KAJIAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL SOOK KE DAERAH PENUH Februari 2023 Disediakan oleh:
i PRAKATA Kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Sook Ke Daerah Penuh merupakan satu langkah yang proaktif bertujuan untuk pembangunan sosioekonomi dan fizikal kawasan Daerah Kecil Sook (DKS). Pembangunan sosioekonomi dan fizikal ini akan mampu mendorong peningkatan taraf hidup penduduk termasuk pendapatan, peluang pekerjaan, kesihatan dan pendidikan. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti aktiviti pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial, mengkaji aktiviti dan program ekonomi sedia ada, mengetengahkan isu dan permasalahan serta kekangan dalam urus tadbir, mengkaji semula kapasiti pentadbiran Sook, menganalisa peluang-peluang pelaburan dan juga tahap kemungkinan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh. Sesungguhnya agenda utama kajian ini adalah untuk mensejahterakan masyarakat di kawasan Sook. Cadangan penaiktarafan ini merupakan satu keperluan agar kawasan DKS memiliki satu pentadbiran yang penuh dengan adanya operasi jabatan dan agensi kerajaan di kawasan Sook yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. Saya amat yakin cadangan menaik taraf DKS ke daerah penuh akan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan akan mampu menyaingi daerahdaerah lain di Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pihak Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) yang telah dilantik sebagai juru perunding kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk membantu menjayakan kajian ini terutamanya Pejabat DKS. Laporan ini akan dijadikan sebagai asas dan panduan kepada saya dan juga semua pihak yang berkepentingan dalam merangka hala tuju pembangunan untuk DKS menjadi sebuah daerah yang lebih maju, membangun dan lestari. Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, saya akan berusaha gigih dan komited untuk menyelesaikan segala permasalahan dan merealisasikan impian masyarakat di DKS sebagai sebuah daerah membangun. Y.B DATUK ELLRON BIN ANGIN Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook Merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah
PRAKATA Saya amat teruja apabila terdapat satu inisiatif kajian untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh yang dijalankan oleh badan pemikir kerajaan iaitu Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS). Sebagai anak jati kelahiran dari Tulid yang berada dalam kawasan Sook, laporan ini bakal memberi harapan dan semangat baru kepada saya dan juga seluruh penduduk di DKS yang selama ini dahaga untuk mengecapi pembangunan ekonomi dan fizikal. Dengan penyiapan laporan ini, kita berada satu langkah lagi untuk memastikan impian menjadikan Sook sebagai daerah penuh menjadi realiti demi kemajuan anak bangsa saya sendiri. Selaku wakil rakyat bagi DUN N.44 Tulid, saya akan berganding bahu dengan wakil rakyat DUN N.45 Sook untuk memastikan kabinet Negeri mewartakan penaiktarafan ini dengan kadar segera. Berdasarkan kajian, terdapat asas-asas yang sangat kukuh untuk Sook dinaik taraf seperti jumlah penduduk, corak penempatan dan perkembangan ekonomi dan fizikal yang memberangsangkan. Sook juga bakal menjadi pusat persinggahan apabila jalan raya SinaronLinayukan siap dibina sepenuhnya dan membuka peluang pelaburan dan perniagaan termasuklah di kawasan Tulid. Saya yakin pembangunan ini akan memberi kesan limpahan dan faedah ekonomi kepada penduduk Sook. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dan penyiapan laporan kajian ini. Y.B DATUK FLOVIA NG Ahli Dewan Undangan Negeri N.44 Tulid Merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
iii PENGHARGAAN IDS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.B Datuk Ellron Bin Angin ADUN N.45 Sook merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Y.B Datuk Flovia Ng ADUN N.44 Tulid merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah atas inisiatif untuk melantik dan memberikan kepercayaan kepada IDS untuk menjalankan kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Sook Menjadi Daerah Penuh. Kajian ini adalah satu langkah proaktif dan tepat yang telah dilakukan oleh pemimpin teratas di DKS untuk memenuhi tuntutan dan hasrat semua pihak yang inginkan daerah ini maju setanding dengan daerah lain di Sabah. Proses penyediaan dan penyiapan laporan ini berjalan dengan lancar atas sokongan Pejabat Daerah Kecil Sook (Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Tuan Paul F. Isidore). Tidak lupa juga ucapan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan penyiapan laporan ini sama ada di peringkat daerah Keningau mahupun di DKS. Akhir sekali kepada kakitangan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N.45 Sook dan N.44 Tulid terutamanya Tuan Tony Talasoy (PPM DUN N.45 Sook) dan Tuan Casmir Silip (PPM DUN N.44 Tulid) serta semua individu yang terlibat memberikan input sepanjang kajian dijalankan. Laporan ini akan dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam merangka hala tuju pembangunan untuk DKS dan menjadikannya sebuah daerah yang pesat membangun.
iv INTI PATI KAJIAN i. Desakan daripada penduduk DKS supaya daerah kecil tersebut dinaik taraf menjadi daerah penuh agar penyaluran perkhidmatan daripada kerajaan adalah lebih cekap dan berkesan. ii. DKS yang merangkumi dua (2) kawasan DUN iaitu DUN Tulid dan Sook mempunyai keluasan 2,037.54 km² (58% daripada keluasan daerah Keningau) dan dianggarkan mempunyai 62,171 orang penduduk. iii. DKS telah berkembang maju sebagai transit bagi pengguna jalan raya dari Keningau-Tawau yang melalui jalan Keningau-Sook-Sapulut-Kalabakan-Tawau selama lebih 30 tahun sebagai sebuah daerah kecil. iv. Seluas 69,609.13Ha telah diusahakan dengan pembangunan pertanian. Berdasarkan Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ), DKS telah dikenal pasti sebagai hot spot area bagi sektor pertanian dengan tumpuan kepada tanaman keladi, kopi, nanas dan getah. Selain itu, subsektor penternakan juga turut diberi perhatian di dalam Pelan SMJ. v. Projek menaik taraf jalan Sinaron-Linayukan yang merentasi Sook dan Tongod serta pembinaan jalan raya di bawah RMK-12 bakal menyediakan satu rangkaian sistem jalan raya yang efektif untuk menyokong aktiviti sosioekonomi DKS. vi. Jumlah lebihan bekalan air pada ketika ini di DKS adalah sebanyak 5.06JLH. Jumlah ini akan mampu untuk menampung permintaan di masa hadapan sekiranya terdapat perancangan pembangunan. Terdapat juga perancangan daripada pihak Jabatan Air Negeri Sabah untuk menambah kapasiti penyimpanan air kepada 23.5JLH di DKS. vii. Bekalan elektrik juga dijangka akan dapat menampung pembangunan di masa hadapan kerana proses pembinaan sebuah sub-stesen oleh pihak SESB sedang giat dijalankan. Perkembangan kini menyatakan bahawa projek tersebut 17% dalam pembinaan. viii. Unjuran perolehan pendapatan 10 tahun mencecah RM719,814,180 juta setahun diperolehi daripada pelbagai sumber pendapatan utama di Sook seperti aktiviti sektor pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, hartanah dan komersial, pungutan hartanah dan lesen perniagaan serta pungutan cukai kelapa sawit. ix. Dapatan hasil tinjauan atas talian dan temu bual berfokus mendapati bahawa 99% daripada penduduk DKS menyokong penuh cadangan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh.
v RINGKASAN EKSEKUTIF Kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Sook ke Daerah Penuh merupakan satu langkah untuk memajukan DKS dan memastikannya berdaya saing secara harmoni bagi merapatkan jurang pembangunan dengan daerah lain. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu: i. Pengenalan Perincian rasional kajian selaras dengan inisiatif Y.B Datuk Ellron Bin Angin, ADUN N.45 Sook merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Y.B Flovia Ng, ADUN N.44 Tulid merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk bersama-sama membangunkan DKS sejajar dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju jaya (2021-2025). ii. Terma rujukan Penerangan objektif kajian untuk mengkaji cadangan menaik taraf DKS ke daerah penuh bagi memastikan perkhidmatan pentadbiran kerajaan yang efektif dan efisien dapat disalurkan kepada penduduk, komuniti peniaga serta pihak pelabur. iii. Metodologi Langkah yang dirangka untuk dijalankan agar memenuhi objektif dan skop kajian. Antara metodologi kajian termasuklah menjalankan soal selidik dan temu bual, lawatan lapangan dan mesyuarat. iv. Latar belakang DKS Perincian berkenaan sejarah ringkas dan profil kawasan kajian, kemudahan dan senarai agensi kerajaan sedia ada di DKS. v. Pembangunan ekonomi dan prospek Penerangan berkenaan aktiviti pembangunan semasa, prospek/perancangan pembangunan dan huraian unjuran perolehan pendapatan. vi. Isu dan masalah Huraian berkenaan isu dan masalah yang dihadapi oleh DKS dari beberapa jabatan/agensi dan juga sektor-sektor aktif. Isu dan masalah ini juga harus diselesaikan untuk kesiapsiagaan DKS menjadi daerah penuh. vii. Analisis peranan dan fungsi Pejabat Daerah Keningau, Pejabat DKS dan Majlis Daerah Keningau Membicarakan peranan dan fungsi Pejabat Daerah Keningau, Pejabat Daerah Kecil Sook dan Majlis Daerah Keningau dalam mengendalikan pentadbiran di kawasan kajian. viii. Implikasi kewangan menaik taraf DKS ke daerah penuh Menyenaraikan implikasi kewangan penubuhan sebuah pejabat daerah penuh dengan menjadikan daerah lain sebagai perbandingan.
vi ix. Penilaian meningkatkan status daerah kecil Sook berdasarkan kriteria Analisis untuk menentukan DKS dinaik taraf ke daerah penuh berdasarkan kriteria seperti penduduk, corak penempatan, beban kerja, bidang kuasa pegawai-pegawai di DKS, inisiatif terhadap kesan pembangunan semasa, potensi ekonomi serta pembangunan, modal dan perbelanjaan berulang. x. Cadangan dan resolusi Membincangkan sokongan tambahan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh seperti cadangan persempadanan daerah penuh Sook yang melibatkan kawasan DUN N.44 Tulid dan DUN N.45 Sook di samping membuka peluang pelaburan. xi. Rumusan dan penutup Merumuskan dapatan kajian yang dapat membuktikan DKS layak untuk dinaik taraf menjadi daerah penuh.
vii AKRONIM ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri AET Aktiviti Ekonomi Tambahan AIM Amanah Ikhtiar Malaysia APM Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ATM Angkatan Tentera Malaysia AYHA Average Yield per Hectare BALB Bekalan Air Luar Bandar BELB Bekalan Elektrik Luar Bandar BIB Baka Induk Baik BTLK Bahagian Tajaan Latihan dan Kemahiran BTS Buah Tandan Segar BSN Bank Simpanan Nasional COD Cash on Delivery DKLI Desa Keningau Livestock Industries Sdn Bhd DKS Daerah Kecil Sook DUN Dewan Undangan Negeri FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FELCRA Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FMU Forest Management Unit GIFT Genetic Improvement of Farmed Tilapia Ha Hektar HVAC Heating, Ventilation and Air Conditioning ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi IDS Institut Kajian Pembangunan (Sabah) ILP Institut Latihan Perindustrian ILTP Institut Latihan Teknik dan Perdagangan IPDAS Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah ITC Islamic Tourism Center of Malaysia JALB Jalan Luar Bandar JANS Jabatan Air Negeri Sabah JAR Jabatan Anti Rasuah JASS Jabatan Alam Sekitar Sabah JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JHEAINS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JKPAK Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan JKR Jabatan Kerja Raya JKTUR Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod JLH Juta Liter Sehari JLM Jabatan Laut Malaysia JLNS Jabatan Laut Negeri Sabah JPA Jabatan Perkhidmatan Awam JPBD Jabatan Pengurusan Bencana Daerah JPDS Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah JPKA Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun JPPS Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah JPS Jabatan Pengairan dan Saliran JPSM Jabatan Pembangunan Sumber Manusia JPTD Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah JPVS Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah KBBS Kementerian Belia dan Sukan Sabah KDB Klik Dengan Bijak KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat kg Kilogram
viii Kg. Kampung Km² Kilometer Persegi KW Kilowatt KIR Ketua Isi Rumah KD Klinik Desa KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat KK Klinik Kesihatan KPD Korporasi Pembangunan Desa KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KPPS Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah KPTM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KSTI Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah LIGS Lembaga Industri Getah Sabah LKM Lembaga Koko Malaysia LPPB Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar LRA Loji Rawatan Air M2 Meter Persegi M³ Cubic Metres MBJ Majlis Bersama Jabatan MDKgu Majlis Daerah Keningau MESEJ Mini Estet Sejahtera MLD Millions of Litres Per Day MPOB Lembaga Minyak Sawit Malaysia MSCFC Milian Sapulut Community Forest Committee MSPO Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia Mt Metrik Tan MQA Malaysian Qualifications Agency MW Megawatt NATC National Agriculture Training Centre NCD Non Communicable Diseases NGO Organisasi Bukan Kerajaan PAP Prasarana Asas Pertanian PBT Pihak Berkuasa Tempatan PDKgu Pejabat Daerah Keningau PDP Pengajaran dan Pembelajaran PDRM Polis Diraja Malaysia PEDi Pusat Ekonomi Digital Malaysia PJK Pusat Jalur Lebar Komuniti PKC Palm Kernel Cake PKOB Pusat Kawalan Operasi Bencana PEMADAM Persatuan Mencegah Dadah Malaysia PTJ Pusat Tanggungjawab POIC Palm Oil Industrial Cluster PoP Point of Presence PDKS Pejabat Daerah Kecil Sook PPD Pejabat Pendidikan Daerah PPDKS Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook PPHT Penolong Pemungut Hasil Tanah PPK Pertubuhan Peladang Kawasan PR Pusat Rawatan PPS Program Pemberian Sejagat PPSM Panel Pengurusan Sumber Manusia PTRT Pusat Ternakan Ruminan Tenusu R&R Rehat & Rekreasi RELA Jabatan Sukarelawan Malaysia RMK-12 Rancangan Malaysia Ke-12 RISDA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
ix SAFODA Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah SCENIC Sabah Creative Economy and Innovation Centre SEDCO Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah SESB Sabah Electricity Sdn. Bhd. SID Sabah International Dairies SK Sekolah Kebangsaan SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SLDB Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah SMJ Sabah Maju Jaya SMK Sekolah Menengah Kebangsaan STB Lembaga Pelancongan Sabah T.D Tiada Data Tabika KEMAS Taman Bimbingan Kanak-kanak (Jabatan Kemajuan Masyarakat, Sabah) TADIKA Taman Didikan Kanak-kanak TB Tubercolosis TBSPK Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil TBB Tanaman Baru Berkelompok TSB Tanaman Semula Berkelompok TEKUN Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga TM Telekom Malaysia TOTE Bahagian Pemindahan dan Pengembangan Teknologi TSSPK Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil TTS Taman-Taman Sabah UPPM Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Wi-Fi Wireless Fidelity YUM Yayasan Usaha Maju 2G Second Generation of Wireless Network 3G Third Generation of Connective/Network Technology 4G Fourth Generation of Wireless Network
viii ISI KANDUNGAN PRAKATA i PENGHARGAAN iii INTIPATI KAJIAN iv RINGKASAN EKSEKUTIF v AKRONIM vii ISI KANDUNGAN viii 1.0 PENGENALAN 1 2.0 TERMA RUJUKAN 2 2.1 OBJEKTIF KAJIAN 2 2.2 SKOP KAJIAN 2 3.0 METODOLOGI 3 3.1 KAWASAN KAJIAN 3 3.2 PROFIL KAWASAN KAJIAN 3 3.3 KAJIAN LITERATUR DAN PENYELIDIKAN 3 3.4 PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA 4 3.5 KRITERIA-KRITERIA PEWUJUDAN SEBUAH DAERAH PENUH 5 3.6 PENILAIAN CADANGAN PEMBENTUKAN DAERAH PENUH 6 4.0 LATAR BELAKANG DAERAH KENINGAU DAN DAERAH KECIL SOOK 7 4.1 SEJARAH RINGKAS DAERAH 7 4.2 LOKASI DAERAH KENINGAU 9 4.3 LOKASI DKS DALAM KAWASAN DAERAH KENINGAU 9 4.4 TOPOGRAFI DAN FISIOGRAFI 11 4.5 KEADAAN IKLIM 13 4.6 PENDUDUK DAN CORAK PENEMPATAN 14 4.7 KEMISKINAN 15 4.8 PENGANGKUTAN 16 4.9 PUSAT KESIHATAN 19 4.10 PENDIDIKAN DAN LATIHAN 25 4.11 KEMUDAHAN PUSAT IBADAT, KOMUNITI DAN REKREASI 33 4.12 PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN POS 34 4.13 UTILITI AWAM 41 4.14 PENGAIRAN DAN SALIRAN 53 4.15 KESELAMATAN 56 4.16 JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DI DKS 66 5.0 PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PROSPEK 67 5.1 AKTIVITI PEMBANGUNAN SEMASA 67
ix 5.2 PROSPEK/PERANCANGAN PEMBANGUNAN 113 5.3 UNJURAN PEROLEHAN PENDAPATAN SOOK 118 6.0 ISU DAN MASALAH 121 7.0 ANALISIS PERANAN DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH KENINGAU, PEJABAT DAERAH KECIL SOOK DAN MAJLIS DAERAH KENINGAU 124 7.1 PERANAN DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH KENINGAU 124 7.2 PERBANDINGAN PERANAN DAN FUNGSI 128 7.3 BEBAN KERJA PEJABAT DKS 128 7.4 MASALAH PENTADBIRAN DAN IMPLIKASI KEPADA DKS 132 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL KE DAERAH PENUH 133 8.1 STRUKTUR ORGANISASI, PERJAWATAN DAN EMOLUMEN KAKITANGAN SEBUAH PEJABAT DAERAH 133 8.2 PERBELANJAAN MODAL 139 8.3 IMPLIKASI KEWANGAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN LAIN 139 8.4 MAJLIS DAERAH KENINGAU 140 8.5 HASIL KUTIPAN BAYARAN LESEN PERNIAGAAN 141 8.6 HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH 142 8.7 PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH SOOK 142 9.0 PENILAIAN MENINGKATKAN STATUS DKS BERDASARKAN KRITERIA 143 9.1 ANALISIS KAJIAN 143 9.2 SOKONGAN SEDIA ADA DARIPADA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN 150 9.3 TUNTUTAN DAN DESAKAN WARGA SOOK 150 9.4 IMPAK PENAIKTARAFAN DKS 151 10.0 CADANGAN DAN RESOLUSI 152 10.1 CADANGAN PERSEMPADANAN DAERAH PENUH SOOK 152 10.2 MERANCANG PROJEK PEMBANGUNAN 154 10.3 MEMBUKA PELUANG PELABURAN 154 10.4 MEMBANGUNKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN SECARA AGRESIF 154 10.5 PEMBENTUKAN SEBUAH MAJLIS DAERAH SOOK 154 11.0 RUMUSAN DAN PENUTUP 155
x SENARAI PETA PETA 4.1 KAWASAN DUN N.44 TULID DAN N.45 SOOK 8 PETA 4.2 KEDUDUKAN DAERAH KENINGAU DI SABAH 9 PETA 4.3 KEDUDUKAN KAWASAN KAJIAN 10 PETA 4.4 TOPOGRAFI DAN FISIOGRAFI DKS 12 PETA 4.5 JARINGAN JALAN RAYA DI DKS 18 PETA 4.6 KEMUDAHAN KESIHATAN DI DKS 21 PETA 4.7 KEMUDAHAN PENDIDIKAN DI DKS 29 PETA 4.8 LOKASI MENARA SEL DI SEKITAR KAWASAN DKS 36 PETA 4.9 KAWASAN LIPUTAN JARINGAN 4G 37 PETA 4.10 KAWASAN LIPUTAN JARINGAN 2G 38 PETA 4.11 LALUAN JALAN BELAKANG PERKHIDMATAN LOGISTIK 40 PETA 4.12 LIPUTAN BEKALAN ELEKTRIK DI DKS 48 PETA 4.13 SUNGAI DI DKS 55 PETA 4.14 KAWASAN MUDAH BANJIR DI DKS 63 PETA 5.1 AKTIVITI PERTANIAN DI DKS 68 PETA 5.2 PENCAPAIAN FIZIKAL TANAMAN KOKO SELIAAN BAHAGIAN PEMINDAHAN DAN PENGEMBANGAN TEKNOLOGI (TOTE) TENOM BAGI KAWASAN DKS 77 PETA 5.3 AKTIVITI PERIKANAN DI DKS 79 PETA 5.4 KAWASAN PENANGKAPAN IKAN SUNGAI DI DKS 83 PETA 5.5 AKTIVITI PENTERNAKAN DI DKS 85 PETA 5.6 KAWASAN PELANCONGAN DAN POTENSI PELANCONGAN DI DKS 104 PETA 5.7 KAWASAN JAGAAN SAFODA 108 PETA 5.8 SUMBER GALIAN DI DKS 112 PETA 10.1 CADANGAN PERSEMPADANAN DAERAH PENUH SOOK 153
xi SENARAI JADUAL JADUAL 4.1 STATISTIK STATUS KEMISKINAN DI DKS BAGI TAHUN 2018-2022 15 JADUAL 4.2 JENIS-JENIS JALAN RAYA NEGERI DI DKS 16 JADUAL 4.3 PENYELENGGARAAN JALAN BERTURAP 16 JADUAL 4.4 PENYELENGGARAAN JALAN TIDAK BERTURAP 16 JADUAL 4.5 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DI DKS 17 JADUAL 4.6 SENARAI JAMBATAN MENGIKUT JENIS 17 JADUAL 4.7 JENIS KEMUDAHAN KESIHATAN 20 JADUAL 4.8 SENARAI PETUGAS KESIHATAN DI DKS 22 JADUAL 4.9 KATEGORI DAN BILANGAN PESAKIT 23 JADUAL 4.10 PUNGUTAN HASIL PERKHIDMATAN KESIHATAN DI DKS (2018-2021) 24 JADUAL 4.11 SENARAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN DI DKS 25 JADUAL 4.12 SENARAI TABIKA DAN TASKA KEMAS 25 JADUAL 4.13 SENARAI TADIKA SWASTA 26 JADUAL 4.14 SENARAI PRA SEKOLAH DI BAWAH KPM 26 JADUAL 4.15 SENARAI DAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH MENENGAH 28 JADUAL 4.16 SENARAI MAKLUMAT PENAMBAHAN SEKOLAH 28 JADUAL 4.17 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH BERASRAMA 28 JADUAL 4.18 MAKLUMAT PELATIH ILTP-JPSM 30 JADUAL 4.19 MAKLUMAT KURSUS YANG DITAWARKAN 31 JADUAL 4.20 MAKLUMAT PROGRAM DAN PENCAPAIAN IPDAS 31 JADUAL 4.21 KEMUDAHAN PUSAT IBADAT KOMUNITI DAN REKREASI DI DKS 33 JADUAL 4.22 SENARAI KELAB DAN PERSATUAN BELIA 33 JADUAL 4.23 SENARAI LOKASI KAMPUNG TANPA WAYAR 35 JADUAL 4.24 PROGRAM DAN KURSUS BERTERASKAN TEKNOLOGI ATAU ICT 39 JADUAL 4.25 SENARAI SYARIKAT PERKHIDMATAN POS 40 JADUAL 4.26 LOJI, INTAKE DAN KAPASITI PENGELUARAN 41 JADUAL 4.27 RUMAH PAM DAN TANGKI 42 JADUAL 4.28 RANGKAIAN PAIP DI DKS 43 JADUAL 4.29 JUMLAH AKAUN PENGGUNA BERDAFTAR 43 JADUAL 4.30 KUTIPAN HASIL 43 JADUAL 4.31 KADAR AIR TIDAK BERHASIL (NRW) DALAM SETAHUN 44 JADUAL 4.32 PERMINTAAN BEKALAN AIR BERSIH TERAWAT MENGIKUT SEKTOR 44 JADUAL 4.33 SENARAI KAMPUNG YANG BERGANTUNG KEPADA BEKALAN AIR GRAVITI DAN TELAGA TIUB 44 JADUAL 4.34 SENARAI KAWASAN/KAMPUNG YANG KERAP MENGALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH DAN TERAWAT 45 JADUAL 4.35 SENARAI KAWASAN/KAMPUNG DAN JUMLAH PENGGUNA YANG MENDAPAT BEKALAN AIR BERSIH DAN TERAWAT 46
xii JADUAL 4.36 SENARAI CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN JABATAN AIR SOOK 47 JADUAL 4.37 KADAR LIPUTAN BEKALAN ELEKTRIK LUAR BANDAR (BELB) 47 JADUAL 4.38 SENARAI KAMPUNG BERSERTA BILANGAN RUMAH DAN PENDUDUK YANG MENERIMA BEKALAN ELEKTRIK 49 JADUAL 4.39 CADANGAN KAEDAH PEMBEKALAN ELEKTRIK DI DKS BERSERTA KOS 51 JADUAL 4.40 BILANGAN PENGGUNA ELEKTRIK DI DKS 52 JADUAL 4.41 LAPORAN JUALAN SETAKAT NOVEMBER 2022 52 JADUAL 4.42 SENARAI SKIM PENGAIRAN DI DKS 53 JADUAL 4.43 SENARAI SUNGAI YANG TERDAPAT DI DKS 54 JADUAL 4.44 ISU DAN MASALAH BERKAITAN SKIM PENGAIRAN DI DKS 54 JADUAL 4.45 INDEKS JENAYAH BAGI TEMPOH 2018-2022 56 JADUAL 4.46 SASARAN PENTING NEGARA YANG BERADA DI KAWASAN JAGAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DKS 58 JADUAL 4.47 SENARAI BANGUNAN BERISIKO DI KAWASAN JAGAAN BBP SOOK 59 JADUAL 4.48 ASET BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DKS 59 JADUAL 4.49 PILI BOMBA YANG TERDAPAT DI DKS 59 JADUAL 4.50 PREMIS YANG TERDAPAT DI DKS 60 JADUAL 4.51 STATISTIK KES YANG DILAPORKAN (2019-2022) 60 JADUAL 4.52 PECAHAN ANGGOTA AKTIF MENGIKUT PANGKAT KOMPENI ECHO 64 JADUAL 4.53 PECAHAN ANGGOTA TIDAK AKTIF MENGIKUT PANGKAT KOMPENI ECHO 64 JADUAL 4.54 PECAHAN ANGGOTA PENUH MENGIKUT PANGKAT KOMPENI ECHO 65 JADUAL 4.55 SENARAI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN YANG BEROPERASI DI DKS 66 JADUAL 5.1 KELUASAN TANAMAN UTAMA DI DKS 67 JADUAL 5.2 JUMLAH PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI DAN JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR 70 JADUAL 5.3 PERINCIAN AKTIVITI PERLADANGAN SLDB DI DKS 72 JADUAL 5.4 JENIS-JENIS BANTUAN PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA SAWIT DI BAWAH MPOB CAWANGAN KENINGAU 73 JADUAL 5.5 TANAMAN KELAPA SAWIT DI BAWAH FELCRA BERHAD KG. ANSIP 74 JADUAL 5.6 PUNGUTAN HASIL GETAH DI DKS (2018-2022) 74 JADUAL 5.7 PUNGUTAN HASIL GETAH DI SKIM TULID (2020-2022) 75 JADUAL 5.8 PUNGUTAN HASIL KOKO DI DKS (2018-2022) 76 JADUAL 5.9 AKTIVITI PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR (2018-2022) 78 JADUAL 5.10 AKTIVITI PELEPASAN BENIH IKAN KE PERAIRAN UMUM 80 JADUAL 5.11 JENIS BANTUAN/SUBSIDI/GERAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENGUSAHA PERIKANAN 80 JADUAL 5.12 PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DI BAWAH KENDALIAN JABATAN 82
xiii JADUAL 5.13 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DITERIMA OLEH PEJABAT PERIKANAN DKS 82 JADUAL 5.14 JUMLAH PERBELANJAAN TAHUNAN PEJABAT PERIKANA DKS 82 JADUAL 5.15 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI JPVS 86 JADUAL 5.16 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI PTRT 86 JADUAL 5.17 JUMLAH PERUNTUKAN KEWANGAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN PERBELANJAAN KEWANGAN SETAHUN 87 JADUAL 5.18 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI LADANG ECO-YAP 87 JADUAL 5.19 JENIS-JENIS BEKALAN TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DAN TAHUN 88 JADUAL 5.20 SUMBANGAN HASIL PENDAPATAN TERNAKAN MENGIKUT JENIS BEKALAN 89 JADUAL 5.21 JENIS KEMUDAHAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIAL DI DKS 90 JADUAL 5.22 JUMLAH LESEN BERDAFTAR DAN JUMLAH KUTIPAN HASIL LESEN OLEH PDKGU 91 JADUAL 5.23 KUTIPAN LESEN OPERASI DAN CUKAI PINTU OLEH MDKGU 91 JADUAL 5.24 SENARAI INDUSTRI DI DKS 95 JADUAL 5.25 AKTIVITI PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN DI DKS 97 JADUAL 5.26 BILANGAN PEMINJAM/JENIS PERNIAGAAN/JUMLAH PEMBIAYAAN BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN (2018-2022) BAGI KAWASAN DKS 98 JADUAL 5.27 BILANGAN PEMINJAM MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN BERSERTA JUMLAH PINJAMAN YUM BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN (2018-OKTOBER 2022) 99 JADUAL 5.28 TEMPAT DAN PRODUK PELANCONGAN DI DKS 100 JADUAL 5.29 TEMPAT BERPOTENSI UNTUK DIBANGUNKAN SEBAGAI DAYA TARIKAN PELANCONG 102 JADUAL 5.30 JENIS HUTAN SIMPAN, KELAS, KELUASAN DAN FMU 107 JADUAL 5.31 PUNGUTAN HASIL JABATAN PERHUTANAN SOOK (SEPTEMBER 2022) 107 JADUAL 5.32 SPESIS HIDUPAN LIAR DI SOOK PLAIN FR DAN SOOK LAKE FR 111 JADUAL 5.33 SPESIS HIDUPAN LIAR DI ULU SUNGAI MILIAN FR 111 JADUAL 5.34 RANCANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DI DKS 113 JADUAL 5.35 PENDAPATAN DAN PERATUSAN SUMBANGAN UNTUK SETIAP SEKTOR (PERBANDINGAN TAHUN 2022) 118 JADUAL 5.36 UNJURAN PEROLEHAN PENDAPATAN DKS 120 JADUAL 6.1 ISU DAN MASALAH DIHADAPI OLEH DKS 121 JADUAL 7.1 BEBAN KERJA PEJABAT DKS 129 JADUAL 7.2 BEBAN KERJA PEJABAT DAERAH PITAS (2016-2020) 130 JADUAL 7.3 SENARAI JAWATANKUASA DIPENGERUSI DAN DIANGGOTAI OLEH PENOLONG PEGAWAI DKS 131 JADUAL 8.1 SENARAI KAKITANGAN DAN ANGGARAN PENGGAJIAN PEJABAT DKS, 2022 137 JADUAL 8.2 ANGGARAN TAHUNAN PERBELANJAAN SEMASA PEJABAT DKS TAHUN 2022 137
xiv JADUAL 8.3 SENARAI KAKITANGAN DAN ANGGARAN TAHUNAN PENGGAJIAN PEJABAT DAERAH KALABAKAN, 2020 137 JADUAL 8.4 SENARAI KAKITANGAN PEJABAT DAERAH PITAS, 2021 138 JADUAL 8.5 ANGGARAN TAHUNAN PERBELANJAAN SEMASA PEJABAT DAERAH PITAS TAHUN 2021 138 JADUAL 8.6 CADANGAN PEWUJUDAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DI SOOK SEKIRANYA DINAIK TARAF KE DAERAH PENUH 139 JADUAL 8.7 KUTIPAN HASIL LESEN DAN CUKAI PINTU OLEH MDKGU 141 JADUAL 8.8 PENDAFTARAN LESEN BERNIAGA DAN KUTIPAN HASIL LESEN OLEH PDKGU 141 JADUAL 8.9 ANGGARAN KUTIPAN HASIL CUKAI TANAH KENINGAU DAN DKS 142 JADUAL 8.10 STATUS PENUBUHAN MAJLIS DAERAH SELEPAS PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH 142 JADUAL 9.1 PENILAIAN HASIL KAJIAN BERDASARKAN KRITERIA-KRITERIA PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH 144 JADUAL 9.2 IMPAK UTAMA PENAIKTARAFAN DKS TERHADAP DAERAH KENINGAU 151
xv SENARAI GAMBARAJAH GAMBARAJAH 3.1 KRITERIA UTAMA PEWUJUDAN SEBUAH DAERAH PENUH 5 GAMBARAJAH 4.1 TREN KEMISKINAN DI DKS BAGI TAHUN 2018-2022 15 GAMBARAJAH 5.1 PELAN PEKAN BARU SOOK 93 GAMBARAJAH 8.1 CARTA ORGANISASI PEJABAT DKS 134 GAMBARAJAH 8.2 CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH KALABAKAN 136 GAMBARAJAH 9.1 PENILAIAN HASIL KAJIAN BERASARKAN KRITERIA-KRITERIA PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH 143 GAMBARAJAH 9.2 IMPAK UTAMA PENAIKTARAFAN DKS TERHADAP DAERAH KENINGAU 155
xvi LAMPIRAN LAMPIRAN 1 SENARAI KAMPUNG MENGIKUT MUKIM DAN JUMLAH PENDUDUK DI DKS LAMPIRAN 2 AKTIVITI EKONOMI DI KAWASAN DUN N.44 TULID DAN DUN N.45 SOOK LAMPIRAN 3 CADANGAN JALB RMK-12 DI DKS LAMPIRAN 4 SENARAI DAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH RENDAH LAMPIRAN 5 BLOK TANAMAN GETAH DI DKS LAMPIRAN 6 PROGRAM PENAGALAN SUNGAI DAERAH KECIL SOOK LAMPIRAN 7 HASIL PENDAPATAN DAN HARGA JUALAN MENGIKUT JENIS-JENIS TERNAKAN LAMPIRAN 8 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BERMULA 1 JULAI 2016 (SEBULAN) LAMPIRAN 9 RINGKASAN TINJAUAN ATAS TALIAN DAN TEMU BUAL BERFOKUS LAMPIRAN 10 SOROTAN BERGAMBAR
Pengenalan BAHAGIAN 1
1 1.0 PENGENALAN Sook merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Keningau dan telah diwartakan pada 1 Januari 1989. DKS terletak 41km dari pekan Keningau dan 167km dari Kota Kinabalu. DKS mempunyai keluasan 2,037.54 km² iaitu hampir 58% daripada keluasan daerah Keningau (3,533km²). DKS juga lebih luas dari Perlis (819km²), Melaka (1,712km²) dan Pulau Pinang (1,049km²). DKS merangkumi dua (2) kawasan DUN iaitu N.44 Tulid dan N.45 Sook. Data dari UPPM Tulid dan Sook menyatakan anggaran penduduk DKS adalah seramai 62,171 orang. Daerah Keningau pula mempunyai penduduk mencecah 219,100 orang yang termasuk penduduk di DKS (Laporan Sosio Ekonomi Negeri Sabah 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia). Bebanan tugas dan tanggungjawab Pejabat Daerah Keningau (PDKgu), Majlis Daerah Keningau (MDKgu) serta jabatan dan agensi lain yang beroperasi di Keningau juga semakin bertambah. Ini termasuklah pentadbiran dan perancangan pembangunan, pengurusan tanah, Mahkamah Majistret, Mahkamah Anak Negeri, pelesenan dan sebagainya. Ditambah pula dengan kakitangan yang terhad menyebabkan banyak kerja tertunggak khususnya berhubung dengan isu tanah, pembasmian kemiskinan dan pelaksanaan projek pembangunan. Keadaan ini telah memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, fizikal dan sosial di Sook. Maka pewujudan daerah penuh dapat memastikan kawasankawasan pedalaman di Sook tidak akan tercicir dari arus pembangunan. Selama lebih 30 tahun menjadi daerah kecil, DKS telah berkembang maju sebagai transit bagi pengguna jalan raya dari Keningau-Tawau yang melalui jalan Keningau-Sook-Sapulut-Kalabakan-Tawau.
TERMA RUJUKAN BAHAGIAN 2 Objektif kajian Skop kajian 2.1 2.2
2 2.0 TERMA RUJUKAN 2.1 Objektif Kajian Mengkaji cadangan untuk menaik taraf status daerah kecil Sook ke daerah penuh sejajar dengan tuntutan masyarakat tempatan, komuniti peniaga dan pelabur untuk mendapatkan perkhidmatan pentadbiran kerajaan secara efektif dan efisien bersesuaian dengan perubahan pembangunan di kawasan Sook. 2.2 Skop Kajian a. Mengenal pasti dan menganalisis pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan Sook; b. Mengkaji semula kapasiti pentadbiran terkini DKS bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan daripada masyarakat awam dan menilai masalah yang dihadapi oleh Pejabat Daerah Keningau; c. Mengenal pasti isu, masalah dan kekangan dalam perlaksanaan serta pentadbiran kerajaan di kawasan kajian; d. Mengenal pasti dan menilai aktiviti dan program ekonomi sedia ada serta mencadangkan cara untuk melestarikannya bagi menjana ekonomi di kawasan kajian; e. Mengenal pasti peluang dan pelaburan pembangunan ekonomi di Sook dan kawasan sekitar yang akan memberi impak kepada pertumbuhan pembangunan menyeluruh di Sook; f. Menilai secara kritikal tahap kemungkinan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh; g. Menganggarkan peruntukan yang diperlukan bagi penubuhan sebuah daerah penuh dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: " perbelanjaan pembangunan; " perbelanjaan pembentukan modal awal; dan " perbelanjaan berulang h. Mengenal pasti sempadan bagi kawasan yang dikaji; i. Menyediakan unjuran pendapatan 10 tahun bagi DKS; dan j. Mengemukakan cadangan untuk mempergiatkan aktiviti pembangunan ekonomi dan menambah baik pentadbiran di DKS.
METODOLOGI BAHAGIAN 3 Kawasan kajian3.1 Profil kawasan kajian3.2 Kajian literatur dan penyelidikan3.3 Pengumpulan data3.4 Kriteria-kriteria pewujudan sebuah daerah penuh 3.5 Penilaian cadangan pembentukan daerah penuh 3.6
3 3.0 METODOLOGI Berdasarkan terma rujukan kajian, pendekatan yang diguna pakai untuk menjalankan kajian ini adalah seperti berikut: 3.1 Kawasan kajian Kawasan kajian merangkumi DUN N.44 Tulid dan DUN N.45 Sook yang melibatkan keluasan 2,037.54 km². Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi dari jabatan dan agensi berkaitan adalah berbeza mengikut persempadanan bidang kuasa organisasi itu sendiri. 3.2 Profil kawasan kajian Mengemas kini profil kawasan kajian yang meliputi lokasi, kedudukan topografi dan fisiografi, penduduk dan corak penempatan, iklim, jaringan pengangkutan dan kemudahan sosial. 3.3 Kajian literatur dan penyelidikan Pengumpulan maklumat adalah berdasarkan data-data sekunder yang sedia ada yang diperolehi daripada profil daerah Keningau, DKS dan kajian-kajian IDS terdahulu seperti Feasibility Study on the Proposed Upgrading of the Telupid Sub-district to a Full District 1996, Kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Telupid ke Daerah Penuh 2012, Kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Tungku ke Daerah Penuh 2020 dan Kajian Menaik Taraf Daerah Kecil Matunggong ke Daerah Penuh 2021. Maklumat juga
4 diperolehi melalui perancangan, laporan-laporan tahunan, nota-nota taklimat dan minit-minit mesyuarat yang disediakan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah, keratan akhbar tempatan serta buku-buku rujukan yang dapat dijadikan input berguna bagi menjayakan kajian ini. 3.4 Pengumpulan dan analisis data Pengumpulan dan analisis data adalah melalui kaedah seperti berikut: 3.4.1 Kerja lapangan Kumpulan penyelidik telah menjalankan kerja lapangan pada 27 September 2022 - 1 Oktober 2022. Selain membuat tinjauan umum, temu bual berfokus juga turut dijalankan bagi mendapatkan huraian terperinci (follow up) daripada akar umbi di sekitar DKS mengenai kapasiti tadbir urus serta pandangan mengenai infrastruktur, kemudahan asas dan perkhidmatan semasa sebagai daerah penuh kelak. 3.4.2 Mesyuarat Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan dan membentangkan kajian menaik taraf DKS ke daerah penuh seperti berikut: " Mesyuarat pertama: 25 Julai 2022 (Pejabat Daerah Kecil Sook) " Mesyuarat ke-2: 9 Ogos 2022 (Pejabat Daerah Kecil Sook) " Mesyuarat ke-3: 22 Ogos 2022 (Jabatan Tanah dan Ukur Keningau) " Mesyuarat ke-4: 28 September 2022 (Majlis Daerah Keningau) " Mesyuarat ke-5: 11 Januari 2023 (Majlis Daerah Keningau) " Mesyuarat ke-6: 27 Februari 2023 (Majlis Daerah Keningau)
5 3.4.3 Tinjauan atas talian Satu tinjauan atas talian (6 September 2022 3 6 Oktober 2022) telah dijalankan untuk mendapat maklum balas daripada warga Sook berhubung cadangan menaik taraf daerah kecil ini ke daerah penuh. Sasaran kaji selidik adalah penduduk di kawasan DKS. Seramai 778 responden telah memberikan kerjasama dalam tinjauan ini. 3.5 Kriteria-kriteria pewujudan sebuah daerah penuh Kriteria yang diguna pakai dalam pewujudan sebuah daerah penuh telah diadaptasi dalam siri penilaian yang terdahulu oleh pihak IDS. Kriteria tersebut diterima dan diiktiraf sebagai satu piawaian dalam penilaian kemungkinan mewujudkan sebuah daerah penuh di Negeri Sabah. Beberapa faktor atau kriteria utama yang telah dikenal pasti adalah seperti dalam Gambarajah 3.1: GAMBARAJAH 3.1 KRITERIA UTAMA PEWUJUDAN SEBUAH DAERAH PENUH Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023
6 3.5.1 Penduduk Bilangan penduduk merupakan antara kriteria dalam menentukan penaiktarafan sebuah daerah kecil ke sebuah daerah penuh. Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat minimum 30,000 jumlah penduduk untuk menaik taraf daerah kecil ke daerah penuh. 3.5.2 Corak penempatan Kriteria ini merujuk kepada penumpuan atau corak penempatan di kawasan kajian yang akan memberi implikasi dari segi penyampaian khidmat pentadbiran yang efektif dan efisien kepada masyarakat awam. Pola penempatan yang tersusun, berkelompok dan senang dihubungi menjadi keutamaan dalam menentukan pembentukan sebuah daerah penuh. 3.5.3 Beban kerja (volume of work) Kriteria ini menentukan permintaan dan kekerapan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Penuh dan Pejabat Daerah Kecil berdasarkan tuntutan masyarakat serta pelabur pada masa kini. 3.5.4 Inisiatif pembangunan semasa Kriteria ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai kesan program pembangunan dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta di kawasan kajian. 3.5.5 Potensi pembangunan ekonomi dan fizikal Kriteria ini akan menganalisis potensi pembangunan masa depan di kawasan kajian dan kawasan sekitar yang akan memberi implikasi terhadap keperluan untuk mendapatkan sokongan perkhidmatan pentadbiran daripada sebuah pejabat daerah penuh. 3.5.6 Pembangunan, modal dan perbelanjaan berulang Kriteria ini adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber kewangan awal, perbelanjaan berulang dan jangka masa panjang yang diperlukan untuk melaksana dan mengekalkan kesinambungan operasi pejabat dan majlis daerah secara teratur dan kos efektif. 3.5.7 Rasional kewujudan sempadan daerah Persempadanan yang dibentuk menjurus kepada pembentukan sebuah daerah penuh sesuai dengan kehendak semasa dan di masa hadapan di samping mempunyai hubungan yang bermanfaat dengan daerah-daerah sekitarnya. 3.6 Penilaian cadangan pembentukan daerah penuh Kemungkinan untuk mewujudkan sesebuah daerah penuh akan dinilai berdasarkan hasil kajian daripada data primer dan sekunder yang telah dianalisis. Kesimpulan yang dihasilkan akan membentuk faktor-faktor sokongan utama dalam membuat keputusan akhir sama ada kawasan kajian memenuhi syarat-syarat bagi penubuhan sebuah daerah penuh.
LATARBELAKANG DAERAH KENINGAU DAN DAERAH KECIL SOOK BAHAGIAN 4 Sejarah ringkas daerah Lokasi daerah Keningau Lokasi daerah kecil Sook dalam kawasan daerah Keningau Topografi dan Fisiografi Keadaan iklim Penduduk dan corak penempatan Kemiskinan Pengangkutan Pusat Kesihatan Pendidikan dan latihan 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 Kemudahan pusat ibadat, komuniti dan rekreasi 4.11 4.12 Perkhidmatan telekomunikasi dan pos 4.13 Utiliti awam 4.14 Perparitan dan saliran Jabatan dan agensi kerajaan di daerah kecil Sook 4.16
7 4.0 LATAR BELAKANG DAERAH KENINGAU DAN DAERAH KECIL SOOK 4.1 Sejarah ringkas daerah Daerah Keningau Keningau mula dikenali pada tahun 1893 sewaktu pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (North Borneo Chartered Company). Pada ketika itu, Keningau merupakan pengeluar utama kulit kayu manis. Semasa pemerintahan British, terdapat satu penempatan di kawasan pedalaman yang ditumbuhi kayu manis yang mana kulit kayu ini amat sesuai digunakan untuk tujuan memasak. Pada asalnya kayu manis ini lebih sinonim dengan panggilan kayu koningau di kalangan masyarakat kawasan pedalaman. Potensi pasaran yang besar bagi produk tersebut telah menarik minat syarikat British untuk menjadikan kulit kayu manis sebagai bahan pasaran eksport. Peningkatan permintaan kayu manis telah menarik minat masyarakat sekitar datang ke kawasan tersebut untuk mencari hasil pendapatan. Ekoran daripada itu, penduduk yang berhijrah mula membuka penempatan dan meneroka tanah di kawasan pedalaman yang akhirnya diberi nama Keningau. Pembangunan daerah Keningau terus dinikmati oleh masyarakat setempat. Keningau yang dahulunya dikenali sebagai pengeluar kulit kayu manis, kini lebih terkenal dengan sejarah dan budaya yang unik. Seiring dengan peredaran masa, Keningau turut memainkan peranan penting dalam menghubungkan kawasan pantai timur dan pantai barat selepas terbinanya jalan raya Kalabakan yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, pertanian, pelancongan dan budaya. Sook Sook berasal daripada nama sungai Sook. Sungai tersebut mengalir merentasi kawasan terpencil yang disebut dalam bahasa masyarakat tempatan sebagai <sook= yang bermaksud mencedok atau mengaut. Sungai tersebut yang dikatakan mengalir sehingga ke kuala sungai Padas mempunyai sejarahnya tersendiri dan kawasan sekitar sungai ini dinamakan sebagai Sook. Peta 4.1 menunjukkan kedudukan DUN N.45 Sook yang merangkumi empat (4) mukim dan bersempadan dengan DUN N.44 Tulid. Tulid Tulid merupakan salah satu penempatan terawal di DKS. Menurut sejarah, masyarakat suku Murut Bookan yang pada ketika itu membuka penempatan yang dipanggil <simpungan= yang membawa maksud perkumpulan. Simpungan ini terletak bersebelahan dengan kuala sungai Sook dan berhampiran dengan kuala sungai Karamatoi. Masyarakat Murut Bookan ini telah meneroka kawasan baharu di sepanjang tebing sungai Matulid yang bermaksud lurus. Kawasan penempatan baharu tersebut dinamakan sebagai Tulid. Peta 4.1 menunjukkan kedudukan DUN N.44 Tulid yang merangkumi empat (4) mukim di kawasan ini.
8 PETA 4.1 KAWASAN DUN N.44 TULID DAN N.45 SOOK Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023
9 4.2 Lokasi daerah Keningau Daerah Keningau merupakan satu daerah yang terletak di bahagian pedalaman atas pada titik 34.75 hingga 46.3 darjah garis bujur dan 14.4 darjah hingga 15.6 darjah garis lintang. Daerah Keningau kelihatan seperti sebuah lembah yang dikelilingi oleh Banjaran Crocker dan Banjaran Trusmadi yang terletak lebih kurang 128km ke Selatan Kota Kinabalu dan terpisah oleh Banjaran Crocker. Peta 4.2 menunjukkan kedudukan daerah Keningau. Keningau menghubungkan beberapa daerah lain melalui jalan raya seperti: " Jalan Kota Kinabalu-TambunanKeningau; " Jalan Kota Kinabalu-Kimanis-Keningau; " Jalan Ranau-Tambunan-Keningau; " Jalan Sipitang-Tenom-Keningau; dan " Jalan Tawau-Kalabakan-Keningau PETA 4.2 KEDUDUKAN DAERAH KENINGAU DI SABAH Sumber: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, 2022 4.3 Lokasi DKS dalam kawasan daerah Keningau DKS merupakan sebahagian daripada daerah Keningau. Keluasan DKS adalah hampir 58% daripada keluasan daerah Keningau (Peta 4.3). DKS terletak bersempadan dengan daerah Tongod, Nabawan, Tenom, Tambunan dan Ranau. DKS boleh dihubungi melalui jalan KeningauKalabakan dan Tongod-Sook. Ini menjadikan DKS sebagai kawasan yang strategik untuk persinggahan.
10 PETA 4.3 KEDUDUKAN KAWASAN KAJIAN Sumber: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, 2022
11 4.4 Topografi dan fisiografi DKS terdiri daripada kawasan tanah rata, hutan simpan dan bukit bukau. Secara amnya, DKS berketinggian 1,350m daripada aras laut (Peta 4.4). Tadahan sungai Padas di mana terletaknya dataran Sook, didasari oleh batuan sedimen yang dimendapkan di geosincline Borneo Barat Laut. Batuan ini dikelompokkan sebagai (a) Formasi Crocker dan (b) Formasi Temburong. Formasi Crocker menduduki sebahagian besar kawasan Sook manakala Formasi Temburong hanya terdapat di sudut barat dan barat daya kawasan ini. Di sepanjang sungai-sungai utama, terdapat aluvium. Endapan aluvium dikelompokkan sebagai Aluvium Aras Tinggi (Teres) dan Aluvium Terkini. Dataran Sook dialirkan oleh sistem sungai Sook yang berasal dari Banjaran Trusmadi. Tadahan Sungai Sook mempunyai keluasan 1,684km², mewakili 22% daripada jumlah tadahan sungai Padas (saluran air kedua terbesar di Sabah). Sungai Sook mengalir ke arah selatan melalui sebahagian besar endapan lacustrine/aluvium terkini, dan mengalir ke sungai Padas (Pegalan Atas) utama berhampiran Keningau.
12 PETA 4.4 TOPOGRAFI DAN FISIOGRAFI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023
13 4.5 Keadaan iklim Telah menjadi satu tren bahawa wilayah pedalaman Sabah menerima lebih sedikit hujan berbanding dengan wilayah pantai barat. Laporan tahun 1976 menyatakan kawasan barat Banjaran Crocker menerima purata hujan tahunan 2,500mm 3 4,000mm manakala kawasan timur hanya 1,500mm 3 2000mm. Malaysia yang terletak di kawasan doldorum khatulistiwa amat jarang sekali mengalami keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau dan angin pada amnya adalah lemah. Iklim Sabah adalah khatulistiwa iaitu suhu yang agak seragam dalam julat 23°C-28°C, berkelembapan tinggi (80-85%) dan menerima hujan yang banyak. Pengaruh dominan terhadap iklim ialah monsun timur laut dari November hingga Mac dan monsun barat daya antara Mei dan September. Secara umumnya kawasan kajian mempunyai ciri-ciri iklim Malaysia iaitu iklim khatulistiwa yang mempunyai suhu yang seragam. Kawasan Sook mempunyai kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak.
14 4.6 Penduduk dan corak penempatan DKS merangkumi dua (2) DUN iaitu N.44 Tulid dan N.45 Sook. Bagi kawasan DUN Tulid, terdapat empat (4) mukim telah diwujudkan iaitu mukim Tulid, Lanas, Minawo dan Sebrang yang melibatkan 68 buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 30,721 orang. DUN Sook juga mempunyai empat (4) mukim iaitu Tiulon, Sook, Ansip dan Dalit yang melibatkan 86 buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 31,450 (rujuk Lampiran 1). Berdasarkan maklumat daripada UPPM DUN Tulid, anggaran pendapatan penduduk bagi Mukim Tulid adalah sebanyak RM15,000.00, Lanas RM16,500.00, Minawo RM13,500.00 dan Sebrang RM32,000.00 setahun. Aktiviti pertanian dan penternakan merupakan punca pendapatan penduduk di kawasan Tulid. Berdasarkan maklumat penduduk, dapat dilihat bahawa penduduk di DUN Sook bergantung kepada aktiviti pertanian yang merupakan sumber ekonomi mereka. Sektor pertanian di Sook tertumpu kepada tanaman kelapa sawit, getah serta buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan (Lampiran 2). Oleh sebab itu, kegiatan pertanian mempunyai kaitan rapat dengan corak penempatan bagi setiap mukim yang terdapat di Sook. Corak penempatan adalah teratur dan sejajar sepanjang jalan raya yang menghubungkan kawasan kampung di DKS. Selain itu, kawasan ini juga mudah dihubungi dan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air serta perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya.
15 4.7 Kemiskinan Jadual 4.1 dan Gambarajah 4.1 menunjukkan statistik kemiskinan di DKS dari tahun 2018- 2022. Setakat November 2022, terdapat seramai 2,382 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dalam senarai e-Kasih di DKS. Bilangan ini merangkumi 731 KIR miskin tegar, 1,076 KIR miskin dan selebihnya (575 KIR) termasuk dalam senarai terkeluar. Berdasarkan data tersebut, terdapat peningkatan jumlah miskin tegar di DKS daripada tahun 2019 (321 KIR) sehingga tahun 2022 seramai 731 KIR. Faktor kemiskinan yang berlaku di kawasan ini mungkin disebabkan oleh faktor kebergantungan hasil pertanian yang mempunyai harga komoditi yang rendah seperti hasil getah. JADUAL 4.1 STATISTIK STATUS KEMISKINAN DI DKS BAGI TAHUN 2018-2022 Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 Miskin Tegar 322 321 400 598 731 Miskin 267 335 434 307 1076 Terkeluar 593 631 773 236 575 Jumlah 1,182 1,287 1,607 1,141 2,382 Sumber: Pejabat e-Kasih Daerah Kecil Sook, 2022 GAMBARAJAH 4.1 TREN KEMISKINAN DI DKS BAGI TAHUN 2018-2022 Sumber: Pejabat e-Kasih Daerah Kecil Sook, 2022
16 4.8 Pengangkutan 4.8.1 Jaringan jalan raya Lokasi DKS terletak di antara pantai timur dan pantai barat Sabah yang berfungsi sebagai bandar perkayuan dan pertanian serta pekan transit untuk pemandu kenderaan dari Keningau ke Tawau melalui jalan Keningau-Sook-SapulutKalabakan-Tawau. Kawasan ini mudah diakses melalui jalan raya (kira-kira 42km) dari pusat pentadbiran daerah Keningau yang terletak 170km ke tenggara ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Jaringan jalan raya di kawasan Sook meliputi kawasan seluas 2,037.543km² (203,800Ha). Jalan raya di sekitar Sook menghubungkan lapan (8) buah mukim yang terdapat di kawasan N.45 Sook (Mukim Ansip, Dalit, Sook dan Tiulon) dan N.44 Tulid (Mukim Lanas, Tulid, Sebrang dan Menawo). Semua jalan raya menghubungkan 157 buah kampung (86 buah kampung di Sook dan 71 buah kampung di Tulid). Jalan raya di DKS dapat dikategorikan kepada jalan berturap (225.8km) dan jalan tidak berturap (293.37km) (Jadual 4.2). Jaringan jalan raya ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. Penyelenggaraan jalan raya berturap di DKS dikendalikan oleh syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd dan WKW Eramaju (Jadual 4.3). Manakala jalan tidak berturap diselenggarakan oleh kontraktor yang dilantik pihak JKR sendiri (Jadual 4.4). Terdapat hanya satu rancangan pembinaan jalan raya (baru/naik taraf) iaitu Jalan Tiulon 3 Simbuan yang sedang melalui proses pengesahan tender. JADUAL 4.2 JENIS-JENIS JALAN RAYA NEGERI DI DKS Daerah Jalan Negeri Berturap (km) Jalan Negeri Tidak Berturap (km) Jumlah (km) Sook 225.80 293.37 519.17 Sumber: Jabatan Kerja Raya Sook, 2022 JADUAL 4.3 PENYELENGGARAAN JALAN BERTURAP Bil Syarikat Konsesi Panjang (km) 1 Globinaco Sdn Bhd 129.23 2 WKW Eramaju 96.60 Jumlah 2,250.83 Sumber: Jabatan Kerja Raya Sook, 2022 JADUAL 4.4 PENYELENGGARAAN JALAN TIDAK BERTURAP Projek Kontraktor No. Kontrak Panjang (km) Penyelenggaraan jalan Ansip Dalit dan lain-lain jalan berkaitan Kibaran Pelangi Sdn Bhd HQ.57/2018(S) - kontrak lima (5) 11.6 tahun (2018 -2023) Penyelenggaraan jalan Karamatoi dan lain-lain jalan berkaitan Hasria Enterprise HQ.39/2020(S) 95.00 - kontrak lima (5) tahun (2020 - 2025) Penyelenggaraan jalan lain di Sook JKR Sook 186.77 Jumlah 293.37 Sumber: Jabatan Kerja Raya Sook, 2022
17 4.8.2 Pengangkutan awam Kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di DSK adalah perkhidmatan pengangkutan bas mini dan kereta sewa. Tambang yang dikenakan untuk perkhidmatan tersebut adalah seperti dalam Jadual 4.5. JADUAL 4.5 KEMUDAHAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DI DKS Bil. Laluan Tambang Sehala (RM) Bas Mini Kereta Sewa 1 Tulid 3 pekan Sook 5.00 Tiada 2 Lanas 3 pekan Sook 15.00 Tiada 3 Pekan Sook - Keningau 10.00 13.00 4 Pekan Sook 3 pekan Nabawan Tiada 12.00 Sumber: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tulid, 2022 4.8.3 Jambatan Jadual 4.6 menunjukkan senarai jenis jambatan yang terdapat di DKS. Steel girder timber decking merupakan jenis jambatan yang kerap digunakan dengan jumlah 30 buah di DKS selain 22 buah jenis concrete bridge/permanent bridge. Selebihnya menggunakan jenis steel girder concrete decking, bailey bridge dan low level crossing. JADUAL 4.6 SENARAI JAMBATAN MENGIKUT JENIS Bil. Jenis Jambatan Jumlah 1 Concrete bridge/permanent bridge 22 2 Steel girder timber decking 30 3 Steel girder concrete decking 3 4 Bailey bridge 4 5 Low level crossing 1 Sumber: Jabatan Kerja Raya Sook, 2022 4.8.4 Cadangan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Masih terdapat jalan raya yang perlu dibaiki dan dinaik taraf di DKS. Lampiran 3 menunjukkan senarai projek cadangan Jalan Luar Bandar (JALB) RMK-12 mengikut keutamaan untuk N.44 Tulid dan N.45 Sook bagi memudahkan pergerakan pengangkutan penduduk sekaligus meningkatkan pembangunan ekonomi kawasan ini. Peta 4.5 menunjukkan jaringan jalan raya di DKS.
18 PETA 4.5 JARINGAN JALAN RAYA DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023
19 4.8.5 Unjuran dana yang diperlukan untuk penyelenggaraan jalan raya Anggaran peruntukan yang diperlukan untuk penyelenggaraan jalan raya di DKS adalah sebanyak RM18 juta setahun. Ini juga mengambil kira penglibatan kerja-kerja penyelenggaraan untuk jalan berturap dan jalan tidak berturap, semua jenis jambatan, culvert, perparitan dan yang berkaitan dengan jalan di bawah seliaan JKR Sook. 4.8.6 Kemudahan kawasan rehat dan rekreasi (R&R) Terdapat satu sahaja kemudahan kawasan rehat dan rekreasi (R&R) iaitu LS Food Court yang terletak berdekatan dengan pekan Sook. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan yang dicadangkan atau yang sesuai untuk pembinaan kemudahan tersebut iaitu kawasan yang terletak di perantaraan jalan Sinaron (Sook) ke Linayukan (Tongod). 4.8.7 Isu dan masalah berkaitan pembangunan jaringan jalan raya Isu dan masalah berkaitan dengan jaringan jalan raya yang dihadapi oleh JKR di DKS adalah seperti berikut: a. Peruntukan atau dana untuk penyelenggaraan terhad; b. Faktor kenderaan berat yang melebihi muatan punca utama kerosakan jalan raya; dan c. Ketiadaan jentera dan kekurangan kakitangan di JKR Sook untuk kerja-kerja pembaikan, pemantauan dan penyelenggaraan jalan raya. Selain itu, pihak JKR juga telah menyenaraikan keperluan mendesak dalam RMK-13 yang perlu diberi perhatian untuk kerja penaiktarafan iaitu: a. Jalan Karamatoi3Jalan Molosok Dalit (36km); b. Jalan Kebulu3Seri Menanti Bunang (20km); c. Jalan Kuala Tinagalan Bangawong (12.6km); dan d. Jalan Kg. Malima Binuou Tengah (8.4km). 4.9 Pusat kesihatan 4.9.1 Jenis kemudahan kesihatan Kemudahan kesihatan merupakan aspek penting dalam sistem perawatan di DKS. Dengan penyediaan pusat kesihatan, penduduk mendapat akses perkhidmatan seperti penjagaan primer, rawatan pergigian, perkhidmatan kecemasan dan juga rawatan pesakit luar. Jadual 4.7 menunjukkan senarai kemudahan perkhidmatan kesihatan yang terdapat di DKS manakala Peta 4.6 menunjukkan lokasi kemudahan kesihatan di kawasan kajian.