REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK MAKANAN YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEMBELI DI MALAYSIA
Chuah En Xin C19A0078
[email protected]
ABSTRAK
Pada masa kini, reka bentuk pembungkusan produk semakin diberi perhatian. Kejadian ini boleh dibukti melalui reka
bentuk pembungkusan yang semakin kreatif dan pelbagai di pasaran. Hal ini kerana reka bentuk pembungkusan produk
merupakan tanggapan pertama kepada pengguna untuk mengenali sesuatu produk. Selain memastikan kualiti produk, reka
bentuk pembungkusan produk juga memainkan peranan untuk menonjolkan produk di kalangan pesaing di pasaran. Dalam
Malaysia, terdapat pelbagai jenis reka bentuk pembungkusan produk makanan tempatan dan luar negara. Maka, adakah reka
bentuk pembungkusan produk makanan dapat mempengaruhi pemilihan pembelian seseorang pembeli? Pengkaji mendapati
reka bentuk pembungkusan produk makanan jenama asing di negara kita semakin menarik dan kreatif berbanding dengan
produk makanan tempatan. Kejadian ini mengakibatkan pembeli Malaysia lebih tertarik dengan produk makanan luar negara
berbanding dengan produk tempatan. Maka, kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti apakah reka bentuk pembungkusan
makanan dan bagaimana reka pembungkusan makanan dapat mempengaruhi pemilihan pembelian pembeli di Malaysia. Bagi
mencapai objektif kajian, kaedah kuantitatif akan dijalankan melalui borang soal selidik secara atas talian untuk mengumpul data.
Borang soal selidik terbuka kepada orang awam dan responden berumur 18 ke atas. Dapatan kajian menunjukkan reka bentuk
pembungkusan sememangnya dapat mempengaruhi pemilihan pembelian pembeli. Reka bentuk pembungkusan mempengaruhi
pembeli dari segi perlindungan dan penampilan produk. Kajian juga menunjukkan reka bentuk pembungkusan dengan
penampilan menarik mempunyai peratusan yang lebih tinggi menjadi pemilihan oleh pembeli di Malaysia. Kesimpulannya, reka
bentuk pembungkusan semakin dapat mempengaruhi pemilihan pembelian pembeli dan jualan produk di Malaysia. Oleh itu,
peniaga harus menambah baik reka bentuk pembungkusan produk di samping mengekalkan kualiti makanan. Sebagai contoh,
memperkenalkan reka bentuk secara siri dan membuat rujukan atas reka bentuk pembungkusan jenama asing untuk
mendapatkan ilham baru. Tambahan, peniaga boleh memperkenalkan reka bentuk pembungkusan secara edisi berdasarkan
perayaan yang terdapat di Malaysia.
Kata kunci: Reka bentuk pembungkusan, produk makanan, reka bentuk, pembeli Malaysia, pemilihan pembelian
PENGENALAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa zaman ini, penampilan produk telah menjadi salah satu faktor yang dapat
mempengaruhi pilihan pembeli-pembeli. Kejadian ini boleh dibukti melalui reka bentuk pembungkusan yang semakin kreatif dan
pelbagai di pasaran. Maka, tajuk yang akan dikaji adalah berkaitan dengan reka bentuk pembungkusan, iaitu reka bentuk
pembungkusan makanan yang mempengaruhi pemilihan pembeli di Malaysia.
Reka bentuk pembungkusan merupakan bahagian luaran sesuatu produk. Ini merangkumi bahan yang dipilih, bentuk,
warna, fon dan ilustrasi yang diguna (Morr, 2020). Peranan pembungkusan reka bentuk adalah melindungi produk dalam proses
penghantaran dan dari segi fizikal, menjamin kualiti produk dan menyampaikan maklumat kepada pembeli. Menurut Domenick
Celentano, walaupun fungsi pertama pembungkusan makanan adalah melindungi produk, tetapi matlamat pertama adalah
menarik perhatian pengguna. Reka bentuk pembungkusan merupakan duta kepada produk itu sendiri dan merupakan tanggapan
pertama kepada pembeli. Andaikan produk makanan dengan kualiti yang baik tetapi penampilan yang tidak menarik, sukar untuk
menimbulkan minat pembeli (Sánchez, 2020). Sebaliknya, jika produk tersebut dijual dengan laris tetapi dengan penampilan
yang biasa, bahayanya apabila pada masa depan muncul produk yang mempunyai kualiti setanding tetapi dengan reka bentuk
yang lebih menarik (Sánchez, 2020). Pada masa itu, produk pertama akan semakin kurang jualannya (Sánchez, 2020). Oleh itu,
reka bentuk pembungkusan tersebut perlu menonjolkan diri daripada pesaing-pesaing yang lain.
91
PERNYATAAN MASALAH
Dalam Malaysia, terdapat banyak produk makanan jenama asing dan tempatan. Maka, pengkaji mendapati reka
bentuk pembungkusan makanan jenama asing semakin istimewa dan pelbagai. Warna, ilustrasi dan bahan yang digunakan atas
pembungkusan makanan lebih menarik daripada pembungkusan Malaysia. Hal ini menyebabkan produk makanan jenama asing
semakin mendapat perhatian dan sebaliknya atas produk makanan jenama Malaysia. Pengkaji mendapati warna dan ilustrasi
yang digunakan oleh produk makanan jenama asing dapat menaikkan selera pembeli selain menarik perhatian. Selain dari
penampilan, reka bentuk pembungkusan jenama asing juga amat menjaga butiran reka bentuk pembungkusan. Sebagai contoh,
mi segera cawan Nissin. Mi segera cawan ini kebanyakannya akan membekalkan satu pelekat di bawah cawan untuk
memudahkan pengguna untuk menampilkan di pembukaan kertas cawan semasa menunggu mi masak. Selain daripada ini, mi
cawan segera jenis kering Jepun juga sering membekalkan lubang kecil untuk membuang air berlebihan (Ming,2022)
Butiran-butiran reka bentuk ini tidak menggunakan kos yang mahal tetapi dapat memudahkan pengguna. Sebaliknya,
reka bentuk pembungkusan tempatan di Malaysia lebih biasa dan kurang reka bentuk butiran seperti yang dinyatakan sebelum
ini. Kejadian ini telah menyebabkan produk makanan Malaysia kurang mendapat perhatian dan kurang dalam jualan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini berfokus atas pembeli tahun 18 ke atas dalam Malaysia dari segi pengaruh reka bentuk
pembungkusan makanan terhadap pemilihan pembelian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengkaji bagaimana reka bentuk pembungkusan makanan dapat mempengaruhi pemilihan pembelian pembeli di
Malaysia.
2. Mengkaji reka bentuk pembungkusan makanan yang mempengaruhi pemilihan pembeli di Malaysia.
KEPENTINGAN KAJIAN
Reka bentuk pembungkusan produk merupakan salah satu faktor yang dapat mempengaruhi jualan produk. Maka reka
bentuk pembungkusan produk makanan asing semakin menarik dan telah menyebabkan produk makanan tempatan kurang
mendapat perhatian. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji bagaimana reka bentuk pembungkusan produk makanan dapat
mempengaruhi pembeli di Malaysia dan apakah reka bentuk pembungkusan produk makanan yang digemari oleh pembeli di
Malaysia. Dapatan kajian inii dapat dijadikan cadangan kepada reka bentuk pembungkusan produk makanan Malaysia untuk
lebih memahami ciri-ciri reka bentuk pembungkusan yang digemari oleh pembeli Malaysia. Maka, reka bentuk pembungkusan
produk makanan Malaysia dapat ditambah baik dengan lebih tepat.
METODOLOGI KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengumpul data
daripada borang soal selidik atas talian. Borang ini dibina melalui perisian atas talian iaitu Google Form. Borang ini terbuka
kepada orang awam yang berumur 18 ke atas. Borang ini mempunyai 17 soalan termasuk 3 soalan data responden seperti umur,
pekerjaan dan jantina. Borang soal selidik mempunyai dua bahagian. Bahagian A mempunyai 3 soalan yang merupakan
pandangan responden terhadap pengaruh reka bentuk pembungkusan makanan dalam pemilihan pembelian. Bahagian B
merupakan 9 kumpulan jenis makanan yang sama dengan reka bentuk dan jenama yang berbeza. Setiap kumpulan mempunyai
2 jenis produk makanan masing-masing dari jenama asing dan tempatan. Responden perlu memilih produk yang mana akan
menjadi pilihan mereka dari setiap kumpulan tersebut.
92
Kaedah Pengumpulan Kajian
Dalam mengumpul data dan maklumat mengenai kajian ini, pengkaji telah membuat carian maklumat daripada artikel
atas talian untuk mendapatkan kesahihan dan pengesahan maklumat tentang tajuk kajian. Pengkaji telah mencari definisi reka
bentuk pembungkusan dan maklumat tentang reka bentuk pembungkusan yang baik. Bagi menyediakan sumber gambar
Bahagian B dalam borang soal selidik, pengkaji juga telah membuat carian atas talian contoh reka bentuk pembungkusan
makanan jenama asing dan tempatan untuk dijadikan bandingan. Responden perlu membuat pilihan antara dua produk yang
sama tetapi berbeza reka bentuk pembungkusan dan jenama. Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik yang disediakan
oleh pengkaji. Jawapan dan cadangan yang diberi oleh responden akan dikumpul, disusun dan ditulis dalam bahagian dapatan
kajian. Soal selidik tersebut telah mendapat sebanyak 50 responden yang terdiri daripada pelajar, pekerja dan suri rumah yang
berumur 18 tahun ke atas.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Daripada 50 orang responden, 10 orang merupakan pekerja, 34 orang merupakan pelajar dan 6 orang suri rumah.
Berdasarkan data daripada borang soal selidik, sebanyak 47 orang responden menyatakan bahawa mereka akan dipengaruhi
oleh reka bentuk pembungkusan produk makanan semasa membuat pemilihan pembelian. Maka juga terdapat bahagian kecil
iaitu 3 orang menyatakan mereka tidak dipengaruhi oleh reka bentuk pembungkusan makanan semasa membuat pembelian. 47
orang daripada 50 orang responden juga berpendapat bahawa reka bentuk pembungkusan makanan dapat mempengaruhi
pemilihan pembeli.
Daripada alasan yang diberi oleh responden yang setuju dengan soalan kedua, (Adakah anda setuju bahawa reka
bentuk pembungkusan produk makanan mampu mempengaruhi pemilihan pembeli?) responden berpendapat bahawa reka
bentuk pembungkusan produk berkait rapat dengan kualiti produk tersebut. Selain itu, responden juga menyatakan bahawa
kebersihan dan kreativiti pembungkusan produk merupakan ciri-ciri yang akan menarik minatnya untuk membuat pembelian.
Sebahagian besar responden menyatakan bahawa reka bentuk pembungkusan yang kreatif dan berwarna-warni dapat menarik
minat pembeli untuk memilikinya dan membelinya. Terdapat seorang responden berpendapat bahawa reka bentuk
pembungkusan merupakan tanggapan pertama kepada pembeli dan ia amat berkait dengan keinginan pembeli untuk membeli
produk tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat responden berpendapatan bahawa dia akan beli produk tersebut hanya kerana
penampilan yang comel dan tidak berfungsi.
Pada Bahagian B, iaitu 9 kumpulan produk makanan yang sama dengan reka bentuk pembungkusan yang berbeza,
kebanyakan responden memilih reka bentuk pembungkusan produk makanan jenama asing berbanding dengan jenama
tempatan. Soalan hanya membekalkan gambar produk makanan tanpa menyatakan jenama. Maka, masih mempunyai segelintir
kecil responden yang menggemari reka bentuk pembungkusan makanan jenama tempatan.
Daripada pendapatan yang diberi oleh responden, ciri-ciri reka bentuk pembungkusan produk yang dapat menarik
perhatian atau akan dibeli oleh mereka ialah:
- Reka bentuk bergaya minimalis, tidak rumit.
- Reka bentuk pembungkusan yang bersih, kemas dan bahan yang kukuh.
- Muka taip yang jelas untuk membaca kandungan.
- Reka bentuk yang kreatif dan “playful”.
- Reka bentuk pembungkusan yang senang dipegang.
CADANGAN
Berdasarkan soal selidik, cadangan yang diberi oleh responden merupakan:
Responden menggalakkan jenama makanan tempatan membuat rujukan atas reka bentuk pembungkusan asing untuk
mendapatkan ilham baru. Mengkaji warna, ilustrasi yang digunakan seperti warna merah yang dapat menaikkan selera makan.
93
Tambahan, responden juga mencadangkan produk makanan tempatan menggunakan pembungkusan yang bersifat
eco-friendly di mana dapat mengurangkan pencemaran persekitaran. Selain itu, jenama produk makanan tempatan boleh
meneliti reka bentuk pada perincian pembungkusan makanan seperti mi segera cawan Nissin. Reka bentuk tersebut dapat
memudahkan pembeli dan juga tidak melibatkan kos yang tinggi. Salah satu responden pula mencadangkan produk makanan
mereka reka bentuk pembungkusan yang lebih berwarna-warni. Sebaliknya, terdapat juga responden yang menggalakkan
perekaan pembungkusan produk makanan yang bersifat minimalis. Responden juga mencadangkan produk makanan Malaysia
bekerjasama dengan animasi terkenal semasa seperti menambah beberapa ilustrasi animasi tersebut untuk menarik perhatian
pembeli.
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Menurut data yang dikumpul daripada borang soal selidik, kebanyakan responden lebih menggemari reka bentuk
pembungkusan produk makanan jenama asing yang lebih kreatif, ringkas dan reka bentuk pembungkusan produk makanan yang
lebih kukuh.
Kebanyakan responden juga berpendapat bahawa reka bentuk pembungkusan produk makanan sememangnya dapat
mempengaruhi pemilihan pembeli. Reka bentuk pembungkusan produk merupakan tanggapan pertama yang memutuskan
bahawa keinginan pembeli untuk terus memahami produk tersebut. Oleh itu, reka bentuk pembungkusan produk amat penting
untuk menarik perhatian pembeli.
Melalui kajian yang dibuat ini, memang tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia semakin tertarik dengan reka bentuk
pembungkusan produk makanan asing. Ini dapat dibuktikan dengan data soal selidik yang dikumpulkan dan juga cawangan
kedai produk makanan asing yang semakin membangun. Sebagai contohnya Mix.com, cawangan kedai yang khusus menjual
makanan dan minuman jenama asing. Selain itu, semakin banyak pasar raya tempatan mengimport makanan asing dengan reka
bentuk pembungkusan yang menarik. Sebagai contohnya, TMG Store (Tunas Manja). Oleh itu, perniagaan produk makanan
tempatan harus menambah baik reka bentuk pembungkusan di samping mengekalkan kualiti produk makanan.
RUJUKAN
Celentano, D. (2019, November 5). Designing food packaging that will help sell your product. The Balance Small Business.
Retrieved June 23, 2022, from https://www.thebalancesmb.com/food-packaging-marketing-tips-1326308
Saab, Z. S. (2020, February 10). Reka Bentuk Pembungkusan. Retrieved June 23, 2022, from
https://fliphtml5.com/afqcb/dpai/basic
Sánchez, F. (2020, September 4). The relationship between product and package design. Abasto. Retrieved June 23, 2022,
from https://abasto.com/en/news/important-relationship-product-design/
88, ma. (2012, June 7). Pembungkusan [web log]. Retrieved June 23, 2022, from
http://ermacaharlie.blogspot.com/2012/06/pembungkusan-packaging.html.
94
KEPENTINGAN PENGGUNAAN PELABELAN TERHADAP REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN INDUSTRI KECIL
SEDERHANA (IKS)
Nur Najihah Binti Mukhtar C19B0547
[email protected]
ABSTRAK
Pelabelan adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam menghasilkan sebuah produk. Label ini berfungsi
sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar bagi memberi penerangan dengan lebih jelas terhadap pengguna.
Pelabelan yang baik ini seharusnya memberikan setiap pengguna untuk merasa yakin dan selamat dengan produk yang dipilih
serta bukan sahaja dijadikan sebagai hiasan yang tertera pada produk tetapi ia bertujuan untuk membantu pengguna membuat
pemilihan makanan secara bijak. Pengusaha IKS ini perlu menitikberatkan tentang pelabelan produk ini kerana ia bertujuan untuk
memberikan maklumat dan kefahaman yang jelas terhadap pengguna. Kajian ini adalah mengenai kepentingan penggunaan
pelabelan terhadap reka bentuk pembungkusan Industri Kecil Sederhana (IKS). Berdasarkan pemerhatian terhadap reka bentuk
pembungkusan bagi produk IKS, terdapat beberapa permasalahan yang telah dikenalpasti antaranya pelabelan pada reka bentuk
pembungkusan IKS kurang jelas atau maklumat mengenai produk tidak banyak berbanding produk yang dikenali di pasaran dan
sentiasa berdepan dengan pesaing tentang bentuk pelabelan produk. Oleh itu, kajian yang akan dilaksanakan ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan pelabelan pada reka bentuk pembungkusan produk IKS dan dapat mengetahui
kelebihan dan kekurangan pelabelan produk IKS. Selain itu, dapat mengkaji perbezaan pelabelan di antara setiap produk IKS.
Melalui kajian ini, pengkaji akan melakukan pemerhatian dan menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang soal selidik
iaitu Google Form. Justeru itu, melalui cadangan penambahbaikan pelabelan reka bentuk pembungkusan terhadap produk IKS
ini, pengkaji akan menambah baik pelabelan pada reka bentuk pembungkusan IKS dengan lebih banyak serta menitikberatkan
tentang maklumat yang tertera pada label makanan agar senang difahami orang ramai. Kesimpulannya, kepentingan pelabelan
produk ini memainkan peranan yang penting dalam perniagaan sebuah produk terutama produk IKS kerana salah satunya dapat
memberi banyak maklumat yang berguna kepada penggu-na serta kita sebagai pengguna sentiasa peka dengan label-label
produk yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar makanan supaya tidak berlaku apa-apa masalah yang tidak diingini.
Kata Kunci: Pelabelan, Kepentingan, Produk IKS, Label, Pengguna
PENGENALAN
Pada masa ini, IKS merupakan salah satu perusahaan yang dipanggil sebagai Industri Kecil & Sederhana yang telah
memberi faktor peningkatan yang tinggi pada masyarakat kini. Dalam perusahaan IKS ini, usahawan lebih memfokuskan
terhadap perniagaan yang melibatkan skala kecil-kecilan seperti kedai runcit, kedai kain, kedai baju, dan yang berkaitan
dengannya. IKS ini salah satu perusahaan atau perniagaan yang terdiri daripada syarikat yang bersaiz kecil dan sederhana. IKS
ini diwujudkan adalah kerana untuk membantu syarikat besar dalam memperolehi barangan mahupun perkhidmatan yang mana
tidak dapat dihasilkan oleh syarikat besar tersebut. Oleh itu, IKS ini dapat dijelaskan bahawa salah satu perniagaan yang mampu
memberikan hasil jualan yang tinggi di dalam perniagaan kecil atau sederhana. Kebanyakkan IKS banyak mengeluarkan pelbagai
jenis produk makanan antaranya kerepek, coklat, makanan ringan dan sebagainya. Oleh itu, maklumat yang tertera pada
pembungkusan makanan atau dinamakan sebagai label merupakan perkara yang perlu diambil tahu oleh usahawan IKS.
95
Pelabelan merupakan satu garis panduan yang perlu ada pada produk dalam mengetahui atau mengenalpasti sesuatu
produk yang dikeluarkan oleh usahawan dan salah satu keperluan undang-undang. Label produk didefinisikan sebagai sumber
maklumat penting atau simbol mengenai sesuatu produk yang dapat dijelaskan menerusi tanda harga, maklumat pemakanan,
logo, tarikh luput, cara penggunaan dan sebagainya. Selain itu, pelabelan ini penting pada produk kerana dapat dijadikan suatu
perbandingan makanan seperti kualiti ramuan yang digunakan dan kandungan nutrien. Justeru itu, ia merupakan salah satu
tindakan usaha yang penting untuk memastikan kualiti produk ini kekal selamat untuk digunakan oleh pengguna. Pengeluar
produk juga perlu mengambil tahu dan bertanggungjawab dengan mengambil langkah-langkah supaya maklumat yang
dipaparkan pada pembungkusan adalah betul, jelas dan tidak mengelirukan semasa pengguna membaca. Dengan adanya
pelabelan ini, ia akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna dalam membuat pilihan pemakanan yang bijak
semasa membeli sesuatu produk.
Secara amnya, menurut peruntukan Food Labelling Regulations, 1996 yang menjelaskan bahawa label makanan perlu
mengandungi fakta-fakta mengenai bahan-bahan yang digunakan, nama produk, tempoh luput, nama perniagaan, jumlah bahan-
bahan yang terkandung di dalam makanan, cara penyimpanan dan sebagainya. Menurut daripada Kotler (2000:477), label ialah
paparan ringkas bagi sesuatu produk atau imej rekaan yang rumit yang merupakan sebahagian daripada pembungkusan. Label
hanya boleh termasuk jenama atau maklumat. Oleh itu, label ini turut memainkan peranan yang penting dalam membangunkan
sebuah produk dengan memaparkan segala maklumat yang saling berkaitan pada reka bentuk pembungkusan produk. Gaya
persembahan label yang merangkumi latar belakang, imej, cetakan grafik, simbol perlu dilihat dengan betul.
PERMASALAHAN KAJIAN
Pelabelan ini adalah salah satu aspek yang perlu ditekankan pada produk terutama reka bentuk pembungkusan produk
IKS. Kebanyakkan produk IKS ini tidak meletakkan label secara menyeluruh sehingga menyebabkan pengguna akan merasa
ragu untuk membeli produk tersebut. Menurut pandangan daripada Fraenkel et all, (2003) menyatakan permasalahan kajian
adalah merupakan masalah yang menyebabkan pengkaji ingin melakukan pemerhatian. Justeru itu, ketiadaan pelabelan pada
produk akan memberi faktor permasalahan pada produk tersebut. Pelabelan dan komposisi produk merupakan dua isu yang
menjadi masalah terhadap mana-mana produk.
Melalui kajian yang dijalankan terhadap kepentingan penggunaan pelabelan pada reka bentuk pembungkusan IKS,
terdapat beberapa permasalahan yang telah dikenalpasti oleh pengkaji iaitu maklumat pelabelan pada reka bentuk
pembungkusan yang kurang jelas. Setiap pengeluar perlu tahu bagaimana konsep produk yang sebenar dengan mempunyai
label yang mencukupi bagi keperluan pengguna. Bagi pandangan pengkaji, sesetengah produk IKS ini mesti dititikberatkan dari
segi pelabelan kerana bagi memberikan pengguna lebih yakin semasa membeli produk tersebut. Penilaian dari sudut pandangan
pengguna penting adalah kerana produk yang dikeluarkan akan digunakan oleh pengguna dan juga faktor keselamatan
penggunaan bergantung pada produk tersebut berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Oleh itu, pengeluar perlu mengambil
tindakan dengan menambahbaik pelabelan yang tiada atau kurang pada produk tersebut.
Seterusnya, permasalahan pada pelabelan reka bentuk pembungkusan IKS ialah jarang meletakkan tarikh luput pada
pembungkusan produk IKS. Segelintir pengeluar IKS tidak peka tentang tarikh luput produk kerana mereka cuma ingin
mendapatkan keuntungan ketika produk dipasarkan di pasaran. Hal ini akan memberikan faktor sampingan terhadap pengguna
jika mereka menggunakan produk tersebut seperti keracunan makanan, alergik, sakit perut dan sebagainya. Jika dilihat selalu
tarikh luput pada produk, terdapat dua perbezaan di antara guna sebelum dan baik sebelum. Tarikh luput ini sangat penting yang
perlu diambil cakna oleh pengeluar produk IKS kerana jika tidak ia akan didenda oleh pihak berkuasa atau KKM kerana boleh
membahayakan kesihatan pengguna.
Seterusnya, masalah penggunaan logo halal meragukan pengguna. Logo halal merupakan salah satu simbol yang
penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Logo halal ini menjadi asas yang utama kepada pengguna dalam
menentukan halalnya makanan atau minuman tersebut. Seperti yang diketahui, logo halal ini kadangkala sering dikeluarkan
dalam pelbagai sumber yang tidak diiktiraf oleh JAKIM iaitu pemalsuan logo halal, penggunaan logo yang tamat tempoh dan
sebagainya. Jika ketiadaan logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM, ia akan memberikan kesan yang mendalam terhadap pengguna
yang beragama Islam ketika membeli, kerana mereka akan merasa tidak yakin untuk dimakan atau diminum. Hal ini akan
menyebabkan pengeluaran produk akan berkurang atau terhenti seketika disebabkan label logo halal tidak dipaparkan atau
penyalahgunaan logo halal.
96
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini ingin memfokuskan kepada pengguna produk dan usahawan IKS, sehubungan dengan itu pengkaji telah
merumuskan tiga objektif kajian iaitu:
1. Mengenalpasti kepentingan pelabelan pada reka bentuk pembungkusan IKS
2. Mengetahui kelebihan dan kekurangan pelabelan produk IKS
3. Mengkaji perbezaan pelabelan di antara setiap produk IKS
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah kepentingan pelabelan pada reka bentuk pembungkusan produk IKS?
2. Apakah pelabelan produk IKS mempunyai kelebihan dan kekurangan?
3. Apakah perbezaan pelabelan di antara setiap produk IKS?
KEPENTINGAN KAJIAN
Di dalam menjalankan kajian ini, pelabelan menjadi isu utama yang menekankan kepentingan penggunaan pelabelan
terhadap reka bentuk pembungkusan IKS. Kebiasaannya, produk IKS ini tidak mempunyai pelabelan sepenuhnya disebabkan
beberapa faktor yang dialami. Label ini bukan sahaja berfungsi yang dijadikan sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan,
tetapi dengan meletakkan pelabelan ini, ia akan dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan dengan bijak dengan
menguasai pembacaan dengan betul terhadap produk IKS.
Kepentingan penggunaan pelabelan wajar untuk ditekankan adalah kerana dengan adanya pelabelan pada produk,
pengguna dapat menilai dan membezakan di antara produk yang berlainan. Apabila dapat membezakan produk, pengguna juga
turut memahami dengan lebih terperinci dan sekaligus dapat menjelaskan maklumat secara keseluruhan pada produk tersebut.
Jika produk ini hanya menunjukkan warna, bentuk pembungkusan dan jenama ia akan menyebabkan mengalami kesukaran
pada pengguna kerana akan ada sesetengah produk yang sama dengan produk lain.
Seterusnya, label ini penting untuk menerangkan fungsi-fungsi produk. Fungsi pelabelan ini dapat menunjukkan identiti
sebuah produk untuk lebih dikenali di pasaran. Identiti produk ini dilihat dari segi bentuk penjenamaan seperti logo, pemilihan
teks, warna dan sebagainya. Oleh itu, label ini perlu difokuskan supaya identiti produk ini dapat dikekalkan dan digunakan dalam
jangka masa yang lama. Melalui penggunaan label, setiap maklumat yang ada mampu untuk menggambarkan mengenai produk
yang dikeluarkan oleh pengeluar.
Bukan itu sahaja, pengguna dapat mempelajari tentang maklumat pemakanan di mana yang menyenaraikan jenis dan
jumlah nutrien yang diperoleh jika pengguna mengambil produk tersebut. Melalui pembacaan yang dilihat dari sudut fakta nutrisi
yang terkandung di dalam produk, pengguna dapat mengetahui maklumat kandungan bahan pada label seperti lemak, vitamin,
protein, jumlah kalori dan sebagainya. Oleh itu, bagi pengguna yang sedang diet akan lebih menekankan jumlah nutrien ini oleh
kerana untuk menjaga gaya pemakanan yang sihat dan mengelakkan mengambil kalori secara berlebihan.
Selain itu, kepentingan meletakkan label pada produk, pengguna dapat mengetahui produk yang ingin dibeli selamat
digunakan atau sebaliknya. Bahan-bahan yang diletakkan dalam produk ini bergantung kepada pengguna yang mana sesuai
atau tidak apabila pengguna telah menggunakannya. Dengan adanya label mengenai senarai bahan yang digunakan, pengguna
akan memeriksa atau meneliti dengan sebaiknya sebelum membeli dan memastikan produk itu menggunakan bahan yang
dibenarkan dan tidak mempunyai bahan yang terlarang.
Selain daripada itu, meletakkan keyakinan pengguna terhadap produk salah satu kepentingan penggunaan pelabelan.
Bagi seorang pengeluar, mereka akan mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi yang dilengkapi pelabelan sepenuhnya untuk
memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk itu berkualiti tinggi dengan mengandungi logo halal, tarikh luput, ramuan
yang selamat digunakan. Jadi, pengguna akan terasa tertarik untuk memilih produk yang berkualiti sehingga akan memberi
peningkatan pemasaran produk tersebut.
97
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah membuat pemerhatian dengan menjalankan kaedah ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan
maklumat data dari responden. Borang kaji selidik menjadi medium bagi pengkaji berusaha untuk mendapatkan data yang
diinginkan mengenai kajian yang dijalankan. Justeru itu, pengkaji telah menyediakan tiga belas (13) soalan yang berkaitan
dengan kajian ini di dalam borang kaji selidik tersebut. Berdasarkan soalan yang akan diletakkan adalah lebih berkaitan mengenai
kepentingan pelabelan produk bagi produk IKS. Pengkaji akan menggunakan alternatif dengan memilih “Google Form” untuk
dijadikan sebagai borang kaji selidik dan membuat edaran kepada responden melalui atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah membuat penyelidikan mengenai kajian ini dan telah merujuk beberapa jurnal dan laman web sebagai
salah satu kaedah untuk mengumpulkan maklumat. Secara keseluruhannya, pengkaji dapat mengetahui sepenuhnya tentang
kepentingan penggunaan pelabelan yang memfokuskan kepada rekabentuk pembungkusan IKS. Oleh itu, untuk mendapatkan
maklumat tambahan pengkaji melakukan kaedah soal selidik yang menjadi salah satu kaedah untuk mengumpulkan data
mengenai kajian ini. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mempunyai tiga belas (13) soalan dan sebanyak dua
puluh tiga (23) orang responden yang menjawab soal selidik tersebut.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu langkah untuk menentukan satu penyelidikan kerana analisis data berfungsi bagi
membuat kesimpulan akhir penyelidikan (A.A stohr.2010). Dapatan kajian ini berdasarkan maklumat yang telah didapati melalui
tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif
dalam mengkaji data semasa menjalankan kajian ini. Pemilihan soalan berdasarkan perbincangan masalah terhadap kajian ini
dan dapat membantu menyokong kajian yang dilakukan oleh pengkaji tersebut.
Pengkaji akan menunjukkan hasil kajian yang telah diperolehi melalui kaedah yang digunakan oleh pengkaji iaitu
kaedah kuantitatif dengan menyediakan borang soal selidik di Google Form dan telah diedarkan kepada responden yang
merupakan pengguna produk bagi mencapai objektif kajian.
Melalui proses pengumpulan data yang telah dilakukan oleh pengkaji, seramai dua puluh tiga (23) orang responden
yang merupakan pengguna produk telah menjawab borang soal selidik yang dibuat dengan menggunakan Google Form
diedarkan melalui media sosial. 23 orang responden terdiri daripada pelajar dan juga orang awam yang telah bekerja. Oleh itu,
pada bahagian umur, rata-rata yang mengisi borang adalah dalam lingkungan yang berumur 18-30 tahun ke atas. Hasil kajian
telah mendapati kebanyakkan responden menyokong kepentingan penggunaan pelabelan yang perlu ada pada reka bentuk
pembungkusan IKS dan pengguna juga sentiasa membaca terlebih dahulu info label sebelum membeli sesuatu produk tersebut.
Di dalam analisis data tersebut, terdapat peratusan yang telah dinyatakan oleh pengkaji berdasarkan jawapan yang telah
diberikan oleh responden bagi membantu pengkaji dalam kajian ini.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa kepentingan penggunaan pelabelan pada produk IKS ini mampu
memberi pengetahuan maklumat mengenai pelabelan kepada pengguna serta dapat membantu pengguna dalam memilih produk
dengan lebih bijak sebelum membeli. Kajian ini dilakukan adalah untuk menjelaskan bahawa pelabelan ini sangat penting pada
reka bentuk pembungkusan IKS.
98
Cadangan
1. Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan menambah baik pelabelan pada reka bentuk
pembungkusan IKS. Sesebuah produk IKS memerlukan pelabelan yang mencukupi agar dapat memberi
keyakinan kepada pengguna. Justeru itu, pengeluar perlu sentiasa berwaspada dengan pelabelan kerana
ketiadaan logo halal pada setiap produk akan menyebabkan pengguna akan merasa ragu untuk membeli
produk tersebut. Oleh itu, pengeluar mesti menjalankan pemerhatian dengan lebih banyak dan sentiasa
membuat penambah baikan terhadap produk IKS yang mempunyai kekurangan dari sudut pelabelan supaya
produk yang dikeluarkan akan dapat mengekalkan kualiti produk di pasaran. Produk IKS bukan sahaja perlu
menambah balik label logo halal, tetapi terdapat elemen lain yang perlu dipaparkan pada label yang telah
digariskan dalam Akta Makanan 1983 iaitu alamat pengilang makanan, maklumat fakta nutrisi, tarikh luput,
logo halal.
2. Selain itu, cadangan lain adalah menitikberatkan tentang susun atur label pada produk supaya ia lebih jelas.
Pengeluar perlu mengetahui bahawa label ini salah satu perkara utama yang perlu ditekankan selaras
dengan susun atur label dengan betul. Oleh itu, kesilapan susun atur label akan menjadikan kurang jelas
pada pengguna yang melihat dan membaca. Maklumat label perlu disusun secara logik dari sudut
pandangan dari pengguna dan dengan cara itu ia dapat menarik minat pengguna untuk membaca khususnya
terhadap kandungan teks label yang penting. Di dalam susun atur label produk ia mengikut format ditetapkan
iaitu format tiga panel yang mana kedudukannya berbeza mengikut jenis pembungkusan produk.
Rumusan
Konklusinya, label produk ini salah satu kepentingan yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak terutama
pengeluar produk IKS yang sentiasa bertindak dalam menjalankan pemerhatian pada produk. Label produk bukan sahaja mampu
memberi kepentingan kepada pengguna, tetapi dapat menyampaikan maklumat melalui pembacaan pada label produk. Justeru
itu, peranan semua pihak adalah perlu mengubah pandangan terhadap pengguna bahawa menjadikan label produk ini salah
satu aspek penting dalam membeli sebuah produk. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dalam
memastikan info label produk IKS tertera pada produk bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pengguna.
Selain itu peranan kita sebagai pengguna adalah sentiasa mengambil tahu dan prihatin terhadap label produk serta
mengambil peluang dan hak sebagai seorang pengguna semasa membeli. Oleh itu, pengguna mesti peka dengan maklumat
yang tertera dan penting untuk membaca info sebelum membeli. Dengan kata lain, membaca label sebelum membeli adalah
salah satu tindakan yang bijak bagi mengelakkan berlaku apa-apa masalah dari segi pada produk makanan atau minuman.
Di samping itu, pelabelan ini mampu membantu pengguna untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko penyakit
sehingga memudaratkan kesihatan pengguna. Oleh sebab itu, pelabelan yang ada pada produk dapat dijadikan sebagai
penyelamat untuk pengguna dengan membaca informasi terlebih dahulu lebih-lebih lagi pada bahagian maklumat bahan-bahan
yang digunakan.
99
RUJUKAN
LAMAN WEB
Abdul Hadi, (2011). Label dan Kepentingannya Kepada Pengguna. Retrieved 01
Oktober 2011 from https://www.scribd.com/document/67054880/Label-DanKepentingannya-Kepada-Pengguna
ARIVALAGAN, (2014). KEPENTINGAN LABEL PRODUK. Retrieved Julai 2014 from
http://info-label.blogspot.com/p/labelproduk-dan-kepentingannyakepada.html
BOTOLANGGUN, (2018). 10 Perkara Wajib Ada Pada Label Produk Anda. Retrieved 21 November 2018 from
https://botolanggun.com.my/label-produkanda/
Katie Martinelli, (2018). Why is Food Labelling Important?. Retrieved 7 September 2018 from
https://www.highspeedtraining.co.uk/hub/importance-of-food-labels/
Mohd Khairul Anam Md Khairuddin, (2018). Kepentingan Pelabelan. Retrieved from 18 Julai 2018 from
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harianmalaysia/20180718/281895889020802
Nurul Hidayati bt. Mohd. Nasir, (2012). Panduan Membaca Label Makanan Retrieved 08 Ogos 2012 from
http://www.myhealth.gov.my/panduan-membacalabel-makanan/
JURNAL
Abdul Razif Zaini & Rosfazila Abd Rahman, (2021). Kecaknaan Pengguna Muslim Terhadap Logo Halal
Anis Shuhaiza Bt Md Salleh & Yusramizza Bt Md Isa @ Yusuff, (2010). Pelabelan Makanan: Adakah Anda Usahawan yang
Peka?
Carolyn Loong, (2013). Information on Food Labelling Requirements in Malaysia
100
KEBERKESANAN PENGGUNAAN WARNA DALAM REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MAKANAN
Nur Nazifa Binti Mohamad C19A0551
[email protected]
ABSTRAK
Reka bentuk pembungkusan makanan merupakan seseuatu yang dicipta untuk bahagian luar sesuatu produk makanan. Reka
bentuk pembungkusan makanan amat penting kerana ia disifatkan sebagai melindungi makanan dari pencemaran fizikal, kimia
dan biologi. Penggunaan warna dalam pembungkusan makanan merupakan elemen penting kerana ia merupakan salah satu
cara menarik minat pengguna untuk melihat dengan lebih jelas untuk mengetahui sesuatu produk makanan. Masalah dalam
penyelidikan ini, penggunaan warna dalam rekabentuk pembungkusan makanan iaitu penggunaan warna yang tidak menarik
seperti penggunaan warna yang gelap dan suram. Selain itu, penggunaan warna latar belakang tidak kontra, ia perlu
menggunakan warna yang berbeza ataupun sedikit berbeza agar ia dapat membezakan warna latar belakang dengan yang lain-
lain. Tujuan kajian bagi penyelidikan ini untuk mengkaji penggunaan warna dalam rekabentuk pembungkusan makanan yang
sering digunakan. Kaedah kajian yang dijalankan melalui soal selidik secara atas talian untuk mendapatkan jawapan atau tindak
balas dari pelajar dan orang awam. Pengkaji mencadangkan penambahbaikkan dalam penyelidikan ini seperti menggunakan
warna yang lebih memudahkan pengguna tertarik dengan pembungkusan seperti penggunaan warna-warna yang terang, dan
warna yang kontra daripada tipografi dan ilustrasi.
Kata Kunci: Warna, Reka bentuk Pembungkusan Makanan, Elemen
PENGENALAN
Pada masa kini kemajuan teknologi semakin berkembang dengan meluas di seluruh dunia tidak mengira agama,
bangsa dari dalam negara dan luar negara. Menurut Maimunah (1989), teknologi adalah gabungan konsep dan pengetahuan
yang utamanya untuk menghasilkan sesuatu yang berbentuk fizikal. Mengikut peredaran zaman, teknologi sering bertukar ganti
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bagi kelangsungan hidup atau keselesaan dalam kehidupan. Teknologi
dihasilkan bagi memudahkan manusia dan menjimatkan masa untuk menghasilkan sesuatu benda yang memerlukan
penggunaan teknologi.
Seiring dengan kemajuan teknologi, pereka grafik memainkan peranan penting kerana peranannya semakin meluas
dengan perubahan persekitaran dengan penggunaan teknologi. Ia bagi memudahkan mereka menghasilkan idea yang kreatif
dan inovatif bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan sesuatu rekabentuk yang mencabar mereka.
Pembungkusan makanan merupakan pembungkusan yang melindungi makanan dari anasir luar yang boleh menjejaskan kualiti
makanan. Bagi menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan dengan menggunakan teknologi terkini dapat memudahkan,
menjimatkan masa dan kos pengeluaran. Oleh itu, pereka grafik amat memerlukan teknologi terkini dalam penghasilan reka
bentuk pembungkusan makanan, minuman, elektrik dan lain-lain.
Penggunaan warna merupakan salah satu elemen penting dalam reka bentuk pembungkusan makanan kerana ia
merupakan salah satu cara menarik minat pengguna. Warna adalah tarikan maklumat yang baik kerana dianggarkan 62-90
peratus daripada penilaian dan penilaian seseorang adalah berdasarkan warna sahaja (Singh, 2006). Selain itu, penggunaan
warna pembungkusan produk makanan haruslah menyerlah daripada produk makanan yang lain kerana apabila dipasaraya,
barangan tersebut berada sebaris dengan produk yang lain di atas rak. Oleh itu, penggunaan warna pada reka bentuk
pembungkusan makanan yang cantik memainkan peranan untuk menarik perhatian pengguna sehingga mereka terjatuh hati.
Warna amat penting dalam setiap pembungkusan makanan, minuman, dan elektrik kerana warna adalah sumber
maklumat yang sangat baik kerana dianggarkan 62-90 peratus daripada penilaian setiap seorang adalah berdasarkan warna
sahaja (Singh, 2006). Hal ini kerana, warna mempunyai kesan dramatik yang mendalam dalam pemikiran, perasaan dan tingkah
laku pengguna. Oleh itu, pereka reka bentuk pembungkusan perlu menghasilkan pembungkusan makanan yang mempunyai
warna yang boleh menarik perhatian pengguna terhadapnya (Labrecque, Patrick, & Milne, 2013).
101
Menurut Robertson (2014), dalam industri makanan moden, pembungkusan makanan berada pada tahap yang paling
tinggi pusatnya dan hampir tiada produk makanan dijual tanpa pembungkusan. Tambahan pula, pembungkusan makanan
memang sifatnya dijadikan untuk melindungi sesuatu produk makanan daripada kerosakan. Oleh itu, bagi penghasilan
pembungkusan makanan haruslah kemas dan bahan yang digunakan sesuai dengan produk makanan.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan yang baik, ia mempunyai proses yang perlu diikuti dari
awal. Hal ini bagi menghasilkan pembungkusan makanan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Oleh itu, dalam
menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan perlu menitikberatkan setiap perkara seperti kuantiti dan bentuk dan saiz
makanan bagi membolehkan makanan disimpan dalam masa jangka panjang. Walaubagaimanapun, warna amat memainkan
peranan penting dalam penghasilan reka bentuk pembungkusan makanan bagi menarik perhatian pengguna.
Kini, pelbagai reka bentuk pembungkusan makanan yang berada di pasaraya dan kedai runcit, Tetapi masih ada yang
menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan yang tidak menarik dalam pasaran dan ia juga tidak dapat menarik perhatian
pengguna. Salah satu penyebab utama yang membuatkan pembungkusan makanan tidak menarik kerana penggunaan warna
yang tidak menarik dan tidak bersesuaian dengan produk makanan. Ia menggunakan warna-warna yang suram seperti warna
coklat, kelabu dan lain-lain.
Penggunaan warna latar belakang yang tidak kontra dengan ilustrasi atau sesuatu gambar makanan pada reka bentuk
pembungkusan makanan juga menyebabkan sesuatu produk tidak mendapat perhatian pengguna. Di dalam pasaraya produk
makanan disusun mengikut jenis dan ia mempunyai pelbagai produk dari jenama yang berlainan. Penggunaan warna latar
belakang dan gambar pada pembungkusan makanan yang tidak menyerlah menyebabkan ia sering diketepikan dan tidak
menjadi pilihan pengguna. Ia seperti produk makanan tersebut tidak enak untuk dimakan. Pembungkusan makanan yang tidak
menarik dan menyerlah menyebabkan tidak mendapat perhatian pengguna.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini ingin memfokuskan kepada mahasiswa tahun tiga elektif Komunikasi Visual, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan, demikian itu pengkaji telah merumuskan tiga objektif kajian iaitu;
I. Mengkaji penggunaan warna dalam reka bentuk pembungkusan makanan.
II. Mengenal pasti warna yang sering digunakan dalam reka bentuk pembungkusan makanan.
PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah fungsi warna dalam reka bentuk pembungkusan warna?
II. Bagaimanakah kesan penggunaan warna dalam reka bentuk pembungkusan makanan?
KEPENTINGAN KAJIAN
Reka bentuk pembungkusan makanan adalah untuk melindungi makanan daripada pengaruh anasir luar yang boleh
menyebabkan produk menjadi rosak dan mengurangkan jangka hayatnya (Marsh K., FugusuB, 2007). Reka bentuk
pembungkusan makanan direka khas oleh pereka untuk sesuatu produk makanan kerana ia perlu memastikan penggunaan
bahan dan reka bentuk yang sesuai. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan makanan yang diterima oleh pengguna kekal
selamat tanpa rosak. Penggunaan warna yang ceria dan menarik pada pembungkusan makanan membuatkan pengguna mudah
lebih jatuh hati. Oleh itu, penggunaan warna yang betul amat memberi kesan kepada pengguna untuk membeli makanan tersebut
tanpa berfikir panjang. Bersangkutan dengan hal ini, kajian ini amat penting kerana dapat memberikan maklumat kepada bakal
pereka rekabentuk pembungkusan makanan dari graduan Universiti Malaysia Kelantan.
102
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Pengkaji menggunakan borang
soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan data daripada responden. Hal ini, membantu dan memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat dan data yang diperoleh daripada hasil borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden
dengan menggunakan teknologi terkini melalui Google Form. Pengkaji menghasilkan beberapa soalan yang berkaitan dengan
kajian bagi mendapatkan maklumat dan data untuk memperkukuhkan kajian.
Kaedah Pengumpulan Data
Dalam proses pengumpulan data, pengkaji menggunakan jurnal kajian yang lalu sebagai salah satu untuk
mendapatkan maklumat. Oleh hal demikian, pengkaji mengetahui pelbagai warna yang sesuai untuk digunakan pada
pembungkusan makanan mengikut rekabentuk dan bahan yang digunakan. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah soal
selidik untuk mendapatkan maklumat. Pengkaji telah menyediakan soal selidik yang mempunyai beberapa soalan untuk dijawab
kepada responden. Pengkaji telah menyediakan sampel soal selidik yang mempunyai sembilan soalan. Responden ini terdiri
dalam orang awam dan pelajar bagi memudahkan mendapatkan maklum balas dari responden.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan kaedah untuk memproses data dengan mengambil maklumat yang berkaitan dengan kajian
yang dilakukan daripada sumber-sumber yang diperolehi. Data dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber
dikumpul, dikaji dan dianalisis untuk mengambil maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan kaedah soal selidik yang mempunyai maklum balas dari responden. Hasil dapatan dari sampel soal
selidik yang menjawab mengikut jantina 12 orang perempuan dan 1 orang lelaki dan daripada keseluruhan responden 5 orang
bekerja dan selebihnya adalah pelajar.
Hasil kajian mendapati keseluruhan daripada responden bersetuju bahawa setiap produk makanan mempunyai
pembungkusan makanan. Hampir semua responden menyokong penggunaan warna pada pembungkusan makanan
mempengaruhi pengguna untuk membeli makanan. Mengikut daripada responden bersetuju untuk menggunakan warna-warna
yang terang pada pembungkusan makanan dan dengan penggunaan visual warna yang menarik, warna yang digunakan
menunjukkan bahan mentah, dan memudahkan pengguna untuk mengenal pasti jenama atau makanan yang dicari.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan warna pada reka bentuk pembungkusan
makanan sangat mempengaruhi pengguna untuk membelinya. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan warna yang
bersesuaian mudah untuk menarik perhatian pengguna.
103
Cadangan
I. Antara cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji ialah menggunakan warna-warna yang kontra seperti
warna merah yang boleh membuatkan selera makan pengguna bertambah setelah melihatnya. Warna-
warna seperti ini lebih mudah untuk menarik perhatian pengguna. Hal ini menyebabkan, pengguna membeli
produk makanan tersebut kerana ia seperti mengiurkan.
II. Selain itu, tidak menggunakan warna-warna yang suram pada pembungkusan makanan kerana ia tidak
dapat menarik perhatian pengguna. Pengguna juga menganggap makanan dalam pembungkusan makanan
itu tidak enak untuk dimakan.
III. Seterusnya, bagi pembungkusan makanan yang berkhasiat, boleh menggunakan warna hijau sebagai warna
utama. Hal ini kerana, warna hijau merupakan warna yang semula jadi.
RUJUKAN
Labrecque, L., Patrick, V. M., & Milne, G. R. (2013). The marketers’ prismatic palette: A review of color research and future
directions. Psychology & Marketing, 30(2), 187–202
Maimunah Ismail. 1989. Pengembangan Implikasi Ke Atas Pembangunan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Marsh K., BugusuB. Food Packaging – Roles, Materials, and Environmental Issues. Journal of Food Science, vol. 72, no. 3,
2007, pp. 39-55.
Robertson, G. L. (2014). Food packaging. Encyclopedia of Agriculture and Food Systems, 232-249.
doi:https://doi.org/10.1016/B978-0-444-52512-3.00063-2
Singh, S. (2006). Current research development: Impact of color on marketing. Management Decision, 44(6), 783–789.
104
INOVASI PEMBUNGKUSAN KUIH TRADISIONAL BEPANG PULUT BAGI PENIAGA INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)
DI NEGERI TERENGGANU
Nurliyana Nabila Binti Azam C19B0614
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkaitan tentang inovasi pembungkusan kuih tradisional Bepang Pulut bagi peniaga industri kecil
sederhana (IKS) di Negeri Terengganu. Kebanyakan kuih muih tradisional yang dibuat dari peniaga industri kecil sederhana
(IKS) rekabentuk pembungkusannya tidak mementingkan elemen-elemen yang terdapat pada pembungkusan. Kajian ini
memfokuskan tentang cara pembungkusan kuih tradisional Bepang Pulut yang hanya menggunakan elemen plastik lutsinar
sahaja yang mempunyai banyak masalah dari segi pembungkusan dan juga terdapat elemen penting yang tidak terdapat dalam
penghasilan pembungkusan pada kuih tradisional Bepang Pulut ini iaitu elemen warna pembungkusan yang kosong dan tidak
menarik perhatian pelanggan kerana warna ini melambangkan identiti sesuatu barangan. Elemen kedua yang tidak terdapat
pada pembungkusan kuih tradisional ini ialah penerangan pada pembungkusan. Penerangan pada pembungkusan adalah
sangat penting seperti logo, pelabelan bahan yang digunakan dan nutrisi pada makanan tersebut amat penting untuk diletakkan
pada pembungkusan sesuatu produk. Seterusnya, reka letak pada pembungkusan perlulah kemas dan menarik dan maklumat
utama perlulah diletakkan di bahagian hadapan pembungkusan produk ini. Justeru itu, pengkaji ingin menambah baik dari segi
inovasi pembungkusan dan elemen yang terdapat pada pembungkusan bagi memastikan produk ini dapat bersaing dengan kuih
tradisional yang lain dan dapat memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk Bepang Pulut menarik perhatian pengguna
melalui inovasi baharu pembungkusan yang dihasilkan. Kaedah kajian yang pengkaji jalankan ialah melalui kaedah kuantitatif.
Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik melalui dalam talian untuk mendapatkan maklumat orang ramai tentang
pembungkusan produk Bepang Pulut. Pengkaji akan menerangkan hasil kajian yang diperolehi serta pengiraan menggunakan
peratusan responden yang telah mengisi borang yang dihasilkan oleh pengkaji. Kesimpulannya, pengkaji berharap dengan
cadangan yang dikemukakan ini dapat menambahbaik rekabentuk pembungkusan kepada rekabentuk inovasi yang baharu,
dapat memaparkan label pemakanan secara jelas pada pembungkusan produk, pentingnya penggunaan tipografi, ilustrasi dan
peranan warna pada pembungkusan dan memastikan jaminan kualiti pada produk akan lebih selamat dengan penghasilan
inovasi pembungkusan yang lebih selamat, efisien dan menarik.
Kata Kunci: Kuih Tradisional, Pembungkusan, Produk, Rekabentuk, Elemen.
PENGENALAN
Pembungkusan adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi peniaga-peniaga di seluruh negara. Tanpa pembungkusan,
produk yang dijual susah untuk dijual kerana kita tidak tahu bahawa produk itu mempunyai kelulusan kkm atau tanda halal
ataupun tidak. Sebagai pembeli, kita seharusnya mengambil tahu tentang beberapa maklumat penting mengenai produk yang
ingin dibeli contohnya seperti mempunyai logo halal atau kelulusan KKM, harga, bahan yang digunakan selamat ataupun tidak,
mudah untuk dibuka dan ditutup, tarikh luput dan mudah untuk dibuang dan boleh dikitar semula. Reka bentuk pembungkusan
dan label yang baik dan lengkap akan menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk tersebut.
Seperti yang telah kita ketahui, pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan
semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan. Pelanggan merupakan orang penting dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan.
Jadi, untuk mendapatkannya, peniaga perlulah sentiasa upgrade pemasaran untuk setanding dengan produk antarabangsa dan
peniaga juga perlu mengukuhkan beberapa idea yang kreatif dan menarik untuk menarik perhatian pelanggan. Melalui
pembungkusan juga mereka akan lebih tertarik dengan rekabentuk yang kreatif dan comel. Grafik memainkan peranan penting
dalam mencantik dan menaikkan kredibiliti produk kerana grafik yang cantik pada pembungkusan produk dapat mempengaruhi
mata dan minda pembeli.
105
Berdasarkan kajian, 1 per 3 pelanggan akan membeli berdasarkan pembungkus produk. Hal ini kerana, perkara
pertama yang dilihat oleh pelanggan untuk membeli sesuatu produk ialah pembungkusan dan yang kedua ialah apakah produk
tersebut dan yang ketiga pula ialah pelabelan yang terdapat pada produk tersebut. Jadi, pembungkus produk perlulah menyerlah
dan menarik bagi menandingi pesaing dan melariskan jualan produk. Warna pada pembungkus produk memainkan peranan
yang sangat penting. Hal ini kerana, pemikiran kita akan bertindak balas berdasarkan warna yang ditentukan pada
pembungkusan.
Penggunaan warna yang berbeza akan memberi kesan yang berlainan kepada psikologi dan fisiologi manusia. Fakta
membuktikan bahawa warna yang menarik, terang, berkarisma dan kompetitif lebih mudah untuk diingati. Setiap warna
mempunyai maksud yang tertentu. Jadi, pemilihan warna pada pembungkusan juga memainkan peranan yang sangat penting
bagi sesuatu produk. Segelintir peniaga makanan industri kecil dan sederhana (IKS) masih tidak mementingkan pembungkusan
yang baik dan mereka juga kurang didedahkan dengan teknik pembungkusan yang betul. Jadi, mereka hanya sekadar menjual
untuk melariskan jualan mereka seharian dan tiada impian untuk menaikkan nama produk jualan mereka di dalam negara
mahupun di luar negara.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Akta Makanan 1983, ‘bungkusan’ meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara makanan yang dikotak, ditutup,
dimasukkan, diisi, diletakkan atau dibungkuskan dengan apa jua cara seluruhnya atau sebagiannya dan meliputi apa-apa jua
jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup. Definisi label pula meliputi apa-apa jenis teks, jenama,
tanda, benda bergambar atau lain-lain perkara perihalan, yang bertulis, bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul
atau dicap pada apa-apa makanan atau dilekatkan pada apa-apa makanan atau dimasukkan ke dalam makanan yang menjadi
sebahagian daripada makanan atau disertakan dengan makanan. Oleh itu, bungkusan merupakan sesuatu yang bertutup dan
sifatnya melindungi makanan dan produk yang dijual supaya makanan atau produk tersebut tidak mudah rosak dan cepat basi.
Elemen pada pembungkusan juga perlu dititikberatkan seperti penggunaan tipografi, ilustrasi dan warna pada
pembungkusan. Kebanyakan peniaga IKS tidak mementingkan faktor pembungkusan yang menarik dan selamat. Pengkaji
melihat bahawa peniaga IKS yang membuat dan menjual makanan mereka yang diperbuat dari rumah hanya membungkus
makanan secara dalam pek lutsinar sahaja dan kadang kala tidak meletakkan pelabelan yang betul seperti tiada nama pembuat
makanan tersebut, tiada bahan kandungan dan tiada nombor kenalan untuk dihubungi. Peniaga IKS sepatutnya lebih cakna
mengenai pembungkusan dan pelabelan pada produk mereka kerana jika mereka tahu kepentingan pembungkusan dan
pelabelan dapat menandingi produk mereka ke luar negara sudah tentu mereka akan membuat sehabis baik untuk menaikkan
nama produk mereka ini dengan pembungkusan yang menarik dan pelabelan yang padat.
Kriteria pembungkus makanan juga amatlah penting untuk pelanggan lebih-lebih lagi pelanggan yang gemar memesan
makanan yang dibawa balik (take away). Jadi, peniaga perlulah lebih peka terhadap pembungkusan yang direka untuk produk
mereka samada menggunakan bahan pembungkus plastik, kertas, daun khususnya makanan dan pembungkus styrofoam. Hal
ini penting kerana, setelah pembungkusan produk dibuka, pengguna perlu menyimpan baki produk yang telah digunakan di
dalam bekas lain ataupun tidak. Kriteria ini penting kerana ia dapat memudahkan pelanggan menikmati makanan daripada
produk yang dibeli tersebut. Kebanyakan bahan pembungkusan produk makanan IKS diperbuat daripada plastik lutsinar secara
meluas disebabkan plastik merupakan pembungkus yang murah, ringan, mudah untuk didapat dan dibentuk serta mempunyai
ciri-ciri perlindungan yang agak baik kepada makanan (Mohd Yazid & Hasnah, 1983).
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini ingin memfokuskan kepada peniaga dan pelanggan yang menjalankan perniagaan Industri Kecil Sederhana
(IKS) untuk produk makanan kuih tradisional Bepang Pulut yang berasal dari negeri Terengganu, sehubungan dengan itu,
pengkaji telah merumuskan tiga objektif kajian iaitu:
I. Penambahbaikan dari segi pembungkusan bagi memastikan produk Bepang Pulut dapat bersaing dengan
produk kuih tradisional yang lain.
II. Mengutamakan penggunaan tipografi, ilustrasi dan warna pada pembungkusan produk.
III. Memastikan label produk dan maklumat pemakanan dipaparkan pada pembungkusan kuih tradisional
Bepang Pulut.
106
PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah penambahbaikan dari segi pembungkusan bagi memastikan produk Bepang Pulut dapat bersaing
dengan produk kuih tradisional yang lain?
II. Mengapa penggunaan tipografi, ilustrasi dan warna perlu diutamakan pada sesebuah pembungkusan?
III. Kenapa label produk dan maklumat pemakanan perlu dipaparkan pada pembungkusan kuih tradisional
Bepang Pulut?
KEPENTINGAN KAJIAN
Pembungkusan merupakan elemen penting dan memainkan peranan utama dalam menentukan kaedah
pembungkusan yang sesuai bagi produk makanan mahupun produk bukan makanan. Pembungkusan ini penting kerana
makanan adalah keperluan harian kepada pengguna dan ia dapat memberi perlindungan yang efektif kepada makanan tersebut.
Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti sesebuah syarikat tersebut kerana
pembungkusan adalah sesuatu yang boleh memperkenalkan syarikat ke seantero dunia hanya dengan melalui pembungkusan
sahaja. Pengkaji berpandangan bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana ingin menambahbaik inovasi pembungkusan
sedia ada Bepang Pulut kepada rekabentuk yang baharu yang dijalankan oleh peniaga industri kecil sederhana (IKS). Pengkaji
juga ingin menambah baik dari segi pelabelan produk pada pembungkusan kuih tradisional tersebut kerana pengkaji mendapati
kebanyakan peniaga IKS tidak mengambil sikap endah mengenai pelabelan produk pada pembungkusan. Peniaga sewajarnya
didedahkan dengan kaedah pembungkusan yang sesuai dan pelabelan produk yang penting yang perlu ada pada
pembungkusan dan peniaga juga perlu memastikan penggunaan tipografi, ilustrasi dan juga warna yang bersesuaian dengan
pembungkusan perlu dititikberatkan pada sesebuah pembungkusan produk. Oleh itu, kajian ini sangatlah penting kerana ia dapat
memberikan pengetahuan baru kepada segelintir peniaga industri kecil sederhana (IKS) untuk terus lebih maju dalam bidang
perniagaan.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Pengkaji menggunakan borang
soal selidik untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai kajian ini. Oleh yang demikian, kaedah ini akan membantu pengkaji
untuk mendapatkan data dan informasi secara meluas dan terbuka berkaitan pembungkusan produk Bepang Pulut oleh peniaga
IKS. Pengkaji telah menyediakan sebanyak tujuh (7) soalan berkaitan pembungkusan produk industri kecil sederhana (IKS) di
dalam borang soal selidik. Soalan yang banyak ditanya dalam borang soal selidik adalah mengenai kesesuaian inovasi
pembungkusan kuih tradisional Bepang Pulut untuk menggantikan pembungkusan plastik yang lama kepada pembungkusan
yang baharu melalui pemilihan rekabentuk dan bahan (material) yang dicadangkan oleh responden. Pengkaji menggunakan
teknik Google Form untuk borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini, kajian mengaplikasikan mengenai kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini untuk
mendapatkan data responden seperti melakukan tinjauan soalan soal selidik untuk memproses dan menilai data menggunakan
analitik dan logika analisis untuk kenal pasti komponen data yang diperoleh daripada tinjauan tersebut. Tujuan analisis data
adalah untuk mengumpul maklumat yang diperolehi daripada data dan membuat keputusan berdasarkan analisis data yang
diperolehi tersebut. Data yang diperoleh kemudiannya akan dikumpulkan, dikaji, dan dianalisis untuk mendapatkan penyelesaian
kepada masalah dapatan kajian dan seterusnya membuat kesimpulan.
107
Setelah data daripada hasil kaedah kajian diperoleh, pengkaji perlu menganalisis kesemua data yang diperolehi dan
membuat pemerhatian dan kesimpulan daripada dapatan yang diperoleh tersebut dan pengkaji perlu menilai apa yang perlu
dilakukan untuk membuat perancangan bagi tindakan yang selanjutnya. Data yang diperolehi sewajarnya dicapai oleh pengkaji
melalui persoalan dan objektif kajian yang dibina oleh pengkaji sendiri. Pengkaji juga perlu mempunyai cara yang sistematik
dalam mengumpul data mereka sendiri kerana lain orang lain perspektifnya. Data yang dikumpul sangat berguna bagi pengkaji
kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah dan memberikan gambaran keseluruhan bagi sesuatu kajian yang dikaji.
Berdasarkan kajian soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji telah memperolehi data dan pelbagai maklumat
melalui kaedah yang dipilih oleh pengkaji. Borang soal selidik yang diedarkan telah menerima dua puluh tujuh (27) responden.
Hasil kajian daripada soal selidik yang telah dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan
pandangan bahawa pembungkusan kuih tradisional Bepang Pulut perlu ditambahbaik dan pelabelan yang lengkap pada
pembungkusan tersebut disukai ramai responden dan memilih penggunaan bahan plastik sebagai inovasi pembungkusan yang
baharu kerana pembungkusan plastik lebih kedap udara dan dapat mengelakkan daripada produk tersebut cepat lemau. Selain
itu, pemilihan plastic pouch with zipper memudahkan pengguna untuk menutup kembali pembungkusan tersebut jika baki produk
tidak habis digunakan. Jadi, secara tidak langsung, pelanggan tidak perlu risau jika makanan tidak dapat dihabiskan atau terdapat
serangga yang menghidu bau makanan tersebut kerana terdapat fungsi zip lock pada pembungkusan plastik tersebut.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah menyatakan bahawa kebanyakan pengguna memilih pembungkusan plastik sebagai inovasi
pembungkusan baharu untuk kuih tradisional Bepang Pulut bagi peniaga industri kecil sederhana (IKS). Kebanyakan jawapan
dan cadangan untuk pembaharuan pembungkusan ini ialah mencadangkan untuk menggunakan pembungkusan plastik sebagai
bahan utama pembungkusan kuih tradisional Bepang Pulut ini kerana ia dapat menyegarkan makanan dan boleh menambah
jangka hayat sesuatu produk berbanding tanpa apa-apa pembungkusan yang membaluti produk tersebut. Selain itu, ia juga
mudah untuk disimpan kerana dari segi saiz dan bentuknya yang nipis dapat menjimatkan ruang untuk penyimpanan. Kajian ini
juga dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan bahan pembungkusan yang betul dan kepentingan pelabelan pada sesuatu
produk.
Cadangan
Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk inovasi pembungkusan ini iaitu menambahbaik rekabentuk
pembungkusan dan bahan yang digunakan dalam penghasilan rekabentuk ini dan penggunaan tipografi, ilustrasi dan warna juga
perlu dititikberatkan dalam penghasilan sesuatu reka bentuk pembungkusan produk yang dipasarkan di pasaran. Cadangan ini
dapat memberi kepentingan ilmu kepada pengkaji dan responden untuk pemilihan inovasi pembungkusan yang sesuai. Selain
itu, keutamaan dan kepentingan kepada label pemakanan sewajarnya dipaparkan secara jelas pada setiap pembungkusan yang
dilakukan oleh peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS). Hal ini kerana, pelabelan adalah sangat penting kerana ia mempunyai
maklumat pemakanan yang lengkap seperti harga, jenis bahan yang digunakan, tarikh luput dan cara penggunaan yang betul.
Cadangan ini dapat memberi ilmu pengetahuan asas kepada semua masyarakat tentang kepentingan pembungkusan dan
pelabelan kepada sesuatu produk yang dijual.
108
RUJUKAN
LAMAN WEB
Asif Yahya. (2011). Prinsip Rekaan Pembungkusan Makanan. Retrieved Julai, 03, 2011 from
https://www.slideshare.net/asifyahya/prinsip-rekaan-pembungkusan-makanan
Atiyya. (2017). Kebaikan Fleksibel Packaging. Retrieved April, 11, 2017 from https://atiyyamy.blogspot.com/2017/04/kebaikan-
fleksibel-packaging.html
Arivalagan. (2010). Kepentingan Pelabelan Produk Kepada Pengguna. Retrieved 2010 from http://info-
label.blogspot.com/p/labelproduk-dan-kepentingannya-kepada.html
Dr Haji Zulkeflee bin Hj. Yaacob. (2015). Pengumpulan Data dalam Kajian Tindakan. Retrieved April, 01, 2015 from
http://lieydya22.blogspot.com/2015/04/pengumpulan-data-dalam-kajian-tindakan.html
Mat Jali. (2018), Bepang Pulut : Perkembangan di Terengganu dari Tahun 1970 hingga Tahun 2000. Retrieved Julai, 24, 2018
from https://jalimatjali.blogspot.com/2018/07/bepang-dan-sejarah-kulinari.html
Sahrizal Grafixista. (2015). 7 Faktor Pembungkusan yang Baik. Retrieved August, 27, 2015 from
https://www.grafixista.com/artikel/7-faktor-pembungkusan-yang-baik
JURNAL
Nik Hadzral Bin Nik Hadzir (2006). Penghasilan Rekabentuk Pembungkusan Bergrafik Keropok Rumpai Laut. Perpustakaan
Universiti Malaysia Sabah (17-19).
Mahani Amat, Suraiya Ishak (2019). Pendorong Inovasi Pembungkusan dalam Kalangan Industri Kecil dan Sederhana
berasaskan Perusahaan Makanan. Malaysian Journal of Society and Space 15 Issue 3 (90-103).
Zurina Ahmad Saidi, Er Ah Choy. Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam di Malaysia: Kajian Awal Pengetahuan dan
Kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 10 (113-126).
109
PEMILIHAN TIPOGRAFI YANG KURANG MENONJOL PADA PEMBUNGKUSAN PRODUK INDUSTRI KECIL DAN
SEDERHANA (IKS) DI MALAYSIA
Nurul Azreena Binti Taib C19A0647
[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan ini merupakan satu kajian dimana tipografi atau huruf boleh berdiri dengan sendiri serta tipografi memainkan
peranan yang besar di dalam reka bentuk komunikasi visual terutama dalam aktiviti promosi dan pengiklanan. Tipografi
membawa makna huruf yang telah di ekspirasikan, huruf-huruf ini merangkumi huruf A hingga Z, huruf besar dan juga huruf kecil
termasuk koma, titik dan juga nombor. Masa kini, segelintir masyarakat khususnya para pereka tidak memandang serius tipografi
yang mereka reka pada produk industri kecil dan sederhana (IKS). Pemilihan tipografi yang berkesan juga akan mempengaruhi
emosi seseorang untuk membeli produk tersebut. Tujuan kajian ini adalah peranan tipografi terhadap produk industri kecil dan
sederhana (IKS) untuk meningkatkan strategi pemasaran. Objektif yang ingin dibuat di dalam kajian adalah untuk mengkaji
tipografi yang kurang menonjol pada pembungkusan produk industri kecil dan sederhana di Malaysia bagi meningkatkan strategi
pemasaran. Seterusnya, kualitatif yang digunakan bagi menyempurnakan kajian ini adalah sumber dapatan kajian menerusi
laman web & media sosial. Seterusnya, kaedah kedua yang terbaik dilakukan untuk menjayakan kajian ini adalah menerusi temu
bual dan soal selidik (borang soal selidik). Di dalam kajian ini juga saya telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang
dihadapi iaitu tipografi yang digunakan pada produk pembungkusan kurang menarik perhatian pengguna serta tipografi yang
digunakan pada produk juga mengelirukan dan maklumat tidak sampai kepada pengguna. Tambahan lagi, tipografi yang
digunakan juga tidak memuaskan bagi menarik perhatian pengguna. Cadangan yang dikemukakan selaras dengan
permasalahan kajian yang dihadapi iaitu dengan memberi pendedahan kepada pereka-pereka supaya meneliti tipografi yang
digunakan agar tipografi itu dapat memberikan emosi yang baik kepada pengguna. Seterusnya, cadangan yang kedua adalah
dengan mendedahkan cara dan gaya bagi penghasilan tipografi kepada pereka-pereka supaya mereka dapat menghasilkan
tipografi yang terbaik. Kesimpulannya, peranan tipografi sangat memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini
terutama kepada produk-produk industri kecil dan sederhana bagi meningkatkan pemasaran produk tersebut.
Kata Kunci: Tipografi, Pembungkusan, Industri Kecil & Sederhana (IKS)
PENGENALAN
Dalam era teknologi maklumat yang serba canggih ini, tipografi merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap
karya seni pengiklanan, penyampaian strategi yang kreatif, pemilihan jenis dan kreativiti artistik yang unggul dan rekabentuk
yang teliti mesti dijalankan dengan kerap dan tepat. Setelah memahami kehendak pelanggan, barulah boleh mencurahkan hasil
kreativiti artistik ke dalam sesuatu produk yang akan dikeluarkan. Memahami kehendak pelanggan bermakna meneroka psikologi
atau minda mereka, siapa pelanggan kita sebenarnya. Kemudian kita hanya boleh membuat garis panduan atau kata kunci,
kemudian ia boleh dicetuskan dan kempen dapat dilaksanakan sepenuhnya dan pelanggan mendapat apa yang dia mahu. Begitu
juga dengan pemilihan seni tipografi atau huruf yang tidak sesuai, contohnya jika tanda amaran yang kita selalu patuh dengan
menggunakan jenis yang berkarakter tegas dan menggunakan warna hitam dan latar belakang kuning ditukar dengan
penggunaan jenis yang mempunyai unsur kelembutan iaitu jenis yang digabungkan dengan bunga-bunga dan berwarna merah
jambu adakah dengan ini tempahan kepada pelanggan telah sampai.
110
Tipografi membawa maksud huruf yang telah diilhamkan, huruf ini merangkumi huruf A hingga Z, huruf besar dan huruf
kecil, termasuk satu set, contohnya koma, noktah dan nombor. Tipografi merangkumi aspek dua dimensi dan tiga dimensi
termasuk media cetak dan media digital. Mempelajarinya merangkumi asasnya yang dibahagikan kepada bentuk, struktur,
kandungan, susunan dan ungkapan. Dalam penciptaan huruf mereka, isu jajaran, susunan garisan, jajaran, jarak, ruang positif,
negatif, ilusi yang wujud dalam ruang yang berbeza dengan realiti perlu dititikberatkan (ilusi kedalaman ruang untuk mencipta
ilusi). Selain itu, seni huruf, garisan, jarak yang boleh dibaca dan syarat-syarat yang boleh dibaca adalah dititikberatkan (spacing
to readability and legibility). Kita juga harus memahami bagaimana muka taip atau huruf digunakan secara kreatif dan penuh
inspirasi.
PERNYATAAN MASALAH
Seperti yang kita ketahui, sebelum memasarkan suatu produk bagi tujuan pemasaran, elemen tipografi merupakan
elemen yang sangat penting pada sesuatu produk pembungkusan. Tipografi yang sering digunakan adalah untuk menyusun
huruf supaya pembaca atau pengguna produk berasa selesa dan tertarik apabila melihat atau membaca teks atau rekabentuk
visual. Memetik daripada buku Introduction to Typography (2010) oleh Adi Kusrianto, tipografi ialah ilmu atau kebolehan
menyusun huruf atau aksara untuk penerbitan visual, sama ada bercetak mahupun tidak bercetak. Harapannya, dengan
mengaplikasikan tipografi, pembaca dapat kesan tertentu dan berasa tertarik apabila membacanya. Tipografi bukan sahaja
menitikberatkan susunan huruf, malah turut merangkumi pengedaran huruf di ruang yang ada.
Pemilihan muka taip atau fon untuk menghasilkan produk artistik untuk produk pembungkusan Industri kecil & Ringkas
(IKS) amat dititikberatkan, jika tidak, hasil tipografi tidak akan sampai kepada khalayak yang dimaksudkan. Sesuatu mesej yang
ingin disampaikan mestilah tepat supaya membolehkan sesuatu objektif dicapai dalam strategi pemasaran. Sejak akhir-akhir ini,
elemen tipografi kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat, justeru masalah ini kurang mendapat perhatian pengguna
kerana penggunaan elemen tipografi yang tidak begitu memuaskan hati orang ramai. Biarpun segelintir masyarakat seperti
pelajar yang mengambil jurusan komunikasi visual, subjek tipografi juga tidak begitu terdedah dengan elemen tipografi yang
menarik dalam sesuatu produk pembungkusan.
Seterusnya tipografi yang digunakan pada pembungkusan produk IKS juga mengelirukan dan maklumat yang ada
tidak begitu sampai kepada pengguna. Hal ini kerana, mereka yang bertanggungjawab untuk mereka sesuatu tipografi tidak
memandang serius akan hal ini. Dengan ini, hasil yang mereka lakukan tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Tipografi yang
baik dan berkesan juga akan mempengaruhi emosi seseorang iaitu pengguna barangan produk tersebut untuk membeli. Dengan
ini, ia sekaligus dapat meningkatkan strategi pemasaran produk IKS. Mudah difahami dan mudah dibaca juga merupakan
tipografi yang baik kepada pengguna supaya mereka tidak keliru dengan maklumat yang ada pada produk tersebut.
Akhir sekali, antara elemen tipografi yang baik juga adalah tipografi yang memuaskan hati pengguna. Hal ini demikian
kerana dengan adanya maklumat yang terdapat pada pembungkusan produk tersebut yang memenuhi kriteria tipografi seperti
tanda baris, ayat, fon dan sebagainya. Dengan ini juga akan mempengaruhi emosi pengguna tersebut untuk membeli barangan
atau produk itu dengan hati yang terbuka. Dapat dibayangkan pembungkusan yang tiada tanda ayat atau fon yang tidak
memuaskan sudah pasti mereka akan tawar hati untuk membeli produk tersebut. Walaubagaimanapun, tipografi yang juga akan
mempengaruhi emosi seseorang melalui apa yang dilihatnya pada pembungkusan tersebut.
KEPENTINGAN KAJIAN
Tipografi merupakan elemen yang sangat penting dalam bidang grafik terutama dalam sesuatu pengiklanan.
Penghasilan tipografi perlulah dititikberatkan agar ia mampu menarik perhatian audiens dan emosi terhadap pembaca. Di dalam
kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tipografi yang digunakan pada produk pembungkusan IKS. Pengkaji berpendapat bahawa
kajian ini sangat penting untuk dijalankan kerana ingin mengenalpasti tipografi yang digunakan oleh para pereka di luar sana
dalam menghasilkan bentuk tipografi pada pembungkusan produk tersebut. Hal ini kerana untuk memberi kesedaran kepada
mereka bahawa elemen tipografi merupakan elemen terpenting dalam rekabentuk grafik bagi menarik perhatian audiens.
Sehubungan dengan itu, penambahbaikan tipografi yang akan ditambahbaik mampu memberikan kesan emosi seseorang
terhadap pembungkusan produk IKS. Akhir sekali, kajian ini amat penting kerana dapat memberikan pendedahan kepada para
pelajar tentang pentingnya elemen tipografi terutama bagi tujuan komersial dan pemasaran.
111
METODOLOGI KAJIAN
Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan kaedah dalam menjalankan kajian untuk menjelaskan perkaitan antara
objektif kajian yang dilaksanakan. Kaedah kajian adalah penting supaya penyelidikan mempunyai kaedah yang paling sesuai
untuk melaksanakan kajian.
Kaedah Kuantitatif
Pengkaji telah bercadang untuk menggunakan kaedah ini sebagai cara untuk mengumpulkan data. Borang soal selidik
menjadi sebagai medium bagi mengumpul data secara mudah, cepat dan telus. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat
mengenai kajian yang dilakukan. Oleh itu, melalui kaedah ini, maklumat tentang kajian dapat diperluaskan lagi di serata tempat.
Pengkaji telah menyediakan 15 soalan di dalam borang soal selidik tersebut untuk ditanyakan kepada responden mengenai
kajian yang pengkaji lakukan. Kebanyakkan soalan yang ditanya di dalam borang soal selidik tersebut adalah untuk menguji
pengetahuan responden mengenai pentingnya tipografi pada pembungkusan produk IKS. Penyelidik menggunakan “Google
Form” sebagai borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden-respon-den yang terlibat. Cara ini lebih mudah dan
menjimatkan masa kerana dilakukan hanya diatas dalam talian sahaja.
Kaedah Pengumpulan Data
Jurnal kajian yang terdahulu dijadikan kaedah pengumpulan data yang dikaji oleh pengkaji sebagai salah satu kaedah
untuk mengumpulkan maklumat dan data secara telus. Hal ini demikian kerana dengan cara ini pengkaji akan dapat mengetahui
pelbagai teknik dalam menghasilkan tipografi yang berkesan bagi menarik perhatian audiens. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kajian yang ingin dijalankan. Kaedah ini
bertujuan untuk mendapatkan pengesahan dan kesahihan maklumat mengenai kajian dengan bertanyakan soalan kepada
responden bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas. Kaedah soal selidik turut menjadi salah satu kaedah pengkaji dalam
mengumpul maklumat.
ANALISIS & DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan satu kaedah untuk memproses dan menilai data menggunakan analitik dan logikal analisis
untuk mengenalpasti komponen data yang diperoleh. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data
semasa menjalankan eksperimen penyelidikan. Data yang diperoleh dari pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis
untuk menghasilkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Namun pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian, (Shepard, 2002). Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas
dan padat supaya dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat
dihasilkan secara terkawal dan sama rata (Konting, 2005)
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah memperoleh data dan maklumat melalui kaedah soal selidik.
Borang soal selidik yang diedarkan melalui atas talian iaitu “Google Form” telah mendapat kira-kira 23 orang responden. Hasil
kajian mendapati kebanyakan responden menyokong tipografi pada produk pembungkusan IKS mempengaruhi peningkatan
strategi pemasaran selain rata-rata bersetuju akan penggunaan elemen-elemen tipografi yang digunakan pada pembungkusan
produk IKS.
112
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Hasil dapatan kajian telah merumuskan bahawa tipografi dapat membantu dan mendedahkan pengetahuan kepada
para pereka mengenai penghasilan tipografi yang berkesan terhadap pembungkusan produk IKS. Pengkaji juga berpendapat
bahawa kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan para pereka terhadap tipografi.
Cadangan
I. Antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan memberi pendedahan kepada para pelajar supaya
meneliti tipografi yang digunakan agar tipografi itu dapat memberikan emosi yang baik kepada pengguna.
Hal ini demikian kerana dengan adanya tipografi yang memberi kesan emosi yang baik kepada penggunakan
sekaligus ia mampu meningkatkan strategi pemasaran produk IKS ini. Hasil akhirnya adalah untuk memberi
para pelajar dapat memberikan hasil yang terbaik bagi meningkatkan kualiti produk pembungkusan IKS.
II. Selain itu, mendedahkan cara dan gaya bagi penghasilan tipografi kepada para pelajar supaya mereka dapat
menghasilkan tipografi yang terbaik. Cadangan ini adalah sebagai langkah awal kepada para pelajar
sebelum digelar pereka grafik agar dapat menghasilkan tipografi sekaligus memberikan mereka kemahiran
dalam bidang grafik.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa tipografi terhadap pembungkusan produk IKS merupakan salah
satu inisiatif bagi memberi panduan kepada para pelajar khususnya yang mengambil bidang grafik dengan membuat lebih banyak
platform untuk pengajaran tipografi kepada mereka. Berdasarkan kajian ini juga, dapat membantu meningkatkan strategi
pemasaran produk IKS di peringkat yang lebih tinggi lagi. Pendekatan ini lebih mudah untuk mereka belajar tentang tipografi
supaya tipografi yang dihasilkan lebih menarik. Oleh sebab itu, mendedahkan cara dan gaya bagi penghasilan tipografi kepada
para pelajar supaya mereka dapat menghasilkan tipografi yang terbaik. Cadangan ini adalah sebagai langkah awal kepada para
pelajar sebelum digelar pereka grafik agar dapat menghasilkan tipografi sekaligus memberikan mereka kemahiran dalam bidang
grafik. Tipografi hari ini sangat mudah untuk dijalankan dan dipelajari.
Oleh itu, peranan tipografi terhadap pembungkusan produk IKS sangatlah penting supaya dapat membantu
meningkatkan strategi pemasaran produk IKS tersebut. Tipografi ini perlu diberi pendedahan kepada para pelajar kerana mereka
jualah yang akan menjadi para pereka pada suatu masa nanti. Tipografi yang baik juga adalah yang mudah dibaca, mudah
difahami dan jelas fon tulisannya. Para pelajar haruslah cakna dan peka serta memperbanyakkan mempelajari tipografi yang
berkesan supaya dapat menarik perhatian pengguna. Akhir sekali, elemen tipografi merupakan elemen yang sangat penting
dalam era kini terutama dalam aspek pembungkusan produk IKS. Cadangan-cadangan yang telah disebut diatas diharapkan
dapat dilaksanakan supaya generasi sekarang dapat melahirkan para pereka yang hebat sekaligus dapat meningkatkan strategi
pemasaran produk IKS. Pengkaji berharap cadangan yang sedia ada juga dapat ditambah baik supaya para pelajar dapat
didedahkan dengan ilmu tipografi.
113
RUJUKAN
JOURNAL ONLINE
Amat, M., & Ishak, S. (2019). Faktor PSiKKIT: Pendorong inovasi pembungkusan dalam kalangan Industri Kecil dan Sederhana
berasaskan perusahaan makanan (PSiKKIT factors: Drivers of packaging innovation among food companies within the
Small and Medium Industries). Geografia, 15(3).
Hananto, B. A. (2020, March). Tinjauan Tipografi dalam Konteks industri 4.0. In SENADA (Seminar Nasional Manajemen, Desain
Dan Aplikasi Bisnis Teknologi) (Vol. 3, pp. 132-139).
Sihombing, D. (2001). Tipografi dalam desain grafis. Gramedia Pustaka Utama
Wijaya, P. Y. (1999). Tipografi dalam desain komunikasi visual. Nirmana, 1(1).
INTERNET
Dosen Pendidikan 3, 2022, Tipografi, Fungsi, Elemen, 28 Mei 2022.
https://www.dosenpendidikan.co.id/tipografi-adalah/
Syarafinadiah, 2011, Tipografi Seni Visual Pra U, 24 November 2011. http://syarafinadiah.blogspot.com/2011/11/tipografi.html
114
KEPENTINGAN REKABENTUK VISUAL DALAM PENGGUNAAN TULISAN BRAILLE PADA PEMBUNGKUSAN DI
MALAYSIA
Nursafwanah Binti Tajudin
[email protected]
ABSTRAK
Menurut laporan Word Health Organisation, terdapat terdapat lebih daripada 285 juta OKU Penglihatan di dunia ketika ini.
Daripada jumlah tersebut, hanya lebih kurang 50,000 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia, dan dipercayai
50,000 lagi belum berdaftar atas sebab-sebab tertentu. Sebab utama dalam kajian ini untuk memberi fokus dalam menggunakan
tulisan Braille dalam pembungkusan di Malaysia. Hal ini kerana negara maju telah pun mempertengahkan penggunaan tulisan
Braille dalam pembungkusannya. Dengan perkembangan pemikiran reka bentuk sejagat, satu siri kerja reka bentuk telah
meningkatkan kualiti hidup orang buta. Namun, dalam kemudahan hidup orang buta masih jauh dari tahap orang normal. Oleh
itu, kajian ini memfokuskan kepada reka bentuk pembungkusan menggunakan tulisan Braille, berdasarkan pemikiran reka bentuk
sejagat, dengan analisis prinsip komposisi Braille dan penyelidikan eksperimen, untuk memastikan keboleh bacaan dan hiasan
Braille. Dengan cara ini, kedua-dua pengguna biasa dan pengguna buta secara langsung boleh memahami maklumat utama
yang berkaitan dengan produk, dan membantu pengguna buta untuk meningkatkan kemudahan membeli-belah dan inisiatif
mereka dan juga mengurangkan rawatan "pengkhususan", untuk membantu kumpulan buta lebih berintegrasi ke dalam
kehidupan sosial.
Kata Kunci: Pembungkusan, Penggunaan tulisan Braille, Reka Bentuk Komunikasi
PENGENALAN
Dalam projek penyelidikan ini pengkaji akan mengkaji tentang kepentingan reka bentuk visual dalam pengguna Braille
pada pembukusan di Malaysia. Seperti yang mana kita ketahui, industri di Malaysia kurang mengambil perhatian dalam
penggunaan tulisan Braille. Kajian yang ingin dilakukan adalah untuk mengkaji ini sejauh mana Malaysia mempertengahkan
penggunaan tulisan Braille. Tulisan Braille merupakan pengganti penglihatan bagi golongan bermasalah penglihatan. Braille ini
adalah sejenis tulisan sentuh yang diperkenalkan oleh Louis Braille untuk membantu golongan buta untuk membaca dengan
lebih mudah. Tulisan Braille juga digunakan bagi memudahkan tentera membaca peta atau maklumat ketika gelap. Braille juga
dihasilkan menggunakan batuan loh (slate) dan stilus (stylus) dimana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis
dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin cetak Braille yang disambungkan dengan komputer.
Penyelidikan ini mengambil peluang untuk membantu golongan kelainan upaya OKU dari segi masalah penglihatan untuk
merasakan kehidupan seperti masyarakat yang lain. Selain itu juga untuk meningkatkan penguasaan penggunaan tulisan Braille
dalam pembungkusan di Malaysia.
PENYATAAN MASALAH
Penggunaan tulisan Braille merupakan salah satu keadah penting dalam era pemodenan. Hal ini kerana penggunaan
Braille memberi satu nilai estetika terhadap sesuatu produk. Menurut Liza Becker, Thomas J.L, van Rompay, Hendrik N.J
Schifferstein dan Mirijam Galetzka (2010) reka bentuk pembungkusan mampu mempengaruhi tanggapan rasa dan penilaian
sesuatu produk.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji seluruh masyarakat di Malaysia tidak kenal tulisan Braille dan
juga simbol. Hal ini kerana malaysia tidak mendedahkan tulisan Braille seperti negara maju yang menggunakan tulisan dan
simbol Braille sebagai tulisan penyampai maklumat seperti di pembungkusan dan juga papan tanda arah. Di dalam kajian ini,
pengkaji juga mendapati bahawa Malaysia kurang memberi perhatian terhadap tulisan Braille ia menyebabkan golongan orang
kelainan upaya (OKU) bergantung pada orang umum untuk menyampaikan maklumat.
Permasalahan yang timbul adalah apabila golongan orang kelainan upaya (OKU) dari segi penglihatan sering kali di
tindas kerana kehidupan mereka hanya dianggap golongan ini tidak akan maju hanya menjual tisu di tepi jalan. Golongan ini juga
sering ditipu dari penyampaian maklumat kerana mereka hanya bergantung pada orang kedua sebagai penyampai maklumat.
Hal ini pengkaji membuat kajian ini untuk memudahkan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Selain itu juga memberi
pendedahan kepada masyarakat tulisan Braille. Hampir separuh responden juga tidak mengenali tulisan Braille.
115
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan Kepada Pengguna
Kajian ini akan membantu golongan orang kelainan upaya OKU dari segi cacat penglihatan untuk mengetahui isi
kandungan dan juga jenis produk yang dibeli dan apa yang tertera di pembungkusan tersebut. Selain itu, dengan adanya tulisan
Braille ini pengguna akan mengetahui informasi kandungan pada produk tersebut tanpa alat teknologi dan juga orang lain untuk
mencapaikan maklumat tersebut. Dengan cara ini ia membantu dan memudahkan urusan pengguna untuk membeli barang
dengan tepat. Hal ini juga mereka dapat mengenal pasti sesuatu jenis produk tersebut. Penggunaan tulisan Braille dalam
perlebalan juga sangat memainkan peranan penting bagi menerangkan cara penggunaan kepada pengguna yang mempunyai
cacat penglihatan. Melalui kaedah ini ia mampu mengubah cara hidup seharian orang yang mempunyai cacat penglihatan.
Kepentingan Pada Industri Pembungkusan dan Perniagaan
Kajian ini dapat membantu pihak peniaga dan industri pembungkusan untuk menyatakan label dan nama produk pada
sesuatu produk menggunakan tulisan Braille. Ia mampu meningkat kualiti pembungkusan di Malaysia bersaing dengan negara
maju yang telah keluarkan produk yang mesra orang cacat penglihatan ia juga mampu membantu golongan asakar yang bertugas
di pedalaman tanpa kemudahan cahaya untuk melihat kandungan produk. Hal ini bertujuan bagi melindungi golongan yang
kurang kelainan upaya (OKU) daripada bahaya,penipuan dalam penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu produk. Ia juga
memberi faedah kepada industri tempatan dalam memperkembangankan profi produk mereka kepada pengguna bagi tujuan
strategi pemasaran dan meningkatkan peluang memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kualitatif
Kaedah kualitatif ialah kaedah semulajadi yang menggunakan kaedah inkuiri iaitu, menggunakan maklumat atau data
yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mendapatkan
maklumat mengenai kepentingan reka bentuk visual dalam penggunaan tulisan Braille pada pembungkusan di Malaysia.
Pemerhatian dibuat di berapa barang buatan Malaysia dan juga luar negara melalui media masa. Pemerhatian ini adalah untuk
melihat sejauh mana Malaysia dapat mempertengahkan pengguna tulisan Braille dan dapat membantu golongan kurang
penglihatan. Kajian perpustakaan pula merupakan kumpulan maklumat daripada sumber seperti jurnal, artikel, buku dan
sebagainya. Kajian perpustakaan dapat membantu pengkaji mengumpul maklumat berkaitan dengan kajian.
Kaedah Kuantitatif
Kaedah kuantitatif adalah kaedah yang menggunakan alamat atau data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh
diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian
ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Pengkaji telah membuat 16 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu demografi
respoden, pandangan, pendapat dan cadangan. Seramai 30 orang responden yang berbeza latar belakang untuk menjawab
soalan soal selidik ini. Keputusan soal selidik dikumpul dan dianalisis.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data. Dalam kajian ini instrumen
yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan kajian pustaka. Data daripada kaedah tersebut akan dikumpulkan untuk
dianalisis. Borang soal selidik yang dibuat adalah berskala yang terdiri daripada ya,tidak, setuju, sangat setuju, tidak setuju, dan
tidak setuju. Melalui keadaan ini, pengkaji dapat menganalisis data dengan lebih mudah.
116
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis Data
Analisis data dibuat dengan menyediakan carta pai dan juga carta bar untuk meringkaskan segala maklumat yang
dikumpul oleh pengkaji. Setiap soalan diringkaskan mengikut kategori dalam bentuk aneka jawapan. Hal demikian, memudahkan
untuk responden untuk memahami setiap soalan dan juga ia memudahkan pengkaji memahami setiap maklumat yang dianalisis.
Rumusan bagi analisis data yang dilakukan harus diberikan kepada peratusan agar dapat membuat perbandingan yang wajar.
Dapatan Kajian
Mengikut dapatan kajian yang diperolehi 46.4% responden tidak pasti mengatakan bahawa industri di Malaysia
memberi perhatian terhadap orang kelainan upaya OKU (penglihatan) manakala 78.6% responden bersetuju bawah bagus jika
setiap pembungkusan mempunyai tulisan Braille untuk menyampaikan maklumat kepada orang kelainan upaya. Selain itu, untuk
mengukuhkan lagi kajian ini sebanyak 90.9% setuju jika Malaysia membuat syarat kepada industri pengeluaran untuk
mempertengahkan penggunaan tulisan Braille pada setiap pembungkusan, melalui dapatan kajian dahagian candagan 100%
mengatakan sangat setuju jika Malaysia mengambil langkah untuk penggunaan tulisan Braille di pembungkusan salah satu
pandangan responden yang berpendapat bahawa penggunaan tulisan Braille dapat membantu dan mengatasi masalah malah
ia dapat berdikari tanpa memerlukan orang lain untuk menyampaikan maklumat. Rumusan dapatan kajian keseluruhan
responden bersetuju jika Malaysia mempertengahkan tulisan Braille di pembungkusan ia dapat membantu masyarakat dan dapat
memajukan negara.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
PERBINCANGAN
Walaupun responden tidak membuat pemerhatian sebelum membuat keputusan, dalam masa yang sama
menunjukkan responden sangat bersetuju dan amat menitikberat soal penggunaan tulisan Braille dalam pembungkusan yang
mampu membela nasib pengguna yang mempunyai masalah penglihatan. Responden lebih tertarik jika Malaysia
mempertengahkan produk yang ada tulisan Braille sebagai tulisan label dan pembungkusan tersebut mempunyai daya tarikan
seperti simbol, rekabentuk dan juga tekstur yang mampu mempengaruhi tindakan pembelian pengguna. Oleh itu,
penguatkuasaan undang-undang dan juga pereka grafik mesti terlibat dalam proses mempertengahkan penggunaan tulisan
Braille agar tidak salah guna atau penipuan berlaku supaya pelanggan yang akan membeli merasakan yakin dan percaya
terhadap sesuatu produk. 105 Pembungkusan
CADANGAN
1. Beberapa cadangan yang dikemukakan adalah berfungsi untuk mencapai objektif pengkaji. Menggunakan tulisan
Braille di setiap pembungkusan di bahagia maklumat atau kandungan.
2. Selain itu, ia juga mempertengahkan penggunaan Braille dalam bidang rekabentuk. Dengan cadangan ini pereka grafik
mampu mereka cipta pembungkusan dengan menggunakan simbol dan tulisan Braille dengan betul dan tidak berlaku
kesalahan penyampaian.
3. Antara cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji adalah membuat kempen penggunaan tulisan Braille sebagai
tulisan kedua untuk menyampaikan maklumat. Hasil dari cadangan ini ia mampu memberi kesedaran pada masyarakat
dan membelia nasib golongan yang mempunyai masalah penglihatan.
RUMUSAN
Dapat dirumuskan dalam kajian ini tulisan Braille mampu mengubah cara hidup pengguna tidak kira golongan normal
mahupun golongan Kurang Kelaian Upaya OKU. Secara tidak langsung dengan kajian ini dapat membuka mata masyarakat dan
industri untuk mempertengah penggunaan tulisan Braille yang memberi manfaat kepada pengguna dan juga pengeluar.
Manakala pengguna yang Kurang Kelainan Upaya OKU dari segi cacat penglihatan boleh memahami maklumat dan label yang
disampaikan dan ia memberi kemudahan kepada pengguna dalam kuasa beli. Kajian ini juga membela nasib golongan yang
mempunyai cacat penglihatan agar tidak mundur kehidupan mereka.
117
RUJUKAN
Abdul Karim, K. A., Aris, A., & Wardi, R. H. (2019). Designing an assistive garment for visually impaired with Braille
touch. International Journal of INTI, 23(2), 99-106.
Choi, H. R., Lee, S. W., Jung, K. M., Koo, J. C., Lee, S. I., Choi, H. G., ... & Nam, J. D. (2004, September). Tactile display as a
braille display for the visually disabled. In 2004 IEEE/RSJ International Conference on Intelligent Robots and Systems
(IROS)(IEEE Cat. No. 04CH37566) (Vol. 2, pp. 1985-1990). IEEE.
Mukidi, M. (2020). Prosedur Pemberian Sertifikat Label Halal Terhadap Produk Makanan Di Restoran Hotel Syariah Untuk
Mewujudkan Hak Kenyamanan Konsumen Muslim (Studi Di Kementerian Agama Provinsi Sumatera Utara). Jurnal
Hukum Kaidah: Media Komunikasi dan Informasi Hukum dan Masyarakat, 19(3), 397-416.
OUM, W. H. S., & UM, L. T. H. CABARAN DAN MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI BELIA OKU PENGLIHATAN.
Ren, K., Liu, S., Lin, M., Wang, Y., & Zhang, Q. M. (2008). A compact electroactive polymer actuator suitable for refreshable
Braille display. Sensors and Actuators A: Physical, 143(2), 335-342.
Tah, I. H. M. (2014). Orang kurang upaya (OKU) dan hak untuk hidup: Satu analisis perundangan di Malaysia. Jurnal Undang-
undang, Polisi dan Keadilan Sosial, 1(1), 1-9.
Zainuddin, N. Z., Malaysia, P. O. B., Ahmad, M. H., di Pusat Dagangan Dunia Putra, P. W. T. C., Naib Canselor, U. P. M., Ideris,
D. P. D. D. A., & Ehsan, S. D. (1800). UPM lancar Projek Buku Audio untuk OKU Penglihatan. marketing, 22, 5587.
118
119
PENGARUH PENGIKLANAN MELALUI APLIKASI TIKTOK TERHADAP PENGGUNA
Ain Najihah Binti Mohd Idrus
[email protected]
ABSTRAK
Pada masa kini, terdapat banyak penggunaan aplikasi yang digunakan oleh para peniaga bagi memperkenalkan dan
mengiklankan sesuatu produk mereka bagi mempengaruhi para pengguna, salah satu daripadanya adalah aplikasi TikTok yang
merupakan aplikasi di mana pengguna aplikasi tersebut boleh berkongsi video dalam tempoh masa yang singkat atau pendek.
Pengguna juga terdedah dengan pelbagai aplikasi membeli belah secara atas talian seperti Shopee dan Lazada. Selain itu, iklan
yang kurang jelas dan sukar difahami menjadi punca permasalahan terjadi kepada pengguna dan pengguna juga mendapati
kualiti produk atau barangan hasil daripada tontonan video iklan pendek peniaga tersebut tidak asli dan berbeza seperti yang
ditunjukkan di dalam iklan tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan pengaruh pengiklanan melalui
aplikasi Tiktok terhadap pengguna. Pendekatan kuantitatif merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang
sahih dan dipercayai. Dapatan kajian melalui borang soal selidik digunakan dalam melaksanakan kajian ini untuk diberikan
kepada responden melalui platform “Google Form”. Soal selidik ini pula akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
pertama bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan responden manakala pada bahagian kedua pula mengandungi soalan
berskala likert yang bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada. Soal selidik ini
tertumpu kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan remaja kerana kebanyakkan golongan ini lebih terdedah
terhadap pembelian secara atas talian dan golongan ini juga merupakan golongan yang banyak melayari aplikasi TikTok
manakala golongan kedua adalah golongan dewasa kerana pengkaji ingin mengenalpasti sama ada golongan ini turut
terpengaruh dengan pengiklanan melalui aplikasi TikTok walaupun mereka tidak mempunyai pendedahan pembelian melalui
atas talian. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan bagi penambahbaikan bagi mengatasi penyata-an masalah tersebut yang
dibincangkan.
Kata Kunci: Iklan, TikTok, Kajian, Aplikasi
PENGENALAN
Pengiklanan merupakan teknik yang menyebarkan atau memaklumkan kepada masyarakat tentang kebaikan atau
perkhidmatan melalui media. Selain itu, bentuk persembahan atau komunikasi membawa maksud kaedah atau cara yang
digunakan untuk membolehkan komunikasi mesej antara pengiklan dan sasaran pasarannya. Pengiklanan juga dikategorikan
sebagai komunikasi bersifat tidak peribadi iaitu ditujukan kepada sasaran pasaran yang ramai. Menurut tokoh Frank Jefkins,
pengiklanan bermaksud mesej jualan yang paling menyakinkan dengan kos yang paling ekonomik dan ditujukan kepada
pengguna atau masyarakat yang paling berpotensi bagi sesuatu produk, barangan atau perkhidmatan tertentu. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dengan mesej jualan yang menyakinkan ia dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli sesuatu produk
tersebut. Oleh itu, penggunaan dari segi pengiklanan digunakan daripada dulu sehingga sekarang.
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi di atas talian (online) yang menghubungkan para pengguna dari
seluruh dunia. Seterusnya, elemen sosial yang cuba di bawa masuk ke dalam media adalah untuk diubah menjadi alat yang
dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara penggian. Pengguna media sosial kini tidak mengira usia tua ataupun muda. Hal
ini kerana, kebanyakan mereka mempunyai gadjet dan juga akaun media sosial tersendiri. Teknologi komunikasi sosial yang
paling dikenali ramai pengguna pada masa kini adalah Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Oleh kerana itu, media
sosial kini mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan. Penggunaan media sosial kini bukan sahaja sekadar berinteraksi
dan berkomunikasi tetapi ia dapat digunakan dengan meluas dalam bidang yang tertentu seperti bidang perniagaan, bidang
perubatan dan sebagainya.
Pada masa kini, terdapat banyak aplikasi baru yang sedang popular dan tular di telefon pintar mereka. Aplikasi yang
unik dapat menarik perhatian para pengguna terutamanya golongan remaja, tetapi bukan sahaja golongan remaja yang
menggunakannya sebagai berkongsi video yang menarik malah dari segi bidang perniagaan, perubatan, keagamaan dan lain –
lain lagi video dimuatnaik di aplikasi seperti Facebook dan Instagram. Aplikasi ini juga boleh menghasilkan video yang pelbagai
genre seperti parodi, informasi atau info dan sebagainya ini dinamakan aplikasi TikTok. Tik Tok adalah aplikasi rangkaian sosial
dan platform video muzik di mana pengguna boleh mencipta, mengedit dan berkongsi klip video pendek lengkap dengan penapis
dan diiringi muzik sebagai sokongan. Selain itu, ia dapat juga berdurasi selama 15 saat hingga 3 minit sahaja.
Aplikasi baru ini juga boleh dikatakan juga sebagai media pengiklanan kepada para pengguna. Hal ini dikatakan
demikian kerana, para peniaga atau pengguna menggunakan aplikasi tersebut sebagai memperkenalkan dan mempromosikan
sesuatu produk atau perkhid-matan mereka melalui video pendek itu. Oleh itu, video pendek iklan yang berdurasi selama 15 saat
hingga 3 minit perlulah menarik dan mudah difahami agar dapat menarik perhatian para pengguna untuk menontonnya.
120
PENYATAAN MASALAH
Aplikasi TikTok merupakan aplikasi yang kian meningkat sebagai sebuah aplikasi dalam mengiklankan produk atau
perkhidmatan. Namun, sesetengah pengguna menyalahgunakan aplikasi TikTok sebagai hiburan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sedikit sebanyak telah mempengaruhi para pengguna melayari aplikasi ini. Antara permasalahan yang dihadapi adalah
aplikasi TikTok sering dipandang negatif dan membuang masa. Para pengguna aplikasi TikTok ini sering disalahgunakan kerana
terdapat pengguna aplikasi tersebut membuat video TikTok tanpa mempedulikan di sekeliling sekitar mereka.
Selain itu, di dalam aplikasi TikTok terdapat video pendek iklan yang kurang jelas dan tidak difahami oleh para
pengguna aplikasi tersebut. Hal ini kerana, para pengguna tidak dapat memahami video pendek iklan itu kerana sesetengah
peniaga atau pengguna tidak menggunakan bahasa yang formal seperti Bahasa Melayu untuk memperkenalkan dan
mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka.
Permasalahan yang timbul ini adalah kesan daripada membeli produk yang diperkenalkan melalui video pendek iklan
dalam aplikasi TikTok. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengguna mendapat sesuatu produk atau perkhidmatan yang tidak
berkualiti dan berbeza di dalam penerangan video pendek iklan yang ditayangkan di dalam aplikasi tersebut. Oleh itu, ia dapat
memberikan kesan yang buruk kepada para peniaga atau pengguna untuk memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu
produk atau perkhidmatan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengkaji keberkesanan pengaruh pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok terhadap pengguna.
2. Untuk mengenal pasti faktor yang menarik minat pengguna terhadap video pendek yang disiarkan melalui aplikasi Tik
Tok.
3. Untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang kelebihan Tik Tok.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah keberkesanan pengaruh pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok terhadap pengguna?
2. Apakah faktor yang menarik minat pengguna terhadap video pendek yang disiarkan melalui aplikasi Tik Tok?
3. Adakah pengguna tahu akan kelebihan aplikasi Tik Tok?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini penting untuk:
1. Memberi penjelasan tentang pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok ini berkesan dalam mempengaruhi pengguna.
2. Menambah ilmu pengetahuan tentang medium pengiklanan di dalam aplikasi Tik Tok melalui video pendek.
3. Memberi peluang kepada pengguna mengetahui tentang kelebihan dan keistimewaan aplikasi Tik Tok.
SOROTAN KAJIAN
Aplikasi Tik Tok merupakan sebuah aplikasi terbaru dan sedang meningkat popularitinya di kalangan masyarakat.
Menurut perkembangan terkini, aplikasi Tik Tok telah mencecah sebanyak 17 juta pengguna di Malaysia. Kini, pengguna yang
memiliki akaun Tik Tok adalah golongan yang bermula daripada umur 18 tahun ke atas. Oleh itu, dengan aplikasi yang terbaru
dan sedang meningkat naik ini, ramai pengguna aplikasi tersebut menggunakan dan memuat turun video pendek mereka
tersebut ke media sosial sebagai hiburan atau berkongsi aktiviti yang dilakukannya.
Menurut Viv Gong, ketua pemasaran aplikasi Tik Tok berkata bahawa aplikasi Tik Tok ini berkembang pesat di negara
China dan kini mula menembusi pasaran Asia termasuk Indonesia. Beliau juga mengatakan bahawa aplikasi Tik Tok ini adalah
untuk membuat, meraikan dan berkongsi kerana pembikinan video pendek dapat menjadikan ia lebih menarik dengan teknologi
yang canggih bagi bertujuan untuk menghiburkan mereka.
Seterusnya, video pendek yang dihasilkan dan dilakukan ini akan dimuat naik ke media sosial seperti di aplikasi
Instagram dan Facebook. Para pengguna yang menggunakan media ini dijadikan sebagai platform bagi mereka menunjukkan
bakat, aktiviti, pengalaman dan sebagainya.
121
Selain itu, aplikasi Tik Tok juga ada untuk perniagaan iaitu menyediakan jenama dengan platform pemasaran sehenti,
di mana mereka boleh menggunakan alatan bagi mencapai pangkalan para pengguna global merentasi pasaran dan platform
yang pelbagai. ia juga dapat memberikan peluang kepada para pengguna yang mempunyai perniagaan dan dapat dijadikan
sebagai platform untuk mereka memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka.
Manakala, pemikiran masyarakat kini banyak yang mengatakan aplikasi Tik Tok ini sebuah aplikasi yang tidak
berfaedah dan membuang masa berbanding kebaikan dan kelebihan. Oleh itu, berdasarkan maklumat atau info yang didapati
oleh pengkaji melalui laman sesawang, masyarakat mengatakan bahawa aplikasi Tik Tok memberikan kesan yang tidak baik
dan negatif pada masa kini.
METODOLOGI KAJIAN
Pengumpulan data
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan data secara kuantiti, bilangan,
pengukuran dan statistik. pengkaji memilih untuk melakukan pengumpulan data dengan cara yang efektif dan mesra pengguna.
Terdapat pelbagai cara yang ada bagi pengumpulan data samada dengan menyebarkan borang soal selidik ke tempat awam,
sekolah, universiti dan sebagainya. Namun, terdapat satu platform yang lebih mudah dan senang untuk digunakan. Platform
yang digunakan ini berfungsi sebagai membuat soalan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji dan ia juga mudah
untuk disebarkan kepada responden melalui sesuatu aplikasi tanpa pengkaji keluar ke tempat kajian.
Seterusnya, pengkaji juga telah menggunakan borang soal selidik atas talian (online) di Google Form untuk
mendapatkan maklumat atau info dalam membuat analisis data. Borang soal selidik yang dilakukan oleh pengkaji telah
disebarkan melalui aplikasi Whatsapp kepada 50 responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Soalan yang
dipaparkan dan ditanyakan kepada responden di Google Form adalah mengenai pengetahuan mereka tentang aplikasi Tik Tok
ini dan bukan itu sahaja, pengkaji juga sertakan soalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji iaitu tentang
pengaruh pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok terhadap pengguna kepada 50 responden tersebut.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Melalui soalan yang ditanyakan oleh pengkaji kepada 50 responden melalui borang soal selidik atas talian (online) di
laman Google Form, pengkaji bertujuan untuk mendapatkan analisis yang menjawab persoalan kajian. Tajuk kajian yang
dijalankan oleh pengkaji adalah Pengaruh Pengiklanan Melalui Aplikasi Tiktok Terhadap Pengguna. Soalan yang ditanyakan
berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan ini telah disebarkan menggunakan Google Form melalui aplikasi WhatsApp. Soal
selidik ini pula akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan responden
manakala pada bahagian B pula mengandungi soalan berskala likert yang bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan dan
persepsi setiap elemen yang ada. Berikut adalah keputusan daripada berdasarkan soalan dalam borang soal selidik di Google
Form.
Bahagian A adalah maklumat demografi responden tentang pengaruh pengiklanan melalui aplikasi TikTok dari segi
jantina, umur, status dan mengenali tentang aplikasi TikTok. Sebanyak (100%) bersamaan dengan (50) orang responden yang
mengenali aplikasi TikTok. Pengkaji juga telah mengenalpasti jantina responden yang menjawab borang soal selidik iaitu jantina
lelaki sebanyak (32%) iaitu seramai (16)
orang manakala jantina perempuan pula seramai (34) orang atau (68%). Seterusnya, sekumpulan umur yang senang untuk
bekerjasama dan berpengetahuan tentang pengaruh pengiklanan di antara umur 18 – 21 tahun adalah seramai (9) orang atau
(18%). Manakala bagi berumur 22 – 30 tahun adalah seramai (29) orang atau (58%). Selepas itu, bagi yang berumur melebihi
30 tahun ke atas adalah seramai (12) orang atau (24%).
Berdasarkan status responden pula, terdapat seramai (22) orang atau (44%) yang terdiri daripada pelajar manakala
bagi yang bekerja seramai (24) orang atau (48%). Seterusnya, bagi suri rumah sebanyak (2) orang atau (4%) manakala bagi
status lain – lain adalah sebanya (2) orang atau (4%), responden menyatakan status mereka bekerja sendiri dan tidak bekerja.
Sebanyak 50 borang soal selidik melalui Google Form telah berjaya diedarkan kepada para responden dan didapati
jawapan responden memenuhi kehendak soalan serta dijawab dengan baik. Bahagian B ini membentangkan kajian mengenai
pengaruh pengiklanan melalui aplikasi TikTok terhadap pengguna. Pada bahagian ini, terdapat 5 buah soalan.
Soalan yang pertama di bahagian B iaitu adakah anda mempunyai akaun TikTok sebanyak (100%) atau (50) orang
yang mempunyai akaun TikTok. Hal ini dikatakan demikian kerana, ramai pengguna mempunyai gajdet tersendiri dan membuka
akaun pelbagai aplikasi selain TikTok seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Bagi soalan yang kedua adalah tujuan anda
mempunyai akaun TikTok. Di dalam soalan ini terdapat empat pilihan jawapan, yang pertama adalah memenuhi masa lapang
sebanyak (22) orang atau (44%). Kedua, adalah boleh mendapatkan maklumat atau info sebanyak (22) orang atau (44%) yang
mengatakan Ya manakala yang ketiga adalah perniagaan sebanyak (12%) atau (6) orang. Akhir sekali adalah pilihan jawapan
yang keempat iaitu lain – lain sebanyak (0%) atau tiada.
122
Bagi soalan yang ketiga adalah adakah berkesan pengaruh pengiklanan melalui aplikasi TikTok terhadap pengguna
iaitu sebanyak (91.7%) atau (44) orang yang mengatakan Ya manakala yang mengatakan Tidak sebanyak (8.3%) atau (4) orang.
Hal ini kerana, responden tidak mempunyai akaun TikTok. Seterusnya, soalan yang ketiga adalah adakah pengiklanan produk
atau perkhidmatan melalui aplikasi TikTok mempengaruhi anda iaitu sebanyak (81.6%) atau (40) orang mengatakan Ya
manakala mengatakan Tidak sebanyak (18.4%) atau (9) orang. Hal ini dikatakan demikian kerana, kemungkinan responden tidak
terpengaruh dengan produk atau perkhidmatan atau tidak mempunyai akaun TikTok.
Soalan yang kelima adalah apakah faktor yang menarik minat anda terhadap video iklan pendek yang disiarkan melalui
aplikasi Tik Tok, soalan ini terdapat empat pilihan jawapan yang pertama adalah kreatif sebanyak (14.9%) atau (7) orang
manakala jawapan yang kedua adalah mudah difahami (31.9%) atau (15) orang. Pilihan jawapan yang ketiga adalah meletakkan
testimoni sesuatu produk atau perkhidmatan sebanyak (25.5%) atau (12) orang dan akhir sekali pilihan jawapan yang keempat
adalah harga yang berpatutan sebanyak (27.7%) atau (13) orang. Oleh itu, pilihan jawapan yang tertinggi adalah mudah difahami
iaitu sebanyak (31.9%) atau (15) orang kerana dengan menonton video iklan pendek tersebut ia memudahkan pengguna lebih
memahami apa yang disampaikan.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Setelah pengkaji menganalisis kajian daripada borang soal selidik yang diberikan kepada 50 responden, pengkaji
merumuskan bahawa pengaruh pengiklanan melalui aplikasi TikTok terhadap pengguna ini berkesan walaupun berbeza umur
dan jantina. Seterusnya, ia juga mempengaruhi pengguna dengan faktor yang dikemukakan di dalam borang soal selidik melalui
Google Form. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat pilihan yang berbeza mengikut tujuan masing – masing responden
untuk mempunyai akaun Tik Tok.
Selain itu, ada juga yang berlainan status seperti pelajar, bekerja, suri rumah dan lain – lain mengetahui dan
mempunyai akaun TikTok di dalam gadjet masing – masing. Ada juga yang bertujuan menggunakan Tik Tok sebagai perniagaan.
Hal ini kerana, ia dapat memperkenal-kan dan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan melalui video iklan pendek
dan dimuat turunkan ke dalam aplikasi Tik Tok sebagai medium pengiklanan kepada pengguna aplikasi Tik Tok.
Akhir sekali, terdapat pelbagai faktor yang menarik minat pengguna terhadap video iklan pendek yang disiarkan melalui
aplikasi Tik Tok menyebabkan pengguna lebih gemar dan memberikan kesan yang positif menggunakan aplikasi tersebut dan
ia juga dapat mengubah perspektif mata masyarakat bahawa aplikasi Tik Tok ini tidak membawa keburukan dan kesan yang
negatif malah membawa kebaikan terhadap pengguna.
CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang boleh dikemukakan iaitu bagi memastikan objektif kajian ini berjalan dengan lancar.
Cadangan ini dikemukakan untuk memperbaiki beberapa permasalahan kajian yang dikaji oleh pengkaji berdasarkan kajian yang
dijalankan.
1. Mengubah cara penyampaian semasa memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan di
dalam video iklan pendek melalui aplikasi TikTok agar jelas dan difahami pengguna.
2. Mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang bermutu, asli dan berkualiti seperti yang disiarkan di dalam video iklan
pendek melalui aplikasi TikTok.
3. Membuat video pengiklanan yang kreatif supaya pengguna lebih berminat untuk menontonnya dan juga dapat
mengelakkan daripada masyarakat yang berpandangan negatif.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan maklumat yang telah dikumpulkan melalui borang soal selidik dan dapatan kajian ini ia dapat
memberikan kesimpulan kepada pengkaji bahawa aplikasi Tik Tok ini mempunyai kelebihan dan kebaikan selain daripada
keburukan terhadap pengguna. Pengaruh pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok ini juga memberikan kesan yang baik kepada
para pengguna untuk mendapatkan maklumat atau info sesuatu produk atau perkhidmatan daripada tontonan video pendek di
dalam aplikasi Tik Tok. Aplikasi Tik Tok ini bukan sahaja memberikan maklumat dan info malah memberikan peluang kepada
para peniaga untuk mengiklankan, memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka kepada
pengguna aplikasi tersebut melalui video iklan pendek. Selain itu, aplikasi Tik Tok ini juga boleh dijadikan sebuah aplikasi
membeli belah selain daripada aplikasi seperti Shopee dan Lazada. Oleh itu, pengaruh pengiklanan melalui aplikasi Tik Tok
terhadap pengguna ini berkesan dengan mengelakkan daripada pandangan yang negatif dan memberi manfaat kepada
pengguna.
123
RUJUKAN
Johardy Ibrahim (2022, April). 17 Juta Pengguna Tik Tok di Malaysia, peluang anda berniaga
.https://dagangnews.com/17-juta-pengguna-tiktok-di-malaysia-peluang-anda-berniaga-14927
Mohd Hanif Mohd Omar (2022, Disember). Pengiklanan Video Tular Berkesan Promosi Produk.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/12/767724/pengiklanan-video-tular-berkesan-promosi-produk
Pramudita, L. M., & Rahim, S. A. (2017). Periklanan Internet: Faktor pendorong yang merangsang pembelian produk
kecantikan. Jurnal Komunikasi, 27(1), 1-17.
Seoyard (2020). Apa Itu Media Sosial? – Pengenalan Dan Ringkasan Sejarah.
https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-sosial.htm
Talib, Z. A., Shahnon, N. F., & Noor, N. S. M. (2020). Nilai iklan dan niat pembelian di atas talian di youtube. Asian People Journal
(APJ), 3(SI1), 1-11.
124
ISU LAMBAKAN PAPAN TANDA DI LEBUH RAYA YANG MENAMPILKAN IKLAN BERBAUR LUCAH DI MALAYSIA
Aina Nur Zahirah Binti Amram
[email protected]
ABSTRAK
Iklan papan tanda seperti billboard sering dapat diperhatikan di pinggiran jalan iaitu di lebuh raya yang bertujuan untuk mempro-
mosikan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah syarikat. Namun telah wujudnya segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
telah mengiklankan iklan papan tanda bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka yang berbaur lucah di lebuh raya.
Hal ini mampu melahirkan kesan yang negatif seperti wujudnya jenayah seksual. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti kesan isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah serta mengkaji cara-cara bagi mengatasi isu
lambakan iklan berbaur lucah. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini telah memudahkan pengkaji untuk
memperolehi maklumat berkaitan dengan iklan papan tanda yang berbaur lucah. Kajian ini menggunakan sumber dapatan
daripada pemerhatian iklan papan tanda yang terdapat di pinggiran jalan, kaedah kuantitatif iaitu borang kaji selidik melalui
platform “Google Form”, dan juga sumber internet. Cadangan penambahbaikan bagi kajian ini adalah pihak berkuasa tempatan
perlu lebih bertangungjawab dengan menapis bait kata pada iklan sebelum diberi kelulusan untuk disiarkan di khalayak ramai
serta masyarakat perlu memboikot perusahaan yang mengeluarkan iklan papan tanda berunsur lucah sekiranya mereka tidak
mengendahkan amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa. Kesimpulannya, menyiarkan iklan papan tanda yang berunsur lucah
bagi tujuan untuk menarik perhatian pengguna merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar dan harus di diatasi supaya dapat
mengelakkan daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti jenayah seksual.
Kata Kunci: Iklan, Papan Tanda, Lebuh raya, Billboard
PENGENALAN
Iklan papan tanda seperti billboard seringkali dapat diperhatikan di pinggiran jalan atau di tempat-tempat awam bagi
tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah syarikat. Penggunaan iklan papan tanda billboard ini sering
digunakan oleh syarikat besar kerana saiz papan tandanya yang besar serta terletak di kawasan awam seperti di lebuh raya
yang mampu untuk menarik perhatian orang ramai. Iklan papan tanda billboard merupakan sebuah medium yang sangat
berkesan dan berfungsi untuk memberikan penekanan kepada orang yang melihat agar mengetahui kewujudan sesuatu produk
atau perkhidmatan.
Namun terdapat beberapa buah syarikat yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan medium ini sebagai tempat
untuk mempromosikan produk mereka dengan menggunakan penyampaian yang berunsur lucah. Khususnya, penjual jamu atau
produk kecantikan yang telah membudayakan kaedah pemasaran dengan menggunakan perkataan lucah bagi mempromosikan
produk mereka. Mereka menggunakan ayat promosi yang mengandungi bahasa lucah atau gambar lucah sama ada secara
nyata atau secara kiasan sebagai strategi pemasaran. Bahkan terdapat peniaga yang tidak memiliki rasa malu telah
mengiklankan produk dengan cara memuat naik video ghairah atau tutorial penggunaan produk tersebut. Pengiklanan yang
menggambarkan aset anggota peribadi wanita atau lelaki jelas dapat ditafsirkan sebagai suatu periklanan yang berunsur lucah
dan mampu mengundang kepada perkara maksiat serta dapat membuka ruang kepada seseo-rang untuk membayangkan
anggota tubuh badan yang dipaparkan serta timbulnya keghairahan. Adapun juga terdapat tagline pengiklanan yang sengaja
mengunakan ayat penerangan yang berbaur lucah dengan tujuan untuk memberitahu bahawa produk yang dipromosikan sangat
berkesan dan mujarab untuk digunakan.
Hal ini sangat membimbangkan kerana menerusi iklan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah mampu
merosakkan minda orang awam terutamanya golongan remaja serta kanak-kanak kerana iklan papan tanda seperti billboard
jelas dapat diketahui bahawa iklan papan tanda billboard ini bukan sahaja diperhatikan oleh golongan dewasa malah diperhatikan
oleh golongan remaja dan kanak-kanak juga. Hal ini kerana sebarang pengiklanan yang disiarkan yang terkandung tagline atau
grafik berunsur lucah mampu mengundang keghairahan kepada setiap lapisan masyarakat. Maka dengan itu, beberapa langkah
perlulah dilakukan bagi mengatasi isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah supaya iklan seperti ini
tidak lagi wujud dan seterusnya mampu untuk mengatasi daripada masalah jenayah seksual terjadi.
125
PENYATAAN MASALAH
Pada zaman kini terdapat pelbagai produk yang dikeluarkan, tidak kira ianya terdiri daripada produk kecantikan, produk
makanan mahupun perkhidmatan. Bagi mengiklankan produk serta perkhidmatan, ramai peniaga yang memilih periklanan yang
berkesan seperti papan tanda yang boleh dilihat oleh orang ramai di tempat terbuka seperti billboard. Hal ini kerana produk atau
perkhidmatan yang dipaparkan dapat diketahui kewujudannya oleh kerana lokasi perletakannya di lebuh raya. Namun terdapat
beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab telah mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan
menggunakan tagline atau grafik yang berbaur lucah. Tagline yang digunakan mampu mengundang salah faham kepada orang
ramai oleh kerana bahasa lucah yang digunakan walaupun tidak secara langsung dan hanya menggunakan kiasan. Begitu juga
dengan grafik yang mengandungi maksud yang mendalam juga mampu mengundang salah faham kepada orang awam. Oleh
kerana papan tanda billboard dapat diperhatikan di tempat awam maka bukan sahaja orang dewasa yang dapat menerima
penyampaian tersebut malah golongan remaja dan kanak-kanak juga. Mungkin iklan seperti ini tidak memberi kesan kepada
kanak-kanak tetapi pada zaman yang serba canggih ini, maka itu merupakan perkara yang tidak mustahil. Iklan berbaur lucah
ini bukan sahaja akan mendorong orang awam kepada ketagihan onani malah akan mengundang kepada masalah jenayah
seksual disebabkan iklan tersebut mampu meningkatkan keghairahan seseorang. Iklan berbaur lucah ini dapat ditafsirkan
sebagai pornografi ringan.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji isu lambakan papan tanda di lebuh raya yang menampilkan iklan berbaur
lucah yang telah membimbangkan orang ramai. Hal ini kerana iklan ini bukan sahaja diperhatikan oleh golongan dewasa sahaja
malah juga diperhatikan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Maka, objektif kajian ini bertujuan untuk mencapai tahap
pemahaman yang tinggi terhadap kajian yang dijalankan. Antara objektif kajian adalah:
1. Untuk mengkaji isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah
2. Untuk mengenal pasti langkah untuk mengatasi isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian awal yang dibuat oleh pengkaji dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang dapat
diketengahkan, antaranya:
1. Apakah isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah?
2. Apakah langkah bagi mengatasi isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah?
KEPENTINGAN KAJIAN
Iklan merupakan sebuah medium yang sangat berkesan bagi mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Penghasilan sesuatu iklan yang baik perlu ditekankan supaya dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas kepada
orang ramai. manakala iklan yang menampilkan tagline atau grafik berbaur lucah perlu dielakkan serta-merta. Pengkaji
berpendapat bahwa kajian ini penting untuk dijalankan supaya dapat mengelakkan berlakunya peningkatan jenayah seksual di
Malaysia. Selain itu, kajian ini juga penting bagi memberi kesedaran kepada peniaga supaya tidak menggunakan grafik atau
tagline yang berunsur lucah sebagai strategi pemasaran. Disamping itu, pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini penting
bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya penggunaan iklan papan tanda yang berbaur lucah serta mencadangkan
cadangan kepada pihak berkuasa untuk mengambil cakna terhadap setiap iklan papan tanda yang dipaparkan supaya tidak
memiliki perkataan atau grafik berbaur lucah.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Bagi memperolehi data dan maklumat, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan cara mengedarkan
boring kaji selidik kepada orang ramai. menerusi kaedah ini, pengkaji dapat memperolehi data secara meluas. Pengkaji telah
menyediakan beberapa soalan dengan menggunakan kaedah google form dan seterusnya mengedarkan boring tersebut kepada
orang ramai dengan menggunakan aplikasi whatsapp bagi memudahkan responden menerima soalan-soalan yang disediakan.
Kebanyakan soalan yang disoal adalah mengenai pengetahuan responden terhadap iklan papan tanda, keberkesanan
penggunaan iklan papan tanda billboard bagi mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan, kesan daripada iklan papan
tanda billboard yang berbaur lucah serta cadangan responden bagi mengatasi masalah ini.
126
Kaedah pengumpulan data
Pengkaji telah merujuk kepada beberapa laman web yang berkaitan dengan isu lambakan papan tanda yang
menampilkan iklan berbaur lucah bagi memperolehi hasil kaedah. Pengkaji juga telah merujuk kepada satu keratan akhbar
mengenai isu ini. Maka, hasilnya pengkaji dapat mengetahui punca yang menimbulkan isu ini terjadi, kesan daripada isu ini serta
langkah-langkah bagi mengatasi isu ini.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Menerusi dapatan kajian daripada soal selidik, pengkaji telah memperoleh maklum balas yang sangat berguna daripada
responden yang meluangkan masa untuk menjawab kesemua soalan melalui google form. Pengkaji telah memperolehi pelbagai
maklum balas yang mampu memberi pendapat serta cadangan yang sangat bermanfaat kepada pengkaji dalam kajian ini.
Pengkaji telah membuat kajian ini secara menyeluruh bagi mendapatkan maklum balas.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Perbincangan
Berdasarkan kajian ini, kesemua hasil perolehan data dan maklumat yang telah diperoleh akan dianalisis dan dirumuskan serta
dibincangkan. Kajian ini telah berjalan mengikut pada objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan bagi
mengetahui isu lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah serta menyarankan langkah bagi mengatasi isu
lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah supaya orang awam tidak terjebak dengan masalah jenayah
seksual.
Cadangan
1. Pihak berkuasa tempatan perlu lebih bertanggungjawab dengan menapis bait perkataan pada iklan papan tanda
sebelum memberi kelulusan
2. Masyarakat perlu memboikot perusahaan yang mengeluarkan iklan papan tanda berunsur lucah sekiranya mereka
tidak mengendahkan amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa
3. Pihak berkuasa perlu mengeluarkan saman kepada pihak yang tidak bertanggungjawab
4. Pihak berkuasa perlu membuat sekatan sekiranya iklan yang dipaparkan tidak menepati etika periklanan
RUMUSAN
Iklan papan tanda seperti billboard mampu mempengaruhi orang awam kerana billboard ini terletak di lebuh raya.
Pengguna lebuh raya yang melalui lebuh raya dapat melihat papan tanda yang dipaparkan. Namun oleh kerana wujudnya
peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menampilkan iklan produk mereka yang berbaur lucah telah membimbangkan orang
ramai. Lambakan papan tanda yang menampilkan iklan berbaur lucah memberi kesan yang negatif kepada masyarakat dan
kepada imej negara. Hal ini kerana iklan berbaur lucah mampu mempengaruhi orang awam. Malah bukan sahaja golongan
dewasa yang terpengaruh malah golongan remaja dan kanak-kanak juga terpen-garuh dengan apa yang dipaparkan dan akan
mendorong kepada berlakunya jenayah seksual. Maka bagi mencegah daripada masalah ini berlaku maka langkah bagi
mengatasi masalah ini perlu dijalankan.
RUJUKAN
SevenNesia. (2020, Januari 5). Billboard (Pengertian, Ukuran, Fungsi, Ciri & Contoh Billboard).
http://sevennesia.com/billboard.php
Sinar Harian. (2019, Disember 19). Iklan berbaur lucah: DBKL kena tegas, jelaskan SOP kepada orang awam.
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/62521
Siti Hafidah. (2020, Disember 16). Jenayah seksual di tahap kritikal, kekang iklan berunsur lucah!.
https://ismaweb.net/2020/12/16/jenayah-seksual-di-tahap-kritikal-kekang-iklan-berunsur-lucah/
127
PERANAN SENI GRAFITI DALAM MEMPROMOSIKAN BANDARAYA MELAKA
Daniel Nur Iman Bin Abu Zakiah
[email protected]
ABSTRAK
Seni grafiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di dinding – dinding bangunan di kebanyakan Kawasan perbandaran
bagi mempromosikan sesuatu produk ataupun tempat. Grafiti ialah sejenis seni yang disampaikan dan dihargai secara berbeza
daripada bentuk seni yang lain. Seni seperti ini sering dirujuk sebagai noda kotor bandar. Grafiti gaya liar ialah sejenis grafiti
yang dicipta oleh artis dengan tahap kecekapan yang tinggi. Graffiti jenis ini juga sukar dibaca tetapi mempunyai banyak elemen
hiasan dalam karyanya. Grafiti jenis ini juga mempunyai hasil yang menarik dengan reka bentuk yang menarik. Permasalahan
kajian ini ialah seni grafiti yang dianggap vandalisme bagi segelintir masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji
sejauh manakah seni grafiti dapat mempromosikan bandaraya melaka serta untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang
ke melaka. Matlamat karya ini adalah untuk menerangkan seni grafiti, mengenali artis dan mempelajari peranan seni grafiti
Dapatan kajian melalui borang soal selidik digunakan dalam melaksanakan kajian ini untuk diberikan kepada responden melalui
platform “Google Form”. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat dan
data. Cadangan bagi mempromosikan lagu seni grafiti ini ialah memperbanyakkan lagi seni ini di tempat tarikan pengunjung bagi
mempromosikan bandaraya melaka. Kesimpulannya, seni grafiti kini mempunyai nilai yang tersendiri. Ini kerana sesuatu hasil
seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya.
Kata Kunci: Seni Grafiti, Seni Jalanan, Masalah Sosial, Kepentingan Grafiti.
PENGENALAN
Seni grafiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di dinding – dinding bangunan di kebanyakan Kawasan
perbandaran bagi mempromosikan sesuatu produk atau tempat. Seni grafiti juga merupakan sebahagian daripada bentuk
komunikasi visual, namun biasanya menyalahi undang-undang, melibatkan penandaan ruang awam yang tidak dibenarkan oleh
individu atau kumpulan. Walaupun imej biasa grafiti ialah simbol gaya atau frasa yang dilukis semburan pada dinding oleh ahli
kumpulan jalanan, sesetengah grafiti tidak berkaitan dengan kumpulan. Grafiti boleh difahami sebagai tingkah laku antisosial
yang dilakukan untuk mendapatkan perhatian atau sebagai satu bentuk mencari keseronokan, tetapi ia juga boleh difahami
sebagai bentuk seni ekspresif.
Bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yang menganggap hasil karya pelukis grafiti karya kotor atau
mencemarkan pandan-gan. Tidak kurang juga yang menganggap lukisan tersebut sebagai gejala vandalisme yang merosakkan
imej kawasan yang dilukis. Seni juga boleh diekspresikan dimana-mana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan adanya seni-seni
lukisan jalanan yang terdapat di Melaka kian berkem-bang pesat penggunaannya. Seni ini akan membantu meningkatkan kadar
pelancongan di Melaka. Dinding yang kosong akan diberikan pandangan baru dengan penambahan seni grafiti.
Kesimpulannya, mural dan grafiti dianggap karya seni kerana keindahan lukisan dan kekuatan mesejnya. Seni jalanan
ini telah berkem-bang pada setiap tahun sehingga terhasil seni grafiti kini. Bentuk seni ini telah berkembang di dalam pelbagai
bentuk seni yang kompleks dan dapat membantu dalam mempromosikan Bandaraya Melaka.
PENYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapat beberapa penyataan masalah yang terhasil dalam seni grafiti di Malaysia.
Antaranya adalah seni grafiti yang dianggap vandalisme bagi segelintir masyarakat. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat tidak
faham akan seni grafiti yang dipamerkan oleh pengkarya dan menganggap ia hanya vandalisme. Di samping itu, perkara tersebut
akan menyebabkan motif penyampaian pengkarya terhadap sesuatu perkara tidak difahami oleh masyarakat kerana tanggapan
mereka. Oleh itu, seni grafiti tidak akan dipandang tinggi namun hanya dianggap vandalisme.
Selain itu, segelintir golongan mendakwa bahawa seni grafiti tersebut dilukis di lokasi yang tidak sesuai seperti pada
dinding di bandar dan seolah-olah tidak menghormati penguatkuasa. Hal ini kerana, sekiranya grafiti ini dilakukan pada suatu
tempat dan menggunakan ruang yang luas akan mencemarkan dinding. Perkara ini akan memberi impak negatif terhadap
masyarakat tentang pandangan pelancong terhadap pemandangan dinding di negara kita. Oleh itu, seni grafiti harus diberi
penekanan oleh golongan professional bagi memberitahu masyarakat tentang kepentingan seni grafiti terhadap tarikan
pelancong ke negara kita.
128
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, pengkaji telah mendapatkan beberapa persoalan kajian yang boleh diketengahkan
dalam kajian ini antaranya:
1. Apakah seni grafiti berkesan dalam mempromosikan Bandaraya Melaka?
2. Bagaimanakah kefahaman masyarakat terhadap seni jalanan dan Grafiti dalam mempromosikan Bandaraya Melaka?
KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh manakah seni grafiti dapat mempromosikan Bandaraya
Melaka. Hal ini kerana, tarikan mempunyai maksud yang berkait rapat apabila pelancong mengambil keputusan melakukan
perjalanan menuju ke sesebuah destinasi yang diingini. Situasi tersebut boleh dianggap menerima pengaruh daripada asas
tarikan untuk sampai ke sesebuah kawasan destinasi. Oleh itu, seni grafiti dapat menarik pelancong untuk datang ke tempat-
tempat yang menarik yang ada di Bandaraya Melaka. Dengan adanya seni grafiti ini, maklumat yang disampaikan tidak hanyalah
sekadar memerlukan teks sahaja malah ia juga dapat disampaikan dengan gabungan komplikasi antara gambar dan teks.
Sebagai contoh, pelancong akan lebih tertarik untuk datang ke Melaka dengan adanya banyak seni grafiti yang dihasilkan di
Sungai Melaka.
Selain itu, kajian ini dilakukan juga adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Melaka.
Hal ini kerana aspek tersebut menjadi pendorong utama untuk pelancong melakukan perjalanan serta menjadi teras terhadap
produk pelancongan. Tanpa tarikan, tidak akan wujud keperluan terhadap perkhidmatan pelancongan yang lain. Perkara ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan kadar kemasukan pelancong ke Melaka. Justeru itu, dengan adanya seni grafiti ini
dapat membantu secara tidak langsung bagi membantu pelancong untuk lebih memahami tentang Bandaraya Melaka serta
tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjayakan kajian ini adalah kaedah kuantitatif sebagai cara untuk
mendapatkan data. Borang soal selidik menjadi medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh
itu, kaedah ini akan membantu pengkaji untuk mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak enam
(6) soalan di dalam borang soal selidik. Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah menguji pengetahuan responden tentang
kepentingan seni grafiti dan kesan seni grafiti dalam mempromosikan Bandaraya Melaka. Pengkaji menggunakan teknologi
"Google Form” sebagai borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji telah merujuk kepada sumber-sumber dari internet sebagai salah satu kajian untuk mengumpul data. Hasilnya
pengkaji dapat mengetahui kepentingan seni grafiti terhadap mempromosikan sesuatu tempat. Selain itu, pengkaji turut
menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat tambahan Ketika kajian dijalankan. Kaedah ini adalah bertujuan
untuk mendapatkan pengesahan serta kesahihan maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Kaedah soal selidik turut menjadi
salah satu kaedah pengkaji dalam mengumpul maklumat.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Analisis data merupakan sebuah proses yang bertujuan untuk mendapatkan data yang ingin diperoleh berdasarkan
kajian yang dijalankan. Kaedah ini adalah merupakan salah satu alternatif dalam mengkaji data semasa menjalankan analisis.
Data yang telah diperoleh daripada pelbagai sumber dikumpulkan, dikaji dan dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian dan
kesimpulan.
Namun, pengumpulan data daripada hasil kaedah kajian yang dijalankan haruslah mempunyai komponen yang betul
untuk memastikan integriti data yang dihasilkan tepat dan sesuai. Data yang tidak menepati akan menyebabkan analisis statistik
yang tidak tepat dan akan mengelirukan struktur kajian. Begitu juga dengan arahan ujian yang jelas, ringkas dan padat supaya
dapat mengelakkan gangguan semasa responden menjawab soalan supaya pengumpulan data dapat dihasilkan secara terkawal
dan sama rata.
Berdasarkan dapatan kajian dari soal selidik, pengkaji telah mendapat maklum balas yang bermanfaat dari responden
yang menjawab soal kaji selidik melalui google form ini. Pengkaji membuat soal selidik yang mempunyai 20 responden semua
terdiri daripada golongan profesional, pelajar dan masyarakat setempat di Melaka. Responden terdiri daripada maklum balas
orang awam dan juga pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
129
Dari hasil kajian ini mendapati kebanyakkan responden mengetahui apa itu seni grafiti. Oleh itu, ianya seharusnya
dipromosikan kepada masyarakat setempat. Tambahan lagi, menurut kajian soal selidik yang dijalankan seramai 17 orang
responden bersetuju seni grafiti perlu dimartabatkan. Selain itu, terdapat seramai 3 orang bersetuju bahawa seni graviti
merupakan satu jenayah vandalisme. Hal ini kerana, terdapat beberapa seni grafiti yang dilakukan di tempat yang tidak strategik.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dalam kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa seni grafiti dapat membantu dalam mempromosikan Bandaraya Melaka.
Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian ini dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan
seni grafiti dalam mempromosikan Bandaraya Melaka. Oleh itu, seni grafiti kini mempunyai nilai yang tersendiri. Ini kerana
sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral, budaya dan
sebagainya.
RUJUKAN
Azhar, S. (2022). Nasib grafiti jalanan di ibu kota. Retrieved 26 June 2022,
https://www.malaysiakini.com/news/266630
BK, K. (2022). Dilabel Vandalisme, Rupa-Rupanya Graffiti Viral Sandakan Ini Sebenarnya Karya Artis Graffiti Terkenal Sabah.
Retrieved 26 June 2022,
https://www.iloveborneo.my/dilabel-vandalisme-rupa-rupanya-graffiti-viral-sandakan-ini-sebenarnya-karya-artis-
graffiti-terkenal-sabah/
Hussain, S. (2022). Faktor motivasi pelancong berkunjung ke kawasan karya seni jalanan di Georgetown, Pulau Pinang.
Retrieved 26 June 2022,
https://www.academia.edu/31156631/Faktor_motivasi_pelancong_berkunjung_ke_kawasan_karya_seni_jalanan_di
_Georgetown_Pulau_Pinang
Ikhmal, S. (2022). Retrieved 26 June 2022,
https://ir.unimas.my/id/eprint/29057/1/Seni%20Lukisan%20Jalanan%20Mural%20dan%20Graffiti-
Estetika%20dan%20pandangan%20masyarakat%20(24%20pgs).pdf
Shafiq, A. (2022). TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP SENI GRAFFITI DI KUCHING, SARA. Retrieved 26 June 2022,
https://prezi.com/fyvl2ywzsect/tanggapan-masyarakat-terhadap-seni-graffiti-di-kuching-sara/
130
ISU PENGGUNAAN TEKS YANG BANYAK PADA PAPAN IKLAN DI KLANG VALLEY, SELANGOR
Edward Jee Liang
[email protected]
ABSTRAK
Papan iklan nama berasal dari istilah "papan pengebilan," dan merupakan ruang iklan luar yang besar yang direka untuk menarik
perhatian pemandu dan pejalan kaki. Biasanya ditempatkan di sekitar kawasan trafik yang tinggi, papan iklan adalah mudah,
menarik, dan kreatif. Malah, jabatan kreatif di mana-mana agensi pengiklanan masih memberi hadiah kepada ruang papan iklan,
kerana ia merupakan peluang keemasan untuk melakukan kerja-kerja yang berkesan dan berkesan. Dalam kajian tersebut
pengkaji telah menyediakan dua objektif kajian, antara objektif kajian yang disediakan adalah pengkaji ingin mengkaji tentang
impak-impak menggunakan teks yang banyak pada papan iklan terhadap masyarakat dan kedua adalah untuk mengenalpasti
warna yang sering digunakan terhadap papan iklan yang dapat menarikan perhatian pengguna di jalan raya. Pengkaji
mendapatkan sumber-sumber maklumat tersebut dengan melayari internet dan merujuk contoh-contoh reka bentuk papan iklan
yang sesuai digunakan. Terdapat 30% responden setuju cadangan meringkaskan teks pada papan iklan, 20% responden setuju
dengan cadangan menggunakan warna papan iklan yang sesuai dan 50% responden setuju dengan cadangan menggunakan
gambar untuk menggantikan teks. Permasalah kajian dalam kajian tersebut adalah teks yang banyak pada papan iklan akan
menganggukan pembaca untuk membaca, selain itu, warna papan iklan yang kurang sesuai digunakan juga menyebabkan
papan iklan tersebut kurang berfungsi terhadap pembaca. Cadangan-cadangan pengkaji terhadap kajian tersebut adalah
Meringkaskan teks pada papan iklan, menggunakan gambar untuk menggantikan teks dan menggunakan warna yang sesuai
kepada papan iklan. Kesimpulan, penggunaan teks yang banyak pada papan iklan menjadikan papan iklan tersebut kurang
berfungsi, kerana teks yang banyak akan membosankan pembaca untuk membaca. Oleh itu, penggunaan teks yang banyak
pada papan iklan perlu ubah suai supaya papan iklan tersebut dapat digunakan dengan berfungsi.
Kata Kunci: Iklan, Papan Tanda, Lebuh Raya, Billboard
PENGENALAN
Papan iklan adalah struktur iklan luar ruang yang besar, ia biasan ditemukan di area lalu lintas tinggi seperti di
sepanjang jalan yang sibuk. Papan iklan menampilkan iklan besar kepada pejalan kaki dan pengemudi yang lewat. Biasanya
mereka akan menggunakan papan iklan untuk mendorong produk baru mereka.
Papan iklan berukuran biasa yang terbesar terletak terutama di jalan raya utama, jalan tol, atau jalan arteri utama, dan
memberikan eksposur yang tinggi kepada konsumen. Papan iklan ini memberikan visibilitas terbesar bukan hanya karena
ukurannya, tetapi juga kerana papan iklan ini memungkinkan "penyesuaian" yang kreatif melalui ekstensi dan hiasan.
Poster adalah bentuk umum lainnya dari iklan, yang sebagian besar terletak di sepanjang jalan arteri primer dan
sekunder. Poster adalah format yang lebih kecil dan dilihat terutama oleh penduduk dan lalu lintas komuter, dengan beberapa
paparan pejalan kaki.
Papan iklan nama berasal dari istilah "papan pengebilan," dan merupakan ruang iklan luar yang besar yang direka
untuk menarik perhatian pemandu dan pejalan kaki. Biasanya ditempatkan di sekitar kawasan trafik yang tinggi, papan iklan
adalah mudah, menarik, dan kreatif. Malah, jabatan kreatif di mana-mana agensi pengiklanan masih memberi hadiah kepada
ruang papan iklan, kerana ia merupakan peluang keemasan untuk melakukan kerja-kerja yang berkesan dan berkesan (Duncan,
2019).
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menunjukkan masalah papan iklan yang kebanyakan teks semasa digunakan oleh
masyarakat. Selain itu, pengkaji ingin mengenal pasti warna yang sering digunakan terhadap papan iklan yang dapat menarikan
perhatian masyarakat. Maka beberapa objektif kajian diambil seperti berikut:
1. Mengkaji tentang impak-impak menggunakan teks banyak pada papan iklan terhadap masyarakat.
2. Untuk mengenalpasti warna yang sering digunakan terhadap papan iklan yang dapat menarikan perhatian masyarakat.
131
PENYATAAN MASALAH
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji mengenal pasti beberapa penyataan masalah yang berkaitan dengan tajuk
pengkaji. Antara masalah yang dihadapi adalah teks yang banyak menyebabkan masyarakat tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk membaca apabila mereka sedang berada di atas pengangkutan. Papan iklan mempunyai ruang yang terhad.
Kebiasaannya, masyarakat tidak mungkin melihat setiap perkataan yang tertulis di papan iklan kerana jika mereka memandu
kereta atau menaiki bas, mereka hanya mempunyai masa tidak lebih dari 4 saat untuk memandang papan iklan yang terletak di
tepi jalan raya, ini mengakibatkan mereka tidak dapat melihat keseluruhan kandungan di atas papan iklan tersebut. Hanya 8
perkataan atau kurang daripada 8 perkataan boleh dibaca dengan mudah adalah yang paling berkesan. Teks yang panjang juga
akan mengganggu pembaca untuk membaca papan iklan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, kepada masyarakat yang
tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, mereka akan rasa susah untuk menangkap tema periklanan yang mempu-nyai banyak
teks. Teks yang banyak juga akan membosankan masyarakat untuk membaca papan iklan tersebut.
Selain itu, teks yang banyak menyebabkan pembaca susah untuk memahami apakah mesej yang ingin menyampaikan
dari papan iklan tersebut. Seperti yang kita tahu pengiklanan adalah satu cara pemasaran, fungsi pemasaran harus dianggap
sebagai fungsi semula jadi dan penting pengiklanan. Pemasaran mestilah berkaitan dengan komunikasi, dan fungsi komunikasi
adalah fungsi pengiklanan yang paling asas, yang memainkan peranan dalam mempromosikan, memujuk, meningkatkan dan
menggalakkan melalui penyebaran maklumat. Secara umum, slogan pengiklanan ialah slogan pendek yang digunakan dalam
pengiklanan untuk masa yang lama dan berulang kali untuk mengukuhkan tanggapan khalayak sasaran terhadap syarikat,
produk atau perkhidmatan, dan ia harus berdasarkan manfaat jualan jangka panjang dan menyampaikan jangka panjang yang
tidak berubah konsep istilah kepada khalayak pengguna.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dalam pemahaman pengkaji, papan iklan merupakan sesuatu benda yang penting kepada seorang peniaga. Mereka
sentiasa akan menggunakan papan iklan untuk mempromosi product mereka. Kadang-kadang terdapat beberapa papan iklan
akan dihasil dengan tidak berfungsi, jadi mesej-mesej papan iklan tersebut tidak dapat sampaikan kepada masyarakat.
kepentingan kajian tersebut adalah kajian ini dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah tentang papan iklan dan
menghasilkan papan iklan yang berfungsi dengan menyam-paikan mesej yang tepat. Selain itu, kajian ini juga membantu dalam
mengenalpasti terhadap penggunaan warna yang dapat menarikan perha-tian masyarakat.
METODOLOGI
Semasa menjalankan kajian ini, terdapat batasan kajian yang telah pengkaji tetapkan bagi memudahkan pelaksanaan
mencapai objektif kajian yang telah dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Rekabentuk kajian dipilih atas dasar kesesuaian
dan menepati skop kajian penyelidikan yang dilakukan bagi menerokai teknik alternatif yang boleh digunakan bagi usaha
menaiktaraf kaedah penyampaian maklumat kepada Mahasiswa di Bachok sekaligus membolehkan pengkaji untuk memahami
secara mendalam tentang kajian yang dijalankan berdasar-kan maklumat yang dikumpulkan.
Selain itu, temu ramah yang akan dilakukan oleh pengkaji adalah dengan kaedah memilih beberapa responden
daripada kalangan mahasiswa UMK untuk memberikan responden terhadap kajian yang sedang dilakukan. Kaedah temu bual
adalah bertujuan mendapatkan maklumat yang lebih tepat untuk kaedah pelaksanaan kajian dalam proses penghasilan produk
akhir.
Disamping itu, kaedah dokumentasi di buat bagi memenuhi bahan kajian seperti maklumat daripada pembacaan jurnal,
artikel, buku yang berkaitan dengan kajian supaya dapat membantu kajian mencapai objektif dan sasaran. Bahan- bahan dan
maklumat daripada dokumentasi ini adalah bertujuan sebagai salah satu kaedah mendapatkan sumber inspirasi atau idea yang
berkait rapat dalam membantu meningkatkan keberkesanan kajian.
Setelah semua maklumat Berjaya dikumpulkan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif, data akan dianalisis dengan
relevan dan sistematik. Analisis kajian akan dilakukan sebelum dan selepas rekaan baru dihasilkan bagi menjawab persoalan
dan permasalahan kajian. Kesemua data yang diperolehi akan membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang impak-impak
menggunakan teks yang banyak pada papan iklan dan warna papan iklan yang dapat menarikan perhatian masyarakat.
132
CADANGAN
Berdasarkan kajian tersebut, pengkaji telah memberikan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan kajian tersebut.
Antara cadangan yang dicadangkan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah kajian tersebut adalah meringkaskan
teks pada papan iklan. Slogan iklan bisa akan hasil dengan ringkas, tepat sasaran, dan bebas dari kata yang berlebihan. Jika
slogan dihasil tidak singkat, ia tidak mudah untuk diingat dan disampaikan. Ada beberapa keperluan untuk bentuk tagline, yang
bisa berupa satu kalimat atau sepasang kalimat. Secara umum, jumlah kata dalam slogan iklan biasa dalam 6 hingga 8
perkataan, dan umumnya tidak lebih dari 10 perkataan. Contoh-contohnya bisa ditemukan di mana-mana, dan slogan iklan yang
beredar luas di masyarakat pada dasarnya sangat singkat. Misalnya, slogan iklan dalam syarikat Nike "JUST DO IT".
Selain itu, pengkaji mencadang menggunakan warna yang sesuai kepada papan iklan yang berbeza. sebagai contoh
menggunakan warna yang kegembiraan dapat membangkitkan minat orang untuk memperhatikan. Warna-warna hangat seperti
merah, jingga dan kuning, serta warna-warna yang kontras, memiliki dampak visual yang kuat pada orang-orang dan memberi
mereka rasa kegembiraan, yang dapat menarik perhatian mereka pada iklan dan membuat mereka tertarik padanya. Warna
sejuk seperti biru dan hijau, serta warna dengan kecerahan rendah dan kontras yang rendah, meskipun tidak memiliki dampak
visual yang kuat dalam sekejap, namun memberikan kesan ketenangan dan kestabilan kepada orang-orang, dan cocok untuk
mengekspresikan sifat ilmiah dan keandalan produk teknologi tinggi. Penggunaan warna yang cerah dan bersemangat
menghasilkan kesan yang indah dan menyenangkan. Secara umum, warna-warna hangat, murni, cerah dan kontras membuat
orang merasa segar, hidup dan bahagia. kegunaan warna ini untuk mendesain iklan dapat membuat orang merasa gembira dan
menerima pesan iklan. Penggunaan warna klasik mencerminkan selera produk yang berbeda-beda. Warna-warna juga memiliki
kesan bertingkat, warna yang megah dan flamboyan selalu digunakan untuk produk pertingkat atas, sedangkan warna yang
polos dan murah hati selalu dikaitkan dengan barang-barang praktis. Iklan mode dan kosmetik sering menggunakan kecerahan
dan warna kontras untuk memberi-kan kesan kemegahan. Penggunaan warna hangat dan dingin untuk mengekspresikan
karakteristik barang yang berbeda-beda. Dalam warna iklan, nada hangat sering digunakan untuk menunjukkan produk
makanan, kerana warna-warna produk makanan sebagian besar adalah warna hangat, seperti merah, jingga dan kuning. Produk
anak-anak memberikan kesan hangat, hidup dan penuh vitalitas, sehingga iklan produk kanak-kanak juga menggunakan warna
hangat (Baidu, The Important of Colour In Advertisement, 2013).
Warna merah dapat menarikan perhatian masyarakat dan warna kuning akan menyebabkan masyarakat rasa
kelaparan. Disamping itu, menggunakan gambar untuk menggantikan teks juga merupakan cadangan pengkaji untuk
menyelesaikan masalah kajian tersebut. Gambar iklan adalah gambar-gambar yang digunakan dalam iklan, termasuk foto-foto
yang diproses secara artistik. Gambar-gambar visual yang jelas, yang menyampaikan gagasan dan fakta melalui citra visual,
melengkapi teks verbal. Iklan yang mencolok sering kali ditimbulkan oleh gambar-gambar iklan. Mereka memiliki karakteristik
khas mereka sendiri, melekat atau subordinasi pada rencana pemasaran dan tema iklan untuk komoditas atau layanan tertentu,
melengkapi atau bahkan mensubordinasi teks iklan. Hal ini bahkan berada di bawah teks iklan, dan lebih pada motivasi dan daya
tarik langsung, dan pada efek praktis. Dari segi ekspresi, foto-foto dalam iklan, selain memiliki ciri umum fotografi umum, juga
harus bergantung dan tidak dapat dipisahkan, seperti gambar iklan. Gambar iklan, secara umum, merupakan gambar visual iklan
yang paling penting, dan cirinya, semuanya ditentukan oleh sifat iklan, kebutuhan publik konsumen dan kebiasaan penerimaan
mereka (Baidu, Slogan of the advertisement, 2012).
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik
seperti nilai peratusan.
1. Soal Selidik
Soal selidik ini dijalankan secara rawak ke atas 30 orang responden di kalangan Universiti Malaysia Kelantan. Dapatan
kajian daripada soal selidik ini meliputi data kuantitatif iaitu data yang diperolehi daripada respon pilihan aneka jawapan
yang digunakan dalam item soal selidik. Berdasarkan rajah 1, terdapat 20% responden setuju dengan cadangan
menggunakan warna papan iklan yang sesuai, 30% responden setuju dengan cadangan meringkaskan teks pada
papan iklan dan 50% responden setuju dengan cadangan menggunakan gambar untuk menggantikan teks.
2. Temu Bual
Pengkaji telah menjalankan Temu Bual dengan 3 orang responden di kalangan Universiti Malaysia Kelantan. Temu
bual dijalankan oleh pengkaji supaya dapat menerima maklumat yang melebih dan jelas.
133
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, pengkaji menjelaskan secara umum apa yang ingin dikaji. Pengkaji juga telah menjelaskan
mengenai objektif, permasalahan dan cadangan untuk penyelidik lebih memahami tajuk yang dipilih. Kajian tersebut
menerangkan pengunaan teks yang banyak pada papan iklan menjadikan papan iklan tersebut kurang berfungsi, kerana teks
yang banyak akan membosankan pembaca untuk membaca. Oleh itu, penggunaan teks yang banyak pada papan iklan perlu
ubah suai supaya papan iklan tersebut dapat digunakan dengan befungsi.
RUJUKAN
Baidu. (2012, December 22). Slogan of the advertisement. Retrieved from Baike Baidu:
https://baike.baidu.com/item/%E5%B9%BF%E5%91%8A%E8%AF%8D/10071929#3
Baidu. (2013, November 3). The Important Of Colour In Advertisement. Retrieved from Baike Baidu:
https://baike.baidu.com/item/%E5%B9%BF%E5%91%8A%E8%89%B2%E5%BD%A9%E8%A6%81%E7%B4%A0/1
2803464
Duncan, A. (2019). Apakah Pengiklanan Billboard, dan Mengapa Anda Perlu Menggunakannya? Chalized.
Hemani, K. (2012). Impact of Slogans on Branding. Industry Dive.
Lisa. (2016, April). Color Psychology in Food Marketing. Retrieved from AWG Sales Services:
https://awgsalesservices.com/2016/04/21/color-psychology-in-food-
marketing/#:~:text=Yellow%20and%20orange%20are%20colors,%2C%20organic%2C%20healthy%20food%20choic
es.
134
KEBERKESANAN ILUSTRASI DALAM IKLAN PENDERMAAN DARAH KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA
Evelyn Sia Ting Zhen
[email protected]
ABSTRAK
Ilustrasi merupakan visualisasi dari suatu idea yang menjelaskan dan pemperkuat makna dari sebuah konsep bagi merangsang
dan menarik perhatian sehingga menimbulkan keinginan untuk segera mengetahui isi pesannya. Oleh itu, pengkaji telah
mendapati iklan pender-maan darah yang dihasilkan di Malaysia kurang menarik perhatian masyarakat kerana penggunaan teks
yang terlalu banyak dalam iklan. Bukan itu saja, dalam sosial media juga terdapat kekeliruan maklumat tentang pendermaan
darah telah menakutkan masyarakat dalam menjalankan pendermaan darah. Sehubungan dengan itu, objektif bagi kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan ilustrasi dalam iklan pendermaan darah kepada masyarakat di Malaysia dan
mengenal pasti sebab-sebab masyarakat tidak berminat untuk menjadi pender-maan darah. Bagi metodologi kajian, pengkaji
telah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mengukuhkan lagi kajian ini berkaitan keberkesanan
ilustrasi dalam iklan pendermaan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan ilustrasi dalam iklan pendermaan
darah adalah cara yang kreatif dan lebih menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan
tepat kepada masyarakat. Akhirnya, melalui pemerhatian pengkaji telah memberi cadangan penambahbaikan untuk
mengubahkan cara pengiklanan yang kreatif dalam penggunaan ilustrasi dalam iklan untuk masyarakat lebih mengenai isu
pendermaan darah. Selain itu, pihak berkuasa juga harus mengawal iklan yang memberi maklumat palsu berkaitan pendermaan
darah supaya tidak mengelirukan masyarakat.
Kata Kunci: Ilustrasi, Iklan, Pendermaan Darah
PENGENALAN
Visualisasi dalam sesebuah iklan mempunyai gabungan beberapa elemen asas yang termasuk headline, subheadline,
body copy, splash, closing, caption dan ilustrasi. Gabungan keseluruhan ini akan membentuk iklan yang lengkap dan menarik
perhatian. Selepas itu, kemunculan penggunaan ilustrasi dalam iklan telah dijadikan sebagai daya tarik pembaca. Di mana, ia
hanya menampilkan ilustrasi dengan menggunakan gambar atau warna yang ringkas. Walaupun ringkas tetapi memberi kesan
yang unik dalam sesuatu pengiklanan.
Penggunaan ilustrasi adalah salah satu visualisasi dari suatu idea yang bertujuan untuk menjelaskan dan
memperkuatkan makna dari sebuah konsep. Kebiasaannya, ia diciptakan dengan teknik lukisan, fotografi ataupun teknik seni
rupa lain yang lebih menekankan hubungan subjek dengan tulisan yang dimaksudkan. Di samping itu, ilustrasi juga tidak hanya
berperanan sebagai gambar untuk menjelaskan sesuatu tetapi juga sebagai gambar yang mampu merangsang dan menarik
perhatian sehingga menimbulkan keinginan untuk segera mengetahui isi pesannya.
Pendermaan darah merupakan satu amalan yang mulia dan memberi pengorbanan kepada individu lain. Tindakan ini
berpandangan bahawa individu yang menderma darah secara sukarela menunjukkan mereka ini seorang yang mempunyai sikap
berani, positif dan mement-ingkan kebajikan orang lain. Selain itu, pendermaan darah adalah proses mengeluarkan darah dan
menyimpan dalam stor darah. Selepas itu, ia akan disediakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan darah boleh mengikut
jenis darah untuk menyumbang kepadanya. Mengikut data yang dijumpai, satu pek darah mampu selamatkan 3 nyawa. Namun,
Malaysia merupakan negara yang paling sering berlaku kekurangan darah dalam tabung darah berbanding dengan negara
Eropah. Oleh itu, isu kekurangan darah ini adalah sangat serius bagi masyarakat Malaysia untuk menyedari terhadap perkara
ini dan memberitahu kepentingan pendermaan darah.
135
PENYATAAN MASALAH
Pendermaan darah di Malaysia adalah satu program yang sering dijumpai. Hal ini disebabkan isu kekurangan darah
di Tabung Darah Malaysia sering berlaku dan masyarakat kurang mengambil berat tentang perkara tersebut. Sosial media bukan
sahaja yang membawa manfaat tetapi ia juga membawa keburukkan apabila di disalahgunakan. Masalah yang seterusnya ialah
kekeliruan maklumat tentang pender-maan darah dalam sosial media telah menakutkan masyarakat dalam menjalankan
pendermaan darah. Hal ini disebabkan terdapat seseten-gah masyarakat berkongsi pengalaman sendiri di sosial media. Di mana
kita memahami kadang-kadang perkara berlaku berbeza bergantung pada situasi. Tetapi ada orang kurang tahu tentang derma
darah maka ia akan menjadi keliru dan akan menyebabkan tidak berani mencuba untuk menjalankan pendermaan darah.
Selain daripada itu, masalah yang menyebabkan masyarakat kurang mengambil perhatian terhadap isu ini sebab iklan
yang telah dihasilkan menggunakan terlalu banyak teks telah kurang menarik minat pembaca sebab terdapat sesetengah
masyarakat yang malas untuk membaca. Oleh itu, perkara yang ingin disampaikan telah mengalami kegagalan disebabkan teks
yang terlalu banyak.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini telah memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan iklan pendermaan darah, sehubungan itu pengkaji telah
menjalankan dua objektif bagi kajian ini iaitu:
1. Mengenal pasti keberkesanan ilustrasi dalam iklan pendermaan darah kepada masyarakat di Malaysia.
2. Mengenal pasti sebab-sebab masyarakat tidak berminat untuk menjadi ahli pendermaan darah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Iklan merupakan salah satu alat yang penting dalam menyebarkan apa-apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan
kepada orang lain. Penghasilan iklan ini perlu ditekankan agar ia dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat kepada
semua orang. Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini penting untuk dijalankan kerana ingin mengenal pasti tahap keberkesanan
penggunaan ilustrasi dalam penghasilan iklan bagi iklan pendermaan darah. Tambahan pula, mengenai lebih mendalam sebab-
sebab masyarakat tidak berminat untuk menderma darah serta memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengambil
perhatian dengan isu pendermaan darah yang serius ini. Selain itu, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini amat penting sebab
kemungkinan dapat memberi maklumat dan pengetahuan tentang pendermaan darah kepada masyarakat bagi meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang perkara tersebut.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Berdasarkan kajian yang telah pengkaji menjalankan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang
soal selidik untuk memperolehi maklumat yang berkenaan dengan isu pendermaan darah di Malaysia. Di samping itu, melalui
kaedah yang pengkaji menggunakan dapat lebih mengenai pandangan masyarakat di Malaysia berkaitan dengan isu tersebut.
Oleh itu, pengkaji boleh mendapat data-data dengan cepat dan lebih tepat.
Kaedah Pengumpulan Data
Selain daripada itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan data untuk mencari rujukan dalam sumber
internet untuk dimasukkan ke dalam kajian ini. Sumber rujukan yang dicari seperti poster-poster ataupun keratan akhbar yang
berkenaan dengan isu pender-maan darah. Pengkaji bukan sahaja mencari rujukan dari sumber internet maka juga
menggunakan kaedah soal selidik dalam mengumpulkan data-data dari 30 responden masyarakat di Malaysia. Kesemua soalan
ini telah dibuat dalam “Google Form” dan diedarkan kepada 30 responden dengan melalui atas talian.
136
ANALISIS & DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pengumpulan data bahagian pertama iaitu berkaitan latar belakang responden telah mendapati kajian ini
lebih banyak responden ialah perempuan sebanyak 17 orang dalam keseluruhannya 30 orang. Di mana kebanyakan responden
dalam 21 tahun hingga 25 tahun.
Seterusnya, pada bahagian kedua pengkaji telah mengetahui tiada responden yang tidak tahu tentang pendermaan
darah. Tetapi, kebanyakkan responden adalah tidak pernah menderma darah dan hanya 36.7% sebanyak 11 orang sahaja
pernah melakukan pendermaan darah.
Kebanyakkan responden akan mempertimbangkan untuk pergi menderma darah dan juga terdapat 10 orang
responden yang mungkin akan mempertimbangkan untuk pergi. Tetapi juga terdapat 4 orang responden yang tidak.
Kemudian, pengkaji telah mengetahui sebab-sebab masyarakat tidak berminat untuk menderma darah. Sebab yang
pertama ialah maklumat palsu yang disebarkan dalam sosial media menyebabkan kekeliruan dan tidak berani untuk menderma
darah terdapat 56.7% responden yang menyatakan setuju. Kedua ialah sebab masyarakat tiada masa untuk pergi sebab sibuk
dengan bekerja telah disetujui seban-yak 18 orang responden.
Selain daripada sebab yang diatas, responden juga memberi beberapa sebab iaitu:
-Masyarakat takut akan mendatangan kesan sampingan pada kesihatan badan.
- Kurang pengetahuan am tentang derma darah.
-Tiada tahu akan kebaikan menderma darah dan rasa pergi derma darah hanya menyusahkan.
Mengikut cadangan yang diberi oleh responden kebanyakkan ialah mengadakan lebih banyak kempen kesedaran
mengenai kepentin-gan derma darah supaya masyarakat lebih mengetahui tentang kebaikannya dan lebih berani untuk cuba
menderma darah bagi mengamalkan amalan baik ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat sekarang banyak yang
kurang pengetahuan tentang isu ini dan menjadi mereka tidak sedar bahawa perkara ini amat serius di Malaysia.
PERBINCANGAN & RUMUSAN
Mengikut hasil dapatan kajian yang telah dikaji mengetahui bahawa penggunaan ilustrasi dalam iklan pendermaan
darah adalah salah satu cara yang kreatif dan dapat lebih menarik perhatian dengan pembaca serta membantu dalam
menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat kepada masyarakat. Melalui kajian ini pengkaji juga berpendapat bahawa
penggunaan ilustrasi dalam iklan bukan sahaja dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan maka juga telah mengubah
persepsi masyarakat terhadap isu pendermaan darah.
CADANGAN
Antara cadangan yang telah dicadangkan ialah mengubah cara dalam penghasilan iklan. Kita boleh cuba penggunaan
ilustrasi pada iklan pendermaan darah dan kurang menggunakan teks yang terlalu banyak pada iklan supaya pembaca tidak
berasa bosan apabila melihat iklan tersebut. Di samping itu, kita juga boleh menambahkan sebah sedikit teks yang pendek bagi
penjelasan ilustrasi yang digunakan dalam iklan. Perkara ini dapat membantu pembaca lebih mudah difahami dan agar maklumat
yang disampaikan adalah tepat.
Cadangan yang selain daripada itu, pihak berkuasa harus bertanggungjawab mengawal iklan yang memberi maklumat
palsu berkaitan pendermaan darah yang disebarkan dalam sosial media. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat palsu itu
akan mengelirukan masyarakat. Terutamanya, bagi sesetengah masyarakat yang kurang pengetahuan berkaitan pendermaan
darah. Mereka akan mudah mempercayai apa-apa sahaja kata-kata di sosial media. Selain itu, pihak kerajaan boleh melalui
saluran yang betul untuk mengadakan program mengenai tentang pendermaan darah supaya lebih ramai masyarakat mendapat
ilmu pengetahuan yang betul. Di samping itu, mereka juga dapat memahami dengan isu pendermaan darah supaya mengambil
serius tentang isu tersebut.
137
RUJUKAN
Jaafar, J. R., Chong, S. T., Desa, A. S. M. A. W. A. T. I., Alavi, K., & Kam, W. S. (2016). Pola dorongan sosial dan niat menderma
darah dalam kalangan penderma darah. Akademika, 86(1), 43-53.
JAAFAR, J. R., & CHONG, S. T. Sikap Terhadap Niat Menderma Darah Dalam Kalangan Penderma Darah Bersela Dan Ulangan
Berkala. Akademika, 88, 2.
Jaafar, J. R., Tsuey, C. S., & Alavi, K. (2020). PERTIMBANGAN ASPEK MODAL SOSIAL SEBAGAI PENGUKUH NILAI
KEMANUSIAAN DALAM AKTIVITI MENDERMA DARAH. Kajian Malaysia, 38(2), 161-202.
Misdi, Y. O. (2015). " Saya tidak mahu menderma darah": kajian kes terhadap golongan dewasa di Kuala Lumpur. The Malaysian
Journal of Social Administration, 11(1), 87-111.
YUNUS, M. Y. (2021, Disember 11). Jangan cepat percaya mitos 'jarum panjang, besar’.
https://www.sinarharian.com.my/article/177249/BERITA/Nasional/Jangan-cepat-percaya-mitos-jarum-panjang-besar
138
PERANAN KEMPEN KESEDARAN BAGI PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH YANG TERJEJAS AKIBAT
PANDEMIK COVID-19
Muhammad Faizwan Iman Bin Md Fadil
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan kempen kesedaran bagi pembelajaran untuk pelajar sekolah yang terganggu
akibat pandemik Covid-19. Kempen ini adalah berfungsi untuk memberi semangat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah
di Malaysia bahawa pembelajaran itu merupakan aspek penting dalam kehidupan pada hari ini. Pada tanggal 18 Mac 2020
negara kita telah dilanda wabak Covid-19 yang menyebabkan semua sektor di negara kita terpaksa dihentikan seketika. Sektor
Pendidikan juga terjejas akibat wabak ini. Semua masyarakat di Malaysia diarahkan untuk tinggal di rumah masing-masing dan
dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pergerakan masyarakat di Malaysia terhad dan dikawal di mana masyarakat
tidak diberikan untuk ke sekolah, tempat kerja dan tempat awam. Semua masyarakat disarankan untuk tinggal di rumah bagi
mengelakkan perkumpulan masyarakat di sesuatu tempat berlaku.
Kata kunci: Kempen Kesedaran, Pembelajaran, Pelajar Sekolah, Covid-19.
PENGENALAN
Kempen merupakan kaedah penerangan yang terancang untuk menyampaikan sesuatu mesej yang berkepentingan
awam kepada masyarakat. Segala usaha akan dilakukan dengan kegiatan atau tindakan sesuatu pihak tertentu yang dirancang
dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan atau rayuan. Kaedah ini adalah untuk mempengaruhi pendapat umum atau
untuk mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu perkara yang bermotifkan atau bertujuan untuk mencapai sesuatu
matlamat dan lain-lain. Kaedah ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dasar, perkhidmatan,
program, aktiviti atau sesuatu isu. Setiap kempen mempunyai perbezaan dari segi motifnya, kerumitan, dan bergantung kepada
mesej mereka dan jumlah masa, sumber dan bahan yang perlu dilakukan oleh pihak- pihak tertentu.
Kempen kesedaran adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bagi sesuatu isu atau matlamat yang ingin
disampaikan kepada target masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, kempen kesedaran untuk pelajar sekolah dalam isu
pembelajaran semasa wabak Covid-19 melanda negara kita. Kempen ini bermotifkan memupuk semangat para pelajar untuk
lebih bersemangat dalam pelajaran mahupun mungkin ada yang telah ketinggalan pelajaran akibat Covid-19. Kempen ini juga
seharusnya dilakukan secara meluas terutama di sekolah mahupun tempat awam yang lain. Hal ini demikian kerana, segelintir
para pelajar telah mula berasa bosan atau malas untuk bersekolah lagi kerana mungkin telah jauh ketinggalan silibus pelajaran
dengan rakan-rakan yang lain. Pelajaran merupakan satu aspek yang amat penting pada era globalisasi moden ini. Hal ini
demikian kerana, dunia yang terlalu moden untuk bersaing maju dan yang diperlukan atau yang dicari adalah kualiti bukan lagi
kuantiti. Kempen kesedaran ini perlu dilakukan bagi memastikan masa depan anak pelajar di negara kita mempunyai masa
depan yang cerah untuk masa yang mendatang.
Kesimpulannya kempen kesedaran ini perlu dijalankan dengan meluas dan yang telah dijalankan harus dikekalkan
bagi memupuk semangat dan minat para pelajar sekolah di negara kita tentang pelajaran. Dengan adanya program kempen
kesedaran sebegini dilakukan di sekolah, balai raya, dewan orang ramai dan tempat awam yang lain, para pelajar akan lebih
minat dan bersemangat tentang pelajaran sekali gus bertungkus lumus untuk memperjuangkan masa depan mereka.
139
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapat beberapa penyataan masalah yang terhasil dalam kempen kesedaran
pembelajaran untuk pelajar yang terjejas akibat Covid-19 di Malaysia. Antara kesan buruknya adalah para pelajar sekolah tidak
kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah telah terlepas banyak silibus dan skop pembelajaran harian yang sepatutnya
diberikan di dalam kelas pada waktu persekolahan. Untuk mengelakkan perkara buruk terus berlaku, pihak kementerian telah
memutuskan untuk menjalankan kelas secara dalam talian. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu para pelajar. Antaranya
para pelajar perlu belajar sendiri di rumah dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru secara dalam talian. Pelajar
yang mempunyai masalah peranti dan akses internet pula akan terus ketinggalan dan tidak dapat bersaing bersama rakan-rakan
yang lain. Selain itu, para pelajar juga akan mula berasa seronok kerana tempoh cuti atau tinggal di rumah masing-masing yang
terlalu lama. Para pelajar mula berasa malas untuk ke sekolah apabila sekolah telah dibuka semula. Oleh itu, kempen kesedaran
perlu dijalankan secara meluas di sekolah terutamanya bagi menaikkan semula semangat pelajar yang sudah ketinggalan
pelajaran dan menekan bahawa pelajaran itu merupakan aspek penting dalam kehidupan.
Selain itu, ibu bapa memandang mudah tentang pelajaran yang sepatutnya harus diberikan kepada anak- anak
mereka. Ibu bapa lebih mendengar cakap anak- anak mereka dan bergantung sepenuhnya dengan keputusan anak mereka. Hal
ini demikian kerana, ibu bapa tidak menekankan kepentingan dan mendorong minat anak–anak ke arah pelajaran sebaliknya
lebih mendengar sepenuhnya rungutan anak- anak. Mereka menganggap pelajaran adalah proses permulaan yang tidak terlalu
penting dan hanya memikirkan kerjaya tanpa pelajaran untuk masa hadapan. Selain itu, para pelajar juga lebih terpengaruh
dengan budaya yang tidak baik. Pergaulan pelajar juga merupakan aspek utama dalam berlakunya permasalahan ini. Para
pelajar terpengaruh dengan budaya melepak bersama rakan- rakan yang hanya menghabiskan masa dengan melakukan perkara
yang tidak bermanfaat. Selain itu, para pelajar mungkin bergaul dengan rakan- rakan yang mempunyai akhlak yang kurang baik
secara tidak langsung sedikit sebanyak terikut dengan sikap yang tidak baik itu. Para pelajar akan mula malas ke sekolah
sebaliknya hanya berpakaian sekolah semasa di rumah dan ponteng ke sekolah. Hal ini hanya untuk mengaburi mata kedua
ibubapa mereka.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kempen kesedaran ini adalah amat penting bertujuan bagi memastikan pelajar sekolah di negara kita mempunyai
minat yang lebih cenderung ke arah pelajaran. Selain itu, dengan adanya kempen kesedaran ini, sedikit sebanyak membantu
memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Pelajar akan lebih mementingkan pelajaran dan berfikiran secara kritis
dan inovatif dalam usaha untuk memajukan diri mereka. Pada usia yang masih bersekolah, pelajaran amat penting bagi golongan
yang digelar pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, pada usia ini adalah titik permulaan pelajar untuk mengorak langkah
mereka ke arah kemajuan. Dengan adanya program kempen kesedaran ini, para pelajar akan lebih tertarik dengan pembelajaran
mereka dan lebih mementingkan hala tuju atau masa depan mereka. Dengan adanya kempen ini juga, mungkin akan lebih ramai
terhasil golongan pelajar yang berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk lebih cemerlang dan maju dalam hala tuju dan
masa depan mereka. Peranan kempen kesedaran ini juga amat penting, hal ini demikian kerana program ini pasti akan mengubah
pemikiran para pelajar sekolah ke arah yang lebih positif di samping pemikiran ibu bapa mereka juga berubah dengan sentiasa
mendorong anak-anak ke arah pelajaran dan memastikan masa depan anak- anak mereka terjamin.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kuantitatif
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam menjayakan kajian ini. Borang soal selidik menjadi
medium untuk pengkaji mendapatkan data dan maklumat mengenai kajian. Oleh itu, kaedah ini akan membantu pengkaji untuk
mendapatkan data secara meluas. Pengkaji telah menyediakan sebanyak enam (6) soalan di dalam borang soal selidik.
Kebanyakan soalan yang ditanya adalah menguji pengetahuan responden tentang peranan kempen kesedaran bagi
pembelajaran untuk pelajar sekolah yang terjejas akibat Covid-19. Pengkaji menggunakan teknologi "Google Form” sebagai
borang soal selidik dan diedarkan kepada responden melalui atas talian.
140