The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by apetdcm, 2021-05-04 23:17:35

Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021

1

2

Semurni Kata





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dan ucapan tahniah serta penghargaan kepada Sektor Pembelajaran
PPD Melaka Tengah kerana dapat menghasilkan kompilasi Pertandingan Guru Inovatif
Peringkat PPD Melaka Tengah 2021. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada
SISC+ yang telah melaksanakan amanah sebagai penggerak utama dalam
Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Daerah Melaka Tengah 2021.

Kajian Tindakan dan inovasi merupakan salah satu alternative untuk memperbaiki
kaedah pengajaran dan seterusnya mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran .
Guru yang kreatif sentiasa mencari ilmu baharu yang akan dihasilkan dalam
pengajarannnya. Hasilnya akan membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan, memberi kesan positif dan merangsang murid untuk berkreativiti.

Justeru, guru perlu sentiasa memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam
amalan harian pembelajaran dan pengajaran mereka. Kesungguhan, kesediaan dan
keupayaan kalangan guru kita dalam melaksanakan kajian tindakan dan inovasi ini
membuktikan guru-guru tidak kering idea kreatif dalam melaksanakan pembelajaran
dan pengajaran.

Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen dalam penghasilan
ilmiah ini. Semoga buku ini bermanfaat untuk rujukan bagi mencapai elemen kualiti dan
memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Besarlah harapan saya agar kita sama-sama mendapat manfaat
daripada pembentangan inovasi yang dilakukan serta dapat
membaiki mutu pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

Semoga buku ini menjadi wadah perbincangan, perkongsian ilmu
juga pengalaman untuk manfat bersama dalam memberikan
suatu dimensi yang berlainan dalam dunia pendidikan

Sekian, terima kasih.

Haji Abu Bakar bin Awang BKT,
Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah










3

Semarak Tinta






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat dan peluang untuk merealisasikan
hasrat melahirkan kompilasi Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Daerah Melaka
Tengah 2021.

Tahniah juga saya ucapkan kepada SISC+ Sektor Pembelajaran PPD Melaka Tengah
kerana telah mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah
Melaka Tengah. Pertandingan ini bertujuan untuk membudayakan amalan kajian
tindakan dan melakukan inovasi dalam kalangan guru. Ini dapat membantu guru
mereflek amalan dalam pembelajaran dan pengajaran mereka dan seterusnya akan
menggalakkan perubahan amalan tersebut ke arah yang lebih baik. Secara tidak
langsung Pertandingan Guru Inovatif ini menggalakkan guru meneroka dan
menghasilkan pendekatan baharu yang lebih berkualiti.

Buku ini memaparkan pembentangan inovasi sembilan orang peserta yang telah
menyertai pertandingan tersebut. Sesungguhnya, usaha murni untuk menghasilkan
buku kecil kompilasi peserta pertandingan ini merupakan suatu langkah proaktif dan
bijak. Usaha ini amat saya hargai dan harus diteruskan lagi pada masa hadapan.

Diharap penerbitan kompilasi ini dapat membantu rakan guru untuk mengembangkan
dan menyebarluaskan hasil kreativiti dan inovasi mereka serta dapat diaplikasikan pula
oleh warga pendidik dalam kumpulan yang lain. Setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah diucapkan kepada SISC+ PPD Melaka Tengah dan semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan buku ini. Semoga kompilasi ini menjadi
pemangkin ke arah membina negara bangsa.

Semoga buku ini dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan
negara kita.

Sekian, terima kasih.

Haji Mazlan bin Mohamad
Timbalan Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah













4

PENGENALAN

Kebanyakan kamus memberi pengertian inovasi merupakan satu
pembaharuan atau perubahan bertepatan dengan perkembangan Teknologi
Maklumat 4.0

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan
Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan,
modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun
dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa
tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Manakala di peringkat organisasi
pula, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan
terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan
prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru
untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.
Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana
rancangan strategik.

Inovasi merupakan aspek yang paling penting bagi memastikan keberkesanan
penggunaan bahan atau projek tersebut semasa ianya diuji atau pun
digunakan. Terdapat pelbagai bentuk inovasi antaranya kit, rekabentuk 3d,
modul dan permainan

Di peringkat PPD Melaka Tengah telah mengambil inisiatif untuk
mengupayakan inovasi ini dikalangan guru-guru di sekolah bagi memantap
dan memudahkan guru-guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Inovasi ini juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar semasa
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu dapat menarik minat dan
mewujudkan budaya keseronokan dalam pembelajaran. Inovasi ini akan terus
berkembang dari semasa ke semasa.

PPD Melaka Tengah telah dapat mengenal pasti 8 orang
dikalangan guru-guru daerah Melaka Tengah bagi
membentang dan mengaplikasikan inovasi yang dihasilkan.
Kesemua guru-guru ini telah menunjukkan inovasi, komitmen
dan kreatif yang tinggi masing-masing. Pihak PPD Melaka
Tengah telah memberi ruang, bimbingan dan sokongan padu
kepada guru-guru tersebut ke pertandingan inovasi peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.










5

MUHAMMAD ‘AIZAT BIN ANWAR
APANDI



GURU PENDIDIKAN ISLAM


SK PEREMPUAN DURIAN DAUN
MELAKA



IJAZAH SARJANA MUDA SAINS
SOSIAL (ANTROPOLOGI & DAKWAH)

TAHUN / INSTITUSI: 2010 / UNIVERSITI
SULTAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU

(UNISZA)


TAJUK INOVASI:

SMART ALPHABET JAHIAR










6

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF

PERINGKAT NEGERI

TAHUN 2021


KATEGORI PRASEKOLAH

(INDIVIDU)


TAJUK INOVASI:
SMART ALPHABET JAHIAR (JaHiAr)















MUHAMMAD ‘AIZAT BIN ANWAR APANDI
GURU PENDIDIKAN ISLAM

SK PEREMPUAN DURIAN DAUN MELAKA


“PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”
















7

Lampiran A

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2021
MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah):


Individu Prasekolah Individu Rendah


Individu Menengah Kumpulan


(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang
secara berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)


No. K.P: 870118-01-5339
Nama calon: MUHAMMAD ‘AIZAT BIN
ANWAR APANDI
Jantina: Lelaki



Alamat sekolah: SK PEREMPUAN DURIAN DAUN MELAKA


No. Telefon Sekolah : 06-2824820
No. Telefon Bimbit : 019-9350751
No. Faks : 06-2824820
E-mel : [email protected]
Jawatan di sekolah: 1. Setiausaha Kokurikulum
2. Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
3. Ketua Guru Pendidikan Digital Sekolah
4. Guru Penyelaras makmal komputer
5. Guru Penyelaras STEM
6. Guru Penyelaras Pengakap, Bola Baling

Kelulusan Akademik Tertinggi: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
(Antropologi & Dakwah) Tahun / Institusi: 2010 / Universiti Sultan
Zainal Abidin Terengganu (UniSZA)

Kelulusan Ikhtisas: DPLI Pendidikan Islam
Tahun / Institusi: 2014 / Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran



Tajuk Inovasi: Smart Alphabet JaHiAr









8

Lampiran B


PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENERANGAN INOVASI


1. Kategori
pertandingan Prasekolah (Individu)


2. Tajuk inovasi Smart Alphabet JaHiAr (Bahan Bantu
Belajar Pelbagai Guna / Multitasking
Learning Tools)

3. Sinopsis inovasi Tulisan jawi merupakan satu kaedah penulisan tradisi
masyarakat melayu dan Islam khasnya di Malaysia ini.
Tulisan jawi ini mempunyai persamaan bentuk huruf
dengan huruf hijayyah bagi pelajaran Al-Quran dan
Bahasa Arab. Namun begitu, masalah yang timbul apabila
murid menulis huruf yang tidak sama bentuk dan huruf
yang tidak berada pada garisan yang tepat. Masalah
yang berlaku tidak hanya pada murid sekolah semata-
mata tetapi ianya berlaku dalam masyarakat hari ini.
Selain itu, inovasi ini boleh menjadi bahan bantu belajar
berkonsepkan ‘multitasking’ dalam Pdpc Pendidikan Islam
(Jawi dan Al-Quran) serta Bahasa Arab. Pelajaran
menjadi lebih berpusatkan murid apabila inovasi ini diguna
pakai secara menyeluruh dalam aktiviti Pdpc. Inovasi ini
juga menarik, ringan dan mudah untuk digunakan.
Semestinya ianya sesuai untuk semua murid sekolah
rendah dan bagi sesiapa yang ingin belajar menulis
perkataan jawi, hijayyah atau bahasa Arab.
i) Menguji kefahaman murid serta meningkatkan
penguasaan mereka mengenai penulisan huruf
yang sama bentuk.
ii) Menambah baik kemahiran murid dalam penulisan
perkataan/kalimah Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab.
4. Objektif inovasi iii) Menyediakan Bahan Bantu Belajar yang menarik,
ringan dan mudah dipraktikkan oleh murid.


iv) Menyediakan Bahan Bantu Belajar yang berkonsepkan
pelbagai guna (multi-tasking) kepada guru serta murid
dalam aktiviti Pdpc Pendidikan Islam (Jawi & Al-
Quran) dan Bahasa Arab.










9

5. Kumpulan Sasaran Semua murid Islam khususnya murid prasekolah atau
sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai tatacara
penulisan dan pengejaan.




6. Latar Belakang Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kemenjadian murid, maka inovasi perlu diberi
penekanan sewajarnya. Sehubungan dengan itu, selaku
guru pendidikan Islam di sekolah rendah terdapat beberapa
masalah yang dikenal pasti. Salah satunya ialah isu dan
masalah dalam pembelajaran jawi. Soal minat dan
kesukaran dalam mempelajari jawi banyak bertitik tolak
daripada pemahaman, pembacaan dan penulisan. Justeru
itu, pengkaji memilih masalah dalam penulisan jawi adalah
isu utama.

Hari ini kebanyakan murid agak sukar untuk menulis jawi
walaupun telah diberikan gambaran di depan kelas. Selain
itu, terdapat murid yang mula menulis jawi dengan cara
sendiri hingga menyebabkan ianya menjadi kebiasaan.
Bayangkan murid yang boleh membaca jawi tetapi
menghadapi masalah menulis huruf jawi yang tidak teratur
malah tidak sama besar. Masalah huruf yang tergantung dan
tidak berada pada ‘tempatnya’ sering berlaku kepada murid
sekolah rendah. Malah ada juga yang tidak perasan
kedudukan huruf yang ditulis itu berada pada kedudukan
garisan yang tidak betul. Permasalahan sebegini tidak
hanya berlaku pada murid sekolah rendah tetapi masyarakat
umumnya. Tambahan pula, di masa akan datang pelajaran
jawi akan mula diajar di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan
pasti mengundang isu dan masalah yang baru.

Justeru itu, melalui cetusan idea penghasilan inovasi ‘Smart
Alphabet JaHiAr’, diharapkan dapat membantu para guru
pendidikan Islam khususnya dalam mengajar subjek
pendidikan Islam dengan lebih sistematik. Inovasi ini boleh
diimplimentasikan dalam bidang Al-Quran (terutama topik
huruf-huruf hijayyah) dan bidang jawi (terutama huruf
tunggal dan bersambung). Meskipun begitu, inovasi ini juga
boleh digunakan untuk pelajaran Bahasa Arab. Huruf
hijayyah atau jawi, mempunyai perkaitan yang sangat rapat
dari segi huruf. Huruf-huruf ini apabila diletakkan baris maka
membentuk kalimah di dalam Iqra’, Al-Quran dan juga
kalimah dalam pelajaran Bahasa Arab.

Oleh itu, melalui beberapa kolerasi antara pelajaran yang
dihubungkan dengan huruf-huruf ini, maka saya melihat
inovasi ini berpotensi untuk ditambah baik dari masa ke
semasa serta dikembangkan ke pasaran komersial. Buat
masa ini perancangan lebih tertumpu untuk membantu
murid sekolah rendah yang menghadapi masalah menulis
huruf-huruf JaHiAr (jawi-hijayyah-arab) bagi subjek






10

pendidikan Islam dan bahasa arab mengikut bentuk dan
kedudukan pada garisan dengan betul.







7. Isu/masalah yang 1) Meningkatkan kefahaman murid tatacara penulisan
ditangani oleh inovasi dan pengejaan perkataan/huruf jawi, hijayyah dan
bahasa arab.
2) Memperkukuhkan pengetahuan murid berkaitan
penulisan huruf jawi, hijayyah dan bahasa arab dari
segi bentuk dan kedudukan pada garisan.
3) Menarik minat murid untuk menguasai penulisan
perkataan/huruf jawi, hijayyah dan bahasa arab.







































































11

8. Huraian inovasi

i) Bahan yang Menggunakan material yang bersaiz 40cm x 10cm seperti
digunakan acrylic atau akrilik, yang mudah dibawa dan bersifat
‘transparent’ iaitu lut sinar. Sekeping kad yang diperbuat
daripada kertas keras sebagai kad tutor.
ii) Cara inovasi Semudah 3 langkah:-
digunakan 1. Pastikan garisan pada huruf diletakkan pada garisan
buku.
2. Tulis pada lubang ikut bentuk huruf.
3. Pastikan huruf dibentuk sama.

(Kad Tutor JaHiAr disediakan bagi membantu murid
untuk merujuk padanan huruf & kumpulan huruf JaHiAr).
iii) Kos Perbelanjaan hanya melibatkan kos percetakan dan
menghasilkan laminate dalam penyediaan bahan inovasi secara
inovasi mock up iaitu purata kos RM 15.00.

iv) Keberkesanan Berdasarkan kepada hasil analisis yang diperolehi
inovasi terhadap PdP dengan nilai min 4.64 (aras tinggi) ‘Smart Alphabet
JaHiAr’ ini terbukti menyeronokkan serta memberi kesan
positif terhadap proses Pdpc khususnya bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk tulisan jawi.
Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras dengan hasrat
guru untuk mewujudkan suasana Pdpc berasaskan
konsep “Edutainment”.

Secara keseluruhannya analisis berdasarkan soal selidik
yang diberikan kepada 20 orang murid prasekolah dapat
dirujuk menerusi skor min bagi setiap item di bawah:

Item Nilai Min
Bahan Bantu Belajar ‘Smart Alphabet JaHiAr’ 4.81
adalah menarik.
‘Smart Alphabet JaHiAr’ membantu saya 4.68
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
tentang huruf jawi dan hijayyah.
Saya suka menggunakan ‘Smart Alphabet 4.28
JaHiAr’ dalam Pdpc Pendidikan Islam.
‘Smart Alphabet JaHiAr’ membantu membaiki 4.71
penulisan huruf dan kalimah jawi, hijayyah dan
bahasa arab saya.
‘Smart Alphabet JaHiAr’ memberi motivasi 4.73
kepada saya untuk minat belajar jawi, al-quran
dan bahasa arab.
MIN KESELURUHAN 4.64


 Soal selidik dilaksanankan dengan bantuan guru prasekolah
dan pembantu prasekolah.












12

iv) Potensi untuk Mendapat reaksi yang positif setelah ramai yang
disebar luaskan bertanyakan bila benda ini akan berada di pasaran dan
dibeli.
Semua murid yang terlibat dalam kajian inovasi
menyatakan tahap minat yang tinggi terhadap bahan ini.
Rakan guru di sekolah-sekolah berhampiran
menyatakan hasrat untuk mendapatkan inovasi ini untuk
murid-murid di sekolahnya.
Telah mendapat jemputan daripada guru di sekolah lain
untuk mengetahui kefungsian bahan inovasi ini dalam
Pdpc.
Memandangkan kebanyakan murid sekolah rendah
mempelajari jawi, peluang disebarluaskan amatlah
terbuka luas.


9. 9.1 Keterangan lain Bahan ini telah mendapat respons yang positif di
yang berkaitan kalangan guru panitia, guru di prasekolah dan
(Bentuk kejayaan mendapat sokongan daripada pentadbir.
yang diperolehi)

9.2 Keterangan lain RUJUK BAHAGIAN GAMBAR
yang berkaitan
(Manual bahan)

9.3 Keterangan lain
yang berkaitan 1) Bentuk yang menarik, dan mudah digunakan oleh semua
(Kelebihan Smart murid menjadikannya satu inovasi yang praktikal semasa
Alphabet JaHiAr) belajar.
2) Boleh digunakan selain intervensi menulis huruf kepada
aktiviti mengenal dan mengeja.
3) Inovasi ini boleh digunakan sebagai pembaris panjang
dan penanda buku teks, buku aktiviti atau buku latihan
murid.
4) Boleh dijadikan rujukan murid semasa menulis
perkataan / kalimah jawi, hijayyah dan bahasa arab.
5) Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Muat
untuk disimpan di dalam beg sekolah.
6) Inovasi ini diperbuat daripada bahan yang lut sinar
atau transparen membantu murid untuk melihat
garisan pada buku tulis dengan lebih mudah.
7) Inovasi ini mudah digunakan oleh semua lapisan
masyarakat. Malah ianya dijangka menarik minat
murid atau orang bukan Islam untuk mempelajari
tulisan jawi.
8) Merangkumi semua konsep asas penulisan jawi
baru.
9) Dijangka murid mampu miliki dengan harga yang
tidak mahal dan tahan lama.







13

9.4 Keterangan lain ‘Smart Alphabet JaHiAr’ amat sesuai digunakan juga
yang berkaitan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Antara tindakan
(Panduan untuk yang dicadangkan ialah:
guru)
1) Menyatakan maklumat yang terdapat pada paparan
‘Smart Alphabet JaHiAr’ iaitu huruf-huruf yang sama
bentuk.
2) Menjelaskan kepada murid tentang kedudukan huruf
yang betul pada garisan.
3) Menerangkan tatacara penggunaan ‘Smart Alphabet
JaHiAr’ dalam pelajaran jawi, hijayyah (al-Quran) dan
bahasa arab.
Menyatakan kelebihan ‘Smart Alphabet JaHiAr’
terutama dalam membantu intervensi menulis murid
terhadap huruf-huruf jawi, hijayyah dan bahasa arab
tanpa perlu bimbing seorang demi seorang. Murid
yang lemah boleh ‘self-learning’ dan ‘explore’
menerusi ‘Smart Alphabet JaHiAr’ dengan lebih
menarik melalui bimbingan guru secara minima.
9.5 Keterangan lain Rujuk lampiran:
yang berkaitan 1) Gambar hak cipta pattern daripada MYIPO
(Lampiran 2) Gambar murid prasekolah sedang menggunakan
bergambar) ‘Smart Alphabet JaHiAr’.























































14

LAMPIRAN GAMBAR (DOKUMENTASI)

































Penarafan inovasi ‘Smart Alphabet JaHiAr oleh MyIPO

































15

LAMPIRAN GAMBAR (KAJIAN RINTIS)


























































































16

17

Gambar inovasi / prototaip :

a) Gambar Inovasi yang awal:









































Proses awal membuat prototaip. Guru melukis huruf-huruf tertentu di atas plastik laminate


























Plastik yang telah ditulis huruf tertentu telah ditebuk dengan menggunakan pateri. Guru telah meminta murid yang
lemah menulis huruf tunggal untuk menulis menggunakan bahan ini. Sedikit proses penambahbaikan telah diperolehi.












18

b) Gambar Inovasi terkini:













































Sebelum membina model inovasi dengan lebih baik, guru menghasilkan susunan yang lebih
teratur dan saiz yang lebih praktikal melalui aplikasi Adobe Photoshop.


Proses Menghasilkan Model Inovasi JaHiAr (Mock Up)








































19

Gambaran model inovasi (mock up) selepas selesai di’laser cut’ membentuk huruf.












































Reka bentuk model inovasi (mock up) Smart Alphabet JaHiAr yang menarik dan boleh diguna
pakai juga sebagai pembaris dan penanda buku (bookmark). Wow !












20

Guru (pengkaji) telah menggunakan terlebih dahulu. Antara huruf-huruf yang terbentuk
selepas menggunakan model inovasi Smart Alphabet JaHiAr. Hasil yang memuaskan
dapat dihasilkan oleh seorang murid yang baru belajar jawi.


























21

LAMPIRAN UJIAN PRA DAN POST

KEPUTUSAN UJIAN POST DAN PRA MURID SK PEREMPUAN DURIAN DAUN MELAKA
TAHUN 1 AISYAH, 2 FATIMAH & 3 KHADIJAH

BIL RESPOND UJIAN UJIAN MARGIN
AN PRA POST /BEZA
1 R1 5 12 7
2 R2 7 13 6
3 R3 5 15 10
4 R4 4 14 10
5 R5 4 14 10
6 R6 4 14 10
7 R7 6 13 7
8 R8 4 11 7
9 R9 4 14 10
10 R10 8 14 6
11 R11 5 14 9
12 R12 2 12 10
13 R13 4 13 9
14 R14 3 15 12
15 R15 3 12 9
16 R16 4 11 7
17 R17 6 11 5
18 R18 4 15 11
19 R19 5 15 10
20 R20 7 15 8











































22

UJIAN POST DAN PRA TULISAN JAW




























































































23

Tambahan maklumat :

1. Kos inovasi di awal pembikinan ialah RM 5.00.

2. Barang yang digunakan ialah plastik laminate 1 set, marker pen
dan alat pateri.

3. Kos cetakan untuk hasilkan dalam bentuk arcylic berjumlah RM

10.00.



















































24

NURBAIDURA BINTI BADRUL HISHAM




SK BATU BERENDAM 2




TAJUK INOVASI:

TEKNIK BAYI (BACA & NYANYI CIKGU
BAI)















25

TAJUK INOVASI



























MENINGKATKAN KEMAHIRAN






MEMBACA SUKU KATA KV




MELALUI TEKNIK BAYI DALAM




KALANGAN MURID


BERKEPERLUAN KHAS




















26

SIPNOSIS INOVASI


Teknik BAYI ialah satu teknik yang menggabungkan muzik dalam aktiviti

membaca. Perkataan BAYI diambil daripada huruf dalam perkataan BAca dan
nyanYI. Teknik BAYI merupakan pendekatan baharu membaca sambil menyanyi

yang menyeronokkan dan mampu menarik minat murid untuk belajar dan

seterusnya menunjukkan peningkatan dalam kebolehan membaca. Apa yang
menarik tentang Teknik BAYI adalah ia boleh dipelajari di dalam kelas dan juga

boleh dipelajari di atas talian kerana ia telah dibina dalam bentuk mp4. Murid boleh

akses melalui telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen pintar. Aktiviti
membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja.



Teknik ini bukan sahaja berguna untuk Murid Berkeperluan Khas(MBK) malah

ia boleh dimanfaatkan oleh kanak-kanak tipikal seawal usia kerana mendengar

secara berulang-ulang dengan gabungan muzik dapat memantapkan daya ingatan
kanak-kanak. ‘REPETION IS MOTHER OF LEARNING’. Kebolehan membaca

kanak-kanak bergantung kepada pembangunan otaknya dan pembangunan otak

berlaku dengan pesat berasaskan tahap pembesaran iaitu mencapai tahap 25
peratus pada waktu lahir, 50 peratus pada usia enam bulan, 85 peratus pada usia

3 tahun dan 95 peratus pada usia 6 tahun. Baki hanya 5 peratus untuk

pembangunan otak sehingga dewasa (Mohd Yusof Hasan, 2000). Rugi jika kita
tidak memanfaat umur awal kanak-kanak. Teknik BAYI boleh diakses dengan

mudah maka ibu bapa boleh memanfaatkannya di rumah.














27

KUMPULAN SASARAN




































KELAS AL BIRUNI

PENDIDIKAN KHAS




































28

LATAR BELAKANG
Idea mengajar membaca dengan menggabungjalin elemen muzik hadir pada

tahun 2015 apabila saya mendapati MBK mudah bosan apabila membaca secara
berulang. Maka saya tukar cara mengajar membaca konvensional kepada

membaca sambil menyanyi dengan petikan gitar. Saya boleh nampak MBK sangat
seronok dan menanti-nantikan waktu Bahasa Melayu. Seperti mana yang kita

sedia maklum MBK mempunyai kepelbagaian keperluan khas seperti mana yang

dinyatakan dalam Individuals With Disabilities Education Act- IDEA, 2004, Specific
learning disability means a disorder in one or more of the basic psychological

processes involved in understanding or in using language, spoken or written, that

may manifest itself in the imperfect ability to listen, think, speak, read, write, spell,
or to do mathematical calculations, including conditions such as perceptual

disabilities, brain injury, minimal brain dysfunction, dyslexia, and developmental

aphasia. Maka saya sebagai seorang guru Pendidikan Khas wajar mengambil
inisiatif membantu MBK untuk belajar.

Apabila melihat murid berasa seronok dan cepat menguasai bacaan, saya

ingin memanfaatkan teknik ini kepada MBK di sekolah lain dan kanak kanak tipikal
maka saya membuatnya dalam bentuk MP4 menggunakan aplikasi Power Director

dan Power Point. Teknik BAYI bukan sahaja mengandungi pembelajaran suku kata
kv namun terdapat juga suku kata kvkv, kv+kvk, kvk+kv, vk+kvk dan kvk+kvk. Suku

kata ini adalah pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah Pendidikan Khas(KSSR PK) tahun 2 dan 3. Saya juga menyediakan minus
one untuk guru nyanyikan dengan perkataan yang baharu dalam keluarga suku

kata yang sama. Selain daripada itu, saya menyediakan lagu kanak-kanak yang
mengandungi suku kata yang telah dipelajari untuk menambahkan lagi

keseronokkan ketika belajar. Lagu suku kata yang baharu juga dalam proses

penghasilan. Anda boleh layari link ini untuk menontonnya












29

https://www.youtube.com/results?sp=mAEB&search_query=TEKNIK+BAYI(B

ACA+%26+NYANYI)+CIKGU+BAI atau search youtube channel TEKNIK
BAYI(BACA & NYANYI) CIKGU BAI.


KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI



Saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu Pendidikan Khas sejak tahun

2009 lagi, saya nampak MBK agak sukar untuk mengingat suku kata yang diajar
walaupun pelbagai kaedah telah digunakan. Kalau dahulu, daripada awal tahun

mengajar sehingga hujung tahun pun murid belum berjaya menguasai suku kata.

Namun setelah saya mengajar Teknik BAYI bermula tahun 2015 , murid cepat ingat
dan berasa seronok ketika belajar.



Pada tahun 2020 saya diberi kelas AL BIRUNI iaitu murid KSSR PK tahun 2.

Sebelum saya mengaplikasi Teknik BAYI dalam aktiviti membaca kebanyakkan

murid saya hanya menguasai kurang daripada 10 peratus pembacaan suku kata
kv. Pembelajaran dan Pemudahcaraan(pdpc) suku kata kv bermula pada 13

Januari 2020 sehingga 17 Mac 2020. Pdpc terpaksa dihentikan kerana Perintah
Kawalan Pergerakan(PKP) akibat Pandemik Covid- 19. Saya juga cuti bersalin

pada 21 April 2020 sehingga 20 Julai 2020. Dalam tempoh PKP dan saya bercuti,

saya tidak pasti adakah murid belajar di rumah. Selepas saya naik sekolah pada
20 Julai 2020, pdpc diteruskan dan ujian pos diberikan pada 5 Ogos 2020. MBK

menunjukkan pencapaian yang positif di mana objektif khusus saya tercapai

apabila empat orang MBK menguasai lebih 50 suku kata yang diuji. Ini
membuktikan Teknik BAYI mampu membina ingatan jangka panjang walaupun

pdpc terhenti beberapa bulan. Selepas murid menguasai suku kata kv,

pembelajaran suku kata kvkv menjadi lebih mudah dan cepat. Murid boleh
membaca dan membina suku kata kvkv yang diajar oleh guru.


















30

SEBELUM DAN SELEPAS


INOVASI





SEBELUM INOVASI

MURID KEPERLUAN UMUR UJIAN PRA

KHAS BILANGAN PERATUS
SUKU KATA (%)
KV

Murid 1 Autisma 11 5/126 4
Murid 2 ADHD 12 52/126 41
Murid 3 Masalah 11 11/126 9
pembelajaran
Murid 4 Masalah 9 3/126 2

penglihatan












































31

SEBELUM INOVASI




Ujian pra murid 1 pada 13 Januari 2020
(ujian pra dan pos di dalam jadual yang sama)













































































32

33

Video ujian pra murid 1






















































































34

SELEPAS INOVASI


MURID KEPERLUAN UMUR UJIAN POS
KHAS BILANGAN PERATUS
SUKU KATA (%)

KV
Murid 1 autisma 11 116/126 92
Murid 2 ADHD 12 114/126 90

Murid 3 Masalah 11 86/126 68
pembelajaran
Murid 4 Masalah 9 59/126 47
penglihatan




























































35

SELEPAS INOVASI




Ujian pos pada 5 Ogos 2020 (Sila rujuk pada


gambar ujian pra)













Video ujian pos murid 1 (Ini bukan ujian pos

yang sebenar kerana guru tidak membuat


rakaman semasa ujian pos. Rakaman ini

ialah sewaktu pentaksiran pdpc di dalam

kelas)














































36

PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS



INOVASI
MURID KEPERLUAN UMUR UJIAN PRA UJIAN POS

KHAS PERATUS PERATUS
(%) (%)
Murid 1 autisma 11 4 92

Murid 2 ADHD 12 41 90
Murid 3 Masalah 11 9 68
pembelajaran
Murid 4 Masalah 9 2 47
penglihatan





























































37

OBJEKTIF INOVASI




Murid Berkeperluan Khas kelas Al Biruni boleh membaca


suku kata kv dengan lebih cepat menggunakan Teknik BAYI.





Objektif Umum

Murid-murid dapat menguasai kemahiran (3M)

i aitu membaca.






Objektif Khusus

Murid boleh membaca lebih daripada 50 suku kata kv yang


diuji.





DSKP TAHUN 2/ BAHASA MELAYU :-

2.1 Mengeja dan membatang suku kata dalam perkataan 2.11


Murid berupaya mengeja dan membunyikan suku kata kv





























38

TARIKH MULA DAN SIAP


PELAKSANAAN



BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 8 Januari 2020
awal
2 Menulis proposal inovasi -

3 Merancang tindakan 1 9 Januari 2020
4 Ujian pra untuk mengesan pencapaian murid 13 jan 2020

5 Merancang tindakan 2 23 Julai 2020

6 Ujian pos untuk mengesan pencapaian murid 5 Ogos 2020

7 Refleksi inovasi 10 Ogos 2020

8 Menulis laporan inovasi 16 Disember 2020













































39

INOVASI YANG DILAKSANAKAN



1) Bentuk bahan inovasi


a) Video suku kata kv

https://www.youtube.com/watch?v=8_10KeFGcC4









































b) Pdpc menggunakan Teknik BAYI di dalam kelas Al Biruni






























40

Pdpc pada waktu ini, dibantu
dengan kad bacaan kerana
komputer dan LCD PPKI rosak.
Komputer guru juga tak cukup
besar serta terdapat seorang
murid low vision.









2) Proses pembinaan bahan



a) Mencari idea






















b) Merakam lagu




























41

Rakaman lagu menggunakan
1. gitar

2. pembesar suara
3. telefon pintar








c) Membuat video mp4 menggunakan power director



















3) Pengendalian




a) Manual penggunaan
-Murid membaca sambil menyanyi mengikut lagu

-Guru mengajar suku kata secara berperingkat. Apabila murid telah
menguasai, guru akan menambah lagi. Contohnya dua minggu pertama,

guru mengajar ba be be bi bo bu hingga fa fe fe fi fo fu sehingga murid

menguasai. Selepas itu guru menambah lagi suku kata baharu dan
begitulah seterusnya sehingga cukup 126 suku kata kv

-Video yang disediakan boleh pause dan diulang semula, maka guru

fleksibel untuk menggunakannya
- Pembelajaran juga boleh diteruskan di rumah, guru hanya perlu pesan

ibu bapa untuk buka video dan beri anak mereka tonton









42

4) Perbelanjaan





























5) Bentuk kejayaan




a) Pengurangan kos operasi


-Guru dan Ibu bapa tak perlu beli Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang mahal

-Guru tidak perlu membina BBM



b) Penjimatan masa


-Sebelum menggunakan Teknik BAYI pembelajaran suku kata mengambil

masa bertahun. Namun dengan penggunaan Teknik BAYI, satu keluarga

suku kata kv yang mengandungi 126 suku kata berjaya dikuasai dalam
tempoh 2 bulan setengah sahaja.












43

c) Peningkatan keberkesanan dalam pdpc


I) Impak pdpc

-Murid dapat belajar dengan suasana yang menyeronokkan

-Murid dapat belajar di sekolah dan di rumah

-Murid dapat menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK)

6) Respon warga pendidik dan bukan


pendidik terhadap teknik BAYI






























































44

45

7) Koleksi lagu Teknik BAYI Cikgu Bai



a) Lagu suku kata










































































46

b) Lagu kanak-kanak













































































47

8) Faedah-faedah lain




a) Teknik ini boleh digunapakai oleh guru Pendidikan Khas, guru pra
sekolah, guru tadika swasta, guru pemulihan dan ibu bapa yang

mempunyai anak berumur bawah 6 tahun.



b) Membantu mengurangkan bilangan murid pemulihan khas




c) Meningkatkan peratus KPI Program Pendidikan Inklusif Negeri
Melaka dan seluruh Malaysia bagi Murid Berkeperluan Khas




d) Membantu kanak kanak menguasai bacaan



e) Penguasaan suku kata kv membantu kepada penguasaan suku kata
kvkv dan suku kata lain

















































48

9) RUJUKAN




Individuals with Disabilities Education Act. 2004. https://sites.ed.gov/idea/. [23 Dis
2000]




Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan. 2000. Pemikiran Saintifik SPB4L. Selangor.
Pearson Malaysia Sdn Bhd.
















-TAMAT-









































49

RUZ ZARINA BINTI JENAL


GURU MATEMATIK


SK BATU BERENDAM MELAKA




TAJUK INOVASI:
MY IGS KIT (INOVASI GELUNG SIFIR)















50


Click to View FlipBook Version