Bahagian IPB), MAFI bertanggungjawab ke
atas penggubalan dasar, keperluan kewangan, penyelarasan dan pemantauan
pengeluaran Benih Padi Sah. DOA pula bertindak sebagai agensi pengesahan bagi
memperakukan kualiti biji Benih Padi Asas, Daftar dan Sah berdasarkan piawaian yang
ditetapkan.

1.4. Bahagian IPB telah menguruskan pembayaran tuntutan Insentif Benih Padi Sah
(IBPS) bagi tahun 2018 berjumlah RM72.82 juta. Berkuat kuasa pada tahun 2019,
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah dilantik sebagai agensi pembayar tuntutan
IBPS. Setakat 31 Disember 2019, tuntutan IBPS berjumlah RM60.91 juta telah dibayar
kepada sembilan (9) syarikat pengeluar.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 47 47

InIsnes enntitfi fBBeenniihh PP aa ddii SSaahh

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah bagi memastikan bayaran tuntutan IBPS oleh syarikat
pengeluar dilaksanakan selaras dengan undang-undang, peraturan kewangan dan
prosedur yang berkuat kuasa.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan dilaksanakan terhadap bayaran tuntutan IBPS oleh syarikat
pengeluar bagi tahun 2018 hingga 2019. Pengauditan dijalankan di Bahagian Kewangan
LPP; Bahagian IPB dan Bahagian Kewangan MAFI; Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
DOA Negeri Selangor; Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor dan syarikat
pengeluar.

3.2. Sampel yang dipilih bagi bayaran tuntutan IBPS kepada petani adalah
keseluruhan arahan pembayaran tahun 2018 dan 2019 berjumlah RM24.33 juta bagi
dua (2) syarikat pengeluar, iaitu syarikat 259659-U dan syarikat 693202-M.

3.3. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak dokumen dan rekod, analisis
terhadap maklumat yang diperoleh, lawatan fizikal dan temu bual dengan pegawai dan
petani yang terpilih.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan Februari hingga September 2020. Maklum
balas daripada MAFI dan LPP diterima pada 9 Oktober dan 4 November 2020.
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) diadakan pada 16 Oktober 2020. Penemuan Audit
yang dibangkitkan adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1.

4.1. Benih Padi Bersubsidi Bernilai RM8.06 Juta Telah Dijual Sebagai Benih
Padi Tanpa Subsidi

4.1.1. Seksyen 4(2) dalam Akta Kawalan Padi Dan Beras 1994 (Akta 522)
menyatakan Ketua Pengarah hendaklah:

(c) Menetapkan harga maksimum atau minimum bagi padi;
(e) Mengawal selia dan mengawal pembayaran subsidi kepada penanam padi;
(f) Mengawal selia pemasaran padi dan beras khususnya melalui pelesenan

penjual borong, penjual runcit, pengilang beras, pengimport dan pengeksport;

48 48 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

InI nsseennttifi f BBeenniihh PPaaddii SSaahh

(l) Menghendaki orang yang terlibat dalam penghasilan atau pemasaran padi dan
beras untuk mendaftar dan memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang
difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan olehnya;
dan

(n) Melarang, mengawal selia atau mengawal pemindahan padi.

4.1.2. Semakan Audit terhadap dua (2) syarikat pengeluar Benih Padi Sah di Negeri

Selangor mendapati bagi tahun 2019, sebanyak 226,733 beg atau bersamaan

4,534,660 kg Benih Padi Sah telah dijual oleh syarikat pengeluar dengan harga

RM28.00/beg kepada 143 pemborong/peruncit. Semakan lanjut mendapati

pemborong/peruncit tersebut tidak memiliki lesen

pemborong/peruncit padi. Perkara ini juga berlaku pada tahun 2018 yang

melibatkan penjualan Benih Padi Sah sebanyak 164,215 beg atau bersamaan

3,284,300 kg kepada 110 pemborong/peruncit yang tidak berlesen. Perkara ini

adalah tidak selaras dengan Seksyen 4(2)(f) dan (l), Akta 522. Butiran lanjut adalah

seperti dalam Jadual 1.1.

JADUAL 1.1

PENJUALAN BENIH PADI SAH KEPADA PEMBORONG/PERUNCIT TIDAK BERLESEN

SYARIKAT TAHUN BILANGAN BILANGAN KUANTITI BERAT JUMLAH
PENGELUAR KEBENARAN/ BEG (KG) BAYARAN IBPS
PEMBORONG/ @ RM1.03/KG
PERUNCIT PERMIT
DICATAT (RM Juta)
TIDAK
BERLESEN “TANPA
SUBSIDI”

259659-U 2019 120 157 142,844 2,856,880 2.94
693202-M 23 1.73
91 83,889 1,677,780

JUMLAH 2019 143 248 226,733 4,534,660 4.67

259659-U 2018 88 115 83,400 1,668,000 1.72
693202-M 22 1.67
72 80,815 1,616,300

JUMLAH 2018 110 187 164,215 3,284,300 3.39

JUMLAH KESELURUHAN 253 435 390,948 7,818,960 8.06

Sumber: Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras dan Baucar Bayaran Tuntutan IBPS Tahun 2018 dan 2019

4.1.3. Perkara ini berlaku kerana MAFI tidak menguatkuasakan Seksyen 4(2)(f),
Akta 522 supaya pemborong/peruncit memiliki lesen bagi menjual Benih Padi Sah.

Maklum balas MAFI yang diterima pada 4 November 2020

Sejak Akta 522 dan peraturan berkaitan dikuatkuasakan pada tahun 1994, tiada
peruntukan untuk mengawal penjualan padi dan benih padi secara runcit. Secara
teknikal, benih padi adalah termasuk dalam takrifan Akta 522 dan perlu dikawal dari
segi pelesenan dan harga. Namun begitu, dasar MAFI selama ini tidak berhasrat untuk
melaksanakan kawalan ke atas perkara tersebut secara khusus melalui perundangan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 49 49

InIsnes enntitfi fBBeenniihh PP aa ddii SSaahh

sedia ada di bawah Akta 522 termasuk benih padi. MAFI telah mula menggubal
Peraturan Pelesenan Peruncit Benih Padi. Dasar MAFI terhadap benih padi hanya akan
dilaksanakan melalui Rang Undang-Undang Kawalan Padi Dan Beras (Pindaan) 2020
yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada bulan Februari 2020.

Pernyataan Penguatkuasaan peraturan pelesenan pemborong/peruncit
Audit Benih Padi Sah adalah penting bagi memastikan harga Benih
Padi Sah yang dijual dapat dikawal.

4.1.4. Syarikat pengeluar perlu mendapatkan kelulusan permit bagi perpindahan
padi ke negeri lain melalui Pejabat Kawal Selia Padi Dan Beras Negeri. Semakan
Audit mendapati 248 Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras pada tahun
2019 telah diluluskan kepada syarikat 259659-U dan syarikat 693202-M.
Bagaimanapun, permit tersebut telah dinyatakan sebagai Benih Padi Sah
“Tanpa Subsidi”. Semakan lanjut mendapati tuntutan IBPS telah
dibayar kepada kedua-dua syarikat pengeluar tersebut berjumlah
RM4.67 juta. Perkara ini juga berlaku pada tahun 2018 melibatkan sebanyak 187
permit dan tuntutan IBPS telah dibayar kepada syarikat yang sama berjumlah
RM3.39 juta.

4.1.5. Perkara ini berdasarkan kepada semakan terhadap No. Siri Permit yang
dinyatakan pada invois oleh kedua-dua syarikat pengeluar untuk
tuntutan IBPS kepada LPP dan Bahagian Kewangan MAFI adalah
sama dengan No. Siri Permit yang dikeluarkan oleh Seksyen Kawal
Selia Padi Dan Beras Negeri Selangor untuk pemindahan Benih Padi Sah
“Tanpa Subsidi”. Secara keseluruhannya, tuntutan IBPS yang telah dibayar kepada
kedua-dua syarikat pengeluar tersebut berjumlah RM8.06 juta bagi tahun 2019 dan
2018 yang dipindahkan sebagai Benih Padi Sah “Tanpa Subsidi”. Contoh Nombor Siri
Permit yang dinyatakan pada invois adalah seperti dalam Gambar 1.1 dan
Gambar 1.2.

1
4

50 50 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

InI nsseennttifi f BBeenniihh PPaaddii SSaahh

GAMBAR 1.1 GAMBAR 1.2
No. Invois No. Permit

Invois Benih Padi Sah Kepada Pemborong/Peruncit Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras Antara

- Telah Dituntut Insentif Benih Padi Sah Negeri (Jualan Ke Negeri Lain)
(Sumber: Baucar Bayaran LPP) - Benih Padi Sah “Bersubsidi” Telah Dinyatakan

Sebagai “Tanpa Subsidi”

(Sumber: Permit Oleh Seksyen Kawal Selia Padi Dan Beras
Negeri Selangor)

4.1.6. Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana Bahagian IPB, MAFI masih
belum memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran Permit
Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras antara negeri kepada syarikat
pengeluar. Perkara ini juga adalah tidak selaras dengan Seksyen 4(2)(n), Akta 522.

Maklum balas MAFI yang diterima pada 9 Oktober 2020

Pelaksanaan kawalan pemindahan padi antara negeri bagi padi, beras dan benih padi
telah dilaksanakan sejak Akta 522 diperkenalkan. SOP pengeluaran Permit Kebenaran
Untuk Memindahkan Padi/Beras antara negeri telah mula dibangun, diedar dan melalui
Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalan Padi Dan Beras Bil. 2 Tahun 2018 pada 3 Julai
2018. SOP terkini termasuk beberapa pindaan akan diedarkan setelah selesai semakan
oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang, MAFI.

Maklum balas LPP yang diterima pada 4 November 2020

Dokumen Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras tidak disertakan oleh
syarikat pengeluar Benih Padi Sah bagi tujuan tuntutan IBPS. Dokumen ini juga tidak
termasuk dalam senarai semak tuntutan IBPS. Oleh yang demikian, dokumen ini bukan
merupakan dokumen wajib disertakan dan disemak bagi tujuan tuntutan IBPS.

Pernyataan SOP pengeluaran Permit Kebenaran Untuk Memindahkan
Audit Padi/Beras antara negeri kepada syarikat pengeluar perlu
dimuktamadkan dengan segera. Ini bagi memastikan Benih
Padi Sah dapat dikawal dan dijual kepada petani dengan
harga bersubsidi.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 51 51

InIsnes enntitfi fBBeenniihh PP aa ddii SSaahh

4.1.7. Berdasarkan prosedur skim pengesahan benih padi DOA bertarikh
9 Ogos 2011, syarikat pengeluar hanya dibenarkan menjual lot benih yang telah
mendapat kelulusan melalui Borang SAP 10. Benih Padi Sah yang ditawarkan untuk
jualan perlu mempunyai label perakuan kualiti yang sah dan dijahit pada setiap beg
benih. Selain itu, mengikut Lampiran D dalam Perjanjian antara Kerajaan Malaysia
dan syarikat pengeluar Benih Padi Sah, harga jualan perlu dicetak pada kampit
dengan harga jualan di pintu kilang sebanyak RM28/beg, insentif Kerajaan
RM20.60/beg dan harga pasaran sebenar RM48.60/beg. Semakan lanjut terhadap
19 sampel pembeli di daerah Pendang, Kedah mendapati petani
telah membeli Benih Padi Sah daripada pembekal dengan harga
belian antara RM33/beg hingga RM60/beg. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 1.2.

JADUAL 1.2

HARGA BELIAN BENIH PADI SAH OLEH PETANI

PEMBEKAL HARGA BELIAN OLEH PETANI BILANGAN SAMPEL
(RM/BEG)

Pertubuhan Peladang Kawasan 33 - 48 3

MADA Pendang 35 - 48 2

Syarikat - Syarikat Lain 38 - 60 14

JUMLAH 19

Sumber: Jabatan Audit Negara

4.1.8. Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana harga jualan maksimum
Benih Padi Sah kepada petani tidak ditetapkan selaras dengan Seksyen 4(2)(c) dan
Seksyen 4(2)(e), Akta 522. Bahagian IPB, MAFI hanya menetapkan harga jualan di
pintu kilang pada harga sebanyak RM28.00/beg.

Maklum balas MAFI yang diterima pada 9 Oktober 2020

Penetapan harga benih padi pada kadar RM28 setiap beg di pintu kilang pengeluar telah
ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Kenaikan harga jualan benih padi oleh ejen
pesawah adalah disebabkan beberapa faktor seperti kos pengangkutan, kos simpanan
dan kos perkhidmatan. Pindaan Akta 522 sedang dibuat bagi memasukkan bijian benih
padi sebagai barang kawalan. Penggubalan Peraturan Harga Bijian Benih Padi akan
dilaksanakan bagi menetapkan harga siling benih padi. Sehingga Peraturan Harga Benih
dibangunkan, penetapan harga siling baharu sebanyak RM33 setiap beg akan
dimasukkan dalam kontrak perjanjian mulai bulan Januari 2021.

52 52 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

InI nsseennttifi f BBeenniihh PPaaddii SSaahh

Maklum balas MAFI yang diterima pada 4 November 2020

Penetapan harga siling/maksimum dicadangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2021
setelah persetujuan dasar diperoleh daripada Menteri dan Pengurusan Tertinggi MAFI.

Pernyataan Manfaat Insentif Benih Padi Sah hanya diberikan kepada
Audit syarikat pengeluar yang dilantik. Pihak Audit tidak dapat
menentukan Benih Padi Sah dijual dengan harga bersubsidi
kepada petani kerana tiada kawalan harga ditetapkan.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan tindakan pematuhan dan penguatkuasaan kepada undang-undang
dan peraturan, penambahbaikan dan tindakan perlu dilaksanakan terhadap perkara
berikut:

5.1. Menetapkan harga jualan maksimum Benih Padi Sah kepada petani dan
menguatkuasakan keperluan lesen kepada pemborong/peruncit Benih Padi Sah.

5.2. Menggunakan agensi di bawah MAFI seperti Lembaga Pertubuhan Peladang
sebagai saluran untuk mengedarkan benih padi bagi menjamin bekalan benih padi
sampai kepada petani mengikut harga yang ditetapkan.

5.3. Memuktamadkan SOP bagi pengeluaran Permit Kebenaran Untuk Memindahkan
Padi/Beras antara negeri kepada syarikat pengeluar bagi tujuan kawalan dengan
segera.

5.4. Mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pengeluar sekiranya berlaku
pelanggaran syarat perjanjian.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 53 53

InIsnes enntitfi fBBeenniihh PP aa ddii SSaahh

54 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

Insentif Benih Padi Sah

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

2. Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian
Pintar (Smart Partnership)

– Perbadanan Stadium Malaysia



RINGKASAN EKSEKUTIF

BAYARAN DAN TERIMAAN HASIL

PERKONGSIAN PINTAR (SMART
PARTNERSHIP)

Perbadanan Stadium Malaysia

Kementerian Belia Dan Sukan

Apa yang Perkara Utama
diaudit?
 Pengauditan pematuhan terhadap Bayaran Dan Terimaan Hasil
Mengapa ia Perkongsian Pintar (Smart Partnership) yang dilaksanakan di
penting Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
untuk
diaudit?  Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan
kewangan yang berkuat kuasa, syarat kontrak, pembayaran dan
Apa yang terimaan dilaksanakan dengan teratur.
ditemui
Audit?  Penemuan Audit adalah seperti berikut:

- Bayaran Perkhidmatan Tanpa Kontrak

 Perkhidmatan Sistem Tiket di Kuala Lumpur Sports City
Bukit Jalil:
o Tiada dokumen kontrak ditandatangani antara PSM
dengan syarikat; dan
o Bayaran penalti sejumlah RM1.38 juta telah dibayar
kepada syarikat walaupun tiada dokumen kontrak
ditandatangani.

 Perkhidmatan Katering di Kuala Lumpur Sports City Bukit
Jalil:
o Dokumen kontrak perkhidmatan katering
ditandatangani tidak disetem dan dimatikan, tidak
ditarikhkan serta tidak lengkap;
o Komisen pada kadar 10.0% atas invois perkhidmatan
katering bagi setiap acara, namun komisen berjumlah
RM78,727 tidak dipungut; dan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 57 57

BayarBaany aDr aann DTaenriTmear ai mna Ha nasHila sPi lerPkeor knognsgias ni a nPiPnitnat ar r((SSmmaarrtt PPaarr tt nneerrsshhiipp))

Syor Audit o Tiada kutipan sewa ruang dapur sejumlah RM286,002
dan pengubahsuaian ruang dapur dibuat tanpa
kelulusan.

- Perkhidmatan Sistem Bunyi di Kuala Lumpur Sports City Bukit
Jalil

 Penajaan tunai sejumlah RM450,000 belum diterima dan
caj penalti lewat bayar sejumlah RM6,750 tidak dikenakan.

 Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Kontrak perlu ditandatangani antara agensi dan pihak syarikat
dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan
agensi dan syarikat;

- Bayaran perlu dilaksanakan atau disempurnakan mengikut
ketetapan kontrak, Surat Setuju Terima atau prosedur operasi
standard yang ditetapkan;

- Perkhidmatan yang dilaksanakan perlu mematuhi ketetapan
kontrak bagi memastikan pelaksanaan kontrak dipatuhi
sepenuhnya dan tidak berlaku lebihan atau kurangan bayaran;
dan

- Mengenakan tindakan terhadap pihak syarikat atau pegawai
yang tidak mematuhi kehendak atau arahan agensi seperti
yang tertakluk dalam undang-undang, peraturan kewangan
dan kontrak.

58 58 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraann DDaann TT ee rriimmaaaannHHaas islilP ePrekroknognsgi asniaPni nPtianrta( Srm(aSrmt aPratr tPnaerrtsnhei pr)ship)

2. BAYARAN DAN TERIMAAN HASIL PERKONGSIAN
PINTAR (SMART PARTNERSHIP)

Perbadanan Stadium Malaysia

Kementerian Belia Dan Sukan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan di
bawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) pada 1 Mac 2011 melalui Akta Perbadanan
Stadium Malaysia 2010 (Akta 717). PSM juga mengguna pakai peraturan dan pekeliling
Kerajaan yang berkuat kuasa. Fungsi utama PSM adalah sebagai pengurus dan
pentadbir Kompleks Sukan Negara di bawah jagaannya. PSM boleh atas apa-apa terma
yang disifatkannya patut:

a. Membuat kontrak;
b. Memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa

jenis harta alih dan harta tak alih; dan
c. Memindahhakkan, menyerahhakkan, memulangkan, menggadai, menggadai

janji, mendemis, memajakkan, menyerah hak semula, memindahkan atau
selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau
apa-apa kepentingan yang terletak hak pada PSM.

1.2. Unit Pembangunan Perniagaan (UPP), PSM bertanggungjawab untuk
merancang dan menyelia aktiviti penjanaan pendapatan kepada PSM. Sebanyak 21
aktiviti penjanaan telah dijalankan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2019. Sehingga
tahun 2019, 10 aktiviti telah dilaksanakan secara Perkongsian Pintar (Smart
Partnership). Smart Partnership ini menggabungkan elemen berkaitan jenis, jumlah
dan balasan penjanaan yang dijangka akan diperoleh dalam tempoh kontrak sama ada
dalam bentuk tunai, in-kind atau perkhidmatan penyenggaraan.

1.3. Smart Partnership adalah satu kontrak yang telah dibuat dengan persetujuan
antara dua pihak iaitu PSM dan syarikat panel yang telah dilantik oleh PSM. Kerjasama
ini diwujudkan sejak acara Sukan SEA 2017 untuk membekalkan perkhidmatan yang
telah disediakan di dalam stadium.

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 59 59

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan balasan daripada Smart Partnership yang
ditandatangani telah dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan
yang berkuat kuasa serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

3. SKOP DAN METODOLOGI AUDIT

3.1. Pengauditan ditumpukan kepada Smart Partnership yang masih berkuat kuasa
sehingga bulan Ogos 2020 melibatkan lima (5) Smart Partnership susulan daripada
perolehan pembekalan di bawah Projek Pembangunan Semula Kemudahan Sedia Ada
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Skop meliputi proses pelantikan
Smart Partnership, pentadbiran kontrak dan prosedur pembayaran. Pengauditan
dijalankan di Bahagian Kewangan dan Bahagian Komersial PSM.

3.2. Sampel Audit meliputi baucar bayaran dan resit terimaan bagi tempoh bulan
Januari 2019 hingga Ogos 2020 atas lima (5) Smart Partnership yang telah disemak.
Butiran terperinci sampel lima (5) Smart Partnership di PSM yang berkuat kuasa
sehingga 31 Ogos 2020 adalah seperti dalam Jadual 2.1.

JADUAL 2.1
SENARAI SMART PARTNERSHIP

BIL. PANEL PERKHIDMATAN TEMPOH JENIS DOKUMEN

1. Perkhidmatan sistem papan 01.08.2017 hingga 31.07.2027 Kontrak Perkongsian Pintar
markah (10 tahun) (PSM/UP/T/K/7/2017)

2. Perkhidmatan sistem bunyi 01.08.2017 hingga 31.07.2027 Kontrak Perkongsian Pintar
(10 tahun) (PSM/UP/T/K/3/2017)

3. Perkhidmatan sistem pengawasan 01.07.2017 hingga 31.06.2027 Kontrak Perkongsian Pintar
(10 tahun) (PSM/UP/T/K/4/2017)

4. Perkhidmatan sistem tiket 15.03.2017 hingga 14.03.2027 Surat Tawaran Kontrak
(3+3+4 tahun) (PSM001/64/ Jld. 3 (67))

5. Perkhidmatan katering 13.04.2018 hingga 12.04.2023 Surat Tawaran Kontrak
(3+2 tahun) (PSM001/259/ Jld.10 (17))

Sumber: Kontrak dan Surat Tawaran Kontrak PSM

3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta
menganalisis data yang berkaitan dengan Smart Partnership. Pemeriksaan fizikal serta
temu bual dengan pegawai dan pembekal yang berkaitan turut dilaksanakan untuk
mengesahkan maklumat yang diperoleh semasa proses pengauditan.

60 Laporan Ketua Audit Negara 2019

60 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada 3 hingga 11 September 2020. Maklum balas
daripada PSM telah diterima pada 21 Oktober 2020. Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) diadakan pada 27 Oktober 2020. Penemuan Audit adalah seperti
dinyatakan di perenggan 4.1 dan 4.2.

4.1. Bayaran Perkhidmatan Tanpa Kontrak

4.1.1. Perkhidmatan Sistem Tiket Di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil

Surat tawaran mengenai kontrak pembangunan semula kemudahan Sistem Tiket
di Kuala Lumpur Sports City (KLSC) Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah ditandatangani
pada 25 Mac 2017 antara PSM dan syarikat yang menerima tawaran kerja-kerja
perkhidmatan sistem tiket tersebut. Butiran surat tawaran adalah seperti dalam
Jadual 2.2.

JADUAL 2.2
MAKLUMAT SURAT TAWARAN PERKHIDMATAN SISTEM TIKET

ITEM PENERANGAN

Panel Perkhidmatan Perkhidmatan Sistem Tiket

Jenis Dokumen Surat Tawaran Kontrak

Nombor Dokumen PSM001/64/ Jld. 3 (67)
Tempoh Kontrak
15.03.2017 hingga 14.03.2027
Kontrak Perkongsian Pintar (3+3+4 tahun)
Sumber: Surat Tawaran
Penyediaan keperluan tiket secara eksklusif dan
penyediaan infrastruktur bagi semua acara di PSM

a. Tiada Dokumen Kontrak Ditandatangani Antara PSM Dengan
Syarikat

i. Perkara 4 kepada surat tawaran menyatakan syarikat perlu menyediakan
suatu ikatan kontrak termasuk duti setem antara PSM dan syarikat dengan
memasukkan semua terma dan tanggungjawab kedua-dua pihak agar
kepentingan kedua-dua pihak terpelihara. Syarikat perlu menyediakan
kontrak dalam tempoh 45 hari selepas surat tawaran dikeluarkan.

ii. Semakan Audit mendapati sehingga tarikh pengauditan pada
11 September 2020, dokumen kontrak antara PSM dan syarikat

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 61 61

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

bagi tempoh 15 Mac 2017 hingga 14 Mac 2027 masih belum
dimeterai.

iii. Pengurusan kontrak PSM yang lemah menyebabkan tiada pemantauan
dibuat ke atas surat tawaran yang telah dikeluarkan.

Maklum balas PSM yang diterima pada 21 Oktober 2020

PSM memaklumkan tiada sebarang dokumen kontrak yang ditandatangani antara PSM
dan syarikat. Mesyuarat Anggota Perbadanan PSM Bil. 1/2020 bertarikh 25 Februari
2020 telah bersetuju untuk menamatkan pelantikan syarikat termasuk menamatkan
surat setuju terima yang belum dibatalkan. Bagaimanapun, pada tarikh 21 Ogos 2019,
syarikat telah menyaman PSM dan memohon satu deklarasi daripada mahkamah
bahawa satu ikatan persetujuan terbentuk di antara PSM dan syarikat melalui
perlakuan (conduct) PSM. Dalam pemfailan kes mahkamah itu, syarikat telah
mendedahkan bahawa kontrak masih di dalam keadaan draf dan belum
ditandatangani.

Pernyataan Ketiadaan kontrak yang menjelaskan spesifikasi dan skop
Audit kerja terperinci menyebabkan kepentingan PSM tidak
terjamin.

b. Bayaran Penalti Sejumlah RM1.38 Juta Telah Dibayar Kepada
Syarikat Walaupun Tiada Dokumen Kontrak Ditandatangani

i. Semakan Audit mendapati 17 baucar bayaran telah dibayar dalam
tahun 2020 kepada syarikat yang berjumlah RM1.38 juta
walaupun dokumen kontrak tidak wujud. Bayaran ini dituntut
oleh syarikat sebagai bayaran penalti kerana syarikat beranggapan PSM
telah melanggar kontrak dengan tidak menggunakan perkhidmatan
penyediaan sistem tiket untuk acara yang berlangsung di PSM.
Bagaimanapun, pihak Audit mendapati tiada klausa atau syarat
dalam surat tawaran yang menghendaki bayaran ini dibuat
serta pengiraan bayaran yang dituntut. Butiran pembayaran
adalah seperti dalam Jadual 2.3.

62 Laporan Ketua Audit Negara 2019

62 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

JADUAL 2.3
BAYARAN KEPADA SYARIKAT BAGI TAHUN 2020
TANPA SYARAT DALAM SURAT TAWARAN/TANPA KONTRAK

BIL. NO. BAUCAR TARIKH PERIHAL AMAUN*
1. BAUCAR (RM)
2.
3. PV-202001 - 16.01.2020 Penjualan tiket padang letak kereta bagi 12,033
4. 000089 Konsert ED Sheeran pada 13.04.2019
5.
6. PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Kelayakan Bolasepak FIFA World 119,668
7. 000097 Cup 2022 (Malaysia vs Indonesia)
8.
9. PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - AFF Suzuki Cup 2018 216,900
10. 000098 (Malaysia vs Myanmar)
11.
12. PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Piala FA 2018 101,502
13. 000099 (Selangor vs Pahang)
14.
15. PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - AFF Suzuki Cup 2018 55,371
16. 0000100 (Malaysia vs Laos)
17.
PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - One Championship 2,148
0000101 (Master of Destiny)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - AFF Suzuki Cup 2018 254,508
0000102 (Malaysia vs Vietnam)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - AFF Suzuki Cup 2018 238,689
0000103 (Malaysia vs Thailand)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Twice World Tour 2019 28,149
0000104

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Kelayakan Bolasepak FIFA World 25,866
0000105 Cup 2020 (Malaysia vs Timor Leste)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Kelayakan Bolasepak FIFA World 62,418
0000106 Cup 2020 (Malaysia vs UAE)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Tier 1 International Friendly 8,649
0000107 (Malaysia vs Sri Lanka)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Tier 1 International Friendly 20,403
0000108 (Malaysia vs Tajikistan)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Piala Malaysia 2019 137,061
0000109 (Kedah vs Johor)

PV-202004 - 21.04.2020 Ticket Fee - Tier 1 International Friendly 22,996
0000110 (Malaysia vs Jordan)

PV-202005 - 20.05.2020 Ticket Fee - Kelayakan Bolasepak FIFA World 64,381
000075 Cup 2022 (Malaysia vs Thailand)

PV-202006 - 03.06.2020 Ticket Fee bagi Acara Winner Cross Tour in 11,160
000025 Kuala Lumpur

JUMLAH 1,381,902

Sumber: Baucar Bayaran
Nota : *Invois pada Baucar Bayaran = Kadar Harga Tiket x Bilangan Tiket yang Terjual

ii. Bayaran penalti dibuat kerana syarikat membuat tuntutan sejumlah
RM2.01 juta berdasarkan letter of demand bertarikh 28 November 2019.
Sehingga tarikh 3 Jun 2020, PSM hanya membuat bayaran sejumlah
RM1.38 juta bagi tujuan untuk menyelesaikan tuntutan surat guaman.

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 63 63

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

Maklum balas PSM yang diterima pada 21 Oktober 2020

Tiada kontrak formal ditandatangani oleh kedua-dua pihak. PSM tidak membatalkan
surat setuju terima itu selepas tamat tempoh 45 hari. PSM telah melantik syarikat
sebagai agen tiket bagi acara-acara di tempat PSM dari tarikh tamat tempoh surat
setuju terima. Mesyuarat Anggota Perbadanan PSM Bil. 1/2020 bertarikh 25 Februari
2020 telah meluluskan pembayaran berjumlah RM2.01 juta. Bagaimanapun, PSM
hanya membuat pembayaran berjumlah RM1.38 juta kepada syarikat. Syarikat telah
menyaman PSM dan memohon satu deklarasi daripada mahkamah bahawa satu ikatan
persetujuan terbentuk di antara PSM dan syarikat melalui conduct PSM. Dalam
pemfailan kes mahkamah itu, syarikat telah mendedahkan bahawa kontrak masih di
dalam keadaan draf dan belum ditandatangani. Ini menyebabkan PSM menghentikan
baki tuntutan oleh syarikat sehingga mendapat keputusan mahkamah. Mahkamah
telah menetapkan 26 November 2020 sebagai tarikh pendengaran saman pemula.

Pernyataan Ketiadaan kontrak menyebabkan klausa penalti terhadap PSM
Audit tidak dapat disahkan. Tindakan PSM membayar penalti tanpa
syarat dalam surat tawaran, klausa dalam kontrak dan kadar
penalti adalah satu pembayaran yang tidak teratur.

4.1.2. Perkhidmatan Katering Di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil

Surat tawaran kontrak pelantikan panel katerer syarikat di Kuala Lumpur Sports
City (KLSC) telah dikeluarkan oleh PSM pada 13 April 2018 dan diakui terima oleh
syarikat tanpa tarikh. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.4.

JADUAL 2.4
MAKLUMAT SURAT TAWARAN PERKHIDMATAN KATERING

ITEM PENERANGAN

Panel Perkhidmatan Perkhidmatan Katering

Jenis Dokumen Surat Tawaran Kontrak

Nombor Dokumen PSM001/259/ Jld.10 (17)

Tarikh Dokumen 13.04.2018

Tempoh Kontrak 13.04.2018 hingga 12.04.2023
(3+2 tahun)

Kontrak Perkongsian Pintar Penyediaan perkhidmatan katering untuk semua acara yang
berlangsung di KLSC

Kadar Perkongsian Pintar 10.0% komisen kepada PSM daripada semua invois setiap acara
Sumber: Surat Tawaran

64 Laporan Ketua Audit Negara 2019

64 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

a. Dokumen Kontrak Perkhidmatan Katering Ditandatangani Tidak
Disetem Dan Dimatikan, Tidak Ditarikhkan Serta Tidak Lengkap

i. Akta Setem 1949 menyatakan duti setem perlu dikenakan ke atas surat
cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Ini bertujuan
memberi perlindungan kepada pihak yang menandatangani kontrak kerana
dokumen itu akan digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah sekiranya
berlaku sebarang pertikaian. Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 menyatakan
mengenai pelaksanaan tatacara kaedah perolehan Kerajaan bagi
memastikan perolehan Kerajaan diuruskan dengan baik.

ii. Semakan Audit mendapati sesalinan kontrak ada disertakan dalam baucar
bayaran. Melalui temu bual dengan PSM, kewujudan kontrak ini
tidak diketahui oleh Bahagian Komersial dan Penasihat
Undang-undang PSM. Klausa dalam kontrak ini didapati terlalu umum
dan tidak mempunyai tempoh kontrak, tiada tarikh kuat kuasa dan jadual
kepada kontrak tidak lengkap. Kontrak ini telah ditandatangani
tanpa tarikh oleh PSM dan syarikat serta tidak disetemkan
dan dimatikan. Ini menyebabkan klausa kontrak tersebut tidak boleh
dikuatkuasakan.

iii. Pengurusan kontrak PSM yang lemah menyebabkan kontrak yang
ditandatangani tidak mematuhi ciri-ciri asas penyediaan kontrak dan tidak
menjaga kepentingan PSM.

Maklum balas PSM yang diterima pada 27 Oktober 2020

PSM memaklumkan bahawa perbincangan telah diadakan bersama pihak syarikat pada
28 Julai 2020 dan memaklumkan bahawa terdapat kontrak telah ditandatangani.
Bagaimanapun, pihak syarikat tidak menerima tawaran kontrak ini kerana kontrak tidak
memberikan hak eksklusif katering kepada syarikat di KLSC.

Pernyataan Dokumen kontrak yang tidak lengkap dan tidak disetem dan
Audit dimatikan menyebabkan PSM tidak dapat menguatkuasakan
klausa kontrak dengan sewajarnya.

Laporan KeLatupaorAanudKiettNuaegAaurdaitTNaehguanra22001199 65 65
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

b. Komisen Pada Kadar 10.0% Atas Invois Perkhidmatan Katering
Bagi Setiap Acara, Namun Komisen Berjumlah RM78,727 Tidak
Dipungut

i. Perkara 4(ii) kepada surat tawaran kontrak menghendaki syarikat
membayar 10.0% komisen daripada semua invois setiap acara kepada
PSM.

ii. Semakan Audit mendapati PSM ada mengeluarkan invois tuntutan pada
31 Disember 2018 kepada syarikat bagi bayaran komisen 10.0% atas
perkhidmatan katering untuk tahun 2018 berjumlah RM167,254.
Bagaimanapun sehingga 11 September 2020, sejumlah
RM78,727 masih belum dijelaskan oleh syarikat. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 2.5.

JADUAL 2.5
TUNTUTAN DAN BAYARAN KOMISEN

NO. INVOIS/ TUNTUTAN KOMISEN 10.0% BAYARAN
TARIKH
BIL. BULAN AMAUN AMAUN
(2018) (RM) (RM)
TARIKH

1. Januari 13,178 17.09.2019 13,969

2. Februari 17,556 03.10.2019 10,553

3. Mac 4,385 15.10.2019 529

4. April 17,208 14.11.2019 13,888

5. Mei 3,763 14.04.2020 25,742

6. BJ-2018120178/ Jun 10,553 01.07.2020 23,846
7. 31.12.2018 Julai -
38,179 -

8. Ogos 13,888 - -

9. September 15,180 - -

10. Oktober 3,314 - -

11. November 19,488 - -

12. Disember 10,562 - -

JUMLAH 167,254 88,527
Sumber: Invois dan Resit Terimaan

66 Laporan Ketua Audit Negara 2019

66 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

iii. Perkara ini berlaku kerana pegawai gagal menguatkuasakan klausa
berkaitan kutipan komisen seperti dalam surat tawaran.

Maklum balas PSM yang diterima pada 21 Oktober 2020

PSM memaklumkan perkara ini masih dalam proses rundingan di antara kedua-dua
pihak untuk menyelesaikan baki yang tertunggak.

Pernyataan Komisen yang tidak dapat dikutip mengakibatkan PSM
Audit mengalami kehilangan hasil.

c. Tiada Kutipan Sewa Ruang Dapur Sejumlah RM286,002 Dan
Pengubahsuaian Ruang Dapur Dibuat Tanpa Kelulusan

i. PSM telah mengeluarkan Surat Tawaran Penyewaan Ruang Dapur kepada
syarikat bernombor rujukan PSM002/1 Jld.3(87) bertarikh
10 Oktober 2018 dengan kadar sewaan bulanan RM6,750 bagi keluasan
2,250 kaki persegi. Butiran deposit dan sewaan yang tertakluk di dalam
surat tawaran adalah seperti dalam Jadual 2.6.

JADUAL 2.6
SURAT TAWARAN PENYEWAAN RUANG DAPUR DI AXIATA ARENA

ITEM PENERANGAN

Tempoh Sewaan 3 + 2 tahun
Sewaan Bulanan Tempoh pertama: 15.04.2018 hingga 14.04.2021
Tempoh Kedua: 15.04.2021 hingga 14.04.2023

Tarikh Penyerahan: 15.04.2018

RM6,750 (tahun pertama)
Kenaikan 10.0% bagi tahun ke 2 hingga tahun ke 5

Keluasan 2,250 kaki persegi

Caj Utiliti Berdasarkan bacaan meter setelah sub meter dipasang
(meter dipasang oleh penyewa)

Bayaran Guaman RM1,687

Bayaran Mematikan Setem RM955

Deposit Sekuriti 3 Bulan RM20,250

Deposit Utiliti RM6,750

Deposit Serahan Semula Pejabat RM6,750
Sumber: Surat Tawaran Penyewaan Ruang Dapur

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 67 67

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

ii. Semakan Audit mendapati syarikat tidak menandatangani surat
tawaran sebagai persetujuan penerimaan tawaran. Sehingga
bulan Ogos 2020, syarikat tidak membayar sebarang deposit
dan sewaan kepada PSM ke atas ruangan yang digunakan.
Tiada bukti kelulusan pengubahsuaian ruang dapur diperoleh daripada
PSM. Berdasarkan pengubahsuaian ruang dapur bangunan Axiata Arena
untuk penyediaan perkhidmatan katering yang dilaksanakan, syarikat wajar
membuat bayaran sewaan dan deposit sewaan yang ditetapkan dalam
surat tawaran. Pengiraan Audit terhadap bayaran yang perlu dijelaskan
adalah seperti dalam Jadual 2.7.

JADUAL 2.7
PENGIRAAN AUDIT TERHADAP
BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

BIL. PERIHAL BAYARAN AMAUN
(RM)
1. Deposit Sekuriti tiga (3) Bulan @ RM6,750 20,250
6,750
2. Deposit Utiliti 6,750
33,750
3. Deposit Serahan Semula Pejabat
148,500
JUMLAH DEPOSIT
182,250
4. Sewa bulanan (15.10.2018 hingga 14.08.2020)
(22 bulan @ RM6,750)

JUMLAH SEPATUT DIJELASKAN
Sumber: Surat Tawaran Penyewaan Ruang Dapur

iii. Pihak Audit mendapati bayaran deposit berjumlah RM33,750 dan
hasil sewaan berjumlah RM148,500 tidak dikutip daripada
syarikat. Ini menyebabkan PSM mengalami kerugian sejumlah
RM182,250. Lawatan pihak Audit ke premis berkaitan pada
14 September 2020 mendapati beberapa kesalahan telah dibuat oleh pihak
syarikat seperti pengubahsuaian ruang dapur tanpa kelulusan PSM dan
penggunaan keluasan ruang dapur melebihi ruang yang dibenarkan oleh
PSM. Butiran lanjut seperti Gambar 2.1 dan 2.2.

68 Laporan Ketua Audit Negara 2019

68 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

GAMBAR 2.1 GAMBAR 2.2

Ruang Dapur Makanan Axiata Arena Ruang Stor Bersebelahan Ruang Dapur
- Pengubahsuaian Pada Ruang Dapur - Ruang Sewaan Melebihi

Tanpa Kelulusan Surat Tawaran Penyewaan
(14.09.2020) (14.09.2020)

(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

iv. Pelan lantai ruang dapur yang digunakan oleh syarikat meliputi ruang
dapur dengan keluasan 2,250 kaki persegi dan dua (2) ruang stor
penyimpanan barang-barang katering dengan keluasan 1,572 kaki persegi.
Jumlah keluasan ruang yang diguna pakai adalah 3,822 kaki persegi.
Surat tawaran penyewaan oleh PSM menyatakan 2,250 kaki persegi
sebagai keluasan ruang dapur yang dibenarkan. Bagaimanapun, semakan
Audit mendapati syarikat telah menggunakan keluasan lebih daripada surat
tawaran PSM. Berdasarkan pengiraan Audit, kadar penyewaan atau
tambahan sewa yang sepatutnya dikenakan menggunakan
kadar yang sedia ada adalah RM4,716 sebulan atau
RM103,752 untuk tempoh 22 bulan dari 15 Oktober 2018
sehingga 14 Ogos 2020. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 2.8.

JADUAL 2.8

PENGIRAAN AUDIT BAGI KADAR SEWA

TAMBAHAN YANG SEPATUTNYA DIKENAKAN

PERKARA KELUASAN KADAR/KAKI AMAUN
(KAKI PERSEGI) (RM)
PERSEGI
(RM) 11,466
6,750
Pelan Lantai 3,822 3 4,716

Surat Tawaran 2,250 3

PERBEZAAN 1,572 -
Sumber: Pelan Lantai Ruang Dapur

v. Perkara ini berlaku kerana PSM membenarkan syarikat beroperasi sebelum
menandatangani penerimaan surat tawaran dan membuat bayaran deposit
sewa yang ditetapkan.

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 69 69

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

Maklum balas PSM yang diterima pada 21 Oktober 2020

Semua keputusan perbincangan dan punca kuasa berkaitan perkara ini tidak
didokumenkan dan disimpan dengan lengkap. Oleh kerana tiada bukti persetujuan
antara kedua belah pihak, PSM tidak mempunyai punca kuasa untuk mengutip deposit
dan sewaan daripada syarikat atas penggunaan ruang sewaan tersebut. Namun begitu,
pada Julai dan Ogos 2020 PSM telah membuat perbincangan dengan syarikat untuk
menyelesaikan semua perkara berkaitan pelantikan sebagai katerer dan penggunaan
ruang sewaan tersebut.

Pernyataan Hasil sewa yang tidak dikutip menyebabkan kerugian di
Audit pihak PSM.

4.2. Perkhidmatan Sistem Bunyi Di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil

Kontrak perkhidmatan sistem bunyi di Kuala Lumpur Sports City (KLSC) Bukit Jalil,
Kuala Lumpur telah ditandatangani pada 1 Ogos 2017 antara PSM dan syarikat yang
menerima tawaran kerja-kerja perkhidmatan sistem bunyi tersebut. Butiran kontrak
adalah seperti dalam Jadual 2.9.

ITEM JADUAL 2.9
MAKLUMAT KONTRAK PERKHIDMATAN SISTEM BUNYI

PENERANGAN

Panel Perkhidmatan Perkhidmatan Sistem Bunyi

Jenis Dokumen Kontrak Perkongsian Pintar

Nombor Dokumen PSM/UP/T/K/3/2017

Tempoh Kontrak 01.08.2017 hingga 31.07.2027 (10 tahun)

Maklumat  Syarikat akan mengurus dan mengendalikan sistem audio visual melalui penggunaan
Kontrak peralatan sewaan untuk acara yang berlangsung di PSM.

 Syarikat bertanggungjawab mengurus, berhubung, menyediakan sebut harga dan
mengeluarkan invois serta mengutip bayaran daripada pihak terlibat untuk peralatan
sewaan.

Keuntungan PSM
Perkongsian/Penajaan  Bayaran secara tunai RM1.0 juta (RM200,000 setahun akan dibayar selama lima (5)

tahun).
 Pembekalan Barangan - Peralatan sistem audio bernilai RM300,000.
 Penajaan Penyenggaraan Komprehensif bernilai RM4.59 juta untuk barangan yang

dibekalkan oleh syarikat selama lapan (8) tahun selepas tamat tempoh liabiliti
kecacatan.

Syarikat
 Sennheiser akan dinamakan sebagai sistem audio rasmi KLSC secara eksklusif.
 Syarikat akan dibenarkan untuk menggunakan salah satu lokasi di PSM maksimum dua

(2) hari setahun bagi tujuan promosi barangan dengan kebenaran bertulis daripada
PSM.

Sumber: Kontrak Perkhidmatan Sistem Bunyi

70 Laporan Ketua Audit Negara 2019

70 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

4.2.1. Penajaan Tunai Sejumlah RM450,000 Belum Diterima Dan Penalti
Lewat Bayar Sejumlah RM6,750 Tidak Dikenakan

a. Perenggan 4.1 (a) kontrak Smart Partnership di antara syarikat dan PSM
menyatakan syarikat perlu membayar penajaan tunai kepada PSM
sejumlah RM200,000 setahun bagi tempoh lima (5) tahun. Jadual
pembayaran bagi penajaan tunai berjumlah RM1.0 juta ini dinyatakan
dalam Jadual Kedua kontrak (penajaan tunai). Perenggan 4.4 kontrak pula
menyatakan sekiranya PSM tidak menerima bayaran penajaan tunai
daripada syarikat dalam tempoh bayaran seperti di Jadual Kedua kontrak,
PSM boleh mengenakan penalti lewat bayar dengan kadar 1.5% ke atas
nilai penajaan setahun. Butiran Jadual Kedua seperti dalam Jadual 2.10.

JADUAL 2.10
JADUAL KEDUA KONTRAK (PENAJAAN TUNAI)

TAHUN JUMLAH PENAJAAN TARIKH AKHIR
(RM) BAYARAN

Tahun Pertama 200,000 Dalam tempoh 30 hari daripada
(2017) kontrak perolehan

Tahun Kedua 200,000 1 Ogos 2018
(2018) 200,000 1 Ogos 2019
200,000 1 Ogos 2020
Tahun Ketiga 200,000 1 Ogos 2021
(2019) 1,000,000

Tahun Keempat
(2020)

Tahun Kelima
(2021)

JUMLAH
Sumber: Kontrak Perkhidmatan Sistem Bunyi

b. Pada 20 Februari 2018, syarikat dan PSM telah bersetuju untuk
menjadualkan semula jumlah penajaan daripada bayaran secara tahunan
sejumlah RM200,000 kepada RM50,000 setiap suku tahun atau empat (4)
kali bayaran dalam setahun. Tempoh bayaran juga dilanjutkan dari tahun
2018 hingga tahun 2022. Semakan Audit sehingga 15 September 2020,
iaitu pada suku ketiga tahun 2020 mendapati bayaran yang telah diterima
adalah berjumlah RM100,000 daripada jumlah patut terima berjumlah
RM550,000. Baki belum dibayar oleh syarikat berjumlah
RM450,000. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2.11.

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 71 71

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

JADUAL 2.11
BAKI BAYARAN YANG BELUM DITERIMA
SELEPAS PENJADUALAN SEMULA SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2020

TAHUN SUKU JUMLAH TARIKH RESIT JUMLAH BAKI BELUM
TAHUN KE
PENAJAAN DITERIMA TERIMA
PATUT TERIMA (RM) TERKUMPUL

(RM) (RM)

1 50,000 17.04.2018 50,000 -

2018 2 50,000 05.07.2018 50,000 -
3 50,000 - - 50,000

4 50,000 - - 100,000

1 50,000 - - 150,000

2019 2 50,000 - - 200,000
3 50,000 - - 250,000

4 50,000 - - 300,000

1 50,000 - - 350,000

2020 2 50,000 - - 400,000

3 50,000 - - 450,000

JUMLAH 550,000 100,000

Sumber: Surat Kontrak Antara PSM Dan Syarikat

c. Selain itu, PSM juga tidak mengenakan penalti lewat bayar pada kadar
1.5% atas nilai penajaan untuk setahun berjumlah
RM200,000. Berdasarkan kiraan Audit, penalti lewat bayar yang
patut dikenakan adalah sejumlah RM3,000 setahun atau
RM750 setiap suku tahun. Ini menjadikan penalti yang patut
dikenakan adalah berjumlah RM6,750 bagi dua suku tahun 2018, empat
suku tahun 2019 dan tiga suku tahun 2020.

d. Perkara ini berlaku kerana PSM tidak menguatkuasakan klausa kontrak
antara kutipan penajaan tunai dan bayaran penalti lewat secara bertulis
kepada pihak syarikat atau mengeluarkan letter of demand kepada
syarikat.

Maklum balas PSM yang diterima pada 21 Oktober 2020

Merujuk surat syarikat kepada PSM bertarikh 2 Februari 2018, terdapat perubahan
pada jadual bayaran asal. Baki yang belum diterima sehingga September 2020 adalah
berjumlah RM450,000. Syarikat tidak membuat bayaran kepada PSM kerana pihak
syarikat mendakwa PSM telah melanggar kontrak dengan tidak menguatkuasakan

72 Laporan Ketua Audit Negara 2019

72 LaBpa yoarar ann KDeatnuaT eAr ui mdaita nNHega sairlaP eTrakhounng s2i a0n19P i n t a r ( S m a r t P a r t n e r s h i p )

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

perkhidmatan syarikat kepada penganjur seperti mana kontrak yang telah
ditandatangani. Oleh itu, pihak syarikat telah menghentikan sementara bayaran
penajaan sehingga keputusan dibuat oleh pengurusan PSM.

Pernyataan Terimaan penajaan tunai dan penalti lewat bayar yang tidak
Audit dikutip menyebabkan kerugian kepada pihak PSM.

5. SYOR AUDIT

Bagi memantapkan tahap pematuhan terhadap pengurusan perolehan, pihak Audit
mengesyorkan agar PSM melaksanakan perkara berikut:

5.1. Kontrak perlu ditandatangani antara agensi dan pihak syarikat dalam tempoh
yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan agensi dan syarikat.

5.2. Bayaran perlu dilaksanakan atau disempurnakan mengikut ketetapan kontrak,
Surat Setuju Terima atau prosedur operasi standard yang ditetapkan.

5.3. Perkhidmatan yang dilaksanakan perlu mematuhi ketetapan kontrak bagi
memastikan pelaksanaan kontrak dipatuhi sepenuhnya dan tidak berlaku lebihan atau
kurangan bayaran.

5.4. Mengenakan tindakan terhadap pihak syarikat atau pegawai yang tidak
mematuhi kehendak atau arahan agensi seperti yang tertakluk dalam undang-undang,
peraturan kewangan dan kontrak.

Laporan KLeatupoaraAnudKiettuNaeAgaurdait TNaehguanra22001199 73 73

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)
Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

74 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership)

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

3. Bayaran Projek Pembangunan Lima Fasiliti
Di Sungai Buloh

– Lembaga Getah Malaysia



RINGKASAN EKSEKUTIF

BAYARAN PROJEK PEMBANGUNAN LIMA
FASILITI DI SUNGAI BULOH

Lembaga Getah Malaysia

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Perkara Utama

Apa yang  Pengauditan pematuhan terhadap Bayaran Projek Pembangunan
diaudit? Lima Fasiliti Di Sungai Buloh dilaksanakan terhadap perolehan dan
pembayaran.

Mengapa ia  Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan
penting kewangan yang berkuat kuasa, syarat perjanjian dan pembayaran
untuk dilaksanakan dengan teratur.
diaudit?
 Penemuan Audit adalah seperti berikut:
Apa yang
ditemui? - Pembaziran sejumlah RM91.98 juta bagi bayaran kepada
Project Delivery Partner (PDP) dan Kontraktor Pakej Kerja
Syor Audit (WPC) kerana empat (4) daripada lima (5) fasiliti yang tidak
diteruskan pembangunan;

- Bayaran sejumlah RM2.80 juta telah dibayar kepada PDP tanpa
perjanjian tambahan; dan

- Peralatan dan perisian ICT bernilai RM1.53 juta belum
digunakan kerana Projek Pembangunan Lima Fasiliti tidak
disiapkan.

 Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Membuat perancangan projek pembangunan secara
menyeluruh dan lengkap bagi mengelakkan projek tidak dapat
diteruskan yang boleh menyebabkan pembaziran;

- Memastikan perjanjian disedia dan ditandatangani oleh kedua
pihak apabila berlaku perubahan kos projek supaya bayaran
dibuat dengan teratur dan menjaga kepentingan Lembaga
Getah Malaysia;

LaLpaoproarnanKKeetutuaaAAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20210919 77 77

BayBaaryaanr aPnroPjreokj ePk ePme mbabna gn guunnaann LLiimmaa FFaassiilliittii DDii SSuunngga ai iB uBluolhoh

- Merancang penggunaan peralatan dan perisian ICT yang tidak
digunakan untuk tujuan lain bagi mengelakkan pembaziran;
dan

-
- Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak
mematuhi kehendak dan arahan agensi seperti yang tertakluk
dalam undang-undang, peraturan kewangan, perjanjian dan
prosedur operasi standard.

78 78 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraann PB arogji ePkr oPj eekmPbeamngb aunngaunn aLnimLai mFaaFsialsiti lii tDi iDSi uSnugnag ia iBBuulol ohh

3. BAYARAN PROJEK PEMBANGUNAN LIMA
FASILITI DI SUNGAI BULOH

Lembaga Getah Malaysia

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

1. LATAR BELAKANG

1.1. Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menandatangani perjanjian jual beli tanah
dengan syarikat 783494-A pada 16 Ogos 2011 bagi penjualan 2,620.04 ekar tanah milik
LGM di Sungai Buloh dengan nilai RM1.500 bilion. Perjanjian tersebut telah
ditandatangani oleh Ketua Pengarah LGM, Pengerusi LGM, Ahli Lembaga Pengarah
syarikat 783494-A dan Setiausaha syarikat 783494-A. Perjanjian di bawah klausa D
telah menetapkan LGM akan mengekalkan hak milik terhadap 535 ekar tanah, iaitu
531.05 ekar di Lot 481 dan baki 3.95 ekar di PT 4097 bagi Projek Pembangunan Lima
Fasiliti seperti berikut:

a. Germplasm dan muzium seluas 95 ekar;
b. Menara Hevea dan Kompleks Pejabat seluas 100 ekar;
c. Pusat Kecemerlangan Rubber Research Institute Malaysia (RRIM) seluas

140 ekar;
d. Kolej Komoditi seluas 100 ekar; dan
e. Kluster Perniagaan Komoditi seluas 100 ekar.

1.2. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 13 Jun 2012 telah memutuskan
perolehan perunding bagi projek tersebut adalah tidak tertakluk kepada pemakaian
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2011 - Peraturan Perolehan
Perkhidmatan Perunding Bagi Projek Atau Kajian Kerajaan. Pada 7 Ogos 2012, syarikat
644203-K dan syarikat 482409-W telah mewujudkan konsortium. Mesyuarat Lembaga
LGM Bilangan 77 pada 19 September 2012 telah bersetuju dengan cadangan pelantikan
kedua-dua syarikat tersebut sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk Projek
Pembangunan Lima Fasiliti tersebut.

1.3. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 26 November 2012 dengan
kos keseluruhan projek berjumlah RM800 juta. Lembaga Pengarah LGM pada
2 Ogos 2013 telah meluluskan peruntukan tambahan untuk kos keseluruhan projek
sejumlah RM300 juta kepada RM1.100 bilion. Pada 9 Disember 2013, LGM telah
menandatangani Perjanjian PDP bagi Projek Pembangunan Lima Fasiliti di Sungai Buloh
dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM1.100 bilion. Tarikh siap kerja asal adalah

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 79 79
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh

pada 30 Ogos 2018 manakala Sijil Perakuan Pembaikan Kecacatan hendaklah
dikeluarkan pada 30 Ogos 2020.

1.4. Tugas PDP antaranya adalah bertanggungjawab penuh ke atas pelaksanaan
projek dengan memastikan pengurusan kewangan tidak melebihi siling projek yang
ditetapkan. Selain itu, PDP juga bertanggungjawab dalam melantik Kontraktor Pakej
Kerja (WPC). Yuran PDP yang telah ditetapkan dalam Jadual D adalah sebanyak 16.4%
daripada kos pembinaan, iaitu RM882.84 juta. Perjanjian PDP bertarikh
9 Disember 2013 juga menetapkan kos keseluruhan Projek Pembangunan Lima Fasiliti
adalah seperti dalam Jadual 3.1.

JADUAL 3.1
KOS KESELURUHAN PROJEK LIMA FASILITI

ELEMEN PDP

BIL. PERKARA PERATUSAN JUMLAH JUMLAH
1. DARIPADA (RM Juta) KESELURUHAN
2. Kos pembinaan – Kontraktor Pakej Kerja, [Works
Package Contractor (WPC)] KOS - KOS ASAL
Yuran PDP : PEMBINAAN 38.14 (RM Juta)
Pengurusan projek
(%) 882.84

- 144.61

4.3 19.45
53.11
Yuran Risiko dan Liabiliti Pembinaan 3.0 26.49 1,100.01
1,100.00
Kos reka bentuk 6.6 57.91

Perbelanjaan yang boleh dibayar balik 0.6 4.94

Yuran penyeliaan 1.9 17.13

3. Luar Jangka - -
- -
4. Jumlah sementara yang akan digunakan (diletakkan 16.4 144.61
di bawah LGM)

JUMLAH

JUMLAH YANG DIGENAPKAN 16.4 144.61
Sumber: Jadual D, Perjanjian PDP

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan bagi menentukan Projek Pembangunan Lima Fasiliti mematuhi
undang-undang, peraturan kewangan yang berkuat kuasa, syarat perjanjian dan
pembayaran dilaksanakan dengan teratur.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan di Ibu Pejabat LGM meliputi pematuhan terhadap tatacara
perolehan dan kelulusan Projek Pembangunan Lima Fasiliti; penyaluran kos projek
kepada PDP sebagai pelaksana projek; dan bayaran kemajuan projek.

80 80 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraannPrPojreok jPeekmbPanegmunbaannLigmuanFaasnilitLi Dimi SaunFgaaisBiulilothi Di Sungai Buloh

3.2. Sampel yang dipilih adalah sebanyak 19 baucar bayaran bagi tahun 2018 dan
2019 berjumlah RM19.51 juta.

3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak dan menganalisis data, rekod,
perjanjian dan dokumen berkaitan bayaran kepada PDP dan WPC; lawatan fizikal Audit
di Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh; dan temu bual dengan
pegawai yang terlibat.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan Februari hingga Julai 2020. Maklum balas
daripada LGM diterima pada 25 September, 24 Oktober dan 23 November 2020.
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) diadakan pada 14 Oktober 2020. Penemuan Audit
yang dibangkitkan adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1 hingga 4.3.

4.1. Pembaziran Sejumlah RM91.98 Juta Bagi Bayaran Kepada PDP Dan
WPC Kerana Empat (4) Daripada Lima (5) Fasiliti Yang Tidak Diteruskan
Pembangunan

4.1.1. Merujuk kepada klausa 23.1 dan 23.1.1 dalam Perjanjian PDP, event of
default berlaku sekiranya PDP meninggalkan mana-mana bahagian perkhidmatan
atau kerja. LGM telah mengeluarkan surat amaran kelewatan kemajuan kerja di
tapak kepada PDP tiga (3) bulan berturut-turut, iaitu pada 13 Oktober, 7 November
dan 7 Disember 2017. LGM telah mengeluarkan Notis Kegagalan kepada PDP pada
8 Disember 2017. Bagaimanapun, PDP telah gagal memperbaiki kegagalan
kelewatan kemajuan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selama 30
hari. LGM juga telah memberi lanjutan masa kepada PDP selama 31 hari untuk
memperbaiki kegagalan sehingga 20 Februari 2018. Sekiranya PDP gagal
memperbaiki kegagalan sehingga tempoh lanjutan masa yang diberikan, LGM
berhak untuk menamatkan pelantikan PDP seperti yang terkandung dalam
perjanjian.

4.1.2. LGM juga telah melantik firma guaman untuk mendapatkan pandangan dari
sudut perundangan serta kesan dan impak kepada LGM bagi cadangan penamatan
PDP. Sehubungan itu, Mesyuarat Lembaga LGM pada 14 Februari 2018 bersetuju
menamatkan perjanjian PDP berkuat kuasa pada 1 Jun 2018. Antara justifikasi
penamatan adalah:

a. Pelanggaran klausa 1.2.17 oleh PDP di mana elemen masa adalah intipati
kepada pelaksanaan/prestasi tanggungjawab/kewajipan PDP. PDP telah

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 81 81
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh

gagal mengambil tindakan segera bagi mengatasi pemberhentian
sebahagian kerja oleh WPC;
b. Pelanggaran klausa 23.1.1 oleh PDP di mana pemberhentian sebahagian
kerja di tapak boleh mengakibatkan kontrak PDP ditamatkan; dan
c. Prestasi PDP yang lemah dari segi kemajuan fizikal dan kewangan.

4.1.3. Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 128 bertarikh 28 November 2019
memutuskan selepas penamatan PDP, hanya satu (1) fasiliti, iaitu Pusat
Kecemerlangan RRIM yang bernilai RM328.60 juta yang akan dibangunkan semula
oleh LGM Properties Corporation (LGMPC) sebagai Pengurus Projek.

4.1.4. Sehingga 31 Disember 2019, LGM telah membuat pembayaran kepada PDP
dan WPC berjumlah RM118.55 juta. Kos ini terdiri daripada pembayaran yuran
perunding PDP sejumlah RM91.49 juta atau 63.3% daripada kos asal perunding PDP
sejumlah RM144.61 juta, bayaran kerja WPC sejumlah RM26.30 juta atau 3.0%
daripada kos asal WPC sejumlah RM882.84 juta dan lain-lain kos sejumlah
RM0.76 juta. Sejumlah RM91.98 juta atau 77.6% daripada
RM118.55 juta merupakan bayaran kepada PDP dan WPC bagi
empat (4) fasiliti yang tidak diteruskan pembangunan. Kos projek
yang telah dibayar tetapi tidak diteruskan pembangunan
merupakan pembaziran kepada LGM. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 3.2.

JADUAL 3.2

PEMBAYARAN KEPADA PDP DAN WPC SEHINGGA 31 DISEMBER 2019

BIL. BUTIRAN KOS ASAL JUMLAH KOS BAYARAN BAGI JUMLAH KOS
PROJEK YANG YANG
FASILITI YANG
TELAH TIDAK DIKEKALKAN
DIBAYAR
DITERUSKAN
PEMBANGUNAN*

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1. Yuran pengurusan projek 38.14 42.10

2. Kos reka bentuk 57.91 40.53
4.94 4.24
3. Perbelanjaan yang boleh dibayar 4.62 74.59 16.90
balik 43.62

4. Lain-lain

JUMLAH YURAN PERUNDING PDP 144.61 91.49 74.59 16.90

5. Bayaran bagi kerja WPC 882.84 26.30 16.63 9.67

6. Luar Jangka 19.45 - --

Jumlah sementara yang akan

7. digunakan (diletakkan di bawah 53.11 0.07 0.07 -
TB** 0.69 0.69 -
LGM)

8. Item tambahan tidak termasuk
dalam kos PDP dan WPC

JUMLAH KESELURUHAN 1,100.00 118.55 91.98 26.57

Sumber : Jurnal Pelarasan Kerja Dalam Kemajuan

Nota : * Laporan Cadangan Amaun Rosot Nilai Berkaitan Projek Pembangunan Lima Fasiliti di Sungai Buloh yang
disediakan oleh syarikat AF 1018 bertarikh 8 Mei 2020

**Tidak Berkaitan (TB)

82 82 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraannPrPojreok jPeekmbPanegmunbaannLigmuanFaasnilitLi Dimi SaunFgaaisBiulilothi Di Sungai Buloh

4.1.5. Perkara ini berlaku berikutan keputusan Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan
133 pada 23 Jun 2020 berdasarkan justifikasi seperti berikut:

a. Empat (4) fasiliti yang tidak diteruskan pembangunan melibatkan bayaran
berjumlah RM69.03 juta;

b. Pengurangan keluasan lantai sebanyak 30.0% atau pengurangan nilai
sejumlah RM14.36 juta yang telah dibayar bagi projek RRIM Centre; dan

c. Lain-lain kos yang dibayar bagi fasiliti yang dibatalkan berjumlah RM8.59 juta.

4.1.6. Mesyuarat antara Ketua Pengarah LGM dan Ketua Pegawai Eksekutif PDP
yang dibuat pada 10 Julai 2019 telah bersetuju untuk melaksanakan proses mediasi
bagi menyelesaikan segala pertikaian. Pada 10 September 2019, PDP telah
mengeluarkan surat permohonan kepada LGM bagi melaksanakan proses mediasi
dan pelantikan calon perantara. Perkara ini adalah disebabkan terdapat tuntutan
yang dibuat oleh WPC dan perunding bagi kerja yang telah dilaksanakan. Pada
25 Jun 2020, proses mediasi antara PDP dan LGM telah selesai dan keputusannya
adalah seperti berikut:

a. Mediasi mencadangkan LGM untuk membuat pertimbangan terhadap
pengecualian penalti yang dikenakan sejumlah RM6.40 juta; dan

b. Mediasi mencadangkan LGM untuk membuat pertimbangan terhadap
langkah seterusnya bagi menyelesaikan pertikaian antara Ketua Pengarah
LGM dengan Ketua Pegawai Eksekutif PDP.

4.1.7. Bagaimanapun, keputusan mediasi tidak dipersetujui oleh LGM dan
Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 135 pada 14 Ogos 2020 bersetuju untuk LGM
memulakan tindakan arbitrasi terhadap PDP bagi menuntut segala kerugian yang
ditanggung oleh LGM. Lembaga Pengarah juga telah meluluskan pelantikan firma
guaman bagi tujuan arbitrasi dalam tuntutan terhadap PDP. Seterusnya, LGM juga
melantik firma guaman lain bagi menentukan nilai kerugian sebenar yang
ditanggung oleh LGM berikutan penamatan perjanjian PDP.

Maklum balas LGM yang diterima pada 25 September 2020

Keputusan penamatan PDP oleh Lembaga LGM dibuat adalah berdasarkan
pertimbangan terhadap hasil kajian ketekunan wajar (due diligence) yang telah
dilaksanakan oleh Pasukan Pengurusan Projek. Laporan mengenai implikasi
perundangan telah disediakan oleh firma guaman yang dilantik dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 114 pada 14 Februari 2018.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 83 83
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh

Maklum balas LGM yang diterima pada 23 November 2020

Keputusan Lembaga LGM untuk menamatkan PDP adalah untuk menjaga kepentingan
LGM dan mengurangkan kerugian kepada projek tersebut. Ini adalah kerana jika LGM
tidak menamatkan kontrak PDP dan meneruskan projek, LGM akan menanggung
kerugian dalam bentuk penambahan kos dan kelewatan projek.

Pernyataan Berlaku pembaziran sejumlah RM91.98 juta disebabkan oleh
Audit empat (4) daripada lima (5) fasiliti yang tidak diteruskan
pembangunan.

4.2. Bayaran Sejumlah RM2.80 Juta Telah Dibayar Kepada PDP Tanpa
Perjanjian Tambahan

4.2.1. Perenggan 6.37(a), Prosedur Kewangan LGM 2010 menetapkan perubahan
kontrak kerja bermaksud apa-apa penyimpangan daripada apa yang telah
dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang berkaitan dengan pelan, penentuan
dan/atau senarai kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan. Perenggan
6.37(b) pula menetapkan kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan
melalui tender berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan yang
berkenaan dengannya. Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan
sekiranya pelaksanaan melalui tender berasingan akan menjejaskan atau
mengganggu kontrak yang sedang berjalan.

4.2.2. Semakan Audit mendapati bayaran sejumlah RM2.80 juta telah
dibayar kepada PDP tanpa perjanjian tambahan berikutan
perubahan kos. Mengikut perjanjian asal, bayaran perunding yang sepatutnya
dibayar berjumlah RM33.50 juta berdasarkan Jadual E1. Bagaimanapun, LGM telah
membuat bayaran perunding sejumlah RM36.30 juta berdasarkan dokumen
perubahan ketiga bertarikh 2 Ogos 2016 sehingga 17 April 2018 yang tiada
perjanjian tambahan.

4.2.3. Semakan Audit juga mendapati perjanjian tambahan tidak dibuat
bagi pertambahan dan pengurangan skop serta kos kerja. Perkara
ini telah menyebabkan peningkatan kos projek sejumlah RM384.33
juta atau 48.0%, iaitu daripada RM800 juta kepada RM1.185 bilion. Semakan
lanjut mendapati skop dan kos keseluruhan projek telah dipinda
sebanyak tiga (3) kali seperti berikut:

84 84 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraannPrPojreok jPeekmbPanegmunbaannLigmuanFaasnilitLi Dimi SaunFgaaisBiulilothi Di Sungai Buloh

a. Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 82 bertarikh 2 Ogos 2013 bersetuju kos
maksimum keseluruhan Projek Sungai Buloh adalah berjumlah
RM1.100 bilion. Peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM800 juta
kepada RM1.100 bilion disebabkan perkara berikut:
i. PDP mendapat yuran tambahan sebanyak 3.0% daripada kos
pembangunan disebabkan PDP bertanggungjawab dalam pengurusan
risiko dengan menandatangani semua perjanjian bersama WPC; dan
ii. Projek akan mengguna pakai konsep kejuruteraan nilai dan reka bentuk
baru dalam pembangunan Projek Pembangunan Lima Fasiliti di Sungai
Buloh.

b. Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 85 bertarikh 18 Februari 2014 bersetuju
kenaikan kos keseluruhan Projek Pembangunan Lima Fasiliti Sungai Buloh
daripada RM1.100 bilion kepada RM1.187 bilion disebabkan perkara berikut:
i. Pertambahan keluasan makmal terbaru, iaitu sejumlah 867 ribu kaki
persegi berbanding keluasan lama, iaitu 680 ribu kaki persegi;
ii. Pertambahan keperluan perabot lengkapan makmal;
iii. Pertambahan keperluan rumah kaca Tahap Bio-Keselamatan 3; dan
iv. Kenaikan kos keseluruhan projek telah menyebabkan yuran PDP juga
turut meningkat berdasarkan peratusan yang sama, iaitu 16.4% daripada
kos pembinaan.

c. Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 101 bertarikh 2 Ogos 2016 bersetuju
dengan cadangan kos keseluruhan projek terbaru daripada RM1.187 bilion
kepada RM1.185 bilion, iaitu penurunan sejumlah RM2.07 juta atau 0.2%.
Pengurangan skop kerja ini adalah disebabkan oleh berlakunya pertukaran
tanah seluas 125 ekar, iaitu daripada 535 ekar kepada 410 ekar. Butiran
lanjut adalah seperti dalam Jadual 3.3.

JADUAL 3.3

PERUBAHAN HARGA KOS KESELURUHAN PROJEK YANG TIDAK DIMUKTAMADKAN

PERUBAHAN KOS KESELURUHAN PROJEK PENINGKATAN/
(PENURUNAN)*
BIL.
JUMLAH
TARIKH BUTIRAN (RM Juta) RM Juta %

1. 26.11.2012 Mengikut SST (Asal) 800.00 - -

2. 09.12.2013 Mengikut Perjanjian PDP 1,100.00 300.00 37.5
(Perubahan Pertama)

3. 18.02.2014 **Perubahan Kedua 1,186.60 86.60 7.9

4. 02.08.2016 **Perubahan Ketiga 1,184.53 (2.07) (0.2)

Sumber : SST; Jadual D, Perjanjian PDP; Minit Mesyuarat Lembaga LGM Bilangan 82, Bilangan 85 dan Bilangan 101
Nota : *Perubahan kos keseluruhan projek berbanding perjanjian sebelumnya

**Tiada perjanjian tambahan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 85 85
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh

Maklum balas LGM yang diterima pada 25 September 2020

Pertambahan kos kali pertama daripada RM800 juta kepada RM1.100 bilion telah
dilaksanakan sebelum perjanjian ditandatangani dan perkara ini telah dimasukkan ke
dalam perjanjian asal PDP yang telah dimeterai. Perjanjian tambahan untuk
pertambahan kos kali kedua daripada RM1.100 bilion kepada RM1.187 bilion tidak
dilaksanakan kerana terdapat pertambahan kos kali ketiga yang perlu dilaksanakan
dalam masa terdekat. Walaupun terdapat beberapa perubahan kepada kos siling projek,
berlaku ketidakpatuhan di mana Sekretariat Perancangan Pembangunan
(Dasar & Operasi) tidak memaklumkan keperluan untuk melaksanakan perjanjian
tambahan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Pemandu dan seterusnya kepada
Lembaga LGM. Ini adalah kerana bagi tempoh di antara bulan Ogos 2016 sehingga
Mei 2018, sebanyak 15 Mesyuarat Lembaga LGM telah diadakan. Berdasarkan tadbir
urus projek yang baik untuk kontrak perunding, sebarang pertambahan perjanjian perlu
ditandatangani secepat mungkin bagi memastikan kepentingan LGM terpelihara dan
juga proses pembayaran dapat dilakukan secara teratur dengan tidak melibatkan
kerugian kepada LGM.

Maklum balas LGM yang diterima pada 24 Oktober 2020

Hala tuju penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh LGM adalah dengan
menubuhkan satu unit yang menumpukan semua proses perolehan dan pemantauan
kontrak perjanjian di LGM secara berpusat dengan penubuhan Unit Perolehan Dan
Kontrak serta Unit Perundangan di LGM semenjak suku ketiga tahun 2019.

Pernyataan Perjanjian tambahan tidak ditandatangani merupakan
Audit pelanggaran kepada Prosedur Kewangan LGM 2010,
Perenggan 6.37(a). Selain itu, pembayaran yuran PDP yang
dibuat tanpa perjanjian tambahan berjumlah RM2.80 juta
bagi perubahan harga kontrak merupakan pembayaran tidak
wajar.

4.3. Peralatan Dan Perisian ICT Bernilai RM1.53 Juta Belum Digunakan

4.3.1. Pada 27 November 2017, PDP telah melantik syarikat 318828-P untuk
Pembekalan, Penghantaran, Pemasangan, Pengujian Dan Pentauliahan, Penyerahan
Dan Penyelenggaraan Terhadap Private Staging Cloud Infrastructure dengan nilai
kontrak sejumlah RM2.35 juta. Selain itu, syarikat juga dikenakan Bon Jaminan
Pelaksanaan sejumlah RM117,400, iaitu 5.0% daripada nilai kontrak. Tempoh
kontrak adalah selama enam (6) bulan mulai 27 November 2017 hingga 27 Mei
2018 dan peralatan ICT tersebut akan ditempatkan di Menara Hevea.

86 86 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

BBaayyaarraannPrPojreok jPeekmbPanegmunbaannLigmuanFaasnilitLi Dimi SaunFgaaisBiulilothi Di Sungai Buloh


Click to View FlipBook Version