The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tinie best, 2020-12-10 20:35:10

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

12. Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan
Trafik Udara Serta Peralatan Operasi Mencari
Dan Menyelamat

– Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia



RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

BAYARAN PERKHIDMATAN DAN

PENYENGGARAAN TRAFIK UDARA SERTA

PERALATAN OPERASI MENCARI DAN

MENYELAMAT

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Apa yang Perkara Utama
diaudit?
 Pengauditan pematuhan terhadap Bayaran Perkhidmatan Dan
Mengapa ia Penyenggaraan Trafik Udara Serta Peralatan Operasi Mencari Dan
penting Menyelamat yang dilaksanakan di Pihak Berkuasa Penerbangan
untuk Awam Malaysia.
diaudit?
 Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan
Apa yang kewangan yang berkuat kuasa, syarat kontrak dan pembayaran
ditemui dilaksanakan dengan teratur.
Audit?
 Penemuan Audit adalah seperti berikut:

- Bayaran sejumlah RM50,220 dibuat bagi Latihan Flight
Procedure Design and Airspace Management for Operators
yang belum dilaksanakan untuk tahun 2019;

- Bayaran berjumlah RM47,970 dibuat untuk kerja sivil dan
struktur yang belum dilaksanakan;

- Bayaran berjumlah RM829,027 dibuat untuk latihan kompetensi
dan latihan berulang yang tidak dilaksanakan; dan

- Bayaran berjumlah RM87,147 dibuat untuk penyenggaraan
peralatan mencari dan menyelamat yang tidak dibekalkan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 189 189
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPinseMiyneMey nenengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfniikyykeeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
Syor Audit

- Memastikan butiran dan terma pada kontrak adalah jelas dan

boleh diukur. Jadual pembayaran yang disediakan dalam

kontrak perlu selari dengan pelaksanaan

pembekalan/perkhidmatan/kerja;

- Memastikan pengesahan pembayaran dan penyempurnaan
bekalan serta perkhidmatan adalah berdasarkan syarat
kontrak, semakan fizikal serta laporan bulanan kerja
penyenggaraan dan pembekalan sebelum pembayaran dibuat.
Pegawai penerima barangan perlu mempunyai maklumat dan
dokumen kontrak yang lengkap untuk tujuan pengesahan;

- Mengambil tindakan segera mengutip balik lebihan bayaran,
membuat pelarasan lebihan bayaran daripada tuntutan
kontrak akan datang atau melaraskannya daripada bon
pelaksanaan bagi kerja penyenggaraan dan pembekalan yang
tidak dilaksanakan; dan

- Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pihak syarikat
atau pegawai yang tidak mematuhi kehendak dan arahan
agensi seperti yang tertakluk dalam undang-undang,
peraturan kewangan dan kontrak.

190 190 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaerni yDeanngMgeanrayae lna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

12. BAYARAN PERKHIDMATAN DAN
SERTA
PENYENGGARAAN TRAFIK UDARA
DAN
PERALATAN OPERASI MENCARI

MENYELAMAT

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia

1. LATAR BELAKANG

1.1. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia
- CAAM) berfungsi bagi menyediakan perkhidmatan trafik udara, kalibrasi penerbangan
dan koordinasi aktiviti mencari dan menyelamat. CAAM juga berfungsi bagi mewakili
Kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam perkara penerbangan awam serta
menasihati Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara melibatkan penerbangan
awam.

1.2. Perolehan secara tender dan rundingan terus di CAAM secara keseluruhannya
adalah berjumlah RM485.89 juta bagi tempoh kontrak antara tahun 2017 hingga 2022
atau RM161.32 juta setahun. Ia meliputi 11 tender berjumlah RM268.48 juta atau
RM88.85 juta setahun dan lima (5) rundingan terus berjumlah RM217.41 juta atau
RM72.47 juta setahun.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada perolehan perkhidmatan dan
penyenggaraan trafik udara serta peralatan operasi mencari dan menyelamat
dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ditumpukan kepada perolehan secara tender dan rundingan terus
yang masih berkuat kuasa sehingga bulan Disember 2019 di Bahagian Pengurusan
Trafik Udara, Bahagian Kalibrasi Penerbangan, CAAM Kuala Lumpur International
Airport (CAAM KLIA), Unit Perolehan Bahagian Khidmat Pengurusan serta Bahagian
Pengurusan Kewangan.

3.2. Semakan telah dibuat terhadap lapan (8) tender dan rundingan terus bagi
tempoh kontrak antara tahun 2017 hingga 2021 berjumlah RM107.54 juta atau

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 191 191
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

RM37.58 juta setahun. Sebanyak 76 sampel baucar bayaran berjumlah RM27.13 juta
bagi bayaran bulan Januari hingga Disember 2019 telah disemak. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 12.1.

JADUAL 12.1

SAMPEL DOKUMEN TENDER DAN RUNDINGAN TERUS

ANTARA TAHUN 2017 HINGGA 2021

PEROLEHAN NILAI KONTRAK BAUCAR
(RM Juta) BAYARAN

KAEDAH BIL. KESELURUHAN SETAHUN BIL. AMAUN
(RM Juta)

Tender 4 65.03 23.41 36 16.59

Rundingan Terus 4 42.51 14.17 40 10.54

JUMLAH 8 107.54 37.58 76 27.13

Sumber: Daftar Kontrak CAAM

3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen serta
menganalisis data yang berkaitan dengan perolehan. Selain itu, pemeriksaan fizikal dan
temu bual dengan pegawai CAAM serta wakil syarikat turut dilaksanakan.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan mulai 27 Februari hingga 16 Mac 2020. Maklum balas
daripada CAAM telah diterima pada 4 Jun 2020, 4 September 2020 dan 24 September
2020. Mesyuarat Penutup (Exit Conference) diadakan pada 7 Julai 2020. Penemuan
Audit adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1. hingga 4.4.

4.1. Kontrak Tender Perkhidmatan Penyenggaraan Global Navigation
Satellite System Flight Procedures Designer Hardware And Software

Global Navigation Satellite System (GNSS) Flight Procedure Design and Airspace
Management (FPDAM) adalah satu sistem aplikasi yang diiktiraf oleh International Civil
Aviation Organisation (ICAO). Sistem ini membantu meningkatkan keupayaan
penyediaan prosedur operasi penerbangan dan menyelenggara prosedur dengan
kaedah automasi berkomputer. Kaedah ini menggunakan data digital sepenuhnya
supaya lebih selamat, tepat, cepat, sistematik dan berkualiti. Sistem ini memerlukan
penyenggaraan yang komprehensif untuk memastikan ia berfungsi dalam keadaan yang
memuaskan bagi menghasilkan prosedur penerbangan yang tepat dan selamat.

Kontrak Tender Perkhidmatan Penyenggaraan GNSS Flight Procedures Designer
Hardware and Software adalah bagi tempoh 36 bulan iaitu dari 1 Januari 2019 hingga
31 Disember 2021 bernilai RM1.86 juta atau RM51,665 sebulan. Kontrak ini meliputi
perkhidmatan penyenggaraan perkakasan, penyenggaraan perisian, latihan kepada

192 192 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

pegawai serta bayaran perkhidmatan pasukan bantuan teknikal dan penyenggaraan
projek.

4.1.1. Bayaran Sejumlah RM50,220 Dibuat Bagi Latihan Flight
Procedure Design And Airspace Management For Operators Yang Belum
Dilaksanakan Untuk Tahun 2019

a. Perenggan 3.2 (a) dalam kontrak menyatakan bayaran bulanan dibuat
kepada syarikat berdasarkan Jadual Pembayaran di Jadual 7 kepada
kontrak Perkhidmatan Penyenggaraan GNSS Flight Procedures Designer
Hardware and Software. Bayaran adalah sejumlah RM51,665 sebulan dan
termasuk bayaran bagi perkhidmatan latihan sejumlah RM4,185 sebulan.

b. Perenggan 3.2 (d) dalam kontrak menyatakan pembayaran tidak akan
diproses dan dibayar sehingga semua kerja selesai dan diperakukan oleh
agensi. Dua (2) jenis latihan yang perlu dilaksanakan seperti pada bill of
quantities (BQ) kepada kontrak Perkhidmatan Penyenggaraan GNSS Flight
Procedures Designer Hardware and Software adalah seperti dalam
Jadual 12.2.

JADUAL 12.2
BUTIRAN LATIHAN SEPERTI BILL OF QUANTITIES

BIL. PERIHAL LATIHAN BILANGAN TEMPOH AMAUN
(HARI) (TAHUN) (RM)
3 TAHUN 1 BULAN
1 TAHUN

1. FPDAM 10 Refresh 10 3 150,660 50,220 4,185
Training

2. Microstation Training 5

Sumber: Kontrak Perkhidmatan Penyenggaraan GNSS Flight Procedures Designer Hardware and Software

c. Setakat 31 Disember 2019, tiada bukti dua (2) jenis latihan ini
telah dilaksanakan. Semakan Audit terhadap baucar bayaran bagi
bulan Januari hingga Disember 2019 mendapati sejumlah RM4,185
sebulan atau RM50,220 setahun telah dibayar bagi dua (2)
jenis latihan yang belum dilaksanakan.

d. Perkara ini berlaku kerana terma kontrak yang tidak jelas di mana bayaran
ditetapkan secara bulanan walaupun pelaksanaan perkhidmatan tidak
dinyatakan secara bulanan. Pembayaran dan pengesahan pelaksanaan
perkhidmatan dibuat tanpa mengambil kira perkhidmatan yang tidak
dilaksanakan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 193 193
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

Maklum balas CAAM yang diterima pada 4 September 2020

Addendum pada kontrak masih dalam semakan Penasihat Undang-undang. CAAM akan
membuat pelarasan bayaran sebaik sahaja addendum kontrak dimuktamadkan.

Pernyataan Bayaran bagi perkhidmatan latihan yang belum dilaksanakan

Audit berjumlah RM50,220 merupakan improper payment.

4.2. Kontrak Tender Comprehensive Operation And Maintenance Of
Terminal Approach Radar And Ancillary Equipment Complete With Spare
Parts At Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor

Kontrak ini merupakan perkhidmatan operasi dan penyenggaraan sistem Terminal
Approach Radar (TAR) serta pembekalan alat ganti bagi memastikan sistem berkenaan
berfungsi dengan tepat dan sempurna. Kontrak ini juga menghendaki pihak syarikat
menyediakan perkhidmatan teknikal sepanjang tempoh kontrak.

Kontrak Tender Comprehensive Operation and Maintenance of TAR and Ancillary
Equipment Complete with Spare Parts at Kuala Lumpur International Airport, Sepang,
Selangor adalah bagi tempoh 36 bulan iaitu dari 1 Julai 2017 hingga 30 Jun 2020
bernilai RM7.68 juta atau RM213,472 sebulan. Kontrak ini meliputi kerja awalan,
perkhidmatan operasi dan penyenggaraan, kerja sivil dan struktur serta lain-lain
perkhidmatan yang diperincikan dalam kontrak.

4.2.1. Bayaran Berjumlah RM47,970 Dibuat Untuk Kerja Sivil Dan
Struktur Yang Belum Dilaksanakan

a. Perenggan 3.2 (a) dalam kontrak menyatakan bayaran bulanan dibuat
kepada syarikat berdasarkan Jadual Pembayaran di Jadual B kepada
kontrak Comprehensive Operation and Maintenance of TAR and Ancillary
Equipment Complete with Spare Parts at Kuala Lumpur International
Airport, Sepang, Selangor. Bayaran adalah sejumlah RM213,472 sebulan.

b. Perenggan 3.2 (d) dalam kontrak menyatakan pembayaran tidak akan
diproses dan dibayar sehingga semua kerja selesai dan diperakukan oleh
agensi. Butiran kerja sivil dan struktur pada Item I, BQ yang perlu
dilaksanakan adalah seperti dalam Jadual 12.3.

194 194 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

JADUAL 12.3

BUTIRAN KERJA SIVIL DAN STRUKTUR SEPERTI BILL OF QUANTITIES

AMAUN

BIL. ITEM SIVIL DAN STRUKTUR (RM)

3 TAHUN 1 TAHUN 1 BULAN

Penyenggaraan dan pemuliharaan bangunan TAR,

1. tempat perlindungan dan pondok pengawal 86,364 28,788 2,399
(pembersihan, pemotongan rumput, papan tanda, 57,564 19,188 1,599

pagar dan lain-lain).

Kerja mengecat (dalam dan luar) tempat perlindungan,

2. pondok pengawal, pagar dan pintu termasuk papan
tanda, kabin keluli, bangunan genarator dan tiang

antena.

JUMLAH 143,928 47,976 3,998

Sumber: Kontrak Comprehensive Operation and Maintenance of TAR and Ancillary Equipment Complete with
Spare Parts at Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor

c. Pemeriksaan fizikal Audit dan pengesahan daripada pihak syarikat
menunjukkan kerja mengecat di bawah item kerja sivil dan struktur masih
belum dilaksanakan di bangunan Terminal Approach Radar setakat 3 Mac
2020. Kontrak telah tamat pada 30 Jun 2020. Sehingga Exit Conference
pada 7 Julai 2020, CAAM mengesahkan kerja tersebut masih belum
dilaksanakan. Merujuk kepada maklum balas CAAM, kerja tersebut hanya
disiapkan pada 21 Julai 2020. Berdasarkan pengiraan Audit, sejumlah
RM1,599 sebulan atau RM47,970 untuk tempoh 30 bulan
telah dibayar kepada pihak syarikat bagi kerja yang belum
dilaksanakan dari bulan Julai 2017 hingga Disember 2019.
Butiran kerja yang belum dilaksanakan adalah seperti dalam
Gambar 12.1, 12.2, 12.3 dan 12.4.

GAMBAR 12.1 GAMBAR 12.2

Bangunan Utama Pondok Pengawal
- Kerja Mengecat Tidak Dilaksanakan - Kerja Mengecat Tidak Dilaksanakan

(03.03.2020) (03.03.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 195 195
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

GAMBAR 12.3 GAMBAR 12.4

Tiang Antena Pintu Pagar

- Kerja Mengecat Tidak Dilaksanakan - Kerja Mengecat Tidak Dilaksanakan
(03.03.2020) (03.03.2020)

(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)

d. Perkara ini berlaku kerana terma kontrak yang tidak jelas di mana bayaran
ditetapkan secara bulanan walaupun pelaksanaan kerja tidak dinyatakan
secara bulanan. Pembayaran dan pengesahan pelaksanaan kerja dibuat
tanpa mengambil kira kerja yang tidak dilaksanakan.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 4 September 2020

Berdasarkan laporan yang telah diterima pada 3 September 2020, kerja-kerja sivil telah
dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada 21 Julai 2020 seperti dalam Gambar 12.5,
12.6, 12.7 dan 12.8. Laporan dan kerja ini telah disahkan oleh Penolong Pengarah,
CAAM KLIA. Tiada bayaran dibuat untuk bulan terakhir kontrak iaitu bagi tempoh Jun
2020. CAAM akan membuat pengasingan bagi butiran kerja bersifat one-off dan
berjadual bagi kontrak yang akan datang.

GAMBAR 12.5 GAMBAR 12.6

Bangunan Utama Bangunan Utama
- Kerja Mengecat Telah Dilaksanakan - Kerja Mengecat Telah Dilaksanakan

(Sumber: CAAM) (Sumber: CAAM)

196 196 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

GAMBAR 12.7 GAMBAR 12.8

Bangunan Utama Bangunan Utama
- Kerja Mengecat Telah Dilaksanakan - Kerja Mengecat Telah Dilaksanakan

(Sumber: CAAM) (Sumber: CAAM)

Pernyataan Bayaran bagi kerja sivil dan struktur yang belum dilaksanakan
Audit pada masa bayaran dibuat adalah merupakan improper
payment.

4.3. Kontrak Tender The Comprehensive Operation And Maintenance Of Air
Traffic Control Systems, Ancillary Equipment Complete And Spare Parts At
Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor; And Simultaneous
Parallel Approach, Fallback Systems And Ancillary Equipment And Spare Parts
At Kuala Lumpur Air Traffic Centre, Subang, Selangor

Kontrak ini merupakan perkhidmatan operasi dan penyenggaraan sistem yang terlibat
serta pembekalan alat ganti bagi memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan tepat
dan sempurna. Kontrak ini juga menghendaki pihak syarikat menyediakan perkhidmatan
teknikal sepanjang tempoh kontrak.

Kontrak Tender The Comprehensive Operation and Maintenance of Air Traffic Control
Systems (ATCS), Ancillary Equipment Complete and Spare Parts at Kuala Lumpur
International Airport, Sepang, Selangor; and Simultaneous Parallel Approach (SPA),
Fallback Systems and Ancillary Equipment and Spare Parts at Kuala Lumpur Air Traffic
Centre, Subang, Selangor adalah bagi tempoh 36 bulan iaitu dari 1 Mei 2017 hingga
30 April 2020 bernilai RM50.04 juta atau RM1.39 juta sebulan.

4.3.1. Bayaran Berjumlah RM829,027 Dibuat Untuk Latihan
Kompetensi Dan Latihan Berulang Yang Tidak Dilaksanakan

a. Perenggan 3.2 (a) dalam kontrak menyatakan bayaran bulanan dibuat
kepada syarikat berdasarkan Jadual Pembayaran di Jadual C kepada
kontrak The Comprehensive Operation and Maintenance of ATCS, Ancillary
Equipment Complete and Spare Parts at Kuala Lumpur International Airport,

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 197 197
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

Sepang, Selangor; and SPA, Fallback Systems and Ancillary Equipment and
Spare Parts at Kuala Lumpur Air Traffic Centre, Subang, Selangor. Bayaran
adalah sejumlah RM1.39 juta sebulan. Perenggan 3.2 (d) dalam kontrak
menyatakan pembayaran tidak akan diproses dan dibayar sehingga semua
kerja selesai dan diperakukan oleh agensi.

b. Perenggan 3.13 kepada Jadual A pada kontrak menjelaskan latihan
kompetensi (competency training) perlu dilaksanakan oleh jurulatih
bertauliah daripada Original Equipment Manufacturer (OEM) sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak bagi kesemua 11 sistem. Bukti
dalam bentuk sijil dan laporan siap kursus perlu dikemukakan kepada
agensi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh latihan. Item E, BQ
dalam kontrak menetapkan amaun latihan kompetensi adalah sejumlah
RM6.93 juta untuk tempoh tiga (3) tahun atau RM192,638 sebulan
melibatkan 11 sistem dengan kadar bayaran yang berbeza. Perenggan 3.14
kepada Jadual A pada kontrak pula menjelaskan latihan berulang (recurrent
training) perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi
kesemua 11 sistem dan dilaporkan secara bertulis kepada agensi. Item J,
BQ dalam kontrak menetapkan amaun latihan berulang pula adalah
sejumlah RM126,000 untuk tempoh tiga (3) tahun atau RM3,500 sebulan
melibatkan semua sistem ini.

c. Semakan Audit mendapati latihan kompetensi bagi satu (1) daripada 11
sistem iaitu Voice Recording System (VRS) tidak dilaksanakan. Semakan
terhadap baucar bayaran, invois pembekal dan dokumen sokongan setakat
31 Disember 2019 mendapati bayaran berjumlah RM757,760 atau
RM23,680 sebulan untuk tempoh 32 bulan telah dibuat bagi
latihan kompetensi VRS yang tidak dilaksanakan.

d. Semakan Audit selanjutnya turut mendapati latihan berulang bagi tujuh (7)
daripada 11 sistem iaitu R&S Air-Ground Radio, Terminal Monitoring System
(TMS), Voice Communication Systems (VCSS), VRS, Surface Movement
Radar (SMR), OTE AG Radio serta Leonardo SPA tidak dilaksanakan.
Bayaran berjumlah RM71,267 untuk tempoh 32 bulan telah
dibuat bagi latihan berulang yang tidak dilaksanakan
sehingga 31 Disember 2019.

198 198 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

e. Tiada bukti latihan tersebut telah dilaksanakan seperti
kehendak kontrak iaitu dalam bentuk sijil dan laporan siap
kursus. Kontrak telah tamat pada 30 April 2020 dan sehingga maklum
balas yang diterima pada 24 September 2020, CAAM masih belum
mengemukakan bukti menunjukkan latihan tersebut telah dilaksanakan.
Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.4.

JADUAL 12.4
SENARAI LATIHAN TIDAK DILAKSANAKAN

AMAUN PENGIRAAN AUDIT
3 TAHUN*
BIL. NAMA SETAKAT BILANGAN AMAUN BILANGAN AMAUN AMAUN
SISTEM 30.04.2020 DIBAYAR LATIHAN PATUT BAYAR TERLEBIH
(36 BULAN) LATIHAN DILAKSANAKAN
MENGIKUT SETAKAT SETAKAT BAYAR
(RM) KONTRAK 31.12.2019 31.12.2019
(RM)
(32 BULAN) (RM)
(RM)

(a) (b) (c)** (d) (e) = (c) x (d) (f) = (c) - (e)

LATIHAN KOMPETENSI

1. Voice Recording 852,480 1 757,760 0 0 757,760
System (VRS) 852,480 1 757,760 0 0 757,760

JUMLAH

LATIHAN BERULANG

1. R&S Air-Ground 11,454 3 10,181 0 0 10,181
Radio 11,454 3 10,181 0 0 10,181
10,181 0 0 10,181
Terminal 10,181 0 0 10,181
2. Monitoring 10,181 0 0 10,181
10,181 0 0 10,181
System (TMS)

Voice 11,454 3
3. Communication 11,454 3
11,454 3
Systems (VCSS) 11,454 3

4. Voice Recording
System (VRS)

Surface
5. Movement

Radar (SMR)

6. OTE AG Radio

7. Leonardo SPA 11,454 3 10,181 0 0 10,181

JUMLAH 80,178 21 71,267 0 0 71,267
829,027
JUMLAH 932,658 22 829,027 0 0
KESELURUHAN

Nota: *Pengiraan berdasarkan BQ pada kontrak
**(c) = (a)/36 bulan X 32 bulan (Pengiraan Audit berdasarkan baucar bayaran setakat 31 Disember 2019)

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 199 199
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

f. Perkara ini berlaku kerana terma kontrak yang tidak jelas di mana bayaran
ditetapkan secara bulanan walaupun pelaksanaan perkhidmatan tidak
dinyatakan secara bulanan. Pembayaran dan pengesahan pelaksanaan
perkhidmatan dibuat tanpa mengambil kira perkhidmatan yang tidak
dilaksanakan.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 4 Jun 2020

Kontrak ini adalah bersifat komprehensif yang mana pelarasan dibuat pada akhir
sesuatu kontrak bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan. Pihak CAAM mengambil
perhatian teguran Audit berhubung perkara ini dan akan membuat pelarasan
sewajarnya bagi bayaran yang dibuat berdasarkan BQ yang ditetapkan. Seterusnya
CAAM akan memastikan bayaran dibuat bagi perkhidmatan yang telah diselesaikan
berdasarkan BQ pada kontrak baharu akan datang agar perkara seperti ini tidak
berulang.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 4 September 2020

Melalui e-mel bertarikh 21 April 2020 dan 5 Ogos 2020, pihak CAAM telah memohon
pengesahan kepada syarikat berkenaan butiran pelaksanaan latihan yang telah
dilaksanakan di bawah kontrak. CAAM mengambil maklum latihan-latihan telah
dilaksanakan, namun pihak syarikat masih belum menyerahkan laporan lengkap
berkenaan perkara ini. Pihak CAAM akan bermesyuarat pada 4 September 2020
bersama pihak syarikat berkenaan perkara ini. CAAM akan membuat pengasingan bagi
butiran kerja bersifat one-off dan berjadual bagi kontrak-kontrak yang akan datang.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 September 2020

CAAM akan membuat pelarasan pembayaran semula dan penolakan akan dibuat bagi
kerja-kerja yang tidak disempurnakan syarikat.

Pernyataan Bayaran bagi perkhidmatan latihan yang dibayar sebelum
Audit perkhidmatan latihan dilaksanakan berjumlah RM829,027
merupakan improper payment. Ini mengakibatkan kerugian di
pihak agensi dan tiada pindahan kepakaran kepada pegawai
CAAM.

200 200 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

4.4. Kontrak Rundingan Terus The Services Of Search And Rescue
Equipment

Kontrak ini merupakan perkhidmatan penyenggaraan 100 buah rakit keselamatan
mengikut tatacara dan prosedur yang diperakukan oleh pihak pembuat OEM. Pihak
syarikat perlu menyediakan bantuan teknikal, pembekalan alat ganti, menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan serta menyediakan
laporan seperti dalam kontrak. Kontrak Rundingan Terus The Services of Search and
Rescue (SAR) Equipment adalah bagi tempoh 36 bulan iaitu dari 1 Januari 2019 hingga
31 Disember 2021 bernilai RM2.38 juta.

4.4.1. Bayaran Berjumlah RM87,147 Dibuat Untuk Penyenggaraan
Peralatan Mencari Dan Menyelamat Yang Tidak Dibekalkan

a. Perenggan 3.1 (e) pada kontrak menyatakan pihak syarikat berhak ke atas
pembayaran mengikut harga kontrak yang disenaraikan dalam BQ di
Jadual 3 kepada kontrak The Services of SAR Equipment. Antara item yang
perlu disenggara dan dibekalkan dalam rakit keselamatan adalah beacon
fast find 220 PLB, sea light, gasket, lower, valve stem, bobbin, first aid kit
serta rations. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.5.

JADUAL 12.5

PERIHAL JADUAL 3 KEPADA KONTRAK

BIL. TAHUN AMAUN
(RM Juta)

1. 2019 0.75

2. 2020 0.95

3. 2021 0.68

JUMLAH 2.38

Sumber: Kontrak The Services of SAR Equipment

b. Semakan Audit terhadap baucar bayaran, invois pembekal, dokumen
sokongan dan pemeriksaan fizikal pada 5 Mac 2020 mendapati pihak
syarikat telah menuntut dan dibayar sejumlah RM0.75 juta bagi tahun 2019
selaras dengan BQ.

c. Analisis Audit selanjutnya ke atas dokumen Replacement Item
During Servicing yang dikeluarkan oleh syarikat bagi 100
buah rakit keselamatan mendapati lapan (8) item tidak
dibekal sepenuhnya mengikut unit yang dinyatakan dalam
kontrak. Perbezaan unit peralatan yang sebenar dibekal

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 201 201
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

menyebabkan lebihan bayaran berjumlah RM87,147. Butiran
adalah seperti dalam Jadual 12.6.

JADUAL 12.6
PEMBEKALAN DAN PENYENGGARAAN SEBENAR
BERBANDING INVOIS DAN NOTA PENGHANTARAN

BILL OF ANALISIS AUDIT
QUANTITIES*
PEMBEKALAN KURANG LEBIHAN
INVOIS SEBENAR ** BEKAL BAYAR

BIL. ITEM UNIT HARGA (RM) UNIT AMAUN UNIT AMAUN (RM)
(a) SEUNIT (c) = (d) (h) =
(a) x (b) (RM) (f) = (RM) (c) - (e)
(RM) (e) = (a) - (d) (g) =
(d) x (b) (f) x (b) 10,000
(b) 10,000

Schedule Maintenance 3,430
1,960
1. Beacon, Fast Find 100 100.00 10,000 0 0 100 10,000
220 PLB 968
623
JUMLAH 10,000 0 10,000 616
7,597
Mandatory Spares - Cylinder and Valves
42,350
2. Gasket, Lower, 200 44.55 8,910 123 5,480 77 3,430 42,350
Valve Stem 44.55 8,910 156 6,950 44 1,960
4,400 156 3,432 44 27,200
3. Gasket, Cylinder to 200 31,130 98 30,507 2 968 27,200
Body 30,800 98 30,184 2 623 87,147
616
4. O' Seal 200 22.00

5. Bobbin, Soluble 100 311.30
Core

6. Bobbin 100 308.00

JUMLAH 84,150 - 76,553 - 7,597

Replacement Life Component Spares accordingly with OEM Installation Expiry Date

7. Sea Light 100 423.50 42,350 0 0 100 42,350

JUMLAH 42,350 - 0- 42,350

Overhaul Maintenance (5 yearly)

8. CO2 Cylinder 20 3,400.00 68,000 12 40,800 8 27,200
Hydrostatic 68,000 - 40,800 - 27,200

JUMLAH

JUMLAH KESELURUHAN 87,147
Sumber: CAAM
Nota : *Bill of Quantities = Invois = Nota Penghantaran

**Dokumen Replacement Item During Servicing

d. Perkara ini berlaku kerana pegawai penerima peralatan di lokasi peralatan
menyelamat ditempatkan hanya menyemak dokumen Replacement Item
During Servicing dengan barang yang dibekalkan tanpa merujuk kepada BQ
dalam kontrak. Pegawai yang membuat bayaran di ibu pejabat hanya
membayar berdasarkan BQ, invois dan nota penghantaran tanpa merujuk
kepada dokumen Replacement Item During Servicing.

202 202 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

RAHSIA

Maklum balas CAAM yang diterima pada 4 September 2020

CAAM telah membuat semakan semula pembekalan/penyenggaraan bagi tahun 2019
berpandukan kepada maklumat dan data yang dikemukakan oleh syarikat. Berdasarkan
data yang dianalisis, CAAM mendapati:

a. Syarikat telah mengemukakan invois dan CAAM telah membuat bayaran
berdasarkan Jadual 3 pada kontrak berjumlah RM0.75 juta.

b. Jadual 3 pada kontrak yang ditandatangani merupakan anggaran kerja-kerja
pembekalan/penyenggaraan berdasarkan maklumat pembekalan/penyenggaraan
tahun 2016 yang mana didapati kurang tepat berdasarkan analisa yang dibuat
oleh CAAM dan syarikat.

c. Tambahan pula, terdapat lapse selama setahun (tahun 2018) yang mana tiada
pembekalan/penyenggaraan dibuat kerana permasalahan dalam
menandatangani kontrak baharu.

d. CAAM mengambil maklum teguran pihak Audit dalam perkara ini. Justeru itu,
beberapa langkah penambahbaikan akan dilaksanakan dalam pemantauan
kontrak:
i. Memantau secara telus bagi kerja-kerja pembekalan/penyenggaraan yang
dilaksanakan dalam kontrak ini.
ii. Pelaksanaan pelaporan kaedah baharu yang lebih sistematik bagi kerja-
kerja pembekalan/penyenggaraan ini.
iii. Penambahbaikan kaedah tatakerja pembekalan/penyenggaraan oleh
syarikat akan dilaksanakan di semua lima (5) stesen.

Maklum balas CAAM yang diterima pada 24 September 2020

a. CAAM menjangkakan nilai tuntutan dan bayaran kepada syarikat bagi tahun
2020 dan 2021 akan berbeza dari Jadual 3 pada kontrak. Namun CAAM akan
memastikan ianya tidak akan melebihi nilai siling bagi setiap tahun.

b. Tanpa prejudis, CAAM akan memastikan setiap rakit keselamatan adalah dalam
keadaan baik dan disenggara pada setiap masa serta boleh digunakan sekiranya
berlaku bencana.

c. CAAM akan memastikan kontrak akan datang ditambah baik supaya tiada
kekeliruan antara BQ dan nilai pembekalan/penyenggaraan sebenar.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 203 203
BayaBraaySnaerPratSenaerkPrPtehaerirdkPahmeliardaatmtalaaannttaaOnDnpaODenpareanPrseaPi nseMiyn eMyeennengcngagcgaraiarriraDaDaaanannnTTMMrraeaefnfnii kyyk eeUUllaaddmmaararaatat RAHSIA

RAHSIA

Pernyataan Setiap item yang dibekalkan harus selaras dengan syarat
Audit pembekalan dalam kontrak. Pengesahan penerimaan
berdasarkan dokumen tuntutan daripada syarikat tanpa
disahkan dengan maklumat peralatan sebenar yang telah
diterima di lokasi menyebabkan lebihan bayaran berjumlah
RM87,147 dan mengakibatkan kerugian di pihak agensi.
Kegagalan syarikat memenuhi obligasinya dalam kontrak
menyebabkan agensi tidak mendapat manfaat sepenuhnya
daripada kontrak yang dimeterai.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada peraturan kewangan dipatuhi
sepenuhnya, penambahbaikan dan tindakan perlu dilaksanakan terhadap perkara
berikut:

5.1. Memastikan butiran dan terma pada kontrak adalah jelas dan boleh diukur.
Jadual pembayaran yang disediakan dalam kontrak perlu selari dengan pelaksanaan
pembekalan/perkhidmatan/kerja.

5.2. Memastikan pengesahan pembayaran dan penyempurnaan bekalan serta
perkhidmatan adalah berdasarkan syarat kontrak, semakan fizikal serta laporan bulanan
kerja penyenggaraan dan pembekalan sebelum pembayaran dibuat. Pegawai penerima
barangan perlu mempunyai maklumat dan dokumen kontrak yang lengkap untuk tujuan
pengesahan.

5.3. Mengambil tindakan segera mengutip balik lebihan bayaran, membuat pelarasan
lebihan bayaran daripada tuntutan kontrak akan datang atau melaraskannya daripada
bon pelaksanaan bagi kerja penyenggaraan dan pembekalan yang tidak dilaksanakan.

5.4. Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pihak syarikat atau pegawai
yang tidak mematuhi kehendak dan arahan agensi seperti yang tertakluk dalam
undang-undang, peraturan kewangan dan kontrak.

204 204 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

Bayaran Perkhidmatan Dan Penyenggaraan Trafik Udara RAHSIA

BSaeyratraanP ePr aelrakt ha nidOmpaetraans i DMaenn cPaer ni yDeanngMgeanray ealna mTarat fik Udara
Serta Peralatan Operasi Mencari Dan Menyelamat

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

13. Perolehan Tanah Lot 41
– Bank Negara Malaysia



RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

Apa yang PEROLEHAN TANAH LOT 41
diaudit?
Bank Negara Malaysia
Mengapa ia
penting Kementerian Kewangan
untuk Perkara Utama
diaudit?  Pengauditan pematuhan terhadap Perolehan Tanah Lot 41 di

Apa yang Kuala Lumpur bernilai RM2.070 bilion oleh Bank Negara Malaysia
ditemui? (BNM).

 Menentukan sama ada Perolehan Tanah Lot 41 telah mengikut
syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan Perjanjian
Jual Dan Beli.

 Penemuan Audit adalah seperti berikut:

- Pembangunan tanah Lot 41 masih belum dilaksanakan dan
tidak mendatangkan keuntungan kepada BNM.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Menyelesaikan dengan segera proses penukaran status tanah
dan pecah sempadan antara Lot 41 dengan tanah milik
Malaysian Space Agency (MYSA);

- Perjanjian sewaan di antara BNM dan Kementerian Pertahanan
(MINDEF) bagi tahun 2020 hendaklah ditandatangani segera
untuk memastikan hak BNM dilindungi dan syarat-syarat
kontrak dapat dikuatkuasakan; dan

- Untuk masa akan datang, sebelum membuat perolehan tanah,
pihak pengurusan wajar merancang dengan lebih teliti dan
melaksanakan due diligence agar pelaburan yang dibuat
adalah menguntungkan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 207 207
PerolehPearnoleThaannTaahnaLh oLott 4411 RAHSIA

208 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Perolehan Tanah Lot 41

RAHSIA

13. PEROLEHAN TANAH LOT 41

Bank Negara Malaysia

Kementerian Kewangan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerima surat daripada Kementerian
Kewangan (MOF) bertarikh 21 Ogos 2017 mengenai tawaran penjualan tanah Lot 41 di
Kuala Lumpur seluas 67.39 ekar. Mesyuarat Lembaga Pengarah BNM bertarikh
24 Ogos 2017 bersetuju dengan cadangan perolehan tanah Lot 41 bagi tujuan
pelaburan untuk rizab pembangunan BNM dan agensi pada masa hadapan. Pada
31 Oktober 2017, BNM sekali lagi telah menerima surat daripada MOF mengenai
tawaran penjualan tanah Lot 41 di Kuala Lumpur seluas 55.79 ekar. Seterusnya,
mesyuarat Lembaga Pengarah meluluskan perolehan tanah Lot 41 seluas 55.79 ekar
pada 7 Disember 2017.

1.2. Transaksi perolehan tanah Lot 41 dijalankan melalui special purpose vehicle
(SPV) yang dilantik iaitu antara Syarikat Hartanah Mampan Sdn. Bhd. (HMSB), syarikat
subsidiari Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dengan BNM. Nilai perolehan tanah
Lot 41 berjumlah RM2.070 bilion dan dibayar oleh BNM secara berperingkat kepada
MOF pada bulan Disember 2017.

1.3. Hak milik sementara tanah Lot 41 telah didaftarkan atas milikan BNM oleh
Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG WPKL) pada
29 Disember 2017. Berdasarkan hak milik sementara tersebut, senarai pengguna lain
yang menduduki tanah Lot 41 adalah seperti dalam Jadual 13.1.

JADUAL 13.1

SENARAI PENGGUNA TANAH LOT 41

KELUASAN YANG

BIL. PENGGUNA DIMILIKI OLEH BNM

(EKAR)

1. Malaysian Space Agency (MYSA) *

2. OUM dan IUMW 28.58

3. Banglo No.5 ** 0.94

4. Banglo No.7 ** 3.18

5. Banglo No.9 1.05

6. Banglo No.9A 0.40

7. Banglo No.9B 0.57

8. Wisma Seri Kota 2.36

9. Tanah Kosong (anggaran) ** 18.71

JUMLAH 55.79

Sumber: Laporan Penilaian Lot 41 Seksyen 51 BNM

Nota : *Tanah milik MYSA berkeluasan 11.62 ekar terletak dalam tanah
Lot 41. Tanah ini masih dimiliki oleh MYSA dan tidak termasuk
dalam perolehan BNM

** Premis dan tanah kosong

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 209 209
PerolehPearnoleThaannTaahnaLh oLott 4411 RAHSIA

RAHSIA

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada perolehan tanah Lot 41 telah
mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan Perjanjian Jual Dan Beli.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Fasiliti BNM yang bertanggungjawab
menguruskan perolehan tanah. Semakan juga dibuat terhadap dokumen Perjanjian Jual
Dan Beli, Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan rekod yang berkaitan.
Bagaimanapun, pihak Audit mendapat kekangan kerana salinan asal Perjanjian Jual Dan
Beli dan Borang 14A (pindah milik tanah, bahagian atau pajakan) tidak dikemukakan
semasa pengauditan dijalankan.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan April hingga September 2020. Penemuan Audit
telah dibangkitkan kepada pihak pengurusan BNM pada 15 Oktober 2020. Maklum balas
telah diterima daripada BNM pada 28 Oktober dan 23 November 2020. Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) telah diadakan pada 30 Oktober 2020. Penemuan Audit
adalah seperti di perenggan 4.1.

4.1. Pembangunan Hab Pendidikan Di Tanah Lot 41 Yang Dibeli Dengan
Harga RM2.070 Bilion Masih Belum Dilaksanakan

4.1.1. Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah bertarikh 24 Ogos 2017,
pada asasnya Lembaga Pengarah telah bersetuju dengan cadangan perolehan tanah
Lot 41 bagi tujuan pelaburan untuk rizab pembangunan BNM pada masa hadapan.
Selain itu, BNM telah mengemukakan surat kepada MOF pada 31 Oktober 2017
dengan menyatakan tujuan perolehan tanah Lot 41 adalah untuk dijadikan Hab
Pendidikan kerana lokasinya berdekatan dengan Sasana Kijang dan Asia School of
Business yang juga dimiliki oleh BNM.

4.1.2. Semakan Audit mendapati perolehan tanah ini tiada dalam
perancangan strategik tahunan BNM bagi tempoh 2015 hingga
2017. Semasa proses perolehan tanah ini dilakukan sebahagian tanah ini masih
dalam pajakan Tenaga Nasional Berhad dan Universiti Malaya. Selain itu, tanah
seluas 11.62 ekar dimiliki oleh MYSA yang terletak di Lot 41 juga masih belum
dipecah sempadan.

210 210 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerroolleehhananTanTaahnLaoth41Lot 41

RAHSIA

4.1.3. Semakan lanjut Audit mendapati sehingga bulan September 2020,
pembangunan di atas tanah Lot 41 masih belum dilaksanakan. BNM tidak
mempunyai perancangan khusus bagi premis yang tidak diduduki dan tanah kosong
seluas 22.83 ekar dan masih dalam proses merangka pelan pembangunan di tanah
tersebut.

4.1.4. Pihak Audit mendapati BNM juga tidak membuat penelitian yang
wajar dari segi perancangan pembangunan tanah dengan Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum bersetuju untuk
membelinya.

4.1.5. Faktor lain yang menyebabkan pembangunan di atas tanah Lot 41 masih
belum dilaksanakan ialah pecah sempadan antara tanah tersebut dengan
tanah milik MYSA masih belum selesai. Tanah milik MYSA terletak dalam
kawasan tanah Lot 41 seluas 11.62 ekar yang tidak dibayar dan bukan dimiliki oleh
BNM semasa perolehan tanah Lot 41 dibuat. Perenggan 4.6 Perjanjian Jual Dan Beli
antara HMSB dan BNM menyatakan:

“Upon the Said Land being registered in the name of the Purchaser and
receipt of the land surveyor’s report from the Vendor, the Purchaser shall
submit the necessary applications to the Land Registry for purposes of
subdivision of the Said Land to alienate the Plot currently occupied by the
Malaysia Remote Sensing Agency (hereinafter referred to as “MRSA”)
measuring approximately 47,024.51 sq.metres (11.62 acres) (hereinafter
referred to as the “Plot”), identified and delineated in blue in lay out plan
annexed hereto as the First Schedule, into a separate Issue Document of
Title in the name of the Vendor as the registered proprietor within eighteen
(18) months from the date of receipt of the land surveyor’s report”.

4.1.6. Sehingga kini, BNM masih dalam proses menentukan jenis status tanah
kerana geran tidak menyatakan kategori tanah. BNM juga masih dalam proses
melantik konsultan bagi tujuan merujuk kepada Zon Pembangunan DBKL sebelum
membuat proses penukaran status tanah dan disusuli dengan proses pecah
sempadan. BNM telah lewat selama 12 bulan dan 5 hari dari tarikh laporan juruukur
tanah dikeluarkan iaitu pada 27 Mac 2018 sehingga tarikh pengauditan
30 September 2020 dalam mengemukakan permohonan pecah sempadan ke PTG
WPKL.

4.1.7. Kesan daripada tiada perancangan bagi perolehan tanah Lot 41 adalah
seperti berikut:

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 211 211
PerolehPearnoleThaannTaahnaLh oLott 4411 RAHSIA

RAHSIA

a. Kehilangan Pulangan Pelaburan Bernilai Antara RM9.49 Juta
Hingga RM124.58 Juta

Antara tempoh perolehan tanah Lot 41 pada bulan Disember 2017 hingga bulan
September 2020, pelaburan BNM berjumlah RM2.070 bilion masih belum
mendatangkan pulangan yang menguntungkan. Pihak Audit telah membuat
analisis perbandingan terhadap anggaran pulangan pelaburan sekiranya nilai
perolehan tanah tersebut dilaburkan dalam bon atau deposit tetap yang mana ia
merupakan salah satu aktiviti utama BNM. Berdasarkan analisis Audit,
BNM dijangkakan mendapat keuntungan sejumlah RM9.49 juta
dalam pelaburan bon atau RM124.58 juta pelaburan deposit
tetap dalam tempoh perolehan tanah Lot 41 sehingga kini.
Anggaran pulangan pelaburan adalah seperti dalam Jadual 13.2.

JADUAL 13.2

ANGGARAN PULANGAN PELABURAN

BIL. JENIS NILAI TAHUN KADAR JUMLAH KEUNTUNGAN
PELABURAN PELABURAN PULANGAN PELABURAN (RM Juta)
PELABURAN* (PRINSIPAL
(PRINSIPAL)
(RM Juta) (FAEDAH) DAN
(%) FAEDAH)
(RM Juta)

Cadangan 1

1. Bon 2,070.00 2018 - 2.5 2,086.44 9.49
Cadangan 2 2020

2018 3.0 2,132.96 62.96

2. Deposit Tetap 2,070.00 2019 2.0 2,176.01 43.05

2020 1.7 2,194.58 18.57

JUMLAH KESELURUHAN DEPOSIT TETAP 124.58

Sumber: Jabatan Audit Negara

Nota : *Kadar pelaburan digunakan adalah berdasarkan prestasi pelaburan BNM dari tahun 2018 hingga bulan Jun
2020

b. Kehilangan Hasil Sewa Berjumlah RM7.56 Juta

i. Perenggan 4.5 Perjanjian Jual Dan Beli antara HMSB dan BNM
menyatakan seperti berikut:

“...Vendor shall issue a written notice to each of the Lessees (excluding
TNB) and the Occupiers containing the following:

(b) the Lessees and the Occupiers shall vacate the said Land no longer
than twelve (12) months from the Submission Date (second
payment date) failing which prevailing market rate shall apply;

212 212 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerroolleehhananTanTaahnLaoth41Lot 41

RAHSIA

(c) remit all rental during the twelve (12) months period to the new
registered proprietor”.

ii. Sehingga bulan September 2020, tiga (3) penyewa/pengguna masih
menyewa di atas tanah Lot 41 iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), International University Malaya Wales Sdn. Bhd.
(IUMW) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF). Semakan Audit
terhadap perjanjian sewaan mendapati kadar sewaan yang
ditetapkan oleh BNM kepada penyewa tersebut tidak
seragam. Kadar sewaan kepada IUMW dikenakan pada kadar semasa,
manakala kadar sewa SPRM dan MINDEF tidak mengikut kadar semasa
dan lebih rendah dari sepatutnya. Ini menyebabkan BNM kehilangan
hasil sewa berjumlah RM7.56 juta. Maklumat lanjut adalah seperti
dalam Jadual 13.3.

JADUAL 13.3

PERBEZAAN ASAS KADAR SEWAAN

ANTARA IUMW, SPRM DAN MINDEF DI ATAS TANAH LOT 41

BERDASARKAN PENGIRAAN KURANGAN
BERDASARKAN TERIMAAN
PERJANJIAN SEWAAN KADAR SEMASA
SEWAAN
BIL. AGENSI TAHUN TARIKH ASAS JUMLAH SEWA JPPH* (RM Juta)
IUMW PERJANJIAN KADAR (RM Juta) (RM Juta) (c) =(a) – (b)
1. SPRM
2. SEWAAN (a) (b) (2.50)

2019 30.09.2019 Kadar 3.20 5.70 (2.10)
2020 Semasa/ 3.60
2021 4.00 5.70 (1.70)
RM1.62
sekaki 5.70 (0.16)

persegi (0.16)

2018 12.02.2020 Tiada Asas / 0.00 0.16 (0.11)
2019 RM0.85 0.00 0.16
2020 sekaki 0.05 0.16

persegi

2018 06.10.2020 Tiada Asas 0.00 0.31 (0.31)
0.00 0.31 (0.31)
3. MINDEF 2019 0.10** 0.31 (0.21)

2020 Perjanjian masih belum
muktamad

JUMLAH KESELURUHAN 10.85 18.51 (7.56)

Sumber: Perjanjian Sewaan BNM
Nota : *Pengiraan Audit menggunakan kadar semasa Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) iaitu RM2.70 per

kaki persegi
**Pengiraan berdasarkan kadar perjanjian SPRM

iii. Selain itu, MINDEF masih belum membuat pembayaran sewaan kepada
BNM bagi tahun 2018 hingga 2020 berjumlah RM0.10 juta kerana
perjanjian sewaan masih belum dimuktamadkan sehingga tarikh laporan
ini.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 213 213
PerolehPearnoleThaannTaahnaLh oLott 4411 RAHSIA

RAHSIA

Maklum balas BNM yang diterima pada 28 Oktober 2020

Tujuan perolehan tanah Lot 41 adalah bagi mencapai visi BNM membangunkan sebuah
Hab Pendidikan Perkhidmatan Kewangan di sekitar Ibu Pejabat BNM dan Sasana Kijang,
antaranya untuk menyumbang dan melahirkan modal insan kepada industri kewangan
negara. Pelan pemindahan International Centre for Education in Islamic Finance
(INCEIF) dan International Shari’ah Research Academy For Islamic Finance (ISRA) ke
Lot 41 tergendala berikutan pandemik COVID-19 serta masa yang lebih lama diperlukan
oleh INCEIF dan ISRA untuk memuktamadkan pelan serta strategi perpindahan. BNM
akan menilai semula perancangan pembangunan tanah Lot 41. Perjanjian sewaan
dengan MINDEF untuk 2018 dan 2019 telah dimeterai pada 6 Oktober 2020.

Maklum balas BNM yang diterima pada 23 November 2020

Kadar sewaan untuk IUMW adalah berbeza di mana kadar JPPH merangkumi kos
penyenggaraan, manakala kadar BNM tidak termasuk kos penyenggaraan setelah
mengambil kira kos tersebut ditanggung oleh penyewa.

Pernyataan Perolehan tanah sepatutnya mempunyai perancangan yang
Audit khusus sebelum perolehan dibuat untuk memastikan tanah
tersebut dibangunkan tanpa kelewatan. Pelaburan yang
dibuat terhadap hartanah tersebut juga dapat memberikan
pulangan masa hadapan.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan,
adalah disyorkan kepada BNM untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti
berikut:

5.1. Menyelesaikan dengan segera proses penukaran status tanah dan pecah
sempadan antara Lot 41 dengan tanah milik MYSA.

5.2. Perjanjian sewaan di antara BNM dan MINDEF bagi tahun 2020 hendaklah
ditandatangani segera untuk memastikan hak BNM dilindungi dan syarat-syarat kontrak
dapat dikuatkuasakan.

5.3. Untuk masa akan datang, sebelum membuat perolehan tanah, pihak
pengurusan wajar merancang dengan lebih teliti dan melaksanakan due diligence agar
pelaburan yang dibuat adalah menguntungkan.

214 214 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerroolleehhananTanTaahnLaoth41Lot 41

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

14. Perbelanjaan Menggunakan Agihan
Wang Zakat

– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan



RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

PERBELANJAAN MENGGUNAKAN AGIHAN
WANG ZAKAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jabatan Perdana Menteri

Perkara Utama

Apa yang  Pengauditan pematuhan terhadap perbelanjaan yang dibuat
diaudit? menggunakan wang zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mengapa ia  Menentukan perbelanjaan yang dibuat menggunakan agihan
penting wang zakat mengikut garis panduan yang disediakan dan
untuk peraturan kewangan yang berkuat kuasa serta mengikut tujuan
diaudit? yang diluluskan.

Apa yang  Penemuan Audit adalah seperti berikut:
ditemui
Audit? - Agihan wang zakat bagi Asnaf Fisabilillah pada tahun 2019
berjumlah RM14.73 juta tidak digunakan bagi maksud yang
sepatutnya;

- Projek pembangunan yang telah dibuat bayaran perkhidmatan
perunding sejumlah RM4.72 juta pada tahun 2013 hingga
2017 menggunakan wang zakat telah ditangguhkan sehingga
tahun 2020;

- Bayaran balik pinjaman yang diberi menggunakan wang zakat
sejumlah RM1.40 juta kepada Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd.
tertunggak sejumlah RM1.21 juta; dan

- Pembelian inventori pakaian seragam dan pakaian sukan
tadika Islam MAIWP berjumlah RM2.39 juta pada tahun 2013
hingga 2015 melebihi keperluan.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Skim bantuan yang diberikan kepada Asnaf Fisabilillah
hendaklah mengikut keutamaan dan takrifan Asnaf Fisabilillah
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 217 217
PerbPeelrabnejl aanajna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang
dibenarkan menggunakan wang zakat. Fatwa khusus perlu
ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek
pembangunan yang boleh dibuat menggunakan wang zakat
secara case by case. Kewajaran dan risiko terutamanya
perbelanjaan pembangunan perlu dikaji semula dengan teliti
bagi memastikan tiada pembaziran dan sebarang
kerugian/pengurangan melibatkan wang zakat;

- Menguatkuasakan ketetapan dalam prosedur operasi standard
seperti pemantauan terhadap status projek/program secara
berkala terutamanya kepentingan agensi mengemukakan
Laporan Pelaksanaan/ Perbelanjaan Program/Aktiviti; dan

- Mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak
mematuhi kehendak dan arahan seperti yang tertakluk kepada
peraturan kewangan.

218218 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
PPeer brbe lealnajnajaananM eMnegng gu ngauknaankaAng i hAagnihWana nWg aZ na kga tZakat SULIT

RAHSIA

14. PERBELANJAAN MENGGUNAKAN AGIHAN WANG
ZAKAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jabatan Perdana Menteri

1. LATAR BELAKANG

1.1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada
1 Februari 1974 dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhan
MAIWP dinyatakan melalui peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).
Fungsi utama MAIWP antaranya mengurus kutipan dan agihan zakat dengan
menyelaras dan melaksanakan tugas dalam membuat kutipan zakat di Wilayah
Persekutuan, melaksanakan agihan zakat kepada Asnaf yang layak mengikut hukum
syarak serta menggubal kaedah-kaedah Baitulmal dalam melaksanakan agihan zakat.
Kutipan zakat diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat - MAIWP, manakala pengagihan
bantuan zakat dilaksanakan oleh Bahagian Baitulmal, MAIWP (Baitulmal).

1.2. Pengagihan bantuan zakat diberi kepada lapan (8) golongan Asnaf yang layak
dan memenuhi syarat umum dan khusus. Secara puratanya, setiap Asnaf layak
mendapat 1/8 atau 12.5% zakat berbanding jumlah kutipan zakat tahunan. Pada tahun
2019, agihan zakat ialah sebanyak 80.5% berbanding jumlah kutipan zakat pada tahun
tersebut. Perbandingan jumlah kutipan dan perbelanjaan agihan zakat oleh MAIWP
pada tahun 2019 dan 2018 adalah seperti dalam Jadual 14.1.

JADUAL 14.1

JUMLAH KUTIPAN DAN

PENGAGIHAN ZAKAT MAIWP

BUTIRAN 2019 2018
(RM Juta) (RM Juta)

Kutipan 688.41 657.43

Perbelanjaan 554.17 505.68

% Agihan 80.5% 76.9%

Sumber: Penyata Kewangan MAIWP Tahun 2019

1.3. Pendapat daripada mazhab Syafie menyatakan empat (4) golongan Asnaf yang
perlu diberi keutamaan dalam pengagihan zakat ialah Asnaf Fakir, Miskin, Amil dan
Muallaf. Empat (4) golongan Asnaf yang dikemudiankan dalam pengagihan zakat ialah
Ibnu Sabil, Al-Gharimin, Al-Riqab dan Fisabilillah. Pada tahun 2019, Asnaf Fisabilillah
mencatatkan penerima agihan zakat paling tinggi berbanding tujuh (7) Asnaf yang lain,
iaitu berjumlah RM179.60 juta (32.4%) berbanding jumlah keseluruhan agihan. Agihan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 219 219
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

zakat pada tahun 2019 dan 2018 mengikut golongan Asnaf adalah seperti dalam
Jadual 14.2.

JADUAL 14.2
AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF PADA TAHUN 2019 DAN 2018

BIL. ASNAF 2019 % 2018 %
RM Juta RM Juta

1. Fakir 103.01 18.6 80.42 15.9

2. Miskin 124.88 22.5 104.09 20.6

3. Amil 108.82 19.6 113.58 22.4

4. Muallaf 15.53 2.8 9.01 1.8

5. Ibnu Sabil 0.69 0.2 0.43 0.1

6. Al-Gharimin 9.65 1.7 11.26 2.2

7. Al-Riqab 11.99 2.2 10.06 2.0

8. Fisabilillah 179.60 32.4 176.83 35.0

JUMLAH 554.17 100.0 505.68 100.0

Sumber: Minit Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Tahun 2019 dan 2018 serta
Penyata Kewangan MAIWP Tahun 2019 dan 2018

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dilaksanakan untuk menentukan sama ada perbelanjaan yang dibuat
menggunakan agihan wang zakat telah mematuhi garis panduan yang disediakan dan
peraturan kewangan yang berkuat kuasa serta mengikut tujuan yang diluluskan.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ditumpukan kepada pembayaran bawah Kumpulan Wang Zakat
yang meliputi rekod transaksi bulan Januari hingga Disember 2019 serta tahun
sebelumnya, jika berkaitan.

3.2. Semakan telah dibuat terhadap 170 baucar bayaran yang menggunakan wang
zakat berjumlah RM206.92 juta.

3.3. Pengauditan dijalankan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang
disediakan, peraturan kewangan yang diguna pakai, minit mesyuarat, perjanjian
pinjaman dan perkhidmatan serta rekod dan dokumen yang berkaitan dengan
permohonan dan kelulusan bantuan. Selain itu, pihak Audit juga telah menjalankan
lawatan fizikal di lokasi/jabatan yang menerima bantuan zakat daripada MAIWP untuk
menentukan sama ada bantuan zakat digunakan bagi maksud ianya diagihkan.

220 220 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA Ag ighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

RAHSIA

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan antara bulan September 2019 hingga Ogos 2020.
Maklum balas MAIWP telah diterima pada 24 September 2020. Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) telah diadakan pada 28 Julai dan 7 Oktober 2020. Penemuan Audit adalah
seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1 hingga 4.4.

4.1. Agihan Wang Zakat Bagi Asnaf Fisabilillah Pada Tahun 2019 Berjumlah
RM14.73 Juta Tidak Digunakan Bagi Maksud Yang Sepatutnya

4.1.1. SOP bagi Skim Bantuan Agensi-Agensi Kebajikan Dan Institusi Pendidikan
(Skim Bantuan) menetapkan syarat-syarat khusus pemohon bantuan bagi agensi
kebajikan yang perlu dipatuhi. SOP Skim Bantuan telah menetapkan aktiviti/program
yang boleh dipertimbangkan bagi permohonan bantuan iaitu hendaklah melibatkan
aktiviti dakwah/kebajikan dan program-program yang tidak menyalahi hukum syarak
seperti berikut:

a. Program/aktiviti melibatkan ceramah agama, pendidikan Islam, pembentukan
sahsiah dan motivasi;

b. Sambutan hari kebesaran Islam;
c. Program/aktiviti yang tidak melanggar syariah Islam selaras dengan ajaran

Ahli Sunnah Wal Jamaah;
d. Pembelian peralatan asas masjid, surau atau sekolah seperti karpet, siaraya,

komputer, kipas dan seumpamanya;
e. Kos yang boleh dibantu melibatkan bayaran saguhati penceramah, makanan

dan minuman, kelengkapan kursus dan seumpamanya; dan
f. Permohonan hendaklah dikemukakan sebelum pelaksanaan sesuatu

program/aktiviti.

4.1.2. Takrifan Asnaf Fisabilillah yang ditetapkan dalam Skim Pengurusan Bantuan
Zakat Bahagian Baitulmal MAIWP pula adalah mana-mana orang atau pihak yang
melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan
mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

4.1.3. Semakan Audit mendapati sejumlah RM14.73 juta bayaran agihan
wang zakat bawah Asnaf Fisabilillah pada tahun 2017, 2018 dan
2019 telah disalurkan kepada agensi kebajikan. Bagaimanapun,
jumlah tersebut tidak digunakan bagi perbelanjaan mengikut
maksud Asnaf Fisabilillah yang sepatutnya. Butiran lanjut adalah seperti
dalam Jadual 14.3.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 221 221
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

JADUAL 14.3
WANG ZAKAT TIDAK DIGUNAKAN BAGI MAKSUD ASNAF FISABILILLAH YANG SEPATUTNYA

BIL. JENIS/TUJUAN PENERIMA TAHUN JUMLAH CATATAN
PERBELANJAAN BAYARAN (RM)

Kerja-kerja Pembinaan Surau

1. 1 Tingkat Di Presint 8E, 6,518,000  Tiada kertas kerja terperinci
Wilayah Persekutuan (W.P.) 850,000
370,000
Putrajaya disediakan oleh JAWI bagi

Kerja-kerja Baik Pulih Dan Jabatan menyokong permohonan

2. Naik taraf Surau Bunga Agama Islam peruntukan perbelanjaan

Raya, Setapak, W.P. Kuala Wilayah 2018 pembangunan tersebut sebelum

Lumpur Persekutuan kelulusan dan bayaran diperoleh.

Membesarkan Kawasan (JAWI)  Kerja pembangunan belum

Dewan Solat Lelaki Dan dilaksanakan sehingga bulan

3. Wanita Di Surau Ittihadiah, Disember 2019.

Bandar Tun Razak, W.P.

Kuala Lumpur

 Kos asal projek sejumlah

Projek Pengindahan Dan 2017 - 2018 873,955 RM6.80 juta dibiayai oleh badan
2019 454,299
Menaiktaraf Landskap Bagi kebajikan luar.
4. Tanah Perkuburan Kampung
JAWI  Terdapat pertambahan kos
Melayu Kepong Di W.P.
Kuala Lumpur sejumlah RM1.33 juta telah

dibiayai menggunakan

peruntukan zakat daripada

MAIWP.

 Kos asal projek sejumlah

Projek Pengindahan Dan 2017 - 2018 3,381,289 RM7.31 juta dibiayai oleh badan
2019 131,238
Menaiktaraf Landskap Bagi kebajikan luar.

5. Tanah Perkuburan Islam JAWI  Terdapat pertambahan kos
Raudhatul Sakinah Bukit JAWI
sejumlah RM3.51 juta telah

Kiara 2 Di W.P. Kuala dibiayai menggunakan

Lumpur peruntukan zakat daripada

MAIWP.

i. Bantuan Sumbangan

Wang Tunai Aidilfitri

Tahun 2019 Kepada 259,400

Warga JAWI

ii. Pembelian Pakaian  Merupakan perbelanjaan

Seragam Untuk Pegawai 129,997 mengurus JAWI yang sepatutnya
dibiayai melalui peruntukan
Penguatkuasa Agama
mengurus tahunan JAWI.
JAWI
 Peruntukan disalurkan oleh

iii. Anugerah Kecemerlangan 56,000 MAIWP pada setiap tahun
Warga JAWI Tahun 2018
berdasarkan permohonan

cadangan belanjawan yang

6. iv. Pelancaran Dan 2019 51,664 dikemukakan oleh JAWI.
 Sejumlah RM64 juta telah
Pemantauan Standard
dibayar kepada JAWI sebagai
Penarafan Bintang
peruntukan pada tahun 2019
Masjid-Masjid (SPMM)
menggunakan wang zakat di
Wilayah Persekutuan
bawah Asnaf Fisabilillah
39,700

v. Kursus Pengukuhan tanpa perincian butiran

Sahsiah (Retreat) Imam- perbelanjaan.

Imam Dan Pegawai

Bahagian Pengurusan

Masjid 1,250

vi. Jejak Pesara JAWI

Pembinaan Surau Al-Furqan Kompleks Kerja pembangunan belum
bulan
7. Di Kompleks Nasyrul Quran, Nasyrul 2018 1,000,000 dilaksanakan sehingga
Disember 2019.
Presint 14, W.P. Putrajaya Quran

222 222 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA Ag ighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

RAHSIA

BIL. JENIS/TUJUAN PENERIMA TAHUN JUMLAH CATATAN
PERBELANJAAN BAYARAN (RM)

 Lebihan dana berjumlah

RM129,500 tidak dibelanjakan

oleh Lembaga Tabung Haji.

Pembelian Beg Beroda Lembaga  Terdapat lebihan 10,165 beg

8. Jemaah Haji Tahun 2019 Tabung Haji 2019 602,173 beroda bernilai RM472,673 yang

tidak diagihkan telah dilupuskan

melalui aktiviti pemasaran

pejabat cawangan Lembaga

Tabung Haji.

Sumbangan Bagi Majlis Hi- Agensi  Tidak melibatkan golongan
9. Tea Yang Tidak Melibatkan Kebajikan
2019 10,000 Asnaf.
 Tujuan majlis adalah untuk
Golongan Asnaf Luar
meraikan wanita Muslim Malaysia
berpengaruh dalam bidang

kewangan yang tidak dapat hadir
ke majlis penghargaan yang telah

diadakan pada bulan Jun 2019 di
Dubai.

JUMLAH 14,728,965

Sumber: Baucar Bayaran MAIWP dan JAWI serta Dokumen Perolehan Beg Beroda Lembaga Tabung Haji

4.1.4. Perkara ini berlaku disebabkan pentakrifan Asnaf Fisabilillah yang
terlalu umum dan tidak diperincikan mengikut jenis perbelanjaan
yang dibenarkan menggunakan wang zakat. Selain itu, tiada fatwa
khusus ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek
pembangunan yang harus dibuat menggunakan wang zakat.

4.1.5. MAIWP juga tidak menguatkuasakan kepentingan agensi untuk
mengemukakan Laporan Pelaksanaan/Perbelanjaan Program/Aktiviti sebagai elemen
pemantauan oleh MAIWP bagi memastikan agensi telah melaksanakan
projek/program mengikut tujuan yang diluluskan.

4.1.6. Kegagalan melaksanakan pemantauan terhadap bantuan zakat yang telah
diberikan menyebabkan sejumlah RM14.73 juta dibelanjakan di bawah perbelanjaan
Asnaf Fisabilillah yang boleh dipersoalkan dari segi memenuhi takrifan sebenar Asnaf
ini. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada golongan Asnaf dan program yang lebih
diperlukan.

Maklum balas MAIWP yang diterima pada 24 September 2020

Bahagian Baitulmal MAIWP akan mencadangkan kepada pihak JAWI supaya memohon
peruntukan JPM bagi perbelanjaan di luar skop bantuan Baitulmal MAIWP sepertimana
saranan pihak Audit. Satu mesyuarat penyelarasan bersama JAWI dan JPM telah
diadakan pada 23 September 2020 bagi mencapai satu keputusan yang akan memberi
manfaat kepada semua pihak. Baitulmal juga ambil perhatian di atas teguran Audit

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 223 223
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang dan akan meneliti kelulusan bantuan
berdasarkan keperluan sebenar agensi.

Pernyataan Perbelanjaan berjumlah RM14.73 juta tidak digunakan
Audit mengikut maksud Asnaf Fisabilillah yang sepatutnya dan yang
lebih memerlukan mengikut keutamaan.

4.2. Projek Pembangunan Yang Telah Dibuat Bayaran Perkhidmatan
Perunding Sejumlah RM4.72 Juta Pada Tahun 2013 Hingga 2017
Menggunakan Wang Zakat Telah Ditangguhkan Sehingga Tahun 2020

4.2.1. Para 224(4) Manual Prosedur Kewangan MAIWP menetapkan syarat-syarat
am dalam melaksanakan projek secara reka dan bina menghendaki MAIWP
memastikan tapak tersebut adalah bebas daripada sebarang halangan.

4.2.2. Mesyuarat MAIWP Kali ke-126 Bil. 4/2013 pada 17 Disember 2013 telah
meluluskan peruntukan melalui Kumpulan Wang Zakat bagi satu (1) projek
pembangunan Kompleks Dewan Serbaguna, Mukim Batu di atas sebahagian Lot 6152
& 6153, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah
RM84 juta. Manakala, nilai kontrak bagi kos perkhidmatan perunding yang diluluskan
adalah berjumlah RM7.03 juta. Bagaimanapun, mesyuarat MAIWP Kali Ke-
135 Bil. 1/2016 bertarikh 29 Mac 2016 telah meluluskan untuk
penangguhan projek tersebut yang berkuat kuasa mulai tahun 2016.
Perkara ini disebabkan terdapat tuntutan kaveat oleh pihak ketiga.

4.2.3. Semakan lanjut Audit mendapati Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah
mengemukakan kepada MAIWP surat makluman mengenai tuntutan kaveat oleh
pihak ketiga terhadap tanah projek pembangunan tersebut bertarikh 20 November
2015. Impak tuntutan kaveat turut dinyatakan dalam surat tersebut dan PTG
berpandangan adalah tidak wajar untuk pihak MAIWP meneruskan pembangunan
disebabkan bayaran pampasan yang terlalu tinggi yang akan dituntut oleh pihak
ketiga tersebut. Bagaimanapun, semakan terhadap dokumen pembayaran bagi kos
perkhidmatan perunding projek tersebut mendapati bayaran yang dibuat pada tahun
2016 berjumlah RM583,141 dan tahun 2017 berjumlah RM410,555. Setakat 31
Disember 2019, sejumlah RM4.72 juta bayaran perkhidmatan
perunding menggunakan peruntukan wang zakat telah dibuat
kepada pihak perunding bagi projek tersebut. Maklumat lanjut bayaran
adalah seperti dalam Jadual 14.4.

224 224 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA gAighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

RAHSIA

JADUAL 14.4
BAYARAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PROJEK PEMBANGUNAN

KOMPLEKS DEWAN SERBAGUNA, MUKIM BATU, KUALA LUMPUR

BIL. JENIS BAYARAN NILAI KONTRAK TAHUN JUMLAH
PERUNDING BAYARAN (RM)
(RM)

1. Perunding Jurutera 1,541,290 2013 137,593
3,350,460 2014 870,235
2. Perunding Arkitek 2016
935,592 2013 59,209
3. Perunding Juruukur Bahan 1,079,275 2014 350,020
2015 1,234,187
4. Perunding Jurutera Mechanical and 2016 447,258
Electrical 2017
2013 82,852
2014 410,555
2016
2013 43,590
2014 57,272
2016 148,101
107,673
Pihak Berkuasa Tempatan 349,940
291,407
- Sumbangan Improvement Service Fund
88,410
(Perparitan) 2014
40,920
5. - Sumbangan Improvement Service Fund 129,330 2015
(Jalan) 2016 1,572
1,572 4,720,794
Pihak Berkuasa Tempatan 7,037,519

- Yuran Kerja Tanah

- Bayaran Proses Pelan Bangunan

6. Pihak Berkuasa Tempatan

JUMLAH
Sumber: Baucar Bayaran MAIWP

4.2.4. Perkara ini berlaku disebabkan MAIWP tidak membuat perancangan awal
untuk mendapatkan pengesahan mengenai status penggunaan tanah tersebut
sebelum pelantikan perunding dibuat. Pelantikan perunding tersebut telah dibuat
pada tahun 2012 dan kerja-kerja telah dilaksanakan pada tahun 2013, iaitu sebelum
keputusan status kaveat tanah tersebut disahkan oleh PTG pada tahun 2015.

4.2.5. Kos perkhidmatan perunding yang telah dibuat bayaran sejumlah
RM4.72 juta menggunakan wang zakat ke atas tanah yang kemudiannya diketahui
wujud halangan dan isu tuntutan kaveat merupakan satu pembaziran.

Maklum balas MAIWP yang diterima pada 24 September 2020

MAIWP memaklumkan pembayaran RM4.72 juta melibatkan bayaran yuran perunding
kepada semua perunding Arkitek, Civil and Structural, Mechanical and Electrical dan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 225 225
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

Quantity Surveyor serta pembayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan. MAIWP
memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam MAIWP kali ke-77 Bilangan 2
Tahun 2020 telah menyarankan agar MAIWP menyediakan kertas cadangan bagi
menentukan kewajaran sebarang penangguhan lanjut atau pembatalan bagi projek
tersebut. Ada kewajaran dicadangkan untuk permohonan pembatalan pada projek
tersebut dan akan diangkat untuk perakuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Dan Pelaburan yang akan diadakan pada 1 Oktober 2020 dan seterusnya untuk
kelulusan Mesyuarat MAIWP yang akan diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2020.

Pernyataan Kegagalan menentukan keadaan sebenar tapak projek
Audit pembangunan telah menyebabkan pembaziran wang zakat
sejumlah RM4.72 juta sekiranya projek tersebut dibatalkan
atau tidak dapat diteruskan.

4.3. Bayaran Balik Pinjaman Yang Diberi Menggunakan Wang Zakat
Sejumlah RM1.40 Juta Kepada Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. Tertunggak
Sejumlah RM1.21 Juta

4.3.1. Para 5.83 Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998, Garis Panduan mengenai
Peranan dan Tanggungjawab, Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif
dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan menetapkan peraturan mengenai
pinjaman yang diberi oleh Badan Berkanun Persekutuan. Antara peraturan yang
ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Memastikan pinjaman yang diluluskan hendaklah mempunyai perjanjian
pinjaman dan dokumen lain yang berkaitan serta diurus mengikut peraturan
yang berkaitan.

b. Usaha untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan tepat
pada waktunya.

c. Pinjaman kepada anak syarikat dan syarikat bersekutu perlu dikaji dengan
teliti.

4.3.2. MAIWP telah memberikan pinjaman kepada syarikat subsidiari Pusat Wakaf
MAIWP Sdn. Bhd. (PWMSB). Jumlah pinjaman yang diberikan kepada syarikat
tersebut melalui wang zakat adalah berjumlah RM1 juta pada tahun 2017 dan
pendahuluan tambahan sejumlah RM400,000 pada tahun 2018.

4.3.3. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

i. Bayaran balik oleh PWMSB bagi pinjaman pertama (RM1 juta)
telah tertunggak selama 20 bulan yang berjumlah RM370,000,

226 226 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA Ag ighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

RAHSIA

iaitu tunggakan dari bulan Mei 2018 hingga Disember 2019. Tiada dokumen
dikemukakan kepada pihak Audit mengenai tindakan yang diambil untuk
menuntut tunggakan bayaran balik tersebut; dan

ii. Tiada sebarang bayaran balik dibuat oleh PWMSB bagi
pendahuluan sejumlah RM400,000 setakat 31 Disember 2019
dan tiada jadual bayaran balik disediakan oleh MAIWP terhadap
pendahuluan tersebut. Perjanjian bagi pemberian pendahuluan tersebut
juga tidak disediakan. MAIWP juga telah menghantar tiga (3) kali surat
peringatan kepada PWMSB pada 9 Januari 2019, 17 Mac 2020 dan 29 Jun 2020
bagi membuat tuntutan bayaran balik wang pendahuluan. Maklumat lanjut
seperti dalam Jadual 14.5.

JADUAL 14.5
TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN OLEH PUSAT WAKAF MAIWP SDN. BHD.

BIL. JENIS JUMLAH TARIKH JUMLAH JUMLAH JUMLAH BAKI TEMPOH
MULA BAYARAN TUNGGA- TUNGGA-
PINJAMAN (RM Juta) BAYARAN PINJAMAN*
ANSURAN BALIK BALIK KAN (RM) KAN
BAYARAN TERKUMPUL SETAKAT (BULAN)
SEBENAR
BALIK YANG SETAKAT 31.12.2019
SEPATUTNYA (RM)
31.12.2019
SETAKAT (RM)
31.12.2019

(RM)

2.2 1. Pinjaman 1,000,000 Februari 647,500 277,500 370,000 807,953 20
Operasi 2017 400,000 - 400,000 400,000 14

2. Pendahuluan 400,000 Tidak
ditetapkan

JUMLAH 1,400,000 1,047,500 277,500 770,000 1,207,953

Sumber: Daftar Pinjaman, Lejar Am dan Perjanjian Pinjaman
Nota : *Baki pinjaman termasuk caj perkhidmatan bagi tempoh tunggakan dari bulan Mei 2018 sehingga Disember 2019

4.3.4. Perkara ini berlaku disebabkan PWMSB sedang dalam tindakan
penstrukturan operasi syarikat berikutan tanggungan kerugian yang dihadapi oleh
syarikat setiap tahun. PWMSB masih belum dapat membayar balik wang
pendahuluan dan pinjaman tersebut kepada MAIWP sehingga cadangan tambahan
modal syarikat diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah PWMSB dan MAIWP.

Maklum balas MAIWP yang diterima pada 24 September 2020

MAIWP memaklumkan bahawa setakat ini tindakan di peringkat MAIWP ialah
mengeluarkan surat peringatan bagi bayaran balik pendahuluan berjumlah RM400,000
dan juga tunggakan bagi bayaran balik pinjaman berjumlah RM1 juta. Beberapa surat
peringatan kepada pihak PWMSB juga telah dikeluarkan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 227 227
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

Seterusnya penyediaan jadual bayaran balik pendahuluan RM400,000 akan disediakan
dan akan dibawa ke Mesyuarat MAIWP pada Disember 2020 untuk kelulusan. Bagi
memastikan kawalan dalaman untuk pemantauan bayaran balik pinjaman dapat
dijalankan, MAIWP akan membuat surat amaran berperingkat kepada syarikat selari
dengan kehendak undang-undang.

Pernyataan Tunggakan baki hutang sejumlah RM1.21 juta oleh PWMSB
Audit menyebabkan jumlah agihan zakat kepada Asnaf yang lebih
memerlukan berkurangan. Selain itu, jumlah wang zakat
tersebut juga tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk
tujuan lain yang lebih penting.

4.4. Pembelian Inventori Pakaian Seragam Dan Pakaian Sukan Tadika
Islam MAIWP Berjumlah RM2.39 Juta Pada Tahun 2013 Hingga 2015
Melebihi Keperluan

4.4.1. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 menyatakan sesuatu prinsip
perolehan yang akan dipelawa hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip perolehan
iaitu akauntabiliti awam, diuruskan secara telus, memberikan nilai faedah terbaik dan
saingan terbuka serta adil dan saksama. Ini bagi memastikan tidak berlaku
pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta memberi nilai
pulangan yang terbaik. PK 2/2013 perenggan 1(i)(b) menggariskan bahawa
perancangan perolehan perlu dibuat bagi mengawal kos dan menangani masalah
dalam melaksanakan sesuatu perolehan.

4.4.2. Semakan Audit mendapati MAIWP telah melaksanakan perolehan pakaian
seragam dan pakaian sukan bagi tadika Islam MAIWP pada tahun 2013 sehingga
tahun 2015 melalui tiga (3) proses perolehan secara tender berasingan. Bayaran bagi
perolehan tersebut yang berjumlah RM2.39 juta telah dibuat menggunakan wang
zakat. Kontrak perolehan tersebut juga telah ditandatangani bersama tiga (3)
pembekal yang berbeza mengikut jenis pakaian. Maklumat lanjut mengenai
pembelian stok pakaian tersebut adalah seperti dalam Jadual 14.6.

JADUAL 14.6

PEMBELIAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN SUKAN TADIKA ISLAM MAIWP

BIL. PEMBEKAL TAHUN JENIS STOK PAKAIAN KUANTITI KOS
PEMBELIAN YANG DIBELI (RM)

(UNIT)

1. Pembekal A 2013 Pakaian seragam lelaki 9,857 262,753
Pakaian seragam perempuan 10,143 310,740

2. Pembekal B 2014 Pakaian seragam lelaki 15,336 519,124
Pakaian seragam perempuan 14,625 465,806

3. Pembekal C 2015 Pakaian sukan lelaki 13,840 411,740
Pakaian sukan perempuan 13,954 415,132

JUMLAH 77,755 2,385,295

Sumber: Delivery Order pembelian dan invois pembekal berkaitan

228 228 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA Ag ighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

RAHSIA

4.4.3. Bagaimanapun, sehingga 5 Oktober 2020, stok pakaian tersebut
masih berbaki sebanyak 27,861 unit (RM857,079) iaitu 35.8% yang
masih belum terjual. Pihak Audit dimaklumkan pakaian tersebut dalam proses
pelupusan dan akan diangkat untuk kelulusan Mesyuarat MAIWP pada bulan
Disember 2020. Jumlah keseluruhan pakaian yang telah dilupuskan secara musnah
pada tahun 2018 adalah sebanyak 5,341 unit yang berjumlah RM164,304. Ini
menjadikan jumlah keseluruhan pakaian yang telah dibeli
menggunakan wang zakat yang telah/akan dilupuskan berjumlah
RM1.02 juta. Maklumat lanjut mengenai baki stok pakaian tersebut adalah seperti
dalam Jadual 14.7.

JADUAL 14.7

PEMBELIAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN SUKAN TADIKA ISLAM MAIWP

BIL. STOK JUMLAH JUMLAH JUALAN JUMLAH PELUPUSAN BAKI BELUM
YANG DIBELI SETAKAT YANG TELAH TERJUAL SETAKAT
1. DIBUAT PADA 5 OKTOBER 2020
2. 5 OKTOBER 2020 TAHUN 2018

UNIT RM UNIT RM* UNIT RM* UNIT RM*

Pakaian seragam 49,961 1,558,423 29,224 920,497 2,990 91,981 17,747 545,945

Pakaian sukan 27,794 826,872 15,329 443,415 2,351 72,323 10,114 311,134

JUMLAH 77,755 2,385,295 44,553 1,363,912 5,341 164,304 27,861 857,079

JUMLAH KESELURUHAN PELUPUSAN RM1,021,383

Sumber: Delivery Order pembelian, invois pembekal
Nota : *Kiraan Audit berdasarkan harga purata kos sehelai bagi semua pembekal mengikut jenis pakaian

4.4.4. Perkara ini berlaku disebabkan pegawai yang membuat perolehan tidak
mengambil kira keperluan sebenar dan kebanyakan pakaian tidak terjual kerana saiz
pakaian tersebut didapati lebih kecil daripada ukuran normal. Stok pakaian yang
tidak terjual telah disimpan dalam tempoh yang lama dan telah rosak adalah seperti
dalam Gambar 14.1 dan Gambar 14.2.

GAMBAR 14.1 GAMBAR 14.2

Bilik Stor Tadika Islam Sumayyah Bilik Stor Tadika Islam Sumayyah
MAIWP, Cheras MAIWP, Cheras

- Keadaan Baju Sukan Tadika - Keadaan Baki Baju Sukan Tadika
Yang Reput Yang Tidak Terjual
(30.12.2019) (30.12.2019)

(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber : Jabatan Audit Negara)

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 229 229
PerbPeelrabnejl aa najna aMneMnegnggugnuankaakna nAAggihi haann WWaanngg ZZaakkaatt RAHSIA

RAHSIA

Maklum balas MAIWP yang diterima pada 24 September 2020

MAIWP memaklumkan bahawa kertas cadangan telah disediakan untuk Mesyuarat
MAIWP pada 11 Oktober 2020 untuk tujuan pelupusan setelah dibentangkan dalam
Mesyuarat Pra MAIWP pada 14 September 2020.

Pernyataan Baki pakaian yang rosak sejumlah RM1.02 juta menggunakan
Audit wang zakat merupakan suatu pembaziran serta merugikan
MAIWP berikutan ia tidak boleh digunakan lagi dan perlu
dilupuskan.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan perbelanjaan menggunakan agihan wang zakat mematuhi garis
panduan, adalah disyorkan tindakan penambahbaikan adalah seperti berikut:

5.1. Skim bantuan yang diberikan kepada Asnaf Fisabilillah hendaklah mengikut
keutamaan dan takrifan Asnaf Fisabilillah serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan
yang dibenarkan menggunakan wang zakat. Fatwa khusus perlu ditetapkan bagi jenis
perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang boleh dibuat menggunakan wang
zakat secara case by case. Kewajaran dan risiko terutamanya perbelanjaan
pembangunan perlu dikaji semula dengan teliti bagi memastikan tiada pembaziran dan
sebarang kerugian/pengurangan melibatkan wang zakat.

5.2. Menguatkuasakan ketetapan dalam SOP seperti pemantauan terhadap status
projek/program secara berkala terutamanya kepentingan agensi mengemukakan
Laporan Pelaksanaan/Perbelanjaan Program/Aktiviti.

5.3. Mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi
kehendak dan arahan seperti yang tertakluk kepada peraturan kewangan.

230 230 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeerbr beelal annjjaaaann MM eenngggguunnaakkaannA gAighiahnanW aWnag nZga kZaatkat

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

15. Pengurusan Pinjaman Kepada Syarikat
Subsidiari

– Lembaga Tabung Haji



RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGURUSAN PINJAMAN KEPADA
SYARIKAT SUBSIDIARI

Lembaga Tabung Haji

Jabatan Perdana Menteri

Perkara Utama

Apa yang  Pengauditan pematuhan terhadap Pengurusan Pinjaman Kepada
diaudit? Syarikat Subsidiari oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Mengapa ia  Memastikan pinjaman dan kutipan balik pinjaman syarikat
penting subsidiari mematuhi akta, peraturan kewangan dan
untuk undang-undang yang berkuat kuasa.
diaudit?
 Penemuan Audit adalah seperti berikut:
Apa yang
ditemui? - Tunggakan bayaran balik prinsipal dan caj keuntungan
berjumlah RM65.86 juta tidak dikutip oleh TH; dan

- Penalti sejumlah RM161,822 tidak dikenakan atas kelewatan
pembayaran balik prinsipal bagi pinjaman berjumlah
RM449.65 juta.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Menguatkuasakan syarat perjanjian bagi menuntut balik
tunggakan bayaran;

- Mengutip balik jumlah prinsipal dan caj keuntungan yang
tertunggak yang patut diterima oleh TH sehingga
31 Ogos 2020; dan

- Memastikan usaha untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman
dilakukan tepat pada masanya dan mengkaji semula
mekanisma pemantauan bagi mendapatkan bayaran balik
pinjaman yang telah diberikan. Ini bagi memastikan
kepentingan operasi TH tidak terjejas dan syarikat subsidiari
bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pinjaman
yang telah diberikan dibayar balik mengikut perjanjian.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 233 233
PengurusPaenngPuirnujsaamn PainnjaKmeapnaKdeapaSdyaaSryikaaritkaSt uSubbssididiiaarrii RAHSIA

234 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Pengurusan Pinjaman Kepada Syarikat Subsidiari

RAHSIA

15. PENGURUSAN PINJAMAN KEPADA SYARIKAT
SUBSIDIARI

Lembaga Tabung Haji

Jabatan Perdana Menteri

1. LATAR BELAKANG

1.1. Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah Institusi Kewangan Islam unggul
di Malaysia, sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan oleh Kerajaan
Malaysia pada tahun 1963. TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995
(Akta 535) dan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam
menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji.

1.2. Seksyen 17(1), Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) membenarkan Lembaga
dengan kelulusan Menteri, memberi pinjaman atau bantuan kewangan kepada
mana-mana syarikat yang ditubuhkan. Sehingga 31 Disember 2019, baki pinjaman yang
perlu dibayar balik termasuk keuntungan oleh syarikat subsidiari dalam negara kepada
TH adalah berjumlah RM456.72 juta. Sejumlah RM353.35 juta atau 77.4% daripadanya
merupakan hutang oleh TH Properties Sdn. Bhd. (THP). Maklumat lanjut adalah seperti
dalam Jadual 15.1.

JADUAL 15.1
PECAHAN BAKI PINJAMAN KEPADA SYARIKAT SUBSIDIARI DALAM NEGARA

BIL. SUBSIDIARI PRINSIPAL KEUNTUNGAN ECL* JUMLAH

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
(a) (b) (c) (d) = (a) + (b) – (c)

1. TH Properties Sdn. Bhd. 449.65 25.60 121.90 353.35

2. Deru Semangat Sdn. Bhd. 88.95 16.15 90.92 14.18

3. Marine 1 (L) Inc. 145.03 - 55.84 89.19

JUMLAH 456.72
Sumber: Penyata Pembiayaan Syarikat Dalam Negara Pada 31 Disember 2019
Nota : *ECL – Expected Credit Loss, Jangkaan Kerugian Kredit atas pembayaran balik pinjaman

1.3. THP merupakan kumpulan pengurusan harta tanah, pembangunan projek dan
aset dan kemudahan bersepadu. THP memfokuskan kepada empat (4) bidang
perniagaan utama, iaitu pembangunan hartanah, pembinaan, pengurusan projek dan
pengurusan fasiliti.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 235 235
PenPgeunrguusrauns aPninPjianmj aamna nKeKpe ap addaa SSyyaarriikkaatt SS uubbssiiddiiaarri i RAHSIA

RAHSIA

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan pematuhan dijalankan bagi memastikan bayaran balik pinjaman oleh
syarikat subsidiari mematuhi akta, peraturan kewangan dan undang-undang yang
berkuat kuasa serta mengikut jadual bayaran yang ditetapkan.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) perjanjian pinjaman yang diberikan oleh TH
kepada THP, seperti berikut:

3.1.1. Pinjaman berjumlah RM139.65 juta dengan caj keuntungan 3.9% setahun
dan bayaran balik dalam tempoh lima (5) tahun yang telah dimeterai antara TH dan
THP berkuat kuasa pada 31 Januari 2017; dan

3.1.2. Pinjaman sehingga RM500 juta dengan kadar caj keuntungan 5.0% setahun
dibayar secara berkala setiap suku tahun dan bayaran balik dalam tempoh
lima (5) tahun dari tarikh pengeluaran. Perjanjian antara TH dan THP bagi
kemudahan pinjaman ini telah ditandatangani dan berkuat kuasa pada tarikh
29 Mei 2017.

3.2. Sampel yang dipilih bagi kontrak pinjaman ini adalah penerimaan bayaran balik
dan caj keuntungan daripada tempoh pinjaman berkuat kuasa sehingga
31 Disember 2019.

3.3. Pengauditan meliputi semakan terhadap kontrak pinjaman, rekod kewangan dan
rekod perakaunan serta analisis data yang berkaitan. Selain itu, pihak Audit juga telah
mengadakan temu bual serta perbincangan dengan pegawai yang terlibat di Bahagian
Pelaburan Strategik dan Bahagian Kewangan TH.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan September 2020. Maklum balas TH telah
diterima pada 22 Oktober dan 3 November 2020. Mesyuarat Penutup (Exit Conference)
telah diadakan pada 28 Oktober 2020. Penemuan Audit yang dibangkitkan adalah
seperti dinyatakan di perenggan 4.1 hingga 4.3.

236 236 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPeenngguurruussaann PP ii nn jjaammaannKKeeppa daadaS ySayrai kraikt aStu Sb suibdsi aidr iiari


Click to View FlipBook Version