PAPARAN SETIAP MUKA SURAT SMART BUILDING STRUCTURE
HURAIAN INOVASI
(KRONOLOGI, BAHAN DAN KOS)
Langkah-Langkah penghasilan SMART BUILDING STRUCTURE
A. Penghasilan bentuk buku
201
1. Memotong Mounting
Board saiz A4
2. Mencantumkan
Mounting Board saiz
A4
202
3. Menampal sticker muka
hadapan
4. Menampal sticker dan
memotong slot
perkataan muka surat
1
203
5. Menampal sticker dan
memotong slot
perkataan muka surat
2
6. Menampal sticker dan
membuat kad perkataan
muka surat
3
204
7. Menampal sticker dan
membuat kad suai padan
muka surat 4
8. Melukis model 3D
bangunan
menggunakan perisian
sketchUp 2016
205
9. Menghasilkan
Augmented reality
menggunakan perisian
Vuforia dan Unity
Bahan dan kos penghasilan SMART BUILDING STRUCTURE
Bil Perkara Tujuan Kuantiti Kos (RM) Jumlah (RM)
Paparan disetiap
1 muka 10 keping 0.40 4.00
surat SMART
BUILDING
STRUCTURE
Kertas sticker A4
Main Board untuk
2 setiap muka surat 1 keping 2.50 2.50
Mounting Board A2
206
Mencantumkan
3 mounting board 1 gulung 1.50 1.50
Tape plastik
8.00
JUMLAH BESAR (RM)
CARA INOVASI DIGUNAKAN
1. Muka surat 1 memaparkan:
a. lukisan penuh bangunan 2 tingkat dalam bentuk 3D (lukisan isometri),
b. Slot untuk istilah setiap struktur.
207
Lukisan penuh 3D Slot berlubang
2. Muka surat 2 memaparkan:
a. Lukisan struktur dalam bentuk 3D (lukisan isometri)
b. Slot untuk istilah setiap struktur.
208
Slot berlubang Lukisan st ruktur 3D
3. Muka surat 3 memaparkan:
a. Lukisan tetulang dalam bentuk 3D (lukisan isometri)
b. Kad timbul untuk istilah setiap struktur (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
209
Kad timbul Lukisan tetulang 3D
4. Muka surat 4 memaparkan:
a. Lukisan struktur untuk latihan pelajar
b. Kad suai padan (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
210
Slot kosong Lukisan struktur
Kad suai padan
5. Muka surat 5 memaparkan:
a. Lukisan struktur untuk latihan bertulis pelajar
211
212
Langkah 1
Pelajar membandingkan lukisan penuh (ms.1), lukisan struktur (ms. 2) dan lukisan tetulang (ms. 3)
yang sama saiz dan kedudukan.
MS 1
Pelajar membandingkan
lukisan supaya mereka
dapat menentukan
kedudukan struktur yang
tersembunyi di dalam
bangunan
MS 2
MS 3
213
Langkah 2
Pelajar mengimbas lukisan untuk mendapatkan model lukisan dalam bentuk Augmented
Reality .
AR Lukisan penuh
AR Lukisan struktur
AR Lukisan tetulang
Model bangunan dalam bentuk AR akan memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar
214
Langkah 3
Pelajar meletakkan kad suai padan pada slot yang telah disediakan.
Meletakkan kad suai padan pada slot yang disediakan
215
Langkah 4
Pelajar menulis istilah struktur bangunan menggunakan pen marker whiteboard
216
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bagi menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan saya telah mendapatkan maklum balas
daripada pelajar menerusi beberapa siri ujian (Ujian Pra dan Ujian Pos) dan temubual secara
langsung daripada mereka. Menerusi temu bual yang dilakukan ke atas 8 orang pelajar antara
respon yang diberikan oleh mereka adalah seperti berikut:
Pelajar 1: “Wah cikgu. Canggih la buku ni.. Senang nak guna. Main suai padan kad
[ 1 DVM ] je dah dapat jawapan. Memang mudah sangat cikgu.. Saya faham”
Pelajar 2:
“ Terbaik cikgu, bangunan boleh pusing..tak payah kami nak pergi tapak
[ 1 DVM ] pembinaan lagi, memang jelas”
Pelajar 3:
“Alhamdulillah..jelas sangat lepas saya guna buku ni..kalau tak selalu saja
[ 1 DVM ] salah eja”
Pelajar 4:
“Best cikgu, nak beli satu boleh?..adik saya pun berminat nak tau pasal
[ 1 DVM ] bangunan ni, senang faham cikgu”
Pelajar 5:
“Menarik cikgu, tak bosan..macam belajar seronok-seronok je.
[ 1 DVM ] Senang saya faham dekat mana letaknya struktur bangunan”
Pelajar 6:
“power ni cikgu..gambar boleh gerak-gerak..pandai cikgu buat.
[ 1 DVM ] Sebelum ni saya tak dapat imagin struktur bangunan ni ”
Pelajar 7: “Tak sampai 10 minit saya dah faham cikgu..selama ni saya blurr je.
Tapi lepas ni saya boleh tulis dalam Bahasa melayu dan enggeris”
[ 1 DVM ]
Pelajar 8:
[ 1 DVM ]
“Ada jual tak cigu..kawan saya pun tak faham macam saya..dia slalu salah
sebut nama struktur bangunan. Buku cikgu ni jelas senang faham”
217
Respon yang positif juga turut disuarakan oleh Ketua Jabatan Teknologi awam dan dua orang
Pensyarah Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Melaka Tengah. Antara kenyataan mereka
ialah:
Ketua Jabatan Teknologi Awam: “ Tahniah Hasrul, Saya tak pernah jumpa lagi inovasi
macam ni…bole diteruskan lagi ni. Saya cuba dekat pelajar
pun diorang rasa seronok. Kalau tak asik tidur je
mereka..Terbaik teruskan usaha”.
Pensyarah Teknologi Pembinaan 1: “ Terbaik Dik..sebelum ni takde cikgu yang rajin buat inovasi
macam ni. Akak harap dapat disebarkan untuk Kolej
Vokasional negeri lain jugak. Akak yakin inovasi ni boleh pergi
jauh”.
Pensyarah Teknologi Pembinaan 2: “ Mantap rul..tadi masa duduk akak cuba buku ni..bila akak
scan boleh keluar model bangunan pusingpusing..kalau
pelajar akak tengok ni mesti diorang suka..Bagi akak pinjam
esok ye”.
218
Analisis Ujian Pra
Dapatan Ujian Pra adalah seperti berikut:
Keputusan Ujian Pra Bagi Objektif Pertama
Ujian Pra
Nama pelajar (Menentukan kedudukan
struktur yang tersembunyi)
Pelajar 1 (lelaki) X
Pelajar 2 (lelaki) X
Pelajar 3 (lelaki) X
Pelajar 4 (lelaki) X
Pelajar 5 (lelaki) X
Pelajar 6 (perempuan) X
Pelajar 7 (perempuan) X
Pelajar 8 (perempuan) X
Pelajar 9 (perempuan) X
Pelajar 10 (perempuan) X
Berdasarkan ujian pra diatas, didapati kesemua 10 orang pelajar gagal menentukan kedudukan
struktur yang tersembunyi di dalam bangunan dengan betul. Perkara ini menunjukkan tahap
penguasaan pelajar bagi tajuk struktur bangunan ini masih berada pada tahap yang lemah dan
masih boleh diperbaiki menerusi beberapa kaedah dan inovasi yang berkesan.
219
Keputusan Ujian Pra Bagi Objektif Ke Dua
Ujian Pra
(Menulis istilah struktur
bangunan )
Nama pelajar
Bahasa Bahasa
Melayu Inggeris
Pelajar 1 (lelaki) x x
Pelajar 2 (lelaki) x x
Pelajar 3 (lelaki) x x
Pelajar 4 (lelaki) x x
Pelajar 5 (lelaki) / x
Pelajar 6 (perempuan) x x
Pelajar 7 (perempuan) x x
Pelajar 8 (perempuan) x x
Pelajar 9 (perempuan) x x
Pelajar 10 (perempuan) / x
Berdasarkan Jadual diatas, didapati kesemua 10 orang pelajar gagal untuk menulis istilah
struktur bangunan dalam Bahasa inggeris dengan betul, manakala seramai 8 orang pelajar pula
gagal untuk menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Melayu dengan betul. Perkara ini
menunjukkan masih terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai istilah struktur bangunan
dengan betul. Justeru ini, menjadi satu keperluan untuk saya melaksanakan inovasi berkaitan
tajuk ini bagi mengatasi masalah tersebut.
220
Analisis Ujian Pos (Perbandingan Antara Ujian Pra) Jadual 3: Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Bagi Objektif Pertama
Ujian Pra Ujian Pos
Nama pelajar (Menentukan kedudukan (Menentukan kedudukan
struktur yang tersembunyi) struktur yang tersmbunyi)
Pelajar 1 (lelaki) X /
Pelajar 2 (lelaki) X /
Pelajar 3 (lelaki) X /
Pelajar 4 (lelaki) X /
Pelajar 5 (lelaki) X /
Pelajar 6 (perempuan) X /
Pelajar 7 (perempuan) X /
Pelajar 8 (perempuan) X /
Pelajar 9 (perempuan) X /
Pelajar 10 (perempuan) X /
Berdasarkan Jadual diatas, didapati selepas intervensi SMART BUILDING STRUCTURE
dijalankan didapati kesemua 10 orang murid telah dapat menentukan kedudukan struktur yang
tersembunyi dengan betul
Perkara ini menunjukkan, alat inovasi SMART BUILDING STRUCTURE (kaedah intervensi)
terbukti dapat meningkatkan kemahiran menentukan kedudukan struktur yang tersembunyi di
dalam bangunan.
221
Jadual 4: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Objektif Ke Dua
Ujian Pra Ujian Pos
(Menulis istilah struktur (Menulis istilah struktur
bangunan ) bangunan )
Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa
Melayu Inggeris Melayu Inggeris
Pelajar 1 (lelaki) x x / x
Pelajar 2 (lelaki) x x / /
Pelajar 3 (lelaki) x x / /
Pelajar 4 (lelaki) x x / /
Pelajar 5 (lelaki) / x / /
Pelajar 6 (perempuan) x x / /
Pelajar 7 (perempuan) x x / /
Pelajar 8 (perempuan) x x / /
Pelajar 9 (perempuan) x x / /
Pelajar 10 (perempuan) / x / /
Berdasarkan Jadual diatas, didapati selepas intervensi SMART BUILDING STRUCTURE
dijalankan didapati hanya seorang sahaja pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul
berbanding dengan ujian pra sebelum ini.
Hal ini menunjukkan alat Inovasi SMART BUILDING STRUCTURE berjaya meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap cara menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan betul.
222
Berdasarkan hasil analisis soal selidik kepuasan pelanggan (pelajar) dengan memperoleh min
aras tinggi iaitu 4.86, membuktikan bahawa inovasi SMART BUILDING STRUCTURE memberi
kesan positif terhadap proses pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam meningkatkan
penguasaan dan kefahaman pelajar dalam aspek berikut:
a. Menentukan kedudukan struktur bangunan yang tersembunyi di dalam bangunan
b. Menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan betul.
Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras dengan hasrat pensyarah untuk mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran konsepkan Hands On Activity, PAK 21, Pembelajaran
Kooperatif serta strategi pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK) yang berpusatkan
pelajar. Secara keseluruhannya analisis berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada 20
orang pelajar 1 Diploma Teknologi Pembinaan di KVMT dapat dirujuk menerusi skor min bagi
setiap item di bawah:
Bil Item Nilai min
1 4.90
SMART BUILDING STRUCTURE meningkatkan kefahaman saya
dalam topik struktur bangunan.
2 4.85
SMART BUILDING STRUCTURE meningkatkan motivasi saya untuk
belajar topik struktur bangunan.
Saya seronok menggunakan SMART BUILDING STRUCTURE
3 4.85
4 4.85
SMART BUILDING STRUCTURE meningkatkan kefahaman saya
UNTUK menentukan kedudukan struktur bangunan yang
tersembunyi di dalam bangunan.
5
SMART BUILDING STRUCTURE meningkatkan kemahiran saya 4.80
untuk menulis istilah struktur bangunan dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dengan betul.
6 4.90
SMART BUILDING STRUCTURE sesuai dijadikan alat bantu
mengajar dalam tajuk struktur bangunan
Min Keseluruhan 4.86
223
POTENSI UNTUK DISEBARLUAS KEPADA PIHAK LAIN
Inovasi SMART BUILDING STRUCTURE merupakan sebuah inovasi yang unik dan belum
pernah dihasilkan oleh mana-mana pihak. Inovasi ini sangat sesuai digunakan untuk memupuk
minat pelajar dalam bidang Teknologi Pembinaan. Inovasi ini telah disebarluaskan di tempat
berikut:
a. Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Melaka Tengah
224
b. Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin
225
c. Universiti Sains Islam Malaysia USIM
226
KELEBIHAN INOVASI
Secara khususnya inovasi SMART BUILDING STRUCTURE amat sesuai digunakan
sebagai alat bantu mengajar dalam teknologi pembinaan mahupun Kejuruteraan awam.
Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
a. Sebuah alat bantu mengajar 2 dalam 1 yang dapat membantu pelajar untuk menentukan
kedudukan struktur bangunan yang tersembunyi dan menulis istilah struktur bangunan
dengan betul dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
(mendapat min aras tinggi iaitu 4.86)
b. Ciri-ciri Hands On Activity, PAK 21, Pembelajaran Berasaskan STEM, Pembelajaran
Kooperatif dan menerapkan elemen Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK). Elemen-elemen
yang diketengahkan memperkukuh dan memperkayakan pengetahuan pelajar semasa
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau semasa pembelajaran
kendiri
c. Merangkumi semua konsep asas dalam struktur bangunan dan memberi pemahaman yang
menyeluruh kepada pelajar.
d. Penggunaan bahan-bahan berkos rendah dan mudah untuk dihasilkan.
e. Mempunyai elemen pembelajaran kendiri, Iaitu produk ini juga dilengkapi QR kod untuk
melihat video cara penggunaan SMART BUILDING STRUCTURE sendiri oleh pelajar.
f. Memudahkan pensyarah teknologi pembinaan untuk mengajar struktur bangunan seterusnya
memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar sebelum mereka mengajar tajuk seterusnya
dengan mudah.
g. SMART BUILDING STRUCTURE telah didaftarkan sebagai karya Hak Cipta
©
(Copyright, ) pada 11/01/2020 di Perbadanan Harta Intelek Cawangan Melaka dengan
nombor permohonan LY2021000063.
227
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, inovasi SMART BUILDING STRUCTURE memberi impak yang positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:
a. Pelajar tidak berasa bosan semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kerana
inovasi ini ini berkonsepkan Hands On Activity, PAK 21,Pembelajaran Berasaskan STEM,
Pembelajaran Kooperatif yang berpusatkan murid serta menerapkan elemen Visual, Auditori
dan Kinestatik (VAK).
b. Inovasi ini sesuai digunakan oleh semua pelajar yang ingin mengikuti bidang pembinaan
tidak kira dari sekolah, pusat kemahiran mahupun pelajar universiti.
c. Inovasi ini jelas terbukti memberikan impak yang besar kepada pelajar dengan purata min
aras tinggi iaitu 4.86 bagi soal selidik.
d. Memberi keyakinan dan memudahkan pensyarah teknologi Pembinaan untuk mengajar
mengajar tajuk struktur bangunan. Hal ini terbukti apabila temubual yang dilakukan ke atas
Ketua Jabatan teknologi awam dan dua orang pensyarah Teknologi Pembinaan di Kolej
Vokasional Melaka Tengah menununjukkan respon positif.
228
LAMPIRAN 1
PENDAFTARAN HAK CIPTA (MYIPO)
229
LAMPIRAN 2
SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
230
231
LAMPIRAN 3 BORANG MAKLUM BALAS PELAJAR
NAMA : HASRUL BIN HALIMOON
NAMA KURSUS : STRUKTUR BANGUNAN
NAMA INOVASI : SMART BUILDING STRUCTURE
ARAHAN: 1. Sila tandakan ( / ) pada ruangan skala
2. Gunakan Skala berikut untuk menunjukkan tahap kepuasan anda
1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Agak Setuju
4 Setuju 5 Sangat Setuju
SKALA
BIL PERKARA
1 2 3 4 5
1
SMART BUILDING STRUCTURE
meningkatkan kefahaman saya dalam topik
struktur bangunan.
2
SMART BUILDING STRUCTURE
meningkatkan motivasi saya untuk belajar topik
struktur bangunan.
3
Saya seronok menggunakan SMART BUILDING
STRUCTURE
4
SMART BUILDING STRUCTURE
meningkatkan kefahaman saya UNTUK
menentukan kedudukan struktur bangunan
yang tersembunyi di dalam bangunan.
5 SMART BUILDING STRUCTURE
meningkatkan kemahiran saya untuk menulis
istilah struktur bangunan dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan betul.
6
SMART BUILDING STRUCTURE sesuai
dijadikan alat bantu mengajar dalam tajuk struktur
bangunan
232
LAMPIRAN 4
JAWAPAN UJIAN PRA PELAJAR
233
234
JAWAPAN UJIAN POS PELAJAR
LAMPIRAN 5
235
JAWAPAN SOAL SELIDIK PELAJAR
236
LAMPIRAN 6 KOD QR VIDEO CARA PENGGUNAAN SMART BUILDING STRUCTURE
SCAN ME
237
INTAN NORZIRA BINTI TORMUDZI
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS
SMK AIR MOLEK, MELAKA
SARJANA PENDIDIKAN (PEND. KHAS)
TAJUK INOVASI:
SNAKE MATH GAME
238
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK DAN
INOVASI DALAM PdP
2021
KATEGORI INDIVIDU MENENGAH
TAJUK INOVASI:
SNAKE MATH GAME
INTAN NORZIRA BINTI TORMUDZI
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS
SMK AIR MOLEK, MELAKA
239
LampiranA
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK DAN INOVASI DALAM PdP
2021 MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakandalam kotak berkenaan di
bawah):
Individu PrasekolahIndividu
Rendah
Individu MenengahKumpulan
(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang
secara berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)
No. K.P: 820306045038
Nama calon: INTAN NORZIRA BINTI
TORMUDZI
Jantina: PEREMPUAN
Alamat sekolah: SMK AIR MOLEK, KM 11,JLN BUKIT LINTANG, 75460
AIR MOLEK, MELAKA
No. Telefon Sekolah :06-2680224
No. Telefon Bimbit : 019-7190200
E-mel : [email protected]
Jawatan di sekolah: 1. Pen. Setiausaha Kajian Tindakan
2. Setiausaha Kurikulum Pendidikan Khas
3. Setiausaha Jawatankuasa Digital dan
Portal Delima.
Kelulusan Akademik Tertinggi: Sarjana Pendidikan (Pend. Khas)
Tahun / Institusi: 2013 / Universiti Kebangsaan Malaysia
Kelulusan Ikhtisas: Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Perakaunan) Tahun
/ Institusi: 2005 / Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tajuk Inovasi: SNAKE MATH GAME
240
PENGENALAN INOVASI
Kategori pertandingan : Individu Menengah
Tajuk inovasi : SNAKE MATH GAME
Sinopsis inovasi :
Snake Math Game (SMG), dicipta untuk memberikan
keseronokan dan memberikan kefahaman dalam
menyelesaikan masalah matematik dalam apa jua tajuk yang
diajar. Murid akan dinilai tahap kefahaman dan penguasaan
mereka melalui jawapan pada latihan, hasil kerja mereka dan
pemerhatian semasa mereka bermain SMG ini. Murid yang
menunjukkan peningkatan akan diberi ganjaran sebagai
motivasi kepada murid lain untuk menguasai pembelajaran
yang diajar.
Pembelajaran secara didik hibur sememangnya
memberikan suatu pengalaman pembelajaran yang
menghiburkan murid-murid terutama murid pendidikan khas.
Didapati, dengan menggunakan elemen didik hibur, murid
lebih mudah untuk menguasai sesuatu pengajaran dengan
baik.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid
memerlukan lebih banyak latihan pengukuhan bagi
memastikan mereka memahami tajuk yang diajar. Melalui
pemerhatian, mereka akan merasa bosan jika hanya
241
membuat latihan di dalam buku latihan dan tidak fokus dalam
membuat latihan.
OBJEKTIF INOVASI
Objektif inovasi Snake Math Game ini dihasilkan ialah
untuk:
• Murid akan dapat mengukuhkan
pemahaman sedia ada dalam
setiap kemahiran dalam sesuatu
tajuk yang telah dipelajari.
• Meningkatkan daya saing murid
antara satu sama lain.
• Murid akan dapat belajar secara
bermain serta dapat mewujudkan
proses pengajaran dan
pembelajaran yang
menyeronokkan dan kondusif.
KUMPULAN SASARAN:
Semua murid umumnya dan murid pendidikan khas
khususnya.
242
LATAR BELAKANG INOVASI
Saya adalah guru Pendidikan Khas di SMK Air Molek Melaka. Semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Khas selama 3 bulan di tahun 2019, saya mendapati
murid saya agak sukar mengenal nombor dan mengenal turutan nombor. Timbul
persoalan di fikiran saya mengapa agaknya mereka tidak boleh mengenal nombor serta
turutan yang betul. Ini menyebabkan mereka tidak boleh mengira dengan betul. Oleh
itu, saya telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dalam P&P saya. Hasil
dapatannya, saya dapati mereka kurang berminat untuk mengira, tidak boleh mengira
dengan betul, serta kurang memberi tumpuan terhadap apa yang diajar dan amat suka
bermain-main semasa P&P. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian, maka mereka
akan menjadi murid yang tercicir. Sehubungan itu, saya telah menjalankan satu kajian
tindakan ini. Maka terhasil satu inovasi Snake Math Game.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dalam kelas
semasa waktu matematik. Murid akan dikenalpasti mengikut tahap penguasaan dan
pemahaman mereka terhadap konsep mengira. Dalam kelas ini, terdapat dua
kumpulan iaitu yang lemah dan sederhana. Mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan
bagi membezakan soalan-soalan yang diberikan.
Guru akan memberikan soalan berdasarkan tajuk yang diajar. Program ini
diteruskan sehingga murid menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang positif.
Snake Math Game digunakan oleh guru untuk menarik minat murid belajar mengira
dan tajuk-tajuk yang diajar dalam matapelajaran matematik. Permainan ini akan
menjadikan mereka seronok dalam mempelajari operasi tambah dan tolak. Murid yang
berjaya menjawab soalan dan menghabiskan permainan akan diberi ganjaran.
243
SIGNIFIKAN INOVASI
Menurut Hanafi, Jamila & Rosadah (2012), sekiranya kemahiran membaca dan menulis
tidak diperoleh dengan mahir, risiko kanak-kanak untuk gagal dalam sistem
persekolahan akan meningkat. Oleh itu, guru haruslah mempelbagaikan teknik
pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasai, menarik
serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh.
Terdapat beberapa panduan yang boleh membantu guru dalam proses mengira.
Corak pembelajaran yang diperkenalkan adalah mudah namun dapat
membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap ibadah solat. Perkara ini diakui
oleh Wardle (2008) yang menyatakan bahawa bermain dapat merangsang fungsifungsi
otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi.
Bahkan ianya turut dipersetujui oleh Downey & Garzoli (2007) dalam artikelnya yang
menyatakan bahawa kaedah bermain dapat merangsang proses pembelajaran menjadi
lebih bermakna. Impaknya, sepanjang sesi PdP murid-murid didapati seronok dan
menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik.
244
Cara menggunakan SMG:
• Dimainkan oleh 5 orang. 4 pemain dan sorang penjaga bank
soalan.
• Pemain akan menggunakan dadu untuk memulakan
permainan. Bilangan dadu yang lebih tinggi akan memulakan
permainan.
• Pergerakan buah adalah berdasarkan bilangan dadu yang
diperolehi setelah dilempar.
• Pemain yang sampai pada petak yang mempunyai tangga
dan ular, akan menjawab soalan yang akan diberikan oleh
penjaga bank soalan.
• Jika soalan yang dijawab betul, maka pemain boleh menaiki
tangga ke petak yang seterusnya, manakala jika jawapan
yang diberikan salah, pemain haruslah turun ke petak
mengikut ular.
• Pemain yang berjaya sampai ke petak terakhir iaitu 100,
dikira pemenang.
• Guru boleh memberikan ganjaran kepada pemenang.
• Tamat permainan, pemain boleh bertukar peranan menjadi
penjaga bank soalan, dan memulakan permainan semula
• Soalan boleh dibina oleh guru mengikut tahap dan
kesesuaian murid yang bermain.
245
HURAIAN KOS INOVASI
Bahan dan kos untuk menghasilkan inovasi
BIL BAHAN CTY KOS JUMLAH
1 Papan dam ular 1 RM25.00 X 1 RM25.00
2 Buah dadu 1 RM0.70 x 1 RM0.70
3 Buah (avatar) 4 RM.30 x 4 RM1.20
JUMLAH BESAR RM26.90
Kos yang digunakan untuk menghasilkan Snake Math Game ialah
RM26.90 sahaja. Papan yang digunakan ialah papan yang berkualiti dan
tahan lama. Dengan kos yang murah ini mudah dan dapat dimiliki oleh
semua individu.
246
IMPAK INOVASI YANG DIHASILKAN
Berdasarkan keputusan ujian dan latihan-latihan yang telah dijalankan,
saya mendapati SMG yang diperkenalkan kepada murid merupakan
satu kaedah yang boleh digunapakai dalam matapelajaran matematik
dalam apa jua tajuk. Program yang saya jalankan sedikit sebanyak
dapat memperbaiki masalah yang dihadapi oleh anak murid saya.
Mereka juga lebih fokus dalam menjawab soalan yang diberikan.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan
perkembangan yang positif. Murid saya lebih teruja untuk melakukan
latihan yang diberikan dengan tunjuk ajar serta mereka gembira
bermain SMG di mana mereka mendapat ganjaran setelah berjaya
menjawab soalan yang diberikan.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi hasil
daripada kajian tindakan ini, saya masih perlu melakukan kajian
tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam
tajuk yang sukar dikuasai oleh murid saya.
247
248
IMPAK INOVASI YANG DIHASILKAN
Kaedah Pentaksiran
Pentaksiran akan dilakukan pada hasil latihan murid, dan kejayaan
mereka dalam menjawab soalan semasa bermain SMG. Semua
hasil kerja murid akan direkodkan serta difailkan. Kaedah
pentaksiran adalah secara pemerhatian dan penilaian hasil jawapan
pelajar dalam ujian yang diberikan serta rekod-rekod pencapaian
pelajar.
Nilai Murni
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran ini ialah sifat rajin dan tidak mudah putus asa dalam
menjawab latihan yang diberikan. Mereka juga akan berusaha
dengan gigih untuk memastikan jawapan yang diberikan betul serta
ganjaran yang disediakan.
249
LENSA KAMERA
BUAH
DADU
PAPAN
SMG
250