83 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Di negara kita, bidang pertanian bukanlah suatu bidang yang baru diteroka memandangkan bidang ini sudah dianggap sinonim dengan penduduk di negara kita. Sebelum kita mementingkan bidang perindustrian, pertanian merupakan salah satu sumber pendapatan kebanyakan penduduk di negara ini apatah lagi di kawasan-kawasan kampung. Malangnya, kebanyakan anak muda sekarang tidak begitu yakin terhadap bidang ini. Hal ini disebabkan anggapan bahawa bidang ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan, berisiko tinggi, sukar, kotor dan membahayakan. Oleh hal demikian, golongan ini disaran agar bergiat aktif dalam bidang pertanian kerana bidang ini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, nilai tambah itu boleh dilaksanakan menerusi kreativiti penghasilan beberapa jenis produk daripada satu sumber untuk dipasarkan dalam dan luar negara. Dalam soal ini, kita dapat melihat betapa anak muda perlu mengubah mentaliti mereka selama ini daripada konsep pertanian tradisional kepada pertanian moden selain daripada bidang ini juga boleh diusahakan di kawasan bandar. Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat berkenaan, pelbagai insentif, latihan dan bantuan kepakaran akan disediakan oleh pihak kementerian untuk menjadikan golongan itu sebagai petani moden. Tidak ketinggalan juga, kementerian turut mewujudkan program AgroSiswa bagi lepasan graduan menceburkan diri dalam bidang pertanian dan yakin bahawa program ini dapat menarik golongan muda untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Setakat ini hanya 30 peratus anak muda bergerak secara aktif dalam bidang pertanian terutama membabitkan penternakan dan fertigasi, manakala 60 peratus orang tua mendominasi sektor penanaman padi. Selain itu, bagi memastikan anak muda berminat menjadi petani moden, kementerian akan mengenal pasti halangan yang menjadikan mereka kurang berminat dalam bidang ini. Hal ini turut dikaitkan dengan kurang keyakinan mereka kerana berlakunya turun naik harga komoditi pertanian di pasaran. Dalam pada itu, kementerian juga berhasrat mengubah mentaliti golongan sasar bahawa pertanian itu juga rezeki. Jika kita tinjau di Jepun, Korea mahupun Eropah, penduduk di sana benar-benar menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan dan profesion. Oleh hal demikian, tidak semestinya negara kita tidak boleh menjadikan bidang pertanian sebagai profesion memandangkan pelbagai kemudahan dan kemajuan sudah digunakan dalam bidang ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Orang Muda Perlu Sahut Cabaran Petani Moden”, Berita harian, 31 Julai 2018) • mentaliti – cara berfikir • mendominasi – menguasai • profesion – kerjaya • komoditi – hasil/bahan yang mempunyai permintaan Makna Kata Laman Web Imbas kod QR atau layari htt ps://www.bharian.com.my/rencana/ komentar/2020/09/728654/sektor-pertanian-perlu-lebih-seksi-pikat-anakmuda tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mendorong minat anak muda terhadap bidang pertanian. Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 83 26/9/2023 4:40:46 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
84 Bahan 2 Menubuhkan kelab pertanian di sekolah Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian Ibu bapa mendedahkan anakanak terhadap bidang pertanian sejak kecil Cara-cara Menarik Minat Golongan Muda Menceburi Bidang Pertanian Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan usaha/cara/langkah/kaedah untuk menarik minat golongan muda dalam pertanian dan punca/faktor anak-anak muda tidak meminati bidang pertanian. Fokus 1 (Usaha untuk menarik minat golongan muda) 1 Golongan ini disarankan agar bergiat aktif dalam bidang pertanian kerana bidang ini dapat memberi nilai tambah bagi meningkatkan pendapatan mereka [B1] 2 Mewujudkan kreativiti melalui penghasilan beberapa jenis produk daripada satu sumber [B1] 3 Anak-anak muda perlu mengubah mentaliti mereka dan beralih kepada pertanian moden [B1] 4 Mereka perlu didedahkan bahawa bidang ini juga boleh diusahakan di kawasan bandar [B1] 5 Kementerian turut mewujudkan program AgroSiswa dalam bidang pertanian [B1] 6 Ibu bapa mendedahkan anak-anak terhadap bidang pertanian sejak kecil [B2] 7 Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian [B2] 8 Menubuhkan kelab pertanian di sekolah [B2] Fokus 2 (Punca golongan remaja tidak berminat menceburi bidang pertanian) 1 Kurang keyakinan terhadap bidang pertanian [B1] 2 Menganggap bahawa bidang ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan, berisiko tinggi, sukar, kotor dan membahayakan [B1] Kesimpulan Kesimpulannya, bidang pertanian mesti diperkasa supaya anak-anak muda meminati bidang ini. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 84 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
85 Baca petikan di bawah. Kemudian, analisis dan kenal pasti kesalahan bahasa. Betulkan kesalahan tersebut. Ramai belum sedar potensi sebenar industri arkeopelancongan, sedangkan di peringkat global industri ini mampu menjana pendapatan negara. Beliau berkata, pertemuan tapak paleolitik Bukit Bunuh, Lenggong, Perak dan tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah menyebabkan banyak pihak-pihak sedar mengenai kepentingan bumi dan lokasi Semenanjung Malaysia kepada rantau ini dan dunia. “Hasil kajian sejak 2009, penemuan tapak Bukit Bunuh, Lenggong Perak mendedahkan bukti wujudnya masyarakat Paleolitik paling tertua di dunia yang berusia 1.83 juta tahun dahulu dan hal ini bermakna kita mempunyai bukti penting pra-sejarah pada peringkat dunia. “Kajian pada tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang pula mendedahkan wujudnya masyarakat paling awal sekali bagi tamadun Asia Tenggara, iaitu pada 535 sebelum Masihi dan penemuan ini menyumbangkan angka yang akan menjadi kajian pada masa akan datang,” katanya. Dalam perkembangan lain, Timbalan Pengarah PPAG USM Prof. Dr. Stephen Chia Ming Soon yang mengulas mengenai isu dan cabaran dalam perlindungan serta pemuliharaan warisan negara berkata, cabaran utama negara kini ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar dalam bidang arkeologi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Industri Arkeopelancongan Perlu diberi Perhatian”, oleh Hairie Norlie, My Metro, 12 Julai 2017) Bil Kesalahan Pembetulan 1 sedar potensi sedar akan potensi 2 di peringkat pada peringkat 3 pertemuan tapak penemuan tapak 4 banyak pihak-pihak banyak pihak 5 paling tertua paling tua 6 pra-sejarah prasejarah 7 paling awal sekali paling awal 8 angka data 9 ialah menyediakan adalah menyediakan 10 pelajar graduan Praktis PBD Kemahiran Menulis Tema 8 Melancong Mencari Makna SP 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks. TP Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 85 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
86 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Baca e-mel daripada rakan anda di bawah. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Daripada [email protected] Kepada [email protected] Perkara Pelancongan Salam sejahtera, Hairani. Apa khabar, saudari? Maaf kerana sudah lama saya tidak menghubungi kamu menerusi e-mel. Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa salah satu tempat pelancongan yang terletak tidak jauh daripada kawasan kediaman kamu telah menjadi terkenal. Tempat tersebut dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Saya ingin mengetahui faktor-faktor yang menjadikan kawasan itu dikunjungi ramai. Tentu ada sesuatu yang menjadi rahsia dan keistimewaan tempat tersebut. Bolehkah kamu berkongsi dengan saya? Saya menantikan respons daripada kamu. Sahabatmu, Jasraj. Bersih, indah dan terjaga Kawasan Pelancongan Kemudahan asas mencukupi Sikap penduduk yang ramah [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 86 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
87 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Perkara Pelancongan Pendahuluan ucapan selamat sejahtera kepada rakan – berterima kasih atas kiriman e-mel – rakan ingin mengetahui tentang kawasan pelancongan yang berhampiran dengan kediaman – kawasan kediaman saya berdekatan dengan sebuah pantai – kawasan ini menjadi kawasan pelancongan – dikunjungi ramai atas beberapa faktor Isi 1 kebersihan dan keindahan tempat – tempat atau kawasan pelancongan ini sentiasa bersih dan terjaga – tempat ini dijaga dengan rapi dan indah sehingga mendapat perhatian ramai – tong sampah disediakan dengan mencukupi Isi 2 kemudahan asas yang mencukupi – tempat ini disediakan pelbagai kemudahan asas untuk pelawat – memudahkan pelancong – contohnya, tandas awam, tempat mandi untuk membersihkan badan selepas mandi di pantai – pelancong berasa lebih selesa dan selamat Isi 3 sikap penduduk yang ramah dan baik hati – mesra pelancong – menyambut baik kedatangan pelancong – berbual-bual dengan pelancong – membantu pelancong jika ada kesusahan – pelancong berasa senang apabila datang ke kawasan ini Kesimpulan usaha menambah baik kawasan ini perlu dilakukan – pengunjung akan bertambah ramai – menyumbang kepada ekonomi negara – mengakhiri e-mel – semoga rakan berpuas hati – berharap kekal berhubung melalui e-mel Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 87 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
88 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Bagi merangsang sektor perumahan juga kerajaan telah mencadangkan supaya pembeli rumah diberi pelepasan cukai terhadap faedah pinjaman perumahan sehingga 10,000 ringgit selama tiga tahun. Selain itu, bagi pemaju yang telah mendapat projek dan kemudiannya lari serta tidak menyiapnya akan dilihat sebagai satu perbuatan jenayah, seterusnya boleh mendakwa di mahkamah sekiranya mempunyai bukti kukuh. Tindakan yang bakal diambil itu secara tidak langsung bertujuan untuk mengajar bakal pemaju supaya lebih bersikap professional serta mengelak orang ramai dari terus menjadi mangsa sekiranya projek perumahan terbengkalai. [6 markah] Bahan 2 Pemilihan pemaju atau kontraktor penyelamat adalah berdasarkan kepada kreteria-kreteria tertentu terutama keupayaan kewangan, pengalaman kerja serta kepakaran taktikal yang dimiliki oleh syarikat berkenaan. Langkah itu juga bertujuan untuk mengelakan kemungkinan projek menjadi terbengkalai semula semasa proses pemutihan. Pada masa yang sama, sentimen pelabur di sektor perumahan tidak mengalakkan kerana pihak pemaju dan pembeli masing-masing mengambil sikap berhati-hati. [5 markah] Bahan 1: (i) juga kerajaan – kerajaan juga (ii) menyiapnya – menyiapkannya (iii) mendakwa – didakwa (iv) mengajar – mendidik (v) professional – profesional (vi) dari terus – daripada terus Bahan 2: (i) kreteria-kreteria – kriteria-kriteria (ii) taktikal – teknikal (iii) mengelakan – mengelakkan (iv) pelabur – pelaburan (v) pemutihan – pemulihan Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 88 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
89 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itupun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia pun berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang.” Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari melaka datang ke gunung ledang ini. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk.” (Dipetik daripada cerpen “Peminangan Puteri Gunung Ledang” dalam antalogi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Dang Raya Rani bersama-sama empat perempuan hilang dari pandangan. Sebentar kemudian muncul seorang tua yang sudah bongkok tiga. Dia memberitahu Tun mamat bahawa dia sudah persembahkan hasrat Tun Mamat itu kepada Dang Raja Rani, iaitu Puteri Gunung Ledang. Tuan puteri memberitahu sekiranya Raja Melaka ingin memperisterikannya baginda perlu membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. Selain itu, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan, air pinang muda satu tempayan, darah baginda semangkuk dan darah anak baginda yang bernama Raja Ahmad satu mangkuk. Seandainya dapat disediakan, tuan puteri bersedia menerima pinangan tersebut. Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Generasi muda merupakan aset penting kepada negara dan seharusnya diberikan didikan yang sempurna sejak kecil oleh ibu bapa, ibarat kata peribahasa (i) . Guru sebagai pendidik pula bertugas untuk membentuk peribadi mulia dalam kalangan murid di sekolah. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya bekerjasama dengan ibu bapa (ii) untuk meningkatkan martabat murid dalam pelbagai bidang kehidupan pada masa hadapan. Murid sememangnya merupakan golongan remaja yang sering dibelenggu masalah dan melakukan kesalahan, bak kata pepatah (iii) . Oleh itu, ibu bapa dan guru harus mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berlaku. [6 markah] (i) melentur buluh biarlah waktu rebungnya (ii) bagai aur dengan tebing (iii) bumi yang mana tidak ditimpa hujan Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 89 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
90 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kepelbagaian alat yang lahir daripada media elektronik mampu menjadikan seseorang mahasiswa itu lebih menumpukan perhatian dalam pembelajaran serta mudah untuk memahami sesuatu pengajaran. Sebagai contoh, tenaga pengajar yang bersikap terbuka mampu bertindak sebagai penarik minat mahasiswa ketika sesi pembelajaran berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana pembelajaran seperti ini menayangkan visual, gambar serta bunyi yang menjadikan mahasiswa lebih tertarik dan tidak berasa bosan apabila sesi pembelajaran berlaku. Tambahan pula, pendekatan ini dapat mengatasi sifat seseorang mahasiswa yang pasif menjadi mahasiswa yang proaktif dan progresif. Media elektronik juga mampu mewujudkan pembelajaran efektif terhadap mahasiswa. Namun demikian, keberkesanan penggunaaan medium ini juga bergantung pada sikap keterbukaan pendidik. Kekerapan warga pendidik menggunakan teknologi dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh mereka sangat penting. Warga pendidik, sebagai contohnya guru, menjadi nadi dan tulang belakang yang menjanakan keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya yang didapati semakin banyak yang celik teknologi maklumat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pembelajaran Efektif Melalui Media Elektronik”, Dewan Siswa, Disember 2018) Bahan 2 Sudah menjadi trend pada masa ini bahawa mahasiswa sering menggunakan media massa sebagai sumber dan kaedah pembelajaran mereka. Usaha ini juga seiring dengan kewujudan tenaga pengajar yang memiliki sikap keterbukaan yang tinggi dengan mendalami kemahiran-kemahiran baharu bagi mengaplikasikan pengajaran berasaskan multimedia kepada pelajar mereka. Pada hakikatnya, pembelajaran yang efektif merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bukan hanya menfokuskan hasil tujuan, namun proses pembelajaran yang efektif mampu memberikan pemahaman yang baik, kecergasan, ketekunan serta mutu yang dapat memberikan perubahan sikap, malah mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Bagi mencapai matlamat wawasan negara dan mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu, inisatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dan multimedia perlu diperluas. (Dipetik dan diubah suai daripada Rencana Pengarang, Mingguan Malaysia, Disember 2012) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 90 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
91 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud yang proaktif dan progresif. [2 markah] [Maksud] ... berinisiatif dan berdaya maju (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan penekanan aspek keterbukaan warga pendidik dalam menjayakan pembelajaran menggunakan media elektronik. [3 markah] ... mampu menarik minat mahasiswa ketika sesi pembelajaran / mampu mewujudkan pembelajaran berkesan / mendalami kemahiran-kemahiran baharu berasaskan multimedia / melahirkan masyarakat yang bermaklumat (iii) Pengajaran secara dalam talian menjadikan pembelajaran lebih efektif. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? KBAT Menilai [3 markah] [Sebab] ... para pensyarah boleh memuat naik bahan-bahan pembelajaran dengan mudah / mahasiswa boleh mengakses dan memuat turun nota dan portal pensyarah / memudahkan pencarian pelbagai maklumat / memudahkan penyimpanan nota (iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru menyenaraikan kekangan yang dihadapi oleh murid untuk menggalakkan penggunaan media elektronik dalam pembelajaran. Nyatakan kekangan-kekangan tersebut. KBAT Menganalisis [4 markah] [Kekangan] ... tidak mampu menyediakan peralatan komputer dan Internet / tidak ada sambungan Internet yang mencukupi / anjakan paradigma masih rendah / kos penyelenggaraan naik taraf perkakasan komputer mahal / kurang mahir menggunakan peralatan komputer dan Internet Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 91 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
92 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apabila terdengar bunyi kenderaan semakin hampir dengan rumah, Nurul Hafsa segera meninggalkan pembacaannya tentang Skala Langit Gelap Bortle. Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun, dilihatnya Budiman keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya. Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyap-senyap. (Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan sebab-sebab kereta pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria menjadi pilihan Nurul Hafsa. [4 markah] [Sebab] ... berenjin petrol dan bermotor elektrik mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol / enjin bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman / enjin bersaiz kecil juga mengurangkan berat keseluruhan kereta / bentuk kereta yang aerodinamik mengurangkan beban enjin dan penjimatan tenaga (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa dalam bahagian peleraian penceritaan bagi novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 19) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 92 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
93 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Bidang pelancongan mempunyai skop yang luas. Kita bukan hanya memiliki pelancongan yang bersifat melawat pantai, pulau, tempat bersejarah dan melihat bangunan-bangunan yang unik, tetapi pelbagai jenis pelancongan baharu muncul selaras dengan perubahan zaman seperti pelancongan agro, pelancongan kesihatan dan beberapa lagi. Salah satu jenis pelancongan ialah ekopelancongan. Walaupun sebenarnya sudah lama bidang pelancongan ini diteroka tetapi akhir-akhir ini ia menjadi semakin digemari kerana pelbagai pendekatan dilakukan oleh kementerian dan agensi-agensi tertentu untuk menarik perhatian orang ramai melawat ke tempat-tempat menarik. Kementerian juga berusaha memperlengkap prasarana dan pelbagai kemudahan ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Dari sudut sosial, ekopelancongan mempunyai elemen pelancongan yang memfokuskan dan menghidupkan pelancongan yang berasaskan kepada sejarah, alam semula jadi suatu kawasan dan termasuk budaya aslinya. Kewujudan ekopelancongan membolehkan usaha pengekalan serta perkongsian mengenai budaya warisan tempatan untuk jangka masa panjang kepada pelancong. Di samping itu, pada masa yang sama ekopelancongan dapat mendedahkan perspektif sejarah mengenai penduduk orang asli, flora dan fauna kepada pelancong dan dapat menggalakkan komuniti setempat untuk menghargai dan menerima faedah daripada aset budaya dan sumber semula jadi. Aktiviti ekopelancongan yang telah dibangunkan seperti di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dan Taman Negeri Royal Belum, Perak telah menyebabkan adanya peningkatan dalam kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang dibekalkan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya. Melalui kewujudan ekopelancongan juga secara tidak langsung telah menyebabkan peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat setempat seperti destinasi pelancongan di kawasan pulau-pulau peranginan di mana kebanyakan pelancong yang datang adalah daripada luar negara. Pada masa yang sama pelancong asing boleh mempelajari budaya tempatan malah boleh fasih berbahasa Melayu seperti pelancong asing yang telah menjadi selebriti di Malaysia, iaitu “Mat Dan” atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah yang berasal dari Bristol, United Kingdom. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ekopelancongan: Impak kepada Ekonomi, Sosial dan Sosiobudaya”, Majalah Sains) • pelancongan agro – melawat ke tempat pertanian • ekopelancongan – lawatan ke tempat semula jadi/alam sekitar • aset – harta benda/wang tunai • destinasi – tempat yang ditujui Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 93 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
94 Bahan 2 Nampaknya, kawasan pelancongan di sini akan bertambah maju, Mei Ling. Beberapa buah chalet yang lebih baik akan dibina lagi di kawasan ini. Selain itu, semua prasarana sedia ada akan ditingkatkan. Tahap keselamatan juga akan diperkukuh. [30 markah] Pendahuluan Rumusan membincangkan kebaikan/manfaat/faedah ekopelancongan di negara kita dan usaha/langkah/cara untuk menaikkan imej ekopelancongan. Fokus 1 (Kebaikan ekopelancongan di negara kita) 1 Menghidupkan pelancongan yang berasaskan kepada sejarah, alam semula jadi dan budaya aslinya [B1] 2 Ekopelancongan mampu mengekalkan serta berkongsi budaya warisan tempatan [B1] 3 Mendedahkan perspektif sejarah mengenai penduduk orang asli dan persekitarannya [B1] 4 Menggalakkan komuniti setempat menghargai dan menerima faedah daripada aset budaya dan sumber semula jadi [B1] 5 Ekopelancongan mampu meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi bagi masyarakat [B1] 6 Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penduduk setempat meningkat [B1] Fokus 2 (Usaha menaikkan imej ekopelancongan) 1 Kementerian melakukan pelbagai pendekatan dan agensi-agensi tertentu berusaha menarik perhatian pelancong melawat ke tempat-tempat menarik [B1] 2 Kementerian juga berusaha memperlengkap prasarana dan pelbagai kemudahan ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong [B1] 3 Membina beberapa buah chalet yang lebih baik untuk keselesaan pengunjung [B2] 4 Meningkatkan semua prasarana yang sedia ada [B2] 5 Memperkukuh tahap/aspek keselamatan di kawasan pelancongan [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, ekopelancongan mesti dimajukan supaya dapat menjanakan ekonomi negara. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 94 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
95 Praktis 1 Baca petikan di bawah. Kenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian, lengkapkan jadual. Pelaburan emas bukanlah bermakna anda membeli emas dan menunggu pulangan bulan-bulan. Pelaburan emas yang sah ialah pelaburan yang tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Secara puratanya, tiada sistem pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan setiap hari, minggu, bulan atau tahun kepada anda. Jika ada syarikat pelaburan emas atau orang perseorangan yang memberikan surat kontrak beli emas dan menawarkan pulangan yang tetap, pulangan lumayan tanpa memberi jongkong emas atau harga emas terlalu murah, jauhilah mereka kerana berkemungkinan besar anda boleh terjebak ke dalam skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. Scammer tahap antarabangsa akan mengaburi mata orang ramai dengan istilah pelaburan emas dengan menayangkan gold bar dan dinar sambil memakai jam tangan jenama mahal dan memandu kereta mewah. Malangnya, sehingga ke hari ini, masih ada lagi kedengaran di sana-sini kes penipuan yang bertopengkan pelaburan emas dengan nilai kerugian mencecah sehingga berjuta-juta ringgit. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan terpedaya dengan janji manis pulangan 20% setiap bulan dengan melabur RM100 ribu sahaja. Modus operandi skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas atau apa-apa jua pelaburan ialah mangsa akan dibayar pada bulan pertama dan kedua sahaja. Masuk bulan ketiga dan seterusnya mulalah pemangsa menghilangkan diri dengan pejabat pun boleh kosong dalam sekelip mata tanpa memberitahu apa-apa kepada anda. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pelaburan Emas Tip Mudah Melabur dan Menyimpan Wang”, pelaburanemas.org) Praktis PBD Aspek Tatabahasa Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan SP 5.1.1 Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 95 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
96 Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk Mantap Kata Majmuk Biasa • antarabangsa • memberitahu • jongkong emas • jam tangan • janji manis • sekelip mata • modus operandi Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal Bebas Kata Tunggal daripada Golongan Kata Tugas Akronim • emas • anda • sah • pelaburan • pendapatan • dan • yang • tidak • kepada • bukanlah • purata TP Praktis 2 Hasilkan perenggan pendek dengan menggunakan kata tunggal dan kata majmuk tersebut. TP Fayyadh memberitahu bahawa dia baru sahaja membeli jam tangan yang baharu. Menurutnya, jam tangan tersebut bertatahkan emas dan dibeli daripada penjual yang sah. Dia bukanlah hendak menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawannya. Kekayaannya bukanlah diperoleh dengan sekelip mata. Beliau menyertai syarikat pelaburan antarabangsa. Fayyadh memperoleh pendapatan purata yang lumayan setiap tahun. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 96 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
97 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan amalan berjimat cermat. Huraikan pendapat anda tentang manfaat berjimat cermat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM [30 markah] Pepatah Melayu ada menyatakan, cermat semasa banyak, jimat semasa sikit. Manakala, defi nisi berjimat cermat sebagaimana dijelaskan dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat) ialah berhemat-hemat, berhati-hati (terutama dalam penggunaan wang dan lain-lain). Dalam konteks kehidupan moden, banyak perkara menuntut kita berjimat cermat selain daripada wang. Antara yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian ialah makanan, pakaian, pengangkutan dan lain-lain perkara asas kepada kehidupan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Berjimat Tanda Kita Bersyukur”, MyMetro, 29 Oktober 2021) Imbas kod QR atau layari htt ps://www.ipendidikan.my/ kebaikan-amalan-menabung.html tentang kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Laman Web Imbas Kod QR atau layari htt ps://www.bharian.com.my/ rencana/lain-lain/2021/04/805819/semai-budaya-menabunggenerasi-milenium-demi-masa-depan tentang kepen� ngan budaya menabung. Laman Web Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 97 29/9/2023 10:17:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
98 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] berjimat cermat sangat penting bagi setiap individu dan sesebuah keluarga – berjimat cermat mestilah dijadikan sebagai satu amalan bagi setiap keluarga – mempunyai banyak manfaat Isi 1 [Ayat Topik – Isi] mengurangkan perbelanjaan – [Ayat Huraian – Bagaimana] seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan akan dapat mengecilkan jumlah belanja harian, mingguan atau bulanannya – mereka akan sentiasa beringat dan merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan – mereka berusaha pula untuk menabung daripada lebihan pendapatan – [Ayat Contoh – Di mana] menabung sendiri atau menyimpan wang di institusi kewangan – [Ayat Kesan – Kebaikan] mempunyai duit tabungan – sekiranya menyimpan wang di institusi kewangan, wang akan bertambah kerana adanya dividen dan bonus – [Ungkapan Menarik] sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Isi 2 [Ayat Topik – Isi] mempunyai simpanan – [Ayat Huraian – Mengapa] wang simpanan dapat digunakan pada masa depan – dimanfaatkan pada masa kecemasan – [Ayat Kesan – Kebaikan] tidak perlu berhutang dengan saudara-mara, adik-beradik dan rakan-rakan – boleh memiliki apa-apa yang diingini – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, membeli rumah, kenderaan dan lain-lain – [Ungkapan Menarik] sediakan payung sebelum hujan Isi 3 [Ayat Topik – Isi] membantu meningkatkan ekonomi negara – berjimat cermat mampu membantu kedudukan ekonomi sesebuah negara – [Ayat Huraian – Bagaimana] orang yang berjimat cermat akan mempunyai simpanan dan wang simpanan boleh membantu negara menjalankan pelbagai jenis perniagaan – [Ayat Kesan – Kebaikan] negara boleh mengelak hutang daripada negara-negara luar kerana penduduk tempatan membuat simpanan di dalam bank yang terdapat di dalam negara Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] berjimat cermat mestilah dijadikan sebagai satu amalan yang berterusan – tegasnya sikap suka berjimat cermat mestilah dididik sejak seseorang itu masih kecil lagi – [Ungkapan Menarik] melentur buluh biarlah waktu rebungnya Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 98 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
99 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kesan pandemik COVID-19 yang melanda negara, perniagaan dalam talian menjadi penyelamat bidang perniagaan di negara kita. Demi meneruskan perniagaan, pelbagai bentuk perniagaan seperti makanan, pakaian serta barangan kraf tangan diniagakan menerusi media sosial. Dalam soal ini, bagi meningkatkan kebolehpasaran, golongan belia perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran buruh. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ekonomi Malaysia Pulih Awal 2021” Berita Harian, 24 Disember 2020) [8 markah] Kata tunggal: (i) bidang (ii) belia Kata majmuk: (i) kraf tangan (ii) kebolehpasaran Ayat (Kata tunggal): (i) Setiap bidang yang diceburi oleh golongan remaja pada masa ini akan menentukan hala tuju mereka pada masa depan. (ii) Golongan belia disarankan agar tidak memilih pekerjaan kerana sikap ini akan menambahkan kadar pengangguran di negara kita. Ayat (Kata majmuk): (i) Hasil kraf tangan yang dikeluarkan oleh penduduk di desa itu mendapat sambutan daripada orang ramai. (ii) Bidang kemahiran sangat penting bagi setiap lepasan sekolah kerana hal ini menentukan kebolehpasaran mereka dalam bidang pekerjaan. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 99 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
100 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Persepektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di luar tarikan keindahan alam semulajadi. Strategi ini memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produks pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan tentang pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil dan keselamatan yang terjamin menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta pelancong asing pada saban tahun pembuktian bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan. [6 markah] Bahan 2 Dalam keadaan ekonomi di hari ini yang tidak memberansangkan, keutamaan perlu pengguna berikan terhadap barangan tempatan. Oleh itu, tindakan ini dapat mengurang kebergantungan negara terhadap barangan import. Sudah tentu tindakan ini juga tidak merugikan pengguna kerana barangan tempatan turut menjanjikan mutu yang dapat dibanggakan, bahkan langkah ini berupaya untuk membantu negara menjana pendapatan. [5 markah] Bahan 1: (i) persepektif – perspektif (ii) semulajadi – semula jadi (iii) memberi – memberikan (iv) produks – produk (v) tentang – terhadap (vi) pembuktian – membuktikan Bahan 2: (i) di hari ini – pada hari ini (ii) memberansangkan – memberangsangkan (iii) pengguna berikan – diberikan oleh pengguna (iv) mengurang – mengurangkan (v) menjana – menjanakan Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 100 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
101 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka sabda sultan, “Hai segala kamu pendekar, lawanlah olehmu hulubalangku ini dan pendekarku ini.” Maka segala pendekar itu pun berdiam dirinya, lalulah ia kembali ke kapalnya dengan malunya menunduk kepalanya, lalulah ia belayar. Maka sultan pun bersabda kepada Tun Beraim Bapa, “Hai nyawa bapa dan cahaya mata bapa. Bawalah olehmu orang di hulu sungai itu sertamu.” Maka sultan pun berangkat ke istananya. Maka Tun Beraim Bapa pun kembalilah membawa orang ke hulu sungai itu dengan segala gurunya dan mamaknya dan segala abangnya itu ke Tukas dengan senda-guraunya dan diperjamunya makan minum sekalian mereka itu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kepahlawanan Tun Beraim Bapa” dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Sultan bertitah sambil mencabar semua pendekar agar menentang semua hulubalang dan pendekarnya. Mereka tidak menyahut cabaran itu lantas beredar ke kapal sambil menunduk kepala kerana malu dan terus belayar. Sultan pun bertitah kepada anak kesayangannya, Tun Beraim Bapa agar membawa bersama-samanya orang di hulu sungai itu. Selepas itu, sultan pun masuk semula ke istana. Tun Beraim Bapa kembali semula membawa orang hulu sungai itu, gurunya, bendahara dan lain-lain ke Tukas dengan gembira dan dihidangkan makan minum kepada mereka. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sikap toleransi dan kerjasama dalam kalangan rakyat amat penting kepada sesebuah negara. Sikap tersebut jika diamalkan boleh membangunkan negara ke arah kecemerlangan dan sebaliknya akan hancur jika diabaikan. Rakyat tidak sepatutnya mengutamakan hal-hal persendirian apabila negara berhadapan dengan masalah tanpa berusaha untuk menanganinya. Situasi begini sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa tetapi semua pihak akan kehilangan segala-galanya yang telah dimiliki kerana terlalu mengejar sesuatu yang diingini. [6 markah] (i) Bagai aur dengan tebing (ii) Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (iii) Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 101 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
102 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafi z masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu …,”sebak menyendat di dadanya. (Dipetik daripada cerpen “Gerhana Manusia” oleh Aminah Mokhtar dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Gurindam 12 Fasal yang Keenam Cari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan setiap seteru. Cari olehmu kawan bermaruah, Yang boleh mendermakan darah. Pada mereka yang baik hati, Darah selamatkan ibu dan bayi. (Dipetik dan diubah suai daripada antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) Bahan 3 Pantun Wahai kawan, wahai rakan, Hulurkan sumbangan amat bermakna; Tabung darah kita penuhkan, Agar menjadi rakyat berguna. Wahai tuan para bangsawan, Murahkan hati lagi dermawan; Pesakit kronik perlukan bantuan, Sudilah kiranya darah disalurkan. Praktis Ekstra Untuk tujuan pembelajaran Praktis Ekstra 7 Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Pemahaman (Pe� kan Sastera) Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 102 26/9/2023 5:12:38 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
103 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud nyawa-nyawa ikan. [2 markah] [Maksud] ... hampir mati (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan individu yang amat memerlukan sumbangan darah tersebut. [3 markah] [Siapa] … mangsa kemalangan yang cedera parah atau tenat/... bayi yang dibuang/ … gadis yang dibelasah hampir mati/... mahasiswa leukemia/... pesakit kronik/... ibu yang melahirkan bayi (iii) Kempen menderma darah didapati kurang mendapat sambutan daripada masyarakat di negara ini. Pada pendapat anda, mengapakah situasi ini terjadi? KBAT Menilai [4 markah] [Sebab] ... masyarakat kurang kesedaran kebaikan menderma darah/... kekangan agama, bangsa atau etnik/... kempen lebih tertumpu di bandar sahaja/... kempen tidak dilakukan pada sepanjang masa (iv) Pada suatu pagi, anda berpeluang untuk menghadiri program menderma darah yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anda. Ramai ibu bapa dan guru hadir untuk menderma darah. Namun begitu, tidak semua daripada mereka dibenarkan berbuat demikian. Sebagai seorang murid yang prihatin, apakah kriteria-kriteria yang melayakkan seseorang itu menderma darah? KBAT Menilai [4 markah] [Kriteria] ... sihat tubuh badan/ ...tidak terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi atau seks bebas/... wanita yang tidak mengandung atau menyusu anak/... berumur antara 18 hingga 65 tahun/... berat badan 45 kilogram ke atas/... tiada masalah kesihatan Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 103 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
104 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Ramai yang bimbang tidak mempunyai wang yang cukup apabila pendapatan yang diterima tidak begitu tinggi. Bagi yang kaya-raya juga turut bimbang jika wang yang diperoleh masih tidak mampu memenuhi keinginan yang besar-besar atau mewah dan wang tidak juga mencukupi atau tidak pernah berpuas hati dengan wang yang diperoleh walaupun banyak. Oleh hal yang demikian, pengurusan kewangan sangat penting supaya seseorang itu tidak menanggung bebanan pada suatu masa nanti. Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Oleh itu, seseorang itu mestilah memulakannya dengan matlamat paling jauh. Apabila seseorang itu mempunyai satu pandangan jauh, mereka telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya walaupun banyak halangannya. Sikap boros boleh menyebabkan seseorang itu sukar mengurus kewangannya. Selain itu, tawaran jualan oleh premis-premis perniagaan menyukarkan seseorang itu untuk mengurus kewangan mereka dengan bijak malah ada yang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Oleh hal yang demikian, seseorang itu mestilah mempunyai pendapatan yang mencukupi. Jika seseorang itu tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, maka sukar untuk mempunyai simpanan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Dalam pada itu, seseorang itu mestilah menjadikan budaya menyimpan sebagai langkah pengurusan kewangan yang bijak. Sekiranya seseorang itu membelanjakan semua pendapatan terlebih dahulu dan jika disimpan apabila ada lebihan wang, tindakan itu dianggap tidak baik dalam pengurusan kewangan. Oleh hal yang demikian, seseorang itu mestilah menabung terlebih dahulu sebelum membelanjakan wang yang diperoleh pada setiap bulan. Tidak dinafikan bahawa seseorang itu mestilah menyusun keutamaan perbelanjaan, iaitu bermula dengan keperluan-keperluan asas hidup seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Simpanan yang dilakukan itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Di sebaliknya juga, menabung boleh mengelak amalan berhutang yang sudah tentu menambah bebanan kerana asyik memikirkan hutang pada setiap masa. Tujuan pelaburan adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita. Pengurusan kewangan yang bijak sudah tentu boleh menjamin masa depan seseorang di samping tidak tertekan dengan pelbagai masalah dalam dunia yang semakin mencabar ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “8 Langkah Mengurus Kewangan dengan Bijak dan Sistematik”, www.majalah labur.com, 25 Jun 2018) • bebanan – tanggungan • kos sara hidup – biaya atau kos menjalani kehidupan • pelaburan – membeli saham Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 104 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
105 Bahan 2 Berjimat Amalan Mulia Burung tiak di pohon pinang, Singgah berehat di dahan kemboja; Wang banyak hati senang, Kalau berjimat semasa berbelanja. Luka di tangan terasa sakit, Pedih rasa terkena embun; Sekarang simpan sedikit-sedikit, Lama-lama jadi bertimbun. Buah berangan di dalam raga, Buah sintang di balik dahan; Rancang kewangan bersama keluarga, Elak hutang tiada bebanan. Buah berembang buah pedada, Rumpun serai di tepi pandan; Simpanlah wang semasa ada, Jika diabai merana badan. [30 markah] Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kaedah/cara mengurus kewangan dan halangan/kekangan bagi seseorang itu mengurus kewangannya. Fokus 1 (Kaedah mengurus kewangan) 1 Mempunyai matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang [B1] 2 Seseorang itu mestilah mempunyai pendapatan yang mencukupi [B1] 3 Menjadikan budaya menyimpan wang sebagai langkah pengurusan kewangan bijak [B1] 4 Mestilah menabung terlebih dahulu sebelum membelanjakan wang yang diperoleh pada setiap bulan [B1] 5 Seseorang itu mestilah menyusun keutamaan perbelanjaan, iaitu bermula dengan keperluan-keperluan asas hidup [B1] 6 Berjimat ketika berbelanja [B2] 7 Menyimpan sedikit-sedikit, lama-kelamaan akan bertambah [B2] 8 Merancang perbelanjaan dengan bijak untuk mengelakkan berhutang [B2] Fokus 2 (Halangan bagi seseorang itu mengurus kewangan) 1 Sikap boros berbelanja [B1] 2 Mudah terpengaruh dengan rakan serta mahu menunjuk-nunjuk [B1] 3 Seseorang itu mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran jualan [B1] Kesimpulan Kesimpulannya, pengurusan kewangan mesti lakukan dengan bijak supaya hidup seseorang itu tidak dibebani dengan masalah pada kemudian hari. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 105 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
106 Persembahkan gurindam di bawah dengan nada dan intonasi yang menarik. Kemudian, lengkapkan grafik dengan maksud yang sesuai. Gurindam Memelihara Alam Sekitar Jika buangan tidak dilontar, Itu cinta akan alam sekitar. Pohon hijau di taman kota, Bertambahlah seri laman kita. Indahkan alam, dedaunan hijau, Boleh mengubat hati yang kacau. Sambutlah seruan kitar semula, Di dalam hati haruslah rela. Alam menghijau membawa tenang, Gundah gulana kembali girang. Bungaan di taman penghias mata, Gembira di hati tidak terkata. Ain Najwa Abdullah (1) Tidak membuang sampah di merata-rata tempat kerana sayang akan alam sekitar Jika buangan tidak dilontar, Itu cinta akan alam sekitar. (4) Mengamalkan aktiviti kitar semula Sambutlah seruan kitar semula, Di dalam hati haruslah rela. (2) Menanam pokok-pokok di taman perumahan akan menambahkan keindahan Pohon hijau di taman kota, Bertambahlah seri laman kita. (5) Alam yang menghijau dapat menghidupkan suasana ceria dalam kehidupan Alam menghijau membawa tenang, Gundah gulana kembali girang. (3) Menanam pokok-pokok yang berdaun hijau dan mendamaikan jiwa Indahkan alam, dedaunan hijau, Boleh mengubat hati yang kacau. (6) Bunga-bunga di taman dapat menggembirakan hati Bungaan di taman penghias mata, Gembira di hati tidak terkata. Praktis PBD Aspek Seni Bahasa Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau SP 4.4.2 Mempersembahkan seloka dan gurindam dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif. TP Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 106 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
107 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan agropelancongan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan agropelancongan di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Agropelancongan merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini ialah lawatan ke dusun buahbuahan dan ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Agensi utama yang membangunkan agropelancongan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sementara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya membantu dari aspek promosi. (Dipetik dan diubah suai daripada http://www.motac.gov.my/program/pelancongan/agropelancongan) [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 107 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
108 Praktis Ekstra Untuk tujuan pembelajaran Praktis Ekstra 8 Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Karangan Respons Terhad Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] agropelancongan merupakan satu bidang pelancongan yang sudah lama diterokai – berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan – menjadi satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara Isi 1 [Ayat Topik – Isi] memberikan pengalaman baharu kepada pelancong – [Ayat Huraian – Apa] pelancong berpeluang untuk menyertai aktiviti baharu – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, mereka dapat melihat sendiri cara menternak binatang, memetik buah-buahan di dusun, memberikan makanan kepada ternakan dan lain-lain Isi 2 [Ayat Topik – Isi] meningkatkan ekonomi – [Ayat Huraian – Bagaimana] agropelancongan berkonsepkan aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan perikanan, pertanian dan perladangan – [Ungkapan Menarik] sambil menyelam minum air – hasilnya boleh menyumbang kepada ekonomi negara – boleh dieksport ke luar negara – selain pengusaha, kerajaan juga memperoleh cukai daripada aktiviti tersebut Isi 3 [Ayat Topik – Isi] peluang pekerjaan – [Ayat Huraian – Bagaimana] membuka peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar – pelbagai jenis peluang pekerjaan diwujudkan selain melahirkan usahawan – [Ayat Kesan – Kebaikan] pengusaha chalet dan homestay untuk pelancong Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] agropelancongan mesti dipergiat kerana mendatangkan pelbagai manfaat kepada individu, masyarakat dan negara – kerjasama [Ungkapan Menarik] bagai aur dengan tebing antara semua pihak untuk memajukannya Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 108 26/9/2023 5:12:38 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
109 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Setiap tahun kita menyambut Hari Alam Sekitar pada setiap 5 Jun. Sambutan yang diadakan di seluruh dunia ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta tindakan dan pelibatan mereka terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada alam sekitar. Walaupun disambut dengan tema yang berbeza pada setiap tahun, namun tujuannya hanyalah untuk melestarikan alam sekitar daripada terjejas atau musnah akibat perlakuan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Alam Sekitar” Bernama, 12 Jun 2020) [6 markah] Kata terbitan: (i) kesedaran (ii) perubahan (iii) disambut Ayat: (i) Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran melindungi alam sekitar supaya tidak mendatangkan pelbagai implikasi. (ii) Perubahan zaman menyebabkan pelbagai maklumat dapat dicapai oleh seseorang dengan mudah dan cepat. (iii) Hari Raya Aidilfitri disambut secara sederhana pada tahun ini kerana kegawatan ekonomi. Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat-ayat tunggal supaya menjadi tiga ayat majmuk. Teknologi hijau diharapkan dapat membantu dalam mencari ketidakbergantungan tenaga. Teknologi hijau mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi ini boleh menjanakan tenaga dalam pelbagai keadaan. Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan pada bulan Julai 2009. Dasar Teknologi Hijau Negara memacu pertumbuhan ekonomi negara. Dasar Teknologi Hijau Negara menjanakan pembangunan yang mampan. Kerajaan menyediakan dana sebanyak RM20 juta. Dana itu memperhebat usaha memupuk kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran. Rakyat mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 109 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
110 Teknologi hijau diharapkan dapat membantu dalam mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara serta boleh menjanakan tenaga dalam pelbagai keadaan. Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan pada Julai 2009 untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjanakan pembangunan yang mampan. Kerajaan menyediakan dana sebanyak RM20 juta untuk memperhebat usaha memupuk kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran supaya rakyat mengamalkan budaya hidup mesra alam. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Sektor pelancongan kesihatan di Malaysia mencatit pertumbuhan pesat sejak kira-kira sedekat yang lalu. Industri ini bukan sahaja membuka banyak peluang perkerjaan malah merupakan satu sumber ekonomik baharu negara yang dapat menjanakan keuntungan lumayan. Industri pelancongan kesihatan berprestasi besar untuk berkembang pasal negara kita menawarkan pelbagai khidmat rawatan di hospital-hospital swasta dengan mengenakan bayarkan yang amat kompetitif berbanding dengan negara-negara lain. Lantaran itu, tumpuan untuk memajukan pelancongan kesihatan ini diberikan perhatian serios selepas melihat wujudnya senario baru apabila kehadiran pelancong mendapatkan rawatan di hospital swasta meningkat samada oleh kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. Kerajaan mengadakan perbincangan dengan pengendalian hospital supaya dapat menarik lebih banyak pelancong datang ke sini untuk mendapatkan rawatan sambil melawat sekitar lokasi yang menarik. Dengan lain kata, pelbagai langkah diperkenalkan bagi meningkatkan pelancongan kesihatan di negara ini. [13 markah] (i) mencatit – mencatat (ii) sedekat – sedekad (iii) perkerjaan – pekerjaan (iv) ekonomik – ekonomi (v) berprestasi – berpotensi (vi) pasal – kerana (vii) bayarkan – bayaran (viii) serios – serius (ix) baru – baharu (x) samada – sama ada (xi) pengendalian – pengendali (xii) sekitar lokasi – lokasi sekitar (xiii) Dengan lain kata – Dengan kata lain Praktis Ekstra Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Sintaksis) Praktis Ekstra 9 Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 110 26/9/2023 5:12:39 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
111 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Hatta dengan demikian maka Laksamana pun sampailah ke Balai Gendang. Maka Laksamana berhenti di Balai Gendang mendengar bunyi rebana itu terlalu ramai, Si Jebat makan minum dengan segala isi istana. Setelah dilihatnya hampir tengah hari, maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampai ketikanya maka Laksamana pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke dalam pagar lalu berdiri di tengah halaman istana itu. (Dipetik daripada “Pertarungan Tuah Jebat” dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Sebaik-baik sahaja Laksamana sampai ke Balai Gendang, dia terkejut apabila mendengar bunyi gendang dan rebana yang sangat banyak dan dia berhenti seketika lalu didapatinya Si Jebat sedang makan dan minum dengan segala isi istana. Apabila hampir tengah hari, Laksamana mendengar bunyi rebana dan redap itu berhenti dan digantikan dengan bunyi rebana kecil menandakan Si Jebat sedang tidur. Apabila mendapati masa yang sesuai, Laksamana pun turun dari Balai Gendang itu lalu masuk ke pagar dan berdiri di tengah halaman itu. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Aisyah suka (i) ketika bekerja dengan melayari laman sosial di pejabat, terutama ketika ketuanya tiada di pejabat. Dia hanya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh apabila disuruh dan diawasi oleh ketuanya. Setiap kali diarah oleh ketuanya, barulah dia akan melakukan kerja tersebut. Sikapnya itu tidak ubah (ii) . Sudah puas rakan-rakan sepejabatnya memberikan nasihat dan teguran namun tidak pernah diendahkannya. [4 markah] (i) curi tulang (ii) seperti pahat dengan penukul Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 111 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
112 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Mengikut Indeks Keamanan Global 2012, Malaysia berada pada kedudukan 20 daripada 162 buah negara yang diukur daripada kestabilan politik, keamanan dan keharmonian hubungan etnik. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, terdapat pandangan bahawa wujud polarisasi kaum di negara ini sehingga terdapat usaha untuk melaksanakan perdamaian atau perpaduan nasional. Dalam hal ini, bahasa Melayu mampu berperanan sebagai wahana simbolik nasionalisme yang paling berkesan. Bahasa kebangsaan amat penting kepada sesebuah negara bangsa seperti Malaysia. Negara yang tidak mempunyai bahasa kebangsaan merupakan negara yang tiada jiwa dan roh. Negara tersebut juga tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian. Negara itu pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menyatukan penduduknya. Justeru, bahasa Melayu berjaya memainkan alat komunikasi utama, selain sebagai wadah yang mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam pelbagai bidang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia”, Dewan Bahasa, Julai 2017) Bahan 2 Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama lebih setengah abad, Malaysia masih lagi dalam proses membentuk keperibadiannya sebagai satu bangsa. Dalam konteks ini, bahasa Melayu berperanan sebagai wadah untuk memupuk semangat kecintaan terhadap negara. Bahasa Melayu juga menentukan ketahanan dan kemandirian bangsa Malaysia kita. Malah, bahasa Melayu berjaya meruntuhkan tembok psikologi dan minda prejudis, diskriminasi, semangat kenegerian, kewilayahan dan perkauman. Sejak kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, bahasa Melayu telah disebarluaskan melalui pelbagai dasar dan aktiviti seperti pendidikan, media massa, politik, sosial, budaya dan ekonomi sehingga memungkinkan peningkatan dari segi jumlah pengguna dan keberkesanan penggunaannya. Implikasinya, perpaduan, kesejahteraan dan ketinggian maruah rakyat, lebih-lebih lagi dalam proses pembinaan satu bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat direalisasikan. (Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Malaysia, Julai 2017) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud wahana simbolik nasionalisme. [2 markah] [Maksud] … saluran melambangkan semangat kebangsaan (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan ketara antara negara yang mempunyai bahasa kebangsaan dengan negara yang tidak mempunyai bahasa kebangsaan. [3 markah] [Perbezaan] Perbezaan: Bahan 1: … negara yang tidak ada bahasa kebangsaan tiada jiwa dan roh/… tiada peribadi dan keperibadian/… menghadapi masalah untuk menyatukan penduduk Bahan 2: negara yang ada bahasa kebangsaan sebagai wadah memupuk semangat cinta akan negara/ menentukan ketahanan dan kemandirian bangsa/alat pengisi kemerdekaan Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 112 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
113 (iii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sering dipinggirkan penggunaannya dalam kehidupan seharian oleh segelintir anggota masyarakat. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? KBAT Menilai [3 markah] [Sebab] … penggunaan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa/… sudah terpengaruh dengan bahasa asing/… masyarakat majmuk lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka/… kempen mendaulatkan bahasa Melayu kurang berkesan (iv) Kumpulan anda diminta untuk menyenaraikan langkah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] … bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi/… semua agensi kerajaan dan swasta wajib menggunakan bahasa Melayu/… pengajian bahasa Melayu diperkenalkan di universiti antarabangsa/… papan iklan wajib guna bahasa Melayu sahaja/… penerbitan buku dalam bahasa Melayu diperbanyak Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Ah, gila! Gila!” Zahid menggeleng. “Eda berubah hati, pasti, ” Zahid meluahkan kesangsiannya. “Jangan melulu Zahid, tunggulah sedikit hari lagi, pasti dia muncul, “Aiman merenung anak mata Zahid sambil tangan menggapai gelas besar teh tarik di atas meja bulat yang dihuni kedua-duanya sejak lebih sejam. Aiman menyorot wajah gelisah Zahid. Dia terlalu sayang akan Waheeda, mana mungkin dia lari daripadanya. Namun, dia tidak dapat menyembunyikan kesangsian yang mula berakar di benaknya. Beberapa persoalan berputar dan mengibas pada skrin mindanya. “Eda sudah berubah hati. Aku teringat bagaimana melayani dia, Halloway juga.” Dia mengimbas ingatan bagaimana mesranya Ketua Pengawai Eksekutif itu berjalan bergandingan bahu dengan Waheeda semasa melangkah keluar dari restoran selepas makan. Itukah yang dilakukan oleh Eda setiap hari? Kenapa mesti sentiasa bersama-sama? Hatinya mula bermengkal. Perasaan cemburu mula menyelinap di lubuk hati. Tidak pernah dia dipermainkan wanita dalam hidupnya. “Aku telefon dia tak jawab. Kalau engkau dalam keadaan aku, apa engkau rasa?” Zahid mengecilkan mata melihat reaksi Aiman. Dia hanya menggelenggelengkan kepala. (Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan alasan-alasan yang diberikan oleh Zahid kononnya Waheeda sudah berubah hati terhadap dirinya. [4 markah] [Alasan] … menghilangkan diri atau tidak muncul/… ada hubungan mesra dengan ketua pengawai eksekutif/ … berjalan bergandingan bahu semasa keluar dari restoran/… sentiasa bersama-sama/… tidak menjawab panggilan telefon Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 113 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
114 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa bahagian klimaks penceritaan bagi novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 23 – 24) Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Langkah tersebut dilakukan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan penipisan lapisan ozon. Kajian menunjukkan bahawa lapisan ozon yang menipis menyebabkan fenomena perubahan cuaca serta bencana alam. Justeru, teknologi hijau dilakukan sebagai usaha menjimatkan pembakaran bahan api untuk tenaga dan menggalakkan penggunaan sumber asli lain seperti tenaga solar, hidroelektrik dan sebagainya bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Teknologi hijau juga merupakan usaha mencari ketidakbergantungan tenaga pada satu sumber. Kebanyakan bahan bakar kenderaan sekarang bergantung pada petrol semata-mata. Teknologi akan datang memajukan potensi penggunaan solar atau elektrik untuk kenderaan atau perkilangan. Sumber tenaga hijau ini dikatakan kurang memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Sebagai contoh, penambahbaikan enjin kenderaan atau penggunaan pemangkin dapat meningkatkan kecekapan pembakaran minyak dalam kenderaan sebagai usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara. Langkah meningkatkan kecekapan pembakaran bahan api ini dapat meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 114 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
115 Bahan 2 Melaksanakan program kesedaran amalan hijau Mengenakan syaratsyarat pembangunan meningkatkan budaya teknologi hijau Menggalakkan masyarakat membuat kebun bandar atau kebun komuniti Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau di peringkat kebangsaan dan negeri Langkah-langkah Membudayakan Teknologi Hijau (Masyarakat Umum) [30 markah] Teknologi hijau secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan pembangunan sosial. Tegasnya, selain berusaha untuk meningkatkan kecekapan teknologi melalui penciptaan peralatan, usaha ini disertai dengan langkah menanam kesedaran kepada orang ramai terhadap usaha pelestarian alam sekitar. Sikap masyarakat yang membuang sisa toksik ke dalam sungai sebagai contoh tidak seiring dengan usaha pembangunan dan pembudayaan teknologi hijau. Malah, pembangunan teknologi hijau sebenarnya mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk kos merawat setiap pencemaran yang berlaku. Pihak berwajib yang menyedari kepentingan pelestarian alam sekitar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk merawat pencemaran agar tidak menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat setempat dan dunia keseluruhannya. Langkah meningkatkan kualiti hidup memberikan kesan terhadap penggunaan teknologi hijau. Pengaplikasian teknologi hijau ini dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia. Langkah ini dapat dicapai melalui komitmen masyarakat sejagat untuk memastikan dunia ini merupakan tempat yang paling selamat untuk didiami. Kesedaran ini ditanam melalui pendidikan dengan penjelasan tentang tonggak yang menjadi dasar teknologi hijau kepada murid. Negara-negara maju atau negara perindustrian khususnya yang menjadi penyumbang besar pencemaran alam diseru agar lebih memberikan komitmen dalam hal ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau”, Dewan Siswa, Ogos 2014) • fenomena – sesuatu kenyataan atau kejadian • potensi – kemampuan • meminimumkan – mengurangkan • pelestarian – perlindungan daripada kemusnahan • komitmen – sokongan Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 115 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
116 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kepentingan/manfaat teknologi hijau dan langkah-langkah membudayakan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat. Fokus 1 (Kepentingan teknologi hijau) 1 Menjimatkan pembakaran bahan api untuk tenaga [B1] 2 Menggalakkan penggunaan sumber asli lain [B1] 3 Mencari ketidakbergantungan tenaga pada satu sumber [B1] 4 Meningkatkan pembangunan ekonomi negara [B1] 5 Mengurangkan perbelanjaan untuk kos merawat setiap pencemaran yang berlaku [B1] 6 Menjamin kesejahteraan hidup manusia [B1] Fokus 2 (Langkah-langkah membudayakan teknologi hijau) 1 Menanam kesedaran kepada orang ramai terhadap usaha pelestarian alam sekitar [B1] 2 Komitmen masyarakat memastikan dunia ini tempat yang selamat [B1] 3 Menjelaskan kepada murid tentang dasar teknologi hijau [B1] 4 Melaksanakan program kesedaran amalan hijau [B2] 5 Mengenakan syarat-syarat pembangunan meningkatkan budaya teknologi hijau [B2] 6 Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau di peringkat kebangsaan dan negeri [B2] 7 Menggalakkan masyarakat membuat kebun bandar atau kebun komuniti [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, bidang teknologi hijau serta sains dan teknologi perlu digalakkan supaya negara bertambah maju. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 116 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
117 Berdasarkan maklumat di bawah, berbuallah dengan rakan anda tentang masalah dalam penggunaan e-dompet dengan memberikan maklum balas dalam bentuk idea baharu secara bertatasusila. Masalah Penggunaan e-dompet Lagi banyak e-dompet, lagi banyak berbelanja Risiko pendedahan maklumat peribadi Risiko kegagalan e-dompet Tidak dapat digunakan di semua tempat Praktis PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita SP 1.4.1 Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila. i-THINK Peta Buih Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 117 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
118 Sarah : Wah, banyaknya awak berbelanja! Tadi saya lihat awak membuat pembayaran dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Diana : Ya, Sarah. Saya membuat pembayaran dengan menggunakan e-dompet. Sarah : Oh, begitu. Adakah e-dompet selamat digunakan? Diana : (1) Kadang-kadang saya berasa risau juga. Maklumlah, semua maklumat peribadi saya tersimpan di dalam telefon pintar ini. Jika telefon saya hilang, tentulah e-dompet saya dapat digunakan oleh orang lain. Maklumat peribadi saya juga akan didedahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sarah : Masalah ini tentu dapat diatasi oleh pihak bank. Mereka sepatutnya meningkatkan sistem keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan. Kita juga boleh meningkatkan keselamatan telefon pintar dengan mengikuti arahan yang terdapat dalam telefon pintar kita. Diana : Betul, Sarah. Saya bersetuju dengan awak. Sarah : Diana, pastikan jangan banyak memuat turun aplikasi e-dompet. Hal ini kerana (2) lagi banyak kita mempunyai aplikasi e-dompet, lagi banyaklah kita berbelanja. Saya berharap agar pihak kerajaan akan mengehadkan jumlah aplikasi e-dompet untuk seseorang pengguna itu. Diana : Walaupun saya mempunyai beberapa aplikasi e-dompet, saya tetap perlu menyediakan wang tunai. Hal ini kerana (3) e-dompet tidak dapat digunakan di semua tempat seperti di kampung yang tidak ada capaian Internet. Jadi, pada pendapat saya, kerajaan perlu meningkatkan keupayaan capaian Internet di kawasan luar bandar. Sarah : Betul juga tu. Diana, bagaimanakah pula jika e-dompet gagal berfungsi? Diana : (4) Kita sepatutnya menggunakan beberapa aplikasi e-dompet yang popular. Sekiranya satu gagal berfungsi, aplikasi yang lain masih lagi boleh digunakan. Sarah : Bijaknya awak. Eh, hari sudah petang, saya perlu pulang. Jumpa lagi, Diana. Diana : Jumpa lagi, Sarah. TP Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 118 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
119 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan kes jenayah yang berlaku di kawasan kediaman anda. Anda dikehendaki menyambung surat di bawah. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Danial: Esok akan diadakan perjumpaan untuk semua penduduk di kawasan ini. Marilah kita turut serta, Farid. Farid: Apakah tujuan perjumpaan itu? Danial: Tujuannya adalah untuk membincangkan soal keselamatan di tempat kita. Kes jenayah semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Farid: Baiklah. Kita sepatutnya saling bekerjasama demi memastikan keselamatan di kawasan ini terjamin. Ahmad bin Abdul Hamid, 18/2A, Taman Sentosa, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Ketua Balai, Balai Polis Daerah Jitra, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. 10 JANUARI 20___ Tuan, Kes Jenayah di Taman Sentosa Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan. 2. Saya seperti nama dan alamat di atas, mewakili penduduk di Taman Sentosa ingin memaklumkan bahawa kes jenayah sering berlaku di kawasan kediaman kami sejak akhir-akhir ini. Saya mendapati kes jenayah ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 119 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
120 Pendahuluan format surat kiriman rasmi Isi 1 [Ayat Topik – Isi] tiada kawalan keselamatan – [Ayat Huraian – Apa] tidak ada unit keselamatan dalam kalangan penduduk yang membuat rondaan atau kawalan – [Ayat Contoh – Siapa] contohnya, RELA – suatu masa dahulu unit ini membantu menjaga keselamatan di kawasan kejiranan – [Ayat Kesan – Keburukan] tanpa kawalan keselamatan, penjenayah semakin mudah melakukan jenayah Isi 2 [Ayat Topik – Isi] tiada kerjasama yang baik antara penduduk – [Ayat Huraian – Bagaimana] ikatan kejiranan dalam kalangan penduduk tidak begitu baik – ikatan kejiranan nipis seperti kulit bawang – mementingkan diri sendiri – tidak peka terhadap masalah di persekitaran – hidup mementingkan diri [Ungkapan Menarik] bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Isi 3 [Ayat Topik – Isi] sikap penduduk yang leka – [Ayat Huraian – Bagaimana] tidak mementingkan aspek keselamatan di kediaman masing-masing – memberikan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah – [Ayat Kesan – Keburukan] kini, kawasan kediaman dibanjiri oleh pendatang asing – beberapa buah rumah disewa oleh pekerja asing – ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan – disyaki menjadi penjenayah kerana kelihatan mencurigakan Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] mengucapkan terima kasih dan berharap agar aduan ini mendapat perhatian dan tindakan Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 120 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
121 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata akronim untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Orang ramai mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memperketat undang-undang ke atas pemandu mabuk kerana banyak kes kemalangan membabitkan golongan itu sejak akhir-akhir ini. Dalam soal ini, Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merealisasikan cadangan tersebut dengan mengambil pelbagai perkara termasuk pandangan orang ramai. (Dipetik dan diubah suai daripada “Hukuman Berat Pemandu Mabuk Tepat pada Masanya” Berita Harian, 15 Julai 2020) [8 markah] Kata ganda: (i) mengalu-alukan (ii) akhir-akhir Kata akronim: (i) JPJ (ii) PDRM Ayat (Kata ganda): (i) Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu pada minggu lepas. (ii) Sejak akhir-akhir ini, jenayah ragut semakin berleluasa dan membimbangkan banyak pihak. Ayat (Kata akronim): (i) Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ sedang mengesan beberapa buah kenderaan yang melakukan kesalahan membawa muatan lebih di kawasan itu. (ii) Polis Diraja Malaysia atau PDRM sentiasa memantau individu yang baru dibebaskan daripada penjara supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah semula. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 121 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
122 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan pelbagai kes pesakit kronik. Pesakit kronik merayu orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan. Hal ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera. Mereka meminta bantuan daripada pihak tertentu melalui media elektronik atau media cetak. Ramai dermawan memberikan sumbangan kemanusiaan. Hal ini amat membanggakan. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik. Oleh itu, adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit-pesakit kronik ini mendapatkan bantuan kewangan. [6 markah] (i) Orang ramai dirayu oleh pesakit kronik supaya memberikan bantuan kewangan. (ii) Bantuan diminta oleh mereka daripada pihak tertentu melalui media elektronik atau media cetak. (iii) Sumbangan kemanusiaan diberikan oleh ramai dermawan. Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Sebenarnya, pasaran produk halal bukan sahaja terhad kepada negara Islam dan penduduk muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin meluas di dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Hal ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap produk halal yang sinonim dengan produk yang selamat, berkasiat dan suci. Justeru, peluang yang luas untuk pemasaran produk halal seharusnya direbut oleh para-para usahawan, terutamanya usahawan Muslim di setiap dunia. [6 markah] Bahan 2 Usahawan bumiputera Muslim perlu berebut peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran halal global yang kini diminati oleh masyarakat bukan islam. Pertambahan masyarakat Islam di negara-negara Eropah memberikan penunjuk positif kepada peluang pasaran produk halal yang semakin mengembang. Peluang itu perlu direbut oleh setiap usahawan kerana negara tersebut kini sedang menerajukan pengeluaran produk halal. [5 markah] Bahan 1: (i) muslim – Muslim (ii) di dalam kalangan – dalam kalangan (iii) berkasiat – berkhasiat (iv) pemasaran – pasaran (v) para-para usahawan – para usahawan (vi) di setiap dunia – di seluruh dunia Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 122 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
123 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Adapun hulubalangnya ada dua orang, seorang bernama Dikar Kilat dan seorang Dikar Agus dan Dikar Kilat jikalau saudaraku hendak menyuruhnya kepada suatu negeri atau ke dalam laut, maka dengan seketika itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu dikalau saudaraku hendak menyuruhnya menurun hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya. Demikianlah gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku nescaya tidak hamba berikan. Maka kata Inderaputera, “Wahai adinda, sungguhlah tuan kasih kepada kakanda dan apalah kakanda hendak balaskan kasih adinda itu kandalah yang menanggung kasih adinda!” (Dipetik daripada “Hikayat Dua Geliga Hikmat” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Ada dua orang hulubalang, iaitu Dikar Kilat dan Dikar Agus. Dikar Kilat akan patuh akan arahan pergi ke sesuatu negeri atau ke dalam laut. Sekiranya Indera Putra memohon kepada Dikar Agus supaya menurunkan hujan, angin atau api pasti dia boleh melakukannya. Hal ini terjadi kerana adanya Gemala Hikmat yang akan diberikan kepada Indera Putra. Indera Putra berasa yakin bahawa adiknya amat menyayanginya sehingga dia merasakan bahawa dia tidak dapat membalas budi baik adiknya itu. Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Aisyah : Saya dan Amsyar bersahabat baik sejak kecil. Hubungan kami sangat erat (i) . Saya mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsia. Rupa-rupanya dia bukan seperti yang disangkakan. Airis : Apakah yang telah dilakukannya? Aisyah : Dia telah menceritakan rahsia saya kepada orang lain sedangkan dia pernah berjanji akan menyimpan rahsia tersebut. Saya mempercayainya bak kata pepatah, (ii) . Airis : Benarlah kata orang tua-tua, kita tidak dapat menyamakan orang lain seperti diri kita. [4 markah] (i) bagai isi dengan kuku (ii) kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya Bahan 2: (i) berebut – merebut (ii) islam – Islam (iii) penunjuk – petunjuk (iv) mengembang – berkembang (v) menerajukan – menerajui Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 123 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
124 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Hampir setiap hari berlaku kebakaran di seluruh negara. Kebakaran ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda malah mengorbankan nyawa. Dalam hal ini, bukan sahaja kakitangan bomba yang berasa kecewa tetapi orang ramai juga turut berperasaan sedemikian. Kekecewaan kakitangan bomba berpunca daripada kegagalan mereka menyelamatkan harta dan nyawa manakala kelewatan anggota bomba tiba di tempat kebakaran pula sungguh mengecewakan orang ramai. Tidaklah masuk akal sekiranya dinyatakan bahawa usaha menyelamat tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain yang melunturkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi anggota bomba berkenaan yang diketahui umum sentiasa menerima latihan yang terbaik sama ada di dalam ataupun di luar negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Musim Kebakaran Bermula”, Utusan Malaysia, Januari 2018) Bahan 2 Bagi memantapkan usaha pihak bomba menjalankan tugasnya dengan berkesan, orang ramai tidak sepatutnya membuat panggilan palsu kerana perbuatan ini boleh mengelirukan pihak bomba dan menimbulkan malapetaka sekiranya pihak bomba menganggap panggilan itu sebagai olok-olok sahaja. Apabila berlaku kebakaran besar dan meragut nyawa, orang ramai akan mempertikaikan kemampuan pihak bomba melaksanakan tugas memadamkan api. Oleh itu, amat penting bagi pihak bomba memperlihatkan bukan sahaja iltizam mereka dalam melaksanakan tugas malah menonjolkan kewibawaan mereka sebagai golongan profesional. (Dipetik dan diubah suai daripada “Musim Kebakaran Bermula”, Utusan Malaysia, Januari 2018) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menonjolkan kewibawaan. [2 markah] [Maksud] … memperlihatkan kepakaran (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pendapat antara pihak bomba dengan orang ramai. [3 markah] [Perbezaan] Perbezaan: Pihak bomba: … orang ramai tidak membuat panggilan palsu/… tidak mempertikaikan kelewatan anggota bomba tiba lewat di tempat kebakaran Orang ramai: … pihak bomba tidak menggunakan alasan yang kurang munasabah (masalah tangga atau masalah ketiadaan air) Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 124 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
125 (iii) Aktiviti-aktiviti mencegah kebakaran sering dilaksanakan di sekolah kerana aktiviti ini amat berfaedah kepada warga sekolah. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah aktiviti seumpama itu dilaksanakan di sekolah? KBAT Menilai [3 markah] [Faedah] … memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang bahayanya kebakaran/… melatih warga sekolah cara-cara untuk menyelamatkan diri dengan betul/… sentiasa bersiap siaga pada setiap masa/… mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman mencegah kebakaran (iv) Kumpulan anda diminta untuk membuat pembentangan tentang cara-cara menjalankan latihan kecemasan dan kebakaran di sekolah. Cadangkan cara-cara tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cara] … membunyikan loceng kecemasan/… membuat pengumuman supaya keluar dari bangunan dengan segera/ … arahkan berkumpul di tempat yang selamat atau dikhaskan/… pasukan penyelamat menjalankan tugas menyelamat dan memadamkan api/… guru-guru memeriksa rekod kehadiran murid Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Satu-satunya perkara yang tidak dapat untuk dilaksanakan oleh ayah kamu sebelum meninggal dunia ialah Aksara, Haiqal,” ujar See Hwa lembut. “Saya kenal benar dengan ayah kamu. Sesuatu yang diimpikannya pasti akan dilaksanakannya sehingga berjaya. Dia tidak pernah berputus asa.” “Apa lagi yang kamu tahu tentang Aksara, See Hwa?” Keinginannya untuk mengetahui Aksara dengan lebih lanjut kian mendesak. “Aksara itu ialah singkatan kepada Akademi Sastera Rakyat. Ayah kamu bercita-cita menjadikan kampung ini sebagai pusat pengembangan sastera di daerah ini. Dia terlalu mencintai bidang itu. Baginya, perkara itu suatu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera,” jelas See Hwa. Perbualan mereka terhenti seketika apabila Mak Menah kembali ke meja mereka untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan. “Jadi, manuskrip yang ditulis oleh ayah aku itu ialah suatu realiti?” See Hwa mengangguk. (Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bapa Haiqal amat berminat dengan sastera rakyat. Berikan bukti-bukti bagi menguatkan pernyataan tersebut. [4 markah] [Bukti] … ingin menjadikan kampung itu sebagai pusat pengembangan sastera daerah/… menganggap bidang sastera suatu tanggungjawab sosial/… berusaha untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera/… telah menyediakan manuskrip walaupun belum siap sepenuhnya Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 125 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
126 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 25 – 26) Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat, terutamanya jiran bersebelahan dalam menjalani kehidupan seharian. Semangat kejiranan diakui semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak faedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya untuk menghidupkan semangat mulia ini. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun tetangga perumahan, terutamanya pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini dapat mengeratkan perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan orang ramai. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali antara satu sama lain melalui majlis yang dapat menghimpunkan semua penduduk dalam satu-satu masa. Kini, kebanyakan penduduk begitu sibuk dan pertemuan yang dijalankan akan mengeratkan ikatan silaturahim. Kerajaan dapat memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoalkan tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya, kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Pada masa yang sama, sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baharu ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 126 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
127 Di kawasan bandar, ketua penduduk perlulah memainkan peranan untuk memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni. Tidak kira apa-apa kaum sekalipun, ikatan kejiranan akan menjadi kukuh jika ada rasa hormat-menghormati dan bekerjasama. Ketua penduduk mestilah sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran yang bermasalah. Sebagai contoh, jika sudah diketahui terdapat dua buah keluarga sering bertengkar, ketua penduduk mestilah memikirkan cara-cara untuk merapatkan hubungan keduadua buah keluarga tersebut, di samping memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kelak jika masalah tersebut tidak ditangani secepat mungkin. Ketua penduduk juga mestilah memikirkan cara-cara untuk mengukuhkan hubungan kejiranan di kawasan yang ditanganinya. Membiarkan penduduk tanpa sebarang aktiviti akan merenggangkan hubungan kejiranan. Hari keluarga dan gotong-royong merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk memastikan semangat kejiranan semakin padu. Ketua penduduk mestilah menjalankan peranan yang lebih berkesan, terutamanya menjaga anak-anak buah di bawah jagaannya dengan cara bertanya khabar dan menyelesaikan masalah. Semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui budaya hidup yang sama. Cuma, tidak ramai dalam kalangan kita yang peka akan kepentingan hidup bermasyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Memantapkan Hubungan Kejiranan” oleh M. Jasni Majed, Utusan Malaysia, 30 April 2010) Bahan 2 Kawan-kawan, tajuk pembentangan kita esok ialah kebaikan mengeratkan hubungan sesama jiran. Kebaikan mengeratkan hubungan sesama jiran ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah atau kecemasan. Kebaikan lain ialah jiran akan bergotong-royong jika kita mengadakan sebarang program atau Di samping itu, kebaikan mengeratkan majlis. hubungan sesama jiran ialah kita dapat mencegah gejala sosial yang berlaku di kawasan tempat tinggal kita. Kebaikan seterusnya ialah dapat mewujudkan perpaduan antara jiran yang pelbagai kaum. Selain itu, hubungan kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan di kawasan tempat tinggal kita. [30 markah] • rukun tetangga – persatuan penduduk yang berjiran • media massa – pelbagai jenis alat komunikasi • persepsi – gambaran; bayangan • merenggangkan – menjauhkan Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 127 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
128 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan cara-cara/langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan kebaikan/faedah mengeratkan hubungan sesama jiran. Fokus 1 (Cara-cara untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat) 1 Menghidupkan semula konsep rukun tetangga [B1] 2 Mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan orang ramai [B1] 3 Mengadakan kempen kesedaran tentang semangat kejiranan [B1] 4 Memandang semangat kejiranan penting dalam kehidupan masyarakat [B1] 5 Memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni [B1] 6 Sentiasa mengambil berat terhadap hubungan jiran-jiran [B1] 7 Memikirkan cara-cara untuk mengukuhkan hubungan kejiranan [B1] 8 Hari keluarga dan gotong-royong merupakan aktiviti yang boleh dijalankan [B1] 9 Bertanya khabar dan menyelesaikan masalah [B1] Fokus 2 (Kebaikan mengeratkan hubungan sesama jiran) 1 Jiran akan memberikan bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah atau kecemasan [B2] 2 Keselamatan di kawasan tempat tinggal akan terjamin [B2] 3 Jiran akan bergotong-royong jika kita mengadakan sebarang program atau majlis [B2] 4 Mencegah gejala sosial yang berlaku di kawasan tempat tinggal kita [B2] 6 Mewujudkan perpaduan antara jiran yang pelbagai kaum [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, semangat kejiranan perlu dimantapkan supaya masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 128 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
129 Praktis 1 Baca petikan di bawah. Kemudian, analisis petikan dengan menggunakan teknik bacaan KWLH. Nasi ambeng atau nasi ambang ialah hidangan nasi putih yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa, iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel dan serondeng. Nasi ambeng merupakan masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu di negeri-negeri di Malaysia, iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia. Nasi ambeng sering dihidangkan dengan gaya beramai-ramai dengan disajikan di dalam dulang untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan atau hari istimewa seperti kenduri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Nasi Ambeng”, https://ms.wikipedia.org/wiki/) K (yang diketahui) W (ingin diketahui) L (telah dipelajari) H (bagaimana) • Hidangan nasi putih • Masakan Jawa • Disajikan di dalam dulang • Sambal goreng jawa • Masyarakat Jawa-Melayu • Dihidangkan semasa perayaan atau hari istimewa • Dihidangkan dengan gaya beramai-ramai Praktis PBD Kemahiran Membaca Tema 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika SP 2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang sesuai. TP Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 129 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
130 Praktis 2 Berdasarkan maklumat dalam petikan dan pengetahuan sedia ada, buat kesimpulan tentang petikan. Bil Bahan Inferens/Kesimpulan 1 Nasi ambeng atau nasi ambang ialah hidangan nasi putih yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa, iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel dan serondeng. Jika salah satu hidangan tidak disediakan, hidangan ini tidak dianggap lengkap. 2 Nasi ambeng merupakan masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu di negerinegeri di Malaysia, iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia. Nasi ambeng popular dalam kalangan masyarakat Jawa. 3 Nasi ambeng sering dihidangkan dengan gaya beramairamai dengan disajikan di dalam dulang untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan atau hari istimewa seperti kenduri. Jika hendak makan sendirian, tidak memenuhi syarat penyediaan nasi ambeng. TP Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 130 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
131 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Pelbagai jenis biskut seperti biskut makmur, kuih bangkit, suji, tart bunga, kuih siput, kuih gunting, baulu lapis, agar-agar kering dan halwa maskat merupakan kuih raya yang kian luput daripada lidah masyarakat Melayu. Inilah antara hidangan yang menjadi sinonim setiap kali tibanya Aidilfitri dan Aidiladha suatu ketika dahulu, iaitu ketika zaman nenek moyang kita dahulu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sajian Tradisi Kian Dilupakan”, Harian Metro, 5 Jun 2019) Petikan di atas berkaitan dengan kuih tradisional yang sangat popular pada suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, oleh sebab perubahan zaman, kuih-kuih ini semakin terpinggir. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah perlu diambil untuk mempopularkan kuih-kuih tradisional ini semula. Jelaskan langkah-langkah tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Praktis Berformat SPM Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] kuih-muih tradisional merupakan warisan secara turun-temurun daripada nenek moyang – kuihmuih tradisional biasanya dibuat daripada bahan-bahan asli – masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat – masih menjadi hidangan seharian dan juga semasa perayaan – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, dodol, baulu, onde-onde, kuih bulan dan lain-lain Isi 1 [Ayat Topik – Isi] memperkenalkan kuih tradisional kepada generasi muda – [Ayat Huraian – Bagaimana] ibu bapa memperkenalkan kuih tradisional kepada anak mereka – menceritakan kepada mereka tentang keistimewaan kuih tradisional – mengajarkan cara-cara membuat kuih tradisional – [Ayat Kesan – Kebaikan] kuih tradisional tidak akan pupus begitu sahaja – akan diteruskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain – [Ungkapan Menarik] tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 131 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
132 Praktis Ekstra Laman Web Imbas Kod QR atau layari htt ps://www.bharian.com. my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduankaum-di-malaysia perlu-terus-utuh tentang perpaduan kaum di Malaysia. Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Praktis Ekstra 10 Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Karangan Respons Terbuka Untuk tujuan pembelajaran Isi 2 [Ayat Topik – Isi] mengadakan promosi – [Ayat Huraian – Bagaimana] mempromosikan kuih tradisional di media massa dan media sosial – menganjurkan pesta makanan – orang ramai akan mengetahui tentang kuih tradisional – merasai sendiri keenakan kuih tradisional – [Ungkapan Menarik] tak kenal maka tak cinta – pihak kerajaan atau swasta turut membantu dari segi pemasaran – [Ayat Kesan – Kebaikan] pasaran lebih meluas ke peringkat yang lebih tinggi – pengusaha kuih tradisional akan lebih bersemangat dan keuntungan pun meningkat Isi 3 [Ayat Topik – Isi] mengadakan kursus atau kelas – [Ayat Huraian – Bagaimana] kursus membuat kuih tradisional – generasi lama mesti mengadakan kursus tentang cara-cara membuat kuih tradisional – mengadakan kelas untuk sesiapa sahaja yang berminat – memfokuskan golongan muda – [Ayat Kesan – Kebaikan] kuih tradisional akan terus bertahan dalam jangka masa yang panjang – [Ungkapan Menarik] tak kenal maka tak cinta Isi 4 [Ayat Topik – Isi] memberikan modal untuk pengusaha industri kecil – [Ayat Huraian – Mengapa] industri kecil dan sederhana yang mengusahakan kuih tradisional mesti diberikan bantuan modal – suntikan dana yang boleh mengembangkan lagi industri ini – industri kuih tradisional yang dianggap [Ungkapan Menarik] hidup segan mati tak mahu akan lebih maju Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] pelbagai pihak mesti memainkan peranan untuk memperkenalkan dan memajukan kuih-muih tradisional – kerjasama yang padu daripada semua pihak akan menghasilkan kejayaan – kuih-muih tradisional akan terus dikenali dan kekal sepanjang zaman Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 132 26/9/2023 5:12:39 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA