The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-06 20:19:55

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

RUQYAH ASAS
PERUBATAN ISLAM

RUQYAH DAN KAEDAH
RAWATAN

1.Asma / Lelah

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan

Bahan Rawatan:

i) Belut:

Kaedah rawatan:

Ambil sekeping roti, contohnya roti sandwich.
Kemudian lurutkan pada badan belut supaya
semua lendir daripada badan belut melekat pada
roti tersebut. Kemudian biarkan lendir yang
melekat pada roti tersebut menjadi kering.
Sapukan mentega atau seumpamanya pada roti
yang telah melekat lendir belut tersebut untuk
dimakan. Jika tidak mahu menggunakan roti,
sapukan beras pada badan belut tersebut,
kemudian beras tersebut dibuat bubur untuk
dimakan. Sebelum makan bacakan doa terlebih
dahulu.

ii) Buah Kelapa Tumbuh:

Kaedah rawatan:

Pilih buah kelapa yang telah bercambah kira-kira
satu kaki tinggi. Ambil umbut, pucuk, akar,
tumbung kelapa dan airnya (tidak termasuk
tempurung dan sabut) dan campurkan sedikit air
kemudian dikisarkan menggunakan alat pengisar.
Tapiskan, kemudian ambil air yang telah ditapis
untuk diminum. Sebelum minum bacakan doa
terlebih dahulu.

iii) Buah Betik Muda:

Kaedah rawatan:

Ambil satu sudu madu lebah asli kemudian titiskan
tiga titik getah daripada buah betik muda

(untuk kanak-kanak titiskan satu titik sahaja).
Sebelum minum bacakan doa terlebih dahulu.

iv) Anak Burung Ciak Rumah:

Kaedah rawatan:

Sembelih tiga ekor anak burung ciak rumah yang
baru menetas. Bersihkan, kemudian dibuat sup
untuk diberikan kepada kanak-kanak yang
berumur kurang daripada dua tahun. Sebelum
minum sup bacakan doa terlebih dahulu.

*Tips
i- Elakkan madu lebah daripada terkena sebarang

jenis besi seperti sudu besi atau pisau.
Seeloknya gunakan sudu plastik atau kaca.

2.Amukan

i) Surah Al-Kahfi ( ayat 19 )

ii) Surah At-Taubah ( ayat 128 & 129 )

Kaedah rawatan:

Apabila kita berhadapan dengan orang yang
sedang mengamuk bacakan ayat di atas dengan
suara yang kuat, keras dan nyaring dan apabila

membaca ayat , baca dengan kuat

sambil menyergah orang yang sedang mengamuk

tersebut. Setelah orang yang mengamuk itu

lemah, baca surah At-Taubah (ayat 128-129).

3.Badi

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Penggerak & Pelindung

iii) Doa Penyakit Badi
iv) Selawat Tafrijiyyah

v) Doa Menghindar Syaitan

Kaedah rawatan:

Baca kombinasi doa di atas sambil tangan pesakit
diletakkan atas tanah dan sapukan pada muka
pesakit dan buang ke tepi. Sapukan juga debu
tanah pada muka perawat untuk mengelakkan
terkena badi ketika berhadapan dengan mayat
yang keadaannya telah busuk dan teruk.

4.Buasir

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Selawat Tafrijiyyah
iv) Doa Penghilang Kesakitan

Bahan Rawatan:
i) Daun Semperai:

Kaedah rawatan:

Ambil tujuh helai daun semperai dan minyak sapi
asli. Panaskan minyak sapi asli di dalam kuali
kemudian ketika sedang menggelegak, masukkan
daun semperai yang telah ditumbuk lumat.
Gunakan senduk untuk mengacau minyak sapi di
dalam kuali. Masak sehingga kering dan pekat.
Kemudian digentel (membulat-bulatkan dengan
jari) supaya jadi seperti ma’jun sebesar jari
kelingking. Makan majun tersebut (5 biji sekali
makan) beserta air yang telah didoakan, tiga kali
sehari iaitu sebelum sarapan, selepas makan
tengahari dan selepas makan malam.

ii) Daun Kelo:

Kaedah rawatan:

Daun kelo, daun semperai dan mentega fernleaf
digunakan untuk rawatan penyakit buasir.
Panaskan mentega fernleaf di dalam kuali
kemudian ketika mentega sedang menggelegak,
masukan daun semperai yang telah ditumbuk
lumat. Gunakan daun kelo yang masih melekat di
tangkainya untuk mengacau mentega di dalam
kuali. Masak sehingga kering dan pekat. Kemudian
digentel (membulat-bulatkan dengan jari) supaya
jadi seperti majun sebesar jari kelingking. Makan
majun tersebut (5 biji sekali makan) beserta air
yang telah didoakan, tiga kali sehari iaitu sebelum
sarapan, selepas makan tengahari dan selepas
makan malam.

iii) Air doa, Kulit buah delima,
Ibu Kunyit, Daun Inai dan
Bedak Sejuk.

Kaedah rawatan:

Ambil kulit buah delima sekurang-kurangnya tiga
biji, ibu kunyit sebesar ibu jari kaki, satu genggam
daun inai dan bedak sejuk hendaklah digaul dan
dikisar sehingga lumat. Masukkan air yang telah
didoakan. Tapis campuran tadi dan boleh dibuat
minum. Bahan yang ditapis tadi digunakan untuk
disapu pada permukaan lubang dubur.

5.Batu Karang

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Ayat Pemecah

Bahan Rawatan:
i) Serai Wangi:

Kaedah rawatan:

Ambil pokok serai wangi dari daun hingga
keakarnya sebanyak 15 batang

(untuk rawatan selama 3 hari). Serai tersebut
dibersihkan dan diketuk sedikit di bahagian
batangnya. Setelah itu dimasukkan ke dalam
periuk tanah bersama air untuk direbus.
Jangkamasa merebus ialah sehingga jumlah air
asal tinggal separuh, contohnya apabila
dimasukkan air sepuluh cawan, tunggu hingga air
susut menjadi lima cawan.
Serai wangi yang telah di rebus dituangkan ke
dalam gelas, kemudian dimasukkan gula batu dan
dikacau dengan sudu. Setelah gula batu itu larut,
minum ketika ia masih suam. Minum pada waktu
pagi dan sebelum tidur malam.

ii) Pecah Beling ( Batu Ginjal)

Kaedah rawatan:

Tiga helai daun batu ginjal direndam di dalam
segelas air panas yang baru mendidih, Kemudian
ditutup dan tunggu hingga suam untuk diminum.
Minum pada waktu pagi dan sebelum tidur malam.

6.Barah

i) Penawar Seribu Guna

ii) Surah Al-Ikhlas (4 kali senafas)

iii) Surah Al-Anbiya'(ayat 83)

iv) Doa Pengecil Bengkak

v) Surah Al-Qalam (satu nafas)

Bahan Rawatan:
i) Air, Mangkuk Putih(tanpa corak)

Rumput Sambau , Kapur kulit
kerang.

Kaedah rawatan:

Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah
pada bahan-bahan di atas kecuali mangkuk putih,
Masukan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk
putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air
tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu
cair atau terlalu pekat. Bancuhan air dan kapur
hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau
iaitu tangan memegang batang rumput sambau
manakala akarnya mengacau kapur. Semasa
mengacau kapur bacalah kombinasi doa seperti di
atas. Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang
sakit dengan menggunakan akar rumput sambau.
Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan
selama tiga hari dengan rumput sambau dan
kapur yang sama. Selepas tiga hari hendaklah
dibancuh bahan yang baru.

*Tips:
i- Kombinasi air dan bahan adalah lebih berkesan.
ii- Pilih bahan rawatan yang terbaik.
iii-Leaukimia – gunakan susu kuda.

*Perhatian: Jangan pegang akar rumput
sambau apabila telah di doakan.

7.Barah Tulang

i) Penawar Seribu Guna

ii) Surah Al-Ikhlas (4 kali senafas)

iii) Surah Al-Anbiya'(ayat 83)
iv) Doa Pengecil Bengkak
v) Surah Al-Qalam (satu nafas)

Bahan Rawatan:

i) Air, Mangkuk Putih (tanpa
corak), Rumput Sambau, Buah
Delima , Daun Inai, Kunyit hidup
atau ibu kunyit dan bedak sejuk.

Kaedah rawatan:

Sediakan kulit dan pangsa buah delima sekurang-
kurangnya tiga biji, satu genggam daun inai dan
ibu kunyit sebesar ibu jari kaki. Kesemua bahan
ini dikisar sehingga hancur. Setelah dikisar
masukkan bedak sejuk dengan memastikan ianya
tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Semua bahan-
bahan ini hendaklah di masukkan ke dalam
mangkuk putih yang tidak mempunyai sebarang
corak dan tulisan. Bancuhan ini hendaklah dikacau
dengan akar rumput sambau iaitu tangan
memegang batang rumput sambau manakala
akarnya mengacau kapur. Semasa mengacau
bedak bacalah kombinasi doa seperti di atas.

Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit
dengan menggunakan akar rumput sambau. Sapu
bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan
selama tiga hari dengan rumput sambau dan
bedak yang sama. Selepas tiga hari hendaklah
dibancuh bahan yang baru.

*Tips:
i- Kombinasi air dan bahan adalah lebih berkesan.
ii- Pilih bahan rawatan yang terbaik.
iii-Leaukimia – gunakan susu kuda.

*Perhatian: Jangan pegang akar rumput
sambau apabila telah di doakan.

8.Batuk

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan

Bahan Rawatan:

i) Air, Madu lebah asli, Limau nipis.
Kaedah rawatan:

Ambil satu sudu besar madu lebah asli dan
kemudian diperah limau nipis ke dalamnya.
Sebelum meminum campuran bahan ini,
kombinasi ayat dan doa yang telah dinyatakan di
atas dengan disertakan niat dan memohon kepada
Allah SWT agar disembuhkan batuk yang dialami
tersebut. Air yang telah di doakan sesuai untuk
diminum dan selepas itu disapu di bahagian leher
(sekiranya tidak dapat menyediakan madu lebah
asli dan limau nipis kaedah ini sudah memadai)

*Tips
i- Elakkan madu lebah daripada terkena sebarang

jenis besi seperti sudu besi atau pisau.
Seeloknya gunakan sudu plastik atau kaca.

9.Bisa

i) Penawar Seribu Guna

ii) Bismillah Tujuh

Bahan Rawatan:
i) Air yang di doakan.

Kaedah rawatan:

Baca doa rawatan bisa serta di tiupkan pada
tempat yang sakit dan pada air. Minum air
tersebut dan sapu air doa di tempat yang sakit.
Peringatan:
Pantang memakan pisang emas dan pulut

berlemak selama 40 hari.

10.Benda Tajam Dalam Badan

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Selawat Tafrijiyyah
iv) Surah Al-Qasas (ayat 85)-7 kali

Bahan Rawatan:

i) Daun Sireh, Gambir, Kapur Sireh
dan Buah Pinang.

Kaedah rawatan:

Setelah didoakan pesakit kemudian disuruh tidur.
Perawat dikehendaki menunggu sampai benda
tajam itu keluar sendiri ke saiz yang boleh
dipegang untuk ditarik keluar. Semasa menunggu
suasana yang sunyi(tidak bising) diperlukan. Bagi
kes peluru yang melekat di badan, rawatan hanya
boleh dibuat jika kulit tempat peluru masuk itu
belum bercantum. Kesemua bahan-bahan seperti
daun sireh, gambir, kapur sireh dan buah pinang
didoakan dan dikunyah. Kemudian disapu pada
tempat di mana masuknya peluru itu. Bagi paku
dan peluru yang tidak diketahui dimana letaknya
di anggota badan, kaedahnya ialah hanya dengan
memberi minum air yang telah didoakan kepada
pesakit.

11.Cirit-Birit

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Selawat Tafrijiyyah

iv) Doa Penghilang Kesakitan
v) Doa Sakit Perut

Bahan Rawatan:

i) Air.
Kaedah rawatan:

Air yang telah didoakan kemudian digunakan
untuk minum dan disapu pada bahagian perut
yang sakit. Lakukan dengan membasahkan tuala
putih dengan air yang telah didoakan kemudian
diletakkan di atas perut pesakit yang didalam
keadaan berbaring dan dibiarkan ianya kering.
Ketika pesakit berbaring atau berehat, basahkan
mulut dan hiaskan hati dengan zikir-zikir yang
sesuai. Turut digalakkan supaya
memperbanyakkan istighfar atau berselawat ke
atas Nabi Muhammad SAW.

12.Demam Panas

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iii) Doa Rawatan Demam Panas
vi) Doa Penyejuk

Bahan Rawatan:

i) Air.

Kaedah rawatan:

Air yang telah didoakan kemudian digunakan
untuk minum dan mandi ( sebaiknya mandi pada
waktu petang antara asar dengan maghrib). Mandi
dimulai dengan membasahkan bahagian kaki
terlebih dahulu,kemudian diikuti dengan lutut,
pinggang seterusnya naik sampai kepala. Setelah
selesai mandi jadikan air yang telah didoakan
sebagai bilasan terakhir dan biarkan ia kering
sendiri(jangan dilap).

Kaedah Tambahan:

Bagi kanak-kanak, cara menjaramnya adalah
dengan memastikan keadaan badan sentiasa
sejuk dengan meletakkan kain putih yang basah
di dahi dan sentiasa menukarkannya apabila kain
tersebut kering. Selain itu kerapkan mengelap
dibahagian celah ketiak dan celah kelangkang
seacap yang boleh. Bagi orang dewasa kaedah
menjaram adalah dengan bekas air (gantung )
yang dimasukkan dengan pelbagai herba seperti
daun mengkudu, inai, daun gandarusa dan buah
delima. Kemudiannya dititiskan air pada dahi.

13.Demam Campak

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan

Bahan Rawatan:

i) Daun Mamu.

Kaedah rawatan:

Bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang masih
diperingkat awal campak, daun mamu diletakkan
pada tempat tidur pesakit seperti dibawah tilam
dan dibawah bantal. Bagi kanak-kanak yang tidur
didalam buaian, letakkan daun mamu di bawah
kain lapik di dalam buaian tersebut. Apabila biji
campak atau ruam-ruam campak telah kelihatan
pada badan, pesakit akan mula merasai gatal-
gatal, sakit tulang dan lenguh-lenguh. Dengan
gaya menyapu, sapukan daun mamu pada seluruh
badan. Daun mamu juga boleh dimasukkan ke
dalam baldi dan diramas-ramas bersama air untuk
dibuat mandian.

14.Darah Tinggi

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Doa Penyejuk
v) Doa Rawatan Demam Panas

Bahan Rawatan:

i) Daun Misai kucing dan air panas.

Kaedah rawatan:

Ambil daun misai kucing sebanyak 3, 5 atau 7
helai. Masukkan daun-daun itu ke dalam segelas
air panas yang baru mendidih. Rendam dan tutup
antara 10 – 15 minit. Amalkan minum setiap hari
pada waktu pagi dan sebelum tidur.

ii) Daun Hempedu bumi dan air
panas.

Kaedah rawatan:

Ambil 1 atau 3 helai daun hempedu bumi.
Masukkan daun-daun itu ke dalam segelas air
panas yang baru mendidih. Rendam dan tutup
antara 10 – 15 minit.

Amalkan minum setiap hari pada waktu pagi dan
sebelum tidur. Rebus akar untuk diminum airnya.

iii) Akar seruntun (Petawali)

Kaedah rawatan:

Akar seruntun diricih halus dan nipis kemudian
dimasukkan ke dalam air panas mendidih. Minum
apabila ianya suam. Akar seruntun juga boleh
dimakan sedikit-sedikit setiap hari.

15.Darah Rendah

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan


Click to View FlipBook Version