The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-06 20:19:55

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

28.Lekat atau Tercekik Tulang

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah (Baca 7 kali)

iii) Surah Al-Qasas (ayat 85)-kaedah 1
iv) Surah Al-Isra’ (ayat 80)-kaedah 2

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan
Kaedah rawatan:

Setelah selesai membaca kombinasi doa di atas,
Air yang didoakan diberi minum sebaik-baiknya
pesakit duduk di atas kerusi. Setelah itu perawat
meletakkan sedikit air doa dalam tadahan
tangannya dan mengurut perlahan-lahan dari
pangkal leher (halkum) kebawah. Jika tulang itu
halus seperti tulang ikan (panjang dan lurus)
terlekat di bahagian tekak sahaja, doktor di klinik
boleh menariknya keluar dengan alat khas.

Petua rawatan:

Pegang tangan kucing dan menggarukannya
beberapa kali di leher orang yang berkenaan.
Tuang air ke dalam tudung periuk, minum air
tersebut terus dari tudung periuk sehingga tulang
yang terlekat itu terlepas.

29.Lemah Semangat

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan (Baca 7 kali)

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan

Kaedah rawatan:

Setelah selesai membaca kombinasi doa di atas,
letakkan tangan didada pesakit, tiup ke muka
ketika dia menarik nafas. Lakukan sebanyak tiga
kali. Kemudian baca sekali lagi doa di atas,
kemudian tiup pada air untuk dibuat mandi tiga
petang berturut-turut iaitu pada waktu petang
selepas asar sebelum maghrib.

30.Lumpuh

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’ (Baca 7 kali)

iii) Selawat Tafrijiyyah (Baca 7 kali)

iv) Ayat Pemecah dan Kesuburan (Baca 7 kali)
v) Doa Mengatasi Penyakit Rumit (Baca 7 kali)

31.Mandul

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Mendapat Zuriat (Baca 7 kali)

iii) Ayat Pemecah dan Kesuburan

iv) Doa Mengatasi Penyakit Rumit (Baca 7 kali)

Bahan Rawatan:
i) Air Zam-zam atau air hujan

malam jumaat, Akar pokok jejawi
atau akar pokok kayu ara yang
berbelit seperti pintalan tali
(2 batang-satu untuk suami dan
satu untuk isteri)

Kaedah rawatan:

Air zam-zam atau air hujan malam jumaat,
didoakan untuk diminum pada setiap malam
sebelum tidur. Akar pokok jejawi atau pokok kayu
ara yang telah didoakan diletakkan di bawah
tempat tidur (di bawah kain cadar atau tilam)
Akar yang panjangnya sama dengan tinggi suami
diletakkan di bawah tempat tidur isteri manakala
akar yang setinggi isteri diletakkan di bawah
tempat tidur suami.

Amalan Tambahan untuk suami isteri.

i- Puasa sunat (3 hari)
ii- Solat hajat (pada sujud terakhir baca surah

Al-Anbiya (ayat 89) dan surah Ali-Imran
(ayat 38)
iii-Sentiasa beristiqfar
iv-Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.

32.Membuka yang terkunci

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah
iii) Doa Pembuka

33.Menghentikan Tabiat Jahat

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Munjiyyah (100 kali)

iii) Ayat Keagungan (100 kali)
iv) Surah Al-Muawwizat (100 kali)

v) Surah Al-Maidah (ayat 90 -92)

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan
Kaedah rawatan:

Campurkan air doa ke dalam air mandian biasa
(air bersih). Pesakit dikehendaki mandi sekurang-
kurangnya 3 kali selama 3 hari berturut-turut
pada waktu petang ataupun selepas maghrib.
Campurkan sedikit air doa pada air biasa yang
digunakan untuk membasuh pakaian pesakit dan
salin pakaiannya setiap hari. Air doa juga
hendaklah diminum selama 40 hari. Air doa juga
boleh dicampurkan pada makanan atau minuman
pesakit. Air doa tersebut boleh ditambah dengan
air bersih biasa.

Kaedah Tambahan:

Setelah pesakit insaf, suruh dia membaca Ayat
Kursi sebanyak 170 kali setiap hari terutama pada
waktu malam selepas mendirikan solat. Mestilah
memelihara solat lima waktu pada waktunya.
Jauhkan diri daripada berhubung atau bergaul
dengan rakan yang pernah mempengaruhinya
untuk melakukan kejahatan, maksiat dan dosa.
Jauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat
yang pernah menjadi tempat kunjungannya
melakukan maksiat suatu ketika dulu.

34.Migrain

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Surah Al-Waqi’ah (ayat 19) -7 kali
iv) Ayat Penyejuk

Bahan Rawatan:

i) Air
Kaedah rawatan 1:

Bacakan doa pada air. Basahkan kepala dengan
air sampai ke kulit kepala dan tengkuk. Berbaring
dan biarkan air kering tanpa dilap. Ketika
berbaring elok berselawat, bertasbih dan berzikir.

Kaedah rawatan 2:

Lilit kepala dengan kain selebar 2 jari. Pastikan
lilitan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Basahkan kepala dengan air sampai ke kulit
kepala dan tengkuk serta biarkan air kering
sendiri tanpa di lap. Seelok sambil berbaring
berselawat, bertasbih dan berzikir kepada Allah
SWT.

ii) Pokok Pekang (Suliak Daga)
Kaedah rawatan:

Pokok ini sejenis pokok yang menjalar dan
mempunyai lendir di bahagian batangnya. Lendir
ini yang perlu diambil untuk disapukan pada
kepala pesakit. Manakala daunnya pula diambil
lalu dipecah-pecahkan dan dicampur sedikit air
untuk dibuat jaram iaitu dituang atau dibasahkan
di kepala. Ia juga boleh dibuat mandi.

35.Pelembut Hati

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa'
iii) Selawat Tafrijiyyah

iv) Ayat Pemecah Kebuntuan(3 kali)

v) Doa Ilaj Ilahi
vi) Tujuh Syifa'

vii) Surah Al-Insyirah
viii) Ayat Pelembut Hati

viiii) Doa Pelembut Hati

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan.

Kaedah rawatan :

Bacakan doa pada air dan pesakit. Sapu air pada
dada pesakit berserta membaca selawat.
Sementara untuk mandi pula, pesakit hendaklah
mandi seperti biasa dahulu dan kemudian dibilas
dengan sebaldi air yang telah dicampur dengan
satu cawan air doa.

36.Pemisah

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Pemisah

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan.

Kaedah rawatan :

Bacakan doa pada air. Buat minum atau mandi.
Mandi dilakukan pada waktu petang antara asar
dengan maghrib.

37.Penahan

i) Penawar Seribu Guna

ii) Surah Al-Masad (ayat 1)
iii) Surah Yasin (ayat 38)

iv) Ayat Penahan (Surah Hud ayat 44)
v) Surah Al-Ikhlas

38.Penerang Hati & Lupa

i) Penawar Seribu Guna – baca 7 kali

ii) Surah Al-Insyirah

iii) Doa Penerang Hati

iii) Doa Tambahan

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan.

Kaedah rawatan :

Bacakan doa pada air dan orang yang berhajat.
Air tersebut digunakan untuk minum atau disapu
ke muka terutama apabila ingin menimba ilmu.

39.Penyelera Makan

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Surah Quraisy

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan
ii) Bahan makanan seperti beras,

teh, susu dan sebagainya.
Kaedah rawatan:

Bacakan doa pada air. Bahan-bahan makanan
seperti beras, gula, teh, susu dan sebagainya
dibacakan doa dan ayat-ayat di atas.

40.Penyakit Gila Babi

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iii) Selawat Tafrijiyyah
iv) Ayat Pendinding Daripada Syaitan

v) Doa Penghindar Syaitan

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan.
ii) Daun Kering.

Kaedah rawatan:

Cara Mengambil daun kering:
a. Sebelum mengambil daun kering tersebut

hendaklah memberi salam kepada Nabi Ilyas
terlebih dahulu.
b. Kemudian baca Al-Fatihah dan selawat ke atas

Nabi S.A.W.
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil

daun tersebut iaitu jangan bayang-bayang kita
terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat disarang
labah-labah dengan menggunakan mulut
kemudian selepas ia terpisah baru dipegang
dengan tangan untuk disimpan.
e. Ambil sekurang-kurangnya 7 helai.Setelah daun
kering tersebut telah diambil sebanyak 7 helai,
sediakan sebaldi air biasa yang diambil dari perigi
atau air mutlak atau air mineral. Baringkan
pesakit di hadapan pintu iaitu kakinya menghadap
pintu yang menghala keluar rumah. Bacakan
kombinasi doa, tiup pada daun kering dan air
dalam baldi tersebut. Ambil sehelai daun kering
tersebut dan memamahnya dengan mulut
bersama air yang telah didoakan. Setelah itu
sembur kearah pesakit dari kepala hingga ke kaki
dengan mengisyaratkan membuang keluar ke
arah pintu. Mengulanginya 7 kali dengan 7 helai
daun kering yang berasingan. Setelah itu pesakit
diberi minum air yang telah didoakan dan
sebahagian air tersebut dibuat mandi. Bahagikan
air tersebut kepada 3 bahagian untuk dibuat
mandian selama 3 petang.Mandi selepas asar atau
sebelum masuk waktu maghrib. Air tersebut
dibuat bilasan terakhir dan biarkan kering sendiri
di badan (jangan lap).

41.Penyakit Kulit

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah
iii) Doa Penghilang Kesakitan

Bahan Rawatan:
i) Daun Belimbing Besi dan

Gambir.

Kaedah rawatan biasa:

Ambil beberapa helai atau satu genggaman
tangan daun belimbing besi. Bilangan daun
tersebut sebaiknya ganjil dan ditumbuk atau
dihancurkan dengan campuran dua atau tiga biji
gambir dan dicampur sedikit air. Bancuhkan
adunan itu dengan kadar tidak terlalu cair dan
seeloknya seperti krim untuk disapu kepada
seluruh badan atau bahagian badan yang gatal.
Lakukan sapuan adunan tersebut untuk beberapa
kali sehingga hilang gatal kulit tersebut atau
sehingga disembuhkan oleh Allah SWT.

ii) Akar Belimbing Besi dan
Air.

Kaedah rawatan kronik:

Ambil akar belimbing besi dan rebuskan bersama
air yang telah didoakan. Tapis rebusan tersebut
dan amalkan meminumnya beberapa kali.

42.Penyakit-penyakit Mata

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah
iii) Doa Penyakit-penyakit mata

Bahan Rawatan:

i) Air Embun Pagi.

Kaedah rawatan:

Air embun pagi yang melekat pada daun pokok
yang tidak berduri dan gatal seperti daun pucuk
pisang atau pucuk bemban didoakan lalu dititiskan
ke dalam mata.

ii) Bunga Rumput Lembu.

Kaedah rawatan:

Bunga rumput lembu yang didoakan lalu dipicitkan
bahagian hujung ke pangkal dan dititiskan cecair
pada mata.

iii) Madu Lebah Asli.

Kaedah rawatan:

Madu lebah asli didoakan dan ditiupkan lalu
dititikkan madu ke dalam mata yang dimasuki
benda tajam. Ambil perhatian, Kaedah ini
mungkin akan menyebabkan mata menjadi pedih
dan sakit serta mengeluarkan air mata yang
banyak. Insya Allah, dengan air mata yang
banyak keluar tersebut akan mengeluarkan segala
jenis kekotoran dalam mata di samping bantuan
madu bagi menyembuhkan urat saraf dalam mata
yang terluka.

43.Penyakit Mata (sihir)

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pembatal Sihir
iv) Ayat Penunduk Sihir
v) Ayat Pendinding Daripada Syaitan

vi) Doa Penghindar Syaitan
vii) Doa Penyakit-penyakit mata


Click to View FlipBook Version