The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14040760, 2021-08-11 00:05:16

resepi sihat

EBOOK 50 RESEPI SIHAT

Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau

cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari pihak
Academy Jaja Ali.

Jika anda menerima ebook ini secara PERCUMA atau
membuat belian melalui akaun bank yang lain, sila
maklumkan kepada pihak kami segera. Anda juga

DILARANG menjual apa jua kandungan dalam ebook
ini secara HARAM.

Pihak Academy Jaja Ali akan mengambil tindakan
undang-undang sekiranya didapati ada pihak yang
menjual dan mengedarkan EBOOK RESEPI ini tanpa
kebenaran yang sahih dari pihak Academy Jaja Ali.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah AWT kerana
dengan limpah dan rahmatNya, saya dapat menyiapkan

ebook 50 RESEPI PADU DIET SIHAT yang mana
ianya sememangnya dinantikan selama ini.

Setinggi penghargaan saya kalungkan juga buat Puan
Shida, Trainer di Intouch Training & Consultancy Serta
Master Shiro yang sudi berkongsi ilmu dan tunjuk ajar

sepanjang penghasilan ebook ini
Sekalung kasih buat suami tersayang Norshazuwan
farhan atas sokongan yang diberikan sepanjang masa
tanpa berbelah bagi serta seluruh ahli keluarga yang
telah banyak membantu terutamanya dari aspek moral

dan sebagainya.



Ebook 50 RESEPI PADU DIET SIHAT ini
dihasilkan setelah mendapat banyak permintaan dari

pelbagai pihak khususnya anak-anak didik
Academy Jaja Ali.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengajar
dan memberi pendedahan kepada umum bahawasanya

nak diet cara sihat tidak perlu menyeksa diri untuk
makan makanan yang tidak digemari mahupun tiada

nilai rasa dilidah kita.
Atau dalam erti kata lain, makan makanan-
makanan yang tak sedap. Bila berdiet secara paksa
dalam menikmati sesuatu hidangan, maka perjalanan
untuk terus istiqomah ke arah pemakanan sihat akan
kecundang sekaligus memberi rasa tekanan kepada si
pendiet. Sebab itu lah, tagline padu dalam ACADEMY

JAJA ALI adalah
“ Makan Sedap-Sedap, Ehhh! Terkurus Pulak “

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN IKAN 1–3
4–5
 Siakap Stim Ala Thai
 Bebola Ikan Sihat 6
 Ikan Rebus Nenas 7–8
 Salmon Spicy Lemon Sauce 9 – 11
 Singgang Melayu Terakhir 12 - 14
 Siakap Bakar Portugis 15 – 18
 Ikan Bawal Masak Taucu 19 – 23
 Talapia Masak Gulai Lemak 24 – 27
 Asam Pedas Ala Melaka 28 – 30
 Keli Masak Sambal Berlado 31 – 33
 Sup Ikan Merah

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN AYAM 37 – 42
45 – 47
 Tom Yam Versi Sihat 49 – 51
 Ayam Masak Lemak 55 – 58
 Ayam Masak Kari Hijau Ala Thai 60 – 62
 Ayam Masak Ungkep
 Ayam Goreng Kunyit

RESEPI BERASASKAN MAKANAN LAUT

 Sambal Udang Petai 64 – 66

 Sotong Masak Serai 67 – 69

 Kari Udang Versi Sihat 70 – 72

 Rendang Kerang 73 – 75

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN TELUR & TAUHU

 Sup Telur Marvelicious 79 – 81

 Tauhu Berlauk 82 – 84

 Telur Masak Kurma 85 – 87

 Tauhu Sumbat 88 – 90

 Sup Tauhu Telur 91 – 92

SUP BERASASKAN TUNA 95 – 96
 Perkongsian Ilmu 97 – 99
 Tuna Pancake 100 – 101
 Tuna Bites 103 – 104
 Tuna Salad

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN KELEDEK & UBI KENTANG

 Sweet Potato Pancake 107 – 108

 Keledek Bakar Ala Fries 109 – 110

 Mashed Potatoes 111 – 112

RESEPI BERASASKAN PASTA, BIHUN & SUHUN

 Jenis – Jenis Pasta 116 – 117

 Mee Kari Versi Sihat 118 – 122

 Aglio Olio pasta 124 – 126

 Pasta Eatalian Chicken Soup 127 – 129

 Bihun Goreng Sambal Serbaguna 130 – 131

 Suhun Sup Sihat 133 – 135

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN OAT

 Strawberry Banana Overnight Oats 137

 Honey Nut Overnight Oats 138

 Energy Bites 139

 Banana Oat Pancake 140 – 141

 Bubur Ala McD 142 – 144

 Chocolate Mixed Nuts 145 – 147

RESEPI BERASASKAN ROTI & TORTILLA

 Wanpaku Sandwich 149 – 151

 Chicken Tortilla Wrap 152 – 153

RESEPI BERASASKAN NASI 157 – 159
 Nasi Goreng Ikan 160 – 162
 Nasi Goreng Kampung 163 – 165
 Nasi Goreng Sambal Udang

ISI KANDUNGAN M/S

RESEPI BERASASKAN SAYURAN & KERABU

 Peria Sambal Bilis Berlada 168 – 171

 Tips Mudah & Cepat 172 – 173

 Sup Brokoli Berapi 174 – 177

 Kerabu Mangga 178 – 179

 Kerabu Kacang Botol 181 – 183

 Kerabu Pegaga 184 – 186

 Kerabu Daun Selom 187 – 189

RESEPI BERASASKAN SAMBAL & SOS SIHAT

 Sambal Serbaguna 191 – 195

 Sambal Hijau Letop 196 – 200

 Creamy Sauce Sihat 201 – 203

ISI KANDUNGAN M/S

DISCLAIMER / PENAFIAN 206

INFO TAMBAHAN 207
 Latar Belakang Academy Jaja Ali 208
 Testimoni & Kejayaan peserta 209 – 229
 Link & Pautan Sosial Media 230 – 231

PENUTUTP 232







Antara resepi marveles yang wajib cuba!
Ikan tak semestinya siakap saja, apa jenis ikan
sekalipun boleh dimasak asalkan bukan ikan buntal hihi

BAHAN – BAHAN ( 3 orang makan )
 1 Ekor siakap saiz sederhana
 2 sudu besar cuka epal / apple cider
 1 inci halia ( mayang halus )
 4 – 5 ulas bawang putih dicincang halus
 1 sudu kecil rata garam pink sihat atau kalau tak
ada boleh guna garam biasa.
 6 – 8 biji cili api merah ( cincang halus )
 2 – 3 urat batang akar daun ketumbar
( cincang halus )
 Beberapa helai daun ketumbar untuk tabur sahaja
 1 sudu kecil madu
 ½ biji jus perahan lemon. Jika nak guna limau
nipis boleh ambil 1 biji perah jusnya. Jika suka
masam boleh letak lebih

2

CARA-CARA UNTUK MEMASAK

Untuk cara masak yang lebih terperinci sila klik
link u-tube ini

https://youtu.be/abVrp5335OA

Sekiranya kamu dapat akses ke video resepi ini, maka
kamu adalah pembeli yang SAH.

Dan jika sekiranya kamu dapat akses TANPA sebarang
pembelian, pastikan ianya dilaporkan kepada pihak
ACADEMY JAJA ALI

Keberkatan Ilmu Terletak Pada Bersihnya Sumber Ilmu
Itu Sendiri. Maka Peliharalah Hak Yang Telah
Diamanahkan Kepada Kamu’

3

BEBOLA IKAN SIHAT

Sesuai dimakan untuk hidangan seisi keluarga. Boleh
dicampur dengan pelbagai jenis sayuran pilihan dan

dimakan bersama nasi.
Boleh juga dimakan begitu saja bersama serat sayuran

untuk diratah.

4

5



SALMON SPICY LEMON SAUCE

8



BAHAN – BAHAN

 Ikan Tongkol Segar
 3 ke 4 ulas bawang merah
 4 ke 5 ulas bawang putih
 1 sudu kecil Lada hitam
 Sebatang serai yang gemok
 2 ke 3 Asam keping
 2 inci kunyi hidup
 Beberapa hiris lengkuas
 Beberapa hiris halia
 Garam himalaya secukup rase

Awas : kawal garam & jangan berlebihan

10

CARA-CARA UNTUK MEMASAK

Untuk cara masak yang lebih terperinci sila klik
link u-tube ini

https://youtu.be/L0G2dI3wAWE

Sekiranya kamu dapat akses ke video resepi ini, maka
kamu adalah pembeli yang SAH.

Dan jika sekiranya kamu dapat akses TANPA sebarang
pembelian, pastikan ianya dilaporkan kepada pihak
ACADEMY JAJA ALI

Keberkatan Ilmu Terletak Pada Bersihnya Sumber Ilmu
Itu Sendiri. Maka Peliharalah Hak Yang Telah
Diamanahkan Kepada Kamu.

11



BAHAN – BAHAN

( Untuk Dikisar )
 Seekor Ikan Siakap

 5 ulas bawang merah kecil
 3 ulas bawang putih
 2 – 3 helai daun limau purut
 2 biji buah keras
 2 inci lengkuas
 1 batang serai dimayang
 1 genggam besar cili kering
 1 sudu besar minyak
 garam & gula secukup rasa

ANGGARAN KALORI UNTUK SEORANG MAKAN
180 kcal hingga 250 kcal bergantung kepada saiz

ikan yang diambil.

13

CARA-CARA UNTUK MEMASAK

Untuk cara masak yang lebih terperinci sila klik
link u-tube ini

https://youtu.be/PXHYXcAmRJc

Sekiranya kamu dapat akses ke video resepi ini, maka
kamu adalah pembeli yang SAH.

Dan jika sekiranya kamu dapat akses TANPA sebarang
pembelian, pastikan ianya dilaporkan kepada pihak
ACADEMY JAJA ALI

Keberkatan Ilmu Terletak Pada Bersihnya Sumber Ilmu
Itu Sendiri. Maka Peliharalah Hak Yang Telah
Diamanahkan Kepada Kamu.

14

( kredit Ehsan : Gambar Google )

IKAN BAWAL MASAK TAUCU

Hidangan Untuk 3 Orang makan
Bahan-bahan serta cara penyediaan diolah
sepenuhnya oleh Cekgu Jaja Ali mengikut cara

pemakanan sihat .

15

BAHAN – BAHAN

 1 ekor ikan bawal hitam / putih
 2 sudu besar pes taucu
 2 sudu besar kicap cair

( Paling direkemen adalah kicap yang LESS
SODIUM )
 1 biji bawang Holland dimayang atau potong bulat
 3 - 4 ulas bawang putih dihiris / diketuk
 1 inci halia di mayang atau diketuk
 3 biji cili hijau besar dibelah tengah ( optional )
 3-4 biji cili padi merah ( optional )
 1 sudu besar minyak untuk menumis
 Garam & gula secubit rasa

16

CARA PENYEDIAAN

1) Bersihkan ikan dan dilumur dengan sedikit serbuk
kunyit. kalau tak nak lumur pon tak ada masalah.

2) Panggang / bakar ikan terlebih sehingga masak.
3) Sementara tunggu ikan masak, boleh lah

sediakan pula sos taucu.
4) Panaskan kuali dan masukkan minyak.
5) Tumis bawang Holland, bawang putih, halia

sehingga naik bau
6) Bancuh taucu dengan sedikit air, tuang ke dalam

kuali dan biarkan mendidih . Kalau nak lebih
berkuah boleh lebihkan air.
7) Masukkan kicap, lada yang telah dihiris.
8) Perasakan dengan secubit gula dan garam yang
sihat . Awas jangan berlebihan kerana taucu dan
kicap sudah cukup rasa.
9) Jika tak nak letak garam dan gula pon digalakkan.
Masak sos taucu seketika saja. Angkat ikan dan
tuang sos taucu ini diatas ikan tadi.

17

PESANAN IKHLAS

Taucu dan kicap sifatnya meriah dengan sodium, sebab
rasanya yang masin akan tetapi bukan laa penyebab
untuk langsung TAK BOLEH MAKAN. Jangan
menzalimi badan untuk menikmati kegembiraan
semasa berdiet.

DISINI CEKGU SERTAKAN SEKALI JENIS TAUCU &
KICAP YANG DICADANGKAN

18

( kredit Ehsan : Gambar Google )

TALAPIA MASAK GULAI LEMAK

Hidangan Untuk 2 Orang makan
Bahan-bahan serta cara penyediaan diolah
sepenuhnya oleh Cekgu Jaja Ali mengikut cara

pemakanan sihat .

19

BAHAN – BAHAN

 1 ekor ikan tilapia merah / hitam saiz sederhana
dicuci bersih dan dilumur dengan secubit garam
sihat serta sedikit serbuk kunyit.

 1 batang serat dititik
 100 ml santan pekat segar. Jika ada yang nak

gantikan santan dengan susu segar atau susu
rendah lemak, sukatannya boleh letak sebanyak
200ml
 1 helai daun kunyit dihiris halus (optional sahaja)
 2 keping asam gelugur
 1 sudu kecil cili giling
 garam & gula secukup rasa. Jangan berlebihan,
bersederhana lah dalam rasa untuk kesihatan

BAHAN UNTUK DITUMBUK / KISAR
 3 Biji bawang merah kecil
 3 ulas bawang putih
 1 inci halia
 2 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN

1) Ikan dipanggang / bakar / air fryer terlebih dahulu
sehingga masak. Jika tak nak bakar dulu pon
tidak ada masalah, boleh letak terus dalam gulai
nanti. Tujuan bakar atau goreng dengan AF
terlebih dahulu adalah untuk rasa garing ikan
sahaja.

2) Panaskan periuk dan masukkan santan pekat
yang telah dibancuh dengan sedikit air anggaran
200 ke 300 ml.

3) Apabila santan mula menggelegak, masukkan cili
giling dan bahan yang ditumbuk serta serai.
Biarkan sehingga warna kuning dan naik bau.

4) Masukkan asam gelugur, garam & gula secukup
rasa. Masak sehingga santan pecah minyak.

5) Akhir sekali masukkan ikan yang telah siap
dibakar atau digoreng dengan AF tadi. Siap dan
boleh dihidang.

21

ANGGARAN KALORI

Untuk ikan tilapia yang bersaiz 100 gram portion per
individu, anggaran nilai kalorinya adalah sekitar 125

hingga 135 kalori sahaja.
Jika dimakan bersama 2 ke 3 sudu kuah masak lemak

ini, maka anggaran kasar nilai kalori masih tidak
melebihi 200kcal / hidangan lauk.

BOLEH KE ORANG NAK DIET MAKAN LAUK PAUK
YANG BERSANTAN ?

Semestinya BOLEH kerana santan bukan lah penyebab
KEGEMUKAN, malah santan juga TIDAK

BERKOLESTROL. Lemak yang ada dalam santan
bukan kategori lemak jahat, akan tetapi ianya adalah
sumber LEMAK tepu yang BAIK untuk badan manusia.
Pengambilan portion kuah santan YANG BERLEBIHAN

serta tidak aktif bersenam adalah PUNCA
KEGEMUKAN.

22

1/2 cup santan bersamaan dengan 112 gram
mempunyai kalori sebanyak 223 kcal secara anggaran

kasarnya. Jadi tidak dinafikan
SANTAN MEMANG TINGGI KALORI.
Akan tetapi bukan bermakna bila nak turun berat TAK
BOLEH MAKAN makanan-makanan yang bersantan,
rugilah! kerana khasiat santan sangat lah tinggi,
Cuma pengambilan dan portion ketika nak makan perlu

berpada-pada.



BAHAN – BAHAN

 1 ekor ikan bawal emas untuk portion 2 orang
makan. Nak guna ikan lain pon boleh.

 1 sudu besar minyak untuk menumis
 Gula & garam secukup rasa
 Bahan-bahan untuk dikisar :

 1 biji bawang merah besar, jika suka kuah
pekat boleh lebihkan bawang

 3 ulas bawang putih
 1 inci halia
 1 inci lengkuas
 1 inci kunyit hidup
 1 batang serai
 segenggam daun kesum
 2 ke 3 biji cili padi ( optional )
 2 sudu besar cili giling
 1 sudu kecil asam jawa atau lebih jika suka

masam, diramas dengan air.

25

CARA-CARA UNTUK MEMASAK

Untuk cara masak yang lebih terperinci sila klik
link u-tube ini

https://youtu.be/3GneCmnkfNI

Sekiranya kamu dapat akses ke video resepi ini, maka
kamu adalah pembeli yang SAH.

Dan jika sekiranya kamu dapat akses TANPA sebarang
pembelian, pastikan ianya dilaporkan kepada pihak
ACADEMY JAJA ALI

Keberkatan Ilmu Terletak Pada Bersihnya Sumber Ilmu
Itu Sendiri. Maka Peliharalah Hak Yang Telah
Diamanahkan Kepada Kamu.

26

CARA MUDAH NAK CEPAT MASAK

Saya pasti ramai diantara kita mengalami masalah
kekangan masa untuk menyediakan bekal dan
sebagainya.

Jadi disini saya sediakan sekali cara mudah dan sangat
cepat untuk siapkan masakan sihat dari rumah.
Sila klik link dibawah ini

https://youtu.be/pFZDDqvZvrw

Semoga tips ini bermanfaat dan memudahkan kamu
untuk mengamalkan pemakanan sihat walaupon dalam

keadaan yang sibuk bekerja.

27

( kredit Ehsan : Gambar Google )

KELI MASAK SAMBAL BERLADO

Hidangan Untuk 2 Orang makan
Bahan-bahan serta cara penyediaan diolah
sepenuhnya oleh Cekgu Jaja Ali mengikut cara

pemakanan sihat

28

BAHAN – BAHAN

 3 ekor ikan keli dibersih dan ditoskan
 2 biji bawang merah besar, dipotong / dimayang

bulat. Nak guna bawang Holland pon boleh.
 3-4 biji bawang merah kecil
 6-8 biji cili padi merah / hijau. Kalau nak campur

warna pon boleh tidak ada masalah.
 3 – 4 biji cili merah besar
 Sedikit serbuk kunyit
 Gula & garam secubit rasa
 1 sudu besar minyak

29

CARA PENYEDIAAN

 Cumur ikan dengan serbuk kunyit dan bakar /
panggang / goreng dengan air fryer

 Tumbuk kesemua bahan2 tadi dalam lesung.
kalau tak larat tumbuk, boleh jer nak kisar kasar.

 Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis
bahan-bahan yang siap ditumbuk.

 Masukkan garam & gula secubit rasa. Jangan
berlebihan biar berpada-pada saja.

 Masukkan ikan yang telah siap di bakar /
panggang / goreng dengan air fryer tadi.

 Gaul rata dan siap dihidang

ANGGARAN KALORI 1 HIDANGAN LAUK

seekor ikan keli dengan berat 100 gram mengandungi
kalori sebanyak 125 kcal sahaja. Jika dimasak dengan

hidangan sambal berlado ini anggaran keseluruhan
kalori masih dibawah 200 kcal untuk per individu.

Sesuai dimakan untuk diet sihat

30

( kredit Ehsan : Gambar Google )

SUP IKAN MERAH

Hidangan Untuk 3 Orang makan
Bahan-bahan serta cara penyediaan diolah
sepenuhnya oleh Cekgu Jaja Ali mengikut cara

pemakanan sihat

31

BAHAN – BAHAN

 3 keping ikan merah, nak guna ikan tenggiri atau
apa saja jenis ikan pon boleh, asalkan bukan ikan
buntal .

 1 sup bunjut ikan, jenama apa tak kisah. Saya
guna adabi jer *

 3 ulas bawang putih dimayang. Kalau nak ketuk
saje pon boleh, *

 4-5 ulas bawang merah dimayang *
 1 batang serai dititik
 2 kuntum bunga lawang *
 2 biji buah pelaga *
 3-4 biji cengkih *
 1 batang kayu manis dalam 2-3 cm *
 2 inci halia diketuk *
 1 biji tomato untuk hiasan ( optional )
 1 pokok daun sup dimayang kasar / halus
 1 sudu besar minyak untuk menumis

32

CARA PENYEDIAAN

 Basuh ikan dengan air asam jawa atau boleh juga
basuh dengan air perahan limau / lemon. Rendam
dan biarkan seketika

 Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis
bahan-bahan yang bertanda ( * ) tadi sehingga
naik bau wangi

 Masukkan air dalam 2 cawan, kalau suka kuah
lebih boleh masuk lebih. Tunggu hingga air
menggelegak baru boleh masukkan ikan.

 Masukkan garam secukup rasa tapi awas
berpada itu lebih baik dalam amalan pemakanan
sihat.

 Masak seketika hingga ikan merah tadi kelihatan
empuk dan masak, masukkan tomato

 Tutup api dan taburkan daun sup,
 Sedia untuk dihidang

33

PERKONGSIAN ILMU

IKAN KAYA DENGAN SUMBER NUTRISI

Dalam amalan pemakanan sihat, ikan antara sumber
yang banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Ini

kerana ikan mempunyai kandungan nutrisi yang sangat
tinggi. Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam
ikan sangat penting dalam proses pertumbuhan dan
pembesaran tubuh badan kita. Jadi jangan abaikan
sumber ikan dalam diet harian

34




Click to View FlipBook Version