The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tinie best, 2020-12-10 20:35:10

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

FINAL -2_LKAN PK DAN PENGAUDITAN PEMATUHAN AGENSI PERSEKUTUAN TAHUN 2019

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

8. Projek Pembangunan Pangsapuri
Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

– Perbadanan Perwira Harta Malaysia
– Lembaga Tabung Angkatan Tentera



RINGKASAN EKSEKUTIF

PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI
TAMAN LTAT DAN RESIDENSI BUKIT
JALIL

Perbadanan Perwira Harta Malaysia
Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kementerian Pertahanan

Apa yang Perkara Utama
diaudit?
 Pengauditan pematuhan terhadap Projek Pembangunan
Mengapa ia Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil dilaksanakan
penting terhadap kontrak dan bayaran kemajuan.
untuk
diaudit?  Menentukan projek pembangunan yang dilaksanakan mematuhi
undang-undang, peraturan kewangan dan kontrak yang berkuat
kuasa serta pembayaran dilaksanakan dengan teratur.

Apa yang  Penemuan Audit adalah seperti berikut:
ditemui?
 Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT
- Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) telah membuat
bayaran kemajuan sejumlah RM101.14 juta walaupun
dokumen kontrak tidak ditandatangani.

- Bon Pelaksanaan berjumlah RM3.71 juta tidak dilanjutkan
untuk tempoh 370 hari, iaitu sehingga 19 Februari 2022
selaras dengan kelulusan lanjutan masa yang diberikan.

- Denda lewat yang dikenakan oleh PPHM terkurang 26 hari,
iaitu dari 5 hingga 31 Januari 2019 berjumlah RM445,162.

 Residensi Bukit Jalil
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membayar
yuran penyenggaraan berjumlah RM1.71 juta untuk tempoh
36 bulan bermula tahun 2017 sehingga 2019 bagi 88 unit
Residensi Bukit Jalil yang belum dijual.

LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20210919 139 139

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Memastikan kontrak dimuktamadkan segera dan
ditandatangani supaya spesifikasi dan syarat kontrak yang
dipersetujui dapat dikuatkuasakan.

- Memastikan 88 unit kediaman di Residensi Bukit Jalil dijual
segera bagi mengurangkan tanggungan caj penyenggaraan.

- Memperkemaskan peraturan kewangan sedia ada supaya
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 7.5, Peraturan
Perolehan Badan Berkanun Persekutuan yang berkuat kuasa
pada 1 Oktober 2019.

- Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang
tidak mematuhi undang-undang, peraturan kewangan,
kontrak dan prosedur operasi standard.

140 140 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPproojreaknPeKmebatnugaunAanuPdaintgsNapeugriaTraamaTnaLhTuAnT D2a0n 1R9esidensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

8. PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI TAMAN
LTAT DAN RESIDENSI BUKIT JALIL

Perbadanan Perwira Harta Malaysia
Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kementerian Pertahanan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melantik Perbadanan Perwira
Harta Malaysia (PPHM) sebagai pengurus projek untuk Pembangunan Pangsapuri 19
tingkat Taman LTAT, Bukit Jalil (Projek Parsel 3A) dan Residensi Bukit Jalil (Projek
Parsel 3B). PPHM merupakan agensi Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perintah
Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1984 berdasarkan Seksyen 23 Akta Tabung
Angkatan Tentera 1973 bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan
hartanah LTAT.

1.2. Mengikut Perjanjian Pembangunan dan Servis Pengurusan Projek pada
17 Jun 1997, PPHM bertanggungjawab untuk menguruskan pengambilan, pembelian,
pemilikan, penyewaan, pemajakan, pembinaan, pembangunan dan penjualan harta
serta perniagaan yang berhubung dengan pembekalan perkhidmatan, pengurusan dan
pembiayaan.

1.3. Pekeliling Perbendaharaan WP 7.5, Peraturan Perolehan Badan Berkanun
Persekutuan yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2019 menghendaki agensi yang
menggunakan sumber Kerajaan Persekutuan atau sumber dalaman mematuhi peraturan
kewangan yang ditetapkan Kementerian Kewangan. Kementerian Pengawal adalah
bertanggungjawab untuk memastikan urusan perolehan agensi sentiasa dilaksanakan
berdasarkan ketetapan dalam pekeliling ini. Peraturan Kewangan LTAT dan PPHM telah
diwujudkan berasaskan kepada Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang
diubah suai dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah LTAT dan PPHM. Bagaimanapun,
peraturan kewangan LTAT dan PPHM masih belum menerima pakai Pekeliling
Perbendaharaan WP 7.5.

1.4. Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT, Bukit Jalil

1.4.1. Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT, Bukit Jalil (Projek Parsel
3A) dibangunkan melalui dua (2) unit pakej, iaitu Pakej A dan Pakej B. Pakej A
bernilai RM74.28 juta melibatkan pembinaan satu (1) unit blok 19 tingkat yang

LaLpaoproarnanKKeettuuaa AAuuddiitt NNeeggaarraaTTaahhuunn20210919 141 141

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

mengandungi 284 unit kediaman berkeluasan 1,200 kaki persegi. Pakej B pula
bernilai RM62.49 juta melibatkan pembinaan satu (1) unit blok 19 tingkat yang
mengandungi 296 unit kediaman berkeluasan 1,140 kaki persegi. Pemilihan
kontraktor bagi kedua-dua pakej dilaksanakan secara tender terhad. Projek Parsel
3A ini sepatutnya siap pada 31 Oktober 2018 dengan nilai keseluruhan projek
berjumlah RM136.77 juta. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 8.1.

JADUAL 8.1

KONTRAKTOR PROJEK PARSEL 3A

PAKEJ KONTRAKTOR NILAI TARIKH TARIKH
KONTRAK SST PATUT SIAP
(RM Juta)
31.10.2018
A - 284 unit kediaman 351111-W 74.28 25.10.2016
berkeluasan 1,200 kaki persegi 762013-V 62.49
(RM291,600/unit)

B - 296 unit kediaman
berkeluasan 1,140 kaki persegi
(RM277,020/unit)

JUMLAH 136.77

Sumber: Surat Setuju Terima

1.4.2. Kontrak Pakej A telah diberi lanjutan masa sehingga 5 November 2019
dan kerja telah disiapkan sebanyak 99.9% sehingga 30 Jun 2020. Bagaimanapun,
PPHM telah menamatkan kontrak bagi kontraktor Pakej B pada 31 Januari 2019
yang hanya mencapai kemajuan kerja sebanyak 43.1%. PPHM telah melantik
kontraktor penyelamat untuk meneruskan pembangunan pakej B bernilai
RM43.96 juta dengan tarikh patut siap pada 16 Jun 2020.

1.5. Residensi Bukit Jalil

1.5.1. Residensi Bukit Jalil (Projek Parsel 3B) merupakan projek di bawah Taman
LTAT Bukit Jalil yang dibangunkan bagi kediaman jenis kondominium yang
mempunyai 90 unit kediaman dengan pelbagai kemudahan untuk komuniti.
Bangunan kediaman ini telah siap pada tahun 2014 dan dilancarkan untuk jualan
pada 14 Jun 2015. Sehingga 30 Jun 2020, hanya dua (2) unit kediaman yang telah
dijual dan 88 unit kediaman masih belum dijual.

1.5.2. Kos pembangunan Projek Parsel 3B adalah berjumlah RM45.28 juta
meningkat sejumlah RM10.63 juta daripada kos asal, iaitu RM34.65 juta. LTAT telah
melantik PPHM sebagai pengurus projek dan syarikat 599434-M sebagai kontraktor
utama melalui tender terbuka bagi melaksanakan projek ini. Syarikat 748427-T telah
dilantik sebagai pengurus penyenggaraan bangunan kediaman Projek Parsel 3B
selepas projek berkenaan siap.

142 142 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPproojreaknPeKmebatnugaunAanuPdaintgsNapeugriaTraamaTnaLhTuAnT D2a0n 1R9esidensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan bagi menentukan projek pembangunan yang dilaksanakan
mematuhi undang-undang, peraturan kewangan dan kontrak yang berkuat kuasa serta
pembayaran dilaksanakan dengan teratur.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan ini meliputi dua (2) kontrak bagi projek pembangunan seperti di
bawah:

3.1.1. Projek Pembangunan Dua (2) Blok Pangsapuri 19 Tingkat Yang
Mengandungi 580 Unit Kediaman di atas Lot 44886 Taman LTAT, Bukit Jalil (Projek
Parsel 3A) yang dilaksanakan oleh tiga (3) kontraktor; dan

3.1.2. Residensi Bukit Jalil di Taman LTAT (Projek Parsel 3B).

3.2. Sampel yang dipilih bagi Projek Parsel 3A melibatkan bayaran interim tahun 2019
berjumlah RM7.75 juta. Bagi Projek Parsel 3B, semakan dibuat terhadap bayaran caj
penyenggaraan bagi tahun 2018 dan 2019 berjumlah RM1.66 juta.

3.3. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan
serta temu bual bersama pegawai yang terlibat.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan April hingga Jun 2020. Maklum balas daripada
LTAT diterima pada 12 Oktober 2020 dan Mesyuarat Penutup
(Exit Conference) diadakan pada 15 Oktober 2020. Penemuan Audit adalah seperti di
perenggan 4.1 dan 4.2.

4.1. Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT, Bukit Jalil

4.1.1. Bayaran Kemajuan Berjumlah RM101.14 Juta Dibayar Tanpa
Dokumen Kontrak Ditandatangani

a. Peraturan Kewangan PPHM 2016 perenggan 14.10.1 menyatakan semua
kontrak yang dibuat atas nama PPHM hendaklah ditandatangani oleh pegawai
yang diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah. Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2
perenggan 6.1 menyatakan bayaran kemajuan bagi perolehan kerja boleh

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n0129019143 143

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

dibayar sehingga tiga (3) kali dalam tempoh empat (4) bulan pertama
selepas keluarnya Surat Setuju Terima (SST) dan sebelum kontrak formal
ditandatangani. Bayaran kemajuan yang seterusnya akan hanya dibuat
selepas kontrak formal ditandatangani dalam tempoh empat (4) bulan
selepas SST dikeluarkan.

b. Semakan Audit mendapati sehingga 30 Jun 2020, PPHM telah membuat
bayaran kemajuan sejumlah RM101.14 juta walaupun
dokumen kontrak tidak ditandatangani oleh PPHM. Butiran lanjut
seperti dalam Jadual 8.2.

JADUAL 8.2

BAYARAN KEMAJUAN DIBAYAR TANPA DOKUMEN KONTRAK DITANDATANGANI

JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN

KEEMPAT DAN

BIL. KONTRAKTOR TAHUN BAYARAN KOS BAYARAN SELANJUTNYA
KEMAJUAN YANG MELEBIHI

TEMPOH 4

BULAN

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

PAKEJ A 2016 2 - 21 74.28 61.96 60.46
1. 351111-W hingga 22 - 33 6.88 6.88
2018

2019

2020 34 - 35 0.78 0.76

PAKEJ B 2016 1 - 20 62.49 19.78 19.79
2. 762013-V hingga 21 & 22 0.87 0.87
2018

2019

3. 221193-M* 2020 1-4 43.96 10.87 10.87

JUMLAH KESELURUHAN 180.73 101.14 99.63

Sumber: Baucar Bayaran PPHM
Nota : *Kontraktor penyelamat bagi menggantikan 762013-V

c. Sehingga 30 Jun 2020, ketiga-tiga kontrak bagi Projek Parsel 3A masih belum
dimuktamadkan. Dua (2) kontrak telah ditandatangani oleh kontraktor Pakej
A dan B tetapi masih belum ditandatangani oleh PPHM. Kontrak dengan
kontraktor penyelamat pula masih di peringkat draf dan belum dikemukakan
kepada kontraktor. Butiran lanjut mengenai kontrak yang belum
ditandatangani seperti dalam Jadual 8.3.

144 144 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPproojreaknPeKmebatnugaunAanuPdaintgsNapeugriaTraamaTnaLhTuAnT D2a0n 1R9esidensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

JADUAL 8.3
KONTRAK YANG BELUM DITANDATANGANI SEHINGGA 30 JUN 2020

NILAI TARIKH
KONTRAK
BIL. KONTRAKTOR SURAT SETUJU SEPATUTNYA TEMPOH
(RM Juta) TERIMA KONTRAK LEWAT

TANDATANGAN

PAKEJ A

1. 351111-W 74.28 25.10.2016 24.02.2017 40 bulan
21 hari

PAKEJ B

2. 762013-V 62.49 25.10.2016 24.02.2017 40 bulan
21 hari

3. 221193-M* 43.96 05.09.2019 04.01.2020 5 bulan
27 hari

Sumber: Surat Setuju Terima
Nota : *Kontraktor penyelamat bagi menggantikan 762013-V

d. Kontrak tidak ditandatangani oleh PPHM adalah kerana kegagalan pegawai di
Bahagian Kontrak PPHM yang tidak membuat semakan selepas kontrak
dikemukakan oleh kontraktor seperti yang dinyatakan semasa Mesyuarat
Penutup (Exit Conference) pada 15 Oktober 2020. Selain itu, peraturan
kewangan PPHM 2016 perenggan 14.10.1 juga tidak menyatakan tempoh
kontrak perlu ditandatangani seperti Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2
Perenggan 6.1 yang menyatakan kontrak perlu ditandatangani dalam tempoh
empat (4) bulan daripada tarikh SST.

Maklum balas LTAT dan PPHM yang diterima pada 12 Oktober 2020

LTAT dan PPHM mengambil maklum bahawa pembayaran berjumlah RM99.63 juta telah
dibuat melepasi tempoh empat bulan pertama daripada tarikh SST dikeluarkan dan
sebelum kontrak formal ditandatangani. Perkara ini berlaku adalah kerana:

i. Keperluan untuk menandatangani kontrak di dalam tempoh empat (4) bulan
selepas SST tidak dinyatakan di dalam keperluan syarat kontrak atau syarat khas
di antara PPHM dengan pihak kontraktor; dan

ii. Syarat kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga tidak menyatakan keperluan syarat-
syarat tersebut.

LTAT dan PPHM akan membuat penambahbaikan terhadap Procurement Policy and
Guidelines 2020 dan menambah syarat khas terhadap semua kontrak kerja. Selain itu,
pembayaran sebelum kontrak ditandatangani adalah bagi melindungi PPHM dan LTAT

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n0129019145 145

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

dari terdedah kepada risiko tuntutan di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri
Pembinaan oleh kontraktor.

PPHM sedang memuktamadkan kontrak dengan kontraktor Pakej A dan kontraktor
penyelamat yang dijangka selesai pada penghujung bulan Oktober 2020. Kontrak syarikat
Pakej B pula tidak dapat dimuktamadkan disebabkan kontraktor ini telah ditamatkan
kontraknya dan sedang melalui proses litigasi.

Pernyataan Walaupun tiada peraturan berkaitan tempoh menandatangani
Audit dokumen kontrak, proses memuktamadkan dokumen kontrak
sepatutnya dibuat dengan segera dan dalam tempoh yang
sewajarnya bagi menjamin kepentingan LTAT dan PPHM
adalah terpelihara.

4.1.2. Bon Pelaksanaan Tidak Dilanjutkan Bagi Tempoh 370 Hari

a. Mengikut SST Projek Parsel 3A Pakej A perenggan 10, Bon Pelaksanaan hendaklah
mempunyai perlindungan sepanjang tempoh kontrak ditambah tempoh
tanggungan kecacatan (DLP) dan ditambah tiga bulan 14 hari. Tindakan serta
merta hendaklah diambil oleh PPHM bagi memastikan tempoh sah laku Bon
Pelaksanaan dilanjutkan, tidak kira sama ada agensi mengenakan ganti rugi
tertentu atau ganti rugi ditetapkan atau lanjutan masa diluluskan.

b. Semakan Audit mendapati Bon Pelaksanaan bernilai RM3.71 juta bagi Projek
Parsel 3A Pakej A telah dikemukakan kepada PPHM sehingga 14 Februari 2021
selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam SST. Ia meliputi tempoh
tanggungan kecacatan dan ditambah lagi tiga (3) bulan 14 hari. Kontraktor Pakej
A telah memohon pelanjutan tempoh (EOT) untuk menyiapkan projek pada 29
Oktober 2018 dan diluluskan pada 12 Disember 2019. Tempoh EOT yang
diluluskan adalah selama 370 hari di mana tarikh baru siap projek adalah pada 5
November 2019 berbanding tarikh siap asal, iaitu pada 31 Oktober 2018.

c. Bagaimanapun, tempoh Bon Pelaksanaan asal sehingga
14 Februari 2020 berjumlah RM3.71 juta tidak dilanjutkan untuk
tempoh 370 hari, iaitu sehingga 19 Februari 2022 selaras dengan
pelanjutan EOT. Perkara ini berlaku kerana Bahagian Projek PPHM tidak
menyemak dan memaklumkan kepada kontraktor Pakej A untuk melanjutkan
tempoh Bon Pelaksanaan. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 8.4.

146 146 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LapPorroajenk PKeemtubaangAuundaint PNaenggsaarpaurTi aTahmuann 2LT0A1T9Dan Residensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

JADUAL 8.4
BON PELAKSANAAN TIDAK DILANJUTKAN

TARIKH DALAM KONTRAK

PERKARA PROJEK SIAP TEMPOH LIPUTAN CATATAN
BON PELAKSANAAN
Tempoh Kontrak 24 Bulan 01.11.2016 - Bon Pelaksanaan berjumlah RM3.71
31.10.2018 01.11.2016 - juta sehingga 14.02.2021
Tempoh Selepas Lulus EOT 14.02.2021
(370 hari) Tiada Bon Pelaksanaan antara
01.11.2018 - 01.11.2016 - tempoh 15.02.2021 hingga
Sumber: Surat Setuju Terima 05.11.2019 19.02.2022 19.02.2022

d. Semakan Audit terhadap Laporan Kemajuan Projek Mingguan PPHM antara 17
hingga 21 Ogos 2020 mendapati permohonan EOT kedua telah dikemukakan oleh
kontraktor Pakej A dan permohonan tersebut masih di peringkat penilaian
perunding.

Maklum balas LTAT dan PPHM yang diterima pada 12 Oktober 2020

Bon Pelaksanaan kontraktor Pakej A tidak dilanjutkan sepertimana lanjutan masa (EOT)
yang diberikan. PPHM akan memastikan kontraktor Pakej A melanjutkan Bon Pelaksanaan
selaras dengan lanjutan masa yang diberikan kepada mereka iaitu sehingga November
2020. Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, PPHM akan memastikan bahawa semua
kontraktor perlu melanjutkan Bon Pelaksanaan sesuai dengan pelanjutan masa yang
diberikan berkuat kuasa serta merta.

Pernyataan PPHM hendaklah memastikan Bon Pelaksanaan meliputi
Audit tempoh pelanjutan kontrak bagi melindungi kepentingan LTAT
dan PPHM sekiranya projek gagal disiapkan dan kontrak
ditamatkan.

4.1.3. Denda Lewat Kurang Dituntut Sejumlah RM445,162

a. Mengikut SST perenggan enam (6), denda lewat dikenakan pada kadar
RM17,121.63 sehari. PPHM berhak mengenakan denda lewat menurut kadar yang
diperuntukkan dalam SST apabila kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja pada
tarikh yang dipersetujui. Apabila pada pendapat Pegawai Penguasa (PP),
Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja seperti dalam Kontrak, PP hendaklah
mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap bagi mengenakan denda lewat di mana
tarikh denda lewat bermula daripada tarikh kegagalan kontraktor menyiapkan
kerja sehingga tarikh siap yang diperakukan oleh PP.

b. Semakan Audit mendapati Perakuan Kerja Tidak Siap telah dikeluarkan kepada
kontraktor Pakej B pada 17 Disember 2018. Kontrak telah ditamatkan pada 31
Januari 2019 kerana kontraktor hanya menyiapkan kerja sebanyak 43.1%

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n0129019147 147

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

berbanding sasaran yang ditetapkan 65%. Pihak Audit mendapati denda lewat
yang sepatutnya dikenakan ialah 46 hari daripada tarikh kegagalan
penyiapan kerja pada 16 Disember 2018 hingga tarikh kontrak
ditamatkan pada 31 Januari 2019.

c. Semakan lanjut terhadap baucar bayaran interim bilangan 22 mendapati denda
lewat telah dikenakan kepada kontraktor Pakej B pada 18 Julai 2019 adalah
bagi tempoh 20 hari, iaitu dari 16 Disember 2018 hingga 4 Januari
2019 yang berjumlah RM342,433. Semakan Audit juga mendapati denda
lewat yang sepatutnya dikenakan oleh pihak PPHM telah terkurang 26 hari,
iaitu dari 5 hingga 31 Januari 2019 berjumlah RM445,162. Butiran
lanjut denda lewat terkurang tuntut adalah seperti dalam Jadual 8.5.

JADUAL 8.5

DENDA LEWAT TERKURANG TUNTUT

TARIKH DENDA LEWAT

PERAKUAN KERJA TAMAT TEMPOH/ DIKENAKAN KURANG
TIDAK SIAP KONTRAK JUMLAH KESELURUHAN (HARI/RM) DITUNTUT
(HARI/RM)
DIKELUARKAN (HARI/RM)
05.01.2019
16.12.2018 31.01.2019 16.12.2018 16.12.2018 -
- -
31.01.2019
31 .01.2019 04.01.2019
26 Hari/
46 Hari/ 20 Hari/ RM445,162
RM787,595 RM342,433

Sumber: Baucar Bayaran LTAT

d. Denda Lewat terkurang tuntut berjumlah RM445,162 disebabkan PPHM tidak
membuat penolakan denda lewat daripada bayaran interim bilangan 22 kepada
kontraktor Pakej B berjumlah RM248,425 pada 18 Julai 2019. Sehingga 30 Jun
2020, Penyata Akaun Muktamad masih belum disediakan kerana terdapat
tuntutan litigasi atas penamatan kontrak daripada kontraktor Pakej B terhadap
PPHM berjumlah RM16.24 juta.

Maklum balas LTAT dan PPHM yang diterima pada 12 Oktober 2020

Pengiraan denda lewat di dalam Sijil Interim Pembayaran bermula daripada tarikh akhir
penyiapan kontrak sehingga ke Sijil Interim Pembayaran yang seterusnya dikemukakan.
Oleh itu, sekiranya tarikh Sijil Interim Pembayaran dikemukakan pada 4 Januari 2019,
maka pengiraan denda lewat bermula dari 17 Disember 2018 (tarikh akhir penyiapan
kontrak) sehingga ke 4 Januari 2019 (tarikh Sijil Interim Pembayaran) iaitu sebanyak 20
hari. Oleh sebab Sijil Bayaran Interim No. 22 merupakan pembayaran terakhir yang
dikeluarkan kepada kontraktor Pakej B, maka jumlah penuh denda lewat tidak dapat
dikuatkuasakan. Jumlah denda lewat akan dimuktamadkan setelah proses litigasi selesai

148 148 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LapPorroajenk PKeemtubaangAuundaint PNaenggsaarpaurTi aTahmuann 2LT0A1T9Dan Residensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

dan Akaun Muktamad disediakan. Berdasarkan syarat kontrak, Akaun Muktamad hanya
akan dikemukakan apabila kos penamatan diketahui iaitu setelah projek disiapkan oleh
kontraktor penyelamat.

Pernyataan Denda lewat hendaklah dituntut daripada Wang Jaminan
Audit Pelaksanaan berjumlah RM2.23 juta yang dipegang oleh LTAT
selaras dengan klausa 40 syarat kontrak.

4.2. Residensi Bukit Jalil

4.2.1. Bayaran Yuran Penyenggaraan Berjumlah RM1.71 Juta Bagi
88 Unit Residensi Bukit Jalil Yang Tidak Terjual

a. Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menyatakan yuran penyenggaraan perlu
ditanggung oleh pemaju selagi unit kediaman siap tidak dijual. Residensi Bukit
Jalil telah siap pada bulan Jun 2014 dan dilancarkan untuk jualan pada
14 Jun 2015. LTAT sebagai pemaju perlu menjelaskan yuran penyenggaraan
kepada syarikat pengurus penyenggaraan Residensi Bukit Jalil bermula pada bulan
Julai 2016, iaitu selepas tempoh tanggungan kecacatan selama dua (2) tahun
tamat.

b. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Jun 2020, sebanyak 88 unit kediaman
Parsel 3B masih belum dijual. LTAT telah membayar sejumlah RM51,690 sebulan
bagi yuran penyenggaraan bagi 88 unit kediaman yang masih belum dijual.
Semakan Audit mendapati LTAT telah membayar yuran penyenggaraan
sejumlah RM1.71 juta bagi tempoh 36 bulan bermula tahun 2017
sehingga 2019. Baki yuran penyenggaraan tertunggak bagi unit kediaman
yang tidak dijual sejumlah RM457,744 masih belum dijelaskan kepada syarikat
pengurus penyenggaraan. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 8.6.

JADUAL 8.6
YURAN PENYENGGARAAN YANG DIBAYAR OLEH LTAT

TAHUN YURAN PENYENGGARAAN YURAN PENYENGGARAAN
YANG SEPATUTNYA YANG TELAH DIBAYAR LTAT
DITANGGUNG LTAT
(RM) (RM)

2016 310,410 -

2017 620,280 53,334

2018 620,280 883,424

2019 620,280 776,748

JUMLAH 2,171,250 1,713,506

Sumber: Dokumen Kontrak dan Lejar

LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddititNNegeagraaraTaThauhnu2n0129019149 149

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LT Dan Residensi Bukit Jalil

Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

c. Semakan lanjut mendapati 88 unit kediaman Parsel 3B masih belum dijual kerana
harga jualan yang tinggi berbanding dengan projek yang setara di kawasan
sekitarnya dan aktiviti pemasaran yang kurang berkesan.

d. Kelewatan untuk menjual 88 unit kediaman berkenaan mengakibatkan LTAT perlu
menanggung yuran penyenggaraan berjumlah RM620,280 setahun seperti mana
yang ditetapkan di dalam Akta 757.

Maklum balas LTAT dan PPHM yang diterima pada 12 Oktober 2020

Bagi mengelak tanggungan kos penyelenggaraan yang berterusan, LTAT telah merangka
satu strategi pemasaran. Lembaga LTAT pada Mac 2020 telah meluluskan dua fasa
strategi pemasaran bagi penjualan Residensi Bukit Jalil, iaitu melalui kaedah en-bloc dan
penjualan secara unit individu. LTAT telah memilih ejen pemasaran eksklusif untuk
melaksanakan strategi pemasaran yang telah diluluskan.

Pernyataan Penjualan 88 unit kediaman perlu disegerakan bagi mengelak
Audit LTAT terus menanggung bayaran yuran penyenggaraan seperti
yang ditetapkan di dalam Akta 757.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan tindakan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan,
LTAT dan PPHM perlu mengambil tindakan berikut:

5.1. Memastikan kontrak dimuktamadkan segera dan ditandatangani supaya
spesifikasi dan syarat kontrak yang dipersetujui dapat dikuatkuasakan.

5.2. Memastikan 88 unit kediaman di Residensi Bukit Jalil dijual segera bagi
mengurangkan tanggungan caj penyenggaraan.

5.3. Memperkemaskan peraturan kewangan sedia ada supaya selaras dengan
Pekeliling Perbendaharaan WP 7.5, Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan
yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2019.

5.4. Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi
undang-undang, peraturan kewangan, kontrak dan prosedur operasi standard.

150 150 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LapPorroajenk PKeemtubaangAuundaint PNaenggsaarpaurTi aTahmuann 2LT0A1T9Dan Residensi Bukit Jalil
Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

9. Tuntutan Faedah Atas Kelewatan Bayaran
Projek Perumahan PR1MA

– Perbadanan PR1MA Malaysia



RINGKASAN EKSEKUTIF

TUNTUTAN FAEDAH ATAS KELEWATAN
BAYARAN PROJEK PERUMAHAN PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Perkara Utama

Apa yang  Pengauditan pematuhan terhadap Tuntutan Faedah Atas
diaudit? Kelewatan terhadap lima (5) projek yang dicadangkan batal
selaras dengan Pelan Rasionalisasi Projek Perbadanan PR1MA
Malaysia (PR1MA).

Mengapa ia  Menentukan tuntutan faedah atas kelewatan bagi projek
penting perumahan PR1MA yang dibatalkan telah dibuat dengan teratur
untuk mengikut peraturan dan kontrak yang berkuat kuasa.
diaudit?
 Penemuan Audit adalah seperti berikut:
Apa yang
ditemui - Sejumlah RM53.72 juta faedah atas kelewatan telah dituntut
Audit? oleh kontraktor dan tuan tanah disebabkan kelewatan bayaran
interim dan baki bayaran kos tanah bagi lima (5) projek yang
dibatalkan.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- PR1MA perlu mengkaji kesan terhadap pembatalan kontrak
perjanjian yang melibatkan sejumlah amaun bayaran
penyelesaian atau pampasan dan menyediakan peruntukan
bagi pembayarannya;

- Had masa bagi tuntutan bayaran interim oleh pihak kontaktor
sepatutnya ditetapkan dalam kontrak perjanjian bagi
mengelakkan faedah atas kelewatan dikenakan ke atas
PR1MA; dan

- Kajian semula terhadap klausa kontrak perjanjian yang dibuat
supaya pentadbiran kontrak dan pengurusan pembinaan yang
lebih rapi dan berkesan dapat diwujudkan untuk melindungi
kepentingan Kerajaan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 153 153
Tuntutan Faedah AtTausntuKtaenleFawedaathaAntaBs aKeylaewraatnanPBraoyajreakn PProejerkuPmerauhmaanhanPPRRI1MMAA

154 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Tuntutan Faedah Atas Kelewatan Bayaran Projek Perumahan PRIMA

9. TUNTUTAN FAEDAH ATAS KELEWATAN BAYARAN
PROJEK PERUMAHAN PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

1. LATAR BELAKANG

1.1. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan pada 1 Januari 2013 di bawah
Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012 (Akta 739). Kegiatan utama PR1MA adalah
untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan berkualiti
tinggi dengan konsep gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di
kawasan bandar-bandar utama.

1.2. Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA telah mula dilaksanakan pada tahun 2018
untuk menyemak semula hala tuju dan hasil serta impak terhadap pelaksanaan 94
projek perumahan PR1MA. Keseluruhan nilai kontrak yang terlibat adalah berjumlah
RM23.047 bilion yang telah ditandatangani di antara PR1MA dengan pihak kontraktor
pada tahun 2013 hingga 2018. Pelan tersebut adalah bertujuan untuk meneruskan
projek yang berdaya maju sahaja bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan menambah
baik aliran tunai PR1MA.

1.3. Selaras dengan pelaksanaan pelan tersebut, Mesyuarat Anggota Perbadanan
PR1MA Bilangan 46 pada 19 Februari 2019 telah memutuskan untuk meneruskan 65
projek (84 fasa) dengan nilai kontrak berjumlah RM15.012 bilion dan membatalkan 29
projek (48 fasa) berjumlah RM8.035 bilion. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 9.1.

JADUAL 9.1

STATUS PROJEK PR1MA SETAKAT 31 DISEMBER 2019

BIL. STATUS PROJEK BILANGAN BILANGAN NILAI KONTRAK
PROJEK FASA (RM Bilion)

1. Diteruskan 65 84 15.012

2. Batal 29 48 8.035

JUMLAH 94 132 23.047

Sumber: Laporan Status Projek PR1MA

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dilaksanakan untuk menentukan sama ada tuntutan faedah atas
kelewatan bagi projek perumahan PR1MA yang dibatalkan telah dibuat dengan teratur
mengikut peraturan dan kontrak yang berkuat kuasa.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahun 22001199 155 155

Tuntutan Faedah AtTausntuKtaenleFwaeadathaAntaBs aKeylaewraatnanPBraoyajreakn PProejerkuPmerauhmaanhanPPRRI1MMAA

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan melibatkan Tuntutan Faedah Atas Kelewatan terhadap lima
(5) projek yang dicadangkan batal selaras dengan Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA.

3.2. Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap rekod kewangan dan rekod
perakaunan serta analisis data yang berkaitan. Selain itu, pihak Audit juga telah
mengadakan temu bual serta perbincangan dengan pegawai yang terlibat di Bahagian
Kewangan dan Bahagian Pengurusan Pembangunan PR1MA.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan pada bulan September 2020 dan maklum balas
daripada PR1MA telah diterima pada 3 November 2020. Mesyuarat Penutup (Exit
Conference) telah diadakan pada 28 Oktober 2020. Penemuan Audit adalah seperti
yang dinyatakan di perenggan 4.1.

4.1. Tuntutan Faedah Atas Kelewatan Sejumlah RM53.72 Juta Oleh
Kontraktor Dan Tuan Tanah

4.1.1. Selaras dengan terma kontrak, PR1MA perlu menjelaskan bayaran interim
yang dituntut oleh kontraktor dalam tempoh 45 hari, iaitu 20 hari untuk pengesahan
dan pengeluaran Perakuan Bayaran Interim serta 25 hari untuk membuat bayaran.
Selain itu, baki bayaran kos tanah (balance sum) perlu dibayar kepada tuan tanah
dalam tempoh 14 hari selepas PR1MA menerima semua dokumen sokongan
berkaitan pemilikan tanah. Faedah atas kelewatan pula dikira setiap hari pada kadar
10% setahun selepas tamat tempoh 45 atau 14 hari yang ditetapkan dalam kontrak.

4.1.2. Semakan Audit mendapati faedah atas kelewatan berjumlah
RM53.72 juta telah dituntut oleh kontraktor dan tuan tanah bagi
lima (5) projek yang dibatalkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 9.2.

JADUAL 9.2

FAEDAH ATAS KELEWATAN YANG DITUNTUT OLEH KONTRAKTOR/TUAN TANAH

BIL. PROJEK BILANGAN TEMPOH BAYARAN FAEDAH
PERAKUAN ATAS
KELEWATAN INTERIM
BAYARAN (HARI) (RM Juta) KELEWATAN
INTERIM/ (RM Juta)
BALANCE SUM

1. Residensi Parit Melana 13 46 hingga 124.85 30.35
1,192

2. Residensi Alor Gajah 25 5 hingga 696 210.68 15.88

3. Residensi Batu Feringgi 1 791 14.68 6.15

156 156 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

TuTunnttuuttaannFaFedaaehdAatahs KAetleawsatKaneBleaywaraatnaPnrojBekaPyearruamnahaPnroPRje1MkAPerumahan PRIMA

BIL. PROJEK BILANGAN TEMPOH BAYARAN FAEDAH
PERAKUAN KELEWATAN INTERIM ATAS
BAYARAN (RM Juta)
INTERIM/ (HARI) KELEWATAN
BALANCE SUM 34.28 (RM Juta)
10 hingga 216 13.86
4. Residensi Batu Rakit 26 398.35 0.79
44 hingga 388
5. Residensi Kota Marudu 2 5 0.55

JUMLAH 53.72

Sumber: Laporan Status Projek PR1MA

4.1.3. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kegagalan PR1MA untuk membuat
bayaran interim dan baki bayaran kos tanah mengikut tempoh yang ditetapkan
seperti kehendak kontrak. Semakan lanjut Audit mendapati tempoh kelewatan
pembayaran oleh PR1MA adalah antara lima (5) hingga 1,192 hari.
Selain itu, tiada klausa dalam kontrak berkaitan tempoh akhir
kontraktor dan tuan tanah boleh membuat tuntutan faedah atas
kelewatan ini di mana pihak Audit mendapati tuntutan hanya dibuat selepas
kontrak dibatalkan.

Maklum balas PR1MA yang diterima pada 3 November 2020

a. Kelewatan pembayaran oleh PR1MA adalah disebabkan oleh masalah aliran tunai
yang dihadapai PR1MA yang berpunca daripada kekangan peruntukan Kerajaan bagi
pembangunan dan jualan hartanah pembangunan yang perlahan. PR1MA hanya
menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM3.880 bilion
berbanding RM5.220 bilion yang diluluskan bagi membiayai kos pembangunan 94
projek PR1MA yang bernilai RM23.047 bilion.

b. Pada Januari 2019, PR1MA telah melalui proses peralihan di mana terdapat
pertukaran pegawai yang memberi kesan ketara terhadap pihak Pengurusan
PR1MA. PR1MA telah dinasihat untuk melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela. Pada
bulan Mei 2019, skim ini dilaksanakan di mana terdapat pengurangan sebanyak 98
kakitangan. Daripada pengurangan ini, 30% adalah tergolong dari pihak pengurusan
atasan. Proses tersebut secara langsung melibatkan pertukaran pegawai
bertanggungjawab bagi proses dalaman PR1MA termasuklah proses perakuan
bayaran interim kepada kontraktor. Pihak Pengurusan PR1MA yang baharu mula
melaksana tugas pada bulan Jun 2019.

c. Merujuk kepada surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 17 Mei 2018
mengenai penangguhan ke atas semua perolehan Kerajaan dan untuk mengkaji
semula kontrak bernilai lebih RM10 juta dan mempunyai peratus kemajuan projek
kurang daripada 15% bagi menambah baik tadbir urus. Susulan daripada arahan
tersebut, bermula pada bulan Disember 2018 sehingga bulan November 2019,

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahun 22001199 157 157

Tuntutan Faedah AtTausntuKtaenleFwaeadathaAntaBs aKeylaewraatnanPBraoyajreakn PProejerkuPmerauhmaanhanPPRRI1MMAA

PR1MA telah memulakan Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA di mana kesemua 94
projek PR1MA telah dikaji, diteliti dan disaring oleh Pihak Pengurusan PR1MA dan
Anggota Perbadanan PR1MA. Sepanjang tempoh saringan projek yang berlangsung
selama dua (2) sesi terdapat projek yang tidak dimuktamadkan disebabkan halatuju
yang tertangguh. Ini secara tidak langsung menyebabkan kelewatan proses
pembayaran kepada kontraktor.

d. Susulan kepada Pelan Rasionalisasi Projek PR1MA yang telah diluluskan oleh
Anggota Perbadanan, PR1MA telah mula berunding dengan pihak kontraktor bagi
projek yang akan diteruskan. Rundingan ini merangkumi pertukaran kaedah
pembayaran interim daripada terma pembayaran interim dalam tempoh 45 hari
kepada pembayaran interim berlandaskan hasil kutipan jualan projek dan
pemansuhan klausa Faedah Atas Kelewatan. Hasil daripada rundingan ini, PR1MA
dan pihak kontraktor telah dan akan menandatangani Supplemental Agreement bagi
menjamin PR1MA tidak akan dikenakan Faedah Atas Kelewatan dan tuntutan
perundangan sekiranya terdapat kelewatan dalam pembayaran yang disebabkan
oleh jualan hartanah pembangunan yang perlahan.

Pernyataan Kelewatan PR1MA dalam menjelaskan bayaran interim
Audit semasa projek masih berjalan dan bayaran baki tanah telah
menyebabkan PR1MA dikenakan tuntutan bayaran Faedah
Atas Kelewatan. Ini menyebabkan PR1MA terpaksa
menanggung kerugian berjumlah RM53.72 juta jika kesemua
tuntutan itu dibayar.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan bayaran yang dibuat adalah mengikut tempoh dan peraturan yang
telah ditetapkan, adalah disyorkan tindakan penambahbaikan seperti berikut:

5.1. PR1MA perlu mengkaji kesan terhadap pembatalan kontrak perjanjian yang
melibatkan sejumlah amaun bayaran penyelesaian atau pampasan dan menyediakan
peruntukan bagi pembayarannya.

5.2. Had masa bagi tuntutan bayaran interim oleh pihak kontaktor sepatutnya
ditetapkan dalam kontrak perjanjian bagi mengelakkan faedah atas kelewatan
dikenakan ke atas PR1MA.

5.3. Kajian semula terhadap klausa kontrak perjanjian yang dibuat supaya
pentadbiran kontrak dan pengurusan pembinaan yang lebih rapi dan berkesan dapat
diwujudkan untuk melindungi kepentingan Kerajaan.

158 158 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919

TuTunnttuuttaannFaFedaaehdAatahs KAetleawsatKaneBleaywaraatnaPnrojBekaPyearruamnahaPnroPRje1MkAPerumahan PRIMA

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

10. Perolehan Tender Dan Sebut Harga Bagi
Perkhidmatan Percetakan, Pengangkutan Dan
Pengedaran Buku Teks

– Dewan Bahasa Dan Pustaka



RINGKASAN EKSEKUTIF

PEROLEHAN TENDER DAN SEBUT HARGA
BAGI PERKHIDMATAN PERCETAKAN,
PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN
BUKU TEKS

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia

Apa yang Perkara Utama
diaudit?
 Pengauditan pematuhan terhadap Perolehan Tender Dan Sebut
Harga Bagi Perkhidmatan Percetakan, Pengangkutan Dan
Pengedaran Buku Teks dilaksanakan terhadap proses perolehan,
kontrak dan bayaran.

Mengapa ia  Menentukan pematuhan terhadap prosedur perolehan secara
penting tender dan sebut harga, kontrak dan bayaran mengikut peraturan
untuk yang ditetapkan.
diaudit?
 Penemuan Audit adalah seperti berikut:
Apa yang
ditemui? - Bayaran penuh berjumlah RM1.05 juta telah dibuat bagi
kontrak yang belum ditandatangani sehingga tamat tempoh
kontrak;

- Sejumlah RM1.88 juta telah dibayar melebihi tiga (3) kali atau
selepas tempoh empat (4) bulan bagi kontrak yang lewat
ditandatangani;

- Denda berjumlah RM375,280 tidak dikenakan bagi pengedaran
Buku Teks Skim Pinjaman lewat dari tempoh ditetapkan; dan

- Bon pelaksanaan berjumlah RM52,995 tidak dikenakan bagi
perolehan Mencetak, Menjilid Dan Membekalkan Buku Teks
Kegunaan Tahun 2020.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Memastikan semua kontrak ditandatangani dalam tempoh
yang ditetapkan dan bon pelaksanaan dikemukakan kepada
Dewan Bahasa Dan Pustaka sebelum apa-apa bayaran dibuat;

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 161 161
Perolehan Tender DPaernoleSheaPnbeuTnetngdHaearnrDggaknauStBePabaenungtgiDHanaPagrgnekaurtkPBaahneginDidgPamneerPakdhetaniadrgmnaeadntPaareBnanruPceBkeruuctkeautTakTkeaeakknns,s,

- Memastikan prosedur operasi standard bagi pengeluaran buku
teks ditambah baik termasuklah melaksanakan perbincangan
dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan syarikat
bagi memastikan buku teks dapat dibekalkan ke sekolah
sebelum sesi persekolahan bermula; dan

- Mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati
cuai dalam meluluskan pembayaran yang tidak teratur.

162 162 LLaappoorraann KKeettuuaa AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919
PPPPeeeernrnoogglaelaenhngahnkgauTkntaeunnTtdDaeearnnnDdPDaeenanrSgneeDbdPauatrenaHnnaSgrBegeuabkduBuaaTtrgeaiHknPsearBrkghuiadkmuBataTagneikPePsrceertkakhaind, matan Percetakan,
RAHSIA

RAHSIA

10. PEROLEHAN TENDER DAN SEBUT HARGA

BAGI PERKHIDMATAN PERCETAKAN,

PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN BUKU

TEKS

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia

1. LATAR BELAKANG

1.1. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) menerima geran mengurus berjumlah
RM64.09 juta dan geran berkaitan Buku Teks Skim Pinjaman (BTSP) berjumlah
RM120.53 juta pada tahun 2019 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bahagian Kewangan Dan Bekalan bertanggungjawab menguruskan perolehan dan
pembayaran di DBP. Berdasarkan rekod DBP, perolehan secara tender dan sebut harga
yang dilaksanakan di Ibu Pejabat DBP bagi tahun 2019 adalah seperti dalam
Jadual 10.1.

JADUAL 10.1
PEROLEHAN TENDER DAN SEBUT HARGA BAGI TAHUN 2019

TENDER SEBUT HARGA JUMLAH PEROLEHAN

TAHUN JUMLAH JUMLAH JUMLAH
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
BIL. BIL. BIL.

2019 6 42.37 560 30.54 566 72.91

Sumber: Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA), DBP

1.2. Pengurusan perolehan tender dan sebut harga di DBP adalah berpandukan
kepada peraturan seperti berikut:

1.2.1. Tatacara Kewangan Dan Perakaunan DBP dan Surat Pekeliling Kewangan
DBP Bilangan 1 Tahun 2019; dan

1.2.2. Pekeliling Perbendaharaan berkaitan Perolehan Kerajaan selaras dengan
surat Kementerian Kewangan Bil. MOF.SBM(S)600-41/1/5 (SK 2)(12) bertarikh
16 Ogos 2019, Pekeliling Perbendaharaan PK2.1 dan Pekeliling Perbendaharaan
WP7.5 yang menetapkan agensi yang menerima peruntukan/pembiayaan Kerajaan
Persekutuan dikehendaki mematuhi semua peraturan kewangan yang ditetapkan
oleh Kementerian Kewangan (MOF).

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 163 163
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

RAHSIA

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada perolehan secara tender dan
sebut harga bagi perkhidmatan percetakan, pengangkutan dan pengedaran buku teks
di DBP telah dilaksanakan selaras dengan akta dan peraturan yang berkuat kuasa.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Pengauditan dijalankan terhadap perolehan tender dan sebut harga bagi
perkhidmatan percetakan, pengangkutan dan pengedaran buku teks yang ditawarkan
pada tahun 2019. Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Kewangan Dan Bekalan dan
Bahagian Pengeluaran Dan Penyelarasan Penerbitan di Menara DBP, Kuala Lumpur
serta Bahagian Pemasaran Dan Pengedaran di Kompleks DBP Hulu Klang.

3.2. Bilangan sampel perolehan tender dan sebut harga yang dipilih adalah seperti
dalam Jadual 10.2.

JADUAL 10.2

SAMPEL PEROLEHAN TENDER DAN SEBUT HARGA

BIL. NAMA KONTRAK/ AMAUN TEMPOH DAN BILANGAN BILANGAN
1. PEROLEHAN (RM Juta) KAEDAH SYARIKAT SAMPEL DAN AMAUN
2.
3. PEROLEHAN DILANTIK KONTRAK

Perkhidmatan Mencetak, Tempoh Kontrak:
02.09.2019 -
Menjilid Dan Membekalkan 3.72 29.02.2020 13 syarikat (100%)
13 dengan nilai bayaran
Buku Teks Skim Pinjaman Kaedah: Sebut
Harga berjumlah RM3.72 juta.
Buku Cetak Semula Dan

Buku Baharu Terbitan DBP –

21 Jenis Judul Buku

Perjanjian Panel Tempoh Kontrak:
21.08.2019 -
Perkhidmatan Pengangkutan - 20.08.2020 15 syarikat (100%)
dengan nilai kontrak
Buku/Majalah Terbitan DBP Kaedah: Sebut
Harga 15 RM1.02 juta (berdasarkan
Di Semenanjung Malaysia, bayaran bagi tempoh

Sabah Dan Sarawak Melalui 21.08.2019 - 25.08.2020).

Darat, Udara Dan Laut

(Kontrak Lanjutan)

Perkhidmatan Pracetak Buku Tempoh Kontrak: 6 syarikat (28.6%)
14.02.2019 - 21 dengan nilai kontrak
Teks Skim Pinjaman Judul 4.34 13.02.2020
Baharu Tahun 4 Dan RM2.19 juta.
Kaedah: Tender
Tingkatan 4 Kegunaan Tahun
2020

Perjanjian Pengedaran Buku Tempoh Kontrak: 25 (100%) dengan nilai
17.10.2019 - kontrak RM9.72 juta
4. Teks Skim Pinjaman Bagi - 16.10.2021 25 (berdasarkan bayaran
Sesi Persekolahan Tahun bagi tempoh 17.10.2019 -
Kaedah: Tender 31.07.2020).
2020 Dan 2021

Sumber: Fail Perolehan dan Baucar Bayaran, DBP

3.3. Pengauditan dijalankan dengan menyemak fail, rekod, baucar bayaran dan
dokumen berkaitan di DBP. Di samping itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat

164 164 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPpe roorlaenh aKneTtue nadAe rudDiatnNSeegbaurtaHTaar ghaunB a2g0i 1P9e r k h i d m a t a n P e r c e t a k a n , RAHSIA
PPeeronlgeahnagnk uTt ea nndDearn DPaenn gSeedbaur atnHBaurkgua TBeakgs i Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

dan pemeriksaan fizikal Audit turut dijalankan untuk mengesahkan maklumat yang
diperoleh melalui proses semakan yang telah dijalankan.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan terhadap perolehan tender dan sebut harga bagi perkhidmatan
percetakan, pengangkutan dan pengedaran buku teks telah dilaksanakan mulai
21 Julai hingga 19 Ogos 2020. Maklum balas mengenainya telah diterima pada
30 September manakala Mesyuarat Penutup (Exit Conference) telah diadakan pada
7 Oktober 2020. Penemuan Audit adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.1
hingga 4.4.

4.1. Bayaran Penuh Berjumlah RM1.05 Juta Telah Dibuat Bagi Kontrak
Yang Belum Ditandatangani Sehingga Tamat Tempoh Kontrak

4.1.1. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 4.2 Surat Setuju Terima, Pesanan
Kerajaan dan Inden Kerajaan bagi Perolehan Kerajaan telah menetapkan antaranya:

a. Perenggan 4.8 menetapkan bagi semua perolehan bermasa sama ada
bekalan, perkhidmatan atau kerja tidak kira nilainya, hendaklah dikeluarkan
Surat Setuju Terima (SST) dan disusuli dengan dokumen kontrak
komprehensif dalam tempoh empat (4) bulan selepas SST ditandatangan
balas oleh syarikat.

b. Perenggan 9.19.8 menyatakan bon pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi
semua kontrak bermasa dan one-off yang bernilai melebihi RM200,000. Bon
pelaksanaan adalah 2.5% bagi kontrak kurang RM500,000 atau 5% bagi
kontrak melebihi RM500,000. Berdasarkan Surat Tawaran (DBP
menggunakan istilah Surat Tawaran bagi menggantikan SST) yang
dikeluarkan oleh DBP, bon pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank atau
draf bank hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat
Tawaran dikembalikan kepada DBP.

4.1.2. Semakan Audit setakat 19 Ogos 2020 mendapati sejumlah RM1.05 juta telah
dibayar penuh kepada tiga (3) perolehan tender dan sebut harga yang melibatkan
pelantikan lima (5) syarikat, iaitu Perkhidmatan Pracetak Buku Teks Skim Pinjaman
(BTSP), Perkhidmatan Mencetak, Menjilid Dan Membekalkan BTSP dan Panel
Perkhidmatan Pengangkutan Buku/Majalah DBP pada tahun 2019 dan 2020.
Semakan lanjut mendapati:

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 165 165
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

a. Kesemua lima (5) syarikat tersebut masih belum
menandatangani dokumen kontrak bagi ketiga-tiga kontrak di
atas. DBP memaklumkan empat (4) syarikat telah menerima kontrak
tersebut tetapi gagal mengemukakan semula kepada DBP untuk
dimuktamadkan manakala satu (1) kontrak belum diserahkan kepada syarikat
terbabit.

b. Sebanyak empat (4) daripada lima (5) syarikat masih belum
mengemukakan bon pelaksanaan berjumlah RM50,381
sehingga tamat tempoh kontrak.

c. Sebanyak dua (2) kontrak yang melibatkan dua (2) syarikat
telah tamat tempoh kontrak pada bulan Februari 2020
manakala satu (1) kontrak yang melibatkan tiga (3) syarikat
lagi tamat pada bulan Ogos 2020. Butiran lanjut adalah seperti dalam
Jadual 10.3.

JADUAL 10.3
BAYARAN PENUH DIBUAT BAGI KONTRAK
YANG BELUM DITANDATANGANI SEHINGGA TAMAT TEMPOH KONTRAK

BIL. NAMA KONTRAK TEMPOH TARIKH BAYARAN JUMLAH CATATAN
1. KONTRAK BAYARAN
KONTRAK
DITANDA- (RM)
TANGANI

Perkhidmatan Mencetak,

Menjilid Dan Membekalkan - Bon pelaksanaan

Buku Teks Skim Pinjaman berjumlah RM33,612
belum dikemukakan
Buku Cetak Semula Dan Buku
oleh syarikat
Baharu Terbitan DBP - 16.10.2019 Belum 17.01.2020 Tahun 2020: - Dokumen kontrak
- ditandatangani 672,232
Matematik Tahun 4 SK BT belum diserahkan
29.02.2020 (182 hari) (lump sum) oleh syarikat
(BTSP & BTPT) - Cetak
- Kontrak tamat pada
397,300 Naskah 29 Februari 2020

Amaun Kontrak: RM672,232
Bil. Syarikat : 1

- Bon pelaksanaan

Perkhidmatan Pracetak Buku berjumlah RM6,769

2. Teks Skim Pinjaman Judul 14.02.2019 Belum 07.05.2019 Tahun 2019: belum dikemukakan
Baharu Tahun 4 Dan Tingkatan - 216,600 oleh syarikat
4 Kegunaan Tahun 2020 - ditandatangani - Dokumen kontrak
13.02.2020 (429 hari) 30.01.2020 Tahun 2020: belum diserahkan
Amaun Kontrak: RM270,750 (1 - 8 kali) 54,150 kepada syarikat

Bil. Syarikat: 1 - Kontrak tamat pada

13 Februari 2020

166 166 LaLpaoproarnanKeKteutauaAAuudditit NNeeggaarraa TTaahhuunn22001199
Perolehan Tender Dan Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Percetakan,
PerPoelneghaanng kTuetna ndeDraDn aPne nSgeebduatr aHnaBrugkau BTaegkis Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

BIL. NAMA KONTRAK TEMPOH TARIKH BAYARAN JUMLAH CATATAN
KONTRAK SEHINGGA BAYARAN
KONTRAK
DITANDA- TARIKH (RM)
TANGANI AUDIT

Perjanjian Panel Perkhidmatan - Bon pelaksanaan

Pengangkutan Buku/Majalah berjumlah
RM10,000 belum
Terbitan DBP Di Semenanjung 23.10.2019 Tahun 2019:
- 25,004 dikemukakan oleh
3. Malaysia, Sabah Dan Sarawak 21.08.2019 Belum dua (2) syarikat
Melalui Darat, Udara Dan Laut - ditandatangani 17.03.2020 Tahun 2020:
(1 - 6 kali) 81,982 - Dokumen kontrak
(Kontrak Lanjutan) 20.08.2020 (243 hari) belum diserahkan
1,049,968
Amaun Kontrak: RM106,986* oleh tiga (3)
Bil. Syarikat: 3 syarikat
- Kontrak tamat pada

20 Ogos 2020

JUMLAH KESELURUHAN

Sumber: Surat Tawaran, Kontrak, Baucar Bayaran dan Senarai Baucar Mengikut Vot
Nota : *Amaun sebenar dibayar kepada 3 syarikat setakat 25 Ogos 2020

4.1.3. Pembayaran penuh terhadap kontrak yang belum ditandatangani sehingga
tamat tempoh berlaku disebabkan pegawai yang meluluskan bayaran tidak
menyemak salinan kontrak pada masa bayaran dibuat.

Maklum balas DBP yang diterima pada 30 September 2020

Bayaran kepada syarikat hanya dibuat selepas DBP berpuas hati dengan kerja yang
dilaksanakan. Kesemua kontrak telah ditandatangani antara 4 hingga 25 September
2020. DBP akan mengemas kini daftar bon pelaksanaan bagi memastikan hanya
syarikat yang telah mengemukakan bon sahaja boleh dibuat bayaran.

Pernyataan Pembayaran penuh kepada pembekal tanpa kontrak
Audit ditandatangani terlebih dahulu adalah pembayaran yang tidak
teratur.

4.2. Sejumlah RM1.88 Juta Telah Dibayar Melebihi Tiga (3) Kali Atau
Selepas Tempoh Empat (4) Bulan Bagi Kontrak Yang Lewat Ditandatangani

4.2.1. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 4.2: Surat Setuju Terima, Pesanan
Kerajaan dan Inden Kerajaan bagi Perolehan Kerajaan telah menetapkan antaranya:

a. Perenggan 4.8 menetapkan bagi semua perolehan bermasa sama ada
bekalan, perkhidmatan atau kerja tidak kira nilainya, hendaklah dikeluarkan
Surat Setuju Terima (SST) dan disusuli dengan dokumen kontrak
komprehensif dalam tempoh empat (4) bulan selepas SST ditandatangan
balas oleh syarikat.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 167 167
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

RAHSIA

b. Perenggan 6 (Jadual 2) menetapkan hanya kontrak bermasa dengan syarat
tempoh kontrak melebihi empat (4) bulan dan bayaran berkala dibenarkan
sehingga tiga (3) kali selepas keluarnya SST. Bayaran berkala yang
seterusnya akan hanya dibuat selepas kontrak formal ditandatangan.

c. Perenggan 9.19.8 menyatakan bon pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi
semua kontrak bermasa dan one-off yang bernilai melebihi RM200,000. Bon
pelaksanaan adalah 2.5% bagi kontrak kurang RM500,000 atau 5% bagi
kontrak melebihi RM500,000. Berdasarkan Surat Tawaran (DBP
menggunakan istilah Surat Tawaran bagi menggantikan SST) yang
dikeluarkan oleh DBP, bon pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank atau
draf bank hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat
Tawaran dikembalikan kepada DBP.

4.2.2. Semakan telah dibuat terhadap dua (2) perolehan tender dan sebut harga,
iaitu Perkhidmatan Pracetak Buku Teks Skim Pinjaman dan Panel Perkhidmatan
Pengangkutan Buku/Majalah DBP yang melibatkan 15 syarikat mendapati perkara
berikut:

a. Sebanyak dua (2) kontrak yang melibatkan pelantikan 15
syarikat telah lewat ditandatangani selepas tempoh
empat (4) bulan ditetapkan. Tempoh kelewatan adalah
antara 120 hingga 222 hari.

b. Bon pelaksanaan berjumlah RM48,437 yang melibatkan lima
(5) syarikat masih belum dikemukakan kepada DBP setakat
bulan Ogos 2020 manakala dua (2) bon pelaksanaan
berjumlah RM21,420 lewat dikemukakan antara 24 hingga 33
hari. Kedua-dua kontrak tersebut telah tamat tempoh pada
bulan Februari dan Ogos 2020.

c. Sejumlah RM1.88 juta telah dibayar kepada 15 syarikat
melebihi tiga (3) kali atau selepas tempoh empat (4) bulan
dengan kekerapan sehingga 42 kali sebelum kontrak
ditandatangani pada tahun 2019 dan 2020. Butiran lanjut adalah
seperti dalam Jadual 10.4.

168 168 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPpe roorlaenh aKneTtue nadAe rudDiatnNSeegbaurtaHTaar ghaunB a2g0i 1P9e r k h i d m a t a n P e r c e t a k a n , RAHSIA
PPeeronlgeahnagnk uTt ea nndDearn DPaenn gSeedbaur atnHBaurkgua TBeakgs i Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

JADUAL 10.4
BAYARAN MELEBIHI 3 KALI ATAU SELEPAS
TEMPOH 4 BULAN BAGI KONTRAK LEWAT DITANDATANGANI

BIL. NAMA KONTRAK KONTRAK TARIKH KONTRAK AMAUN CATATAN
1. PATUT BAYARAN DITANDA-
TANDA- KEPADA TANGANI DIBAYAR
TANGAN SYARIKAT (RM)
16.07.2020
Perjanjian Panel 20.12.2019 23.10.2019 -
-
Perkhidmatan 13.08.2020
08.07.2020
Pengangkutan Buku/Majalah (1 - 42 kali)

Terbitan DBP Di - Bon pelaksanaan
berjumlah
Semenanjung Malaysia, Tahun 2019: RM15,000 belum
147,353 dikemukakan oleh
Sabah Dan Sarawak Melalui tiga (3) syarikat
Tahun 2020:
Darat, Udara Dan Laut 657,807 - Kontrak tamat pada
20 Ogos 2020
(Kontrak Lanjutan)

Tempoh Kontrak:
21.08.2019 - 20.08.2020
Amaun Kontrak:

RM0.91 juta*
Bil. Syarikat: 11

Perkhidmatan Pracetak - Bon pelaksanaan
berjumlah
Buku Teks Skim Pinjaman RM33,437 belum
dikemukakan oleh
Judul Baharu Tahun 4 Dan dua (2) syarikat
manakala dua (2)
Tingkatan 4 Kegunaan bon berjumlah
RM21,420 lewat
Tahun 2020 18.06.2019 16.05.2019 15.10.2019 Tahun 2019: dikemukakan oleh
1,079,597 dua (2) syarikat.
2. dan - -
- Kontrak tamat pada
Tempoh Kontrak: 22.06.2019 30.12.2019 31.12.2019 13 Februari 2020

14.02.2019 - 13.02.2020 (3 - 16 kali)

Amaun Kontrak:

RM1.65 juta

Bil. Syarikat: 4

JUMLAH 1,884,757

Sumber: Surat Tawaran, Kontrak, Baucar Bayaran dan Senarai Baucar Mengikut Vot
Nota : *Amaun kontrak ialah amaun sebenar dibayar kepada 11 syarikat setakat 25 Ogos 2020

4.2.3. Antara faktor yang menyebabkan bayaran melebihi tiga (3) kali atau selepas
tempoh empat (4) bulan sebelum kontrak ditandatangani dan bon pelaksanaan
tidak/lewat dikemukakan adalah kerana pegawai di Bahagian Kewangan Dan
Bekalan tidak merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 4.2. Rujukan
juga tidak dibuat terhadap salinan kontrak serta ketiadaan daftar pembayaran
kontrak bagi tujuan kawalan dan pemantauan bayaran kepada syarikat.

Maklum balas DBP yang diterima pada 30 September 2020

Bayaran kepada syarikat dibuat selepas perkhidmatan disempurnakan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. DBP akan memastikan pembayaran dibuat selepas kontrak
ditandatangani oleh pihak syarikat seperti yang ditetapkan pekeliling. DBP akan
mengemas kini daftar bon pelaksanaan bagi memastikan hanya syarikat yang telah
mengemukakan bon sahaja boleh dibuat bayaran.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 169 169
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

RAHSIA

Pernyataan Bayaran sejumlah RM1.88 juta melebihi tiga (3) kali atau
Audit selepas tempoh empat (4) bulan sebelum kontrak
ditandatangani kepada syarikat berkaitan adalah pembayaran
yang tidak teratur.

4.3. Denda Berjumlah RM375,280 Tidak Dikenakan Bagi Pengedaran Buku
Teks Skim Pinjaman Lewat Dari Tempoh Ditetapkan

4.3.1. Kontrak Pengedaran Buku Teks Skim Pinjaman (BTSP) Bagi Sesi
Persekolahan Tahun 2020 dan 2021 menetapkan perkara seperti berikut:

a. Klausa 4.1 menetapkan pengedar hendaklah menggunakan sepenuh daya
usahanya dan bersiap sedia dalam tempoh tiga (3) hari selepas notis
diterima daripada DBP untuk menghantar dan menyerahkan BTSP kepada
sekolah mengikut kawasan pengedaran dalam tempoh masa yang
ditetapkan.

b. Klausa 8.1 menetapkan pengedar hendaklah menyerahkan bekalan BTSP
kepada sekolah sebagaimana yang ditetapkan oleh DBP secara bertulis dari
tarikh bekalan itu diterima oleh Pengedar atau pada tarikh yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dimaklumkan oleh DBP
kepada pengedar mana yang terdahulu.

c. DBP boleh mengenakan denda kepada pengedar berdasarkan peruntukan
dalam kontrak bagi klausa 8.5, 8.6 dan 9.2 mengikut pengiraan formula
yang ditetapkan. Berdasarkan klausa 8.5, DBP boleh mengenakan denda
kepada pengedar apabila terdapat kelewatan dalam pengedaran BTSP.

4.3.2. KPM telah mengarahkan DBP untuk membuat pembekalan BTSP melalui
surat KPM bertarikh 26 Jun dan 26 September 2019 seperti dalam Jadual 10.5.

JADUAL 10.5

TARIKH PEMBEKALAN BTSP MENGIKUT SURAT KPM

TEMPOH MASA PEMBEKALAN TARIKH AKHIR PEMBEKALAN

BIL. NAMA TARIKH MULA DITETAPKAN (HARI) DITETAPKAN
KONTRAK
PEMBEKALAN SEMENANJUNG SABAH/ SEMENANJUNG SABAH/
SARAWAK SARAWAK

1. Buku Cetakan 08.07.2019 42 70 18.08.2019 15.09.2019
Semula

2. Buku Terbitan 01.10.2019 42 70 11.11.2019 09.12.2019
Baharu

Sumber: Surat KPM

170 170 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPpe roorlaenh aKneTtue nadAe rudDiatnNSeegbaurtaHTaar ghaunB a2g0i 1P9e r k h i d m a t a n P e r c e t a k a n , RAHSIA
PPeeronlgeahnagnk uTt ea nndDearn DPaenn gSeedbaur atnHBaurkgua TBeakgs i Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

4.3.3. DBP tidak dapat membekalkan BTSP dalam tempoh yang ditetapkan dan
telah mengemukakan jadual proses percetakan dan pengedaran BTSP kepada KPM
yang menunjukkan tarikh akhir pengedaran dijangka selesai adalah pada
31 Disember 2019 melalui surat rujukan DBP/539/100-1-1-158k.3(72). KPM telah
mengarahkan supaya DBP menyelesaikan pembekalan buku teks ke semua sekolah
di seluruh negara selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019 melalui surat rujukan
KPM.600-6/1/4(33) bertarikh 12 Disember 2019.

4.3.4. Semakan sampel Sijil Akuan Penerimaan bagi empat (4) negeri yang dipilih,
iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Sabah menunjukkan
terdapat BTSP bagi tahun 2020 yang diterima selepas 31 Disember
2019. Tempoh kelewatan adalah antara satu (1) hingga 186 hari.
Tiada denda kelewatan dikenakan kepada pengedar bagi
penyerahan BTSP selepas 31 Disember 2019. Butirannya adalah seperti
dalam Jadual 10.6.

JADUAL 10.6

DENDA TIDAK DIKENAKAN BAGI PENGEDARAN BUKU SELEPAS 31 DISEMBER 2019

PEMBEKALAN BTSP LEWAT TARIKH TEMPOH TEMPOH
SEPATUT
BIL. NEGERI BIL. BIL. JUMLAH PEMBEKALAN KELEWATAN
NASKAH BTSP (b) (HARI)
SIJIL AKUAN PESANAN DIHANTAR
PENERIMAAN (RM) (c) = (b) - (a)
(a)

Wilayah 40 28,104 210,516 31.12.2019 02.01.2020 - 2 - 22
1. Persekutuan 22.01.2020

Kuala Lumpur

2. Johor 431 100,096 951,991 31.12.2019 05.01.2020 - 5 - 20
20.01.2020

3. Sabah 380 157,779 1,206,051 31.12.2019 02.01.2020 - 2 - 69
09.03.2020

4. Perak 1,356 270,903 3,494,994 31.12.2019 01.01.2020 - 1 - 186
04.07.2020

JUMLAH 2,207 556,882 5,863,552 01.01.2020 - 1 - 186
04.07.2020

Sumber: Sijil Akuan Penerimaan

4.3.5. Berdasarkan kiraan Audit, anggaran denda yang boleh dikenakan kepada
syarikat adalah berjumlah RM375,280. Tempoh kelewatan dikira selepas 31
Disember 2019 hingga tarikh pembekalan disampaikan kepada sekolah seperti
dalam Jadual 10.7.

JADUAL 10.7

ANGGARAN DENDA BAGI PENGEDARAN BUKU SELEPAS 31 DISEMBER 2019

BIL. NEGERI JUMLAH TARIKH TEMPOH TEMPOH ANGGARAN
1. PEMBEKALAN KELEWATAN DENDA
PESANAN SEPATUT
LEWAT BTSP (b) (HARI) YANG
BOLEH
DIBEKALKAN DIHANTAR (c) = (b) - (a)
(RM) (a) DIKENAKAN
(RM)*

Wilayah 210,516 31.12.2019 02.01.2020 - 2 - 22 11,690
22.01.2020
Persekutuan
Kuala Lumpur

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 171 171
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

RAHSIA

BIL. NEGERI JUMLAH TARIKH TEMPOH TEMPOH ANGGARAN
PESANAN SEPATUT PEMBEKALAN KELEWATAN DENDA
YANG
LEWAT BTSP (b) (HARI) BOLEH
DIBEKALKAN DIHANTAR
05.01.2020 - (c) = (b) - (a) DIKENAKAN
(RM) (a) 20.01.2020 (RM)*
02.01.2020 - 5 - 20 61,209
2. Johor 951,991 31.12.2019 09.03.2020
01.01.2020 - 2 - 69 71,888
3. Sabah 1,206,051 31.12.2019 04.07.2020
01.01.2020 - 1 - 186 230,493
4. Perak 3,494,994 31.12.2019 04.07.2020
1 - 186 375,280
JUMLAH 5,863,552

Sumber: Sijil Akuan Penerimaan

Nota : *Anggaran denda dikira berdasarkan klausa 8.5 kepada kontrak iaitu

Denda = V (T + D) x 5% di mana:

T

V: nilai bekalan yang lewat dibekalkan (nilai BTSP);

T: tempoh penyerahan yang ditetapkan (pengiraan Audit adalah berdasarkan tempoh 42 hari bagi

Semenanjung dan 70 hari bagi Sabah); dan

D: bilangan hari bekalan kelewatan (berdasarkan tarikh tandatangan pihak sekolah di Sijil Akuan

Penerimaan.

4.3.6. DBP memaklumkan denda tidak dikenakan kepada pengedar disebabkan
Mesyuarat Pengurusan DBP ke 21/2020 memutuskan tiada sebarang denda
boleh dikenakan memandangkan DBP tidak mengeluarkan notis
bertulis kepada syarikat pengedar. Mengikut DBP, notis tidak dikeluarkan
kerana tempoh awal yang ditetapkan KPM tidak dapat dipenuhi disebabkan proses
kerja pracetak dan percetakan mengambil masa yang lama termasuklah
mendapatkan kelulusan daripada KPM sebelum sesuatu judul boleh dicetak bagi
buku terbitan baharu.

4.3.7. Kelewatan pengedaran ini memberi kesan kepada sekolah yang menerima
buku tersebut selepas sesi awal persekolahan tahun 2020 bermula, iaitu antara
bulan Januari hingga Mac 2020. Terdapat satu (1) sekolah yang menerima buku
teks pada bulan Julai 2020 di Perak berdasarkan tarikh penerimaan buku di Sijil
Akuan Penerimaan dan ini boleh mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi sekolah tersebut.

Maklum balas DBP yang diterima pada 30 September 2020

Pengiraan denda berasaskan formula tidak dapat dibuat kerana DBP tidak dapat
mengeluarkan notis tempoh penghantaran. Hal ini kerana tempoh yang ditetapkan KPM
tidak dapat dipenuhi oleh DBP kerana melibatkan proses kerja pracetak dan pencetakan
yang mengambil masa. Bagi memastikan pengendalian BTSP lebih cekap, DBP akan
menambah baik modul BTSP dengan menyediakan kemudahan pemantauan

172 172 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaP pe roorlaenh aKneTtue nadAe rudDiatnNSeegbaurtaHTaar ghaunB a2g0i 1P9e r k h i d m a t a n P e r c e t a k a n , RAHSIA
PPeeronlgeahnagnk uTt ea nndDearn DPaenn gSeedbaur atnHBaurkgua TBeakgs i Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

penerimaan BTSP di sekolah dan elemen perkiraan denda dalam Sistem Pengedaran
dan Pemasaran. Selain itu, DBP akan menambah klausa berkaitan tempoh pengedaran
dalam Perjanjian Pengedaran BTSP dengan mengambil kira tempoh 30 hari pembekalan
BTSP ke sekolah dari tarikh stok BTSP diterima oleh pengedar daripada DBP.

Pernyataan Denda yang tidak dikenakan merupakan kerugian hasil

Audit kepada DBP.

4.4. Bon Pelaksanaan Berjumlah RM52,995 Tidak Dikenakan Bagi
Perolehan Mencetak, Menjilid Dan Membekalkan Buku Teks Kegunaan
Tahun 2020

4.4.1. Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 – Perenggan 9.19.8. menetapkan bon
pelaksanaan hendaklah dikenakan bagi semua kontrak bermasa dan one-off yang
melebihi RM200,000 hingga RM500,000 sebanyak 2.5% daripada harga kontrak.
Pekeliling Perbendaharaan PK 4.2 - Perenggan 4.4 pula menetapkan bagi perolehan
bukan bermasa melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 pula, agensi hendaklah
mengeluarkan SST tanpa dokumen kontrak. Namun begitu, syarat penting yang
tidak dinyatakan dalam format piawai SST hendaklah dimasukkan dengan jelas ke
dalam Dokumen Sebut Harga (Borang Q). SST adalah suatu surat rasmi yang
memaklumkan penerimaan tanpa bersyarat daripada Kerajaan atas tawaran yang
dikemukakan oleh syarikat.

4.4.2. Semakan Audit terhadap Perolehan Mencetak, Menjilid Dan Membekalkan
Buku Teks Kegunaan Tahun 2020 bagi enam (6) judul buku berjumlah RM2.12 juta
mendapati bon pelaksanaan tidak dikenakan oleh DBP walaupun
perolehan bagi setiap judul buku tersebut adalah melebihi
RM200,000. Semakan Audit selanjutnya mendapati bayaran penuh sejumlah
RM2.12 juta ini telah dibuat pada tahun 2020. Butirannya adalah seperti dalam
Jadual 10.8.

JADUAL 10.8

BON PELAKSANAAN TIDAK DIKENAKAN OLEH DBP

BIL. NO SEBUT PERIHAL AMAUN SEBUT TARIKH AMAUN BON
1. HARGA HARGA SURAT (2.5%)
2. (RM) PESANAN (RM)
3. 7,303
SH DBP Pendidikan Jasmani Dan 292,110 03.09.2019
517/2019 Kesihatan Tahun 4 SK BT Cetak 7,720

417,300 Naskhah 8,026

SH DBP Reka Bentuk Dan Teknologi 308,802 02.09.2019
510/2019 Tahun 4 SK BT (BTSP & BTPT)
- Cetak 417,300 Naskhah

SH DBP Bahasa Arab Tahun 4 BT (BTSP 321,038 03.09.2019
519/2019
& BTPT) - Cetak 373,300
Naskhah

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 173 173
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

RAHSIA

BIL. NO SEBUT PERIHAL AMAUN SEBUT TARIKH AMAUN BON
HARGA HARGA SURAT (2.5%)
(RM) PESANAN (RM)
4. SH DBP Pendidikan Kesenian Tahun 4 325,494 03.09.2019 8,137
506/2019
SK BT (BTSP & BTPT) - Cetak 405,000 03.09.2019 10,125
417,300 Naskhah
467,376 03.09.2019 11,684
5. SH DBP Pendidikan Islam Tingkatan 4
518/2019 BT (BTSP & BTPT) - 300,300 2,119,820 52,995

Naskhah

6. SH DBP Sejarah Tahun 4 SK BK (BTSP
513/2019 & BTPT) - Cetak 417,300
Naskhah

JUMLAH

Sumber: Fail Perolehan DBP

4.4.3. Punca bon pelaksanaan ini tidak dikenakan adalah kerana Bahagian
Kewangan Dan Bekalan tidak mengeluarkan Surat Tawaran kepada syarikat yang
berjaya. Sebaliknya, Bahagian Kewangan Dan Bekalan hanya mengeluarkan Surat
Pesanan kepada syarikat yang berjaya manakala spesifikasi kerja bagi Surat
Pesanan tersebut dikeluarkan oleh Bahagian Pengeluaran Dan Penyelarasan
Penerbitan. Penggunaan Surat Pesanan kepada syarikat yang berjaya adalah
berdasarkan kepada Perenggan 13.37 dalam Tatacara Kewangan Dan Perakaunan
DBP (Tahun 2009) yang menyatakan “Bagi perolehan yang tidak menggunakan
dokumen perjanjian, Surat Pesanan sahaja sudah memadai untuk digunakan oleh
DBP”. Bagaimanapun, perkara ini adalah tidak selaras dengan PK 4.2.

Maklum balas DBP yang diterima pada 30 September 2020

Penggunaan Surat Pesanan adalah disebabkan desakan tempoh masa penghantaran
BTSP yang perlu disegerakan dan DBP perlu menguruskan kuantiti sebut harga yang
banyak. Penggunaan Surat Pesanan dapat menyegerakan pelantikan syarikat.
Bagaimanapun, SST telah digunakan sepenuhnya untuk semua perolehan melebihi
RM20,000 mulai 14 September 2020.

Pernyataan Bon pelaksanaan yang tidak dikutip boleh menyebabkan
Audit kepentingan DBP tidak dijamin sekiranya berlaku
ketidakpatuhan terhadap terma kontrak.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan,
adalah disyorkan DBP mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:

5.1. Memastikan semua kontrak ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan dan
bon pelaksanaan dikemukakan kepada DBP sebelum apa-apa bayaran dibuat.

174 174 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019

LaPpe roorlaenh aKneTtue nadAe rudDiatnNSeegbaurtaHTaar ghaunB a2g0i 1P9e r k h i d m a t a n P e r c e t a k a n , RAHSIA
PPeeronlgeahnagnk uTt ea nndDearn DPaenn gSeedbaur atnHBaurkgua TBeakgs i Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

RAHSIA

5.2. Memastikan prosedur operasi standard bagi pengeluaran buku teks ditambah
baik termasuklah melaksanakan perbincangan dengan pihak KPM dan syarikat bagi
memastikan buku teks dapat dibekalkan ke sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.

5.3. Mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati cuai dalam
meluluskan pembayaran yang tidak teratur.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 175 175
PerolPeehraonl e hTaenndTeern dDearnD Sa nePbSeuentPbgeuHantangHrgagaknaruggktBaauantBgaainDg PiaDneParenkPr khePhinedingdmgemeadadtataararnanannPP eeBBrruucckkeeuuttaaTkTkeaeaknkns,s, RAHSIA

176 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Perolehan Tender Dan Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Percetakan,
Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks

BAHAGIAN II

PENGAUDITAN PEMATUHAN
AGENSI PERSEKUTUAN

11. Projek Menaik Taraf Bangunan Wisma
Kumpulan Wang Simpanan Guru

– Yayasan Guru Tun Hussein Onn



RAHSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

PROJEK MENAIK TARAF BANGUNAN
WISMA KUMPULAN WANG SIMPANAN
GURU

Yayasan Guru Tun Hussein Onn

Kementerian Pendidikan Malaysia

Apa yang Perkara Utama
diaudit?
 Pengauditan pematuhan terhadap Projek Menaik Taraf Bangunan
Mengapa ia Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru dilaksanakan terhadap
penting proses penamatan kontraktor dan bayaran projek.
untuk
diaudit?  Menentukan sama ada prosedur tuntutan kerugian dan rampasan
Wang Jaminan Pelaksanaan adalah teratur dan selaras dengan
akta dan peraturan yang berkuat kuasa.

Apa yang  Penemuan Audit adalah seperti berikut:
ditemui?
- Sejumlah RM7.43 juta tidak dituntut daripada kontraktor
pertama disebabkan Perakuan Muktamad Kontrak Yang
Ditamatkan tidak dikeluarkan; dan

- Wang Jaminan Pelaksanaan berjumlah RM1.78 juta tidak
dirampas selepas Notis Penamatan Pengambilan Kerja
Kontraktor dikeluarkan.

Syor Audit  Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

- Menyediakan akaun penamatan projek dengan segera bagi
membolehkan tuntutan terhadap kontraktor boleh dibuat; dan

- Mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pegawai
yang cuai dan tidak mematuhi arahan dan peraturan kewangan
yang ditetapkan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 179 179
Projek Menaik TarafPBroajenkgMuennaaiknTaWraifsBmanaguKnaunmWpisumlaanKumWpaulnangWSainmg pSiamnpaannanGGuurruu RAHSIA

180 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Projek Menaik Taraf Bangunan Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru

RAHSIA

11. PROJEK MENAIK TARAF BANGUNAN WISMA
KUMPULAN WANG SIMPANAN GURU

Yayasan Guru Tun Hussein Onn

Kementerian Pendidikan Malaysia

1. LATAR BELAKANG

1.1. Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) terletak di Wisma Kumpulan Wang
Simpanan Guru (KWSG) di atas lot 999, Seksyen 69, Jalan Kampung Attap di mana
Wisma KWSG ini mempunyai 23 tingkat. Pada 20 September 2010, YGTHO telah
melantik kontraktor pertama untuk projek menaik taraf Wisma KWSG dengan nilai
kontrak berjumlah RM24.28 juta di mana tempoh kontrak adalah selama 12 bulan dari
tarikh milik tapak. Kerja menaik taraf ini termasuk kerja reka bentuk dalaman dan
luaran. Berdasarkan tarikh milik tapak pada 4 Mei 2011, kontraktor pertama sepatutnya
menyiapkan projek ini pada 3 Mei 2012. Namun, tiga (3) lanjutan masa telah diberikan
kepada kontraktor sehingga 27 April 2013 tetapi kontraktor masih gagal menyiapkan
kerja tersebut. Kemajuan kerja yang dicapai hanyalah setakat 19.21% pada 21 Januari
2013 berbanding 100% yang sepatutnya siap pada 3 Mei 2012. Projek ini telah
ditamatkan lebih awal, iaitu pada 21 Januari 2013 melalui Notis Penamatan
Pengambilan Kerja Kontraktor. Sejumlah RM9.42 juta telah pun dibayar bagi projek ini
semasa penamatan projek dibuat.

1.2. Pada 1 September 2016, YGTHO telah melantik kontraktor penyelamat bagi
menyiapkan kerja terbengkalai dalam tempoh 18 bulan (sehingga 14 Mac 2018) dengan
harga kontrak berjumlah RM35.50 juta (dengan GST RM37.63 juta). Pelaksanaan projek
telah dilanjutkan sehingga 28 Mac 2019 melalui kelulusan tiga (3) lanjutan masa.
Bagaimanapun, peratus kemajuan projek pada 16 Ogos 2019 hanyalah 66% berbanding
dengan 100% yang patut dicapai pada 28 Mac 2019. YGTHO kemudiannya telah
mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor untuk kontraktor
penyelamat pada 25 September 2019.

1.3. Berdasarkan lejar bayaran interim, nilai kerja yang diperakukan bagi kontraktor
penyelamat adalah berjumlah RM19.61 juta seperti dalam Jadual 11.1.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 181 181
Projek Menaik TarafPrBojaenk gMuennaaiknTaWraifsBmanaguKnaunmWpisumlaaKnumWpualnangWSainmg SpimanpaannanGGuurruu RAHSIA

RAHSIA

JADUAL 11.1
NILAI KERJA YANG DIPERAKUKAN BAGI PROJEK NAIK TARAF WISMA KWSG

TAHUN WANG JAMINAN JUMLAH BAYARAN LIQUIDATED AND JUMLAH NILAI
PENILAIAN PELAKSANAAN ASCERTAINED KERJA
KEPADA DAMAGE (LAD)
(RM) KONTRAKTOR (RM) DIPERAKUKAN
[a] [c]
(RM) [d] = ([a]+[b]+[c])
[b]

2016 25,999 233,993 - 259,992
5,637,075 - 6,263,417
2017 626,342 9,545,226 - 10,605,807
2,191,657 222,585 2,476,320
2018 1,060,581 17,607,951 222,585 19,605,536

2019 62,078

JUMLAH 1,775,000

Sumber: Lejar Bayaran Interim

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada prosedur tuntutan kerugian dan
rampasan Wang Jaminan Pelaksanaan adalah teratur dan selaras dengan akta dan
peraturan yang berkuat kuasa.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan telah dijalankan terhadap projek menaik taraf Wisma KWSG bagi tempoh
2016 hingga 2019 dengan menyemak fail, rekod, baucar bayaran dan dokumen berkaitan
projek tersebut di YGTHO. Di samping itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat dan
pemeriksaan fizikal Audit turut dijalankan untuk mengesahkan maklumat yang diperoleh
melalui proses semakan yang telah dijalankan.

4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 2 Oktober 2020. Maklum
balas daripada YGTHO dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diterima pada
27 Oktober dan 3 November 2020. Mesyuarat Penutup (Exit Conference) telah diadakan
pada 3 November 2020. Penemuan Audit adalah seperti yang dinyatakan di perenggan
4.1 dan 4.2.

4.1. Sejumlah RM7.43 Juta Tidak Dituntut Daripada Kontraktor Pertama
Disebabkan Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Tidak Dikeluarkan

4.1.1. Mengikut klausa 51(c)(v) dalam kontrak perjanjian antara KWSG dan
kontraktor pertama (No Kontrak: KWSG/HARTA/-01/KP/-F05(01)), sebaik sahaja
Kerajaan melantik kontraktor baru untuk menyiapkan baki kerja yang tinggal akibat
daripada penamatan kontrak berkenaan, Pegawai Penguasa perlu membuat penilaian

182 182 LaLpaoproarnanKeKteutauaAAuudditit NNeeggara TTaahhuunn22001199

PrPorjoejekk MMeenanikaiTkaraTfaBraangfuBnaannWgiusmnaanKumWpiuslamn aWaKngumSimppualnaann GWuraung Simpanan Guru RAHSIA

RAHSIA

daripada penamatan kontrak berkenaan, Pegawai Penguasa perlu membuat
penilaian tepat secara munasabahnya kos muktamad yang ditanggung oleh
Kerajaan untuk menyiapkan baki kerja yang terlibat serta kerugian secara langsung
yang perlu ditanggung oleh Kerajaan. Pegawai Penguasa atau Pengarah Projek
perlu mengeluarkan Perakuan Kos Penamatan kepada Kontraktor. Sekiranya kos
penyiapan adalah melebihi jumlah harga kontrak asal terlaras, Perakuan Muktamad
Kontrak Yang Ditamatkan hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor berserta dengan
satu surat tuntutan terhadapnya untuk membayar kepada Kerajaan jumlah kerugian
yang ditanggung oleh Kerajaan. Perkara ini turut dinyatakan dalam Seksyen C, Surat
Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya Bil. 8/2013 berkaitan Garis Panduan Untuk
Urusan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor.

4.1.2. Kontraktor pertama bagi projek menaik taraf bangunan 23 tingkat Wisma
KWSG telah ditamatkan pada 21 Januari 2013 melalui surat rujukan no.
KWSG/Harta-01/KP-F05(054). Semakan Audit mendapati Perakuan Kos
Penamatan bagi kontrak dengan kontraktor pertama masih tidak
dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa walaupun kontraktor
penyelamat telah dilantik pada 1 September 2016. Draf Perakuan Kos
Penamatan telah dikemukakan oleh pihak perunding kepada KPM melalui rujukan
e-mel bertarikh 21 November 2017. Berdasarkan draf tersebut, anggaran kos
penyiapan projek tersebut adalah melebihi harga kontrak terlaras (akhir) berjumlah
RM7.43 juta. Perbezaan amaun ini sepatutnya dituntut daripada kontraktor pertama
oleh KPM/YGTHO. Butirannya adalah seperti dalam Jadual 11.2.

JADUAL 11.2
DRAF PERAKUAN KOS PENAMATAN BAGI PROJEK NAIK TARAF WISMA KWSG

PERKARA JUMLAH
(RM)

Kos Penyiapan

Bayaran Wang Pendahuluan 1,688,771

Bayaran Interim 9,419,340

Baki Nilai Wang Jaminan Pelaksanaan Yang Belum Ditahan 909,362

Jumlah Harga Kontrak Baru 15,705,832

Kos Mempelawa Semula Tender Dan Pengawasan 3,627,378

10% Caj On Cost 362,738

JUMLAH KOS PENYIAPAN (A) 31,713,421

Harga Kontrak Akhir

Harga Kontrak 24,278,770

JUMLAH HARGA KONTRAK AKHIR (B) 24,278,770

JUMLAH BAYARAN KONTRAKTOR KEPADA KERAJAAN (A-B) 7,434,651
Sumber: Draf Perakuan Kos Penamatan

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 183 183
Projek Menaik TarafPrBojaenk gMuennaaiknTaWraifsBmanaguKnaunmWpisumlaaKnumWpualnangWSainmg SpimanpaannanGGuurruu RAHSIA

RAHSIA

4.1.3. Pegawai di KPM memaklumkan antara punca Perakuan Kos Penamatan ini
tidak dikeluarkan adalah kerana dokumen sokongan seperti kontrak asal dan
bayaran interim tidak dikemukakan oleh YGTHO kepada KPM untuk tindakan lanjut.

4.1.4. Perakuan Kos Penamatan yang tidak dimuktamadkan oleh Pegawai
Penguasa menyebabkan perbezaan kos penyiapan dengan harga kontrak berjumlah
RM7.43 juta tidak dapat dituntut daripada kontraktor pertama.

Maklum balas YGTHO yang diterima pada 27 Oktober 2020 dan KPM yang
diterima pada 3 November 2020

Projek menaik taraf bangunan Wisma KWSG yang pertama adalah pada tahun 2011.
Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak Teknikal KPM untuk semakan
tidak dapat diberikan oleh pihak YGTHO memandangkan pegawai KWSG yang
mengendalikan projek tersebut telah ditamatkan perkhidmatan dan usaha pencarian
dokumen masih lagi diteruskan oleh pihak YGTHO. Pihak kontraktor pertama
ditamatkan disebabkan syarikat tersebut telah muflis.

Pernyataan Perakuan Kos Penamatan yang tidak dimuktamadkan
Audit menyebabkan RM7.43 juta tidak dapat dituntut daripada
kontraktor pertama.

4.2. Wang Jaminan Pelaksanaan Berjumlah RM1.78 Juta Tidak Dirampas
Selepas Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor Dikeluarkan

4.2.1. Peraturan mengenai rampasan jaminan bon pelaksanaan atau wang jaminan
pelaksanaan selepas notis penamatan pengambilan kerja kontraktor ditamatkan
adalah seperti berikut:

a. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia – PK 4.7, perenggan 13.2.2 menetapkan
Pegawai Penguasa hendaklah merampas jaminan bon pelaksanaan daripada
Institusi Kewangan yang menjamin pelaksanaan projek tersebut dengan
kadar segera. Bagi projek yang menggunakan Wang Jaminan Pelaksanaan
(WJP) selain daripada jaminan bon pelaksanaan, Pengawai Penguasa
hendaklah melunaskan WJP tersebut bagi faedah Kerajaan atau agensi dan
memastikan ia dikreditkan kepada hasil Kerajaan atau agensi.

b. Klausa 13.6 dalam perjanjian kontrak antara YGTHO dan kontraktor
penyelamat menetapkan sekiranya kontrak ditamatkan di bawah klausa 51,
jaminan bon pelaksanaan/wang jaminan pelaksanaan akan dirampas.

184 184 LLaappoorraann KKetua AAuuddiittNNeeggaraaraTaThauhnu2n0210919 RAHSIA

PPrroojjeekkMeMnaeiknTaairkafTBaanrgaufnaBnaWnigsmuanKaunmpWuliasnmWaanKg uSimmppaunalannGuWru ang Simpanan Guru

RAHSIA

Rampasan mengenai WJP ini turut dinyatakan dalam Notis Penamatan
Pengambilan Kerja Kontraktor no rujukan KPM(BP)T/KWSG/S(1043)
bertarikh 25 September 2019.

4.2.2. Kontraktor penyelamat yang sepatutnya menyiapkan baki kerja menaik taraf
bangunan 23 tingkat Wisma KWSG telah ditamatkan kontrak melalui Notis
Penamatan Kontraktor pada 25 September 2019. Semakan Audit mendapati WJP
berjumlah RM1.78 juta bagi projek ini seperti di Jadual 11.1 masih belum dirampas
dan tidak diambil kira sebagai hasil YGTHO sehingga ke tarikh akhir pengauditan
dengan tempoh kelewatan sebanyak 372 hari. YGTHO sepatutnya merampas WJP
tersebut dengan mengkreditkan amaun tersebut ke dalam hasil YGTHO selepas
notis penamatan dikeluarkan.

4.2.3. Punca WJP masih belum dirampas dan dikreditkan kepada hasil adalah
kerana pegawai YGTHO tidak membuat semakan terhadap syarat kontrak dan Notis
Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor selepas notis tersebut dikeluarkan.

Maklum balas YGTHO yang diterima pada 27 Oktober 2020

Pihak YGTHO mengambil maklum atas kesalahan tidak merekod Wang Jaminan
Pelaksanaan dan akan membuat pelarasan terhadap kesalahan tersebut.

Pernyataan WJP berjumlah RM1.78 juta yang tidak dirampas menyebabkan
Audit YGTHO tidak dapat menggunakan amaun tersebut untuk
menampung semula kos menyiapkan projek yang terbengkalai.

5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan,
adalah disyorkan YGTHO mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:

5.1. Menyediakan akaun penamatan projek dengan segera bagi membolehkan
tuntutan terhadap kontraktor boleh dibuat.

5.2. Mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pegawai yang cuai dan
tidak mematuhi arahan dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

LapLoarpaonraKneKtuetauaAuAduidtitNNeeggaarraa TTaahhuunn 22001199 185 185
Projek Menaik TarafPrBojaenk gMuennaaiknTaWraifsBmanaguKnaunmWpisumlaaKnumWpualnangWSainmg SpimanpaannanGGuurruu RAHSIA

186 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019
Projek Menaik Taraf Bangunan Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru


Click to View FlipBook Version