The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssmktebobon123, 2020-10-11 07:43:12

Pergilah-Air-Mata

Pergilah-Air-Mata

Hanni Ramsul

prolog

RIUH-RENDAH suara tetamu
tidak mampu membuat dia turut
larut di dalam suasana meriah
majlis itu. Tiba-tiba bermacam-macam perasaan membalut
hatinya. Dalam gembira melihat senyum yang terukir di bibir
Sabrina, tidak dapat dinafikan hatinya cemburu. Cemburu
melihat wajah bahagia manusia di sebelah gadisnya itu.
Semua silapnya. Andainya dia memberi kesempatan pada
Sabrina, andainya dia memberi peluang pada Sabrina…
andainya dia tidak menghukum Sabrina secara melulu, pasti
Sabrina kini menjadi miliknya. Dia pernah memiliki gadis itu,
namun dia mensia-siakan peluang yang ada. Dia biarkan gadis
itu jauh daripadanya.
Tepukan gemuruh tiba-tiba membuat dia tersedar
daripada terus melayan perasaan.
Sabrina tidak lagi berada di pelamin. Kini gadis itu
tersenyum bahagia. Ceria menyertai para jemputan untuk
acara memotong kek. Memang wajar senyuman itu
menghiasi bibir Sabrina setelah sebegitu banyak kesedihan
yang terpaksa diharunginya.

1

Pergilah Air Mata

“Aku yang bodoh!”

Dia bermonolog sendiri. Lupa pada
persekitarannya.

“I juga silap menilai….”

Dia berpaling….

2

Hanni Ramsul

bab 1

TERKIAL-KIAL dia membimbit
beg pakaian yang bersaiz
sederhana besar mengekori
langkah laju lelaki yang mendahuluinya itu. Dalam rasa
canggung yang amat sangat, dia terpaksa mengikut lelaki itu.
Dia tidak ada pilihan. Kurang jelas di mana silapnya, namun
kesilapan itu ternyata membawanya ke dunia asing ini.
Badrul berhenti seketika di hadapan pintu utama
banglo yang tersergam indah itu. Tercegat di situ untuk
beberapa ketika sebelum berpaling memandang wajah
Sabrina.
Menanggapi renungan Badrul yang dingin,
membuat Sabrina kecut perut. Sudahnya, dia tunduk
memandang kakinya sendiri. Tidak sanggup dia membalas
renungan lelaki itu. Renungan yang penuh dengan kebencian.
Renungan yang penuh rasa tidak puas hati.
Perlahan-lahan Badrul menolak daun pintu,
melangkah masuk dengan perasaan yang berbelah bahagi.
Sebenarnya segunung rasa malu menghempap jiwanya saat

3

Pergilah Air Mata

ini. Malu untuk berdepan dengan ibu dan ayah. Malu dengan
apa yang telah menimpanya. Teringatkan peristiwa buruk
yang dilaluinya, dia menoleh lagi.

Dengan perasaan yang berbaur, dia merenung tajam
ke arah Sabrina yang masih tercegat di luar. Mematung di
hujung tangga bersama wajah mendungnya. Seperti biasa,
melihat wajah mendung itu, rasa geram pasti meluap-luap di
hatinya. “Hey! Masuklah! Apa lagi tercegat kat situ? Nak
tunggu aku dukung ke?”

Herdikan itu membuat Sabrina tersentak. Beg
pakaian terlepas di tangan. Rasa sebak menyerang jiwanya
tiba-tiba. Dengan begitu mudah, air mata bertamu lagi di
birai mata lalu mengalir laju membasahi pipinya.

Badrul membuang pandang. Itu ajalah yang dia
tahu! Menangis, menangis dan menangis. Naik muak dia
melihat air mata itu.

“Oh! Please… aku benci tengok air mata tu. Please
la!!!” bentak Badrul geram.

Segera Sabrina mengesat air mata yang membanjiri
pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. Melihat
wajah Badrul yang mencuka dan menyedari air mata sering
menitis di pipi, tiba-tiba dia terasa keseorangan di dunia ini.
Ya Allah… kenapa sehebat ini dugaan yang kau berikan
padaku? Tertanggungkah aku, Ya Allah? Sabrina mula
menghitung nasib.

“Masuk!”
Sekali lagi dia tersentak. Perlahan-lahan dia
beranikan diri menentang renungan Badrul yang tetap penuh
dengan kebencian. Beginikah caranya dia disambut di rumah
besar ini? Bukanlah sambutan meriah yang dia harapkan.
Tetapi, janganlah dia dilayan seburuk ini. Walau apa yang

4

Hanni Ramsul

berlaku, dia masih seorang manusia. Menyedari renungan
marah Badrul tidak mungkin berubah, dia kembali
menundukkan muka.

Perlahan-lahan dia mencapai beg pakaian yang
terlucut dari pegangan sebentar tadi. Perlahan-lahan juga dia
melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Datuk
Hamidi. Mengekori langkah Badrul. Kemudian dia cuma
terkebil-kebil melihat Badrul melangkah laju meninggalkannya
sendirian tercegat di tengah-tengah ruang tamu yang luas.
Tiada sesiapa di situ. Apa yang patut dia lakukan di sini? Ke
manakah harus dia aturkan langkah di dalam rumah yang
teramat asing padanya ini? Di mana semua orang? Benci
benar penghuni rumah ini padaku, hati Sabrina berdetik
sendu. Padahal apa yang berlaku bukan salahnya.

Bibir matanya kembali terasa panas. Hiba dengan
layanan keluarga kaya itu. Kehadirannya di situ seolah-olah
tidak dialu-alukan langsung. Ingin sahaja dia pergi dari situ.
Tetapi kakinya sudah terikat. Akad yang baru Badrul lafazkan
tadi, telah merantai langkahnya. Dia sudah terikat dengan
ikatan perkahwinan. Sama ada dia suka atau tidak, dia kini
isteri Badrul. Seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Air mata yang menitis disapu perlahan. Cuma itulah
yang mampu dia lakukan sejak seminggu lalu. Menangis,
menangis dan terus menangis.

“Sabrina. Kenapa tercegat kat situ?”
Suara itu membuat Sabrina sedikit tersentak. Ada
orang rupa-rupanya. Pipinya yang basah, disapu segera.
Datuk Hamidi tercegat di hadapannya. Dia cuba mengukir
senyum, namun gagal. Wajah serius Datuk Hamidi cukup
menakutkan. Segarit senyum pun tiada di wajah itu. Serius.
Menakutkan!

5

Pergilah Air Mata

“Datuk….” Sabrina bersuara gugup. Serba salah.
Dalam enggan, dia menghulurkan tangan. Tidak mahu
dianggap biadab sebenarnya. Dan tidak pula dia sangka,
Datuk Hamidi sudi menyambut huluran tangannya.

Tangan Datuk Hamidi dikucup perlahan. Walau
lelaki itu suka atau tidak, dia kini sudah menjadi menantunya.
Dia pula sama ada suka atau tidak, perlu menghormati Datuk
Hamidi sebagai mertuanya.

“Duduklah.”
Sabrina mematung. Matanya menatap wajah Datuk
Hamidi. Tidak menjangka Datuk Hamidi akan melayannya
sebaik ini.
Melihat wajah Sabrina yang jelas kelihatan serba
salah, Datuk Hamidi mengukir senyum.
Sabrina turut tersenyum. Membalas senyuman bapa
mertuanya dengan sekuntum senyuman yang cukup hambar.
Hatinya sedikit lega melihat senyuman Datuk Hamidi.
Sekurang-kurangnya masih ada insan yang sudi melayannya
seperti manusia.
Perlahan-lahan lelaki itu melabuhkan punggung ke
sofa. “Duduk, Sabrina.”
Bicara Datuk Hamidi kedengaran seperti arahan.
Sabrina mengangguk. Dia melabuhkan punggung
di hadapan lelaki separuh abad itu setelah lelaki itu tersandar
selesa di sofa. “Terima kasih, Datuk.”
Datuk Hamidi tersenyum nipis. Wajah Sabrina
ditatap agak lama. Jelas kelihatan mata Sabrina yang
bengkak. Pasti terlalu banyak menangis. Wajah itu nampak
cukup sugul. Langsung tiada seri pengantin. Mana datang
serinya kalau semua yang berlaku cuma dalam sekelip mata.

6

Hanni Ramsul

Dia mengeluh perlahan. Arang yang terconteng di muka,
rasanya masih berbekas. Malu sungguh dia dengan tingkah
anak sendiri. Siapa yang harus dipersalahkan? Badrul atau
Sabrina? Sudahnya, dia mengambil keputusan, abaikan siapa
yang salah dan siapa yang betul. Jalan paling selamat baginya,
satukan pasangan itu sebelum lebih banyak cerita tidak enak
diproses dek telinganya nanti. Pasti sakit telinganya mendengar
alunan irama sumbang tentang berita Badrul nanti.

“Sabrina dah menikah dengan Badrul. Bermakna
sekarang ni, Sabrina dah jadi menantu saya. Panggil saya
abah….”

Walau payah untuk dia akui semua itu, kenyataan
yang ada di hadapan mata tidak boleh dia pertikaikan. Badrul
sudah selamat melafazkan akadnya dan ini bermakna Sabrina
adalah menantunya. Dan orang yang bertanggungjawab
memberi arahan itu adalah dirinya sendiri.

Sabrina mendongak. Bagai tidak percaya mendengar
kata-kata yang baru keluar dari bibir Datuk Hamidi.
Bermimpikah dia? Ternyata masih ada insan yang sudi
menerimanya di sini. “Datuk tak marahkan saya?”

“Marah abah takkan dapat mengubah apa yang dah
berlaku.” Datuk Hamidi memberi jawapan yang cukup tegas.

Sabrina tunduk lagi. Dalam sekali maksud kata-kata
yang meniti di bibir Datuk Hamidi. Namun dia gagal
menebak erti sebenarnya.

“Badrul mana?”
Sabrina menggeleng. Manalah dia tahu. Masuk
sahaja ke rumah ini, Badrul terus menghilangkan diri.
Meninggalkannya terpacak sendirian di tengah-tengah ruang
tamu.
Perlahan-lahan mindanya kembali berfungsi. Baru

7

Pergilah Air Mata

dia sedar, tindakannya yang tidak membantah saat Datuk
Hamidi mengarahkan agar dia dan Badrul dikahwinkan,
adalah satu kesilapan. Tetapi dia memang tidak mampu
berbuat apa-apa saat itu. Dia benar-benar keseorangan. Dia
benar-benar takut. Dia benar-benar bingung dengan apa yang
berlaku. Ditambah pula dengan rasa terkejut yang amat
sangat serta rasa malu yang tidak bertepi, dia benar-benar
menjadi manusia bisu. Dia tidak mampu bersuara walaupun
untuk membela dirinya sendiri. Dia betul-betul menjadi
manusia yang amat lemah.

Saat itu Sabrina cuma terbayangkan wajah Ikmal
dan Maria. Namun, hingga ke akhirnya Maria dan Ikmal tidak
muncul di hadapannya. Tidak tahu apa puncanya. Mungkin
Ikmal dan Maria marah padanya. Marah kerana sekelip mata
dia menjadi seorang perempuan yang tiada maruah.

“Abah minta maaf. Abah tak dapat hadir majlis akad
nikah tadi. Ada emergency. Tapi, Pak Cik Syuib ada, kan?”

Kata-kata yang terlafaz dari bibir Datuk Hamidi,
sekali lagi membuat Sabrina terkejut. Begitu baik layanan
Datuk Hamidi. Ikhlaskah lelaki ini menerimanya sebagai
menantu? Lama dia menatap wajah tenang itu. Tenang,
namun penuh dengan ketegasan.

Sabrina mengukir senyum sambil mengangguk
perlahan, menjawab pertanyaan Datuk Hamidi. Padahal dia
sendiri tidak pasti yang mana satu Pak Cik Syuib yang Datuk
Hamidi maksudkan. Majlis akad nikahnya di masjid sebentar
tadi cuma dihadiri oleh beberapa orang yang langsung tidak
dia kenalinya. Barangkali teman rapat keluarga Badrul.
Barangkali saudara-mara Badrul. Sungguh. Dia tidak tahu.

“Jamilah!” Tiba-tiba Datuk Hamidi memanggil
seseorang.

8

Hanni Ramsul

“Ya, Datuk. Ada apa?”
Muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan.
Mungkin pembantu rumah besar itu.
Dia cuba mengukirkan senyuman untuk wanita itu.
Namun wanita yang dipanggil Jamilah itu cuma membuang
pandang. Senyumnya dibiarkan sepi. Langsung tidak berbalas.
Datuk Hamidi menoleh. “Tolong panggilkan Badrul.
Cakap dengan dia, saya ada hal nak bincang dengan dia.”
“Baik, Datuk. Errr… itu pun Encik Badrul, Datuk.”
Badrul yang sedang melangkah longlai, berhenti
tatkala mendengar namanya disebut.
Sabrina turut memandang ke arah lelaki itu.
Badrul sudah berganti pakaian. Baju Melayu yang
melekat di badan sebentar tadi, sudah berganti dengan
kemeja T dan seluar jean.
“Bad, ke mari. Abah nak cakap sikit.”
Dengan wajah mencuka, Badrul melangkah
mendekati bapa dan isterinya.
“Duduk.”
Badrul menurut. Perlahan-lahan dia melabuhkan
pungung ke sofa. Sempat berlaga pandangan dengan Sabrina.
Namun jelingannya yang tajam membuat Sabrina tertunduk
lagi.
“Saya pergi dulu, Datuk.” Jamilah bersuara sambil
melangkah mahu meninggalkan kumpulan manusia yang
kelihatan serba canggung itu.
“Tunggu! Tolong simpan beg pakaian Sabrina ni.”
“Tak apa, Datuk. Tak payah susah-susah, kak. Nanti
saya bawa sendiri.” Sabrina bersuara.

9

Pergilah Air Mata

Jamilah kelihatan serba salah.
“Bawa beg pakaian dia!” Tegas suara Datuk Hamidi,
terus mengunci mulut Sabrina.
Jamilah menggaru-garu kepala.
“Ke mana, Datuk?” soal Jamilah lambat-lambat.
Tidak tahu ke mana harus dibawa beg pakaian itu.
Datuk Hamidi merenung tajam wajah pembantu
rumahnya itu. “Ke mana lagi, bilik suami dialah!”
“No way! Dah kurang bilik ke kat rumah ni, abah?
I’m not going to share my room with this woman. No!
Never!” bantah Badrul dengan suara sedikit tinggi. Tidak
berpuas hati dengan keputusan bapanya.
Sabrina semakin menunduk. Pedih! Hatinya terhiris
lagi mendengar kata-kata Badrul. Sedaya upaya dia menahan
air mata supaya jangan menitis lagi.
Jamilah pula terkedu bersama beg pakaian Sabrina
di tangannya. Sekarang, arahan siapa yang perlu dia ikut?
Empunya banglo atau empunya bilik?
“Bawa beg tu ke bilik Badrul!” Datuk Hamidi
bersuara tanpa mempedulikan kata-kata Badrul.
Jamilah akur. Terus melangkah laju meninggalkan
ruang tamu.
“Abah…”
“Diam!” Datuk Hamidi bersuara sebelum sempat
Badrul menghabiskan bicaranya.
Badrul terdiam. Tidak berani melawan walaupun
ada rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa. Dan, semua
rasa tidak puas hati itu berpunca daripada Sabrina!
“Sabrina.”

10

Hanni Ramsul

Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah bapa
mertuanya, menanti kata-kata yang bakal diluahkan.

“Sabrina dah jadi sebahagian daripada keluarga ni.
Kamu akan tinggal kat sini. Buatlah seperti rumah kamu
sendiri. Cuma satu yang abah minta, jaga maruah sebagai
isteri Badrul.”

Sabrina diam. Apa maksud kata-kata Datuk Hamidi?
“Well… Sabrina… Badrul… abah tak tahu apa yang
berlaku antara kamu sebelum ni. Tapi, bila perkara macam ni
dah berlaku, kita dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Nasi
dah jadi bubur. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya.
Kamu berdua pun dah menikah. Cuma satu yang abah minta,
Sabrina… sebagai menantu, kamu bertanggungjawab
menjaga maruah keluarga ni. Jangan sampai terconteng
arang sekali lagi di wajah abah dan mama. Abah harap kamu
faham. Dan, kamu juga Badrul.”
Sabrina bungkam. Bicara Datuk Hamidi seakan
meletakkan segala kesalahan di bahunya seorang. Ini tidak
adil. “Saya tak bersalah dalam hal ni, Datuk.”
Akhirnya Sabrina bersuara membela diri. Akhirnya
keberanian itu muncul juga. Namun rasanya sudah sedikit
terlewat.
“Kau tak salah? Kalau kau tak salah, siapa yang
salah? Aku? Kau nak cakap aku yang salah? Siapa yang masuk
bilik siapa? Kau yang masuk bilik aku, tapi, aku yang salah?
Macam tu?” Cepat-cepat Badrul membalas kata-kata Sabrina
dengan nada marah. Memang marahnya pada Sabrina masih
belum hilang. Rasanya memang tidak akan hilang. Kerana
gadis itu, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Statusnya
turut berubah tiba-tiba. Tiba-tiba dia terpaksa menjadi suami
kepada gadis yang langsung tidak dikenalinya.

11

Pergilah Air Mata

“Saya tak cakap awak salah. Tapi, betul… ni bukan
salah saya. Ini satu salah faham!”

Badrul tergelak sinis. “Salah faham? Sekarang baru
kau nak cakap semua ni salah faham? Kenapa tak cakap
sebelum kita dinikahkan? Apa sebenarnya rancangan kau,
hah?”

Herdikan Badrul membuatkan Sabrina tersentak.
Walau cuba ditahan, kali ini air matanya tetap mengalir lagi.

Melihat air mata itu, Badrul membuang pandang.
Menyampah!

“Sudah! Cukup! Jangan nak salahkan satu sama
lain. Benda dah jadi. Apa yang berlaku, jadikan pengajaran.
Kita hidup sebagai orang Islam, ada batasan dalam perlakuan.
Bila dah melampaui batasan yang ditetapkan, nilah akibatnya.
Sekarang ni, apa yang lebih penting, Badrul… cuba jadi
seorang suami yang baik. Sabrina, cuba jadi seorang isteri
dan menantu yang baik. Itu aja yang abah harapkan.”

Sabrina menahan nafas. Ternyata Datuk Hamidi
pun sama dengan yang lain. Menganggap dia yang bersalah di
dalam hal ini. Rasanya adalah satu perbuatan yang sia-sia
untuk dia menceritakan tentang kebenaran pada insan-insan
yang tidak mahu mempercayainya. Nampaknya dia terpaksa
menanggung rasa malu ini buat selama-lamanya. Sekelip
mata dia berubah menjadi wanita yang tidak bermaruah di
mata semua orang. Bagaimana cara untuk dia bersihkan
kembali namanya yang sudah tercemar ini? Dia buntu. Dan,
sedihnya menerima tuduhan di atas perkara yang tidak dia
lakukan itu. Menyakitkan!

“Bad, bawa Sabrina masuk. Barangkali dia nak
berehat. And, please… jangan bergaduh. Kamu berdua kena
bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing.”

12

Hanni Ramsul

“It wasn’t me, abah. Saya tak tahu-menahu semua
ni. Saya tak tahu macam mana perempuan ni boleh berada
dalam bilik saya.”

“Dia isteri kamu sekarang. Ingat tu! Sudah. Abah
tak nak dengar apa-apa lagi. Bawa dia masuk.” Mudah saja
jawapan yang meluncur dari bibir Datuk Hamidi.

Badrul mengeluh keras.
Datuk Hamidi mengangkat punggung. Bergerak
meninggalkan Badrul dan Sabrina.
Sekali lagi Badrul menghadiahkan satu jelingan
benci buat Sabrina.
Sabrina tunduk merenung lantai.
“Kak Milah! Kak Milah! Ke sini kejap!” Badrul
bersuara. Agak keras suaranya. Sengaja ingin melampiaskan
rasa geram yang terbuku di hati.
Terkocoh-kocoh Jamilah datang setelah namanya
dipanggil bertalu. “Ada apa, Encik Badrul?”
“Bawa perempuan ni ke bilik saya!” Badrul memberi
arahan dengan suara dingin.
Sabrina angkat muka. Perempuan ni? Sungguh
hatinya tergores dengan bahasa Badrul. Tidak pernah dia
menerima layanan seburuk ini. Tidak pernah dia dilayan
serendah ini. Air mata yang laju mengalir, dibiarkan saja.
“Baik, encik.” Jamilah menjawab sambil
menganggukkan kepala.
Badrul berlalu tanpa banyak bicara.
“Jomlah. Sebab awak, tak pasal-pasal saya kena
tengking. Tak pernah orang dalam rumah ni bercakap kasar
macam tu pada saya tau!” Jamilah mula membebel dengan
wajah yang kelat.

13

Pergilah Air Mata
Sabrina angkat punggung. Malas untuk bersuara.
Nampaknya semua orang di dalam rumah ini memang tidak
senang dengan kehadirannya. Kepalanya mula berfikir
kemungkinan demi kemungkinan yang meresahkan.
Bagaimana dia hendak menyesuaikan diri di tengah-tengah
kebencian penghuni banglo ini?

14

Hanni Ramsul

bab 2

BADRUL menolak pinggan.
Seleranya hilang entah ke
mana.
Datin Hamidah memandang nasi di pinggan
anaknya yang cuma sedikit sahaja berusik. Kemudian dia
memandang pula wajah anak tunggalnya yang masam
mencuka. Sejak pulang dari Cherating, wajah itu tidak
pernah manis. Wajah kelat itu membuat hatinya sedikit risau.
“Kenapa sikit sangat makan tu?” soalnya lembut.
Badrul tersenyum tawar. “Saya tak lapar, mama.”
Datin Hamidah menggeleng perlahan. Bertambah
risau dengan keadaan Badrul. Terlalu banyak perubahan
anaknya itu. “Mama tengok kebelakangan ni, sikit sangat
kamu makan. Makanlah… nanti sakit.”
“Tak ada selera.” Pendek jawapan yang meluncur
keluar dari bibir Badrul.
Jawapan yang membuat Datin Hamidah mengeluh
panjang.

15

Pergilah Air Mata

“Sabrina dah makan? Kenapa tak ajak dia sekali?”
Datuk Hamidi bersuara tiba-tiba, membuat muncung Badrul
semakin panjang dan suapan Datin Hamidah terhenti tiba-
tiba.

“Abah, boleh tak jangan sebut nama budak tu depan
mama? Menyampah mama dengar. Nasib baik dia tak ada.
Kalau tak, dengan mama sekali hilang selera makan tau!”

“Tak baik cakap macam tu. Apa pun, dia sekarang
dah jadi menantu kita. Dah dekat seminggu dia kat sini, tak
pernah sekali pun nampak dia turun makan dengan kita.
Kamu pun Bad, sepatutnya cuba berbaik-baik. Jangan buat
Sabrina tu rasa terasing dalam rumah ni.”

Badrul membuang pandang. Geram pula dia
mendengar kata-kata nasihat itu. Bagaimana mungkin dia
boleh berbaik dengan Sabrina. Melihat wajah itu pun,
bencinya membuak-buak. Geramnya tidak pernah bertepi.
Marahnya juga menjadi semakin marak.

“Pergi panggil dia turun makan!”
“Amboi… puteri raja ke perempuan tu? Sampai nak
makan kena berjemput segala?” Sedikit lantang suara Datin
Hamidah. Geram melihat layanan suaminya pada menantu
yang langsung tidak dikenalinya itu. Manusia asing yang tiba-
tiba muncul dengan status menantu. Sakit hatinya setiap kali
teringatkan insiden memalukan yang membawa seorang
perempuan bernama Sabrina ke dalam rumahnya ini.
“Apa dia buat kat atas tu, Bad?” Datuk Hamidi
bertanya lagi. Soalan sinis isterinya dibiarkan sepi.
“Apa lagi? Termenunglah! Lepas termenung,
menangis. Lepas menangis, termenung. Bosan Bad tengok.
Menyampah! Dah tak ada kerja lain agaknya!”
Datuk Hamidi menggeleng perlahan. Sama lancang

16

Hanni Ramsul

bicara isteri dan anaknya itu. “Cuba kamu selidik, kenapa dia
jadi macam tu?”

“Saya malaslah abah. Kalau ikutkan hati, memang
saya takkan kahwin dengan dia. Nak naik mahkamah pun
saya tak kisah. Nak kena bayar denda pun saya tak kisah.
Sebab saya tahu, saya memang tak bersalah langsung. Tapi,
abah beria-ia paksa kami kahwin. Abah yang nak sangat
perempuan yang tak tahu datang dari ceruk mana tu jadi
menantu abah!”

“Senang aja kamu cakap, ya? Kamu ingat abah suka
dengan semua ni? Abah tak suka langsung! Cuma, abah tak
nak perkara macam ni berpanjangan. Banyak yang tak elok
daripada yang elok. Elok-elok tak ada sesiapa yang tahu, nanti
satu Malaysia boleh tahu. Kalau dah terpampang kat surat
khabar, masa tu mana kamu nak sorok muka kamu tu? Kalau
kamu tak tahu malu, ni… muka abah dengan mama macam
mana? Nak letak kat mana muka kami ni? Ada kamu fikir
semua tu?”

Badrul tunduk. Diam. Tidak mahu membalas kata-
kata itu. Bimbang hanya akan membangkitkan amarah
bapanya. Tidak elok untuk kesihatan bapanya. Perlahan-lahan
Badrul angkat punggung.

“Nak ke mana tu?”
Badrul mengeluh perlahan, memandang wajah
Datuk Hamidi. “Ke depan.”
“Pergi ajak Sabrina makan dulu. Lama-lama tak
makan, sakit pula budak tu nanti!” Tegas arahan yang keluar
dari bibir Datuk Hamidi.
Badrul mengeluh keras.
“Abah ni… biarkanlah budak tu. Nak manjakan
sangat buat apa? Nanti dipijaknya kepala kita. Kalau dia lapar,

17

Pergilah Air Mata

pandailah dia cari sendiri. Tak payah nak pujuk-pujuk, nak
suruh-suruh!” Datin Hamidah menyampuk.

“Betul cakap mama tu.”
“Abah kata pergi, pergilah!”
Badrul membuang pandang. Dengan muka
mencuka, dia bergerak meninggalkan ruang makan.
“Peliklah abah ni. Kenapa nak bela sangat
perempuan tu?”
Datuk Hamidi memadang wajah isterinya. Muncung
pun sudah sama panjang dengan muncung Badrul. “Suka
atau tak, dia sekarang dah jadi menantu kita, mama….”
“Mama memang tak akan suka dia, abah. Kita tak
kenal langsung siapa dia tu. Siapa keluarganya, asal usul
keturunannya, niatnya. Semuanya buat mama takut. Abah
tahu tak?”
“Nak takutkan apa?”
“Yalah… manalah tahu… entah-entah dia sengaja
perangkap anak kita tu. Orang zaman sekarang, macam-
macam akalnya kalau nak hidup mewah. Nakkan harta orang.
Tapi, yang paling mama takut, keturunannya abah. Kita tak
tahu langsung! Takkan kita nak menantu daripada keturunan
yang tak baik? Minta dijauhkan!”
Datuk Hamidi mengeluh perlahan. “Cuba jangan
fikir yang buruk-buruk.”
“Kalau dah kena tangkap basah, memang dah tak
ada yang baiknya. Orang baik-baik takkan masuk dalam bilik
lelaki yang bukan muhrimnya, senang-senang macam tu
saja.”
“Abah tak nak tuduh Sabrina aja. Mungkin anak
kita pun salah juga. Apa pun, sekarang ni semuanya dah

18

Hanni Ramsul

berlaku. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Sabrina pun dah
menikah dengan Badrul. Kita terimalah semua ni seadanya.
Abah tengok, Sabrina tu pun macam budak baik.”

Datin Hamidah mencebik. Sudu dan garpu
diletakkan di atas pinggan. Selera makannya hilang sudah.

“Budak baik tak masuk bilik lelaki sesuka hati abah
oiii!” Datin Hamidah bersuara geram sambil angkat
punggung.

“Nak ke mana pula tu?”
“Tiba-tiba mama kenyang bila asyik bercakap pasal
menantu abah tu!”
“Midah… kita ni orang tua. Sepatutnya biarlah kita
yang bertindak mengikut akal. Kalau dah awak ikut
perasaan… Badrul pun ikut perasaan… apa akan jadi pada
dia nanti? Mama sepatutnya pujuk Badrul supaya terima
kenyataan. Terima tanggungjawab. Bukan api-apikan dia
macam ni!”
“Bila masa pula mama api-apikan Badrul?”
“Mama sokong semua perbuatan dia. Mama yakan
semua tindakan dia. Itu sebabnya dia jadi macam tu!”
“Mama buat macam tu, sebab mama pun tak boleh
terima perempuan tu jadi menantu mama. Mama tak suka
langsung!”
Datuk Hamidi mengeluh perlahan. Susah bercakap
dengan orang degil. Sudahnya, pinggannya turut ditolak ke
tepi. Emosi turut sama membantutkan seleranya. “Jamilah!”
“Ya, Datuk! Ada apa?”
Datuk Hamidi menoleh ke arah Jamilah yang sudah
tercegat di belakangnya. “Kemaskan!”
“Baik, Datuk.”

19

Pergilah Air Mata

Datuk Hamidi angkat punggung. “Dan, satu lagi…
tolong hantar makanan untuk Sabrina.”

Jamilah mengangguk laju.
Datuk Hamidi bergerak meninggalkan meja makan.
“Errr… Datuk.”
Datuk Hamidi menoleh.
“Nak hantar ke bilik Encik Badrul ke?” Teragak-
agak soalan itu meniti di bibir Jamilah.
“Dah tu, nak hantar ke mana lagi?”
Jamilah menggaru kepala.
“Kenapa? Ada masalah ke?”
Jamilah tersenyum kelat.
“Jangan mengada-ada bawa masuk makanan ke
dalam bilik saya. Saya tak suka. Kalau dia nak makan, turun
ke bawah. Bukan kat sini!”
Amaran Badrul bagai melekat di telinganya. Ngeri
melihat wajah Badrul yang merah menyala menahan marah.
“Jamilah?”
Jamilah tersentak.
“Awak ada masalah ke dengan arahan saya tu?”
“Tak. Tak ada Datuk. Nanti saya hantar makanan
untuk Puan Sabrina.”
Datuk Hamidi mengangguk perlahan sambil
berlalu.

AIR MATA yang hampir kering di pipi disapu lagi. Hiba di
hatinya bagai tidak mahu berlalu pergi. Bertalu-talu soalan

20

Hanni Ramsul

yang sama menghimpit dirinya. Mengapa mesti dia? Mengapa
semua ini mesti berlaku padanya? Hampir seminggu dia berada
di sini. Semuanya serba tidak kena padanya. Teringatkan
perkahwinannya, dia jadi sayu. Teringatkan Badrul, dia jadi
kecut. Teringatkan Ikmal dan Maria, dia jadi hiba. Rasa
pedih mendengar kata-kata Ikmal juga masih belum hilang
menghiris hatinya.

“Dah lama Ina sembunyikan semua ni daripada
abang, ya?”

“Ina tak tahu apa-apa, bang. Abang datanglah…
tolong Ina. Ina tak salah bang….”

“Untuk apa abang ke sana? Tengok Ina kahwin
dengan lelaki tu? Sampai hati Ina….”

“Ina takut. Ina takut, bang. Tolonglah Ina. Ina tak
nak lalui semua ni!”

“Sekarang baru Ina nak takut? Masa Ina duduk
dalam bilik dengan lelaki tu, Ina tak takut? Dah lama Ina buat
kerja macam ni, ya?”

“Abang… janganlah cakap macam tu. Sumpah! Ina
tak kenal dia. Ina tak tahu macam mana dia boleh ada kat
dalam bilik tu.”

“Entahlah, Ina… hancur hati abang bila Ina buat
macam ni. Ina curang pada abang. Apa salah abang pada Ina?
Kurang lagi ke kasih sayang yang abang beri pada Ina?”

“Tak. Ina sayang abang. Ina tak pernah curang pada
abang. Abang datanglah tolong Ina. Ina takut bang. Ina
sorang-sorang kat sini.”

“Kekasih Inakan ada. Anak Datuk, kan? Jauh lebih
baik daripada abang. Patutlah sanggup ikut sampai ke bilik.”

Perlahan-lahan dia pejamkan mata. Pedihnya kata-

21

Pergilah Air Mata

kata Ikmal. Rayuannya langsung tidak berbekas di hati lelaki
itu. Sehingga dia diijabkabulkan, Ikmal langsung tidak
muncul. Ikmal tidak percaya padanya. Ikmal sama saja
dengan manusia di sekelilingnya sekarang. Maria juga tidak
muncul pada saat dia amat memerlukan seorang teman di
sisi. Dia betul-betul keseorangan. Bagaimana dia akan
menempuh segala ranjau ini sendirian? Kuatkah dia?

“Bila kau nak berhenti menangis, ya?”
Sabrina tersentak. Air mata yang kembali bertamu,
diseka segera.
“Maaf. Saya tak sengaja….” Gugup suaranya sambil
menunduk. Tidak berani angkat muka. Wajah berang Badrul
sering membuat hatinya kecut.
“Kenapa tak turun makan?”
Soalan Badrul yang dingin menyentuh gegendang
telinganya. Perlahan-lahan dia beranikan diri mengangkat
muka, menatap wajah Badrul yang tidak berperasaan. “Saya
tak lapar….”
“Lapar ke, tak lapar ke… kalau dah waktu makan,
turun makan. Aku penat dengar abah aku menceceh pasal
kau. So, lepas ni, please… jangan kusutkan lagi kepala otak
aku yang memang dah kusut ni. Aku tak ada masa nak dengar
abah bising pasal kau… pasal aku. Betul-betul tak ada masa!”
“Saya minta maaf. Saya tak berniat nak menyusahkan
awak.”
“Tak payah minta maaf. Maaf kau tu tak boleh ubah
apa-apa pun!”
Sabrina bergerak meninggalkan jendela. Melangkah
perlahan mendekati Badrul. Memerhati Badrul yang sedang
bersiap.

22

Hanni Ramsul

“Awak….” Perlahan dia bersuara.
Badrul yang leka menyikat rambut, berpaling.
“Kenapa?”
“Saya… saya nak cakap sikit, boleh?”
“Aku ada hal. Nak keluar!”
“Tapi….”
“Aku ada hal. Lagipun aku tak boleh duduk dalam
bilik ni lama-lama. Panas!” Badrul bersuara sedikit keras.
Sabrina diam seketika. Namun dia perlu bersuara
juga. “Saya cuma nak…”
Badrul berpaling. Menatap tajam wajah Sabrina,
membuatkan Sabrina terus kelu. “Kau ni tak faham bahasa
ke? Aku cakap, aku tak ada masa. Lagipun aku memang tak
ada perasaan nak bercakap dengan kau. Tak ada perasaan.
Kau tahu tak?”
Sabrina tertunduk mendengar bicara itu. Sekali lagi
hatinya dihiris pedih. Hinanya dia di mata Badrul.
“Kalau benda yang kau nak cakap tu penting sangat,
tulis. Letak kat meja aku. Nanti aku baca.”
Sabrina angkat muka. Sampai begitu sekali layanan
Badrul padanya? Bercakap dengannya pun Badrul tidak sudi.
Perlahan-lahan dia duduk di birai katil.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.
“Siapa?” Agak lantang Badrul bertanya.
“Saya, Encik Badrul.”
“Masuk!”
Pintu terbuka.
Serentak Badrul dan Sabrina memandang ke arah
pintu.

23

Pergilah Air Mata

“Saya minta maaf Encik Badrul. Saya tahu Encik
Badrul tak bagi, tapi, Datuk yang suruh.” Cepat-cepat Jamilah
membuat penjelasan sebelum sempat Badrul membuka
mulut.

Badrul membuang pandang. Malas dia hendak
bercakap banyak. Pantas dia mencapai kunci kereta dan
bergerak meninggalkan Jamilah yang termangu-mangu
memegang dulang di muka pintu.

Sabrina juga terkebil-kebil memandang Badrul
yang berlalu begitu sahaja. Seketika kemudian dia
mengalihkan pandangan pada Jamilah. Serba salah berdepan
dengan Jamilah.

“Kenapa Kak Milah bawa makanan ke sini? Kan
Encik Badrul dah marah semalam.” Sabrina bersuara risau.

“Kalau ikutkan saya, memang saya tak nak hantar
pun. Datuk yang suruh.”

Sinis sungguh kata-kata yang meniti di bibir
Jamilah.

Sabrina diam. Dia tahu, Jamilah juga tidak pernah
senang dengan kewujudannya di sini.

Jamilah melangkah masuk. Perlahan-lahan
meletakkan dulang di atas meja kecil yang tersedia di sebelah
sofa.

“Kak Milah….”
Jamilah menoleh.
“Saya minta maaf. Saya dah menyusahkan Kak
Milah.”
“Tahu tak apa!” Cukup selamba Jamilah membalas.
Sabrina terdiam lagi. Sungguh. Kelu lidahnya
untuk terus berdepan dengan kelancangan mulut penghuni

24

Hanni Ramsul

banglo ini. “Kak Milah marah saya ke? Sebab saya, Kak Milah
selalu kena marah.”

“Dah nasib orang gaji, nak buat macam mana?
Terima ajalah!” Sekali lagi Jamilah bersuara dengan nada
yang cukup sinis.

Jamilah menyindirnya. Sabrina cukup tahu itu.
“Saya betul-betul minta maaf, Kak Milah.”

“Hmmm….”
Sabrina memandang wajah Jamilah yang kelat.
“Makanlah. Saya tengok dah seminggu awak tak
makan. Nanti kalau sakit, susah.”
Sabrina tersenyum kecil. “Nanti saya makan.
Terima kasih, Kak Milah.”
“Hmmm… kalau dah sudah, panggil saya. Saya
kemaskan semua.”
“Tak apalah. Nanti saya sendiri akan hantar ke
dapur.” Sabrina bersuara.
Jamilah mengeluh pendek. “Suka hatilah!”
Sabrina tidak menjawab lagi. Cuma memandang
Jamilah melangkah keluar dari biliknya. Sebaik Jamilah
pergi, dia mengeluh panjang. Memerhati sekeliling bilik yang
besar itu. Terasing sendirian di dunia yang tidak pernah
menjadi impiannya. Perlahan-lahan dia angkat punggung dan
bergerak ke meja kerja Badrul. Dia duduk seketika di kerusi
sambil melihat meja yang tersusun kemas. Hampir seminggu
dia cuba bercakap dengan Badrul, namun lelaki itu langsung
tidak memberinya peluang. Sekarang, perlu berinteraksi
menggunakan pen dan kertas pula. Entah sampai bila dia
sanggup melalui semua ini.
Perlahan-lahan dia mencapai pen sambil mencari

25

Pergilah Air Mata
kertas. Ingin menulis nota untuk suaminya seperti yang
dicadangkan.

Tatkala menulis, terlintas di kepala, bagaimana pula
Badrul akan membalas setiap notanya nanti. Akan berutus
suratkah mereka di dalam bilik itu?

Sekali lagi dia mengeluh lemah. Nota yang sudah
siap ditulis, diselitkan di bawah bekas pen. Dia kemudian
bergerak semula ke jendela. Menyambung menungannya.
Melayan perasaannya.

26

Hanni Ramsul

bab 3

“INA tak tahu apa-apa, bang.
Abang datanglah. Tolonglah
Ina… Ina tak salah….”
“Ina takut. Ina takut, bang. Tolonglah Ina. Ina tak
nak lalui semua ni!”
“Tak. Ina sayang abang. Ina tak pernah curang pada
abang. Abang datanglah tolong Ina. Ina takut bang. Ina
sorang-sorang kat sini.”
Hiba di hati mendengar rintihan itu. Terlalu hiba.
Saat itu terbayang di matanya esakan Sabrina yang tidak
berhenti. Terbayang di matanya pipi Sabrina yang lencun
dengan air mata. Simpatinya membukit. Mana pernah dia
membiarkan walau setitis pun air mata gadis itu gugur. Dia
terlalu sayangkan gadis manja yang amat sensitif itu. Dia
sanggup lakukan apa saja untuk menghapuskan air mata
yang membasahi pipi Sabrina. Apa saja!
Dia selalu menjadi orang pertama yang akan hadir
di sisi Sabrina setiap kali hati gadis itu dilanda rawan.
Menjadi orang pertama yang datang memujuk. Tetapi, itu

27

Pergilah Air Mata

dulu. Entah kenapa, kali ini hatinya menjadi sekeras batu.
Walau segunung simpati yang bertandang, hatinya berat
untuk memujuk. Walau selaut hiba yang datang, tiada kocak
sendu datang memujuk amarahnya.

Dia tersenyum sinis. Bagaimana mungkin dia bisa
memujuk Sabrina, padahal hatinya sendiri remuk
diperlakukan gadis itu. Sampai hati Sabrina. Teringatkan apa
yang berlaku pada Sabrina, cepat sahaja simpatinya bertukar
menjadi benci. Cepat juga simpatinya bertukar menjadi
marah.

Ketukan di pintu membuat dia tersentak. Cepat-
cepat dia berpaling.

Maria muncul bersama senyum yang mekar di bibir.
“Sorry! Lambat sikit. Ada discussion dengan bos.”

Ikmal tersenyum tawar. Perlahan dia menjongket
bahu, isyarat dia tidak kisah menunggu lama.

Maria melangkah longlai ke mejanya. Melabuhkan
punggung sambil memandang wajah Ikmal yang kelihatan
teramat sugul. “Lama kau tunggu aku?”

Ikmal memandang jam di pergelangan tangan.
“Lima belas minit.”

“Sorry ya. Biasalah… kalau jadi bidan terjun ni.
Banyak benda yang nak kena review. Banyak benda yang nak
kena refer semula. So, nak lunch kat mana?”

Ikmal tersenyum hambar sambil menjongket bahu.
Bukannya dia berselera untuk menyentuh makanan pun saat
ini. Dia ke sini pun sebab rindukan Sabrina. Ingin melihat
ruang kerja yang menjadi tempat gadis kesayangannya itu.
Ingin merasai kehadiran Sabrina di situ.

Ikmal memandang wajah Maria. Dahulu, di kerusi

28

Hanni Ramsul

itu, dia akan nampak senyum manja Sabrina. Dia akan
nampak celoteh riang Sabrina. Kini, kerusi itu berganti tuan.
Maria yang menggantikan tempat gadis kesayangannya itu.

“Mal.…”
Ikmal tersentak lagi. Sekali lagi dia dibawa jauh dek
ingatannya pada Sabrina. Pada kekasih hati yang sudah
bergelar isteri orang. Pada kekasih hati yang tega meletakkan
nama lelaki lain di sebelah namanya. Menyediakan satu ruang
untuk lelaki lain di hatinya.
“Lupakanlah, Mal….”
Ikmal tersenyum pahit. Mudahnya bibir Maria
berkata-kata. Namun, hatinya tidak semudah itu untuk
memadam nama Sabrina. Fikirannya tidak semudah itu
untuk membuang kenangan bersama Sabrina. Walau sesakit
mana keperitan yang Sabrina hadiahkan kepadanya, di
hatinya masih terukir nama itu.
“Bukan aku tak cuba, Mar… tapi, susah sangat. Aku
sayang sangat pada dia. Tapi, dia… sanggup dia buat macam
ni kat aku!” ujarnya lirih.
“Aku faham perasaan kau, Mal. Tapi, kau tak boleh
berterusan begini. Sampai bila kau nak bersedih macam ni?”
Ikmal mengeluh panjang. “Kau tak faham, Mar.
Tujuh tahun aku dengan dia. Tujuh tahun. Macam mana aku
nak lupakan semua kenangan selama tujuh tahun tu?”
Maria mengeluh perlahan. “Kau jangan lupa Mal.
Kalau tujuh tahun dia jadi kekasih kau, bermakna tujuh
tahun juga dia jadi kawan aku. Kau ingat aku tak sedih bila
benda macam ni berlaku?”
Ikmal diam sambil otaknya mencerna kata-kata
Maria. Ya, kata-kata Maria itu ada benarnya. Mereka memang

29

Pergilah Air Mata

kenal sejak masing-masing menjejakkan kaki di menara
gading.

Sambil bersandar, Ikmal memandang wajah Maria.
Wajah itu dikenalinya lebih lama daripada dia mengenali
Sabrina. Mereka bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi.

“Macam manalah dia sekarang? Aku risau kalau-
kalau dia tak dapat nak hadapi semua ni sendirian. Ina tu
lemah semangat orangnya. Lagipun dia tu jenis yang cepat
mengalah.” Ikmal bersuara tiba-tiba.

Ikmal membetulkan duduknya. Mengenangkan
Sabrina, hatinya gundah. Mengingati Sabrina, jiwanya resah.
Sabrina tidak kuat melawan dugaan. Gadis itu terlalu mudah
berserah, lebih senang membiarkan diri larut dalam tangisan.
Pasti Sabrina hanya akan membiarkan air mata yang bertamu
di bibir mata. Dia terlalu kenal Sabrina. Tunjang yang
memberi gadis itu kekuatan, cuma dia dan Maria. Tanpa dia
dan Maria, bagaimana Sabrina akan menghadapi segala-
galanya sendirian? Dia di dunia ini pun, cuma sendirian.
Sabrina tidak mempunyai sesiapa untuk menjadi dahan
tempat dia berpaut.

“Nak risau apa?” balas Maria perlahan.
Ikmal membisu lagi. Betul juga, apa yang hendak
dia risaukan?
“Dia ada telefon kau?” Meniti satu soalan yang
terlalu kontra dengan apa yang dibicarakan oleh hatinya. Dia
tetap risau.
Maria menggeleng.
“Sebelum dia nikah, dia ada telefon kau?” soal
Ikmal lagi. Satu soalan yang amat menyakitkan untuk
diajukan.

30

Hanni Ramsul

“Sekali. Tapi, masa tu aku kat kampung. Tak boleh
nak cakap lama masa tu.”

“Kau rasa betul ke cakap dia?”
“Maksud kau?”
“Ina cakap dia tak bersalah. Dia tak kenal lelaki tu.”
Maria tunduk seketika sebelum perlahan
mengangkat muka.
“Mungkin dia benar….” Ikmal bersuara lagi.
Namun nadanya cukup perlahan.
Maria tersenyum kelat. “Benar atau tidak, dah tak
ada apa-apa makna, kan? Dia dah kahwin dengan lelaki tu.
Dia dah jadi milik orang, Mal. Dah jadi isteri orang. Kalau dia
tak cakap bohong, kenapa dia sanggup kahwin dengan lelaki
tu?”
Ikmal mengeluh hiba. Sayu setiap kali memikirkan
kenyataan itu. Punah segala angan indah untuk mencipta
hari persandingan yang paling istimewa bersama gadis
kesayangannya itu. “Mungkin aku patut jumpa dia hari tu.”
Maria menatap wajah Ikmal. “Untuk apa?”
“Mungkin aku patut dengar penjelasan Ina. Kalau
dia tak salah, macam mana?”
“Ikmal, wake up! Okey… semua benda dah berlaku.
Tak guna kau nak menyesal atau rasa bersalah. Apa yang
berlaku bukan salah kau. Mungkin ada hikmah di sebalik
semua ni.”
Ikmal diam. Tunduk seketika. “I miss her. I miss
her so much….”
Perlahan dia merintih dalam tunduknya. Seminggu
lalu, ego membuang segala simpatinya pada Sabrina. Namun,
hari ini dia kalah. Dia kalah pada perasaannya sendiri.

31

Pergilah Air Mata

Ternyata bukan mudah untuk dia melupakan Sabrina.
Ternyata dia terlalu merindui seraut wajah Sabrina. Dia
rindukan segala-galanya tentang Sabrina.

“Ikmal…”
“Aku tak boleh hidup tanpa Ina, Mar. Aku sayang
sangat pada dia. Aku terlalu cintakan dia….”
“Aku yakin kau boleh, Mal. Ini semua bukan
pengakhir hidup kau. Kita sama-sama keliru dengan apa yang
berlaku. Aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang
berlaku. Aku macam tak percaya Ina boleh buat benda macam
tu.”
“Maksud kau? Memang dia bersalah? Memang Ina
kenal lelaki tu? Memang dia berdua-duaan dengan lelaki tu?”
Maria mengeluh perlahan. Perlahan juga dia
menjongket bahu. “Aku tak tahu. Tak tahu sama ada nak
percaya atau tak pada ceritanya. Cuma aku hairan, macam
mana dia cakap dia tak tahu apa-apa? Dia berada dalam bilik
lelaki tu. Lepas tu dia cakap dia tak tahu apa-apa. Macam tak
masuk akal. Apa yang dia buat dalam bilik lelaki tu
sebenarnya?”
Ikmal terdiam lagi. Soalan Maria bagai minyak yang
menyemarakkan api kemarahannya. Rasa simpatinya hilang
tiba-tiba. Dia membuang pandang. Sakit hati membayangkan
Sabrina bersama lelaki lain selain daripada dirinya.
“Apa pendapat kau?” soal Maria sambil menatap
wajah Ikmal.
Ikmal mengeluh lagi. Perlahan dia angkat
punggung dan mundar-mandir di hadapan Maria. “Aku
buntu. Buntu sangat-sangat. Kalau macam ni, aku boleh jadi
gila, Mar! Gila!!!”

32

Hanni Ramsul

“Sebab tu aku suruh kau jangan ikut perasaan.”
“Sekejap aku kasihan pada dia, Mar. Aku tak sampai
hati dengar dia menangis. Aku tak sanggup biarkan dia sedih.
Sekejap aku rasa geram sangat. Benci sangat apabila aku
ingat perbuatan dia pada aku. Aku dah tak sanggup nak lalui
semua ni, Mar. Aku tak kuat. Aku nak lupakan dia, Mar. Tapi,
tak boleh….”
Maria terpaku seketika. Tergamam melihat air mata
yang mengalir di pipi Ikmal. Perlahan dia bergerak
menghampiri Ikmal. Menyentuh bahu lelaki itu perlahan.
Ikmal tunduk sambil menyeka air mata dengan
hujung jari telunjuknya.
“Be calm… duduk dulu.”
Ikmal menggeleng perlahan.
“I can’t, Mar. Aku tak boleh lupakan dia. Tolong
aku, Mar….” Ikmal bersuara sebak.
Maria memandang resah. “Kau cakap Ina yang tak
kuat, yang lemah… tapi, kenapa sekarang kau pun dah jadi
selemah Ina?”
“Aku tak kuat tanpa dia, Mar.”
“Sampai bila? Sampai bila kau nak macam ni?
Melayan perasaan kau yang tak menentu ni? Sekejap kau
benci dia, sekejap lagi kau kasihankan dia. Kau tak boleh
macam ni. Semua ni... akan menyakitkan kau, Mal. Aku tak
sampai hati tengok kau buat diri kau macam ni.”
Ikmal bungkam di kerusi. Dia melurut rambutnya
perlahan-lahan. Kalaulah dia mampu membuang sejauhnya
rasa ngilu yang menusuk hatinya saat ini. Kalaulah dia boleh
membuang jauh-jauh kenangan Sabrina yang mengganggu
setiap hela nafasnya….

33

Pergilah Air Mata

bab 4

DENGAN malas, Badrul
melonggarkan tali lehernya.
Penat. Matanya sekali lagi
memandang sekeliling. Bilik itu kosong. Sabrina tiada di
situ. Dia menghela nafas panjang. Bagus juga. Ada sedikit
ruang untuk dia bersendiri. Kadang-kadang rimas rasanya,
setiap kali pulang dari pejabat, disuakan dengan wajah
murung Sabrina. Perlahan dia melabuhkan punggung di
kerusi. Bersandar seketika. Cukup untuk melegakan rasa letih
yang bergayut di tubuhnya. Sejak beberapa hari ini, Sabrina
seolah-olah mengerti apa yang bermain di hatinya. Sabrina
melarikan diri sebaik dia tiba di rumah. Sabrina seakan-akan
tahu dia tidak pernah mahu melihatnya.
Sambil menggeliat, matanya tertancap pada sehelai
kertas yang terselit di bawah bekas pen. Pantas tangannya
mencapai cebisan kertas tersebut.

Saya nak minta izin keluar. Saya nak ambil
barang di rumah sewa saya.

34

Hanni Ramsul

Badrul diam seketika. Perlahan-lahan mindanya
mula memproses permintaan Sabrina. Rumah sewa? Di mana
rumah sewa gadis itu? Langsung dia tidak tahu. Selain
daripada Sabrina Shahzan, nama penuh isterinya itu,
memang Badrul tidak tahu apa-apa lagi tentang Sabrina.
Nama itu pun terpaksa dia hafal untuk dilafazkan di hadapan
kadi. Sesungguhnya dia tidak kenal langsung siapa Sabrina
Shahzan yang kini terpaksa berkongsi bilik dengannya.

Dia mengeluh panjang. Bangkit dari kerusi sambil
bergerak ke jendela. Dari jauh dia melihat Sabrina melayan
menungnya di halaman rumah. Termenung sambil
menongkat dagu. Kadang-kadang terdetik rasa aneh apabila
melihat Sabrina. Pelik. Misteri. Apa sebenarnya yang sedang
bermain di hati gadis itu? Apa sebenarnya agenda
tersembunyi yang membawa gadis itu ke caletnya lebih tiga
minggu yang lalu? Apa sebenarnya yang Sabrina inginkan
daripadanya? Siapa sebenarnya Sabrina?

Matanya lari pada coretan nota Sabrina yang masih
dipegangnya. Melihat kertas itu, tanpa sedar, senyum
menguntum di bibir. Tidak menyangka Sabrina mengikut
sahaja saranannya di dalam marah tempoh hari. Saranan itu
bukanlah satu saranan yang serius. Rasa marah yang
membuak mendesak dia berbicara tanpa berfikir. Dan,
Sabrina menurut sahaja apa yang dia ungkapkan. Semenjak
hari itu juga, Sabrina langsung tidak bercakap dengannya.
Sebaik bertentang mata, cepat-cepat gadis itu menghilangkan
diri. Dia harus berterima kasih untuk itu sebenarnya. Lapang
rasa dadanya tanpa gangguan daripada Sabrina. Tidak sangka
pula, Sabrina boleh bertukar menjadi seorang isteri yang
sangat memahami. Isteri? Dia tergelak sinis.

Sekali lagi pandangannya dihalakan ke arah
Sabrina. Sabrina tidak lagi bersendirian. Ibunya tercegat di

35

Pergilah Air Mata

hadapan gadis itu. Berbicara sesuatu. Dia terus memandang
wajah Sabrina yang terkebil-kebil mendengar. Jelas wajah itu
bertukar mendung tiba-tiba. Pasti ibunya menghamburkan
kata-kata yang menyakitkan hati. Ibunya berlalu pergi, dan
dia melihat Sabrina menyeka pipi. Pasti gadis itu menangis
lagi. Dia menggeleng perlahan. Barangkali menangis
merupakan salah satu hobi gadis itu.

“Tak habis-habis dengan menangis…” rungutnya
tanpa sedar.

“Apa dia Encik Badrul?”
Badrul tersentak. Segera dia berpaling.
“Apa Kak Milah buat kat sini? Tiba-tiba terpacak kat
belakang saya!” katanya sedikit keras. Geram dengan
kehadiran Jamilah secara tiba-tiba itu.
“Errr… akak dah ketuk pintu. Encik Badrul tak
dengar. Pintu pula terbuka, jadi akak masuklah.”
Badrul merengus perlahan. “Ada apa?”
“Hmmm… Datin tanya, Encik Badrul nak minum
petang kat bawah ke kat dalam bilik?”
“Bila masa pula saya suka makan kat dalam bilik?
Itu pun nak kena tanya saya ke? Dah berapa lama Kak Milah
kerja kat sini, sampai apa yang saya suka dan apa yang saya
tak suka pun, Kak Milah masih tak tahu?”
“Tak adalah... Datin yang suruh tanya. Manalah
tahu kalau-kalau Encik Badrul tak nak Puan Sabrina ganggu
encik.”
“Kak Milah…”
“Bukan akak yang cakap, Datin yang cakap. Akak
cuma sampaikan aja.” Cepat-cepat Jamilah menyampuk.
Memang itu bukan ayatnya. Datin Hamidah yang

36

Hanni Ramsul

mengeluarkan kata-kata itu. Dia cuma mengulangi kata-kata
majikannya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Badrul tersenyum lucu.
Melihat senyuman itu, Jamilah sedikit lega.
Lamanya dia tidak melihat senyuman di bibir lelaki itu.
Semenjak berkahwin dengan Sabrina, Badrul seperti sudah
lupa bagaimana untuk tersenyum. Kasihan dia melihat
majikannya itu.
“Saya nak mandi dulu. Nanti saya turun. Tak payah
bawa makanan ke sini. Kak Milah pun tahu saya tak suka,
kan?”
Jamilah mengangguk.
“Tak suka apa?”
Badrul memandang ke arah pintu.
Datin Hamidah tercegat di situ.
Jamilah cepat-cepat bergerak keluar dari ruangan
itu.
Badrul kambali berpaling ke arah jendela.
Menyambung pandang ke arah Sabrina.
“Tak suka apa?” Sekali lagi ibunya bertanya.
“Tak ada apa-apa, mama.”
Datin Hamidah bergerak menghampiri Badrul.
Berdiri di sebelah Badrul, matanya sekali lagi disuakan
dengan wajah yang mengundang rasa sakit hatinya. Dia
mengeluh keras. Geram melihat Sabrina yang sedang
termenung. “Sejak bila kamu mula mengintai ni?”
“Mengintai? Mengintai apa mama?”
“Bukan ke kamu tengah curi pandang bini kamu
tu!”

37

Pergilah Air Mata

Badrul tergelak. Melencong sungguh tekaan ibunya.
Tiada masa untuk dia mengintai Sabrina. “Tak ada maknanya
saya nak mengendap dia!”

“Dah tu, apa kamu buat kat sini?”
Badrul berpaling. Memandang wajah ibunya yang
memuncung. “Apa mama cakap dengan dia tadi? Lepas mama
pergi, saya tengok dia menangis.”
“Hai… dah cair ke tengok air mata perempuan!”
“Tak adalah… saya tanya aja.”
“Mama tanya apa yang dia nak daripada kamu. Tu
aja!”
Badrul tersenyum nipis. “Apa dia cakap?”
“Dia diam aje. Memang saja nak mencabar
kesabaran mama. Kurang ajar!”
“Biarkanlah dia, mama.”
Datin Hamidah mendengus kasar. “Kertas apa tu?”
“Hah?”
“Kat tangan kamu tu. Kertas apa?”
Badrul melihat kertas di tangannya. “Oh… nota.
Sabrina yang bagi.”
“Nota? Nota apa?”
Badrul tidak menjawab. Kertas itu disuakan pada
Datin Hamidah.
“Pergi ambil barang?”
“Haah.”
“Hai… kenapa sampai nak kena tulis pulak. Dah tak
ada mulut nak bertanya? Nak bercakap? Budak ni memang
kurang ajarlah! Geramnya mama dapat menantu macam ni!”

38

Hanni Ramsul

Badrul tergelak kecil. Dalam resah, ada rasa lucu
melihat wajah ibunya yang merah menyala.

“Bukan salah dia, mama. Saya yang terlepas cakap
hari tu. Tak sangka pula dia boleh ikut aja cakap saya!”

Datin Hamidah mencebik. “Dah mula menangkan
dia, nampak? Takkan Bad dah suka kat perempuan tu kut?”

“Tak adalah mama… saya cakap benda betul.”
“Hmmm… benda betul konon. Kamu tahu ke kat
mana rumah sewa dia? Nampaknya macam nak pindah terus
aja. Tak malu! Dah tahu semua orang kat rumah ni tak suka
dia, terhegeh-hegeh nak usung barang ke sini buat apa?
Mama lagi suka kalau dia cepat-cepat keluar dari rumah ni!”
Badrul diam. Dia juga lebih suka kalau Sabrina
memilih untuk keluar dari sini.
“Bad! Dengar tak mama tanya ni?”
“Apa?”
“Kamu tahu ke kat mana rumah sewa dia?”
Badrul menggeleng.
“Tak tahu? Dah tu kamu nak lepaskan dia pergi?”
“Yalah... takkan nak halang pulak!”
“Jangan nak mengada-ada. Mama tak setuju!”
Badrul kerutkan kening. Pelik mendengar kata-kata
ibunya. “Kenapa mama?”
“Betul ke dia nak pergi ambil barang? Entah-entah
pergi jumpa jantan, tak? Mana tahu kalau-kalau dia nak
jumpa kekasih dia. Kalau terjadi apa-apa, macam mana?
Kamu nak abah malu sekali lagi? Mau masuk ICU kami
berdua nanti.”
Badrul terdiam. Berfikir sejenak.

39

Pergilah Air Mata

“Takkanlah macam tu kut, mama. Insya-Allah tak
ada apa-apalah!”

“Yalah tu… dalam tak ada apa-apalah, tup-tup
kamu kena tangkap basah. Susah mama nak percaya
perempuan tu.”

“Dah tu? Macam mana?”
“Tak payah nak pergi ambil apa-apa. Barang apa
yang dia ada? Apa, anak mama dah tak ada duit ke nak beli
barang untuk isteri? Beli aja yang baru. Habis cerita!”
“Sayang betul mama kat menantu ya? Sampai tak
bagi keluar rumah,” sakat Badrul tiba-tiba, membuat wajah
Datin Hamidah kembali bertukar warna.
“Itu bukan menantu. Itu hantu! Sebab dia hantu,
kita kena rantai dia kat dalam rumah. Jangan bagi lepas
keluar,” bebel Datin Hamidah marah.
Badrul tergelak halus. Datin Hamidah kalau
marah… “Tak baik mama cakap macam tu.”
“Dah tu, apa kamu berdua buat tu… baik?”
“Mama ni… kan saya dah cakap, kami tak buat apa-
apa. Saya tak kenal dialah, mama!” Badrul bersuara. Gelaknya
hilang tiba-tiba. Soalan paku buah keras itu, tiba-tiba
menghilangkan moodnya.
“Sebab tak kenal dialah, kita kena berhati-hati.
Entah-entah dia ada niat jahat kat keluarga kita. Tak pun nak
mengikis harta kita.”
“Hmmm… jangan mimpilah. Mama ingat saya ni
bodoh ke, nak bagi dia semua tu?”
“Sekarang memanglah kamu tak bodoh. Tapi,
mama risau kalau-kalau suatu hari nanti, dia berjaya
perbodohkan kamu. Itu yang mama bimbangkan tu!”

40

Hanni Ramsul

“Don’t worry, mama….”
Datin Hamidah diam. Matanya sekali lagi ditebarkan
ke halaman. Sabrina sudah tiada di situ.
“Ingat tu. Jangan biarkan dia keluar sorang-sorang.
Kurung aja dia kat rumah ni. Mama tak nak nanti timbul
pula masalah baru.”
“Tahulah saya nak buat macam mana. Mama jangan
risaulah.”
“Yalah….”
Badrul tersenyum tawar sambil memerhati setiap
langkah yang diatur oleh Datin Hamidah. Perlahan-lahan
wanita separuh abad itu melangkah keluar dari biliknya. Dia
pula dengan perlahan-lahan menutup jendela biliknya yang
terbuka.

WAJAH Ikmal di skrin telefon bimbitnya ditatap lagi.
Rindunya pada lelaki itu bagai tidak dapat ditahan-tahan.
Betapa dia terlalu mengharapkan lelaki itu datang padanya.
Memujuknya seperti selalu. Mendendangkan cerita-cerita
lucu untuk dia buang jauh kesedihan hati. Tetapi, Ikmal tidak
muncul. Barangkali lelaki itu tidak akan muncul lagi. Segala-
galanya kini cuma tinggal kenangan. Kenapa perlu begini
berakhirnya cinta dia dan Ikmal?

“Awak siapa?” soalnya hairan. Sepatutnya ruang ini
kosong sebab Maria keluar berjumpa temannya. Pintu
memang sengaja tidak berkunci. Maria sudah jelaskan.
Memandangkan dia sudah hampir sampai, pintu tidak
dikunci, sementara kunci yang ada, Maria pegang. Alasannya
tidak mahu mengganggu seandainya dia terpaksa pulang

41

Pergilah Air Mata

lewat. Itulah yang Maria ucapkan menerusi telefon. Dan
sekarang? Siapa lelaki ini?

“Apa awak buat kat dalam bilik ni?”
Sabrina terkedu. Segera dia berpaling muka. Segan
melihat lelaki di hadapannya yang hanya bertuala. Kepalanya
ligat berfikir. Dia yakin inilah nombor bilik yang Maria
berikan kepadanya. Hatinya digaru resah. Perlahan-lahan dia
menggaru kepala yang tidak gatal. Atau dia tersilap dengar?
“Helo! Saya bercakap dengan awak ni, awak buat
apa kat dalam bilik saya ni?”
Sabrina berpaling sekali lagi. Cepat-cepat dia
tunduk melihat lelaki itu masih tidak berbaju. Sekali lagi dia
mengangkat muka, tubuh lelaki itu sudah pun dibaluti
T-shirt.
“Bilik awak?”
“Yalah. Takkan bilik awak pulak? Cepat keluar!”
“Tapi….” Kata-kata Sabrina terhenti apabila pintu
bilik diketuk tiba-tiba. Dalam keliru, dia saling berpandangan
dengan lelaki yang masih tercegat di hadapannya. Dengan
langkah yang sedikit tergesa-gesa, lelaki itu melangkah ke
pintu.
Beg di tangan terlepas tiba-tiba. Hampir pitam
melihat empat orang lelaki berkopiah tercegat di muka pintu.
Terasa gelap dunianya. Tanpa perlu mendengar apa yang
dibicarakan oleh lelaki-lelaki itu, dia sudah tahu apa yang
berlaku. Ujian apakah ini? Saat itu, dia teringatkan Maria. Di
mana Maria? Maria tersilap beri nombor bilik atau dia yang
tersilap dengar? Ya Allah! Tidak sanggup dia lalui saat yang
memalukan ini!
Ketukan yang agak kuat di meja membuatkan dia

42

Hanni Ramsul

hampir terloncat dari kerusi. Peristiwa hitam yang
mengganggu fikiran hilang tiba-tiba. Dia mengangkat muka.
Badrul tercegat di hadapannya. Dia memandang kosong.
Hairan dengan kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Ada
lagikah perbuatannya yang kurang senang di mata lelaki itu?
Dia cuba untuk tidak menyusahkannya. Bibirnya bergerak
ingin bertanya. Tetapi mengingatkan kata-kata Badrul
tempoh hari, dia lebih suka berdiam diri. Sudahnya dia
tunduk.

“Apa kau buat kat sini?”
Sabrina mengangkat muka. “Tak buat apa-apa.
Kenapa? Awak nak duduk kat sini ke? Kalau macam tu, saya
masuk. Saya minta maaf!”
Cepat-cepat Sabrina angkat punggung. Sangkanya
berada di sini, dia tidak akan mengganggu Badrul. Rupa-
rupanya dia silap. Kepalanya ligat mencari ceruk untuk dia
sorokkan wajahnya daripada penghuni banglo besar itu.
Susahnya apabila diri dibenci orang.
“Menangis lagi?”
Sabrina bungkam.
“Saya tak tahu awak ada dekat-dekat sini. Saya ingat
awak dalam bilik. Saya minta maaf!” Sekali Sabrina memohon
maaf. Sudah acap kali kali Badrul memarahinya. Sudah
berpuluh kali juga lelaki itu memberi amaran keras
kepadanya.
“Tolong jangan menangis depan aku. Aku tak suka
nak tengok!”
Mana mungkin dia dapat lupakan dua baris ayat itu.
Tetapi, kali ini bukan salahnya. Badrul yang muncul tiba-tiba.
Sudah hampir seminggu dia tenang menghabiskan waktunya
di sini. Lewat tengah malam barulah dia bergerak ke bilik. Itu

43

Pergilah Air Mata

pun setelah yakin yang Badrul telah lena diulit mimpi. Dia
faham perasaan Badrul. Badrul tidak suka melihatnya.

“Saya masuk dulu!”
“Duduk!”
Langkah Sabrina terhenti. Dia berpaling sambil
menatap wajah Badrul dengan pandangan hairan. “Saya ke?”
Badrul bersandar pada kerusi sambil matanya
memandang sekeliling. “Kau ada nampak orang lain kat
sini?”
Sabrina diam. Perlahan-lahan dia melabuhkan
punggungnya di hadapan Badrul sambil tunduk menunggu
bicara.
“Mana kau tinggal?”
Sabrina mengangkat muka. Sedikit terpinga-pinga
mendengar soalan itu.
“Saya, maksud awak?”
“Rumah sewa kau kat mana?”
Perlahan-lahan Sabrina memahami maksud soalan
Badrul. Pasti Badrul sudah baca notanya. Hampir seminggu
nota itu terletak di atas meja. Baru sekarang rupa-rupanya
lelaki itu baca notanya. “Subang.”
“So, kau orang sini?”
“Saya tinggal kat Subang. Menyewa dengan kawan.
Dah jadi macam ni, saya rasa elok saya ambil barang-barang
saya kat sana. Awak benarkan saya pergi?”
“Rumah kekasih kau ke?”
Sabrina kerutkan kening. Apa jenis soalan yang
lelaki ini ajukan? Sungguh dia tidak senang dengan soalan
itu.

44

Hanni Ramsul

“Kawanlah. Kenapa awak tanya macam tu?”
Badrul tidak menjawab. Cuma memandang wajah
Sabrina yang jelas tidak senang dengan pertanyaannya itu.
“Boleh saya pergi?” Sekali lagi Sabrina bertanya.
Bukan senang untuk cari saat-saat begini. Saat lelaki itu sudi
ringankan mulut menyapanya.
“Tak payah ambil. Beli aja yang baru.”
“Tapi…”
“Full stop!” potong Badrul.
“Takkan saya nak tinggalkan semua barang saya kat
sana? Menyusahkan kawan saya nanti....”
“Kau ni memang jenis yang suka menyusahkan
orang pun. Beli aja yang baru. Beritahu kawan kau, kalau tak
boleh simpan, buang semua barang kau tu.”
Sabrina terkebil-kebil. Melampaunya arahan. Ingat
sampah ke? Hatinya digaru sedikit rasa geram.
“Saya kena pergi juga,” balasnya dalam takut.
Badrul menoleh. Merenung tajam wajah Sabrina.
Sabrina tertunduk. Kecut melihat renungan garang
itu.
“Kau minta kebenaran aku. Sekarang aku dah
cakap. Aku tak benarkan. Apa lagi yang tak kena ni?”
“Takkan kereta saya pun, nak kena buang jugak….”
Sabrina menjawab perlahan.
Tawa Badrul pecah. Langkahnya terbantut. Seketika
dia berpaling memandang wajah Sabrina. “Kau cakap nak
ambil barang. Tak ada pun cakap nak ambil kereta.”
“Sekalilah tu.”
“Bila kau nak pergi?”

45

Pergilah Air Mata

“Hari minggu ni. Boleh tak?”
Badrul mengangguk perlahan.
Sabrina tersenyum. Bagai tidak percaya mendengar
jawapan lelaki itu.
Badrul bergerak perlahan-lahan mendekati Sabrina.
Merenung dalam-dalam wajah itu. “Muka kau hari ni nampak
lain….”
Sabrina kerutkan kening. Cepat-cepat jari-
jemarinya menyentuh pipi. Apa yang lainnya?
“Patutlah. Kau senyum rupa-rupanya. Ingatkan dah
tak reti nak senyum!”
Sabrina terkedu. Badrul sedang bergurau? Tak
mungkin! Wajah lelaki itu kini kelihatan terlalu serius.
“Errr… terima kasih. Saya pergi kejap aja. Lepas
ambil semua barang, saya terus balik.”
“Aku ikut!”
Ha? Bulat mata Sabrina menatap wajah Badrul.
Kenapa perlu lelaki itu menemaninya? “Tak payahlah! Saya
tak nak susahkan awak.”
“Kenapa? Kau nak jumpa buah hati ke?” Sinis
soalan yang meniti di bibir Badrul.
Seperti biasa, hatinya akan tersentuh. Dia manusia
yang diciptakan dengan perasaan yang sensitif. “Saya cuma
tak nak menyusahkan awak. Tapi, kalau awak nak ikut, saya
tak kisah.”
“Okey!” Balas Badrul sepatah, lalu melangkah
meninggalkannya.
Sabrina diam, menahan sebak. Cukup rendah
pandangan penghuni rumah itu padanya.

46

Hanni Ramsul

bab 5

SUAPANNYA terhenti. Sudu dan
garpu diletakkan di pinggan.
Matanya lebih terarah pada
Badrul. Pada menungan Badrul. Badrul lebih banyak
termenung sejak akhir-akhir ini. Dia sedar akan perubahan
itu. Teramat sedar. Namun, berat mulutnya untuk bertanya.
Biarlah lelaki itu sendiri yang bercerita. Tetapi setelah
hampir sebulan, tiada juga cerita yang keluar dari mulut
Badrul, sedang hatinya sudah dilanda pelbagai persoalan.
Sudah dihimpit segunung rasa ingin tahu. Ingin tahu
punca perubahan Badrul. Lelaki itu seperti sudah hilang
keceriaannya.
“Bad….”
Sepi.
“Bad….” Sekali lagi dia bersuara sambil menyentuh
jari-jemari Badrul.
Badrul tersentak.
Dayana tersenyum.
“Melamun…” ujarnya perlahan.

47

Pergilah Air Mata

Badrul tersenyum kecil. “Sorry.”
“It’s okay. Kenapa ni? You ada masalah ke?
Bergaduh dengan abah you lagi ya?”
Badrul menggeleng perlahan. “Nothinglah. Eh…
kenapa tak makan, tadi cakap lapar?”
“Tadi memanglah lapar. Tapi, bila tengok you asyik
mengelamun, tiba-tiba I jadi kenyang pula.”
Badrul tersenyum mendengar Dayana bercanda.
“Kenapa ni? Dah dekat sebulan I tengok you macam
ni. Kenapa? Kalau ada masalah, ceritalah kat I. Mana tahu I
boleh tolong.”
Badrul diam. Matanya memandang wajah Dayana.
Rasa bersalah pada gadis itu, bagai tidak dapat dibuang. Dia
ingin berterus terang, tetapi dia takut memikirkan penerimaan
Dayana. Dia takut Dayana nekad meninggalkannya. Sedangkan
dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia takut Dayana akan
membencinya, sedangkan cintanya melangit pada gadis itu.
“Bad, I tanya ni, jawab la. Jangan pandang I macam
tu….” Dayana bersuara sambil tersenyum segan. Malu ditatap
lama dek Badrul.
“You know… I takut kehilangan you!” Badrul
bersuara tiba-tiba.
Dayana tergelak halus. Sedikit hairan dengan
pengakuan Badrul. Selebihnya, dia lebih terkejut dengan
pengakuan itu. Tiba-tiba Badrul berbicara seromantis itu.
Padahal, dia tahu benar sifat Badrul. Badrul bukanlah seorang
lelaki yang romantik. Yang suka bercakap soal hati dan
perasaan. Yang suka bercakap tentang sayang dan rindu.
Perlahan-lahan Dayana membawa jari-jemarinya ke
pipi Badrul.

48

Hanni Ramsul

“Are you okay?” soal Dayana bersama sisa gelaknya.
Pantas Badrul mencapai jari-jemari yang lembut itu
lalu menggenggam erat.
Tawa Dayana mati tiba-tiba. Reaksi serius Badrul
bagai memberi isyarat yang lelaki itu tidak merayu sekadar
untuk menceriakan suasana. Tidak merayu sekadar untuk
mempamerkan rasa sayang dan cinta.
“I’m serious!”
Dayana bungkam. Tanpa bicara, matanya tidak
berkelip memandang wajah resah Badrul. “I know... you tak
pernah macam ni. Of course I know you serious. Cuma, I
pelik. What happened? Kenapa tiba-tiba you cakap macam ni?
I’m here for you, sayang. Forever! You takkan kehilangan I.
Jangan bimbang….”
Badrul tersenyum kelat. Benarkah Dayana akan
berada di sisinya buat selama-lamanya? Sukarnya untuk dia
percaya kata-kata itu. Mustahil Dayana dapat terima berita
buruk yang menimpanya ini dengan cukup positif. Mustahil!
“Bad… kenapa ni? Takkan pasal I refuse untuk
kahwin dengan you cepat-cepat, you jadi macam ni. Kalau
pasal tu... I’m sorry, okay? One day, kita pasti akan kahwin. I
pun memang nak kita kahwin. Cuma bukan sekarang. Banyak
benda yang belum I capai sekarang. Masih banyak benda yang
I nak kejar. You cakap you faham. Tapi, kenapa jadi macam ni
pulak?” Dayana bersuara dalam nada hairan.
“No! Bukan pasal tu.”
“Dah tu? Pasal apa? Kenapa stress sangat ni? Muka
pun tak ceria aja. Janganlah berahsia dengan I.”
Badrul menarik nafas panjang. Wajah mulus Dayana
dipandang sekali lagi. Dia perlu berterus terang dengan gadis

49

Pergilah Air Mata

ini. Semakin lama perkara ini menjadi rahsia, semakin
bermasalah hubungan mereka.

“Walau apa pun yang berlaku, you janji akan tetap
bersama I? You tak akan tinggalkan I?”

“Bad… kenapa ni? Jangan buat I tertanya-tanya
macam ni. Apa yang you cuba nak beritahu I? What is really
going on?”

“You tahukan, I ke Cherating hari tu?”
“Yup! You cakap you nak jumpa kawan lama, kan?
Kenapa pula?”
Badrul kelu lagi. Mengeluh panjang sambil
membuang pandang. Membuat Dayana semakin resah.
“Kita kahwin sekarang?” Tiba-tiba terpacul kata-
kata itu dari bibir Badrul.
“Bad! Kenapa tiba-tiba tukar topik ni? Cepat
cerita… apa sebenarnya yang dah berlaku di Cherating?”
“I nak kita kahwin sekarang!”
“But, why? Sebelum ni you kata you boleh
tunggu….”
“Yana… I nak kita kahwin. I nak you tahu, I benar-
benar serius dengan you. And, I langsung tak ada niat nak
permainkan you.”
“I tahu… I tahu you serius. I juga tahu you tak
pernah mempermainkan I. Jangan risau, okey. I takkan ragu-
ragu pada you. I yakin dengan cinta you pada I....”
“Walau apa sekalipun yang berlaku pada I, you
boleh percaya tak yang semua tu bukan kehendak I?”
Dayana mengeluh panjang. Kata-kata Badrul yang
berjela-jela dan berselirat, benar-benar membuat dia hilang

50


Click to View FlipBook Version