118 5.3 Unjuran perolehan pendapatan Sook Jadual 5.37 menunjukkan Unjuran Perolehan Pendapatan bagi DKS daripada tahun 2022 sehingga 2031. Unjuran ini turut mengambil kira andaian bahawa pelan-pelan pembangunan yang dicadangkan dapat dilaksanakan. Antara sektor dan subsektor yang diunjurkan adalah pertanian, pungutan cukai kelapa sawit, penternakan, perikanan, pelancongan, pungutan cukai-cukai hartanah, pungutan lesenlesen, dan hartanah dan komersial. Semua data sektor dan subsektor diterima daripada jabatan atau agensi yang berada di DKS. Pada tahun 2022, DKS menjana pendapatan dalam anggaran RM719,814,180 sepanjang tahun tersebut (Jadual 5.35). Pendapatan ini termasuklah sumbangan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan juga Persekutuan melalui cukai-cukai dan sumbangan langsung melalui sektor dan subsektor komersial yang aktif. Anggaran purata pertumbuhan pendapatan sepanjang 10 tahun adalah 1.07%. Manakala, anggaran purata pertumbuhan bagi setiap sektor dan subsektor dari tahun 2022 sehingga 2031 pula adalah sebanyak 10.41%. Anggaran peratusan pertumbuhan adalah bergantung kepada pemboleh ubah (variable) setiap sektor dan subsektor dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti keluasan tanah yang boleh dibangunkan, harga pasaran semasa dan lainlain. Dengan menggunakan perbandingan di tahun 2022, sektor pertanian adalah penyumbang terbesar di dalam unjuran perolehan pendapatan dengan sumbangan sebanyak 89.39% (RM630,207,561) daripada keseluruhan pendapatan. Hasil kelapa sawit dengan keluasan sebanyak 33,546.07Ha (estet dan pekebun kecil) memberikan sumbangan yang terbesar di antara semua aktiviti ekonomi di DKS termasuklah jualan minyak sawit mentah dan juga buah tandan segar. Pungutan cukai kelapa sawit (ses MPOB, levi keuntungan luar biasa (BTS) dan cukai jualan minyak sawit mentah) dan penternakan masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga bagi penyumbang utama unjuran perolehan pendapatan DKS. JADUAL 5.35 PENDAPATAN DAN PERATUSAN SUMBANGAN UNTUK SETIAP SEKTOR (PERBANDINGAN TAHUN 2022) Bil. Sektor/Subsektor Pendapatan (RM) Peratusan Pendapatan 1 Pertanian 630,207,561 87.6% 2 Pungutan Cukai Kelapa Sawit 64,355,573 9.13% 3 Penternakan 24,200,944 3.4% 4 Perikanan 327,232 0.05% 5 Pelancongan 302,292 0.04% 6 Pungutan Cukai-Cukai Hartanah 214,209 0.03% 7 Pungutan Lesen-Lesen 110,850 0.02% 8 Hartanah & Komersial 95,520 0.01% Jumlah 705,023,007 100% Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023
119 Keseluruhan perolehan pendapatan juga hanya mengambil kira sektor dan subsektor komersial yang aktif. Pendapatan yang dijana selain daripada sektor komersial yang aktif direkodkan di dalam laporan dan tidak dimasukkan ke dalam unjuran perolehan pendapatan. Berikut merupakan andaian-andaian pengiraan sebagai rujukan kepada unjuran perolehan pendapatan bagi DKS (2022-2031): " Purata peningkatan mengambil kira jangka masa sederhana (2022-2026) dan jangka masa panjang (2027- 2031); " Data asas untuk membuat unjuran adalah berdasarkan maklumat sedia ada serta pemerhatian daripada pengkaji; " Berdasarkan kepada purata harga pasaran semasa dan tidak mengunjurkan perubahan harga sepanjang 10 tahun; " Tren peningkatan kedatangan pelancong dan pengeluaran ternakan mengambil kira statistik bagi Negeri Sabah dan Malaysia serta berpandukan data daripada jabatan dan agensi yang berkaitan; " Tren peningkatan sektor pertanian mengambil kira jumlah keluasan tanah sedia ada yang boleh dibangunkan dan tidak termasuk kawasan sensitif seperti hutan simpan, kawasan tadahan air hujan dan sebagainya; " Unjuran peningkatan pendapatan bagi hartanah dan perniagaan komersial berdasarkan kepada purata hasil kutipan sewa bagi bangunan sedia ada dan cadangan pekan baru secara mendatar; " Unjuran perolehan pendapatan DKS adalah berdasarkan kepada anggaran harga/nilai cukai semasa dan tidak berubah sepanjang 10 tahun.
120 JADUAL 5.36 UNJURAN PEROLEHAN PENDAPATAN DKS SEKTOR TAHUN 2022 2023 2024 2025 2026 2027 2028 2029 2030 2031 RM PELANCONGAN PELANCONGAN 152,292 152,901 153,513 154,127 154,743 155,362 155,984 156,608 156,921 156,921 KRAFTANGAN 150,000 157,500 157,500 157,500 157,500 162,225 167,092 172,105 177,268 182,586 SUB-TOTAL 302,292 310,401 311,013 311,627 312,243 317,587 323,076 328,712 334,189 339,507 PERTANIAN KELAPA SAWIT (CPO) 283,892,339 284,176,232 284,460,408 284,744,868 285,029,613 285,314,643 285,457,300 285,600,029 285,742,829 285,885,700 KELAPA SAWIT 339,321,366 339,660,688 340,000,348 340,340,349 340,680,689 341,021,370 341,362,391 341,703,753 342,045,457 342,387,503 GETAH 5,865,666 5,953,651 6,042,956 6,133,600 6,225,604 6,287,860 6,350,739 6,414,246 6,478,389 6,543,172 PADI SAWAH 858,910 859,769 860,628 861,489 862,350 862,782 863,213 863,645 864,076 864,509 KOKO 269279.6 269,818 270,358 270,899 271,440 271,712 271,983 272,255 272,528 272,800 SUB-TOTAL 630,207,561 630,920,157 631,634,698 632,351,205 633,069,697 633,758,366 634,305,626 634,853,928 635,403,279 635,953,684 PENTERNAKAN SUSU SEGAR 20,468,544 20,673,229 20,879,961 21,088,761 21,299,649 21,512,645 21,727,772 21,836,410 21,945,592 22,055,320 LEMBU 3,645,600 3,682,056 3,718,877 3,756,065 3,793,626 3,812,594 3,831,657 3,850,815 3,870,069 3,889,420 KERBAU 48,000 48,480 48,965 49,454 49,949 50,448 50,953 51,208 51,464 51,721 KAMBING 23,400 23,634 23,870 24,109 24,350 24,594 24,717 24,840 24,964 25,089 KHINZIR 9,450 9,923 10,419 10,940 11,487 12,061 12,664 13,044 13,435 13,838 BEBIRI 5,950 6,010 6,070 6,130 6,192 6,254 6,316 6,348 6,379 6,411 SUB-TOTAL 24,200,944 24,443,331 24,688,161 24,935,460 25,185,252 25,418,596 25,654,078 25,782,665 25,911,905 26,041,800 PERIKANAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR & AKUAKULTUR 327,232 330,504 333,809 337,147 340,519 342,222 343,933 345,652 347,381 349,117 SUB-TOTAL 327,232 330,504 333,809 337,147 340,519 342,222 343,933 345,652 347,381 349,117 HARTANAH & KOMERSIAL TAMU MINGGUAN PEKAN 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 PASAR UMUM 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 13,320 GERAI RUNCIT 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 5,400 GERAI 8 PINTU 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 4,800 SUB-TOTAL 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 95,520 PUNGUTAN CUKAI-CUKAI HARTANAH KUTIPAN LESEN OPERASI PEKAN SOOK 141,873 142,582 143,295 144,012 144,732 145,455 145,892 146,329 146,768 147,209 KUTIPAN CUKAI PINTU SOOK POINT 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 72,336 CUKAI PINTU CADANGAN PEKAN BARU SOOK 98,640 98,640 SUB-TOTAL 214,209 214,918 215,631 216,348 217,068 217,791 218,228 218,665 317,744 318,185 PUNGUTAN LESEN-LESEN LESEN BERNIAGA (TRADING LICENCE) 110,850 111,959 113,078 114,209 115,351 116,504 117,087 117,672 118,261 118,852 SUB-TOTAL 110,850 111,959 113,078 114,209 115,351 116,504 117,087 117,672 118,261 118,852 PUNGUTAN CUKAI KELAPA SAWIT CUKAI JUALAN MSM/CPO 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 14,627,502 LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA (BTS) 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 48,704,245 SES MPOB 1,023,826 1,024,850 1,025,875 1,026,901 1,027,928 1,028,955 1,029,984 1,030,499 1,031,015 1,031,530 SUB-TOTAL 64,355,573 64,356,597 64,357,622 64,358,647 64,359,674 64,360,702 64,361,731 64,362,246 64,362,761 64,363,277 JUMLAH KESELURUHAN 719,814,180 720,783,387 721,749,532 722,720,163 723,695,324 724,627,289 725,419,279 726,105,062 726,891,039 727,579,942
ISU DAN MASALAH BAHAGIAN 6
121 6.0 ISU DAN MASALAH Jadual 6.1 menunjukkan isu dan masalah dari lapan (8) agensi dan jabatan yang terlibat di DKS. Perkara ini harus diatasi bagi memastikan kesiapsiagaan DKS menjadi daerah penuh. Isu dan masalah tersebut melibatkan infrastruktur, kemudahan kesihatan, pendidikan dan latihan, belia dan komuniti serta sektor ekonomi termasuk keusahawanan. JADUAL 6.1 ISU DAN MASALAH DIHADAPI OLEH DKS Bil. Isu dan Masalah 1 Jaringan Jalan raya i. Peruntukan atau dana untuk penyelenggaraan terhad ii. Punca utama kerosakan jalan raya: Kenderaan berat yang melebihi muatan menggunakan jalan raya iii. Ketiadaan jentera dan juga kekurangan kakitangan di JKR Sook untuk kerja-kerja pembaikan/pemantauan/penyelenggaraan iv. Kerja menaik taraf yang perlu diberi perhatian: " Jalan Karamatoi 3 Jalan Molosok Dalit (36km) " Jalan Kebulu 3 Seri menanti Bunang (20km) " Jalan Kuala Tinagalan Bangawong (12.6km) " Jalan Kg. Malima Binuou Tengah (8.4km)
122 Bil. Isu dan Masalah 2 Pusat Kesihatan i. Klinik kesihatan berstruktur kayu yang usang dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembaikan: " Klinik Kesihatan Sook " Klinik Kesihatan Tulid " Klinik Desa Kabatang Baru ii. Klinik Kesihatan Sook yang sempit dan tidak dapat menampung kedatangan pesakit yang semakin meningkat dan perlu dinaik taraf kepada jenis 4 iii. Klinik Kesihatan Tulid memerlukan lokasi tapak baru yang lebih tinggi dan selamat kerana seringkali ditimpa bencana banjir iv. Pembinaan bangunan sementara Klinik Kesihatan Mansiat yang ranap terbakar pada Jun 2022 perlu disiapkan dengan segera 3 Pendidikan dan Latihan i. Beban kerja dan kawasan yang terlalu luas bagi PPD Keningau, justeru memerlukan PPD yang baharu di DKS untuk pentadbiran yang lebih cekap dan efisien ii. Jarak sekolah yang jauh dengan jalan melalui tanah merah menyukarkan perjalanan iii. Terdapat jalan yang sukar dilalui ketika musim hujan menyebabkan murid dan guru tidak dapat hadir ke sekolah 4 Kemudahan Pusat Ibadat, Komunikasi dan Rekreasi i. Kekurangan prasarana dan fasiliti untuk aktiviti-aktiviti sosial belia di Sook termasuklah kompleks sukan ii. Fasiliti yang sedia ada perlu dinaik taraf dan ditambah baik iii. Majoriti belia di DKS tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap berikutan kurang peluang pekerjaan iv. Tanah yang sukar dimajukan kerana kurang sesuai v. DKS berhadapan potensi risiko kekurangan golongan muda yang produktif kerana berhijrah ke luar kawasan 5 Sektor Pertanian 1 i. Keperluan pembangunan tanaman makanan kerana bersaing pasaran dengan tanaman utama seperti getah dan kelapa sawit ii. Status tanah di DKS yang belum bergeran dan menyukarkan pembangunan pertanian secara lestari dan berterusan iii. Tanah-tanah berdekatan hanya sesuai dengan tanaman sawit dan getah serta beberapa jenis tanaman jangka pendek iv. Masalah infrastruktur yang menghubungkan ladang-ladang belum dinaik taraf menyebabkan jalan sukar dilalui terutamanya pada musim hujan v. Petani yang terpaksa mengharapkan air hujan untuk aktiviti saliran dan pengairan disebabkan oleh empat (4) skim pengairan yang berfungsi untuk kawasan penanaman padi namun belum dinaik taraf vi. Sebahagian besar kawasan padi tidak sesuai dibangunkan melalui skim pengairan disebabkan kawasan penanaman padi yang berselerak vii. Pengendalian kawasan tanaman masih diusahakan secara tradisional viii. Jumlah keluasan tanah peserta yang dibangunkan dengan tanaman kelapa sawit terlalu kecil iaitu kurang daripada 10 ekar dan ini tidak dapat menampung kos semasa yang semakin meningkat ix. FELCRA berhadapan dengan isu pencerobohan peserta dalam membangunkan tanaman yang mengakibatkan lot-lot tanaman tidak dapat diusahakan x. Geran para pekebun lambat dikeluarkan sehingga menyukarkan permohonan tanam semula getah xi. Tanah geran jauh dari jalan utama menyukarkan pengangkutan hasil tanaman dan pengendalian kebun xii. LKM terpaksa bersaing dengan tanaman komoditi yang lain seperti kelapa sawit, getah dan lain-lain tanaman bagi pembangunan pertanian xiii. Jarak yang jauh serta keadaan jalan yang teruk turut menyukarkan pihak LKM memantau kegiatan penanaman
123 Bil. Isu dan Masalah 6 Sektor Perikanan i. Kakitangan pejabat setakat ini hanya ditadbir oleh dua (2) orang pekerja sahaja ii. Semua kerja-kerja pentadbiran dan teknikal pembangunan akuakultur digalas dengan tenaga kerja yang terhad iii. Kawasan pentadbiran yang sangat luas menyebabkan pemantauan tidak dapat dilakukan dengan baik iv. Masih terdapat kampung-kampung yang sukar untuk dilawati kerana keadaan jalan perhubungan yang tidak berbatu dan licin v. Ternakan ikan air tawar sebagai aktiviti sampingan dan ramai pengusaha lebih menumpukan masa kepada komoditi seperti kelapa sawit dan getah vi. Pengeluaran ikan air tawar tidak mencukupi kerana permintaan dan pasaran semakin meningkat setiap tahun vii. Kekurangan sumber benih ikan yang berkualiti, penternak amat bergantung kepada subsidi jabatan dan juga sumber bekalan daripada luar viii. Kurangnya kemahiran dalam menghasilkan benih ikan sendiri ix. Kawasan yang kurang sesuai untuk dijadikan kolam penternakan ikan (contoh: sumber dan kualiti air serta kesukaran perhubungan jalan raya) x. Masalah pemilikan tanah yang tidak bergeran menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan berupa insentif daripada kerajaan xi. Harga makanan ikan terlalu mahal 7 Sektor Penternakan i. Kekurangan pekerja dan kenderaan untuk mengendalikan projek menyukarkan aktiviti pemantauan dan pengembangan pembangunan ternakan di DKS 8 Perniagaan dan Keusahawanan i. Kampung-kampung yang terletak di kawasan pedalaman tidak mempunyai hubungan telekomunikasi yang baik menyebabkan kesukaran untuk membuat pemantauan ii. Majoriti keadaan jalan raya kampung belum dinaik taraf, dan berlubang turut menyukarkan pemantauan 9 Pelancongan i. Pusat-pusat pelancongan di DKS majoritinya diusahakan secara kecil-kecilan oleh keluarga dan tidak mempunyai modal yang besar untuk mengembangkan kawasan pusat pelancongan ii. Hampir seluruh pusat tarikan pelancongan menawarkan produk yang hampir serupa antara satu dengan lain seperti mendaki bukit, berkhemah dan aktiviti riadah sungai iii. Terdapat juga kawasan pusat tarikan pelancongan yang belum mendapat fasiliti asas seperti jalan raya yang belum diturap, air bersih, capaian internet dan elektrik 10 Perhutanan Jabatan Perhutanan i. Kekurangan pekerja ii. Risiko pencerobohan orang kampung untuk mengambil hasil hutan secara haram di kawasan hutan simpan Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, Jabatan Pertanian, MPOB, SLDB, FELCRA, RISDA, LKM, KPD, JPVS, Pejabat Perikanan Sook, JKR, KBSS Keningau dan Pusat Kesihatan Sook, 2022
ANALISIS PERANAN DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH KENINGAU, PEJABAT DAERAH KECIL SOOK DAN MAJLIS DAERAH KENINGAU BAHAGIAN 7 Peranan dan fungsi pejabat daerah Keningau, pejabat daerah kecil Sook dan Majlis Daerah Keningau dalam mentadbir kawasan kajian 7.1 Perbandingan peranan dan fungsi7.2 Beban kerja pejabat daerah kecil Sook7.3 Masalah pentadbiran dan implikasi kepada daerah kecil Sook 7.4
124 7.0 ANALISIS PERANAN DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH KENINGAU, PEJABAT DAERAH KECIL SOOK DAN MAJLIS DAERAH KENINGAU Bahagian ini menggambarkan peranan dan fungsi utama yang dimainkan oleh Pejabat Daerah Keningau (PDKgu), Pejabat Daerah Kecil Sook (PDKS) dan Majlis Daerah Keningau (MDKgu) terhadap kawasan Sook. Perkara ini hendaklah dilihat dari sudut pentadbiran, pengurusan dan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan kajian terutamanya dari segi kekerapan permintaan/penyediaan perkhidmatan dan bebanan kerja jabatan/agensi tersebut. PDKgu, PDKS dan MDKgu sememangnya memainkan peranan penting untuk menjadikan kawasan pentadbiran maju seiring dengan matlamat ke arah pembangunan yang lebih mampan. Pada dasarnya, Sook adalah sebahagian daripada daerah Keningau dan tertakluk kepada pentadbiran di bawah PDKgu dan MDKgu. Keluasan daerah Keningau adalah 3,533km² yang meliputi kawasan Sook. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2019, jumlah keseluruhan penduduk daerah Keningau termasuk Sook dianggarkan berjumlah 215,600 orang dengan 56.67% terdiri daripada etnik Kadazan/Dusun dan Murut dan bukan warganegara 23.42%. Pada masa kini, sumber ekonomi daerah Keningau bergantung kepada sektor pertanian dengan sokongan daripada pelbagai sektor lain seperti perikanan dan perniagaan. DKS merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bawah pentadbiran PDKgu yang telah diwartakan pada 1 Januari 1989. DKS terletak 40km dari selatan pekan Keningau dan 167km dari Kota Kinabalu. DKS mempunyai keluasan 2,037.54km² iaitu hampir 58% daripada keluasan daerah Keningau (3,533km²). Sumber ekonomi DKS lebih tertumpu kepada sektor pertanian. Pemimpin di kawasan Sook telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan kawasan pentadbirannya agar lebih maju dan juga berdaya saing. 7.1 Peranan dan Fungsi Pejabat Daerah Keningau Visi PDKgu adalah <Menjadikan Pejabat Daerah Keningau sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan, Pentadbiran dan Pembangunan= manakala misinya adalah <Meningkatkan Taraf dan Kualiti Hidup Masyarakat Daerah Keningau melalui Sistem Pengurusan Pentadbiran dan Pembangunan Sosioekonomi yang Maju, Cekap dan Berkesan=. Antara fungsi utama PDKgu adalah; i. Memainkan peranan sebagai ketua pentadbiran di peringkat daerah; ii. Merancang dan melaksanakan kemudahan-kemudahan asas masyarakat; iii. Merancang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berbilang kaum dalam bidang pertanian dan sosioekonomi; iv. Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti; v. Merancang dan mengurus pelaksanaan program-program pembangunan sosioekonomi sejajar dengan dasar pembangunan serta wawasan negara; vi. Mengurangkan kadar kemiskinan daerah melalui program penyusunan semula masyarakat; dan vii. Meningkatkan pembangunan fizikal dan mewujudkan prasarana untuk membantu proses peningkatan keharmonian masyarakat. Fungsi dan peranan PDKgu secara umumnya adalah seperti berikut: (a) Ejen Perancangan Pembangunan dan Pentadbiran Daerah
125 PDKgu turut memainkan peranan utama dalam menyelaras perancangan, pembangunan dan pelaksanaan beberapa projek luar bandar di dalam daerah pentadbirannya. Ia juga memantau pelaksanaan projek-projek dan program-program yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah, Mesyuarat Kumpulan Sasar serta jawatankuasajawatankuasa yang lain. (b) Mengurus Hal Ehwal Kehakiman dan Keselamatan - Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri (Native Court) Pegawai Daerah juga diperuntukkan sebagai Majistret/Hakim di bawah Kanun Panel (Panel Code) dan Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code), di mana beliau berkuasa untuk meleraikan pertikaian dan kesalahankesalahan sivil dan jenayah yang kurang serius. (c) Pelesenan Pegawai Daerah bertanggungjawab untuk meluluskan dan mengeluarkan lesen perniagaan di bawah Ordinan Lesen Perdagangan (Cap. 144) serta mengawal perniagaan yang terletak di bawah bidang kuasa pejabat daerah. Namun, pihak Majlis Daerah telah mengambil alih beberapa peranan bagi mengurus dan mengeluarkan beberapa lesen tertentu yang dahulunya dikendalikan oleh Pegawai Daerah. (d) Protokol dan Tanggungjawab Awam Pegawai Daerah bertindak sebagai penyambut rasmi bagi pegawai kerajaan berkedudukan tinggi atau kunjungan penting ketika menghadiri acara rasmi yang dilaksanakan di dalam kawasan pentadbirannya. Pegawai Daerah juga bertanggungjawab untuk menyusun perayaan umum dan majlismajlis yang akan dijalankan di peringkat daerah. (e) Majlis Daerah Pengerusi Majlis Daerah adalah Pegawai Daerah yang turut bertanggungjawab dalam menguatkuasakan pelbagai ordinan yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara ordinan tersebut adalah: " Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1959; " Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961; " Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Bab 141; " Ordinan Kesihatan Awam; dan " Ordinan Hiburan Awam, 1985. (f) Pentadbiran Pegawai Daerah juga bertanggungjawab secara keseluruhan untuk melaksana dan menyelaras fungsi pembangunan kerajaan dan programprogram perlaksanaan. Pegawai Daerah turut memberi arahan dan garis panduan kepada jabatan dan agensi kerajaan di peringkat daerah dengan bertindak sebagai pengerusi dalam pelbagai jawatankuasa secara tetap atau sementara. Antara jawatankuasa yang dibentuk ialah Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah, Jawatankuasa Keselamatan dan Jawatankuasa Bencana Daerah. Pegawai Daerah secara keseluruhannya menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh kementerian dan ibu pejabat jabatan-jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan.
126 7.1.2 Peranan dan Fungsi Pejabat DKS DKS telah diwartakan pada 1 Januari 1989 namun demikian, pentadbirannya bermula pada April 1992. PDKS dianggap sebagai penyelaras utama (chief coordinator) ke atas semua aktiviti pembangunan di peringkat daerah dan sebagai perantara di antara rakyat dengan Urusetia Negeri (State Secretariat) dan Kerajaan. Selari dengan pembangunan yang semakin meningkat di DKS, maka PDKS telah menetapkan visi <Menjadikan Pejabat Daerah Kecil Sook supaya menjadi Pejabat Daerah Penuh sebagai inspirasi kecemerlangan pengurusan pentadbiran dan pembangunan daerah= dan misi pula adalah <Meningkatkan taraf kualiti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang maju, cekap dan berkesan=. Piagam PDKS adalah seperti berikut: " Memberikan perkhidmatan dengan Bersih, Cekap, Amanah, Adil dan Mesra; " Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra dan serta merta; " Borang-borang Surat Akuan, Permohonan Rumah Kerajaan, SPA dan lain-lain akan diberikan serta merta tertakluk kepada stok masih ada; " Pengesahan dokumen dilakukan serta merta dengan syarat dokumendokumen berkenaan teratur; " Penyediaan Surat Akuan dilakukan pada hari yang sama dengan syarat dokumen-dokumen teratur dan pegawai yang diberi kuasa berada di pejabat; dan " Penyediaan perakuan pengecualian bayaran rawatan perubatan hospital dilakukan serta merta tertakluk kepada dokumen permohonan yang lengkap. Penolong Pegawai Daerah adalah peneraju pentadbiran di PDKS yang telah diberi mandat tertentu untuk menjalankan tugas pentadbiran di kawasan Sook. Secara umumnya, tugas Penolong Pegawai Daerah adalah hampir sama dengan Pegawai Daerah Keningau iaitu melibatkan perancangan pembangunan, pelaksanaan projek luar bandar berskala kecil serta penyelarasan dan pemantauan projekprojek jabatan lain di bawah bidang kuasa beliau di peringkat daerah kecil. Penolong Pegawai Daerah juga berurusan dengan perkara-perkara seperti Mahkamah Anak Negeri serta aktiviti protokol dan majlis rasmi kerajaan. Walau bagaimanapun, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook (PPDKS) mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk menjalankan tugas pentadbiran memandangkan Sook hanya merupakan sebuah daerah kecil. Antara keterbatasan tugas dan peranan PPDKS adalah seperti berikut: (a) Pelesenan PDKS tidak mempunyai kuasa untuk memproses atau meluluskan permohonan lesen perniagaan dan mengutip bayaran lesen. (b) Pendaftaran PPDKS tidak diberi kuasa untuk pendaftaran perkahwinan, kematian dan kelahiran di kawasan DKS kerana ketiadaa pejabat pendaftaran di kawasan ini. (c) Majistret Kelas 2 PPDKS bertindak sebagai Majistret Kelas Kedua yang mempunyai bidang kuasa tertentu sahaja seperti berikut: " Guaman asal tuntutan sivil yang boleh membicarakan sesuatu kes tidak melebihi RM3,000.00 sama ada berserta faedah atau sebaliknya; " Kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghakiman bagi had tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja; dan " Tempoh penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau denda tidak melebihi RM1,000.00 atau gabungan kedua-dua hukuman tersebut.
127 Secara umumnya, fungsi PDKS disenaraikan seperti berikut: a. Penyelarasan " Menyelaras dan menyatukan semua fungsi dan aktiviti pembangunan kerajaan dalam daerah kecil " Sekretariat Daerah Kecil yang mewakili kerajaan dalam daerah kecil b. Pembangunan Pentadbiran " Merancang dan menyelia perlaksanaan projek-projek kecil pembangunan luar bandar " Mengesan perlaksanaan pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain dalam daerah kecil c. Pentadbiran Keadilan " Merupakan satu jentera bagi menyelesaikan pertikaian dan kesalahan (Sivil dan Jenayah) dalam bidang kuasa Majistret Kelas Dua di mana tidak ada Majistret tempatan d. Lembaga Pelesenan " Bertindak sebagai Lembaga Pelesenan dalam daerah kecil; i. Ordinan Lesen Perdagangan (Cap. 14) ii. Minuman Keras iii. Borang-borang terkawal iv. Lesen Pajak Gadai v. Lesen Peniaga Getah e. Pentadbiran Kerajaan Tempatan " Mentadbir pelbagai ordinan kerajaan tempatan dan perumahan dalam daerah kecil f. Protokol " Bertindak sebagai penerima rasmi pelawat-pelawat penting kerajaan dan kebajikan mereka ketika berada dalam daerah kecil 7.1.3 Peranan dan Fungsi MDKgu MDKgu ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan mula beroperasi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pada 1 Januari 1962. Diawal penubuhannya, ia berpandukan fungsi-fungsi di bawah Suratcara Majlis untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk pekan Keningau yang pada masa itu hanyalah sebuah pekan yang kecil dengan keluasan perkadaran (Township) Majlis 531 ekar, ApinApin empat (4) ekar, dan Bingkor lima (5) ekar sahaja. Kini keluasan perkadaran MDKgu adalah 3,990 ekar bagi pekan Keningau, pekan kecil Bingkor empat (4) ekar, pekan kecil Apin-Apin lima (5) ekar dan pekan kecil Sook 586 ekar (belum di gezet). MDKgu merangkumi 10 bahagian utama yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif iaitu; " Pentadbiran dan Urus Setia; " Kewangan dan Hasil; " Pembangunan dan Kejuruteraan; " Penilaian Harta; " Pengurusan Harta dan Inventori; " Perkhidmatan Persekitaran Bandar dan Kesihatan; " Penguatkuasaan; " Pelesenan; " Khidmat Pelanggan; dan " Komputer dan Teknologi (ICT) Fungsi-fungsi bahagian ini adalah menyokong perkhidmatan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan selain daripada tugas-tugas asas yang disenaraikan dalam suratcaranya seperti kawalan pembangunan, kawalan perniagaan, pembersihan dan pengindahan bandar, menyediakan kemudahan ruang niaga dan prasarana asas di bandar Keningau. Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian-bahagian ini adalah untuk keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan dan orang awam khususnya yang berada di daerah Keningau termasuklah Sook. Visi MDKgu adalah <Mewujudkan sebuah bandar yang berbudaya, terancang, persekitaran yang bersih dan indah selari dengan perancangan daerah untuk menjadikan
128 Keningau sebuah pusat ekonomi yang pesat membangun dan destinasi pelancongan terkenal= dan misinya pula adalah <Komited untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti, manfaat dan kenikmatan masyarakat tempatan melalui perancangan yang strategik, sistem penyampaian berkesan dan pendekatan profesionalisme=. Objektif MDKgu pula adalah menjadikan Keningau sebuah daerah yang maju, terancang, bersih dan indah melalui penyampaian perkhidmatanperkhidmatan yang boleh menyokong serta melengkapi perancangan-perancangan dan hala tuju yang telah disusun untuk menjadikan Keningau sebuah pusat ekonomi yang pesat dan destinasi pelancongan yang terkenal. Peranan dan fungsi utama MDKgu terhadap DKS secara umumnya adalah seperti senarai berikut: " Menyediakan perkhidmatan pembersihan pekan, tamu dan pasar; " Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti lampu jalan, perparitan dan pelbagai kemudahan awam; " Menyediakan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan; " Memproses pelan pembangunan dan pelan bangunan; " Mengawal kesihatan dan keselamatan awam; " Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan kemudahan awam seperti taman rekreasi dan permainan kanak-kanak; " Menyediakan dan memungut cukaicukai kadaran bangunan dan perumahan di kawasan perkadaran cukai; dan " Mengawal penyakit berjangkit bersama pihak kesihatan. 7.2 Perbandingan Peranan dan Fungsi Pegawai Daerah Keningau dan PPDKS mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu memastikan pentadbiran dan pembangunan di kawasan masing-masing berjalan dengan lancar. Namun peranan dan tanggungjawab PPDKS adalah terbatas seperti yang telah diterangkan sebelumnya. PDKS juga tidak diberi mandat untuk meluluskan permohonan atau memperbaharui lesen perniagaan yang menyebabkan peniaga-peniaga yang beroperasi di kawasan Sook terpaksa pergi ke Keningau untuk memohon atau memperbaharui lesen perniagaan mereka. 7.3 Beban Kerja Pejabat DKS Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh PDKS dan jabatan/agensi kerajaan lain di kawasan Sook perlu dinilai dari aspek intensiti tugasan dan bebanan kerja tersebut. Ianya amat penting untuk menentukan kekerapan warga Sook mendapatkan perkhidmatan pentadbiran kerajaan. Antara perkara-perkara yang dinilai termasuklah hal-hal berkaitan tanah, kes mahkamah, pendaftaran, pelesenan, akuan bersumpah, mesyuarat serta lain-lain hal yang berkaitan dengan pentadbiran. Penilaian juga dibuat untuk melihat sama ada ianya memenuhi keperluan untuk menjadikan DKS sebagai sebuah daerah penuh dan kapasiti dari segi keberkesanan dan kecekapan pentadbiran sedia ada terhadap kawasan kajian. Data yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1 menggambarkan intensiti beban kerja utama yang dijalankan di Sook melibatkan PDKS dan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di Sook atau pun di Keningau. Manakala Jadual 7.2 menunjukkan intensiti tugas utama di Pejabat Daerah Pitas sebagai perbandingan. Berdasarkan perbandingan tersebut, bebanan tugas di kawasan Sook adalah hampir setara dengan daerah Pitas.
129 JADUAL 7.1 BEBAN KERJA PEJABAT DKS Bil. Aktiviti Daerah 2018 2019 2020 2021 2022 1 Kes Mahkamah Anak Negeri Sook 120-180 120-180 80-100 75-80 180-205 2 Pendaftaran " Kelahiran " Kematian 2,429 (Purata setahun adalah lebih kurang 486) 426 (Purata setahun adalah lebih kurang 85) 3 Akuan Bersumpah Rekod Pesuruhjaya Sumpah (Ketua Kerani Sook) 80-100 80-100 20-50 20-50 80-105 4 Kes Mahkamah Sivil Kes mahkamah dijalankan di Mahkamah Sivil Keningau 5 Pejabat Pemungut Hasil Tanah Keningau Perihal Tanah Permohonan tanah (Terima & Daftar) Sook 99 300 44 147 432 Keningau 637 957 240 727 869 Tunggakan (Keningau dan Sook) Sook 352 195 279 615 545 Keningau 100 150 350 888 445 Pendaftaran geran draf (Terima) (Keningau dan Sook) Sook 122 788 722 234 70 Keningau 570 503 402 274 318 Pendaftaran urusan tanah (Diterima) (Keningau dan Sook) Sook 525 540 450 351 555 Keningau 566 533 363 338 492 Land Enquiry (Keningau dan Sook) Sook 25 30 55 10 100 Keningau 22 30 31 2 38 6 Majlis Daerah Keningau Lesen operasi (RM) Meliputi lesen hiburan, gerai, kedai gunting rambut, hardware, penginapan dan lain-lain Sook 525,448.51 260,857.99 132,812.63 179,627.52 472,909.73* Keningau 7 Pejabat Daerah Keningau Lesen berniaga (trading licence) Jumlah lesen yang didaftarkan Sook 13,771 11,989 11,819 14,854 14,781 Keningau 8 Jumlah kutipan bayaran lesen (RM) Sook 344,275 299,725 295,475 371,350 369,525 Keningau Sumber: Pejabat Daerah Kecil Sook, Pejabat Daerah Keningau, Majlis Daerah Keningau dan Pejabat Pemungut Hasil Tanah Keningau, 2022 Nota: 1. Tidak terdapat maklumat berkenaan dengan daftar kelahiran dan kematian khusus untuk DKS kerana ketiadaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di DKS. Data yang digunapakai adalah data untuk tahun 2018-2022 yang diambil dari daerah Nabawan iaitu daerah yang paling dekat dengan Sook (meliputi Nabawan dan Sook) 2. Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan atau memperbaharui lesen perniagaan serta tiada mandat untuk mengutip cukai pintu dan lesen operasi bagi kawasan Sook. 3. Anggaran jumlah lesen yang didaftarkan dan kutipan hasil (RM) lesen Sook ialah sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan di Keningau *Setakat bulan oktober 2022
130 JADUAL 7.2 BEBAN KERJA PEJABAT DAERAH PITAS (2016-2020) Bil. Aktiviti Jumlah Kes Direkodkan 2016 2017 2018 2019 2020 1 Kes Mahkamah Anak Negeri 38 34 27 21 14 2 Pendaftaran Kelahiran 1,000 900 1,000 1,050 848 Kematian 100 250 95 195 141 3 Akuan Bersumpah 64 66 88 33 43 4 Perihal Tanah Permohonan tanah didaftarkan 1,121 916 1,092 1,746 801 Caj ke bank 9 29 151 8 - Pemindahan 140 300 167 204 57 Penyerahan (surrender) - - - 20 2 Pertikaian - - - - - Caveat - - 2 2 4 5 Lesen perniagaan 1,671 3,358 3,529 2,623 2,549 6 Mesyuarat dihadiri Pegawai Daerah LUC 4 4 4 - - Jawatankuasa Tindakan Daerah 12 12 12 12 12 Focus Group 4 4 4 4 4 Sumber: Pejabat Daerah Pitas, 2021
131 JADUAL 7.3 SENARAI JAWATANKUASA DIPENGERUSI DAN DIANGGOTAI OLEH PENOLONG PEGAWAI DKS Bil. Jawatankuasa Peringkat Daerah Kecil Sook 1 Pegawai Pengurus Pilihanraya Kawasan N.45 Sook 2 Majistret Kelas Dua/Pesuruhjaya Sumpah 3 Pengerusi Protokol Daerah 4 Pengerusi Keselamatan Daerah 5 Pengerusi Pembasmian Kemiskinan 6 Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Bulan Kemerdekaan/Hari Malaysia 7 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan 8 Pengerusi Jawatankuasa Anti Dadah/PEMADAM Daerah Kecil Sook 9 Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Pesta Kaamatan 10 Pengerusi Jawatankuasa Pelan Pembangunan Daerah Kecil Sook 11 Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Pejabat Daerah Kecil Sook 12 Jawatankuasa ICT 13 Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) 14 Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod (JKTUR) 15 Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan 16 Sistem Pengurusan Audit Nilai-KPLB 17 Pengurusan Aduan 18 Sumber Manusia 19 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia 20 Penanaman Padi Daerah (JKPPD) 21 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) 22 Jawatankuasa Kerja Pelaksana Mini Estet (MESEJ) 23 Jawatankuasa Sukan Antara Jabatan 24 Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan 25 Jawatankuasa Akruan 26 Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Pekan Baru Sook 27 Jawatankuasa Perolehan Projek Persekutuan dan Negeri 28 Jawatankuasa Pasukan Tugas Khas Imunisasi COVID-19 29 Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Peringkat Negeri Sabah 30 Jawatankuasa Khas Mengenai Mencuri Kayu Balak dan Menceroboh 31 Jawatankuasa Pelaksana Khidmat Sosial 32 Jawatankuasa IRDP 33 Jawatankuasa Kecil Pelancongan 34 Jawatankuasa Rundingan Harga 35 Jawatankuasa Keselamatan Daerah 36 Jawatankuasa Perolehan 37 Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Daerah Bil. Jawatankuasa Peringkat Daerah Keningau 1 Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya Kawasan P182 Pensiangan 2 Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah Keningau 3 Ahli Jawatankuasa Focus Group Daerah Keningau 4 Ahli Jawatankuasa Keselamatan Daerah Keningau 5 Ahli Jawatankuasa Keselamatan Daerah Keningau 6 Ahli Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (JPTD) 7 Ahli Jawatankuasa Banci Daerah 8 Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Keningau (PKOB) Bil. Jawatankuasa Peringkat Negeri 1 Ahli Jawatankuasa Focus Group Negeri 2 Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (PKOB) 3 Ahli Jawatankuasa Persidangan PegawaiPegawai Daerah Negeri 4 Ahli Jawatankuasa Pembangunan Emas Peringkat Negeri Sabah Sumber: Pejabat Daerah Kecil Sook, 2022
132 PPDKS menganggotai beberapa jawatankuasa di peringkat negeri, daerah dan juga daerah kecil seperti yang dipaparkan dalam Jadual 7.3. Jawatankuasa-jawatankuasa yang disandang oleh PPDKS turut menunjukkan bebanan tugas dan tanggungjawab PPDKS dengan Pegawai Daerah Keningau adalah sama terutamanya dalam mentadbir kawasan kajian. Dengan cadangan untuk menaik taraf DKS, adalah tidak dinafikan bahawa kerja-kerja (workload) dijangka akan meningkat sebagaimana fungsi sesebuah daerah penuh yang semakin luas bidang kuasa dan urusan pentadbirannya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah hampir sama tetapi jumlah kes yang diurus secara relatifnya akan meningkat dengan pertambahan jumlah penduduk, kemasukan lebih ramai pelabur, pembukaan jalan raya baru, jangkaan pembangunan yang semakin pesat dan penubuhan beberapa jabatan dan agensi yang bakal beroperasi di kawasan Sook. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan akan memainkan peranan penting dalam mengurus dan menyelaraskan pelaksanaan program pembangunan yang perlu dirancang secara teratur. Jabatan dan agensi kerajaan yang sedia ada juga perlu memberi kerjasama dan bertanggungjawab ke atas beban kerja yang semakin meningkat di kawasan Sook. 7.4 Masalah Pentadbiran dan Implikasi kepada DKS Pasukan penyelidik telah mengadakan temu ramah dengan pegawai-pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di kawasan Sook dan Keningau serta individu tertentu. Tinjauan soal selidik dan sesi dialog untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat DKS mengenai cadangan penaik tarafan DKS ke daerah penuh telah dilaksanakan. Daripada maklumat-maklumat tersebut, secara umumnya berikut adalah rintihan yang telah dikenal pasti: a. Sistem pentadbiran Disebabkan status Sook hanya sebagai sebuah daerah kecil, maka secara umumnya semua urusan pentadbiran di DKS adalah berpusat di daerah Keningau. Kuasa yang ada pada jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di Sook juga terhad dan sebarang kelulusan atau keputusan perlu dirujuk kepada pegawai atasan yang berpusat di daerah penuh iaitu Keningau. Keadaan ini memberi impak negatif kepada penduduk Sook kerana terpaksa melalui prosedur yang banyak dan memakan masa yang panjang untuk menunggu kelulusan atau keputusan daripada pihak atasan yang berpangkalan di luar kawasan DKS. Ditambah pula dengan faktor jarak terutamanya kepada penduduk yang tinggal jauh dari pusat pentadbiran di Keningau untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan tanah, pelesenan, pendaftaran dan sebagainya.
IMPLIKASI KEWANGAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL KE DAERAH PENUH BAHAGIAN 8 Struktur organisasi, perjawatan dan emolumen kakitangan sesebuah pejabat daerah 8.1 Perbelanjaan modal8.2 Implikasi kewangan jabatan dan agensi kerajaan lain 8.3 Majlis Daerah Keningau8.4 Hasil kutipan bayaran lesen perniagaan8.5 Hasil kutipan cukai tanah8.6 Pewujudan Majlis Daerah Sook8.7
133 8.0 IMPLIKASI KEWANGAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL KE DAERAH PENUH Untuk menubuhkan sebuah daerah penuh, faktor utama yang perlu diambil kira adalah dari segi kewangan. Adakah untuk menaik taraf DKS menjadi daerah penuh akan melibatkan kos yang tinggi? Adakah kos tambahan ini akan memberi manfaat dan keselesaan kepada masyarakat Sook secara amnya? Oleh itu, bahagian ini akan membuat analisis terhadap implikasi kewangan untuk menaik taraf DKS dengan membuat perbandingan dengan daerah penuh yang sedia ada. 8.1 Struktur Organisasi, Perjawatan dan Emolumen Kakitangan Sebuah Pejabat Daerah Bagi menaik taraf sebuah daerah kecil ke daerah penuh, ianya akan mengambil kira beberapa faktor yang melibatkan kos-kos seperti penggajian kakitangan, kos operasi penyenggaraan dan pengendalian, perkhidmatan dan bekalan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah membuat anggaran keperluan peruntukan untuk menubuhkan sebuah pejabat daerah berdasarkan peruntukan kewangan untuk penggajian kakitangan bagi jawatan-jawatan yang diwujudkan. DKS dengan keluasan 2,037.54km² (anggaran 58% daripada keseluruhan keluasan Keningau) mempunyai 19 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Daerah Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir, seorang Pembantu Tadbir Kanan, seorang Penolong Jurutera serta 12 orang kakitangan yang lain. Gambarajah 8.1 memaparkan carta organisasi PDKS.
134 GAMBARAJAH 8.1 CARTA ORGANISASI PEJABAT DKS Sumber: Pejabat Daerah Kecil Sook, 2022
135 Bagi struktur organisasi sebuah daerah penuh, Pejabat Daerah Kalabakan dijadikan sebagai contoh rujukan kerana daerah Kalabakan (anggaran keluasan 3,878.05km²) adalah antara daerah terakhir dinaik taraf ke daerah penuh iaitu pada tahun 2019. Penubuhan Pejabat Daerah Kalabakan melibatkan 20 orang kakitangan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Gred N52 dengan dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pegawai Daerah: Pembangunan (Gred N48) dan Pentadbiran (Gred N41). Sila rujuk carta organisasi bagi Pejabat Daerah Kalabakan dalam Gambarajah 8.2. Walaupun daerah Kalabakan mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding dengan Sook, namun penduduk DKS adalah lebih ramai daripada Kalabakan (48,000 orang). Kalabakan mempunyai kawasan yang luas yang mana sebahagian besar daripadanya adalah kawasan hutan simpan. Sebagai sebuah daerah, adalah penting untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dan juga para peniaga dan pelabur di kawasan tersebut.
136 GAMBARAJAH 8.2 CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH KALABAKAN Sumber: Laman Sesawang Pejabat Daerah Kalabakan, 2021
137 Jumlah anggaran penggajian PDKS dengan 18 kakitangan adalah RM660,232.92 (rujuk Jadual 8.1) dan Jadual 8.2 memaparkan anggaran tahunan perbelanjaan semasa PDKS pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM848,242.92 termasuklah perbelanjaan pengurusan. Manakala bagi daerah Kalabakan, purata penggajian (tidak termasuk imbuhan dan elaun) yang melibatkan 20 kakitangan adalah sebanyak RM810,168.00 (rujuk Jadual 8.3). Data perbelanjaan pengurusan Pejabat Daerah Kalabakan tidak diperolehi. Oleh itu, senarai kakitangan, penggajian dan perbelanjaan pengurusan untuk pejabat daerah Pitas turut dijadikan perbandingan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8.4 dan Jadual 8.5. Jadual tersebut menunjukkan penggajian 33 kakitangan pejabat daerah Pitas iaitu berjumlah RM880,512.00 (tidak termasuk imbuhan dan elaun) dan anggaran tahunan perbelanjaan semasa adalah berjumlah RM1,195,087.00 yang melibatkan kos perbelanjaan pengurusan berjumlah RM314,575.00. JADUAL 8.1 SENARAI KAKITANGAN DAN ANGGARAN TAHUNAN PENGGAJIAN PEJABAT DKS, 2022 Bil. Nama Jawatan Gred Jawatan Bilangan Kakitangan Anggaran Penggajian Bulanan Tahunan 1 Penolong Pegawai Daerah N 44 1 7,316.71 87,800.52 2 Penolong Pegawai Tadbir N 29 1 3,725.32 44,703.84 3 Penolong Jurutera J29 1 3,423.79 41,085.48 4 Pembantu Tadbir Kanan N22 1 2,987.84 35,854.08 5 Pembantu Tadbir N22 2 4,227.66 50,731.92 6 Pembantu Tadbir N19 2 5,812.92 69,755.04 7 Pembantu Tadbir Kewangan W19/22 1 2,349.60 28,195.20 8 Pegawai Khidmat Pelanggan N19/22 1 3,415.03 40,980.36 9 Pembantu Setiausaha Pejabat N19 0 - - 10 Pembantu Operasi N11 1 1,456.00 17,472.00 11 Pengawal Keselamatan KP11 2 6,309.80 75,717.60 12 Pekerja Awam H11 3 8,247.42 98,969.04 13 Pemandu Kenderaan* H11 2 5,747.32 68,967.84 Jumlah Kakitangan 18 55,019.41 660,232.92 Sumber: Pejabat Daerah Kecil Sook, 2022 Nota: Penggajian termasuk imbuhan dan elaun. Tidak termasuk penggajian seorang Pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) Setakat kajian dibuat, terdapat satu (1) kekosongan jawatan pemandu kenderaan H11 JADUAL 8.2 ANGGARAN TAHUNAN PERBELANJAAN SEMASA PEJABAT DKS TAHUN 2022 Bil. Perkara RM 1 Penggajian (18 kakitangan) 660,232.92 2 Perbelanjaan Pengurusan (contoh minyak kenderaan, kebersihan, penyelenggaraan dan sebagainya) 188,010.00 Jumlah Keseluruhan 848,242.92 Sumber: Pejabat Daerah Kecil Sook, 2022 JADUAL 8.3 SENARAI KAKITANGAN DAN ANGGARAN TAHUNAN PENGGAJIAN PEJABAT DAERAH KALABAKAN, 2020 (...) Bil. Jawatan Bil. Sebulan (RM) Setahun (RM) 1 Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir, Gred N52 1 9,049.00 108,588.00 2 Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pegawai Tadbir, Gred N48 1 8,376.00 100,512.00 3 Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Pegawai Tadbir, Gred N41 1 5,813.00 69,756.00
138 Bil. Jawatan Bil. Sebulan (RM) Setahun (RM) 4 Penolong Akauntan, Gred W29 1 3,588.00 43,056.00 5 Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 1 3,582.00 42,984.00 6 Penolong Jurutera, Gred J29 1 3,780.00 45,360.00 7 Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred N19 1 2,677.00 32,124.00 8 Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19 1 2,677.00 32,124.00 9 Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19 4 10,710.00 128,520.00 10 Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N19 1 2,677.00 32,124.00 11 Pembantu Am, Gred H11 2 4,157.00 49,884.00 12 Pembantu Operasi, Gred N11 2 4,199.00 50,388.00 13 Pemandu Kenderaan, Gred H11 2 4,157.00 49,884.00 14 Pengawal Keselamatan, Gred KP11 1 2,072.00 24,864.00 Jumlah Keseluruhan 20 35,772.00 810,168.00 Sumber: Laman Sesawang Pejabat Daerah Kalabakan, 2020 dan Indeks Jadual Gaji Minimum-Maksimum Perkhidmatan Awam Malaysia, 2016 (Sila Rujuk Lampiran 8) Nota: Anggaran penggajian berdasar purata gaji antara minimum dan maksimum tidak termasuk imbuhan dan elaun JADUAL 8.4 SENARAI KAKITANGAN PEJABAT DAERAH PITAS, 2021 Bil. Jawatan Bilangan Kakitangan 1 Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir, Gred N52 1 2 Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pegawai Tadbir, Gred N48 1 3 Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Pegawai Tadbir, Gred N41 1 4 Penolong Akauntan, Gred W29 - 5 Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 1 6 Penolong Jurutera, Gred J29 1 7 Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred N19 1 8 Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19 1 9 Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19 10 10 Pembantu Setiausaha Pejabat, Gred N19 1 11 Pembantu Am, Gred H11 4 12 Pembantu Operasi, Gred 11 5 13 Pemandu Kenderaan, Gred H11 4 14 Pengawal Keselamatan, Gred KP11 2 Jumlah Keseluruhan 33 Sumber: Pejabat Daerah Pitas, 2021 JADUAL 8.5 ANGGARAN TAHUNAN PERBELANJAAN SEMASA PEJABAT DAERAH PITAS TAHUN 2021 Bil. Perkara Jumlah (RM) 1 Penggajian (33 kakitangan) 880,512.00 2 Perbelanjaan Pengurusan (minyak kenderaan, kebersihan dan sebagainya) 314,575.00 Jumlah Keseluruhan 1,195,087.00 Sumber: Pejabat Daerah Pitas, 2021 Nota: Penggajian hanya merujuk gaji asas dan tidak termasuk imbuhan dan elaun
139 Berdasarkan perbandingan tersebut, dapat dirumuskan bahawa sekiranya DKS dinaik taraf menjadi daerah penuh, ianya tidak melibatkan pertambahan kewangan yang besar. Oleh yang demikian, bagi peringkat awal penaik tarafan daerah penuh Sook, dicadangkan agar struktur perjawatan dan emolumen kakitangan yang sedia ada bagi Pejabat Daerah Kalabakan dijadikan sebagai rujukan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3. Walau bagaimanapun, apabila daerah penuh Sook terbentuk dan beroperasi sepenuhnya, maka penambahan kakitangan adalah berdasarkan keperluan dari masa ke semasa. Ini termasuklah mewujudkan jawatan untuk Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO). 8.2 Perbelanjaan Modal Bangunan urusetia PDKS yang sedia ada tidak mencukupi untuk menempatkan pejabat kerajaan sekiranya Sook dinaik taraf menjadi daerah penuh. Maka bangunan urusetia yang lama hendaklah dibaiki atau dinaik taraf bagi menampung pertambahan kakitangan atau membina bangunan baru. Bangunan tersebut mestilah mempunyai ruang pejabat yang mencukupi untuk menempatkan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam sebuah bangunan. Keperluan kenderaan, perabot, peralatan pejabat dan rumah kakitangan (quarters) juga diperlukan untuk menubuhkan sebuah daerah penuh. Berdasarkan sumber daripada Jabatan Kerja Raya Keningau, anggaran bagi pembinaan urusetia baru dan peralatan perabot untuk pejabat daerah serta rumah kerajaan (quarters) adalah sebanyak RM10 juta hingga RM15 juta. Rumah kerajaan yang dibina adalah untuk kategori divisyen 1. Kenderaan yang sedia ada akan diguna pakai dan akan ditambah mengikut kesesuaian keadaan. 8.3 Implikasi Kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Lain Dari segi urusan pentadbiran, operasi dan pembangunan, penubuhan sebuah daerah penuh akan memerlukan beberapa jabatan dan agensi kerajaan utama yang lain. Secara umumnya, sebuah daerah penuh sekurang-kurangnya mempunyai 31 agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan beroperasi di daerah penuh tersebut. Oleh itu, pewujudan sebuah jabatan dan agensi kerajaan akan melibatkan kos tambahan yang perlu diambil kira dan pastinya akan memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Setakat ini, terdapat 22 jabatan dan agensi kerajaan yang beroperasi di kawasan Sook yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat Sook. Sekiranya Sook dinaiktaraf menjadi daerah penuh, beberapa jabatan dan agensi kerajaan dicadangkan untuk diwujudkan di Sook dalam jangka masa terdekat seperti dalam Jadual 8.6. Cadangan penubuhan jabatan atau agensi ini akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat Sook. Jabatan dan agensi lain akan ditubuhkan secara berperingkat. JADUAL 8.6 CADANGAN PEWUJUDAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DI SOOK SEKIRANYA DINAIK TARAF KE DAERAH PENUH (...) Bil. Nama Agensi Justifikasi 1 Pejabat Tanah " Kawasan Keningau adalah luas iaitu 3,533km² persegi dan purata tunggakan kes tanah dalam masa lima (5) tahun adalah 783 setahun
140 Bil. Nama Agensi Justifikasi " Mengurangkan beban kerja Pejabat Tanah di daerah Keningau " Memudahkan proses pembayaran cukai tanah " Menjimatkan kos perjalanan penduduk untuk berurusan ke pejabat tanah 2 Jabatan Pendaftaran " Menjimatkan kos perbelanjaan pengangkutan masyarakat Sook untuk membuat pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan yang terpaksa datang ke bandar Keningau atau Nabawan " Mengelakkan kelewatan pendaftaran khususnya kelahiran " Tidak terdapat data khusus DKS berkaitan pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan kerana data adalah sekali dengan daerah Nabawan 3 Polis Diraja Malaysia (PDRM) " Balai polis Sook yang berstatus Gred E dinaik taraf ke gred D " Hanya terdapat satu (1) balai polis di pekan Sook dan satu (1) pondok polis di Tulid yang mana tidak dapat menjamin keselamatan penduduk di kawasan ini " Penduduk akan lebih rasa selamat dan selesa menetap di kawasan Sook dengan adanya pertambahan kakitangan anggota polis 4 SESB " Memudahkan proses pembayaran bil " Kawasan liputan lebih kecil dan tertumpu " Mengurangkan beban kerja SESB di Keningau 5 Pejabat Pos " Memudahkan aktiviti penghantaran dan pengiriman barang " Menawarkan kemudahan pembaharuan cukai jalan kenderaan, lesen dan sebagainya " Terdapat desakan daripada penduduk di Sook untuk mewujudkan sebuah pejabat pos di Sook 6 Jabatan Bendahari Negeri Cawangan Sook " Menyelaras dan memudahkan hasil pungutan daerah 7. Pejabat Kesihatan Kawasan " Pejabat Kesihatan bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab (PT) yang menyelia semua fasiliti kesihatan " Kakitangan pejabat kesihatan menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti pengurusan kerana faktor jarak yang terlalu jauh antara PT dengan fasiliti kesihatan 8. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) " Mengukuhkan peranan PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah-sekolah yang semakin bertambah di DKS " Memberi lebih pengupayaan dan kebertanggungjawaban kepada PPD " Saluran penyampaian yang lebih jelas 8.4 Majlis Daerah Keningau Pekan Sook yang berada dalam kawasan DUN N.45 Sook adalah termasuk dalam kawasan perkadaran MDKgu. Jadual 8.7 di bawah menunjukkan kutipan lesen operasi dan cukai pintu oleh MDKgu. Peningkatan jumlah penduduk telah menyumbang kepada kemajuan pembangunan di pekan Sook sekaligus memberi impak kepada pertambahan bangunan rumah kedai dan kewujudan taman-taman perumahan baru. Semua ini berpotensi untuk dimasukkan di dalam kawasan perkadaran dan meningkatkan pungutan cukai pintu dan lesen operasi.
141 JADUAL 8.7 KUTIPAN HASIL LESEN DAN CUKAI PINTU OLEH MDKGU Bil. Aktiviti 2018 2019 2020 2021 2022 1 Lesen operasi (RM) Meliputi lesen hiburan, gerai, kedai gunting rambut, hardware, penginapan dan lainlain " Sook " Keningau Nota: Kutipan Tahun 2022 hanya setakat bulan Oktober 525,448.51 260,857.99 132,812.63 179,627.52 472,909.73 2 Cukai pintu (RM) " Sook " Keningau Nota: Jumlah cukai pintu yang berjaya dikutip termasuk tunggakan. Kutipan Tahun 2022 hanya setakat bulan September 21,174.30 3,015,176.70 18,834.90 2,953,471.10 14,696.50 3,059,461.50 12,212.62 3,920,765.14 12,212.62 3,767,291.99 3 Cukai pintu (RM) " Sook " Keningau Nota: Anggaran jumlah cukai pintu yang perlu dikutip (tahunan). Kutipan Tahun 2022 hanya setakat bulan September 20,984.60 3,853,629.40 20,984.60 3,853,629.40 20,984.60 3,912,813.65 20,984.60 3,863,121.76 20,984.60 3,873,865.02 Sumber: Majlis Daerah Keningau, 2022 8.5 Hasil Kutipan Bayaran Lesen Perniagaan Permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan dikendalikan oleh PDKgu. Pendaftaran dan kutipan bayaran lesen bagi daerah Keningau merangkumi DKS seperti dalam Jadual 8.8. Tidak ada data yang menunjukkan pecahan perolehan oleh DKS. Oleh itu, dianggarkan 30% daripada jumlah lesen yang didaftarkan dan kutipan hasil (RM) adalah dari Sook. JADUAL 8.8 PENDAFTARAN LESEN BERNIAGA DAN KUTIPAN HASIL LESEN OLEH PDKGU Bil. Aktiviti 2018 2019 2020 2021 2022 1 Lesen berniaga (trading licence) Jumlah lesen didaftarkan Sook 13,771 11,989 11,819 14,854 14,781 Keningau 2 Jumlah kutipan bayaran lesen (RM) Sook 344,275 299,725 295,475 371,350 369,525 Keningau Sumber: Pejabat Daerah Keningau, 2022 Nota: Anggaran jumlah lesen yang didaftarkan dan kutipan hasil (RM) lesen Sook adalah sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan Keningau
142 8.6 Hasil Kutipan Cukai Tanah Kutipan hasil yang direkodkan dari Pemungut Hasil Tanah Keningau bagi kawasan Keningau adalah seperti dalam Jadual 8.9. Tidak ada data yang menunjukkan pecahan perolehan untuk DKS. JADUAL 8.9 ANGGARAN KUTIPAN HASIL CUKAI TANAH KENINGAU DAN DKS Aktiviti 2018 2019 2020 2021 2022 Kutipan Cukai Pintu/SES Tanah/Cukai Harta/Cukai Tanah (RM) Sook 1,850 358.50 702,293.97 530,992 244,754.38 Keningau 1,025 329.24 1,644,222.29 1,018,293.20 956,224.26 Sumber: Pejabat Pemungut Hasil Tanah Daerah Keningau, 2022 8.7 Pewujudan Majlis Daerah Sook Pewujudan Majlis Daerah Sook akan melalui proses penubuhan secara berperingkat dan memakan masa untuk direalisasikan. Ini kerana penubuhan sebuah majlis daerah adalah berlandaskan kepada beberapa kriteria yang perlu diambil kira terutamanya pendapatan majlis daerah tersebut. Sebuah majlis daerah haruslah mampu menampung operasi pentadbiran dari segi penggajian kakitangan, perbelanjaan dan penyelenggaraan operasinya. Sekiranya telah memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri akan menjalankan penilaian dan mengemukakan kepada Kabinet Negeri untuk proses kelulusan. Penubuhan Majlis Daerah Sook bukanlah satu keperluan yang perlu diwujudkan dengan kadar segera. Jadual 8.10 memaparkan status penubuhan majlis daerah setelah tertubuhnya sebuah daerah penuh dengan mengambil contoh daerah Kalabakan, Telupid, Putatan dan Tongod. Projek menaik taraf jalan dari Sinaron, Sook ke Linayukan Tongod yang sedang dilaksanakan akan membuka ruang kepada pembukaan kawasan komersial, industri dan perumahan baru pada masa akan datang. Sekiranya ini direalisasikan, majlis daerah boleh mengutip cukai pintu dan lesen operasi (setelah diwarta dan diluluskan oleh kerajaan) dan menjana pendapatan baru. JADUAL 8.10 STATUS PENUBUHAN MAJLIS DAERAH SELEPAS PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH Bil. Nama Daerah Tarikh Naik Taraf ke Daerah Penuh Status Penubuhan Majlis Daerah Tempoh Masa Penubuhan Selepas Menjadi Daerah Penuh 1 Kalabakan 1 Januari 2019 Belum ada - 2 Telupid 1 Januari 2014 Februari 2021 7 tahun 3 Putatan 1 Mac 2007 Ogos 2010 3 tahun 4 Tongod 1 Mac 1999 Januari 2018 19 tahun Sumber: Laman Web dan Turamah Majlis-Majlis Daerah, 2022
PENILAIAN MENINGKATKAN STATUS DAERAH KECIL SOOK BERDASARKAN KRITERIA BAHAGIAN 9 Analisis kajian9.1 Sokongan sedia ada daripada jabatan dan agensi kerajaan 9.2 Tuntutan dan desakan warga Sook9.3 Impak penaik tarafan daerah kecil Sook9.4
143 9.0 PENILAIAN MENINGKATKAN STATUS DKS BERDASARKAN KRITERIA Kriteria atau faktor mewujudkan sebuah daerah penuh telah digunakan dalam siri kajian kemungkinan penubuhan sebuah daerah penuh di Negeri Sabah oleh pihak IDS (Sabah). Secara keseluruhannya, piawaian tersebut turut diadaptasikan dalam kajian ini. Bahagian ini juga mengemukakan data dan maklumat tambahan sebagai pertimbangan dan rasional menaik taraf DKS menjadi sebuah daerah penuh. 9.1 Analisis Kajian Beberapa kriteria atau faktor telah dikenal pasti bagi menunjukkan keupayaan DKS untuk dijadikan sebuah daerah penuh seperti dihuraikan dalam Gambarajah 9.1 dan Jadual 9.1. GAMBARAJAH 9.1 PENILAIAN HASIL KAJIAN BERDASARKAN KRITERIA-KRITERIA PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH
144 JADUAL 9.1 PENILAIAN HASIL KAJIAN BERDASARKAN KRITERIA-KRITERIA PENUBUHAN SEBUAH DAERAH PENUH (...) Bil. Kriteria Penilaian Catatan 1 Penduduk ï Berdasarkan kawasan DUN Sook dan DUN Tulid, anggaran jumlah penduduk di DKS adalah 62,171 orang dan kriteria untuk menaik taraf sebuah daerah kecil ke daerah penuh adalah minimum 30,000 orang Kriteria penduduk menyokong penubuhan daerah penuh Sook 2 Corak Penempatan ï Corak penempatan di kawasan Sook adalah teratur dan sejajar dengan jaringan jalanraya bagi melancarkan penyampaian dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan selain memudahkan pihak kerajaan untuk memantau aktiviti dan program ekonomi dan sosial di Sook ï Taburan penempatan tertumpu di sepanjang jalan utama Keningau-Nabawan yang melalui kawasan Sook dan juga jalan Sook-Sinua ï Kepadatan penduduk juga tertumpu disepanjang feeder road terutamanya yang berhampiran dengan pekan Sook ï Kepesatan penduduk secara berkelompok turut tertumpu di pusat-pusat kampung yang mempunyai kemudahan seperti balai raya, padang, gelanggang, sekolah, masjid, surau dan gereja ï Kampung-kampung yang terletak di kawasan pedalaman Sook yang mempunyai corak penempatan berkelompok adalah mudah dihubungi kerana terdapat kemudahan jalan raya serta telekomunikasi hampir di semua kampung Kriteria corak penempatan menyokong penubuhan daerah penuh Sook 3 Beban Kerja (Volume of Work) Pejabat Daerah Keningau ï Peningkatan jumlah penduduk yang menetap di daerah Keningau telah mendesak kerajaan untuk menyedia dan menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan ï Beban kerja pejabat daerah Keningau juga meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi yang semakin rancak di daerah ini Pejabat Daerah Kecil Sook ï Beban kerja PDKS secara umumnya telah meningkat jika dibandingkan dengan beban kerja 33 tahun yang lepas apabila Sook dinaik taraf sebagai daerah kecil pada tahun 1989 ï Peningkatan jumlah penduduk yang menetap di DKS telah mendesak kerajaan untuk menyedia dan menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan ï Beban tugas dan tanggungjawab PPDKS adalah tinggi, hampir setara dengan peranan dan fungsi seorang pegawai daerah ï Kuasa yang diberikan kepada PPDKS adalah terhad dan terbatas untuk membuat keputusan kerana prosedur kerja memerlukan PPDKS untuk merujuk kepada Pegawai Daerah Keningau sekaligus menjejaskan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan melambatkan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan Masalah dan isu ini boleh diatasi atau dikurangkan sekiranya DKS dinaik taraf sebagai sebuah daerah penuh.
145 Bil. Kriteria Penilaian Catatan Pejabat Tanah Keningau ï Urusan tanah merupakan jenis perkhidmatan yang paling kerap dituntut oleh penduduk Sook dan terpaksa datang ke Pejabat Tanah di bandar Keningau untuk urusan tanah kerana tidak ada Pejabat Tanah di DKS ï Purata tunggakan kes tanah bagi DKS adalah 397 setahun manakala untuk Keningau adalah 386 setahun kerana kawasan pentadbiran daerah adalah sangat luas Majlis Daerah Keningau ï Pekan Sook merupakan kawasan perkadaran di bawah MDKgu ï Kawasan ini perlu disediakan perkhidmatan seperti pembersihan pekan, tamu dan pasar, menyediakan kemudahan lampu jalan, perparitan dan pelbagai kemudahan awam dan memungut cukai-cukai kadaran bangunan dan perumahan ï Penduduk Sook menuntut untuk mendapatkan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang ï Tanggungjawab ini boleh diringankan dengan memberi kuasa kepada Sook melaksanakan sebahagian daripada tugasan tersebut 4 Bidang kuasa Pegawai-Pegawai di Daerah Kecil Sook ï Kuasa yang terhad pegawai di DKS (low ranking officer) menyukarkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka secara efektif ï Penduduk Sook menerima kesan negatif kerana terpaksa menunggu prosedur yang lama sebelum sesuatu perkara seperti permohonan, kelulusan, atau tuntutan dapat diproses, diterima, dilulus ataupun diselesaikan DKS perlu dinaik taraf menjadi daerah penuh bagi melancarkan program pembangunan dan mengurangkan masalah jarak dan beban penduduk Sook 5 Inisiatif Terhadap Kesan Pembangunan Semasa Jaringan dan Kemudahan Jalan raya ï Jaringan jalan raya di DKS adalah pada tahap yang memuaskan dengan jarak 519.17km ï Hampir seluruh kawasan Sook boleh dihubungi melalui akses jalan raya ï Projek menaik taraf jalan dari Sinaron, Sook ke Linayukan, Tongod sepanjang 40km yang sedang dilaksanakan akan memudahkan akses penyampaian perkhidmatan kepada penduduk ï Laluan ini merupakan laluan alternatif ke Telupid dan Sandakan melalui Sook dan Tongod ï Penaik tarafan jalan raya ini pastinya akan membuka peluang-peluang ekonomi dan pewujudan kawasan komersial dan industri di sepanjang jalan tersebut Pengangkutan Awam ï Selain menggunakan kenderaan sendiri, perkhidmatan bas mini berpermit disediakan bagi memudahkan pergerakan penduduk dalam kawasan Sook dan juga ke bandar Keningau dan pekan Nabawan Aktiviti pembangunan semasa yang memberangsangkan menyokong penaik tarafan DKS menjadi sebuah daerah penuh
146 Bil. Kriteria Penilaian Catatan Penyediaan Kemudahan Sosial/Awam ï Penyediaan perkhidmatan sosial di Sook adalah pada tahap yang memuaskan seperti kemudahan kesihatan, pendidikan, dewan/balairaya, rekreasi dan rumah ibadat ï Kemudahan-kemudahan ini merangkumi hampir seluruh kawasan Sook Penyediaan Utiliti Awam ï Penyediaan utiliti awam seperti elektrik, bekalan air bersih dan terawat serta perkhidmatan telekomunikasi adalah menyeluruh di kawasan Sook ï Kapasiti bekalan air (11.5JLH) dan bekalan elektrik adalah mencukupi dan dapat menampung permintaan semasa Aktiviti Pertanian, Perikanan dan Penternakan ï Dianggarkan 69,609.13Ha tanah telah diusahakan untuk pembangunan pertanian bagi membantu pertumbuhan ekonomi di DKS ï Kelapa sawit seluas 33,546.07Ha diusahakan oleh pekebun kecil, estet, SLDB dan FELCRA ï Getah seluas 24,691.30Ha diusahakan oleh LIGS dan RISDA ï Tanaman utama yang lain adalah padi (1,730Ha), buah-buahan (322Ha), koko (219Ha) dan kopi (60Ha) ï Subsektor perikanan terdiri daripada akuakultur seperti penternakan ikan air tawar yang merangkumi 226 orang pengusaha kolam ikan air tawar dengan bilangan kolam 608 buah (22.23Ha) ï Perkembangan positif kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan mampu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan membangunkan ekonomi Sook Aktiviti Komersial, Industri dan perumahan ï Terdapat peningkatan jumlah pendaftaran lesen perniagaan dalam tempot tiga (3) tahun. Pada tahun 2020, dianggarkan sebanyak 3,546 lesen dikeluarkan dengan kutipan bayaran RM88,650 ï Aktiviti perkilangan di DKS sangat rancak kerana terdapat beberapa kilang kuari dan kilang sawit yang aktif beroperasi ï Terdapat tiga (3) taman perumahan di DKS dengan jumlah rumah 415 unit. Aktiviti Pelancongan ï Aset pelancongan iaitu Gunung Trusmadi sebagai tarikan utama pelancong ï Koperasi Kraf Tangan Batu Lunguyan merupakan perusahaan kraf anyaman buluh (hasil rimba) di DKS yang mendapat pengiktirafan sebagai Village of the Year 2019 ï Trusmadi Tainiskon Lodge yang terletak di Kg Sinua menawarkan pakej mendaki Gunung Trusmadi, aktiviti jungle trekking, bird watching dan sunrise watching
147 Bil. Kriteria Penilaian Catatan Progres Pembangunan Memberangsangkan ï Menggalakkan pertumbuhan infrastruktur fizikal, melancarkan program pembangunan, merancakkan ekonomi tempatan, menarik lebih ramai pelabur dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan ï Pembangunan di Sook bergerak pada tahap positif ï Maka justifikasi untuk menaik taraf DKS menjadi daerah penuh adalah amat tinggi dan memerlukan pewujudan atau perkhidmatan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri 6 Potensi Ekonomi dan Pembangunan Fizikal Prospek Pembangunan Infrastruktur ï Projek menaik taraf jalan Sinaron-Linayukan yang merentasi Sook dan Tongod serta pembinaan jalan raya di bawah RMK-12 bakal menyediakan satu rangkaian sistem jalan raya yang efektif untuk menyokong aktiviti sosioekonomi di Sook ï Dalam Kajian Sabah Railway Master Plan, terdapat cadangan jangka masa panjang untuk membina rangkaian landasan kereta api yang menghubungkan kawasan Pantai Barat dengan Pantai Timur Sabah melalui Keningau, Sook, Nabawan, Kalabakan dan Tawau (West-East 2nd link) ï Dalam Sabah Structure Plan 2033 juga terdapat cadangan untuk menghidupkan semula pembangunan airstrips disekitar Sabah. Ini bertujuan untuk meningkatkan connectivity bagi masyarakat luar bandar. Antara tempat yang dicadangkan ialah Long Pasia, Pegalungan, Tongod, Sook, Ranau, Semporna, Bandar Sahabat, Temenggong, Sapulut dan Karakit. Perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan ï Impak positif kepada sektor pertanian, pelancongan dan perkilangan di DKS ï Limpahan ekonomi akan turut dirasai oleh penduduk berhampiran kawasan sempadan ï DKS berpotensi untuk menjadi daerah transit bagi pengunjung dari Kalimantan Kesinambungan Program dan Penyediaan Kemudahan Awam ï Pelbagai program dan penyediaan kemudahan awam terus diusahakan di kawasan Sook termasuklah pembinaan kemudahan sosial (seperti dewan serbaguna, masjid, surau dan gereja), klinik kesihatan, memperluaskan liputan telekomunikasi dan meningkatkan kapasiti bekalan air dan elektrik Prospek Aktiviti Pertanian, Perikanan dan Penternakan ï Pelbagai aktiviti dan program pembangunan telah dirancang di kawasan Sook bagi menambah pendapatan penduduk setempat sebagai usaha mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan ï Tumpuan kegiatan pertanian adalah tanaman komersial iaitu kelapa sawit dan getah ï Kegiatan ini akan memberi kelebihan kepada Sook untuk berkembang dengan lebih pesat pada masa Kerajaan perlu menyediakan sokongan perkhidmatan pentadbiran yang kukuh bagi merealisasikan potensi ekonomi di kawasan Sook
148 Bil. Kriteria Penilaian Catatan akan datang terutamanya dalam pemprosesan dan pengeksportan minyak kelapa sawit ï Aktiviti perikanan kian mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan dengan sokongan diberikan oleh Jabatan Perikanan ï Aktiviti penternakan melalui kawal selia daripada JPVS boleh dikembangkan kerana Sook mempunyai kawasan tanah yang luas dengan melibatkan lebih ramai penternak di kalangan penduduk tempatan Peluang Aktiviti Pelancongan ï Dengan penaiktarafan jalan Sinaron-Linayukan, maka dijangka akan memberi impak positif kepada pembangunan pelancongan di kawasan Sook ï Kekurangan pusat penginapan dengan jangkaan jumlah pengunjung yang semakin meningkat sudah pasti akan membuka peluang pelaburan dalam industri perhotelan di Sook Prospek Utiliti Awam ï Sebuah loji akan dibina di Sinua dan satu rumah pam penggalak akan dibina di Kg. Nangadan. Ini akan meningkatkan pengeluaran bekalan air kepada penduduk DKS. ï Jumlah lebihan bekalan air di DKS adalah sebanyak 5.06JLH dan terdapat perancangan baru untuk menambah kapasiti penyimpanan kepada 23.5JLH ï Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan membina 40 menara telekomunikasi baru dan menaik taraf 44 menara sedia ada termasuklah Tulid, Sook, Dalit, Transpegalan dan Sinua ï Terdapat perancangan membina sub stesen SESB untuk menampung keperluan dan permintaan penduduk tempatan dan industri Pembangunan Komersial dan Perindustrian ï Pelan tempatan (local plan) telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah untuk memastikan perancangan rapi pembangunan pekan-pekan di kawasan Sook yang akan memberi manfaat kepada komuniti tempatan, peniaga, pelabur dan memastikan penggunaan tanah secara maksimum 7 Pembangunan, Modal dan Perbelanjaan Berulang Perbelanjaan Pembangunan ï Sebuah daerah penuh memerlukan ruang pejabat yang mencukupi untuk menempatkan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam sebuah bangunan ï Bangunan urusetia sedia ada hendaklah dinaik taraf sama ada membina bangunan baru atau membaiki bangunan lama agar boleh menempatkan agensi dan jabatan yang bakal diwujudkan di daerah ini Implikasi kewangan akan turut mempengaruhi perbelanjaan pengurusan jabatan dan agensi kerajaan yang sedang dan akan beroperasi di Sook sekiranya penaik tarafan ke daerah penuh Sook diluluskan.
149 Bil. Kriteria Penilaian Catatan Perbelanjaan Modal ï Kenderaan, perabot, peralatan pejabat dan rumah kakitangan (quarters) juga diperlukan untuk menubuhkan sebuah daerah penuh ï Peruntukan bagi pembinaan bangunan Pejabat Urusetia Sook yang baru, kenderaan, perabot dan peralatan pejabat dan rumah kakitangan dianggarkan berjumlah RM10 juta sehingga RM15 juta ï Rumah kerajaan yang dibina adalah untuk kategori Divisyen 1 ï Kenderaan yang sedia ada akan diguna pakai dan akan ditambah mengikut kesesuaian semasa. Perbelanjaan Berulang Tahunan ï Anggaran perbelanjaan penggajian semasa kakitangan PDKS adalah RM660,232.92 setahun (termasuk imbuhan dan elaun) yang melibatkan 18 orang kakitangan. Manakala perbelanjaan pengurusan adalah RM188,010.00. ï Pada peringkat awal penubuhan daerah penuh, struktur perjawatan dan emolumen kakitangan yang sedia ada bagi Pejabat Daerah Kalabakan diguna pakai sebagai rujukan dan sekiranya DKS dinaik taraf menjadi sebuah daerah penuh, penambahan kakitangan adalah berdasarkan keperluan semasa
150 9.2 Sokongan Sedia Ada daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan Walaupun hanya berstatuskan sebuah daerah kecil, penyediaan jentera-jentera kerajaan utama di Sook adalah pada tahap yang memuaskan. Selain daripada PDKS, kawasan kajian disokong oleh penubuhan 22 buah jabatan dan agensi kerajaan. Cadangan telah dikemukakan agar lapan (8) jabatan dan agensi kerajaan perlu ditubuhkan di Sook dengan kadar segera sekiranya dinaik taraf kelak iaitu Pejabat Tanah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Pos Malaysia, Jabatan Bendahari Negeri Cawangan Sook, Pejabat Kesihatan Kawasan, Pejabat Pendidikan Daerah dan menaik taraf balai polis (PDRM). 9.3 Tuntutan dan Desakan Warga Sook Satu tinjauan atas talian dan juga temu bual berfokus telah dijalankan untuk mendapat maklum balas daripada warga Sook berhubung cadangan menaik taraf daerah kecil ini ke daerah penuh (sila rujuk Lampiran 9 untuk hasil tinjauan secara terperinci). Seramai 778 orang responden terlibat dengan kaji selidik dalam talian. Sebanyak 50% responden menetap atau berasal daripada mukim Sook, 29% daripada Tulid dan selebihnya (masing-masing kurang daripada 10%) adalah daripada Lanas, Dalit, Ansip dan Seberang. Majoriti (99%) daripada responden bersetuju untuk menaik taraf DKS. Sebanyak 53% responden yang bersetuju dengan cadangan naik taraf berpendapat bahawa agihan peruntukan, kebajikan, dan pentadbiran Sook akan menjadi lebih berfokus. 21% pula berpendapat bahawa naik taraf ini akan menjadi pemacu pembangunan fasiliti awam dan komersial di Sook. Manakala 12% berpandangan ia mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat, dalam masa yang sama berkapasiti untuk mengurangkan beban kependudukan dan kesesakan di Keningau. Sebilangan kecil responden yang tidak bersetuju (kurang daripada 2%) berpendapat bahawa Sook tidak sesuai untuk dinaik taraf kepada daerah penuh kerana Sook tiada kapasiti urus tadbir dan infrastruktur sesuai sebagai daerah penuh. Daripada temu bual bersemuka yang melibatkan 43 responden, 81% berpendapat bahawa, dalam keadaan semasa, Sook memiliki kapasiti urus tadbir yang sesuai sebagai sebuah daerah penuh. Sebanyak 77% responden juga berpendapat bahawa Sook memiliki perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan asas yang sesuai untuk dinaik taraf sebagai daerah penuh. Keseluruhannya, daripada temu bual bersemuka, 47% berpendapat bahawa Kemudahan asas, perkhidmatan dan infrastruktur sedia ada sudah mencukupi dan boleh ditambah baik setelah dinaik taraf ke daerah penuh. 49% berpendapat urus tadbir Sook akan menjadi lebih berkesan dengan penambahan komposisi agensi yang terlibat. Penduduk DKS juga mengeluh dengan kos pengangkutan yang tinggi untuk berurusan di bandar Keningau atau pekan Nabawan. Kos pengangkutan dari mukim Lanas ke bandar Keningau adalah RM25-RM28 untuk perjalanan sehala (Lanas ke pekan Sook RM15 dan pekan Sook ke bandar Keningau RM10-RM13). Manakala perjalanan dari pekan Sook ke Nabawan adalah RM12 seorang menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau kereta sapu. Ketiadaan bank di DKS juga menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kos pengangkutan yang tinggi untuk berurusan di bandar Keningau. Berikut merupakan alasan yang dikemukakan oleh responden untuk menaik taraf DKS: " Mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi; " Menyumbang pendapatan yang tinggi kepada ekonomi daerah; " Mempunyai peruntukan pembangunan sendiri; " Mewujudkan pelbagai perkhidmatan yang secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat; " Kedudukan DKS yang strategik dan berpotensi untuk tarikan pelancong; dan " Membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
151 9.4 Impak Penaiktarafan DKS Cadangan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh sudah pastinya memberi impak kepada daerah Keningau. Secara umumnya, kajian ini mengenal pasti tiga (3) impak utama iaitu penentuan sempadan, kutipan hasil dan bebanan tugas jabatan dan agensi kerajaan. Jadual 9.2 mengulas impak-impak utama seandainya DKS mendapat status sebagai daerah penuh. JADUAL 9.2 IMPAK UTAMA PENAIKTARAFAN DKS TERHADAP DAERAH KENINGAU Bil. Perkara Impak 1 Keluasan daerah ï Keluasan pentabiran daerah Keningau akan berkurangan seluas 2,037.54km persegi yang merupakan kawasan DKS seperti yang sudah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Menaik Taraf Daerah Kecil Sook pada 9 Ogos 2022 2 Sempadan daerah ï Kawasan DUN N.44 Tulid dan DUN N.45 Sook dijadikan sebagai sempadan daerah penuh Sook ï Sempadan daerah akan lebih telus dan jelas selepas kelulusan sempadan dimuktamadkan 3 Kutipan hasil lesen perniagaan ï Kutipan hasil bayaran lesen perniagaan bagi PDKgu akan terkesan ï Purata kutipan hasil lesen perniagaan bagi seluruh Keningau termasuk Sook adalah sebanyak RM336,070 setahun. Dianggarkan 30% daripada hasil ini dikutip dari kawasan DKS 4 Kutipan hasil lesen operasi dan cukai pintu ï Sekiranya Majlis Daerah Sook diwujudkan, kesannya adalah: - Kawasan perkadaran MDKgu akan berkurangan - Mengurangkan 30% daripada hasil kutipan MDKgu - Purata kutipan lesen operasi adalah sebanyak RM314,331 setahun dan dianggarkan 30% adalah dikutip dari DKS - Purata kutipan cukai pintu di kawasan DKS adalah RM15,826 setahun ï Perancangan MDKgu untuk menaik taraf ke Majlis Perbandaran Keningau mungkin akan tergendala ï Pengurangan pendapatan dan jumlah penduduk boleh membantutkan proses penaik tarafan tersebut 5 Kutipan hasil cukai tanah ï Pengurangan kutipan hasil cukai tanah bagi daerah Keningau yang mana adalah dikutip dari DKS ï Purata kutipan hasil cukai tanah bagi Sook adalah RM296,049 setahun manakala Keningau adalah RM724,018 6 Hasil kutipan yang lain ï Segala hasil pendapatan daripada kawasan DKS akan dipisahkan dan akan menjejaskan pendapatan daerah Keningau 7 Beban tugas dan tanggungjawab ï Beban tugas jabatan dan agensi yang berpangkalan di daerah Keningau akan berkurangan dengan pewujudan jabatan dan agensi yang sama di daerah penuh Sook ï Pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di Keningau dapat memberi tumpuan perkhidmatan khusus di daerah Keningau sahaja ï Masalah kekurangan kakitangan dapat diatasi kerana liputan kawasan pentadbiran lebih kecil 8 Penyampaian kemudahan perkhidmatan ï Daerah Keningau merangkumi kawasan Keningau dan Sook dengan keluasan pentadbiran 3,533km² ï Penyampaian perkhidmatan akan lebih efektif dan efisien dengan hanya memberi tumpuan di kawasan pentadbiran Keningau sahaja
CADANGAN DAN RESOLUSI BAHAGIAN 10
152 10.0 CADANGAN DAN RESOLUSI Sebagai sokongan tambahan untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh, beberapa cadangan dan resolusi dikemukakan, antaranya adalah seperti berikut: 10.1 Cadangan Persempadanan Daerah Penuh Sook Peta 10.1 merupakan cadangan persempadanan daerah penuh Sook untuk dipertimbangkan. Memandangkan tiada persempadanan rasmi untuk DKS, gabungan kawasan DUN N.44 Tulid dan DUN N.45 Sook diguna pakai sebagai persempadanan. Penetapan sempadan haruslah mengambil kira faktor jangka panjang dan kesan kepada penduduk. Adalah penting untuk menentukan sempadan daerah penuh Sook dengan kadar segera agar pembangunan yang dirancang menepati sasaran dan dinikmati oleh warga Sook.
153 PETA 10.1 CADANGAN PERSEMPADANAN DAERAH PENUH SOOK Sumber: Institut Kajian Pembangunan (Sabah), 2022
154 10.2 Merancang Projek Pembangunan Daerah penuh Sook perlu mengilhamkan projek pembangunan di kawasan ini yang secara tidak langsung akan membawa impak ekonomi kepada penduduk tempatan dan juga golongan peniaga. Antara projek yang perlu dilaksanakan termasuklah mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) - adalah disarankan agar FAMA atau mana-mana agensi yang relevan untuk menubuhkan PPHP di pekan Sook atau kawasankawasan strategik. Ianya bertujuan untuk menyediakan kemudahankemudahan bagi mengurangkan kerosakan lepas tuai dan menambah nilai hasil pertanian melalui penggredan, pelabelan dan pembungkusan agar dapat memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar atau petani. PPHP juga berfungsi sebagai tempat simpanan sementara, pusat maklumat pasaran, pusat latihan pemasaran serta tempat pertemuan di antara pengeluar dan pembeli bagi memudahkan urusan penetapan harga dan jual-beli. Sekiranya PPHP diwujudkan akan menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan pertanian. PPHP juga perlu memainkan peranan membeli hasil pertanian petani khususnya dalam keadaan genting seperti ketika pandemik COVID-19. 10.3 Membuka Peluang Pelaburan Sook perlu membuka peluang pelaburan dengan mensasarkan kepada anchor tenant (Servay, Bataras dan CKS), serta menarik pelabur untuk membuka francais makanan segera seperti KFC dan Pizza Hut. Peluang pelaburan untuk menyediakan kemudahan penginapan bertaraf minimum tiga (3) bintang yang menawarkan pakej seminar dengan bilik seminar berkapasiti minimum 30 orang juga perlu dipertimbangkan. Pelaburan-pelaburan ini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Sook. 10.4 Membangunkan Produk dan Perkhidmatan Pelancongan Secara Agresif DKS haruslah mengambil inisiatif untuk membangunkan produk-produk pelancongan di kawasan ini dan menyediakan perkhidmatan maklumat sehenti seperti berikut: " Menyediakan sebuah kios Pusat Informasi Pelancong di pekan Sook. Kios ini berperanan untuk memberi informasi mengenai produk-produk pelancongan, perkhidmatan pelancongan dan program/aktiviti pelancongan di Sook; dan " Membangunkan sepenuhnya kawasan alam semula jadi yang terdapat di Sook seperti gunung-ganang, hutan dan juga sungai. 10.5 Pembentukan Sebuah Majlis Daerah Sook Berdasarkan kriteria dan indikator yang sedia ada, kawasan kajian boleh dipertimbangkan untuk menjadi sebuah daerah penuh. Sejajar dengan pewujudan daerah penuh tersebut, pembentukan sebuah majlis daerah Sook akan memastikan perkhidmatan pentadbiran yang lebih tertumpu, terarah dan efisien. Bagaimanapun, penubuhan sebuah majlis daerah memerlukan kajian terperinci dan mengambil masa untuk dilaksanakan.