The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-25 09:22:17

Menemui Cinta di Taman Perbukuan

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Keywords: falsafah

Antara elemen yang dapat dilihat dalam pemikiran, penulisan dan gerak kerja mereka ialah

1. Penerimaan pemikiran Barat sebagai dalil dan cara berfikir dalam bertindak [worldview
dan framework] berdasarkan pandangan alam dan kerangka pemikiran Barat.

2. Perjuangan yang bercampur aduk antara Islam dan kemungkaran yang akhirnya
didominasi oleh pemikiran manusia bukannya kefahaman Islam.

3. Dana yang diterima dalam bentuk geran, biasiswa dan tajaan menyemai hutang budi
kalangan orang Islam kepada pendana dari Barat.

4. Penyusupan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan dan NGO Islam. Anak tokoh
tertentu termasuk anak pimpinan negara juga terbabit dengan kelompok SEPILIS.

Peringkat awal SEPILIS dikembangkan oleh ahli politik. Kemudian oleh pertubuhan seperti
Sister In Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam Malaysia, ALIRAN dan
Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM). Pada zaman gajet dan media sosial, kumpulan seperti
Seksualiti Merdeka dan Malaysian Interfaith Network (MIN) telah berani menonjolkan diri di arus
perdana. Mereka cuba mencabar agama Islam dalam pelbagai kes dan isu seperti Kalimah Nama
Allah dan Suruhanjaya Antara Agama – Agama (IFC).

Kelompok LGBT menganjurkan parti atau program mereka secara rahsia. Selepas PRU12 iaitu
pada Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka melalui penganjuran
Seksualiti Merdeka. Ia diasaskan oleh seorang penggiat seni, Pang Khee Teik dan seorang
penyanyi yang juga penulis lagu, Jerome Kugan pada 2008. Festival Seksualiti Merdeka kedua
dirasmikan oleh Marina Mahathir pada tahun 2009. Pada tahun 2011, festival Seksualiti Merdeka
dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Ia
sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk
Ambiga Sreenevasan tetapi program ini dibatalkan oleh Polis.

COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan NGO-NGO
Hak Asasi Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Kajian ini dilakukan setiap 4
tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji
dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun
2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses
Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12
daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan. [Wikipedia]

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama telah disokong oleh JIM tetapi
ditentang oleh ABIM. Hujah Presiden JIM, Zaid Kamarudin ialah "Ia sebagai platform yang baik
untuk membincangkan isu-isu Islam dan (masalah) yang berkaitan agama’. Timbalan Presiden
ABIM, Amidi Abdul Manan berkata. ‘Apa yang berbeza (dengan IFC) pun kita tidak tahu’.

Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara menyatakan beliau pertama ditawarkan
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Agama tetapi beliau menolak atas sebab:

1. Khuatir jawatankuasa itu akan menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin agama selain
daripada agama Islam untuk menyoal hal-hal berhubung dengan ajaran dan amalan
agama Islam sedangkan orang Islam tidak pernah menyoal ajaran dan amalan agama
mereka.

2. Saya juga khuatir jika saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan
mereka yang senantiasa mencari peluang untuk melakukannnya.

3. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada agama Islam.

Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). Daripada komposisi nama-nama mereka pun kita
tahu siapa mereka , kecenderungan mereka, malah apa yang mereka perjuangkan. Pengerusi
dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah
Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang
pemimpin PAS ya dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa
Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau
tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan
draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
[Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara]

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo96 (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi
Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-
tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang
membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar
Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak
peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Campurtangan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan. Majlis Peguam telah
menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana
Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid
Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut
draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa
yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu,

96 Pengiat Kebudayaan Melayu Tradisional.

majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang
akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-
Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang
undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-
peguam dikeluarkan. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Kubu kuat kelompok SEPILIS di Malaysia ialah dalam Majlis Peguam Malaysia. Mereka
telah menyusup masuk ke dalam institusi kerajaan, parti kerajaan dan parti pembangkang.
Walaupun wadah mereka berbeza tetapi perjuangan dan pemikiran mereka sama. Antara yang
terkenal sebagai pimpinan pembangkang ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Malik Imtiyaz, Haris
Ibrahim, Edmund Bon, Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim.

Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) antara pertubuhan SEPILIS yang berpengaruh.
Terkini (2016), jawatan Pengerusi dipegang oleh Ambiga. HAKAM melahirkan ramai ahli politik
pro SEPILIS, antaranya Elizebeth Wong dan Tian Chua. Kebanyakan mereka berkampung dalam
PKR. HAKAM didaftarkan pada tahun 1989 atas permohonan Perdana Menteri Malaysia Ketiga,
Tun Husein Onn yang kemudiannya dilantik pengerusi pro-tem ke-2 HAKAM mengantikan Tunku
Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia atau ringkasnya Negara-ku.
Negara-Ku digerakkan oleh Dato Ambiga, Sasterawan Negara Dato A. Samad Said dan Zaid
Kamarudin. Zaid Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi Negara-Ku adalah mantan Presiden
Jemaah Islah Malaysia dan Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ketika itu.
Antara intisari perjuangan Negara-Ku ialah

1. Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif dengan
menolak semua jenis ketaksuban dan kebencian, serta melawan diskriminasi dan
ketidakadilan.

2. Ditubuhkan atas keyakinan bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik
berasaskan perkauman dan kekelompokan yang tanpa henti menggugat proses
pembinaan sebuah negara yang inklusif serta mengganggu proses pembentukan jatidiri
Bangsa Malaysia.

Parti politik seperti PKR97 dan DAP telah menjadi markas bagi kelompok SEPILIS. Organisasi-
NGO seperti Penang Institute, SUARAM, SIRD, ALIRAN, TENAGANITA, BERSIH, IKD98, LENSA, IRF
dan lain-lain perlu diselidik dari mana dana dan pembiayaan mereka perolehi. Begitu juga dana
yang diperolehi oleh media seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Pada 27 April 2014, 10 wakil organisasi Malaysia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat
(AS). Antara organisasi itu adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters
In Islam (SIS), HAKAM (Datuk Ambiga Sreenevasan) wakil Bersih 2.0, Empower dan tenaganita.

Pada Disember 2015, sekali lagi Barack Obama datang ke Malaysia, kali ini dia menemui
beberapa pemimpin NGO seperti Maria Chin [BERSIH 2.0], Dato Ambiga dan Cynthia Gabriel,
Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).

Jika kita memerhati pergerakan SEPILIS di Malaysia, NGO-NGO mereka kurang bersuara
selantang dahulu. SIS yang cukup lantang ketika dahulu lebih banyak melakukan aktiviti secara
senyap. Mereka lebih kepada strategi dua lapis yakni menyalurkan pimpinan mereka ke kancah
politik sama ada melalui DAP dan PKR atau proksi politik seperti BERSIH. Mereka juga
mengadakan pengkaderan dan menaja pengkaderan yang pro SEPILIS.

97 Parti Keadilan Rakyat [PKR] adalah lubuk kepada para SEPILIS. Pelbagai tokoh NGO telah menyertai PKR. Gagasan
pemikiran yang selama ini diteorikan mula dipraktiskan melalui wadah PKR.
98 Institut Kajian Dasar [IKD] sebuah badan pemikir Dato Seri Anwar Ibrahim. Sejak awal penubuhan dipengaruhi oleh
kelompok ABIM kemudian dipengaruhi oleh kelompok liberal di bawah Khalif Jaafar yang mempopularkan Islam
Tanwiri [Liberalisme dan pluralism]. IKD didanai oleh Konrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah pertubuhan
antarabangsa yang berasal dari negara Jerman. IKD pernah mewujudkan Sekolah Politik IKD yang melahirkan tokoh
pimpinan muda PKR seperti YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi. Kelompok ini dilihat sangat berpengaruh dalam
PKR terutamanya kelompok YAB Dato Seri Azmin Ali.

Sekelompok elitis dalam kalangan SEPILIS telah menjadi pendesak kepada kerajaan.

Antaranya PAGE yang berjuang memartabatkan Bahasa Inggeris99 dan G25100 yang mengiat

mendesak kerajaan mengubah polisi-polisi dan isu tertentu termasuk penubuhan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].

Masyarakat Islam

Perosak atau pendajal negara adalah pemimpin, ahli perniagaan dan ilmuwan palsu. Untuk

pembinaan dalaman sebuah masyarakat Islam, elemen yang perlu ditanam dan dibangunkan ke

dalam masyarakat iaitu demokratis, keadilan sosial, menghapuskan penderitaan rakyat,

menegakkan prinsip perlembagaan, merangsang kehidupan akliah dan budaya. Anwar Ibrahim

menyatakan sifat yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat madani;

99 Bahasa adalah pengungkapan pemikiran atau alat berfikir atau wasilah penyampaian maklumat. Ia dapat
mempengaruhi pemikiran seseorang pengguna.
100 Barisan G25
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, former secretary-general, Home Ministry
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, former secretary-general, Ministry of Foreign Affairs
3. Tan Sri Dr Aris Othman, former secretary-general, Ministry of Finance
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, former director-general, Health Ministry
5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former secretary-general, Ministry of Finance
6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, former director-general, Veterinary Services
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, former secretary-general, Ministry of Energy, Communications and Multimedia
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, cardiothoracic surgeon and core founder, National Heart Institute
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, former Court of Appeal judge
10. Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, former ambassador
11. Datuk Anwar Fazal, former senior regional adviser, United Nations Development Programme
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, former ambassador
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, former ambassador
14. Datuk Faridah Khalid, representative of Women’s Voice
15. Datuk Latifah Merican Cheong, former assistant governor, Bank Negara
16. Lt-Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin
17. Datuk Noor Farida Ariffin, former ambassador
18. Datuk Ranita Hussein, former Suhakam commissioner
19. Datuk Redzuan Kushairi, former ambassador
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, former deputy vice-chancellor, Universiti Sains Malaysia
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, former ambassador
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, former director-general, Malaysian Timber Industry Board
23. Datuk Zainuddin Bahari, former deputy secretary-general, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and
Consumerism
24. Datin Halimah Mohd Said, former lecturer, Universiti Malaya and president, Association of Voices of Peace,
Conscience and Reason (PCORE)
25. Hendon Mohamad, past president, Malaysian Bar

1. Sikap kesederhanaan dan pragmatis
2. Tidak gopoh dan bernafsu besar
3. Demokratik
4. Membasmi kemiskinan dan kemelaratan
5. Pengagihan hasil ekonomi secara saksama

Anwar Ibrahim juga menegaskan prinsip kesalingan dimana pemerintah menunaikan amanah
dan memenuhi aspirasi rakyat sementara itu rakyat memberi sokongan terhadap usaha
pemerintah untuk menjayakan reformasi ekonomi dan sosial.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Madinah menunjukkan satu tempat dimana telah
wujud kefahaman yang tinggi.Daripada perkataan Madinah, terbitnya perkataan tamaddun iaitu
tempat dimana masyarakatnya telah mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana ada
tatasusila, hukum dan undang-undang dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga
mempunyai hikmah yang mampu melaksanakan keadilan. Perkataan Madinah diterbitkan
daripada perkataan DIN iaitu agama.

Syed Muhammad Naquib al Attas, kewujudan masyarakat Islam lebih kepada untuk
meningkatkan darjah kemanusiaan dimana antara ciri penting dalam masyarakat Islam terletak
kepada individu itu sendiri iaitu

1. Mencapai Saadah [kebahagiaan] adalah tujuan hidup. Bahagia atau sejahtera tidak
terletak kepada emosi dan jasmani semata-mata tetapi yang sebenarnya ia terletak pada
satu keyakinan yakni kesedaran tentang kebenaran.

2. Kewibawaan berdasarkan ilmu
3. Mewujudkan suasana keadilan
4. Muhibbah bukannya toleransi. Toleransi bermaksud bersabar atas kesilapan orang orang

lain. Muhibbah, akar katanya hubb iaitu kasih. Muhibbah ada unsur kasih dan sayang.

5. Tanggungjawab

Parti pembangkang dan parti pemerintah seharus mengurangkan atau menghapuskan
budaya politik sepanjang masa. Parti pembangkang yang telah tewas dalam pilihanraya
sewajarnya menjadi penasihat dan rakan dalam pembinaan negara. Wakil-wakil parti
pembangkang dilantik dalam badan-badan pemantau dan badan perundingan untuk
menstabilkan politik dan membangunkan ekonomi dan sosial.

Masalah Kefahaman dan Pengamalan Rakyat Jelata

Kejahilan rakyat jelata berpunca daripada pendidikan dan kegagalan pemimpin dan ilmuwan
menjadi contoh tauladan dan memimpin mereka ke arah kebenaran. Jika kepala [pemikiran]
perompak-pendajal, tubuh badan juga akan menjadi perompak-pendajal.

Masalah utama kefahaman dan pengalaman rakyat jelata ialah

1. Kefahaman mereka terhadap Islam
2. Sikap mereka
3. Materialistik
4. Individualistik
5. Perkara lagha atau lalai seperti hiburan
6. Amalan beragama mereka

Rakyat Melayu-Islam Dalam Dilema

Suka atau tidak, Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang dimitoskan atau dipertahyulkan
bahawasanya beliau hanya satu-satunya dapat mengantikan kepimpinan negara yang sedia ada,
menyatukan semua pihak penentang rejim dan berupaya menumbangkan rejim pemerintah yang

mendajalkan rakyat dan negara pada hari ini [2016]. Kelompok Islam cukup risau kemaraan
Anwar Ibrahim yang dilihat dekat dengan kelompok SEPILIS.

Antara kemaraan SEPILIS dan Pendajal Negara, rakyat beragama Islam mengalami dilema
memilih parti yang bakal memerintah negara. Penderitaan rakyat pada hari ini memberi peluang
cerah dalam menumbangkan rejim. Tetapi ketakutan paling besar ialah keluar mulut harimau
masuk pula ke dalam mulut buaya.

Kesimpulan

‘Katakan TIDAK kepada SEPILIS’.

SEPILIS suatu faham yang boleh mempengaruhi worldview dan framework pemikiran kita dalam
memahami dan bertindak terhadap isu atau perkara yang didepani. Memahami dan bertindak
tanpa celupan Islam bermakna Islam bukan TUNJANG utama pemikiran dan tindakan kita.

SEPILIS adalah satu proses pembaratan yang menghilangkan Tuhan dan Islam sebagai
Addin dalam Alam Fikir kita oleh kelompok SEPILIS dengan pelbagai cara. Akal dan nafsu manusia
yang terkandung dalam faham SEPILIS menghakis kefahaman dan pengamalan beragama kita.
Sekaligus mengecilkan peranan Tuhan dalam kehidupan.

Bab 10
REHLAH BAKAL ULAMA DI TAMAN PERBUKUAN
‘Permulaan perjalanan dinamakan fitrah. Akhir perjalanan dinamai Islam. Fitrah, mereka
senantiasa mencari hubungan dengan Yang Menjadikannya; sampai dia berjumpa, sampai dia
menyerah [Islam]’ – Buya Hamka, Falsafah Ketuhanan.

Manusia tidak puas mencari identiti diri melalui pengembaraan spritual dan pengalaman
hidup mereka. Mereka mengembara mengeliling dunia untuk mencari ‘apa’, ‘bila’, ‘bagaimana’,
‘kenapa-mengapa’ dan ‘siapa’. Mereka belajar sampai ke peringkat tertinggi-PhD untuk mencari
‘apa’ dan ‘mengapa-kenapa’. Pencarian memerlukan titik akhir untuk berhenti membuat
keputusan iaitu tunduk dan menyerah kepada Allah, Tuhan Yang Hak melalui Islam yang
bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Manusia memerlukan Tuhan. Jika mereka tidak bertuhan, mereka akan mempertuhankan
diri mereka sendiri yakni mengikuti kehendak akal-nafsu mereka sendiri. Fitrahnya manusia tidak
boleh menjadi Tuhan kerana diri mereka penuh keraguan, kelemahan-sakit dan mati,
pertimbangan tidak selaras-pragmatik, mengikut sesuka hati dan berdasarkan kefahaman
sendiri. Manusia menjadi Tuhan diibarat cerita mitos Yunani-Greek, cerita para Dewa mereka
yang hidup sebagaimana manusia di bumi –ada konflik, percintaan dan lain-lain. Oleh itu mereka
perlu mencari tuhan sama ada mencari Tuhan yang baru atau Tuhan yang dibakai dan dipusakai
oleh ibubapa mereka kepada mereka. Mencari Tuhan sewajarnya dengan ilmu dan berdasarkan
sumber ilmu yang benar dan jelas.

Pencarian Tuhan melalui ilmu mengambil masa yang panjang, maka bersabarlah. Penulis
mencadangkan pengkajian al Quran yang mempunyai rahsia ketuhanan perlu dilakukan. TIADA
TUHAN SELAIN ALLAH adalah kunci utama untuk seseorang manusia bertemu Tuhan Yang Hak
dengan secepat mungkin. [Surah al Hashr: 22. Surah al Baqarah: 255. Surah al An’am: 59. Surah
al Mulk: 2-3. Surah al Fatihah: 1-7. Surah al Ikhlas: 1-4. Surah Luqman: 29-30].

Menzalimi Diri Sendiri

Manusia gagal memahami faham keadilan yang sebenar sehingga menyebabkan mereka
menzalimi diri mereka sendiri. Mereka terlalu sombong, buruk sangka, dengki, angkuh dan ego
untuk menerima ilmu yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana sombong, angkuh dan
egonya Iblis untuk tunduk kepada Adam. Iblis tahu kebenaran tetapi sifat mazmumah menguasai
dirinya sehingga menolak perintah Allah.

Kebudayaan Barat melihat keadilan menjadi dasar akhlak dan budipekerti berpunca
daripada negara dan masyarakat. Syed Muhammad Naquib al Attas menyatakan, bagi Islam,
keadilan yang pertama sekali berpunca pada diri sendiri: seseorang melakukan keadilan atau
kezaliman terhadap diri mereka sendiri.

Faham keadilan dalam diri seseorang berpunca daripada ayat Surah al A’raf: ayat 172
dimana berlakunya Perjanjian Fitrah [Sayyid Qutb] atau Perjanjian Asali [al Attas] atau seringkali
diperbincangkan dalam Tauhid Rububiyyah. Seorang manusia telah mengangkat saksi sebelum
dizahirkan101 sebagai insan agar terikat dan akur dengan Perjanjian Fitrah di alam ghaib tersebut.
Jika seseorang manusia mungkir janji perjanjian di Alam Roh tersebut, ini bermakna manusia
tersebut menzalimi diri sendiri.

Manusia pertama mengunakan perkataan ‘zalim’ ialah Nabi Adam AS dan Siti Hawa.
Mereka telah menzalimi diri mereka sendiri [Surah al A’raf: 23]. Pengikut-pengikut Nabi-Rasul
terdahulu juga ramai menzalimi diri [Surah al Baqarah: 54] apabila ingkar arahan Allah SWT.

Al Quran menyifatkan orang jahat, kafir dan salah sebagai orang yang zalim terhadap diri
sendiri. Manakala orang yang benar dan baik yang beriman ialah orang yang adil terhadap
dirinya.

101 Allah SWT mencipta manusia dengan fitrah mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT. Fitrah manusia sudah
mentauhidkan Allah.

Manusia Memerlukan Keyakinan

Manusia mempunyai sifat keraguan, kesangsian dan suka mencipta persepsi terutamanya
dalam persoalan ketuhanan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan tetapi hati mereka masih
tidak tenang sebagaimana diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS, ‘Ya (aku percaya) akan tetapi agar
hatiku menjadi tenang’[Surah al Baqarah: 260].

Kalimah Syahadah dan Solat

Kita mesti kembali menyakini Islam melalui kalimah syahadah TIADA TUHAN SELAIN
ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

Ilmu tauhid dan solat merupakan dua perkara yang paling adipenting dalam kehidupan.
Dua perkara ini adalah tunjang pengabdian kepada Allah SWT.

Sehebat atau seagung mana kita tetapi tidak mengenali dan mendekati Allah serta tidak
solat menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia dan tidak berguna. Dua perkara ini adalah hakikat
tauhid yang perlu kita ada dalam mendepani dunia pada hari ini.

Menurut Sayyid Qutb, hakikat tauhid terbahagi dua iaitu dalam diri [iman] dan luaran iaitu
perundangan Islam yang membentuk suasana tauhidik dalam masyarakat dan negara. Tauhid
membersih jiwa daripada sifat keraguan dengan menambahkan darjah keyakinan bertuhan dan
memperelokkan akhlak. Manakala negara dan pemerintah Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa
fungsi negara ialah mencipta suasana tauhid melalui pelbagai pendekatan termasuk kewujudan
perundangan Islam.

Niat Yang Lurus dan Benar

Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap orang memperolehi sesuatu perkara atau
kehendak mereka mengikut apa yang ia niatkan.

Ulama menyatakan niat sebahagian daripada ibadat yang kita lakukan.

Niat perlu menghasilkan tujuan yang baik bukannya batil. Luruskan niat kita dalam setiap
perkara.

Niat yang baik tidak menjamin kesempurnaan sesuatu amalan jika dilakukan dalam
kejahilan atau tanpa ilmu yang benar daripada Allah dan Rasul-Nya. Justeru, penambahan dan
pencarian ilmu yang benar itu adalah tugas hakiki seseorang manusia selain beramal dengan
ilmu tersebut.

Kejernihan Pandangan Alam Dan Lampu Tanzil

‘Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat (buat selama-
lamanya) selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al Quran dan Sunnah Rasul-
Nya’ [Riwayat Muwatta’ Imam Malik]

Tanpa Lampu Tanzil para Rasul, kita akan gagal mengenal Allah, kita hilang keyakinan dan
menambah keraguan dan kekeliruan. Wan Mohd Nor Wan Daud menyatakan, ‘tanzil menyinari
Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan’ dalam mengenal Allah.

Sebagamana solat, setiap aspek kehidupan manusia mesti dimulai dengan kalimah Allah
dan diakhiri dengan kalimah Allah. Dengan Allah, caranya ialah mengikut al Quran dan Rasul-Nya.

Al Quran ditanzilkan untuk menyinari kehidupan manusia yang penuh keraguan dalam
bertuhan. Dengan al Quran dan Rasul-Nya, barulah kita dapat mengenal Allah.

Pemahaman terhadap al Quran dilakukan secara holistik bukannya selektif berdasarkan
kepentingan dan pandangan yang menyokong hujah kita sahaja. Al Quran perlu diterima tanpa
sedikitpun penolakkan terhadapnya.

Bertegas Bab Aqidah

Aqidah-tauhid-usuludin merupakan ilmu yang wajib dilumati oleh setiap penganut agama Islam
yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Maaf, tiada kompromi bab aqidah.

Tokku Paloh mentakrifkan tauhid, ‘makna tauhid itu, kita mengi’tiqadkan ke-Esa-an Allah
SWT pada zat-Nya dan pada sifat-Nya dan pada af’al-Nya akan sebagai i’tiqad yang jazam
(teguh) sekira kira tiada diihtimalkan(dikandungi) syak dan waham dan zhan’102

Tauhid sangat berkaitan dengan darjah keimanan atau keyakinan seseorang muslim.
Keyakinan kita tidak cukup dengan lafaz tetapi wajib ditusuk kemas ke dalam hati dan diamalkan
melalui perlakuan serta penolakkan segala buah pemikiran manusia yang bertentangan dengan
Islam.

Memahami Islam

Semua orang Islam perlu memahami103:

1. Bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap merangkumi seluruh kehidupan manusia,
aqidah dan syariah, agama dan negara. Justeru, kita perlu bersedia membetulkan aqidah,
ibadah, akhlak dan semua perkara agar selaras dengan kehendak al Quran dan al Sunnah.

2. Umat Islam hendaklah memahami al Quran, al Sunnah, al-ijma’ dan al Qias yang
merupakan sumber rujukan Islam. Setiap pendapat dan pandangan yang bertentangan
dengan sumber-sumber (khususnya al Quran) perlu dibatalkan dan tidak perlu dipatuhi.

3. Pendapat seseorang pemimpin (termasuk ulamak) yang tidak berlawanan dengan
sumber-sumber ini perlu dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat
sendiri.

4. Perselisihan pendapat dan pandangan dalam masalah cabang atau furu’ adalah boleh dan
tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang tidak mampu dan tidak mencapai martabat membuat

102 Tokku Paloh, Ma’arif al Lahfan ila Haqa’iq al-Irfan dlm. Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
103 Harun Taib, Fiqhul Amal Islam, dlm. Manhaj Daurah Tadribiyyah, KT: LTP PAS Terengganu, 2010.

ijtihad, boleh mengikut pandangan ulama-ulama muktabar. Jangan sesekali menjadikan
perselisihan pendapat dan pandangan ini sumber atau punca perbalahan.
5. Tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucapkan kalimah syahadah.

Peranan Ibubapa

Anak umpama kain putih, ibubapa berperanan mencorakkannya. Ibubapa perlu merapati anak-
anak secara kebersamaan dalam aktiviti keluarga termasuk solat berjemaah, majlis bacaan hadith
sebelum tidur, solat witir berjemaah sebelum tidur, mengikuti aktiviti dakwah seperti Jemaah
Tabligh, menasihat atau memberitahu peta pendidikan atau harapan ibubapa kepada anak-anak.

Kita perlu mendidik anak-anak menjadi insan soleh. Tanda aras paling besar seorang anak
soleh ialah mendoakan ibubapanya semasa hidup dan mati. Menyedekah atas nama ibubapanya
dan menjaga ibubapa ketika tua. Tanggungjawab yang sukar dan berat.

Ibubapa perlu merancang pelan pendidikan masa depan anak-anak supaya kita
melahirkan anak-anak yang hidup berjasa kepada Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan umat Islam.

Orang Beriman Sebagai Mukallaf.

Orang baligh serta cukup syaratnya dikenali sebagai mukallaf. Mukallaf bermaksud orang yang
telah dipikulkan tanggungjawab keagamaan Islam ke atas dirinya.

Seorang mukallaf, dosa atau pahala di atas tanggungjawab mereka sendiri. Begitu juga
matlamat ke syurga atau neraka bergantung amalan yang dilakukan.

Seorang mukallaf, akalnya adalah sedar. Tidak diselimuti oleh kegilaan, ketidaktahuan
dan kelemahan seperti mengantuk. Apabila akal itu sedar, manusia akan berfikir secara tenang.

Seorang mukallaf yang baik wajib berusaha menjadi orang beriman dan berakhlak mulia.
Amalan baik perlu dilakukan secara istiqamah dan mengikut kemampuan diri.

Ketertanggungjawaban seseorang pada dirinya bukanlah pada organisasi/institusi yang
diwakili kecuali seseorang itu berpakat atau sudah menjadi dasar sesebuah organisasi, kumpulan
dan institusi dalam menangani sesuatu isu.

Jika seorang ulama bermulut celupar, kita tidak perlu segera menyalahkan orang lain dan
institusi yang diwakilinya. Ulama tersebut perlu dipersalahkan dengan tidak mengikuti akhlak
mereka (bukan tidak mengikuti ilmu mereka) dan tidak perlu menghina atau menghentam
mereka.

Ulama Semakin Pupus

‘Nak cari 10 orang kaya dalam sebuah kampung sangat ramai, nak cari seorang ulama dalam 10
buah kampung belum tentu ada’ – Tuan Guru Ahmad Awang Kampung Nibong.

‘Islam belum tentu Islamik, lulusan agama belum tentu beragama. Begitulah sebaliknya. Paling
penting kedua-duanya perlu seiring dan saling memerlukan sebagaimana fungsi kedua-dua belah
kaki’.

Anak yang cerdik dihantar ke Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasarama Penuh dan
sekolah elit nan hebat tetapi anak yang kurang cerdik dan bermasalah dihantar ke sekolah
agama, madrasah dan pondok. Begitulah nasib agama pada akhirnya zaman apabila ulama yang
dihasilkan hilang hikmah (terutamanya dalam pendekatan dakwah dan akhlak) walaupun tinggi
ilmunya.

Lulusan agama yang tidak bijak, malas, tidak bersemangat, cetek pemikiran, buruk akhlak,
tidak dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat, malas membaca terhasil akibat daripada
kesalahan ibubapa dan sistem pendidikan yang melambak anak-anak kurang genius dan
bermasalah di sekolah aliran agama.

Pada hemat saya, ulama yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Ahmad Awang Kampung
Nibong, Terengganu ialah ulama rabbani, mujtahid dan murabbi bukan setakat lulusan agama
sahaja. Ramai lulusan agama (bahkan ada yang hafiz al Quran) zaman ini hilang adab-akhlak,

menyalah-gunakan Islam [untuk kepentingan diri, ekonomi dan politik], terjerumus dalam
kecelaruan ilmu [liberalis-sekularis-pluralis] dan menentang Islam.

Agama Islam sudah menjadi satu bidang kerjaya, menjual agama untuk keuntungan diri
dan dunia selebriti oleh para lulusan agama bukan lagi menghidupkan Islam dalam masyarakat
setempat. Lulusan agama bukan lagi pemimpin masyarakat tetapi peludah agama yang
mengotorkan Islam dengan keburukan adab-akhlak dan pendekatan tidak berhikmah. Islam
sudah menjadi barang jualan untuk melakukan produk dan ‘lidah’ mereka.

Islam menjadi bahan fitnah disebabkan kejalangan para lulusan agama yang bertebaran
dalam bidang politik, perniagaan dan bidang agama itu sendiri seperti perundingan motivasi.
Hujah-hujah Islam dipergunakan untuk menghalalkan matlamat keuntungan duniawi mereka.

Ada kalangan lulusan agama hidup menjual agama melalui ilmu dan ketersohoran guru
mereka. Kadangkala ‘guru kami berkata’ melebihi sabdaan Nabi Muhammad SAW.

Kita mesti sayang ulama. Sayang kita jangan sampai mereka menyekeh akal kita daripada
sinar kebenaran. Para ulama adalah penyampai dan petunjuk ajar. Mereka tidak maksum.
Justeru, kita sebagai umat Islam WAJIB menjadi penuntut ilmu sepanjang zaman/hidup WAJIB
mengiringi pandangan para ulama dengan pengkajian sendiri terhadap al Quran dan Sunnah
Rasul-Nya. Belajar daripada ramai guru dan pelbagai aliran pandangan serta belajar adab dengan
hormat menghormati perbezaan pandangan antara ulama.

Imam Malik berkata, ‘belajarlah adab sebelum ilmu’. Ibnu Saad berkata, ‘belajar kamu
sifat lembut/sopan santun sebelum ilmu’. Adab menyelamat diri kita daripada ketinggian ilmu
yang mengkhayalkan kita sehingga jauh daripada adab dengan Allah, manusia dan alam sekitar.
Beradablah sebelum berilmu sebagaimana Rasulullah SAW beradab/akhlak sebelum menerima
wahyu daripada Allah SWT.

Kekuatan Seorang Penuntut Ilmu

‘Ilmu pengetahuan tidak tercapai selain dengan merendahkan diri dan penuh perhatian’- Imam
al Ghazali.

Sistem pengajian, sifat rajin dan suka membaca, suka belajar termasuk bertalaqi, budaya
ilmu di tempat belajar dan guru berwibawa adalah pembentuk utama diri seorang penuntut ilmu.
Walau bagaimanapun, asas penting sebenarnya ada dalam diri penuntut ilmu itu sendiri iaitu [1]
budaya cintakan ilmu, [2]gemar-gila membaca, [3]sering muzakarah dengan ulama, [4]
mempunyai sahabat dan kumpulan diskusi ilmu, [5]mengembara-berorganisasi dan
[6]pengetahuan-kemahiran bahasa lebih daripada dua bahasa dikala Bahasa Melayu, Bahasa
Arab dan Bahasa Inggeris adalah WAJIB menguasai.

Di bawah, kita melihat kekuatan dan tauladan yang ada pada beberapa orang tokoh terpilih.

Tokoh Kekuatan Dan Tauladan
Buya Hamka 1. Berbahasa Arab dan Bahasa Belanda
2. Gemar membaca dan menulis
Tuan Guru Harun Taib 3. Mengembara
4. Mendapat pendidikan di Mekah
5. Gemar masuk muzium
1. Suka membaca dan membeli buku
2. Membaca buku pelajaran dan talaqi di luar
waktu pembelajaran dan membaca buku
haraki dalam dewan kuliah.
3. Pendidikan di Sekolah Menengah Agama
(Atas) Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam
Madinah dan Universiti al Azhar (MA dan
hampir mendapat PhD tetapi tesis tak sempat
hantar ekoran bertanding dalam pilihanraya)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz 1.Mendapat pendidikan dalam tradisi

Nik Mat pengajian pondok (Tok Kenali) dan tradisi

pengajian Islam deobandi (Tuan Guru Haji

Abbas Bin Ahmad dan Ustaz Abdullah Ahmad).

2. Lebih 10 tahun menuntut ilmu

3. Suka membaca

4. Selepas Darul Ulom Deoband, pengajian

tafsir di Pakistan kemudian sarjana muda

bahasa Arab dan sarjana perundangan di

Universiti al Azhar.

5. Beliau hasil gabungan tradisi keilmuan,

pondok, madrasah dan al azhar.

Dr Sheikh Muhammad Afifi 1. Mendapat pendidikan awal di beberapa

Alkiti sekolah di Selangor.

2.Menyambung di beberapa pondok sekitar
Indonesia,Maghibi dan Syria. Melanjutkan
pendidikan di Universiti Queen Belfast
(Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di
Universiti Queen). Meneruskan perjuangan
beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah
di Universiti Oxford.

3.Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada
pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya
memberi sumbangan yang besar dalam dunia
pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah
kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik
dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau
mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk
melanjutan pengajian beliau ke tahap yang
lebih tinggi.

4.Ketika mana menuntut di Universiti Oxford,
beliau telah mendapat ijazah kedoktoran
falsafah dalam bidang falsafah Arab
Pertengahan (Medieval) sebagai seorang
cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.
Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang
Teologi Islam, Sejarah dan Sains.

5.Hasil tesis yang begitu mengkagumkan telah
diletakkan dalam kumpulan pertama yang
digelar sebagai karpus Madnun,
dipersembahkan kepada teologis islam
termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya
memerlukan usaha yang begitu gigih dalam
membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab
zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga
tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat
menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang
paling maju dan teknis dari korpus, manual
pada metafizik dan falsafah alam yang disebut
Mayor Madnun.

6.Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli
teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua
bidang keutamaan khususnya berkaitan
dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau
telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam
yang mahsyur sejak beliau memulakan
pengajian dari sekolah pondok lagi.

Dr Wahbah Zuhaily 7.Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai
bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau
untuk berkomunikasi dengan pelbagai
manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau
ialah bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman,
Yunani dan Perancis.
1. Mendapat thanawi.
2. Beliau menyambung pengajian ke Mesir.
Beliau belajar di beberapa kuliah (fakulti) dan
di beberapa universiti pada waktu yang sama.
Namun secara
khususnya, beliau mempelajari di Universiti al
Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan
Lughah Arabiah.
3. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-
undang
di Universiti ‘Ain Syams.
4. Beliau mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah
daripada Kuliah Syariah, Universiti al Azhar
tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat
pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan
pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah,
Universiti al Azhar tahun 1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan
pengajiannya pada peringkat Master dan pada
tahun 1959 beliau memperoleh Master dalam

Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang
undang)
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian
ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun
1963

5. Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan
martabat Syaraf Ula.

Prof Dr Syed Muhammad 1. Suka membaca pada zaman remaja

Naquib al Attas terutamanya semasa tinggal bersama bapa

saudaranya di Johor. membaca maktutat

persuratan dan sejarah Melayu.

2. Belajar di Barat, di markaz orientalis, didanai

oleh Barat dan di bawah seliaan orientalis.

3. Minat pengkajian falsafah, sejarah,

manuskrip lama, sains, pendidikan, kesenian-

khat dan senibina.

4. Memahami pemikiran dan kebudayaan

Barat

5. Gemar menulis buku.

6. Menimba pengalaman ketenteraan di

Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Sarjana

Muda UM, kemudian MA di Universiti McGill,

Kanada. Dan SOAS di Universiti London dalam

PhD dengan pengkhususan falsafah Islam, ilmu

kalam dan tasawuf.

Prof Diraja Ungku Aziz 1. Gemar membaca

2. Menguasai beberapa bahasa. Antaranya
bahasa Inggeris, Jepun dan Sepanyol.
3. Menyukai belajar bahasa asing.
4. Belajar di Universiti Waseda Jepun peringkat
Ma dan PhD.
5. Meminati bidang ekonomi dan kebudayaan
6. Fokus kepada pentadbiran organisasi seperti
DBP, Universiti Malaya, ANGKASA dan Tabung
Haji.
Prod Dr Syed Husein Alatas 1. Suka membaca
2. Pengkajian dan perjuangan melawan rasuah
dan masyarakat negara membangun.
3. Belajar sarjana muda, MA dan PhD dalam
bidang sosiologi di Universiti Amsterdam,
Belanda selama 10 tahun.
Maulana Muhammad Asri 1. Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga
darjah 3. 2. Kemudian ke India menghafal al-
quran di Darul Ulum Deoband kemudian
pulang ke Kelantan dan belajar di Madrasah Al-
Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh.

Pendeta Za’ba 3. Beliau kembali ke india pula menuntut di
Nadwatul Ulama, Lucknow kemudian ke
Pakistan belajar daurah hadith di Jamiah al-
Ulum al-Islamiah, Karachi.
1. Menguasai Bahasa Arab Klasik dan Sastera
Bahasa Inggeris serta Bahasa Belanda.
2. Gemar membaca dan mengembara

Dr Yusuf al Qaradhawi 3. Mementing ilmu bahasa, perubahan
pemikiran orang Melayu dan kemiskinan luar
bandar.
4. Gemar menulis.
1.Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia
kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-
Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan
menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti
Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya
(bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini)
pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga
memperolehi Ijazah Pengajaran daripada
Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Dr Mohamad 2.Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian
Ramadhan al bouti Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah
MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan
Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973,
beliau memperolehi ijazah PhD dengan
hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-
Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan
Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah
Sosial).
Said 1. Mendapat pendidikan awal daripada para
ulama seperti Hassan Habannakah
2. Belajar Sarjana Muda Syariah di Universiti al
Azhar. Diploma Pendidikan di Fakulti Bahasa
Universiti al Azhar. Ma dan Phd di Universiti al
Azhar dalam bidang syariah.

Dr Sayyed Hosein Nasr 1. Sebelum pindah ke Amerika untuk belajar
formal ilmu moden pada umur 13 tahun, Nasr
memperoleh pendidikan tradisional di Iran.
Pendidikan tradisional ini diperoleh secara
informal dan formal. Pendidikan informalnya
dia dapat dari keluarganya, terutama dari
ayahnya. Sedangkan pendidikan tradisional
formalnya diperoleh di madrasah Teheran.
Selain itu oleh ayahnya dia juga dikirim untuk
belajar di lembaga atau madrasah pendidikan
di Qum yang diasuh Allamah Thabathaba‟i
untuk belajar filsafat, teologi dan tasawuf. Ia
juga diberi pelajaran tentang hafalan al-Quran
dan pendidikan tentang seni Parsi klasik.

2. Obsesi Valiullah Nasr agar Hossein Nasr
menjadi orang yang memperjuangkan kaum
tradisional dan nilai-nilai ketimuran dimulai
dengan memasukkkan Hossein Nasr ke Peddie
School di Hightstown, New Jersey lulus pada
tahun 1950. Kemudian melanjutkan ke
Massacheusetts Institute of Technology (MIT).

3. Di MIT, beliau memperoleh pendidikan
tentang ilmu-ilmu fizik dan teori matematik di
bawah bimbingan Bertrand Russel yang dikenal
sebagai seorang filosof moden. Nasr banyak
memperoleh pengetahuan tentang filsafat
moden.

4. Selain bertemu dengan Bertrand Russel,
Nasr juga bertemu dengan seorang ahli
metafisika bernama Geogio De Santillana. Dari
kedua ini Nasr banyak mendapat informasi dan
pengetahuan tentang filsafat Timur, Khususnya
yang berhubungan dengan metafizika. Dia
diperkenalkan dengan tradisi keberagamaan di
Timur, misalnya tentang Hinduisme.
5.Selain itu Nasr juga diperkenalkan dengan
pemikiran-pemikiran para peneliti Timur,
diantaranya yang sangat berpengaruh adalah
pemikiran Frithjof Schuon tentang
perenialisme. Selain itu juga berkenalan
dengan pemikiran Rene Guenon, A. K.
Coomaraswamy, Titus Burchardt, Luis
Massignon dan Martin Lings

5.Pada tahun 1956 Nasr berhasil meraih gelar
Master di MIT dalam bidang geologi yang fokus
pada geofizik. Belum puas dengan hasil
karyanya, beliau merencanakan untuk menulis
desertasi tentang sejarah ilmu pengetahuan
dengan melanjutkan studinya di Harvard
University. Dalam menyusun disertasinya Nasr
dibimbing oleh George Sarton. Akan tetapi
sebelum disertasi ini selesai ditulisnya, George
Sarton meninggal dunia, sehingga Nasr
mendapatkan bimbingan berikutnya oleh tiga

orang professor, yaitu Bernard Cohen,

Hammilton Gibb dan Harry Wolfson. Disertasi

ini selesai dengan judul “Conceptions of Nature

in Islamic Thought” yang kemudian

dipublikasikan oleh Harvard University Press

pada tahun 1964 dengan judul “An

Introduction to Islamic Cosmological

Doctrines”. Dengan selesainya disertasi ini Nasr

mendapat gelar Philosophy of Doctor (Ph.D)

dalam usia yang cukup muda yaitu 25 tahun

tepatnya pada tahun 1958.

Maulana Abul Hassan Ali an 1. Gemar membaca dan mengumpul buku. Dan

Nadwi mempunyai sudut bacaan sendiri dikenali

Maktabah Abu al Hassan Ali.

2. Belajar Bahasa Arab dan pengajian hadith di

Nadhwah Ulama.

3. Memasuki Universiti Lucknow dalam Sastera

Urdu.

4. Beliau belajar secara mengembara dan

berguru. Tinggal beberapa bulan di Darul Ulum

untuk belajar kitab Sunan al Tirmizi dan Sahih

Bukhari dengan Maulana Husain Ahmad

Madani. Belajar dengan Syeikh Aizaz Ali dalam

tafsir.

Dr Wan Mohd Nor Wan 1. Gemar membaca

Daud 2. Bergiat dalam aktiviti berpersatuan dan

mendapat sentuhan gerakan Islam haraki

3. Sarjana Muda Sains (Kajihayat), MA (kurikulu

dan Pengajaran) dari Universiti Northern

Dr Fazlur Rahman Illinios dan PhD dari Universiti Chicago dalam
Dr Ismail al Faruqi pengajian Islam.

Dr Syamsudin Arif 1. BA dan MA dalam Pengajian Arab di
Universiti Punjab. PhD dalam bidang
pengkajian Ibnu Sina di Universiti Oxford.
2. Mahir dalam bahasa Arab, Yunani dan Latin
1. BA di Universiti Amerika, Beirut, Lebanon.
Phd di Universiti Indiana, Amerika. Pengajian
lepasan ijazah di Universiti al Azhar dan
Universiti McGill, Kanada.
2. Pakar dalam bidang Islam, Kristian dan
judaisme.
1. BA dalam Komunikasi UIA, MA dan Phd di
ISTAC dalam pengkajian ibnu Sina. Phd kedua
di Orientalisches Seminar, Universiti Frankfurt,
Jerman.

Pentingnya pelajar pintar dan rajin dihantar ke luar negara untuk dilatih menjadi ulama.
Pengkaderan ulama pelapis dalam kalangan pelajar pintar perlu menjadi keutamaan apabila
kalangan lulusan agama sejak akhir-akhir ini kurang berkualiti dan tidak mahu menjadi ulama.
Hanya bangga seronok dan senang sebagai kakitangan kerajaan.

Pelajar pintar tadi perlu ditaja dan didana kehidupan mereka agar diri bersedia hanya
untuk belajar bukannya menghadapi masalah kewangan. Kita mempunyai ramai pelajar pintar
dalam pengajian Islam tetapi kekurangan dana kerajaan, pihak swasta dan ibubapa menghalang
pelajar pintar tadi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kesannya mereka mencari
kerja dan pengajian sarjana dan PhD hanya ditekuni oleh pelajar yang mampu, ada dana dan rajin
sahaja tetapi kurang pintar.

Tokoh-tokoh terdahulu mempelbagaikan tradisi keilmuan mereka berdasarkan sistem
pengajian, guru dan tempat belajar. Ada mempunyai tradisi pengajian pondok, tradisi pengajian
deobandi dan tradisi pengajian al Azhar. Kepelbagaian tradisi keilmuan ini bukan sahaja
memantapkan ilmu tetapi mendidik sikap keterbukaan dalam mendepani khilaf sesama ulama.

Tokoh-tokoh terdahulu juga paling kurang berada 10 tahun di luar negara atau lebih di
sesebuah tempat belajar. Perkara ini menunjukkan keazaman dan kerajinan mereka menuntut
ilmu untuk menjadi orang yang alim dan pakar.

Seorang penuntut ilmu perlu matang dari usia [20 tahun], ilmu dan pengalaman. Belajar
ketika usia muda yang tidak matang merupakan belajar yang diselimuti dengan kehendak akal-
nafsu yang bersifat main-main. Usia dan pengalaman yang matang membolehkan seseorang itu
lebih bersemangat dan serius untuk menuntut ilmu. Matang dari segi ilmu dan usia serta
pengalaman penting jika kita hendak belajar ke luar negara agar tidak mengalami kejutan budaya.
Kebanyakan ulama dulu sudah alim sebelum ke luar negara selepas selesai pengajian di pondok.
Jika hendak belajar di Barat, iman kena kuat dan diri kena matang agar tidak dipengaruhi oleh
pemikiran orientalis yang tak beriman dan tak bersunat.

Ulama perlu menguasai ilmu dunia. Ulama mesti menguasai pengajian sains sosial dan
sains kemanusiaan. Manusia terbaik ialah orang paling bertaqwa dan ingat mati. Mereka
mengimbangi antara kehendak dunia dan akhirat. Dalam setiap perkara, akhirat didahulukan.
Selepas berada dalam sistem pengajian Islam, bakal ulama boleh menyambung pelajaran dalam
pendidikan moden seperti dalam bidang antropologi dan sosiologi, psikologi, sejarah dan sains.
Seorang ulama perlu memahami pemikiran dan kebudayaan Barat dengan terperinci bagi
membalas hujah-hujah pemikir Barat. Bacaan seorang ulama daripada sumber rujukan asal para
pemikir tersebut.

Ulama wajib menulis selain mengajar. Menulis buku syarah dan menterjemahkan kitab-
kitab lama dari bahasa asing sangat penting dalam memandaikan umat Islam.

Tempat Belajar

Pondok/Madrasah Sekolah Thanawi Universiti Madrasah
Luar Negara
Pondok Lubok Kolej Islam Klang Kuliyyah Sultan Universiti al Pondok
Tapah (KISAS) Abu Bakar Azhar Modern Darus
Pahang Salam Gontor
Pondok Pasir SMAP Kajang Universiti
Tumboh SM IMTIAZ SMA(A) Sultan Kaherah Madrasah
Maktab Mahmud Zainal Abidin, Afrika Selatan
Pondok Haji Salleh Batu Burok Universiti
Musa, Sik Terengganu. Darus Salam Madrasah
(UNIDA), Hayrat, Turki
Maahad Tarbiyyah Maahad Maahad Darul Gontor
Islamiyyah, Derang Muhammadi Quran Rusila Madrasah
Universiti Ibnu Sulamaniyyah,
Kolej Darul Khaldun, Turki
Ulum (KIDU) Indonesia
Madrasah Darul
Kautsar

Madrasah Sri Universiti
Petaling Nadwatul
Ulama,
Lucknow

Madrasah Kubang Universiti Islam
Bujok Antarabangsa
Islamabad

Universiti Islam
Aligarh, India

Selepas Tahfiz di Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu. Sambung aliran Thanawi di
Maahad Darul Quran, Rusila atau Maahad Tarbiah Darul Iman, Batu Enam atau Kolej Darul Ulum
(KIDU), Kuala Nerang atau mana-mana institusi yang menyediakan aliran Thanawi..

Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama, Lucknow, India penting dalam Sarjana Muda
pengkhususan Bahasa dan ilmu-ilmu Syariah [4 Tahun]. Di sini, pelajar dapat belajar sastera Arab,
talaqi hadith, bahasa Urdu dan Parsi dan kepelbagaian budaya masyarakat di India.

Kemudian menyambung MA di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad dalam bidang
Tafsir dan Hadith [ 3 Tahun]. Penguasaan Bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Belanda serta Parsi
perlu dipelajari semasa berada di Pakistan dan India.

Kemudian menyambung MA di Universiti al Azhar dalam bidang Syariah, Fiqh Muqaran
diserta Sijil Kemahiran Fatwa dari Darul Ifta [3 tahun]. Kemudian, boleh sambung Phd [3 tahun]di
Universiti al Azhar atau Universiti Amerika, Kaherah atau Universiti Kaherah dalam bidang
Pengajian Syariah.

Selama 13 tahun menuntut ilmu adalah pengorbanan seorang anak kepada Allah, ibubapa
dan umat Islam. Menuntut ilmu kerana Allah, memenuhi impian dan doa ibubapa serta
membantu umat Islam.

Pelan Pendidikan

Bidang pengajian ialah Usuludin atau Syariah disertakan dengan kemahiran bahasa selain bahasa
Inggeris dan Arab yang terbahagi dua iaitu bahasa ilmu dan bahasa dakwah. Diwajib 2 bahasa
ilmu dan dua bahasa dakwah yang perlu dikuasai. Antara bahasa ilmu ialah Bahasa Jerman, Rusia,
Perancis, Belanda dan Jepun manakala bahasa dakwah ialah Bahasa Mandarin, Sepanyol,
Portugal dan Tamil.

Pelan Pendidikan Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman [UZAR] yang mahu melahirkan ulama
hasil gabungan pengajian104 seperti di bawah

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD

Pelajar Pintar dan Belajar di mana- Di Universiti al Di Universiti di Darul

cemerlang dalam mana universiti di Azhar atau Islam Madinah Ulum,

SPM Jordan. Universiti atau Ummul Pakistan

Kaherah Qura mendalami

seterusnya ke jangka masa 4 pengajian

tahun Pada masa yang Tidak hadith selama

Diploma Tahfiz di sama membuat dibenarkan 6 bulan

Darul Quran atau Kelebihan sarjana di Darul pelajar balik ke

Pusat Tahfiz. 1.Pensyarah Ifta Malaysia atau Pengajian

pelbagai bekerja. sarjana

(seeloknya latarbelakang dari Jangka masa 5 bertempoh

mempunyai asas Universiti al Azhar, tahun Cuti semester setahun di UK

hafazan al Quran Ummul Qura, Iraq, belajar atau seperti

di peringkat Madinah dan lain- Kelebihan menuntut ilmu Markfield

menengah) lain. 1. Mesir di Yaman Institute

terkenal dengan

Maahad Tahfiz 2. Bahasa Arab pusat Kelebihan

Kerajaan Negeri Fushah pendidikan 1. Belajar

Islam terkenal di pemikiran

a. IMTIAZ 3.Sistem pengajian dunia dan

b. Maahad Tahfiz lebih tersusun 2. Ramai ulama metodelogi

Negeri-negeri 3. Banyak ilmu Barat

pengajian talaqi

104 UZAR, Jangan Berhenti Berlari, KL:GI, 2012

4.Berfikiran 4. Pusat 2. Mengasah
Bahasa
terbuka dan penerbitan kitab Inggeris
3.
toleransi agama yang keterbukaan

terkenal

5. Pengajian talaqi 5. Pesta buku

di luar waktu kedua terbesar

belajar dan semasa di dunia

cuti semester.

* Tulisan Italic adalah pendapat penulis

Model Pengajian Madrasah Deobandi

Pra Sarjana Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
Muda
Universiti Darul Sarjana 1 Di Universiti al
Pelajar Pintar Ulom, Lucknow,
dan usia 12-13 India. Azhar Pengajian
tahun
jangka masa 4 Universiti Islam atau sarjana
seterusnya ke tahun
Antarabangsa Universiti bertempoh
1. Pusat Tahfiz Kelebihan
swasta 1.Mengutamakan Islamabad, Kaherah setahun di UK
sastera Bahasa
a. Sri Petaling Arab. Pakistan. atau seperti
b. Kubang Bujuk
c. Darul Kautsar 2. mengutamakan Universiti Markfield
penulisan
Seterusnya Kemahiran Bahasa Terbuka Institute
masuk ke
Parsi dan Sastera Amerika.

Parsi Kelebihan

Tidak 1. Belajar

Kemahiran Bahasa dibenarkan pemikiran

Urdu/Hindi dan pelajar balik dan

Sastera Urdu. ke Malaysia metodelogi

atau bekerja. ilmu Barat

3.Sistem pengajian dan Sarjana 2 2. Mengasah

1. Pengajian lebih tersusun Kemahiran Bahasa

Kitab sistem Universiti al Azhar Bahasa Inggeris

deobandi (6-8 4.Berfikiran Jerman. 3.

tahun) di institusi terbuka dan Atau menjadi keterbukaan

tersebut toleransi Pakar Fatwa Cuti semester

belajar di Darul belajar atau

2. Ke Afrika 5. Pengajian talaqi Ifta Mesir, Darul menuntut ilmu

Selatan (Sistem di luar waktu Ifta Deoband, di Yaman atau

Deobandi) belajar dan semasa Madinah, Sudan

cuti semester di Maghribi dan

madrasah seperti Tunisia.Menguasai

Darul Ulom fuqh 4 mazhab.

Deoband.

Kemahiran Bahasa

Rusia dan Bahasa

Perancis

Jangka masa 5
tahun

Sistem Pendidikan Moden Sarjana PhD Pasca PhD
Pra Sarjana Muda Sarjana Muda

Pelajar Pintar dan Belajar di mana- Universiti Universiti di Darul
cemerlang dalam ternama dunia Ulum,
SPM mana universiti ternama dunia Pakistan
atau mendalami
seterusnya ke ternama dunia di pengajian
UNIDA hadith
Diploma Tahfiz di negara seperti atau selama 6
Darul Quran atau bulan
Pusat Tahfiz. 1. Amerika Syarikat
Pengajian
(seeloknya 2. Britain Universiti Darus diploma
mempunyai asas lanjutan di
hafazan al Quran 3. Kanada Salam, UNIDA insitusi
di peringkat pengajian
menengah) 4. Jerman Gontor. Islam di
Timur Tengah
Maahad Tahfiz 5. Perancis seperti
Kerajaan Negeri Universiti al
6. Rusia Azhar.
a. IMTIAZ
b. Maahad Tahfiz 7. Belanda
Negeri-negeri
Antara contoh
Atau universiti tersebut

1. Universiti
Wisconsin
Madison, Amerika

2. Universiti
Chicago

3. SOAS, Universiti
London

SBP, MRSM dan 4. Universiti

sekolah McGill, Montreal,

ternama/tersohor. Kanada

UNIDA, Gontor

Universiti al Fatani,
Thailand

jangka masa 4
tahun

Kelebihan
1.Pensyarah yang
pakar

2. Penguasaan
pelbagai bahasa
termasuk bahasa
latin, parsi, ibrani.

3.Sistem pengajian
lebih tersusun

4.Berfikiran
terbuka dan
toleransi

5. Kemudahan
bertaraf dunia
seperti
perpustakan.

Model Pengajian Pondok

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD

Pelajar Pintar dan Belajar di mana- Belajar di mana- Di Universiti al di Darul

usia 12-13 tahun mana universiti di mana universiti Azhar + Darul Ulum,

Maghribi di Tunisia atau Ifta Pakistan

Pusat Tahfiz Algeria mendalami

jangka masa 4 Tidak pengajian

(3 tahun) tahun Jangka masa 2-3 dibenarkan hadith selama

tahun pelajar balik ke 6 bulan

seterusnya ke Kelebihan Malaysia atau

1. Pengajian talaqi bekerja. Pengajian

Pondok di luar waktu sarjana

belajar dan semasa Cuti semester bertempoh

1.Pondok Pasir cuti semester. belajar atau setahun di UK

Tumboh menuntut ilmu seperti

2. Pondok Lubok 2. Kuasai Bahasa di Yaman, Markfield

Tapah Perancis, Sepanyol Mekah dan Institute

3. Pondok dan Itali. Sudan

Pesantren di Kelebihan

Indonesia 1. Belajar

4. Pondok di pemikiran

Patani dan

metodelogi

(3-5 Tahun) ilmu Barat

2. Mengasah

Seterusnya Bahasa

Inggeris

Thanawi V

(1 tahun) 3.
keterbukaan

Model Pengajian Sekolah Arab

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
di Darul
Pelajar Pintar dan Belajar di mana- Di Universiti al Di Universiti Ulum,
Pakistan
usia 12-13 tahun mana universiti di Azhar atau Kaherah atau mendalami
pengajian
Maghribi atau mana-mana Universiti al hadith selama
6 bulan
Sekolah agama Universiti Islam universiti di Azhar atau
Pengajian
aliran Madinah. Jordan Universiti sarjana
bertempoh
Thanawi/Arab Terbuka setahun di UK
seperti
sama ada kerajaan jangka masa 4 Jangka masa 2-3 Amerika Markfield
Institute
atau swasta. tahun tahun
Kelebihan
Tidak 1. Belajar
pemikiran
atau Kelebihan Disamping dibenarkan dan
Pondok 1. Pengajian talaqi metodelogi
(5 tahun) di luar waktu belajar di Darul pelajar balik ke ilmu Barat
Seterusnya belajar dan
Thanawi V semasa cuti Ifta Malaysia atau
(1 tahun) semester.
bekerja.
2. Kuasai Bahasa
Perancis dan Cuti semester
Jerman belajar atau
menuntut ilmu
di Yaman,
Mekah dan
Sudan

2. Mengasah
Bahasa
Inggeris
3.
keterbukaan

Model Pengajian Turki

Pra Sarjana Muda Sarjana Muda Sarjana PhD Pasca PhD
di Darul
Pelajar Pintar dan Belajar di mana- Di Universiti al Di Universiti Ulum,
Pakistan
usia 12-13 tahun mana universiti di Azhar atau Kaherah atau mendalami
pengajian
Turki mana-mana Universiti al hadith selama
6 bulan
Tahfiz di universiti di Azhar
Pengajian
Madrasah Hayrat jangka masa 4 Jordan sarjana
bertempoh
Vakfi tahun Tidak setahun di UK
seperti
atau Jangka masa 2-3 dibenarkan Markfield
Institute
Maahad Kelebihan tahun pelajar balik ke
Kelebihan
Sulaimaniyyah 1. Pengajian talaqi Malaysia atau 1. Belajar
pemikiran
di luar waktu Disamping bekerja. dan

belajar dan belajar di Darul

semasa cuti Ifta jika di Mesir Cuti semester

semester. belajar atau

menuntut ilmu

2. Kuasai Bahasa di Yaman,
Turki Klasik,
Jerman dan Rusia. Mekah dan

Sudan

metodelogi
ilmu Barat
2. Mengasah
Bahasa
Inggeris
3.
keterbukaan

Bidang Pengajian

Pengajian Bahasa Usuludin Syariah Sejarah Pengajian
(Arab+Parsi+Turki)
(Aqidah+al Quran) (perbandingan (Uthmaniyyah+ Kawasan
atau
Sastera atau mazhab + Andalusia+ Pengajian

atau Falsafah Ekonomi) Islam di Asia Melayu
Linguistik
Tengah + atau

Afrika Barat) Pengajian

Arab

atau

Pengajian Asia

Tenggara

Sistem Pengajian Tradisional Islam

Islam adalah tamadun yang mewujudkan pelbagai tamadun. Teras tamadun Islam ialah tauhidik.
Antara tamadun Islam yang tersohor ialah Daulah Abbasiyyah, Daulah Moghul, Daulah
Uthmaniyyah dan Daulah Umaiyyah di Andalusia. Dalam tradisi keilmuan, muncul sistem
pengajian Islam seperti sistem pengajian deobandi, sistem pengajian al Azhar dan Sistem
Pengajian Pondok.

Setiap struktur organisasi perlu mempunyai kepimpinan. Dalam sistem pengajian,
pemimpinnya ialah guru. Kekuatan sistem pengajian Islam terletak kepada [1] guru, [2] sistem
pengajian, [3] metodelogi, [4] institusi termasuk prasarana keilmuannya dan [5] bahan yang
diajar/silibus.

Kaedah talaqqi dengan guru merupakan kaedah paling penting dalam sistem pengajian
Islam. Kaedah talaqqi adalah kaedah berguru melibatkan antara murid dengan guru berwibawa
dan berautoriti dalam ilmu-ilmu Islam. Kaedah berguru yang berkesinambungan atau talaqqi
muttasil sangat penting untuk pengabsahan ilmu dan menjamin keterpeliharaan ilmu daripada
pegangan yang menyesatkan.105 Ilmu-ilmu Islam terpelihara dengan pengajian bersanad106.

Guru berwibawa dan berautoriti dalam keilmuan sangat penting dalam sistem pengajian
Islam. Antara metode pengajaran seorang guru ialah al sama’ (dengar), al Qira’ah (membaca),
ijazah (kebenaran), munawalah (pemberian), kitabah (surat menyurat), I’lam (pemberitahuan),
wasiyyah (wasiat) dan wijadah (mendapat).107 Guru berwibawa dan berautoriti ini juga belajar
dengan guru berwibawa dan berautoriti. Ia berterusan kepada sumber asal ilmu. Jika al Quran,
sanad bersambung kepada Allah, jika sunnah Rasulullah SAW sanad bersambungan kepada diri
baginda dan jika kitab sanad bersambungan kepada penulis kitab.

Baca dan belajar tanpa berguru menyebabkan kefahaman seseorang boleh terpesong
daripada apa yang hendak disampaikan oleh sumber asal.

Tanpa berguru, murid yang dihasilkan berkebarangkalian berakhlak tetapi tidak beradab.
Guru yang mendorong adab kepada diri seseorang murid.

Metode-motode dalam pengajian ilmu hadith sangat berkesan memelihara ilmu dan
pengajian ilmu secara sistematik. Asasnya ialah Riwayah dan Dirayah. Pengajian ilmu hadith
menerbitkan kaedah-kaedah ilmu yang teliti dalam mencari dan memeliharakan ketulenan ilmu
dan sumbernya.

105 Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah, SA: KI, 2014.
106 susur galur atau sandaran atau rantai ilmu diperolehi daripada sumber asal.
107 Zaidi Abdullah, kertas kerja Kejayaan Sistem Pengajian Ulama Silam

Pengajian tradisional dan pengajian Islam moden perlu digabung-jalin bagi
memperkuatkan dan membaiki kelemahan dalam kedua-dua sistem pengajian tersebut.

Kematangan Seorang Ulama

Kematangan seseorang ulama berlaku apabila seseorang ulama itu bersikap terbuka dan saling
hormat menghormati pandangan yang berbeza dengan mereka. Antara sebab kematangan
seorang ulama ialah

1. Keluasan bahan bacaan dan ‘gila’ membaca. Membaca buku pelbagai aliran pemikiran
2. Mempelbagaikan guru daripada pelbagai aliran pemikiran dan pandangan. (jangan benci

Imam al-Ghazali dan jangan benci Imam Ibnu Tamiyyah)
3. Peningkatan usia dan pengalaman hidup
4. Pengembaraan dan pengaulan dengan pelbagai pihak serta muzakarah-ziarah para

ulama. (sebagaimana Buya Hamka)
5. Terbuka dan menghormati pelbagai pandangan dan bukan pandangan kita yang paling

betul walaupun pandangan kita adalah benar disisi hujah dan sumber ilmu (dalam konteks
ilmu-ilmu Islam).
6. Mempelbagaikan sistem pengajian dan tempat pengajian dalam membuka ufuk
pemikiran agar lebih terbuka.
7. Turun ke lapangan masyarakat
8. Kerangka Pemikiran (manhaj) yang betul iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah
9. Dan tidak suka berdebat secara terbuka. Dahulukan muzakarah secara tertutup dengan
orang berilmu. Kebodohan terbesar ialah berdebat dengan orang bodoh.

Ulama dan Kerjaya

“Sesiapa yang belajar memahami agama Allah pasti Allah mencukupkan hemah dan rezekinya
dari mana-mana (sumber) yang dia tidak diketahui’108

108 Hadith ini dari Kitab al-‘Ilm dalam Musnad Abu Hanifah.

Seorang penuntut ilmu dan ulama mesti mempunyai kerjaya agar tidak berlaku fitnah
kepada agama. Jangan sampai mempergunakan agama untuk mencari makan anak isteri atau
menambah pendapatan.

Persoalan tentang kerjaya ialah kelalaian seseorang disebabkan oleh kerjayanya sehingga
lupa akan tugas agamanya. Justeru, ulama dahulu mempunyai kerjaya yang bersifat ‘merdeka’
masanya dan arahannya yakni bekerja sendiri seperti tukang jahit, tukang baiki jam, peniaga buku
dan penulis. Kerjaya yang paling sesuai bersifat mengajar seperti pensyarah atau guru madrasah.

Bagi ulama yang berkerja dengan kerajaan, wujudkan tempoh akhir perkhidmatan agar
tidak selesa bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan. Tempoh sebaiknya berkhidmat ialah 10
tahun. Bekerja dengan kerajaan menyebabkan seorang ulama diikat oleh masa dan arahan orang
atasan. Ia bukan suatu yang baik untuk dakwah.

Ulama mesti mengajar dan menulis. Tanpa mengajar dan menulis, sifat keulamakan masih
tidak lengkap.

Seorang ulama juga perlu memahami dan memahiri kitab-kitab lama. Mereka juga mesti
mengkaji kitab-kitab lama sebagaimana usaha Tuan Guru Wan Shaghir pemilik Khazanah
Fathaniyyah. Pengkajian kitab lama dan manuskrip lama mengembalikan kita kepada asali kita
iaitu Islam bertunjangkan al Quran dan al Sunnah yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru,
seorang ulama sejati mesti juga turun ke sekolah pondok untuk menadah kitab walaupun kita
sudah ada PhD.

Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab

Dua permasalahan besar umat Islam pada hari ini ialah Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab-
Akhlak. Kedua-dua permasalahan ini berpunca daripada pokok pangkal masalah ialah krisis ilmu.
Krisis ilmu secara tepatnya ialah masalah terhadap kefahaman ilmu sehingga mengelirukan
seseorang.

Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan. Komponen penting asas dalam
ilmu pengetahuan ialah [1] keyakinan-iman-aqidah, [2] perubahan-pembebasan dan [3] bahasa.

Perkara [1] disebabkan definisi ilmu dalam Islam ialah tanda; petunjuk. Istilah ‘ilm berasal
daripada perkataan ‘alamah iaitu ‘tanda, penunjuk atau petunjuk yang dengannya sesuatu atau
seseorang dikenali’.109 Seseorang muslim dikenali disebabkan ilmu mereka yang membolehkan
mereka beramal dan berakhlak dengan Islam.

Perkara [2] membawa kepada perubahan-pembebasan seseorang daripada kejahilan
ditunjuki oleh cahaya kebenaran iaitu al Quran. Seorang muslim yang ditunjuki oleh al Quran
akan berubah kepada lebih Islamik dan membebaskan diri mereka daripada perkara yang syirik
terutamanya syirik dalam hati.

Perkara [3] menyatakan dalam bahasa mengandungi pandangan sarwajagat dan kerangka
pemikiran yang tersendiri sehingga mengubah-mempengaruhi kelakuan dan tindakan seseorang.

Menurut Syed Muhamad Naquib al Attas, ilmu ialah ‘merujuk kepada Allah sebagai
punca/pemberi segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang.
Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada
makna tentang sesuatu’. Dalam pentakrifan al Attas, kita boleh mengambil ibrah:

1. Allah adalah sumber ilmu. Allah memimpin ilmu, kemudian barulah ilmu memimpin
manusia. Kebenaran mutlak itu ada pada ilmu yang Allah SWT nyatakan kebenarannya
iaitu sumber ilmu daripada al Quran..

2. Ketibaan diri kepada makna dan ketibaan makna kepada diri adalah darjah kefahaman
seseorang terhadap makna iaitu pada BAHASA yang digunakan sehingga mewujudkan
peningkatan terhadap keyakinan-keimanan.

Ilmu yang betul dan benar mempengaruhi sifat keadilan yang ada dalam diri untuk membuat
pilihan dalam mengatur dan meletakkan pemikiran dan tindakan mereka pada landasan yang
betul dan benar. Kegagalan mengatur-meletakkan pemikiran dan tindakan pada landasan yang
betul-benar menjerumuskan kita ke dalam kehilangan adab dengan menzalimi diri sendiri.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, kehilangan adab berlaku kerana

109 Wan Mohd Nor Wan Daud, Masyarakat Islam Hadhari, KL: DBP, 2006.

1. Ilmu tidak dapat diajar atau disampaikan kepada murid kecuali mereka telah mempunyai
adab yang tepat dengan ilmu pengetahuan, pelbagai disiplin dan autoritinya yang sah.

2. Sikap dan proses penyamaan. Seperti al Quran sama sahaja dengan buku. Islam sama
sahaja dengan agama lain.

3. Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.
4. Kebingungan dalam bidang ilmu pengetahuan akan merosakkan susunan akhlak dan

pendidikan suatu masyarakat.
Ciri-ciri Ulama

1. Tidak terpengaruh dengan pemikiran ciptaan manusia, tidak mencampur aduk antara
pemikiran Islam dengan pemikiran ciptaan manusia dan tidak terjebak dalam aktiviti yang
boleh membawa fitnah.

2. Ulama mesti menghadkan pengaulan dengan orang ramai. Pengaulan mesti berlandaskan
aktiviti yang dirancang atau diprogram.

3. Menziarahi pemimpin dan alim ulama yang lain.
4. Mengelak diri daripada terlibat dalam politik kepartian dan tidak menolak politik.
5. Mendokong kesyumulan Islam termasuk perundangan Islam.
6. Bersikap pendamai sebagaimana sifat Saidina Usman, Saidina Ali dan Saidina Hassan Bin

Ali yang mengorbankan jawatan dan diri mereka untuk pendamaian umat Islam.
Mengelak daripada fitnah dan konflik. Bersifat pemaaf dan jauhi dengki mendengki.
7. Memahami pemikiran, kebudayaan dan tamadun Barat.
8. Mengetahui hak ehwal semasa. Setiap kuliah dirakam untuk sebaran dakwah.
9. Jangan mencari populariti, pangkat, kuasa dan perempuan.
10. Jangan mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, syarikat, kumpulan dan
keluarga. Jauhi perniagaan bermodalkan agama.
Akhir Kalam

Manusia bergantung kepada [1] niat/tujuan dan [2] kadar ilmu yang mereka miliki. Setiap
penilaian yang seseorang manusia lakukan mesti dilihat dari segi [1] sumber ilmu yang benar, [2]
kaedah-kaedah ilmu yang betul dan benar dan [3] niat yang lurus dan benar.

Segala pandangan manusia belum tentu benar, hanya pandangan Allah dan Nabi
Muhammad SAW sahaja yang benar. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW sudah wafat,
pentafsiran agama Islam mula dan mudah diputar belit oleh pihak yang berkepentingan dan
mengikut kehendak akal-nafsu mereka sahaja termasuk kalangan mereka lulusan agama atau
ulama sendiri. Justeru, carilah guru yang berwibawa ilmunya, belajar dan fahami isi kandungan
al Quran dan hadith, berakhlak-beradab dalam setiap urusan terutamanya ketika berlaku khilaf,
jaga hati daripada sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah, jaga pancaidera dan lidah,
berhati-hati dengan imiginasi seks dan wanita, dan berwaspada dengan kekayaan dunia.

Sesiapa kita, ikutlah hujah dan pandangan Islam yang benar. Biar kita mati dengan tenang
dalam pandangan Islam yang benar. Kita mati, orang yang menilai pandangan kita dan menfitnah
kita juga akan mati. Dalam Alam Kubur dan Alam Akhirat, biarlah Allah menentukan amalan baik-
buruk kita semasa hidup kita di dunia. Hiduplah bertaqwa.

20/6/2016
1.17 pagi

Bab 11
Alam Mahasiswa: Perahu Masa Depan

"Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup
kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam
Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya"
Almarhum Syeikh Abdul Halim Mahmood,
bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir.

Falsafah kehidupan Islam semakin terhakis dalam masyarakat Islam. Sumber ilmu Islam iaitu al
Quran, al Sunnah dan akal cuba diserang daripada pelbagai penjuru.

Anak muda dan mahasiswa dihidangkan dengan banyak persoalan tentang pemikiran dan
ideologi yang berkiblatkan Barat. Ini tidak termasuk dengan kebejatan sosial yang lain.

Pemikiran Barat sendiri perlu dipelajari, ditapis dan dikritik agar sesuai dengan aqidah dan
akhlak Islam.

Anak muda dan mahasiswa mempunyai 4 kelebihan menurut Imam Hassan al Banna iaitu
keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas
usaha ialah keazaman yang membara, asas keikhlasan jiwa yang suci dan asas semangat ialah
keinginan yang kuat. Anak muda dan mahasiswa adalah tonggak kepada kebangkitan Islam
[Surah al Kahfi: 13].
LEDAKAN UBUDIYYAH110
Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap
kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat ’bekerja’
akan mencapai tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Antara syarat ubudiyyah ;

110 Penulis merujuk tulisan Ustazah Fatimah Sulaiman

1. Niat yang ikhlas.
2. Kelurusan aqidah.
3. Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak
4. Pelaksanaannya selaras dengan prinsip syariat dan akhlak Islam[Surah al Nahl: 89].
5. Amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin.
6. Bekerja jangan sampai menganggu atau melalaikan ibadah pokok terutamanya solat.

Segala bakat, kebolehan, buah fikiran, ilmu pengetahuan dan kesedaran yang ada pada diri
seseorang menjadi ubudiyyah apabila ia ditujukan kerana Allah.111 Ia selaras dengan firman Allah
dengan maksudnya “dan tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mengabdikan
diri mereka kepadaKu” (Surah Adh Dhariyat:56)

Segala penyelesaian perlulah mengikut saranan al Quran dan hadith.

AQIDAH PERJUANGAN112

Ada kalangan anak muda sosialis bertanya ke mana hala tuju selepas demonstrasi?. Sebelum
menanya kami, tanya dulu dia, ke mana hala tuju sosialis selepas kehidupan ini?. Semuanya
sekitar niat yang akan menentukan siapa kita dan ke mana halatuju teragung kita, syurga atau
neraka di akhirat kelak. Menurut Muhammad al Ghazali, kepada apakah Nabi Muhammad SAW
menyeru manusia?. Jawapannya kepada:

1. Keesaan yang mutlak
2. Alam Akhirat [Surah az Zalzalah:7-8]
3. Penyucian Jiwa yakni beriltizam dengan melakukan ibadah yang disyariat oleh Allah

[Surah al An’am: 151-153].

111 Muhammad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyyah Dalam Kalangan Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka
Ikhwan,1986
112 Dalam subtopic ini, penulis banyak merujuk Fadzil Mohd Nor, Aqidah Perjuangan, Shah Alam:DPF, 2003.

4. Memelihara kesatuan Umat Islam [Surah al Muddatssir: 38-48]

Perkataan aqidah dari segi bahasa bermaksud satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada
sesuatu yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang dengan
satu keyakinan dan menjadikan kehidupannya lebih terarah dan terpimpin. Aqidah mengikat
seorang muslim untuk hidup berasaskan dasar keyakinan yang disebut iman iaitu kepercayaan.

Dasar kehidupan seorang muslim adalah dasar keimanan. Iman itu melahirkan penyerahan
diri kepada Allah. Iman boleh bertambah atau berkurang. Dan ada beberapa perkara tertentu
yang boleh membatalkan iman.

Antara perkara yang membatalkan iman ialah113,

1. mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya
2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya.

Segala tindakan mahasiswa jangan sesekali membawa ke arah kemungkaran apatah lagi
perkara yang boleh membatalkan keimanan. Ada sesetengah mahasiswa Islam mengkaji,
mengamal dan hidup berpandukan ideologi dan pemikiran ciptaan manusia. Ada yang lebih
teruk mempertuhankan dan menganggap ideologi ciptaan manusia lebih benar daripada ajaran
Islam.

Kita boleh membaca, mengkaji dan diskusi tentang apa-apa perkara, cuma jangan lupakan
Allah dan berhati-hati dalam ucapan dan tindakan agar tidak tersasul sampai membatalkan
keimanan.

113 Abdul Hadi Awang, Muqadimah Aqidah Musllimin, Batu Caves: Ahnaf, 1985.

THE IDEA OF PROGRESS114

Idea Kemajuan (the idea of progress) seringkali dikaitkan dengan kepercayaan bahawa setiap
perkembangan dari satu keadaan kepada suatu keadaan semestinya satu kemajuan. Ia bermula
dengan keadaan tidak memuaskan kepada keadaan lebih memuaskan, telah maju pada masa
lepas, sedang maju dan akan berkembang maju lebih besar pada masa depan atau akan
menikmati masa depan penuh bahagia dan sempurna. Contoh, matlamat akhir kaum marxis ialah
masyarakat tanpa kelas yang diwujudkan melalui proses dialektik. Dan dalam erti yang lebih
mudah, ia adalah perubahan.

Dalam pentafsiran tamadun Barat, mereka menolak kehadiran agama dalam idea
kemajuan mereka. Apabila negara ummat Islam terpengaruh dengan idea kemajuan Barat,
mereka menjadikan idea kemajuan Barat sebagai pengukuran, wujud pengasingan cita-cita Islam
dan cita-cita Barat (dualisme) serta penyebaran falsafah sekular dalam masyarakat Islam.

Pada peringkat politik, idea permisahan agama dengan politik sebagaimana di Barat
menceraikan agama daripada politik. Pada peringkat peribadi, Islam hanyalah pegangan moral.
Islam dijadikan agama pentanggungjawaban seorang individu. Proses deislamisasi dalam idea
kemajuan menyebabkan penekanan hanya pada kekayaan material, berpolitik mementing
mempertahankan kuasa bukannya alat untuk beribadah, hidup hanya bereksperimen padahal
hidup adalah pelaksanaan anjuran Allah dan Rasulullah. Mereka mengikut jalan fikir serupa
dengan cara berfikir ahli falsafah Barat seperti Bertrand Russell, Jean Paul Satre dan lain-lain.
Mereka menerima sepenuhnya pemikiran Barat tanpa memikirkan hala tuju seterusnya para
pemikir tersebut, bahagia atau tidak, bertuhan atau tidak, ke syurga atau ke neraka, berdasarkan
aqidah Islam atau tidak?.115

114114 Penulis banyak merujuk tulisan Dr Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu Bakar, Potret Masa 1,
PJ:Gateway, 1994 dan Muhammad Abu Bakar, Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Golongan Fundamentalis
Islam, dlm., Islamika 2.
115 Sila baca Syed Muhammad Naquib al Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya Dalam Islam, KL: IBFIM,
2014. Prof al Attas, makna kebahagiaan terletak dalam istilah sa’adah yang mempunyai pertalian di akhirat dan di
dunia.


Click to View FlipBook Version