Hanni Ramsul
mendengar kata-kata Badrul. Apa lagi yang bapa mertuanya
itu mahu bincangkan?
“Mana aku tahu. Katanya dia ada suruh kau bincang
dengan aku. Apa dia? Kau tak ada cakap apa-apa pun kat aku.
Sengaja nak tengok aku nampak bodoh depan abah, ya?”
Dahi Sabrina berkerut seribu. Hal apa pula yang
Datuk Hamidi maksudkan ni? “Saya tak tahu. Apa yang abah
cakap dengan awak?”
“Apa keputusan kamu? Dah bincang dengan
Sabrina?” Badrul bersuara sinis sambil mengajuk percakapan
bapanya.
Sabrina terkebil-kebil memandang wajah Badrul.
Benar-benar dia tidak tahu perkara apa yang Datuk Hamidi
maksudkan.
“Takkan nak buat muka cicak tertelan kapur aje.
Apa dia? Cakaplah kat aku apa halnya.”
Sabrina menggeleng perlahan. Gagal menebak apa
yang Datuk Hamidi maksudkan.
Badrul mengeluh sambil menggosok belakang
tengkuknya. “Tak nak masuk ke? Ke kau nak tidur kat sini?”
“Awak masuklah dulu. Saya nak ambil angin kat
sini kejap.”
“Jangan lama-lama.”
Sabrina mengangguk perlahan. Dia memandang
wajah Badrul dengan sedikit rasa hairan. Layanan Badrul
padanya malam ini agak berlainan. Agak baik. Itu yang
menjadi tanda tanya. Menimbulkan seribu satu persoalan.
“What?” Badrul bersuara. Barangkali menyedari
renungan Sabrina yang aneh.
Sabrina tersentak. Laju kepalanya menggeleng.
101
Pergilah Air Mata
“Kat sini lagi? Patutlah abah tunggu tak muncul-
muncul.”
Mendengar suara itu, Sabrina dan Badrul sama-
sama menoleh.
Datuk Hamidi tercegat di muka pintu utama.
Badrul melangkah malas ke arah bapanya.
Melihat Datuk Hamidi sudah pun santai di kerusi
besi di luar rumah, Sabrina angkat punggung dari buaian.
Pasti ada sesuatu yang penting, yang ingin diperkatakan oleh
lelaki itu. Sebelum dia ditengking oleh Badrul, lebih baik dia
segera mengekori langkah lelaki itu.
“Duduk dulu.”
Bagai budak yang patuh, Badrul dan Sabrina sama-
sama melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hamidi.
“So, macam mana? Ina dah bincang dengan
Badrul?”
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Bincang?
Bincang apa?
“Bincang apa, abah?” soal Sabrina termangu-
mangu.
Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil
menggeleng. “Patutlah Bad pun macam blur aje tadi.”
Badrul cuma bersandar di kerusi tanpa sebarang
reaksi. Senyum tidak, serius pun tidak. Cuma matanya agak
kerap memandang telefon bimbit di tangan.
“Pasal rancangan abah hari tu.”
“Rancangan apa pula abah?” Badrul pula menyoal.
“Honeymoon kamu berdualah.”
“Hah?” Agak kuat soalan itu meniti di bibir Badrul.
102
Hanni Ramsul
Sabrina terkebil-kebil. Baru dia teringat akan
cadangan bapa mertuanya itu. Sedikit pun dia tidak ambil
serius akan cadangan yang tidak masuk dek akal itu.
“Ya. Yang kamu ni terkejut sangat, kenapa?”
Badrul mengeluh panjang. Merepek betul orang tua
ni, bisiknya dalam hati.
“Kamu cakap kat mana destinasinya. Abah support
semua. As a wedding gift from me.”
“Tak payahlah! Saya sibuk sekarang ni.” Badrul
bersuara sambil lewa.
Sabrina diam. Jawapan itu sudah dijangka. Dia
sendiri pun tidak berminat untuk ke mana-mana bersama
Badrul.
“Ambillah cuti. Banyak pula alasannya. Kamu
kahwin dah dekat sebulan. Pergilah berehat berdua. Cari
keserasian!”
“Tak penting semua tu, abah!”
“Betul cakap Bad tu, abah.”
Datuk Hamidi angkat punggung. Memandang
seketika wajah anak dan menantunya.
“Fikir dulu. Esok beritahu jawapannya. Kalau tak
ada jawapan, abah akan tentukan sendiri. And you, Badrul.
You must take leave. Jangan banyak alasan!”
“Abah! Saya dah besarlah abah. Janganlah atur
hidup saya macam ni. Saya bukan budak kecil lagi.”
“Besar ke… kecil ke… kamu anak abah. So, kena
patuh cakap abah.”
Badrul membuang pandang. Geram dengan sikap
bapanya.
103
Pergilah Air Mata
“Tak ada alasan!” Sempat Datuk Hamidi mengulangi
kata-katanya sebelum melangkah ke arah pintu utama.
“Abah!”
Datuk Hamidi berpaling ke arah Badrul.
“So, abah memang nak kami pergi honeymoon la?”
Datuk Hamidi kerutkan kening. “Kamu tak faham
bahasa Melayu ke?”
Badrul menggaru kepala sambil tersenyum kelat.
“Pangkor!” tukasnya spontan.
“Apa?” soal Datuk Hamidi sambil memandang
wajah Badrul. Dia tidak faham maksud kata-kata anak
tunggalnya itu.
“Saya nak ke Pangkor. Tempat penginapannya, esok
saya beritahu. But, saya nak pergi as soon as possible. Lusa?”
Datuk Hamidi menggosok dagu seketika.
Sabrina pula terkedu. Bulat matanya memandang
wajah Badrul. Memang tindakan dan fikiran lelaki ini terlalu
sukar untuk dijangka.
“Tadi bukan main menolak. Sekarang dah tak sabar-
sabar pulak?”
“Kalau tak boleh lusa, saya tak nak pergi!”
“Hai… kata dah besar. Takkan pasal kena delay
sikit, dah nak merajuk?”
“Saya seriuslah abah!”
“Suka hati kamulah. Esok pagi-pagi inform abah.
Betul ke nak ke Pangkor ni? Tak nak ke tempat lain ke?
Oversea ke?”
“Pangkor. Saya nak ke Pangkor. And, terima kasih,
abah!”
104
Hanni Ramsul
“Untuk apa pula?”
“For that wedding gift.”
Datuk Hamidi mendengus perlahan.
“Dah malam. Pergi masuk tidur!” arah Datuk
Hamidi.
Badrul tersenyum sambil mengangguk.
Sabrina pula terus setia menjadi pemerhati. Dia
tidak berani mencelah. Cuma, kepalanya ligat berfikir tentang
keputusan Badrul. Cukup aneh keputusan yang baru Badrul
ambil. Hatinya memberontak mahu bertanya apa yang
mengubah pendirian Badrul. Namun, apabila teringatkan
kata-kata Badrul yang selalu sinis dan pedas, lidahnya
menjadi kelu.
Badrul mengeluh panjang sebaik sahaja Datuk
Hamidi hilang dari pandangan. Matanya dilalihkan ke wajah
Sabrina yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Untuk seketika,
dia bersandar di kerusi. Ingin menanti soalan dari bibir gadis
itu. Dia tahu, pasti Sabrina terkejut. Selebihnya pasti gadis
itu kehairanan. Agak lama menunggu, Sabrina tetap tidak
bersuara. Mengundang rasa geram pula di hatinya.
“Anything to say?” soalnya sambil tajam meratah
wajah di hadapannya itu.
Sabrina menggeleng perlahan.
Badrul menarik nafas panjang. “Tak rasa pelik ke?”
Sabrina angkat muka. Memandang wajah Badrul
yang masih merenungnya. “Pasti awak ada sebab tersendiri,
kan? Saya rasa, saya tak ada hak untuk bertanya. So, terserah
pada awaklah….”
Lembut jawapan Sabrina bagai membakar rasa
marah Badrul. Dia tidak tahu mengapa dia harus marah.
105
Pergilah Air Mata
Kerana Sabrina tidak mahu melawan cakapnya? Atau kerana
Sabrina terlalu tenang berdepan dengannya. Itulah yang dia
perasan. Sejak akhir-akhir ini, Sabrina lebih tenang
menghadapi marahnya. Menghadapi kata-kata sinisnya.
Membuatkan pertelingkahan yang baru ingin dicetuskan,
berkubur begitu saja. Terasa seperti orang bodoh pula dia
kerana marah-marah pada Sabrina. Padahal gadis itu tenang
menghadapinya. Tiada cabaran. Tiada keseronokan. Sudahnya
dia yang angkat punggung. “Tak nak masuk?”
Sabrina menggeleng.
Badrul memandang jam pada telefon bimbitnya.
“Dah dekat pukul dua belas. Masuklah. Malam-malam macam
ni, kat kawasan ni banyak hantu. Tu… rumah kosong kat
depan tu… malam-malam macam ni, macam-macam bunyi
boleh dengar.”
Sabrina menelan liur. Matanya terarah pada banglo
besar yang tersergam di hadapan banglo milik Datuk Hamidi.
Memang nampak suram dan gelap. Dan yang paling penting,
banglo itu kosong dan menakutkan. Membuat bulu romanya
tiba-tiba meremang. Sabrina mengalihkan pandangan ke arah
Badrul.
Badrul mengangkat kening. Puas hati dapat melihat
wajah pucat Sabrina. Tidak dapat membuat gadis itu marah,
dapat menakutkannya pun sudah cukuplah! Perlahan-lahan
dia melangkah meninggalkan Sabrina sambil menyembunyikan
senyuman. “Oh, ya… nanti kalau ada apa-apa yang datang kat
pagar and…”
Sabrina menjerit tiba-tiba. Terus dia angkat
punggung dan berlari masuk ke dalam, meninggalkan Badrul
yang terpinga-pinga kerana terkejut melihat Sabrina yang
berlari laju melintasinya.
106
Hanni Ramsul
Melihat reaksi spontan gadis itu, Badrul tergelak
kuat sambil menyambung langkah ke ruang tamu. Untuk
seketika, dia mengamati Sabrina yang tercegat ketakutan.
“Kau ni, kenapa?”
Laju dia menggeleng.
“Aku cakap, kalau ada sesiapa yang datang dalam
keadaan mencurigakan, jangan hirau. Terus masuk. Manalah
tahu kalau-kalau perompak ke… pencuri ke… pembunuh
ke….”
Sabrina merenung tajam wajah selamba Badrul.
Geram. “Tak ada hantulah?”
Badrul tergelak lagi. Tidak disangka yang gadis ini
takutkan hantu. “Bodoh. Mana ada hantu? Kau percaya hantu
ke? Kalau ada hantu pun, hantu mesti respect kat orang jahat
macam kau ni. Dia orang tak akan kacau kau punya!”
Sabrina membuang pandang. Laju dia melangkah
meniti anak tangga. Tidak mahu sendirian di ruang tamu
yang besar itu.
“Nak ke mana tu?”
“Tidur,” jawab Sabrina pendek.
Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia
mengatur langkah mengekori Sabrina. “Biasanya kau tunggu
aku tidur dulu, kan?”
“Malam ni saya mengantuk sangat.”
“Mengantuk ke takut hantu?”
Sabrina diam. Malas menjawab. Dia tahu Badrul
sengaja ingin menyakiti hatinya. Sengaja ingin membuat dia
marah.
“Tak sangka zaman sekarang, ada lagi orang
percayakan hantu.”
107
Pergilah Air Mata
Sabrina membuka pintu bilik. Membiarkan Badrul
terus berceloteh sendirian tentang kobodohannya. Cukup
ceria wajah itu apabila dapat mengutuknya. Sudahnya, dia
hanya menggigit bibir menahan geram. Dia cuba pekakkan
telinga sambil tangannya menarik bantal dan selimut,
kemudian melangkah ke sofa panjang. Tempat beradunya.
“Good night!” ujar Sabrina. Sengaja mahu
membakar amarah Badrul. Dia tahu Badrul menahan rasa
setiap kali marahnya tidak bersambut. Bicara sinis daripada
lelaki itu sudah tidak berbekas di hatinya.
Badrul menjeling ke arah Sabrina yang sudah siap
berselimut. Sudah tidak tahu di mana kaki, di mana kepala.
Satu badan ditutup dengan comforter.
“Hantu punya perempuan!” Perlahan-lahan dia
merungut sambil merebahkan badan ke katil. Lampu meja
dipadamkan.
108
Hanni Ramsul
bab 9
NAFISAH mengeluh lagi. Serba
tidak kena hatinya saat ini. Berat
kepala memikirkan masalah
yang ditinggalkan oleh Sabrina. “Tak sampai sebulan lagi,
Mal.”
Ikmal mengangkat muka. Memandang wajah
ibunya yang masam mencuka. Ikmal mengeluh perlahan.
Faham apa yang sedang berperang di hati orang tua itu.
Tetapi, apa yang dia boleh buat? “Mal minta maaf, mak.”
“Minta maaf aja tak cukup, Mal. Mak nak kita
teruskan juga pertunangan kamu tu. Malu mak nanti. Semua
saudara mak dah jemput untuk majlis tu.”
“Tapi, saya nak bertunang dengan siapa mak? Nak
bertunang ni, bukan macam nak beli ikan kat pasar.”
“Catering pun mak dah booking. Takkan nak cancel
macam tu aja?”
Ikmal mengeluh panjang. Wajah mendung ibunya
dipandang lagi.
“Dah tu, nak buat macam mana?” tanyanya.
109
Pergilah Air Mata
“Sampai hati Ina buat kita macam ni….” Suara
ibunya tiba-tiba bertukar sendu.
Ikmal bergerak menghampiri ibunya yang
bersandar di sofa. Dia melabuhkan punggung di sebelah
ibunya. “Mak….”
Nafisah berpaling. Menatap wajah muram anaknya.
Perlahan-lahan jari-jemarinya mengusap wajah Ikmal. “Mak
tak rela Ina buat anak mak macam ni. Dia tak akan bahagia,
Mal.”
“Mak… jangan cakap macam tu. Tak baik, mak.”
“Mak tahu hati kamu hancur. Mak tahu kamu sedih.
Tapi, mak nak kamu juga tahu, kita tak boleh batalkan semua
ni. Nanti orang sekeliling cakap apa? Kalau orang tanya, apa
kita nak jawab?”
“Takkan kita nak cakap bakal tunang kau dah kena
tangkap basah? Mak tak nak aibkan orang macam tu. Walau
jahat macam mana pun Ina tu, mak tak sanggup nak aibkan
dia depan orang,” sambung Nafisah sambil merenung wajah
Ikmal. Minta agar anak itu memahami situasinya yang
tersepit.
“Mak… saya ada jumpa Ina hari tu.”
“Buat apa kamu jumpa dia?”
Ikmal memandang wajah ibunya. Menggenggam
erat tangan tua itu. “Kasihan Ina, mak.”
Nafisah membuang pandang. Tidak sanggup dia
mendengar nama yang telah membuang senyum di bibir
anak tunggalnya itu. Marah betul dia pada Sabrina. Sanggup
Sabrina melakukan perbuatan terkutuk itu di belakang Ikmal.
Padahal, hari pertunangan mereka berdua sudah terlalu
hampir.
110
Hanni Ramsul
“Dia macam tak bahagia, mak.”
“Macam mana nak bahagia, kalau sebab dia nak
kejar bahagia tu, dia kena lukakan perasaan orang lain?
Lukakan perasaan Mal. Lukakan perasaan mak. Dia
hancurkan semua kepercayaan mak pada dia.”
“Entahlah mak….”
“Sudah! Mak tak nak cakap lagi pasal Ina. Hancur
hati mak ni!”
Ikmal termangu tatkala diherdik oleh Nafisah. Baru
dia bercadang ingin berkongsi kesedihan dengan ibunya itu.
“Sekarang ni, mak nak kita selesaikan masalah yang
Ina tinggalkan untuk kita.”
“Kalau Mal, Mal batalkan aja majlis tu. Senang…
tak payah nak pening-pening kepala.”
“Kamu orang muda, memang senang aja buat
keputusan!”
“Mal pun dah tak ada perasaan nak bertunang, mak.
Tak ada perasaan nak kahwin.”
“Jangan nak mengada! Dah tu, kamu nak jadi apa?
Tak nak kahwin sampai ke tua semata-mata sebab kekasih
kamu yang curang tu? Tak berbaloi Ikmal, oiii!”
Ikmal diam. Sedikit tidak selesa menghadapi emosi
ibunya yang berubah-ubah itu. Sekejap ibunya bersikap persis
diktaktor. Sekejap berubah menjadi begitu sentimental.
Kemudian menjadi emosional. Sukar untuk ditebak. Sama
sepertinya, dia faham perasaan ibunya kala ini. Namun, satu
perkara yang dia cukup yakin, walaupun emosi wanita itu
berselirat, namun keputusan untuk meneruskan majlis
pertunangannya itu tetap utuh. Tidak mungkin ibunya itu
akan mengubah fikiran.
111
Pergilah Air Mata
“Mak… siapa yang nak mak jadikan menantu mak?”
Akhirnya soalan itu meniti di bibir Ikmal.
“Mak tak kisah. Asalkan dia baik dan boleh jaga
anak mak dengan baik. Dapat beri kasih sayang yang tak
berbelah bahagi pada kamu. Itu dah cukup bagi buat mak.”
“Tak semudah macam yang mak cakap.”
“Maria?”
Ikmal angkat muka. Terkejut tatkala nama Maria
disebut. Wajah ibu dipandang tidak berkelip. Kenapa pula
Maria perlu masuk di dalam perbincangan mereka? “Kenapa
dengan Maria? Dia ada jumpa mak ke? Hari tu, dia ada cakap
dia nak jumpa mak.”
“Ada. Semalam dia datang jumpa mak.” Nafisah
buka cerita.
“Apa yang dia cakap pada mak?”
“Tak banyak yang dia cakap. Cuma dia cakap, kalau
dia boleh bantu kita, dia sanggup buat apa saja.”
Ikmal bersandar di sofa.
“Dia cakap, Mal terlalu ikutkan perasaan sedih.”
Ikmal diam. Maria… Maria… kenapa perlu
ceritakan semua itu pada ibunya. Pasti bertambah risau orang
tua itu.
“Mak setuju dengan cakap Maria.”
“Apa yang dia cakap?”
“Kamu tak boleh terlalu layan perasaan. Yang rosak
nanti, diri kamu sendiri. Lupakanlah Ina tu. Anggaplah dia
bukan jodoh kamu.”
Ikmal mengeluh perlahan. Pandangannya dilontar
jauh ke luar.
112
Hanni Ramsul
“Lupakanlah apa yang Ina buat pada kamu, Mal.
Buktikan pada Ina, tanpa dia kamu masih boleh hidup
bahagia.”
Ikmal tersenyum pahit. “Itu pun Mar yang cakap
ke, mak?”
“Bukan. Itu mak yang cakap.”
“Entahlah, mak… susah saya nak hidup tanpa Ina.
Ina dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Terlalu banyak
perkara yang kami kongsi bersama. Sedih… senang…
susah… semuanya mak. Tinggi harapan saya untuk hidup
bahagia dengan Ina. Tapi tiba-tiba semua ni terjadi....”
Nafisah menghela nafas panjang. Sebak hatinya
mendengar suara sendu Ikmal merintih pilu. “Pasti ada
hikmahnya, Mal. Sekurang-kurangnya kita tahu semua ni
sebelum dia jadi sebahagian daripada keluarga kita.”
“Tapi hati saya berkata, Ina tak bersalah, mak.”
“Perasaan sayang dah kaburi hati kamu tu, Mal.
Sudahlah... tak payah lagi cakap pasal orang yang dah jadi
milik orang lain.”
Ikmal diam. Dia tidak lagi mampu bersuara.
“Mak tengok, Maria tu pun baik juga budaknya. Dia
risaukan kamu. Pasti dia sayangkan kamu….”
“Memanglah mak. Diakan kawan saya,” balas Ikmal
acuh tidak acuh.
“Dia tak nak tengok kamu terus bersedih.”
“Kenapa ni, mak? Kenapa tiba-tiba cakap pasal
Maria ni?”
“Sebab mak rasa mak dah jumpa calonnya.”
“Calon? Calon apa ni?”
113
Pergilah Air Mata
Ikmal tergamam bersama soalannya. Segera dia
berpaling. Memandang wajah ibunya yang duduk di sofa
sambil merenungnya. Apa yang bermain di kepala ibunya
bagai sudah dapat dia teka. “Mak jangan cakap mak nak…”
“Ya, Mal. Mak nak pinang Maria untuk kamu.”
Ikmal mengeluh panjang. Tidak percaya dengan apa
yang baru saja melintas di fikiran ibunya. “Saya tak setuju!”
“Kenapa pula?”
Ikmal menggosok tengkuk sambil mula mundar-
mandir di hadapan ibunya. Mengarut! Itu sahaja yang
melantun kuat di hatinya. Dia tidak sanggup menyusahkan
Maria semata-mata kerana ibunya ingin menjaga maruah
keluarga. “Tak baik buat macam tu, mak.”
“Apa pula yang tak baiknya?”
“Saya tak nak gunakan Maria, mak. Dia kawan saya.
Takkan saya nak heret dia dalam masalah saya ni. Saya tak
nak. Saya faham kalau dia kasihankan saya. Tapi, saya tak
akan ambil kesempatan pada Maria. Memang dia baik. Tapi,
mana boleh kita buat macam tu mak? Tak adil buat, Maria.”
“Kita bukan paksa dia.”
Ikmal mengeluh panjang. Susahnya bercakap
dengan ibunya yang keras hati ini. “Saya tetap tak setuju.
Saya tak akan bertunang dengan Maria!”
“Kenapa? Dia dah ada kekasih ke?”
“Mak… ni bukan soal ada kekasih atau tak! Saya tak
nak libatkan Maria. Kasihan dia nanti. Lagipun, saya memang
dah tak ada perasaan nak bertunang. Saya dah tak ada
perasaan nak kahwin. Saya cuma nak macam ni aja.”
“Macam ni tu, macam mana? Terus termenung
sana, termenung sini? Terus teringatkan Sabrina yang dah
114
Hanni Ramsul
buat macam ni pada kamu? Sampai bila kamu nak macam ni?
Sudah! Jangan nak mengada-ada. Mak tak suka kamu cakap
macam tu.”
“Mak tak faham….”
“Apa lagi yang mak tak faham? Mak rasa Maria tu
pun ambil berat tentang kamu.”
“Yalah, mak… tapi, ambil berat sebagai kawan. Mak
janganlah fikir yang bukan-bukan pula.”
“Dia dah ada kekasih ke?” Nafisah merisik lagi. Dia
memandang wajah Ikmal yang kelihatan tegang.
Ikmal menggeleng perlahan.
“Maksud kamu?”
“Setahu saya tak ada. Mak… tolonglah jangan fikir
sampai ke situ. Kalau mak tetap nak teruskan juga majlis tu,
mak carilah perempuan lain. Tapi, mak janganlah libatkan
Maria. Saya tak nak. Tak baik saya terus susahkan dia.”
“Entah-entah dia pun sukakan kamu tak? Sebab tu
sampai sekarang masih tak ada kekasih.”
Ikmal membuang pandang.
“Ikmal… mak bukan nak paksa Maria. Mak nak
tanya dulu. Kalau dia tak nak, tak apalah. Tapi, kalau Maria
setuju, apa salahnya kamu bertunang dengan dia? Kamu pun
bukan tak kenal dia. Mak pun dah kenal dia. Selama mana
mak kenal Sabrina, selama itu jugalah mak kenal Maria tu.
Malah lebih lama daripada mak kenal Sabrina lagi. Dia kawan
kamu sejak dari sekolah lagi. Dengarlah cakap mak ya, Mal.”
“Mak, soal hati dan perasaan mana boleh kita paksa.
Mungkin juga Maria dah ada pilihannya sendiri. Cuma, saya
yang tak tahu.”
Nafisah tersenyum kecil.
115
Pergilah Air Mata
“Serahkan semuanya pada mak. Mak tahulah apa
nak buat.”
Mendengar kata-kata ibunya itu, Ikmal kehilangan
kata-kata. Sudahnya dia merenung wajah ibunya. “Mak. Tak
payahlah buat macam tu, ya?”
Untuk kesekian kalinya, Ikmal cuba memujuk.
“Mak rasa Maria pun sukakan kamu.”
“Mak….”
“Mak akan tanya Maria. Kalau dia setuju, mak akan
pinang dia untuk kamu.”
“Mak, cubalah faham….”
“Hati mak ni, siapa nak faham? Pak long kamu dah
tahu. Mak su kamu dah tahu. Itu belum masuk lagi kawan-
kawan mak. Mak tak sanggup nak batalkan majlis tunang tu,
macam tu aja.”
Ikmal menggaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba
dia buntu dengan cadangan ibunya itu. Hendak dibantah,
tidak sampai hati pula membiarkan ibunya menanggung
malu. Hendak diikutkan, bimbang hati sendiri yang tidak
berkenan. Sudahnya dia menarik nafas dalam-dalam.
“Kitakan pihak lelaki. Tak adalah malu sangat kalau
tak jadi, mak. Lagipun, Ina tukan anak yatim piatu. Jadi,
rasanya masalah ni bukannya besar sangat. Lainlah kalau kita
ni di pihak perempuan atau dah berjanji dengan keluarga Ina.
Kita batalkan ajalah!” sarannya.
“Tak ada batalnya. Pak long kamu dah siap tempah
daging, nak buat kenduri kesyukuran sebab kamu bertunang.
Tahu tak?”
Ikmal mengeluh lemah. Dia hampir terlupa pada
hasrat pak longnya.
116
Hanni Ramsul
“Pak long kamu tu, bukan kamu tak tahu. Dia tak
ada anak. Kamulah anak dia. Memang dia suka sangat bila
kamu nak bertunang. Dah lama sangat dia tunggu kamu naik
pelamin. Minggu lepas dia telefon lagi. Dia cakap persiapan
untuk kenduri kat kampung dah siap. Orang kampung dah
dijemput. Elok selesai majlis tunang kamu, dia memang nak
kita semua balik kampung. Raikan kamu kat sana. Mak dah
tak boleh nak kata apa-apa lagi dah.”
Ikmal terduduk di sofa. Kali ini dia benar-benar
buntu. Rupa-rupanya banyak agenda yang bakal tertunda
kalau majlis ini tidak dilangsungkan. Patutlah ibunya nekad
mahu teruskan majlis tersebut.
Tangannya laju memicit dahi. Salah dia juga kerana
merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan ibunya.
Kalau dia berterus terang dari awal, mungkin masih sempat
untuk dia batalkan semua rancangan yang sudah tersusun
rapi.
“Sekarang kamu tahu, kenapa mak nak teruskan
juga majlis tu? Pak long tu, ketua kampung. Malu dia kalau
tiba-tiba kenduri tu tak jadi. Bukan salah dia. Dia seronok
nak sambut bakal menantu.”
“Buntulah saya macam ni, mak!” Ikmal bersuara
separuh membentak. Bukan marah pada ibunya, tetapi dia
sudah tidak mampu berfikir lagi.
Nafisah memandang wajah sugul itu dengan hati
yang sarat dengan rasa simpati.
“Mak buat ajalah apa yang patut….” Ikmal
merengus perlahan. Ada rasa sebal yang menghimpit
perasaannya. Kenapa tiba-tiba segala-galanya menjadi begitu
rumit? “Saya tak boleh nak fikir apa-apa lagi dah!”
“Kamu tergamak ke nak malukan pak long?”
117
Pergilah Air Mata
Ikmal tunduk. Dadanya rasa tepu tiba-tiba. Ingin
rasanya dia menjerit sekuat hati. Bagi melampiaskan rasa
terbuku yang tersekat di hatinya.
Perlahan-lahan Ikmal angkat punggung. Dia perlu
keluar dari ruang ini. Dia perlu mencari udara segar untuk
melepaskan rasa terbuku yang menghimpit dada. Kepalanya
seakan-akan mahu pecah. Wajah Sabrina seolah-olah
mengepung fikirannya. Diganggu pula dengan desakan
ibunya. Cadangan yang tidak masuk dek akal. Semuanya
kerana ingin menjaga air muka bapa saudara yang terlalu
menyayanginya. Yang menganggapnya sebagai anak.
Ikmal laju melangkah ke meja kecil di hujung
tangga. Segugus kunci capai.
“Nak ke mana tu?”
“Keluar!”
“Ke mana? Mak belum habis cakap lagi ni.”
“Saya tak boleh nak dengar apa-apa lagi mak. Saya
nak keluar kejap!”
Nafisah mengeluh perlahan. Dia risau melihat
wajah Ikmal yang kelihatan tertekan benar. Tidak sampai hati
pula untuk dia terus mendesak. Dia harus beri ruang untuk
Ikmal tenangkan perasaannya.
“Hati-hati bawa kereta tu!” Akhirnya Nafisah
bersuara.
Ikmal terus melangkah keluar. Bergerak laju ke
keretanya.
118
Hanni Ramsul
bab 10
SABRINA termenung di balkoni.
Angin laut kuat menyapa
wajahnya. Membuat rambut
ikalnya yang separas pinggang itu turut beralun ditiup angin.
Permandangan Resort Damai Laut dari balkoni biliknya
nampak begitu cantik. Lebih-lebih lagi apabila petang sudah
disimbah kelam senja. Dia menongkat dagu di situ.
“Kau jangan keluar dari bilik ni!”
Sabrina tersentak. Segera dia berpaling.
Badrul muncul bersama satu beg plastik yang
sederhana besarnya. Dari tengah hari lelaki itu menghilang.
Entah ke mana dia pergi. Hanya nota yang ditinggalkan.
Jangan ke mana-mana. Duduk dalam bilik ini
sampai aku balik!
“Apa?” Sabrina bertanya hairan.
“Pekak ke? Aku cakap, jangan keluar dari bilik ni!”
119
Pergilah Air Mata
Sabrina terkebil-kebil. Perlahan-lahan dia bergerak
dari balkoni. Memandang wajah Badrul tanpa berkelip.
“Kenapa pulak?” soalnya hairan.
“Sebab itu arahan aku!”
“Takkan saya nak duduk dalam bilik ni aja?
Bosanlah!”
“Peduli apa aku kau bosan!” Selamba Badrul
menjawab sambil meletakkan beg plastik di tangannya ke atas
katil.
Sabrina menggetap bibir. Perlahan-lahan dia
menghentakkan kaki ke karpet yang lembut. Memberontak
dalam diam. Punah segala angannya. Melihat pantai dan
menikmati angin lembut yang menyapu muka. Malah dia
sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati deru ombak sambil
berjalan menyusuri pantai. Tetapi, sekarang? “Awak tak boleh
buat macam ni!”
“Kenapa pulak tak boleh?”
Sabrina memilih untuk diam. Pertanyaan Badrul
itu dibiarkan ditelah angin laut.
“Ingat pesan aku tu!”
“Untuk hari ni aja, kan?” soal Sabrina ingin
mendapatkan kepastian.
“Untuk dua minggu,”
“Hah? Mana boleh!”
“Kenapa pulak tak boleh?” soal Badrul sekali lagi
bersama wajah yang selamba. Tenang hatinya tatkala melihat
wajah Sabrina yang tegang.
“Kalau setakat duduk dalam bilik, baik tak payah
datang sini. Baik awak datang sorang-sorang.”
120
Hanni Ramsul
“Memang aku nak datang sorang pun. Yang kau
ikut, kenapa?”
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Benar-
benar tidak faham dengan tindakan Badrul. “Kalau betul
awak tak nak saya ikut, cakaplah! Boleh saya cakap dengan
abah yang awak nak honeymoon sorang-sorang.”
Tajam mata Badrul mencerlung pada Sabrina.
“Bodoh! Kalau aku datang sorang-sorang, tak adalah
honeymoon namanya. Kau ingat senang-senang ke abah nak
bagi aku ke sini kalau kau tak ikut?”
Sabrina mengeluh perlahan. Betul-betul dia tidak
mengerti dengan pendirian Badrul.
“Tapi, kenapa?” soal Sabrina lemah.
“Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Apa yang
aku nak, mulai sekarang kau duduk diam-diam dalam bilik
ni. Jangan keluar ke mana-mana!”
“Awak tak boleh buat saya macam orang tawanan!”
“Memang sekarang kau orang tawanan aku. Kau
kena ikut segala cakap aku. Kau ingat senang ke nak tipu
orang ni?”
“Kalau saya lapar macam mana?”
“Aku akan belikan kau makanan!”
“Bosanlah saya macam ni. Janganlah kejam
sangat!”
“Tu….” Panjang muncung Badrul menunjukkan
beg plastik yang dibawa sebentar tadi.
“Apa?” soal Sabrina hairan.
“Kalau bosan, kau baca semua tu. Tengok CD ke?”
Sabrina melabuhkan punggung di atas katil. Beg
121
Pergilah Air Mata
plastik sederhana besar itu dibuka perlahan-lahan. Matanya
bulat memandang pelbagai jenis majah dan novel di dalam
beg plastik tersebut. Dia mengeluh lemah tatkala meninjau
kandungan beg tersebut. Majalah dan novel berbahasa Cina!
“Saya bukannya reti baca bahasa Cina,” rungut
Sabrina perlahan. Bodoh punya lelaki! kutuknya di dalam
hati.
Badrul tersenyum panjang. “Tak boleh baca, tengok
gambar. Tak pun tengok CD.”
Sabrina menyelongkar beg plastik tersebut. Pelbagai
judul CD ada di dalamnya. Satu per satu dibelek dan
dicampakkan ke katil.
Badrul tersenyum sambil bersandar di sofa.
Sabrina angkat muka.
“Semua cerita hantu. Nak buat apa?” soal Sabrina
geram.
Badrul ketawa riuh. Dia seronok melihat Sabrina
marah-marah begitu.
“Tengoklah… biar hilang takut kau tu,” balas
Badrul senang.
Sabrina memandang wajah Badrul yang tersenyum
lebar. Senyum yang menyakitkan hatinya. “Awak ni saja nak
seksa saya, ya?”
“Smart girl. Yes, I am. Memang aku nak buat kau
terseksa.”
Sabrina diam seketika.
“Kalau macam tu, tak apalah….” Akhirnya Sabrina
bersuara perlahan.
Badrul kerutkan kening.
122
Hanni Ramsul
Sabrina angkat punggung. Bergerak semula ke
balkoni.
Badrul bangkit dari sofa. Cepatnya Sabrina
mengalah. Sangkanya Sabrina akan melawan. Langkah kaki
dihayun ke arah balkoni. Dia tidak boleh tinggal diam.
“Tak apalah?” soalnya tidak puas hati.
Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul yang
kelat. Hilang sudah senyum manis lelaki itu. “Yalah. Tak
apalah. Saya ikut arahan awak.”
Badrul bersandar di balkoni. Dia mulakan lagi! Kali
ini Sabrina buat muka tidak kisah. “Tak bosan?”
“Tak apalah… setakat bosan aja. Bukannya boleh
buat mati pun,” jawab Sabrina, selamba.
Badrul menggetap bibir. Mencari idea lain untuk
memancing rasa marah Sabrina. “Aku tak nak kau tidur…”
“Tak apa. Saya tak kisah tidur kat sofa tu. Bukan tak
biasa pun!” Cepat-cepat Sabrina menyampuk. Apa yang
bermain di kepala Badrul bagaikan sudah dapat dia baca. Dia
tersenyum kecil. Macamlah selama ni aku tidur kat sebelah
dia, Sabrina mula merungut sendiri.
“Aku tak nak kau tidur kat sofa.”
“Hah?” Ternganga mulut Sabrina sambil matanya
menyapu seraut wajah Badrul yang tidak mempunyai
perasaan.
Badrul tersenyum sedikit. Tindak balas yang baik.
“Dah tu, takkan saya nak tidur dalam bilik air?” soal
Sabrina sambil cuba mengawal suaranya. Terasa Badrul sudah
sedikit melampau.
“Tidur dengan aku.” Selamba cadangan itu keluar
dari bibir Badrul. Dan senyumnya melebar lagi tatkala
123
Pergilah Air Mata
melihat wajah Sabrina sudah disimbah riak terkejut. Berjaya!
Dia sudah berjaya memancing amarah Sabrina. Dia sudah
berjaya menggoyahkan ketenangan wajah itu.
“Okey!” jawab Sabrina sepatah.
Senyum Badrul mati tiba-tiba.
Sabrina memalingkan wajah. Cuba sembunyikan
senyum dari mata Badrul. Rancangan lelaki itu tidak berjaya.
“I want more than that!” cabar Badrul geram.
Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul sambil
tersenyum.
“Terserah. Saya halal pada awak,” balasnya selamba
sambil melangkah meninggalkan Badrul yang sudah merah
wajahnya. Dia tahu Badrul tidak serius dengan kata-katanya.
Lelaki itu cuma mahu bertikam lidah dengannya. Pelik betul.
Tidak pula dia tahu rupa-rupanya ada jenis manusia yang
suka sangat bergaduh. Contoh yang paling hampir, ialah
lelaki yang tercegat bersamanya saat ini.
Badrul menggigit bibir. Besi balkoni dipukul kuat.
Geram! Selambanya gadis ini mematikan setiap hujahnya.
Selambanya gadis ini membakar perasaannya.
“Halal?” soalnya menahan geram.
Sabrina tersenyum sambil melabuhkan punggung
atas sofa. Wajah marah Badrul dipandang tenang. Senang
hatinya dapat melihat wajah Badrul yang kelat itu.
Badrul melangkah dari balkoni. “Apa kau cakap?
Halal?”
“Yalah. Kenapa? Tak betul ke?”
Badrul menghayun langkah di hadapan Sabrina.
Dia mundar-mandir di situ. Menyuntik sedikit rasa aneh di
hati Sabrina. Langkahnya mati di hadapan Sabrina.
124
Hanni Ramsul
“Yes. You’re right. Kenapalah aku tak terfikir
sebelum ni, ya?”
Entah kenapa, tiba-tiba Sabrina pula diserang
gelisah di sofa.
“Betul? Apa yang betul?” soalnya lambat-lambat.
Senyum yang sudah mula terukir di bibir Badrul, tiba-tiba
membuat dia rasa takut. Dia lupa, dia mencabar seorang
lelaki. Seorang lelaki yang halal padanya.
“Kalau aku cakap, aku nak sekarang… macam
mana?” sergah Badrul sambil melabuhkan punggung di
sebelah Sabrina.
Sabrina terjerit. Terkejut disergah begitu. Dan
terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba duduk di sebelahnya.
Terasa semangatnya terbang jauh. Senyuman Badrul mula
membuat dia rasa seram sejuk. Dan, apabila Badrul membelai
rambutnya yang mengurai, dia hampir mahu menangis.
Menyesal rasanya dia mengeluarkan kata-kata itu sebentar
tadi. Seratus kali dia rela Badrul memakinya daripada
berdepan dengan senyuman Badrul yang sangat aneh ini.
Seribu kali dia rela Badrul memarahinya daripada Badrul
melayannya begini.
“Boleh?” soalnya lembut di telinga Sabrina.
Dada Sabrina seakan mahu pecah. Air matanya tiba-
tiba menitis. Dia sudah tidak kisah kalau Badrul memarahinya
kerana menitiskan air mata. Saat ini, dia berharap suara
lantang lelaki itu memarahinya. Tetapi, kenapa lelaki ini tidak
meninggikan suara? Kenapa lelaki ini cuma tersenyum? Dan,
apabila jari-jemari Badrul menyapu air mata yang mengalir
di pipinya, dia terasa mahu pengsan.
“Kenapa menangis? Kata tak kisah….”
Bahu Sabrina sudah terhenjut-henjut menahan
125
Pergilah Air Mata
esakan. Spontan dia bangkit dari sofa dan berlari ke bilik air.
Berdentum dia menutup pintu. Dengan tangan yang
menggeletar, dia mengunci pintu dari dalam. Memang dia
akan tidur di sini malam ini. Dia tidak kisah tidur dalam bilik
air. Debar jantungnya seakan tidak mahu berhenti.
Badrul tersenyum panjang.
“Yes!” bisiknya bersama ketawa besar. Dia menang
kali ini. Padan muka!
Badrul melangkah ke arah bilik air. Perlahan-lahan
dia mengetuk pintu bilik air.
“Kenapa menangis?” soalnya bersama ketawa yang
sukar ditahan.
Diam
“Bisu ke?”
Diam lagi.
“Buka pintu ni!”
“Tak nak!”
“Hidup lagi. Ingatkan dah jadi duda aku tadi.
Manalah tahu, tiba-tiba kau mati mengejut.”
Diam.
“Cepat buka pintu ni!”
“Tak nak!”
“Oit! Aku nak mandilah. Kau ni, berlakon over
sangatlah. Cepat buka pintu ni. Aku nak mandi la oiii. Dah
nak masuk maghrib ni!”
“Awak tak serius, kan?”
Badrul tergelak lagi.
“Perasanlah kau! Tak hingin aku. Cepat! Aku nak
126
Hanni Ramsul
mandi ni!” Badrul bersuara dengan nada tinggi. Kesabarannya
sudah mula dicabar.
“Betul?”
“Helo perempuan. Kalau kat dalam dunia ni, hanya
ada kau aja, mungkin aku pertimbangkanlah. Jangan nak
perasanlah. Cepat buka pintu ni!”
“Kejap!”
Tidak lama kemudian, pintu terkuak. Terjengul
kepala Sabrina dengan wajah yang was was.
“Keluarlah!” ujar Badrul geram sambil menolak
daun pintu yang sedikit terbuka. Tangannya pantas menarik
lengan Sabrina.
Sabrina menyeringai menahan sakit.
“Aku cakap elok-elok, kau sengaja nak bagi aku naik
angin.”
Sabrina diam. Lengannya yang sedikit sengal,
disapu perlahan. Tidak mengapa. Dia lebih sukakan Badrul
sekarang daripada Badrul yang menyeramkan tadi.
“Awak…” Sabrina memberanikan diri membuka
mulut.
“Apa? Nak kena cium ke?”
“Bukanlah!”
Badrul bergerak mencapai tuala di penyidai. “Dah
tu? Apa?”
Sabrina bergerak agak jauh daripada Badrul. Dia
tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. “Apa kata kalau
saya sewa bilik lain aje?”
Cukup perlahan cadangan yang keluar dari bibir
Sabrina.
127
Pergilah Air Mata
“What?” Badrul mula naik angin.
Sabrina tersentak. Perlahan-lahan dia mengurut
dada. “Saya sewa bilik lain. Kita anggap kita tak kenal antara
satu sama lain. Kita buat hal masing-masing.”
Badrul merenung tajam ke wajah Sabrina. Dia
melangkah menghampiri gadis itu.
Sabrina cepat-cepat bergerak ke pintu bilik air.
Bersedia lari ke dalam bilik itu, jika Badrul cuba mengapa-
apakannya.
“Supaya senang kau panggil kekasih kau datang ke
sini? Temankan kau di sini? Aku dah cakap dengan kau, aku
tak akan bagi laluan mudah pada kau. Biar kau tahu langit tu
tinggi atau rendah. So, jangan mimpilah!”
Sinis Badrul bersuara sambil merenung tajam
wajah Sabrina.
Sabrina tunduk. “Itu cadangan aja….”
“Cadangan ditolak!”
Sabrina mengeluh pendek.
“Dah! Tepi! Tak payah nak jadi guard kat bilik air ni
pulak. Aku nak mandi ni.”
Sabrina mengengsot ke tepi. Berdentum Badrul
menutup pintu bilik air. Dengan langkah longlai, Sabrina
bergerak semula ke sofa. Dia berbaring di situ. Terasa sia-sia
berada di sini kalau terpaksa berkurung di dalam bilik selama
dua minggu. Apalah agenda Badrul mengajak dia datang ke
sini?
128
Hanni Ramsul
bab 11
“DAYANA!” Dayana
Laju
melangkah meninggalkan
Badrul. Dalam pada itu, ada rasa hairan mengganggu
perasaannya. Dari mana Badrul tahu dia berada di sini?
“Dayana!”
Sekali lagi Badrul memanggil sambil separuh
berlari, mengejar langkah laju Dayana. Panjang benar rajuk
gadis itu padanya. Bukan main susah untuk dia menjejak
gadis itu. Selepas dia berterus terang dengan Dayana, gadis
itu terus menyepi.
“Tunggu, sayang!” Badrul bersuara sambil mencapai
lengan Dayana.
Sepantas kilat gadis itu merentap tangannya. Marah
betul dia. “Jangan panggil I sayang!”
“Amboiii marah nampak! Kenapa? Dah tak suka I
panggil macam tu ke?” soal Badrul cuba bergurau dengan
Dayana. Dia tahu Dayana marah. Dan dia sedar, memang
wajar untuk Dayana berasa marah. Siapa yang tidak marah
129
Pergilah Air Mata
kalau kekasih hati ditangkap basah dengan orang lain.
Terpaksa berkahwin pula tu. Kalau dia pun, pasti dia marah!
“Memang I tak suka! I tak nak jumpa you lagi!!!”
“You dah bencikan I, ke?”
“Apa you buat kat sini?”
“Cari you la….”
Dayana diam seketika. Memandang wajah Badrul
yang kelihatan sedikit tenang berbanding pertemuan mereka
tempoh hari. “Mana you tahu I ada kat sini?”
Badrul tersenyum kecil. “Bukan susah nak cari you.
Ada bau….”
Dayana menjeling geram.
Badrul tersenyum.
“Yanti yang bagitau. Dekat tiga hari tiga malam I
pujuk dia,” beritahunya sambil tersengih.
Dayana jegilkan mata. Celaka Yanti! Tak boleh
simpan rahsia betul! kutuknya dalam hati.
“You jangan marahkan dia pulak. I yang paksa dia.”
Dayana bungkam.
“You belum jawab soalan I.”
“Soalan?”
“You dah bencikan I, ke?”
Dayana diam. Kepalanya dihalakan ke laut yang
terbentang luas. Bencikah dia pada Badrul? Mustahil dia
bencikan lelaki yang begitu dia cintai ini. Dia cuma kecewa.
Kecewa dengan berita yang Badrul sampaikan padanya
tempoh hari. Kecewa dengan nasib yang menimpa
percintaannya dengan Badrul.
130
Hanni Ramsul
Badrul merenung wajah Dayana yang termenung
jauh. Gadis itu tidak menjawab soalannya. Mungkin Dayana
tidak membencinya. Pasti masih ada ruang untuknya di hati
gadis itu.
“You tak jawab soalan I. Kenapa?” Badrul bersuara
perlahan.
Dayana tunduk. Pilu mendengar soalan Badrul.
Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipinya.
Air mata itu membuat Badrul terkedu. Janganlah
menangis, sayang. Air mata itu meruntun hati ini. Perlahan-
lahan Badrul bergerak menghampiri Dayana.
“Syyy… don’t cry,” bisiknya lembut di telinga
Dayana. Perlahan-lahan tubuh itu ditarik ke dalam
pelukannya.
Mendengar pujukan lembut itu, tangis Dayana terus
pecah di bahu Badrul. Lama dia pendam kesedihan itu. Dia
cuba tidak menitiskan air mata, menangisi apa yang telah
terjadi. Dia tidak mahu menjadi lemah. Tetapi, kata-kata
Badrul telah membangkitkan rasa pilu yang bukan sedikit di
hatinya. Dia tidak pernah bencikan Badrul. Tidak pernah!
“Jangan menangis lagi.”
“I sedih, Bad. Why? Kenapa jadi macam ni?” Dayana
bersuara sendu. Terus membiarkan air matanya mengalir
membasahi t-shirt hitam Badrul.
“You mesti ingat. Bukan you aja yang sedih. I pun
tak sangka semuanya boleh jadi sampai macam ni. Macam
nak gila I cari you. Please… jangan buat macam ni lagi.”
Dayana menahan sendunya. Mengangkat perlahan
wajahnya dari bahu Badrul. Menolak perlahan dada Badrul.
Seakan faham, Badrul meleraikan pelukannya.
131
Pergilah Air Mata
Dayana menyapu pipinya yang basah. “I buntu. Tak
tahu nak fikir macam mana. Suka atau tak, I dah kehilangan
you. You bukan lagi milik I. Sakit sungguh untuk I terima
kenyataan ni, Bad.”
Badrul mencapai tangan Dayana. Dia merenung
mata Dayana yang basah. Melihat wajah itu, perasaannya
berkecamuk. Dia tidak mahu kehilangan gadis ini. “You tak
pernah kehilangan I. I tetap milik you sampai bila-bila.”
Dayana tersenyum pahit. Malangnya kenyataan
yang terbentang di hadapan mata tidak seindah bicara yang
meniti di bibir Badrul. “You dah kahwin….”
“Itu bukan masalahnya. You masih marahkan I
pasal kejadian tu ke?”
Dayana mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu
sama ada dia masih marahkan Badrul atau tidak. Kalau pun
dia marah, wajarkah dia memarahi lelaki itu? Padahal segala
yang berlaku bukan salah Badrul. Badrul diperangkap. Itulah
yang diceritakan oleh Badrul padanya. Dan, hati perempuannya
mempercayai kata-kata itu. “Entahlah, Bad. Kalau I nak
marahkan you pun, buat apa? Tak ada apa yang akan
mengubah kenyataan. I tetap kehilangan you. You sekarang
dah jadi milik perempuan lain.”
“I tak pernah jadi milik sesiapa, kecuali you. Youlah
satu-satunya perempuan yang memiliki hati I, wahai Dayana
Dahari.”
Dayana tersenyum kecil. Seperti biasa, dia senang
apabila lelaki itu memanggilnya dengan nama penuh. Terasa
betapa dekatnya dia dengan Badrul. “Badrul Datuk Hamidi.
Jangan menggoda I. I tak nak jadi pengganggu rumah tangga
orang.”
“I akan terus menggoda orang yang I cintai.”
132
Hanni Ramsul
Dayana melangkah perlahan. Membiarkan kakinya
basah disapu ombak yang lesu menghempas pantai.
Badrul turut melangkah santai di sebelah Dayana.
“Cakap memang mudah, Bad.”
“I tak akan lupakan you. I tak mampu nak lupakan
you, Yana. Semua yang berlaku ni, tak akan kurangkan cinta
I pada you. I cuma nak satu saja... kita kahwin.”
“You gila, Bad. You kan dah kahwin!”
“I nak kita kahwin. Please… jangan tolak
permintaan I ni. Kita kahwin, ya?”
Dayana melangkah laju meninggalkan Badrul yang
terkulat-kulat memandangnya. Permintaan Badrul membuat
dia geram. Pantas Badrul mengejar Dayana sekali lagi.
Dayana terus melangkah tanpa berpaling. Adakah
lelaki itu sengaja ingin menduga hati perempuannya?
“Yana… janganlah macam ni.”
“You jangan cakap macam tu depan I!” bentak
Dayana berang.
“Kenapa?”
“Sebab I tak suka!”
“But, why?”
“You dah kahwin!”
“Tapi, bukan dengan you.”
“I tak nak kahwin dengan suami orang!”
“Tapi, I kekasih you.”
“Yes! Tapi itu dulu. Dulu you memang kekasih I.
Tapi, sekarang you dah ada isteri. You dah jadi suami orang!”
“I tak cintakan dia. I cuma cintakan you. Dan, I nak
133
Pergilah Air Mata
kahwin dengan orang yang I cintai. The one that I truly
love.”
“But, still… you kahwin juga dengan dia!!!” jerit
Dayana cuba melawan suara ombak.
“Abah yang paksa. Semua ni bukan kehendak I!!!”
jerit Badrul juga.
Dayana menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dan
lantang.
Badrul tergelak kecil. Dia tahu Dayana sedang
melepaskan geram. Begitulah selalunya apabila gadis itu
melepaskan rasa marah.
“You jangan nak manipulasi I, okey!” Dayana
bersuara sambil menjeling tajam.
Namun, jelingan itu belum mampu membuat hati
Badrul kecut. Sebaliknya menyemarakkan lagi rasa kasih
Badrul pada gadis itu. “I will. I will, sayang. Sampai you say,
yes!”
Dayana merengus marah. “Jangan seksa I lagi, Bad.
Kalau pun you anggap tu sebagai gurauan… gurauan you tak
lucu langsung. Gurauan you menyakitkan hati I.”
Badrul melangkah lebih laju, kemudian berdiri
menghalang langkah Dayana. “Joke? You tengok muka I
macam buat kelakar ke? I’m serious about this. I memang
nak kita kahwin.”
“Wife you? Macam mana dengan dia? You nak
ceraikan dia?”
“No. I won’t!”
Dayana kerutkan kening. “You nak madukan I?
Kenapa you tak nak ceraikan dia? You dah jatuh cinta kat dia
ke?”
134
Hanni Ramsul
“I nak ajar dia!”
“What do you mean?”
“I tak akan bagi dia hidup senang. Dengan apa yang
dia cuba lakukan, I think she deserves for it!”
Dayana diam. Dia kehilangan kata-kata. Matanya
merenung wajah Badrul yang tiba-tiba serius. “You… dengan
dia?”
“Nothing happened between I dengan dia. Never!
Percayalah… I langsung tak ada perasaan pada dia. Kalau ada
pun, satu saja.”
Dayana menahan nafas. Matanya tajam menatap
wajah Badrul. Tiba-tiba rasa cemburu menguasai diri.
“Benci!”
Tanpa sedar, Dayana menarik nafas lega.
Badrul tersenyum tatkala menyedari riak cemburu
Dayana. Itu bererti, dia masih berpeluang untuk memiliki
semula gadis itu.
“Ada lagi,” tambahnya sambil tersenyum nakal.
Dayana jegilkan mata. Dia tahu Badrul cuba
mempermainkannya. Sengaja ingin membuat perasaan
cemburunya muncul lagi. “Apa dia?
“Dendam!”
Dayana mencebik.
“Kenapa?” soal Badrul sedikit hairan dengan
cebikan Dayana.
“Mula-mula memanglah benci. Dendam. Tapi, kalau
dah hari-hari bersama, lama-lama jadi rindu dendamlah
pulak.”
“Kalau macam tu, jomlah kita kahwin!”
135
Pergilah Air Mata
Dayana diam. Perlahan-lahan dia menyambung
langkahnya yang dihalang oleh Badrul. “Jangan cakap macam
tu, Bad. I tak suka. You pun tahu prinsip I, kan? I tak suka
berkongsi kasih.”
“No. You won’t.”
“Tapi, bukan ke tak baik you buat dia macam tu?
You tak nak lepaskan dia, tapi you tak nak bertanggungjawab
pada dia.”
“I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni. Sampai
masanya, I akan lepaskan dia. I cuma nak ajar dia aja. Ajar
biar dia respect maruah diri. Biar dia tahu bukan senang nak
tipu orang. Bukan senang nak senang. Biar dia serik dan tak
ada lagi lelaki yang jadi mangsa dia.”
Dayana diam. Dia memandang wajah Badrul. Tidak
tahu apa perasaannya tatkala mendengar kata-kata Badrul
itu.
“Why? Kenapa pandang I macam tu?”
“Tetap kejam bunyinya,” ujar Dayana perlahan.
Badrul tersenyum kecil.
“Sebenarnya dia yang kejam. Kejam pada dirinya
sendiri,” ujar Badrul geram. Wajah Sabrina tiba-tiba muncul
di hadapannya. Wajah yang sering mengundang rasa
amarahnya.
“Bad….”
Badrul tersentak kecil apabila lengannya ditepuk
perlahan. Dia menoleh. Dayana memandang ke arahnya. “Ya.
Apa dia?”
“Kita tetap macam dulu, kan?” Badrul bersuara
lirih.
Buat seketika, mata kedua-duanya berlaga pandang.
136
Hanni Ramsul
“Kalau diikutkan hati yang marah, I memang nak
lupakan you. Namun cinta you telah merantai I. I tak boleh
nak buang you dari hidup I.”
“Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana masih
sudi menyintai I.”
“Tapi I rasa bersalah kerana mencintai suami orang.
I rasa berdosa pada isteri you.”
Badrul merenung wajah Dayana yang nampak
begitu murung. “You tak bersalah, sayang. Percayalah…
semua ni bukan salah you. Takdir dah tentukan kita begini.
Kita kahwin, ya?”
Dayana tersenyum pahit. Bagaimana mungkin dia
boleh mengahwini Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh
berkongsi kasih dengan perempuan lain? Dan, bagaimana
mungkin dia boleh melupakan Badrul? Bagaimana mungkin
dia boleh hidup tanpa lelaki itu? Bagaimana mungkin dia
boleh hidup tanpa cinta lelaki itu? Lagipun bukan sehari dua
mereka menjalinkan cinta. Sudah lima tahun mereka
menyemai kasih, menyulam sayang.
Dayana pandang wajah Badrul. Sungguh! Dia tidak
sanggup kehilangan lelaki itu. Namun di satu sudut yang lain
pula, dia juga tidak sanggup berkongsi kasih dengan
perempuan lain.
137
Pergilah Air Mata
bab 12
PERLAHAN-LAHAN Badrul
menolak pintu biliknya.
Sunyi sepi. Dengan santai
dia melangkah masuk. Hatinya berbunga riang. Lebih
seminggu dia di sini, dan usaha memujuk Dayana juga
seakan berjalan dengan lancar. Perlahan-lahan Dayana
dapat menerima situasinya. Perlahan-lahan Dayana seakan
dapat memaafkannya. Mungkin sedikit hari lagi, dia berjaya
memujuk Dayana agar berkahwin dengannya.
Ruang bilik yang luas itu begitu sepi. Tiada bunyi
televisyen seperti selalu. Dia menutup pintu sambil matanya
melilau mencari bayang Sabrina. Tiada di balkoni. Tiada juga
di sofa. Terdetik rasa hairan di hati. Keluarkah gadis itu?
Baru sahaja rasa marahnya mahu meledak, dia terpandang
sesusuk tubuh yang lena di atas katil. Ada rupa-rupanya.
Badrul melangkah ke tepi katil. Memandang
sekeliling tubuh gadis itu. Perlahan-lahan dia menggeleng.
Kasihan melihat wajah yang sedang lena itu. Matanya
dilemparkan ke lantai. Hampir dengan kakinya, beberapa
kotak origami daripada kertas yang sederhana besar, berderet
138
Hanni Ramsul
di kaki katil. Di dalam kotak-kotak tersebut penuh dengan
lipatan origami kecil berbentuk burung dan bunga tulip.
Kesemuanya daripada kertas majalah dan novel Cina yang dia
beli tempoh hari.
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas
katil. Menjenguk wajah Sabrina yang lena. Pasti tertidur
kebosanan. Di kiri dan kanan tubuh gadis itu dipenuhi
dengan origami burung dan bunga tulip pelbagai saiz.
Bersepah di atas katil. Tanpa sedar, bibirnya mengukir
senyum. Pasti gadis ini terlalu bosan. Kasihan. Matanya
kembali ke wajah bujur sirih gadis itu. Mengambil
kesempatan pada lena Sabrina. Wajah itu diamatinya dalam-
dalam. Nampak begitu mulus di matanya. Wajah itu begitu
bersih tanpa solekan. Cuma sebiji jerawat sedikit mengganggu
di dahi. Namun tidak sampai mencacatkan. Kerana wajah
Sabrina nampak lebih manis dengan jerawat yang baru mula
memerah itu. Inilah buat kali pertama dia mengambil
kesempatan menatap wajah gadis yang dinikahi lebih sebulan
yang lalu. Kenapalah wajah semulus ini, sanggup melakukan
perkara seburuk itu?
Badrul mengeluh perlahan sambil membetulkan
duduknya agar wajah Sabrina lebih senang untuk terus
diamati. Tiba-tiba hatinya bertanya, berapakah umur isterinya
ini? Sekuntum senyuman sumbing muncul di sudut bibir.
Rupa-rupanya selain daripada nama, dia tidak tahu apa-apa
tentang Sabrina. Pantas tangannya mencapai beg tangan
milik Sabrina. Menyelongkar mencari dompet milik Sabrina.
Dia tersenyum sambil mengeluarkan dompet dari beg tangan
gadis itu. Matanya mengawasi Sabrina. Bimbang kalau-kalau
gadis itu tiba-tiba terjaga. Dia menatap kad pengenalan milik
Sabrina.
“Sabrina Shahzan…” bisiknya perlahan.
139
Pergilah Air Mata
“14 September 1981. Hmmm… dua puluh lapan
tahun.” Dia mencongak sendiri. Enam tahun lebih muda
daripadanya.
Matanya beralih pula pada sekeping gambar kecil di
sebelah ruang kad pengenalan. Dia tersenyum sumbing.
Gambar Sabrina bersama seorang lelaki dan seorang gadis.
Bergambar bertiga sambil tersenyum riang. Lelaki itu
dikenalinya. Lelaki yang hampir bertumbuk dengannya
tempoh hari. Gadis di sebelah Sabrina itu, tidak pula dia
kenali. Manis senyum yang menghiasi bibir Sabrina cukup
menunjukkan gadis itu begitu gembira saat itu. Matanya
berbalik ke wajah Sabrina yang masih lena. Seminggu lebih
gadis ini terkurung di dalam bilik. Sangkanya Sabrina akan
ingkar pada perintahnya. Nampaknya telahannya meleset.
Sabrina akur pada arahannya itu. Gadis itu tidak lagi
memberontak seperti tempoh hari.
Badrul meletakkan semula dompet Sabrina di
dalam beg tangan. Matanya terpandang pula telefon bimbit
milik gadis itu. Laju tangannya ingin mencapai. Namun,
gerakannya terhenti. Terasa dia sedang mencabuli hak
peribadi gadis itu pula. Sudahnya, dia batalkan niatnya itu.
Beg tangan milik Sabrina diletakkan semula di atas meja di
tepi katil.
Badrul kembali memandang Sabrina sambil
menongkat dagu. Boleh tahan cantiknya gadis ini. Matanya
mula nakal meneliti sekujur tubuh Sabrina. Nampak comel
di dalam track suit besarnya dan body shirt berwarna ungu
gelap. Menyerlahkan warna kulitnya yang kuning langsat.
Sabrina berkalih tidur. Membuat dia sedikit
menggelabah. Dan apabila tangan Sabrina bergerak ke arah
pehanya, spontan dia berundur. Badrul tidak mahu gadis itu
sedar yang dirinya sedang diperhatikan. Namun entah apa
140
Hanni Ramsul
malang nasibnya, dia gagal untuk menyeimbangkan
langkahnya lalu jatuh terduduk di atas karpet. Dan lebih
malang, pandangannya berpinar-pinar apabila kepalanya
terhantuk pada hujung meja kecil di sebelah katil.
“Adui!” jerit Badrul agak kuat sambil memegang
kepalanya yang berdenyut.
Jeritan Badrul itu mengejutkan Sabrina yang
sedang tidur. Pantas dia bangkit dan menoleh ke arah lelaki
itu. Kemudian matanya terpisat-pisat memandang sekeliling.
Kepalanya tiba-tiba berasa sakit kerana tersedar dari lena
secara mengejut. Sambil menggosok-gosok mata, dia
memandang ke arah Badrul yang tersandar di meja kecil
sambil menekan kepala.
“Kenapa awak ni?” soalnya hairan.
Badrul merenung tajam wajah yang terpinga-pinga
itu. “Bodoh!”
Kening Sabrina berkerut. Bodoh? Siapa pula yang
bodoh ni? hati Sabrina berdetik sendiri.
“Benda apa yang bersepah kat lantai ni? Tak ada
kerja lain ke? Sengaja nak bagi aku tersungkur kat sini?”
Badrul bersuara sambil menunjukkan kotak-kotak
kertas yang berderet di tepi katil. Sekadar untuk menutup
rasa malu yang bersarang di hati. Nasib baik Sabrina tidak
menyedari tindakannya sebentar tadi.
Sabrina bergerak ke birai katil. Memandang kotak-
kotak yang diatur di situ. Elok sahaja. Tidak ada satu pun
yang berselerak. Dia kembali memandang Badrul. Dahinya
berkerut. Kalau sekadar terlanggar kotak-kotak itu, pasti
sudah berterabur kesemua isinya. Tetapi macam mana Badrul
boleh jatuh? Isy… macam tak percaya aje.
141
Pergilah Air Mata
“Awak jatuh ke?” Akhirnya dia ajukan juga soalan
tersebut pada Badrul.
“Tak! Aku tengah tidur ni. Tak nampak ke?” balas
Badrul geram.
“Ohhh tidur…!”
Selamba Sabrina menjawab sambil tersenyum kecil.
Sengaja ingin membuat darah Badrul menyirap. Sengaja
ingin melepaskan rasa geramnya dikurung selama lebih
seminggu di dalam bilik itu. Dek kebosanan, hampir kesemua
kertas di dalam bilik itu dilipat menjadi origami. Ternyata
cubaannya berjaya. Dia dapat melihat wajah lelaki itu merah
menahan marah.
“Sakit ke?” soalnya cuba ambil berat.
“Shut up!” jerit Badrul sambil bangkit bergerak ke
birai katil. Tangannya menekan kuat belakang kepalanya yang
terasa sengal.
Sabrina menggaru kepala. Rambutnya yang panjang
mengurai, diikat ringkas dengan getah pengikat rambut.
Melihat wajah Badrul yang masih menahan sakit, dia
bergerak menghampiri lelaki itu. “Macam mana boleh
jatuh?”
Badrul diam.
“Kepala awak kena apa?”
“Meja.”
“Meja? Nak saya tengok?” soal Sabrina lambat-
lambat.
Badrul diam seketika. Matanya menatap wajah
Sabrina yang nampak betul-betul tidak bersalah. Memang
bukan salah Sabrina pun, dia yang jatuh sendiri. Tanpa
menjawab, perlahan-lahan dia tundukkan kepala di hadapan
142
Hanni Ramsul
Sabrina. Memberi izin pada Sabrina untuk melihat kepalanya
yang mula terasa pedih.
Sabrina terpaku seketika. Tangannya teragak-agak
untuk menyentuh rambut Badrul yang hitam pekat itu.
Sudahnya, dia cuma menjengah. Melihat tempat yang
dipegang oleh Badrul sebentar tadi.
“Kau tengok ke tak?”
“Tengoklah ni... tapi, tak nampak apa-apa pun. Awak
selaklah rambut tu.”
Badrul mengangkat muka. Berang dengan kata-kata
itu. “Kau ni, nak tolong ke tak?”
“Naklah. Tapi, macam mana nak tengok kalau awak
tak selak rambut tu?”
“Selaklah sendiri!” arah Badrul garang. Memang
perempuan ini mencabar kesabarannya. Nampak sangat tidak
ikhlas menawarkan pertolongan.
“Boleh ke? Awak tak marah ke?”
“Arghhh!!!” Tanpa sedar, Badrul menjerit geram.
“Okey… okey….” Laju Sabrina menjawab sambil
tangannya cepat-cepat menyentuh rambut Badrul. Dia
menyelak perlahan-lahan tempat yang dimaksudkan. Risau
kalau-kalau tertekan kuat, lelaki itu akan menyinga sekali
lagi. Kepala Badrul kelihatan lebam dan bengkak. Juga sedikit
luka. Pasti terhantuk di bucu meja.
“Luka sikit,” beritahu Sabrina.
Badrul menyentuh kepalanya. Tanpa sengaja, dia
tersentuh jari-jemari Sabrina juga.
“Banyak ke lukanya?” soal Badrul tanpa memandang
wajah Sabrina.
143
Pergilah Air Mata
“Sikit aje. Tapi dah bengkak. Nak saya tuam?”
“Suka hatilah,” balas Badrul sambil lewa.
Sabrina bergerak turun dari katil. Menuju ke arah
seterika yang tersedia di sudut kabinet. Suis seterika
dihidupkan.
“Kau gila ke? Takkan kau nak seterika kepala aku?”
Laju mulut Badrul bertanya membuat Sabrina
melopong seketika.
“Mana ada?”
“Tu? Apa kau buat tu?”
Sabrina memandang ke arah seterika yang sudah
panas. Dia tersenyum lucu. Faham maksud soalan Badrul.
Dalam pandai, bodoh juga lelaki ini! Sabrina menggeleng
perlahan sambil mencapai tuala kecil di atas meja solek.
“Awak duduklah kat sini,” arah Sabrina sambil
jarinya lurus dihalakan ke arah kerusi meja solek.
Dalam hairan, Badrul melangkah menghampiri
Sabrina. Dia duduk di kerusi meja solek di sebelah Sabrina.
Hatinya tertanya-tanya, apakah yang sedang Sabrina cuba
lakukan padanya? Jangan balas dendam, sudahlah. Tak pasal-
pasal karang, rentung rambutnya yang dijaga rapi itu.
Badrul memandang Sabrina yang sedang
meletakkan seterika di atas tuala. Tidak lama kemudian, tuala
tersebut dilipat kecil dan diletakkan di atas kepalanya yang
bengkak itu. Berkali-kali Sabrina mengulangi langkah yang
sama. Badrul cuma memerhati. Rupa-rupanya itu yang cuba
Sabrina lakukan padanya. Sangkanya Sabrina ingin tuam
kepalanya dengan seterika tadi.
“Mana kau belajar semua ni?” soal Badrul dengan
suara yang sedikit kendur.
144
Hanni Ramsul
“Belajar apa?”
“Tuam pakai seterika ni.”
“Oh… kenapa? Awak tak tahu ke?”
Badrul diam. Malas menjawab soalan itu.
“Macam mana awak boleh jatuh ni?”
Setelah agak lama berdiam diri, sekali lagi Sabrina
bertanyakan soalan yang sama.
“Boleh tolong diam, tak?” marah Badrul tiba-tiba.
Takkan dia hendak beritahu Sabrina yang dia terjatuh sebab
terlalu asyik menatap wajah gadis itu.
“Okey. Saya tak tanya lagi,” balas Sabrina perlahan.
Tidak mahu mencetuskan suasana yang kurang senang.
Sudahnya, dia kembali menyambung kerjanya. Namun
tersentak apabila Badrul tiba-tiba memegang tangannya.
“Cukuplah tu,” ujar Badrul pendek.
“Tapi….”
“Aku cakap cukup, cukuplah!” Badrul bersuara lagi.
Kali ini lebih tegas.
Sabrina sekadar menjongket bahu.
Sebaik Sabrina bergerak menyimpan tuala, cepat-
cepat Badrul angkat punggung menuju ke balkoni. Dia ingin
berada jauh dari Sabrina. Ingin membuang jauh debar yang
tiba-tiba bergayut di jiwanya. Tiba-tiba perasaannya berperang
sendiri. Lebih-lebih lagi apabila haruman yang dipakai oleh
gadis itu, berkali-kali menerpa hidungnya. Membuat hati
lelakinya berkocak hebat.
“Awak tak apa-apa ke?”
Badrul tersentak. Dia berpaling memandang wajah
hairan Sabrina.
145
Pergilah Air Mata
“Aku okey. Kenapa?” soalnya dengan suara sedikit
bergetar. Saat ini, hanya satu doanya. Janganlah gadis itu
melangkah rapat padanya.
“Muka awak macam ada masalah aje.”
Badrul membuang pandang. Memang aku sedang
bermasalah! hati Badrul menjerit, memberontak. “Errr… kau
pergi bersiap.”
Tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari bibirnya sebaik
dia melihat Sabrina ingin melangkah menghampirinya.
Membuat langkah Sabrina mati tiba-tiba. Itulah yang dia
mahu. Saat ini dia tidak mahu Sabrina berada hampir
dengannya.
“Bersiap?” soal Sabrina hairan.
“Ya! Kau tak faham bahasa Melayu ke?”
“Bersiap nak ke mana?”
Badrul mengeluh keras. Wajah Sabrina direnung.
Tetapi cuma untuk seketika. Dia tidak boleh pandang wajah
itu lama-lama. Dia harus keluar dari bilik ini secepat
mungkin. “Kita pergi dinner.”
“Dinner?” soal Sabrina dengan dahi berkerut.
“Ya… dinner. Kalau nak lagi faham, makan malam,”
jawab Badrul separuh geram.
“Tapi, kan awak kata….”
“Kau nak kena cium ke?”
“Okey. Saya bersiap sekarang!” Laju Sabrina
bergerak ke bilik air. Seketika kemudian dia keluar semula.
“Apa lagi tu?!” Badrul sudah mula menengking.
“Lupa ambil baju dan towel,” jawab Sabrina sambil
tangannya pantas mencapai tuala dan pakaiannya. Dia kecut
146
Hanni Ramsul
mendengar tengkingan Badrul. Pelik betul. Tiba-tiba sahaja
lelaki itu naik angin.
Badrul mengeluh panjang. Menarik nafas sedalam
mungkin. Kenapalah tiba-tiba perlu muncul perasaan begini?
Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.
“Nak apa?”
Terdengar suara Sabrina yang sedikit meninggi,
diselangi bunyi air dari pancuran. Membuat jiwanya semakin
terseksa.
“Aku bagi kau sepuluh minit. Aku tunggu kat
bawah. Cepat!”
Dia bersuara sambil terus berlalu keluar dari bilik.
Tidak betah untuk terus berlama-lama dengan Sabrina.
Bimbang ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sesuatu
yang akan membuat dia menyesal. Dia tidak mahu
mengecewakan Dayana.
147
Pergilah Air Mata
bab 13
SABRINA bangkit daripada
pembaringannya. Dia berjalan
mundar-mandir di dalam bilik.
Bosannya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Badrul pula, sejak malam tadi tidak balik ke bilik.
Tidak tahu ke mana. Pulang sahaja dari makan malam, lelaki
itu terus berlalu tanpa sepatah kata. Meninggalkan dia
sendirian di dalam bilik yang cukup besar itu. Membuat
tidurnya malam tadi pun menjadi tidak begitu lena. Sering
terganggu dek rasa takut. Tidur sendirian di tempat yang
masih asing padanya, memang bukanlah satu situasi yang dia
gemar. Sudahnya, entah berapa jam sahaja matanya terpejam
lena. Selebihnya, dia terkebil-kebil di dalam comforter yang
membalut seluruh tubuhnya. Menutup kaki dan kepalanya.
Kalaulah malam ini Badrul tidak pulang juga, pasti dia
terpaksa bersengkang mata sekali lagi.
Dia memandang jam di dinding. Hampir pukul
enam petang. Ke manalah Badrul pergi? Kalau diikutkan
hatinya, mahu sahaja dia keluar dari bilik itu. Mencari sedikit
ketenangan di luar sana. Menghirup udara segar. Namun,
148
Hanni Ramsul
larangan Badrul terpaksa dia patuhi. Dia tidak mempunyai
pilihan. Walau apa pun, dia tidak boleh ingkar pada perintah
suami.
Satu keluhan keluar dari bibirnya. Tidak tahu apa
aktiviti yang hendak dibuat. Sudahnya dia menjenguk
selonggok CD yang tidak dia sentuh sejak Badrul berikan
padanya tempoh hari. Semuanya cerita seram. Sengaja mahu
kenakan dia. Perlahan-lahan dia mencapai longgokan CD itu
lalu dibawa ke riba. Berkerut keningnya melihat imej-imej
yang langsung tidak nampak cantik di matanya itu. Satu per
satu dicampak ke meja semula. Sehinggalah dia terpandang
satu CD yang menggamit memori. Sekuntum senyum terukir
tiba-tiba.
“Abang! Kita nak tengok cerita apa ni?”
Ikmal tersenyum nakal.
Sedang Maria yang duduk di sebelah Ikmal di dalam
panggung yang sudah mulai gelap itu, tersenyum lucu.
Sabrina merenung tajam wajah dua insan di
hadapannya itu. Senyuman itu bagaikan sedang
menyembunyikan sesuatu. “Cerita apa ni, bang?”
“Jangan Pandang Belakanggg…” jawab Maria
dengan nada yang menyeramkan membuat Sabrina terjerit
kecil.
Ikmal tergelak.
Maria tersengih.
“Abang….”
Ikmal merenungnya bersama sebaris senyum.
“What?” soalnya lembut.
“Tak naklah. Nak keluar. Tak baik tipu Ina tau.”
149
Pergilah Air Mata
“Mana ada abang tipu? Abang cuma ajak tengok
wayang aje. Tak cakap pun nak tengok cerita apa.”
“Jahatlah abang buat Ina macam ni. Ina nak
keluar!” bebel Sabrina sambil angkat punggung.
Pantas Ikmal mencapai tangan Sabrina. “Duduklah
sayang. Abang memang nak tengok sangat cerita ni.
Temankan abang, ya?”
“Ina tak suka tengok cerita macam nilah. Bukan
abang tak tahu….”
“Memang abang tahu. Sebab tu abang tak nak cakap
kita tengok cerita apa,” balas Ikmal masih dengan senyum
nakalnya.
Sabrina membuang pandang.
“Temankan abang, ya? Kalau rasa takut sangat tu,
peluk aje abang. Abang tak kisah,” tambah lelaki itu separuh
bergurau.
Sabrina tersenyum kelat. Manisnya kenangan itu.
Tiba-tiba dia menjadi terlalu rindu pada Ikmal. Bagaimanalah
keadaan lelaki itu sekarang? Tiba-tiba juga dia teringatkan
tarikh pertunangannya dan Ikmal yang bakal tiba tidak lama
lagi. Nampaknya majlis itu terpaksa dibatalkan. Timbul rasa
bersalah di hatinya. Bersalah pada ibu Ikmal yang terlalu
sayang padanya. Bersalah pada Ikmal yang terlalu
mencintainya. Tanpa sedar, tangannya pantas mengeluarkan
CD tersebut dari bekasnya dan memasukkan ke dalam CD
player. Dalam sekelip mata filem Jangan Pandang Belakang
sudah pun muncul di kaca televisyen. Filem itu membuat dia
teringatkan Ikmal. Dan dia ingin terus mengingati Ikmal.
Dalam keasyikan melayan kenangan, dia tersentak
tatkala mendengar jeritan yang menyeramkan di kaca
televisyen. Pantas dia mencapai alat kawalan jauh. Menekan
150