PERUBAHAN ILUSTRASI DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 3 SEPANJANG TAHUN 1999 HINGGA KINI
Anuar Bin Moh Nakir
[email protected]
Abstrak
Kertas ini membincangkan ilustrasi yang diguna pakai dalam buku teks Bahasa Malaysia terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk sekolah rendah di Malaysia yang digunakan oleh pelajar tahun tiga sepanjang tahun 1999 hingga kini. Sasaran penyelidikan
ini ialah untuk melihat elemen dan jenis grafik yang digunakan di dalam buku teks pada zaman pra-desktop. Dalam tatacara
mengumpul maklumat dan data, kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian pustaka. Kandungan ilustrasi yang diguna
pakai dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Laporan hasil kajian meliputi aspek ilustrasi pada kulit buku, ilustrasi
permulaan dalam setiap bab dan ilustrasi di bahagian bab latihan. Dapatan kajian memberi gambaran bahawa penggunaan
ilustrasi menunjukkan kekerapan tertinggi pada buku terbitan terkini berbanding buku terbitan 1999 lebih banyak menggunakan
elemen garisan. Buku terbitan terkini yang menggunakan pelbagai jenis persembahan grafik seperti lukisan, lakaran, gambar foto
dan komik.
Kata Kunci: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3, Ilustrasi, Pelajar Tahun 3, Grafik
PENGENALAN
Buku merupakan salah satu sumber penyebaran ilmu. Penyebaran ilmu yang berkesan memerlukan penerbitan buku-
buku yang mantap dan mampu menyampaikan maklumat kepada setiap setiap pembacanya. Sebagai salah satu medium
penyampaian maklumat, buku yang dihasilkan harus berkualiti dan menepati kehendak pasaran. Buku juga dikatakan sebagai
sumber pembelajaran utama dalam pendidikan awal untuk kanak-kanak (Mahzan Arshad, 2007). Bertitik tolak dengan kesedaran
betapa pentingnya buku di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, penyelidik memilih untuk menjalankan penyelidikan
mengenai buku dan tumpuan difokuskan kepada ilustrasi di dalam buku teks sekolah.
Melalui bab ini, penyelidik akan membincangkan antaranya mengenai latar belakang kajian dari segi visual dan ilustrasi
serta kepentingannya dalam pembacaan buku serta menyentuh secara sedikit mengenai penggunaan buku teks di sekolah, diikuti
dengan pernyataan masalah, objektif, persoalan, skop dan kepentingan kajian yang dijalankan. Dalam penerbitan buku untuk
kanak-kanak, antara faktor penting yang selalu dilihat ialah dari segi visual dan ilustrasinya. Sudah menjadi lumrah kanak-kanak
sememangnya mereka akan lebih tertarik untuk membaca sekiranya bahan tersebut disertakan dengan gambar daripada teks
yang kosong. Apabila melihat dari konteks kanak-kanak, setiap ilustrasi yang disampaikan harus sesuai dengan tahap pemikiran
mereka. Sebagai bahan bantu dari aspek visual literasi, ilustrasi dalam buku juga memberi gambaran perkataan yang belum
dapat mereka fahami. Kepentingan ilustrasi memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam penghasilan buku untuk kanak-
kanak.
Ilustrasi dalam buku kanak-kanak berfungsi untuk menggambarkan dengan lebih jelas lagi tentang maklumat yang ingin
disampaikan selain menggambarkan bayangan dan gambaran awal untuk menarik perhatian mereka terhadap teks yang ditulis.
Ilustrasi juga boleh membantu kanak-kanak dari segi pemahaman, menarik minat dan mengingati isi kandungan yang
dipersembahkan (Greenhoot & Semb, 2008). Justeru, dalam penyelidikan ini, penyelidik akan meneliti penggunaan grafik dari
segi ilustrasi untuk buku kanak-kanak yang difokuskan pada buku teks untuk sekolah rendah sahaja.
LATAR BELAKANG
Grafik sangat berguna dalam proses pendidikan. Proses pembelajaran yang berkesan memerlukan elemen grafik
digunakan sebagai salah satu medium penyampaian maklumat. Antara aspek terpenting dalam penggunaan reka bentuk grafik
dalam sebuah buku adalah visual dan ilustrasi yang baik. Melalui bantuan ilustrasi yang selari dengan teks dapat memudahkan
pelajar untuk memahami teks yang ingin disampaikan kerana penggunaan ilustrasi dianggap sebagai pelengkap kepada teks
yang menerangkan makna secara visual.
41
Penyelidik merasakan betapa pentingnya kajian terhadap ilustrasi dalam buku teks sekolah kanak-kanak dijalankan
untuk melihat perubahan dan perkembangan ilustrasi yang sering digunakan untuk buku cetakan kanak-kanak. Sekiranya buku
teks yang dihasilkan kurang mengambil berat mengenai aspek visual dan ilustrasi para pelajar sekolah rendah pasti kurang
berminat sewaktu proses pembelajaran berlangsung kerana kepentingan visual dilihat sangat penting dari segi penyampaian
mesej dan membantu kefahaman para pelajar. Tambahan pula untuk menerbitkan buku teks sekolah bagi kanak-kanak,
persembahannya mestilah menarik dan tidak terhad kepada penulisan semata-mata.
Dasar Pendidikan Negara berkait rapat dengan penerbitan buku secara amnya lebih-lebih lagi mengenai kurikulum
untuk buku teks. Hal ini kerana, penghasilan buku teks sekolah adalah bergantung pada kurikulum yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan. Kaitan kurikulum dalam buku teks tidak akan dilihat kerana penyelidik hanya fokus pada aspek
visualisasinya sahaja bergantung pada kandungan dalam buku teks lepas yang telah dipilih.
PERNYATAAN MASALAH
Terdapat beberapa pernyataan masalah yang timbul sepanjang kajian ini dijalankan. Antaranya ialah:
I. Penyelidikan mengenai ilustrasi dalam buku teks dari aspek grafik dan elemen penggunaannya tidak banyak
dijalankan di negara ini.
II. Sebagai bahan pengajaran utama guru di dalam bilik darjah dan rujukan murid dalam proses pembelajaran,
buku teks berperanan menerjemahkan kehendak kurikulum ke dalam bentuk yang mudah difahami.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar sejauh mana penggunaan ilustrasi digunakan dalam penerbitan
buku-buku teks sekolah rendah pada tahun 1999. Ia diharap boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk tujuan keilmuan
mahupun bahan rekod rujukan untuk generasi akan datang. Penyelidikan ini diharap dapat membantu para penerbit buku teks
kanak-kanak sekolah rendah amnya, lebih-lebih lagi bagi buku teks yang diterbitkan untuk subjek bahasa Malaysia kerana setiap
peringkat sekolah pasti akan menggunakannya kerana subjek bahasa Malaysia merupakan mata pelajaran yang wajib di semua
sekolah. Oleh itu, sedikit sebanyak penggunaan elemen dan jenis penggunaan ilustrasi dalam buku teks bahasa kebangsaan
tidak harus dipandang remeh.
Dalam menjadikan buku teks sebagai satu perkara yang penting dan bernilai untuk dijadikan rujukan dan salah satu
khazanah perkembangan negara maka buku teks wajar didokumenkan. Peringkat perkembangan buku teks pendidikan negara
Malaysia serba sedikit mencerminkan tahap perkembangan ilustrasi yang turut berlaku dari tahun ke tahun. Diharapkan dengan
adanya kajian ini, kita dapat melihat penggunaan dan ragam ilustrasi dalam buku teks sekolah pada zaman tersebut.
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah merujuk kepada beberapa jurnal kajian terdahulu sebagai kaedah mengumpul maklumat. Hasilnya
pengkaji mengetahui bahawa ilustrasi sangatlah penting dalam buku teks bahasa Malaysia. Dengan kaedah ini, pengkaji dapat
menunjukkan perubahan ilustrasi yang digunakan dalam buku teks bahasa Malaysia tahun tiga sepanjang tahun 1999 sehingga
kini. Kajian terhadap jurnal sangatlah membantu dalam menyelesaikan tugasan ini.
Kaedah Kualitatif
Penyelidik membuat kaedah kualitatif dalam mengumpulkan maklumat. Kaedah ini sangat baik digunakan kerana dapat
membuat penyelidikan terhadap kajian lepas dan membuat pembacaan tentang artikel mengenai buku teks Bahasa Melayu tahun
tiga. Dengan kaedah ini, memudahkan lagi penyelidik untuk meneruskan kajian tersebut. (Saryono 2010) penelitian kualitatif yang
digunakan untuk menyelidik, menemukan, menggambar dan menjelaskan kualiti atau keistimewaan dari pengaruh sosial yang
tidak dapat dijelaskan atau diukur melalui kuantitatif.
42
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperoleh daripada kaedah pemerhatian
dalam internet serta memberikan gambaran sebenar sejauh mana penggunaan ilustrasi dalam penerbitan buku-buku teks sekolah
rendah. Ianya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan untuk generasi yang akan datang dan pengkaji di masa hadapan. Selain
daripada itu pengkaji juga akan menjawab apakah perubahan ilustrasi dalam buku teks bahasa Malaysia tahun tiga yang dapat
menarik minat responden untuk menelusuri kajian ini.
Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik, penggunaan buku teks yang berkualiti sangat penting.
Penggunaan ilustrasi dalam buku teks pada waktu kini dengan buku teks pada waktu dahulu menjadi tanda tanya penyelidik.
Walaupun pada zaman ini telah banyak percetakan buku secara digital yang dikatakan mampu membuat sesebuah buku itu
tampak lebih menarik dengan pelbagai jenis bentuk ilustrasi, akan tetapi penggunaan ilustrasi pada zaman sebelum era
percetakan digital mempunyai impak yang tersendiri ke atas industri pendidikan negara.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Penyelidikan ini berfokus pada penggunaan ilustrasi dalam buku teks yang memperlihatkan elemen dan jenis-jenis
ilustrasi dalam buku teks sekolah rendah pada zaman 1990- 2000 an. Dengan bermatlamat untuk mengkaji ilustrasi tersebut
dalam hubungannya dengan perkembangan dan kesedaran ilustrasi dalam kalangan masyarakat tempatan pada masa itu.
Cadangan penyelidik agar kajian ini akan diteruskan agar pengguna mengetahui tentang perubahan ilustrasi di dalam
buku teks bahasa Malaysia tahun 3. Hal ini dapat menarik minat kanak - kanak dan ibu bapa untuk mengetahui perubahan
tersebut agar dapat membandingkan buku dahulu dengan sekarang.
RUJUKAN
GREENHOOT & SEMB 2008, PEMAHAMAN ILUSTRASI KEPADA KANAK - KANAK
MAZHAN ARSYAD 2007, BUKU PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK
https://www.academia.edu/3771862/TAHAP_LITERASI_AWAL_KANAK_KANAK_PRASEKOLAH_BERDASARKAN_
TEORI_PENAMPILAN_LITERASI
PENGERTIAN GRAFIK
https://www.pengertianku.net/2015/02/pengertian-grafik-dan-contohnya-dilengkapi-jenis-jenisnya.html
PENGERTIAN ILUSTRASI DALAM BUKU KANAK - KANAK
https://ezaleila.wordpress.com/2010/02/04/buku-kanak-kanak/
SARYONO (2010: 49) PENELITIAN KUALITATIF LEBIH MENEKANKAN MAKNA
https://www.statistikian.com/2012/10/penelitian-kualitatif.html
43
PENGGUNAAN DIGITAL ILUSTRASI DALAM NON-FUNGIBLE TOKEN (NFT)
Muhammad Kusyairi Leonardo Bin Hariyanto
[email protected]
Abstrak
Sejak Kebelakangan ini, penggunaan Non-Fungible Token (NFT) menjadi satu sebutan ramai di laman sosial dunia. Hal ini kerana,
NFT adalah akronim untuk token tidak mudah alih yang dibuat melalui teknologi blockchain. Selain itu, NFT tidak wujud dalam
bentuk fizikal tetapi mewakili aset ketara dalam kapasiti digital. NFT juga adalah aset digital yang mewakili objek dunia sebenar
seperti seni, muzik, item dalam permainan dan video. Ia dibeli dan dijual dalam talian dengan menggunakan mata wang kripto
dan dikodkan dengan perisian asas yang sama seperti kebanyakan mata wang kripto. NFT menjadi popular kerana aset digital
NFT boleh dijual dengan harga yang tinggi. Tetapi, Kebanyakan masyarakat tidak mengetahui atau kurang pendedahan tentang
NFT. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan yang mendalam tentang NFT kepada masyarakat. Oleh
itu, pendedahan awal amatlah memainkan peranan penting untuk mengetahui terdapatnya kebaikan dan keburukan penggunaan
NFT. Selain itu, Kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti cara-cara untuk melakukan NFT. Kajian ini menggunakan teknik
kualitatif dalam bentuk soal selidik dan mengumpul data dalam talian yang diperlukan. Dapatan kajian telah menunjukan bahawa
penggunaan reka bentuk grafik dalam non-fungible token (NFT) adalah sangat digalakkan pada pereka grafik. Hal ini kerana,
NFT dapat mencungkil bakat para pereka grafik dan hasil karyanya boleh dijadikan menjadi NFT serta dijual dalam platform
blockchain. Akhirnya, cadangan kajian ini adalah untuk pereka grafik menjual hasil karyanya ilustrasi dalam NFT dan meneroka
lebih mendalam tentang NFT. Segmen NFT adalah baru dan menjadi kebanyakan trend yang terdapat dalam blockchain.
Kata Kunci: Reka Bentuk Grafik, Non-Fungible Token (NFT), Blockchain, Aset Digital, Mata Wang Kripto
PENGENALAN
Non-fungible Token atau lebih dikenali dengan NFT merupakan token mudah alih yang dibuat melalui teknologi
blockchain. NFT juga adalah token digital yang boleh dijual dan dibeli untuk menjadi aset digital. Maksud “Non-Fungible” adalah
unik dan tidak boleh digantikan dengan sesuatu yang lain dalam kategori yang sama. Ini menyebabkan kesemua nilai NFT adalah
berbeza-beza dan harganya bergantung pada pembeli yang sanggup membayar NFT tersebut. Ini menjadikan NFT berbeza
dengan blockchain yang disebut cryptocurrency iaitu yang mempunyai nilai yang tepat dengan token cryptocurrency yang serupa
dengan cara yang serupa dengan mata wang sebenar. NFT ini tidak wujud dalam bentuk fizikal tetapi dapat mewakili aset ketara
dalam kapasiti digital dan ia dinamakan produk atau set digital. NFT ini digabungkan dengan teknologi blockchain iaitu blockchain
ini membolehkan maklumat digital direkodkan dan diedarkan tetapi tidak boleh ditukarkan. Sebagai contoh, digital art mempunyai
keunikan tersendiri dan boleh menjadi popular, tetapi digital art mudah untuk dicuri dan kebiasaannya tiada kredit akan diberikan
olehnya. Dengan adanya NFT ini, karya digital art pereka artis dapat dilindungi dan digital art dianggap sebagai aset digital yang
mempunyai nilai tersendiri.
Blockchain adalah teknologi yang digunakan sebagai sistem penyimpanan atau bank data secara digital yang
terhubung dengan cryptocurrency. Cryptocurrency pula adalah satu bentuk wang digital yang wujud hanya di alam internet dan
mata wang ini tidak dikeluarkan oleh bank atau kerajaan. Mata wang cryptocurrency adalah seperti Bitcoin dan Ethereum yang
dicipta melalui proses yang dipanggil ‘Mining’ manakala mata wang seperti ripple dan neo adalah matawang pra-mine.
Kesemua matawang kripto adalah fungible iaitu ia boleh ditukar antara satu sama lain. Contohnya nilai duit RM100
adalah sama dengan RM100 yang lain. Dalam dunia matawang kripto juga sama nilai satu Cryptocurrency iaitu Bitcoin adalah
sama dengan bitcoin yang lain. Namun NFT telah mengubah paradigma ini dengan setiap satu NFT token adalah unik dan tidak
boleh ditukar ganti dengan NFT yang lain.
NFT Boleh dianggap sebagai digital passport yang dimana setiap satu daripada NFT tersebut mempunyai kod yang
berlainan dan setiap satu tidak sama dengan yang lain NFT juga boleh digabungkan dan menghasilkan NFT yang baru.
44
PERNYATAAN MASALAH
Ramai pereka artis digital tidak tahu atau kurang pengetahuan tentang Non-Fungible token (NFT) ini. Hal ini kerana
mereka tidak cenderung untuk melakukan dan mengetahui apakah itu NFT untuk kegunaan platform agar dapat menjual hasil
karya digital ilustrasi mereka. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang NFT yang boleh memberikan
kemudahan untuk menjual hasil ilustrasi mereka yang boleh mengaut keuntungan. Non-Fungible Token (NFT) pada asasnya
adalah aset digital atau boleh dipanggil sebagai aset kriptografi yang mempunyai kod pengenalan yang unik dan metadata yang
boleh membezakannya daripada yang lain. NFT sangat mahal kerana ianya untuk koleksi digital ilustrasi kepada orang-orang
yang mampu untuk membayarnya bergantung pada berapa banyak seseorang itu sanggup untuk membayar untuk NFT tersebut.
NFT kini sangat mahal kerana adanya penggunaan blockchain dan mata wang kripto yang boleh dijadikan sebagai aset
digital untuk koleksi ilustrasi kepada seseorang seperti mana seseorang yang membayar lukisan berjuta-juta oleh artis terkenal
seperti Picasso atau lukisan Mona Lisa oleh artis Renaissance Leonardo da Vinci iaitu salah satu karya seni yang paling terkenal
di dunia. Selain itu, NFT sangat mahal kerana NFT berpotensi untuk dikaitkan dengan metaverse. Metaverse adalah alam maya
di mana orang akan diwakili oleh avatar dan memiliki ruang digital seperti tanah digital yang dijual di dunia maya.
KEPENTINGAN KAJIAN
Non-Fungible Token (NFT) menjadi salah satu tempat untuk menjual hasil karya digital ilustrasi oleh para artis digital.
Penghasilan NFT perlulah dititikberatkan agar artis kini tahu akan kewujudan platform yang boleh menjual hasil karyanya.
Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana ingin mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswa
dalam penggunaan NFT selain dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa untuk lebih inovatif dalam menghasilkan sesuatu
seperti NFT. Tambahan pula, NFT dapat memberikan impak kepada imej mahasiswa tahun tiga Fakulti Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan kerana mereka terdiri daripada pelajar dari bidang kreatif. Sehubungan itu, kajian ini amat penting
kerana dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada mahasiswa untuk menghasilkan karya NFT.
Populariti NFT mencerminkan tumpuan yang semakin meningkat pada aset digital. Terdapat tumpuan dan pelaburan
yang besar terhadap pembangunan “Metaverse” iaitu rangkaian dunia maya interaktif yang boleh diakses oleh orang ramai dalam
talian. Tapak web seperti Sandbox kini menjual plot tanah dalam “Metaverse” sebagai NFT untuk masyarakat yang ingin membuat
rumah atau kedai sendiri di dunia “Metaverse” dan ini membuatkan peningkatan kecangggihan dan populariti “Metaverse” dan
Aset Digital khususnya NFT akan memainkan peranan penting di dalam dunia alam maya.
NFT juga memainkan peranan utama dalam evolusi pengiklanan dan pemasaran. Jenama “Nike” berkemungkinan akan
mula mencuba produk dalam bentuk digital kerana ia adalah lebih cepat dan lebih murah untuk mencipta imej digital produk.
Populariti aset digital seperti NFT akan membolehkan jenama memutuskan sama ada produk digital harus dihasilkan dalam bentuk
fizikal, memberikan pandangan yang tidak ternilai tentang tingkah laku pengguna dan menjana gembar-gembur untuk koleksi
fizikal produk sebelum ia dikeluarkan.
Jelaslah bahawa NFT kini sebagai pelaburan kewangan. NFT juga menyediakan cara untuk memegang mata wang
kripto khususnya Ethereum dalam bentuk aset digital. Seperti menggunakan wang untuk membeli harta fizikal, NFT mempunyai
potensi pelaburan kerana ia mungkin meningkatkan nilai lebih cepat dan lebih ketara daripada pegangan yang setara dalam mata
wang kripto.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
dalam alam maya menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan
membantu pengkaji untuk mendapatkan data meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak tujuh soalan di dalam soal selidik.
Kebanyakan soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan responden terhadap Non-Fungible Token (NFT). Penyelidik
menggunakan teknologi “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
45
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat. Hasilnya
pengkaji mengetahui pengetahuan seseorang dalam Non-Fungible Token (NFT). Kaedah soal selidik menjadi salah satu kaedah
pengkaji dalam mengumpul maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai tujuh (7) soalan dan tiga
puluh lima (35) orang responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitik dan logika analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis untuk
menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan intergriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian (Shepard, 2002). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas dan
padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat dihasilkan
secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik. Borang
soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira tiga puluh lima (35) orang responden. Hasil kajian mendapati kebanyakan
responden tidak tahu akan pengetahuan tentang Non-Fungible Token (NFT) dan rata-rata bersetuju tentang kelebihan NFT dalam
menjual hasil karya digital ilustrasi.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil Dapatan kajian telah merumuskan bahawa Non-Fungible Token (NFT) dapat membantu dan mendedahkan
pengetahuan kepada pelajar tahun Tiga Fakulti Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan. Pengkaji juga berpendapat
bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui pengetahuan mahasiswa terhadap penggunaan ilustrasi dalam Non-
Fungible Token (NFT).
Cadangan
Antara candangan yang dikemukakan ialah dengan mengadakan program Non-Fungible Token (NFT) khususnya
kepada penggunaan ilustrasi dalam NFT untuk memberikan pengetahuan tentang NFT dalam penggunaan digital ilustrasi kepada
mereka. Hasil akhirnya adalah untuk memberi pengetahuan tentang digital ilustrasi dalam NFT.
Selain Itu, Cadangan untuk pereka artis ilustrasi untuk menceburi dalam Non-Fungible Token (NFT). Cadangan ini
adalah sebagai langkah untuk menjual karya ilustrasi mereka dalam NFT serta dapat menggilap kemahiran mereka dalam bidang
digital ilustrasi. Sebagai kesimpulan dalam kajian ini, pengkaji merumuskan kajian ini berkenaan dengan isu penggunaan digital
ilustrasi dalam non-fungible token (NFT) haruslah diceburi oleh para pereka grafik kerana mereka boleh didedahkan dengan
penjualan karya ilustrasi di dalam laman platform di alam maya seperti ethereum. Hal ini kerana, penggunaan digital ilustrasi tidak
mampu untuk dijadikan aset digital akan tetapi dengan adanya NFT ini, Karya ilustrasi akan berharga dan di buat koleksi untuk
para masyarakat yang menginginkannya kerana NFT mempunyai teknologi blockchain yang mempunyai sistem merekod
maklumat dengan cara yang menyukarkan atau mustahil untuk menukar, menggodam atau menipu sistem.
46
RUJUKAN
Birenbaum, C. (2019, January 17). Duckpin | Web, Design, & Marketing Agency | Baltimore. Duckpin.
https://www.rollwithduckpin.com/
Cann, M. J. (2022, February 14). The 8 types of graphic design you need to know. 99designs.
https://99designs.com/blog/tips/types-of-graphic-
design/
Chohan, U. W. (2021). Non-fungible tokens: Blockchains, scarcity, and value. Critical Blockchain Research Initiative (CBRI)
Working Papers.
Coggan, G., & Dean, I. (2022, March 22). What are NFTs? Non-fungible tokens explained. Creative Bloq.
https://www.creativebloq.com/features/what-are-nfts
Conti, R. (2022, April 8). What Is An NFT? Non-Fungible Tokens Explained. Forbes Advisor.
https://www.forbes.com/advisor/investing/cryptocurrency/nft-non-fungible-token/
47
PERANAN VISUAL REKA BENTUK KULIT BUKU TERBITAN PELANGI KEPADA MASYARAKAT
Nor Fatin Najiha Binti Abdul Razak
[email protected]
Abstrak
Rekabentuk kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menghebahkan, menyampaikan informasi serta maklumat awal
kepada masyarakat. Rekabentuk kulit buku menjadi elemen pertama yang bakal dilihat oleh masyarakat ketika proses membelek-
belek dan pemilihan buku. Setiap informasi yang terdapat di bahagian kulit buku membuatkan masyarakat mudah untuk
memahami isi yang terkandung di dalam buku tersebut. Penggunaan dan pemilihan visual yang baik dapat memudahkan
masyarakat untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Masalahnya, terdapat banyak kekeliruan maklumat dan visual
yang digunakan di hadapan kulit buku dengan isi yang terkandung di dalam buku. Penyelidikan ini dilakukan adalah bertujuan
untuk mengkaji jenis-jenis visual yang digunakan di hadapan kulit buku untuk menarik perhatian pembaca. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk menghuraikan kepentingan reka bentuk kulit visual buku. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini
memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat dan data. Kajian ini menggunakan teknik kualitatif soal selidik untuk
mendapatkan maklumat dan sumber dapatan. Akhir sekali, cadangan untuk penambahbaikan rekabentuk visual kulit buku adalah
perlu memberi perhatian terhadap faktor penampilan reka bentuk kulit buku yang melibatkan faktor susun atur dan reka letak
visual.
Kata Kunci: Rekabentuk Kulit Buku, Visual, Ilustrasi, Elemen Grafik, Kemudahbacaan
PENGENALAN
Buku merupakan bahan bacaan yang popular sejak dahulu lagi. Buku dijadikan bahan bacaan tanpa mengira peringkat
umur dan golongan dari peringkat umur kanak-kanak sehinggalah kepada golongan dewasa. Pada masa kini terdapat pelbagai
jenis bahan bacaan yang ada dipasaran sama ada melalui media cetak seperti buku-buku, majalah, suratkhabar, dan lain-lain
lagi. Buku merupakan suatu keperluan yang harus dimiliki oleh setiap pembaca untuk dijadikan bahan bacaan keperluan harian
mahupun menjadi sebagai bahan koleksi simpanan peribadi.
Teknologi pada masa kini memainkan peranan yang besar untuk membantu perubahan industri percetakan buku dan
sebagainya. Penerbitan buku dapat diperolehi melalui media cetak dan juga melalui media elektronik. Sehubungan itu, reka
bentuk kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menghebahkan, menyampaikan informasi serta maklumat awal
kepada setiap khalayak sasaran. Situasi ini telah menyumbang kepada penerbitan, penghasilan dan penampilan reka bentuk
kulit buku yang pelbagai dan menarik. Menurut Shahril et al. (2017) menyatakan bahawa kepentingan buku-buku yang diterbitkan
bukan sekadar melalui proses semakan dan penelitian yang terperinci malah ia memerlukan elemen reka bentuk dan reka letak
yang terbaik. Reka bentuk kulit buku menjadi elemen penting sebagai media utama membantu mempromosi dan mempengaruhi
khalayak sasaran.
Setiap rekaan visual kulit buku perlu merangkumi tajuk, grafik, font dan gambar yang dilakar dan dipaparkan di muka
depan dan belakang buku. Hanafi Mohd Tahir (2016); Hanafi Mohd Tahir, Normah Mustaffa & Wan Amizah Wan Mahmud (2018),
menyatakan bahawa rekaan kulit buku memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman awal kepada pembaca. Smith
(2019) turut menyatakan rekaan kulit buku dapat menarik minat pembaca untuk mendapatkan buku tersebut. Hal ini dapat
menjelaskan bahawa penghasilan rekaan kulit buku menjadi perkara yang penting yang harus diambil berat oleh penulis, pereka
grafik dan penerbit buku.
Seterusnya, Hanafi Mohd Tahir et al. (2018) dalam artikel yang bertajuk “Peranan visual reka bentuk kulit buku
terhadap kemudahbacaan khalayak” yang diterbitkan dalam Jurnal Komunikasi, Universiti Putra Malaysia menunjukkan bahawa
rekaan kulit buku memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi dan maklumat awal kepada khalayak pembaca
sebelum meneruskan pembacaan terhadap sebuah karya sekaligus dapat menyampaikan maklumat dengan baik kepada
pembaca. Hanafi Mohd Tahir et al. (2018) juga telah menjelaskan bahawa fotografi pada reka bentuk kulit buku memberi kesan
yang lebih baik kepada kemudahbacaan khalayak berbanding ilustrasi.
48
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini permasalahan yang timbul adalah kekeliruan maklumat atau visual yang digunakan di hadapan kulit
buku dengan isi yang terkandung di dalam buku. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kebanyakkan buku yang dihasilkan
menunjukkan visual yang berbeza maksud berbanding dengan isi dalaman buku.
Visual rekabentuk kulit buku memberikan impak besar dalam mempengaruhi khalayak pembaca untuk tertarik kepada
sesebuah buku. Namun tahap kesedaran terhadap kepentingan tersebut masih berada pada tahap yang kurang memuaskan di
negara kita. Menurut pereka grafik bebas iaitu Mohd Rasydan Fitri Mohd Baharin berkata dalam Berita Harian “proses
penghasilan kulit buku tidak begitu mendapat pengiktirafan berbandingdi luar negara mungkin kerana dirasakan tidak begitu
penting” (Siti Haliza Yusop, 2017).
Namun, di Malaysia reka bentuk kulit buku kurang mendapat perhatian yang sewajarnya malah tidak menitikberatkan
aspek-aspek kearifan dalam rekaan visual kulit buku. Isu penting dalam menarik perhatian khalayak pembaca adalah dari segi
aspek reka bentuk kulit buku dalam menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan sebuah buku. Justeru, berdasarkan
permasalahan yang timbul, kajian ini amat relevan dilakukan bagi memperlihatkan kepentingan kulit buku sebagai daya penarik
yang membawa nilai-nilai tempatan sebagai ciri penting dan identiti bangsa dalam rekaan kulit buku di Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini memfokuskan pada visual reka bentuk kulit buku terbitan pelangi kepada masyarakat. Berikut merupakan
objektif kajian yang telah digariskan oleh pengkaji:
i. Mengkaji jenis visual dan tipografi yang digunakan di hadapan kulit buku untuk menarik perhatian pembaca.
ii. Menganalisis kepentingan visual pada kulit buku terbitan Pelangi.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian awal yang pengkaji lakukan dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang telah
diusulkan antaranya:
i. Apakah kesan tarikan visual dan tipografi bagi menarik perhatian pembaca?
ii. Apakah kepentingan visual kulit buku kepada pelanggan?
KEPENTINGAN KAJIAN
Setiap buku mempunyai penampilan reka bentuk kulit buku yang tersendiri. Kreativiti reka bentuk kulit depan adalah
salah satu kunci kejayaan sesebuah buku. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana elemen
rekabentuk kulit buku merupakan faktor pelengkap yang banyak mempengaruhi pembaca melalui rekabentuk kulit depan buku
dalam membuat keputusan untuk membeli sebuah buku atau sebaliknya. Sehubungan itu, kajian ini amat penting kerana dapat
memberikan maklumat dan pengetahuan kepada pengeluar buku tentang visual reka bentuk kulit buku yang mampu
mempengaruhi pembaca untuk membeli buku yang dijual. Rekabentuk kulit buku penting untuk menjelaskan gambaran awal isi
kandungan sesuatu bahan bacaan. Justeru itu, setiap buku perlu menampilkan reka bentuk kulit buku yang bersesuaian kepada
khalayak sasaran.
49
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kualitatif
Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, pengkaji telah memilih kaedah kualitatif untuk mendapatkan data dimana ianya
bersesuaian dengan pendekatan kajian ‘case study’. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua jenis sumber untuk
mendapatkan rujukan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Sumber yang pertama ialah sumber primer yang terdiri
daripada proses pemerhatian. Sumber yang seterusnya ialah sumber sekunder yang merujuk kepada sumber internet dan
sumber perpustakaan yang terdiri daripada artikel, jurnal, kajian terdahulu, internet dan sebagainya. Kaedah soal selidik juga
digunakan untuk mendapatkan data bagi melengkapkan kajian yang dijalankan.
Kaedah Pengumpulan Data
Untuk mendapatkan data pengkaji telah merujuk kepada beberapa jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah
untuk mengumpulkan maklumat. Bagi mendapatkan data yang tepat untuk menyiapkan kajian ini, pengkaji juga telah
menggunakan kaedah pemerhatian. Keadaan ini lebih memudahkan pengkaji untuk lebih mengetahui dengan lebih jelas
mengenai reka bentuk kulit buku yang dihasilkan terbitan Pelangi. Maklumat yang diperolehi dikumpul dan akan dimasukkan ke
dalam kajian ini dengan lebih terperinci. Data yang diperoleh daripada kaedah soal selidik telah membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat mengenai peranan visual reka bentuk kulit buku terbitan Pelangi terhadap pembaca.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data adalah proses pengolahan data dengan tujuan untuk mencari maklumat yang berguna yang boleh
digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan bagi penyelesaian sesuatu masalah. Tujuan analisis data adalah untuk
mengekstrak informasi yang berguna untuk menyiapkan kajian yang dijalankan ini. Kaedah ini merupakan salah satu alternatif
dalam mengkaji data semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data dan sumber yang dikumpulkan telah dianalisiskan
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan. Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang didapati oleh pengkaji
mengenai sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapatkan dapatan mengenai peranan visual rekabentuk kulit buku
terbitan Pelangi.
Teknik pengumpulan data merupakan kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk dapat mengumpul data yang
berkaitan dengan masalah kajian yang mereka ambil. Prosedur ini sangat penting agar data yang akan diperoleh dalam suatu
penelitian adalah dalam bentuk data yang lengkap, sehingga dapat menghasilkan kesimpulan. Menurut Sugiyono (2016) telah
menyatakan bahawa teknik pengumpulan data merupakan langkah yang dianggap strategik dalam penyelidikan kerana
mempunyai tujuan utama untuk mendapatkan data.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik.
Borang soalan selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira lima puluh (50) orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa
kebanyakkan responden telah menyokong bahawa aspek warna adalah salah satu daya tarikan pembeli untuk membeli buku
manakala tipografi turut menjadi tarikan kepada pembeli terhadap buku yang dipasarkan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa peranan rekabentuk visual kulit buku terbitan Pelangi dapat menarik
minat pelanggan untuk membaca dan membeli buku. Hal ini kerana, warna dan tipografi adalah salah satu daya tarikan bagi
pembeli untuk membeli buku.
50
Cadangan
Cadangan yang dikemukakan adalah untuk pereka grafik yang bakal menghasilkan visual reka bentuk kulit buku perlu
memberi perhatian yang lebih terhadap faktor penampilan reka bentuk kulit buku yang melibatkan faktor-faktor susun atur dan
reka letak visual. Setiap buku perlu mempunyai daya tarikan dan kecenderungan yang dapat mempengaruhi khalayak
sasarannya. Cadangan ini adalah sebagai langkah awal yang boleh diambil oleh penerbit dan juga pereka grafik buku agar dapat
menghasilkan visual yang menarik perhatian pembaca.
Cadangan yang seterusnya adalah berkaitan dengan penggunaan tipografi dan visual dalam reka bentuk kulit buku.
Elemen ini perlu bersesuai, bertepatan dengan konsep, idea serta penceritaan sebuah buku agar dapat menyampaikan maklumat
kepada pembaca. Ini penting agar maklumat yang hendak disampaikan tidak mengelirukan khalayak sasarannya.
RUJUKAN
Ali, T. I. M. T. M., Mamat, M., & Junaidi, R. (2020). Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak
Terpilih Terbitan PTS. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 22-37.
Hanafi, M. T. (2016). Kemudahan bacaan dan keboleh bacaan tipografi dan visual terhadap reka bentuk kulit
buku/Hanafi Hj. Mohd Tahir. Idealogy Journal, 2(1), 59-63.
Ibrahim, S. A. L. Z. I. A. N. A., & Halid, R. I. R. (2020). Graphic and Music: An Analysis of Album Cover Design.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication.
Tahir, H. M., Mustaffa, N., & Mahmud, W. A. W. (2018). Peranan visual reka bentuk kulit buku terhadap
kemudahbacaan khalayak. Jurnal Komunikasi, 34(4), 271-284.
51
PERANAN ILUSTRASI KARTUN SATIRA DALAM POLITIK DI MALAYSIA
Nur Syahira Binti Md Durawi
[email protected]
Abstrak
Ilustrasi adalah bahan visual seperti lukisan, catan, foto dan apa jua hasil seni yang menekankan sesuatu subjek.Tujuan Ilustrasi
adalah untuk menerangkan atau menghiasi bahan teks dengan cara menyediakan gambaran visual yang dapat memberikan
penerangan kepada sesuatu perkara. Hal ini kerana, melalui ilustrasi visual yang dibuat dapat memberikan pelbagai manfaat
kepada semua. Sebagai contohnya, ilustrasi kartun satira yang digunakan dalam politik di malaysia yang membawa kepada
perkembangan kartun politik pada abad-18, yang melahirkan beberapa anak seni yang kreatif dan membawa kemajuan dalam
bidang tersebut. Ini kerana, penggunaan kartun politik ini adalah untuk tujuan menyindir serta membuat karikatur mengikut watak-
watak tertentu yang dapat memberikan pengajaran kepada semua dalam bentuk sindiran tanpa disedari. Ini kerana, perkara
yang berlaku dalam kehidupan harian masyarakat, sangat berkait rapat dalam gambaran-gambaran lukisan kartun satira yang
memberi sentuhan lucu, dan licik dalam memberikan teguran dalam pengetahuan hidup kepada masyarakat. Kerana, kartun
politik ini biasanya terdapat dihalaman editorial suratkhabar, di halaman jaluran komik dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan
ilustrasi kartun satira dalam politik sangat membawa kesan yang besar dalam memberikan sumbangan suara rakyat kepada
pemimpin dalam pelbagai sasaran terutamanya dalam amalan rasuah dan sebagainya, melalui perkembangan ini kita dapat
memberikan kemajuan kepada negara dengan melahirkan ramai kartunis editorial yang terkenal di akhbar-akhbar dan majalah
tempatan yang membawa kepada perkembangan politik di negara kita.
Kata Kunci: Peranan Ilustrasi, kartun satira, politik, Malaysia.
PENGENALAN
Secara umumnya, ilustrasi berasal daripada perkataan latin, ilustrasi yang membawa maksud menjelaskan atau
menerangkan sesuatu cerita atau artikel dengan menggunakan visual gambar dalam menjelaskan sesuatu cerita. Hal ini kerana,
keberkesanan sesebuah ilustrasi dalam sesuatu penyampaian kepada pembaca mestilah mempunyai beberapa kriteria seperti
mempunyai daya tarikan, jelas, mudah difahami dan representatif yang mempunyai isi cerita yang terkandung dalam gambar.
Kerana setiap lakaran membawa pelbagai maksud yang tersendiri yang dapat memberikan banyak manfaat dan pemahaman
kepada semua. Oleh itu, gambaran ilustrasi ini merupakan satu gambaran kepada jalan suatu cerita.
Selain itu, ilustrasi kartun satira adalah suatu bentuk seni lukisan yang dihasilkan menerusi pendekatan dengan
mengubahsuai akan rupa sesuatu objek atau subjek. Kerana, ilustrasi kartun tempatan turut dihiasi dengan kemunculan kartun-
kartun politik yang disiarkan menerusi akhbar-akhbar dan pelbagai media. Hal ini kerana, melalui akhbar dan kemudahan yang
lain masyarakat dapat berinteraksi dengan lebih baik dalam politik di negara kita. Oleh itu melalui kartunis satira dunia politik di
Malaysia semakin berkembang maju dengan lahirnya ramai remaja kartunis yang memberikan pelbagai kritikan dan pendapat
peribadi mereka dalam kemajuan politik di malaysia.
Disamping itu, konsep kartun satira ini juga adalah berasal daripada masyarakat Roman purba dan disebut sebagai
satura. Yang berasal daripada perkataan Latin. Ini kerana, kartun satira secara amnya dapat dijelaskan sebagai satu bentuk seni
yang mempunyai dua elemen iaitu, jenaka dan kritikan. Oleh itu, penggunaan satira di alam politik sangat meluas dalam
kebanyakkan negara luar. Pendekatan yang digunakan untuk setiap negara itu mungkin sangat berbeza, namum asanya tetap
sama, dengan memaparkan imej yang negatif dan kurang bermoral.
Berikutnya, kebebasan rakyat Malaysia dalam melontarkan suara melalui media ilustrasi sangat mendapat sambutan
dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, melalui tarikan gambar, warna, tulisan dan sebagainya yang membuat masyarakat
ingin melihat dan membaca petikan yang terdapat di akhbar, komik, dan sebagainya. Oleh itu, ilustrasi menunjukkan satu
perubahan baru dalam pemikiran sosial masyarakat, dimana masyarakat di Malaysia kini lebih tertarik untuk mengutarakan
pendapat mereka, dan golongan ini merupakan antara golongan yang dikenali sebagai netizen.
52
PENYATAAN MASALAH
Sebagaimana yang kita tahu pada hari ini, hak untuk bersuara, berekspresi atau mengutarakan pandangan
sememangnya telah lama terpelihara dibawah perkara perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap
warganegara adalah berhak ke atas kebebasan bercakap dan bersuarakan pendapat mereka sendiri berkaitan, negara, politik,
ekonomi, dan sebagainya yang membawa kepada kemajuan di Malaysia. Ini kerana, hak kebebasan banyak membantu dalam
melindungi hak masyarakat awam dalam mengekspresikan pandangan masing-masing dalam konteks peradaban masa kini
dengan menghasilkan ilustrasi kartun satira di Malaysia.
Hal ini adalah kerana, di Malaysia, hak kebebasan bersuara mengenai politik melalui ilustrasi kartun satira kian
berkembang sejajar dengan isu-isu politik, ekonomi yang hangat di Malaysia. Ini kerana, masyarakat lebih suka kepada sesuatu
yang dapat memberikan impak yang besar dan luar biasa apabila mereka melontarkan pendapat dan pandangan dengan
mendapat reaksi yang baik dari orang atasan. Hal ini juga mendapat dorongan sejajar dengan isu-isu politik yang kian hangat di
dalam negara kita, dan ini telah mendorong rakyat Malaysia, dimana pelukis-pelukis tempatan melibatkan diri dalam politik dan
mereka yang mempunyai pengikut yang tinggi di laman sesawang.
Namun, terdapat segelintir masyarakat kita yang terlalu taksub dengan menggunakan karya ilustrasi kartun satira tanpa
batasan sehingga dapat mengakibatkan pelbagai kesan yang buruk terhadap masyarakat, individu, komuniti, institusi
berkepentingan malah kesannya terhadap negara. Oleh itu, lukisan ini merumuskan bahawa fenomena ilustrasi kartun satira
dalam media sosial menjadi indikator bahawa corak kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat Malaysia kian berubah
dalam arus kemodenan masa.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan terhadap peranan ilustrasi kartun satira dalam politik di Malaysia, ini kerana, analisis ilustrasi ini
berperanan kartun satira dalam pemikiran sosial masyarakat Malaysia. Hal ini kerana, beberapa kepentingan tersebut adalah
untuk melihat sejauh mana hak kebebasan bersuara rakyat dalam melontarkan suara melalui karya-karya ilustrasi kartun satira
yang membawa kepada luahan hati masyarakat berkaitan beberapa perkara dalam negara. Ini kerana, ilustrasi kartun satira
merupakan satu kepentingan kajian, untuk memahami kritikan dan pandangan masyarakat dalam kartunis terhadap isu-isu
berbangkit yang menjadi berita utama dan tular di seluruh negara. Oleh itu, kajian ini juga penting untuk mengenal pasti isu-isu
dan tema yang menjadi kegemaran para netizen dalam politik di Malaysia untuk memberikan pendedahan tentang sesuatu berita
yang menjadi bualan hangat masyarakat.
METODOLOGI KAJIAN
Kemunculan peranan ilustrasi kartun satira dalam politik di Malaysia yang merupakan satu gambaran atau lakaran
untuk memperjelaskan Sesuatu keterangan,mesej dan sebagainya. Menurut, buku Infografik The Power Of Visual Storytelling
(Lankow, Ritchie & Crooks, 2012) Ilustrasi yang baik akan memberikan kesan kepada audien, kerana ianya digunakan untuk
membuat satu kritikan berkaitan politik, ekonomi, gejala rasuah dan sebagainya yang berkaitan dengan negara. Ini kearan,
ilustrasi kartun satira ini memberikan impak yang sama besarnya dengan penerbitan akhbar berita kerana pengisiannya bukan
setakat menjadi ruang perkenalan malah turut bertindak sebagai platform untuk hebahan perkongsian berita terkini yang menjadi
isu di seluruh Malaysia. Oleh itu, kartun satira ini digunakan untuk memberikan mesej kepada seluruh masyarakat tentang gejala
yang berlaku di negara, kita.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah analisi kajian iaitu seperti pemerhatian, kajian perpustakaan, media
sosial dan sebagainya. Hal ini kerana, kajian ini dijalankan untuk lebih mengetahui tentang aspek budaya, sosial,ekonomi
masyarakat dalam pembangunan politik di Malaysia, agar masyarakat lebih dekat dan golongan atasan dapat menjiwai hati para
rakyat di Malaysia, melalui kaedah yang telah digunakan. Oleh itu, pengkaji telah memilih beberapa tokoh ilustrasi kartunis
Malaysia yang sangat aktif dengan isu kartun satira dalam politik di Malaysia.
53
Analisis lukisan pertama ialah Yak Bok Te, dan James Gillray yang merupakan lukisan dihasilkan beliau bertujuan
menyindir serta membuat karikatur. Hal ini kerana, kebanyakkan kartun satira ini menggambarkan kepada sesuatu perwatakan
yang lawak dan berlagak, tetapi kebanyakkan karya ini ditujukan untuk mempersendakan cita-cita sesetengah pihak daripada
golongan tertentu berkaitan politik. Oleh itu, tema yang santai dan karya yang dihasilkan oleh Yak Bok Te, kini lebih cenderung
terhadap tema-tema politik dalam negara. Ini kerana beliau mengakaui sendiri dengan kecenderungannya akibat perubahan
suasana politik yang agak menarik perhatian beliau dan ini dapat, menarik minat ramai masyarakat untuk lebih mengetahui
perkara- perkara yang berlaku sebelum dan selepas ini, yang berkaitan dengan politik di negara kita.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Peranan ilustrasi kartun satira dalam politik di Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai moral dengan penggunaan
visual ilustrasi yang berjenakan dan sindiran tetapi turut memberikan makna tersirat di sebalik kritikan yang dibuat. Dengan
menikam pembaca untuk memberi input yang sangat berkesan secara keseluruhan dalam menyampaikan melalui ilustrasi
tersebut.ini kerana, penggunaan unsur kartun satira dalam politik boleh dianggap tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan
kartun satira yang berlaku di luar negara. Antara hasil karya kartun satira di luar negara yang menarik perhatian audien ialah
majalah yang berlaku Mas, pada tahun 70 -an. Ini kerana, karya majalah ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada
pengaruh masyarakat, beberapa jebakan ilustrasi kartun di Malaysia, salah satunya ialah majalah gila-gila dan sebagainya yang
memberikan banyak kesan kepada masyarakat yang membaca. Melalui perkembangan pembaca peranan ilustrasi kartun satira
ini memberikan banyak manfaat dalam berjenaka dan kritikan terhadap politik di Malaysia. Oleh itu, dengan pendekatan ilustrasi
kartun satira ini rakyat malaysia semakin mendekati dunia digital untuk memberikan pelbagai sumbangan kepada negara melalui
pendedahan isu-isu semasa yang berkaitan negara.
RUJUKAN
Alias, N. A. (2020). Satira PKP dalam kartun. Berita Harian, 1-1. Internet Trolling di Malaydai, Jurnal Komunikasi
Visual Malaysia Journalof Communication Jilid 34(2)2018:223-242.
Fazlina, M.R., Shahariah, M.R., & Nurkhazilah, 1.,(2016) Kartun Editorial Internet : Kritikan Politik ,159-166
Raja, N.A.Noor, S.Y.., Mohd , A. S & Haslina, M., (2018) Satira politik: Analisis.
Radzi, F. M., Noh, L. M. M., Abd Razak, H., Dasuki, S., & Karimon, N. A. KOMIK/KARTUN (Covid-19) DALAM
TALIAN SEBAGAI MEDIUM SATIRA WADAH KESEDARAN. Journal of Creative Industries, 3(8), 49-62.
Zulkifli, R. N. A. R., Ahmad, N. S. Y., Sani, M. A. M., & Muhamad, H. (2018). Satira politik: Analisis internet trolling
di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 223-242.
54
PERANAN ILUSTRASI KOMIK DALAM KOMMUNIKASI VISUAL SEBAGAI MEDIA DAKWAH
Nurismahana Binti Kamarulan
ismahana.c19a0612siswa.umk.edu.my
Abstrak
Komik merupakan satu bahan bacaan untuk semua golongan umur. Ia memberi banyak ilmu dan pengajaran jika isi ceritanya
menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu yang bermanfaat. Komik amat disukai oleh anak kecil dimana ia menarik minat kerana
mempunyai ilustrasi yang cantik serta mudah difahami. Berbanding majalah atau buku-buku yang lain, tidak bermain dengan
gambar dan mempunyai banyak makna tersirat. Jadi ia amat digemari oleh anak muda mahupun orang dewasa. Komik tidak
boleh dipandang rendah. Ia mempunyai nilai yang tinggi kerana setiap penghasilannya harus ditatarapi terlebih dahulu sebelum
dikeluarkan. Ia mempunyai nilai yang mana setiap lukisan kartun atau ilustrasinya berfungsi kiasan. Seterusnya, didalam komik
juga menggunakan kata kata yang tidak keterlaluan mahupun ayat yang menyinggung kerana ia telah ditapis sehabis baik. Setiap
dialognya akan menceritakan mengenai isu yang ingin disampaikan oleh penulis. Walaupun dialognya yang bersifat ringkas serta
pendek namun ia mempunyai maksud yang mendalam, tersirat. Terkadang isu yang dibawa sering kali disalah tafsir oleh
beberapa orang. Selain itu juga tidak ramai juga orang yang menulis mengenai isu dakwah. Ini kerana meraka takut disalah erti
mahupun isu yang ingin disampaikan tidak diterima oleh masyarakat. Bagi mencapai objektif kajian, 15 responden diperlukan
untuk mengisi google forms yang disediakan pengkaji. Melalui pautan tersebut, beberapa soalan dikemukakan bagi menjawab
persoalan kajian ini dan sekaligus mengumpulkan maklumat yang jelas untuk menyelesaikan kajian ini.
Kata Kunci: Komik , Pendidikan, Nilai-Nilai Murni , Dialog , Isi Tersirat, Isu Dakwah
PENGENALAN
Komik merupakan salah satu kaedah penyampaian maklumat secara tersirat yang terdapat dalam bidang komunikasi
visual. Secara umumnya, komik adalah proses penyampaian informasi atau pesanan dengan menggunakan media bergambar
dan hanya tertumpu kepada indra penglihatan. Elemen yang terdapt dalam penghasilan komik terdapat beberapa jenis iaitu
gambar, warna, tipografi, simbol, animasi, dan lain-lain. Komik merupakan satu alternatif yang membolehkan pengguna untuk
mencari dan mendalami ilmu dengan membaca serta berfikir secara aktif dan positif . Pengguna boleh mengawal setiap apa
yang dilihat bagi menetapkan hala tuju masing-masing semasa membaca. Antara contoh komik yang boleh memberi ilmu adalah
seperti komik cerita komik Ujang, Aju Budak Minang dan lain-lain lagi. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya penghasilan
komik ini diberi penekanan dalam bidang Pendidikan, proses keberhasilan membuat komik akan semakin meningkat dan tak
akan membosankan lagi serta cara pembelajaran haruslah boleh di cipta selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
Apatah lagi zaman kini merupakan zaman yang penuh dengan pendigitilan jadi nilai yang terdapat dalam komik ini juga harus
digunakan dan telah membuka mata pengkaji berkenaan keberkesanan komik dalam bidang dakwah. Oleh itu, pengkaji rasa
bertanggungjawab untuk merangkai persoalan yang timbul dalam penggunaan komiK bagi menerapkan isu isu positif serta
dakwah islam dengan betul dan tepat meskipun ada kata yang tersirat mahupun kata yang mempunyai banyak makna nya
tersendiri.
Bidang dakwah merupakan suatu ilmu yang amat sensitif kerana ia melibatkan ilmu keagamaan. Justeru itu, ia tidak
boleh disalah erti mahupun disalah tafsir oleh orang ramai. Tidak mudah untuk menghasilkan komik berunsurkan isu dakwah. Ia
harus mempunyai nilai yang murni serta ilmu yang tepat serta sahih sebelum ia disebarluaskan. Kebanyakkan penulis atau
penghasilan komik berunsurkan dakwah ini tidak banyak mendapat sokongan dek kerana isu yang disampai tidak tepat dan
mudah terjadi salah faham antara pembacanya. Oleh itu penulis serta pelukis yang menghasilkan komik berunsurkan dakwah
ini menggalas tanggungjawab yang amat besar. Ini bukan sahaja diguna pakai oleh anak kecil tapi juga dijadikan rujukkan kepad
orang dewasa. Selain itu, harus juga difahamkan arti sebenar penggunaan komik sebagai bahan bacaan kepada anak anak
dalam menyampaikan ilmu yang serius seperti ilmu agama, sains, ilmu Bahasa. Jadi penggunaan komiik ini bukan sekadar
memberi ilmu kepada pembaca namun ia memberi suatu kelebihan kepada pembacanya bahawa meraka mudah untuk mentafsir
apa yang dilihat serta apa yang fahami.
55
PERNYATAAN MASALAH
Komik dakwah islamik merupakan satu alat komunikasi baharu yang diperkembangkan kebolehannya dalam
merancakkan pengolahan dan penghasilan komik dalam menyampaikan dakwah Oleh sebab itu, Kebanyakkan daripada
masyarakat kurang pendedahan berkenaan penyampaian isu dakwah itu sendiri kerana untuk mendedahkannya ia perlu proses
yang sangat teliti. Justeru,keberkesanan kaedah penyampaian ilmu ini amat dititikberatkan. Selain itu ia juga untuk menjadikan
amalan kepada anak muda mahupun dewasa untuk mencari ilmu dan senantiasa ingin membaca , bukan hanya dengan melayani
telefon atau gajet.
METODOLOGI KAJIAN
Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat sepanjang proses penghasilan komik menersi laman web serta artikel yang membantu.
Pengkaji telah membuat penelitian sepanjang kuliah dijalankan dengan mengambil kira kefahaman diri sendiri berkenaan apa
yang ingin disampaikan oleh penulis kepada kita, dan membuat rumusan kepada hasil dapatan yang diperolehi. Kaedah
Kuantitatif Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan borang soal selidik
yang mempunyai lima soalan berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Seramai 15 orang responden dalam kalangan pelajar
IPT telah diberikan googleforms yang diisi dengan lima soalan. Kesemua 15 responden telah menjawab lima soalan yang dibuat
pengkaji bagi mendapatkan maklumat berkenaan kefahaman yang diperolehi dalam penyampaian isu dakwah yang
menggunakan kedah komik sebagai alat komunikasi visualnya.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian-kajian yang dibuat mempunyai kepentingan kajian yang tersendiri. Oleh itu, kepentingan kajian ini dilakukan
adalah untuk memastikan keberkesanan penyampaian ilmu dalam kaedah visual yang memaparkan hasil komik ditekankan
penggunaanya dalam bidang Pendidikan khususnya di bidang dakwah pada kalangan remaja serta kanak kanak. Pelajar kurang
didedahkan berkenaan komik perlu didedahkan dengan pengetahuan bagi memudahkan lagi proses pembelajaran dan
pengajaran di peringkat lain. Jadi, hasil kajian ini akan memperlihatkan cadangan-cadangan yang boleh dibuat bagi menjadikan
komik sebagai platform media dakwah penyampaian ilmu relevan untuk kegunaan bidang Pendidikan. Selain itu, kepentingan
kajian ini adalah untuk menjadikan bidang lainnya tidak membosankan. Penggunaan komik sebagai media dakwah dalam sesi
pembelajaran bagi kanak kanak khususnya boleh menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan kreatif. Hal ini boleh
membuatkan pelajar tidak bosan untuk mengikuti kuliah yang dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan keberkesanan penggunaan komik sebagai media dakwah digunapakai
dalam bidang Pendidikan dan lainnya. Pengkaji juga memfokuskan kepada keberkesanan penggunaan komik dalam
penyampaian maklumat yang jelas. Dengan itu, pengkaji telah merumuskan dua objektif kajian:
I. Mengenal pasti dan melihat melihat peranan komik ini sebagai media dakwah
II. Melihat keberkesanan penggunaan komik sebagai penyampaian dakwah keberkesanan kepada
penyampaian maklumat kepada pelajar
56
CADANGAN
Berikut merupakan cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan peranan penggunaan komik sebagai media
dakwah untuk digunapakai dalam proses pembelajaran khususnya di peringkat usia kanak kanak.
I. Cadangan yang pertama adalah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pembacaan diperingkat
persekolahan lagi dan pendedahan mengenai kegunaan komik sebagai bahan timba ilmu menerusi bacaan
yang bermanfaat. Ini kerana banyk yang salah anggap bahawa membaca komik ini melalaikan sedang boleh
dilihat melalui bahan bacaan yang dipilih. apakah pilihan komik kita betul dengan isu nya ataupun tidak.
Peranan utama perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
II. Cadangan yang kedua adalah memudahkan cara penggunaannya. Ini adalah kerana, masih banyak lagi
komik yang tidak diketahui oleh pengguna sedangkan ia mampu menambahkan lagi ilmu menerusi kaedah
penyampaian komik tersebut. Jika penggunaannya dipraktikkan egna baik pakai akan menjadikan komik itu
sebagai media visual serta bidang ilmu. Ia berkait dengan apa yang ada dalam penulisan komik dan
penggambarannya. Justeru, pencipta komik dalam bidang dakwah mahupun bidang lainnya perlu
memudahkan setiap fungsi untuk digunakan.
III. Cadangan yang ketiga adalah dengan melaporkan kepada pihak yang berkenaan jika ada isu dalam komik
tersebut tidak sewajarnya dan tidak tepat. Kerana setiap isu yang ditulis haruslah mempunyai nilai dan
ketepatan yang baik sebelum disebar luaskan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, komik merupakan alat komunikasi visual yang mampu merancakkan lagi bidang Pendidikan dan
sekaligus membantu dalam mengembangkan teknik dan cara terbaik dalam proses pembelajaran pada peringkat sekolah lagi.
Setelah pengkaji melakukan pemerhatian dan soal selidik sepanjang kajian dijalankan, didapati bahawa peranan komik banyak
membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di mana mana pusat seperti sekolah rendah dan sebagainnya. Hasil
kajian ini sekaligus membuktikan bahawa komik sebagai media dakwah perlu menjadi alat komunikasi dalam menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali, pengkaji menekankan bahawa peranan komik banyak membantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. isu isu yang ada dalam komik perlu betul dan tepat jika ingin dijadikan sebagai media dakwah. ini
kerana ramai orang yang sukakan komik akan mendalaminya . ia secara tidak langsung memberi kefahaman yang lebih meluas
kepada umum.
RUJUKAN
Ali, T. I. M. T. M., Mamat, M., & Junaidi, R. (2020). Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak
Terpilih Terbitan PTS. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 22-37.
Hanafi, M. T. (2016). Kemudahan bacaan dan keboleh bacaan tipografi dan visual terhadap reka bentuk kulit
buku/Hanafi Hj. Mohd Tahir. Idealogy Journal, 2(1), 59-63.
Ibrahim, S. A. L. Z. I. A. N. A., & Halid, R. I. R. (2020). Graphic and Music: An Analysis of Album Cover Design.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication.
Tahir, H. M., Mustaffa, N., & Mahmud, W. A. W. (2018). Peranan visual reka bentuk kulit buku terhadap
kemudahbacaan khalayak. Jurnal Komunikasi, 34(4), 271-284.
57
58
KEBERKESANAN INFOGRAFIK BAGI KEMPEN KESEDARAN PEMAKANAN BERKHASIAT DAN BERNUTRISI DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Nik Norshuhaibah Binti Zamri
[email protected]
Abstrak
Sejarah kempen adalah dimulakan oleh tahap keterbukaan masyarakat terhadap sesuatu yang membawa kebaikan yang tidak
ternilai, baik dari segi diri mereka dan sekeliling, terdapat media yang boleh dijadikan sebagai sumber untuk masyarakat
mendapat info untuk kebaikan mereka dan menyedarkan diri mereka iaitu salah-satunya melalui infografik. Melalui kempen
kesedaran makanan berkhasiat dan bernutrisi mereka terutamanya ibubapa haruslah mendapatkan pendidikan tentang
pemakanan dimulakan dengan bahan penggunaan dalam masakkan, meneliti makanan tersebut sama ada mempunyai khasiat
ataupun tidak. Pengkaji juga mendapati bahawa kesedaran melalui infografik juga banyak memberikan kesan yang positif kepada
masyarakat khususnya ibu bapa,mereka gemar melihat idea-idea seperti infografik pemakanan yang mudah dilihat baik dari segi
penggunaan warna, tipografi, susunan ayat dan terdapat sedikit animasi daripada info tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk
mengkaji dan mengenal pasti keberkesanan infografik dalam kempen kesedaran tentang pengambilan makanan sihat dan
bernutrisi dalam kalangan kanak-kanak dimalaysia. Kesimpulannya, pengkaji berharap kaedah ini mampu merubah gaya hidup
ibubapa kepada hidup gaya pemakanan yang berkhasiat bagi menjamin tumbesaran seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.
Kata Kunci: Infografik,Kempen, Pemakanan
PENGENALAN
Ikutan daripada kepesatan teknologi maklumat yang terdiri daripada pelbagai sumber hari ini dapat memudahkan
individu untuk mencapai matlamat yang tepat mengenai sesuatu perkara bahkan mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan
yang baik dan berinformasi tentang sesuatu perkara yang ingin mereka ketahui. Kewujudan teknologi masa kini sudah canggih
dibandingkan dengan teknologi dulukala. Oleh hal yang demikian, terdapat wujudnya sumber-sumber ataupun teknologi yang
boleh digunakkan untuk menarik minat individu mencari bahan bacaan dengan melihat info yang disampaikan sangat menarik
seperti kombinasi warna, terdapat juga elemen animasi, info yang digunakan adalah ringkas padat dan cara penyampaiannya
tepat, mudah difahami.
Teknologi yang dinaiktaraf tahun demi tahun untuk memberikan penggunaan yang meluas dan canggih kepada
pengguna untuk melakukan pekerjaan ini dengan mudah dan cepat seperti penggunaan software illustrator dan software
photoshop. Dengan penggunaan software ini pelbagai elemen boleh diwujudkan seperti latar belakang yang menarik dan
sebagainya. Kaitan antara kempen kesedaran pemakanan makanan berkhasiat dan bernutrisi dalam kalangan kanak-kanak
dengan infografik adalah salah satu cara yang paling rapat kerana kebiasaanya piramid makanan di wujudkan dalam bentuk
infografik yang berguna untuk kegunaan pengguna terutamanya ibubapa.
PERNYATAAN MASALAH
Teknologi moden serba canggih yang berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini membawa kepada
tertumpunya penggunaan pelbagai media digital infografik meluas terutamanya kepada golongan muda dan dewasa. Tetapi
perkembangan yang terlalu pantas juga memberi kesan yang negatif kepada ibubapa yang ingin memantau jadual pemakanan
anak-anak mereka supaya jadual ataupun infografik yang dipilih adalah tepat dan tiada unsur penyebaran maklumat palsu yang
mungkin menyebabkan percanggahan sumber yang tepat ataupun tidak tepat.
Penyebaran maklumat melalui infografik sekali-sekala juga mempunyai unsur penipuan atau maklumat yang
disebarkan adalah palsu. Hal ini akan menimbulkan kesalah fahaman terhadap orang awam berkaitan dengan pemakanan yang
berkhasiat dan bernutrisi bagi kanak-kanak. Selain itu, maklumat yang disalurkan melalui media infografik juga berkemungkinan
mempunyai perubahan daripada maklumat yang asal dan menyebabkan maklumat yang disebarkan berbeza. Dari sini dapat
dilihat bahawa kesan media infografik ini juga boleh mendatangkan kesan yang negatif terutamanya berkaitan maklumat-
maklumat penting.
Seterusnya,penggubahan yang dilakukan tidak dikemaskini di laman sesawang seperti Google. Hal ini
dikatakan,sekiranya seseorang ataupun ibubapa membuat carian di Google untuk mencari ilmu mengenai pemakanan anak-
anak mereka, maklumat yang diberikan sukar difahami dan tidak jelas tentang infografik makanan ini menyebabkan berlakunya
ketidakfahaman info.
59
KEPENTINGAN KAJIAN
Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang tidak menemui jalan pengakhiran dalam
perkembangannya, kita seringkali tersentak apabila dikejutkan dengan isu pengabaian menjaga tahap pemakanan anak-anak
mereka yang seimbang dan bernutrisi dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Pemakanan memainkan peranan yang
penting dalam tumbesaran kanak-kanak di usia bayi lagi perlu dikawal kerana kanak-kanak adalah generasi yang akan menjadi
tunjang utama tahap kesejahteraan penduduk yang kadar kesihatannya baik. Sebagai contoh, penggunaan media infografik
menghasilkan maklumat-maklumat yang ringkas dan padat mengenai carta pemakanan pengambilan zat-zat yang mencukupi
dalam kehidupan seharian anak-anak. Pengambilan zat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan vitamin-vitamin mengikut
keperluan harian kanak-kanak dapat memudahkan urusan ibubapa untuk menyediakan makanan sewaktu mereka makan.
Sebagai contoh, infografik piramid makanan yang lengkap maklumat, mempunyai pengiraan yang tepat berapa
keperluan zat-zat yang baik perlu diambil dan hal ini, dapat membantu ibubapa membuat penyediaan sebanyak mana zat-zat
yang baik sewaktu setiap perhidangan waktu makan anak-anak mereka.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kualitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah pendekatan kualitatif sebagai cara untuk mendapatkan data.
Kaedah ini juga dikenali sebagai armchair iaitu pengumpulan maklumat atau data menerusi kajian perpustakaan. Antara sumber-
sumber yang digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian adalah melalui akhbar, internet dan sebagainya.
Rujukan internet banyak dilakukan memandangkan kemudahan untuk mendapatkan maklumat secara maya lebih efektif pada
zaman siber ini. Kaedah ini banyak membantu pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat dari segi isu-isu yang berkaitan
dengan peranan media infografik untuk menggalakkan kempen kesedaran makan-makanan berkhasiat dan bernutrisi dalam
kalangan kanak-kanak.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk internet serta akhbar terlebih dahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat.
Hasilnya pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat data yang berkaitan dengan peranan media infografik terhadap kempen
kesedaran tentang pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi bagi kanak-kanak.
ANALISIS & DAPATAN KAJIAN
Analisis data adalah sebuah proses pemeriksaan, pembersihan, transformasi dan pemodelan data dengan tujuan
menemukan informasi yang berguna,menginformasikan kesimpulan dan mendukung pengambilan keputusan. Tujuan analisis
data adalah untuk mengekstrak informasi yang berguna dari data dan mengambil keputusan berdasarkan analisis data. Kaedah
ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan kajian. Data yang diperoleh dari pelbagai
sumber dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Kaedah rujukan merupakan kaedah kualitatif yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai media
infografik dalam kempen kesedaran makan-makanan sihat dan bernutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa lama web
serta telah dijadikan sebagai rujukan untuk data kajian.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah memperoleh data melalui pengumpulan maklumat
atau data menerusi kajian internet dan akhbar. Maklumat yang diperolehi adalah sepenuhnya daripada kajian internet serta
akhbar yang berkaitan dengan peranan media infografik dalam kempen kesedaran makan-makanan sihat dan bernutrsi dalam
kalangan kanak-kanak di Malaysia.
60
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa media infografik dapat membantu dan memberi pendedahan bagi
menjayakan kempen kesedaran makan-makanan berkhasiat dan bernutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia kerana
memudahkan mereka untuk mengakses sendiri maklumat di laman sesawang diikuti dengan infografik yang dikeluarkan sendiri
oleh kementerian kesihatan. Hal ini dikatakan dimana sekiranya kempen yang ingin dijayakan sepenuhnya haruslah bermula dari
pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rumusan
Tumbesaran dan perkembangan dari peringkat bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi
Ibubapa.Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari perkembangan anak mereka dari
dilahirkan hingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, bahasa sosial, moral, personaliti dan sebagainya. Selain
Itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman
bayi atau kanak-kanak tersebut.
RUJUKAN
Cory A, & Auliya Fauzi. (2012). ANALISIS PENGETAHUAN DAN PELAKU GIZI SEIMBANG MENURUT
PESAN KE-6, 10, 11, 12 DARI PESANAN UMUM GIZI SEIMBANG (PUGS) PADA KANAK-KANAK. Kesihatan
Reproduksi Vol. 3(2).
Zimmerman, F.J. & Bell, J. F. (2010). Associations of television content type and obesity in
children. American Journal of Public Health, 100(2), 334-340.
Prof Dr Norimah A Karim, Nutritionist & Honorary Secretary,5 Februari 2014 Nutrition Society
of Malaysia.
Muhamad Hafis Nawawi (2022, Julai) Peningkatan obesiti kanak-kanak membimbangkan
https://docs.google.com/document/d/1yIDzT2y8JDrFH1N05xo96SuokT-VqklX/edit
61
PERANAN INFOGRAFIK DALAM KEMPEN PENCEGAHAN KANSER SERVIKS DI MALAYSIA
Nur Amni Binti Sukeri
[email protected]
Abstrak
Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita di Malaysia dan masih menjadi ancaman
kanser yang utama dalam kalangan wanita (Azlan Aziz et al., 2013). Kajian ini dilakukan kerana kebanyakan wanita di Malaysia
kurang diberikan pendedahan mengenai kanser serviks. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui infografik
bagi memberikan maklumat kepada golongan wanita tentang kesedaran kanser serviks. Antara objektif bagi kajian ini adalah
mengenalpasti peranan infografik dalam kempen pencegahan kanser serviks. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji
kepentingan elemen warna dalam infografik melalui kempen pencegahan kanser serviks. Tambahan lagi, kaedah kuantitatif
digunakan untuk menjayakan kajian ini dengan membuat pemerhatian melalui soal selidik Google Form yang telah dilakukan
kepada 20 orang daripada golongan wanita berumur 18 tahun sehingga 33 tahun dan ke atas. Selain itu, kaedah lain adalah
dengan membuat pengumpulan data iaitu merujuk kepada beberapa artikel berkaitan dengan kanser serviks. Dalam kajian ini,
pengkaji telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang dihadapi iaitu penggunaan warna yang digunakan pada infografik
berkaitan dengan kanser serviks kurang menarik perhatian pengguna. Selain itu, kekeliruan maklumat berkenaan dengan kanser
serviks menjadi semakin serius dalam era yang berteknologi tinggi ini. Cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah
penggunaan elemen yang ringkas dan padat dalam infografik bersesuaian dengan kempen pencegahan kanser serviks.
Cadangan seterusnya adalah kualiti liputan media dari segi tahap kepercayaan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan
boleh ditambah baik lagi sekiranya wartawan didedahkan dengan isu kanser serviks dan strategi untuk mencapai sumber kanser
serviks yang sah. Kesimpulannya, peranan infografik dalam kempen pencegahan kanser serviks cukup penting dalam memberi
kesedaran kepada golongan wanita di Malaysia.
Kata Kunci: Kanser serviks, peranan infografik, warna
PENGENALAN
Infografik adalah satu singkatan 'grafik maklumat'. Istilah ini telah mendapat popularity baru-baru ini, berdasarkan
penggunaan grafik yang menarik sejak kebelakangan ini yang mempunyai ciri-ciri ilustrasi, tipografi, orientasi dan panjang
menegak yang memaparkan pelbagai fakta. Maklumat adalah pengetahuan dalam bentuk perkataan, nombor atau konsep yang
boleh dikomunikasikan. Penggunaan maklumat grafik juga mempunyai reka bentuk infografik yang jelas, menarik dan ringkas,
mudah dilihat, laman internet yang boleh difahami, menguntungkan dan mudah dikongsi dengan orang ramai tanpa mengira
sempadan.
Kempen ialah suatu perkara yang dilakukan untuk mendapat perhatian rakyat untuk satu jangka masa dan merentasi
media. Perkataan kempen telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Sesuatu kempen yang dijalankan bertujuan memberi
maklumat, kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat tentang sesuatu isu. Kempen telah menjadi satu kelaziman bagi
pihak agensi kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan (Landa, 2011). Kanser serviks adalah keganasan yang disebabkan
oleh pertumbuhan sel epitelium serviks yang tidak terkawal (Mirayashi, 2013). Menurut Setiawati (2014) 99.7% kanser serviks
disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV) onkogenik yang menyerang rahim. Kanser serviks ialah tumor malignan yang
tumbuh di dalam dalam serviks (serviks), iaitu bahagian paling bawah rahim yang melekat pada rahim puncak faraj (Hartati et
al., 2014).
Warna telah menjadi objek penyelidikan oleh pakar dalam pelbagai bidang, beberapa termasuk fizik, perubatan,
psikologi, pemasaran dan reka bentuk. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa warna boleh mempengaruhi mood seseorang,
sehingga mempengaruhi keputusan pembelian. Warna telah dilihat sebelum bentuk dikenali supaya ia boleh dikatakan warna
adalah elemen wajib dalam reka bentuk, kerana tanpa warna elemen lain boleh berkata tiada.
Untuk kajian ini, infografik dihasilkan melalui rujukan pengamal penjagaan kesihatan seperti doktor pakar dan pegawai-
pegawai tinggi kesihatan. Di Malaysia, penggunaan infografik sering kali digunakan oleh Pegawai Kesihatan Malaysia untuk
menganalisis sesuatu data berkaitan kesihatan di Malaysia. Namun begitu, wanita di Malaysia kurang diberikan pendedahan
mengenai kanser serviks. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kempen melalui infografik bagi memberikan maklumat
kepada golongan wanita tentang kesedaran kanser serviks.
62
PERNYATAAN MASALAH
Daya tarikan boleh dicipta melalui reka bentuk visual dengan menggunakan pemilihan warna yang sedap mata
memandang supaya minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan infografik tersebut. Salah satu elemen
reka bentuk dalam media infografik adalah warna. Warna memainkan peranan penting untuk daya tarikan, kefahaman dan
pengekalan. Antara pernyataan masalah dalam kajian ini yang telah dikaji oleh pengkaji adalah penggunaan warna yang
digunakan pada infografik berkaitan dengan kanser serviks kurang menarik perhatian pengguna. (Soewignjo, 2013: 2). Soewignjo
(2013: 43) juga menyatakan bahawa pilihan gabungan warna yang baik akan memberikan kesan yang juga baik. Dalam
penyelidikannya mengenai visual infografik sebuah produk, Arifianto menyatakan bahawa dominasi warna sebagai latar belakang
memberi makna tertentu (2018: 126). Ini bermaksud pemilihan warna bagi suatu kempen khususnya berkaitan dengaan kempen
pencegahan kanser serviks perlulah menggunakan warna yang bersesuaian dan juga sinonim dengan wanita iaitu warna merah
jambu. Warna dalam media infografik bukan sahaja digunakan mengikut warna semula jadi objek, tetapi juga sebagai simbol.
Selain itu, penggunaan simbol warna juga boleh menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh menggunakan simbol khas
seperti riben, rahim barah serviks dan sebagainya.
Selain itu, kekeliruan maklumat berkenaan dengan kanser serviks menjadi semakin serius dalam era yang berteknologi
tinggi ini kerana orang awam bebas mendapatkan pelbagai maklumat menerusi Internet yang tidak dapat dipastikan
kesahihannya. Pelbagai maklumat yang diperoleh daripada sumber yang berlainan menimbulkan kesangsian terhadap teknik-
teknik pencegahan kanser yang betul (Arora et al., 2008). Golongan wanita khususnya mempunyai tahap kesedaran yang rendah
terhadap kanser serviks kerana dibekalkan dengan maklumat yang bercanggah, tidak lengkap serta ditulis dalam bahasa yang
terlalu teknikal oleh agensi-agensi tertentu seperti pusat kesihatan, farmasi ataupun maklumat yang disampaikan menerusi media
massa (Varma, 2009). Jelaslah bahawasanya peranan infografik dalam menyampaikan sesuatu maklumat khususnya kesihatan
amat penting. Mesej tentang kanser serviks yang dibekalkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bukan sahaja perlu
mudah dicapai oleh orang awam tetapi juga mempunyai kualiti yang baik dari segi dapat memenuhi mereka.
KEPENTINGAN KAJIAN
Infografik adalah satu medium yang penting dalam penyampaian maklumat. Hal ini disebabkan maklumat yang
disampaikan dapat difahami dengan lebih mudah dan lebih ringkas. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji peranan infografik
dalam kempen pencegahan kanser serviks. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana
ingin mengenalpasti kepentingan elemen warna dalam infografik melalui kempen pencegahan kanser serviks. Hal ini kerana
untuk menunjukkan kepada mereka bahawa penggunaan warna dapat menghasilkan satu infografik yang unik dan menarik.
Selain itu, ianya juga mampu memberi kesedaran kepada golongan wanita akan bahayanya kanser serviks dengan adanya
penegasan dalam simbol-simbol khas dalam pemilihan warna itu sendiri. Akhir sekali, kajian ini amat penting agar kadar
kesedaran wanita untuk mencegah Kanser Servik di Malaysia akan terus meningkat.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak sebelas (11) soalan di dalam borang soal selidik.
Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah menguji pengetahuan responden mengenai peranan infografik dalam kempen
pencegahan kanser serviks dan kepentingan elemen warna dalam infografik melalui kempen pencegahan kanser serviks.
Penyelidik menggunakan teknologi "Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas
talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat.
Hasilnya pengkaji mengetahui pelbagai maklumat berkaitan infografik, kanser serviks dan juga elemen warna dalam infografik.
Kaedah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan serta kesahihan maklumat mengenai kajian yang ingin dijalankan.
63
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data ini merupakan sebuah proses yang bertujuan untuk mendapatkan data yang ingin diperoleh berdasarkan
kajian yang dijalankan. Kaedah ini adalah satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan penyelidikan ini. Data yang
telah diperoleh daripada pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian (Shepard, 2022). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas
dan padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat
dihasilkan secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).
Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik, pengkaji telah mendapat maklum balas yang bermanfaat dari responden
yang menjawab soal kaji selidik melalui google form ini. Pengkaji membuat soal selidik yang mempunyai 20 responder semua
terdiri daripada golongan wanita sahaja. Responden terdiri daripada maklum balas orang awam dan juga pelajar Universiti
Malaysia Kelantan. Bagi kategori di bahagian maklumat status responden seramai 17 orang pelajar, 3 orang pekerja telah
menjawab kajian soal selidik ini. Rata-rata dikalangan berumur 18 - 33 tahun ke atas. Dari hasil kajian ini mendapati kebanyakkan
responden menyokong bahawa peranan infografik dalam kempen pencegahan kanser serviks ini sangat penting dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, ianya seharusnya kerap digunakan dalam mempromosi maklumat kanser serviks kepada orang
awam. Tambahan lagi, menurut kajian soal selidik yang dijalankan seramai 20 orang responden bersetuju elemen warna sangat
penting dalam infografik melalui kempen pencegahan kanser serviks. Mereka juga berpendapat penggunaan warna yang
bersesuaian dengan kanser serviks boleh memberi impak yang besar dalam menekankan maklumat atau mesej berkaitan isu
tersebut. Dari segi penggunaan simbol pada warna juga boleh diambil kira kerana setiap simbol khas berkaitan dengan kanser
serviks mempunyai peranannya tersendiri. Hal ini dapat dilihat dengan penegasan reka bentuk simbol khas dapat memudahkan
pengguna memahami maksud sesuatu tanpa menggunakan perkataan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta disimpulkan.
Berdasarkan soal selidik google form, pengkaji menyimpulkan bahawa hampir 100% daripada responden daripada golongan
wanita bersetuju bahawa peranan infografik dalam kempen pencegahan kanser serviks amat penting. Mereka juga menyokong
elemen warna sangat penting dalam infografik melalui kempen pencegahan kanser serviks. Kesimpulannya, peranan infografik
dalam kempen pencegahan kanser serviks cukup penting dalam memberi kesedaran kepada golongan wanita di Malaysia. Selain
itu, penggunaan elemen warna dalam infografik perlu dipertimbangkan dengan baik kerana pemilihan warna tersebut
menentukan sasaran penonton. Dengan itu, daya tarikan penonton dapat dicapai, kefahaman penonton terhadap mesej
disampaikan cenderung lebih mudah dan lebih cenderung untuk diingati.
CADANGAN
Berikut adalah merupakan beberapa cadangan yang dikenalpasti bagi mencapai objektif kajian ini:
I. Penggunaan elemen yang ringkas dan padat dalam infografik bersesuaian dengan kempen pencegahan
kanser serviks. Hal ini kerana, penggunaan elemen yang ringkas dan padat mampu mudah difahami oleh
pengguna. Antara elemen-elemen penting dalam infografik adalah warna, tipografi, ilustrasi, simbol dan
ikon.
II. Kualiti liputan media dari segi tahap kepercayaan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan boleh
ditambah baik lagi sekiranya wartawan didedahkan dengan isu kanser serviks dan strategi untuk mencapai
sumber kanser serviks yang sah. Ini adalah penting kerana dengan adanya kesedaran terhadap kanser
serviks, maka ini dapat merangsang perubahan minda dan sikap terhadap pemeriksaan ujian DNA HPV
yang kemudiannya dapat mendorong kepada amalan menjalankan ujian DNA HPV secara konsisten.
III. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu merangka strategi kempen pencegahan penyakit dan promosi
kesihatan yang efektif. Hal ini kerana pendidikan kesihatan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kesedaran dan menangani sikap negatif wanita terhadap kempen pencegahan ini.
64
RUJUKAN
Ain Nurafiqah, Z. (2015). Kempen demam denggi di negeri Kelantan melalui
infografik (Doctoral dissertation, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)).
Listya, A. (2019). Konsep dan penggunaan warna dalam infografis. Jurnal Desain, 6(01), 10-
19.
https://www.researchgate.net/publication/329716437_Konsep_dan_Pengunaan_Warna_dalam_Infografis
Jamri, M. H., Ismail, N., Ahmad, J., & Singh, D. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam:
Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal
of Communication, 33(3), 1-20.
http://eprints.usm.my/48530/1/19209-59046-3-PB.pdf
Nawi, A., Yusoff, M. Z. M., Ren, C. C., & Sahidah, A. (2021). Potensi infografik dalam
menangani persepsi negatif netizen terhadap institusi zakat di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, 37(1), 274-294.
http://journalarticle.ukm.my/16660/1/39786-152437-1-PB.pdf
San, S. S., Ahmad, A. M., Hasan, H., & Shamshudeen, R. I. (2015). MEDIA EXPOSURE ON OF
CERVICAL CANCER ADVERTISEMENTS. JURNAL KOMUNIKASI-MALAYSIAN JOURNAL
COMMUNICATION, 31(2), 263-278.
https://www.researchgate.net/publication/292355818_Media_exposure_on_cervical_cancer_advertisements
Sharudin, S. A., Mustaffa, N., & SANNUSI, S. N. (2020). Peranan infografik dalam
meningkatkan kesedaran kesihatan belia daripada perspektif pereka grafik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication, Jil, 36(1), 356-368.
http://journalarticle.ukm.my/14495/1/38258-122959-1-PB.pdf
65
PERANAN INFOGRAFIK DALAM MEMBENTUK KESEDARAN TENTANG COVID-19 DALAM KALANGAN MASYARAKAT
DI MALAYSIA
Siti Nazirah Binti Mohd Rafee
[email protected]
Abstrak
Kewujudan satu virus yang dikenali sebagai Coronavirus (Covid-19) dimana kes pertama dilaporkan di Wuhan, China pada
Disember 2019. Covid-19 merupakan sejenis virus berbahaya yang mudah merebak serta menyerang manusia dalam pelbagai
cara yang berbeza. Virus Covid-19 mula berkembang ke seluruh dunia yang menyerang manusia dengan pelbagai simptom yang
mengganggu kehidupan manusia malah menyebabkan kematian. Kajian ini memfokuskan kepada peranan infografik dalam
membentuk kesedaran tentang Covid-19 dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Memandangkan tahap kesedaran dalam
kalangan masyarakat di Malaysia masih pada tahap yang rendah dimana masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang
memandang remeh tentang bahaya virus Covid-19 terhadap mereka. Keadaan ini jelas dapat kita lihat, masih ramai yang tidak
mematuhi protokol 3M dalam mencegah penyebaran virus Covid-19. Antaranya pencegahan penyebaran virus adalah mencuci
tangan, memakai penutup muka, dan menggunakan sanitizer. Namun demikian , masih ramai yang tidak mengambil peduli
tentang pencegahan tersebut. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti tahap kesedaran dalam diri masyarakat tentang
bahaya Covid-19 khususnya masyarakat pedalaman. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji akan mengedarkan 30 borang soal
selidik kepada masyarakat pendalaman bagi menjawab soalan kajian untuk mendapatkan maklumat. Sumber dapatan kajian
pengkaji pula melalui laman media sosial seperti facebook dan laman sesawang bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan
tepat. Kesimpulannya, pengkaji berharap agar infografik tentang virus Covid-19 dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
di Malaysia.
Kata Kunci: Infografik, Kesedaran, Covid-19
PENGENALAN
Menurut Wikipedia, infografik merupakan gabungan antara “informasi” (maklumat) dan “grafik’’ iaitu gambaran visual
grafik maklumat, data atau pengetahuan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat dan jelas.
Infografik telah berkembang dalam beberapa tahun belakangan untuk menjadi komunikasi massa, dan dengan demikian direka
dengan lebih sedikit asumsi mengenai asas pengetahuan pembaca daripada jenis pemvisualan lain.
Infografik terbahagi kepada 3 jenis, antaranya infografik statis, infografik animasi, dan infografik interaktif. Infografik
statis merupakan infografik yang dibuat dalam bentuk visual statis, tanpa konsep audio atau animasi yang boleh bergerak.
Seterusnya, infografik animasi merupakan infografik yang digunakan pada media audio visual seperti televisyen atau youtube.
Infografik animasi boleh disediakan dalam bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi yang menampakkan lebih kompleks. Data dan
maklumat yang disampaikan dalam bentuk infografik animasi dapat memudahkan kefahaman dan menjadi daya tarikan
penonton. Selain itu, infografik interaktif merupakan infografik yang paling kompleks jika dibandingkan dengan infografik lain.
Infografik interaktif yang baik memerlukan kerjasama dengan developer atau programmer supaya animasi ataupun program
interaksi berjalan lancar.
Pada tahun 2019, kewujudan satu virus yang dikenali sebagai Coronavirus ( Covid-19 ) dimana kes pertama dilaporkan
di Wuhan, China pada Disember 2019. Covid-19 merupakan sejenis virus berbahaya yang mudah merebak serta menyerang
manusia dalam pelbagai cara yang berbeza. Antara simptom-simptom virus Covid-19 menyerang manusia adalah seperti
demam, batuk kering dan keletihan.
Covid-19 akan mengganggu pernafasan manusia yang menyebabkan berlaku kesukaran untuk bernafas bagi mereka
yang dijangkiti. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya Covid-19 mulai merebak ke negara-negara lain termasuk Malaysia.
66
PERNYATAAN MASALAH
Dalam era pemodenan, perkembangan teknologi yang kian pesat mengikut peredaran masa, rata-rata masyarakat
Malaysia memanfaatkan dengan menguasai penggunaan teknologi maklumat dengan melibatkan diri dalam media sosial.
Platform media sosial menjadi penghubung utama pada masa kini yang sememangnya penting dalam mendapatkan maklumat
dengan cepat dan hanya dihujung jari sahaja. Namun, masih ada segelintir masyarakat yang menggunakan kemajuan teknologi
ini dengan cara yang salah. Memandangkan Malaysia sedang berdepan dengan satu wabak yang dikenali sebagai Covid-19
yang berbahaya kerana mampu meragut nyawa individu yang berisiko. Oleh hal demikian, terdapat penyalahgunaan teknologi
dengan menyebarkan maklumat palsu atau maklumat yang tidak tepat melalui media sosial. Hal ini demikian, masyarakat akan
melihat dan mendapat maklumat yang tidak tepat mengenai sesuatu perkara. Berdasarkan kajian yang dikaji, terdapat
penyebaran maklumat palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab tentang jumlah semasa jangkitan tentang Covid-19 di
Malaysia.
Seterusnya, sikap masyarakat yang memandang remeh terhadap virus Covid-19. Hal ini kerana, masih ramai
masyarakat yang tidak mematuhi protokol yang ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab (KKM) dengan tidak memakai
penutup muka di tempat awam, dan tidak menjaga penjarakkan sosial, serta tidak menjaga kebersihan diri. Walaubagaimanapun,
penyebaran infografik daripada pihak KKM telah pun disebar di media sosial.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk:
I. Membentuk kesedaran kepada masyarakat di Malaysia mengenai Covid-19.
II. Memberi pendedahan infografik maklumat kepada masyarakat.
III. Meningkatkan penyebaran maklumat melalui infografik tentang Covid-19 dengan betul.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memilih kaedah kuantitatif dalam mengumpulkan data bagi kajian ini. Pengkaji menggunakan beberapa
kaedah antaranya kaedah temubual, pemerhatian, dan bahan tertulis. Pengkaji telah menemu bual beberapa penduduk tempatan
yang berdekatan dengan pengkaji dengan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian dari temubual, pengkaji telah mendapat maklum balas yang baik daripada responden
yang di temu bual. Pengkaji telah mendapat pelbagai maklum balas daripada responden yang memberi pelbagai cadangan dan
pendapat yang membantu kajian pengkaji. Pengkaji menemu bual masyarakat dari pelbagai golongan dan peringkat umur.
Dimana pengkaji dapat menilai maklum balas antara golongan muda dan golongan yang lebih berusia yang berkaitan dengan
kajian pengkaji.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta disimpulkan.
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif kajian yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan bagi
mengetahui keberkesan infografik dalam membentuk kesedaran tentang Covid-19 dalam kalangan masyarakat di Malaysia serta
memberi pengetahuan tentang kepentingan infografik dalam penyebaran maklumat yang tepat.
67
CADANGAN
I. Mengenakan tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat palsu.
II. Memperbanyakkan penyebaran infografik daripada KKM tentang maklumat semasa berkaitan Covid-19.
RUJUKAN
Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa, Shahrul Nazmi Sannusi (2020), Kajian Peranan
Infografik dalam Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Belia daripada Perspektif Pereka Grafik
http://journalarticle.ukm.my/14495/1/38258-122959-1-PB.pdf
Wikipedia, pada 21:28, 23 Ogos 2021.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Infografik
HASRUL HASHIM, MOHD AZUL MOHAMAD SALLEH, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Analisis Strategi Komunikasi Penerbitan Pesanan Khidmat Awam (PKA) Pandemik COVID-19,
https://scholar.google.com.my/scholar?q=keberkesan+infografik+dalam+membentuk+kesedaran&hl=en&as_sdt=0&a
s_vis=1&oi=scholart
68
PENGARUH POSTER INFOGRAFIK DALAM MENYAMPAIKAN KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN DI JALAN
RAYA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Siti Nur Syafiqah Binti Mohammad
[email protected]
Abstrak
Infografik adalah gambaran visual grafik maklumat, data, atau pengetahuan yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat
dengan lebih pantas, cepat dan jelas. Mereka dapat meningkatkan kognisi dengan menggunakan grafik untuk meningkatkan
kemampuan sistem visual manusia untuk melihat corak dan tren. Usaha serupa adalah pemvisualan maklumat, pemvisualan
data, grafik statistik, reka bentuk maklumat, atau seni bina maklumat. Infografik telah berkembang dalam beberapa tahun
kebelakangan ini untuk menjadi komunikasi massa, dan dengan demikian direka dengan lebih sedikit asumsi mengenai asas
pengetahuan pembaca daripada jenis pemvisualan lain. Isotip ialah contoh awal infografik menyampaikan maklumat dengan
cepat dan mudah kepada orang ramai. Infografik ini merupakan sesuatu yang mudah difahami dimana info yang disampaikan
adalah dengan menggunakan visual. Dalam kajian ini, saya telah mendapati bahawa kes kemalangan kerap berlaku dalam
kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan mengenai keselamatan jalan raya. Disebabkan oleh
kurang pendedahan tentang keselamatan jalan raya ini, maka kemalangan akan kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak
kerana mereka tidak tahu bahaya apa yang terdapat di jalan raya tersebut dan ibu bapa juga kurang cakna mengenai hal tersebut.
Maka dari itu dengan adanya poster infografik tentang keselamatan kanak-kanak di jalan raya maka ianya akan sedikit sebanyak
dapat memberi ilmu ataupun kesedaran kepada mereka tentang betapa bahayanya ketika berada di jalan raya. Walaupun kanak-
kanak yang tidak tahu membaca, dengan adanya poster infografik ini mereka dapat memahami dengan hanya melihat poster
kerana ianya disampaikan melalui visualisasi. Selain itu, ibubapa juga haruslah mengambil serius mengenai keselamatan jalan
raya ini kerana ianya melihatkan nyawa seseorang. Pada kajian ini, kaedah kuantitatif juga telah saya gunakan bagi menjayakan
kajian ini seperti kajian pemerhatian, dan soal selidik daripada orang awam dan para pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
Kata Kunci: Poster infografik, kemalangan, kanak-kanak, ibubapa
PENGENALAN
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan teknologi kini, infografik merupakan salah satu elemen grafik yang sangat
penting dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat khususnya kepada golongan kanak-kanak. Keselamatan jalan raya
adalah usaha untuk mengurangkan kemalangan dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor yang menyebabkan
kemalangan, seperti infrastruktur, faktor persekitaran, kemudahan, orang, dan papan tanda atau peraturan. Menurut statistik,
sejumlah besar kemalangan akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak juga berlaku di halaman bangunan
kediaman. Oleh itu, kanak-kanak haruslah lebih diberi perhatian dan pendedahan mengenai keselamatan jalan raya.
Infografik ini merupakan salah satu bentuk visual yang memaparkan maklumat yang akan dipersembahkan dengan
menggunakan teks, lakaran, carta, grafik, dan gambar. Isi kandungan yang terdapat pada infografik yang dipaparkan dengan
teliti yang menggunakan prinsip reka bentuk berarahan dengan mengambil kira pada warna, jumlah maklumat, dan susun atur.
Infografik mempunyai lebih banyak maklumat daripada poster. Elemen ini sering digunakan dalam poster kempen keselamatan
ataupun pengiklanan. Infografik adalah medium untuk menyampaikan mesej dengan cara yang lebih bermaklumat dan menarik.
Ianya adalah karya seni atau reka bentuk grafik yang mengandungi komposisi imej dan huruf pada kertas besar atau kecil.
Fungsi poster infografik juga mempunyai peranan penting dalam menyampaikan mesej dengan berkesan. Poster
infografik adalah salah satu media komunikasi yang telah digunakan sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Poster ini terdiri
daripada teks dan imej yang bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu. Menurut Nana Sudjana dan Ahmad Rivai, poster
infografik adalah gabungan visual reka bentuk yang kuat, dengan warna, dan mesej dengan niat untuk menarik perhatian
masyarakat. Poster infografik digunakan kerana dapat memberikan maklumat yang padat dan ringkas kepada para pembaca
tetapi mudah untuk dipahami oleh semua golongan lebih lagi golongan kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan infografik lebih
menarik perhatian. Poster infografik mempunyai tujuan utama untuk menarik perhatian, memaklumkan, meyakinkan dan
memprovokasi.
69
PERNYATAAN MASALAH
Poster infografik merupakan salah satu pengaruh yang sangat baik dalam penyampaian maklumat. Sebagaimana yang
kita tahu, poster infografik sangat memainkan peranan dalam penyampaian maklumat lebih-lebih lagi penyampaian maklumat
kepada golongan kanak-kanak. Hal ini kerana golongan kanak-kanak lebih tertumpu kepada maklumat yang mempunyai ilustrasi,
berwarna dan mempunyai tipografi yang menarik. Dengan infografik poster akan menjadi lebih singkat dan padat serta mudah
untuk difahami. Adanya poster infografik maklumat mengenai kesedaran tentang keselamatan jalan raya dapat dilakukan dengan
lebih menarik.
Antara pernyataan masalah dalam kajian ini yang telah dikaji oleh pengkaji adalah kebanyakan kanak-kanak di
Malaysia kurang diberikan pendedahan tentang keselamatan jalan raya. Hal ini kerana, sepanjang tahun 2011 hingga 2020
kemalangan jalan raya dalam negara ini telah merekodkan sebanyak 47 peratus nyawa kanak-kanak yang telah terkorban. Ini
menunjukkan bahawa kanak-kanak terus menjadi antara golongan tertinggi yang maut akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.
Seterusnya, pernyataan masalah yang kedua ialah ibubapa yang kurang cakna mengenai keselamatan anak mereka
ketika berada di jalan raya. Hal ini kerana, kes kemalangan jalan raya kanak-kanak sering dilaporkan di media massa. Oleh yang
demikian, ibubapa perlu memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai keselamatan jalan raya dan ibubapa juga haruslah
memainkan peranan yang penting bagi memastikan keselamatan anak sebelum nasi menjadi bubur. Lantaran itu, ibubapa sangat
berperanan penting bagi memastikan anak-anak terjamin keselamatannya daripada sebarang kemalangan jalan raya.
KEPENTINGAN KAJIAN
Poster infografik adalah satu medium yang penting dalam penyampaian maklumat. Hal ini disebabkan maklumat yang
disampaikan dapat difahami dengan lebih mudah dan lebih ringkas. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk
dijalankan kerana ingin mengenalpasti tahap pengetahuan masyarakat mengenai poster infografik selain dapat memberi
kesedaran kepada golongan ibubapa mengenai keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak. Tambahan pula, poster infografik
merupakan media kreatif yang mempunyai reka bentuk poster yang ekspresif, artistik dan mempunyai nilai artistik bermula
daripada elemen warna, imej dan tipografi yang menonjol. Sehubungan itu, kajian ini amat penting kerana dapat memberikan
maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai khususnya ibubapa dalam memahami aspek keselamatan jalan raya.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan maklumat
dan data. Borang soal selidik telah menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu,
kaedah ini akan membantu pengkaji untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak lima (10)
soalan di dalam borang soal selidik tersebut. Kebanyakkan soalan yang diberikan adalah mengenai pengetahuan responden
tentang pengaruh poster infografik dalam kesedaran keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak. Penyelidikan telah menggunakan
teknologi “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul segala maklumat.
Pada hasilnya pengkaji mendapati bahawa poster infografik sangat berguna untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak
dengan berkesan. Kaedah ini digunakan sebagai kesahihan maklumat yang telah didapat mengenai kajian yang telah dilakukan
dan segala soalan yang ditanyakan. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai sepuluh (10) soalan dan
mempunyai 30 orang responden.
Kaedah Internet
Kaedah internet sangat membantu pengkaji dalam mencari maklumat tambahan yang ada berkaitan dengan tajuk
pengkaji kerana dengan menggunakan kaedah internet sumber yang didapati tidak mempunyai had pencarian serta maklumat
yang didapati sangat banyak dan berguna untuk rujukan bagi kajian pengkaji. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti
mengenai poster infografik dengan lebih mendalam.
70
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data ini merupakan sebuah proses yang bertujuan untuk mendapatkan data yang ingin diperoleh berdasarkan
kajian yang dijalankan. Kaedah ini adalah satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan penyelidikan ini. Data yang
telah diperoleh daripada pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan menyegarkan struktur kajian. (Shepard, 2022). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas
dan padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat
dihasilkan secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).
Berdasarkan borang soal selidik yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal
selidik. Borang soal selidik yang diedarkan telah mendapat kira-kira tiga puluh (30) orang responden. Dari hasil kajian ini
mendapati kebanyakkan responden menyokong bahawa poster infografik ini sangat berguna untuk memberi kesedaran kepada
kanak-kanak tentang pentingnya menjaga keselamatan jalan raya serta rata-rata bersetuju bahawa 70% punca berlakunya
kemalangan jalan raya kepada kanak-kanak adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa dengan penggunaan poster infografik ianya sangat berguna untuk
dijadikan satu platform bagi menyampaikan sesuatu maklumat lebih-lebih lagi mengenai keselamatan jalan raya kepada kanak-
kanak. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan adalah bagi mengetahui tahap kesedaran ibubapa serta orang
awam mengenai kebaikan poster infografik dalam penyampaian keselamatan jalan raya. Pengkaji juga mencadangkan untuk
mengadakan pertandingan penghasilan poster infografik yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah bagi memberi
kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah memahami sesuatu
maklumat yang lebih kreatif, berwarna-warni dan ringkas. Dengan poster infografik sebegini penyampaian maklumat yang
disampaikan kepada mereka sangat mudah untuk mereka fahami dengan lebih mendalam.
RUJUKAN
Rujukan Internet
Munizam Md Sidek, Kelebihan Poster atau Infografik Dalam Pemasaran
https://ilhami.my/blog/kelebihan-poster-atau-infografik-dalam-pemasaran/
Zyaakma, 2016, Apa itu infografik
APA ITU INFOGRAFIK? - ZYA AKMA
Ainur Wardah Sohili, 2022, Kempen keselamatan jalan raya perlu diteruskan.
https://www.buletinmutiara.com/kempen-kesedaran-keselamatan-jalan-raya-perlu-berterusan-ketua-menteri/
Rujukan Jurnal
Siricharoen, W. V., & Siricharoen, N. (2015, May). How infographic should be
evaluated. In Proceedings of the 7th International Conference on Information Technology (ICIT 2015) (pp. 558-564).
Suweda, I. W. (2009). Pentingnya Pengembangan Zona Selamat Sekolah Demi
Keselamatan Bersama Di Jalan Raya. Universitas Udayana. Denpasar.
Jamal Khan, M. K. (2002). Keselamatan jalan raya: di mana kita?. Jelapang, 3(1), 1-
10.
71
KEBERKESANAN INFOGRAFIK DALAM KEMPEN JAUHI DADAH DI MALAYSIA
Wan Khairunnisa Binti Wan Azahar
[email protected]
Abstrak
Keselamatan dunia kontemporari bukan sahaja menuntut aktor negara memainkan peranan yang sewajarnya tetapi juga aktor
bukan negara. Masyarakat merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Penyalahgunaan
dadah di Malaysia tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa. Umum mengetahui dadah boleh
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Maka, adalah penting bagi negara untuk
melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tahap
keberkesanan infografik dalam memerangi ancaman dadah di Malaysia dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada kesihatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik
yang telah diedarkan kepada masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan sumber media sosial, keratan akhbar dan sumber
internet berkaitan penyalahgunaan dadah berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi penyalahgunaan dadah di
kalangan masyarakat. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah
dengan menggunakan infografik yang berkesan. Penghasilan infografik yang lebih tepat dan berkesan merupakan salah satu
cara untuk membendung isu ini. Kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menganjurkan program-program yang berkaitan
dengan penyalahgunaan dadah lebih memberi kesan kepada masyarakat. Infografik yang berkesan mampu memerangi
ancaman dadah yang semakin berleluasa di negara ini. Dengan cara ini dapat mengubah sikap dan tingkah laku masyarakat
supaya menghindarkan diri dan keluarga dari gejala dadah.
Kata kunci: Dadah, Infografik, Masyarakat
PENGENALAN
Infografik ialah gambaran visual grafik seperti maklumat, data, atau pengetahuan bertujuan untuk menyampaikan
maklumat dengan cepat dan jelas. Mereka dapat meningkatkan dengan menggunakan grafik untuk meningkatkan kemampuan
sistem visual manusia untuk melihat corak dan idea semasa. Infografik telah berkembang dalam beberapa tahun belakangan
untuk menjadi komunikasi massa dan dengan itu direka dengan lebih terperinci mengenai asas pengetahuan pembaca daripada
jenis visualisasi lain. Isotop adalah contoh awal infografik menyampaikan maklumat dengan cepat dan mudah kepada orang
ramai. Dalam perkembangan teknologi komunikasi kini, visual sering digunakan untuk menyampaikan mesej. Dalam dunia media
sosial yang berkembang pantas, khalayak lebih tertarik untuk melihat elemen visual berbanding teks. Pelbagai jenis visual yang
dikongsi, antaranya gambar foto, infografik dan ilustrasi. Tidak kurang juga ada lakaran kartun yang disampaikan menerusi media
sosial seperti WhatsApp, Instagram, Facebook dan lain-lain lagi. Walaupun visual-visual ini sering digunakan, namun bagi tujuan
kertas kerja ini, visual infografik akan menjadi fokus utama perbincangan.
Infografik merupakan kaedah baru bagi menggambarkan sesuatu data informasi. Infografik mempunyai standard dan
formatnya tersendiri. Terdapat pelbagai jenis grafik untuk memvisualisasikan data daripada teks kepada carta pai, bar, jadual,
rajah dan diikuti penggunaan gambar serta simbol ikonik. Tujuan utama infografik adalah untuk menyampaikan maklumat dengan
jelas dan berkesan dengan menggunakan campuran dan gabungan elemen visual (Dur, 2012). Beberapa pakar berpendapat
bahawa infografik mampu menghasilkan mesej yang sepenuhnya difahami (Messaris 1994, Ross 1963, Kress & Van 1996).
Walaupun majoriti ahli teori kontemporari menolak idea bahawa infografik tidak dapat berkomunikasi dan menyampaikan mesej,
sesetengah pakar menyatakan bahawa imej visual harus disertai dengan teks untuk memperoleh makna tertentu (Barthes 1977,
Fleming 1996, Serenelli et al. 2011). Apabila difahami maksud daripada gabungan visual disertai teks ianya memberi makna
yang lebih mudah untuk difahami.
72
Kempen adalah segala usaha, kegiatan dan tindakan yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan
penerangan untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matlamat yang ingin
disampaikan. Dalam mencapai misi dan matlamat, setiap kempen berbeza dari segi pendekatannya bergantung kepada objektif
dan khalayak sasaran. Menurut Rogers, 1979; Atkin and Rice, 1989; McGuire, 1984, kempen adalah satu usaha yang dirancang
untuk pelbagai tujuan, ditujukan kepada sasaran di pelbagai peringkat dan lapisan seperti di bandar dan luar bandar, lelaki dan
wanita, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan matlamat untuk cuba mempengaruhi individu, kumpulan kecil dan besar
serta keseluruhan masyarakat. Dalam proses mengawal masalah dadah yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia,
banyak kempen telah dilangsungkan. Berdasarkan pembacaan yang dilakukan dalam beberapa aspek berkaitan dengan kempen
jauhi dadah, maklumat berkenaan kempen ini dapat dijelaskan dalam beberapa aspek.
Penyalahgunaan dadah telah menjadi satu masalah serius yang dihadapi oleh setiap negara di dunia termasuk di
rantau Nusantara. Ini kerana usaha menjamin keselamatan negara menjadi tercabar apabila seseorang itu bertindak di luar
batasan dan melanggar norma-norma kehidupan termasuk undang-undang sivil. Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di
Malaysia merupakan isu nasional. Penyalahgunaan dadah telah menyebabkan banyak masalah sosial, jenayah dan mensia-
siakan banyak kehidupan belia yang sepatutnya menjadi aset masa depan kepada negara. Sehubungan dengan itu, ancaman
dadah merupakan isu yang sensitif dari segi pelaksanaan penguatkuasaan bagi sesebuah negara. Ia juga masalah yang amat
rumit untuk diselesaikan menurut tanggapan bagi sesetengah negara di rantau Asia Tenggara (William & Wiencek, 2000; Bakri
Mat & Zarina Othman, 2014).
Untuk kajian ini, infografik dihasilkan melalui rujukan pihak kerajaan serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Tahap kesedaran mengenai perlunya tindakan yang bersifat sistematik dan efektif dalam mengatasi pengaruh dadah secara
umumnya semakin meningkat. Pada dasarnya, infografik melalui kempen salah satu cara untuk menangani ancaman dadah
yang menjadi musuh nombor satu negara.
PERNYATAAN MASALAH
Selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi semasa, penyampaian sesuatu mesej dapat dilakukan dengan
mudah. Selain mesej berbentuk teks, mesej dalam bentuk visual juga sering dikongsi antara satu pengguna dengan pengguna
lain. Tambahan pula dengan fleksibilitas media sosial yang boleh menularkan sesuatu mesej dengan pantas menyebabkan
permintaan kepada aspek visual menjadi semakin tinggi. Antara pernyataan masalah dalam kajian ini yang telah dikaji oleh
pengkaji ialah masyarakat yang kurang menitikberatkan infografik. Infografik merupakan satu elemen multimedia yang amat
penting dalam memberi penekanan suatu proses penyampaian maklumat. Kajian Siricharoen (2013) mengenai infografik dalam
era baru mendapati penggunaan infografik pada laman sesawang bukan sahaja memberi maklumat dan fakta yang diperlukan
malah informasi yang disampaikan itu mudah difahami dan seronok dibaca.
Selain itu, pemberitahuan maklumat yang tidak lengkap dan tepat menyebabkan masyarakat sukar untuk memahami
infografik yang ingin disampaikan. Kesukaran ini menyebabkan masyarakat tidak mengetahui isi tersurat dan tersirat yang ingin
dinyatakan. Hal ini akan menimbulkan kesangsian kepada masyarakat tentang cara-cara agar tidak terjerumus dengan gejala
dadah. Justeru itu, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa.
Jelaslah, bahawasanya peranan infografik dalam menyampaikan maklumat dengan lebih tepat amatlah penting. Infografik yang
berguna mampu memberi manfaat kepada masyarakat di samping dapat memberi amaran tentang tahap kesihatan mereka jika
terlibat dengan gejala ini. Hammond (2008) menyatakan bahawa visual amaran kesihatan adalah satu cara yang paling efektif
dalam komunikasi visual. Amaran-amaran kesihatan mempunyai impak dan kesedaran yang tinggi terhadap masyarakat.
Sebagai contohnya, penggunaan visual mengenai amaran bergambar boleh meningkatkan pengetahuan kesihatan, motivasi,
dan kelakuan. Menurut Hammond lagi, amaran bergambar penting bagi mendidik dan menyampaikan mesej yang
menggambarkan risiko kesihatan. Ia sangat jelas untuk membangkitkan perasaan dan cara paling berkesan serta boleh memberi
impak yang tinggi kepada orang ramai.
73
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan infografik dalam kempen jauhi dadah di
Malaysia. Objektif ini adalah untuk mencapai tahap pemahaman yang tinggi terhadap kajian yang dikaji. Antara objektif kajian
yang telah di rumus oleh pengkaji ialah:
I. Untuk mengkaji tahap keberkesanan infografik dalam memerangi ancaman dadah di Malaysia
II. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dan kesannya kepada
kesihatan.
PERSOALAN KAJIAN
I. Adakah infografik yang dijalankan berkesan dalam memerangi ancaman dadah di Malaysia.
II. Sejauhmanakah tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Infografik telah memainkan peranan yang penting dalam penyampaian maklumat. Infografik harus digunakan dalam
konteks yang betul dan menyasarkan khalayak yang betul untuk meningkatkan penglibatan di halaman web dan mana-mana
platform media sosial. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji keberkesanan infografik dalam kempen jauhi dadah di
Malaysia. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana ingin mengkaji tahap keberkesanan
infografik dalam memerangi ancaman dadah di Malaysia. Hal ini kerana infografik mempunyai visual yang menarik, berwarna
dan mudah difahami menjadikannya menarik perhatian orang ramai. Selain itu, penggunaan infografik amat menarik kerana
menggabungkan reka bentuk grafik dan informasi untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej. Akhir sekali, ianya juga dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada kesihatan
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah soal selidik sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang
soal selidik merupakan medium untuk pengkaji mendapatkan data secara meluas. Kajian berbentuk soal selidik adalah satu
bentuk kajian yang popular digunakan kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangkap dengan
mudah. Melalui soal selidik maklumat berkaitan dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab
soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Soalan soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, bahagian
pertama mengenai latar belakang responden dan bahagian kedua pula mengenai keberkesanan infografik dalam memerangi
ancaman dadah di Malaysia yang terdiri daripada enam soalan. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah
soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia
hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135). Proses soal selidik dijalankan
dengan penerangan ringkas daripada penulis dan menyatakan bahawa segala maklumat peribadi adalah dirahsiakan. Soalan
soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan data tentang latar belakang responden dan reaksi mereka terhadap keberkesanan
infografik dalam kempen jauhi dadah di Malaysia. Borang soal selidik ini disediakan menggunakan “Google Form” dan diedarkan
kepada responden melalui atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk sumber dapatan menerusi media sosial, keratan akhbar dan sumber internet sebagai kaedah
untuk mengumpul maklumat. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan.
Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang ingin dijalankan. Kegagalan menggunakan
kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur serta boleh menyebabkan
beban maklumat kepada pengkaji. Hasil daripada kaedah ini pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat berkaitan infografik
dan gejala dadah serta keberkesanan infografik dalam memerangi ancaman dadah.
74
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitik dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Menurut John Tukey prosedur ini merangkumi teknik mentafsirkan data
yang sudah dianalisis dan cara merancang teknik pengumpulan data dengan teliti sehingga analisis menjadi lebih cepat.
Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden terhadap
soal selidik yang dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan google form. Hasil dapatan kajian yang
dikemukakan adalah untuk menghuraikan jawapan kepada persoalan kajian iaitu adakah infografik yang dijalankan berkesan
dalam memerangi ancaman dadah di Malaysia.
Soal selidik telah di rekabentuk berpandukan objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan kajian. Set borang
soal selidik telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A merupakan bahagian maklumat
demografi responden yang mengandungi empat item sahaja iaitu kumpulan jantina, umur, bangsa dan kategori pekerjaan.
Bahagian B mengandungI pernyataan berkenaan persepsi responden terhadap kepekaan dalam keberkesanan infografik melalui
kempen jauhi dadah. Bahagian ini mengandungi enam item sahaja. Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik, pengkaji
mendapati kesemua responden yang terdiri daripada 35 responden iaitu 19 orang perempuan dan 16 orang lelaki memberikan
maklum balas yang positif terhadap soalan yang diberikan. Responden terdiri daripada kategori umur 18 hingga 35 tahun yang
terdiri daripada bangsa Melayu sebanyak 94.3%, India sebanyak 10% dan lain-lain sebanyak 10%. Kategori pekerjaan responden
ialah sebanyak 74.3% adalah pelajar, 11.4% adalah pekerja swasta dan 14.3% adalah bekerja sendiri. Hasil dapatan kajian
mendapati keseluruhan responden menyokong bahawa keberkesanan infografik dalam kempen jauhi dadah di Malaysia.
merupakan satu kepentingan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, penggunaan infografik untuk menjayakan sesuatu kempen
haruslah kerap digunakan dan dititikberatkan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam kajian ini telah membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis dan
dirumuskan. Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa infografik dalam kempen jauhi dadah di Malaysia berkesan serta
dapat membantu dan mendedahkan pengetahuan kepada masyarakat tentang penyalahgunaan dadah.
Berdasarkan soal selidik iaitu “google form”, pengkaji menyimpulkan bahawa hampir 100% responden bersetuju
tentang tahap keberkesanan infografik dalam kempen jauhi dadah di Malaysia. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini
dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kepekaan masyarakat terhadap kepentingan infografik serta tahap kesedaran
masyarakat tentang gejala dadah. Kesimpulannya, peranan infografik sangat berkesan melalui kempen jauhi dadah dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.
CADANGAN
Berikut merupakan beberapa cadangan yang dikenalpasti bagi mencapai objektif kajian ini:
I. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan menghasilkan infografik yang lebih tepat bersesuaian
dengan kempen jauhi dadah. Pemilihan kandungan yang berkualiti dan teliti menjadikan infografik sangat
menarik dan unik untuk dibaca. Selain itu, menggunakan warna, imej dan teks yang ringkas dan padat untuk
menonjolkan infografik yang menarik. Oleh itu, infografik adalah cara yang kreatif untuk menyampaikan
maklumat dengan jelas dan pantas kepada masyarakat.
II. Penglibatan kerajaan dalam menangani ancaman dadah di Malaysia haruslah dipertingkatkan. Hal ini
kerana kerjasama bersepadu daripada pihak kerajaan dapat memberi kesan menyeluruh, sekali gus
menyelesaikan permasalahan dadah di negara ini. Kerajaan Malaysia seperti Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) haruslah melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah ini.
75
RUJUKAN
Bakri Mat, Zarina Othman (2014) Regional Cooperation in Addressing Food Security
Issues in Southeast Asia: Malaysian Perspectives. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 10 (6), 37-47.
Dur, B. I. U. (2012). Analysis of data visualizations in daily newspapers in terms of
graphic design. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 51, 278-283.
Hammond, D. (2008). Health warnings on tobacco packages: Summary of evidence and legal challenges. Retrieved
from
https://www.semanticscholar.org/paper/Healthwarnings-on-tobacco-packages%3A-Summary-of-
andHammond/90ee8b22dc6899cece85056994b3813eb5de957b
Kress, G. R., & Van Leeuwen, T. (1996). Reading images: The grammar of visual
design. UK: Psychology Press.
Messaris, P. (1994). Visual" literacy": Image, mind, and reality. US: Westview Press.
Ross, R. (1963). Illustration today. USA: International Textbook Company.
William MC, David GW (2000) Asian Security Handbook. M.E. Sharpe, New York.
Yayasan Multimedia Nusantara & Xeratic(04-Februari-2022) Pengertian Teknik
Analisis Data Menurut Ahli dan Macam Jenisnya
https://dqlab.id/pengertian-teknik-analisis-data-menurut-ahli-dan-macam-jenisnya
76
77
PENGHASILAN LOGO PLAGARISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA DI MALAYSIA
Chew Bao Kei
baokei.c19@[email protected]
Abstrak
Logo plagiarisme adalah satu jenayah. Logo rasmi mempunyai tanda dagangan dan penampilan tersendiri sebagai hak cipta
mereka, maka hanya mereka yang boleh memberi kebenaran untuk menyalin hak. Imej logo atau satu jenis harta intelek, boleh
didapati secara meluas di Internet. Pengesanan dan penyempatan plagiarisme imej logo adalah penting untuk melindungi harta
intelek logo. Banyak imej logo yang berformat “Scalable Vector Graphics” mudah didapat dan banyak dipaparkan dalam pelayar
web serta diakses dengan mudah. Elemen logo yang diciplak seperti warna dan reka bentuk pada logo 7-Eleven dan 9-Eleven.
Kewujudan logo plagiat yang dirujuk atau diambil daripada stok grafik Shutterstock untuk pengeluaran hasil logo "Visit Malaysia
2020". Untuk menjalankan penyelidikan ini, ia adalah penting bagi saya menyerap lagi pengetahuan, dan juga untuk
menyampaikan tindakan jenayah pada masa kini dalam generasi muda. Secara amnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sebab peningkatan aktiviti plagiarism logo dalam kalangan generasi muda, membincangkan masalah reka bentuk logo berkaitan
identiti korporat, dan mencadangkan usaha yang boleh dilakukan bagi mengelak reka bentuk logo plagiarisme. Kajian ini
menggunakan teknik kualitatif dalam bentuk soal selidik untuk mengumpul data yang diperlukan. Dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa perekaan logo yang asal adalah sangat penting untuk membina imej bermaruah. Kaedah yang terlibat
juga menggunakan carian dalam talian daripada Google Image, Google Search, Google Scholar dan YouTube untuk penyelidikan
saya. Kemungkinan melawat ke kedai serbaneka sebenar yang diberi nama 7 eleven dan 9 eleven, dan merujuk poster, sepanduk
atau risalah untuk logo “Visit Malaysia 2020”. Komputer riba adalah satu kemestian untuk melakukan perkara-perkara tersebut.
Generasi muda sebenarnya harus memahami hak cipta dan undang-undang yang dikenakan oleh peniru logo, merujuk kepada
karya seni individu kreatif untuk menyerap inspirasi reka bentuk logo, dan juga menetapkan identiti tersendiri atau identiti logo
dalam perniagaan. Dengan ini, imej generasi muda dalam perniagaan dapat dikekalkan, dan sekaligus dapat menunjukkan
identiti tersendiri.
Kata Kunci: Logo Plagiarisme, Ciplak, Malaysia, Pengaruh melakukan Penciplakan Logo, Kepentingan Logo, dan Punca
Persekitaran.
PENGENALAN
Plagiarism adalah masalah dalam sains dunia kini, dan ia merupakan ciri pseudosains. Langkah pengesanan dan
pencegahannya memerlukan pendekatan kolaboratif daripada semua pihak berkepentingan komunikasi saintifik, berdasarkan
pengetahuan mereka tentang trend global dan tempatan dalam penyelewengan harta intelek. Logo adalah segala teks dan
gambar yang menonjolkan identiti sesuatu syarikat atau identiti tersendiri. Malah logo plagiarism adalah dikatakan salah satu
tindakan yang bersalah, di samping merosakkan kepercayaan sesame orang lain, merosakan maruah tersendiri, dan juga
menghapuskan maruah keluarga. Jika didapati perbuatan disahkan wujud, pesalah akan ditetapkan kesalahan separa jenayah,
maka kemungkinan besar pihak plagiat akan dikenakan hukuman denda dari RM10,000 sehingga RM50,000 bawah Seksyen 36
Akta Hak Cipta 1987 berkaitan hak eksklusif penerbitan dan Seksyen 25 akta yang sama, berkaitan hak moral pengkarya asal
untuk dikenali sebagai pengarang (Armen Yuri Gasparyan, Bekaidar Nurmashev, Bakhytzhan Seksenbayev, Vladimir
Trukhachev, Elena Kostyukova dan George D Kitas 2017).
Logo plagiarism ini adalah kegiatan mengambil dan mencuri logo sebagai hak milik tersendiri. Plagiarism melibatkan
pendekatan merentas disiplin, persepsi undang-undang, dan persepsi ESL. Menurut Bilder, beliau mengatakan bahawa
plagiarism membayangkan niat, dan komputer tidak dapat mengenal pasti niat, maka laporan itu perlu ditafsirkan oleh seorang
manusia dan seseorang yang tahu perkara yang dilakukan oleh mereka (Baždarić, K., Bilić-Zulle, L., Brumini, G., & Petrovečki,
M. 2012). Logo plagiarisme dilihat serius jika merujuk kepada idea untuk perkhidmatan pengesanan plagiarism muncul pada
mesyuarat tahunan organisasi ahli pada tahun 2006, penerbit mengumumkan bahawa plagiarism adalah kebimbangan yang
serius dan semakin meningkat. Kerja perlu dilakukan untuk memastikan sistem pengesahan manuskrip yang berbeza dapat
berkomunikasi antara satu sama lain. Namun begitu, setiap individu yang mendaftar logo perlu mematuhi terma dan syarat yang
ketat, termasuk mengemas kini kandungan dan membenarkan indeksnya.
78
Sehubungan dengan itu, sebahagian generasi muda di Malaysia, terutamanya pereka grafik, mahupun individu yang
pakar dalam bidang rekabentuk komunikasi visual memilih untuk melakukan logo plagiarism. Mereka berbuat demikian dan
hanya terikut-ikut situasi kehendak reka cipta, tetapi tidak ikhlas diri dan menghormati hak reka cipta asal. Isu Penghasilan Logo
plagiarisme dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia mencerminkan tahap kemampuan rekabentuk logo dalam jangka masa
yang panjang.
PERNYATAAN MASALAH
Logo plagiarism adalah kegiatan yang serius dan bersalah, terutamanya kepada sesiapa yang terlibat dalam bidang
rekabentuk grafik (Jagan 2018). Kesalahan ini akan dibawa kepada masa hadapan seseorang yang telah meniru atau telah
berjaya mendapatkan kelayakan mempunyai logo tersebut.
Antara pernyataan masalah yang terdapat oleh pengkaji adalah terdapat persamaan unsur logo dari segi warna dan
reka bentuk pada logo 7-Eleven dan 9-Eleven. Kebelakangan ini, lebih 2000 kedai saringan dalam dunia beroperasi kedai 7-
Eleven secara 24 jam. Penglibatan kedai menjadikan penduduk di sekitar kampung-kampung mudah membeli barangan pada
bila-bila masa (Nurzulfadhli 2021). Namun begitu, kewujudan logo ciplak yang diberi nama “9-Eleven”, iaitu didapati oleh pengkaji
di Kelantan, membawa impak yang besar dalam perniagaan jika berbanding dengan perniagaan di 7-Eleven. Penggunaan
elemen penghasilan logo yang sama dari segi warna ataupun bentuk antara 7-Eleven dengan 9-Eleven, dan juga penglibatan
konsep yang sama, sama ada dari segi warna mahupun bentuk. Jika dikaitkan dalam bidang rekabentuk grafik dalam kalangan
generasi muda, pernyataan masalah ini pasti akan menjejaskan maruah sendiri, dan berkemungkinan besar apabila mencari
kerja nanti, penciplak itu tidak akan diterima oleh syarikat besar atau syarikat dikehendaki.
Di samping itu, wujudnya logo ciplak daripada stok grafik Shutterstock dalam penghasilan logo “Visit Malaysia 2020”.
Penghasilan logo ini pada asalnya diinspirasi daripada burung enggang atau dalam bahasa Inggeris, dikenali hornbill. Logo
plagiarisme didapati melalui penggunaan warna yang selari dan teknik melakar pada burung enggang adalah sama. Logonya
dikritik dan dibincang oleh masyarakat bahawa wujudnya persamaan grafik vektor yang terdapat dalam laman sesawang, iaitu
Shutterstock (Alyssa J. Oon 2019). Unsur-unsur ciplak termasuk burung enggang itu sendiri dan penyusunan arah pada objek
burung tersebut adalah sama.
KEPENTINGAN KAJIAN
Logo plagiarisme adalah kegiatan yang dipandang serius, yang berkemungkinan besar dikenakan tindakan undang-
undang. Penghasilan logo daripada idea dan inspirasi yang asal perlulah dititik beratkan agar teknik untuk menghasilkan logo
dapat ditafsirkan, dan juga tahap ciptaan logo dapat ditingkatkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh
manakah generasi muda dapat mengeksploitasikan sistem penciptaan logo tanpa sebarang alat pembantu. Tambahan pula,
penyelesaian masalah yang relevan dalam perekaan logo mengenai identiti korporat dan hak milik asal logo itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah amat penting untuk dapat memberikan teknik rekabentuk komunikasi visual daripada
generasi muda dalam membuat persediaan awal sebelum mejejaki alam pekerjaan.
Kajian ini adalah penting untuk mencerminkan serta menyelesaikan masalah sosial kini seperti dalam pendidikan,
ketidak sama rata, perkongsian untuk tujuan matlamat dan keamanan, keadilan serta institusi yang kuat. Keadaan ini akan terus
menjurus kepada generasi muda yang melakukan logo plagiarisme, maka mereka akan menghadapi cabaran yang berlainan
sama ada tidak diterima dalam bidang rekabentuk komunikasi visual atau hanya memiliki jawatan yang tidak seberapa sahaja.
Kajian ini penting untuk membantu mereka yang bermasalah dalam menjana idea rekabentuk logo yang baharu.
Selain itu, kepentingan kajian ini dapat dilihat dan menjurus kepada generasi muda kini yang hendak membaiki
kesalahan yang tidak diterima oleh orang. Kajian ini penting untuk mereka yang kurang memikirkan masa hadapan mereka dan
tidak terfikir sasaran yang hendak dicapai dalam kehidupan. Keadaan ini boleh dibaiki jikalau generasi muda memahami hak
milik berdasarkan undang-undang yang sulit serta sentiasa ikhlas untuk membuat rekabentuk logo untuk diri sendiri. Keadaan
ini pasti mendorong mereka ke dalam alam yang bermaya, maka mereka ini akan berhidup matlamat dalam dunia rekabentuk
komunikasi visual. Kajian ini juga penting untuk merealisasikan insan generasi muda yang sederhana serta menghormati hak
milik pencipta asal. Sikap menghormati hak milik pereka asal membantu pereka asal serta membantu generasi muda jauh
daripada konflik memiliki hak logo.
79
METODOLOGI KAJIAN
Sebelum pengkaji menjalankan segala tugasan kajian, pencarian maklumat adalah kaedah yang pertama dilakukan
untuk mengumpul data-data dan bukti tentang logo plagiarism. Cara pengumpulan data seperti ditunjuk berikut:
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan maklumat data. Dapatan
kajian melalui borang soal selidik digunakan dalam melaksanakan kajian ini untuk diberikan kepada responden melalui platform
“Google Form”. Soal selidik ini pula akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bertujuan mendapatkan
maklumat berkaitan responden manakala pada bahagian kedua pula mengandungi soalan berskala yang bertujuan untuk
mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada.
Kaedah Pengumpulan Data
Untuk menjalankan Kaedah Pengumpulan Data pula, pengkaji merujuk kajian lepas, jurnal dan mendapatkan
pandangan pereka berkemahiran terhadap Isu Penghasilan Logo Plagiarisme dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia.
Hasilnya, pengkaji mengetahui dan dapat mengupas isu dalaman yang mendorong penciplak melakukan demikian. Sehubungan
dengan itu, pengkaji turut menggunakan kaedah temu bual dan catatan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Isu
Penghasilan Logo Plagiarisme dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
data yang tepat serta mengumpulkan maklumat yang sahih mengenai kajian tersebut dengan memaparkan soalan dan bertanya
secara bersemuka. Kaedah soal selidik turut menjadi antara salah satu cabang atau kaedah dalam pengumpulan maklumat.
Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik dan soalan bersemuka yang mengandungi 10 soalan serta melibatkan 30 orang
responden.
Setelah Kaedah Kuantitatif dan Kaedah Pengumpulan Data dijalankan, kesemua pencarian maklumat telah disusun
dan dianalisis dalam bentuk artikel.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis dan dapatan kajian jelas dilihat apabila komponen data diperoleh serta dikumpul secara analitikal dan logikal.
Kaedah ini adalah merupakan satu alternatif dalam mengkaji data semasa eksperimen penyelidikan dilancarkan. Data yang
diperoleh dari sumber Google Scholar, Google Form dan Google Search dikumpul serta dianalisis secara mendalam untuk
menghasilkan dapatan kajian yang tepat dan sekaligus kesimpulan yang menjurus kepada keadaan kini dalam kalangan generasi
muda.
Dalam dapatan kajian pengkaji, sebanyak 25 daripada keseluruhan 30 responden setuju bahawa logo plagiarism
banyak dihasilkan dalam kalangan generasi muda. Responden yang terpilih hanya dalam rangka umur 18 ke atas. Sebanyak 25
orang responden juga bersetuju bahawa cadangan yang ditawarkan seperti mempeberi pengetahuan kepada generasi muda
bahawa hak cipta dan undang-undang yang dikenakan oleh peniru logo, merujuk tetapi tidak meniru karya-karya orang berkreatif
untuk mendapatkan inspirasi perekaan logo, serta menetapkan identiti tersendiri atau identiti perniagaan dalam bentuk logo. Hal
ini disebabkan oleh golongan mereka dipercayai mampu berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Selain itu, golongan
mereka kurang membuat pencarian maklumat, kurang mendapatkan inspirasi lebih daripada satu cabang pencarian maklumat
serta tiada pendapat atau nasihat daripada orang lain.
Berdasarkan analisis dapatan yang didapat oleh pengkaji, terdapat 70 peratus responden yang setuju tentang status
pembuatan logo plagiarism adalah dilakukan oleh generasi muda dan 30 peratus adalah daripada responden yang tidak setuju
terhadap status berkenaan. Walaubagaimanapun, terdapat 90 peratus yang menyokong untuk menjalankan cadangan bagi
mengelakkan logo plagiarism berlaku dan hanya 10 peratus yang tertinggal adalah ditetapkan sederhana.
Perkara yang disetujui oleh responden bahawa ciri-ciri generasi muda yang memilih untuk melakukan logo plagiarism
adalah generasi muda yang kurang pemahaman tentang logo plagiarism, tidak mengetahui tahap serius logo plagiarisme akan
dibawa oleh seseorang, dan kebiasaan melakukan pencurian maklumat daripada orang lain. Namun begitu, ciri-ciri yang
bertindak sederhana adalah terpengaruh daripada rakan sebaya dan ciri-ciri yang tidak setuju adalah berasal daripada isu
keluarga yang bermasalah.
80
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Isu Penghasilan Logo Plagiarism dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia diberi perhatian dalam bidang perekaan
visual dan lebih serius jika didapati bersalah, dan seterusnya di naik ke atas mahkamah. Isu ini akan membawa seseorang
penciplak itu merasai kelebihan tidak perlu memikirkan rekabentuk logo yang baharu, tetapi yang menantikan mereka adalah
tiada teknik rekabentuk logo tersendiri, dan ia terus mengakibatkan lebih banyak isu pada penciplak tersebut. Pihak penciplak
akan menjalani kehidupan yang berbeza, maka perbuatannya tidak akan dihapuskan seumur hidup.
Hasil dapatan kajian mengenai Isu Penghasilan Logo Plagiarism dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia telah
dirumuskan bahawa logo plagiarism turut membawa implikasi yang besar kepada pereka grafik dan penciplak yang tiada identiti
tersendiri, identiti korporat atau identiti perniagaan pada logo. Terdapat dalam kalangan mereka ini leka pemahaman terhadap
kesalahan ciplak perekaan logo. Sesetengah daripada mereka tidak diketahui kepentingan hak reka cipta dan sesetengah
generasi muda tidak berasa dan juga tidak terfikir betapa bahayanya akan dikenakan oleh mereka yang melakukan penciplakan
logo. Mereka memilih untuk meniru logo daripada logo lain untuk mempercepatkan proses rekabentuk logo, dan kegiatan ini
akan menjadi kegiatan yang berulangan. Informasi logo yang terpapar dalam laman sesawang secara meluas juga dijadikan
salah satu sebab peniruan logo terjadi. Perubahan social media dan perkembangan dalam kemajuan media elektronik dan juga
dalam sosial elektronik mendorong generasi muda berbuat kegiatan logo plagiarism. Perekaan pengalaman dalam perekaan
logo yang sesuai dan terbaik juga terjejas dari segi pemahaman dan teknik rekabentuk komunikasi visual. Pengkaji juga
berpendapat bahawa kajian ini dilaksanakan adalah untuk membuat tesis secara mendalam berkenaan Isu Penghasilan Logo
Plagiarisme dalam kalangan Generasi Muda di Malaysia, mahupun untuk mengetahui tahap teknik rekabentuk komunikasi visual
dalam kalangan generasi muda.
Kesimpulannya, logo plagiarisme menjadikan seseorang itu ke arah yang tiada matlamat. Kegiatan yang berleluasa
mendorong penciplak mendalami pelakuan secara tidak sedar dan ia terus mencerminkan personaliti serta tatatertib seseorang
itu dalam jangka hayat yang panjang. Logo plagiarism ini hanya membawa kemudahan dalam jangka masa pendek, tetapi secara
tidak sedar, ia menjuruskan tahap rekabentuk dalam membuat logo mahupun segala teknik reka cipta dalam bidang rekabentuk
komunikasi visual terjejas. Oleh itu, pihak berkuasa harus memperketatkan lagi kawalan pemberian akses melalui laman
sesawang supaya logo plagiarisme turut dikurangkan dari masa ke semasa.
RUJUKAN
Journal
Baždarić, K., Bilić-Zulle, L., Brumini, G., & Petrovečki, M. (2012). Prevalence of plagiarism in recent submissions to the Croatian
Medical Journal. Science and engineering ethics, 18(2), 223-239.
Gasparyan, A., Nurmashev, B., Seksenbayev, B., Trukhachev, V., Kostyukova, E., & Kitas, G. (2017). Plagiarism in the Context
of Education and Evolving Detection Strategies. Journal Of Korean Medical Science, 32(8), 1220. doi:
10.3346/jkms.2017.32.8.1220
Sutherland-Smith, W. (2005). Pandora's box: Academic perceptions of student plagiarism in writing. Journal of English for
Academic Purposes, 4(1), 83-95.
Website
Jagan. (2018). A note on plagiarism and logo design – Logopie. (2018). Retrieved 5 Jun 2022, from https://www.logopie.com/a-
note-on-plagiarism-and-
logodesign/#:~:text=In%20the%20case%20of%20logo,resemblance%20to%20an%20existing%20logo
J. Oon, A. (2019). Malaysian Are Defending The New ‘Visit Malaysia 2020’ Logo Against Claims Of Plagarism. Retrieved 10 Jun
2022,from https://says.com/my/news/netizens-are-now-upset-with-the-new-visit-malaysia-2020-logo-because-it-
might-be-a-rip-off
Nurzulfadhli, D. (2021). Peguam: Plagiat karya sastera salah, boleh dedenda hingga RM50,000. Retrieved 5 Jun 2022,
from https://m.malaysiakini.com/hiburan/602321
81
82
KEBERKESANAN PERISIAN MULTIMEDIA DAN GRAFIK BAGI PENGAJARAN DI MALAYSIA
Muhammad Fakhrul Nizam Bin Mahadi
[email protected]
Abstrak
Pada era teknologi yang semakin berkembang kini telah mengubah cara pembelajaran serta pengajaran pada masa kini bagi
meningkatkan kemajuan negara dalam bidang pendidikan. Negara Malaysia juga merupakan salah satu negara yang mengikut
berkembang dalam penggunaan perisian multimedia dan grafik dalam bidang pendidikan. Perisian multimedia dan grafik yang
digunakan bagi pengajaran adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran di sekolah pada masa
kini. Dengan peredaran teknologi yang semakin canggih kebanyakkan maklumat serta data mengenai pembelajaran mudah
untuk didapatkan dan juga mudah untuk difahami. Selain itu, perisian multimedia ini juga dapat memudahkan proses
penghafalan kepada pelajar-pelajar dengan adanya rekabentuk yang menarik dan senang untuk digunakan. Oleh itu,
penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan perisian multimedia dan grafik bagi pengajaran di
Malaysia. Dalam mencapai matlamat kajian ini, satu analisis telah dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan perisian multimedia dan grafik yang sedia ada pada masa sekarang dapat membantu pengajaran masa kini.
Kajian ini juga telah dilakukan dengan membuat pemerhatian dan pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat dan tepat dan
lebih jelas dengan menganalisis maklumat dengan membuat pemerhatian menerusi media sosial seperti youtube dan laman
sesawang di internet. Seterusnya, dengan membuat penelitian tersebut pengkaji dapat membuat atau memberi cadangan serta
cara untuk mengembangkan lagi keberkesanan perisian multimedia dan grafik mengikut peredaran zaman dari masa ke
semasa. Kesimpulannya, pengkaji berharap dengan perisian multimedia dan grafik ini dapat membantu pengajaran di Malaysia
pada masa ini dengan lebih berkembang dan dapat selaras dengan negara-negara maju yang lain.
Kata kunci: Perisian multimedia dan grafik, Teknologi, Pengajaran di Malaysia.
PENGENALAN
Multimedia adalah merupakan salah satu media yang menggunakan kepelbagaian bentuk kandungan maklumat dan
pemprosesan sesuatu maklumat. Multimedia ini merupakan satu media yang menggunakan lebih daripada satu medium yang
melibatkan penggunaan teknologi daripada ekspresi atau komunikasi. Selain itu, multimedia ini juga bukan sahaja melibatkan
kepada kandungan maklumat dan pemprosesan sesuatu maklumat. Multimedia ini juga merujuk kepada penggunaan media
elektronik yang sering digunakan oleh masyarakat. Penggunaan media elektronik ini adalah untuk menyimpan dan
menghasilkan sesuatu perkara. Antara contoh aplikasi multimedia yang sering digunakan oleh masyarakat adalah CD-
Interaktif, Kiosk Multimedia, World Wide-Web dan MMS.
Grafik pula adalah satu perkataan yang berasal daripada Greek iaitu graphikos yang bermaksud lukisan. Grafik
merupakan visual yang menggunakan banyak gambar dalam penghasilan satu reka bentuk seperti carta, graf, gamba rajah,
poster, kartun dan lain-lain. Grafik juga merupakan kombinasi gambar-gambar, lambing-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf,
angka, perkataan dan lukisan. Kesemua perkara tersebut akan dijadikan satu media untuk memberi maksud dan idea serta
maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Pada masa kini grafik telah diterapkan dan banyak disiarkan dalam
bentuk media elektronik yang disebut sebagai ‘grafik interaktif’ atau ‘grafik multimedia’. Manakala media pula merujuk kepada
perisian atau aplikasi yang digunakan berasaskan komputer.
Kesimpulannya, perisian multimedia dan grafik ini mampu memberi kesan positif bagi pengajaran di Malaysia.
Dengan adanya perisian multimedia dan grafik ini dapat memudahkan urusan pembelajaran dan pengajaran di sekolah dengan
maklumat serta data yang mudah untuk difahami. Selain itu, perisian multimedia dan grafik ini juga dapat meningkatkan proses
penghafalan kepada pelajar-pelajar mengenai sesuatu subjek yang diajarkan.
83
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapat beberapa penyataan masalah yang terhasil dalam perisian multimedia dan
grafik bagi pengajaran di Malaysia. Antaranya adalah penghasilan infografik atau bahan pembelajaran yang tidak menarik dan
lama. Hal ini kerana kebanyakan guru pada masa kini hanya menggunakan bahan pembelajaran yang sedia ada sahaja. Di
samping itu, perkara tersebut menyebabkan penyampaian dalam proses pembelajaran tidak akan berkembang dan pelajar
tidak akan bersemangat dalam memberi perhatian semasa belajar. Oleh itu, minat pelajar untuk belajar akan semakin
berkurang dan merosot.
Selain itu, masalah yang terhasil adalah sumber pembelajaran yang tidak dikembangkan. Hal ini kerana sekiranya
sumber pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar biasa sahaja dan tidak dikembangkan akan mengakibatkan pelajar
akan mudah bosan dan tidak minat untuk belajar. Sebagai contoh, bagi subjek bahasa geografi atau sejarah pengajar
janganlah hanya mengajar sekadar dengan memberi ucapan dan nota-nota yang bertulisan sahaja. Keadaan ini akan
mengakibatkan pembelajaran ini akan menyukarkan para pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan dan terpaksa
mengambil masa yang lama.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan awal yang dilakukan, pengkaji telah mendapatkan beberapa persoalan
kajian yang boleh diketengahkan dalam kajian ini antaranya:
1. Adakah keberkesanan perisian multimedia dan grafik ini dapat mengubah kualiti pengajaran di Malaysia?
2. Apakah keberkesanan perisian multimedia dan grafik?
3. Bagaimanakah cadangan dan cara untuk mengembangkan keberkesanan perisian multimedia dan grafik?
KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan perisian multimedia dan grafik bagi
pengajaran di Malaysia. Hal ini kerana pada zaman teknologi makin canggih ini kualiti pendidikan juga harus dipertingkatkan.
Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang ingin disampaikan kepada pelajar. Justeru itu,
dengan adanya perisian multimedia ini dapat membantu secara tidak langsung para pengajar untuk menyampaikan ilmu dan
pengetahuan kepada pelajar dengan mudah dan cepat.
Selain itu, kajian ini dilakukan juga adalah bertujuan untuk menganalisis keberkesanan perisian multimedia dan
grafik bagi pengajaran di Malaysia. Di samping itu, perisian multimedia dan grafik ini juga sangat membantu pelajar dan
pengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sebagai contohnya, pelajar dapat belajar dan mempelajari
perkara yang disampaikan dengan mudah dan ringkas. Dengan adanya multimedia dan grafik ini isi maklumat yang
disampaikan tidak hanyalah sekadar memerlukan teks sahaja malah ia juga dapat disampaikan dengan gabungan komplikasi
antara gambar, teks, audio dan video. Hal ini dapat memudahkan urusan pelajar dalam lebih memahami dan menghafal apa
yang telah disampaikan dengan mudah dan cepat. Manakala dari segi pengajar pula, perisian multimedia dan grafik ini dapat
membantu memudahkan pengajar dalam penghasilan maklumat dan ilmu serta dapat menjimatkan masa dalam
menyelesaikan topik yang diajarkan dengan pantas.
METODOLOGI
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjayakan kajian ini adalah kaedah kualitatif. Kaedah yang dilakukan
dengan membuat pemerhatian keberkesanan perisian multimedia dan grafik bagi pengajaran di Malaysia. Kaedah ini dilakukan
kerana dengan kaedah ini pengkaji dapat memperoleh data serta maklumat yang diinginkan dengan mudah. Selain itu,
pengkaji menggunakan kaedah ini juga kerana pengkaji sendiri pernah mengalami dan berasa dalam situasi tersebut. Oleh itu,
dengan adanya kajian ini pengkaji mengetahui dan memerhati keberkesanan perisian multimedia dan grafik ini bagi
pembelajaran di Malaysia amat sesuai dan berguna untuk diterapkan dalam diri masing-masing.
84
Di samping itu, kaedah kualitatif ini juga dapat dilakukan oleh pengkaji pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh,
pengkaji membuat pemerhatian sewaktu dalam proses pembelajaran dan dalam masa yang sama juga pengkaji memerhati
proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Tambahan pula, pengkaji juga turut mendapat maklumat daripada
Youtube dan laman sesawang yang pernah pengkaji membuat kajian. Hal ini sangat menunjukkan dimana bahan pengajaran
yang disampaikan adalah bahan yang lama dan tidak dilakukan perubahan dari segi rekabentuk grafik atau isi-isi yang
disampaikan agar lebih menarik dan mudah untuk difahami. Perkara ini menjadi faktor utama dimana bahan yang disampaikan
hanya dalam format penulisan sahaja akan memudaratkan para pengkaji lain untuk membaca dan memahami maklumat yang
disampaikan dengan jelas serta memerlukan luangan masa yang lama bagi menghabiskan satu sumber yang dikaji.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah memperolehi beberapa maklumat serta isi yang berkaitan
dengan kajian ingin dijalankan. Antaranya adalah pengkaji memperoleh maklumat menerusi laman sesawang internet dan juga
Youtube. Kesemua sumber dapatan ini amat sesuai dan tepat bagi menunjukkan dimana keberkesanan perisian multimedia
dan grafik bagi pengajaran di Malaysia. Perkara tersebut dapat dilihat menerusi bahan pengajian yang disampaikan kepada
pelajar bagi membantu mereka dalam proses pembelajaran. Kesemua maklumat yang disampaikan tersebut adalah berbeza
dari segi penyampaian iaitu dari segi penulisan, grafik dan video. Selain itu, tinjauan dan juga dilakukan oleh pengkaji dengan
memerhati kawasan pembelajaran secara fizikal mahupun secara atas talian. Dengan ini maklumat ini dapat diperoleh sangat
tepat dan jelas bagi menyelesaikan kajian ini.
KESIMPULAN
Tuntasnya, berdasarkan kajian ini pengkaji dapat merumuskan bahawa perisian multimedia dan grafik bagi
pengajaran di Malaysia ini sangat penting dan hendaklah diketengahkan lagi keberkesanannya. Sekiranya perkara ini dapat
diketengahkan pengkaji yakin bahawa sektor pendidikan negara bertambah maju dan dapat bersaing dengan dunia luar. Selain
itu, perisian multimedia dan grafik ini juga dapat memudahkan urusan atau proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi
lebih mudah dan lebih berkembang. Akhir sekali, perisian multimedia dan grafik ini amat berguna dan berperan sangat tinggi
bagi kesemua sektor bukan sahaja dalam sektor pendidikan sahaja.
RUJUKAN
Website
Ab Shahmadluddin Bin Ab Shukor & Siti Aishah Binti Misran. Multimedia.
Retrieved from http://betterteachers.weebly.com/apa-itu-multimedia.html
Grafik dalam multimedia.
Retrieved from https://smksy.tripod.com/Grafikmm.htm
Mohdnorfitri Mohdfitri. (2020, August 15). NOTA RINGKAS, GEOGRAFI 942_ Geografi Fizikal STPM + Penggal 1.
Retrieved from https://anyflip.com/sjwlw/sjoe/basic
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Retrieved from https://edu3053ipgkpi.weebly.com/maksud-grafik.html
Youtube
Yuyu. (2021, April 2). Nota ringkas dan padat sejarah tingkatan 4 Bab 2: Kebangkitan Nasionalisme.
Retrieved from https://youtu.be/okDdDqT2PJc
85
KEBERKESANAN MULTIMEDIA INTERAKTIF UNTUK PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI UNIVERISITI DALAM
ERA PANDEMIK COVID-19
Muhammad Safiy Bin Mat Shafie
[email protected]
Abstrak
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah mengubah keadaan dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, kemajuan
negara, politik serta Pendidikan. Malaysia juga merupakan negara yang tidak terkecuali dalam menghadapi masalah pandemik
Covid-19 ini. Dari sudut pandangan bagi bidang Pendidikan, pelbagai cara telah dilakukan bagi menjadikan Pendidikan tidak
terganggu dalam peralihan norma baharu tersebut. Pelajar IPT secara umumnya telah menjalankan sesi pembelajaran secara
atas talian sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda negara. Penggunaan multimedia interaktif sedikit sebanyak
menyumbang dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik tetapi pelajar IPT sendiri kurang terdedah dengan
penggunaan multimedia interaktif di Universiti. Selain itu, Pembelajaran secara atas talian kebanyakannya kurang interaksi dua
hala, ini adalah kerana mereka bosan dengan kuliah yang diikuti. Berdasarkan situasi tersebut, kajian ini dilaksanakan untuk
melihat sejauh mana pemahaman pelajar IPT dalam menjalankan pembelajaran secara atas talian ini melalui penggunaan
multimedia interaktif. Kaedah kajian kuantitatif telah pun dilakukan bagi mendapat maklumat daripada pelajar Universiti
Malaysia Kelantan sendiri. Bagi mencapai objektif kajian, 15 responden diperlukan untuk mengisi Google Forms yang
disediakan pengkaji. Melalui pautan tersebut, beberapa soalan dikemukakan bagi menjawab persoalan kajian ini dan sekaligus
mengumpulkan maklumat yang jelas untuk menyelesaikan kajian ini. Pembelajaran dan Pengajaran secara atas talian boleh
menjadi lebih menarik sekiranya multimedia interaktif mempunyai fungsi yang lebih meluas dan memudahkan proses
pembelajaran serta multimedia interaktif ini perlu diwajibkan kepada semua proses pembelajaran supaya pelajar tidak bosan
untuk mengikuti kuliah. Kesimpulannya, Pengkaji berharap kajian ini dapat menyelesaikan persoalan yang tidak terjawab dan
cadangan yang dikemukakan dapat dilaksanakan bagi kebaikan semua pihak.
Kata Kunci: Pandemik Covid-19, Multimedia Interaktif, Mahasiswa, Universiti.
PENGENALAN
Multimedia Interaktif merupakan salah satu cabang yang terdapat dalam bidang komunikasi visual. Secara
umumnya, komunikasi visual adalah proses penyampaian informasi atau pesanan dengan menggunakan media bergambar
dan hanya tertumpu kepada pancaindra penglihatan dan pendengaran. Elemen komunikasi visual terdapat beberapa jenis iaitu
gambar, warna, tipografi, logo, simbol, animasi, audio dan lain-lain. Salah satu komunikasi visual yang kerap digunakan kini
adalah multimedia interaktif.
Multimedia interaktif merupakan aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi secara aktif.
Pengguna boleh mengawal setiap apa yang dilihat dan apa yang didengar bagi menetapkan hala tuju masing-masing semasa
berinteraksi. Antara multimedia interaktif yang sering digunakan adalah Google Classroom, Powerpoint, Powtoon, Canva,
Zoom dan banyak lagi.
Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya multimedia interaktif ini diberi penekanan dalam bidang pendidikan, proses
pembelajaran dan pengajaran tak akan membosankan lagi dan cara pembelajaran baru boleh di cipta selaras dengan
kemajuan teknologi pada masa kini.
Era Pandemik Covid-19 kini telah membuka mata pengkaji berkenaan keberkesanan multimedia interaktif dalam
bidang Pendidikan. Oleh itu, pengkaji rasa bertanggungjawab untuk merungkai persoalan yang timbul dalam penggunaan
multimedia interaktif bagi melancarkan proses Pembelajaran dan Pengajaran dalam peringkat Pendidikan di Institut Pengajian
Tinggi (IPT).
86
PERNYATAAN MASALAH
Multimedia Interaktif merupakan satu alat komunikasi visual baharu yang diperkembangkan kebolehannya dalam
merancakkan lagi jaringan komunikasi secara atas talian. Oleh sebab itu, Kebanyakkan daripada masyarakat kurang
pendedahan berkenaan penggunaan multimedia interaktif ini. Justeru, multimedia interaktif ini tidak ditekankan dalam
penggunaannya sehinggalah pandemik Covid-19 yang melanda negara. Krisis yang melanda negara ini telah membuka mata
masyarakat bahawa pentingnya multimedia interaktif dalam perhubungan lebih-lebih lagi mengukuhkan kembali institusi
Pendidikan di Malaysia.
Selain itu, multimedia interaktif telah digunapakai dalam Pendidikan sejak beberapa abad yang lalu, tetapi
penggunaannya tidak ditekankan kerana proses pembelajaran dan pengajaran banyak ditumpukan kepada pembelajaran
secara asas iaitu dari papan putih kepada murid. Oleh itu, kebolehan multimedia interaktif dalam memberi impak kepada
bidang Pendidikan masih dipersoal kerana terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik supaya multimedia interaktif
tersebut berkebolehan dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam Pendidikan khususnya di IPT.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian-kajian yang dibuat mempunyai kepentingan kajian yang tersendiri. Oleh itu, kepentingan kajian ini dilakukan
adalah untuk memastikan multimedia interaktif ditekankan penggunaanya dalam bidang Pendidikan khususnya di IPT. Pelajar
kurang didedahkan berkenaan multimedia interaktif yang memudahkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran di universiti.
Jadi, hasil kajian ini akan memperlihatkan cadangan-cadangan yang boleh dibuat bagi menjadikan multimedia interaktif relevan
untuk kegunaan bidang Pendidikan.
Selain itu, kepentingan kajian ini adalah untuk menjadikan bidang Pendidikan di IPT tidak membosankan.
Penggunaan multimedia interaktif dalam sesi pembelajaran boleh menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan kreatif.
Hal ini boleh membuatkan pelajar tidak bosan untuk mengikuti kuliah yang dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan multimedia interaktif digunapakai dalam bidang Pendidikan
khususnya di IPT. Pengkaji juga memfokuskan kepada keberkesanan multimedia interaktif dalam penyampaian maklumat yang
jelas. Dengan itu, pengkaji telah merumuskan dua objektif kajian:
1. Mengenalpasti keberkesanan multimedia interaktif kepada penyampaian maklumat kepada pelajar.
2. Mencadang penambahbaikan yang boleh dibuat bagi memperkemaskan fungsi multimedia interaktif dalam
Pendidikan di IPT.
METODOLOGI KAJIAN
Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat sepanjang proses pembelajaran yang dilaksanakan dengan penggunaan multimedia interaktif.
Pengkaji telah membuat penelitian sepanjang kuliah dijalankan dengan mengambil kira kefahaman diri sendiri berkenaan apa
yang dipelajari di dalam kelas dan membuat rumusan kepada hasil dapatan yang diperolehi.
87
Kaedah Kuantitatif
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengunakan kaedah kuantitatif dengan menyediakan borang soal selidik yang
mempunyai lima soalan berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Seramai 15 orang responden dalam kalangan pelajar IPT
telah diberikan google form yang diisi dengan lima soalan. Kesemua 15 responden telah menjawab lima soalan yang dibuat
pengkaji bagi mendapatkan maklumat berkenaan keberkesanan multimedia interaktif dan kefahaman yang diperolehi
sepanjang mengikuti kuliah yang menggunakan multimedia interaktif sebagai alat berkomunikasi.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Melalui dapatan kajian yang telah saya lakukan iaitu dengan kaedah pemerhatian dan soal selidik, menunjukkan
bahawa hampir kesemua pelajar IPT mengetahui mengenai multimedia interaktif tetapi tidak menggunakannya untuk
memudahkan cara pembelajaran mereka. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji telah melakukan kaedah ini ketika menghadiri
kelas. Pengkaji telah menggunakan kefahaman sendiri dan tingkah laku rakan sekelas sebagai tafsiran untuk mendapatkan
maklumat mengenai kefahaman mereka dalam kuliah yang dijalankan dan pengkaji menguji rakan sekelas dengan adanya
pertanyaan daripada pensyarah bagi menguji kefahaman mereka di dalam kuliah tersebut.
Dalam dapatan kajian pengkaji bagi kaedah soal selidik, kesemua 15 orang responden bersetuju bahawa multimedia
interaktif membantu dalam memberi kefahaman kepada mereka dan menyempurnakan kembali proses pembelajaran dalam
setiap subjek ketika pandemic Covid-19 melanda negara. Responden yang terpilih adalah mereka yang tergolong sebagai
pelajar IPT dan berumur dari 18 tahun dan ke atas. Tiga cadangan daripada responden telah diketengahkan dan dimurnikan
untuk penambahbaikan multimedia interaktif bagi kegunaan pelajar IPT dalam jangka masa yang panjang. Cadangannya
dihuraikan di bahagian yang seterusnya.
Berdasarkan analisis dapatan yang diperoleh pengkaji, terdapat 80 peratus responden yang mengetahui mengenai
kewujudan multimedia interaktif dalam bidang Pendidikan di IPT dan 20 peratus adalah daripada mereka yang tidak
mengetahui kewujudan multimedia interaktif tersebut. Selain itu, kesemua 15 orang responden mengemukakan kebaikan
multimedia interaktif kepada mereka yang memberi impak besar dalam memudahkan proses pembelajaran mereka. Antara
kebaikan yang diberitahu adalah multimedia interaktif adalah aplikasi yang membolehkan pengguna berinteraksi atau
berkomunikasi secara aktif dan berkesan. Jelaslah disini bahawa multimedia interaktif mampu menjadi alat komunikasi utama
dalam proses pembelajaran dan pengajaran di IPT.
CADANGAN
Berikut merupakan cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan multimedia interaktif berkebolehan untuk
digunapakai dalam proses pembelajaran dan pengajaran khususnya di IPT
1. Cadangan yang pertama adalah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan multimedia interaktif diperingat
persekolahan lagi dan pendedahan mengenai multimedia interaktif dengan lebih meluas di peringkat sekolah
menengah serta menggalakkan penggunaanya. Peranan utama perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2. Cadangan yang kedua adalah memudahkan cara penggunaannya. Ini adalah kerana, masih banyak lagi fungsi yang
ada dalam satu multimedia interaktif yang tidak diketahui oleh pengguna sedangkan ia mampu memudahkan lagi
penggunaannya. Justeru, pencipta multimedia interaktif perlu memudahkan setiap fungsi untuk digunakan.
3. Cadangan yang terakhir adalah multimedia interaktif perlulah lebih mesra pengguna dan mempunyai sistem maklum
balas. Ini adalah kerana, maklum balas daripada pengguna dapat menjadikan sesuatu multimedia interaktif tersebut
lebih baik di masa akan datang dan banyak cadangan dari pengguna boleh diketengahkan dalam
penambahbaikannya.
88
RUMUSAN
Kesimpulannya, multimedia interaktif merupakan alat komunikasi visual yang mampu merancakkan lagi bidang
komunikasi visual dan sekaligus membantu dalam mengembangkan teknik dan cara terbaik dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di IPT. Setelah pengkaji melakukan pemerhatian dan soal selidik sepanjang kajian dijalankan, didapati bahawa
multimedia interaktif banyak membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di IPT. Hasil kajian ini sekaligus
membuktikan bahawa multimedia interaktif perlu menjadi alat komunikasi yang utama dalam menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran lebih-lebih lagi sekiranya krisis pandemik seperti covid-19 ini berlaku lagi. Akhir sekali, pengkaji
menekankan bahawa multimedia interaktif banyak membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di IPT.
RUJUKAN
Jurnal
Mohd Rusli, N. F. ., Che Ibrahim, N. F. S. ., Shaari, M. R., & Nallaluthan, K. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi
Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21: Students’ Perceptions of Interactive
Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. Online Journal for TVET Practitioners,
6(1), 15–24.
Nor Hafizah Ibrahim, Melor. F, Norzaliza. G. (2016). International Seminar on Generating Knowledge Through Research.
Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Bahasa Melayu Pengurusan (Sblm
1053) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia, 589-586. http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.529
Website
DEC5082 Interactive Multimedia. (2018, December 3). Apa Maksud Multimedia Interaktif.
http://interactivemultimedia2018.blogspot.com/2018/12/apa-maksud-multimedia-interaktif.html
Komunikasi Praktis. (2018, September 7). Komunikasi Visual: Pengertian, Prinsip, dan Contoh.
https://www.komunikasipraktis.com/2018/09/komunikasi-visual-pengertian-prinsip-contoh.html
Zuhroh Nilakandi. (2021, December 31). Nesabamedia. 10 Contoh Aplikasi Multimedia Interaktif Online / Offline.
https://www.nesabamedia.com/contoh-aplikasi-multimedia-interaktif/
89
90