RUJUKAN
Rujukan Artikel dan Journal Online
Arumsari, R. Y., & Utama, J. (2018). Kajian Pendekatan Visual Iklan Pada Instagram. Jurnal Bahasa Rupa, 2(1), 52-58.
Puspitarini, D. S., & Nuraeni, R. (2019). Pemanfaatan Media Sosial Sebagai Media Promosi. Jurnal Common, 3(1), 71-80.
Suhaimi, M. H., & Shiratuddin, N. (2017). Media sosial memberi peranan penting sebagai platform pemasaran untuk usahawan
industri kecil dan sederhana (iks). International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 2(4), 1-12.
Suhaimi, M. H., & Shiratuddin, N. (2013). Penggunaan Media Sosial: Elemen Kebolehlihatan Usahawan Industri Kecil Sederhana
(IKS).
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, 2011, Jurnal Pengajian Media Malaysia Malaysian Journal of Media Studies; Media
Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia.
Tito Siswanto, 2013, Jurnal Liquidity: Optimalisasi Sosial Media Sebagai Media Pemasaran Usaha Kecil.
Rujukan Internet
Aina Syasya, 2019: Mantapkan Perniagaan Anda Dalam Talian, Nov 2019
https://ainasyasya.com/ainasyasya-com/mantapkan-peniagaan-anda-dalam-talian/
Nurul Fakhry, 2015: Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan, Mei 24 2017
http://nurulfakhry.blogspot.com/
191
PENGARUH IKLAN KEMPEN KESEDARAN MENJAGA ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI
MALAYSIA
Sharon Phua Wen Hui
[email protected]
ABSTRAK
Dewasa ini, pencemaran alam sekitar telah menjadi semakin serius di negara Malaysia. Pencemaran alam sekitar yang berlaku
secara berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya perkembangan penempatan, jumlah
penduduk semakin bertambah dan kesan urbanisasi yang berpindah secara besar-besaran ke kawasan bandar-bandar utama.
Selain itu, segala yang berlaku adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab yang kurang ada keseedaran
masyarakat untuk menjaga dan memelihara keadaan alam sekitar. Oleh itu, dalam hal ini iklan kempen memainkan peranan
yang sangat penting dalam mengatasi masalah alam sekitar dengan menyebarkan mesej-mesej yang disediakan untuk
melindungi alam sekitar seperti poster cintailah sungai kita, poster kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Masalahnya,
iklan sekarang adalah kurang menarik menyebabkan tidak dapat menarik perhatian masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji pengaruh iklan kempen kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, kajian ini
juga dapat mengenal pasti sebab-sebab iklan kempen tidak dapat meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia dalam menjaga
alam sekitar. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Kajian ini menggunakan teknik kualitatif dalam bentuk soal selidik untuk mengumpul data yang diperlukan. Dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa desain iklan yang baik adalah sangat penting. Hal ini kerana iklan merupakan perantara utama
dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej, membina persepsi dan tanggapan serta membentuk sikap masyarakat
tentang maklumat yang disampaikan. Akhirnya, cadangan untuk penambahbaikan iklan di Malaysia adalah dengan
menggunakan teks, warna dan ilustrasi yang menarik supaya masyarakat tertarik pada iklan tersebut. Dengan ini, masalah
pencemaran alam sekitar akan dapat diselesaikan.
Kata Kunci: Pencemaran alam sekitar, Iklan, Malaysia, Pengaruh Iklan, Kepentingan Iklan, Punca pencemaran
PENGENALAN
Pada era globalisasi di mana sains dan teknologi berkembang maju, iklan memainkan peranan yang amat penting
dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej, membina persepsi dan tanggapan serta membentuk sikap masyarakat
tentang maklumat yang disampaikan. Sebuah iklan yang baik adalah amatlah penting kerana sesuatu idea, berita atau maklumat
tidak dapat disampaikan sekiranya kita tidak mempunyai iklan yang baik. Media massa atau media untuk menyampaikan iklan
pula boleh dilihat dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk media massa yang sering digunakan adalah media cetak seperti surat
khabar, majalah, buku, risalah, poster dan media elektronik seperti, radio, televisyen, komputer, telefon, teknologi maklumat dan
telekomunikasi yang lain. Iklan mempunyai pelbagai peranan terhadap masyarakat di samping berperanan dalam meningkatkan
kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar yang kian meruncing kini.
Menurut Geuens et al. 2010, iklan yang baik dapat mempengaruhi ingatan serta kepercayaan audiens terhadap benda
yang diiklankan. Menurut Messaris, 1997, apabila bentuk iklan bercetak, dua perkara utama yang harus diambil kira iaitu
kandungan iklan dan gaya iklan. Phillips et al. 2002, kata bahawa kandungan iklan adalah terdiri daripada kenyataan lisan
pemilikan sifat dan gambaran visual objek, orang, dan suasana. Gaya iklan terdiri daripada kaedah atau cara sesuatu kandungan
iklan dinyatakan, atau ringkasnya, bagaimana mesej yang disampaikan.
Iklan yang baik seharusnya mempunyai maksud yang jelas serta mampu tampil dalam konsep yang menarik. Selain
itu, iklan juga harus ditampilkan dalam bahasa yang mudah dipahami terutama oleh target audiens. Iklan perlu dikemas
semenarik mungkin dalam rangka menarik perhatian audiens agar memikat pada mesej yang ditawarkan dalam iklan tersebut.
Namun, masalah pencemaran kian meruncing oleh kerana tidak keberkesanan pengaruh iklan kempen kesedaran menjaga alam
sekitar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
192
PERNYATAAN MASALAH
Tujuan kempen kesedaran diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya usaha memelihara
alam sekitar. Walaupun terdapat kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar masih terdapat
segelintir daripada masyarakat yang masih memandang remeh berhubung aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Secara amnya masalah pencemaran alam sekitar tidak dapat dikurangkan kerana desain iklan kempen alam sekitar kurang
menarik perhatian audiens. Antara contoh kempen adalah seperti kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, kempen
sahabat alam dan sebagainya. Kempen ini disiarkan melalui iklan-iklan di media elektronik seperti tv, radio serta media cetak
iaitu akhbar, majalah poster dan sebagainya.
Penggunaan visual yang tidak menarik merupakan antara punca iklan tidak menjadi. Visual yang menarik sangat
penting dalam marketing untuk menarik audiens. Ini kerana visual merupakan perkara pertama yang akan dilihat audiens dan
ianya menjadi sebagai “penentu” mata mereka untuk berhenti daripada melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang
kita ingin sampaikan. Gambar memainkan peranan utama dalam iklan. Walaupun tanpa maklumat yang jelas, gambar masih
memberikan kesan yang besar terhadap pujukan (Peracchio & Meyers-Levy, 1997).
Selain itu, kekurangan persuasif teks informasi yang dipersembahkan dalam mesej periklanan tersebut juga
merupakan punca yang seterusnya. Rayuan bermaklumat dan persuasif boleh berfungsi bersama untuk “apa yang hendak
dikatakan” “what to say” dan “bagaimana hendak mengatakan” “how to say it” (Eldridge, 1974), dan periklanan yang mempunyai
lebih kandungan bermaklumat lebih efektif bagi memujuk pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan (Hunt, 1976)
KEPENTINGAN KAJIAN
Iklan adalah medium yang digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk atau menyampaikan mesej kepada
masyarakat. Justeru, iklan berperanan dalam memberikan maklumat yang tepat dan terperinci kepada audiens. Di dalam kajian
ini, pengkaji ingin mengkaji pengaruh iklan kempen kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana ingin mengenalpasti kepentingan iklan kempen
kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Kajian ini adalah penting dalam menyelesaikan isu pencemaran
alam sekitar yang masih wujud di Malaysia yang disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada desain iklan masa kini.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik.
Borang soal selidik telah diedarkan melalui cara Google Form kepada kira kira tiga puluh (30) orang responden. Hasil kajian
mendapati kebanyakkan responden menyokong bahawa desain iklan kempen alam sekitar adalah sangat penting dalam usaha
menarik perhatian dan meningkatkan kesedaran masyarakat.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada jurnal kajian terdahulu sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat.
Hasilnya pengkaji mengetahui pelbagai teknik dalam menghasilkan iklan yang berkualiti. Selain itu, pengkaji turut menggunakan
kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan ketika kajian dijalankan. Kaedah ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan pengesahan serta kesahihan maklumat mengenai kajian dengan bertanyakan soalan secara berhadapan. Kaedah
soal selidik turut menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal
selidik yang mempunyai lapan (8) soalan untuk tiga puluh (30) orang responden.
193
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik
menjadi medium pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat kajian. Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk kajian
yang popular digunakan dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka
dengan mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan responden
menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau bimbang. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji untuk
mendapatkan data secara meluas. Soalan soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian terbahagi kepada bahagian
A, B, C dan D. Pada bahagian A adalah mengenai latar belakang responden antara soalan yang terkandung adalah status,
jantina, umur, dan bangsa. Manakala bahagian B pula, terdapat empat soalan mengenai pengetahuan responden mengenai
media sosial. Pada bahagian C, terdapat lima soalan iaitu mengkaji tahap keberkesanan peranan media sosial sebagai media
promosi di Malaysia dan pada bahagian D adalah soalan mengenai cadangan responden berkaitan dengan isu ini. Penyelidik
menggunakan teknologi “Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
Responden adalah daripada pelajar Universiti Malaysia Kelantan dan orang awam.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah membuat pencarian maklumat dan kajian berkaitan dengan media sosial sebagai media sosial pada
masa kini di Malaysia. Hasilnya pengkaji dapat mengetahui dengan lebih meluas berkaitan tersebut. Selain itu, kaedah soal
selidik juga menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpulkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal
selidik yang mempunyai enam belas (16) soalan dan tiga puluh dua (32) orang responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitikal dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan. Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mendapatkan data yang tepat
dan padat sekiranya melakukan kajian secara meluas dan terperinci. Oleh itu, bagi memastikan data yang diperoleh adalah tepat
dan padat serta boleh dipercayai, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada skop yang lebih kecil.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memasti-kan intergriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian. (Shepard, 2002). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas
dan padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat
dihasilkan secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005).
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden
adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung pada
kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik. Borang soal selidik yang diedarkan telah
mendapat kira kira tiga puluh dua (32) orang responden. Responden terdiri daripada maklum balas orang awam dan juga pelajar
Universiti Malaysia Kelantan. Bagi kategori di bahagian maklumat status responden seramai 23 orang pelajar, 7 orang pekerja
dan 2 orang lain lain telah menjawab kajian soal selidik ini. Rata-rata dikalangan berumur 22-25 tahun ke atas.
Hasil kajian mendapati kebanyakan responden menyokong bahawa platform media sosial sebagai media promosi
pada masa kini merupakan salah satu inisiatif bagi memberi panduan kepada usahawan di Malaysia khususnya untuk
mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran yang lebih berdaya saing. Selain itu, 90% menyokong
bahawa penggunaan media sosial merupakan media promosi yang relevan kepada usahawan pada masa kini untuk
mengembangkan lagi aktiviti perniagaan mereka. Tambahan lagi, menurut kajian soal selidik yang dijalankan seramai 32 orang
responden menyokong bagi memberi pendedahan kepada usahawan di Malaysia tentang keberkesanan media sosial sebagai
media promosi pada masa kini contohnya, melalui program seminar usahawan dan memperbanyakkan kelas-kelas yang
berkaitan dengan strategi pemasaran melalui media promosi yang betul menggunakan platform media sosial.
194
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa visual desain sebuah iklan adalah sangat penting. Ia dapat
meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar yang menjadi semakin serius masa kini. Selain itu,
pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan mahasiswa
terhadap iklan kempen.
Cadangan
Antara cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan masalah visual yang tidak menarik adalah dengan meletakan
gambar-gam-bar yang dapat menyentuh hati masyarakat. Sebagai contoh, gambar-gambar yang menunjukan apa kejadian jika
masyarakat tidak menitikberatkan alam sekitar. Visual yang menarik sangat penting dalam marketing untuk menarik pelanggan.
Ini kerana visual merupakan perkara pertama yang akan dilihat pelaggan dan ianya menjadi sebagai “penentu” mata mereka
untuk berhenti daripada melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan.
Selain itu, cadangan untuk menyelesaikan masalah font atau teks yang tidak sesuai adalah dengan menambahkan teks-
teks yang pendek dan tepat yang dapat menyentuh hati audiens dalam iklan tersebut. Info yang selanjutnya boleh diletakkan
dalam cara QR code supaya audiens yang hendak mendapat informasi yang seterusnya mengenai kepentingan menjaga alam
sekitar dan seterusnya boleh melayari QR code tersebut. Hal ini dapat mengurangkan iklan nampak sesak dan berantak.
Di samping itu, cadangan untuk memberi peringatan yang lebih mendalam kepada audiens adalah iklan yang konsisten.
Marketing yang konsisten dan berterusan dengan mesej pemasaran akan lebih membantu pelanggan mengenali dan mengingati
mesej yang kita hendak sampaikan. Pastikan setiap usaha pemasaran mempunyai mesej berguna di samping mengukuhkan
lagi ingatan orang ramai untuk mengingati dan lebih mengenali mesej yang kita sampaikan iaitu kepentingan menjaga alam
sekitar. Apabila konsisten dengan usaha. Usaha tersebut akan menjadi tabiat. Dan tabiat pula akan memberi momentum.
RUJUKAN
Ambar Lukitaningsih (2013) Iklan Yang Efektif Sebagai Strategi Komunikasi Pemasaran. Jurnal Ekonomi dan Kewirausahaan.
https://ejurnal.unisri.ac.id/index.php/ekonomi/article/view/670
Konting, M.M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Alim, M.., Husain, A. H., Idris, M. Z., & Harun, M. F. (2019). Retorik Visual Sebagai Medium Komunikasi Iklan Pesanan
Khidmat Masyarakat: Persepsi Pelajar dan Pereka: Visual Rhetoric as a Communication Medium of Public Service
Advertising: Perception of Students and Designers. Journal of Management and Muamalah.
http://jmm.kuisjournal.com/index.php/jurnal/article/view/28
Osman, Zubaidah and Adzharuddin, Nor Azura (2015) Pengaruh visual dan verbal dalam iklan kempen terhadap emosi. Journal
of Education and Social Sciences.
https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2015/11/CIT-3.pdf
195
KEPENTINGAN PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT (PSA) KEPADA MASYARAKAT UNTUK MENINGKATKAN
TAHAP KESEDADARAN MASYARAKAT TERHADAP PENJAGAAN ALAM SEKITAR
Siti Aisyah Binti Sukarlan
[email protected]
ABSTRAK
Definisi Public Service Announcement (PSA) adalah menyampaikan mesej sosial yang bertujuan untuk meningkatkan
kebimbangan orang ramai terhadap beberapa masalah yang perlu mereka hadapi, iaitu keadaan yang boleh mengancam
keserasian dan kehidupan mereka secara umum. "(Kasali, 1992). Masa kini, segelintir masyarakat masih tidak memandang
serius berkaitan isu penjagaan alam sekitar. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu akan memakan diri mereka
sendiri pada masa akan datang. Tujuan kajian ini adalah kepentingan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat
untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Kajian ini mempunyai tiga objektif kajian.
Pertama, memahami tahap pengetahuan masyarakat terhadap Public Service Announcement (PSA). Kedua, mengkaji tahap
keberkesanan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat berkaitan isu penjagaan alam sekitar. Ketiga,
mencadangkan kaedah untuk menghasilkan Public Service Announcement (PSA) yang berkesan kepada masyarakat.
Tambahan lagi, kaedah kuantitatif digunakan untuk menjayakan kajian ini dengan membuat soal selidik. Selain itu, kaedah lain
adalah dengan membuat pencarian maklumat dan kajian. Dalam kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa permasalahan
yang dihadapi iaitu maklumat yang disampaikan tidak jelas kepada masyarakat. Selain itu, maklumat yang disampaikan juga
terlalu padat dan tidak tersusun. Permasalahan yang seterusnya adalah melalui gaya penyampaian yang tidak dapat menarik
minat masyarakat. Cadangan yang dikemukakan selaras dengan permasalahan yang dihadapi iaitu menitikberatkan untuk
membuat draf atau storyboard terlebih dahulu sebelum menghasilkan Public Service Announcement (PSA). Cadangan yang
kedua adalah mendedahkan cara dan gaya untuk menghasilkan Public Service Announcement (PSA) yang baik kepada mereka
yang hendak menghasilkan Public Service Announcement (PSA). Cadangan yang terakhir adalah dengan menyarankan
mereka yang hendak menghasilkan Public Service Announcement (PSA) mengikut perkembangan trend terkini.
Kesimpulannya, adanya penyampaian Public Service Announcement (PSA) yang menarik dan bagus sedikit sebanyak dapat
menarik perhatian masyarakat. Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap
kepentingan menjaga alam sekitar.
Kata Kunci: Public Service Announcement (PSA), penjagaan alam sekitar.
PENGENALAN
Definisi Public Service Announcement (PSA) adalah menyampaikan mesej sosial yang bertujuan untuk meningkatkan
kebimbangan orang ramai terhadap beberapa masalah yang perlu mereka hadapi, iaitu keadaan yang boleh mengancam
keserasian dan kehidupan mereka secara umum. "(Kasali, 1992). Selain itu, Public Service Announcement (PSA) adalah iklan
mesej sosial yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap beberapa isu yang perlu mereka
hadapi. Isu tersebut seperti situasi yang boleh mengancam keharmonian dan kehidupan masyarakat. Perkara ini juga
merupakan salah satu usaha untuk memujuk masyarakat dengan mengajak dan menggesa mereka untuk memahami,
menyedari, berfikir, dan meletakkan diri agar isu yang mereka hadapi tidak terus menerus memakan atau menyusahkan mereka
sendiri. Menurut Anna Warfield, Public Service Announcement (PSA) adalah mesej yang disebarkan untuk kepentingan umum.
Selain daripada untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat, matlamat Public Service Announcement (PSA) ini juga
adalah untuk mengubah sikap atau tingkah laku masyarakat terhadap sesuatu isu. Mesej yang disampaikan boleh dijadikan
sebagai pengajaran, inspirasi, kesedaran melibatkan emosi dan tindakan perkataan “alam sekitar” merujuk kepada keadaan
atau persekitaran sekeliling. Oleh itu, jika diterjemahkan secara literal, perkataan "persekitaran" merujuk kepada apa sahaja
yang mengelilingi manusia. Walau bagaimanapun, secara khusus, istilah persekitaran merujuk kepada fenomena fizikal biologi
atau abiotik yang mengelilingi organisma. Fenomena fizikal ini juga termasuk yang berkaitan dengan iklim dan cuaca. (Mohd
Zuhdi Marsuku, 2002). Selain itu, alam sekitar merupakan harta mutlak yang dipinjamkan kepada manusia oleh Allah SWT
untuk kelangsungan hidup dan pembangunan tamadun. Menurut Surtahman Kastin Hasan (2018), alam sekitar amat penting
dalam kehidupan kerana ia dapat memberi manfaat kepada manusia terutamanya dari segi kesihatan dan boleh menjadi
sumber ekonomi kepada manusia.
196
Oleh itu, agama Islam amat mementingkan perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini bertujuan untuk
mewujudkan suasana harmoni, keselesaan dan keseimbangan dalam kehidupan. Masa kini segelintir masyarakat masih tidak
memandang serius berkaitan isu penjagaan alam sekitar. Mereka tidak sedar, bahawa perbuatan mereka itu akan memakan
diri mereka sendiri pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, dengan adanya penyampaian Public Service Announcement
(PSA) yang menarik dan bagus, sedikit sebanyak dapat menarik perhatian masyarakat. Perkara ini sekali gus dapat memberi
kesedaran kepada mereka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kepentingan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat untuk meningkatkan tahap kesedaran
masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar ini mempunyai tiga objektif. Objektif in bertujuan untuk membantu pengkaji
memahami kajian ini dengan lebih mendalam. Oleh itu, pengkaji telah merumuskan beberapa objektif kajian iaitu:
1. Memahami tahap pengetahuan masyarakat terhadap Public Service Announcement (PSA).
2. Mengkaji tahap keberkesanan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat berkaitan isu penjagaan
alam sekitar.
3. Mencadangkan kaedah untuk menghasilkan Public Service Announcement (PSA) yang berkesan kepada
masyarakat.
PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah untuk kajian ini adalah:
1. Maklumat atau info yang disampaikan di dalam Public Service Announcement (PSA) berkaitan isu penjagaan alam
sekitar tidak jelas sehingga menyebabkan audiens sukar untuk memahaminya.
2. Susunan maklumat atau info yang disampaikan di dalam Public Service Announcement (PSA) berkaitan isu
penjagaan alam sekitar terlalu padat dan tidak tersusun sehingga boleh menyebabkan kekeliruan kepada audiens.
3. Gaya penyampaian Public Service Announcement (PSA) yang tidak dapat menarik minat audiens kerana
menggunakan gaya penyampaian yang lapuk atau tidak mengikuti perkembangan trend semasa.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk:
1. Memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang apa itu Public Service Announcement (PSA).
2. Menyatakan kepada pembuat Public Service Announcement (PSA) dan masyarakat bahawa sebuah PSA yang baik
mampu memberikan kesan kepada masyarakat.
3. Memberi pengetahuan kepada pembuat Public Service Announcement (PSA) tentang permasalahan yang dihadapi
Oleh masyarakat sehingga menyebabkan mereka tidak berminat atau memahami PSA berkaitan isu penjagaan alam
sekitar yang dihasilkan.
4. Mengetahui cadangan kaedah untuk menghasilkan Public Service Announcement (PSA) yang baik dan berkesan
kepada masyarakat.
197
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Borang soal selidik menjadi
medium pengkaji mendapatkan data dan maklumat kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji mendapatkan data
secara meluas. Borang soal selidik yang di buat oleh pengkaji mempunya empat (4) bahagian dan tujuh belas (17) soalan. Soalan-
soalan di dalam borang soal selidik tersebut adalah berkaitan maklumat responden dan mengenai pengetahuan responden
terhadap Public Service Announcement (PSA) berkaitan isu penjagaan alam sekitar. Pengkaji menggunakan kaedah Google
Form untuk mendapatkan maklumat semasa menjalankan analisis data. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan
melalui aplikasi whatsapp bagi memudahkan responden menerima dan memberi maklum balas.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah membuat pencarian maklumat dan kajian berkaitan Public Service Announcement (PSA) dan alam sekitar.
Hasilnya pengkaji dapat mengetahui dengan lebih meluas berkaitan perkara tersebut. Selain itu, kaedah soal selidik juga menjadi
salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpulkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai
tujuh belas (17) soalan dan lima puluh (50) responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan soal selidik, pengkaji memperoleh dapatan kajian dan maklum balas yang sangat bermanfaat daripada
responden. Maklumat yang diperolehi amat berguna kepada pengkaji untuk menyiapkan kajian ini. Para penyelidik
menghasilkan soal selidik dan mendapat lima puluh (50) responden. Kesemua responden berumur antara 18 tahun ke bawah
hingga 30 tahun ke atas. Perkara ini kerana pengkaji tidak mengehadkan kajian ini secara khusus. Pengkaji membuat kajian
secara menyeluruh kepada masyarakat berkaitan kepentingan Public Service Announcement (PSA) dalam isu penjagaan alam
sekitar.
Berdasarkan daripada lima puluh (50) responden itu, pada Bahagian B seramai 95% responden mengetahui apa itu
Public Service Announcement (PSA) dan fungsinya. Manakala hanya seramai 85% responden memahami matlamat Public
Service Announcement (PSA). Selain itu, kesemua responden juga bersetuju bahawa Public Service Announcement ini dapat
membantu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan isu penjagaan alam sekitar. Walaubagaimanapun, hanya
seramai 90% responden pernah melihat Public Service Announcement (PSA) berkaitan isu penjagaan alam sekitar.
Seterusnya, pada Bahagian C borang soal selidik tersebut berkaitan permasalahan yang dihadapi sehingga
mengakibatkan Public Service Announcement (PSA) berkaitan isu penjagaan alam sekitar ini tidak berkesan. Seramai 90%
responden bersetuju bahawa maklumat yang disampaikan tidak jelas telah mengakibatkan Public Service Announcement (PSA)
yang dihasilkan tidak berkesan. Manakala selain daripada kesemua responden bersetuju bahawa maklumat yang disampaikan
terlalu padat dan tidak tersusun, kesemua responden juga bersetuju bahawa gaya penyampaian yang tidak dapat menarik
minat masyarakat juga menjadi salah satu asbab mengapa Public Service Announcement (PSA) tidak berkesan kepada
masyarakat.
Bahagian D pada borang soal selidik tersebut pula berkaitan cadangan yang perlu diperbaiki untuk memperbaiki kualiti
Public Service Announcement (PSA). Seramai 90% responden bersetuju bahawa perlu membuat draf atau storyboard terlebih
dahulu sebelum menghasilkan Public Service Announcement (PSA). Selain itu, seramai 95% responden bersetuju bahawa
pihak berkenaan perlu mendedahkan cara dan gaya untuk menghasilkan Public Service Announcement (PSA) yang baik
kepada pembuatnya. Pihak berkenaan seperti mereka yang pakar dalam bidang ini. Akhir sekali, seramai 95% responden juga
bersetuju bahawa mereka yang hendak menghasilkan Public Service Announcement (PSA) perlu mengikuti perkembangan
trend terkini.
198
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Dalam kajian ini membincangkan segala hasil perolehan data dan maklumat yang telah dianalisis serta dirumuskan.
Kajian ini dijalankan dengan berlandaskan pada objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan bagi
mengetahui kepentingan dan tahap keberkesanan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat. Perkara ini selari
dengan tajuk kajian ini iaitu kepentingan Public Service Announcement (PSA) kepada masyarakat untuk meningkatkan tahap
kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Cadangan
Berikut adalah merupakan cadangan yang dikenal pasti bagi mencapai objektif kajian ini:
1. Para pembuat Public Service Announcement (PSA) perlu menitikberatkan untuk membuat draf atau storyboard
sebelum mereka menghasilkan PSA. Oleh itu, mereka perlu membuat perancangan terlebih dahulu.
2. Pakar pembuat Public Service Announcement (PSA) digalakkan untuk berkongsi atau mendedahkan cara dan
gaya untuk menghasilkan PSA yang baik kepada para pembuat PSA.
3. Para pembuat Public Service Announcement (PSA) perlulah mengikuti perkembangan trend terkini semasa
hendak menghasilkan PSA. Perkara ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian masyarakat.
RUJUKAN
Aina Sofieyah. (n.d.). Contoh Borang-Soal-Selidik | PDF. Scribd. Retrieved June 20, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/311499419/CONTOH-BORANG-SOAL-SELIDIK
IDP Solution. (n.d.). Public Service Announcement – IDP Solution. Idpsolution.com. Retrieved June 19, 2022, from
https://idpsolution.com/video-public-service-announcement/
LLC, C. P., & Anna Warfield. (n.d.). What is a PSA? | Public Service Announcement Examples & Ideas. Storyboard That.
https://www.storyboardthat.com/articles/e/public-service-announcements
Mustafar, F. W., Hamdan, M. H. D., Jusoh, N., & Mustafar, S. (2020). Penjagaan Alam Sekitar Menurut Maqasid Syariah Dan
Undang-Undang. Journal of Law and Governance, 3(1), 96-112.
Rosmidzatul, O., Mat, A., Pusat, Y., Sains, K., & Sekitar, A. (2015). PENJAGAAN DAN KESIHATAN ALAM SEKITAR DARI
PERSPEKTIF ISLAM.
http://nehapmalaysia.moh.gov.my/wp-content/uploads/2016/03/Paper-1-Penjagaan-dan-Kesihatan-Alam-Sekitar-
dari-Perspektif-Islam-9-Jun-2015.pdf
Sekitar, A. (2010, August 15). alam sekitar: DEFINISI ALAM SEKITAR. Alam Sekitar.
http://bmpengurusanuum2010.blogspot.com/2010/08/definisi-alam-sekitar.html
Surtahman Kastin Hasan, & Pustaka, D. (2018). Ekonomi Islam: pembangunan dan alam sekitar. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
199
KEBERKESANAN PERIKLANAN DI TELEVISYEN DALAM MEMPROMOSIKAN MAKANAN DI RESTORAN
MAKANAN SEGERA DI MALAYSIA
Vivian Chua Xin Yi
[email protected]
ABSTRAK
Iklan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu barangan atau
perkhidmatan, sama ada telah atau akan dipasarkan. Pengiklanan telah menggunakan pelbagai jenis saluran untuk
menyampaikan mesej seperti promosi dan jualan kepada pengguna seperti hebahan dalam televisyen, radio, surat khabar,
Internet, poster, papan kenyataan dan sebagainya. Walaupun kita sedia maklum tentang kebaikan iklan, tetapi terdapat juga
beberapa keburukan daripadanya. Setiap kajian yang dilaksanakan memerlukan objektif bagi mengukuhkan lagi pemilihan tajuk
yang dipilih oleh pengkaji. Objektif dalam kajian ini adalah mengenal pasti kesan periklanan di televisyen dalam mempromosikan
makanan segera terhadap masyarakat di Malaysia dan mencadangkan cara-cara untuk memberi kesedaran kepada pengguna.
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa pernyataan masalah yang berkaitan dengan tajuk yang
dipilih iaitu iklan yang mempromosikan makanan oleh restoran makanan segera di TV tidak sama dengan apa yang diperolehi
pelanggan. Seterusnya adalah iklan makanan segera mempengaruhi kesihatan masyarakat. Metodologi kajian menggunakan
kaedah pengumpulan data kuantitatif melalui borang soal selidik atas talian yang diedarkan kepada 30 responden. Hasil kajian
mendapati kebanyakkan responden bersetuju bahawa periklanan di televisyen dalam mempromosikan makanan segera
memberi kesan buruk terhadap masyarakat di Malaysia. Cadangan dalam kajian ini adalah meningkatkan kesedaran kepada
pengguna tentang hak mereka dan memerlukan restoran makanan segera untuk menyediakan perkataan peringatan dalam
periklanan seperti “Makan makanan segera secara sederhana, diet seimbang adalah yang paling penting”. Tambahan pula,
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh melancarkan bekerjasama dengan Key Opinion Leader (KOL) untuk mempromosi
kepada masyarakat tentang kurangkan pengambilan makanan segera untuk mengekalkan gaya hidup lebih sihat. Akhir sekali,
selain daripada mencadangkan kepada kawalan kerajaan, pengguna atau masyarakat juga perlu sedar dan mengamalkan
makanan yang berkhasiat.
Kata Kunci: Iklan televisyen, makanan segera
PENGENALAN
Makanan segera merupakan makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Makanan jenis ini mula-mula
menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Kini, makanan segera semakin mendapat sambutan dalam
masyarakat kita. Trend mengambil makanan segera telah menjadi gaya hidup dalam arus pemodenan yang diamalkan oleh
masyarakat kita. Contoh restoran makanan segera di Malaysia seperti KFC, McDonald’s, Burger King, dan sebagainya.
Kebiasaannya, menu makanan adalah burger, kentang goreng atau ayam goreng.
Selain itu, pengiklanan merupakan segala bentuk promosi idea, barang atau perkhidmatan oleh perusahan.
Pengiklanan boleh digunakan melalui pelbagai jenis saluran untuk menyampaikan mesej seperti promosi dan jualan kepada
pengguna seperti hebahan dalam televisyen, radio, surat khabar, internet, poster, papan kenyataan dan sebagainya.
Pengiklanan dapat mempromosikan produk dan membuat imej produk yang baik sehingga produk ini kekal tahan lama dan
diketahui oleh pengguna. Kunci utama pengiklanan adalah untuk menarik perhatian pengguna terhadap produk yang
ditawarkan.
Iklan televisyen adalah sebuah rancangan televisyen yang dihasilkan dan dibayar oleh sesebuah organisasi untuk
menyampaikan mesej, biasanya untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Pada era globalisasi ini, perkembangan
restoran makanan segera telah mengalami peningkatan persaingan. Untuk meningkatkan jualan, kebanyakkan perusahan
mempromosikan makanan segera melalui periklanan televisyen, iklan disiarkan berbentuk iklan pendek selama beberapa saat
sehingga beberapa minit. Iklan TV lebih jelas daripada iklan poster dan menarik perhatian kerana iklan TV bukan sahaja
mempunyai gambar tetapi juga audio. Terdapat pelbagai jenama iklan televisyen restoran makanan segera di pasaran,
pengguna dapat menentukan apakah produk yang hendak dibeli. Ini kerana pengguna dapat membandingkan terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan untuk membeli makanan tersebut.
200
PERNYATAAN MASALAH
Makanan segera menjadi semakin popular dalam masyarakat kita hari ini. Oleh itu, untuk mendapatkan bersaingan
dengan persaingan, kebanyakkan perusaha akan mempromosikan makanan segera melalui periklanan televisyen. Tetapi
periklanan makanan segera di televisyen juga memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara pernyataan masalah yang
terdapat dalam tajuk kajian ini adalah iklan yang mempromosikan makanan oleh restoran makanan segera di televisyen tidak
sama dengan apa yang diperolehi pelanggan. Penggunaan teknik-teknik mempromosikan makanan secara berlebih-lebihan
untuk menipu pengguna. Kadang-kadang iklan terlalu dibesar-besarkan tentang makanan, sedangkan makanannya biasa
sahaja dan saiz makanan juga berbeza dengan apa yang diiklankan.
Pengambilan makanan segera akan mempengaruhi kesihatan masyarakat. Makanan segera merupakan makanan
yang mengandungi kurang khasiat pemakanan dan akan memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika makanan
segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan. Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan
kepada kita dengan pelbagai penyakit. Sebagai contohnya, jika makanan segera diambil secara berlebihan, seseorang boleh
menghidap tekanan darah tinggi. Hal ini disebabkan kerana makanan segera mengandungi garam yang tinggi. Hidangan
makanan segera seperti kentang goreng dan ayam goreng misalnya, mengandungi jumlah garam yang banyak untuk
melazatkan rasanya. Pengiklanan makanan segera juga mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Mempengaruhi pemikiran
kanak-kanak bahawa makanan segera adalah sihat dan boleh dimakan selalu. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pengaruh
pengiklanan yang mempengaruhi psikologi kanak-kanak telah membawa kanak-kanak ke arah satu dimensi yang tidak sihat
dari sudut diet dan pemakanan.
OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian yang dilaksanakan memerlukan objektif bagi mengukuhkan lagi pemilihan tajuk yang dipilih oleh pengkaji. Bagi
mencapai matlamat objektif kajian, terdapat dua objektif telah digariskan antaranya adalah:
1. Mengenal pasti kesan periklanan di televisyen dalam mempromosikan makanan segera terhadap masyarakat
di Malaysia.
2. Mencadangkan cara-cara untuk memberi kesedaran kepada pengguna.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting dilaksanakan untuk mengatasi isu pengiklanan televisyen yang ditunjukkan tidak sama dengan apa
yang diterima oleh pengguna. Kepentingan kajian ini untuk memupuk kesedaran kepada perusaha untuk memberikan
perkhidmatan yang lebih jujur. Selain itu juga memberikan kesedaran kepada pengguna tentang hak mereka. Kajian ini juga
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mereka supaya mereka tidak makan makanan segera secara
berlebihan.
METODOLOGI KAJIAN
Dalam sesebuah kajian, kaedah atau metodologi merupakan faktor penting dalam memberikan keputusan yang
diperolehi lebih kesahan dan kebolehpercayaan.
201
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mendapatkan data. Dalam kajian ini,
kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data dalam membuat kajian. Pengkaji menggunakan teknologi “Google Form”
sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat
bahagian dan mengandungi enam belas (16) soalan kepada responden untuk menjawab soal selidik tersebut. Kebanyakkan
soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan dan pandangan responden terhadap keberkesanan periklanan di televisyen
dalam mempromosikan makanan di restoran makanan segera di Malaysia.
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam kaedah ini, pengkaji telah merujuk kepada sumber internet untuk sebagai rujukan. Sumber rujukan yang dicari
seperti definisi, gambar-gambar ataupun berita yang berkaitan dengan isu pengiklanan makanan segera di televisyen. Kaedah
soal selidik turut menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat. Pengkaji telah menyediakan borang soal
selidik yang mempunyai enam belas (16) soalan dan tiga puluh (30) orang responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik. Borang
soal selidik yang diedarkan telah mendapat tiga puluh (30) orang responden. Dalam borang soal selidik, bahagian satu
merupakan bahagian profil demografi 30 responden yang terdiri daripada 36.7 peratus lelaki dan 63.3 peratus perempuan.
Daripada 30 orang responden, 66.7 peratus merupakan pekerja dan 33.3 peratus merupakan pelajar. Dari aspek umur pula,
20 peratus responden berumur 18 hingga 22 tahun, 63.3 peratus responden berumur 23 hingga 29 tahun, 6.7 peratus
responden berumur 30 hingga 39 tahun dan 10 peratus responden berumur 40 tahun dan ke atas. Berdasarkan bangsa pula,
50 peratus responden adalah kaum Cina, kaum Melayu 36.7, kaum India dan kaum lain-lain sama peratus iaitu 6.7 peratus.
Berdasarkan pengumpulan data pada bahagian kedua dan ketiga adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan
responden terhadap keberkesanan periklanan di televisyen dalam mempromosikan makanan di restoran makanan segera di
Malaysia. Berdasarkan data daripada borang soal selidik, soalan (Iklan yang mempromosikan makanan oleh restoran makanan
segera di TV tidak sama dengan apa yang diperolehi pelanggan) terdapat 66.7 peratus iaitu 20 orang responden yang
menyatakan setuju. Selain itu, soalan (Pengambilan makanan segera mempengaruhi kesihatan masyarakat) telah disetujui
sebanyak 86.7 peratus iaitu 26 orang responden.
Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden bersetuju bahawa periklanan di televisyen dalam mempromosikan
makanan segera memberi kesan buruk terhadap masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, menurut kajian soal selidik yang
dijalankan seramai 30 orang responden, kira kira 90 peratus responden menyokong pihak kerajaan boleh meningkatkan
kesedaran kepada masyarakat tentang hak pengguna melalui periklanan di televisyen dan pihak kerajaan boleh mencadangkan
pihak restoran makanan segera untuk menyediakan perkataan peringatan dalam periklanan di televisyen seperti “Makan
makanan segera secara sederhana, diet seimbang adalah yang paling penting”.
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa keberkesanan periklanan di televisyen memberi kesan buruk kepada
masyarakat di Malaysia. Melalui kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam isu periklanan makanan segera
di televisyen. Selain daripada mencadangkan kepada kawalan kerajaan, pengguna atau masyarakat juga perlu sedar dan
mengamalkan makanan yang berkhasiat. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui
tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat terhadap iklan makanan segera.
202
Cadangan
1. Pihak kerajaan boleh meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang hak pengguna melalui periklanan
di televisyen. Sebagai pengguna, anda berhak mendapat pertimbangan yang saksama, termasuk pampasan
untuk pembelian atau perkhidmatan yang diterima mengelirukan, tidak berkualiti, malah tidak memuaskan.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh membuat
pengiklanan televisyen tentang hak pengguna untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat.
2. Pihak kerajaan boleh mencadangkan pihak restoran makanan segera untuk menyediakan perkataan peringatan
dalam periklanan di televisyen. Dalam pengiklanan makanan segera, perusaha boleh memberikan peringatan
atau nasihat kepada penonton atau pengguna bahawa setiap makanan mempunyai kemudaratan tersendiri
apabila diambil secara berlebihan. Contoh peringatan dalam periklanan “Makan makanan segera secara
sederhana, diet seimbang adalah yang paling penting”.
3. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh melancarkan bekerjasama dengan Key Opinion Leader (KOL)
untuk mempromosi kepada masyarakat tentang kurangkan pengambilan makanan segera untuk mengekalkan
gaya hidup lebih sihat. KOL merujuk kepada orang yang sangat berpengaruh di Internet, dan kemudian
menggunakan pengaruh mereka untuk menggalakkan semua orang makan makanan yang sihat dan kurang
makan makanan segera. Dalam pengiklanan, KOL menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan tabiat
makan secara sihat dengan mengikut Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan. Dengan ini, mendorong
masyarakat Malaysia untuk meningkatkan pengambilan air kosong, bijirin penuh, buah dan sayur-sayuran,
mengawal sukatan nasi serta pengambilan ikan, ayam, daging dan kekacang yang mencukupi dalam
permakanan seharian.
RUJUKAN
Aiman, A. W. (2019, October 9). Beringatlah. . . makanan segera musuh manusia.
https://www.sinarharian.com.my/article/51231/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/bahaya-makanan-segera
Iklan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Huraikan kesan positif dan kesan negatif iklan. (n.d.).
https://sharedle.blogspot.com/2018/11/iklan-memainkan-peranan-yang-penting.html
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://www.researchgate.net/publication/303016652_Faktor
Faktor_Yang_Dilihat_Oleh_Pengguna_Dalam_Memilih_Restoran_Untuk_Makan_Di_Bandar_Baru_Bangi
PENGARUH IKLAN DAN PEMASARAN TERHADAP DIET DAN PEMAKANAN. (n.d.). Zulzaidi.
https://zulzaidi.wordpress.com/2008/07/31/pengaruh-iklan-dan-pemasaran-terhadap-diet-dan-pemakanan/
203
PENGARUH IKLAN PINJAMAN WANG TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA
Young Sue Hsia
[email protected]
ABSTRAK
Pengiklanan merupakan satu kaedah menyebarkan bahan atau maklumat kepada orang ramai. Tetapi sesetengah pihak
menyalahgunakan iklan dengan menyebarkan iklan yang tidak bermoral dan boleh menghasut pemikiran pembaca seperti iklan
pinjaman wang sama ada berlesen dan tidak berlesen iaitu ‘Ah Long’ dan ceti haram. Objektif dalam kajian ini adalah untuk
mengenal pasti kesan iklan pinjaman wang tidak berlesen terhadap masyarakat dalam aspek sosial dan mengkaji cara-cara
untuk mengurangkan pengiklanan pinjaman wang yang berleluasa di Malaysia. Metodologi kajian menggunakan kaedah
pengumpulan data kuantitatif melalui borang soal selidik atas talian yang diedarkan kepada 34 responden. Dari hasil
pengumpulan data mendapati bahawa kebanyakkan responden menyokong dalam mengurangkan dan mengatasi isu iklan
pinjaman wang tanpa lesen. Kajian ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tidak terlibat
dengan pinjaman wang tanpa lesen seperti 'Ah Long' atau ceti haram. Cadangan untuk penambahbaikan kajian ini adalah
memberi pendedahan berkaitan dengan bahayanya pinjaman wang tanpa lesen seperti 'Ah Long' kepada masyarakat. Di
samping itu, pihak kerajaan boleh mewujudkan saluran pinjaman wang yang diiktiraf. Selain itu, pihak kerajaan membuat
kawalan ketat dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat pinjaman wang tanpa lesen. Akhir sekali, pihak
kerajaan juga boleh mengenakan tindakan kepada siapapun yang merosakkan harta benda awam dengan menampal dan
menggantung iklan pinjaman wang sesuka hati.
Kata kunci: Iklan pinjaman wang, berlesen, tidak berlesen, menghasut pemikiran, kurang pendedahan
PENGENALAN
Mengikut peredaran zaman, pengiklanan amatlah penting dan ia juga memberikan banyak kelebihan kepada
masyarakat sama ada pembaca ataupun peniaga. Iklan merupakan satu kaedah untuk menyebarkan maklumat kepada orang
ramai dalam pelbagai bentuk iaitu melalui media elektronik dan media cetak. Sebagai contohnya, iklan boleh dijumpai dalam
televisyen, radio, sosial media, majalah dan poster. Setiap hari bilangan anggaran paparan iklan yang sampai kepada berbeza
pembaca dalam pelbagai bentuk adalah sebanyak 100 hingga 1000 pengiklanan. Ini dikatakan bahawa iklan lebih mudah
mempengaruhi pemikiran, sikap dan keputusan pembaca berbanding dengan kaedah lain (Gerard J. Tellis, 2003).
Tujuan iklan adalah digunakan untuk mempromosikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan serta memberi
informasi berkaitan dengan pendidikan ataupun produk baru secara umum. Tetapi sesetengah pihak menyalahgunakan iklan
dengan menyebarkan iklan yang tidak bermoral dan boleh menghasut atau mempengaruhi pemikiran pembaca ke arah yang
salah, contohnya iklan pinjaman wang. Kemunculan iklan ini akan menjadi punca utama yang boleh mendorong masyarakat
mudah terjebak dengan pinjaman 'Ah Long' dan ceti haram. Perbezaan iklan pinjaman wang berlesen adalah mempunyai
alamat pejabat, nombor telefon pejabat dan laman web. Manakala iklan pinjaman tanpa lesen tidak mempunyai banyak
maklumat hanya mempunyai nombor telefon sahaja. Kebanyakkan iklan ini berbentuk risalah dan ditampal di bahagian tiang-
tiang serta dinding bangunan.
Iklan pinjaman wang terdiri daripada dua jenis iaitu pinjaman wang berlesen dan tanpa lesen. Pinjaman wang berlesen
merupakan syarikat yang dikawal selia oleh kerajaaan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang
ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang tidak dapat memohon pinjaman dari Bank. Dari segi kontrak perjanjian pinjaman
wang berlesen akan menyediakan dokumen yang lengkap dalam bentuk hitam putih kemudiannya perjanjian ini wajib disahkan
oleh pihak ketiga contohnya Peguam dan Pegawai x
Undang-Undang. Dengan ini, ia mengambil masa agak lama dan rumit untuk memperolehi kelulusan pinjaman wang.
Manakala pinjaman wang tanpa lesen pula merupakan syarikat atau perniagaan yang ditubuhkan secara haram dan tidak
memperolehi kelulusan dari kerajaan contohnya ‘Ah Long’ dan ceti haram. Kelulusan pinjaman wang dari mereka lebih cepat
berbanding dengan pinjaman wang berlesen kerana ia tidak mempunyai kontrak perjanjian bertulis dan hanya menggunakan
perjanjian mulut sahaja. Oleh itu, pinjaman wang tanpa lesen lebih bahaya dan berisiko kerana mereka boleh bertindak sesuka
hati untuk memaksa peminjam.
204
PERNYATAAN MASALAH
Pinjaman wang tanpa lesen yang semakin berleluasa akan memberi kesan buruk kepada masyarakat, manakala
pemberi pinjaman wang dapat menerima faedah yang banyak. Pernyataan masalah yang pertama dijumpai pada pengiklanan
pinjaman wang adalah iklan yang ditampal di merata-rata tempat telah merosakkan dan mencemarkan persekitaran bandar
dan harta benda awam. Ini kerana mereka mengambil kaedah yang mudah dengan menampal dan menggantung iklan pada
tiang lampu, dinding dan bangunan supaya masyarakat dapat melihat dan tertarik dengan iklan pinjaman wang. Kebanyakkan
kawasan bandar dijadikan pilihan utama untuk mereka menampal iklan ini kerana tumpuan orang ramai.
Pernyataan masalah yang kedua adalah masyarakat tidak mempunyai pendedahan tentang bahayanya membuat
pinjaman wang, lebih teruk lagi jika mereka terjebak dengan pinjaman wang dari syarikat yang tidak berlesen seperti ‘Ah Long’
dan ceti haram. Di samping ‘Ah Long’ menggunakan teknik yang lebih pantas dengan membuat iklan pinjaman wang dalam
akhbar dan portal sosial media untuk mengumpan masyarakat dengan menambah kata-kata manis dan menawarkan kadar
faedah yang rendah. Dengan ini, masyarakat akan tertarik untuk membuat pinjaman wang dan beranggapan bahawa pinjaman
wang merupakan perkara yang biasa dan tidak memberi impak yang besar kepada mereka, jika mereka tidak dapat
menjelaskan pinjaman tersebut. Hakikatnya ini merupakan teknik penipuan yang sering digunakan oleh pihak ‘Ah Long’.
Dari segi aspek sosial pula, pinjaman wang tanpa lesen boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal. Ini kerana
masyarakat suka menerima pinjaman wang tanpa lesen seperti ‘Ah Long’, lintah darat dan ceti haram kerana ia mudah, cepat
dan tidak perlu menyediakan banyak dokumen hanya sekadar menggunakan perjanjian mulut dan kad pengenalan sahaja.
Apabila seseorang individu tersebut membuat pinjaman dan tidak mampu membayar balik hutang dalam tempoh yang
ditetapkan, mereka akan menggunakan kekerasan dan keganasan dengan memaksa peminjam membuat pembayaran. Maka
kes jenayah akan semakin bertambah dari masa ke semasa. Lebih teruk lagi mereka juga tidak ragu-ragu untuk memaksa ahli
keluarga peminjam dalam menyelesaikan hutang. Gangguan ini akan berterusan jika hutang tidak melangsaikan sehingga habis
dan tamat.
Pernyataan masalah terakhir pula adalah keharmonian keluarga akan menjadi kacau-balau dan sentiasa berada dalam
keadaan ketakutan. Apabila seseorang individu tersebut menerima pinjaman wang dari ‘Ah Long’ dan tidak mampu menjelaskan
hutang, mereka pasti akan melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelakkan dijumpai oleh pemiutang. Keadaan
ini akan mengakibatkan institusi kekeluargaan tergugat. Segelintir keluarga yang tidak dapat menahan dengan gangguan,
ancaman dan ungutan dari pemiutang untuk menyelesaikan pinjaman wang dalam jumlah yang banyak, mereka akan
mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dan tidak menghiraukan pertalian darah, hubungan suami
isteri dan persaudaraan dengan peminjam. Ini kerana pemiutang suka menaikkan kadar faedah yang tinggi kepada peminjam
menyebabkan peminjam tidak dapat membayar pinjaman dengan cepat. Semakin banyak hari menangguh pembayaran hutang,
semakin bertambah kadar faedah yang akan dikenakan oleh peminjam tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk memfokuskan isu-isu berkaitan dengan iklan pinjaman wang berlesen dan tanpa lesen. Pengkaji telah
menyenaraikan dua objektif kajian iaitu:
1. Mengenal pasti kesan iklan pinjaman wang tanpa lesen terhadap masyarakat dalam aspek sosial.
2. Mengkaji cara-cara untuk mengurangkan pengiklanan pinjaman wang yang berleluasa di Malaysia.
205
KEPENTINGAN KAJIAN
Iklan merupakan salah satu kaedah yang amat penting dalam mempromosikan dan menyebarkan sesuatu
perkhidmatan mahupun produk baru kepada masyarakat. Dalam penghasilan iklan yang bagus dan kreatif haruslah menepati
ciri-ciri iklan yang baik supaya ia dapat menarik perhatian masyarakat. Walaubagaimanapun, sesetengah pihak telah
menyalahguna iklan dengan menyebar perniagaan haram dan maklumat palsu contohnya iklan pinjaman wang tanpa lesen.
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa kepentingan kajian ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya
mereka pandai membezakan iklan pinjaman wang berlesen dan tanpa lesen. Malahan, tujuan ini dilakukan untuk mengingati
masyarakat agar tidak melibatkan diri dengan pinjaman ‘Ah Long’ atau ceti haram. Di samping untuk memberi pendedahan
kepada masyarakat dengan mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan bijak menguruskan kewangan.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Dalam penghasilan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk memperolehi maklumat berkenaan
dengan isu iklan pinjaman wang. Borang soal selidik dan sumber rujukan telah menjadi pilihan utama pengkaji untuk
mendapatkan data secara lebih tepat berkaitan dengan kajian ini. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengetahui pandangan
dan pendapat responden mengenai pengaruh iklan pinjaman wang di Malaysia. Soalan yang ditanya dalam borang soal selidik
adalah lebih kepada persepsi responden terhadap pemahaman dan pengetahuan mengenai iklan pinjaman wang.
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam pengumpulan data, pengkaji melakukan rujukan dalam sumber internet untuk dimasukkan ke dalam kajian ini.
Rujukan dicari melalui sumber ilmiah iaitu jurnal, poster dan keratan akhbar contohnya Harian Metro dan Sinar Harian. Selain
membuat rujukan dari sumber internet, kaedah soal selidik juga menjadi pilihan pengkaji untuk memperolehi data lebih tepat.
Pengkaji menyediakan sebanyak 13 soalan kepada responden yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Kesemua soalan ini
dibuat dalam “Google Form” kemudiannya diedar kepada 34 responden melalui atas talian.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Melalui pengumpulan data dalam kaedah soal selidik, pengkaji telah memperolehi pendapat dan pandangan daripada
34 responden. Responden yang menjawab borang soal selidik ini kesemuanya terdiri daripada 18 tahun ke atas yang tergolong
dari 8 orang pekerja dan 26 orang pelajar. Hasil pengumpulan data ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan responden
menyokong untuk mengurangkan isu berkaitan dengan iklan pinjaman wang tanpa lesen seperti ‘Ah Long’ dan ceti haram.
Berdasarkan pengumpulan data pada bahagian pertama adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan responden
terhadap isu iklan pinjaman wang tanpa lesen, seramai 29 responden bersetuju bahawa iklan pinjaman wang yang ditampal di
merata-rata tempat memberi kesan kepada persekitaran bandar dan harta benda awam. Dalam soalan kedua, sebanyak 30
responden yang bersetuju bahawa masyarakat kini kurang pendedahan tentang bahayanya membuat pinjaman wang tanpa
lesen. Soalan ketiga, sebanyak 32 responden bersetuju bahawa pinjaman wang tanpa lesen boleh mengakibatkan gangguan
mental dan fizikal dan seramai 33 responden bersetuju bahawa keharmonian keluarganya boleh menjadi kacau-balau dan
sentiasa berada dalam ketakutan disebabkan oleh pinjaman wang tanpa lesen.
Pada bahagian kedua soal selidik merupakan cadangan responden untuk mengurangkan isu pinjaman wang tanpa
lesen. Terdapat seramai 32 responden bersetuju bahawa dengan memberi pendedahan bahayanya pinjaman wang tanpa
lesen, mewujudkan saluran pinjaman wang yang diiktiraf serta membuat kawalan ketat dengan mengenakan tindakan undang-
undang terhadap mana-mana syarikat melakukan pinjaman wang haram. Sebanyak 30 orang responden daripada keseluruhan
responden bersetuju bahawa pihak kerajaan boleh mengenakan tindakan kepada sesiapa pun yang merosakkan harta benda
awam dengan menampal dan menggantung iklan pinjaman wang sesuka hati.
206
Selain cadangan di atas, cadangan lain yang telah diberikan oleh responden untuk mengurangkan isu pinjaman wang
tanpa lesen iaitu:
1. BRIM kerajaan ditambahkan lagi kepada golongan yang benar-benar memerlukan kewangan
2. Berbincang dengan keluarga atau saudara mara jika mempunyai masalah kewangan untuk mendapatkan
pertolongan.
3. Kerajaan memberi pertolongan dengan kaedah wang tunai.
4. Membuat poster tentang bahayanya pinjaman wang daripada syarikat tanpa lesen untuk memberi peringatan
kepada masyarakat.
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Perbincangan
Pinjaman wang digunakan untuk menampung kekurangan perbelanjaan yang tidak cukup. Setelah meminjam wang,
jumlah bayaran wang harulah dibayar balik semula kepada pemiliknya. Pinjaman wang boleh dikategorikan dengan dua jenis
iaitu pinjaman wang berlesen dan tanpa lesen. Pinjaman wang tanpa lesen merupakan satu penipuan atau pinjaman wang
dengan kadar faedah yang terlalu tinggi dan susah dibayar balik oleh peminjam. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tidak terlibat dengan pinjaman wang daripada 'Ah Long' atau ceti haram. Jika
mempunyai masalah kewangan boleh cuba meminta bantuan dari orang terdekat dan melalui pinjaman bank atau syarikat
pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai.
Cadangan
1. Cadangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pinjaman wang tanpa lesen adalah dengan memberi
pendedahan berkaitan dengan bahayanya pinjaman wang tanpa lesen seperti 'Ah Long' dan ceti haram.
Pendedahan ini boleh diwujudkan melalui kempen atau program untuk meningkatkan kesedaran dan
kefahaman masyarakat tentang pinjaman wang. Pendedahan ini haruslah diberikan sejak kecil lagi supaya
mereka sentiasa mengingatinya. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program bahaya
pinjaman wang dengan menerapkan amalan menabung dan sikap belanja secara berhemat supaya mereka
tidak melibatkan diri dari pinjaman wang tanpa lesen.
2. Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh mewujudkan saluran pinjaman wang yang diiktiraf. Kaedah ini dapat
memberikan peluang kepada masyarakat yang mengalami masalah kewangan atau kesempitan hidup yang
serius untuk membuat pinjaman wang secara sah dan lebih selamat. Sebagai contohnya, pihak kerajaan
memperbanyakkan lagi syarikat atau institusi kewangan berlesen dengan bayaran faedah yang rendah kepada
peminjam.
3. Selain itu, pihak kerajaan membuat kawalan ketat dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat
pinjaman wang tanpa lesen. Ini bagi memastikan setiap syarikat pinjaman wang telah mendapatkan lesen yang
sah dari kerajaan. Kawalan ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan syarikat tersebut menjalankan
perniagaan haram. Apabila terjumpa mana-mana syarikat pinjaman wang yang melakukan pinjaman wang
secara haram perlulah mengenakan tindakan undang-undang dan denda yang tinggi kepada syarikat tersebut.
207
4. Akhir sekali, pihak kerajaan mengenakan tindakan kepada siapapun yang merosakkan harta benda awam
dengan menampal dan menggantung iklan pinjaman wang sesuka hati. Hal ini demikian kerana pemasangan
iklan haram yang berbentuk risalah dan bunting akan mengakibatkan persekitaran kelihatan kotor dan tidak
terjaga. Penggunaan gam dalam menampal iklan pada tiang dan dinding bangunan telah mengakitbatkan iklan
ini susah dibuang dan ditanggalkan. Di samping bunting yang terjatuh ke atas tanah juga tidak dihirau oleh
masyarakat. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus mengenakan denda yang ketat apabila terjumpa mana-
mana pihak yang tidak bertanggungjawab memasang bunting dan penampalan iklan tanpa kelulusan daripada
Jabatan Kerja Raya (JKR).
RUJUKAN
Arvidsson, G. (1962). Should We Have Index Loans?. In Inflation (pp. 112-126). Palgrave Macmillan, London.
Durianto, Darmadi, Cicilia Liana, 2004, “Analisis Efektivitas Iklan Televisi Softener Soft & Fresh di Jakarta dan Sekitarnya
dengan menggunakan Consumer Decision Model”, Vol. 11, No. 1, Maret.
Ivanovic A. & Collin P H, Dictionary of Marketing, Bloomsbury Publishing Plc, third edition, Italy, 2003, p. 6.
Kahn, G. A. (1991). Does more money mean more bank loans? Federal Reserve Bank of Kansas City, Economic Review,
July/August.
Tellis, G. J. (2003). Effective advertising: Understanding when, how, and why advertising works. Sage Publications.
208
209
PERANAN POSTER DALAM MEMBERI KESEDARAN MENGENAI MASALAH OBESITI DI MALAYSIA
Nurhafizah Ilya Binti Mohd Yasin C19A0607
[email protected]
ABSTRAK
Poster merupakan media penerbitan yang terdiri dari maklumat dalam bentuk gambar, teks atau kombinasi daripada keduanya.
Kebiasaanya poster kita akan temui di tempat-tempat yang dianggap strategik seperti pasar raya, pejabat, kampus dan lain
sebagainya.Secara amnya (Menurut Ahli Tokoh).Obesiti pula dimaksudkan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah
kepada kesihatan .Ianya terjadi apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam sel lemak di dalam tubuh meningkat
(Myers,2004).Menurut kamus,Dewan Edisi Keempat, obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan
seseorang .Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (Bmi) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas
tahap kegemukan dan obesiti .Terdapat beberapa permasalahan yang diperoleh dalam kajian ini ialah mengapa masyarakat
kurang kesedaran tentang bahayanya obesiti. Apakah poster yang lebih berkesan membantu memberikan kesedaran tentang
obesiti dan juga Apakah cadangan poster yang lebih berkesan tentang langkah kesedaran obesiti melalui poster.Antara objektif
kajian yang diketengahkan pula dengan meneliti mengapa masyarakat kurang kesedaran bahayanya obesiti,mengkaji poster
lebih berkesan obesiti kepada masyarakat dan juga mencadangkan untuk menghasilkan poster lebih berkesan tentang langkah
kesedaran bahaya obesiti melalui poster. Dengan cara menggunakan ilustrasi yang menarik berkaitan poster.Menggunakan
tipografi yang mudah untuk dibaca. Menggunakan layout yang bersesuaian dengan tema.Terdapat 20 orang responden telah
disenarai pendek untuk dibuat kajian.Ianya bagi memudahkan data diperoleh dengan mudah. Dapatan kajian melalui poster dari
kementerian kesihatan Malaysia, responden Google Form dan juga dengan menggunakan data kualitatif . Masyarakat kini
menganggap obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan .Obesiti boleh membawa kesukaran dan mengancam
kesihatan kita. Secara amnya,kesan obesiti juga dikatakan agak bahaya ,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah yang
sewajarnya
Kata Kunci : Poster, Masalah Obesiti
PENGENALAN
Poster merupakan platform media yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi
menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu,seiring dengan perkembangan teknologi masa kini,penggunaan visual
berubah mengikut perkembanganya. Maklumat yang disampaikan juga bergantung kepada penggunaan visual yang digunakan
oleh penyampainya.Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat.. Mesej ringkas dalam bentuk imej
dengan tujuan mempengaruhi seseorang untuk tertarik sesuatu,atau mempengaruhi seseorang bertindak atas sesuatu
.Kebiasaanya poster akan dipasang ditempat-tempat biasa orang ramai berkumpul, seperti perhentian bas, pasar, gerai / kedai,
persimpangan jalan kampung, pejabat, balai raya dan lain-lain.
Secara amnya ,obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang bertimbun di dalam badan seseorang.
Seseorang yang kurang bersukan,bersenam lebih mudah untuk terdedah kepada obesiti.Sebagai contoh,banyak menonton tv,
bermain game,internet. Obesiti juga dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan. Lebih
parah lagi, obesiti ini boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan. Penyakit ini juga boleh menghadkan kegiatan
fizikal, sosial dan jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Obesiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Kanak-kanak juga merupakan antara satu kalangan masalah kesihatan yang agak serius di Malaysia..Kekerapan terjadi masalah
obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat Ketika ini. Obesiti juga dikaitkan
keturunan jika ada ibu bapanya obesiti kemungkinan anak akan mewarisi obesitinya.
210
Sememangnya ianya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi seseorang. Perubahan
diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya.Obesiti juga kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga
makanan secara keterlaluan ,kurang aktiviti jasmani dan kerentaan genetik. Masalah obesiti bukanlah satu perkara yang boleh
dianggap ringan.Obesiti juga boleh membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita.Memandang kesan akibat obesiti
adalah bahaya ,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan
seseorang.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil langkah awal bagi mencegah perkara ini .Masalah obesiti
hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya.Obesiti yang berpunca daripada pemakanan
tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan oleh kita.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian mengenai peranan poster dalam memberi kesedaran mengenai masalah obesiti di Malaysia
melibatkan tiga objektif yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian. Antara objektif kajian tersebut adalah -:
1. meneliti mengapa masyarakat kurang kesedaran bahayanya obesiti,
2. mengkaji poster lebih berkesan obesiti kepada masyarakat
3. mencadangkan untuk menghasilkan poster lebih berkesan tentang langkah kesedaran bahaya obesiti
melalui poster
PERNYATAAN MASALAH
Pembangunan perindustrian dan perkembangan teknologi yang semakin pesat sejak kebelakangan ini dengan secara
langsung atau tidak langsungnya telah juga membawa perubahan kepada gaya hidup sihat rakyat Malaysia .Salah satu faktor
perubahan yang dapat diperhatikan adalah perubahan dari segi tabiat diet.Oleh itu,menyebabkan peningkatan obesiti dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.tidak kira tua atau muda termasuk murid sekolah.Kebelakangan ini,isu obesiti telah menjadi
masalah dalam kalangan masyarakat.Kebanyakan masyarakat menganggap obesiti. Faktor tekanan kerja,tuntutan .
Peningkatan masalah obesiti terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah perlu diberi perhatian yang lebih
serius .Kaedah dan pendekatan yang lebih efektif dan sesuai perlu dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai
amalan gaya hidup sihat dan juga meningkatkan kesedaran menegnai risiko bahaya obesiti, agar mereka dapat menjalani
kehidupan yang sihat disamping mengamalkan pemakanan yang seimbang. Zaman penggunaan teknologi maklumat komunikasi
yang semakin berkembang pesat di Malaysia,Ibu bapa berdepan dengan cabaran yang besar.
Amalan gaya hidup sihat merupakan masalah obesiti berlaku .Pengaruh gaya hidup tidak sihat menyebakan
obesiti.Gaya hidup tidak sihat seperti amalan tidak bersarapan pagi ,penyalahgunaan dadah,ketagihan dadah,pelakuan seks
,tabiat merokok dan tidak mencukupi waktu tidur.
Poster merupakan medium yang terbaik dalam menyampaikan mesej mengenai masalah obesiti .Ia juga antara media
yang menekankan kuasa mesej ,visual dan warna untuk dapat mempengaruhi tingkah laku ,sikap seseorang dalam melakukan
sesuatu.Poster yang digunakan dalam Pendidikan pada prinsipnya adalah idea yang diwujudkan dalam bentuk ilustrasi objek
imej yang dipermudahkan dan mengikut saiz.Penghasilan poster yang baik dengan cara dapat memberi kesedaran mengenai
apa ingin dinyatakan.Penggunaan ayat,warna dan ilustrasi yang menarik minat masyarakat untuk melihatnya.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai pentingnya poster dalam memberi kesedaran masalah
obesiti kepada masyarakat.
1. Memberitahu peranan poster dalam memberi kesedaran masalah obesiti di Malaysia.
2. Menyedarkan masyarakat tentang bahayanya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat,pemakanan yang
tidak seimbang dan juga pengawalan stress yang kurang.
211
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara bagi mendapatkan data.Borang soal selidik
menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian .Oleh itu,kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data secara meluas.Pengkaji telah menyediakan sebanyak lima (5) soalan di dalam borang soal selidik
Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah mengenai pengetahuan responden terhadap pengiklanan produk secara sihat
Pengkaji telah menggunakan kaedah Google Form bagi mendapatkan maklumat dalam menjalankan analisis data.Borang ini
telah disediakan dan disebarkan melalui Whatsapp bagi memudahkan responden untuk menerima soalan-soalan yang
disediakan.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada beberapa artikel berkaitan dengan peranan poster dalam memberi kesedaran masalah
obesiti di Malaysia bagi mendapatkan kajian.Hasilnya pengkaji mengetahui peranan poster dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat.
Pendekatan kualitatif antara kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian.Penyelidikan menggunakan
kaedah kualitatif bagi meneliti pengetahuan ,faktor penyebab dan kesan obesiti terhadap masyarakat.Kajian kualitatif ini juga
membantu penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang persoalan kajian dikemukakan . Kaedah lain kurang berjaya
untuk mencungkil masalah yang rumit dan kompleks secara mendalam lagi , Denzin dan Lincoln(1994). Sebanyak 26 orang
responden telah ditetapkan bagi mendapat maklumat mengenai masalah obesiti dengan lebih jelas lagi.
Penyelidik mengkaji kajian kes yang lebih berfokuskan kepada pengalaman ,kepercayaan dan persepsi individu bagi
mendapatkan maklumat secara mendalam melalui persoalan ,temubual serta pemerhatian Kajian kualitatif juga digunakan untuk
memahami pengalaman kehidupan individu serta tingkah laku ,emosi dan keperluan sosial yang tersedia untuk mereka dengan
menggunakan Kaedah kualitatif (Bernard dan Ryan ,2010).Oleh itu,penyelidik menggunakan kajian ini bagi meneroka masalah
obesiti dalam kalangan masyarakat.Kajian bahagian ini akan dibuat berdasarkan dapatan data transkrip temubual yang diperolehi
mengikut pecahan item-item dalam soalan kajian bagi menjawab persoalan kajian berkaitan dengan pengetahuan ,faktor
penyebab(genetik,pemakanan ,aktiviti fizikal dan status ekonomi) dan kesan obesiti terhadap masyarakat bagi analisis data.
ANALISIS KAJIAN
Berdasarkan kajian soal selidik yang diperoleh terdapat 3 bahagian persoalan yang dinyatakan di bahagian A. Terdapat
3 persoalan dibahagian A. Dari segi jantina,golongan perempuan ,lelaki,umur dan juga pekerjaan.Berikutan data yang diperoleh
di bahagian jantina. Data tertinggi bagi golongan perempuan daripada 26 responden yang diperoleh oleh golongan perempuan
sebanyak 60.9 % manakala golongan lelaki pula sebanyak 39%. Kategori umur tertinggi dari 22-25 tahun pula sebanyak 52.2%
manakala umur 18-21 tahun sebanyak 30.4 % dan melebihi 25 tahun paling rendah sebanyak 17.4%.Kakitangan kerajaan
,pekerja swasta ,pelajar dan juga lain-lain. Data tertinggi diikuti oleh pelajar sebanyak 52.2%, Pekerja swasta pula sebanyak 26.1
%, manakala kakitangan paling rendah kerajaan sebanyak 17.4 % .
Di bahagian B pula ,persoalan 1 berkaitan adakah anda mengetahui apa itu obestiti?.Data menunjukan responden
telah menyetujuinya sebanyak 100 %.Persoalan 2 pula ,Adakah poster merupakan medium yang terbaik dalam memberi
kesedaran kepada masyarakat?.Hasil daripada data tertinggi menunjukkan bahawa sebanyak 82.6 % Ya pada kenyataan
tersebut manakal sebanyak 17.4% tidak menyetujuinya.Persoalan 3 pula ,undian tertinggi adalah semua di atas sebanyak 60.9
% .Bagi gaya hidup sihat sebanyak 21.7 %,faktor genetik pula sebanyak 8.7% ,undian paling rendah pemakanan yang tidak sihat
sebanyak 8.4% . Persoalan 4 pula ,Apakah kesan jika seseorang mengalami masalah obesiti?.Data tertinggi menunjukkan
semua kenyataan diatas sebanyak 91.3% manakala mendapat sakit jantung paling rendah sebanyak 8.7%.Diabetes dan darah
tinggi tiada responden diperoleh .Terdapat beberapa cadangan telah dinyatakan oleh responden untuk menghasilkan poster
lebih berkesan mengenai kesedaran masalah obesiti.Antara cadangan diketengahkan seperti penambahbaikan untuk
menghasilkan poster lebih berkesan tentang mengenai kesedaran masalah obesiti ,memberikan banyak pendedahan dalam
kempen,Reka Bentuk poster infografik yang lebih menarik dari segi penggunaan tipografi yang jelas dan pemilihan warna yang
menarik,penerangan ringkas berkenaan apa yang perlu dilakukan dengan meletakkan sekali gambar aktiviti tersebut agar
kelihatan lebih menarik, gunakan tulisan yang mudah difahami, memperbanyakkan promosi mengenai masalah obesiti di
peringkat sekolah tadika,rendah dan menengah tentang etika pemasaran makanan ,menggunakan ilustrasi yang menarik
perhatian,penggunaan ayat yang ringkas, susunan yang kemas,pemilihan ilustrasi yang bersesuaian,pemilihan tajuk yang
menarik.
212
Di bahagian C,soalan 1 , Di antara poster 1 dan 2 yang manakah boleh memberi kesedaran kepada masyarakat
mengenai obesiti ?. Data menunjukkan poster 1 undian tertinggi sebanyak 52.2 % manakala poster 2 undian rendah sebanyak
47 %.Soalan 2 pula ,dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat,pemakanan yang seimbang dan juga teknik mengawal stress
yang betul.Adakah cara ini berkesan?.Data menunjukkan sebanyak 95.7 % menyetujui kenyataan tersebut dan 4.3 % tidak
menyetujuinya .Soalan 3 pula ,Ciri-ciri poster yang baik antaranya gambar dan warna jelas dan dapat menarik perhatian
,Komposisi gambar seimbang dan reka letak letak yang bersesuaian.Bahasa yang digunakan singkat,padat, jelas, dan mudah
difahami (komunikatif). Isi pesanan yang disampaikan pada bahasa poster berisi ajakan. Penulisan huruf seimbang, ukuran huruf
pada tajuk utama dari isi, dan berikan penegasan pada pesanan utama .Persoalan terakhir, Adakah anda setuju dengan ciri
poster yang seperti huruf seimbang, saiz font dalam tajuk lebih besar daripada kandungan, dan menekankan mesej utama Beri
perhatian kepada sasaran penonton poster dinyatakan.Data tertinggi menunjukkan 100 % responden bersetuju dengan
kenyataan tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik ,pengkaji telah mendapatkan maklum balas yang bermanfaat dari
responden yang menjawab soal selidik melalui Google Form ini.Terdapat pelbagai maklumat balas yang diterima oleh responden
yang mampu memberi pendapat pelbagai dan cadangan yang berguna dalam kajian ini.Pengkaji membuat soal selidik yang
mempunyai 26 responden semua terdiri daripada golongan dewasa dan juga remaja .Dikalangan yang berusia 18-25 keatas
tahun.Pengkaji membuat kajian ini secara menyeluruh kawasan untuk mendapatkan responden remaja dan dewasa yang dari
pelbagai peringkat umur kerana pengkaji percaya ramai sebegini aktif berjinak didalam media sosial.Hasil daripada kajian
mendapati 100% responden bersetuju bahawa poster merupakan medium yang terbaik untuk memberi kesedaran mengenai
masalah obesiti .
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam bab ini membincangkan segala hasil perolehan data yang telah dianalisis dan telah dirumuskan. Kajian ini
dilaksanakan pada objektif kajian yang telah ditetapkan di awal kajian.Kajian ini dilakukan bagi mengkaji membuat peranan
poster dalam memberi kesedaran masalah obesiti di Malaysia.
CADANGAN
1. Pihak kementerian kesihatan perlu menambah baik poster untuk kelihatan lebih menarik
2. Menggunakan ilustrasi yang menarik ,tipografi mudah dibaca
RUMUSAN
Obesiti bukanlah penyakit berpunca daripada keturunan semata-mata,namun ia juga berpunca dari gaya hidup tidak
sihat dan pemakanan yang tidak seimbang. Poster adalah medium paling berkesan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat
mengenai masalah obesiti.Obesiti juga dikatakan penyakit yang bukan dari keturunan malahan dari gaya hidup yang tidak sihat
masyarakat itu sendiri. Sememangnya ianya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi
seseorang.Jadi saya bertujuan membuat kajian ini untuk memberi maklumat mengenai peranan poster dalam memberi
kesedaran masalah obesiti.
213
RUJUKAN
BANDAR, P. S. M. L., & AHMAD, A. B. FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN.
https://scholar.google.com.my/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1&q=jurnal+maksud+obesiti&btnG=
Sumartono, S., & Astuti, H. (2018). Penggunaan poster sebagai media komunikasi kesehatan. Komunikologi: Jurnal Ilmiah Ilmu
Komunikasi, 15(1).
https://www.esaunggul.ac.id/wp-content/uploads/2019/03/2.-Penggunaan-Poster-Sebagai-Media-Komunikasi-
Kesehatan.pdf
WEBSITE
https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/qgk-3013-obesiti
https://pdfcoffee.com/kesimpulan-obesiti-pdf-free.html
https://www.scribd.com/doc/219641663/KESIMPULAN-OBESITI
https://www.scribd.com/doc/61676380/Definisi-obesiti
https://www.academia.edu/24598447/TAJUK_MASALAH_OBESITI_DALAM_KALANGAN_KANAK_KANAK_DI_MALAYSIA
https://www.scribd.com/doc/220950862/Maksud-Obesiti
https://www.scribd.com/doc/61676380/Definisi-obesiti
214
KEMPEN KESEDARAN BULI SIBER MELALUI POSTER INFOGRAFIK
Shayfi Nasri Bin Jebat C19A0736
[email protected]
ABSTRAK
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik infografik buli siber dalam kaedah penyampaian maklumat. Kajian ini dilakukan
kerana pelajar masa sekarang kurang terdedah dengan kempen kesedaran mengenai buli siber. Masalah buli siber pada masa
kini tidak asing dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa melalui platform media massa. Berdasarkan kajian yang
dijalankan pelbagai masalah yang dapat menerangkan mengapa poster infografik ini perlu diwujudkan. Antara masalah yang
dihadapi adalah Sikap pelajar yang kurang peka dengan isu buli siber ini dan menganggap Cuma perkara biasa. Jaringan internet
yang bebas mempengaruhi penggunaan media massa pada masa kini yang meningkat membolehkan kejadian jenayah boleh
berlaku dimana sahaja. Pelajar yang terlibat dalam buli siber ini merasa buntu untuk membuat keputusan bagaimana hendak
menghindarkan diri daripada menjadi mangsa buli. Objektif kajian ini adalah untuk memberi keseda- ran maklumat mengenai
buli siber melalui poster infografik. Selain itu menghasilkan satu poster infografik yang dapat menarik minat pembaca. Dalam
kajian ini pengkaji akan menggunakan pendekatan medium infografik sebagai cara untuk menyampaikan maklumat mengenai
perilaku buli siber ini. Kaedah kamunikasi ini memberi sedikit sebanyak gambaran jelas, ringkas dan padat untuk kita faham pada
isu buli siber ini. Dalam kaedah ini pengkaji akan mengumpulkan data-data melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif dimana data-
data dikumpul adalah melalui buku rujukan, rujukan perpustakaan dan sumber internet. Reka bentuk yang dihasilkan akan
menjadikan penonton mudah untuk menerima dan memahami isi yang ingin disampaikan. Secara keseluruhannya diharapkan
dengan wujudnya poster infografik ini akan sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang bahaya buli siber.
Kata Kunci : Buli Siber, Media Massa, Komunikasi, Pelajar, Kempen Kesedaran.
PENGENALAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik infografik buli siber dalam kaedah penyampaian maklumat. Media
sosial adalah tempat untuk para pengguna mendapat limpahan info atau berbagai maklumat. Tidak semua orang mampu
meluangkan lebih masa untuk membaca copywriting atau penulisan yang panjang di media sosial. Dengan adanya poster atau
infografik, ia menjadikan kita lebih mudah menyampaikan maklumat kepada pengguna, secara lebih ringkas dan yang paling
penting mudah difahami oleh pengguna. Kaedah bermaksud, pengkaji ingin menyampaikan maklumat menggunakan ikon yang
sesuai di dalam sebuah infografik. Poster infografik mempunyai kelebihan kerana maklumat mudah untuk disampaikan. Dengan
gabungan tulisan,warna dan ikon yang menarik akan memberi minat pengguna untuk lebih tahu tentang isu yang ingin
disampaikan. Secara tidak langsung pengguna turut akan berkongsi maklumat seterusnya kepada pengguna lain.
Terdapat fakta yang mengatakan bahawa manusia lebih cenderung melihat visual dan proses untuk menerima lebih
cepat berbanding teks Panjang. Ini menjadikan pengguna lebih mengenal dan mengingat sesuatu ikon berdasarkan poster
infografik. Infografik yang menarik namun tidak serasi dengan isu yang dibawa juga tidak akan Berjaya. Sebab itu pentingnya
memahami teknik yang betul dalam rekaan infografik. Maklumat dan informasi ini boleh didapati melalui website rasmi pengkaji,
mahupun melalui khidmat perkongsian melalui laman media sosial. Di dalam kajian literatur ini pengkaji akan menyatakan kaedah
dan teknik ilustrasi secara mendalam.
Begitulah jiwa anak muda. Bersemangat penuh, tetapi mengabaikan waspada (andriyana). Pengkaji memilih untuk
masyarakat khususnya golongan muda pelajar sebagai responden utama dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk menjadikan
masyarakat lebih peka dengan isu buli siber. Golongan muda pada masa kini lebih gemar dengan penggunaan gajet sebagai
cabang untuk berkomunikasi melalui platform media sosial.
215
PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan platform media sosial seperti facebook, Instagram dan tiktok tidak asing lagi dalam kalangan pelajar.
Golongan pelajar lebih gemar bersosial di dalam dunia maya. Penggunaan media sosial ini memberi impak buruk kepada
pengguna terutama sekali golongan muda. Berdasarkan pada laporan golongan muda lebih banyak menggunakan platform
media sosial sebagai interaksi dan cenderung untuk berlakunya gejala buli siber. Laporan daripada Department for Children,
Schools and Families (2009) menjelaskan bahawa buli merupakan tingkah laku yang biasanya dilakukan berulang dari masa ke
semasa, dengan sengaja menyakitkan individu lain melalui serangan fizikal atau emosi. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa
buli boleh menyebabkan kemarahan, kesedihan dan daya tumpuan yang lemah dalam kalangan mangsa (Samara et al., 2017).
Pelajar yang menjadi mangsa buli siber menunjukkan simptom depresif yang tinggi (Baker & Tanrikulu,2010; Schneider et
al,2012) dan hilang pertimbangan sehingga cenderung untuk membunuh diri kerana tertekan (Hinduja & Patchin, 2010).
Perkembangan medium komunikasi memberi Langkah baik dalam mengurangkan masalah sosial. Penggunaan
Infografik menggambarkan gabungan daripada informasi dan grafik. Dengan kata lain gambaran visual grafik maklumat dengan
tepat dan spesifik. Infografik mampu meningkatkan kemampuan kognisi dengan lebih efektif. Secara tidak langsung melalui grafik
mampu meningkatkan kemampuan visual manusia untuk melihat corak dan rekaan. Infografik membentuk satu cara baru dalam
menyampaikan sesuatu kenyataan dengan mengembangkan sesuatu data informasi. Penerimaan infografik dapat dapat
mendedahkan maklumat dengan tepat dan menarik dengan menerapkan campuran dan gabungan elemen visual (Dur,2012).
Golongan pelajar kini kurang terdedah dengan kempen kesedaran buli siber. Gejala buli siber ini seharusnya
dititikberatkan kerana Malaysia pada masa kini memegang kedudukan tertinggi bagi masalah buli siber daripada golongan muda.
Masyarakat pada masa kini tidak memandang serius mengenai masalah ini. Mereka mungkin tidak mengetahui kesan buruk
kepada mangsa yang dibuli. Buli siber ini amat sukar untuk dikesan kerana sesetengah pengguna yang menyamar sebagai
individu lain untuk melakukan gejala ini. Kesan buli siber ini mungkin membawa kesan sampingan kepada pelajar sekarang
sehingga kurang perhatian dalam proses pembelajaran.
Buli siber adalah salah satu ancaman dalam talian kepada pengguna Internet terutamanya pengguna muda. Kemajuan
pesat peranti internet dan ICT telah membuka ruang baharu dan tidak terhingga yang boleh diterokai oleh pengguna dengan
kurang sekatan. Oleh itu, Internet nampaknya menawarkan peluang untuk mengaibkan, membuli atau mengganggu seseorang
dalam talian. Teknologi komunikasi baharu telah memaksa orang ramai mengubah cara mereka berkelakuan, dan sebarang
konflik antara satu sama lain telah bertukar menjadi pertemuan berbahaya. Untuk menjadikannya lebih teruk, kekurangan
hubungan dengan ibu bapa akan menjerumuskan anak-anak lebih dalam kepada kesan berbahaya internet.
Akibatnya, mereka mendedahkan diri mereka kepada pelbagai bentuk buli dalam talian termasuk pendedahan kepada
gangguan, menyala-nyala, memburuk-burukkan, pengecualian dan cyberstalking. Dalam beberapa keadaan yang melampau,
tingkah laku yang tidak dipantau itu boleh membawa mangsa buli siber kepada penyakit mental yang teruk dan yang paling teruk
apabila ia berakhir dengan mengambil nyawa mereka sendiri.
Berdasarkan kajian yang dijalankan pelbagai masalah yang dapat menerangkan mengapa poster infografik ini perlu
diwujudkan.
Antara masalah yang dihadapi adalah
1. Sikap pelajar yang kurang peka dengan isu buli siber ini dan menganggap Cuma perkara biasa.
2. Penggunaan media massa pada masa kini yang meningkat membolehkan kejadian jenayah boleh berlaku
dimana sahaja.
3. Pelajar yang terlibat dalam buli siber ini merasa buntu untuk membuat keputusan bagaimana hendak
menghindarkan diri daripada menjadi mangsa buli.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan pada kajian ini terdapat beberapa objektif kajian yang dikemukakan antaranya adalah seperti berikut
1. Memberi kesedaran maklumat mengenai buli siber melalui poster infografik.
2. Menghasilkan satu poster infografik yang dapat menarik minat pembaca.
216
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat kesedaran maklumat mengenai buli siber melalui poster infografik oleh pelajar UMK?
2. Adakah poster infografik ini dapat menarik minat pembaca?
3. Apakah yang diperoleh dalam penghasilan infografik.
KEPENTINGAN KAJIAN
Masalah buli siber sukar dibendung dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan aga sedikit sebanyak dapat membuka
mata dalam kalangan pelajar agar tidak mudah terjerumus dalam masalah buli siber. Kesedaran pelajar mengenai isu buli siber
ini harus diambil kira agar tidak mengalami tekanan perasaan semasa dalam proses pembelajaran serta tugasan dan dapat
menumpukan sepenuhnya dalam melakukan aktiviti-aktiviti dalam pengajian. Penghasilan poster yang menarik juga dapat
memberi respon positif. Infografik yang digunakan dalam kajian ini untuk menyampaikan konsep dan isu berkaitan buli siber.
Infografik ialah poster yang mengandungi imej, definisi, penjelasan dan soalan tentang isu buli siber. Pengguna mendapat
pengetahuan mengenai isu dengan membaca penjelasan. Pemilihan ini bertujuan menjadikan golongan muda lebih peka dengan
penggunaan media massa pada masa sekarang. Mereka memahami konsep dan lebih waspada. Inilah golongan yang akan
membawa impak dalam memajukan pembangunan masa hadapan. Pemilihan ini juga berdasarkan penggunaan media massa
pada masa kini yang lebih cenderung berkongsi maklumat berdasarkan infografik.
SOROTAN KAJIAN
Perkembangan pendayagunaan internet seakan-akan beranjak sejak beberapa dasawarsa yang lalu.hal ini demikian
kerana internet dapat mendukung pengguna computer dan telefon pintar dalam memperoleh berbagai maklumat yang diperlukan.
Internet boleh diterangkan sebagai rangkaian computer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia
berhubung antara satu sama lain dan dapat mencapai maklumat di pangkalan data dari seluruh dunia (Dewan Bahasa dan
Pustaka, Edisi Keempat). Dengan adanya capaian internet ini pengguna dapat berhubung antara satu sama lain melalui media
massa sekarang. Namun penggunaan media sosial ini telah disalahgunakan oleh pengguna internet lebih-lebih lagi golongan
muda. Ybarra & Mitchell (2004) mendapati golongan remaja menunjukkan tingkah laku yang agresif di alam siber.
Secara ringkasnya, buli siber merujuk kepada tingkah laku orang yang dasarnya dengan niat untuk merosakkan
individu lain dari segi psikologi dengan menggunakan alat-alat elektronik (Li, 2006), dan penggunaan teknologi maklumat untuk
komunikasi seperti emel, telefon bimbit, alat kelui teks mesej, mesej segera (Whatsapp, Line, Wechat dan lain-lain) serta laman
web peribadi yang mana ia digunakan untuk menyebarkan fitnah secara berulang-ulang (Belsey dalam S. Healy and F. Lynch,
2013)
Buli siber adalah salah satu ancaman dalam talian kepada pengguna Internet terutamanya pengguna muda. Kemajuan
pesat peranti internet dan ICT telah membuka ruang baharu dan tidak terhingga yang boleh diterokai oleh pengguna dengan
kurang sekatan. Oleh itu, Internet nampaknya menawarkan peluang untuk mengaibkan, membuli atau mengganggu seseorang
dalam talian. Teknologi komunikasi baharu telah memaksa orang ramai mengubah cara mereka berkelakuan, dan sebarang
konflik antara satu sama lain telah bertukar menjadi pertemuan berbahaya. Untuk menjadikannya lebih teruk, kekurangan
hubungan dengan ibu bapa akan menjerumuskan anak-anak lebih dalam kepada kesan berbahaya internet.
Akibatnya, mereka mendedahkan diri mereka kepada pelbagai bentuk buli dalam talian termasuk pendedahan kepada
gangguan, menyala-nyala, memburuk-burukkan, pengecualian dan cyberstalking. Dalam beberapa keadaan yang melampau,
tingkah laku yang tidak dipantau itu boleh membawa mangsa buli siber kepada penyakit mental yang teruk dan yang paling teruk
apabila ia berakhir dengan mengambil nyawa mereka sendiri.
Infografik adalah persembahan visual maklumat dalam aliran tertentu melalui pelbagai ilustrasi dan teks. Infografik
terdiri daripada banyak komponen seperti gambar, graf, jadual, rajah alir, teks, dsb. Ia membolehkan persembahan maklumat
dalam susunan logik dan struktur perhubungan. Ia digunakan untuk menvisualisasikan maklumat dan membolehkan maklumat
dipersembahkan dalam pelbagai bentuk visual. Antara kekuatan infografik adalah fleksibiliti mereka, keupayaan mereka untuk
menggambarkan maklumat dan disediakan dalam pelbagai bentuk. Infografik yang digunakan dalam kajian ini untuk
menyampaikan konsep dan isu berkaitan buli siber. Infografik ialah poster yang mengandungi imej, definisi, penjelasan dan
soalan tentang isu buli siber. Pengguna mendapat pengetahuan mengenai isu dengan membaca penjelasan.
217
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kualitatif
Dalam kaedah ini pengkaji akan mengumpulkan data-data melalui kaedah kualitatif dimana data-data dikumpul adalah
melalui buku rujukan, rujukan perpustakaan dan sumber internet. Reka bentuk yang dihasilkan akan menjadikan
penonton mudah untuk menerima dan memahami isi yang ingin disampaikan. Beberapa rujukan poster yang terdapat didalam
laman sesawang diambil sebagai tinjauan kajian ini. Pengkaji akan mengenalpasti reka letak sebuah poster melalui pemilihan
daripada beberapa poster yang akan dihasilkan sama ada sesuai dan dapat menarik minat audiens. Selain itu pengkaji akan
menilai jenis tipografi yang sesuai untuk digunakan dalam poster infografik ini.
Kajian Kuantitatif
Kajian kuantitatif dijalankan daripada borang soal selidik. Data mengenai pandangan dan responden akan dikumpul
dan kemudiannya data-data ini akan dianalisis.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk beberapa jurnal yang berkaitan serta beberapa contoh poster infografik yang menarik melalui
internet. Terdapat banyak data yang diperolehi dalam menghasilkan poster infografik yang menarik. Penetapan satu poster yang
menarik harus memperlihatkan apa yang ingin ditunjukan sampai kepada audiens dan mudah untuk difahami. Pengkaji akan
mengambil beberapa fakta yang tepat mengenai buli siber ini. Pengkaji juga akan mempertimbangkan konsep unsur seni dan
prinsip rekaan yang terdapat dalam poster infografik yang dihasilkan sesuai. Gabungan warna dan teks akan memainkan
peranan penting dalam poster ini. Sampel data yang telah dikumpul seterusnya akan dibuat pebandingan sama ada dapat
memenuhi konsep unsur seni dan prinsip rekaannya. Gambar yang berkaitan seterusnya diubah dan dijadikan sebagai ikon
ilustrasi.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merujuk kepada satu kaedah bagi memproses serta menilai data melalui analitikal dan logikal analisis
untuk mengenal- pasti maklumat data yang didapati ini. Kaedah ini adalah satu cara dalam mengkaji data semasa menjalankan
aktiviti kajian. Maklumat yang didapati melalui pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis bagi mewujudkan dapatan
kajian dan rumusan.
Walaubagaimanapun, data yang diperolehi melalui kaedah kajian ini mestilah terdapat cabang yang betul untuk
memastikan intergriti data yang dihasilkan benar dan serasi. Data yang tidak tepat ini mungkin akan menyebabkan analisis
statistik yang tidak tepat dan mungkin berbeza dengan struktur kajian.(Anis Alnura, 2019). Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah
memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam menjayakan kajian ini pengkaji akan mengumpulkan data yang berkaitan untuk dijadikan sebagai idea dalam
poster yang ingin dihasilkan nanti. Aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah poster infografik tentunya adalah idea yang
menarik dan juga reka letak poster. Idea yang perlu ada pada poster adalah seperti berikut:
218
1. Pengenalan (Apa Itu Buli Siber)
Dalam bahagian pengenalan ini pengkaji akan menyatakan maksud daripada isu yang ingin disampaikan. Buli siber
merupakan perbuatan yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang di dalam medium elektronik dengan cara
mesej teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Selain itu pengkaji juga turut mengumpulkan
dapatan statistik mengenai laporan yang telah dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF). Berdasarkan pada laporan tersebut Malaysia berada dalam kedudukan kedua di Asia pada tahun 2021 dalam
kalangan belia. Dalam kajian ini dilaporkan rangkaian seperti Facebook, Instagram, Snapchat dan Twitter menunjukan lebih
cenderung untuk membuli secara online. Hasil dapatan daripada responden di Malaysia menunjukkan golongan muda menjadi
mangsa buli siber yang mempengaruhi Pendidikan dan aktiviti sosial mereka. Pada masa sama sebahagian daripada responden
turut melaporkan mengaku memanfaatkan platform digital untuk mengganggu mangsa buli.
2. Jenis-jenis Buli Siber
Sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi negara kita, golongan muda masa kini lebih gemar berada didalam
dunia maya seperti platform sosial berdaftar yang semakin popular. Ini menunjukkan hampir semua golongan muda
menggunakan telefon pintar dan tablet untuk tujuan hiburan dan pendidikan malahan digunakan untuk bersosial.
Walaubagaimanapun, kebanyakan aktiviti sosial ini turut membawa risiko untuk berlaku kejadian buli siber sehingga membawa
kepada berlaku banyak klasifikasi buli siber. Sebagai contoh mesej yang mengganggu atau mengancam, menyalahgunakan kata
laluan atau nama skrin, menyamar sebagai orang lain, memanjangkan emel/ foto/ video kepada orang lain. Memuat naik komen
atau gambar tidak senonoh. Sexting atau menghantar gambar/ mesej/ video/ berunsurkan seksual. Memulaukan individu
daripada sesuatu kumpulan atau komuniti internet dengan sengaja.
3. Kesan Buli Siber
Peningkatan gejala buli siber secara langsung memberi kesan buruk kepada mangsa buli siber. Akibat daripada
perilaku pembuli ini boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta berlaku penyakit lain yang berkait dengan
tekanan. Akibat daripada gangguan pembuli ini juga ada yang nekad mengambil keputusan untuk membunuh diri.
4. Langkah Membendung
Dalam dunia realiti mungkin golongan muda ini kurang dalam aktiviti sosial berbanding apa yang berlaku di dunia
maya. Sekiranya ada menyedari bahawa anda kini berada dalam situasi mangsa buli siber, segera beritahu kepada orang yang
lebih tua yang dikenali dan dipercayai yang terdekat seperti dalam kalangan keluarga ibu bapa, abang atau kakak. Sekiranya
menerima pesanan emel daripada individu yang tidak dikenali jangan balas sebalik tangkap gambar untuk dijadikan bahan bukti
dan laporkan kepada pihak atasan. Sekiranya Langkah awal dan amaran tidak berkesan laporkan kepada pihak polis supaya
dapat menyelamatkan diri daripada ancaman yang lebih buruk. Sekiranya anda mengenali pembuli tersebut, elakkan daripada
bertemu secara bersemuka kerana mungkin akan membahayakan anda.
5. Reka Letak Poster Infografik
Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati poster infografik yang lengkap memiliki jenis tipografi, ikon,
beberapa gabungan warna yang sesuai serta data yang jelas dan ringkas bagi isu yang ingin disampaikan. Selain itu, poster
infografik ini dapat membantu dan mendedahkan pengetahuan kepada pelajar mengenai isu buli siber ini.
PENEGASAN
Poster infografik buli siber ini akan menjadi model untuk pelajar dalam menerapkan dan menilai aspek yang penting
untuk kita dalam memahami mengapa buli siber ini begitu mudah berlaku. Penghasilan reka bentuk poster portfolio ini sedikit
sebanyak dapat mempengaruhi pemikiran pelajar untuk bertindak dengan lebih berwaspada sejajar dengan pembangunan pada
masa kini.
219
RUJUKAN
Baker,Ö.E.& Tanrıkulu,İ.(2010). Psychological consequences of cyber bullying experiences among Turkish secondary school
children. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 2(2), 2771-2776
Dur, B. I. U. (2012). Analysis of data visualizations in daily newspapers in terms of graphic design. Procedia-Social and Behavioral
Sciences, 51, 278-283.
Department for Children, Schools and Families. (2009). Safe from Bullying in Youth Activities. Nottingham: DCSF Publications.
Li, Q. (2006). Cyberbullying in schools : A research of gender differences. School Psychology International, 157-170.
Samara,M,Burbidge,V,El Asam, A,Foody, M, Smith, PK, & Morsi,H(2017). Bullying and cyberbullying: Their legal status and use
in psychological assessment. International Journal of Environmental Researchand Public Health, 14, 1-17
Schneider, S. K. O’Donnell, L,Stueve,A., & Coulter, R. W. S. (2012). Cyberbullying, school bullying,and psychological distress: A
regional census of high school students. American Journal of Public Health, 102(1), 171-177.
220
KAJIAN VISUAL BERKAITAN DENGAN KEMPEN DENGGI MELALUI POSTER KEPADA MASYARAKAT
Vikneswaren A/L Chandran
[email protected]
ABSTRAK
Poster ialah satu bentuk reka bentuk grafik yang merangkumi tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang menyampaikan
maklumat dengan mudah. Poster adalah elemen dalam promosi, acara, dsb. Lazimnya, reka bentuk poster 2D melibatkan
lukisan, tulisan atau bahan cetakan. Poster sering digunakan untuk mempromosikan dan memaparkan produk syarikat, acara
komuniti, acara kerajaan, dsb. Biasa ditampal di dinding dan digantung di tempat awam seperti sekolah dan pejabat. Contohnya,
poster boleh menyerlahkan keistimewaan pemesejan sosial dan pengiklanan, seperti melihat di ruang menunggu bas. Demam
berdarah adalah penyakit tropis yang ditularkan oleh nyamuk yang disebabkan oleh virus denggi. Gejala biasanya mulai tiga
hingga empat belas hari setelah wabak. Ini mungkin termasuk demam, sakit kepala, muntah, nyeri otot dan sendi, dan ruam.
Pemulihan biasanya memakan waktu dua hingga tujuh hari. Dalam kes yang jarang terjadi, penyakit ini berkembang menjadi
demam berdarah yang parah, juga dikenali sebagai demam berdarah denggi, yang bila terjadi tekanan darah rendah yang
berbahaya, dapat menyebabkan pendarahan, kadar trombosit rendah dan kebocoran plasma, atau sindrom syok denggi. Oleh
itu, objektif utama kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan poster denggi dalam
mempengaruhi pengurangan wabak denggi dalam kalangan masyarakat . Bagi membantu pelaksanaan kajian ini, kajian ringkas
dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan kempen denggi terhadap melalui poster menggunakan platform bagi
mengumpul dan meneliti data responden dengan lebih meluas. Kajian ini secara dasarnya tertumpu kepada golongan
masyarakat. Oleh yang demikian, beberapa cadangan boleh dikemukakan dalam kajian ini iaitu maklumat kempen pengiklanan
melalui poster hendaklah dipersembahkan dengan jelas dan terperinci. Juga, pertimbangkan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kempen denggi melalui poster berkenaan denggi.
Kata Kunci: Poster, demam denggi, kempen
PENGENALAN
Kebanyakan orang biasa dengan istilah kempen. Kempen oleh kerajaan, parti politik dan perniagaan, antara lain, telah
menjadi perkara biasa di Malaysia. Semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan menggunakan maklumat untuk
mempengaruhi pendapat umum atau memenangi sokongan orang ramai untuk sesuatu matlamat dan tujuan, menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kempen larangan merokok adalah salah satu contoh kempen yang telah dijalankan di Malaysia.
Kempen keselamatan jalan raya, kempen derma organ, kempen sayangi kanak-kanak, kempen derma darah, kempen penjagaan
alam sekitar, dan jangan lupa kempen denggi hanyalah beberapa contoh. Kempen denggi ini merupakan salah satu isu yang
semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat kita khususnya.
Definisi denggi ialah ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi
berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk
aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Sejarah poster bermula dengan penciptaan mesin cetak Guttenberg (1476), yang diperkenalkan oleh Caxton ke
England. Poster pertama, "Cuparas," dicipta untuk berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Poster yang awal
wujud bersama dengan perkembangan industri percetakan di Eropah pada abad ke-15 dan hanya bergantung pada susunan
huruf. Poster dengan ilustrasi pertama kali muncul pada abad ke-17, dengan ciptaan teknik percetakan litografi. Pada masa yang
sama, teknik 'ukiran kayu' diperkenalkan untuk poster ilustrasi.
Menurut Henri de Toulouse-Lautrec, sejarah pembangunan poster di Perancis mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap poster moden. Dia faham bahawa poster adalah sejenis alat komunikasi. Idea Henri telah diterjemahkan ke dalam
teknik cetakan litografi. Posternya dianggap kreatif dan inovatif, dan orang ramai di Perancis dan Paris menyukainya. Jane Avril,
penyanyi dan penari Kabaret, muncul pada poster Henri de Toulouse- Lautrec (1893). Gaya dan reka bentuk poster warna telah
memberi impak yang besar terhadap perkembangan reka bentuk grafik pada abad ke-21.
221
Sejarah perkembangan reka bentuk poster di Malaysia .Kehadiran poster di negara Malaysia ini dianggap bermula
semasa pemerintahan Jepun. Pada masa itu,masyarakat menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus
untuk tujuan propaganda disebarkan kepada seluruh rakyat. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira
12*15 tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti konsep poster denggi berdasarkan kajian visual yang telah dibuat.
2. Mereka bentuk poster denggi yang mampu memberikan impak visual berdasarkan kajian visual yang
telah dibuat.
3. Menghasilkan reka bentuk dan poster yang menggunakan elemen-elemen yang sesuai yang mampu
memberikan kesedaran kepada masyarakat.
PERNYATAAN MASALAH
Demam denggi adalah penyakit virus bawaan nyamuk yang baru-baru ini berkembang di seluruh wilayah WHO.
Nyamuk betina, kebanyakannya Aedes aegypti dan, pada tahap yang lebih rendah, Aedes albopictus, membawa virus denggi.
Demam kuning dan virus Zika disebarkan melalui nyamuk. Demam denggi adalah perkara biasa di seluruh kawasan tropika,
dengan perbezaan tempatan dalam risiko ditentukan oleh faktor iklim, sosioekonomi dan persekitaran. Denggi adalah penyakit
yang menyerang pelbagai orang. Orang yang dijangkiti boleh mengalami apa-apa daripada penyakit praklinikal kepada simptom
seperti selesema yang teruk. Walaupun jarang berlaku, sesetengah orang mendapat denggi teruk, yang boleh mengakibatkan
pelbagai akibat seperti pendarahan teruk, disfungsi organ dan kebocoran plasma. Apabila denggi teruk tidak dirawat dengan
betul, terdapat peningkatan peluang kematian.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk menyampaikan mesej serta memberikan kesedaran secara
visual iaitu melalui poster bertujuan untuk membuka mata masyarakat agar mereka sedar mengenai isu yang semakin
membimbangkan ini. Hasil dari kajian yang dijalankan secara tidak langsung ia juga membantu masyarakat untuk hidup dengan
lebih aman dan harmoni serta saling menghargai antara satu sama lain.
Dengan adanya poster yang berkesan, kita dapat menjalani hidup dengan sihat dan bebas dari terkena penyakit
denggi. Jadi, penggunaan visual yang berkesan pada poster memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian
masyarakat dan juga dalam membantu memberikan maklumat serta kesedaran kepada mereka. Hal ini kerana penggunaan
visual amat penting dalam sesebuah kempen kesedaran terutamanya dalam pengiklanan poster.
Melalui kajian ini juga, masyarakat dapat memahami dengan lebih lanjut tentang denggi. Selain itu, masyarakat juga
dapat menyedari bahawa bahayanya penyakit denggi terhadap masyarakat. Dengan adanya kempen ini sekaligus dapat
menyedarkan masyarakat tentang penyakit denggi ini. Ini sekaligus dapat menurunkan peratusan yang menghidap penyakit
denggi.
222
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kualitatif
Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mengukur masalah dengan mencipta data berangka atau data yang boleh
dijadikan statistik berguna. Ia digunakan untuk mengambil kira sikap, pendapat, tingkah laku dan pembolehubah khusus lain.
Penggunaan kuantitatif data boleh diukur untuk meringkaskan fakta dan mendedahkan corak penyelidikan. Kaedah
pengumpulan data kualitatif lebih tersusun berbanding kaedah pengumpulan data kuantitatif. Kaedah pengumpulan data kualitatif
ini merangkumi pelbagai bentuk tinjauan iaitu tinjauan dalam talian, tinjauan kertas dan tinjauan menyekat laman web.
Teknik Pengumpulan Data
Pengumpulan data memainkan peranan yang sangat penting dalam analisis statistik. Dalam penyelidikan, terdapat
dua kaedah berbeza digunakan untuk mengumpul maklumat, data primer dan data sekunder. Pengkaji akan mengumpul data
menggunakan kaedah sampingan.
Data Sekunder
Data sekunder adalah cara penyelidik mendapatkan maklumat dengan cepat dan merekodkannya. Data sekunder
ialah bentuk data sedia ada yang boleh dikumpul daripada pelbagai sumber. Penyelidik boleh menjimatkan masa dan kos
penyelidikan dengan menggunakan kaedah data sekunder. Kaedah data sekunder yang digunakan oleh penyelidik termasuklah:
1. JURNAL
Pengkaji menggunakan jurnal ini sebagai sumber rujukan maklumat. Sumber rujukan yang terdapat melalui jurnal
banyak membantu pengkaji menyiapkan kajian dengan cepat dan sempurna. Data yang diperolehi melalui jurnal tersebut sangat
tepat dan bermaklumat.
2. SUMBER INTERNET
Pengkaji menggunakan sumber Internet sebagai sumber rujukan data atau maklumat tentang kajian. Sumber internet
memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang diperlukan dan memudahkan pengkaji menyiapkan kajian dalam masa
yang ditetapkan.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data adalah sebuah proses pemeriksaan, pembersihan, transformasi dan pemodelan data dengan tujuan
menemukan informasi yang berguna, menginformasikan kesimpulan. Analisis data ialah kaedah pemprosesan dan penilaian
data yang menggunakan analisis analitikal dan logik untuk mengenal pasti komponen data yang diperolehi. Ini adalah salah satu
kaedah untuk mengkaji data semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data daripada pelbagai sumber dikumpul dan
dianalisis bagi menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah komponen yang betul untuk
memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai . Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik yang
tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan
maklumat melalui kaedah kualitatif. Kaedah pengumpulan data kualitatif ini merangkumi pelbagai bentuk tinjauan iaitu tinjauan
dalam talian, tinjauan kertas dan tinjauan menyekat laman web. Pengkaji juga dapat pelbagai data tentang masalah denggi
melalui jurnal dan sumber internet.
223
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah suatu medium yang dominan untuk meningkatkan kefahaman seseorang
individu atau masyarakat terhadap penyakit denggi melalui poster bertemakan kempen kesedaran denggi. Umum mengetahui
pihak kerajaan juga memainkan peranan dalam isu ini seperti mengadakan gotong royong perdana untuk mengatasi pembiakan
nyamuk denggi. Disamping itu, melalui pengedaran poster kempen kesedaran denggi. Ia juga dapat menarik minat remaja dan
kanak-kanak dalam usaha menangani isu ini. Mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang keburukan denggi .
CADANGAN
1 Antara cadangan yang dikemukakan ialah pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam isu ini
seperti mengadakan gotong-royong perdana untuk mengatasi pembiakan nyamuk denggi. Hal ini
masyarakat dapat hidup dengan aman dan baik.Hasil akhirnya adalah untuk mengurangkan wabak
denggi dalam kalangan masyarakat.
2 Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menghasilkan pelbagai poster denggi dan kesihatan yang menarik
agar informasi dalam poster tersebut dapat difahami oleh masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat peka
terhadap isu ini untuk mengurangkan wabak denggi dalam negara kita.
RUJUKAN
C.1, Wayandiana Abdullah11 Jabatan Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia 43600 Bangi, Selangor Correspondence: Wayandiana Abdullah (email: [email protected])
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 33(3) 2017: 1-20
Menangani wabak Denggi di Malaysia: Satu tinjauan kaedah rawatan dan pencegahan Er A.
Malaysia Journal Of Public Health Medicine 2004, Vol.4(1):8-14
Perubahan cuaca dan penyakit denggi: kajian kes di daerah seremban, negeri sembilan, Malaysia Er Ah ChoyElainie Bte Mohd
Khair[...]Zainudin Mohd AlieBANGI (2011)
Suhaida Binti Jaafar, (2015) Kajian visual berkaitan dengan kempen kesedaran denggi terhadap masyarakat.
224
225
PENGGUNAAN TIPOGRAFI YANG SESUAI UNTUK PENGHIDAP MASALAH DISLEKSIA
Ummiyaatun Ubaidah Binti Zulkifli
[email protected]
ABSTRAK
Dyslexia adalah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar, menghadapi kesukaran membaca,
mengira dan menulis. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan
bunyi. Kajian ini membincangkan jenis tipografi yang sesuai supaya dapat membantu mereka membaca dengan lebih mudah.
Kajian ini dilakukan kerana sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang mempunyai jenis tulisan khusus untuk penghidap
disleksia. Kajian ini telah menggunakan metod pemerhatian di laman media sosial, tayangan dokumentari dan melalui beberapa
bahan ilmiah. Datanya diterangkan untuk menjelaskan kerangka teori dan latar belakang bagi menjawab keperluan
permasalahan kajian.
Kata Kunci: Disleksia, tipografi; bahan back
PENGENALAN
Perkataan disleksia adalah gabungan dua perkataan ‘dys’ yang membawa maksud kesukaran manakala ‘lexis’ pula
bermaksud bahasa sekaligus memberi pengertian kesukaran dalam berbahasa (OTT, 1997). Disleksia adalah sejenis gangguan
pembelajaran yang mempengaruhi keupayaan untuk membaca, menulis, mengeja, mengira dan bercakap. Menurut beberapa
kajian yang dilakukan kira-kira 4-9% pelajar sekolah mengalami masalah disleksia. Masyarakat setempat kurang memberi
tumpuan mengenai masalah disleksia sehingga ada antara mereka yang tidak menyedari bahawa mereka sendiri mengalami
masalah disleksia. Acapkali, penghidap masalah disleksia dilabel sebagai orang yang malas dan lemah dalam pelajaran.
Dalam tipografi tradisional, fon adalah saiz tertentu, berat dan gaya typeface. Setiap fon adalah satu set jenis logam
yang sepadan, satu bahagian untuk setiap glyph, dan satu huruf jenis terdiri daripada pelbagai fon yang berkongsi reka bentuk
keseluruhan definisi ini diambil daripada kamus Corsica.
Dalam kajian ini pengkaji akan meneliti penggunaan jenis tulisan yang sesuai untuk pembaca disleksia. Matlamat
utama untuk kajian ini adalah untuk membantu pembaca disleksia dalam membaca dan dapat membantu mereka dalam
pelajaran. Untuk mengkaji kesan jenis tulisan pada kemampuan untuk membaca pengkaji telah menjalankan eksperimen di mana
33 orang membaca dua ayat yang sama namun menggunakan jenis tulisan yang berbeza iaitu ‘Arial’ dan ‘Lexie Readable
PERNYATAAN MASALAH
1. Menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan yang mempunyai font yang sesuai bagi pembaca disleksia.
2. Mengenal pasti pengumpulan data secara temubual tidak begitu efektif kerana kebanyakan daripada responden bukan
atau tidak mengalami masalah disleksia.
3. Budaya membaca tidak boleh diterapkan kerana kebanyakan pembaca disleksia kurang gemar membaca akibat sering
dianggap pemalas atau kurang pandai.
KEPENTINGAN KAJIAN
1. Seperti yang diketahui kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti font yang sesuai untuk penghidap masalah disleksia.
2. Kajian ini sedikit dapat membantu golongan ini untuk gemar membaca dan dapat menerapkan amalan membaca
kerana membaca jambatan ilmu.
3. Mengenal pasti jenis tulisan yang sesuai untuk pembaca disleksia.
226
METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip
yang digunakan dalam suatu kegiatan atau disiplin. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Menurut Hornby (1985),
metodologi adalah satu kaedah untuk menjalankan kajian ke atas sesuatu subjek yang dikaji.
Sepanjang kajian ini dilakukan, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap beberapa jenis tulisan yang sesuai
dengan disleksia dan membuat perbandingan di antaranya. Selain itu, pengkaji telah mengedarkan borang kaji selidik secara di
atas talian. Tujuannya, adalah untuk mengumpulkan jawapan responden mengenai masalah disleksia. Seramai 33 orang
responden, telah menjawab borang yang diedarkan.
Pengkaji juga telah berjaya mengumpulkan data daripada beberapa dokumentari yang bertajuk The Big Picture:
Rethinking Dyslexia (2012), dokumentari ini menggabungkan temu bual dengan pelajar disleksia, ibu bapa mereka dan orang
dewasa yang menghidap disleksia, seperti Richard Branson, seorang pakar bedah, ahli politik dan peguam. Kisah mereka
memberi harapan kepada orang yang sedang berhadapan dengan sisi gelap neurologi ini.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Pengkaji akan menerangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan dapatan yang telah diperolehi
sepanjang kajian ini dilakukan.
Dapatan kajian ini diperolehi melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan secara atas talian. Hasil dapatan kajian
mendapati sebahagian daripada responden pernah mengalami masalah disleksia. Sebanyak 4 orang daripada 30 responden
adalah pernah mengalami masalah disleksia dan 4 orang daripadanya merupakan guru yang bekerja di taska dan tadika.
Terdapat seorang daripada responden pernah mengalami masalah disleksia sejak kecil sehingga berusia 14 tahun.
Katanya untuk lancar dan fasih membaca buku, dia diajar secara berseorangan oleh guru di sekolah rendah untuk membantunya
fokus membaca dan menyebut perkataan satu persatu. Walau bagaimanapun sehingga kini dia kurang gemar membaca. Hasil
kajian mendapati kanak-kanak seawal 6 tahun secara umum sudah boleh mengenal huruf dan mampu membaca sekurang-
kurangnya dua suku kata. Kesemua responden bersetuju bahawa jenis tulisan sangat mempengaruhi semasa pembacaan.
Berdasarkan responden yang menghadapi masalah disleksia boleh membaca dengan yang menggunakan jenis tulisan ‘lexie
readable’ Ciri seperti b dan d tidak simetri, dan bentuk tulisan tangan a dan g boleh membantu pembaca disleksia.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Masalah disleksia bukan perkara yang baharu, namun masyarakat setempat masih kurang peka dan kurang kesedaran
mengenai disleksia. Golongan ini seharusnya diberikan tumpuan sepenuhnya sejak dari kecil ini kerana mereka perlu ada
bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan tadika. Disleksia bukanlah kecacatan otak atau satu penyakit yang tiada
penawar, ia boleh sembuh walaupun mengambil masa yang agak lama. Namun tidak ada jangka masa yang tepat untuk mereka
boleh membaca, ia bergantung semasa di dalam kelas, dan pembelajaran secara berterusan di rumah. Natijahnya, jenis tulisan
sangat mempengaruhi ketika melakukan pembacaan. Hal ini dapat dibuktikan setelah kajian perbandingan antara 2 jenis tulisan
dilakukan. Untuk memahami cara orang membaca teks, ahli psikologi telah menganalisis orang pandangan mata semasa
membaca teks. Kajian ini menggunakan kamera untuk menjejak dan merakam kedudukan mata ketika membaca. Ia merekodkan
pandangan dan memetakannya ke teks untuk mengikuti tingkah laku membaca subjek (Beymer, Orton, & Russell, 2008).
CADANGAN
Berikut adalah beberapa cadangan bagi mencapai objektif kajian ini:
1. Pihak kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sebuah
buku teks khas yang menggunakan jenis tulisan sesuai untuk mereka yang disahkan mengalami masalah disleksia
agar masalah ini dapat dibendung.
2. Media massa juga boleh membantu untuk menyediakan satu ruang di dalam akhbar tempatan untuk menggunakan
tulisan mesra untuk pembaca disleksia. Hal ini kerana kanak-kanak disleksia adalah golongan malas atau dungu,
mereka kurang gemar membaca kerana bagi mereka sukar untuk memahami bentuk huruf dan menggabungkan tiga
atau empat suku kata menjadi satu perkataan.
227
RUJUKAN
Baines haslam. (2006). http://www.appliedaesthetics.org/ART132-01/13/baines-haslam.pdf
FONT - Definisi font dalam kamus Corsica. (2022). Educalingo.com. https://educalingo.com/ms/dic-en/font
How to Detect and Manage Dyslexia. (2013). Google Books.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=yNsybi_znAkC&oi=fnd&pg=PR7&dq=how+to+detect+and+manag
e+dyslexia&ots=dmCRKcGWyj&sig=p3drbtxmYiMrBEdluVVOEj6mlNM&redir_esc=y#v=onepage&q=how%20to%20d
etect%20and%20manage%20dyslexia&f=false
Hyphen Press London. (2010). Modern typography an essay in critical history (pp. 5–12). Retrieved from
https://www.hyphenpress.co.uk/samples/36/MT_sample.pdf
Jurnal, & Semarang. (2012). DISLEKSIA BERPENGARUH PADA. 4, 2252–7826. Retrieved from
http://download.garuda.kemdikbud.go.id/article.php?article=939144&val=14551&title=DISLEKSIA%20BERPENGAR
UH%20PADA%20KEMAMPUAN%20MEMBACA%20DAN%20MENULIS
Rello, L., Pielot, M., Marcos, M.-C., & Carlini, R. (n.d.). Size Matters (Spacing not): 18 Points for a Dyslexic-friendly Wikipedia.
Retrieved from https://superarladislexia.org/pdf/2013-Luz%20Rello-wikipedia-w4a.pdf
Rello, L., & Baeza-Yates, R. (2013). Good fonts for dyslexia. Proceedings of the 15th International ACM SIGACCESS
Conference on Computers and Accessibility - ASSETS ’13, 14. https://doi.org/10.1145/2513383.2513447
The Journal on Technology and Persons with Disabilities. (2014). Retrieved from
https://scholarworks.csun.edu/bitstream/handle/10211.3/133366/JTPD201412.pdf
Thiessen, M. (2012). Typography Matters when Designing Onscreen Reading Materials for Dyslexic Learners. Retrieved from
https://dl.designresearchsociety.org/cgi/viewcontent.cgi?article=2499&context=drs-conference-papers
228