KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KERTAS KERJA
INOVASI DALAM PdP
TAHUN 2021
TAJUK INOVASI
MY iGS KIT
- Inovasi Gelang Sifir -
RUZ ZARINA BINTI JENAL GURU INOVATIF MATEMATIK SK BATU
BERENDAM, MELAKA
51
PENGENALAN INOVASI
Tajuk Inovasi : My iGS Kit 2.0
Sinopsis Inovasi :
Mengimplementasikan kaedah kepelbagaian kecerdasan murid, inovasi My iGS Kit
akan membantu menarik minat dan motivasi murid-murid di sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas mendarab. Dalam menyampaikan konsep asas
pendaraban, guru seharusnya lebih kreatif dalam usaha untuk mengatasi masalah
salah faham konsep yang kerap dilakukan oleh murid-murid. Walaupun murid-
murid telah mempelajari konsep darab seawal darjah 2 namun ramai dari kalangan
mereka tidak memahami, sukar mengingati sehingga mereka merasakan belajar
darab itu sesuatu yang membosankan dan membebankan. Atas dasar ini, inovasi
My iGS Kit diperkenalkan kepada murid untuk membantu mereka mengingati dan
menguasai konsep asas pendaraban dengan
mengimplementasi pelbagai kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistik,
kecerdasan logik matematik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan kinestatik dan
kecerdasan interpersonal. Rasional nama My iGS Kit :
iGS merupakan singkatan kepada perkataan Inovasi Gelang Sifir dan merupakan
gabungan beberapa komponen seperti modul iGS, modul i-GILAP, modul i-Genius,
video animasi gelang sifir, bahan maujud manik dan permainan kad sifir i-Game
yang di kenali sebagai My iGS Kit.
52
OBJEKTIF INOVASI
Objektif Umum
Murid boleh mendarab dalam lingkungan fakta asas iaitu melibatkan pendaraban
nombor satu digit dengan satu digit.
Objektif Khusus
Murid boleh mendarab berdasarkan konsep penambahan berulang.dan kumpulan
sama banyak.
Murid boleh mengaitkan hukum kalis tukar tertib ; a x b = b x a
Murid boleh menyelesaikan masalah harian rutin dengan menggunakan pelbagai
strategi bagi membina dan menyatakan fakta asas darab.
Murid boleh menyelesaikan masalah harian bukan rutin dengan menggunakan
objek untuk mewakilkan pengiraan darab dengan kreatif dan kritis.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid sekolah rendah atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari
mengenai konsep asas pendaraban.
53
LATAR BELAKANG INOVASI
Pengalaman sebagai guru matematik lebih daripada 15 tahun menyebabkan saya
sentiasa mencari kaedah terbaik untuk membantu murid-murid memahami dan
minat terhadap subjek matematik. Kemahiran seperti menambah, menolak,
mendarab dan membahagi merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh
murid sekolah rendah. Namun begitu, pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan
penambahan pengetahuan dan mengingati semula maklumat yang dipelajari tetapi
merupakan aktiviti menguasai konsep, memahami maklumat pengetahuan dan
seterusnya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan .
Masalah pendaraban merupakan masalah yang sering berlaku kepada murid
sekolah rendah. Guru lebih fokus kepada aktiviti menghafal sifir cara konvensional
mengakibatkan murid tidak minat, terbeban dan semakin sukar memahami konsep
asas pendaraban. Alasan yang kerap diberikan oleh murid termasuklah lupa, tak
boleh ingat, malas, jemu, terlalu banyak nombor, susah dan membosankan bila
belajar darab.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh guru-guru untuk memastikan murid memahami
dan menguasai konsep asas darab termasuklah memberikan
ganjaran atau denda apabila tugasan diberikan dalam bentuk latihan dan hafalan.
Namun begitu, didapati murid-murid hanya belajar, menghafal dan mengikuti
arahan apabila bersama guru sahaja dan masa bersama guru selama 3 jam
seminggu tidak mencukupi untuk murid-murid benar-benar menguasai konsep
asas darab.
54
Analisis keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini didapati subjek
Matematik merupakan subjek 'killer' kepada kebanyakkan murid-murid. Punca
kepada masalah utama murid adalah kerana tidak menguasai operasi darab dan
tidak menghafal sifir. Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid-murid mengikut
segala program yang dirancang oleh pihak sekolah. Murid telah dilatih menghafal
sifir sejak mereka di tahun 2 lagi. Saya telah menguji beberapa orang murid tahun
6 dari kelas pandai, serdahana dan lemah untuk menguji soalan fakta asas darab
atau sifir. Anggapan awal saya pasti sebahagian besar mereka telah menghafal
sifir memandangkan mereka telah mengikuti pelbagai program menghafal sifir
selama 4 tahun. Namun hasil kajian ringkas yang saya dapat adalah sebaliknya.
Jadual di bawah menerangkan dapatan yang diperolehi hasil ujian bertulis dan
lisan yang dilaksanakan.
SIFIR 2 SIFIR 3 SIFIR 4 SIFIR 5
KELAS MURID Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Mengusai Menguasai Menguasai Menguasai
Murid 1 / / 0 / 0 / 0
Pandai Murid 2 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 3 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 4 / 0 / 0 / 0 / 0
Serdahana Murid 5 / 0 0 / / 0 / 0
Murid 6 0 / / 0 0 / / 0
Murid 7 / 0 0 0 0 / / 0
Lemah Murid 8 0 / 0 0 0 / 0 /
Murid 9 0 / 0 0 0 / 0 /
SIFIR 6 SIFIR 7 SIFIR 8 SIFIR 9
KELAS MURID Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Mengusai Menguasai Menguasai Menguasai
Murid 1 / 0 / 0 / 0 / 0
Pandai Murid 2 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 3 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 4 / 0 0 / / 0 / 0
Serdahana Murid 5 0 / / 0 0 / 0 /
Murid 6 0 / 0 / 0 0 / 0
Murid 7 0 / 0 / 0 / 0 /
Lemah Murid 8 0 / 0 / 0 / 0 /
Murid 9 0 / 0 / 0 / 0 /
55
Dapatan yang diperolehi daripada 9 orang murid diatas saya dapati terdapat pola
yang jelas berdasarkan aras kecerdasan murid. Didapati murid dari kelas pandai
boleh menjawab semua soalan asas darab iaitu sifir 1 hingga 9 secara bertulis atau
lisan. Bagi murid dari kelas serdahana di dapati hanya sebahagian sahaja yang
boleh menguasai sifir-sifir mudah seperti sifir 2, 3 dan 5. Manakala murid kelas
lemah tidak boleh langsung menguasai semua sifir-sifir kecuali seorang sahaja
menguasai sifir 2. Rentetan daripada ujian itu, saya meneruskan pemerhatian dan
menguji bacaan sifir terhadap murid-murid lain. Dapatan yang diperolehi adalah
lebih kurang sama dan jika ada yang boleh menghafal sekalipun terdapat kesilapan
dan jawapan yang diberikan adalah salah. Saya dapati kaedah menghafal sifir
konvensional banyak memberi kelebihan kepada kelompok murid yang pandai dan
minat terhadap subjek matematik tetapi tidak menarik minat murid yang serdahana
dan gagal bagi murid yang lemah.
Berdasarkan isu tersebut, timbul satu kesedaran kepada saya bahawa satu
anjakan paradigma diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Kesimpulan kepada
analisis masalah memberi gambaran besar kepada saya bahawa isu utama yang
perlu diatasi oleh guru ialah permasalahan murid bukan sahaja mampu menghafal
sifir tetapi turut memahami dan menguasai konsep asas pendaraban seperti
konsep tambah berulang dan kumpulan sama banyak, menguasai hukum kalis
tukar tertib ; a x b = b x a, murid boleh menyelesaikan masalah harian rutin dengan
menggunakan pelbagai strategi bagi membina dan menyatakan fakta asas darab
dan menyelesaikan masalah harian bukan rutin dengan menggunakan objek untuk
mewakilkan pengiraan darab dengan kreatif dan kritis. Saya mengambil inisiatif
mencipta satu alat inovasi yang dapat digunakan dan diimplementasi terhadap
56
semua kelompok dan aras kecerdasan murid yang boleh digunakan dengan
bimbingan guru atau secara kendiri di rumah. Ini kerana pembelajaran perlu
berlaku sepanjang masa dan bukan hanya di sekolah sahaja.
Pada peringkat awal pembangunan inovasi saya telah menyusun perancangan,
melakukan temubual dengan rakan panitia, melaksanakan pemerhatian terhadap
murid, merujuk jurnal mengenai kajian-kajian terhadap kecerdasan pelbagai murid
dan kajian-kajian lain yang diperlukan sebagai asas kepada projek inovasi saya.
Pada peringkat awal banyak kerja-kerja pembangunan projek inovasi seperti
penggubalan modul, pembangunan video animasi, rekabentuk prototype,
rekabentuk grafik permainan dan lain-lain telah dilaksanakan. Sebelum inovasi ini
dibangunkan, murid-murid sebenarnya telah diberi terlebih dahulu modul latih tubi
darab atau sifir. Saya memilih 8 orang murid tahun 3 untuk tujuan kajian rintis.
Kajian ini melibatkan 8 orang murid dari SK Batu Berendam. Murid-murid yang
terlibat adalah murid tahun 3 UITM 2019. Bilangan murid lelaki yang terlibat adalah
seramai 5 orang manakala murid perempuan adalah seramai 3 orang. Terdapat 2
jenis kelompok murid yang dipilih iaitu 4 orang murid dari kelas arus perdana dan
4 orang lagi murid dari kelas pemulihan khas iaitu murid yang mengalami masalah
pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan selama 1 minggu dan murid-murid
berkenaan perlu menjadikan modul tersebut sebagai rujukan dan latihan latih tubi
untuk menguasai konsep asas pendaraban. Namun masalah yang dihadapai ialah
murid mudah lupa, susah untuk mengingat tidak teruja dan tidak merasa seronok
untuk mengikuti sesi pembelajaran seterusnya. Murid-murid yang mengalami
masalah pembelajaran langsung tidak memahami arahan yang diberikan di dalam
modul ini tanpa bantuan guru. Kesannya, objektif untuk murid menguasai konsep
57
asas pendaraban di rumah dan melaksanakan pembelajaran secara kendiri tidak
tercapai.
Justeru itu, saya mula memikirkan penyelesaian dan kaedah yang dapat
memenuhi objektif saya dan mampu menarik perhatian murid untuk seronok dan
minat belajar tajuk darab. Saya merasakan satu kaedah atau inovasi yang
mengambil kira kecerdasan pelbagai murid perlu dihasilkan bagi membantu murid
mengatasi masalah mereka. Oleh itu saya telah mengkaji dan memilih untuk fokus
kepada 5 jenis kecerdasan pelbagai murid iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan
logik-matematik, kecerdasan spatial/visual-ruang, kecerdasan kinestetik jasmani
dan kecerdasan interpersonal dalam menarik minat mereka untuk belajar topik
pendaraban. Kecerdasan linguistik merujuk kepada kebolehan murid
menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis dan keupayaan dalam
menggunakan bahasa untuk mencapai matlamat tertentu. Contohnya murid belajar
matematik melalui penulisan fiksyen seperti cerita grafik, membina masalah
(problem solving), masalah berayat dan sebagainya. Kecerdasan logik-matematik
pula terdiri daripada keupayaan untuk menganalisis masalah secara logik,
berupaya menjalankan operasi matematik, dan mengkaji sesuatu isu secara
saintifik. Murid yang memiliki kecerdasan ini berupaya untuk mengesan pola,
berhujah secara deduktif dan berfikir secara logik. Kebiasaannya murid yang
memiliki kecerdasan ini tidak mempunyai masalah dalam kelas matematik. Aktiviti
pengukuhan perlu diberikan seperti menyelesaikan teka-teki logik matematik,
sudoku, segi empat sama ajaib, peta minda, blok pemikiran dan sebagainya.
Kecerdasan spatial/visual-ruang merujuk kepada kebolehan seseorang untuk
memanipulasi dan mewujudkan imej mental dalam menyelesaikan masalah.
58
Mereka juga mampu melihat dunia visual dengan tepat, melaksanakan perubahan
dan pengubahsuaian pada pandangan mereka, dan mampu untuk mencipta jika
tiada apa-apa rangsangan fizikal. Kecerdasan kinestetik-jasmani pula melibatkan
potensi penggunaan seluruh badan atau bahagian tubuh seseorang untuk
menyelesaikan masalah. Murid dalam kategori ini sukakan pembelajaran
berbentuk hands-on seperti bertukang, berlakon dan manipulatif bahan seperti
mencipta kraftangan. Manakala murid yang memiliki kecerdasan interpersonal
berkemampuan untuk memahami tujuan, motivasi dan kehendak orang lain. Murid
dalam kategori ini membolehkan mereka bekerja dengan berkesan dengan orang
lain. Murid dapat bekerja dalam kumpulan, memberi kerjasama bersama ahli
kumpulan lain, mampu memberi pandangan dan mendengar pendapat serta
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Akhirnya saya dapat menyiapkan dan menjayakan projek inovasi My iGS Kit yang
fokus kepada 5 pelbagai kecerdasan murid. Melalui My iGS Kit, murid berpeluang
berfikir dan membina sendiri gelang yang dikenali sebagai gelang sifir berdasarkan
pemahaman mereka terhadap konsep pendaraban. Selain itu, tiga buah modul
berdasarkan 3 aras kesukaran dibangunkan iaitu Modul i-GS, Modul i-GILAP dan
Modul i-GENIUS digubal untuk meningkatkan kefahaman murid. Murid yang
mengalami masalah pembelajaran pula dibantu dengan video interaktif yang
menarik. Akhir sekali permainan i-Game Kad Gelang Sifir boleh dijadikan sebagai
aktiviti pengukuhan untuk murid menguji kecekapan dan pengetahuan yang dibina
terhadap topik pendaraban.
Alhamdullilah berkat sokongan daripada semua pihak projek My iGS Kit telah siap
dan boleh digunakan oleh semua murid di SK Batu Berendam.
59
QR Code Modul i-Gilap,
Modul i-GS, Modul i-Genius dan
video interaktif
5 langkah membina
gelang sifir
Peraturan permainan
i-Game Kad Gelang
Sifir
Rajah 1 : My iGS Kit 2.0 hadapan )
(
Papan permainan
i-Game Kad Gelang
Sifir
100 biji manik
pelbagai warna Kad sifir i-Game
Dadu
Rajah 2 : My iGS Kit 2.0 ( belakang )
60
Modul Gelang Sifir
24 biji Manik
Rajah 3 : Modul Mini Gelang Sifir
61
KRONOLOGI PEMBINAAN MY iGS KIT
sebelum selepas
Rajah 5 : 5 Langkah membina gelang sifir
Elemen spatial / visual ruang diimplementasi dalam menerangkan langkah-langkah
membina gelang sifir berdasarkan konsep pendaraban. Murid berkebolehan
menceritakan dan menggambarkan konsep pendaraban yang dipelajari serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dan warna dengan sempurna. Kecerdasan
ruang visual membolehkan murid mempersembahkan idea-idea visual dan ruang
secara imaginatif dan kreatif.
62
sebelum
selepas
Rajah 6: Modul i-Gilap, Modul i-GS dan Modul i-Genius
Elemen lingustik diimplementasikan dalam pembinaan modul-modul pendaraban
iaitu Modul i-GS, Modul i-Gilap dan Modul i-Genius yang diterjemah dalam bentuk
tulisan, grafik dan penyelesaian masalah. Modul-modul digubal berdasarkan 3 aras
kesukaran iaitu mudah, serdahana dan susah (KBAT). Murid cenderung untuk
belajar dengan lebih baik dengan membaca dan menulis. Kecerdasan linguistik
membolehkan murid menyimpan pelbagai informasi yang beerti dan berkaitan
dengan pemikirannya.
63
sebelum
selepas
Rajah 7 : Papan Permainan i-Game Kad Gelang Sifir
Elemen interpersonal diimplementasi dalam permainan i-Game Kad Gelang Sifir
supaya murid boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu manfaat. Murid-murid yang mempunyai
kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran bersama
rakan sebaya.
64
sebelum
selepas
Rajah 8 : Kad sifir i-Game
Elemen logikal matematik diimplementasi dalam pembinaan kad sifir i-Game. Kad
sifir i-Game mempunyai kaitan dengan logik, mengenalpasti pola abstrak,
penaakulan dan nombor. Murid yang mempunyai kecerdasan logikal matematik
yang tinggi akan memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk
eksplorasi
65
sebelum
selepas
Rajah 10 : Video interaktif gelang sifir
Elemen teknologi turut digunakan untuk membantu murid lebih memahami konsep
pendaraban. 9 video interaktif gelang sifir dibangunkan untuk menerangkan
konsep pendaraban sifir 1 hingga 9. Video animasi gelang manik yang menarik dan
berwarna warni mampu menarik minat murid untuk belajar.
66
sebelum
selepas
Rajah 11 : Manik-manik
Elemen kinestetik diimplementasi dalam aktiviti membina gelang sifir
menggunakan manik berwarna warni dan tali. Murid yang mempunyai kecerdasan
ini mampu belajar dengan lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan
aktiviti-aktiviti fizikal seperti mencipta gelang sifir. Murid akan lebih mengingati
konsep pendaraban melalui pergerakan anggota badan sama seperti memori lisan.
67
Kos pembinaan My iGS Kit 2..0
BIL BUTIRAN JUMLAH
1. Kos Cetakan Papan i-Game Kad Gelang Sifir
RM20.00
2. Kos 1 set manik
a) 120 biji
manik
b) Kotak RM8.00
manik RM1.50
c) Tali RM0.50
3. Lain-lain
a) 1 Kotak My
iGS Kit RM5.00
b) 2 biji dadu RM1.00
JUMLAH KESELURUHAN RM40.00
Jadual 2
Kos 1 set My iGS Kit 2.0
BIL BUTIRAN JUMLAH
1. Kos Cetakan
a) 1 buah modul inovasi gelang sifir
RM2.00
2. Kos 1 set manik
a) 24 biji manik
RM1.00
3. Lain-lain
a) 1 kotak
inovasi
gelang sifir
b) Kad flit RM2.00
tambah RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM10.00
Jadual 3
Kos 1 set My iGS Mini Kit
68
INOVASI DI INSPIRASI MISI DI REALISASI DALAM PROGRAM
CELIK BIJAK DARAB BERSAMA iGS
Alhamdullilah inovasi yang dihasilkan ini mendapat sokongan
daripada semua pihak khususnya para pentadbir SK Batu Berendam, Melaka. Pn
Junalis binti Mahmod, guru besar SK Batu Berendam merupakan penyokong kuat
kepada projek inovasi yang diilhamkan oleh pasukan kami. Hal ini menyebabkan
pasukan kami merasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk melaksanakan
dan menjayakan projek ini.
Perancangan yang teratur dan teliti telah disusun dimana inovasi My
iGS Kit akan digunakan dalam aktiviti minggu panitia untuk semua murid tahun 2
bertempat di Dewan Ilmu dalam program Celik Bijak Darab. Inovasi My iGS Kit juga
akan dijadikan sebagai alat bantu mengajar guru pemulihan khas bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Bagi kelas
aliran perdana inovasi My iGS Kit boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan
juga alat untuk aktiviti pengayaan serta pemulihan mengikut tahap dan kecerdasan
murid. Selain daripada itu inovasi My iGS Kit sesuai dilaksanakan secara kendiri di
rumah kerana terdapat aktiviti-aktiviti yang sangat menyeronokkan murid-murid
yang boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.
69
Program Celik Bijak Darab
Panitia Matematik SK Batu Berendam telah melaksanakan minggu matematik
mengikut takwim sekolah yang ditetapkan bagi tahun 2020. Terdapat beberapa
aktiviti dan pertandingan akan dilaksanakan bagi semua semua murid tahun 1
hingga 6. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan adalah kuiz matematik,
pertandingan tangram, pertandingan explorace dan juga program Celik Bijak
Darab. Program Celik Bijak Darab akan dikelolakan oleh pasukan guru inovasi
dengan mengimlplementasikan inovasi My iGS Kit kepada semua murid tahun 2.
Alhamdullilah semua ahli panitia matematik bersetuju bagi menjayakan program
dan aktiviti tersebut.
Murid-murid diberi taklimat Program Bijak Darab iGS daripada penyelaras
program.
70
Murid-murid melengkapkan soalan latin tubi tambah berulang berdasarkan objek
bergambar seperti kenderaan, buah-buahan, manik-manik dan lain-lain.
71
Murid diperkenalkan dengan Modul Mini Gelang Sifir dan memahami langkah-langkah
membina gelang sifir berdasarkan konsep pendaraban. Murid menguasai konsep
pendaraban dan menyelesaikan semua soalan pendaraban yang terdapat di dalam
Modul Mini Gelang Sifir.
72
Murid secara berkumpulan melaksanakan permainan i-GAME Kad Gelang Sifir. Kad-kad
sifir yang mengandungi objek bergambar gelang sifir disusun mengikut kumpulan sifir.
73
Murid melaksanakan aktiviti kreatif membina gelang sifir menggunakan tali dan manik.
Murid membina gelang sifir berdasarkan konsep pendaraban yang telah dipelajari dan
difahami oleh mereka.
Seramai 115 orang murid dan 6 orang guru terlibat dalam program ini. Murid-murid
dibahagi kepada beberapa kumpulan yang mempunyai ahli seramai 10 orang bagi
74
setiap kumpulan. Penyelaras program juga melantik 10 orang murid tahun 6 yang
akan bertindak sebagai fasilitator bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan
menerima beberapa bahan seperti soalan pra ujian/soal selidik, set Modul Mini
Gelang Sifir, set permainan i-Game Kad Gelang Sifir dan manik-manik untuk aktiviti
mereka cipta gelang sifir.
ISU / MASALAH YANG DITANGAI INOVASI
My iGS Kit yang diperkenalkan ini mengimplementasi kaedah pelbagai kecerdasan
murid. Keunikkan inovasi ini kerana ia fokus kepada 5 pelbagai kecerdasan murid
iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan logik matematik,
kecerdasan kinestetik dan kecerdasan interpersonal. Impaknya sepanjang sesi
PdPc mahupun Program Bijak Celik Darab yang dianjurkan, didapati murid-murid
berasa seronok dan dapat menguasai kemahiran mendarab dengan baik.
75
Sebagai alat bantu belajar dan mengajar
Guru berperanan dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran semasa
menyampaikan ilmu. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang
mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat
menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan
pengajaran, kerana inilah di antara aspek yangmemberi kesan terhadap prestasi para
pelajar. Maka My iGS Kit 2.0 ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan
oleh guru untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada murid mengenai konsep
pendaraban. Melalui penggunaan Modul Mini Gelang Sifir, Modul iGS, Modul i-GILAP dan
Modul i-GENIUS dalam pengajaran, murid bukan sahaja boleh nampak pola grafik tetapi
dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan
dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Boleh digunakan serentak di dalam aktiviti pemulihan atau penggayaan My iGS Kit
2.0 ini juga sesuai digunakan untuk kedua-dua aktiviti pemulihan dan pengayaan. Semasa
murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lemah
juga menjalankan aktiviti pemulihan menggunakan bahan yang sama. Ini kerana murid
diberi peluang membina sendiri gelang sifir berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan
kefahaman mereka terhadap konsep pendaraban. Murid yang cerdas akan melaksanakan
aktiviti pengayaan melalui aktiviti yang mampu mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri atau kumpulan. Guru hanya bertindak
76
sebagai pemerhati sahaja. Oleh kerana itu guru boleh memberi perhatian atau membantu
murid-murid lemah menjalani aktiviti pemulihan.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran secara Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Guru diingatkan supaya tidak membebankan
kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang. Apa yang sepatutnya
dilakukan oleh guru ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha
membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan
mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang
tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Kajian tentang 'inert ideas'
mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara
kanak-kanak berfikir. Ramai yang berpandangan pengetahuan dipindahkan dari
seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk
menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan
sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan.
Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan
kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-murid dengan pengetahuan bagi
membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian
pengetahuan tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru
seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
77
berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi
perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Seseorang guru boleh
mengamalkan pendekatan konstruktivisme melalui penggunaan My iGS Kit 2.0 dengan
mengambil kira beberapa faktor :
• Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain
• Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep
• Pembelajaran berpusatkan murid
• Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
• Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
• Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina
• Murid digalakkan mengemukakan hipotesis
• Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid Murid banyak
berinteraksi dengan murid lain dan guru
• Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid.
SIGNIFIKAN INOVASI
Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan 2020,
Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mengubahsuai sistem pendidikan
yang menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang dipraktikkan di
sekolah rendah dan menengah. Perubahan tersebut adalah dari segi pembelajaran
hafalan dan latih tubi kepada bentuk pembelajaran yang lebih merangsangkan
pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan setiap pelajar. Penglibatan
pengajaran dan pembelajaran yang aktif dengan mengambil kira pelbagai
kecerdasan murid dapat menjadikan suasana pembelajaran yang efektif,
78
menyeronokkan dan pemahaman konsep untuk sesuatu tajuk jelas dan tidak timbul
murid tidak faham.
Mohd Hafiz b Hasan (2009) berpendapat penggunaan bahan sedia ada atau bahan
maujud merupakan salah satu kaedah / teknik sedia ada yang mungkin kurang
disedari oleh guru tentang keberkesanannya. Penggunaan bahan maujud
merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan
maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai
sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah,
hidung dan kulit.
Johnson & Johnson (1994) telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar dengan
membandingkan pencapaian pelajar menggunakan
strategi
pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu mengajar
dan pembelajaran tradisional. Hasil analisis jelas membuktikan bahawa
pengetahuan seseorang individu lebih tinggi berbanding belajar tanpa
menggunakan bahan bantu mengajar. Kemampuan pelajar juga turut berubah
sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat mengingat sesuatu
konsep dalam jangka masa yang lama.
L. Dee Fink (2008) dalam sebuah tulisannya berjudul Active Learning,
pembelajaran aktif terdiri daripada dua komponen utama iaitu unsur pengalaman
yang meliputi kegiatan melakukan (doing) dan pengamatan (observe) serta
meliputi dialog dengan diri sendiri (self) dan dialog dengan orang lain (other).
Kombinasi keempat-empat elemen diatas dengan tepat dapat memberikan kesan
belajar yang lebih bermakna kepada pelajar.
79
Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah mengkaji kecerdasan pelbagai dalam
konteks pendidikan sekolah di Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa kelas-kelas
yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan
pembelajaran, skor pencapaian yang meningkat dan perubahan harga diri dan
moral murid ke arah yang lebih positif. Penerapan elemen pelbagai kecerdasan
menjadikan inovasi My iGS Kit 2.0 bersifat interaktif, menarik dan menyeronokkan
murid.
CADANGAN PERLAKSANAAN PdPc INOVASI MY iGS KIT 2.0
Berikut dikemukakan cadangan perlaksanaan PdPc yang memberi fokus kepada
5 pelbagai kecerdasan murid dengan menggunakan inovasi My iGS Kit 2.0
Langkah 1
Guru menyediakan set My iGS Kit yang mengandungi komponen
1. Modul Mini Gelang Sifir / Modul iGS
2. Modul i-GILAP dan Modul i-GENIUS
3. Kad Gelang Sifir
4. Papan permainan i-Game Gelang Sifir
5. Manik-manik dan tali
80
Langkah 2
Guru membahagi murid kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan murid di
dalam kelas. (Cadangan : 1 kumpulan 4-5 orang). Setiap kumpulan dibekalkan
dengan kelengkapan yang dinyatakan di atas.
Langkah 3
Guru memberi penerangan secara ringkas mengenai aktiviti PdPc inovasi My iGS
Kit.
Langkah 4
Murid-murid melakukan aktiviti PdPc berdasarkan bimbingan dan pantauan
daripada guru. Murid pandai akan melaksanakan aktiviti pengayaan melalui
penggunaan modul i-GENIUS dan permainan i-Game Kad Gelang Sifir. Murid yang
lemah pula dibimbing guru dengan melaksanakan aktiviti pemulihan melalui
penggunaan modul i-GILAP, kad flit tambah dan bahan konkrit iaitu manik.
Langkah 5
Sebelum waktu tamat, guru akan membuat penilaian sama ada secara bertulis atau
lisan bagi mengetahui tahap penguasaan murid terhadap konsep asas
pendaraban.
81
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Bagi menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan kumpulan kami telah
mendapatkan maklum balas murid menerusi beberapa ujian dan temubual secara
langsung daripada mereka. Menerusi temubual yang dilakukan, antara respon
yang diberikan oleh murid SK Batu Berendam adalah seperti berikut ;
SITUASI 1
Murid boleh mendarab berdasarkan konsep penambahan berulang.dan
kumpulan sama banyak.
Elemen lingustik diimplementasikan dalam pembinaan modul pendaraban iaitu
Modul i-GS diterjemah dalam bentuk tulisan, grafik dan penyelesaian masalah.
Murid dibimbing menulis dan menyebut konsep tambah berulang dan kumpulan
sama banyak dengan bantuan gambar-gambar grafik manik. Murid juga dibimbing
menukar ayat matematik kumpulan sama banyak kepada ayat matematik darab.
82
Tambahan 2 buah modul latih tubi dibina berdasarkan aras kesukaran serta
kecerdasan murid iaitu modul i-GILAP dan modul i-GENIUS. Modul i-GILAP sesuai
untuk murid-murid yang lemah dan memerlukan bimbingan dengan soalan-soalan
yang mudah. Modul i-GENIUS pula sesuai untuk murid yang cerdik dimana soalan-
soalan yang terdapat di dalam modul ini mengandungi soalan-soalan yang
mencabar dan berunsur KBAT. Penggunaan gambar grafik manik yang
menggambarkan pola dan patern kumpulan sama banyak ditambah penggunaan
pelbagai warna manik dapat menarik perhatian murid.
83
Respon murid.
Murid arus perdana
Murid 1 : Bestlah buku ni cikgu. Boleh saya bawak balik buku ni dan tunjuk kat mak
saya.
Murid 2 : Macam-macam soalan ada yer cikgu guna gambar gelang manik jer.
Murid 3 : Tak terfikir saya boleh jawab soalan ni cikgu walaupun susah.
Murid 4 : Soalan KBAT tu mencabar tapi saya suka. Taklah boring jawab latihan
yang sama jer.
Murid pemulihan khas
Murid 5 : Wah ! Cantiknya buku ni.
Murid 6 : Saya nak cuba jawab soalan ni nanti walaupun cikgu takde.
Murid 7 : Senang saya nak kira guna gambar gelang manik ni cikgu.
Murid 8 : Boleh saya beli buku ni cikgu.
84
SITUASI 2
Murid boleh mengaitkan hukum kalis tukar tertib a x b = b x a
85
5 x 6 = 6 x 5
Elemen spatial / visual ruang dan logikal matematik diimplementasi dalam
menerangkan pola gelang manik berdasarkan konsep pendaraban. Murid
berkebolehan menceritakan dan menggambarkan konsep pendaraban yang
dipelajari serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dan warna dengan
sempurna. Kad sifir i-Game mempunyai kaitan dengan logik, mengenalpasti pola
abstrak, penaakulan dan nombor. Murid yang mempunyai kecerdasan logikal
matematik yang tinggi akan memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan
berbentuk eksplorasi. Murid yang lemah pula dibantu membuat proses pengiraan
mendapatkan jawapan hasil darab dengan menggunakan Kad Flit Tambah.
86
Respon murid
Murid arus perdana
Murid 1 : Menariklah cikgu.
Murid 2 : Tak sangka saya boleh faham konsep darab dengan tengok gambar
gelang saja.
Murid 3 : Baru saya nampak ada persamaan dan perbezaan pada kad-kad sifir ni
cikgu.
Murid 4 : Sangat hebat cikgu kad sifir ini.
Murid pemulihan khas
Murid 5 : Cantiknya kad sifir ini cikgu.
Murid 6 : Boleh cikgu ajar. Saya nak main kad ni nanti.
Murid 7 : Seronok cikgu hari-hari belajar guna kad ni.
Murid 8 : Tak susah saya nak kira bila guna kad ni.
87
SITUASI 3
Murid boleh menyelesaikan masalah harian rutin dengan menggunakan pelbagai
strategi bagi membina dan menyatakan fakta asas darab.
Elemen interpersonal diimplementasi dalam permainan i-Game Kad Gelang Sifir
supaya murid boleh berkomunikasi, bekerjasama dan belajar dengan pelbagai
strategi bagi menyatakan fakta asas darab. Terdapat 5 jenis permainan kad boleh
diaplikasi dalam permainan i-Game Kad Gelang Sifir seperti permainan Bingo
Gelang Sifir, Dua Sejoli Gelang Sifir, Cop Gelang Sifir, Perfect Family Gelang Sifir
dan Memory Gelang Sifir.
88
LANGKAH DAN PERATURAN PERMAINAN
Cara Bermain Bingo Gelang Sifir
1. Murid menyediakan petak 3X3
2. Permainan hanya menggunakan satu sifir sahaja setiap kali bermain.
3. Contoh ;- Sifir 2
Murid diminta meletakkan hasil darab sifir 2 secara rawak dalam petak 3X3.
4. Kad sifir 2 dikocak dan diletak pada petak ‘HOME’.
5. Kad diambil satu persatu.
6. Murid menandakan jawapan (X) pada petak 3X3 berdasarkan hasil darab yang
tertera pada kad gelang sifir.
7. Pemain pertama yang mendapat satu garisan lurus menegak, melintang dan
menyerong pada petak 3X3 dikira sebagai pemenang.
Cara Bermain Cop Gelang Sifir
1. Permainan menggunakan 81 keping kad sifir 1 hingga sifir 9.
2. Kad dikocak terlebih dahulu dan dilarang melihat gambar sebelum memulakan
permainan.
3. Permainan dimulakan dengan meletakkan sekeping kad pada petak HOME
satu persatu selama 10 saat setiap kad.
4. Apabila 2 keping kad yang mempunyai hasil darab yang sama bertemu, pemain
terpantas boleh menepuk kad dan menyebut COP dan mengambil kesemua
kad-kad yang terkumpul dengan syarat menyebut terlebih dahulu ayat
matematik pada kad yang di COP dengan betul.
5. Jika murid tersebut gagal menyebut ayat matematik dengan betul, pemain lain
dengan pantas boleh menyebut COP dan memberikan jawapan yang betul
untuk memperolehi kesemua kad yang terkumpul.
6. Permainan tamat setelah kad yang terkumpul habis dan murid yang
memperolehi kad terbanyak dikira sebagai pemenang.
Cara Bermain 2 Sejoli Gelang Sifir
89
1. Permainan hanya menggunakan kad sifir 1 hingga 6 sahaja.
2. Tiada had jumlah pemain. Cadangan aktiviti adalah secara berkumpulan
dengan bilangan ahli antara 2-4 orang.
3. Cadangan masa yang diberikan antara 15 hingga 20 minit.
4. Murid diminta membaling 2 biji dadu mengikut giliran.
5. Murid diminta mencari kad gelang sifir berdasarkan nombor yang tertera pada
dadu.
6. Contoh nombor yang tertera pada dadu adalah 3 dan 4, maka murid perlu
mencari kad 3X4 dan 4X3.
7. Permainan berhenti apabila masa yang diberikan tamat atau kehabisan kad
yang disediakan.
8. Kumpulan yang berjaya memiliki kad yang terbanyak dikira sebagai pemenang.
Cara Bermain Memory Gelang Sifir
1. Permainan menggunakan 9 petak papan HOME.
2. Pemain boleh memilih 9 kad sifir sahaja dan 8 daripadanya mempunyai
hasil darab yang sama seperti contoh 2X3=6 dan 3X2=6
3. Cadangan jumlah pemain adalah antara 2-4 orang.
4. 9 keping kad yang dipilih diletak diatas 9 petak papan HOME secara rawak dan
tertutup.
5. Setiap pemain mendapat giliran bermain dengan membuka sekeping kad
gelang sifir mengikut pilihan sendiri selama 5-10 saat dan menutupnya semula.
6. Semasa giliran bermain, murid yang boleh mengingati kedudukan kad yang
mempunyai hasil darab yang sama dan menyebut ayat matematik dengan betul
akan mendapat 10 markah.
7. Permainan tamat setelah 4 pasangan kad berjaya dibuka dan murid yang
mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
90
Cara bermain Perfect Family Gelang Sifir
1. Permainan menggunakan 81 keping kad sifir
1 hingga sifir 9
2. Jumlah pemain tiada had. Cadangan antara
2-5 orang.
3. 81 keping kad diagihkan sama banyak kepada
pemain-pemain.
4. Setiap pemain akan memegang kad masing-
masing dan melihat isi kandungannya serta
menyusun kad mengikut sifir 1-9.
5. Pemain perlu memastikan lawan tidak melihat
isi kandungan kad masingmasing.
6. Setiap pemain mengikut giliran boleh meminta
sekeping kad daripada mana-mana pemain
dengan menyebut ayat matematik dengan
betul.
7. Jika kad yang diminta ada, pihak lawan perlu
menyerahkan kad tersebut.
8. Pemain perlu mempunyai 9 keping yang
lengkap untuk satu family sifir.
9. Sifir yang lengkap perlu diletak pada papan
petak HOME.
10. Pemain yang paling banyak mengumpul
family sifir dikira sebagai pemenang.
91
Respon murid.
Murid arus perdana
Murid 1 : Bestlah cikgu, macam mainan yang jual kat kedai.
Murid 2 : Boleh saya pinjam main kat rumah. Tak puas main kat sekolah sekejap
jer.
Murid 3 : Belajar darab pun boleh jadi permainan. Hebat.
Murid 4 : Hari-hari main mesti jadi geniuskan cikgu.
Murid pemulihan khas
Murid 5 : Wahhhh ! Kat mana cikgu beli mainan ni.
Murid 6 : Hari-hari main macam ni pun seronok cikgu.
Murid 7 : Cikgu ajarlah saya.
Murid 8 : Cepatlah saya pandai matematik lepas ni kan cikgu.
92
SITUASI 4
Murid boleh menyelesaikan masalah harian bukan rutin dengan menggunakan
objek untuk mewakilkan pengiraan darab dengan kreatif dan kritis.
Elemen kinestetik diimplementasi dalam aktiviti membina gelang sifir
menggunakan manik berwarna warni dan tali. Aktiviti dijalankan bertujuan menguji
murid menyelesaikan masalah harian bukan rutin dengan menggunakan objek-
objek untuk mewakilkan pengiraan darab dengan kreatif dan kritis. Murid akan lebih
mengingati konsep pendaraban melalui pergerakan anggota badan sama seperti
memori lisan.
93
94
Respon murid.
Murid arus perdana
Murid 1 : Saya nak buat banyak-banyak gelang sifir cikgu.
Murid 2 : Sambil belajar pun boleh buat reka cipta yer cikgu.
Murid 3 : Saya nak cuba buat gelang sifir guna objek lain selain manik cikgu.
Murid 4 : Ingatkan cikgu jer boleh buat inovasi, saya pun boleh cipta inovasi juga cikgu
guna bahan terpakai.
Murid pemulihan khas
Murid 5 : Saya nak buat gelang sifir cikgu lepas tu boleh pakai kat tangan. Cantik.
Murid 6 : Senang jer nak buat gelang sifir ni cikgu.
Murid 7 : Saya nak buat rantai pulak boleh cikgu.
Murid 8 : Susun-susun ikut warna dan bilangan yang sama rupanya buat gelang
ni.
Respon yang positif turut diberikan oleh guru-guru Matematik SK Batu Berendam,
Melaka dan menyatakan murid sangat seronok dan teruja belajar matematik. Suasana
pembelajaran juga nampak berlainan dan berbeza dari cara pembelajaran
konvensional. Berdasarkan hasil analisis mengikut situasi 1 hingga 4 seperti di dalam
jadual 1 di bawah, My iGS Kit terbukti menyeronokkan dan memberi kesan positif
terhadap proses PdPc khususnya bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap
95
konsep asas pendaraban. Dapatan yang diperolehi selaras dengan hasrat guru untuk
mewujudkan proses pengajaran dan pelajaran yang berkonsepkan pelbagai
kecerdasan murid, didik hibur dan secara kendiri. Jadual 1 menunjukkan penguasaan
8 orang murid mengikut situasi 1, 2, 3 dan 4. Didapati murid yang pandai dan
serdahana mampu menguasai keempat-empat situasi pembelajaran sama ada
dengan bimbingan guru yang minimum atau pun secara kendiri. Murid yang lemah
masih boleh menguasai sekurang-kurang 1 hingga 2 situasi yang dirancang
menggunakan inovasi My iGS Kit.
SITUASI 1 SITUASI 2 SITUASI 3 SITUASI 4
KELAS MURID Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak Menguasai Tidak
Mengusai Menguasai Menguasai Menguasai
Murid 1 / 0 / 0 / 0 / 0
Pandai Murid 2 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 3 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 4 / 0 / 0 / 0 / 0
Serdahana Murid 5 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 6 / 0 / 0 / 0 / 0
Murid 7 / 0 / 0 0 / / 0
Lemah Murid 8 / 0 0 / 0 / / 0
Murid 9 / 0 0 / / 0 / 0
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 2, seramai 8 murid orang tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Batu
Berendam dijadikan sampel untuk mengetahui impak penggunaan inovasi My iGS Kit
2.0. Murid-murid ini telah menduduki pra ujian dan pasca ujian. Pra ujian menunjukkan
7 murid mendapat keputusan gred E atau gagal dan hanya seorang sahaja murid yang
lulus dengan gred C. Tetapi selepas penggunaan My iGS Kit dan murid dikehendaki
menduduki semula pasca ujian, pencapaian murid berubah dengan bilangan murid
yang mendapat gred E adalah tiada. Kesemua murid lulus di dalam pasca ujian
dengan bilangan murid yang perolehi gred A adalah seramai 3 orang, murid yang
perolehi gred B seramai 3 orang dan 2 orang murid perolehi gred C. Maka, pengujian
membuktikan murid seronok dan berminat untuk belajar khususnya matematik dengan
menggunakan My iGS Kit. Seterusnya permasalahan pemahaman konsep
pendaraban yang dialami murid turut dapat diatasi melalui penggunaan My iGS Kit.
Hasil analisis jelas menunjukkan bahawa inovasi My iGS Kit memberi impak positif
terhadap pembelajaran dan serta pencapaian murid. Murid dapat menguasai konsep
96
asas pendaraban tak kira aras kecerdasan sama ada murid yang pandai, serdahana
mahupun lemah.
GRED PRA UJIAN PASCA
UJIAN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
A 0 0 0 2 1 3
B 0 0 0 2 1 3
C 0 1 1 1 1 2
D 1 0 1 0 0 0
E 4 2 6 0 0 0
JUMLAH 5 3 8 5 3 8
Jadual 2 Pencapaian murid mengikut gred Jadual 3 pula menunjukkan analisis
berdasarkan soal selidik yang diberikan secara rawak kepada 30 orang murid tahun
2 dapat dirujuk menerusi skor min (4.45) aras tinggi membuktikan inovasi My iGS Kit
menarik perhatian, relevan, meningkatkan keyakinan dan kepuasan murid.
Bil Perkara Jawapan
Perhatian
Terdapat sesuatu yang menarik perhatian murid dari awal apabila iGS 4.28
A1 diperkenalkan.
A2 Penampilan iGS membantu menarik perhatian murid. 4.30
A3 Konsep iGS membantu menarik perhatian murid. 4.10
97
A4 iGS mempunyai sesuatu yang mensimulasi perasaan ingin tahu murid. 4.45
A5 iGS adalah menarik perhatian murid. 4.52
A6 iGS memupuk minat murid untuk belajar. 4.45
A7 Murid belajar sesuatu yang di luar jangkaan. 4.50
Relevan
iGS menunjukkan konsep yang jelas tentang pendaraban yang diketahui 4.39
R1 murid.
R2 Terdapat contoh yang jelas bagaimana iGS dilaksana. 4.50
Kandungan bahan dalam My iGS Kit yang disedia adalah relevan kepada 4.55
R3 murid.
Kandungan modul dan gaya penulisan dalam modul menunjukkan iGS 4.16
R4 bermakna untuk diketahui murid.
R5 Kandungan My iGS Kit berguna kepada murid. 4.30
Keyakinan
C1 Kali pertama melihat My iGS Kit, murid berasa ianya mudah. 4.45
C2 Selepas diberi penerangan, murid yakin untuk menggunakan My iGS Kit. 4.28
Selepas mula menggunakan My iGS Kit, murid bertambah yakin 4.36
C3 menggunakannya
C4 Selepas membuat latihan dalam modul, murid yakin boleh lulus ujian. 4.39
Kepuasan
S1 Selepas menyiapkan latihan dalam My iGS Kit, murid berasa puas hati. 4.40
S2 Murid seronok menggunakan My iGS Kit. 4.55
S3 Murid seronok belajar topik darab. 4.42
S4 Murid berasa puas menyiapkan tugasan My iGS Kit 4.60
JUMLAH 4.45
Jadual 3
Penyebar luas turut di lakukan di beberapa buah sekolah melalui
program-program jaringan antara sekolah seperti di SK (P) Methodist Ipoh dan SK
Pasir Puteh Ipoh. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea inovasi
My iGS Kit dalam membantu murid-murid sekolah rendah menguasai kemahiran
mendarab khususnya peluang untuk membantu sekolah-sekolah orang asli dalam
Program Celik Bijak Darab bersama iGS. Sekolah-sekolah orang asli terlibat dalam
program kunjung bantu kami adalah SK Banun, Gerik Perak dan SK Batu Tujuh,
Tapah Perak. Idea inovasi My iGS Kit bukan sahaja mampu memberi satu
98
keseronokkan kepada murid-murid orang asli bahkan memberi inspirasi kepada guru-
guru yang mengajar di sekolah sana untuk turut menghasilkan inovasi PdPc yang
mampu menarik minat murid.
Kami juga turut menerima lawatan penanda aras daripada beberapa
pihak yang turut berminat untuk mengetahui, mengkaji dan mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai inovasi My iGS Kit. Lawatan yang kami terima antaranya adalah dari
SK Lereh, Melaka, Majlis Guru-Guru Besar dan PPD Mukah, Sarawak dan Penyelia
IAB bagi projek penandaaras mereka.
My iGS Kit terus mengorak langkah dalam program bersama IPTA
dimana kami dijemput memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar UPSI dalam
program Diploma Meet Community. UPSI telah memilih My iGS Kit untuk digunakan
dalam program kunjung bantu mereka ke beberapa sekolah orang asli di sekitar negeri
Perak.
PERBANDINGAN MARKAH DALAM PROGRAM CELIK DARAB BERSAMA
MYIGS KIT
5.2.1 Kategori : Sekolah Bandar
Jadual 4:
Perbandingan pelajar mengikut markah oleh murid SK (P) Methodist Ipoh
MARKAH (%) PRAUJIAN PASCAUJIAN
90 – 100: Cemerlang 7 23
80 – 89: Baik 11 25
70 – 79: Sederhana 15 11
60 – 69: Memuaskan 10 10
50 – 59: Kurang memuaskan 31 19
40 – 49: Lemah 19 12
0 – 39: Kritikal 8 0
JUMLAH 101 101
Jadual 5:
Perbandingan pelajar mengikut markah oleh murid SK Kampong Pasir Puteh
MARKAH (%) PRAUJIAN PASCAUJIAN
90 – 100: Cemerlang 0 11
80 – 89: Baik 0 12
70 – 79: Sederhana 0 5
60 – 69: Memuaskan 0 4
50 – 59: Kurang memuaskan 9 0
99
40 – 49: Lemah 14 0
0 – 39: Kritikal 9 0
JUMLAH 32 32
5.2.2 Kategori : Luar Bandar
Jadual 6:
Perbandingan pelajar mengikut markah oleh murid SK RPS Banun, Gerik Perak
MARKAH (%) PRAUJIAN PASCAUJIAN
90 – 100: Cemerlang 0 0
80 – 89: Baik 0 0
70 – 79: Sederhana 0 1
60 – 69: Memuaskan 0 3
50 – 59: Kurang memuaskan 3 12
40 – 49: Lemah 5 10
0 – 39: Kritikal 22 4
JUMLAH 30 30
Jadual 7: murid SK Batu Tujuh,
Perbandingan pelajar mengikut markah oleh Ta pah Perak
MARKAH (%) PRAUJIAN PASCAUJIAN
90 – 100: Cemerlang 0 5
80 – 89: Baik 2 6
70 – 79: Sederhana 5 7
60 – 69: Memuaskan 4 10
50 – 59: Kurang memuaskan 5 33
40 – 49: Lemah 8 39
0 – 39: Kritikal 76 0
JUMLAH 100 100
100