The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-25 09:22:17

Menemui Cinta di Taman Perbukuan

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Keywords: falsafah

SEPILIS dan Aqal

Bermulanya Iman, Islam dan ihsan daripada seorang individu. Iman, Islam dan Ihsan yang
difahami dengan kaedah yang benar melahirkan kefahaman dan keyakinan seseorang.
Kefahaman dan keyakinan yang benar ini membentuk kerangka pemikiran dan pandangan alam
yang memotori perbuatan dan lisan seseorang. Kejernihan pandangan alam dan kerangka
pemikiran seseorang diterjemahkan dalam sistem kehidupan mereka membolehkan kewujudan
maratil amal: individu; keluarga;masyarakat; negara; kekhalifahan.

Pandangan alam dan kerangka pemikiran sudah tentu berkaitan dengan aqal. Beraqal
mengambarkan kecerdikan, kebijakkan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu menyatakan,
‘pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti’.

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan
‘mengikat binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya’. Pada istilahnya, aqal adalah
pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui.

Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, aqal merujuk ‘suatu kejadian yang sedar
lagi giat yang mengikat dan menahan perkara-perkara yang diketahui itu dengan kata-kata atau
bentuk-bentuk simbolik’. Pernyataan Prof al Attas mengambarkan bahawanya pengaruh bahasa
atau istilah kata dasar termasuk bentuk simbolik sangat penting dalam membentuk pandangan
alam dan penyedaran kepada seseorang.

Menurut al Marbawi, aqal itu ialah memahami hakikat sesuatu. Dapat memahami
maksud. Pada pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady, hakikat aqal ialah
merealisasikan atau menyedari sesungguhnya bahawa La ilaha illa’Llah iaitu mengetahui bahawa
akhirnya Hakikat Yang Mutlak itu adalah Esa-Nya jua.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan
[2] permulaannya dari dalam hati sendiri.

Tuan Guru Salleh Musa dari Sik dalam syarah kitab Bakurah Amani menyatakan, aqal ialah
satu sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati sunubari dan bersambung kepada otak kepala.

Hati sunubari  Otak Kepala

Bahagian hukum aqal boleh dilihat dalam jadual di bawah

Hukum Aqal Penerangan Penjelasan

Wajib ‘aqli Dhohuri

Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu itu tetap

Wajib ‘aqli tiadanya, hakikatnya mesti menerima adanya dengan tiada berkehendak

ada kepada bahasan dan mendirikan

kenyataan

1<2
Wajib ‘Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlukan
seseorang itu untuk berfikir dan
juga memerlukan dalil seperti
kewujudan Allah SWT.

Seseorang perlu berfikir dengan
aqal serta mengemukakan
perbahasan-perbahasan yang
kukuh bersertakan dalil-dalilnya.
Mustahil ‘Aqli Dhohuri

Mustahil ‘aqli Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu tetap tiada

tiadanya, hakikatnya mesti tiada dengan tiada berkehendak kepada

bahasan dan mendirikan dalil

2< 1

Mustahil ‘Aqli Nazhori

Sesuatu perkara yang perlu

difikirkan dan mendirikan dalil-

dalil

Harus ‘Aqli Dhohuri

Harus ‘aqli Perkara yang diterima aqal adanya dan Menghukum sesuatu boleh terima

tiadanya dengan jalan berganti-ganti, ada dan tiada secara berganti-

maka hakikatnya boleh menerima ada ganti dengan tidak

dan tiada. berkehendakkan bahasan dan

mendirikan dalil

Harus ‘Aqli Nazhori

Sesuatu perkara yang perlu

difikirkan dan mendirikan dalil

Aqal boleh menerima ilmu nazhariyyah yakni pengetahuan yang berkehendakkan fikir
dan boleh mentadbir segala pekerjaan/perbuatan dan menyelesaikan persoalan/permasalahan
pemikiran yang sukar dan terpancar pelbagai manfaat dan bahagia kepada manusia.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak
dapat dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat
kepada aqal tetapi aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan
mengakuri dan mematuhinya

Imam Hassan al-Banna menyatakan,‘Adakalanya penelitian syarak tidak meliputi
penelitian aqal dan demikian jualah sebaliknya. Namun keduanya tidak berselisih pada perkara
qat’i (muktamad): Hakikat ilmiyyah yang sahih tidak bercanggah dengan kaedah syarak yang
thabit. Dan setiap perkara dzanni dan keduanya ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qat’i.
Sekiranya keduanya adalah perkara dzanni maka pandangan syarak-lah yang lebih utama untuk
diikuti sehinggalah pandangan aqal itu thabit (kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya’

Saluran ilmu Islam terbahagi 3 iaitu [1] pancaindera yang sejahtera, [2] khabar yang benar
dan [3] aqal yang sihat [ditambahi dengan waras dan sejahtera].

Aqal mempunyai dua fungsi atau peranan yang boleh bertindak sebagai [1] sumber ilmu
dan [2] alat berfikir. Para ulama mengunakan aqal dalam sumber perundangan Islam setelah
tiada nas dalam perkara yang ingin diselesaikan Antara sumber ilmu dan perundangan Islam
berdasarkan aqal ini dikenali sebagai Qiyas dan al Masalih al Mursalah.

Dalam Islam, tiga perkara yang sangat penting sebelum ada taklif bagi para mukallaf iaitu
[1] niat, [2] baligh dan [3] beraqal. Tiga syarat inilah mengabsahkan setiap amalan orang beriman.

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, ‘aqallah alat untuk
berfikir, dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal adalah alat untuk mengenal Tuhan. Aqal juga membolehkan kita mengenal-bezakan
perkara yang baik dan buruk, iman dan kufur. Aqal juga digunakan untuk manusia mengkaji
kejadian alam [untuk mengenal Allah melalui kebesaran kejadian alam milik Allah] dan
meningkatkan pembangunan tamadun dan kesejahteraan manusia. Dengan ini, manusia yang
beraqal ialah manusia yang mengunakan aqal mereka yang boleh mengikat diri mereka dengan
simpulan tali iman dengan kemas.

Imam Hassan al Banna menyatakan, ‘Islam membebaskan aqal fikiran dan mengesa untuk
memerhatikan alam semesta, menjujung martabat ilmu dan alim ulama, serta mengalu-alukan
perkara yang baik lagi bermanfaat. Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin,
sesiapa yang menemuinya maka dialah yang paling berhak terhadapnya’

Islam telah membebaskan aqal daripada penjara taklid dan hawa nafsu yang mengheret
manusia kepada kesesatan. [Surah al-Baqarah: 170]

Ada sesetengah manusia menyalah-gunakan aqal. Dalam faham Islam, istilah aqal itu
membawa diri seseorang itu beriman dengan mengikat diri orang tersebut dengan iman dan
Islam. Muhammad Uthman el Muhammady menyatakan Al Quran memanggil orang sesat dalam
Islam sebagai orang yang tidak dapat mengunakan aqal: la ya’qilun iaitu mereka yang tidak dapat
mengunakan aqal dengan cara yang sebenarnya. Mereka tidak mengenali Allah walaupun ada
aqal.

Aqal rosak apabila pengaktifnya bukan Al-Quran. Mereka menzalimi diri sendiri kerana
memilih nafsu mereka sebagai pengaktif aqal.[Surah al-Qasas: 50]

Bahasa Mempengaruhi Pandangan Alam Manusia

Kebudayaan Barat mengunakan istilah bahasa yang berasal daripada bahasa Latin. Istilah bahasa
mempengaruhi corak kefahaman seseorang yang menganuti Kebudayaan Barat atau mendapat
pendidikan Barat. Antara perkataan itu ialah intellectus (intelligence) dan ratio (reason).
Intellectus berfungsi merenung hakikat rohani manakala ratio adalah alat memahami dan
menguasai alam zahir-tabii.

Berlaku pertembungan antara intellectus telah menindas ratio berlaku pada abad ke 4
hingga 13 Masihi ekoran ajaran Augustine yang terpengaruh dengan pemikiran Plato. Selepas

abad ke 13, Aquinas telah memasukkan pemikiran Aristotle dan pandangan alam Romawi ke
dalam pandangan alam Kristian. Ratio lebih kedepan dan diutamakan berbanding intellectus.

Apabila mereka melakukan penduaan—memisahkan dua hakikat dan kebenaran
terhadap alam tabii dan alam rohani. Daya kebolehan intellectus dan ratio disangsikan. Akhirnya
mereka menerima dorongan daya-kasih atau love sebagai dasar kepercayaan.

Selepas abad ke 13 Masihi, penggunaan ratio memberi cabaran besar apabila muncul
kelompok mencabar aqidah agama Kristian dengan memutuskan hubungan dengan hakikat
kerohanian termasuk mempersoalkan kewujudan Tuhan. Faham ini dikenali rationalisme.
Kemudian muncul naturalisme atau faham alam tabiie ke dalam pandangan alam Kristian
mengakibatkan keruntuhan agama Kristian Lama ekoran kemaraan Falsafah Sains dan kelompok
sekular sehingga mewujudkan agama Kristian Baru.

Kesimpulan

Kebanyakan sekularis dan sebahagian Islamis seringkali mengaitkan sekularisme dengan
masyarakat Islam. Kita perlu meneroka dimana kepincangan sebenar sekularisme.

Islam jelas menolak sekularisme dan sekularisasi kerana permisahan antara urusan dunia
dengan Islam.

Penganut sekularisme menganggap sains adalah pencapaian tertinggi aqal dan tidak ada
lain selepas itu. Mereka menolak pentafsiran metafizik terhadap alam.

Pengaktif aqal yang paling benar adalah Al-Quran. Al-Quran diaktifkan mengunakan
Bahasa Arab yang akan mempengaruhi kefahaman yang membentuk pandangan alam seseorang
manusia dimana seseorang manusia akan memahami istilah-istilah yang diaktifkan oleh Al-

Quran. Kefahaman ini akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka dalam kehidupan
mereka.

Islam mempunyai pandangan hidup yang sangat berbeza dengan pandangan hidup Barat.
Ia akan akan membawa pengeseran yang berterusan antara Barat dengan Islam.

Bab 7
Penyelewengan Intelektual Sekular dan Ulama
‘Atas nama toleransi dan dialog, jangan gadai iman dan Islam kamu’

Para ulama seperti Imam Abu Hassan al-Ashaari dan ulama Alam Melayu seperti Syeikh Daud al
Fatani dan Zainal Abidin Bin Muhammad Zain al Fatani menyatakan: “Ketahui olehmu bahawa
sebab mendatang dapat ilmu yang baharu itu tiga perkara:

1. khabar yang sadiq (benar) iaitu khabar Allah, khabar Rasulullah dan khabar mutawatir
sekira-kira sampai bilangan yang banyak yang tiada tasawwur pada aqal muafakat oleh
mereka itu atas dusta.

2. Aqal gharizi
3. Segala pancaindera yang lima yang sejahtera.”90

Inilah pegangan paling asas bagi para ulama, intelektual, pelajar, pemimpin, wartawan
dan masyarakat Islam supaya diri kita tidak tersesat dengan pelbagai pemikiran yang menyusup
masuk ke dalam pemikiran umat Islam pada masa kini.

Asas pandangan alam (worldview) dan kerangka pemikiran (framework) perlu ditunjangi oleh
3 perkara di atas.

Seorang ulama dari negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad dalam bukunya Ancaman
Bahaya Sekularisme menyatakan 22 penyelewengan intelektual sekular. Penyelewengan ini
menunjukkan mereka menganuti fahaman muktazilah moden atau neo-muktazilah. Antara
penyelewengan tersebut ialah

1. Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama
2. Menolak tafsir ma’thur
3. Menolak tafsir lughawi

90 Mohd Zaidi Abdullah, Manifesto, SH: KI, 2006.

4. Menolak hadith sebagai panduan hukum agama
5. Menolak petunjuk al Quran dalam perkara furuk.
6. Menolak syarat-syarat ijtihad yang muktabar
7. Menolak panduan lughah dalam memahami nas-nas syarak
8. Mengutamakan maslahah aqli dari dalil-dalil al Quran dan sunnah
9. Memisahkan Maqasid Syariah dari prinsip Maslahah Syarak
10. Memahami Aulawiyyat menurut aqal dan bukannya syarak
11. Menggunakan dalil uruf yang fasid
12. Memalsukan makna dan cara penggunaan kaedah-kaedah fiqh
13. Mengunakan dalil-dalil syarak tanpa mengikut urutan keutamaan
14. Mengunakan hujah yang tidak berasal dari dalil-dalil syarak
15. Meragukan kesahihan ajaran fiqh Islam
16. Menolak hukum bida’ah
17. Memakai fahaman Murjiah dalam masalah aqidah
18. Memakai fahaman Qadariah dalam masalah aqidah
19. Memakai fahaman pluralisme dalam masalah aqidah
20. Mengaitkan tajdid agama dengan penerimaan disiplin sains sosial
21. Memahamkan tajdid agama secara materialistik
22. Menolak kepimpinan ulama muktabar di dalam ilmu-ilmu agama.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya, Fatwa: Antara Ketelitian dan Kecerobohan
telah mengariskan faktor-faktor ketergelinciran para ulama dalam berfatwa atau berijtihad pada
dewasa ini. Antara faktor-faktor tersebut seperti di bawah:

1. Jahil (tidak mengerti) atau lupa akan Nas-nas Syariat
2. Kefahaman yang menyimpang
3. Tidak dapat memahami realiti kehidupan secara benar
4. Mengikut dorongan hawa nafsu
5. Tunduk dan menyerah kepada realiti yang sudah terpesong
6. Taklid dan mengikut arus pemikiran Barat

7. Bersikap jumud (statik) pada fatwa-fatwa lama tanpa mengambil kira perubahan atau
keadaan semasa.

Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama

Umumnya, aqal mesti dipandu oleh syarak. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa aqal dan
ijtihad menduduki tempat selepas al Quran dan Sunnah. Pandangan aqal yang selaras dengan
nas-nas syarak dapat diterima, tetapi kedudukannya di akhir sekali selepas al Quran dan Sunnah.

Keutamaan rujukan tertinggi dalam memahami agama Islam meletakkan al Quran sebagai
tempat pertama, kemudian diikuti oleh Sunnah, kemudian ijma’ ulama dan akhirnya pandangan
individu yang tidak melanggari al Quran, Sunnah dan ijma’ ulama. Justeru, kita wajib pastikan
pemikiran dan akhlak kita sentiasa mengakuri kehendak al Quran, Sunnah dan Ijma’Ulama
bukannya membiarkan diri kita mengikut kehendak aqal-nafsu tanpa batasan.

Islam tidak merendahkan pandangan aqal. Buya Hamka menyatakan tidak tercapai ilmu
tanpa aqal. Sebab itu Islam agama ilmu dan aqal.

Al-Quran mengajar manusia beriman berfikir untuk taat dan orang bukan Islam berfikir
dan menyelidik untuk beriman kepada Allah SWT.

Tujuan hakiki aqal ialah makrifat Allah SWT, mengenal Allah sekenal-kenalnya dan
mengakui kewujudan-Nya, taat akan perintah-Nya dan tidak melanggar apa yang Allah SWT
larang.

Memahami Islam Melalui Kaedah-kaedah Ilmu yang Sebenar

Islam tidak boleh difahami melalui kacamata orientalis melalui ilmu-ilmu seperti ilmu sosiologi.
Islam hanya boleh difahami oleh seorang berniat ikhlas, yakin-beriman dan beramal dengan Islam
dan berkepakaran dalam kaedah-kaedah ilmu Islam.

Memahami Islam yakni memahami Islam melalui sumber yang paling benar, al Quran dan
al Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah merupakan sumber rujukan bagi semua muslim untuk
mengetahui hukum-hakam dalam Islam. Al-Quran perlu difahami selari dengan kaedah Bahasa
Arab.

Menurut Zaidi Abdullah, penbendaharaan kata amat berperanan dalam mewakili maksud
yang ingin diketengahkan. Perkara ini bermakna penbendaharaan kata bahasa Arab
mempengaruhi pemikiran umat Islam di seluruh dunia.

Antara ilmu penting dalam memahami al Quran ialah ilmu nahu, ilmu lughah, ilmu saraf,
ilmu balaghah, ilmu qiraat, ilmu usul fiqh, ilmu al fiqh dan ilmu asbab al-nuzul.

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah terbahagi kepada beberapa kumpulan besar iaitu [1] Asya’irah, [2]
Maturidiah, [3] Salafiah (berkiblat kepada pandangan Imam Ibnu Taimiyyah) dan [4] Wahabiah
(Berkiblat kepada pandangan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab). Walaupun mereka
berselisih secara keras antara satu sama lain, pertelingkahan dan perselisihan ini tidak tersasar
daripada dasar-dasar aqidah.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Fahaman & Ideologi Umat
Islam, perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan

teks yang sama dan kadangkala kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi
dan keperluan hujah menghadapi cabaran luaran.

Konflik berpanjangan antara kelompok salaf dan khalaf dapat dihindari jika setiap
daripada mereka saling hormat-menghormati pandangan dan beradab dalam melontar
pandangan serta berlapang dada dengan perbezaan pandangan.

Kedua-dua pihak sepakat dalam beberapa perkara yang boleh menjadi pokok kepada
penyatuan dan pendamaian:

1. Kedua-dua bersepakat menyucikan Allah dari menyerupakan Allah dengan makhluk.
2. Kedua-dua pihak memutuskan bahawa makna bagi lafaz-lafaz itu adalah pada hak Allah

bukannya pada zahir seperti mana yang dilafaz itu pada makhluk.

Sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah, kita mesti menolak sebarang fahaman lain seperti
pluralisme, jabariah, qadariah, murjiah, syiah dan muktazilah yang menyimpang daripada
kefahaman Islam yang sebenar.

Penyelewengan Ilmiah Ulama.

Sesetengah ulama dan lulusan agama termasuk hafiz al-Quran terpengaruh dengan pemikiran
SEPILIS sanggup menjadi pendokong tegar SEPILIS. Mereka seringkali cuba mengalih pandangan
dengan pandangan mengelirukan dan meragukan tentang agama Islam. Antaranya dalam isu

1. Maqasid Syariah
2. Islam sebagai rahmat untuk alam
3. Tiada Paksaan Dalam beragama
4. Membezakan syariat dengan fiqh
5. Wasatiyyah

Mereka tidak mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Hati mereka kotor dengan
agenda tersirat bertuankan akal dan nafsu mereka. Kita memang tidak boleh menilai hati
seseorang tetapi kita boleh menilai diri seseorang: pandangan; pengaulan; sahabat; bahan baca;
lisan; tulisan; pertubuhan yang disertai dan aktiviti mereka. Jika kita mengenal diri mereka, maka
dapatlah kita mengenal hati budi dan pemikiran mereka.

Hati merupakan tempat berkumpulnya nur hidayah. Nur hidayah ini mempengaruhi aqal dan
naluri kita agar melakukan perbuatan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Imam al Ghazali mengajar kita agar ikhlaskan niat. Niatkan dalam segala urusan kita untuk
menghidupkan SYARIAT Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlak kita serta memecahkan
keinginan nafsu kita yang sering menyuruh untuk berbuat jahat dan keburukan.

Segala penghujahan dan perbuatan para ulama su (jahat) mempunyai kepentingan duniawi.
Mereka mencari kedudukan dan habuan dunia. Mereka bersifat politikal dan materialistik.

Pengaulan para ulama su’ bukan kalangan orang yang soleh. Mereka gemar dan selesa
bergaul dengan kelompok sekularis, gay, liberalis dan pluralis. Sifat mereka moderat dan
pragmatis dalam sesuatu isu atau perkara.

Siapa Guru Kamu?

Tradisi keilmuan Islam sangat menitik-beratkan siapa guru kita. Imam al Ghazali mewajibkan kita
mencari guru yang mursyid bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan tetapi boleh menta’dibkan
(mengajar adab) kita dan menunjukkan jalan Allah SWT.

Imam al Ghazali mengariskan sifat-sifat guru yang mursyid seperti di bawah:
1. Guru yang berpaling daripada mencintai dunia dan mencintai pangkat

2. Beliau telah berguru dengan guru yang mursyid. Pembelajaran dan penta’diban
secara bersanad dan bersalasilah sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.

3. Guru yang berjaya mendidik diri beliau sendiri agar mengamalkan Islam.
4. Dengan belajar dengan guru yang mursyid, akhlak pelajar semakin mulia dan baik.

Tradisi Ilmu Islam bukan sahaja menitik-beratkan sumber-sumber ilmu yang benar, berkualiti
dan berintegriti, ia juga menitik-berat kaedah ilmu dan siapa orang sumbernya. Antaranya ciri-
ciri orang sumber itu ialah

1. Seorang mukallaf iaitu akil baligh
2. Beragama Islam
3. Orang sumber yang adil yakni berintegriti, berwibawa dan bertaqwa.
4. Orang sumber memiliki ketelitian dan sikap berhati-hati dalam menerima pendapat.
5. Jujur dan berterus terang dalam memberi maklumat tentang sumber.

Umat Islam perlu menolak daripada belajar atau menuntut ilmu daripada orang yang mempunyai
ciri di bawah:

1. seorang yang zindiq yakni orang zahirnya Islam tetapi batinnya kafir. Mereka memiliki
sifat skeptik, agnostik, relatif, sophis dan ateis. Pakaian mereka adalah pakaian ulama dan
sarjana. Peranan mereka menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota masyarakat.

2. Sengaja dan berani berdusta atas nama Rasulullah SAW.
3. Kurang teliti dan kurang berhati-hati
4. Bukan pakar
5. Memutar-belit hujah-hujah mengikut kehendak akal dan nafsu.
6. Memanipulasi pandangan-pandangan ulama
7. Melanggar perintah Allah SWT.

Boleh Mengkafirkan Ulama?
Jika kita meneliti perbalahan antara ulama-ulama, kita akan melihat kritikan dan kata-tulis para
ulama yang bertentangan sehingga pada tahap melampau seperti kafir mengkafir dan tuduhan

zindiq. Ulama besar juga berkonflik sesama mereka. Antaranya kes konflik Imam al Bukhari
dengan gurunya, Imam Sakhawi dengan Imam Sayuti dan Imam Malik dengan Muhammad Bin
Ishak.

Kita perlu berlapang dada dengan perbalahan ini dan bersangka baik. Barangkali ada ilmu-
ilmu yang belum pernah kita tahu dan lazimi.

Kita tidak wajar mengkafirkan orang lain dan WAJIB menjauhi sejauh yang mungkin
daripada mengkafirkan orang lain walaupun disitu ada tempat atau syarat-syarat tertentu
membolehkan kita mengkafirkan orang tertentu. JANGAN SESEKALI mengkafirkan orang lain.

Imam Hassan al Banna menyatakan, ‘Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang
mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan segala tuntutan dan melaksanakan
kefardhuannya – hanya berdasarkan pendapat atau maksiat dilakukannya – melainkan:

 mengakui kalimah kufur
 mengingkari perkara agama yang sedia ketahui secara dharuri.
 mendustakan Al-Quran yang jelas maknanya
 mentafsirkannya menurut gambaran yang tidak sealiran dengan teknik bahasa Arab pada

semua keadaan.
 atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat ditafsirkan selain dari kufur

Di atas, Hassan al-Banna telah menjelaskan batas antara iman dan kufur agar kita tidak
mudah menghukum seseorang dengan gelaran kafir.

Adapun kafir-mengkafir diantara ulama, kita menolak perbuatan mereka dan menghormati
mereka. Kita mengambil ilmu yang bermanfaat daripada mereka bukannya sifat-sifat atau
perbalahan para ulama kita. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dan amal yang banyak yang boleh
menjadi modal berhujah di depan Allah SWT di akhirat kelak sebab apa mereka menyatakan

sedemikian terhadap lawan mereka. Ilmu dan amal kita tidak cukup untuk menjadi modal di
akhirat kelak.

Jika kita menemui ulama atau sarjana Islam dan pemimpin Islam hatta orang biasa yang
memiliki syarat-syarat yang boleh dikafirkan, JANGAN SESEKALI mengkafirkan mereka. Biarlah
orang yang ahli atau layak menyatakan penghukuman kafir bukannya kita yang menjatuhkan
hukum.

Kita hanya mampu mendoakan hidayah kepada orang lain bukannya mengkafirkan orang lain.

Kesimpulan

Tanpa kedudukan, pangkat, populariti, nama dan pengaruh, segala pandangan kita tidak ada
harga dan tidak dihormati.

Pentingnya niat yang ikhlas dalam setiap perbuatan kerana Allah. Hindari mempunyai
agenda tersirat.

Berfikir dalam kerangka pemikiran Islam. Tunduk dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya
tanpa banyak persoalan.

Terima Islam secara keseluruhan bukannya berdasarkan akal dan nafsu kita.

Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas adalah sumber ilmu tertinggi yang menjadi asas
kerangka pemikiran kita.

Bab 8

Kebudayaan Barat

Pemikiran dan pendekatan Barat datang daripada Kebudayaan Barat. Apa jua pemikiran yang
pelbagai nama mempunyai sifat asasi yang sama dengan pemikiran-pemikiran Barat yang lain
walaupun kelihatan berlawanan antara satu lain.

Muslim Demokrat sebagaimana Masyarakat Madani (Sivil) atau Pasca Islamisme suatu
ketika dahulu hanya sebuah faham yang dijana sesuai dengan semangat zaman ini. Pemikiran
Muslim Demokrat bertunjang akar Kebudayaan Barat yang disaluti dengan unsur-unsur yang
kelihatan Islamik. Ia satu percubaan mengelabui penglihatan ‘tauhidik’ umat Islam agar
terpengaruh dengan kefahaman ini.

Menurut Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, istilah ‘Barat’ bukan hanya
merujuk kepada tempat atau bangsa tetapi merujuk kepada suatu pandangan alam. Pandangan
alam ialah apa yang ditanggap dalam renungan akal fikri mengenai alam semesta. Kebudayaan
Barat diadun daripada tradisi Kebudayaan Kristian-Yahudi, tradisi Kebudayaan Yunani Kuno-
Romawi Purba dan diserapi oleh kebudayaan Kaum Biadap Eropah seperti Gaul, Teuton dan lain-
lain.

Asasl Usul Kebudayaan Barat

1. Asas Kebudayaan Barat: Yunani Kuno-Romawi Purba dan Yahudi-Kristian
Pelbagai pandangan para sarjana tentang asal-usul Kebudayaan Barat. Sesetengah sarjana
menyatakan asal-usul kebudayaan Barat terletak kepada tahap ilmu. Tahap keilmuan inilah yang
menerbitkan pelbagai aktiviti sosial, perekonomian, budaya dan politik.

Pada asalnya, Kebudayaan Barat berteraskan Agama Kristian dan Yahudi tetapi
penyelewengan pihak gereja menyebabkan masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan
Yahudi. Raja-raja dan intelektual mereka mula menentang penguasaan pihak gereja sehingga
agama Kristian dipenjara di dalam gereja sebagai urusan keagamaan sahaja.

Penggerak Kebudayaan Barat terbahagi kepada kumpulan iaitu pemerintah-raja,
kelompok intelektual-sarjana, ahli falsafah dan saintis, kumpulan pedagang–kapitalis,
perkembangan teknologi dan tentera mereka. Masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian
dan memilih Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi sebagai teras Kebudayaan Barat.

Perkembangan paling penting dalam Kebudayaan Yunani Kuno adalah keintelektualan-
falsafah, kesenian dan kesusasteraan. Tiga elemen ini menjadi asas Kebudayaan Barat. Pelbagai
falsafah digagaskan pada zaman Yunani kuno seperti aliran Ionia, Platonisme, Stoikisme dan
Aristotlelianisme. Dunia diterangkan berdasarkan material-kebendaan, sebab musabab dan
hukum hakam.

Contohnya, aliran pemikiran Platonisme bersumberkan kepada tiga teras iaitu (1) sebab
utama, (2) akal dan (3) Ruhul Kudus [Roh Umum atau Roh Dunia). Platonisme dianggap sebagai
cara hidup ketika itu dengan nada keagamaan dan tafakur.

Faham humanisme menjalar dalam pemikiran dan kehidupan Bangsa Yunani. Mereka
melakukan pemujaan terhadap akal, kehebatan-kejayaan dan bentuk badan manusia. Upacara
‘agama’ mereka melalui pertandingan, perlawanan dan tari menari yang berasaskan mistik.
Contoh, ‘Sukan Olimpik’, pertandingan sukan tanpa baju.

Sumbangan Kebudayaan Romawi lebih kepada disiplin, organisasi dan kepahlawanan.
Mereka sangat memuja kepahlawanan. Terdapat Sukan Romawi yang melambangkan ciri-ciri
iaitu (1) memuaskan hawa nafsu indera, (2) merendah martabat keperibadian individu, (3)
mengalak rakyat menyukai keganasan. Di Rom, terdapat juga penyair terkenal umpamanya Virgil
dan Horace.

Pada akhir Abad Pertengahan, pengaruh agama Kristian mulai merosot dalam
Kebudayaan Barat. Kemunculan Zaman Renaisans menjadi permulaan bahawa Kebudayaan
Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi mula mendapat tempat dalam Kebudayaan Barat. Sejak
tahun 1397, Manuel Chysoloras, John Bessarion dan Jonus Lascaris dari Constantinople (Rom
Timur), pakar dalam Kebudayaan Yunani datang ke Florence untuk mengajar. Sekitar tahun 1438
hingga 1439, Council of Florence telah membawa ramai ilmuwan Yunani untuk mengkaji kajian

klasik Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Mereka yang mengkaji Kebudayaan
Yunani Kuno dan Romawi dikenali sebagai humanis.

Kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 di tangan Daulah Uthamaniyyah telah
membawa masuk lebih ramai pelarian daripada Rom Timur (Byzantium) ke Itali. Mereka
mengajar, meniru dan menyalin serta menerjemahkan buku-buku hasil daripada Kebudayaan
Yunani Kuno. Kelompok humanis inilah banyak berjasa membentuk semula Kebudayaan Barat
berdasarkan Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

2. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Renains
Renaisans adalah gerakan intelektual yang berkembang di Selatan Eropah pada abad ke 14 hingga
Abad ke 16. Secara mudahnya, renaisans bermaksud kelahiran semula. Kelahiran semula
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi yang menjadi teras kepada Kebudayaan
Barat.

Ciri-ciri Renaisans ialah pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan
Romawi, humanisme, individualisme, sekularisme dan sifat kritikal.

Pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi Purba
menunjukkan mereka kembali kepada tradisi. Mereka yang membuat kajian ini dinamakan
golongan humanis.

Golongan humanis adalah ahli akademik yang mengkaji manusia, idea-idea agung dan
kesenian klasik/kuno. Mereka mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia.
Humanisme menekankan peranan akal, budi pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia
dalam menyelesaikan segala masalah di dunia ini.

Individualisme iaitu usaha-usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki taraf
hidup diri serta masyarakatnya tanpa disekat atau diikat oleh sesiapa.

Sekularisme mengasingkan atau memisahkan usaha dan urusan duniawi dengan ajaran
agama dan kawalan gereja. Masyarakat tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang

duniawi tetapi mereka menggunakan pendekatan sainstifik, logik dan akal-budi mereka dalam
menentukan sesuatu.

Sifat kritikal ialah membandingkan satu sumber dengan sumber yang lain dengan
mengkritik sumber-sumber tersebut termasuk sumber-sumber ilmu agama Kristian.

3. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Reformasi
Gerakan Reformasi dipimpin oleh Martin Luther bertujuan untuk membersihkan gereja Katolik
daripada kepincangan dan membebaskan diri daripada kongkongan Pope dan gereja katolik di
Rom.

Martin Luther mempersoalkan doktrin agama yang tidak ada dalam Bible seperti
penyembahan patung Mary dan Saint yang dianggap menyeleweng daripada agama. Beliau juga
mempersoalkan konsep paderi sebagai orang perantaraan Tuhan dengan manusia. Beliau juga
berjuang agar Bible diterjemahkan kepada bahasa tempatan.

Penjualan surat pengampunan dianggap perbuatan menjual agama dan paderi dilihat
seumpama Tuhan kerana boleh mengampuni kesalahan pesalah.

Menjelang tahun 1600, agama Kristian terbahagi kepada tiga iaitu Katolik, Protestan
(termasuk Anglican, Lutheran dan sebagainya) dan Ortodoks.

Peperangan antara penganut agama Kristian hampir 1 Abad lamanya sekitar abad ke 16
dan ke 17 Masihi. Antara nama peperangan itu ialah The Wars of Religion (1546-1648), The Thirty
Year’s War (1618-1648) dan Sectarian Wars. Dalam kes The Thirty Year’s War, Maharaja
Ferdinand II memburu pengikut Calvinisme dan Lutheranisme.

Di Sepanyol, Mahkamah Penyiasatan wujud selama 375 tahun (1478-1834) ini bertujuan
membanteras orang Islam dan Yahudi digunakan untuk membanteras orang Protestan. Penyiasat
Sepanyol, Torquemada telah membakar 2000 orang hidup-hidup.

Zaman Reformasi kepada kekejaman gereja dan gerakan penentangan terhadap teokrasi.
Malangnya yang berlaku apabila sesetengah orang Islam menyandarkan kekecohan zaman
Reformasi dengan perubahan ajaran Islam, institusi dan gerakan Islam.

Walaupun politik terkandung dalam Islam, Islam bukanlah teokrasi atau pemerintahan
agama. Islam bergerak sebagai penasihat kepada diri; ahli keluarga; sahabat; kejiranan;
masyarakat; negara dan empayar. Nasihat atas agama Islam bukannya mengikuti ideologi ciptaan
manusia atau akal fikiran sendiri kerana ia bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.

4. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Pencerahan
Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku sekitar tahun 1650
hingga 1800. Zaman ini melahirkan pemikiran liberal dan moden. Perintis gerakan intelektual
ialah kalangan ahli falsafah. Lebih tepat lagi mereka adalah rasionalis atau kelompok rasional.
Mereka mempunyai jiwa renaisans iaitu sifat kritikal terhadap sumber. Walaupun pendapat
mereka bercanggah tetapi mereka mempunyai asas pemikiran yang sama

Asas pemikiran mereka ialah membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi
dan kepercayaan bahawa kebenaran boleh didapati secara mistisisme. Mereka menolak
penerangan teologi dan cuba menghapuskan pemikiran kolot dan lama. Mereka cenderung
mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan pencapaian dunia melalui
ilmu pengetahuan bukannya agama. Mereka menolak pentafsiran alam semesta berdasarkan
kitab suci.

Walaupun kelompok rasional ini tidak menolak semua tentang agama tetapi mereka
cenderung menolak kemutlakan agama dan supernaturalisme yang terkandung dalam agama
kerana ia merupakan penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah.

Kelompok rasionalis berpegang kepada keyakinan kepada tingkat rasional daripada alam
dan pada hukum-hukum ilmiah. Mereka merasakan diri mereka berkuasa penuh dalam memilih
dan menentukan sesuatu perkara. Mereka mengupas persoalan ghaib atau ketuhanan
berdasarkan akal mereka bukannya merujuk kepada kitab suci.

Kelompok rasionalis juga sangat yakin dengan diri mereka sendiri dan optimistik. Mereka
merasakan kemampuan akal mereka dapat mengatasi semua permasalahan termasuk perkara
ghaib.

Kebenaran Islam Adalah Mutlak

Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi penutup sekalian nabi telah
diberi WAHYU oleh Allah sebagaimana para nabi yang lain (Surah an-Nisa’: 163). Tugas utama
seorang rasul ialah pembawa berita gembira dan pemberi ingatan agar tiada alasan untuk
manusia membantah kepada Allah (Surah an-Nisa’: 165) dengan mengatakan risalah Islam belum
sampai kepada mereka. Nabi Muhammad membawa kebenaran dari Allah (al-Quran), dan Allah
menyuruh kita semua beriman kepadanya (Surah an-Nisa’: 170). Allah menjadi saksi atas al-
Quran yang diturunkan-Nya kepada Nabi Muhammad (surah an-Nisa’: 166). Kesaksian ini jelas
membuktikan keabsahan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan al-Quran sebagai sumber
kebenaran mutlak umat Islam dan manusia.

Kebenaran mutlak Islam terletak kepada al-Quran. Al-Quran ditanzilkan oleh Allah SWT
kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Tanzil bukan ilham, ‘ru’yat’ atau kasyaf.

Tanzil adalah Kata Tuhan yang Maha Esa mengenai hakikat Diri-Nya; mengenai
makhluk-Nya; mengenai penisbahan makhlukNya dengan DiriNya; mengenai Jalan
Benar bagi insan menyelamat diri mereka; memberi khabar gembira dan
peringatan; syurga atau neraka; membawa titah dan larangan yang diberitahu
kepada Nabi atau Rasul-Nya. Kata Tuhan yang Maha Esa bukanlah berjenis suara
atau huruf.[al-Attas]

Al-Quran menjadi sumber rujukan utama seorang muslim dalam semua aspek kehidupan.
Al-Quran menerangkan setiap suatu perkara (Surah al-Nahl: 89), petunjuk jalan yang benar
(Surah al-Isra’: 9) dan bertindak sebagai hakim dalam menyelesaikan permasalahan manusia
(Surah an-Nisa’:59 dan Surah al An’naam: 114). Al-Quran bertindak membebaskan dan
membersihkan aqidah daripada dinodai oleh noda-noda syirik dan memberi didikan kepada
manusia agar menjadikan keEsaan Allah sebagai pusat dan tujuan hidup manusia.

Agama tanzil yang benar-benar asli ialah ISLAM dan umat yang menganutinya dipuji-puji
oleh Allah(Surah Ali ‘Imran: 110 dan 104). Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT

(Surah al-Maidah: 3). Islam maksudnya penyerahan diri kepada Allah SWT (Surah Luqman: 22).
Satu ketundukan DIRI (zahir-batin dan aqal-nafsu) dengan penuh kesedaran kepada Allah SWT.

Islam adalah sistem hidup yang syumul mencakupi seluruh fenomena kehidupan.
Menyerah diri bermakna kita menyerahkan kehidupan kita kepada Allah SWT melalui taat akan
perintahNya dan larangan-Nya (Surah Ali Imran: 83 dan 85). IDEOLOGI cuba mengantikan Islam
dalam kehidupan seseorang muslim boleh membawa kepada perkara SYIRIK. Ideologi bukan
sekadar pemikiran, ia adalah satu GAYA HIDUP manusia. Jauhi IDEOLOGI, kembali kepada ISLAM
sebagai satu pandangan alam seorang mukmin.

Kebanjiran ilmu dan maklumat serta pandangan sarjana Islam atau Barat mesti ditapis
dengan al-Quran dan as-Sunnah. Pandangan yang berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah
WAJIB ditolak. Perkara yang membawa FITNAH dan kerugian kepada umat Islam MESTI ditolak.
Pencampuran antara pemikiran Quranik (pandangan al-Quran dan as-Sunnah) dengan pemikiran
Barat dalam kalangan sarjana dan pemimpin Islam WAJIB ditolak. Jangan sampai pemikiran
manusia diagung dan dimartabat sehingga melangkaui pandangan al-Quran dan As-Sunnah.

Pertembungan Hakiki Antara Islam dengan Kebudayaan Barat.

Islam mengiktiraf kewujudan dan perbezaan antara kaum dan agama (pluraliti) terakam dalam
surah surah al-Hajj: 40, Surah al Kafirun: 1-6, Surah al Baqarah: 62 dan Surah al-Hujurat 13 tetapi
Islam tidak mengiktiraf kebenaran agama-agama lain.

Kita boleh menjalinkan hubungan dengan orang Barat secara hubungan sosial dan
diplomatik serta individu. Dari segi kebersamaan dalam pandangan alam, pemikiran dan
kebudayaan adalah agak mustahil kerana pertembungan ini adalah pertembungan hakiki sejak
azali.

Kita juga sudah tahu bahawa Kebudayaan Barat berdasarkan gabung-jalin Kebudayaan
Yunani Kuno, Romawi Purba, Yahudi, Kristian dan Kaum Biadap-Gasar di Eropah. Gabung-jalin ini
menghasilkan sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat yang dilihat amat sukar mendekatkan Islam
dengan Barat.

Kebudayaan Barat menganggap Islam sebagai Islam sebagai seterunya yang mutlak dan
kesejahteraannya hanya akan terjamin dengan kemenangannya ke atas Islam dalam perjuangan
yang berterusan dan bermati-matian. Mereka bersetuju dengan umat Islam jika umat Islam
mengikut kehendak mereka [Surah al-Baqarah: 120]. Jangan kita diperbodohkan dengan
mengikuti pandangan alam Barat melalui pelbagai usaha mereka termasuk ideologi, sains, sukan,
hiburan dan lain-lain.

Agama Kristian merupakan unsur penting dalam Kebudayaan Barat. Agama Kristian hasil
evolusi daripada ajaran Nabi Isa AS. Setiap agama samawi sebelum Islam sama ada Yahudi dan
Nasrani bertujuan mengislah masyarakat sendiri bukannya untuk disebarkan kepada umat
manusia [Surah Ali Imran: 49]. Nabi Isa AS bukan ditugaskan untuk menjelmakan sebuah ‘agama
baru’ tetapi ditugaskan membaiki penyelewengan dalam masyarakat bani Israel dengan
mengesah semula kitab Taurat dan memberi khabar gembira kedatangan Nabi akhir zaman
bernama Ahmad [Surah al-Saff: 6]. Sesetengah murid dan pengikut murid Nabi Isa mendirikan
asas-asas utama ‘agama baru’ bertanya kenyataan yang disampaikan oleh Nabi Isa AS tentang
Islam dan Nabi Muhammad. Akhirnya, lahirkan agama Kristian yang bertujuan menyangkal
kedatangan Islam yang mengandungi sifat persamaan dengan agama Islam. Mereka cuba
menggagalkan Islam yang akan terbit kelak dengan cara mendahului kezahirannya agar supaya
meniru sifatnya. [Sila Rujuk Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin]

Menurut al-Attas, agama Kristian yang berasal dari Asia Barat ini adalah satu-satunya
agama yang telah berpindah dari pusat aslinya, iaitu dari Darussalam Palestin ke Rom, Itali atau
lebih tepat Bandar Vatican. Perpindahan ini pada hakikatnya adalah suatu bentuk pembaratan
(westernization) dan penyerapan unsur-unsur Barat secara berangsur-angsur dan berturut-turut
ke dalam Kristian.

Tauhid adalah dasar kebenaran agama Islam. Tauhid bukan sahaja menekan kepada sifat
keEsaan Allah dan terhad dalam ibadah sahaja tetapi mempengaruhi segala aspek kehidupan
seorang muslim termasuk pandangan alam, pemikiran, lisan, ucapan dan tindakan. Ayat-ayat
mengenai tauhid dalam al-Quran seperti Surah Muhammad: 17, Surah al-Ikhlas: 1-4, Surah al-
Isra: 23.

Allah SWT sendiri menegaskan dalam Surah al-Maidah: 3, ‘Pada hari ini telah Aku
sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmat-nikmatKu bagimu dan telah
Aku redhai ISLAM sebagai agamamu’.

Penegasan Allah SWT ini luar biasa dan paling unggul kerana Allah SWT sendiri
mengabsahkan dan mengakui kesempurnaan Islam dan seterusnya Allah sendiri meredhai Islam
sebagai agama manusia. Perkara ini menjelaskan jika kita memilih selain daripada Islam, kita
memilih sesuatu yang tidak sempurna dan tidak diredhai oleh Allah SWT. Tiada alasan untuk
menolak Islam. Ayat ini telah membuktikan Islam menolak segala anjuran Kebudayaan Barat yang
bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Islam menolak orang Islam mencampur-aduk iman mereka dengan kezaliman (syirik).
[Surah al-An’am:82]. Sesetengah pemimpin umat Islam dan sarjana Islam mudah terpesona
dengan hujah-hujah pemikir daripada Barat. Mereka mencampur-adukkan pandangan alam
Islam dengan pandangan alam Barat. Akhirnya, pandangan alam mereka keliru. Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat antara tokoh yang giat mengeratkan hubungan antara Orang Islam dengan
Orang Bukan Islam mengunakan hujah al-Quran, hadith, sirah dan perumpamaan untuk
menjentik hati Orang Bukan Islam bukannya bertolak ansur sehingga mengabaikan nas syarak
demi perpaduan kaum.

Dalam menjalinkan hubungan Islam dengan Barat, banyak keadaan sarjana dan pemimpin
umat Islam terpaksa mengalah dengan pandangan Barat. Sarjana Islam lebih mengikut kehendak
pandangan Barat. Gagasan Muslim Demokrat sebagai contoh, kelihatan jelas dipengaruhi oleh
pandangan alam Barat. Jangan kita merasakan orang kafir itu lebih benar jalannya daripada orang
beriman [Surah al-Nisa’: 51-52]. Pemimpin Islam dan sarjana Islam mesti tegas menolak
pandangan alam Barat [Surah al-Nisa’: 60].

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam. Musuh Islam ialah penentang agama Islam
secara terbuka, mengancam dan menyerang (menceroboh) wilayah umat Islam (al Baqarah: 216).
Tiada masalah menolak Islam dengan cara tertutup atau tersembunyi, dalam hati dan dengan
hujah melalui forum, buku dan seminar dengan syarat tanpa emosi dan tidak mengancam serta
tidak menfitnah Islam. Tiada paksaan kepada orang Bukan Islam menganuti Islam (al Baqarah:

256), Islam menghormati dan mengiktiraf Orang Bukan Islam mengamalkan agama mereka (al-
Kafirun: 6).

Islam telah mengariskan beberapa perkara yang perlu waspada dalam menjalin hubungan
dengan Kebudayaan Barat. Ia bukan bersifat memusuhi tetapi berwaspada. Dalil-dalil al Quran
yang menerangkan tentang jalinan hubungan antara Umat Islam dengan Orang Kafir.

Jangan taat kepada orang kafir kerana itu akan membawa kita ke arah kekufuran (Ali
Imran: 149-150). Pengaulan yang membawa ketaatan kepada individu atau organisasi yang jelas
kekufuran mesti dijauhi agar tidak menjerumus kita ke lembah kekafiran dan fitnah.

Kebencian terhadap Islam dapat dilihat pada pertuturan dan tindakan musuh Islam.
Berhati-hati memilih teman seperjuangan termasuk bukan Islam dan proksi mereka sebagai
orang yang dipercayai (Ali Imran: 118). Kita terlalu mudah percaya kepada kelompok bukan Islam
yang membantu dan mendanai perjuangan kita sehingga termakan budi mereka.

Islam melarang kita melakukan perkara yang salah (Ali Imran: 110) termasuk menerima
ideologi ciptaan manusia.

Kelompok Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepada Umat Islam
selagi Umat Islam tidak menurut agama mereka (al Baqarah: 120).

Jangan menjadikan kelompok Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat umat Islam. (al
Maidah: 51-52, an Nisa: 144). Bersahabat dengan sifat waspada dan berhati-hati.

Kemenangan hak mutlak Allah (Ali Imran: 160). Jangan sangka kemenangan berpunca
daripada Umat Islam bersekutu dengan Bukan Islam. Kemenangan dengan izin Allah.

Orang kafir saling bantu membantu sesama orang kafir (Al Anfal: 73). Walaupun musuh
kelihatan berbeza dan saling benci membenci antara satu sama lain. Pemusuhan dengan Islam
dapat menyatukan mereka. Lihat Perang Salib dan peperangan di Syria (2015) dimana Rusia dan
Amerika menyerang musuh yang sama (ISIS) walaupun mereka pihak yang bertentangan.

Jangan sampai menjadi fasik apabila menjadikan orang kafir dan musyrik sebagai teman
rapat umat Islam (al Maidah: 80-81). Ekoran terlebih bertoleransi yang melampaui batas iman
dan kufur dengan Bukan Islam, akhirnya menjerumus Umat Islam ke lembah kefasikkan.
Sesetengah umat Islam muda tergoda dengan pemikiran dan watak orang kafir. Baik itu tidak
semestinya benar. Liberalisme dan Pluralisme semakin mendominasi pemikiran kelompok
terpelajar umat Islam terutamanya pemimpin negara dan sarjana. Antara punca utamanya ialah
pengaulan yang tidak dibatasi oleh kesalehan dan iman.

Jangan mengambil orang yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan dan permainan
mereka sebagai teman rapat dan penolong umat Islam (al Maidah: 57). Orang Bukan Islam dan
sesetengah orang Islam suka menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan mereka,
jangan jadikan mereka sebagai sahabat, sekutu dan pembantu. Para orientalis dan anak didik
mereka sering memperolok-olokkan sumber ilmu Islam, kerangka pemikiran dan pandangan
ulama Islam.

Kedengkian ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap umat Islam menyebabkan mereka
suka Umat Islam meninggalkan agama Islam (al Baqarah: 109). Kedengkian mereka terhadap
Rasulullah SAW dan bangsa Arab kerana Nabi Akhir Zaman dipilih dalam kalangan bangsa Arab.

Kesukaran akan berlaku apabila Umat Islam membuat perjanjian dengan orang kafir dan
musyrik kerana mereka tak menghormati hubungan kerabat dan perjanjian setianya. Mereka
hanya menyukakan umat Islam dengan kata-kata yang manis sedangkan hati mereka menolak
Islam (at Taubah: 8).

Orang kafir sanggup membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari jalan
Allah (al Anfal: 36).

Jangan jadikan ahli keluarga sebagai pendamping jika mereka memilih kufur (at Taubah:
23). Persoalan pengaulan kita seharian sangat penting kerana sahabat dan alam sekeliling kita
banyak mempengaruhi pemikiran kita. Kebanyakan tokoh-tokoh besar Islam yang celaru
pemikiran apabila mereka tidak menjagas batasan pengaulan dengan orang kafir dan

mencampur-adukkan pemikiran Islam dan Barat. Tidak segan bergaul dengan ulama dan orang
saleh tetapi bergelak-ketawa dengan sarjana dan pemimpin Barat.

Jangan sesekali Umat Islam mengambil musuh Allah dan musuh Umat Islam sebagai
teman rapat dengan cara menyampaikan maklumat-makulmat rahsia kepada mereka. (al
Mumtahinah: 1).

Sifat Asasi Kebudayaan Barat

1. Falsafah bukannya agama: Kebudayaan Barat dipengaruhi oleh falsafah bukannya agama.
Dalam pengalaman beragama, mereka tidak ada keyakinan yang tetap. Pendirian mereka
berdasarkan kemungkinan.

2. Humanisme: Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia: Akal, badan, kebolehan
dan psikologi.

3. Pragmatisme. Satu pemikiran dan tindakan yang melangkaui nas-nas syarak dengan
prinsip matlamat menghalalkan cara.

4. Dualisme dan Dikotomi dalam pemikiran: Faham penduaan (dualisme) yang mutlak dan
bukan kesatuan sebagai nilai serta kebenaran hakikat semesta [surah al-An’am: 82].
Contoh, sekularisme dimana berlakunya penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan
agama dalam urusan kehidupan manusia seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].

5. Materialistik atau kebendaan.
6. Individualistik
7. Kesatuan, Persamaan dan Samarata
8. Sainstifik: Tiada kemutlakkan dengan ragu-meragu, duga-menduga, berubah-ubah,

sentiasa berhipotesis, sentiasa berwacana tanpa jawapan dan hilang ketetapan. [Surah
Taubah: 45]
9. Tragedi dalam mencari kebahagiaan. Manusia Barat menyakini bahawa kehidupan
manusia adalah sebuah episod-episod tragedi yang harus dilalui. Bahkan mereka
berkeyakinan bahawa nasib terburuk bagi manusia adalah dilahirkan. Manusia membawa
dosa warisan. Kehampaan hati dari nilai-nilai spiritual yang kemudian diisi oleh perasaan
tragis ini menganjurkan manusia Barat mencari jawaban dari persoalan-persoalan hidup,

untuk giat berusaha menyelidiki, mengkaji dan mereka-reka teori baru, dan
mengemukakan masalah asal-usul alam semesta dan manusia.
10. Kesejagatan atau Universalisme. Nilai-nilai seperti keadilan, amanah dan lain-lain
sememangnya bersifat sejagat dan diimani oleh kebanyakan manusia. Persoalan sekarang
ialah nilai itu menurut kacamata Islam atau kacamata Barat/Bukan Islam. Para pendokong
kesejagatan atau globalis biasanya menganuti pluralisme yang mencampur-aduk
pemikiran Barat dan Timur sehingga nilai Islam yang diambil itu tenggelam dengan
pandangan manusia. [Surah al-An’am: 82]
Sifat Asasi Kebudayaan Barat (baca: Pemikiran) mempunyai unsur kesejagatan. Malangnya
yang berlaku ialah konsep-nilai kesejagatan yang diusung berasal dari Barat dan pro-Barat.
Konsep kesejagatan Kebudayaan Barat terdapat dalam pemikiran atau ideologi yang dicanang
oleh para orientalis mereka. Konsep ini dibawa bersama melalui globalisasi.

Nilai sejagat perlu dijalinkan dengan nilai-nilai tempatan agar mudah diterima oleh rakyat
tempatan. Dalam perihal Muslim Demokrat, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Muslim
Demokrat perlu memperjuangkan demokrasi mempunyai nilai sejagat (seperti keadilan dan
kebebasan) diusung bersama nilai tempatan (persoalan identiti, kebudayaan dan kenegaraan).

Ustaz Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa menyatakan, ‘nilai yang bersifat sejagat ini turut
memuatkan elemen peniadakan agama dan kontekstual tempatan lantas menjadi bentuk agama
baharu’.

Diabolisme Intelektual

Diabolos adalah Iblis dalam bahasa Yunani Kuno. Kesalahan Iblis kepada Allah SWT bukannya dia
meragui Allah, mengingkari wujudnya Allah, tidak berilmu dan tidak mengenali Allah. Kesalahan
Iblis kerana ingkar kepada suruhan Allah SWT agar sujud kepada Adam dan bangga-sombong
dengan kehebatan diri.

Jika kita temui ulama yang terpesong, penghafaz al-Quran menentang al-Quran, sarjana
Islam terperangkap dengan pandangan alam Barat dan pemimpin palsu. Mereka mengalami

diabolisme yakni ingkar kepada ilmu yang mereka tahu dan sombong-angkuh dengan kehebatan
diri mereka. Mereka merasakan diri mereka paling pandai mengatasi orang lain. Mereka
terjerumus dengan pesona diri yang palsu.

Anak didik Barat dan tokoh yang mengambil aspirasi dari Barat seringkali cuba
merenggang dan memisahkan umat Islam daripada prinsip dan pendirian Islam yang sebenar.
Penulis tertarik dengan istilah ‘plotisme’ yang diutarakan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd. Rahman,
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kaedah “plotisme” iaitu dengan merenggang
hubungan pegangan umat Islam dengan sumber tradisi pengajian Islam seperti Al-Quran, As-
Sunnah dan pendapat ulamak muktabar dan mengapungkannya supaya boleh dimuatkan dengan
ajaran baru yang berasaskan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia yang dianggap
progresif.

Dalam sejarah pendidikan Tanah Melayu, R.O Winstedt mencadangkan pemansuhan
mata pelajaran pengajian al-Quran daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah Melayu pada
tahun 1917. Dan Tan Sri Khir Johari memansuhkan tulisan Jawi dalam pendidikan negara kita.

Kesimpulan

Penolakan Islam terhadap Kebudayaan Barat yang menyalahi aqidah Islam adalah jelas dan nyata.
Penolakan ini bukan bermakna kita bermusuhan dengan mereka secara fizikal tetapi berkhilaf
dengan tegas dan tanpa kompromi dalam persoalan pemikiran-pandangan alam yang
bertentangan dengan Islam. Kita masih menghormati hak mereka mengamalkan Kebudayaan
dan Pandangan Alam mereka selagi tidak mengancam aqidah dan keselamatan umat Islam.

Generasi 2.0 Gerakan Islam atau Gen 2.0 terpengaruh dengan gagasan dialog peradaban
yang terbuka dan menghargai Barat sehingga menganak-tirikan gerakan Islam dan pandangan
alam Islam. Keterpesonaan dan keterujaan mereka kepada Barat sehingga mereka hanyut
dengan Kebudayaan Barat-Pandangan Alam Barat yang memisahkan antara agama Islam-
ketuhanan dengan duniawi.

Gen 2.0 serasi dan seapirasi dengan kehendak Kebudayaan Barat bahkan secara
terancang mengikut agenda yang disusun atur oleh Kebudayaan Barat. Mereka terbuai dengan

mimpi palsu bahawa Barat bukan musuh Islam dan umat Islam perlu mengislah diri mereka
sendiri dengan berbaik-baik dengan Barat.

Gen 2.0 tidak menolak Islam sekaligus. Ia dimulakan dengan bahawa mereka bukanlah
kelompok radikal. Mereka tidak menolak Islam tetapi boleh berbaik dengan musuh Islam dan
pemikiran-Kebudayaan Barat. Kemudian, mereka menyisih dan menghakis Islam daripada batang
tubuh mereka. Islam hanya agama bukannya cara hidup atau adden. Akhirnya, mereka
menentang Islam walaupun tidak murtad.

Kelompok sesat bukannya kafir.

Bab 9
HIKAYAT BERSIKAP: ISLAM DAN ‘SEPILIS’ DALAM MASYARAKAT HARI INI

Di akhir usia, berpendirian dan berprinsip itu
penting untuk menjejak pintu syurga

Dalam penulisan kita dapat
1) Mengetahui tentang sekularisasi-liberalis-pluralisme
2) Mengetahui kekuatan yang perlu ada dalam menangani SEPILIS

Kata Mula

Peningkatan usia menandakan semakin dekat dengan alam kubur dan api neraka. Usia berbaki
membolehkan kita merenungi alam dan berdoa agar mendapat hidayah dan bersedia
menghadapi mati dalam keadaan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Artikel ini adalah nota penulis yang membicara serba sedikit tentang Islam dan Sekularisme,
Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS].

‘Worldview’ Islam-Melayu dan Politik Kepartian

Perbilangan adat berbunyi:
‘Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat’

Begitulah perbilangan adat Melayu yang menunjukkan peradaban Melayu dipengaruhi
oleh Islam. ‘Adat bersendikan hukum’, ‘Hukum bersendikan Kitabullah’. Dua barisan ayat ini
mengambarkan adat Melayu bersumberkan kitab Allah SWT iaitu al Quran. Ia juga
mengambarkan berlakunya Islamisasi terhadap adat apabila unsur-unsur Islam telah mengikis
unsur-unsur Kebudayaan Hindu-Buddha yang pernah dianuti oleh sebahagian pemimpin dan
rakyat ketika itu. Unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam secara
automatiknya tertolak.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi: ‘Islamisasi adalah pembebasan
manusia, pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan
selepas itu (pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme’. Tambah Syed
Muhammad Naquib al Attas lagi, ‘Islamisasi ialah proses dua hala: pembebasan diri dan
pengembalian diri kepada kejadian asalnya, kepada fitrah’.

Langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi
bahasa.91 Bahasa bukan sahaja jiwa bangsa tetapi menyebabkan perubahan ‘worldview’
masyarakat Islam. Perubahan ini tidak melibatkan parti politik atau masyarakat tetapi pada akal
dan diri mereka yang berkewajipan mengetahui dan bertindak dengan adil dan hikmah.92

Langkah kedua Islamisasi ialah pendidikan melalui kurikulum. Kemudian, diikuti Islamisasi
sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi.

Selagi Islamisasi akal dan pemikiran tidak berjaya dilakukan, pengembalian Islam dalam
sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi tidak berupaya diusahakan.

Dalam tradisi Islam-Melayu, Islamisasi akal dan pemikiran telah dilakukan oleh para ulama
yang mendekati, menasihati dan mendidik pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga mereka

91 Bahasa Arab telah diIslamisasikan oleh al Quran.
92 Pencerahan daripada Syed Muhammad Naquib al Attas.

menganuti Islam secara zahir dan batin melalui pemikiran mereka. Maka, muncullah
pemerintahan Islam melalui kerajaan-kerajaan Melayu-Islam.

Kedatangan dan campurtangan Barat sebagai penjajah, imperialis, kapitalis dan birokrat
telah mengikis pengaruh Islam dalam kalangan pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga berlaku
pelunturan Islam atau penyah-Islamisasi berlaku dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi
Melayu Islam. Islam telah ditempatkan hanya sebagai agama dan adat istiadat bukan lagi sebagai
satu cara hidup dan satu sistem dalam empayar atau kerajaan Melayu.

Perundangan Islam dimansuhkan oleh penjajah walaupun mereka hanya dikatakan
‘menaungi’ negeri-negeri Melayu.

Pada hari ini, realiti dominan masyarakat Melayu-Islam, sejarah dan kehendak politik
masih berupaya mengembalikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia termasuk Islam bernegara
dalam pemerintahan dan kebudayaan negara. Malangnya, perbalahan politik dan pengaruh
sekularisme yang merebak dalam masyarakat menyukarkan pengembalian Islam ini.

Usaha gigih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang cuba mengembalikan Malaysia sebagai
sebuah Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud masih lagi gagal walaupun memenangi
Kelantan secara demokrasi. Pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud memerlukan model
kerana Malaysia sebuah negara majmuk-pelbagai kaum dan agama. Justeru, PAS sangat
memerlukan wilayah yang teras masyarakat dan kehendak politiknya Melayu-Islam. Negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri teras Melayu-Islam. Penguasaan negeri-
negeri ini memberi peluang kepada PAS mewujudkan model Negara Islam dan Hukum Hudud.
Malangnya ia digagalkan oleh elemen sekularis di peringkat kerajaan persekutuan.

Usaha berterusan PAS dan elemen Islam dalam kerajaan perlu dilakukan secara padu.
Malangnya, elemen sekular-liberal dalam kerajaan dan parti pembangkang menjadi duri dalam

daging kebangkitan Islam. Gangguan ini berkekalan ekoran faktor politik kepartian iaitu
kerenggangan hubungan antara PAS dengan UMNO-BN.

Elemen Islam dalam kerajaan dan PAS perlu memantapkan sistem pengkaderan mereka
dengan menanamkan penerapan worldview Islam ke dalam diri kader dan meletakkan mereka
dipelbagai penjuru institusi kerajaan. Kader yang menjadi pemimpin dan ilmuwan ini diharapkan
dapat mendidik anak buah mereka dalam organisasi mereka agar bertuhan sekaligus membawa
bersama-sama impian pengembalian Islam dalam pemerintahan negara kita walaupun tanpa
nama Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud hanya terhad di wilayah teras Melayu-Islam
sahaja. Semoga usaha itu menjadi permulaan dakwah memperkenalkan Islam sebagai
pemerintahan dan perundangan.

Worldview Islam adalah suatu pandangan terhadap sesuatu perkara atau isu melalui kaca
mata Islam dan iman berdasarkan sumber rujukan ilmu Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Al
Quran sarat dengan pelbagai konsep-konsep tentang kehidupan yang tersendiri melalui
pengistilahan kata dasar yang yang tersendiri. Konsep-konsep yang datang dan difahami dalam
perspektif Quranik menghasilkan framework atau kerangka pemikiran yang tersendiri yang jelas
berbeza daripada worldview dan framework Barat.

Worldview dan framework diterap melalui keluarga, persekitaran setempat, kebudayaan
setempat dan paling penting sistem pendidikan. Semasa penjajahan British, pihak penjajah telah
menghuru-harakan sistem pendidikan dengan menubuhkan sekolah beraliran Inggeris dan
sekolah elit untuk melahirkan para birokrat Melayu dalam kalangan anak raja dan bangsawan.
Lahirlah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang melatih pegawai Melayu mempunyai acuan
pemikiran dan cara hidup penjajah. Ramai anak raja dan bangsawan telah dihantar ke luar negara
untuk mendapatkan pendidikan. Kesannya, worldview dan framework bakal Sultan dan pentadbir
negara kita dipengaruhi oleh worldview dan framework Barat sehingga akhlak para pentadbir ini
mengikut Barat. Akhlak adalah buah kepada iman. Dengan worldview dan framework Barat, buah
yang dihasilkan adalah rosak. Pusingan ini berterusan sehingga pada saat ini (2016).

Seorang Islam belum tentu Islamik
Seorang mempunyai tauhid belum berpemikiran tauhidik
Seorang yang beriman belum tentu mengimani
Seorang yang beriman belum tentu bertaqwa
Seorang ucapannya dan fizikalnya beriman belum tentu otak-pemikiran dan jiwa beriman
Seorang muslim belum tentu mukmin.

Sumber Ilmu Islam

Sumber ilmu Islam ialah al Quran, al Sunnah dan akal. Dalam Islam, terdapat sumber mutlak dan
sumber tidak mutlak. Al Quran adalah sumber mutlak tanpa kompromi. Al Quran dan al Sunnah
bukan sekadar pengetahuan yang hanya diwacana atau pengetahuan tanpa kesudahan. Sumber
Islam [al Quran dan al sunnah] berbeza dengan sumber ilmu yang lain kerana Islam bersifat
praktis. Ia bukan sekadar bicara dan fikir sahaja, ia praktis dan praktis.

‘Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah al Quran’ [Riwayat Muslim]

Rasulullah SAW menjadikan al Quran itu sebagai praktis dalam kehidupan baginda. Al
Quran dan al Sunnah adalah KPI sesorang yang beriman dan bertaqwa. Sheikh Muhammad al
Ghazali menamakan Darjat al Quran. Generasi terdahulu membaca al Quran dengan memahami,
menghayati dan mempraktis al Quran dalam kehidupan mereka sehingga mencapai Darjat al
Quran. Sebaliknya, kita pada hari ini membaca dan memahami al Quran dengan meletakkan al
Quran setaraf dengan kehendak akal dan nafsu kita sahaja.

Al Quran dan al Sunnah menjadi sumber rujukan atau panduan ilmu [Sumber Ilmu-al
Quran dan al Sunnah] dalam kerangka kehidupan [al Quran dan al Sunnah] untuk mencapai
matlamat, tujuan dan makna kehidupan [al Quran dan al Sunnah]. Ini bermakna ‘dari rujukan al

Quran dan al Sunnah, untuk mencapai matlamat al Quran dan al Sunnah melalui pendekatan
contoh tauladan al Quran dan al Sunnah’.

Cara/gaya hidup Nabi Muhammad SAW dalam suasana al Quran. Imam Shafie berkata,
‘Sesungguhnya Sunnah itu ialah pemahaman Nabi terhadap al Quran atau baginda mencurahkan
fahamannya kepada al Quran, sehingga hidupnya terikat rapat dengan al Quran zahir dan batin
sepenuhnya’.

Intisari al Quran mengandungi prinsip-prinsip atau dasar-dasar Islam termasuk syariat
yang wajib diyakini dan dipraktiskan. Tiada alasan atau hujah yang boleh menyangkal syariat.

Kita sebagai umat Islam yang beriman wajib menyakini al Quran dan al Sunnah sebagai
sumber rujukan kehidupan kita. Kita hendaklah semampu mungkin mengikut kehendak al Quran
dan al Sunnah dalam hidup kita.

Sumber ketiga Islam ialah akal93. Dalam syarah kitab Bakurah al Amani, Tuan Guru Haji Salleh
Musa, Sik mengatakan akal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh [letak] dalam hati sunubari dan
bersambung sampai kepada otak kepala. Akal berperanan membezakan antara yang baik dan
buruk [keji]. Daripada akal inilah datang hukum-hakam fiqh yang dibahaskan atau diusulkan oleh
para ulama. Di bawah pembahagian sumber akal dalam Islam;

1. al-ijma’
2. al Qiyas
3. al Itihsan
4. al Masalih al Mursalah
5. al ‘Urf

93 Asalnya akal adalah alat tetapi bertukar menjadi sumber ketiga dengan syarat tidak melanggar al Quran dan Al
Sunnah itu sendiri. Setiap keputuan akal perlu tunduk kepada syarak. Apa itu syarak?. Tuan Guru Haji Salleh Musa
Sik mengatakan bahawa syarak terbahagi dua iaitu hakiki (Allah) dan Majazi (Nabi Muhammad). Syarak itu sendiri
dekat dengan istilah tuhan. Mahkamah Syarak ertinya mahkamah yang mengunakan hukum Allah.

6. Mazhab Sahabi
7. al Istishab

Sumber akal dalam Islam sangat berkaitan dengan kewibawaan seorang penghujah dan
kekuatan hujah yang paling dekat dengan al Quran dan al Sunnah. Penghujah yang menggunakan
hujah akal tidak boleh melampaui batasan al Quran dan al Sunnah. Jika tidak, apa yang
dihujahkan secara automatiknya terbatal.

Sikap Terhadap Kebenaran Mencetus Pendirian dan Kefahaman Kita

“Semua agama benar, menurut kepercayaan dan keyakinan masing-masing adalah benar tidak
salah kerana menurut kepercayaan masing-masing hasilnya adalah relatif. Tetapi sudah tentu
ada agama paling benar yang bersifat mutlak”

*****
Siapakah sebelum Tuhan?
Siapakah yang mencipta Tuhan?
Dimana Tuhan pada saat ini?

Semua pertanyaan di atas adalah pertanyaan nakal yang mahu mengoncang keimanan.

Sebelum menyatakan pendapat, kita tanya dahulu diri kita. Kebenaran yang sebagaimana
kita mahu pilih dalam usaha kita menyatakan pendapat. Kebenaran ada dua jenis, kebenaran
bersifat objektif dan kebenaran bersifat subjektif. Dalam perbincangan dan wacana serta dalam
pemikiran kita, sifat kebenaran yang mana satu yang seringkali mendominasi akal fikiran kita.

Dalam pengkajian teologi, pertanyaan seperti di atas memerlukan pengkajian kebenaran
secara objektif bukannya subjektif, rasional bukannya emosional, menggunakan akal bukannya
hati. Jika memilih pengkajian kebenaran secara subjektif, kajian tersebut akan menghasilkan atau

menambahkan lagi keraguan, relatif, kesangsian, tiada kesudahan, tidak menyelesaikan
persoalan dan tidak mendapat jawapan. Semua ini menunjukkan kebenaran subjektif itu
terbatas.

Pemikiran manusia memerlukan titik kesudahan atau hujah yang dimutlakkan
bukannya berhujah meleret tanpa penyelesaian. Justeru, pengkajian kebenaran bersifat objektif
perlulah menjadi pilihan bagi sesiapa yang mahu bertuhan.

Pengakhiran sebuah pemikiran adalah YA atau TIDAK. Persoalan YA atau TIDAK ini
menunjukkan kelemahan sifat manusia. YA disisi saya belum tentu YA disisi anda. Oleh itu,
perbezaan akan terus berlaku dan tiada kesudahan. Justeru, kita memerlukan sumber ilmu yang
boleh dijadikan sebagai HAKIM dalam memutuskan titik noktah atau jawapan muktamad dalam
persoalan teologi kita. Sumber itu ialah al Quran. Al Quran yang datang daripada Allah, Tuhan
Pencipta Alam Raya ini.

Ada yang mendakwa ‘kebenaran adalah relatif tetapi Tuhan adalah mutlak’. Kebenaran
umpama jalan atau pintu masuk mengapai pencarian Tuhan. Setiap kebenaran memerlukan
pintu masuk yang benar untuk mengapai menemui Tuhan yang sebenar. Jika melalui pintu atau
jalan yang tidak benar, kita akan akan mensyirikkan Allah SWT. Kita tersesat dalam mencari
Tuhan, satu perbuatan yang sangat sia-sia.

‘kalau nak tahu kelazatan laksa, makanlah laksa. Jangan makan maggi kari’.

Sikap Berguru

Tradisi keilmuan Islam bersifat hormat-kritis. Sifat hormat-kritis ini cukup menarik dalam
menghilangkan rasa taksub dan jumud.

Dalam Islam, jika sumber ilmu kita betul dan benar yakni berhujah menggunakan wahyu,
kita boleh berbeza pendapat dengan orang lain yang mencedup pendapat lain daripada sumber
wahyu yang sama. Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila seorang hakim berhukuman, maka dia
berijtihad; sekiranya betul, baginya dua pahala. Sekiranya salah, baginya satu pahala’.

Kita sayang dan hormat ulama tetapi kita lebih menghormati dan sayangkan kebenaran
bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Justeru, kita melihat kehadiran banyak mazhab dalam
Islam yang berpunca daripada hujah al Quran, al Sunnah dan akal. Akal digunakan tidak boleh
mengatasi syariat kecuali dalam perkara umum yang tidak dinyatakan dalam syariat. Imam Shafie
berguru dengan Imam Malik, kemudian Imam Shafie mewujudkan mazhabnya sendiri. Bukanlah
bertujuan melawan pendapat gurunya, Imam Malik tetapi pendapat Imam Shafie digunakan
dalam suasana dan tempat yang berbeza dengan Imam Malik.

Tiada orang yang maksum kecuali Rasulullah SAW. Manusia lain kebarangkalian
melakukan kesalahan sangat besar disamping iman boleh berbolak-balik pagi dan petang.
Manusia dinilai pada keputusan, tindakan dan pemikiran semasa bukannya pada latarbelakang
masa lalu. Dan kita tidak mampu menghukum apa yang belum berlaku pada masa akan datang.

Cara mengkritik guru penuh beradab-cara yang betul, tidak emosional dan hujah-hujah
yang diselidik diyakini benar. Kita ambil ibrah daripada pesan Imam as Syafie, ‘siapa yang
menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang
menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu’.

Aku Ulama, Kamu Juga Ulama!

Jangan marah dan salahkan ulama jika diri kita sendiri tidak mahu menjadi ulama!. Mahu menjadi
ulama maksudnya kita mesti belajar dan terus belajar ilmu pengajian Islam. Semua orang layak
dan mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang ulama yang mempunyai tahap-tahap ilmu
tertentu. Ulama bukannya eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja. Dari segi ilmu, ulama

dengan orientalis adalah sama. Perkara yang membezakan kedua-dua kelompok ini ialah Islam,
iman dan taqwa.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama ada pelbagai peringkat. Penulis bersetuju
dengan pendapat beliau. Ulama ada pelbagai peringkat berdasarkan tahap ilmu, amalan dan
taqwa mereka. Sudah tentu seseorang yang mahu menjadi seorang ulama perlu memenuhi
syarat-syarat seorang ulama.

Kita perlu berusaha menjadi seorang ulama dalam erti kata yang sebenarnya. Ulama bukan
sahaja datang daripada lulusan bidang agama. Ulama datang daripada usaha orang beriman yang
belajar dengan gigih untuk meningkatkan ketaqwaan mereka dan mendekat diri mereka dengan
Allah dengan mempraktiskan Islam sebagai satu cara hidup. Justeru, kita kena lengkapkan diri
kita dengan syarat dan kelayakan asas seorang ulama;

1. Mesti menguasai bahasa Arab
2. Mesti mengetahui al Quran
3. Mesti mengetahui Sunnah
4. Mesti mengetahui Usul al Fiqh
5. Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diijma’
6. Perlu mengetahui Maqasid Syariah
7. Kesediaan fitrah untuk berijtihad
8. Adil dan bertaqwa

Penuhi syarat dan kelayakan di atas, baru kita mampu berijtihad tanpa bersandarkan para
ulama semasa. Syarat dan kelayakan di atas mampu dilakukan oleh semua manusia yang mahu
menguasai ilmu-ilmu Islam. Syarat dan kelayakan 1 hingga 6, mampu dimiliki oleh para orientalis
dan para munafik melalui usaha mereka yang rajin dan gigih. Kalau mereka mampu, kita sebagai
umat Islam sepatutnya malu dan berusaha mengatasi mereka.

Pentafsiran Agama Islam

Agama Islam bukan milik mutlak kelompok ulama atau sarjana Islam. Agama Islam milik semua
manusia khususnya Umat Islam. Agama Islam boleh ditafsir sesiapa jua dengan syarat-syarat
tertentu. Agama Islam boleh ditafsir oleh orang yang belajar agama tetapi tidak semestinya
lulusan bidang keagamaan. Antara syarat dan kelayakan asas orang yang boleh mentafsirkan
agama menurut Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradhawi ialah;

1. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu al Quran dan hadis yang
membolehkannya untuk mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya

2. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan segala ilmu berkaitan
dengannya.

3. Mempunyai pengetahuan dalam ilmu usul fiqh dan maqasid syariah.
4. Mengetahui fiqh, perselisihan para ulama dan kecenderungan mereka sehingga

terbentuknya suatu keupayaan dalam bidang fiqh dengannya, dia mampu mengeluarkan
hukum-hakam berbentuk praktikal melalui dalil-dalilnya yang mendalam.

Orientalis dan sarjana muslim seringkali menafsirkan agama walaupun kebanyakan pendapat
mereka mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja bukannya kehendak Allah SWT dan
RasulNya. Pentafsiran agama Islam mesti mengutamakan sumber al Quran dan al Sunnah.
Penerimaan al Quran dan al Sunnah WAJIB secara keseluruhan bukannya mengikut kepentingan
diri.

Dalam pentafsiran agama Islam dalam kehidupan, setiap muslim yang beriman perlu
berusaha untuk belajar agama Islam agar mencapai Darjat al Quran dan Darjat ‘Meneliti’ hujah.
Darjah al Quran mempraktiskan al Quran dalam kehidupan tanpa kompromi. Menurut ‘Ali Abdul
Halim Mahmud, Darjat Meneliti ialah ‘satu keupayaan untuk memahami hukum hakam dan dalil-
dalil syara’.

Setiap muslim yang belum mencapai darjat meneliti perlu mengikuti ijtihad imam
tertentu dalam kalangan ulama mujtahid dalam agama. Walau bagaimanapun, ia tidak memadai
kerana setiap muslim perlu berusaha untuk mempelajari agama Islam agar mengetahui dan
mengenali dalil-dalil pegangan para ulama tersebut agar ilmu yang kita yakini itu benar dan
datang daripada kesedaran kita sendiri. Bertaklid jangan sampai membawa kita ke neraka.
Justeru, pengilmuan Islam dalam diri itu penting dalam mencapai Darjat ‘Meneliti’ tersebut.

Dengan mencapai Darjat ‘Meneliti’ ini, semua orang adalah ulama yang ‘faqih’ dalam
bidang agama. Dan kita semua beruntung menjadi pewaris nabi. ‘Sesungguhnya orang alim itu,
diminta ampunkan baginya oleh sesiapa yang di bumi dan di langit sehingga di dalam air. Dan
kelebihan orang alim di atas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan di atas segala bintang-
bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi’ [ Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi]

Beruntungnya kita menjadi pewaris para nabi tetapi ia juga paling mudah membawa kita
terjerumus ke dalam neraka.

Mencari Wajah Islam Dalam Pengolakkan Pemikiran

“Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat dan rujukan
masih Qur’an dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah dengan rujukan pedoman asasi ini,
kita akur dan menerimanya”-[Anwar Ibrahim]

Kita seringkali terperangkap dalam menilai usaha seseorang yang mahu mengislah
masyarakat Islam. Para reformis/pengislah juga terperangkap dalam agenda pembaratan ketika
berusaha melakukan pengislahan dalam masyarakat. Semua ini berlaku kerana kita tidak mampu
membaca bisikan niat seseorang dan tidak mampu menilai keikhlasan hati seseorang. Justeru,
tepat sekali ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim [selepas ini Anwar Ibrahim], jadikanlah al Quran
dan al Sunnah sebagai HAKIM dalam menilai ucapan, pemikiran dan tindakan kita atau orang
yang dinilai. Pihak pengislah boleh dibahagikan kepada

1. Mereka berjuang Islam secara keseluruhan merangkumi bidang sosial, ekonomi dan
politik. Sumber rujukan mereka hanya Islam.

2. Mereka berjuang Islam melalui pendekatan Barat, sumber rujukan bercampur aduk
antara dalil wahyu dengan hujah pemikiran sarjana Barat dan Timur. Dalam banyak
keadaan hujah pemikir mendahului dan mengatasi dalil wahyu.

3. Mereka berjuang Islam mengikut salah satu pendekatan Islam tetapi menolak
pendekatan Islam yang lain. Mereka menolak politik Islam umpamanya.

4. Mereka menerima Islam sebagai agama sahaja bukannya cara hidup yang menyeluruh.
Mereka mahu Islam mengikut kehendak mereka.

Perjuangan Islam secara keseluruhan, dalil merujuk kepada sumber ilmu Islam iaitu al Quran
dan al Sunnah, menggunakan wasilah Islam; ‘Untuk Islam, Dari Islam, Oleh Islam’.

Dalam menilai agen pembaratan, kita boleh melihat dalam persoalan;

1. Ucapan, tindakan dan buah pemikiran seseorang tokoh atau organisasi
2. Latarbelakang individu atau tokoh penggerak organisasi termasuk biasiswa, dan jalur

pendidikan.
3. Siapa penyumbang DANA untuk individu atau organisasi tersebut
4. Jaringan persahabatan tokoh atau organisasi.
5. Gagasan pemikiran yang seringkali mereka utarakan.

Anwar Ibrahim sendiri dilihat terperangkap dalam pemikiran liberalisme dan pluralisme
dalam usaha beliau mengislahkan agama Islam dan mendekatkan Umat Islam dengan Barat.
Beliau dilihat mahu Islam kelihatan terbuka-moderat dan toleransi-pluraliti.

Anwar Ibrahim cuba membawa gagasan masyarakat Madani dalam ucapan beliau di Festival
Istiqlal, Jakarta pada tahun 1995. Gagasan masyarakat madani disokong oleh ramai sarjana

termasuk Syed Muhammad Naquib al Attas yang turut menyumbangkan gagasan pemikirannya
untuk menjayakan gagasan Masyarakat Madani. Menariknya, gagasan ini seakan mendunia
dimana Azyumardi Azra dan Nurcolish Majid menjadi penggerak utama di Indonesia. Pada waktu
yang sama, di Barat gagasan masyarakat sivil sangat terkenal dan popular. Pada tahun 1996, buku
Gelombang Kebangkitan Asia diterbitkan. Buku ini kelihatan dipenuhi gagasan idea liberalisme
dan ‘rojak’ pemikiran sehingga hilang keasliannya berbanding artikel-artikel dalam buku
Masyarakat Madani.

Terpalit dengan kontroversi Pluralisme Islam John Hicks dimana Anwar Ibrahim berucap di
London School of Economics pada 18 Mac 2010 dengan ucapan ‘....bahawa golongan-golongan
agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu sahaja yang membawa ke jalan
keselamatan, syurga. Pandangan yang esklusif, tertutup ini, sayangnya tersebar secara meluas
dalam hubungan antara agama.’ Ucapan ini dikatakan mempunyai ciri-ciri pluralisme, John Hick.
Sesetengah ilmuwan pro Anwar Ibrahim, ini bukan pluralisme agama tetapi pluraliti. Ucapan ini
telah merenggang hubungan antara otai-otai ABIM.

Muslim Moderat atau Islamis Demokrat dilaungkan oleh kelompok Islam yang moderat dan
liberal. Ia juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca Islamisme. Salah satu terma
pemikiran Muslim Moderat ialah maqasid syariah, demokrasi Sivil Islam dan masyarakat sivil-
madani. Menariknya, RAND Corporation menggunakan istilah yang sama iaitu ‘Moderate
Muslim’ dalam Buku perancangan “Building Moderate Muslim Networks” (Pembinaan Rangkaian
Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan penghargaan buku ini, pihak RAND Corporation
merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil
Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah Eksekutif Pusat Islam
dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ahmad Syafii Maarif, mantan Ketua Umum
Muhammadiyyah, Rizal Sukma, Abdul Mu’ti, M. Syafi’i Anwar, dan Anwar Ibrahim, bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder dan
Charles Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago, sebuah kubu kuat
orientalis dan sahabat Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal bangkit di Alam Melayu apabila
Nucholish Madjid (anak murid Fazlur Rahman), Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad
Wahib dan Abdul Rahman Wahib telah mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan
lulusan agama dengan gagasan ini. Impak besarnya, gagasan Islam Liberal popular di Indonesia
setelah munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil Abshar Abdalla pada tahun 2001.
Ulil Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri, pemimpin yang berpengaruh dalam
Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan [sangat digemari oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam
banyak ucapan beliau] yang terkemuka pernah kontroversi apabila membela penyanyi dangdut
dengan lukisannya ‘Zikir bersama Inul’.

Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama diadakan di
One World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang menyatakan “Dalam
konteks ketidakpuasan hati orang ramai terhadap pengurusan ekonomi yang menyebabkan En-
Nahdah tewas dalam pilihanraya baru-baru ini”. Maszlee Malik, pensyarah merangkap pimpinan
JIM-IKRAM (dulu dikenali sebagai IRC) mengomentari, “Masa depan tidak bersama Islam politik,
tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di
negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya,” dan beliau mengatakan lagi “Masa depan adalah
bersama masyarakat terbuka (open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh
hidup secara eksklusif,”.

Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat
Muslim di Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia; Institut Kajian
Dasar, Malaysia; SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun. Di Indonesia, Nahdatul
Ulama juga mendukung Muslim Moderat. Bersama Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan
Abdullah Gul, Anwar Ibrahim dikatakan antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.

Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba memasuki
gerakan Islam di seluruh dunia. Dalam PAS, mantan pimpinan PAS dari IRC [kini pimpinan parti
AMANAH], Dr Dzulkefly Ahmad didakwa pernah berkata, “Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis
Demokrat,”. Antara sebab gagasan ini ditolak;

1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak konsep jihad.
2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud
3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian semula ciri-ciri

Islam mengikut kehendak Barat.
4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan agenda Barat.
5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim adalah hanyalah

perang idea atau pemikiran.
6. Menolak konsep Negara Islam.
7. Islam yang Rahmatan lil’aalmiin telah menjadikan Islam yang dipermudahkan amalannya.

Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa Bisri, ‘Dunia
yang kemudian bertanya-tanya tentang Islam yang rahmatan lil’aalmiin, Islam yang ramah,
damai, dan teduh pun mendapatkan jawaban dari perilaku keislaman kita yang di Nusantara ini.
Maka kalau ‘Islam kita’–Islam yang kita jalani di Nusantara ini. Manakala di Malaysia digerakkan
gagasan Fiqh Malaysia dan Negara Rahmah. Gagasan Fiqh Malaysia bukanlah sesuatu yang baru
di Malaysia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menggagaskan konsep Manhaj Malizi
dimana pendekatan dakwah dilakukan dalam iklim setempat, non partisan. ABIM juga pernah
mengutarakan konsep partner in nation building (rakan dalam pembinaan negara). Manakala
Mahmood Zuhdi memperkenalkan konsep Fiqh Nusantara. Konsep-konsep ini dirumuskan
bahawa, Islam yang dibawa perlu mengikuti kebudayaan tempatan selagi tidak melanggar
syariat. Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak membawa kekeliruan dalam kalangan
orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari yang menunjukkan kemajuan. Adakah
selama ini kita menganuti Islam yang mundur?. Istilah sebegini juga mempunyai motif politik dan

agenda tertentu daripada pihak bertentangan. Ia dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan
Islam oleh Umar Tilmisani, Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin.

Menurut Ulil Abshar Abdalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi
dalam kalangan Islamis ialah;

1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa

yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis

memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi. (tambahan)

Kemaraan Ideologi Barat Dalam Institusi Islam dan Negara

‘Mereka [Orientalis] mempelajari Islam bukan untuk mencari kebenaran, melainkan untuk ilmu
saja dan merosakkan kamu.’

Penyelusupan kader-kader sekularis-pluralis-liberalis (SEPILIS) ke dalam organisasi, institusi dan
parti politik berlaku secara berleluasa di Indonesia. Ia bukan sekitar kemunculan Jaringan Islam
Liberal [JIL], ia bermula jauh daripada itu apabila Menteri Agama Republik Indonesia dipegang
oleh Mukti Ali. Mukti Ali mengubah IAIN-IAIN menjadi markaz SEPILIS. Antara alat penyebaran
SEPILIS di IAIN melalui buku tulisan Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya
diterbit pada tahun 1975 yang telah menjadi bacaan wajib di IAIN.

Mukti Ali adalah mentor kepada Lingkaran Diskusi Limited Group yang disertai oleh
sekelompok anak muda berbakat, intelektualisme dan progresif. Antara yang seringkali hadir

dalam lingkaran diskusi ini ialah Nurcholish Madjid (lulusan sastera arab, tokoh HMI), Dawam
Rahardjo, Ahmad Wahib94, Amidhan (aktivis HMI, lulusan agama), Wassil (jurutera lulusan ITB),
Usep Fathuddien, Utomo Danandjaja dan Djohan Effendi.

Nurcholish Majid atau Cak Nur, tokoh besar yang aspiratif kepada para pendokong SEPILIS
kalangan anak muda. Tokoh ini adalah tokoh terkemuka yang dilihat sebagai Pak Natsir Muda
atau Buya Hamka Muda menunjukkan beliau adalah pemimpin harapan-impian masa depan
Indonesia. Tokoh besar dalam gerakan belia-mahasiswa Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam
(HMI). Beliau mempunyai keupayaan hebat dalam intelektualisme dan mempunyai jaringan
pengaruh besar peringkat antarabangsa dan tempatan. Pengasas Universiti Paramadina. Dua
kegemparan yang pernah diciptanya iaitu ‘mengajak ke arah sekularisme’ dan ‘Islam Yes, Partai
Islam No’. Pemikiran beliau banyak dipengaruh oleh Fazlur Rahman dan Leonard Binder95,
pemikir-pensyarah Universiti Chicago. Kebanyakan kajian beliau didanai oleh Ford Foundation.

Dalam Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak pantas
menguasai tampuk kepimpinan. Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur adalah leluhur pengasas NU,
KH Hasyim Asyari. Gur Dur menyokong kuat kelompok muda SEPILIS dalam NU pimpinan Ulil
Abshar Abdalla. Pemimpin Jaringan Islam Liberal ini memimpin kumpulan Intelektual Muda Nu,
Lakesdam-NU.

Dalam Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak dalam kelompok mudanya dan
disenangi oleh kelompok pimpinannya. Ketua Umum Muhammadiyyah ke 13, Ahmad Syafi’i
Ma’arif bersikap lunak kepada kelompok SEPILIS dalam Muhammadiyyah. Kelompok anak muda
Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyyah memperjuangkan gagasan SEPILIS dalam
Muhammadiyyah.

94 Seorang tokoh anak muda yang digemari oleh anak muda jiwa pemberontak. Nurcholish Majid atau Cak Nur
seakan-akan membawa aspirasi Ahmad Wahib dalam perjuangan beliau. Ini hanya penelitian penulis berkaitan
pendekatan dan pemikiran Cak Nur.
95 Pengasas Islam Liberal melalui bukunya Islamic Liberalism. Pengasas Islam Liberal yang lain ialah Charles
Kurzman.

Tahun 2015 kemuncak kepada keberkesanan penyusupan kelompok SEPILIS ke dalam
organisasi Islam apabila NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh kelompok pro SEPILIS manakala
PKS dipimpin oleh mantan pensyarah Paramadina, kubu kuat kelompok SEPILIS. KH Dr Said Agil
Siraj bersama ulama pro konsep Islam Nusantara telah menguasai NU dimana beliau sendiri telah
dilantik sebagai Ketua Umum NU dalam Muktamar NU ke 33. Dr Haedar Nashir telah dilantik
sebagai Ketua Umum Muhammadiyyah dalam Muktamar Muhammadiyyah ke 47. Komentar Ulil
Abshar Abdalla dalam twitternya bertarikh 6 Ogos 2015 cukup menarik, ‘NU dan
Muhammadiyyah dipimpin oleh Dr Said Aqil Siradj dan Dr Haedar Nasher. Dua figur yang
berwawasan pluralis.Melegakan!’

Cuma Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) masih tidak menunjukkan pengaruh
SEPILIS secara terbuka dalam PKS. Presiden PKS, Muhammad Sohibul Iman adalah mantan Rektor
Universiti Paramadina yang dikenali sebagai kubu intelektual SEPILIS dan Syiah di Indonesia. Ia
diasaskan oleh Nucholish Majid, tokoh besar dan idola anak muda SEPILIS Indonesia.

Pada awal tahun 2016, Nasaruddin Umar, salah seorang pemikir kelompok SEPILIS telah
dilantik sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal. Nasaruddin Umar pernah menjadi staf di Universiti
Paramadina.

Pelik bukan, kenapa tokoh-tokoh mazhab SEPILIS dari Universiti Paramadina sangat laku
keras untuk menduduki tampuk kepimpinan institusi atau organisasi utama yang berpengaruh di
Indonesia pada hari ini?. Siapakah yang mengaturkannya?.

Kajian Kes di Malaysia

Kita tidak menafikan jasa, pengorbanan, bakti, amalan, kehebatan, iman dan pendirian seseorang
dan gerakan Islam di Malaysia dalam menegakkan Islam dengan pendekatan masing-masing. Kita
hormati dan mengasihi mereka. Punbegitu kita, dalam perihal yang merugikan Umat Islam dan
menggugat kesejahteraan rakyat, kita akan bantah dan kritik.


Click to View FlipBook Version