The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-25 09:22:17

Menemui Cinta di Taman Perbukuan

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Keywords: falsafah

MENEMUI CINTA DI TAMAN
BACHA

Penyusun
Mohamad Ridhwan Alias

Penafian

“Penyusun membaca, menulis, mengumpul,
menyusun, menyalin dan mengolah maklumat

daripada sumber yang penyusun tidak
sertakan sumber rujukan. Penulisan ini
hanyalah himpunan nota dan catatan peribadi
penulis hasil pembacaan dan ‘sembang’

dengan orang tertentu”

Kandungan

PENGENALAN
BAB 1 ASHIK MENARI DALAM ALAM BACA
BAB 2 MENEMUI ADAB DALAM TAMAN PERBUKUAN
BAB 3 BERTEMAN SEPILIS DI TAMAN PERBUKUAN
BAB 4 BERMULANYA SEORANG SEKULARIS
BAB 5 BENTENG MENANGANI SEPILIS
BAB 6 AKU MAHU MENJADI SEKULARIS
BAB 7 PENYELEWENGAN INTELEKTUAL SEKULAR DAN ULAMAK
BAB 8 KEBUDAYAAN BARAT
BAB 9 HIKAYAT BERSIKAP
BAB 10 REHLAH BAKAL ULAMA DI TAMAN PERBUKUAN
BAB 11 ALAM MAHASISWA: PERAHU MASA DEPAN
BAB 12 MENYANTUNI ALAM POLITIK BAB 13
BAB 14 MEMEKAR CITA-CITA DALAM ALAM TULIS
BAB 15 WAHAI ANAKKU!!

Pengenalan

Tulisan ini gambaran pengalaman membaca hamba Allah yang faqir dan hina ini.
Satu pengembaraan mencari hakikat kebenaran dalam kehidupan, identiti dan
jatidiri. Walaupun tiada amal yang istiqamah dan kemantapan TAQWA serta
kekurangan dalam Pandangan Alam, sekurang-kurang pembacaan ini membentuk
pendirian hamba Allah yang faqir ilmu dan amal ini.

Tulisan ini juga mengandungi nasihat, cita-cita dan harapan untuk anak-anak
meneruskan kehidupan mereka agar lebih tauhidik. Bacalah al Quran, hadam,
hayati, amal dan istiqamah mengamalkan al Quran. Al Quran itu sumber gaya hidup
kita sebagai muslim. Al Quran itu pandangan alam kita sebagai manusia. Turuti al
Quran dan as Sunnah. Hidup-mati dengan al Quran dan as Sunnah.

Ingatlah sekali lagi, baca al Quran dan kitab hadith untuk menjadi satu cara
hidup, satu pandangan alam, satu pegangan atau pendirian sejati. Dan baca selain
daripada al Quran dan kitab hadith untuk TAHU dan ambil kebaikan selagi tidak
melanggari syariat Allah.

Ideologi dan bahan bacaan yang tidak menambah TAAT kita kepada Allah,
biarlah ia hanya bahan bacaan untuk TAHU sahaja bukannya menjadi Pandangan
Alam kita apatah lagi menjadi satu cara hidup. Jangan rugikan hidup kita setelah
Allah beri hidayah dan iman kepada kita.

Wahai anakku, semoga tulisan ini menjadi panduan kepadamu mencari
hakikat kebenaran selain membaca al Quran.

Mohamad Ridhwan Alias

14/9/19

Pekan, Pahang.

BAB 1

ASHIK MENARI DALAM ALAM BACA

Intelektual Rakyat

Dalam tradisi Melayu, cerdik pandai lebih dikenali sebagai Pujangga manakala dunia hari ini
sebagai sarjana atau intelek. Pujangga ialah pengarang yang agung dan tinggi mutunya dan ia
juga dikenali sebagai ahli fikir atau ahli bahasa. Pengarang pula bermaksud pengubah, pencipta
dan penyusun.

Pujangga dalam tradisi Melayu adalah tradisi keilmuan dari Istana. Dalam Alam Melayu
ketika itu, pujangga dan ulama merupakan penasihat utama Sultan selain para ‘menteri’ diketuai
Bendahara.

Pada hari ini, masyarakat kita dikhayalkan bahawa intelektual ialah manusia berPhD
mendapat kelulusan tertinggi di universiti, banyak baca buku dan memiliki kemahiran, pakar dan
profesional dalam bidangnya. Oleh itu, intelek menjadi kelompok eksklusif yang bertapa di
universiti dan bercakap dalam forum-forum dan sesetengah mereka menjadi popular sebagai
selebriti TV.

Anak muda yang mahu berjinak-jinak dengan pembacaan dan diskusi pula dikatakan
pseudo-intelektual. Pada hemat saya, tiada konsep pseudo intelektual bagi seorang pencari ilmu
atau pembaca kerana setiap individu mempunyai tahap kemampuan intelektual yang tersendiri
berdasarkan latarbelakang pendidikan, pembacaan, pengalaman dan interaksi mereka. Pseudo-
intelektual yang sebenarnya dalam kalangan terpelajar terutamanya yang berPhD, elitis
berbudaya-bangsawan dan pensyarah universiti. Adakah patut kita menghina seorang pembaca
muda setelah kita mempunyai kelulusan PhD? Mereka berPhD bermula daripada mana?.

Ali Shariati menyatakan ‘pemikir reformasi celik’ merupakan individu yang mempunyai
tanggugjawab dan misi sosial dalam masyarakat. Pemikir celik bertanggungjawab memberi
kesedaran kepada masyarakat umum serta memberi kepimpinan intelektual dan sosial kepada
mereka.

F. A. Hayek menyatakan Intelektual bukan semestinya orang pintar. Perkara yang dia miliki
ialah:

1. keupayaan untuk bercakap/menulis tentang pelbagai subjek; dan
2. cara untuk mengenal gagasan-gagasan baru lebih awal daripada khalayaknya.

Menurut Syed Husein Alatas pula, intelektual ialah orang yang memusatkan diri untuk
memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya.
Dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, karangan Dr Syed Husein Alatas, beliau telah
menyatakan 4 ciri sifat intelektual iaitu

1. dapat mengenal pasti dan mengajukan permasalahan yang timbul dalam masyarakat;
2. mampu mentakrifkan permasalahan dihadapi masyarakat;
3. mampu untuk menganalisis permasalahan tersebut;
4. mereka juga mampu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat tersebut

dengan menganjurkan solusi yang relevan dan berkesan.

Pramoedya Ananta Toer menyatakan kaum intelektual adalah kaum yang menempatkan
nalar (pertimbangan akal) sebagai kemampuan pertama yang diutamakan yang melihat tujuan
akhir upaya manusia memahami kebenarannya melalui penalarannya.

Menurut Edward Said, orang intelektual adalah ‘pencipta sebuah bahasa yang benar kepada
yang berkuasa’. Menurutnya lagi, orang intelektual pada hakikatnya adalah mengenai
pengetahuan dan kebebasan. Kebebasan tanpa terikat dengan kehendak dan kepentingan pihak
tertentu.

Sasterawan Negara Dato Usman Awang pula menyatakan orang intelektual boleh dicirikan
kepada 4 seperti di bawah;

1. Orang yang punya ilmu pengetahuan dan otak yang sentiasa memperkembangkan ilmu
pengetahuannya sesuai dengan perkembangan ilmu zaman; Ilmunya tidak basi.

2. Sentiasa berfikir dan menyumbangkan dan mengembangkan ideanya.
3. Orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk mengkaji,

menganalisa, merumuskan segala perkara kehidupan manusia- untuk mencari kebenaran
dan menegakkan kebenaran.
4. Orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuangkan kebenaran, orang yang
mengenal kebebasan dan berani memperjuangkan kebebasan meskipun mendapat
tekanan dan ancaman.

Jelas, peranan Orang intelektual ialah pengupayaan daya fikir untuk menyediakan alternatif
menyelesaikan permasalahan rakyat.

Orang Intelektual sebenar adalah orang intelektual berada bersama masyarakat dengan
melakukan pengislahan dan kesedaran kepada mereka.

Orang Intelektual tanpa PhD dan tanpa jawatan sebagai pensyarah perlu diramaikan dalam
masyarakat untuk menyedarkan dan mengislah masyarakat.

Orang Intelektual tanpa PhD memerlukan organisasi yang boleh memobilasikan gagasan
pemikiran mereka secara praktis dalam menyedarkan dan mentransformasikan pemikiran dan
sikap rakyat jelata. Ia bukan setakat berdiskusi dalam kumpulan diskusi kecil tetapi bergerak
dalam masyarakat secara khidmat masyarakat, kebudayaan dan berkebajikan di kawasan yang
bersifat mikro.

Siapakah orang intelektual pada hari ini yang berada dalam masyarakat dan berjuang isu-isu
masyarakat?

Ulama Adalah Intelektual Rakyat

Tradisi Islam, sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke saat ini, para ulama Islam sering berada
bersama dalam lingkungan masyarakat. Misi Kenabian untuk peningkatan diri dan orang terdekat
manakala Misi Rasul untuk kaum lingkungannya. Misi Nabi-Rasul ini adalah sebuah gerakan
rakyat yang bergerak dalam masyarakat. Menariknya, sebelum Zaman Nabi Muhammad SAW,
misi-rasul hanya lingkungan masyarakat atau kaum sahaja berbanding Zaman Rasulullah SAW
untuk umat seantero alam sehingga Hari Kiamat.1

Pengaruh ulama dalam masyarakat Islam sangat besar setaraf dengan pemimpin politik.

Dalam tradisi Melayu-Islam, kita akan ketemui istilah seperti Makhdum dan Maulana
pada pangkal nama seseorang ilmuwan Melayu-Islam. Ilmuwan sangat dihormati dalam
kepimpinan Kerajaan Melayu. Keilmuan dipandang tinggi dalam Kepimpinan Melayu,
‘....hendaklah raja itu berilmu. Jika tiada ilmu hendaklah bersahabat dengan orang yang berilmu’.
Maksudnya, Raja memerlukan penasihat dalam kalangan ilmuwan jika mereka tidak memiliki
ilmu pengetahuan.

Realitinya, para ulama adalah intelektual rakyat. Mereka bukan sahaja menyedarkan
rakyat tetapi memimpin perjuangan menentang penjajah seperti Tuan Guru Abdul Rahman
Limbong dan Tok Janggut. Ada kalangan mereka menjadi pemerintah seperti Sultan Zainal Abidin
III, Sultan Terengganu.

1 Surah Ali Imran: 49.

Agamawan [baca: lulusan agama] boleh menjadi ‘intelektual rakyat’. Permasalahan
utama agamawan ialah cara berfikir dan sikap mereka.2 Paling terkesan apabila sikap mereka
terhadap konsep ilmu, sikap mereka terhadap perkara khilaf dan menjadikan agama sebagai
modal atau hujah untuk kepentingan nafsu diri mereka.

Agamawan muda perlu berusaha mencontohi para ulama terdahulu. Tambahi ilmu
dengan banyak membaca pelbagai genre pemikiran kerana zaman ini memerlukan kalian
memahiri dan melengkapi diri dengan ilmu dan hikmah untuk melaksanakan dakwah Islami.
Keterlibatan agamawan muda dalam Alam Khilaf yang tidak berkesudahan menontonkan kepada
kita betapa celaru dan kelirunya perjuangan dakwah Islam pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, masyarakat memerlukan para ulama Ulul Albab bersifat Quranik, Ensiklopedik
dan Ijtihadik.3 Tiga sifat Ulul Albab memerlukan kuncinya iaitu konsep IQRA yang berpaksikan
kepada tiga tunjang iaitu

1. Baca dengan nama Tuhan
2. Menulis
3. Mengajar

Konsep IQRA mendidik kita ‘membaca dengan nama tuhan’ iaitu membaca penuh kesedaran
tentang keagungan dan kehebatan Tuhan Yang Hak. Membaca bukan untuk menidakkan Tuhan
tetapi membaca untuk mendekati Tuhan. Selepas kita tahu, barulah kita tulis dan mengajar.4

Tahu belum tentu amal
Amal belum tentu istiqamah.

2 Model Intelektual ISTAC [2015- CASIS, INSIST] zaman Syed Muhammad Naquib al Attas perlu digerakkan semula
dalam usaha melahirkan ulama-sarjana Islam yang berkualiti iman dan ilmiah serta berwibawa untuk menangkis
serangan pemikiran musuh dan pembaratan.
3 Sebagaimana konsep Sekolah Menengah IMTIAZ di Terengganu.
4 Surah al Alaq: 1-5.

Dalam krisis iman dan taqwa
iman menjadi tidak menentu dan kacau
iman berbolak balik pada saat pagi dan petang
tanpa pendirian dan istiqamah.

Ulama
Pewaris Nabi
mencontohi Rasulullah
dalam semua aspek.

Pencinta Ilmu Bukannya Pencipta Ilmu

Affandi Hassan dalam Novel Pujangga Melayu mengatakan, ‘beza pencipta ilmu dengan pencinta
ilmu ialah pencinta ilmu suka menikmati taman-taman indah bukan pembina taman indah’.

Penulis bukan sekadar memiliki nama yang harum, dikenali dan popular. Penulis
memerlukan wibawa. Penulis popular namanya bersifat fenomena tetapi mudah lodoh. Penulis
wibawa mencaturi zaman dengan pengaruhnya berpanjangan sepanjang zaman. Penulis popular
boleh buat duit dan mencipta nama tetapi penulis wibawa memandaikan pembaca dan
mengislah rakyat.

Wibawa hasil daripada keilmuan, pengalaman dan perjuangan seseorang penulis dalam
masyarakatnya. Penulis Wibawa sebagaimana Sasterawan Negara, Usman Awang yang
menukilkan, ‘seorang penulis adalah pemikir yang tidak henti-hentinya, seorang pencari yang
tidak pernah puas, seorang peneliti yang selalu ingin tahu dan seorang peneroka dan pentafsir
zaman’. Penulis Wibawa juga seumpama yang dinyatakan oleh T. Alias Taib, ‘Aku pembeli
masalah orang, menyusunnya menjadi kata-kata dan menjualnya kepada pemikir’. Dua
gambaran sifat penulis wibawa yang dinukilkan oleh dua tokoh penulis tersohor negara Malaysia.

Menulis adalah anugerah kerana ilham bagaikan unta liar yang sukar ditambat. Buya
Hamka berkata, ‘mengarang dulu dengan ilham. Tulis apa yang kau lihat, alami dan rasakan,
baru kemudian kau lengkapi dengan bacaan’.

Buku yang baik ditulis sempurna oleh penulis yang mempunyai ilmu mendalam dan
berwibawa. Oleh sebab itu, penulis lebih selesa menjadi pencinta ilmu atau pembaca setia kerana
tulisan berautoriti sudah ada tuannya.

Mencari HIKMAH: Pendakwah Bukannya Penghukum

Seorang pemuda bertanya kepada Syeikh Muhammad al Ghazali, ‘Apakah HUKUM orang yang
meninggalkan solat?’ Syeikh Muhammad al Ghazali menjawab, ‘hukumnya, kamu ajak dan
pimpin dia ke masjid!’ [Sumber: Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Malaysia]

Pada hemat penulis, hikmah itu pada meletak sesuatu perkara pada tempat yang betul
dan pada saat yang betul. Hikmah itu intinya adalah keadilan. Perkara yang betul dan benar tanpa
hikmah, ia akan kelihatan tidak benar dan menjerumuskan kebenaran tersebut ke dalam lubang
fitnah. Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, hikmah ialah mengetahui dan mengenali
bagaimana cara meletakkan ilmu apa di tempat mana. Hikmat adalah petunjuk hidayah daripada
Allah.5 Hikmah barang yang hilang dalam kalangan pendakwah Islam. Mereka suka menghukum
bukannya menghulurkan kasih sayang kepada pihak musuh.6 Selagi tiada pencerobohan fizikal
atau bersenjata, layanilah musuh dengan pendekatan berhikmah.

Pendakwah Islam, agamawan dan umat Islam perlu menjauhi ketaksuban, fitnah,
kebencian, kekasaran dan segala sifat buruk dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam
dengan masyarakat bukan Islam. Kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan umat
Islam jangan dibalas dengan kebencian, namun hulurkan kasih sayang sebagaimana Rasulullah

5 Surah al Kahfi: 57
6 Surah Ali Imran: 159

SAW melayani wanita tua Yahudi yang seringkali cuba menyakiti baginda. Kita perlu menjadi
sebagaimana buah mempelam yang dilempari batu tetapi mengugurkan buah yang ranum.

Sempadan Akal

‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya’ [surah At
Tin: 4-6]

Manusia adalah sifatnya yang paling baik apabila dia percayakan Allah [dengan keyakinan
sungguh-sungguh]7 dan dengan taat mematuhi suruhanNya dan paling rendah apabila manusia
hilang keyakinan kepada Allah SWT.

Manusia merupakan mahkluk Allah yang terbaik kerana diberikan maruah, ilmu dan akal.
Tugasnya menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di bumi.8 Maknanya manusia boleh
mengatur kehidupan mereka sendiri selagi mengikuti ajaran dan peraturan yang ditentukan oleh
Allah iaitu pencipta manusia dan alam. Ajaran dan peraturan tersebut dikenali syariat.9

Affandi Hassan dalam novelnya Pujangga Melayu menukilkan, ‘menggunakan akalmu
memikir perkara-perkara yang memberi manfaat, perkara-perkara yang boleh menjadikan kamu
LEBIH YAKIN dan lebih bertaqwa. Untuk itu kamu harus mendidik dirimu mengenal sempadan
akalmu’.

Jelas Affandi lagi, untuk mengenal sempadan akal10 kita perlu jelas tentang tiga perkara
iaitu teori ilmu [epistemologi] iaitu sumber ilmu, tujuan ilmu dan sempadan ilmu. Dasar

7 “Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika tidak, yakinlah bahawa Allah pasti melihatmu”
[Riwayat Muslim]
8 Surah al Baqarah: 30.
9 Surah al Jathiyah: 18
10 Surah al A’raf: 179

epistemologi, bahawa Islam adalah kebenaran mutlak. Sumber ilmu Islam terbahagi empat iaitu
al Quran, al Sunnah, pengalaman dan akal. Epistemologi Barat berasaskan keraguan,11 hipotesis,
ramalan, jangkaan, tidak mutlak dan lain-lain.

Kemudian keduanya, mengetahui hakikat insan, hakikat diri kita, asal usul kita, tujuan dan
ma’na hidup.12 Ketiga, hakikat amal13 iaitu dengan menilai segala tindakan kita sama ada benar
atau tidak di sisi Allah SWT. Teliti betul-betul amalan agar tidak menjadikan amalan tersebut sia-
sia dan merosakkan diri sendiri.

Penilaian ke atas tindakan supaya tidak menjadi sia-sia dan merosakkan iman dan diri
sendiri ialah [1] perbuatan tersebut betul atau salah di sisi agama, [2] niat kerana Allah dan [3]
betul mengikut syariat. Sumber penilaian adalah al Quran dan al sunnah dijadikan sebagai hakim
dalam menilai betul atau salah tindakan kita.14

Kemudian kita akan melihat sejauh mana kita mengakuri keputusan dan penilaian agama
Islam terhadap tindakan dan amalan kita. Jika kita salah, adakah kita mengakuri kehendak agama
Islam?.

Sempadan akal itu adalah batasan bagi akal agar tidak melepasinya. Ia adalah satu
peraturan berfikir atau had berfikir. Kata Imam Shafie, “Akal mempunyai batas tempatnya
berhenti sama seperti penglihatan mempunyai batas tempatnya berhenti”.

Tulis Buya Hamka, orang yang berakal merindui tiga perkara iaitu
1. menyediakan bekal untuk hari kemudian
2. mencari kelazatan buat jiwa
3. menyelidik erti kehidupan

11 49: 12
12 Surah Fussilat: 53
13 Surah al Isra’: 21
14 Surah al An’am: 114

Mengendap Kepelbagaian Genre Bacaan
Kamu boleh membaca pelbagai buku selagi kamu mempunyai pandangan sarwajagat Islam yang
menapis segala kemungkaran dan anti Tuhan dalam bahan bacaan. Punbegitu, bacaan terbaik
ialah bahan bacaan yang paling bermanfaat [sudah tentu al Quran dan hadith serta pengkajian
tentangnya]15 dan boleh mengislah diri menjadi insan yang lebih baik.

Pada hemat saya, seorang pembaca yang mahu mencari kebenaran dan berdoa agar
dirinya menemui kebenaran16 boleh membaca pelbagai bahan bacaan walaupun bertentangan
dengan Islam. Penulis yakin, mereka seperti ini akan kembali kepada Islam jika mereka
meluruskan niat mereka untuk mencari kebenaran dan akur kepada kebenaran tersebut.

[1]Membaca untuk tahu, [2] membaca untuk perubahan dan [3] terperangkap dalam
pemikiran bahan bacaan. Tiga perkara yang perlu dibezakan. Membaca bahan bacaan sosialisme
umpamanya belum tentu menjadi sosialis tetapi peluang untuk terpengaruh dengan sosialisme
masih terbuka.

Manusia dididik melalui [1] secara langsung dan [2] melalui acuan yang tersedia. Perkara
[2], seseorang boleh terperangkap dalam acuan Kebudayaan Barat melalui pembacaan, filem,
muzik dan sebagainya. Kebudayaan Barat bertunjangkan Kebudayaan Kristian-Yahudi,
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

Membaca sebanyak mana hasil karya sarjana Barat sekalipun, akhirnya kita akan ketemui
sifat asasi kerangka pemikiran Kebudayaan Barat iaitu;

15 Mengambil iktibar daripada Surah al Ahqaf: 29-32, Surah al Jin: 1.
16 Surah al Maidah: 16. Bacaan utama merangkap wajib adalah al Quran dan kitab hadith. Hanyalah al Quran dapat
menyuluh kebenaran. Tanpa al Quran, segala bacaan dan tindakan kita bersifat khayali kerana diikat oleh kehendak
akal dan emosi yang palsu.

1. Penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam urusan kehidupan manusia
seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].

2. Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia – akal, badan, kebolehan dan psikologi.
3. Materialistik atau kebendaan.
4. Dualisme dan Dikotomi
5. Individualistik
6. Kekeliruan dalam konsep ilmu dan kehilangan keadilan
7. Kesatuan, Persamaan dan Samarata
8. Tiada kemutlakkan – ragu meragu, duga-menduga, berubah-ubah, hipotesis, sentiasa

berwacana tanpa kesudahan dan hilang ketetapan.
9. Kebebasan dan pragmatisme
10. Trajedi dan mencari kebahagiaan palsu

Kita perlu merenung bahan bacaan atau buku yang bertentangan dengan Islam. Renung-fikir
ini membolehkan kita mengkaji dan insaf bahawa manusia mempunyai kelemahan. Tulis Buya
Hamka, ‘yang mutlak hanyalah wahyu Allah SWT ‘.

Membaca pelbagai genre pemikiran tidak salah, tetapi yang salahnya ialah terjerumus ke
lubang pemikiran tersebut.

Membina Pandangan Sarwajagat Bertunjangkan Tauhidik

Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa
Tuah Hidup sempurna hidup
Hidup Berakal mati beriman
Malang hidup celaka hidup
Hidup tak tahu halal-haram.

Aliran pemikiran ciptaan manusia semakin membiak dan segar dalam masyarakat
Malaysia terutamanya kalangan yang terpelajar. Pluralisme Agama, Islam Liberal dan Sosialis
membiak pesat dalam kalangan masyarakat terpelajar jika tidak dibanteras akan menjadi anutan
yang mengherotkan pemikiran.17

Sekelompok orang Islam terperangkap dan terpengaruh dengan aliran-aliran ciptaan
manusia. Mereka merupakan kelompok modenis yang bercitrakan Islam. Mereka mencipta
alasan untuk menghalalkan pemahaman mereka terhadap aliran pemikiran tersebut. Pluralisme
Agama dikatakan Pluraliti, Liberalisme dikatakan hanya Liberalisasi Ekonomi dan Politik bukannya
Liberalisme Kepercayaan.18

Ciri-ciri kelompok modenis ialah mereka menentang dan memberontak terhadap agama
dan nilai rohani bawaan agama. Dalam konteks modenis Islam, mereka tidak berpuas hati dengan
Islam yang diterima umum oleh masyarakat setempat. Mereka mahu Islam mengikut kehendak
nafsu19 dan kepentingan diri serta kelompok mereka sahaja.

Permulaan mereka untuk mengislah umat Islam akhirnya menjerumuskan mereka dalam
perangkap pemikiran Barat.

Menurut Wan Mohd Ali, modenis cuba menundukkan tradisi kepada kemodenan supaya
menjadi harmoni dengan kemodenan. Nabih Amin Faris menyatakan ‘mereka cuba mengkaji dan
mentafsirkan al Quran berdasarkan kebudayaan Barat yang mereka anuti’. Justeru, mereka
mahu Islam mengikut kehendak Barat.

17 Pembanterasan melalui dialog, muzakarah dan ziarah. Kita boleh mengkaji, membaca atau mengambil unsur-
unsur yang tidak menyalahi al Quran dan al Sunnah daripada pemikiran ciptaan manusia tetapi tidak boleh
mengambilnya sebagai ideology panutan mengantikan agama Islam atau memcampur adukkan dengan Islam.
18 Sesungguhnya kita akan melakukan apa yang kita fahami dan yakini. Kefahaman dan keyakinan inilah yang perlu
dirujuk kepada al Quran dan al Sunnah kerana ia terhasil daripada ilmu yang membentuk pandangan sarwajagat
seseorang manusia seterusnya dipraktiskan dalam tindakan mereka. Jangan sampai kefahaman dan keyakinan ini
HANYA bersumberkan akal sahaja dan mengikuti kehendak nafsu semata-mata. Islam tiada masalah dalam
pengunaan akal, cuma cara bagaimana akal itu digunakan sehingga ada yang mengunakan akal untuk menidakkan
Tuhan dan syariatNya.
19 Surah an Nisa: 135

Pandangan sarwajagat Islam lahir daripada pancaran konsep-konsep dasar yang terdapat
dalam wahyu. Konsep-konsep dasar perlu dikaji dan digali untuk mendapat rahsianya.

Asas utama pandangan sarwajagat Islam ialah kalimah syahadah. ‘Tiada tuhan melainkan
Allah’ Menurut Ismail al Faruqi, Allah yang bermaksud ‘Tuhan’ yang mengisi tempat utama dalam
kehidupan, tindakan serta pemikiran setiap muslim.

Dalam ungkapan Melayu, pandangan sarwajagat Islam juga dititik-beratkan, ‘Bergantung
kepada Yang Satu, Berpegang kepada Yang Esa’. Dua baris ungkapan Melayu ini mengambarkan
tauhid seorang Melayu-Islam.

‘Hidup Berakal mati beriman’. Ungkapan Melayu ini mengambarkan tujuan dan ma’na
kehidupan seseorang manusia. Kehidupan di dunia memerlukan manusia itu berakal20 dan
kehidupan akhirat dan sesudah mati mesti disudahi dalam keadaan beriman agar kebahagiaan
akhirat dikecapi.

Dengan adanya pandangan sarwajagat Islam membuka ruang untuk kita kepada kepada
hakikat penciptaan manusia. Hakikat penciptaan manusia adalah pengabdian diri kepada Allah
SWT.21 Pengabdian diri ini berpandukan al Quran dan al Sunnah [Agama Islam].22

‘Bacalah dengan Nama Tuhanmu’.

20 Dengan akal, manusia boleh memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. Sesetengah pihak mempertikai kenapa
Tuhan menjadikan manusia jahat yang akan masuk neraka. Disinilah peranan akal yang boleh memilih dan membuat
keputusan berdasarkan sumber ilmu yang paling benar iaitu wahyu Allah SWT. Tiada alas an lagi manusia
mengatakan bahawa Tuhan tidak adil bagi mereka. Lihat Surah al Mulk: 10.
21 Surah al Dhariyat: 56, Surah al Mu’minun: 115-116
22 Surah Ali Imran: 83

BAB 2

MENEMUI ADAB DALAM TAMAN PERBUKUAN

“Aku membaca bukan hanya untuk tahu. Aku juga ingin bahwa apa yang kubaca itu ikut membentuk sebagian dari

pandanganku.” – Ahmad Wahib

Tulisan Ahmad Wahib di atas mengamit akal-budi kita bahawa betapa pentingnya sebuah
pembacaan. Tujuan asasi membaca bukan sekadar untuk tahu tetapi medium untuk merenung-
fikir agar lebih dekat [taqarrub] dan menambah keyakinan kepada Allah SWT melalui
transformasi (perubahan) atau pengislahan (pembaikian) diri supaya pandangan sarwajagat dan
amalan kita menurut Islam.

Kita menolak konsep reformasi (pembaharuan) dalam perjuangan agama. Islam adalah
satu cara hidup yang diberkati oleh Allah tidak memerlukan pembaharuan. Umat Islam perlu islah
dan pemurnian agar umat Islam kembali kepada asali bertunjang kalimah syahadah.23

Pada hemat saya, berguru biarlah ramai dan membaca biarlah pelbagai tema pemikiran.
Sebahagian orang bimbang jika terlalu banyak membaca, seseorang akan berorientasikan akal
yang akhirnya menjerumus ke lembah kesesatan.24 Jawapan saya ialah betul. Tanpa niat yang
lurus mahu mencari kebenaran dan mengakuri kebenaran,25 dan berdoa kepada Allah SWT
supaya mengurniakan hidayah, kita boleh tersesat ke jalan keiblisan[kesesatan].

23 Surah Ali Imran: 110. ‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
maaruf, dan menegah sari yang mungkar dan beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada
yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik’.
24 Surah al Sad: 26. ‘Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah[penguasa] di muka bumi, maka berilah
keputusan [perkara] di muka bumi di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana
ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat
azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan’.
25 As Syuraa: 10. ‘Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya [terserah] kepada Allah. [Yang
mempunyai sifat-sifat demikian] itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku kembali’.

Bahaya jalan keiblisan ini tidak harus menjadi alasan untuk menolak membaca pelbagai
tema pemikiran. Tema pemikiran datang daripada sumber ilmu.26 Sumber ilmu mempunyai dua
bahagian iaitu [1] sumber mutlak [al Quran dan hadith]27 dan [2] sumber tidak mutlak. Ia juga
dinamakan [1] syariat dan [2] feqah, dan [1] prinsip dan [2] ranting. Sumber mutlak ini menjadi
sempadan atau batasan akal.28 Jika akal melampaui batasan ini, ia bermakna seseorang itu
memilih jalan keiblisan.29

Akal adalah makhluk Allah yang istimewa kerana ia adalah alat meletakkan amalan30 atau
tindakan dan berkemampuan menjadi sumber ilmu pada saat tertentu dengan syarat dibatasi
oleh wahyu. Akal perlu ditambat oleh wahyu kerana ia makhluk yang cukup liar31 dan mampu
menyesatkan orang melalui jalan keiblisan.

Jalan keiblisan hendaklah diselesaikan dalam kerangka ilmu32 bukannya emosi, politik,
sentimen dan lain-lain. Ia diselesaikan melalui hujah-hujah dengan menggunakan pendekatan
seperti muzakarah, ziarah dan lain-lain. Kita tidak perlu mengharamkan atau membakar buku
atau menolak kehadiran tokoh tertentu. Kita perlu menghormati pendirian lawan dan diri lawan
walaupun memusuhi tema pemikiran lawan tadi.

Pengakhiran seseorang pembaca adalah terhasilnya pandangan sarwajagat yang dibentuk
daripada pembacaan dan pengalaman hidup mereka untuk memandu kehidupan yang
seterusnya. Usia berbaki memerlukan pandangan sarwajagat yang benar diselimuti oleh hidayah
agar kematian kita dan masa depan akhirat kita mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan.33

26 Dalam Islam, Allah SWT adalah sumber sebenar ilmu dan diri manusia sebagai makhluk aktif dalam usaha
mendapatkan ilmu.
27 Surah al Hadiid: 25
28 Surah Yusuf: 21
29 Surah al Baqarah: 208
30 Alat berfikir untuk membuat pilihan dan keputusan.
31 Seperti Teori Evolusi
32 Surah al Rum: 21-24
33 Surah Yunus: 45-46

Pandangan sarwajagat Islam melorongkan akal agar mengikuti jalan hidayah34 yang dijamin
keselamatannya untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Bermulanya Anak Muda Gelisah Jiwanya.

XXII
Kepada langit berlipat-ganda kuberseru,
Menanya : '’Ngan pelita apa Kodrat memandu
Anak-anaknya yang sesat dalam kegelapan?'
Maka Langit menjawab : '’Ngan fahaman yang buntu!'

XXIII
Kenapa tiada taufan mengamuk dilautanmu?
Jiwamu terbelenggu—kemanakah imanmu?
Sia-sia kau melaung menuduh tindasan Takdir—
Kenapa tidak kau menjadi Kodrat Tuhanmu?
[Syed Muhammad Naquib al Attas, Rangkaian Ruba'iyat]

Gelisah jiwa35 berlaku apabila akal mula memberontak mencabar agama dan nilai
rohaniah agama. Kegelisahan ini adalah fitrah anak muda yang masih mencari identiti mereka
sendiri. Kadangkala mereka celaru dan keliru mencampuri dosa36 dan pahala umpama melayani
gig dan pada masa yang sama masih berqasidah di dataran merdeka.

Kita mahu membina bangunan yang gah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh. Maka,
bangunan tersebut akan mudah runtuh. Itulah umpamanya kita menitik berat ilmu fardu kifayah
tetapi melupakan ilmu fardu ain. Dikala ini, ilmu mengenal Tuhan iaitu mengenal sifat 20 puluh
dan Asmaul Husna -Nama Allah semakin ditinggalkan. Ilmu mengenal Tuhan dapat menenangkan
jiwa kacau dan akal terkeliru.

34 Surah Nahl: 89
35 Surah al Ma’arij: 19-21
36 Surah al Baqarah: 42

Gelisah jiwa manusia merupakan satu pemberontakan jiwa terhadap sifat Iradat Allah.
Iradat bermaksud BERKEHENDAK. Kita tidak boleh menisbahkan keburukan, kejahatan dan
kekejian kepada Allah SWT. Melayani kegelisahan jiwa memerlukan pendekatan yang benar agar
tidak termasuk dalam golongan yang menyeleweng. Kefahaman terhadap konsep Sifat 20 dan
Asmaul Husna perlu dipertingkatkan dengan keyakinan yang tinggi. Keyakinan dapat dihasilkan
dengan kepatuhan kepada kehendak al Quran37 dan al Sunnah.

Gelisah jiwa manusia adalah jalan kebuntuan dan kesesatan boleh menjadi pembuka
hidayah kepada seseorang.38 Punbegitu, kita sebagai manusia yang sedar dan seorang pembaca-
penuntut ilmu tidak seharusnya terperangkap dengan jalan kebuntuan dan kesesatan ini. Justeru,
kita perlu mencari hidayah bukannya menambahkan kebuntuan lagi. Cari guru yang benar dan
buku yang benar [sudah tentu al Quran dan kitab hadth] sebagai pemula mengubati jalan
kebuntuan dan kesesatan.

Selain guru yang benar dan panduan yang benar, kita boleh mengubati kegelisahan jiwa
dengan perkara di bawah;

1. Menjaga solat berjemaah
2. Bergaul dengan orang-orang baik dan saleh. Peringkat awal boleh mulakan di masjid dan

mengikuti jemaah tabligh dan usrah serta halaqah. Dalam jemaah tabligh kita dapat
menghidupkan agama dalam hati, fikir dan amalan kita.
3. Baca al Quran dengan terjemahan satu halaman setiap hari.
4. Baca Kitab Hadith Bukhari dan Muslim, satu halaman setiap hari.
5. Jangan terikut perasaan- sabar dan berdoa mohon petunjuk Ilahi.
6. Melazimi pengajian ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.

Moga kita menemui kembali jalan hidayah daripadaNya.

37 Surah Yunus: 57
38 Surah As Syams: 7-10

Manusia Yang Baik
Kita hidup sebagai individu bukannya sebuah organisasi. Individu adalah asas kehidupan.
Penilaian Allah terhadap kita secara individu bukannya organisasi yang kita sertai. Islam
mendahului kualiti individu mendahului kebaikan sistem. Justeru, kita perlu menjadi individu39
yang dikenali Manusia Yang Baik.

Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, “Manusia Baik ialah manusia yang
beradab yakni orang yang insaf sepenuhnya bertanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak;
memahami dan menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam
masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju
kesempurnaan sebagai insan adabi”.

Manusia Yang Baik ialah manusia yang beradab dan berakhlak. Manusia yang berakhlak
dan beradab mengambarkan kemuliaan seseorang40. Baginda Rasulullah SAW sendiri menjadi
model paling utama tauladan insan yang menganuti agama Islam kerana antara tujuan
pengutusan baginda adalah menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia41.

Orang yang insaf sepenuhnya bertanggungjawab42 dirinya kepada Tuhan Yang Hak
menyentuh tentang tanggungjawab akhlakiah seseorang individu atau insan Islam bagi dirinya
seterusnya kepada masyarakat. Syarat utama kebertanggungjawaban ini ialah keadaan baligh
seseorang. Tanggungjawab terhadap diri dan Tuhan menjadi tugas baru bagi seseorang yang
sudah baligh.

Penunaian keadilan terhadap diri dan masyarakat memerikan kehidupan adabi yang
bertatasusila yang luhur iaitu kehidupan bermasyarakat yang teratur dalam kawalan hukum dan
undang-undang serta kuatkuasa keadilan dan hikmat kewibawaan pemimpin dan ilmuwan.

39 Surah al Nahl: 97
40 ‘Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia’ [Surah al Qalam: 4]
41 ‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan akhlak’ [Riwayat al Baihaqi]
42 Surah an Anbiya, 21: 23

Meningkat setiap aspek dalam diri ialah meningkatkan kualiti ibadah kita yakni Islam
memandu cara hidup kita termasuk budaya hidup, cara berfikir, tindakan dan suasana hidup kita
ada setiap saat. Islam mendepani pemerintahan negara, dalam keluarga, pengurusan organisasi,
kerjaya, memberi pendapat dan segala aspek kehidupan. Islam dijadikan hakim dalam
menentukan tindakan dan cara berfikir kita.

Sememangnya benar, masuk syurga itu dengan rahmat Allah bukannya pada banyaknya
amalan seseorang Manusia Yang Baik. Cuma Allah SWT telah mengambarkan syarat ahli syurga
dalam al Quran dan Rasulullah SAW telah memberi tauladan amalan ahli syurga kepada kita. Kita
mesti mengikut syarat-syarat43 dan mengikut tauladan Rasulullah SAW jika mahu masuk ke dalam
syurga.

Beradab Dalam Kehidupan.
Adab dan akhlak adalah buah daripada batang pepohon taqwa. Iman pula adalah akar pepohon
tersebut dibajai oleh ilmu. Pemahaman terhadap epistemologi Islam yang benar akan
menumbuhkan adab dan akhlak yang baik. Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa akhlak lebih
utama daripada ilmu. Ilmu yang benar menghasilkan iman yang menumbuhkan akhlak dan adab.
Bak kata Imam Ibnu Taimiyyah, “Ilmu adalah ketua bagi amal, amal menjadi pengikutnya”.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, adab merujuk kepada pengenalan dan
pengakuan yang hak akan tempat yang wajar, kedudukan dan keadaan hidup, dan kepada
mendisiplinkan diri dalam penyertaannya secara rela dan positif dalam memainkan peranannya
selaras dengan pengenalan dan pengakuan itu, maka berlakunya ia didalam diri dan masyarakat
secara keseluruhannya memperlihatkan keadaan keadilan.

Menurut Kamus Dewan, adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa,
budi pekerti yang halus dan kesopanan. Jika beradab, mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri

43 Surah Muhammad: 33-34

dalam masyarakat. Peradaban pula bermaksud keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan
jasmani dan rohani masyarakat. Ia berbeza dengan maksud tamadun iaitu keadaan masyarakat
yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran yang tinggi.

Kehilangan adab menunjukkan kehilangan keadilan seterusnya pula mengakibatkan
kekeliruan dalam ilmu. Keadilan intisari kepada hikmah. Hikmah ialah kepandaian dan
kebijaksanaan. Kata Imam Malik, erti hikmah ialah ‘mengetahui agama, memahami dan menuruti
ajaran-ajarannya’.

Kehilangan adab berlaku apabila adanya kekeliruan dalam ilmu disebabkan kehilangan
keadilan. Umpamanya sebatang pokok, keadilan [adalah tindakan dan sifat] manusia dengan
meletakkan baja [ilmu] pada waktu yang betul dan tempat yang betul [keadilan]. Jika bajanya
salah atau diberi secara salah, pepohon tersebut akan mati [kehilangan adab].

Dilema yang dihadapi sekarang boleh disebabkan oleh
1. Kekeliruan dan kesilapan dalam ilmu, mewujudkan keadaan bagi;
2. Kehilangan adab dalam lingkungan komuniti. Keadaan yang timbul daripada [1] dan
[2] ialah;
3. Munculnya pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan untuk mengisi
kepimpinan yang sah bagi komuniti Muslim, yang tidak mempunyai akhlak yang mulia,
tidak mempunyai tahap intelektual dan rohaniah yang diperlukan untuk mengisi
kepimpinan Islam, yang mengekalkan keadaan dalam [1] di atas itu dan menjamin
kekuasaan yang berterusan ke atas hal ehwal komuniti oleh pemimpin-pemimpin
seperti mereka yang menguasai dalam semua bidang.

Ilmu bukan sekadar sebagai pengetahuan atau untuk tahu sahaja. Menurut Syed
Muhammad Naquib al Attas, ilmu adalah “merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia

[ilmu] adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri
sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan makna diri seseorang kepada makna tentang sesuatu”.

Ilmu itu untuk perubahan iman dan akhlak seseorang agar lebih beriman dan lebih
bertaqwa. Ilmu yang melahirkan kefahaman yang kemudian meningkatkan keyakinan bertuhan
dalam diri.44 Peringkat tertinggi keilmuan seseorang ialah tahap kesempurnaan iman iaitu
TAQWA45 dimana keyakinan kepada Allah SWT berada dalam keadaan tertinggi [hidup mati
kerana Allah dan senafas dengan zikir-fikir kepada Allah SWT]. Daripada keyakinan tersebut,
amalan dan pandangan sarwajagat Islam dibina dengan ilmu yang benar.

Meraikan Pendapat Bukan Tanda Bersetuju

Membaca buku pelbagai aliran pemikiran boleh menajamkan perenungan kita terhadap Allah
dan ia juga boleh menjerumuskan kita ke lembah kebuntuan dan kesesatan. Justeru, pembacaan
kita hendaklah dimulakan dengan kalimah, ‘bacalah dengan nama Tuhanmu Yang
Menciptakan’46. Membaca perlu dengan memohon doa agar petunjuk dan hidayah Allah sentiasa
diperolehi. Membaca bukan sekadar untuk tahu tetapi mendekatkan diri kepadaNya.

Membaca buku beraneka pemikiran seperti sosialisme, liberalisme dan komunisme,
bukan bermakna kita bersetuju dengan buku yang dibaca dan penulis buku tersebut. Kita perlu
bersedia dengan sikap ‘Bersetuju menghormati dengan perkara yang tidak dipersetujui’ bahkan
kita perlu mengkritik segala kemungkaran dalam proses pengilmuan yang anti Tuhan dan dusta.

Penulis sangat bersetuju, membaca buku untuk mendapat manfaat kepada diri
seseorang, mengkaji dan mendapat pengetahuan baru. Hasil pembacaan kita terletak pada
sejauhmana perubahan yang berlaku dalam amalan dan pandangan sarwajagat kita?.

44 Surah al Jumu’ah: 5
45 Surah Luqman: 21, Surah At Taubah: 30. Kedua-duanya ayat ini mengambarkan satu cipta ciri perbandingan dan
kritikan dalam kajian ilmu perbandingan.
46 Surah al Alaq[96]: 1.

Membaca pelbagai aliran pemikiran memberi peluang untuk kita merenung kekuasaan
Allah melalui perbezaan yang diciptanya. Wahyu Allah disediakan oleh Allah untuk menilai
kebenaran atau kepalsuan setiap bahan yang dibaca.47

Manusia adalah Pentafsir Agama

“Dan biarkanlah tiap orang memahamkan Qur’an dan Sunnah itu menurut dirinya sendiri.” – Ahmad Wahib.

Setiap manusia berhak mentafsir agamanya sendiri tanpa bergantung harap dengan para
pentafsir agama dengan syarat mereka berusaha memiliki ilmu-ilmu yang membolehkan mereka
tafsir agama mereka sendiri dan ‘iman yang tulen serta utuh’.48 Islam tidak mempunyai perantara
dalam menjalinkan hubungan manusia dengan Allah. Pentafsir agama juga memerlukan niat yang
lurus bukannya mengikut akal dan nafsu49 mereka sahaja.

Mentafsir agama tidak boleh menggunakan nafsu50 dan akal sahaja, ia perlu dibuka
dengan ilmu yang benar, kelurusan niat dan wahyu. Ilmu yang benar adalah kunci pintu
pentafsiran agama manakala wahyu adalah sumber yang bertindak sebagai hakim atau
batasannya. Antara ilmu yang diperlukan ialah ilmu ‘alat’ yang membantu seseorang memahami
agama Islam seperti Bahasa Arab, Usul Fiqh dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan menggunakan pendekatan tafsir saranan Syed Muhammad
Naquib al Attas dimana al Quran ditafsir dengan al Quran dan al Sunnah bukannya ikut suka hati.
Pendekatan ini perlu digunakan dalam bidang keilmuan yang lain.

Akal pula adalah alat untuk meletakkan sesuatu keputusan [Ijtihad].51 Akal kadangkala ia
menjadi kunci [ilmu] untuk membuka pintu pentafsiran agama, kadangkala ia menurut kehendak

47 Surah al Israa’, 17: 81
48 Faham kebenaran Islam bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Syarat utama pentafsiran sumber Islam ialah
ilmu dan niat yang ikhlas.
49 Surah an Nisa’: 135
50 Surah Sad: 26
51 Sesuatu keputusan yang bersumberkan ilmu yang benar dibenarkan.

nafsu. Untuk menilai dan menghakimi tindakan akal, wahyu perlu bertindak sebagai hakim untuk
mevetokan keputusan akal.

Dalam kes pencarian tuhan, akal akan berusaha dengan keras menanyakan, siapakah
mencipta Tuhan? atau Siapakah sebelum Tuhan?. Islam agama yang hebat memberi jawapan
yang muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi52 kecuali penyoal itu sememangnya tidak
beragama [ateis] atau orang gila. Al Quran memuktamadkan persoalan berkenaan dalam surah
al Ikhlas, ‘Katakanlah! Dia Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat memohon perlindungan. Tiada
Dia beranak. Tiada Dia diPERANAKkan. Dan tidak Ada bagiNya imbangan sesuatu jua pun’ [Surah
al Ikhlas: 1-4].

Akal seringkali dipengaruhi oleh latar belakang kehidupan dan pengalaman pentafsirnya.
Kita boleh melihat, para pentafsir agama mentafsirkan perkara yang sama dengan pentafsiran
berbeza. Islam menerima perbezaan ini selagi tidak melanggar syariat Islam dan sumber rujukan
Islam [al Quran dan al Sunnah], menghormati perbezaan berhujah dan konteks setempat.
Sahabat IIIT umpamanya, cuba mempromosikan model mereka untuk melaksanakan Islam
mengikut cara IIIT tanpa memahami konteks tempat tersebut dimana idea IIIT mahu
dilaksanakan. Penghayatan dan pembudayaan Islam di negara Barat tidak boleh disamakan
dengan negara Islam.

Islam tidak boleh dipengaruhi oleh pengalaman peribadi, pengetahuan dan ilham kita,
dan kehendak-kehendak pihak tertentu melalui arahan secara langsung, pembacaan dan diasuh
secara langsung. Islam perlu dilaksanakan sebagaimana arahan wahyu dan tauladan Rasulullah
SAW. Kesilapan besar Barat ialah mahu Islam mengikut kehendak Barat.53

52 Surah al Anbiyaa’: 92
53 Menurut Darek Hopwood, kemodenan adalah sesuatu yang menuju ke arah kemajuan dan bersifat Eropah
[Pembaratan]. Berdasarkan kepercayaan ini, lebih baik Orang Timur tradisional mengikut jejak mereka dengan
mengikut budaya Barat. Pada hemat saya, perkara ini akan mewujudkan pertembungan antara Islam sebagai Cara
Hidup dengan Budaya Barat.

Jika seseorang muslim memiliki ilmu yang benar, mereka tidak perlu lagi berharap dengan
merujuk kepada para ulama tetapi terus kepada sumber Islam iaitu al Quran dan al Sunnah.
Seperti mana hujah Imam Hassan al Banna dalam Prinsip ketujuh Rukun Faham, ‘setiap orang
Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum
dalam masalah furu’ hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian
adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil
tersebut. Dia juga perlu menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah
dipastikan orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan. Jika
dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang ilmu supaya
dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji’.

Pada akhir zaman, kita berada dalam dunia yang dipenuhi krisis akhlak, krisis taqwa dan
krisis iman. Iman berbolak-balik berpendirian berlainan sebelah pagi dan petang. Sifat manusia
pada hari ini sangat pragmatis. Manusia yang mentafsir agama dikenali ulama (ustaz atau
agamawan) atau sarjana Islam, ada juga yang terbabas dari segi akhlak dan amal. Mereka
hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada dosa. Sesetengah ucapan mereka untuk
kepentingan diri [perniagaan] dan bersifat peribadi serta tiada hikmah [kasar, ego dengan ilmu].
Imam al Ghazali membahagikan ulama kepada dua iaitu ulama akhirat dan ulama dunia.

Mengutip Bunga Di Taman Larangan

Muslim tergenggam belenggu kafir,
Akhirat luput, dunia tercicir,
Budaya Jahil luas membanjir,
Banyak yang karam tiada tertaksir.
[Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah]

Keterujaan terhadap Barat dan termakan budi dengan Barat menyebabkan umat Islam
terutamanya pemimpin dan sarjana Islam terperangkap dalam agenda Barat. Mereka mahu
kebaikan untuk Islam dan umatnya tetapi mengunakan cara yang salah iaitu cara orang yang tidak
mahu mentauhidkan Allah SWT dan menyalahi syariat Islam. Ia sebagaimana dilakukan oleh

pencipta hadith palsu. Sesetengah mereka mahu orang Islam melakukan kebaikan seperti banyak
solat sunat dengan mencipta hadith palsu tentang kebaikan banyak solat tetapi caranya tetap
haram dan salah.

Islam bukannya hanya pada kulit tetapi merangkumi isi. Tanpa isi, buah tidak akan
berguna walaupun mempunyai kulit yang cantik. Di Barat, kita belajar metodelogi Islam dan
pengetahuan bertaraf kulit sahaja kerana guru, silibus dan tempat belajar itu bukan bertujuan
menerapkan keimanan dan ketaqwaan kepada pelajarnya. Ia hanya pengkajian Islam tanpa iman
dan tidak mahu melahirkan taqwa.

Belajar Islam di Barat tanpa iman yang kuat dan tiada niat yang lurus dan benar, kita akan
terperangkap dengan agenda Barat. Pembaharuan Islam yang dicanang menjadi bahan komestik
yang cantik tetapi mempunyai ‘merkuri’ dan ‘silikon’ yang tinggi bakal merosakkan Islam dan
umat Islam dalam jangka masa yang panjang. Hero-hero Islam yang dihasilkan oleh Kebudayaan
Barat banyak merosakkan Umat Islam dengan gagasan pembaharuan Islam yang khayali.

Nurcholish Majid atau Cak Nur seorang yang berjasa kepada perkembangan Islam. Cuma
dalam usaha pembaharuan Islam yang dilakukan olehnya, banyak teras Islam yang cuba
diherotkannya. Cak Nur adalah pimpinan gerakan mahasiswa Islam iaitu Himpunan Mahasiswa
Islam (HMI), mempunyai jaringan persahabatan dengan para ulama dan NGO Islam
antarabangsa, berwatak genius-intelektual dan pengasas Universiti Paramadina.

Di Malaysia, terdapat beberapa tokoh atau hero Islam yang pemikiran mereka diherotkan
oleh gagasan yang menuruti kehendak Barat.

Islam bersifat menyeluruh dan saling berkaitan antara satu sama lain. Mengikut sifir Islam,
perkara aqidah melibatkan sifir 2-1 = 0 bukannya logik kebiasaan manusia 2-1=1. Justeru, kita
masuk Islam secara keseluruhan.

“Nah, diam-diam kita menganut sekularisme, walaupun dengan lantang kita menentang
sekularisme!”, tulis Ahmad Wahib. Humanisme, sekularisme, liberalisme, sosialisme hatta
komunisme hasil pemikiran manusia. Suka atau tidak, manusia akan terkait dengan pemikiran
sedemikian. Tugas kita sekarang ialah berusaha membersihkan pemikiran tersebut daripada
kotak pandangan sarwajagat Islam kita atau menjuruskan elemen baik pemikiran tersebut
kepada Islam melalui Islamisasi.

Model Ulama Alternatif Nusantara

Kita menghierarkikan kehidupan kita sebagai Islam-Melayu-Nusantara-Rakyat-Manusia. Lima
elemen ini banyak mempengaruhi pandangan sarwajagat kita. Tentang ulama, saya mencari
ulama Melayu bukannya ‘Ulama Arab’.54 Bukannya rasis tetapi ulama perlu berusaha memahami
hati nurani dan pemikiran setempat.

Kedatangan Islam ke rantau ini melalui pendekatan dakwah bukannya peperangan. Para
pedagang Islam menyebar Islam melalui lisan dan tindakan mereka.

Kebanyakan mereka menetap di Alam Melayu [Nusantara] dan menyebarkan Islam
berdasarkan Islamisasi kebudayaan tempatan. Para pendakwah Islam meluruskan pandangan
sarwajagat Manusia Melayu, Islamisasi Kebudayaan dan menolak-menapis perkara yang syirik
dan melanggar syariat Islam.

Akhir Kalam

Kemuliaan disisi manusia terletak pada akhlak-adab. Kemuliaan disisi Allah, sudah tentu akhlak-
adab yang ditunjangi iman.55 Semua orang makan, makan dengan membaca bismillah lain
nilainya dengan makan tanpa bismillah.

54 Ulama yang tidak menetap di kawasan ini tidak memahami pemikiran, kebudayaan dan hati nurani rakyat
setempat.
55 Surah al Baqarah, 2: 34

Kehebatan manusia pada akalnya yang memberi pengetahuan memandu manusia untuk
memilih keputusan dalam kehidupan. Akal perlu diikat dengan wahyu,56 barulah manusia boleh
diselimuti oleh kebenaran.57
“Aku Mahu mentauladani Muhammad bukannya Ahmad Wahib!”

56 Surah az Zumar, 39: 41
57 Surah al Kahfi, 18: 29

Bab 3

Berteman SEPILIS di Taman Perbukuan.

Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang menganasi iman dan
adab-akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen pembudayaan yang cukup
berpengaruh dalam mengubah corak berfikir, kehidupan masyarakat, peradaban dan
kebudayaan masyarakat dunia.

Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme,
Pluralisme dan Liberalisme atau SEPILIS di negara-negara Islam. Malaysia tidak terkecuali dalam
perencanaan Barat menakluki dunia dengan kebudayaan, ekonomi, politik dan pemikiran.

Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)

SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia yang mendominasi
masyarakat dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan ideologi ciptaan mengikut
kehendak akal-nafsu manusia ialah

1. Menolak kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2. Bersifat dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima kebenaran relatif.
3. Memenuhi keseronokan akal-nafsu
4. Membezakan urusan peribadi dengan masyarakat
5. Bersikap menyisih atau menolak peranan agama
6. Mencampur aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas menyeleweng

daripada ajaran al Quran sendiri.

Dibawah adalah pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady:

Faham Huraian Ringkas

Sekularisme Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady

1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.

2. tidak kaitan dengan agama

3. tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada

kepercayaan kepada tuhan, alam abadi dan alam ghaib

Pluralisme 1. Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat tertinggi

yang satu

2. Semua agama adalah sama menawar jalan kepada keselamatan

3. Kebenaran itu adalah relatif

Liberalisme 1. Cenderung kepada kebebasan58
2. Pemerintahan demokratik
3. Individualistik
4. Rasional Akal dan Pragmatis

La Ilaha Illa’Llah: Pandangan Hidup Seorang Muslim

Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik, kelurusan aqidah-
tauhid menjadi perkara paling utama. Kelurusan aqidah-tauhid secara mudahnya kita meletakkan
Allah SWT mendahului semua perkara walaupun kita dilihat rugi disisi manusia dan pandangan
kita ditolak.

‘Dari Allah, Cara Ditentukan oleh Allah, Untuk Allah’

Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang diperintahkan
oleh Allah, dilakukan dengan cara yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya dan bertujuan untuk

58 Kebebasan ialah ketiadaan halangan untuk merealisasikan keinginan (Bertrand Russell)

Allah. Kita hamba Allah hanya layak melakukan segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda
aras pengabdian kita kepada-Nya.

Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan sifat kejahilan
yang ada pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan oleh Allah SWT iaitu Islam.
Semakin berusia, semakin mendekati Allah dengan jalan yang ditentukan oleh Allah bukannya
mengikut logik akal kita dan kehendak nafsu kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam.
Lawan kejahilan ialah FAHAM. Belajar Islam dan pakar berkaitan Islam belum tentu kita Faham.
Faham adalah adunan daripada hidayah Allah, mendekati diri dengan Allah, istiqamah dalam
amalan, akhlak terpuji, warak, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan dosa
kecil. Kita tahu tetapi masih melakukan perkara berdosa dikira masih tidak faham.

Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker dan sebagainya,
seharusnya kita meninggalkan ‘dunia-dunia ini’ untuk berada dalam ‘dunia’ Islam. Manusia
makhluk yang lemah, lalai dan banyak melakukan kesilapan mesti insaf dan sedar bahawa
kehidupan ini hanya sementara. Kita tidak tahu bila kita meninggal dunia dan bagaimana kita
mati. Justeru, sangat wajar peningkatan usia perlu dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar
bahawa mati itu dekat dan Islam hanya satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan kita kepada
Allah, Tuhan Yang Hak.

Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan kepentingan
ilmu tauhid kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang kepada Allah SWT.

Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan memartabatkan aqidah-
tauhid kita. Dalam Manhalush Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan tentang martabat tauhid
yang terbahagi empat martabat iaitu:

Pertama, Tauhid Uluhiyah iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain daripada
Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.

Kedua, Tauhid Af’al iaitu menafikan fi’il yang hakiki daripada segala yang lain daripada
Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.

Ketiga, Tauhid Shifat iaitu menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang lain
daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.

Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan wujud yang hakiki
daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.

Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha Illa’Llah. Kefahaman terhadap
martabat tauhid ini meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.

Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman. Jika ia rosak,
tanggungjawab besar kita mengembali iman ke dalam diri kita. Jaga iman kita daripada rosak
yakni kufur.59

Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak
bertaubat, seseorang itu boleh dihukum bunuh.60

Muhammadur Rasulullah: Nabi Muhammad Insan Sempurna

1. Nabi Muhammad Adalah Manusia Biasa

Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.61 Baginda bukan manusia luar biasa yang ada magis
atau malaikat. Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad tercedera. Baginda makan, minum,

59 Surah al Nisa’: 136.
60 Mastika Hadith, Jilid 1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul
Ma’rifah, 2000.
61 Surah al Kahf: 110

beribadah dan berkahwin. “Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah seorang hamba, yang memiliki
bagi dirinya sendiri [kuasa] memudaratkan dan memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang
Allah dikehendaki.”62

Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi Muhammad SAW.
Mereka mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa. Ia satu kenyataan
yang benar tetapi tujuan yang jahat. Lihatlah kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan
Nabi Nuh.63 Begitu juga dengan tindakan kaum Nabi Syuaib64. Sememangnya para nabi dan rasul
adalah manusia biasa.

Cuma kita masih tidak mendengar bahawa ada kalangan Umat Islam mengatakan baginda
gila sebagaimana dinyatakan oleh masyarakat Quraish.65

Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav Weil dan
Alogs Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad seorang histeria yang
teruk dan kritikal. Tujuan mereka untuk menghina dan menghakiskan kewibawaan dan kerasulan
Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik dan istimewa
inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah Nabi-Rasulullah SAW
yang memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya dengan manusia yang lain ialah baginda
menerima Wahyu66 daripada Allah SWT melalui Jibril.

Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui memahami
kedudukan yang sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya agar kita menyayangi dan

62 Surah A’raf: 188.
63 Surah Hud: 27
64 Surah al Syuraa: 186
65 Surah at Takwir: 22
66 Surah Asy Syura: 52

mentaati ajarannya. Mengenali Rasulullah SAW yang paling bagus melalui al Quran dan hadith.
Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW bermakna kita mentaati Allah.

Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat Islam
kepada baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap Nabi Isa AS. Nabi
Muhammad SAW mengajar para sahabatnya mencintai Allah SWT.67

Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa. Biasa kita tidak sama
dengan biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri tauladan kita
dalam kehidupan.68

2. Nabi Muhammad SAW Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman

Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi seperti manusia
yang lain. Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap segi. Baginda telah membentuk
satu prinsip kelakuan melalui kata-kata dan amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh
kepada manusia yang lain.

Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan dan
menunjuk cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi kelemahan, ia menaikkan
darjat kemuliaan seeorang manusia saleh mengatasi malaikat. Nabi Muhammad SAW sudah
menampilkan contoh tauladan dalam kehidupan baginda mentafsirkan al Quran melalui cara
hidup seharian baginda. Mereka (kita semua) perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi
hendaklah beriman kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi hamba
Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan tempat.

67 Surah Ali Imran: 31
68 Surah al Ahzab: 21

Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu ketaatan dan
kebaikan jika ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dengan melakukan
kerja dengan IKHLAS dan sepenuh hati kerana Allah, seseorang akan mencapai darjat kerohanian
yang tinggi dan pada masa yang sama masih menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama
isteri dan anak-anak.

Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya. Kepercayaan paling
buruk adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik adalah tugas utama para rasul.

Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana setiap amalan
yang baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain melakukannya. Baginda boleh
dijadikan KPI dalam pembudayaan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita
dengan Nabi Muhammad SAW ialah darjah keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam
kalangan manusia dan makhluk Allah daripada awal kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru,
darjat keimanan ini sewajibnya dibaiki dan dimunasabah agar ia terus meningkat sesuai dengan
peningkatan usia dan kematangan kita.

3. Sistem Kehidupan Yang Ditunjuk Oleh Rasulullah

Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW mempunyai dua
rukun. Al Isbat ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat dan peraturan hidup hanyalah
berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan tiada sebarang sistem lain yang
boleh berkongsi dengannya. Rukun kedua, menafikan segala sistem yang ditunjukkan oleh
selain baginda.69

Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas bertentangan dengan
Islam WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya, panjat kembali kepada Islam.

69 Abu Naaielah, Syarah Misykaat al Masaabiih 1, Manjung: Darul Furqon, 2015.

Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya bukannya
Islam ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abu’l A’la al Maududi menegaskan,
Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktiskan pengetahuan
tersebut. Pengetahuan dan tindakan mempraktiskan itu dapat diperolehi daripada al Quran,
hadith dan sirah baginda serta pengalaman sahabat baginda.

Manusia Yang Terpengaruh Dengan SEPILIS
Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang individu banyak
mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar belakang tersebut ialah

1. Berasal daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat. Latar belakang
mereka yang asali banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Ia berlaku sebagaimana
munculnya kisah israliyyat.

2. Orientalis Bukan Islam yang mengkaji Islam
3. Orang Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan mahu

mengubah masyarakat dengan pemikiran Barat.
4. Minoriti orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba mentafsirkan agama

sebagai kehidupan mereka di negara Barat kepada masyarakat Islam di negara majoriti
umat Islam.
5. Guru, institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi pemikiran
seseorang.
6. Pemikir dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat terutamanya yang
memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan menerima dana daripada Barat70.
7. Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima kebenaran yang pelbagai
berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala bertentangan.

70 Pencampuran pemikiran ini mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.

Serangan Terhadap al Quran71 dan Hadith
Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak didik mereka meneruskan
perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka cuba menyerang dan menggugat dua
tunjang utama sumber ilmu Islam iaitu al Quran dan hadith.

Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis72 dan tokoh
Islam bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula dan [3] kritikan terhadap
ketulenan al Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh tokoh-tokoh Islam seperti Agus Salim
yang mahu al Quran disusun mengikut kronologi ia diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan
dilemparkan oleh tokoh-tokoh liberal seperti M. Amin Abdullah.73 Pandangan [3], kebanyakannya
para orientalis Barat seperti John Pitt,74 Goldziher Margelot dan George Sale.

71 Rujuk https://wahyunishifaturrahmah.wordpress.com
72 Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke
Toledo pada abad ke-XII. Dia telah membentuk dan membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan
menerjemahkan serangkaian teks Arab yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para missionaris
Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus, yang kemudian tersebar
luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-bahagian yang memiliki manfaat langsung dan
berguna dalam polemik yang dieksploitasi serta dikutip tanpa komentar.
73 Rektor Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogjakarta (2007)
74 Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia mengatakan bahawa al-Quran adalah
merupakan kumpulan cerita dongeng dan legenda palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan
antara ayat satu dengan ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad
bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari Tuhan. Lihat dalam “A true and faithful account of reliion and manner of
Muhammadens”

Antara orientalis terkenal dalam yang mengkaji al-Qur’an ialah Abraham Geiger (1874),75

Theodor Noldeke,76 Friedrich Schwally,77 Arthur Jeffery,78 Gerd A. Puin,79 dan Christoph

Luxenberg.80

Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi pentafsiran hermeneutik

dalam mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan oleh ahli teologi Kristian dan

Yahudi untuk memahami teks bible. Tujuan utama hermeneutik menurut Encyclopedia

Britannica, edisi 15 (1995) ialah untuk mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini

menunjukkan bahawa ahli teologi Kristian dan Yahudi mempunyai masalah dengan teks-teks

kitab suci mereka.81 Perkara ini membezakan dengan al Quran bahawa semua orang Islam

sepakat bahawa al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan tidak mempunyai

masalah dengannya.

75 Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah mengemukakan teori pengaruh Yahudi
terhadap al-Quran. Menurut Geiger, ajaran Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di
dalam al-Qur’an seperti Tabut, Taurat, Jannatu ‘Adn, Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan,
Ma’un, Masani, Malakut berasal dari bahasa Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan doktrin,
hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan cerita-cerita yang ada di dalam al-Quran, tidak terlepas
dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran yang mengecam Yahudi, Geiger berpendapat
bahwa kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti tentang doktrin-doktrin agama
Yahudi.
76 Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini,
Noldeke berusaha mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian diedit dan dikaji semula secara
berkumpulan oleh beberapa Orientalis terkemuka Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan
selama 40 tahun kemudian muncul buku edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi karya rujukan utama
dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran bagi para Orientalis.
77 Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally, Islam lebih dipengaruhi oleh agama
Kristian bukannya agama Yahudi.
78 Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat mushaf baru. Orientalis Australia ini
ingin mengubah suai teks Al-Qur’an berdasarkan Kitab al-Mashahif karya Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap
mengandung bacaan-bacaan tandingan dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan ‘rival codices‘). Usaha Jeffery ini
meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser dan Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto
lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai sumber seperti buku-buku tafsir, hadis, kamus Qiraat
dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi gagal.
79 Mendakwa bahawa dia telah menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qira’ah yang lebih
awal dari qira’ah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut mengandung qira’ah yang lebih
banyak dari qira’ah tujuh, sepuluh, atau empat belas.
80 Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran hanya boleh dimengerti kalau dibaca
sesuai dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam dialek Syriac).
81 Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, SH:DPF, 2007.

Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula ialah A. J Wensinck, A.
Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward E. Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl,
W.M.Watt, J. Schacht, J. Robson dan lain-lain. Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith
dan tokoh.

Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan mengkritik pengajian hadith. I.
Goldziher sebagai contoh mengatakan masyarakat Islam abad pertama ialah

1. Masyarakat Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2. Islam dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.

I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan sistem pengajian
hadith secara lisan lebih kurang 100 tahun.

Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah sumber ilmu.
Kenyataan bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama, dalam praktis dan aqidah
adalah satu dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep IQRA membuktikan bahawa ketamadunan
Islam bermula dengan ilmu dan membaca.

Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa dan kuat
ingatan. Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada lembaran-lembaran atau
sahifah peribadi. Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah Abdullah Bin Amru dengan al
Sahifah al Sadiqah dan Abu Hurairah dengan al Sahifah al Sahihah.

Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang tegas.
Antara prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat, [2]Teliti menerima dan
meriwayat hadith, [3] Menghalang sahabat yang menjadi perawi daripada menyatakan hadith
yang tidak sesuai diriwayatkan kepada masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-
benar berminat dan thiqah mendengar hadith, [5] Tidak berbohong atas nama dan diri Rasulullah

dan [6] hadith yang disampaikan perlu mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak bersendirian
meriwayatkan hadith.

Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian hadith.
Perkembangan bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz apabila
beliau mengarahkan Abu Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat hadith Rasulullah SAW
mengunakan kaedah ilmu pengajian hadith tertentu. Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah
dan dirayah banyak membantu keabsahan dan ketulenan hadith.

Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan ketinggian
pengajian hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.

Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu dakwaan yang
dangkal kerana Islam adalah addin iaitu satu sistem peraturan hidup/cara hidupa dan aqidah.

Ulama Bukan Pewaris Nabi

Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah berkata :

1. Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya riwayat.

2. Bukan pula dengan banyak berkata-kata.

3. Tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.

4. Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat memahami jalan kebenaran.

5. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat membezakan di antara kebenaran dan
kebatilan.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang diterima di sisi-
Mu."

Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga dikenal
agamawan berbaju ‘Islamis’ berjiwa ‘orientalis’. Mereka terpengaruh dengan agenda Barat dan
termakan budi seseorang, organisasi atau pemberi dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik
untuk mengislah umat Islam tetapi mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka
pemikiran para orientalis atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan seumpama ini
tidak memahami dengan jelas hakikat ilmu sebagaimana saranan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali
rahimahullah di atas.

Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah

1. Hendaklah kamu bersifat benar dalam pencarianmu, pasti engkau mewarisi ilmu yang
mendalam

2. Hendaklah kamu mencari ilmu yang membawa engkau kepada taufik yang suci, kejayaan
orang berilmu ialah beramal dan takut kepada Allah.

3. Kefahaman mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap kefahaman
itulah menunjukkan tahap taqwa dan takutnya seseorang kepada Allah.

4. Allah mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah memperolehi iman
dan ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah kebaikan dalam bertaqwa dan ambillah
ilmu daripada orang yang takut kepada Allah

Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di bawah, jika tidak akal
ditewaskan oleh nafsu. Perkara itu ialah:

1. Melebihkan TAAT daripada MAKSIAT
2. Melebihkan ILMU daripada KEJAHILAN
3. Melebihkan AGAMA daripada DUNIA

Hakikat ilmu sebenarnya membawa akal dan diri kita kepada taqwa dan takut kepada Allah
SWT. Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh membiarkan diri mereka tewas kepada nafsu mereka.

Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah menjadikan segala amalan kita hanya untuk
Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli
dengan kecaman mereka. Tanpa ikhlas, amalan adalah sia-sia.

Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah buah
iman yang dibajai oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika belum mendorong
orangnya bekerja bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman merupakan keyakinan tentang
kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya dan keinginan untuk berjuang
menyampaikannya kepada orang lain.

Hakikat amal dirosakkan oleh rosaknya hati. Menurut Imam al Muhasibi, punca rosaknya
hati ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang angan-angan, maka apabila
seseorang ingin kebaikan hatinya berdiri bersama iradah dan di sisi khuatir (ilham), maka
ambillah apa yang datang dari Allah SWT dan tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah
panjang angan-angan dengan mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari
hati kepada telinga, mata, lidah, tangan-kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan SEPILIS gagal
memahami hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari jalan dan alasan
membenarkan hujah-hujah kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan oleh pembaharuan/reformasi

dan pembangunan yang menghilangkan ketakutan kepada Allah dan mengikis akidah umat Islam.
Tindakan mereka dilihat baik di sisi manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.

Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan maqasid syariah.
Pada hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1 dimana satu pihak [1] secara keras
menentang perundangan Islam. Satu pihak [2] lagi mengunakan pendekatan sederhana dimana
mereka tidak menolak tetapi mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan
hujah-hujah Islami.

Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana ia selari dengan
pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar apabila kedua-dua kelompok
ini bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang sama tetapi niat yang berbeza.

Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi ialah

1. Kelompok Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan perundangan Islam tetapi
waqi’ masih belum bersedia.

2. Kelompok Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin dalam kehidupan seharian
termasuk dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.

3. Kelompok Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding kelompok
SEPILIS [2] berpegang kepada perkara yang menguntungkan kelompok mereka sahaja.

Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini jelas bertentangan
dengan kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah

1. Pelaksanaan perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia dilaksanakan di
negeri Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini telah dimasukkan ke dalam
undang-undang negeri.

2. Hendak dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Di
Kelantan, rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi telah memilih PAS dan dasarnya
yang mahu melaksanakan perundangan Islam.

3. Perundangan Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah dan melalui
kajian yang cukup banyak.

4. Dari segi sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam Kesultanan Melayu dan
dimansuhkan oleh penjajah British.

5. Paling tepat, ia ‘PERINTAH’ Allah SWT. Lakukan tanpa ALASAN.

Masalah yang kebarangkalian timbul yang melambatkan pelaksanaan perundangan Islam ialah

1. Kemudahan prasarana
2. Pengetahuan rakyat yang minima
3. Tindak balas kerajaan Persekutuan
4. Permasalahan teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan tersebut

Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam konteks
ilmu dan adab ini ialah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Perbezaan
pendapat/pandangan ulama dalam konteks ilmu adalah rahmat buat umat Islam. Perbezaan ini
bukan sepatutnya membawa ke arah perbalahan tetapi membuka ruang lebih kepada
memudahkan orang ramai dalam beramal. Perbezaan perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan
terkeluar daripada konteks adab, orang ramai boleh mengambil ilmu daripada seseorang ulama
tetapi menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.

Perbalahan antara ulama perlu ditangani dengan baik sebagaimana sifat hormat
menghormati antara Imam Ibnu Taimiyyah dengan Imam Nawawi yang hidup sezaman. Kita tidak
menafikan ada permusuhan antara ulama sehingga berlaku memperlekehkan sesama mereka.

Sebagaimana contoh, permusuhan di antara dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al
Asqalani iaitu Imam Jalaludin as Suyuti dengan Imam Sakhawi.

Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng daripada aqidah
Islam yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan kebatilan, [3] tidak berakhlak dan
tidak warak, [4] mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, organisasi dan keluarga,
[5] berada dalam kumpulan anti Islam seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal,
beramal tetapi tidak istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan
[8] menjadikan diri mereka sebagai ikon yang ditaksub dan popular.

Kita sebagai orang awam tidak perlu membenci ulama kerana membenci ulama
bagaikan membenci sebahagian daripada Islam. Kita perlu mengambil kebaikan dari segi akhlak
yang baik dan ilmu yang bermanfaat daripada para ulama dan menolak keburukan, kelemahan,
kesilapan dan kelalaian para ulama. Kita ambil kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn
Taimiyyah dan menolak perbalahan antara mereka.

Ilmu Yang Bermanfaat

Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih diutamakan. Jangan sesekali
kita terperangkap dalam ‘perangkap kepalsuan elmu’ yang khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya,
ia menyebabkan kaki kita tidak berpijak ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal merajai
ilmu sehingga kita lupa bahawa Allah Memimpin Ilmu.

Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita meletakkan Allah
memimpin ilmu yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang kita pelajari adalah untuk kembali
mendekati Allah dan untuk kemajuan umat Islam. Tiga sifat utama yang perlu ada pada
penuntut ilmu ialah

1. Tujuan untuk pengabdian diri kepada Allah
2. Untuk kemajuan umat Islam

3. Praktikal pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana sahaja.

Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT, mengamalkan Islam dengan
lebih baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana nan kencang. Ilmu perlu berpijak kepada
realiti kehidupan dan diamalkan di luar bilik kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad, Imam al Ghazali
menyatakan ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.

Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk diri kita. Justeru,
jangan sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan kefahaman SEPILIS dengan Islam. Apatah
lagi SEPILIS lebih mendominasi daripada Islam dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman
tersebut baik dalam penulisan dan lisan. Islam tidak boleh diterima sebahagian dan menolak
sebahagian yang lain melainkan ia sifat orang munafik. Islam mesti diterima secara keseluruhan
atau syumul dan kita wajib menolak campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.82

Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa fitnah yang lebih besar
kepada Islam walaupun kita menghormati pandangan sesetengah sarjana atau ulama Islam
menerima atas nama dakwah dan kepentingan tertentu. Istilah seumpama Sosialisme Islam,
Islam Hadhari, Muslim Moderat dan lain-lain mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami
melalui kacamata yang salah dan mengelirukan.

Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada selain baginda.
Pemikiran dan gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran dan al Sunnah. Seorang yang
matang dalam beragama perlu menolak bertauladan tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh
seumpama Karl Marx, Che Guevara, Noam Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan
budaya hidup mereka.

82 Rujuk Surah al Baqarah: 42.

Tersihir Dengan Tokoh

‘Dengan Cak Nur kita mudah tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme dan retorik-
pidato yang bersemangat boleh menarik jiwa sang pendengarnya’

‘Dajal Penyihir yang menyihir manusia mendekatinya. Berhati-hatilah’

Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya akhlak
seseorang. Ada kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan pemikirannya rosak dimamahi
parasit SEPILIS. Mubaligh Kristian cukup sopan santun dalam misinya tetapi aqidahnya rosak.
Pengaulan kita dengan kelompok SEPILIS sungguh rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan
ramah tetapi aqidah dan pemikiran mereka telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.

Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi, terpelajar,
genius, berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun Nasution, Dr Nurcholish Majdid,
Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain terkenal seorang genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah
mereka kelihatan benar tetapi tujuannya palsu.

Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal dalam retorik,
bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah dan pandai menyusun
lelucon, kita akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri pengucap tadi. Pemimpin yang
handal berucap di Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq
Fadzil.

Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan Nucholish
Majdid atau Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan kehebatan retorik, berbau
intelektualisme dan pemilihan kata yang menarik. Tokoh SEPILIS popular kerana idea mereka
melawan arus, dilihat tajdid, moderat, intelektualisme dan dekat dengan masyarakat berilmu.


Click to View FlipBook Version