The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KKHGMHQ | TESIS 2018 | USM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 9w2czk, 2021-06-09 06:57:52

KKHGMHQ

KKHGMHQ | TESIS 2018 | USM

kebebasan dan aras signifikan juga perlu dilaporkan. Dalam kajian ini, persamaan
regresi pelbagai yang digunakan adalah seperti berikut:

Rumus 6.1 : Persamaan regresi Pelbagai

Y = ɑ + β1X1 + β2X2 + β3X3 + β4X4 + β5X5…………+ β1X1 + ε

Di mana:
Y = Pembolehubah bersandar (Criterion Varible)
A = Pemalar (Constant) (nilai Y apabila X1, X2 ….. Xk = 0)
X1 = Faktor 1: Faktor Pemasaran
X2 = Faktor 2: Akses kepada Pembiayaan
X3 = Faktor 3: Tahap Pendidikan dan Latihan
X4 = Faktor 4: Jaringan Perniagaan
X5 = Faktor 5: Sokongan Kerajaan
β1, β2, β3, β4& β5 = Pekali regresi (Regression Coefficient)

ε = Ralat Piawai (Error Term)

Bagi menentukan sama ada setiap pembolehubah bebas adalah signifikan
terhadap pembolehubah bersandar, ujian statistik yang akan digunakan ialah
menggunakan ujian - t. Nilai signifikan ditentukan berdasarkan nilai t - kiraan > t -
kritikal (; df = n - k - 1), di mana  = 0.05, t-kritikal (730 - 5 - 1= 724) = 1960 dan
 = 0.000. Hasil ujian t-mendapati bahawa hanya dua pembolehubah bebas iaitu faktor
“akses kepada pembiayaan” (2.659 > 1.960, sig. p < 0.05), dan faktor “jaringan
perniagaan” (3.330 > 1.960, sig. p < 0.05) mempunyai nilai t-kiraan menyumbang dan
signifikan kepada faktor kejayaan. Nilai t-kiraan bagi tiga faktor yang lain seperti
faktor “pemasaran” (1.380 < 1.960, sig. p < 0.05), faktor “tahap pendidikan dan
latihan (- 0.554 < 1.960, sig. p < 0.05) dan faktor sokongan kerajaan (1.936 > 1.960,

183

sig. p < 0.05) tidak menyumbang dan signifikan kepada faktor kejayaan yang telah
dibentuk.

Dapatan kajian ini hampir seperti yang dilaporkan oleh Yusuf et al (1995) iaitu
antara faktor kejayaan kritikal yang signifikan adalah melalui dua faktor yang telah
digariskan iaitu akses kepada modal, sokongan kerajaan dan pelaburan awal
perniagaan selain daripada dua faktor lain iaitu pengurusan yang baik dan kualiti
personel pengurusan.

Merujuk kepada dapatan kajian oleh Sri Wahyuningsih (2007) berkaitan
faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan PKS. Analisis dijalankan
kepada lapan faktor yang dibentuk iaitu sifat-sifat usahawan, pengaruh hubungan
dengan pihak luar, pengaruh lokasi, pengaruh produk, pengaruh pengalaman,
pengaruh modal dan pengaruh globalisasi. Hasil analisis mendapati hanya pengaruh
modal sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dan mempengaruhi kejayaan
usahawan PKS. Faktor pengaruh hubungan dengan pihak luar dan pengaruh lokasi
yang hampir sama dengan faktor jaringan perniagaan telah diwujudkan melalui kajian
ini.

Keputusan analisis kepada faktor tahap pendidikan dan latihan dalam kajian ini
adalah amat berbeza dengan dapatan kajian oleh Kim (1996) yang mendapati bahawa
kejayaan usahawan berdasarkan kepada tahap pendidikan usahawan itu. Menurut Kim,
usahawan yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan didedahkan dengan
pengetahuan dan kemahiran pengurusan semasa di universiti bagi melengkapkan
pengetahuan mereka menjadi usahawan.

184

Hasil analisis menghasilkan model dan persamaan regresi seperti rumus 7.2 di
bawah:

Rumus 6.2 : Persamaan Regresi Pelbagai Mengikuti Faktor Kejayaan

Faktor Kejayaan = 0.892 + 0.262PN + 0.288AP - 0.058 PL + 0.297JP + 0.041SK
Se = 0.114 0.024 0.028 0.023 0.031 0.026

R2 = 0.480 d = 1.960

n = 730 df = 724

Di mana:

Y = Faktor Kejayaan

PN (Faktor 1) = Faktor Pemasaran

AP (Faktor 2) = Akses Pembiayaan

PL (Faktor 3) = Pendidikan dan Latihan

JP (Faktor 4) = Jaringan Perniagaan

SK (Faktor 5) = Sokongan Kerajaan

Merujuk kepada rumus 7.2 di atas, analisis regresi pembolehubah kepada
faktor kejayaan usahawan inkubator mikro GIATMARA. Nilai koefisyen piawai
(Beta = β) menunjukkan bahawa faktor “jaringan perniagaan” (β = 0.297, p < 0.05),
“akses kepada pembiayaan” (β = 0.288, p < 0.05), “sokongan kerajaan” (β = 0.041,
p < 0.05), “pemasaran” (β = 0.262, p < 0.05) merupakan petunjuk utama dan
menyumbang kepada faktor kejayaan usahawan mikro inkubator GIATMARA.
Sehubungan dengan ini juga, faktor “pendidikan dan latihan” (β = - 0.058, p < 0.05)
mempunyai nilai beta yang negatif dan dapat disimpulkan bahawa faktor ini tidak

185

menyumbang dan bukan menjadi petunjuk utama kepada faktor kejayaan usahawan
mikro inkubator GIATMARA.

Jadual 6.3 Analisis Regresi Pembolehubah Prestasi Terhadap Faktor Kejayaan

Analisis Regresi

Pembolehubah B Se Beta t Sig. Tolerance VIF

Konstan .892 .114 7.852 .000

FPN .185 .024 .262 7.642 .000 .611 1.638

FAP .233 .028 .288 8.418 .000 .612 1.633

FPL -.042 .023 -.058 -1.800 .072 .702 1.425

FJP .256 .031 .297 8.292 .000 .561 1.784

FSK .031 .026 .041 1.192 .234 .595 1.681

Nota : Signifikan pada 5% (α = 0.05)
Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Faktor 1(FPN) - Pemasaran
Faktor 2(FAP) - Akses Pembiayaan
Faktor 3(FPL) - Tahap Pendidikan dan Latihan
Faktor 4(FJP) - Jaringan Perniagaan
Faktor 5(FSK) - Sokongan Kerajaan

Maklumat dalam Jadual 6.3 menunjukkan pembolehubah dalam kajian adalah
bebas daripada masalah multikolinearan. Ini ditunjukkan oleh nilai toleransi
(tolerance) bagi pembolehubah bebas yang melebihi nilai 0.1 dan nilai Variance
Inflation Factor (VIF) yang kurang daripada 10. Menurut Hair et al. (2010) nilai
toleransi yang kurang daripada 0.1 dan nilai VIF melebihi 10 menunjukkan wujud
masalah multikolinearan pada pembolehubah yang digunakan. Dapatan bagi kajian ini
menunjukkan bahawa nilai toleransi dan VIF bagi setiap pembolehubah bebas iaitu
faktor “pemasaran” (tolerensi = 0.611, VIF = 1.638), “akses kepada pemasaran”
(tolerensi = 0.612, VIF = 1.633), “pendidikan dan latihan” (tolerensi = 0.702,
VIF = 1.425), “jaringan perniagaan” (tolerensi = 0.561, VIF = 1.784) dan “sokongan
kerajaan” (tolerensi = 0.595, VIF = 1.681). Nilai tolerensi bagi kelima-lima faktor ini
adalah melebihi daripada 0.1 manakala nilai VIF berada kurang daripada 10 dan ini

186

jelas menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah ini bebas daripada masalah
multikolinearan dan data bagi ujian ini memenuhi kriteria taburan normal.

Pekali penentuan berganda (coefficient of multiple determinantion) atau R2
merupakan analisis statistik yang menerangkan jumlah varians yang menyumbang
dalam hubungan antara dua atau lebih pembohehubah. Analisis ini digunakan bagi
menentukan bahagian jumlah variasi dalam Y yang dapat diterangkan oleh kesemua
pembolehubah bebas X. Nilai pekali R2 terletak di antara julat 0 dan 1 (0 ≤ R2 ≤ 1) di
mana apabila R2 = 0 bermakna viariasi dalam Y tidak diterangkan oleh pembolehubah
X. Sebaliknya, jika nilai R2 = 1 bermakna variasi dalam Y dapat diterangkan oleh
pembolehubah X. Semakin besar nilai pekali R2 menjadikan jumlah variasi yang tidak
dapat diterangkan (ESS)2 menjadi semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nilai R2,
maka semakin kurang kemampuan pembolehubah menerangkan pembolehubah
bersandar.

Dalam kajian ini, analisis pekali penentuan berganda telah digunakan untuk
mengenalpasti pembolehubah yang paling penting atau signifikan menyumbang
kepada faktor kejayaan usahawan mikro inkubator GIATMARA. Hasil analisis ini
menunjukkan pekali korelasi pelbagai (multiple correlation coefficient - R) antara
pembolehubah faktor kejayaan dan kombinasi linear antara pembolehubah bebas ialah
0.693 yang menunjukkan hubungan linear yang kuat. Nilai R2 adalah 0.480
menunjukkan bahawa 48% variasi dalam faktor kejayaan dapat diterangkan oleh lima
kombinasi pembolehubah bebas iaitu “faktor pemasaran”, “akses kepada
pembiayaan”, “pendidikan dan latihan”, “jaringan perniagaan” dan “sokongan
kerajaan”. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa sebanyak 52% perubahan dalam
pembolehubah faktor kejayaan tidak dapat diterangkan. Ini bermakna terdapat

187

variabel-variabel lain (faktor-faktor yang lain) yang mempengaruhi kejayaan
seseorang usahawan.

Jadual 6.4 Ringkasan Analisis Regresi Pembolehubah Faktor Kejayaan

Model Summary

Multiple R R Square Adjusted R Square Std. Error

.693a .480 .476 .227

Predictors: (Constant), Pemasaran, Akses Pembiayaan, Tahap Pendidikan & Latihan,
Jaringan Perniagaan, Sokongan Kerajaan

Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Adjusted R2 pula menerangkan sejauh mana model yang terbentuk dapat
digeneralisasikan terhad populasi dan secara idealnya semakin hampir nilai adjusted
R2 kepada R2 adalah baik. Ini kerana R2 akan sentiasa meningkat sekiranya bilangan
pembolehubah tidak bersandar ditambah dalam model regresi walaupun
pembolehubah tidak bersandar tersebut tidak penting. Manakala nilai adjusted R2 akan
berkurangan disebabkan kemasukan pembolehubah tidak penting tersebut (Norziha,
2010). Merujuk kepada Jadual 6.4 di atas, nilai adjusted R2 bagi model kajian ialah
sebanyak 0.480 (48%). Ini bermaksud hanya 48% sahaja dapat dijelaskan oleh
pembolehubah tidak bersandar mengenai model yang dibentuk dan perbezaan antara
nilai R2 dan adjusted R2 adalah 0.004 atau 0.4%.

Merujuk kepada dapatan kajian ini, nilai Std. Error of the Estimate adalah pada
0.227. Ia menerangkan bahawa semakin kecil nilainya maka semakin baik kerana
model akan lebih tepat dalam menjangkakan pembolehubah bersandar (Chua, 2014).

188

Jadual 6.5 Analisis ANOVA Pembolehhubah Faktor Kejayaan

ANOVA

Model Sum of df Mean Square F Sig.
Squares

Regression 34.502 5 6.900 133.581 .000b

Residual 37.400 724 .052

Total 71.901 729

Predictors: (Constant), Pemasaran, Akses Pembiayaan, Tahap Pendidikan & Latihan,
Jaringan Perniagaan, Sokongan Kerajaan

Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Merujuk kepada Jadual 6.5 di atas, menunjukkan keputusan ujian ANOVA
yang dijalankan dengan menggunakan ujian F bagi menentukan sama ada model kajian
merangkumi semua pembolehubah bersandar yang dimasukkan dalam model
mempunyai pengaruh secara bersama-sama terhadap pembolehubah bebas. Nilai R
signifikan ditentukan secara statistik berdasarkan nilai F-kiraan > F-kritikal (; df = n-
k-1) di mana  = aras signifikan, n = saiz sampel, k = bilangan pembolehubah bebas
dan 1 = pemalar. Ujian statistik mendapati nilai  = 0.05, p = 0.000 dan F-kritikal
(0.05; 5, 724) = 2.23. Daripada ujian F yang diperolehi ini mendapati nilai F kiraan
adalah 17.492 dengan signifikan 0.000. Hasil analisis menunjukkan kombinasi semua
pembolehubah faktor “pemasaran”, “akses kepada pembiayaan”, “tahap pendidikan
dan latihan”, “jaringan perniagaan” dan “sokongan kerajaan” mempunyai hubungan
yang signifikan terhadap faktor kejayaan pada aras signifikan 5% (p = 0.000 <  0.05).
Model regresi ini boleh diterima disebabkan nilai F- kiraan lebih besar daripada nilai
F-kritikal (133.581 > 2.23, sig. p < 0.05).

Merujuk kepada Jadual 6.4, analisis regresi pembolehubah kepada semua
faktor kejayaan yang telah diletakkan menunjukkan bahawa nilai R2 bagi analisis ini
adalah bersamaan dengan 0.408 atau mewakili 48% daripada kesemua faktor kejayaan

189

yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan ini, untuk meningkatkan nilai R2, beberapa
kaedah analisis yang sama digunakan tetapi dengan mengeluarkan beberapa faktor
kejayaan yang dikenalpasti tidak signifikan kepada faktor kejayaan yang telah
ditetapkan. Kaedah analisis regresi di bawah adalah dengan mengeluarkan faktor
kejayaan iaitu faktor pendidikan dan latihan. Setelah menguji data empat faktor
kejayaan iaitu faktor pemasaran, faktor akses kepada pembiayaan, faktor jaringan
perniagaan dan faktor sokongan kerajaan, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
hanya tiga daripada empat faktor kejayaan yang telah ditetapkan signifikan iaitu faktor
pemasaran, faktor akses kepada pembiayaan dan faktor jaringan perniagaan kepada
kejayaan usahawan mikro GIATMARA dengan nilai P < 0.05 manakala faktor
sokongan kerajaan masih tidak signifikan kepada kejayaan usahawan mikro
GIATMARA dengan nilai P melebihi 0.05 (P > 0.05).

Jadual 6.6 Analisis Regresi Pembolehubah Prestasi Terhadap Faktor Kejayaan
Dengan Mengeluarkan Faktor Pendidikan dan Latihan

Analisis Regresi

Pembolehubah B Se Beta T Sig. Tolerance VIF
.000
Konstan .837 .110 7.638 .000 .612 1.633
.000 .622 1.608
FPN .183 .024 .259 7.545 .000 .588 1.702
.422 .627 1.594
FAP .227 .027 .281 8.247

FJP .244 .030 .283 8.082

FSK .020 .025 .027 .803

Nota : Signifikan pada 5% (α = 0.05)
Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Faktor 1(FPN) - Pemasaran
Faktor 2(FAP) - Akses Pembiayaan
Faktor 4(FJP) - Jaringan Perniagaan
Faktor 5(FSK) - Sokongan Kerajaan

Merujuk kepada Jadual 6.7 di bawah, hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa nilai R2 adalah pada 0.478 atau bersamaan dengan 47.8%. Hasil dapatan
analisis ini tidak mengambilkira atau mengeluarkan data daripada faktor tahap

190

pendidikan dan latihan. Perbezaan nilai antara R2 dengan meletakkan kesemua lima
faktor kejayaan (R2 = 0.480 atau mewakili 48%) adalah menurun pada 0.002 atau 0.2
peratus dengan nilai R2 yang baru tanpa mengambilkira faktor tahap pendidikan dan
latihan (R2 = 0.478 atau mewakili 47.8%). Secara kesimpulannya, setelah
mengeluarkan faktor tahap pendidikan dan latihan dalam analisis ini, nilai R2 kepada
dapatan kajian ini menunjukkan penurunan kepada 0.002 atau mewakili 0.2 peratus
daripada nilai R2 dengan mengambilkira pengujian yang melibatkan perletakan kepada
kesemua faktor yang telah ditetapkan iaitu pada nilaian 0.480 atau mewakili 48%.

Jadual 6.7 Ringkasan Analisis Regresi Pembolehubah Faktor Kejayaan Dengan
Mengeluarkan Faktor Pendidikan dan Latihan

Model Summary

Multiple R R Square Adjusted R Square Std. Error
.691a .478 .475 .227

Predictors: (Constant), Pemasaran, Akses Pembiayaan, Jaringan Perniagaan, Sokongan Kerajaan
Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Analisis seterusnya adalah dengan mengeluarkan dua faktor kejayaan iaitu
faktor tahap pendidikan dan latihan serta faktor sokongan kerajaan. Kedua-dua faktor
ini menunjukkan dapatan yang tidak signifikan dengan kejayaan usahawan mikro
GIATMARA hasil analisis kepada keseluruhan faktor kejayaan yang telah ditetapkan.
Jadual 6.8 menunjukkan dapatan kepada analisis regresi kejayaan usahawan mikro
GIATMARA dengan mengeluarkan faktor pendidikan dan latihan serta faktor
sokongan kerajaan.

Merujuk kepada dapatan ujian t mendapati bahawa ketiga-tiga pembolehubah
bebas iaitu faktor “akses kepada pembiayaan” (8.937 > 1.960, sig. p < 0.05), faktor
“jaringan perniagaan” (8.791 > 1.960, sig. p < 0.05) dan faktor “pemasaran”

191

(7.657 > 1.960, sig. p < 0.05) mempunyai nilai t-kiraan menyumbang dan signifikan
kepada faktor kejayaan.

Jadual 6.8 Analisis Regresi Pembolehubah Prestasi Terhadap Faktor Kejayaan
Dengan Mengeluarkan Faktor Pendidikan dan Latihan Serta Faktor
Sokongan Kerajaan

Analisis Regresi

Pembolehubah B Se Beta T Sig. Tolerance VIF
.000
Konstan .854 .108 7.935 .000 .618 1.619
.000 .688 1.454
FPN .184 .024 .261 7.657 .000 .653 1.531

FAP .234 .026 .289 8.937

FJP .251 .029 .292 8.791

Nota : Signifikan pada 5% (α = 0.05)
Dependent Variable: Faktor Kejayaan

Faktor 1(FPN) - Pemasaran
Faktor 2(FAP) - Akses Pembiayaan
Faktor 4(FJP) - Jaringan Perniagaan

Hasil dapatan analisis pada Jadual 6.9 juga menunjukkan bahawa nilai R2
menurun jika dibandingkan dengan analisis regresi yang melibatkan semua faktor
kejayaan (rujuk Jadual 6.6). Nilai R2 pada jadual ini adalah 0.477 atau mewakili 47.7%
berbanding dengan nilai R2 yang melibatkan kesemua faktor kejayaan iaitu pada nilai
0,480 atau mewakili 48%. Boleh dirumuskan bahawa setelah menggunakan beberapa
kaedah analisis regresi dengan mengeluarkan dua faktor kejayaan, hasil dapatan
analisis masih tidak berubah dan tidak menyumbang kepada peningkatan nilai R2.

Jadual 6.9 Ringkasan Analisis Regresi Pembolehubah Faktor Kejayaan

Model Summary

Multiple R R Square Adjusted R Square Std. Error
.691a .227
.477 .475

Predictors: (Constant), Pemasaran, Akses Pembiayaan, Jaringan Perniagaan
Dependent Variable: Faktor Kejayaan

192

6.2 Kesimpulan
Sehubungan dengan ini, boleh dirumuskan bahawa daripada analisis kesemua

pembolehubah bebas dengan saiz sampel = 730, menunjukkan faktor “pemasaran”,
“akses kepada pembiayaan”, “tahap pendidikan dan latihan”, “jaringan perniagaan”
dan “sokongan kerajaan” merupakan faktor penentu yang signifikan terhadap faktor
kejayaan dengan nilai [F (5, 724) = 133.581, sig. p < 0.05)]

Hasil analisis ini juga menunjukkan pekali korelasi pelbagai (multiple
correlation coefficient - R) antara pembolehubah faktor kejayaan dan kombinasi linear
antara pembolehubah bebas ialah 0.693 yang menunjukkan hubungan linear yang kuat.
Nilai R2 adalah 0.480 menunjukkan bahawa 48% variasi dalam faktor kejayaan dapat
diterangkan oleh lima kombinasi pembolehubah bebas iaitu “faktor pemasaran”,
“akses kepada pembiayaan”, “pendidikan dan latihan”, “jaringan perniagaan” dan
“sokongan kerajaan”. Daripada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa selebihnya
sebanyak 52% perubahan dalam pembolehubah faktor kejayaan tidak dapat
diterangkan, berkemungkinan dipengaruhi oleh variabel-variabel lain (faktor-faktor
yang lain) yang tidak dikaji dalam kajian ini.

Hasil ujian t-mendapati bahawa hanya tiga pembolehubah bebas iaitu faktor

“akses kepada pembiayaan” (7.852 > 1.960, sig. p < 0.05), faktor “jaringan

perniagaan” (8.292 > 1.960, sig. p < 0.05) dan faktor “pemasaran” (7.642 > 1.960,

sig. p < 0.05) mempunyai nilai t-kiraan menyumbang dan signifikan kepada faktor

kejayaan. Nilai t-kiraan bagi tiga faktor yang lain seperti faktor “pendidikan dan

latihan (- 1.800 < 1.960, sig. p < 0.05) dan faktor sokongan kerajaan (1.192 < 1.960,

sig. p < 0.05) tidak menyumbang dan signifikan kepada faktor kejayaan yang telah

dibentuk.

193

Merujuk kepada hasil dapatan kajian yang diperolehi iaitu faktor kejayaan
usahawan mikro adalah signifikan dengan faktor akses kepada pembiayaan. Dapatan
kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh yusuf (1995) yang
juga menjalankan kajian terhadap faktor kejayaan usahawan mikro dan kecil di
kawasan Pasifik Selatan. Antara faktor utama yang mempengaruhi dan signifikan
dengan kejayaan usahawan ini adalah faktor akses kepada pembiayaan. Ini kerana
merujuk kepada Yoshino, Taghizadeh-Hesary (2016) dalam laporannya yang bertajuk
“Major Challenges Facing Small and Medium Sized Enterprises in Asia and Solution
for Mitigating Them” mendapati bahawa faktor akses kepada pembiayaan merupakan
penghalang kepada kelembapan PKS di Asia disebabkan oleh pihak pemberi
pembiayaan lebih fokus sumber kewangan mereka kepada syarikat atau firma yang
besar berbanding syarikat mikro dan sederhana.

Manakala faktor kejayaan yang kedua signifikan kepada faktor kejayaan
usahawan mikro ini adalah faktor pemasaran, hasil dapatan faktor ini juga adalah sama
dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Hess (1987) dan Herbert (1989). Mereka
juga mendapati bahawa antara kejayaan utama usahawan mikro di Jamaica, Singapura
dan Amerika Syarikat adalah melalui faktor pemasaran yang merangkumi pecahan
faktor ini seperti perkhidmatan yang baik selepas jualan, kepuasan pelanggan,
kenalpasti pasaran yang baik dan spesifik, saluran pengiklanan dan kaedah promosi
jualan. Suhaila, Suhaily dan Mohammad Firdaus (2015) yang mendapati antara faktor
kejayaan usahawan mikro di Malaysia adalah merangkumi faktor luaran iaitu faktor
pemasaran dan juga faktor jaringan sosial perniagaan

Dapatan kajian ini meletakkan faktor jaringan perniagaan sebagai faktor yang
ketiga signifikan kepada kejayaan usahawan mikro GIATMARA. Dapatan kajian ini

194

juga adalah hampir sama dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Noorasiah
et. al (2007) yang mendapati bahawa jaringan sosial perniagaan mempunyai pengaruh
yang penting terhadap tingkat daya saing dan kejayaan sesebuah firma perniagaan.
Dapatan kajian ini juga disokong kajian oleh Syed Shah Alam, Mohd Fauzi dan
Norasiah (2011) yang menunjukkan bahawa faktor jaringan sosial perniagaan
memberi kesan yang positif terhadap kejayaan usahawan wanita. Hasil kajian ini juga
disokong oleh Suhaila, Suhaily dan Mohammad Firdaus (2015) yang mendapati
bahawa selain faktor pemsasaran, faktor kejayaan usahawan mikro di Malaysia juga
dipengaruhi oleh faktor jaringan sosial perniagaan.

Ezilda dan David (2005) yang mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi
kejayaan usahawan mikro di Amerika Latin mendapati antara kejayaan usahawan ini
adalah faktor persekitaran mikro yang merangkumi jaringan perniagaan. Klofsten dan
Scheele (2003), Ritche dan Brindley (2005), Ireland dan Webb (2007) juga
menyatakan bahawa dalam perusahaan mikro, mencipta rangkaian atau jaringan
perniagaan adalah penting untuk kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan yang
dijalankan. Penyataan ini disokong oleh Bergh et al., (2010), Boyd et al., (2010), Lee
dan Koh (2012) yang menekankan bahawa jaringan perniagaan seperti hubungan
antara usahawan dan pelanggan, pembekal dan pelabur seharusnya baik untuk
menjamin kejayaan sesebuah perniagaan.

195

BAB 7
PERSEPSI USAHAWAN BERDASARKAN FAKTOR KEJAYAAN

USAHAWAN MIKRO INKUBATOR GIATMARA

7.1 Pendahuluan
Bab ini akan memfokuskan kepada persoalan yang diletakkan kepada objektif

yang ketiga iaitu untuk menilai persepsi usahawan mikro GIATMARA terhadap faktor
kejayaan utama yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan yang dijalankan. Bab
5 telah memberi jawapan kepada objektif kajian yang pertama iaitu ciri-ciri atau
karakteristik usahawan mikro GIATMARA. Kajian ini telah mengenalpasti lima
faktor kejayaan utama usahawan mikro GIATMARA. Semua responden kajian ini
adalah usahawan yang menjalankan perniagaan mikro di seluruh Malaysia termasuk
negeri Sabah dan Sarawak. Bab ini akan lebih memfokuskan kepada analisis nilai
purata min dan sisihan piawai pada setiap penyataan faktor yang telah dikeluarkan bagi
menilai persepsi responden.

7.2 Analisis Persepsi
7.2.1 Analisis Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Pemasaran

Berdasarkan kepada Jadual 7.1, terdapat tujuh penyataan yang dirujuk sebagai
mewakili persepsi usahawan kepada faktor pemasaran. Setiap penyataan kepada
persepsi ini telah dicatatkan bagi mewakili setiap responden yang menjawab dengan
mengambilkira kepada skala likert (1hingga 5) yang telah dibangunkan.

196

Jadual 7.1 Respon Responden Berdasarkan Faktor Pemasaran

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

1 Sebahagian besar daripada pelanggan

sedia ada setiap bulan merupakan 6 7 69 477 171 730

pelanggan tetap dan pernah berurusan (0.8) (1.0) (9.5) (65.3) (23.4) (100)

dengan syarikat.

2 Kebanyakan maklumbalas berkaitan

produk/ perkhidmatan yang 5 7 73 469 176 730

ditawarkan/berikan datangnya dari (0.7) (1.0) (10.0) (64.2) (24.1) (100)

pelanggan setia.

3 Lokasi premis perniagaan yang dijalankan 5 32 142 375 176 730
sekarang adalah amat strategik dan senang (0.7) (4.4) (19.5) (51.4) (24.1) (100)
dicari oleh pelanggan.

4 Lokasi perniagaan yang strategik

merupakan antara faktor penting yang 6 7 69 477 171 730

menyumbang kepada kejayaan sesebuah (0.8) (1.0) (9.5) (65.3) (23.4) (100)

perniagaan.

5 Membuat beberapa kaedah promosi

jualan secara berkala pada setiap bulan 7 24 107 440 152 730
seperti pemberian diskaun kepada (1.0) (3.3) (14.7) (60.3) (20.8) (100)
pelanggan bagi membantu meningkatkan

jualan syarikat.

6 Menggunakan pelbagai kaedah promosi

dalam menarik pelanggan seperti 11 32 85 387 215 730

menggantung banner, banting dan (1.5) (4.4) (11.6) (53.0) (29.5) (100)

mengedarkan risalah.

7 Pendapat bahawa semua faktor pemasaran

yang berkaitan dengan soalan di atas 2 4 22 364 338 730

adalah penting dan menyumbang kepada (0.3) (0.5) (3.0) (49.9) (46.3) (100)

kejayaan sesebuah perniagaan.

Merujuk kepada Jadual 7.1, bagi penyataan pertama di bawah faktor
pemasaran, respon responden terhadap penyataan bahawa lokasi perniagaan yang
strategik merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan
sesebuah perniagaan. Bilangan responden yang bersetuju dengan penyataan ini adalah
seramai 477 orang (65.3%) daripada 730 orang. Seramai 171 orang (23.4%) yang
sangat setuju dengan penyataan ini manakala bagi kategori responden yang kurang

197

setuju adalah seramai 69 orang (9.5%), tidak setuju seramai 7 orang (1%) dan hanya 6
orang (0.8%) yang sangat tidak setuju dengan penyataan ini.

Sehubungan dengan ini, bilangan responden yang bersetuju bahawa
maklumbalas berkaitan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan ini
datangnya dari pelanggan setia adalah seramai 469 orang (64.2%). Responden yang
menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini adalah seramai 176 orang (24.1%)
dengan menjadikan seramai 645 orang (88.3%) responden yang memberi respon yang
amat positif dengan penyataan ini sekiranya kedua-dua skala ini dicantumkan. Bagi
maklum balas kurang setuju adalah seramai 73 orang (10%), tidak setuju seramai 7
orang (1%) dan 5 orang (0.7%) untuk sangat tidak setuju.

Bagi penyataan bahawa lokasi premis perniagaan yang dijalankan sekarang
adalah amat strategik dan senang dicari oleh pelanggan, dapatan kepada penyataan ini
jelas menunjukkan terdapat perbezaan kepada respon responden iaitu terdapat
peningkatan pada skala kurang setuju seramai 142 orang (19.5%).
Walaubagaimanapun, majoriti responden yang menjawab setuju masih ramai iaitu 375
orang (51.4%) manakala sangat setuju adalah seramai 176 orang (24.1%). Responden
yang tidak setuju adalah seramai 32 orang (4.4%) dan sangat tidak setuju adalah
seramai 5 orang (0.7%). Kesimpulan pada penyataan ini jelas menunjukkan bahawa
sesetengah usahawan menjalankan perniagaan mereka pada lokasi yang kurang
strategik atau mereka menunjukkan respon yang positif kepada penyataan ini
walaupun perniagaan mereka berada pada lokasi yang kurang strategik.

Penyataan ini merupakan kesinambungan kepada penyataan sebelumnya yang
berkaitan dengan lokasi strategik sesebuah perniagaan. Hubungkait antara lokasi yang

198

strategik dengan kejayaan sesebuah perniagaan dapat ditunjukkan dan responden yang
memberi respon sangat setuju berada pada tempat yang paling tinggi dengan jumlah
responden seramai 405 orang (55.5%). Penyataan ini disokong dengan responden yang
setuju iaitu seramai 290 orang (39.7%) manakala responden yang kurang setuju adalah
seramai 32 orang (4.4%), tidak setuju adalah seramai 2 orang (0.3%) dan sangat tidak
setuju hanya seorang dengan mewakili 0.1 peratus.

Bagi penyataan berkaitan dengan kaedah promosi jualan yang dijalankan
secara berkala oleh usahawan dalam operasi perniagaan mereka. 440 orang (60.3%)
setuju bahawa mereka ada membuat beberapa aktiviti atau kaedah promosi jualan
manakala seramai 152 orang (20.8%) sangat bersetuju dengan penyataan ini. Terdapat
seramai 107 orang (14.7%) responden yang kurang setuju, 24 orang (3.3%) tidak
setuju manakala 7 orang (1%) menyatakan sangat tidak setuju antara hubungan aktiviti
promosi jualan dapat meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan perniagaan
mereka. Manakala respon responden berkaitan dengan kaedah promosi jualan yang
dijalankan dalam operasi perniagaan mereka, seramai 387 orang (53%) setuju dengan
penyataan ini manakala seramai 215 orang (29.5%) menunjukkan sangat setuju dengan
penyataan ini. Namun begitu terdapat responden yang menyatakan kurang setuju
dengan penyataan ini iaitu seramai 85 orang (11.6%), 32 orang (4.4%) menyatakan
tidak setuju manakala hanya 11 orang (1.5%) yang sangat tidak setuju dengan
penyataan ini. Secara rumusannya terdapat tiga kesimpulan pada penyataan ini iaitu
usahawan yang menjawab menjalankan beberapa kaedah promosi jualan atau tidak
menjalankan sebarang aktiviti atau kurang memahami dan mengetahui kaedah
promosi jualan pada sesebuah perniagaan yang dijalankan.

199

Berdasarkan Jadual 7.1 di atas jelas menunjukkan bahawa responden
memberikan respon yang amat positif kepada penyataan berkaitan dengan kepentingan
promosi jualan di dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Seramai 364 orang (49.9%)
bersetuju manakala 338 orang (46.3%) menyatakan sangat setuju dengan penyataan
yang diberikan. Terdapat hanya 22 orang (3%) yang menyatakan kurang setuju, 4
orang (0.5%) tidak setuju manakala hanya 2 orang (0.3%) menjawab pada ruangan
sangat tidak setuju.

7.2.2 Persepsi Responden Terhadap Faktor Pemasaran Berdasarkan
Keputusan Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai

Jadual 7.2 menunjukkan persepsi usahawan terhadap faktor pemasaran
berdasarkan kepada nilai min tertinggi hingga kepada yang terendah. Berdasarkan
kepada persepsi usahawan dengan penyataan yang diberikan, hasil kajian mendapati
usahawan “sangat bersetuju” dengan nilai purata min berada di antara skala 4.5 - 5.0
pada penyataan “Lokasi perniagaan yang strategik merupakan antara faktor penting
yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan” (m = 4.5). Penyataan ini
merupakan nilai purata min yang tertinggi di dalam faktor pemasaran dan boleh
disimpulkan bahawa usahawan amat bersetuju dengan penyataan bahawa lokasi yang
strategik merupakan salah satu faktor yang penting dalam kejayaan sesebuah
perniagaan.

200

Jadual 7.2 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Pemasaran (n = 730)

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan
Piawai

1 Lokasi perniagaan yang strategik merupakan antara faktor 4.50 0.609
penting yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah
perniagaan.

2 Pendapat bahawa semua faktor pemasaran yang berkaitan 4.41 0.608
dengan soalan di atas adalah penting dan menyumbang
kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

3 Sebahagian besar daripada pelanggan sedia ada setiap 4.10 0.658
bulan merupakan pelanggan tetap dan pernah berurusan
dengan syarikat.

4 Kebanyakan maklumbalas berkaitan produk/ 4.10 0.657
perkhidmatan yang ditawarkan/berikan datangnya dari
pelanggan setia.

5 Menggunakan pelbagai kaedah promosi dalam menarik 4.05 0.849
pelanggan seperti menggantung banner, banting dan
mengedarkan risalah.

6 Membuat beberapa kaedah promosi jualan secara berkala 3.97 0.757
pada setiap bulan seperti pemberian diskaun kepada
pelanggan bagi membantu meningkatkan jualan syarikat.

7 Lokasi premis perniagaan yang dijalankan sekarang adalah 3.94 0.818
amat strategik dan senang dicari oleh pelanggan.

Skala: Kurang daripada 1.49 = sangat tidak setuju, 1.5 - 2.49 = tidak setuju, 2.5 - 3.49 = kurang
setuju, 3.5 - 4.49 = setuju, 4.5 - 5.0 = sangat setuju

Bagi penyataan “Pendapat bahawa semua faktor pemasaran yang berkaitan
dengan soalan di atas adalah penting dan menyumbang kepada kejayaan sesebuah
perniagaan” menunjukkan purata min berada pada skala 3.5 - 4.49 iaitu dengan nilai
purata minnya adalah (m = 4.41). Penyataan ini menunjukkan bahawa usahawan
“bersetuju” dan ia menjadi penyataan yang kedua tertinggi bagi faktor ini. Seterusnya,
usahawan juga “bersetuju” dengan penyataan berikutnya pada faktor ini iaitu
“Sebahagian besar daripada pelanggan sedia ada setiap bulan merupakan pelanggan
tetap dan pernah berurusan dengan syarikat” (m = 4.10), “Kebanyakan maklumbalas
berkaitan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan/berikan datangnya dari pelanggan

201

setia” (m = 4.10), “Menggunakan pelbagai kaedah promosi dalam menarik pelanggan
seperti menggantung banner, banting dan mengedarkan risalah” (m = 4.05).

Penyataan kedua terendah pada purata min (m = 3.97) adalah “Membuat
beberapa kaedah promosi jualan secara berkala pada setiap bulan seperti pemberian
diskaun kepada pelanggan bagi membantu meningkatkan jualan syarikat” dan “Lokasi
premis perniagaan yang dijalankan sekarang adalah amat strategik dan senang dicari
oleh pelanggan” merupakan penyataan yang terendah dengan nilai purata min
(m = 3.94).

Ini disebabkan oleh majoriti usahawan GIATMARA kurang menekankan
kepada dua aspek yang dalam penyataan ini iaitu mengadakan beberapa kaedah
promosi jualan dan mendapatkan lokasi premis yang strategik dalam menjalankan
perniagaan. Penyataan ini juga menggambarkan keadaan sebenar perniagaan yang
dijalankan oleh usahawan GIATMARA sekarang dan mereka masih memerlukan
input-input berupa pendedahan ilmu berkaitan faktor pemasaran dalam memajukan
perniagaan.

Perkara ini disebabkan oleh majoriti usahawan GIATMARA lahir daripada
kursus kemahiran jangka pendek selama 6 bulan hingga setahun dan pendedahan
kepada pengetahuan formal seperti kaedah promosi jualan dan pemasaran tidak
berlaku seperti yang diajar di peringkat universiti.

202

7.3 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Akses Kepada Pembiayaan
Bagi menilai respon responden kepada faktor ini, penyelidik menganalisis

sembilan penyataan yang berkaitan dengan akses kepada pembiayaan. Setiap
penyataan ini dianalisa dengan mengeluarkan data kekerapan dan peratusan responden
yang menjawab pada setiap skala yang diwujudkan. Data bagi min dan sisihan piawai
juga dikeluarkan bagi melihat nilai min yang tertinggi dan terendah pada setiap
penyataan yang diwujudkan.

Jadual 7.3 Respon Responden Berdasarkan Faktor Akses Kepada Pembiayaan

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

1 Penggunaan pembiayaan sendiri dalam

memulakan perniagaan adalah lebih baik 8 23 168 348 183 730
daripada membuat pinjaman dari institusi (1.1) (3.2) (23.0) (47.7) (25.1) (100)
kewangan / agensi kerajaan yang

memberi pinjaman.

2 Saya sukar mendapatkan maklumat
pembiayaan daripada pihak Institusi 16 68 232 325 89 730
kewangan / agensi kerajaan yang (2.2) (9.3) (31.8) (44.5) (12.2) (100)
memberikan pembiayaan.

3 Saya mempunyai pelbagai pilihan pakej
pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak 20 54 171 410 75 730
Institusi kewangan / agensi kerajaan yang (2.7) (7.4) (23.4) (56.2) (10.3) (100)
memberikan pembiayaan.

4 Syarat pembiayaan yang dikenakan oleh
pihak Institusi kewangan / agensi kerajaan 12 30 158 432 98 730
yang memberikan pembiayaan ini tidak (1.6) (4.1) (21.6) (59.2) (13.4) (100)
terlalu membebankan saya.

5 Kadar faedah dan tempoh bayaran balik
pembiayaan yang diberikan adalah sangat 10 13 100 485 122 730
rasional bagi usahawan saya melalui (1.4) (1.8) (13.7) (66.4) (16.7) (100)
tempoh untuk bernafas.

6 Pegawai dari pihak Institusi kewangan /

agensi kerajaan yang memberikan 9 15 115 459 132 730
pembiayaan banyak membantu memberi (1.2) (2.1) (15.8) (62.9) (18.1) (100)
khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan

pengurusan kewangan perniagaan saya.

203

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

7 Saya merasakan bahawa kemudahan

pembiayaan yang disediakan oleh pihak 3 2 47 418 260 730
institusi kewangan / agensi kerajaan yang (0.4) (0.3) (6.4) (57.3) (35.6) (100)
memberi pinjaman ini amat penting dalam

melebarkan perniagaan.

8 Saya berpendapat bahawa sekiranya

seseorang usahawan itu mempunyai akses 1 5 33 466 225 730
yang mudah kepada pembiayaan akan (0.1) (0.7) (4.5) (63.8) (30.8) (100)
mempercepatkan pertumbuhan dan

pengembangan perniagaan.

9 Akses kepada pembiayaan merupakan

faktor yang paling penting dalam 1 8 43 460 218 730
memastikan kesinambungan kepada (0.1) (1.1) (5.9) (63.0) (29.9) (100)
kejayaan seseorang usahawan yang

berskala kecil (Usahawan mikro).

Jadual 7.3 menunjukkan persepsi responden terhadap penyataan berdasarkan
kepada faktor pembiayaan. Pada penyataan yang pertama iaitu penggunaan
pembiayaan sendiri dalam memulakan perniagaan adalah lebih baik daripada membuat
pinjaman dari institusi kewangan atau agensi kerajaan yang memberi pinjaman.
Majoriti responden bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai 348 orang (47.7%)
dan sangat setuju seramai 183 orang (25.1%) namum terdapat 23 peratus atau seramai
168 masih kurang setuju bahawa penggunaan pembiayaan sendiri adalah lebih baik
daripada membuat pinjaman. Terdapat 23 orang (3.2%) tidak setuju dengan penyataan
ini manakala hanya 8 orang (1.1%) yang menyatakan sangat tidak setuju.

Bilangan responden yang bersetuju bahawa sukar mendapatkan maklumat
pembiayaan daripada pihak Institusi kewangan atau agensi kerajaan yang memberikan
pembiayaan adalah seramai 325 orang (44.5%) dan sangat setuju adalah seramai 89
orang (12.2%). Seramai 232 orang (31.8%) responden yang menyatakan kurang setuju

204

dengan penyataan ini manakala tidak setuju adalah seramai 68 orang (9.3%) dan sangat
tidak setuju adalah seramai 16 orang (2.2%).

Pada penyataan bahawa responden sebagai usahawan mempunyai pelbagai
pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak pemberi pembiayaan swasta dan
kerajaan. Seramai 410 orang (56.2%) yang bersetuju dengan penyataan ini manakala
75 orang (10.3%) menyatakan sangat setuju. Daripada 730 usahawan ini seramai 171
orang (23.4%) menyatakan masih kurang setuju, 54 orang (7.4%) tidak setuju dan 20
orang (2.7%) sangat tidak setuju. Pada penyataan berdasarkan syarat pembiayaan yang
dikenakan oleh pihak institusi kewangan atau agensi kerajaan yang memberikan
pembiayaan ini tidak terlalu membebankan, seramai 432 orang (59.2%) setuju dengan
penyataan ini dan 98 orang (13.4%) menyatakan sangat setuju. Namum begitu masih
ramai responden yang memberikan respon kurang setuju iaitu mewakili 158 orang
(21.6%), tidak setuju seramai 30 orang (4.1%) manakala sangat tidak setuju adalah
seramai 12 orang (1.6%).

Seramai 485 orang (66.4%) responden menyatakan setuju dengan penyataan
bahawa kadar faedah dan tempoh bayaran balik pembiayaan sangat rasional. Terdapat
seramai 122 orang (16.7%) menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini manakala
seramai 100 orang (13.7%) kurang setuju, 13 orang (1.8%) tidak setuju dan 10 orang
(1.4%) sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya, majoriti responden iaitu usahawan
ini bersetuju dengan kadar faedah dan tempoh bayaran balik beserta kelebihan ruang
masa yang diberikan untuk membayar pembiayaan yang dikenakan oleh agensi
pemberi pembiayaan dari pihak swasta atau kerajaan.

205

Pada penyataan bahawa pihak institusi kewangan atau agensi pemberi
pembiayaan banyak membantu dari sudut khidmat nasihat dan bimbingan kewangan,
bilangan responden yang memberi respon setuju adalah yang paling ramai iaitu
mewakili 459 orang (62.9%) daripada keseluruhan responden terhadap penyataan ini.
Bilangan responden yang menjawab sangat setuju juga adalah tinggi iaitu seramai 132
orang (18.1%). Sehubungan dengan ini juga, responden yang menyatakan kurang
setuju adalah seramai 115 orang (15.8%) manakala tidak setuju adalah seramai 15
orang (2.1%) dan sangat tidak setuju seramai 9 orang (1.2%).

Penyataan bahawa kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak
institusi kewangan atau agensi kerajaan ini amat penting dalam melebarkan perniagaan
mendapat respon yang baik daripada responden. Seramai 418 orang (57.3%)
menyatakan setuju manakala 260 orang (35.6%) menyatakan sangat setuju dengan
penyataan ini. Sehubungan dengan ini, seramai 47 orang (6.4%) responden
menyatakan kurang setuju, 2 orang (0.3%) tidak setuju manakala 3 orang (0.4%)
sangat tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden menunjukkan respon
yang amat positif dan penyataan ini juga mempunyai nilai min yang paling tinggi. Oleh
yang demikian pengkaji membuat andaian bahawa golongan usahawan mikro ini amat
memerlukan pembiayaan untuk melebarkan perniagaan mereka.

Pada penyataan yang kelapan Jadual 7.3 menunjukkan bahawa responden
memberi respon kepada penyataan yang mana sekiranya usahawan itu mempunyai
akses yang mudah kepada pembiayaan akan mempercepatkan pertumbuhan dan
pengembangan perniagaan. Usahawan atau responden menunjukkan setuju adalah
paling ramai dengan 466 orang (63.8%) manakala sangat setuju adalah seramai 225
orang (30.8%). Ini diikuti kepada responden yang kurang setuju iaitu seramai 33 orang

206

(4.5%), tidak setuju seramai 5 orang (0.7%) dan sangat tidak setuju seramai 1 orang
(0.1%). Ini jelas menunjukkan bahawa responden yang mewakili usahawan sangat
memerlukan pembiayaan dalam pertumbuhan dan pengembangan perniagaan mereka.

Penyataan bahawa akses kepada pembiayaan merupakan faktor penting yang
memberi kesinambungan kepada kejayaan usahawan mikro mendapat penerimaan
yang positif daripada responden. Jumlah responden yang menyatakan setuju adalah
seramai 460 orang (63%) manakala sangat setuju adalah seramai 218 orang (29.9%).
Namun begitu, ada segelintir usahawan ini menyatakan kurang setuju dengan jumlah
seramai 43 orang (5.9%), tidak setuju seramai 8 orang (1.1%) dan sangat tidak setuju
seramai seorang atau mewakili 0.1 peratus. Golongan usahawan mikro ini melihat
bahawa sudut pembiayaan merupakan faktor penting dalam menyumbangkan kepada
kejayaan perniagaan berskala kecil.

7.3.1 Persepsi Responden Terhadap Faktor Akses Kepada Pembiayaan

Berdasarkan Keputusan Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai

Jadual 7.4 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Akses Kepada Pembiayaan
(n = 730)

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan
3.92 Piawai
1 Penggunaan pembiayaan sendiri dalam memulakan 3.55 0.837
perniagaan adalah lebih baik daripada membuat pinjaman 3.64
dari institusi kewangan / agensi kerajaan yang memberi 3.79 0.900
pinjaman.
0.866
2 Saya sukar mendapatkan maklumat pembiayaan daripada
pihak Institusi kewangan / agensi kerajaan yang 0.786
memberikan pembiayaan.

3 Saya mempunyai pelbagai pilihan pakej pembiayaan yang
ditawarkan oleh pihak Institusi kewangan / agensi kerajaan
yang memberikan pembiayaan.

4 Syarat pembiayaan yang dikenakan oleh pihak Institusi
kewangan / agensi kerajaan yang memberikan pembiayaan
ini tidak terlalu membebankan saya.

207

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan
3.95 Piawai
5 Kadar faedah dan tempoh bayaran balik pembiayaan yang 3.95 0.705
diberikan adalah sangat rasional bagi usahawan saya 4.27
melalui tempoh untuk bernafas. 0.727
4.25
6 Pegawai dari pihak Institusi kewangan / agensi kerajaan 0.628
yang memberikan pembiayaan banyak membantu
memberi khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan 0.577
pengurusan kewangan perniagaan saya.

7 Saya merasakan bahawa kemudahan pembiayaan yang
disediakan oleh pihak institusi kewangan / agensi kerajaan
yang memberi pinjaman ini amat penting dalam
melebarkan perniagaan.

8 Saya berpendapat bahawa sekiranya seseorang usahawan
itu mempunyai akses yang mudah kepada pembiayaan
akan mempercepatkan pertumbuhan dan pengembangan
perniagaan.

9 Akses kepada pembiayaan merupakan faktor yang paling

penting dalam memastikan kesinambungan kepada 4.21 0.607
kejayaan seseorang usahawan yang berskala kecil

(Usahawan mikro).

Skala: Kurang daripada 1.49 = sangat tidak setuju, 1.5 - 2.49 = tidak setuju, 2.5 - 3.49 = kurang

setuju, 3.5 - 4.49 = setuju, 4.5 - 5.0 = sangat setuju

Jadual 7.4 menunjukkan persepsi responden berdasarkan faktor akses kepada
pembiayaan dengan nilai purata min dan sisihan piawai yang tertinggi dan terendah.
Berdasarkan kepada persepsi kepada penyataan “Merasakan bahawa kemudahan
memberi pinjaman ini amat penting dalam melebarkan perniagaan”, hasil kajian
mendapati usahawan “bersetuju” dengan nilai purata min berada di antara skala 3.5 -
4.49 iaitu (m = 4.27). Penyataan ini berfokuskan kepada kepentingan kemudahan
pembiayaan yang disediakan oleh pihak institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam
melebarkan perniagaan.

Golongan usahawan mikro GIATMARA ini banyak bergantung kepada pihak
agensi kerajaan dalam membantu mereka memperkembangkan perniagaan. Ini kerana
dalam menjalankan perniagaan dalam bidang teknikal, sekiranya sesebuah syarikat itu
hendak berkembang ia memerlukan suntikan modal tambahan dalam bentuk

208

pembiayaan bagi urusan pembelian alatan mesin dan bahan yang begitu mahal. Ia
berbeza dengan usahawan yang menjalankan perniagaan yang bukan teknikal seperti
perniagaan atas talian contohnya, yang hanya memerlukan modal yang kecil dalam
melebarkan perniagaannya disebabkan kurang kebergantungan kepada alatan mesin
dan bahan.

Penyataan kedua tertinggi adalah “Berpendapat bahawa sekiranya seseorang
usahawan itu mempunyai akses yang mudah kepada pembiayaan akan
mempercepatkan pertumbuhan dan pengembangan perniagaan”. Hasil kajian
mendapati usahawan “bersetuju” dengan nilai purata min pada skala 3.5 - 4.49 iaitu
(m = 4.25). Penyataan ini berkait rapat dengan mempunyai akses yang mudah kepada
agensi yang memberi pembiayaan dalam mempercepatkan pertumbuhan dan
pengembangan perniagaan. Penyataan ini juga menggambarkan bahawa usahawan
sememangnya mencari satu kaedah untuk mendapatkan pembiayaan dengan tidak
memerlukan banyak prosedur dan mengambil masa yang panjang.

Hasil kajian seterusnya mendapati usahawan “bersetuju” dengan penyataan
“Akses kepada pembiayaan merupakan faktor yang paling penting dalam memastikan
kesinambungan kepada kejayaan seseorang usahawan yang berskala kecil (Usahawan
mikro)” dengan nilai purata min (m = 4.21), “Kadar faedah dan tempoh bayaran balik
pembiayaan yang diberikan adalah sangat rasional bagi usahawan dengan melalui
tempoh untuk bernafas” dengan nilai purata min (m = 3.95), “Pegawai dari pihak
Institusi kewangan / agensi kerajaan yang memberikan pembiayaan banyak membantu
memberi khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan pengurusan kewangan perniagaan”
dengan nilai purata min (m = 3.95).

209

Penyataan seterusnya “Penggunaan pembiayaan sendiri dalam memulakan
perniagaan adalah lebih baik daripada membuat pinjaman dari institusi kewangan /
agensi kerajaan yang memberi pinjaman” dengan nilai purata min (m = 3.92), “Syarat
pembiayaan yang dikenakan oleh pihak institusi kewangan / agensi kerajaan yang
memberikan pembiayaan ini tidak terlalu membebankan” dengan nilai purata min
(m = 3.79) dengan skala 3.5 - 4.49 yang meletakkan persepsi bahawa usahawan masih
“bersetuju”.

Daripada sembilan analisis penyataan berdasarkan faktor pemasaran ini, hasil
kajian mendapati bahawa terdapat dua penyataan di dalam kategori terendah iaitu
“Mempunyai pelbagai pilihan pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak institusi
kewangan / agensi kerajaan yang memberikan pembiayaan” dengan nilai purata min
(m = 3.64) dan “Sukar mendapatkan maklumat pembiayaan daripada pihak institusi
kewangan / agensi kerajaan yang memberikan pembiayaan” dengan nilai purata min
(m = 3.55).

Nilai purata min pada kedua-dua penyataan ini masih dalam skala 3.5 - 4.49
yang meletakkan persepsi bahawa usahawan masih “bersetuju” dengan penyataan
yang diletakkan. Namun mungkin ada sesetengah usahawan kurang terdedah dengan
maklumat pembiayaan oleh agensi yang memberi pinjaman sama ada di peringkat
institusi pemberi pinjaman swasta mahupun kerajaan yang menyukarkan mereka
mendapatkan pilihan berkaitan pakej pakej pembiayaan yang ditawarkan.

7.4 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Tahap Pendidikan dan Latihan
Terdapat tujuh penyataan telah dibangunkan di dalam borang soalan soalselidik

bagi persepsi responden berdasarkan faktor tahap pendidikan dan latihan. Kesemua
210

penyataan ini adalah berkisar kepada faktor tahap pendidikan dan latihan yang menjadi
antara faktor penting menyumbang kepada faktor kejayaan yang dikaji. Merujuk
kepada Jadual 7.5, penyelidik telah mengeluarkan hasil dapatan yang merupakan
respon responden kepada setiap penyataan yang telah diletakkan.

Jadual 7.5 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Tahap Pendidikan dan Latihan

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

1 Percaya tahap pendidikan yang tinggi

akan lebih memudahkan seseorang 15 39 139 304 233 730

usahawan itu merancang dan (2.1) (5.3) (19.0) (41.6) (31.9) (100)

mengembangkan perniagaan.

2 Percaya ada hubungan yang selari antara

tahap pendidikan usahawan itu dengan 6 14 81 447 182 730

faktor kejayaan perniagaan yang (0.8) (1.9) (11.1) (61.2) (24.9) (100)

dijalankan.

3 Latihan asas kemahiran di GIATMARA

merupakan faktor pendorong untuk 1 2 6 292 429 730

menjadi usahawan dalam bidang (0.1) (0.3) (0.8) (40.0) (58.8) (100)

kemahiran dipelajari.

4 Latihan dan kursus keusahawanan yang

diikuti sewaktu berada di GIATMARA 2 - 21 279 428 730

merupakan pendedahan yang baik ke arah (0.3) (2.9) (38.2) (58.6) (100)

menjadi usahawan.

5 Setelah menjadi usahawan melalui

program inkubator ini, pihak

GIATMARA/MARA ada membuka 1 4 36 323 366 730

peluang untuk mendalami latihan (0.1) (0.5) (4.9) (44.2) (50.1) (100)

kemahiran lanjutan jangka pendek dalam

bidang perniagaan yang diceburi.

6 Diberi peluang mendalami ilmu

keusahawanan melalui kursus-kursus - 3 31 303 393 730

peningkatan usahawan yang dijalankan (0.4) (4.2) (41.5) (53.8) (100)

oleh pihak GIATMARA/MARA.

7 Pendapat bahawa faktor tahap pendidikan

dan latihan ini merupakan antara - 9 34 411 276 730

penyumbang kepada kejayaan kepada (1.2) (4.7) (56.3) (37.8) (100)

sesebuah perniagaan

211

Jadual 7.5 menunjukkan persepsi responden berdasarkan penyataan kepada
faktor tahap pendidikan dan latihan. Sebanyak tujuh penyataan telah dibangunkan dan
dapatan hasil kajian iaitu respon responden kepada semua penyataan ini berdasarkan
kepada Jadual 7.5. Penyataan yang pertama iaitu percaya tahap pendidikan yang tinggi
akan lebih memudahkan usahawan merancang dan mengembangkan perniagaan.
Seramai 304 orang (41.6%) responden menyatakan setuju dengan penyataan ini
manakala 233 orang (31.9%) menyatakan sangat setuju. Sebilangan besar usahawan
mikro lepasan GIATMARA mempunyai tahap pendidikan yang sederhana dan rendah.
Golongan ini mungkin merasakan bahawa mereka perlu meningkatkan tahap
pendidikan dan peningkatan ilmu perniagaan dalam memastikan perniagaan mereka
lebih cepat berkembang. Sehubungan dengan ini, terdapat responden menyatakan
kurang setuju iaitu seramai 139 orang (19%), tidak setuju iaitu seramai 39 orang
(5.3%) manakala sangat tidak setuju iaitu seramai 15 orang (2.1%).

Pada penyataan kedua bahawa responden percaya terdapat hubungan yang
selari antara tahap pendidikan usahawan dengan faktor kejayaan perniagan yang
dijalankan, kadar peratusan bagi responden yang menyatakan setuju adalah paling
tinggi iaitu seramai 447 orang (61.2%) manakala sangat setuju seramai 182 orang
(24.9%). Ini menunjukkan bahawa majoriti menyokong penyataan tentang hubungan
yang selari antara tahap pendidikan dengan faktor kejayaan perniagaan. Namun begitu
seramai 81 orang (11.1%) kurang setuju, 14 orang (1.9%) tidak setuju dan 6 orang
(0.8%) sangat tidak setuju dengan penyataan ini.

Dapatan kepada penyataan bahawa latihan asas kemahiran di GIATMARA
mendorong mereka menjadi usahawan dalam bidang kemahiran dipelajari
menunjukkan respon responden yang menyatakan sangat setuju adalah seramai 429

212

orang (58.8%) dan setuju seramai 292 orang (40%). Manakala kurang setuju hanya
seramai 6 orang (0.8%), tidak setuju seramai 2 orang (0.3%) dan sangat tidak setuju
seramai seorang atau 0.1 peratus.

Penyataan bahawa latihan dan kursus keusahawanan yang diikuti di
GITMARA merupakan pendedahan baik ke arah menjadi usahawan menerima respon
yang baik daripada responden. Seramai 428 orang (58.6%) sangat setuju dengan
penyataan ini manakala 279 orang (38.2%) responden menyatakan setuju. Mengikut
Jadual 7.5 ini juga menunjukkan bahawa terdapat juga responden yang menyatakan
kurang setuju dengan jumlah seramai 21 orang (2.9%) dan 2 orang sangat tidak setuju
seramai 2 orang (0.3 %). Daripada dapatan ini boleh disimpulkan bahawa majoriti
responden telah melalui latihan dan kursus keusahawanan yang telah dijalankan oleh
GIATMARA sewaktu mereka masih dalam latihan.

Respon daripada responden terhadap penyataan bahawa pihak GIATMARA /
MARA ada membuka peluang mengadakan latihan kemahiran lanjutan dalam bidang
perniagaan yang mereka ceburi menunjukkan seramai 366 orang (50.1%) menyatakan
sangat setuju manakala 323 orang (44.2%) menyatakan setuju dengan penyataan ini.
Selebihnya menyatakan kurang setuju iaitu seramai 36 orang (4.9%), 4 orang (0.5%)
tidak setuju dan seorang atau 0.1 peratus menyatakan sangat tidak setuju. Seramai 393
orang (53.8%) menyatakan sangat setuju dengan penyataan bahawa mereka diberi
peluang mendalami ilmu keusahawanan melalui kursus-kursus peningkatan usahawan
yang dijalankan oleh pihak GIATMARA atau MARA. Manakala 303 orang (41.5%)
menjawab setuju. Daripada penyataan ini responden yang menyatakan sangat setuju
dan setuju hampir menjangkau 95 peratus daripada keseluruhan jumlah responden.

213

Selebihnya hanya 34 orang responden yang masing-masing menyatakan tidak setuju
dan kurang setuju.

Dapatan daripada penyataan tahap pendidikan dan latihan menyumbang
kepada kejayaan sesebuah perniagaan menerima respon yang positif pada skala setuju
iaitu seramai 411 orang (56.3%) manakala sangat setuju seramai 276 orang (37.8%).
Seramai 34 orang (4.7%) menyatakan kurang setuju dan 9 orang atau 1.2 peratus
menyatakan tidak setuju. Jika diteliti penerimaan responden kepada penyataan ini,
boleh diandaikan bahawa responden atau usahawan ini memerlukan peningkatan
dalam kemahiran sama ada tahap kemahiran mahupun latihan peningkatan dalam
bidang perniagaan yang ceburi.

7.4.1 Persepsi Responden Terhadap Faktor Tahap Pendidikan dan Latihan
Berdasarkan Keputusan Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai

Jadual 7.16 menunjukkan dapatan kajian berdasarkan nilai purata min bagi
penyataan berkaitan persepsi responden berdasarkan faktor tahap pendidikan dan
latihan. Merujuk kepada jadual ini, didapati bahawa dua bilangan nombor 1 dan 2
mewakili nilai purata min yang tertinggi pada skala 4.5 - 5.0 dalam kategori “sangat
setuju”. Penyataan “Latihan asas kemahiran di GIATMARA merupakan faktor
pendorong untuk menjadi usahawan dalam bidang kemahiran dipelajari” dengan nilai
purata min (m = 4.57) manakala bagi penyataan “Latihan dan kursus keusahawanan
yang diikuti sewaktu berada di GIATMARA merupakan pendedahan yang baik ke
arah menjadi usahawan” dengan purata min (m = 4.55).

214

Jadual 7.6 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Tahap Pendidikan dan Latihan
(n = 730)

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan
Piawai

1 Latihan asas kemahiran di GIATMARA merupakan faktor pendorong 4.57 0.543
untuk menjadi usahawan dalam bidang kemahiran dipelajari.

2 Latihan dan kursus keusahawanan yang diikuti sewaktu berada di 0.582
GIATMARA merupakan pendedahan yang baik ke arah menjadi 4.55
usahawan.

3 Diberi peluang mendalami ilmu keusahawanan melalui kursus-kursus 0.600
peningkatan usahawan yang dijalankan oleh pihak 4.49
GIATMARA/MARA.

4 Setelah menjadi usahawan melalui program inkubator ini, pihak

GIATMARA/MARA ada membuka peluang untuk mendalami latihan 4.44 0.628
kemahiran lanjutan jangka pendek dalam bidang perniagaan yang

diceburi.

5 Pendapat bahawa faktor tahap pendidikan dan latihan ini merupakan 4.31 0.617
antara penyumbang kepada kejayaan kepada sesebuah perniagaan.

6 Percaya ada hubungan yang selari antara tahap pendidikan usahawan 4.08 0.711
itu dengan faktor kejayaan perniagaan yang dijalankan.

7 Percaya tahap pendidikan yang tinggi akan lebih memudahkan 3.96 0.953
seseorang usahawan itu merancang dan mengembangkan perniagaan.

Skala: Kurang daripada 1.49 = sangat tidak setuju, 1.5 - 2.49 = tidak setuju, 2.5 - 3.49 = kurang
setuju, 3.5 - 4.49 = setuju, 4.5 - 5.0 = sangat setuju

Kedua-dua penyataan ini merupakan faktor penolak kepada program
keusahawanan yang mana penyelidik secara tidak langsung ingin mendapatkan
maklum balas daripada responden berkaitan impak kepada program latihan dan
keusahawan yang diterapkan oleh GIATMARA. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian memberikan maklum balas yang amat positif dengan pembuktian pada nilai
purata min yang hampir kepada 5.0 atau sangat setuju. Daripada pemerhatian
penyelidik secara tidak langsung juga dapat dirumuskan bahawa majoriti usahawan
lepasan GIATMARA menjadi usahawan dalam bidang kemahiran yang dipelajari
semasa berada di GIATMARA.

215

Bagi penyataan seterusnya skala bagi dapatan kajian masih berada pada 3.5 -
4.49 iaitu responden masih “bersetuju” dengan penyataan yang dibuat dengan nilai
purata min (m = 4.49) bagi penyataan “Diberi peluang mendalami ilmu keusahawanan
melalui kursus-kursus peningkatan usahawan yang dijalankan oleh pihak
GIATMARA/MARA”, min (m = 4.44) bagi penyataan “Setelah menjadi usahawan
melalui program inkubator ini, pihak GIATMARA/MARA ada membuka peluang
untuk mendalami latihan kemahiran lanjutan jangka pendek dalam bidang perniagaan
yang diceburi”, min (m = 4.31) bagi penyataan “Pendapat bahawa faktor tahap
pendidikan dan latihan ini merupakan antara penyumbang kepada kejayaan kepada
sesebuah perniagaan”.

Daripada tujuh penyataan dalam faktor ini, terdapat dua penyataan yang
mempunyai nilai purata min yang terendah iaitu “Percaya ada hubungan yang selari
antara tahap pendidikan usahawan itu dengan faktor kejayaan perniagaan yang
dijalankan” dengan nilai purata min (m = 4.08) dan “Percaya tahap pendidikan yang
tinggi akan lebih memudahkan seseorang usahawan itu merancang dan
mengembangkan perniagaan” dengan nilai purata min (m = 3.96). Merujuk kepada
dapatan kajian, nilai purata min menjadi rendah pada dua penyataan ini adalah kerana
soalan ini menyentuh berkaitan tahap pendidikan keusahawanan dan tahap pendidikan
akademik yang tinggi. Secara zahirnya kebanyakan usahawan merupakan golongan
remaja yang “drop out” daripada sistem persekolahan dengan keputusan akademik
yang rendah. Responden mungkin kurang menyokong penyataan yang dibuat oleh
penyelidik berkaitan dengan tahap pendidikan akademik yang tinggi dapat membantu
mereka mengembangkan perniaagaan kerana mereka bukan dari golongan ini.

216

7.5 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Jaringan Perniagaan
Jadual 7.7 menunjukkan hasil dapatan kajian tentang persepsi responden

berdasarkan kepada faktor jaringan perniagaan. Terdapat 12 penyataan telah
dibangunkan bagi mendapatkan respon responden kepada faktor jaringan perniagaan
dan hasil dapatan ini telah dianalisa dengan mengklasifikasikan setiap penyataan yang
diberikan. Merujuk kepada penyataan yang pertama di dalam jadual, majoriti
responden bersetuju bahawa responden atau usahawan mempunyai jaringan yang baik
antara usahawan iaitu seramai 509 orang (69.7%) menyatakan setuju. Seramai 169
orang (23.2%) responden menyatakan sangat setuju manakala seramai 46 orang (6.3%)
kurang bersetuju dengan penyataan ini. Selebihnya masing-masing seramai 3 orang
(0.4%) menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini.

Jadual 7.7 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Jaringan Perniagaan

Bil Penyataan Sangat
Tidak Setuju
Tidak Setuju

Kurang
Setuju
Setuju
Sangat
Setuju
Jumlah

1 Mempunyai jaringan hubungan 3 3 46 509 169 730
perniagaan yang baik dengan rakan (0.4) (0.4) (6.3) (69.7) (23.2) (100)
usahawan yang lain.

2 Mempunyai jaringan perniagaan yang - 3 30 469 228 730
baik dengan pihak pelanggan sama ada (0.4) (4.1) (64.2) (31.2) (100)
pelanggan yang baru ataupun pelanggan
setia.

3 Mempunyai jaringan perniagaan yang 2 13 67 475 173 730
baik dengan semua pembekal yang pernah (0.3) (1.8) (9.2) (65.1) (23.7) (100)
berurusan dengan syarikat.

4 Mempunyai jaringan perniagaan yang 1 15 92 488 134 730

baik dengan pesaing. (0.1) (2.1) (12.6) (66.8) (18.4) (100)

5 Tidak menganggap pesaing sebagai 6 8 40 417 259 730

musuh utama dalam perniagaan. (0.8) (1.1) (5.5) (57.1) (35.5) (100)

6 Maklumat perniagaan yang diperolehi 1 4 61 463 201 730
kebanyakannya datang dari pihak rakan (0.1) (0.5) (8.4) (63.4) (27.5) (100)
usahawan.

217

Bil Penyataan Sangat
Tidak Setuju
Tidak Setuju

Kurang
Setuju
Setuju
Sangat
Setuju
Jumlah

7 Maklumat perniagaan yang diperolehi 2 10 111 458 149 730
kebanyakannya datang dari pihak (0.3) (1.4) (15.2) (62.7) (20.4) (100)
pelanggan

8 Maklumat perniagaan yang diperolehi 5 19 164 427 115 730
kebanyakannya datang dari pihak (0.7) (2.6) (22.5) (58.5) (15.8) (100)
pembekal.

9 Maklumat perniagaan yang diperolehi 16 35 208 368 103 730
kebanyakannya datang dari pihak (2.2) (4.8) (28.5) (50.4) (14.1) (100)
pesaing.

10 Amat menitikberatkan hubungan dengan 1 1 42 441 245 730
semua pihak terutama sekali pihak di luar (0.1) (0.1) (5.8) (60.4) (33.6) (100)
organisasi perniagaan.

11 Percaya bahawa jaringan hubungan

perniagaan yang baik dengan semua pihak 1 2 27 414 286 730
membantu dalam membuat keputusan (0.1) (0.3) (3.7) (56.7) (39.2) (100)
pelaburan dan perancangan perniagaan

dengan lebih tepat.

12 Pada pendapat saya faktor jaringan
perniagaan ini merupakan antara 2 3 22 423 280 730

penyumbang utama kepada kejayaan (0.3) (0.4) (3.0) (57.9) (38.4) (100)
sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Bagi penyataan bahawa mereka mempunyai jaringan perniagaan yang baik
dengan pihak pelanggan sama ada pelanggan baru atau pelanggan yang setia, seramai
469 orang (64.2%) menyatakan setuju manakala sangat setuju seramai 228 orang
(31.2%). Hanya 30 orang responden atau 4.1 peratus sahaja yang menyatakan kurang
setuju dan 3 orang atau 0.4 peratus mewakili responden yang tidak setuju dengan
penyataan ini. Daripada dapatan analisa ini jelas menunjukkan bahawa majoriti
usahawan mempunyai hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dan baru. Praktis
sebegini amat sesuai kerana golongan usahawan teknikal ini berada pada kategori
perniagaan berteraskan perkhidmatan.

218

Respon kepada penyataan iaitu mempunyai jaringan perniagaan yang baik
dengan semua pembekal yang pernah berurusan dengan syarikat mereka mendapat
penerimaan yang baik daripada responden dengan majoriti adalah setuju dan sangat
setuju iaitu seramai 475 orang (65.1%) bersetuju manakala 173 orang (23.7%)
responden sangat setuju. Seramai 67 orang (9.2%) menyatakan kurang setuju, 13 orang
(1.8%) menyatakan tidak setuju dan 2 orang (0.3%) sangat tidak setuju. Sehubungan
dengan ini, respon kepada penyataan tentang mempunyai jaringan perniagaan yang
baik dengan pesaing menunjukkan bahawa responden yang bersetuju dengan
penyataan ini adalah seramai 488 orang (66.8%). Manakala sangat setuju seramai 134
orang (18.4%) dan hanya 92 orang (12.6%) yang menyatakan kurang setuju. Terdapat
kurang daripada 2 peratus yang menyatakan tidak setuju dengan bilangan responden
seramai 15 orang (2.1%) dan sangat tidak setuju iaitu seramai seorang atau hanya
mewakili 0.2 peratus.

Penyataan bahawa tidak menganggap pesaing sebagai musuh utama dalam
perniagaan diterima oleh responden dengan peningkatan yang menyatakan setuju
seramai 417 orang (57.1%) dan sangat setuju seramai 259 orang (35.5%). Hanya 40
orang (5.5%) yang kurang setuju, 8 orang (1.1%) tidak setuju dan 6 orang (0.8%)
sangat tidak setuju. Hasil dapatan yang menyatakan bahawa responden tidak
menganggap pesaing sebagai musuh utama dalam perniagaan menunjukkan responden
menyatakan setuju dengan peratus yang tinggi iaitu sebanyak 63.4 peratus atau seramai
463 orang. Pada skala sangat setuju adalah seramai 201 orang (27.5%) manakala
kurang setuju seramai 61 orang (8.4%). Selebihnya responden yang menyatakan tidak
setuju adalah seramai 4 orang (0.5%) dan sangat tidak setuju adalah seramai seorang
atau mewakili 0.2 peratus.

219

Dapatan kajian pada penyataan yang merumuskan bahawa maklumat
perniagaan kebanyakan datang dari pelanggan menunjukkan bahawa responden
menyatakan setuju dengan respon seramai 458 orang (62.7%) manakala sangat setuju
seramai 149 orang (20.4%). Responden yang kurang setuju iaitu sebanyak 15.2 peratus
mewakili 111 orang manakala responden yang menyatakan tidak setuju iaitu seramai
10 orang (1.4%) dan sangat tidak setuju seramai 2 orang (0.3%). Pada penyataan
bahawa maklumat perniagaan diperolehi daripada pihak pembekal yang mana majoriti
responden bersetuju iaitu seramai 427 orang (58.5%), sangat setuju seramai 115 orang
(15.8%). Terdapat peningkatan pada skala kurang setuju iaitu seramai 164 orang
(22.5%) manakala tidak setuju adalah seramai 19 orang (2.6%) dan sangat tidak setuju
seramai 5 orang (0.7%). Responden memberi respon yang kurang setuju dengan
penyataan ini disebabkan kemungkinan terdapat sebahagian dari usahawan ini
bergantung kepada sumber maklumat lain selain daripada pihak pembekal.

Dapatan kajian yang menunjukkan respon kepada maklumat perniagaan yang
diperolehi daripada pesaing menunjukkan bahawa responden yang menyatakan kurang
setuju menyumbang kepada 28.5 peratus atau mewakili responden seramai 208 orang.
Namum begitu pada skala setuju masih peratus yang tertinggi iaitu seramai 368 orang
(50.4%), sangat setuju adalah seramai 103 orang (14.1%). Selebihnya terdapat juga
responden yang tidak setuju seramai 35 orang (4.8%) dan sangat tidak setuju iaitu
seramai 16 orang (2.2%).

Dapatan kajian yang berkaitan dengan penyataan amat menitikberatkan
hubungan usahawan dengan semua pihak di luar organisasi perniagaan mereka. Hasil
analisa menunjukkan tahap penerimaan responden yang memberi respon yang amat
baik pada skala setuju dan sangat setuju iaitu seramai 441 orang (60.4%) yang setuju

220

manakala seramai 245 orang (33.6%) menyatakan sangat setuju. Terdapat 42 orang
(5.8%) respoden kurang setuju. Seorang responden menyatakan tidak setuju dan sangat
tidak setuju atau mewakili 0.1 peratus.

Hasil dapatan pada penyataan bahawa jaringan hubungan perniagaan
membantu dalam membuat keputusan perniagaan dengan lebih tepat jelas
menunjukkan bahawa hampir 90 peratus menyatakan sangat setuju mewakili 286
orang (39.2%) manakala setuju seramai 414 orang (56.7%). Hanya 27 orang (3.7%)
kurang setuju, 2 orang (0.3%) tidak setuju dan seorang (0.1%) sangat tidak setuju
dengan penyataan ini. Hasil analisa pada penyataan yang bertanyakan pendapat
bahawa faktor jaringan perniagaan amat penting dan menjadi penyumbang utama
kejayaan sesebuah perniagaan, menunjukkan seramai 423 orang (57.9%) responden
menyatakan setuju dengan penyataan ini dan seramai 280 orang (38.4%) responden
menyatakan sangat setuju. 22 orang (3%) responden menyatakan kurang setuju, 3
orang (0.4%) tidak setuju dan 2 orang (0.3%) sangat tidak setuju.

221

7.5.1 Persepsi Responden Terhadap Faktor Jaringan Perniagaan Berdasarkan

Keputusan Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai

Jadual 7.8 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Jaringan Perniagaan (n = 730)

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan
Piawai

1 Percaya bahawa jaringan hubungan perniagaan yang baik 4.35 0.577
dengan semua pihak membantu dalam membuat
keputusan pelaburan dan perancangan perniagaan dengan
lebih tepat.

2 Pada pendapat saya faktor jaringan perniagaan ini 4.34 0.585
merupakan antara penyumbang utama kepada kejayaan
sesebuah perniagaan yang dijalankan.

3 Amat menitikberatkan hubungan dengan semua pihak 4.27 0.581
terutama sekali pihak di luar organisasi perniagaan.

4 Mempunyai jaringan perniagaan yang baik dengan pihak 4.26 0.549
pelanggan sama ada pelanggan yang baru ataupun
pelanggan setia.

5 Tidak menganggap pesaing sebagai musuh utama dalam 4.25 0.681
perniagaan.

6 Maklumat perniagaan yang diperolehi kebanyakannya 4.18 0.602
datang dari pihak rakan usahawan.

7 Mempunyai jaringan hubungan perniagaan yang baik 4.15 0.571
dengan rakan usahawan yang lain.

8 Mempunyai jaringan perniagaan yang baik dengan semua 4.10 0.644
pembekal yang pernah berurusan dengan syarikat.

9 Maklumat perniagaan yang diperolehi kebanyakannya 4.02 0.660
datang dari pihak pelanggan.

10 Mempunyai jaringan perniagaan yang baik dengan 4.01 0.636
pesaing.

11 Maklumat perniagaan yang diperolehi kebanyakannya 3.86 0.727
datang dari pihak pembekal.

12 Maklumat perniagaan yang diperolehi kebanyakannya 3.69 0.850
datang dari pihak pesaing.

Skala: Kurang daripada 1.49 = sangat tidak setuju, 1.5 - 2.49 = tidak setuju, 2.5 - 3.49 = kurang
setuju, 3.5 - 4.49 = setuju, 4.5 - 5.0 = sangat setuju

Jadual 7.8 menunjukkan persepsi usahawan terhadap faktor jaringan
perniagaan dengan ringkasan persepsi usahawan berdasarkan kepada nilai purata min
tertinggi kepada yang terendah. Berdasarkan kepada persepsi usahawan kepada

222

penyataan “Percaya bahawa jaringan hubungan perniagaan yang baik dengan semua
pihak membantu dalam membuat keputusan pelaburan dan perancangan perniagaan
dengan lebih tepat” yang diberikan, hasil kajian mendapati bahawa usahawan
“bersetuju” dengan nilai purata min berada pada skala 3.5 - 4.49 dengan nilai min
(m = 4.35).

Persepsi dari penyataan ini mempunyai nilai purata min yang tertinggi kepada
faktor jaringan perniagaan. Menurut Datuk Wira SM Faisal, Pengerusi Eksekutif
Kumpulan NAZA dalam artikel khas Utusan Malaysia 23 Mac 2014, jaringan
perniagaan adalah antara ciri terpenting dalam menjalankan perniagaan. Jalinan
perhubungan baik dengan kerajaan atau agensi kerajaan memudahkan urusan,
rundingan dan boleh membantu dalam proses kelulusan yang diperlukan. Hubungan
jaringan di kalangan usahawan pula dapat membantu meluaskan perniagaan dengan
membuka peluang baru dan membolehkan pertukaran idea, tunjuk ajar serta
mentoring.

Persepsi yang kedua tertinggi dengan nilai purata min (m = 4.34) adalah pada
penyataan “Pendapat bahawa faktor jaringan perniagaan ini merupakan antara
penyumbang utama kepada kejayaan sesebuah perniagaan yang dijalankan”.
Penyataan ini adalah pada nilai purata min antara skala antara 3.5 - 4.49 yang
menunjukkan bahawa usahawan “bersetuju” dengan penyataan yang diberikan. Boleh
dirumuskan bahawa usahawan merasakan terdapat hubungan dengan positif antara
jaringan perniagaan dengan kejayaan sesebuah perniagaan yang dijalankan.

Persepsi pada penyataan yang seterusnya adalah “amat menitikberatkan
hubungan dengan semua pihak terutama sekali pihak di luar organisasi perniagaan”

223

dengan nilai purata min (m = 4.27), “Mempunyai jaringan perniagaan yang baik
dengan pihak pelanggan sama ada pelanggan yang baru ataupun pelanggan setia”
dengan nilai purata min (m = 4.26), “Tidak menganggap pesaing sebagai musuh utama
dalam perniagaan” dengan nilai purata min (m = 4.25), “Maklumat perniagaan yang
diperolehi kebanyakannya datang dari pihak rakan usahawan” dengan maklumat
perniagaan yang diperolehi kebanyakannya datang dari pihak rakan usahawan nilai
purata min (m = 4.18), “Mempunyai jaringan hubungan perniagaan yang baik dengan
rakan usahawan yang lain” dengan nilai purata min (m = 4.15) dan “Mempunyai
jaringan perniagaan yang baik dengan semua pembekal yang pernah berurusan dengan
syarikat” dengan nilai purata min (m = 4.10).

Seterusnya nilai purata min pada penyataan “Maklumat perniagaan yang
diperolehi kebanyakannya datang dari pihak pelanggan” (m = 4.02) dan “Mempunyai
jaringan perniagaan yang baik dengan pesaing” (m = 4.01). Pada dua penyataan yang
terendah iaitu “Maklumat perniagaan yang diperolehi kebanyakannya datang dari
pihak pembekal” dengan nilai purata min (m = 3.86) dan “Maklumat perniagaan yang
diperolehi kebanyakannya datang dari pihak pesaing” dengan nilai purata min
(m = 3.69). Walaupun kedua penyataan ini berada pada nilai min yang terendah tetapi
masih pada skala 3.5 - 4.49 iaitu persepsi bahawa usahawan masih bersetuju dengan
penyataan yang diberikan. Ada kemungkinan bahawa usahawan kurang memberikan
penekanan atau sukar mendapatkan maklumat perniagaan daripada pihak pembekal
dan pesaing.

224

7.6 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Sokongan Perniagaan
Jadual 7.9 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Sokongan Perniagaan

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

1 Maklumat berkaitan bantuan dan pakej 5 22 178 432 93 730
kewangan oleh pihak agensi pembiayaan (0.7) (3.0) (24.4) (59.2) (12.7) (100)
kerajaan amat mudah diperolehi.

2 Semua agensi pemberi pembiayaan

kerajaan yang saya temui sangat 19 133 464 110 730
membantu dalam semua aspek seperti 4

khidmat nasihat, penyediaan dokumen (0.5) (2.6) (18.2) (63.6) (15.1) (100)
pembiayaan, perancangan pembayaran

balik dan sebagainya.

3 Bantuan kewangan oleh pihak kerajaan

melalui kebanyakan agensi 3 8 55 480 184 730
membantu (0.4) (1.1) (7.5) (65.8) (25.2) (100)
pembiayaannya banyak
dalam
usahawan Bumiputera

memperkembangkan perniagaan mereka.

4 Pada pendapat saya pakej bantuan
kewangan yang disediakan oleh pihak 10 19 140 428 133
kerajaan ini sudah memadai untuk (1.4) (2.6) (19.2) (58.6) (18.2)
usahawan Bumiputera.

5 Infrastruktur seperti premis perniagaan

dan bengkel yang disediakan oleh pihak 2 10 74 456 188 730
kerajaan kepada usahawan Bumiputera (0.3) (1.4) (10.1) (62.5) (25.8) (100)
adalah amat baik dalam menyokong

perniagaan yang dijalankan.

6 Pada pendapat saya sokongan

infrastruktur seperti premis perniagaan 1 6 28 456 239 730
dan bengkel kepada usahawan sangat (0.1) (0.8) (3.8) (62.5) (32.7) (100)
membantu usahawan Bumiputera seperti

saya.

7 Sokongan pihak kerajaan dalam aspek 7 114 459 146 730
bantuan latihan kemahiran dari pelbagai 4

agensi kepada usahawan bumiputera saya (0.5) (1.0) (15.6) (62.9) (20.0) (100)
adalah mencukupi.

8 Latihan kemahiran yang diberikan ini - - 21 435 274 730
boleh dipraktikkan dan juga amat berguna (2.9) (59.6) (37.5) (100)
kepada saya dalam memperkembangkan
bidang perniagaan saya pada masa akan
datang.

225

Bil Penyataan Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju
Kurang Setuju

Setuju
Sangat Setuju

Jumlah

9 Pada pendapat saya faktor sokongan
kerajaaan ini merupakan perkara utama 1 3 27 442 257 730

dalam mendorong kejayaan sesebuah (0.1) (0.4) (3.7) (60.5) (35.2) (100)
perniagaan mikro.

Jadual 7.9 menunjukkan hasil dapatan kajian berdasarkan persepsi responden
kepada penyataan faktor sokongan kerajaan. Daripada analisa kepada sembilan
penyataan yang dibangunkan, pada penyataan pertama iaitu maklumat berkaitan
bantuan dan pakej kewangan oleh pihak agensi pembiayaan kerajaan amat mudah
diperolehi menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan setuju dengan
penyataan yang melibatkan seramai 432 orang (59.2%) tetapi hanya 93 orang (12.7%)
menyatakan sangat setuju. Bilangan responden yang kurang setuju agak tinggi iaitu
seramai 178 orang (24.4%), tidak setuju seramai 22 orang (3%) manakala sangat tidak
setuju seramai 5 orang (0.7%).

Penyataan kedua adalah kesinambungan daripada penyataan pertama tetapi
berfokus mendapatkan maklumat berkaitan agensi pembiayaan kerajaan dalam
membantu dalam aspek bimbingan dan khidmat nasihat pembiayaan. Seramai 464
orang (63.6%) menyatakan setuju, 110 orang (15.1%) responden menyatakan sangat
setuju dengan penyataan ini. Terdapat 18.2% atau seramai 133 orang kurang setuju,
19 orang (2.6%) tidak setuju dan 4 orang (0.5%) sangat tidak setuju dengan penyataan
yang diberikan. Dapat dirumuskan bahawa berdasarkan dapatan kekerapan respoden
pada skala kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju, hampir 20 peratus

226

daripada responden ini masih tidak berpuas hati dengan penyaluran maklumat dan
bimbingan yang diberikan oleh agensi pembiayaan kerajaan ini.

Berdasarkan dapatan kajian pada penyataan bahawa bantuan kewangan oleh
pihak kerajaan melalui kebanyakan agensi pembiayaannya banyak membantu
usahawan Bumiputera dalam memperkembangkan perniagaan mereka menunjukkan
peratusan pada skala setuju dan sangat setuju hampir menjangkau 90 peratus daripada
keseluruhan responden dan menerima penyataan yang diberikan. Seramai 480 orang
(65.8%) menyatakan setuju, 184 orang (25.2%) sangat setuju, 55 orang (7.5%) kurang
setuju manakala hanya 8 orang (1.1%) tidak setuju dan 3 orang (0.4%) sangat tidak
setuju.

Pada penyataan bahawa kebanyakan responden dapat menerima penyataan
bahawa pakej bantuan pembiayaan oleh pihak kerajaan sudah memadai dengan kadar
respon pada ruangan setuju adalah seramai 428 orang (58.6%) dan sangat setuju
seramai 133 orang (18.2%) responden. Namun begitu pada ruangan kurang setuju juga
agak tinggi dengan bilangan responden mencapai seramai 140 orang (19.2%), tidak
setuju seramai 19 orang (2.6%) dan manakala sangat tidak setuju adalah seramai 10
orang (1.4%).

Penyataan sokongan premis dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak
kerajaan kepada usahawan Bumiputera adalah amat baik dalam menyokong
perniagaan yang dijalankan menunjukkan responden yang menyatakan setuju adalah
seramai 456 orang (62.5%), sangat setuju seramai 188 orang (25.8%), kurang setuju
seramai 74 orang (10.1%), tidak setuju seramai 10 orang (1.4%) manakala sangat tidak
setuju adalah seramai 2 orang (0.3%). Manakala penyataan berupa pendapat bahawa

227

sokongan infrastruktur perniagaan kepada usahawan oleh pihak kerajaan
menunjukkan responden menyatakan setuju dengan penyataan ini dengan bilangannya
seramai 456 orang (62.5%), sangat setuju seramai 239 orang (32.7%). Namun begitu
terdapat 28 orang (3.8%) responden yang menyatakan kurang setuju, 6 orang (0.8%)
menyatakan tidak setuju manakala seorang atau 0.1 peratus sangat tidak setuju.

Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden
menyatakan setuju dengan penyataan ini iaitu seramai 459 orang (62.9%) dan sangat
setuju seramai 146 orang (20%) pada penyataan sokongan kerajaan dalam aspek
bantuan latihan kemahiran dari pelbagai agensi kepada usahawan Bumiputera adalah
mencukupi. Seramai 114 orang (15.6%) menyatakan kurang setuju manakala bilangan
responden yang tidak setuju pula adalah seramai 7 orang (1%) dan sangat tidak setuju
seramai 4 orang (0.5%).

Dapatan kajian bahawa latihan kemahiran yang diberikan ini boleh
dipraktikkan dan juga amat berguna dalam memperkembangkan bidang perniagaan
pada masa akan datang jelas menunjukkan bahawa responden atau usahawan dalam
program inkubator ini amat berpuas hati dengan latihan kemahiran yang diperolehi
sewaktu berada dalam latihan di GIATMARA. Bilangan yang menyatakan setuju
adalah seramai 435 orang (59.6%), sangat setuju adalah seramai 274 orang (37.5%)
manakala kurang setuju hanyalah seramai 21 orang (2.9%). Responden yang
menyatakan setuju adalah seramai 442 orang (60.5%), sangat setuju seramai 257 orang
(35.2%), kurang setuju seramai 27 orang (3.7%). Responden yang menyatakan tidak
setuju hanya 3 orang (0.4%) manakala sangat tidak setuju adalah seramai seorang atau
mewakili 0.1 peratus daripada 730 orang responden. Ini jelas menunjukkan bahawa
respon responden kepada penyataan terakhir yang menyatakan pendapat bahawa

228

faktor sokongan kerajaaan ini merupakan perkara utama dalam mendorong kejayaan
sesebuah perniagaan mikro mendapat respon yang amat positif daripada pihak
usahawan.

7.6.1 Persepsi Responden Terhadap Faktor Sokongan Kerajaan Berdasarkan

Keputusan Analisis Nilai Min dan Sisihan Piawai

Jadual 7.10 Persepsi Responden Berdasarkan Faktor Sokongan Kerajaan (n = 730)

Bil Penyataan / Persepsi Min Sisihan Piawai

1 Maklumat berkaitan bantuan dan pakej kewangan oleh 3.80 0.718
pihak agensi pembiayaan kerajaan amat mudah diperolehi.

2 Semua agensi pemberi pembiayaan kerajaan yang saya 3.90 0.691
temui sangat membantu dalam semua aspek seperti
khidmat nasihat, penyediaan dokumen pembiayaan,
perancangan pembayaran balik dan sebagainya.

3 Bantuan kewangan oleh pihak kerajaan melalui 4.14 0.623
kebanyakan agensi pembiayaannya banyak membantu
usahawan Bumiputera dalam memperkembangkan
perniagaan mereka.

4 Pada pendapat saya pakej bantuan kewangan yang 3.90 0.769
disediakan oleh pihak kerajaan ini sudah memadai untuk
usahawan Bumiputera.

5 Infrastruktur seperti premis perniagaan dan bengkel yang 4.12 0.651
disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan
Bumiputera adalah amat baik dalam menyokong
perniagaan yang dijalankan.

6 Pada pendapat saya sokongan infrastruktur seperti premis 4.27 0.583
perniagaan dan bengkel kepada usahawan sangat
membantu usahawan Bumiputera seperti saya.

7 Sokongan pihak kerajaan dalam aspek bantuan latihan 4.01 0.667
kemahiran dari pelbagai agensi kepada usahawan
bumiputera saya adalah mencukupi.

8 Latihan kemahiran yang diberikan ini boleh dipraktikkan 4.35 0.533
dan juga amat berguna kepada saya dalam
memperkembangkan bidang perniagaan saya pada masa
akan datang.

9 Pada pendapat faktor sokongan kerajaaan ini merupakan 4.30 0.571
perkara utama dalam mendorong kejayaan sesebuah
perniagaan mikro.

Skala: Kurang daripada 1.49 = sangat tidak setuju, 1.5 - 2.49 = tidak setuju, 2.5 - 3.49 = kurang
setuju, 3.5 - 4.49 = setuju, 4.5 - 5.0 = sangat setuju

229

Jadual 7.10 merupakan kepada persepsi usahawan berdasarkan faktor
perniagaan dengan nilai purata min tertinggi kepada yang terendah. Nilai purata min
yang tertinggi adalah pada penyataan “Latihan kemahiran yang diberikan ini boleh
dipraktikkan dan juga amat berguna dalam memperkembangkan bidang perniagaan
saya pada masa akan datang” dengan nilai purata min (m = 4.35). Penyataan ini yang
membawa maksud bahawa sokongan kerajaan kepada penyediaan latihan kemahiran
kepada usahawan ini amat berguna dalam memperkembangkan bidang perniagaan
mereka. Nilai purata min ini juga pada skala 3.5 - 4.49 yang merujuk bahawa usahawan
“bersetuju” dengan penyataan yang diberikan oleh penyelidik. Pada penyataan kedua
tertinggi iaitu “Pendapat faktor sokongan kerajaaan ini merupakan perkara utama
dalam mendorong kejayaan sesebuah perniagaan mikro” dengan nilai purata min pada
(m = 4.30) dan masih berada pada skala yang usahawan “bersetuju” dengan penyataan
yang diberikan. Usahawan mikro GIATMARA pada hakikatnya masih bergantung
kepada sokongan dan bantuan kerajaan dalam menjalankan perniagaan. Sehubungan
dengan itu terdapat hubungan yang positif antara faktor sokongan dan bantuan
kerajaan dengan kejayaan perniagaan yang mereka jalankan.

Persepsi seterusnnya iaitu berkaitan dengan “Pendapat bahawa sokongan
infrastruktur seperti premis perniagaan dan bengkel kepada usahawan sangat
membantu usahawan Bumiputera” dengan nilai purata min (m = 4.27), “Bantuan
kewangan oleh pihak kerajaan melalui kebanyakan agensi pembiayaannya banyak
membantu usahawan Bumiputera dalam memperkembangkan perniagaan mereka”
dengan nilai purata min (m = 4.14), “Infrastruktur seperti premis perniagaan dan
bengkel yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan Bumiputera adalah
amat baik dalam menyokong perniagaan yang dijalankan” dengan nilai purata min
(m = 4.12), “Sokongan pihak kerajaan dalam aspek bantuan latihan kemahiran dari

230

pelbagai agensi kepada usahawan Bumiputera adalah mencukupi” dengan nilai purata
min (m = 4.01). Kesemua penyataan ini juga masih berada pada skala 3.5 - 4.49 yang
bermaksud usahawan “bersetuju” dengan penyataan yang diberikan.

Bagi tiga penyataan terakhir bagi faktor sokongan kerajaan ini menunjukkan
nilai purata yang hampir sama dari segi nilai iaitu “Semua agensi pemberi pembiayaan
kerajaan sangat membantu dalam semua aspek seperti khidmat nasihat, penyediaan
dokumen pembiayaan, perancangan pembayaran balik dan sebagainya” dan penyataan
“Pendapat bahawa pakej bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini
sudah memadai untuk usahawan Bumiputera “ dengan nilai purata min pada kedua-
duanya (m = 3.90) dan penyataan “Maklumat berkaitan bantuan dan pakej kewangan
oleh pihak agensi pembiayaan kerajaan amat mudah diperolehi” dengan nilai purata
min (m = 3.80). Ketiga-ketiga penyataan ini berkaitan perkhidmatan yang disediakan
oleh agensi kerajaan yang diberikan tangungjawab untuk membantu usahawan dan
merujuk kepada dapatan kajian berdasarkan nilai purata min didapati pihak usahawan
masih kurang selesa dengan perkhidmatan yang diberikan walaupun nilai purata min
ini masih berada pada tahap “bersetuju”.

Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa pada persepsi faktor
sokongan kerajaan ini, usahawan memberikan maklum balas yang positif dalam
menjawab pada semua penyataan yang diberikan. Ini kerana nilai purata min daripada
dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua penyataan ini berada pada skala 3.5 -
4.49 iaitu usahawan masih “bersetuju” dengan kesemua penyataan yang diberikan.

231

7.7 Kesimpulan
Bab 6 membincangkan berkaitan objektif kajian yang kedua iaitu menilai

persepsi usahawan mikro GIATMARA terhadap faktor kejayaan utama yang
menyumbang kepada kejayaan perniagaan yang dijalankan. Merujuk kepada analisa
purata min dan sisihan piawai yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan kesemua
penyataan pada faktor kejayaan utama. Faktor pemasaran, akses kepada pembiayaan,
jaringan perniagaan, tahap pendidikan dan latihan serta faktor sokongan kerajaan yang
dibentuk telah dikenalpasti melalui nilai purata min yang terendah dan tertinggi.
Penyataan yang menunjukkan purata min yang tertinggi telah dibincangkan dengan
terperinci pada setiap faktor kejayaan utama yang dibentuk manakala penyataan pada
nilai purata min yang terendah juga dibincangkan sebagai program penambahbaikan
kepada program masa depan. Bab seterusnya akan membincangkan berkaitan dengan
objektif ketiga iaitu objektif terakhir kepada kajian ini.

232


Click to View FlipBook Version