133 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata kerja aktif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama am dan kata kerja aktif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Boria mempunyai kedudukan penting dalam sejarah kerana boria dikatakan menjadi medium hiburan propaganda bagi menuntut pembebasan daripada penjajahan oleh masyarakat tempatan pada masa itu. Tidak hairanlah seni budaya itu mendapat tempat dalam masyarakat sehingga terdapat sekurangkurangnya 40 hingga 50 pasukan boria di Pulau Pinang sekitar dekad 1920-an. Bagaimanapun, boria melalui era yang penuh cabaran yang menguji keutuhannya sehingga menyaksikan berlaku evolusinya tersendiri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tak Salah Boria Berubah” Berita Harian, 19 September 2016) [6 markah] Kata nama am: (i) boria (ii) masyarakat Kata kerja aktif: (i) menuntut (ii) menguji Ayat (Kata nama am): (i) Kesenian boria masih popular di Pulau Pinang sehingga kini walaupun banyak saingannya. (ii) Masyarakat yang masih mendiami kawasan pedalaman di negeri itu sering mendapat perhatian kerajaan dan badan bukan kerajaan. Ayat (Kata kerja aktif): (i) Kamariah masih menuntut di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi. (ii) Pak Zainal menguji kereta terpakai itu terlebih dahulu sebelum membelinya. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 133 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
134 Sintaksis Baca dialog di bawah dengan teliti. Tukarkan dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. Mastura : Nurul, peperiksaan SPM sudah hampir. Nurul : Awak janganlah terlalu risau. Jika terus berusaha, awak tentu boleh berjaya. Mastura : Betul kata awak, Nurul. Nurul : Saya bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke universiti. Mastura : Wah, bagusnya cita-cita awak itu! Saya pun hendak ke universiti juga. Nurul : Kalau begitu, marilah kita belajar bersama-sama mulai sekarang. [6 markah] Mastura mengingatkan Nurul bahawa peperiksaan SPM sudah hampir. Nurul menasihati Mastura agar tidak berasa risau. Dia memaklumkan bahawa jika Mastura terus berusaha, dia tentu boleh berjaya. Mastura bersetuju dengan pendapat Nurul. Nurul memberitahu Mastura bahawa dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Mastura kagum dan memuji cita-cita Nurul itu. Dia memberitahu Nurul bahawa dia juga ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Nurul mengajak Mastura untuk belajar bersama-sama mulai sekarang. Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Perkembangan teknologi pada hari ini sebanyak sedikit memberikan kesan kepada permainan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana, permainan tradisional semakin masyarakat lupakan, terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana dia terhibur bermain permainan video yang boleh dimuat turun melalui berbagai aplikasi yang disediakan dalam telefon mudah alih. Walhal, permainan rakyat merupakan satu daripada identity negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi di masa hadapan. [6 markah] Bahan 2 Tarian zapin dapat disemarakkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Semangat ini wujud bila kita berbangga dengan warisan yang unik ini kerana berjaya menonjolkan kehebatan dayafi kiran masyarakat. Di samping itu, seni tarian zapin dapat diperkenalkan ke masyarakat global melalui pendedahan di luar negara. Kesenian ini juga dapat dijadikan bahan pelancongan negeri Johor kerana setiap negeri mempunyai warisan yang diagung-agungkan. [5 markah] Video Tutorial Imbas kod QR untuk muat turun Video Tutorial. Video Tutorial Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th-Tajul.indd 134 26/9/2023 5:12:39 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
135 Bahan 1: (i) sebanyak sedikit – sedikit sebanyak (ii) masyarakat lupakan – dilupakan oleh masyarakat (iii) dia – mereka (iv) berbagai – berbagai-bagai (v) identity – identiti (vi) di masa – pada masa Bahan 2: (i) disemarakkan – menyemarakkan (ii) bila – apabila (iii) dayafikiran – daya fikiran (iv) ke – kepada (v) bahan – produk Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya. Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Gajah Ahmad. Kata mereka, “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mertuanya.” Sebaik mendengar khabar itu Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) [6 markah] Sebaik-baik sahaja Raja Muhammad mendengar khabar daripada Inang itu, baginda berasa amat marah dan menghimpunkan segala tentera pergi mendapatkan Merah Gajah lalu membunuhnya. Apabila Merah Gajah mati, orang memberitahu bapanya yang bernama Raja Ahmad bahawa Merah Gajah telah dibunuh oleh mentuanya. Sebaik-baik sahaja mendengar berita tersebut, Raja Ahmad menghempaskan dirinya, mengoyak-goyak baju serta mencarik-carik bajunya kerana terlalu marah. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 135 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
136 Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Marissa sering kali diingatkan oleh ibu bapanya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depannya. Walau bagaimanapun, semua kata ibu bapanya langsung tidak diendahkannya. Dia sentiasa menghabiskan masa dengan menonton televisyen selepas pulang dari sekolah dan bermain dengan adiknya. Dia tidak mahu mengulang kaji dan asyik ketinggalan dalam pelajaran walaupun sering mendapat teguran daripada ibu bapa dan gurunya. Semenjak kecil lagi ibu bapa Marissa terlalu memanjakannya dan sentiasa memenuhi semua permintaannya. Kini, mereka sedar akan kesilapan mereka dan berasa sukar sekali untuk membetulkan sikap anak mereka itu. [6 markah] (i) Bagai mencurah air ke daun keladi (ii) Bagai menatang minyak yang penuh (iii) Seperti aur ditarik songsang Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembab dan sukar untuk berfikir? Pernahkan anda mengalami keadaan yang merimaskan, terutamanya apabila sukar memberikan tumpuan terhadap kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti adalah dengan tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tidur dari Segi Saintifik”, Dewan Kosmik, Februari 2018) Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 136 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
137 Bahan 2 Mereka yang sering tidur lewat seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama tiga puluh minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kurang Tidur Tambah Masalah”, Utusan Malaysia, Februari 2017) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud keadaan yang merimaskan. [2 markah] [Maksud] …. suasana tidak selesa (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan antara kebaikan tidur yang cukup dengan keburukan kurang tidur. [3 markah] [Perbezaan] Perbezaan: Tidur yang cukup: … mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar/… membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang Kurang tidur: … tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas/… melemahkan ketahanan badan/… proses penyimpanan maklumat terganggu (iii) Masalah sukar tidur sering terjadi kepada seseorang. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Cara] … mengamalkan gaya hidup sihat/… makan makanan seimbang agar sentiasa sihat/ … mendengar muzik atau membaca buku sebelum tidur/… memilih tempat tidur yang selesa (iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru untuk membuat pembentangan tentang punca-punca yang menyebabkan seseorang menghadapi masalah sukar tidur. Cadangkan punca-punca tersebut. KBAT Menilai [4 markah] [Punca] … menghidap penyakit/… suasana bilik tidur yang tidak selesa/… gangguan persekitaran yang bising/… tekanan perasaan atau stres Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 137 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
138 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sedang budiman memberi penerangan, Nurul Hafsa pula mengawal persembahan di komputer riba. Muhammad Taufik dapat melihat yang Nurul Hafsa asyik memerhatikan abangnya itu dengan bersungguh-sungguh sambil mencatat nota. Pastinya ada sesuatu yang Nurul Hafsa boleh pelajari daripada penyampaian abangnya yang juga memang pakar dalam segala jenis persembahan itu. Budiman pernah bercerita bahawa menjadi guru itu bukan sahaja mengajar silibus sesuatu subjek tetapi juga menjadi seorang pakar motivasi, pelakon, penyanyi dan pelawak. “Secara tidak langsung, sebuah pusat pentadbiran sentiasa mengalami ancaman pembangunan pesat. Kuala Selangor juga ingin memiliki pembangunan yang dimiliki oleh daerah-daerah lain, seperti infrastruktur yang lebih baik dan jalan-jalan yang lebih besar. Apatah lagi harga hartanah yang berpatutan masih kekal di Kuala Selangor sedangkan harga di tempat lain semakin meningkat. Kesannya, Kuala Selangor mengalami penambahan penduduk yang ketara. Kuala Selangor menjadi tarikan orang banyak kerana jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Kelang dan Shah Alam. Kuala Selangor juga berdekatan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan. (Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan pembangunan pesat Kuala Selangor. [4 markah] [Ciri] … menjadi pusat pentadbiran/… infrastruktur yang lebih baik/… jalan-jalan yang lebih besar/… penduduk semakin bertambah secara ketara/… jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Kelang dan Shah Alam/… berdekatan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan (ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mempunyai unsur saspens dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 28) Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 138 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
139 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Langkah kerajaan mengadakan acara tahunan peringkat kebangsaan seperti Festival Kuala Lumpur dan sebagainya merupakan satu usaha ke arah melestarikan warisan budaya negara. Festival Kuala Lumpur yang diadakan selama sebulan berperanan penting untuk menonjolkan unsur kebudayaan pelbagai kaum di negara ini. Festival yang merangkumi pelbagai aktiviti kesenian dan warisan itu mampu melonjakkan imej ibu kota sebagai sebuah bandar raya yang pesat membangun dan kaya dengan aktiviti seni. Penganjuran festival ini sangat bermakna kerana secara tidak langsung menjadi landasan mengetengahkan kebudayaan dan kesenian tempatan untuk dihayati oleh masyarakat setempat atau antarabangsa. Selain itu, festival tersebut juga dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap aktiviti seni dan seterusnya berperanan sebagai sumber pendidikan ke arah membentuk masyarakat berbudaya, khususnya generasi muda. Program seperti konsert, tayangan filem, persembahan teater broadway, teater bangsawan, opera persembahan muzik, tarian kebudayaan, muzik jalanan dan orkestra merupakan tunjang tamadun namun usaha penganjurannya perlu dipergiat. Sebanyak 122 aktiviti diadakan di beberapa buah tempat di Kuala Lumpur merangkumi seni persembahan, seni tampak, warisan, permainan tradisional, bahasa dan persuratan serta rekreasi dan pelancongan. Permainan gasing boleh dijadikan produk pelancongan seperti yang dilakukan di beberapa buah pusat pelancongan tempatan. Sebagai contoh, langkah menganjurkan demonstrasi dan pameran gasing uri di Pasar Seni, Kuala Lumpur merupakan satu usaha murni untuk memartabatkan permainan tradisional, di samping sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian budaya Malaysia. Secara tidak langsung, melaluinya kita juga dapat mempromosikan Pasar Seni kepada umum sebagai sebuah tempat pelancongan yang tersohor dengan kebudayaan dan kesenian negara. Secara tuntas, generasi muda perlu mempertahankan seni dan budaya bangsa agar tidak pupus ditelan zaman. Dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi negara, pembangunan seni dan budaya merupakan aspek pembangunan yang tidak kurang pentingnya dengan bidang pembangunan lain. Oleh itu, generasi muda diharap tidak terpengaruh dengan kesenian barat yang tidak sesuai dengan generasi pada masa ini kerana boleh merosakkan moral. (Dipetik dan diubah suai daripada “Melestarikan Warisan Budaya” oleh Hj. Samat Bin Buang, Koleksi Rencana Umum Jilid 2, September 2011) • melestarikan – mengekalkan • mengetengahkan – menampilkan • orkestra – pasukan pancaragam yang besar bilangan ahli muziknya • demonstrasi – penerangan tentang sesuatu • tersohor – termasyhur • memperkasakan – menjadikan hebat Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 139 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
140 Bahan 2 Pantun Warisan Bangsa Jarum emas letak di para, Letak dalam talam suasa; Melayu terkenal di Nusantara, Kaya dengan warisan budaya. Asam gelugor si asam paya, Diguna orang penyedap rasa; Hidup beradat amalkan budaya, Berhemah tinggi berbudi bahasa. Jiran tetangga datang berjumpa, Duduk bertandang di atas beranda; Adat yang lama janganlah lupa, Itu sahaja yang kita ada. (Dipetik daripada cikgurohanaali.blogspot.com, 16 November 2012) [30 markah] Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan kepentingan/faedah menghidupkan warisan budaya dan langkah-langkah/ usaha-usaha mengekalkan warisan budaya di Malaysia. Fokus 1 (Kepentingan menghidupkan warisan budaya) 1 Menonjolkan unsur kebudayaan pelbagai kaum di negara ini [B1] 2 Pelbagai aktiviti kesenian dan warisan mampu melonjakkan imej ibu kota [B1] 3 Menjadi landasan mengetengahkan kebudayaan dan kesenian tempatan [B1] 4 Dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap aktiviti seni [B1] 5 Berperanan sebagai sumber pendidikan ke arah membentuk masyarakat berbudaya [B1] 6 Merupakan tunjang tamadun yang perlu dipergiat [B1] Fokus 2 (Langkah-langkah mengekalkan warisan budaya di Malaysia) 1 Sentiasa berhemah tinggi dan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa [B2] 2 Adat yang lama perlu dipertahankan sehingga bila-bila [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, warisan budaya bangsa perlu dimartabatkan supaya negara terus terkenal di persada dunia. Stra_A_BM TG5_Tema 9_12_5th.indd 140 9/21/23 6:19 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
141 Praktis 1 Teliti kedua-dua bahan di bawah. Kemudian, hubung kaitkan bahan-bahan ini dalam bentuk grafik. Kenali Jalur Gemilang Bulan dan Bintang Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan negara Bintang Pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan Warna Kuning Melambangkan warna Diraja Warna Biru Menunjukkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum Warna Merah Menunjukkan keberanian Warna Putih Menunjukkan kesucian dan keluhuran KUALA LUMPUR – Bendera bukan sekadar sepotong kain yang digantung atau dikibar sebagai perhiasan, tetapi sehelai kain dengan pelbagai warna dan lambang untuk menterjemahkan kedaulatan, penghormatan dan martabat sesebuah negara. Begitu juga dengan Jalur Gemilang, nama rasmi bendera Malaysia. Selain Jalur Gemilang, setiap negeri dan wilayah persekutuan di negara ini mempunyai bendera masingmasing dengan lambang dan warnanya yang mewakili nilai-nilai luhur yang menjadi pegangan negeri itu. Perlu diingat bahawa warna dan lambang bendera mempunyai maksud tersirat dan perlu dihormati serta tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Menyentuh mengenai kepentingan bendera, Pakar Sosial Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, Jalur Gemilang merupakan lambang kemerdekaan negara yang perlu dipertahankan ‘maruahnya’. Mengambil contoh peperangan yang berlaku pada zaman dahulu, beliau berkata, walau apa pun yang berlaku ketika peperangan itu, bendera akan tetap dipegang oleh pejuang kerana jatuhnya bendera bermaksud jatuhlah kumpulan ataupun pasukan itu. “Itulah sebabnya pada zaman sahabat nabi (Muhammad SAW), ada seorang sahabat patah tangan kanan, kemudian bendera itu dibawa ke tangan kiri dan sebaliknya. Ini jelas membuktikan betapa pentingnya bendera sebagai tanda kehormatan dan kemegahan sesebuah negara,” katanya kepada Bernama. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bendera Negara Bukan Sekadar Sepotong Kain”, oleh BERNAMA, Sinar Harian, 9 Disember 2019) Praktis PBD Kemahiran Menulis SP 3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 141 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
142 Pendahuluan Rumusan membincangkan makna dan kepentingan Jalur Gemilang kepada negara Fokus 1 - Makna Bahan 1 • Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan • Bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan • Warna kuning melambangkan warna Diraja • Warna biru menunjukkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum • Warna putih menunjukkan kesucian dan keluhuran Bahan 2 • Warna dan lambang bendera mana-mana negara mempunyai maksud tersirat dan ia perlu dihormati Fokus 2 - Kepentingan Bahan 1 • Mengingatkan rakyat tentang fungsi setiap lambang dan warna pada Jalur Gemilang Bahan 2 • Menterjemahkan kedaulatan, penghormatan dan martabat sesebuah negara • Menunjukkan Malaysia sebuah negara bebas dan berdaulat • Mewakili nilai-nilai luhur yang menjadi pegangan negeri itu • Tanda kehormatan dan kemegahan sesebuah negara Kesimpulan Kesimpulannya, Jalur Gemilang hendaklah dihormati supaya dapat melahirkan masyarakat yang menjunjung tinggi kedaulatan negara. Praktis 2 Tulis rumusan lengkap berdasarkan bahan grafik yang telah dihasilkan menggunakan penanda wacana yang sesuai. TP TP Rumusan membincangkan makna dan kepentingan Jalur Gemilang kepada negara. Antara makna Jalur Gemilang ialah bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan. Warna kuning pula melambangkan warna Diraja manakala warna biru menunjukkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Warna dan lambang bendera mana-mana negara mempunyai maksud tersirat dan ia perlu dihormati. Kepentingan Jalur Gemilang ialah mengingatkan rakyat tentang fungsi setiap lambang dan warna yang terdapat padanya. Selain itu, Jalur Gemilang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Di samping itu, bendera juga mewakili nilai-nilai luhur yang menjadi pegangan negeri itu. Kesimpulannya, Jalur Gemilang hendaklah dihormati supaya dapat melahirkan masyarakat yang menjunjung tinggi kedaulatan negara. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 142 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
143 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Kewujudan bangunan bersejarah tidak boleh dinafikan dan sangat penting kepada sesebuah negara merdeka kerana memberikan penjelasan mengenai bagaimana bermulanya kewujudan negara berkenaan. Di Malaysia, setiap negeri mempunyai bangunan bersejarah yang dibina ketika zaman kolonial dan mempunyai kisah sejarah yang sangat menarik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Saksi Sejarah Negara”, Harian Metro, 25 Ogos 2017) Petikan di atas menjelaskan kepentingan tempat-tempat bersejarah di negara kita. Tempat-tempat bersejarah menjadi identiti sesebuah negara dan kaya dengan pelbagai kisah menarik. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha mesti dilakukan untuk memelihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah ini. Huraikan pernyataan di atas. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Praktis Berformat SPM Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] tempat bersejarah sangat penting bagi sesebuah negara – menjadi identiti negara dan bangsa – tempat bersejarah mesti dikekalkan – untuk tatapan generasi yang akan datang – usaha-usaha harus dilakukan untuk mengekalkan tempat bersejarah Isi 1 [Ayat Topik – Isi] menjaga dan memelihara dengan baik – [Ayat Huraian – Bagaimana] tempat-tempat bersejarah mesti dikawal selia dengan baik – tidak membiarkan keasliannya terjejas – membaiki dan cuba mengekalkan bentuknya yang asal – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Condong Teluk Intan dan lainlain – kerajaan atau pihak-pihak tertentu memberikan peruntukan – [Ayat Kesan – Kebaikan] tempat itu akan dipelihara dan dijaga dengan baik kerana mempunyai dana – tempat itu akan kekal sebagai warisan Isi 2 [Ayat Topik – Isi] mengekalkannya sebagai tempat pelancongan – [Ayat Huraian – Bagaimana] menjadikan tempat bersejarah sebagai tempat tumpuan pelancong – apabila menjadi tempat tumpuan, tempat itu akan dijaga dengan baik supaya sentiasa bersih, indah dan selamat – [Ayat Kesan – Kebaikan] boleh dijadikan sumber pendapatan dalam bidang pelancongan Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 143 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
144 Laman Web Imbas kod QR atau layari htt p://www. ideaterkini.com/cara-memelihara-bangunanbersejarah/ tentang cara memelihara bangunan bersejarah. Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Isi 3 [Ayat Topik – Isi] dijadikan tempat pentadbiran dan aktiviti perniagaan – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, aktiviti perniagaan di bangunan-bangunan bersejarah seperti di Pasar Seni Kuala Lumpur – jadikan tempat pentadbiran – Bangunan Sultan Abdul Samad – tempat itu tetap terpelihara – tidak membiarkannya begitu sahaja tanpa peranan tertentu Isi 4 [Ayat Topik – Isi] mewartakan sebagai tempat warisan – [Ayat Huraian – Mengapa] tempat bersejarah tidak boleh diusik atau diubah suai atau dimusnahkan – tempat itu mesti diwartakan sebagai tempat warisan yang perlu dipertahankan kepada generasi akan datang – apabila diwartakan, tidak ada yang akan mengganggu – tempat itu akan terus kekal sampai bila-bila Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] tempat bersejarah mesti dipelihara sebagai warisan untuk setiap generasi akan datang – pelbagai usaha mesti dilakukan agar tempat bersejarah kekal dan memainkan peranannya dalam pelbagai aspek Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th-Tajul.indd 144 26/9/2023 5:33:00 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
145 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata bilangan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bilangan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Rawatan secara tradisional di Malaysia diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya dan modenisasi tidak berjaya meruntun amalan yang sudah sebati dalam kalangan rakyat di negara ini. Ubat- ubatan dan produk makanan kesihatan tambahan boleh diperoleh dengan mudah di farmasi dan kedai-kedai ubat herba atau membelinya secara dalam talian. Belakangan ini, pasaran produk makanan kesihatan tambahan ini meningkat sebanyak lapan hingga sepuluh peratus dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana produk makanan kesihatan tambahan berasaskan herba ini dipercayai dapat merawat penyakit yang pelbagai tanpa merujuk pakar perubatan. [4 markah] Kata bilangan: (i) berkurun-kurun (ii) pelbagai Ayat: (i) Rangka manusia yang ditemui di kaki bukit Batu Kapur itu dipercayai berusia berkurun-kurun lamanya kerana telah reput sepenuhnya. (ii) Pelbagai jenis kuih disediakan untuk meraikan tetamu pada malam perayaan baru-baru ini. Sintaksis Berdasarkan petikan di bawah, tulis contoh ayat bagi Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi nama (FN + FS). Nasionalisme ialah elemen agung yang melibatkan soal keyakinan, kesetiaan dan kewarganegaraan. Nasionalisme yang tinggi perlu ada dalam jiwa rakyat Malaysia. Semangat ini sangat penting kepada semua lapisan masyarakat. Nasionalisme dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat. Nasionalisme adalah untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. (Dipetik dan diubah suai daripada “Patriotisme Bukan Sekadar Semangat”, Sinar Harian, 31 Ogos 2020) [8 markah] (i) FN + FN: Nasionalisme ialah elemen agung yang melibatkan soal keyakinan, kesetiaan dan kewarganegaraan. (ii) FN + FK: Nasionalisme dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 145 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
146 (iii) FN + FA: Semangat ini sangat penting kepada semua lapisan masyarakat. (iv) FN + FS: Nasionalisme untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan etnik perlu jalinan hubungan yang baik dan harmoni. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu menggalakkan kepercayaan dan perpaduan di antara rakyat. Rakyat Malaysia tidak berkira bangsa atau agama, seharusnya lebih pika terhadap peranan dan penyumbang mereka kepada perpaduan negara. Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tiada persefahaman, keharmonian dan kepercayaan antara rakyat. Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibaja di dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian kepada kemelut yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan pendekatan kesederhanaan. Oleh itu, dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata yang bersifat provakasi yang dapat menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan hendaklah dielakkan. Kesimpulannya, keharmonian hidup masyarakat antara kaum hendaklah dikekalkan. Setiap masalah perlu ditangankan secara penuh berhemat dan teliti ibarat menarik benang di dalam tepung agar tidak menyinggung hati dan perasaan mana pihak yang lain. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Jangan Langgar Sempadan Perpaduan”, Utusan Malaysia) [13 markah] (i) berbagai – pelbagai (ii) jalinan – menjalinkan (iii) di antara – antara (iv) berkira – kira (v) pika – peka (vi) penyumbang – sumbangan (vii) tiada – tanpa (viii) semangat patriotisme – semangat patriotik (ix) di dalam – dalam (x) provakasi – provokasi (xi) ditangankan – ditangani (xii) berhemat – berhemah (xiii) mana – mana-mana Praktis Ekstra Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Penyun� ngan) Praktis Ekstra 11 Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th-Tajul.indd 146 26/9/2023 5:33:00 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
147 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis seraya berkata, “Hai anakku, bapamu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” (Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Ketika Kertala Sari pulang, dia membawa banyak harta seperti emas, perak, pakaian dan wang berpuluh-puluh juta hasil mencuri milik orang lain. Sebaik-baik sahaja sampai di rumahnya, Kertala Sari ingin tahu daripada ibunya perihal bapanya yang tiada kelihatan pada masa itu. Setelah ibu Kertala Sari mendengar pertanyaan anaknya itu lalu ibunya pun menangis. Ibu Kertala Sari memberitahu bahawa bapanya telah mati dibunuh oleh Laksamana Melayu Hulubalang Ratu Melaka. Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Aidit : Affiq, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu (i) . Affiq : Terima kasih, Aidit. Saya akan sematkan nasihat itu dalam hati saya. Aidit : Di luar negara nanti saya harap Affiq belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara bak kata peribahasa, (ii) . Affiq : Baiklah, Aidit. Saya tidak lupa akan nasihat itu. [4 markah] (i) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 147 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
148 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Seloka Mari Bersukan Sukan membentuk semangat waja, Sentiasa ceria sepanjang masa. Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tubuh bertenaga. Mari sertai sukan sekolah, Kurang perkara yang tidak berfaedah. Bersukan gaya hidup sihat, Hati gembira hidup selamat. Ismail Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia Bahan 2 Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jarijemarinya jelas montok dan gebu; padat berisi sebagai tanda perut yang tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarganya yang bengis dan kasar. Kepada Aiman, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan terhadap dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku menjadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan sahaja teknologi tingkah laku? Tenaga berlebihan? Oh, tidak! Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan kalsium semasa proses kehamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara berlebihan semasa proses berkenaan. Kemungkinannya ada. Kebarangkaliannya tidak berlaku juga ada. (Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” oleh Illias Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pelajaran Malaysia) Bahan 3 Pantun Si Luncai bergeliga lantangnya terserlah, Bersama labu menyelamatkan diri; Makanan ringan perlu dielak, Ganti piramid makanan melengkapkan diri. Indah jelita Sang Kesuma, Ayu mendayung membawa rakit; Mencuci tangan amalan utama, Yakinlah penyakit takkan berjangkit. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 148 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
149 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud semangat waja. [2 markah] [Maksud] ... keinginan yang kuat (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara menjaga kesihatan yang wajar diamalkan. [3 markah] [Cara] ... makan makanan seimbang/… elakkan makanan ringan/… bersukan/… beriadah/… mengamalkan gaya hidup sihat/… sentiasa mencuci tangan (iii) Gaya hidup sihat perlu diamalkan pada sepanjang masa. Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat? KBAT Menilai [4 markah] [Kepentingan] ... dapat mencerdaskan otak/… terhindar daripada penyakit/… mengekalkan kecergasan fizikal/ … anggota tubuh dapat berfungsi dengan baik (iv) Pada suatu petang, anda menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen antara pasukan Malaysia dengan pasukan Eropah. Dalam perlawanan tersebut, pasukan negara kita telah tewas. Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mempertingkat mutu sukan negara. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... menyediakan infrastruktur sukan yang lengkap/… mendedahkan atlet ke peringkat antarabangsa/ … memperkasakan peranan persatuan sukan/… menggunakan sains dan teknologi terkini dalam bidang sukan/… memperbaik program sukan Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Isu jati diri dalam kalangan generasi muda hari ini kian menjadi kebimbangan masyarakat. Hal ini disebabkan generasi muda terkenal dengan sifat-sifat seperti ingin mencuba suatu yang baharu dan mudah terikut-ikut. Dari sudut yang lain pula, generasi muda juga merupakan generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Jati diri selalunya dikaitkan dengan akhlak dan maruah individu, masyarakat atau negara. Pembentukan jati diri kebangsaan pula merujuk sesuatu yang asasi dan menjadi agenda utama dalam sesebuah negara dengan tujuan untuk membina identiti yang tulen dan murni yang boleh menjadi teras dan lambang keagungan dan keunggulan sesebuah negara. Namun, pada masa ini hal ini agak menampakkan kemerosoton, terutamanya yang berkaitan dengan kecintaan kepada negara dan bangsa. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 149 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
150 Bahan 2 Kesan Tidak Memiliki Jati Diri Maruah negara tergadai Terjadinya penjajahan minda Gejala sosial dan keruntuhan akhlak Menggugat kedaulatan negara Kemerosotan ekonomi Wujud politik yang kurang sihat [30 markah] i-THINK Peta Buih Hal ini berlaku bukan disebabkan oleh pemikiran generasi muda yang tidak ambil tahu tetapi disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan keakuran generasi muda tentang jati diri. Malah, saban hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak benar dan agak keterlaluan untuk menjatuhkan sesuatu pihak demi kepentingan pihak lain. Elemen paling penting dalam membentuk jati diri ialah pendidikan. Proses pendidikan pula boleh berlangsung secara formal dan tidak formal. Namun, matlamat kedua-dua kaedah itu adalah sama, cara penyampaiannya sahaja yang berbeza. Pembentukan jati diri bertujuan supaya rakyat sayang akan bangsa dan negaranya. Selain itu, jati diri kebangsaan mengambil kira kepentingan kepelbagaian etnik dan budaya yang ada tanpa mempersoalkan tentang cara pemakaian budaya dalam sesebuah bangsa itu. Perkara yang diharapkan lebih kepada ‘output’, iaitu masih mengamalkan adat dan budaya bangsanya. Selain itu, pembentukan jati diri ini diharap tidak akan membawa kepada perpecahan kaum sebaliknya menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain. Hal ini bermakna individu daripada kaum yang berlainan bebas mengamalkan adat dan budaya masing-masing, namun berkongsi suatu jati diri kebangsaan yang sama dengan individu daripada kaum lain. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jati Diri Pembentuk Identiti Bangsa”, Utusan Borneo, 1 March 2019) • keunggulan – kelebihan daripada yang lain • formal – menurut peraturan • etnik – bangsa manusia • budaya – cara hidup Makna Kata Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 150 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
151 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan tujuan pembentukan jati diri dalam kalangan masyarakat, halangan/kekangan/cabaran untuk membentuk jati diri dan kesan/implikasi tidak memiliki jati diri. Fokus 1 (Tujuan pembentukan jati diri) 1 Untuk membina identiti yang tulen dan murni dalam kalangan masyarakat [B1] 2 Supaya rakyat sayang akan bangsa dan negaranya [B1] 3 Jati diri kebangsaan mengambil kira kepentingan kepelbagaian etnik dan budaya [B1] 4 Pembentukan jati diri diharap tidak akan membawa kepada perpecahan kaum [B1] 5 Saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain [B1] Fokus 2 (Halangan pembentukan jati diri) 1 Pemikiran generasi muda yang tidak peka terhadap kepentingan jati diri [B1] 2 Mudah menularkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan keakuran generasi muda tentang jati diri [B1] Fokus 3 (Kesan tidak memiliki jati diri) 1 Gejala sosial dan keruntuhan akhlak [B2] 2 Terjadinya penjajahan minda [B2] 3 Kemerosotan ekonomi [B2] 4 Menggugat kedaulatan negara [B2] 5 Wujud politik yang kurang sihat [B2] 6 Maruah negara tergadai [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, pembentukan jati diri sangat penting dan perlu diperkemas supaya kehidupan masyarakat lebih berkualiti. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 151 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
152 Berdasarkan maklumat di bawah, hasilkan skrip drama yang bertemakan galakan budaya membaca dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik. Cara-cara Menggalakkan Budaya Membaca 1 Pesta buku diadakan secara lebih kerap 2 Pesta buku diadakan di negeri-negeri yang lain 3 Menjadikan acara semasa pesta buku tersebut lebih menarik dan pelbagai 4 Adaptasi novel kepada drama atau filem 5 Memperbanyak buku di pusat sumber sekolah Praktis PBD Aspek Seni Bahasa Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita SP 4.3.1 Menghasilkan skrip drama dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik. Aimi : Apa khabar, Umar? Umar : Khabar baik. Wah, awak kelihatan sangat gembira! Aimi : Ya, saya sangat gembira kerana baru pulang daripada Pesta Buku Antarabangsa di WTC, Kuala Lumpur. Saya dapat membeli buku-buku yang sudah lama saya idamkan. Umar : Bolehkah saya tahu tajuk buku-buku tersebut? Aimi : Buku-buku yang saya beli ialah Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang. Ketiga-tiganya dikarang oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said. Umar : Saya ada membaca tentang pesta buku berkenaan. Pengunjung pada tahun ini seramai 1.3 juta orang. Hal ini menandakan minat membaca masyarakat Malaysia semakin meningkat. Aimi : Ya, betul kata awak itu. Pada hari terakhir ramai sungguh pengunjung yang datang. Ada yang membawa beg pakaian untuk mengisi buku-buku yang dibeli. Umar : Pada pendapat awak, bagaimanakah caranya hendak menarik lebih ramai orang mengunjungi pesta buku? Aimi : Pada pendapat saya, pesta buku ini boleh dijalankan secara lebih kerap. Saya cadangkan juga pesta buku diadakan Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 152 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
153 TP di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana, sesetengah orang tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Jadi, mereka tidak berpeluang mengunjungi pesta buku tersebut. Umar : Mungkin acara yang dijalankan semasa pesta buku berkenaan juga boleh menarik kedatangan pengunjung. Aimi : Ya, betul tu. Banyak acara yang boleh menarik kedatangan pengunjung. Antaranya ialah acara resensi buku bersama-sama pengarang buku berkenaan. Ada juga acara jualan murah dan pelbagai pertandingan serta aktiviti interaktif diadakan. Umar : Selain itu, ada juga novel diadaptasi kepada drama bersiri dan filem. Hal ini juga menggalakkan perkembangan minat membaca. Sesetengah orang mendapat lebih kepuasan apabila membaca novel sebenar berbanding menontonnya menerusi filem atau drama. Aimi : Sekolah juga boleh menjadi agen untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Perpustakaan sekolah harus menyediakan buku yang mencukupi untuk menarik minat murid berkunjung ke perpustakaan. Umar : Saya setuju, Aimi. Eh, saya sudah lewat untuk pergi ke kedai. Saya minta diri dulu, ya. Aimi : Baiklah. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 153 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
154 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan sastera. Huraikan pendapat anda tentang kaedah mempopularkan sastera dalam kalangan murid. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Karya kreatif memberikan makna yang besar kepada kehidupan dalam memupuk nilai-nilai murni. Sewajarnya, subjek Kesusasteraan Melayu diberikan peluang dan dibuka kepada semua murid sekolah sehingga mereka boleh mendekatinya tanpa mengira kaum. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kaedah Tarik Minat Sastera Melayu”, Berita Harian, 18 Januari 2017) Sambutan Minggu Sastera [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 154 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
155 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] murid-murid kurang berminat untuk mempelajari sastera – pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekolah untuk mempopularkan sastera dalam kalangan murid – [Ungkapan Menarik] tak kenal maka tak cinta Isi 1 [Ayat Topik – Isi] sambutan minggu sastera – [Ayat Huraian – Bagaimana] diadakan pada setiap tahun dengan memfokuskan aktiviti-aktiviti sastera – mendekatkan sastera dengan murid – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, mengadakan ceramah, deklamasi puisi, bengkel penulisan, bercerita dan lain-lain – [Ayat Kesan – Kebaikan] murid-murid akan lebih mengenali dan mendekatkan diri mereka dengan hasil-hasil sastera Isi 2 [Ayat Topik – Isi] pertandingan menulis cerpen atau sajak – [Ayat Huraian – Siapa] boleh dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu – dibuka kepada murid mengikut kategori – menyediakan hadiah yang menarik – memupuk minat murid terhadap karya-karya kreatif – acara berbalas pantun – dijadikan acara bulanan – [Ayat Kesan – Kebaikan] sebagai hiburan sekali gus dapat melatih murid menghargai hasil-hasil sastera Isi 3 [Ayat Topik – Isi] bengkel sastera – [Ayat Huraian – Siapa/Bagaimana] peranan guru – menggunakan kaedah yang menarik untuk memupuk minat murid mempelajari sastera – mengajar murid mengetahui bentuk karya sastera – pantun, gaya bahasa dan keindahan setiap elemen sastera – [Ayat Kesan – Kebaikan] membuka minda murid untuk menghargai sastera Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] aktiviti-aktiviti sastera boleh menyemai minat murid terhadap hasil-hasil sastera – perlu didedahkan dan diperkenalkan kepada murid-murid Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 155 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
156 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Setiap anggota masyarakat sibuk dengan kerja dan tanggungjawab sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa dengan jiran tetangga. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap masing-masing yang tidak mempedulikan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni seperti menghormati orang lain merupakan nilai universal yang menyebabkan masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup dalam keadaan tenteram. Di samping itu, kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar menyebabkan warga kota bekerja tanpa mengira siang atau malam. Mereka kesuntukan masa untuk bergaul atau bertegur sapa dengan jiran tetangga. [8 markah] Kata adjektif: (i) tenteram (ii) tinggi Kata majmuk: (i) tanggungjawab (ii) warga kota Ayat (Kata adjektif): (i) Suasana tenteram di taman rekreasi tersebut berjaya menarik orang ramai berkunjung ke situ untuk beriadah pada hujung minggu. (ii) Pokok yang tinggi di tepi sungai itu akhirnya tumbang apabila ditiup angin kencang pada malam tadi. Ayat (Kata majmuk): (i) Sudah menjadi tanggungjawab semua pihak menjaga keamanan dan keharmonian negara sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. (ii) Warga kota lebih gemar membeli-belah di pasar raya besar kerana terdapat pelbagai pilihan barang berjenama di situ. Sintaksis Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat terbitan. (i) Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama diperkenalkan. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu menekankan nilai murni. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang menekankan nilai murni telah lama diperkenalkan. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 156 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
157 (ii) Matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwujudkan adalah untuk membolehkan murid menjiwai unsur dan nilai-nilai murni. Matlamat mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menjiwai unsur dan nilai-nilai murni. Matlamat mata pelajaran kesusasteraan Melayu diwujudkan adalah untuk membolehkan murid dan masyarakat Malaysia menjiwai unsur dan nilai-nilai murni. (iii) Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mampu menanam rasa cinta akan tanah air. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mampu menanam rasa bangga akan tanah air. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mampu menanam rasa cinta dan bangga akan tanah air. [6 markah] Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru berubah mengikut zaman. Namun, cabaran yang menghantui profesion perguruan bukan sedikit. Pada hari ini peranan guru semakin mencabar dengan kemunculan pelbagai jenis-jenis bidang ilmu. Ilmu-ilmu ini harus diteliti, dicanai dan seterusnya dicurahkan daripada murid. Bagi menghadapi cabaran yang lebih hebat pada abad yang mendatang, keluarga guru seharusnya mempersiap diri dengan segala ilmu pengetahuan di dada. Guru perlu sanggup berubah dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menimba sebanyak mungkin ilmu akademi. [6 markah] Bahan 2 Justeru, cabaran untuk menambahkan dan mendalami ilmu yang sedia ada merupakan satu tuntutan yang setiap guru harus lakukan selain mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam era globalisasi. Guru juga perlu sentiasa bersikap profesional di dalam pelbagai bidang. Mereka juga harus mampu melihat gambaran akan datang dengan mengkaitkan situasi pada masa kini. Hal ini penting bagi membentuk generasi yang tersedia untuk menghadapi cabaran dan perubahan. [5 markah] Bahan 1: (i) perguruan – keguruan (ii) pelbagai jenis-jenis – pelbagai jenis (iii) daripada – kepada (iv) keluarga guru – warga guru (v) mempersiap – mempersiapkan (vi) akademi – akademik Bahan 2: (i) setiap guru harus lakukan – harus dilakukan oleh setiap guru (ii) baru – baharu (iii) di dalam – dalam (iv) mengkaitkan – mengaitkan (v) tersedia – bersedia Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 157 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
158 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.” (Dipetik daripada prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Setelah menghadap Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Patih Gajah Mada mengatakan bahawa tujuannya menyuruh memanggil Kertala Sari kerana bapa Kertala Sari telah berpesan kepadanya agar mengasihi Kertala Sari. Hal ini disebabkan bapa Kertala Sari telah meninggal dunia kerana dibunuh oleh Seri Betara. Kini, Kertala Sari mahu dijadikan penggawa agung. Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Ketua kampung : Kawasan taman kita didapati kurang bersih. Kita akan mengadakan gotong-royong pada hujung minggu ini. Saya harap semua akan hadir. Ali : Jika saya berkelapangan, saya akan turut serta. Ketua kampung : Sebagai penduduk taman, kita mesti bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu perkara bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pak Imam : Betul kata Tok Ketua. Sebenarnya, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Pepatah Melayu ada menyebut seperti aur dengan tebing. [4 markah] (i) Peribahasa: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Peribahasa lain yang sama maksud: Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (ii) Peribahasa: Seperti aur dengan tebing Peribahasa lain yang sama maksud: Seperti isi dengan kuku Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 158 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
159 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Aku Membaca Lagi Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpalan mega hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak lagi membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur. Razali Mohd. Yussof Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal. Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota. Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu. (Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Pantun Mari Membaca Cerana kesuma indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri; Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Harum sungguh bunga kemboja, Bunga karangan cantik tersemat; Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. (Dipetik daripada keterampilanmembacamarimembaca.blogspot.com 16 November 2014) Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 159 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
160 (i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud minda bestari. [2 markah] [Maksud] ... daya fikiran yang pintar (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kebaikan-kebaikan amalan membaca kepada murid. [3 markah] [Kebaikan] ... boleh menambahkan ilmu pengetahuan/... boleh menambahkan pengalaman/... boleh menaakuli kebesaran Allah/... melahirkan minda bestari atau bijak/... boleh menterjemahkan perkara tersirat (iii) Slogan Membaca Jambatan Ilmu sering diperkatakan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan pelbagai masyarakat membaca? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... pihak kerajaan mengadakan kempen membaca/… pihak ibu bapa memupuk minat membaca terhadap anak-anak sejak kecil/… pihak sekolah mengadakan program Nilam dan menjadikan pusat sumber sebagai pusat rujukan/… pihak media massa menyebarkan maklumat kepada masyarakat (iv) Pada suatu hari, anda berpeluang untuk mengunjungi sebuah keluarga miskin yang tinggal di hujung kampung. Anda mendapati bahawa anak-anak keluarga itu agak ketinggalan dalam pelajaran kerana masalah kemiskinan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka. Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu anak-anak tersebut dari aspek persekolahan? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Bantuan] ... membeli buku-buku bacaan tambahan untuk mereka/... membeli peralatan belajar atau alatan tulis untuk mereka/... mengajar tuisyen di rumah mereka/.. memberikan bimbingan dan motivasi/.. membawa mereka membaca buku di perpustakaan awam Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 160 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
161 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Bung Bratak?” Segugus pertanyaan daripada naluri ingin tahu Bazilah yang meliuk lentok dalam alam rehat dan berkelana dengan bahan kuliahnya di atas katil. “Bukan bung nama orang tapi tempat di atas bukit kira-kira 40 km dari Bandar Raya Kuching, ke arah Jalan Bau-Lundu. Puncak bukit itulah dipercayai menjadi tempat roh nenek moyang kaum Bidayuh bersemadi sejak pertumpahan darah yang mengorbankan lebih 2000 orang penduduk rumah panjang semasa perang saudara dengan kaum Iban dari Skrang kira-kira 200 tahun lalu.” Waheeda termengahmengah sambil memerhatikan mata Bazilah yang terkelip-kelip membayangkan keadaan darurat zaman itu. “Mengikut sejarah,” sambung Waheeda, “tujuh buah rumah panjang di Bung Bratak diserang kerana ingin menakluki kawasan subur dan makmur yang bersempadan dengan Kalimantan Barat itu. Setelah kaum lelaki dibunuh, kanak-kanak dan kaum wanita pula dijadikan hamba abdi. Penghulu Kulow yang terselamat meminta bantuan James Brooke untuk menebus wanita yang ditawan lalu membina perkampungan baharu berhampiran.” (Dipetik daripada novel Tirani, karya Beb Sabariah, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan kesan-kesan pertumpahan darah dalam perang bersaudara kaum Iban di Puncak Bukit Bung Bratak tersebut. [4 markah] [Kesan] … lebih 2000 orang penduduk rumah panjang terkorban/… tujuh buah rumah panjang musnah/… kawasan subur dan makmur ditakluki/… kanak-kanak dan wanita dijadikan hamba/… kaum lelaki dibunuh (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kritikan terhadap dua watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 33) Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 161 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
162 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Isu bahasa ringkas dalam dunia digital bukanlah isu baharu kerana hal ini bertambah serius sehingga menjejaskan penggunaan bahasa yang betul, terutama dalam kalangan remaja. Sedikit masa dahulu, ada yang mengatakan sistem pesanan ringkas (SMS) menjejaskan kedaulatan bahasa kerana ruangnya terhad tetapi sekarang, jika bersembang di WhatsApp atau Telegram pun masih menggunakan kaedah yang sama, iaitu mencemarkan bahasa kebangsaan. Penggunaan bahasa ringkas membawa implikasi yang besar dalam kehidupan manusia kerana membabitkan komunikasi harian. Jati diri pengguna bahasa setiap bangsa yang menggunakan kaedah tersebut juga akan dipandang rendah kerana mencemarkan bahasa kebangsaan yang sudah diakui sekian lama. Jika penggunaan bahasa yang tercemar ini berleluasa, tidak hairanlah bahasa ringkas akan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Contohnya, jika ibu bapa menggunakannya sekarang, anak-anak pula akan menggunakannya kelak dan mungkin bertambah buruk keadaannya. Golongan remaja dikatakan gemar menggunakan bahasa rojak kerana mereka sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat pada setiap hari termasuklah penggunaan bahasa. Mereka cepat terpengaruh dengan ledakan teknologi maklumat dan penggunaan bahasa harian dikembangkan berdasarkan situasi semasa. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa ringkas dan bahasa rojak tanpa sekatan mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar secara menyeluruh. Bahasa rojak dan ringkas ini dianggap sebagai trend baharu dan selari dengan kemajuan masyarakat sehingga bahasa Melayu yang mempunyai tatabahasa yang betul tidak diendahkan. Maka, tidak hairanlah ramai pencinta bahasa mengatakan bahawa kedudukan bahasa Melayu tergugat kerana kehalusannya terhakis disebabkan percampuran istilah sehingga mengganggu struktur bahasa dan menjejaskan ketamadunan bangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pandang Enteng Keindahan Bahasa”, Harian Metro, 9 Disember 2015) • komunikasi – cara berhubung • berleluasa – meluas; merebak • diperturunkan – diwariskan • ketamadunan – kemajuan Makna Kata Bahan 2 “Bahasa rojak akan merosakkan bahasa kebangsaan. Sebagai usaha menghayati Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan, kita akan memastikan semua iklan kita dalam bahasa Melayu, ayat pertama atau barisan pertama. Bahasa rojak akan membunuh atau paling tidak menyekat kesuburan bahasa Melayu.” Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka [30 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 162 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
163 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan implikasi/kesan penggunaan bahasa rojak dan punca/faktor bahasa rojak digunakan di negara kita. Fokus 1 (Implikasi penggunaan bahasa rojak) 1 Dipandang rendah oleh masyarakat kerana mencemarkan bahasa kebangsaan [B1] 2 Penggunaan bahasa rojak akan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi dan menjadi meluas [B1] 3 Mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar secara menyeluruh [B1] 4 Bahasa rojak mengetepikan bahasa Melayu yang mempunyai tatabahasa yang betul [B1] 5 Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tergugat [B1] 6 Percampuran istilah mampu mengganggu struktur bahasa [B1] 7 Menjejaskan ketamadunan bangsa [B1] 8 Bahasa rojak akan merosakkan bahasa kebangsaan [B2] 9 Bahasa rojak akan membunuh atau paling tidak menyekat kesuburan bahasa Melayu [B2] Fokus 2 (Punca bahasa rojak digunakan di negara kita) 1 Golongan remaja terpengaruh dengan persekitaran termasuklah penggunaan bahasa [B1] 2 Mereka juga cepat terpengaruh dengan perkembangan pesat teknologi maklumat [B1] Kesimpulan Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak mesti ditangani supaya martabat bahasa Melayu dapat dipertingkat. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 163 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
164 Praktis 1 Baca petikan di bawah. Kenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian, senaraikan dalam jadual yang disediakan. Bantal kekabu atau juga dipanggil sebagai ‘bantal kapok’ ialah sejenis bantal daripada buah kekabu (Ceiba pentandra). Bantal ini merupakan sejenis bantal yang amat baik digunakan sebagai alas kepala untuk tidur. Bantal kekabu atau bantal kapok telah digunakan di rantau ini semenjak beratus tahun dahulu sebelum wujudnya bantal jenis moden atau bantal sintetik yang diperbuat daripada pelbagai bahan. Antara bahan bantal moden dalam pembuatan bantal atau tilam untuk bilik tidur kini ialah cebisan atau reja-reja kain, tali nilon, biji polisterin, spring, getah dan banyak lagi. Kini bantal kekabu atau bantal kapok ini semakin kurang dijual di pasaran terbuka sebaliknya ada dijual di tepi jalan, melalui Internet, kedai perabot dan juga di kawasan desa yang masih ada pengusaha membuat bantal kekabu. Bantal kekabu ini paling dicari oleh pasangan muda yang baru mendapatkan anak sulung. Mereka sanggup berbelanja tinggi untuk anak sulung mereka. Pasangan muda mencari bantal kekabu kerana bantal atau tilam kekabu merupakan antara jenis bantal yang paling selesa untuk bayi bagi memberikan waktu tidur yang lena. Selain kelembutan bantal kekabu, bantal ini juga dikatakan memberikan aroma yang unik serta tidak menyebabkan toksik kepada pengguna. Apabila bantal jenis kekabu sudah lama digunakan, bantal ini boleh dijemur semula di bawah sinaran panas matahari. Proses menjemur menjadikan kekabu di dalamnya lebih kering dan ini akan menyebabkan bantal kekabu akan menjadi semakin lembut. Bantal kekabu tahan lama dan juga amat tahan walau pun kain sarungnya sudah lusuh tetapi masih boleh diganti dengan sarung baharu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bantal Kekabu – Cara Membuatnya”, http://animhosnan.blogspot.com/) Jenis Ayat Majmuk Contoh Ayat 1 Ayat majmuk gabungan Proses menjemur menjadikan kekabu di dalamnya lebih kering dan ini akan menyebabkan bantal kekabu akan menjadi semakin lembut. 2 Ayat majmuk pancangan relatif Bantal ini merupakan sejenis bantal yang amat baik digunakan sebagai alas kepala untuk tidur. Praktis PBD Aspek Tatabahasa Tema 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang SP 5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 164 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
165 3 Ayat majmuk pancangan komplemen Mereka sanggup berbelanja tinggi untuk anak sulung mereka. 4 Ayat majmuk pancangan keterangan Pasangan muda mencari bantal kekabu kerana bantal atau tilam kekabu merupakan antara jenis bantal yang paling selesa untuk bayi bagi memberikan waktu tidur yang lena. 5 Ayat majmuk campuran Bantal kekabu atau juga dipanggil sebagai ‘bantal kapok’ adalah sejenis bantal daripada buah Kekabu (Ceiba pentandra) dan merupakan sejenis bantal yang amat baik digunakan sebagai alas kepala untuk tidur. Praktis 2 Hasilkan perenggan menggunakan ayat majmuk mengikut konteks. TP TP Cikgu Hani merupakan seorang guru yang sangat garang di sekolahnya. Beliau mengingatkan murid-muridnya supaya membawa buku latihan yang betul pada setiap hari. Beliau akan menegur sikap murid-muridnya apabila mereka melakukan kesalahan. Cikgu Hani menyedari bahawa mendidik murid merupakan tanggungjawabnya yang paling utama. Beliau akan mengajar sambil menyelitkan nasihat kepada murid-muridnya. Beliau akan memuji murid jika melakukan perbuatan yang baik. Sikapnya yang penyayang dan baik hati ini disenangi oleh murid-muridnya. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 165 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
166 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan makanan halal di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan industri makanan halal di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KUALA LUMPUR – Industri halal kekal mempunyai potensi yang besar untuk diperkasakan dengan strategi terancang, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, eksport halal pada tahun lalu bernilai RM40.2 bilion atau 4.1 peratus bagi keseluruhan eksport negara yang berjumlah RM986.4 bilion. “Ini bermakna potensi industri halal ini masih mempunyai ruang cukup besar. Untuk 2019, Malaysia merekodkan sejumlah 1,876 syarikat pengeksport produk halal. Bagaimanapun, 1,430 syarikat atau 76.2 peratus adalah dalam kalangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS),” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Industri Halal Berpotensi Besar Diperkasakan”, Berita Harian, 17 Ogos 2020) [30 markah] Praktis Berformat SPM Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 166 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
167 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] industri makanan halal sangat penting – setiap individu mementingkan makanan yang bersih – orang Islam diwajibkan makan makanan yang halal – merupakan satu tuntutan agama Isi 1 [Ayat Topik – Isi] menggalakkan pertumbuhan industri makanan halal – [Ayat Huraian – Bagaimana] industri ini akan bertambah dari semasa ke semasa – hasil daripada sokongan dan permintaan daripada orang ramai – pengusaha makanan halal akan berlumba-lumba untuk memperoleh sijil halal yang sah – industri makanan halal tumbuh [Ungkapan Menarik] bagai cendawan selepas hujan Isi 2 [Ayat Topik – Isi] meyakinkan pengguna – [Ayat Huraian – Mengapa] pengguna akan yakin terhadap makanan di negara kita – tidak risau akan kebersihan dan tidak ragu-ragu untuk mendapatkannya – keyakinan akan membawa kepada sokongan padu orang ramai terhadap produk halal Isi 3 [Ayat Topik – Isi] meningkatkan ekonomi negara – [Ayat Huraian – Bagaimana] ekonomi akan meningkat kerana berlaku pertumbuhan industri – produk boleh dieksport ke luar negara – negara-negara luar juga mengutamakan barangan halal dan diyakini – malah ada individu dari Malaysia membuka premis makanan halal di luar negara Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] produk makanan halal diutamakan oleh orang ramai – penambahbaikan dalam soal makanan halal sentiasa dilakukan agar meyakinkan pengguna – demi kebaikan semua pihak Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 167 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
168 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Malaysia pernah dilanda beberapa episod krisis air kesan daripada perubahan iklim, misalnya fenomena El Nino yang menyebabkan berlakunya kemarau panjang. Pada masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber air yang semakin susut. Selain itu, pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri ke sungai-sungai telah menyebabkan air tercemar. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk di negara ini, terutamanya bagi penduduk yang menjadikan sungai sebagai sumber air. Di samping itu, kewujudan tapak pelupusan sampah berhampiran dengan sungai yang menghasilkan air lecet telah mencemarkan air sehingga menyebabkan sumber bekalan untuk air bersih berkurangan. Keadaan yang berlaku ini menunjukkan kualiti air sungai semakin merosot. [6 markah] Kata sendi nama: (i) ke (ii) di (iii) untuk Ayat: (i) Sisa toksik yang dialirkan ke sungai-sungai sekitar kawasan itu telah menyebabkan air sungai tercemar dan berbau busuk. (ii) Penularan COVID-19 di Malaysia akan semakin meningkat sekiranya rakyat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. (iii) Sumber bekalan untuk air bersih didapati semakin berkurangan apabila pihak pengusaha ladang ternakan begitu rakus membuang najis-najis haiwan ternakan mereka ke dalam sungai. Sintaksis Tukarkan ayat-ayat tunggal dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat majmuk. Berita Harian mendedahkan keperitan penduduk Baling, Kedah. Kejatuhan harga getah menjejaskan kehidupan mereka. Baling adalah antara daerah di Kedah. Baling akan mengalami perubahan menerusi pelancaran program Desa Harapan. Perancangan pembangunan di Baling menerusi program Desa Harapan sedang giat dirangka. Perancangan pembangunan di Baling menerusi program Desa Harapan bakal menyaksikan kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat swasta. (Dipetik dan diubah suai daripada “Desa Harapan Bawa Harapan”, Berita Harian, 4 Mac 2019) [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 168 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
169 Berita Harian mendedahkan keperitan penduduk Baling, Kedah oleh sebab kejatuhan harga getah menjejaskan kehidupan mereka. Baling adalah antara daerah di Kedah yang akan mengalami perubahan menerusi pelancaran program Desa Harapan. Perancangan pembangunan di Baling menerusi program Desa Harapan sedang giat dirangka di kawasan tersebut dan bakal menyaksikan kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat swasta. Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Bahasa melayu menjadi salah satu alat pengisi kemerdekaan dan sumber daya yang meneguhkan kepribadian dan pembangunan nasional. Sejak kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, bahasa Melayu telah disebar luaskan melalui pelbagai dasar dan aktiviti seperti pendidikan, massa media, politik dan ekonomi sehingga memungkinkan peningkatan daripada segi jumlah pengguna dan keberkesanan penggunaannya. Implikasinya, proses pembenaan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat direalisasikan. [6 markah] Bahan 2 Usaha untuk memartabatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan mencorakkan lanskap pertanian teknologi berimpak tinggi memerlukan permulaan dan perubahan yang drastik. Bidang agro teknologi merupakan bidang yang paling relevan sekali dibangunkan dari segi penciptaan teknologi dan produk berdasarkan kepada potensi semasa. Faedah yang diperoleh daripada bioteknologi dalam bidang pertanian termasuklah mengawal serangan menggunakan mikrob. Negara kita dilihat masih rendah tahap pengaplikasian teknologi pertanian yang moden kerana masih mengekal kaedah pertanian tradisional. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bioteknologi dan Pertanian Berimpak Tinggi” oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Februari 2017) [5 markah] Bahan 1: (i) Bahasa melayu – Bahasa Melayu (ii) kepribadian – keperibadian (iii) disebar luaskan – disebarluaskan (iv) massa media – media massa (v) daripada segi – dari segi (vi) pembenaan – pembinaan Bahan 2: (i) lanskap – landskap (ii) agro teknologi – agroteknologi (iii) paling relevan sekali – paling relevan (iv) berdasarkan kepada potensi – berdasarkan potensi (v) mengekal – mengekalkan Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 169 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
170 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya, “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Sebaik-baik sahaja orang Siam yang belayar pulang itu sampai ke Benua Siam, Awi Dicu pun terus masuk menghadap Paduka Bubunnya. Paduka Bubunnya berasa amat marah dan baginda sendiri akan menyerang Melaka. Tiba-tiba muncul Cau Pandan, iaitu anak Paduka Bubunnya memaklumkan bahawa dia sanggup menyerang Melaka dan memohon agar disediakan kelengkapan. Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Areez : Peningkatan harga barang pada masa ini memerlukan para pengguna kad kredit berbelanja dengan berhemat untuk mengelakkan mereka daripada terperangkap dengan gejala hutang. Jangan lupa orang tua-tua pernah berpesan (i) . Sofia : Pandangan awak tepat sekali. Areez : Janganlah kita berbelanja mengikut nafsu kerana setiap ringgit yang kita belanjakan perlulah mengikut tahap kemampuan kita bak kata pepatah, (ii) . Sofia : Maksudnya, setiap pengguna di negara ini perlu bersikap rasional apabila membeli-belah menggunakan kad kredit dengan mengutamakan barang-barang yang menjadi keperluan sahaja. Areez : Benar, penggunaan kad kredit secara kurang bijak sudah tentu akan menyebabkan pengguna mempunyai (iii) . [6 markah] (i) beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis (ii) ukur baju di badan sendiri (iii) hutang keliling pinggang Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 170 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
171 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas bermula pada awal 1980-an sedangkan bidang tersebut telah diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya, rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada pelibatan dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, persoalan itu telah terjawab apabila Malaysia diakui antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut. (Dipetik dan diubah suai daripada “Meneroka Angkasa Lepas”, Utusan Malaysia, Mei 2016) Bahan 2 Masyarakat yang pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan manfaat penerokaan angkasa lepas, kini menerima hakikat bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih ialah hasil daripada penerokaan angkasa lepas. Kecanggihan sistem komunikasi seperti penggunaan Internet telah menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang menggunakan Internet untuk tujuan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Program penerokaan angkasa lepas ini mempunyai peluang yang cerah untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti Malaysia dapat melahirkan lebih banyak angkasawan bagi membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas. (Dipetik dan diubah suai daripada “Meneroka Angkasa Lepas”, Utusan Malaysia, Mei 2016) Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 171 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
172 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memberikan impak. [2 markah] [Maksud] … memperlihatkan hasil (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan pendapat masyarakat Malaysia sebelum dan selepas pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. [3 markah] [Perbezaan] Perbezaan: Sebelum: … tertanya-tanya sama ada berbaloi atau tidak kerana kos yang tinggi/… ragu-ragu akan manfaat program tersebut Selepas: … menerima hakikat bahawa bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas/… sistem komunikasi semakin canggih (iii) Terdapat pelbagai cara untuk menarik minat masyarakat menceburi bidang penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah cara-cara tersebut? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Cara] … pendidikan di sekolah wajar menjurus kepentingan penerokaan angkas lepas/… ibu bapa wajar mendorong anak-anak meminati sains dan teknologi/… pihak swasta wajar menubuhkan kelab-kelab penerbangan/… pameran atau ceramah tentang penerokaan angkasa lepas perlu diadakan secara berterusan (iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru untuk menyiapkan tugasan tentang persediaan-persediaan awal sebelum terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan datang. Cadangkan persediaan-persediaan awal tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Persediaan]… membuat latihan dari segi mental dan fizikal/… membaca bahan-bahan berkaitan dengan angkasa lepas untuk menambah ilmu pengetahuan/… mewawancara orang yang berpengetahuan dalam bidang tersebut/… menjaga pemakanan seimbang agar sentiasa sihat Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 172 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
173 Novel (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Haiqal hanya tersenyum dan terus menikmati makan malamnya. Memang Ratna begitu orangnya. Suka mengusik. Di dalam kelas dahulu pun begitu juga. Pantang benar dia jika melihat Haiqal sedang berangan atau berkhayal. Haiqal tidak pula marah, sebaliknya dia menyenangi kelakuan Ratna yang suka mengusiknya itu. Selesai makan, Haiqal meletakkan mangkuk tomyam dan piring bekas telur dadar di atas pinggan bekas nasinya. Disusun. Selepas mengelap mulutnya dengan sehelai tisu, dia menghirup kopi yang sudah mula menyejuk. Hampir separuh gelas air itu diminumnya. Batu Buruk masih belum mahu tidur. Masih bernafas dan bermandikan cahaya. Di sinilah tempat berkumpulnya muda-mudi sehingga larut malam. Jika pun tidak berbual-bual sambil makan di gerai-gerai yang disediakan, mereka bersembang sambil bertenggek di atas motosikal atau duduk di bonet kereta. Barangkali, di sini jugalah mereka mengambil kesempatan untuk melapangkan fikiran dan bertemu dengan rakan-rakan setelah seharian bekerja. (Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia) Haiqal makan malam di gerai Ratna. Nyatakan makanan dan minuman yang dipesan oleh Haiqal pada malam tersebut. [4 markah] … tomyam/… telur dadar/… nasi putih/… kopi panas (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Tirani, karya Beb Sabariah (b) Silir Daksina, karya Nizar Parman (c) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan alasan yang menjadikan novel tersebut dianggap menarik untuk dibaca. [6 markah] (Cadangan jawapan: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 35 – 36) Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 173 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
174 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Pencapaian industri getah di Malaysia bagi tahun 2017 menunjukkan industri itu kekal menjadi penyumbang ekonomi yang penting bagi negara dengan sumbangan pendapatan eksport sebanyak RM32.3 bilion. Getah masih menjadi tanaman yang agak penting selepas kelapa sawit dan terdapat hampir 500,000 tenaga pekerja membabitkan industri getah di seluruh negara. Ini memperlihatkan bahawa industri ini menyumbang tenaga pekerja yang bukan sedikit. Dalam pada itu, pelbagai inisiatif dilakukan untuk membolehkan industri ini mencapai matlamatnya, iaitu untuk terus memperkasakan bidang ini demi masa depan industri dan pekerjanya. Sehubungan dengan itu, penyelidikan jangka panjang bagi memastikan industri getah negara kekal relevan merangkumi beberapa teknologi penting dalam sektor barangan getah. Hal ini dapat meningkatkan permintaan getah asli daripada industri pengilangan di samping memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) sentiasa berusaha untuk menggunakan kaedah baharu dalam membangunkan industri getah. Penyelidikan yang membabitkan aktiviti huluan terus dilakukan demi kelangsungan dan kejayaan industri getah. Oleh itu, kerajaan akan terus menyokong usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh LGM demi meningkatkan pendapatan taraf hidup pekebun kecil serta penoreh getah. Selain itu, kerajaan akan terus menjaga dan menjamin kesejahteraan pekebun dan penoreh getah serta kebajikan golongan pekebun kecil dan penoreh getah pada peringkat huluan selain 75,136 guna tenaga pada peringkat hiliran. Galas seismik umpamanya sudah digunakan di serata dunia dalam aplikasi bangunan dan struktur besar seperti jambatan serta bangunan bagi mengurangkan kesan gempa bumi. Selain itu, jalan raya menggunakan getah (rubberised road) juga diperkenalkan dan hasil kajian awal terbukti dapat meningkatkan daya ketahanan jalan raya yang lebih tinggi serta menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding dengan jalan raya konvensional. Tegasnya, pelbagai usaha dilakukan untuk mempelbagaikan kegunaan getah di seluruh dunia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tingkat Daya Saing Industri Getah Negara”, Harian Metro, 13 Julai 2018) • inisiatif – daya usaha • relevan – berkaitan • huluan – teras atau utama • hiliran – kegiatan lain berasaskan bahan utama • konvensional – biasa dilakukan atau diamalkan Makna Kata Bahan 2 Semalam, Menteri Kewangan menjelaskan bahawa sebanyak 274,639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600. Kata beliau, bantuan tersebut akan dibayar secara dua peringkat, iaitu sebanyak RM300 pada akhir tahun ini dan selebihnya akan diberikan pada awal tahun hadapan. Hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi pula memberitahu, pihaknya akan terus memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan peneroka dan pekebun kecil getah bagi merealisasikan pembangunan ekonomi yang inklusif. (Dipetik dan diubah suai daripada “274, 639 Pekebun Kecil Getah Risda Terima Bantuan RM600”, Malaysia Kini, 21 Disember 2018) [30 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 174 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
175 Pendahuluan Rumusan/Bahan membincangkan usaha/langkah/cara untuk memajukan industri getah dan manfaat/faedah/kesan positif industri getah kepada negara. Fokus 1 (Usaha untuk memajukan industri getah) 1 Menjalankan penyelidikan jangka panjang bagi memastikan industri getah negara kekal relevan [B1] 2 Kerajaan berusaha untuk meningkatkan permintaan getah asli daripada pengilang [B1] 3 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) sentiasa berusaha untuk menggunakan kaedah baharu dalam membangunkan industri getah [B1] 4 Penyelidikan membabitkan aktiviti huluan terus dilakukan demi kelangsungan dan kejayaan industri getah [B1] 5 Penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Lembaga Getah Malaysia diberikan sokongan oleh kerajaan [B1] 6 Pelbagai usaha dilakukan untuk mempelbagaikan kegunaan getah di seluruh dunia [B1] 7 Galas seismik digunakan dalam aplikasi bangunan dan struktur bagi mengurangkan kesan gempa bumi [B1] 8 Jalan raya menggunakan getah (rubberised road) dapat meningkatkan daya ketahanan jalan raya yang lebih tinggi serta menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding dengan jalan raya konvensional [B1] 9 Pekebun kecil getah yang berdaftar akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh [B2] 10 Kerajaan terus memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan penoreh getah [B2] Fokus 2 (Manfaat industri getah kepada negara) 1 Sebagai penyumbang ekonomi yang penting [B1] 2 Menyumbang tenaga pekerja yang sangat ramai [B1] Kesimpulan Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan taraf industri getah sangat penting supaya industri ini terus berkembang maju. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 175 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
176 Baca petikan di bawah. Kemudian, buat rumusan dan penilaian tentang kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. Usai memberikan salam dan tunduk mengucup tangan nenek, aku mencari tangan datuk yang menjadi imam solat Zuhur. Aku meleraikan timpuhan kaki dan duduk bersila, melonggarkan ikatan bawah dagu tetapi tidak jadi apabila datuk berpaling ke belakang dan memandangku. Datuk merenungku seolah-olah telah melakukan kesalahan tetapi dengan pantas aku dapat menangkap maksud renungannya. Ya, dia akan mengujiku dengan soalan berkaitan hal-hal keagamaan, tentang sejauh manakah aku mengenali Tuhanku, agamaku dan peganganku? Aku kagum melihat kelincahan jemari datuk menghitung biji-biji tasbih sambil mulutnya bertahmid dan berzikir penuh khusyuk, hingga aku berdiri meninggalkannya pun tidak disedarinya. Datuk kelihatan sedang menikmati saat-saat berzikir. Nenek memanggilku dari ruang tamu. Kuhampiri nenek yang menolak raga rotan yang berisi pakaian datuk dan nenek. Kulihat juga kelibat Abang Rashid yang meletakkan bakul berisi buah-buahan di atas tangga tanpa bersuara. Kelibat Abang Rashid pun telah hilang, dia pergi sepantas dia datang. Aku menyedari selama lebih 28 jam aku di rumah ini, belum sepatah pun aku mendengar suaranya, kehidupannya seperti anai-anai yang bekerja dalam diam. (Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia) Novel Jendela Menghadap Jalan Kekuatan Kelemahan 1 Kekuatan watak Lili Lili seorang anak dan cucu yang patuh kepada Tuhan. Dia bersolat jemaah bersama datuk dan nenek walaupun belum lama berada di kampung 1 Kelemahan watak Lili Walaupun seorang yang taat kepada agama, Lili belum pasti sama ada dia seorang yang benar-benar mengenali Tuhan, agama dan pegangannya. Praktis PBD Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 16 Integriti SP 1.8.2 Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 176 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
177 2 Kekuatan watak Datuk Datuk seorang yang amat patuh kepada perintah Tuhan. Selepas solat beliau memperuntukkan masanya untuk berdoa, berzikir dan bertahmid. 2 Kelemahan watak Datuk Ketika Datuk memandang Lili selepas solat, Datuk seolah-olah kurang yakin sejauh mana amalan agama Lili. 3 Kekuatan watak Nenek Nenek seorang isteri yang patuh. Selepas bersolat, Nenek terus melakukan kerja-kerja rumah seperti melipat kain baju. 3 Kelemahan watak Nenek Nenek tidak mengambil masa yang lama untuk berzikir bersama-sama Datuk. 4 Kekuatan watak Abang Rashid Abang Rashid seorang yang baik hati dan berbakti kepada keluarga datuk Lili. Dia menghantar sebakul buah-buahan tanpa berkata apa-apa. 4 Kelemahan watak Abang Rashid Abang Rashid yang tidak banyak berkata-kata, hanya meletakkan sebakul buah-buahan. Sepatutnya dia memberitahu kedatangannya ke rumah Datuk Lili itu sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua. TP Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 177 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
178 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan peranan belia. Huraikan pendapat anda tentang peranan golongan belia dalam memajukan negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sambutan Hari Belia Negara Sambutan Hari Belia Negara diadakan pada setiap tahun pada 15 Ogos. Sambutan ini sebagai tanda menghargai sumbangan belia terhadap pembangunan sesebuah negara. Di tangan mereka terletak tanggungjawab besar untuk memacu pembangunan sesebuah negara. Jatuh bangun sesebuah negara berkait rapat dengan komitmen mereka dalam pelbagai aspek yang boleh mencorakkan masa depan negara. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara Peranan Belia Menyumbang idea Aktiviti kesukarelawanan Pekerjaan [30 markah] Imbas kod QR atau layari htt ps://www.bernama. com/bm/ti ntaminda/news.php?id=1842581 tentang peranan belia dalam mendepani cabaran. Laman Web Praktis Berformat SPM Laman Web Untuk tujuan pembelajaran Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th-Tajul.indd 178 28/9/2023 3:32:24 PM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
179 Pendahuluan [Ayat Rangsangan – Isu] golongan belia merupakan aset negara – di tangan mereka inilah terletak tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara pada masa akan datang Isi 1 [Ayat Topik – Isi] mengetengahkan idea atau pendapat – [Ayat Huraian – Bagaimana] tahap pendidikan yang tinggi yang ada dalam kalangan mereka mampu menaikkan imej negara – memberikan idea dan pendapat yang bernas dalam memajukan negara – memerah otak untuk kemajuan negara Isi 2 [Ayat Topik – Isi] menceburi bidang pekerjaan – [Ayat Huraian – Apa] pekerjaan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi negara – bekerja demi negara – pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi daripada peringkat bawahan sehingga peringkat atasan – menyumbang tenaga demi negara – [Ungkapan Menarik] jangan ditanya apa sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah bakti kamu untuk negara Isi 3 [Ayat Topik – Isi] aktiviti kesukarelawanan – [Ayat Huraian – Mengapa] mampu membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan – pentingnya belia mempunyai tubuh badan yang sihat – [Ayat Contoh – Apa] contohnya, membantu mangsa banjir, mangsa lemas dan sebagainya – terlibat dalam program gotong-royong yang dianjurkan oleh masyarakat setempat Kesimpulan [Ayat Kesimpulan] tenaga belia yang baik terhasil daripada didikan ibu bapa sejak kecil – didikan agama yang baik menjadikan seseorang itu hebat – [Ungkapan Menarik] pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 179 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
180 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata bantu. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bantu tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Teknologi hijau dapat membantu untuk memulihara dan meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya yang menjejaskan kualiti hidup. Oleh itu, kesan buruk terhadap alam sekitar dapat dikurangkan. Seterusnya, teknologi hijau dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem alam semula jadi. Teknologi ini mempunyai potensi besar dalam pembangunan negara kerana boleh mengurangkan kos operasi serta meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Dari aspek yang lain pula, teknologi ini dapat meningkatkan kualiti udara dan bunyi, contohnya penggunaan kereta hibrid akan memberikan keselesaan dan mengurangkan masalah infrastruktur di bandar. [6 markah] Kata bantu: (i) dapat (ii) boleh (iii) akan Ayat: (i) Cadangan membesarkan ruang solat di surau taman itu dapat dilaksanakan setelah memperoleh sumbangan derma daripada penduduk. (ii) Majlis keraian persaraan pengetua sekolah tersebut boleh diadakan hujung tahun ini setelah mendapat persetujuan guru-guru di sekolah berkenaan. (iii) Anak Encik Ahmad akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti luar negara pada tahun hadapan. Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan tegas terhadap pelesen yang menyalahgunakan atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing. Tindakan penguatkuasaan termasuklah sita, membatalkan lesen perniagaan dan menamatkan kontrak perjanjian dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur. DBKL akan menyenaraihitamkan pelesen daripada memohon lesen baharu. Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa tindakan menyenarai hitam pelesen akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Jabatan Integriti DBKL sentiasa memantau rapi isu-isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ke atas pihak terlibat. Perbuatan memberikan lesen kepada warga asing bukan sekadar menyalahi undang-undang negara malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tindakan Tegas Menanti Individu Salah Guna Lesen”, Sinar Harian, 23 Disember 2020) [6 markah] Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 180 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
181 (i) Tindakan tegas akan diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelesen yang menyalahgunakan atau menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing. (ii) Pelesen akan disenaraihitamkan oleh DBKL daripada memohon lesen baharu. (iii) Isu-isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ke atas pihak terlibat sentiasa dipantau rapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Jabatan Integriti DBKL. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir secara kritik. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antara bangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamaddun ilmu. Pendidikan hari ini bukan sahaja berkehendaki manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknoloji dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Mana kala, kecanggihan dan kemampuannya dalam menyampaikan satu maklumat secara cepat dan tepat menjadikannya daya tarikan ke arah mewujudkan satu sinario belajar yang menyeronokkan. Dalam hal ini, profesion keguruan pada alam baharu ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan pelbagai kemahiran yang lebih bermakna. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung pada sejauh mana seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, sikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang harmonis dan seimbang. [13 markah] (i) kritik – kritis (ii) antara bangsa – antarabangsa (iii) tamaddun – tamadun (iv) berkehendaki – berkehendakkan (v) teknoloji – teknologi (vi) menjadi – menjadikan (vii) Mana kala – Manakala (viii) satu maklumat – sesuatu maklumat (ix) sinario – senario (x) alam baharu – alaf baharu (xi) sikologi – psikologi (xii) falsafah pendidikan negara – Falsafah Pendidikan Negara (xiii) harmonis – harmoni Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 181 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA
182 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kemunculan pusat-pusat bandar dan industri baharu telah menyebabkan desa dan kampung hanya menunggu masa untuk pupus seperti dinasour. Taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan membantu menyuburkan budaya bandar. Perpindahan penduduk untuk memulakan kehidupan baharu di bandar-bandar menyebabkan kampung menjadi lengang dengan kesan yang bukan sedikit terhadap institusi kekeluargaan itu sendiri. Keluarga besar yang dianggap sebagai sistem sokongan untuk mengikat dan mengeratkan kemesraan keluarga mula melalui zaman suram. Adik-adik dan saudara-mara berpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Sekalipun mereka tinggal di bandar dan di kota yang sama, mereka jarang bersua muka dan bertanya khabar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Membentuk Nilai Keluarga Besar”, Utusan Malaysia, April 2018) Bahan 2 Masalah yang dihadapi jelas dan terang bagai siang. Industrialisasi dan urbanisasi tidak dapat dielakkan. Di bandar, tidak ada kawasan yang membolehkan saudara-mara membina rumah sebelah-menyebelah dan hanya ada taman-taman perumahan. Ahli sesebuah keluarga tidak semuanya mampu untuk membeli rumah di taman perumahan yang sama. Kecenderungan pemaju perumahan sama ada untuk membangunkan kediaman yang eksklusif dengan harga yang melambung atau rumah kos rendah. Keadaan ini juga tidak membantu pemupukan nilai hidup keluarga besar. Oleh itu, langkah yang drastik perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Membentuk Nilai Keluarga Besar”, Utusan Malaysia, April 2018) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud langkah yang drastik. [2 markah] [Maksud] … tindakan yang pantas (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan kesan-kesan perpindahan dari desa ke bandar. [3 markah] [Persamaan] … kampung menjadi lengang/… hubungan kekeluargaan menjadi suram/… adik-adik dan saudara-mara terpisah dan tinggal berjauhan/… tidak membantu pemupukan nilai keluarga besar Stra_A_BM TG5_Tema 13_16_5th.indd 182 9/21/23 11:34 AM MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI SLMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIT ILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA