The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pengurusan PSS Untuk GPM Negeri Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulfakarkahar, 2022-09-23 20:19:04

Modul Pengurusan PSS Untuk GPM Negeri Johor

Modul Pengurusan PSS Untuk GPM Negeri Johor

1

Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat
1 Seuntai Bicara 3

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4
Negeri Johor
2 Barisan Pembina Modul Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 5 – 14
Untuk Guru Perpustakaan dan Media Negeri Johor 15 –119
3 Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 120 –152
4 Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) 153 –159
5 Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
6 Sistem Fail Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) 160 – 171
Negeri Johor 172 – 177
7 Pelupusan 178 – 210

8 Pusat Sumber Abad Ke-21

9 Penilaian Pusat Sumber Sekolah

2

Seuntai Bicara

KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan salam muafakat Johor

Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, Modul Pengurusan Pusat Sumber dapat diterbitkan dengan jayanya.

Penerbitan modul buat pertama kali ini bertujuan memberi khidmat bimbingan kepada
pihak sekolah khususnya kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah (PSS). Memandangkan GPM sering
bertukar ganti, maka sudah pasti modul ini dapat dijadikan sumber rujukan pantas dan
panduan utama dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih
sistematik, berkesan dan efisien.

Dalam dunia tiada sempadan, sudah pasti GPM perlu dilengkapkan dengan maklumat
dan pengetahuan terkini berkaitan pengurusan dan pentadbiran PSS. Justeru itu,
penerbitan modul ini juga diharap dapat memberi input berguna kepada pihak sekolah
khususnya kepada GPM dalam memperkasakan PSS khususnya untuk merancang dan
menentukan hala tuju yang ingin dicapai seiring seperti yang termaktub dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Akhir kata, sekali lagi saya berharap penerbitan modul ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh GPM sekolah-sekolah negeri Johor. Ucapan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan
dalam menghasilkan modul ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan
membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan demi meningkatkan lagi kualiti
pengurusan dan pentadbiran PSS negeri Johor.

DATIN HAJAH CHE NOORMADIAH BINTI HAJI CHE ABBAS
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

3

4

BIDANG TUGAS
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

5

Bidang Tugas GPM

Terdapat 3 bidang:
1) Pengurusan dan Pentadbiran
2) Organisasi Bahan
3) Galakan Membaca dan Literasi Maklumat

1) Pengurusan dan Pentadbiran

Bil. Tugas Perincian Tugas
1 Organisasi
 Menubuhkan Jawatankuasa Induk/
2 Tugas Jawatankuasa Kerja/ NILAM/ Pengawas
PSS
3 Mesyuarat
a) Jawatankuasa Induk  Menyediakan carta organisasi
PSS  Mengemas kini dan mempamerkan carta
b) Jawatankuasa Kerja
PSS organisasi
c) JK NILAM
d) JK Pengawas PSS  Menyediakan fail meja
 Menyedia dan menyerahkan deskripsi tugas

jawatankuasa:
- JK Induk PSS
- JK Kerja PSS
- Pengawas PSS
 Memantau dan membantu pelaksanaan
tugas-tugas jawatankuasa terlibat
 Merancang, menyusun, dan menjalankan
tugas setiap bulan
 Mempamerkan senarai tugas
 Dokumentasi

 Menyediakan surat panggilan
 Mesyuarat Jawatankuasa Induk/

Jawatankuasa Kerja/ NILAM/ JK Pengawas
PSS
 Menyediakan agenda mesyuarat yang
berkenaan
 Menyediakan Minit Mesyuarat yang
berkenaan
 Mengedar Minit Mesyuarat yang berkenaan
 Mengurus dan memfailkan surat-menyurat

6

Bil. Tugas Perincian Tugas
4 Fail Kuasa
 Pengenalan
5 Rancangan Pembangunan  Maklumat PSS
Jangka Panjang (RPJP)  Jawatankuasa Induk dan kerja PSS
 Pengawas PSS
6 Perancangan Tahunan  Peraturan PSS
 Pengurusan dan pentadbiran PSS
 Koleksi bahan PSS
 Kewangan PSS
 Organisasi bahan
 Aktiviti PSS
 Stok dan inventori PSS
 Sirkulasi
 Perkhidmatan PSS
 Automasi PSS
 Program Bacaan NILAM

 Menyediakan visi, misi, matlamat dan
objektif RPJP

 Menyediakan RPJP
 Menyediakan Carta Gantt
 Menyediakan laporan pencapaian
 Menyediakan kajian kemajuan
 Dokumentasi
 Mempamerkan dan mengedarkan RPJP

kepada Pengetua/GB/GPK 1 dan Ketua
Panitia

 Mengedarkan boring aktiviti kepada Ketua
Panitia/ Ketua Unit

 Memungut boring aktiviti daripada Ketua
Panitia/ Ketua Unit

 Menyemak, memilih dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti yang diperoleh

 Menyediakan Carta Gantt
 Dokumentasi
 Mempamerkan dan mengedarkan

Perancangan Tahunan kepada GPK 1 dan
Guru Panitia
 Menyelaras aktiviti PSS dengan aktiviti
sekolah berdasarkan takwim sekolah

7

Bil. Tugas Perincian Tugas
7 Perlantikan Pengawas PSS
8 Menyediakan Rekod  Mengedar borang pencalonan pengawas
baru kepada guru kelas
9 Panduan dan peraturan
10 Jadual Penggunaan  Menjalankan temu duga
 Menyediakan surat pelantikan pengawas

baru
 Perlantikan Pengawas PSS
 Menyerah dan memberi taklimat bidang

tugas pengawas
 Menjalankan bengkel pengurusan PSS

 Menyediakan Rekod Perolehan Bahan Buku,
Bukan Buku, Surat Khabar dan Majalah

 Menyediakan Buku Pelawat
 Rekod Bertugas Jawatankuasa Kerja PSS
 Rekod Bertugas Pengawas PSS
 Rekod Penggunaan Bilik-bilik di PSS
 Rekod Penggunaan Peralatan
 Rekod Penggunaan Radio Pendidikan/ TVP
 Rekod Penyelenggaraan Peralatan
 Rekod Pilih Buang
 Rekod Pinjaman Buku/ Bukan Buku oleh

ahli
 Rekod Pinjaman Pukal
 Menyediakan kad keahlian semua warga

sekolah
 Menyediakan statistik pinjaman harian,

mingguan, bulanan dan tahunan

 Menyediakan panduan dan peraturan
penggunaan bilik-bilik di PSS
- Penggunaan PSS
- Penggunaan Komputer
- Pinjaman dan pemulangan
- Penggunaan TVP
- Penggunaan OHP/ LCD

 Mempamerkan panduan dan peraturan yang
disediakan

 Dokumentasi

 Menyediakan dan mempamerkan jadual
waktu penggunaan PSS murid

 Mempamerkan dan mengedar jadual waktu
TVP kepada Ketua Panitia

8

Bil. Tugas Perincian Tugas
11 Waktu Perkhidmatan
 Menyedia, mempamerkan dan mengedarkan
12 Orientasi jadual waktu perkhidmatan ke bilik guru,
13 Aktiviti kelas dan papan kenyataan PSS
14 Sistem fail
 Menyediakan waktu perkhidmatan khas di
luar waktu persekolahan (Sekolah
Berasrama/ atas permintaan murid)

 Pamerkan waktu perkhidmatan perpustakaan
agensi-agensi lain

 Menyediakan peraturan pinjaman dan
pemulangan bahan buku dan bukan buku

 Menyediakan brosur maklumat PSS
 Menyediakan jadual orientasi PSS

 Menjalankan aktiviti PSS seperti yang
dirancang (Perancangan Tahunan)

 Menyediakan laporan aktiviti-aktiviti
tersebut

 Menyediakan fail-fail:
- Fail Pekeliling PSS
- Fail Program Permuafakatan
- Fail Projek Khas
- Fail Surat-surat daripada BTP,BTPN dan
PKG
- Fail Jawatankuasa Hapus kira dan
Pelupusan
- Fail Jawatankuasa Induk PSS
- Fail Jawatankuasa Kerja PSS
- Fail Jawatankuasa Pemilihan Bahan
- Fail Jawatankuasa Pengawas PSS
- Fail Jawatankuasa Unit-unit
- Fail Pembelian ( Sumber-sumber lain)
- Fail Salinan Sijil Invois (Pembelian
peralatan dan bahan)
- Fail Pembelian (bantuan per kapita
perpustakaan)
- Fail Pembelian (SUWA)

 Labelkan fail-fail
 Mengemas kini isi kandungan fail dari

semasa ke semasa
 Menyimpan fail-fail di bilik pengurusan/

tempat yang sesuai

9

Bil. Tugas Perincian Tugas
15 Daftar Stok Bekalan  Menerima bahan/ alatan
 Menyemak bahan/ alatan yang diterima
Pejabat (J3 dan Kad Petak)  Merekodkan bahan masuk (dengan pen

16 Daftar Inventori merah)
(Kew.PA-3)  Merekodkan bahan keluar (dengan pen biru/

17 Daftar Harta Modal hitam)
(Kew.PA-2)  Menyemak stok 2 kali setahun

18 Daftar Pergerakan Harta  Menerima dan merekodkan peralatan
Modal dan Inventori  Mengemas kini dan menyemak peralatan
(Kew.PA-6)
 Menerima peralatan
19 Keceriaan, kebersihan dan  Menyemak peralatan
keselamatan  Merekodkan penyelenggaraan

 Merekodkan pergerakan harta modal dan
peralatan yang dipinjam dari PSS

 Merancang dan melaksana susun atur PSS
 Sediakan panduan dan label tunjuk arah

dilekatkan di tempat tertentu
 Pamerkan peraturan dan panduan untuk

membantu pelajar mencari dan
menggunakan maklumat. Melekatkan poster,
carta dan gambar-gambar di tempat yang
sesuai

2) Organisasi Bahan Perincian Tugas

Bil Tugas  Dapatkan Anggaran Bantuan Per kapita
1 Bantuan Per kapita Pusat daripada Guru Besar/ Pengetua

Sumber Sekolah  Berdasarkan anggaran per kapita tahun
semasa, buat anggaran belanjawan

 Rujuk analisis koleksi terkini bahan semasa
membuat anggaran belanjawan

10

Bil Tugas Perincian Tugas
2 Agihan Pembelian
 Agihkan wang bantuan per kapita Pusat
3 Pemilihan dan pembelian Sumber sekolah kepada:
bahan - Membeli buku fiksyen
- Membeli buku bukan fiksyen
4 Penerimaan Bahan - Membeli bahan terbitan berkala
- Membeli bahan memproses buku
- Membeli bahan keceriaan
- Membeli harta modal
- Membeli bahan bukan buku
- Membeli perisian pembelajaran

 Lantik Jawatankuasa pemilihan dan
pembelian bahan

 Adakan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
dan Pembelian Bahan

 Edarkan dasar pemilihan dan pembelian
bahan kepada semua ketua panitia

 Sediakan analisis koleksi terkini bahan bagi
tahun semasa

 Ambil kira kekuatan dan kelemahan koleksi
semasa membuat perancangan pembelian
bahan

 Sediakan anggaran perbelanjaan tahun semasa
 Dapatkan senarai cadangan pembelian bahan

daripada ketua-ketua panitia
 Buat tempahan bahan dari pembekal

 Semak boring pesanan dan buku yang
diterima adalah betul dan jelas

 Jika buku tersebut tidak seperti yang
dikehendaki, kembalikan kepada pembekal
berkenaan

 Semak kualiti bahan. Jika kualiti bahan tidak
menepati kualiti yang ditetapkan kembalikan
bahan tersebut kepada pembekal

 Tandatangan SAP setelah kualiti dan kuantiti
bahan sempurna

 Kembalikan SAP yang ditandatangani kepada
pembekal

 Ambil tindakan untuk urusan pembayaran dan
stok

 Failkan salinan invois bagi pembelian
berkenaan untuk tindakan seterusnya

11

Bil Tugas Perincian Tugas
5 Proses Teknik Bahan
 Sediakan slip kerja
Rujuk Fail Kuasa PSS  Dapatkan cap perolehan dan mengecapkan

pada bahan
 Cap hak milik di halaman rahsia
 Menyediakan kad pinjaman
 Lekatkan slip tarikh pulang
 Letakkan label nombor panggilan pada tulang

buku bagi buku tebal dan kulit depan bagi
buku-buku nipis

6 Penyusunan Buku  Asingkan buku fiksyen Bahasa Melayu
daripada buku fiksyen Bahasa Inggeris
Rujuk Fail Kuasa PSS/
Rujuk kaedah penyusunan  Susun kuku di para paling atas dari kiri ke
mengikut ALA Cataloging kanan mengikut nombor panggilan
Rules for Author and Tittle
Entries.(American Library  Jika ada nombor panggilan yang sama, ikut
Association) urutan abjad nama pengarang

 Buku di para dua disusun mengikut arah
bertentangan dari para sebelumnya

 Pastikan buku memenuhi tidak lebih daripada
tiga perempat ruang para supaya
memudahkan penyimpanan, pengambilan dan
penambahan buku

7 Semak Stok  Tangguhkan semua proses sirkulasi
Rujuk Fail Kuasa PSS  Dapatkan kembali semua bahan yang belum

dipulangkan
 Sediakan borang analisis koleksi bahan
 Jalankan proses analisis koleksi bahan dalam

bulan Oktober
 Failkan analisis koleksi bahan

8 Proses Pilih buang  Jalankan proses pilih buang sekurang-
Rujuk Fail Kuasa PSS kurangnya setahun sekali

 Asingkan buku yang rosak sedikit daripada
buku yang rosak teruk

 Baik pulih buku yang rosak sedikit. Simpan
semua buku di atas rak

 Ambil tindakan pelupusan bagi buku-buku
yang rosak teruk dan tidak boleh dibaiki

12

3) Galakan Membaca Dan Literasi Maklumat

Bil Tugas Perincian Tugas

1 Program NILAM  Bentuk Jawatankuasa Nilam
 Sediakan deskripsi tugas
Rujuk buku Program  Cadangan menggunakan 2 waktu mata
NILAM: Konsep dan
Panduan Pelaksanaan pelajaran bahasa untuk aktiviti PSS: 2 waktu
Di Sekolah Edisi Kedua seminggu
(Bahagian Teknologi  GPM membantu guru kelas dalam
Pendidikan) membentuk kumpulan Rakan Pembaca (RP).
Aktiviti RP dipantau oleh guru
 Adakan aktiviti memperkakaskan NILAM
- Sediakan kertas kerja
- Sediakan jadual program
- Dapatkan peruntukan kewangan
- Sediakan laporan
 Mengumpul dan merekodkan data NILAM
 Memberi pengiktirafan kepada murid
berdasarkan rekod bacaan
 Menyediakan sijil pengiktirafan
 Menghantarkan laporan ke PKG dan BTPN

2 Literasi Maklumat  GPM memberi penerangan mengenai Literasi
Maklumat kepada guru dan murid
Model-model Literasi
Maklumat:  Definisi maklumat
- Kenal pasti maklumat yang diperlukan
1. The Big 6 Skill oleh
Eisenberg M &  Strategi mencari maklumat
Berkowitz R. - Kenal pasti semua maklumat yang boleh
digunakan dan memilih sumber maklumat
2. Information Proses yang terbaik
oleh ASLA
 Lokasi dan capaian
3. Empowering oleh - Mendapatkan sumber maklumat yang
Wejethunge sudah dipilih dan mencari maklumat di
dalamnya

 Penggunaan maklumat
- Membaca, mendengar dan melihat
maklumat yang sudah dicari dan
mengambil maklumat yang relevan

 Pengumpulan maklumat
- Menyusun maklumat yang sudah diambil

 Pengumpulan maklumat
- Menyusun maklumat yang sudah diambil

 Penilaian
- Menilai proses pencarian dan hasil
maklumat yang sudah diperoleh

 Wujudkan sudut Literasi Maklumat

13

Bil Tugas Perincian Tugas
3 Promosi
 Antara promosi yang dicadangkan:
 Sudut NILAM
- Pamerkan pencapaian Jauhari dan
Rakan Pembaca murid
- Pamerkan aktiviti-aktiviti Rakan
Pembaca
- Adakan acara penyampaian hadiah
- Pamerkan gambar dan profil pemenang
 Sudut Bahan terkini
- Fotostat kulit depan / jaket buku terkini
- Pamerkan bahan tersebut
- Nyatakan lokasi bahan terkini tersebut
 Sudut Literasi Maklumat
- Sedia, cetak dan pamerkan
 Sudut Informasi PSS dan Isu-isu semasa
- Kumpulkan maklumat berkaitan
- Bahan dokumentasi
 Sudut Karya Agung
 Bicara dan pamerkan buku
- Pilih bahan
- Tentukan waktu yang sesuai
- Laksanakan aktiviti
 Terbitkan brosur
- Cetak dan edarkan
 Buletin berkala
- Cetak dan edarkan bahan
- Masukkan dalam Laporan Tahunan
Aktiviti PSS
 Mengadakan Pameran Bertema
- Wujudkan sudut atau bilik pameran
- Tentukan tema
- Rancang aktiviti berkaitan setiap tema
- Kumpul bahan seperti folio, buku
skrap, poster dan yang berkaitan
dengan tema
 Program bersama panitia
- Membantu panitia menjalankan aktiviti
seperti pertandingan folio, buku skrap,
model, kuis dan lain-lain
 Pertandingan Info-hunt/ Jejak Maklumat
- Sediakan kertas kerja
- Menubuhkan jawatankuasa
- Mengadakan mesyuarat
- Merancang dan melaksanakan program

14

FAIL KUASA
PUSAT SUMBER SEKOLAH

15

KANDUNGAN FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

 BAB 1 - PENGENALAN KEPADA FAIL KUASA PUSAT SUMBER
SEKOLAH
 BAB 2 - MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 3 - JAWATANKUASA PENTADBIRAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
 BAB 4 - PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 5 - PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 6 - PENGURUSAN & PENTADBIRAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
 BAB 7 - KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 8 - KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 9 - ORGANISASI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 10 - AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 11 - STOK DAN INVENTORI PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 12 - SIRKULASI / EDARAN BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 13 - PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 14 - AUTOMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
 BAB 15 - PROGRAM BACAAN ( NILAM )
 BAB 16 - FAIL MEJA

16

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan / Definisi
1.2 Matlamat
1.3 Tujuan Fail Kuasa
1.4 Isi kandungan Fail Kuasa
1.5 Prosedur Menyediakan Fail Kuasa
1.6 Prosedur Membuat Pindaan
1.7 Perincian Kandungan Fail Kuasa

17

BAB 1
PENGENALAN KEPADA FAIL KUASA

PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 Pengenalan
Fail kuasa merupakan satu dokumentasi panduan dan rujukan penting yang perlu
dititikberatkan dalam mengurus dan mentadbir sesebuah pusat sumber sekolah
(PSS). Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-
keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.

1.1 Definisi Fail Kuasa
1.1.1 Fail Kuasa (Authority File) merupakan satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.
1.1.2 Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar/polisi dan
keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.
1.1.3 Fail Kuasa harus dirangka secara kolektif oleh guru-guru PSS dan
perlu diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS
berkenaan.

1.2 Matlamat
1.2.1 Meningkatkan mutu pengurusan
1.2.2 Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
1.2.3 Menjadikan PSS sebagai satu agensi / sumber maklumat yang utama
1.2.4 Meningkatkan pencapaian akademik

1.3 Tujuan Fail Kuasa
 Panduan dalam menguruskan PSS.
 Membuat persediaan awal dalam menguruskan PSS.
 PSS sebagai sumber utama maklumat pembelajaran.
 Sebagai salah satu langkah galakkan dan keyakinan dalam menguruskan
PSS.
 Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran GPM

18

 Guru baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk Fail
Kuasa yang disediakan.

 Mengelakkan berlakunya percanggahan idea di kalangan AJK dan
kakitangan PSS.

 Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam
pengurusan dan pentadbiran PSS.

 Ini memudahkan kita mengenal pasti prosedur mana yang patut
diutamakan ketika membuat penyemakan semula. Penyemakan semula
biasanya dilakukan 5 tahun sekali atau mengikut keperluan.

1.4 Susunan Kandungan Fail Kuasa
1.4.1 Terdapat 16 bab dalam sesuatu Fail Kuasa.
1.4.2 Setiap bab dinamakan mengikut tajuk utama kandungan bab
berkenaan. Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab
berkenaan.
1.4.3 Fail Kuasa yang lengkap mempunyai tarikh kuat kuasa sesuatu
prosedur itu. Borang berkuat kuasa bab berkenaan yang telah
disahkan disusun pada bahagian atas setiap bab (Lampiran A).
Borang Lampiran A menggunakan kertas berwarna kuning.
1.4.4 Jika ada pindaan, Borang Pindaan disusun pada akhir setiap bab
mengikut bilangan pindaan berkenaan jika ada (Lampiran B).
Borang Lampiran B berwarna hijau.

19

Lampiran A
BORANG PENGESAHAN BAB FAIL KUASA PSS

KANDUNGAN DALAM BAB INI TELAH DIBENTANG DAN DIPERSETUJUI
DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA INDUK KALI
KE - …………
YANG TELAH DIADAKAN PADA ........................................

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

() ( )
Cap : Guru Perpustakaan dan Media Cap : Pengetua/Guru Besar
Tarikh : Tarikh :

20

Lampiran B
BORANG PINDAAN / POLISI FAIL KUASA PSS

Pindaan : Bil . ............/ Tahun : ................

BAB : .........................................................................................................

Ceraian Bab Perkara Tarikh Dikuatkuasa Tarikh
Dimansuh

DASAR / POLISI ASAL

PINDAAN / TAMBAHAN DASAR / POLISI

KEPUTUSAN TERSEBUT DI ATAS TELAH DIBUAT DALAM MESYUARAT

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH KALI ........./...........

YANG TELAH DIADAKAN PADA ....................................

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

..................................... .....................................

( ) ()

Guru Perpustakaan dan Media Pengetua

Tarikh : Tarikh :

21

1.5 Prosedur Menyediakan Fail Kuasa
1.5.1 Penyelaras PSS harus bertanggungjawab merangka isi kandungannya
sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Induk PSS.
1.5.2 Salah satu fungsi utama Jawatankuasa tersebut adalah menentukan
dasar/polisi mengenai peraturan, perlantikan Jawatankuasa Kerja,
pemerolehan bahan dan sebagainya.
1.5.3 Fail Kuasa lazimnya disimpan dalam bentuk ‘Ring File’ supaya sesuatu
keputusan itu dapat diganti tanpa menjejaskan keseluruhan isi asal
sekiranya terdapat perubahan/ pindaan.

1.6 Prosedur Membuat Pindaan
Langkah-langkah membuat pindaan dalam Fail Kuasa PSS:
1.6.1 Mengkaji bahagian yang perlu dipinda
1.6.2 Menyediakan draf pindaan/tambahan tersebut
1.6.3 Membentangkan dalam mesyuarat AJK Induk untuk kelulusan
1.6.4 Mengisi Borang Pindaan setelah diluluskan oleh jawatan kuasa induk
1.6.5 Mendapatkan tanda tangan pengesahan Guru Besar/Pengetua
1.6.6 Tarikh berkuat kuasa pindaan bermula dari tarikh kelulusan mesyuarat
AJK Induk (tarikh mesyuarat).

22

1.7 Perincian Kandungan Fail Kuasa
1.7.1 Bab 1: Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.7.2 Bab 2: Maklumat Pusat Sumber Sekolah
1.7.3 Bab 3: Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
1.7.4 Bab 4: Pengawas Pusat Sumber Sekolah
1.7.5 Bab 5: Peraturan Pusat Sumber Sekolah
1.7.6 Bab 6: Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
1.7.7 Bab 7: Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
1.7.8 Bab 8: Kewangan Pusat Sumber Sekolah
1.7.9 Bab 9: Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
1.7.10 Bab 10: Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
1.7.11 Bab 11: Stok Dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
1.7.12 Bab 12: Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
1.7.13 Bab 13: Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
1.7.14 Bab 14: Automasi Pusat Sumber Sekolah
1.7.15 Bab 15: Program Bacaan ( NILAM )
1.7.16 Bab 16: Fail Meja

23

BAB 2
MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
2.0 Sejarah Penubuhan Pusat Sumber
2.1 Lokasi / Pelan Pusat Sumber
2.2 Visi
2.3 Misi
2.4 Piagam PSS
2.5 Matlamat
2.6 Objektif
2.7 Fungsi / Peranan

24

2.0 Sejarah Penubuhan Pusat Sumber
Sejarah Sekolah Menengah Agama Attarbiah Al Islamiah Batu Pahat ini

bermula apabila pembinaan yang giat dilakukan di atas sebuah tanah wakaf dengan
perbelanjaan sebanyak RM 30,000. Pada tahun 1963, Sekolah Menengah Agama
Attarbiah Al Islamiah Batu Pahat memulakan operasinya pada tahun 1965 dengan
jumlah pelajar seramai 90 orang pelajar.

Pengasas asal Sekolah Menengah Agama Attarbiah Al Islamiah ini ialah
Allahyarham Dato' Syed Isa Bin Syed Alwi. Nama asal sekolah ini ialah Madrasah
Tarbiah Al-Islamiah yang dicetuskan oleh seorang Ahli Jawatankuasa Sekolah Arab
Parit Raja.

Setelah melalui pelbagai halangan dan scenario pasang surut sebagai sebuah
madrasah akhirnya dengan sokongan padu yang berterusan serta keperihatinan para
guru-guru yang terlibat, sedikit demi sedikit arus pembangunan dan kemajuan sekolah
ini mula dirasai hinggalah ke hari ini.

Mengekori perkembangan tersebut, maka sekolah ini telah ditukar namanya kepada
Sekolah Menengah Agama Attarbiah Al-Islamiah Batu Pahat ( SMATBP ). Sekolah ini
menyediakan pengajian yang seimbang antara ilmu ukhrawi dan duniawi, antara ilmu
agama dan akademik.

25

2.1 Lokasi PSS
26

2.2 Pelan Lantai PSS
Pelan Lantai Pusat Sumber Sekolah

27

2.3 Visi (contoh)
PSS MENJANA KECERMERLANGANPELAJAR

2.4 Misi (contoh)

MEMBINA DAN MEREALISASIKAN
SISTEM PENGURUSAN PSS CEMERLANG

SEIRING DENGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2.5 Piagam (contoh)
Kami warga sekolah ..................................... berjanji dengan ikhlas
dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan
akan :
 Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
 Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah
 kecemerlangan pelajar
 Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk
pembelajaran
 Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan
 sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

28

2.6 Matlamat PSS

1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif,

inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-
guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin
untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan
positif.

2.7 Objektif PSS

1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan

kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.
3. Meningkatkan profesionalisme guru.
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

2.8 Fungsi dan Peranan PSS
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan
kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber ………. akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan
terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat
menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .

29

BAB 3
JAWATANKUASA PENTADBIRAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH

3.1 Carta Organisasi Jawatan kuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
3.2 Carta Organisasi Jawatan kuasa kerja Pusat Sumber Sekolah
3.3 Senarai Tugas Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah
3.4 Senarai Tugas Setiausaha/ Guru Perpustakaan Media
3.5 Senarai Tugas Guru Perpustakaan
3.6 Senarai Tugas Ketua Bidang / Ketua Panitia
3.7 Senarai Tugas Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah
3.8 Senarai Tugas Guru APD
3.9 Senarai Tugas Pengawas Pusat Sumber
3.10 Guru Panitia Mata pelajaran/ Penasihat Kelab
3.11 Senarai Tugas Pembantu Perpustakaan

30

BAB 3
JAWATANKUASA PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

3.1 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI
(PENGETUA/GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2
(PK HEM) (PK KO-KURIKULUM)

SETIAUSAHA
(GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA)

PEN. SETIAUSAHA

KETUA BIDANG & PANITIA

BAHASA MALAYSIA
BAHASA INGGERIS

MATEMATIK
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PENDIDIKAN MORAL
SAINS
DLL

31

3.2 JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENASIHAT
(PENGETUA)

PENGERUSI
(PK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2
(PK HEM) (PK KO-KURIKULUM)

SETIAUSAHA
(GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA)

PEN. SETIAUSAHA

PERPUSTAKAAN BBM/ BBB MEDIA KOMPUTER / ICT NILAM
SUDUT ELEKTRONIK PAMERAN
PEMBANTU
PERPUSTAKAAN LALUAN

PENGAWAS
PUSAT SUMBER

32

3.3 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER
SEKOLAH

1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan
strategi perkembangannya.

2. Menentukan sumber kewangan PSS.
3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan

PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-
bahan bantu mengajar/ belajar.
4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Kerja.
5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan.
Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS,
peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai
keperluan-keperluan di masa akan datang.
Contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan
kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak
tertentu dalam bentuk moral dan material.
Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media
teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

33

3.4 SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA

1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara enam (6) hingga
lapan (8) waktu seminggu.

2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat
Sumber Sekolah.

3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber
sekolah.

4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemas kini.

5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM)
dan pembudayaan ilmu.

7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf
dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber
sekolah.

8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan

Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber
sekolah .
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja PSS.
12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS.
14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah
Negeri.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan
perkhidmatan pusat sumber sekolah.
16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,
pengurusan program dan aktiviti serta kewangan PSS.

34

17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber
dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN .

18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa.

3.5 SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.
2. Menggelas, merekodkan dan mengkatalogkan koleksi bahan

perpustakaan.
3. Menjalankan kerja-kerja membaik pulih, menyemak dan menghapus

kira koleksi/bahan perpustakaan.
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat

pelajar menggunakan perpustakaan.
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi

bahan.
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti

perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS.
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan

bidang tugas.
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu

menggunakan PSS dengan baik dan betul.
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang

diterima untuk makluman guru dan pelajar.
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan

di sekolah.
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk

membantu menguruskan perpustakaan.
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang

memerlukan.
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog

daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk
mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.

35

14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan
pelajar mengikut keperluan.

15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

3.6 SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan
pelajar.

2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media
yang dibeli atau dihasilkan sendiri.

3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai

alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

3.7 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER
SEKOLAH

1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan
dilaksanakan.

2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan
Pusat Sumber.

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke
Jawatankuasa Induk.

4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang

memerlukan.
7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media

pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-

agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan aktiviti Pusat Sumber.

36

3.8 SENARAI TUGAS GURU APD

1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan
penggunaan PSS

2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk.
3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVP dan lain-lain media

Teknologi.
4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan.
5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP

dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media

Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas.
8. Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi

meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi

sumber-sumber perisian media teknologi di PSS.
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media

teknologi di PSS.
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan

teknologi di PSS.
12. Mengenal pasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru

mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran

dan Pengetua.

37

3.9 SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (sirkulasi).
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para

pengguna ke tempat asal.
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, Cap

hak milik dan sebagainya.
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima

daripada pembekal.
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan

bahan perisian.
9. Membantu mempromosikan PSS.
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.
12. Membantu membaik pulih bahan-bahan rosak.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

3.10 GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar.

2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang
dibeli atau dihasilkan sendiri.

3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan

mengikut kemudahan guru-guru.

38

3.11 SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN

3.11.1 Urusan Awam
1. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
2. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
3. Menjaga kebersihan perpustakaan

3.11.2 Pinjaman
1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman.
2. Menyemak buku-buku yang dipulangkan.
3. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang

belum memulangkan buku.
4. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman.

3.11.3 Pembelian
1. Menjalankan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti

menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak
bahan-bahan yang baru dibeli

3.11.4 Memproses buku-buku
1. Menyemak buku yang diterima dari pembekal.
2. Memasukkan maklumat buku ke dalam sistem automasi atau Buku

Rekod Perolehan.
3. Proses teknik buku.
4. Susun buku di atas rak untuk penggunaan.

3.11.5 Memperbaiki Buku
1. Membaik pulih buku-buku yang rosak atau koyak.
2. Menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

3.11.6 Bahan-bahan yang bukan berbentuk buku
1. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-

gambar, guntingan akhbar dan sebagainya.

39

3.11.7 Menaip
1. Pengautomasian PSS

3.11.8 Rekod
1. Merekodkan dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS.
2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok

3.11.9 Seranta
1. Menyediakan Pameran Buku, Pameran Bertema, Papan Kenyataan dan

sebagainya.

3.11.10 Lain-lain Tugas
1. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya.
2. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh GPM,

GPK 1 dan Pengetua /Guru Besar

40

BAB 4
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
4.1 Badan Pengawas Pusat Sumber

(struktur organisasi)
4.2 Prosedur Pemilihan Pengawas PSS
4.3 Borang Pencalonan
4.4 Surat lantikan
4.5 Surat Persetujuan Ibu bapa /kebenaran
4.6 Surat kursus kepemimpinan
4.7 Sijil Penyertaan Kursus Kepemimpinan

41

BAB 4
4.1 PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

BADAN PENGAWAS PSS

PENASIHAT PEN. SETIAUSAHA
Guru Perpustakaan dan Media

PENGERUSI
KETUA PENGAWAS PSS

NAIB PENGERUSI
PENGAWAS PSS

SETIAUSAHA

BENDAHARI PEN. BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

Kaunter Proses bahan Keceriaan & Kebersihan

Bilik Khas

Promosi

42

4.2 PROSEDUR PEMILIHAN PENGAWAS
1. Pencalonan daripada Guru Kelas
2. Temu duga
3. Pelantikan

4.3 BORANG PENCALONAN

43

4.4 Surat Pelantikan

Ruj. Tuan : JBA 1090/02/02/001/Jld 2/( )

Tarikh : 12 OKTOBER 2015

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga,
SK Tmn Puteri Wangsa , Ulu Tiram
Johor Bahru,
Johor.

Tuan/Puan,
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa, Sesi 2010

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan yang
bernama………………………………………………………………tahun ………………

( ) dilantik semula sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2010

( ) telah terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 201

2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap beliau dapat
menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

3. Untuk pengetahuan tuan/puan, pihak sekolah telah memberi peluang selama sebulan
sebagai percubaan kepada calon-calon pengawas Pusat Sumber ( PSS ) . Hanya mereka yang lulus
percubaan sahaja yang dilantik semula/dipilih. Sekiranya prestasi pelajaran mereka tidak
memuaskan, tidak menjalankan tugas dengan sempurna, atau melakukan salah laku, setelah diberi
nasihat dan surat amaran sebanyak tiga kali, maka pihak sekolah berhak melucutkan jawatan yang
telah disandang olehnya.

4. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya dan
sila kembalikan semula sebelum atau pada 4 November 2015. Kerjasama dari pihak tuan/puan
amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Uniform lelaki dan perempuan seperti uniform sekolah biasa. Bertudung biru gelap (bagi
pengawas perempuan Islam ) serta berkasut putih, dan memakai tanda nama pengawas PSS.

6. Bagi memartabatkan penampilan pengawas PSS , pihak sekolah bersetuju supaya para
pengawas digalakkan memakai blazer semasa perhimpunan mingguan dan acara-acara rasmi
sekolah. Tuan/puan boleh memberi persetujuan dengan melengkapkan borang jawapan yang
disertakan.

7. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh menghubungi Pn Roohana Bt Ali (GPK-
HEM).

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Yang benar ,

......................................................

44

4.5 Surat Persetujuan ibu bapa / kebenaran

Surat persetujuan ibu bapa / kebenaran
Borang Jawapan

…………………………………………....
Tel : …………………………………......

Kepada ;
Badan Pengawas dan Disiplin,
SK Taman ..................................
Johor .
(u.p. : Guru Perpustakaan dan Media )

Persetujuan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2.......
Merujuk kepada perkara di atas, bahawa saya …………………………………………………No
K/P ……………………………… Ibu / Bapa / Penjaga kepada
………………………………………tahun ……………… bersetuju / tidak bersetuju anak
jagaan saya ini dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2......
2. Saya juga bersetuju / tidak bersetuju untuk membenarkan anak / anak jagaan saya
memakai blazer seperti yang ditetapkan. Saya bersetuju / tidak bersetuju untuk menanggung kos
blazer tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………………..
4.6 Borang Kursus Kepemimpinan

45

4.7 Sijil Penyertaan Kursus Kepemimpinan

SK.TAMAN PUTERI MAJU
JOHOR BAHRU

SIJIL PENYERTAAN
DIPERAKUI BAHAWA
FARIS FITRI BIN ZULKIPLI
TELAH MENYERTAI DENGAN JAYANYA
KURSUS KEPEMIMPINAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PADA
tarikh
BERTEMPAT DI ..........
SK.TAMAN .......................
JOHOR BAHRU

...........................................
TARIKH : 5 APRIL ........

46

4.8 Sijil Watikah Pelantikan

SK.TAMAN PUTERI MAJU
JOHOR BAHRU

WATIKAH PELANTIKAN
Diperakui Bahawa

WAN AIN SHARMIMI SOFIA BT WAN MOHD RAZANI
Telah dilantik secara rasminya oleh pihak sekolah
bagi menjawat jawatan
KETUA
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Berkuat kuasa Pada:
4 Januari .........
.......................................
Tarikh: 4 Januari ..........

47

4.9 Jadual Tugas ( contoh)

HARI WAKTU REHAT SELEPAS
SEKOLAH
AHAD 10.30 – 10.50 1.30 -2.30
ISNIN 10.30 – 10.50 1.30 – 2.30
SELASA 10.30 – 10.50 1.30 – 2.30
RABU 10.30 – 10.50 1.30 – 2.30
KHAMIS 10.30 – 10.50 1.30 – 2.30

4.10 Ikrar Pengawas

IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JAYA
JOHOR

Bahawasanya Kami
Pengawas-Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya , Johor

Berikrar Dan Berjanji
Akan Menjalankan Tugas
Yang Diamanahkan Kepada Kami
Dengan Penuh Tanggungjawab Dan Dedikasi.

Kami Juga Akan Mematuhi
Setiap Peraturan Sekolah

Dan Peraturan Pusat Sumber Sekolah
Di Samping Bekerjasama

Dengan Pihak Pentadbir Sekolah
Guru-Guru

Dan Warga Sekolah Ini.

Kami Berazam
Untuk Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Ini

Sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu
Dan Pemangkin Kepada

Kejayaan Pendidikan Sekolah
Agar Sekolah Ini Terus Unggul Dan Disegani.

48

4.11 Pakaian Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Contoh

49

4.12 Tugas Pengawas

4.12.1 AJK / Ketua PSS
1. Mempengerusikan setiap mesyuarat J/K Pengawas.
2. Bertanggungjawab di atas perjalanan Lembaga PSS.
3. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

4.12.2 AJK / Naib Ketua PSS
1. Mempengerusikan mesyuarat jika tiada Ketua PSS.
2. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh GPM.
3. Menanggung bersama perjalanan Lembaga PSS.

4.12.3 AJK / Setiausaha
1. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
2. Menyediakan surat menyurat.
3. Menyediakan laporan aktiviti untuk direkodkan.

4.12.4 AJK / Naib Setiausaha
1. Menjalan tugas S/U semasa ketiadaannya.
2. Menyediakan agenda dan minit mesyuarat.
3. Menyediakan surat-menyurat.
4. Menyediakan laporan aktiviti dan untuk direkodkan.

4.12.5 AJK / Bendahari
1. Menerima wang yang dikutip daripada hasil denda dan

aktiviti yang dijalankan.
2. Menyerahkan wang kepada Guru Penasihat.
3. Menyediakan Laporan Kewangan.

4.12.6 AJK Pengawas Harian
1. Memastikan PSS yang bertugas di bawahnya melaksanakan

semua tugas yang diberi
2. Mencatat kedatangan Pengawas
3. Menyediakan Laporan kehadiran Pengawas PSS

50


Click to View FlipBook Version