. BHD. PENERBITDN. BHD. PENERBITSDN. BHD. PENERBDN. BHD. PENE
ML1 01 Modul Literasi dan Amali Sivik 1 jam MASA 01 Tajuk Pengekalan Warisan Budaya Bangsa Standard Kandungan : 3.4 Standard Kandungan : 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang. Standard Pembelajaran : 3.4.3 Standard Pembelajaran : 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. Pengenalan Permainan tradisional semakin terpinggir dari sehari ke sehari. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah pengaruh permainan moden. Oleh hal demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan permainan tradisional mesti dilakukan. Nilai Teras Hormat-menghormati Konteks Diri, masyarakat dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menjelaskan cara mengekalkan warisan budaya masing-masing. Menzahirkan perasaan bangga dapat mengekalkan warisan budaya bangsa. Mengamalkan warisan budaya masing-masing. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menulis satu perenggan tentang cara mempopularkan permainan tradisional. 2 Menunjukkan rasa hormat terhadap permainan tradisional. 3 Mempamerkan satu permainan tradisional. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid mengumpulkan maklumat tentang permainan tradisional pelbagai kaum. 2 Setiap kumpulan menulis karangan tentang cara-cara mempopularkan permainan tradisional di atas kertas sebak. 3 Guru menilai hasil karangan berdasarkan pengolahan idea dan bahasa. Aktiviti 2 1 Setiap kumpulan murid mengadakan pertunjukan permainan tradisional setiap kaum. 2 Setiap kumpulan menyatakan perasaan mereka selepas mengadakan pertunjukan. 3 Setiap ketua kumpulan menyatakan rasa hormat mereka terhadap permainan tradisional setiap kaum. Aktiviti 3 1 Murid menyertai program bersama wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri. 2 Murid mencatat maklumat yang diperoleh dalam program tersebut. 3 Murid menyatakan perasaan hormat mereka terhadap permainan tradisional yang dipertontonkan. Penilaian 1 Penilaian secara penulisan, soal jawab dan demonstrasi. 2 Penilaian dibuat supaya murid menghormati permainan tradisional. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 1 26/9/2023 10:27:20 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML2 1 jam MASA 02 Tajuk Ancaman dan Kebimbangan Siber Standard Kandungan : 3.4 Standard Kandungan : 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang. Standard Pembelajaran : 3.4.1 Standard Pembelajaran : 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. Pengenalan Dunia tanpa sempadan pada masa ini menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi ke seluruh dunia. Ancaman siber turut menjadi isu yang hangat diperkatakan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai akibat yang terpaksa ditangggung oleh masyarakat. Nilai Teras Bertanggungjawab Konteks Diri, masyarakat dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menyatakan akibat ancaman dan kebimbangan siber. Mengekspresikan perasaan bangga dapat menangani isu serta masalah ancaman dan kebimbangan siber. Mengambil tindakan yang wajar dalam menangani isu serta masalah ancaman dan kebimbangan siber. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Memahami akibat ancaman dan kebimbangan masyarakat terhadap siber. 2 Menunjukkan perasaan kecewa dengan kesan negatif ancaman siber. 3 Menjaga adab ketika menggunakan teknologi canggih. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Murid mengadakan sesi perbahasan dengan tajuk “Baik Buruk Siber”. 3 Setiap kumpulan mencatat isi-isi dalam perbahasan mengenai kesan negatif dunia siber. 4 Murid membina kerangka karangan berpandukan isi-isi penting tersebut. Aktiviti 2 1 Murid diberi petikan rencana tentang bahaya siber. 2 Setiap kumpulan mencatat isi-isi penting tentang bahaya siber. 3 Setiap ketua kumpulan murid membaca isi-isi penting yang dikumpulkan. 4 Setiap kumpulan menunjukkan respons terhadap isi yang dikemukakan oleh kumpulan lain. Aktiviti 3 1 Guru memberi risalah tentang kempen kesedaran mengenai kesan siber. 2 Murid menyatakan tindakan dan persediaan mereka apabila berdepan dengan dunia siber. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, perbahasan dan risalah. 2 Penilaian dibuat supaya murid bijak menangani dunia siber Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 2 26/9/2023 10:27:20 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML3 1 jam MASA 03 Tajuk Sumbangan kepada Negara Standard Kandungan : 1.8 Standard Kandungan : 1.8 Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik. Standard Pembelajaran : 1.8.1 Standard Pembelajaran : 1.8.1 Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. Pengenalan Setiap individu tidak kira sama ada golongan rakyat biasa mahupun profesional tentunya berharap dapat menabur jasa kepada negara. Memberi sumbangan kepada negara mempunyai pelbagai kepentingannya. Seseorang yang berjasa kepada negara akan berasa gembira. Nilai Teras Kegembiraan Konteks Diri, masyarakat dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menerangkan kepentingan memberi sumbangan kepada negara. Menzahirkan perasaan gembira dapat memberi sumbangan kepada negara. Melibatkan diri secara aktif dalam memberi sumbangan kepada negara. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menerangkan kepentingan berjasa kepada negara. 2 Menunjukkan rasa berminat untuk berjasa kepada negara. 3 Menghargai seseorang atau pihak yang berjasa kepada negara. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Murid diberikan rencana tentang seorang tokoh tempatan yang berjasa kepada negara. 3 Murid mencatat sumbangan tokoh tersebut kepada negara. Aktiviti 2 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Murid diminta menjejak tokoh dalam bidang-bidang tertentu. 3 Murid membuat penyelidikan. 4 Murid mengumpulkan maklumat, membuat rumusan dan membentangkannya di dalam kelas. Aktiviti 3 1 Guru memberikan nama individu yang memberi sumbangan kepada negara. 2 Murid diminta menyenaraikan langkah atau cara untuk memberi sumbangan kepada negara. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, soal selidik dan garisan isi dalam artikel. 2 Penilaian dibuat supaya murid mempunyai kecenderungan untuk berjasa kepada negara. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 3 26/9/2023 10:27:21 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML4 1 jam MASA 04 Tajuk Awas Dera! Peranan Jiran dan Masyarakat Standard Kandungan : 2.3 Standard Kandungan : 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan. Standard Pembelajaran : 2.3.2 Standard Pembelajaran : 2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Pengenalan Penderaan sering berlaku terutamanya ke atas bayi dan kanak-kanak. Kes-kes penderaan memperlihatkan seseorang itu tidak mempunyai perasaan kasih sayang. Kesalahan mendera boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan hukuman. Nilai Teras Kasih sayang Konteks Diri, keluarga dan masyarakat Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menyenaraikan punca perbuatan dera. Melahirkan rasa simpati dan empati kepada mangsa dera. Membuat laporan kes penderaan kepada pihak berwajib. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menyenaraikan punca penderaan. 2 Menghargai nilai kasih sayang menerusi bantuan kepada mangsa dera. 3 Mengisi borang aduan kes penderaan. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid diedarkan keratan akhbar mengenai kes penderaan kanak-kanak. 2 Murid membaca petikan akhbar dengan kuat. 3 Murid menyenaraikan punca masalah penderaan. 4 Murid menyebut punca masalah penderaan. Aktiviti 2 1 Murid menonton video tentang satu kes penderaan kanak-kanak. 2 Murid memberikan respons tentang perasaan mereka terhadap pendera dan mangsa dera tersebut. 3 Murid menyatakan tindakan mereka jika ternampak insiden tersebut. Aktiviti 3 1 Murid membentuk satu kumpulan. 2 Murid menyatakan kepada guru tentang cara membuat aduan. 3 Setiap kumpulan diberi tugasan menyediakan laporan untuk ditunjukkan kepada guru. 4 Setiap murid mengisi borang aduan tersebut. 5 Setiap kumpulan membandingkan laporan yang dibuat untuk dinilai. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, garisan isi dalam artikel, pemerhatian dan aktiviti berkumpulan. 2 Penilaian dibuat untuk memastikan murid melakukan tindakan yang betul jika berdepan dengan kes penderaan. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 4 26/9/2023 10:27:21 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML5 1 jam MASA 05 Tajuk Malu Melakukan Perkara Negatif Standard Kandungan : 1.8 Standard Kandungan : 1.8 Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik. Standard Pembelajaran : 1.8.1 Standard Pembelajaran : 1.8.1 Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang gramatis. Pengenalan Sekolah merupakan tempat atau institusi untuk mencari ilmu. Walau bagaimanapun, tidak semua murid mementingkan objektif tersebut. Ada dalam kalangan mereka yang tidak menghormati peraturan di sekolah. Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan nama baik mereka, malah nama baik sekolah juga turut terjejas. Nilai Teras Hormat-menghormati Konteks Diri dan sekolah Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menerangkan sikap malu apabila melakukan perkara negatif. Mengekspresikan perasaan hormat terhadap peraturan dan undang-undang. Menghormati peraturan dan undang-undang. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menjelaskan tentang kepentingan menghormati peraturan sekolah. 2 Menyatakan perasaan apabila mematuhi peraturan di sekolah. 3 Menunjukkan cara-cara mematuhi dan menghormati peraturan di sekolah. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan risalah tentang kepentingan menghormati peraturan di sekolah. 3 Risalah tersebut ditampal pada papan kenyataan kelas dan dinilai oleh guru dan kumpulan lain. Aktiviti 2 1 Murid diberi sebuah artikel tentang ponteng sekolah. 2 Murid memberikan respons mereka terhadap kandungan artikel. 3 Murid membuat rumusan terhadap kandungan artikel. 4 Murid menyatakan tindakan mereka jika melihat rakan mereka ponteng sekolah. Aktiviti 3 1 Setiap kumpulan diberikan tugasan melakonkan sketsa pendek tentang perbuatan ponteng sekolah. 3 Setiap kumpulan melakonkan sketsa pendek di depan kelas. 4 Kumpulan lain membuat penilaian dan memberikan markah kepada sketsa yang ditonton itu. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, pemerhatian dan lakonan skesta pendek. 2 Penilaian dibuat untuk menggalakkan budaya hormat-menghormati. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 5 26/9/2023 10:27:21 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML6 1 jam MASA 06 Tajuk Rajin dalam Setiap Pekerjaan Standard Kandungan : 3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan. Standard Pembelajaran : 3.3.1 Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan. Pengenalan Kemiskinan masih membelenggu sesetengah masyarakat terutamanya di kawasan yang terpencil. Dalam soal ini, kerajinan dan kegigihan akan dapat membantu mengurangkan tekanan hidup golongan ini. Sikap rajin tentunya akan dapat mengubah nasib dan hidup mereka ke arah yang lebih baik. Nilai Teras Bertanggungjawab Konteks Diri dan masyarakat Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menyenaraikan tingkah laku rajin dalam pelbagai aspek. Mengekspresikan perasaan apabila bersikap rajin dalam pekerjaan. Mengamalkan sikap rajin dalam setiap pekerjaan. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menyatakan kepentingan sikap rajin dalam kehidupan. 2 Mengekspresikan perasaan rajin untuk dijadikan pegangan hidup. 3 Membuang sikap malas berusaha. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Murid diberi artikel tentang usaha seorang penduduk kampung yang gigih bekerja di ladangnya. 3 Murid memberikan respons terhadap sikap rajin penduduk kampung itu. 4 Ahli kumpulan bertukar-tukar idea tentang isi yang dikemukakan dan dinilai oleh guru. Aktiviti 2 1 Murid menonton video rancangan “Usaha Tani” yang pernah ditayangkan di televisyen. 2 Murid menyatakan respons mereka apabila menonton rancangan tersebut. 3 Murid menyatakan tanggungjawab mereka untuk mencapai kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Aktiviti 3 1 Guru memberi penerangan tentang kepentingan mengamalkan sikap rajin dalam setiap pekerjaan. 2 Murid diminta mencatat isi-isi penting tentang kesan-kesan positif mengamalkan sikap rajin. 3 Setiap kumpulan dikehendaki menyatakan kesan-kesan positif mengamalkan sikap rajin di hadapan kelas. Penilaian 1 Penilaian secara borang Laporan Penilaian Guru, soal jawab, menonton video dan aktiviti kumpulan. 2 Penilaian dibuat supaya murid mengamalkan sikap rajin melakukan sesuatu pekerjaan. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 6 26/9/2023 10:27:21 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
ML7 1 jam MASA 07 Tajuk Bangkit daripada Kegagalan dalam Hidup Standard Kandungan : 1.3 Mendengar, memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan memberikan respons. Standard Pembelajaran : 1.3.2 Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan bermakna. Pengenalan Tidak semua usaha yang dilakukan oleh seseorang itu akan mencapai kejayaan. Sudah menjadi lumrah bahawa hidup ini ada pasang surutnya. Bagi seseorang yang gagal dalam mencapai sesuatu, mereka perlulah bangkit dan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Nilai Teras Kegembiraan Konteks Diri dan keluarga Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Mengenal pasti cara menangani cabaran untuk bangkit daripada kegagalan. Menzahirkan perasaan bangga dapat mengawal emosi dalam menghadapi cabaran. Berupaya menyelesaikan masalah secara rasional. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menerangkan kepentingan menangani cabaran. 2 Menunjukkan perasaan bangga apabila dapat menangani cabaran. 3 Berusaha supaya kegagalan tidak berulang lagi dalam hidup. 4 Menemukan cara-cara untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid diberi satu teks syarahan tentang cara-cara mengurus diri untuk bangkit daripada kegagalan. 2 Murid membaca teks syarahan itu secara senyap. 3 Murid menggariskan isi-isi penting dalam teks syarahan itu. Aktiviti 2 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Setiap kumpulan diminta menyanyikan sebuah lagu patriotik. 3 Setiap ketua kumpulan diminta menjelaskan isi atau kandungan lagu tersebut. 4 Setiap murid membuat penilaian tentang penjelasan yang diberi oleh setiap ketua kumpulan. Aktiviti 3 1 Kaunselor sekolah memberi penerangan tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk menebus kegagalan. 2 Setiap murid diminta mencatat isi yang dikemukakan oleh kaunselor. Penilaian 1 Penilaian secara pembentangan, soal jawab dan aktiviti kumpulan. 2 Penilaian dibuat supaya murid dapat menangani diri dan mengawal emosi apabila menempuh kegagalan. Stra_A_BM TG5_ML_2nd-Tajul-Updated.indd 7 26/9/2023 10:27:21 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P1 AKTIVITI 1 Stesen Berputar (Rotating Station) Tugasan • Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. • Guru menyediakan empat buah stesen. • Guru meminta setiap ahli kumpulan berbincang tentang tajuk yang disediakan dan mencatat isi-isi penting pada setiap stesen. • Murid-murid diberikan masa 10 minit untuk menyiapkan tugasan di setiap stesen. • Selepas 10 minit, guru akan memberikan isyarat kepada murid-murid agar bergerak ke stesen yang seterusnya sehingga selesai. Cadangan Bahan Rangsangan Stesen 1 Cara-cara Menjaga Kebersihan Stesen 3 Faedah-faedah Menjaga Kebersihan Stesen 2 Kesan-kesan Tidak Menjaga Kebersihan Stesen 4 Peranan Murid-murid Menjaga Kebersihan di Sekolah Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK-21 Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 1 29/9/2023 5:04:29 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P2 Cadangan Jawapan 1 Cara-cara menjaga kebersihan diri: • mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari – membersihkan anggota badan dengan sabun dan air yang bersih – mencuci rambut dengan syampu – mengelakkan kelemumur dan kutu • memakai pakaian yang bersih – ditukar setiap hari • memotong kuku tangan dan kaki – kuman mudah membiak di celah-celah kuku yang panjang • memberus gigi setiap hari – berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah gigi – buat pemeriksaan gigi dua kali setahun • menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal – menanam tin-tin kosong – membersihkan longkang – sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah 2 Kesan-kesan tidak menjaga kebersihan diri: • lebih mudah untuk mendapat penyakit • tidak disenangi oleh orang-orang sekeliling • mewujudkan persekitaran yang tidak bersih 3 Faedah-faedah menjaga kebersihan diri: • menyihatkan badan – tidak mudah dijangkiti penyakit • mewujudkan persekitaran yang kondusif – memberikan keselesaan untuk diri sendiri dan orang-orang di sekeliling • memberikan imej yang lebih menarik – kekemasan diri akan menaikkan imej kerana orang di sekeliling senang dan selesa untuk bergaul dengan kita 4 Peranan murid-murid menjaga kebersihan di sekolah: • tidak membuang sampah di merata-rata – buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan • membersihkan bilik darjah mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan • menggunakan dan menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya – tidak mengotorkan, tidak merosakkan, tidak menconteng • menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah – gotong-royong, pertandingan kelas terbersih Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 2 29/9/2023 5:04:29 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P3 AKTIVITI 2 Meja Bulat (Round Table) Tugasan • Guru meminta murid membentuk lima kumpulan. • Setiap kumpulan terdiri daripada lima atau enam orang murid. • Guru memberi penerangan tentang “Langkah-langkah Menangani Sikap Memilih Pekerjaan”. • Guru mengedarkan kertas sebak kepada setiap kumpulan. • Guru mengedarkan contoh lembaran pengolahan isi sebagai rujukan untuk menyelesaikan tugasan. • Murid berbincang dalam kumpulan untuk membina ayat. • Murid diminta untuk melengkapkan ayat secara bergilir-gilir sehingga tugasan selesai. • Guru memastikan setiap kumpulan mematuhi kehendak soalan, pengolahan isi dan tatabahasa. • Guru memastikan murid dapat membina ayat yang gramatis. Cadangan Bahan Rangsangan Isi 1 – Memahami kehendak pasaran kerja Huraian Contoh Kesan Frasa Menarik Penegas Isi 2 – Bidang pekerjaan yang semakin meluas Huraian Contoh Kesan Frasa Menarik Penegas Isi 3 – Peranan kerajaan dan bukan kerajaan Huraian Contoh Kesan Frasa Menarik Penegas Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 3 29/9/2023 5:04:29 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P4 Cadangan Jawapan Isi 1 – Memahami kehendak pasaran kerja Huraian Mempelajari dan menambah ilmu serta kemahiran dalam banyak bidang Contoh Kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, disiplin dan pendedahan kepada latihan Kesan Memudahkan masyarakat untuk diterima oleh majikan dalam pasaran kerjaya Frasa Menarik Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Penegas Masyarakat perlu lebih bijak dan memahami kehendak pasaran yang pelbagai Isi 2 – Bidang pekerjaan yang semakin meluas Huraian Mencari dan mengkaji peluang-peluang kerjaya dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran Contoh Bidang kemahiran, bidang keusahawanan, bidang kemahiran ICT Kesan Membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada masyarakat Frasa Menarik Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Penegas Masyarakat perlu merebut peluang yang ada dalam pasaran kerja yang semakin meluas Isi 3 – Peranan kerajaan dan bukan kerajaan Huraian Membantu menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran dan kesediaan dalam pasaran kerja Contoh Program kemahiran, skim latihan teknikal separa mahir, kemudahan dan dana Kesan Peluang kerjaya kepada masyarakat akan lebih meluas dan terjamin Frasa Menarik Usaha tangga kejayaan Penegas Masyarakat perlu lebih berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan kualiti diri Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 4 29/9/2023 5:04:29 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P5 AKTIVITI 3 Idea Rush Tugasan • Guru menunjukkan beberapa keping gambar/tayangan video kepada murid. • Gambar/tayangan video tersebut adalah tentang amalan mengadakan rumah terbuka. • Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar/tayangan video tersebut. • Murid mencatat idea sendiri yang sesuai berdasarkan sesi soal jawab tersebut. Cadangan Bahan Rangsangan Cadangan Jawapan 1 Gambar tersebut adalah tentang majlis rumah terbuka . 2 Majlis rumah terbuka biasanya diadakan semasa musim perayaan, contohnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfi tri, Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Majlis Rumah Terbuka Deepavali . 3 Kita perlu mengekalkan amalan rumah terbuka kerana amalan ini mendatangkan pelbagai faedah kepada kita . 4 Kebaikan mengadakan rumah terbuka: • mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga – keluarga dan saudara-mara dari jauh dan dekat datang berkumpul • menjalinkan hubungan sesama jiran yang tinggal di kawasan yang sama – beramah mesra dengan jiran tetangga • mewujudkan perpaduan kaum khususnya di kawasan bandar – berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 5 29/9/2023 5:04:30 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P6 AKTIVITI 4 Baca dan Tanda (Read and Highlight) Tugasan • Guru mengedarkan dua petikan kepada murid-murid. • Guru meminta murid-murid membaca petikan itu dengan teliti. • Murid-murid diminta mengenal pasti dan menggariskan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan itu dengan menggunakan pen yang berwarna. • Guru memilih seorang murid untuk menyenaraikan kesalahan bahasa yang telah dikenal pasti di hadapan kelas. • Guru dan murid-murid akan berbincang tentang kesalahan bahasa yang telah disenaraikan dan membetulkannya bersama-sama. • Murid-murid diminta mencatatkan jawapan yang betul dalam buku masing-masing. Cadangan Bahan Rangsangan Petikan 1 Pihak sekolah hendaklah melaksanakan segala dasar-dasar berkaitan pendidikkan yang sentiasa menuntut perubahan di kalangan murid-murid dan remaja. Pendidik yang memiliki ciri kreatif dan inovatif perlu memberi didikan, bimbingan dan tunjukajar secara berterusan kepada murid. Antara aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran berfi kir murid termasuklah sesi soal jawab, teka-teki, kuis, membuat ekperimen, mereka bentuk dan menyelesaikan masalah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Minda Kreatif Perlu Diasah dan Digilap”, Dewan Siswa) Petikan 2 “Kita sangat bertuah kerana mempunyai seseorang guru yang baik hati dan berdedikasi seperti Cikgu Zailan itu,” tanya Amirudin kepada Selvi. “Ya, saya pun bersetuju dengan pendapatan kamu itu. Beliau sangat mengambil berat terhadap pelajaran dan masa depan kita,” sokong Selvi. “Saya tersungguh bimbang sekiranya tiba-tiba beliau sahaja berpindah sekolah. Tentu susah kita nanti,” kata Amirudin. Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 6 29/9/2023 5:04:30 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P7 Cadangan Jawapan Petikan 1 Kesalahan Bahasa Pembetulan segala dasar-dasar segala dasar pendidikkan pendidikan di kalangan dalam kalangan tunjukajar tunjuk ajar kuis kuiz ekperimen eksperimen Petikan 2 Kesalahan Bahasa Pembetulan seseorang seorang tanya kata pendapatan pendapat tersungguh sungguh beliau sahaja sahaja beliau Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 7 29/9/2023 5:04:30 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P8 AKTIVITI 5 Peta Pemikiran (i-THINK Maps) Tugasan • Guru meminta murid membentuk lima kumpulan. • Guru meminta murid berada dalam kumpulan seramai lima atau enam orang. • Guru memberikan tajuk perbincangan, iaitu “Keburukan Internet terhadap Masyarakat”. • Guru meminta murid berbincang tentang tajuk yang diberikan dan menggabungkan idea setiap ahli kumpulan. • Murid menulis hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran. • Guru memastikan murid membina ayat dengan menggunakan idea, pengolahan ayat dan pemilihan kosa kata yang betul. • Guru memastikan murid dapat membina ayat yang gramatis. Cadangan Jawapan i-THINK Peta Buih Menjejaskan prestasi murid dalam bilik darjah Ikatan kekeluargaan semakin longgar Penyebaran maklumat palsu Mengandungi bahan-bahan negatif yang tidak sesuai untuk sesetengah golongan Pembaziran masa Keburukan Internet terhadap Masyarakat Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 8 29/9/2023 5:04:30 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
P9 AKTIVITI 6 Kedai Kopi (Cafe) Tugasan • Murid-murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan kerusi yang disusun seperti di kedai kopi. • Guru meletakkan dua keping gambar tentang kegiatan pertanian di negara kita. • Murid-murid perlu membincangkan topik “Usaha-usaha yang Perlu Dilakukan untuk Meningkatkan Hasil Pertanian di Negara Kita” seperti bersembang di kedai kopi. • Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Cadangan Bahan Rangsangan Cadangan Jawapan Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan hasil pertanian negara: Menggunakan kaedah moden dalam pertanian Semua aspek dalam pertanian sudah menggunakan kaedah moden – contohnya membajak, menuai, menanam, membaja dan meracun – penggunaan mesin – tenaga manusia masih diperlukan tetapi sedikit sahaja – hasil yang lebih lumayan – kerja yang lebih cepat – tidak ketinggalan zaman – berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain Membuka kawasan baharu atau mengusahakan tanah terbiar Meneroka kawasan baharu dan tidak membiarkan tanah terbiar begitu sahaja tanpa diusahakan – setiap inci tanah diusahakan untuk mendapatkan pulangan – kawasan pertanian semakin meluas dan mendatangkan hasil Mengadakan penyelidikan Mengadakan penyelidikan untuk memperoleh baka baharu, hasil yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti – pelbagai badan bekerjasama bagai aur dengan tebing melakukan penyelidikan seperti MARDI, Pusat Penyelidikan Pertanian dan sebagainya – mengadakan kursus di universiti dan pelbagai kolej – memberi pendidikan tentang pertanian – membuka peluang kepada mereka menjadi usahawan dan sebagainya Stra_A_BM TG5_PAK_4th_TE.indd 9 29/9/2023 5:04:30 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
Modul Literasi dan Amali Sivik ML1 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 P1 Rekod Prestasi Murid Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5 R1 Format Instrumen Pentaksiran SPM Bahasa Melayu yang Terkini iii Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat 1 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 2 Sukan dan Rekreasi 12 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya 24 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 4 Bersatu Kita Teguh 36 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 5 Pendidikan untuk Semua 49 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi 61 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 7 Pertanian, Penternakan dan Perikanan 74 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 8 Melancong Mencari Makna 85 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 95 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 106 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita 117 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 129 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik 141 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita 152 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang 164 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Tema 16 Integriti 176 Praktis PBD Praktis Berformat SPM Kandungan Stra_A_BM TG5_Kandungan_2nd.indd 2 9/20/23 7:00 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
1 Baca petikan di bawah dengan sebutan yang betul dan jelas. Kenal pasti perkataan yang berbeza maksud dan fungsi. Kemudian, bina ayat daripada perkataan tersebut. Saintis telah menunjukkan bahawa alam dapat memberikan bantuan terhadap tekanan atau stres, meningkatkan interaksi sosial, menggalakkan senaman fizikal bahkan membantu menenangkan penyakit mental. Kebanyakan anggota masyarakat masih mentah dalam isu ini. Bersenam di luar rumah didapati lebih bermanfaat untuk kesihatan mental berbanding dengan aktiviti ‘indoor’. Tambahan lagi, persekitaran semula jadi mempunyai kesan yang lebih besar terhadap kesihatan psikologi terutama apabila dilakukan secara bersama-sama dengan aktiviti bersukan atau bersenam. Bersenam dengan persekitaran hijau mempunyai banyak manfaat. Bersenam dengan persekitaran hijau dapat membantu memotivasikan aktiviti fizikal dengan meningkatkan keseronokan dan lari daripada aktiviti harian, bersama-sama dengan nilai sosial dan hiburan. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa senaman mungkin lebih mudah apabila dilakukan di alam semula jadi. Apabila dibenarkan memilih sendiri kelajuan berjalan, para peserta cenderung berjalan lebih cepat di luar rumah, berbanding di dalam rumah. Bersenam di alam hijau dapat meningkatkan kesihatan mental. Semua jenis aktiviti senaman dalam persekitaran hijau juga meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan suasana negatif seperti ketegangan, kemarahan dan kemurungan. Menariknya, lima minit pertama senaman dalam persekitaran hijau mempunyai kesan terbesar terhadap kayakinan diri, yang memberi manfaat kesihatan psikologi dengan segera. Hasil fisiologi termasuk denyutan jantung, tekanan darah dan kawalan autonomi (menggunakan variabiliti kadar denyutan jantung) dan penanda endokrin termasuk noradrenaline, adrenalin dan kortisol (ukuran objektif stres) dipertingkat melalui senaman dalam persekitaran hijau. Pendedahan kepada alam semula jadi meningkatkan kadar denyutan jantung. Peningkatan kadar denyutan jantung juga menunjukkan penyesuaian sistem saraf yang kian matang dalam menanggapi cabaran yang dialami oleh individu seperti tekanan dan senaman. Oleh itu, senaman dalam persekitaran hijau dan aktiviti luar yang luar biasa boleh menjadi ubat semula jadi yang berguna untuk menangani cabaran kesihatan. Oleh itu, aktiviti di luar rumah bukanlah dianggap sebagai taman permainan bagi mereka yang menikmati sukan ekstrim sahaja, tetapi alam ini juga merupakan ruang untuk semua. (Dipetik dan diubah suai daripada “Inspirasi Kecergasan daripada Alam”, https://hellodoktor.com/) Praktis PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan makna dan fungsi perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan jelas dan betul. Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 1 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
2 1 Mentah (a) Maksud : Ayat : (b) Maksud : Ayat : 2 Lari (a) Maksud : Ayat : (b) Maksud : Ayat : 3 Negatif (a) Maksud : Ayat : (b) Maksud : Ayat : 4 Matang (a) Maksud : Ayat : (b) Maksud : Ayat : 5 Mereka (a) Maksud : Ayat : (b) Maksud : Ayat : TP tanggapan yang kurang baik Tanggapan negatif masyarakat terhadap Ramli tidak membantutkan usahanya untuk menternak ayam kampung sehingga berjaya. nombor yang lebih kecil daripada sifar Ali tidak mahir menggunakan simbol negatif dalam operasi matematik walaupun telah diajarkan berkalikali oleh gurunya. sudah masak Padi yang telah matang itu akan dituai oleh petani dengan menggunakan jentera. berfikir dengan sempurna Walaupun usia Fikri masih muda, namun dia mempunyai fikiran yang matang. menghasilkan sesuatu ciptaan Ahli-ahli Persatuan Sains dan Matematik itu sedang mereka sebuah robot untuk dipertandingkan ke peringkat daerah. kata ganti nama diri ketiga Mereka berasa sangat gembira kerana dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan pantas. bergerak dengan pantas Pencuri itu lari lintang-pukang apabila terdengar bunyi siren polis. meninggalkan sesebuah tempat tanpa kebenaran Pihak polis telah berjaya menangkap sekumpulan mat rempit yang lari daripada sekatan jalan raya malam tadi. belum masak Buah tembikai yang masih mentah tidak boleh dituai kerana rasanya kurang manis. masih belum dewasa atau matang Ali sering dianggap sebagai budak yang masih mentah sehinggakan pendapatnya sukar diterima oleh rakan sejawatnya yang lain. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 2 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
3 [30 markah] Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan kebersihan di rumah dan persekitaran. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga kebersihan bagi sebuah keluarga. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 3 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
4 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] kebersihan di rumah dan kawasan persekitarannya sangat penting – melambangkan keperibadian seluruh isi keluarga – jika rumah dan persekitaran tidak bersih, sesebuah keluarga itu akan dilabelkan sebagai pengotor dan tidak peka terhadap kebersihan – terdapat beberapa kepentingan menjaga kebersihan Isi 1 [Ayat Topik – Isi] menjaga nama baik keluarga – [Ayat Huraian – Bagaimana] rumah dan persekitaran yang bersih dapat menaikkan imej sesebuah keluarga – dipandang tinggi oleh orang lain – [Ayat Contoh – Siapa] contohnya jiran, rakan-rakan dan saudara-mara – [Ayat Kesan – Kebaikan] orang luar akan mengagumi kebersihan sesebuah rumah dan berasa senang apabila bertandang ke rumah tersebut – [Ungkapan Menarik] kebersihan sebahagian daripada iman Isi 2 [Ayat Topik – Isi] menjamin kesihatan dan keselesaan – [Ayat Huraian – Mengapa] isi rumah yang berkeadaan bersih akan hidup dalam keadaan sihat dan selesa – risiko penyakit bagi mereka agak kurang – [Ayat Contoh – Apa] tiada demam denggi, tiada keracunan makanan – [Ayat Kesan – Kebaikan] mereka dapat hidup dalam keadaan ceria – tidak mempunyai pelbagai masalah kesihatan – [Ungkapan Menarik] mencegah lebih baik daripada mengubati Isi 3 [Ayat Topik – Isi] menjamin kehidupan yang bahagia dan sayang akan tempat kediaman – [Ayat Huraian – Apa] kebersihan sesebuah rumah dan persekitaran menjadikan pemiliknya berasa sayang akan kediamannya – [Ayat Contoh – Bagaimana] contohnya, kita akan berusaha untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat kediaman – [Ayat Kesan – Kebaikan] mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni dalam sesebuah keluarga – [Ungkapan Menarik] Rumahku Syurgaku Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] kebersihan sangat penting dalam sesebuah keluarga – kebersihan asas keimanan – keluarga yang mementingkan kebersihan akan dipandang mulia oleh rakan-rakan dan jiran di sekeliling – setiap ahli keluarga haruslah bekerjasama menjaga kebersihan – [Ungkapan Menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 4 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
5 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan gas karbon dioksida yang menjadi punca utama pencemaran udara. Oleh itu, kewujudan hutan bandar penting bagi mengurangkan masalah ini. Namun demikian, pemilihan pokok yang sesuai perlu diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan. Pokok yang ada di sesuatu kawasan bandar dipercayai dapat memberikan sumbangan bukan sahaja di kawasan bandar tersebut bahkan di peringkat antarabangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Hutan Bandar Tangani Kesan Rumah Hijau”, Sinar Harian, 23 September 2021) [6 markah] Kata majmuk: (i) hutan bandar (ii) diambil kira (iii) antarabangsa Ayat: (i) Beratus-ratus batang pokok ditanam di beberapa kawasan bandar dalam usaha membangunkan hutan bandar di Malaysia. (ii) Pengalaman seseorang dalam sesuatu bidang perlu diambil kira sebagai salah satu kriteria pemilihan calon jurutera di syarikat itu. (iii) Pasukan Malaysia berjaya merangkul gelaran juara di peringkat antarabangsa dalam acara badminton beregu lelaki. Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Sebenarnya, masalah disiplin yang berlaku di sekolah boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Sebelum hukuman dikenakan, setiap kes mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid-murid. Kita akui masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 5 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
6 Ayat bersusunan songsang: (i) Setiap kes mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu, sebelum hukuman dikenakan. (ii) Amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan, masa depan negara. (iii) Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, akan tercapailah hasrat negara. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Perdagangan manusia merupakan masaalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak se-abad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi kepada skala besar terhadap wanita, lelaki dan kanak-kanak di dalam bentuk penghambaan moden. Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadikan tarikan utama kepada wargaasing dari seluruh dunia untuk berhijrah ke negara kita. Pada masa yang sama keujudan pusat hiburan yang berjalan secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi pada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh kedudukan Malaysia ditengah-tengah negara ASEAN yang menjadikannya antara lokasi strategi untuk aktiviti pemerdagangan manusia. [13 markah] (i) Perdagangan – Pemerdagangan (ii) masaalah – masalah (iii) se-abad – seabad (iv) kepada – pada (v) di dalam – dalam (vi) penghambaan – perhambaan (vii) menjadikan – menjadi (viii) wargaasing – warga asing (ix) keujudan – kewujudan (x) berjalan – beroperasi (xi) pada – kepada (xii) ditengah-tengah - di tengah-tengah (xiii) strategi - strategik Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 6 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
7 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Lim Meng pernah mengadu kepada aku, orang kampung semuanya kompelin. Kau naikkan harga barang sesuka hati. Apabila orang kampung datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi pada suatu masa pula, kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Kaukaut untung daripada orang kampung, sampaikan orang kampung terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu pula kaukenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup. Apabila orang kampung dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula tak laku, kausalahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi kautuduh. Lim Meng tak bersalah. Yang bersalahnya diri kau sendiri.” (Dipetik daripada cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”, oleh Mohd. Helmi Ahmad, dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza, Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya. Setelah singgah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawa perbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5, LT4, dan LT3 lira, sedangkan aku pernah bertanya kepada peniagapeniaga kedai kecil di luar Istanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci itu cuma satu setengah lira! Aku mula berasa menyesal kerana tidak membeli sedikit-sedikit sebelum ini. Seorang lelaki berbaju-T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan keluar dari sebuah kedai menjual jaket kulit. Dia menyapa ramah. “Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have many leather jackets. Come in. You want to try?” (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Pantun Mengidam lemang terlampau penuh, Perkara larangan nak penuhi syarat; Hamba memang berniat sungguh, Namun barangan mahal sangat. Burung merpati sukar bicara, Makan kuaci jadi pujaan; Barang berkualiti luar negara, Halal dan suci dalam jagaan. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 7 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
8 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud berwajah tampan. [2 markah] [Maksud] ... paras rupa yang kacak (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sebab-sebab harga sesuatu barangan itu mahal. [3 markah] [Sebab] ... tindakan peniaga yang menyorok barang / tidak mempamerkan tanda harga/ lokasi jualan yang berbeza / barang itu berkualiti / diimport dari luar negara / berstatus halal dan suci (iii) Harga sesuatu barangan perlu dikawal demi kepentingan pengguna. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk mengawal harga sesuatu barangan? KBAT Menganalisis [4 markah] [Cara] ... peniaga wajib mempamerkan tanda harga / melakukan pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa / mengadakan kempen kesedaran melalui media massa dan media elektronik / mengenakan tindakan atau hukuman terhadap peniaga yang ingkar (iv) Pada suatu petang, anda membeli-belah bersama-sama keluarga di sebuah pasar raya. Anda mendapati beberapa jenis barangan yang dijual di situ sudah luput tarikhnya. Sebagai pengguna yang prihatin, nyatakan tindakan segera anda untuk menangani masalah tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Tindakan] ... memberitahu tauke pasar raya tersebut / tidak membeli barang tersebut / menyuruh pembantu pasar raya menyimpan barangan tersebut / memberitahu pembeli lain agar tidak membelinya / melaporkan kepada kementerian berkaitan Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Abah, jangan benarkan! Walau apa-apa pun yang akan terjadi, biarlah emak di rumah! Sakit emak bukan selalu datang, hanya sesekali sahaja! Kalau emak tak ada, siapa akan menjaga Anggerik?” Mahu sahaja Dahlia meluahkan kalimat itu tetapi dirasakan tidak wajar. Nanti dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Haji Sulaiman kemudian berkata sesuatu dengan begitu perlahan seperti gaya berbisik. Dahlia ingin mendengar tetapi perbualan itu begitu perlahan. “Kami bawa isteri engkau, ya Embong?’’ tanya Haji Sulaiman yang sudah berdiri. Begitu juga orang yang dibawa bersama. Embong bangun dan mengangguk lemah. (Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan sebab-sebab Dahlia tidak meluahkan kalimat yang dianggap tidak wajar itu kepada bapanya. [4 markah] [Sebab] ... khuatir dianggap kurang ajar / dianggap tidak tahu tatasusila budaya Melayu / budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 8 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
9 (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 3) Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Bersenam didefinisikan sebagai pergerakan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur. Pakar-pakar perubatan menyatakan bahawa senaman merupakan ubat yang bukan sahaja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi. Badan yang sihat dan cergas dapat mencegah seseorang daripada mendapat penyakit. Oleh itu, senaman terbukti memberikan kelebihan untuk tubuh badan kekal sihat. Bersenam bukan bermaksud kita perlu menghabiskan masa berjam-jam di gimnasium atau di mana-mana kawasan rekreasi. Kita boleh sahaja melakukan aktiviti seperti beryoga dan aktiviti-aktiviti regangan yang lain di rumah. Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang, namun manfaatnya tetap memberikan kesan yang positif kepada tubuh. Bersenam bukan sahaja membuatkan kita berasa lebih sihat dan segar, malah mendorong jantung kita menjadi lebih kuat. Dengan itu, tindak balas jantung menjadi lebih efisien, sekali gus berupaya untuk membantu dalam mencegah penyakit jantung. Bagaimanapun, terdapat ramai yang tidak bersenam. Ada yang terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Malah, ada yang tidak memahami kepentingan bersenam. Persepsi ini mestilah diubah kerana bersenam mendatangkan pelbagai kebaikan. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 9 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
10 Gerakan yang dilakukan sewaktu bersenam dapat memastikan paru-paru kita berfungsi dengan baik kerana otot paru-paru akan bekerja, sekali gus melancarkan pengaliran udara yang melalui paru-paru. Individu yang menjadikan senaman sebagai rutin hidup mereka biasanya memiliki tulang yang kuat dan sihat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersenam. Bersenam juga mampu untuk mencegah osteoporosis. Bersenam juga dapat membantu seseorang itu mencapai berat badan yang ideal kerana melalui senaman, pembakaran kalori akan berlaku. Aktiviti senaman juga mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan menjamin kesihatan. Di samping itu, bersenam mampu untuk mengawal tekanan darah. Pakar kulit juga menyarankan kita agar bersenam untuk menjaga kesihatan dan kesegaran kulit. Hal ini demikian kerana, bersenam dapat meningkatkan kadar denyutan jantung yang melancarkan perjalanan darah, sekali gus menyalurkan nutrisi yang baik kepada sel-sel kulit. Sejajar dengan itu, peredaran darah yang lancar ke otak berupaya untuk meningkatkan konsentrasi seseorang. Oleh itu, senaman yang teratur akan membantu seseorang memiliki konsentrasi yang baik. Akhir kata, fizikal yang sihat dan cergas membolehkan kita melakukan apa-apa sahaja pekerjaan dengan lebih sempurna. Oleh itu, jadikanlah senaman sebagai makanan harian dalam menjaga kesihatan diri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan Bersenam” oleh Team WOM.my, Women Online Magazine, Julai 2016) • gimnasium – bilik atau dewan yang dilengkapi peralatan untuk melakukan latihan jasmani • osteoporosis – penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan kalsium dalam tulang • kalori – unit ukuran bagi nilai tenaga makanan • konsentrasi – tumpuan perhatian pada sesuatu yang dilakukan Makna Kata Bahan 2 Bahan 3 Amira : Mary, saya perhatikan sudah lama kamu tidak ke taman untuk bersenam. Mengapa? Mary : Begini, Amira. Sekarang saya sibuk. Tidak ada masa hendak bersenam. Amira : Saya pun begitu, sejak kamu jarang ke taman, saya pun kurang bersenam di taman itu. Saya tidak ada kawan untuk bersenam bersama-sama. [30 markah] Menyihatkan tubuh badan Merapatkan hubungan kekeluargaan Menambahkan kenalan Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 10 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
11 Pendahuluan Rumusan membincangkan manfaat/kelebihan bersenam dan halangan-halangan bagi seseorang untuk bersenam. Fokus 1 (Manfaat bersenam) 1 Memberikan kelebihan untuk tubuh badan kekal sihat [B1] 2 Membuatkan kita berasa lebih sihat dan segar [B1] 3 Mendorong jantung kita menjadi lebih kuat [B1] 4 Memastikan paru-paru kita berfungsi dengan baik [B1] 5 Mampu untuk mencegah osteoporosis [B1] 6 Mencapai berat badan yang ideal [B1] 7 Mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah [B1] 8 Melancarkan perjalanan darah [B1] 9 Menyihatkan tubuh badan [B2] 10 Menambahkan kenalan [B2] 11 Merapatkan hubungan kekeluargaan [B2] Fokus 2 (Halangan-halangan untuk bersenam) 1 Ada dalam kalangan orang ramai yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing [B1] 2 Ada yang tidak memahami kepentingan bersenam [B1] 3 Ada yang tidak mempunyai masa untuk bersenam [B3] 4 Tidak mempunyai kawan untuk bersenam di luar [B3] Kesimpulan Kesimpulannya, seseorang itu mestilah mencari masa untuk bersenam supaya dapat menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 11 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
12 Baca petikan di bawah. Kemudian, analisis dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan. Persembahkan jawapan anda dalam peta buih berganda. Permainan Besbol dan Sofbol Sukan besbol dan sofbol merupakan dua jenis permainan bola kecil. Jika dilihat secara umum, kedua-dua permainan ini memiliki teknik dasar yang sama, iaitu melempar, menangkap, memukul dan berlari. Namun begitu, kedua-dua permainan ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Permainan besbol hanya dimainkan oleh lelaki. Oleh itu, besbol juga disebut sebagai ‘Hardball’. Permainan sofbol pula boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita. Bola sofbol bersaiz lebih besar beberapa inci daripada bola besbol. Bola besbol yang lebih kecil mempunyai saiz yang hampir sama dengan bola tenis. Cara melempar bola pun berbeza. Dalam permainan sofbol, bola dilempar dari bawah ke atas manakala dalam permainan besbol pula, bola dilempar dari atas lurus ke arah pemukul. Saiz padang untuk keduadua permainan ini juga terdapat perbezaan. Walaupun mempunyai bentuk yang sama, tetapi saiz padang untuk permainan besbol lebih besar berbanding permainan sofbol. Kawasan pelempar bola dalam permainan besbol ada timbunan tanahnya atau disebut ‘mount’ sedangkan bagi permainan sofbol kawasan pelempar bolanya rata sahaja. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai tapak sebagai tempat pelempar bola. Di tapak ini pun terdapat perbezaan. Ketika melempar bola dalam permainan besbol, pelempar bola boleh menyentuh tapak dengan hanya meletakkan satu kakinya. Dalam permainan sofbol pula, pelempar bola diharuskan untuk meletakkan kedua-dua kakinya di tapak tersebut. Dari segi permainan, terdapat peraturan yang disebut stealing atau mencuri base. Jika pemukul bola telah berjaya mencapai base 1.2 atau 3, maka pada giliran pemukul bola selanjutnya, runner yang berada di base boleh meninggalkan base sejauh tiga langkah dan berlari ke base selanjutnya dengan keadaan bola telah lepas dari lemparan pelempar bola. Hal ini terjadi dalam permainan besbol, sedangkan dalam permainan sofbol runner tidak diizinkan meninggalkan base walau seinci pun. Jadi, dalam permainan sofbol stealing benar-benar bergantung kepada kelajuan larian daripada runner. Peraturan ini dikuatkuasakan kerana jarak antara base dalam permainan sofbol lebih pendek berbanding dengan besbol. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perbezaan Sofbol dengan Besbol”, http://izman1997.blogspot.com/) Praktis PBD Kemahiran Membaca SP 2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan. Tema 2 Sukan dan Rekreasi Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 12 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
13 Besbol Sofbol TP Peta Buih Berganda i-THINK Bentuk padang yang sama Tapak tempat pelempar bola berdiri Menyentuh kaki ke atas tapak Ada peraturan mencuri base Dimainkan oleh lelaki sahaja Saiz padang lebih besar Saiz bola lebih kecil Bola dilempar lurus Saiz bola lebih besar Bola dilempar dari bawah Dimainkan oleh lelaki dan perempuan Saiz padang lebih kecil Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 13 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
14 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Kerjaya Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk memajukan sukan di negara kita. Salah satu usahanya adalah dengan memfokuskan bidang kejurulatihan. Jurulatih sukan pada hari ini mesti melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jurulatih Sukan Berkualiti”, Harian Metro, 12 Ogos 2019) Petikan di atas menerangkan salah satu usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Namun begitu, terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh dilakukan untuk memajukan bidang sukan di negara kita. Jelaskan langkah-langkah tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Praktis Berformat SPM Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] aktiviti sukan mendatangkan pelbagai kebaikan – meningkatkan perpaduan dan melonjakkan imej sesebuah negara – memberikan pulangan yang lumayan untuk atlet dan negara – sejak akhir-akhir ini mutu sukan di negara kita seakan merosot – beberapa langkah perlu diambil untuk memajukan sukan di negara kita Isi 1 [Ayat Topik – Isi] menyediakan prasarana sukan yang lengkap – [Ayat Huraian – Bagaimana] sentiasa menambah baik dan melakukan penyelenggaraan secara berkala – prasarana sukan memudahkan masyarakat melibatkan diri dengan sukan – memudahkan pencarian bakat baharu – [Ayat Kesan – Kebaikan] membuka peluang kepada orang ramai untuk mengasah bakat dalam sukan yang digemari – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, menambah jumlah stadium, gimnasium, kolam renang dan kompleks sukan di setiap daerah Isi 2 [Ayat Topik – Isi] memperbanyak kejohanan – [Ayat Huraian – Bagaimana] selalu mengadakan pertandingan di peringkat tempatan dan luar negara – dapat mendedahkan atlet negara di peringkat antarabangsa – mengasah bakat dan memperoleh kemahiran yang lebih baik – mengadakan pertandingan persahabatan dengan pasukan dari luar negara – [Ayat Kesan – Kebaikan] atlet memperoleh ilmu dan pengalaman yang berharga – [Ungkapan Menarik] jauh berjalan, luas pengalaman Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 14 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
15 Praktis Ekstra Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Karangan Respons Terbuka Praktis Ekstra 1 Untuk tujuan pembelajaran Isi 3 [Ayat Topik – Isi] mengambil jurulatih dan pemain import – [Ungkapan Menarik] hanya jauhari yang mengenal manikam [Ayat Huraian – Mengapa] boleh dilakukan demi meningkatkan prestasi pemain tempatan – mengambil kepakaran dari luar untuk memajukan sukan negara – di mana ada kemahuan di situ ada jalan – pemain tempatan boleh mempelajari teknik dan selok-belok sukan melalui tenaga pengajar dari luar negara – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, sukan bola sepak, badminton dan lain-lain Isi 4 [Ayat Topik – Isi] pendedahan di sekolah/kursus sukan – [Ayat Huraian – Bagaimana] mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan – sekolah sebagai institusi yang boleh meningkatkan mutu sukan – menggalakkan murid menceburi bidang sukan – menganjurkan pertandingan di peringkat sekolah – ramai yang menganggap sukan tidak boleh dijadikan sumber pendapatan – ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kepentingan sukan kepada anak-anak mereka dan juga negara – [Ayat Kesan – Kebaikan] kini sukan mampu menjana sumber pendapatan bagi atlet Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] sukan merupakan satu aktiviti yang mempunyai pelbagai kepentingan sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara – semua pihak perlulah bekerjasama untuk meningkatkan mutu sukan negara – [Ungkapan Menarik] ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th-Tajul.indd 15 26/9/2023 4:00:40 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
16 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ahli akademik menyifatkan komik mampu membantu pembacanya berfikir dengan lebih bijak dan kreatif. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka memantau komik yang dibaca oleh anak-anak agar bersesuaian dengan peringkat usia mereka. Banyak komik yang dijual di negara ini memaparkan nilai-nilai murni dan mesej-mesej yang baik kepada pembaca. Namun dalam soal ini, individu perlu tahu memilih jenis komik yang dapat mendedahkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna. [8 markah] Kata terbitan: (i) membantu (ii) memantau Ayat (Kata terbitan): (i) Pada setiap hujung minggu, Ramli membantu ibunya menjual makanan di gerai. (ii) Pihak polis sentiasa memantau kesesakan di jalan raya ketika musim perayaan. Ayat (Kata adjektif): (i) Murid yang bijak itu dapat menyelesaikan soalan matematik itu dalam masa yang singkat. (ii) Nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang bergaris. Sejak turun temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman. Coklat amat digemari oleh semua lapisan masyarakat kerana rasanya sangat sedap. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat, khususnya golongan bangsawan yang tinggal di istana. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang. [6 markah] Kata adjektif: (i) bijak (ii) murni Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 16 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
17 Ayat tanya: (i) Bilakah coklat digunakan dalam penyediaan makanan dan minuman? (ii) Apakah kegunaan coklat? (iii) Siapakah yang menggemari coklat? (iv) Mengapakah coklat digemari oleh semua orang? (v) Di manakah golongan bangsawan tinggal? (vi) Bagaimanakah coklat dihasilkan? Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Kecenderungan kanak-kanak untuk memilih makanan segera mewujudkan perangai pemakanan yang tidak sihat. Lebih memburukan keadaan, kanak-kanak terdedah dan tertarik pada iklan makanan segera bernama terkenal yang menyiarkan pada setiap hari. Makanan ringan sangat mudah diperolehi di manamana sahaja. Jadi tidak hairanlah apa bila premis perniagaan yang menjual makanan segera banyak dibuka di hadapan pintu pagar sekolah. [6 markah] Bahan 2 Adli : Cikgu, apakah matlamat Program Penghayatan Sastera Dan Budaya dalam PLKN? Guru : Matlamat program ini ialah memupuk semangat patriotik dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, memperkukuh jatidiri bangsa dan menerapkan nilai-nilai murni. Selain itu, program ini juga untuk memupuk minat, bakat serta meningkatkan apresasi terhadap sastera dan budaya dalam kalangan generasi muda. Akhir sekali, program ini turut memperkasa dan membina kepakaran serta ketrampilan karyawan seni dan sastera demi memartabatkan sastera tanahair. [5 markah] Bahan 1: (i) perangai – tabiat (ii) memburukan – memburukkan (iii) bernama – berjenama (iv) menyiarkan – disiarkan (v) diperolehi – diperoleh (vi) apa bila – apabila Bahan 2: (i) Sastera Dan Budaya – Sastera dan Budaya (ii) jatidiri – jati diri (iii) apresasi – apresiasi (iv) ketrampilan – keterampilan (v) tanahair – tanah air Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 17 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
18 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka kata orang banyak itu, “Marilah kita melihat temasya Laksamana bertikam dengan Si Jebat itu.” Sekali ini barulah Si Jebat beroleh lawan, sama berani dan sama tahu, kerana Laksamana pun banyak tahunya. Maka kata seorang pula, “Si Jebat pun tahu banyak, maka ia tidak dapat dilawan orang.” (Dipetik daripada “Pertarungan Tuah Jebat” dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Orang ramai mengajak rakan-rakan mereka menyaksikan pertarungan bersenjata antara Laksamana dengan Si Jebat itu. Kali itu barulah Si Jebat bertemu lawan yang sebenar kerana mereka sama-sama berani dan hebat malahan Laksamana juga tidak kurang handalnya. Ada juga yang berpendapat bahawa Si Jebat sukar dikalahkan kerana dia juga memiliki ilmu pertahanan diri yang hebat. Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Aiman : Aidil, cuba tengok gambar pantai ini. Cantiknya! Aidil : Dalam gambar memanglah cantik tetapi lokasi sebenar tidak begitu. Aiman : Saya sangka pantai itu sangat cantik seperti yang diceritakan oleh kawan-kawan, rupa-rupanya keadaan di situ hanya (i) . Aidil : Itulah. Lain kali jangan mudah percaya dengan cakap-cakap orang kerana itu (ii) semata-mata. [4 markah] (i) indah khabar daripada rupa (ii) khabar angin Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 18 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
19 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Puisi Buat Perwira Ada perwira gugur, tanpa air mata, ada air mata gugur, tanpa perwira. Hanya di sini sebuah kenangan dipuisikan, buat beberapa keberangkatan yang menakjubkan, ikatan kekasih bernama pertiwi, kekal di sanubari. Abdul Shukor Embi Bukit Mertajam Majalah Sinar Zaman, April 1980 Bahan 2 Zaman sudah berubah. Si Kaduk telah meninggal dunia. Raja yang zalim itu pun sudah mati, eh, silap, sudah mangkat! Anak dan cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka dan sempat mengecapi kemajuan negara. Kota raya semakin megah dengan bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Ya, mereka hidup pada zaman kita yang serba maju. Pada zaman ini, tiada lagi raja yang pergi ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam. Kaduk menamakan anaknya Hassan atas nasihat ustaz yang datang mengajar di madrasah kampungnya. Hassan membawa pengertian “yang baik”. Hassan juga telah memilih nama yang baik untuk anaknya, selaras dengan ajaran Islam, iaitu Hakim yang bererti “bijaksana”. Kau lihat, nama juga mencerminkan kemajuan. Mereka tidak mempunyai nama-nama yang primitif dan jelik seperti Si Kaduk, Si Kacong, Si Bulat, Si Buntal, Si Labu, Si Labi atau Si Hodoh. (Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Pantun Empat Kerat (Budi) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak disebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anwar Ridhwan (Penyelenggara) Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 19 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
20 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kekal di sanubari. [2 markah] [Maksud] ... sudah bersebati di dalam hati (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan perjuangan mencapai kemerdekaan negara. [3 markah] [Kesan] ... ramai perwira yang gugur / nama tokoh pejuang tetap dikenang / negara bertambah maju / bangunanbangunan tinggi menjulang / raja-raja tidak lagi pergi ke kampung mengajak rakyat menyabung ayam (iii) Memartabatkan kedaulatan negara ialah tanggungjawab rakyat. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kedaulatan negara? KBAT Menganalisis [4 markah] [Cara] ... sentiasa mematuhi prinsip Rukun Negara / sanggup berjuang mempertahankan tanah air / sentiasa mengeratkan hubungan antara kaum / gigih berusaha memajukan negara / tidak membocorkan rahsia negara kepada musuh / sentiasa menjaga nama baik negara (iv) Pada suatu hari, anda menyertai konvoi kemerdekaan yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga. Konvoi kemerdekaan tersebut disertai oleh lebih 300 orang peserta menunggang motosikal melalui kampungkampung sejauh 40 kilometer. Sebagai Setiausaha Kelab Rukun Tetangga, nyatakan isu-isu penting yang wajar anda sampaikan dalam taklimat sebelum mereka berlepas. KBAT Menganalisis [4 markah] [Isu] ... sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya / sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan / mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada motosikal masing-masing / berhati-hati dan mengutamakan keselamatan / memakai baju yang mempunyai gambar Jalur Gemilang / memberi pelbagai maklumat berkaitan kemerdekaan negara Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 20 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
21 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Bidang kejurulatihan mendapat tempat pada masa ini. Jurulatih sudah menjadi satu kerjaya dan dapat menarik perhatian penggemar bidang sukan. Tidak hairanlah sekiranya ada sehingga tiga orang jurulatih dalam satu-satu pasukan sukan. Contohnya, ada jurulatih peribadi bagi seorang penjaga gol bola sepak dan bidang-bidang sukan lain pun begitu juga. Dalam soal ini, kerjaya sebagai jurulatih semakin mencabar kerana jurulatih mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Jurulatih sangat penting untuk membantu pencapaian seseorang atlet. Jurulatih juga berusaha menaikkan imej seseorang atlet ke peringkat yang lebih baik. Jadi, jurulatih juga mampu menaikkan nama negara menerusi atlet yang dibimbingnya. Oleh hal demikian, jurulatih sukan pada hari ini mestilah melengkapkan diri dengan segala bentuk kemahiran untuk menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai pengetahuan yang relevan bagi menghadapi cabaran tersebut. Peranan jurulatih yang berkualiti dan berpengalaman sangat penting untuk memastikan atlet mereka mendapat sokongan terbaik dalam bentuk latihan serta bimbingan. Oleh hal demikian, jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan terkini termasuk pentadbiran sukan yang boleh menyumbang kepada pelaksanaan tanggungjawab mereka. Terdapat juga sesetengah jurulatih bagi kumpulan tertentu menjalinkan hubungan atau kerjasama dengan badan-badan tertentu untuk menimba pengalaman yang lebih berharga. Mereka juga mestilah sentiasa mendapatkan kursus kejurulatihan demi memantapkan kerjaya mereka sebagai jurulatih. Pada masa ini, bidang kejurulatihan dipandang tinggi kerana bidang ini dapat menjadi kerjaya dalam jangka masa yang panjang. Ia berbeza dengan atlet itu sendiri kerana jatuh bangun atlet bergantung pada pencapaian dan faktor usia. Berbeza dengan jurulatih, khidmat mereka sentiasa diperlukan dan tidak mengira had usia. Bagaimanapun, jurulatih tetap menghadapi pelbagai cabaran semasa melatih atlet-atlet di bawah pengawasan mereka. Mereka mestilah peka terhadap atlet-atlet di bawah bimbingan mereka termasuklah masalah peribadi dan kesihatan dan sebagainya yang boleh menjejaskan prestasi atlet. Jurulatih juga mestilah mempunyai disiplin yang tinggi supaya dapat meyakinkan atlet yang dibimbingnya. Kejayaan atlet juga sangat penting untuk mengekalkan kerjayanya sebagai jurulatih dalam jangka masa yang panjang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jurulatih Sukan Berkualiti”, Harian Metro, 12 Ogos 2019) • imej – gambaran • relevan – berkaitan • memantapkan – mengukuhkan • prestasi – pencapaian dalam sesuatu bidang Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 21 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
22 Bahan 2 Peranan jurulatih: Melatih atlet mencapai tahap prestasi unggul Mengatur strategi permainan atau perlawanan Sebagai rakan kepada atlet untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaan Menyampaikan maklumat tentang isu sukan kepada atlet Merancang, melaksana dan mengurus kegiatan/ latihan Bahan 3 Nampaknya, semakin ramai jurulatih dari luar diambil untuk melatih atlet negara kita. Saya setuju. Kebanyakan daripada mereka ialah bekas pemain badminton yang handal. Itulah salah satu kriteria yang baik. Mereka mempunyai banyak pengalaman. Benar kata kamu. Contohnya badminton, ramai jurulatihnya dari Indonesia. [30 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 22 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
23 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kriteria/ciri-ciri bagi seorang jurulatih yang baik dan peranan/fungsi/ kepentingan jurulatih dalam bidang sukan. Fokus 1 (Kriteria jurulatih yang baik) 1 Sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan terkini termasuk pentadbiran sukan [B1] 2 Jurulatih mestilah bekerjasama dengan badan-badan tertentu untuk menimba pengalaman yang lebih baik [B1] 3 Mereka juga sentiasa mendapatkan kursus kejurulatihan demi memantapkan kerjaya mereka [B1] 4 Mereka mestilah peka terhadap masalah peribadi dan kesihatan atlet bimbingan mereka [B1] 5 Jurulatih juga mestilah mempunyai disiplin yang tinggi dalam kerjaya mereka [B1] 6 Jurulatih yang pernah menjadi pemain terkenal [B3] 7 Jurulatih yang mempunyai banyak pengalaman [B3] Fokus 2 (Peranan jurulatih) 1 Membantu pencapaian seseorang atlet [B1] 2 Berusaha menaikkan imej seseorang atlet ke peringkat yang lebih baik [B1] 3 Menaikkan nama negara menerusi atlet yang dibimbingnya [B1] 4 Mengatur strategi permainan atau perlawanan [B2] 5 Melatih atlet mencapai tahap prestasi unggul [B2] 6 Sebagai rakan kepada atlet untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaan [B2] 7 Menyampaikan maklumat tentang isu sukan kepada atlet [B2] 8 Merancang, melaksana dan mengurus kegiatan/latihan [B2] Kesimpulan Kesimpulannya prestasi atlet yang dilatih haruslah ditingkatkan supaya lebih berwibawa sekali gus dapat menaikkan imej negara. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 23 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
24 Baca petikan di bawah. Kenal pasti dan susun isi penting yang terdapat dalam petikan. Kemudian, hasilkan kerangka karangan tentang keistimewaan kerjaya dalam bidang kulinari di negara kita. Bidang Kerja Kulinari di Malaysia Saban hari Malaysia menyaksikan bidang kulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran kian berkembang pesat bahkan permintaan terhadap bidang kerja chef juga semakin meningkat dari hari ke hari. Pekerjaan atau kerjaya sebagai seorang chef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, chef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar. Di samping itu, industri kulinari, perhotelan dan pelancongan juga merupakan antara penyumbang kedua terbesar kepada perdagangan luar (perolehan pertukaran asing) dan KDNK. Industri ini bersifat intensif buruh dan pasarannya pelbagai. Bidang ini juga sangat memerlukan pekerja yang terlatih untuk memenuhi peluang pekerjaan yang disediakan. Lulusan bidang ini layak bekerja di industri perkhidmatan yang berkaitan. Matlamat bidang ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan profesional dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari yang beretika, berkebolehan, mampu bersaing serta sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, bidang kulinari ini juga disajikan dengan pelbagai kelengkapan kemahiran yang sesuai dengan permintaan industri masa kini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bidang Kerja Kulinari di Malaysia”, http://www.pendidikanmalaysia.com) Praktis PBD Kemahiran Menulis Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya SP 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 24 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
25 TP Keistimewaan Kerjaya dalam Bidang Kulinari di Negara Kita Pendahuluan • bidang yang semakin diminati • kisah kejayaan chef sering dipaparkan • antara chef yang terkenal ialah Chef Wan dan Gordon Ramsay • persoalannya, apakah keistimewaan kerjaya ini? Isi-isi penting 1 membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort • bidang ini memerlukan pakar masakan • menjadi daya penarik kedatangan pelancong ke tempat tersebut • menunjukkan menu masakan Malaysia 2 berpeluang memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan • bidang kulinari juga merangkumi aspek pembinaan perniagaan • boleh membuka perniagaan katering atau restoran • boleh menjadi usahawan dalam bidang seni kulinari • memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat 3 penyumbang kedua terbesar kepada perdagangan luar (perolehan pertukaran asing) dan KDNK • menyuburkan bidang gastropelancongan • Malaysia dilabel sebagai syurga makanan oleh pelancong dari serata dunia • juga menggalakkan pertumbuhan bidang perhotelan • meningkatkan pertukaran mata wang asing daripada kedatangan pelancong 4 boleh menjadi tenaga pengajar • kurikulum bidang kulinari termasuk operasi dapur, pembangunan menu, penyediaan dan teknik persembahan makanan serta pengurusan makanan dan minuman • terdapat institut kemahiran yang memerlukan kepakaran ini • melahirkan golongan profesional dalam bidang masakan Penutup • chef menyumbang kepada pembangunan negara • kerajaan hendaklah berusaha memajukannya • jika tidak, bidang chef akan diketepikan • diharapkan bidang ini akan terus berkembang Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 25 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
26 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Baca iklan kerja kosong di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menyediakan resume diri anda yang lengkap untuk memohon satu daripada jawatan yang diiklankan. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM [30 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 26 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
27 Jawatan yang dipohon: Pengurus Maklumat peribadi • nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat rumah, alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi Kelayakan akademik/pendidikan • sijil persekolahan, institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan lain-lain • menyatakan tempoh belajar di tempat-tempat yang dinyatakan • menyertakan sijil-sijil kemahiran yang dimiliki – contohnya sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon sebagai sokongan Pengalaman bekerja • contohnya bekerja sebagai jurutaip, penolong pengurus projek, pembantu grafik dan sebagainya • menyatakan nama tempat bekerja dan tempoh bekerja di tempat-tempat yang dinyatakan Anugerah dan pencapaian • penghargaan yang pernah diterima – menyatakan penghargaan yang diterima semasa bekerja atau pembabitan dalam sesuatu badan setempat/negeri/negara – contohnya anugerah pekerja cemerlang Rujukan • menyatakan beberapa nama sebagai perujuk diri – pengetua, pensyarah, majikan Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 27 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
28 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Dr. Shahiron Shahidan berkata bahawa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sangat penting bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang teknologi masa depan yang menjadi teras dalam Revolusi Industri 4.0. Menurutnya lagi, STEM dilihat sebagai peluang menambah baik kerja dan produk-produk yang dihasilkan. Dalam soal ini, badan-badan korporat dan individu berkepentingan juga boleh memainkan peranan membantu menjadikan STEM sebagai agenda berdasarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Menerusi kaedah ini, skop akan menjadi lebih tertumpu dan ramai generasi muda dapat dibantu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan STEM”, Harian Metro, 8 Oktober 2018) [8 markah] Kata ganda: (i) produk-produk (ii) badan-badan Akronim: (i) STEM (ii) DUN Ayat (Kata ganda): (i) Produk-produk kraf tangan yang dihasilkan oleh pelatih-pelatih di institut itu sangat cantik dan berkualiti. (ii) Badan-badan bukan kerajaan turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan selepas banjir di kampung itu. Ayat (Akronim): (i) Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin menjadi pilihan utama pelajar pada masa ini. (ii) Dewan Undangan Negeri (DUN) mestilah mengadakan persidangan sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali. Praktis Ekstra Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Morfologi) Praktis Ekstra 2 Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th-Tajul.indd 28 26/9/2023 4:00:40 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
29 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Guru sebagai tunjang di dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor teratas yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Sebaris dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi, berdaya gigih mempunyai kometmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini. Pendekatan yang digunakan turut menekankan pentingnya kerja sama di kalangan guru mata pelajaran. [6 markah] Bahan 2 Faezah: Selepas orang itu menghantukan kepalanya ke lantai, darah merah mengalir membasahkan pipinya. Husna : Adakah orang itu gila, Faezah? Faezah: Orang itu tidak gila. Dia sebenarnya sedang mengalami dan menderita kesakitan yang tidak tertangguh, yang tidak berucap dengan kata-kata. Husna : Baharu saya faham kenapa dia buat begitu. [5 markah] Bahan 1: (i) di dalam – dalam (ii) teratas – utama (iii) sebaris – sejajar (iv) kometmen – komitmen (v) kerja sama – kerjasama (vi) di kalangan – dalam kalangan Bahan 2: (i) menghantukan – menghantukkan (ii) membasahkan – membasahi (iii) tertangguh – tertanggung (iv) berucap – terucap (v) Baharu – Baru Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 29 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
30 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Sebaik mendengar khabar itu, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka berperang. (Dipetik daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Sebaik-baik sahaja mendengar berita itu, Raja Ahmad terus marah dan memberontak sambil mengoyakkan baju dan mencarik-carikkan kain yang dipakainya. Dalam keadaan yang amat marah Raja Ahmad menghimpunkan seluruh bala tentera yang lengkap dengan senjatanya. Apabila masa mengizinkan Raja Ahmad dan bala tenteranya pergi menemui Raja Muhammad dan berlakulah peperangan antara kedua-dua pihak itu. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan cemerlang. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru dan ibu bapa perlulah saling bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Selain itu, anak-anak pula perlu gigih berusaha. Jika mereka rajin mengulang kaji pelajaran, sudah tentu mereka akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Justeru, pemuafakatan antara guru dengan ibu bapa merupakan resipi kejayaan murid khasnya dalam melaksanakan program akademik. [6 markah] (i) Bagai aur dengan tebing (ii) Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya (iii) Muafakat membawa berkat Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 30 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
31 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Ada pendapat yang mengatakan bahawa kesedaran tentang bahaya aedes dan denggi kurang dalam kalangan anggota masyarakat. Hakikatnya, masyarakat kurang sedar bahawa seekor nyamuk aedes boleh bertelur antara 80 hingga 200 biji. Manakala sejenis aedes pula boleh bertelur antara 40 hingga 80 biji. Dengan mengenali ciri-ciri aedes, kesedaran tentang bahaya aedes dan keberkesanan memerangi aedes akan lebih berjaya. Seekor nyamuk aedes mampu bertelur sebanyak lima atau enam kali. Kitar hidup nyamuk aedes di dalam air adalah antara tujuh hingga lapan hari. Jangka hayat nyamuk dewasa adalah antara tiga hingga empat minggu. Waktu aktif aedes penting diketahui sebagai panduan untuk mengambil langkah pencegahan. Waktu aktif nyamuk aedes adalah antara 6:30 pagi hingga 8:30 pagi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Aedes Biak Lebih Cepat dalam Cuaca Panas”, Berita Harian, Feb 2016) Bahan 2 Masyarakat selalu beranggapan bahawa dengan membuang air dari bekas takungan air adalah memadai. Sebaliknya, masyarakat perlu memberus dan menyiram bekas takungan itu. Hal ini demikian kerana telur aedes sebesar tahi lalat boleh hidup dalam keadaan kering selama enam hingga sembilan bulan. Telur itu pula boleh menetas hanya dalam masa setengah hingga satu jam apabila terkena air. Akhir-akhir ini, saintis mendapati nyamuk aedes mempunyai kelebihan unik, iaitu boleh melakukan jangkitan secara transovarial selama lima keturunan. Hal ini bermakna nyamuk dewasa akan menyimpan virus denggi di dalam ovari selepas menggigit pesakit denggi. Setiap kali nyamuk tersebut bertelur, virus denggi sudah ada di dalam telur tersebut. Apabila telur itu menetas, jejentik sudah menghasilkan virus berkenaan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bahaya Aedes”, Utusan Malaysia, Jun 2016) Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 31 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
32 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud secara transovarial. [2 markah] [Maksud] ... disebarkan melalui ovari (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pendapat antara anggota masyarakat dengan saintis tentang punca-punca kegagalan melawan aedes dan denggi. [3 markah] [Punca] ... masyarakat kurang kesedaran tentang bahaya aedes dan denggi / masyarakat tidak mengenali aedes / saintis menyatakan bahawa nyamuk aedes mempunyai kelebihan unik / saintis menyatakan bahawa nyamuk menyimpan virus denggi di dalam ovari mangsa (iii) Usaha melawan aedes dan denggi masih kurang berkesan walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? KBAT Menilai [3 markah] [Sebab] ... masyarakat kurang memberi kerjasama / masyarakat mengabaikan kebersihan / kempen kesedaran kurang berkesan / meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada kerajaan / murid-murid tidak diajar cara penjagaan alam sekitar yang betul (iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru untuk menyiapkan tugasan tentang bahaya aedes dan denggi terhadap kehidupan masyarakat. Senaraikan bahaya yang dimaksudkan itu. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Kesan] ... mengakibatkan kematian / merosakkan organ dalaman manusia / menggugat aktiviti harian masyarakat / masyarakat hidup dalam ketakutan / menghidap penyakit kemurungan / pelajaran anak-anak terjejas Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 32 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA