i
Editor Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar
Dr. Sharulnizam Bin Ramli Rekabentuk Komunikasi Visual
Rekabentuk Komunikasi Visual Jabatan Rekabentuk Teknologi
Jabatan Rekabentuk Teknologi Kreatif & Warisan
Kreatif & Warisan
Sidang Redaksi
Pengerusi
Muhammad Noraiman Nasrullah Bin Mohd Sabri
Timbalan
Muhammad Fakhrul Nizam Bin Mahadi
Nursafwanah Binti Tajudin
Muhammad Safiy Bin Mat Shafie
Setiausaha
Ainur Izatty Binti Akman
Hasya Amirah Binti Haisa
Bendahari
Noor Amirah Binti Hairuddin
ISBN:
Hak Cipta 2022 Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW), Universiti Malaysia
Kelantan, ISBN: Bachok,Kelantan
Hak Cipta adalah terpelihara setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain sama ada dengan
cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagianya tanpa izin daripada Fakulti
Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW).
ii
Artikel dalam buku ini bertujuan membincangkan berkenaan dengan isu-isu yang
berkaitan dengan kebaikan dan kekurangan yang terdapat dalam rekabentuk
komunikasi visual yang juga dikenali sebagai rekabentuk grafik. Buku ini turut
memberi peluang kepada pelajar jurusan rekabentuk komunikasi visual di Fakulti
Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan bagi mengupas dan
mengetengahkan isu-isu yang relevan dengan industri kreatif bersesuaian dengan
revolusi industri 4.0 dan pendekatan Sustable Development Goals (SDG) yang
disarankan oleh UNESCO. Seterusnya para pelajar berupaya menggunakan
pendekatan domain kognitif dalam mencadangkan penambahbaikan dalam isu-isu
yang berbangkit.
Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang
kreatif, inovatif dan kompeten serta berdaya saing, gabungan domain kognitif, afektif
dan psikomotorsangat dititikberatkan dalam melahirkan pelajar yang seimbang daya
intelektual dan kecerdasan di Fakulti Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Kelantan.
Semoga buah fikiran dalam penulisan ini dapat memberi inspirasi dan buah fikir
kepada para pembaca yang mendokong bidang kreatif ini.
Setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan semua pihak baik secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.
Dr. Sharulnizam bin Ramli
Rekabentuk Komunikasi Visual
Jabatan Reka bentuk Teknologi Kreatif & Warisan
iii
2-6
7-9
11-15
16-18
19-21
22-25
27-29
30-32
33-35
37-40
41-43
44-47
49-51
iv
52-54
55-57
59-61
62-65
66-68
69-71
72-76
78-81
83-85
86-89
v
91-94
95-100
101-104
105-109
110-114
115-118
120-124
125-127
128-130
131-134
135-138
139-141
vi
142-144
145-147
148-151
152-154
155-158
159-162
163-168
169-172
173-175
176-179
180-182
183-186
187-191
vii
192-195
196-199
200-203
204-208
210-214
215-220
221-224
226-228
viii
1
PENGARUH POSITIF ANIMASI “KIKI’S DELIVERY SERVICE (1989)” KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
Chong Sze Haw
[email protected]
ABSTRAK
Masyarakat Malaysia pada zaman hari ini banyak menyukai menonton animasi. Animasi diasingkan kepada 2D dan 3D, kedua-
duanya sangat popular dalam setiap kalangan masyarakat. Oleh itu, Animasi telah memainkan peranan yang agak penting
dalam memberikan pengaruhan kepada masyarakat. Salah satu animasi yang berpengaruh positif ialah “Kiki’s Delivery Service
(1989)”. “Kiki’s Delivery Service (1989)” adalah sebuah animasi fantasi Jepun yang ditulis, diarah, dan diterbitkan oleh Hayao
Miyazaki. Sebenarnya, animasi tersebut adalah diadaptasi daripada novel 1985 oleh Eiko Kadono. Cerita dalam animasi
tersebut memberikan pengaruh yang positif kepada masyarakat Malaysia. Animasi tersebut mencerminkan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dan memberikan kesedaran. Dalam animasi tersebut, masyarakat dapat menjumpai pelbagai
kesukaran dan desakan yang akan dihadapi sepanjang kehidupan. Watak dalam animasi tersebut juga menunjukkan
perjalanan dia beransur-ansur menjadi seorang yang matang, berdikari, keyakinan dan sebagainya. Pengkaji memilih topik
tersebut adalah untuk mengenal pasti keberkesanan animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” kepada masyarakat Malaysia dan
untuk mengenal pasti animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” dapat meningkatkan kreatif dan inovatif masyarakat Malaysia.
Untuk mengkaji topik tersebut dengan lebih mendalami, pengkaji akan mendapatkan sumber melalui media sosial seperti
“Google”, “YouTube”, dan memerhati kandungan animasi tersebut dan masyarakat membalas animasi tersebut sangat
memberikan pengaruh yang baik dan dapat meningkatkan kreatif dan inovatif masyarakat Malaysia. Pengkaji juga akan
menyediakan lapan soalan berkaitan dengan kajian tersebut untuk mengadakan temu bual dengan tiga orang penonton
animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)”. Walaupun begitu, pengkaji juga menghadapi pelbagai masalah semasa mengkaji topik
tersebut, animasi tersebut terlalu lama (1989), akan menyebabkan maklumat berkenaan lebih sukar untuk dicari dan animasi
dianggap sebagai hiburan kanak-kanak. Untuk menangani masalah tersebut syarikat animasi boleh membaharui animasi lama
yang kandungan berkualiti tinggi dan menghasilkan animasi dengan penggunaan grafik, warna, dan muzik yang menarik.
Kesimpulannya, animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” dihasilkan dengan ilustrasi yang cantik, ekspresi watak yang menonjol,
dan muzik yang merangsang semangat untuk mengukuhkan pemikiran dan menghantarkan mesej-mesej yang positif kepada
masyarakat.
Kata Kunci: Pengaruh Positif, Animasi.
PENGENALAN
Pada zaman teknologi ini, bidang komunikasi visual merupakan perantara yang sangat efektif dalam penghantaran
maklumat kepada masyarakat. Komunikasi visual merupakan satu teknik yang menggunakan penglihatan untuk
menghantarkan maklumat kepada masyarakat. Elemen komunikasi visual terdapat beberapa jenis, iaitu tipografi, gambar,
warna, simbol, logo, animasi, audio dan lain-lain. Salah satu komunikasi visual yang sering digunakan secara meluas ialah
animasi. Animasi merupakan teknik menyampaikan pelbagai gambar atau imej yang static mengikuti giliran untuk
menyebabkan ilusi pergerakan kepada visual. Animasi diasingkan sebagai lima jenis, iaitu animasi tradisional, animasi 2D,
animasi 3D, grafik gerakan (motion graphic), dan gerak pegun (stop motion). Filem popular yang selalu ditonton oleh kami
seperti “Doraemon”, “Upin-Ipin”, “Monster Inc”, “My Neighbour Totoro”, dan “Boboiboy” semua adalah animasi. Pengkaji
percaya penghasilan animasi yang baik dapat memberikan pengaruh yang baik kepada masyarakat. Animasi merupakan satu
saluran yang menarik dan populer untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pengajaran positif boleh dimasukkan
dalam cerita animasi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.Animasi yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini
ialah animasi Jepun yang berbentuk fantasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” yang diterbitkan oleh Hayao Miyazaki Pengkaji
mempercayai cerita dalam animasi tersebut sangat memberikan pengaruh yang positif kepada masyarakat Malaysia. Animasi
tersebut banyak mencerminkan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat dan memberikan kesedaran.
2
PENYATAAN MASALAH
Animasi merupakan satu komunikasi visual yang agak normal pada zaman teknologi ini. Animasi adalah sesuai
untuk setiap umur dan dihasilkan dengan pengajaran yang mendalam dan pemahaman yang dapat mengubah konsep
pemikiran seseorang kepada positif. Walaupun begitu, masih terdapat kebanyakan orang menganggap animasi sebagai
hiburan kanak-kanak atau merupakan sesuatu yang kebudak-budakan. Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang anggap
animasi sebagai hasil yang tidak berfaedah. Masalah tersebut telah menjadikan kesukaran dan kesusahan kepada animasi
yang positif dan berfaedah seperti “Kiki’s Delivery Service (1989)” untuk mempengaruhi masyarakat Malaysia.
Selain itu, animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” merupakan animasi yang terlalu lama. Animasi tersebut dihasilkan
pada tahun 1989 di Jepun dan ceritanya berbentuk fantasi. Animasi tersebut diterbitkan oleh Hayao Miyazaki. Animasi tersebut
terlalu lama dan akan menyebabkan maklumat berkenaan lebih sukar untuk dicari. Animasi yang terlalu lama juga akan
mempengaruhi minat generasi muda. Minat dan hangat orang ramai untuk keinginan menonton atau memahami kandungan
animasi tersebut akan mengurang khasnya generasi muda kini. Cara ekspresi dan reka bentuk dalam cerita animasi “Kiki’s
Delivery Service (1989)” merupakan gaya pada zaman dulu.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian tersebut mempunyai beberapa kepentingan kajian. Kepentingan kajian ini dilakukan untuk memastikan
pengaruh positif animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” kepada masyarakat Malaysia. Dengan memastikan terdapat pengaruh
positif dalam animasi, masyarakat akan lebih sudi untuk menerima dan menonton animasi.
Selain itu, berdasarkan trend kini, generasi muda sangat berminat dengan cerita animasi. Dengan demikian, syarikat
animasi mampu menggunakan penghasilan dan animasi untuk menyebarkan pengajaran dan informasi yang positif. Sebagai
contoh, animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” telah menghantarkan mesej dan menggalakkan masyarakat mempunyai
pemikiran yang kreatif dan inovatif. Dalam cerita animasi tersebut, watak utama Kiki telah menggunakan kelebihan dan
kemahirannya untuk memberikan bantuan kepada masyarakat.
Animasi tersebut juga mempengaruhi masyarakat ke arah positif dengan menunjukkan watak utama yang semakin
bertambah keyakinan diri sendiri setelah tertimpa kemalangan. Oleh itu, kajian ini penting untuk memperluaskan pemberian
pengajaran dengan penggunaan animasi serta meningkatkan daya kreatif dan inovatif masyarakat Malaysia dalam kehidupan
dan menyelesaikan masalah.
SOROTAN KAJIAN
Aplikasi Tik Tok merupakan sebuah aplikasi terbaru dan sedang meningkat popularitinya di kalangan masyarakat.
Menurut perkembangan terkini, aplikasi Tik Tok telah mencecah sebanyak 17 juta pengguna di Malaysia. Kini, pengguna yang
memiliki akaun Tik Tok adalah golongan yang bermula daripada umur 18 tahun ke atas. Oleh itu, dengan aplikasi yang terbaru
dan sedang meningkat naik ini, ramai pengguna aplikasi tersebut menggunakan dan memuat turun video pendek mereka
tersebut ke media sosial sebagai hiburan atau berkongsi aktiviti yang dilakukannya.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memastikan keberkesanan pengaruh positif animasi kepada masyarakat Malaysia.
Pengkaji juga memfokuskan kajian ini kepada animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” untuk memudahkan perjalanan. Dengan
ini, pengkaji telah merumuskan dua objektif kajian:
1. Mengenal pasti keberkesanan animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” kepada masyarakat Malaysia.
2. Mengenal pasti animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” dapat meningkatkan kreatif dan inovatif masyarakat
Malaysia.
3
METODOLOGI KAJIAN
Pemerhatian
Pemerhatian cerita dan komen terhadap animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” telah dibuat dalam kajian tersebut.
Pengkaji telah menggunakan saluran “YouTube”, “Google” dan memeriksa cerita animasi secara sendiri. Pemerhatian melalui
media sosial dapat membantu pengkaji mengumpulkan data yang lebih luas daripada penonton animasi tersebut.
Temu Bual
Pengkaji telah menyediakan lapan soalan berkaitan dengan kajian tersebut. Tiga orang penonton animasi “Kiki’s
Delivery Service (1989)” telah dipilih untuk bertemu bual dengan pengkaji. Soalan yang disediakan banyak memfokuskan
kepada pengaruh positif animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” kepada mereka sendiri. Temu bual yang dilakukan dalam
kajian tersebut adalah untuk mengukuhkan data yang dikutip dan memastikan pengaruh positif yang didapati oleh penonton
dengan lebih terperinci.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dengan pemerhatian dan temu bual telah menunjukkan terdapat kebanyakan pengaruh positif yang
disampaikan oleh animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)”. Pengkaji telah memerhati komen yang dibalas oleh penonton dan
memerhatikan cerita animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” secara sendiri. Pengkaji telah mendapati bahawa animasi
tersebut sangat memberikan pengaruh positif kepada masyarakat. Berdasarkan kajian ini, pemerhatian menunjukkan
kebanyakan komen yang diberi oleh penonton tentang animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” dalam media sosial adalah
positif. Pengkaji memeriksa seratus komen bagi animasi tersebut dan mendapati semua komen adalah menunjukkan pengaruh
yang positif. Kesemua komen adalah berkaitan dengan penonton mendapat inspirasi baik dalam kehidupan, kesedaran,
pengajaran, pemikiran kreatif dan inovatif dari animasi tersebut.
Seterusnya, pengkaji telah menjalankan temu bual dengan tiga orang penonton animasi “Kiki’s Delivery Service
(1989)”. Mereka masing-masing adalah mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Kelantan, Fakulti Teknologi Kreatif
dan Warisan dengan kursus Komunikasi Visual. Penemu bual yang pertama menyatakan bahawa dia mendapatkan inspirasi
untuk menghasilkan projek yang kreatif dan inovatif dari animasi tersebut. Watak utama Kiki dalam animasi tersebut ialah
seorang penyihir muda. Dia menggunakan kemahirannya untuk memberikan bantuan kepada orang ramai dan mendapatkan
keuntungan.
Penemu bual yang kedua menyatakan bahawa dia menyedarkan bahawa masyarakat Malaysia mesti mencari
falsafah kehidupan diri sendiri supaya hidup dengan lebih bermakna. Watak utama Kiki dalam cerita animasi pernah
menghadapi kehilangan makna kehidupannya, dan pengambilan semula ertinya selepas menghadapi pelbagai jenis cabaran
dan perkara.
Penemu bual yang ketiga menyatakan bahawa dia dipengaruhi untuk lebih berdikari, berkeyakinan, berani untuk
menghadapi masalah, bersayangan dan sebagainya. Watak utama Kiki meninggalkan rumah pada umur 13 dan hidup
bersendiri di negeri lain. Dia tetap mengekalkan hubungan dengan keluarga walaupun berada di tempat lain. Kiki juga mencari
kerja yang stabil untuk keuntungan, bersayangan dengan warga emas, dan berkawan dengan orang lain. Cerita dalam animasi
“Kiki’s Delivery Service (1989)” mempunyai banyak moral dan teladan yang patut masyarakat Malaysia untuk belajar.
CADANGAN
Sebuah animasi yang berfaedah dan positif semestinya dihebahkan dan dinikmati oleh orang ramai untuk
mempengaruhi dan membangkitkan perasaan orang ramai dengan positif.
Pengkaji mencadangkan syarikat animasi boleh menghasilkan animasi dengan kandungan yang berkualiti tinggi.
Animasi yang dihasilkan dengan reka bentuk yang lebih sesuai dengan kini akan bertambah tarikan perhatian orang ramai
khasnya generasi muda pada zaman teknologi ini.
4
Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan syarikat animasi dapat meningkatkan grafik dan warna animasi “Kiki’s
Delivery Service (1989)”. Grafik yang estetik mampu memberikan bantuan untuk menarik minat dan perhatian orang ramai
dalam membangunkan rasa keinginan untuk mengenali dan menonton animasi tersebut. Grafik juga memainkan peranan yang
penting dalam menyebarkan informasi dan maklumat kepada orang ramai. Grafik telah menentukan ketepatan dan definisi
cerita dalam animasi yang ingin menyampaikan kepada para penonton.
Warna yang digunakan dalam sebuah animasi juga sangat penting. Penggunaan warna dengan kaedah yang sesuai
dapat menarik perhatian serta mempengaruhi emosi dan perasaan orang ramai. Keadaan watak dan suasana dalam cerita
animasi dapat dicerminkan dan mempengaruhi perasaan audiens. Sebagai contoh, penggunaan warna panas seperti merah,
jingga dan kuning mampu menimbulkan perasaan yang meriah, kemesraan, dan keberanian. Manakala, warna sejuk seperti
biru, hijau dan ungu mencerminkan perasaan yang nyaman, romantik, sunyi dan sedih.
Tambahan pula, pengkaji mencadangkan cerita dalam animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” boleh dihasilkan
dengan penggunaan muzik yang menarik. Muzik dalam sesebuah animasi adalah sangat penting dalam mengukuhkan dan
menguatkan perasaan audiens pada sesuatu latar dan kenangan. Ekspresi watak dalam cerita animasi dapat dikuatkan
dengan penggunaan muzik yang menawan hati audiens. Penambahan muzik pada kesempatan yang sesuai dan mempunyai
maklumat yang penting dapat mengukuhkan pendapatan dan tanggapan audiens terhadap maklumat yang disampaikan.
Dengan ini, orang ramai akan mengimbas kembali pertunjukan animasi tersebut serta informasi yang ingin disampaikan dalam
cerita animasi setiap kali orang ramai terdengar muzik yang berkaitan.
Pengkaji mempercayai permasalahan yang dihadapi dalam kajian Pengaruh Positif Animasi “Kiki’s Delivery Service
(1989)” kepada Masyarakat Malaysia dapat diselesaikan dengan penggunaan cadangan-cadangan yang berikut. Pembaharui
dan peningkatan kualiti animasi yang lama mampu menambahkan minat orang ramai dalam mengenali animasi tersebut
dengan demikian untuk mencapai tujuan untuk menyampaikan maklumat. Penambahbaikan grafik, warna dan muzik dalam
animasi juga penting dalam menarik perhatian audiens.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hasil kajian tentang kajian Pengaruh Positif Animasi “Kiki’s Delivery Service (1989)” kepada
masyarakat Malaysia membuktikan animasi tersebut memberikan keberkesanan yang positif kepada kebanyakan masyarakat
Malaysia. Pengkaji juga mendapati animasi tersebut dapat memupuk kreatif dan inovatif masyarakat Malaysia. Animasi “Kiki’s
Delivery Service (1989)” dihasilkan dengan ilustrasi yang menarik, ekspresi watak yang menonjol, dan muzik yang merangsang
semangat untuk mengukuhkan pemikiran dan menghantarkan mesej-mesej yang positif kepada masyarakat Malaysia.
5
RUJUKAN
Flores, C. (2021, March 18). The deeper message behind Kiki’s Delivery Service (Life Lessons). Retrieved from Anime
Motivation: https://animemotivation.com/kikis-delivery-service-life-lesson/
Jacklin, S. (2022, March 24). 10 Valuable Life Lessons We Learned From Kiki's Delivery Service. Retrieved from CBR:
https://www.cbr.com/kikis-delivery-service-valuable-life-lessons/
Kiki's Delivery Service. (2010, March 2). Retrieved from Rotten Tomatoes:
https://www.rottentomatoes.com/m/kikis_delivery_service
Maio, A. (2020, November 18). What is Animation? Definition and Types of Animation. Retrieved from Studiobinder:
https://www.studiobinder.com/blog/what-is-animation-definition/
Nishiyama, C. (2018, August 28). Lessons from Kiki: Finding Your Own Inspiration. Retrieved from Might Could: https://might-
could.com/essays/lessons-from-kiki/
Ray, M. (2022, May 7). Miyazaki Hayao. Retrieved from Britannica: https://www.britannica.com/biography/Miyazaki-Hayao
Schnelbach, L. (2017, August 16). Finding Your Way in the World: Kiki’s Delivery Service and Whisper of the Heart. Retrieved
from Tor.com: https://www.tor.com/2017/08/16/studio-ghibli-kikis-delivery-service-and-whisper-of-the-heart-perfect-
paired-coming-of-age-films/
Top 100 Movies of 2022. (2022). Retrieved from Rotten Tomatoes:
https://www.rottentomatoes.com/top/bestofrt/top_100_animation_movies
Youwichi. (2021, September 9). KIKI'S DELIVERY SERVICE (GHIBLI). Retrieved from Bilibili:
https://www.bilibili.tv/en/video/2001014682
6
KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PERISIAN TELEVISYEN BAGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Muhammmad Zarul Hamide Bin Zahari
[email protected]
ABSTRAK
Kemajuan pembangunan teknologi dan perisian yang memberangsangkan dalam evolusi animasi tempatan menular seiring
dengan proses perkembangan intelektualisme kanak-kanak. Kekaguman dan ketinggian intelektualisme yang terkandung di
dalamnya mempamerkan kerelevanannya dalam keupayaannya mengendalikan intelek kanak-kanak melalui pengalaman yang
berbeza kualitinya berbanding kanak-kanak terdahulu. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menunjukkan kepada
masyarakat terutamanya golongan ibu bapa tentang animasi di kaca televisyen bukan semuanya memberi kesan positif
malahan terdapat juga kesan negatif. Sebagai contoh animasi yang kartun yang terkenal di Malaysia iaitu Upin dan Ipin (UI)
yang digarap berlatarbelakangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia memperlihatkan keupayaan pengurusan
intelektualisme kanak-kanak melalui saluran hiburan animasi kartun. UI dilihat mempamerkan keupayaan memimpin kanak-
kanak melalui keintelektualan watak di dalamnya berdasarkan penguasaan tanpa sengaja dan tiada paksaan. Namun terdapat
juga karakter dalam animasi UI ini memberi kesan negatif seperti Fizi. Hasil daripada kajian ini menjelaskan beberapa
penemuan dapatan telah diperolehi. Kejayaan dalam pemerolehan dapatan sudah cukup untuk membuktikan elemen
keintelektualan yang ditampilkan oleh watak dalam animasi ini amat signifikan untuk memperjelaskan keupayaan pengurusan
intelektualisme. Kekuasaan UI ini dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian.
Kata Kunci : Animasi, Intelektualisme, dan Kanak-kanak.
PENGENALAN
Evolusi pembangunan animasi tempatan mendorong penggiat industri kreatif tempatan untuk menghasilkan animasi
kartun yang mensasarkan kanak-kanak sebagai penonton setia. Skop animasi kartun kini bukan hanya tertumpu kepada
keseronokan, malahan diperkembang dan diaplikasikan bukan sekadar menghiburkan, tetapi terkandung di dalamnya unsur-
unsur keintelektualan dan juga memberi pengajaran. Idea keintelektualan tanpa hiburan ibarat lagu tanpa irama bagi kanak-
kanak.Penggunaan bahan kartun boleh dieksploitasi dalam bentuk refleksi peristiwa, dan penataran watak dengan
menggunakan imajinasi berlandaskan alam nyata yang dipaparkan dalam bentuk alam maya.Bahan kartun ini juga dapat
digunakan bagi mempertajamkan lagi keupayaan keintelektualan kanak-kanak melalui kepimpinan watak dan peristiwa
sebelum atau selepas tontonan.
Animasi ialah gambar bergerak berbentuk dari sekumpulan objek (gambar) yang disusun secara beraturan mengikuti
alur pergerakan yang telah ditentukan pada setiap pertambahan hitungan waktu yang terjadi. Gambar tersebut dapat berupa
gambar makhluk hidup, benda mati, maupun tulisan. Animasi yang artinya menghidupkan, memberi jiwa dan menggerakkan
benda mati. Merupakan proses membuat objek yang asalnya objek mati, kemudian disusun dalam posisi yang berbeza seolah
menjadi hidup. Dalam animasi ada dua objek penting, iaitu objek atau gambar dan alur gerak. Secara umum dapat dikatakan
sebagai suatu sequence gambar yang ditampilkan pada tenggang waktu (timeline) tertentu sehingga tercipta sebuah ilusi
gambar bergerak.
Animasi dalam kajian ini lebih memfokuskan kartun yang diterbitkan oleh syarikat Les’ Copaque Production iaitu
kartun Upin dan Ipin. Di Malaysia, kartun UI ini tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak, kerana mempunyai kisah dan
dalam cerita yang agak menarik yang dapat bergelak ketawa dan juga memberi banyak pengajaran yang dapat dipraktikkan
terutamanya golongan kanak-kanak.
7
PERNYATAAN MASALAH
Perkembangan pesat teknologi modern menjadikan animasi sebagai satu cara yang paling berpengaruh kepada
kanak-kanak. Media memainkan peranan penting dalam menawarkan hiburan dalam kaca televisyen kepada kanak-kanak
sebagai laluan mengisi masa lapang. Perkembangan teknologi ini turut diterima sebagai satu cara dalam proses pembelajaran
dan pengajaran pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Model behaviorisme pendidikan awal kanak-kanak juga turut
memperlihatkan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar melakukan peniruan melalui pemerhatian dan mudah
dipengaruhi.Sebagaimana diketahui umum, kanak-kanak tidak boleh hidup bersendirian tanpa dipimpin.
Selain itu, dalam penyampaian animasi UI yang disiarkan kepada golongan kanak-kanak yang menonton di kaca
televisyen tidak semua memberi maklumat yang tepat. Hal ini demikian kerana, terdapat juga maklumat yang diberikan tidak
dikaji dengan betul yang memberikan juga kesan-kesan negatif kepada kanak-kanak yang menonton animasi tersebut. Oleh
sebab itu, ibubapa perlu juga memberi perhatian kepada anak-anak mereka semasa mereka sedang menonton.
PERSOALAN KAJIAN
Berikut adalah persoalan yang diperoleh melalui pemerhatian:
1. Adakah animasi dalam perisian televisyen memberi kesan bagi pendidikan awal kanak-kanak?
2. Adakah animasi dalam perisian televisyen amat berguna bagi pendidikan awal kanak-kanak?
3. Bagaimanakah cara dan cadangan keberkesanan animasi dalam perisian televisyen bagi pendidikan
awal kanak-kanak?
KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan animasi dalam perisian televisyen bagi pendidikan
awal kanak-kanak. Hal ini kerana perkembangan pesat teknologi moden menjadikan animasi sebagai salah satu cara yang
paling berpengaruh kepada kanak-kanak. Perkara ini berkaitan langsung cara penyampaian kanak-kanak juga berbeza kerana
menggunakan teknologi yang canggih.
Animasi dalam perisian ini amat berguna kerana, ia dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Hal ini disebabkan
kerana, kanak-kanak dapat tertarik dengan animasi yang menggunakan banyak karakter-karakter yang dapat menarik
perhatian kanak-kanak. Penggunaan muzik dan runut bunyi yang menarik dapat juga menarik perhatian kanak-kanak.
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah kualitatif sebagai cara untuk mendapatkan data. Kaedah ini
juga dikenali sebagai armchair iaitu pengumpulan maklumat atau data menerusi kajian perpustakaan. Antara sumber-sumber
yang digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian adalah ini adalah melalui akhbar, internet dan
sebagainya.Rujukan internet banyak dilakukan memandangkan kemudahan untuk mendapatkan maklumat secara maya lebih
efektif pada zaman siber ini. Kaedah ini banyak membantu pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat tentang animasi dalam
perisian televisyen bagi pendidikan awal kanak-kanak.
Selain itu, pengkaji telah merujuk internet serta akhbar terlebih dahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul
maklumat. Hasilnya pengkaji telah berjaya mendapatkan maklumat data yang berkaitan dengan animasi serta pendidikan awal
kanak kanak.
DAPATAN KAJIAN
Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji telah memperoleh banyak maklumat tentang berkaitan keberkesanan
animasi dalam perisian televisyen bagi pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana untuk menunjukkan kepada masyarakat
terutamanya golongan ibu bapa tentang animasi di kaca televisyen bukan semuanya memberi kesan positif malahan terdapat
juga kesan negatif. Justeru itu, maklumat tentang animasi mudah didapati kerana wujudnya laman sesawang yang berkaitan
dengan animasi yang dapat memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak.
8
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah merumuskan bahawa animasi ini merupakan salah satu
inisiatif yang menarik dan memberikan impak yang amat besar dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. Namun,
terdapat juga kesan negatif yang harus ditangani agar kanak-kanak tidak terlalu leka dengan animasi yang tidak berfaedah.
RUJUKAN
Arsyad, L., Akhmad, E., & Habibie, A. (2021). Membekali Anak Usia Dini dengan Pendidikan Karakter: Analisis Cerita Film
Animasi Upin dan Ipin. WASKITA: Jurnal Pendidikan Nilai dan Pembangunan Karakter, 5(1), 59-71.
Firmantoro, K., Anton, A., & Nainggolan, E. R. (2016). Animasi interaktif pengenalan hewan untuk pendidikan anak usia
dini. Techno Nusa Mandiri: Journal of Computing and Information Technology, 13(2), 103-110.
Putri, R., Murtono, M., & Ulya, H. (2021). Nilai-nilai pendidikan karakter film animasi Upin dan Ipin. Jurnal Educatio FKIP
UNMA, 7(3), 1253-1263.
Utami, D. (2011). Animasi dalam pembelajaran. Majalah Ilmiah Pembelajaran, 7(1).
9
10
PERANAN FOTOGRAFI DALAM MEMPERKENALKAN MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
Ain Afiqah Binti Mohd Nazri
[email protected]
ABSTRAK
Makanan tradisional adalah makanan dan minuman dengan citarasa khas yang biasa diamalkan oleh masyarakat
tertentu.Malaysia amat kaya dengan warisan kebudayaan termasuk makanan warisannya yang pelbagai dan eksotik. Adalah
menjadi satu tanggungjawab mengangkat makanan tradisi ke suatu tahap yang tinggi dan seiring dengan perkembangan
teknologi makanan masa kini. Menurut Jabatan Warisan Negara (2016) di dalam laman web rasminya telah menyatakan
masyarakat majmuk di Malaysia telah menyumbang penghasilan pelbagai jenis makanan warisan yang menonjolkan
kekreatifan di samping kesenian seperti kaedah pembuatan, pembungkusan dan penyajian makanan. Tujuan kajian ini
dijalankan bagi mengkaji Peranan Fotografi dalam Memperkenalkan Makanan Tradisional di Malaysia. Pendekatan kuantitatif
merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang sahih dan dipercayai. Dapatan kajian melalui borang soal
selidik digunakan dalam melaksanakan kajian ini untuk diberikan kepada responden melalui platform “Google Form”. Soal
selidik ini pula akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan
responden manakala pada bahagian kedua pula mengandungi soalan berskala yang bertujuan untuk mengetahui tahap
kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada. Soal selidik ini tertumpu kepada dua golongan. Golongan pertama adalah
golongan muda, manakala golongan kedua adalah golongan dewasa.
Kata Kunci: tradisional, makanan, fotografi.
PENGENALAN
Makanan juga berfungsi sebagai motif penceritaan, penggerak kepada perlakuan watak dan juga pengiklanan
sesuatu makanan. Makanan boleh menjadi lambang sindiran, status sosial mahupun merakam dan mendokumentasikan
ekonomi masyarakat dalam sesuatu zaman. Selain itu, makanan dan perbuatan makan juga boleh melambangkan budaya
sesuatu bangsa. Anthelme Brillat (Donna R Gabaccia,1998) menyatakan “tell me what you eat, I will tell you who you are”,
menunjukkan bahawa makanan juga boleh menggambarkan diri seseorang baik dari segi bangsa, budaya, negara mahupun
agama. Malaysia merupakan sebuah negara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, India dan etnik –
etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi,
adat resam, cara hidup dan sebagainya. Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita telah mengalir deras warisan
daripada nenek moyang kita. Generasi kini pula telah diamanahkan untuk mengekalkan budaya warisan kaum agar terus subur
meredah zaman.
Fotografi ialah seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf iaitu lukisan menerusi cahaya.
Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Fotografi diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT
perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya kamera digital yang
telah merubah dunia fotografi. Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi
ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun
fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
Fotografi memainkan peranan yang amat penting dalam memperkenalkan makanan tradisional yang ada di Malaysia
kepada mata dunia kerana fotografi merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan tidak akan lapuk ditelan zaman
ekoran bidang tersebut juga semakin berkembang dan semakin dikenali ramai. Selain itu, perisian multimedia dan grafik ini
juga dapat meningkatkan proses penghafalan kepada pelajar-pelajar mengenai sesuatu subjek yang diajarkan.
11
PENYATAAN MASALAH
Secara amnya, mengikut perkembangan teknologi yang semakin pesat, masyarakat kini dapat mengakses sebarang
maklumat atau info dengan mudah dan cepat. Namun begitu,tidak dapat dipastikan sama ada maklumat yang diperoleh itu
adalah tepat dan benar atau tidak. Oleh itu, bagi mengumpulkan data atau sebarang maklumat, pengguna akan melayari
mana-mana laman sosial termasuklah Facebook, Instagram, blog dan sebagainya.
Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang merentas masa dan jarak yang dahulunya mustahil tetapi kini tidak
lagi telah mewujudkan pelbagai teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Namun begitu, terdapat juga segelintir
pihak yang menyalahgunakan kemudahan ini dan mengakibatkan banyak maklumat salah mengenai makanan tradisional
tersebar di laman sosial. Antaranya termasuklah gambar atau data yang berbeza daripada nama sesuatu makanan. Bahan dan
cara penyediaan makanan tradisional yang salah dan tidak tepat dan sebagainya.
Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya, cara hidup, adat dan agama. Makanan tradisi
merupakan satu faktor kepelbagaian dan warna-warni budaya yang terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kuih tradisional
di Malaysia menjadi satu identiti dan keunikan yang tidak terdapat di negara lain. Hal ini menjadi satu sumber tarikan
pelancong yang dapat menarik minat orang luar untuk mengunjungi negara yang penuh dengan kepelbagaian budaya ini. Hal
yang demikian, amat memalukan bagi warganegara Malaysia jika tidak mengenali kuih tradisional kaum mereka sendiri.
Kini, kuih tradisional semakin hilang dalam kalangan generasi baharu. Masyarakat pada masa kini kebanyakkannya
tidak mengenali kuih-muih tradisional sehingga timbulnya persoalan, adakah kuih tradisional di Malaysia semakin dilupakan
dalam kalangan masyarakat kini?
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini memfokuskan golongan muda dan golongan dewasa. Golongan muda terdiri daripada pelajar, golongan
belia dan lain-lain manakala golongan dewasa pula terdiri daripada penduduk setempat. Sehubungan itu, pengkaji telah
merumuskan tiga objektif kajian iaitu:
I. Untuk memperkenalkan makanan tradisional yang ada di Malaysia kepada dunia luar.
II. Untuk menghidupkan kembali pasaran makanan tradisional yang ada di Malaysia.
III. Bagaimanakah cadangan dan cara untuk mengembangkan keberkesanan perisian multimedia dan grafik?
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan awal yang dilakuan, pengkaji telah mendapatkan beberapa persoalan
kajian yang boleh diketengahkan dalam kajian ini antaranya:
I. Apakah kepentingan makanan tradisional kepada budaya setiap masyarakat yang ada di Malaysia?
II. Apakah yang diperoleh daripada penghidupan kembali pasaran makanan tradisional yang ada di Malaysia?
III. Apakah kesan perkembangan dan kemajuan sektor makanan tradisional di Malaysia?
KEPENTINGAN KAJIAN
Fotografi adalah seni yang telah lama wujud. Sejak diperkenalkan kamera lubang pin bertahun – tahun yang lalu
untuk memajukan kamera DSLR. Fotografi telah mengalami banyak perubahan dan prosesnya masih berjalan. Seiring
berjalannya waktu, foto yang lebih baik dihasilkan kerana teknologi dan peralatan yang digunakan telah berubah dengan ketara.
Penggunaan fotografi pertama dan paling umum adalah untuk menangkap peristiwa penting untuk rujukan masa depan. Oleh
itu, fotografi berperanan dalam memperkenalkan dan menghidupkan kembali makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Tambahan pula, fotografi adalah amalan biasa sehingga setiap orang yang mempunyai acara penting ingin memasukkan
beberapa gambar untuk memastikan mereka dapat melihat foto – foto tersebut pada masa akan datang untuk menyegarkan
kembali ingatan mereka mengenai peristiwa hebat yang mereka adakan. Dengan itu, fotografi mampu membantu dalam
menghidupkan kembali dan memperkenalkan makanan – makanan tradisional sekaligus dapat mempromosikan kepelbagaian
budaya yang terdapat di Malaysia kepada mata dunia.
12
SOROTAN KAJIAN
Fotografi adalah salah satu platform untuk menangkap peristiwa penting untuk rujukan masa depan. Ini adalah
amalan biasa sehingga setiap orang yang mempunyai acara penting ingin memasukkan beberapa gambar untuk memastikan
mereka dapat melihat foto – foto tersebut pada masa akan datang untuk menyegarkan kembali ingatan mereka mengenai
peristiwa hebat yang mereka adakan. Sebelum sistem video dibuat, gambar sangat popular. Momen sejarah utama telah
didokumentasikan oleh gambar.
Makanan tradisional berfungsi sebagai motif penceritaan, penggerak kepada perlakuan watak dan juga pengiklanan
sesuatu makanan. Makanan boleh menjadi lambang sindiran, status sosial mahupun merakam dan mendokumentasikan
ekonomi masyarakat dalam sesuatu zaman. Selain itu, makanan dan perbuatan makan juga boleh melambangkan budaya
sesuatu bangsa. Anthelme Brillat (Donna R Gabaccia, 1998) menyatakan “tell me what you eat, I will tell you who you are”,
menunjukkan bahawa makanan juga boleh menggambarkan diri seseorang baik dari segi bangsa, budaya, negara mahupun
agama. Malaysia merupakan sebuah nagara tercinta dikenali dengan tiga kaum utama iaitu, Melayu, Cina, India dan etnik –
etnik yang kecil bilangannya seperti Kadazandusun, Bidayuh dan Melanau yang kebanyakannya tinggal di Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan diversitinya dari segi agama, budaya, bangsa, tradisi,
adat resam, cara hidup dan sebagainya.
RUMUSAN
Peranan fotografi dalam memperkenalkan makanan tradisional ialah menjadikan makanan tradisional sebagai salah
satu platform sumber tarikan pelancong yang dapat menarik minat orang luar untuk mengunjungi negara yang penuh dengan
kepelbagaian budaya. Seperti mana yang sedia maklum, makanan tradisional berfungsi sebagai motif penceritaan, penggerak
kepada perlakuan watak dan juga pengiklanan sesuatu makanan. Makanan boleh menjadi lambang sindiran, status sosial
mahupun merakam dan mendokumentasikan ekonomi masyarakat dalam sesuatu zaman. Selain itu, makanan dan perbuatan
makan juga boleh melambangkan budaya sesuatu bangsa.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan maklumat data.
Dapatan kajian melalui borang soal selidik digunakan dalam melaksanakan kajian ini untuk diberikan kepada responden
melalui platform “Google Form”. Soal selidik ini pula akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bertujuan
mendapatkan maklumat berkaitan responden manakala pada bahagian kedua pula mengandungi soalan berskala yang
bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat.
Hasilnya, pengkaji mengetahui pelbagai teknik dalam cara menangkap gambar yang lebih menarik dan berkesan. Selain itu,
pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan ketika kajian dijalankan. Kaedah ini
bertujuan untuk mendapatkan pengesahan serta kesahihan maklumat mengenai kajian dengan mengajukan beberapa soalan
yang berkaitan secara berhadapan.
13
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah memproses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data semasa
menjalankan kajian. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber akan dikumpulkan, dikaji dan dialisis untuk menghasilkan
dapatan kajian dan kesimpulan.
Pengumpulan data daripada kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai maklumat yang tepat dan betul
bagi memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak tepat akan mengelirukan struktur kajian.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik iaitu
“google form”. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden menyokong peranan fotografi dalam memperkenalkan makanan
tradisional yang ada di Malaysia.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil kajian telah merumuskan bahawa fotografi berperanan dalam memperkenalkan makanan tradisional di
Malaysia kepada orang luar. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan bagi mengetahui tahap pengetahuan
masyarakat luar mengenai makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Rumusan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi memperkenalkan makanan tradisional yang
terdapat di Malaysia antaranya termasuklah mengadakan pertandingan menangkap gambar makanan tradisional khususnya
bagi masyarakat luar. Pertandingan ini juga boleh dilakukan secara meluas melalui media sosial dan pelbagai platform lain.
Dengan itu, masyarakat luar dapat mengenali jenis – jenis makanan tradisional yang terdapat di Malaysia sekaligus dapat
mempromosikan keunikkan budaya yang terdapat di Malaysia. Selain itu, cadangan untuk mengadakan kempen mengenali
makanan tradisional yang terdapat di Malaysia secara besar-besaran dan terbuka di sosial media. Cadangan ini sebagai
langkah untuk mempromosikan dan memperkenalkan kepelbagaian kaum dan budaya yang terdapat di Malaysia kepada dunia
luar.
14
RUJUKAN
Bogdan Rancea ( September, 2021 ) Apakah Peranan Fotografi dalam Kehidupan ?Dimuat turun daripada :
https://ecommerce-platforms.com/ms/articles/what-role-does-photography-play-in-life
iPendidikan ( 2022 ) Kebaikan dan Faedah Menggunakan Laman Sosial. Dimuat turun daripada :
https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html
Nadzri Sharif. Kepentingan Fotografi dalam Kandungan Sosial Kebudayaan dan Sejarah Melayu Melaka. Dimuat turun
daripada : https://www.academia.edu/3266512/Kepentingan_Fotografi_dalam_Kandungan_SosialKebudayaan_dan
Sejarah_Melayu_Melaka
Xin, Y. (2018, July 13). Karangan Bahagian B Kepentingan-kepentingan Mengekalkan Budaya Warisan Kaum (SPM 2015)
Dimuat turun daripada :https://babyofthelastcentury.blogspot.com/2017/11/karangan-bahagian-b-
kepentingan.html?fbclid=IwAR0C7YrX6zv7J18NtnMyQZdWkJFdDnlibP2TpBnlHJE-OKtPdrM0jPmngD0
Gabaccia, D. R. 1998. We are what we eat: Ethnic food and the making of Americans. Cambridge: Harvard University Press J.
M. Aziz. 2001. Nasi ayam laut sepinggan. pemenang cerpen/ sajak/ kajian & rencana sastera Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan 2001. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd
Norzailina Nordin. 2012. Hikayat resipi naskhah lama. Dewan Sastera, Disember: 9-15
21 Magee, C. 2007. Spatial Stories: Photographic Practices and Urban Belonging. Africa Today 54(2): 109-129.
15
FUNGSI FOTOGRAFI MELALUI POSTER DALAM MENANGANI ISU KEMURUNGAN DI MALAYSIA
Ainur Izatty Binti Akman
[email protected]
ABSTRAK
Pada zaman yang penuh dengan teknologi yang tinggi dan maju ini, fotografi merupakan salah satu proses penyampaian
secara visual kepada khalayak ramai. Teknik fotografi yang betul berdasarkan tujuan yang tepat dapat menyampaikan
maklumat dengan baik dan berkesan. Fotografi ialah suatu teknik atau proses untuk menghasilkan gambar foto melalui
tindakan cahaya. Penggunaan kamera yang berteknologi tinggi juga mempengaruhi kualiti gambar yang diambil. Penggunaan
kamera di telefon bimbit juga tidak kurang hebatnya dan hasil tangkapan yang bagus berdasarkan tahap teknologi yang
diletakkan dalam telefon pintar tersebut. Kemajuan yang ada pada masa kini mampu meningkatkan kefahaman seseorang.
Sebagai seorang jurugambar, teknik dan cara yang betul sangat penting. Hasil daripada fotografi yang diambil boleh dijadikan
sebagai maklumat kepada khalayak melalui poster dan sebagainya. Berdasarkan kajian yang ingin dilakukan. Penulis ingin
membuat kajian mengenai fungsi fotografi melalui poster dalam menangani isu kemurungan di Malaysia. Fotografi merupakan
elemen utama yang ingin diketengahkan dalam isu kemurungan di Malaysia. Isu kemurungan tidak asing lagi di Malaysia.
Sejauh manakah fotografi mampu menangani kemurungan di Malaysia dijadikan sebagai fokus utama kajian ini.
Kata Kunci: Fotografi, Poster, Kemurungan, Malaysia
PENGENALAN
Kemurungan adalah reaksi normal pada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhawatiran yang
berturut-turut mungkin disebabkan kecelaruan keresahan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan
kemurungan kebimbangan dapat dirawat, biasanya melalui bantuan kaunseling dan ubat-ubatan. Gangguan kemurungan
sangat umum, dengan satu dalam 10 orang pernah mengalami sakit ini pada suatu fasa dalam hidup mereka. Kemurungan
juga boleh dikategorikan sebagai satu penyakit mental yang mengakibatkan sedih yang melampau dan teramat sangat.
Kemurungan juga dikenali dalam perubatan sebagai “Depressive Disorder” atau kemurungan klinikal. Ia adalah penyakit
sebenar dan bukan petanda kelemahan seseorang atau kekurangan pada karakternya.
Isu kemurungan tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutama untuk golongan pelajar. Kemurungan terjadi
daripada beberapa faktor yang mempengaruhi perkara itu berlaku. Antara faktornya adalah rasa tekana ataupun kehilangan
seseorang yang disayangi boleh menjadi faktor risiko untuk penyakit kemurungan berlaku. Mereka yang sudah dewasa dan
mempunyai penyakit yang membawa kepada kecacatan ataupun ketidakmampuan untuk mengurus diri akan menyebabkan
rasa tidak berguna dan mereka boleh menjadi murung.
Fotografi seperti yang diketahui oleh umum adalah gambar yang diambil melalui kamera. Poster pula adalah reka
bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya dengan ditampal
pada dinding atau permukaan mendatar lain dengan sifat mencari perhatian orang ramai sekuat mungkin kerana itu poster
biasanya dibuat dengan warna-warna kontras dan kuat. Fotografi melalui poster difahamkan seperti fotografi yang
diaplikasikan pada poster bersesuaian dengan tema dan konsep yang diberikan tanpa sebarang isu.
PERNYATAAN MASALAH
Fotografi yang diletakkan dalam poster menjadi salah satu faktor dalam isu menangani kemurungan di Malaysia.
Penggunaan fotografi yang kurang tepat dan sesuai juga mempengaruhi isu kemurungan. Seperti yang diketahui umum,
banyak kempen berkaitan dengan isu kemurungan yang dilakukan oleh sesetengah agensi atau organisasi menggunakan
poster untuk paparan ramai. Sesetengah organisasi menggunakan fotografi yang kurang sesuai dan tidak tepat.
Keberkesanan fotografi yang digunakan pada poster juga menjadi salah satu permasalahan dalam kajian yang
dilakukan. Sejauh manakah fotografi yang digunakan dalam poster mampu mengurangkan atau menangani isu kemurungan di
Malaysia? Fotografi menjadi elemen penting dalam kajian ini. Penggunaan fotografi yang tepat mempengaruhi poster yang
dihasilkan bagi menangani isu kemurungan.
16
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting kerana melalui kajian ini akan dapat melihat keberkesanan fotografi melalui poster dalam
menangani isu kemurungan di Malaysia. Pengkaji juga dapat mengetahui sejauh manakah tahap isu kemurungan di Malaysia
dan fotografi yang digunakan dalam poster. Penggunaan poster biasa digunakan dalam kempen yang dianjurkan oleh
organisasi bagi menangani isu kemurungan. Oleh itu, pengkaji ingin melakukan kajian ini supaya fotografi yang digunakan
dalam poster bersesuaian bagi menangani isu kemurungan di Malaysia. Walaupun ia sekadar gambar, ia sedikit sebanyak
mampu mempengaruhi sesiapa yang melihat poster samada seseorang itu mempunyai masalah kemurungan atau tidak.
Selain itu, kajian ini dapat menjadi rujukan untuk generasi akan datang untuk membuat kajian yang berkaitan.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantatif
Kaedah kuantitatif digunakan dalam kaedah ini untuk mendapatkan data. Kajian dilakukan melalui borang kaji selidik
bagi mengumpulkan maklumat. Data diambil menggunakan 10 soalan yang disediakan oleh pengkaji untuk diedarkan kepada
responden. Soalan yang diajukan lebih kepada pengetahuan tentang fungsi fotografi melalui poster untuk menangani isu
kemurungan di Malaysia. Penggunaan google form digunakan sebagai borang soal selidik untuk mendapatkan data melalui
atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah yang digunakan adalah untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Pengumpulan data
yang berkaitan dengan kajian dapat dikumpulkan dengan jelas untuk menyatakan perkara yang dilakukan. Data yang dikumpul
dapat diinterpretasi. Hasilnya pengkaji mengetahui pelbagai cara untuk memperihalkan jangkaan penjelasan mengenai apa
yang berlaku dan pengkaji perlu menilai tindakan selanjutnya. Kaedah soal selidik menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam
mengumpul maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai 7 soalan dan 15 orang responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa fotografi melalui poster mampu mempengaruhi
dalam menangani isu kemurungan di Malaysia. Hal ini kerana penggunaan media dan fotografi yang tepat sedikit sebanyak
membantu untuk mengurangkan kemurungan yang dihadapi oleh seseorang yang mengalami kemurungan. Isu kemurungan
yang dialami oleh rakyat Malaysia tidak pelik didengar pada zaman kini. Banyak faktor yang boleh menyebabkan isu tersebut
meningkat. Pada zaman Covid-19 ini, tahap kemurungan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia semakin meningkat. Bukan
hanya pelajar, golongan dewasa yang sudah bekerja juga mengalami isu yang sama atas faktor yang berlainan. Jadi fotografi
yang digunakan dalam poster juga boleh menjadi salah satu langkah yang terbaik untuk mengurangkan isu tersebut.
CADANGAN
Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mencapai objektif kajian yang dilakukan.
I. Penggunaan fotografi yang tepat seperti ada elemen yang menceriakan pada fotografi tersebut
mampu menjadi seseorang yang mengalami masalah tersebut tersenyum dan rasa lebih
baik.
II. Mengurangkan penggunaan fotografi yang suram dan tidak sesuai kerana mampu
mempengaruhi seseorang untuk kearah yang lebih teruk.
17
RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini dapat dilihat fotografi juga menjadi fungsi yang penting juga dalam menangani isu
kemurungan di Malaysia. Walaupun kajian ini memfokuskan kepada fungsi fotografi melalui poster dalam menangani isu
kemurungan di Malaysia, banyak lagi dapat dilihat bukan sahaja pada poster malah pada majalah, infografik dan sebagainya.
Penggunaan fotografi yang tepat dan sesuai mampu mempengaruhi tahap kemurungan seseorang.
RUJUKAN
Asfan Nurochim. (2006). Fotografi Dalam Aplikasi Poster Sebagai Media Komunikasi Tentang Matalah Pathologi Sosial Di
Suralutra.
Dr. Latif Saad. (2022, Mei 9). Kemurungan: Punca, Tanda Awal Dan Rawatan. https://thediagnosa.com/kemurungan-punca-
tanda-rawatan/
Moh. Gov. (2012, Februari 10). Kemurungan Apa Yang Anda Perlu Tahu.
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_Apa_Yang_A
nda_Perlu_Tahu.pdf
Norhayati Binti Ya’acob. (2013). Kajian Terhadap Factor Kemurungan Bagi Pelajar Darjag Empat, Darjah Lima Dan Darjah
Enam Di Tiga Buah Sekolah Agama Daerah Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
Sharul Izwan Naser. (2019, November 15). Apa Itu Kemurungan. https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-
lain/apa-itu-kemurungan/
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. (2020, april 14). Kemurungan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemurungan
18
FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI DALAM MEMPROMOSIKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MATA DUNIA
Ainur Izzah Hazirah Binti Amin
hazirah.c19a0029.siswa.umk.edu.my
ABSTRAK
Pada era kemajuan teknologi masa kini, hampir semua manusia mempunyai alat untuk mengakses kepada kamera. Hal ini
disokong oleh terciptanya telefon bimbit atau telefon pintar yang semakin canggih dan mempunyai pelbagai ciri, salah satunya
adalah ciri fotografi. Fotografi pada asasnya adalah seni lukisan dengan terhasilnya cahaya, jadi faktor cahaya adalah elemen
terpenting dalam seni fotografi. Namun begitu, dalam era pemodenan kini, kemajuan teknologi sekarang yang mana setiap
orang mempunyai akses kepada kamera dan boleh mengambil gambar tetapi tidak memahami definisi fotografi sebagai
sebuah seni. Fotografi juga merupakan salah satu bentuk komunikasi visual di mana gambar yang dihasilkan adalah satu
bentuk penyampaian mesej daripada jurugambar kepada orang ramai yang melihat karya tersebut. Berdasarkan maklumat di
atas, penulis cuba untuk melihat keberkesanan fotografi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia. Hal ini
kerana dengan adanya perkara tersebut mampu untuk membentuk sebuah dokumentasi dan juga sebagai satu bentuk
komunikasi visual yang memberi mesej kepada orang yang melihat foto tersebut. Pada zaman yang serba moden ini, fotografi
dianggap sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan masyarakat majmuk ke mata dunia. Hal ini kerana,
dengan adanya platform baharu masa kini memberikan kemudahan yang boleh diakses oleh semua pihak seperti media sosial.
Oleh itu, boleh kita simpulkan bahawa fotografi merupakan medium komunikasi visual yang amat penting bagi mempromosikan
masyarakat majmuk ke mata dunia dan juga mampu meluaskan lagi pengetahuan mengenai masyarakat majmuk di negara
kita.
Kata Kunci: Fotografi, Komunikasi Visual, Kebudayaan, Promosi Budaya
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian
kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia
seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa,
semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. Pada era kemajuan teknologi ini,
fotografi tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat kini. Dengan kemajuan teknologi ini, hampir semua manusia mempunyai
akses peranti kamera. Oleh itu, fotografi dapat digunakan sebagai sebuah teknologi yang dapat mempromosikan masyarakat
majmuk di mata dunia.
Fotografi pada asasnya adalah seni melukis dengan cahaya, faktor cahaya adalah elemen terpenting dalam seni
fotografi, cahaya adalah elemen yang sangat penting dalam fotografi, tanpa aktiviti fotografi cahaya adalah mustahil. Namun,
dalam era kemajuan teknologi sekarang yang mana setiap orang mempunyai akses kepada kamera dan boleh mengambil
gambar, majoriti orang tidak memahami definisi fotografi sebagai seni, ini dapat dilihat apabila kamera digunakan hanya untuk
mengambil gambar yang nampak jauh dari definisi fotografi itu sendiri. Ini adalah undang-undang, tetapi jika dilihat dari sudut
teori komunikasi, pada dasarnya komunikasi adalah satu bentuk komunikasi, di mana terdapat mesej yang ingin disampaikan
oleh seorang jurugambar yang bertindak sebagai komunikator, kepada komunikan, iaitu orang yang melihat hasil foto. Ini
nampaknya telah mula beralih dan dilupakan, kerana banyak foto yang diambil tidak menyampaikan mesej, dan hanya fokus
kepada imej yang jelas. Jika kita merujuk kepada sifat asas fotografi sebagai medium komunikasi, maka kita boleh
menggunakan fotografi sebagai medium untuk menyampaikan mesej yang begitu banyak, salah satunya adalah untuk
menyampaikan mesej budaya yang berfungsi bukan sahaja untuk memulihara sesuatu bentuk budaya tetapi juga boleh
digunakan untuk memperkenalkan dan juga mempromosikan budaya.
19
Kesimpulannya, fotografi boleh digunakan sebagai sumber untuk mempromosikan masyarakat majmuk Malaysia di
mata dunia. Fotografi sangat berpengaruh bukan sahaja mendokumentasikan budaya tetapi juga sebagai forum untuk
memulihara dan mempromosikan budaya. Hal ini kerana melalui fotografi kita dapat memberi mesej tentang bentuk budaya
yang tidak lekang oleh waktu, dalam erti kata lain, jika mesej bertulis dalam bentuk teks boleh rosak, tetapi foto akan
mempunyai ketahanan yang lebih lama, terutamanya dalam dunia hari ini yang semuanya berdasarkan pendigitalan. Pada
masa kini, foto bukan sahaja boleh dicetak sebagai satu bentuk dokumentasi fizikal, malah foto juga boleh disimpan dalam
bentuk digital, supaya fotografi dapat bertahan lebih lama. Ini kemudiannya boleh berguna dalam bentuk pemuliharaan budaya
di mana budaya pada dasarnya boleh hilang jika tidak ada lagi orang yang mengamalkan budaya itu.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam bahagian ini pengkaji telah mengenal pasti beberapa pernyataan masalah yang timbul di dalam aspek
fotografi sebagai media komunikasi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia. Antaranya ialah kekurangan
maklumat dan gambaran yang jelas mengenai masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pada era sebelumnya,
fotografi hanya boleh diakses atau dimiliki oleh orang yang mempunyai ekonomi di atas purata, menyebabkan amat sukar
untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas mengenai masyarakat majmuk di malaysia.
Selain itu, pernyataan masalah yang kedua pula ialah kurang mendapat sokongan dan perhatian daripada
masyarakat. Masyarakat kini kurang menitikberatkan budaya etnik masing-masing sehingga hilang ditelan zaman. Hal ini
kerana, budaya masyarakat majmuk di Malaysia tidak diwarisi dan dipelihara dari turun temurun. Sekiranya setiap bangsa
dalam negara bermasyarakat majmuk memelihara etnik masing-masing, semestinya masyarakat kini peka akan nilai budaya
bagi setiap etnik di Malaysia.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan penghasilan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan fotografi sebagai media komunikasi dalam
mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia. Hal ini kerana, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai
pelbagai masyarakat yang berbeza agama, budaya dan etnik menjadikan negara kita sebagai negara contoh kepada negara-
negara yang lain. Selain itu, Fotografi bukan sahaja sebagai medium untuk mempromosikan sesuatu bentuk budaya semasa
tetapi juga sebagai satu bentuk promosi budaya sejarah. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan media foto yang telah
diambil sebagai imej bentuk dokumentasi pada masa lalu. Hal ini sudah tentu memainkan peranan yang besar dalam promosi
budaya, bukan sahaja untuk memperkenalkan satu bentuk budaya, tetapi boleh dijadikan wahana untuk melihat perkembangan
sesuatu bentuk budaya yang wujud di sesuatu kawasan. Oleh itu, pengkaji ingin melakukan kajian ini supaya dapat
mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah menggunakan kaedah ini sebagai salah satu cara bagi mengumpulkan data. Borang soal selidik
merupakan medium utama bagi pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian yang hendak dilakukan. Kaedah
ini membantu pengkaji bagi mendapatkan data secara mudah. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan di dalam borang
soal selidik. Kebanyakkan soalan yang dinyatakan adalah mengenai pengetahuan responden terhadap fotografi sebagai media
komunikasi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia, Penyelidik juga menggunakan "Google Form" sebagai
borang soal selidik yang diedarkan kepada responden melalui atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji turut membuat beberapa pencarian maklumat dan kajian yang berkaitan dengan fotografi sebagai media
komunikasi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia. Hasil daripada carian tersebut, pengkaji dapat
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai budaya, etnik , agama masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi kaedah
pengumpulan data ini, pengkaji membuat satu kaedah soal selidik dimana ia menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam
mengumpulkan maklumat. Justeru, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik atas talian iaitu Google Form.
20
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis dan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji berkenaan fotografi sebagai
media komunikasi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia, telah memperoleh banyak data dan maklumat
yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini. Pengkaji memperoleh data yang dikumpul melalui kajian soal selidik berkenaan
fotografi sebagai media komunikasi dalam mempromosikan masyarakat majmuk di mata dunia. Seterusnya, pengkaji turut
mencari maklumat di laman web rasmi bagi menjayakan kajian ini. Oleh itu, dengan adanya maklumat yang terkumpul
daripada responden dan laman web rasmi dapat membantu dalam menjayakan kajian ini.
RUMUSAN
Kesimpulannya, dalam kajian ini, pengkaji membincangkan segala hasil yang diperolehi daripada hasil pemerhatian
serta soal selidik dengan merumuskan segala maklumat yang diperolehi. Kajian ini juga dijalankan berlandaskan pada objektif
yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Pengkaji dapat merumuskan bahawa fotografi amat membantu dalam mempromosikan
masyarakat majmuk di mata dunia. Kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya di Malaysia dapat dijadikan sebagai negara
contoh kepada negara-negara yang lain.
CADANGAN
Dalam pengkajian ini pengkaji mencadangkan beberapa cadangan yang dapat dikenalpasti bagi mencapai objektif
kajian yang dijalankan.
1. Pengkaji ingin mengkaji dan mencari maklumat masyarakat majmuk dengan lebih mendalam dan teliti. Hal ini
demikian kerana, dengan adanya maklumat dan info yang banyak mengenai masyarakat majmuk mampu
mendorong ke arah kemajuan serta turut membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
2. Selain itu, cadangan yang kedua pula adalah dengan menyatakan keberkesanan media fotografi ini kepada
masyarakat majmuk. Fotografi merupakan salah satu media yang amat berguna kepada masyarakat kerana
fotografi merupakan salah satu ilmu yang mengikuti perkembangan zaman.
RUJUKAN
Christanto, M. M. P., & Wiksana, W. A. (2021). Fotografi sebagai Media Komunikasi Visual dalam Digital Marketing.
Effendi, M. (2009). Peranan internet sebagai media komunikasi. KOMUNIKA: Jurnal Dakwah Dan Komunikasi, 3(2), 130-142.
I Gusti Agung Ngurah Agung Yudha Pramiswara STAHN Mpu Kuturan Singaraja,2 April 2021, Fotografi Sebagai Media
Komunikasi Visual Dalam Promosi Budaya.
Muslim, N., & Musa, N. Y. (2011). HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM. Kajian Malaysia: Journal of
Malaysian Studies, 29(1).
Tjin, E., & Mulyadi, E. (2014). Kamus Fotografi. Elex Media Komputindo.
Yudha, I. G. A. N. A. (2021). Fotografi Sebagai Media Komunikasi Visual Dalam Promosi Budaya. Danapati: Jurnal Ilmu
Komunikasi, 1(2), 126-138
Yusuf, Y. M., & Kom, S. I. (2017). PERAN FOTOGRAFI SEBAGAIMEDIA KOMUNIKASI VISUAL DI BIDANG HUMAS (Studi
Deskriptif Tentang Peran Fotografi Sebagai Media Komunikasi Visual Di Bidang Humas FISIP UNPAS (Universitas
pasundan) Bandung). Jurnal Retorika, 9, 147-154
21
PERANAN FOTOGRAFI DALAM MEMPERKENALKAN BUDAYA MASYARAKAT KHUSUSNYA DI SABAH
Nor Amira Binti Ahmad
[email protected]
ABSTRAK
Budaya menggambarkan cara hidup yang dimiliki dan diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Pakaian tradisional merupakan
salah satu warisan tamadun dan peradaban yang diturunkan sejak zaman berzaman. Warisan budaya reka bentuk dan
aksesori dalam busana masyarakat Bajau memaparkan keunikan serta kegigihan yang dapat dihasilkan dengan pemikiran
mereka. Amalan pembudayaan busana tradisi semasa perayaan dan upacara adat menggambarkan masyarakat Bajau yang
masih berpegang kepada budaya yang diwarisi. Kajian ini memfokuskan kepada peranan fotografi sebagai salah satu platform
bagi memperkenalkan pembudayaan dan reka bentuk busana tradisional suku kaum Bajau. Kajian ini menjurus kepada busana
tradisional pakaian tradisi Ala Bimbang ini kepada masyarakat umum. Pakaian tradisional yang digunakan oleh suku kaum
masyarakat Bajau ialah pakaian “Alal Bimbang”. Sejarah pembuatan baju Alal Bimbang asalnya berwarna hitam kerana
dikatakan pada waktu itu kebanyakan kain dipakai berwarna hitam tambahan masyarakat Bajau belum mahir meletakkan
pewarna pada kain. Warna hitam juga dianggap sebagai warna keaslian Bajau, manakala kuning hanya dipakai oleh golongan
atasan. Bagaimanapun, peredaran zaman menjadikan fesyen pakaian itu turut menyediakan pelbagai warna bagi
melambangkan kasta masyarakat, tetapi masih mengekalkan coraknya. Pemakaian baju “Alal Bimbang” ini dikhususkan
semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian dan pesta seperti perayaan utama masyarakat Bajau di Semporna, Sabah
iaitu Regatta Lepa. Namun yang demikian, generasi masa ini lebih mengetengahkan pakaian yang diperagakan oleh idola
mereka seperti "influencer" artis kpop Korea dan sebagainya. Justeru, pengkaji ingin mengetengahkan konsep dan peranan
utama fotografi dalam memperkenalkan pakaian tradisional suku kaum masyarakat Bajau melalui pelbagai platform. Kajian ini
juga dilakukan untuk mengenal pasti jumlah kasar masyarakat yang mengetahui tentang kewujudan pakaian tradisi Alal
Bimbang. Bagi mencapai objektif kajian maka 30 borang soal selidik akan diedarkan kepada masyarakat umum khususnya
masyarakat suku kaum Bajau dan sebagainya untuk menjawab soalan kajian bagi mendapatkan jumlah yang tepat. Kajian ini
turut merujuk artikel-artikel kajian lepas bagi mendapatkan maklumat yang jelas. Kesimpulannya, pengkaji berharap kaedah ini
mampu menarik minat masyarakat untuk terus memahami dan mengetahui keunikan mahupun kewujudan busana tradisional
suku kaum Bajau iaitu baju Alal Bimbang.
Kata Kunci: Pembudayaan, busana, fotografi, Bajau.
PENGENALAN
Kemurungan adalah reaksi normal pada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhawatiran yang
berturut-turut mungkin disebabkan kecelaruan keresahan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan
kemurungan kebimbangan dapat dirawat, biasanya melalui bantuan kaunseling dan ubat-ubatan. Gangguan kemurungan
sangat umum, dengan satu dalam 10 orang pernah mengalami sakit ini pada suatu fasa dalam hidup mereka. Kemurungan
juga boleh dikategorikan sebagai satu penyakit mental yang mengakibatkan sedih yang melampau dan teramat sangat.
Kemurungan juga dikenali dalam perubatan sebagai “Depressive Disorder” atau kemurungan klinikal. Ia adalah penyakit
sebenar dan bukan petanda kelemahan seseorang atau kekurangan pada karakternya.
Isu kemurungan tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia terutama untuk golongan pelajar. Kemurungan terjadi
daripada beberapa faktor yang mempengaruhi perkara itu berlaku. Antara faktornya adalah rasa tekana ataupun kehilangan
seseorang yang disayangi boleh menjadi faktor risiko untuk penyakit kemurungan berlaku. Mereka yang sudah dewasa dan
mempunyai penyakit yang membawa kepada kecacatan ataupun ketidakmampuan untuk mengurus diri akan menyebabkan
rasa tidak berguna dan mereka boleh menjadi murung.
Fotografi seperti yang diketahui oleh umum adalah gambar yang diambil melalui kamera. Poster pula adalah reka
bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya dengan ditampal
pada dinding atau permukaan mendatar lain dengan sifat mencari perhatian orang ramai sekuat mungkin kerana itu poster
biasanya dibuat dengan warna-warna kontras dan kuat. Fotografi melalui poster difahamkan seperti fotografi yang
diaplikasikan pada poster bersesuaian dengan tema dan konsep yang diberikan tanpa sebarang isu.
22
PERNYATAAN MASALAH
Proses memperkenalkan pakaian tradisional suku kaum masyarakat Bajau bermula dengan pendedahan di rumah
oleh ibu bapa iaitu khusus untuk generasi muda pada masa ini yang mempunyai keturunan Bajau ekoran daripada pakaian ini
kian dilupakan. Hal ini demikian kerana, proses pengenalan yang pertama bermula di rumah melalui pendedahan dan tunjuk
ajar daripada ibu bapa kerana ibu bapa adalah suri tauladan atau rujukan pertama kepada anak-anak. Namun yang demikian,
pendedahan pakaian tradisional terhadap kanak-kanak pada masa ini sangat terbantut ekoran daripada tumpuan mereka
terhadap pendidikan barat dan kurangnya didikan agama di peringkat awal mereka. Generasi masa ini lebih mengetengahkan
pakaian yang diperagakan oleh idola mereka seperti "influencer" artis kpop Korea dan sebagainya. Justeru, pengkaji ingin
mengetengahkan konsep dan peranan utama fotografi dalam memperkenalkan pakaian tradisional suku kaum masyarakat
Bajau melalui pelbagai platform.
Media sosial dan media pengiklanan merupakan salah satu platform utama untuk mengetahui sesuatu maklumat dan
berkongsi pelbagai isu mengenai diri sendiri mahupun mempromosikan perniagaan. Namun, terdapat syarikat dari media sosial
dan media pengiklanan yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan masalah
dan perkara yang akan berlaku dimasa akan datang sangat membimbangkan masyarakat di masa ini. Di antara
permasalahannya adalah, penggunaan media sosial dan pengiklanan yang menunjukkan dan membawa pengaruh budaya
barat dari segi pakaian dalam kalangan masyarakat. (Dr Ismail Sualman et al., 2019) mengatakan jangan terperanjat apabila
generasi akan datang tidak berpeluang lagi menggayakan pakaian tradisional mereka kerana dilambakkan dengan pakaian
rekaan moden. Pihak media khususnya televisyen, majalah dan akhbar sepatutnya perlu bertindak sebagai gate keeper agar
fesyen yang mencemari budaya tidak disiarkan.
KEPENTINGAN KAJIAN
Budaya adalah merupakan salah satu identiti yang melambangkan sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk yang pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai
kaum yang unik dan berwarna-warni memberi satu gambaran yang jelas bahasanya Malaysia adalah salah sebuah negara
yang kaya dengan budaya dan tradisinya sendiri. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia.
Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana ingin mengenalpasti tahap pengetahuan masyarakat
luar tentang kewujudan pakaian tradisional suku kaum masyarakat Bajau di Sabah yang kurang mendapat sorotan media
khususnya.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan data.
Borang soal selidik menjadi medium utama untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh hal yang
demikian, kaedah ini akan membantu pengkaji untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak
sepuluh (10) soalan di dalam borang soal selidik. Kebanyakkan soalan yang diutarakan adalah mengenai pengetahuan
responden terhadap peranan fotografi dalam memperkenalkan pakaian tradisi masyarakat suku kaum Bajau di Sabah.
Penyelidik juga menggunakan teknologi "Google Form" sebagai borang soal selidik yang diedarkan kepada responden melalui
atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah membuat beberapa pencarian maklumat dan kajian yang berkaitan dengan peranan fotografi dalam
memperkenalkan budaya masyarakat khususnya di Sabah. Oleh hal yang demikian, hasil daripada pencarian tersebut pengkaji
dapat mengetahui dengan lebih mendalam budaya yang diamalkan oleh sesuatu kaum lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
pakaian tradisional yang menjadi simbolik utama bangsa tersebut. Bagi mengumpulkan beberapa maklumat pengkaji telah
membuat satu kaedah soal selidik dimana ia menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpulkan maklumat. Justeru,
pengkaji telah menyediakan borang soal selidik atas talian iaitu Google Form yang mempunyai lima belas soalan dan 21 orang
responden.
23
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan salah satu kaedah untuk memproses dan menilai data dengan tujuan mencari maklumat
yang berguna, memberi kesimpulan serta menyokong dalam membuat keputusan. Kaedah ini dilakukan oleh pengkaji adalah
bertujuan untuk menjadikan satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang
diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan. Dalam
kajian ini, pengkaji tellah membataskan kajian kepada skop yang lebih kecil bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat
dan padat serta boleh dipercayai. Data yang digunakan dalam kajian ini diperoleh melalui kajian soal selidik atas talian. Borang
soal selidik yang diedarkan melalui platform media sosial telah mendapat sebanyak 21 orang responden. Responden terdiri
daripada maklum balas orang awam dan juga pelajar daripada Universiti Malaysia Kelantan. Bagi kategori bahagian A iaitu
latar belakang responden, maklumat status responden adalah 81% mewakili pelajar, 14.3% adalah pekerja dan selebihnya
adalah kategori lain-lain. Majoriti yang menjawab soal selidik ini adalah golongan perempuan yang mewakili 85.7% serta
lingkungan umur 22-25 tahun ke atas. Ekoran daripada hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakkan responden memahami
peranan yang berkaitan dengan fotografi serta mengetahui budaya masyarakat di Sabah. Selain itu, 100% responden
beranggapan bahawa peranan fotografi memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkenalkan budaya yang
diamalkan khususnya orang Sabah kepada masyarakat luar. Menurut kajian soal selidik yang dijalankan seramai 15 orang
responden menyokong bahawa fotografi berperanan sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan budaya suku kaum
masyarakat Bajau dalam membantu dan mendedahkan pengetahuan kepada masyarakat luar. Akhir sekali, terdapat beberapa
cadangan yang diberikan oleh responden terhadap peranan fotografi antaranya ialah mempamerkan baju tradisional di muzium,
mewujudkan satu platform yang mengandungi semua budaya di Sabah, mewujudkan pameran dalam kampus, sekolah atau
institusi lain dengan kepelbagaian budaya yang cuba ditengahkan dan banyak lagi.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil kajian telah merumuskan bahawa fotografi berperanan dalam memperkenalkan makanan tradisional di
Malaysia kepada orang luar. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan bagi mengetahui tahap pengetahuan
masyarakat luar mengenai makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa
peranan fotografi sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan budaya suku kaum masyarakat Bajau dapat membantu
dan mendedahkan pengetahuan kepada masyarakat umum bahawa sesuatu bangsa tersebut mempunyai kepelbagaian dan
keunikannya yang tersendiri. Pengkaji juga berpendapatan bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana
masyarakat cakna akan kewujudan sesuatu budaya yang diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Rumusan
Konklusinya, pelbagai usaha dalam melestarikan seni dan budaya dapat dijayakan sekiranya setiap pihak
bersepakat mencapai objektif yang sama. Dengan iltizam dan matlamat yang betul, usaha ini pasti dapat melestarikan semula
apa yang semakin pupus dalam jati diri setiap lapisan masyarakat khususnya di Malaysia. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji
ini adalah suatu medium utama yang sangat penting dalam memperkenalkan pakaian tradisional suku kaum masyarakat Bajau
dalam bidang fotografi bagi satu kaedah atau platform yang mudah difahami dan dapat diterima oleh masyarakat umum.
Disamping itu, kaedah ini akan melahirkan generasi muda yang kurang mengambil berat tentang pakaian tradisi peninggalan
nenek moyang sama ada digunakan untuk majlis-majlis yang bersesuaian ataupun sekadar untuk mengetahui konsep dan
kegunaannya supaya ianya lebih menarik untuk digunakan dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh hal yang
demikian, pengkaji berharap dengan adanya peranan fotografi dalam memperkenalkan budaya ini dapat memberikan kesan
kepada generasi akan datang untuk menghargai apa yang mereka lihat di negara mereka daripada mengagungkan budaya
asing yang bakal memusnahkan identiti bangsa dan negara kita. Semoga berbekalkan semangat patriotisme yang kita miliki
pada hari ini dapat menjadi pegangan untuk kita mengekalkan seni dan budaya masyarakat kita pada masa akan datang.
24
RUJUKAN
Alberd, A. (2015). Peranan Fotografi Dalam Desain Poster Film Arisan Terhadap Persepsi Penonton. Deiksis, 6(01), 54-62.
Hanizah Jukim., Azlin Iryani Mohd Nor., & Abdul Aziz Zalay@ Zali. (2020). Keberkesanan Adaptasi Konsep Identiti Budaya
Dalam Mereka Bentuk Landskap di Kawasan Sekolah. KUPAS SENI, 56-69
Khairul Anuar, I., Mohd Nuri, Y., & Mohammad Firdaus, A. Kepentingan imej fotografi terhadap medium papan tanda
pengiklanan pelancongan/Khairul Anuar Ibrahim...[et al.]. Idealogy Journal, 2(1), 34-37.
Mukam, N. A., & Jusilin, H. (2019). REPRESENTASI BUDAYA DALAM REKAAN BENTUK BUSANA PERKAHWINAN
MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH: THE REPRESENTATION OF CULTURE IN THE DESIGN OF
WEDDING COSTUME FOR BISAYA COMMUNITY IN BEAUFORT, SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA)
Sabki Md Nor, M.S (2017). Panduan Asas Fotografi Digital. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sari, M. P., & Hidayatulloh, A. R. (2020). Pengenalan Kebudayaan Indonesia melalui Fotografi pada Akun Instagram
‘KWODOKIJO.’. Edsence: Jurnal Pendidikan Multimedia.
Yudha, I. G. A. N. A. (2021). Fotografi Sebagai Media Komunikasi Visual Dalam Promosi Budaya. Danapati: Jurnal Ilmu
Komunikasi, 1(2), 126-138.
25
26
FUNGSI APLIKASI GRAFIK MUDAH ALIH DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
Mohamad Firdaus Bin Mazlan
[email protected]
ABSTRAK
Pada era globalisasi, penggunaan teknologi semakin berkembang dari masa ke semasa mengikuti peradaran zaman. Kewujudan
aplikasi – aplikasi di alam maya sedikit sebanyak telah membantu dan memudahkan kerja manusia dalam seharian. Aplikasi
grafik mudah alih adalah salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh manusia terutamanya dalam bidang perniagaan.
Kebanyakkan pemilik perniagaan menggunakan aplikasi grafik mudah alih ini bertujuan mengembangkan perniagaan mereka
melalui penghasilan reka bentuk seperti banner, bunting, iklan digital, logo dan sebagainya. Antara aplikasi grafik mudah alih
yang terkenal ialah Canva, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Behance, iFont, Lightroom, Shutterstock dan sebagainya. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana fungsi aplikasi grafik mudah alih dalam sesebuah perniagaan. Selain itu, kajian ini juga
dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan aplikasi grafik mudah alih dalam mencipta rekabentuk. Di samping
itu, kajian ini mengumpul maklumat melalui teknik kualitatif dalam bentuk soal selidik dan mengumpul data secara atas talian
yang diperlukan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi grafik mudah alih sangat penting pada masa
kini. Hal ini kerana, aplikasi grafik mudah alih memudahkan pengguna untuk menghasilkan rekabentuk dengan mudah tanpa
memerlukan bayaran ataupun kos tinggi. Kesimpulannya, aplikasi grafik mudah alih memainkan peranan yang sangat penting
terutamanya pada pengusaha atau pemilik perniagaan.
Kata kunci: Fungsi, Aplikasi Grafik Mudah Alih, Perniagaan
PENGENALAN
Perkembangan teknologi dari era klasik ke era digital menyebabkan industri perisian atau aplikasi berkembang dengan
lebih pesat. Terdapat banyak aplikasi di pasaran yang bertujuan untuk pelbagai operasi teknikal dan aplikasi grafik mudah alih
adalah salah satu medium utama yang digunakan terutamanya dalam bidang perniagaan. Saban hari, ramai golongan individu
atau masyarakat mula menceburi bidang perniagaan untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Kewujudan aplikasi grafik mudah alih ini sedikit sebanyak telah membantu para peniaga atau bakal usahawan untuk
mengembangkan perniagaan mereka pada peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, aplikasi grafik mudah alih ini menjadi
keutamaan kepada para peniaga dan usahawan dalam strategi pemasaran perniagaan mereka.
Platform aplikasi yang tersedia seperti Canva, Wix, Shutterstock Editor, Lightroom, Adobe Creative Cloud Express dan
sebagainya dapat membantu para peniaga dan usahawan menghasilkan rekabentuk grafik sendiri tanpa memerlukan modal
yang besar untuk membeli software yang mahal. Aplikasi grafik mudah alih ini juga membantu untuk menghasilkan logo, poster,
banner sehinggalah grafik iklan untuk media sosial terutamanya bagi permulaan perniagaan. Selain itu, aplikasi grafik mudah
alih tidak memerlukan pakar atau pereka grafik untuk menghasilkan rekabentuk dan hanya boleh dilakukan sendiri sahaja.
Kelebihan aplikasi grafik mudah alih ini menyediakan ribuan template bagi membantu penggunanya untuk mengedit dengan
lebih pantas dan cepat tanpa perlu berfikir dan mencari idea.
Namun, hanya segelintir sahaja para peniaga atau usahawan yang mengetahui kewujudan aplikasi grafik mudah alih
ini yang memainkan peranan penting dalam perniagaan. Lazimnya, mereka kurang diberikan pendedahan tentang perkara itu
kerana beranggapan sukar untuk menghasilkan rekabentuk dan memerlukan pakar seperti pereka grafik.
PERNYATAAN MASALAH
Pada era globalisasi, perniagaan merupakan kerjaya yang paling ramai diceburi oleh lapisan masyarakat. Setiap
perniagaan yang dijalankan memerlukan strategi untuk mengembangkannya pada peringkat yang lebih tinggi. Kaedah atau
langkah yang boleh diambil ialah membuat pengiklanan, rekabentuk identiti korporat, penjenamaan dan sebagainya bagi
memperkenalkan perniagaan kepada orang ramai. Oleh itu, penggunaan aplikasi grafik mudah alih merupakan platform yang
penting dalam membantu para peniaga atau usahawan untuk menghasilkan rekabentuk pada perniagaan yang dijalankan.
27
Berdasarkan kajian atau penelitian yang dibuat, ramai para peniaga atau usahawan kurang mengetahui kewujudan
aplikasi grafik mudah alih ini lebih-lebih lagi kepada yang baru sahaja memulakan perniagaan. Kebanyakkan para peniaga atau
usahawan tidak mengetahui bahawa boleh menghasilkan rekabentuk sendiri berdasarkan produk atau perkhidmatan yang
dijalankan. Sebagai contoh, poster pengiklanan untuk disiarkan pada media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.
Selain itu, apa yang dilihat perniagaan atas talian hanya memasarkan produk dan perkhidmatan dalam bentuk gambaran sahaja
dan elemen grafik yang digunakan kurang menarik perhatian. Justeru, perniagaan yang dijalankan kurang mendapat sambutan
dan tarikan daripada pelanggan untuk membeli.
Di samping itu, kurang keyakinan daripada para peniaga dan usahawan untuk menggunakan aplikasi grafik mudah
alih dalam pemasaran perniagaan mereka. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa aplikasi grafik mudah alih ini
memerlukan modal yang besar dan menggaji pekerja seperti pereka grafik dalam urusan perniagaan mereka.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak lima (5) soalan di dalam borang soal selidik.
Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan responden terhadap fungsi aplikasi grafik mudah alih.
Penyelidik menggunakan teknologi Google Form sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas
talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada artikel dan website sebagai salah satu kaedah mengumpulkan maklumat. Hasilnya
pengkaji mengetahui pelbagai fungsi menggunakan aplikasi grafik mudah alih dalam perniagaan. Kaedah soal selidik turut
menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang
mempunyai lima (5) soalan dan dua puluh (20) orang responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitika dan logika analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai kompenan yang betul
untuk memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat akan mengelirukan struktur kajian (Shepard, 2002). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas dan
padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat dihasilkan
secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik.
Borang soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira dua puluh orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa
kebanyakan responden menyokong aplikasi grafik mudah alih bagi membantu dalam perniagaan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa aplikasi grafik mudah alih dapat membantu dan mendedahkan kepada
para peniaga dan usahawan mengenai fungsinya terhadap sesebuah perniagaan. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini
dilakukan adalah untuk mengetahui keberkesanan aplikasi grafik mudah alih dalam mengembangkan perniagaan.
28
Cadangan
1. Antara cadangan yang dikemukakan ialah mengadakan seminar ataupun bengkel tentang cara-cara penggunaan
aplikasi grafik mudah alih ini khususnya kepada bakal usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Secara
tidak langsung mereka akan dapat mempelajari cara untuk menghasilkan rekabentuk yang baik dan menarik dalam
perniagaan mereka.
2. Selain itu, memperkenalkan aplikasi grafik mudah alih ini dengan kaedah menyiarkan di media sosial seperti di Tiktok.
Melalui cara ini orang ramai atau usahawan mudah untuk mengetahui kewujudan aplikasi ini. Content yang
menyatakan cara atau tips menggunakan aplikasi dapat menarik minat mereka.
RUMUSAN
Aplikasi grafik mudah alih seperti Canva, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Behance, iFont, Lightroom, Shutterstock
dan sebagainya banyak membantu para peniaga dan usahawan dalam menghasilkan rekabentuk dan elemen grafik untuk
perniagaan mereka. Secara tidak langsung, perniagaan yang dijalankan dikenali dan dapat menarik pelanggan untuk membeli
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, penggunaan aplikasi grafik mudah alih ini sangat diperlukan pada masa kini
dan bersesuaian mengikut teknologi dan peredaran zaman terutamanya pada perniagaan.
RUJUKAN
Blogpost, C., 2022. Mengapa Grafik Media Sosial Penting Untuk Perniagaan Anda?. [online] Syspro Web Development.
Available at: <https://syspro.my/bm/design/mengapa-grafik-media-sosial-penting-untuk-perniagaan-anda/>
[Accessed 22 June 2022].
Printpeppermint.com. 2022. Mengapa Reka Bentuk Grafik Perlu Menjadi Bahagian Strategi Pemasaran Setiap Perniagaan –
Print Peppermint. [online] Available at: <https://www.printpeppermint.com/ms/why-graphic-design-should-be-a-part-
of-every-businesss-marke’]ting-strategy/> [Accessed 22 June 2022].
Svatošová, V., 2013. THE IMPORTANCE OF INTERNET ADVERTISING IN E-BUSINESS.
Acta academica karviniensia, 13(4), pp.180-192.
Wu, S., 2020. Application of Graphic Design Based on Image Design Software.
Journal of Physics: Conference Series, 1533(3), p.032023.
29
CABARAN YANG PERLU DITEMPUH OLEH PEREKA GRAFIK PADA ERA PANDEMIK COVID-19
Muhammad Hafizuddin Bin Shamsul
[email protected]
ABSTRAK
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2019 telah merubah corak kehidupan masyarakat di Malaysia serta memberi
kesan yang mendalam kepada sektor ekonomi, politik dan sosial. Rakyat Malaysia yang bekerja terutamanya pereka grafik dalam
isu ini terkesan dengan perintah ini apabila mereka terpaksa meneruskan pekerjaan dari rumah. Hal ini menyebabkan mereka
perlu membiasakan diri dengan suasana ini dan menghadapi cabaran yang baru. Pengkaji merasakan isu ini perlu dikaji agar
masyarakat mengetahui cabaran kerjaya sebagai pereka grafik dalam era pandemik Covid-19 di Malaysia. Selain itu, pengkaji
juga merupakan pelajar dalam bidang pereka grafik di Universiti Malaysia Kelantan yang menyebabkan pengkaji tertarik untuk
mengetahui cabaran pereka grafik pada era pandemik Covid-19. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran yang
perlu ditempuh oleh pereka grafik pada era pandemik Covid-19. Kajian ini menggunakan teknik kualitatif dalam bentuk soal
selidik dan mengumpul data dalam talian yang diperlukan. Berdasarkan dapatan kajian, ia menunjukkan bahawa terdapat pereka
grafik yang menghadapi cabaran dan ada juga yang tiada masalah untuk bekerja dalam suasana era pandemik Covid-19 dan
berpendapat bekerja dari rumah lebih selesa dan efisien. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan kepada pereka grafik supaya
membiasakan diri dengan norma hidup baru kerana kita perlu menerima hakikat bahawa wabak Covid-19 sudah menjadi endemik
dalam hidup kita. Selain itu, pereka grafik juga mesti tingkatkan usaha untuk hasilkan kerja yang lebih baik dalam suasana yang
mencabar ini.
Kata Kunci : Covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Cabaran, Pandemik, Endemik
PENGENALAN
Grafik ialah kombinasi himpunan gambar, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk
memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Dalam erti kata lain ia seni
yang nampak, mempunyai gambar, teks, dan yang berkaitan. Grafik penting untuk menyediakan bahan pandangan (visual) yang
sangat penting untuk mesej tertentu dengan jelas. Grafik juga adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat
memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik berasal dari perkataan “graphics” bererti lukisan. Graphire pula
adalah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Manakala grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.
Antara program perisian grafik seperti Adobe Illustrator ,Photoshop, atau InDesign.
Reka bentuk grafik ialah kraf di mana profesional mencipta kandungan visual untuk menyampaikan mesej. Pereka bentuk
menggunakan tipografi dan imej untuk memenuhi permintaan individu pengguna dan menumpukan perhatian pada logik untuk
menunjukkan kepingan dalam reka bentuk interaktif untuk memaksimumkan pengalaman pengguna dengan menggunakan
hierarki visual dan pendekatan susun atur halaman. Kraf setua reka bentuk grafik, ia mungkin dikesan kembali kepada lukisan
gua dan hieroglif Mesir yang berusia sekurang-kurangnya 17,000 tahun. Perniagaan cetak ialah tempat frasa pertama kali muncul
pada tahun 1920-an. Ia seterusnya membincangkan pelbagai tugas, seperti membangunkan logo. Takrifan reka bentuk grafik ini
merangkumi tarikan pemasaran dan estetik. Imej, warna dan tipografi digunakan oleh pereka grafik untuk menarik perhatian
penonton
Pada tahun 2019, Covid-19 mula dikesan di Wuhan, China kemudian merebak ke seluruh dunia. Di Malaysia juga dikejutkan
dengan wabak Covid-19 pada tahun 2020 yang menyebabkan seluruh negara terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak ini dari terus merebak dan meragut nyawa lebih ramai manusia. Hal ini telah
menyebabkan negara kita mengalami banyak kekangan dan perubahan.
Wabak Covid-19 telah memberi impak dan cabaran kepada ramai pihak dalam memastikan kelangsungan hidup
masyarakat Malaysia terus terjamin. Ia situasi yang memberi cabaran kepada semua sektor, termasuk pereka grafik. Reka bentuk
grafik sentiasa menjadi salah satu bidang yang banyak membantu orang pada zaman kini. Walaupun wabak Covid-19 telah
memberi kesan kepada pereka grafik namun, ia juga membantu ketika pandemik Covid-19 ini melanda terutamanya dalam
mengurangkan penularan rantaian Covid-19 dan membantu perniagaan yang beroperasi secara atas talian disebabkan PKP
yang memaksa banyak jenis perniagaan ditutup.
30
PERNYATAAN MASALAH
Seperti yang sedia maklum, Covid-19 telah mengubah norma hampir semua pekerjaan. Hal ini mengakibatkan pekerja
terpaksa bekerja dalam suasana yang berbeza berbanding sebelum ini. Sebelum ini bekerja secara fizikal tetapi wabak ini telah
memaksa pekerja untuk bekerja secara atas talian khususnya pereka grafik. Oleh itu, pengkaji mendapati beberapa masalah
yang menyebabkan pereka grafik sukar melaksanakan kerja mereka.
Antara masalah yang dihadapi oleh pereka grafik ketika pandemik Covid-19 ialah banyak terpuruk di dalam rumah.
PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan memaksa pereka grafik bekerja dari rumah sahaja bagi mematuhi SOP yang ditetapkan
untuk membendung wabak ini. Hal ini boleh membawa kepada masalah kesihatan kerana banyak menghabiskan waktu di
hadapan gajet dan tidak mendapatkan udara yang segar di luar.
Selain itu, pereka grafik terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan pelanggan. Hal ini kerana ramai yang terkesan
dengan masalah kewangan ketika pandemik. Dan wabak ini menyebabkan pereka grafik sukar berhubung dengan pelanggan
seterusnya pelanggan mula hilang minat untuk mendapatkan servis dari pereka grafik. Oleh itu, pendapatan pereka grafik pada
awal PKP tidak menentu dan mengakibatkan kerugian.
KEPENTINGAN KAJIAN
Pereka grafik merupakan satu pekerjaan yang sangat penting pada zaman kini lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-
19. Pengkaji berpendapat bahawa masyarakat perlu tahu cabaran yang ditempuh oleh pereka grafik ketika pandemik covid-19.
Hal ini kerana pereka grafik sudah memberikan impak yang besar dalam mengatasi penularan wabak ini dan banyak membantu
meningkatkan perniagaan. Walau bagaimanapun, masih ramai masyarakat yang tidak sedar dan nampak dengan jasa dan
peranan pereka grafik ini. Oleh itu, pengkaji terpanggil untuk membuat kajian ini agar masyarakat menyadari akan kerja keras
dan jasa pereka grafik ketika wabak sedang melanda dunia.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
secara atas talian menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan
membantu pengkaji untuk mendapatkan data dengan meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak enam soalan di dalam
borang soal selidik. Soalan yang ditanya adalah mengenai cabaran yang ditempuh oleh pereka grafik. Penyelidik menggunakan
teknologi “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden secara atas talian menggunakan aplikasi
Whatsapp.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat. Hasilnya,
pengkaji mengetahui sedikit sebanyak cabaran sebagai pereka grafik serta impak yang diberikan oleh mereka ketika pandemik
Covid-19. Selain itu, pengkaji juga membaca artikel di internet mengenai jasa pereka grafik walaupun dipaksa untuk berhadapan
dengan cabaran ketika pandemik sebagai maklumat tambahan dalam kajian ini.
ANALISIS & DAPATAN KAJIAN
Analisis data ialah teknik untuk memproses dan menilai data dengan menggabungkan analisis logik dan analitikal
untuk memisahkan bahagian konstituen data. Ini adalah satu kaedah untuk menganalisis data semasa melakukan eksperimen
penyelidikan. Untuk menghasilkan penemuan dan kesimpulan kajian, data daripada pelbagai sumber telah dikumpul, diperiksa,
kemudian diperiksa semula.
Bagi memastikan data yang dikumpul adalah tepat dan boleh diterima, pengumpulan data daripada dapatan kaedah
kajian yang digunakan mestilah mempunyai komponen yang betul. Struktur organisasi kajian akan terganggu oleh data yang
salah, yang juga akan membawa kepada analisis statistik yang salah. Arahan yang jelas, tepat dan ringkas juga memainkan
peranan yang penting bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa responden menjawab soalan untuk membolehkan
pengeluaran data yang terkawal dan saksama sepanjang pengumpulan data.
31
Dalam kajian ini, pengkaji memperoleh data dan maklumat berdasarkan kaedah soal selidik sebagai instrumen.
Sasaran responden kajian ini ialah pereka grafik bebas, pereka grafik di bawah organisasi majikan yang khusus dan juga pelajar-
pelajar pereka grafik. Borang soal selidik diedarkan secara atas talian iaitu kira-kira seramai 20 orang responden, borang soal
selidik ini mengandungi hanya satu bahagian terhadap cabaran yang ditempuh oleh pereka grafik pada era pandemik Covid-19.
Borang soal selidik ini menggunakan pilihan jawapan “Ya” atau “Tidak” untuk setiap persoalan yang diajukan kepada mereka.
Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden mengalami cabaran sukar berhubung dengan pelanggan dan masalah
rangkaian internet yang menyukarkan mereka mencari idea, info dan sebagainya yang berkaitan.
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa wabak Covid-19 yang memaksa pereka grafik bekerja dari rumah dan
menyekat pendapatan sememangnya memberikan cabaran kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada awal PKP,
mereka terkesan teruk kerana hampir semua kegiatan tidak dibenarkan beroperasi terutamanya pereka grafik yang bekerja di
bawah satu organisasi majikan yang khusus sehingga ada yang terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat mereka muflis.
Namun begitu, mereka yang diberhentikan ini mula bekerja sendiri dan mencari peluang pekerjaan dengan menjadi pereka
bebas/sambilan dan mereka mampu menyesuaikan diri dalam norma baharu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masih mampu menghasilkan kerja yang baik. Akhirnya, pereka grafik memainkan peranan yang sangat penting
dalam pasca Covid-19 kerana kegunaan reka bentuk grafik dalam norma ini semakin meningkat dan diperlukan.
RUJUKAN
Foundation, I., 2022. What is Graphic Design?. [online] The Interaction Design Foundation.
Available at: https://www.interaction-design.org/literature/topics/graphic-design [Accessed 26 June 2022].
Hitti, N. (2022, February 12). Graphic designers get creative to circulate helpful advice during coronavirus outbreak.
Dezeen. https://www.dezeen.com/2020/03/18/coronavirus-covid-19-graphic-design-illustration/
Syed, M. A. (2022, January 7). The Power of Graphic Design During COVID-19 - Shopistan.
Medium. https://medium.com/shopistan/the-power-of-graphic-design-during-covid-19-22a69e66b9b
Younger, J. (2020, November 4). Freelancing In Graphic Design During Covid-19:
Global Survey Results From 99Designs. Forbes. https://www.forbes.com/sites/jonyounger/2020/11/03/freelancing-in-
graphic-design-during-covid-19-global-survey-results-from-99designs/?sh=3d2bc0c05339
32
PENGARUH GRAFIK PIRAMID MAKANAN TERHADAP MASYARAKAT
Yu Fang Ing
[email protected]
ABSTRAK
Grafik merupakan persembahan visual yang digunakan bagi tujuan pemberitahuan dan penjelasan mengenai sesuatu gambaran
atau ilustrasi yang mempunyai maklumat secara tersurat dan tersirat. Grafik piramid makanan pula merupakan panduan mudah
bagi individu untuk mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan. Ia memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan seharian manusia dengan menyampaikan garis panduan pemakanan yang sihat kepada bayi, kanak-
kanak, dewasa dan juga warga tua. Antara masalah yang didapati berkenaan dengan tajuk ialah grafik piramid makanan yang
kurang menarik serta informasi yang tidak jelas. Kebanyakan grafik piramid makanan yang sedia ada menggunakan corak atau
ilustrasi yang kurang atraktif serta informasi yang kurang jelas menyebabkan masyarakat kurang ditarik perhatian. Masalah
seterusnya yang diketahui oleh pengkaji ialah grafik piramid makanan pada zaman dulu dan sekarang yang mempunyai sedikit
perbezaan telah menyebabkan masyarakat keliru terhadapnya. Masyarakat tidak pasti bahawa ingin merujukkan kepada
panduan pemakanan yang mana kerana kedua-dua memberikan impak yang agak berbeza terhadap kesihatan tubuh badan
seseorang. Oleh itu, pengkaji menjalankan penyelidikan ini bagi mencapai objektif iaitu mengenalpasti keberkesanan grafik
piramid makanan terhadap masyarakat serta mengkaji perbezaan antara jenis grafik piramid makanan versi lama dan baru. Bagi
mencapai objektif berdasarkan kajian ini, metodologi kajian akan dikaji melalui kaedah kualitatif. Dapatan kajian akan
menunjukkan keputusan bahawa grafik piramid makanan versi lama atau baru yang lebih berkesan terhadap masyarakat pada
zaman kini. Sehubungan dengan itu, cadangan yang diberikan oleh pengkaji untuk penambahbaikan atas rekabentuk grafik
piramid makanan ialah menggunakan corak serta warna yang lebih menarik, dan juga menghasilkan grafik yang lebih senang
difahami dan berinformasi. Konklusinya, pengambilan makanan yang seimbang dengan merujuk kepada panduan piramid
makanan amat penting terhadap tubuh badan manusia supaya dapat mengawal kadar obesiti serta penyakit lain.
Kata Kunci: Grafik pyramid makanan, rekabentuk, corak yang kurang menarik, informasi yang tidak jelas
PENGENALAN
Piramid makanan merupakan panduan mudah bagi individu untuk mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah
sajian yang disarankan. Ia menunjukkan jenis makanan dan minuman yang harus diambil oleh orang ramai supaya mencapai
pemakanan sihat dengan membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi. Penciptaan idea terhadap perujukan panduan
piramid makanan sebenarnya bermula sejak lewat tahun 70-an oleh organisasi US Department of Agriculture (USDA). Nasihat
asasnya ialah masyarakat haruslah meminimumkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak, tetapi perlulah
mengambil 6 hingga 11 hidangan makanan yang kaya dengan sumber karbohidrat dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana
saintis-saintis telah menemui bukti bahawa pengambilan karbohidrat yang tinggi adalah bermanfaat kepada tubuh badan
masyarakat. Tetapi dengan menggalakkan pengambilan sumber karbohidrat dalam kuantiti yang banyak serta menjauhi lemak
dan minyak telah menunjukkan bahawa panduan piramid makanan yang asal agak mengelirukan. Hal ini dikatakan demikian
kerana bukanlah semua lemak adalah buruk terhadap tubuh badan seseorang, dan tidaklah semua karbohidrat adalah baik.
Jadi, kewujudan grafik piramid makanan yang dikeluarkan pada tahun 2005 adalah bertujuan untuk membantu orang
ramai terutamanya masyarakat Amerika dalam membuat pilihan diet yang akan mengekalkan kesihatan yang baik serta
mengurangkan risiko penyakit kronik yang serius. Grafik piramid makanan yang baharu ini telah mengandungi lima kategori iaitu
kumpulan roti dan bijirin berlokasi pada dasar piramid, kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan pada aras kedua, kumpulan
daging dan kacang pada aras ketiga, kumpulan susu dan keju pada aras keempat, serta kumpulan lemak dan gula terletak pada
piramid yang paling atas sekali. Ini bermaksud pengambilan makanan seperti nasi, mee dan roti yang menjadi sebagai sumber
utama karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakala pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan
gula perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit mengenai bilangan hidangan yang diperlukan. Tambahan pula, sekurang-
kurangnya satu makanan pada setiap kategori perlu diambil bagi mengukur hidangan makanan yang seimbang.
33
PERNYATAAN MASALAH
Grafik piramid makanan yang digunakan sebagai panduan pemakanan seimbang tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah rendah akan menggunakan grafik piramid makanan sebagai
pembelajaran mengenai panduan pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Tambahan pula,
sesetengah produk makanan seperti oat dan bijirin akan menunjukkan grafik piramid makanan atas pembungkusannya bagi
menjelaskan bahawa produk tersebut membekalkan sumber karbohidrat kepada pengguna. Walaubagaimanapun, grafik piramid
makanan yang sedia ada pada internet semakin bosan dan kurang menarik seperti gambar 1 dan 2 di atas. Sebahagian grafik
pula mengandungi teks informasi yang kurang jelas dan ini telah mengakibatkan masyarakat kurang menumpu perhatian malah
menarik perhatian kepadanya.
Masalah seterusnya yang dikemukakan adalah kepelbagaian panduan grafik piramid makanan yang sedia ada amat
mengelirukan masyarakat. Sejak tahun 70-an, panduan grafik piramid makanan telah berubah dan bertambah baik mengenai
cara kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Sebagai contohnya, pemakanan pada tahun 70-an lebih tertumpu kepada
pengambilan makanan karbohidrat serta hidangan makanan yang banyak manakala pemakanan pada tahun 90-an telah
mengasingkan jenis makanan kepada lima kumpulan iaitu pengambilan makanan berkarbohidrat dalam kuantiti yang besar,
pengambilan makanan berserat, berprotein, dan tenusu dalam kuantiti yang sederhana serta pengambilan makanan berlemak
dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, grafik piramid makanan Malaysia yang wujud sejak tahun 2020 lebih
menumpukan dalam pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta air kosong yang sekurang-kurangnya 6 gelas sehari.
Disebabkan ketiga-tiga jenis grafik piramid makanan tertumpu kepada panduan pemakanan yang berasingan, ini telah
menyebabkan masyarakat berasa keliru terhadapnya. Masyarakat tidak pasti bahawa ingin merujukkan kepada panduan
pemakanan yang mana kerana ketiga-tiga memberikan impak yang agak berbeza kepada kesihatan tubuh badan seseorang.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi menunjukkan bagaimana grafik piramid makanan mempengaruhi masyarakat atas pemilihan
makanan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, terdapat dua objektif yang mendorong pengkaji untuk melakukan kajian ini iaitu:
1. Mengenal pasti keberkesanan grafik piramid makanan terhadap masyarakat.
2. Mengkaji perbezaan antara jenis grafik piramid makanan versi lama dan baru.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah penting dalam mempengaruhi masyarakat atas pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
dengan merujukkan grafik piramid makanan yang sedia ada. Ini disebabkan grafik piramid makanan dapat menjadikan sebagai
panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan zat serta
nutrisi yang mencukupi kepada tubuh badan seseorang.
Selain itu, grafik piramid makanan versi lama dan baru mempunyai perbezaan yang jelas dan akan memberikan impak
yang berbeza kepada masyarakat. Hal ini kerana masyarakat pada masa kini terutamanya pekerja pejabat lebih cenderung untuk
menghabiskan masa yang lama di depan komputer. Ini telah menyebabkan mereka kurang melakukan aktiviti fizikal bagi
mengekalkan bentuk badan serta kesihatannya. Oleh itu, panduan grafik piramid makanan yang baharu lebih menumpukan
terhadap pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta membanyakkan minum air kosong bagi mengelakkan obesiti dan
penyakit kronik.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Kaedah kuantitatif yang digunakan iaitu pengedaran borang soal selidik telah digunakan sebagai proses pengumpulan
data dalam kajian ini. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik melalui google form secara atas talian kepada sekurang-
kurangnya 30 responden bagi menjawabkan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji menyediakan sebanyak
10 soalan yang berkaitan dengan penggunaan grafik piramid makanan dalam kehidupan melalui borang soal selidik.
34
Kaedah Pengumpulan Data
Selain daripada kaedah kuantitatif, pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan data dengan melayari internet
bagi mendapatkan maklumat yang mengenai dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kaedah pencarian sumber rujukan dengan
pengaksesan laman sesawang dilakukan bagi mendapatkan sumber ilmiah seperti artikel, jurnal dan poster yang mengenai
dengan grafik piramid makanan.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah bagi memproses serta menilai data menggunakan analitik dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data serta maklumat melalui kaedah pengedaran
borang soal selidik kepada responden-responden yang seramai 30 orang. Hasil pengumpulan data telah menunjukkan
kebanyakan responden bersetuju bahawa grafik piramid makanan versi baru yang lebih menumpukan terhadap pengambilan
makanan sayur-sayuran, buah-buahan serta air kosong dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada tubuh badan
masyarakat pada masa kini.
Hal ini kerana masyarakat pada masa kini kurang aktif untuk melakukan aktiviti fizikal dan tabiat hidup yang sentiasa
duduk dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, pengambilan makanan karbohidrat yang membekalkan tenaga kurang diperlukan
oleh masyarakat kerana ia akan menyebabkan kenaikan berat badan, obesity serta meningkatkan risiko kencing manis.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa masyarakat lebih cendorong dalam mengikut panduan pemakanan
daripada grafik piramid makanan versi baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat kurang melakukan aktiviti fizikal
pada masa lapang malah menggunakan masa luang untuk duduk di rumah. Lebih-lebih lagi, grafik piramid makanan juga dapat
mempengaruhi masyarakat atas pemilihan makanan dalam kehidupan seharian.
CADANGAN
1. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan menghasilkan grafik piramid makanan yang lebih berinformasi dan
senang difahami supaya masyarakat tidak keliru terhadapnya. Sebagai contohnya, grafik piramid makanan yang sedia
ada pada pembungkusan produk perlu menambahkan informasi serta huraian yang lebih khusus supaya pembeli
produk tersebut dapat memahami tentang kebaikan makanan yang sihat dan berseimbang.
2. Cadangan seterusnya adalah dengan menggunakan corak serta warna yang lebih menarik terhadap rekabentuk grafik
piramid makanan bagi menarik perhatian masyarakat. Sebagai contohnya, grafik piramid makanan boleh direka
menggunakan warna dan corak yang banyak dan pelbagai untuk menarik lebih ramai pembaca terutamanya kanak-
kanak. Maka dengan cara ini masyarakat lebih mudah tertarik dan minat untuk melihat dan membacanya.
RUJUKAN
Rahim, M. F. (2021, September 10). Kepentingan Piramid Makanan Dalam Kehidupan: Jangan Hanya Makan! Hello Doktor.
Retrieved June 20, 2022, from https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/memahami-piramid-makanan/
Healthy Eating Pyramid. (2020, October 22). The Nutrition Source. Retrieved June 20, 2022, from
https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-eating-pyramid/
Schuna, C. (2019, February 1). What Were the Benefits of the Food Guide Pyramid? Healthy Eating | SF Gate. Retrieved June
20, 2022, from https://healthyeating.sfgate.com/were-benefits-food-guide-pyramid-11343.html
Weber, J. (2020, March 27). Kepentingan Piramid Makanan. Mencapai matlamat kesihatan anda dengan alat makanan dan
kecergasan praktikal, sumber pakar dan komuniti yang terlibat. Retrieved June 20, 2022, from
https://ms.morefit.eu/kepentingan-piramid-makanan/
35
36
PENGGUNAAN VISUAL DALAM BUKU CERITA KANAK-KANAK YANG BOLEH MENIMBULKAN ISU KONTROVERSI
Ainin Sofia Binti Ahmad Ruslan
[email protected]
Abstrak
Buku cerita dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Eratnya hubungan antara buku cerita dengan alam kanak-kanak
boleh diibaratkan seperti “isi dengan kuku”. Buku cerita memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan
minda, melengkapkan kemahiran mengeja, membaca dan merangsang pemahaman kanak-kanak melalui pelbagai visual menarik
yang dipaparkan dalam buku cerita untuk menarik minat kanak-kanak membaca buku tersebut. Kajian ini memfokuskan kepada
penggunaan visual dalam buku kanak-kanak yang boleh menimbulkan isu kontroversi. Kenyataan masalah dalam kajian ini adalah
visual pada buku cerita kanak-kanak yang berunsurkan lucah yang mana ianya menggunakan visual yang dipaparkan
berunsurkan homosexual dan sebagainya. Selain itu juga, visual yang digunakan pada buku cerita kanak-kanak tersebut boleh
mengelirukan pemahaman kanak-kanak seperti penggunaan visual yang bertentangan dengan agama dan budaya. Justeru itu,
objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penyalahgunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak yang tidak sesuai dengan bacaan
dan umur mereka yang boleh menimbulkan isu kontroversi di kalangan ibu bapa dan juga masyarakat. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat dan data. Kajian ini menggunakan sumber dapatan daripada
pemerhatian buku cerita kanak-kanak di perpustakaan, temu bual dan juga sumber internet sebagai dapat kajian. Cadangan
pembaikan bagi kajian ini adalah dengan melapokan buku tersebut kepada pihak berkuasa dan juga boleh mengubah visual buku
cerita tersebut kepada visual yang lebih sesuai dengan umur kanak-kanak. Kesimpulannya, penyalahgunaan visual dalam buku
kanak-kanak adalah merupakan satu isu yang besar yang mana ianya boleh memberi kesan terhadap pemikiran kanak-kanak.
Kata Kunci: Visual, Buku Cerita Kanak-Kanak, Isu Kontroversi.
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kanak-kanak adalah sama seperti orang dewasa, membaca kerana atas pelbagai sebab iaitu
untuk belajar, untuk ketawa, untuk berkhayal dan juga untuk menikmati keseronokan dan menerokai sesuatu perkara yang belum
mereka ketahui mengenai alam sekeliling mereka. Mereka membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan juga
membiasakan diri mereka dengan membaca buku-buku cerita yang ada kaitan dengan pembinaan nilai yang sesuai dengan
peringkat pertumbuhan fizikal dan rohani mereka. Keupayaan kanak-kanak membaca ini juga akan banyak dipengaruhi oleh
faktor jantina, umur, pembangunan fizikal, kecenderungan mental, kematangan fikiran dan alam persekitarannya.
Salah satu aspek yang penting dalam buku cerita kanak-kanak adalah visual yang digunakan dalam buku cerita
tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk membaca buku cerita yang mengandungi lebih banyak visual kerana
ianya lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mereka sememangnya mempunyai kecenderungan semula
jadi terhadap sesuatu yang beransur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan buku cerita yang hanya mengandungi tulisan.
Justeru itu, penulis haruslah menggunakan visual yang sesuai untuk digunakan dalam buku cerita kanak-kanak tanpa
menimbulkan isu kontroversi terhadap visual yang digunakan.
Namun begitu, terdapat juga penulis yang menggunakan visual yang tidak sesuai dalam buku cerita kanak-kanak dan
pihak penerbit mengambil tidak endah dan tetap dengan keputusan untuk menerbitkan buku cerita tersebut walaupun terdapat
visual yang mengandungi unsur-unsur seperti homosexual, dan juga visual yang boleh mengelirukan dan boleh melambatkan
pemahaman kanak-kanak terhadap buku cerita tersebut.
PERNYATAAN MASALAH
Dunia buku kanak-kanak bukan suatu yang mudah. Ia merupakan struktur yang kompleks yang berkaitan dengan dunia
penulisan, penggambaran idea, psikologi, sosiologi dan pendidikan kanak-kanak, dan nilai estetikanya. Yang lebih rumit ialah
nilai dan perlakuan golongan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak dan buku. Dunia buku kanak-kanak dihubungi kaitkan
dengan geografi, bahasa, keagamaan, ekonomi, dan corak komunikasi dan kehidupan sosial. Oleh itu visual memainkan peranan
yang penting dalam buku cerita kanak-kanak kerana ianya mampu memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak.
37
Dalam kajian ini permasalahan yang timbul adalah penggunaan visual dalam buku cerita yang tidak sesuai dan
menimbulkan isu kontroversi dalam kalangan masyarakat. Visual merupakan elemen yang penting dalam sebuah buku
termasuklah juga buku cerita kanak-kanak kerana mereka lebih tertarik dengan visual seperti grafik, ilustrasi atau gambar yang
menarik dan juga kreatif. Selain itu, visual juga penting kerana ianya boleh menyampaikan maklumat yang lebih tepat. Namun
begitu, penggunaan visual yang tidak sesuai ini akan mengganggu kanak-kanak untuk memahami maklumat yang disampaikan
kepada mereka melalui buku cerita tersebut.
Akhir sekali, kebanyakan ibu bapa juga turut membeli buku cerita kepada anak-anak tanpa betul-betul meneliti
kandungan dan visual di dalam buku cerita tersebut. Hal ini kerana mereka menganggap buku cerita kanak-kanak hanyalah
sekadar visual gambar kartun yang yang boleh menghiburkan kanak-kanak tanpa mereka sedari terdapat juga visual yang
digunakan tidak sesuai dilihat oleh anak mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak yang boleh
menimbulkan isu kontroversi dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, pengkaji telah mengemukakan tiga objektif kajian
iaitu:
I. Untuk memahami fungsi dan kegunaan buku cerita terhadap kanak-kanak.
II. Untuk mengenalpasti jenis penggunaan visual yang boleh menimbulkan isu kontroversi dalam buku cerita
kanak-kanak.
III. Untuk mengkaji kesan penyalahgunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak yang boleh menimbulkan isu
kontroversi terhadap kanak-kanak dan juga masyarakat sekeliling
PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah fungsi dan kegunaan buku cerita terhadap kanak-kanak?
II. Apakah jenis penggunaan visual yang boleh menimbulkan isu kontroversi dalam buku cerita kanak-kanak?
III. Bagaimanakah kesan penyalahgunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak ini boleh menimbulkan isu
kontroversi terhadap kanak-kanak dan juga masyarakat sekeliling
METODOLOGI KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah kualitatif sebagai cara untuk
mendapatkan data. Di dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan dua jenis sumber utama yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat dan juga sebagai rujukan untuk kajian ini. sumber pertama adalah sumber primer yang merujuk kepada proses
pemerhatian. Sumber yang kedua pula adalah sumber sekunder iaitu sumber internet dan juga sumber perpustakaan yang terdiri
daripada jurnal, kajian terdahulu, internet, artikel dan sebagainya. Kaedah soal selidik juga digunakan nagi mendapatkan data
untuk bagi menyempurnakan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Pengkaji telah merujuk beberapa jurnal kajian lepas bagi mendapatkan data dan mengumpulkan maklumat mengenai
kajian ini. selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai kajian ini pengkaji juga turut menggunakan kaedah
pemerhatian di mana pengkaji akan meneliti buku cerita kanak-kanak yang terdapat di perpustakaan dan juga kedai-kedai buku.
Akhir sekali, data yang telah diperoleh daripada kaedah soal selidik akan dianalisis untuk membantu pengkaji dalam mengkaji
penggunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak yang boleh menimbulkan isu kontroversi.
38
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
Analisis data adalah merupakan satu kaedah bagi memperoses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal
analisis bagi mengenal pasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji
data semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Pengumpulan data adalah peringkat proses penyelidikan di mana para penyelidik menggunakan kaedah dan teknik
sistematik untuk tujuan analisis. Ia dilihat bagaimana data yang dikumpul secara sewenang-wenangnya akan menghasilkan
penyelidikan yang sangat rendah, berat sebelah dan tidak sah. Ia bahkan boleh dikatakan tidak ilmiah. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, penyelidik mesti merujuk kepada reka bentuk penyelidikan sebelum menentukan kaedah apa yang harus digunakan
untuk mengumpul data.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik. Borang
soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira lima puluh orang responden. Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden
berpendapat bahawa penyalahgunaan visual dalam buku cerita kanak-kanak harus dititkberatkan lagi dalam kalangan
masyarakat kerana bimbang boleh membawa kesan terhadap kanak-kanak.
KEPENTINGAN KAJIAN
Visual dalam buku cerita kanak-kanak adalah penting kerana visual yang merangkumi paparan gambar dalam buku
cerita bergambar kanak-kanak penting kerana makna cerita dicipta melalui interaksi antara teks dengan gambar. Gambar, imej
atau visual sangat sesuai untuk menyebarkan idea atau mesej kerana mudah menarik perhatian pembaca. Namun begitu,
terdapat juga buku cerita kanak-kanak yang diterbitkan menggunakkan visual yang boleh menimbulkan isu kontroversi seperti
visual yang mengandungi unsur- unsur homosexual dan visual yang tidak senonoh yang tidak sesuai dilihat dan dipelajari oleh
kanak-kanak. Oleh itu pengkaji berpendapat kajian ini penting untuk mengenal pasti jenis-jenis visual yang boleh menimbulkan
isu dalam dalam buku cerita kanak-kanak dan juga memberi kesedaran kepada masyarkat terutamanya ibu bapa bahawa terdapat
juga visual dalam buku cerita kanak-kanak yang tidak sesuai dilihat dan dipelajari oleh kanak-kanak.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa isu visual dalam buku cerita kanak-kanak yang boleh menimbulkan
kontroversi ini merupakan satu masalah yang harus diketengahkan dalam kalangan masyarakat dan tidak sepatutnya dipandang
mudah kerana ianya mampu memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak.
Cadangan
Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mendapati visual yang
terdapat dalam buku cerita kanak-kanak tersebut mengandungi unsur-unsur yang meragukan dan juga yang tidak sepadan
dengan cerita atau kandungan di dalam buku cerita berkenaan.
Cadangan yang seterusnya adalah penerbit seharusnya meneliti dengan lebih jelas akan visual yang digunakan di
dalam buku cerita tersebut sebelum ianya diterbitkan. Justeru itu, visual yang meragukan itu dapat diubah kepada visual yang
lebih sesuai dengan umur kanak-kanak.
39
RUJUKAN
Arumugam, K., Ali, R. M., & Deng, P. A. (2021). Pageturners dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak.
RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 9(1), 69-82.
Mumtahanah, N. (2014). Penggunaan Media Visual dalam Pembelajaran PAI. Jurnal Studi Keislaman, 4(1), 91-
104.
Prasetyo, E. B. (2006). Peran ilustrasi visual dalam pembelajaran. Majalah Ilmiah Pembelajaran, 2(2).
Yasin, M. S. M. (2019). Multimedia Grafik Interaktif Meningkatkan Daya Kefahaman Pembelajaran Dalam
Kalangan Kanak-Kanak Pra Sekolah: Fun Learning with Technology. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(1), 35-44.
40