The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Us. Mohd Uzaini MZ, 2020-12-06 20:19:55

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

Ruqyah Asas Dan Kaedah Rawatan DS

44.Pendekat Jodoh

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Bertemu Jodoh

Bahan Rawatan:

i) Bunga 7 jenis.
Kaedah rawatan:

Tujuh jenis bunga berlainan jenis yang berbau
wangi dan mempunyai tujuh jenis warna yang
berlainan. Bunga ini diambil dari pokok yang tidak
berduri. Amat digalakkan memetik bunga itu
dalam keadaan berwuduk, mengadap kiblat lalu
memberi salam pada Nabi Ilyas AS, diikuti dengan
bacaan surah Al-Fatihah dan menyebut nama
pesakit (pemohon jodoh) bersama nama ibunya.
Kaedah doa yang sama juga perlu dibaca oleh
perawat semasa menerima bahan dari individu.

ii) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

1- Air yang telah didoakan digunakan untuk dibuat
mandi, diminum dan dibasuh muka. Bagi
kegunaan mandi kaedahnya adalah seperti
berikut:-
Masukkan satu gelas air doa ke dalam satu
baldi air biasa sebagai air pembilas (terakhir).
Mulakan mandi seperti biasa dengan air biasa.
Mula dari bahagian bawah kemudian ke betis
hingga ke bahagian atas badan dan kepala.
Akhirnya bilas dengan air yang telah didoakan.
Biarkan air di badan kering sendiri tanpa dilap.
Mandian dilakukan tiga petang berturut-turut
sebelum atau selepas maghrib.

2- Air doa untuk diminum mengikut kaedah
seperti berikut:-
Mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan
selawat. Minumlah air doa seperti minum air
biasa. Dilakukan pada sebelah pagi dan petang
atau sebelum tidur.

45.Penyakit Jantung

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

Dibaca 3 kali pada ungkapan
Ketika membaca ungkapan ini fokuskan kepada
jantung pesakit. Seterusnya disempurnakan
hingga selesai.

iii) Selawat Tafrijiyyah

iv) Ayat Pemecah Kebuntuan

Bahan Rawatan:

i) Air Zam-Zam, Kelapa Muda,
Ketumbar, Madu Lebah Asli,
Telur Ayam Kampung dan Lada
Hitam.

Kaedah rawatan:

i- Air kelapa muda dan isinya serta tujuh biji
ketumbar di masukan ke dalam gelas lalu
dibuat minuman di sebelah petang.

ii- Satu sudu madu lebah asli, sebiji telur ayam
kampong dan tujuh biji lada hitam.
Kesemuanya digaul kemudian dimakan
di sebelah pagi.

iii- Air yang di doakan (paling baik air zam-zam)
disapu di bahagian luar jantung (di bahagian
hadapan)

46.Penyakit Buah Pinggang

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah

iii) Surah Asy-Syu’ara (ayat 130)-3 kali

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan

Kaedah rawatan:

Air yang telah didoakan diberi minum pada pesakit
dan disapu pada bahagian pinggang.

ii) Akar Mengkuang

Kaedah rawatan:

Ambil akar mengkuang yang keluar pada batang
yang menjalar dari batang turun ke tanah dan
juga diambil yang di dalam tanah. Akar
mengkuang dipotong kecil-kecil, kemudian dikisar
menggunakan alat pengisar (blender). Larutan
campuran yang terhasil akan ditapis ke dalam
gelas dan dibiarkan mendap selama 15 minit. Ini
bertujuan supaya larutan itu terbahagi dua iaitu
cecair jernih dan hampas yang akan termendap di
bahagian bawah gelas. Asingkan kedua-dua cecair
dan hampas tersebut.
Bahagian cecair jernih itu digunakan untuk minum
manakala hampasnya dilumur atau disapu pada
bahagian hadapan dan belakang pinggang. Untuk
mengelakkan hampas itu jatuh daripada tempat
lumuran, gunakan kain pembalut (bandage) untuk
mengikatnya. Jika tiada alat pengisar, boleh juga
digunakan belakang pasu yang kasar untuk
mengasah akar mengkuang tersebut.

47.Resdung

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Selawat Tafrijiyyah

iv) Doa Penghilang Kesakitan
(Tangan kanan memegang hidung)

v) Ayat Tambahan (sambil tangan kanan
memegang hidung)-Baca 7 kali

Bahan Rawatan:

i) Bekam Kain Lilin

Kaedah rawatan:

Lumurkan kain putih sebesar 2 x 5 inci atau 5 x
13 sm dengan lilin yang telah dicairkan
(dipanaskan) Gulung kain putih tersebut sebesar
jari kelingking. Biarkan ianya menjadi sejuk.
Bakar pada hujung bekam kain lilin tersebut dan
letakan hujung yang tidak terbakar pada kulit
muka. Apabila sudah terasa panas di bahagian
kulit, buang rokok resdung tersebut. Lakukan di
tujuh tempat di muka. Lakukan perkara di atas
selama 3 hari selepas waktu asar. Seelok-eloknya
mulakan rawatan selepas 15 haribulan mengikut
calendar Hijrah.

ii) Senduduk Putih

Kaedah rawatan:

Ketika diserang resdung contohnya hidung berair,
ambil sekuntum bunga senduduk putih kemudian
bersihkan dengan air. Lipat atau gulung bunga ini
sehingga kecil kemudian masukkan ke dalam
hidung. Selain daripada bunga, akar pokok
senduduk putih ini juga boleh digunakan untuk
rawatan penyakit resdung. Caranya ambil akar
pokok ini kemudian asahkan pada belakang pasu
untuk mendapatkan airnya. Air ini disapu
dibahagian luar hidung dan juga dimasukkan
sedikit ke dalam lubang hidung.

48.Sakit Dada

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Keagungan

iii) Surah Al-Mu’awwizat

iv) Surah Al-Insyirah

v) Ayat melegakan sesak nafas
a- Surah Al-Anam

b- Surah Az-Zumar

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan pada air. Air yang
telah didoakan, dibuat minum dan kemudiannya
disapukan pada bahagian dada.

Kaedah Tambahan:

Membaca Selawat Syifa’ dengan kaedah berikut:-
Letakkan tapak tangan kanan di atas dada sebelah
kiri, Baca selawat syifa’. Tarik nafas sedalam-
dalamnya, kemudian tahan nafas tersebut.
Lepaskan nafas sambil mengangkat tangan yang
diletakkan di atas dada tadi. Lakukan perkara ini
pada waktu pagi di kawasan udara segar seperti
tepi tingkap atau di luar rumah pada waktu pagi
sebanyak 7 kali.

49.Sakit Dada(Dada Berdebar)

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Keagungan

iii) Surah Al-Mu’awwizat

iv) Ayat melegakan debaran dada
a- Surah Ar-Ra’d

b- Surah An-An’am
c- Surah As-Syura

d- Surah Al-Furqan

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan pada air. Air yang
telah didoakan, dibuat minum dan kemudiannya
disapukan pada bahagian dada.

50.Sakit Gigi

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan
iv) Doa Sakit Gigi

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan pada air dan
sambil memegang bahagian yang sakit dengan
meletakkan jari telunjuk kanan pada bahagian gigi
atau gusi yang sakit. Air yang telah didoakan,
dibuat minum dan berkumur.

ii) Bunga Cengkih.

Kaedah rawatan:

Ambil tiga kuntum bunga cengkih dan
kemudiannya dimamah sampai lumat. Kemudian
serbuk-serbuknya dimasukkan ke dalam lubang
gigi yang sakit. Sekiranya tiada lubang maka
letakkan di bahagian gusi di mana gigi terasa
sakit. Perlu diambil perhatian sekiranya tiga
kuntum kurang memberi kesan maka tambahlah
dengan lima kuntum sehingga tujuh kuntum
bunga cengkih.

51.Sakit Gigi (Bernanah,gusi bengkak

dan barah gigi)

i) Penawar Seribu Guna

ii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iii) Doa Pengecil Bengkak

Bahan Rawatan:
i) Air yang didoakan.

Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan pada air dan
sambil memegang bahagian yang sakit dengan
meletakkan jari telunjuk kanan pada bahagian gigi
atau gusi yang sakit. Air yang telah didoakan,
dibuat minum dan berkumur.

ii) Air Garam Suam dan Serai.
Kaedah rawatan:

Sediakan air garam suam dan satu batang serai
yang telah dibersihkan (bahagian tengahnya
sahaja), dibuang kulit kering luarnya dan akarnya
serta dipotong bahagian atasnya. Batang serai ini
dipanaskan dengan dipanggang diatas api sekadar
ia menjadi panas. Berkumur terlebih dahulu
dengan air garam suam beberapa kali.Kemudian
gigit batang serai yang telah dipanaskan itu
dengan gigi yang sakit. Letakkan tapak tangan di
pipi di bahagian gigi yang sakit, lalu bacakan doa-
doa seperti dinyatakan diatas.

52.Sakit Kepala

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’
iii) Doa Sakit Kepala

iv) Doa Rawatan Demam Panas

Bahan Rawatan:
i) Air dan Kain kapas putih.

Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan pada air dan
sapukan ke muka pesakit dan seluruh bahagian
kepala sehingga mencecah kulit-kulit kepala.
Kemudian air itu dibiarkan kering tanpa dilap.
Sekiranya rawatan ini masih kurang berkesan,
bahan tambahan lain yang diperlukan ialah tiga
helai kain kapas putih yang belum pernah
digunakan untuk kegunaan selama tiga hari. Lebar
dan panjang kain kapas tersebut ialah dengan
kadar yang dapat digunakan untuk dibuat lilitan
kepala pesakit. Kain tersebut hendaklah didoakan
dan seterusnya diikat kepada kepala pesakit.
Selepas itu, air yang telah didoakan disapu pada
kepala pesakit dalam keadaan baring dan kain
yang telah basah dibiarkan kering dengan
sendirinya. Dalam tempoh masa menunggu kain
tersebut kering, pesakit boleh membuat pilihan
samada mahu tidur atau sekadar beristirehat.

Sekiranya pesakit terlena, elakkan daripada
diganggu tidurnya dan dibiar terjaga dengan
sendiri. Semasa proses rawatan ini juga, pesakit
digalakkan supaya berbaring dengan kaki
menghadap kiblat dan memperbanyakkan zikir
kepada Allah SWT. Kaedah rawatan ini perlu
dilakukan pada waktu tengahari selepas makan
dan solat zohor. Sangat tidak digalakkan rawatan
dibuat pada waktu pagi atau malam kerana
mungkin boleh menyebabkan selesema kepada
pesakit. Adalah disyorkan supaya kaedah ini
dilakukan tiga hari berturut-turut. Jika masih tiada
tanda-tanda perubahan, maka hendaklah diulang
dengan kaedah rawatan yang dinyatakan sehingga
sembuh.

ii) Air dan Daun Inai.

Kaedah rawatan:

Masukkan beberapa helai daun inai yang telah
dipecah-pecahkan ke dalam bekas yang berisi air
yang telah didoakan. Air tersebut digunakan untuk
membasahkan kepala. Boleh juga dibalutkan
kepala dengan daun inai yang telah dipecahkan
dalam bekas air tadi.

53.Sakit Lutut dan bengkak
sendi

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iii) Doa Pengecil Bengkak

Bahan Rawatan:

i) Air, Madu lebah, Kapur sireh dan
Buah Limau Nipis

Kaedah rawatan:

Campurkan air limau nipis dengan kapur sirih.
Sapukan campuran ini di tempat yang sakit.
Setelah kapur kering, sapukan pula di atas tempat
sapuan kapur itu dengan madu lebah. Bacakan
doa pada air, kemudian basahkan kain tuala
dengan air yang didoakan. Balut tempat yang
disapu kapur dan madu lebah tadi dengan kain
tuala yang basah. Lakukan rawatan ini sebelum
tidur setiap malam selama seminggu.

54.Sakit Perut

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Doa Penghilang Kesakitan
iv) Doa Sakit Perut

55.Sakit Rindu

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah

iii) Surah Al-Qasas ( ayat 85 )

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan.
Kaedah rawatan:

Bacakan doa mengikut turutan dan ditiup ke
ubun-ubun, air serta pakaian orang yang dirindui.
Air tersebut digunakan untuk minum dan dibuat
mandi tiga petang berturut-turut selepas dan
sebelum maghrib.

56.Santau

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Syifa’

iii) Surah An-Naba’ (ayat 1)
iv) Surah Maryam (ayat 17)

v) Ayat Keagungan

vi) Bismillah Lima
vii) Ayat Pemecah

viii) Ayat Pemecah Kebuntuan

Bahan Rawatan:

i) Air yang didoakan, Gula Batu,
Daun Pegaga dan Dokong anak.

Kaedah rawatan:

Ambil gula batu sebesar ibu jari, secekak daun
dokong anak berserta batang dan akarnya,
secekak daun pegaga berserta batang dan
akarnya, tiga ruas tebu hitam (buang kulit dan
buku) dipotong dadu. Bahan-bahan di atas
hendaklah dibacakan ruqyah iaitu surah Al-Fatihah
dan surah Maryam (ayat 17). Kesemua bahan
tersebut kemudian direbus menggunakan api
sederhana dengan 4 gelas air (lebih baik jika
digunakan atau dicampurkan dengan air doa)
sehingga menjadi 2 cawan. Sukatan ini untuk
seorang. Setelah suam, air rebusan ini hendaklah
diminum tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi,
petang dan malam. Gunakan bahan yang sama
untuk dua tiga hari dengan tambahan air dan gula
batu. Selepas itu gantikan dengan bahan yang
baru. Ramuan ini bagi pesakit yang tiada penyakit

lain selain santau. Jika pesakit mengidap lelah,
lebihkan daun dokong anak dan pegaga. Jika
pesakit ada kencing manis, kurangkan gula batu.
Air rebusan ini hendaklah diminum setiap hari
sehingga sembuh. Ia baik untuk menghilangkan
batuk, mencuci luka dalaman, menambah tenaga,
mencuci organ-organ dalaman seperti halkum,
paru-paru, jantung, usus, buah pinggang dan
peranakan.

ii) Air yang didoakan, Jintan Manis,
Jintan Putih, Kulit Kayu Manis
dan Buah Pala.

Kaedah rawatan:

Ambil ½ camca jintan manis, ½ camca jintan
putih, kulit kayu manis sebesar kelingking, ½ biji
buah pala dan tiga cawan air. Doakan semua
bahan di atas dengan doa-doa bagi rawatan
santau. Rebus sehingga tinggal 1½ cawan. Minum
sekali, dua kali atau tiga kali. Minum sekali
dahulu, jika masih sakit, minum kali kedua
berselang hari. Jika minum kali pertama hari
Jumaat, minum kali kedua pada hari Ahad.

Jika masih sakit dan batuk berdarah gunakan
daun sirih, kapur, gambir biasa dan pinang muda.
Doakan bahan-bahan tersebut, lipatkan daun sirih
berisi kapur, gambir dan pinang muda. Makan tiga
kali contohnya seperti waktu malam kemudian
waktu pagi kemudian waktu malam berikutnya.
Jika tidak berkesan gunakan air kelapa muda yang
didoakan. Minum tetapi jangan melebihi biji
sehari. Air kelapa hanya untuk pesakit yang batuk
atau muntah darah sahaja.

iii) Pantang Larang Makanan.

Semua jenis limau terutama limau nipis, nenas,
rebung dan cuka makan. Pesakit juga digalakkan
mengurangkan makanan seperti cili padi dan
berempah, makanan berminyak, minuman sejuk
berais dan buah-buahan masam dan jeruk.
Pesakit juga dinasihatkan banyak berehat dan
tidak melakukan kerja-kerja berat sehingga
benar-benar sembuh.

57.Sawan Tarik

i) Penawar Seribu Guna

ii) Selawat Tafrijiyyah

iii) Ayat Pemecah Kebuntuan

iv) Doa Demam Panas

Bahan Rawatan:
i) Air, Daun kacang botol(kacang

kelisa)

Kaedah rawatan:

Ambil daun kacang botol sebanyak 15 hingga 21
helai. Daun kacang botol disusun kemudian
digenggam dengan tapak tangan kiri. Setelah itu
kombinasi doa dibawah dibacakan.Kemudian
potong ekor daun kacang botol sambil berkata:
“Ya Allah kau potonglah sawan dari…(nama
pesakit dan ibunya)

i) Penawar Seribu Guna
ii) Doa Menghindar Syaitan


Click to View FlipBook Version