The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssmktebobon123, 2020-10-11 07:43:12

Pergilah-Air-Mata

Pergilah-Air-Mata

Hanni Ramsul

sabar untuk terus menunggu. Tajam matanya merenung
wajah Badrul. Menebak apa sebenarnya yang bersarang di
hati lelaki itu.

“Apa ni? I tak fahamlah. Please… jangan buat I
tertanya-tanya macam ni.”

Badrul diam.
Melihat kebisuan itu, Dayana semakin diburu
keliru.
“Tell me!” gesa Dayana kali ini kurang sabar.
“I love you….”
“Apa yang sebenarnya you rahsiakan daripada I?”
gesa Dayana lagi.
“Promise me. You takkan salahkan I. You akan
percaya pada I dan you takkan tinggalkan I.”
Dayana sudah tidak betah lagi. Pinggan nasi
ayamnya sudah ditolak jauh. Seleranya mati. Saat ini, dia
lebih gusar dengan bicara yang ingin Badrul luahkan. Rahsia
apa yang Badrul simpan sehingga mendambakan pengertian
yang sebegitu tinggi daripadanya?
“Please, Bad. You pun tahu I tak pernah suka kalau
you berdolak-dalih. Just straight to the point.”
Badrul tunduk seketika. Mencari kekuatan untuk
bersuara. Perkara ini tidak boleh lagi menjadi rahsia. Dia
perlu berani berterus terang. “Semasa I di Cherating, I
kena…”
“Kena apa? Please, Bad… jangan buat I tertunggu-
tunggu macam ni. Berterus terang, okey!”
“I ditangkap basah!”
Dayana tergamam. Bulat matanya memandang

51

Pergilah Air Mata

wajah Badrul. Patutlah lelaki ini berubah. Lemah segala
sendinya. Hancur luluh hatinya. Patutlah susah benar Badrul
ingin bersuara.

“How could you….” Hanya itu yang mampu dia
luahkan.

“Yana. Dengar dulu penjelasan I….”
“Sekarang baru nak jelaskan? Kenapa baru
sekarang?” Suara Dayana sudah bertukar nada. Benar-benar
dia berasa tertipu dengan Badrul. Hampir sebulan peristiwa
itu berlaku, baru sekarang Badrul ingin berterus terang.
“Please, Yana… jangan buat kesimpulan melulu.
You mesti dengar semuanya.”
“Siapa perempuan tu?”
“I tak kenal.”
“Pelacur? You langgan pelacur?”
“No! I bukan jenis macam tu. You pun tahu I bukan
macam tu!” Pantas Badrul menepis tuduhan melulu Dayana.
“Kalau you tak kenal, macam mana perempuan tu
boleh ada dalam bilik you? Or, you yang pergi ke bilik dia?”
Sinis soalan yang meniti di bibir Dayana. Hatinya bagai
dipanggang di atas bara. Panas! Dia tidak pernah menduga
Badrul akan melakukan perkara seburuk itu.
“Tiba-tiba dia muncul dalam bilik I. Sumpah I tak
kenal dia. Tak pernah jumpa dengan dia!”
Dayana diam. Tidak mahu menyampuk. Dia perlu
mencari kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan yang
amat menyakitkan ini. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati,
ditangkap berdua-duaan dengan perempuan lain. Terlalu
menyakitkan.
“So, dia datang dari langit, and muncul tiba-tiba

52

Hanni Ramsul

depan you. Itu maksud you? Dan, you nak I percaya dengan
kata-kata you tu? Sorry, Bad. I tak percaya langsung!”

“You have to trust me. I tak tipu. I tak kenal dia.
You mesti percaya pada I, Yana.”

Dayana merengus perlahan. Melihat wajah sedih
Badrul, geramnya sedikit menghilang. “So, sekarang macam
mana?”

“I married that girl.” Badrul bersuara perlahan.
“You what?” soalnya kuat.
Badrul tersentak.
Juga membuat beberapa pelanggan di dalam
restoran turut tersentak. Kemudian saling berpandangan
sesama sendiri.
“I hate you!” Keras nada bicara Dayana sambil
cepat-cepat berlalu meninggalkan Badrul.
“Yana! Wait!!!”
Gadis itu terus berlalu.
Badrul benar-benar menggelabah. Inilah yang tidak
ingin dia hadapi. Dia sudah jangka, pasti situasi akan menjadi
rumit. Cepat-cepat dia mengeluarkan sekeping not seratus.
Diletakkan di atas meja sebelum bergerak mengejar Dayana.
“Yana! Tunggu!!! Dengar dulu penjelasan I!”
Dayana terus melangkah laju. Namun tangan
Badrul yang memaut lengannya membuat langkahnya
terhenti.
Badrul bergerak menghalang langkah Dayana.
“Yana….”
Gadis itu angkat muka. Ada air mata yang
membasahi pipi gadis itu yang membuatkan Badrul terkedu.

53

Pergilah Air Mata

Dayana bukanlah seorang gadis yang mudah kalah dengan air
mata. Tetapi hari ini, Dayana menangis.

“Sampai hati you….”
“Please don’t cry. Ini semua bukan seperti yang you
fikirkan, okey….”
Lembut suara Badrul berusaha menenangkan
Dayana. Melihat air mata Dayana, dia jadi tidak keruan. Tidak
sama rasanya dengan melihat air mata Sabrina. Air mata
Sabrina cuma mengundang rasa benci dan geram di hatinya.
“I terpaksa. Abah I paksa kami kahwin. You pun
faham kenapa, kan? Abah tak nak press tahu hal ni. Dia tak
nak hal ni dipanjangkan.”
Dayana angkat muka. Dia menentang renungan
Badrul yang sayu. “So, you nak I buat apa sekarang? Wish
selamat pengantin baru pada you?”
“Jangan sindir I macam tu. I faham kalau you
marahkan I. Tapi, jangan sampai you tinggalkan I. I love
you.”
“Dah tu, you nak buat apa sekarang?”
“Kita kahwin?”
“Senangnya! Macam mana dengan perempuan tu?”
“I tak nak tahu pasal dia. I cuma nak tahu pasal
kita. I tak nak sebab dia, hubungan kita terjejas.”
Dayana menarik tangannya daripada genggaman
Badrul. Senang sungguh lelaki ini membuat keputusan.
“Masa you berdua-duaan dengan dia, tak terfikir
pula pasal hubungan kita?”
“Yana, sumpah! Bukan macam tu keadaannya. I
keluar dari bilik air, I tengok dia dah ada dalam bilik I. Tak

54

Hanni Ramsul

tahu dia datang dari mana. Semuanya terlalu pantas. Masa tu
juga, ada orang ketuk pintu. And… you know apa jadi lepas
tu. I betul-betul terperangkap.”

“Siapa dia? Kenapa dia nak perangkap you?
Perempuan tu, ex-girlfriend you ke? Sampai nekad macam tu
sekali nakkan you?” soal Dayana bertubi-tubi. Dia ragu-ragu
dengan penjelasan Badrul itu.

“Percayalah cakap I. And… kita kahwin ya?”
“You nak I bermadu dengan perempuan tu? Sorry! I
tak nak berkongsi suami. I tak nak rampas suami orang!”
Badrul mengeluh panjang. “I takkan pandang dia. I
takkan sentuh dia. Isteri yang betul-betul I inginkan, adalah
you. Bukan perempuan tu,”
“Sudah! I tak nak dengar apa-apa lagi!”
“Yana!”
“Jangan ganggu I!”
Badrul mati akal. Dia cuma mampu membiarkan
Dayana melangkah pergi. Melihat reaksi Dayana itu, bencinya
pada Sabrina terasa semakin bertambah. Dalam diam,
marahnya bertukar menjadi dendam. Tidak kira apa niat
Sabrina padanya, dia akan pastikan Sabrina tidak akan dapat
apa yang dia inginkan. Juga, dia akan pastikan... air mata
akan terus menemani gadis itu!

55

Pergilah Air Mata

bab 6

“JADI juga kamu ambil barang-
barang kamu ya?”
Sabrina mengangguk.
“Itulah yang kamu nak sebenarnya, kan?”
“Nak? Nak apa mama?”
Bulat mata Datin Hamidah merenungnya. “Jangan
panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau jadi menantu
aku!”
Sabrina tunduk. “Saya minta maaf, Datin.”
“Huh! Itu ajalah yang kamu tahu. Maaf, maaf,
maaf!”
Sabrina diam. Melawan air mata yang mahu
bertandang. Dia penat menangis. Dia tidak mahu menangis
lagi.
“Kamu memang ada niat nak tinggal dalam rumah
besar nikan?”
“Apa maksud Datin?”
“Kamu sengaja masuk ke bilik anak aku, kan?

56

Hanni Ramsul

Sengaja rancang semua ni semata-mata nak hidup senang
dalam rumah besar ni. Aku tak fahamlah dengan manusia
zaman sekarang ni! Sanggup buat apa saja semata-mata nak
hidup senang. Sanggup gadai maruah diri. Sanggup biarkan
diri ditangkap berkhalwat dengan orang yang kau sendiri tak
kenal perangainya.”

“Tak. Saya bukan macam tu, Datin. Saya pun tak…”
“Dah… dah… aku tak nak dengar alasan kau yang
berkarung-karung tu. Aku nak kau ingat satu perkara aja.
Jangan ingat bila kau masuk dalam rumah ni, kau boleh
hidup senang. Tak. Jangan nak mimpilah!”
Sabrina sebak menahan sendu. Kata-kata yang sinis
itu terus terngiang-ngiang di telinganya. Terus memburu
pendengarannya. Setiap kali teringatkan kata-kata Datin
Hamidah, terasa betapa kotornya dia di dalam banglo itu.
Tidak pernah dia bermimpi untuk tinggal di situ. Keluarga
Datuk Hamidi pun dia tidak pernah kenal. Badrul sendiri pun
dia tidak pernah kenal. Bagaimana mungkin dia boleh
menyimpan niat sejahat itu pada Badrul dan keluarganya? Air
mata yang mulai memberat di bibir mata, cepat-cepat disapu.
Tidak mahu air mata itu menitis di hadapan Badrul. Takut
kata-kata sinis Badrul pula yang menghiris perasaannya.
Hatinya yang remuk bagai tidak dapat dirawat lagi.
“Kau ni, kenapa pulak?”
Sabrina menggeleng laju.
Badrul menjeling sekilas. Bukan dia tidak perasan
air mata yang bertakung di mata gadis itu. Melihat gelengan
Sabrina, dia terus menyambung konsentrasi pemanduannya.
Namun, dia sedar satu perkara. Kebelakangan ini, Sabrina
berusaha untuk tidak menitiskan air mata di hadapannya.
Setiap permintaannya, pasti Sabrina akan penuhi.

57

Pergilah Air Mata

“Kat mana rumah sewa kau?” tanya Badrul.
Sabrina mengangkat muka perlahan. “Jalan terus.
Selang tiga buah rumah, tu la rumah saya.”
“Siapa ada kat sana sekarang?”
“Entah. Mungkin kawan saya.”
Badrul diam. Terus mengemudi kereta dengan
berhati-hati.
Sabrina menahan nafas seketika. Tiba-tiba
jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja Badrul
memperlahankan keretanya di hadapan teres dua tingkat
yang dia sewa bersama Maria. Toyota Rush hitam di hadapan
pagar, membuat nafas Sabrina menjadi sesak. Membuat sendu
bertandang lagi. Membuat jari-jemarinya dingin serta-merta.
Kenapa kereta itu harus berada di situ?
“Tak nak turun ke?”
Sabrina tersentak. Soalan dingin Badrul tidak
dijawab. Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta. “Awak
nak tunggu atau nak balik dulu?”
“Suka hati akulah!”
“Tapi… saya balik dengan kereta saya, ya?”
“Kau keluar. Tinggalkan aku kat sini. Aku nak
tunggu ke… tak nak tunggu ke… itu aku punya pasal!”
Sabrina diam. Membiarkan sinis bicara Badrul larut
di relung hatinya. Membekas di situ. Meninggalkan rasa ngilu
yang pasti akan merembeskan lagi air matanya.
Perlahan-lahan Sabrina menarik nafas. Perlahan-
lahan juga dia melangkah keluar dari kereta. Melangkah
mendekati Toyota Rush milik Ikmal. Apa Ikmal buat di sini?
Bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu. Rasa
malu tiba-tiba menyerbu. Malu untuk berdepan dengan Maria

58

Hanni Ramsul

dan Ikmal. Malu walaupun apa yang berlaku bukanlah
salahnya.

Sabrina berpaling ke belakang. Badrul masih di
situ, memerhati tiap langkahnya dari dalam kereta. Dia
berdiri seketika di pintu pagar. Mencari sisa kekuatan untuk
berdepan dengan insan-insan yang dia sayang. Cuma itulah
yang dia ada. Maria dan Ikmal. Namun, rasanya situasi
sekarang sudah tidak seperti dulu. Peristiwa hitam itu pasti
akan mengubah segala-galanya.

Perlahan-lahan Sabrina menekan loceng di pintu
pagar. Agak lama, Maria terjengul di muka pintu. Dia kaku
menatap wajah Maria. Tidak tahu harus menunjukkan reaksi
yang bagaimana.

“Ina!”
“Mar… aku….” Sabrina cuba bersuara. Namun
suaranya terputus di situ.
Maria berkejar ke pintu pagar lalu menolak pintu
pagar tersebut untuk memberi ruang kepada Sabrina
melangkah masuk.
Melihat wajah Maria, air mata sudah laju turun di
pipi Sabrina.
“Ina… kau datang sorang ke?”
“Mar….” Sabrina cuba bersuara lagi. Sekali lagi
juga, suaranya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia
menerkam Maria. Menjatuhkan dirinya ke dalam pelukan
Maria. Menangis semahu-mahunya di bahu Maria.
Maria sedikit tergamam. “Ina. Dahlah… cuba
bertenang. Kenapa ni?”
Sabrina terus menangis. Dia tidak punya kekuatan
untuk menjawab soalan Maria. Sudah lama dia ingin

59

Pergilah Air Mata

melampiaskan kesedihannya pada seseorang. Pada seseorang
yang begitu rapat dengannya.

“Kita masuk dulu.” Maria bersuara sambil memaut
bahu Sabrina. Membiarkan sahaja Sabrina terus melayan
tangisnya. Dia sudah masak benar dengan perangai Sabrina
yang mudah menangis itu.

“Duduk dulu,” suruh Maria, lembut.
Sabrina akur. Dia melabuhkan punggung di sofa
sambil menyapu air mata yang bertandang tanpa henti.
Maria mengambil tempat di sebelah Sabrina.
“Sorry, Ina. Masa kau telefon, aku kat kampung.
Line tak berapa elok. Sekarang ni pula, memang aku sibuk
sangat. Tak sempat nak telefon kau tanya khabar. Aku minta
maaf, ya….” Maria bersuara sambil memandang wajah
Sabrina yang basah dengan air mata.
Sabrina tunduk. Walau sedikit terkilan dengan
sikap Maria, dia tidak boleh memaksa Maria memberi
sepenuh perhatian padanya. Dia faham akan situasi Maria.
“Aku faham….”
“So, kau macam mana sekarang?”
“Aku rasa teruk sangat, Mar. Aku tak kuat nak lalui
semua ni. Aku tak salah, Mar. Aku tak salah….”
“Macam mana kau boleh ada dalam bilik orang tu?”
Maria bertanya perlahan.
“Aku tak tahu. Aku ingat tu nombor calet yang kau
bagi. Mungkin aku silap dengar….”
Maria diam. Terus memandang wajah hiba
temannya itu.
“D07. Nombor tu yang kau cakap kat aku, kan?”
soal Sabrina sambil menatap wajah Maria.

60

Hanni Ramsul

Maria kerutkan kening. “G07 la Ina. Aku beritahu
kau, G07.”

Mendengar kata-kata Maria, Sabrina sekali lagi
menangis. Dia menutup muka dengan kedua-dua belah
telapak tangannya. Bodohnya dia. Kerana kebodohannya yang
sekecil itu, masa depannya gelap sama sekali. “Bodohnya aku,
Mar. Kenapa nasib aku jadi macam ni?”

Maria memandang simpati. “Aku tak tahu nak cakap
apa, Ina. Aku tumpang simpati.”

“Aku dah tak boleh nak bersihkan nama aku. Semua
orang ingat aku ni jahat, Mar. Semua orang ingat aku sengaja
buat perangkap ni. Aku kehilangan segala-galanya. Segala-
gala yang aku usahakan selama ni. Aku kehilangan kerja. Aku
kehilangan Ikmal….”

“Pasal kerja kau tu, aku minta maaf. Aku tak ada
niat nak ambil alih.”

“Aku faham, Mar. Encik Taufik telefon aku, suruh
aku bagi surat letak jawatan. Aku tak tahu dari mana dia tahu
semua ni. Dia langsung tak beri peluang untuk aku bela diri.
Sama dengan semua orang yang berada di sekeliling aku
sekarang. Lebih suka menuduh daripada mendengar. Dia juga
beritahu aku, kau akan ambil alih tempat aku. Aku tak marah.
Aku tahu, kau pun tersepit di tengah-tengah.”

Maria tersenyum kecil. “Syukurlah kalau kau
faham.”

Sabrina tersenyum hiba. Jawatan yang dia idamkan,
terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Dia tahu kini, Maria yang
menyandang jawatan itu. Pengurus kewangan. Bermati-
matian dia bekerja dan berusaha untuk sampai ke tahap itu.
Belum sampai sebulan dia di kerusi itu, dia diminta berhenti
kerja. Alasan Encik Taufik cukup mudah. Dia tidak perlukan

61

Pergilah Air Mata

pekerja yang tidak bermoral untuk berkhidmat di syarikatnya.
Sabrina menyapu lagi air matanya. “Aku datang nak ambil
barang-barang aku.”

Maria mengangguk perlahan.
“Ikmal?”
Maria kerutkan kening.
“Aku nampak kereta dia kat depan tu.”
“Oh… dia datang tadi. Kereta aku rosak. Dia tolong
hantar ke bengkel. Sebab, aku nak kena tunggu kau kat sini,
kan?”
Sabrina mengangguk perlahan. Rindunya dia pada
Ikmal. Rindu yang tidak terucap. Namun dia tahu, antara dia
dan Ikmal, sudah menjadi kenangan. Dia sudah menjadi isteri
orang. “Maaf. Aku menyusahkan kau pula.”
Maria tersenyum manis. “Tak apa... tapi, kau boleh
uruskan sorang-sorang, kan? Aku nak keluar kejap. Kejap aja.
Ada hal sikit. Kalau tak sempat tunggu aku, letak kunci
rumah kat tempat biasa.”
Sabrina diam seketika. Entah kenapa, tiba-tiba dia
berasa Maria di hadapannya bukan lagi Maria yang dulu.
Maria nampak berbeza. Maria sudah tidak berusaha
menyejukkan hatinya seperti selalu. Maria tidak lagi memberi
kata-kata semangat padanya. Adakah Maria pun sama dengan
Ikmal? Sudah tidak percaya pada kata-katanya lagi? Adakah
Maria pun sama dengan orang di luar sana yang lebih suka
menghukumnya tanpa memberi kesempatan untuk dia
membela diri?
“Boleh, kan?”
Rasa hiba menjenguk lagi. Dia mengangguk
perlahan. Biarlah Maria ingin pergi. Dia tidak mahu

62

Hanni Ramsul

memaksa. Dia ke sini pun sekadar mengambil barang-barang
pentingnya sahaja.

Maria tersenyum sambil angkat punggung.
“Thanks. Aku pergi dulu!”

Sabrina mengangguk lagi.
Maria berlalu keluar.
Sabrina mula menghayun langkah ke biliknya
dengan perasaan yang kosong. Tiada lagi sedih. Tiada lagi
hiba. Tiada juga rasa marah. Dia seolah-olah sudah
kehilangan semuanya. Untuk seketika, dia memandang
biliknya. Kemas dan tersusun seperti semasa dia tinggalkan
hampir sebulan yang lalu.
Perlahan-lahan Sabrina membuka almari.
Mengambil beg pakaian dan memasukkan semua pakaiannya
ke dalam beg. Selesai di situ, dia bertenggek di birai katil.
Patung teddy bear besar di atas katil, dipegangnya. Hadiah
Ikmal yang sering menjadi teman tidurnya. Perlukah hadiah
ini dibawa bersama? Membawa hadiah ini, sama seperti dia
membawa kenangan Ikmal bersamanya. Bagaimana mungkin
dia boleh hidup bersama kenangan itu, walhal saat ini, dia
sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Badrul. Tetapi,
rasanya tidak kena untuk dia tinggalkan kenangan itu di sini.
Hatinya berbisik.
Akhirnya Sabrina menarik patung besar itu ke
dalam pelukannya. Biarlah patung ini menjadi penemannya.
Peneman untuk dia lalui hari-hari duka yang mendatang. Dia
memandang sekeliling. Tiada lagi barang-barang penting
yang ingin dia bawa bersama. Dengan longlai, dia mencapai
pen di atas meja solek sambil mengambil sehelai kertas dari
dalam laci.

63

Pergilah Air Mata

Maria, aku dah ambil semua yang aku nak.
Apa yang aku tinggal ni, terserahlah pada kau
sama ada nak simpan atau buang.
- Sabrina -

Perlahan-lahan dia melipat kertas itu, lalu
diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan juga, dia angkat
punggung dan mencapai beg pakaian yang besar sambil
mendukung teddy bear. Buat kali terakhir dia memandang
sekeliling biliknya sebelum melangkah keluar menuju ke
arah Gen 2 birunya.

Sabrina memasukkan beg pakaiannya ke dalam
kereta. Namun pergerakannya terhenti apabila mendapati
sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Kereta milik
Maria. Berderau darahnya saat melihat Ikmal melangkah
keluar dari kereta itu.

Ikmal berdiri seketika sambil matanya tajam
menikam wajah Sabrina. Dengan langkah sedikit kekok, dia
melangkah masuk ke halaman rumah.

Sabrina tunduk. Dia tidak kuat berdepan dengan
Ikmal. Kata-kata Ikmal tempoh hari masih berbekas di
hatinya.

“Ina….”
Perlahan-lahan dia angkat muka. Wajah Ikmal
sedikit cengkung. Melihat wajah itu, meninggalkan rasa
simpati di hati Sabrina. Pasti Ikmal masih bersedih dengan
apa yang berlaku.
“Abang sihat?” soal Sabrina perlahan.
Ikmal diam. Cuma matanya menangkap seraut
wajah Sabrina sepuas-puasnya.

64

Hanni Ramsul

“Ina minta maaf. Ina dah kecewakan abang….”
Sabrina bersuara lagi apabila melihat Ikmal membisu.

Kali ini mata Ikmal terarah pada patung beruang di
dalam pelukan Sabrina. Gadis itu masih mahukan hadiahnya.
Hati Ikmal sedikit tersentuh.

Melihat kebisuan Ikmal, Sabrina menjadi salah
tingkah. “Ina pergi dulu, ya?”

Akhirnya Sabrina mengambil keputusan undur diri.
Tidak betah berdepan lama-lama dengan kebisuan Ikmal.

“Ina… tunggu!”
Sabrina menoleh.
Ikmal bergerak ke kereta Maria dan mengeluarkan
sebuah kotak dari situ. Kotak itu kemudiannya dihulurkan
pada Sabrina.
“Apa ni?”
Ikmal diam lagi.
Melihat Ikmal terus membisu, pantas tangannya
membuka penutup kotak tersebut. Air mata jatuh lagi. Dia
angkat muka dan memandang wajah Ikmal.
Ikmal kelihatan sedikit serba salah. Bukan senang
untuk dia membuat keputusan ini. Satu keputusan yang
sukar demi untuk melupakan kekasih hatinya itu. Dia sedar,
dia tidak boleh terus melayan rasa cintanya pada isteri orang.
“Kenapa?” Dalam sebak Sabrina bertanya.
Ikmal menyepi.
“Macam tu sekali ke abang bencikan Ina? Abang
macam tak kenal Ina langsung….”
Hibanya hati Ikmal mendengar rintihan itu. Namun
apa dayanya….

65

Pergilah Air Mata

“Mungkin ni yang terbaik untuk kita.” Ikmal
bersuara serak. Melihat air mata Sabrina, mahu sahaja dia
menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Mahu sahaja dia
memujuk gadis itu seperti selalu. Tapi dia tahu, semua itu
salah.

Sabrina menyeka air matanya. Kotak berisi hadiah
pemberiannya kepada Ikmal dipandang sekali lagi. Ikmal
memulangkan semua hadiah yang pernah dia beri. Pilunya
hati tika ini. “Mungkin Ina pun tak patut simpan ni….”

Patung beruang terlepas dari tangannya.
Ikmal menahan sebak.
Sabrina pula, terus membiarkan air mata
menemaninya. Tiada siapa lagi yang akan memujuknya
selepas ini.
“Aku dah agak dah!”
Sabrina tersentak.
Ikmal pantas menoleh.
“Ini tujuan sebenarnya, kan? Siapa ni? Kekasih
kau?”
Keras soalan Badrul membuatkan Sabrina terkedu.
Sangkanya Badrul sudah pulang. “Ini…”
“Ikmal!” Ikmal bersuara agak lantang. Geram
melihat layanan kasar lelaki ini pada Sabrina.
“So, semua ni rancangan kau berdua, ya? Berpakat
nak mengikis harta aku?”
“Tak....” Hampir terjerit Sabrina menafikannya.
“Cakap baik-baik sikit!” Ikmal membalas geram.
Sabrina kecut. Melihat wajah berang kedua-dua
lelaki di hadapannya itu, dia jadi gerun.

66

Hanni Ramsul

“Jom, balik!” tengking Badrul sambil menarik
tangan Sabrina.

“Tapi, kereta saya? Biar saya drive…”
“Tak payah! Kau balik aja dengan aku!”
“Minta maaf, aku bukan nak masuk campur urusan
kau. Tapi, tolong jangan layan Sabrina macam ni!” Suara
Ikmal meninggi tiba-tiba.
“Kenapa? Kau nak aku layan kekasih kau ni macam
permaisuri? Dengar sini! Sabrina, aku takkan lepaskan kau.
Di hadapan buah hati kau ni, aku bersumpah akan pastikan
hidup kau benar-benar hancur. Korang berdua tak akan dapat
apa yang kau berdua rancangkan tu. Tak akan!”
“Apa kau cakap ni? Jangan sembarangan cakap!”
Badrul merengus marah. Tangan Sabrina disentap
kuat, membuat Sabrina terdorong ke depan sambil
menyeringai kesakitan.
“Jangan buat dia macam tu!” tengking Ikmal sambil
menahan laluan Badrul.
“Kalau aku buat juga, kenapa? Kau nak pukul aku?
Silakan. Peliklah kau ni. Kau sanggup serah kekasih kau pada
lelaki lain, sanggup tengok kekasih kau kena tangkap basah,
tapi kau tak sanggup tengok dia kena marah!”
“Sudahlah tu!” Sabrina menjerit tiba-tiba. Gerun
melihat tangan Ikmal yang sudah mula mahu menghayun
penumbuk ke muka Badrul. Juga gerun melihat wajah Badrul
yang memerah menahan amarah.
“Sudahlah bang. Jangan macam ni!”
“Dia tak patut layan Ina macam ni!”
Sabrina memandang wajah Badrul.

67

Pergilah Air Mata

“Saya balik dengan kereta saya!”
“Balik dengan aku! Kereta tu, sesiapa pun boleh
datang ambil!” kata Badrul tegas. Mengunci bicara Sabrina.
Suara itu mengundang geram di hati Ikmal sekali
lagi. Hatinya sakit melihat Sabrina diperlakukan sebegitu.
“Abang… biarkan Ina!” Sabrina cepat-cepat
bersuara sebaik melihat wajah marah Ikmal.
Ikmal diam.
Badrul pula terus menarik kasar tangan Sabrina
menuju ke keretanya.
Sabrina panjangkan langkah mengikut langkah
Badrul yang laju. Sesungguhnya hatinya kecut memikirkan
tindakan Badrul selepas ini.

BERDENTUM Badrul menghempas pintu kereta.
Semua itu cukup untuk membuat Sabrina

tersentak. Tubuhnya menggigil tiba-tiba. Dia kaku di dalam
kereta. Takut untuk melangkah keluar. Pantas matanya
meliar memandang sekeliling. Sunyi sepi kawasan itu. Tiada
manusia langsung. Cuma dia dan Badrul sahaja di situ.
Janganlah amarah Badrul membawa malapetaka lain pula
padanya. Dadanya berombak kencang. Dia betul-betul takut
berdepan dengan emosi Badrul. Dia memandang Badrul yang
mundar-mandir di luar kereta. Dari tadi, tiada sepatah
perkataan pun keluar dari bibir lelaki itu. Dia tahu Badrul
terlalu marah. Dia terkejut besar apabila tiba-tiba tangan
Badrul mengetuk cermin kereta. Tajam mata lelaki itu
menikam wajahnya.

Gerakan tangan Badrul jelas memberi arahan agar

68

Hanni Ramsul

dia keluar dari kereta. Perlahan-lahan dia menelan liur.
Perlahan-lahan juga dia menolak pintu kereta. Bergerak
keluar dengan perasaan yang berbelah bahagi.

Badrul merengus marah. Rasa tercabar dengan
perbuatan Sabrina. Rasa tercabar dengan permainan Sabrina.
Dia yakin, apa yang sedang bermain di fikirannya benar
belaka.

Sabrina pula tunduk memandang rumput di
kakinya.

“Kenapa aku?”
Dalam takut, Sabrina memberanikan diri
mengangkat muka. Berlaga pandangan dengan Badrul.
“Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni,
kenapa aku? Kenapa aku yang kau pilih untuk jadi mangsa
kau?”
Sabrina diam. Dia mulai faham maksud soalan
Badrul. Lalaki itu terus menuduhnya seperti selalu. Perlukah
dia berusaha untuk membela diri lagi? Walhal dia tahu,
Badrul akan menolak mentah-mentah apa saja penjelasan
yang keluar dari bibirnya.
“Kenapa aku?!” tengking Badrul.
Bergerak bahu Sabrina menahan rasa terkejut.
Membuat dia sebak lagi. Walau cuba ditahan, air mata menitis
tiba-tiba. “Awak… kan saya dah cakap….”
“Aku tak percaya! Aku tak percaya pada cerita kau.
Aku yakin kau memang bersubahat dengan kekasih kau tu.
Dah lama buat kerja ni? Jalan paling mudah nak dapatkan
wang. Kan?”
“Awak tahu tak yang tuduhan awak tu dah
melampau!” Sabrina memberanikan diri melawan. Tuduhan

69

Pergilah Air Mata

Badrul semakin menghinanya. Sampai bila dia harus
menerima penghinaan sebegitu?

“Apa? Dah melampau? Kau cakap dah melampau?
Kau tahu tak, apa yang kau buat ni dah lebih daripada
melampau! Kau yang melampau sebenarnya! Kau musnahkan
hidup aku! Masa depan aku!”

Sabrina angkat muka. Membalas renungan Badrul
dengan renungan tajamnya. Terasa benteng kesabarannya
semakin menipis. Entah dari mana, tiba-tiba dia terasa ada
satu kekuatan yang luar biasa yang mendorongnya untuk
melawan. Dia sudah penat menangis. Tangisan tidak
membawa dia ke mana-mana. Tangisan membuat maruahnya
semakin diinjak-injak oleh manusia sekelilingnya.

“Baik awak jaga sikit mulut awak tu!” katanya
dalam nada lembut namun penuh amaran.

Badrul menentang renungan Sabrina. Dia sedikit
terkejut dengan kata-kata gadis itu. Sabrina sudah berani
memberi amaran padanya. Malangnya, dia tidak takut pada
amaran itu. Saat ini, apa yang bergelora di hatinya lebih
menggamit emosinya.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap? Aku tak rasa
aku salah. Kau perangkap orang kaya untuk dapatkan wang.
Wang untuk kau dan kekasih hati kau tu. Kan? Kau jangan
buat-buat tak tahu pulak. Sebenarnya, kau ni bodoh! Sanggup
menggadai maruah untuk lelaki tak guna tu. Sampai bila kau
nak buat kerja macam ni?”

“Baik awak diam! Saya tak suka awak cakap macam
tu!” ucapnya separuh menengking.

Badrul tergelak sinis.
Gelak yang tiba-tiba membakar hati Sabrina.
Sabrina menarik nafas panjang.

70

Hanni Ramsul

“Kenapa? Kenapa tiba-tiba emosi ni? Biasanya kau
cuma tahu menangis aja.”

Sabrina diam.
“Saya rasa baik kita balik. Tak guna kita saling
menuding jari.” Sabrina bersuara setelah agak lama berdiam
diri. Tidak guna mereka saling bertelingkah di situ. Saling
tuduh-menuduh. Semua itu tidak akan membawa apa-apa
kebaikan. Baik padanya atau pun pada Badrul sendiri.
“Senangnya cakap. Kau tahu tak, perbuatan kau ni
dah menyusahkan aku. Menyusahkan masa depan aku. Aku
kehilangan segala-galanya sebab terjebak dalam perangkap
kau!!”
Sabrina menarik nafas perlahan. “Saya nak balik!”
“Jangan harap! Aku takkan balik sehingga kau
beritahu aku, kenapa kau pilih aku?”
Sabrina angkat muka. Berpandangan dengan muka
Badrul yang langsung tiada segarit ketenangan pun. “Tak ada
apa yang nak saya beritahu. Semuanya dah berlaku.”
Sabrina cuba sedaya upaya untuk berlembut. Walau
hatinya sudah mula membara dengan tuduhan demi tuduhan
dari mulut Badrul, dia cuba untuk menggunakan akal. Dia
tidak mahu larut di dalam emosi seperti Badrul.
“Wah! Cepatnya kau reda dengan apa yang berlaku.
Baru tiga minggu lalu kau menangis dan menangis dan
menangis… tiba-tiba hari ni kau jadi tabah pula. Kenapa?
Sebab kau dah jumpa buah hati?”
“Diam!” jerit Sabrina tiba-tiba.
Badrul terkedu. Sabrina merenung tajam wajahnya.
“Diam! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Tak nak!
Faham!!!”

71

Pergilah Air Mata

Badrul tersandar di badan kereta. Dia terkejut
dengan jeritan Sabrina sebentar tadi. Dan kini Sabrina
bergerak menghampirinya. Terkebil-kebil Badrul melihat
Sabrina yang cuma separas dadanya, mendongak menentang
wajahnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Awak cakap ni mimpi buruk awak? Kalau awak nak
tahu, ini malapetaka bagi saya! Awak cakap awak kehilangan
segala-galanya, tapi saya musnah! Seluruh kehidupan saya
dah musnah! Awak tahu tak… saya hilang maruah diri. Saya
hilang kerjaya. Saya hilang kekasih. Saya hilang seluruh
kehidupan saya yang dulu! Semua yang saya usahakan, lenyap
dalam sekelip mata. Jadi, awak jangan senang-senang nak
tuduh saya yang menjadi punca semua ni!!!”

Badrul tergamam. Dia kehilangan kata-kata sebaik
sahaja mendengar jeritan Sabrina. Memang semua ini di luar
jangkaannya.

“Kalau awak marahkan saya, lepaskan saya! Tak
perlu terus menghina saya begini,” katanya dengan nada yang
sedikit mengendur.

“Jangan harap!”
Sabrina kembali memandang wajah Badrul. Tidak
faham dengan sikap Badrul. Lelaki memang ego! bentaknya
di dalam hati. “Saya dah penat. Penat untuk terus jadi bahan
cacian orang. Kalau tak suka, lepaskan aja. Buat apa nak
bergaduh macam ni?”
“Supaya kau boleh cari mangsa yang baru? Mangsa
yang lebih bodoh dan lebih mudah ditipu?”
Sabrina mengeluh panjang. Tidak guna bercakap
dengan Badrul. Sia-sia saja. Sia-sia jeritannya sebentar tadi.
Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan
untuk menghamburkan kemarahan itu. Dari mana sekalipun

72

Hanni Ramsul

keberanian itu menjengah, ternyata sekarang dia berasa
sedikit lega. Walau Badrul masih tidak mempercayainya,
tetapi dia tetap berasa lega. Terasa beban yang menghimpit
perasaannya menjadi sedikit ringan. Patutlah Badrul sering
menengkingnya. Barangkali itu cara lelaki itu melampiaskan
beban yang memberat di hatinya selama ini.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah. Bergerak
menuruni kawasan berbukit yang sunyi itu.

Badrul digaru sedikit rasa hairan. “Woit!”
Sabrina terus melangkah.
“Kau nak ke mana tu?”
Melihat Sabrina terus melangkah tanpa berpaling,
Badrul dilanda serba salah. Tidak mungkin dia akan pergi
pada gadis itu dan memujuknya. Tidak wajar juga dia
membiarkan Sabrina berlalu di kawasan terpencil begini.
Sengaja dia ke sini untuk menghamburkan kemarahannya
yang menggunung tinggi. Dia tidak boleh melepaskan
kemarahannya di rumah. Pasti kecoh kalau sampai ke
pengetahuan bapanya. Namun, segunung marahnya itu tiba-
tiba merata tatkala jeritan Sabrina pula yang bertukar tempat.
Betul-betul di luar jangkaan. Gadis yang sering bertemankan
air mata itu, tiba-tiba boleh menjerit menentangnya.
Membuat dia terkedu dan kelu.
“Sa… Sabrina. Tunggu!” jeritnya tatkala melihat
kelibat Sabrina semakin menjauh. Melihat gadis itu tidak
bereaksi dengan panggilannya, dia mengambil keputusan
untuk mengejar gadis itu.
“Kau nak ke mana?” soalnya sebaik berdiri
menghalang langkah Sabrina.
Sabrina menyapu air mata yang basah di pipinya.

73

Pergilah Air Mata

“Entah!” jawabnya sepatah.
“Jom.” Badrul bersuara sambil memegang tangan
Sabrina.
Cepat-cepat Sabrina merentap tangannya. Terasa
sakit. Perlahan-lahan dia menggosok lengannya.
Mata Badrul tertangkap kesan merah pada lengan
Sabrina yang putih. “Lengan kau…”
Sabrina cuma memandang wajah Badrul, sebelum
langkahnya dihayun semula.
“Kau nak ke mana?” Sekali lagi Badrul bersuara.
Kali ini dengan nada geram.
“Entah!”
“Jom balik!”
“Awak baliklah. Tinggalkan saya kat sini.”
“Kau gila? Macam mana kau nak balik nanti?”
“Pandai-pandailah saya.”
“Jangan nak mengada-ada. Aku tak ada masa nak
pujuk-pujuk kau. Cepat masuk dalam kereta!”
“Tak nak. Saya tak nak ikut awak!”
Badrul merengus marah. Ternyata banyak onar
gadis ini yang membuat hatinya sakit. Tanpa bersuara, dia
menarik tangan Sabrina.
“Tak nak! Saya tak nak ikut awak. Saya dah jelak
dengar penghinaan awak. Saya dah muak dengar awak
marah-marah!” Sabrina menjerit sambil merentap kuat
tangannya.
“Jangan mengada-ada. Cepat ikut aku balik!”
Sabrina meronta sambil menarik kuat tangannya.

74

Hanni Ramsul

“Lepaskan tangan saya!!!” Sekali lagi dia menjerit.
Cukup kuat untuk membuat darah Badrul membuak tiba-
tiba.

“Fine! Aku lepaskan!” Tanpa berfikit panjang,
Badrul melepaskan pegangannya.

Sabrina terduduk atas tanah yang berbatu. Dia
menyeringai kesakitan. Punggungnya terasa sakit. Tangannya
yang menekan tanah, turut luka terkena batu.

Badrul terkebil-kebil memandang Sabrina yang
jatuh terduduk.

Perlahan-lahan, Sabrina mengangkat kedua-dua
belah tangannya. Melecet dah berdarah. Dia cuba bangkit,
tetapi rasa sengal di punggung membuatkan dia terduduk
semula.

Melihat keadaan Sabrina, Badrul cuba sembunyikan
senyum. Padan muka! Badrul menghulurkan tangannya,
mengandaikan Sabrina akan menyambut huluran tangannya
untuk berdiri.

Namun, sebaliknya Sabrina membuang pandang.
Dia cuba untuk bangun sendiri.

“Dah sakit macam ni pun, masih nak tunjuk keras
kepala!”

Sabrina diam. Dia tidak akan menerima bantuan
Badrul. Rasa sengal ditahannya. Dia menangis. Menangis
kerana menahan rasa sakit dan pedih. Namun, dia terduduk
sekali lagi.

Badrul mengeluh keras.
“Sakit ke?” soal Badrul agak keras.
“Sakitlah!” Keras jawapan yang keluar dari bibir
Sabrina.

75

Pergilah Air Mata

Badrul tergelak kecil. Dia malas melayan marah
gadis itu. Dia sendiri sudah hilang mood untuk bertekak.
Tidak seronok menengking Sabrina, apabila kemudiannya dia
pula yang ditengking. Sudahnya dia tunduk memegang bahu
Sabrina dan menolong mengangkat tubuh gadis itu.

Sabrina mengalah dalam terpaksa. Rasa sengal di
punggungnya membuatkan dia mengalah.

“Tengok tangan tu.”
“Sikit aje,” balas Sabrina dingin. Perlahan-lahan dia
melangkah. Sakitnya!
“Boleh jalan ke?”
Sabrina diam. Boleh pula bercakap lembut, bisiknya
dalam hati.
“Boleh jalan ke tak ni?”
“Boleh. Saya boleh jalan sendiri.”
“Betul?”
Sabrina mengangguk. Tangan Badrul yang
mendarat di bahunya, ditolak perlahan-lahan.
Badrul sekadar memandang Sabrina yang berjalan
terdengkut-dengkut. Jelas wajah itu menahan sakit. Dia
melangkah perlahan-lahan di belakang gadis itu. Berjaga-jaga
kalau Sabrina terjatuh lagi.
“Lain kali jangan buat keras kepala!” Badrul
bersuara tiba-tiba.
Tiada balasan.
Badrul menggeleng perlahan. Pantas tangannya
membuka pintu kereta untuk Sabrina.
Sabrina terus melangkah masuk tanpa banyak
bicara.

76

Hanni Ramsul

Badrul mencapai kedua-dua belah tangan Sabrina.
Agak banyak kesan calar akibat terkena batu. Darah mula
meleleh. Dia mencapai tisu, kemudian melekapkan pada
kedua-dua belah telapak tangan Sabrina yang luka. Lengan
Sabrina yang lebam, dibelek seketika. “Hmmm… kita ke
klinik.”

“Sikit aje. Tak payahlah!”
“Jangan banyak cakap!” ujar Badrul tegas sambil
bergerak ke bahagian pemandu.
Sabrina diam. Malas untuk bersuara. Tekak pun
terasa perit tiba-tiba. Tidak pernah dia menjerit, tiba-tiba hari
ini dia memecah tradisi pula.
“Kita ke klinik. At least untuk ambil ubat tahan
sakit dan cuci luka tu.”
“Sikit aja.”
Badrul menjeling. Tidak mahu bersuara lagi.
Keputusannya muktamad. Sesekali dia menoleh, melihat
wajah Sabrina yang menahan sakit. Terbit rasa kasihan
melihat wajah itu.

SABRINA menatap beg plastik berisi ubat di atas meja kecil
di sebelah katilnya. Kemudian dia menatap pula luka di
kedua-dua belah telapak tangannya. Sudah disapu ubat luka.
Mungkin esok atau lusa, luka itu akan menjadi parut. Cuma
punggungnya masih terasa sengal. Masih sakit. Dia mengeluh
perlahan. Ketukan di pintu, memaksa dia menoleh. Dengan
perasaan sedikit malas, dia bangun lalu bergerak ke arah
pintu. Daun pintu dibuka perlahan.

“Abah!”

77

Pergilah Air Mata

Datuk Hamidi mengukir senyum. “Mama cakap Ina
jatuh. Teruk ke?”

Sabrina tersenyum. Perlahan-lahan dia menggeleng.
Dia melangkah keluar sambil menutup pintu bilik.

“Teruk ke?”
“Taklah. Sikit aje, abah,”
“Macam mana boleh jatuh?”
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal.
Datuk Hamidi bergerak ke sofa. Memberi isyarat
agar Sabrina turut melabuhkan punggung di situ.
Sabrina akur. Terus melabuhkan punggung,
bertentangan dengan Datuk Hamidi.
Datuk Hamidi menghela nafas buat seketika.
“Macam mana boleh jatuh?”
Sekali lagi soalan itu meniti di bibir Datuk Hamidi.
“Terlanggar batu. Ya… ya… saya terlanggar batu,”
jawab Sabrina tergagap-gagap.
“Bukan sebab bergaduh dengan Bad? Bukan sebab
Bad mengasari Ina?”
Laju Sabrina menggeleng. Laju juga jari-jemarinya
menutup lengan yang lebam. Tidak mahu Datuk Hamidi
melihat lebam di lengannya pula.
“Betul?”
Sabrina mengangguk laju.
“Badrul tu panas paran. Abah risau kalau-kalau dia
tak dapat kawal emosi dia. Sebab, abah tengok kebelakangan
ni, dia macam terganggu. Sering memberontak.”
Sabrina mengukir senyum.

78

Hanni Ramsul

“Abah tak suka anak abah ringan tangan pukul
isteri. Kalau Bad ada buat macam tu pada Ina, beritahu abah.
Jangan rahsiakan.”

“Tak adalah…”
“Kenapa? Abah ingat anak mama tu jahat sangat
ke?”
Belum sempat Sabrina menghabiskan kata-katanya,
satu suara lantang memecah keheningan malam. Sabrina
diam. Mematung di sofa sambil memandang wajah Datin
Hamidah yang mencuka.
“Mama…”
“Abah dengar sini. Mama kenal sangat anak mama.
Anak mama bukan jenis lelaki yang pukul perempuan. Jangan
nak mereka-reka cerita pasal Badrul pula. Mama tak suka.
Anak mama baik. Cuma tak tahu apa malangnya terpaksa
berkahwin dengan perempuan murah ni.”
“Jaga sikit mulut tu….” Lembut Datuk Hamidi
menegur.
“Kenapa? Apa tak betul ke cakap mama ni? Kenapa
abah tiba-tiba baik sangat dengan budak ni? Apa yang dah dia
jampi kat abah? Sampai abah ikut aje cakap dia!”
Sabrina tunduk. Cuba pekakkan telinga mendengar
sindiran ibu mertuanya itu. Cuba menasihati minda agar
kata-kata yang menerpa di telinga itu tidak dicernakan. Tidak
mahu hati terus merintih sedih sebenarnya. Dia harus kuat
hadapi semua ini sementelah sekarang cuma dia yang boleh
membantu dirinya sendiri. Dia sudah tidak punya sesiapa
lagi. Dia sudah kehilangan insan-insan yang sentiasa berada
di belakangnya.
“Tak baik cakap macam tu, mama.”

79

Pergilah Air Mata

“Dah abah tu cakap anak kita macam tu, baik sangat
ke?” soal Datin Hamidah geram.

Datuk Hamidi menggeleng perlahan. “Midah… kita
kenal anak kita. Kita kenal Badrul. Abah cuma tak nak dia
khilaf dalam amarahnya sendiri.”

“Badrul tahu kawal diri. Lagipun, kalau dia yang
pukul budak ni, takkan dia pergi hantar ke klinik?”

“Tak. Saya jatuh abah… Datin. Saya terjatuh
sendiri. Badrul tak pernah pun mengkasari saya. Mungkin dia
marah pada saya. Tapi, dia tak pernah mengkasari saya.”

“Memanglah… sebab anak aku tu, baik. Anak aku
tu anak orang baik-baik!” Datin Hamidah menyampuk sinis.

Sabrina tunduk.
“Mama… kalau setakat nak bertengkar, baik mama
jangan duduk kat sini.”
“Haiii… menghalau mama pulak? Mula-mula halau
mama dari ruang ni. Nanti, halau mama dari rumah ni pulak?
Pandai kau pengaruhi suami aku, ya?”
“Mama…”
“Yalah… mama pergi. Mama pun tak ingin nak
tengok muka menantu kesayangan abah ni. Abah pandanglah
menantu abah ni puas-puas!” Datin Hamidah bersuara sambil
berlalu.
Sabrina menarik nafas panjang.
“Ina…”
“Saya tak apa-apa, abah. Abah jangan bimbang….”
“Mama tu baik sebenarnya. Cuma… semua yang
berlaku ni, buat dia terkejut. Buat dia susah nak terima
kenyataan. Abah yakin Ina boleh faham keadaan mama.”

80

Hanni Ramsul

“Saya faham, abah,” balas Sabrina perlahan.
Memang dia faham perasaan semua orang. Siapa yang suka
dengan apa yang telah berlaku? Namun malangnya, manusia
di sekeliling juga tidak pernah mahu memahami apa yang
terjadi.

“Petang tadi Ina pergi ambil kereta, kan? Mana
keretanya?”

“Badrul minta orang lain yang ambil nanti.”
“Kenapa? Kan Ina boleh drive sendiri?”
Sabrina termangu. Apa yang hendak dia jawab?
Takkan dia hendak bercerita tentang Badrul yang hampir
bertumbuk dengan Ikmal.
“Tangan Sabrina dah macam tu. Macam mana dia
nak drive?”
Sabrina menoleh ke arah Badrul yang tercegat di
hujung tangga. Mendengar penjelasan Badrul, Sabrina tidak
berminat untuk bersuara. Jelas Badrul cuba sembunyikan
pekung di dada. Mahu rahsiakan apa yang terjadi daripada
pengetahuan bapanya.
“Kamu dari mana ni?” Datuk Hamidi bertanya tiba-
tiba.
“Keluar. Jumpa kawan.”
“Tiap-tiap malam jumpa kawan?”
Badrul menjongket bahu sambil melangkah menuju
ke bilik.
“Duduklah dulu. Abah nak cakap sikit.”
“Saya nak mandilah, abah. Rimas rasanya ni.”
Datuk Hamidi tidak bersuara lagi. Sekadar
membiarkan Badrul terus berlalu.

81

Pergilah Air Mata

Sabrina pula lebih senang menjadi pemerhati. Dia
mengerti maksud kata-kata Badrul. Dirinya yang membuat
Badrul rimas sebenarnya.

“Ina?”
Sabrina tersentak kecil.
“Kenapa ni?”
“Ha? Tak ada apa-apa… tak ada apa-apa, abah….”
“Ina dengan Badrul macam mana sekarang?”
Sabrina tersenyum. Diam. Soalan itu dibiarkan sepi.
Rasanya bapa mertuanya itu pun sudah maklum akan situasi
sebenar perkahwinan anak tunggalnya itu. Tidak perlu
rasanya untuk dia membuka cerita. Satu rumah itu pun
sudah maklum.
“Badrul ke mana tadi tu?”
Sabrina menggeleng.
“Takkan dia tak beritahu Ina, ke mana dia nak
pergi?”
Sekali lagi Sabrina menggeleng. Memang dia tidak
tahu. Badrul tidak beritahu apa-apa padanya. Dia faham, dia
tidak berhak untuk mencampuri urusan hidup Badrul.
“Ina belajarlah sesuaikan diri. Abah yakin, lama-
kelamaan baik Ina ataupun Badrul… kamu berdua pasti
dapat terima kenyataan.” Datuk Hamidi bersuara tenang.
Sabrina mengeluh perlahan. Kata-kata Datuk
Hamidi kedengaran cukup mudah. Penuh dengan harapan.
Namun, realitinya semudah itukah? Dia tidak nampak walau
sedikit pun cahaya kebahagiaan di dalam ikatan perkahwinan
yang baru dimeterai itu. Dia sendiri pun tidak tahu apa
sebenarnya yang dia harapkan daripada ikatan ini.
Perkahwinan ini membuat perasaannya mati. Membuat dia

82

Hanni Ramsul

terperangkap di dalam lorong yang amat gelap. Terlalu gelap,
sehingga dia tidak tahu di mana harus dia mulakan langkah.
Tidak nampak arah yang perlu dia tuju.

“Abah rasa, mungkin kamu berdua patut luangkan
masa bersama. Luangkan masa berdua. Barangkali itu boleh
membantu.”

Sabrina memandang wajah Datuk Hamidi dengan
kening yang berkerut. Tidak faham maksud kata-kata lelaki
itu. “Maksud abah?”

“Spend more time together. Honeymoon?”
“Hah?”
Spontan soalan itu terpacul dari bibir Sabrina.
“Kita tak boleh mengharapkan sesuatu perkara tu
berubah menjadi baik dengan hanya berserah aja. Kita kena
berusaha ke arah itu. Abah rasa honeymoon satu usaha yang
baik. Mungkin kamu berdua boleh lebih mengenali hati budi
masing-masing.”
“Tak payahlah, abah.”
“Bincanglah dengan Badrul. Nanti beritahu abah.
Abah akan sponsor honeymoon kamu berdua. Anggaplah ni
hadiah perkahwinan daripada abah.”
Sabrina tersenyum kelat. Tidak masuk akal saranan
bapa mertuanya itu.
“Fikirkan cadangan abah ni.” Datuk Hamidi
bersuara sambil angkat punggung.
Sabrina sekadar mendengar. Fikirkan? Sabrina
tersenyum sinis. Sebaiknya dia fikirkan bagaimana caranya
untuk dia akhiri ketegangan yang timbul ini. Fikirkan
bagaimana caranya untuk dia akhiri perkahwinan ini. Dia
memandang Datuk Hamidi yang berlalu menuju ke biliknya.

83

Pergilah Air Mata

Kemudian dia termangu sendirian di sofa. Tidak tahu mahu
melangkah ke mana. Mahu masuk ke bilik, dia tidak mahu
mengganggu Badrul. Sudahnya, dia bergerak ke balkoni.
Menikmati kegelapan malam di situ. Rasa mengantuk yang
menjengah, ditahan. Tunggulah sehingga Badrul lena. Itulah
rutin hariannya kini.

“Ehem….”
Sabrina menoleh. Badrul tercegat di belakangnya.
Santai bersama track suit dan t-shirt hitam. Baru selesai
mandi barangkali. Seketika kemudian, dia kembali
menebarkan pandangan pada kegelapan malam.
Badrul bergerak ke pagar balkoni. Bersandar sambil
memandang Sabrina yang leka melayan menungnya. “Macam
mana? Sakit lagi ke?”
Sabrina mengalih pandangan. Merenung tepat ke
wajah Badrul. Bukan sedikit hairan yang membukit di
benaknya saat ini. Hairan melihat perubahan Badrul yang
mendadak.
“Tak. Sikit aja,” jawab Sabrina pendek.
Badrul mengeluh panjang. “Apa kau cakap dengan
abah tadi?”
“Tak ada apa-apa….”
“Ada abah tanya pasal kita?”
“Macam biasalah. Saya rasa dengan awak pun, abah
tanya soalan yang sama.”
“Kalau boleh, jangan selalu sangat bersembang
dengan abah.” Badrul bersuara tanpa memandang wajah
Sabrina.
Sabrina merenung Badrul hairan. “Kenapa?”
“Aku tahu. Kau cuba pengaruhi abah, kan? Sebab

84

Hanni Ramsul

dalam rumah ni, cuma abah aja yang beri perhatian pada
kau.”

Sabrina mengeluh perlahan. Sekali lagi tuduhan
tidak berasas dilemparkan padanya.

“Awak… saya nak minta maaf pasal petang tadi.
Saya tak bermaksud nak tengking awak. Tak tahu kenapa…
tiba-tiba saya hilang sabar.” Sabrina bersuara tanpa
menghiraukan tuduhan Badrul.

Badrul tersenyum sinis.
Entah kenapa, sakit hatinya melihat senyuman
lelaki itu.
“Siapa yang boleh sabar kalau buah hati kena
kutuk. Ya tak?” sindir Badrul pedas.
Sabrina merenung wajah itu buat seketika.
Akhirnya dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Malas
melayan bicara Badrul yang menyakitkan hati.
“Bila kau nak jumpa dia lagi?”
Sabrina diam.
Badrul tergelak.
Gelak yang membuat Sabrina berasa tersindir.
Memang Badrul tetap tidak mempercayai kata-katanya. Masih
menganggap dialah punca segala insiden memalukan itu.
“Kalau awak tak percayakan saya, baik kita tamatkan semua
ni. Buat apa kita saling bertengkar?”
“I told you, jangan harap!”
“Kenapa?”
“Sebab ni yang kau mahu, kan? Kan kau nak hidup
bersama aku. Kau dah rancang nak kena tangkap basah
dengan aku. Jadi, takkan aku nak kecewakan kau, kan?”

85

Pergilah Air Mata

“Suka hatilah awak nak cakap apa pun.”
“Tengok tu. Tiba-tiba kau dah jadi kuat, ya? Kalau
tak, sikit-sikit meleleh... sikit-sikit meleleh.”
Sabrina diam lagi. Dia nekad untuk terus
membiarkan kata-kata pedih itu berlalu pergi.
Tiada guna dia pertahankan kebenaran, kalau tiada
siapa yang mahu menilainya. Tiada guna dia terus menangis
kalau tiada siapa yang sudi memujuknya. Tiada guna dia terus
bertelagah kalau akhirnya dia tersungkur di kaki amarah.
Biarlah dia menjadi pemerhati untuk setiap
tindakan. Melatih kesabaran biar menebal di hatinya yang
parah.

86

Hanni Ramsul

bab 7

MARIA menggeleng perlahan
sambil mengacau air Nescafe
panasnya. Melihat menungan
Ikmal, membuat dia dilanda resah yang tidak berpenghujung.
Lelaki ini terlalu mengikut perasaan. Terlalu lemah sehingga
sering tewas pada emosinya sendiri. Sekali lagi pandangannya
dilayangkan ke wajah Ikmal. Renungan Ikmal jauh memecah
dinding kaca tempat dia menikmati makan malam. Merenung
kawasan Sunway Lagoon yang luas.
“Ina suka pandang Sunway Lagoon dari sini.
Cantik, katanya.” Ikmal bersuara tiba-tiba.
Maria mengangkat muka perlahan-lahan. “Ikmal.
Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila?”
“Entah….” Lemah Ikmal menjawab.
“Orang tu dah kahwin. Dah bahagia agaknya. Kau
pula yang makan hati kat sini.”
“Bahagia? Kau tak nampak apa yang aku nampak?”
Maria kerutkan kening. Apa yang Ikmal nampak?

87

Pergilah Air Mata

“Apa yang kau nampak?” soalnya perlahan.
“Suami Ina… kasar betul dia dengan Ina.”
“Ya ke?”
Ikmal mengangguk perlahan. Peristiwa tiga hari
lepas kembali berlegar di ingatannya. Teringat wajah Sabrina
yang menahan kesakitan. Juga teringat wajah ketakutan
Sabrina mendengar lelaki itu menengkingnya.
“Takkanlah…”
“Aku nampak, Mar. Sakit hati aku. Aku sendiri tak
pernah layan Ina macam tu. Tak ada sesiapa yang pernah
layan Ina sekasar tu. Takkan kau tak perasan? Depan aku, dia
cakap akan buat Ina menderita!”
Maria diam seketika.
“Entahlah... tak tahu nak cakap apa. Hari tu, aku
nampak mereka mesra aja. Macam tak kena kahwin paksa
pun.” Tanpa dirancang, meluncur satu pembohongan dari
bibir Maria. Pembohongan yang tidak disengajakan.
“Betul ke?”
Maria mengangguk perlahan sambil meneguk air
Nescafe panasnya. Maafkan aku Ina, dalam diam hatinya
berbisik sendiri. Bukan tidak ada rasa bersalah yang
menghantui perasaannya. Namun, pembohongan itu terpaksa
dia timbulkan.
“Kenapa kau tak bersama Ina hari tu?” soal Ikmal
tiba-tiba.
Maria mengeluh perlahan. Wajah Ikmal dipandang
agak lama. “Dia mahu privacy katanya. So, apa lagi aku nak
cakap? Aku pun keluarlah.”
“Ya ke? Takkan Ina cakap macam tu?”

88

Hanni Ramsul

“Itulah yang dia cakap pada aku. Agaknya, sejak jadi
menantu datuk ni, privacy penting kat dia kut. Ikmal, sudah-
sudahlah tu. Jangan fikir lagi pasal dia. Aku kasihan tengok
kau terus macam ni. Ina kahwin dengan orang lain, tak
bermakna hidup kau dah berakhir. Berapa kali aku nak ulang
pada kau? Belajar lupakan dia, okey? Dia dah jadi isteri orang
pun.”

“Kalau dia bahagia, aku lega. Aku tak kisah.
Walaupun hati aku sakit, aku lega sangat-sangat. Tapi, aku
tak sanggup tengok Ina macam tu. Dia tak bahagia, Mar….”

“Mana kita tahu, Mal? Kita cuma tengok dia hari tu
aja….”

“Tapi, semua tu dah cukup untuk beritahu aku, Ina
tak bahagia. Hidup dia terseksa!”

“Agaknya suami dia cemburu tengok kau dengan
dia. Yalah... orang kalau dah cemburu, macam-macam
gayanya.”

Ikmal berfikir seketika. Betul ke kemarahan lelaki
itu berpunca daripada rasa cemburu? Ikmal memandang
wajah Maria yang tenang menghadap nasi goreng.

“Ina tak ada cerita apa-apa ke pada kau?” tanya
Ikmal. Dia cuba merisik sesuatu tentang Sabrina daripada
Maria.

Maria menggeleng perlahan.
“Takkan tak ada langsung?”
“Tak ada. Cerita apa yang kau maksudkan?”
“Pasal peristiwa tangkap basah tu? Hari tukan, dia
cakap bukan salah dia. Mesti dia ada cerita apa sebenarnya
yang berlaku pada kau.”
“Tak ada. Bila aku nak buka cerita pasal tu, dia terus

89

Pergilah Air Mata

tukar topik. Tak tahu kenapa.” Maria memotong kata-kata
Ikmal dengan satu lagi pembohongan.

Wajah Ikmal jelas kelihatan kecewa.
“Kalau kau nak aku paksa dia cerita apa yang
terjadi, aku boleh telefon dan tanya dia.”
Ikmal menggeleng perlahan. “Tak apalah, Mar.
Kalau dia tak nak cerita, tak apalah. Takkan kita nak paksa
pula. Mungkin dia tak nak ingat pasal peristiwa tu kut.”
“Entahlah….”
“Aku rasa macam mimpi aje, Mar. Semalam mak
aku tiba-tiba tanya pasal Ina. Pelik aku. Entah dari mana dia
tahu Ina kena tangkap basah.”
“Errr… kau tak pernah cerita kat mak kau ke?”
Ikmal menggeleng.
“Kenapa kau tak cakap dengan mak kau?”
“Aku tak sampai hati, Mar. Mak aku dah beli semua
barang hantaran untuk pertunangan kami. Bukannya lama,
sebulan aja lagi. Beria-ia dia siapkan semuanya. Takkan tiba-
tiba aku nak beritahu Ina kena tangkap basah dengan lelaki
lain?”
Maria terdiam. Untuk seketika dia cuma
memandang wajah Ikmal yang semakin murung. “Tapi, mak
kau berhak tahu, kan?”
“Ya. Tapi, aku tak tahu macam mana nak berterus
terang dengan dia. Aku tak berani nak tengok dia sedih. Dia
sayang sangat pada Ina. Tiba-tiba dapat berita macam tu, aku
rasa kau pun boleh agak macam mana reaksinya nanti.”
“Tapi… sekarang dia dah tahu, kan?” soal Maria
dengan nada tersekat-sekat.

90

Hanni Ramsul

Ikmal mengangguk lesu.
“So, macam mana penerimaan dia?”
Ikmal tergelak hiba. “Dia mengamuk. Marahkan
aku. Katanya ada orang telefon beritahu Ina kena tangkap
basah.”
“Orang? Siapa?” tanya Maria dengan kening
berkerut. Jantungnya berdegup kencang. Jangan-jangan ibu
Ikmal cam suaranya.
“Entah. Mak kata dia tak cam suara orang tu. Tapi,
mak marah betul pada aku. Marah pada Ina. Aku tak salahkan
mak. Aku tahu dia kecewa sangat.”
Maria mengeluh lega. “Sekarang macam mana?”
“Dia merajuk dengan aku. Dia kata, benda serius
macam ni pun aku tak nak beritahu dia.”
“Laaa… dah tu sekarang ni, macam mana? Betul
juga cakap mak kau tu. Kau rahsiakan benda serius macam
ni daripada dia, macam kau belakangkan dia la. Padahal kau
tahu, dia yang bersusah payah untuk majlis pertunangan kau
tu. Entah-entah dia dah jemput saudara-mara terdekat.”
“Itu yang buat dia mengamuk tu!”
“Maksud kau, mak kau dah jemput saudara-mara
dan kawan-kawan dia?”
Ikmal mengangguk lemah.
“Ya Allah, Ikmal. Takkan kau tak terfikir semua ni?
Kenapa tak beritahu mak kau awal-awal lagi? Kan memalukan
kalau tiba-tiba majlis pertunangan tu dibatalkan?”
“Aku lupa. Aku betul-betul lupa pasal majlis tu. Aku
tak boleh nak fikir apa-apa, Mar. Aku jadi blank. Bingung.
Dan, sekarang… bertambah bingung aku dibuatnya.”

91

Pergilah Air Mata

“Dah ramai ke mak kau jemput orang?”
“Mak dah tetapkan tarikh rupa-rupanya. Tunggu
hari aje. Lagi parah, pak long aku siap nak buat kenduri
kesyukuran. Dah jemput orang kampung, pun….”
“Masalah tu, Mal. Banyak pihak yang terlibat. Kau
pun silap. Kalau kau beritahu mak kau awal-awal dulu,
mungkin mak kau tak marah macam ni. Yalah… macam
mana dia tak marah? Tarikh dah ditetapkan, barang hantaran
dah dibeli, jemputan dah diundang… malu dia kalau tak
jadi.”
“Ya, aku mengaku memang salah aku. Tapi, aku
betul-betul buntu masa tu. Aku macam orang sasau.” Ikmal
bersuara lemah.
Maria mengeluh panjang. “Yalah… yalah... aku
faham perasaan kau. So, sekarang macam mana?”
“Entah!”
“Entah?” soal Maria dengan kening berkerut.
Ikmal di hadapannya kini, bukan lagi Ikmal yang
dia kenal lapan tahun lalu. Bukan Ikmal yang ceria dan
penuh semangat. Ikmal di hadapannya kini, nampak sungguh
lemah. Ikmal sudah menjadi selemah Sabrina. Walaupun
tidak menangis, dia nampak ada air mata yang bergenang di
birai mata Ikmal. Wajah itu begitu murung sehingga
kemurungan itu menjentik rasa bersalah di hatinya.
“Ikmal… aku faham kau sedih dengan apa yang
berlaku. Tapi, kau kena belajar terima suratan takdir. Kau
kena terima qadak dan qadar yang telah tertulis buat kita.
Aku faham, kalau kau nak terus bersedih pasal Ina. Tapi, aku
rasa sekarang, baik kau tumpukan pada mak kau. Kasihan
dia, Mal. Dia terpaksa hadapi semua ni sendirian,” nasihat
Maria.

92

Hanni Ramsul

“Aku dah tak boleh nak fikir. Mak berkeras nak
teruskan pertunangan tu. Bukan ke gila namanya tu?”

“Maksud kau? Mak kau nak kau bertunang juga
dengan Ina? Inakan dah…”

“Bukan dengan Ina. Dengan sesiapa aja!” pintas
Ikmal dengan suara yang cukup lemah.

Maria tergelak kecil. “Serius?”
Ikmal angkat muka. Merenung wajah Maria. “Muka
aku nampak macam main-main ke?”
“Sorry… aku tak bermaksud nak gelakkan kau.
But, it sounds ridiculous. Dengan sesiapa aja?”
Ikmal mengangkat bahu tanpa senyum. Walau berat
permintaan ibunya malam tadi, bukan hal itu yang berlegar-
legar di fikirannya. Bukan kedegilan ibu yang tidak mahu
membatalkan majlis tersebut yang mengganggu lenanya.
Sebaliknya, air mata Sabrina yang mengganggu fikirannya.
Wajah pilu Sabrina yang terus-terusan mengekorinya.
“So, apa kau nak buat sekarang?”
Sekali lagi Ikmal angkat bahu.
“Kau tak boleh macam ni. Jangan jadi lemah sampai
macam ni sekali. Lupakan dulu pasal Sabrina. Sekarang kau
kena fikirkan pasal mak kau.”
“Aku tak tahu!”
Maria mengeluh panjang. “Kalau mak kau desak
juga macam mana?”
“Aku dah tak kisah. Aku dah kehilangan Sabrina.”
“Maksud kau?”
Ikmal diam seketika. Sekali lagi pandangannya
dihalakan ke luar tingkap.

93

Pergilah Air Mata

“Mal… aku tanya ni?”
“Aku tak kisah. Buatlah apa saja. Aku dah tak
kisah!”
“Takkan kau nak bertunang dengan sesiapa saja
pilihan mak kau?”
Ikmal mengeluh panjang. “Tukar topiklah….”
“Ini masa depan kau, Mal. Of course kau kena ambil
tahu. Mana boleh kau serah bulat-bulat pada mak kau.”
“Aku yang salah, kan?”
“Yalah… tapi takkan kau nak bertunang dengan
orang yang kau tak kenal? Then… kahwin?”
“Aku dah tak nak fikir semua tu. Perasaan aku dah
mati, Mar. Dah mati. Please stop it. Aku tak nak cakap pasal
tu lagi.”
Maria merengus marah. “Mana boleh stop? Aku
takkan biar kawan aku musnahkan hidup dia macam ni.
Dunia belum nak kiamatlah, Mal!”
“But it’s over to me.”
“Aku tak nak dengar kau cakap macam ni lagi.
Faham?”
Ikmal tersenyum kelat sambil memandang wajah
Maria yang menyinga.
“Kau marah aku, Mar?” soalnya cuba berlucu.
“Of course aku marah. Kalau kau nak terus hidup
macam ni, baik kau tak payah jumpa aku lagi!”
Ikmal tersenyum kecil. Tersentuh dengan perhatian
Maria. Dia faham kalau Maria marah padanya. Maria tidak
mahu melihat dia terus menyeksa diri. Tapi, Maria tidak tahu.
Maria tidak tahu bagaimana sukarnya membuang selaut rasa

94

Hanni Ramsul

kasih pada Sabrina yang sentiasa mendamaikannya selama
ini. “Thanks, Maria!”

Maria menatap wajah Ikmal yang mula terhias
sekuntum senyum. Walau tidak seceria mana, sekurang-
kurangnya dia dapat juga melihat senyum Ikmal.

“Aku hargai perhatian kau. Memang kau sahabat
yang baik. Terima kasih sebab kau tak pernah penat beri aku
kekuatan.”

“Aku tak akan pernah penat, Mal. Aku akan terus
berada di sisi kau. Selagi kau perlukan aku.”

“Of course I need you. Kalau kau tak ada, tak
tahulah sama ada aku boleh hadapi semua ni atau tak.”

Maria tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia
menggenggam tangan Ikmal. “I’m here for you. Forever….”

Ikmal tersenyum kecil. “Thanks!”
Maria tersenyum lagi. “Kalau kau kawan aku,
selesaikan masalah mak kau dulu. Kasihan dia….”
“Aku dah tak tahu lagi macam mana cara nak pujuk
dia. Marah betul dia pada Ina. Marah betul dia pada aku.”
“Cakap elok-elok dengan dia. Atau… kau nak aku
yang cakap dengan mak kau?”
Ikmal tergelak kecil. “Kau tak kenal mak aku, Mar.
Keras hatinya. Bukan senang nak dipujuk dia. Lebih-lebih
lagi, bila dah melibatkan maruah keluarga macam ni.”
“Kita cuba dulu. Tengok ada penyelesaian atau tak?”
“Penyelesaian apa? Dia nak teruskan juga.
Biarkanlah… janji, mak aku tak malu dengan saudara-mara
dan kawan-kawannya.”
“Kau?”

95

Pergilah Air Mata

Ikmal tersenyum panjang. “Tukar topik lain, okey?
Kalau tak, kita cuma akan mengulang percakapan yang sama.
Biar masa yang tentukan segala-galanya. Okey?”

Maria menarik nafas panjang. Wajah Ikmal
direnung buat seketika.

“Okey!” jawabnya sepatah.

“Tak nak makan ke?” soal Maria tatkala melihat
makanan Ikmal yang langsung tidak berusik.

Ikmal menggeleng perlahan. Seleranya mati.

“Order, tapi tak makan. Makanlah sikit. Aku tengok
kau ni dah susut benar. Makanlah sikit,” kata Maria separuh
memujuk.

“Aku tak ada seleralah.”

“Hmmm… kalau tak nak makan, kita baliklah.”

Ikmal memandang wajah Maria.

Maria tersenyum manis sambil angkat kening.

“Kau baliklah dulu.”

Maria kerutkan kening.

“Aku nak duduk sini kejap.”

Maria mengeluh lagi. “Sekejap? Sampai Sunway
Pyramid ni tutuplah tu.”

Ikmal tersenyum tawar.

Maria menggeleng perlahan. “Aku rasakan, semua
staf kat sini dah cam muka kau. Selalu sangat termenung
melayan perasaan kat sini. Kau duduk sini sampai tua pun,
bukannya boleh ubah apa yang dah berlaku.”

“Aku senang duduk kat sini. Aku rasa dekat dengan

Ina.”

96

Hanni Ramsul

“Mal… Mal….”
“Aku tahu aku bodoh. Tapi, tak apalah. Aku sanggup
jadi bodoh untuk Ina.”
“Aku faham. Kau perlukan masa. Right?”
Ikmal cuma menjawab dengan senyuman.
“Okeylah. Aku nak balik dulu.”
“Yup! Terima kasih sebab temankan aku.”
“Small matter. Lagipun, kita kawan, kan?”
“Ya. Kita kawan….”
Ikmal tersenyum sambil memandang Maria
menolak hidangannya seraya angkat punggung. Melihat
Maria berlalu pergi, dia menyambung lamunannya.
Menjemput Sabrina hadir ke alam khayalannya. Dia mahu
terus bersama dengan Sabrina saat ini.

97

Pergilah Air Mata

bab 8

“PUAN SABRINA!”
Sabrina menoleh.
Memandang wajah kelat
Jamilah. “Ada apa, Kak Milah?”
“Datuk suruh masuk. Sejuk kat luar ni.”
Sabrina tersenyum kecil. “Saya nak ambil angin
kejap. Kejap lagi saya masuklah.”
“Masuk ajelah, puan. Nanti saya kena marah
pulak.”
“Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Ina
cukup.”
“Puankan isteri majikan saya. Mana boleh panggil
macam tu.”
Sabrina tersenyum lagi. Dia sedar kata-kata Jamilah
penuh dengan nada sinis. Memang Jamilah tidak pernah suka
padanya sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke
rumah ini. Tetapi, dia tidak boleh salahkan Jamilah. “Dah
lama Kak Milah kerja kat sini?”

98

Hanni Ramsul

“Kenapa pula puan nak tahu?”
“Saja saya nak tanya. Sebab Kak Milah nampak
macam sayang sangat pada keluarga ni. Mesti Kak Milah dah
lama kerja dengan Datuk Hamidi, kan?”
“Lamalah juga.”
“Berapa lama?”
“Lamalah juga... hampir lima tahun.”
“Oh… lama juga tu.”
Jamilah diam. Berdiri sambil memandang Sabrina
yang tenang di buaian besi di halaman banglo.
“Encik Badrul tu, memang garang ke Kak Milah?”
Jamilah tersenyum sinis. “Takkan puan tak tahu
perangai Encik Badrul tu?”
“Manalah saya tahu. Bukan saya kenal dia pun.”
“Kalau tak kenal, macam mana puan boleh ada
dalam bilik dia? Sampai kena tangkap basah? Sampai terpaksa
kahwin?”
Sabrina tersenyum kelat. “Sampai Kak Milah pun
bukan main marah lagi dengan saya, kan?”
Jamilah perlahan-lahan menggaru kepalanya. Dia
terkena dengan soalan Sabrina.
Sabrina tersenyum lebar. “Saya faham perasaan Kak
Milah. Mestilah Kak Milah geram pada orang yang nak
malukan keluarga Datuk Hamidi.”
Jamilah tersenyum kecil. Entah kenapa makin dia
cuba mencari kekurangan Sabrina, makin hilang kekurangan
itu. Sikap Sabrina nampak cukup berbeza dengan persepsi
yang dilemparkan oleh seluruh keluarga itu. “Puan tak marah
pada saya ke?”

99

Pergilah Air Mata

“Janganlah panggil saya macam tu. Panggil aja Ina.
Lagipun, gelaran tu tak layak untuk saya.”

“Mana boleh macam tu.”
“Saya bukan sesiapa kat sini, Kak Milah. Saya
tercampak ke sini. Tempat yang tak pernah saya tahu pun
sebelum ni.”
“Maksud puan?”
Sabrina tersenyum lesu. “Lupakanlah… buat apa
nak bercakap tentang perkara yang dah lepas. Betul tak?”
“Errr….”
“Bukan boleh ubah apa yang dah berlaku pun.”
“Kak Milah!!!”
Jamilah tidak jadi buka mulut. Segera dia berpaling
ke arah suara yang memanggil namanya.
“Kak Milah panggil dia masuk, ke Kak Milah duduk
bersembang dengan dia?”
“Hah? Errr….”
Bicara Jamilah tergantung di situ. Tiada jawapan
untuk soalan Badrul.
“Lama abah tunggu kat dalam. Tahu tak?”
“Kak Milah minta maaf.”
“Dah. Kak Milah pergi masuk.”
Laju Jamilah mengangguk sambil berlalu.
Sabrina sekadar memandang. Kadang-kadang baran
Badrul tidak bertempat. Atau baran lelaki itu cuma datang
apabila berdepan dengannya?
“Abah nak jumpa. Ada hal nak cakap katanya.”
“Hal? Hal apa?” Sabrina merisik tanya. Pelik

100


Click to View FlipBook Version