NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 34
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
3.1.3 Penguat Y
Setiap isyarat elektrik yang hendak diuji ukur dengan osiloskop disalurkan kepada plat
Y. Jika isyarat yang hendak diuji, ukur didapati terlalu lemah atau kecil, isyarat ini akan
diperbesarkan pada penguat Y. Sebaliknya pula jika isyarat tersebut terlalu kuat atau
terlalu besar nilainya yang boleh menyebabkan osiloskop terlampau beban, ia boleh
dikurangkan oleh pengecil Y jika plat Y dikenakan pada punca isyarat ini, titik cahaya
akan bergerak dari atas ke bawah dan alur cahaya dalam keadaan memugak dapat
dilihat pada skrin.
3.1.4 Kendalian Tiub Pancaran Katod
Litar penjana pesongan berfungsi menggerakkan titik cahaya merentas permukaan
skrin. Pada masa yang sama juga isyarat yang dimaksudkan ke tiub pancaran katod
akan menyebabkan pergerakkan titik cahaya dalam keadaan memugak. Kombinasi
kedua-dua tindakan ini akan menghasilkan bentuk sebenar gelombang isyarat yang
diuji ukur.
Dengan adanya tiub pancaran katod ini, kita dapat mempelajari bentuk-bentuk
gelombang dan ukurannya didalam sesuatu litar. Oleh itu osiloskop amat penting dalam
kaedah mengesan kerosakan alat-alat elektrik atau elektronik. Bentuk gelombang
hendaklah diwujudkan terlebih dahulu di atas skrin sebelum menguji sesuatu litar tanpa
bentuk gelombang diatas layar , pengujian tidak boleh dilakukan.
3.1.5 Kegunaan Osiloskop
i) Titik-titik praktik
Kawalan kecerahan termasuk juga suis ON / OFF sepatutnya dilaraskan serendah
yang mungkin apabila terdapat hanya suatu titik sahaja pada layar, jika tidak layar akan
terbakar dan boleh menyebabkan kerosakan posfar. Jika dapat, eloklah keluarkan titik
dari fokus atau jadikan ia satu garis dengan melarikan asas masa.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 35
ii) Pengukuran voltan ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Setiap osiloskop mempunyai galangan yang tinggi dan boleh digunakan sebagai meter
volt A.T / A.U, jika bezaupaya yang hendak diukur dikenakan merentasi pangkalan-
pangkalan masukan Y. Dengan A.T. , titik (asas masa dimatikan) atau garis (asas
masa dihidupkan) akan dipesongkan menegak, rujuk Gambarajah 15 (a) dan (b).
Dengan A.U (asas masa dimatikan) titik tersebut bergerak ke atas dan ke bawah
menghasilkan satu garis menegak jika gerakannya cukup deras (Gambarajah 15 c).
Apabila kawalan gandaan bagi penguat Y dihidupkan, contohnya 1V / div, pesongkan
sebanyak 1 bahagian pada layar akan memberi 1V voltan arus terus. pada kedudukan
0.5V / div pula, masukan Y sebanyak 0.05V akan menghasilkan pesongan sebenar 1
div. Osiloskop juga mempunyai kebolehan mengukur beza upaya ulang-alik pada
frekuensi-frekuensi mega hertz yang lebih tinggi.
(a) Voltan A.T (b) Voltan A.T (c) Voltan A.U
(Asas masa dimatikan) (Asas masa dihidupkan) (Asas masa dimatikan)
Gambarajah 15 : Pengukuran-pengukuran voltan A.T dan A.U
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 36
iii) Pengukuran masa ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Setiap osiloskop mesti mempunyai satu masa yang tertentukur. Contohnya 1ms/div -
titik alur elektron tersebut akan mengambil 1 millisaat untuk bergerak dari kiri ke kanan
sebayak 1 bahagian , dan jika ia bergerak sebanyak 10 bahagian bermakna titik
tersebut akan mengambil 10 milisaat. Kala dan frekuensi sesuatu bentuk gelombang
boleh dikirakan dengan cara yang tersebut tadi.
iv) Paparan bentuk gelombang
Voltan arus ulang-alik yang bentuk gelombangnya dikehendaki dikenakan pada
masukan Y dengan asas masa dihidupkan. Apabila frekuensi asas masa adalah sama
dengan masukan, satu gelombang yang penuh dipaparkan, jika hanya separuh
daripada masukan dipaparkan dua gelombang akan dihasilkan. Lihat Gambarajah 16.
frekuensi asas frekuensi asas
masa = frekuensi masa = ½ frekuensi
masukan masukan
Gambarajah 16 : Paparan bentuk gelombang
3.2 LOGIC PROBE
Biasanya litar logik (logic circuit ) boleh dibaca atau diuji dengan menggunakan
Multimeter atau Osiloskop, tetapi perbuatan ini adalah kurang sesuai kerana kita
menggunakan peralatan “ analog” untuk menguji litar “digital” yang hanya mempunyai
dua keadaan iaitu “1” dan “0”. (Multimeter dan osiloskop adalah peralatan “analog”).
Logic probe merupakan peralatan yang banyak digunakan untuk membaca atau
menguji isyarat digital (digital signal ). Gambarajah 17 menunjukkan contoh logic probe
yang dijual dipasaran.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 37
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Gambarajah 17 :contoh logic probe yang dijual dipasaran
Bila kita menggunakan hujung logic probe yang halus itu kepada pin IC yang hendak
diuji, LED penunjuk yang berhampiran dengan hujung logic probe akan menyala . Bila
output daripada litar logik atau gate logik yang diuji itu adalah tinggi “1”, maka lampu
merah akan menyala dan jika outputnya rendah “0” maka lampu hijau akan menyala.
Dibahagian tengah logic probe terdapat satu lagi LED penunjuk yang berwarna kuning
pinang masak (amber) yang akan menyala berkelip-kelip yang boleh menunjukkan
bahawa terdapat isyarat denyutan (pulsing signal) sedang melalui litar logik berkenaan.
Keupayaan logic probe menyentuh pin IC dengan sendirinya boleh menentukan
keadaan tempat yang dianalisa dan kebolehannya menyimpan denyutan (pulse) telah
menyebabkan alat ini senang digunakan dan diterima sebagai alat penguji (dignostic
tool) untuk kebanyakan ujian digital.
Logic probe yang ditunjukkan dan yang dijual dipasaran boleh menjalankan ujian-ujian
berikut :
LED Merah menyala - menunjukkan logik tinggi (logik “1” )
LED Hijau menyala - menunjukkan logik rendah (logik “0” )
LED Kuning pinang masak - menunjukkan ada isyarat denyutan.
Logic probe yang dijual dipasaran boleh digunakan untuk IC daripada keluaran logik
(Logic Family) TTL dan CMOS.
Bila kita menggunakan logic probe kita hendaklah menyambung wayar clip logic probe
(wayar merah) pada sumber kuasa yang terdapat pada litar yang sedang diuji. Satu lagi
wayar clip disambungkan kepada terminal negatif / ground.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 38
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Logic probe sesuai digunakan untuk menganalisa denyutan (pulse) ‘low frequency’
yang susah dilihat oleh osiloskop, tetapi walau bagaimanapun kegunaan utamanya
ialah untuk mengesan output daripada gate logik yang rosak.
3.3 FUNCTION GENERATOR
Function Generator merupakan suatu alat yang digunakan untuk menghasilkan
signal/gelombang sinus (ada juga gelombang segi empat, gelombang segi tiga) dimana
frekuensi serta amplitudnya dapat diubah-ubah. Pada umumnya penggunaan function
generator bersama‐ sama dengan osiloskop.
Gambarajah 18 :contoh Function Generator yang dijual dipasaran
3.4 PENGESAN ARUS (CURRENT TRACER)
Pengesan arus (Current Tracer) ini juga dikenali dengan nama Pengesan litar pintas
(short detecter). Ia boleh digunakan bagi mengesan jumlah arus yang kecil yang
melalui sesuatu litar tercetak yang yang terdiri daripada beberapa komponen elektronik.
Sesetengah pengesan arus (current tracer) akan menyalakan LED untuk menunjukkan
terdapat arus manakala ada juga alat pengesan arus ( current tracer) yang
mengeluarkan bunyi “buzz” untuk tujuan yang sama. Untuk pengesan arus (Current
Tracer) yang menggunakan bunyi “Buzz”, biasanya bunyinya akan bertambah kuat bila
alat ini ( pengesan current) di bawa menghampiri tempat di mana berlakunya litar
pintas (short circuit).
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 39
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Pengesan arus (current tracer) boleh mengesan sebarang perubahan arus dengan
cepat apabila tempat yang hendak diuji tidak terdapat arus yang berubah, maka kita
terpaksa memasukkan denyutan (pulser) yang dikeluarkan dari Logic Pulser.
Pengesan arus ini sangat sesuai digunakan pada IC atau litar pintas (short circuit)
pada +5V pada punca positif atau negatif (ground). Pengesan arus ini beroperasi
dengan menggunakan voltage / voltan +5V yang diambil daripada litar yang sedang
diuji.
Gambarajah 19 :contoh pengesan arus yang dijual dipasaran
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 40
3.5 IC TEST CLIP ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Bila kita menggunakan logic probe, kita terpaksa mengambil bacaan daripada pin IC
yang berbagai jenis yang kedudukan pula berselerak pada PCB (Printed Circuit Board)
.
Gambarajah 20 :contoh IC test clip yang dijual dipasaran
Kadang-kadang terdapat IC yang terletak dibahagian yang agak sulit untuk mengambil
bacaan daripada pin-pinnya. Untuk mengatasi keadaan ini dan bagi menyenangkan
ujian dibuat ke atas pin IC tertentu, maka kita boleh menggunakan IC Test Clip seperti
ditunjukkan dalam Gambarajah 21.
+5
0VV Butang pilihan TTL atau
CMOS
Denyutan
(pulsTei)nggi
(Rmeenrdaahh)
(hijau)
Gambarajah 21
IC Test Clip telah dibuat dengan begitu rupa supaya ianya boleh dipasangkan pada
pin-pin IC dan ini bermakna kita hanya perlu membuat ujian dengan menggunakan
logic probe pada pin-pin yang terdapat pada bahagian atas IC Test Clip sahaja dan
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 41
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
tidak lagi pada pin IC. IC Test Clip terdapat dalam beberapa saiz yang sesuai
digunakan untuk IC yang tertentu, umpamanya jenis 14, 16, 20, 22, 24, 30 dan 40 pin.
3.6 MULTIMETER
Multimeter, juga dikenali sebagai meter volt/ohm, ialah satu alat pengukuran elektronik
yang boleh digunakan untuk mengukur nilai perintang, arus, voltan, transistor, diod dan
lain-lain. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu analog dan digital.
Jarum penunjuk untuk menentukan nilai yang diukur. Multimeter ini sering disebut
dengan multimeter tradisional. Bagi mereka yang masih baru dan tak pernah
menggunakan multimeter, menggunakan multimeter jenis Multimeter analog akan
menyukarkan dalam hal pembacaan nilai yang tertera di layar.
Multimeter digital pula merupakan jenis multimeter moden yang sistem kerja alatnya
memberikan output berbentuk angka-angka. Angka-angka tersebut biasanya tertera
pada display kristal liquid atau liquid crystal display (LCD), nilai dari alat yang diukur
akan dapat kita ketahui dengan mudah. Kelebihan multimeter digital dibanding dengan
multimeter analog ialah nilai yang ditunjukkan oleh multimeter digital jauh lebih tinggi
dibanding dengan nilai yang ditunjukkan oleh multimeter analog.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 42
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
4.0 BUKU MANUAL MENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRONIK
Apabila kita membeli barang elektronik, peralatan rumah, kendaraan atau lainnya,
selalu akan disertakan Buku Panduan Penggunaan. Ia juga disebut sebagai Users
Manual, Owners Manual, Operating Instructions ataupun User Guide. Ia merupakan
buku panduan untuk menggunakan peralatan tersebut.
Oleh kerana pentingnya buku manual tersebut, pada halaman pertama selalunya ditulis
‘PLEASE READ BEFORE USE’, bacalah sebelum menggunakannya. Bahkan, untuk
peralatan tertentu, yang mungkin sangat berbahaya apabila digunakan tanpa ada
rujukan.
Didalam buku manual, terdapat informasi yang sangat penting mengenai peralatan
tersebut, misalnya kita membeli sebuah televisyen, maka kita akan dapati manual
didalamnya berisi informasi mengenai bahagian-bahagian dari televisyen dan
fungsinya, cara penggunaannya dan kemudah yang terdapat didalamnya, hal-hal yang
harus dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan pada waktu pengoperasian, cara
penyelenggaraan, spesifikasi teknikal dan biasanya berupa petunjuk apabila terjadi
masalah (trouble shooting), hal yang sering ditanyakan (frequently asked
question/FAQ) dan daftar alamat yang harus dihubungi bila terjadi sesuatu.
Dengan membaca buku panduan penggunaan, kita akan memperoleh manfaat:
i. Mengetahui dan mengoptimalkan fungsi-fungsi dan kelebihan apa saja yang
ada didalamnya. Dengan membaca buku petunjuk, semua fungsi pada peralatan
dapat kita manfaatkan, sehingga kita tahu keistimewaan dari peralatan yang kita
beli. Kadang kala ada beberapa tombol dalam sebuah peralatan yang mempunyai
banyak fungsi, ada juga tombol yang berfungsi apabila dikombinasikan dengan
tombol lain, dengan membaca buku manual peralatannya, maka kita akan
mengetahui semuanya.
ii. Menghindari risiko kecelakaan. Semua didunia ini diciptakan dalam keadaan
berpasangan, jika suatu benda mempunyai manfaat, maka didalamnya juga
terkandung suatu risiko. Contoh misalkan peralatan elektronik, didalamnya ada
manfaat, tetapi juga ada risiko misalnya elektrik, gelombang elektro magnetik dan
lainnya. Untuk menghindari risiko kecelakaan itu, kita harus mengetahui fungsi
setiap bahagian suatu peralatan. Kerana peralatan akan berfungsi dengan
sempurna jika betul cara mengunakanya.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 43
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
iii. Untuk mengatasi suatu masalah. Di buku panduan atau manual biasanya
terdapat bahagian Trouble Shooting, yang menerangkan tentang petunjuk-petunjuk
singkat untuk mengatasi suatu masalah didalam penggunaanya. Jadi jika anda
mempunyai masalah dengan peralatan yang anda beli, jangan panik dulu, bacalah
dengan teliti buku panduan tersebut. Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah
dengan mencuba-cuba dan tanpa pengetahuan, bukan masalahnya selesai, malah
mungkin akan timbul masalah yang lain.
iv. Mendapatkan manfaat yang maksimum dari peralatan tersebut. Dengan
membaca buku penggunaan, peralatan akan memberikan manfaat yang optimal
untuk kebaikan kerja kita. Peralatan akan berfungsi lama, dan tidak meragam
dengan menimbulkan banyak masalah.
Tapi apa yang terjadi dengan Buku Panduan Penggunaan atau Manual, jika kita
membeli suatu barang? Kebanyakan dari kita bersikap tidak acuh dan mengabaikan
untuk membacanya. Jarang sekali kita menyimpannya dengan baik, sehingga sering
apabila ada masalah kita tidak tahu apa hendak buat. Dan kita juga lebih gemar
melakukan bersifat trial dan error saja, sehingga memberikan banyak masaalah kepada
kita sendiri.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 44
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
4.1. CONTOH SERVICES MANUAL MENGESAN KEROSAKAN ALAT UJIAN
OSILOSKOP
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 45
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 46
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 47
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 48
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 49
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 50
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
4.2. CONTOH SERVICES MANUAL MENGESAN KEROSAKAN PERALATAN
ELEKTRONIK HI FI MODEL LG FA162
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 51
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 52
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 53
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 54
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
SOALAN
1. Lukis Berdasarkan Kertas Penerangan ini, nyatakan blok- blok Alaterima Radio
Frekuensi Modulation (FM)
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________
5. __________________________________________
6. __________________________________________
7. __________________________________________
8. __________________________________________
9. __________________________________________
2. Nyatakan dua jenis kerosakan asas pada peralatan elektronik
1. ...........................................................................................................................
2. ...........................................................................................................................
3. Nyatakan tiga perkara yang diperlukan dititikberatkan dalam proses
mengenalpasti jenis – jenis kerosakan peralatan elektronik
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
4. Nyatakan 4 jenis peralatan yang selalu digunakan untuk mengesan kerosakan
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 55
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA ETN 2023 - Troubleshooting PERALATAN
PROGRAM / ELEKTRONIK INDUSTRI
PROGRAM’S CODE &
NAME EE-021-2-2012-ELECTRONIC EQUIPMENT AND
APPLIANCE INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
TAHAP / LEVEL L2
NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2-2012-C05 INDUSTRIAL ELECTRONIC
KOMPETENSI / EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY THE INDUSTRIAL ELECTRONIC
AKTIVITI KERJA / WORK EQUIPMENT TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. PREPARE TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
3. PERFORM TROUBLESHOOTING ON EQUIPMENT
4. REPORT EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
ACTIVITIES
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 1
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 2
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
TAJUK/TITLE : MENYEDIAKAN KEPERLUAN TROUBLESHOOTING
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang aktiviti mengesan
kerosakan serta keperluan untuk membuat aktiviti bagi mengesan kerosakan.
PENERANGAN/INFORMATION :
1. PENGENALAN
Untuk memulakan setiap aktiviti mengesan kerosakan, beberapa perkara perlulah
diketahui oleh seseorang juruteknik. Ini untuk memudahkan kerja mengesan kerosakan
dijalankan.
Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya diketahui
dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai hierarki
yang tersendiri.
Lebih-lebih lagi dalam sistem elektronik. Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik
atau pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem
elektronik.
Begitu juga dengan mengesan kerosakan pada alat-alat elektronik. Sebelum kita
memulakan kerja-kerja membaikpulih, beberapa soalan yang harus dijawab, iaitu:-
i. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?
ii. Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut?
iii. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?
iv. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?
Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja). Contohnya
penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat berbentuk sinus atau
segiempat. Radio berfungsi sebagai menerima isyarat, proses kemudian menghasilkan
audio. Televisyen berfungsi sebagai menerima isyarat proses kemudian menghasilkan
gambar dan audio. Dari sini, barulah boleh kita tentukan kerosakan alat.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 3
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu. Misalnya
tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker radio, tiada gambar
dari layar TV. Inilah yang kita panggil simpton.
Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangka tidak
berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kita hanya boleh
membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian yang rosak, tetapi litar yang
sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar skematik. Dari litar skematik kita
boleh menumpukan perhatian kepada komponen yang dijangka rosak.
2. PERALATAN YANG SESUAI DIGUNAKAN DAN CARA MENGUJI KOMPONEN
SEMASA MEMBAIKPULIH.
2.1. Penggunaan Peralatan yang Betul
Menggunakan peralatan dengan betul membantu mencegah kemalangan dan
kerosakan pada peralatan elektronik dan juruteknik. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian dalam memastikan keselamatan semasa membuat kerja membaikpulih
adalah:
i. Menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk tujuan yang tertentu sahaja.
Sebagai contoh screw driver hanya untuk memutar skrew, bukan untuk
mengetuk. (Screw driver not to be used as a hammer)
ii. Menyimpan perlatan di tempat yang betul, iaitu inventori peralatan perlu
dijaga.
iii. Alatan dalam keadaan yang baik, iaitu bukan peralatan yang rosak
digunakan.
iv. Sentiasa mengamalkan simpan peralatan dengan selamat, iaitu elakkan
meletakkan alat di atas mesin atau peralatan elektrik. Jangan sekali-kali
meninggalkan alat tanpa pengawasan sekiranya mesin sedang beroperasi.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 4
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Toolkit mestilah mengandungi semua peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja pembaikan peralatan elektronik. Peralatan yang digunakan untuk membaikpulih
terdiri kepada empat kategori:
i. Alat ESD
ii. Alatan tangan
iii. Alat pembersihan
iv. Alat mengesan kerosakan
i. Alat ESD
Terdapat dua alat ESD seperti di Gambarajah 1 dan 2. Tali pergelangan antistatik dan
tikar antistatik. Tali pergelangan antistatik melindungi peralatan komponen yang sensitif
contoh Ic. Tikar antistatik melindungi peralatan elektronik dengan mencegah elektrik
statik daripada terkumpul di peralatan atau di juruteknik.
Gambarajah 1: Contoh tali pergelangan antistatik
Gambarajah 2: Contoh tikar antistatik
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 5
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
ii. Alatan tangan
Terdapat pelbagai jenis peralatan tangan yang di gunakan dalam proses membaikpulih
peralatan elektronik, diantarannya adalah seperti di bawah.
a. Pemutar Skru (Screw Driver)
Gambarajah 3 : Pemutar Skru
• Memutarkan bagi mengetatkan atau melonggarkan skru atau nat.
b. Playar Muncung Tirus (Longnose Pliers)
Gambarajah 4: Playar Muncung Tirus
• Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit.
• Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 6
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
c. Playar Gabung
Gambarajah 5 : Playar Gabung
• Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, iaitu bagi memotong
kabel atau dawai elektrik.
• Bahagian pemegangnya disaluti dengan getah sebagai penebat bagi
keselamatan untuk tukang talian.
• di bahagian kepala. Juga dipanggil perangkuh soket heksagon.
d. Pemateri (Soldering Iron)
Gambarajah 6 : Soldering Iron
• Memanaskan atau mematri timah supaya melekat pada PCB.
• Mencabut atau mencantumkan sesuatu komponen pada PCB
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 7
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
e. Penyedut Timah(Soldering Sucker)
Gambarajah 7: Soldering Sucker
• Digunakan untuk menyedut timah dan membersihkan permukaan litar
bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal.
f. Test Pen
Gambarajah 8: Test Pen
• Digunakan mengesan kehadiran arus elektrik.
• Melakukan kerja-kerja ringan, mengetat dan melonggarkan skru.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 8
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
g. Crimping Tool
Gambarajah 9 : Crimping Tool
• Memotong wire dan membuang penebat pada wire mengikut saiz wire
yang tertulis pada badan wire stripper
iii. Alat pembersihan
Menggunakan alat pembersihan yang sesuai membantu memastikan komponen
peralatan elktronik tidak rosak semasa pembersihan. Alat pembersihan yang biasa
digunkana adalah:
i. Kain lembut: Digunakan untuk membersihkan komponen dan PCB peralatan
elektronik yang berbeza tanpa menggunting atau meninggalkan serpihan.
ii. Udara termampat: Digunakan untuk meniup debu dan serpihan dari peralatan
elktronik yang berbeza tanpa menyentuh komponen.
iii. Ikatan kabel: Digunakan untuk mengikat kabel dengan kemas di dalam dan di
luar peralatan elktronik
iv. IPA(isopropyl alcohol): Digunakan untuk membersihkan PCB, sisa flux dan
Head DVD.
Gambarajah14 : IPA(isopropyl alcohol)
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 9
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
iv. ALAT UJIAN MENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRONIK
Alat ujian yang digunakan untuk mengesan kerosakan peralatan elektronik diantaranya
adalah seperti berikut:
a. MULTIMETER
Seperti dalam Gambarajah 15 ialah satu alat pengukuran elektronik yang boleh
digunakan untuk mengukur nilai perintang, arus, voltan, transistor, diod dan lain-
lain.
Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu analog dan digital.
Gambarajah 15: contoh multimeter yang ada di pasaran
b. PENGUJI CCTV (CCTV tester)
CCTV tester merupakan satu alat yang digunakan untuk menguji keadaan CCTV
. Ianya juga digunakan semasa penjagaan sistem monitoring video di lokasi. Aksesori
CCTV ini dapat digunakan untuk memaparkan video, menghasilkan gambar,
mengambil data dari RS485, pengujian kabel LAN dan lain-lain. Gambarajah 16
menunjukkan contoh penguji cctv.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 10
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Gambarajah 16: contoh penguji cctv yang ada di pasaran
c. ALAT UJI KABEL (Cable tester)
Penguji kabel adalah peranti yang digunakan untuk menguji kekuatan dan
kesambungan jenis kabel tertentu atau perhimpunan berwayar lain.Penguji kabel boleh
menguji sama ada kabel atau wayar dipasang dengan betul, disambung dengan betul, dan
kekuatan komunikasi antara sumber dan destinasi.Gambarajah 17 menunjukkan contoh
penguji kabel .
Gambarajah 17 menunjukkan contoh penguji kabel.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 11
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
d. Peralatan Lain
i . Osiloskop
ii . Function Generator
iii . Audio Generator
2.2. CARA MENGUJI KOMPONEN SEMASA MEMBAIKPULIH ANTARANYA:
2.2.1 Kerosakan dan pengujian perintang
i. Jenis kerosakan pada perintang terbuka dan juga pertambahan nilai rintangan.
ii. Nilai rintangan sesuatu perintang boleh diukur dengan menggunakan meter ohm.
Jika meter ohm menunjukkan bacaaan infiniti bermakana perintang dalam keadaan
terbuka.
2.2.2 Kerosakan dan pengujian pemuat
i. Jenis kerosakan pada pemuat ialah terpintas, bocor dan terbuka.
ii. Pemuat boleh diuji dengan menggunakan meter LCR dan meter pelbagai.
iii. Meter LCR memberi nilai kemuatan sesuatu pemuat.Jika nilai kemuatan yang
dibaca tidak menepati spesifikasi, ia mengkin rosak sama ada bocor, terpintas atau
terbuka bergantung kepada nilai bacaan yang diberi.
iv. Meter pelbagai juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pemuat
itu berkeadaan baik atau tidak.
v. Pemuat yang baik apabila diuji dengan menggunakan meter pelbagai akan
menunjukkan keadaan seperti berikut:
a) Keadaan 1: Nilai rintangan menunjukkan nilai sifar
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 12
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
b) Keadaan 2: Secara perlahan-lahan jarum meter
akan meningkat ke nilai infiniti menenjukkan
pemuat sedang mengecas.
c) Keadaan 3: Apabila pemuat telah tercas penuh
jarum meter akan terhenti.
Gambarajah 18: Keadaan pemuat yang baik
Berikut merupakan keadaan pemuat yang rosak apabila diuji menggunakan meter ohm:
Pemuat yang terpintas - tidak mengecas, jarum meter akan kekal di nilai 0.
Pemuat yang terbuka - tidak mengecas, jarum meter sentiasa menunjukkan bacaan
infiniti.
Pemuat yang bocor boleh diuji dengan menggunkan meter LCR.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 13
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
2.2.3. Kerosakan dan pengujian diod
i. Apabila diod diuji dengan menggunakan meter pelbagai analog, julat ohm x 10.
dalam keadaan pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah
10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang bacaan adalah infiniti.
ii. Apabila menggunakan meter digital bacaan bagi diod yang dipincang ke depan
adalah di antara 0.6 hingga 0.8 V untuk diod jenis silikon manakala diod jenis
germanium 0.2 hingga 0.4 V.
iii. Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan terpintas.
2.2.4. Kerosakan dan pengujian transistor
i. Jenis kerosakan yang sering berlaku terpintas dan terbuka.
ii. Gambarajah 19 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter
ohm.
a. Langkah 1: Kedua-dua meter menunjukkan nilai bacaan ohm yang tinggi.
( tiada sambungan )
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 14
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
b. Langkah 2: Kedua-dua meter menunjukkan nilai bacaan ohm yang rendah
( wujud sambungan pada simpang PN)
Gambarajah 19: cara menguji transistor
iii . Meter ohm boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen
sesuatu transistor.
iv . Gambarajah 20 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan
seterusnya jenis ( sama ada NPN atau PNP). Gambarajah 21 pula menunjukkan
cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.
a. Tanda kaki transistor
b. Set meter pelbagai analog ke meter ohm julat x 10 dan
c. Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh Gambarajah 21.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 15
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Gambarajah 20: menentukan elemen tapak transistor
d. Transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah
6.
e. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua kedua-dua keadaan dalam langkah 4.
Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut. Dalam contoh di atas kaki
sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2. Gambarajah 21 menunjukkan
bacaan voltan tertinggi oleh itu kaki1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah
elemen pemungut.
Gambarajah 21: menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.
f. Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut:
- Transistor PNP- Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter
pelbagai analog.
-Transistor NPN - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negetif meter
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 16
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
pelbagai analog. Dalam contoh di atas transistor dari jenis PNP.
3. TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN
Cara mengesan kerosakan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat
tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat
yang akan dirawat.
Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah kerosakan atau simpton. Setiap teknik
yang dilakukan ada hubungan antara satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar
tidak membuang masa.
Antara teknik-teknik yang digunakan untuk mengesan kerosakan adalah seperti
berikut:-
i. Mengesan simpton
ii. Teknik surihan (terjemah litar) dan suntikan isyarat
iii. Mengukur voltan
iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar
v. Mengesan dengan cara fizikal
3.1 Mengesan Simpton
Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduan kepada
kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen.
Simpton merupakan suatu tanda luarbiasa yang terdapat pada objek yang hendak
dikesan kerosakannya.
Di sini seorang juruteknik harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan fungsi
sesuatu alat. Contohnya bagi seorang pengguna, kerosakan alat terima radio hanya
dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 17
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Bagi seorang juruteknik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di bahagian
mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh jadual 1 menunjukkan simpton yang
diperolehi dan fungsi sesebuah alat.
Alat Simpton dari fungsi
1 TV Warna Gambar warna dan suara
2 Radio Suara stereo
3 Osiloskop Paparan
4 Penjana Audio Keluaran isyarat audio
Jadual 1
3.2 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat
Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh membuat
perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat terima radio yang
tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi penunjuk bekalan ada.
Seterusnya,kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau tempat di mana kita
perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa speaker atau penguat kuasa
atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume control) mengalami masalah.
Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di bahagian
tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan nombor komponen
dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan proses surihan litar atau mengesan
kerosakan pada komponen.
Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus memikirkan
apakah teknik yang harus kita lakukan. Juruteknik yang berpengalaman biasanya
menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litar skematik dan terus kepada simpton.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 18
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
a) Surihan litar tercetak (menterjemah)
Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita seharusnya
boleh membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting kerana walaupun kita
mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencari komponen adalah berasaskan surihan
(terjemah) litar.
Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-
i. Tentukan punca masukan dan keluaran
ii. Tentukan punca bekalan dan bumi
iii. Tentukan nombor komponen
Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih dari satu
masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran.
Contoh 1:
Contohnya pada litar di gambarajah 22, disurih menjadi litar skematik pada gambarajah
23.
Gambarajah 22: Papan Litar Sebenar
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 19
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Gambarajah 23: Skematik litar
Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV sebagai
rujukan keluaran, kemudian surih ke dalam sehingga bertemu dengan litar penguat.
Jika litar mudah seperti penguat audio, pra-penguat, litar tone dan sebagainya, surihan
keseluruhan perlu. Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga boleh dilakukan.
Contoh 2:
Contoh litar penguat suapbalik pada gambarajah 24 disurih menjadi litar skematik
pada gambarajah 25. :
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 20
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Gambarajah 24: Papan Litar Penguat Suapbalik
Gambarajah 25: Litar Skematik Penguat Suapbalik
Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan bahagian mana
tempat permulaan litar, contohnya C1 danR1 adalah komponen yang mula-mula dalam
litar.
Jika nombor besar, angka yang mula menunjukkan bahagian yang sama. Contohnya
C447 dan C440. Nombor yang mempunyai nombor siri 4 adalah dari bahagian yang
sama misalnya nombor siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV.
b) Suntikan Isyarat
Gambarajah 26: Litar Kawasan Penguat Audio
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 21
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu lagi
membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan menyemak
kawasan penguat audio.
Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan / suntikan
isyarat adalah cara yang tepat. Setengah juruteknik menggunakan jari atau pengalir
sebagai penjana gelombang dan disuntik di bahagian yang dijangka rosak.
Cara ini kurang baik kerana isyarat mempunyai hingar dan susah menentukan keluaran
tanpa erutan .Untuk melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan
alat-alat seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t) boleh
ubah.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan ;
i. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di
bawah .
ii. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar.
Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
iii. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz
Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu bermula
dari speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan keluaran
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 22
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Gambarajah 27: Gambarajah Blok Bahagian Penguat Kuasa Keluaran
Langkah-Langkah untuk melakukan teknik surihan pada bahagian penguat kuasa
keluaran
i. Semak kefungsian speaker – boleh dibuat dengan menggunakan meter ohm atau
penjana isyarat .
Gambarajah 28: Menyuntik Isyarat Pada Speaker
ii. Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan dengan memasukkan
penguat kuasa (keluaran pemacu) seperti dalam gambarajah 27.
iii. Jika normal, alihkan prob penjana audio ke masukan pemacu iaitu sebelum atau
selepas C3. Perhatikan keluaran
iv. Jika isyarat normal, kita boleh terus menyemak pada masukan litar tone. Litar ini
terdiri daripada litar penapis. Keluaran mungkin ada sedikit susutan jika pelaras
tone diubah. Jika litar ini rosak keluaran menjadi rendah atau tone tidak boleh
dilaras.
v. Jika litar ini normal. Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus
dilakukan. Untuk mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana harus
diturunkan kerana jika litar ini normal, isyarat keluaran jadi maksimum. Titik uji
boleh dikenakan selepas itu sebelum pemuat C5. Perhatian perlu diambil bila
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 23
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
menyelaras kawalan bahan kerana ia akan memberi kesan kepada isyarat
suntikan.
vi.
vii. Kerja-kerja surihan isyarat ini sebenarnya cepat dan tidak perlu mengambil masa
yang lama kerana jika kita telah mengetahui atau kenalpasti kawasan-kawasan
penguat yang perlu diuji dalam litar cetak. Kita teruskan suntikan berulang kali
adalah lebih baik dan kita boleh membandingkan isyarat serta menganalisa.
viii. Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di bawah:
Gambarajah 29: Carta Aliran
3.3 Teknik Ukuran Voltan
Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui bahagian kerosakan. Teknik
ini menggunakan multimeter sebagai alatan mengujian untuk melakukan teknik
tersebut.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 24
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Voltan yang mula-mula sekali yang perlu diketahui ialah bekalan ke bahagian tersebut.
Contohnya seperti dalam litar rajah 9, bekalan +12V seharusnya ada di sambungan R1
dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna bekalan tidak normal Jika voltan bekalan
normal, langkah-langkah seterusnya bersekitar pada komponen aktif iaitu transistor Q1.
Gambarajah 30: Contoh Litar
Untuk menganalisa voltan yang diukur, kita harus tahu voltan normal (tanpa kerosakan
) litar tersebut. Sebagai contoh, litar di atas , voltan normal di Pemungut C (Vc) = 5.5V
Tapak B ( VB) = 2.5V Pengeluar E (VE) = 1.7V Di sini kita boleh menganalisa
kerosakan sekitar komponen sekitar dan jenis kerosakan .Sila lihat contoh di bawah:
Contoh 1
Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya? Jawapan : R3
terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut)
Contoh 2
Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku? Jawapan :
i. R1 terbuka atau
ii. CE Q1 terbuka atau
iii. R4 terbuka
Contoh 3
Jika voltan B 0.1V Jawapan :
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 25
i. BE Q1 pintas atau ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
ii. R1 terbuka
Contoh 4
Jika voltan E = 0V Jawapan :
i. C2 pintas atau
ii. E Q1 terbuka
Bagi bahagian litar sepadu sukatan voltan sangat penting jika bahagian ini dijangka
rosak kerana dalam litar sepadu tidak semestinya pintas atau terbuka.
Sebelum mengesyaki kerosakan litar sepadu, jika voltan pada kakinya didapati tidak
normal, kita harus menyemak komponen-komponen pasif disekitarnya.
3.4 Mengukur rintangan dalam litar
Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan kerintangannya seperti
rintangan, diod, transistor dan sebagainya.
Beberapa ketentuan harus diperhatikan apabila membuat pengukuran kerintangan
dalam litar.
a) Rintangan
Apabila mengukur nilai rintangan dalam litar tentukan tiada rintangan rendah, aruhan
dan pengubah dalam sambungan yang berkaitan.
Untuk menentukan rintangan terbuka, pastikan nilainya yang tercatit bermakna
rintangan itu terbuka atau berubah nilai tinggi. Ukuran sekurang-kurangnya dibuat dua
kali iaitu dengan menukar-nukar polarity.
b) Diod
Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah harus diperhatikan,
kemudian ukur pincang depan dan balikan.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 26
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
Sekiranya didapati bacaan seperti diod biasa (di luar litar), maka diod itu boleh
dianggap berkeadaan baik.
c) Transistor
Ukuran kerintangan transistor dibuat seperti mengukur di luar litar. Kita harus
menentukan jenis transistor sama ada NPN atau PNP, tiada komponen
rintangan bersambung di antara kaki. Jika pengukuran didapati normal
bermakna transistor berkeadaan baik.
Dalam transistor kuasa , masukan di tapak disuap oleh pengubah pacu, seperti
keluaran ufuk (TV), litar bekalan kuasa jenis pensuisan (switching power supply).
Dari Gambarajah 31, jika mengukur kerintangan TR501 kita dapati rintangan
antara tapak dan pengeluar adalah rintangan rendah. Ketentuan boleh dibuat
dengan hanya mengukur kerintangan antara pemungut dan tapak sahaja.
Gambarajah 31 Litar keluaran ufuk
3.5 Teknik mengesan cara fizikal
Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di antaranya
ialah deria pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 27
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
a) Pandang/lihat
Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum membuat
ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau papan litar tercetak
sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar, patah dan sebagainya.
Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara fizikal semasa sesuatu alat
dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan berasap, ‘sparkling’ atau
terbakar.
b) Dengar dan Hidu
Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘sparkling’ tidak dapat dilihat dengan
mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau.
Contohnya pengubah voltan tinggi sering ada sparkling jika penebatnya retak tetapi
tidak boleh kelihatan hanya terdengar bunyi ‘hiss’ atau pengubah yang terlampau
panas hanya mengeluarkan bau hangit.
c) Rasa
Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi komponen,
kita boleh mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas tetapi pengesanan
dibuat harus mengambil kira keselamatan.
Misalnya komponen yang hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat nilai
besar bercas dan sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria
rasa untuk mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri, tercabut,
terputus dan sebagainya.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(2/4) Muka Surat / Page : 28
ETN 2023/K02/P2- P4 Drpd / of : 29
SOALAN/ QUESTION :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Simptom ?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2. Nyatakan 5 kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan kerosakan.
I. ___________________________________________
II. ___________________________________________
III. ___________________________________________
IV. ___________________________________________
V. ___________________________________________