4.3.2. Semakan Audit terhadap baucar bayaran bernombor 19318536 bertarikh
21 Mac 2019 mendapati sejumlah RM1.53 juta atau 65.0% daripada harga kontrak
berjumlah RM2.35 juta telah dibayar kepada WPC. Selain itu, semakan Audit juga
mendapati kemajuan kerja WPC telah disahkan dan diluluskan bayaran oleh Ketua
Pengarah LGM selaku Wakil Pemilik pada 20 Mac 2019. Lantikan Wakil Pemilik telah
dibuat melalui surat rujukan LGM/KP/20/3/4 - 1 bertarikh 20 November 2017.
4.3.3. Secara keseluruhannya, kemajuan kerja WPC telah mencapai 94.0%
berdasarkan Laporan Jawatankuasa Verifikasi LGM yang dilantik kerana kerja
konfigurasi peralatan dan perisian ICT belum siap sepenuhnya. Bagaimanapun,
semakan Audit mendapati WPC telah membuat tuntutan sebanyak 100.0%
bersamaan dengan RM2.35 juta. LGM telah membuat potongan sebanyak 30.0%,
iaitu RM704,397 daripada jumlah tuntutan WPC menjadikan amaun yang telah
dibayar sejumlah RM1.53 juta. Justifikasi pecahan pembayaran sejumlah
RM2.35 juta dibuat berdasarkan penilaian syarikat 506437-V seperti berikut:
a. Pembayaran segera 70.0% daripada nilai kerja di tapak yang disahkan oleh
Juruukur Bahan Berdaftar yang dilantik oleh PDP.
b. Baki pembayaran 30.0% adalah merupakan kerja konfigurasi termasuk
kerja Pengujian dan Pentauliahan yang akan dibayar selepas semakan
terhadap kuantiti kerja oleh LGMPC dan Pasukan Pengurusan Projek.
Jumlah ini merupakan amaun yang ditolak oleh LGM terhadap tuntutan
WPC.
4.3.4. Peralatan ICT tersebut telah diterima pada 20 Mac 2019. Butiran lanjut
adalah seperti dalam Jadual 3.4.
JADUAL 3.4
BAYARAN KEMAJUAN KERJA WPC BAGI PERALATAN DAN PERISIAN ICT
TUNTUTAN WPC BAYARAN OLEH LGM
BIL. NO. INVOIS/ JUMLAH POTONGAN JUMLAH
TARIKH (RM Juta) 30.0% (RM Juta)
(a) (RM Juta) (c) = (a) - (b)
(b)
Bayaran Interim Bil. 1 0.32 0.09 0.23
1. Ͳ KAT/T/KLIA/01-18/ 15 Januari 2018 1.53 0.46 1.07
Ͳ KAT/T/KLIA/02-18/ 15 Mac 2018
2. Bayaran Interim Bil. 2 0.48 0.14 0.34
Ͳ KAT/T/KLIA/03-18/ 21 Jun 2018
JUMLAH TUNTUTAN 1.64
WANG JAMINAN PELAKSANAAN (WJP) (0.11)
JUMLAH KESELURUHAN YANG DIBAYAR KEPADA WPC 1.53
Sumber : Baucar Bayaran WPC bagi Peralatan dan Perisian ICT
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 87 87
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh
4.3.5. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kontrak pembekalan peralatan dan
perisian ICT dibuat tanpa mengambil kira status kemajuan kerja Menara Hevea yang
hanya siap setakat 0.1% pada masa tersebut.
4.3.6. Pemeriksaan fizikal Audit telah dilaksanakan pada 8 Julai 2020 mendapati
peralatan ICT yang ditempatkan di Bilik Server LGM, Aras 17,
Bangunan Getah Asli masih belum digunakan. Butiran lanjut pengesahan
fizikal aset adalah seperti dalam Gambar 3.1 dan Gambar 3.2.
GAMBAR 3.1 GAMBAR 3.2
Bilik Server, Aras 17, Bangunan Getah Asli Bilik Server, Aras 17, Bangunan Getah Asli
- Peralatan ICT Bernilai RM1.53 Juta Yang Masih - Peralatan ICT Bernilai RM1.53 Juta Yang Masih
Tidak Digunakan Tidak Digunakan
(08.07.2020) (08.07.2020)
(Sumber: Jabatan Audit Negara) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
Maklum balas LGM yang diterima pada 25 September 2020
LGM sedang mengambil langkah untuk memastikan proses perolehan dapat diteruskan
selepas penamatan kontrak PDP dengan secepat mungkin. Tindakan telah dimulakan
seawal 6 Julai 2018 dengan melantik Jawatankuasa Verifikasi ICT 1A oleh Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi LGM Bil 17/2018. Peralatan ICT bernilai RM1.53 juta tidak dapat
digunakan kerana kerja private cloud configuration belum siap sepenuhnya. Mesyuarat
Lembaga LGM Bilangan 126 pada 19 Ogos 2019 telah memperakui dan meluluskan
peruntukan tambahan bagi menyiapkan kerja berbaki melalui Jawatankuasa Sebut
Harga LGM. LGM perlu memastikan lesen perisian Microsoft dan khidmat sokongan
teknikal yang lain dimasukkan ke dalam kontrak. Unit Teknologi Maklumat sedang
dalam proses membuat perolehan secara terbuka bagi menyiapkan baki kerja 6.0%
yang belum selesai. Unit Teknologi Maklumat juga sedang memohon perolehan secara
rundingan terus dari pihak Kementerian Kewangan bagi kerja yang sama.
88 88 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
BBaayyaarraannPrPojreok jPeekmbPanegmunbaannLigmuanFaasnilitLi Dimi SaunFgaaisBiulilothi Di Sungai Buloh
Maklum balas LGM yang diterima pada 24 Oktober 2020
Berdasarkan Jadual Perancangan Penggunaan Peralatan ICT, proses penyerahan
peralatan dan perisian ICT akan dibuat pada 4 Mei 2021.
Pernyataan Peralatan dan perisian ICT berjumlah RM1.53 juta yang
Audit telah dibeli tidak dapat digunakan dan merupakan
pembaziran kepada LGM.
5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada peraturan dan penguatkuasaan klausa
perjanjian, LGM perlu mengambil tindakan berikut:
5.1. Membuat perancangan projek pembangunan secara menyeluruh dan lengkap
bagi mengelakkan projek tidak dapat diteruskan yang boleh menyebabkan pembaziran.
5.2. Memastikan perjanjian disedia dan ditandatangani oleh kedua pihak apabila
berlaku perubahan kos projek supaya bayaran dibuat dengan teratur dan menjaga
kepentingan LGM.
5.3. Merancang penggunaan peralatan dan perisian ICT yang tidak digunakan untuk
tujuan lain bagi mengelakkan pembaziran.
5.4. Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi
kehendak dan arahan agensi seperti yang tertakluk dalam undang-undang, peraturan
kewangan, perjanjian dan prosedur operasi standard.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 89 89
Bayaran Projek PeBamyabraannPgroujnekaPnemLbiamngaunFaansLiilmitai FDasiilitSi uDinSguangi aBi Buulloohh
90 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Bayaran Projek Pembangunan Lima Fasiliti Di Sungai Buloh
BAHAGIAN II
PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN
4. Pembelian Bangunan Pejabat
– Perbadanan Harta Intelek Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
PEMBELIAN BANGUNAN PEJABAT
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna
Apa yang Perkara Utama
diaudit? Pengauditan pematuhan terhadap Pembelian Bangunan Pejabat
Mengapa ia Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ditandatangani
penting pada 18 Mac 2013.
untuk
diaudit? Menentukan pembelian bangunan pejabat MyIPO telah
dilaksanakan selaras dengan undang-undang, peraturan
Apa yang kewangan dan syarat kontrak yang berkuat kuasa.
ditemui?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Faedah serahan lewat berjumlah RM33.36 juta tidak dikenakan
kepada pemaju;
- MyIPO telah meluluskan dua (2) kali pelanjutan penyerahan
bangunan kepada pemaju namun masih belum menerima
penyerahan bangunan setakat 4 September 2020;
- MyIPO telah bersetuju meluluskan perubahan kerja
disebabkan kelewatan kelulusan teknikal, masalah kerja-kerja
di tapak, isu perundangan dan perubahan terhadap skop kerja
asal;
- Pihak pemaju telah mengemukakan cadangan untuk
memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai, penukaran
auditorium kepada dewan bankuet dan pengurangan kos
tempat letak kereta. MyIPO telah bersetuju dengan cadangan
pemaju dan tidak menuntut faedah serahan lewat; dan
- Kesan daripada persetujuan pelanjutan penyerahan bangunan
kedua, MyIPO terpaksa menanggung kerugian sejumlah
RM2.06 juta dan menanggung bayaran sewa pejabat sedia ada
berjumlah RM10.46 juta setahun.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 93 93
PePme mbebleial ina nBBaanngguunnaann PP eejjaabbaatt
Syor Audit Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Perubahan kepada terma Perjanjian Jual Dan Beli tidak perlu
dilakukan sebelum penyerahan dibuat kerana mungkin akan
membuka peluang kepada pemaju untuk memohon lanjutan
masa penyiapan; dan
- Mengkaji dengan teliti sebelum kelulusan diberikan terhadap
sebarang pelanjutan masa penyerahan bangunan oleh pemaju
dengan mengambil kira risiko kerugian jangka panjang kepada
MyIPO.
94 94 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPeemmbbeelliiaann BBaa nn gguunnaann PPeej ajabba tat
4. PEMBELIAN BANGUNAN PEJABAT
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna
1. LATAR BELAKANG
1.1. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah ditubuhkan di bawah Akta
Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617). Kegiatan utama MyIPO adalah untuk
menyediakan perkhidmatan pengurusan, memungut dan menguatkuasakan fi atau apa-apa
caj untuk Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian, Hak Cipta dan Petunjuk
Geografi yang diperuntukkan di bawah Perundangan Harta Intelek.
1.2. MyIPO telah membeli satu blok bangunan pejabat 25 tingkat bernilai RM250 juta di
PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya. Pembelian ini telah dipersetujui oleh Anggota
Perbadanan pada tahun 2012 dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada bulan Mac 2013. Perjanjian Jual Dan Beli
antara MyIPO dengan pemaju telah ditandatangani pada 18 Mac 2013. Pembelian
bangunan ini dibiayai melalui pinjaman Bank Rakyat berjumlah RM237.50 juta dengan
tempoh pinjaman selama 240 bulan, sehingga tahun 2033. Baki kos pembelian sejumlah
RM12.50 juta dibiayai melalui sumber pendapatan MyIPO.
1.3. Bangunan pejabat ini sepatutnya diserahkan oleh pemaju kepada MyIPO pada
24 Ogos 2016, iaitu dalam tempoh 33 bulan dari Tarikh Pelaksanaan Pembinaan
(23 November 2013). Setakat 31 Disember 2019, bangunan ini masih belum diserahkan.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan pembelian bangunan MyIPO telah
dilaksanakan selaras dengan undang-undang, peraturan kewangan dan syarat kontrak yang
berkuat kuasa.
3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan melibatkan semakan terhadap dua (2) skop utama Audit, iaitu
perancangan pembelian dan pelaksanaan pembelian termasuk bayaran.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 95 95
PePme mbebleial ina nBBaanngguunnaann PP eejjaabbaatt
3.2. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, baucar bayaran dan
dokumen. Perbincangan dan temu bual turut diadakan bersama pegawai terlibat untuk
mendapatkan penjelasan lanjut.
4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dilaksanakan mulai 1 September hingga 12 Oktober 2020. Maklum balas
daripada MyIPO telah diterima pada 19 Oktober, 27 Oktober dan 23 November 2020.
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) juga telah diadakan pada 20 Oktober 2020.
Penemuan Audit adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1 dan 4.2.
4.1. Faedah Serahan Lewat Berjumlah RM33.36 Juta Tidak Dikenakan
4.1.1. Berdasarkan Klausa 27(a) Perjanjian Jual Dan Beli, sekiranya pemaju gagal
menyerahkan bangunan dan mengemukakan Notis Penyerahan Pemilikan Kosong
Bangunan (vacant possession) kepada MyIPO, pemaju perlu membayar kepada MyIPO
faedah serahan lewat sebanyak RM34,247 sehari. Kadar ini dikira sehari selepas tarikh
penyiapan sehingga tarikh pemaju memberi notis bertulis kepada MyIPO untuk
mendapatkan pemilikan kosong bagi bangunan tersebut. Faedah serahan lewat ini perlu
dibayar dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pemilikan kosong.
4.1.2. Semakan Audit mendapati pihak pemaju belum menyerahkan bangunan
tersebut kepada MyIPO. Anggota Perbadanan MyIPO telah bersetuju dengan dua (2) kali
Pelanjutan Penyerahan Bangunan (PPB) yang dipohon oleh pemaju setakat
4 September 2020. Perjanjian Tambahan Pertama untuk meluluskan PPB Pertama
sehingga 25 Jun 2017 (selama 10 bulan/305 hari), ditandatangani pada 28 Mac 2016.
PPB Kedua pula melanjutkan tarikh penyerahan daripada 26 Jun 2017 kepada
24 Februari 2020 (selama 32 bulan/974 hari). Pemaju telah memohon PPB atas
kelewatan penyiapan projek dengan alasan kelewatan kelulusan teknikal, masalah kerja-
kerja di tapak, isu perundangan dan perubahan terhadap skop kerja asal. Perjanjian PPB
Kedua belum disempurnakan setakat 4 September 2020 kerana belum ditandatangani
oleh pemaju walaupun telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak MyIPO.
4.1.3. Berdasarkan syarat dalam kontrak, kelewatan selama 974 hari
menyebabkan pemaju sepatutnya dikenakan faedah serahan lewat
berjumlah RM33.36 juta seperti dalam Jadual 4.1.1.
96 96 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPeemmbbeelliiaann BBaa nn gguunnaann PPeej ajabba tat
JADUAL 4.1.1
FAEDAH SERAHAN LEWAT TIDAK DIKENAKAN
PERIHAL TARIKH TARIKH BILANGAN KADAR HARIAN JUMLAH
PPB PERJANJIAN (HARI) FAEDAH SERAHAN FAEDAH
DITANDATANGANI SERAHAN
LEWAT LEWAT
(RM) (RM Juta)
Perjanjian 26.06.2017 (a) (b) (a) x (b)
974 34,247
Tambahan kepada Belum disempurnakan 33.36
Kedua 24.02.2020
Sumber: Dokumen Kontrak
4.1.4. Pihak pemaju mengemukakan cadangan untuk memberikan pampasan dalam
bentuk wang tunai, penukaran auditorium kepada dewan bankuet dan pengurangan kos
tempat letak kereta. MyIPO telah bersetuju dengan cadangan pemaju dan tidak
menuntut faedah serahan lewat.
4.1.5. Semakan Audit terhadap pengiraan jumlah pampasan yang diterima mendapati
pengiraan pemaju bagi pampasan adalah berjumlah RM41 juta manakala MyIPO
mendapati pampasan tersebut hanya bernilai sejumlah RM31.30 juta, iaitu perbezaan
sejumlah RM9.70 juta. Perbezaan ini disebabkan oleh perkiraan penjimatan bayaran hak
penggunaan tempat letak kereta. Bahagian Teknikal Dan Pengurusan Fasiliti MyIPO
mendapati bahawa nilai penjimatan hanya berjumlah RM17.30 juta berbanding sejumlah
RM27 juta yang dikira oleh pemaju. Analisis Audit mendapati bahawa jumlah
pampasan yang dipersetujui oleh MyIPO sejumlah RM31.30 juta adalah
tidak setimpal dengan nilai faedah serahan lewat berjumlah
RM33.36 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.1.2.
JADUAL 4.1.2
PENGIRAAN PAMPASAN PPB KEDUA OLEH PEMAJU DAN MyIPO
PAMPASAN YANG DIBERIKAN KIRAAN PEMAJU a KIRAAN MyIPO b
(RM Juta) (RM Juta)
Pampasan Tunai 7.80 7.80
Pampasan Bukan Tunai: 33.20 23.50
i) Pembinaan Dewan Bankuet 6.20 6.20
ii) Penjimatan Bayaran Hak Penggunaan Tempat Letak Kereta 27.00 17.30
JUMLAH 41.00 31.30
Faedah serahan lewat (RM34,247 x 974 hari) (33.36)
KERUGIAN MyIPO (2.06)
Sumber: aSurat Pemaju Bertarikh 8 September 2017 dan 24 Disember 2019
bDokumen Rundingan Muktamad Perjanjian Tambahan Kedua bertarikh 24 Disember 2019 dan
Perjanjian Tambahan Kedua bersama dengan pengiraan pihak MyIPO
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 97 97
PePme mbebleial ina nBBaanngguunnaann PP eejjaabbaatt
4.1.6. Pihak Audit mendapati kerugian berjumlah RM2.06 juta ini berlaku kerana pihak
MyIPO telah membuat rundingan dengan pemaju untuk menukar balasan tunai faedah
serahan lewat dengan perubahan spesifikasi dalaman ke atas bangunan MyIPO sebelum
penyerahan bangunan. Sehubungan itu, pemaju mempunyai alasan untuk menyerahkan
bangunan lewat daripada tarikh yang dijanjikan tanpa dikenakan faedah serahan lewat.
Pihak Audit juga mendapati MyIPO telah bersetuju dengan PPB Kedua pada
26 Oktober 2017 walaupun pada masa tersebut, MyIPO baru sahaja melantik Juruukur
Bahan pada 1 Oktober 2017. Ini bermakna MyIPO telah bersetuju dengan cadangan
pemaju sebelum nasihat pegawai Juruukur Bahan diterima.
4.1.7. Kesan daripada persetujuan PPB Kedua, MyIPO terpaksa
menanggung kerugian sejumlah RM2.06 juta.
Maklum balas MyIPO yang diterima pada 19 Oktober dan 23 November 2020
Peguamcara MyIPO telah mengeluarkan surat kepada pemaju pada 15 Oktober 2020 untuk
segera menandatangani Perjanjian Tambahan Kedua dalam tempoh 7 hari dari Notis
Peringatan dikeluarkan. Dalam kandungan surat tersebut, telah dinyatakan bahawa
sekiranya pihak pemaju masih enggan untuk tandatangani Perjanjian Tambahan Kedua ini
dalam tempoh dinyatakan, maka persetujuan ini akan terbatal dan MyIPO merizabkan
haknya untuk mengenakan ganti rugi kelewatan bermula selepas tempoh pelanjutan
penyerahan bangunan pertama, iaitu 26 Jun 2017.
MyIPO berpendapat bahawa nilai pampasan yang diterima oleh MyIPO adalah setara
dengan nilai faedah serahan lewat yang sepatutnya dikenakan kepada pihak pemaju.
Pernyataan MyIPO kerugian RM2.06 juta kerana membuat perubahan
Audit spesifikasi dalaman sebelum bangunan siap diserahkan dan
terpaksa menangguhkan penerimaan bangunan sehingga
lebih tiga (3) tahun. MyIPO juga telah mengorbankan
sejumlah RM23.50 juta balasan tunai faedah serahan lewat
termasuk bayaran hak penggunaan tempat letak kereta
bernilai RM17.30 juta walaupun bangunan belum diduduki.
98 98 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPeemmbbeelliiaann BBaa nn gguunnaann PPeej ajabba tat
4.2. Bayaran Sewa Pejabat Berjumlah RM10.46 Juta Setahun Akibat
Kelewatan Penyerahan Bangunan
4.2.1. Berdasarkan surat Permohonan Mendapatkan Pembiayaan Pinjaman daripada
Bank Rakyat yang diajukan oleh MyIPO kepada YB Menteri Kewangan pada
21 Mac 2013, pembelian bangunan MyIPO adalah merupakan suatu cara untuk
mengelakkan MyIPO daripada terus menanggung kenaikan harga penyewaan bangunan
di setiap akhir tempoh penyewaan pada masa akan datang.
4.2.2. Semakan Audit mendapati MyIPO terpaksa terus menanggung
bayaran sewa pejabat dan tempat letak kereta berjumlah RM10.46
juta setahun kerana bangunan MyIPO masih belum diserahkan sehingga sekarang
berbanding tarikh asal penyerahan iaitu pada 24 Ogos 2016.
4.2.3. Perkara ini berlaku disebabkan persetujuan MyIPO meluluskan PPB kepada
pihak pemaju selama 1,279 hari (3.5 tahun). Selain itu, MyIPO akan menanggung
bayaran balik pinjaman bulanan yang semakin meningkat. Ini disebabkan MyIPO telah
memohon untuk menangguhkan bayaran balik prinsipal pinjaman tanpa melanjutkan
tempoh bayaran balik, iaitu pada tahun 2033. MyIPO juga mungkin menghadapi
masalah lebih serius sekiranya pemaju enggan memberikan apa-apa pampasan kepada
MyIPO atas kelewatan yang berlaku dengan alasan MyIPO yang membuat perubahan
spesifikasi dalaman dan kelewatan berpunca daripada MyIPO. Senario ini mungkin
berlaku kerana pemaju masih belum menandatangani Perjanjian Tambahan Kedua dan
masih tidak berpuas hati dengan terma Perjanjian Tambahan Kedua.
Maklum balas MyIPO yang diterima pada 27 Oktober dan 23 November 2020
Bangunan telah disiapkan oleh pemaju pada 13 November 2020 beserta dengan Perakuan
Siap Dan Pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh Arkitek. Pihak pemaju juga telah
mengeluarkan Notice of Delivery of Vacant Possession kepada MyIPO pada 13 November
2020. Mengikut Perjanjian Jual Dan Beli, MyIPO perlu menanggung segala kos berkaitan
setelah Pemilikan Kosong Bangunan dibuat seperti cukai taksiran, sinking fund, pengurusan
fasiliti dan penyenggaraan. Dalam masa yang sama juga, MyIPO perlu menanggung kos
sewaan pejabat dan parkir di Menara UOA. Secara keseluruhan, MyIPO akan menanggung
kos sebanyak RM10.46 juta setahun.
Pernyataan Kelewatan penyerahan bangunan MyIPO telah menyebabkan
Audit MyIPO terpaksa menanggung kos sewaan pejabat sedia ada
berjumlah RM10.46 juta setahun.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 99 99
PePme mbebleial ina nBBaanngguunnaann PP eejjaabbaatt
5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan, adalah
disyorkan kepada pihak MyIPO untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:
5.1. Perubahan kepada terma Perjanjian Jual Dan Beli tidak perlu dilakukan sebelum
penyerahan dibuat kerana mungkin akan membuka peluang kepada pemaju untuk
memohon lanjutan masa penyiapan.
5.2. Mengkaji dengan teliti sebelum kelulusan diberikan terhadap sebarang pelanjutan
masa penyerahan bangunan oleh pemaju dengan mengambil kira risiko kerugian jangka
panjang kepada MyIPO.
100 100 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPeemmbbeelliiaann BBaa nn gguunnaann PPeej ajabba tat
BAHAGIAN II
PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN
5. Dana Program Pinjaman Aviation Dan
Program Pembiayaan
– Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran
RINGKASAN EKSEKUTIF
Apa yang DANA PROGRAM PINJAMAN AVIATION
diaudit? DAN PROGRAM PEMBIAYAAN
Mengapa ia Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
penting
untuk Kementerian Sumber Manusia
diaudit?
Perkara Utama
Apa yang
ditemui Pengauditan pematuhan terhadap Dana Program Pinjaman
Audit? Aviation Dan Program Pembiayaan yang dilaksanakan di
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
Syor Audit
Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan
kewangan yang berkuat kuasa, syarat permohonan dan
pembayaran dilaksanakan dengan teratur.
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Penyaluran peruntukan berjumlah RM28.45 juta telah dibuat
kepada Penyedia Latihan untuk program latihan yang tidak
diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran; dan
- Bayaran berjumlah RM137,280 telah dibuat kepada Pusat
Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang untuk badan profesional
American Society of Quality yang belum layak dipohon oleh
pelatih.
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Memastikan penyaluran peruntukan dibuat kepada program
yang berdaftar dan diluluskan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran sahaja; dan
- Memastikan penyaluran peruntukan bagi bayaran badan
profesional hanya dibuat apabila syarat untuk menduduki
peperiksaan dipenuhi dan dituntut oleh pelatih.
LaLpaoproarannKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTaThauhnun20210919 103 103
DanDaa nParoPgrroagmr a mPiPnijnajma mana nAAvviai attiioonn DDaann PPrrooggrraammPPe memb ibaiyaayaanan
104 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
5. DANA PROGRAM PINJAMAN AVIATION DAN
PROGRAM PEMBIAYAAN
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
1. LATAR BELAKANG
1.1. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), beroperasi sepenuhnya
mulai 1 Januari 2007 berdasarkan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Akta
Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640). PTPK bertanggungjawab untuk
menguruskan dana pinjaman dan pembiayaan latihan kemahiran yang berterusan
kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran.
1.2. Pada tahun 2019, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyalurkan sejumlah
RM200 juta kepada PTPK untuk memberi kemudahan pinjaman dan pembiayaan dana
latihan kemahiran seperti dalam Jadual 5.1.
JADUAL 5.1
TERIMAAN PERUNTUKAN DANA PINJAMAN DAN
PEMBIAYAAN PROGRAM BAGI TAHUN 2018 DAN 2019
BIL. PROGRAM PERUNTUKAN BAKI PADA
(RM Juta) 31.12.2019
2018 2019 (RM Juta)
PINJAMAN
1. Pinjaman Latihan Kemahiran kepada
Lepasan Sekolah
175.00 100.00 243.21
2. Pinjaman Latihan Kemahiran kepada 175.00 100.00 243.21
Pekerja
JUMLAH PINJAMAN
PEMBIAYAAN
Program Pembiayaan Golongan
Pekerja dan Future Workers Lepasan
1. Sekolah (WTTP); dan 31.75 60.00 73.58
Program Pembiayaan Golongan
56.18
Pekerja dan Future Workers Lepasan 51.59
30.17
Siswazah (INSEP) 13.30
Program Pembiayaan Peningkatan 0.37
225.19
2. Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan 18.64 -
Khusus (PPKK) 10.00 5.00
5.00 12.50
3. Program Pembiayaan Kompetitif- 22.50
Contestable Fund (CF) 22.75
- -
4. Program Pembiayaan Malaysian 100.00
Meister Programme (MMP) 88.14
5. Program Pembiayaan Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN)
6. Program Geran Latihan TVET bagi
Golongan B40
JUMLAH PEMBIAYAAN
JUMLAH KESELURUHAN 263.14 200.00 468.40
Sumber: Penyata Kewangan PTPK bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 105 105
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
1.3. Baki pinjaman latihan kemahiran kepada lepasan sekolah dan pekerja
berjumlah RM243.21 juta adalah meliputi Pinjaman Program Aviation berjumlah
RM8.60 juta, iaitu melibatkan 115 pelatih.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan dan penggunaan dana
telah dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkuat
kuasa.
3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini dijalankan di Ibu Pejabat PTPK, Kuala Lumpur. Pemilihan
sampel pengauditan adalah bagi tahun 2019. Perincian pemilihan sampel adalah
seperti dalam Jadual 5.2.
JADUAL 5.2
PERINCIAN PEMILIHAN SAMPEL
BIL. PROGRAM BIL.
SAMPEL
SAMPEL PINJAMAN
30
1. Program Pinjaman Aviation 30
JUMLAH SAMPEL PINJAMAN 40
35
SAMPEL PEMBIAYAAN 19
-
1. Program Pembiayaan Golongan Pekerja dan Future Workers Lepasan Sekolah (WTTP) 20
15
2. Program Pembiayaan Golongan Pekerja dan Future Workers Lepasan Siswazah (INSEP) -
129
3. Program Pembiayaan Malaysian Meister Programme (MMP) 159
4. Program Pembiayaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
5. Program Pembiayaan Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK)
6. Program Pembiayaan Kompetitif-Contestable Fund (CF)
7. Program Geran Latihan TVET bagi Golongan B40
JUMLAH SAMPEL PEMBIAYAAN
JUMLAH KESELURUHAN
Sumber: Senarai Pelatih PTPK
3.2. Pengauditan pematuhan dijalankan dengan meneliti Akta Tabung
Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640), Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
2006 (Akta 652), buku panduan dan garis panduan yang diguna pakai, minit
mesyuarat Lembaga Pengarah dan jawatankuasa yang berkaitan dan memeriksa rekod
serta dokumen berkaitan di pejabat auditi serta rekod kewangan PTPK. Di samping itu,
sesi temu bual dengan pegawai yang terlibat dan pemeriksaan fizikal Audit turut
dijalankan untuk mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada proses semakan
yang telah dijalankan.
106 106 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
3.3. Lawatan fizikal telah diadakan di lokasi seperti dalam Jadual 5.3.
JADUAL 5.3
LOKASI LAWATAN FIZIKAL
BIL. LOKASI TARIKH
LAWATAN FIZIKAL
Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor
1A, 1st Floor, Blok 2, Pusat Perniagaan Worldwide 03.09.2020
1. Jalan Tinju, 13/50 Seksyen 13
09.09.2020
40100 Shah Alam, Selangor.
10.09.2020
Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC)
07.09.2020
2. No. 1, Jalan Sultan Azlan Shah
Bandar Bayan Baru
11909 Pulau Pinang.
Kedah Industrial Skills & Management Development Centre
3. 126, Jalan PKNK 1/1
Kawasan Perusahaan Sungai Petani
08000 Sungai Petani, Kedah.
Admal Aviation College
4. 24-34, Jalan 2, Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang, Selangor.
Sumber: Lawatan Fizikal
4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dilaksanakan mulai 1 hingga 11 September 2020. Maklum balas
daripada PTPK telah diterima pada 28 September 2020. Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) diadakan pada 30 September 2020. Penemuan Audit adalah seperti yang
dinyatakan di perenggan 4.1. dan 4.2.
4.1. Penyaluran Peruntukan Berjumlah RM28.45 Juta Telah Dibuat Kepada
Penyedia Latihan Untuk Program Latihan Yang Tidak Diluluskan Oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran
4.1.1. Seksyen 33 (2) Bahagian VI Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004
(Akta 640) menyatakan, “Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di
bawah Bahagian ini kecuali (a) ia telah ditauliahkan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK); dan (b) ia menjalankan program latihan yang diluluskan.”
MLVK ertinya badan yang ditubuhkan dengan nama sedemikian oleh Kerajaan
untuk tujuan menggubal, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan
vokasional dan perindustrian sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi
dan pembangunan ekonomi negara. Pada 1 September 2006, Akta Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan, maka nama MLVK
telah bertukar kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 107 107
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
4.1.2. Semakan Audit mendapati PTPK telah menyalurkan peruntukan
kepada Penyedia Latihan berjumlah RM19.85 juta pada tahun 2019
bagi program pembiayaan yang tidak mendapat kelulusan JPK.
4.1.3. PTPK turut menyalurkan sejumlah RM8.60 juta kepada
Penyedia Latihan untuk membiayai Program Pinjaman Aviation
yang tidak mendapat kelulusan JPK. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 5.4.
JADUAL 5.4
PROGRAM PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN YANG TIDAK DILULUSKAN
OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PADA TAHUN 2019
BIL. PROGRAM BIL. BIL. JUMLAH
1. PROGRAM PELATIH (RM Juta)
2. Program Pembiayaan Golongan
Pekerja dan Future Workers Lepasan 9 279 2.19
Sekolah (WTTP)
Program Pembiayaan Golongan 27 1,266 17.66
Pekerja dan Future Workers Lepasan
Siswazah (INSEP)
3. Program Pinjaman Aviation 2 115 8.60
JUMLAH 38 1,660 28.45
Sumber: Maklumat Arah Bayar Kursus Non-SKM dan Senarai Pelatih PTPK
4.1.4. PTPK menyalurkan peruntukan kepada Penyedia Latihan tidak seperti
ketetapan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640). Perkara ini
berlaku kerana PTPK ingin mempercepatkan penyaluran serta memenuhi kehendak
industri yang lebih mengiktiraf pensijilan lain. Antaranya adalah daripada Badan
Bertauliah seperti Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia (SEDA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Maklum balas PTPK yang diterima pada 28 September 2020
PTPK membiayai program ini berdasarkan kepada Seksyen 8(c) Akta Tabung
Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) yang memperuntukkan bahawa “Fungsi
Perbadanan ialah melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada
Perbadanan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain”.
Pernyataan Penyaluran peruntukan bagi program yang tidak diluluskan
Audit oleh JPK melanggar kehendak Akta 640 dan Akta 652.
Program latihan yang tidak diluluskan oleh JPK
menyebabkan program tidak memenuhi kehendak Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan seperti ketetapan
Akta 652.
108 108 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
4.2. Bayaran Berjumlah RM137,280 Telah Dibuat Kepada Pusat
Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang Untuk Bayaran Badan Profesional
American Society Of Quality Yang Belum Layak Dipohon Oleh Pelatih
4.2.1. Program Manufacturing Process (Kod Program: MC1217-B) di bawah
Program Pembiayaan Golongan Pekerja dan Future Workers Lepasan Siswazah
(INSEP) ditawarkan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC).
Tempoh kursus ini adalah di antara 90 hingga 91 hari melibatkan yuran kursus
berjumlah RM14,300 untuk setiap pelatih dan seramai 96 pelatih menyertai
program ini dalam tahun 2019.
4.2.2. Yuran bagi kursus ini adalah termasuk bayaran lesen Certified Quality
Engineer yang dikenakan oleh American Society of Quality berjumlah RM1,430
untuk setiap pelatih. Bayaran lesen tersebut hanya akan diberikan ke atas
permohonan pelatih yang memenuhi syarat, iaitu berada di dalam industri selama
tiga (3) hingga lapan (8) tahun.
4.2.3. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2019, PTPK telah
menyalurkan RM1.37 juta kepada PSDC bagi melaksanakan Program Manufacturing
Process (Kod Program: MC1217-B). Bayaran ini meliputi RM137,280 bagi
lesen profesional yang belum layak dipohon oleh pelatih.
4.2.4. PTPK telah terlebih bayar kerana tidak maklum mengenai syarat
permohonan lesen profesional dan tiada pemantauan terhadap PSDC.
Maklum balas PTPK yang diterima pada 28 September 2020
PTPK telah mengeluarkan surat kepada pihak PSDC untuk mengemukakan sijil
pelesenan profesional bagi pelatih yang terlibat dan maklum balas perlu dikemukakan
dalam tempoh 14 hari.
Pernyataan Bayaran berjumlah RM137,280 kepada PSDC telah dibuat
Audit bagi lesen profesional yang belum layak dipohon oleh pelatih
merupakan pembayaran tidak wajar.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 109 109
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada peraturan kewangan dipatuhi
sepenuhnya, penambahbaikan dan tindakan perlu dilaksanakan terhadap perkara
berikut:
5.1. Memastikan penyaluran peruntukan dibuat kepada program yang berdaftar dan
diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sahaja.
5.2. Memastikan penyaluran peruntukan bagi bayaran badan profesional hanya
dibuat apabila syarat untuk menduduki peperiksaan dipenuhi dan dituntut oleh pelatih.
110 110 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan
BAHAGIAN II
PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN
6. Bayaran Kepada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan
– Perbadanan Harta Intelek Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
BAYARAN KEPADA KUMPULAN WANG
DISATUKAN PERSEKUTUAN
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna
Apa yang Perkara Utama
diaudit?
Pengauditan pematuhan terhadap bayaran kepada Kumpulan
Wang Disatukan Persekutuan (KWDP) oleh Perbadanan Harta
Intelek Malaysia (MyIPO) selepas tahun ketiga pengendaliannya
iaitu mulai tahun 2006 hingga 2019.
Mengapa ia Menentukan pematuhan terhadap Seksyen 36 Akta Perbadanan
penting Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) dan syarat kelulusan
untuk pengecualian cukai pendapatan.
diaudit?
Apa yang Penemuan Audit adalah seperti berikut:
ditemui?
- MyIPO tidak membuat bayaran sebanyak 30% daripada
lebihan semasa bagi tahun 2013 hingga 2019 berjumlah
RM12.71 juta kepada KWDP mengikut Seksyen 36 Akta 617;
dan
- MyIPO tidak membayar cukai pendapatan sejak penubuhannya
pada tahun 2003. Amaun yang perlu dibayar dianggarkan
berjumlah RM9.06 juta tertakluk kepada kelulusan
pengecualian bayaran kepada KWDP.
Syor Audit Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Membuat bayaran 30% daripada lebihan semasa setiap tahun
kepada KWDP selagi kelulusan pengecualian daripada
Kementerian Kewangan belum diperoleh; dan
- Membuat peruntukan cukai dan melaporkan pendapatan
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia setiap tahun
serta membayar amaun cukai berkaitan.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 113 113
BayaBraa yna rKaenpKaedpaa Kd aumK upmulpaunl aWn Wanagn gDDisias atut ukkaann PPeerrss ee kkuuttuuaann
114 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Bayaran Kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
6. BAYARAN KEPADA KUMPULAN WANG
DISATUKAN PERSEKUTUAN
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna
1. LATAR BELAKANG
1.1. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah diperbadankan di bawah Akta
Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) berkuat kuasa pada 3 Mac 2003 di
bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP). MyIPO bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan undang-
undang harta intelek yang terdiri daripada Cap Dagangan, Paten, Hak Cipta, Reka
Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
1.2. Seksyen 36 Akta 617 menetapkan Perbadanan boleh atas arahan Kerajaan
menyebabkan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan (KWDP) suatu
amaun tidak melebihi 30% daripada lebihan semasa tahunannya selepas tahun ketiga
pengendaliannya.
1.3. Seksyen 77A Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan agensi atau syarikat
hendaklah melaporkan pendapatan yang diperoleh kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM) bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan setiap tahun.
1.4. Berdasarkan surat bertarikh 15 April 2008, Menteri Kewangan telah bersetuju
mengecualikan cukai pendapatan kepada MyIPO ke atas semua pendapatan statutori
kecuali pendapatan dividen mulai tahun taksiran 2003. Hal ini adalah selaras dengan
peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967. Kelulusan ini
adalah tertakluk kepada syarat bahawa MyIPO membayar sumbangan 30% daripada
lebihan semasa tahunannya kepada KWDP, selaras dengan peruntukan di bawah
Seksyen 36 Akta 617.
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada MyIPO membuat pembayaran
kepada KWDP atau membayar cukai pendapatan selaras dengan undang-undang dan
peraturan berkuat kuasa.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 115 115
BayaBraa yna rKaenpKaedpaa Kd aumK upmulpaunl aWn Wanagn gDDisias atut ukkaann PPeerrss ee kkuuttuuaann
3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan dibuat terhadap status bayaran MyIPO kepada KWDP selepas tahun
ketiga pengendaliannya, iaitu mulai tahun 2006 hingga tahun 2019 di pejabat MyIPO.
3.2. Semakan juga dibuat terhadap permohonan pengecualian bayaran kepada
KWDP yang telah dikemukakan oleh KPDNHEP kepada Kementerian Kewangan (MOF)
dan status pembayaran cukai pendapatan oleh MyIPO kepada LHDNM.
3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen yang
diperoleh daripada MyIPO, KPDNHEP dan MOF. Selain itu, analisis terhadap data dan
penyata kewangan yang berkaitan dengan bayaran kepada KWDP serta cukai
pendapatan MyIPO turut dilaksanakan.
4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dijalankan pada bulan September hingga Oktober 2020. Penemuan
Audit telah dibangkitkan kepada pihak pengurusan MyIPO pada 12 Oktober 2020.
Maklum balas telah diterima daripada MyIPO pada 16 Oktober dan 23 November 2020.
Mesyuarat Penutup (Exit Conference) telah diadakan pada 20 Oktober 2020. Penemuan
Audit yang dibangkitkan adalah seperti dinyatakan di perenggan 4.1. dan 4.2.
4.1. Bayaran Kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan Berjumlah
RM12.71 Juta Bagi Tahun 2013 Hingga 2019 Tidak Dibuat Oleh MyIPO
4.1.1. Seksyen 36 Akta 617 memperuntukkan “Perbadanan boleh atas arahan
Kerajaan menyebabkan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
(KWDP) suatu amaun tidak melebihi 30% daripada lebihan semasa tahunannya
selepas tahun ketiga pengendaliannya”.
4.1.2. Sehingga 30 September 2020, MyIPO masih belum membuat
bayaran 30% daripada lebihan semasa tahun 2013 hingga 2019
kepada KWDP. Bayaran kepada KWDP tidak dibuat walaupun MyIPO telah
merekodkan tanggungan bayaran kepada KWDP sebagai liabiliti dalam penyata
kewangan setiap tahun mulai tahun 2013. Secara kumulatifnya, tunggakan
bayaran kepada KWDP berjumlah RM12.71 juta.
4.1.3. Analisis Audit mendapati MyIPO pernah membuat bayaran kepada KWDP
bagi lebihan semasa tahun 2006 hingga 2012 berjumlah RM11.45 juta. Bayaran
telah dibuat di antara satu (1) hingga empat (4) tahun selepas berakhir tahun
116 116 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
BBaayyaarraann KK eeppaaddaa KKuummp pu lualnanWWa nagnDgi sDaitsuaktaunkaP ne r sPeekrusteukauntuan
kewangan. Ringkasan lebihan/kurangan semasa, tanggungan dan pembayaran yang
telah dibuat bagi tempoh tahun 2006 hingga 2019 adalah seperti dalam
Jadual 6.1.
JADUAL 6.1
PERUNTUKAN DAN PEMBAYARAN KEPADA KWDP
TAHUN LEBIHAN/ TANGGUNGAN BAYARAN BAKI CATATAN
(KURANGAN) @30% TERTUNGGAK
SEMASA LEBIHAN
SEMASA
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2006 5.15 1.54 - 1.54 -
2007 7.41 2.22 1.54 0.68
2008 8.02 2.40 2.22 0.18 Bayaran bagi tahun
2009 (0.12) 2006.
- - -
2010 (5.81) Bayaran bagi tahun
- - - 2007.
Tiada peruntukan
dibuat kerana
MyIPO mengalami
defisit pendapatan
pada tahun ini.
2011 9.22 2.77 - 2.77 -
2012 8.39 2.52 5.17 (2.65) Bayaran bagi tahun
2008 dan 2011.
2013 2.76 0.83 - 0.83 -
2014 5.04 1.51 2.52 (1.01) Bayaran bagi tahun
2012.
2015 2.31 0.69 - 0.69 -
2016 5.09 1.53 - 1.53 -
2017 8.34 2.50 - 2.50 -
2018 11.11 3.33 - 3.33 -
2019 7.75 2.32 - 2.32 -
JUMLAH 24.16 11.45 12.71
Sumber: Penyata Kewangan MyIPO Tahun 2006-2019 (Telah Diaudit)
4.1.4. Semakan Audit selanjutnya mendapati MyIPO telah membuat
permohonan kepada MOF bagi pengecualian pembayaran kepada KWDP pada
tahun 2013. Permohonan ini telah dikemukakan sekali lagi pada bulan
September 2019 melalui KPDNHEP. Permohonan ini dibuat memandangkan tiada
sebarang maklum balas diterima daripada MOF bagi meluluskan pengecualian
yang dipohon MyIPO pada tahun 2013.
4.1.5. KPDNHEP telah mengemukakan maklum balas tambahan yang
diperlukan oleh MOF pada bulan Oktober dan November 2019 namun tiada
maklum balas diterima. Susulan selanjutnya telah dibuat oleh KPDNHEP pada
4 September 2020 kepada MOF. Bagaimanapun, setakat 30 September 2020
MOF masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap permohonan
pengecualian bayaran kepada KWDP.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 117 117
BayaBraa yna rKaenpKaedpaa Kd aumK upmulpaunl aWn Wanagn gDDisias atut ukkaann PPeerrssee kkuuttuuaann
4.1.6. Perkara ini berlaku kerana MyIPO telah gagal mematuhi kehendak
Seksyen 36 Akta 617 walaupun belum mendapat kelulusan pengecualian
daripada MOF.
Maklum balas MyIPO yang diterima pada 23 November 2020
MyIPO mengakui tiada pembayaran kepada KWDP dibuat bagi tahun 2013 hingga 2019
berjumlah RM12.71 juta. MyIPO telah menerima maklum balas daripada MOF dan
keputusan permohonan pengecualian bayaran kepada KWDP bagi tahun 2013 hingga
2017 tidak diluluskan. MyIPO dikehendaki membayar kepada KWDP selaras dengan
Seksyen 36 Akta 617.
Pernyataan Tanggungan kepada KWDP yang tidak dibayar dari tahun
Audit 2013 hingga 2019 berjumlah RM12.71 juta merupakan
ketirisan hasil yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan
Persekutuan.
4.2. MyIPO Tidak Membayar Cukai Pendapatan Dianggarkan Berjumlah
RM9.06 Juta Sejak Penubuhannya
4.2.1. Berdasarkan surat bertarikh 15 April 2008, Menteri Kewangan telah
bersetuju mengecualikan cukai pendapatan kepada MyIPO ke atas semua
pendapatan statutori kecuali pendapatan dividen mulai tahun taksiran 2003 selaras
dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa MyIPO
membayar sumbangan 30% daripada lebihan semasa tahunannya
kepada KWDP selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 36 Akta 617.
4.2.2. Sehingga 30 September 2020, MyIPO tidak pernah membuat peruntukan
atau perbelanjaan cukai atas pendapatannya sejak ditubuhkan. Amaun cukai
pendapatan yang perlu dibayar setiap tahun bergantung kepada pendapatan yang
dicukai dan dibenarkan pelepasan cukai serta tertakluk kepada status bayaran
kepada KWDP.
4.2.3. Pendapatan yang dikenakan cukai bagi tahun 2003 hingga 2012, hanyalah
pendapatan dividen daripada saham amanah memandangkan MyIPO telah membuat
bayaran kepada KWDP dan pendapatan lain adalah dikecualikan. Pendapatan
dividen saham amanah hanya melibatkan tahun taksiran 2010 dan 2012. Anggaran
cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada LHDNM bagi tahun taksiran 2010 dan
118 118 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
BBaayyaarraann KK eeppaaddaa KKuummp pu lualnanWWa nagnDgi sDaitsuaktaunkaP ne r sPeekrusteukauntuan
2012 berjumlah RM0.56 juta. Butiran terperinci pendapatan boleh cukai iaitu dividen
saham dan anggaran cukai adalah seperti dalam Jadual 6.2.
JADUAL 6.2
ANGGARAN CUKAI ATAS DIVIDEN SAHAM AMANAH MyIPO
TAHUN DIVIDEN SAHAM KADAR ANGGARAN
AMANAH CUKAI* CUKAI
(RM Juta) (%) (RM Juta)
2010 0.69 25 0.17
2012 1.55 25 0.39
JUMLAH 0.56
Sumber: Penyata Kewangan MyIPO 2010 dan 2012 (Telah Diaudit)
Nota : * Laman Web Rasmi LHDNM
4.2.4. Kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada MyIPO pada
tahun 2008 adalah terbatal mulai tahun kewangan 2013. Ini adalah kerana MyIPO
telah melanggar syarat kelulusan pengecualian cukai pendapatan apabila gagal
membuat bayaran 30% daripada lebihan tahun semasanya kepada KWDP. Oleh
yang demikian, MyIPO adalah bertanggungjawab untuk membuat peruntukan cukai
tahunan, melaporkan dan membayar cukai atas hasil pendapatannya yang layak
dikenakan cukai mulai tahun 2003.
4.2.5. Berdasarkan kepada pendapatan yang dilaporkan dalam penyata
kewangan MyIPO, dianggarkan cukai pendapatan atas pendapatan lain yang boleh
dikenakan cukai bagi tahun taksiran 2013 hingga 2019 berjumlah RM8.50 juta.
Pengiraan Audit terhadap anggaran cukai pendapatan adalah berdasarkan
pendapatan dividen saham amanah dan pendapatan lain boleh cukai yang dikira
meliputi pendapatan faedah simpanan tetap dan hasil operasi lain termasuk
pendapatan sewaan. Butiran terperinci pendapatan boleh cukai dan anggaran cukai
adalah seperti dalam Jadual 6.3.
JADUAL 6.3
ANGGARAN CUKAI ATAS PENDAPATAN LAIN MyIPO
PENDAPATAN PENDAPATAN KADAR ANGGARAN CUKAI
DIVIDEN CUKAI*
TAHUN LAIN BOLEH PENDAPATAN PENDAPATAN LAIN
CUKAI
DIVIDEN BOLEH CUKAI
(RM Juta) (RM Juta) (%) (RM Juta) (RM Juta)
2013 0.44 3.29 25 0.11 0.82
2014 1.01 4.03 25 0.25 1.01
2015 - 4.08 25 - 1.02
2016 - 7.37 24 - 1.77
2017 - 9.42 24 - 2.26
2018 - 2.64 24 - 0.63
2019 - 2.63 24 - 0.63
0.36 8.14
JUMLAH
Sumber: Penyata Kewangan MyIPO 2013-2019 (Telah Diaudit)
Nota : * Laman Web Rasmi LHDNM
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 119 119
BayaBraa yna rKaenpKaedpaa Kd aumK upmulpaunl aWn Wanagn gDDisias atut ukkaann PPeerrss ee kkuuttuuaann
4.2.6. Secara keseluruhan, pengiraan Audit terhadap anggaran cukai
pendapatan yang masih belum dibayar kepada LHDNM bagi tahun
taksiran 2003 hingga 2019 berjumlah RM9.06 juta. Tanpa kelulusan
pengecualian bayaran 30% daripada lebihan tahun semasanya
kepada KWDP dari MOF, MyIPO perlu membuat bayaran kepada
KWDP berjumlah RM12.71 juta. Dari segi cukai pendapatan pula, MyIPO
dianggarkan perlu membayar RM0.56 juta dan RM0.36 juta atas pendapatan dividen
sahaja. Ringkasan anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada LHDNM
(tidak termasuk kenaan denda lewat, sekiranya berkaitan) adalah seperti dalam
Jadual 6.4.
JADUAL 6.4
ANGGARAN CUKAI PENDAPATAN MyIPO
BERDASARKAN STATUS BAYARAN KEPADA KWDP
TEMPOH STATUS BAYARAN PENDAPATAN YANG ANGGARAN CUKAI
TAHUN 30% KEPADA KWDP DIKENAKAN CUKAI (RM Juta)
2003 - 2012 Telah Bayar Dividen saham amanah 0.56
2013 - 2019 Tidak Bayar Faedah simpanan tetap, 8.50
pendapatan sewaan dan
dividen saham amanah*
JUMLAH 9.06
Sumber: Pengiraan Audit
Nota : * Cukai atas dividen saham amanah tahun 2013 (RM0.11 juta) dan 2014 (RM0.25 juta)
Maklum balas MyIPO yang diterima pada 16 Oktober 2020
MyIPO mengakui tiada pembayaran cukai dibuat sejak penubuhan MyIPO. MyIPO tidak
membayar cukai kerana telah mendapat pengecualian pembayaran cukai berdasarkan
surat bertarikh 15 April 2008 dan 5 Februari 2015. Jika pengecualian bayaran kepada
KWDP tidak diluluskan, MyIPO akan membayar kepada KWDP dan tidak membayar
cukai pendapatan kecuali cukai ke atas dividen. Perbincangan lanjut dengan pihak
LHDNM akan dibuat bagi menyelesaikan isu cukai tertunggak selepas pendaftaran fail
cukai selesai.
Pernyataan Kegagalan MyIPO membayar cukai pendapatan pada setiap
Audit tahun taksiran telah menyebabkan ketirisan hasil cukai
Kerajaan. Penangguhan bayaran kepada KWDP dan kelewatan
mengemukakan taksiran serta bayaran cukai pendapatan
boleh menyebabkan MyIPO dikenakan denda.
120 120 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
BBaayyaarraann KK eeppaaddaa KKuummp pu lualnanWWa nagnDgi sDaitsuaktaunkaP ne r sPeekrusteukauntuan
5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan MyIPO mematuhi Seksyen 36 Akta 617 dan surat kelulusan
pengecualian cukai pendapatan bertarikh 15 April 2008, adalah disyorkan MyIPO
mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:
5.1. Membuat bayaran 30% daripada lebihan semasa setiap tahun kepada KWDP
selagi kelulusan pengecualian daripada MOF belum diperoleh.
5.2. Membuat peruntukan cukai dan melaporkan pendapatan kepada LHDNM setiap
tahun serta membayar amaun cukai berkaitan.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 121 121
BayaBraa yna rKaenpKaedpaa Kd aumK upmulpaunl aWn Wanagn gDDisias atut ukkaann PPeerrss ee kkuuttuuaann
122 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Bayaran Kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
BAHAGIAN II
PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN
7. Penggunaan Dana Kerajaan
– Akademi Sains Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
Apa yang PENGGUNAAN DANA KERAJAAN
diaudit?
Akademi Sains Malaysia
Mengapa ia
penting Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
untuk
diaudit? Perkara Utama
Pengauditan pematuhan terhadap Penggunaan Dana Kerajaan di
Apa yang
ditemui Akademi Sains Malaysia (ASM) yang diterima daripada tiga (3)
Audit? kementerian.
Syor Audit Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan
kewangan yang berkuat kuasa, syarat perjanjian dan pembayaran
dilaksanakan dengan teratur.
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Perbelanjaan berjumlah RM1.14 juta tidak teratur bagi empat
(4) kajian/projek:
Perbelanjaan terlebih bayar berjumlah RM252,289
bagi elaun ahli pasukan;
Tuntutan yang tidak wajar bagi cukai berjumlah
RM98,542; dan
Bayaran atas kemudahan/perkhidmatan oleh ASM
berjumlah RM787,232 dibuat tanpa kadar yang
diluluskan.
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Menyediakan prosedur operasi standard yang diluluskan
mengenai pengurusan dana dari aspek proses kerja, kenaan
kadar dan jenis perbelanjaan yang boleh diiktiraf sebagai
hasil ASM selaras dengan akta dan ketetapan serta kelulusan
Menteri dan Majlis;
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 125 125
PePnegnggug nu naaaann DDaannaa KK eerraajjaaaann
- Menyedia dan mendapatkan kelulusan Majlis bagi belanjawan
yang terperinci terhadap dana yang diterima dan
dikemukakan untuk persetujuan kementerian yang berkaitan;
dan
- Memastikan pematuhan terhadap terma rujukan yang
ditetapkan dan sebarang perubahan mendapat kelulusan
kementerian berkaitan.
126 126 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPeenngggguunnaaaann DD aannaa KKeerraaj ajaaann
7. PENGGUNAAN DANA KERAJAAN
Akademi Sains Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
1. LATAR BELAKANG
1.1. Akademi Sains Malaysia (ASM) telah ditubuhkan di bawah Akta Akademi Sains
Malaysia 1994 (Akta 524) yang mana dikuatkuasakan pada 1 Februari 1995. Fungsi ASM
adalah menasihati Kerajaan berkenaan hal sains, teknologi dan inovasi (STI) yang
berkepentingan kepada negara dan antarabangsa serta memupuk budaya
kecemerlangan sains, kejuruteraan dan teknologi. ASM juga membantu meningkatkan
keupayaan teknologi sektor industri, menggalakkan kesedaran dan pemahaman umum
mengenai kepentingan STI dalam kehidupan seharian. Selain itu, ASM
bertanggungjawab menjalin jaringan dan kerjasama antarabangsa serta penerbitan
saintifik.
1.2. Pada tahun 2019, ASM menerima enam (6) dana Kerajaan berjumlah
RM7.50 juta untuk menjalankan aktivitinya dan sejumlah RM3.46 juta telah
dibelanjakan. Selain itu, baki sejumlah RM40.60 juta telah dipulangkan kepada
kementerian bagi kajian/projek yang telah selesai. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 7.1.
JADUAL 7.1
MAKLUMAT DANA SETAKAT 31 DISEMBER 2019
BAKI PADA TERIMAAN PERBELANJAAN PEMULANGAN KEPADA BAKI PADA
1 JANUARI 2019 31 DISEMBER 2019
TAHUN 2019 TAHUN 2019 KEMENTERIAN
(RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
10.62
47.18 7.50 (3.46) (40.60)
Sumber: Penyata Kewangan ASM bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019
2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada proses penggunaan dana Kerajaan
dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa
serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan dilaksanakan di Ibu Pejabat ASM terhadap proses penggunaan
dana Kerajaan meliputi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2019 melibatkan
Bahagian Akaun Dan Kewangan serta Bahagian Kajian Strategik STI.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 127 127
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
3.2. Butiran terperinci sampel penggunaan dana Kerajaan melibatkan empat (4)
dana yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian
Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pembangunan Usahawan
(MED). Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.2.
JADUAL 7.2
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN DANA KAJIAN/PROJEK
SETAKAT 31 DISEMBER 2019 BAGI SAMPEL DANA
BIL. TAJUK TARIKH KAJIAN/ PERUNTUKAN JUMLAH JUMLAH BAKI
KAJIAN/ PROJEK PERBELANJAAN DANA
PERBELANJAAN PADA
PROJEK TAHUN 2019 IN HOUSE 31.12.2019
CHARGE (RM)
TAHUN 2019 23,350
(RM) (RM) (RM) 19,764
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) -
1. Kajian Separuh 3,541
46,655
Penggal Pelan 15 November 2018 602,259 163,867 415,042
Pembangunan hingga 555,463 285,301 250,398
Pendidikan
Malaysia 2015- 15 Jun 2019 161,122 343,850
2025 (MEB) 55,775 164,684
666,065 1,173,974
2. Kajian Impak
Pelaksanaan 15 November 2018
Universiti hingga
Penyelidikan 15 Mei 2019
(RU)
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)
3. Kajian Semula Julai 2017 888,350
Dasar Sains,
hingga
Teknologi dan Disember 2018
Inovasi
Nasional
(NPSTI)
Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
4. Penyediaan 15 Mei 2019 224,000
Dasar hingga
Keusahawanan 30 Jun 2020
Nasional (NEP)
JUMLAH 2,270,072
Sumber: Baucar Jurnal dan Baucar Bayaran
Nota : MEB – Malaysia Education Blueprint
RU – Research University
NPSTI – National Policy on Science, Technology and Innovation
NEP – National Entrepreneurship Policy
3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak peraturan kewangan, minit
mesyuarat dan menyemak fail, rekod dan dokumen serta menganalisis data berkaitan
dana yang digunakan. Di samping itu, sesi temu bual dengan pegawai ASM dan
pemeriksaan fizikal Audit turut dijalankan untuk mengesahkan maklumat yang
diperoleh.
128 128 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
4. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dilaksanakan mulai 8 Jun hingga Julai 2020 dan maklum balas
daripada ASM telah diterima pada 18 September 2020. Mesyuarat Penutup
(Exit Conference) telah diadakan pada 6 Oktober 2020. Penemuan Audit yang
dibangkitkan adalah seperti dinyatakan di perenggan 4.1.
4.1. Perbelanjaan Berjumlah RM1.14 Juta Tidak Teratur Bagi Empat (4)
Kajian/Projek
4.1.1. Perbelanjaan Terlebih Bayar Berjumlah RM252,289 Bagi Elaun
Ahli Pasukan
a. Berdasarkan perkara I, iaitu Kos Penyelidikan dalam Terma Rujukan (TOR)
menyatakan bahawa penawaran kedua-dua dana, iaitu bagi Kajian MEB dan
RU adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Pemandu Dana, Penyelidikan KPM
(Pengajian Tinggi) dan kelulusan Ketua Setiausaha. Ketua Penyelidik
bertanggungjawab memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemat dan
mematuhi peraturan kewangan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
Komponen utama perincian kos penyelidikan tertakluk kepada had yang
ditetapkan seperti dalam Jadual 7.3.
JADUAL 7.3
KOS PENYELIDIKAN DALAM TERMA RUJUKAN
BUTIRAN PERIHAL
Bilangan ahli pasukan penyelidik Tidak melebihi lima (5), termasuk Ketua Penyelidik/Projek
Tuntutan perjalanan Pada kadar terendah/tambang kelas ekonomi
Kos penginapan Dibuat secara pakej/perseorangan terhad kepada RM350 seorang/malam
termasuk makan minum
Elaun kepada pembantu RM1,800 – Ijazah Sarjana Muda
penyelidik (RA) RM2,300 – Sarjana
Sumber: Terma Rujukan Perkara I
b. Semakan Audit mendapati ASM telah melantik seramai enam (6) ahli pasukan
bagi Kajian MEB yang terdiri daripada Project Overseer, Principal Analyst,
Analyst dan tiga (3) orang Pembantu Penyelidik (RA). ASM telah melantik
seramai enam (6) ahli pasukan bagi Kajian RU yang terdiri daripada Project
Overseer, Principal Analyst, Senior Analyst, Analyst dan dua (2) orang RA.
Pelantikan enam (6) ahli pasukan bagi kedua-dua kajian ini
telah melebihi syarat TOR, iaitu lima (5) ahli pasukan.
c. Semakan lanjut terhadap baucar jurnal mendapati pelantikan penyelidik, iaitu
Project Overseer, Principal Analyst, Senior Analyst dan Analyst terdiri
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 129 129
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
daripada kakitangan ASM yang telah menerima gaji daripada ASM dan tidak
dinyatakan kadar bayaran elaun dalam TOR. Bagaimanapun, berdasarkan
baucar jurnal ketiga-tiga jawatan penyelidik ini adalah di bawah Kumpulan
Pengurusan dan Profesional Gred C52 dan C48. Berdasarkan butiran dan
klasifikasi perkhidmatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
kelayakan akademik jawatan ini adalah Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Elaun
yang layak diberikan adalah sejumlah RM2,300 sebulan
berbanding jumlah yang telah dibayar masing-masing
sejumlah RM1,250 hingga RM8,300 sebulan.
d. Semakan lanjut terhadap baucar bayaran RA mendapati elaun yang
layak diberikan adalah sejumlah RM1,800 sebulan berbanding
jumlah yang telah dibayar sejumlah RM2,338 hingga RM4,087
sebulan.
e. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.4 dan Jadual 7.5.
JADUAL 7.4
ELAUN AHLI PASUKAN BAGI KAJIAN SEPARUH PENGGAL PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA 2015-2025 (MEB)
BIL. AHLI TEMPOH KADAR JUMLAH ELAUN (RM) TOR LEBIHAN
PASUKAN DIBAYAR PURATA DIBAYAR BAYARAN
1. DIBAYAR KADAR (e) =
2. Project (a) (c) TOR (a) x (d) (f)=(c)-(e)
3. Overseer (b)*
4. Principal Januari hingga 2,500 (d)
5. Analyst September 2019
6. 8,300 22,500 20,700 1,800
Senior (9 Bulan)
Analyst Januari hingga 6,755 83,000 2,300 23,000 60,000
Oktober 2019
RA 1 3,691 74,305 25,300 49,005
(10 Bulan)
RA 2 Disember 2018 2,691 25,839 12,600 13,239
RA 3 hingga 2,338 26,908 1,800 18,000 8,908
Oktober 2019
28,062 21,600 6,462
(11 Bulan)
Disember 2018
hingga Jun 2019
(7 Bulan)
Disember 2018
hingga
September 2019
(10 Bulan)
Disember 2018
hingga
November 2019
(12 Bulan)
JUMLAH 260,614 121,200 139,414
Sumber: Baucar Jurnal dan Baucar Bayaran
Nota : *(b) = (c)/(a)
130 130 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
JADUAL 7.5
ELAUN AHLI PASUKAN BAGI
KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (RU)
BIL. AHLI TEMPOH KADAR JUMLAH ELAUN (RM) TOR LEBIHAN
PASUKAN DIBAYAR PURATA DIBAYAR BAYARAN
1. DIBAYAR KADAR (e) =
2. Project (a) (c) TOR (a) x (d) (f)=(c)-(e)
3. Overseer (b)*
4. Principal Januari hingga 1,250 (d)
5. Analyst Julai 2019
6. (7 Bulan) 2,490 8,750 16,100 - **
Senior
Analyst Januari hingga 6,755 19,920 2,300 18,400 1,520
Analyst Ogos 2019 74,305 23,000 51,305
(8 Bulan) 4,342
RA 4 43,420 16,200 27,220
Januari hingga 2,653
RA 5 November 23,874 1,800 16,200 7,674
2019 4,087 44,956 19,800 25,156
(11 Bulan)
Januari hingga
Oktober 2019
(10 Bulan)
Disember 2018
hingga Ogos
2019
(9 Bulan)
Disember 2018
hingga Oktober
2019
(11 Bulan)
JUMLAH 215,225 109,700 112,875
Sumber: Baucar Jurnal dan Baucar Bayaran
Nota : *(b) = (c)/(a)
** Kadar Purata Dibayar adalah kurang daripada Kadar TOR menyebabkan tiada Lebihan Bayaran
f. Perkara ini berlaku kerana pegawai menyediakan baucar jurnal dan baucar
bayaran untuk elaun ahli pasukan berdasarkan bajet yang dibuat mengikut
kefahaman pegawai dan tidak merujuk kepada TOR yang ditetapkan oleh
KPM.
Maklum balas ASM yang diterima pada 18 September 2020
Perbelanjaan yang terlebih belanja sejumlah RM252,289 bagi kedua-dua kajian tersebut
adalah mengikut bajet yang diguna pakai oleh ASM dan telah dihantar kepada KPM
pada 16 November 2018. Bayaran emolumen untuk empat (4) Analyst dan satu (1) RA
adalah mengikut ketetapan tangga gaji berdasarkan kadar ASM bagi Contract for
Service berpandukan Jadual Gaji Minimum Maksimum. Bagaimanapun, siling untuk
bayaran gaji pasukan kajian adalah berpandukan siling yang telah dihantar oleh ASM
kepada KPM pada 16 November 2018.
Kadar bagi RA adalah RM2,500 dan kadar bagi Analyst adalah mengikut pengalaman.
Kadar yang diberikan adalah selari dengan bajet yang dihantar kepada KPM dengan
justifikasi jangka masa kajian ini adalah pendek iaitu selama enam (6) bulan dan
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 131 131
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
pemberian kadar emolumen yang ditawarkan akan memastikan kakitangan yang dilantik
tidak berhenti separuh jalan agar kajian ini tidak tergendala.
Memandangkan KPM tidak memaklumkan sebarang halangan mengenai perincian bajet
yang dihantar oleh ASM, ASM menganggap KPM bersetuju bagi perbelanjaan
berdasarkan bajet tersebut. Semua pelantikan pasukan serta Subject Matter Expert
(SME) adalah berdasarkan perincian bajet yang telah diberikan.
ASM akur dengan keperluan untuk mendapatkan kelulusan bertulis daripada KPM
sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam perincian bajet sebelum membuat
sebarang keputusan dan pembayaran. ASM juga faham akan keperluan untuk
memastikan semua perbelanjaan dana perlu mengikut ketetapan kadar yang telah
ditetapkan oleh pemberi dana iaitu KPM.
Pernyataan Pembayaran elaun ahli pasukan yang melebihi ketetapan
Audit kadar menyebabkan kurangan dana untuk dipulangkan
kepada KPM.
4.1.2. Tuntutan Yang Tidak Wajar Bagi Cukai Berjumlah RM98,542
a. Perintah Cukai Pendapatan (PCP) (Pengecualian) (22), 2006 Lembaga Hasil
Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengecualikan cukai ke atas pendapatan
yang dikenakan dan dipungut mengikut peruntukan akta yang mengawal
selia pihak berkuasa berkanun dan apa-apa derma dan sumbangan yang
diterima. Ia meliputi pengecualian bagi pemberian/subsidi (geran) dan
pendapatan pihak berkuasa berkanun.
b. Semakan Audit terhadap laporan kewangan Kajian MEB dan RU mendapati
cukai telah dicaj kepada kos kajian/dana yang diterima masing-masing
berjumlah RM52,873 dan RM45,669. Cukai ini tidak sepatutnya
dikenakan kerana ASM merupakan agensi dikecualikan cukai
bagi dana yang diterima daripada Kerajaan.
c. Perkara ini berlaku kerana pegawai beranggapan cukai terhadap pendapatan
dana ini akan dikenakan terhadap ASM dan telah memperuntukkan 10.0%
cukai kepada dana KPM ini.
132 132 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
Maklum balas ASM yang diterima pada 18 September 2020
Pada ketika itu (2018), ASM tiada pengetahuan bagi mengenal pasti dan mengklasifikasi
semua jenis dana yang diterima oleh ASM. Oleh itu, ASM telah menganggarkan
sejumlah peratusan (anggaran 10.0%) diperuntukkan sekiranya kajian tersebut
dikenakan cukai tahunan oleh LHDNM. ASM mengambil maklum mengenai hal ini dan
akan membuat pelarasan yang sewajarnya serta akan memulangkan baki tersebut
sekiranya ASM tidak dikenakan cukai.
Pernyataan Pembayaran yang tidak wajar menyebabkan kurangan dana
Audit untuk dipulangkan kepada KPM.
4.1.3. Bayaran Atas Kemudahan/Perkhidmatan Oleh ASM Berjumlah
RM787,232 Dibuat Tanpa Kadar Yang Diluluskan
a. Seksyen 22 (1), Akta 524 menetapkan Majlis boleh, dengan kelulusan
Menteri, membuat apa-apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi
melaksanakan peruntukan-peruntukan akta ini.
b. ASM telah mengenakan bayaran untuk perkhidmatan Subject Matter Expert
(SME) yang terdiri daripada Fellow bagi Kajian MEB berjumlah RM38,000.
Pihak ASM tidak menyediakan kadar dan syarat yang
diluluskan untuk menetapkan bayaran perkhidmatan SME ini.
Oleh itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan bayaran daripada baucar
jurnal tersebut. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.6.
JADUAL 7.6
BAYARAN KEPADA
SUBJECT MATTER EXPERT
BIL. PENERIMA AMAUN
(RM)
1. SME 1 13,000
2. SME 2 7,000
3. SME 3 2,000
4. SME 4 2,000
5. SME 5 6,000
6. SME 6 8,000
JUMLAH 38,000
Sumber: Baucar Jurnal
c. Semakan Audit terhadap laporan kewangan dan empat (4) baucar jurnal
bertarikh 31 Disember 2019, terdapat lima (5) perbelanjaan terhadap Kajian
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 133 133
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
MEB, Kajian RU, Projek NPSTI dan Projek NEP berjumlah RM749,232.
Perbelanjaan ini merupakan sewaan terhadap peralatan, kemudahan dan
perkhidmatan yang digunakan untuk kajian/projek ini dan dibayar kepada
ASM. Seterusnya, ASM mengiktirafkannya sebagai hasil. Pihak ASM tidak
menyediakan kadar kerana tiada peraturan atau prosedur
operasi standard (SOP) yang diluluskan. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 7.7.
JADUAL 7.7
BAYARAN ATAS KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN OLEH ASM
DIBUAT TANPA KADAR YANG DILULUSKAN
JUMLAH (RM)
BIL. KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN KAJIAN KAJIAN PROJEK PROJEK
MEB RU NPSTI NEP
-
1. Komputer dan perisian 22,400 20,000 -
- Sewa laptop @ RM800/sebulan -
Komputer dan perisian - - 78,000 4,500
- Sewa laptop @ RM600/sebulan 1,350
1,350
Komputer dan perisian
300
- Sewa laptop @ RM500/sebulan --- 300
537
- Sewa storan data @ RM150/sebulan --- 630
Information,
- Bantuan teknikal - - - -
Communication and Technology @
-
RM150/sebulan -
- Sewa internet @ RM100/sebulan --- -
-
- Telefon @ RM100/sebulan --- -
- Air dan elektrik @ RM100/sebulan --- -
- Sewa parkir @ RM70/seorang/sebulan --- -
2. Internet dan utiliti 5,500 5,500 - -
- Caj penggunaan @ RM500/sebulan 10,000
10,000
3. Kemudahan ruang pejabat dan lain-lain
8,000
- Sewa ruang pejabat @ 22,404 22,404 - 20,000
RM2,036.70/sebulan 23,600 - - 6,500
- Bilik mesyuarat @ antara RM400 ke 6,500 6,500 -
- 1,750 -
RM3,000/sehari atau RM300 ke 2,180 -
1,960
RM3,000/separuh hari
- Fuji Xerox @ RM650/sebulan
- Ruang letak kereta @ RM70/sebulan
- Penggunaan kenderaan pejabat
Kemudahan ruang pejabat dan lain-lain - - 59,800
- Sewa ruang pejabat @ antara RM600 ke
RM3,000/sehari atau RM300 ke
RM2,000/separuh hari
4. Penulisan Laporan Kajian 20,000 - -
Cetakan Caj penggunaan @ RM1 (hitam putih)/ - - 114,590
-
RM2 (berwarna) x bilangan peserta - --
- Penerbitan laporan – mendraf Bahasa
Malaysia - --
- Penyuntingan Laporan - --
- Penterjemahan Laporan Bahasa Inggeris - --
- Reka bentuk Laporan - --
- Reka bentuk infografik @ RM500/info
134 134 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
JUMLAH (RM)
BIL. KEMUDAHAN/PERKHIDMATAN KAJIAN KAJIAN PROJEK PROJEK
MEB RU NPSTI NEP
5. Honorarium -
- Project Overseer @ RM10,000/sebulan - - 39,520 30,000
- Principal Analyst @ RM8,300/sebulan - - - 24,900
- Senior Analyst @ RM6,755/sebulan - - - 20,265
- Dua (2) Analyst @ RM8,684/sebulan - - - 26,052
- - -
-
6. Akses kepada ASM Hub 80,000 --
@ 10,000/sebulan -
164,684
Akses kepada Database Subscription - - 51,940
JUMLAH 182,364 58,334 343,850 749,232
JUMLAH KESELURUHAN
Sumber: Baucar Jurnal
d. Perkara ini berlaku kerana pegawai membuat pelarasan bayaran ke hasil
ASM berdasarkan bajet yang dibuat bagi kajian/projek tersebut.
Maklum balas ASM yang diterima pada 18 September 2020
Pada pandangan ASM, jumlah RM787,232 ini adalah bayaran kos operasi yang telah
dibelanjakan oleh ASM kepada perbelanjaan kesemua dana kajian/projek. Perbelanjaan
pentadbiran ini telah pun dibajetkan di dalam cadangan bagi setiap dana, namun
perbelanjaan tersebut telah dibayar menggunakan peruntukan dalaman ASM kerana
geran mengurus yang diterima hanya mampu menampung kos emolumen (66 orang
kakitangan), elaun senior fellow dan kos pentadbiran yang minima dan bajet yang di
peroleh adalah tidak termasuk kos kakitangan tambahan bagi pelaksanaan
kajian/projek. Oleh itu, Majlis ASM pada Mesyuarat Bilangan 134 yang diadakan pada
12 Mac 2019 memutuskan agar kos pengurusan, perkhidmatan dan fasiliti bagi setiap
kajian/projek perlu dikenakan caj yang berasaskan kos yang ditetapkan oleh ASM.
Oleh itu, dalam jangka masa kajian/projek tersebut, ASM mengenakan caj bagi kos
pentadbiran daripada dana kajian/projek melalui memo arahan dalaman. Bagi
menentukan jumlah honorarium kepada SME, kiraan adalah mengikut gaji pokok setiap
SME dan faktor pengganda berdasarkan Pekeliling Kerajaan 3.2 (1) – Manual Perolehan
Perkhidmatan Perundingan. Lanjutan daripada perkara ini, pada Februari 2020, pihak
ASM telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan kelulusan garis panduan bayaran
daripada Jawatankuasa Kewangan dan Majlis ASM.
Bagaimanapun, ASM mengambil maklum akan keperluan untuk mempunyai polisi yang
lengkap agar memudahkan rujukan semua kakitangan ASM. Pada ketika ini, polisi yang
ada di ASM tidak disusun secara teratur untuk memudahkan rujukan dan dalam proses
pengemaskinian.
LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 135 135
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan
Untuk setiap kajian/projek yang dijalankan oleh ASM di masa hadapan, ASM akan
memastikan kelulusan bertulis dan rasmi diperoleh daripada pihak kementerian
sekiranya perbelanjaan tersebut tidak tersenarai dalam perincian bajet yang diluluskan.
Pernyataan Bayaran atas kemudahan/perkhidmatan oleh ASM tanpa
Audit ketetapan kadar yang diluluskan menyebabkan dana
kajian/projek tidak dibelanjakan seperti yang ditetapkan oleh
pemberi dana.
5. SYOR AUDIT
Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada peraturan kewangan dipatuhi
sepenuhnya, penambahbaikan dan tindakan perlu dilaksanakan terhadap perkara
berikut:
5.1. Menyediakan SOP yang diluluskan mengenai pengurusan dana dari aspek proses
kerja, kenaan kadar dan jenis perbelanjaan yang boleh diiktiraf sebagai hasil ASM
selaras dengan akta dan ketetapan serta kelulusan Menteri dan Majlis.
5.2. Menyedia dan mendapatkan kelulusan Majlis bagi belanjawan yang terperinci
terhadap dana yang diterima dan dikemukakan untuk persetujuan kementerian yang
berkaitan.
5.3. Memastikan pematuhan terhadap TOR yang ditetapkan dan sebarang perubahan
mendapat kelulusan kementerian berkaitan.
136 136 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
Penggunaan Dana Kerajaan
Penggunaan Dana Kerajaan