The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-06 20:19:55

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

iii) Surah Al-Anbiya’(ayat 69)
iv) Doa Tambahan
v) Ayat Penyejuk

Air yang telah didoakan tersebut disapu pada
badan pesakit sambil mengurut pada bahagian-
bahagian badan tertentu khususnya pada
bahagian lipatan atau sendi-sendi seperti belakang
lutut , bahagian leher, tangan dan siku, bahagian
kepala, pergelangan kaki dan sebagainya.
Manakala bagi daun kacang botol pula diramas
dan dicampur dalam air yang didoakan untuk
digunakan sebagai mandian kepada pesakit.
Pesakit dimandikan untuk beberapa kali sebelum
maghrib. Ketika menjalankan proses rawatan,
adalah dinasihatkan kepada ahli keluarga untuk
sentiasa memberi sokongan dan berdoa semoga
pesakit tersebut disembuhkan Allah SWT.

58.Sawan Tangis

i) Penawar Seribu Guna

ii) Doa Menghindar Syaitan (Baca 3 kali)

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan, daun kering.

Kaedah rawatan 1:

Air yang telah didoakan digunakan untuk mandian
pada waktu petang sebelum maghrib dan
digunakan untuk disembur diwaktu bayi
menangis.

Kaedah rawatan 2:

Cari 7 jenis daun kayu yang kering dan gugur
tetapi tergantung-gantung seperti di sarang labah-
labah dan sebagainya. Mamah daun-daun itu dan
masukkan air yang telah didoakan dan sembur
kuat-kuat pada budak itu di hadapan pintu rumah
di waktu petang. Buat demikian sehingga ia
berhenti menangis.

59.Sihir

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Keagungan

iii) Ayat Pemecah

iv) Ayat Pemecah Kebuntuan

v) Ayat Pembatal Sihir

vi) Ayat Penunduk Sihir
a- Surah Al-A’raf

b- Surah Taha

vii) Ayat Pendinding daripada Sihir
viii) Ayat Pendinding daripada Syaitan
viiii) Ayat Perlindungan daripada Syaitan

x) Al-Mu’awwizat



Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan, Daun Bidara.

Kaedah rawatan:

Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara
(bilangan ganjil) untuk kegunaan 3 hari iaitu 7
helai sehari. Gunakan adab yang betul ketika
memetik daun bidara ini sebagaimana yang telah
diterangkan. Sediakan air yang bersih untuk
kegunaan 3 hari. Sebaik-baiknya disediakan tiga
botol air untuk kegunaan sebotol sehari. Bacakan
rangkaian rukyah rawatan sihir pada daun bidara
dan air tersebut. Untuk hari pertama, ambil tujuh
helai daun bidara yang telah dibacakan rukyah
kemudian tumbuk dengan menggunakan lesung
batu atau diramas sehingga tiga suku hancur
tetapi jangan sampai lumat. Sediakan sebuah
baldi kemudian campurkan daun bidara yang telah
ditumbuk ini dengan sebotol air yang telah
dibacakan rukyah. Ambil sedikit air daripada
campuran ini kemudian beri pesakit minum
sebanyak tiga teguk. Air daun bidara di dalam
baldi ini jika sedikit boleh ditambah dengan air

paip sehingga paras separuh penuh. Mandikan
pesakit seperti biasa dahulu dengan
membersihkan seluruh tubuh badan dengan
sabun. Gunakan air bidara sebagai bilasan
terakhir. Siram air daun bidara ini bermula dari
atas kepala. Setelah selesai menyiram kesemua
air daun bidara ini, seelok-eloknya biarkan ia
kering di badan tanpa dilapkan. Lakukan
sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut
bergantung kepada keseriusan sihir yang
dihadapi. Proses mandi dengan daun bidara ini
hendaklah dilakukan diantara waktu asar dan
maghrib.

ii) Kurma ‘Ajwah.

Kaedah rawatan:

Makan buah tamar ‘ajwah setiap hari sebanyak 7
biji bagi mengelakkan daripada terkena sihir dan
racun. Bagi pesakit yang terkena sihir, seelok-
eloknya makan buah kurma ‘ajwah setiap hari
supaya segera sembuh dan jika telah beransur
sembuh makan lagi untuk mengelakkan ia
berulang kembali.

60.Sopak

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Selawat Tafrijiyyah
iv) Surah Ali-‘Imran (ayat 49)

Bahan Rawatan:

i) Kulit Pisang, Air Zam-Zam

Kaedah rawatan:

Jemur kulit pisang emas di bawah panas matahari.
Kulit pisang emas yang telah kering di potong
kecil-kecil kemudian digoreng dalam kuali tanpa
minyak. Kemudian ditumbuk sehingga menjadi
serbuk seperti serbuk kopi. Baca kombinasi doa
rawatan penyakit sopak pada air. Bancuh air yang
telah didoakan dengan serbuk kulit pisang emas.
Bancuh sampai pekat dan tidak terlalu cair.
Sapukan bancuhan tersebut pada tempat yang
terkena sopak. Lakukan rawatan ini sebelum tidur
setiap hari sehingga sembuh,Insya Allah.

ii) Cicak
Kaedah rawatan:

Cicak dibakar hingga menjadi arang. Tumbuk
sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan air
yang didoakan dan disapu pada tempat yang
terkena sopak. Kaedah ini hanya untuk sapuan
luar (tidak dibenarkan makan)

61.Selesema

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan
vi) Doa Penyejuk

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

Doa dibacakan pada air dan pesakit yang
mengidap penyakit selesema. Air tersebut
digunakan untuk diminum dan mandi. Mandi
dimulakan dari kaki terus naik ke tubuh hingga ke
kepala.

62.Selusuh

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

vi) Ayat dan Doa Selusuh
a- Surah Al-Insyiqaq
b- Surah An-Nazi’at
c- Doa selusuh

v) Doa Pemudah

Bahan Rawatan:

i) Minyak Selusuh.
Kaedah rawatan:

Minyak selusuh diperbuat daripada sebiji kelapa
yang dikupas kulit luar (sabut) dan
tempurungnya. Isinya diparut atau dimesin
seterusnya diperah santannya. Santan tersebut
seelok-eloknya dimasak menggunakan sabut dan
tempurung tadi. Minyak hendaklah didoakan
dengan doa-doa tertentu (seperti diatas) dan
diminum seminggu sebelum tarikh jangkaan
bersalin dengan kadar satu sudu besar setiap hari.

ii) Air Selusuh.
Kaedah rawatan:

Sebaik-baik air untuk tujuan selusuh ialah air
zam-zam. Jika tiada, air hujan malam jumaat juga
boleh digunakan. Jika tiada, air yang suci dan
bersih seperti air mineral juga boleh digunakan.
Air hendaklah didoakan dengan doa-doa tertentu
(seperti diatas). Seelok-eloknya dibacakan surah
Yasin terlebih dahulu oleh 40 orang atau lebih
pada air tersebut sebelum didoakan. Air yang
telah didoakan itu diminum pada waktu pagi dan
malam setiap hari seminggu sebelum tarikh
jangkaan bersalin.

Air juga boleh digunakan untuk mandi seperti
kaedah merawat penyakit-penyakit lain. Untuk
tujuan ini, segelas air selusuh dicampurkan
dengan air biasa dalam satu baldi dan disiram
sebagai bilasan terakhir setelah mandi seperti
biasa. Biarkan air mandian yang membasahi
badan itu kering dibadan tanpa dilap. Rawatan ini
dilakukan setiap petang sebelum maghrib
sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-
turut.

iii) Kurma.

Kaedah rawatan:

Ambil 5 atau 7 biji kurma ‘ajwah atau kurma biasa
yang boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur
dengan air seluruh. Boleh juga ianya dikisar
menjadi jus kurma dan diminum setiap pagi dan
petang beberapa hari sebelum bersalin.

63.Sukar Tidur

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa mengatasi sukar tidur

Bahan Rawatan:
i) Air yang telah didoakan.

Kaedah rawatan:

Air yang telah didoakan dibuat mandi petang hari,
diminum dan disapu di muka terutamanya bila
terasa ada gangguan atau sebagainya.

64.Was-was

i) Penawar Seribu Guna

ii) Doa Menghindar Syaitan
iii) Ayat Keagungan

iv) Al-Mu’awwizat


Click to View FlipBook Version