33 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Cina tu datang tadi nak ambil upah menoreh di kebun getah kita tu. Daripada terbiar semak, elok juga diupahkan,” kata ayah kepada emak. ‘’Bahagi dua?’’ tanya emak. Ayah mengangguk. Kemudian ayah menyedut rokok daunnya dalam-dalam. “Dia baru datang dari Ipoh bersama bininya. Mengadu nasib di sini,’’ jelas ayah. “Duduknya di mana?” “Di pekan. Menyewa. Dia amat susah sekarang, emaknya. Dia anak bongsu. Semua tanah mendiang bapanya telah habis digadaikan oleh abangnya kerana hutang kepada tai long. Abangnya kuat main judi,” jelas ayah. Kulihat emak hanya menggeleng-geleng sahaja. Mungkin juga emak berasa simpati dengan nasib lelaki Cina itu. ‘’Emaknya?’’ (Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa lelaki Cina itu hidupnya susah. [4 markah] [Bukti] ... mengambil upah menoreh getah di kebun / tinggal di rumah sewa / tanah peninggalan bapanya habis digadai oleh abangnya / terpaksa menanggung keluarganya / tiada pekerjaan tetap (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 7) Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 33 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
34 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan jumlah penganggur pada bulan Mac 2020 meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan yang sama pada tahun lepas. Kadar pengangguran yang direkodkan itu paling tinggi sejak 34 tahun lepas. Kadar pengangguran tertinggi Malaysia yang pernah dicatat sebelum ini ialah 7.4 peratus pada tahun 1986. Dalam soal ini, ternyata bahawa COVID-19 memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi apatah lagi pengangguran yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai. Pencari-pencari pekerjaan juga menjadi lebih sukar mendapatkan pekerjaan ditambah pula dengan mereka yang diberhentikan kerja sejak penularan COVID-19 berlaku. Di samping itu, tidak kurang pula beberapa jenis perniagaan yang terpaksa gulung tikar kesan daripada pandemik ini. Kawasan-kawasan pelancongan tidak dapat beroperasi dan banyak jenis pekerjaan yang berkaitan dengan industri itu terpaksa dihentikan. Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan sudah tentu memberi kesan yang besar terutamanya tekanan kepada seseorang individu dan keluarga. Selain itu, ia turut memberi kesan kepada peningkatan masalah sosial di segenap tempat yang terjejas dengan pandemik COVID-19 ini. Masalah jenayah juga dianggap akan menjadi bebanan kepada masyarakat memandangkan ramai yang diberhentikan kerja dan tidak memperoleh pekerjaan. Dalam soal ini, kerajaan diharap dapat menaikkan semula keyakinan rakyat dengan mengambil inisiatif membantu penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Oleh itu, tenaga pekerja tempatan mestilah diberi peluang seluas-luasnya bekerja dalam sektor yang sebelum ini dikawal oleh pekerja asing. Pengambilan pekerja asing mestilah dikurangkan. Malah ramai pekerja asing yang sudah balik ke negara mereka dan sukar datang ke sini lagi. Peluang ini mestilah direbut oleh warga tempatan untuk mengisi pekerjaan yang ditinggalkan oleh pekerja asing. Oleh hal demikian, penduduk tempatan tidak perlu lagi memilih pekerjaan terutamanya dalam sektor 3D, iaitu kerja yang sukar, berbahaya dan kotor yang selama ini dimonopoli oleh pekerja asing. Sekiranya sikap ini masih kekal, bermakna kadar pengangguran di negara kita akan tetap bertahan dan tidak hairanlah jika suatu masa nanti pekerjaan-pekerjaan itu akan diisi oleh warga asing semula selepas pandemik ini berakhir. (Dipetik dan diubah suai daripada “Awas Kesan Domino Pengangguran”, Sinar Harian, 12 Mei 2020) • direkodkan – dicatatkan • impak – kesan • gulung tikar – ditamatkan operasi kerana rugi • dimonopoli – dikuasai • sektor – bidang Makna Kata Bahan 2 Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19. “Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian,” kata Perdana Menteri. (Dipetik dan diubah suai daripada “800,000 Hilang Pekerjaan Sejak COVID-19 Melanda”, Berita Harian, 31 Oktober 2020) Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 34 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
35 Bahan 3 Cara-cara Mengatasi Pengangguran Pengangguran Bermusim Kerajaan memberi insentif kepada pihak peniaga supaya pekerja boleh terus bekerja. Pengangguran Struktur Kerajaan membuat perancangan ekonomi sesuai dengan perubahan trend dan perniagaan. Pengangguran Kitaran Kerajaan menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam mengekang kemelesetan ekonomi. [30 markah] Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan implikasi/kesan negatif pandemik COVID-19 dan usaha/cara/langkah untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Fokus 1 (Implikasi pandemik COVID-19) 1 Kadar pengangguran di dalam negara semakin meningkat [B1] 2 Pencari-pencari pekerjaan sukar memperoleh pekerjaan yang diingini [B1] 3 Beberapa jenis perniagaan menanggung kerugian [B1] 4 Kawasan-kawasan pelancongan tidak dapat beroperasi [B1] 5 Peningkatan masalah sosial [B1] 6 Masalah jenayah juga dianggap akan menjadi bebanan kepada masyarakat [B1] 7 Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan [B2] 8 Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup [B2] Fokus 2 (Usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran) 1 Mengambil inisiatif dengan membantu penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan [B1] 2 Tenaga pekerja tempatan mestilah diberi peluang bekerja dalam sektor-sektor tertentu [B1] 3 Kerajaan memberi insentif kepada pihak peniaga [B3] 4 Kerajaan menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan [B3] 5 Kerajaan membuat perancangan ekonomi sesuai dengan perubahan ekonomi dan perniagaan [B3] Kesimpulan Kesimpulannya, kesan COVID-19 mestilah ditangani secara berganding bahu agar kehidupan masyarakat pulih seperti biasa. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 35 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
36 Praktis 1 Baca petikan di bawah. Kemudian, senaraikan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama yang terdapat dalam petikan. Coretan ini adalah untuk meluahkan rasa dan mengungkapkan bicara tentang keluarga Malaysia melalui aspek makanan. Kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum. Kukuhnya ikatan ini bukan lagi rahsia kerana diamnya diam ubi. Nasi lemak yang merupakan makanan tradisi orang Melayu dinikmati oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Begitu juga dengan makanan tradisi kaum Cina turut digemari oleh kaum-kaum lain. Antara makanan kaum Cina yang menjadi kegemaran masyarakat ialah dim sum dan kuetiau. Kedai mamak sentiasa menjadi tempat untuk menjamu selera dengan pelbagai aneka makanan India. Pada masa yang sama makanan Melayu juga turut dihidangkan. Kedai nasi kandar juga sentiasa cerah macam siang biarpun ketika dinihari. Terdapat pelbagai makanan yang disajikan, contohnya roti canai, tose, roti nan, nasi kandar dan banyak lagi. Fenomena ini akan merealisasikan impian bersatu teguh, bercerai roboh. Situasi sebegini menjadi medan pertemuan masyarakat kita yang akan bersembang dan mengenali antara satu sama lain sambil menikmati teh tarik yang menjadi pilihan ramai setiap kali mengunjungi kedai mamak. Oleh yang demikian, kita dapat memupuk perpaduan, mengeratkan silaturahim serta mewujudkan rasa saling menghormati generasi demi generasi bak kata pujangga masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Secara keseluruhannya, makanan tradisi sesuatu kaum dilihat mampu mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Rakyat Malaysia dapat mengenali dan menikmati pelbagai makanan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Bil Aspek Seni Bahasa Contoh 1 Bahasa berirama meluahkan rasa dan mengungkapkan bicara 2 Kiasan diamnya diam ubi 3 Perbandingan semacam cerah macam siang 4 Kata-kata hikmah bersatu teguh, bercerai roboh 5 Madah pujangga masa depan itu dibeli oleh masa sekarang Praktis PBD Tema 4 Bersatu Kita Teguh Aspek Seni Bahasa SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 36 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
37 Praktis 2 Bina ayat berdasarkan aspek seni bahasa tersebut. Bahasa berirama meluahkan rasa dan mengungkapkan bicara Ayat Shima gemar meluahkan rasa dan mengungkapkan bicara melalui penulisan kerana dia tidak suka bercerita kepada orang lain. Kiasan diamnya diam ubi Ayat Murid baharu itu tidak disangka-sangka telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato kerana diamnya diam ubi. Perbandingan semacam cerah macam siang Ayat Tapak pertunjukan itu cerah macam siang sepanjang berlangsungnya karnival kebudayaan di situ. Kata-kata hikmah bersatu teguh, bercerai roboh Ayat Masyarakat yang mengamalkan perpaduan tidak akan berpecah-belah kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Madah pujangga masa depan itu dibeli oleh masa sekarang Ayat Kita harus bijak menggunakan masa yang ada sekarang kerana madah pujangga ada menyatakan bahawa masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. 1 2 3 4 5 TP Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 37 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
38 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan aspek keselamatan di kawasan kediaman. Berdasarkan maklumat dan gambar, tulis sebuah rencana tentang kepentingan menjaga keselamatan di kawasan kediaman. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM [30 markah] . “Justeru kita berharap mereka yang pulang ke kampung dapat memastikan rumah dikunci dengan memasang alat keselamatan tambahan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangga, jeriji pintu dan tingkap atau menutup mana-mana ruang yang boleh dimasuki penjenayah. Masyarakat atau jiran juga digesa untuk sentiasa menjadi pemerhati kepada jiran tetangga sekiranya terdapat kenderaan atau kehadiran orang yang meragukan. Mereka boleh melaporkan kepada pihak polis menerusi talian MERS 999.” – Datuk Zainol Samah, Ketua Polis Melaka (Dipetik dan diubah suai daripada “Kempen, Rumah Selamat Efektif Tingkat Kesedaran Masyarakat”, MyMetro, 14 Januari 2023) Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 38 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
39 Pendahuluan Menyatakan tajuk rencana dan penulis rencana. Isi 1 [Ayat Topik – Isi] keselamatan terjamin – [Ayat Huraian – Siapa] penduduk boleh bekerjasama menjaga keselamatan di kawasan kediaman – tindakan ini boleh menjamin keselamatan semua penduduk di kawasan kejiranan – [Ayat Contoh – Bagaimana] membuat rondaan secara bergilir-gilir – [Ayat Kesan – Kebaikan] kesannya, hubungan sesama penduduk semakin erat – penjenayah akan berasa takut untuk menghampiri kawasan yang selalu diadakan kawalan – komitmen penduduk mendatangkan keselesaan kepada penduduk – [Ungkapan Menarik] seikat bagai sirih, serumpun bagai serai Isi 2 [Ayat Topik – Isi] mewujudkan semangat kerjasama – [Ayat Huraian – Bagaimana] menjaga keselamatan di sesuatu kawasan kediaman – keselamatan lebih efektif jika dikendalikan dalam bentuk kumpulan dan bukan secara individu – [Ayat Contoh – Siapa] setiap penduduk menjadi pemerhati antara satu sama lain – [Ungkapan Menarik] berat sama dipikul ringan sama dijinjing – semua penduduk bekerjasama menjaga keselamatan kawasan kediaman – [Ayat Kesan – Kebaikan] melahirkan masyarakat yang harmoni dan saling membantu Isi 3 [Ayat Topik – Isi] mewujudkan perpaduan kaum – [Ayat Huraian – Bagaimana] perpaduan kaum mudah dicapai apabila penduduk di sesuatu kawasan menjaga keselamatan bersama-sama – tugas menjaga keselamatan bukan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja – [Ayat Contoh – Siapa] contohnya, kawasan kejiranan di bandar dihuni oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India – semua kaum boleh bekerjasama demi menjaga keselamatan kawasan kediaman masingmasing – [Ayat Kesan – Kebaikan] kawasan tempat tinggal selamat serta dapat mengukuhkan perpaduan kaum – [Ungkapan Menarik] serampang dua mata Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] keselamatan menjadi tunjang kebahagiaan dan keselesaan hidup – usaha bersepadu menjaga keselamatan sangat penting dalam suasana kehidupan yang semakin mencabar ini Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 39 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
40 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja aktif dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja aktif dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tugas paling penting bagi rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik ialah memastikan keharmonian kaum dan agama terus utuh. Menurut Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, kita perlu mengekalkan perpaduan dan muhibah serta patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kebangsaan tetapi pada setiap masa. Sementara itu, beliau amat kesal dengan pihak-pihak yang membuat kenyataan panas yang boleh membawa kepada konfl ik dan ketegangan serius dalam kalangan masyarakat yang boleh menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perpaduan Kaum di Malaysia Perlu Terus Utuh”, Berita Harian, 9 September 2020) [8 markah] Kata kerja aktif: (i) mengekalkan (ii) membawa Kata adjektif: (i) utuh (ii) serius Ayat (Kata kerja aktif): (i) Setiap atlet mesti mengekalkan kecerdasan mental dan fi zikal sebelum menghadapi sesuatu kejohanan sukan. (ii) Semasa mengadakan perkhemahan itu, Cikgu Zaidi membawa seramai enam puluh orang murid daripada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Ayat (Kata adjektif): (i) Kerjasama yang utuh antara masyarakat dengan pihak berkuasa sangat penting untuk memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan. (ii) Pencemaran sungai yang berlaku di kampung itu dipandang serius oleh penduduk dan ketua kampung. Video Tutorial Video Tutorial Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun Video Tutorial. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th-Tajul.indd 40 26/9/2023 4:00:40 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
41 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat perbualan tanpa mengubah maksud asalnya. Ashraf menegur Azian yang dilihatnya muram sejak kelmarin. Azian menyatakan bahawa dia sedih kerana tidak dapat mengikuti rombongan belia kampungnya ke Kuala Lumpur. Lantas Ashraf ingin tahu sebab Azian tidak dapat menyertai rombongan tersebut. Azian memberitahu bahawa bapanya tidak mampu membiayai tambang bas. Ashraf berasa simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh Azian. Dia mencadangkan agar Azian meminjam wang daripadanya. Namun begitu, Azian tidak bersetuju dengan cadangan itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada Ashraf atas cadangannya itu. [6 markah] Ayat perbualan: Ashraf : Hai Azian, saya lihat kamu bermuram sejak semalam. Azian : Saya sedih kerana tidak dapat mengikuti rombongan belia kampung saya ke Kuala Lumpur. Ashraf : Mengapakah kamu tidak mengikuti rombongan tersebut? Azian : Bapa saya tidak mampu membayar tambang bas. Ashraf : Kasihan kamu. Mahukah kamu meminjam wang daripada saya? Azian : Maafkan saya. Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu. Terima kasih atas cadangan kamu itu. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Kaum pendidik memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang patriotik. Para-para pendidik merupakan golongan paling berkesan walaupun menyuburkan semangat cinta akan negara dengan cara menyemat nilai-nilai murni di dalam jiwa murid-murid sejak di bangku sekolah. Sekiranya gulungan muda punyai jati diri, maka masa depan negara kita akan lebih menjamin dan semangat untuk mempertahankan moral negara akan sentiasa wujud. Semangat patriotik merupakan benteng paling kuat dalam mempertahankan kemerdekaan dan maruah negara dari segala bentuk ancaman. Oleh itu, ketahanan diri dan semangat sayangkan akan negara perlu dipuja secara berterusan memandangkan gejala negatif kini semakin menjalar dalam kalangan generasi muda. [13 markah] (i) Para-para pendidik – Para pendidik (ii) walaupun – bagi (iii) menyemat – menyemai (iv) di dalam – dalam (v) gulungan – golongan (vi) punyai – mempunyai (vii) menjamin – terjamin (viii) moral – maruah (ix) kuat – kukuh (x) dari – daripada (xi) sayangkan – sayang (xii) dipuja – dipupuk (xiii) menjalar – menular Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 41 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
42 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Ditu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Bendahara Paduka Raja menyuruh rakyatnya mengikat puntung api pada semua pokok bakau, nyirih dan tumpu api-api yang terdapat di tepi pantai itu. Apabila orang Siam terpandang api yang banyak itu, Hulu Balang Siam mencadangkan agar mereka tidak meneruskan rancangan menyerang Melaka kerana tidak mampu. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Awi Dicu lalu mengarahkan tentera mereka berpatah balik sebelum hari siang. Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Darina: Sedapnya kek ini. Pandai kamu membuatnya, Wawa. Wawa: Terima kasih, Darina. Biasa-biasa saja kek ini. Lagipun saya membuat kek ini sambil menemani ibu memasak di dapur, bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Cindy: Sebenarnya, kamu mewarisi kepakaran daripada ibu kamu, Wawa. Ibu kamu memang pakar dalam bidang masakan, bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wawa: Mungkin juga tu. Eh, kita ni asyik berbual-bual saja! Marilah kita ke pusat sumber sekolah. Tentu Cikgu Zakiah sudah lama menunggu kita. Darina: Bagus juga idea tu. Marilah kita bersama-sama membantu Cikgu Zakiah menghias pusat sumber sekolah, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. [4 markah] (i) Peribahasa: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Peribahasa yang lain: Bagaimana acuan begitulah kuihnya (ii) Peribahasa: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Peribahasa yang lain: Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 42 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
43 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Yalah. Nak uruskan anak-anak pun pening kepala, bang.” “Pandai kamu bercakap. Atau kamu sindir aku?” Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya, Saleh dan Musa. Dua orang anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. Dua orang anak lelakinya itu memeningkan kepalanya. Dua orang anak lelakinya itu tamakkan duit. Dua orang anak lelakinya itu memalukan. Saleh asyik keluar masuk lokap polis kerana terlibat dengan penagihan dadah. Saleh juga pernah keluar masuk pusat serenti tetapi terus juga dia menagih. Musa terlibat dengan keseronokan anak-anak muda dengan motosikal. Musa beberapa kali ditahan kerana terlibat dalam lumba haram. Beberapa kali juga Musa masuk dan keluar lokap polis. Beberapa kali pula dia sendiri ke balai polis mengeluarkan anaknya itu. (Dipetik daripada cerpen “Sekeping Tanah”, oleh A. Rahman C. M, dalam antologi Bintang Hati, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Walaupun Pak Itam tidak berapa berkenan, tetapi dia terpaksa mengangguk juga, memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur di perkampungan itu. Anak muda, seperti enau di belukar, walau bagaimana payah untuk melonjak naik, dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok, tetap ia terus juga memanjat, menindih, memijak yang lain untuk melihat cahaya matahari. Anak muda, kalau tidak ada kerja, macam-macam benda yang tidak baik boleh berlaku, jadi, mahu tidak mahu, Pak Itam terpaksa menerima hakikat ini. Pak Itam sedar, zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan, bukan lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang putih memang cekik darah, mulutnya manis, tetapi perutnya busuk dan cemar. (Dipetik daripada cerpen “Memori Seorang Tua”, oleh Zahari Affandi, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) Bahan 3 Pantun Remaja Wahai remaja pewaris bangsa, Sering diturut jiwa yang muda; Berpelesiran di mana-mana, Masa berlalu sia-sia sahaja. Wahai remaja janganlah berlumba, Jalan raya tempat bahaya; Tiada lesen tidak mengapa, Siapa yang menang, juaralah ia. Wahai remaja bijak bestari, Bukalah minda bukalah hati; Usah diturut geloranya hati, Kelak dirimu yang akan rugi. Wahai remaja dengarlah pesanan, Usia remaja usah disia-siakan; Ilmu di dada jadikan pedoman, Senang hidupmu di hari kemudian. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 43 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
44 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud protes-memprotes melulu. [2 markah] [Maksud] ... saling membantah tanpa usul periksa (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja masa kini. [3 markah] [Masalah] ... penagihan dadah / lumba haram / pengangguran bertambah / melakukan perbuatan yang tidak berfaedah (iii) Remaja merupakan aset negara yang sangat berharga. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh remaja itu sendiri agar mereka disenangi oleh masyarakat? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cara] ... menghormati ibu bapa / menghormati orang yang lebih tua / memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan / menjaga adab dan tatasusila / sentiasa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat (iv) Pada suatu petang, anda sedang berjalan-jalan di taman tasik tidak jauh dari rumah anda. Anda melihat ramai anak muda melepak dan membuang masa di kawasan tersebut. Anda yakin, anak-anak muda tersebut sedang menganggur. Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan beberapa langkah kepada pihak kerajaan dan swasta untuk menangani masalah pengangguran. KBAT Menganalisis [4 markah] [Langkah] ... mencadangkan agar pihak kerajaan atau swasta menyediakan peluang pekerjaan yang banyak / memberi bantuan kewangan untuk mengalakkan mereka berniaga / pihak bank menyediakan pinjaman yang mudah untuk memulakan perniagaan / menganjurkan kursus atau bengkel / menyediakan latihan kemahiran dalam bidang yang diminati Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 44 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
45 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mereka akan terus ke lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terus masuk ke dalam kapal terbang menuju satu tempat sejuk di hujung dunia. Muhammad Taufik tersenyum melihat jambangan bunga mawar merah yang mekar itu. Dalam fikirannya dia berbesar hati Nurul Hafsa sanggup berbelanja besar menghadiahinya jambangan bunga itu sedangkan dia tidak berpeluang membalasnya. Senyumannya menjadi hambar. Tiba-tiba wajah Muhammad Taufik menjadi pucat lesi apabila melihat cara bunga itu dibungkus. Jika lazimnya jambangan bunga untuk hadiah dibungkus dan dihias dengan menggunakan plastik pembalut hadiah atau kertas krep, jambangan ini menggunakan kain berwarna hitam berhias manik-manik kristal. Sedetik sahaja fikiran buruk itu terlintas dalam minda Muhammad Taufik sebelum dia merobek bungkusan jambangan mawar merah tersebut. Dia kini memegang sehelai kain selendang berhias manik-manik kristal yang bergemerlapan dengan biasan tujuh warna pelangi. Secebis kertas itu jatuh ketika dia meleraikan kain selendang tersebut. (Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan sebab-sebab wajah Muhammad Taufik menjadi pucat lesi apabila melihat cara bunga itu dibungkus. [4 markah] [Sebab] ... biasanya jambangan bunga untuk hadiah dibungkus dan dihias dengan menggunakan plastik pembalut hadiah yang cantik tetapi jambangan bunga itu menggunakan kain berwarna hitam berhias manik-manik kristal. (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 10) Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 45 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
46 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Selepas negara mencapai kemerdekaan, pengisian kemerdekaan bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab negara kita dihuni oleh pelbagai kaum dengan pelbagai budaya, usaha untuk memupuk perpaduan kaum juga menjadi rumit. Rasa tidak puas hati, tindakan menyentuh sensitiviti kaum dan sebagainya masih kedapatan. Oleh hal demikian, hubungan antara kaum sering dianalisis, diteliti dan cuba diperkemas supaya kita dapat mencapai matlamat mengukuhkan perpaduan kaum. Umumnya, sikap prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing dan masih berlaku. Keadaan ini memudahkan berlakunya pergeseran antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Rasa tidak percaya terhadap bangsa lain turut menjejaskan usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita di samping terdapat pemisah dari segi budaya, bahasa dan kepercayaan. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di negara kita mestilah dilakukan demi keharmonian bersama. Apabila perpaduan dapat dicapai, pembangunan negara dapat dilaksanakan tanpa masalah kerana semua bangsa boleh bekerjasama membangunkan negara. Selain itu, ekonomi negara akan turut berkembang dan mampu memakmurkan penduduk dan negara. Pemupukan hubungan etnik juga sangat penting untuk menstabilkan politik negara kerana apabila wujudnya perpaduan, urusan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar kerana semua rakyat bersatu padu mencari jalan untuk melicinkan pentadbiran. Tidak ketinggalan juga, perpaduan kaum akan mampu mengelakkan sebarang persengketaan dan rasa tidak puas hati antara kaum. Tragedi 13 Mei suatu ketika dahulu berpunca daripada sikap tidak puas hati antara kaum dan sejarah hitam itu tidak perlu berulang lagi. Maka sudah tentulah semua pihak berharap semua penduduk di negara kita tidak kira di mana-mana berada berusaha menjalin hubungan baik antara kaum, tidak memandang serong atau berburuk sangka sebaliknya hormat-menghormati demi masa depan negara. Sekiranya perpaduan kaum dapat diperkukuh, masa depan negara akan lebih terjamin dan hasrat mencapai negara maju akan tercapai dengan mudah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bersama Bersatu Hati Membina Malaysia Baharu”, Datuk Marzuki Yahya, Berita Harian, 15 Mei 2019) • sensitiviti – kepekaan/perasan halus • prasangka – tanggapan buruk/negatif • hubungan etnik – pertalian antara kelompok manusia • persengketaan – perbalahan atau pergeseran • sejarah hitam – peristiwa lama yang menyedihkan Makna Kata Laman Web Imbas Kod QR atau layari htt ps://www.bharian.com. my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduankaum-di-malaysia perlu-terus-utuh tentang perpaduan kaum di Malaysia. Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th-Tajul.indd 46 26/9/2023 4:00:41 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
47 Bahan 2 Rumah Baru Telah kita siapkan rumah baru untuk anak-anak kita berteduh kerana kita diamanah mendewasakan mereka menjadi warga bijaksana menjelang tahun wawasan. Telah kita siapkan rumah baru di atas tiang muafakat air, pasir dan simen dari tangan pelbagai bangsa negara yang tumbuh atas bumi toleransi. Telah kita siapkan rumah baru berwajah kebangsaan agar penghuni saling ramah rajin memberi dan menerima juadah kesejahteraan sampai akhir zaman. Haron A.H Antologi Anak Bumi Tercinta Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 3 [30 markah] Saya lihat perpaduan kaum di kawasan kita ini masih belum memuaskan. Masih ada rasa curiga antara satu sama lain. Ada juga yang tidak mahu bercampur kalau ada apa-apa aktiviti. Betul tu, saya setuju. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 47 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
48 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kepentingan/faedah/manfaat perpaduan kaum dan punca/faktor yang menghalang perpaduan kaum di negara kita. Fokus 1 (Kepentingan perpaduan kaum) 1 Mewujudkan keharmonian dalam kalangan penduduk [B1] 2 Pembangunan negara dapat dilaksanakan tanpa masalah [B1] 3 Ekonomi negara akan turut berkembang [B1] 4 Memakmurkan penduduk dan negara [B1] 5 Menstabilkan politik negara [B1] 6 Mengelak sebarang persengketaan dan rasa tidak puas hati antara kaum [B1] 7 Penduduk hidup dengan aman dan harmoni dalam negara yang sejahtera [B2] 8 Sikap muafakat dan toleransi daripada pelbagai kaum menjadikan negara kuat [B2] Fokus 2 (Punca-punca yang menghalang perpaduan kaum) 1 Wujud prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara [B1] 2 Rasa tidak percaya terhadap bangsa lain turut menjejaskan usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita [B1] 3 Bahasa, cara hidup dan kepercayaan menjadi pemisah [B1] 4 Masih ada rasa curiga antara kaum [B3] 5 Ada yang tidak mahu bercampur dengan kaum lain jika dianjurkan sesuatu aktiviti [B3] Kesimpulan Kesimpulannya, perpaduan kaum mestilah diwujudkan supaya negara mudah mencapai kemajuan. Stra_A_BM TG5_Tema 1_4_5th.indd 48 9/21/23 11:31 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
49 Praktis 1 Baca petikan di bawah. Kemudian, kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama yang terdapat dalam petikan. Senaraikan frasa tersebut. PETALING JAYA – Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir Indonesia Masters sebentar tadi. Seperti dijangka, pemain No.5 dunia itu mudah mengatasi Mark Caljouw dari Belanda 21-17, 21-14 pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan. Zii Jia yang juga pilihan kelima kejohanan mempamerkan aksi terbaiknya dalam perlawanan itu dan hanya perlu mengambil masa selama 37 minit untuk menewaskan Caljouw. Di peringkat suku akhir esok, Zii Jia akan berdepan pemenang antara pilihan keempat dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dengan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin bagi merebut tiket ke separuh akhir esok. Zii Jia yang dalam misi memburu gelaran ketiga berturut-turut hadir di Stadium Istora Senayan dengan reputasi tinggi selepas berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand, bulan lalu. Terdahulu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut mara ke suku akhir selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim 21-23, 21-17, 21-15. Bagaimanapun, kecemerlangan Pearly-Thinaah itu gagal diteruskan oleh Vivian Hoo-Lim Chiew Sin apabila tewas 17- 21,19-21 kepada pasangan tuan rumah Apriya Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti. Turut mengalami nasib sama ialah pasangan beregu campuran Hoo Pang Ron-Teo Ee Wei yang tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 22-20, 5-21, 15-21. (Dipetik dan diubah suai daripada “Zii Jia ke Suku Akhir Masters Indonesia”, BH Online, 9 Jun 2022) Praktis PBD Tema 5 Pendidikan untuk Semua Aspek Tatabahasa SP 5.3.1 Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 49 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
50 Frasa Contoh Frasa nama Jaguh perseorangan lelaki profesional negara; Zii Jia juga pilihan kelima kejohanan; pasangan beregu wanita negara; pemain No. 5 dunia itu Frasa kerja mempamerkan aksi terbaiknya; mengambil masa selama 37 minit; berdepan pemenang; merebut tiket; memburu gelaran Frasa adjektif mudah mengatasi Mark Caljouw; reputasi tinggi; tewas 17-21, 19-21; tewas kepada pasangan Hong Kong Frasa sendi nama dari Belanda; di pusingan kedua; di Stadium Istora Senayan; untuk menewaskan Caljouw; kepada pasangan Hong Kong Praktis 2 Berdasarkan jawapan di atas, bina satu ayat dalam laras sukan. 1 Frasa nama : Ayat : 2 Frasa kerja : Ayat : 3 Frasa adjektif : Ayat : 4 Frasa sendi nama : Ayat : TP pasangan beregu wanita negara Pasangan beregu wanita negara telah mengharumkan nama negara kerana telah muncul sebagai juara pertandingan tersebut. memburu gelaran Lee Zii Jia berhempas-pulas menumpaskan pihak lawan bagi memburu gelaran juara dalam kejohanan tersebut. reputasi tinggi Sangat sukar untuk menumbangkan pihak lawan kerana pasukan tersebut mempunyai reputasi tinggi dalam arena badminton. Di Stadium Istora Senayan Kejohanan badminton yang sangat berprestij tersebut berlangsung minggu lepas di Stadium Istora Senayan, Indonesia. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 50 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
51 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Pendidikan Dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang 2030, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyusun pelbagai program sepanjang 10 tahun dari 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK). Menerusi pelancarannya yang dilaksanakan tahun ini, DMK bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca. (Dipetik dan diubah suai daripada “Dekad Membaca Kebangsaan”, Harian Metro, 29 November 2019) Petikan rencana di atas memperlihatkan kepada kita bahawa membaca mesti dijadikan amalan oleh setiap rakyat tidak kira lapisan masyarakat memandangkan kadar celik huruf di negara kita semakin meningkat. Kerajaan pula memainkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan masyarakat di negara kita agar menjadikan membaca sebagai satu budaya. Huraikan pernyataan di atas. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Praktis Berformat SPM Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] membaca merupakan amalan mulia – bangsa yang membaca merupakan bangsa yang berjaya – mampu membangunkan negara – beberapa inisiatif perlu diambil untuk menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan masyarakat Isi 1 [Ayat Topik – Isi] menyediakan perpustakaan – [Ayat Huraian – Mengapa] kerajaan menyediakan perpustakaan untuk kepentingan masyarakat – perpustakaan di peringkat kampung, daerah, negeri dan negara – pelbagai bahan bacaan disediakan – [Ayat Contoh – Apa] buku, novel, majalah, surat khabar – masyarakat boleh membaca, membuat rujukan dan meminjam bahan-bahan bacaan – [Ayat Kesan – Kebaikan] kerajaan mahu melahirkan masyarakat yang celik ilmu – [Ungkapan Menarik] ilmu itu pelita hidup Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 51 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
52 Praktis Ekstra 3 Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Karangan Respons Terbuka Praktis Ekstra Isi 2 [Ayat Topik – Isi] mengadakan kempen – [Ayat Huraian – Apa] kempen membaca mula diadakan pada tahun 1972, iaitu Gerakan Membaca 1972 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka – memberi dorongan supaya rakyat membaca memandangkan semangat membaca agak rendah – kempen diadakan di peringkat kebangsaan – mendapat sambutan yang menggalakkan – kempen ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri secara menyeluruh pada tahun 1980 – [Ungkapan Menarik] tak kenal maka tak cinta Isi 3 [Ayat Topik – Isi] menggalakkan penerbitan buku dan menganjurkan pameran buku – [Ayat Huraian – Mengapa/Bagaimana] kerajaan menggalakkan penerbitan buku dan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat di pelbagai peringkat usia – contohnya, setiap tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi dicadangkan menerbitkan sebuah buku untuk dibaca oleh masyarakat – mengadakan pameran buku untuk mempamerkan dan menjual pelbagai jenis bahan bacaan untuk orang ramai – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap tahun Isi 4 [Ayat Topik – Isi] program membaca di sekolah – [Ayat Huraian – Apa] Program NILAM mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 2002 – dengan harapan murid gemar membaca terutamanya bahan-bahan ilmiah selain daripada buku teks – menjadikan membaca sebagai budaya kerana membaca menambah pengetahuan – [Ungkapan Menarik] membaca jambatan ilmu Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] semua pihak haruslah berganding bahu untuk menjayakan hasrat kerajaan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang suka membaca – [Ungkapan Menarik] bersatu teguh, bercerai roboh Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 52 29/9/2023 11:51:56 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
53 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasif dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pandemik COVID-19 telah mengubah norma lama dalam proses pembelajaran. Pada masa ini, pelbagai bentuk pembelajaran dilakukan secara maya dan jarak jauh. Proses pembelajaran secara bersemuka akan dijalankan semula selepas pandemik ini berakhir, tetapi masanya masih samar-samar. Walaupun terpaksa berkomunikasi secara maya, dengan perkembangan teknologi seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, e-mel dan aplikasi-aplikasi lain, proses komunikasi dan interaksi menjadi semakin mudah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pembelajaran Jarak Jauh: Pelajar Perlu Bijak Berkomunikasi”, Sinar Harian, 10 Disember 2020) [8 markah] Kata kerja pasif: (i) dilakukan (ii) dijalankan Kata adjektif: (i) lama (ii) jauh Ayat (Kata kerja pasif): (i) Kerja yang dilakukan oleh pemuda itu sangat berat dan sukar tetapi dia tetap meneruskannya sehingga mencapai kejayaan. (ii) Majlis itu berjaya dijalankan dengan lancar walaupun banyak halangan yang terpaksa dihadapi. Ayat (Kata adjektif): (i) Mereka pulang ke kampung melalui jalan lama untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya. (ii) Bantuan makanan akan dihantar kepada mereka yang tinggal jauh di kawasan pedalaman. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 53 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
54 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama ini merancakkan industri pelancongan di Malaysia. Faktor kebanyakan hotel mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa amat mempengaruhi kedatangan pelancong tersebut. Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti pengurusan yang tinggi, Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan yang terbaik di rantau Asia Tenggara. [6 markah] Ayat pasif: (i) Usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara dilaksanakan oleh kerajaan. (ii) Kedatangan pelancong tersebut amat dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hotel ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. (iii) Perkhidmatan pelancongan yang terbaik di rantau Asia Tenggara mampu disediakan oleh Malaysia. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya. [6 markah] (i) Bersatu teguh, bercerai roboh (ii) Bagai tanduk diberkas (iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 54 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
55 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Keupayaan pelajar memperoleh kecemerlangan mahupun kegagalan berpunca daripada pelbagai faktor. Bagi pelajar tahap sederhana, ada antara mereka yang meningkat cemerlang meskipun kurang ketara dan tidak kurang pula yang kian merosot dari semasa ke semasa. Mengapakah hal ini berlaku? Berdasarkan pemerhatian terhadap pelajar lemah, didapati bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam kalangan mereka, ada yang tidak pernah membawa peralatan yang diperlukan untuk belajar seperti yang dirancang oleh guru. Kehilangan bahan yang diberi terlebih awal sudah sinonim dengan sebahagian daripada ahli kumpulan ini. Kegagalan mereka menyiapkan tugasan yang diberi langsung tidak dianggap suatu kekurangan. Tanpa persediaan dari segi material dan mental mustahil pelajar berkenaan dapat mengikuti pengajaran guru dengan berkesan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kurang Tumpuan Melemahkan Pelajar”, Dewan Siswa, Januari 2016) Bahan 2 Di dalam bilik darjah pelajar ditempatkan secara berkumpulan. Bagi pelajar cemerlang, tindakan sedemikian dapat dimanfaatkan untuk berbincang, menyiapkan tugasan secara berkumpulan ataupun saling memberikan bimbingan. Bagi pelajar golongan lemah pula, kedudukan secara berkumpulan dalam empat orang atau lebih, kebiasaannya akan mengundang masalah. Mereka seolah-olah tidak boleh berhenti berbual. Kumpulan pelajar lemah ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang tujuan mereka hadir ke sekolah. Mereka leka dengan fikiran mereka yang melayang hingga luar bilik darjah sewaktu pembelajaran. Tidak kurang pula yang tidur sewaktu guru memberikan penerangan. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan atau fokus menjadi faktor utama kelemahan pelajar ini dalam akademik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kurang Tumpuan Melemahkan Pelajar”, Dewan Siswa, Februari 2016) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud dari segi material dan mental. [2 markah] [Maksud] ... aspek kebendaan dan pemikiran (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan pemerhatian penulis terhadap punca murid-murid lemah dalam akademik. [3 markah] [Punca] ... tidak memberi tumpuan ketika P&P / tidak membawa peralatan belajar / tidak menyiapkan tugasan / tidak mempunyai kesedaran matlamat hadir ke sekolah / tidur ketika guru memberi penerangan / fikiran melayang hingga ke luar bilik darjah Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 55 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
56 (iii) Pelbagai pihak telah berusaha menangani masalah kelemahan murid dalam akademik. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak-pihak yang terlibat? KBAT Menganalisis [3 markah] [Langkah] ... guru mengadakan kelas bimbingan / kaunselor mengadakan program motivasi kepada murid / pihak sekolah menganjurkan program khas meningkatkan prestasi / persatuan ibu bapa menganjurkan program keibubapaan / ibu bapa berbincang dengan guru dalam perjumpaan rasmi (iv) Kumpulan anda diminta membantu rakan-rakan sekelas yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Cadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk membantu mereka. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cadangan] ... latihan menghafal nota / soal jawab lisan / memberi tugas berbeza mengikut kumpulan / membina soalan dan mencari jawapan / membaca puisi Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pantun Alam Remaja Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. Mahulah kamu hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja. Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Kementerian Pendidikan Malaysia Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 56 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
57 Bahan 2 Mak Milah mencubit paha suaminya. Pak Saidi ketawa kemudian memanggil ketiga-tiga orang anaknya naik ke rumah untuk makan tengah hari. Sambil makan, Pak Saidi tidak lupa memberikan nasihat kepada anak-anaknya. “Kamu bertiga sudah besar. Ayah dan mak mahu kamu menjadi anak-anak yang soleh, berbakti kepada bangsa, agama dan tanah air kita. Oleh itu, rajinlah mengaji dan berlatih silat. Kedua-duanya penting untuk masa depan kamu,” kata Pak Saidi. “Saya dah khatam membaca al-Quran. Tapi Ahmad dan Amarullah masih muqaddam,” kata Adnan dengan rasa bangga. “Bacaan dalam solat macam mana?” “Sudah hafal semuanya, ayah. Adnan sudah boleh bersolat sendiri,” jawab Adnan sambil tersenyum. “Bagus,” puji Pak Saidi. Dia berasa bangga kerana anak-anaknya mendapat didikan agama daripada ibu bapa mereka sendiri. Walaupun pada waktu siang sibuk dengan kerja, tetapi pada malam hari dia meluangkan masa untuk mengajar anak-anak mengaji. Isterinya turut membantu. (Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memberikan nasihat. [2 markah] [Maksud] ... menyampaikan pesanan / peringatan (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. [3 markah] [Cara] ... ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak / menasihati anak-anak / melakukan aktiviti bersama-sama / membesarkan anak dengan penuh kasih sayang / sentiasa berakhlak mulia / sentiasa berbudi bahasa (iii) Keluarga bahagia menjadi impian semua orang. Pelbagai aktiviti keluarga wajar dilakukan bersama-sama. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti keluarga yang wajar dilakukan bersama-sama ahli keluarga? KBAT Menilai [4 markah] [Aktiviti] ... makan dan minum bersama-sama / menonton televisyen bersama-sama / menonton wayang bersama-sama / membersihkan kawasan rumah bersama-sama / membuat kerja dapur bersama-sama / bermain, berjoging, bersenam, bersukan bersama-sama (iv) Pada suatu malam, anda dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan. Anda ternampak seorang remaja perempuan duduk di tepi longkang bersendirian. Setelah disapa oleh anda, dia memberitahu anda bahawa dia lari daripada keluarganya kerana berselisih faham. Sebagai seorang yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu remaja itu? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cara] ... memujuknya agar dia kembali ke rumah / memberikan nasihat / menghantarnya pulang ke rumah / membawa dia pulang ke rumah saya / menghubungi ibu bapanya / melaporkan kepada pihak polis Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 57 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
58 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dahlia mengangguk. Dia memandang Kavita sekilas untuk mencari jawapan. Bukan. Dia mencari benangbenang kedamaiannya yang putus semula. Tanpa berlengah, dia mengatur langkah. Kaki melangkah tetapi pelbagai pertanyaan bercambah di ruang ingatan. Apakah tujuan Cikgu Hisyam ingin menemuiku? Adakah fasal perubahanku atau Cikgu Salwani sudah menceritakan apa yang berlaku? Jika ditanya kelak, apa yang akan kujawab? Jika sekadar menyepi, kelak menambah teka-teki. Entahlah…. . Dahlia menguatkan semangat. Tempat dituju hanya beberapa meter sahaja di depan. Untuk sampai ke tempat tujuan, dia melalui kelasnya. Dengan ekor matanya, dia nampak teman-temannya memandang ke arahnya. Sekadar mengetahui emak dan adik tidak sihat menerusi Kavita, tidak cukup untuk mengetahui kedudukan diriku yang sebenar, desis hatinya. (Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan persoalan-persoalan yang bermain di fikiran Dahlia ketika berjalan menuju ke Bilik Kerjaya untuk menemui Cikgu Hisyam. [4 markah] [Persoalan] ... tentang tujuan Cikgu Hisyam ingin menemuinya / tentang perubahan sikapnya / tentang sama ada Cikgu Salwani sudah menceritakan perkara yang berlaku kepada Cikgu Hisyam (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa menarik bagi novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 12 – 13) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 58 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
59 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kesan daripada pandemik COVID-19 dirasai oleh pelbagai pihak termasuk murid-murid sekolah. Bermula 18 Mac 2020, sekolah ditutup di seluruh negara selama dua minggu dan tidak semua sekolah dibuka semula berikutan pandemik ini belum berakhir. Kementerian Pendidikan mengambil alternatif mengadakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dan belajar dari rumah supaya murid tidak ketinggalan memperoleh ilmu apatah lagi bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan penting. Bagaimanapun, bentuk pengajaran dalam talian ini dianggap kurang berkesan berbanding secara bersemuka. Dalam soal ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, kementerian sedar terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian. Menurut beliau, kaedah ‘Home-Based Learning’ adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa. Selain itu, ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi terhad. Dalam pada itu, terdapat ramai murid yang masih belum memiliki komputer riba yang menyukarkan mereka berhubung secara dalam talian dengan guru-guru mereka. Ini menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ‘Home-Based Learning’ agak terhad jika dibandingkan dengan kaedah secara bersemuka. Seterusnya, hubungan murid dengan sekolah akan terkesan kerana mereka terasing daripada suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang. Mereka juga terhalang daripada berjumpa dengan rakan untuk bertukar-tukar pendapat dan melaksanakan tugasan dengan rakan-rakan seperti sebelumnya. Dalam soal ini, kementerian yakin bahawa murid, ibu bapa dan guru menyedari betapa perlunya sekolah dibuka semula bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat. Jika keadaan tidak mengizinkan, kementerian terpaksa mengambil beberapa pendekatan untuk menangani masalah ini. Antaranya termasuklah membekalkan komputer riba kepada murid yang layak menerimanya. Selain itu, guru-guru akan dilatih mengendalikan pembelajaran dalam talian dengan lebih cekap agar dapat menyampaikan pengajarannya kepada murid-murid dengan lebih berkesan. Apa yang diharapkan ialah kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran demi masa depan anak bangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Belajar dalam Talian Kurang Berkesan Berbanding Bersemuka”, Harian Metro, 1 Julai 2020) • alternatif – pilihan akhir • bersemuka – berdepan • terasing – terpisah • pendekatan – cara atau langkah yang diambil Makna Kata Imbas Kod QR atau layari htt ps://k10.upm. edu.my/arti kel/4_cara_cara_belajar_dengan_ lebih_efekti f_atas_talian online-59486 tentang belajar dalam talian. Laman Web Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 59 26/9/2023 4:40:46 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
60 Bahan 2 Selvi : Bagaimanakah kamu belajar sekarang, Nadia? Nadia : Dalam talian, Selvi. Tapi capaian Internet di rumah saya kurang bagus. Selain itu, susah nak berbincang dengan kawan-kawan. Selvi : Benar kata kamu. Ada juga rakan-rakan kita yang tidak mempunyai komputer riba. 150,000 Murid Bakal Terima Komputer Riba Percuma Pemberian komputer riba percuma adalah melibatkan 150,000 murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran secara dalam talian. Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kelemahan/kekangan belajar secara dalam talian dan usaha/langkah untuk memperkemas pembelajaran dalam talian. Fokus 1 (Kelemahan belajar secara dalam talian) 1 Bentuk pengajaran ini merupakan sesuatu yang baharu dalam kalangan guru dan murid [B1] 2 Masih ramai murid gagal mengikuti pembelajaran kerana masalah akses komunikasi [B1] 3 Ramai murid yang masih belum memiliki komputer riba [B1] 4 Murid-murid sukar berhubung secara dalam talian dengan guru-guru mereka [B1] 5 Murid-murid juga tidak dapat berjumpa dengan rakan untuk bertukar-tukar pendapat [B1] 6 Sukar untuk melaksanakan tugas bersama-sama [B1] 7 Capaian Internet di rumah kurang bagus [B2] 8 Ada murid yang tidak mempunyai komputer riba [B2] Fokus 2 (Usaha untuk memperkemas pembelajaran dalam talian) 1 Membekalkan komputer riba kepada murid yang layak menerimanya [B1] 2 Melatih guru-guru mengendalikan pembelajaran dalam talian dengan lebih cekap [B1] Kesimpulan Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian mesti dikaji keberkesanannya agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan untuk manfaat bersama. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 60 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
61 Berdasarkan bahan, lengkapkan peta alir. Kemudian, sampaikan idea dan maklumat tentang teknik penanaman kangkung dengan betulnya, tepatnya dan jelasnya dengan menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. Sebelum proses penanaman kangkung bermula, kawasan tanah yang ingin digunakan haruslah dibajak dan digembur sebanyak dua kali. Alur dibuat merintangi batas untuk tujuan penaburan benih. Pengapuran ke atas tanah yang mempunyai keasidan bawah pH 5.5 hendaklah dilakukan semasa pembajakan dibuat. Untuk semaian dilakukan, biji benih perlu dirawat dengan menggunakan racun thiram (racun kulat). Biji benih kangkung ditanam secara terus ke atas batas di dalam alur. Selepas 10 hari, penjarangan dilakukan bagi memastikan tumbesaran yang optimum. Air perlu disiram dua kali sehari secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis supaya kangkung mendapat kadar air yang mencukupi. Pembajaan organik haruslah dilakukan seminggu sebelum tanaman kangkung ditanam dengan cara menggaulkan baja ke dalam tanah. Penggunaan racun haruslah secara minima atau pada waktu sekurang-kurangnya lebih dua minggu sebelum tanaman dituai untuk mengelakkan keracunan pada pengguna. Kangkung dapat dituai selepas 30 hari penanaman. Sayur kangkung perlu dicabut bersama akar pada awal pagi atau lewat petang untuk memastikan hasil yang berkualiti tinggi dan dapat dipasarkan dalam keadaan kangkung masih segar. Proses Penanaman Kangkung Praktis PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.6.1 Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila. Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 61 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
62 Proses Penanaman Kangkung (1) (3) (5) (7) (2) (4) (6) Peta Alir i-THINK TP Tanah dibajak dan digembur Pembajaan organik dilakukan sebelum kangkung ditanam Air perlu disiram dua kali sehari Kangkung dapat dituai selepas 30 hari penanaman Alur dibuat dan kapur ditaburkan semasa proses membajak tanah tersebut Benih kangkung ditanam secara terus ke atas batas di dalam alur Penggunaan racun sekurang-kurangnya lebih dua minggu sebelum tanaman dituai Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 62 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
63 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan sumbangan sains dalam pertanian. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan sains dalam pertanian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kita ingin mencapai matlamat memperoleh pendapatan tinggi dalam bidang pertanian kerana ia mampu mengubah cara hidup dan memacu kehidupan manusia. Sebagai contoh, menerusi sains, benih padi boleh meningkatkan hasil berkali ganda. Produk herba seperti misai kucing yang mempunyai khasiat merawat penyakit kencing manis boleh dieksploitasi dengan baik secara saintifik. (Dipetik dan diubah suai daripada “MOSTI: Promosikan Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi”, Berita Harian, 5 September 2020) Penggunaan jentera moden Hasil yang berkualiti Penyelidikan dan pembangunan [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 63 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
64 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] sains merujuk ilmu yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian – kemajuan sains turut mempengaruhi kehidupan seharian manusa – memainkan peranan dalam pelbagai bidang – bidang pertanian tidak terkecuali Isi 1 [Ayat Topik – Isi] memperkenalkan teknologi moden dalam kerja-kerja pertanian – [Ayat Huraian – Bagaimana] menggantikan kaedah tradisional – ciptaan-ciptaan sains menampilkan pelbagai jenis jentera moden – [Ayat Contoh – Apa] jentera pembajak, jentera menuai padi – [Ayat Kesan – Kebaikan] menjadikan kerja yang dilakukan lebih cepat, mudah dan sistematik Isi 2 [Ayat Topik – Isi] meningkatkan kualiti hasil pertanian – [Ayat Huraian – Mengapa] sains berjaya meningkatkan kualiti hasil-hasil pertanian – penemuan-penemuan benih baharu dalam komoditi pertanian merupakan hasil kajian sains – agensi yang bertanggungjawab dalam pertanian mencari kaedah untuk meningkatkan kualiti – hasil pertanian yang bermutu dan berkualiti – [Ayat Kesan – Kebaikan] mendapat pasaran yang tinggi dan harga yang lebih memuaskan Isi 3 [Ayat Topik – Isi] memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan – [Ayat Huraian – Apa] pelbagai keadah dan penyelidikan dilakukan untuk memperoleh hasil yang tinggi dan berkualiti dalam bidang pertanian – Oleh hal demikian, sains mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam pertanian – penyelidikan dalam bidang pertanian mesti diteruskan dari semasa ke semasa Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] sains mengubah operasi bidang pertanian di mana-mana negara termasuk negara kita – penemuanpenemuan sains menjadikan bidang pertanian meningkat maju – mendatangkan kebaikan kepada petani, masyarakat dan negara Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 64 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
65 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang fungsi sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah di sekolah. Antara masalah yang dialami oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi. (Dipetik dan diubah suai daripada https://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/) [6 markah] Kata kerja: (i) mendengar (ii) melaksanakan (iii) menangani Ayat: (i) Pemimpin yang prihatin sentiasa mendengar rintihan rakyat yang hidup terhimpit ketika ini. (ii) Kerajaan telah melaksanakan beberapa projek penebat banjir di kampung itu agar air sungai tidak melimpah. . (iii) Bagi menangani masalah ponteng sekolah, ibu bapa disarankan supaya melaporkan salah laku murid kepada pihak sekolah. Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tukarkan ayat-ayat tunggal supaya menjadi tiga ayat majmuk. Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Kemarau menyebabkan banyak tumbuhtumbuhan yang mati. Kemarau juga menyebabkan kegiatan manusia terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Tangki air dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat. [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 65 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
66 Ayat majmuk: (i) Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan. (ii) Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang dan tumbuhan banyak yang mati serta kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air sehingga menyebabkan air terpaksa dicatu. (iii) Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan supaya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat. Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Memiliki jiwa yang kental juga tuntutan remaja supaya sentiasa menjauhkan sikap suka mengeluh, marah atau menyalahkan keadaan. Sikap umpama ini bukan sahaja merugikan golongan remaja tetapi juga menjadikan mereka insan yang tidak dinamik. Pendek kata, golongan remaja diharapkan agar sentiasa berdikari dan tidak berharap bantuan orang lain. Tuntasnya, golongan remaja perlu menanam cita-cita keutuhan dijiwa dan berazam untuk mencapainya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Yang pastinya, di bahu merekalah terletak tanggung jawab merealisasikan impian negara menjadikan Malaysia negara maju seperti yang termaktub dalam wawasan negara. [6 markah] Bahan 2 Danial : Adakah kalian meragukan kebolehan saya? Khairul : Bukan begitu, Danial. Saya rasa kita perlu menyiapkan bertugas yang diberikan oleh Cikgu Azlan itu bersama-sama. Ramesh : Saya setuju. Lagipun tempuh masa yang diperuntukan untuk kita menyiapkannya begitu singkat. Mustahil kamu dapat menyiapkannya seorang diri. Danial : Baiklah, kawan-kawan. Maafkan saya kerana bersikap kepentingan diri sendiri. Marilah kita bekerjasama untuk menyiapkan tugasan itu. [5 markah] Bahan 1: (i) tuntutan – menuntut (ii) menjauhkan – menjauhi (iii) umpama – seumpama (iv) berharap – mengharapkan (v) keutuhan – seutuhnya (vi) tanggung jawab – tanggungjawab Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 66 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
67 Bahan 2: (i) meragukan – meragui (ii) bertugas – tugasan (iii) tempuh – tempoh (iv) diperuntukan – diperuntukkan (v) kepentingan – mementingkan Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka titah raja, “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.” Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Sultan menitahkan kepada semua yang hadir agar harta tersebut dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian kepada Laksamana dan satu bahagian kepada pemilik-pemilik harta berkenaan kerana harta tersebut ditemui oleh Laksamana. Semua yang hadir menyatakan persetujuan mereka sebagaimana yang dititahkan oleh sultan. Laksamana pula berpendapat kaedah pembahagian harta tersebut tidak menyebelahi sultan dan akan menimbulkan rasa sedih kepada pemilik-pemilik harta berkenaan. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 67 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
68 Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berserta maksudnya yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Pak Mat yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah itu telah mengambil seorang anak jirannya untuk dipelihara. Dia sangat sayang akan anak jiran yang dipeliharanya itu. Maklumlah Pak Mat tidak ada anak walaupun sudah lama berkahwin. Jadi, Pak Mat menyediakan apaapa sahaja yang diinginkan oleh anak jiran yang dipeliharanya itu. Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat gembira tinggal bersama-sama Pak Mat dan isterinya. Sebelum ini kehidupannya tidak terurus dengan baik dan sering menghadapi pelbagai dugaan demi dugaan akibat kemiskinan keluarga. [6 markah] (i) Peribahasa: Anak angkat Maksud: Anak orang lain yang dipelihara oleh seseorang seperti anaknya sendiri (ii) Peribahasa: Seperti menatang minyak yang penuh Maksud: Memberi kasih sayang sepenuhnya kepada seseorang (iii) Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa tangga Maksud: Mendapat bencana atau kesusahan secara berturut-turut Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Satu-satunya tempat yang berupaya menerapkan pelbagai nilai positif kepada kumpulan sasaran, ialah sekolah. Di sekolah satu aliran murid akan lebih memahami perbezaan nilai yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Guru yang sama mampu memberikan pemahaman tentang perbezaan nilai ini dengan betul. Oleh yang demikian, sekolah satu aliran mampu mewujudkan sikap yang sederhana dalam masyarakat majmuk. Sistem pendidikan kita telah mempunyai hala tuju yang betul dalam proses pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara harmoni. Perbezaan dan kemajmukan yang ada dapat disatukan secara harmoni di sekolah satu aliran dengan membimbing murid untuk menerima dan menghayati bahawa perbezaan yang wujud antara mereka sebagai satu keistimewaan. Sekolah ini turut berupaya mendidik murid agar mengeksploitasi perbezaan antara mereka untuk bersama-sama memajukan negara. Perlaksanaan sistem pendidikan yang diguna pakai sejak awal kemerdekaan hingga kini telah berjaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sekolah Satu Aliran Harmonikan Kaum”, Dewan Siswa, Januari 2016) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 68 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
69 Bahan 2 Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk amat memerlukan satu formula yang hebat dan berkesan untuk melahirkan satu kumpulan ahli masyarakat yang mempunyai rasa cinta yang tinggi kepada negara. Adalah dicadangkan kepentingan sekolah satu aliran diutamakan berbanding dengan sekolah vernakular. Sistem pendidikan di Malaysia perlu diseragamkan dalam erti kata sebenar. Cadangan mewujudkan sekolah satu aliran sering diutarakan oleh pelbagai pihak kerana sekolah satu aliran dapat menghapuskan perasaan curiga dalam kalangan murid sejak usia rebung lagi. Potensi berlakunya bibit-bibit perpecahan dan persengketaan dalam kalangan masyarakat majmuk dapat ditangani dengan berkesan bermula di dalam bilik darjah. Selain itu, institusi sekolah dilihat sebagai satu daripada tempat yang berkesan bagi semua pihak untuk memupuk nilai patriotisme dalam kalangan murid. Murid akan dididik dengan prinsip yang sama berkaitan dengan sejarah pembinaan negara dan bangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Sekolah Satu Aliran”, Rencana Pengarang, Berita Harian, Januari 2016) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud masyarakat majmuk. [2 markah] [Maksud] ... komuniti pelbagai bangsa (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perkaitan antara sistem pendidikan terkini dengan sekolah satu aliran. [3 markah] [Perkaitan] ... sistem pendidikan kini berasaskan pembentukan masyarakat bersatu padu dan harmoni / sekolah satu aliran menghapuskan perasaan curiga dalam kalangan murid / mengelakkan bibit-bibit perpecahan dan persengketaan / memupuk nilai-nilai patriotisme / menyemai sikap toleransi dan kebersamaan (iii) Masyarakat majmuk mudah terjebak dalam perpecahan dan persengketaan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini? KBAT Menganalisis [3 markah] [Langkah] ... mengadakan aktiviti gotong-royong melibatkan semua kaum / mengadakan majlis rumah terbuka / mengadakan kempen perpaduan sepanjang masa / mengadakan dialog atau forum melibatkan semua kaum (iv) Kumpulan anda diminta oleh guru untuk melaksanakan program mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan rakan sekelas. Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan anda. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cadangan] ... belajar secara berkumpulan bersama / bermain dalam satu kumpulan / membuat keceriaan kelas bersama / makan di kantin bersama-sama / menyertai pasukan koir Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 69 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
70 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Sampai hati abang kata begitu. Sumpah Eda tak buat seperti apa abang sangkakan. Tak percaya, ini hah. Ini laporan DNA yang Eda buat. Abang tengoklah,” kata Waheeda hampir menjerit. “Ah, siap dengan DNA!” Zahid mencebik dan berpaling ke arah luar tingkap. “Abang tengok dulu. Tolong baca laporan ni. Tengoklah bang. Sumpah! Ini buktinya,” rayu Waheeda dalam tangisan. Suaranya tersekat-sekat. Hidung dan kerongkong tersumbat oleh sebaknya tangisan. Bahunya bergerak-gerak. Tangisannya sesayu tangisan si kecil yang meronta-ronta di dakapan. Izzati seolah-olah tahu dia tidak disayangi. Bukan sekadar itu, malah dihina dan dibenci. (Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan reaksi Waheeda sebaik-baik sahaja disindir oleh suaminya. [4 markah] [Reaksi] ... merayu dalam tangisan / suaranya tersekat-sekat / hidung dan kerongkongnya tersumbat oleh sebab tangisan / bahunya bergerak-gerak / tangisannya sesayu tangisan si kecil (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu konflik dan cara penyelesaiannya yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 15) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 70 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
71 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Sains dan teknologi menjadi bahan perbincangan bagi setiap negara yang maju mahupun yang sedang meningkat maju. Pelbagai elemen yang memajukan sesebuah negara berpunca daripada perkembangan sains dan teknologi. Bagi negara yang membelakangkan sains dan teknologi sudah tentu akan ketinggalan dalam meniti arus zaman yang serba mencabar ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bahawa sains dan teknologi kini telah menjadi nadi kehidupan moden dan kemakmuran ekonomi. Menurut beliau lagi, dunia sekarang berada dalam era sains dan teknologi yang mana ilmu pengetahuan dan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah berkembang pada kadar yang amat pesat. Hal ini terbukti dengan penggunaan dan aplikasi teknologi tinggi dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, pertanian, perdagangan, komunikasi dan pengangkutan yang secara langsung telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Dalam soal ini, menurut Forum Ekonomi, dunia kini berada di ambang Revolusi Industri Ke-4 di mana berlakunya pertindihan industri serta kemunculan teknologi bersifat ‘disruptive’ yang bakal mengubah landskap produktiviti. Di samping itu, 65 peratus daripada kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah pada hari ini akan bekerja dalam bidang pekerjaan yang baharu berlandaskan STEM. Manakala banyak pekerjaan tradisional masa kini akan diganti oleh mesin dan robot. Justeru, dengan hala tuju global ini, aspek inovasi, kebolehan menyelesaikan isu yang kompleks, berfi kir secara kritikal dan kreativiti adalah penting bagi membolehkan kita menjadi lebih kompetitif dan kekal berdaya saing. Oleh hal demikian, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan Rancangan Malaysia Ke-11 untuk mentransformasikan sistem pendidikan, usaha menerapkan kesedaran kepentingan STEM harus dipikul oleh pelbagai pihak. Kerajaan mesti memperluas pendidikan sains dan teknologi kepada murid-murid sejak di sekolah rendah lagi. Ibu bapa pula mesti memberi dorongan kepada anak-anak mereka dengan menyahut seruan kerajaan, iaitu mengubah persepsi mereka yang kadang-kadang menyalahkan pembaharuan yang dibawa oleh sains dan teknologi. Dengan adanya kerjasama pelbagai pihak, sudah tentu landskap negara akan berubah tetapi tidaklah sampai mengorbankan nilai-nilai hidup masyarakat yang dididik agar berhati-hati dengan kemajuan yang dibawa oleh teknologi baharu dalam kehidupan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sains dan Teknologi Nadi Kehidupan, Kemakmuran”, Utusan Borneo, 14 Ogos 2017) • elemen – unsur • membelakangkan – mengetepikan/ meminggirkan • kompleks – sesuatu yang rumit • persepsi – pandangan Makna Kata Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Rumusan Praktis Ekstra 4 Praktis Ekstra Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 71 26/9/2023 4:40:46 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
72 Bahan 2 Minggu Sains Negara Minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan murid perlu diberikan perhatian serius. Perkara ini penting bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara menjelang 2050. Manakala pelibatan semua pihak seperti guru, murid, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI). (Sumber: mosti.gov.my.) Bahan 3 Memudahkan komunikasi antara manusia Meningkatkan hasil pertanian Memudahkan pergerakan manusia Meningkatkan sektor pendidikan Menyumbangkan perkembangan industri kesihatan Kepentingan Sains dan Teknologi Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 72 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
73 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan sumbangan/kebaikan/manfaat sains dan teknologi dan usaha / langkah / kaedah menarik minat murid terhadap sains dan teknologi. Fokus 1 (Sumbangan sains dan teknologi) 1 Penggunaan dan aplikasi teknologi tinggi dalam pelbagai sektor [B1] 2 Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat [B1] 3 Murid-murid sekarang akan bekerja dalam bidang pekerjaan berlandaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik [B1] 4 Pelbagai jenis pekerjaan tradisional masa kini akan diganti oleh peralatan moden [B1] 5 Memudahkan komunikasi antara manusia [B3] 6 Menyumbang perkembangan bidang kesihatan [B3] 7 Meningkatkan sektor pendidikan [B3] 8 Meningkatkan hasil pertanian [B3] 9 Memudahkan pergerakan manusia [B3] Fokus 2 (Usaha untuk menarik minat murid terhadap sains dan teknologi) 1 Kerajaan mesti memperluas pendidikan sains dan teknologi kepada murid-murid sejak di sekolah rendah lagi [B1] 2 Ibu bapa pula mesti memberi dorongan kepada anak-anak mereka dengan menyahut seruan kerajaan [B1] 3 Ibu bapa perlu mengubah persepsi mereka yang kadang-kadang menyalahkan pembaharuan yang dibawa oleh sains dan teknologi [B1] 4 Perlunya kerjasama pelbagai pihak [B1] 5 Bidang ini perlu diberikan perhatian serius kepada murid [B2] 6 Kerajaan mesti memperluas pendidikan sains dan teknologi kepada murid [B2] 7 Pelibatan semua pihak seperti guru, murid, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, bidang sains dan teknologi perlu disokong agar negara mencapai status negara maju. Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 73 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
74 Baca petikan berita di bawah. Kenal pasti dan bandingkan intonasi serta nada yang sesuai. Kemudian, cari maklumat tentang punca kenaikan harga ayam. Pasar Raja Bot atau lebih dikenali dengan nama Pasar Chow Kit merupakan nadi kepada penduduk Lembah Klang untuk mendapatkan barangan keperluan asas. Namun pasar awam yang terkenal dengan barang segar pada harga berpatutan ini, turut terhimpit dengan tekanan ekonomi apabila harga ayam naik secara mendadak. Ayam standard yang sebelum ini dijual pada harga lapan ringgit sekilogram kini naik sehingga sembilan ringgit sekilogram. Peniaga memaklumkan harga itu mungkin naik lagi hingga sepuluh ringgit sekilogram esok. Menurut peniaga lagi, pembekal terpaksa menaikkan harga berikutan faktor harga dedak turut meningkat, selain mendakwa kemasukan anak ayam berkurangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Akur dengan harga yang ditawarkan, pembeli dilihat terpaksa mencatu kuantiti pembelian. Tindakan itu menyebabkan hasil jualan peniaga turut berkurangan sehingga 60 peratus. Lazimnya dalam ekonomi pasaran terbuka, harga ditentukan oleh permintaan dan juga penawaran. Bagaimanapun dalam fasa pemulihan, berlakunya penyesuaian pasaran disebabkan ekonomi yang dibuka dan ditutup secara tidak menentu. Oleh yang demikian kerajaan perlu melakukan pemantauan yang lebih kerap berkenaan status bekalan dan juga pergerakan harga agar tiada pihak yang memanipulasi harga atau menjual secara tidak munasabah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Harga Ayam: Harga Naik, Pengguna Terbeban”, oleh Juliana Sharif, Buletin TV3, 9 September 2021) Punca Kenaikan Harga Ayam (1) Harga dedak meningkat (2) Kemasukan anak ayam berkurangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (3) Penyesuaian pasaran kerana ekonomi dibuka dan ditutup secara tidak menentu (4) Terdapat pihak yang memanipulasi harga Praktis PBD Kemahiran Membaca Tema 7 Pertanian, Penternakan dan Perikanan SP 2.1.1 Membaca pelbagai jenis teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai. TP Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 74 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
75 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Teknologi moden perlu diaplikasikan dalam memastikan sektor pertanian negara terus maju dan mampu bersaing dengan negara lain. Penggunaan teknologi yang serba moden dan canggih serta terancang mampu meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan oleh sesebuah negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Guna Teknologi Moden dalam Pertanian”, Astro Awani, 29 Mei 2019) Petikan di atas memperlihatkan betapa bidang pertanian masih mendapat tempat di negara kita. Penggunaan kaedah moden dalam bidang pertanian memastikan bidang ini boleh maju dan berdaya saing. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Kepentingan Bidang Pertanian di Negara Kita”. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Praktis Berformat SPM Pendahuluan format syarahan – kata alu-aluan – menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Bidang Pertanian di Negara Kita” Isi 1 meningkatkan ekonomi negara – menjadi sumber pendapatan negara menerusi eksport bahan mentah – contohnya, minyak kelapa sawit – menyumbang pendapatan yang tinggi kepada negara – pada tahun 2017, hasilnya RM46.2 bilion – membantu merancakkan ekonomi negara – manakala produk getah menjadi eksport kesepuluh tertinggi negara – mempelbagaikan sumber ekonomi negara – negara tidak bergantung kepada suatu sumber pendapatan sahaja – pendapatan dipelbagaikan menerusi bidang pertanian selain daripada bidang pembuatan, elektronik, gas dan sebagainya – negara menyeimbangkan pendapatan daripada pelbagai sumber Isi 2 menyediakan peluang pekerjaan – pertanian membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan – contohnya pengusaha, pengilang, bahagian pemasaran dan sebagainya – dapat mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara – menjadi pilihan golongan yang berpendidikan rendah dan sederhana – memerlukan tenaga pekerja yang berpendidikan tinggi seperti pegawai, penyelidik pertanian Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 75 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
76 Praktis Ekstra Untuk tujuan pembelajaran Praktis Ekstra 5 Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Karangan Respons Terbuka Isi 3 mengurangkan import bahan mentah dari luar – usaha yang dijalankan dalam pertanian dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil dari luar negara – mengurangkan import dari negara luar sepenuhnya – contohnya, hasil padi negara boleh digunakan oleh 70% penduduk negara Isi 4 boleh dijadikan produk pelancongan – kawasan pertanian menjadi sumber keindahan alam – kawasan yang hijau dan segar menyejukkan mata memandang dan menjadi tumpuan para pelancong – contohnya, kawasan penanaman padi di Kedah, Perlis dan Kelantan serta ladang teh di Tanah Tinggi Cameron menjadi tempat tumpuan pelancongan atau dikenali sebagai ekopelancongan – turut menjana ekonomi negara Kesimpulan bidang pertanian mesti digiatkan supaya dapat menjana pendapatan negara – mempelbagaikan hasil ekonomi negara – pertanian ialah satu perniagaan Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 76 26/9/2023 4:40:46 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
77 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Bidang pertanian boleh menjana pendapatan yang tinggi dan sumber rezeki baharu tanpa mengharapkan makan gaji sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta. Apa yang penting, seseorang yang terlibat dalam pertanian mesti menitikberatkan kesungguhan di samping minat yang mendalam dalam bidang ini. Pengusaha pertanian juga mestilah mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang tinggi jika mereka mahu berjaya dalam bidang ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pertanian Perniagaan Mampu Jana Pendapatan Lumayan”, Utusan Borneo, 30 March 2018) [6 markah] Kata majmuk: (i) kakitangan (ii) menitikberatkan (iii) tanggungjawab Ayat: (i) Beberapa orang kakitangan pejabat kesihatan sedang memeriksa premis perniagaan di bandar itu. (ii) Ibu bapa mestilah menitikberatkan pendidikan anak-anak demi masa depan mereka di samping tidak mengabaikan sahsiah anak-anak. (iii) Bergotong-royong merupakan satu tanggungjawab sosial yang dituntut oleh penduduk di sesuatu kawasan kejiranan. Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Industri perikanan merupakan satu daripada cabang sumber pendapatan negara. Antara sumbangan utama industri perikanan adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ratarata penduduk tempatan yang tinggal di Pantai Timur bekerja sebagai nelayan. Bekerja sebagai nelayan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Sumbangan industri perikanan yang lain ialah menggalakkan tukaran mata wang asing. Ikan ialah sumber protein makanan rakyat tempatan. Ikan menjadi penyumbang utama dalam industri perikanan. Ikan juga menjadi sumber vitamin A dan D yang utama selepas daging. [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 77 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
78 (i) Adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sumbangan utama industri perikanan. (ii) Dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, bekerja sebagai nelayan. (iii) Dalam industri perikanan, ikan menjadi penyumbang utama. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Satu lagi masaalah yang sering dihadapi oleh para-para nelayan kita termasuklah pencerobohan nelayan asing ke perairan negara ini. Fenomena ini bukanlah satu perkara baru, malah sering dilapurkan di dadadada akhbar tempatan. Walau pun penguatkuasaan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, gulungan itu terus memasukkan negara ini seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa. Secara sedar atau tidak, kegiatan itu bukan sedikit menjejaskan hasil tangkapan nelayan tempatan malah mengundang pelbagaibagai permasalahan jenayah lain di negara ini. Buktinya, MARITIM berjaya menahan 21 buah bot nelayan baru-baru ini kerana menjalankan kesalahan. Dalam operasi selama lapan hari itu, kebanyakan dari bot nelayan terbabit dikesan telah menceroboh perairan negara dan menangkap ikan secara haram. Operasi bersatupadu tersebut membabitkan seramai 41 pegawai dan 184 anggota daripada pelbagai agensi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Menangani Masalah Kaum Nelayan”, oleh Haji Samad Buang, Koleksi Rencana Umum Jilid 2, Melaka 2012) [13 markah] (i) masaalah – masalah (ii) para-para nelayan – para nelayan (iii) satu – suatu (iv) walau pun – walaupun (v) gulungan – golongan (vi) memasukkan – memasuki (vii) sedikit – sekadar (viii) pelbagai-bagai – pelbagai (ix) baru – baharu (x) menjalankan – melakukan (xi) dari – daripada (xii) bersatupadu – bersepadu (xiii) dilapurkan – dilaporkan Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 78 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
79 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka diamlah ia di pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke atas peterana itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata Puteri Jilan, “Jangan dilarangkan Si Bujang itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku di Johor. Dan Tuan Bujang pun sampailah umur 13 tahun. Maka Tuan Bujang pun minta pergi ke Batanghari, hendak mencari ilmu. Maka dilepas akan Puteri Jilan. (Dipetik daripada “Asal Usul Raja Kecil” dalam antalogi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Dia pun tinggallah di pagaruyung. Setiap hari dia naik bermain-main di atas tempat raja bersemayam. Perbuatan tersebut dilarang dayang-dayang kerana dikhuatiri ditimpa bala. Puteri Jilan menyanggah tindakan dayang-dayang yang tidak membenarkan Si Bujang bermain di atas singgahsana itu kerana Si Bujang mahu melihat mahkotanya. Dia ialah pewaris mahkota tersebut dan pasti tidak terjadi apa-apa kepada dirinya kerana dia ialah anak kepada adik puteri Jilan di Johor. Apabila Tuan Bujang berumur 13 tahun, dia minta izin pergi ke Batanghari untuk mencari ilmu dan dibenarkan oleh Puteri Jilan. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Aida amat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah tersebut, dia telah menumpukan sepenuh perhatian setiap kali guru mengajar di dalam kelas dan mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru. Dia yakin bahawa dia akan berjaya sekiranya dia berusaha dengan bersungguhsungguh. Selain itu, Aida sering bertanya gurunya apabila tidak memahami sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas. Untuk memastikan cita-cita dan impian hidupnya tercapai, Aida tidak sesekali malas mendayung perahunya. [4 markah] (i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (ii) Segan bertanya sesat jalan Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 79 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
80 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Setiap guru Sejarah perlu mengambil inisiatif untuk menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan dan sesuai dengan konsep ‘education is fun’. Berdasarkan pengalaman guru Sejarah, konsep penyampaian secara bercerita lebih menarik minat murid berbanding konsep Talk and Chalk, iaitu bercakap mengikut tajuk-tajuk tertentu di dalam kelas dan kemudian menulisnya di papan hitam. Hal ini demikian kerana konsep penyampaian secara bercerita dapat mengelakkan murid menjadi bosan. Pendekatan lawatan ke tempat bersejarah juga merupakan satu idea yang menarik dan sesuai untuk murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Hal ini demikian kerana lawatan itu akan memberi peluang kepada murid melakukan kerja lapangan. Latihan praktikal akan lebih mudah diingati berbanding menyuruh murid menghafal dan mengingati peristiwa dan tarikh berkaitan tempat-tempat yang dilawati. Selain itu, guru juga boleh mengajar di lokasi yang dilawati untuk tempoh 10 atau 15 minit. Kuiz mengenai tempat-tempat yang dilawati pula diadakan misalnya di dalam bas semasa dalam perjalanan pulang ke sekolah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Guru Sejarah Perlu Ada Inisiatif”, Utusan Malaysia, Oktober 2017) Bahan 2 Kerajaan akan mengambil pendekatan baharu untuk menjadikan subjek Sejarah lebih diminati selain memasukkan aspek kewarganegaraan, patrotisme dan unsur-unsur perlembagaan di dalamnya. Inisiatif guru Sejarah diperlukan untuk memastikan pendekatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dapat menarik minat murid terhadap subjek itu. Pihak kementerian sekadar memperkenalkan pendekatan, namun langkah menjayakannya terletak di tangan guru. Kaedah P&P bagi subjek Sejarah perlu diubah supaya tidak sekadar menekankan tarikh dan peristiwa penting semata-mata sebaliknya aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur perlembagaan wajar diberi penekanan agar dapat menyediakan generasi muda yang lebih berwawasan dan cinta akan negara. Para guru pula mesti meminati Sejarah kerana guru yang tidak berminat tentu sukar untuk mencipta sesuatu yang baharu bagi menjadikan subjek itu sentiasa diminati. (Dipetik dan diubah suai daripada Rencana Pengarang, Utusan Malaysia, Oktober 2017) Praktis Ekstra Untuk tujuan pembelajaran Praktis Ekstra 6 Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Pemahaman (Pe� kan Umum) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th-Tajul.indd 80 26/9/2023 4:40:46 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
81 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud melakukan kerja lapangan. [2 markah] [Maksud] ... melaksanakan aktiviti di lokasi sebenar (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pendapat tentang peranan guru dalam menggalakkan murid meminati subjek Sejarah. [3 markah] [Perbezaan] Bahan 1 – Penyampaian secara bercerita, pendekatan lawatan, latihan praktikal Bahan 2 – Kaedah P&P subjek Sejarah perlu diubah, penekanan kepada aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan (iii) Subjek Sejarah dikatakan terlalu membosankan murid. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? KBAT Menilai [3 markah] [Sebab] ... murid perlu menghafal fakta dengan betul / murid perlu mengingati tarikh dan peristiwa dengan tepat / murid perlu mengingati nama-nama tokoh yang terlibat / murid perlu mengetahui tentang sesuatu perjanjian (iv) Kumpulan anda diminta oleh guru mata pelajaran Sejarah menyiapkan tugasan berkaitan satu tempat bersejarah di negara kita. Cadangkan persediaan-persediaan awal yang wajar dilakukan untuk menyiapkan tugasan tersebut. KBAT Menganalisis [4 markah] [Cadangan] ... membuat pembahagian tugas kepada ahli kumpulan / mengadakan perbincangan / memilih satu nama tempat bersejarah / menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan / menyediakan peralatan, mencatat, menyalin, merekod / berbincang dengan guru mata pelajaran Sejarah Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 81 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
82 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia beralih pula ke sekeping gambar yang diletakkan di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Diambilnya bingkai berisi gambar itu lalu ditatap sedalam-dalamnya. Gambar seorang lelaki yang berbaju Melayu lengkap, kelihatan sedikit membongkok sambil tersenyum menerima segulung sijil daripada salah seorang sasterawan tersohor tanah air di atas sebuah pentas yang kelihatan indah. Dia pasti, itu ialah gambar ayahnya. Setelah puas menatapi gambar itu, Haiqal berjalan menuju ke jendela yang terbuka. Dia memandang pula ke arah jalan. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke sebelah kiri. Sebuah rumah batu sederhana besar yang berbumbung biru tersergam indah. Rumah Tauke Ong. Di halaman rumah itu ada sepohon pokok rambutan yang agak rendang. Di bawah naungan dedaun pokok rambutan itu ada sebuah kereta wagon berwarna merah yang agak usang. Warnanya pun kelihatan agak pudar. Bebola matanya kini seakan-akan mencari-cari sesuatu. Di manakah dia? (Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan ciri-ciri rumah batu milik Tauke Ong sebagaimana yang dilihat oleh Haiqal. [4 markah] [Ciri] ... sederhana besar / berbumbung biru / tersergam indah / di halaman rumah ada sepohon pokok rambutan yang agak rendang (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 17) Stra_A_BM TG5_Tema 5_8_4th.indd 82 9/20/23 7:34 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA