The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-06 20:19:55

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Bahan rawatan:

Kaedah rawatan:

a. Makan makanan yang boleh meninggikan
sedikit darah.

b. Lebihkan sedikit garam.
c. Makan kerang.
d. Minum air yang di doakan sebelum tidur

dan selepas bangun tidur (sebaiknya
sebelum gosok gigi).

16.Gangguan Di rumah/pejabat

i) Surah Al -Fatihah
ii) Surah Yassin
iii) Penawar Seribu Guna ( 7 kali )

iv) Ayat Keagungan (Ayat Kursi)

v) Ayat Pemecah Kebuntuan

vi) Ayat Pemecah
vii) Al-Mu’awwizat



viii) Ayat Pembatal Sihir

viiii) Ayat Penunduk Sihir
a- Surah Al-A’raf

b- Surah Taha

x) Ayat Pendinding daripada Sihir
ix) Ayat Pendinding daripada Syaitan
iix) Ayat Perlindungan daripada Syaitan

iiix) Ruqyah Nabawiyah
ivx) Doa Menghindar Syaitan

vx) Doa Menghindar Hasutan Syaitan

vix) Doa Menghindar Gangguan Syaitan

i) Air dan garam kasar.

Kaedah rawatan bagi bangunan:

Lakukan majlis zikir secara berjemaah iaitu
melakukan solat hajat, membaca surah Yasin,
membaca rukyah rawatan sihir, berzikir dan
berdoa di tempat tersebut.
Bahan yang diperlukan dalam kaedah ini ialah air
dan garam kasar.

i- Garam kasar dimasukkan kedalam sebuah
bekas

ii- Sediakan air yang bersih di dalam botol
atau baldi.

iii-Letakkan garam dan air di tempat majlis zikir
di adakan.

iv-Seelok-eloknya majlis zikir diadakan pada
waktu maghrib. Boleh juga dilakukan pada
waktu lain yang sesuai.

v-Jika dilakukan pada waktu maghrib, mulakan
dengan azan maghrib di dalam rumah atau
bangunan yang mungkin terkena sihir.

vi-Pemimpin majlis zikir akan meneruskan majlis
dengan solat fardu maghrib, solat hajat,
bacaan surah Yasin, rukyah rawatan sihir,
rangkaian zikir dan berdoa.

vii-Selesai berdoa pemimpin majlis seelok-eloknya
meniup pada air dan garam kasar.

viii-Jika telah masuk Isyak, teruskan dengan solat
Isyak berjemaah terlebih dahulu.

viiii-Akhir sekali, selepas solat fardu Isyak,
bahan-bahan yang telah dibacakan rukyah itu
dibahagikan kepada tiga bahagian bagi
memudahkan kerja-kerja merenjis dan
melontar garam untuk hari kedua dan ketiga.

x- Bahan-bahan tersebut hendaklah dilontarkan
di dalam dan di luar rumah atau bangunan
dengan cara merejam.

xi-Air direnjis di dalam rumah atau bangunan
manakala garam kasar dilontar di luar rumah
atau bangunan.

xii-Untuk hari kedua dan ketiga tidak perlu lagi
diadakan majlis zikir sebaliknya diteruskan
dengan renjisan dan lontaran. Renjisan dan
lontaran ini hendakklah dilakukan pada waktu
maghrib atau malam hari.

Kaedah merenjis dan melontar yang terbaik ialah
dimulakan dari arah kanan dan seterusnya
berjalan mengelilingi rumah atau bangunan
mengikut arah lawan jam. Sebelum memulakan
lontaran hendaklah dimulakan dengan membaca
surah Al-Fatihah, Al-Mu’awwizat dan Ayat Kursi.
Semasa berjalan melontar bahan perlulah
berterusan mengulangi membaca Ayat Kursi
sehingga sampai ke tempat asal permulaan tadi.
Ketika merenjis di dalam rumah atau bangunan
tidak perlu masuk ke dalam tandas, cukup
sekadar merenjis di luar tandas sahaja. Bahan-
bahan yang telah dilontar, adalah tidak menjadi
kesalahan jika dipijak atau dilangkah. Sebaiknya
dibiarkan bahan tersebut selama 3 hari dan
dibersihkan pada hari keempat.

17.Gastrik

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan

iv) Doa Sakit Perut

Bahan Rawatan:
i) Bunga Betik Jantan

Kaedah rawatan:

Sediakan air dan ambil lima jambak bunga betik
jantan yang segar. Bacakan doa pada air dan
bunga betik jantan kemudian rebus sehingga
mendidih. Biar ia mendidih selama seminit.

Boleh dicampur sedikit garam kasar selepas air
mendidih. Air rebusan tersebut diminum semasa
suam pada waktu pagi sebelum sarapan, sebelum
makan tengahari dan sebelum makan malam.
Amalkan selama lima hari berturut-turut.

18.Gila Meroyan

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iii) Doa Penyejuk
iv) Ruqyah Nabawiyyah

v) Doa Penghindar Syaitan

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan

Kaedah rawatan:

Air yang telah didoakan perlu dibuat bilasan mandi
tiga petang berturut-turut, iaitu dengan diambil
beberapa cawan air doa lalu dicampurkan dengan
air biasa di dalam baldi untuk dijadikan bilasan
terakhir.

ii) Daun Bidara.

Kaedah rawatan:

Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara
(bilangan ganjil) untuk kegunaan 3 hari iaitu 7
helai sehari. Setiap hari ambil tujuh helai daun
bidara yang telah dibacakan rukyah kemudian
tumbuk dengan menggunakan lesung batu atau
diramas sehingga tiga suku hancur tetapi jangan
sampai lumat. Sediakan sebuah baldi kemudian
campurkan daun bidara yang telah ditumbuk ini
dengan sebotol air yang telah dibacakan rukyah.
Air daun bidara di dalam baldi ini jika sedikit boleh
ditambah dengan air paip sehingga paras separuh
penuh. Mandikan pesakit seperti biasa dahulu
dengan membersihkan seluruh tubuh badan
dengan sabun. Gunakan air bidara sebagai bilasan
terakhir. Siram air daun bidara ini bermula dari
atas kepala. Setelah selesai menyiram kesemua
air daun bidara ini, seelok-eloknya biarkan ia
kering di badan tanpa dilapkan. Lakukan
sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Proses mandi dengan daun bidara ini hendaklah
dilakukan diantara waktu asar dan maghrib.

19.Gout

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Doa Pengecil Bengkak

Bahan Rawatan:
i) Air, Madu lebah, Kapur sireh dan

Buah Limau Nipis

Kaedah rawatan:

Campurkan air limau nipis dengan kapur sirih.
Sapukan campuran ini di tempat kena gout.
Setelah kapur kering, sapukan pula di atas tempat
sapuan kapur itu dengan madu lebah. Bacakan
doa pada air, kemudian basahkan kain tuala
dengan air yang didoakan. Balut tempat yang
disapu kapur dan madu lebah tadi dengan kain
tuala yang basah. Lakukan rawatan ini sebelum
tidur setiap malam selama seminggu.

20.Kayap

i) Penawar Seribu Guna

ii) Bismillah lima

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Selawat Syifa’

v) Surah Al-Qalam (ayat 1)

Bahan Rawatan:
i) Rumput Sambau

Kaedah rawatan:

Ambil pokok rumput sambau keseluruhannya
(daun, batang dam akarnya) kemudian di
bersihkan. Bancuhkan bedak sejuk dengan air
(kepekatan sederhana) di dalam mangkuk putih
yang tidak bercorak. Pegang batang rumput

sambau kemudian kacau bancuhan bedak dan air
dalam mangkuk dengan menggunakan akarnya.
Sambil mengacau bacakan doa. Kemudian sapu
pada tempat barah atau kayap dengan
menyentuhkan akar rumput sambau tersebut.

*Perhatian: Jangan pegang akar rumput
sambau apabila telah di doakan.

ii) Kayu Sepang

Kaedah rawatan:

Khususnya kayap yang telah bercantum
(mengelilingi badan) dan telah masuk ke dalam
badan.
Bacakan doa pada kayu sepang dan air. Kikis kayu
sepang menggunakan pisau halus atau gergaji,
kemudian serbuk kayu ini disapu pada tempat
kayap yang telah bercantum. Rendam kayu
sepang dalam air yang telah didoakan kemudian
diminum.

21.Kencing Manis

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Tambahan
iv) Doa ‘Ilaj Ilahi

Bahan Rawatan:
i) Pokok Letup-letup

Kaedah rawatan:

Ambil sebatang pokok letup-letup keseluruhannya
iaitu buah, daun, batang dan akarnya kemudian
dibersihkan. Potong kecil-kecil kemudian jemur
hingga betul-betul kering. Setelah pokok tersebut
kering, rebus dengan air yang telah dibacakan
doa. Rebus sehingga air susut menjadi tiga suku.
Minum air rebusan ini pada waktu pagi dan
malam.

ii) Daun Misai Kucing

Kaedah rawatan:

Ambil tiga helai daun misai kucing dan bunganya
kemudian di bersihkan. Rebus daun ini dengan
tiga gelas air yang telah di bacakan doa Sebaik-

baiknya gunakan periuk tanah untuk merebus.
Rebus sehingga air susut sedikit iaitu kira-kira
susut setengah gelas . Minum air rebusan ini pada
waktu pagi dan sebelum tidur malam.

iii) Daun Hempedu Bumi

Kaedah rawatan:

Ambil tiga helai daun hempedu bumi kemudian di
bersihkan. Rebus daun ini dengan tiga gelas air
yang telah di bacakan doa Sebaik-baiknya
gunakan periuk tanah untuk merebus. Rebus
sehingga air susut sedikit iaitu kira-kira susut
setengah gelas . Minum air rebusan ini pada
waktu pagi dan sebelum tidur malam.

iv) Akar Seruntun (Petawali)

Kaedah rawatan:

Akar Seruntun (akar petawali) digunakan untuk
rawatan kencing manis. Ambil akar seruntun
kemudian dirincih (potong halus-halus).
Ambil pisang (selain pisang emas), seeloknya
pisang berangan. Pisang tersebut dibelah dua
kemudian taburkan akar seruntun di bahagian
belahan lalu tangkup semula pisang tersebut dan
di bacakan doa. Makan pisang tersebut sebiji pada
waktu pagi dan malam.

v) Daun Tin

Kaedah rawatan:

Ambil sehelai daun tin dan sehelai daun betik yang
telah gugur ke tanah kemudian di bersihkan.
Rebus kedua-dua daun ini dengan tiga gelas air
yang telah di di bacakan doa. Sebaik-baiknya
gunakan periuk tanah untuk merebus. Rebus
sehingga air susut sedikit iaitu kira-kira susut
setengah gelas . Minum air rebusan ini pada
waktu pagi dan sebelum tidur malam.

22.Kencing Malam

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah
iii) Ayat Penahan

Bahan Rawatan:

i) Air dan Madu Lebah Asli.

Kaedah rawatan:

Bacakan doa pada madu dan minum madu
sebelum tidur. Letakkan tangan kanan pada
bahagian ari-ari kanak-kanak manakala tangan
kiri memegang botol berisi air. Bacakan doa,
selepas doa habis dibaca tiup pada bahagian ari-
ari dan ubun-ubun serta pada botol air. Sapukan
air pada bahagian ari-ari daripada bawah ke atas
sebanyak sekali atau tiga kali. Sebelum menyapu
air baca selawat tiga kali dahulu. Lakukan ini
sebelum kanak-kanak tidur.

23.Ketumbuhan

i) Penawar Seribu Guna

ii) Surah Al-Ikhlas (4 kali senafas)

iii) Doa Penghilang Kesakitan
iv) Doa Pengecil Bengkak
v) Surah Al-Qalam (satu nafas)

Bahan Rawatan:

i) Kapur Kerang/Kapur Siput

Kaedah rawatan:

Air yang digunakan untuk rawatan ini di bacakan
kombinasi doa di atas. Air tersebut hendaklah
diminum oleh pesakit dan juga turut digunakan
untuk dicampurkan ke dalam kapur yang
diletakkan di dalam mangkuk putih tanpa corak.
Campuran tersebut kemudiannya diadun dengan
menggunakan jari seterusnya disapukan pada
tempat yang sakit.

24.Kehilangan

i) Surah Yassin

ii) Doa Mengembalikan yang hilang

Kaedah rawatan 1:

a. Baca Yassin sampai Mubin pertama.
-Baca doa barang yang hilang

b. Baca semula Yassin sampai Mubin yg
ke 2 dan baca doa pada Mubin 1 & 2.

c. Baca semula Yassin sampai Mubin yg
ke 3 dan baca doa pada Mubin 1,2 & 3.

c. Dan semula Yassin sampai Mubin yg
d. Begitulah seterusnya hingga sampai

Mubin yg ke 7.
e. Setelah selesai bermakna kita telah

berdoa sebanyak 28 kali.

Kaedah rawatan 2:

a. Bacaan Surah Yassin seperti kaedah
pertama.

b. Baca ayat Surah Ar-Ra’d (ayat 31)
sebanyak 31 kali.

c. Baca semula Yassin sampai Mubin yg
ke 3 dan baca doa pada Mubin 1,2 & 3.

d. Baca ayat berikut sebanyak 3 kali.

Kaedah Amalan:

a. Amalkan sekitar jam 12.00 tgh malam.
b. Sediakan air satu bekas.
c. Lakukan solat hajat 12 rakaat ( 2 rakaat

1 salam)
d. Baca Surah Yassin hingga 7 Mubin.Pada

tiap Mubin tiup pada air beserta niat yg
dihajati.
e. Baca doa mengembalikan barang yg
hilang.
f. Setelah selesai tiup pada air beserta niat
yang dihajati.
g. Renjiskan air tersebut pada tempat
terakhir barang yang hilang atau pada
pakaian/tempat tidur bagi anak yang
hilang.
h. Lakukan 3 hari berturut-turut.
i. Amalan dilakukan sebaik sahaja
mengetahui barang yang hilang.

25.Kolestrol

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Ayat Penyejuk

Bahan Rawatan:
i) Habbatus Sauda’ (Jintan Hitam)

Kaedah rawatan:

Goreng Habbatus Sauda’ dalam kuali tanpa
minyak dengan api yang sederhana panas

sehingga garing. Kisar Habbatus Sauda’ tersebut
sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan
madu lebah asli. Dimakan pada waktu pagi dan

petang.

ii) Batang Pokok Saderi

Kegunaan:

Untuk mengurangkan paras kolestrol tidak baik
(Low Density Lipoprotein) yang berlebihan di
dalam badan.

Kaedah rawatan:

Ambil batang saderi yang sederhana besar
sebanyak 3 atau 5 batang. Kemudian potong
kecil-kecil dan masukkan ke dalam alat pengisar,
Masukkan air yang telah didoakan. Kisar sehingga
hancur dan jadikan jus. Minum selepas makan
tengahari dan pada waktu malam.

26.Koma

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’ (Baca 7 kali)

iii) Selawat Tafrijiyyah (Baca 7 kali)

iv) Doa Tambahan (Baca 7 kali)
v) Doa Mengatasi Penyakit Rumit (Baca 7 kali)

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan
Kaedah rawatan:

Setelah selesai membaca kombinasi doa di atas,
pegang ubun-ubun pesakit yang koma sambil
meniup diubun-ubun pesakit tersebut. Ajarkan
bacaan ditelinga pesakit. Air boleh dititiskan ke
dalam mulut, dibuat mandi atau dilapkan di
seluruh badan menggunakan kain putih atau
tuala putih.

ii) Bacaan Yasin Kaedah Biasa
Kaedah rawatan:

Baca surah Yasin dengan tartil dengan suara yang
boleh didengari oleh orang yang koma. Adalah
lebih baik seorang sahaja yang membaca hampir
dengan pesakit. Ulang sebanyak 7 kali ayat 58
dengan niat memohon kesejahteraan buat pesakit
tersebut. Selepas selesai membaca doa, tiup
diubun-ubun dan pada air. Ajarkan di telinga
pesakit. Air boleh dititiskan ke dalam mulut,
dibuat mandi atau dilapkan di seluruh badan
menggunakan kain putih atau tuala putih.

27.Latah

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Keagungan

iii) Selawat Syifa’
iv) Selawat Tafrijiyyah

v) Ayat Pemecah Kebuntuan

vi) Ruqyah Nabawiyyah

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan

Kaedah rawatan:

Setelah selesai membaca kombinasi doa di atas,
tiupkan pada ubun-ubun dan telinga kiri pesakit
dan pada air yang disediakan. Air itu juga disapu
pada muka, pada perut dan pada dada pesakit
ketika pesakit mendapat serangan latah tersebut.
Air itu juga perlu dibuat mandi selama tiga hari
berturut-turut di waktu petang selepas asar,
caranya dengan mengambil air yang telah
didoakan kemudian dicampurkan dengan air biasa
di dalam baldi untuk dijadikan bilasan mandian
terakhir.


Click to View FlipBook Version