The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KKHGMHQ | TESIS 2018 | USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2czk, 2021-06-09 06:57:52

KKHGMHQ

KKHGMHQ | TESIS 2018 | USM

mendapatkan pandangan responden berkaitan kemudahan akses pembiayaan sebagai
faktor mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan pengembangan sesebuah
perniagaan. Ia juga merupakan faktor penting kepada kejayaan sesebuah perniagaan
terutama sekali perniagaan yang berskala kecil dalam kategori mikro.

Faktor yang ketiga pada bahagian C berkait dengan tahap pendidikan dan
latihan. Pada soalan nombor 1 dan 2 penyelidik membuat kenyataan bahawa terdapat
satu hubungan yang selari antara tahap pendidikan dan latihan dengan kejayaan
seseorang usahawan itu dalam merancang dan mengembangkan perniagaan. Oleh itu,
soalan nombor 3 hingga 6 adalah berkisar dengan latihan asas kemahiran dan latihan
keusahawanan yang dihadiri oleh responden semasa memasuki program inkubator
GIATMARA. Keperluan kepada soalan-soalan ini adalah untuk mendapatkan maklum
balas responden berhubung bidang perniagaan yang diceburi dengan latihan
kemahiran yang diikuti semasa mengikuti latihan di GIATMARA.

Jaringan perniagaan menjadi faktor keempat di bahagian C. Pada soalan
nombor 1 hingga 5 responden dikehendaki menjawab berkaitan hubungan jaringan
perniagaan antara rakan usahawan, pelanggan, pembekal dan pesaing. Pada aras soalan
ini penyelidik ingin mendapatkan maklumat daripada responden dan membuat
rumusan bahawa adakah terdapat hubungan yang baik antara responden sebagai
pemilik perniagaan dengan rakan usahawan, pelanggan, pembekal mahupun antara
pesaing.

Jaringan perniagaan yang baik antara beberapa pihak ini sebolehnya digunakan
oleh responden dalam mendapatkan maklumat perniagaan dan ia ditekankan pada
soalan nombor 6 hingga 9. Pada soalan nombor 10 dan 11 penyelidik menekankan

133

berkaitan antara hubungan yang baik antara semua pihak ini boleh dijadikan sebagai
rujukan dalam membuat keputusan pelaburan dan perancangan perniagaan dengan
lebih baik dan tepat.

Faktor terakhir pada bahagian ini adalah merupakan faktor sokongan kerajaan
di mana responden diminta menjawab 9 soalan yang memfokuskan kepada beberapa
aspek bantuan kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera. Soalan 1 hingga 4
adalah berkaitan dengan pakej bantuan dan khidmat nasihat yang disediakan oleh
pihak kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera dalam mengembangkan
perniagaan. Soalan nombor 5 dan 6 adalah berkaitan dengan sokongan infrastruktur
yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti premis perniagaan kepada usahawan.
Soalan nombor 7 hingga 9 adalah mengenai sokongan kerajaan dari aspek latihan
kemahiran dan keusahawanan.

Bahagian D: Cadangan dan Pandangan
Bahagian ini memerlukan responden memberi pandangan dan cadangan

berkaitan dengan faktor kejayaan yang telah disenaraikan di dalam soalan pada
bahagian D. Pandangan dan cadangan ini akan diambilkira sebagai input tambahan
kepada penyelidik dalam membuat rumusan kajian.

4.8 Kajian Rintis
Kajian rintis adalah merupakan jenis penyelidikan berskala kecil sebelum

kajian sebenar dilakukan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui sejauh
mana kesesuaian keseluruhan penggunaan intsrumen kepada responden kajian. Kajian
rintis ini juga dijalankan adalah bagi menentukan sama ada instrumen kajian dapat
memberikan dapatan data sebagaimana objektif kajian. Di samping itu, melalui kajian

134

rintis sebarang masalah pada instrumen kajian dapat dikesan dan diperbetulkan
sebelum kajian sebenar dilakukan (Mohd Hassan, 2007). Menurut Parasuraman
(1991), tinjauan atau kajian rintis merupakan satu bentu pra-kajian yang dilakukan
terhadap sebilangan responden atau individu yang berupaya menunjukkan sama ada
terdapat sebarang bentuk kekurangan atau tidak pada instrumen kajian yang dibina.

Bagi penyelidikan ini, satu kajian rintis telah dijalankan kepada 31 usahawan
mikro atau peserta porgram khas inkubator ini yang menjalankan perniagaan di sekitar
negeri Kedah. Dalam kajian ini, sebanyak 31 borang soal selidik telah diedarkan
kepada responden atau usahawan untuk melihat kefahaman mereka kepada soalan
yang dibentuk. Setelah penyelidik mendapat kembali semua borang soal selidik yang
diedarkan, data dianalisa dengan menggunakan Statistical Package for Sosial Science
(SPSS). Hasil analisa dapatan kajian rintis ini boleh dirujuk melalui Jadual 4.5 seperti
di bawah:-

Jadual 4.5 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan bagi Kajian Rintis yang Dijalankan
(n = 31)

Angkubah Cronbach’s Alpha Cronbach’s Alpha Jumlah
(n = 31) Based on Standardized Butiran
Faktor Pemasaran
Akses Kepada Pembiayaan 0.810 Item 7
Tahap Pendidikan dan Latihan 0.673 9
0.909 0.819 7
Jaringan Perniagaan 0.907 12
Sokongan Kerajaan 0.862 0.715 9

0.916

0.917

0.864

Merujuk kepada Jadual 4.5 di atas hasil daripada kajian rintis yang dijalankan,
didapati nilai pekali Cronbach Apha bagi semua pembolehubah adalah melebihi 0.6
(>0.60). Ini menunjukkan bahawa semua item bagi semua soalan bagi lima

135

pembolehubah yang dibentuk mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan
sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan. Menurut Sekaran (2000),
semakin hampir nilai pekali kepada 1, maka semakin baik instrument kajian yang
digunakan. Mohd Majid Konting (1994) turut berpendapat bahawa kajian yang
mencapai nilai alfa lebih daripada 0.6 adalah mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan item yang tinggi.

4.9 Analisa Data
Data yang dikumpulkan dianalisa secara kuantitatif mudah iaitu dengan

menggunakan perisian “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) versi 20.0.
Semua data yang dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik ini dianalisa
secara manual dengan menggunakan analisa secara kiraaan mudah berdasarkan
bilangan responden yang menjawab. Analisa data secara deskriptif dibuat bagi
pengumpulan, penyusunan dan persembahan data dengan melihat kepada taburan
frekuensi dan juga menggunakan analisa untuk mengukur kecenderungan tengah iaitu
min. Analisa bagi mengukur serakan juga telah dilakukan dengan menggunakan
kaedah pengukuran bagi mendapatkan sisihan piawai. Menurut Sekaran (2003), antara
pengukuran untuk mengukur serakan adalah dengan menggunakan analisa varians,
julat dan sisihan piawai.

Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, beberapa pengujian statistik telah
digunakan bagi tujuan untuk menganalisis data. Analisis pertama yang digunakan
adalah analisis kebolehpercayaan yang merupakan kaedah pengukuran asas untuk
mengukur aras kebolehpercayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam memastikan
data yang digunakan adalah berada pada tahap konsisten. Selain daripada
menggunakan analisis kebolehpercayaan, beberapa kaedah analisis lain digunakan

136

untuk mencapai objektif kajian seperti analisis nilai purata min dan sisihan piawai,
analisis ANOVA, analisis korelasi dan analisis regresi.
4.10 Kesimpulan

Bab ini membincangkan dengan terperinci mengenai proses metodologi kajian
yang merangkumi rekabentuk kajian, kerangka teori kajian, proses persampelan,
kaedah pengumpulan data, instrumen pengukuran dan proses menganalisis data kajian.
Semua proses ini merupakan aspek penting dalam menjalankan kajian termasuk juga
kajian rintis yang digunakan sebagai proses pengukuran awal penerimaan responden
kepada soalan-soalan soal selidik sebelum kajian dijalankan. Bab yang berikutnya
akan membincangkan analisis data bagi menjawab kepada objektif kajian yang telah
ditetapkan.

137

BAB 5
ANALISIS DESKRIPTIF
USAHAWAN MIKRO INKUBATOR GIATMARA

5.1 Pendahuluan
Huraian dalam bab ini akan tertumpu kepada analisis data yang diperolehi

daripada 730 responden yang menjalankan perniagaan mikro GIATMARA. Dapatan
daripada analisis deskriptif ini akan menjawab persoalan berkaitan ciri-ciri usahawan
mikro GIATMARA dan secara tidak langsung menghuraikan berkaitan usahawan
mikro GIATMARA. Dapatan ini juga akan dirumuskan sebagai dapatan kepada
objektif yang pertama iaitu ciri-ciri atau karakteristik usahawan mikro GIATMARA.
Perkaitan dapatan ini dengan pembolehubah lain akan dihuraikan dalam bab
berikutnya untuk melihat secara keseluruhan hubungan antara kesemua faktor
kejayaan yang telah wujud.

5.2 Profil Responden
Ringkasan latarbelakang responden seramai 730 yang terdiri daripada

usahawan ini akan dihuraikan melalui analisis profil responden. Kriteria utama yang
dihuraikan adalah melibatkan jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik
dan bidang kursus sewaktu mengikuti latihan kemahiran di GIATMARA.

5.2.1 Jantina
Mengikut pembahagian jantina, data yang diperolehi menunjukkan bahawa

sejumlah 320 orang usahawan atau 43.8 peratus adalah terdiri daripada lelaki manakala

138

410 orang usahawan atau 56.2 peratus adalah perempuan (Jadual 5.1). Majoriti jumlah
usahawan perempuan di dalam perniagaan mikro ini adalah kerana bidang perniagaan
yang dijalankan melalui program ini lebih menumpukan kepada perniagaan yang
dikategorikan “mudah jaya” seperti perniagaan jahitan pakaian, kecantikan dan SPA
yang majoritinya dipelopori oleh kaum wanita.

Jadual 5.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Frekuensi Peratus
Lelaki 320 43.8
Perempuan 410 56.2
Jumlah 730 100.0

Dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian oleh Papadaki dan Chami
(2002:3), Morrison et al. (2003), Avcikurt (2003), dan McGehee et al. (2007) yang
mendapati bahawa majoriti usahawan kecil adalah dimiliki oleh lelaki.
Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini adalah sama dengan kajian yang dijalankan
oleh Jurdana dan Dadic (2015) di Crotia yang mendapati usahawan wanita lebih ramai
berbanding usahawan lelaki. Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian yang telah
dijalankan oleh Azahari, Munauwar dan Mohd Azril (2009) terhadap usahawan mikro
di daerah Kubang Pasu yang mendapati bahawa usahawan mikro wanita adalah lebih
ramai berbanding usahawan mikro lelaki.

5.2.2 Umur
Merujuk kepada data umur usahawan (Jadual 5.2), terdapat kepelbagaian

kumpulan umur. Kumpulan umur yang paling tinggi peratusnya adalah antara 21
hingga 25 tahun iaitu sebanyak 279 orang atau 38.2 peratus, diikuti oleh umur 26
hingga 30 tahun sebanyak 145 orang atau 19.9 peratus. Umur 15 hingga 20 tahun

139

sebanyak 97 orang atau 13.3 peratus, umur melebihi 40 tahun sebanyak 91 orang atau
12.5 peratus, umur 31 hingga 35 tahun sebanyak 73 orang atau 10 peratus dan 45 orang
yang berumur 36 hingga 40 tahun atau mewakili 6.2 peratus.

Jadual 5.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur

Umur Frekuensi Peratus
15 hingga 20 tahun 97 13.2
21 hingga 25 tahun 279 38.2
26 hingga 30 tahun 145 19.9
31 hingga 35 tahun 73 10.0
36 hingga 40 tahun 45 6.2
Melebihi 40 tahun 91 12.5
Jumlah 730 100.0

Peratus umur yang tinggi pada 21 hingga 25 tahun disebabkan oleh majoriti
pengambilan pelatih GIATMARA adalah berumur antara 21 hingga 25 tahun
manakala selebihnya merupakan golongan belia yang telah lama meninggalkan alam
persekolahan. Mereka telah melalui pembelajaran di GIATMARA selama 6 bulan
hingga 3 tahun sebelum memasuki program keusahawanan GIATMARA selama 1
hingga 3 tahun.

Dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian oleh Muhamad Rafiz et al. (2016)
yang mendapati umur usahawan mikro adalah di antara 26 hingga 30 tahun. Manakala
kajian oleh Mohd Hassan (2007) pula mendapati umur usahawan mikro majoritinya
adalah antara 40 hingga 49 tahun. Walaubagaimanapun merujuk kepada kajian ini,
justifikasi umur antara 21 hingga 25 tahun merupakan majorti disebabkan oleh hampir
keseluruhan responden atau usahawan adalah lepasan sekolah menengah atau
berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Responden ini melalui pengajian

140

kemahiran di GIATMARA selama 6 bulan hingga 3 tahun dengan bekerja dalam
bidang kemahiran di syarikat luar sebelum memasuki program inkubator
GIATMARA.

5.2.3 Status Perkahwinan
Jadual 5.3 menunjukkan taburan responden atau usahawan berdasarkan status

perkahwinan. Majoriti daripada usahawan yang melalui program ini adalah berstatus
bujang yang mewakili 418 orang atau 57.3 peratus. Sebaliknya, responden yang
berstatus berkahwin adalah sebanyak 295 orang atau 40.4 peratus, ibu atau bapa
tunggal sebanyak 16 orang atau 2.2 peratus dan seorang atau 1 peratus adalah kategori
lain-lain.

Jadual 5.3 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Status Frekuensi Peratus
Bujang 418 57.3
Berkahwin 295 40.4
Ibu/Bapa Tunggal 16 2.2
Lain-Lain 1 1
Total 730 100.0

Responden yang berstatus bujang menunjukkan peratusan yang tinggi kerana
program inkubator ini perlu melalui proses pembelajaraan selama 6 bulan hingga ke 3
tahun di GIATMARA dengan majoriti responden yang mengikuti pembelajaran
kemahiran ini telah menamatkan pelajaran di peringkat SPM.

Dapatan kajian ini bercanggah dengan dapatan kajian oleh Oluwole (2014)
yang mendapati bahawa majoriti usahawan SME di Ota, Nigeria telah berkahwin
dengan majoriti sebanyak 71.2 peratus dan dapatan kajian yang dibuat oleh Muhamad

141

Asri dan Zaimah (2012) juga mendapati majoriti usahawan SME di Johor Baharu juga
bertaraf berkahwin.

Merujuk kepada dapatan kajian ini, walaupun kebanyakan kajian SME di serata
dunia mendapati majoriti pemilik syarikat adalah berstatus berkahwin namum dapatan
ini disebabkan oleh responden merupakan usahawan mikro yang telah melalui
program inkubator dengan peringkat umur antara 21 hingga 25 tahun. Pada peringkat
umur sebegini ramai di kalangan anak muda masih belum berkahwin.

5.2.4 Kelulusan Akademik
Majoriti responden mempunyai tahap pendidikan pada peringkat sekolah

menengah iaitu sebanyak 594 orang atau 81.4 peratus (Jadual 5.4). Kebanyakan
usahawan ini adalah daripada pelatih lepasan SPM sewaktu mengikuti pengajian
kemahiran di GIATMARA. 87 orang usahawan atau 11.9 peratus adalah berkelulusan
Diploma / Ijazah, 33 orang atau 4.5 peratus adalah berkelulusan lain-lain manakala 16
orang atau 2.2 peratus adalah berkelulusan setakat sekolah rendah.

Jadual 5.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik

Tahap Pendidikan Tertinggi Frekuensi Peratus
Sekolah Rendah 16 2.2
Sekolah Menengah 594 81.4
Diploma / Ijazah 87 11.9
Lain-Lain 33 4.5
Jumlah 730 100.0

Dapatan kajian ini disokong oleh Muhamad Rafiz et al. (2016) yang mendapati
majorti atau 45 peratus usahawan mikro kredit TEKUN di Sabak Bernam, Selangor
adalah terdiri daripada lepasan sekolah menengah. Dapatan kajian oleh Elizabeth

142

(2013), Pazim dan Mohd Rosli (2011) dan Moha Asri (1999) bahawa kebanyakan
usahawan yang bersaiz mikro dan kecil di kawasan luar bandar juga mempunyai
pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian oleh Muhamad Asri dan
Zaimah (2012) juga mendapati bahawa sebanyak 294 daripada 499 atau 58.8 peratus
usahawan Melayu PKS di Johor Baharu mempunyai tahap pendidikan sekolah
menengah.

Taraf pendidikan merupakan antara isu yang banyak diperbahaskan dalam
kajian berkaitan SME kerana ia dilihat mempunyai hubungan dengan prestasi
perniagaan. Menurut Nazri (2000), faktor pendidikan menjadi penting dalam
menentukan seseorang pengusaha atau usahawan itu mampu bertahan dalam
perniagaan yang dijalankan. Penyataan ini disokong juga oleh Getz dan Carlsen
(2000), yang melihat bahawa usahawan yang berpendidikan tinggi berpandangan luas,
mempunyai daya inisiatif yang tinggi, berpemikiran pantas serta sentiasa
memperkenalkan corak pengurusan yang baru.

5.2.5 Bidang Kursus di GIATMARA
Secara keseluruhannya terdapat 12 kluster pengajian kemahiran yang

ditawarkan oleh GIATMARA. Analisa ini turut dipecahkan kepada 12 kluster bagi
memudahkan penyelidik mengenalpasti bidang kursus mengikut kluster yang diikuti
oleh usahawan sewaktu mengikuti kursus di GIATMARA. Kluster yang paling tinggi
diikuti oleh usahawan ialah kluster fabrik iaitu sebanyak 329 orang atau 49.1 peratus
(Jadual 5.5). Ini disebabkan oleh perniagaan yang berasaskan fabrik dikategorikan
sebagai perniagaan “mudah jaya” di dalam program inkubator khas GIATMARA.
Kebanyakannya merupakan usahawan dari kalangan wanita.

143

Jadual 5.5 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Kursus Diikuti di GIATMARA

Bidang Kursus Frekuensi Peratus
Komputer dan Teknologi Rangkaian 41 5.6
Media Kreatif dan Percetakan 16 2.2
Elektrikal 58 7.9
Elektronik dan Mekatronik 5 0.7
Fabrik 329 45.1
Senireka Gaya Rambut dan Kosmetologi 36 4.9
Hospitaliti 15 2.1
Kulinari 50 6.8
Mekanikal 60 8.2
Pembuatan 3 0.4
Pengangkutan 104 14.2
Arkitek 13 1.8
Jumlah 730 100.0

Dapatan ini menunjukkan bahawa 104 orang usahawan atau 14.2 peratus
adalah daripada kluster Pengangkutan, 60 orang usahawan atau 8.2 peratus dari kluster
Mekanikal, 58 orang usahawan atau 7.9 peratus dari kluster Elektrikal, 50 orang
usahawan atau 6.8 peratus dari kluster Kulinari, 41 orang usahawan atau 5.6 peratus
dari kluster Komputer dan Teknologi Rangkaian, 36 orang usahawan atau 4.9 peratus
dari kluster Senireka Gaya Rambut dan Kosmetologi, 16 orang usahawan atau 2.2
peratus dari kluster Media kreatif dan Percetakan, 15 orang usahawan atau 2.1 peratus
dari kluster Hospitaliti, 13 orang usahawan atau 1.8 peratus dari kluster Arkitek, 5
orang usahawan atau 0.7 peratus dari kluster Elektronik dan Mekatronik Manakala 3
orang usahawan atau 0.4 peratus adalah dari kluster Pembuatan.

144

5.3 Profil Perniagaan
Bahagian ini akan menerangkan profil perniagaan yang dijalankan oleh

responden. Ia merangkumi jenis perniagaan, bentuk premis, status milikan, lokasi atau
kawasan perniagaan, jumlah pekerja tetap dan sambilan, modal memulakan
perniagaan, sumber modal perniagaan, jualan tahunan dan sektor dan aktiviti
perniagaan yang dijalankan.

5.3.1 Jenis Perniagaan
Status jenis perniagaan yang diperolehi menunjukkan bahawa daripada 730

orang responden 729 orang menjalankan perniagaan secara milikan tunggal manakala
hanya seorang responden di dalam kategori lain-lain. Ini menunjukkan golongan
usahawan ini masih dalam kategori menjalankan perniagaan secara kecil atau mikro.

Jadual 5.6 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Perniagaan

Jenis Perniagaan Frekuensi Peratus
Milikan Tunggal (Syarikat Enterprise) 729 99.9
Syarikat Perkongsian 0 0
Syarikat Berhad 0 0
Lain-Lain 1 1
Jumlah 730 100.0

Dapatan kajian oleh Mastura, Munira dan Norzaini (2015) juga mendapati
bahawa daripada 106 syarikat perniagaan mikro dan kecil yang didaftarkan
menunjukkan 80 syarikat atau 75.5 peratus adalah berstatus perniagaan milikan
tunggal. Kajian ini juga disokong oleh kajian Muhamad Asri dan Zaimah (2012) yang
mendapati bahawa daripada 500 responden yang terdiri daripada peniagaan kecil PKS
di Johor Baharu, sebanyak 451 syarikat atau 90.2 peratus adalah syarikat milikan
tunggal atau enterprise. Ini menunjukkan bahawa majoriti perniagaan mikro PKS

145

adalah di kalangan peniaga atau usahawan yang membuka perniagaan berstatus
perniagaan milikan tunggal atau syarikat berstatus enterprise.

5.3.2 Bentuk Premis Perniagaan
Bentuk premis perniagaan dalam kajian ini meliputi kedai tetap, perniagaan

bergerak, bengkel dan menjalankan perniagaan di rumah. Merujuk kepada Garis
Panduan Bahagian Pembangunan Usahawan GIATMARA berkaitan antara kedai tetap
dan bengkel, kedai tetap merupakan bangunan premis perniagaan yang dijalankan oleh
usahawan dalam kategori “soft trade” seperti jahitan, kecantikan, SPA dan lain-lain.
Manakala bengkel pula adalah premis perniagaan yang dijalankan oleh usahawan
dalam kategori “hard trade” seperti kimpalan, automotif, motosikal dan lain-lain.

Jadual 5.7 Taburan Responden Berdasarkan Bentuk Premis

Bentuk Premis Perniagaan Frekuensi Peratus
Kedai Tetap 232 31.8
Perniagaan Bergerak 54 7.4
Bengkel 128 17.5
Di Rumah 316 43.3
Jumlah 730 100.0

Jadual 5.7 menunjukkan sebahagian besar perniagaan yang dijalankan oleh
usahawan ini adalah di rumah iaitu seramai 316 orang usahawan atau 43.3 peratus. Ini
disebabkan usahawan-usahawan ini baru membuka perniagaan mereka dan kurang
mampu untuk menyewa premis di luar. Sehubungan dengan ini, data yang diperolehi
juga menunjukkan kebanyakan dari usahawan yang menjalankan perniagaan pada
tahun 2014 dengan bilangan usahawan yang menjalankan perniagaan di rumah
sebelum keluar membuka kedai di luar adalah seramai 257 orang atau 35.2 peratus.

146

Kebanyakan perniagaan yang dijalankan oleh usahawan ini adalah jahitan
pakaian dan kecantikan. Kategori milikan kedai tetap merangkumi 232 orang
usahawan atau 31.8 peratus, usahawan yang menjalankan perniagaan di bengkel
adalah seramai 128 orang atau 17.5 peratus manakala usahawan yang menjalankan
perniagaan secara bergerak adalah seramai 54 orang atau 7.4 peratus.

5.3.2 Status Milikan Premis
Jadual 5.8 menunjukkan bahawa status milikan premis perniagaan yang

meliputi sewa dari pihak swasta, sewa dari agensi kerajaan, milikan sendiri dan lain-
lain. Status milikan premis lebih banyak tertumpu kepada milikan sendiri iaitu
sebanyak 457 orang usahawan atau 62.6 peratus.

Jadual 5.8 Taburan Responden Berdasarkan Status Milikan Premis

Status Milikan Premis Frekuensi Peratus
Sewa Dari Swasta 142 19.5
Sewa Dari Agensi Kerajaan 97 13.3
Milikan Sendiri 457 62.6
Lain-Lain 34 4.7
Jumlah 730 100.0

Status milikan sewaan daripada pihak swasta adalah sebanyak 142 orang
usahawan atau 19.5 peratus, diikuti oleh sewaaan dari agensi kerajaan sebanyak 97
orang usahawan atau 13.3 peratus dan 34 orang usahawan yang dalam kategori lain-
lain.

5.3.3 Lokasi / Kawasan Perniagaan
Lokasi atau kawasan perniagaan merujuk kepada kawasan operasi perniagaan

yang dijalankan oleh usahawan-usahawan mikro ini. Merujuk kepada Kementerian
147

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat perbezaan antara
bandar dengan bandaraya iaitu bandar ditadbir oleh Majlis Perbandaran Negeri
manakala bandaraya pula ditadbir oleh Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya.

Jadual 5.9 Taburan Responden Berdasarkan Lokasi / Kawasan

Lokasi/Kawasan Perniagaan Frekuensi Peratus
Kampung 282 38.6
Pekan 238 32.6
Bandar 193 26.4
Bandaraya 17 2.3
Jumlah 730 100.0

Merujuk kepada data daripada Jadual 5.9, majoriti perniagaan adalah di
kawasan kampung iaitu seramai 282 orang usahawan atau mewakili 38.6 peratus. Hal
ini bersesuaian dengan matlamat awal Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang
menfokuskan kepada memajukan perniagaaan luar bandar. Usahawan yang
menjalankan perniagaan di pekan adalah seramai 238 orang atau 32.6 peratus,
manakala yang beroperasi di bandar adalah seramai 193 orang atau 26.4 peratus.
Terdapat hanya 17 orang usahawan atau 2.3 peratus menjalankan perniagaan di
bandaraya.

5.3.4 Responden yang Mempunyai Pekerja
Berdasarkan Jadual 5.10, taburan perniagaan responden atau usahawan

berdasarkan pekerja terbahagi kepada dua bahagian iaitu usahawan yang mempunyai
pekerja dan usahawan yang tidak mempunyai pekerja. Usahawan yang mempunyai
pekerja ialah seramai 333 orang atau 45.6 peratus manakala usahawan yang tidak
mempunyai pekerja adalah seramai 397 orang atau 54.4 peratus.

148

Jadual 5.10 Taburan Responden yang Mempunyai Pekerja

Pekerja Frekuensi Peratus
Mempunyai Pekerja 333 45.6
Tidak Mempunyai Pekerja 397 54.4
Jumlah 730 100.0

Daripada data ini juga jelas menunjukkan bahawa usahawan yang tidak
mempunyai pekerja lebih ramai daripada usahawan yang mempunyai pekerja. Ini
disebabkan oleh kebanyakan usahawan di dalam kategori mikro GIATMARA kurang
yakin dengan pendapatan mereka untuk menggaji pekerja kerana kemungkinan besar
disebabkan oleh pengurusan kewangan yang agak lemah.

Jadual 5.11 menunjukkan taburan usahawan berdasarkan sumber modal
perniagaan. Usahawan yang menggunakan sumber modal simpanan sendiri
menunjukkan frekuansi yang paling tinggi iaitu seramai 366 orang atau 50.1 peratus.
Ini diikuti oleh pinjaman dari agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN, AIM dan lain-
lain agensi kerajaan yang memberi pinjaman iaitu seramai 193 atau 26.4 peratus.
Pinjaman dari keluarga mewakili 143 orang atau 19.6 peratus; pinjaman dari institusi
kewangan seramai 22 orang atau 3.0 peratus; pinjaman dari kawan seramai 4 orang
atau 5 peratus manakala memperolehi sumber kewangan melalui harta warisan atau
pusaka seramai 2 orang atau mewakili 3.0 peratus.

149

Jadual 5.11 Taburan Responden Berdasarkan Sumber Modal Perniagaan

Sumber Modal Perniagaan Frekuensi Peratus
Simpanan Sendiri 366 50.1
Pinjaman dari Keluarga 143 19.6
Pinjaman dari Institusi Kewangan 22 3.0
Pinjaman dari Kawan 4 5
Harta Warisan/Pusaka 2 3
Pinjaman dari Agensi Kerajaaan (MARA,TEKUN dll) 193 26.4
Jumlah 730 100.0

Peratusan responden yang menggunakan sumber modal melalui simpanan
sendiri adalah ramai kerana perniagaan yang dijalankan berskala kecil. Tambahan pula
mereka di sokong oleh pemberiaan insentif berupa geran peralatan. Oleh yang
demikian, hasrat untuk mendapatkan pinjaman melalui agensi kerajaan atau institusi
kewangan mungkin tidak berlaku lagi.

Dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Md Mohar, et al. (2000)
yang mendapati majoriti sumber modal usahawan Bumiputera lebih bergantung
kepada agensi kerajaan berbanding dengan usahawan Cina yang kebanyakan sumber
modal daripada simpanan sendiri.

5.3.5 Taburan Responden Berdasarkan Jualan Tahunan
Jadual 5.12 menunjukkan bahawa taburan responden atau usahawan

berdasarkan jualan tahunan. Usahawan yang jualan tahunannya kurang dari
RM 50,000 adalah yang paling tinggi iaitu seramai 557 atau 76.3 peratus; jualan
tahunan RM 50,001 hingga RM 100,000 adalah seramai 151 atau 20.7 peratus; jualan
tahunan RM 100,001 hingga RM 150,000 adalah seramai 13 orang atau mewakili 1.8
peratus; jualan tahunan RM 150,000 hingga RM 200,000 adalah seramai 5 orang atau

150

7 peratus manakala jualan tahunan melebihi RM 200,001 adalah seramai 4 orang atau
5 peratus.

Jadual 5.12 Taburan Responden Berdasarkan Jualan Tahunan

Jualan Tahunan Frekuensi Peratus
Kurang dari 50,000 557 76.3
50,001 hingga 100,000 151 20.7
100,001 hingga 150,000 13 1.8
150,001 hingga 200,000 5 7
Melebihi 200,001 4 5
Jumlah 730 100.0

Jualan tahunan kurang daripada RM 50,000 adalah yang paling ramai kerana
usahawan mikro ini kebanyakannya baru memulakan perniagaan. Usahawan-
usahawan ini masih mencari pasaran untuk memasarkan produk dan perkhidmatan
mereka.

5.3.6 Taburan Responden Berdasarkan Sektor dan Aktiviti Perniagaan
Taburan responden berdasarkan sektor dan aktiviti perniagaan yang dijalankan

oleh responden merangkumi empat sektor utama iaitu peruncit atau perdagang,
pemborong, pembuatan dan perkhidmatan.

151

Jadual 5.13 Taburan Responden Berdasarkan Sektor dan Aktiviti Perniagaan

Sektor Frekuensi Peratus
Peruncit/Perdagang 32 4.4
Pemborong 23 3.2
Pembuatan 58 7.9
Perkhidmatan 617 84.5
Jumlah 23 100.0

Sektor yang banyak diceburi oleh usahawan ini adalah dalam sektor
perkhidmatan iaitu seramai 617 atau 84.5 peratus daripada keseluruhan 730 usahawan.
Manakala dalam sektor pembuatan 58 orang atau 7.9 peratus; sektor
peruncit/perdagangan 32 orang atau 4.4 peratus dan sektor pemborong 23 orang atau
3.2 peratus. Sektor perkhidmatan adalah berkait rapat dengan pembelajaran usahawan
ini di GIATMARA yang memfokuskan kepada perkhidmatan iaitu latihan kemahiran.

5.4 Analisis Tabulasi Bersilang
Analisis Tabulasi Silang merupakan salah satu analisis korelasi yang

digunakan untuk melihat hubungan antara satu pembolehubah dengan satu atau lebih
pembolehubah lain. Analisis ini juga bertujuan untuk melihat karakteristik usahawan
yang berjaya dan kejayaan usahawan ini dilihat daripada jualan tahunan perniagaan
yang dijalankan. Merujuk kepada penyelidikan ini, pengkaji menggunakan kaedah
analisis ini untuk melihat hubungan antara beberapa pembolehubah utama seperti
jualan tahunan, status milikan perniagaan dan jumlah pekerja dengan pembolehubah
yang lain seperti jantina, kelulusan akademik, modal memulakan perniagaan, sektor
perniagaan dan sumber modal yang diperolehi. Dapatan daripada analisis ini akan
dijadikan sebagai rujukan utama serta cadangan penambahbaikan dalam bab akhir

152

penyelidikan ini. Beberapa analisis tabulasi silang antara pembolehbah yang
dinyatakan adalah seperti di bawah:-

5.4.1 Status Milikan Premis Perniagaan dan Usahawan yang Memiliki Pekerja
Tetap

Usahawan yang memiliki premis perniagaan milikan sendiri adalah lebih besar
bilangan pekerja tetapnya iaitu jumlah pekerja 1 hingga 2 orang adalah seramai 102
orang, 3 hingga 4 orang seramai 28 orang manakala 5 hingga 6 orang adalah seramai
2 orang. Perkara ini disebabkan oleh kos penyewaan kedai atau bangunan dapat
digunakan untuk membayar gaji pekerja. Usahawan yang memiliki premis perniagaan
melalui sewaan dari pihak swasta adalah kedua tertinggi iaitu pekerja 1 hingga 2 orang
seramai 55 orang, 3 hingga 4 orang seramai 14 orang manakala tiada pekerja dalam
kategori 5 hingga 6 orang. Sewaan dari pihak kerajaan dengan pekerja tetap 1 hingga
2 orang adalah seramai 39 orang, 3 hingga 4 orang dengan pekerja seramai 11 orang
manakala pekerja 5 hingga 6 orang juga tiada.

Jadual 5.14 Status Milikan Premis Peniagaan dan Usahawan yang Memiliki Pekerja
Tetap

Pekerja Tetap

Status Milikan Premis 1 hingga 2 3 hingga 4 5 hingga 6 Jumlah
69
orang orang orang 50
132
Sewa dari Swasta 55 14 0 6
(21.4) (5.4) (0.0) 257

Sewa dari Agensi Kerajaan 39 11 0
(15.2) (4.3) (0.0)

Milikan Sendiri 102 28 2
(39.7) (10.9) (0.8)
Lain-lain
5 1 0
(1.9) (0.4) (0.0)

Jumlah 201 54 2

153

Daripada Jadual 5.14 ini juga jelas menunjukkan bahawa status milikan premis
perniagaan dengan pekerja 1 hingga 2 orang adalah begitu ramai dengan jumlah
pekerja seramai 201 orang daripada 257 orang pekerja keseluruhannya. Usahawan
yang menjadi responden adalah dalam ketegori usahawan yang baru memulakan
perniagaan atau boleh diklasifikasikan usahawan yang menjalankan perniagaan bawah
5 tahun.

5.4.2 Status Milikan Premis Perniagaan dan Usahawan yang Memiliki Pekerja
Sambilan

Majoriti usahawan yang memiliki premis perniagaan sendiri mempunyai
pekerja sambilan yang ramai dengan kategori pekerja 1 hingga 2 orang adalah seramai
71 orang, 3 hingga 4 orang adalah seramai 14 orang manakala 5 hingga orang seramai
2 orang. Perkara begini mungkin mempunyai sebab yang hampir sama hubungan
antara status milikan premis dengan pekerja tetap yang berstatus premis milikan
sendiri daripada jadual 5.15.

Ini diikuti oleh status premis milikan dari pihak swasta dengan bilangan pekerja
1 hingga 2 orang seramai 33 orang, 3 hingga 4 orang seramai 7 orang dan tiada pekerja
sambilan untuk bilangan pekerja 5 hingga 6 orang.

154

Jadual 5.15 Status Milikan Premis Perniagaan dan Usahawan yang Memiliki Pekerja
Sambilan

Pekerja Sambilan

Status Milikan Premis 1 hingga 2 3 hingga 4 5 hingga 6 Jumlah
40
Sewa dari Swasta orang orang orang 28
Sewa dari Agensi Kerajaan 87
Milikan Sendiri 33 7 0 8
Lain-lain (20.2) (4.3) (0.0) 163

Jumlah 18 9 1
(11.0) (5.5) (0.6)

71 14 2
(43.6) (8.6) (1.2)

800
(4.9) (0.0) (0.0)

130 30 3

Status milikan premis daripada pihak kerajaan dengan bilangan pekerja
sambilan 1 hingga 2 orang adalah seramai 18 orang, 3 hingga 4 orang dengan pekerja
seramai 9 orang dan hanya seorang pekerja dalam kategori 5 hingga 6 orang. Bilangan
pekerja 1 hingga 2 orang masih juga menunjukkan peningkatan 71 orang pekerja
daripada 130 orang pekerja secara keseluruhannya.

5.4.3 Status Milikan Premis Perniagaan dengan Jualan Tahunan Antara
RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Daripada Jadual 5.16 jelas menunjukkan bahawa usahawan yang memiliki
premis perniagaan sendiri dengan nilai jualan tahunan kurang daripada RM 50,000
adalah majoriti iaitu seramai 378 orang atau mewakili 51.8 peratus. Kelompok
usahawan yang kedua tertinggi juga daripada kategori yang memiliki nilai jualanan
tahunan kurang daripada RM 50,000 dengan status permilikan premis perniagaan
daripada pihak swasta iaitu sebanyak 90 orang atau mewakili 12.3 peratus. 70 orang
atau 9.6 peratus daripada usahawan ini adalah merupakan kelompok daripada

155

usahawan yang nilai jualan tahunannya di antara RM 50,001 hingga RM 100,000
dengan status milikan premis adalah milikan sendiri.

Jadual 5.16 Status Milikan Premis Perniagaan Dengan Jualan Tahunan Antara
RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Jualan Tahunan

Status milikan Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
Premis dari hingga hingga hingga 200,001
50,000 100,000 150,000 200,000 142
Sewa dari Swasta 2 97
90 48 2 0 (0.3) 457
Sewa dari Agensi (12.3) (6.6) (0.3) (0.0) 34
Kerajaan 1 730
Milikan Sendiri 56 32 5 3 (0.1)
Lain-Lain (7.7) (4.4) (0.7) (0.4)
1
Jumlah 378 70 6 2 (0.1)
(51.8) (9.6) (0.8) (0.3)
0
33 1 00 (0.0)
(4.5) (0.1) (0.0) (0.0)
4
557 151 13 5

Manakala 56 orang atau 7.7 peratus daripada usahawan yang memiliki jualan
tahunan kurang daripada RM 50,000 dengan status milikan premis perniagaan dengan
agensi kerajaan. Ini diikuiti oleh usahawan daripada kategori jualan tahunan antara
RM 50,001 hingga RM 100,000 dengan status milikan premis perniagaan sewaan
daripada pihak swasta yang mewakili 48 orang atau 6.6 peratus. Usahawan yang jualan
tahunannya kurang daripada RM 50,000 ribu dan mempunyai status milikan premis
perniagaan dalam kategori lain-lain adalah seramai 33 orang atau 4.5 peratus,
manakala usahawan yang mempunyai premis perniagaan milik agensi kerajaaan
dengan jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000 mewakili 32 orang atau
4.4 peratus. Selebihnya hanya seorang usahawan yang mempunyai jualan tahunan
antara RM 50,001 hingga RM RM 100,000 pada kategori lain-lain status milikan
premis perniagaan.

156

Hanya 6 orang usahawan yang mempunyai jualan tahunan antara RM 100,001
hingga RM 150,000 ribu dan mempunyai premis perniagaan milikan sendiri, 5 orang
usahawan yang berstatus premis perniagaan milikan agensi kerajaan manakala 2 orang
usahawan yang berstatus sewa dari pihak swasta. Sehubungan dengan ini, usahawan
yang jualan tahunannya antara RM 150,001 hingga RM 200,000 ribu dengan status
milikan premis sewa dari pihak kerajaan berjumlah 3 orang manakala usahawan yang
status milikan sendiri hanya 2 orang. Usahawan yang jualan tahunannya melebihi
RM 200,001 dengan berstatus milikan premis dari pihak swasta 2 orang, seorang yang
berstatus sewa dari agensi kerajaan dan juga seorang yang berstatus premis milikan
sendiri.

Majoriti responden atau usahawan yang berstatus premis perniagaan milikan
sendiri dengan jualan tahunannya kurang daripada RM 50,000 adalah kerana
kebanyakan usahawan mikro ini menjalankan perniagaan mereka di rumah. Kelompok
usahawan ini belum lagi bersedia dan berani untuk keluar mendapatkan premis luar
dalam menjalankan perniagaan mereka.

5.4.4 Usahawan yang Memiliki Pekerja Tetap Dengan Jualan Tahunan Antara
RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Responden atau usahawan yang mempunyai jualan tahunan kurang dari
RM 50,000 dengan bilangan pekerja tetap 1 hingga 2 orang mewakili 107 orang atau
41.6 peratus. Diikuti dengan usahawan yang mempunyai jualan tahunan antara
RM 50,001 hingga RM 100,000 dengan bilangan pekerja tetap antara 1 hingga 2 orang
iaitu sebanyak 91 orang atau 35.4 peratus manakala 26 orang usahawan ini di dalam
kategori jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000 dengan bilangan
pekerja tetap antara 3 hingga 4 orang. Usahawan yang mempunyai jualan tahunannya

157

kurang dari RM 50,000 dengan bilangan pekerja tetap 3 hingga 4 orang hanya
mewakili 13 orang dan usahawan yang jualan tahunannya RM 50,001 hingga
RM 100,000 dengan bilangan pekerja tetap 5 hingga 6 orang hanya mewakili 2 orang.

Jadual 5.17 Status Milikan Pekerja Tetap dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan

Pekerja Tetap Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
dari hingga hingga hingga 200,001
1 hingga 2 orang 50,000 100,000 150,000 200,000 201
3 hingga 4 orang 1 54
5 hingga 6 orang 107 91 2 0 (0.4) 2
(41.6) (35.4) (0.8) (0.0) 257
Jumlah 3
13 26 9 3 (1.2)
(5.1) (10.1) (3.5) (1.2)
0
0 2 00 (0.0)
(0.0) (0.8) (0.0) (0.0)
4
120 119 11 3

Sehubungan dengan itu juga, usahawan yang jualan tahunan antara 100,001
hingga 150,000 dengan bilangan pekerja tetap 1 hingga 2 orang mewakili 2 orang,
bilangan pekerja antara 3 hingga 4 orang mewakili 9 orang dan sifar bagi usahawan
yang mempunyai bilangan pekerja 5 hingga 6 orang. Usahawan yang mempunyai
jualan tahunan 150,001 hingga 200,000 dengan bilangan pekerja tetap 3 hingga 4
orang hanya mewakili 3 orang dan tiada usahawan bagi bilangan pekerja tetap untuk
kategori 1 hingga 2 serta 5 hingga 6 orang.

Manakala bagi usahawan yang mempunyai jualan tahunan melebihi 200,001
dengan bilangan pekerja tetap 1 hingga 2 orang hanya mewakili seorang, bilangan
pekerja 3 hingga 4 orang mewakili 3 orang dan tiada usahawan bagi kategori usahawan
yang mempunyai bilangan pekerja tetap 5 hingga 6 orang. Jumlah usahawan

158

keseluruhan bagi kategori ini adalah seramai 257 orang daripada keseluruhan
usahawan yang menjawab.

Peningkatan majoriti kepada usahawan yang mempunyai jualan tahunan
kurang dari RM 50,000 dengan bilangan pekerja tetap antara 1 hingga 2 orang adalah
kerana kelompok usahawan ini kurang mampu untuk mendapatkan pekerja tetap
berdasarkan pendapatan tahunan mereka yang kecil. Golongan usahawan ini lebih
menumpukan kepada kos-kos operasi yang lain daripada menyediakan peruntukan
kepada menggaji pekerja secara tetap dalam menjalankan perniagaan mereka.

5.4.5 Usahawan yang Memiliki Pekerja Sambilan Dengan Jualan Tahunan
Antara RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Merujuk kepada jadual 5.18 di bawah, responden atau usahawan yang
mempunyai pekerja sambilan yang paling ramai iaitu antara 1 hingga 2 orang
mempunyai jualan tahunan kurang dari RM50,000 merupakan majoriti iaitu seramai
72 orang atau mewakili 44.2 peratus. Diikuti juga usahawan dalam kategori yang sama
iaitu mempunyai pekerja sambilan 1 hingga 2 orang tetapi mempunyai jualan tahunan
antara RM 50,001 hingga RM 100,000 iaitu seramai 48 orang atau mewakili 29.4
peratus. Sehubungan dengan ini, hanya 13 orang atau 8.0 peratus usahawan yang
mempunyai pekerja sambilan 3 hingga 4 orang dengan jualan tahunan antara
RM 50,001 hingga RM 100,000 dan 12 orang atau 7.4 peratus usahawan yang
mempunyai pekerja sambilan antara 3 hingga 4 orang dengan jualan tahunan kurang
daripada RM 50,000.

159

Jadual 5.18 Status Milikan Pekerja Sambilan dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan (RM)

Pekerja Sambilan Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
dari 50,000 hingga hingga hingga 200,001
100,000 150,000 200,000 130
2 30
1 hingga 2 orang 72 48 5 3 (1.2) 3
(44.2) (29.4) (3.1) (1.8) 163
1
3 hingga 4 orang 12 13 22 (0.6)
(7.4) (8.0) (1.2) (1.2)
0
5 hingga 6 orang 0 2 10 (0.0)
(0.0) (1.2) (0.6) (0.0)
3
Jumlah 84 63 8 5

Bagi usahawan yang mempunyai pekerja sambilan antara 5 hingga 6 orang

dengan jualan tahunan kurang daripada RM 50,000, bilangan adalah sifar manakala

bagi jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000 hanya terdapat 2 orang

responden yang menjawab. Bilangan responden yang menjawab di bahagian pekerja

sambilan 1 hingga 2 orang dengan jualan tahunan RM 100,001 hingga RM 150,000

adalah 5 orang, jualan tahunan RM 150,001 hingga RM 200,000 adalah 3 orang dan

jualan tahunan melebihi RM 200,001 adalah 2 orang. Pekerja sambilan 3 hingga 4

orang dengan jualan tahunan RM 100,001 hingga RM 150,000 adalah 2 orang, jualan

tahunan RM 150,001 hingga RM 200,000 adalah 2 orang dan jualan tahunan melebihi

RM 200,001 adalah seorang. Manakala hanya seorang responden sahaja yang

menjawab bagi kategori pekerja sambilan antara 5 hingga 6 orang dengan jualan antara

RM 100,001 hingga RM 150,000 dan tiada responden yang menjawab bagi kategori

jualan tahunan RM 150,001 hingga RM 200,000 dan jualan tahunan melebihi

RM 200,001.

Peningkatan kepada jumlah pekerja sambilan dalam kategori 1 hingga 2 orang
dengan jualan tahunan kurang daripada RM 50,000 juga disebabkan oleh faktor

160

pendapatan usahawan itu sendiri kerana golongan usahawan yang menjawab kepada
kajian ini adalah kebanyakannya terdiri daripada usahawan yang baru menceburkan
diri di dalam perniagaan dan masih baru di dalam program ini iaitu antara 1 hingga 3
tahun.

5.4.6 Perbezaan Jantina Dengan Jualan Tahunan Antara RM 50,001 Hingga
Melebihi RM 200,001

Merujuk kepada Jadual 5.19 di bawah, bagi jualan tahunan kurang dari
RM 50,000 usahawan wanita melebihi usahawan lelaki dengan jumlah seramai 340
orang berbanding usahawan lelaki iaitu hanya seramai 217 orang dengan jumlah
keseluruhan gabungan jantina seramai 557 atau mewakili 76.3 peratus dari
keseluruhan responden. Perkara ini disebabkan peserta atau responden yang mengikuti
tahun 2014 iaitu seramai 257 atau mewakili 35.2 peratus. Sehubungan dengan ini, pada
tahun itu jumlah usahawan wanita melebihi lelaki disebabkan oleh pihak pengurusan
GIATMARA memutuskan untuk membuat lebihan pengambilan usahawan wanita
kerana terdapat penambahan kursus-kursus yang diceburi oleh kaum ini di dalam
GIATMARA seperti kursus jahitan dan kecantikan.

Jadual 5.19 Jantina dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan (RM)

Jantina Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
dari hingga hingga hingga 200,001 320
Lelaki 50,000 100,000 150,000 200,000 410
Perempuan 730
217 91 7 3 2
Jumlah (29.7) (12.5) (1.0) (0.4) (0.3)

340 60 6 2 2
(46.6) (8.2) (0.8) (0.3) (0.3)

557 151 13 5 4

161

Pada jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000, ia berada dalam
kategori yang kedua tertinggi mewakili jumlah responden atau usahawan yang teramai
iaitu sebanyak 151 orang dengan jumlah usahawan lelaki melebihi usahawan wanita
iaitu 91 orang manakala wanita seramai 60 orang. Jumlah keseluruhan kedua-dua
golongan ini adalah seramai 151 orang atau mewakili 20.6 peratus daripada jumlah
keseluruhan responden. Pada kategori jualan tahunan antara RM 100,001 hingga
RM 150,000, jumlah keseluruhan usahawan adalah seramai 13 orang dengan golongan
usahawan lelaki seramai 7 orang manakala wanita mewakili 6 orang. Pada jualan
tahunan ini, usahawan yang berada dalam kategori ini boleh dikatakan sebagai
usahawan yang berjaya dengan kadar pendapatan melebihi RM 10,000 sebulan.

Pada kategori jualan tahunan antara RM 150,000 hingga RM 200,000, hanya
terdapat 5 orang usahawan yang mewakili jumlah keseluruhan dengan usahawan lelaki
3 orang dan wanita seramai 2 orang. Ini disusuli pula dengan 4 orang usahawan yang
berada dalam kategori jualan tahunan melebihi RM 200,001 yang mana terdapat
keseimbangan pada kedua-dua golongan dengan masing-masing mewakili 2 orang
usahawan. Secara keseluruhannya, bilangan usahawan wanita melebihi lelaki dengan
jumlah keseluruhannya adalah seramai 410 orang manakala lelaki hanya mewakili 320
orang.

5.4.7 Kelulusan Akademik Dengan Jualan Tahunan Antara RM 50,001 Hingga
Melebihi RM 200,001

Merujuk kepada Jadual 5.20 di bawah, bagi jualan tahunan kurang dari
RM 50,000 dengan kelulusan akademik iaitu sekolah menengah menunjukkan jumlah
responden yang majoritinya adalah seramai 448 orang atau mewakili 61.4 peratus
daripada 557 orang. Perkara ini mempunyai hubung kait dengan kadar kemasukan

162

awal kepada kursus kemahiran ke GIATMARA dengan majoritinya berkelulusan
sekolah menengah atau lepasan SPM. Namun pada kelulusan akademik yang
respondennya memiliki Diploma atau ijazah berada pada tempat kedua iaitu seramai
64 orang atau mewakili 8.8 peratus. Perkara ini berlaku disebabkan oleh ramai graduan
yang memasuki pusat latihan kemahiran seperti GIATMARA adalah untuk
mendapatkan latihan kemahiran dan berhasrat ingin menjalankan perniagaan.

Jadual 5.20 Kelulusan Akademik dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan (RM)

Kelulusan Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
Akademik dari 50,000 hingga hingga hingga 200,001
150,000 200,000 16
100,000 0 594
(0.0) 87
Sekolah Rendah 14 200
(1.9) (0.3) (0.0) (0.0) 1 33
(0.1) 730
Sekolah Menengah 448 130 12 3
(61.4) (17.8) (1.6) (0.4) 3
(0.4)
Diploma /Ijazah 64 17 1 2
0
(8.8) (2.3) (0.1) (0.3) (0.0)

Lain-Lain 31 200 4
(4.2) (0.3) (0.0) (0.0)

Jumlah 557 151 13 5

Usahawan yang mempunyai kelulusan dari kategori lain-lain daripada dengan
jualan tahunan kurang dari RM 50,000 adalah seramai 31 orang atau mewakili 4.2
peratus. Manakala hanya terdapat seramai 14 orang atau mewakilik 2.5 peratus
usahawan yang mempunyai kelulusan sekolah rendah dengan nilai jualan tahunan
dalam ketegori yang sama. Bagi kategori jualan tahunan antara RM 50,001 hingga
RM 100,000, usahawan yang berkelulusan sekolah menengah menjadi majoriti iaitu
seramai 130 atau mewakili 17.8 peratus. Ia diikuti oleh usahawan yang mempunyai
kelulusan diploma atau ijazah iaitu seramai 17 orang atau mewakili 2.3 peratus.

163

Manakala hanya terdapat 2 orang usahawan yang berada di dalam dua kategori
kelulusan lain-lain dan sekolah rendah daripada 151 orang usahawan yang menjawab
dalam kategori ini.

Terdapat 13 orang yang berada di dalam kategori ini dengan 12 orang
berkelulusan sekolah menengah, seorang berkelulusan diploma atau ijazah dan tiada
usahawan yang menjawab untuk kelulusan sekolah rendah dan lain-lain kelulusan.
Secara keseluruhannya, terdapat lima orang usahawan yang berada di dalam kategori
jualan tahunan antara RM 150,001 hingga RM 200,000 dengan masing-masing 3
orang berkelulusan sekolah menengah dan 2 orang berkelulusan diploma atau ijazah
dan tiada yang menjawab bagi kedua-kedua kelulusan iaitu lain-lain dan sekolah
rendah.

Bagi jualan tahunan melebihi RM 200,001, hanya terdapat 4 orang di dalam
empat ketegori kelulusan yang disenaraikan iaitu seorang bekelulusan sekolah
menengah, 3 orang berkelulusan diploma atau ijazah manakala tiada yang menjawab
bagi yang berkelulusan lain-lain mahupun sekolah rendah. Secara kesimpulannya
boleh dirumuskan bahawa jualan tahunan dalam lima kategori kurang dari RM 50,000
hingga melebihi RM 200,001. Daripada 730 orang responden yang menjawab, secara
majoritinya adalah usahawan yang berkelulusan sekolah menengah iaitu seramai 594
orang atau mewakili 81.3 peratus dan diikuti oleh usahawan yang berkelulusan
diploma atau ijazah iaitu seramai 87 orang atau mewakili 11.9 peratus. Usahawan yang
mempunyai lain-lain kelulusan hanya 33 orang atau mewakili 4.5 peratus dan 16 orang
yang mempunyai kelulusan sekolah rendah atau mewakili 2.1 peratus.

164

Walaupun majoriti dari awal kemasukan GIATMARA adalah berkelulusan
sekolah menengah dan juga menjadi usahawan, kita tidak dapat menafikan bahawa
faktor jualan tahunan dan kelulusan akademik tertinggi juga mempengaruhi
peningkatan dalam program pewujudan keusahawanan di kalangan usahawan lepasan
GIATMARA. Menurut Meng & Liang (1996) yang menjalankan kajian kepada
usahawan di Singapura mendapati bahawa usahawan yang berjaya mempunyai tahap
pendidikan yang lebih tinggi berbanding dengan usahawan yang tidak berjaya.
Dapatan kajian ini juga merumuskan bahawa 70% daripada usahawan yang berjaya
adalah datangnya dari pelajar universiti manakala selebihnya bukan pelajar universiti.

5.4.8 Modal Memulakan Perniagaan Dengan Jualan Tahunan Antara
RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Jadual 5.21 di bawah menunjukkan jadual tabulasi bersilang antara usahawan
dalam kategori mempunyai modal memulakan perniagaan dengan jualan tahunan
antara RM 50,001 hingga melebihi RM 200,001. Bagi kategori jualan tahunan kurang
RM 50,000 dengan modal memulakan perniagaan antara RM 1,000 dan ke bawah,
terdapat 219 orang usahawan atau mewakili 30.0 peratus yang berada di dalam
kategori ini yang menjadikan ia kelompok majoriti. Usahawan yang mempunyai
modal antara RM 1,001 hingga RM 5,000 adalah seramai 217 orang atau 29.7 peratus
dan manakala terdapat seramai 102 orang usahawan yang mempunyai modal antara
RM 5,001 hingga RM 10,000 yang mewakili 14.0 peratus. terdapat 16 orang atau
mewakili 2.2 peratus yang mempunyai modal antara RM 10,001 hingga RM 50,000
dan 3 atau mewakili 0.4 peratus orang yang bermodalkan RM 50,001 dan ke atas.

Usahawan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 50,000
merupakan kelompok majoriti iaitu mewakili 557 orang atau mewakili 76.3 peratus

165

daripada 730 orang responden. Perkara ini disebabkan peserta yang terlibat di dalam
program ini secara keseluruhannya adalah terdiri daripada usahawan baru yang
memulakan perniagaan dengan diberi insentif berupa sumbangan alatan dan bahan
dalam menjalankan perniagaan. Golongan ini kalau dilihat menjurus kepada
menjawab dalam kategori modal memulakan perniagaan antara RM 1,000 hingga
RM 5,000 dan perihal ini disusuli dengan usahawan yang baru berada dalam pasaran
usahawan mikro dengan tahun memulakan perniagaan pada 2014.

Jadual 5.21 Modal Memulakan Perniagaan dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan

Modal Memulakan Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
Perniagaan dari 50,000 hingga hingga hingga 200,001
100,000 150,000 200,000 234
0 254
RM 1,000 dan ke 219 15 0 0 (0.0) 190
41
Bawah (30.0) (2.1) (0.0) (0.0) 0 11
(0.0) 730
RM 1,001 hingga 217 31 6 0
1
RM 5,000 (29.7) (4.2) (0.8) (0.0) (0.1)

RM 5,001 hingga 102 83 3 1 1
RM 10,000 (14.0) (11.4) (0.4) (0.1) (0.1)

RM 10,001 hingga 16 19 3 2 2
RM 50,000 (2.2) (0.3)
(2.6) (0.4) (0.3)
4
RM 50,001 dan ke 3 312
Atas (0.4) (0.4) (0.1) (0.3)

Jumlah 557 151 13 5

Merujuk kepada kategori jualan tahunan antara RM 50,001 hingga
RM 100,000, majoriti usahawan adalah pada yang modal memulakan perniagaan
antara RM 5,001 hingga RM 10,000 iaitu seramai 83 orang atau mewakili 11.4 peratus
di dalam kategori ini iaitu seramai 151 orang. Ia diikuti oleh usahawan yang
memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM1,001 hingga RM 5,000 iaitu
seramai 31 orang atau mewakili 4.2 peratus. Seramai 19 atau mewakili 2.6 peratus

166

orang usahawan yang memulakan perniagaan dengan modal antara RM 10,001 hingga
RM 50,000, 15 orang atau 2.1 peratus usahawan yang memulakan perniagaan dengan
bermodalkan RM 1,000 dan ke bawah dan hanya 3 orang atau mewakili 0.4 peratus
sahaja usahawan yang bermodalkan RM 50,001 dan ke atas.

Bagi kategori jualan tahunan antara RM 100,001 hingga RM 150,000, hanya
terdapat seramai 13 orang usahawan dengan majoriti memulakan perniagaan
bermodalkan antara RM 1,001 hingga RM 5,000 iaitu seramai 6 orang, manakala 3
orang usahawan bagi setiap kategori yang bermodalkan perniagaan antara RM 5,001
hingga RM 50,000, seorang dalam kategori memulakan perniagaan dengan
bermodalkan RM 50,001 dan ke atas dan tiada dalam kategori bermodalkan RM 1,000
da ke bawah.

Sehubungan dengan ini juga, semakin mengecil jumlah usahawan yang di
dalam kategori jualan tahunan antara RM 150,001 hingga RM 200,000 iaitu hanya
seramai 5 orang. Usahawan dalam kategori modal memulakan perniagaan RM 5,001
hingga RM 10,000 hanyalah seorang, modal antara RM 10,001 hingga RM 50,000
mewakili 2 orang, modal antara RM 50,001 dan ke atas mewakili 2 orang manakala
tiada usahawan di dalam kategori modal antara RM 1,000 hingga RM 5,000. Perkara
ini juga hampir sama dengan kategori jualan tahunan melebihi RM 200,001 yang
hanya terdapat 4 orang usahawan iaitu masing-mamsing mempunyai seorang
usahawan yang bermodalkan antara RM 5,001 hingga RM 10,000 dan RM 10,001
hingga RM 50,000 dan 2 orang usahawan bermodalkan RM 50,001 dan ke atas.
Daripada keseluruhan jadual tabulasi bersilang ini (Jadual 5.21) dapat dibuat rumusan
bahawa majoriti usahawan hanya tertumpu kepada jualan tahunan dari RM 50,000
sehingga RM 100,000 dengan bermodalkan perniagaan sekitar RM 1,000 hingga

167

10,000 dengan jumlah keseluruhan usahawan seramai 687 orang atau mewakili 92.8
peratus. Perkara ini disebabkan oleh golongan usahawan ini masih berada di dalam
kategori usahawan baru dan masih belum boleh melonjak pendapatan perniagaan
dalam skala yang besar.

5.4.9 Sektor Perniagaan Dengan Jualan Tahunan antara RM 50,001 Antara
RM 50,001 Hingga Melebihi RM 200,001

Merujuk kepada Jadual 5.22, di antara sektor pernigaan yang diceburi oleh
usahawan dan jualan tahunan antara RM 50,001 hingga melebihi RM 200,001 yang
secara gambaran kasarnya menunjukkan bahawa sektor utama yang diceburi oleh
usahawan adalah perkhidmatan. Bagi jualan tahunan kurang dari RM 50,000, sektor
perniagaan tertinggi yang diceburi oleh usahawan adalah di dalam sektor
perkhidmatan iaitu seramai 486 orang atau mewakili 87.2 peratus daripada
keseluruhan usahawan di dalam kategori ini iaitu seramai 557 orang. Ini diikuti oleh
sektor pembuatan iaitu seramai 35 orang atau mewakili 6.2 peratus, sektor peruncit
atau perdagangan seramai 20 orang atau mewakili 3.5 peratus dan akhir sekali sektor
pemborong yang hanya seramai 16 orang atau mewakili 2.8 peratus.

168

Jadual 5.22 Sektor Perniagaan dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan

Sektor Perniagaam Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
dari hingga hingga hingga 200,001
Peruncit/Perdagangan 50,000 100,000 150,000 200,000 32
Pemborong 1 23
Pembuatan 20 821 (0.1) 59
Perkhidmatan (2.7) (1.1) (0.3) (0.1) 616
1 730
Jumlah 16 600 (0.1)
(2.2) (0.8) (0.0) (0.0)
0
35 20 3 1 (0.0)
(4.8)
(2.7) (0.4) (0.1) 2
486 (0.3)
(66.6) 117 8 3
(16.0) (1.1) (0.4) 4
557
151 13 5

Peningkatan di dalam sektor perkhidmatan adalah selari dengan bidang kursus
yang ditawarkan oleh pihak GIATMARA iaitu kemahiran yang secara tak
langsungnya akan lahir usahawan di dalam bidang teknikal seperti automotif, elektrik,
SPA, jahitan dan bidang-bidang yang berkaitan. Bidang-bidang kemahiran ini akan
melahirkan usahawan teknikal yang menawarkan perkhidmatan yang berbentuk servis
kepada pelanggannya.

Peningkatan kepada jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000
pula jelas menunjukkan bahawa majoriti sektor perniagaan daripada sektor
perkhidmatan iaitu seramai 117 atau mewakili 77.4 peratus daripada jumlah
keseluruhan usahawan di dalam kategori ini iaitu seramai 151 orang. Seterusnya sektor
pembuatan iaitu seramai 20 orang atau mewakili 13.2 peratus, sektor peruncit atau
perdagangan seramai 8 orang atau mewakili 5.2 peratus dan sektor pemborong seramai
6 orang atau mewakili 3.9 peratus. Secara keseluruhannya, hanya 13 orang usahawan
yang menunjukkan jualan tahunan mereka antara RM 100,001 hingga RM 150,000

169

dalam pelbagai sektor perniagaan iaitu perkhidmatan seramai 8 orang, pembuatan
seramai 3 orang dan peruncit atau perdagangan seramai 2 orang dan manakala tiada
usahawan d dalam sektor pemborong.

Bagi nilai jualan tahunan antara RM 150,001 hingga RM 200,000 hanya
terdapat 5 orang usahawan sahaja yang menjawab iaitu 3 orang dari sektor
perkhidmatan, seorang masing-masing di dalam sektor pembuatan dan peruncit atau
perdagangan. Penurunan kepada 4 orang usahawan bagi jualan tahunan melebihi
RM 200,001 dengan 2 orang usahawan di dalam sektor perkhidmatan, seorang
usahawan yang masing-masing di dalam sektor peruncit atau perdagangan serta
pemborong. Boleh dirumuskan bahawa sektor perniagaan yang tertinggi dengan nilai
jualan tahunan yang kurang daripada RM 50,000 hingga RM 100,000 adalah
perkhidmatan dan usahawan teknikal ini masih dianggap usahawan baru menjalankan
perniagaan di dalam bidang kemahiran yang ditawarkan oleh pihak GIATMARA.

5.4.10 Sumber Modal Perniagaan Dengan Jualan Tahunan Antara RM 50,001
Hingga Melebihi RM 200,001

Modal perniagaan usahawan dengan jualan tahunan usahawan antara
RM 50,001 hingga melebihi RM 200,001. Sumber modal perniagaan dipecahkan
kepada 6 penyataan iaitu simpanan sendiri, pinjaman dari keluarga, pinjaman dari
institusi kewangan, pinjaman dari kawan, sumber dari harta pusaka/warisan dan
pinjaman dari agensi kerajaan. Bagi kategori simpanan sendiri, jelas menunjukkan
bahawa usahawan yang mempunyai jualan tahunan kurang dari RM 50,000 adalah
tertinggi iaitu seramai 314 atau mewakili 85.7 peratus daripada jumlah keseluruhan
iaitu seramai 366 orang. Jualan antara RM 50,001 hingga RM 100,000 seramai 43
orang atau mewakili 11.7 peratus; jualan antara RM 100,001 hingga RM 150,001

170

adalah seramai 5 orang atau 1.3 peratus; jualan antara RM 150,001 hingga
RM 200,000 adalah seramai seorang atau mewakili 0.2 peratus dan dengan jualan
melebihi RM 200,001 adalah seramai 3 orang atau mewakili 0.8 peratus.

Jadual 5.23 Sumber Modal Perniagaan dan Jualan Tahunan Usahawan

Jualan Tahunan

Sumber Modal Kurang 50,001 100,001 150,001 Melebihi Jumlah
Perniagaan dari hingga hingga hingga 200,001
50,000 100,000 150,000 200,000 366
Simpanan Sendiri 3 143
314 43 5 1 (0.4) 22
Pinjaman dari (43.0) (5.9) (0.7) (0.1) 4
Keluarga 107 0 2
(14.7) 32 3 1 (0.0) 193
Pinjaman dari (4.4) (0.4) (0.1) 730
Institusi Kewangan 13 1
(1.8) 7 10 (0.1)
Pinjaman dari (1.0) (0.1) (0.0)
Kawan 2 0
(0.3) 2 00 (0.0)
Harta (0.3) (0.0) (0.0)
Warisan/Pusaka 1 0
Pinjaman dari (0.1) 1 00 (0.0)
Agensi Kerajaaan (0.1) (0.0) (0.0)
(MARA,Tekun dll) 120
(16.4) 66 4 3 0
Jumlah (9.0) (0.5) (0.4) (0.0)
557
151 13 5 4

Jumlah usahawan yang membuat pinjaman dari keluarga dengan jualan
tahunan kurang dari RM 50,000 juga adalah yang tertinggi iaitu seramai 107 orang
atau mewakili 74.8 peratus daripada 143 orang. Seramai 32 orang atau mewakili 22.3
peratus usahawan yang jualan tahunannya antara RM 50,001 hingga RM 100,000; 3
orang usahawan atau mewakili 2 peratus yang jualan tahunan antara RM 100,001
hingga RM 150,000; seorang usahawan atau 0.6 peratus yang jualan tahunannya antara
RM 150,001 hingga RM 200,000.

Pinjaman dari institusi kewangan juga menunjukkan jumlah usahawan yang
begitu rendah iaitu seramai 22 orang dengan 13 orang untuk jualan kurang dari

171

RM 50,000 setahun; 7 orang bagi jualan antara RM 50,001 hingga RM 100,000;
seorang yang jualan tahunannya RM 100,001 hingga RM 150,000 dan jualan melebihi
RM 200,001. Ini jelas menunjukkan bahawa usahawan-usahawan belum cukup
bersedia untuk membuat pembiayaan daripada institusi kewangan kerana golongan ini
masih dalam kategori baru dan memerlukan rekod yang baik dalam perniagaan
sekiranya mereka bersedia untuk membuat pinjaman.

Jadual ini jelas menunjukkan bahawa selain menjadikan sumber modal
perniagaan dari simpanan sendiri, usahawan ini masih gemar menumpukan kepada
pembiayaan dari agensi kerajaan seperti pihak MARA yang secara langsung menjadi
alternatif kepada usahawan dalam membuat pembiayaan. Seramai 193 orang
usahawan yang berada di dalam kategori ini dengan 120 orang atau mewakili 62.1
peratus dengan jualan tahunan kurang RM 50,000, 66 orang atau mewakili 34.1
peratus dengan jualan tahunan antara RM 50,001 hingga RM 100,000; 4 orang atau
mewakili 2 peratus dengan jualan antara RM 100,001 hingga RM 150,000 dan 3 orang
atau mewakili 1.5 peratus usahawan dengan jualan tahunan antara RM 150,001 hingga
RM 200,000.

Melalui sumber modal pinjaman dari kawan dan mewarisi harta pusaka atau
warisan hanya masing-masing dengan jumlah 6 orang usahawan yang berada dalam
kategori ini dengan 4 orang usahawan yang membuat pinjaman dari kawan dan 2 orang
usahawan yang mendapatkan sumber modal melalui harta warisan dan pusaka. Untuk
jualan tahunan kurang dari RM 50,000, 2 orang usahawan yang membuat pinjaman
dari kawan manakala seorang melalui harta warisan atau pusaka. Data yang sama
kepada usahawan yang jualan tahunan antara RM 50,001hingga RM 100,000 dengan

172

2 orang membuat pinjaman dari kawan dan seorang bersumber modal dari harta
warisan atau pusaka.

5.5 Kesimpulan
Berdasarkan analisis deskriptif usahawan mikro inkubator GIATMARA,

terdapat beberapa ciri-ciri atau karakteristik yang boleh dirumuskan melalui dapatan
kajian ini. Pertama, taburan responden atau usahawan berdasarkan umur yang paling
ramai yang mengikuti program ini adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Golongan usahawan ini akan melalui latihan kemahiran di GIATMARA yang secara
puratanya sehingga tempoh 6 hingga 24 bulan sebelum mengikuti program inkubator
GIATMARA. Terdapat juga usahawan yang keluar bekerja bagi mendapatkan
pengalaman sementara menunggu ditawarkan dengan program inkubator ini. Merujuk
kepada Jadual 5.3, taburan responden berdasarkan status perkahwinan, majoriti
usahawan yang melalui program ini adalah berstatus bujang atau belum berkahwin.

Berdasarkan kelulusan akademik, peratus kelulusan akademik yang tertinggi
iaitu hampir melebihi 80 peratus daripada bilangan responden adalah berada pada
peringkat sekolah menengah dan peratus selebihnya melalui aliran pengajian di
peringkat diploma, ijazah dan sebagainya. Golongan ini kebanyakan akan mengikuti
pengajian kemahiran di GIATMARA setelah tamat tingkatan lima di sekolah
menengah bantuan kerajaan.

Berdasarkan taburan responden yang mengikuti bidang kursus kemahiran
mengikut kluster, bidang-bidang yang menjadi tumpuan dalam program ini adalah
kluster perniagaan berlandaskan fabrik dengan peratusan sebanyak 45 peratus, diikuti
kluster Pengangkutan yang menyumbang 14 peratus dan kluster Mekanikal melebihi

173

8 peratus. Bidang-bidang kluster ini boleh dikategorikan sebagai bidang kemahiran
yang boleh dibentuk untuk menjadi usahawan ”mudahjaya”.

Berdasarkan jenis perniagaan yang dimiliki oleh usahawan ini boleh dikatakan
secara keseluruhannya adalah jenis perniagaan milikan tunggal dengan peratusan
sebanyak 99.9 peratus manakala hanya sebuah syarikat dimiliki oleh usahawan ini
dalam kategori syarikat sendirian berhad. Bentuk perniagaan yang paling tinggi adalah
perniagaan yang dijalankan di rumah dengan peratusan sebanyak 43.3 peratus dan
diikuti oleh perniagaan yang dijalankan dalam kedai tetap.

Taburan perniagaan usahawan ini berdasarkan status milikan premis pula
menunjukkan bahawa usahawan ini berstatus milikan sendiri yang pada dasarnya
mempunyai hubung kait dengan perniagaan yang dijalankan di rumah. Sebanyak 457
daripada 730 responden ini menjalankan perniagaan berstatus milikan sendiri atau
mewakili 62.6 peratus. Merujuk kepada hasil kajian kepada lokasi atau kawasan
perniagaan pula, kebanyakan usahawan mikro GIATMARA ini masih menjalankan
perniagaan mereka di kawasan kampung dengan majoritinya sebanyak 282 syarikat
atau mewakili 38.6 peratus. Ini kerana usahawan yang dilahirkan merupakan usahawan
yang pada peringkat awalnya adalah pelajar yang mengikuti latihan kemahiran di
GIATMARA yang berada di sekitar Parlimen di mana pusat GIATMARA beroperasi.

Daripada 730 usahawan yang menjadi responden dalam kajian ini, seramai 397
orang atau mewakili 54.4 peratus mampu menggaji pekerja sama ada pekerja tetap
atau sambilan dalam menjalankan operasi perniagaan. Manakala berdasarkan hasil
kajian terhadap sumber modal perniagaan pula, kebanyakan usahawan ini menyatakan
modal yang diperolehi mereka datang daripada simpanan sendiri dengan majoritinya

174

sebanyak 366 orang atau mewakili 50.1 peratus. Sehubungan dengan ini, melalui
program khas inkubator GIATMARA peserta telah dibekalkan dengan peralatan asas
dalam menjalankan operasi perniagaan mereka dan usahawan hanya memerlukan
sumber modal yang minimum dalam membuat pembelian bahan asas perniagaan serta
modal permulaan.

Merujuk kepada dapatan kajian yang berkaitan dengan jualan tahunan, majoriti
usahawan ini mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 50,000 dengan jumlah
responden seramai 557 orang atau mewakili 76.3 peratus. Berdasarkan kepada taburan
perniagaan responden atau usahawan ini mengikut sektor dan aktiviti perniagaan,
sebanyak 617 syarikat usahawan ini menjalankan perniagaan mereka.

Merujuk kepada dapatan analisis tabulasi bersilang, beberapa karakteristik
usahawan mikro GIATMARA ini boleh dijadikan sebagai informasi tambahan dalam
kajian. Sebagai contohnya usahawan yang memiliki premis perniagaan sendiri dengan
mempunyai pekerja tetap antara seorang hingga 6 orang pekerja adalah seramai 132
orang atau mewakili 51 peratus daripada keseluruhan usahawan. Manakala usahawan
yang memiliki premis perniagaan sendiri dengan nilai jualan tahunan kurang daripada
RM 50,000 juga adalah majoriti iaitu seramai 378 orang atau mewakili 51.7 peratus.

Sehubungan dengan ini, usahawan mengikut jantina dengan jualan tahunan
kurang dari RM 50,000, usahawan wanita melebihi usahawan lelaki dengan jumlah
seramai 340 orang berbanding usahawan lelaki iaitu hanya seramai 217 orang dengan
jumlah keseluruhan seramai 557 atau mewakili 76.3 peratus dari keseluruhan
responden. Bagi jualan tahunan kurang dari RM 50,000 dengan kelulusan akademik

175

sekolah menengah menunjukkan jumlah responden seramai 448 orang atau mewakili
80.4 peratus daripada 557 orang.

Bagi kategori jualan tahunan kurang RM 50,000 dengan modal memulakan
perniagaan antara RM 1,000 dan ke bawah, terdapat 219 orang usahawan atau
mewakili 39.3 peratus yang berada di dalam kategori ini yang menjadikan ia kelompok
majoriti. Bagi jualan tahunan kurang dari RM 50,000, sektor perniagaan tertinggi yang
diceburi oleh usahawan adalah di dalam sektor perkhidmatan iaitu seramai 486 orang
atau mewakili 87.2 peratus daripada keseluruhan usahawan di dalam kategori ini iaitu
seramai 557 orang. Bagi kategori modal perniagaan usahawan dengan jualan tahunan
usahawan antara RM 50,001 hingga melebihi RM 200,001 jelas menunjukkan bahawa
kategori simpanan sendiri dengan jualan tahunan kurang dari RM 50,000 adalah
tertinggi iaitu seramai 314 atau mewakili 85.7 peratus daripada jumlah keseluruhan
iaitu seramai 366 orang.

176

BAB 6
ANALISIS FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN

6.1 Analisis Faktor Kejayaan Usahawan Mikro Inkubator GIATMARA
Dapatan hasil analisis daripada Bab 5 telah menjawab kepada persoalan

objektif kajian yang pertama. Bab ini akan merumuskan secara terperinci berkaitan
persoalan pada objektif yang kedua kajian iaitu untuk mengenalpasti faktor kejayaan
paling signifikan menyumbang kepada perniagaan mikro yang telah dijalankan oleh
usahawan mikro GIATMARA. Dalam membincangkan secara terperinci berkaitan
dapatan yang diperolehi, beberapa analisis telah dijalankan di dalam bab ini iaitu
merangkumi analisis kebolehpercayaan, analisis korelasi dan analisis regreasi terhadap
faktor-faktor kejayaan yang telah ditetapkan.

6.1.1 Analisis Kebolehpercayaan
Ujian kebolehpercayaan dilakukan semula ke atas semua faktor kejayaan yang

telah dibentuk. Ujian ini bertujuan untuk menguji kembali kestabilan serta konsistensi
dalaman sesuatu alat pengukuran dan dapat menunjukkan kesahan bagi sesuatu
pengukuran. Merujuk kepada Chua (2014), kebolehpercayaan dalam sesuatu
penyelidikan merujuk kepada keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang
serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Ini membawa maksud bahawa jika
pengukuran pada kali yang kedua (ketiga dan seterusnya) memberi nilai yang serupa,
maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

177

Dalam analisis ini, nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha digunakan
sebagai alat pengukur. Nilai Cronbach’s alpha yang melebihi 0.60 seringkali diguna
pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majib, 1990). Bagi
Sekaran (1992), nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap
rendah dan tidak boleh diterima, nilai alpha antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima
manakala alpha yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Jadual 6.1 merupakan
analisis kebolehpercayaan berdasarkan faktor kejayaan usahawan dengan nilai
keseluruhan pekali Cronbach’s alpha bagi kesemua faktor adalah 0.761. Ini
menunjukkan nilai kebolehpercayaan berada pada skala memuaskan iaitu berada di
antara nilai 0.65 hingga 0.79 seperti yang dinyatakan oleh Chua (2014:133).

Jadual 6.1 Analisis Kebolehpercayaan Faktor Kejayaan Usahawan

Bil. Faktor Bil. Item Cronbach’s
Alpha
1 Faktor Pemasaran 7 0.738
2 Akses Kepada Pembiayaan 9 0.666
3 Tahap Pendidikan dan Latihan 7 0.764
4 Jaringan Perniagaan 12 0.808
5 Sokongan Kerajaan 9 0.829
Jumlah Keseluruhan Nilai Cronbach’s alpha 44
0.761

Nilai pekali Cronbach’s alpha bagi setiap faktor kejayaan ini adalah seperti
berikut iaitu faktor pemasaran dengan nilai pekali Cronbach’s alpha 0.738, faktor
akses kepada pembiayaan dengan nilai Cronbach’s alpha 0.666, faktor tahap
pendidikan dan latihan dengan nilai Cronbach’s alpha 0.764, faktor jaringan
perniagaan dengan nilai Cronbach’s alpha 0.808 dan faktor sokongan kerajaan dengan
nilai Cronbach’s alpha 0.829. Secara keseluruhannya, kesemua faktor ini berada pada
skala kesahan yang memuaskan (0.65 hingga 0.79) dengan dua faktor kejayaan iaitu

178

jaringan perniagaan dan sokongan kerajaan berada pada skala kesahan yang tinggi dan
memuaskan (0.80 hingga 0.95). Merujuk kepada Sekaran (1992) pula, dapatan kajian
bagi ujian kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach’s alpha antara 0.60 hingga 0.80
adalah diterima manakala nilai Cronbach’s alpha yang melebihi 0.80 adalah dianggap
baik dan boleh digunakan untuk analisis seterusnya.

6.1.2 Analisis Korelasi Antara Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan
Jadual 6.2 menunjukkan korelasi antara faktor-faktor kejayaan usahawan

mikro inkubator GIATMARA. Analisis korelasi dijalankan untuk mengukur darjah
atau kekuatan hubungan secara linear antara dua pembolehubah dengan melihat
kepada pekali korelasi (nilai r) (Chua, 2014: 238). Nilai pekali korelasi r mempunyai
sela antara +1.00 dan -1.00. Jika nilai r menghampiri +1, ia menunjukkan hubungan
positif yang kuat, manakala jika nilai r menghampiri -1, ia menunjukkan wujud
hubungan yang negatif yang kuat antara pembolehubah. Nilai r bersamaan dengan
sifar pula menunjukkan tidak wujud hubungan linear antara pembolehubah (Chua,
2014:241).

Nilai  pula akan melaporkan hubungan signifikan antara pembolehubah.
Apabila nilai  kurang daripada asas signifikan  <  (aras signifikan 0.05, 0.01,
0.005, 0.001) maka hasil kajian adalah signifikan. Dalam kajian ini, analisis korelasi
dilakukan untuk menilai kekuatan hubungan antara setiap pembolehubah faktor
kejayaan iaitu “Faktor Pemasaran”, “Akses kepada Pembiayaan”, “Tahap Pendidikan
dan Latihan”, “Jaringan Perniagaan” dan “Sokongan Kerajaan”.

179

Aras kekuatan hubungan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada nilai
pekali korelasi r seperti yang dinyatakan dalam jadual Aras Kekuatan Pekali Korelasi
oleh Chua (2014:241).

Jadual 6.2 menunjukkan korelasi faktor-faktor kejayaan usahawan mikro
Inkubator GIATMARA. Hasil analisis mendapati wujud kekuatan kolerasi positif
yang sederhana antara “faktor akses kepada pembiayaan” dengan “faktor pemasaran”
(r = 0.511, sig.  < 0.01).

Jadual 6.2 Analisis Korelasi Faktor-Faktor Kejayaan

Faktor PN AP PL JP SK

Pearson Correlation 1 1 1 1 1
PN .000 .000 .000 .000 .000
.399** .462** .525**
Sig. (1-hujung) .000 .000 .000
.468** .464**
Pearson Correlation .511** .000 .000
AP .000 .513**
.000
Sig. (1- hujung)

Pearson Correlation .362**
PL .000

Sig. (1- hujung)

Pearson Correlation .546**
JP .000

Sig. (1- hujung)

Pearson Correlation .433**
SK .000

Sig. (1- hujung)

Nota: **Signifikan pada  = 0.01 (1- hujung).

PN - Faktor Pemasaran
AP - Faktor Akses Kepada Pembiayaan
PL - Faktor Pendidikan dan Latihan
JP - Faktor Jaringan Perniagaan
SK - Faktor Sokongan Kerajaan

Manakala Korelasi antara “pendidikan dan latihan” dengan “faktor pemasaran”
menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang lemah (r = 0.362, sig.  < 0.01).
Korelasi antara “jaringan perniagaan” dengan faktor pemasaran” menunjukkan wujud

180

kekuatan korelasi positif yang sederhana (r = 0.546, sig.  < 0.01) manakala korelasi
antara “sokongan kerajaan” dengan “faktor pemasaran” menunjukkan wujud kekuatan
korelasi positif yang lemah (r = 0.433, sig.  < 0.01).

Korelasi antara “pendidikan dan latihan” dengan “akses kepada pembiayaan”
pula menunjukkan kekuatan korelasi positif yang lemah (r = 0.399, sig.  < 0.01)
manakala korelasi antara “jaringan perniagaan” dengan “akses kepada pembiayaan”
juga menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang lemah (r = 0.468, sig.
 < 0.01). Korelasi antara “sokongan kerajaan” dengan “akses kepada pembiayaan”
menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang sederhana (r = 0.513, sig.
 < 0.01).

Hubungan korelasi antara “jaringan perniagaan” dengan “pendidikan dan
latihan” menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang lemah (r = 0.462, sig.
 < 0.01) manakala korelasi antara “sokongan kerajaan” dengan “pendidikan dan
latihan” menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang juga lemah (r = 0.4641,
sig.  < 0.01). Korelasi antara “sokongan kerajaan” dengan “jaringan perniagaan”
pula menunjukkan wujud kekuatan korelasi positif yang sederhana (r = 0.525, sig.
 < 0.01).

Hasil analisis mendapati majoriti daripada faktor-faktor kejayaan usahawan
iaitu “faktor pemasaran”, “akses kepada pembiayaan”, “tahap pendidikan dan latihan”,
“jaringan perniagaan” dan “sokongan kerajaan” mempunyai hubungan korelasi yang
signifikan pada aras 0.01 ( = 0.00, sig.  < 0.01, 1 hujung). Semua faktor yang telah
dianalisis ini juga mempunyai kekuatan hubungan yang positif dengan menunjukkan

181

peningkatan ke atas “faktor pemasaran”, akses kepada pembiayaan”, tahap pendidikan
dan latihan”, “jaringan perniagaan” dan “sokongan kerajaan” menyumbang kepada
kejayaan usahawan mikro inkubator GIATMARA.

6.1.3 Analisis Regresi Terhadap Faktor Kejayaan Usahawan
Analisis regresi merupakan satu kaedah statistik yang digunakan bagi

menganalisis hubungan antara satu pembolehubah bersandar dengan satu set
pembolehubah bebas (Chua, 2014: 253). Ia merupakan satu teknik statistik untuk
menentukan hubungan linear antara dua atau lebih pembolehubah bebas (Y) dan
pembolehubah bersandar (X) dan digunakan terutamanya untuk membuat ramalan dan
kesimpulan sebab dan akibat (Dan and Sherlock, 2008).

Oleh kerana penyelidik menggunakan lebih daripada satu pembolehubah bebas
dalam kajian ini, maka analisis yang sesuai digunakan adalah menggunakan analisis
pelbagai (Multiple Regression analysis). Ini kerana regresi pelbagai digunakan untuk
mengenal pasti perubahan dalam dua atau lebih faktor (variabel bebas) yang
menyumbang kepada perubahan dalam satu variabel bersandar (Chua, 2014: 250).
Merujuk kepada Chua (2014: 316), regresi pelbagai digunakan untuk menyatakan
perhubungan antara satu variabel kriterion dan lebih daripada satu variabel peramal
(preditor).

Oleh itu, pekali regresi piawai beta dan nilai kebarangkalian yang berkaitan
dengannya, iaitu nilai p perlu dilaporkan. Nilai beta membenarkan pengkaji
membandingkan kekuatan perhubungan antara setiap variabel peramal. Nilai pekali
korelasi pelbagai yang mewakili varians dalam variabel nilai ujian-F bersama darjah

182


Click to View FlipBook Version