NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(3/4) Muka Surat / Page 44
Drpd / of : 45
Rajah 8.28 : Litar Bekalan
Sementara
Dari dua rajah skematik di atas, bekalan sementara 12V dihasilkan. Dalam rajah
8.27 di atas pengubah di gunakan untuk menurunkan voltan. R1 biasanya bernilai
rendah guna untuk melindungi pengubah. Kapasitor C di letakkan bersiri agar voltan
keluaran at utama tidak terus membekalkan arus kepada pengubah. Begitu juga
dalam rajah 28 di atas, rintangan R2 330 k di gunakan sebagai penghad voltan at
agar menghasilkan keluaran +12V sementara.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(3/4) Muka Surat / Page 45
Drpd / of : 45
RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA ETN 2013 – INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
PROGRAM / TROUBLESHOOTING
PROGRAM’S CODE &
NAME EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT AND
APPLIANCE INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
TAHAP / LEVEL L2
NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2:2012 C04
KOMPETENSI / INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
TROUBLESHOOTING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY THE INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
AKTIVITI KERJA / WORK TROUBLESHOOTING
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. PREPARE TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
3. PERFORM TROUBLESHOOTING ON EQUIPMENT
4. SET UP THE INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT FOR
DUMMY PRODUCT
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page : 1
ETN2013/K04/P4 Drpd / of : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 2
Drpd / of : 14
4.0 PENYEDIAAN PERALATAN DAN ALAT UJI BAGI PRODUK DUMMY (kp4)
Apa itu produk Dummy?
Produk dummy adalah model atau replica sesuatu peralatan, mesin yang
mempunyai saiz sebenar dari peralatan. Ianya di bina dengan mempunyai ciri dan
dimensi yang tepat seperti item yang dimaksudkan. Contoh produk dummy adalah
bekalan kuasa dan pemancar FM.
Fungsi produk dummy adalah untuk mendedahkan seseorang kepada model
peralatan tersebut supaya terbiasa dengan sesuatu peralatan sebelum
menggunakan peralatan yang sebenar.
Kelebihan
Kelebihan produk dummy ini adalah ianya mempunyai konsep, fungsi serta bentuk
yang sama dengan suatu peralatan sebenar yang akan digunakan.
Tujuan pemeriksaan
Tujuan pemeriksaan dan ujian ialah untuk memastikan pemasangan itu baik,
selamat digunakan dan mematuhi kehendak peraturan seperti I.E.E.E, ST
(Suruhanjaya Tenaga), SIRIM dan lain-lain yang bersabit dengannya. Sebagai
contoh dalam sesebuah pemasangan yang menggunakan fius sebagai pelindung
arus bocor ke bumi, kecekapan fius ini bergantung sepenuhnya kepada nilai
galangan (impedance) gegelung rosak ke bumi yang diperolehi daripada ujan yang
dijalankan. Dalam hal-hal lain, pengujian mungkin diperlukan bagi memastikan alat-
alat pelindung berfungsi bagi mengelak bahaya. Ujian juga perlu bagi menjamin
keselamatan pengguna, peranti dan pemasangan bagi sesuatu tempoh. Di samping
itu, ujian juga dapat mengenal pasti kekurangan, kelemahan dan kerosakan dalam
sesebuah pemasangan.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 3
Drpd / of : 14
Peralatan
Di antara alat kelengkapan ujian asas ialah seperti meter penguji universal (penguji
pelbagai guna), penguji jenis loceng dan bateri, penguji megger lengkap dengan
peguji keterusan pengalir pelindung dan penguji pemutus litar jenis arus.
a. Multimeter
Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam
kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus terus
(AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur
arus di dalam sesuatu litar Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan
pengujian sesuatu alat atau komponen. Terdapat 2 jenis multimeter iaitu
multimeter digital dan analog.
Jenis Digital
Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan
yang tepat kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yng dipamerkan
pada skrin. Bacaan yang diperolehi adalah setepat bacaan sebenar.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 4
Drpd / of : 14
Jenis analog
Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang
diperolehi kurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran
seseorang itu mengendalikannya. Kemahiran dalam menentukan bacaan dan
cara memegang amat penting kerana semua ini akan mempengaruhi bacaan
yang diperolehi.
Cara Mengukur Pada Multimeter
Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan
membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-
a. Menyukat nilai rintangan (Ω)
b. Menyukat voltan arus terus ( DCV)
c. Menyukat voltan arus ulangalik (ACV)
d. Menyukat arus terus (DCmA)
b. Function generator
Function generators merupakan salah satu peralatan penjana gelombang
yang umum. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan
bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian.
Function generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang
segiempat (square waves), gelombang segitiga (triangle wave) dan juga
gelombang sinus (sine waves).
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 5
Drpd / of : 14
c. Osiloskop
Osiloskop adalah alat uji terpenting yang digunakan didalam bengkel
elektronik. Ia digunakan sebagai penayang bentuk gelombang voltan
elektrik. Bentuk gelombang ini ditayangkan pada permukaan skrin tiub
pancaran katod. Rekaan tiub yang digunakan adalah seperti tiub gambar
televisyen , tetapi system pemesongannya berlainan sedikit daripada tiub
gambar televisyen kerana osiloskop menggunakan system
pesongan elektrostatik , manakala tiub gambar televisyen menggunakan
sistem pesongan elektromagnet.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 6
Drpd / of : 14
4.1 FORMAT LAPORAN
4.1.1 Laporan
Laporan ialah keterangan atau informasi tentang suatu keadaan atau suatu
kegiatan berdasarkan fakta. Fakta yang diinformasikan itu berkaitan dengan
tanggungjawab yang ditugaskan kepada si pelapor. Fakta yang dilaporkan
berdasarkan keadaan objektif yang dialami sendiri si pelapor (dilihat, didengar,
dirasakan sendiri) ketika si pelapor melakukan kegiatan.
Penelitian diartikan sebagai 1) pemeriksaan yang teliti; penyelidikan; 2
kegiatan pengumpulan, pengolahan, analisis dan penyajian data yang dilakukan
secara sistematis dan objektif untuk memecahkan suatu persoalan atau menguji
suatu hipotesis untuk mengembangkan prinsip-prinsip umum.
Dengan demikian, yang dimaksud penyusunan laporan hasil penelitian,
adalah proses pengaturan dan pengelompokan secara baik tentang informasi suatu
kegiatan berdasarkan fakta melalui usaha pikiran peneliti dalam mengolah dan
menganalisa objek atau topik penelitian secara sistematik dan objektif untuk
memecahkan suatu persoalan atau menguji suatu hipotesis sehingga terbuat
sebuah prinsip-prinsip umum atau teori.
4.2 Kandungan Laporan
Isikandungan laporan adalah bergantung kepada apa tugasan yang perlu
dibuat.Isikandungan adalah seperti berikut:
➢ Pengenalan
o Tajuk
o Pegawai telibat
o Tarikh pemeriksaan
o Tujuan / objektif
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 7
Drpd / of : 14
o Skop pemeriksaan (masa, bidang / perkara, tempat,
pihak terlibat)
➢ Latar belakang
➢ Dapatan pemeriksaan
o Isu / masalah
o Sebab akibat
➢ Kesimpulan/rumusan
➢ Syor / cadangan / perakuan
4.2.1 Jenis Laporan
Laporan setiap aktiviti penyenggaraan dan baikpulih mesti dibuat setelah
sesuatu aktiviti tamat. Antara antivitinya ialah:
i. Penyemakan keadaan atau status peralatan sama ada baik atau rosak.
Borang SENARAI SEMAK KEPERLUAN PEMBAIKAN DAN
PENYENGGARAAN PERKAKASAN ELEKTRONIK perlu diwujudkan.
ii.Penyenggaraan mengikut jadual iaitu harian, bulanan atau tahunan.
LAPORAN KEPERLUAN PEMBAIKAN DAN PENYENGGARAAN
PERKAKASAN ELEKTRONIK perlu diujudkan.
iii.Membuat aktiviti baikpulih. Setelah selesai membuat aktiviti baikpulih
laporan perlu dibuat sama ada peralatan Berjaya dibaikpuloh atau tidak.
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 8
Drpd / of : 14
4.2.1 Contoh-Contoh Laporan Berkaitan
CONTOH 1: SENARAI SEMAK KEPERLUAN PEMBAIKAN DAN PENYENGGARAAN
PERKAKASAN ELEKTRONIK
NAMA :…………………………………………………………………………………….....
JAWATAN : …………………………………………………………………
Unit : …………………………………………………………………….
Tarikh:………………………………………………………………….
Tandakan (√ ) di ruangan berkenaan.
KEADAAN CATATAN
BIL SENARAI SEMAK SPESIFIKASI
ADA TIADA
SPESIFIKASI
1.1 Panduan pengguna.
1.2 Sumber bekalan kuasa.
1 1.3 Meter pengukuran bunyi.
1.4 Alatangan
1.5 Format laporan
() ()
TT TT Penyelia
Tarikh : …………………………. Tarikh : ……………
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 9
Drpd / of : 14
CONTOH 2: SENARAI SEMAK KEPERLUAN PEMBAIKAN DAN PENYENGGARAAN
PERKAKASAN ELEKTRONIK
LAPORAN KEROSAKAN
NAMA :…………………………………………………………………………………….....
JAWATAN : …………………………………………………………………
Unit : …………………………………………………………………….
Tarikh:………………………………………………………………….
PERALATAN/LITAR : _________________________________________
BI KEPUTUSAN KETERANGAN
BAIK TIDAK
L PEMERIKSAAN
KEPUTUSAN KESELURUHAN : ()
() TT Penyelia
TT Tarikh : ………………….
Tarikh : ………………………….
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 10
Drpd / of : 14
CONTOH 3: FORMAT LAPORAN KEPERLUAN PEMBAIKAN DAN PENYENGGARAAN
PERKAKASAN ELEKTRONIK
KOD KURSUS : ETN
NAMA KURSUS :
BIL AKTIVITI CATATAN
1 Nama Perkakasan
2 Jenama
3 No.Model
4 Tarikh Penyelenggaraan
5 Pemeriksaan Fizikal
6 Pemeriksaan Kefungsian
7 Status Perkakasan Baik / Rosak
8 Tindakan
9 Pengesahan Pelapor ………………………….
10 Pengesahan Penyelia Nama:
Jawatan:
Tarikh:
………………………….
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
() ()
TT TT Penyelia
Tarikh : …………………………. Tarikh : ………………………….
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 11
Drpd / of : 14
LAPORAN PEMBAIKPULIHAN
LITAR : _________________________________________
NAMA :…………………………………………………………………………………….....
JAWATAN : …………………………………………………………………
Unit : …………………………………………………………………….
Tarikh:………………………………………………………………….
BIL KETERANGAN
KEROSAKAN
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 12
Drpd / of : 14
BORANG LAPORAN MENGESAN KEROSAKKAN
Simpton :
Bil Langkah Kerja Dapatan dan Kesimpulan
Komponen yang rosak :……………………………………………………………………
Jenis Kerosakan :……………………………………………………………………
( ) ()
TT TT Penyelia
Tarikh : ……………… Tarikh ……………………
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 13
Drpd / of : 14
4.3 PROSEDUR MENGHANTAR LAPORAN PENYENGGARAAN
1. Melaksanakan Kerja penyenggaraan dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas proses penyenggaraan dijalankan.
3. Mengisi dan melengkapkan maklumat pada ruangan dalam laporan
penyenggaraan.
4. Menggunakan format laporang yang sesuai.
5. Menghantar hasil lukisan untuk disemak dan dinilai oleh guru pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(4/4) Muka Surat / Page 14
Drpd / of : 14
RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti
Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-62-
7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory, Sixth
Edition. Prentice Hall
KERTAS
PENERANGAN
ETN2023
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA ETN 2023 - PENYELESAIAN MASALAH PERALATAN
ELEKTRONIK INDUSTRI
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & EE-021-2-2012-ELECTRONIC EQUIPMENT AND
APPLIANCE INSTALLATION & TROUBLESHOOTING
NAME
TAHAP / LEVEL L2
NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-2-2012-C05 INDUSTRIAL ELECTRONIC
KOMPETENSI / EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY THE INDUSTRIAL ELECTRONIC
AKTIVITI KERJA / WORK EQUIPMENT TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. PREPARE TROUBLESHOOTING REQUIREMENTS
3. PERFORM TROUBLESHOOTING ON EQUIPMENT
4. REPORT EQUIPMENT TROUBLESHOOTING
ACTIVITIES
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka Surat / Page : 1
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd / of : 54
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 2
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
TAJUK/TITLE : MENGENALPASTI PENYELESAIAN MASALAH PERALATAN
ELEKTRONIK
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang aktiviti mengesan
kerosakan serta keperluan untuk membuat aktiviti bagi mengesan kerosakan.
PENERANGAN/INFORMATION :
PENGENALAN
Kefahaman operasi sesuatu litar elektronik merupakan isu yang penting untuk
melatih seseorang juruteknik. Penguasaan ilmu mengesan dan mengenalpasti
peralatan atau komponen elektronik yang bermasalah amatlah diperlukan.
Sesebuah sistem elektronik yang komplek umumnya terdiri daripada unit-unit litar
kecil yang mempunyai fungsi yang tertentu digabungkan supaya menjadi satu sistem
elektronik yang sempurna. Walaubagaimanapun, untuk memahami setiap fungsi litar
ini kita perlu menceraikan setiap litar tersebut supaya senang difahami. Kefahaman
ini amat penting untuk mengesan kerosakan di dalam sesuatu sistem elektronik.
Secara umumnya seseorang pelajar itu mestilah mampu menterjemahkan sesuatu
litar elektronik untuk memahami fungsi sesuatu sistem elektronik. Pelajar juga boleh
mengenalpasti jenis litar, komponen yang ada pada litar dan jenis isyarat yang
digunakan didalam sesuatu sistem.
Dengan cara ini, pelajar akan dapat merancang dan melaksanakan strategi untuk
mengesan kerosakan. Pelajar juga mesti mampu menganalisa keadaan kerosakan
sesuatu peralatan atau mesin yang menggunakan sistem elektronik.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 3
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
1.0 PRINSIP KERJA PERALATAN ELEKTRONIK
1.1 RADIO FM/AM
Gambarajah 1 : BLOK-BLOK PENERIMA RADIO FREKUENSI MODULATION (FM)
Penerima radio frekuensi modulation (FM) dibina daripada beberapa blok-blok tertentu.
Blok -blok tersebut adalah seperti berikut :
a. Antenna (Aerial)
b. Penguat RF (Radio Frequency Amplifier)
c. Penukar (Converter)
d. Peringkat Penguat IF (Intermediate Frequency Amplifier)
e. Penghad (Limiter)
f. Pengesan Nisbah (Ratio Detector)
g. Kawalan Frequency Automatik (AFC Automatic Fine Control)
h. Penguat Audio (Audio Amplifier)
i. Bekalan Kuasa ke Blok (Power Supply To Block)
Antenna adalah alat yang amat penting untuk penerima radio. Fungsi utama antenna
adalah untuk memintas gelombang elektromagnet dari stesyen pemancar (transmitter)
dan menukarkan gelombang elektromagnet kepada arus gelombang. Ini akan
menghasilkan voltan masukan untuk RF Amplifier.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 4
ETN 2023/K01/PA1n-tePn4na akan meDmrpindt/aosf tenag:a55
elektromagnet
elektromagnet
elektromagnet
Ke Penguat RF
a. Antenna (Aerial)
Antenna adalah satu alat yang amat penting untuk penerima radio. Tugas
utama antenna adalah untuk memintas gelombang-gelombang suara
elektromagnet dari stesyen pemancar (transmitter) dan menukarkan gelombang
elektromagnet kepada arus gelombang. Ini akan menghasilkan voltan masukan
untuk RF Amplifier.
b. Penguat RF (Radio Frekuensi Amplifier)
Penguat RF adalah peringkat pertama dalam penerima Radio FM. Pada
peringkat ini mestilah cukup peka untuk menerima isyarat yang lemah dari
antena. Tunning kapasitor pada peringkat ini digabungkan dengan tunning
kapasitor yang ada di litar ternala bahagian Local oscillator. Isyarat yang
dibesarkan akan dihantar ke bahagian Pencampur (Mixer).
c. Pencampur (Mixer)
Isyarat daripada peringkat Penguat RF akan diterima pada peringkat ini. Satu
lagi frekuensi yang diterima oleh Mixer adalah daripada Alat-ayun Tempatan
(Local Oscillator). Kedua-dua frekuensi ini akan dicampur dan ianya akan
menghasilkan frekuensi yang bernilai 10.7 MHz. Frekuensi ini adalah nilai
Frekuensi Pertengahan (Intermediate Frequency ) pada penerima radio FM
(Frequency Modulation – Suaitalaan Frekuensi).
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 5
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Untuk mendapatkan frekuensi ini Alat-ayun Tempatan (Local Oscillator) mestilah
ditala lebih tinggi dari talaan di peringkat RF.
Formula dimana Flo = RF + IF
Atau IF = Flo – RF
Iaitu RF = Radio Frekuensi
IF = Frekuensi Pertengahan (10.7 MHz)
Flo = Frekuensi Local Oscillator
d. Alat-ayun Tempatan (Local Oscillator)
Tugas adalah untuk menghasilkan frekuensi tetap.Dimana frekuensi ini akan
disalurkan ke peringkat pencampur (Mixer) untuk proses penolakan berlaku.Nilai
frekuensi alat-ayun ini mestilah lebih tinggi daripada frekuensi RF.
e. Peringkat Penguat IF
Peringkat ini digunakan menambah kekuatan isyarat yang diterima daripada
peringkat pencampur. Isyarat ini akan ditambah atau amplitudnya akan
dibesarkan pada peringkat ini akan hanya membenarkan isyarat sebanyak 10.7
MHz sahaja melaluinya. Pada bahagian ini terdapat dua peringkat IF dimana
fungsinya adalah sama iaitu menambahkan nilai amplitudnya.Keluaran daripada
bahagian ini akan dihantar ke peringkat Limitter.
f. Penghad (Limitter)
Perbezaan yang nyata antara FM dengan AM ialah pada permulaan peringkat
penghad. Tujuan peringkat penghad ialah untuk menghapuskan kesan
perubahan amplitude pada isyarat FM iaitu menyingkirkan amplitude yang
berlebihan dalam audio.Disamping itu, ia bekerja sebagai penguat dan
menyediakan signal yang bersesuaian untuk mengesan (detector).
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 6
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
g. Pengesan (Detector)
Penerima FM menggunakan samada gabungan litar pembeza-layan atau
pengesan nisbah (ratio Detector). Kedua-dua litar ini mengesan balik isyarat FM
yang diterima.
h. AFC (Automatic Frequency Control)
Ia mengawal keadaan keluaran di penguat.
i. Audio Amplifier
Ia menerima maklumat audio untuk dikeluarkan.
j. Speaker
Ia menghasilkan isyarat bunyi daripada isyarat audio.
1.2 TELEVISION WARNA
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 7
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk
memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih")
mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti
televisyen, rancangan televisyen atau pancaran televisyen.
Gambarajah 2 : Rajah blok TV Warna
i) Fungsi
a. Penala - Memilih siaran, menguatkan isyarat RF dan menukarkan kepada isyarat
IF.
b. Bahagian Video - Menguatkan isyarat VIF, mengesan isyarat video, menguatkan
isyarat video dan melakukan proses campuran warna.
c. Bahagian Pesongan - Mengesan denyut segerak, menghasilkan ayunan tegak &
ufuk dan menghasilkan denyut pengimbasan ke gegelung pesongan tegak &
ufuk.
d. Bahagian Suara - Mengesan isyarat SIF, mengesan isyarat audio dan
menguatkan isyarat audio.
e. Tiub Gambar - Menghasil alur elektron RGB dan memaparkan pada layar.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 8
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
f. Gegelung pesongan - memesongkan alur elektron kekiri - kekanan & keatas -
kebawah.
g. Pembesar suara - Menukarkan isyarat elektrik kepada bunyi
ii) Kendalian
a. Isyarat yang terpintas pada antenna akan dipilih dan dikuatkan pada peringkat
Penguat RF.
b. Pencampur akan mencampur isyarat RF dengan pengayun tempatan bagi
menghasilkan isyarat VIF.
c. Penguat VIF akan menguatkan isyarat IF.
d. Pengesan video akan mengesan isyarat video rencam.
e. Penguat video akan menguatkan isyarat LAR dan disambungkan ke bahagian
warna.
f. Isyarat warna R-Y & B-Y yang dikesan dari pengesan video akan dicampurkan
bagi menghasilkan warna hijau G-Y. Isyarat tersebut akan disambungkan ke
katod CRT.
g. Katod CRT akan memancarkan alur elektron ke layar.
h. Pesongan ufuk akan menghasilkan pengayun 15625Hz. Isyarat tersebut
disegerakkan oleh denyut segerak yang diambil dari pengesan video. Setelah
dikuatkan denyut tersebut akan dibekalkan ke gegeleung pesongan ufuk.
i. Pesongan tegak akan menghasilkan pengayun tegak 50Hz. Isyarat tersebut
disegerakkan oleh denyut segerak yang diambil dari pengesan video. Setelah
dikuatkan denyut tersebut akan dibekalkan ke gegelung pesongan tegak.
j. Gegelung pesongan ufuk & tegak akan menghasilkan medan magnet yang akan
memesongkan alur elektron kekanan - kekiri & keatas - kebawah hasil
tindakbalas medan magnet & alur negatif.
k. Perangkap bunyi akan mengesan isyarat bunyi dari pengesan video. Seterusnya
ia akan mengesan isyarat audio dan menguatkannya sebelum dihantar ke
pembesar suara.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 9
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
1.3.PEMAIN CAKERA PADAT
Pemain cakera pada ialah peranti yang memainkan cakera yang dihasilkan mengikut
piawaian teknikal CD video dan CD audio. Sebuah pemain cakera padat akan
membaca cakera CD dalam format ISO dengan memilih untuk menyahsulitkan samada
isyarat video dan menyahkodkan bunyi dalam format dan keluaran stereo.
gambarajah 3 : Pemain cakera padat
1.3.1. Cakera Padat
Cakera padat (compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi
menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital.
CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang
piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri
daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan
pengekodan PCM 16-bit pada
kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak
120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung
kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan
untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
1.3.2. Gambarajah Blok Pemain DVD
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 10
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
gambarajah 4 di bawah menunjukkan sebahagian rajah blok bagi pemain DVD.
gambarajah 4 Menunjukan gambarajah blok ringkas sebuah
pemain DVD.
Fungsi Setiap Blok
Merujuk kepada gambarajah 4. fungsi-fungsi bagi setiap blok boleh diringkaskan
seperti berikut :-
a. Motor
Memutar cakera pada kelajuan tertentu berdasarkan kepada pickup lens. Kelajuan
pusingan cakera adalah paling laju bila ‘pickup lens’ berada pada trak paling luar.
b. Pickup Unit
Membaca data audio dan video yang dimampatkan daripada cakera. Pickup unit
ini akan bergerak dari trak paling dalam ke track paling luar semasa ia membaca
data-data ini.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 11
c. MPEG- Decoder ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Menyahkod isyarat yang di mampatkan dalam format MPEG- (Motion Picture
Expert Group) kepada isyarat video dan audio.
d. Kawalan Servo
Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan
motor spindle.
e. Spindle Motor driver /motor cakera
Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang
sesuai dengan kedudukan pickup unit.
f. DVD
Berfungsi untuk memproses isyarat yang di ambil dari pickup unit iaitu dengan
menguatkan dan menyahmodulatkan isyarat tersebut.
g. Optical Pickup/Alat pembaca Disk
Berfungsi untuk mengambil data informasi dari sebuah kepingan Compact Disk
berupa isyarat audio dan video di mana hasil bacaan tersebut dimasukan kepada
MPEG Audio/Video untuk pemprosesan lebih lanjut.
h. DSP (Digital Signal Prosessing)
Berfungsi untuk memproses isyarat digital yang diterima dari servo sehingga
isyarat digital audio dan isyarat digital video dihasilkan.Isyarat digital ditapis dan
dikawal oleh sistem kawalan agar menghasilkan isyarat keluaran yang setabil lalu
dihantar kepada MPEG audio video decoder.
i. Digital analog converter (DAC)
Adalah rangkaian yang berfungsi sebagai pengubah isyarat digital menjadi isyarat
analog. Pada DAC audio isyarat digital audio yang diterima dari MPEG
audio/video diubah bentuk isyaratnya menjadi isyarat analog audio tujuannya
apabila isyarat tersebut dimasukan pada penguat audio dan pembesar suara akan
menghasilkan suara yang dapat didengar oleh telinga.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 12
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
DAC video fungsinya untuk mengubah isyarat digital video menjadi isyarat analog
video kemudian isyaratnya dikuatkan pada penguat video dan hasil keluaranya
gambar yang cukup jelas.
j. Bekalan kuasa
Berfungsi menukar arus ulang alik (AC) menjadi arus terus (DC) sebagai bekalan
kuasa kesemua peringkat di dalam pemain DVD .
1.4 PERALATAN BUNYI Hi Fi
i) Sistem Hi-Fi
Gambarajah 5 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini
terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat
pick-up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian
peringkat selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau
volume, kawalan suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau
balance.
Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan
serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat
ini dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita
masukkan.
Isyarat
Sumber
Masukan
Kuasa
Gambarajah 5 Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 13
ii) Litar Hi-Fi Lengkap ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Gambarajah 6 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal
bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan
bahagian-bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.
Gambarajah 6 . Litar lengkap penguat stereo hi-fi
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 14
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
iii) Rajah Blok Sistem Hi-Fi
Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 1.0 hingga 6.0
dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah :-
1 speaker
2
Pra - Penguat Penguat
penguat pemacu kuasa
Tranduser masukan 3
seperti mic, tape
head dsb.
Gambarajah 7 Rajah blok system hi-fi.
Fungsi Setiap Blok
Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada Gambarajah 7 di atas boleh
diterangkan seperti berikut ;
i. Tranduser Masukan
Mikrofon - Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio
Tape head - Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio
Antena - Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.
ii. Pra-penguat 1 dan 2
Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu
iii. Kawalan nada
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 15
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Volume / bahana
mengawal isyarat audio
mengawal amplitud isyarat audio
kawalan maksima
Bass - mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak
Treble - mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak
iv. Penguat pemacu
menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik
Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja
v. Penguat kuasa
biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya
dapat memacu speaker
vi. Speaker
menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi
1.5. PERALATAN CCTV (CLOSED-CIRCUIT TELEVISION)
Closed-circuit television (CCTV) adalah kamera yang merakam imej video dan
menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan
untuk tujuan pengawasan yang biasa terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-
bangunan malah sekarang ini juga digunakan di rumah-rumah. CCTV pertama telah
dipasang oleh syarikat Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di Peenemünde,
Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk memerhati perlancaran roket V-2.
Kelengkapan Sistem CCTV
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 16
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Kelengkapan utama dalam system pengoperasian CCTV adalah seperti berikut:
1.5.1. Kamera
Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan
menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera yang
berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan
disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung. Terdapat pelbagai
jenis kamera yang dijual dipasaran antaranya ialah :
i. Dome Camera
ii. Waterproof Camera
iii. Infra-Red Camera
iv. IP Camera
v. Standard Box Camera
Gambarajah 8 jenis-jenis kamera CCTV
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 17
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
1.5.2. Digital Video Recorder (DVR)
DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk
digital. Bagimenyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan
dengan hard disk dengan kapasiti yang besarsekurang-kurangnya 80Gb.
Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan
dan kemajuanberterusan. Antaranya seperti kepelbagaian DVR yang boleh
disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi
perhatian masa kini adalah IP Camera.
Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui
jaringan tanpa wayar dengan memakai protokol TCP/IP.Menarik sistemini, ianya boleh
dipantau di mana sahaja melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR.
Gambarajah 9 Digital Video Recorder (DVR)
1.5.3. Monitor
Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara
langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang
digunakan pada DVR. Monitor computer adalah yang paling popular digunakan kerana
harganya yang murah dan mudah dipasang.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 18
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Contoh penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah di
bawah.
Gambarajah 10 penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV
JENIS KAMERA CCTV
a. Dome Camera
Sesuai dengan namanya - Dome Camera – kamera ini
berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya yang simple
menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan sering
digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana kamera
ini sangat mudah untuk dipasang.
Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome,
membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang di fokuskan oleh
kamera tersebut.
Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang (indoor), baik di
dalam rumah atau pun di ruang pejabat.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 19
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
b. Standard Box Camera
Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan baik indoor
mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga digunakan untuk keperluan surveillance
jarak jauh.Apabila pemasangan di outdoor dengan posisi yang boleh di capai oleh
tangan, sebaiknya di tambahkan sebuah pelindung, supaya dapat mencegah
kerosakan terhadap kamera tersebut.
c. Vandal Proof Camera
Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia diperbuat
daribahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan
kerosakan yang melampau.
d. Waterproof Camera
Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor.Berbentuk bullet camera – kamera
yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka bentuk pelindung luarannya
direka khusus agar dapat menahan air hujan, debu, dan suhu yang melampau.
e. Infra Red Camera
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 20
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan
kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera,
maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera.
f. PTZ Camera / Speed Dome Camera
PTZ Camera/Speed Dome Camera adalah kamera serba lengkap yang memiliki lensa
zoom hingga puluhan kali dan mekanisme 'pan tilt' berupa motor servo yang
mempunyai pergerakan yang halus. Pergerakan focus kamera ini tidak dapat dikesan
oleh individu.
g. IP Camera
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 21
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Kamera yang mengirimkan 'discrete streaming video' melalui kabel UTP. Umumnya ia
dilengkapi dengan IP Address. Dengan adanya IP Camera, kita dapat maklumat secara
langsung dan boleh mengakses hasil rakaman melalui jaringan LAN/WAN tanpa harus
menggunakan tambahan converter.
h. Covert Camera / Hidden Camera/Pin Hole Camera
Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang dimaksudkan
untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh individu
tertentu .Bentuknya bermacam-macam, ada yang seperti smoke detector, jam dinding,
lampu, bahkan pemancut air.
1.6. PERALATAN AUDIO CONFERENCE
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 22
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Pengenalan
Sistem alat persidangan audio berbentuk dua hala dan interaktif bagi sesi perbualan
dikalangan ahli yang ramai seperti mesyuarat ahli lembaga pengarah, mesyuarat guru
atau alat bantuan mengajar dalam bidang pendidikan.
Tujuan utama sistem persidangan audio adalah untuk membolehkan komunikasi
secara terus diantara pengerusi dan ahli persidangannya.
Gambarajah 11 Penggunaan persidangan audio
Jenis system alat persidangan audio
1. Sistem persidangan audio terbuka (Open conference systems)
2. Sistem persidangan audio berbahagi
(Partially open conference systems)
3. Sistem persidangan audio terkawal (Controlled conference systems)
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 23
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Sistem persidangan audio terbuka (Open conference systems)
- Sistem ini adalah sesuai untuk persidangan yang disertai oleh ahli yang terhad
dimana proses perbincangan dilakukan tanpa kawalan pengerusi dan sesuai
untuk keluaran yang sederhana.
Sistem persidangan audio terbuka terbahagi (Partially open conference systems)
- Sistem ini hanya untuk ahli yang terhad dan beroperasi adalah dengan kawalan
oleh pengerusi
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 24
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Sistem persidangan audio terkawal (Controlled conference systems)
- Sistem ini adalah sesuai untuk bilangan ahli yang ramai tetapi dikawal
sepenuhnya oleh pengerusi. Pengerusi mempunyai panel kawalan yang
mengandungi suis dan lampu petunjuk berdasarkan kapasiti didalam kawasan
persidangan. Contoh penggunaan system ini adalah semasa perbahasan ahli
parlimen.
Komponen alat persidangan audio
i. Peringkat masukan (input stage)
- mikrofon (kabel / tanpa wayar)
ii. Peringkat pertengahan (intermediate stage)
- unit kawalan ( control unit)
iii. Peringkat keluaran (output stage)
- pembesar suara / perakam
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 25
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Peralatan alat persidangan audio
Unit kawalan utama (Master control unit)
Buttons for the system
functions
Display window Power button
and indicator
Input for external Connector for chaiman unit
mickrophones and delegate unit
Fius holder
RS-232
connector
AC power input System audio Connector for
jack source output telephone coupler
Earphone LINE input and
output output
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 26
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Unit ucap utama / Pengerusi (Chairman unit)
Menggunakan mikrofon jenis suis tekan (Push type microphone select button)
Boleh mengawal semua delegate unit
Variable length microphone
with LED activity lamp
Speaker Mic - Push to talk key
Priority - To turn off all
the delegate unit
Unit ahli (Delegate Unit)
Menggunakan mikrofon jenis suis tekan (Push type microphone select button)
Variable length microphone
with LED activity lamp
Speaker Mic - Push to talk key
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 27
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Kabel penyambung audio (Audio connection cable) [ T Cable]
Digunakan dalam penyambungan daripada unit utama kepada semua mikrofon.
Sistem Pengoperasian Alat Persidangan Audio
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 28
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
2.0 JENIS-JENIS KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRONIK.
Sesuatu peralatan mempunyai hayat operasinya untuk melakukan sesuatu kerja .
Hayat peraltan ini boleh dipanjangkan melalui penjagaan & penggunaan peralatan
tersebut dengan cara yang betul.
Tempoh hayat sesuatu peralatan ini adalah bergantung kepada tegasan yang
dialaminya. Oleh yang demikian kerosakan elektronik boleh dikenalpasti melalui
simptom yang dialami oleh perkakasan atau peralatan tersebut.
Pengalaman seseorang individu /juruteknik di dalam mengenalpasti sesuatu kerosakan
berdasarkan simtom adalah amat berguna. Di dalam elektronik keadaan kerosakan litar
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:-
- Litar buka ( open circuit )
- Litar pintas ( short circuit )
2.1 Litar Buka
Keadaan kerosakan pada litar buka disebabkan oleh penyambungan yang tidak
sempurna. Ini menyebabkan perkakasan peralatan tidak mendapat bekalan tenaga
untuk beroperasi.
Ciri-ciri umum litar buka ialah :-
- Keadaan keterusan pada litar tersebut menjadi infiniti
- Tiada terdapat pengaliran arus pada litar berkenaan
- Bacaan voltan pada selepas bahagian yang terputus ialah 0 volts.
Pada lazimnya semasa litar buka berlaku pada pelbagai litar bergabung hanya
sebahagian peralatan akan beroperasi bergantung kepada zon kerosakan yang dialami
oleh alat kawalan dan beban. Sekiranya ia berlaku pada bekalan masukan maka
seluruh operasi litar tidak beroperasi.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 29
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Terdapat tiga kaedah ujian yang dijalankan bagi mengenalpasti kerosakan iaitu :
- Ujian keterusan ( Sila rujuk Kaedah Ujian )
- Ujian bekalan voltan ( Sila rujuk Kaedah Ujian )
- Ujian isyarat
2.2 Litar Pintas
Litar pintas berlaku disebabkan terjadi arus yang tinggi mengalir pada litar berkenaan.
Ini boleh menyebakan kerosakan kepada komponen elektronik dan pada keseluruhan
kad.
Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang
berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan
lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan
setara bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan
kerosakan litar, lampu panas, kebakaran
atau letupan.
Walaupun sebahagian besar kes litar pintas berlaku akibat kegagalan litar, ada juga
kes di mana kejadian litar pintas adalah disengajakan.
Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk kepada sambungan
berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan ini memaksa kedua-dua titik tersebut
untuk berada pada voltan yang sama. Di dalam kes litar pintas unggul, ia bermaksud
langsung tiada rintangan di dalam litar serta tiada jatuhan voltan sepanjang pintasan
litar. Di dalam analisis litar ringkas, wayar elektrik itu sendiri adalah pemintas litar. Di
dalam keadaan sebenar, kesan yang terhasil adalah sambungan dengan impedans
menghampiri sifar, serta hampir tiada rintangan. Dalam kes tersebut, arus elektrik yang
ditarik hanya dihadkan oleh baki litar elektrik tersebut.
2.3 Kelemahan semasa pemasangan
Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak berpengalaman
untuk membuat litar tersebut.
Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor perkilangan yang tidak
mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat litar elektronik dan ini
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 30
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau sering berlakunya kerosakan dalam
jangkamasa yang singkat.
2.4 Pengerakan tidak normal.
Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan berlakunya
goncangan yang kuat.
Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang elektronik untuk dihantar
ke kedai atau syarikat dan barang tersebut terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan.
Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa barang tersebut jika berlaku kerosakan ataupun
tidak.
2.5 Defect dari kilang
Kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry Solder selepas 1 minggu solder tersebut
akan lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau
kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian .Pmaterian yang dibuat tidak
sempurna atau timah terlalu sedikit. Bila diukur dengan multimeter tiada voltan atau
arus melaluinya.
2.6 Kerosakan Mekanikal
Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat daripada
perjalanan dan sebagainya.Antaranya dari segi haba, kelembapan dan kekotoran.
a.Haba
Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu rapat pada dinding, ini
adalah kerana haba yang keluar daripada peti sejuk tersebut akan tersekat dan
menyebabkan peti sejuk tersebut cepat rosak atau tidak tahan lama.
b.Kelembapan
Sebagai contoh rice cooker yang mengeluarkan terlalu banyak wap air.
c.Kekotoran
Contoh television, habuk-habuk yang terdapat di dalam television tersebut boleh
menyebabkan berlakunya kerosakan kerana habuk-habuk ini boleh menyekat
pengaliran udara dan menyebabkan kepanasan pada television tersebut.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 31
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
3.0 ALAT UJIAN MENGESAN KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRONIK
Terdapat beberapa peralatan yang mesti digunakan untuk melakukan kerja-kerja
mengesan kerosakan. Seperti yang kita ketahui Test Pen merupakan satu alat uji yang
paling asas digunakan di dalam bidang elektronik. Namun terdapat berbagai lagi
peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja mengesan kerosakan dan
baikpulih.
3.1 OSILOSKOP
Osiloskop adalah alat uji terpenting yang digunakan di dalam bengkel elektronik. Ia
digunakan sebagai penayang bentuk gelombang voltan elektrik. Elektron didalam tiub
pancaran katod akan dipancar dari bahagian katod dalam alur ke permukaan skrin. Alur
elektron ini akan menghasilkan titik cahaya pada permukaan skrin. Walau bagaimana
pun , alur ini boleh dipesongkan dengan membentuk berbagai-bagai bentuk gelombang
voltan elektrik yang diukur. Bentuk gelombang ini ditayangkan pada permukaan skrin
tiub pancaran katod.
Gambarajah 12 : Osiloskop
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 32
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Pada permukaan tiub pancaran katod, tempat tertayangnya bentuk-bentuk gelombang,
ditapiskan pula dengan lapisan lutsinar yang mempunyai bentuk petak-petak segiempat
yang kecil.
Paksi - Y cm
Paksi - X cm
Gambarajah 13 : Gratikul yang terdapat pada permukaan skrin osiloskop.
Paksi X dilaraskan untuk masa dan paksi Y dilaraskan untuk voltan. Segala graf
dalam bentuk gelombang elektrik ditayangkan pada permukaan skrin. Dengan ini
bentuk gelombang ini digunakan untuk mengukur voltan elektrik, frekuensi dan
sebagainya. Selain daripada itu, osiloskop juga merupakan alat bantu bagi
mempelajari dan mengenali bentuk-bentuk gelombang dalam memahami fungsi
litar atau bagi mengesan kerosakan semasa membaiki alat-alat elektrik atau alat-
alat elektronik. Gambarajah14 menunjukkan bentuk-bentuk gelombang yang
ditayangkan pada permukaan skrin osiloskop.
NO. KOD / CODE NUM. EE-021-2:2012-C05/P(1/4) Muka / Page : 33
ETN 2023/K01/P1- P4 Drpd/of : 55
Gambarajah 14 : Bentuk gelombang pada permukaan osiloskop.
3.1.1 Kawalan Anjakan.
Tiub pancaran katod yang digunakan dalam osiloskop menggunakan sistem pesongan
elektrostatik. Terdapat dua pasang plat logam didalam tiub ini. Sepasang daripadanya
disebut plat Y dan yang sepasang lagi plat X. Kedua-dua pasang plat ini disambung
pada punca beza upaya yang tetap. Nilai beza keupayaan yang dikenakan pada plat ini
akan menentukan kedudukan alur elektron dan kedudukan titik cahaya pada skrin.
Secara praktik plat X akan mempunyai keupayaan yang membolehkan titik cahaya
berada pada sebelah kiri permukaan skrin. Plat Y pula akan menentukan kedudukan
titik cahaya di pertengahan satah pugak. Oleh yang demikian kawalan anjakan ini
digunakan untuk menentukan awal garis surih di permukaan skrin tiub pancaran katod.
3.1.2 Litar Penjana Pesongan
Litar pada peringkat ini biasanya boleh menghasilkan keluaran bentuk gelombang
gerigi. Keluaran ini dibekalkan kepada plat X dan bukannya kepada kawalan anjakan.
Gelombang gerigi ini dapat memberi tindakan kepada titik cahaya supaya bergerak dari
bahagian kiri skrin ke bahagian kanan skrin . Dengan kadar pergerakan yang laju apa
yang dapat kita lihat hanyalah jalur cahaya melintang pada skrin. Jalur cahaya atau
garisan ini dikenali sebagai garis surih. Frekuensi kelajuan gerakan titik boleh berubah-
ubah dengan melaraskan kawalan pesongan.