Dalam sektor perlombongan dan pengkuarian, sebahagian besar PKS terlibat
dalam perniagaan pengkuarian batu (84%) manakala selebihnya adalah terdiri
daripada subsektor perlombongan mineral iaitu sebanyak 16.4% (rujuk Rajah 3.7).
Rajah 3.7 PKS Dalam Sektor Perlombongan & Pengkuarian Mengikut Subsektor
Sumber: Banci Ekonomi 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia
Perusahaan mikro mempunyai kadar peratusan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 77% daripada jumlah PKS di Malaysia pada tahun 2010. 20% daripadanya
adalah dari perusahaan kecil manakala PKS bersaiz sederhana mencakupi baki
sebanyak 3% (rujuk Jadual 3.3).
Majoriti PKS adalah dalam sektor perkhidmatan dengan nilai peratusan yang
tinggi iatu sebanyak 79.3%. Sektor pembuatan dan pertanian juga melihatkan bahawa
PKS berada pada peratusan yang tinggi dengan 57.1% dan 56.3% dengan diikuti oleh
sektor pembinaan iaitu sebanyak 44.5% daripada jumlah PKS dalam sektor masing-
masing. Manakala dalam sektor perlombongan dan pengkuarian perusahaan yang
83
bersaiz kecil mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding perusahaan mikro itu
42.1% (rujuk Rajah 3.8).
Jadual 3.3 Bilangan Pertubuhan dan Peratus Pecahan PKS Mengikut Saiz
Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 Banci Ekonomi 2011
(Tahun Rujukan 2003) (Tahun Rujukan 2010)
Mikro Kecil Sederhana Jumlah Mikro Kecil Sederhana Jumlah
Bilangan 434,939 100,608 12,720 548,267 496,458 128,787 19,891 645,136
pertubuhan
Peratus 79.3 18.4 2.3 100 77.0 20.0 3.0 100
pecahan
daripada
jumlah PKS, %
Peratus
pecahan
daripada 78.7 18.2 2.3 99.2 74.9 19.4 3.0 97.3
jumlah
pertubuhan, %
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia
Rajah 3.8 Peratus Pecahan PKS Mengikut Sektor dan Saiz
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia
Secara relatifnya syarikat sendirian berhad berkurangan daripada 21.3% pada
tahun 2003 kepada 18.4% pada tahun 2010. Paling ketara adalah peratusan bahagian
84
PKS bagi hak milik perseorangan telah meningkat kepada 71%. Dari segi kadar
pertumbuhan pertubuhan, hak milik perseorangan (usahawan individu) mencatat
pertumbuhan dua angka iaitu 22.1% antara tempoh dua banci tersebut (2003 - 2010).
Kira-kira 88.3% daripada hak milik perseorangan adalah perusahaan mikro, 11.3%
adalah syarikat bersaiz kecil dan baki 0.4% adalah syarikat bersaiz sederhana.
Sementara itu, syarikat perkongsian dan syarikat liabiliti berhad mencatat peningkatan
yang lebih kecil, masing-masing pada 3.2% dan 1.7%. Pertumbuhan bagi pertubuhan
taraf sah yang lain pula melonjak pada 316.2%, daripada 3,184 pertubuhan pada tahun
2003 kepada 13,251 pertubuhan pada tahun 2010. Pertubuhan ini adalah syarikat
awam berhad, koperasi, perbadanan awam dan pertubuhan persendirian yang tidak
mencari keuntungan.
Jadual 3.4 Peratus Pecahan PKS Mengikut Taraf Sah
Banci Pertubuhan dan Enterprise Banci Ekonomi 2011
2005 (Tahun Rujukan 2011)
(Tahun Rujukan 2003)
Taraf Sah Hak Lain- Hak Lain-
milik Perkong Syarikat lain milik Perkong Syarikat lain
perseron sian Berhad
perseron sian Berhad gan
gan
Bilangan 375,192 53,241 116,650 3,184 458,269 54,938 118,678 13,251
pertubuhan
Peratus
pecahan
daripada 68.4 9.7 21.3 0.6 71.0 8.5 18.4 2.1
jumlah
pertubuhan,
%
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia
Berdasarkan Banci 2011, peratusan bahagian PKS telah bertambah di negeri
Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor
berbanding dengan peratusan bahagian yang dicatatkan pada Banci PKS pada tahun
85
2005 (rujuk Jadual 3.5). Empat negeri yang mencatat peningkatan paling tinggi dari
segi peratusan bahagian PKS kepada keseluruhan pertubuhan adalah negeri Sabah
(+1.8 peratusan), Selangor (+1.5 peratusan), Pulau Pinang (+1.4 peratusan) dan Perak
(+1.3 peratusan). Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur) mencakupi hampir
satu pertiga daripada jumlah PKS, diikuti oleh Johor dengan 10.7% dan Perak dengan
9.3%. 53% daripada PKS beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Perak pada
tahun 2010 berbanding dengan 54% pada tahun 2003.
Jadual 3.5 Peratus Pecahan PKS Mengikut Negeri Pada Tahun 2003 Berbanding
2010
Negeri Banci Pertubuhan dan Banci Ekonomi 2011 Peningkatan /
Enterprise 2005 (Tahun Rujukan Penurunan Mata
Selangor 2010)
Kuala Lumpur (Tahun Rujukan 2003) 19.5 Peratusan
18.0 13.1
Johor 17.7 10.7 + 1.5
Perak 10.3 9.3 - 4.6
Sarawak 8.0 6.8 + 0.4
Sabah 6.0 6.3 + 1.3
Pulau Pinang 4.5 6.3 + 0.8
Kelantan 4.9 5.9 + 1.8
Kedah 6.5 5.7 + 1.4
Pahang 6.8 4.6 - 0.6
Negeri Sembilan 5.1 3.8 - 1.0
Terengganu 3.2 3.5 - 0.5
Melaka 4.3 3.4 + 0.6
Perlis 3.6 0.8 - 0.8
Labuan 1.1 0.3 - 0.2
Putrajaya - 0.1 - 0.3
JUMLAH - + 0.3
100.0 + 0.1
100.0
Sumber: Banci Pertubuhan dan Enterprise 2005 dan Banci Ekonomi 2011, Jabatan
Perangkaan Malaysia.
3.3 Program Inkubator
Program inkubator merupakan antara alat yang digunakan oleh pihak kerajaan
dalam membangunkan PKS di Malaysia. Menurut laporan Perusahaan Kecil dan
86
Sederhana (PKS) tahun 2005 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, program
inkubasi perniagaan dijadikan antara alat untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan
PKS di Malaysia. Program ini dikenali sebagai program inkubasi perniagaan
berfokuskan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan teknikal yang secara
ringkaskannya merupakan program pembangunan usahawan tekno.
Antara agensi kerajaan yang terlibat menguruskan beberapa program
pembangunan usahawan inkubator adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) iaitu program pembangunan inkubasi nasional. Program ini dibentuk untuk
menyediakan kemudahan bagi menyokong pembentukan dan pembangunan usahawan
inkubator berasaskan ICT. Ia bertujuan untuk menggalakkan, mengurus dan
membangunkan nilai inkubasi perniagaan ke arah pembentukan industri inkubasi yang
dinamik bagi mempercepatkan pertumbuhan usahawan tekno dan PKS ICT
(Fararishah, David dan Afreen, 2012).
Program inkubasi perniagaan pula diuruskan oleh Taman Teknologi Malaysia
(TPM) bertujuan membangunkan perusahaan perniagaan kecil dan menggalakkan
pembangunan usahawan inkubator dalam tiga fasa iaitu, fasa inovasi, fasa inkubasi
dan fasa perusahaan. Mereka yang mendapat manfaat daripada program ini
kebanyakannya ialah firma-firma kecil yang baru dan memerlukan bantuan semasa
tempoh permulaan perniagaan. Syarikat-syarikat ini akan diberikan bantuan
kemudahan premis dengan sewa yang fleksibel, kelengkapan makmal, akses kepada
maklumat dan pembiayaan modal usaha niaga (Mohd Yunos, 2001).
Sehubungan dengan ini, Program inkubasi teknologi pula merupakan antara
program pembangunan inkubator yang dibangunkan oleh pihak SIRIM bertujuan
87
menggalakkan pembangunan usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan
pembuatan dan teknologi. Di bawah program ini, usahawan-usahawan diberikan akses
kepada bantuan teknikal mengenai teknologi, khidmat nasihat pembangunan
perniagaan dan juga geran perniagaan (Mohd Saffar, 2009).
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga
turut membangunkan program inkubator yang dikenali sebagai Program Inkubator
Keusahawanan Wanita (i-keuNITA) yang menyediakan 280 bantuan latihan
kemahiran dan keusahawanan intensif kepada wanita berpendapatan rendah untuk
membolehkan mereka menambah pendapatan dan memulakan perniagaan (Laporan
Tahunan PKS 2011/2012 ms: 64).
Menurut National Incubation Network Association (2004), perniagaan
inkubator ditakrifkan sebagai “satu proses sokongan perniagaan yang
mempercepatkan kejayaan pembangunan syarikat baru dan masih mentah dengan
menyediakan usahawan kepada pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disasarkan".
Perkhidmatan ini lazimnya diwujudkan oleh pengurusan inkubator dan ditawarkan
dalam inkubator perniagaan melalui rangkaian kenalan. Manakala mengikut takrifan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, ia melihat Perniagaan Inkubator
adalah sebuah organisasi yang membantu usahawan untuk membangunkan idea-idea
mereka dalam rangka kerja yang telah ditetapkan. Pengambilan dibuat secara
sistematik sejak dari awal lagi dengan harapan ia dapat membantu firma yang baru
untuk hidup dan membesar di permulaannya (Jusoh, 2006).
Manakala, menurut Mohd Saffar (2009), takrif sebuah inkubator juga dikaitkan
dengan peruntukan panduan pengurusan, bantuan teknikal dan perundingan yang
88
disesuaikan ke arah syarikat yang baru berkembang. Inkubator biasanya juga
menyediakan pelanggan untuk akses kepada ruang sewa yang sesuai dan fleksibel
dengan cara pajakan, berkongsi perniagaan perkhidmatan asas dan peralatan,
perkhidmatan sokongan teknologi dan bantuan dalam mendapatkan pembiayaan yang
diperlukan untuk pertumbuhan syarikat.
Menurut National Business Incubation Association (1998) matlamat utama
inkubator perniagaan adalah untuk mengeluarkan firma yang berjaya dan berdaya
maju. Graduan inkubator ini mempunyai potensi untuk mewujudkan peluang
pekerjaan, menggiatkan pengkomersilkan teknologi baru, dan mengukuhkan ekonomi
tempatan dan kebangsaan. Program ini juga biasanya disediakan dengan akses kepada
sewa ruang yang sesuai dan pajakan yang fleksibel, perkhidmatan perkongsian
perniagaan asas dan peralatan, perkhidmatan sokongan teknologi dan bantuan dalam
mendapatkan pembiayaan yang diperlukan untuk pertumbuhan syarikat.
3.3.1 Sejarah Penubuhan Inkubator
Idea kepada perniagaan inkubator berasal dari Batavia Industrial Centrel yang
terletak di Batavia, New York (Brown et al, 2000). Pada tahun 1959, Joseph Mancuso
merupakan pengasas kepada pusat ini yang pada dasarnya dijadikan sebagai milik
persendiriaan yang berorientasikan keuntungan (Burger, 1999). Pada masa itu
penyewa dibenarkan untuk menyewa ruang niaga berdasarkan keperluan perniagaan
mereka. Mereka juga dibenarkan untuk berkongsi perbelanjaan perkhidmatan pejabat.
Dengan menggunakan strategi perbelanjaan perkongsian berdasarkan keperluan,
Mancuso berharap pusat ini akan dapat menjana keuntungan bagi pelaburan beliau
dengan mencapai kadar maksimum pengisian penyewa. Idea tersebut diterima ramai
89
apabila menyedari bahawa strategi perniagaan ini amat berpotensi dalam mewujudkan
peluang pekerjaaan.
Secara rasminya program inkubator bagaimanapun tidak dibangunkan hampir
dua dekad. Pada tahun 1980 Politeknik Renssealer mewujudkan program inkubator
untuk pelajar, fakulti dan masyarakat yang ingin memulakan perniagaan mereka
sendiri (Burger, 1999). Hari ini terdapat lebih 1,000 daripada perniagaan inkubator di
Amerika Utara berbanding dengan hanya 12 organisasi pada tahun 1980 (NBIA,
2002). Menurut Clark dan Minor (2000), program ini mula muncul semasa
kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1980-an di mana beberapa syarikat besar
telah ditutup, meninggalkan lot-lot kilang yang kosong dan penduduk yang
menganggur. Perniagaan inkubator mula memainkan peranan apabila masyarakat
melihat ia merupakan satu cara untuk mengurangkan kesempitan ekonomi melalui
pengubahsuaian dan penggunaan bangunan kilang terbiar untuk menjana pendapatan
dan mewujudkan peluang pekerjaan baru.
Di Eropah, strategi pembentukan perniagaan inkubator adalah sama popular.
Kerajaan-kerajaan di Eropah telah menubuhkan beberapa program membangun dan
mempromosikan inkubator am dan inkubator berasaskan teknologi (UNIDO, 1999).
Jenis inkubator baru juga telah dibiayai seperti e-inkubator (Bussiness Eastern Europe,
2000). Pada masa ini, German mempunyai 33% daripada jumlah inkubator di Negara
Anggota Kesatuan Eropah (EU). Inkubator German ini kebanyakannya dikaitkan
kepada universiti dan institusi R&D. Perancis mempunyai 21% daripada jumlah
inkubator dalam EU manakala United Kingdom mempunyai kira-kira 144 program
pernigaan inkubator. Salah satu inkubator yang baru muncul di Eropah adalah
inkubator korporat. Inkubator ini adalah satu unit khusus korporat yang mengeluarkan
90
perniagaan baru dengan menyediakan sumber ketara dan tidak ketara dan program
sokongan (Hansen et al, 2000; Colombo dan Delmastro, 2002). Bentuk baru dan
berkuasa dalam pengurusan inkubator amat popular dalam syarikat-syarikat teknologi
seperti Nokia dan Ericsson dan telah membawa kepada kejayaan transformasi
penyelidikan menjadi produk komersial.
Di Asia terdapat peningkatan usaha untuk menyokong keusahawanan melalui
perniagaan inkubator. Di Malaysia sebagai contohnya melalui wawasan 2020 kerajaan
mengiktiraf kepentingan mempunyai perusahaaan kecil yang kompetitif. Perusahaan
kecil akan disokong dengan infrastruktur teknikal yang kuat dan modal insan yang
inovatif. Bermula pada awal 1990-an, kerajaan telah menubuhkan Taman Teknologi
Malaysia berorientasi ICT. Berikutan itu, beberapa inkubator lain seperti Perbandanan
Pembangunan Teknologi Malaysia, Skim Inkubator Industri SIRIM, Kulim High-Tech
Park dan Perbandanan Multimudia dibentuk untuk memberi bantuan dan bimbingan
kepada usahawan tempatan (Jusoh, 2006). Di Jepun, JANBO (Japan Association of
New Bussiness Incubation Organization), sebuah organisasi yang ditaja oleh kerajaan
menyediakan perkhidmatan kepada inkubator melalui seminar, maklumat, kursus
latihan dan pertukaran antaranbangsa. Pada tahun 2001 Jepun mempunyai kira-kira
203 inkubator perniagaan yang berbeza (Lalkaka, 2001).
Menurut Hanadi dan Siew (2011), di negara-negara anggota Majlis Kerjasama
Teluk (GCC), Bahrain sebagai contohnya, adalah negara pertama di rantau itu yang
menubuhkan sebuah pusat inkubator perniagaan pada tahun 2003. Pusat ini merupakan
usahasama antara Bank Pembangunan Bahrain dan United Nation Industrial
Development Organization (UNIDO). Objektif utama pusat ini adalah untuk
mengkomersialkan penyelidikan, mewujudkan syarikat dan pekerjaan,
91
membangunkan perusahaan yang menguntungkan dan meningkatkan kesedaran di
kalangan bakal usahawan. Di Arab Saudi, BADIR-ICT adalah teknologi komunikasi
maklumat pertama dan inkubator yang akan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada
National Badir Technology Inkubator, inisiatif daripada Saudi Arabia National
Research Institut di King Abdul Aziz City untuk sains dan teknologi (Jusoh, 2006).
3.3.2 Program Inkubator di Negara-Negara Terpilih
Huraian kepada program inkubator di beberapa buah negara ini adalah sebagai
kesinambungan kepada program inkubator yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam
mempercepatkan perkembangan PKS di Malaysia. Pemilihan beberapa negara ini
adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman tentang bagaimana negara-negara
membangun menggunakan program inkubator perniagaan sebagai pemangkin dalam
pembangunan PKS. Huraian ini akan menyentuh kepada negara-negara yang terdahulu
membangunkan program inkubator dan dilihat sebagai berjaya iaitu negara Brazil,
China, India, Turki, Jepun dan Amerika Syarikat.
Menurut Semih (2009), melalui kajiannya tentang inkubator sebagai kaedah
promosi keusahawanan kepada negara sedang membangun, yang mengklasifikasikan
bahawa negara China dan Brazil sebagai negara yang mempunyai lebih seribu
inkubator dan menjadi tempat ketiga dan keempat dari segi bilangan inkubator
perniagaan selepas Jerman dan Amerika Syarikat. Brazil dan Turki mempunyai
ekonomi yang sangat pesat membangun dengan memaparkan persamaan seperti
landskap institusi ke arah demokrasi dan berfungsi sepenuhnya dengan ekonomi
pasaran. Negara-negara ini menyasarkan; i) keperluan mempromosikan pembudayaan
keusahawanan; ii) mundur dari segi pasaran modal teroka; dan mempunyai kesukaran
dalam menguruskan program inkubator.
92
3.3.2(a) Brazil
Brazil mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam perniagaan
inkubator. Pergerakkan inkubator di Brazil bermula pada tahun 1980-an dan inkubator
yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1986. Menurut penilaian awal oleh Lalkaka
dan Bishop (1996), kebanyakan inkubator terletak di universiti atau institut
penyelidikan dan lebih 80% daripada penyewanya adalah peniaga sampingan daripada
kalangan ahli akademik dan lain-lain syarikat. Universiti memainkan peranan penting
dalam penubuhan inkubator dengan bertindak mempromosikan idea perniagaan
inkubator sehingga program ini telah diterima sebagai alat untuk menggalakkan
keusahawanan.
Menurut Almeida (2004), dalam tahun 2003 terdapat lebih daripada 1000 firma
penyewa dengan lebih 15,000 pekerja syarikat yang menjalankan program inkubator
di sekitar Brazil. Jumlah terbaru daripada National Association of Entities Promoting
Innovative Enterprisees (ANPROTEC) Brazil, menunjukkan bahawa kadar penutupan
firma inkubator adalah pada 7% berbanding 50% firma baru yang tidak melalui
program inkubator (Oliveira and Menck, 2008).
Inkubator di Brazil umumnya dikaitkan dengan universiti dan dibiayai oleh
pelbagai sumber kerajaan dan bukan kerajaan seperti Program Sokongan Inkubasi
Nasional (PNI) yang menyokong penubuhan firma inkubator baru dan membantu yang
sedia ada untuk berkembang, syarikat swasta dan persekutuan industri. Sebagai
contohnya persekutuan industri di Sao Paulo secara aktif terlibat dalam operasi kira-
kira 10 inkubator (Chandra, 2007). Program inkubator di Brazil mempunyai kelainan
iaitu penglibatan dari pelbagai pihak sama ada dari agensi swasta, kerajaan dan pihak
universiti. Ciri-ciri inilah yang membezakan inkubator Brazil kerana program
93
inkubator dalam kebanyakan negara-negara membangun disokong oleh pihak
kerajaan.
Secara ringkas inkubator di Brazil adalah refleksi sinergi di kalangan
Universiti, industri dan kerajaan (Etzkowitz et al, 2005). Sinergi ini walaupun
mempunyai kesan tidak langsung terhadap inovasi secara umumnya menggalakkan
pemindahan teknologi dan mengkomersialkan penyelidikan. Satu lagi ciri yang
menarik tentang inkubator di Brazil adalah pendekatan inovatif untuk model
inkubator. Kebanyakan inkubator ditubuhkan sebagai alat untuk mengurangkan
pengangguran melalui pewujudan peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor
tradisional seperti pertanian, perabot dan tekstil, malah terdapat inkubator yang khusus
untuk memupuk keusahawanan dalam aktiviti kebudayaan seperti muzik, seni dan
industri pawagam (Scaramuzzi, 2002).
3.3.2(b) China
China adalah pendatang yang agak baru kepada perniagaan berteraskan
inkubator. Inkubator yang pertama telah ditubuhkan di akhir 1980-an dan
pertumbuhannya amat memberangsangkan. Dalam sepuluh tahun pertama 100
inkubator telah ditubuhkan merangsang kira-kira 1400 firma. Pada tahun 2007 terdapat
lebih daripada 500 inkubator di China yang merangkumi 600,000 pekerja (Chandra,
2007).
China telah menunjukkan kejayaan yang amat cemerlang dalam program
inkubatornya. Dalam kebanyakan kes, pihak pemerintah memainkan peranan yang
amat besar dalam program ini. Program inkubator di China banyak dibantu oleh
kerajaan dengan menawarkan ruangan pejabat yang berkos rendah, perkhidmatan
94
sokongan perniagaan dan peluang jaringan perniagaan. Usahawan-usahawan di China
seperti mana negara membangun yang lain, tidak mempunyai sumber kewangan dan
kemahiran pengurusan. Walau bagaimanapun, dalam kes China terdapat dua halangan
tambahan kepada program keusahawanan iaitu (i) sistem kewangan dan institusi
pembiayaan yang semata-mata dikuasai oleh kerajaan, (ii) nilai budaya yang suka
mengambil risiko. Budaya mengambil risiko tidak hanya menghalang pembentukan
usahawan baru tetapi memberi kesan kepada keputusan pemberian dana sektor
perbankan dan kewangan.
Program Inkubator di China merupakan antara pendekatan dalam misi untuk
mengubah nilai-nilai masyarakat ke arah pembudayaan keusahawanan. Kerajaan
China menggunakan program inkubator ini sebagai instrumen dasar untuk
mewujudkan pasaran terutama sekali dalam produk yang berteknologi tinggi. Program
ini mempunyai sokongan kewangan dari kerajaan melalui Touch High Technology
Industry Development Center (TORCH) di bawah Ministry of Science and Technology
(MOST). TOUCH bukan sahaja terlibat dalam membina inkubator dengan
infrastruktur dan peralatan moden malah juga terlibat dalam operasi inkubator.
Kerajaan China juga menyediakan dana modal bagi memulakan inkubator dan juga
dana dalam menjalankan penyelidikan dan inovasi kepada firma-firma teknologi yang
kecil dan baru.
Apa yang menjadikan program inkubator ini menarik ialah pihak kerajaan
memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi. Industri inkubator direka secara
strategik untuk memainkan peranan dalam peralihan kepada teknologi tinggi (Harwit,
2002). Sebagai contoh, dasar inkubator merupakan ramuan utama dalam rancangan
lima tahun pihak MOST. Peruntukan sebanyak 6 juta US telah disediakan hanya untuk
95
membina inkubator (Chandra, 2007). Pada tahun 2002 kira-kira 40% daripada firma
berteknologi tinggi di kawasan pembangunan ditempatkan dalam inkubator (Harwit,
2002).
Kelemahan utama program inkubator China ialah terlalu bergantung kepada
kerajaan bilamana inkubator dibiayai dan diuruskan sehingga ke tahap yang lebih
tinggi oleh kerajaan. Pergantungan ini menghalang sara diri firma di China dan kurang
mencapai sasaran yang diletakkan oleh kerajaan dalam masa tiga tahun. Selain itu,
inkubator yang bergantung kepada kerajaan didapati kurang aktif dalam menyediakan
pelbagai perkhidmatan kewangan dalaman dan luaran (Chandra et al, 2007). Satu lagi
kelemahan program ini ialah terlalu berfokuskan kepada aspek “hardware”. Pihak
kerajaan telah membuat pelaburan sebanyak 1.6 bilion US dalam pembangunan
inkubator. Walaubagaimanapun perkhidmatan tidak ketara yang disediakan oleh
inkubator terlalu rendah dalam kualiti dan pengurusannya. Saiz inkubator juga
merupakan satu lagi faktor yang mengurangkan kualiti perkhidmatan. Harwit (2002)
melaporkan kes-kes di mana ini menimbulkan masalah yang serius kerana ia tidak
mudah untuk memberikan perhatian yang sama untuk semua penyewa jika inkubator
mempunyai kira-kira 100 penyewa pada satu-satu tempat.
3.3.2(c) India
Gerakan inkubator di India bermula lewat 1980-an sebagai pelengkap dasar
yang bertujuan untuk menggalakkan keusahawanan dan merangsang penciptaan
peluang kepada penerokaan baru. Inkubator yang pertama dibiayai oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi kurang mendapat sokongan daripada pihak
kerajaan. Trend ini berterusan dan tidak menampakkan peningkatan. Institusi
pengajian tinggi teragak-agak untuk menyokong inkubator dan tidak mudah untuk
96
meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh
program inkubator ini.
Terdapat inisiatif daripada Department of Science and Technology bersama-
sama dengan Entrepreneurship Development Cell (EDC) dan Science and Technology
Entrepreneurs Park (STEP) dalam menjalin kerjasama bagi mewujudkan lebih banyak
inkubator (Saravanan, 2007). Terdapat juga beberapa inisiatif baru yang dicadangkan
oleh pihak kerajaan iaitu (i) menyediakan dana khas kepada usahawan inkubator, (ii)
pengecualian cukai bagi perkhidmatan yang disediakan oleh inkubator teknologi dan
perniagaan, (iii) memberi keutamaan kepada perusahaan inkubator di dalam pasaran
kewangan, (iv) menyokong penubuhan inkubator dalam bidang kimia dan
bioteknologi (Lalkaka, 2002). Pihak kerajaan juga mengadakan beberapa kempen
dalam menggalakkan program inkubator ini. Satu forum global inkubator perniagaan
diadakan di Hyderabad pada tahun 2006 yang dihoskan pengamal inkubator dari 60
buah negara dalam rangka meningkatkan kesedaran kepada program inkubator.
Selain daripada pihak kerajaan India dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), Bank Dunia juga aktif dalam membantu industri inkubator ini. Perkongsian
agensi pembangunan antarabangsa ini telah menyokong kewangan kepada 5 firma
inkubator di seluruh India iaitu (i) IndiaCo (Mumbai); (ii) TREC-STEP
(Tiruchirappalli); (iii) SRISTI (Ahmadabad); (iv) TeNet (Chennai); dan (v) VIT-TBI
(Tellore). Jumlah geran yang diberikan mencecah kepada 1.1 juta US.
Pelbagai program dan mekanisma dianjurkan oleh NSTED yang telah
dimanfaatkan oleh lebih 100 ribu orang, penyelidik dan pelajar menerima latihan
keusahawanan sejak awal 1990-an (Saravanan, 2007). Daripada penilaian kajian yang
97
dibuat menunjukkan bahawa firma yang berada dalam program inkubator tumbuh
lebih cepat daripada rakan-rakannya yang bukan daripada program inkubator. Kadar
kelangsungan hidup kira-kira 80% berbanding hanya 40% firma baru yang tidak
melalui program inkubator.
3.3.2(d) Turki
Pergerakan program Inkubator di Turki bermula pada tahun 1990-an. Konsep
inkubator digunakan kerana risiko mewujudkan dan mengekalkan perniagaan
berteknologi tinggi dalam persekitaran ekonomi makro Turki yang tidak stabil.
Inkubator di Turki ditubuhkan oleh Small and Medium Enterprisees Development and
Promotion Administration (KOSGEB) iaitu satu badan yang bukan berorientasikan
keuntungan dan semi-autonomi di bawah Kementerian Industri dan Perdagangan
dengan objektif untuk menambah bilangan syarikat-syarikat PKS serta peningkatan
daya saing mereka. Di bawah KOSGEB terdapat tiga skim berbeza yang boleh
dikategorikan sebagai inkubator iaitu Entreprise Development Centers yang berfungsi
sebagai inkubator tradisional, “inkubator without wall” dan Technology Development
Centers (TEKMERs) yang berfungsi sebagai inkubator universiti. TEKMERs
menyasarkan untuk (i) membantu pelatih-pelatih dalam bidang sains dan teknologi
untuk menjadi usahawan, (ii) memupuk dan mewujudkan perusahaan berasaskan
teknologi baru, (iii) menggalakkan pengkomersialan R&D, (iv) mengukuhkan
kerjasama universiti dan industri, (v) membantu dasar inisiatif yang memberi tumpuan
kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi serantau (Lalkaka, 2002).
TEKMERs memilih usahawan / firma selepas penilaian projek-projek yang
berorientasikan teknologi dan inovasi. Oleh itu, majoriti penyewa inkubator adalah
syarikat liabiliti berhad yang pakar dalam komputer, perisian, elektronik, perkakasan
98
dan automotif. Pada tahun 2008, sebanyak 650 firma telah mendapat manfaat daripada
inkubator perkhidmatan yang sebahagian besarnya adalah syarikat-syarikat
berorientasikan teknologi baru. Di bawah program ini terdapat pelbagai inisiatif
bantuan kewangan termasuklah (i) sokongan dalam bentuk pinjaman sehingga kira-
kira 120,000 € untuk bekalan, peralatan dan pembangunan prototaip, dan (ii) inisiatif
yang meliputi sokongan perundingan profesional, pinjaman tanpa bayaran balik
sehingga jumlah kira-kira 30,000 €. Selain daripada skim sokongan ini, firma juga
boleh mengambil kesempatan daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak
universiti. Walaubagaimanapun kelebihan yang paling menonjol bagi firma di bawah
program ini ialah pengurangan cukai (Leblebici dan Shah, 2004).
Pada tahun 2003, satu kajian prestasi inkubator telah dijalankan terhadap enam
firma inkubator di Ankara dan Istanbul (Akcomak dan Taymaz, 2007). Kaedah kajian
adalah dengan menggunakan teknik sampel yang dipadankan dengan membandingkan
firma inkubator dengan firma-firma yang terletak di tempat lain dari segi pertumbuhan
pekerjaan, pertumbuhan hasil jualan dan inovatif. Hasil kajian mendapati firma-firma
inkubator menunjukkan prestasi lebih baik dari segi pertumbuhan guna tenaga dan
hasil jualan berbanding dengan firma-firma yang bukan dari program inkubator.
Sehubungan dengan itu, tiada perbezaan statistik yang signifikan antara firma-firma
bukan inkubator dengan firma-firma dalam program inkubator.
Oliveira dan Menck (2008) mengariskan beberapa kekangan utama yang
dikenalpasti dalam perniagaan inkubator iaitu ketiadaan inisiatif modal teroka, tahap
jaringan perniagaan yang rendah, kekurangan inisiatif pemasaran dan mekanisma
sokongan perniagaan yang tidak mencukupi. Sumber utama pembiayaan dalam
peringkat permulaan modal dengan menggunakan modal yang dikumpulkan oleh
99
usahawan itu sendiri. Rangkaian perniagaan antara inkubator ini adalah berada pada
tahap yang rendah. Ini kerana firma-firma tidak menganggap strategi meningkatkan
rangkaian perniagaan adalah peluang bagi mereka malah menjadikan sebagai masalah
disebabkan faktor rahsia syarikat, perlindungan maklumat sensitif dan masalah
kakitangan yang kritikal. Akhir sekali salah satu daripada kekurangan utama usahawan
dalam inkubator adalah kekurangan pengalaman dalam pengurusan. Kebanyakan
firma dalam inkubator tidak mempunyai pelan perniagaan yang berdaya maju dan
sokongan pengurusan dari inkubator dianggap tidak mencukupi.
3.3.2(e) Jepun
Selama beberapa dekad struktur ekonomi Jepun dilihat terbahagi kepada dua
iaitu syarikat besar moden dan membelakangkan perniagaan-perniagaan yang berskala
kecil. Pada tahun 1971 istilah “venture business” mula muncul iaitu keusahawanan
firma yang berasaskan penyelidikan. Pada tahun 1999, undang-undang untuk
memudahkan penciptaan perniagaan baru telah digubal oleh pihak kerajaan Jepun
dengan tertubuhnya Japan Association of New Business Incubation Organization
(JANBO) (Lalkaka, 2002). Organisasi ini ditaja oleh pihak kerajaan Jepun yang
mempunyai mandat untuk menghubungkan sokongan teras institusi dan lain-lain
melalui seminar, penyaluran maklumat, kursus dan latihan dan program pertukaran
antarabangsa inkubator. Pada awalnya, 203 syarikat inkubator pelbagai bidang
perniagaan dilaporkan dalam operasi dengan kira-kira satu pertiga menyediakan
perkhidmatan inkubator. Pada masa itu Jepun meletakkan sasaran pada tahun 2010
kerajaan dapat melahirkan 300 syarikat inkubator, 500 pengurus profesional dan dapat
melahirkan 150,000 peluang pekerjaan baru. Sehubungan dengan ini, pada peringkat
pembangunan program inkubator pihak kerajaan Jepun berdepan dengan masalah
100
kekurangan kakitangan inkubator yang berpengalaman dalam mengendalikan program
ini (Wolfe, Chuck, Adkins, Dinah dan Sharman, 2000).
3.3.2(f) Amerika Syarikat
Program Inkubator perniagaan telah lama dijalankan di Amerika apabila
bermulanya satu program inkubator yang diwujudkan oleh Joseph Mancuso dalam
tahun 1958. Beliau mengasaskan Batavia iaitu pusat perindustrian di New York
menggunakan sebuah kilang yang terbiar untuk dijadikan inkubator (NBIA, 2009).
Sebelum tahun 1980, terdapat kurang daripada 100 inkubator perniagaan di Amerika
Syarikat (Lalkaka, 2002). Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh NBIA pada tahun
1998, perniagaan generasi kedua inkubator secara amnya berjaya. Inkubator teknologi
menjadi popular pada 1980-an.
Pada awal tahun 1980, kadar pengangguran mencecah paras tertinggi iaitu
sebanyak 10.8 peratus. Dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat,
pembuat dasar membuat keputusan untuk mula menggunakan perniagaan inkubator
sebagai alat pembangunan (Lewis, 2001). Hasilnya, lonjakan besar telah berlaku
kepada syarikat inkubator dari 12 hingga mencecah kepada 400 syarikat (Allen dan
McCluskey, 1990).
Inkubator teknologi bukan sahaja membantu firma pelanggan dalam
penyelidikan dan pembangunan dan pemindahan teknologi melalui pelbagai cara,
tetapi juga membantu mengurangkan risiko dan meningkatkan kejayaan firma-firma
ini. Mereka memupuk pertumbuhan bagi pelbagai syarikat yang terlibat dalam
teknologi baharu seperti perisian, perubatan dan bio-teknologi, robotik dan
instrumentasi (Lee et al, 2000). Sehingga Oktober 2006, terdapat lebih 1400 inkubator
101
di Amerika Syarikat, 20 peratus daripadanya ditaja oleh institusi akademik manakala
mengikut rekod NBIA pada tahu 2010, bilangan inkubator telah bertambah melebihi
1800 firma. Ini menjadikan Amerika sebagai negara perintis dalam melahirkan
inkubator perniagaan terbesar di dunia.
Taman penyelidikan adalah inisiatif yang agak baharu dalam program
pembangunan inkubator. Pada akhir tahun 1980-an, 80 peratus daripada taman
penyelidikan berumur kurang daripada sepuluh tahun (Geiger, 2004). Kini kita berada
dalam ketiga generasi inkubator perniagaan yang menyediakan rangkaian yang lebih
luas, sokongan perniagaan perkhidmatan termasuk akses kepada modal teroka,
rangkaian dan perundingan. Menjelang tahun 2006, lebih daripada 90 peratus daripada
inkubator perniagaan yang bukan berentitikan keuntungan menerima pelanggan dari
pelbagai industri. Dalam hal ini, pelanggan dari industri teknologi merupakan
kumpulan terbesar di mana lebih daripada 37 peratus daripada inkubator perniagaan
ditubuhkan untuk menangani keperluan industri ini.
Menurut NBIA, jenis inkubator di Amerika Syarikat adalah inkubator yang
bercampur dalam pelbagai industri yang mewakili 54 peratus manakala 39 peratus dari
inkubator dalam industri teknologi.
Terdapat dua jenis sokongan di Amerika Syarikat iaitu sokonan rasmi dan tidak
rasmi. Sokongan rasmi termasuk dana modal daripada badan perundangan bagi
infrastruktur inkubator dalam bentuk geran kompetitif dari negeri untuk memilih
inkubator, geran padanan untuk khidmat sokongan dan dana baru yang disalurkan
melalui Agensi Pembangunan Ekonomi. Sumber-sumber sokongan termasuk insentif
cukai dalam bentuk kredit cukai untuk perniagaan melabur dalam inkubator, pinjaman
102
faedah yang rendah untuk tempatan agensi-agensi kerajaan untuk menyokong
pelaburan dalam inkubator, dan pembiayaan swasta mana inkubator mengumpul wang
daripada perniagaan berkaitan yang lain atau dari bank-bank untuk dana operasi.
(Chandra & Fealey, 2009).
3.3.3 Program Inkubator di Malaysia
Program inkubator di Malaysia secara rasmi bermula pada tahun 1988 melalui
penubuhan unit perlaksanaan dipanggil Teknologi Malaysia di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Sejak itu lahir beberapa inkubator di bawah agensi
dan Jabatan-Jabatan Kerajaan di seluruh negara seperti Kulim High Tech Park, SIRIM,
MDEC, MARDI, MARA dan lain-lain di bawah pelbagai agensi kerajaan. Pada
September 2008, terdapat lebih 88 inkubator di Malaysia dengan pecahan mengikut
kumpulan yang berikut:-
i. Ahli National Inkubator Network Assiociation (NINA) - 20 firma
ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 16 firma
iii. MARDI / Kementerian Pertanian - 4 firma
iv. PKEN Negeri - 16 firma
Pergerakan inkubator di Malaysia adalah diselaraskan di bawah satu persatuan
iaitu National Incubator Network Assiociation (NINA), sebuah persatuan yang telah
ditubuhkan melalui Program Pembangunan Inkubator Nasional pada tahun 2003.
Daripada 88 inkubator, 79 firma ini dibiayai sama ada secara langsung atau tidak
langsung melalui persekutuan atau kerajaan negeri manakala 9 firma ini merupakan
milik persendirian. Adalah dianggarkan bahawa jumlah bilangan syarikat berstatus
inkubator dalam semua inkubator melebihi 1600 syarikat. Dalam merealisasikan
103
kejayaan program ini, pihak kerajaan menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi
apa-apa jenis inkubator melalui Taman Teknologi untuk mendapatkan akses kepada
modal dengan mencipta pelbagai inisiatif dana modal dan pelbagai skim geran.
Inkubator mempunyai beberapa ciri-ciri khas termasuklah ruang kerja
disediakan dengan perkongsian pelbagai kemudahan yang diperlukan, khidmat
nasihat, latihan dan perkhidmatan kewangan serta persekitaran yang menggalakkan
untuk syarikat-syarikat penyewa. Secara puratanya 20 hingga 25 firma inkubator yang
dipilih akan keluar selepas 3 tahun (Scaramuzzi, 2002). Model inkubator mungkin
berbeza-beza mengikut mandat (untuk tujuan keuntungan atau bukan keuntungan),
jenis penajaan (pembiayaan awam, pembiayaan persendirian atau campuran kedua-
duanya). Dalam kes Malaysia, inkubator terdiri daripada inkubator yang berkaitan
dengan teknologi, multimedia dan bio-teknologi. Kebanyakannya inkubator ini telah
dimiliki oleh pihak kerajaan atau organisasi kerajaan yang berkaitan yang
kebanyakannya terletak dalam taman-taman teknologi atau dalam kampus universiti.
Menurut Sufian Jusoh (2006) Malaysia meletakkan dasar dan perancangan
yang amat baik dalam membangunkan usahawan melalui program inkubator. Namun,
terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam memastikan
program ini berjaya iaitu:-
i. Inkubator yang dibangunkan tidak diuruskan dengan baik yang
menyebabkan ada firma inkubator ini telah keluar daripada perniagaan.
Antara masalahnya adalah disebabkan oleh kekurangan pengalaman dari
pihak pengurus dan kurangan sokongan ke arah usahawan teknologi.
104
ii. Usahawan teknologi mengalami kekurangan peluang untuk mendapatkan
dana. Walaupun kerajaan telah menubuhkan pelbagai kemudahan dana
modal dan geran, sebahagian daripada dana modal teroka ini diuruskan
melalui bank sama ada bank kerajaan atau bank swasta. Bank-bank ini
seperti tidak faham atau tidak peduli tentang ciri-ciri unik perniagaan
berkaitan teknologi yang akibatnya kerja pembangunan firma-firma ini
tidak diberi pembiayaan. Bank pembangunan yang telah ditetapkan secara
kursus dalam membantu firma-firma ini tidak membawa usahawan ini ke
tahap yang diharapkan.
iii. Dana yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi program ini tidak
diagihkan kepada usahawan yang betul-betul berkelayakan. Ini
menjadikan usahawan yang menerima geran dan dana ini tidak
menunjukkan peningkatan dalam perniagaan mereka.
iv. Pembangunan usahawan-tekno di Malaysia adalah dilaksanakan oleh
pelbagai kementerian dan agensi-agensi yang boleh mengakibatkan
kekurangan koordinasi atau pembaziran sumber. Kebanyakan agensi
melaksanakan program yang sama kepada usahawan yang sama tetapi
menggunakan peruntukan daripada agensi yang berlainan.
Sehubungan dengan ini, dalam merancakkan program inkubator di Malaysia,
MARA memainkan peranan yang penting dalam melahirkan usahawan melalui
program inkubator. Usahawan-usahawan yang lahir melalui program ini akan diberi
bimbingan serta kemudahan yang terdapat pada pihak MARA seperti kemudahan
pembiayaan, kemudahan sewaan premis dan khidmat nasihat berkaitan pengembangan
perniagaan. MARA juga mengklasifikasikan program inkubator ini kepada dua
kategori iaitu usahawan yang lahir melalui inkubator industri yang mana usahawan-
105
usahawan ini menjalankan perniagaan berskala besar merangkumi perniagaan
pembuatan dan pengilangan. Kategori inkubator yang berskala kecil seperti syarikat
yang lahir daripada program inkubator daripada anak syarikat seperti Institut
Kemahiran MARA dan GIATMARA yang lebih menfokuskan kepada syarikat
milikan tunggal dan sendirian berhad tetapi masih menjalankan perniagaan
berteraskan teknologi.
Program inkubator GIATMARA bermula seawal operasinya pada tahun 1986
yang pada masa itu lebih menyasarkan kepada usahawan inkubator yang menjalankan
operasi perniagaan menggunakan bengkel GIATMARA sedia ada. Usahawan-
usahawan ini diberi kemudahan menggunakan peralatan dan ruang kerja sedia ada di
dalam pusat GIATMARA itu sendiri. Sehingga tahun 2010, program ini masih
berjalan dan kebanyakan usahawan yang lahir dan kekal sehingga hari ini di pasaran
adalah melalui program inkubator GIATMARA. Program khas ini sebenarnya
mendedahkan lepasan pelajar GIATMARA kepada dunia perniagaan dengan
dibimbing oleh pengurusan GIATMARA sehingga pada satu tempoh yang
membolehkan pelajar ini keluar menjalankan perniagaan mereka sendiri.
Pada tahun 2011 sehingga ke hari ini, program inkubator GIATMARA masih
berjalan dengan diberi suntikan baru dan lebih teratur dari segi pengurusannya.
Program ini masih menggunakan nama yang sama tetapi ia lebih dikenali sebagai
program “conversion” yang membawa maksud tranformasi dari mempelajari latihan
kemahiran di GIATMARA kepada menjadi usahawan teknikal selepas menamatkan
pengajian. Peserta yang melalui program ini akan diberi insentif yang berbentuk geran
sebanyak RM 6,500 seorang yang merangkumi peruntukan sebanyak 40 juta bagi
melahirkan usahawan teknikal di kalangan pelajar GIATMARA seramai 6821 orang.
106
Operasi perniagaan syarikat-syarikat inkubator milik pelajar ini diperluaskan dengan
diberi opsyen sama ada menjalankan perniagaan dirumah, beroperasi di premis
perniagaan sendiri atau boleh menggunakan bengkel GIATMARA sebagai bengkel.
Fokus kepada program ini juga adalah sama seperti program inkubator dari
agensi kerajaan yang lain iaitu bagi melahirkan seramai mungkin usahawan teknikal
di kalangan pelajar Bumiputera. Perkara ini dilihat akan mempercepatkan lagi
kelahiran syarikat-syarikat PKS di Malaysia dan secara tidak langsung menyumbang
kepada ekonomi negara. Dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan
syarikat-syarikat inkubator ini, pihak MARA akan secara bersama memantau dalam
membantu dari segi pemberian kemudahan kepada perniagaan inkubator GIATMARA
ini dari sudut kemudahan pembiayaan, sewaan premis perniagaan dan kemudahan
bimbingan dan khidmat nasihat keusahawanan.
3.4 Kesimpulan
Sebagai rumusan kepada bab ini kita boleh simpulkan bahawa program
inkubator merupakan salah satu program pembangunan ekonomi yang ditubuhkan
untuk meningkatkan kejayaan dan perkembangan perniagaan. Untuk merealisasikan
matlamat tersebut, perniagaan yang baru dimulakan akan dilengkapi dengan
kemudahan, sumber, kelengkapan, dana dan bantuan perkhidmatan untuk membantu
mereka menempatkan diri dalam pembangunan perniagaan.
Matlamat pembangunan program inkubator diletakkan oleh sesebuah negara
adalah dengan harapan perniagaan inkubator yang dijalankan mampu bergerak sendiri
dan mempunyai kewangan yang stabil. Perniagaan yang telah tamat melalui program
107
ini disasarkan boleh mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi
tempatan dan mengkomersialkan teknologi terbaru.
Perniagaan inkubator pula adalah satu cara untuk membangunkan syarikat-
syarikat usahawan di samping membantu mereka untuk bertahan dan meningkat dari
semasa ke semasa terutama yang memerlukan bimbingan dan bantuan. Sehubungan
dengan ini juga kebanyakan negara menggunakan program ini untuk mempercepatkan
kelahiran syarikat-syarikat baru yang dapat menambah bilangan PKS di sesebuah
negara dengan lebih cepat dan secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi
sesebuah negara.
108
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan bagi
mencapai semua objektif kajian yang telah ditetapkan merangkumi rekabentuk kajian,
kerangka kajian serta kaedah penganalisaan data. Aspek yang dibincangkan termasuk
juga proses persampelan, kaedah kutipan data dan instrumen pengukuran.
Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan pendekatan kajian
secara kuantitatif yang merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis
statistik yang lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Menurut John
W. Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana
pengkaji memutuskan tentang apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus,
mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada
responden, menganalisa data tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri
dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
Dalam merekabentuk kaedah kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan
kajian non-intervensi untuk meramalkan perkaitan atau hubungan antara
pembolehubah. Kajian ini menggunakan instrumen soalselidik yang berfungsi sebagai
alat pengukur dan juga menjadi alat pengantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
Sebanyak 2,768 set borang soal selidik telah diedar kepada peserta atau responden
109
kajian dan kadar pemulangan borang ini kepada penyelidik adalah sebanyak 730 set
untuk dianalisis secara statistik.
4.2 Rekabentuk Kajian
Dalam kajian ini satu kerangka kajian telah dibangunkan bagi membantu
pengkaji menjalankan kajian dengan lebih teratur serta menunjukkan secara
keseluruhan tentang pembolehubah-pembolehubah yang telah dibentuk. Sebelum
kajian ini dijalankan pembentukan latar belakang kajian, skop dan objektif dan
pesrsoalan kajian telah dikenalpasti. Data-data yang berkaitan dengan kajian telah
dikumpulkan bagi memudahkan proses permulaan kepada kajian.
4.2.1 Rangka Kerja Penyelidikan
Rajah 4.1 di bawah menunjukkan rangka kerja penyelidikan kajian yang
dijalankan. Rekabentuk kajian ini dipecahkan kepada empat peringkat utama seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 4.1. Peringkat pertama merupakan kajian awalan yang
digunakan untuk menyampaikan keseluruhan kajian yang merangkumi latar belakang
kajian, skop kajian dan objektif, definisi istilah, skop kajian dan organisasi kajian serta
persoalan kajian. Berdasarkan ini, penetapan objektif, skop, matlamat kajian,
penyataan masalah dan rekabentuk hipotesis merupakan proses yang kedua di dalam
kajian ini.
Proses membangunkan objektif kajian berdasarkan kepada hasil maklumat
daripada kajian literatur yang telah dijalankan. Dalam proses membangunkan objektif,
skop dan matlamat kajian, pengkaji juga membuat beberapa pengumpulan maklumat
awal berkaitan fokus kajian yang akan dijalankan seperti menjalankan temubual
bersama usahawan lepasan GIATMARA serta pihak Bahagian Pembangunan
110
Usahawan MARA. Sehubungan dengan ini, maklumat yang dikumpulkan juga
menjadi sumber utama atau gambaran awal di bahagian penyataan masalah kajian.
Peringkat kedua merupakan kajian literatur atau sorotan kajian berkaitan
dengan tajuk kajian yang diselidik. Menurut Amani Dahaman (2011), kajian literatur
atau kajian sorotan merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku,
prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas atau tesis sebagai rujukan bagi
merangka sesuatu penyelidikan terbaru. Kajian literatur juga bertujuan untuk
mengenalpasti dan membangunkan pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam
sesuatu persoalan kajian.
Menurut Wiersma (1991), kajian literatur menjadi sangat penting dan berguna
kepada penyelidik kerana beberapa sebab iaitu:-
a. Memaklumkan kepada penyelidik tentang penyelidikan yang telah
dilaksanakan dalam bidang yang sedang dikaji.
b. Mendapatkan rekabentuk penyelidikan serta prosedur-prosedur metodologikal
yang boleh digunakan untuk kajian.
c. Mendapatkan pandangan tentang modifikasi yang boleh dibuat bagi
mengelakkan masalah yang tidak dijangkakan.
d. Mendapatkan latarbelakang bagi membuat interpretasi ke atas hasil kepada
kajian.
111
Rajah 4.1 Rangka Kerja Penyelidikan
Peringkat 1: Latarbelakang Kajian
Kajian Awalan
Skop Kajian
Objektif Kajian dan Persoalan Kajian
Peringkat 2: Kajian Literatur
Kajian Literatur
Faktor Kejayaan
Faktor Akses Faktor Faktor Faktor Faktor Tahap
Kepada Pemasaran Jaringan Sokongan Pendidikan &
Pembiayaan Perniagaan Kerajaan Latihan
Peringkat 3: Pembentukan Borang Soal Selidik
Pembentukan Kajian Rintis
Borang Soal
Selidik
Peringkat 4: Pengumpulan Data
Penemuan Hasil Analisis Data
Kajian dan
Keputusan Analisis
Rumusan
Pembincangan
Kesimpulan dan Cadangan
112
Berdasarkan kajian literatur yang dilakukan, terdapat lima faktor kejayaan
yang dijadikan sebagai pembolehubah utama dan untuk menguatkan lagi perletakan
pembolehubah-pembolehubah ini, penyelidik menjadikan kajian sorotan sebagai
rujukan utama dalam menyokong kepada kesemua pembolehubah yang telah dibentuk.
Peringkat ketiga merupakan pembinaan borang soal soal selidik iaitu setelah
melalui dua peringkat pembentukan kajian. Kaedah soal selidik ini boleh dikatakan
salah satu kaedah pengumpulan data paling popular dalam kajian tinjauan.
Pembentukan soalan soal selidik ini menggunakan ukuran dalam bentuk skala Likert
(1 hingga 5) bermula dengan 1 mewakili sangat tidak setuju; 2 mewakili tidak setuju;
3 mewakili kurang setuju; 4 mewakili setuju dan 5 mewakili sangat setuju.
Pembentukan soalan soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bermula
dengan bahagian A: latarbelakang responden; bahagian B: maklumat perniagaan;
bahagian C: faktor kejayaan usahawan dan bahagian D: pandangan dan cadangan.
Proses seterusnya dalam aliran kajian ini adalah perlaksanaan kajian atau
tinjauan rintis yang merupakan jenis penyelidikan yang berskala kecil sebelum kajian
sebenar dijalankan. Menurut Mohamad Najib (1999), kajian rintis yang dijalankan
bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubahsuai atau dikekalkan.
Kajian rintis ini juga dijalankan dengan tujuan untuk menguji kefahaman responden
terhadap struktur ayat dalam item soalan serta meninjau masalah yang akan timbul
sebenar kajian sebenar dijalankan. Bagi penyelidikan ini, kajian rintis dijalankan
kepada 31 usahawan mikro yang menjalankan perniagaan di sekitar negeri Kedah
dengan mengedarkan sebanyak 50 borang soal selidik. Sebanyak 31 borang soal
selidik telah dikembalikan kepada penyelidik melalui kajian rintis yang dijalankan.
113
Setelah meneliti borang soal selidik secara menyeluruh, terdapat beberapa
perubahan struktur ayat yang telah diubahsuai bagi menepati kehendak dan kefahaman
responden. Kajian sebenar telah dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik
kepada 2,768 orang usahawan di seluruh Malaysia. Semua responden ini merupakan
usahawan lepasan GIATMARA yang menjalankan perniagaan di dalam kategori
mikro dan telah melalui program khas inkubator anjuran GIATMARA. Kadar
pulangan borang soal selidik yang telah dihantar adalah sebanyak 26 peratus atau
mewakili 730 responden dari seluruh Malaysia.
Borang soal selidik yang diterima ini dijadikan sebagai data primer kajian
sebelum melalui proses analisis. Ini kerana pengkaji hanya menggunakan satu kaedah
kutipan data sahaja dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu melalui pengedaran
borang soal selidik. Proses pengumpulan data ini mengambil masa hampir empat bulan
disebabkan oleh fokus kajian ini adalah meliputi seluruh Malaysia dan tidak tertumpu
kepada sesuatu kawasan atau negeri. Ini disebabkan pengkaji ingin mendapatkan data
yang menyeluruh dari usahawan untuk dikumpul dan dianalisa secara komprehensif.
Peringkat keempat adalah penemuan hasil kajian dan rumusan kajian yang
telah dijalankan. Pada peringkat ini, penemuan kajian dijelaskan dengan lebih
terperinci bagi menjawab setiap objektif kajian yang telah ditetapkan. Data yang
diperolehi pada peringkat ini dikumpulkan dan dianalisa dengan menggunakan
perisian “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) versi 20.0. Analisa data
secara deskriptif dibuat bagi tujuan pengumpulan, penyusunan dan persembahan data
dengan melihat kepada taburan frekuansi bertujuan mengukur kecenderungan tengah
iaitu bagi mendapatkan niai min. Analisa bagi mengukur serakan juga telah dilakukan
bagi mendapatkan sisihan piawai. Jadual kekerapan dan peratusan juga digunakan bagi
114
melihat maklumat berkaitan dengan profil peribadi dan maklumat perniagaan
usahawan atau responden. Bagi mengukur hubungan antara pembolehubah, pengkaji
telah membuat analisa statistik inferensi.
Setelah melalui proses analisa secara keseluruhan, huraian penyelidikan ini
tertumpu kepada bab 8 iaitu peringkat kesimpulan dan cadangan. Hasil daripada
dapatan analisis kajian ini akan dirumuskan dan disimpulkan kepada satu keputusan
akhir kajian. Pengkaji juga akan memberi pandangan dan cadangan pada bab akhir
penulisan setelah semua hasil kajian memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
Cadangan kajian pada masa akan datang termasuklah sumbangan kajian dan limitasi
kajian akan dibincangkan pada bab akhir penulisan laporan kajian.
4.2.2 Rangka Kerja Konseptual
Rangka kerja konseptual telah dibentuk untuk menunjukkan dengan lebih jelas
hubungan antara pembolehubah dalam kajian. Merujuk kepada rajah 4.2,
menunjukkan gambaran keseluruhan hubungan antara pembolehubah yang telah
dibentuk. Bermula daripada pecahan dimensi pemberdayaan yang merangkumi sosial,
ekonomi, politik dan psikologi dan berakhir kepada lima faktor kejayaan yang telah
dibentuk di dalam kajian. Dimensi ekonomi merupakan fokus utama di dalam kajian
ini dan seterusnya akan melalui proses keusahawanan, Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) atau program inkubator sebelum melalui faktor kejayaan yang telah
dibentuk.
115
Rajah 4.2 Kerangka Konseptual Kajian
Teori
Pemberdayaan
Sosial Ekonomi Psikologi Politik
Keusahawanan
PKS/Inkubator
Faktor Kejayaan
Akses Faktor Jaringan Sokongan Tahap
Kepada Pemasaran Perniagaan Kerajaan Pendidikan
Pembiayaan & Latihan
116
4.3 Kerangka Teori
Rajah 4.3 menunjukkan kerangka teori kajian ini berdasarkan dua
pembolehubah utama yang dibentuk iaitu merangkumi pembolehubah bersandar yang
mengambilkira dua elemen utama dalam mengukur prestasi perniagaan iaitu jumlah
pekerja dan pendapatan tahunan manakala pembolehubah tidak bersandar ialah
kelima-lima faktor kejayaan yang telah ditetapkan iaitu faktor pemasaran, akses
kepada pembiayaan, tahap pendidikan dan latihan, jaringan perniagaan dan sokongan
kerajaan.
Setiap pembolehubah tidak bersandar ini dibentuk berdasarkan pengumpulan
maklumat menggunakan data sekunder iaitu melalui pembacaan jurnal-jurnal daripada
kajian-kajian lepas yang telah menjalankan kajian berdasarkan faktor-faktor kejayaan
usahawan PKS di seluruh dunia. Faktor-faktor ini juga dibentuk dengan
mengambilkira kesesuaian soalan kepada bakal responden yang akan menjawab
kepada setiap soalan ini. Perbincangan secara ringkas kepada lima faktor yang
mempengaruhi kejayaan perniagaan ini akan dihuraikan pada perenggan seterusnya.
117
Rajah 4.3 Kerangka Teori Kajian FAKTOR
KEJAYAAN
PRESTASI
PERNIAGAAN FAKTOR PEMASARAN
JUMLAH PEKERJA
PENDAPATAN AKSES KEPADA
PEMBIAYAAN
TAHUNAN
JARINGAN PERNIAGAAN
TAHAP PENDIDIKAN DAN
LATIHAN
SOKONGAN KERAJAAN
4.4 Faktor Kejayaan Usahawan Mikro
Secara umumnya Murphy, Trailer dan Hill (1996) telah mengariskan lapan
pengukuran kejayaan dari pelbagai dimensi yang berkaitan dengan prestasi usahawan
mikro iaitu kecekapan, pertumbuhan, keuntungan, saiz, kecairan, kejayaan atau
kegagalan dan pasaran saham dan manfaatnya. Menurut Cooper, et al. (1998),
Kejayaan secara umumnya juga dilihat kepada usahawan berjaya yang dulu
pemiliknya yang merupakan pengasas kepada perniagaan itu, mempunyai pendidikan
dan pengalaman yang relevan, memiliki perniagaan yang sama tetapi telah
meninggalkan perniagaan itu dan juga pengusahanya datang dari firma besar dan
mempunyai modal awal yang lebih besar. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan
bahawa taksiran kejayaan sesebuah perniagaan itu mempunyai makna dan skop yang
agak luas untuk dihuraikan. Merujuk kepada kajian yang akan dijalankan ini,
118
berdasarkan sorotan kajian pengkaji membahagikan kepada lima faktor utama
berkaitan dengan kejayaan sesebuah perniagaan mikro yang merangkumi faktor
pemasaran, akses kepada pembiayaan, tahap pendidikan dan latihan, jaringan
perniagaan dan sokongan kerajaan. Huraian secara ringkas kelima-lima faktor ini
adalah seperti berikut:-
4.4.1 Faktor Pemasaran
Faktor ini memainkan peranan yang penting di dalam dunia perniagaan kita
hari ini dan ia juga menjadi antara faktor utama kepada kejayaan sesebuah perniagaan.
Menurut Chartered Institutes of Marketing (2009), pemasaran bagi perniagaan yang
berskala kecil dan mikro hanya dilihat kepada aktiviti jualan, promosi dan pengiklanan
tetapi secara realitinya ia meliputi satu aktiviti besar dan luas yang secara tidak
langsung dijalankan oleh perniagaan ini.
Oleh kerana faktor pemasaran ini merupakan faktor yang amat luas skopnya,
maka fokus kepada pembolehubah ini akan berkisar kepada beberapa aspek iaitu
kepuasan pelanggan, lokasi perniagaan, saiz dan permintaan pasaran dan kemahiran
promosi jualan. Ini kerana beberapa aspek ini dilihat merupakan penentu kepada
kejayaan sesebuah perniagaan sekiranya ia dilaksanakan dan dijalankan secara
berterusan.
4.4.2 Akses Kepada Pembiayaan
Faktor ini secara umumnya merupakan faktor pengalak kepada perkembangan
sesebuah perniagaan. Menurut Gnyawali dan Fogel (1994), dalam kebanyakan negara
membangun dan negara-negara yang ekonominya pesat membangun, akses kepada
pembiayaan bagi perniagaan yang berstatus mikro amatlah terhad. Mereka tidak
119
mempunyai akses kepada institusi kewangan dan tidak boleh mendapat bantuan
kewangan jika mereka kekurangan pengalaman perniagaan terlebih dahulu. Di
Amerika Syarikat sebagai contoh, ketersediaan sumber kewangan merupakan
penyumbang penting kepada kelahiran organisasi baru (Pennings, 1982).
Pergantungan perniagaan kecil kepada pembiayaan merupakan perkara biasa
dan senario yang sama ini juga berlaku kepada perniagaan kecil di Eropah dan
kebanyakan negara di dunia. Satu kajian oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun 2005
menunjukkan bahawa 79 peratus daripada perniagaan kecil Eropah mendapatkan
pembiayaan daripada bank. Ini membuktikan kepentingan bank sebagai pembekal
kewangan dan pada masa yang sama memberi isyarat pergantungan perniagaan kecil
kepada bank kewangan (Suruhanjaya Eropah, 2005). Daripada huraian di atas
menunjukkan bahawa pemilihan kepada faktor ini adalah amat penting bagi melihat
betapa pentingnya faktor ini kepada kejayaan usahawan mikro.
4.4.3 Tahap Pendidikan dan Latihan
Tahap penddikan dan latihan juga memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah perniagaan yang berskala kecil dan mikro. Satu kajian
berkaitan hubungan antara tahap pendidikan dengan kejayaan usahawan yang
dijalankan oleh Meng & Liang (1996) melibatkan usahawan di Singapura mendapati
bahawa usahawan yang berjaya mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi
berbanding dengan usahawan yang tidak berjaya. Dapatan kajian ini merumuskan
bahawa 70% daripada usahawan yang berjaya datangnya dari pelajar universiti
manakala selebihnya bukan pelajar universiti.
120
Latihan keusahawanan juga merupakan faktor penting dalam kejayaan
sesebuah perniagaan yang dijalankan. Ia meliputi pelbagai kaedah dalam beberapa
tahap pendidikan yang merangkumi pendidikan daripada asas hingga ke peringkat
universiti. Kepentingan pendidikan keusahawanan dan latihan ditekankan dalam
laporan Global Education Initiative (GEI) semasa forum ekonomi dunia pada tahun
2009. Sebagai rumusan kepada petikan ini latihan keusahawanan merupakan perkara
penting dalam membentuk sikap, kemahiran dan budaya dari peringkat sekolah rendah
sehingga ke peringkat yang paling tinggi.
4.4.4 Jaringan Perniagaan
Jaringan perniagaan juga memainkan peranan yang penting dalam membuat
keputusan perniagaan contohnya dalam pelaburan dan menjalinkan usaha sama antara
dua entiti perniagaan yang melibatkan modal. Hubungan perniagaan ini mungkin
diilhamkan oleh sesebuah organisasi atau sebagai syarat kelayakan dan ada sesetengah
organisasi perniagaan menjadikan hubungan ini sebagai satu laluan utama kepada
sumber. Jalinan hubungan ini juga adalah sebagai perancangan jangka panjang
organisasi dalam mengekalkan kejayaan dan adalah amat penting bagi sesebuah firma
perniagaan memahami peranan jaringan perniagaan dalam mempengaruhi prestasi
perniagaan terutama dalam perniagaan kecil dan sederhana.
Menurut Datuk Wira SM Faisal, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA dalam
artikel khas Utusan Malaysia 23 Mac 2014, jaringan perniagaan adalah antara ciri
terpenting dalam menjalankan perniagaan. Jalinan perhubungan baik dengan kerajaan
atau agensi kerajaan memudahkan urusan, rundingan dan boleh mambantu dalam
proses kelulusan yang diperlukan. Hubungan jaringan di kalangan usahawan pula
121
dapat membantu meluaskan perniagaan dengan membuka peluang baru dan
membolehkan pertukaran idea, tunjuk ajar serta mentoring.
4.4.5 Sokongan Kerajaan
Sokongan kerajaan kepada usahawan adalah sangat penting bagi
menggalakkan pembangunan keusahawanan dan menjamin kejayaan perniagaan PKS
pada masa depan. Ia mampu menyumbang kepada keupayaan yang lebih besar
terhadap kejayaan keusahawanan. Sokongan kerajaan telah terbukti penting untuk
kejayaan usahawanan terutamanya firma kecil (Yusuf, 1995). Dalam kajian beliau
kepada 220 usahawan perniagaan kecil di rantau Pasifik Selatan telah menyenaraikan
sembilan faktor yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan kecil, tetapi faktor
paling kritikal adalah pengurusan yang baik, akses kepada pembiayaan, kualiti
peribadi dan sokongan kerajaan. Kajian tersebut bagaimanapun mendapati bahawa
bantuan kerajaan adalah paling kritikal bagi kejayaan usahawan kecil Bumiputera
berbanding bukan Bumiputera.
Penyelidik menfokuskan faktor sokongan kerajaan ini kepada beberapa aspek
iaitu kemudahan bantuan kewangan yang diberikan oleh beberapa agensi kerajaan,
kemudahan kurus dan latihan keusahawan kepada usahawan yg menjalankan
perniaaan kecil dan mikro dan kemudahan infrasktruktur seperti bengkel dan premis
kejayaan perniagaan yang berskala mikro kepada responden.
122
4.5 Responden
Jadual 4.1 menunjukkan taburan peserta program inkubator GIATMARA
mengikut tahun ia dijalankan bermula dari tahun 2011 sehingga tahun 2014 manakala
Jadual 4.2 pula menunjukkan pecahan bilangan peserta program mengikut negeri yang
menjadikan jumlah keseluruhan peserta kepada 5,437 orang.
Jadual 4.1 Pecahan Taburan Peserta Program Mengikut Tahun
Bil Tahun Program Bilangan Peratus
Dijalankan Usahawan (%)
1 2011 968 17.8
2 2012 1,727 31.8
3 2013 1,538 28.3
4 2014 1,204 22.1
Jumlah 5,437 100.0
Jadual 4.1 merupakan pecahan taburan peserta program inkubator
GIATMARA mengikut tahun yang bermula dari tahun 2011 sehingga tahun 2014
dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 5,437 orang. Pada tahun 2012, bilangan
peserta program ini adalah paling tinggi dengan jumlah peserta atau usahawan seramai
1,727 orang atau mewakili 31.8 peratus dengan diikuti oleh bilangan peserta pada
tahun 2013 iaitu seramai 1,538 orang atau mewakili 28.3 peratus. Pada tahun 2014
bilangan peserta menurun kepada 1,204 orang atau mewakili 22.1 peratus dan 968
orang peserta atau mewakili 17.8 peratus pada tahun 2011. Penambahan dan
pengurangan bilangan peserta mengikut tahun ini adalah berdasarkan kepada jumlah
peruntukkan tahunan program yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam menjayakan
program ini.
123
Jadual 4.2 Pecahan Usahawan yang Menjalankan Perniagaan Mengikut Negeri
Bil Lokasi Menjalankan Perniagaan Mengikut Bilangan Usahawan
Negeri
1 Johor 537
2 Kedah 416
3 Kelantan 379
4 Melaka 252
5 Negeri Sembilan 248
6 Pahang 382
7 Perak 471
8 Perlis 116
9 Pulau Pinang 336
10 Sabah 581
11 Sarawak 549
12 Selangor 538
13 Terengganu 333
14 W.P. Kuala Lumpur 318
Jumlah 5,437
Populasi usahawan ini secara keseluruhannya berjumlah 5,437 orang dengan
jangkamasa program selama 4 tahun dari tahun 2011 hingga ke tahun 2014. Pada
umumnya yang dijalankan mengikut negeri mempunyai sedikit perbezaan iaitu
sebagai contohnya bagi negeri-negeri seperti Terengganu dan Sarawak aktiviti
perniagaan yang dijalankan lebih kepada bidang teknikal seperti bidang kimpalan
manakala negeri-negeri seperti Kuala Lumpur dan Selangor bidang perniagaan banyak
tertumpu kepada kecantikan dan SPA.
Semakan dengan Pegawai Pembangunan Usahawan di peringkat negeri semasa
kajian ini hendak dilakukan menunjukkan bahawa hanya terdapat 2,768 maklumat
lengkap berhubung alamat dan jenis perniagaan yang dijalankan oleh bekas peserta
program inkubator GIATMARA tersebut. Sehubungan dengan ini, pengkaji
124
menghantar borang soalselidik kepada kesemua 2,768 peserta tersebut dengan
menganggap populasi berjumlah 2,768 sahaja. Mengikut pecahan Jadual 4.3, daripada
jumlah keseluruhan borang soal selidik yang dihantar, hanya 730 borang yang telah
dikembalikan sebagaimana Jadual 4.3.
Jadual 4.3 Pecahan Saiz Sampel Mengikut Negeri
Bil Negeri Populasi Peserta Peratus Bilangan Respon
Ikut Negeri (%) Yang Diterima
1 Johor 280 10.1
2 Kedah 220 7.9 91
3 Kelantan 170 6.1 90
4 Melaka 140 5.1 58
5 Negeri Sembilan 138 5.0 49
6 Pahang 217 7.8 40
7 Perak 236 8.5 22
8 Perlis 62 2.2 81
9 Pulau Pinang 172 6.2 51
10 Sabah 231 8.3 63
11 Sarawak 248 9.0 34
12 Selangor 277 10.0 67
13 Terengganu 189 6.8 40
14 W.P. Kuala Lumpur 188 6.8 27
2,768 100.0 17
Jumlah
730
Berdasarkan Jadual 4.3 di atas, jumah keseluruhan saiz populasi mengikut
negeri adalah seramai 2,768 orang usahawan yang menjalankan perniagaan di dalam
kategori mikro. Pecahan usahawan ini adalah mengikut negeri iaitu johor seramai 280,
Kedah (220), Kelantan (170), Melaka (140), Negeri Sembilan (138), Pahang (217),
Perak (236), Perlis (62), Pulau Pinang (172), Sabah (231), Sarawak (248), Selangor
(277), Terengganu (189) dan Wilayah Persekutuan adalah seramai 188.
125
Jumlah borang soal selidik lengkap yang diterima sebanyak 730 tersebut
mencukupi keperluan persempelan yang diperlukan. Krejcie dan Morgan (1970)
menetapkan apabilan saiz populasi adalah 2,800, jumlah sampel yang diperlukan
hanyalah 338. Jumlah borang yang diterima kembali melebihi jumlah sampel yang
disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970).
Berdasarkan Jadual 4.3 di atas, sampel tersebut merangkumi negeri Johor 91
responden, Kedah seramai 90 responden; Kelantan 58 responden; Melaka 49
responden; Negeri Sembilan 40 responden; Pahang 22 responden; Perak 81 responden;
Perlis 51 responden; Pulau Pinang 63 responden; Sabah seramai 34 responden;
Sarawak seramai 67 responden; Selangor seramai 40 responden; Terengganu 27
responden manakala Wilayah Persekutuan seramai 17 responden.
Kadar pulangan borang soal selidik yang telah dihantar kepada responden
adalah sebanyak 730 unit daripada keseluruhan populasi seramai 2,768 menunujukkan
bahawa kadar pulangan borang soal selidik ini adalah sebanyak 26% daripada
pengedaran keseluruhan borang. Mengikut Maznah dan Mohd Noor (2010) kadar
pulangan Borang soal selidik di Malaysia adalah sekitar 15 - 30% berdasarkan kajian-
kajian lepas. Krejcie dan Morgan (1970) menyarankan saiz sampel seramai 330 sahaja
untuk populasi seramai 3,800.
4.6 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui data primer berbentuk
soalan. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik
menjadi pilihan kebanyakan pengkaji, antaranya adalah:-
126
i. kos membina borang soal selidik yang murah dan masa yang
diperuntukkan singkat.
ii. pengkaji boleh menperolehi data atau maklumat dari jumlah responden
yang lebih ramai dan cepat.
iii. responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi
melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.
iv. soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan
ia lebih mudah untuk dianalisa.
v. kemungkinan wujud responden tiada nama, pengkaji boleh mengenal pasti
responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa
pengkaji menghantar borang soal selidiknya.
Bagi kajian ini, borang soal selidik diedarkan kepada responden melalui
Pegawai Pembangunan Usahawan di setiap negeri dan semua pegawai ini akan
mengedarkan borang ini kepada setiap Pengurus Pusat GIATMARA di setiap
Parlimen mengikut senarai nama yang ada dan memastikan ia sampai kepada
responden. Kaedah ini akan menjadi lebih mudah kerana Pusat GIATMARA berada
di setiap Parlimen seluruh Malaysia.
4.7 Instrumen Pengukuran
Borang soal selidik yang diedarkan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu
maklumat latarbelakang responden yang terletak di bahagian A, bahagian B adalah
maklumat perniagaan, bahagian C adalah faktor kejayaan dan bahagian D adalah
cadangan dan pandangan. Pecahan maklumat soalan adalah seperti berikut:-
127
Jadual 4.4 Pecahan Maklumat Borang Soal Selidik
Bahagian Kandungan Bil. Soalan
8
A Latarbelakang Responden 10
44
B Maklumat Perniagaan 1
C Faktor Kejayaan Usahawan
D Pandangan dan Cadangan
Sumber : Borang Soal Selidik Kajian
Bahagian A: Latar Belakang Responden
Bahagian A memuatkan soalan berkaitan dengan latar belakang responden.
Bahagian ini mengandungi 8 soalan berkaitan dengan demografi dan soalan asas
berkaitan responden iaitu jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik,
tahun memulakan perniagaan, negeri tempat menjalankan perniagaan, pengalaman
dalam latihan keusahawanan dan kursus kemahiran sewaktu berada di GIATMARA.
Bagi soalan nombor 1 hingga 4 responden dikehendaki menjawab soalan
berkaitan dengan demografi kerana maklumat ini adalah penting bagi pengkaji untuk
mengetahui umur semasa dan kelulusan akademik responden. Sehubungan dengan ini
juga pengkaji memfokuskan kepada soalan asas berkaitan dengan perniagaan
responden seperti tahun memulakan perniagaan dan negeri tempat berniaga.
Hubung kait antara perniagaan yang dijalankan oleh respoden dengan kursus
kemahiran serta kursus asas keusahawanan juga ditanya pada soalan nombor 5 hingga
8. Soalan ini adalah perlu bagi pengkaji kerana dalam merangka kajian ini, diandaikan
perniagaan yang telah dijalankan oleh responden berkait dengan kursus kemahiran
yang diceburi sewaktu di GIATMARA. Ini kerana ada segelintir usahawan ini
128
menceburi bidang perniagaan yang bukan dalam kategori yang sama sewaktu
mengambil kursus kemahiran di GIATMARA.
Bahagian B: Maklumat Perniagaan Responden
Bahagian B mengandungi 11 soalan yang memerlukan responden menjawab
berkaitan dengan maklumat perniagaan yang dijalankan. Soalan-soalan ini
merangkumi jenis perniagaan, bentuk premis perniagaan, status milikan premis
perniagaan, lokasi atau kawasan perniagaan, jumlah tahun menjalankan perniagaan,
umur responden semasa menjalankan perniagaan, jumlah pekerja tetap dan sambilan,
modal ketika memulakan perniagaan, sumber modal perniagaan, jualan tahunan,
sektor dan aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Soalan 1 hingga 4 memerlukan responden atau usahawan menjawab berkaitan
dengan jenis perniagaan hinggalah kepada lokasi tempat responden menjalankan
perniagaan. Maklumat bagi soalan ini adalah penting dalam mengklasifikasikan jenis
milikan perniagaan kerana bagi kategori perniagaan mikro kebanyakan milikan jenis
perniagaan adalah bertaraf syarikat enterprise. Seterusnya, maklumat tentang bentuk
premis perniagaan yang dijalankan, status milikan premis dan lokasi perniagaan juga
adalah diperlukan sebagai maklumat tambahan dalam menyokong kepada soalan
nombor 1 berkaitan dengan jenis milikan perniagaan. Ini kerana melalui direktori yang
disimpan oleh Pegawai Pembangunan Usahawan GIATMARA pada setiap negeri
menunjukkan bahawa kebanyakan responden yang menjalankan perniagaan rata-rata
berada di sekitar kawasan kampung atau pekan-pekan kecil selari dengan lokasi Pusat
latihan GIATMARA yang berada di kawasan luar bandar.
129
Responden juga dikehendaki menjawab jumlah tahun menjalankan perniagaan
dengan meletakkan empat kotak yang menkehendaki responden menjawab mengikut
minimum satu tahun dan kebawah dan maksimum sehingga empat tahun. ini kerana
peserta atau usahawan yang dilahirkan di dalam program ini bermula dari tahun 2011
hingga 2015. Sehubungan dengan ini juga dalam mendapatkan maklumat berkaitan
tahun menjalankan perniagaan, umur responden juga diambilkira pada bahagian B
iaitu umur semasa menjalankan perniagaan. Skala pengukuran bagi soalan ini adalah
pada umur minimum 20 tahun ke bawah dan maksimum pada 51 tahun ke atas.
Soalan nombor 7 pula meminta responden memberi maklum balas bilangan
pekerja yang dibahagikan kepada dua soalan iaitu pekerja tetap dan sambilan.
Sekiranya responden memberi jawapan ya, maka mereka dikehendaki meletakkan
jumlah pekerja yang dimiliki sama ada secara sambilan atau tetap. Soalan nombor 8
hingga 10 lebih berfokuskan kepada mendapatkan maklumat berkaitan dengan modal
perniagaan iaitu jumlah yang dibelanjakan sewaktu menjalankan perniagaan, sumber
modal diperolehi dan jumlah jualan tahunan yang diperolehi setahun dalam
menjalankan perniagaan.
Semua maklumat ini adalah penting dalam membuat rumusan nanti kerana
dalam menjalankan program pembangunan usahawan bagi GIATMARA, sumber
modal dan modal mula sewaktu menjalankan perniagaan adalah diperlukan ketika
memohon bajet pembiayaan setiap tahun dengan disertakan dengan data keputusan
(outcome) sebagai pengukuran kejayaan. Sektor dan aktiviti perniagaan juga
diletakkan pada soalan terakhir bahagian ini dan dikategorikan kepada empat
sektor iaitu peruncit/perdagangan, pemborong, pembuatan dan perkhidmatan. Setiap
130
sektor ini disertakan dengan aktiviti perniagaan teras yang memerlukan responden
menandakan sektor yang diceburi dan bidang aktiviti utama perniagaan mereka.
Bahagian C: Faktor Kejayaan Usahawan
Bahagian ini adalah untuk mengetahui faktor kejayaan responden yang
menjalankan perniagaan berstatus mikro. Soalan pada bahagian ini dipecahkan kepada
lima faktor utama kejayaan iaitu faktor pemasaran yang mempunyai 7 soalan, akses
kepada pembiayaan yang mempunyai 9 soalan, tahap pendidikan dan latihan yang
mempunyai 7 soalan, jaringan perniagaan yang mempunyai 12 soalan dan sokongan
kerajaan yang mempunyai 9 soalan. Jumlah keseluruhan soalan bagi lima faktor ini
adalah sebanyak 44 soalan.
Soalan pada bahagian ini menggunakan kaedah pengukuran Skala Likert dari
1 hingga 5. Angka 1 adalah sangat tidak setuju, 2: tidak setuju, 3: kurang setuju, 4:
setuju dan 5: sangat setuju. Secara keseluruhannya soalan pada setiap faktor
mengkehendaki responden yang merupakan usahawan lepasan GIATMARA yang
terlibat secara langsung dalam program khas inkubator untuk memberi maklum balas
tentang faktor kejayaan utama yang mereka lalui. Soalan menggambarkan faktor
kejayaan utama usahawan.
Merujuk kepada soalan pada faktor pemasaran, ia dipecahkan kepada beberapa
bahagian iaitu 2 soalan yang mengkehendaki responden menjawab berkaitan dengan
kesetian pelanggan. Ia bertujuan untuk mengetahui adakah responden mempunyai
pelanggan tetap dalam menjual produk dan perkhidmatannya. Lokasi juga diambilkira
dalam faktor pemasaran dan responden perlu menjawab soalan nombor 3 dan 4 untuk
mendapatkan pandangan responden berkaitan dengan kepentingan faktor lokasi di
131
dalam menjalankan perniagaan serta soalan untuk mengukur lokasi sama ada strategik
atau tidak.
Soalan nombor 5 dan 6 adalah tertumpu pada kaedah promosi yang dijalankan
oleh responden. Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana responden mengetahui
bahawa promosi jualan merupakan salah satu faktor yang penting dalam menjalankan
perniagaan. Promosi juga merupakan elemen di dalam pemasaran yang seringkali
digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan jualan. Pandangan responden juga di
soal untuk mengetahui secara keseluruhan tentang pentingnya faktor ini dalam
kejayaan sesebuah perniagaan dan ia diletakkan pada soalan yang terakhir di dalam
bahagian ini.
Akses kepada pembiayaan merupakan faktor yang kedua pada bahagian C dan
terdapat sembilan soalan. Soalan nombor satu memerlukan responden menilai sama
ada penggunaan pembiayaan sendiri adalah lebih baik berbanding dari institusi yang
memberikan pembiayaan, baik pihak swasta atau agensi kerajaan. Soalan berkaitan
dengan sejauh mana responden mempunyai maklumat pembiayaan, pilihan pakej
pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak penyedia pembiayaan dan serta sejauh mana
syarat pembiayaan boleh membebankan responden di soal pada soalan nombor 2 dan
4.
Soalan nombor 5 hingga 7 adalah untuk mendapatkan maklumat penerimaan
responden berhubung kadar faedah dan tempoh bayaran balik pembiayaan, bantuan
khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan pengurusan kewangan perniagaan.
Pandangan responden juga cuba diperoleh berkaitan kepentingan permbiayaan dalam
melebarkan perniagaan yang dijalankan. Soalan nombor 8 dan 9 adalah bagi
132