The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan FSTP 20222023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by infosufriz, 2022-11-09 18:48:24

buku panduan

Buku Panduan FSTP 20222023

BUKU PANDUAN AKADEMIK
SARJANA MUDA

SESI AKADEMIK 2022/2023
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KANDUNGAN 1
2
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 3
4
Kata Alu-aluan Naib Canselor 5
Visi, Falsafah, Misi, Objektif dan Moto 6
Logo Universiti 6
Cokmar Universiti
Latar Belakang 7
Kehidupan sebagai Pelajar di UPNM 10
Lokasi Fakulti dan Pusat Pengajian
15
PENTADBIRAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
16
Senat Universiti 17
Pengurusan Universiti 18
22
MAKLUMAT AKADEMIK
23
Kalendar Akademik, Sesi Akademik 2021/2022
24
PENTADBIRAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN 24
27
Kata Alu-aluan Dekan 84
Visi, Misi, Objektif dan Moto 85
Latar Belakang Fakulti
Program yang Ditawarkan
Carta Organisasi Fakulti
Senarai Staf Pentadbiran Fakulti

MAKLUMAT KURSUS UNIVERSITI

Komponen Struktur Program Sarjana Muda
Kursus Teras Universiti
Sinopsis Kursus Teras Universiti
Kursus Elektif Universiti
Sinopsis Kursus Elektif Universiti

1

JABATAN SAINS KOMPUTER

Senarai Staf Akademik 92
Sinopsis Kursus Teras Jabatan 95

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00) 112
Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 115
Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 116
Kursus Teras Program 117
Kursus Teras Bidang Fokus 118
Kursus Elektif Program 119
Struktur Kurikulum 122
Sinopsis Kursus Teras Bidang Fokus 130
Sinopsis Kursus Elektif Program

Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20) 140
Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 144
Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 145
Kursus Teras Program 146
Kursus Elektif Program 147
Struktur Kurikulum 150
Sinopsis Kursus Teras Program 155
Sinopsis Kursus Elektif Program

Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)

Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 161

Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 165

Kursus Teras Program 166

Kursus Elektif Program 167

Struktur Kurikulum 168

Sinopsis Kursus Teras Program 171

Sinopsis Kursus Elektif Program 176

JABATAN SAINS PERTAHANAN

Senarai Staf Akademik 183

Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (ZC33) 185
Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 188
Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 188
Kursus Teras Program 190
Kursus Elektif Program 191
Struktur Kurikulum 194
Sinopsis Kursus Teras Penyelidikan Operasi 207
Sinopsis Kursus Teras Sains Data 213
Sinopsis Kursus Teras Bersama

2

KATA ALU-ALUAN NAIB CANSELOR

Sinopsis Kursus Elektif Penyelidikan Operasi 216
Sinopsis Kursus Elektif Sains Data 221

JABATAN SAINS DAN TEKNOLOGI MARITIM

Senarai Staf Akademik 227

Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37) 229
Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 232
Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 232
Kursus Teras Program 234
Kursus Elektif Program 235
Struktur Kurikulum 240
Sinopsis Kursus Teras Program 263
Sinopsis Kursus Elektif Program

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim (ZG57)

Objektif dan Hasil Pembelajaran Program Pengajian 274

Struktur Kursus dan Jumlah Kredit Keperluan Program 277

Kursus Teras Program 277

Kursus Elektif Program 278

Struktur Kurikulum 280

Sinopsis Kursus Teras Program 285

Sinopsis Kursus Elektif Program 305

AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN

Latar Belakang 320
Rancangan Pengurusan Latihan (Pegawai Kadet) 322

3

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa bangga, saya dan seluruh warga Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM), ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan
tahniah atas kejayaan hebat saudara dan saudari meneruskan
pengajian ke menara gading. Seluruh warga UPNM mengucapkan
selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari
ke Universiti ini yang begitu dikenali dengan keunikan persekitaran
alam akademik kontemporari yang disulami keteguhan disiplin.

Sesungguhnya kejayaan hebat saudara dan saudari ini pasti membawa makna yang begitu
besar kepada diri sendiri, keluarga dan negara. UPNM dengan penuh rasa bangga turut
berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada entiti pencorak hala tuju serta perjalanan
saudara dan saudari dalam membina potensi diri, baik dalam aspek akademik mahu pun
kepimpinan. Justeru, kehadiran saudara dan saudari di UPNM merupakan langkah yang
tepat kerana anda berpeluang untuk menjalani sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP)
berkualiti tinggi yang digarap dengan nilai-nilai intelek dan sahsiah.

Garapan sistem pengajian di UPNM disinergikan merangkumi pelbagai aspek bagi
menyediakan serta memastikan saudara dan saudari memiliki keupayaan tinggi untuk
bersaing di alam pekerjaan kelak. Begitu juga, sistem pengajian yang terangkum ini bakal
menjadikan anda sebagai seorang graduan yang memiliki ciri-ciri ‘Intellectual Leaders of
Character’ yang terserlah tertib adab dan adatnya, seiring perubahan arus pemodenan
dunia.

Seluruh warga UPNM berkeyakinan, bahawa saudara dan saudari pasti mampu beroleh
kejayaan gemilang dengan dituntuni nilai-nilai murni, jati diri yang teguh, serta kepercayaan
dan komitmen sebagai ahli masyarakat yang tegar semangatnya untuk berbakti dengan
sepenuh jiwa raga demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta.

Oleh itu, bulatkanlah tekad dan azam, teruskan usaha gigih dan jadikanlah segala cabaran
sepanjang pengajian saudara dan saudari sebagai pembakar semangat untuk mencapai
kecemerlangan. Selamat memulakan pengajian dan selamat maju jaya.

Sekian dan salam hormat.

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

DATO’ HASAGAYA BIN ABDULLAH

Leftenan Jeneral

Naib Canselor

4

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

VISI

Menjadi universiti pertahanan premier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan
ilmu.

FALSAFAH

Sebagai sebuah institusi nasional premier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin
berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya

kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

MISI

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah
universiti pertahanan premier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan
ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga

penyelidikan polisi.

OBJEKTIF

1. Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang kemanusiaan,
pengurusan, sains dan teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf
antarabangsa.

2. Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada
negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.

3. Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan
kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.

4. Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai
sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.

5. Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi.
6. Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi pertahanan, ekonomi dan

diplomasi, hal ehwal ketenteraan serta pengajian keselamatan.

MOTO

KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI
(Duty, Honour, Integrity)

5

LOGO UNIVERSITI

Logo UPNM mempunyai dua lapisan berbentuk bulat menggambarkan kebulatan tekad dan
kesatuan semangat warga UPNM dalam menyempurnakan tanggungjawab yang dipikul.
Komponen penting logo Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan di tengah-tengah logo
UPNM dengan latar belakang tiga warna perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut
Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia yang membawa makna bahawa
kepentingan ATM adalah sangat dominan di UPNM. Sementara lingkaran bunga padi
berwarna kuning sebagai lambang asas budaya Malaysia yang subur serta memiliki raja
yang berdaulat dan baginda ditaati sepanjang masa. NDUM – Singkatan nama universiti
dalam Bahasa Inggeris (National Defence University of Malaysia) dipaparkan di bahagian
atas di antara pertemuan dua bunga padi. Ini juga melambangkan bahawa universiti ini
sebuah institusi pengajian tinggi dipersada antarabangsa. Angka 2006 merupakan tahun
pembukaan universiti diletakkan bertentangan perkataan NDUM di bawah logo. Bunga raya
yang juga bunga kebangsaan Malaysia melambangkan bunga rasmi universiti dan kerana
Malaysialah universiti ini ditubuhkan.

6

COKMAR UNIVERSITI

Cokmar UPNM adalah berasaskan Pedang Zulfaqar yang pernah diberikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W kepada menantunya Sayyidina Ali bin Abi Talib Karramullah Wajha ketika
Perang Uhud.

Pedang Zulfaqar yang panjangnya 5 kaki adalah diperbuat daripada logam perak
dengan campuran besi dan bersalut emas. Petikan ayat 60 surah Al-Anfal (Maksudnya;” Dan
persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi musuh dengan kekuatan yang
kamu miliki”) ditatahkan pada kedua belah mata pedang. Bahagian hujung sarung Zulfaqar
dihiasi dengan batu manikam (topaz) berwarna kuning diraja khusus bagi melambangkan
kedaulatan raja-raja Melayu. Ini diikuti dengan batu delima (ruby) yang memancarkan cahaya
warna merah cili yang melambangkan Tentera Darat Malaysia. Manakala batu nilam
(sapphire) berwarna biru tua melambangkan Tentera Laut Diraja Malaysia dan batu nilam
berwarna biru muda melambangkan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Logo universiti yang diperbuat daripada emas tulen dilekatkan pada bahagian tengah
hulu pedang. Jalaran motif daun sireh dan bunga raya menyaluti sebahagian besar sarung
pedang yang memancarkan maksud kehalusan budi yang menjadi teras yang dipertahankan
di universiti ini. Sesungguhnya paduan bilah pedang, ayat daripada Al-Quran dan kilauan
batu-batu galian bernilai tinggi adalah manifestasi paduan falsafah ilmu yang tinggi dan
kehadiran semangat juang yang tidak luntur di kalangan warga universiti.

7

LATAR BELAKANG
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan
penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang
bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat sarjana muda dan latihan
ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA
diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November
2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi
2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program
pengajian di peringkat sarjana muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006
melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Universiti
Teknologi Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 untuk
mengeluarkan graduan tentera dan awam bagi keperluan pertahanan negara. Pengambilan
pelajar adalah terdiri daripada pelajar kadet tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia dan
pelajar awam. Perintah pemerbadanan UPNM telah berkuat kuasa pada 10 November 2006
untuk mewujudkan sebuah universiti. Pengajian akademik telah bermula pada sesi
2007/2008 dengan tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan dan satu pusat iaitu Pusat
Asasi Pertahanan. Satu lagi fakulti telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian
Pengajian Tinggi pada 19 Mac 2009 iaitu Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.

8

KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR DI UPNM

Kehidupan sebagai pelajar di UPNM adalah berorientasikan disiplin yang tinggi. Semua
pelajar UPNM akan menginap dalam kampus kerana UPNM mempunyai kemudahan asrama
yang mencukupi untuk menampung semua pelajar. Pegawai Kadet UPNM adalah diwajibkan
menyertai latihan ketenteraan manakala Pelajar Awam perlu mengikuti Latihan PALAPES.
Latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk melahirkan graduan UPNM yang bukan sahaja
mempunyai pengetahuan yang tinggi malah mempunyai kekuatan fizikal yang jitu untuk
menempuh alam pekerjaan kelak.

Semua pelajar UPNM akan mengalami kehidupan regimented dan kurang bebas seperti
yang dinikmati oleh pelajar Universiti Awam lain. Walau bagaimanapun, kehidupan yang kurang
bebas ini telah disusun dan dikawal untuk memastikan pelajar-pelajar UPNM sentiasa berada
dalam keadaan disiplin yang tinggi. Para pelajar perlu berjalan dalam kumpulan dan bergerak
dari asrama ke dewan kuliah. Ini sejajar dengan amalan tentera yang berdisiplin.

Selain itu, waktu kuliah telah ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap
hari Isnin hingga Jumaat. Manakala dua hari dalam seminggu pada waktu petang, semua
pelajar diwajibkan berada di padang untuk bersukan. Pada waktu malam pula, pelajar UPNM
akan mengikuti kelas mengulang kaji pelajaran. Semua jadual waktu harian perlu dipatuhi oleh
semua pelajar.

LOKASI FAKULTI DAN PUSAT PENGAJIAN

Pejabat Pentadbiran Fakulti dan Pusat Pengajian berada di Kampus UPNM, Kem Perdana
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

1. Fakulti Kejuruteraan di Aras 7 dan 8, Bangunan Bestari.

2. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan di Aras 2, Bangunan Lestari.

3. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Aras 3, Bangunan Lestari.

4. Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan di Bangunan Fakulti Perubatan dan
Kesihatan Pertahanan.

5. Pusat Bahasa di Aras 2, Bangunan Bestari.

6. Pusat Asasi Pertahanan di Aras 6, Bangunan Bestari.

9

PENTADBIRAN UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA

BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA SESI
2022/2023

SENAT UNIVERSITI

Pengerusi

1. Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah
Naib Canselor, Pejabat Naib Canselor

Ahli Tetap

1. Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

2. Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

3. Prof. Ts. Dr. Azizi bin Miskon
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

4. Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara)
Dekan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

5. Lt Kol Prof. Madya Dr. Khairul Hasni bin Kamarudin (Bersara)
Dekan, Fakulti Kejuruteraan

6. Lt. Kdr. Prof. Madya Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (Bersara)
Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

7. Brig Jen Prof. Datuk Dr. Hj. Adnan bin Hj. Abdullah
Dekan, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

8. Prof. Dr. Aidy bin Ali
Dekan, Pusat Pengajian Siswazah

9. Dr. Shahrulfadly bin Rustam
Pengarah, Akademi Kecergasan Pertahanan

10. Prof. Madya Dr. Norhana binti Abdul Halim
Pengarah, Pusat Asasi Pertahanan

11. Prof. Dr. Jowati binti Juhary
Pengarah, Pusat Bahasa

12. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah @ Betsy Bennet
Pengarah, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)

7

Wakil Profesor

1. Prof. Dr. Abdul Ghapor bin Hussin
Profesor
Prof. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

2. Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara)
Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi)

3. Prof. Dr. Jowati binti Juhary
Profesor
Puusat Bahasa

Ahli Ko-Opt
1. Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin

Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat)

2. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara)
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

3. Brig Jen Dato' Haji Saadon bin Hasnan TUDM
Komandan, Akademi Latihan Ketenteraan

4. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus
Pengarah, Pusat Pentropikalan

5. Lt Jen Dato’ Fadzil bin Mokhtar (Bersara)
Felo Pengajar, Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa

Ahli Ex-Officio

1. Puan Fazielah binti Mohamad
Pendaftar, Jabatan Pendaftar

2. Encik Mohammed Dzulkarnain bin Abdul Karim
Ketua Pustakawan, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim

3. Encik Mohd Hairay bin Md Yusof
Bendahari, Jabatan Bendahari

4. Lt Kol Hanif bin Zakaria (Bersara)
Penasihat Undang-undang, Pejabat Naib Canselor

8

Ahli Turut Hadir

1. Lt Kolonel Shahrul bin Sahusi (Bersara)
Pengarah, Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan

2. Prof. Madya Ts. Rozita binti Husain
Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik

4. Prof. Dr. Hasan Al-Banna bin Mohamed
Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data

5. Lt Kol Hamzan bin Abdul Jamil (Bersara)
Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Urus Setia

1. Encik Mohd Fadhzil bin Zainol
Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik

2. Puan Rini Shazrina binti Zulkifly
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Pengurusan Akademik

3. Puan Suzanah binti Sengoot
Penolong Pegawai Tadbir Kanan,
Bahagian Pengurusan Akademik

9

PENGURUSAN UNIVERSITI

1. YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah
Naib Canselor

2. YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

3. Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

4. YBhg. Prof. Ts. Dr. Azizi bin Miskon
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

5. YBhg. Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin
Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat)

6. YBhg. Brig Jen Prof. Ir. Dr. Hj. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara)
Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi)

7. YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara)
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

8. YBhg. Brig Jen Dato’ Haji Saadon bin Hasnan TUDM
Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)

9. Puan Fazielah binti Mohamad
Pendaftar

10. En. Mohd Hairay bin Md Yusof
Bendahari

11. En. Mohammed Dzulkarnain bin Abdul Karim
Ketua Pustakawan

12. Lt Kol Shahrul bin Sahusi (Bersara)
Pengarah
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

13. Lt Kol Prof. Madya Ariffin bin Ismail (Bersara)
Dekan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

10

14. Lt Kol Prof. Madya Dr. Khairul Hasni bin Kamarudin (Bersara)
Dekan
Fakulti Kejuruteraan

15. Lt Kdr Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (Bersara)
Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

16. Brig Jen Prof. Datuk Dr. Hj. Adnan bin Hj. Abdullah
Dekan
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

17. Prof. Madya Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim
Pengarah, Pusat Asasi Pertahanan

18. Prof. Dr. Jowati binti Juhary
Pengarah, Pusat Bahasa

19. Prof. Dr. Aidy bin Ali
Dekan, Pusat Pengajian Siswazah

20. Dr. Shahrulfadly bin Rustam
Pengarah, Akademi Kecergasan Pertahanan

21. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah @ Betsy Bennet
Pengarah, Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)

22. Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin
Pengarah Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa)

23. Kapt Prof. Madya Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara)
Pengarah Kanan, Hal Ehwal Pelajar

24. Lt Kol Zamri bin Ismail
Pengarah Kanan, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat
Pendaftar

25. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara)
Pengarah Kanan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan
Perhubungan Korporat)

11

26. Prof. Madya Ts. Rozita binti Husain
Pengarah
Pusat Pembangunan Akademik

27. Lt Kol Hamzan bin Abdul Jamil (Bersara)
Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

28. Prof. Madya Dr. Azizi bin Miskon
Pengarah Kanan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

29. Lt Kol Prof. Madya Dr. (Ustaz) Daud bin Hj Mohamed Salleh (Bersara)
Pengarah
Pusat Islam

30. Mej Prof. Madya Ir. Dr. Razali bin Abidin (Bersara)
Pengarah
Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan

31. Puan Sarina binti Abdul Rani
Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi

32. Prof. Dr. Hj. Hasan Al Banna bin Mohamed
Pengarah
Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data

33. Pengarah
Penerbit UPNM

34. Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey
Pengarah
Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS)

35. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus
Pengarah, Pusat Pentropikalan (Centre for Tropicalization)

36. Kol Sofian bin Kamaruddin (Bersara)
Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Projek dan Perancangan Strategi

37. Prof. Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip
Pengarah
Pusat Keselamatan Siber

12

38. Kol Jamal Rodzi bin Dahari (Bersara)
Pengarah
Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera dan Undang Undang Kemanusiaan
Antarabangsa (CoMIHL)

39. Kdr Ts. Dr. Haliza binti Mohd Zahari TLDM
Pengarah
Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR)

40. Pengarah
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF)

41. Prof. Madya Dr. Sayuti bin Ab Ghani
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf

42. Kept Prof. Dr. Hj. Zulkifly bin Mat Radzi TLDM (Bersara)
Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Maritim

43. Kol Dr. Hj. Zahimi bin Hj. Zainol Abidin
Pengarah, Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional

44. Dr. Firdaus bin Baharuddin
Ketua, Pusat Kesihatan

45. Encik Mohd Fadhzil bin Zainol
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik

46. Encik Hairul Azuan bin Abas
Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan

47. Encik Mohd Farid Kamil bin Fadzil
Penolong Pendaftar, Bahagian Kenderaan

13

MAKLUMAT AKADEMIK
BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA

SESI 2022/2023

KALENDAR AKADEMIK SESI AKADEMIK 2022/2023

PROGRAM SARJANA MUDA
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2022/2023

09 Oktober 2022 Pendaftaran Pelajar Baharu Program 1 Hari
09 Okt – 14 Okt 2022 Sarjana Muda
17 Okt – 02 Dis 2022
03 Dis – 11 Dis 2022 Minggu Orientasi/Minggu Perkasa 1 Minggu 09 Okt (Ahad) – Maulidur Rasul
Jati Diri (MPJD) 7 Minggu 24 Okt (Isnin) – Deepavali
12 Dis 2022 – 27 Jan Kuliah Semester I
2023
Cuti Pertengahan Semester I 1 Minggu 25 Dis 22 (Ahad) – Krismas
28 Jan – 05 Feb 2023 Kuliah Semester I 7 Minggu 26 Dis 22 (Isnin) – Cuti Gantian Krismas
06 Feb – 24 Feb 2023 01 Jan 23 (Ahad) – Tahun Baru
02 Jan 23 (Isnin) – Cuti Gantian Tahun Baru
25 Feb – 19 Mac 2023
Cuti Ulang Kaji 1 Minggu 22 & 23 Jan (Ahad & Isnin) - Tahun Baru Cina
04 Mac – 19 Mac 2023 01 Feb (Rabu) – Hari Wilayah Persekutuan

04 Feb (Sabtu) - Thaipusam

Peperiksaan Akhir Semester I 3 Minggu

Cuti Akhir Semester I

Latihan Ketenteraan Umum (Thn. 3- 3 Minggu
4) – ALK

Latihan Ketenteraan Perkhidmatan
(Thn. 1, 2 & FPKP) – ALK

Latihan Kem Tahunan PALAPES 2 Minggu
(Thn. 1-3, Thn. 4 FKJ)

SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023

20 Mac – 21 April 2023 Kuliah Semester II 5 Minggu 08 April (Sabtu) - Hari Nuzul Quran
22 Apr – 30 April 2023 Cuti Pertengahan Semester II 1 Minggu 22 & 23 April (Sabtu & Ahad) – Hari Raya

01 Mei – 30 Jun 2023 Kuliah Semester II 9 Minggu Aidilfitri
01 Mei (Isnin) – Hari Pekerja
01 Julai – 09 Julai 2023 04 Mei (Khamis) – Hari Wesak
10 Julai – 28 Julai 2023 05 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Agong
29 Julai – 30 Sept 2023 29 Jun (Khamis) – Hari Raya Aidiladha

Cuti Ulang Kaji 1 Minggu
Peperiksaan Akhir Semester II 3 Minggu 19 Julai (Rabu) – Awal Muharam

Cuti Akhir Tahun Akademik 8 Minggu 31 Ogos (Khamis) - Hari Kebangsaan
16 Sept (Sabtu) – Hari Malaysia
27 Sept (Rabu) – Maulidur Rasul

SEMESTER PENDEK, SESI AKADEMIK 2022/2023

31 Julai – 15 Sept 2023 Kuliah Semester Pendek 7 Minggu 31 Ogos (Khamis) - Hari Kebangsaan
18 Sept – 22 Sept 2023 Peperiksaan Semester Pendek 1 Minggu
23 Sept – 30 Sept 2023 Cuti Akhir Semester 1 Minggu

29 Julai – 30 Sept 2023 Pra Latihan Ketenteraan Tahun Akhir 2 Bulan
01 Okt 23 – 31 Mac (Pra LKTA) - ALK 6 Bulan
4 Bulan
2024 Latihan Ketenteraan Tahun Akhir
01 Dis 23 – 31 Mac (LKTA) – ALK 1 Minggu
Latihan Ketenteraan Tahun Akhir
2024 (LKTA) FPKP - ALK

29 Julai – 06 Ogos Latihan Berterusan PALAPES (Thn.
2023 1-3, Thn. 4 FKJ)

FAKULTI SAINS
DAN

TEKNOLOGI PERTAHANAN

KATA ALU-ALUAN DEKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi wa Barakatuh dan Salam
Sejahtera.

Saya dahului kata aluan dengan memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T kerana limpah rahmat dan izin-Nya, Buku
Panduan Akademik Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
(FSTP), Sesi Akademik 2022/2023 dapat diterbitkan.

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih
untuk mengikuti pengajian di FSTP. Sesungguhnya kehadiran saudara dan saudari di
FSTP merupakan langkah yang tepat bagi melengkapkan dan mempersiapkan diri sebagai
seorang insan yang berilmu dan berketrampilan, serta mempunyai jati diri, akhlak dan sifat
kepimpinan yang terpuji sebelum menempuh ke alam pekerjaan yang lebih mencabar
khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi.

Seluruh warga FSTP amat mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari serta berbesar
hati kerana menjadi sebahagian daripada entiti yang mencorakkan hala tuju dan
perjalanan penimbaan ilmu saudara dan saudari. Kami amat berkeyakinan, dengan
berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh pengajian di FSTP, saudara dan
saudari pasti mampu beroleh kejayaan yang membanggakan dan cemerlang di masa
hadapan.

Sebagai mahasiswa, saudara dan saudari haruslah bertanggungjawab dan bersedia untuk
menyempurnakan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap program dan
kursus yang diambil, termasuklah membuat pendaftaran kursus dan menghadiri kuliah/
latihan amali yang telah ditetapkan. Saudara dan saudari juga dinasihatkan agar sentiasa
mengambil tindakan proaktif untuk bersama-sama dengan pensyarah, penasihat akademik
dan pihak pengurusan Fakulti bagi mendapatkan panduan, bimbingan dan maklumat
sekiranya berhadapan dengan sebarang isu atau permasalahan.

Akhir kata, kuatkanlah semangat dan tanamkanlah azam. Teruskan usaha gigih dan
selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Lt Kdr Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (Bersara) CMILT
Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

16

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

VISI
Menjadi fakulti terkemuka untuk pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam

bidang Sains dan Teknologi Pertahanan.

MISI
Fakulti komited untuk melahirkan pemimpin holistik, meneroka ilmu dan berkhidmat untuk

kesejahteraan manusia sejagat berteraskan Sains dan Teknologi Pertahanan.

OBJEKTIF
1. Menerajui pengajian yang berorientasikan bidang Sains dan Teknologi Pertahanan.
2. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan pemimpin intelektual yang

berkarakter dalam akademik dan profesional dalam bidang Sains dan Teknologi
Pertahanan.
3. Menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang Sains dan
Teknologi Pertahanan.
4. Menjadi fakulti terkemuka dalam menjana ilmu yang berteraskan Sains dan Teknologi
Pertahanan.

MOTO
Mengilhamkan Inovasi Sains dan Teknologi Pertahanan

17

LATAR BELAKANG
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

1. MATLAMAT PENUBUHAN

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan bermatlamat mendukung visi UPNM untuk
menjadi institusi premier dalam latihan ketenteraan, pendidikan dan penyelidikan. Fakulti
juga membantu Universiti untuk mencapai misi untuk membentuk pemimpin intelektual
berkarakter yang profesional untuk memenuhi keperluan insan dalam bidang
pertahanan negara. Matlamat fakulti adalah seperti berikut:

i. Melahirkan graduan yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
 Berpengetahuan
 Kompeten
 Kemahiran berkomunikasi
 Bekerja dalam satu pasukan
 Pengurusan teknologi maklumat
 Pemimpin yang berkarakter

ii. Menghasilkan penyelidikan dan menerbitkan hasil akademik yang meliputi ciri-ciri
berikut:
 Relevan kepada industri pertahanan
 Menyumbang kepada penyelesaian permasalahan
 Meningkatkan lagi bidang Sains dan Teknologi Pertahanan

2. TANGGUNGJAWAB

Antara tanggungjawab fakulti adalah untuk melaksanakan program pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains dan Teknologi Pertahanan.
Fakulti juga turut merancang keperluan tenaga pengajar, kemudahan pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti akademik dalam jabatan-jabatan di fakulti.
Pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi Pertahanan akan dibangunkan selaras
dengan perkembangan teknologi terkini. Fakulti akan membangunkan program
akademik baharu dan menyemak kurikulum program yang sedia ada untuk memenuhi
keperluan insan pada masa akan datang.

18

3. STRUKTUR ORGANISASI FAKULTI

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan mempunyai tiga jabatan iaitu:

i. Jabatan Sains Komputer
ii. Jabatan Sains dan Teknologi Maritim
iii. Jabatan Sains Pertahanan

Di samping itu, fakulti juga turut mempunyai pusat dan makmal seperti berikut:

i. Pusat Maritim
ii. Pusat Marin
iii. Makmal Sains Komputer

4. PROGRAM AKADEMIK

Mulai Sesi Akademik 2007/2008, fakulti telah menawarkan tiga program sarjana
muda iaitu program Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas), Sarjana Muda
Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) dan Sarjana Muda Teknologi Maritim.
Mulai Sesi Akademik 2017/2018 pula, fakulti telah menawarkan satu program sarjana
muda iaitu Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim.
Manakala mulai Sesi Akademik 2018/2019, fakulti telah menawarkan dua program
sarjana muda baharu iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dan Sarjana Muda
Penyelidikan Operasi dengan Sains Data. Fakulti turut menawarkan program pengajian
di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah melalui mod penyelidikan. Di samping itu,
fakulti sedang merancang untuk mewujudkan program Sarjana Muda baharu iaitu
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Forensik dan Penyiasatan.

Jangka masa pengajian program Sarjana Muda adalah selama tiga tahun atau
enam semester secara sepenuh masa. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus
meliputi syarahan, tutorial, seminar, latihan amali di makmal, latihan di simulator, projek
penyelidikan dan Latihan Industri.

Penilaian secara berterusan akan dilaksanakan bagi setiap kursus melalui ujian,
penulisan dan juga pembentangan yang mana permarkahan tidak melebihi 60%.
Manakala 40% akan diambil kira pada penghujung semester iaitu melalui peperiksaan
akhir. Semua pelajar dikehendaki melengkapkan pengajian mereka sekurang-kurangnya
120 jam kredit dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) ≥ 2.0 ke atas.

Program pengajian yang ditawarkan adalah setara dengan program di IPT
dalam dan luar negara. Program yang ditawarkan di fakulti telah mendapat akreditasi
MQA dan pengiktirafan JPA mulai 22 Julai 2010 dan 1 Mac 2016. Kurikulum yang
disediakan merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang meliputi

19

kompetensi dalam pengajian yang diikuti. Pengetahuan yang diperolehi boleh
diaplikasikan kepada aset pertahanan negara seperti kapal, pesawat udara dan
peralatan bukan sahaja dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah boleh
diaplikasikan dalam industri pertahanan yang berasaskan sains dan teknologi terkini.

5. PROSPEK KERJAYA

Graduan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan mempunyai peluang kerjaya
khusus bagi ATM serta dalam sektor perkhidmatan awam terutamanya dalam bidang
Sains dan Teknologi.

Bagi graduan program Sarjana Muda Sains Komputer pula, mereka berpeluang
berkerja dalam bidang ICT sama ada di agensi kerajaan, swasta atau ATM. Antara
prospek kerjaya bidang ini adalah seperti berikut:

i. Penganalisis Sistem
ii. Penganalisis Perisian
iii. Penganalisis Sistem Cerdas
iv. Pentadbir Sistem
v. Pentadbir Keselamatan Rangkaian
vi. Penganalisis Sistem Keselamatan
vii. Pereka Bentuk Game
viii. Perunding Keselamatan
ix. Pengurus Projek
x. Pengatur Cara
xi. Pegawai Teknologi Maklumat
xii. Penyelidik

Graduan program Sarjana Muda Teknologi Maritim akan mendapat pendedahan
tentang aset maritim seperti kapal perang, pesawat maritim dan kapal selam. Graduan
juga layak untuk berkhidmat dengan TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) dan juga agensi-agensi kerajaan atau swasta yang terlibat dalam bidang
maritim.

20

6. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Bagi program Sarjana Muda Sains Komputer terdapat lapan buah Makmal
Komputer iaitu Makmal Pengaturcaraan, Makmal Asas 1, Makmal Asas 2, Makmal
Keselamatan, Makmal Multimedia, Makmal Realiti Maya, Makmal Sistem Cerdas dan
Makmal Baik Pulih. Kesemua makmal komputer dilengkapi dengan perisian dan
pengaturcaraan komputer terkini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Makmal
komputer mampu memuatkan seramai 40 pelajar bagi setiap makmal dalam satu masa.

Kemudahan yang disediakan di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
termasuk Pusat Maritim yang dapat melatih 40 orang pelajar dalam satu masa. Pusat
Maritim mempunyai Simulator Anjungan Kapal yang boleh melatih seramai 20 orang
pelajar dalam satu sesi pembelajaran. Simulator Anjungan Kapal adalah sebuah
simulator yang dilengkapi dengan kompas navigasi, alat kemudi, alat kawalan enjin,
radar, sistem posisi global, log kelajuan, panel navigasi, pemerun gema, alat isyarat
bunyi, panel enjin, alat radio, papan manuver taktikal dan papan data kapal. Pelajar
akan melaksanakan latihan psikomotor dan efektif di Simulator Pandu Arah untuk
mendedahkan pelajar dalam kompetensi navigasi, keselamatan pelayaran, komunikasi
dan peperangan maritim sebelum mereka menjalani Latihan Industri di kapal-kapal
agensi kerajaan selama enam bulan. Simulator ini mampu melakukan simulasi
pelayaran bagi pelbagai jenis kapal perang dan juga kapal dagang di pelabuhan-
pelabuhan utama Malaysia.

Pusat Maritim juga mempunyai Computer-Based Training (CBT) Pandu Arah,
Komunikasi dan Peperangan Maritim yang boleh melatih seramai 20 pelajar dalam satu
masa. CBT tersebut terdiri daripada empat buah kubikel yang dilengkapi dengan
perisian komputer bagi latihan kompetensi dalam pandu arah kapal dan latihan
komunikasi taktikal tentera laut. Latihan yang dilaksanakan adalah untuk memberi
kompetensi kepada pelajar sebelum mereka melaksanakan Latihan Industri di kapal-
kapal agensi kerajaan. Pusat Maritim juga mempunyai Simulator Enjin Kapal untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam pengendalian, senggaraan dan
pengoperasian sesebuah enjin dan jana kuasa yang dilengkapi di kapal.

Di samping itu, fakulti mempunyai sebuah Pusat Marin yang dilengkapi dengan
jeti, rumah bot, kayak, bot berenjin dan peralatan kepelautan. Pelajar-pelajar akan
menjalani latihan berkayak, kemahiran kepelautan dan sukan air untuk melengkapkan
pembelajaran kokurikulum program Sarjana Muda. Pusat Marin juga menyediakan
kemudahan untuk mengadakan seminar dan kursus yang dianjurkan oleh jabatan dan
pusat di UPNM.

21

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program-program yang ditawarkan di FSTP adalah seperti berikut:

i. Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00)
ii. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20)
iii. Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27)
iv. Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (ZC33)
v. Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)
vi. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim (ZG57)

22









































PENTADBIRAN FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

Dekan
Lt Kdr Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali (TLDM)

Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah)
Prof. Dr. Mohd Nazri bin Ismail

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah)
Ts. Dr. Nur Diyana binti Kamarudin

Ketua, Jabatan Sains Komputer
Ts. Dr. Nor Asiakin binti Hasbullah

Ketua, Jabatan Sains dan Teknologi Maritim
Kdr Mohd Arif bin Ahmad TLDM (Bersara)

Ketua, Jabatan Sains Pertahanan
Ts. Dr. Syarifah Bahiyah Rahayu binti Syed Mansoor

Penolong Pendaftar Kanan
Puan Noor Hidayati binti Shahbani

Pegawai Sains Kanan
Puan Noor Halifah binti Rijaludin

Pegawai Penyelidik Kanan
Puan Nurzaitul binti Zolkiply
Penolong Pendaftar
Cik Fathin Khairunnisa binti Ahmad Murad
Pegawai Laut
Encik Ahmad Zuhilmi bin Amir Shakib

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Encik Mohd Zulhafeezi bin Zainal

Setiausaha Pejabat
Puan Suliana binti Ismail

Penolong Pegawai Tadbir
Cik Nur Maisarah binti Kamar

23

BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022/2023
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

Penolong Pegawai Laut
Encik Abdull Razak bin Muhammad
Encik Sahrilnizan bin Che Othman
Penolong Pegawai Sains
Encik Md Hafize bin Md Eusoff
Pembantu Makmal Kanan
Encik Mohd Nazir bin Awang Mat
Encik Mohd Zairi bin Kamarudin
Encik Mohd Shah bin Mohd Zain
Pembantu Laut
Encik Muhammad Yusuf bin Abdul Hamid
Juruteknik Komputer
Encik Mohd Zairi bin Jolkifli
Encik Muhammad Amir Asyraf bin Yaacob
Pembantu Tadbir (P/O) Kanan
Cik Suryani binti Talib
Pembantu Tadbir (P/O)
Encik Hasrol bin Mat Isa
Puan Nor Azlina binti Jaif
Cik Nor Farizan binti Mahmud
Puan Nurul Aini binti Idris
Pembantu Operasi
Encik Muhammad Aqbal bin Yusof

24


Click to View FlipBook Version