Respon murid menunjukkan terdapat murid yang setuju dan sangat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Namun begitu, segelintir murid tidak bersetuju kerana Science Quest ini
hanya melibatkan seorang guru muda bagi setiap kumpulan.
Soalan 4:
Science Quest memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.
Hasil dapatan soal selidik menunjukkan hampir keseluruhan respon murid bersetuju bahawa
semangat kerjasama dalam pasukan dapat dipupuk semasa Science Quest diadakan. Ini
adalah kerana Science Quest ini merupakan satu kaedah latih tubi yang dijalankan secara
berkumpulan keseluruhannya.
Soalan 5:
Science Quest mengwujudkan persaingan sihat antara saya dan rakan-rakan. Kebanyakkan
murid menunjukkan respon sangat bersetuju bahawa persaingan sihat antara rakan-rakan
dapat diwujudkan melalui Science Quest. Namun begitu, masih terdapat sebilangan kecil
iaitu kurang daripada 10% yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Rajah 5: Carta Palang menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest ke atas keyakinan dan
motivasi diri murid
151
Secara keseluruhannya, respon murid ke atas pelaksanaan Science Quest ini
menunjukkan impak yang positif dalam kalangan murid. Mereka juga bersetuju bahawa
Science Quest ini dapat membantu mereka dalam pencapaian PT3 yang lebih baik. Ini dapat
dibuktikan melalui respon mereka dalam soal selidik yang dijalankan. Sebanyak 95.2%
bersetuju bahawa Science Quest ini sangat mebantu mereka dalam peningkatan pencapaian
yang lebih baik.
Rajah 6: Carta Pai menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest bagi meningkatkan
pencapaian murid dalam PT3
Selain itu, respon murid hampir 100% iaitu 98.4% menyokong agar program Science
Quest ini diteruskan. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan Science Quest mendapat
sokongan yang amat baik dalam kalangan murid.
Rajah 7: Carta Pai menunjukkan Respon Keberkesanan Science Quest bagi meningkatkan
pencapaian murid dalam PT3
Keberkesanan program Science Quest ini bukan hanya dinilai berdasarkan kualitatif sahaja
dengan merujuk kepada minat dan keyakinan diri murid. Ia juga dinilai berdasarkan
kuantitatif yang boleh diukur. Ia merujuk kepada pencapaian gred purata murid dalam PT3.
152
(a) Perbandingan Gred Purata Ujian Pra PDA dan Ujian Pos (PT3
2019)
Melalui keputusan pencapaian murid, didapati Gred Purata murid dalam Ujian Pos iaitu
Pentaksiran Tingkatan 3 adalah 1.58 berbanding Gred Purata dalam Ujian Pra iaitu Ujian
Diagnostik Akademik (Percubaan PT3) sebanyak 3.54. Ini menunjukkan peningkatan yang
ketara iaitu sebanyak 1.96 selepas pelaksanaan Science Quest ini diadakan. Gred purata
yang lebih baik ini dicapai adalah kerana Bilangan murid yang mendapat gred A dan gred B
meningkat manakala bagi gred C, gred D dan gred E dapat dikurangkan.
JENIS A B C D E F JUMLAH GRED
PENTAKSIRAN MURID PURATA
Ujian Pra
(PDA 2019) 0 20 47 51 2 139 3.54
19
Ujian Pos (PT3
2019) 70 59 11 0 0 0 140 1.58
Rajah 8: Jadual menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra (PDA 2019) dan Ujian
Pos (PT3 2019)
(b) Perbandingan Gred Purata PT3 2019 dan PT3 2018
Berdasarkan perbandingan pencapaian murid di dalam PT3 2019 dan PT3 2018, didapati
terdapat perbezaan peningkatan sebanyak 0.81. Gred purata PT3 2018 ialah 2.39 manakala
bagi PT3 2019 pula meningkat kepada 1.58. Sampel murid PT3 2018 diambil sebagai
sampel yang tidak menjalani Science Quest iaitu hanya menggunakan kaedah latih tubi
secara konvensional manakala sampel murid 2019 ialah murid yang telah menjalani Science
Quest. Ini dapat menunjukkan keberkesanan pelaksanaan Science Quest dalam
meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3.
Secara keseluruhannya, Science Quest dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid
dengan menggunakan amalan terbaik dalam aktiviti latih tubi. Ini adalah berdasarkan analisis
kajian kami yang telah dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah ini juga telah disuai
padan pelaksanaannya ke atas beberapa mata pelajaran yang lain di sekolah kami seperti
153
mata pelajaran Matematik dan Sejarah. Pelaksanaan ini juga telah memberi impak yang
besar dan mendapat respon yang positif dalam kalangan guru-guru dan murid-murid yang
terlibat.
POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN
SCIENCE QUEST amat berpotensi untuk disebarluas kepada sekolah lain sama ada dalam
kalangan murid yang berbeza tahap pengetahuan terhadap mata pelajaran SAINS. Secara
khususnya SCIENCE QUEST amat sesuai dijadikan sebagai salah satu Program
Kecemerlangan Akademik (PKA) dalam kalangan murid-murid Sekolah
Menengah seluruh Malaysia. Antara faktor yang menunjukkan bahawa SCIENCE QUEST
berpotensi untuk disebarluaskan adalah seperti berikut:
1. Semua murid tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kerajaan dan bukan Kerajaan yang
perlu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Dalam kajian inovasi menyatakan
tahap minat yang tinggi serta murid memberi respon positif terhadap SCIENCE
QUEST.
2. Modul soalan yang sistematik dan bersasar boleh digunakan mengikut kesesuaian
tahap murid. Murid menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid terhadap teknik menjawab soalan yang betul dan
tepat. Modul soalan SCIENCE QUEST bukan melibatkan semua soalan yang terdapat
dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), tetapi menjurus kepada soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
3. Bahan yang terlibat dalam aktiviti inovasi SCIENCE QUEST mudah didapati dan boleh
di kitar semula atau bahan yang terdapat di makmal sains selaras dengan kehendak
item atau soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berbentuk rekacipta. Ini
bermakna, SCIENCE QUEST tidak membebankan malah semua murid berpotensi
untuk terlibat dalam aktiviti inovasi.
154
KELEBIHAN INOVASI
Secara khususnya, SCIENCE QUEST amat sesuai digunakan sebagai salah satu
amalan terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Program
Kecemerlangan Akademik menggantikan konsep Latih Tubi. Kelebihan SCIENCE
QUEST merangkumi 3 aspek utama:
1. Murid
1.1 Murid lebih yakin dalam menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebenar.
1.2 Dapat meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.
1.3 Murid ‘enjoy’ dan tidak menghadapi tekanan dibandingkan dengan kaedah latih
tubi sebelum ini malah berminat bergiat secara aktif dalam membincangkan set
soalan modul.
2. Persekitaran
2.1 Pentadbir dapat meningkatkan pencapaian akademik sekolah seterusnya Key
Performance Indicator (KPI) dapat dicapai seperti yang telah ditetapkan.
2.2 Rakan guru dapat mengaplikasi kaedah latih tubi ini dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) mereka. Secara tidak langsung guru mempelajari kaedah
amalan terbaik baharu.
3. Guru
3.1 SCIENCE QUEST tidak membebankan malahan boleh dijalankan secara santai.
Murid ‘enjoy’ dan guru ‘enjoy’.
3.2 Memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui kaedah latih
tubi, guru memainkan peranan menyediakan modul selebihnya akan dikendalikan
oleh guru muda iaitu dalam kalangan murid sendiri.
3.3 Memudahkan dan mempelbagaikan metadologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)
3.4 Memantapkan penguasaan kefahaman pembinaan soalan atau item mengikut
Jadual Spesifikasi Item (JSI) format PT3.
155
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, SCIENCE QUEST, melalui kajian ini telah dapat
dibuktikan bahawa SCIENCE QUEST boleh di jadikan sebagai salah satu program
ulangkaji atau latih tubi khususnya selepas Ujian Pentaksiran Diagnostik Akademik
(PDA). Ia bagi mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep KBAT melalui
perbincangan bersama guru muda beserta set soalan yang menggunakan JSI yang
telah ditetapkan. Pencapaian PT3 yang sangat memberangsangkan bagi kelas
Tingkatan 3 memperlihatkan impak yang tinggi dari SCIENCE QUEST yang telah
dijalankan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan kajian ini boleh diperbaiki lagi untuk
kajian seterusnya sebagai usaha meningkatkan lagi kualiti SCIENCE QUEST. Pada
masa akan datang kajian ini akan memberi fokus kepada bilangan sesi yang sesuai
untuk mengadakan SCIENCE QUEST serta kumpulan sasaran yang berbeza. Ia
penting bagi mendapatkan gred purata yang berkualiti di dalam PT3.
156
BIBLIOGRAFI
1. Kajian Tindakan Pn Salbiah Bte Ninggal - Teknik Steady: Meningkatkan minat pelajar
lelaki 4MPV terhadap mata pelajaran Sains.
2. Kajian Tindakan Pn Saripah Bt Ahmad – Meningkatkan kemahiran pelajar mencari
median, kuartil pertama dan kuartil ketiga menggunakan kaedah
‘Bermuda Triangle’.
3. http://www.cikguhailmi.com/2017/01/3-stray-1-stay-sebagai-strategi-pembelajaran-abad-
21.html
4. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), 2014, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
157
AZLINA BINTI ABDULLAH
GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM
(PENGAJIAN PERNIAGAAN)
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN
FATIMAH
SARJANA MUDA PENGURUSAN
PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN
TAJUK INOVASI:
PEMBELAJARAN TANPA SEMPADAN
158
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
Tekun Fokus Cemerlang
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2021
TAJUK INOVASI :
PEMBELAJARAN TANPA SEMPADAN
KATEGORI INDIVIDU PRA-UNIVERSITI
KTETF
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
LORONG TUN FATIMAH PUAN AZLINA BINTI ABDULLAH
75400 MELAKA GURU AKADEMIK TINGKATAN ENAM
(PENGAJIAN PERNIAGAAN)
KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
Telefon : 06 - 2831803
Faks: 06 - 2922707
Email: [email protected]
159
Lampiran A
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF PERINGKAT NEGERI MELAKA 2021
MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah):
Individu Prasekolah Individu Rendah
Individu Menengah Kumpulan
Individu Pra-Universiti
√
(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang
secara berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)
No. K.P : 731030-14-5374
Nama calon: Azlina Binti Abdullah
Jantina : Perempuan
Alamat sekolah: Kolej Tingkatan Enam uTun Fatimah, Lorong Tun Fatimah,
Durian Daun, 75400 Melaka
No. Telefon Sekolah : 06-2831803
No. Telefon Bimbit : 013-365233 5
No. Faks : 06-2922707
E-mel :[email protected]
1. Guru Media
2. Guru Penyelaras ICT
Jawatan di sekolah 3. Penyelaras Data Koku
4. AJK Kebajikan
Kelulusan Akademik Terrtinggi :
Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan
Tahun : 1997
Institusi : Universiti Utara Malaysia
Kelulusan Ikhtisas : Diploma Perguruan Lepasan Ijazah
Tahun : 2004
Institusi : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Melaka
Tajuk Inovasi: Laman Pembelajaran Dan Pentaksiran Secara Akses Kendiri
Dalam Talian (Pembelajaran Tanpa Sempadan)
160
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2021
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN
Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas)
mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
Saya juga mengaku bahawa bahan inovasi saya merupakan hasil inovasi saya dan tidak
diambil dari inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.
______________________________ 4 Februari 2021 (Tandatangan Guru yang
Bertanding) (Tarikh)
___________________________________________________________________
Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Melaka Tengah untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori
individu prasekolah/ individu rendah/ individu menengah /kolej vokasional/ kumpulan.*
(*Potong pilihan yang tidak berkenaan)
___________________________ _____________
(Tandatangan dan Cop Pengarah) (Tarikh)
161
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif Inovasi 3
3.0 Rasional Projek Inovasi 4
4.0 Kumpulan Sasaran 4
5.0 Latar Belakang Inovasi 5
6.0 Pelaksanaan Pembelajaran Tanpa Sempadan 9
7.0 Program Perkongsian Merentasi Kurikulum 13
8.0 Program PLC kepada Warga Kolej 18
9.0 Signifikan Inovasi 21
10.0 Cadangan Penambahbaikan 21
Lampiran 22
Rujukan
162
1.0 PENGENALAN/ SINOPSIS INOVASI
KATEGORI : INDIVIDU PRA-UNIVERSITI
TAJUK PROJEK : LAMAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA
AKSES KENDIRI DALAM TALIAN (PEMBELAJARAN TANPA
SEMPADAN)
SUBJEK : PENGAJIAN PERNIAGAAN
Pada masa kini, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) memberikan cabaran kepada guru dan pelajar
dalam meneroka ilmu dalam bidang masing-masing. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan
merupakan satu cabaran baru kepada penyampaian guru dan penerimaan pelajar dengan cara paling
berkesan tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.
Saya mengambil inisiatif untuk menerima penggunaan teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif
bagi menjadi pemangkin kepada diri saya sebagai guru dan menjadi dorongan positif kepada anak-anak
didik saya dalam mencari ilmu di mana sahaja mereka berada, dalam dunia tanpa sempadan terutama
dalam keadaan ketidaktentuan pandemik Covid-19 ini.
Sehubungan dengan itu, saya menyediakan satu laman e-pembelajaran dengan menggabungkan Google
Sites, Google Classroom, Google Form, Google Data Studio, Quizziz, canva.com, dan YouTube untuk
melengkapkan laman epembelajaran saya bagi menarik minat pelajar-pelajar saya disamping berkongsi
dengan guru-guru yang lain.
1.1 Kronologi Inovasi
i. Kekerapan ketidakhadiran pelajar ke sekolah contohnya pergi bercuti pada waktu
persekolahan, Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagainya
mencetuskan inovasi ini.
ii. Perkembangan bidang ICT dalam Pembelajaran menyumbang kepada penggunaan
pelbagai aplikasi dan peranti oleh pelajar. iii. Ketersediaan pelantar DELIMa yang
disediakan oleh KPM dan emel/id bagi setiap pelajar menjadi faktor dorongan kepada
inovasi ini.
iv. "Setting up" Google Classroom bagi pelajar pengajian perniagaan. Nota dan latihan
dapat dikumpul untuk dikongsi bersama dengan para pelajar.
v. Membangunkan Google Sites : Pengajian Perniagaan sebagai portal setempat bagi
mengakses aplikasi-aplikasi yang telah disediakan.
vi. Menggunakan aplikasi-aplikasi lain seperti YouTube, OBS Studio, Google Meet untuk
membantu proses pembelajaran dan program sekolah.
vii. Mempromosikan penggunaan aplikasi-aplikasi untuk digunakan oleh semua warga
kolej.
163
2.0 OBJEKTIF INOVASI
2.1 Memaksimumkan penggunaan platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia
(DELIMa) untuk PdPc.
2.2 Guru-guru dapat berkongsi bahan PdPc dalam satu portal pembelajaran.
2.3 Pelajar-pelajar boleh belajar secara online dan offline sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah
atau guru mempunyai tugas rasmi di luar.
2.4 Menarik minat pelajar kerana pembelajaran yang lebih fleksibel dan menarik.
2.5 Pencapaian dan prestasi pelajar dapat dinilai dengan cepat dari masa ke semasa.
164
3.0 RASIONAL PROJEK :
3.1 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelantar khas, DELIMa untuk kemudahan
para guru dan pelajar.
3.2 Ketersediaan bahan dalam laman e-pembelajaran lebih memudahkan proses PdPc sama ada di
sekolah atau di rumah.
3.3 PdPc masih terus dapat dijalankan secara dalam talian walaupun tidak dapat bersemuka semasa
perintah kawalan pergerakan (PKP).
3.4 Pelajar boleh menjalankan PdPc walau di mana mereka berada secara dalam talian atau luar
talian.
3.5 Pelajar yang mempunyai kesukaran mengakses internet/kekurangan data boleh menjalankan
PdPc secara luar talian dengan memuat turun bahan pembelajaran dan latihan terlebih dahulu.
3.6 Menjimatkan kos dengan mengurangkan penggunaan kertas serta dapat membantu alam
sekitar.
3.7 Dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan guru lain.
4.0 KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar dan guru Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah yang mengambil subjek Pengajian
Perniagaan. Inovasi ini juga boleh diperluaskan kepada semua guru tingkatan enam/ pra-universiti.
5.0 LATAR BELAKANG INOVASI
Pengalaman mengajar subjek Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam dan sebagai guru penyelaras ICT di
SMK St Francis, Melaka daripada 2007 sehingga 2019, memberi pengalaman yang berharga dan
bermakna buat saya. Pengalaman mengajar secara dalam talian di rumah kepada pelajar-pelajar juga
menjadi dorongan kepada pelaksanaan inovasi ini. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang
lebih dinamik perlu disediakan dan disesuaikan bagi mengadaptasi corak pembelajaran pelajar pada masa
kini. Kemudahan teknologi dan keboleh capaian maklumat di mana-mana oleh pelajar dapat mengatasi
mobiliti pelajar sama ada semasa waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.
Ketidakhadiran ke sekolah, penutupan sekolah atas sebab perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
pelajar pergi bercuti bersama keluarga tidak lagi menjadi sebab pelajar tidak boleh mengikuti
pembelajaran. Tiada alasan untuk mengatakan tiada buku, tiada akses internet dan sebagainya bagi
mengelak sesi pembelajaran kerana pembelajaran boleh berlaku secara dalam talian dan luar talian.
Melalui pemerhatian dan pengalaman menggunakan beberapa aplikasi dalam talian seperti aplikasi
Telegram, WhatsApp dan e-mel, adalah kurang berkesan kerana penghantaran nota, latihan dan tugasan
tidak teratur di mana guru dan pelajar perlu mencari semula nota dan latihan yang diberikan dalam aplikasi
berkenaan. Justeru itu, saya memanfaatkan penggunaan Google Sites, Google Classroom, Google Form,
Google Data Studio, Quizziz, canva.com dan YouTube dalam melaksanakan inovasi ini. Beberapa aplikasi
lain masih dikaji dari masa ke semasa bagi membantu pembelajaran dalam talian ini.
165
Di sini saya sertakan pautan YouTube cara-cara membina Google Sites, Google Classroom dan Quizziz.
i. Google Sites : https://www.youtube.com/watch?v=EV7l0PBZCEE ii. Google Classroom :
https://www.youtube.com/watch?v=rCNImsWUxZA
Sementara itu, pelajar-pelajar juga diminta menjawab soalan latihan di atas kertas dan menghantar
jawapan secara dalam talian di Google Classroom.
Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar lebih memahami pembelajaran jika menjawab secara bertulis
dibandingkan dengan menaip di papan kekunci. Jawapan secara bertulis juga dapat mengelak dari
berlakunya plagiat
Bagi pelajar-pelajar yang pergi ke kawasan tiada akses internet, mereka boleh muat turun terlebih dahulu
nota-nota, latihan-latihan di dalam telefon bimbit, tablet atau komputer peribadi dan membuat latihan di
atas kertas kemudian memuat naik ketika ada akses internet ke Google Classroom.
Menerusi inovasi ini, pelajar-pelajar boleh mengikuti kelas melalui live streaming Google Meet atau
YouTube ataupun rakaman yang dikongsikan di dalam You Tube atau Google Classroom. Kaedah ini
boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab. Testimoni
dapat dilihat di pautan ini : https://youtu.be/ez7XNivldW8
Pelajar-pelajar didapati cenderung menjawab tugasan daripada aplikasiaplikasi mengikut keutamaan
berikut:
5.1 Menyiapkan tugasan menggunakan Quizziz kerana soalan-soalan ini boleh menjana markah dan
jawapan secara automatik di samping mempunyai grafik yang menarik. Contoh di Rajah 1.
5.2 Menyiapkan tugasan menggunakan Google Form kerana soalan-soalan ini boleh menjana
markah atau jawapan secara automatik.
5.3 Menjawab soalan struktur dan esei di dalam Google Classroom kerana tugasan yang diberikan
teratur mengikut folder yang disediakan dan mudah akses untuk turn in dan semak.
Penghantaran tugasan adalah secara bertaip atau lebih digalakkan secara bertulis, kemudian
screenshot jawapan dan muat naik ke dalam Google Classroom. Contoh di Rajah 2.
166
Rajah 1 : Latihan di quizziz mendapat 100% penyertaan.
Rajah 2 : Contoh penghantaran tugasan menggunakan Google Classroom Ketersediaan kemudahan
DELIMa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, membolehkan pembelajaran tanpa sempadan
dipraktiskan. Berikut adalah beberapa aplikasi yang telah tersedia di dalam DELIMa.
167
168
6.0 PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TANPA SEMPADAN
Program Pembelajaran Tanpa Sempadan ini melibatkan penggunaan beberapa aplikasi seperti :
6.1 Portal KPM iaitu pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Contoh di
Rajah 3.
6.2 Aplikasi Google Meet untuk interaksi secara langsung.
6.3 You Tube untuk muat turun video rakaman atau secara langsung dengan bantuan Aplikasi
Streamlabs. Contoh di Rajah 4.
6.4 Gabungan live streaming menggunakan OBS Studio dengan YouTube dan Google Meet di
mana gabungan ini membolehkan penggunaan interaksi langsung dan Live YouTube
Streaming bagi program yang melibatkan ramai peserta seperti bengkel teknik menjawab
soalan. Contoh di Rajah 5.
Boleh lihat di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=Q-
AxqHvaghY&list=PLOsfc1pgpivcW9ReUFlY5EVzFubL8nAlD
6.5 Penggunaan Google Sites bagi meletakkan akses aplikasi-aplikasi di atas secara berpusat.
Google Sites bagi Pengajian Perniagaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah adalah
http://gg.gg/PP_Cikgu-Azlina_KTETF/. Contoh di Rajah 6.
Rajah 3 : Contoh DELIMa
169
Rajah 4 : Contoh You Tube dan Aplikasi Streamlabs.
170
Rajah 5 : Contoh Live YouTube
Rajah 5 : Contoh Streaming menggunakan OBS Studio dengan YouTube dan
Google Meet.
171
Rajah 6 : Contoh Google Sites http://gg.gg/PP_Cikgu-Azlina_KTETF
7.0 PROGRAM PERKONGSIAN MERENTASI KURIKULUM
Program Pembelajaran Tanpa Sempadan ini memberi impak yang positif kepada warga Kolej Tingkatan
Enam Tun Fatimah. Beberapa program telah dijalankan menggunakan aplikasi yang dinyatakan sebelum
ini :
7.1 Program Kurikulum iaitu Teknik Menjawab Soalan dianjurkan dengan penglibatan jumlah pelajar
yang ramai menggunakan kombinasi OBS Studio, Google Meet dan YouTube. Program ini
diadakan pada 20
Januari 2021.
172
Teknik Menjawab Pengajian Am pada 20 Januari 2021
7.2 Program Unit Hal Ehwal Murid iaitu Program Kemerdekaan juga dianjurkan
dengan penglibatan jumlah pelajar yang ramai menggunakan kombinasi Streamlabs dan
YouTube. Program ini diadakan pada 15 September
2020.
173
Program Kemerdekaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah 2020
Boleh lihat di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=sVo8dZjsYvU
7.3 Program Kokurikulum iaitu Program Ceramah Teknik Pertolongan Cemas dan Penyampaian
Hadiah Atas Talian Peringkat Negeri Melaka dianjurkan dengan penglibatan jumlah pelajar
yang ramai menggunakan OBS Studio,
Google Meet dan YouTube. Pogram ini diadakan pada 5 Disember 2020.
174
Boleh dapat di pautan : https://youtu.be/p-S6S3ru1KY
175
Program Ceramah Teknik Pertolongan Cemas dan Penyampaian Hadiah Atas Talian
Peringkat Negeri Melaka
176
7.4 Rentetan daripada Inovasi ini, Google Sites Kokurikulum juga dibangunkan bagi memudahkan
proses perekodan kehadiran, pelaporan aktiviti dan penyampaian maklumat. Laman ini boleh
dilihat di pautan : https://sites.google.com/gurumalaysia.edu.my/kokutunfatimah-site/home
7.5 Google Sites dan apalikasi-aplikasi yang digunakan dalam Google Sites Pengajian Perniagaan
saya juga dikongsi bersama dengan guru subjek pengajian perniagaan seluruh Melaka.
177
8.0 PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) KEPADA
WARGA KOLEJ.
Akibat daripada pandemik Covid-19 telah memberikan impak kepada Sistem Pembelajaran Tanpa
Sempadan ini. Pematuhan SOP yang ketat menghalang pelaksanaan program yang melibatkan pelajar
yang ramai. Justeru itu, kaedah Pembelajaran Tanpa Sempadan ini dipraktikkan dan diaplikasikan di
kalangan warga kolej. Guru-guru dan jawatankuasa tertinggi kokurikulum (pelajar) juga diberikan
pendedahan bagi memudahkan pelaksanaan program secara dalam talian dan sekaligus membantu
mempermudahkan pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
Contoh PLC yang telah dibuat di kalangan guru dan pelajar adalah:
8.1 Kursus Google Classroom yang dilaksanakan di kalangan guru.
8.1.1 Kursus Google Classroom kepada guru-guru subjek Pengajian Perniagaan pada 8 Januari 2020.
178
8.1.2 Kursus Google Classroom kepada guru-guru subjek lain pada 18 November 2020 secara dalam
talian.
8.2 Kursus atas talian kokurikulum kepada pelajar.
8.2.1 Kursus pengisian data kokurikulum secara dalam talian kepada Pengerusi dan
Setiausaha badan-badan kokurikulum pada 20 dan 21 Oktober 2020. Kursus ini
melibatkan pengisian data seperti pengisian laporan, kehadiran dan lain-lain maklumat
kokurikulum.
8.2.2 Bengkel penggunaan OBS Studio, live streaming ke YouTube kepada bahagian teknikal
Unit St John Ambulan pada 2 Disember
2020.
179
8.3 Perkongsian ilmu bersama pelajar di mana saya telah menyediakan kursus Google Sites kepada
pelajar yang berminat dan ini dijadikan pertandingan untuk mereka dapat menyediakan Google
Site bagi subjek tertentu. Secara tak langsung, Google Sites ini dapat digunakan oleh guru
subjek mereka. Pautan bagi Google Sites yang disediakan adalah seperti di bawah.
• https://sites.google.com/u/0/d/18D3uQMcAiHDsNoDwG67gjytpH0VLan kD/edit
• http://gg.gg/ekonomi-stpm
• https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/perakaunan-ktetf/home
• https://sites.google.com/d/1-FTuWzQo-
5siXaGUvTAJ7V37Aly4i1IQ/p/170E7sYzBqykSNvHSaDWgL6qBZNgbC
1z1/edit
• https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pengajian-am-sem1/home
180
9.0 SIGNIFIKAN INOVASI
Konsep pembelajaran tanpa sempadan yang diperkenalkan semasa tempoh PKP dan seiringan dengan
peningkatan pembangunan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) pada masa kini
sekurang-kurangnya dapat memberi impak yang besar ke atas kesan Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) juga Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR). Corak pembelajaran yang diperkenalkan
adalah untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dan sekaligus membantu meningkatkan kefahaman
murid terhadap pembelajaran yang disampaikan.
Penggunaan ICT terutama kaedah pembelajaran dalam talian ini dilaksanakan atas dasar pelajar-
pelajar sudah terdedah dengan aplikasi media sosial, penggunaan telefon bimbit, komputer peribadi.
10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Laman Pembelajaran Dan Pentaksiran Secara Akses Kendiri Dalam Talian
(Pembelajaran Tanpa Sempadan) ini boleh digunakan oleh semua pelajar Tingkatan Enam seluruh
Malaysia. Inovasi ini juga boleh diperluaskan kepada semua guru tingkatan enam/ pra-universiti. Walau
bagaimanapun Google Classroom hanya boleh diakses oleh pelajar kelas yang berdaftar sahaja.
Oleh itu, dicadangkan penggunaan Google Data Studio bagi menggalakkan pelajar-pelajar lain yang
mengambil subjek pengajian perniagaan untuk membuat latihan dalam google form dan mereka boleh
mendapat markah individu secara automatik menerusi paparan dalam Google Data Studio yang di
bangunkan dalam
Google Sites Pengajian Perniagaan Cikgu Azlina KTETF.
Pelajar-pelajar daripada seluruh Malaysia juga boleh mengakses nota dan latihan melalui Google Sites
Pengajian Perniagaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah. Di samping itu, aplikasi quizziz juga boleh
digunakan oleh pelajar untuk membuat latihan dan seterusnya memperoleh markah secara automatik.
Lampiran
181
Lampiran 1 : Sites Pengajian Perniagaan
Lampiran 2 : Sites Semester 1
182
Lampiran 3 : Aplikasi yang digunakan
Lampiran 4 : Respon guru berkaitan Aplikasi Google Sites, Google Classroom dan lain-lain aplikasi yang
digunakan.
183
Lampiran 5 : Respon pelajar berkaitan Aplikasi Google Sites, Google Classroom dan lain-lain aplikasi yang
digunakan.
184
Pautan untuk Rujukan :
Google Sites bagi Pengajian Perniagaan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah http://gg.gg/PP_Cikgu-
Azlina_KTETF
Google Sites bagi Kokurikulum:
https://sites.google.com/gurumalaysia.edu.my/kokutunfatimah-site/home
Google Sites Tutorial : https://www.youtube.com/watch?v=EV7l0PBZCEE
Google Classroom Tutorial: https://www.youtube.com/watch?v=rCNImsWUxZA
Persembahan kajian tindakan (slaid berbentuk pdf) :
Pembentangan InovasiAzlina Abdullah_Pembelajaran Tanpa Sempadan.pdf.pdf
Program Ceramah Teknik Pertolongan Cemas dan Penyampaian Hadiah Atas Talian
Peringkat Negeri Melaka : https://youtu.be/p-S6S3ru1KY
Respon pelajar terhadap Pembelajaran Tanpa Sempadan :
https://youtu.be/ez7XNivldW8
Teknik menjawab soalan Pengajian Perniagaan : https://youtu.be/q05MZnZJ3eg
Teknik menjawab soalan Pengajian Am : https://youtu.be/Q-AxqHvaghY
185
HASRUL BIN HALIMOON
KOLEJ VOKASIONAL MELAKA
TENGAH
SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL
TAJUK INOVASI:
SMART BUILDING STRUCTURE
186
DOKUMENTASI
ANUGERAH GURU INOVATIF
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2021
NAMA : HASRUL BIN HALIMOON
SEKOLAH : KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
KATEGORI : INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
187
ISI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN MUKA
SURAT
BORANG PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2020
1 3
(KPM) : LAMPIRAN A DAN LAMPIRAN B
2 PENGENALAN INOVASI (SINOPSIS) 5
3 OBJEKTIF INOVASI 6
4 KUMPULAN SASARAN 6
5 LATAR BELAKANG INOVASI 6
6 ISU / MASALAH DITANGANI INOVASI 10
7 HURAIAN INOVASI (KRONOLOGI, BAHAN DAN KOS) 14
8 CARA INOVASI DIGUNAKAN 20
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN
9 PEMBELAJARAN 29
10 POTENSI DISEBAR LUAS KEPADA PIHAK LAIN 36
11 KELEBIHAN INOVASI 39
12 KESIMPULAN 40
13 LAMPIRAN 1: PENDAFTARAN HAK CIPTA (MYIPO) 41
14 LAMPIRAN 2: SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS 42
LAMPIRAN 3 : BORANG MAKLUM BALAS MURID SETELAH
15 MENGGUNAKAN RD BOARD 44
16 LAMPIRAN 4: JAWAPAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS MURID 45
17 LAMPIRAN 5: JAWAPAN SOAL SELIDIK MURID 48
18 LAMPIRAN 6: KOD QR VIDEO PDP 50
188
Lampiran A
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2021 KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah)
Individu Prasekolah Individu Rendah
Individu Menengah Kumpulan
(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara berasingan
dan nyatakan ketua kumpulan)
No. K.P : 860706-30-5149
Nama Calon: HASRUL BIN HALIMOON
Jantina : LELAKI
Alamat Sekolah: KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH, JALAN TUN TELANI,
75450 MELAKA
No. Telefon Sekolah : 06-2326190
No. Telefon Bimbit : 013-7115149
No. Faks : 06-2329672
E-mel : [email protected]
Jawatan di Sekolah : 1. Ketua Unit Inovasi KVMT
2. Setiausaha Timbalan Pengarah Akademik
3. Guru Penasihat Kelab inovasi KVMT
Kelulusan Akademik
Tertinggi : Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tahun/Institusi : 2016 / Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
189
Kelulusan Ikhtisas : Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Tahun/Institusi : 2016 / Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Tajuk Inovasi : SMART BUILDING STRUCTURE
190
Lampiran B
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2021
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENGESAHAN MAKLUMAT CALON
SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN
Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas)
mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka adalah
butiran kad pengenalan saya yang terkini.
Saya juga mengaku bahan inovasi saya merupakan hasil inovasi saya dan tidak diambil dari
inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.
14.01.2021
( Tandatangan Guru yang Bertanding) ( Tarikh )
Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka
untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori individu prasekolah
( Tandatangan dan Cop Pengarah ( Tarikh )
)
191
PENGENALAN INOVASI
Kategori Pertandingan : Sekolah Menengah (Individu) Tajuk Inovasi : SMART
BUILDING STRUCTURE
Sinopsis Inovasi :
Tajuk struktur bangunan merupakan tajuk permulaan dalam mempelajari bidang Teknologi
Pembinaan. Di Kolej Vokasional, tajuk ini terdapat dalam kursus Building Construction 1 dimana
pelajar perlu mempelajari kursus ini pada semester 1 Diploma Teknologi Pembinaan. Manakala di
Sekolah Menengah Teknik pula tajuk ini ditawarkan semasa di tingkatan 5 bagi kursus Kejuruteraan
Awam. Struktur bangunan juga boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada pelajar untuk
menceburi bidang Teknologi Pembinaan dengan lebih mendalam lagi. Walau bagaimanapun
terdapat kelemahan dari segi penguasaan pelajar dalam tajuk ini pada peringkat awal dan
menyebabkan berlaku kesukaran untuk pensyarah lain mengajar tajuk seterusnya dengan lebih
berkesan kerana pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh. Atas dasar ini, inovasi SMART
BUILDING STRUCTURE diperkenalkan kepada pelajar untuk membantu mereka menguasai isi
pelajaran seterusnya memahami setiap perkara yang diperlukan dalam tajuk Struktur Bangunan.
SMART BUILDING STRUCTURE juga menggunakan pendekatan “akses kendiri” dan berpusatkan
murid (student centered) iaitu pelajar boleh belajar sendiri walaupun dimana mereka berada dan
amat sesuai digunakan terutamanya dalam menghadapi cabaran pembelajaran semasa wabak
covid-19.
Rasional nama SMART BUILDING STRUCTURE:
SMART BUILDING STRUCTURE adalah gabungan perkataan SMART iaitu pintar dan BUILDING
STRUCTURE iaitu tajuk struktur bangunan yang digunakan dalam inovasi ini. Gabungan nama
tersebut menghasilkan sebuah inovasi pintar yang dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan melibatkan pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK) dan
menerapkan elemen Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21) dalam mempelajari tajuk struktur
bangunan.
192
OBJEKTIF INOVASI
Inovasi SMART BUILDING STRUCTURE mempunyai 4 objektif utama iaitu:
a. Meggambarkan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan.
b. Menentukan kedudukan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan
c. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia
d. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat adalah seramai 20 orang pelajar 2 Diploma Teknologi Pembinaan di
Kolej Vokasional Melaka Tengah yang telah mempelajari modul Struktur Bangunan pada awal
semester 1 tahun 2020.
LATAR BELAKANG INOVASI
Pengalaman mengajar subjek Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional sejak tahun 2013 memberi
banyak cabaran pahit dan manis kepada saya. Sepanjang tempoh masa ini saya sering memikirkan
pendekatan-pendekatan terkini yang dapat saya gunakan di dalam kelas untuk meningkatkan
kefahaman pelajar dan seterusnya dapat menimbulkan minat mereka dalam bidang Teknologi
Pembinaan.
Modul Struktur Bangunan merupakan Modul asas yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam bidang
Teknologi Pembinaan. Walau bagaimanapun, sebilangan besar pelajar tidak dapat menguasai
modul ini dan menyebabkan mereka kurang faham dan tidak berminat untuk meneruskan
pembelajaran seterusnya.
Pada peringkat awal pelajar akan didedahkan dengan lukisan struktur yang tersembunyi di dalam
bangunan dan istilah-istilah yang digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
193
Berikut merupakan contoh struktur bangunan yang perlu mereka kuasai:
Rajah 1.0 : Nota dalam power point berkaitan komponen struktur bangunan
Terdapat empat masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari modul ini iaitu:
i. Meggambarkan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan.
ii. Menentukan kedudukan struktur yang tersembunyi di dalam bangunan
iii. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia
iv. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris
Sewaktu sesi PdPc dijalankan, beberapa orang pelajar tidak dapat menggambarkan struktur
bangunan yang tersembunyi di dalam bangunan seperti rasuk, tiang, dan kerangka bumbung.
Perkara ini berlanjutan apabila pensyarah menggunakan istilah-istilah yang asing bagi mereka
dalam Bahasa Inggeris. Semasa sesi latihan pula, reaksi pelajar menunjukkan yang mereka
kurang faham kerana mereka menunjukkan ekspresi muka seperti dahi berkerut, bising,
termenung, dan menjeling kawan seolah-olah berputus asa serta malas untuk mencuba
menjawabnya. Ada juga di antara pelajar hanya meninggalkan tempat kosong tidak berjawab.
Berdasarkan Teori Pembelajaran Piaget (1970), menyatakan bahawa pelajar yang bosan dengan
sesuatu gaya pengajaran guru akan hilang fokus dan melakukan perkara selain daripada yang
sepatutnya.
194
Apabila pengkaji bertanya kepada pelajar tentang kelemahan tersebut, beberapa orang pelajar
memberi maklum balas seperti berikut:
“saya tidak boleh membayangkan kedudukan struktur bangunan yang tersembunyi kerana
tidak pernah pergi ke kawasan pembinaan”
“saya tidak tahu istilah yang sepatutnya digunakan dalam bahasa Inggeris kerana
dikampung istilah yang digunakan oleh orang kampung adalah berbeza”,
“Saya tak tahu untuk menjawab sebab tidak pernah diajar sebelum ini”.
Walaupun saya telah mencuba pelbagai kaedah seperti menggunakan model gambar dalam Power
Point tetapi pengkaji masih tidak dapat memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar.
Perkara ini menyebabkan mereka bosan dan menjejaskan pencapaian mereka dalam Peperiksaan
Akhir (PA) kelak. Saya juga kerap melakukan pembacaan bukubuku rujukan dan membuat carian
maya di internet bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mangatasi masalah ini. Namun semua
usaha yang dilakuan menemui jalan buntu.
Jika permasalahan ini dibiarkan berlanjutan, mereka akan menganggap subjek struktur bangunan
adalah sesuatu yang sukar dipelajari, membosankan, memeningkan kepala serta mereka akan
hilang minat dan jika hal ini tidak diselesaikan di peringkat Kolej Vokasional maka perkara ini akan
berlanjutan sehingga mereka menyambung pelajaran pada peringkat universiti malah lebih parah
jika berlanjutan sehingga mereka menempuhi alam pekerjaan kelak.
Berdasarkan masalah yang dihadapi, bermula pada tarikh 20 Julai 2020 saya mula memikirkan
suatu kaedah yang bersifat kreatif dan inovatif untuk memudahkan pelajar saya mempelajari modul
Struktur Bangunan dengan mudah. Setelah melalui beberapa siri percubaan maka saya telah
berjaya menghasilkan satu inovasi yang diberi nama SMART BUILDING STRUCTURE sebagai
satu langkah membantu pelajar saya meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam aspek
menentukan kedudukan struktur bangunan dan menulis istilah dengan betul.
195
Justeru pada 10 Ogos 2020 saya telah melakukan kajian rintis terhadap % orang pelajar dari kelas 1
Diploma Teknologi Pembinaan bagi mendapatkan maklum balas pelajar terhadap inovasi
SMART BUILDING STRUCTURE. Hasil yang diperolehi adalah sangat positif dan mengujakan
saya. Namun begitu beberapa penambahbaikan perlu saya lakukan terhadap inovasi ini seperti:
a. Menambah elemen video dalam bentuk Kod QR untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
b. Menambah elemen augmented reality AR untuk meningkatkan daya imaginasi pelajar.
c. Mengubah kepada saiz A4, untuk memudahkan pelajar membawa dimana sahaja.
MUKA HADAPAN MUKA SURAT 1
MUKA SURAT 2 MUKA SURAT 3
Reka Bentuk SMART BUILDING STRUCTURE Sewaktu Kajian Rintis
196
ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI
Konsep yang diperkenalkan menerusi inovasi SMART BUILDING STRUCTURE adalah berasaskan
kepada kaedah Hands On Activity, Pembelajaran Abad Ke 21, PAK 21, Pembelajaran Kooperatif,
Pembelajaran STEM serta mengaplikasikan elemen Visual
(Lukisan bangunan 3D), Auditori (rakaman video berbentuk Kod QR bagi setiap situasi) dan
Kinestatik (aktiviti hands-on ) serta mengaplikasikan konsep Augmented Reality (AR) sebagai
tambahan yang diyakini akan membantu pelajar untuk menggambarkan kedudukan struktur
bangunan yang tersembunyi dan menulis istilah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan mudah. Inovasi yang diperkenalkan ini merupakan satu kaedah baharu yang belum pernah
dihasilkan oleh mana-mana individu mahupun institusi pendidikan. Impaknya ialah pelajar seronok,
yakin dan dapat menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik.
Inovasi ini menggunakan konsep gabungan tiga lukisan 3D sama saiz iaitu lukisan sebenar, lukisan
struktur dan lukisan tetulang yang akan membantu pelajar untuk membandingkan lukisan yang
tersembunyi di dalam bangunan dengan jelas.
LUKISAN SEBE NAR LUKISAN STRUKTUR LUKISAN TETULANG
DIGABUNGKAN MENJADI SMART BUILDING STRUCTURE
197
Reka bentuknya pula bersifat mesra pengguna,mudah alih dan senang untuk di bawa ke mana-
mana. Dengan erti kata lain inovasi ini bukan sahaja memudahkan guru-guru mengajar di dalam
kelas tetapi juga sangat sesuai digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran kendiri di rumah atau
dimana-mana sahaja.
Jika sebelum ini pelajar belajar di sekolah dengan bantuan guru, namun kini mereka boleh belajar
secara kendiri tentang struktur bangunan di rumah atau di mana sahaja. Pelajar boleh mengikuti
setiap arahan yang diberikan di dalam produk inovasi SMART BUILDING STRUCTURE dan
mengimbas gambar bangunan untuk melihat imej secara 4D yang pastinya akan menarik minat
pelajar dan memberi gambaran lebih jelas tentang struktur bangunan.
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan selain daripada respond dan dapatan yang diperolehi, inovasi
SMART BUILDING STRUCTURE juga berkesan untuk:
a. Menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk struktur bangunan dengan cara mudah dan
menyeronokkan
b. Pelajar mudah mengingati istilah-istilah struktur bangunan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia.
c. Membantu pelajar untuk menggambarkan secara jelas struktur yang tersembunyi didalam
bangunan.
d. Memberi ingatan jangka panjang kepada pelajar dengan gambaran yang lebih jelas dan
tersusun melalui bantuan augmented reality (AR)
e. Membantu guru-guru Teknologi Pembinaan untuk mengajar tajuk Struktur Bangunan menerusi
pendekatan berbeza yang lebih efektif dan interaktif
198
KAEDAH TRADISIONAL VS SMART BUILDING STRUCTURE
Kaedah tradisional menggunakan power point, nota dan lawatan tapak pembinaan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar terhadap struktur-struktur yang berada didalam bangunan. Guru juga
menghadapi beberapa masalah semasa lawatan tapak iaitu:
i. Cuaca yang tidak mengizinkan
ii. Jadual kerja ditapak pembinaan yang tidak sama dengan jadual waktu pelajar
iii. Pelajar perlu memiliki kad hijau dari CIDB untuk kebenaran memasuki tapak pembinaan
iv. Kos perjalanan pelajar ke tapak pembinaan yang mahal.
v. Norma baru dalam pendidikan menyebabkan pergerakan pelajar terbatas
199
Nota Struktur Bangunan Nota Power Point
Lawatan ke Tapak Pembinaan
Melalui inovasi SMART BUILDING STRUCTURE masalah yang dihadapi menggunakan kaedah
tradisional dapat diatasi dan pelajar dapat menentukan kedudukan struktur bangunan dan istilah
struktur bangunan dengan mudah dan jelas.
200