RUMUSAN DAN PENUTUP BAHAGIAN 11
155 11.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Kajian ini jelas membuktikan kekuatan, sokongan dan keperluan yang tinggi untuk menaik taraf DKS ke daerah penuh. Secara umumnya, tuntutan warga Sook untuk mendapat perkhidmatan pentadbiran dan kemudahan infrastruktur secara berkesan dari segi fizikal, ekonomi dan sosial hendaklah diambil kira dan dipenuhi oleh pihak kerajaan dengan kadar segera. DKS mempunyai populasi 62,171 orang (30,721 orang DUN N.44 Tulid dan 31,450 orang DUN N.45 Sook). Maka ia telah memenuhi kriteria saiz penduduk untuk menjadi sebuah daerah penuh iaitu mencapai jumlah minimum penduduk seramai 30,000 orang. Corak penempatan adalah sejajar di sepanjang feeder road serta berkelompok dengan tumpuan di kampungkampung utama yang memudahkan penyampaian perkhidmatan pentadbiran daripada pihak kerajaan. Pertambahan penduduk dan kesedaran tentang hak untuk mendapat perkhidmatan pentadbiran kerajaan secara efisien, telus, mesra rakyat dan dekat dengan masyarakat telah mendesak warga Sook untuk menuntut hak mereka daripada kerajaan. Tuntutan ini perlu ditunaikan bagi mengurangkan beban rakyat dari segi kos pengangkutan, masa, tenaga dan risiko yang ditanggung oleh penduduk Sook untuk berurusan di bandar Keningau, sekaligus memberi hak sama rata kepada warga Sook untuk menerima kemudahan dan perkhidmatan serba lengkap seperti yang dinikmati oleh penduduk Sabah yang menetap di kawasan daerah penuh. DKS mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan raya yang baik dan bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Kampung-kampung di kawasan pedalaman juga telah disediakan kemudahan yang lengkap seperti balai raya, dewan, sekolah, padang, gelanggang dan sebagainya. Secara umumnya, DKS boleh dihubungi melalui perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi swasta. Sook juga merupakan kawasan yang strategik dan menjadi pusat persinggahan laluan KalabakanKeningau. Dengan perancangan yang rapi dan sistematik, pekan Sook mampu untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada warga Sook termasuklah para peniaga dan pengunjung. Dengan adanya pelan tempatan (local plan) yang terperinci untuk pekan Sook, maka sudah pasti pekan ini akan terus berkembang maju. Manakala pusat-pusat komersial yang telah dan bakal dibina boleh menyediakan dan menawarkan premis-premis perniagaan kepada peniaga tempatan. Berdasarkan prospek ekonomi dan tren pembangunan di kawasan kajian dan disokong dengan sistem jaringan jalan raya yang baik, perkhidmatan telekomunikasi yang meluas, bekalan air dan elektrik yang mencukupi, kawasan kajian mempunyai prospek pembangunan ekonomi yang cerah. Walaupun terjejas dengan pandemik COVID-19, Sook bakal melalui satu transformasi ekonomi khususnya projek menaik taraf jalan dari Sinaron, Sook ke Linayukan, Tongod sepanjang 40km. Yang pasti jalan ini akan memberikan impak positif kepada Sook dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat. DKS berkembang maju atas sokongan daripada kewujudan 22 jabatan dan agensi kerajaan untuk mentadbir dan menjayakan pelaksanaan projekprojek pembangunan di DKS. Ketersediaan operasi jabatan dan agensi kerajaan ini menjadi tonggak utama bukan saja menyediakan perkhidmatan dan program pembangunan kepada warga Sook tetapi sebagai asas yang kuat untuk daerah kecil dinaik taraf menjadi sebuah daerah penuh. Maka, telah tiba masanya DKS dinaik taraf menjadi sebuah daerah penuh bagi memberi keselesaan, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada warga Sook sejajar dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berpandukan lima (5) objektif utama antaranya meningkatkan ekonomi rakyat dan memastikan rakyat hidup aman, makmur dan sejahtera.
LAMPIRAN Ringkasan tinjauan atas talian & temu bual berfokus 9 10 Sorotan bergambar Senarai kampung mengikut Mukim dan jumlah penduduk di DKS 1 Aktiviti ekonomi di kawasan DUN N.44 Tulid dan DUN N.45 Sook 2 3 Cadangan JALB RMK-12 di DKS 4 Senarai dan maklumat asas sekolah rendah 5 Blok tanaman getah di DKS 6 Program penagalan sungai di DKS Hasil pendapatan dan harga jualan mengikut jenis-jenis ternakan 7 Jadual gaji minimum-maksimum bagi perkhidmatan pentadbiran dan sokongan kumpulan pengurusan dan profesional bermula 1 Julai 2016 (sebulan) 8
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
LAMPIRAN 5
LAMPIRAN 6
LAMPIRAN 7
LAMPIRAN 8
Sook Tulid Lanas Dalit Ansip Seberang 60 40 20 0 3.0% 0% 10% 20% 30% 40% 50% Sekolah Menengah Vokasional/Teknikal (Sijil/Diploma) Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana STPM Sekolah Rendah PhD Tiada Pendidikan 0% 10% 20% 30% 40% Bekerja Sendiri Sektor Kerajaan Tidak Bekerja Korporat (Swasta) Buruh Kasar 0% 20% 40% 60% Agihan peruntukan, kabajikan, dan pentadbiran berfokus Pemacu pembangunan fasiliti awam dan komersial Meningkatkan ekonomi penduduk setempat Agihan kependudukan menggurangkan beban dan sesak Keningau Tiada Komen Tiada kapasiti urus tadbir & infrastruktur sesuai sebagai Daerah Ringkasan tinjauan atas talian & temubual berfokus Bangsa Tinjauan atas talian 18-30 31-40 41-50 51-60 60> 28.5% 32.8% 23.8% 12.0% 2.9% Umur 50.3% 29.0% 9.9% 4.6% 3.2% Dusun, 76% Murut, 16% Kadazan, 5% Lain-lain, 3% Tahap Pendidikan 42.4% 21.9% 20.8% 11.7% 3.0% 0.1% 0.1% Mukim Tahap Pendidikan 35% 30% 19% 15% 1% 53% 21% 12% 12% 1% 1% 99% 1% 778 RESPONDEN Menaik Taraf Daerah Kecil Sook BERSETUJU TIDAK BERSETUJU LAMPIRAN 9
Lanas Dalit Ansip Tulid Sook 40% 30% 20% 10% 0% 2% Ringkasan tinjauan atas talian & temubual berfokus Temu bual berfokus 37% 35% 21% 5% Mukim 43 RESPONDEN 81% 19% DKS Memiliki Kapasiti Urus Tadbir Sebagai Daerah Penuh BERSETUJU TIDAK BERSETUJU 77% 23% DKS Memiliki Infrastruktur, Kemudahan Asas & Perkhidmatan Sebagai Daerah Penuh BERSETUJU TIDAK BERSETUJU 0% 10% 20% 30% 40% 50% Urus tadbir berkesan dengan penambahan komposisi agensi yang terlibat Kapasiti urus tadbir Daerah Kecil Sook sudah mencukupi Kapasiti urus tadbir belum mencukupi dan perlu merujuk ke Daerah Keningau Kapasiti dan staf yang belum mencukupi Jabatan/Agensi kerajaan yang masih belum mencukupi 49% 34% 12% 3% 2% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 47% 31% 21% 1% Kemudahan asas, perkhidmatan dan infrastruktur sedia ada sudah mencukupi dan boleh ditambah baik setelah dinaik taraf ke daerah penuh Kemudahan infrastruktur yang sudah memenuhi kriteria untuk dijadikan daerah penuh Kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang belum mencukupi dan perlu ditambah baik Peruntukan pembangunan akan bertambah selepas menjadi sebuah daerah penuh
Ringkasan Tinjauan Atas Talian & Temubual Berfokus Seramai 778 orang responden terlibat dengan kaji selidik dalam talian. Sebanyak 50% responden datang daripada Sook, 29% daripada Tulid dan selebihnya (masingmasing kurang daripada 10%) adalah daripada Lanas, Dalit, Ansip dan Seberang. Majoriti (99%) daripada responden bersetuju untuk menaik taraf Daerah Kecil Sook. Sebanyak 53% responden bersetuju dengan naik taraf berpendapat bahawa agihan peruntukan, kebajikan, dan pentadbiran Sook akan menjadi lebih berfokus, 21% juga berpendapat bahawa naik taraf ini akan menjadi pemacu pembangunan fasiliti awam dan komersial di Sook. Manakala 12% merasakan ia meningkatkan ekonomi penduduk setempat, dalam masa yang sama ia juga berkapasiti untuk mengurangkan beban kependudukan dan sesak di Keningau. Sebilangan kecil responden yang tidak bersetuju (kurang daripada 2%) berpendapat bahawa Sook tidak sesuai untuk dinaik taraf kepada daerah penuh kerana Sook tiada kapasiti urus tadbir dan infrastruktur sesuai sebagai daerah penuh. Daripada temu bual bersemuka yang melibatkan 43 responden, 81% berpendapat bahawa, dalam keadaan semasa, Sook memiliki kapisiti urus tadbir yang sesuai sebagai sebuah daerah penuh. Sebanyak 77% responden juga berpendapat bahawa Sook memiliki perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan asas yang sesuai untuk dinaik taraf sebagai satu daerah penuh. Keseluruhannya, daripada temu bual bersemuka, 49% berpendapat bahawa kemudahan asas, perkhidmatan dan infrastruktur sedia ada sudah mencukupi dan boleh ditambah baik setelah dinaik taraf ke daerah penuh. 47% berpendapat urus tadbir Sook akan menjadi lebih berkesan dengan penambahan komposisi agensi yang terlibat.
LAMPIRAN 10 - Sorotan bergambar
AHLI KUMPULAN PENYELIDIK
Penasihat Projek Datuk Dr. Ramzah Dambul (Ketua Pegawai Eksekutif) Encik Richard T. Koh (Ketua Pegawai Penyelidik/Pengarah Bersekutu Kanan) Pengarah Projek Anita Limjoon (Pengarah Bersekutu) Pengurus Projek Hjh Royaini Binti Matusin (Penyelidik Bersekutu) Ketua Penyelidik Paul Canigea Pungut (Pegawai Penyelidik) Penolong Ketua Penyelidik Fiona V Loijon (Pegawai Penyelidik) Ahli-Ahli Projek Ali Suffri Mohd Jaffar (Pengarah Bersekutu) Noralizah Binti Halid (Penyelidik Bersekutu) Marianne Naru Kiob (Penyelidik Bersekutu) Alden Alex Raymond (Penyelidik Bersekutu) Khairulazizan Safwan Bin Madol (Pegawai Penyelidik) Roslina Gumpar (Pegawai Penyelidik) Alexander Bin Palik (Pegawai Penyelidik) Pengurusan Data Dr. Janipal Alipal (Penyelidik Bersekutu) GIS: Melissa Abigail Thomas (Pegawai Penyelidik) Sekretariat Pejabat Daerah Kecil Sook Resource Person Kakitangan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.44 Tulid Kakitangan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.45 Sook
RUJUKAN