The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022_2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FPPP@UPNM, 2022-10-16 05:36:52

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022_2023

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI AKADEMIK 2022_2023

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

SISTEM KUALITI ISLAM DKI 3763
ISLAMIC QUALITY SYSTEM DKI 3763

3 Credit Hours : None
Pre-requisite

Course Synopsis

This course covers the explanations of the development of quality management
system that began in the West, East and the Islamic worlds. The course focuses on
the philosophy, objective, characteristic, function, strategy and model of quality
management system accordance to Islam. The implementation of the concept of
quality management system should comply the needs of Shari’ah which covers three
main elements; Fiqh, Aqidah and Akhlak. In addition, this course discusses the
differences between the Western and Islamic quality management and introduces
Insaniyyah elements that can be integrated in the Western quality system. It is hoped
that this subject is able to provide clear knowledge that the standards Islamic
management system are also competing and capable of giving greater impact to the
individual and also the true success (al-Falah) for the overall achievement of the
organization.

Course Outcomes

At the end of this course students are able to:

1. Explain the quality management system practiced by the West as well as
the Islamic-based quality management system.

2. Explain the philosophy, objective, characteristic, function, strategy and
model of quality management system according to the perspective of Islam.

3. Explain the concept of a quality management system that complies with
Shari’ah requirements covering the three main elements; Fiqh, Aqidah and
Akhlak.

4. Apply the standards of Islamic quality system practiced at the global and
national level.

References

1. Mazilan Musa & Shaikh Mohd Saifudden, S.M.S. (2005). Quality Standard
from The Islamic Perspective. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Kuala Lumpur.

2. Knowles, G. (2012). Managing Quality in the 21st Centurty – Principles and
Practice. eBooks at bookboon.com.

3. Barry, T.J. (2002). Organisasi Kualiti Mutlak Keseimbangan dan
Keharmonian demi Keunggulan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor Darul Takzim.

4. Syed Azauddin, S.B. (2005). Alternative Quality Mangement Standards
Islamic Perspective (A Look at Their Rationale and Implementation).
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

346

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN

347

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

LATAR BELAKANG AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) bertanggungjawab terhadap
pengurusan, pentadbiran dan keperluan logistik bagi ketiga-tiga perkhidmatan
Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sesuai dengan dasar
dan polisi pembangunan latihan ketenteraan yang digariskan. Latihan
ketenteraan yang diadaptasi dan diaplikasikan adalah dirancang dan digubal
selari dengan pengajian akademik berteraskan kepada Rancangan
Pengurusan Latihan (RPL) yang sistematik dan efisyen. ALK juga
bertanggungjawab dalam perlaksanaan Latihan Ketenteraan Umum (LKU) dan
Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang dilaksanakan sepanjang pengajian di
UPNM.

LKU dilaksanakan pada setiap hari Sabtu yang membawa kepada
empat (4) kredit sepanjang pengajian. Kod bagi matapelajaran ALK adalah
seperti berikut:

Bil Kod Nama Matapelajaran Kredit Semester
(a) (b) (c) (d) (e)
1. ALK 3112
Latihan Ketenteraan 2 2
2. ALK 3122 Umum
3. QKS 3172 23
Latihan Ketenteraan 24
Umum

Tempur Tanpa Senjata

TTS telah diserapkan di UPNM bermula pada bulan Ogos 2009.
Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk memastikan Pegawai Muda yang
bakal di keluarkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia memiliki tali
pinggang hitam TTS, mampu untuk mempertahankan diri disamping memupuk
semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi. TTS merangkumi pelbagai jenis
seni mempertahankan diri yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara. TTS juga
turut dikreditkan ke atas setiap Pegawai Kadet UPNM dengan kod QKS 3621
yang membawa kepada dua (2) kredit. Pegawai Kadet wajib mendaftar
matapelajaran ini pada semester ke enam pengajian bagi tujuan pengijazahan.

Latihan TTS dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Latihan
merangkumi pergerakan tumbukan, tangkisan, tendangan, serangan dan
pemusnahan. Jurulatih TTS yang berpengalaman di bawah kelolaan Pusat
Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) mampu untuk mendidik dan
memastikan Pegawai Kadet menjadi lebih berdisiplin, tangkas dan
berkeyakinan.

348

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

RANCANGAN PENGURUSAN LATIHAN (PEGAWAI KADET)

1.0 AM

Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) Pegawai Kadet UPNM
disediakan adalah untuk membantu dan sebagai panduan kepada
Akademi Latihan Ketenteraan dalam merancang dan seterusnya
berupaya melaksanakan Latihan Ketenteraan Umum (LKU) dengan
sistematik dan efisien. Ianya dihasilkan setelah diambilkira aspek-
aspek kesesuaian masa yang ada, waktu pengajian akademik dan
silibus subjek-subjek ketenteraan yang bersesuaian dalam usaha
melahirkan seorang Pegawai Muda yang berketrampilan sesuai
dengan falsafah penubuhan UPNM.

2.0 KONSEP LATIHAN

Latihan akan dilaksanakan secara menyeluruh di UPNM. Ianya
dilaksanakan pada hari Sabtu semasa sesi pengajian akademik dan
di sebelah petang hari Isnin hingga Khamis diperuntukkan untuk
latihan sukan manakala latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) adalah
pada sebelah petang hari Jumaat. Pada masa cuti semester 1 dan
2, latihan ketenteraan akan dilaksanakan secara sepenuh masa.

3.0 OBJEKTIF LATIHAN

Konsep latihan Pegawai Kadet di UPNM adalah untuk melatih dan
melahirkan Pegawai-pegawai Muda yang berilmu, berakhlak mulia,
mengamalkan budaya ketenteraan, cekap dan menyumbang ke
arah pembangunan ketenteraan dan negara. Justeru, RPL yang
dibangunkan adalah bersesuaian dengan tahap pembelajaran dan
pengetahuan yang ingin dicapai di akhir tahun-tahun pengajian dan
latihan seperti berikut:

3.1 Latihan Tunas Wira (LTW)

Latihan ini dirangka selama 6 minggu bagi memberikan
landasan yang asas dalam ilmu ketenteraan kepada
Pegawai Kadet yang baru melapor diri ke UPNM sebelum
memulakan pengajian. Objektif latihan fasa ini adalah
seperti berikut:

i. Memberi pendedahan ke atas aspek-aspek
asas kehidupan regimental ketenteraan dalam
usaha membentuk perwatakan dan
keperibadian serta disiplin ketenteraan.

349

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

ii. Mengurangkan impak kejutan budaya.

iii. Membina ketahanan fizikal, mental dan
keyakinan diri sebagai persediaan untuk
menjalani latihan ketenteraan seterusnya.

iv. Memberi pendedahan kepada sistem latihan
dan pengajian di UPNM.

3.2 Tahun Satu

Silibus pelajaran ini bertujuan memberi pendedahan ke
atas aspek-aspek ketenteraan dalam usaha membina
perwatakan dan keperibadian sebagai seorang Pegawai
Tentera. Objektif-objektif yang digariskan adalah seperti
berikut:

i. Memberi pendedahan ke atas aspek-aspek
teknik dan taktik serta pengurusan dan
kepimpinan di peringkat Kompeni.

ii. Memahami dan melaksanakan tugas-tugas di
peringkat Kompeni.

iii. Membentuk perwatakan dan keperibadian
seorang Pegawai Tentera melalui aktiviti-
aktiviti regimental.

3.3 Tahun Dua

Silibus pelajaran yang dibangunkan untuk tahun ini adalah
kesinambungan dari Tahun Satu dan bertujuan memberi
pendedahan ke atas aspek-aspek ketenteraan dalam
usaha membina perwatakan dan keperibadian sebagai
seorang Pegawai Tentera. Objektif-objektif yang
digariskan adalah seperti berikut:

i. Memberi pendedahan ke atas aspek-aspek
teknik dan taktik serta pengurusan dan
kepimpinan di peringkat Batalion dan Briged
melalui latihan sambil kerja (OJT) dan latihan
kolektif.

350

BUKU PANDUAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA SESI
AKADEMIK 2022/2023 FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN
PERTAHANAN

ii. Memahami organisasi dan tugas-tugas di
peringkat Batalion dan Briged.

iii. Membentuk perwatakan dan keperibadian
seorang Pegawai Tentera melalui aktiviti-
aktiviti regimental.

3.4 Tahun Tiga

Tahun ini ketiga merupakan tahun akhir bagi Pegawai

Kadet yang mengikuti pengajian akademik Jurusan Sains

dan Teknologi Pertahanan dan Jurusan Pengurusan

Pertahanan. Silibus pelajaran yang dibangunkan untuk

tahun ini adalah bertujuan memberi pendedahan ke atas

aspek-aspek ketenteraan dalam usaha

memperlengkapkan seseorang Pegawai Kadet yang

mampu melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang

Pegawai Muda. Justeru, pendedahan ke atas aspek-

aspek penugasan di Batalion dan Briged melalui latihan

sambil kerja (OJT) dan latihan peringkat kolektif akan

diteruskan dan penekanan juga akan diberi ke atas aspek

peperangan bersama yang melibatkan ketiga-tiga

perkhidmatan. Objektif-objektif yang digariskan adalah

seperti berikut:

i. Berupaya melaksanakan tugas-tugas sebagai
seorang Pegawai Muda.

ii. Memahami konsep peperangan bersama.

iii. Membentuk perwatakan dan keperibadian
seorang Pegawai Tentera melalui aktiviti-
aktiviti regimental.

351


Click to View FlipBook Version