The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssmktebobon123, 2020-10-11 07:43:12

Pergilah-Air-Mata

Pergilah-Air-Mata

Hanni Ramsul

ikon ‘mute’. Filem berlangsung tanpa bunyi. Dia bergerak ke
arah katil. Mengambil comforter dan bergerak semula ke
sofa. Sabrina duduk di sofa sambil menarik comforter
menutupi tubuhnya. Dia menonton filem bisu itu sambil
menutup muka. Hanya sesekali dia melihat. Selebihnya dia
diam sambil menghitung detik CD itu habis diputar.

“Hoi! Apa ni?”

Sabrina terperanjat. Dia menjerit kuat. Hampir
menitis air matanya. Cepat-cepat dia menyelak comforter.

Badrul kelihatan terkejut. “Apa ni? Berbungkus
macam ni?”

Sabrina menelan liur. Perlahan-lahan dia mengurut

dada.

Melihat wajah terkejut Sabrina, Badrul tersenyum
kecil.

“Tengok cerita hantu, ye? Tak takut ke? Kenapa
bisukan volumenya?” soal Badrul sambil melabuhkan
punggung ke sofa. Alat kawalan jauh di tangan Sabrina,
dicapai. Ikon ‘mute’ dimatikan.

Perlahan-lahan Sabrina angkat punggung.

“Nak ke mana tu?”

“Saya tak nak tengoklah!”

“Kan kau yang pasang cerita ni. Duduklah!” Badrul
bersuara sambil menarik tangan Sabrina. Memaksa Sabrina
duduk di sebelahnya.

Sabrina akur dalam terpaksa. Terkebil-kebil dia
tatkala melihat Badrul menarik comforter di ribanya.

“Mana ada orang tengok TV sambil tutup muka,”
perlekeh Badrul sambil tersengih.

151

Pergilah Air Mata

Sabrina diam. Dia tunduk memandang tangannya.
Siapa yang nak tengok TV? Dia cuma ingin mengimbau
kenangan indahnya bersama Ikmal. Itu aja….

“Tengoklah!”
“Awak ke mana malam tadi?” soal Sabrina. Dia
berusaha mengabaikan segala bunyi yang singgah di
telinganya.
“Itu bukan urusan kau.”
“Saja tanya.”
“Diamlah. Aku nak tengok cerita ni.”
“Saya keluar kejap, boleh?” pinta Sabrina sambil
memandang wajah Badrul. Sekurang-kurangnya dia tidak
perlu lagi menghadap cerita seram itu.
“Tak boleh!”
Sabrina mengeluh hampa.
“Best juga cerita ni ya?” Badrul bersuara sambil
matanya terus melekat di kaca televisyen. “Kau agak, kat sini
ada tak benda-benda macam ni?”
Sabrina ternganga. Janganlah buat andaian macam
tu.
“Mungkin ada kut. Yang rambut panjang ni,
memang banyak kat sini,” kata Badrul sambil jari telunjuknya
dituding ke kaca televisyen.
Sabrina turut memandang. Namun cuma seketika.
Cepat-cepat dia pejamkan mata dan palingkan muka. Dia
ngeri melihat wajah hantu yang hodoh itu. Menyesal dia
mainkan filem itu. Sekali lagi Sabrina angkat punggung.
Malas untuk menonton filem yang seram itu. Namun sekali
lagi tangannya ditarik oleh Badrul. Lelaki ini memang
sengaja mahu menyakatnya.

152

Hanni Ramsul

“Saya tak nak tengoklah! Janganlah paksa saya.”
“Kenapa pula?”
“Nanti saya tak boleh tidur.”
“Apa kena-mengena cerita hantu dengan kau tak
boleh tidur?” soal Badrul buat-buat bodoh.
Sabrina membuang pandang.
“Tengok TV tu.”
Sabrina menggeleng.
Lebar senyuman yang terukir di bibir Badrul.
Penakut sungguh perempuan ni! Dia ketawa geli hati. Namun
tawanya tiba-tiba mati apabila Sabrina bangun dan duduk
menghadapnya. Kena sampuk ke? Biar betul perempuan ni.
Hatinya mula berteka-teki.
“Kenapa kau ni?”
Sabrina menggeleng. Wajah Badrul dipandang
tanpa berkelip.
“Janganlah pandang aku. Aku nak tengok TV.
Pandang TV tu!”
“Tak naklah. Kalau awak tak nak bagi saya tengok
muka awak, bagilah saya pergi kat tempat lain. Tolonglah
jangan paksa saya tengok cerita ni!”
“Tak apa. Aku bagi kau tengok muka aku. Tengoklah
puas-puas. Aku tahu, kau memang dah lama pun nak tilik
muka aku, kan? Aku bagi kau peluang sekarang ni. Sebab aku
faham, orang kacak macam aku ni, memang ramai yang nak
pandang. Lebih-lebih lagi perempuan macam kau!”
Sabrina mencebik dalam diam. Perasannya suami
aku ni!
“Betul, kan?”

153

Pergilah Air Mata

“Entah!”
“Entah? Kalau entah, kenapa pandang aku?”
“Sebab muka awak tu lawa sikit daripada muka
hantu tu,” jawab Sabrina selamba.
“Apa?” soal Badrul dengan nada tinggi.
“Sorry!” Cepat-cepat Sabrina bersuara.
Badrul memandang wajah itu buat seketika.
Bimbang gelora rasanya yang bertandang semalam, datang
lagi. Dia cuba sedaya upaya memberi tumpuan pada cerita
yang ditayangkan. Namun, ekor matanya tidak berhenti
daripada melirik Sabrina. Wajah gadis itu bagaikan melekat
di pipinya.
Badrul sedikit gelisah. Dia ingin beredar dari situ.
Namun entah kenapa, kakinya terasa berat untuk melangkah.
Tidak seperti malam tadi, dengan cepat dia boleh menghayun
langkah meninggalkan Sabrina sendirian di dalam bilik. Dia
menyewa bilik lain. Dia ingin memenuhi permintaan Sabrina
agar benarkan dia pergi dari sofa itu. Namun, dia tidak mahu
mengalah. Dia ingin terus melihat wajah Sabrina yang
ketakutan. Dia mengerling dengan ekor matanya. Sabrina
masih termenung sambil menatap pipinya.
“Hah!” jeritnya tiba-tiba.
Sabrina menjerit sekuat hati. Sepantas kilat
melompat ke atas ribaan Badrul. Memaut tengkuk dan
memeluk tubuh Badrul. Memang dia terkejut. Terkejut yang
teramat sangat.
Sabrina sudah meraung di bahunya. Dapat dia
rasakan degupan jantung Sabrina yang laju di dadanya.
Memang Sabrina sangat ketakutan saat ini.
“Okey… okey… sorry. Aku tak sengaja. Sorry,

154

Hanni Ramsul

okey?” Badrul bersuara sambil memegang bahu Sabrina.
Cuba menolak tubuh Sabrina yang masih menggigil itu lebih
jauh darinya.

“Janganlah macam ni. Aku minta maaf. Lepas ni,
aku tak usik kau lagi,” pujuk Badrul.

Tubuh Sabrina sedikit mengendur. Baru dia tersedar
yang dia kini berada di atas ribaan Badrul. Air mata ketakutan
yang membasahi pipi, segera dikesat.

“Sorry….” Sabrina bersuara perlahan sambil
bergerak ke sofa. Dia tidak berani memandang wajah Badrul.
Dia tahu saat ini, mata Badrul tidak berkelip merenungnya.
Barangkali lelaki itu marah. Tetapi, dia betul-betul tidak
sengaja. “Saya tak nak tengok lagi. Please….”

“Okey! Aku tutup.” Pantas Badrul mematikan
televisyen.

Sabrina bersandar ke sofa sambil terus menyapu air
matanya.

“Kenapa kau ni penakut sangat?”
Sabrina menjeling seketika. Bodoh punya soalan!
Debar di dadanya masih bersisa. Kepalanya seakan-akan
berpusing dek kerana terkejut disergah begitu. Nasib baik dia
tidak pengsan. “Awak paksa saya tengok tu, kenapa?”
“Kau yang pasang, kan?”
“Saya pasang, tapi tak ada suara. Lagipun, bukannya
saya tengok.”
Badrul tersenyum kecil. Melihat wajah itu seketika
sambil cuba melenyapkan debar yang bergelora di jiwanya.
Dia menarik nafas panjang. Melarikan pandangan ke arah
lain. “Aku dah sewa bilik lain!”
Tiba-tiba Badrul bersuara.

155

Pergilah Air Mata

“Hah?”
Badrul memandang wajah terkejut Sabrina.
“Kenapa terkejut pulak?”
“Kenapa sewa bilik lain?” soal Sabrina hairan. Debar
yang baru sahaja ingin menjauh, sekali lagi bertenggek di
ranting hati.
“Suka hati akulah!” balas Badrul sambil angkat
punggung. Ingin menjarakkan kedudukan antara dia dan
Sabrina.
“Mana boleh macam tu?” Sabrina bersuara tidak
puas hati. Dia tidak mahu tidur sendirian malam ini.
Sudahnya dia mengekori langkah Badrul.
“Kenapa tak boleh?” soal Badrul sambil bersandar
pada balkoni.
Sabrina diam. Betul kata Badrul, apa hak dia untuk
menghalang lelaki itu?
“Malam ni?” soal Sabrina sambil memandang wajah
Badrul minta simpati.
Badrul membuang pandang. Pandangan itu tidak
mampu dia lawan saat ini. “Aku cuma nak balik mandi dan
tukar baju. Lepas ni aku nak keluar.”
Laju dia bersuara tanpa memandang wajah Sabrina.
Sabrina mengeluh lemah. “Mana boleh macam tu.
Awak dah cakap macam-macam benda mengarut tadi, lepas
tu awak nak biarkan saya tidur sorang-sorang? Mana boleh?”
Bulat mata Sabrina memandang Badrul.
Badrul diam tidak bersuara. Semakin dia cuba
menghindari, semakin gadis ini datang menghampiri.
“Kenapa tak boleh?”

156

Hanni Ramsul

“Sebab saya takutlah…” rintihnya perlahan.
Rintihan yang membuatkan Badrul semakin tidak
tenteram. Tidak! Dia tidak boleh mengikut perasaan. “Kau
takut hantu ke… kau takut aku?”
“Ha?”
Badrul merenung wajah yang terpinga-pinga itu.
“Kenapa pula saya nak takut kat awak?”
Mendengar soalan itu, Badrul melangkah rapat pada
Sabrina.
“Sebab… aku rasa macam nak belai rambut kau,”
bisiknya sambil membelai rambut Sabrina. Membuat gadis
itu sedikit tersentak.
“Aku rasa macam nak sentuh bibir kau.”
Sabrina resah.
“Aku rasa macam nak belai tubuh kau.”
Sabrina gelabah.
“Aku rasa macam… macam nak bersama kau.”
Sabrina resah dan gelabah.
“Boleh? Kalau boleh, I’ll stay….”
Gulp! Kalau tak boleh, maknanya dia kena tidur
sendirian? Sabrina menelan liur. Perlahan-lahan dia bergerak
ke belakang. Berat permintaan Badrul.
Badrul tersenyum kecil.
“Boleh?” Sekali lagi dia bertanya.
“Errr….”
Badrul tersenyum sambil bergerak mencapai tuala.
“Lepas mandi, aku pergi. Make sure kunci pintu.”
“Hah?”

157

Pergilah Air Mata

“Ya. Aku pergi. Aku tak boleh tinggal dengan kau
kat sini.”

Sabrina diam. Rasa seperti mahu menangis. Pilihan
yang Badrul berikan memang berat.

Melihat wajah itu, Badrul mengeluh perlahan.
“Tak ada apa yang nak ditakutkanlah,” pujuknya
lembut.
Sabrina kelu.
“Apa-apa berlaku, aku kat sebelah aja. Ketuk aja
pintu bilik aku.”
Sabrina terus melongo. Terkebil-kebil memikirkan
dia harus tinggal sendirian lagi malam ini.

158

Hanni Ramsul

bab 14

PERLAHAN-LAHAN pintu bilik
diketuk. Sunyi. Tangannya cuba
menolak daun pintu. Tidak
berkunci. Membuat darahnya terasa menyerbu ke muka.
Pantas dia melihat jam di pergelangan tangan. Sepuluh minit
lagi pukul tujuh pagi. Takkan seawal ini Sabrina membiarkan
pintu tidak berkunci? Atau mungkin Sabrina lupa mengunci
pintu malam tadi? Andaian itu membuat darahnya tiba-tiba
menyirap.
Segera Badrul menolak daun pintu. Ruang bilik
terang-benderang dengan semua lampu terpasang.
Nampaknya Sabrina lupa menutup suis, atau sengaja tidur di
dalam terang. Liar matanya mencari gadis itu. Laju kakinya
melangkah ke arah katil.
Badrul menggeleng perlahan tatkala melihat
selonggok selimut di atas katil. Dia tahu Sabrina yang
berselubung di bawah selimut itu. Perlahan-lahan dia
menyelak selimut yang menutup keseluruhan tubuh Sabrina.
“Masya-Allah! Ya Rabbi....”

159

Pergilah Air Mata

Tersentap Badrul sambil mengurut dada. Terkejut
melihat Sabrina yang tidur dengan bertelekung putih. “Hey,
bangunlah….”

Perlahan-lahan dia menggoncang bahu Sabrina.
Diam.
“Bangunlah! Kenapa tak kunci pintu? Dah kuat
sangat nak lawan penyamun?” Badrul bersuara sedikit keras.
Bahu Sabrina juga digoncang agak kuat.
“Hmmm….”
Jawapan Sabrina membuat Badrul sedikit geram.
Pantas dia melabuhkan punggung di sebelah Sabrina.
“Bangun! Aku kata bangun!”
“Hmmm….” Hanya itu jawapan Sabrina sambil
berkalih tidur. Mata terpejam rapat di dalam telekungnya.
“Bangunlah! Aku nak cakap dengan kau ni.”
Diam. Tidak berjawab. Dalam berang, Badrul
memandang sekeliling. Dia terpandang surah Yasin di tepi
bantal. Tidak tidurkah Sabrina malam tadi? Melihat pada
ketakutan Sabrina malam tadi, tidak mustahil gadis itu
menghabiskan malamnya dengan membaca surah Yasin.
“Pukul berapa kau tidur, hah? Sampai susah sangat
nak buka mata ni?” soal Badrul.
Diam.
Badrul mengeluh perlahan. Nampaknya dia
bercakap seorang diri.
“Bangunlah!” Badrul separuh menjerit di telinga
Sabrina.
Sabrina tersentak. Pantas dia bangkit daripada tidur
dengan muka mamai.

160

Hanni Ramsul

Badrul turut tersentak.
Perlahan-lahan Sabrina mengurut dada.
“Kau ni! Dah macam pocong bangkit dari kubur!
Yang tidur dengan telekung ni, kenapa? Bukalah!”
“Hmmm….”
Dengan mata terpejam, Sabrina membiarkan sahaja
Badrul menanggalkan telekung yang dipakainya. Kemudian
dia berbaring semula di katil.
“Tidur lagi?” Badrul mula merungut. “Bangunlah!
Bersiap! Kita keluar. Kan ke kau nak sangat keluar dari bilik
ni? Cepat bangun!”
“Hmmm….”
Badrul kerutkan kening. Sia-sia bercakap dengan
Sabrina saat ini. Gadis ini memang tidak sedar langsung, atau
saja-saja berlakon? Dia memandang jam di atas meja. Hampir
pukul tujuh suku. Masih awal. Sengaja dia bangun awal.
Selesai solat subuh, dia bergegas menjengah ke bilik Sabrina.
Ingin melihat keadaan gadis itu sebenarnya. Dia tinggalkan
Sabrina di dalam ketakutan malam tadi.
Melihat Sabrina yang terus lena, dia berbaring di
sebelah gadis itu. Menunggu kalau-kalau Sabrina terjaga. Sia-
sia!
“Bangunlah!” gesanya sekali lagi sambil menongkat
kepala di bantal.
“Hmmm….”
“Hmmm… hmmm… bangun aku cakap. Aku cium
karang, baru tahu!”
“Hmmm….”
Aik! Ugut macam tu pun, masih hmmm… juga?

161

Pergilah Air Mata

Badrul dekatkan mukanya ke telinga Sabrina. “Make love
with me….”

“Hmmm….”
Sah! Perempuan ini memang tidur mati. Mulut
sahaja memberi tindak balas, tetapi otak langsung tidak
berfungsi. Dan dia tersangat yakin, memang Sabrina tidak
tidur malam tadi. Barangkali gadis ini baru lena.
Badrul menggeleng. Pelik dengan sikap Sabrina.
Kadang-kadang dia melihat karektor gadis ini jauh berbeza
dengan karektor yang telah diproses oleh akal logiknya.
Kadang-kadang gadis ini nampak begitu naif. Namun, kalau
Sabrina senaif itu, apa yang gadis itu fikirkan sehingga
sanggup melangkah masuk ke bilik seorang lelaki yang
terlalu asing padanya? Apa yang gadis itu inginkan dengan
persetujuan untuk berkahwin dengannya setelah mereka
ditangkap dulu? Kalau betul semua ini bukan rancangannya,
Sabrina patut menolak saranan bapanya. Sabrina tidak perlu
mengahwininya. Tetapi, Sabrina tidak berkata apa-apa. Gadis
itu cuma mendiamkan diri. Seolah-olah perkahwinan itulah
sebenarnya yang dia inginkan. Seakan-akan ada agenda
tersembunyi di sebalik tindakan Sabrina. Agenda yang masih
belum diketahui hingga saat ini.
Lamunannya menjauh apabila tangan Sabrina tiba-
tiba jatuh ke perutnya. Membuat darahnya berderau seketika.
Membangkitkan kembali gelora di jiwanya. Pantas dia
memandang wajah itu. Terlalu lena tidur Sabrina. Tidak
sampai hati untuk dia terus mengejutkan gadis itu.
Badrul bergerak merapati tubuh Sabrina. Menarik
tangan gadis itu agar melingkari pinggangnya. Mengusap
lembut wajah Sabrina yang lena. Sesekali tidur di dalam
pelukan gadis ini, apa salahnya. Sabrina isterinya. Tidak salah

162

Hanni Ramsul

apa yang dia lakukan ini. Lagipun, hari masih terlalu pagi
untuk dia menjalankan sebarang aktiviti luar.

Perlahan-lahan Badrul menarik selimut sambil
memeluk tubuh Sabrina. Kedinginan pagi ditambah pula
dengan penyaman udara yang terpasang, membuat dia ingin
menyambung semula tidurnya. Dia lena di balik keharuman
rambut Sabrina.

“APA kau nak buat hari ni? Aku temankan kau.”
Sabrina bungkam. Matanya menjeling tajam ke

arah Badrul yang sedang menikmati hidangan makan tengah
hari. Selamba sungguh reaksi lelaki ini.

“Saya nak rehat kat bilik….” Sabrina bersuara
perlahan.

Suapan Badrul terhenti. Matanya tajam memandang
wajah Sabrina yang menunduk. “Kenapa pulak?”

Sabrina diam. Tidak tahu apa alasan yang patut
diberi. Kenyataannya, dia tidak mahu terus berdepan dengan
Badrul. Rasa malu masih bersisa. Bagaimana dia boleh lena
di dalam pelukan erat lelaki itu? Bagaimana dia boleh tidak
sedar langsung?

“Kenapa tak kunci pintu?”
Tiba-tiba Badrul bersuara. Mengutarakan soalan
yang tidak Sabrina endahkan pagi tadi.
“Mana ada?”
“Mana ada apa? Kalau kau kunci, macam mana aku
boleh masuk?”
Sabrina diam seketika. Cuba mengingati semula

163

Pergilah Air Mata

sama ada dia kunci atau tidak pintu biliknya. “Saya lupa kut.”
Akhirnya Sabrina menjawab perlahan.
“Lupa kut? Baguslah. Dibuatnya orang masuk,

dengan kau sekali dia orang angkut? Kalau kena rogol, siapa
yang nak tanggung?”

Tersedak Sabrina mendengar kata-kata itu. Tiba-
tiba terasa darah menyerbu ke muka. Ngeri betul andaian
Badrul!

“Berapa kali aku pesan, kunci pintu. Sebelum aku
keluar pun, aku dan pesan, kan? Ke kau rasa kau tu dah kuat
sangat nak melawan?”

Sabrina diam. Menadah telinga sahaja.
“Kenapa diam?”
“Betullah tu!”
“Apa yang betul? Kau tu dah kuat sangat? Kalau
kuat sangat, kenapa aku peluk pun kau tak sedar?”
Wajah Sabrina memerah. Tiba-tiba dia teringatkan
kehangatan pelukan Badrul pagi tadi. Cepat-cepat dia tunduk.
“Aku rasakan… kalau aku rogol kau pun, kau tak
akan sedar tadi.” Tiba-tiba Badrul berbisik di telinganya.
Mata Sabrina membulat memandang Badrul.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. “Kalau awak nak
marah, marah aje la. Saya dengar. Tapi, tolonglah jangan
merepek macam ni!”
Melihat wajah Sabrina yang benar-benar berubah,
Badrul tersenyum kecil.
“Saya nak balik bilik dululah!” Sabrina bersuara
sambil angkat punggung.
“Tak nak ajak aku sekali ke? Kalau nak, cakaplah

164

Hanni Ramsul

terus terang. Tak payahlah berkias-kias macam ni. Aku tak
kisah pun. Anytime aku boleh temankan,” sakat Badrul
dengan muka serius.

“Eh, jangan nak perasan la!” Serta-merta Sabrina
duduk semula. Bimbang kalau-kalau benar Badrul
mengikutnya ke bilik.

“Pukul dua petang baru bangun, takkan dah
mengantuk lagi?”

Sabrina diam. Ini bukan masalah mengantuk. Tapi,
masalah mulut Badrul tu….

“Pukul berapa kau tidur malam tadi?”
Sabrina menggeleng.
“Apa geleng-geleng?”
“Lepas solat subuh, baru saya boleh tidur.”
“Patutlah tidur macam orang mati!”
Sabrina diam. Dia pandang wajah Badrul. Dalam
diam, dia tertanya-tanya akan perubahan sikap lelaki itu
padanya. Badrul tidak lagi sekeras dulu. Sedikit bertolak
ansur dan peramah. Sudah ada topik perbualan antara dia
dan Badrul. Walaupun perbualan mereka lebih ke arah
pertelingkahan, sekurang-kurangnya ada sedikit komunikasi
di antara mereka berdua.
“Kenapa?”
“Hah?” soal Sabrina terpinga-pinga.
“Kenapa kau pandang aku?”
Sabrina menggeleng perlahan.
“Makanlah.”
Sabrina memandang nasi goreng di hadapannya.
Tak ada selera langsung!

165

Pergilah Air Mata

“Bila kita nak balik?” soal Sabrina tiba-tiba.
Badrul mendongak mencari wajah Sabrina.
“Kenapa?” soalnya pendek.
“Tak ada apa-apa. Saja tanya.”
“Bosan?”
Memanglah bosan kalau asyik kena kurung! hati
Sabrina menjerit geram.
“Tak adalah….” Akhirnya jawapan itu yang meniti
di bibir Sabrina.
“Sabarlah. Cukup dua minggu, kita baliklah. Balik
awal, nanti kena soal. Aku malas nak jawab.”
Sabrina diam. Dua minggu. Dia menghitung
sendiri. “Maknanya, lagi tiga harilah?”
“Ya la kut. Aku pun tak kira.”
Sabrina menongkat dagu. Nampaknya dia akan
dikurung di situ selama tiga hari lagi. Lama juga tu, fikirnya.
“Apa lagi kau fikir tu? Makanlah….”
“Kenapa tiba-tiba ajak saya makan kat luar?” soal
Sabrina lagi.
Badrul mengeluh panjang. Sudu dan garpu diletak
di atas pinggan. Makin dilayan, makin banyak pula soalan
gadis ini.
“Tolong diam boleh tak?” bentak Badrul geram.
“Okey! Saya diam,” balas Sabrina kalut. Sebelum
arahan lebih keras keluar dari mulut Badrul, cepat-cepat dia
mencapai sudu dan garpu. Baru sahaja ingin menyuap nasi
goreng ke mulut, dia terpaku seketika. Tergamam melihat
wajah berang seorang gadis cantik yang memandang ke
arahnya.

166

Hanni Ramsul

“Awak… tu…” kata Sabrina tergagap-gagap.
“Apa lagi? Makan ajalah!” marah Badrul.
Sabrina terdiam. Cuma matanya terus memandang
gadis yang semakin menghampiri mereka.
“Apa semua ni?!”
Lantang suara itu bergema di belakang Badrul.
Membuat suapan Badrul terhenti tiba-tiba. Dia kenal suara
itu. Segera dia berpaling. Wajah Dayana merah menyala
memandangnya.
“Datang cari I konon! Betul ke you datang cari I?
Atau… sebenarnya you sedang honeymoon?”
“Yana. I can explain….”
“You nak explain apa lagi?”
Badrul menggelabah.
Dayana membuang pandang. Geram melihat
tingkah Badrul.
Sabrina pula terkebil-kebil menjadi pemerhati.
“Dengar penjelasan I dulu. Memang I datang sini
cari you. I tak tipu. Sumpah!”
“Apa-apalah, Bad! I dah tak heran dengan sumpah
you tu!” Dalam marah, Dayana berlalu.
Badrul bungkam di kerusi. Dia ingin mengejar
gadis itu, namun dia malu dengan pengunjung restoran yang
sedang menjeling ke arahnya. Lagaipun, sia-sia memujuk
Dayana saat ini.
“Kekasih awak ke?” soal Sabrina perlahan.
Badrul diam.
“No wonderlah awak nak sangat datang sini,”
tambah Sabrina lagi. Kali ini, juga dengan nada perlahan. Dia

167

Pergilah Air Mata

sedikit berjauh hati. Tidak tahu kenapa, terasa seperti Badrul
sedang mempergunakannya saat ini.

“Yes! So what?”
“Kejarlah!”
“Ha?” Badrul bertanya pelik.
“Kejarlah kekasih awak tu. Awak explain la pada
dia.”
Badrul memandang wajah selamba Sabrina. “Kau
tak kisah ke?”
“Kenapa saya nak kisah? Pergilah!”
“No point…” ujar Badrul lemah.
“No point?”
“Dia hot tempered. Tak guna pujuk kalau dia tengah
marah. Sia-sia aja. Better tunggu dia cool down sikit.”
“Macam tu ke?”
“Haah…” jawab Badrul lambat-lambat.
“Awak... dia datang balik la…” bisik Sabrina sambil
matanya terarah pada Dayana.
“Hah?” Badrul berpaling. Dayana melangkah laju ke
arahnya. Jantungnya berdegup kencang.
“Yana… dengarlah dulu penjelasan I.” Badrul
bersuara sebaik sahaja Dayana tiba di hadapannya.
Dayana tercegat sambil memandang wajah Badrul.
“I nak kahwin dengan you!”
Dayana berlalu pergi sebaik sahaja mengungkapkan
kata-kata tersebut. Meninggalkan Badrul dan Sabrina yang
terpinga-pinga.
“Hah? Apa dia cakap?”

168

Hanni Ramsul

“Dia cakap, dia nak kahwin dengan awak.”
Laju Sabrina menjelaskan.
Hah? Dayana nak kahwin dengan aku? Betul ke? Dia
memandang wajah Sabrina. “Aku rasa, aku patut kejar dia
sekarang!”
“Cepat!” ujar Sabrina sepatah.
Untuk seketika, Badrul memandang wajah Sabrina.
Pantas tangannya mencapai jari-jemari gadis itu.
“Thanks!” Ucapnya perlahan.
Sabrina cuma membalas dengan sekuntum
senyuman yang sukar untuk ditafsirkan maknanya.
Cemburukah dia?

169

Pergilah Air Mata

bab 15

“MANA duit aku?”
Maria menjeling
tajam. Wajah Iskandar
direnung geram. “Duit apanya? Bukan kau yang kena tangkap
dengan Ina. Dia dah kena tangkap dengan orang lain.”
“Itu bukan masalah aku. Yang penting, ikut
rancangan, kau akan bayar aku, kan? Cepat bayar! Dahlah
melepas peluang aku nak kahwin dengan Ina. Sekarang, duit
aku pun kau tak nak bagi?”
“Kau melepas, sebab kau bodoh. Yang kau bagi
nombor bilik yang salah, kenapa?”
“Helo, Mar. Pembetulan. Bukan aku yang bodoh.
Tapi, kau tu yang bengap. Pekak. Aku bagi nombor lain, kau
pergi cakap nombor lain. Dah! Aku tak nak cerita panjang.
Bagi duit aku. Aku dah buat apa kau suruh!”
Maria menjeling tajam.
“Cepatlah! Dahlah sewa bilik hari tu pun, pakai duit
aku. Aku tak claim pun, tu dah kira nasib baik tau!”

170

Hanni Ramsul

Maria mengeluh panjang. “Yalah… yalah… nanti
aku bank in kat akaun kau!”

“Bagi cashlah….”
“Aku tak ada cash sekarang!”
“Cek?”
“Hesy! Aku kata nanti, nantilah! Jangan risaulah.
Aku takkan lari punya!”
“Dah lebih sebulan kau cuba lari daripada aku.
Bukan aku tak tahu!”
Selamba lelaki itu bersuara, membuat wajah Maria
memerah menahan geram. “Aku bukan larilah. Banyak benda
yang aku kena uruskan. Aku janjilah, by next week kau dapat
duit tu. Kerja tak buat, senang-senang kau angkut duit ya?”
“Yalah. Tak ada dalam perjanjian kita, kalau misi
gagal, upah dikira hangus. Kan?”
“Banyaklah kau punya misi. Nasib baik nombor aku
bagi tu, ada lelaki kat dalamnya. Kalau dibuatnya bilik
perempuan? Sia-sia aja aku rancang semua ni, tahu tak?”
Iskandar tergelak riuh mendengar rungutan itu.
“Tapi, aku terkilanlah….”
Maria merenung wajah Iskandar. “Terkilan apa
pulak?”
“Yalah. Kalau bukan kerana kebodohan kau tu,
Sabrina dah selamat kahwin dengan aku sekarang. Dah jadi
isteri aku pun, tahu tak? Ni… sebab kau, aku putih mata.”
Maria tersenyum kecil. “Kau ni, betul-betul nak
kahwin dengan dia ke… cuma nak dia aja?”
“Aku suka Sabrina tu. Manja. Comel. Bahagia kalau
aku dapat dia.”

171

Pergilah Air Mata

“Yalah tu. Bukan aku tak kenal buaya macam kau
ni. Semua perempuan buat kau bahagia.”

Iskandar tersenyum. “Kalau aku jumpa dia sekali
lagi….”

“Tak payah nak beranganlah. Dia dah jadi menantu
Datuk pun.”

“Maksud kau?”
“Aku tersilap bagi nombor bilik anak Datuk kat
dia.”
“Siotlah kau, Mar!”
“Nak buat macam mana? Aku bukannya sengaja.”
“Sepatutnya kau kena bayar aku double, tahu tak?”
“Jangan nak mengada-ada! Aku nak bagi, dah kira
cukup bagus, tau tak?”
Iskandar tersenyum lagi. “Ada lagi ke perempuan
yang kau nak bagi tangkap basah dengan aku?”
“Mana ada? Jangan nak mengada-adalah!”
“Manalah tahu, kan? Tapi, aku hairanlah. Kenapa
kau buat macam tu kat Ina? Best friend kau pula tu.”
“Aku ada sebab aku sendiri!”
“Sebab Ikmal ke?”
Maria diam.
“Jahat betullah kau ni!
”Mulut tu jaga sikit, ya? Kalau aku ni jahat, kau tu
apa? Yang kau sanggup nak tolong tu, kenapa?”
“Yalah. Dah kau suruh aku kena tangkap basah
dengan gadis idaman aku, mestilah aku nak. Dah lama aku
perhatikan Ina tu. Susah sangat nak dekat. Asyik dengan

172

Hanni Ramsul

kekasih dia aje. Tu yang buat aku geram tu. Aku suka sangat
kalau dapat makan ayam hutan ni.”

“Sudahlah tu. Jangan nak berangan depan aku.
Ayam kau tu, dah masuk dalam sangkar emas dah. Tak usah
nak bermimpilah. Kalau nak, pergi cari perempuan lain!”

“Takkan sama dengan Ina tu….”
“Diamlah! Macam dah tak ada cerita lain kau nak
cakap, ya?” Maria bersuara geram.
Iskandar ketawa riuh. “Kau cemburu, kan? Kau
cemburu bila aku asyik puji Sabrina. Agaknya, sebab
cemburulah kau sanggup buat dia macam ni.”
Maria menarik nafas panjang. Kata-kata Iskandar
terus melekat di kotak fikirannya.
“Ehem!”
Maria tersentak. Segera dia berpaling. Ikmal
tercegat di belakangnya. Sekuntum senyuman diukir buat
lelaki itu. “Dah habis berkemas ke?”
Ikmal tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggung di sebelah Maria. Memandang kanak-
kanak yang berkejaran di halaman rumah pak longnya yang
luas itu. Majlis kenduri kesyukuran sudah pun selesai.
“Kenapa?”
Maria berpaling. Sedikit hairan mendengar soalan
Ikmal yang cuma sepatah itu.
Ikmal merenung jauh ke hadapan. Tajam renungan
itu.
“Kenapa, apa?” soal Maria menagih penjelasan.
“Bila aku suruh mak aku buat keputusan, aku
mengharapkan agar kau tolak permintaan mak aku tu. Tapi,
kenapa kau tak tolak? Kenapa kau terima?”

173

Pergilah Air Mata

Maria mengeluh perlahan. Dia faham maksud
Ikmal. “Entahlah, Mal… aku kasihan tengok muka mak kau.”

“Kau tak kasihan pada diri kau sendiri? Bukan kecil
pertaruhan yang kau buat ni, Mar. Ini melibatkan masa depan
kau. Hidup kau. Mana boleh kau buat keputusan hanya
kerana kasihan? Aku tahu kau nak tolong kawan. Tapi, bukan
ni caranya untuk kau tolong aku, Mar. Terlalu besar
pengorbanan yang kau buat ni.”

Maria tersenyum sambil merenung cincin permata
ruby yang menghiasi jari manisnya. Cincin yang sepatutnya
ibu Ikmal sarungkan ke jari manis Sabrina.

“Insya-Allah... aku takkan menyesal, Mal.”
“Aku tak tahulah apa ayat yang mak aku guna
untuk pujuk kau. Berkali-kali aku tolak. Berkali-kali dia
nekad nak tanya kau. Kalau kau setuju, bermakna aku juga
kena akur. Itu keputusan muktamadnya. Kenapa kau setuju?
Itu yang aku paling tak faham.”
“Entahlah. Anggaplah apa yang aku buat ni kerana
mak kau. Kerana maruah keluarga kau. Aku tak kisah kena
jadi bidan terjun macam ni.” Maria bersuara separuh
melawak, membuat Ikmal tersenyum tawar.
“Tak sangka, kan?”
“Apa yang kau tak sangka?”
Ikmal memandang wajah Maria. “Kita diikat dengan
ikatan ni.”
“Aku faham perasaan kau. Jangan salah faham
dengan tindakan aku ni. Aku tak nak kau anggap aku
mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pada Ina. Atas
apa yang berlaku pada kau. Mak kau cakap, pak long kau dah
siapkan semuanya untuk majlis kenduri ni. Aku jadi tak

174

Hanni Ramsul

sampai hati nak kecewakan pak long kau. Kalau kau tak nak
teruskan pertunangan ni, tak apa. Aku reda. Lagipun,
semuanya dah selamat, kan? Kau boleh putuskan
pertunangan ni kalau kau mahu.”

Ikmal memandang wajah Maria tajam. Tidak
percaya mendengar kata-kata Maria. Begitu sekali usaha
Maria untuk menjaga nama baik keluarganya. “Aku tak
sejahat tu, Mar. Takkan aku nak malukan keluarga kau pula,
setelah kau selamatkan air muka keluarga aku. Aku cuma
bimbang… bimbang nanti aku akan buat kau kecewa.”

“Aku faham... aku tahu bukan senang kau nak
lupakan Ina. Lupakan kenangan kau dengan dia. Aku tak
kisah. Betul-betul tak kisah….”

Ikmal diam. Perlahan-lahan dia mengeluh.
Memandang wajah Maria sekali lagi. Begitu tulus hati gadis
ini. “Kalau aku tanya kau satu soalan, aku harap kau tak salah
faham.”

Maria tersenyum manis. Memandang wajah Ikmal
lama. Senang hatinya melihat wajah itu. Bagai mimpi, kini
dia duduk di hadapan lelaki itu sebagai seorang tunang.
Impian yang tidak pernah dia sangka akan menjadi kenyataan.
“Apa yang kau nak tanya?”

Ikmal diam. Seketika, dia cuma tunduk.
“Hei, tanyalah. Apa dia? Aku dengar ni,” tanya Maria
sambil menepuk bahu Ikmal.
Ikmal tersenyum seketika.
“Apa yang kau harapkan dengan menjadi tunangan
aku?” soal Ikmal perlahan-lahan. Soalan yang membuat Maria
sedikit tersentak.
“Sorry! Aku tak berniat nak buat kau tersinggung.

175

Pergilah Air Mata

Aku cuma nak tau.” Cepat-cepat Ikmal memohon maaf sebaik
melihat riak wajah Maria yang berubah tiba-tiba.

Maria mengukir senyum. Sedikit kelat. “Aku tak
harapkan apa-apa….”

“Maksud kau?”
“Niat aku ikhlas. Aku nak tolong kawan. Selebihnya,
aku serahkan pada takdir. Biarlah takdir yang tentukan
segala-galanya. Apa yang boleh aku buat cuma satu, berusaha
membuat hidup kita menjadi lebih bermakna. Walaupun tak
menjadi terlalu baik, sekurang-kurangnya biarlah kehidupan
kita hari ni lebih baik daripada semalam. Dan esok…
kehidupan kita menjadi lebih baik daripada hari ni. Itu aja.”
Ikmal diam.
“Dan, untuk tu… kita perlulah berusaha, Mal.
Berusaha untuk menjadi orang baru. Jangan biarkan kisah
sedih tu terus merantai jiwa kita. Untuk aku berusaha
sendirian, memanglah payah. Kita perlu sama-sama berusaha,
kalau kita nak kekalkan ikatan ni. Aku tak akan mendesak.
Jauh sekali memaksa. Keputusan ada di tangan kau. Aku akan
terima dengan senang hati.”
“Kau ni, memang pandai berkata-kata. Setiap patah
perkataan yang keluar dari mulut kau, penuh dengan
motivasi. Bercakap dengan kau, buat aku rasa macam aku
tengah hadiri sesi kaunselinglah pulak.” Ikmal bersuara
separuh bergurau.
“Suka hati kaulah, kau nak cakap apa,” kata Maria
sambil tergelak kecil.
Ikmal tersenyum. “Kau tahu, Mar?”
Maria memandang wajah Ikmal sambil angkat
kening.

176

Hanni Ramsul

“Bila dengar kau cakap, aku rasa macam senangnya
hidup aku ni. Senangnya nak buat begitu. Senangnya nak
buat begini. Tapi, kenapa bila aku cuba, rasanya macam susah
sangat?”

“Sebab kau biarkan hati kau terus dibelenggu
cerita-cerita sedih tu. Kau sayang nak lepaskan kesedihan tu.
Kau rasa bersalah nak buang cinta Ina.”

Ikmal diam. Barangkali Maria benar. Dia merelakan
dirinya larut dalam kesedihan semata-mata kerana dia ingin
dekat dengan Sabrina. Dia ingin terus merasai cinta Sabrina.
Dia ingin Sabrina terus wujud di hatinya.

Maria menatap wajah Ikmal. Perlahan-lahan dia
mencapai tangan lelaki itu. “Just let her go. Itu akan buat kau
rasa tenang. Dan akan beri kau semangat untuk bina hidup
baharu.”

“Tak semudah yang kau cakap, Mar.”
“Aku tahu ia tak mudah. Sebab tu aku takkan paksa
kau. Cuma aku minta, kau cuba sedikit demi sedikit. Cuba
belajar hidup tanpa Ina. Tanpa kenangan Ina. Dan tak salah
rasanya kalau kita bina kenangan baru pula.”
“Terima kasih, Mar. Terima kasih kerana jadi
sahabat aku. Kalau kau tak ada, aku tak tau macam mana nak
hadapi semua ni,” kata Ikmal sambil memandang Maria.
Maria tersenyum. “Tak apa… cukup-cukuplah
berterima kasih pada aku. Aku tak ada buat apa-apa pun!”
“Tak. Kau telah kembalikan semangat aku yang
hampir hilang.”
“Aku sedia membantu, selagi kau mahu dibantu. Itu
yang paling penting. Semuanya tak bermakna, kalau kau
sendiri tak nak berusaha.”

177

Pergilah Air Mata

“Aku akan cuba.”
“Bagus. Tu yang aku nak dengar.”
Ikmal tersenyum kecil. Namun, entah kenapa,
dalam azamnya yang baru, wajah Sabrina masih datang
mengganggu. “Entah macam manalah Ina sekarang. Aku
harap sangat dia bahagia. Walaupun dia tak kahwin dengan
aku. Aku tak sanggup nak tengok Ina terseksa.”
Maria diam seketika. Perlahan-lahan dia angkat
muka. Wajah Ikmal ditatap seketika. “Mungkin dia sedang
bahagia sekarang….”
Ikmal membalas renungan Maria. Mungkinkah
Maria mengetahui sesuatu tentang Sabrina? “Maksud kau?”
Maria angkat punggung dan berdiri di hadapan
Ikmal. “Hari tu aku ada telefon rumah mertua dia.”
“Mana kau dapat nombor telefon dia?”
“Masa dia balik ambil barang dulu.”
“Kau bercakap dengan dia? Dia apa khabar?”
Laju soalan itu meniti bibir Ikmal. Membuat hati
Maria terhiris perlahan-lahan. Namun, dia kena terima. Dia
harus terima ini semua. Membantu Ikmal melupakan nama
Sabrina, sedikit demi sedikit. Dan dia maklum, itu bukanlah
satu tugas yang mudah.
“Tak. Aku tak bercakap dengan dia. Orang gaji dia
yang jawab.”
Ikmal kelihatan sedikit hampa.
“Dia tak ada di rumah masa aku call. Kata orang
gaji dia, Sabrina ke Pangkor. Honeymoon….”
Wajah Ikmal berubah serta-merta. Tiba-tiba dia
dilanda rasa cemburu yang teramat sangat.

178

Hanni Ramsul

“Mal... I’m sorry. Aku tak patut beritahu kau, kan?”
Ikmal menahan nafas.
“Berapa lama dia ke sana?” soalnya dengan nada
dingin.
“Dua minggu.”
Ikmal menahan rasa. Kenapa dia perlu berperasaan
begini? Kenapa dia perlu berasa sakit? Seharusnya dia
gembira kerana Sabrina kini bahagia. Bukankah itu yang dia
inginkan? Namun ternyata berita itu menjadi duka buatnya.
Ternyata kata-katanya sebentar tadi cumalah luahan hipkorit
dari hatinya. Dia memang mahu Sabrina bahagia. Dia
memang mahu Sabrina gembira. Tetapi, dia mahu
kebahagiaan dan kegembiraan itu dikongsi bersamanya.
Bukan bersama lelaki lain.
“Mal….”
“Sorry. Aku rasa aku nak bersendiri sekarang ni….”
Ikmal bersuara perlahan. Pedih hatinya mendengar berita
tentang Sabrina.
Maria mengeluh perlahan. “Itu sebabnya kau kena
cuba lupakan Ina.”
“Please, Mar….”
“Okeylah. Aku pergi. Tapi, kau… tolonglah jangan
layan sangat perasaan sedih kau tu. Ina boleh hidup
bahagia… buktikan kau juga boleh.”
Ikmal diam. Tunduk melayan rasa pilunya.
“Be strong. Kalau bukan untuk kau… buatlah
untuk aku. Kalau bukan untuk aku… buatlah untuk mak
kau. Takkan kau sampai hati nak biarkan mak kau sedih
tengok keadaan kau macam ni.”
Ikmal diam. Dalam tunduk, dia biarkan air matanya

179

Pergilah Air Mata

menitis. Dia teringatkan pengorbanan Maria, juga harapan
ibunya.

“Aku masuk dulu. Apa-apa hal, panggil aku.” Maria
bersuara sayu sambil melangkah.

“Tunggu, Mar!”
Pantas Ikmal menarik tangan Maria. Membuat
Maria tergamam seketika.
Perlahan-lahan Maria melabuhkan punggungnya di
sebelah Ikmal.
“Okey. Aku tunggu,” ujarnya perlahan.
“Thanks, Mar…” bisiknya sambil menjatuhkan
wajah ke bahu Maria. Membiarkan bibir matanya memberat
dengan air mata.
“Please, Mal. Jangan jadi lemah macam ni.”
Ikmal diam. Tidak menjawab. Cuma membiarkan
rasa sedih terus larut di dalam hatinya.

180

Hanni Ramsul

bab 16

“YANA. Mana you pergi?”
“Ada.”
Badrulmemandang
wajah Dayana yang sedikit mencuka. Selepas pulang dari
Pangkor, Dayana terus-terusan cuba mengelak daripada
bertemu dengannya. Membuat dia keliru dengan permintaan
Dayana tempoh hari. Gadis itu seakan terus menutup mulut
daripada bercakap tentang persetujuannya tempoh hari.
“You mengelak nak jumpa I, ya?”
Dayana memandang wajahnya.
“Betul, kan?”
Dayana mengeluh perlahan.
Badrul tersenyum nipis. “Kenapa? Kenapa perlu
nak mengelak?”
“Entahlah… I rasa malu pada diri sendiri.”
“Malu? Kenapa mesti rasa malu?”
Dayana mengeluh panjang. “I tak patut cakap
macam tu, tempoh hari.”

181

Pergilah Air Mata

“Cakap apa?” soal Badrul hairan.
Dayana membuang pandang.
“Cakap apa?” soal Badrul. Kali ini dengan nada yang
lembut.
“I tak patut cakap I nak kahwin dengan you. Just
forget it, okay?”
“Kenapa? You tak nak kahwin dengan I, ke?”
“No….”
“So, kenapa nak lupakan pula?”
“Bad… kita dah bincang, kan?”
“Ya. Memang kita dah bincang. Tapi, you dah ubah
keputusan you.”
“I tak sengaja. I… I marah sangat masa tu….”
“No. You sayang sangat pada I sebenarnya, kan?”
“Kalau I sayang pun, dah tak ada gunanya….”
Dayana mengeluh lemah.
“Kenapa pula? Kita kahwinlah….”
“Bad!”
“Yana!”
Dayana membuang pandang.
Badrul tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia
mencapai jari-jemari Dayana. “I nak kahwin dengan you. Will
you marry me?”
“Bad, tak bolehlah. Wife you macam mana?
Lagipun, I tak nak bermadu.”
“Nama aja bermadu. Tapi, sebenarnya tak. You pun
tahu, kan?”
“Keluarga I? Keluarga I tahu macam mana? You

182

Hanni Ramsul

ingat mereka nak terima you kalau mereka tahu you dah
kahwin? You ingat mereka nak biarkan I kahwin dengan
suami orang?”

“Famili you dah tahu ke?”

“Memanglah mereka belum tahu!”

“Senang aja. Tak payah cerita pada mereka yang I
dah kahwin. Lagipun, sampai masa I akan lepaskan Sabrina
tu. I pun tak suka nak seksa dia. Tapi, macam I cakap hari tu,
orang macam dia tu kena bagi pengajaran sikit.”

“Oh… nama dia Sabrina, ya?”

Badrul mengangguk.

“Cantik orangnya.”

Badrul tersenyum kecil. Sedar ada nada cemburu
dalam pujian Dayana.

“You lagi cantik,” puji Badrul.

Dayana menjeling. “Yalah tu….”

“So, kita kahwin, ya?”

Dayana mengeluh panjang

“Janganlah menolak lagi. Tak ada benda yang perlu
kita risaukan. Kita kahwin dan mulakan hidup baharu.”

“Tapi….”

“No tapi… tapi. You balik dan bincang dengan
parents you. I akan masuk meminang dan kita terus kahwin.
Tak payah tunggu lama-lama.”

“Errr….”

“Please, Yana. I love you. I nak kahwin dengan

you.”

“Nantilah I fikirkan….”

183

Pergilah Air Mata

“I tak nak you fikir. I nak you say yes!”
“Nanti apa kata wife you?”
“Dia tak ada hak untuk cakap apa-apa pun.”
“Bad! Apa pun, dia isteri you. Kalau dia tak setuju
macam mana? Kalau dia beritahu famili I tentang
perkahwinan you, macam mana?”
Badrul mengeluh panjang. Kata-kata Dayana petang
tadi terus mengganggunya sehingga ke saat ini. Betul juga
andaian yang Dayana berikan itu. Semuanya pasti akan
musnah kalau Sabrina buat onar. Dia perlu minta kepastian
daripada Sabrina. Dia perlu pastikan Sabrina tidak menjadi
batu penghalang. Dia nekad mahu mengahwini Dayana. Dia
ingin menghabiskan sepanjang hidupnya dengan Dayana.
Bukan dengan Sabrina. Bukan dengan gadis yang langsung
tidak diketahui akan latar belakangnya itu.
Perlahan-lahan Badrul menghela nafas panjang.
Sekilas dia melihat Sabrina mengatur langkah menuju ke
ruang dapur. “Sabrina!”
Pantas gadis itu menoleh padanya.
“Kenapa?” soal Sabrina sedikit hairan.
“Duduklah. Aku nak cakap sikit.”
Sabrina menurut. Kaku di kerusi sambil
memandang wajah Badrul.
Badrul menarik nafas seketika. Mencari ayat yang
sesuai untuk memulakan bicara.
“Awak nak cakap apa?”
“Kau dah kenal Dayana, kan?”
Sabrina angguk. Selintas wajah cantik gadis itu
terbayang di kepalanya.

184

Hanni Ramsul

“Kau tahu dia siapa, kan?”
Sabrina angguk lagi.
Badrul diam. Memandang wajah Sabrina yang
nampak begitu bersahaja, membuat hatinya berbelah bahagi
untuk berterus terang. Bukan senang rupa-rupanya untuk
meminta keizinan berkahwin lain.
“Kau dengar dia cakap apa hari tukan?”
Sabrina angguk perlahan. Matanya tidak berkelip
memandang wajah Badrul. Tertanya-tanya apa sebenarnya
yang cuba Badrul sampaikan.
“Kalau aku nak kahwin dengan dia, apa pendapat
kau?”
Sabrina terpaku seketika. Sedikit terkejut
mendengar kata-kata itu. Seketika kemudian dia mengukir
senyuman. “Kenapa minta pendapat saya?”
“Sebab aku dah berkahwin dengan kau.”
Sabrina berdeham perlahan. Memandang wajah
Badrul yang terlalu sukar untuk dia tebak hatinya sekarang.
Adakah Badrul sedang meminta keizinan untuk membenarkan
dia berkahwin lagi? Tetapi, perlukah lelaki itu meminta
keizinannya? Padahal dia bukan sesiapa pun pada Badrul. Dia
cuma seorang gadis bernasib malang yang turut menyeret
sama Badrul ke dalam nasibnya yang malang itu.
“Apa hak saya untuk halang awak daripada
mengahwini kekasih hati awak?” soal Sabrina.
Badrul terpegun. Kata-kata Sabrina itu
mengheretnya ke kancah resah. Dia tahu, Sabrina sedang
menyembunyikan perasaannya kala ini.
“Saya tak akan halang,” ucap Sabrina lagi. “Cuma
satu aja pinta saya…”

185

Pergilah Air Mata

“Apa dia?” pintas Badrul.
“Kalau awak nak berkahwin dengan Dayana, awak
lepaskan saya….” Sabrina bersuara lembut.
“Kenapa? Dah tak sabar nak balik ke pangkuan
kekasih kau ke? Jangan mimpi! Aku tak akan lepaskan kau
semudah tu!”
Wajah Sabrina serta-merta berubah. Tersentap
dengan mood Badrul yang juga berubah. Salahkah
permintaannya itu? Dia memandang Badrul dengan riak
keliru. Sikap Badrul memang sukar difahami. “Dah tu…
takkan Dayana nak bermadu dengan saya. Mesti dia tak nak,
kan?”
“Dia setuju, kalau kau setuju rahsiakan hubungan
kita. Jangan beritahu sesiapa. Terutamanya keluarga dia.”
Sabrina menahan nafas.
“Dia yang cakap macam tu?” soalnya lambat-
lambat.
Badrul mengeluh panjang. “Bukan! Aku yang cakap.
Sebab dia bimbang sangat kalau kau tak setuju aku kahwin
dengan dia. Dia bimbang kalau-kalau kau hebahkan status
kita pada keluarga dia. So, aku tanya kau sekarang, kau ada
apa-apa masalah ke kalau aku kahwin dengan Dayana?”
Sabrina menggeleng perlahan. Tidak berani buka
mulut apabila suara Badrul sudah berubah nada. Sekejap
elok, sekejap tidak layanan lelaki itu padanya.
“Aku tanya ni, jawablah. Jangan diam macam tu!”
“Tak! Saya tak kisah… awak kahwinlah.” Laju
Sabrina menjawab.
Badrul tersenyum lega.
Sabrina angkat punggung.

186

Hanni Ramsul

“Kau nak ke mana tu?”
“Dapur. Awak dah habis cakap, kan?”
“Ada aku cakap dah habis ke?”
“Belum ke?” soal Sabrina macam orang bodoh.
“Duduk!”
“Okey!” jawab Sabrina sepatah sambil melabuhkan
semula punggungnya ke kerusi.
Sabrina melihat Badrul mengeluarkan telefon
bimbit dari poket seluarnya lalu membuat satu panggilan.
Sabrina mula dihurung teka-teki.
“Nah!”
“Apa ni?” soal Sabrina hairan apabila Badrul
menghulurkan telefon bimbitnya.
“Katak!”
Sabrina menjeling.
“Jawab!” arah Badrul tegas.
“Kenapa? Siapa ni?”
“Dayana. Kau beritahu dia sendiri, kau tak kisah
kalau dia kahwin dengan aku. Dia tak akan yakin kalau aku
yang beritahu dia.”
Sabrina diam. Perlahan-lahan, dia capai telefon di
tangan Badrul. Perlahan-lahan juga, dia melekapkan telefon
ke telinga kanannya.
“Helo… cakaplah. Kenapa you ni, Bad? Kenapa
diam?”
Sabrina kelu tiba-tiba. Memandang Badrul yang
selamba memerhatikannya.
“Bad… jangan main-main dengan I, boleh tak? I tak

187

Pergilah Air Mata

sukalah. Kalau nak cakap, cakap ajelah. Kalau tak, I letak
telefon ni.”

“Assalamualaikum.”
Diam. Tiba-tiba suara Dayana hilang.
Sabrina kerutkan kening. “Cik Dayana?”
“Awak ni siapa?”
“Saya… saya… Sabrina.”
Diam lagi.
Sabrina memandang Badrul. Tidak tahu apa yang
hendak dia bualkan dengan Dayana. Dia yakin, Dayana tidak
mahu bercakap dengannya.
“Awak nak apa?”
Sabrina menarik nafas perlahan-lahan tatkala
mendengar soalan Dayana.
“Bad tahu ke awak call saya ni?”
“Tahu.”
“Tahu? Mana dia?”
“Ada depan saya ni.”
“Apa hal awak telefon saya?”
“Saya… saya nak cakap… saya tak kisah kalau awak
nak berkahwin dengan Badrul.”
Dayana diam lagi.
“Cik Dayana….”
“Kenapa awak tak kisah? Badrulkan suami awak.
Kenapa awak nak berkongsi dia dengan saya?”
“Antara saya dengan dia, adalah satu kesilapan. Tapi,
takkan sebab kesilapan tu, awak dengan Badrul mesti merana,
kan?”

188

Hanni Ramsul

“Betul awak tak kisah?”
“Betul.”
“Awak dengan Badrul… awak pernah….”
“Tak mungkinlah. Badrul tak sukakan saya. Dia
cuma sukakan awak. Saya cuma nak cakap, saya tak kisah
kalau awak kahwin dengan Badrul.” Pantas Sabrina
menjawab. Faham akan maksud soalan Dayana.
“Awak tak kisah ke terpaksa sembunyikan status
awak? Terpaksa nafikan hak awak sebagai seorang isteri?”
“Mana saya ada hak, Cik Dayana.”
“Awak tak kisah?”
Sekali lagi soalan Dayana melekat di telinga
Sabrina.
“Saya tak kisah….” jawab Sabrina lambat-lambat.
Talian putus tiba-tiba. Sabrina termangu.
“Dia letak phone,” ujar Sabrina sambil
menghulurkan semula telefon milik Badrul.
“Apa dia cakap?”
“Entah. Dia terus letak phone. Ada apa-apa lagi ke?”
“So, aku akan kahwin dengan Dayana. Dan, famili
dia tak boleh tahu yang kau ni isteri aku. Faham?”
Sabrina membuang pandang.
“Helo. Aku cakap dengan kau ni.”
“Suka hati awaklah. Awak yang nak kahwin, bukan
saya.”
“Okey. Nanti aku akan cakap dengan mama dan
abah.”
Sabrina diam sambil tertunduk.

189

Pergilah Air Mata

“And… terima kasih, Sabrina.”
Sabrina angkat muka. Nada suara Badrul berubah
lagi. Menjadi lembut dan menyejukkan hatinya. Dia tersenyum
kecil. “Tak ada hal pun pada saya. Saya tak nak sebab peristiwa
ni, awak hilang kebahagiaan yang awak inginkan.”
Badrul tersenyum kelat mendengar kata-kata itu.
Sabrina sedang cuba mengumpan perasaannya ke? Sabrina
cuba membuat dia serba salah. Tidak! Keputusan ini adalah
muktamad. Dia mahu mengahwini Dayana. Dia tidak boleh
terpengaruh dengan kata-kata hiba Sabrina. Barangkali ini
semua cuma satu lakonan gadis itu.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu.”
Badrul mengangguk perlahan. Dalam diam, dia
berterima kasih pada gadis itu. Walaupun menyakitkan hati,
Sabrina telah memberinya kebahagiaan yang dia dambakan.
Sabrina memberi dia kesempatan untuk dia hidup bersama
gadis yang dicintai.

190

Hanni Ramsul

bab 17

“WHAT?!” Bergegar ruang
tamu di banglo itu
dengan suara Datuk
Hamidi yang memetir.
Sabrina tersentak. Dia terus menyelit di sebelah
Badrul. Wajah Datuk Hamidi tidak berani ditentangnya.
Cebikan Datin Hamidah pun tidak berani dilihatnya.
“Nonsense! Mengarut! Abah tak setuju!”
Sabrina sekali lagi tersentak. Dia memandang
wajah Badrul. Tidak sanggup menanggapi kemarahan Datuk
Hamidi. Kemarahan itulah yang membuat dia menjadi bisu
dan kelu dua bulan yang lalu. Yang membuat dia setuju
menjadi isteri Badrul tanpa sepatah bantahan pun. Yang buat
melangit marah Badrul padanya.
“Kamu ingat ini perkara main-main ke?”
“Kamu, Badrul. Kamu rasa kamu ni dah cukup
layak ke nak beristeri dua? Dah cukup ilmu kat dada tu?”
Melantun suara garang Datuk Hamidi memenuhi segenap
ruang tamu yang besar itu.

191

Pergilah Air Mata

“Kamu pula Sabrina!”
Sabrina tersentak lagi. Perlahan-lahan dia angkat
muka memandang wajah menyinga Datuk Hamidi.
“Dah hilang perasaan malu kamu? Senang-senang
nak bagi suami kamu kat orang lain?”
“Tapi, abah….”
Pantas jari-jemari Badrul menjentik lengannya. Dia
menoleh.
Badrul meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
Memberi isyarat agar tidak bersuara.
“Diam! Abah belum habis cakap!”
Air mata jatuh laju di pipinya mendengar
tengkingan itu. Tersentap apabila Datuk Hamidi tiba-tiba
menengkingnya. Patutlah Badrul cepat-cepat memberi
isyarat. Namun, terasa perasaannya sedikit tenang apabila
tangan Badrul menggenggam erat tangannya. Terasa Badrul
ada di sisinya untuk memberi kekuatan ketika berdepan
dengan kemarahan Datuk Hamidi.
“Abah cakap, abah tak setuju! Titik. Kamu dah
kahwin dengan Sabrina. Hidup aja dengan Sabrina. Tak payah
mengada-ada nak kahwin lain!”
“Apa salahnya, abah? Menantu awak pun dah setuju,
kan?” Datin Hamidah tiba-tiba menyampuk.
“Dia setuju ke, anak awak yang paksa?” soal Datuk
Hamidi geram.
“Saya yang setuju!” Cepat-cepat Sabrina menjawab.
Cuba memberanikan diri menyampuk sekali lagi.
Datuk Hamidi merenung tajam wajah Sabrina.
“Kenapa?”

192

Hanni Ramsul

Sabrina menelan liur. Sekali lagi dia memandang
wajah Badrul. Entah kenapa, melihat wajah Badrul, dia terasa
bagaikan mendapat kekuatan untuk terus bersuara. “Sebab
Badrul berhak hidup bahagia, abah.”

“Sekarang dia tak bahagia ke?” soal Datuk Hamidi
lagi.

Sabrina diam.
“Abah. Saya bercinta dengan Yana dah lama.
Benarkanlah saya kahwin dengan dia. Saya nak kahwin
dengan orang yang saya cinta.”
“Sabrina? Sabrina macam mana?”
“Abah tak perlu risau pasal saya. Saya boleh terima
kenyataan ni.” Sekali lagi Sabrina bersuara.
Datuk Hamidi mengeluh keras. “Kamu orang muda
nikan… anggap ringan semua perkara. Bad, kamu ingat
senang ke kamu nak pikul tanggungjawab ni? Perkahwinan
kamu dengan Sabrina ni pun, abah tengok macam tak berapa
nak elok lagi. Ada hati pula kamu nak kahwin lain?”
“Saya dah tak ada masalah dengan Sabrina, abah!”
Cepat-cepat Badrul bersuara sambil memaut bahu Sabrina.
Sabrina tersenyum kelat.
“Kalau tak ada masalah, kenapa nak kahwin lain?”
Senyum Sabrina mati.
Badrul tergamam. Sudahnya Badrul meletakkan
dahinya di bahu Sabrina.
Sabrina memandang wajah bapa mertuanya. Pandai
lelaki ini membuat kenyataan yang boleh memerangkap.
Memerangkap Badrul. Apa lagi alasan Badrul pada bapanya
kali ini?

193

Pergilah Air Mata

Perlahan-lahan Badrul angkat muka. “Pleaselah
abah. Biarlah saya kahwin dengan Dayana. Inilah satu-
satunya permintaan saya. Saya dah tunaikan permintaan abah
untuk berkahwin dengan Sabrina. Sekarang, abah tolonglah
tunaikan permintaan saya pula.”

“Nekad ke kamu nak kahwin dengan Dayana tu?”
Badrul mengangguk.
“Kamu Sabrina?”
Sabrina mengangkat muka. “Ya, abah.”
“Kamu yakin, kamu tak menyesal dengan keputusan
yang kamu buat ni?”
Sabrina angguk.
“Abah nak kamu jawab.”
“Saya tak menyesal, abah.”
“Bad… kamu dengar apa yang isteri kamu cakap
tu?”
Giliran Badrul pula yang mengangguk.
“Kamu tak rasa apa-apa?”
“Rasa apa?”
Datuk Hamidi merengus marah. “Kamu yakin
kamu tak menyesal buat kat Sabrina macam ni?”
“Tak!”
“Abah tetap tak setuju. Abah bagi kamu berdua
masa untuk berfikir. Tapi cuma tiga hari. Tiga hari abah bagi
kamu masa untuk fikir dengan semasak-masaknya. Lepas tu,
kalau kamu nak teruskan juga, abah tak ada halangan. Dan,
abah juga tak akan ambil tahu apa-apa lagi pasal kamu
berdua. Kalau ada masalah di kemudian hari, jangan cari
abah.”

194

Hanni Ramsul

SABRINA menarik nafas sedalam-dalamnya. Hari ini genap
tiga hari masa yang Datuk Hamidi berikan. Entah apalah
jawapan yang akan Badrul berikan. Dia harus akur dengan
setiap keputusan lelaki itu. Dia sudah bersetuju dengan
permintaan Badrul. Matanya ditebarkan ke luar bangunan.
Melalui dinding kaca, dia dapat melihat suasana malam
di kawasan Sunway Lagoon yang luas. Di sini, tempat
kenangannya bersama Ikmal. Dia mengeluh lagi. Leka
melayan perasaan di situ. Berterima kasih pada Badrul kerana
mengizinkan dia keluar dari banglo besar itu buat seketika.

“Ina….”
Sabrina tersentak. Dia mengangkat muka.
“Abang….”
Dia kaku seketika tatkala melihat senyuman yang
terukir di bibir Ikmal. Rindunya dia pada lelaki ini. Rindu
sunguh-sungguh! “Apa abang buat kat sini?”
“Ina pula, buat apa kat sini?”
Sabrina tersenyum kecil.
Ikmal bagaikan hanyut di dalam senyuman itu.
Sesungguhnya dia amat merindui senyuman itu.
“Abang selalu ke sini.” Ikmal menyambung bicara
tatkala melihat kebisuan Sabrina.
“Kenapa?”
“Cari Ina.”
“Cari Ina?” soal Sabrina sedikit hairan.
Ikmal tersenyum kecil. “Cari Ina dalam kenangan-
kenangan kita….”
“Abang. Janganlah cakap macam tu.”
Ikmal tersenyum pahit.

195

Pergilah Air Mata

“Abang buat Ina sedih,” bisik Sabrina perlahan.
“Ina buat abang sakit….”
“Abang….”
Ikmal tersenyum melihat wajah Sabrina yang sudah
mendung. Tidak banyak berubah sifat Sabrina di matanya.
Sabrina tetap seorang gadis yang penuh dengan rasa belas
kasihan pada kesusahan orang lain. Ternyata status menantu
seorang Datuk tidak mengubah personaliti Sabrina yang amat
dia senanginya itu.
“Abang bergurau aja.”
Sabrina tersenyum pahit. “Gurau abang tak kelakar.
Abang sendiri pun tak gelak.”
Ikmal tersenyum lagi. “Ina sorang aja ke?”
Sabrina angguk.
Ikmal tersenyum lagi. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggungnya di hadapan Sabrina. “Ina bahagia
sekarang?”
Sabrina tersenyum tawar. Bahagiakah dia?
Bagaimana dia mampu bahagia kalau terpaksa berpisah
dengan lelaki yang amat dicintainya ini? Sekilas matanya
tertangkap sebentuk cincin di jari manis Ikmal. Dia kenal
cincin itu. Tanpa sedar, dia menyentuh cincin di jari Ikmal.
Memandang Ikmal dengan pandangan penuh pertanyaan. Ini
cincin yang dia pilih untuk majlis pertunangannya dengan
Ikmal. Dia minta Ikmal yang simpan cincin itu. Cincin yang
akan dia sarungkan ke jari lelaki itu.
“Abang?” Sabrina bersuara sambil menatap mata
Ikmal. Dia mahukan penjelasan daripada Ikmal. Hatinya
menjadi resah tatkala melihat cincin tersebut tersarung di
jari manis lelaki itu.

196

Hanni Ramsul

“Mak. Kehendak mak. Mak nak pertunangan tu
diteruskan juga.”

Bagai ada batu yang menghempap dadanya saat dia
mendengar kata-kata yang meniti di bibir Ikmal. Maksud
lelaki itu, dia kini sudah menjadi tunangan orang? Dipandang
wajah Ikmal dengan perasaan yang berbaur. Kekasihnya kini
sudah bertunang dengan orang lain. Dadanya menjadi sesak
tiba-tiba. Pedih, perit dan rasa ngilu bersatu. “Siapa bang?”

Ikmal menelan liur. Soalan lirih Sabrina
menggetarkan perasaannya. Dia dapat lihat kesedihan yang
tidak tertanggung di mata gadis itu.

“Siapa?”
“Mar….”
Tidak! Tidak! raungnya di dalam hati.
“Sabrina!”
Sabrina kaku. Memandang kosong wajah Ikmal.
Terasa tubuhnya terlalu ringan saat itu. Bagai melayang-
layang. Tiba-tiba dia terasa lengannya direntap kuat. Namun,
dia tidak berasa apa-apa. Tidak terasa sakit pun.
“Hei! Jangan buat Ina macam tu!”
Sabrina terkebil-kebil melihat kemarahan Ikmal.
“Kau diam! Dia isteri aku. Suka hati akulah nak
buat macam mana!”
Pandangannya dialihkan pula pada Badrul yang
menyinga. Entah dari mana lelaki itu muncul. Wajah bengis
Badrul tidak dapat menyuntik rasa gentar di hatinya. Dia
hilang rasa. Dia hilang perasaan.
“Balik!”
Dia cuma mengikut sahaja langkah Badrul yang

197

Pergilah Air Mata

laju. Dia mendengar mulut Badrul membebel. Tetapi, satu
pun tidak singgah di fikirannya untuk diproses. Ternyata dia
terlalu terkejut dengan berita yang Ikmal sampaikan tadi.

“Sabrina!”
Dia tersentak. Baru tersedar dia bukan lagi berada
bersama Ikmal. Dia bersama Badrul di kawasan meletak
kereta. Dalam suasana yang agak gelap, dia dapat melihat
wajah Badrul yang merah menyala.
“Aku dah agak! Kau jumpa lelaki tu lagi. Tu
sebabnya kau nak keluar, ya? Patutlah dengan senang hati
kau izinkan aku kahwin dengan Dayana. Rupa-rupanya kau
ada agenda lain! Mulai hari ni, aku tak benarkan kau keluar
dari rumah. Faham!!!”
Sabrina mendongak memandang wajah Badrul.
Rasa sedih dengan pertunangan Ikmal baru membekas di
hatinya. Membuat rasa pilu menyelubungi perasaan.
Sudahnya, dia menjatuhkan diri ke dalam pelukan Badrul.
Melepaskan tangisan semahu-mahunya di dada Badrul.
Badrul kaku seketika. Perlahan-lahan Badrul
menggaru kepala.
“Alahai… ni yang aku lemah ni. Asal marah...
menangis. Asal marah… menangis. Sudahlah tu. Malu orang
tengoklah.” Badrul bersuara geram.
Tiada sebarang reaksi. Cuma tangisan Sabrina saja
yang tetap tidak mahu reda.
Dalam enggan, perlahan-lahan dia mengusap
rambut Sabrina yang tersanggul rapi. Mengusap belakang
Sabrina. Dia cuba mententeramkan gadis itu. “Kau ni
kenapa? Kau menangis sebab aku marah, atau sebab kekasih
kau tu? Dia minta duit dengan kau ke?”

198

Hanni Ramsul

Sabrina menggeleng di dalam pelukan Badrul. Dia
sudah tidak mampu bersuara lagi.

“Sudahlah tu. Jangan menangislah….”
“Assalamualaikum, encik.”
“Oh my god!!!” Badrul tergamam. Kaku melihat
dua anggota polis bersama dua orang lelaki berkopiah datang
menyapa.
“Waalaikumussalam…” jawabnya lemah. Perlahan-
lahan dia meleraikan pelukannya.
“She’s my wife. Kami dah kahwin.” Laju Badrul
bersuara.
Sabrina angkat muka. Terpempan. Takkanlah kut!
Takkan sekali lagi kena tangkap basah?
“Boleh tunjukkan kami kad perakuan nikah?”
“Kau bawa tak?” Laju Badrul bertanya.
Sambil mengesat air mata Sabrina menggeleng,
membuat Badrul tersandar lemah pada kereta.
Sabrina menahan nafas.
“IC, encik.”
Badrul akur pada permintaan empat lelaki di
hadapannya itu.
“Maaf, encik. Perlakuan encik tadi tak manis. Encik
terpaksa kami tahan. Sila ikut kami ke balai.”
“Dia isteri saya, encik.”
“Sesiapa pun boleh jadi isteri kalau dah kena
tangkap macam ni.”
Sabrina kelu. Cuma wajahnya terasa menebal. Malu.
Malang betul. Tangisannya mati tiba-tiba. Sedihnya juga
hilang buat seketika.

199

Pergilah Air Mata

“Tapi...”
“Sila beri kerjasama, encik.”
Badrul mengeluh keras. Sempat menjeling ke arah
Sabrina yang kelihatan terkejut. Geram sungguh dia pada
gadis itu. “Baiklah. Tapi, saya follow dengan kereta saya?”
“Maaf, encik. Encik kena pergi dengan kami.”
“Kereta saya?”
Pegawai polis di hadapannya cuma tersenyum nipis.
“Okey. Tapi, saya nak buat panggilan dulu.”
“Sekejap aja, encik.”
Badrul mengangguk. Pantas dia mengeluarkan
telefon bimbitnya dari poket seluar. Menghubungi bapanya.
“Encik boleh bercakap dengan bapa saya. Dia boleh buktikan
yang kami dah kahwin.”
“Semua orang boleh jadi ayah encik, dalam telefon
ni.” Salah seorang lelaki berkopiah bersuara lembut.
Badrul mengeluh perlahan sambil membawa telefon
ke telinga. “Helo! Assalamualaikum, abah….”
“Waalaikumussalam….”
“Abah… datang ke balai.”
“Kenapa? Apa kamu dah buat?”
“Abah bawa sekali kad akuan nikah saya dan
Sabrina. Ada dalam laci kat bilik saya.”
“Kenapa pula?”
“Saya kena tangkap basah.”
“Hah! Masya-Allah, Bad. Kamu ni kenapa? Tak
habis-habis nak malukan abah. Kali ni, dengan siapa pula?”
“Dengan Sabrina.”

200


Click to View FlipBook Version