The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISI SEMASA DALAM KOMUNIKASI VISUAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizam.c19a0297, 2022-07-28 03:37:34

SEMINAR ISU SEMASA 2021/2022

ISI SEMASA DALAM KOMUNIKASI VISUAL

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam pengkajian, kaedah pengumpulan data merupakan aspek yang amat penting dalam mencari keberhasilan
sesuatu kajian. Pengkaji telah merujuk kepada sumber-sumber dari internet sebagai salah satu kajian untuk mengumpul data.
Hasilnya pengkaji dapat mengetahui peranan kempen kesedaran bagi pembelajaran untuk pelajar sekolah yang terjejas akibat
Covid-19. Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan. Ketika kajian
dijalankan. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Kaedah soal
selidik turut menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data dalam sesuatu kajian merupakan satu proses yang berperanan untuk mendapatkan data yang ingin
diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankan. Kaedah ini merupakan salah satu usaha dalam mengkaji data semasa
menjalankan analisis. Data yang telah diperolehi daripada pelbagai sumber dikumpulkan menjadi satu, seterusnya dikaji semula
dan dianalisis untuk membentuk dapatan kajian dan kesimpulan.

Namun demikian, kaedah kajian yang dijalankan perlu mempunyai komponen yang betul untuk mendapatkan data
yang tepat dan sempurna. Penghasilan data yang tidak tepat akan menyebabkan hasil akhir dapatan kajian yang tidak sempurna
dan salah serta dapat menjadi punca kekeliruan.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui kaedah soal selidik, pengkaji telah mendapat
maklum balas yang positif dari responden yang menjawab melalui borang kaji selidik melalui google form. Seramai 15 orang
responden telah menjawab borang kaji selidik dan hasilnya amat membantu pengkaji dalam menyelesaikan analisis dan dapatan
kajian. Kaedah soal selidik ini telah membantu pengkaji untuk merumuskan kajian ini untuk mendapatkan kesimpulan kajian
tersebut.

Daripada 15 responden itu, 13 orang telah bersetuju bahawa peranan kempen kesedaran ini amat perlu bagi
pembelajaran untuk pelajar sekolah yang terjejas akibat covid-19 manakala 2 orang responden tidak bersetuju kerana kempen
ini sepatutnya sejak dulu dijalankan sekurangnya seminggu sekali untuk aktiviti mingguan di sekolah mahupun tempat awam
yang lain.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dalam kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa peranan kempen kesedaran bagi pembelajaran untuk pelajar
sekolah yang terjejas akibat Covid-19. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan untuk menerapkan kepentingan
pelajaran dan kepentingannya kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya pelajaran itu bagi golongan pelajar sekolah di
negara kita. Oleh itu, masyarakat di negara kita seharusnya mempunyai sifat yang amat mementingkan pelajaran dalam diri bagi
melahirkan setiap individu yang berwawasan dan cemerlang maju untuk masa mendatang.

RUJUKAN

Astro Awani Online. (2022). KAMPEN SEKOLAH DIDIK RAKYAT
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ideas-lancar-kempen-sekolah-kita-didik-rakyat-tentang-cabaran-
dihadapi-pelajar-orang-asli-348686

Coggle.it. (2022). KEPENTINGAN PENDIDIKAN (NEGARA (Malaysia sebagai hab atau pusat….
https://coggle.it/diagram/Xl8cNRaJu2YIlSJp/t/kepentingan-pendidikan

HM Online. (2022). RIS kempen pembelajaran dalam talian. [online] Available at:
https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/598885/ris-kempen-pembelajaran-dalam-talian

Journalarticle.ukm.my. (2022). Pembelajaran aktif dalam kursus kerja sosial dan perundangan melalui kempen kesedaran
berkaitan perundangan sosial - UKM Journal Article Repository.

http://journalarticle.ukm.my/18254/

141

PENGARUH PENGIKLANAN MELALUI VIDEO DALAM BIDANG KOSMETIK DI MALAYSIA

Hanis Hamimi Binti Hasshim
[email protected]

ABSTRAK

Sejarah pengiklanan adalah bermula daripada perdagangan. Di sini jelas bahawa pengiklanan adalah satu bentuk promosi untuk
menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu produk. Pengiklanan biasanya digunakan oleh para pedagang. Pada masa
kini, pengkaji dapati bahawa terdapat pelbagai jenis pengiklanan yang dijalankan. Para pedagang menggunakan pelbagai
kaedah antaranya ialah menggunakan kaedah bertulis, audio dan visual. Berdasarkan pengiklanan yang biasa dilihat, pengkaji
dapati ia kurang berkesan untuk menarik minat pelanggan. Hal ini menyebabkan jualan para pedagang menjadi perlahan dan
tidak mendapat sambutan. Namun begitu, pengiklanan video dilihat seperti mempunyai pengaruh yang besar berbanding kaedah
lain. Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik di
Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik di Malaysia.
Data kajian dianalisis secara kuantitatif iaitu pengkaji membuat pemerhatian melalui soal selidik google form yang telah dilakukan
kepada 50 orang daripada masyarakat berumur 18 tahun sehingga 30 tahun dan ke atas untuk menjawab soalan kajian bagi
mendapatkan jumlah yang tepat. Fokus soal selidik ini adalah dengan mengajukan soalan seperti adakah mereka lebih menyukai
pengiklanan melalui video atau teks. Melalui soal selidik ini, pengkaji dapat mengetahui adakah benar pengaruh pengiklanan
melalui adalah lebih berkesan atau tidak. Kesimpulannya, pengkaji berharap kajian ini mampu menyatakan pengaruh
pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik.

Kata kunci: Pengiklanan, Video, Kosmetik.

PENGENALAN

Menurut Wikipedia, iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan serta memasarkan barangan dan produk,
perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat bertajaan kepada masyarakat pengguna. Iklan dilihat sebagai
sebahagian daripada strategi promosi secara keseluruhannya. Dalam kata lainnya ialah penghebahan, penjualan, perhubungan
masyarakat dan promosi penjualan. Iklan merupakan sejenis komunikasi komersial yang disebarkan melalui media untuk menarik
minat pelanggan untuk membeli atau memperoleh produk tersebut.

Iklan terbahagi kepada dua kaedah iaitu iklan kaedah lama dan iklan media baru. Iklan kaedah lama ialah cetakan,
paparan luar, radio dan televisyen. Manakala iklan media baru pula menerapkan internet dan jaringan sejagat sebagai bahan
perantaraan yang ingin diiklankan kepada pelanggan atau pengguna baru. Hal ini termasuklah pengiklanan video.

Pengiklanan video merupakan salah satu cara pengiklanan yang berkesan pada masa kini. Hal ini kerana, pengiklanan
video menunjukkan visual yang menarik dan berkesan kepada masyarakat berbanding kaedah pengiklanan yang lain.

PERNYATAAN MASALAH

Marcapada, melalui perkembangan teknologi yang kian pesat, masyarakat kini lebih gemar melibatkan diri di dalam
media sosial. Oleh itu, mereka akan melihat kebanyakan pengiklanan produk terutama kosmetik melalui platform media sosial.
Tambahan pula, pada masa kini semakin ramai penjual yang menjual secara atas talian. Namun yang demikian, kaedah
pengiklanan yang digunakan kurang menarik menyebabkan pelanggan kurang berminat untuk membuat pembelian. Antara
pengiklanan yang kurang menarik ialah pengiklanan melalui teks, gambar statik dan sebagainya. Hal ini kerana, masyarakat
masa kini lebih gemar menonton video di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube dan lain-lain.

Seterusnya, pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik pula kebanyakannya kurang kreatif. Hal ini akan
menyebabkan penonton akan melangkau video dan tidak menontonnya sehingga habis. Dengan itu, maklumat yang ingin
disampaikan melalui video itu tidak akan sampai kepada penonton atau pelanggan.

142

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk:

1. Memberitahu masyarakat bahawa kepentingan kaedah pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik.
2. Menyedarkan masyarakat bahawa pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik sangat berpengaruh.
3. Menyedarkan masyarakat bahawa pelanggan lebih tertarik kepada pengiklanan melalui video kreatif berbanding teks.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kuantitatif

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara bagi mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak lapan (8) soalan di dalam borang soal selidik.
Kebanyakan soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan responden terhadap pengiklanan melalui video dalam bidang
kosmetik. Pengkaji telah menggunakan kaedah Google Form bagi mendapatkan maklumat dalam menjalankan analisis data.
Borang ini telah disediakan dan disebarkan melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan-
soalan yang disediakan.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah merujuk kepada beberapa artikel berkaitan dengan pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik
bagi mendapatkan maklumat. Akhir sekali, pengkaji telah mendapat maklumat tentang pengaruh pengiklanan video dalam bidang
kosmetik.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik, pengkaji telah mendapat maklum balas yang baik daripada responden
yang menjawab soal selidik melalui Google Form ini. Terdapat pelbagai maklum balas yang diterima daripada responden yang
mampu memberi pendapat dan cadangan yang berguna dalam kajian ini. Pengkaji membuat soal selidik yang mempunyai 50
orang responden. Semuanya terdiri daripada golongan remaja dan dewasa yang berumur 18 tahun hingga 25 tahun ke atas.
Pengkaji membuat kajian ini secara menyeluruh untuk mendapatkan responden daripada pelbagai peringkat umur kerana
pengkaji percaya bahawa ramai di usia begini yang aktif di media sosial dan sering menonton pengiklanan melalui video.

Soalan pertama yang disoal adalah kesedaran tentang pengiklanan melalui video. Keputusannya, 98.1% menjawab
‘ya’ dan ini bermaksud mereka menyedari tentang pengiklanan melalui video. Kedua, 94.2% menjawab ‘ya’ bahawa video
merupakan medium terbaik untuk pengiklanan produk kosmetik. Seterusnya, 98.1% bersetuju bahawa video memberi pengaruh
yang besar dalam pengiklanan. Kemudian, 92.5% menyukai pengiklanan melalui video manakala 75.9% tidak menyukai
pengiklanan melalui teks. 100% daripada responden bersetuju bahawa pengiklanan melalui video lebih senang difahami
berbanding teks. Seterusnya, 98.1% bersetuju bahawa pengiklanan melalui video menarik minat mereka untuk membeli sesuatu
produk kosmetik. Akhir sekali, 90.7% mengatakan pengiklanan melalui teks kurang menarik minat mereka untuk membeli sesuatu
produk kosmetik.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta disimpulkan.
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui tentang pengaruh pengiklanan melalui video dalam bidang kosmetik dan menyedarkan
masyarakat tentang kepentingannya dan tidak melepaskan peluang untuk melakukan pengiklanan melalui video. Berdasarkan
soal selidik Google Form, pengkaji menyimpulkan bahawa hampir 100% daripada responden atau masyarakat bersetuju bahawa
pengiklanan melalui video memberi pengaruh yang positif. Kesimpulannya, pengiklanan akan memberi pengaruh yang kuat
kepada pelanggan. Iklan melalui video akan menarik lagi minat pelanggan untuk membeli produk.

143

CADANGAN
1. Berikut adalah merupakan beberapa cadangan yang dikenal pasti bagi mencapai objektif kajian ini:
2. Peniaga haruslah membuat pengiklanan melalui video terutama dalam bidang kosmetik.
3. Peniaga haruslah mencipta video kreatif agar dapat menarik minat penonton dan mendapatkan pelanggan.
4. Pihak bertanggungjawab haruslah menganjurkan kempen tentang pengaruh pengiklanan melalui video dalam bidang
kosmetik di Malaysia.

RUJUKAN
Abdullah, L. I. (2006). Kajian Media Periklanan Mempromosikan Persembahan Wayang Kulit (Doctoral dissertation, Universiti

Malaysia Sarawak).
https://ir.unimas.my/id/eprint/19518/1/Kajian%20media%20periklanan%20mempromosikan%20..(24%20pgs).pdf
Kinanti, A. (2020), Pengaruh Iklan Youtube Video Tutorial Terhadap Terbentuknya Brand Image Produk Kosmetik.
https://jurnal.unma.ac.id/index.php/jika/article/view/2758/2077
Lukitaningsih, A. (2013). Iklan yang efektif sebagai strategi komunikasi pemasaran. Jurnal Ekonomi Dan Kewirausahaan, 13(2),
116-129.
https://media.neliti.com/media/publications/23468-ID-iklan-yang-efektif-sebagai-strategi-komunikasi-pemasaran.pdf
Ni'mah, N. (2013). Analisis Pengaruh Iklan Kosmetik Wardah di Televisi Swasta SCTV Terhadap Minat Beli Siswi Jurusan Tata
Kecantikan di SMK Negeri 3 Pekanbaru (Doctoral dissertation, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau).
https://repository.uin-suska.ac.id/7828/1/2013_2013104KOM.pdf
Primasari, C. H., & Wibisono, Y. P. (2021). Video Iklan Sebagai Sarana Peningkatan Impresi Publik Terhadap Produk Komunitas
UMKM Kotabaru Yogyakarta. ABDI: Jurnal Pengabdian dan Pemberdayaan Masyarakat, 3(2), 127-134.
https://www.researchgate.net/publication/354115272_Video_Iklan_Sebagai_Sarana_Peningkatan_Impresi_Publik_T
erhadap_Produk_Komunitas_UMKM_Kotabaru_Yogyakarta
Yogiswara, S. (2017), Perancangan Dan Pembuatan Video Iklan Sebagai Media Promosi Di Toko Afrakids Yogyakarta, Mei 29,
2022
https://repository.amikom.ac.id/files/2017/Publikasi_13.11.7106.pdf

144

NILAI POSITIF DALAM IKLAN JUS PAMOGA DI MALAYSIA

Hasya Amirah Binti Haisa
[email protected]

ABSTRAK

Pengiklanan merupakan salah satu industri mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat yang amat besar sehingga ke hari
ini, dan tidak akan hilang selagi berlakunya jual beli, malah selagi pengguna mempunyai keperluan dan kehendak. Ia berfungsi
untuk menyedarkan pelanggan atau pembeli tentang produk dan memberi tumpuan kepada keperluan supaya dapat membuat
keputusan membeli produk tersebut. Namun kita tidak mengambil serius sesuatu pengiklanan itu sendiri mempunyai nilai positif
atau sebaliknya terhadap penonton. Iklan produk jus Pamoga jenama Vida Beauty meskipun iklan berkaitan produk kesihatan
namun diselitkan nilai-nilai positif untuk menarik perhatian penonton membeli produk tersebut. Objektif yang digunakan adalah
untuk mengkaji jenis-jenis nilai positif yang diterapkan dalam iklan jus Pamoga terhadap penonton. Untuk mencapai objektif
kajian pengkaji menggunakan sumber dapatan daripada kaedah kualitatif seperti pemerhatian dan menggunakan borang soal
selidik untuk dijawab oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan dan juga orang awam sekitarnya Bachok. Kajian ini akan merujuk
kepada artikel kajian lepas bagi mendapatkan info yang jelas. Oleh itu, perlu penambahbaikan lagi dari segi menerapkan lagi
nilai-nilai positif dalam periklanan bagi produk jus Pamoga dan produk kesihatan yang lain dan menghasilkan iklan yang lebih
kreatif dan bermanfaat untuk menarik perhatian pembeli atau penonton.

Kata kunci: Nilai, Positif, Iklan.

PENGENALAN

Sehingga kini, pengiklanan telah terbukti sebagai salah satu cara yang paling berjaya untuk mencapai demografi
sasaran. Dalam kehidupan seharian seseorang tidak dapat terlepas dari dipengaruhi oleh iklan di semua media massa tidak kira
media cetak atau media elektronik. Iklan merujuk kepada pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, TV, radio
dan lain-lain (Kamus dewan edisi keempat). Pendapat lain mengatakan iklan ditakrifkan sebagai mesej yang menawarkan produk
yang ditujukan untuk orang ramai melalui medium dan berbeza pula dengan pengumuman biasa, iklan lebih ke arah memujuk
orang ramai untuk membeli (Dunn & Barban). Iklan Jus Pamoga merupakan produk kesihatan keluaran Vida Beauty.
Menggunakan periklanan sebagai medium untuk menarik minat penonton membeli produk. Iklan Jus Pamoga ini ada di
televisyen, YouTube dan media elektronik lain.

Nilai merupakan prinsip, kebajikan atau kualiti yang menjadi ciri seseorang, tindakan atau objek yang dianggap positif
atau sangat penting oleh kumpulan sosial. Dalam konteks ini, nilai menentukan pemikiran individu dan bagaimana mereka ingin
hidup dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang di sekeliling mereka. Nilai adalah idea atau konsep yang bersifat abstrak
tentang apa yang dipikirkan seseorang atau dianggap penting oleh seseorang, biasanya mengacu kepada estetika, etika pola
perilaku dan benar salah atau keadilan (Fraenkel, 1977:6).

Kajian ini bertujuan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai nilai positif dalam iklan Jus Pamoga di Malaysia.Hal ini
demikian, ada sesetengah iklan yang dipaparkan di media elektronik sebahagiannya memasukkan unsur-unsur negatif seperti
lucah, keganasan, pemalsuan dan sebagainya. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan lagi mutu pengiklanan dengan
menambahbaik dari segi menyelitkan nilai-nilai positif atau murni ke dalam setiap pengiklanan supaya ianya memberi manfaat
dan sekali gus menarik penonton untuk membeli sesuatu produk.

PERNYATAAN MASALAH

Pengiklanan adalah salah satu elemen yang perlu dititikberatkan dalam memastikan keberjayaan sesuatu produk
seperti makanan, barangan dan sebagainya di dalam pasaran. Namun segelintir masyarakat masih tidak menyedari sejak
kebelakangan ini iklan yang dipaparkan di media massa semakin tidak sesuai ditonton untuk sesetengah lapisan masyarakat.
Seperti iklan yang berunsurkan vandalisme yang boleh mempengaruhi seseorang. Pengkaji berpendapat iklan Jus Pamoga
mempunya nilai-nilai positif yang diterapkan dalam medium periklanan ini namun kurang atau sedikit. Jika ada nilai-nilai positif
yang diterapkan dalam iklan.

145

Selain itu, Video periklanan yang kurang menarik minat penonton untuk ditonton. Hal ini kerana, industri periklanan di
Malaysia tidak setaraf dengan periklanan di luar negara kerana peruntukan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah iklan
produk memerlukan kos yang banyak. Alatan yang canggih dan individu yang mahir dalam bidang ini. Pengkaji mendapati iklan
Jus Pamoga ini tidak menarik kerana tidak menggunakan pelakon sebagai watak dalam iklan, penggunaan ‘setup’ yang tidak
sesuai dengan iklan.

Bagi mengiklankan atau memperkenalkan sesuatu produk kepada penonton atau pembeli, penting untuk mengenali
atau mengetahui lebih terperinci penggunaan pengiklanan mana yang sesuai dengan produk yang hendak diperkenalkan dan
menyelitkan nilai-nilai positif di dalam iklan tersebut. Dengan itu, penonton atau pembeli akan tertarik dengan iklan produk
tersebut dan akan membeli produk.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana melalui kajian ini dapat melihat keberkesanan menggunakan nilai-nilai positif dalam medium
periklanan terutama dalam periklanan produk seperti makanan, kesihatan, barangan dan sebagainya. Pengkaji berpendapat
bahawa tidak semua iklan yang disiarkan di media elektronik menyelitkan nilai-nilai yang positif dan sebahagiannya
menggunakan nilai negatif yang berunsur lucah, vandalisme dan sebagainya. Tambahan pula, industri periklanan ini semakin
meningkat naik dari tahun ke tahun. Oleh itu, pengkaji ingin melakukan kajian ini supaya mutu periklanan di Malaysia bertambah
baik dengan menggunakan nilai-nilai positif seperti tolong menolong, kasih sayang, hormat-menghormati dan sebagainya.
Sehubungan itu, kajian ini juga dapat digunakan untuk generasi yang akan datang.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kuantitatif

Dalam kajian ini kaedah kuantitatif digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data. Kajian dilakukan melalui borang
kaji selidik atau questionnaire bagi mengumpul maklumat. Data diambil menggunakan sepuluh (10) soalan yang disediakan oleh
pengkaji untuk diedarkan kepada responden. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan dan juga orang awam sekitar Bachok. Soalan yang diajukan lebih kepada pengetahuan
tentang pengiklanan Jus Pamoga. Penggunaan Google Form digunakan sebagai borang soal selidik untuk mendapatkan data
melalui atas talian.

Kaedah Pengumpulan Data

Salah satu kaedah yang digunakan pengkaji adalah untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Ia
melibatkan proses iaitu di mana dan bagaimana data hendak di kumpul, membuat pemerhatian terhadap sesuatu yang sedang
berlangsung, merekod, mengumpul, memilih, mengasing data dan memahami bila ia akan digunakan. Ia melibatkan
pengumpulan data berkaitan tindakan yang dapat didokumenkan dengan jelas untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
Selain itu, Data di interpretasi untuk membolehkan pengkaji dapat. Hasil dari itu pengkaji mengetahui pelbagai cara untuk
memperlihatkan jangkaan penjelasaan mengenai apa yang berlaku dan pengkaji perlu menilai apa yang telah dilakukan untuk
membuat perancangan bagi tindakan selanjutnya. Kaedah soal selidik menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul
maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai lapan (8) soalan dan dua puluh satu (21) orang
responden.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data adalah suatu proses atau usaha untuk mengolah data menjadi informasi baru agar ciri-ciri data menjadi
lebih mudah difahami dan berguna untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Secara
umumnya tujuan analisis data adalah untuk menjelaskan data supaya lebih mudah difahami, kemudian kesimpulan dibuat dan
daripada analisis data diperoleh daripada sampel yang umumnya dibuat berdasarkan ujian hipotesis.

146

Pendapat lain menyatakan, analisis data adalah proses menyusun urutan data, menyusunnya ke dalam pola, kategori,
dan unit huraian asas (Lexy J. Moleng, 2002). Proses yang memperincikan Usaha mencari tema secara formal dan merumuskan
hipotesis (idea) seperti yang dicadangkan dan sebagai usaha untuk memberikan bantuan dan tema kepada hipotesis.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik.
Borang soal selidik diedarkan kepada 21 orang responden. Hasil kajian mendapati 81% atau 17 orang daripada 21 orang
responden bersetuju bahawa dalam iklan Jus Pamoga ini menerapkan nilai-nilai yang positif.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan segala hasil yang diperolehi dari hasil pemerhatian serta soal selidik dengan
merumuskan segala maklumat yang ada. Kajian ini dijalankan berlandaskan pada objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji
Objektif telah dapat dijawab dengan jayanya.
CADANGAN
Dalam pengkajian ini pengkaji mencadangkan beberapa cadangan yang dapat dikenal pasti bagi mencapai objektif kajian yang
dijalankan.

1. Antara cadangan yang dikemukakan ialah menerapkan lagi nilai–nilai positif dalam periklanan produk Jus Pamoga dan
produk kesihatan yang lain. Apabila ditambahbaik dari itu akan menarik perhatian penonton untuk menonton iklan
banyak kali dan sesuai ditonton untuk lapisan masyarakat.

2. Cadangan untuk penambahbaikan periklanan yang kreatif dan bermanfaat bagi menarik lagi perhatian penonton.
Menggunakan grafik yang menarik, menggunakan ‘setup’ yang sesuai dengan produk dan berinformasi. Selain itu,
menggunakan model atau pelakon terkenal untuk menjadi watak dalam iklan tersebut. Apabila menggunakan pelakon
yang terkenal ini akan menarik minat penonton ingin menonton iklan tersebut.

RUJUKAN
Drummond, G., & Ensor, J. (2006). Introduction to marketing concepts. Routledge.

Rahim, M. H. A., Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. Pengiklanan strategik: jenama global di Malaysia. Jurnal
Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 25, 32-41.
Shah, I. M. (2004). ELEMEN PSIKOLOGI PENGGUNA DALAM PENGIKLANAN (THE ELEMENTS OF CONSUMERS
PSYCHOLOGY IN ADVERTISING). Jurnal Kemanusiaan, 2(2).
Talib, Z. A., Shahnon, N. F., & Noor, N. S. M. (2020). Nilai iklan dan niat pembelian di atas talian di youtube. Asian People Journal
(APJ), 3(SI1), 1-11.

147

IMPLIKASI REKA LETAK PAPAN TANDA PERIKLANAN DI PERSIMPANGAN JALAN RAYA DI JOHOR BAHRU

Muhamad Shukery Bin Sabuli
[email protected]

ABSTRAK

Pengiklanan papan tanda adalah sejenis pengiklanan media luar yang menggunakan kawasan lapang dan memiliki laluan trafik
yang padat serta boleh dilihat oleh pejalan kaki (Nwankwo-Ojionu et al.,2022). Jalan raya adalah lokasi yang paling sinonim
dengan perletakkan papan tanda untuk periklanan (Othman et al.,2020). Penggunaan papan tanda dan banner pada
persimpangan jalan raya utama menuju ke pusat bandar mampu memberikan implikasi sama ada baik atau buruk mengikut
subjek yang ingin disampaikan dan dipaparkan di persimpangan jalan raya. Penggunaan elemen reka bentuk visual seperti
tipografi, warna, susun reka letak dan ilustrasi serta bahan yang digunakan dalam menghasilkan periklanan memberi pengaruh
kepada pengguna jalan raya tersebut. Namun begitu, teknologi masa kini dalam memberikan iklan di jalan raya adakalanya
mengganggu perhatian sesetengah pemandu terutama pada waktu malam. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mengkaji implikasi
yang timbul disebabkan penggunaan iklan secara moden dan tradisional. Selain itu, penggunaan reka letak dan kaedah papan
iklan yang digunakan boleh menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya sekiranya paparan papan iklan itu tercabut atau
usang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Justeru, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian yang
dijalankan dengan cara melawat sendiri ke kawasan yang di tuju iaitu sepanjang jalan raya utama Johor Bahru. Kaedah ini
digunakan dengan mengambil sampel bergambar di persimpangan lampu trafik. Selain itu, pencarian pada artikel juga digunakan
dalam mengenal pasti implikasi yang wujud disebabkan adanya papan iklan di persimpangan. Oleh itu, pengkaji berharap agar
kajian ini mampu memberi sedikit pendedahan dalam menyusun tempat periklanan yang selamat.

Kata kunci: Pengiklanan, Elemen reka letak, Persimpangan, Johor Bahru.

PENGENALAN

Bagi istilah billboard, ianya diperoleh daripada perkataan billing board dan tujuan billboard dicipta adalah untuk menarik
perhatian pengguna yang menggunakan kenderaan terhadap iklan (Duncan, 2019). Iklan adalah satu bentuk cara dalam
menyampaikan sesuatu maklumat atau jenis perkhidmatan yang disediakan. Iklan boleh dijalankan secara media luar atau media
digital. Hal ini telah banyak digunakan pada masa kini dalam menyampaikan pelbagai info. Justeru perkara ini dapat dilihat
dengan jelas melalui iklan yang disiarkan di sekitar jalan raya.

Namun begitu, wujud implikasi daripada iklan yang dipaparkan di persimpangan jalan raya terutamanya di Johor Bahru
Iklan yang disiarkan di persimpangan jalan raya ini telah memberi sedikit gangguan kepada pengguna lalu lintas dan pejalan kaki
di sekitar bandar raya tersebut. Hal ini ada kalanya menyebabkan kesesakan kerana ada pengguna jalan raya yang fokus
membaca info yang disiarkan. Kesannya, kesesakan yang wujud akan menimbulkan kemarahan pengguna dan mengakibatkan
pihak berkuasa tempatan terpaksa menghentikan iklan tersebut daripada disiarkan.

Iklan di persimpangan turut menghalang penglihatan pengguna setiap kali ingin memasuki simpang yang
bertentangan. Hal ini akan menyukarkan pemandu untuk melihat keadaan jalan raya di sebelah kanan atau kiri sebelum boleh
untuk memasuki jalan raya utama. Akibatnya, jarak penglihatan terbatas kerana adanya papan iklan di persimpangan walaupun
saiz iklan tersebut kecil dan boleh menghalang penglihatan pengguna jalan raya.

Kesimpulannya, iklan di persimpangan mampu memberikan kesan baik dan buruk melalui cara reka letak yang
digunakan di jalan raya Johor Bahru. Oleh itu, persoalan yang wujud ketika ini ialah adakah iklan tidak memberi kesan buruk
kepada pengguna jalan raya? Justeru, persoalan ini menjadi fokus utama dalam menghuraikan implikasi reka letak papan iklan
di persimpangan khusus di Johor Bahru.

148

PERNYATAAN MASALAH

Dalam bahagian ini pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang wujud disebabkan oleh iklan yang disiarkan
di persimpangan jalan raya. Malah yang wujud disebabkan oleh reka letak pengiklanan ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh
semua pengguna jalan raya. Hal ini kerana iklan yang dipaparkan berhampiran dengan jalan raya. Justeru semua pengguna
jalan raya harus bersedia dalam menerima segala kemalangan yang disebabkan oleh paparan iklan yang diletakkan di lokasi
berdekatan jalan raya.

Selain itu, proses pemasangan iklan juga boleh menjadi punca berlakunya masalah dalam kajian ini. Hal ini kerana
sekiranya iklan dilakukan pada suatu waktu dan menggunakan ruang yang luas akan mengganggu lalu lintas kenderaan kerana
terpaksa bertukar lorong jalan disebabkan penggunaan ruang yang besar. Perkara ini akan memberi impak kepada pengguna
jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, penyataan masalah ini seharusnya dapat ditangani dengan pantas
oleh setiap syarikat pemasangan iklan yang telah diberikan tugas.

PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah persoalan yang diperoleh melalui pemerhatian:

1. Dimanakah lokasi yang sesuai untuk menyiarkan iklan?
2. Apakah faktor yang mendorong pengiklan menyiarkan iklan di persimpangan jalan raya di Johor Bahru?
3. Apakah kesan yang wujud disebabkan oleh ikan di persimpangan jalan raya?

KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui beberapa kesan berdasarkan iklan yang dipaparkan di
persimpangan jalan raya di Johor Bahru. Hal ini kerana wujud beberapa kes disebabkan oleh papan iklan yang dibiarkan
bergantung di persimpangan lampu trafik mengakibatkan berlaku kemalangan di mana iklan yang disiarkan jatuh dan menimpa
pengguna jalan raya dan pejalan kaki. Perkara ini secara tidak langsung telah membahayakan pengguna jalan raya. Justeru,
syarat untuk menghasilkan iklan haruslah menjadi keutamaan agar iklan yang dipaparkan tidak mengundang masalah kepada
pengguna jalan raya.

Selain itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti jenis iklan yang disiarkan dan apakah iklan tersebut
membantu meningkatkan industri periklanan dalam menjana pendapatan. Hal ini kerana periklanan masa kini banyak dilakukan
dengan menggunakan dua media iaitu media luar dan media dalam talian. Media luar masa kini telah menggunakan iklan digital
yang mana telah menggunakan skrin gergasi dalam menyiarkan iklan mengikut perubahan teknologi terkini. Namun, periklanan
digital ini hanya banyak disiarkan di pusat bandar. Oleh itu, dengan adanya kajian ini masyarakat dapat mengetahui bahawa
banyak iklan telah dipaparkan pada skrin digital di bandar raya Johor Bahru.

Akhir sekali kajian ini penting dalam memberi maklumat mengenai kesan iklan dipaparkan di persimpangan jalan raya
di Johor Bahru. Hal ini dilakukan dengan matlamat menyampaikan maklumat bahawa iklan yang dipaparkan secara gantung
boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya khususnya pejalan kaki dan penunggang motosikal. Impaknya, pihak
pengiklan harus mengambil kira dalam andaian sekiranya iklan tersebut mengalami kerosakan pada penggantung dan kawasan
yang digunakan untuk menyiarkan iklan.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu melakukan pemerhatian di sepanjang jalan raya utama di Johor
Bahru. Kaedah ini dilakukan kerana mudah untuk melihat begitu banyak iklan yang disiarkan di sepanjang jalan menuju ke pusat
bandar Johor Bahru. Justeru, pengkaji telah memilih kaedah ini disebabkan kawasan ini begitu hampir dengan pengkaji jadi
pengkaji telah menggunakan kaedah memerhati dengan lebih dekat mengenai implikasi reka letak papan iklan di persimpangan
di Johor Bahru.

149

Dalam pada itu, kaedah ini juga dapat dilakukan pada bila-bila masa mengikut waktu yang terluang oleh pengkaji untuk
melawat ke kawasan yang menjadi tumpuan papan iklan secara tidak sah dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna
jalan raya di Johor Bahru. Tambahan dari itu, pengkaji turut memperoleh info tambahan melalui iklan yang disiarkan iaitu syarikat
yang menghasilkan iklan dengan reka letak grafik yang menarik dengan tujuan untuk menarik perhatian pelanggan untuk
membuat iklan bersama syarikat tersebut. Justeru hal ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada syarikat tersebut kerana
boleh didakwa kerana meletakkan iklan di persimpangan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya terutama pemandu
motokar.

Seterusnya, pengkaji telah mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti iklan yang disiarkan di persimpangan
jalan raya utama di Johor Bahru. Antara lokasi yang diperoleh ialah jalan Persiaran Bandar Desa Tebrau menghala ke Jalan
Johor Jaya dan persimpangan Jalan Kota Masai. Jalan ini adalah antara jalan yang begitu sibuk kerana merupakan kawasan
perindustrian dan taman perumahan. Justeru, persimpangan ini telah menjadi fokus iklan disiarkan secara tidak sah kerana tidak
mempunyai ruang untuk pengiklanan.

Hasil daripada pemerhatian tersebut, pengkaji memperoleh maklumat bahawa iklan yang disiarkan mempunyai kesan
positif dari segi susunan maklumat dan reka letak papan iklan yang menggunakan kawasan yang disediakan untuk pengiklanan.
Namun begitu, wujud segelintir pencetak yang menjiplak hasil kerja orang lain dalam mengaut keuntungan sendiri dengan
mengambil hasil kerja orang lain dengan tujuan penipuan. Oleh itu, pengiklanan yang dijalankan haruslah menepati syarat yang
telah dipersetujui antara pihak berkuasa tempatan dan syarikat percetakan.
DAPATAN KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji banyak memperoleh maklumat melalui sumber internet dan tinjauan yang
dijalankan selama dua hari di Johor Bahru. Pengkaji banyak melalui jalan-jalan utama menuju ke pusat bandar dan mendapati
hampir setiap persimpangan mempunyai iklan yang berbeza namun masih menggunakan kaedah reka letak yang sama. Justeru,
maklumat ini telah diguna pakai dalam melengkapkan laporan mengenai kajian implikasi reka letak papan tanda periklanan di
persimpangan jalan raya di Johor Bahru.
KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat merumuskan bahawa reka letak periklanan haruslah
mengikuti syarat dan menggunakan tapak yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Seandainya syarat tersebut
tidak ditepati maka pihak berkuasa berhak untuk menanggalkan iklan tersebut termasuklah yang mampu membahayakan
pengguna jalan raya. Dalam pada itu, iklan yang dihasilkan haruslah tersusun bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk
melihat secara sepintas lalu dalam memperoleh maklumat. Oleh itu, penggunaan elemen grafik yang jelas harus diambil berat
dalam menghasilkan iklan yang berkualiti.

150

RUJUKAN
Asas rekaletak dalam rekabentuk grafik berkomputer

https://www.academia.edu/9457324/ASAS_REKALETAK_DALAM_REKABENTUK_GRAFIK_BERKOMPUTER
Kepentingan imej fotografi terhadap medium papan tanda periklanan

https://core.ac.uk/display/328806351
Lokasi Persiaran Bandar Desa Tebrau

https://goo.gl/maps/PCu7wbVnSuboqVXq7
Persimpangan Jalan Kota Masai

https://goo.gl/maps/rU36L1cA21Gwjz6VA
Prinsip rekaletak visual- Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

https://edu3053ipgkpi.weebly.com/prinsip-reka-letak-visual.html
Rekabentuk sebagai instrumen perniagaan

https://question.pandai.org/note/read/kssm-rb-09-03/kssm-f3-rb-03-01/reka-bentuk-dalam-perniagaan

151

ISU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM MENYEBARKAN BERITA PALSU DI MALAYSIA

Muhammad Nor Aiman Nasrullah Bin Mohd SABRI
[email protected]

ABSTRAK

Media sosial merupakan satu teknologi yang tidak asing bagi setiap individu tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. Malaysia
mempunyai 28.7 juta pengguna internet iaitu 87.4 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Hal ini demikian kerana dunia
telah dikelilingi oleh kemajuan sains dan teknologi yang boleh memberi manfaat dan pengaruh yang besar dan secara tidak
langsung kepada tamadun manusia moden dan juga memberi kesan sama ada positif atau negatif bergantung kepada individu
serta pengguna. Justeru itu, tidak dinafikan satu fenomena komunikasi dalam dunia internet yang semakin popular ketika ini ialah
media sosial. Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya semakin digunakan secara universal dan meluas. Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia. Berdasarkan situasi
tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan isu penggunaan media sosial dalam
menyebarkan berita palsu di Malaysia. Selain itu juga, kajian ini dijalankan untuk menganalisis isu penggunaan media sosial
dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik kualitatif yang dibuat dalam bentuk soal selidik. Hal
ini demikian kerana bagi mengumpul data maklumat dalam talian yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu
penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia ini adalah sangat tinggi dan perlu dibendung. Akhir sekali,
kajian ini dijalankan untuk membendung serta membanteras isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di
Malaysia supaya boleh menjadi sebagai satu contoh negara yang baik dan aman.

Kata kunci: Media Sosial, Berita Palsu, Peratusan Rakyat Malaysia.

PENGENALAN

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi di atas talian yang dapat menghubungkan para pengguna dari
serata dunia. Menurut kamus dewan bahasa, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial pula
adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan. Selain itu. Media sosial juga didefinisikan sebagai satu kumpulan aplikasi
berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0 menurut Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein.
Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada tahun 1978. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan
penerbitan blog iaitu blogger pertama kalinya yang dilancarkan pada tahun 1999 oleh pyra labs.

Media sosial muncul dalam sebuah media baharu dan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengguna media
sosial atau internet. Media sosial ini membolehkan kita mendapatkan bertukar maklumat dengan semua orang rakan pengguna
media. Menurut Nasrullah Disember 2015 media sosial merupakan satu medium di internet yang membolehkan pengguna
mewakili diri mereka sendiri atau berinteraksi, bekerjasama, berkongsi, berkomunikasi dengan pengguna lain dan membentuk
ikatan sosial.

Berita palsu adalah sejenis kewartawanan kuning atau propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah
atau olok-olok secara sengaja melalui media, sama ada akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial melalui
dalam talian. Lebih menyedihkan berita palsu ini menyebabkan orang yang tidak bersalah dipersalahkan dan menjadi tular di
dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram, aplikasi Whatsapp dan lain-lain. Selain itu juga, ianya mendatangkan masalah
kepada pihak yang menjadi mangsa tular ini. Mereka bukan sahaja menanggung malu bahkan terdedah kepada bahaya serta
ancaman. Tambahan pula, perkara ini juga boleh mendatangkan tekanan kepada mereka dan sebagainya. Maka, perbuatan
penyebaran berita palsu tanpa usul periksa itu bukan sesuatu yang baik.

Kesimpulannya, penggunaan media sosial dalam penyebaran berita palsu ini mampu memberikan sebuah kesan
negatif di dalam diri masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian isu penyebaran berita palsu ini sangat bahaya serta boleh
memberikan ancaman. Selain itu juga berita palsu yang disampaikan melalui media sosial ini mampu tular dengan cepat dan
mudah. Justeru itu, isu penyebaran berita palsu melalui penggunaan media sosial ini haruslah dibendung.

152

PERNYATAAN MASALAH

Dalam bahagian ini pengkaji telah mengenal pasti beberapa penyataan masalah yang wujud dan timbul di dalam isu
penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia. Antaranya ialah isu penggunaan media sosial dalam
menyebarkan berita palsu yang semakin berleluasa. Hal ini demikian kerana kemajuan teknologi pada masa kini telah
menyebabkan penyebaran berita palsu ini semakin berleluasa serta menjadi sebuah medium yang mudah mendapat sambutan.
Selain itu, masyarakat kini telah menjadikan media sosial tempat untuk mereka mendapatkan maklumat serta berita dengan
cepat dan mudah. Hal ini yang demikian membuatkan pengguna mudah terpengaruh dan terhasut dengan sebuah berita tanpa
usul periksa kesahihan sesebuah berita itu sama ada benar atau palsu.

Selain itu, penyataan masalah lain ialah kadar peratusan jenayah berita palsu yang tinggi menyebabkan kesan negatif
terhadap masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana dengan kemajuan teknologi kini telah membuatkan kadar jenayah
berita palsu menjadi semakin tinggi. Selain itu, jenayah berita palsu ini mampu menarik minat serta mempengaruhi pemikiran
masyarakat untuk mempercayai berita yang disampaikan. Tambahan pula, jenayah berita palsu ini mampu membuatkan diri
seseorang itu terjebak ke dalam tekanan serta kecaman negatif masyarakat di Malaysia.

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian serta penyelidikan awal yang dijalankan, beberapa persoalan yang telah diketengahkan oleh pengkaji
di dalam kajian ini seperti:

1. Apakah implikasi isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia.

2. Apakah keberkesanan isu penggunaan media sosial menyebarkan berita palsu di Malaysia.

3. Bagaimanakah cara menganalisis isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia.

KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh manakah implikasi isu penggunaan media
sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia. Hal ini demikian kerana kemajuan teknologi pada masa kini yang telah
berkembang dengan maju dan pesat. Justeru itu, masyarakat di Malaysia seharusnya lebih peka dan cakna dalam mengenal
pasti sama ada berita yang disebarkan adalah benar atau palsu. Tambahan pula, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang
lebih keras kepada pelaku jenayah dalam menyebarkan berita palsu di dalam media sosial. Jelaslah bahawa implikasi berkenaan
isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia mampu memberikan kesan negatif terhadap
masyarakat.

Selain itu juga, kajian ini dijalankan untuk menganalisis isu penggunaan media sosial dalam menyebarkan berita palsu
di Malaysia. Hal ini demikian kerana dengan penyebaran berita palsu ini dapat menimbulkan fitnah serta salah faham antara
sesetengah pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tambahan pula, dengan penyebaran berita palsu
ini dapat memberikan sebuah tekanan serta kecaman yang membuat masyarakat itu berpecah belah dan bersikap negatif.
Justeru itu, pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu ini selain
masyarakat juga perlu lebih peka dan cakna dalam mempercayai sebuah kesahihan berita itu sama ada benar atau palsu.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam bahagian metodologi kajian ini kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah
kaedah kualitatif. Kaedah ini digunakan dengan membuat pemerhatian berkenaan dengan implikasi isu penggunaan media sosial
dalam menyebarkan berita palsu di Malaysia. Hal ini yang demikian kerana dengan menggunakan kaedah kualitatif ini pengkaji
dapat memperoleh maklumat serta data yang lengkap dengan cepat dan mudah. Oleh itu dengan menggunakan kaedah ini dapat
memberikan maklumat serta data yang dapat memudahkan kajian pengkaji berkenaan isu penggunaan media sosial dalam
menyebarkan berita palsu di Malaysia.

153

RUJUKAN
Darmastuti, S., Juned, M., Ali, S., & Satrio, J. (2021). Pengenalan Media Sosial Untuk Menciptakan Peluang Ekonomi di Karang

Taruna Desa Panyirapan, Serang. Indonesian Journal of Society Engagement, 2(2), 75-95.
Firmansyah, K., Fadhli, K., Noviandy, I. A., & Rini, S. (2020). Pengenalan Media Sosial dan E-Commerce sebagai Media

Pemasaran serta Pengemasan Frozen Food. Jumat Ekonomi: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 1(1), 43-48.
Gumilar, G. (2017). Literasi media: Cerdas menggunakan media sosial dalam menanggulangi berita palsu (hoax) oleh siswa

SMA. Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat, 1(1).
Hamzah, S., Ani, F., Rameli, N., Nor, N. M., Halim, H., Rahman, R., ... & Kamri, K. A. (2020). Impak Penyebaran Berita Palsu

melalui Media Sosial terhadap Masyarakat: Kajian Kes Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Advances in
Humanities and Contemporary Studies, 1(1), 55-63.
Juliswara, V. (2017). Mengembangkan model literasi media yang berkebhinnekaan dalam menganalisis informasi berita palsu
(hoax) di media sosial. Jurnal Pemikiran Sosiologi, 4(2).
Media sosial dalam penyebaran berita palsu.
https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.html
Pengenalan berita plasu.
https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-fake-news.
SABRI, R. B. ANALISIS BERITA PALSU BERKAITAN PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU 14) DI MALAYSIA MENERUSI
PAPARAN INFORMASI DI FACEBOOK.

154

PENGARUH YOUTUBE DALAM MEMPROMOSIKAN IKLAN

Muhammad Syahiran Irfan Bin Ismail
[email protected]

ABSTRAK

Iklan adalah upaya mempromosikan barang-barangan dan perkhidmatan dengan memanfaatkan media tertentu seperti
YouTube. Pemilihan media yang ingin digunakan untuk mempromosikan barangan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-
wenangnya dan mengambil kira sasaran khalayak ramai. Istilah pengiklanan sudah biasa digunakan oleh masyarakat pada hari
ini untuk mempromosikan barangan sehingga masyarakat kini lebih sinonim dengan penggunaan iklan dalam melariskan dan
menarik perhatian para pembeli dan pengguna. Iklan sering muncul dalam pelbagai media seperti televisyen, radio, surat
khabar, majalah dan media dalam talian iaitu YouTube dan sebagainya. Penggunaan iklan yang digunakan oleh penjual adalah
untuk bertujuan menyampaikan mesej kepada orang ramai atau para pembeli tentang barangan yang ingin dipromosikan
dengan menyatakan maklumat yang sangat jelas dan tepat bagi memudahkan para pengguna memahami. Oleh itu, iklan
memainkan peranan yang sangat penting dalam memperluaskan pengaruh dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat
di luar sana. Penggunaan YouTube sangat membantu dalam memperluaskan penjualan kerana masyarakat kini lebih
cenderung memilih untuk melihat atau mengenal sesuatu perkara secara dalam talian. Penggunaan YouTube pada masa kini
sangat tinggi dan mudah untuk menggunakannya. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah untuk mengkaji sejauh mana
penggunaan iklan dalam mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan melalui YouTube. Objektif yang digunakan
ialah mengenalpasti keberkesanan peranan YouTube sebagai tempat mempromosikan jualan melalui iklan. Dalam mencapai
objektif tersebut, pengkaji akan melakukan penyelidikan atau maklumat sumber-sumber yang berkaitan di internet.

Kata Kunci: Mempromosikan, Iklan, Pengaruh YouTube, Internet, Pengguna.

PENGENALAN

Iklan adalah perasaan untuk menggalakkan dan memujuk masyarakat atau khalayak ramai agar tertarik dengan
barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pada era teknologi tinggi masa ini menggalak para penjual untuk
mempromosikan barangan atau perkhidmatan dari mereka dari pelbagai cara terutamanya penggunaan iklan di mana-mana
aplikasi internet seperti YouTube. Selain itu, iklan juga merupakan pemberitahuan kepada orang ramai atau khalayak ramai
tentang barangan dan perkhidmatan yang dijual secara teliti untuk memberikan keyakinan kepada mereka.

Dalam mempromosikan Iklan, terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh para penjual untuk menyiarkan iklan
antaranya di paparan skrin seperti telefon, komputer, laptop dan sebagainya. Melalui media YouTube pengguna tertarik dengan
produk yang ditawarkan. Strategi pemasaran melalui YouTube menarik minat pengguna kerana kebanyakan orang cenderung
menghabiskan lebih banyak masa untuk mengakses YouTube (Ana Ramadhayanti, 2019 ) perkara tersebut menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi tinggi guna merupakan faktor utama dalam mempromosikan iklan. Namun, dalam penggunaan
teknologi seperti telefon, komputer dan lain-lain ianya juga memerlukan aplikasi yang sesuai untuk menyiarkan iklan dengan
mudah dan menarik. Aplikasi yang sering digunakan adalah aplikasi YouTube. Penggunaan YouTube dapat menyiarkan iklan
dengan adanya akaun YouTube yang tersendiri bagi menyediakan maklumat dan mudah dihubungi.

Di samping itu, penggunaan YouTube sering kali digunakan oleh para penjual untuk mempromosikan barangan dan
perkhidmatan kerana ianya merupakan aplikasi yang mudah dan tidak mengeluarkan sebarang modal dengan adanya akaun
YouTube yang tersendiri. Masyarakat kini yang sering kali bergantung kepada gajet atau peranti lebih cenderung menggunakan
aplikasi YouTube sebagai penghibur atau mencari maklumat. Perkara ini jelaslah bahawa penggunaan YouTube mampu untuk
mempromosikan iklan dengan jayanya.

155

PERNYATAAN MASALAH

Dalam penggunaan YouTube dalam mempromosikan iklan barangan atau perkhidmatan terdapat beberapa
permasalah yang biasa terjadi sekiranya menggunakan aplikasi YouTube dalam menyiarkan iklan. Permasalah yang terjadi
merupakan masalah yang sering berlaku kepada para penjual iaitu masa yang diperlukan untuk mendapatkan perhatian ramai
memakan masa yang lama. Beratus-ratus pencipta kandungan bersaing untuk membuat video kreatif untuk menarik penonton (
Niko Jorano Firdaus, 2021 ). Perkara ini menjelaskan bahawa penggunaan iklan di YouTube memerlukan perhatian pengguna
YouTube yang ramai dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Para pembeli lebih cenderung
kepada akaun YouTube penjual yang memiliki pengikut yang ramai menyebabkan masyarakat lebih percaya dan yakin dengan
pembelian barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Dalam erti kata lain, lebih banyak pengikut lebih banyak permintaan
oleh para pembeli kepada penjual. Dalam menyempurnakan masalah ini, para pembeli perlu mempunyai kesabaran yang tinggi
dalam mempromosikan barangan atau perkhidmatan di aplikasi YouTube.

Selain itu, penggunaan YouTube merupakan sebahagian rutin masyarakat untuk menghiburkan mereka atau ingin
meneroka baran-gan atau perkhidmatan yang disediakan melalui iklan. Namun begitu, terdapat sebahagian golongan yang
kurang mahir dalam penggunaan teknologi atau peranti yang menjurus kepada kurangnya pengetahuan tentang penggunaan
YouTube. Sebagai contohnya, golongan warga emas atau golongan yang berumur kurang pendedahan tentang penggunaan
YouTube dalam mempromosikan iklan. Penggunaan aplikasi YouTube yang bersifat era kemajuan menyebabkan golongan yang
berumur ketinggalan tanpa bantuan dan bimbingan daripada orang lain. Kurangnya pendedahan tentang penggunaan aplikasi
YouTube terhadap golongan yang berumur menyebabkan mereka sukar untuk meneroka barangan atau perkhidmatan secara
bebas.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penggunaan iklan pada aplikasi YouTube merupakan solusi yang terbaik dalam mempromosikan barangan dan
perkhidmatan. Penghasilan iklan di YouTube perlu dititikberatkan agar ianya mampu menepati piawaian yang ditetapkan bagi
memperluaskan pengaruh iklannya pada masyarakat atau pengguna YouTube. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting
untuk dijalankan kerana ingin mengenal pasti keberkesanan peranan YouTube sebagai tempat untuk mempromosikan jualan
melalui iklan. Selain itu, ianya dapat memberikan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan di YouTube dengan kreativiti
yang tersendiri bagi menarik perhatian pengguna YouTube. Nilai pengiklanan didapati jauh lebih bergantung pada hiburan iklan,
penerangan iklan yang disediakan, kekurangan kerengsaan dalam iklan dan kredibiliti iklan (Zuraidah Abu Talib, 2020) . Selain
itu, faktor harga, nilai kepercayaan dan kualiti perkhidmatan juga dalam talian yang mampu mempengaruhi niat membeli
pengguna namun, penambahbaikan penghasilan iklan di YouTube yang dapat dilihat adalah penambahan atau gabungan bunyi
dan lagu di sesebuah iklan yang ingin disiarkan di YouTube. Sehubungan itu, kajian ini amat penting kerana dapat memberikan
maklumat dan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap penghasilan iklan di YouTube kepada khalayak ramai yang berminat
untuk menyiarkan iklan barangan atau perkhidmatan mereka.

METODOLOGI

Kaedah Kuantitatif

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak sepuluh (10) soalan di dalam borang soal selidik.
Kebanyakan soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan responden terhadap penggunaan YouTube dalam menyiarkan
iklan. Penyelidik menggunakan “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui secara atas
talian.

156

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah merujuk kepada sumber-sumber dari internet sebagai salah satu kajian untuk mengumpul data. Hasilnya
pengkaji mengetahui pelbagai teknik dalam menghasilkan iklan yang berkualiti untuk disiarkan di YouTube. Selain itu, pengkaji
turut menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan Ketika kajian dijalankan. Kaedah ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan pengesahan serta kesahihan maklumat mengenai kajian dengan bertanyakan soalan secara
berhadapan. Kaedah soal selidik turut menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat. Pengkaji telah
menyediakan borang soal selidik yang mempunyai sepuluh (10) soalan untuk lima belas (15) orang responden.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal analisis
untuk mengenal pasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.

Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul untuk
memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik yang
tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian. Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas dan padat supaya dapat
mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat dihasilkan secara terkawal dan
sama rata.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik. Borang
soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira lima belas (15) orang responden. Hasil kajian mendapati kebanyakan
responden menyokong terhadap pengaruh YouTube dalam mempromosikan iklan.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Perbincangan

Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa pengaruh YouTube dalam mempromosikan iklan dapat membantu
mendedahkan pengetahuan kepada pelajar tahun tiga Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan
mengenai persediaan sebelum melakukan atau penghasilan iklan di alam pekerjaan. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian
ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan mahasiswa terhadap pengaruh YouTube dalam
mempromosikan iklan.

Cadangan

Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan mengadakan program penghasilan iklan khususnya iklan yang akan
disiarkan di YouTube yang melibatkan mahasiswa semester akhir bagi memberikan pendedahan kepada mereka dalam
penghasilan iklan yang menarik dan kreatif. Perkara ini juga memberikan mereka pengalaman yang diperlukan sebagai
persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan yang melibatkan penghasilan iklan. Hasil akhirnya adalah untuk memberikan
pelajar-pelajar kemahiran komunikasi visual supaya mereka mampu untuk bertanding dengan dunia luar.

Selain itu, cadangan untuk mewujudkan subjek khas iaitu Reka Bentuk penghasilan iklan berdasarkan kreativiti pelajar
itu sendiri. Cadangan ini adalah sebagai langkah awal kepada pelajar agar dapat didedahkan ilmu pengetahuan mengenai
penghasilan iklan. Pada masa yang sama dapat menggilap kemahiran mereka dalam bidang komunikasi visual walaupun
mahasiswa tersebut terdiri daripada kursus yang berbeza dan berlainan.

157

Rumusan
Perkara ini jelaslah bahawa penggunaan YouTube dalam mempromosikan iklan barangan dan perkhidmatan mampu

untuk menarik khalayak ramai atau masyarakat untuk membelinya. Penggunaan YouTube mampu juga meningkatkan ekonomi
para penjual dengan cepat dan mudah dengan penggunaan aplikasi YouTube di peranti-peranti yang lain dan berbeza seperti
komputer, telefon bimbit dan lain-lain yang mampu memudahkan para pembeli dapat mengetahui barangan yang dipromosikan
dengan mudah.
RUJUKAN
RUJUKAN ARTIKEL / BUKU ATAS TALIAN:
Consumer attitudes toward online video advertisement: Youtube as a platform (Yang, Huang, Yang, & Yang, 2017).
Evaluating the influence of youtube advertising for attraction of young customers (Dehghani, Niaki, Ramezani, & Sali, 2016).
Nilai iklan dan niat pembelian di atas talian di youtube (zuraidah Abu Talib, 2020)
Understanding youtube culture and how it effects todays media (Jessica A. Zanatta, 2017)
Youtube advertising value and its effect on purchase intention (firat, 2019)
Rujukan Internet:
Memahami iklan Youtube dan bagaimana mereka boleh membantu meningkatkan perniagaan anda:

https://www.subpals.com/ms/memahami-iklan-youtube-dan-bagaimana-mereka-dapat-membantu-mengembangkan-
perniagaan-anda/
Memanfaatkan Youtube Ads untuk mempromosikan brand
https://www.modalrakyat.id/blog/youtube-ads
Teknik pemasaran Youtube untuk meningkatkan saluran video dan trafik blog anda pada tahun 2022:
https://ecommerce-platforms.com/ms/articles/youtube-marketing-techniques
Youtube jadi pilihan jana wang
https://www.hmetro.com.my/itmetro/2020/07/595805/youtube-jadi-pilihan-jana-wang

158

KEBERKESANAN DAN KEGAGALAN PENGIKLANAN DIGITAL DALAM MEMPROMOSIKAN PRODUK KETIKA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI MALAYSIA

Nasrul Ikhwan Bin Amlee
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk menganalisis dan mendalami tahap keberkesanan dan kegagalan pengiklanan digital dalam
mempromosikan produk ketika perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Wujudnya perintah kawalan pergerakan adalah kerana
munculnya wabak penyakit yang berbahaya kepada semua orang iaitu Covid-19. Pengiklanan digital untuk mempromosikan
produk dapat memberikan impak yang bagus kerana ketika perintah kawalan pergerakan, masyarakat Malaysia mempunyai
pergerakan yang terhad dimana tidak dibenarkan untuk pergi ke tempat kerja, sekolah, dan tempat awam. Oleh hal yang demikian,
masyarakat lebih banyak meluangkan masa di rumah menonton televisyen, bermain telefon pintar dan lain-lain.

Kata Kunci: Pengiklanan Digital, Perintah Kawalan Pergerakan, Malaysia

PENGENALAN

Pada musim perintah kawalan pergerakan, pengiklanan digital dapat memberikan impak yang amat positif dalam
penjualan produk atau mempromosikan produk sesebuah perniagaan pada norma baharu ketika ini. Pengiklanan digital adalah
alat untuk mempromosikan dan menyebarkan produk dan perkhidmatan melalui internet. Produk dapat diiklankan melalui saluran
televisyen, Astro, media sosial dan sebagainya untuk menarik minat pengguna atau pembeli. Ramai usahawan di negara Malaysia
ketika ini meneruskan perniagaan mereka secara atas talian ketika perintah kawalan pergerakan. Ramai usahawan di Malaysia
memanfaatkan kaedah ini termasuk mempromosikan produk jualan di platform digital seperti di Shopee, Lazada, Grab, Food
Panda dan platform e-hailing yang lain.

Ramai peniaga dan usahawan tampil dengan cara mempromosikan barang yang baharu kerana berhadapan dengan
cabaran bagi memastikan produk jualan syarikat mereka kekal relevan mengikut keadaan semasa sekarang. Oleh hal yang
demikian, pelbagai strategi jualan daripada pemilik syarikat yang mempromosikan produk mereka secara kreatif dengan
memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube dapat dilihat ketika perintah kawalan
pergerakan.

Kajian menunjukkan di mana seseorang itu seseorang itu kerap meluangkan masa dengan media sosial selama 2
jam dan 22 minit sehari. Melihat kepada keadaan semasa ketika perintah kawalan pergerakan, tidak hairan akan lebih ramai
orang yang akan meluangkan masa dengan gadjet untuk melayari media sosial sepanjang hari kerana kebosanan yang
melanda akibat tidak dapat keluar dari rumah. Hal ini dapat menghasilkan cara yang terbaik untuk mempromosikan perniagaan
di media sosial dan televisyen untuk menarik lebih ramai pembeli.

PERNYATAAN MASALAH

Pengiklanan digital lebih bagus dari pengiklanan tradisional kerana Malaysia kini sedang berkembang maju dan
kebanyakan orang sudah kurang untuk membaca surat khabar dan majalah untuk mendapatkan berita atau pengetahuan tentang
produk yang dipromosikan di dalam surat khabar dan majalah tersebut. Menurut Sanchez-Franco et al. (2014) mendefinisikan
pemasaran digital sebagai hasil pemasaran evolusi. Evolusi terjadi ketika perusahaan menggunakan saluran media digital untuk
sebahagian besar pemasaran. Saluran media digital dapat diatasi dan percakapan secara terus menerus antara, dua arah dan
peribadi antara pemasar dan konsumen. Oleh itu, usahawan perlulah berkembang selaras dengan teknologi dan peredaran
waktu untuk memastikan produk sentiasa dikenali. Usahawan juga perlu bersaing dengan cara yang berbeza dalam pengiklanan
digital supaya hasil dan usaha yang dikerah tidak sia sia.

159

Penghasilan iklan yang menarik perlu dihasilkan supaya dapat keuntungan yang lumayan tetapi masih ada usahawan
yang tidak mahu melaburkan modal lebih untuk menghasilkan iklan yang berkualiti. Menurut Dave Chaffey & Smith (2013:15) e-
marketing adalah pemasaran secara atas talian yang bagus melalui laman sesawang, iklan digital, TV interaktif dan telefon pintar.
Usahawan pada masa kini perlu berkem-bang mengikut era globalisasi supaya dapat mengejar usahawan muda yang baru.
Ketika perintah kawalan pergerakan, usahawan dapat banyak masa yang terluang untuk mempraktikkan cara yang terbaik untuk
mempromosikan barang secara atas talian melalui laman sesawang, blog, media sosial dimana boleh dipelajari melalui carian
Internet ataupun YouTube. Perkara ini perlu dipelajari dan mencari ilmu dengan baik supaya tidak gagal kerana jika usahawan
masih menggunakan gaya lama berkemungkinan besar produk mereka akan gagal. Jika usahawan tersebut tidak mampu untuk
menghasilkan iklan yang baik, maka laburkan sedikit modal untuk gunakan khidmat profesional dalam bidang pengiklanan digital.

Kegagalan atau masalah yang ada pada pengiklanan digital adalah apabila usahawan tidak mengenali sasaran
pengguna dengan lebih terperinci dan lebih baik dimana akan menyebabkan impak yang teruk. Hal ini demikian kerana, apabila
usahawan mempromosikan kepada sasaran pengguna yang salah, hal ini akan menyebabkan jenama produk tersebut akan
menjangkau kepada sasaran pengguna yang salah atau menggunakan platform digital yang tidak tepat serta konten yang dibuat
juga tidak sesuai dengan sasaran pengguna. Salah satu cara yang terbaik untuk memahami sasaran pengguna sebelum
melakukan promosi digital adalah dengan membaca dan menganalisa data secara terperinci. Selain itu, sangat penting bagi
usahawan untuk melakukan komunikasi dengan pembeli misalnya melalui media sosial. Selain itu, pelanggan juga sukar untuk
mempercayai produk merupakan masalah bagi usahawan tersebut. Ini kerana, usahawan tersebut tidak meletakkan beberapa
ulasan jujur dari pembeli sebelum ini sebagai medium untuk menarik pelanggan untuk mempercayai produk tersebut

KEPENTINGAN KAJIAN

Pengiklanan digital adalah amat penting dalam proses penjualan kerana dengan menghasilkan sebuah pengiklanan
digital untuk mempromosikan produk jualan tersebut dapat menghasilkan hasil yang lumayan bagi setiap usahawan. Kajian ini
penting dijalankan kerana pengkaji berpendapat bahawa usahawan perlu mengetahui keberkesanan dan kegagalan pengiklanan
digital dalam mempromosikan produk supaya usahawan dapat menghasilkan iklan yang baik dan mampu untuk mengekalkan
jualan produk mereka. Malahan pula, penghasilkan iklan secara digital tidak boleh dianggap perkara mudah kerana ianya
memerlukan idea yang menarik dan gaya penyampaian yang menarik supaya dapat menarik pengguna sasaran. Sebagai
lanjutan, kajian ini amat penting kepada usahawan kerana ianya dapat memberikan maklumat dan pengetahuan baru kepada
usahawan lama dan usahawan baru yang sedang bergiat dalam menjalankan proses jualan supaya perniagaan terus maju dan
berkembang.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Pengumpulan Data

Dalam penelitian, kaedah pengumpulan data merupakan faktor yang amat penting dalam mencari keberhasilan kajian
ini. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik. Seterusnya, pengkaji menghasilkan soalan soal selidik
untuk mendapatkan data tentang keberkesanan dan kegagalan pengiklanan digital dalam mempromosikan produk ketika
perintah kawalan pergerakan. Pengkaji telah menghasilkan kajian soal selidik untuk mendapatkan dapatan kajian mengenai
kajian ini.

Kaedah Kuantitatif

Pengkaji telah menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Pengkaji
menggunakan borang soal selidik sebagai medium untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Tambahan pula,
pengkaji mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pengiklanan digital kepada responden. Pengkaji juga telah menyediakan
beberapa soalan yang berkaitan di dalam borang soal selidik.

160

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data adalah sebuah proses pemeriksaan dan pemodelan data dengan tujuan mendapatkan informasi yang
berguna, mendapatkan kesimpulan dan menyokong keputusan yang diambil. Menurut Taylor (1975), analisis data adalah proses
yang memerlukan usaha secara formal untuk menemukan tema dan merumuskan hipotesis seperti yang disarankan dan sebagai
usaha untuk memberikan bantuan dan tema pada hipotesis. Analisis data merupakan satu alternatif dalam mengkaji data yang
diperoleh dari pelbagai sumber yang dikaji untuk mendapatkan hasil akhir kajian tersebut.

Namun demikian, kaedah kajian yang dijalankan perlu mempunyai komponen yang betul untuk mendapatkan data yang
tepat dan sempurna. Penghasilan data yang tidak tepat akan menyebabkan hasil akhir dapatan kajian yang tidak sempurna dan
salah serta dapat menjadi punca kekeliruan. Menurut Sugiyono (2018:224), pengumpulan data dapat dilakukan dalam berbagai
tetapan, berbagai sumber, dan berbagai cara. Bila dilihat dari sumber datanya, maka pengumpulan data dapat menggunakan
sumber primer dan sekunder. Selain itu, menurut Patton (1980), pengertian teknik analisis data adalah sebagai proses mengatur
urutan data sehingga pada akhirnya mampu untuk mengorganisasikannya ke dalam suatu pola, kategori, dan satuan huraian
dasar.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui kaedah soal selidik telah menghasilkan data
dan maklumat yang diperlukan. Kaedah soal selidik telah membantu pengkaji untuk merumuskan kajian ini untuk mendapatkan
kesimpulan kajian tersebut. Pengkaji dapat menghasilkan kesimpulan daripada dapatan kajian untuk membantu usahawan dalam
mengetahui keberkesanan dan kegagalan pengiklanan digital dalam mempromosikan produk.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Perbincangan

Pengkaji telah memutuskan bahawa hasil dapatan kajian ini telah dirumuskan bahawa pengiklanan digital dalam
mempromosikan produk ketika perintah kawalan pergerakan dapat membantu usahawan dalam proses perniagaan dan dapat
meningkatkan hasil jualan syarikat tersebut. Hasil daripada kajian ini juga telah membuatkan pengkaji mengetahui tahap
keberkesanan dan kegagalan pengiklanan digital dalam mempromosikan produk ketika perintah kawalan pergerakan.
Pengiklanan digital juga mempunyai tahap kegagalan apabila usahawan itu kurang berusaha dan belajar untuk mendapatkan
ilmu yang betul ketika melakukan pengiklanan tetapi keberkesanan pengiklanan digital dapat memberikan hasil yang lumayan
kepada usahawan tersebut. Pengiklanan digital merupakan satu teknik baharu untuk usahawan pada masa kini untuk hasilkan
satu iklan yang mampu menarik minat pelanggan yang hanya dilayari di dalam internet ketika perintah kawalan pergerakan.

Cadangan

Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan menghasilkan video pendek yang memaparkan keberkesanan
produk secara jujur. Hal ini dapat membantu usahawan dalam mendapatkan hasil yang lumayan serta kepercayaan pembeli.
Usahawan juga perlu menghasilkan video yang berdurasi pendek dan padat dengan info produk serta boleh selitkan beberapa
perkataan atau gaya yang sedang tular supaya dapat menarik pelanggan.

Cadangan seterusnya adalah usahawan perlu melaburkan modal untuk mendapatkan khidmat profesional dalam bidang
pengiklanan digital supaya syarikat tersebut dapat menghasilkan iklan yang menepati ciri-ciri sasaran pengguna. Hal demikian
kerana, iklan yang tidak menepati ciri sasaran pengguna tidak akan mendatangkan hasil malahan hanya usaha yang sia-sia.

Seterusnya, usahawan perlu menghasilkan iklan digital yang tidak menyentuh sensitif masyarakat dengan menggunakan
nama, bangsa, atau budaya sesetengah masyarakat tersebut sebagai satu bahan jenaka dalam penghasilan iklan digital. Perkara
begini tidak akan mendatangkan keuntungan kepada usahawan tersebut malah akan menjadi asbab untuk syarikat tersebut
muflis.

Cadangan lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan artis atau influencer yang terkenal untuk menjadi
model kepada produk tersebut. Penggunaan artis dalam bidang iklan dapat juga membantu untuk melonjak naikkan keuntungan
jualan dengan menggunakan muka artis atau influencer tersebut di bahagian iklan untuk mendapatkan hasil.

161

Rujukan
Sánchez-Franco et al., (2014) Latar belakang masalah digital

http://repository.umpalopo.ac.id/329/3/BAB%20-%20201620201.pdf
Dave Chaffey & Smith (2013:15) Digital Marketing

http://repo.darmajaya.ac.id/3517/5/7.%20Bab%20II.pdf
Taylor (1975) Pengertian Analisis Data Menurut Ahli

https://www.maxmanroe.com/vid/manajemen/analisis-data.html
Sugiyono (2018:224) Metoda Pengumpulan Data

http://repository.stei.ac.id/2172/4/BAB%20III.pdf
Patton (1980) Pengertian Teknik Analisis Data Menurut Para Ahli

https://penelitianilmiah.com/teknik-analisis-data/

162

PENGARUH IKLAN POP UP TERHADAP PEMBELIAN PENGGUNA

Natrah Binti Md Ali
[email protected]

ABSTRAK

Pengiklanan secara Pop Up merupakan pengiklanan yang sudah menjadi kebiasaan dan sangat dikenali di dalam dunia
pengiklanan pada masa ini. Penggunaan iklan Pop Up ini menjadi salah satu cara bagi mengiklan produk atau perkhidmatan yang
berkesan bagi menarik perhatian dan minat pengguna terhadap produk yang ditawarkan. Walaupun pengiklanan jenis Pop Up ini
digunakan secara meluas, namun terdapat segelintir pihak yang merasakan pengiklanan jenis ini agak janggal kerana iklan ini
dikatakan mempunyai maklumat iklan yang tidak jelas dan menganggap iklan jenis Pop Up ini mengganggu perhatian mereka
ketika mereka melayari internet. Oleh itu, objektif utama kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji secara mendalam tentang
keberkesanan iklan Pop Up dalam mempengaruhi pembelian pengguna. Bagi membantu pelaksanaan kajian ini, kajian ringkas
dilaksanakan bagi mengenalpasti pengaruh iklan Pop Up terhadap pembelian pengguna dengan menggunakan platform Google
Form bagi mengumpul dan menyelidik data responden dengan lebih meluas. Kajian ini secara dasarnya tertumpu kepada kepada
dua jenis golongan iaitu golongan pertama adalah golongan yang mempunyai latar belakang akademik seperti pelajar universiti,
di mana mereka lebih terdedah dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan pengiklanan Pop Up ini. Golongan kedua adalah
masyarakat setempat yang kurang mendapat pendedahan berkenaan iklan Pop Up. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah
pengiklanan jenis Pop Up ini berkesan dalam mempengaruhi pembelian mereka walaupun mereka tidak terdedah dengan konsep
pengiklanan jenis ini. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh dikemukakan dalam kajian ini iaitu, maklumat pengiklanan
mestilah disampaikan dengan jelas dan terperinci. Selain itu, penciptaan iklan Pop Up yang menarik juga perlu diambil perhatian
bagi menarik minat pengguna.

Kata kunci: Pengaruh, Iklan, Pop Up, Pembelian Pengguna

PENGENALAN

Pengiklanan bukanlah medium pendekatan yang baharu dalam dunia pemasaran produk. Dunia pengiklanan ini telah
wujud sejak zaman dahulu lagi. Menurut Zahra Amy (2017), pengiklanan wujud pada abad ke – 18 di mana pada abad itu juga
wujudnya revolusi perindustrian yang semua tahu pada revolusi perindustrian itu telah berlakunya penggantian tenaga manusia
kepada tenaga mesin. Disebabkan penggantian kepada tenaga mesin ini, ia dapat menghasilkan produk secara berlipat kali
ganda dan produk tersebut terpaksa bersaing untuk mendapat tarikan pelanggan. Melalui fenomeni ini, telah terwujudnya agen
pengiklanan bagi mempromosikan produk mereka.

Dalam proses pembuatan iklan, pelbagai medium atau pelbagai jenis iklan telah wujud pada zaman yang serba canggih
ini. Kesemua jenis iklan terlihat membuahkan hasil positif iaitu rata – rata syarikat atau individu yang menggunakan jenis
pengiklanan ini berpendapat bahawa iklan yang dibuat melalui pelbagai jenis cara pengiklanan berkesan menarik minat pengguna
sasaran mereka. Dalam kesemua medium pengiklanan, pengiklanan melalui internet terlihat lebih berpotensi untuk menyalurkan
maklumat tentang maklumat produk atau perkhidmatan yang ingin diiklankan kepada pengguna (Sharina Samsudin, 2000).

Melalui semua jenis medium pengiklanan yang ada, iklan Pop – Up juga tidak ketinggalan menjadi salah satu medium
pengiklanan yang efektif dalam menarik minat dan hati pelanggan. Pop – Up merupakan tampilan antara muka grafik yang muncul
dan kebiasaannya secara tiba-tiba ketika pengguna mengakses sesuatu laman di sesebuah peranti ketika ingin mengakses
sesebuah laman sesawang. Pengiklanan Pop – up ini selalunya dijumpai di layar pada laman sesawang bertujuan sebagai
tetingkap yang muncul untuk keperluan interaksi dengan pengguna. Kebiasaannya, pengiklanan Pop – Up ini bertujuan untuk
mempromosikan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat (Dzikri Azqiya, 2021).

163

PENYATAAN MASALAH

Pengiklanan jenis Pop – Up juga antara medium pengiklanan yang penting dan sering digunakan oleh sesebuah syarikat
dalam mengiklankan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Namun, ramai yang masih tidak menyedari
bahawa pengiklanan jenis ini mempunyai banyak kelebihan dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan. Antara
permasalahan yang dihadapi adalah segelintir pihak yang merasakan pengiklanan Pop – Up ini sebuah pengiklanan yang
janggal. Hal ini kerana, sesetengah pihak yang tidak bertanggung-jawab bertindak untuk menggunakan pengiklanan jenis ini
untuk mempromosikan perkara yang negatif dan berunsur lucah. Oleh hal yang demikian, mereka mengubah persepsi pengguna
atau konsumer tentang kelebihan atau penggunaan pengiklanan Pop – Up yang sebenar.

Selain itu, mereka juga menganggap iklan ini mempunyai maklumat yang tidak jelas. Pandangan begini tercetus
disebabkan oleh sesetengah pihak yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka tidak mempamerkan info yang
jelas kepada pengguna. Oleh sebab sikap ambil mudah sesetengah pihak ini, ia menyebabkan pengguna menjadikan produk
dan perkhidmatan yang diiklankan menerusi pengiklanan Pop – Up sebagai sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak
mempunyai tujuan yang jelas kerana tidak mempunyai info berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ingin disiarkan.

Seterusnya, sesetengah pengguna menganggap pengiklanan Pop – Up ini mengganggu perhatian mereka ketika mereka
melayari laman – laman tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak yang ingin menggunakan pengiklanan Pop – Up ini
tidak memikirkan ketenteraman pengguna apabila mereka mengakses laman sesawang. Sebagai contoh, pihak yang ingin
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui pengiklanan Pop – Up ini membuat pengiklanan secara berterusan
iaitu iklan Pop – Up ini sering muncul di skrin secara berulang kali dan terdapat juga iklan Pop – Up yang menutupi keseluruhan
skrin yang menyebabkan pengguna merasakan iklan ini sebagai iklan yang mengganggu perhatian mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan iklan Pop – Up dalam mempengaruhi pembelian pengguna.
II. Mengenalpasti kaedah susun atur iklan Pop – Up yang lebih sesuai dalam usaha untuk menarik minat pengguna.
III. Mengenalpasti faktor yang mendorong minat pengguna untuk tertarik kepada iklan Pop – Up yang disiarkan.

PERSOALAN KAJIAN

I. Adakah pengiklanan Pop – Up berkesan dalam mempengaruhi pembelian pengguna?
II. Apakah jenis susun atur yang lebih berkesan dalam memastikan pengguna tertarik pada iklan yang disampaikan?
III. Mengapakah pengiklanan Pop – Up dapat menarik minat dan mempengaruhi pembelian pengguna?

KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan yang perlu direalisasikan melalui kajian ini adalah:

I. Memberi penjelasan bahawa pengiklanan Pop – Up berkesan dalam mempengaruhi pembelian pengguna.
II. Menambah pengetahuan tentang jenis susun atur iklan Pop – Up yang lebih berkesan dalam menarik minat

pengguna.

SOROTAN KAJIAN

Pengiklanan Pop – Up merupakan pengiklanan yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di dunia ini. Walaupun
iklan Pop – Up ini menjadi iklan yang tidak digemari ramai sejak dari dulu lagi, tetapi iklan jenis Pop – Up ini masih bertahan dan
masih digunakan sehingga hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan penggunaan strategi yang betul, iklan Pop – Up
ini menjadi cara yang sangat berkesan dalam meyakinkan orang ramai untuk mendaftar untuk senarai e-mail, menjadi peneraju
atau membeli produk yang seseorang itu promosikan dan sebagai sesebuah syarikat, mereka perlu berusaha menyakinkan
pengguna atau pelanggan untuk meminati iklan Pop – Up yang dipromosikan (Jacob Baadsgaard, 2019).

164

Menurut Csaba Zajdo (2021), dengan menggunakan pengiklanan jenis Pop – Up, laman web BitNinja berjaya mendapat
langganan daripada pengguna sebanyak 114% dan ia terus meningkat sebanyak 62% pada bulan berikutnya. Selain itu, seorang
ahli pemasaran iaitu Miklovicz Norbert Berjaya mendapat 62% langganan apabila menggunakan teknik pengiklanan Pop – Up
dalam menarik minat pengguna untuk menyertai kelas teknik pemasaran yang dikendalikan olehnya sendiri. Bukan itu sahaja,
pengiklanan Pop – Up ini meningkat lagi seban-yak 45 % langganan dalam masa 3 bulan berikutnya.

Umum mengetahui bahawa, pengiklanan jenis Pop – Up ini menjadi isu atau masalah terhadap sesetengah pengguna.
Namun, pengiklanan jenis ini mempunyai kadar klik daripada pengguna yang tinggi iaitu sebanyak 2% lebih tinggi daripada jenis
pengiklanan yang lain (David Risley, 2012). Hal ini jelas terbukti bahawa pengiklanan Pop – Up ini juga berjaya menarik minat
orang ramai untuk terus melihat promosi atau iklan yang dipaparkan oleh skrin layar mereka. Oleh sebab itu, sesuatu iklan yang
ingin diiklankan perlulah disediakan dengan teliti dan kreatif supaya pengguna tertarik untuk melayari iklan yang tampil pada
skrin layar mereka.

Menurut Beth Hayden (2013), dengan menggunakan pengiklanan Pop – Up, didapati bahawa apabila iklan ini muncul
pada skrin pengguna ia dapat meningkatkan ikutan daripada pengguna dan senarai emel pengguna dengan serta merta. Melalui
cara ini, jelaslah dapat disimpulkan bahawa, pengiklanan Pop – Up ini berjaya membuat pengguna menyukai atau tertarik
terhadap iklan yang ingin disampaikan. Melalui cara ini juga seseorang yang menggunakan iklan Pop – Up sebagai medium
pengiklanan juga dapat meningkatkan keinginan pengguna dalam menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan satu kaedah atau proses yang dijalankan bagi mendapatkan data serta jawapan terhadap
persoalan – persoalan yang timbul. Melalui kajian, pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan proses
pengumpulan serta penganalisis data. Menurut Dawson (2019), metodologi kajian merupakan prinsip utama yang akan
membimbing sesuatu penyelidikan. Ia juga menjadi pendekatan umum dalam menjalankan penyelidikan mengenai topik yang
ingin dibincangkan dan ia juga menentukan kaedah penyelidikan yang ingin digunakan. Melalui kajian ini, pengkaji akan mengkaji
dan mengenal pasti keberkesanan iklan Pop – Up dalam mempengaruhi pembelian pengguna dengan menjalankan beberapa
kajian tinjauan ringkas.

PENGUMPULAN DATA

Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah memilih kajian tinjauan sebagai medium untuk mendapatkan data
pengguna. Kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah kuantitatif yang digunakan untuk mengkaji kelakuan atau pendapat
sesebuah populasi atau kumpulan dengan menggunakan soal selidik atau temubual bagi proses pengumpulan data. Terdapat
dua jeni kajian tinjauan boleh yang digunakan iaitu kaedah kajian tinjauan berulang (longitudinal) dan kajian rentas (cross-
sectional) (Fowler,2009).

Melalui kajian ini, pengkaji memilih untuk melakukan kaedah kajian rentas (cross-sectional) dimana soal selidik
dijalankan pada suatu tempoh tertentu terhadap kumpulan atau audiens yang berbeza. Melalui proses ini pengkaji akan
mengenalpasti tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat mengenai pengaruh pengiklanan Pop – Up dengan
menyediakan beberapa soalan kaji selidik dengan menggunakan medium teknologi terkini iaitu Google Form. Melalui kajian ini
seramai 50 orang responden dikehendaki untuk menjawab soalan yang yang telah dibuat dan kesemua soalan ini berkaitan
dengan kecenderungan mereka terhadap iklan Pop – Up.

Hal ini bertujuan untuk mendapatkan kumpulan responden dan jawapan yang lebih meluas. Melalui kaedah ini juga,
pengkaji akan mengkaji tahap kecenderungan responden adakah mereka terpengaruh berkenaan iklan Pop - Up yang mereka
lihat di skrin komputer atau telefon mereka. Perkara ini bertujuan untuk menyokong dan membantu dalam membina faktor
pengaruh pengiklanan melalui Pop – Up. Proses seterusnya adalah menganalisis data yang dikumpul serta melakukan beberapa
rujukan beagi mendapatkan keputusan yang lebih meyakinkan.

165

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Bab ini akan menunjukkan hasil yang telah diraih melalui kaji selidik menggunakan medium Google form. Hasil dari kaji
selidik ini, pengkaji berjaya meraih 50 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur untuk membantu
dalam meraih jawapan dan rumusan yang lebih meyakinkan mengenai pengaruh pengiklanan melalui Pop – Up terhadap
pembelian pengguna. Soalan – soalan yang berkaitan dengan iklan Pop – Up telah diajukan kepada responden. Jenis – jenis
soalan yang berkaitan dengan iklan Pop – Up seperti dimana mereka sering melihat iklan Pop – Up, adakah mereka pernah
terpengaruh dengan tawaran yang diiklankan melalui iklan Pop – Up dan banyak lagi.

Melalui kajian demografi yang dijalankan, dapat dilihat majoriti responden yang menjawab soalan yang diedarkan
adalah dalam kalangan responden wanita iaitu seramai 29 orang responden (58%), manakala responden lelaki sebanyak 21
orang (42%). Seterusnya, majoriti responden yang menjawab soalan kaji selidik ini adalah dari kalangan pelajar iaitu seramai 24
orang responden (48%), manakala golongan bekerja adalah seramai 16 orang (32%), dan yang selebihnya adalah golongan
responden yang tidak bekerja iaitu 10 orang (20%). Di samping itu, kebanyakkan responden yang menjawab soalan kaji selidik
ini berumur 20 – 25 tahun iaitu seramai 30 orang responden (60%), manakala responden yang berumur sekitar 17 – 19 tahun
menunjukkan bilangan responden sebanyak 17 orang (34%), responden yang berumur 26 – 30 tahun menunjukkan bilangan
responden sebanyak 2 orang (4%) dan responden yang berumur 31 tahun ke atas menun-jukkan bilangan responden sebanyak
1 orang (2%).

Melalui soal selidik yang diberi pada bahagian kedua soalan pertama yang diajukan beserta dengan gambar iklan Pop
– Up bertujuan untuk mengetahui sama ada mereka mengetahui berkenaan iklan Pop – Up atau tidak sebanyak 44 orang (88%)
yang mengetahui iklan Pop– Up dan selebihnya tidak mengetahui apa itu iklan Pop – Up. Pada soalan kedua pula, soalan yang
diajukan adalah berkenaan dengan dari mana mereka melihat iklan Pop – Up seramai 34 orang responden (73.9%) menyatakan
bahawa mereka melihat iklan Pop – Up di aplikasi media sosial seperti Shopee, Lazada, Instagram, Facebook, Youtube dan lain
– lain, seramai 26 orang responden (56.5%) menyatakan mereka melihat iklan Pop – Up di Aplikasi Permainan, dan seramai 18
orang (39.1%) menyatakan bahawa mereka melihat iklan Pop – Up di Laman Web. Manakala, pada soalan ketiga pengkaji
mengutarakan soalan berkenaan dengan adakah pengiklanan Pop – Up berjaya mempengaruhi pembelian pengguna dan untuk
soalan ini seramai 40 orang responden (81.6%) bersetuju bahawa iklan Pop – Up ini berjaya mempengaruhi pembelian pengguna
dan selebihnya tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Seterusnya, soalan yang keempat merupakan soalan yang agak penting iaitu adakah responden pernah membeli
produk atau perkhidmatan yang dipromosikan melalui iklan Pop – Up seramai 37 orang responden (77.1%) menyatakan bahawa
mereka pernah membeli membeli produk atau perkhidmatan yang dipromosikan melalui iklan Pop – Up dan selebihnya responden
tidak pernah membeli produk atau perkhidmatan yang dipromosikan melalui pengiklanan ini. Pada soalan kelima iaitu kenapa
iklan yang dipromosikan melalui Pop – Up ini menarik minat mereka, seramai 34 orang (85%) bersetuju bahawa sebab mereka
terpengaruh adalah kerana promosi dan diskaun yang ditawarkan jauh lebih tinggi dari harga sebenar, seramai 13 orang (32.5%)
menyatakan bahawa sebab mereka terpengaruh adalah kerana mendapat kelebihan sebagai pelanggan terawal dan selebihnya
mengatakan informasi yang disiarkan menarik dan tepat. Pada akhir soalan ini pengkaji menanyakan pendapat responden
berkenaan wajarkah iklan Pop – Up ini diteruskan dalam pemasaran dan seramai 41 orang (82%) bersetuju dan 9 orang
responden (8%) tidak bersetuju.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Setelah beberapa soalan kaji selidik diutarakan kepada para responden, hasil kajian menunjukkan hampir kesemua golongan
mengetahui akan kewujudan iklan Pop – Up. Hal ini berkemungkinan kebanyakkan responden adalah dikalangan pelajar. Oleh
hal yang demikian, mereka lebih terdedah dengan iklan Pop – Up dan rata – rata responden yang di soal selidik pernah membeli
atau terpengaruh dengan promosi yang diiklankan melalui iklan Pop – Up. Selain itu, melalui kajian ini juga, di dapati bahawa
kebanyakan responden bersetuju bahawa iklan Pop – Up berkesan dalam mempengaruhi pembelian pengguna kerana separuh
daripada responden pernah melanggan atau membeli produk atau perkhidmatan yang telah dipromosikan melalui iklan Pop –
Up. Kesemua responden yang terpengaruh dengan iklan Pop – Up ini melihat promosi yang diiklankan menerusi pelbagai laman
sesawang dan aplikasi dan kebanyakkan iklan Pop – Up yang selalu mempengaruhi pengguna adalah daripada iklan Pop – Up
yang muncul di aplikasi media sosial seperti Shopee, Lazada, Facebook dan lain – lain membuatkan mereka terpengaruh dengan
iklan Pop – Up yang muncul di aplikasi tersebut yang menawarkan baucar potongan harga yang tinggi dan banyak lagi kelebihan
yang akan diperolehi sekiranya mereka menekan butang yang ada pada iklan Pop – Up yang muncul pada skrin mereka
antaranya iklan Pop – Up potongan harga sehingga 50%, penghantaran percuma dan banyak lagi.

166

Seterusnya, kebanyakan pengguna tertarik dengan iklan Pop – Up yang terdapat dalam aplikasi permainan yang
kebanyakkan daripada aplikasi permainan ini menjual pakej – pakej tertentu dan premium yang mempunyai banyak kelebihan
sekiranya mereka membeli pakej permainan tersebut seperti mendapat kelebihan sebagai ahli istimewa dengan mendapat item
– item yang eksklusif dan menarik kebanyakannya iklan Pop – Up di aplikasi permainan ini muncul pada permulaan ketika
pengguna memasuki permainan tersebut atau pada musim – musim tertentu seperti iklan Pop – Up potongan harga sebagai
pengguna premium pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan lain – lain lagi. Selain itu pengguna juga tertarik
dengan iklan Pop – Up yang muncul pada sesetengah laman sesawang yang mereka lawati iaitu ada diantaranya Pop – Up yang
muncul untuk mempromosikan kepada pelanggan kelebihan apabila melanggan atau membeli produk atau perkhidmatan mereka
yang boleh diistilahkan sebagai pengguna premium dan mendapat potongan yang tinggi pada pelanggan yang membelinya.
Selain itu, responden yang terpengaruh dengan iklan Pop – Up ini menganggap iklan promosi yang muncul di skrin mereka lebih
tertarik kerana kebanyakkan iklan Pop – Up ini menawarkan diskaun atau potongan harga yang tinggi. Sementara itu, terdapat
segelintir responden tidak menyedari atau mengetahui berkenaan istilah iklan Pop – Up itu sendiri dan mereka hanya membaca
iklan yang disiarkan di skrin layar mereka. Mereka juga berpendapat bahawa mereka tidak tertarik dengan iklan Pop – Up ini
kerana kebanyakannya mengganggu fokus mereka dan tidak mendapat maklumat yang jelas berkenaan dengan produk yang
dipromosikan.

CADANGAN
I. Pihak yang bertanggungjawab perlulah berusaha untuk menapis iklan – iklan Pop – Up yang berunsur lucah dengan
mengenakan tindakan yang keras.
II. Syarikat atau individu yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka hendaklah sertakan informasi
ringkas dan padat berkenaan produk atau perkhidmatan yang ingin diiklankan.
III. Perlulah bijak menyusun atur tampilan iklan Pop – Up pada skrin pengguna seperti di hujung skrin dan menetapkan
masa yang singkat iaitu sekitar 10 – 20 saat iklan yang hendak dipromosikan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, dengan maklumat yang dikumpul melalui soal kaji selidik dalam kajian ini pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa pengiklanan melalui Pop – Up berkesan dalam mempengaruhi pembelian pengguna. Pengiklanan melalui
Pop – Up ini juga berjaya menarik minat pengguna dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan. Melalui Pop – Up ini, ia
banyak memberi kelebihan dan keuntungan kepada pengguna kerana rata – rata pengguna mengakui bahawa produk atau
perkhidmatan yang diiklankan melalui Pop – Up ini banyak menawarkan diskaun atau potongan harga yang menarik kepada
mereka. Walaupun ini sering mengganggu perhatian pengguna laman sesawang atau aplikasi tertentu, tetapi iklan ini penting
dalam sesebuah perniagaan mahupun perniaagan kecil atau perniagaan yang sudah lama bertapak. Iklan Pop – Up juga bukan
sahaja berperanan menjadi alat untuk mempromosikan perniagaan malah berperanan sebagai alat untuk menyebarkan
maklumat penting kepada orang ramai kerana iklan Pop – Up dianggap iklan yang mudah untuk disebarkan kepada orang ramai
dengan lebih mudah.

167

RUJUKAN
David Risley (2012). Do Pop-Ups Still Work?

https://copyblogger.com/pop-ups/
Dawson (2019). Research Methodologies

https://library.tiffin.edu/researchmethodologies/whatareresearchmethodologies
Dzikri Azqiya (2021), Mengenal Apa Itu Pop Up

https://www.leskompi.com/penjelasan-apa-itu-pop-up/
Fowler, F.J. (2009). Survey Research Methods (4th ed.). Carlifornia: SAGE Publication, Inc
Jacob Baadsgaard (2019). Pop-up ads: Why everyone hates them and why they’ll never die.

https://martech.org/pop-up-ads-why-everyone-hates-them-and-why-theyll-never-die/
Sharina Samsudin (2000). Keberkesanan Periklanan Di Internet

https://etd.uum.edu.my/212/2/1.SHARINA_BT._SAMSUDIN_-_Keberkesanan_periklanan_di_Internet.pdf
Zahra Amy (2017). Sejarah Perkembangan Iklan

https://www.coursehero.com/file/p1q48to/21-SEJARAH-PERKEMBANGAN-IKLAN-Sejarah-perkembangan-
pengiklanan-dipercayai/

168

KEBERKESANAN IKLAN KHIDMAT MASYARAKAT MENGENAI ISU LARANGAN MEROKOK PADA TEMPAT AWAM DI
MALAYSIA.

Noor Amirah Bt Hairuddin
[email protected]

ABSTRAK

Iklan khidmat masyarakat (IKM) adalah projek video multimedia yang merangkumi kepelbagaian modaliti seperti elemen grafik,
teks, audio dan video. Isu penguatkuasaan larangan merokok di kebanyakan tempat awam telah dikuatkuasakan sepenuhnya
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, masyarakat masih tidak menyedari kewujudan iklan khidmat
masyarakat tentang undang-undang larangan merokok di tempat awam dan peningkatan angka kes kematian setiap tahun. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran masyarakat terhadap kewujudan iklan khidmat masyarakat berkaitan larangan merokok
di tempat awam dan mengenalpasti tahap keberkesanan larangan merokok disampaikan melalui iklan khidmat masyarakat.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah soal selidik dengan mengemukakan soalan kepada responden untuk mendapatkan data
kajian yang berkualiti. Dapatan kajian mendapati masyarakat tidak mengetahui kewujudan iklan khidmat masyarakat larangan
merokok kerana mereka menganggap iklan tersebut tidak penting, selain kurang peka dan mengamalkan sikap sambil lewa.
Penyelidik mencadangkan bahawa sebuah poster yang bersifat semiotik perlu dihasilkan dalam penyampaian kempen kesedaran
tentang larangan merokok di tempat awam, Malaysia.

Kata kunci: Iklan khidmat masyarakat, larangan merokok, tempat awam.

PENGENALAN

Iklan Perkhidmatan Awam (IKM) adalah pengumuman atau pemberitahuan bukan komersial yang digunakan untuk
mempromosikan rancangan, aktiviti, perkhidmatan organisasi bukan komersial, dan pemberitahuan lain keperluan perkhidmatan
masyarakat dan pemberitahuan komersial (Crompton dan Lamb, 1986). Iklan khidmat masyarakat adalah projek video multimedia
yang mengandungi banyak bentuk, seperti elemen grafik, teks, audio dan video. Tambahan lagi, pereka iklan khidmat masyarakat
haruslah menghasilkan iklan yang boleh diterima oleh pelbagai kaum, budaya dan agama.

Evolusi pembangunan dan kemajuan teknologi telah membawa cabaran baru kepada perkembangan media di seluruh
dunia. Media berhadapan dengan hala tuju baru dimana identitinya mesti jelas dan telus. Terdapat banyak kajian telah dijalankan
untuk mengkaji iklan khidmat masyarakat dari perspektif berlainan.

Seterusnya, penggunaan tembakau merupakan penyebab utama kematian pramatang dan kematian yang boleh dicegah
di Malaysia. Tabiat merokok menyumbang kepada 15% daripada jumlah kemasukan pesakit ke hospital dan 35% daripada jumlah
keseluruhan kematian di hospital. Setiap tahun, dianggarkan tabiat merokok menyebabkan lebih kurang 20,000 kematian di
kalangan rakyat Malaysia dan dijangka akan meningkat kepada 30,000 sekiranya tiada perubahan dalam trend tabiat merokok.
Merokok bukan sahaja memberi kesan berbahaya kepada kesihatan fizikal, ia juga menyebabkan kesan ketagihan nikotin yang
berpanjangan kepada perokok.

Hasil kajian kebangsaan ini memberi gambaran bahawa lebih banyak usaha harus dilakukan bagi menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang bebas dari bahaya rokok. Pelbagai strategi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk
penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di tempat awam telah sedikit sebanyak memberi impak secara tidak langsung
kepada tabiat merokok di negara ini. Namun begitu, peningkatan kelaziman merokok di kalangan masyarakat perlu dilihat sebagai
sesuatu yang serius.

Penyelidik mengenal pasti tentang permasalahan mengenai tajuk yang dibincangkan dan menghuraikan beberapa
permasalahan. Secara umumnya, masyarakat di Malaysia mengetahui kegiatan merokok ini memberi impak negatif serta risiko
terhadap kesihatan tubuh badan seperti penyakit kanser, serangan jantung dan boleh menyebabkan kematian. Hal ini demikian
kerana, penyelidik mendapati isu penguatkuasaan larangan merokok di kebanyakan tempat awam telah dikuatkuasakan akan
tetapi kurangannya pendedahan dan pengamatan masyarakat di Malaysia terhadap larangan kegiatan merokok di tempat awam.

Selain itu, kewujudan iklan khidmat masyarakat mengenai isu larangan merokok pada masa kini kurang menarik, malahan
tidak mampu memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat di Malaysia. Ini menyebabkan timbulnya rasa kurang minat
masyarakat terhadap iklan khidmat masyarakat yang telah dipaparkan di media digital.

169

PERNYATAAN MASALAH

Pada masa kini, pelbagai pendekatan dan strategi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk penguatkuasaan
undang-undang larangan merokok di tempat awam sedikit sebanyak memberi impak secara tidak langsung kepada tabiat
merokok di negara ini. Namun begitu, peningkatan kelaziman merokok dikalangan masyarakat perlu dilihat sebagai sesuatu yang
serius. Masih wujud sesetengah masyarakat yang tidak menyedari tentang kewujudan dan kepentingan iklan khidmat masyarakat
yang dipaparkan di media digital mengenai isu larangan merokok.

Permasalahan seterusnya, iklan khidmat masyarakat yang dipaparkan kurang kreatif dan tidak menarik untuk ditonton.
Ini menyebabkan timbulnya rasa kurang minat masyarakat terhadap iklan khidmat masyarakat yang telah dipaparkan di media
digital. Iklan yang sedia ada berada di tahap lama kerana kurangnya penggunaan elemen asas yang menarik seperti headline
(tajuk), subjudul dan visualisasi dalam iklan menyebabkan mereka lebih cepat bosan. Penggunaan elemen asas ini harus dipatuhi
bagi memenuhi ciri-ciri sesebuah iklan khidmat masyarakat yang menarik.

KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti kesedaran masyarakat terhadap kewujudan iklan khidmat masyarakat
terhadap isu larangan merokok di tempat awam. Dengan mengetahui kesedaran masyarakat tersebut sekaligus pengkaji dapat
mengkaji keberkesanan dan faktor yang menyumbang iklan khidmat masyarakat mengenai isu larangan merokok di tempat
tersebut.

Selain itu, kajian ini amat penting kerana pengkaji dapat melihat sejauh mana keberkesanan iklan khidmat masyarakat
dalam menangani isu larangan merokok di tempat awam sekaligus membantu mengurangkan angka kematian akibat merokok
pada setiap tahun. Namun begitu, masyarakat harus memberi komitmen dan kerjasama sewajarnya bagi memastikan iklan
khidmat masyarakat ini mendapat sambutan dan peraturan larangan ini dipatuhi.

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini menunjukkan mengenai cara penyelidikan yang pengkaji gunakan bagi menjalankan kajian serta menghuraikan
beberapa sub topik kecil iaitu reka bentuk kajian. Seterusnya, pengkaji menjelaskan berkaitan cara pengumpulan data yang terdiri
daripada dua bahagian. Pengkaji juga akan menerangkan mengenai proses kajian, instrumen kajian, kaedah analisis data serta
populasi dan persampelan.

Kaedah ini menerangkan tentang bentuk serta kaedah apa yang akan digunakan dan bagaimana sesuatu kajian dapat
dijalankan. Penggunaan kaedah kajian ini mampu memudahkan pengkaji mengumpul data kajian penyelidikan dengan teliti dan
berkualiti. Kaedah ini juga memudahkan pengkaji mencari bahan maklumat yang penting berkaitan kajian yang dijalankan.
Kaedah soal selidik merupakan kajian berbentuk tinjauan yang dirancang. Keseluruhan penyelidikan berbentuk kuantitatif.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal analisis
untuk mengenal pasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data semasa
menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis untuk
menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.

Perbincangan dilakukan dalam bab ini berikutan dapatan kajian diperoleh sepanjang kajian dijalankan. Seramai 21 orang
responden telah dikumpulkan dan menjawab soal selidik. Penganalisian data dibuat menggunakan perisian Google Form.
Analisis data mengandungi dua
bahagian. Pada bahagian A berisi data demografi mengenai jantina, usia, bangsa, dan bahagian B berisi sepuluh pertanyaan
penyelidikan.

Analisis di Bahagian A merangkumi persoalan mengenai informasi demografi responden. Ia juga menjelaskan kekerapan
dan nilai peratusan setiap aspek. Data dan maklumat responden telah dicatatkan. Berdasarkan catatan menunjukkan seramai
21 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil mendapati kebanyakan responden menyokong tentang mengenal pasti
kesedaran masyarakat terhadap kewuju-dan iklan khidmat masyarakat berkaitan isu larangan merokok di tempat awam.

170

PERBINCANGAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan 23 tempat larangan merokok di Malaysia. Undang-undang
larangan merokok ini bermula Januari 2019, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, semua
tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, juga turut diwartakan sebagai Tempat Larangan Merokok. Selain itu,
kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan peraturan ini
dipatuhi (Dr. Noor Hisham Abdullah, 2020).

Seterusnya, iklan untuk memperkenalkan produk atau mesej untuk disampaikan kepada umum melalui pelbagai platform,
sebagai contohnya iklan cetak menggunakan unsur teks dan unsur konteks. Ia merupakan dua elemen yang diterapkan di dalam
sesebuah iklan supaya mudah pembaca dan bakal pengguna untuk memahami mesej yang ingin disampaikan (Moh. Masrukhi,
2016). Fungsi iklan khidmat masyarakat ini sangat berkait rapat dalam penghasilan isu larangan merokok di tempat awam,
Malaysia dan hasil mesej yang pelbagai bentuk mampu menarik minat masyarakat untuk memahami sesuatu mesej yang ingin
disampaikan (Jurnal CMES, 2017).

Sasaran global NCD menjelang 2025 telah menetapkan sembilan indikator yang harus dicapai termasuk indikator
berkaitan merokok iaitu penurunan peratusan merokok sebanyak 30% menjelang tahun 2025. Bagi mencapai hasrat ini,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan penguatkuasaan isu larangan merokok di tempat awam. Mereka juga perlu
merangka dua program utama iaitu aktiviti pencegahan bertujuan mencegah golongan bukan perokok daripada terjebak ke dalam
masalah ini dan aktiviti pemulihan dan penguatkuasaan bagi memastikan sekurang-kurangnya 130,000 perokok berhenti
merokok setiap tahun. Pihak kerajaan haruslah mengatur strategi untuk memastikan masalah merokok ini berakhir dengan
sasaran prevalen merokok kurang dari 5%.

CADANGAN ATAU PENEMUAN

Dalam bahagian ini membincangkan tentang hasil perolehan data kajian yang telah dianalisis dan dirumuskan secara
deskriptif. Kajian ini dilaksanakan mengikut objektif kajian yang telah dinyatakan pada awal kajian dilakukan. Kajian ini dilakukan
bagi memberi kesedaran akan kewujudan iklan khidmat masyarakat mengenai isu larangan merokok pada tempat awam di
Malaysia. Beberapa cadangan telah dikemukakan adalah bertujuan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai semaksimum
yang mungkin. Antaranya ialah, cadangan seperti mereka bentuk sebuah poster bersifat semiotik dalam penyampaian kempen
kesedaran tentang larangan merokok di tempat awam, Malaysia. Poster ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran
masyarakat terhadap risiko kesihatan berkaitan merokok.

Seterusnya, penguatkuasaan ke atas iklan, promosi dan tajaan berkaitan rokok dan syarikat rokok, sebagai contohnya
meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan promosi dan penjualan rokok yang tidak sah di pasaran.
Penguatkuasaan ini bertujuan untuk meningkatkan promosi kempen kesedaran anti merokok di tempat awam, Malaysia.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, arahan larangan merokok wajar disokong dan dilihat positif oleh semua pihak, khususnya perokok dan
keluarga. Malaysia juga mensasarkan untuk mengurangkan tabiat merokok kepada 30% menjelang 2025 (Datuk Seri
Dr.S.Subramaniam, 2020). Selain itu, di dalam kajian ini, penyelidik telah memfokuskan beberapa perkara seperti mengkaji
kesedaran masyarakat terhadap kewujudan iklan khidmat masyarakat berkaitan isu larangan merokok di tempat awam, Malaysia.
Penyelidik juga memperlihat tahap keberkesanan iklan khidmat menjurus kepada mesej yang hendak disampaikan menuju tepat
ke dalam hati penonton. Diharapkan kajian ini dapat menyerlah dan mengungkapkan serba sedikit akan keberkesanan iklan
khidmat masyarakat agar dapat memenuhi ciri-ciri iklan yang bermanfaat dan secara tidak langsung iklan ini mampu menangani
isu larangan merokok di tempat awam, Malaysia

171

RUJUKAN
Mitchell, A.A. and J.C.Olson (1981). Are Product Attribute Beliefs the Only Mediator Of Advertising Effects on Brand Altitude.

Journal of Marketing Research, 18 August, 318-332.
Mohd.Helmi A.R. (1996). “Perkembangan Industri Pengiklanan di Malaysia: Satu Tafsiran Sejarah Pengiklanan, Jurnal

Komunikasi, vol 12, hal.1-18.
Norasiah Mohammad (2011). Kajian Awal Pembangunan Sistem Notifikasi
Crompton, J.L,.and C.W. Lamb. 1986. Marketing Government dan Social Services.

John Willey and Son, New york.
Mahfuzah (2021). Faktor Mempengaruhi Gejala Merokok.

Moh. Masrukhi (2016). Iklan Komersial Media Cetak : Tinjauan Teks dan Konteks.
Abdullah (2016). “Impak Penggunaan Bhasa Dalam Iklan Khidmat Masyarakat Berdasarkan Teori Linguistik Sistem

Fungsional.
Bernama (2019). 20,000 Mati Akibat Rokok Setiap Tahun.
Cook, Guy. 1992. The Discourse of Advertising. New York: Routledge

172

PERANAN MEDIA DIGITAL DALAM MEMPROMOSI WARISAN DI PERINGKAT GLOBAL

Noorizzah Atierah Binti Mohd Johari
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk menganalisis peranan media digital dalam mempromosi warisan di peringkat global. Tidak dinafikan pada
abad ini yang merupakan era moden, arus kemajuan teknologi telah berkembang dan mendapat sambutan yang tinggi di negara
kita Malaysia serta di negara luar. Melalui platform media digital negara Malaysia dapat mempromosi warisan-warisan kita. Ia
merupakan kaedah yang efektif dan sesuai untuk melakukan pertukaran maklumat secara jarak jauh mahupun dekat. Platform
media seperti internet juga mudah untuk diakses dan dianggap sebagai jendela bagi memperkenalkan warisan kepada
masyarakat luar. Pelbagai maklumat boleh disebarkan dan diperolehi melaluinya. Isu-isu warisan yang dibangkitkan ini
seterusnya membawa kesedaran kepada masyarakat pelbagai pihak akan pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan
negara. Peranan media digital dalam mempromosi warisan tidak kira sama ada warisan ketara atau tidak ketara ini merupakan
satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat dan bukannya dibebankan ke atas pihak kerajaan
semata-mata. Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian mendapati peranan media massa dan media sosial sangat penting
dalam menyebarkan segala isu yang berkait dengan warisan negara secara cepat dan meluas. Hal ini dapat memupuk semangat
cintakan negara dalam diri masyarakat serta membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia dalam melindungi warisan-warisan
negara sejarah dan budaya negara Malaysia dapat dikekalkan serta diketahui di peringkat global.

Kata kunci: media digital, warisan, global, promosi

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sejarah, budaya dan warisan yang menggambarkan
pola kehidupan masyarakat. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai pelbagai seni budaya dan kesan tinggalan sejarah yang dapat menarik minat pelancong untuk
datang ke Malaysia. Kepelbagaian adat resam yang terhasil daripada penduduk bangsa dan etnik menghasilkan budaya
tradisional yang pelbagai. Warisan negara Malaysia harus dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti
sesebuah negara dan bangsa. Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan seni budayanya, yang mencakupi
amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara, seperti pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Warisan adalah
elemen yang berkait rapat dengan sejarah.

Kemajuan teknologi pada masa kini tidak dapat dinafikan lagi yang mana hampir semua manusia dan orang
menggunakan media sosial dan internet sebagai sumber untuk pencarian pelbagai maklumat dan untuk berkomunikasi. Media
digital mempunyai kesan yang ketara, luas dan kompleks terhadap masyarakat dan budaya. Media digital juga adalah pengenalan
kepada bidang yang dapat membantu menyebarkan dan mengembangkan keistimewaan warisan-warisan yang terdapat di
Malaysia kepada peringkat global. Sebagai contoh, mempromosi warisan-warisan Malaysia yang belum diketahui oleh
masyarakat luar melalui platform media digital.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, media sosial ini mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dari
pelbagai perspektif kerana ia telah menjadi sebahagian hidup orang ramai terutamanya media sosial seperti Facebook dan
sebagainya. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat telah menyenangkan kehidupan kehidupan
rakyat dengan menjimatkan masa dan tenaga mereka. Sebagai contoh, kini kita oleh mengakses facebook atau youtube di mana-
mana sahaja dan bila-bila masa sahaja hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit atau alat komunikasi yang lain. Media
digital ini mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, tetapi juga di
dalam negara kita iaitu mulai dari daerah terpencil hingga berada di tengah-tengah iaitu mulai dari daerah terpencil hingga berada
di tengah-tengah bandar.

Sepanjang melakukan tugasan ini, kita dapat melihat bahawa media digital merupakan platform yang sangat mudah
dan cepat dalam mempromosikan warisan negara Malaysia di peringkat global. Perantaraan diantara media digital dengan
masyarakat di seluruh dunia menjadikan ia lebih mudah dipromosikan kepada mereka.

173

PERNYATAAN MASALAH

Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini telah membawa kepada
penggunaan pelbagai media digital secara meluas oleh setiap generasi. Tetapi perkembangan media digital yang terlalu pantas
ini memberi kesan yang negatif kepada warisan budaya di negara kita. Hal ini demikian kerana masyarakat kini lebih terarah
untuk berkomunikasi dalam talian berbanding secara bersemuka. Namun, walaupun media digital ini diakui berfaedah dalam
membantu mempromosikan warisan-warisan negara, terdapat sesetengah situasi yang mana media digital didapati tidak sesuai
untuk melakukan tugas perkongsian maklumat terhadap masyarakat. Hal ini demikian kerana akan berlakunya penyebaran
maklumat yang terlalu banyak tanpa tidak diketahui kesahihannya dikongsi kepada orang awam.

Penyebaran maklumat melalui media digital kadang-kadang mempunyai unsur penipuan atau maklumat yang
disebarkan adalah palsu. Ini akan menimbulkan kesalahfahaman terhadap orang awam berkaitan dengan maklumat warisan
negara kita. Selain itu, maklumat yang disalurkan melalui media digital juga berkemungkinan mempunyai perubahan daripada
maklumat yang asal dan menyebabkan maklumat yang disebarkan berbeza. Dari sini dapat dilihat bahawa kesan media digital
yang serba canggih ini mendatangkan kesan yang negatif terutamanya berkaitan maklumat-maklumat penting.

Seterusnya, kesan pertembungan budaya luar terhadap budaya asal melihat pertembungan antara budaya asal dan
budaya popular luar akan memihak kepada unsur-unsur bukan tradisi tempatan, malah usaha untuk mengubahsuai unsur-unsur
budaya tradisi dengan perkembangan semasa tidak dapat menjadikan unsur-unsur warisan berkembang pesat di peringkat
global. Jadi pengubahsuaian ini telah membawa kesan buruk kepada tradisi budaya melayu, iaitu boleh musnah atau hilang
keasliannya. Warisan Malaysia yang kepelbagaian menjadikan satu kunci keistimewaan kepada negara Malaysia dalam
memperkenalkan warisan-warisan negara di peringkat global.

KEPENTINGAN KAJIAN

Warisan negara merupakan satu aset yang sangat penting bagi memperkenalkan sebuah negara Malaysia yang
mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri dari segi tradisi budaya yang terdapat di negara Malaysia serta kaum
yang pelbagai. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana ingin mengenalpasti peranan
media digital dalam mempromosikan warisan negara di peringkat global. Jadi kaedah untuk mempromosi warisan-warisan negara
Malaysia kepada peringkat global melalui media digital merupakan satu langkah yang baik. Platform media digital yang tiada
terhad ini menjadikan kelebihan kepada negara kita.

Sebagai contoh, penggunaan media digital seperti Youtube. Menghasilkan video-video pendek berkaitan dengan
warisan negara Malaysia. Dalam video tersebut mereka boleh menyelitkan keistimewaan warisan-warisan negara. Ia bukan
sahaja mampu meningkatkan ekonomi negara malah mampu memperkenalkan serta mempromosi warisan negara. Sebagai
contoh, artis negara luar seperti penyanyi daripada Korea Selatan yang memakai baju kebaya tradisional serta baju melayu orang
lelaki yang dipakai oleh salah seorang ahli kumpulan penyanyi Korea Selatan. Jadi secara tidak langsung, warisan budaya negara
sudah dapat dipromosikan melalui mereka. Hal ini demikian kerana, pengguna media digital sentiasa mengikuti isu semasa
penyanyi daripada Korea Selatan tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kualitatif

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah pendekatan kualitatif sebagai cara untuk mendapatkan data.
Kaedah ini juga dikenali sebagai armchair iaitu pengumpulan maklumat atau data menerusi kajian perpustakaan. Antara sumber-
sumber yang digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian adalah ini adalah melalui akhbar, internet dan
sebagainya. Rujukan internet banyak dilakukan memandangkan kemudahan untuk mendapatkan maklumat secara maya lebih
efektif pada zaman siber ini. Kaedah ini banyak membantu pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat dari segi isu-isu yang
berkaitan dengan peranan media digital untuk mempromosi warisan negara.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah merujuk internet serta akhbar terlebih dahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat.
Hasilnya pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat data yang berkaitan dengan peranan media digital dalam mempromosi
warisan negara di peringkat global.

174

ANALISIS & DAPATAN KAJIAN

Analisis data adalah sebuah proses pemeriksaan, pembersihan, transformasi dan pemodelan data dengan tujuan
menemukan informasi yang berguna, menginformasikan kesimpulan dan mendukung pengambilan keputusan. Tujuan analisis
data adalah untuk mengekstrak informasi yang berguna dari data dan mengambil keputusan berdasarkan analisis data. Kaedah
ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan kajian. Data yang diperoleh dari pelbagai
sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.

Kaedah rujukan merupakan kaedah kualitatif yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai media digital
dalam mempromosikan warisan negara. Beberapa laman web serta jurnal telah dijadikan sebagai rujukan untuk data kajian.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah memperolehi data melalui pengumpulan maklumat
atau data menerusi kajian internet dan akhbar. Maklumat yang diperolehi adalah sepenuhnya daripada kajian internet serta
akhbar yang berkaitan dengan peranan media digital dalam mempromosi warisan di peringkat global.

PERBINCANGAN & RUMUSAN

Perbincangan

Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa media digital dapat membantu dan mendedahkan pengetahuan di
peringkat global disamping dapat mempromosikan warisan negara tentang keistimewaan dan keunikan warisan di negara
Malaysia. Mereka juga boleh melayari mana-mana laman web yang berdaftar atau melihat video dokumentari yang berkaitan
dengan warisan untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan negara. Peranan media digital sangat mempengaruhi kehidupan.

Selain itu, dalam kajian ini membincangkan tentang peranan media digital dalam mempromosikan warisan di peringkat
global.

Mengkaji cara untuk mempromosikan warisan negara dengan melalui media digital seperti Instagram, Facebook,
Youtube, dan sebagainya.
Rumusan

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai sejarah warisan yang sangat menarik serta mempunyai pelbagai budaya
di dalamnya. Warisan negara dapat dilihat pada seni budayanya yang mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum. Jadi
dengan adanya media digital yang serba moden pada era ini ia dapat membantu dalam memperkenalkan dan mempromosikan
warisan negara di peringkat global. Selain itu, usaha untuk mempromosi warisan negara boleh dilakukan melalui duta kecil serta
media elektronik.

Ini menunjukkan bahawa dunia media digital merupakan satu platform yang sangat besar dalam mempromosikan
warisan negara terutama di peringkat global. Melalui media digital orang luar negara akan lebih tahu mengenai keunikan warisan
negara Malaysia dan dapat menarik minat mereka untuk melancong ke negara kita.

RUJUKAN

Aris, N. M., & Ahmad, H. (2019). Mempromosikan Pelancongan Warisan di Melaka dalam Media Sosial Tripadvisor. Jurnal
Wacana Sarjana, 3(2), 1-13.

Feldman, T. (2003). An introduction to digital media. Routledge.

Lindgren, S. (2017). Digital media and society. Sage.

Sugiura, N., & Samsudin, M. B. (2019). Perbandingan dasar warisan Malaysia dan Jepun dalam usaha memulihara khazanah
negara: Kajian kes di Warisan Dunia Melaka dan Lombong Perak Iwami Ginzan. e-BANGI, 16(1), 1-14.

Yusoff, Y. M., Dollah, H., Kechot, A. S., & Din, M. A. O. (2010). Pembangunan Warisan di Malaysia: tinjauan umum tentang
dasar. Jurnal Melayu, 5, 277-283.

175

ISU SINDIKET KERETA KLON MELALUI IKLAN DI MEDIA SOSIAL

Norsofea Binti Maznizam
[email protected]

Abstrak

Dalam meniti arus kemodenan ini, sindiket kereta klon kini dikesan lebih terbuka dengan menggunakan media sosial seperti
Facebook, dan aplikasi Telegram untuk memasarkan kenderaan tersebut kepada pembeli. Penggunaan kereta klon semakin
berleluasa dalam kalangan pengguna di Malaysia. Pemandu atau penumpang akan menerima kesan daripada penggunaan
kereta klon kerana kereta tersebut tidak dilindungi oleh insuran. Kereta klon mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran
kerana kejatuhan harga kereta tersebut lebih rendah berbanding dengan harga kereta sebenar. Penjual kereta klon tersebut
menggunakan iklan sebagai platform untuk mendapatkan kepercayaan daripada pembeli. Penjual menggunakan infografik yang
tidak tepat dan palsu berkenaan kereta klon yang akan dijual. Maklumat yang dipaparkan pada iklan tersebut mudah untuk
menyegarkan dan memperdaya jiwa pembeli. Dalam pada itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penyalahgunaan iklan dalam
mempromosikan kereta klon melalui media sosial oleh sindiket. Kaedah kajian pendekatan kualitatif dan kuantitatif dijalankan
berdasarkan mendapatkan maklumat melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Telegram. Selain itu, maklumat juga
dipungut melalui keratan akhbar dan iklan atau poster. Soal selidik yang dijalankan keatas responden terdiri daripada orang
awam bagi tujuan memperoleh maklumat yang lebih jelas dan tepat. Dapatan kajian menunjukkan sindiket kereta klon melalui
iklan di media sosial mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna kerana pengguna terpedaya dengan maklumat yang
dipaparkan melalui iklan tersebut. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan di dalam kajian ini bagi membantanteras isu
sindiket kereta klon ini. Antaranya adalah seperti, melaporkan kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
dan pihak berkuasa perlu membuat pemantauan di pelabuhan atau sempadan sama ada dari Thailand atau Singapura kerana
ianya merupakan laluan masuk kepada sindiket untuk membawa kereta klon tersebut. Akhirnya, pengiklanan yang salah dan
tidak mendapat pengesahan akan dikenakan denda oleh pihak berkuasa.

Kata Kunci: Kereta Klon, Iklan, Media Sosial

PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, penggunaan internet tidak lagi hanya diguna pakai oleh golongan tertentu seperti
pelajar, golongan ahli korporat, malah ianya dijadikan sebagai satu platform oleh golongan penjenayah untuk melariskan
perniagaan mereka. Sindiket kereta klon in dikesan lebih terbuka dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan
aplikasi Telegram untuk memasarkan iklan berkaitan kenderaan tersebut kepada pembeli. Isu sindiket kereta klon ini sering
didengari oleh masyarakat walaupun negara telah mencapai tahun 2020. Golongan sindiket masih bergiat dengan penjualan
kereta mewah yang telah diklonkan dan selepas itu dijual pada harga yang berbeza daripada pasaran. Golongan sindiket ini
semakin licik dan pandai dalam proses menjual dan memalsukan dokumen-dokumen kereta atas sebab ingin mengaut
keuntungan yang lebih lumayan.

Permintaan kereta klon ini mendapat permintaan yang tinggi dan kini semkain meningkat kerana masyarakat
mempunyai keinginan untuk memiliki kereta mewah tetapi dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Menurut JPJ
Negeri Sembilan, terdapat sebanyak 271 kenderaan yang masih berbaki berada dibawah sitaan beliau dan 64 buah kenderaan
tersebut merupakan kereta klon. Perkara ini membuktikan bahawa golongan sindiket ini melakukan jenayah tersebut secara
sembunyi tanpa pengetahuan pihak berkuasa, namun orang awam dapat mengakses data tersebut dengan mudah berkaitan
kereta klon menerusi iklan yang dimuat naik di media sosial. Antara kenderaan yang dijadikan kenderaan klon dan berjaya
dirampas oleh pihak berkuasa adalah kereta Suzuki Swift, Volkswagen Golf, Toyota Grandis dan terdapat juga motosikal yang
berjenama Yamaha RXZ.

176

Pada kebiasaannya, pemilik kenderaan itu sendiri bersubahat dengan sindiket dengan membuat salinan cukai jalan
dan geran kemudian meletakkan cukai jalan yang telah ditiru itu pada kereta klon. Perkara ini dilakukan bagi mendapat
keuntungan yang lebih lumayan berbanding kenderaan asal kerana harga untuk memilikinya mencapai harga yang tinggi.
Golongan sindiket ini bijak kerana mereka menggunakan kereta yang modelnya sama dengan kereta yang telah didaftarkan di
Malaysia untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Walaupun begitu, pepatah ada mengatakan sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga. Pepatah ini sesuai untuk digunakan kerana pihak berkuasa dapat mengesan jenayah dalam sindiket
kereta klon ini. Orang awam yang memiliki kereta klon ini akan didakwa kerana memiliki kenderaan yang tidak berdaftar secara
sah. Kesalahan ini akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman
denda tidak melebihi RM2,000. Selain itu, memaparkan nombor pendaftaran yang palsu juga akan dikenakan tindakan mengikut
Seksyen 103(3) yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau penjara
tidak kurang dan tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan.

PERNYATAAN MASALAH

Secara amnya, iklan merupakan sejenis komunikasi yang dijadikan sebagai platform yang mudah dalam penyebaran
maklumat, promosi dan sebagainya. Iklan ini disebarkan melalui media seperti Facebook, Telegram, Instagram dan sebagainya
dengan tujuan untuk memberitahu dan meyakinkan penonton berkaitan produk atau perkhidmatan yang dijalankan. Menurut
Asmah Hj Omar (1992:1) iklan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu iklan perniagaan dan iklan pemberitahu. Iklan
perniagaan ini digunakan khusus untuk bidang perniagaan seperti menyiarkan produk berkaitan. Manakala untuk iklan
pemberitahuan pula ianya bertujuan untuk memberitahu maklumat seperti jawatan kosong dan sebagainya.

Iklan juga berperanan untuk mendorong dan mempengaruhi orang awam untuk terlibat dalam jual beli yang dijalankan
oleh pihak penjual. Iklan dapat disiarkan dalam pelbagai bentuk antaranya dari media cetak hingga video dan ianya telah
berevolusi menjadi perkara penting untuk market place dalam aplikasi. Kegunaan iklan ini untuk meningkatkan keberkesanan
dalam bidang komunikasi dan mencapai tindakan dalam pembelian oleh orang awam. Penggunaan bahasa dalam iklan ini
perlulah dilakukan secara berhati-hati oleh individu berkaitan agar mesej yang ingin disampaikan itu tidak lari dengan mesej
sebenar. Misalnya, dalam iklan tersebut perlulah terdapat slogan yang memberi makna yang bersesuaian dengan objektif iklan
tersebut.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang menggunakan platform iklan ini untuk jual beli dengan
menggunakan unsur jenayah seperti isu sindiket kereta klon ini. Golongan sindiket pada ketika ini lebih mahir dalam
menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Iklan yang dipaparkan menggunakan
infografik yang tidak tepat dan palsu. Sebagai contoh yang ketara ialah memaparkan harga dan jenis kereta. Harga yang
diletakkan pada iklan tersebut lebih murah daripada kereta yang terdapat di pasaran dan gambar kereta tersebut merupakan
kenderaan yang telah diklonkan. Dengan melakukan perkara tersebut, orang awam akan mudah percaya dan beranggapan
bahawa kereta tersebut merupakan kereta yang sebenar.

Selain itu, maklumat yang mengelirukan dan memperdaya pembeli. Berdasarkan orang yang mahir dalam medium
pengiklanan ini, mereka akan memegang pada satu slogan untuk menarik perhatian pembeli. Begitu juga dengan sindiket ini,
mereka akan menggunakan maklumat untuk membuatkan pembeli mempercayai maklumat tersebut. Sebagai contoh, mereka
meletakkan harga yang kereta tersebut lebih murah berbanding dengan harga pasaran. Imej kereta yang diletakkan pada iklan
tersebut kelihatan seakan akan sama dengan kereta yang sebenar. Ini akan membuatkan pembeli lebih yakin dengan kenyataan
tersebut dan seterusnya membuat aktiviti jual beli.

KEPENTINGAN KAJIAN

Iklan merupakan salah satu platform yang penting dalam menyebarkan maklumat dan memberi pendedahan kepada
orang awam. Penghasilan iklan perlulah menepati format yang ditetapkan agar ianya tidak bercanggah dengan maklumat yang
ingin disampaikan. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk menyelidik iklan yang memaparkan tawaran kereta
klon. Perkara ini kerana untuk membendung orang awam agar tidak terpedaya dengan tawaran yang ditawarkan. Pada
kebiasaan tawaran tersebut adalah berupa harga yang rendah berbanding dengan harga kereta di pasaran. Selain itu, kajian ini
juga penting supaya masyarakat tidak tertipu dengan penjualan kereta pada harga yang murah. Ini merupakan taktik daripada
sindiket untuk memperdaya minda pembeli dengan meletakkan harga yang murah. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga
penting supaya masyarakat menyedari kesan melibatkan diri dalam jual beli kereta klon. Orang awam akan dikenakan tindak
yang sewajarnya jika memiliki kereta klon ini oleh pihak kuasa. Orang awam dan juga sindiket tidak akan terlepas dalam
dikenakan tindakan dalam pemalsuan geran dan nombor plat kenderaan walaupun kenderaan tersebut kelihatan sama dengan
kereta yang sebenar.

177

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kuantitatif

Kaedah kuantitatif digunakan oleh pengkaji melalui kajian ini berikutan daripada instrument-instrumen yang dijalankan
iaitu soal selidik melalui “Google Form”. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji telah mengemukakan soalan yang berkaitan kepada
responden. Pengkaji telah meletakkan sebanyak sepuluh (10) soalan di dalam borang soal selidik yang dijawab “online” oleh
responden. Kebanyakkan soalan yang dinyatakan adalah berkaitan pengetahuan responden mengenai isu sindiket kereta klon
ini melalui iklan di media sosial. Rata-rata responden hanya dikehendaki menjawab sama ada “Ya” atau “Tidak” sahaja. Ini adalah
memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah melihat dan membuat beberapa rujukan kepada kajian dahulu untuk melihat cara pengumpulan data.
Hasilnya pengkaji telah memperoleh banyak cara yang berkesan untuk pengumpulan data. Selain itu, pengkaji juga telah
menggunakan internet untuk mencari bahan rujukan berkenaan iklan yang dipamerkan oleh sindiket berkaitan penjualan kereta
klon. Melalui rujukan tersebut, pengkaji telah mendapati beberapa sumber daripada keratan akhbar, iklan, poster dan tidak
ketinggalan juga Facebook, Telegram dan Whatsapp. Kaedah soal selidik juga adalah salah satu cara pengumpulan data yang
pengkaji telah lakukan. Pengkaji telah menyediakan sepuluh (10) soalan yang berkaitan dan mendapat sebanyak tiga puluh (30)
orang responden.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis dan dapatan kajian merupakan kaedah untuk memungut nilai data bagi proses mengenalpasti maklumat yang
dikaji. Kaedah ini merupakan salah satu rangka kerja yang dilakukan semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang
diperoleh dikaji, dikumpulkan dan dianalisis untuk menjalankan proses dapatan kajian dan kesimpulan.

Namun begitu, pengumpulan data mestilah seiring dengan kajian yang dijalankan dengan menggunakan komponen
yang betul. Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian berbentuk pemerhatian dan sumber daripada sosial media. Perkara ini
kerana, masyarakat lebih tertumpu kepada sosial media berbanding akbar dan bahan cetakan. Disamping itu, pada masa kini
penggunaan iklan telah banyak dipaparkan di halaman media sosial. Berkaitan dengan soalan yang diajukan perlulah seiring
dengan kajian yang dijalankan dan arahan tersebut perlulah tepat dan tidak mengelirukan struktur kajian. Perkara ini bagi
mengelakkan gangguan responden semasa sesi menjawab agar maklumat yang dikumpul terkawal dan tepat.

Pengkaji juga memperoleh data dan maklumat berdasarkan soal selidik yang dibuat. Pengkaji telah memuat naik soal
selidik secara ‘Google Form’ di media sosial untuk memudahkan responden menjawab soalan yang berkaitan. Berdasarkan soal
selidik tersebut, pengkaji telah memungut responden sebanyak tiga puluh (30) orang. Hasil kajian tersebut mendapat bahwa
rata-rata responden mengetahui berkaitan isu sindiket kereta klon ini kerana mereka biasa melihatnya di media sosial berkenaan.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa isu sindiket kereta klon melalui media sosial ini telah diketahui orang
ramai. Perkara ini kerana ianya pernah keluar di media sosial responden mengenai iklan kereta klon tersebut. Di samping itu,
responden juga mengetahui “apa itu sindiket kereta klon?”. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini bertujuan untuk
membuka mata masyarakat agar berwaspada dan berhati-hati dengan iklan yang membawa kepada unsur penipuan seperti isu
sindiket kereta klon ini.

178

CADANGAN
Antara cadangan yang dikemukakan ialah pihak berkuasa membuat pemantauan di pelabuhan atau sempadan sama

ada dari Thailand atau Singapura. Perkara ini kerana kawasan ini merupakan laluan masuk kepada sindiket. Selain itu,
melaporkan kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dengan ini pihak berkuasa dapat mengambil
tindakan dengan mengadakan sekatakan jalan raya dari masa ke semasa untuk membuat pemantauan kepada sindiket kereta
klon ini. Jika perkara ini dapat dikesan, maka isu sindiket kereta klon ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya.

Seterusnya, membuat pemantauan iklan yang terdapat di media sosial. Masyarakat juga boleh memainkan peranan
untuk melaporkan kepada pihak atasan jika iklan yang dipaparkan membawa unsur jenayah. Masyarakat dan orang awam
merupakan pengguna tegar kepada media sosial seharusnya memainkan peranan dengan membantu pihak atasan untuk
mengawasi paparan iklan yang tidak sepatutnya. Akhir sekali, elakkan berurusan niaga sekiranya kereta ditawarkan pada harga
yang rendah berbanding pasaran. Tindakan ini khususnya kepada golongan pembeli. Perkara ini kerana, sindiket menawarkan
harga yang lebih rendah berbanding dengan harga di pasaran bagi sebuah kereta. Ini akan membuatkan pembeli terpedaya
dengan harga semurah itu. Dengan ini pembeli perlu berhati-hati dalam meneliti iklan yang terdapat di pasaran agar terhindar
dengan tipu daya sindiket.
RUJUKAN
Shamilah Zulkifli. (2022). Iklan di media sosial, sindiket jual kereta klon makin berani.

https://www.sinarharian.com.my/article/186062/BERITA/Semasa/Iklan-di-media-sosial-sindiket-jual-kereta-klon-
makin-berani
Nadzarul Amir. (2022). Sindiket Guna Platform Media Sosial Jual Kereta Klon. Harga Tak Masuk Akal Bawah RM20,000
https://www.mekanika.com.my/sindiket-guna-platform-media-sosial-jual-kereta-klon-harga-tak-masuk-akal-bawah-
rm20000/
Haris. (2022). Iklan kereta klon berleluasa di Telegram dan FB, JPJ minta jangan terpedaya!
https://www.wapcar.my/bm/iklan-kereta-klon-berleluasa-di-telegram-dan-fb-jpj-minta-jangan-terpedaya-40587
Maksud iklan menurut Asmah Hj Omar 19921
https://www.coursehero.com/file/p1vktcfj/Menurut-Asmah-Hj-Omar-19921-iklan-sebenarnya-berasal-daripada-
bahasa-Arab-ilan/

179

KEBERKESANAN GRAFIK GERAK (MOTION GRAPHICS) BAGI MEMPROMOSIKAN PENGIKLANAN MCDONALD'S

Nurul Hanis Binti Nor Zaidi C19A0659
[email protected]

Abstrak

Motion graphic atau dikenali sebagai grafik gerak merupakan sumber penceritaan yang hebat menggabungkan animasi dan reka
bentuk grafik, memandangkan reka bentuk animasi bukan menggunakan elemen visual ringkas seperti teks, bentuk atau imej
tetapi juga melibatkan reseptor auditori bagi menyampaikan idea yang boleh diingati oleh penonton berbanding gambar statik.
Grafik Gerakan dapat membantu menyampaikan mesej dengan cara terpantas, menarik dan menahan perhatian penonton
dengan mudah. Reka bentuk animasi yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pemasaran, dalam IT,
industri filem, Pendidikan, penjagaan kesihatan, rangkaian sosial mahupun hiburan. Salah satu syarikat yang sering
menggunakan grafik gerakan dalam mempromosikan iklan atau produk adalah syarikat makanan, solekan dan pelbagai lagi.
Berdasarkan kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana penggunaan grafik gerak dalam industri perniagaan seperti
McDonald’s, KFC, Marrybrown dan syarikat makanan segera yang lain. Objektif yang digunakan adalah untuk melihat
keberkesanan grafik gerak dalam mempromosikan pengiklanan bagi syarikat McDonald’s dengan konten yang unik dan menarik
sehingga mendapat perhatian daripada pelanggan. Dalam mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan sumber dapatan
dengan kaedah pemerhatian menerusi media sosial seperti laman sesawang, poster, banner dan YouTube serta borang selidik
untuk masyarakat umum. Oleh itu, pengkaji akan menambah baik dengan membaharui cara pengiklanan yang lebih berinformasi
dan kreatif serta mencadangkan pengiklanan grafik gerak yang lebih efektif dalam bidang makanan.

Kata Kunci: Grafik Gerak (Motion Graphics), Industri Makanan, Pengiklanan, Mcdonald’s

PENGENALAN

Pada era globalisasi dimana sains dan teknologi berkembang maju, motion graphic adalah imej bergerak atau
perubahan dari masa ke masa. Motion graphic boleh digunakan dalam penyampaian mesej untuk perniagaan, pendidikan dan
bidang-bidang perubatan. Motion graphic terdiri daripada fotografi, ilustrasi, tipografi, pictogram dan ikon, komunikasi visual dan
reka bentuk. Motion graphic yang menggunakan video atau teknologi animasi untuk mewujudkan ilustrasi pergerakan atau
penampilan yang berubah. Motion graphic biasanya digabungkan dengan audio untuk digunakan dalam projek-projek multimedia
menjadikan video tersebut menarik. Penggunaan teknik motion graphic merupakan sesuatu yang dinamik dan ia memberikan
kehidupan kepada kata-kata dan imej. Teknik ini berkaitan dengan teks, grafik, atau gabungan kedua-duanya yang bergerak
dalam ruang dan masa dan menggunakan irama serta pergerakan untuk komunikasi.

Tujuan video motion graphic adalah untuk berkomunikasi, penjenamaan produk, penceritaan dan sebagai hiburan.
Alat-alat untuk pergerakan reka bentuk grafik adalah antara yang sempurna yang telah wujud pada zaman dahulu. Program
penyuntingan video kini mempunyai pelbagai alat untuk diolah bagi penyampaian video grafik yang lebih meluas. Ia tidak
tertumpu pada motion graphic sahaja, malah dalam bidang animasi, laman sesawang dan komunikasi visual. (Chris “Ace” Gates,
January 29, 2014).

Elemen yang dipilih dalam kajian ini ialah pengiklanan motion grafik pada restoran makanan McDonalds yang bertujuan
untuk diperkenalkan kepada masyarakat. Oleh itu, pembangunan motion graphic yang dihasilkan ini akan perkenalkan promosi
makanan McDonald’s sebagai kandungan.

PENYATAAN MASALAH

Grafik gerak (motion graphic) ini telah banyak dihasilkan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat dan
orang awam tentang produk atau perkhidmatan. Namun terdapat beberapa permasalahan yang dikenalpasti antaranya motion
graphics dalam pengiklanan di Malaysia tidak banyak dihasilkan berbanding di luar negara. Hal ini demikian kerana tumpuan
atau pandangan asal masyarakat adalah berbentuk formal yang telah menjadi kebiasaan dalam penerbitan. Penghasilan
pengiklanan untuk industri perniagaan dan restoran makanan McDonald’s ini kurang ditonton kerana pengeluaran pengiklanan
hanya pada menu baharu dan dalam jangka yang pendek.

180

Secara amnya, pengeluaran pengiklanan ini sering dikeluarkan apabila syarikat McDonald’s mengeluarkan produk
baru serta berlakunya musim perayaan seperti Raya Aidil Fitri, Chinese New Year dan sebagainya. Selain itu, pengiklanan
McDonald’s ini sering dikeluarkan dalam bentuk cerita pendek (short story) pada pengiklanan televisyen dan aplikasi youtube
serta pengiklanan cetak pada surat akhbar, majalah poster dan sebagainya. Kebanyakan video pengiklanan yang dihasilkan
dalam bentuk formal dan untuk menambahkan gaya persembahan lebih menarik, sesetengah produksi dan penerbitan akan
menghasilkan video gaya imaginasi dengan kualiti gambar yang tinggi dengan kecanggihan pembangunan teknologi komputer
dapat menghasilkan video yang berkualiti dan dinamik namun motion graphics kurang diberikan perhatian.

KEPENTINGAN KAJIAN

Untuk melihat keberkesanan pengiklanan dalam bentuk motion graphic yang mengubah atau memanipulasikan konsep
video pengiklanan pada masa kini terutamanya di Malaysia. Oleh itu, industri animasi dalam Malaysia dapat disanjungi.

Pemilihan syarikat McDonald’s sebagai salah satu cara untuk menaikkan lagi industri perniagaan dalam perkhidmatan
dan makan seperti Starbucks, KFC, Pizza Hut, Burger King dan sebagainya dengan produk berkualiti dan perkhidmatan yang
cepat, murah serta mudah didapati. Terdapat pelbagai kesan yang dikenalpasti apabila grafik gerak (motion graphic)
diperkenalkan dan diterapkan dalam menghasilkan pengiklanan antaranya.

Implikasi kepada individu terhadap menghasilan video pengiklanan ini, individu akan lebih memahami kaedah
menghasilan video pengiklanan berbentuk motion graphic yang tidak dihasilkan oleh syarikat-syarikat lain. Selain itu, ia juga
memberi implikasi kepada industri dimana ia akan meningkatkan kesan reka bentuk gerakan di web dan merentasi media sosial.
Hal ini kerana, motion graphic memberikan kesan halus menjadikan teks dan foto lebih interaktif dan industri animasi di Malaysia
akan lebih maju dan disanjungi oleh kekreatifan menghasilkan pengiklanan. Manakala kesan kepada masyarakat adalah
masyarakat akan lebih peka dan tertarik terhadap pengiklanan unsur motion graphic yang lebih menarik.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kuantitatif

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah kuantitatif sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang
selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Setiap bahagian secara amnya akan menyoal isu
pengetahuan responden tentang grafik gerak. Item skala likert digunakan untuk menyiasat kenyataan responden. Borang ini
telah diedarkan melalui cara Google Form kepada empat puluh (40) orang responden. Oleh itu, kajian instrument telah di struktur
dalam bentuk soalan 5 point. Skala 1 “Sangat Tidak Setuju”, skala 2 menunjukkan “Tidak Setuju”, skala 3 “Tidak Pasti”, manakala
skala 4 menunjukkan “Setuju” dan skala 5 adalah “Sangat Setuju”. Hasil kajian ini mendapati kebanyakkan responden
menyokong bahawa grafik gerak ini memberikan keberkesanan dalam mempromosikan pengiklanan McDonald’s.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah membuat temu bual yang dijalankan terhadap pakar motion graphic yang berkhidmat di syarikat RGBA
Studio. Temu bual yang dijalankan adalah untuk membincangkan tentang isu yang berkaitan dengan penggunaan motion graphic
sebagai medium penyampaian. Menurut beliau, penggunaan motion graphic ini sangat sesuai dan satu idea yang kreatif apabila
melibatkan maklumat yang melibatkan 3 teknik iaitu penglihatan, pendengaran dan bunyi.

Penyelidikan Internet

Proses penyelidikan melibatkan sumber media elektronik dengan melayari laman-laman yang berkaitan produksi
penghasilan motion graphic. Kebanyakan produksi menghasilkan motion graphic dalam pengiklanan yang menawarkan
perkhidmatan pengiklanan produk. Pengiklanan motion graphic ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap syarikat
tertentu kerana kepercayaan pelanggan terletak kepada periklanan atau promosi yang dijalankan.

181

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Data yang dikumpul akan direkodkan dan dianalisis. Setelah mengumpul data daripada kajian maka akan dihuraikan

secara teliti tentang maklumat yang diperolehi untuk mengenalpasti komponen data. Kaedah ini adalah salah satu alternatif
dalam mengkaji data semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Proses data amat penting bagi memastikan data yang
diperolehi adalah tepat (Coakes dan Steed, 1999). Selain itu, pengkaji tidak mampu untuk mendapatkan data yang tepat dan
padat sekiranya melakukan kajian secara meluas dan terperinci. Oleh itu, bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat
dan padat serta boleh dipercayai, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada skop yang lebih kecil.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik. Boring
selidik yang telah mendapat kira-kira empat puluh (40) orang responden. Hasil kajian mendapati kebanyakkan menyokong
bahawa keberkesanan grafik gerak (motion graphic) pada pengiklanan ini membuktikan perkembangan dalam penghasilan
motion graphic semakin memberangsangkan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan

Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa keberkesanan grafik gerak bagi mempromosikan pengiklanan
McDonalds. Melalui kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dan syarikat dalam penggunaan dan keistimewaan
grafik gerak (motion graphic) dalam pengiklanan. Selain itu, pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat terhadap pengiklanan motion graphic.
CADANGAN

1. Membuat tayangan motion graphic papan tanda LED kawasan berpusat seperti pusat bandar dan bertujuan
untuk memberikan maklumat kepada masyarakat lain sebagai sudut info atau mempromosikan pengiklanan
yang senang diperolehi.

2. Motion graphic merupakan medium penyampaian yang dipilih maklumat masa kini yang sering berubah.
Bagi memberikan tarikan kepada penonton, ia memerlukan idea yang kreatif untuk menyampaikan maklumat
dari sudut pergerakan yang senang dilihat dan menaikkan semangat penonton membeli.

3. Generasi baru yang mahir dalam bidang motion graphic di masa akan datang bagi memperoleh tenaga kerja
yang mahir untuk menjana pendapatan ekonomi negara dengan menghasilkan produk yang lebih kreatif.
Perkembangan semasa telah melahirkan pelbagai produk berkualiti dan kemahiran bagi menghasilkan
produk yang bersesuaian dengan permintaan pasaran.

Rujukan
Betancourt, M. (2020). The history of motion graphics. Wildside Press LLC.
Curran, S. (2000). Motion graphics: graphic design for broadcast and film. Rockport Publishers.
Mollick, E. (2014). The dynamics of crowdfunding: An exploratory study. Journal of business venturing, 29(1), 1-16.
Schlittler, J. P. A. (2015). Motion graphics and animation. Animation Studies, Valência (CA/USA), 10.

182

KEBERKESANAN PENGIKLANAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM KALANGAN RAKYAT DI MALAYSIA

Nurul Husna BintI Mat Rosid
[email protected]

Abstrak

Pengiklanan adalah suatu bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada
kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosikan, memperkenalkan, dan meningkatkan atau melariskan sesuatu produk
dan perkhidmatan. Isu keselamatan jalan raya telah menjadi masalah sosial pada masa kini. Kehilangan nyawa manusia dalam
kalangan pengguna jalan raya merupakan kehilangan yang besar dalam perolehan sumber manusia di samping kerosakkan dan
kerugian harta benda. Justeru, soal keselamatan merupakan isu sosial yang paling kerap diiklankan. Jelaslah bahawa, dalam
mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya kemalangan di kalangan pengguna jalan raya adalah penting
dengan mengambil strategi-strategi kempen keselamatan jalan raya yang sesuai dengan membuat pelbagai pengiklanan bagi
menangani masalah tersebut. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu pengkaji membuat pemerhatian
melalui soal selidik google form yang telah dilakukan kepada 20 orang masyarakat. Maklumat yang telah diperoleh akan dijadikan
dalam bentuk data kualitatif dan akan dihuraikan. Terdapat pengiklanan yang dihasilkan adalah tidak menarik, kurang
pendedahan kepada masyarakat dan iklan yang tiada sambutan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji
keberkesanan pengiklanan pada kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pengkaji
mencadangkan untuk membuat kempen pengiklanan yang terbaru tentang keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran
kepada mereka sekali gus akan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kesimpulannya, pihak berkuasa perlu memainkan
peranan penting tentang keselamatan jalan raya. Pengiklanan yang baik mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar
lebih berhemat.

Kata Kunci: Keberkesanan, Pengiklanan, Keselamatan Jalan Raya, Kempen

PENGENALAN

Keselamatan jalan raya merupakan satu isu penting bagi memastikan kelestarian kehidupan penduduk di Malaysia
agar dapat dikekalkan dan berdaya saing. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat sopan, lemah lembut, ramah
mesra dan budi pekertinya yang tinggi namun tingkah laku apabila mereka mula menggunakan jalan raya, sifat mereka bertukar
menjadi agresif, kurang ajar dan tidak bertimbang rasa. Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama itu adalah
slogan sejak dulu lagi. Keselamatan lebih merupakan suatu konsep undang-undang daripada tingkah laku.Kempen bermaksud
segala usaha ataupun kegiatan dan segala Tindakan yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan
rayuan untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu.

Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi kerana ia mempunyai sifat pemberitahuan tentang pelbagai aktiviti
pemasaran. Kebiasaannya komunikasi pengiklanan adalah dalam sifat persembahan bagi mempromosikan idea, barangan,
perkhidmatan dan sebagainya. Pengiklanan boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Antaranya untuk memperkenal barangan
syarikat, menyampaikan maklumat, mempromosikan dan sebagainya. Pengiklanan juga bermaksud suatu bentuk pemberitahuan
atau sama ada promosi kepada orang ramai berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan samada
menggunakan rangkaian media massa atau media cetak.

Fungsi pengiklanan ini untuk menyampaikan maklumat kepada audien. Maklumat daripada iklan yang ringkas serta
mudah dipahami. Iklan boleh dipelbagaikan dalam banyak cara. Antaranya iklan video, iklan papan tanda, dan sebagainya. Iklan
kebiasaannya terdapat pada media massa. Contohnya, iklan melalui Youtube, radio, televisyen dan sebagainya.

Menurut pakar pengiklanan antarabangsa David Ogilvy, pengiklanan adalah alat untuk mempromosi atau
menyampaikan mesej sesuatu produk. Sekiranya pengiklanan ini bertujuan sebagai menyampai mesej jualan, pihak pengiklanan
perlu menjadi penjual. Pengiklanan mempunyai banyak teknik dalam penyampaian. Dengan ini pengiklanan boleh disampaikan
dengan pelbagai cara untuk mempengaruhi orang ramai.

183

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian pengiklanan kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat Malaysia melibatkan tiga objektif yang
menyokong pengkaji untuk membuat kajian. Objektif ini bertujuan untuk mencapai tahap pemahaman yang tinggi terhadap kajian
yang dijalankan oleh pengkaji

Antara objektif tersebut ialah:

1. Menganalisis keberkesanan pengiklanan kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat Malaysia.
2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan pengiklanan keselamatan jalan raya. 3. Untuk
memahami fungsi utama iklan kempen keselamatan jalan raya kepada rakyat Malaysia

PENYATAAN MASALAH

Zaman penggunaan teknologi maklumat yang semakin canggih dan berkembang pesat di Malaysia pelbagai kaedah
penyampaian maklumat dan pengiklanan kepada orang ramai. Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, fokus permasalahan yang
diperolehi dalam kajian pengiklanan ini adalah iklan Youtube tentang keselamatan jalan raya kurang menarik dan penyampaian
maklumat yang kurang tepat. Iklan yang ditayangkan juga kurang memberi pendedahan kepada masyarakat tentang
keselamatan jalan raya. Iklan yang sedia ada ini terlalu ringkas dan tiada matlamat utama dalam membuat iklan. Masyarakat
sekarang kurang mengetahui tentang pengiklanan keselamatan jalan raya. Kebanyakkan mereka lebih menggemari melayari
aplikasi sosial seperti Tik Tok, Instagram, Whatsapp dan sebagainya yang kandungan tidak berkaitan dengan iklan keselamatan
jalan raya. Oleh itu, iklan yang disiarkan melalui Youtube tiada sambutan oleh kalangan masyarakat.

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk:

1. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kempen pengiklanan keselamatan jalan raya.
2. Memberi kesedaran kepada masyarakat tenteng kepentingan kempen pengiklanan keselamatan jalan raya.
3. Memberitahu tentang kaedah pengiklanan yang terbaik berkaitan keselamatan jalan raya.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kuantitatif

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara bagi mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan segala data maklumat tentang kajian ini. Oleh hal yang demikian, kaedah ini
sangat membantu pengkaji dalam mendapatkan setiap maklumat dan data secara menyeluruh. Pengkaji telah menyediakan
sebanyak lima (5) soalan di dalam borang soal selidik. Soalan yang ditanya adalah mengenai keberkesanan pengiklanan kempen
keselamatan jalan raya. Pengkaji telah menggunakan kaedah google form secara dalam talian untuk mendapatkan maklumat
bagi menjalankan bahagian analisis data. Borang ini telah disediakan dan diagihkan secara atas talian melalui aplikasi whatsapp
bagi memudahkan responden untuk menerima soalan-soalan yang disediakan.

Kaedah pengumpulan data

Pengkaji telah merujuk kepada beberapa jurnal yang bertajuk berkaitan dengan pengiklanan kempen keselamatan
jalan raya untuk mendapatkan hasil kaedah. Hasilnya pengkaji telah mengenal pasti pelbagai teknik dalam pengiklanan kempen
keselamatan jalan raya yang berkesan. Kaedah soal selidik adalah salah satu kajian yang utama dalam pengumpulan maklumat
dan data. Pengkaji menyediakan borang soal selidik yang mempunyai lima (5) soalan dan seramai dua sepuluh (20 orang
responden).

184

Kaedah Kualitatif

Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah pemerhatian. Bagi kaedah ini pula pengkaji akan memerhati
setiap iklan keselamatan jalan raya dalam Youtube yang sedia ada. Tujuannya adalah untuk memahami dan mengenalpasti
setiap iklan yang ditunjukkan dalam Youtube. Membuat pemerhatian pada internet terutama dalam Youtube berkaitan iklan
keselamatan jalan raya dari pelbagai cara dan kaedah dalam penyampaian iklan kepada orang ramai dengan ringkas, mudah
dan padat serta mudah difahami oleh orang ramai.

Kaedah sekunder pula merupakan kaedah yang berdasarkan dari sumber rujukan sebagai contoh, jurnal, buku rujukan
dan forum dalam mengkaji keberkesanan kempen pengiklanan keselamatan jalan raya. Selain itu, maklumat juga diperolehi
melalui pembacaan seperti jurnal, artikel akhbar, tesis, majalah, risalah dan sebagainya.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik, pengkaji telah mendapat maklum balas yang bermanfaat dari responden
yang menjawab soalan soal selidik melalui kaedah google form ini. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik. Iaitu bahagian A
tentang maklumat diri responden dan bahagian B pula tentang kefahaman pengiklanan oleh responden. Pengkaji membuat
soalan soal selidik yang merangkumi seramai 20 orang responden semua terdiri dari umur 21 hingga 30 tahun. Pengkaji membuat
kajian ini secara menyeluruh untuk mendapatkan maklumat responden yang pelbagai umur serta pelbagai dari segi pekerjaan.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 20 orang responden telah memberi sebuah jawapan yang amat
membantu pengkaji dalam merealisasikan matlamat utama kajian ini. Hasil kajian telah menunjukkan para responden bersetuju
bahawa pengiklanan kempen keselamatan jalan raya yang telah sedia ada mampu menyampaikan maklumat tentang
keselamatan jalan raya.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta dirumuskan.
Kajian ini dijalankan dengan berlandaskan pada objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Kajian ini juga dilakukan untuk
mengetahui tentang keberkesanan kempen pengiklanan keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat di Malaysia.Pengiklanan
merupakan perkara yang penting pada masa kini. Pengiklanan ini berfungsi untuk menyampaikan pesanan ringkas dan maklumat
kepada orang ramai. Melalui pengiklanan lebih mudah dalam penyampaian maklumat dengan ringkas serta padat kepada orang
ramai. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengiklanan kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan rakyat di
Malaysia.

CADANGAN

Berikut adalah merupakan beberapa cadangan yang dikenalpasti bagi mencapai objektif kajian ini:

1. Pihak berkuasa perlu memperbanyakkan lagi pengiklanan kempen keselamatan jalan raya kepada rakyat di
Malaysia.

2. Menganjurkan pengiklanan keselamatan jalan mengikut perkembangan terkini agar lebih menarik.
3. Mencadangkan kaedah pengiklanan yang terbaik untuk keberkesanan isu keselamatan jalan raya dalam

kalangan rakyat di Malaysia.

185

RUJUKAN
Jurnal
Abd Rahim, M. H. (2009). Pengiklanan Islami: Penjanaan konsep dan pelaksanaan. Jurnal Melayu, 4,

59-72. https://core.ac.uk/download/pdf/11492008.pdf
Gani, M. A., & dengan Kepujian, S. M. S. G. (2008). Kajian Strategi Pengiklanan Bandar Raya

Peranginan Miri (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia Sarawak).
https://ir.unimas.my/id/eprint/15362/1/Kajian%20strategi%20pengiklanan%20Bandar%20Raya%20peranginan%20Mi
ri%20(24%20pages).pdf
Rahim, M. H. A., Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. Pengiklanan strategik: jenama global di
Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 25, 32
41. https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/4064282/1-with-cover-page-v2.pdf?Expires.
Marzuki, M., & Ishak, A. J. (2006). Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar
sekolah: kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim. https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1831_1831.pdf.
NUR HEZREN OTHMAN. Papan Iklan Luar dan Pemilihan Sosial: Kajian Kes Papan Iklan di
Lebuhraya elite Xxpress E608 http://journalarticle.ukm.my/16118/1/39578-144026-1-PB.pdf.
Othman, N. H., Baharuddin, S. A., & Hassan, B. R. A. (2020). Papan iklan luar dan pemilihan sosial:
Kajian kes papan iklan di Lebuhraya Elite Expressway E608. Jurnal Komunikasi, 36(4),
258.https://www.researchgate.net/profile/AbShamsul/publication/348557322_Papan_Iklan_Luar_dan_Pemilihan_Sos
ial_Kajian_Kes_Papan_Iklan_di_Lebuhraya_Elite_Expressway_E608/links/608fc29f299bf1ad8d72ae54/Papan-Iklan-
Luar-dan-Pemilihan-Sosial-Kajian-Kes-Papan-Iklan-di-Lebuhraya-Elite-Expressway-E608.pdf.
Website
https://etd.uum.edu.my/1195/2/1.HASLIDA_BT._ISMAIL.pdf
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/10/langkah-keselamatan-jalan-raya/
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/326588/ambil-berat-aspek-keselamatan-di-jalan-raya

186

PENGARUH MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIA PROMOSI PADA MASA KINI DI MALAYSIA

Rabi Atun Adalwiyah Binti Samsudin
[email protected]

ABSTRAK

Media sosial merupakan alat interaksi yang boleh menarik perhatian orang lain untuk melihat dan mengenal pasti maklumat
sesuatu perkara. Media sosial telah menjadi “trend” dan medium untuk mempromosi barang jualan dan elemen pemasaran yang
berkaitan dengan perniagaan. Media sosial menjadi medium pemasaran yang paling mudah dan murah pada masa kini. Menurut
Morrisan (2007), komunikasi merupakan medium untuk menjadikan seluruh kegiatan pemasaran atau promosi perusahaan dapat
menghasilkan keluaran yang konsisten bagi perniagaan. Tujuan kajian ini adalah mengenai pengaruh media sosial sebagai
media promosi pada masa kini di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif kajian iaitu, untuk mengkaji
keberkesanan peranan media sosial sebagai platform pemasaran di Malaysia. Objektif kedua adalah, untuk mengenal pasti
kepelbagaian jenis platform media sosial yang sedia ada dan objektif ketiga adalah mencadangkan penggunaan media sosial
sebagai media promosi bagi produk perusahan yang ada di Malaysia. Dalam kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa
permasalahan yang dihadapi iaitu kebanyakan usahawan di Malaysia tidak diberi pendedahan dalam menggunakan media sosial
sebagai platform pemasaran pada masa kini serta kurang mendapat sokongan dan perhatian daripada masyarakat. Cadangan
yang dikemukan selaras dengan permasalahan kajian yang dihadapi iaitu memberi pendedahan kepada usahawan di Malaysia
tentang keberkesanan media sosial sebagai media promosi pada masa kini. Cadangan yang kedua adalah, memperbanyakkan
kelas-kelas yang berkaitan dengan strategi pemasaran yang betul menggunakan platform media sosial. Tambahan lagi, kaedah
kuantitatif juga digunakan bagi menjayakan kajian ini seperti kaedah pemerhatian dan kaedah soal selidik daripada maklum balas
orang awam dan juga pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, kaedah lain adalah dengan membuat pencarian maklumat
dan kajian. Pada akhir kajian ini, pengkaji berharap agar dapat membantu usahawan di Malaysia untuk menggunakan aplikasi
media sosial ini dengan lebih efektif dan efisyen agar dapat meningkatkan jualan produk. Media ini boleh membantu dalam
meningkatkan usaha pemasaran, perhubungan awam, publisiti, dan lain-lain bentuk komunikasi luaran.

KATA KUNCI: Media Sosial, Promosi, Komunikasi

PENGENALAN

Senario hari ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan.
Perkembangan dunia yang dinamis dan terus menunjukkan kemajuan begitu pesat dalam segala aspek bidang kehidupan seperti
pada era sekarang yang disebut sebagai era moden telah banyak menyebabkan perubahan-perubahan sosial yang terjadi
dikalangan masyarakat. Dengan kemunculan pelbagai aplikasi media sosial ini menimbulkan peluang bagi masyarakat dalam
melakukan suatu usaha. Usahawan juga mulai menggunakan media sosial sebagai salah satu sarana untuk menarik perhatian
masyarakat untuk membeli produk yang ditawarkan melalui media sosial.

Media sosial merupakan alat interaksi yang boleh menarik perhatian orang lain untuk melihat dan mengenal pasti
maklumat sesuatu perkara. Melalui penggunaan media sosial ini, pembentukan hubungan perniagaan dengan pelbagai pihak
dari keluarga, rakan, pelanggan, atau ejen harus terjalin untuk menambahkan lagi rangkaian dalam usaha mempromosi
pemasaran dalam medium ini. Menurut hujah oleh beberapa pengkaji dalam bidang keusahawanan, tingkah laku inovatif oleh
usahawan dalam membentuk hubungan sosial yang baik dengan pelbagai pihak berkepentingan yang berkenaan telah dapat
membina reputasi perniagaan yang baik yang selanjutnya mempengaruhi kejayaan usahawan (Baron & Markman, 2000).

Melalui penggunaan media sosial ini, pembentukan hubungan perniagaan dengan pelbagai pihak dari keluarga, rakan,
pelanggan, atau agen harus terjalin untuk menambahkan lagi rangkaian dalam usaha mempromosi pemasaran dalam medium
ini. Menurut hujah oleh beberapa pengkaji dalam bidang keusahawanan, tingkah laku inovatif oleh usahawan dalam membentuk
hubungan sosial yang baik dengan pelbagai pihak berkepentingan yang berkenaan telah dapat membina reputasi perniagaan
yang baik yang selanjutnya mempengaruhi kejayaan usahawan (Baron & Markman, 2000). Selain itu, ia juga menegaskan
bahawa hubungan jaringan sosial adalah suatu hal yang penting dalam keusahawanan kerana ianya dapat meluaskan
pemasaran produk yang ditawarkan.

187

Hubungan sosial turut dianggap penting dalam keusahawanan dalam talian terutama dari segi pembentukan reputasi
perniagaan yang baik dan hubungan perniagaan yang memanfaatkan dengan ejen perniagaan (Sabater & Sierra, 2002). Oleh
itu, media sosial juga merupakan salah satu alat penting untuk meningkatkan lagi perniagaan. Media sosial merupakan pembekal
maklumat kepada seseorang individu manusia tanpa memerlukan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Tambahan,
platform ini merupakan medium yang relevan untuk mempromosi dan menyebarkan maklumat terutamanya kepada
penyampaian maklumat produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Teknologi maklumat dan komunikasi seperti media sosial
mampu menjadikan komuniti masyarakat termasuk bandar dan luar bandar dengan kualiti maklumat yang sama.

PERNYATAAN MASALAH

Media sosial juga salah satu alat penting untuk meningkatkan lagi perniagaan. Promosi secara atas talian
menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam
bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pernyataan ini disokong oleh Morgan et al. (2006) di dalam kajian mereka
menyatakan teknologi dan kemudahan yang disediakan menggunakan teknologi maklumat untuk memperkasakan sesebuah
perniagaan adalah sia-sia jika penguasaan dan kebolehupayaan mengurus-kan teknologi maklumat dan komunikasi berada
pada tahap yang lemah. Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya
membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti (Erdog-mus & Cicek,
2012).

Penggunaan platform dalam talian di kalangan usahawan di Malaysia semakin popular dan menjadi kaedah
pemasaran yang wajib digunakan bagi mempromosi produk. Tambahan, usahawan di Malaysia kini semakin mendapat tempat
di dalam negara dan berusaha untuk memulakan perniagaan global di luar negara. Ini ditegaskan lagi oleh (Hennig-Thurau et
al., 2004) bahawa kemunculan pelbagai media sosial pada masa kini juga telah mengubah cara para penjual dan pembeli
berkomunikasi serta berhubungan antara satu sama lain.

Antara pernyataan masalah dalam kajian yang dikaji oleh pengkaji adalah kebanyakan usahawan di Malaysia tidak
diberi pendedahan dalam menggunakan media sosial sebagai media promosi pada masa kini. Hal ini kerana, hanya 16 peratus
sahaja profesional di dalam organisasi usahawan di Malaysia mengukur keberkesanan penggunaan media sosial sebagai alat
promosi mereka (Evans, 2010). Ini menyebabkan mereka tidak dapat menilai sejauh mana pemerkasaan penggunaan media
sosial dapat membantu perspektif pemasaran dalam mempromosi perusahaan produk mereka. Evans (2010) menambah,
sesebuah organisasi itu perlu menguji dan menetapkan piawaian pengukuran keberkesanan penggunaan media sosial. Ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat keperluan satu ukuran keberkesanan penggunaan media sosial menerusi garis panduan yang
dapat membantu usahawan di Malaysia untuk menggunakan aplikasi media sosial ini dengan lebih efektif dan efisien.
Penggunaan media sosial merupakan media promosi yang relevan kepada usahawan pada masa kini untuk mengembangkan
lagi aktiviti perniagaan mereka.

Selain itu, pengaruh media sosial sebagai media promosi juga kurang mendapat perhatian dan sokongan daripada
masyarakat. Ini kerana, usahawan di Malaysia tidak diberi pendedahan mengenai manfaat menggunakan media sosial sebagai
media promosi bagi produk perusahaan mereka. Umum mengetahui bahawa, penggunaan media sosial dapat membentuk
hubungan satu sama lain bersama pelanggan di mana jua pada bila-bila masa menerusi platform media sosial ini. Media sosial
dapat menghubungkan pelanggan dan usahawan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk dua hala. Ini
menyokong kepada peningkatan hubungan di antara kedua-dua pihak dalam situasi menang menang. Secara tidak langsung,
ia juga dapat memberikan kesan yang efisien kepada keberkesanan media sosial sebagai media promosi dan perniagaan yang
unggul.

METODOLOGI KAJIAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian
untuk menjelaskan perkaitan antara objektif kajian yang dilaksanakan. Kaedah kajian adalah penting supaya penyelidikan
mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian.

188

Kaedah Kuantitatif

Pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat kajian. Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk
kajian yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh
dirangka dengan mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan
responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Oleh itu, kaedah ini akan membantu
pengkaji untuk mendapatkan data secara meluas. Soalan soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian terbahagi
kepada bahagian A, B, C dan D. Pada bahagian A adalah mengenai latar belakang responden antara soalan yang terkandung
adalah status, jantina, umur, dan bangsa. Manakala bahagian B pula, terdapat empat soalan mengenai pengetahuan responden
mengenai media sosial. Pada bahagian C, terdapat lima soalan iaitu mengkaji tahap keberkesanan peranan media sosial
sebagai media promosi di Malaysia dan pada bahagian D adalah soalan mengenai cadangan responden berkaitan dengan isu
ini. Penyelidik menggunakan teknologi “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui
atas talian. Responden adalah daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan dan orang awam.

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji telah membuat pencarian maklumat dan kajian berkaitan dengan media sosial sebagai media sosial pada
masa kini di Malaysia. Hasilnya pengkaji dapat mengetahui dengan lebih meluas berkaitan tersebut. Selain itu, kaedah soal
selidik juga menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpulkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal
selidik yang mempunyai enam belas (16) soalan dan tiga puluh dua (32) orang responden.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan. Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mendapatkan data yang
tepat dan padat sekiranya melakukan kajian secara meluas dan terperinci. Oleh itu, bagi memastikan data yang diperoleh
adalah tepat dan padat serta boleh dipercayai, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada skop yang lebih kecil.

Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan intergriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis
statistik yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian. (Shepard, 2002). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas,
ringkas dan padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data
dapat dihasilkan secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah
berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung pada kesungguhan dan
keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik. Borang soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira kira
tiga puluh dua (32) orang responden. Responden terdiri daripada maklum balas orang awam dan juga pelajar Universiti
Malaysia Kelantan. Bagi kategori di bahagian maklumat status responden seramai 23 orang pelajar, 7 orang pekerja dan 2
orang lain lain telah menjawab kajian soal selidik ini. Rata-rata dikalangan berumur 22-25 tahun ke atas.

Hasil kajian mendapati kebanyakan responden menyokong bahawa platform media sosial sebagai media promosi pada
masa kini merupakan salah satu inisiatif bagi memberi panduan kepada usahawan di Malaysia khususnya untuk
mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing. Selain itu, 90% menyokong
bahawa penggunaan media sosial merupakan media promosi yang relevan kepada usahawan pada masa kini untuk
mengembangkan lagi aktiviti perniagaan mereka. Tambahan lagi, menurut kajian soal selidik yang dijalankan seramai 32 orang
responden menyokong bagi memberi pendedahan kepada usahawan di Malaysia tentang keberkesanan media sosial sebagai
media promosi pada masa kini contohnya, melalui program seminar usahawan dan memperbanyakkan kelas-kelas yang
berkaitan dengan strategi pemasaran melalui media promosi yang betul menggunakan platform media.

189

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan

Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta dirumuskan.
Kajian ini dijalankan dengan berlandaskan pada objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan bagi
mengetahui keberkesanan dan pengaruh media sosial sebagai media promosi kepada usahawan di Malaysia. Perkara ini selari
dengan tajuk kajian yang dikaji oleh pengkaji.
Rumusan

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa platform media sosial sebagai media promosi pada masa kini
merupakan salah satu inisiatif bagi memberi panduan kepada usahawan di Malaysia khususnya untuk mengoptimumkan
penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing. Berdasarkan kajian ini juga, dapat membantu
para usahawan menjangkau masa depan perniagaan mereka dengan lebih efektif dan efisien dengan memberikan langkah
penelitian yang lebih teratur dalam membuat perancangan hala tuju perniagaan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan
di Malaysia dalam meningkatkan tahap pengetahuan dengan lebih jelas serta dapat membuka minda dengan lebih luas berkaitan
dengan media promosi di media sosial. Pendekatan platform media sosial sebagai media promosi menjadi fenomena dan penting
kepada persekitaran perniagaan. Oleh sebab itu, kehadiran dan kewujudan organisasi dalam platform media sosial sebenarnya
adalah suatu keperluan dalam era digital ini kerana ini memberikan peluang kepada mereka untuk berhubungan lebih dekat
dengan khalayak. Malah, media sosial dapat membantu dalam meningkatkan usaha pemasaran, perhubungan awam, publisiti,
dan lain-lain bentuk komunikasi luaran.

Media sosial hari ini bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang jauh, malah ia membawa informasi
yang menarik. Informasi boleh datang dari sudut intelek ataupun perniagaan malah tentang kesihatan juga. Perniagaan hari ini
sangat mudah untuk dijalankan dengan tanpa alasan lagi. Semua kemudahan sudah tersedia di depan mata. Kemudahan
teknologi hari ini membantu usahawan di Malaysia untuk keluar dari pasaran kecil mereka dan mampu membawa nama
perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Usahawan di Malaysia pada hari ini hendaklah bijak membuat pilihan yang bijak serta
menjimatkan kos dalam aktiviti pemasaran yang boleh mendapatkan sambutan dan kesedaran kepada sasaran yang diinginkan.
Usahawan kini juga mampu menjadi usahawan yang disegani dan dihormati sekiranya penyusunan dan pengawalan perniagaan
dilakukan dengan bijak dan teratur. Sesebuah perniagaan hari ini mestilah menggunakan teknologi yang mengikuti trend untuk
menjadi syarikat yang mampu berdaya saing.

190


Click to View FlipBook Version