The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan FSTP 20222023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by infosufriz, 2022-11-09 18:48:24

buku panduan

Buku Panduan FSTP 20222023

BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022/2023
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

iv. Memberi pendedahan kepada sistem latihan dan pengajian di UPNM.

3.2 Tahun Satu

Silibus pelajaran ini bertujuan memberi pendedahan atas aspek-aspek
ketenteraan dalam usaha membina perwatakan dan keperibadian sebagai
seorang Pegawai Tentera. Objektif-objektif yang digariskan adalah seperti
berikut:

i. Membentuk perwatakan dan keperibadian seorang Pegawai Tentera
melalui aktiviti-aktiviti regimental.

ii. Memberi pendedahan atas aspek-aspek teknik dan taktik serta
pengurusan dan kepimpinan di peringkat Kompeni.

3.3 Tahun Dua

Silibus pelajaran yang dibangunkan untuk tahun ini adalah kesinambungan
daripada Tahun Satu dan bertujuan memberi pendedahan atas aspek-aspek
ketenteraan dalam usaha membina perwatakan dan keperibadian sebagai
seorang Pegawai Tentera. Objektif-objektif yang digariskan adalah seperti
berikut:

i. Memahami organisasi dan tugas-tugas di peringkat Batalion dan Briged.

ii. Memberi pendedahan ke atas aspek pentadbiran di peringkat organisasi.

3.4 Tahun Tiga

Tahun ketiga ini merupakan tahun akhir bagi Pegawai Kadet yang mengikuti
pengajian akademik Jurusan Sains dan Teknologi Pertahanan dan Jurusan
Pengurusan Pertahanan. Silibus pelajaran yang dibangunkan bagi tahun ini
adalah bertujuan untuk memberi pendedahan atas aspek-aspek ketenteraan
dalam usaha memperlengkapkan seseorang Pegawai Kadet yang mampu
melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Muda. Justeru, latihan
peringkat kolektif akan diteruskan. Objektif-objektif yang digariskan adalah
seperti berikut:

i. Berupaya melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Muda.

323


BUKU PANDUAN AKADEMIK SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022/2023
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN

ii. Membentuk perwatakan dan keperibadian seorang Pegawai Tentera
melalui aktiviti-aktiviti regimental.

324


Click to View FlipBook Version