The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL REPORT-KAJIAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL SOOK KE DAERAH PENUH COMPRESSED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paulcanigea9008, 2023-05-17 20:32:37

FINAL REPORT-KAJIAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL SOOK KE DAERAH PENUH COMPRESSED

FINAL REPORT-KAJIAN MENAIK TARAF DAERAH KECIL SOOK KE DAERAH PENUH COMPRESSED

68 PETA 5.1 AKTIVITI PERTANIAN DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


69 Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pertanian, kawasan utama penanaman padi di daerah kecil ini terletak di mukim Lanas, Tulid, Sinua, Delayan dan Tiulon. Penanaman padi di mukim Tulid diusahakan secara berkelompok dan mendapat kemudahan pengairan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran manakala di mukim Sook dan Dalit, penanaman padi dijalankan secara berselerak dan masih bergantung kepada air hujan dan sungai sebagai sumber pengairan. Dianggarkan terdapat 40.0Ha kawasan penanaman padi menjadi tanah terbiar berikutan masalah pengairan yang tidak sampai ke kawasan berkenaan. Bagi tanaman durian, terdapat tiga (3) buah syarikat mengusahakan tanaman ini dalam skala yang besar iaitu Bornion Timber, Syarikat Muslen di Kg. Kebulu dan Syarikat Sina Asia yang terletak di Batu 22. Tanaman ini turut diusahakan di kawasan Karamatoi. Tanaman kopi di DKS diselia oleh Jabatan Pertanian dan sebahagian besar tertumpu di mukim Lanas dengan keluasan 18.0Ha. Terdapat juga penduduk kampung mengusahakan tanaman ini secara berskala kecil iaitu sekitar 5.0Ha sehingga 6.0Ha. Projek tanaman kopi di bawah seliaan jabatan terletak di Kg. Bunang Ulu seluas 4.0Ha manakala di mukim Dalit diusahakan di Kg. Dalit, Bonor dan Karamatoi. Jabatan Pertanian juga giat melaksanakan projek tanaman keladi yang terletak di Kg. Delayan (5.0Ha), Sinua (1.0Ha) dan Binuwou (1.0Ha). Selain itu, tanaman durian juga turut diusahakan di tanah seluas 4.0Ha melibatkan empat (4) orang petani dan tanaman kopi 10.0Ha dengan bilangan lima (5) orang petani. Penduduk kampung turut menanam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran namun dalam skala yang kecil, berselerak dan secara persendirian. Ladang Eco-Yap di Kg. Bomboi turut mengusahakan tanaman makanan seperti durian (14.0Ha), nanas (2.4Ha), nangka (2.89Ha), pisang (1.83Ha) dan avokado (5.0Ha). Pasaran utama hasil tanaman ini adalah Kota Kinabalu dan Sandakan.


70 Setiap tahun pihak jabatan menerima peruntukan bagi tujuan pembangunan pertanian. Jadual 5.2 menunjukkan jumlah peruntukan kewangan dari Kerajaan Negeri dan perbelanjaan sebenar kewangan yang telah digunakan bagi pembangunan pertanian di DKS. Pada tahun 2022, sebanyak RM601,977.00 telah diperuntukkan bagi sektor pertanian di kawasan ini dan ianya telah dibelanjakan sepenuhnya untuk meningkatkan pembangunan pertanian di kawasan kajian. JADUAL 5.2 JUMLAH PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI DAN JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR Tahun Jumlah Direkodkan (RM) 2018 2019 2020 2021 2022 Peruntukan Kewangan 703,638.00 836,957.42 1,010,507.31 469,932.00 601,977.00 Perbelanjaan Sebenar 703,638.00 836,957.42 1,010,507.31 469,932.00 601,977.00 Sumber: Jabatan Pertanian Sook, 2022 a. Kelapa sawit Kelapa sawit merupakan tanaman utama di DKS dengan keluasan 27,046Ha. Tanaman ini diselia oleh Sabah Land Development Board (SLDB), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). Terdapat dua (2) buah kilang sawit di DKS iaitu syarikat Kim Loong Sook dan Sook Oil Palms yang terletak di DUN Sook dan DUN Tulid.


71 i. Sabah Land Development Board (SLDB) Pihak SLDB menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit selain mengusahakan penternakan lembu tenusu yang diusahakan melalui Sabah Livestock Dairies Breeders Sdn Bhd (SLDBSB) yang terletak di Kg. Binakaan. Lokasi ladang kelapa sawit SLDB terletak di Binakaan, Dalit Laut, Inandung, Tinagalan komersial, Peserta Tinagalan, Sinua Sinaron dan Karamatoi dengan jumlah kawasan digazet seluas 12,008Ha. Daripada jumlah tersebut, hanya 5,234Ha sahaja yang telah diusahakan. Ladang Karamatoi seluas 831Ha merupakan ladang usaha sama di antara SLDB dengan pihak SAFODA di mana seluas 589Ha telah diusahakan dengan aktiviti perladangan (Jadual 5.3). Setakat tahun 2022, seramai 1,362 orang peserta dari kawasan ini telah berdaftar dengan pihak SLDB. Dari segi hasil pengeluaran, ladang milik SLDB telah menghasilkan sebanyak 10,823Mt sawit dengan pendapatan sebanyak RM11,874,807.


72 JADUAL 5.3 PERINCIAN AKTIVITI PERLADANGAN SLDB DI DKS Jenis Kawasan SLDB KAVSB SLDBSB Binakaan Dalit Laut Inandung Tinagalan Komersial Peserta Tinagalan Sinua Sinaron Karamatoi Binakaan (Cattle) Matang (Berhasil) 224 295 - 158 481 963 589 - Matang (Ditahan) 791 1,010 487 - Pramatang - - - - - 237 - Jumlah Ditanam 1,015 295 1,010 158 968 1,200 589 - Bangunan/ Kawasan Pentadbiran - - 4 - - 2 - Riparian Reserve 445 8 86 - 271 - Jalan dan Perparitan - 26 103 - - 143 - Lain-Lain - - - - - - Jumlah Tidak Ditanam 445 34 193 - 271 146 - Jumlah Rizab Tidak Boleh Ditanam - - 437 - 2,305 2,701 242 - Jumlah Kawasan Tidak Bertanam 445 34 630 - 2,576 2,847 242 - Jumlah Kawasan Digazet 1,460 329 1,640 158 3,543 4,047 831 - Sumber: Sabah Land Development Board (SLDB), 2022


73 ii. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) MPOB Cawangan Keningau bertanggungjawab dalam membangunkan tanaman kelapa sawit di bahagian atau residensi pedalaman melibatkan daerah Nabawan, Tenom, Keningau dan Tambunan. Seluas 17,797.08Ha tanaman kelapa sawit di DKS dimiliki oleh 18 buah estet manakala sekitar 10,500Ha diusahakan oleh pekebun kecil dan dianggarkan seluas 8,304.35Ha telah berdaftar dengan skim Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Pelbagai kemudahan berbentuk bantuan, subsidi dan geran telah diberikan kepada peserta bagi pembangunan pertanian kelapa sawit di kawasan ini. Antaranya Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK), Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), Integrasi Tanaman (ITA), Integrasi Ternakan (ITE) dan baja. Bagi daerah Keningau, beberapa jenis bantuan telah diberikan kepada peserta seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.4. JADUAL 5.4 JENIS-JENIS BANTUAN PEMBANGUNAN TANAMAN KELAPA SAWIT DI BAWAH MPOB CAWANGAN KENINGAU Jenis Bantuan Bilangan Penerima Bantuan (orang) Keluasan (Ha) 1 TBSPK 188 715.58 2 TSSPK 3 11.30 3 Baja 18 78.12 4 ITA 12 - 5 ITE 3 - Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Keningau, 2022 iii. Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) FELCRA mengusahakan 16.597Ha tanaman kelapa sawit di Kg. Ansip dengan luas berhasil 15.07Ha. Bilangan peserta yang masih aktif adalah seramai empat (4) orang di mana jumlah pengeluaran setahun adalah sebanyak 338.404 tan dengan hasil pendapatan RM135,580.25. Jadual 5.5 menunjukkan pungutan hasil FELCRA BERHAD di Kg. Ansip dari tahun 2018 sehingga September 2022.


74 JADUAL 5.5 TANAMAN KELAPA SAWIT DI BAWAH FELCRA BERHAD KG. ANSIP Bil. Deskripsi Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 (Sept) 1 Jumlah Pengeluaran/Tan Setahun 554.12 115.72 905.67 57.62 58.89 2 Hasil Pendapatan Setahun (RM) - - 300,682.44 50,851.36 55,207.00 3 Purata Pengeluaran/Hektar (Setahun) 6.44 1.36 10.41 3.82 3.91 4 Harga Tanaman Per Kg/Tan - - 332.00 882.53 937.45 Sumber: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), 2022 b. Getah Tanaman getah merupakan antara tanaman industri yang utama di DKS selepas kelapa sawit. Tanaman ini meliputi kawasan seluas 24,691.30Ha. Ianya diselia oleh dua (2) agensi iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). i. Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Di bawah seliaan LIGS, tanaman getah diusahakan di kawasan DUN Tulid dengan keluasan 783.26Ha (299 orang peserta) dan di DUN Sook seluas 378.78Ha (105 orang peserta) (rujuk Lampiran 5). Sejak tahun 2018 sehingga 2022, tanaman ini telah menghasilkan sebanyak 11,217,273Mt dengan jumlah nilai pendapatan sebanyak RM31,391,219.08 (rujuk Jadual 5.6). JADUAL 5.6 PUNGUTAN HASIL GETAH DI DKS (2018-2022) Tahun Hasil (Tan) Jumlah Nilai (RM) 2018 2,587,758 6, 223,131.77 2019 2,569,214 6,691,944.65 2020 2,133,493 5,514,461.74 2021 2,737,247 8,893,882.56 2022* 1,189,561 4,067,798.36 Jumlah 11,217,273 31,391,219.08 Sumber: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), 2022 Nota: *Setakat November 2022 Skim Penempatan Getah Nandangan Tulid Skim penempatan ini terletak di dalam kawasan DUN Tulid seluas 1,196.57Ha dengan kawasan getah matang berkeluasan 438.04Ha manakala kawasan getah belum matang adalah seluas 758.53Ha. Jumlah peneroka dan penoreh di kawasan getah matang dalam skim ini adalah seramai 26 orang. Manakala, belum ada peneroka dan penoreh di kawasan getah belum matang. Sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022, Skim Tulid telah memperolehi hasil getah sebanyak 3,498,714.98Mt dengan jumlah pendapatan RM13,214,238.01 (rujuk Jadual 5.7).


75 JADUAL 5.7 PUNGUTAN HASIL GETAH DI SKIM TULID (2020-2022) Tahun Hasil (Tan) Jumlah Nilai (RM) 2018 415,507.12 172,5031.82 2019 708,893.12 2,964,433.31 2020 784,647.74 3,649,726.54 2021 965,506.00 2,886,963.61 2022 628,161.00 1,988,082.73 Jumlah 3,498,714.98 13,214,238.01 Sumber: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), 2022 ii. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Ladang getah di bawah seliaan RISDA meliputi kawasan seluas 302.115Ha dengan luas berhasil 55.0Ha. Seramai 159 orang pekebun terutama dari mukim Tulid dan Sook telah berdaftar dengan RISDA. Jumlah pengeluaran getah dari kawasan ini adalah 137.5Mt setahun dengan purata pengeluaran 70 tan per hektar. Hasil pendapatan getah telah menyumbang sebanyak RM412,500. Harga getah sentiasa berubah mengikut keadaan semasa namun pada tahun ini ianya berada pada harga RM3/kg mengikut jenis/gred. Bagi membangunkan penanaman getah, RISDA memberi pelbagai jenis bantuan kepada pengusaha. Antaranya bantuan tanam semula getah ke getah, bantuan tanam semula getah ke tanaman lain, bantuan aktiviti ekonomi tambahan dan agro makanan. Program pembasmian kemiskinan iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) turut diberikan kepada pekebun.


76 c. Koko Tanaman koko turut diusahakan di DKS dengan keluasan tanaman 147.28Ha. Jadual 5.8 menunjukkan pungutan hasil bagi tanaman koko di DKS dari tahun 2018 sehingga tahun 2022. Seramai 201 orang penduduk terlibat di dalam penanaman koko yang terletak di 29 buah kampung. Lembaga Koko Malaysia (LKM) yang menyelia kegiatan penanaman koko di DKS membekalkan anak benih koko kepada pengusaha selain membeli koko kering daripada petani. Antara bantuan yang diberikan kepada pengusaha ialah input pertanian seperti baja, racun dan alatalat perkebunan bagi meningkatkan produktiviti pokok koko. LKM juga membantu dalam penyediaan tapak semaian biji koko kering. Peta 5.2 menunjukkan pencapaian fizikal tanaman koko seliaan Bahagian Pemindahan dan Pengembangan Teknologi (TOTE) Tenom bagi kawasan DKS pada tahun 2022. d. Industri perlebahan Industri lebah madu atau kelulut di DKS masih belum berkembang luas dan diusahakan secara kecil-kecilan terutama di Mukim Sebrang (7 peserta), Minawo (7 peserta) dan Lanas (46 peserta). JADUAL 5.8 PUNGUTAN HASIL KOKO DI DKS (2018-2022) Bil. Keterangan Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 1 Keluasan Tanaman (Ha) 178.84 153.45 140.18 138.11 146.07 2 Luas Berhasil (Ha) 178.84 153.45 141.18 139.11 146.07 3 Jumlah Pengeluaran/tan (Setahun) 35,187.09 51,973.51 42,141.58 52,378.88 33,659.95 4 Hasil Pendapatan Setahun (RM) 243,902.12 404,014.67 326,514.26 364,954.52 245,110.98 5 Harga Semasa Tanaman Mengikut Jenis/Gred (Gred SMC 1) 6.50 8.00 8.00 8.00 8.00 Sumber: Lembaga Koko Malaysia (LKM), 2022


77 PETA 5.2 PENCAPAIAN FIZIKAL TANAMAN KOKO SELIAAN BAHAGIAN PEMINDAHAN DAN PENGEMBANGAN TEKNOLOGI (TOTE) TENOM BAGI KAWASAN DKS Sumber: Lembaga Koko Malaysia (LKM), 2022


78 5.1.2 Subsektor perikanan Terdapat 226 orang pengusaha kolam ikan air tawar di kawasan ini dengan bilangan kolam sebanyak 608 buah dengan keluasan 22.23Ha yang terletak di mukim Tulid, Lanas, Sebrang dan Ansip (rujuk Peta 5.3). Sehingga Ogos 2022, jumlah pengeluaran adalah sebanyak 9.58Mt dengan anggaran nilai sebanyak RM172,44.000. Purata pengeluaran hasil pula adalah 0.50Mt/Ha (rujuk Jadual 5.9). JADUAL 5.9 AKTIVITI PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR (2018 3 2022) Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022 Pejabat Perikanan Sook turut melaksanakan program penagalan sungai di DKS. Jumlah sungai yang ditagal ialah 10 batang sungai di 24 buah kampung (rujuk Lampiran 6). Bagi meningkatkan pembangunan perikanan, pihak jabatan telah melepaskan sebanyak 1,000 benih ikan lampam jawa di perairan umum iaitu di sungai Sook, Labou dan tasik/luagan (Jadual 5.10). Terdapat tujuh (7) orang nelayan di daerah kecil ini berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan pada tahun 2022, jumlah hasil tangkapan yang diperolehi sekitar 7.743 tan. Kawasan penangkapan ikan sungai terletak di sekitar sungai Sook, Bonod, Tabug, tasik dan perairan umum (rujuk Peta 5.4). Tahun Bil. Kolam Tanah Luas (Ha) Jum. Pengeluaran Mt (setahun) Bil. Pengusaha Purata pengeluaran per hektar (setahun) AYHA (Average Yield/Ha) Harga Semasa Mengikut Jenis dan Gred (kg) Anggaran Nilai Hasil (RM)9000 2018 608 22.23 7.08 121 0.36 10/0.3 15/0.5 106.20 2019 608 22.23 5.81 121 0.30 10/0.3 16/0.5 87.15 2020 608 22.23 13.44 121 0.70 12/0.3 17/0.5 161.28 2021 608 22.23 15.22 121 0.80 12/0.3 18/0.5 182.64 Ogos -2022 608 22.23 9.58 226 0.50 12/0.3 18/0.5 172.44 Jumlah Pengeluaran: 51.13Mt Jumlah pendapatan: RM709,710.00


79 PETA 5.3 AKTIVITI PERIKANAN DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


80 JADUAL 5.10 AKTIVITI PELEPASAN BENIH IKAN KE PERAIRAN UMUM Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022 Bagi mengembangkan potensi pembangunan perikanan, pihak jabatan telah menyediakan pelbagai bantuan dan subsidi kepada penduduk seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.11. Pada tahun 2022, seramai 30 orang telah menerima bantuan benih ikan tilapia GIFT (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) sebanyak 6,000 ekor. JADUAL 5.11 JENIS BANTUAN/SUBSIDI/GERAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENGUSAHA PERIKANAN (...) Tahun Jenis Bantuan / Subsidi Jum. Penerima (orang) Jumlah 2018 Bantuan Baka Induk Baik (BIB) 8 Tilapia GIFT - 720 ekor Tilapia merah - 620 ekor Subsidi Benih Ikan Stesen Akuakultur Keningau 98 Tilapia GIFT -19,400 ekor Subsidi Benih Ikan Stesen Akuakultur Keningau 124 24,200 ekor - Tilapia GIFT 4,600 ekor - Tilapia merah 2020 Subsidi Benih Ikan Stesen Akuakultur Keningau 79 Golongan penternak B40 Bantuan Insentif Sokongan Ladang 4 Peralatan untuk ladang / kolam Bantuan Baka Induk Baik (BIB) (Stesen Marakau Ranau) 3 Induk jantan - 30 ekor Induk betina - 60 ekor Bantuan Baka Induk Baik (BIB) (Stesen Marakau Ranau) 1 Induk jantan - 10 ekor Induk betina - 20 ekor Tahun Nama Sungai / Tasik Kampung / Mukim Aktiviti / Program 2018 Sungai Sook Kg. Kindasan/Mukim Tulid Pelepasan benih ikan ke perairan umum 2020 Tasik/Luagan SK Bunang Ulu Mukim Tulid Pelepasan benih ikan ke perairan umum ke tasik/luagan 2021 Sungai Sook " Kg. Kindasan Mukim Tulid Pelepasan benih ikan Sungai Labou " Kg. Nandagan Mukim Lanas " Kg. Seselungon Mukim Lanas 1,000 ekor benih lampam jawa 1,000 ekor benih lampam jawa 2022 Sungai Sook " Mukim Ansip " Kg. Telintir Kuala Punteh, Mukim Dalit Pelepasan benih ikan ke perairan umum ke sungai Sook Kg. Telintir


81 Tahun Jenis Bantuan / Subsidi Jum. Penerima (orang) Jumlah Subsidi Benih Ikan Stesen Akuakultur Keningau 37 Tilapia gift - 7,400 ekor Tilapia merah - 1,300 ekor 2022 Subsidi Benih ikan Stesen Akuakultur Keningau 30 Tilapia gift - 6,000 ekor Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022 Pada tahun 2018, pihak jabatan telah menerima bantuan sebanyak RM25,000.00 daripada peruntukan Parlimen P.182 Pensiangan bagi melaksanakan projek ternakan ikan air tawar di Kg. Kawakahan Sook. Manakala, Jabatan Perikanan Malaysia pula telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 pada tahun 2022 iaitu Bantuan Khas Dana Jaminan Makanan (Peralatan Ladang) di Kg. Kuit Sook. Pihak jabatan turut menyediakan kursus dan latihan kepada pengusaha perikanan di kawasan ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Antaranya kursus asas menternak ikan air tawar, kursus asas menternak ikan dalam kolam tanah dan kursus asas ternakan ikan air tawar. Sepanjang tahun 2018 sehingga tahun 2022, seramai 48 orang penduduk kampung telah mengikuti kursus dan latihan perikanan tersebut. Hasil perikanan dipasarkan di kawasan pekan Sook, tamu mingguan, bahu jalan utama, tapak tamu Keningau, pekan Apin-Apin dan pasar malam Keningau. Terdapat juga penduduk yang menggunakan kemudahan online dan Cash on Delivery (COD) untuk memasarkan hasil perikanan mereka. Bosou berasaskan ikan sungai merupakan salah satu industri hiliran yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Namun, produk hiliran ini diusahakan hanya untuk keperluan sendiri sahaja dan belum direkodkan memandangkan keperluan bekalan ikan tidak menentu. Bagi membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk, pihak jabatan turut melaksanakan pelbagai program bagi membasmi kemiskinan di kawasan kajian. Senarai program tersebut boleh dilihat di dalam Jadual 5.12.


82 JADUAL 5.12 PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN DI BAWAH KENDALIAN JABATAN Tahun Nama Program Jenis/Jumlah Bantuan Jumlah Penerima (Orang) 2018 Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sepenuh masa RM 250.00 / Seorang 7 2019 Bantuan Khas Baja Ikan Baja starter- 396 karung Baja grower - 396 karung 18 Bantuan Khas Benih Ikan Keli Afrika- 13,461 ekor Tilapia Merah- 22,500 ekor 7 18 Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sepenuh masa RM 250.00 / Seorang 7 2020 Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sepenuh masa Bantuan Insentif Pembangunan Akuakultur RM 250.00 / Seorang Peralatan Ladang 7 1 2021 Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sepenuh masa RM 250.00 / Seorang 7 2022 Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sepenuh masa RM 250.00 / Seorang 7 Bantuan Insentif Pembangunan Akuakultur Peralatan ladang 1 Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022 Dari segi peruntukan kewangan, jabatan turut menerima peruntukan setiap tahun bagi membantu mengembangkan potensi perikanan di kawasan kajian. Jadual 5.13 menunjukkan jumlah peruntukan kewangan yang telah diperolehi daripada Kerajaan Negeri manakala Jadual 5.14 adalah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi pembangunan perikanan di kawasan kajian. JADUAL 5.13 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DITERIMA OLEH PEJABAT PERIKANAN DKS Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan (RM) /Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 S30 6,600.00 6,500.00 5,500.00 12,500.00 4,000.00 D28 14,000.00 24,374.00 10,000.00 6,000.00 11,500.00 Jumlah 20,600.00 30,874.00 15,500.00 18,500.00 15,500.00 Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022 JADUAL 5.14 JUMLAH PERBELANJAAN TAHUNAN PEJABAT PERIKANAN DKS Kod Peruntukan Jumlah Perbelanjaan Direkod (RM) /Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 S30 132 6,600.00 6,500.00 5,500.00 12,500.00 4,000.00 D28 132 14,000.00 24,374.00 10,000.00 6,000.00 11,500.00 Jumlah 20,600.00 30,874.00 15,500.00 18,500.00 15,500.00 Sumber: Pejabat Perikanan Daerah Kecil Sook, 2022


83 PETA 5.4 KAWASAN PENANGKAPAN IKAN SUNGAI DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


84 5.1.3 Subsektor ternakan Aktiviti penternakan di DKS mempunyai potensi yang besar dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi daerah. Selain diselia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS), aktiviti penternakan di kawasan ini dijalankan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) iaitu Sabah Livestock Dairies Breeder Sdn Bhd (SLDBSB), Desa Keningau Livestock Industries (DKLI) dan syarikat swasta Yun Fook Resources Sdn Bhd (Peta 5.5). Aktiviti ternakan dijalankan secara komersial terutama berkaitan dengan ternakan lembu tenusu, lembu pedaging dan kambing. Skim ternakan yang ada di DKS adalah di bawah kendalian SLDB dan DKLI iaitu skim ternakan lembu tenusu, lembu pedaging dan pawah kambing. Projek pawah kerbau pula dikendalikan oleh JPVS. Pusat Ternakan Ruminan Tenusu (PTRT) juga terdapat di DKS melibatkan aktiviti ternakan lembu tenusu dan rusa. Ladang yang terletak di Sebrang, Keningau ini turut berperanan sebagai pusat pemindahan teknologi kepada penternak dan pelajar institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara. Ianya telah diperakui sebagai pusat latihan ternakan oleh National Agricuture Training Centre (NATC) Malaysia. Berdasarkan Jadual 5.16, PTRT turut menternak rusa sekitar 98 ekor pada tahun 2022. Antara baka yang diternak ialah Borneo deer, Timorensis deer dan Axis-axis deer. Baka yang dijual kepada orang awam ialah Timorensis yang berasal daripada negara Indonesia. Lembu tenusu merupakan ternakan utama di kawasan ini di mana sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022, populasi ternakan tetap melebihi 1,000 ekor setahun (Jadual 5.15). Pada tahun 2022, jumlah ternakan lembu tenusu adalah 1,623 ekor, kambing 542 ekor dan kerbau 445 ekor. Pengeluaran susu segar dari ladang SLDBSB/DKLI pada tahun 2021 ialah 3,461,584 juta liter dan dianggarkan hasil pendapatan ladang mencecah sehingga RM11,077,068.80 juta setahun (Lampiran 7). Bagi membangunkan aktiviti penternakan di kawasan ini, JPVS turut menyediakan program pembangunan usahawan iaitu Agropreneur Muda (Ternakan).


85 PETA 5.5 AKTIVITI PENTERNAKAN DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


86 JADUAL 5.15 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI JPVS Bil. Jenis Ternakan Populasi 2018 2019 2020 2021 2022 1 Kerbau 289 323 312 329 445 2 Lembu Pedaging 189 172 121 98 81 3 Lembu Tenusu 1,600 1,030 1,905 1,680 1,623 4 Kambing 349 381 296 436 542 5 Bebiri 42 65 89 112 126 6 Babi 193 611 241 259 289 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, 2022 JADUAL 5.16 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI PTRT Bil. Jenis Ternakan Populasi 2018 2019 2020 2021 2022 1 Lembu Tenusu - - - 296 320 2 Rusa - - - 89 98 Sumber: Pusat Ternakan Ruminan Tenusu, 2022 Pelbagai kemudahan turut disediakan oleh SLDBSB dan DKLI bagi tujuan pembangunan ternakan di DKS antaranya adalah seperti berikut: i. Penyimpanan susu (Alfa Laval/Chiller Tank) ii. Pemprosesan rumput/silaj iii. Pemprosesan makanan tambahan (Palm Kernel Cake (PKC) dan jagung) iv. Lori tangki (pengangkutan susu ke kilang Sabah International Dairies); dan v. Penghantaran susu ke pusat pengumpulan Ladang Yun Fook Resources. Dari segi peruntukan kewangan, JPVS telah menerima peruntukan sebanyak RM41,000.00 pada tahun 2022 bagi membantu mengembangkan potensi ternakan di kawasan ini. Berdasarkan Jadual 5.17, peruntukan kewangan yang telah diperolehi daripada kerajaan negeri telah digunakan sepenuhnya untuk pembangunan ternakan di DKS.


87 JADUAL 5.17 JUMLAH PERUNTUKAN KEWANGAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN PERBELANJAAN KEWANGAN SETAHUN Tahun Jumlah Direkodkan (RM) Peruntukan Perbelanjaan 2018 11,500.00 11,500.00 2019 8,000.00 8,000.00 2020 41,000.00 41,000.00 2021 41,000.00 41,000.00 2022 41,000.00 41,000.00 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, 2022 a. Ladang lembu tenusu Eco-Yap (Yun Fook Resources Sdn Bhd) Projek ternakan lembu tenusu di ladang Eco-Yap merupakan Entry Point Project (EPP) yang berjaya di Sabah dan diisytihar sebagai pengeluar susu segar terbesar di Malaysia pada tahun 2018 dengan jenama Susu Segar Eco-Yap. Susu Eco-Yap diedarkan di pasar raya terkemuka, pasaran tempatan dan beberapa buah sekolah di seluruh Sabah. Ladang yang terletak di Kg. Bomboi ini mempunyai keluasan sekitar 112Ha dan menjalankan aktiviti ternakan lembu dan kambing tenusu, lembu pedaging dan rusa. Hasil ternakan lembu dijual di pasaran tempatan dan luar negara seperti Brunei manakala pasaran utama bagi rusa adalah Sandakan dan Semporna. Selain itu, semasa aktiviti lawatan kerja lapangan diadakan, didapati ladang EcoYap turut membangunkan rumah sarang burung walit sebagai aktiviti sampingan dan memelihara buaya bagi mengaplikasikan konsep pemeliharaan ternakan secara mesra alam. Jadual 5.18 menunjukkan jenis-jenis ternakan ruminan yang terdapat di ladang ini berserta populasi dari tahun 2018 sehingga tahun 2022. JADUAL 5.18 JENIS-JENIS TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DI LADANG ECO-YAP Bil. Jenis Ternakan Populasi 2018 2019 2020 2021 2022 1 Lembu Tenusu 3,077 3,435 3,156 2,995 3,345 2 Kambing Tenusu 285 326 453 435 468 3 Rusa - 285 356 476 560 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Yun Fook Resources Sdn Bhd, 2022


88 Dari segi kadar sara diri bekalan daging lembu dan kambing, hanya terdapat sedikit peningkatan sahaja dari tahun 2018 sehingga tahun 2022. Namun, berbeza dengan kadar sara diri susu segar, di mana pengurangan berlaku dengan begitu ketara dari tahun 2021 sehingga tahun 2022. Rujuk Jadual 5.19 bagi kadar sara diri bekalan daging dan susu segar di Ladang Eco-Yap. JADUAL 5.19 JENIS-JENIS BEKALAN TERNAKAN MENGIKUT POPULASI DAN TAHUN Bil. Jenis Bekalan Kadar Saradiri (kg/liter) 2018 2019 2020 2021 2022 1 Daging lembu 111,000 120,600 123,000 129,000 130,200 2 Susu segar lembu (liter) 3,677,146 4,243,392 3,803,230 2,871,505 2,450,000 3 Daging kambing - 253 345 421 598 4 Susu segar kambing (liter) 32,000 36,000 43,800 40,500 32,500 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Yun Fook Resources Sdn Bhd, 2022 Dari segi jumlah hasil pendapatan pada tahun 2022, bekalan daging lembu menyumbang sebanyak RM3,645,600.00, daging kambing (RM22,126.00) dan susu segar (RM6,615,000.00) setahun (rujuk Jadual 5.20).


89 JADUAL 5.20 SUMBANGAN HASIL PENDAPATAN TERNAKAN MENGIKUT JENIS BEKALAN Bil. Jenis Bekalan Pendapatan (RM)/Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 1 Susu Segar (liter) 9,928,294.20 11,457,158.40 10,268,721.00 7,753,063.50 6,615,000.00 2 Daging Lembu 1,998,000.00 2,170,800.00 2,952,000.00 3,612,000.00 3,645,600.00 3 Daging Kambing - 6,831.00 10,350.00 14,735.00 22,126.00 Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Yun Fook Resources Sdn Bhd, 2022 b. Padang ragut DKS mempunyai padang ragut seluas 73.0Ha yang telah diwartakan untuk aktiviti ragut bebas. Lokasi padang ragut terletak di Kg. Batu Lunguyan seluas 23.0Ha, Mokotog (30.0Ha) dan Tiong (20.0Ha). Padang ragut Kg. Tiong dan Mokotog telah menerima bantuan pembersihan kawasan dan penanaman rumput seluas 20.0Ha (Kg. Tiong) dan 10.0Ha di Kg. Mokotog yang siap dilaksanakan pada tahun 2017. Bagi padang ragut Kg. Batu Lunguyan dan Mokotog, pembinaan kelong juga telah siap dilaksanakan pada tahun yang sama. Berdasarkan perancangan JPVS pada 2018, ketiga-tiga kawasan padang ragut ini dipasang dengan papan tanda dan pagar utama dengan anggaran kos sebanyak RM10,000.00, manakala pembersihan kawasan dan penanaman rumput seluas 20.0Ha serta membina jalan raya keliling kawasan padang ragut dengan anggaran kos RM95,000.00 dirancang untuk dilaksanakan di Kg. Batu Lunguyan. Antara pelan pembangunan padang ragut yang telah dilaksanakan oleh pihak JPVS adalah membangunkan padang ragut dengan tanaman pastura yang berkualiti seperti Napier, Bracharia De Cumben dan Setaria Cozungula dan menambah bilangan jumlah ternakan di setiap kampung yang mempunyai padang ragut, selain membina bangunan kelong (holding yard), bangunan stor pastura/silaj/fermentasi dan menyediakan kolam untuk minuman ternakan. Buat masa ini, JPVS masih berhadapan dengan masalah berkaitan dengan kemudahan infrastruktur dan saluran air bersih di kawasan padang ragut. Ladang Eco-Yap juga menanam pastura bagi menampung permintaan sektor penternakan dalam daerah. Nilai pengeluaran pastura lebih kurang 45,000Mt dengan keluasan tanaman 76.0Ha. Pada tahun 2022, seluas 50.0Ha telah ditanam dengan pastura dengan kapasiti pengeluaran 30,000Mt.


90 5.1.4 Komersial, perumahan dan perindustrian a. Komersial dan perniagaan Jadual 5.21 menunjukkan antara jenis kemudahan perniagaan dan komersial yang tersedia di pekan Sook seperti pasar umum (74 lot) dengan kadar anggaran sewa sebanyak RM15 sebulan dan tamu mingguan (316 lot). Namun dianggarkan penjaja yang datang berniaga adalah seramai 500 orang. Anggaran sewa tamu ialah RM2-RM5 bergantung kepada kuantiti jualan dan saiz tapak yang digunakan oleh penjaja. Selain itu, terdapat gerai lapan (8) pintu dan gerai runcit sembilan (9) lot. Kesemua sewa pasar, tamu dan gerai dikutip oleh pihak MDKgu. Terdapat juga unit kedai untuk dijual iaitu 24 unit bangunan kedai dua (2) tingkat dan enam (6) unit kedai tiga (3) tingkat yang dimajukan oleh Perkasa Realty Sdn Bhd. Kemudahan perbankan mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah mula beroperasi sejak Julai 2021. Ianya memudahkan penduduk untuk melaksanakan urusan perbankan tanpa perlu pergi ke pekan Keningau. Pewujudan mesin ATM tersebut secara langsung telah memberi impak positif kepada peningkatan pengaliran wang dan meningkatkan ekonomi DKS. Diandaikan dengan adanya mesin ATM pengeluaran duit di pekan ini, duit tersebut akan dibelanjakan di DKS dan bukan di Keningau. Jadual 5.22 menunjukkan jumlah lesen berdaftar dan jumlah kutipan hasil lesen di daerah Keningau. Manakala jumlah di Sook tidak dapat dipastikan secara tepat berikutan data yang direkodkan adalah bercampur dengan data Keningau sejak dari dahulu. Walau bagaimanapun, dianggarkan jumlah lesen yang didaftarkan dan kutipan yang diterima ialah sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan Keningau. Bayaran pendaftaran untuk satu lesen berniaga ialah sebanyak RM25 dan dibayar kepada PDKgu. Jadual 5.23 pula menunjukkan jumlah kutipan lesen operasi dan cukai pintu yang berjaya dikutip termasuk tunggakan dan anggaran jumlah cukai pintu yang perlu dikutip secara tahunan oleh pihak MDKgu bagi tempoh lima (5) tahun iaitu sejak 2018 sehingga 2022. Secara keseluruhannya, aktiviti perniagaan di DKS menunjukkan pertumbuhan positif dan masih memerlukan lebih banyak pusat komersial dan lot-lot kedai untuk berniaga. JADUAL 5.21 JENIS KEMUDAHAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIAL DI DKS(...) Kemudahan Kawasan Jumlah Lot Kadar Sewa/Nota Pasar umum 6.00 pagi 3 5.00 petang Pekan Sook 74 lot " Anggaran sewa RM15 sebulan " Milik MDKgu Tamu mingguan pekan Sook 6.00 pagi 3 1.00 petang setiap hari Ahad Tamu Sook Lot yang tersedia sebanyak 368 lot tetapi yang datang berniaga sejumlah 500 penjaja " Anggaran sewa RM2 3 RM5 bergantung kepada kuantiti jualan dan saiz tapak yang digunakan oleh penjaja " Sewa dikutip oleh Tamu Master yang dilantik oleh MDKgu Gerai 8 pintu Pekan Sook 8 lot " Anggaran sewa RM50 sebulan Gerai runcit Pekan Sook 9 lot " Anggaran sewa RM50 sebulan


91 Kemudahan Kawasan Jumlah Lot Kadar Sewa/Nota Bangunan Kedai (Sook Point) Pekan Sook 24 unit kedai 2 tingkat " Dimajukan oleh Perkasa Realty Sdn Bhd " Unit kedai dijual " Nama kawasan: kedai pekan Sook 6 unit kedai 3 tingkat " Dimajukan oleh Perkasa Realty Sdn Bhd. " Unit kedai dijual " Nama kawasan: Sook Point Sumber: Majlis Daerah Keningau, 2022 JADUAL 5.22 JUMLAH LESEN BERDAFTAR DAN JUMLAH KUTIPAN HASIL LESEN OLEH PDKGU Perkara Lokasi 2018 2019 2020 2021 2022 Lesen Berniaga yang didaftarkan Sook 13,771 11,989 11,819 14,854 14,781 Keningau Jumlah Kutipan Bayaran Lesen (RM) Sook 344,275 299,725 295,475 371,350 369,525 Keningau Sumber: Pejabat Daerah Keningau, 2022 Nota: Anggaran jumlah lesen yang didaftarkan dan kutipan hasil (RM) lesen Sook ialah sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan di Keningau JADUAL 5.23 KUTIPAN LESEN OPERASI DAN CUKAI PINTU OLEH MDKGU Bil. Aktiviti 2018 2019 2020 2021 2022 1 Lesen Operasi (RM) Meliputi lesen hiburan, gerai, kedai gunting rambut, hardware, penginapan dan lain-lain Sook Keningau 525,448.51 260,857.99 132,812.63 179,627.52 472,909.73* 2 Cukai Pintu (RM) Sook 21,174.30 18,834.90 14,696.50 12,212.62 21,255.92** Keningau 3,015,176.70 2,953,471.10 3,059,461.50 3,920,765.14 3,767,291.99** Nota: Jumlah Cukai Pintu yang berjaya dikutip termasuk tunggakan 3 Cukai Pintu (RM) Sook 20,984.60 20,984.60 20,984.60 20,984.60 20,984.60** Keningau 3,853,629.40 3,853,629.40 3,912,813.65 3,863,121.76 3,873,865.02** Sumber: Majlis Daerah Keningau, 2022 * Setakat Oktober 2022 ** Setakat September 2022 Nota: Anggaran jumlah cukai pintu yang perlu dikutip tahunan Anggaran kutipan hasil (RM) lesen operasi Sook adalah sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan Keningau


92 b. Pelan pekan baru Sook Pelan pekan baru Sook merupakan garis panduan untuk perancangan dan pembangunan pekan Sook. Pelan ini telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW), sila rujuk Gambarajah 5.1. Pelan menunjukkan penempatan penduduk/perumahan. Ini merangkumi guna tanah kerajaan, perumahan, kawasan perniagaan, kawasan industri, sekolah, klinik, kawasan lapang dan kompleks sukan, rumah ibadat, dewan, terminal bas dan teksi, tempat letak kereta, tapak tangki dan pembetungan najis. Merujuk kepada pelan tersebut, dinyatakan bahawa kawasan komersial mempunyai rizab 50 ekar, perumahan 75 ekar dan industri ringan seluas 20 ekar. Ini menunjukkan tidak ada sebarang masalah kekurangan tapak tanah untuk merancakkan pembangunan komersial, perumahan dan perindustrian di DKS. Terdapat perancangan untuk membina empat (4) blok, 90 unit kedai tiga (3) tingkat untuk dijual. Bangunan kedai ini dijangka akan beroperasi pada tahun 2030.


93 GAMBARAJAH 5.1 PELAN PEKAN BARU SOOK Sumber: Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, 2022


94 c. Perumahan Setakat ini, terdapat tiga (3) taman perumahan di DKS iaitu Taman Sook Indah milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) 56 unit, Taman Perwira Biah 168 unit dan Taman Bersatu 191 unit. Ketiga-tiga taman perumahan ini adalah untuk dijual.


95 d. Perindustrian Aktiviti perindustrian di DKS sangat rancak dan terdapat beberapa industri yang berdaftar dengan MDKgu (Jadual 5.24) yang terdiri daripada ladang tenusu, kilang papan, kuari, nursery, kilang arang dan kilang timbang buah sawit. JADUAL 5.24 SENARAI INDUSTRI DI DKS Nama Kilang Jenis Perniagaan Syarikat pengangkutan Hong Yun Farm Ladang tenusu Sentorama Sdn Bhd Kilang papan Perusahaan Kosinar Sdn Bhd (Depoh) Kilang papan Ly Lanas Quarry Kuari (Lanas) Adam Nursery Enterprise Nursery C S Biomass Sdn Bhd Kilang membuat arang Bumi Timber Sdn Bhd Kilang papan C.C.L Tulid Kilang timbang buah sawit C.C.F Enterprise Kilang timbang buah sawit Ly Lanas Quarry Kuari (Tulid) Sumber: Majlis Daerah Keningau, 2022


96 5.1.5 Perniagaan dan keusahawanan DKS mempunyai potensi besar dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Ini dapat dibuktikan melalui pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh usahawanusahawan kraf tangan di DKS. Selain itu, ia didorong oleh faktor-faktor seperti kekayaan sumber asli dan peluang pelaburan yang terdapat di daerah ini seperti tanah pertanian yang subur, keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya, potensi industri kraf tangan yang boleh dibangunkan. Kewujudan pelbagai kemudahan latihan dan pembangunan modal insan serta sumber dana dan insentif-insentif yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan juga membuka ruang yang luas kepada individu dan komuniti setempat yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Jadual 5.25 menunjukkan aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang diusahakan oleh masyarakat di DKS. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Usaha Maju (YUM) merupakan institusi kredit mikro yang memberi pinjaman kepada golongan miskin, khususnya kepada para wanita yang terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan bantuan modal bagi mengusahakan kegiatan ekonomi yang akan menjana pendapatan kepada penduduk. Jadual 5.26 dan Jadual 5.27 menunjukkan bilangan peminjam dan jumlah pinjaman mengikut kegiatan yang direkodkan oleh AIM dan YUM.


97 JADUAL 5.25 AKTIVITI PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN DI DKS Bil. Jenis IKS Lokasi (Kg.) 1 Perusahaan kraf anyaman buluh (hasil rimba) 3 Koperasi Kraf Tangan Batu Lunguyan Sook Berhad " Pencapaian dalam dan luar negara sebagai Village of The Year 2019 " Pengiktirafan usahawan: i. Malaysia Good Design Award 2018 dan 2019 3 Emily Jeneble, Julitah Kulinting, S. Narty Raitom, Evelyen Rintingan ii. Produk Terbaik ASEAN 3 Julitah Kulinting, Rusmiah Ginsos iii. Produk Terbaik Kebangsaan 3 Emily Jeneble iv. Anugerah Usahawan Kraf Muda Kebangsaan 3 Emily Jeneble v. Produk Terbaik SDSI 2018 3 Marcella Hassan vi. Pemenang Pitchborneo 2021 3 Emily Jeneble, Renny Jeneble Batu Lunguyan 2 Sektor Pelancongan i. Sinua Trusmadi Tainiskon Lodge ii. Kapayan Recreation Resource Sinua Kapayan, Sook Rujuk Sektor Pelancongan 3 Perniagaan runcit Pekan Sook 4 Perkhidmatan Sook 5 Pertanian i. Kelapa sawit ii. Getah, iii. Pisang, halia, buah-buahan, keladi cina, cili, jagung, kopi, koko dan lada hitam Rujuk Sektor Pertanian, penternakan dan perikanan 6 Penternakan 7 Perikanan 8 Perkilangan Sook Rujuk Sektor Komersial, Perumahan dan Perindustrian Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


98 JADUAL 5.26 BILANGAN PEMINJAM/JENIS PERNIAGAAN/JUMLAH PEMBIAYAAN AIM BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN (201832022) DI KAWASAN DKS Blok 2018 2019 2020 2021 2022 Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) Sook 1 203 1,482,800.00 225 1,166,300.00 241 695,800.00 332 657,500.00 335 965,400.00 Sook 2 223 1,203,700.00 272 1,346,200.00 256 599,700.00 393 660,500.00 376 1,338,800.00 Nabawan 2 90 313,500.00 95 927,500.00 93 471,700.00 171 471,500.00 141 408,300.00 Jumlah 516 3,000,000.00 592 3,440,000.00 590 1,713,200.00 896 1,789,500.00 852 2,712,500.00 Bilangan peminjam dan jumlah pinjaman bagi blok Nabawan 2 mengikut kepada pembahagian kawasan yang disebabkan separuh daripada jumlah sahabat berada dalam daerah Nabawan dan selebihnya di kawasan DKS. Terjadi tren penurunan jumlah peminjam berlaku akibat daripada masalah 3 masalah tertentu. Jenis3Jenis Perniagaan Sook 1 Pertanian (50%) Perniagaan/ Runcit, Penjaja, Jualan Langsung dan lain-lain (20%) Perikanan (10%) Pembuatan/ Kraf Tangan (10%) Pengangkutan (5%) Perkhidmatan (5%) Sook 2 Nabawan 2 Sumber: Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Keningau, 2022


99 JADUAL 5.27 BILANGAN PEMINJAM MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN BERSERTA JUMLAH PINJAMAN YUM BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN (2018-OKTOBER 2022) DI KAWASAN DKS Bil. Jenis Perniagaan Bilangan Peminjam Jumlah Pinjaman (RM) 1 Tanaman kelapa sawit 663 3,500,000.00 2 Tanaman getah 256 765,700.00 3 Kedai runcit 35 250,000.00 4 Pinjaman perumahan (SPBR) 32 321,000.00 5 Tanaman buah-buahan 22 120,500.00 6 Gerai makan 18 98,000.00 7 Menjual makanan dan minuman 15 92,500.00 8 Menjual hasil pertanian 11 30,000.00 9 Menjual pakaian 10 56,000.00 10 Tanaman kopi 10 21,000.00 11 Perniagaan atas talian 8 32,000.00 12 Perkhidmatan photocopy 7 39,500.00 13 Produk kecantikan 6 45,000.00 14 Tanaman sayur-sayuran 6 34,000.00 15 Tanaman halia 6 33,000.00 16 Membuat parang 5 25,000.00 17 Tanaman koko 5 22,000.00 18 Tanaman lada hitam 4 28,000.00 19 Menjual alat ganti motor 3 20,000.00 20 Tanaman tembakau 2 10,000.00 Jumlah 1,124 5,543,200.00 Sumber: Yayasan Usaha Maju Cawangan Keningau, 2022


100 5.1.6 Pelancongan Sektor pelancongan di DKS belum giat diusahakan, namun terdapat beberapa tempat dan produk yang menjadi daya tarikan pelancong di DKS (rujuk Jadual 5.28). Beberapa tempat yang dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan menjadi daya tarikan pelancong di masa hadapan pula dapat dilihat dalam Jadual 5.29 manakala Peta 5.6 menggambarkan lokasi kawasan dan potensi pelancongan di DKS. JADUAL 5.28 TEMPAT DAN PRODUK PELANCONGAN DI DKS (...) Bil. Tempat/Produk Penerangan 1 Koperasi Kraf Tangan Batu Lunguyan (Kraf tangan) " Ditubuhkan pada 19 Julai 2018 dan mempunyai seramai 50 orang ahli berdaftar " Terletak di Kg. Batu Lunguyan iaitu 31km atau 30 minit perjalanan dari pekan Sook, 72km atau 1 jam 10 minit dari Keningau " Aktiviti membuat dan menjual produk kraf tangan berasaskan anyaman buluh " Antara produk yang mendapat permintaan ramai adalah beg, dompet, clutch bag, keychain, coin purse, gift box dan produk tradisional seperti sirung, nyiru/raza, tekinan dan dulang " Produk kraf tangan menggunakan bahan-bahan yang diambil daripada kawasan sekitar kampung dan juga Sook serta terdapat juga yang diperolehi daripada luar Sook seperti di Tenom dan Kota Belud " Pengunjung boleh datang membeli kraf tangan dan membuat permintaan jika hendak melihat bagaimana proses membuat kraf tangan tersebut


101 Bil. Tempat/Produk Penerangan 2 Rumbio Trusmadi Riverside Park (riadah sungai) " Terletak di Kg. Sinua, iaitu lebih kurang 62km dari pekan Sook ataupun 1 jam 2 minit perjalanan, 103km dari Keningau ataupun 1 jam 41 minit perjalanan melalui jalan raya dan sedikit jalan yang tidak berturap " Antara daya tarikan di sini adalah aktiviti berasaskan rekreasi sungai yang sesuai dilakukan bersama keluarga " Sungai di sini juga menjadi pusat tagal iaitu bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan ikan air tawar " Menjadi pusat tumpuan pengunjung daerah terdekat untuk melakukan aktiviti perkelahan dan riadah hujung minggu " Antara fasiliti-fasiliti yang terdapat di sini adalah seperti tempat penginapan, dewan, mini dewan dan pondok berehat 3 Taman Rusikon (riadah sungai) " Terletak di Kg. Sinaron iaitu 60km daripada pekan Sook ataupun 1 jam perjalanan melalui jalan aspal dan gravel 4 Trusmadi Tainiskon " Terletak di Kg. Sinua, iaitu lebih kurang 62km dari pekan Sook ataupun 1 jam 2 minit perjalanan,103km dari Keningau ataupun 1 jam 41 minit perjalanan melalui jalan raya dan sedikit jalan gravel " Dibuka dan diusahakan sejak dari tahun 2011 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah " Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti tempat penginapan seperti chalet, bunk bed, khemah (hammock bed) " Antara kelebihan di tempat ini adalah kawasan penginapan yang mendamaikan yang terletak di tepi sawah dan berlatar belakangkan Gunung Trusmadi " Terdapat juga pakej aktiviti lasak yang boleh dilakukan seperti pendakian ke Gunung Trusmadi, aktiviti laluan denai hutan (jungle trekking), memerhati burung (bird watching) dan memerhati matahari terbit (sunrise watching) " Terdapat juga air terjun di kawasan hutan simpan Trusmadi yang mengambil masa 20 minit berjalan kaki daripada starting point 5 Kapayan Recreation Resources (KRR) " Dibuka dan beroperasi sejak dari tahun 2017 " Terletak di Kg. Kapayan iaitu lebih kurang 56km atau 1 jam perjalanan dari pekan Sook, 23km atau 26 minit perjalanan dari pekan Keningau


102 Bil. Tempat/Produk Penerangan " Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah rekreasi bersama keluarga seperti BBQ, zipline, memancing dan paddle boat " Terdapat juga pakej yang menyediakan aktiviti lasak seperti mendaki Gunung Trusmadi dan juga water rafting " Ketika ini pihak KRR merancang untuk membina tempat penginapan 8cabin container house9 untuk kemudahan pelawat yang ingin merasakan suasana tinggal di Taman KRR 6 L.S Foodcourt & Homestay (Waterfront Sook) " Terletak di Kg. Masusun iaitu 2.6km atau 3 minit dari pekan Sook melalui jalan aspal " Antara fasiliti yang terdapat di sini adalah foodcourt dan chalet penginapan yang terletak di tepi kolam 7 Bukit Kosimbut " Mula dibuka pada 18 Oktober 2020 " Terletak di Kg. Kiulu Baru iaitu 27km atau 27 minit perjalanan dari pekan Sook melalui jalan raya " Mempunyai aras ketinggian 609.9m dan antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mendaki bukit, memerhati matahari terbit dan juga berkhemah " Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti menara tinjau, pondok rehat, kawasan tapak perkhemahan dan dapur JADUAL 5.29 TEMPAT BERPOTENSI UNTUK DIBANGUNKAN SEBAGAI DAYA TARIKAN PELANCONGAN Bil. Tempat/Produk Penerangan 1 Taman Rekreasi Kg. Luanti Baru " Terletak di Kg. Luanti Baru (mukim Sebrang) iaitu kira-kira 52km atau 51 minit dari pekan Sook melalui jalan raya aspal " Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah rekreasi sungai dan melihat ikan air tawar yang ditagal 2 Bukit Mondou, Sook " Terletak di Kg. Nandagan (mukim Lanas) 48km daripada pekan Sook " Aktiviti utama adalah mendaki bukit sambil melihat alam sekitar 3 Air Terjun Tuasai, Sook " Terletak di Kg. Likowon (mukim Dalit) iaitu kira-kira 37km atau 1 jam 20 minit dari pekan Sook " Kemungkinan pelawat terpaksa melalui jalan gravel untuk pergi ke tempat ini dan akan melalui denai hutan (jungle trekking) sebelum tiba ke kawasan air terjun " Kawasan ini belum lagi diteroka dan dimajukan oleh pihak berwajib 4 Air Terjun Tuntuyanon " Terletak di sekitar Kg. Belinin (mukim Dalit) " Kawasan ini belum lagi diteroka dan dimajukan oleh pihak berwajib 5 Eco-Yap Farm " Terletak di Kg. Bomboi 37km atau 37 minit perjalanan dari pekan Sook melalui jalan aspal


103 Bil. Tempat/Produk Penerangan " Pada awal pembukaan ladang ini, ia memfokuskan kepada lembu tenusu dan juga produk tenusu. Kemudiannya ia telah menjadi ladang yang menggunakan konsep pertanian secara lestari " Ladang belum dibuka kepada umum untuk melawat namun pihak yang berminat untuk datang melawat sambil belajar boleh menghubungi pihak pengurusan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh kedatangan " Terdapat perancangan untuk menerima pelawat secara terbuka " Antara daya tarikan berpotensi yang terdapat di sini adalah lembu tenusu yang berjumlah lebih kurang 5,000 ekor dan pelawat boleh melihat proses awal memerah susu sehingga proses akhir produk tenusu " Selain itu pelawat juga boleh belajar dan melihat konsep pertanian secara mampan yang diguna pakai di ladang ini (kesemua sisa digunakan semula untuk aktiviti pertanian) " Daya tarikan berpotensi lain adalah ladang ternakan rusa, kambing, burung walit, ikan dan juga buaya 6 Batu Lunguyan (Lagenda/Mitos) " Terletak di Kg. Batu Lunguyan iaitu 31km atau 30 minit perjalanan dari pekan Sook melalui jalan raya, 72km atau 1 jam 10 minit dari Keningau " Terdapat sebuah batu berbentuk khinzir yang terletak di sungai Kg. Batu Lunguyan. Menurut cerita penduduk kampung, batu tersebut merupakan seekor khinzir besar yang disumpah menjadi batu


104 PETA 5.6 KAWASAN PELANCONGAN DAN POTENSI PELANCONGAN DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


105 5.1.7 Pembangunan kraftangan Pembangunan kraf tangan di DKS dilihat masih mempunyai ruang potensi yang boleh dikembangkan. Walaupun dapat dilihat hanya Koperasi Kraf Batu Lunguyan sahaja yang aktif dalam menghasilkan pelbagai produk kraf tangan dan dipasarkan sehingga ke pasaran luar negara, namun terdapat juga pengusaha yang menghasilkan produk kraf tangan tetapi lebih kepada skala kecil dan dihasilkan sendiri di rumah menggunakan bahan asas. Koperasi Kraf Batu Lunguyan Sook Berhad telah ditubuhkan pada 19 Julai 2018 yang bertempat di Kg. Batu Lunguyan Sook dan seramai 50 orang ahli berdaftar di bawah koperasi ini. Koperasi Kraf Batu Lunguyan menjalankan perniagaan membuat dan menjual produk kraf tangan berasaskan anyaman buluh. Oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap produk kraf tangan, sumber bahan mentah yang diperolehi bukan sahaja diambil di DKS sendiri tetapi juga daripada daerah luar seperti Tenom, Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud dan terdapat material dan aksesori tambahan seperti kain, kanvas, kulit PU (PU leather) yang turut diperolehi daripada Semenanjung Malaysia dan juga China. Antara produk dan hasil kraf tangan tradisional yang dihasilkan oleh Koperasi Kraf Batu Lunguyan ini adalah seperti: i. Sirung ii. Nyiru@raza iii. Tekinan iv. Dulang Sehingga kini, koperasi ini telah menghasilkan lebih 200 reka cipta produk moden mengikut permintaan dan cita rasa pelanggan sendiri seperti beg, dompet, gift box, folder, purse dan lain-lain lagi.


106 Koperasi ini juga telah bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi seperti berikut: i. Institut Koperasi Malaysia ii. Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia iii. Pusat Kraf Tangan Sabah iv. Lembaga Kebudayaan Sabah v. Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) vi. ANGKASA vii. Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh Koperasi Kraf Batu Lunguyan adalah seperti berikut: i. Sumber bahan mentah yang semakin berkurangan dan sukar didapati seperti buluh poring dan salingkawang ii. Kos penghantaran produk yang semakin meningkat iii. Tenaga pakar kraf yang terhad iv. Ruang bengkel pembuatan kraf tangan yang tidak mencukupi v. Capaian internet yang kurang baik menyukarkan aktiviti promosi dijalankan secara maya


107 5.1.8 Perhutanan Jabatan Perhutanan Sabah merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara kawasan hutan yang terdapat di DKS. a. Jabatan Perhutanan DKS mempunyai hutan simpan berkeluasan 19,995Ha yang meliputi Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan), kelas II dan Hutan Simpan Kelas IV (Hutan Simpan Dara). Terdapat tiga (3) kawasan hutan di DKS yang terletak dalam kendalian Unit Pengurusan Hutan atau Forest Management Unit (FMU). Jadual 5.30 menunjukkan jenis hutan simpan mengikut kelas, keluasan kawasan hutan dan juga kendalian FMU. JADUAL 5.30 JENIS HUTAN SIMPAN, KELAS, KELUASAN DAN FMU Bil. Nama Hutan Kelas Keluasan (Ha) FMU Unit 1 Sook Lake (A) I 678.29 FMU 11 2 Sook Lake (B) I 728.54 FMU 11 3 Ulu Sg. Milian II 4,618.70 FMU 11 4 Ulu Sg. Milian II 13,126.06 FMU 11 5 Sook Plain IV 843.06 FMU 11 Sumber: Jabatan Perhutanan Sook, 2022 Jabatan Perhutanan juga mengurus dan menyelaras aktiviti eko-pelancongan dengan kerjasama pengusaha setempat dan penduduk kampung untuk membangunkan aktiviti pelancongan seperti pendakian Gunung Trusmadi yang boleh dilakukan dari Kg. Sinua, Sook dan Kapayan. Jadual 5.31 memaparkan pungutan hasil Jabatan Perhutanan Sook. JADUAL 5.31 PUNGUTAN HASIL JABATAN PERHUTANAN SOOK (SEPTEMBER 2022) Tahun Jumlah Direkodkan (RM) 2018 2019 2020 2021 2022 Sook TD 13,833,861.31 11,270,132.54 9,463,697.65 8,696,962.41 Sumber: Jabatan Perhutanan Sook, 2022 b. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) Antara bidang tugas Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) pula adalah untuk membangunkan dan mengurus ladang hutan secara mampan bagi menghasilkan sumber kayu yang berkualiti serta dapat menyumbang kepada industri hiliran. Jumlah keluasan jagaan SAFODA yang ada di DKS adalah 8,640Ha. Seluas 8,619.85Ha ataupun 99.8% daripada jumlah keluasan kawasan SAFODA telah dibangunkan secara usaha sama bersama dengan SLDB iaitu untuk penanaman pokok kelapa sawit. Peta 5.7 menunjukkan kawasan jagaan SAFODA.


108 PETA 5.7 KAWASAN JAGAAN SAFODA Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


109 c. Bornion Timber Bornion Timber Sdn Bhd dan kerajaan Negeri Sabah telah menandatangani perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan pada 10 September 1997 untuk mentadbir, mengurus, menjaga dan membangunkan dua kawasan hutan simpan iaitu Hutan Simpan Ulu Sungai Milian (77,733Ha) yang termasuk di DKS dan sebahagian Hutan Simpan Sapulut (31,260Ha), Nabawan. Akses untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Milian adalah melalui jalan Sook-Sinua. Hutan simpan ini adalah di bawah Hutan Kelas II iaitu hutan komersial dengan aktiviti pembalakan dan perladangan dilaksanakan berlandaskan kepada prinsip Pengurusan Hutan Mapan (Sustainable Forest Management). Antara aktiviti dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak Bornion Timber adalah: " Penuaian secara mapan (Sustainable harvesting) " Penanaman getah dan menoreh getah " Penanaman semula hutan (Reforestation) " Memantau hidupan liar (Wildlife monitoring) " Penyelidikan dan Pembangunan (Research and development) " Pembangunan komuniti (Community development) " Pemuliharaan dan perlindungan (Conservation and protection) " Tinjauan dan penguatkuasaan (Survey and enforcement)


110 Kekangan dan masalah serta penyelesaian Antara masalah yang sering dihadapi oleh pihak Bornion Timber dalam menguruskan kawasan mereka ini adalah pencerobohan dan pembukaan kawasan tanah ladang dalam kawasan hutan simpan oleh komuniti kampung berdekatan. Antara kampung-kampung yang terlibat dalam tuntutan tanah dalam kawasan Hutan Simpan Sg. Ulu Millian adalah seperti: a. Kg. Simbuan b. Kg. Dumbun c. Kg. Mokotog d. Kg. Pulutan e. Kg. Wawasan f. Kg. Batu Lunguyan g. Kg. Lanas Station h. Kg. Kuit i. Kg. Alab j. Kg. Kipaliu Baru k. Kg. Masaum l. Kg. Pinipi Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak Bornion Timber telah mewujudkan Zon Kawasan Hutan Komuniti bagi mengurangkan isu pembukaan hutan secara tidak terkawal oleh komuniti. Zon kawasan ini adalah berkonsepkan pengurusan hutan bersama komuniti yang melibatkan keluasan lebih 2,000Ha. Antara kawasan kampung yang terlibat dalam pengurusan hutan komuniti ini adalah seperti: a. Kg. Batu Lunguyan b. Kg. Kuit c. Kg. Pinipi d. Kg. Simbuan e. Kg. Pulutan f. Kg. Dumbun g. Kg. Wawasan


111 5.1.9 Hidupan liar Rekod daripada Jabatan Perhutanan Sook menunjukkan terdapat banyak jenis haiwan dan burung di kawasan hutan simpan DKS. Jadual 5.32 dan Jadual 5.33 menunjukkan spesis yang boleh dijumpai di kawasan tersebut mengikut kawasan. 5.1.10 Sumber galian DKS kaya dengan jenis batu-batu endapan yang subur serta sesuai dengan pelbagai jenis tanaman. Batu-batu endapan ini adalah Alluvium, Peat, Coral, Sand, Silt Mud and Grave (Pleistocene-recent). Peta 5.8 menunjukkan kawasan sumber galian di DKS. JADUAL 5.32 SPESIS HIDUPAN LIAR DI SOOK PLAIN FR DAN SOOK LAKE FR Bil. Nama Nama Saintifik 1 Brahminy kite Haliastur indus 2 Oriental darter Anhinga melanogaster 3 Hill myna Gracula religiosa 4 Green pigeon Treron sp. 5 Peaceful dove Geopelia striata 6 Sambar deer Cervus unicolor 7 Barking deer Muntiacus sp 8 Pangolin 9 Wild boar 10 Civet 11 Flying squirrel 12 Monitor lizard 13 Skunk 14 Squirrel 15 Cobra 16 Python 17 Krait (black with yellow stripes snake) 18 Doves 19 Egret Sumber: Jabatan Perhutanan Sook, 2022 JADUAL 5.33 SPESIS HIDUPAN LIAR DI ULU SG. MILLIAN FR Bil. Nama Nama Saintifik 1 Borneon gibbon Hylobates muelleri 2 Pig-tailed macaque Macaca nemestrina 3 Long-tailed macaque Macaca fascicularis 4 Sambar deer Cervus unicolor 5 Bearded pig Sus barbatus 6 Barking deer Muntiacus sp 7 Malayan sun bear Helarctors malayanus 8 Sunda clouded leopard Neofelis diardi 9 Common palm civet Paradoxurus hermaphroditus 10 Treeshrew Tupaia sp 11 Rhinoceros hornbill Buceros rhinoceros 12 Black hornbill Anthracoceros malayanus 13 White crowned hornbill Aceros comatus 14 Oriental pied hornbill Anthracoceros albirostris 15 Wreathed hornbill Rhyticeros undulatus 16 Brahminy kite Haliastur indus 17 Hill myna Gracula religiosa 18 Green pigeon Treron sp Sumber: Jabatan Perhutanan Sook, 2022


112 PETA 5.8 SUMBER GALIAN DI DKS Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, 2023


113 5.2 Prospek/perancangan pembangunan 5.2.1 Pertanian Sektor perladangan terutamanya tanaman industri kelapa sawit dan getah mempunyai prospek yang cerah untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi DKS. Tanaman ini meliputi kawasan 27,046Ha bagi kelapa sawit dan 24,691.30Ha untuk getah. Tanaman agro makanan seperti padi, buahbuahan, koko, kopi, nanas dan keladi berpotensi untuk dimajukan menjadi industri asas tani di kawasan ini. Beberapa buah syarikat swasta giat mengusahakan tanaman ini secara skala besar terutama tanaman durian, nanas dan buah-buahan yang lain. Justeru, bagi menyokong pembangunan tanaman di samping meningkatkan pendapatan petani secara berterusan, industri hiliran berasaskan pertanian perlu diberi perhatian dengan mengembangkan lagi aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian, mewujudkan lebih ramai usahawan agro makanan dan membangunkan zon industri asas tani berasaskan tanaman. Ketika ini pihak Jabatan Pertanian turut memberi tumpuan kepada tanaman getah, keladi, kopi dan nanas berikutan tanaman ini merupakan fokus utama bagi DKS seperti yang dinyatakan di dalam Pelan SMJ. Jadual 5.34 menunjukkan perancangan dan cadangan agensi pelaksana bagi meningkatkan ekonomi dan pembangunan pertanian secara berterusan, mampan dan lestari di DKS. JADUAL 5.34 RANCANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DI DKS Agensi Kerajaan Program dan Rancangan Pembangunan Ekonomi Subsektor Tanaman Jabatan Pertanian " Meningkatkan aktiviti pembangunan tanaman makanan; " Memperbaiki jalan-jalan kebun bagi memudahkan petani dan pekebun melalui jalan tersebut terutama semasa musim hujan; dan " Menaik taraf sistem pengairan untuk tanaman padi MPOB " Meningkatkan aktiviti penambahbaikan jalan ladang; dan " Meningkatkan pemberian skim bantuan tanaman baru, tanam semula dan baja SLDB " Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) iaitu tanaman jangka pendek akan dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan peserta dan mengelakkan kebergantungan kepada hasil kelapa sawit FELCRA " Tanah-tanah terbiar di sekitar DKS akan dibangun dan dipulihkan semula RISDA " Meningkatkan keluasan tanam semula getah; " Menyediakan Prasarana Asas Pertanian (PAP); dan " Menyediakan bantuan keusahawanan LKM " Meneruskan pemberian bantuan dari segi input pertanian seperti baja, racun dan alat-alat perkebunan bagi meningkatkan produktiviti pokok koko; dan " Membantu dalam penyediaan tapak semaian biji koko kering KPD " Menambah kapasiti pemasaran dan kemudahan lain bagi penyimpanan dan pemasaran produk-produk KPD seperti cendawan, pamelo dan lain-lain; dan " Meningkatkan aktiviti Buy & Sales produk Sook seperti ubi, sengkuang dan lain-lain untuk dipasarkan ke luar daerah Sumber: Institut Kajian Pembangunan Sabah, Jabatan pertanian, MPOB, SLDB, FELCRA, RISDA, LKM dan KPD, 2022


114 5.2.2 Subsektor perikanan Kegiatan perikanan di DKS tertumpu kepada tangkapan ikan sungai dan ternakan ikan air tawar. Penduduk hanya menjadikan aktiviti perikanan sebagai sumber pendapatan sampingan dan memberikan tumpuan lebih kepada aktiviti pertanian. Permintaan kepada bekalan ikan semakin tinggi dan tidak dapat menampung bekalan sedia ada di pasaran tempatan. Justeru, pihak jabatan telah menjalankan pelbagai program dan bantuan bagi membantu melonjakkan pembangunan perikanan di kawasan ini seperti mengadakan program pelepasan anak ikan di kolam dan sungai terpilih di DKS. 5.2.3 Subsektor ternakan Aktiviti penternakan semakin rancak membangun di DKS khususnya ternakan lembu tenusu dan pedaging, kerbau dan kambing. kawasan ini mempunyai potensi yang cerah menjadi sebuah kawasan ternakan komersial di Sabah dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi daerah. Selain JPVS, sektor penternakan di daerah ini dikendalikan oleh Sabah Livestock Dairies Breeder Sdn. Bhd. (SLDBSB) dan Desa Keningau Livestock Industries (DKLI). Sementara itu, syarikat swasta iaitu Yun Fook Resources Sdn. Bhd. turut memainkan peranan membangunkan sektor penternakan terutama lembu tenusu di DKS.


115 5.2.4 Komersial, perumahan dan perindustrian Terdapat prospek untuk pembangunan komersial dan perumahan di DKS. Ini kerana pada masa ini penawarannya agak kurang. Pertambahan bilangan permohonan lesen perniagaan dalam tempoh lima (5) tahun iaitu 2018-2022 menunjukkan bahawa semakin ramai yang menceburi bidang perniagaan dan memerlukan tapak lot. Pada masa kini, bangunan lot kedai yang dibina oleh SEDCO dan pihak swasta masih kurang di pekan Sook. Sekiranya DKS dinaik taraf maka dijangkakan bahawa lebih banyak kegiatan ekonomi akan dijalankan di kawasan ini. Yang pasti ia akan memberi impak kepada pertumbuhan aktiviti komersial, pembukaan industri baru dan taman perumahan. Industri kraf tangan di daerah ini berpotensi untuk dimajukan kerana mempunyai bekalan bahan mentah dan usahawan-usahawan kraf tangan yang berpengalaman dalam menghasilkan kraf tangan terutama hasil rimba. DKS mempunyai sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan membuat dan menjual produk kraf tangan berasaskan anyaman buluh (hasil rimba). Koperasi ini dinamakan sebagai Koperasi Kraf Tangan Batu Lunguyan Sook Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2018. Jenis produk yang dihasilkan seperti beg, dompet, purse, clutch bag, keychain, coin purse, gift box, folder, tote bag, yang digabungkan dengan material kain kanvas, cotton drill, PU leather, tenunan, batik dan manik. Koperasi juga menghasilkan produk tradisional seperti sirung, nyiru atau raza, tekinan dan dulang. Sehingga kini koperasi ini telah menghasilkan lebih 200 rekaan mengikut permintaan pelanggan. Dari segi pertanian, kelapa sawit adalah tanaman terbesar di DKS diikuti oleh getah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada YUM Keningau jumlah peminjam untuk usahawan yang mengusahakan tanaman kelapa sawit ialah 663 orang dan getah 256 orang. Selain itu, pisang, halia, buah-buahan, keladi cina, cili, jagung, kopi, koko dan lada hitam juga antara tanaman yang berpotensi untuk dikembangkan di daerah ini. Berdasarkan senario pembangunan sektor komersial, perumahan dan perindustrian, secara keseluruhannya pembangunan DKS mempunyai potensi untuk dimajukan dan dikembangkan pada masa hadapan.


116 5.2.5 Pelancongan Masih terdapat lagi kawasan menarik yang belum dibangunkan akibat daripada kekangan seperti yang telah dijelaskan. Namun apabila fasiliti asas dibangunkan terutamanya jalan raya, semakin banyak kawasan menarik yang dibuka dan dibangunkan seterusnya mampu merancakkan lagi sektor pelancongan di DKS. Antara tempat yang dilihat amat berpotensi menjadi kawasan tumpuan pelancong adalah Ladang Eco-Yap. Ketika ini ladang ini belum dibuka secara umum untuk tujuan pelancongan namun terdapat perancangan bagi membangunkan sebahagian ladang ini untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan. Antara produk pelancongan yang telah tersedia di sini adalah seperti lawatan sambil belajar konsep pertanian secara mampan, lembu tenusu, ladang durian, ladang buaya dan juga rusa. Selain itu, sebuah Pertubuhan Pelancongan juga sedang giat dibangunkan ketika ini dan dalam proses mengumpulkan kesemua pengusaha pelancongan di Sook. Pertubuhan ini juga ditubuhkan agar setiap pengusaha pelancongan dapat berkongsi ilmu dan membantu pengusaha-pengusaha kecil dan baru dalam meneroka peluang yang ada. Dijangkakan apabila Pertubuhan Pelancongan Sook ini telah ditubuhkan, semakin banyak pengusaha pelancongan yang akan mendapat bimbingan yang betul serta dapat menyumbang idea untuk sama-sama membangunkan sektor pelancongan di DKS.


117 5.2.6 Pembangunan perkhidmatan pengangkutan Selain itu, dalam Sabah Structure Plan 2033 juga terdapat cadangan untuk menghidupkan semula pembangunan airstrips di Sabah yang bertujuan untuk meningkatkan connectivity masyarakat luar bandar. Antara tempat yang dicadangkan termasuklah Sook. Dalam kajian Sabah Railway Master Plan pula, terdapat cadangan jangka masa panjang untuk membina rangkaian landasan kereta api yang menghubungkan kawasan pantai barat Sabah dengan pantai timur Sabah melalui Keningau, Sook, Nabawan, Kalabakan dan Tawau (WestEast 2nd link). 5.2.7 Impak perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Daripada kajian IDS terdahulu1 , perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan memberikan impak yang positif terhadap ekonomi negeri Sabah terutamanya dalam sektor pertanian, pelancongan dan perkilangan. Limpahan ekonomi akan turut dinikmati oleh penduduk berhampiran kawasan sempadan di mana kerajaan Malaysia telah menggazetkan empat (4) pintu masuk utama menghubungkan Malaysia dan Indonesia iaitu Pulau Sebatik, Long Pasia, Nabawan dan Kalabakan. Terdapat cadangan pembinaan sebuah kompleks CIQS di Bantul, Pegalungan. Secara tidak langsung ini akan merancakkan lagi aktiviti yang merangsang pertumbuhan ekonomi kerana lokasi DKS yang strategik melalui jalan Nabawan · Sook · Keningau · Kota Kinabalu dan Nabawan · Sook · Tongod · Telupid · Sandakan. DKS yang memiliki pelbagai tempat menarik yang berpotensi untuk dimajukan akan menjadi daya tarikan pelancong dari sebrang untuk datang berkunjung. Ini akan meningkatkan sumber pendapatan bagi sektor pelancongan di DKS serta menyumbang kepada sosioekonomi penduduk sekiranya perancangan hebat dan pembangunan yang mampan dilaksanakan. Permintaan produk ternakan juga bakal mendapat limpahan positif yang mana salah satu kekuatan yang ada pada Sabah sebagai status bebas penyakit berkepentingan ekonomi dan kawalan kemasukan ternakan dalam negara. Industri penternakan yang aktif dijalankan oleh Sabah Livestock Dairies Breeder Sdn Bhd (SLDBSB), Desa Keningau Livestock Industries (DKLI) dan syarikat swasta Yun Fook Resources Sdn Bhd akan menjadi salah satu pemain industri yang bakal menyumbang ekonomi mapan di kawasan ini. 1 Study On The Potential Impact Of The Relocation Of Indonesia9s Capital To Kalimantan On Sabah, 2022


Click to View FlipBook Version