Walker dan Brown (2004) mencadangkan bahawa bukan semua pemilik
perniagaan mahu mengembangkan perniagaan mereka. Menurut mereka pengambilan
pekerja dan pewujudan peluang kerja oleh usahawan PKS kepada orang luar adalah
bertentangan dengan matlamat awal mereka dan keluarga apabila memulakan
perniagaan kecil. Pengukuran bukan kewangan sebagai ukuran kejayaan usahawan
mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja, sifat berdikari, mewujudkan peluang
perniagaan, menggalakkan cabaran baru dan mengikut minat sendiri adalah lebih sukar
untuk diukur (Walker dan Brown, 2004).
Khairuddin (2002) menyarankan PKS agar pandai menguruskan faktor-faktor
strategik utama yang memberi impak keberkesanan perniagaan mereka. Oleh yang
demikian untuk memastikan perniagaan itu berjaya sepanjang masa, perniagaan kecil
seharusnya berada dalam situasi yang sama dengan persekitaran. Ini menjadikan
perniagaan kecil tahu apa yang persekitaran mahukan dengan apa yang perniagaan
kecil mampu tawarkan serta apa keperluan perniagaan kecil dan apa yang persekitaran
boleh berikan.
Menurut Nash (1983), kadar keuntungan merupakan penunjuk utama untuk
mengukur kejayaan perniagaan kecil dan sebagai cadangan bagi peniaga menjalankan
operasi dengan baik. Bracker dan Pearson (1986) pula meletakkan pertumbuhan dalam
hasil perniagaan sebagai mekanisma pengukur kepada kejayaan perniagaan seperti
pertumbuhan kepada pendapatan bersih, pertumbuhan nilai sekarang dan pertumbuhan
kadar kecairan.
Khairuddin (2002) turut menyenaraikan faktor strategik yang mempengaruhi
keberkesanan organisasi perniagaan kecil yang terdiri daripada ciri-ciri keusahawanan
33
(entrepreneurial characteristics), persekitaran dalaman organisasi (organizational
context) dan persekitaran luar organisasi (external environment).
Dalam mengambilkira tiga faktor strategik yang mempengaruhi kejayaan
perniagaan kecil dan sederhana, beberapa pertimbangan perlu diambilkira dalam
menghurai kejayaan serta ukuran kepada kejayaan. Dalam konteks PKS, kejayaan
adalah keberkesanan perniagaan kecil itu mencapai objektif perniagaannya, tetapi
kebanyakan kajian berkaitan merumuskan bahawa keuntungan kewangan dan
pertumbuhan perniagaan menjadi ukuran utama dalam mengukur kejayaan PKS
(Khairuddin, 2002).
Delmar dan Wiklund (2008) pula menyatakan bahawa persekitaran perniagaan
mempunyai kesan yang amat ketara kepada pertumbuhan perniagaan kecil yang baru.
Persekitaran perniagaan ini boleh didefinisikan kepada pembolehubah persekitaran
dalaman dan luaran organisasi yang mempengaruhi secara berterusan kejayaan di
dalam sesuatu organisasi perniagaan (Smit et al, 2007).
Persekitaran perniagaan ini boleh dibahagikan kepada dalaman dan luaran.
Persekitaran dalaman mengandungi faktor yang boleh dikawal oleh perniagaan seperti
kewangan, kompetensi pengurusan, lokasi, pelaburan di dalam teknologi, kos
pengeluaran dan rangkaian (Cassar, 2004). Manakala persekitaran luaran pula adalah
seperti faktor rangka kerja kontrak dan maklumat, persekitaran makro ekonomi dan
mikro ekonomi, faktor sosial, persekitaran teknologi dan kawal selia (Olawale et al,
2010).
34
2.3.2 Pengukuran Kegagalan PKS
PKS memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sosial
ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, kadar kegagalan PKS sangat tinggi
berbanding dengan firma-firma yang berskala besar. Sebagai contohnya, di Australia
dari tahun 1973 hingga 1990, 74% perniagaan kecil gagal dalam tempoh lima tahun
pertama perniagaannya (Reynolds et al, 1994). Menurut Shane (2008), di Amerika
Syarikat dalam 10 tahun iaitu dari tahun 1992 hingga 2002, 71% daripada perniagaan
kecil tidak dapat bertahan atau meneruskan perniagaannya. Kesan kepada kegagalan
peniagaan akan memberi impak yang amat ketara kepada semua pihak yang
berkepentingan dalam perniagaan. Usahawan atau pengusaha akan kehilangan
pelaburan modal mereka, pekerja akan kehilangan kerja, masyarakat akan kehilangan
satu cara daripada pengeluaran dan pengedaran barangan dan perkhidmatan, manakala
kerajaaan pula akan kehilangan pendapatan yang diperolehi dari cukai.
2.3.2(a) Aspek Pengukuran Kegagalan
Beberapa pengkaji melihat kegagalan perniagaan sebagai satu penamatan
perniagaan tanpa sebarang alasan sama ada hendak meneruskan perniagaan ataupun
tidak (Fredland dan Morris, 1976). Dun dan Bradstreet (1969) pula mengukur
kegagalan sebagai perniagaan yang operasinya dihentikan atau kebankrapan, berhenti
dengan kehilangan kepada pemiutang selepas tindakan seperti perlaksanaan,
perampasan atau penahanan secara sukarela, menarik diri, terlibat dengan tindakan
mahkamah sebagai penerimaan, penyusunan semula atau perkiraan atau secara
sukarela berkompromi dengan pemiutang. Pandangan lain berkaitan kegagalan
termasuklah perniagaan dilupuskan untuk mengelak kerugian selanjutnya dan gagal
meneruskan perjalanan perniagaan (Watson dan Everet 1996).
35
Menurut Silas (2004), ukuran kegagalan juga boleh dilihat apabila sesebuah
firma atau entiti perniagaan itu gagal memenuhi kepentingan tanggungjawab kepada
pemegang kepentingan organisasi termasuk pekerja, pembekal, pelanggan dan
pemilik. Kegagalan perniagaan ini secara umumnya dianggap sebagai ketidakupayaan
firma atau perniagaan untuk bertahan dan wujud akibat kehilangan modal atau
pulangan ke atas pelaburan yang tidak mencukupi (Silas, 2004). Pandangan lain
mengatakan bahawa kegagalan perniagaan disebabkan oleh pengurusan yang lemah
dan ketidakupayaan pengurusan dalam mengendalikan sesuatu perniagaan (Wichman,
1983).
2.4 Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan PKS
2.4.1 Faktor-Faktor Kejayaan PKS
Terdapat beberapa cara dalam mentakrifkan kejayaan PKS. Lussier dan Pfeifer
(2001) mencadangkan bahawa kejayaan perniagaan kecil boleh ditakrifkan sebagai
kemampuan untuk bertahan dan kekal di dalam perniagaan.
Mengikut Wilfred (2005), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
kejayaan PKS, antaranya ialah (i) perlebaran kepada kemahiran pengurusan, (ii) sistem
penyimpanan rekod yang baik, (iii) pengurusan aliran tunai yang baik, (iv) sentiasa
peka kepada kehendak pasaran, (v) efisien dan efektif dalam strategi pemasaran dan
(vi) meletakkan perancangan yang sistematik dalam pengurusan.
Audretsch (2005), menunjukkan hubungan antara pemilikan, membuat
keputusan, penempatan pekerja dan prestasi firma sebagai faktor kejayaan kepada
PKS. Penemuan mereka menunjukkan bahawa faktor pemilikan merupakan kejayaan
36
utama dalam kejayaan PKS. Javed et al, (2011), dalam kajiannya iaitu mengenalpasti
faktor kejayaan PKS di Pakistan dan meletakkan tujuh pembolehubah kejayaan PKS
iaitu (i) sumber kewangan, (ii) strategi pemasaran, (iii) sumber teknologi, (iv)
sokongan kerajaan, (v) akses kepada maklumat, (vi) perancangan perniagaan dan (vii)
kemahiran dalam keusahawanan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa faktor
kejayaan utama dan signifikan kepada PKS di Pakistan adalah sumber kewangan.
Mathew (2010), juga meletakkan enam faktor utama kejayaan PKS dalam
kajiannya iaitu mengenalpasti faktor kejayaan PKS di Bangladesh. Antara faktor
tersebut adalah (i) ciri-ciri PKS itu sendiri, (ii) pengetahuan pengurusan, (iii) produk
dan perkhidmatan, (iv) tatacara dan kerjasama dalam menjalankan perniagaan, (v)
sumber dan kewangan dan (vi) persekitaran luaran perniagaan itu sendiri. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang menyebabkan
kejayaan PKS di Bangladesh iaitu produk dan perkhidmatan, tatacara dan kerjasama
dalam menjalankan perniagaan, pengetahuan pengurusan dan persekitaran luaran
perniagaan PKS itu sendiri.
Kajian tentang faktor kejayaan PKS juga telah dijalankan kepada PKS di
Jordan oleh Maher (2010). Dalam kajian ini pengkaji meletakkan lima faktor kejayaan
PKS sebagai pembolehubah iaitu (i) prosedur teknikal dan teknologi, (ii) struktur
kewangan syarikat (iii) struktur firma (iv) struktur kepada sumber manusia dan (v)
pemasaran dan produktiviti. Dapatan kajian merumuskan bahawa kesemua lima faktor
kejayaan ini adalah amat penting dalam pembangunan PKS di Jordan tetapi mengikut
keutamaan kepentingan iaitu (1) prosedur teknikal dan teknologi (2) struktur firma (3)
struktur kewangan syarikat (4) pemasaran dan produktiviti dan (5) struktur kepada
sumber manusia.
37
2.4.2 Faktor-faktor Kegagalan Usahawan PKS
Gibbs dan Davies (1990) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi firma kecil yang boleh diklasifikasikan kepada empat faktor utama iaitu (1)
ciri-ciri usahawan atau pengurus, (2) pembangunan organisasi, (3) kemahiran
pengurusan dan (4) persekitaran ekonomi makro dan mikro. Daripada empat faktor
utama ini faktor kemahiran pengurusan merupakan faktor utama kegagalan PKS.
Menurut Peacock (1985), di Amerika Syarikat kekurangan kemahiran
pengurusan dan perlaksanaan teknik pengurusan yang kurang baik mengakibatkan 92
peratus perniagaan kecil gagal. Di Kanada, 96 peratus kegagalan perniagaan kecil
adalah disebabkan oleh pengurusan dan begitu juga di Australia iaitu 76 peratus
kegagalan perniagaan kecil adalah disebabkan kekurangan kemahiran pengurusan
(Berryman, 1983).
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Reheel at al, (2011),
yang mengkaji kegagalan PKS di Pakistan mendapati bahawa faktor kegagalan utama
PKS di Pakistan adalah disebabkan oleh empat faktor iaitu (1) kelemahan pengurusan
kewangan dan akaun, (2) kelemahan pengurusan pemasaran, (3) pengeluaran dan
kelemahan pengurusan operasi dan (4) kelemahan pengurusan sumber manusia.
Menurut statistik dari Bun dan Bradstreet (2004), 88.7 peratus daripada semua
kegagalan perniagaan adalah disebabkan oleh kesilapan pengurusan. Beberapa
kesilapan pengurusan yang membawa kepada kegagalan perniagaan adalah, (1)
menjalankan perniagaan dengan fokus yang kurang jelas, (2) usahawan memandang
ringan tentang keperluan masa, (3) tekanan keluarga dari segi masa dan wang, (4)
kebanggaan, (5) kurang kesedaran pasaran, (6) usahawan terlalu fokus kepada sesuatu
38
produk atau perkhidmatan sahaja, (7) kurang tanggungjawab dan kesedaran dari segi
kewangan dan (8) usahawan kurang fokus kepada perniagaan yang dijalankan.
Sehubungan dengan ini, terdapat 12 faktor utama yang membawa kepada
kegagalan perniagaan seperti yang diringkaskan oleh Silas Titus (2004), yang
mengkaji antara perkaitan sebab mengapa perniagaan kecil mengalami kegagalan.
Titus (2004) mengenalpasti faktor kegagalan adalah (a) Kekurangan pengalaman, (b)
Pembiayaan yang tidak mencukupi, (c) Aliran tunai yang tidak mencukupi, (d)
Kelemahan dalam perancangan perniagaan, (e) Ketidakcekapan dalam pengurusan, (f)
Mengabaikan persaingan, (g) Matlamat tidak boleh dilaksanakan, (h) Pelanggan asas
(customer base) menjadi semakin kurang, (i) Pertumbuhan yang tidak terkawal, (j)
Lokasi tidak sesuai, (k) Sistem kawalan yang lemah, (l) Kekurangan kemahiran
keusahawanan.
2.4.3 Faktor-Faktor Utama Kejayaan Usahawan Mikro
Beberapa faktor kejayaan usahawan PKS telah dibincangkan secara
menyeluruh di awal bab ini dan huraian kini akan tertumpu kepada faktor-faktor
kejayaan utama kepada perniagaan mikro. Faktor-faktor ini adalah merupakan perkara
asas kepada kejayaan perniagaan mikro yang telah dipecahkan kepada lima faktor
utama berdasarkan kepada rujukan pengkaji-pengkaji terdahulu yang juga
memfokuskan kepada kejayaan perniagaan mikro di beberapa negara.
39
2.4.3(a) Akses Kepada Pembiayaan
Secara umumnya keperluan kepada sumber kewangan adalah menjadi faktor
penggalak yang amat penting kepada usahawan. Mereka perlu dan memerlukan
sokongan kewangan untuk perniagaan mereka. Menurut Gnyawali dan Fogel (1994),
dalam kebanyakan negara membangun dan negara-negara yang ekonominya pesat
membangun, akses kepada pembiayaan bagi perniagaan yang berstatus mikro amatlah
terhad. Mereka tidak mempunyai akses kepada institusi kewangan dan tidak boleh
mendapat bantuan kewangan jika mereka kekurangan pengalaman perniagaan terlebih
dahulu. Kekangan ini ditambah lagi dengan terdapat hanya beberapa syarikat modal
teroka dan bank perdagangan dan sumber pembiayaan alternatif hampir tidak wujud.
Menurut Aidis dan Adachi (2005), adalah mungkin untuk memulakan
perniagaan dengan modal yang sangat kecil dan bergantung semata-mata kepada
simpanan peribadi. Davis (2003), mendapati 90% daripada syarikat-syarikat baru tidak
disokong oleh modal teroka dan lebih 95% daripada pembiayaan firma kecil berasal
dari sumber-sumber lain daripada modal teroka terutamanya bank komersial.
Di Amerika Syarikat sebagai contohnya, ketersediaan sumber kewangan
merupakan penyumbang penting dalam kadar kelahiran organisasi baru (Pennings,
1982). Beberapa kajian menyatakan bahawa bank merupakan sumber utama kewangan
kepada usahawan (Van Auken et al, 1989, Berger dan Udell 1998, Suruhanjaya Eropah
2005). Berger dan Udell (1998), dalam kajian mereka ke atas beberapa perniagaan
kecil di Amerika Syarikat membuat kesimpulan bahawa perniagaan kecil bergantung
kepada bank-bank perdagangan dan syarikat kewangan untuk menyediakan modal. Ini
berlaku kerana sumber pembiayaan yang agak terhad kepada perniagaan kecil di
pasaran.
40
Perniagaan yang lebih besar boleh mengambil jalan keluar keperluan
pembiayaan melalui ekuiti awam di samping lebih mudah mengakses kredit daripada
pihak bank. Oleh yang demikian, perniagaan kecil hanya mempunyai pilihan melalui
sumber pembiayaan dalaman (simpanan peribadi atau keluarga) dengan kos bayaran
balik yang tinggi dan jangkamasa bayaran balik yang pendek.
Pergantungan perniagaan kecil kepada pembiayaan merupakan perkara biasa
dan senario yang sama ini juga berlaku kepada perniagaan kecil di Eropah dan
kebanyakan negara di dunia. Satu kajian oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun 2005
menunjukkan bahawa 79 peratus daripada perniagaan kecil Eropah mendapatkan
pembiayaan daripada bank. Ini membuktikan kepentingan bank sebagai pembekal
kewangan dan pada masa yang sama memberi isyarat bahawa pergantungan
perniagaan kecil kepada bank kewangan (Suruhanjaya Eropah, 2005).
Walaupun bank-bank memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
pembiayaan kepada perniagaan kecil, penemuan empirikal sebelumnya menunjukkan
bahawa kredit tidak mudah dicapai dan masalah itu adalah perkara biasa di seluruh
dunia. Satu kajian oleh Boocock dan Wahab (2001) mengenai perbandingan
perniagaan kecil di UK dan Malaysia menunjukkan bahawa perniagaan kecil
menghadapi masalah yang sama dalam mendapatkan dana dari bank walaupun
terdapat perbezaan dalam infrastruktur kewangan di kedua-dua buah negara. Mulhern
(1995) dan Sentilhes & Nilforoushan (2003) menunjukkan bahawa sebab utama
terhadnya akses kepada kredit adalah ketidakupayaan perniagaan untuk menyediakan
cagaran yang diperlukan. Kajian yang sama di Afrika mendapati bahawa asas
kewangan yang lemah daripada perniagaan kecil, ketidakmampuan mereka untuk
menyediakan cagaran yang dikehendaki oleh bank-bank dan kadar faedah yang tinggi
41
adalah sebab-sebab utama perniagaan lain tidak mendapat akses kepada pembiayaan
perniagaan yang besar (Beyene, 2002).
Menurut Jarris (2000), pinjaman bank memerlukan pemantauan yang teliti.
Perjanjian pinjaman digunakan untuk menyekat peminjam dari segi tingkah laku dan
sebagai alat kawalan tambahan sekiranya firma tersebut bertanggungjawab prestasi
yang kurang baik dalam perniagaannya. Secara umum, sumber kewangan berasal dari
empat sumber utama. Pertama, simpanan peribadi (termasuk sumbangan dari keluarga
dan rakan-rakan); kedua, pembiayaan hutang (termasuk sewa beli dan pajakan)
biasanya daripada bank perdagangan; ketiga pinjaman mudah disokong oleh kerajaan
dan akhir sekali, pembiayaan ekuiti melalui modal teroka dan pelaburan tidak rasmi.
Menurut kajian yang dibuat oleh Indarti & Langenberg (2004) yang
menjalankan kajian ke atas 100 PKS di Indonesia mendedahkan bahawa antara faktor
kejayaan kritikal PKS di Indonesia adalah pemasaran, teknologi dan akses kepada
modal. Menurut mereka, daripada tiga faktor ini, yang menjadi keutamaan dalam
menentukan kejayaan perniagaan kecil di Indonesia adalah akses kepada modal.
Banyak kajian sebelum ini berkaitan faktor-faktor kejayaan yang kritikal untuk
perniagaan kecil telah menyatakan bahawa akses kepada kewangan adalah antara
faktor yang perlu untuk berjaya dan pembangunan perniagaan kecil (James 1986,
Gaskill, Van Auken dan Manning 1993, Muda dan Welsh 1993, Yusuf 1995, Van
Auken et al. 1996, Sarder, Ghosh dan Rosa 1997, Monk 2000, Fogel 2001, Mambula
2002, Basel II 2003).
42
2.4.3(b) Sokongan Kerajaan
Sokongan kerajaan untuk keusahawanan adalah sangat penting bagi
menggalakkan pembangunan keusahawanan dan menjamin kejayaan perniagaan PKS
pada masa depan. Ia mampu menyumbang kepada keupayaan yang lebih besar dalam
kejayaan keusahawanan. Tumpuan program-program sokongan bagi PKS telah
banyak berubah sejak tahun 1960-an. Ini kerana PKS membentuk asas yang kukuh
dalam ekonomi sesebuah negara terutamanya bagi negara-negara maju.
Sokongan kerajaan telah terbukti penting untuk kejayaan usahawan
terutamanya firma kecil (Yusuf, 1995). Dalam kajian melibatkan 220 usahawan
perniagaan kecil di rantau Pasifik Selatan, beliau telah menyenaraikan sembilan faktor
yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan kecil, tetapi faktor paling kritikal
adalah pengurusan yang baik, akses kepada pembiayaan, kualiti peribadi dan sokongan
kerajaan. Kajian tersebut bagaimanapun mendapati bahawa bantuan kerajaan adalah
paling kritikal bagi kejayaan usahawan kecil Bumiputera berbanding bukan
Bumiputera.
Sarder, et al. (1997) telah menjalankan kajian ke atas 161 perusahaan kecil di
Bangladesh dan mendapati bahawa firma-firma yang menerima perkhidmatan
sokongan seperti pemasaran, pengurusan, pendidikan dan latihan, teknikal, lanjutan
dan perundingan, kemudahan maklumat dari agensi-agensi awam atau swasta
mengalami peningkatan yang ketara dalam jualan, pekerjaan dan produktiviti.
Pemberian bantuan dan penggalakan penubuhan, pembangunan dan
pertumbuhan PKS telah menjadi kebimbangan utama bagi kerajaan Malaysia
(Khairuddin, 2007). Pihak kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang besar
43
untuk mewujudkan lebih ramai usahawan (Dana, 2001). Kerajaan meletakkan
beberapa strategi dalam membangunkan PKS yang merangkumi bantuan kewangan
dan kredit, bantuan latihan dan teknikal, khidmat nasihat dan lanjutan, pemasaran dan
penyelidikan pasaran dan sokongan infrastruktur (Abdullah, 1999). Rancangan
Malaysia Ke Tujuh (1996 - 2000) mengenalpasti SMIDEC (Small Medium Industries
Development Coporation) sebagai agensi khusus kerajaan sebagai pusat sehenti bagi
bantuan kerajaan dalam program pembangunan PKS di Malaysia.
Menyedari kepentingan yang ketara perusahaan mikro dalam menyokong PKS
di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai skim untuk menyokong dan
mengembangkan sektor ini yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan
separa kerajaan (Shanmugam, 1988). Pada tahun 2008, kerajaan telah
memperuntukkan RM 15.6 billion bersamaan dengan 2 peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk menyokong Program GFA (Government
Financial Assistance) dan GBDS (Government Business Development Services)
(Laporan Tahunan PKS, 2008). Pada tahun 2009, sejumlah 162 program utama telah
dilaksanakan dengan komitmen kewangan sebanyak RM 3.05 billion yang memberi
manfaat kepada 603,173 PKS dalam semua sektor, manakala pada tahun 2010,
sebanyak 267 program telah dilaksanakan dengan komitmen kewangan sebanyak
RM 6.9 billion (Laporan Tahunan PKS, 2009).
Dalam program pembangunan perusahaan mikro dan PKS, kerajaan
memperuntukkan program yang komprehensif melalui 12 kementerian dan 38 agensi
iaitu dengan memberikan beberapa perkhidmatan seperti di bawah :-
44
Akses kepada infrastruktur Akses kepada kewangan Akses khidmat nasihat
Inkubator Tinjauan Sumber Pelan Perniagaan
Taman Halal Pelan Pemasaran
Taman Teknologi Pembiayaan / Pusat Rujukan
Perusahaan Mikro
Pembiayaan Perniagaan Usahawan Wanita
Alat Kewangan
Pameran Pembiayaan
Akses kepada pasaran Akses kepada teknologi Akses kepada modal insan
Pelan pemasaran Inovasi dan kreativiti Peningkatan kemahiran
Teknologi hijau
Penjenamaan dan Bioteknologi Keselamatan dan
Teknologi pertanian
pembungkusan halal Pensijilan kesihatan pekerjaan
Hak harta intelek
Rangkaian Antarabangsa
Promosi eksport Keusahawanan
Promosi pelaburan
Pertunjukan dan
pameran
Aktiviti pemasaran dan
promosi
Bantuan kerajaan dari sudut bantuan kewangan merupakan faktor yang amat
penting kepada PKS terutama sekali kepada usahawan yang menjalankan perusahaan
mikro. Terdapat bukti yang ketara sama ada di negara yang membangun atau negara
maju bahawa perusahaan mikro kurang terdedah kepada sumber rasmi kewangan
luaran yang menjadi kekangan dalam operasi dan pertumbuhan mereka (Berger dan
Udell, 1998; Beck dan Demirguc-Kunt, 2006). Bank-bank telah menjadi sangat
selektif dalam memberikan pemberian kredit kepada perusahaan kecil kerana dianggap
berisiko tinggi atas alasan perniagaan yang dijalankan masih kabur (Beck dan
Demirguc-Kunt, 2006). Kekaburan ini bermakna adalah sukar untuk menentukan sama
ada firma mempunyai keupayaan untuk membayar kerana perniagaan berdaya maju
dan kesanggupan untuk membayar (Torre et al, 2010).
Dalam aspek bantuan kewangan kerajaan dalam usaha untuk membantu
perusahaan mikro dan kecil di Malaysia, pihak kerajaan menyediakan bantuan secara
langsung mahupun tidak langsung melalui beberapa kementerian, institusi dan agensi-
45
agensi untuk memudahkan dan membantu PKS. Terdapat beberapa peringkat
pembiayaan yang diperlukan yang meliputi kitaran hayat usahawan itu sendiri iaitu
permulaan, perkembangan dan pemulihan (Abdullah dan Manan, 2009).
Sebelum Program Kredit Mikro dilaksanakan, penyediaan pembiayaan kecil
ditetapkan kebanyakannya untuk membiayai perusahaan mikro, sektor pertanian
dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan dan untuk meningkatkan pendapatan
Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah majlis amanah kepada
Bumiputera dan Credit Guanrantee Corporation (CGC) adalah beberapa perintis dalam
memperkenalkan kredit mikro kepada perusahaan mikro. Terdapat juga sebilangan
organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penyediaan kredit mikro (Kasim
dan Jayasooria, 1993). Ini termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan Usaha
Maju (YUM) dan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) di Sabah, Koperasi Kredit
Rakyat (KKR) di Selangor. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
adalah sebuah agensi kerajaan pembekal kredit mikro kepada usahawan. Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) merupakan sebuah institusi koperasi yang
menyediakan program mikro kredit Islam berdasarkan konsep Al-Rahnu di Malaysia.
Kementerian dan agensi yang terlibat dalam membantu PKS di Malaysia adalah seperti
di bawah :-
46
Kementerian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN
& HEP).
Agensi
Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank).
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
ERF Sdn Bhd
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA)
Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
Lembaga Koko Malaysia (LKM)
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Corporation (MATRADE)
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Teroka Malaysia Capital Berhad (MAVCAP)
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
Kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam membangunkan PKS menerusi
pelbagai program dan aktiviti. Dalam usaha ke arah mewujudkan dan membangunkan
usahawan yang dinamik dan berpengetahuan, kerajaan telah menganjurkan kursus dan
latihan kepada PKS terutamanya untuk usahawan yang berpotensi dan sedia ada.
Kursus dan latihan yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap
pengetahuan pekerja untuk memastikan PKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang
mahir dan berpengetahuan terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat
dalam kursus dan latihan ini kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA
(Abdullah, 1999).
Menurut Jasman dan Agnes (2012), kebanyakan agensi kerajaan di Malaysia
memain peranan dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk usahawan PKS, seperti
47
kursus dan latihan pembungkusan, kewangan, kepimpinan, pengurusan, dan
sebagainya. Walaupun mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan PKS tidak
mungkin berjaya sekiranya tidak mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam
menguruskan perusahaan. Dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi,
pekerja dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Kursus dan
latihan yang disediakan penting bagi membolehkan sesebuah organisasi berkembang
menjadi syarikat yang berjaya di peringkat domestik serta dapat melangkau ke
peringkat serantau dan global.
Untuk mengembangkan lagi perniagaan PKS, kerajaan turut menyediakan
infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertumbuhan PKS terutamanya kepada
PKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan ialah kilang dan
bengkel, penyediaan subsidi tanah, subsidi mesin, subsidi pengangkutan dan
sebagainya. Kemudahan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi keselesaan dan
memudahkan lagi proses perniagaan PKS yang dijalankan. Malah kemudahan tersebut
juga memberi perangsang kepada PKS dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti
dan memajukan organisasi. Sebagai contoh, melalui penyediaan tanah oleh kerajaan,
pengusaha PKS boleh memanfaatkan kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai
tapak perniagaan atau sebagai tempat untuk menghasilkan bahan mentah sendiri.
Dengan itu, pengusaha dapat mengurangkan kos di mana sekiranya PKS sudah
mempunyai tapak atau bahan mentah sendiri maka pengusaha tidak perlu lagi
mengeluarkan dana untuk membayar sewa dan kos untuk bahan mentah. Dari segi
penggunaan mesin pula, ia boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti
yang baik, di mana ia mempengaruhi bidang pemasaran untuk pembekalan yang
berterusan. Dari segi pengangkutan pula ia memudahkan untuk ke satu kawasan ke
48
kawasan yang lain, di mana ia amat membantu dalam penghantaran bekalan dan
memperolehi bekalan dengan cara yang lebih berkesan (Pelan Induk PKS 2012/2020).
Bantuan kerajaan juga berguna dalam membangunkan infrastruktur dan
perniagaan premis fizikal PKS. Dari segi meningkatkan infrastruktur sokongan bagi
PKS, kerajaan menyediakan premis perniagaan, kilang, gerai perniagaan dan pusat
inkubasi. Dua projek infrastruktur utama ialah pewujudan Taman Halal dan pusat
pembungkusan, pengedaran dan pemasaran produk pertanian (PUSPRO). Projek-
projek ini mewujudkan peluang kepada PKS untuk memasarkan produk mereka
dengan lebih baik dan untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka (Fariza, 2012).
2.4.3(c) Faktor Pemasaran
Pemasaran memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan hari ini dan ia
juga menjadi faktor yang amat penting kepada kejayaan mana-mana perniagaan.
Takrifan pemasaran secara ringkasnya boleh dihuraikan sebagai proses pengurusan
yang bertanggungjawab mengenalpasti, menjangkakan dan memenuhi keperluan
pengguna secara memuaskan dan menguntungkan (Chartered Institutes of Marketing,
2009). Pemasaran juga merupakan faktor penentu kejayaan dalam perniagaan dan
untuk memenuhi keperluan utama pemasaran yang berjaya serta terkandung dalam
pelbagai definisi.
Pemasaran bagi perniagaan yang berskala kecil dan mikro hanya dilihat kepada
aktiviti jualan, promosi dan pengiklanan tetapi secara realitinya ia meliputi satu aktiviti
besar dan luas yang secara tidak langsung dijalankan oleh perniagaan ini tetapi mereka
tidak menganggapnya sebagai aktiviti pemasaran (Chartered Institutes of Marketing,
2009). Mc Carthy (1964), mempermudahkan dengan membahagikan aktiviti
49
pemasaran ini kepada empat kumpulan dengan merujuk kepada kemampuan sesebuah
organisasi untuk menguruskan produk, harga, tempat dan promosi sesuatu produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Pecahan kumpulan aktiviti ini adalah seperti berikut:-
Campuran Pemasaran
Sasaran Pasaran
Produk Harga Promosi Tempat
Kepelbagaian Senarai harga Promosi Jualan Saluran
Kualiti Potongan Lokasi
Berjenama Elaun Pengiklanan Inventori
Pembungkusan Jangkamasa pengangkutan
Perkhidmatan Tenaga Jualan
Rekabentuk Pembayaran
Perhubungan
Terma Kredit Awam
Pemasaran
Langsung
Sumber: (Mc Carthy,1964)
Chartered Institutes of Marketing (2009), memperkembangkan campuran
pemasaran ini menjadi tujuh kumpulan iaitu produk, harga, promosi, tempat, orang
atau pelanggan, proses dan bukti fizikal.
Disebabkan faktor pemasaran merupakan satu bidang yang amat luas dalam
perniagaan, maka tumpuan huraian akan terarah kepada beberapa aspek iaitu kepuasan
pelanggan, lokasi perniagaan, saiz dan permintaan pasaran, kemahiran promosi jualan
yang ada pada sesebuah syarikat atau perniagaan. Sehubungan dengan ini, faktor-
faktor ini dilihat merupakan faktor penentu kepada kejayaan sesebuah perniagaan
sekiranya ia dilaksanakan dan dijalankan secara berterusan.
50
Falsafah sains pengurusan moden menganggap kepuasan pelanggan sebagai
satu standard bagi mengukur prestasi dan standard kecemerlangan mana-mana
organisasi perniagaan (Gerson, 1993). Untuk mengukuhkan orientasi pelanggan setiap
hari, semakin banyak syarikat memilih kepuasan pelanggan sebagai petunjuk prestasi
utama mereka iaitu pelanggan yang tinggi kepuasannya menjadi petunjuk kepada
keuntungan masa depan syarikat (Mihelis et al., 2001).
Persekitaran pengurusan pemasaran yang amat kompetitif hari ini lebih
dipengaruhi oleh jangkaan pelanggan dan memenuhi permintaan bagi kepuasan
pelanggan adalah sangat penting bagi sesebuah perniagaan (Emrah, 2010). Setiap
organisasi perniagaan mesti mengenalpasti kepuasan pelanggan kepada setiap
pasarannya. Oleh itu, kepuasan pelanggan tidak hanya ditakrifkan kepada satu
standard atau kualiti kepada sesuatu produk dan perkhidmatan. Ianya berkaitan dengan
hubungan antara pelanggan dan produk atau perkhidmatan (Emrah, 2010).
Kepuasan pelanggan juga dilihat berdasarkan sejauh mana pelanggan
merasakan bahawa seorang individu, firma atau organisasi perniagaan itu telah
menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkesan serta memenuhi keperluan
pelanggan. Kepuasan tidak wujud dalam individu atau produk tetapi merupakan
tindakbalas secara sosial iaitu hubungan antara pelanggan, produk dan pembekal
produk (Reed, et al., 1997). Mengukur kepuasan pelanggan adalah mengenai
keuntungan dan kelebihan berdaya saing. Oleh yang demikian, untuk mencapai
kejayaan jangka panjang dalam pasaran sesebuah perniagaan itu, perlu memantau
isyarat kepuasan pelanggan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarnya
(Emrah, 2010).
51
Sehubungan dengan ini, lokasi perniagaan juga dilihat menjadi faktor
pemasaran yang penting kepada kejayaan sesuatu perniagaan. Merujuk kepada
campuran pemasaran oleh Mc Carthy (1964), faktor lokasi perniagaan berada di bawah
kumpulan tempat atau “place”. Pemilihan lokasi merupakan satu keputusan
perniagaan yang perlu dibuat dengan begitu teliti kerana beberapa kajian terdahulu
menunjukkan bahawa lokasi perniagaan mempunyai hubungan dengan kejayaan
perniagaan (Alli et al., 1991). Pengukuran kejayaan perniagaan boleh berbeza-beza
tetapi faktor lokasi ini boleh mempengaruhi prestasi sesebuah perniagaan seperti
pertumbuhan jualan, syer pasaran dan juga keuntungan (Dawes, 1999).
Mengikut Chartered Institutes of Marketing (2009), selain daripada saluran
pengagihan, inventori dan pengangkutan atau logistik di bawah campuran pemasaran
iaitu tempat, lokasi perniagaan merupakan antara elemen penting kerana perniagaan
akan lebih berjaya sekiranya ia cepat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada
pelanggan. Kepadatan penduduk yang tinggi merupakan perkara yang perlu
diambilkira dalam pemilihan lokasi perniagaan dengan ditambah lagi kepada aliran
trafik, kepadatan populasi penduduk dan kualiti kehidupan penduduk sesuatu tempat
(Hanink, 1997).
Nelson (1958) mencadangkan bahawa nilai sesuatu lokasi perniagaan
bergantung kepada empat faktor iaitu:-
i. Mudah akses kepada komuniti penduduk.
ii. Mudah kepada pelanggan bergerak ke tempat perniagaan dan membuat
pembelian.
52
iii. Secara fizikal lokasi hendaklah mempunyai pelbagai kemudahan dan saiz
kejiranan yang besar.
iv. Mempunyai reputasi perniagaan yang baik.
Mercurio (1984), menekankan bahawa perkara utama yang perlu dilihat dalam
strategi pemilihan lokasi perniagaan ialah:-
i. Faktor dalaman (Perniagaan) : Jenis perniagaan, jenis pasaran, jangkaan
jualan, keperluan kepada liputan pasaran, polisi operasi, pendekatan
barangan, harga dan pengiklanan.
ii. Faktor luaran (Pasaran) : Persekitaran fizikal, asas ekonomi, asas populasi,
ciri-ciri demografik, potensi perbelanjaan pelanggan, persekitaran runcit
dan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Nurul (2004) berkaitan lokasi perniagaan
dan faktor kejayaan perniagaan internet di sekitar Indonesia mendapati bahawa
pemilihan lokasi dan kejayaan perniagaan mempunyai hubungan yang amat positif.
Hasil dapatan kajian ini boleh dirumuskan bahawa pemilihan lokasi sesuatu
perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan sesuatu
perniagaan terutama sekali perniagaan yang berasaskan perkhidmatan.
Salah satu tugas yang paling penting dalam menilai daya maju ekonomi dan
syarikat perniagaan bagi pasaran khusus ialah menentukan saiz pasaran. Jika pasaran
adalah terlalu kecil, tidak akan ada jualan yang cukup untuk menampung kos
permulaan, modal, dan operasi. Sebaliknya, jika potensi pasaran kelihatan agak besar
dan ia pula bukan pasaran khusus dan langsung, maka persaingan daripada syarikat-
53
syarikat lain yang menjalankan perniagaan yang sama akan muncul, melainkan daya
saing yang mana syarikat lain tidak boleh meniru produk dan perkhidmatan yang
dikeluarkan atau diberikan oleh syarikat ini. Untuk menentukan saiz pasaran sesuatu
produk dan perkhidmatan, maklumat mengenai corak penggunaan dan demografi
pengguna terbukti sangat berguna (Russell, 2008).
Menurut Gerald (1997), bagi menentukan perniagaan yang dijalankan berada
pada pasaran yang baik dan menguntungkan, kaedah yang digunakan adalah melalui
penyelidikan pemasaran dan salah satu sebab utama untuk menggunakan kaedah ini
adalah untuk mengenal pasti peluang pasaran. Apabila kajian ini selesai, pemasar perlu
mengukur dan meramalkan saiz, pertumbuhan, dan potensi keuntungan setiap peluang
pasaran. Ramalan jualan, yang berasaskan anggaran permintaan, yang digunakan oleh
kewangan untuk merancang wang tunai yang diperlukan untuk pelaburan dan operasi;
dengan pembuatan untuk mewujudkan kapasiti dan output; dengan membeli bekalan
untuk jumlah yang betul; dan dengan sumber manusia untuk mengambil bilangan
pekerja yang diperlukan.
Di sudut lain Robbert, (1997) berhujah bahawa menjadi perkara utama
sesebuah perniagaan memahami dan dapat mendefinisikan sesuatu pasaran mengikut
acuan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kerana ia adalah alat yang berguna
untuk perancangan pasaran. Jika syarikat tidak berpuas hati dengan jualan semasa, ia
boleh (1) cuba untuk menarik lebih banyak pembeli dari pasaran sasarannya; (2)
menurunkan kelayakan pembeli yang berpotensi; (3) mengembangkan pasaran sedia
ada dengan menambah pengedaran atau menurunkan harga; atau (4) cuba untuk
mengembangkan pasaran berpotensi dengan iklan kepada prospek sebelum ini tidak
disasarkan. Setelah peniaga atau pemasar telah mentakrifkan pasaran, langkah
54
seterusnya adalah membuat anggaran permintaan pasaran. Permintaan pasaran
merupakan jumlah keseluruhan yang akan dibeli oleh kumpulan sasaran di kawasan
geografi yang telah dikenalpasti dalam tempoh masa yang ditentukan.
Akhir sekali dalam huraian berkaitan dengan faktor pemasaran adalah promosi
jualan yang boleh dikategorikan kepada tiga aspek asas utama iaitu produk, harga dan
tempat. Promosi jualan telah berkembang dengan ketara dalam tahun-tahun
kebelakangan ini digunakan oleh sesebuah perniagaan bagi meletakkan sasaran dalam
mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan serta
meningkatkan jualan (Kenneth, E.Clow dan Donal, 2010).
Terdapat beberapa sebab bagi pertumbuhan dramatik ini dalam promosi jualan.
Pertama, pengguna telah menerima promosi jualan sebagai sebahagian daripada
kriteria keputusan membeli mereka. Ia menyediakan pemberat dengan membuat
keputusan dan insentif untuk membuat pilihan dengan meningkatkan nilai yang
ditawarkan oleh jenama tertentu. Kedua, kecenderungan perniagaan yang semakin
meningkat dengan memberi tumpuan kepada keputusan jangka pendek telah
membantu pertumbuhan dalam promosi jualan dan boleh memberikan rangsangan
segera dalam jualan (Adrian, 2004). Usahawan juga melihat promosi jualan sebagai
satu cara untuk membezakan jenama mereka daripada pesaing dalam jangka masa
pendek (George, 1998 dan Beri, 2006). Ketiga, kemunculan teknologi komputer telah
membolehkan pengeluar untuk mendapatkan maklum balas yang cepat kepada
keputusan promosi. Jualan penebusan kupon atau angka pada jumlah jualan boleh
diperolehi dalam masa beberapa hari. Akhir sekali, peningkatan dalam saiz dan kuasa
peruncit juga telah meningkatkan penggunaan promosi jualan.
55
Menurut Faitira, Edison dan Kudakwashe (2012) menggariskan beberapa
aspek promosi jualan yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi perniagaan
iaitu:- (a) Menggalakkan pembelian dalam unit saiz yang besar, (b) Menjana
percubaan belian di kalangan bukan pengguna, (c) Memujuk peruncit membawa
barang-barang baru, (d) Menggalakkan pembelian luar musim, (e) Membangunkan
kesetiaan jenama.
Promosi jualan telah dilihat memberi tumpuan kepada pengurusan
perhubungan pelanggan, hadiah percuma, sampel percuma, diskaun harga dan lain-
lain organisasi melaksanakan dengan berkesan teknik promosi jualan. Ia bukan sahaja
akan menggalakkan pembelian yang besar tetapi ia juga akan meningkatkan prestasi
jualan organisasi, biasanya membawa kepada pencapaian objektif yang dinyatakan
(Faitira, Edison dan Kudakwashe, 2012).
2.4.3(d) Tahap Pendidikan dan Latihan
Satu kajian berkaitan hubungan antara tahap pendidikan dengan kejayaan
usahawan yang dijalankan oleh Meng & Liang (1996) melibatkan usahawan di
Singapura mendapati bahawa usahawan yang berjaya mempunyai tahap pendidikan
yang lebih tinggi berbanding dengan usahawan yang tidak berjaya. Dapatan kajian ini
merumuskan bahawa 70% daripada usahawan yang berjaya adalah datangnya dari
pelajar universiti manakala selebihnya bukan pelajar universiti. Kesimpulan kajian ini
mengatakan bahawa, mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi adalah
lebih berjaya kerana pendidikan universiti menyediakan mereka dengan pengetahuan
dan kemahiran pengurusan moden, menjadikan mereka lebih peka dengan realiti dunia
perniagaan dan menggunakan keupayaan pembelajaran mereka untuk menguruskan
perniagaan.
56
Keupayaan untuk bersaing tertanam dalam tahap pendidikan individu itu yang
berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah, keyakinan diri dan
tingkah laku yang membolehkan seseorang usahawan itu mengenal pasti peluang
pasaran dan sumber yang diperlukan untuk mengumpul untuk menubuhkan perniagaan
baru (Rogerson, 2001; Martinez, Mora & Vila, 2007, dan Kunene, 2008).
Menurut Global Entrepreneurial Monitor Report (GEM) yang dikeluarkan
pada tahun 2005, di bawah sub-laporan berkaitan kapasiti keusahawanan menyatakan
bahawa kebanyakan pengkaji keusahawanan dalam pelbagai disiplin bersetuju bahawa
umur, jantina, status pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan akses kepada pembiayaan
merupakan faktor-faktor sosial ekonomi yang signifikan dalam keputusan seseorang
untuk memulakan perniagaan.
Latar belakang pendidikan individu mempengaruhi kedua-kedua peluang
dalam pasaran buruh dan potensi mereka untuk memulakan perniagaan. Hubungan
pendidikan dan aktiviti keusahawanan adalah kompleks dan berbeza antara negara-
negara. Laporan ini juga menjelaskan pencapaian dan aktiviti keusahawanan di
kalangan individu dalam kedua-dua kelompok negara. Individu dengan pendidikan
tinggi atau sebagai siswazah lebih terlibat di peringkat awal aktiviti keusahawanan. Ini
berlaku di negara-negara yang berpendapatan sederhana. Manakala bagi negara-
negara berpendapatan tinggi, kategori pencapaian pendidikan dengan keusahawanan
dikaitkan dengan individu yang berpendidikan sederhana (Global Entrepreneurial
Monitor Report, 2005).
Latihan keusahawanan juga merupakan faktor penting dalam kejayaan
sesebuah perniagaan yang dijalankan. Ia meliputi pelbagai kaedah dalam beberapa
57
tahap pendidikan yang merangkumi pendidikan daripada asas hingga ke peringkat
universiti. Kepentingan pendidikan keusahawanan dan latihan ditekankan dalam
laporan Global Education Initiative (GEI) semasa forum ekonomi dunia pada tahun
2009 (p.7-8). Antara petikannya adalah seperti berikut:-
“…manakala pendidikan adalah salah satu asas yang paling penting untuk
pembangunan ekonomi, keusahawanan adalah pemacu utama inovasi dan
pertumbuhan ekonomi. Pendidikan keusahawanan memainkan peranan penting dalam
membentuk sikap, kemahiran dan budaya dari peringkat rendah sehingga ... Kami
percaya kemahiran keusahawanan, sikap dan tingkah laku yang boleh dipelajari, dan
pendedahan kepada pendidikan keusahawanan di seluruh laluan pembelajaran
sepanjang hayat seseorang individu, bermula dari pemuda dan berterusan melalui
alam dewasa yang lebih tinggi dalam pendidikan serta menjangkau kepada mereka
dari segi ekonomi atau sosial.”
Sebagai rumusan kepada petikan ini latihan keusahawanan merupakan perkara
penting dalam membentuk sikap, kemahiran dan budaya dari peringkat sekolah rendah
sehingga ke peringkat yang paling tinggi. Merujuk kepada laporan Global Perspective
on Entrepreneurship Education and Training (2010) yang mengaitkan pendidikan
latihan keusahawanan dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara antaranya
ialah:-
Sebagai sebuah negara yang ekonominya sedang membangun, dan tenaga
buruh yang murah serta keadaan sumber yang semakin kurang berdaya maju,
kerajaan akan mula memberi perhatian lebih kepada keusahawanan. Bagi negara-
negara yang paling maju, tidak lagi dapat bergantung kepada kos buruh yang rendah,
58
sebaliknya perlu bersaing dengan cara yang lebih kreatif. Bagi sebuah kerajaan di
negara-negara itu, faktor-faktor asas yang berkualiti tinggi dan peningkatan
kecekapan biasanya hadir pada tahap yang mencukupi. Kualiti dan kuantiti
keusahawanan dan inovasi kemudian menjadi sumber kepada kelebihan daya saing
negara. Salah satu syarat utama rangka kerja keusahawanan yang diiktiraf oleh
(Global Entrepreneurship Monitor) GEM adalah sifat dan tahap pendidikan
keusahawanan dan latihan. Menurut model GEM ini, relatif pendidikan dan latihan
keusahawanan bertambah penting apabila ekonominya berkembang (Global
Perspective on Entrepreneurship Education and Training, 2010 ;P-12).
2.4.3(e) Jaringan Perniagaan
Jaringan perniagaan (Larson, 1992; Baker, 1994; Holmlund & Tornroos, 1997)
atau dikenali juga sebagai jaringan formal (Dollinger, 1995) atau 'extended network'
(Aldrich, et al., 1989) merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang
berkaitan dengan perniagaan. Ia lebih merupakan hubungan usahawan dengan pihak-
pihak di luar organisasi perniagaan. Pihak yang terlibat dengan usahawan dalam
jaringan ini ialah pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan
perniagaan, badan-badan profesional dan seumpamanya.
Holmlund dan Tornroos (1997) mentakrifkan hubungan perniagaan (dalam
konteks jaringan perniagaan usahawan) sebagai suatu proses saling bergantungan yang
mana interaksi dan pertukaran yang berterusan berlaku antara sekurang-kurangnya dua
orang individu. Sebahagian besar kajian jaringan perniagaan dijalankan di antara dua
individu (dyadics relationship) (Larson, 1992). Sebenarnya hubungan dalam jaringan
perniagaan boleh terjalin lebih daripada dua individu (triads relationship). Hubungan-
59
hubungan ini akan mewujudkan rantaian jaringan hubungan antara usahawan dengan
pihak luaran (Larson, 1992).
Jaringan perniagaan juga memainkan peranan yang penting dalam membuat
keputusan perniagaan contohnya dalam pelaburan dan menjalinkan usaha sama antara
dua entiti perniagaan yang melibatkan modal. Hubungan perniagaan ini mungkin
diilhamkan oleh sesebuah organisasi sebagai kelayakan. Ada sesetengah organisasi
perniagaan menjadikan hubungan ini sebagai satu laluan utama kepada sumber.
Jalinan hubungan ini juga adalah sebagai perancangan jangka panjang organisasi
dalam mengekalkan kejayaan dan adalah amat penting bagi sesebuah firma perniagaan
memahami peranan jaringan perniagaan dalam mempengaruhi prestasi perniagaan
terutama dalam perniagaan kecil dan sederhana.
Hubungan jaringan dalam perniagaan yang merupakan ciri penting bagi
membolehkan seseorang usahawan itu mampu bersaing dan bertahan lama dalam
bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan tersebut mampunyai
hubungan yang baik dengan pesaing, pembekal dan pelanggan. Ianya bertujuan
memberi kelebihan kepada usahawan untuk mengenalpasti peluang dan ancaman
terhadap perniagaannya (Rosdi, 2002).
Menurut Datuk Wira SM Faisal, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA dalam
artikel khas Utusan Malaysia 23 Mac 2014, jaringan perniagaan adalah antara ciri
terpenting dalam menjalankan perniagaan. Jalinan perhubungan baik dengan kerajaan
atau agensi kerajaan memudahkan urusan, rundingan dan boleh membantu dalam
proses kelulusan yang diperlukan. Hubungan jaringan di kalangan usahawan pula
60
dapat membantu meluaskan perniagaan dengan membuka peluang baru dan
membolehkan pertukaran idea, tunjuk ajar serta mentoring.
Rangkaian perniagaan sosial melibatkan, membentuk dan mengekalkan
hubungan dengan perniagaan lain (Farinda et al, 2009). Dengan perhatian kursus pada
persekitaran perniagaan di Malaysia, Farinda menyatakan bahawa hanya sedikit
penyelidikan yang telah memberikan tumpuan kepada bagaimana rangkaian
perniagaan bernilai dalam meningkatkan prestasi perniagaan PKS di Malaysia. Abdul
Ghani et al, (2009) menyatakan bahawa rangkaian perniagaan adalah menambah nilai
kepada persekitaran perniagaan. Pernyataan ini disokong oleh Saleh Ndubisi (2006),
yang mencadangkan bahawa PKS di Malaysia perlu membangunkan perniagaan
rangkaian dan pakatan strategik sebagai peluang kepada PKS untuk mendapatkan
kelebihan daya saing dalam pembangunan perniagaan yang berjaya.
Mengikut Oliver (1990), dalam membina rangkaian perniagaan terdapat enam
penentu am atau motif yang merangkumi (a) keperluan (Necessity), (b) asimetri
(Asymmetry), (c) kesalingan (Reciprocity), (d) kecekapan (Efficiency), (e) kestabilan
(Stability) dan (e) kesahtarafan (Legitimacy).
a. Necessity (Keperluan)
Organisasi perniagaan yang diperintah atau terikat melalui undang-undang atau
peraturan oleh pihak berkuasa akan mewujudkan hubungan dengan menjadi ahli
sesuatu badan atau persatuan yang mengamal profesion ini. Keahlian kepada
badan ini secara tidak langsung akan memudahkan aliran secara lebih terbuka
dengan berkongsi maklumat sulit antara rakan-rakan keahlian serta dapat
mengurangkan konflik.
61
b. Asymmetry (Asimetri)
Berada dalam rangkaian, kadang-kadang firma tidak bebas untuk bertindak
mengikut kehendak mereka sendiri. Mereka perlu berunding dan bergantung
kepada firma lain yang berada dalam rangkaian yang sama seperti mendapat
kelulusan untuk lesen, permit perniagaan atau pinjaman dan keperluan lain yang
berkaitan. Motif asimetri bermakna membangunkan rangkaian perniagaan atas
dasar bahawa terdapat kebarangkalian satu pihak menjalankan kuasa atau
kawalan di atas pihak yang lain dengan menggunakan sumbernya.
c. Reciprocity (Kesalingan)
Kelebihan daya saing firma terletak pada kolabratif rangkaian perniagaan.
Perniagaan boleh mencapai matlamat atau kepentingan bersama dan memberi
manfaat bersama melalui kerjasama, kolaborasi dan penyelarasan dengan
perniagaan lain. Sehubungan dengan ini, usaha sama perniagaan dalam
lingkungan kuasa yang sama, berkongsi pengetahuan teknologi dalam industri
akan menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran. Membina rangkaian
perniagaan untuk motif ini boleh meningkatkan pertumbuhan sumber sedia ada
dan mudah mendapatkan sumber luar.
d. Efficiency (Kecekapan)
Motif ini adalah berorientasikan dalaman. Rangkaian perniagaan terbentuk
kerana keperluan perniagaan untuk meningkatkan input dan output dalaman.
Melalui rangkaian perniagaan, firma boleh mencapai kecekapan dengan
menjangkakan peningkatan dalam pulangan atas aset atau pengurangan kos unit
dan mengurangkan pembaziran hasil dalam skala ekonomi. Seterusnya
62
membentuk rangkaian perniagaan juga boleh mengurangkan pengambilan risiko
perniagaan, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan fleksibiliti dan
meningkatkan pengetahuan firma.
e. Stability (Kestabilan)
Membentuk rangkaian perniagaan memastikan bahawa firma-firma boleh
mencegah, meramal atau menyerap ketidakpastian yang memberi kesan kepada
aktiviti-aktiviti mereka. Strategi untuk mengakses pasaran baru boleh sama-
sama dicapai dengan terbentuknya jaringan perniagaan. Dalam mencapai
kestabilan dalam perniagaan, firma-firma ini boleh bekerjasama untuk aktiviti-
aktiviti seperti penyelidikan, penajaan, penjenamaan dan pengeluaran. Melalui
rangkaian yang dibentuk ini firma boleh mendapatkan kelebihan daya saing
melalui akses kepada sumber dan keupayaan yang dikehendaki. Oleh itu, firma
dalam cara yang berbeza boleh meningkatkan kestabilan mereka melalui
berkongsi risiko secara bersama dalam mendapatkan kuasa pasaran.
f. Legitimacy (Kesahtarafan).
Motif akhir dalam membina rangkaian perniagaan adalah melalui kesahtarafan
yang boleh dicapai dengan meningkatkan reputasi perniagaan, imej firma dan
prestij. Sebagai contohnya, jika firma mampu untuk menjalinkan perkongsian
dengan perniagaan lain yang merupakan ahli pertubuhan berprestij, ini akan
meningkatkan imej dan reputasi perniagaan. Hubungan dipupuk dengan firma-
firma yang unik, terkenal dan berprestij menyebabkan kelebihan pada rakan
kongsi yang lebih kecil untuk mendapatkan kelebihan daya saing dalam
perniagaan.
63
2.4.4 Kajian-Kajian Lepas
Hasnah, Norhafizah dan Sanep (2010) telah mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan melayu yang sering dikatakan
ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan melayu dan faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan mereka. Kajian ini hanya tertumpu kepada 55 orang peniaga
kecil runcit dan pasar mini yang berbangsa melayu di sekitar daerah Hulu Langat,
Selangor. Antara masalah yang dikaji adalah masalah peniaga berkaitan dengan
kenaikan harga barang runcit, masalah kewangan, pembekal, pesaing, pembeli dan
juga masalah dari segi lokasi perniagaan.
Sehubungan dengan ini, model logistik digunakan untuk mengkaji faktor-
faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan. Hasil kajian mendapati faktor
kejayaan usahawan iaitu keyakinan kepada diri sendiri merupakan faktor yang
signifikan dalam mempengaruhi kejayaan mereka. Sementara faktor-faktor lain seperti
sanggup berhadapan risiko, sanggup berdikari, membuat pengkhususan kerja, minat
dalam perniagaan, tidak takut menghadapi kekuatan pesaing, kemahiran yang tinggi
dalam perniagaan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan penggunaan masa
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi kejayaan ini.
Sri Wahyuningsih (2007) telah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (PKS). Data diperolehi dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada usahawan
PKS di sekitar Melaka. Penulis juga turut mengadakan temubual dengan beberapa
orang responden. Untuk tujuan analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan
usahawan PKS, penulis telah menggunakan Model Logistik. Tujuan penggunaan
64
model ini adalah untuk menguji pengaruh faktor-faktor yang telah dipilih dalam
menentukan kejayaan usahawan. Dalam kajiannya penulis telah melibatkan seramai
88 orang responden.
Hasil kajian penulis mendapati terdapat lapan faktor yang mempengaruhi
kejayaan usahawan tersebut. Faktor-faktor tersebut adalah seperti sifat-sifat usahawan,
pengaruh hubungan dengan pihak luar, pengaruh lokasi, pengaruh produk, pengaruh
pengalaman, pengaruh modal dan pengaruh globalisasi. Hasil analisis, penulis
mendapati antara kelapan-lapan faktor yang dikemukakan, didapati hanya faktor
modal yang memberikan pengaruhi positif yang signifikasi. Dengan itu penulis
berpendapat faktor modal menjadi faktor yang terpenting bagi seseorang usahawan itu
untuk mencapai kejayaan. Namun begitu, saiz modal tidak seharusnya dijadikan
ukuran dalam menentukan kejayaan usahawan. Ini kerana terdapat faktor lain yang
perlu dititikberatkan lagi. Terdapat juga usahawan yang bermula dengan modal yang
rendah mampu bertahan lebih lama berbanding usahawan yang bermula dengan modal
yang lebih tinggi. Pengurusan dalam perniagaan seharusnya berjalan secara konsisten
dan berterusan.
Mohd Hassan (2007) menjalankan kajian mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan usahawan kredit mikro di Negeri Johor. Dalam kajiannya,
penulis menggunakan faktor kejayaan kritikal (Critical Success Factor-CSF) sebagai
elemen terpenting bagi mencapai kelebihan bersaing bagi firma-firma di dalam
industri sedia ada. CSF menunjukkan prestasi sama ada suatu perusahaan telah berjaya
dan tidak berjaya mencapai sasaran misi dan visi yang telah dibentuk sebelum
organisasi tersebut ditubuhkan. Menurut penulis, organisasi yang berjaya
mengenalpasti dan menggunakan CSF akan membentuk keunikan bagi membolehkan
65
mereka mencapai kelebihan bersaing. Penulis memberi tumpuan terhadap faktor-
faktor kejayaan kritikal perusahaan kecil yang mana mereka ini mendapat skim
pinjaman kredit mikro di Negeri Johor.
Untuk tujuan itu seramai 233 usahawan kecil di bawah skim kredit mikro
TEKUN telah dipilih sebagai responden. Kajian ini bertujuan mengenalpasti dua
elemen iaitu faktor kejayaan kritikal (CSF) dan faktor kejayaan utama (KSF) yang ada
pada seseorang usahawan kecil dalam perusahaan mereka. Faktor utama yang
membawa kepada kejayaan usahawan kecil juga dikenalpasti dan cadangan untuk
mempertingkatkannya juga dikemukakan oleh penulis. Kaedah pengumpulan data
yang dijalankan oleh penulis ialah melalui temubual dengan pegawai Yayasan Tekun
Nasional (YTN) yang terlibat serta kaedah penghantaran borang soal selidik kepada
responden yang telah berjaya memperolehi pinjaman kredit mikro TEKUN bagi
pinjaman kali kedua. Responden dipilih di sekitar Mersing, Kota Tinggi, Pontian,
Tebrau, Johor Bahru dan juga Gelang Patah. Hasil kajian penulis mendapati tiga faktor
kejayaan kritikal yang utama bagi usahawan TEKUN ialah kemahiran dalam
pengurusan, pengkhususan di dalam membuat kerja dan juga sikap tidak mudah
berputus asa dalam menghadapi cabaran perniagaan.
Syed Shah Alam, Mohd Fauzi dan Nor Asiah (2010) telah mengkaji faktor
kejayaan usahawan wanita di wilayah Selatan (Melaka dan Johor) di Malaysia. Dalam
kajian ini, penyelidikan memberi tumpuan kepada usahawan wanita yang menjalankan
perniagaan berskala kecil di mana 199 orang responden telah menjawab daripada 500
borang soal selidik yang telah dihantar. Kajian penyelidikan telah mengenalpasti
beberapa faktor kejayaan yang dijadikan hipotesis kepada faktor kejayaan ini iaitu
66
sokongan dari keluarga, hubungan sosial yang kukuh, motivasi dalaman yang
mendorong dalam perniagaan dan teknologi maklumat dan komunikasi.
Hasil kajian mendapati sokongan dari keluarga, hubungan sosial yang kukuh,
motivasi dalaman yang mendorong dalam perniagaan mempunyai hubungan yang
signifikan kepada faktor kejayaan usahawan wanita ini manakala faktor teknologi
maklumat dan komunikasi tidak banyak mempengaruhi dalam kejayaan usahawan
wanita ini. Hasil kajian ini juga memberi maklumat bahawa pada masa lalu, wanita
jarang menceburi bidang perniagaan bukan kerana kekurangan minat tetapi kerana
kekurangan peluang. Hasil pengumpulan data mendapati, sebilangan besar responden
memilih untuk bekerja sendiri kerana mereka merasakan bahawa mereka tidak diberi
peluang yang cukup di tempat kerja mereka.
2.5 Lompong Kajian
Secara umumnya, terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah dijalankan
bagi mengenalpasti faktor kejayaan mahupun faktor kegagalan usahawan PKS di
Malaysia. Namun begitu, kajian-kajian tersebut lebih memberikan fokus kepada
perniagaan mikro dan kecil yang bukan berasaskan konsep inkubator. Hasnah,
Norhafizah dan Sanep (2010) umpamanya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan perniagaan peruncitan Melayu di sekitar Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian
ini mendapati bahawa faktor keyakinan diri adalah sangat signifikan dan
mempengaruhi kejayaan usahawan peruncitan tersebut. Kajian yang dijalankan oleh
Sri Wahyuningsih (2007), pula mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi
kejayaan usahawan PKS di sekitar Melaka ialah faktor modal. Manakala faktor-faktor
lain seperti sifat usahawan, pengaruh hubungan dengan pihak luar, pengaruh lokasi,
pengaruh produk, pengaruh pengalaman dan pengaruh globalisasi tidak langsung
67
mempengaruhi kejayaan usahawan PKS di negeri tersebut. Begitu juga kajian yang
dibuat oleh Mohd Hassan (2007) yang memberi tumpuan kepada faktor yang
mempengaruhi kejayaan usahawan mikro di Negeri Johor, mendapati bahawa faktor-
faktor seperti kemahiran dalam pengurusan, pengkhususan dalam membuat kerja dan
sikap yang tidak mudah putus asa merupakan faktor yang signifikan dalam
menentukan kejayaan usahawan di negeri tersebut.
Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa kajian-kajian tersebut lebih
memfokuskan kepada faktor dalaman usahawan PKS itu sendiri seperti sikap,
kemahiran, minat dan pengetahuan pengusaha atau pemilik syarikat perniagaan.
Kajian yang berkaitan faktor luaran seperti peranan pihak kerajaan dan agensi,
sokongan pembiayaan, bantuan dan sokongan promosi dalam menentukan kejayaan
usahawan PKS dalam konteks Malaysia masih belum dilakukan.
Juga, tidak terdapat kajian yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran
secara serentak dalam menentukan kejayaan perniagaan PKS. Walaupun terdapat
beberapa kajian tentang usahawan incubator khususnya di Malaysia, tetapi skop
mereka terbatas kepada:
(1) Sofian (2006), menjalankan kajian tentang pengalaman program inkubator
sebagai pemangkin kepada pembangunan inkubator berteknologi tinggi di
Malaysia.
(2) Stephen dan Sahar (2011) yang menilai pengaruh program inkubator pada
persekitaran keusahawanan yang berteraskan inovasi di Malaysia.
68
(3) Fararishah, David dan Afreen (2012) yang menjalankan kajian untuk
mengenalpasti komponan asas di dalam proses perniagaan inkubator ICT di
Malaysia.
Berdasarkan kepada tiga contoh kajian di atas, secara ringkasnya kajian-kajian
yang memfokuskan berkenaan program inkubator di Malaysia dijalankan secara
umum. Sebagai contohnya, fokus kajian adalah kepada inkubator sebagai pemangkin
kepada pembangunan inkubator yang berteknologi tinggi, pengaruh inkubator kepada
persekitaran keusahawanan dan mengenalpasti komponen asas dalam perniagaan
inkubator ICT. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa, sehingga kajian ini dijalankan,
masih belum terdapat satu kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor
kejayaan usahawan di bawah program inkubator dengan menggunakan peruntukan
kerajaan.
Merujuk kepada perbincangan di atas terdapat beberapa lompong kajian yang
telah dikenalpasti. Pertama, kajian terdahulu berkenaan faktor kejayaan usahawan
PKS hanya menumpukan kepada faktor dalaman usahawan itu sendiri seperti faktor
motivasi, sikap, kemahiran dan pengetahuan pengusaha tanpa melihat kepada faktor
luaran seperti bantuan kerajaan dan agensi, sokongan pembiayaan dan promosi.
Kedua, kajian terdahulu berkenaan usahawan inkubator di Malaysia lebih
menumpukan kepada penggunaan teknologi, pengaruh persekitaran usahawan dan
peranan inkubator ICT. Namun, tidak terdapat kajian yang dijalankan untuk
mengenalpasti faktor-faktor kejayaan usahawan di bawah program inkubator dengan
menggunakan peruntukkan kerajaan. Maka, kajian ini akan menggabungkan kedua-
kedua elemen ini dengan melihat peranan kerajaan dalam membangunkan usahawan
inkubator.
69
Oleh itu kajian ini memberikan fokus kepada usahawan inkubator dengan
mengambilkira pengaruh faktor dalaman iaitu jaringan dan latihan serta faktor luaran
iaitu pemasaran, akses kepada sumber pembiayaan dan sokongan kerajaan dalam
mempengaruhi kejayaan usahawan PKS khususnya usahawan inkubator.
2.6 Kesimpulan
Ulasan di atas menunjukkan PKS telah berkembang dengan hebatnya di
kebanyakan negara maju dan membangun termasuklah Malaysia. Kalau dilihat dalam
konteks Malaysia sahaja, PKS menyumbang sebanyak 32% daripada Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK), 59% daripada guna tenaga dan 19% daripada eksport.
Berdasarkan kepada statistik terkini yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia, PKS
merangkumi 99.2% daripada jumlah pertubuhan perniagaan di Malaysia atau
bersamaan dengan 548,267 perusahaan (Pelan Induk PKS 2012-2020).
Namun dalam melihat kepada perkembangan PKS yang semakin pesat di
Malaysia, ada beberapa cabaran yang perlu diambilkira untuk memastikan
perjalanannya berada pada landasan yang sepatutnya sehingga menjelang tahun 2020.
Penekanan untuk mengatasi cabaran haruslah diberi keutamaan supaya syarikat-
syarikat PKS di Malaysia ini boleh bersaing dengan syarikat-syarikat PKS di negara
membangun yang lain. Antara cabarannya ialah cabaran inovasi dan teknologi yang
kurang diberi fokus oleh PKS di Malaysia yang menganggap bahawa cabaran ini
adalah kurang penting dan boleh menyumbang kepada peningkatan kos operasi kepada
syarikat. Negara maju amat menekankan kepada aspek inovasi dan teknologi. Aspek
ini adalah merupakan fokus dan agenda utama kepada penghasilan produk termasuklah
kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.
70
Cabaran-cabaran kepada PKS seperti pembangunan modal insan, akses kepada
pembiayaan dan pasaran, persekitaran perundangan dan kawal selia, dan infrastruktur
haruslah dilihat kembali dalam memastikan PKS di Malaysia bergerak dengan lebih
cepat dan keluar ke pasaran antarabangsa untuk bersaing dengan syarikat PKS di
negara-negara membangun yang lain. Selain melihat aspek cabaran PKS di Malaysia,
pihak kerajaan juga perlu melihat kepada faktor dalaman PKS yang menyumbang
kepada perjalanan PKS itu sendiri dalam memastikan setiap syarikat PKS yang
ditubuhkan boleh berada lama atau kekal di pasaran. Faktor kejayaan dan kegagalan
PKS ini juga sebenarnya menjadi agenda utama yang perlu diberikan penekanan oleh
pihak kerajaan. Selain cabaran bersifat luaran, faktor dalaman seperti kejayaan dan
kegagalan syarikat PKS ini seharusnya menjadi cabaran kepada pihak kerajaan. Kalau
dilihat sepintas lalu kejayaan dan kegagalan syarikat PKS ini akan mengakibatkan
penurunan dan peningkatan peratusan kepada bilangan syarikat PKS di Malaysia dan
memberi impak yang besar kepada ekonomi.
Bab ini juga melihat kepada faktor kejayaan utama PKS di Malaysia yang
memfokuskan kepada kejayaan utama perniagaan mikro yang secara langsung
menyumbang kepada peratusan syarikat PKS di Malaysia. Tujuan utama penelitian
kepada faktor kejayaan utama ini adalah untuk melihat sama ada faktor-faktor ini
mempengaruhi kejayaan utama syarikat PKS di Malaysia. Hasil kajian ini akan
menjadi satu formula kepada pihak kerajaan dalam memastikan bahawa semua
syarikat PKS ini boleh kekal bertahan dalam pasaran dan seterusnya kekal
menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Bab seterusnya akan membincangkan secara terperinci berkaitan dengan latar
belakang PKS di Malaysia dan sejauh mana program pembangunan inkubator
71
perniagaan dijadikan sebagai alat untuk pembangunan PKS. Bab tiga juga akan
membawa contoh beberapa negara yang menjadikan program inkubator perniagaan
sebagai alat pembangunan PKS dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.
72
BAB 3
PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DAN PROGRAM
INKUBATOR DI MALAYSIA
3.1 Pengenalan
Bab ini menghuraikan latar belakang PKS di Malaysia dan pengenalan kepada
konsep dan sejarah program inkubator. Fokus huraian juga menyentuh tentang
sumbangan PKS di Malaysia dalam konteks perbandingan bancian ekonomi tahun
2005 dengan tahun 2011. Bancian ini menghuraikan juga tentang sumbangan PKS
mengikut sektor dan sub-sektor termasuklah peratusan pecahan daripada jumlah PKS
dan pertubuhan.
Sehubungan dengan ini juga, penekanan huraian berkisar tentang takrifan
program inkubator serta sejarah program ini di seluruh dunia. Pendedahan program-
program inkubator di negara-negara terpilih seperti Brazil, China, India, Turki, Jepun
dan Amerika Syarikat dihuraikan sebagai pengalaman kepada program inkubator di
Malaysia. Pendedahan ini memberikan input yang baru kepada program inkubator di
Malaysia tentang bagaimana negera-negara ini menggunakan program inkubator
sebagai salah satu program di dalam pembangunan PKS. Bab ini adalah sebagai
tambahan pemahaman kepada bab satu dan dua berkaitan kajian yang dijalankan iaitu
pembangunan PKS melalui program inkubator yang dilaksanakan oleh pihak
GIATMARA sebagai agensi perlaksana.
73
3.2 PKS di Malaysia
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia termasuk perusahaan mikro
merupakan perusahaan yang bersifat intrinsik kepada proses transformasi ekonomi
Malaysia. Di Malaysia khususnya, PKS memainkan peranan penting dalam
mendorong pertumbuhan, guna tenaga dan pendapatan. Prestasi PKS Malaysia kekal
menggalakkan meskipun negara berdepan dengan persekitaran perniagaan yang
semakin mencabar. Pada tahun 2013, pertumbuhan KDNK PKS mewakili
pertumbuhan KDNK keseluruhan negara sebanyak 4.7%. Pertumbuhan ini
dicerminkan dalam sektor ekonomi utama, disokong terutamanya oleh permintaan
dalam negeri yang kukuh dan dipacu oleh aktiviti penggunaan dan pelaburan (Laporan
Tahunan PKS 2013/2014).
Merujuk kepada laporan banci pertubuhan dan enterprise tahun 2005 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, majoriti PKS mengikut saiz di
Malaysia adalah perusahaan mikro iaitu 79% yang memiliki pekerja kurang daripada
5 orang. Perusahaan ini adalah dominan terutamanya dalam subsektor perkhidmatan
perdagangan. Perusahaan kecil menyumbang sebanyak 18% dan masing-masing
daripada perusahaan sederhana dan besar iaitu sebanyak 2% dan 1%.
Dalam Laporan Pelan Induk PKS 2012 - 2020 yang dikeluarkan oleh SME
Corporation Malaysia pada tahun 2012, terdapat lima faktor yang menyokong betapa
kritikalnya PKS dalam hala tuju pembangunan Malaysia.
i. Pertama, ekoran persekitaran luar yang kurang diharapkan (tidak menentu),
PKS bakal menjadi daya pemacu untuk menjana sumber pertumbuhan
endogen. PKS yang kukuh dan bersemangat mampu meraih manfaat daripada
74
pertumbuhan permintaan domestik dan turut menyumbang kepada
pertumbuhan tersebut. Permintaan bagi produk dan perkhidmatan PKS turut
disokong oleh peningkatan keseluruhan kemewahan pengguna di peringkat
serantau;
ii. Kedua, memandangkan PKS mencakupi 99% daripada semua perniagaan di
negara ini, ia merupakan asas kepada dinamisma sektor swasta berikutan
tumpuan kini beralih kepada pertumbuhan yang diterajui sektor swasta;
iii. Ketiga, PKS turut merupakan sumber inovasi yang penting untuk menembusi
sempadan teknologi serta pertumbuhan industri dan perkhidmatan baru;
iv. Keempat, adalah penting untuk membangunkan PKS yang mantap dan berdaya
saing yang mempunyai daya tahan yang teguh dalam menghadapi cabaran yang
muncul daripada liberalisasi pasaran. Paling ketara liberalisasi sektor
perkhidmatan yang banyak diceburi oleh PKS akan memerlukan pembinaan
kapasiti domestik bagi mengelakkan kegagalan syarikat sedia ada ekoran
tekanan daripada persaingan dan memudahkan peralihan ke arah ekonomi
berasaskan perkhidmatan;
v. Akhir sekali, semasa kejutan ekonomi PKS berfungsi sebagai penstabil
pertumbuhan. Semasa berlakunya krisis ekonomi dan kewangan global pada
tahun 2008/2009 baru-baru ini, PKS Malaysia terbukti lebih berdaya tahan
berbanding firma lebih besar.
Trend pertumbuhan PKS telah melalui perubahan yang amat ketara sejak dari
tahun 2004 sehingga sekarang. Sebelum tahun 2004, pertumbuhan KDNK bagi PKS
adalah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya namun perbezaan ini
hanya dapat dilihat selepas tahun 2004. Menurut Pelan Induk PKS 2012-2020,
pertumbuhan KDNK bagi PKS secara konsisten berlaku pada tahun 2004 hingga 2010
75
yang mengatasi pertumbuhan ekonomi keseluruhan iaitu pada kadar 6.8%
pertumbuhan tahunan berbanding 4.9% bagi pertumbuhan ekonomi keseluruhan.
Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan produktiviti dan pertumbuhan guna
tenaga kerana kedua-dua parameter ini turut mencatat prestasi lebih baik berbanding
ekonomi keseluruhan.
Rajah 3.1 Perbandingan Antara Banci PKS Pada Tahun 2005 dan 2011
Banci Ekonomi/PKS 2011 Banci Pertubuhan & Enterpris 2005
Tahun Rujukan : 2010 Tahun Rujukan : 2003
Liputan: 5 sektor iaitu Pembuatan, 3 sektor: Pembuatan, Perkhidmatan dan
Perkhidmatan, Pertanian, Pembinaan dan Pertanian.
Perlombongan & Pengkuarian.
Jumlah rangka: 1.3 juta Jumlah rangka: 1.7 juta
pertubuhan/perusahaan.
pertubuhan/perusahaan.
Jumlah responden: 552, 804 (33%)
Jumlah responden: 662,939 (51%)
Pendekatan Pertubuhan/Perusahaan. Termasuk: pekebun kecil, petani, isi
rumah & individu (sektor tidak rasmi).
Tidak termasuk perkebun kecil, petani, isi
rumah & individu.
Data baru dikumpul semak: Tiada data tentang usahawan wanita.
Milikan wanita
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan
Malaysia
Rajah 3.1 menunjukkan perbandingan antara banci PKS pada tahun 2005 dan
2011 yang merangkumi semua sektor PKS di Malaysia. Mengikut banci ekonomi 2011
yang dilaporkan melalui Laporan Tahunan PKS pada tahun 2012/2013 oleh SME
Corporation Malaysia, terdapat beberapa perbezaan ketara sebagai perbandingan
dengan banci yang dibuat pada tahun 2005. Banci 2011 dibuat secara menyeluruh
kepada semua sektor ekonomi merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan,
76
pertanian, pembinaan dan perlombongan dan pengkuarian manakala banci 2005 hanya
tertumpu kepada tiga sektor ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.
Jumlah responden juga menjangkau kepada 662,939 iaitu 51% mewakili 1.3
juta pertubuhan atau perusahaan pada tahun 2011manakala responden pada banci 2005
hanya 552, 804 iaitu 33% mewakili 1.7 juta pertubuhan atau perusahaan. Banci 2011
juga turut mempunyai liputan tambahan ke atas perniagaan milikan wanita, fokus ini
adalah selari dengan hasrat pihak kerajaan yang banyak menumpukan kepada
penglibatan peniaga wanita dalam ekonomi. Maklumat tambahan lain bagi PKS yang
turut diliputi adalah penerapan ICT dan tahap inovasi, akses kepada pembiayaan serta
pemasaran dan promosi.
Petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar dengan SSM tidak diambilkira
dalam banci pada tahun 2011. Industri kotej dan perniagaan lain di luar bandar yang
tidak berdaftar dengan SSM juga dianggap sebagai sebahagian daripada industri yang
tidak formal. Pendaftaran SSM atau entiti perniagaan secara rasminya akan
diklasifikasikan sebagai perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Mereka juga akan
meraih manfaat daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta
jika mereka secara rasminya menjadi sebahagian daripada sektor formal dalam
ekonomi.
Merujuk kepada Jadual 3.1, bilangan PKS meningkat dalam tempoh 7 tahun
iaitu dari tahun 2003 sehingga tahun 2010, daripada 548,267 pertubuhan pada tahun
2003 kepada 645,136 pertubuhan pada tahun 2010. Pertumbuhan bilangan syarikat
besar juga menjangkau melebihi tiga kali ganda iaitu daripada 4,537 pada tahun 2003
77
kepada 17,803 pada tahun 2010. Ini mungkin menandakan bahawa sebilangan besar
PKS telah berkembang menjadi syarikat besar dalam tempoh tujuh tahun tersebut.
Jadual 3.1 Bilangan Pertubuhan dan Peratus Pecahan Daripada Jumlah Pertubuhan
PKS dan Syarikat Besar
Banci Pertubuhan dan Enterprise Banci Ekonomi 2011
2005 (Tahun Rujukan 2003) (Tahun Rujukan 2010)
PKS Syarikat Jumlah PKS Syarikat Jumlah
Besar Besar
Bilangan 548,267 4,537 552,804 645,136 17,803 662,939
pertubuhan
Peratus pecahan
daripada jumlah 99.2 0.8 100 97.3 2.7 100
pertubuhan %
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia.
Jadual 3.2 Bilangan Pertubuhan Mengikut Sektor dan Peratusan Pecahan Daripada
Jumlah PKS dan Pertubuhan
Banci Pertubuhan dan Enterprise Banci Ekonomi 2011
2005 (Tahun Rujukan 2011)
(Tahun Rujukan 2003)
Peratus Peratus
PKS Peratus PKS Peratus
drpd PKS drpd PKS
jumlah drpd jumlah drpd
Bilangan keselur jumlah keselur jumlah
Pertubuhan
Jumlah PKS uhan PKS Jumlah PKS uhan PKS
Perkhidmatan 477,525 474,706 99.4 86.6 591,883 580,985 98.2 90.0
Pembuatan 40,793 39,373 96.5 7.2 39,669 37,861 95.4 5.9
Pertanian 34,486 34,188 99.1 6.2 8,829 6,708 76.0 1.0
Pembinaan - - - - 22,140 19,283 87.1 3.0
Perlombongan - - - - 418 299 71.5 0.1
& Pengkuarian
Jumlah 552,804 548,267 99.2 100 662,939 645,136 97.3 100
Pertubuhan
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia.
78
Merujuk Jadual 3.2, pada tahun 2010, PKS mencakupi 97.3% daripada
sejumlah 662,939 pertubuhan berbanding dengan 99.2% pada tahun 2003. Bilangan
PKS dalam sektor perkhidmatan meningkat daripada 87% sebelum ini kepada 90%
atau 580,985 pertubuhan. Sementara itu, 6% daripada jumlah PKS (37,861) adalah
dalam sektor pembuatan, diikuti dengan 3% dalam sektor pembinaan (19,283) dan
baki 1% (6,708) adalah dalam sektor pertanian dan 0.1% dalam sektor perlombongan
dan pengkuarian. Perubahan ketara ini adalah kerana peratusan bahagian PKS yang
dicatatkan oleh sektor pertanian telah berkurangan secara mendadak daripada 6.2%
sebelum ini kepada 1%, ekoran daripada pengecualian petani dan pekebun kecil yang
mewakili sebahagian besar sektor pertanian (Pelan Induk PKS 2012-2020).
Rajah 3.2 Perbandingan Peratus PKS daripada jumlah PKS bagi tahun 2003 dan
2011
100 86.6 90
90
80
70
60
50
40
30
20 7.2 5.9 6.2 1
Pembuatan Pertanian
10 03 0 0.1
Pembinaan
0 Perlombongan
& Pengkuarian
Perkhidmatan
2003 Peratus PKS daripada jumlah PKS
2011 Peratus PKS daripada jumlah PKS
Merujuk kepada Rajah 3.2, satu perbandingan telah dibuat kepada peratus PKS
mengikut tahun rujukan iaitu perbandingan antara tahun 2003 dan 2011. Dalam sektor
perkhidmatan terdapat peningkatan yang ketara antara peratus PKS dari tahun 2003
dan 2011 iaitu pada tahun 2003 PKS dalam sektor ini menyumbang sebanyak 86.6
79
peratus berbanding tahun 2011 iaitu sebanyak 90 peratus. Sektor pembuatan
mengalami penurunan peratusan PKS daripada 7.2 kepada 5.9 peratus diikuti sektor
pertanian daripada 6.2 kepada 1.0 peratus pada tahun 2011. Peningkatan peratusan
berlaku kepada sektor pembinaan daripada tiada pada tahun 2003 kepada 3.0 peratus
pada tahun 2011, begitu juga kepada sektor perlombongan dan pengkuarian daripada
tiada pada tahun 2003 kepada 0.3 peratus tahun 2011. Perbandingan kepada peratusan
PKS mengikut bancian ini adalah kesinambungan kepada Jadual 3.2 sebagai maklumat
tambahan kepada peningkatan dan penurunan dari segi peratusan bilangan PKS
mengikut tahun bancian iaitu 2003 dan 2011.
Rajah 3.3 Peratus Pecahan PKS Dalam Sektor Perkhidmatan Mengikut Subsektor
Sumber: Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia
Subsektor yang paling besar menyumbang kepada sektor perkhidmatan adalah
perdagangan pengedaran (perkhidmatan perdagangan borong & runcit), termasuk
pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal yang mewakili sebanyak 49.9%.
subsektor makanan dan minuman menyumbang sebanyak 24.6% dengan diikuti oleh
80
subsektor seperti pengangkutan dan penyimpanan (6.9%), perkhidmatan persendirian
(6.3%), professional (3.3%) dan lain-lain perkhidmatan (9.1%) (Rujuk Rajah 3.3).
Dalam sektor pembuatan, sebahagian besar PKS terlibat dalam bidang
pembuatan pakaian, produk makanan, logam rekaan & percetakan dan penerbitan
semula media rakaman (Rujuk Rajah 3.4).
Rajah 3.4 Peratus Pecahan PKS Dalam Sektor Pembuatan Mengikut Subsektor
Sumber: Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia
Dalam sektor pembinaan, subsektor pertukangan khas menjadi penyumbang
yang paling besar iaitu sebanyak 40.2%. Ini kerana subsektor ini merujuk kepada
pembinaan sebahagian daripada bangunan dan kerja kejuruteraan awam tanpa
melibatkan tangungungjawab ke atas keseluruhan projek (Rujuk 3.5).
81
Rajah 3.5 Peratus Pecahan PKS Dalam Sektor Pembinaan Mengikut Subsektor
Sumber: Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia
Dalam sektor pertanian, memandangkan petani dan pekebun kecil dikecualikan
dalam Banci 2011, sebahagian besar PKS adalah tertumpu dalam subsektor tanaman
(rujuk Rajah 3.6).
Rajah 3.6 PKS Dalam Sektor Pertanian Mengikut Subsektor
Sumber: Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia
82