The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-25 09:22:17

Menemui Cinta di Taman Perbukuan

Menemui Cinta di Taman Perbukuan adalah catatan pendirian dan pegangan peribadi serta wasiat untuk anak-anak

Keywords: falsafah

Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan selebriti adalah
ikutan walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan akhlak. Pendapat popular atau
daripada tokoh popular itu tidak semestinya benar. Kepercayaan berdasarkan populariti dan
materialistik menanda pra zaman kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah
SWT.

Berteman SEPILIS

Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak secara NGO, berada dalam
parti pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai parti pembangkang. Walaupun mereka
berada dalam kumpulan yang dilihat bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu
mereka adalah sama.

Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2] pembaharu jadian.
Pembaharu jadian bermaksud mereka berjuang untuk Islam tetapi membawa agenda SEPILIS
secara sedar atau tidak sedar. Mereka ingat mereka reformis, moderat dan progresif tetapi
mereka mabuk dengan pemikiran ciptaan Barat yang memcampur-adukkan antara kebenaran
dan kepalsuan, dualisme kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.

Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi yang cukup
menarik, ‘Maka sesiapa yang Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman dan sampai kebenaran
dalam hatinya, serta mencintai untuk mendampingi Allah, pasti dia akan melazimi jalan orang
yang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al Quran dan
sunnah Nabi-Nya yang mulia dan apa yang disepakati oleh orang-orang yang mendapat
hidayah di kalangan imam-imam83 [ surah al An’am: 153]’.

83 Orang yang menjadi ikutan dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam Abu Hanifah, Imam
Shafie dan sebagainya.

Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah pemikiran yang
dicanang oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu. Apabila Barat mengemukakan
konsep masyarakat sivil, kita bersorak dan berkokok dengan dengan konsep masyarakat sivil atau
masyarakat madani. Apabila Barat memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah
kelompok Pembaharu Jadian dengan konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis. Kelompok
Pembaharu Jadian perlu mengikuti pihak yang dicirikan oleh Imam al Muhasibi seperti di atas
iaitu:

1. Kelompok melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang
terkandung dalam al Quran dan al Sunnah.

2. Orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam84.

Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik bersatu atas nama
kemanusiaan, menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme, menegakkan keadilan,
memperjuangkan suara rakyat, menyelamatkan Malaysia dan menumbangkan pemerintah yang
korup dan zalim. Gerakan Islam mula difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam
politik retorik/persepsi. Perang persepsi melalui media sosial dan media maya telah banyak
memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan Islam mula dibandingkan dengan
perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat. Keadilan dan rakyat perlu diutamakan
daripada perjuangan Islam.

Perjuangan Islam adalah perjuangan menegakkan kebenaran tanpa meninggalkan
perjuangan rakyat dan keadilan. Perjuangan atas nama rakyat dan keadilan belum tentu Islam.

Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin yang boleh
memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera, berhidayah dan menjadi
masyarakat bertaqwa. Perjuangan mencari pemimpin bertaqwa disebabkan oleh parasit KKN85

84 Orang berilmu, bertaqwa dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat Islamnya.
85 Korupsi, Kronisme dan Nepotisme

mula menyusup masuk ke semua organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin yang dicari
mempunyai ciri di bawah:

1. Bertaqwa
2. Berakhlak
3. Berprestatif
4. Berpengetahuan
5. Mempunyai keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin

Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat adalah inspirasi
daripada hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan Nasional dimana beliau cuba
menyatukan semua pihak ke dalam sebuah organisasi yang bersama-sama membentuk kerajaan
atau Kerajaan Tanpa Pembangkang. Cuma idea Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu
menyambut dingin hasrat Tun Abdul Razak.

Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan Malaysia sedang
diancam dan diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik Islam-Melayu diancam
disebabkan oleh [1] perpecahan dalaman orang Islam dan Melayu, [2] kemunculan sentimen
wilayah dan perkauman, [3] kelemahan pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan
[5] kelemahan menghadapi acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.

Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan politik teras Islam-
Melayu apabila individu yang beragama Islam dan Melayu dalam kelompok SEPILIS didalam parti
politik pelbagai kaum membolehkan mereka bertanding di kerusi majoriti orang Melayu.
Walaupun orang beragama Islam dan berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-
Melayu tetapi SEPILIS sama dengan orang non muslim-bukan Melayu.

Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti rakyat bawahan dimana
jurang perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik teras Islam-Melayu, negara boleh

terjerumus ke lembah persengketaan antara kaum dan kewujudan kerajaan persekutuan yang
lemah.

Kesimpulan

Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang SEPILIS. Kita adalah siapa
sahabat kita dan apa yang kita baca. Maka, berhati-hatilah.

Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah perlu
membentengi dan mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak terpengaruhi
dengan unsur-unsur yang membolehkan diri kita kufur seterusnya ke neraka. Carilah guru yang
berwibawa.

Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang dituntut itu boleh
diamalkan kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Ilmu itu adalah agama.
Justeru, ilmu itu bagaikan pisau yang menghiris memberi kita sesuap makanan atau membunuh
kita. Sesuai dengan kata-kata Ibnu Sirin; ‘Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA maka
perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu’

Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita boleh membawa
diri kita ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang pragmatis dan kecanduan wacana
sehingga menggugat iman kita.

Berhati-hatilah.

Bab 4
Bermulanya Seorang Sekularis

Apabila dalil, hujah dan ayat bersandarkan kepada Islam dianggap klise. Apabila ketuhanan
dianggap sebagai perkara tahyul. Iman semakin malap.

Dalam bab ini, kita dapat:
1. Mengetahui penyelewengan sekularis
2. Mengetahui bagaimana seorang sekularis dipengaruhi oleh Sekularisme- Pluralisme-
Liberalisme.

Memulakan keraguan dengan keraguan menatijahkan keraguan.

Para sekularis anak tempatan mula mengunakan cara berfikir para orientalis. Secara
epistemologi, para orientalis dan sekularis tempatan bersifat skeptis. Mereka memulakan
keraguan, berhujah dengan pandangan dan sumber ilmu yang meragukan dan berakhir dengan
keraguan. Akhirnya mereka meragui kebenaran dan membenarkan keraguan.

Para orientalis dan sekularis bukan mencari kebenaran tetapi pembenaran terhadap
keraguan yang mereka anuti.

Dalam pembicaraan tentang perundangan Islam, pendokong orientalis dan sekularis
memulakan penghujahan dengan polemik yang bertujuan menambahkan keraguan terhadap
perundangan Islam. Antara contoh isu yang mereka utarakan ialah perbezaan antara syariat dan
fiqh. Walaupun pandangan mereka kelihatan betul tetapi tidak benar kerana pengakhiran hujah
mereka bermatlamat supaya orang ramai meragukan ‘fiqh’ dan syariat yang ditafsirkan oleh
manusia bergelar ulama.

Mereka menghidupkan keraguan dalam beragama bukannya membina keyakinan
bertuhan. Masyarakat terutamanya anak muda mempersoalkan agama dengan pemikiran logik

mengikut nafsu mereka. Pandangan orientalis dan pemikir sekularis setaraf dengan wahyu dan
hadith. Banyak keadaan pandangan orientalis dan pemikir sekularis diterima pakai daripada
wahyu Allah SWT.

Dualisme

Dualisme adalah kekacauan pemikiran dimana dualis menerima dua perkara yang saling
berlawanan.
‘Kita menjadi pencuri kerana mahu menolong orang miskin’
‘Kita adalah ateis yang berakhlak mulia’
‘Kita adalah penganut Sekularisme Islam’
‘Liberalis yang baik’
‘Kita sokong Islam tetapi tak solat’

Bahkan dalam perkara tauhid juga bersifat dualisme, ‘saya percaya Allah tetapi saya juga
sayang Gautama Buddha’

Tiada dualisme dalam Islam kerana kebenaran dalam Islam bersifat mutlak dan objektif.

Seorang Ektremis Dicandui Oleh Toleransi, Kebebasan dan Kepelbagaian

Kejutan budaya. Akhirnya tersungkur di pintu syurga.

Bersederhana dalam semua perkara. Jika kita membenci, sederhanalah. Jika mencintai
dan menyayangi, bersederhanalah.

Tak sangka seorang yang fanatik Haji Hadi menjadi seorang liberalis. Tak sangka seorang
penulis Islam lulusan syariah dan anti-liberal menjadi seorang Pluralis: Syiah+hedonisme+rentas
agama. Iman berbolak-balik, moga kita dijauhkan oleh-Nya.

Toleransi, kebebasan dan kepelbagaian boleh membuat diri seseorang teruja dengan
ketiga-tiganya. Paling malang, ketiga-tiga perkara tersebut boleh menjadikan seseorang itu anti-
Islam dan menolak kesyumulan Islam atas nama keadilan, toleransi, dialog, rasional, kebebasan
dan meraikan kepelbagaian.

Mereka menjual kemuliaan Islam dengan kemuliaan disisi manusia.

Beriman Tanpa Beramal, Beramal Tanpa Beriman

Sekularisasi tidak dapat dibendung lagi dalam masyarakat moden, suka atau tidak dan
mahu atau tidak mahu setiap anggota masyarakat mesti menghadapi sekularisme atau tersingkir
dan terasing daripada masyarakat. Maka, kita akan melihat bagaimana agama ditafsir secara
sekular.

Agama ditafsir mengikut kehendak sekular melahirkan aliran pemikiran beriman tanpa
beramal, beramal tanpa beriman. Beriman tanpa beramal bermaksud mengaku sebagai muslim
tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam. Dalam ibadah seperti solat dan puasa, tidak
istiqamah. Beramal tanpa beriman pula ialah mengamalkan sebahagian cara hidup atas dasar
amalan tradisi, adat dan sekadar kepercayaan peribadi sebagaimana manusia beragama yang
lain.

Kemudian, kita akan melihat agama dipisahkan daripada urusan politik, sosial dan
ekonomi umat Islam dengan meletakkan Islam di masjid dan tikar sejadah sahaja.

Islam hanya agama bukan lagi sistem kehidupan. Islam hanya wasilah perbincangan yang
gah dan wacana ilmu tanpa noktah tetapi tidak hidup dalam bernegara.

Pentafsiran Islam Milik Semua Orang Islam?

‘Bukan ulama sahaja yang berhak mentafsirkan Islam’
‘pentafsiran Islam bukan milik monopoli ulama sahaja’.

Pentafsiran Islam bukan sahaja milik para ulama. Semua orang boleh mentafsirkan Islam
dengan syarat-syarat tertentu.

Ya, memang benar semua orang boleh mentafsirkan Islam dengan syarat: mukalaf; niat
yang ikhlas dan benar; dan ada ilmu. Malangnya, bagaimana nak tafsir agama jika solat pun
kadang-kadang.

Nak tafsir Islam mestilah menguasai sumber ilmu dan kaedah ilmu: ‘Al-Quran; Al Sunnah;
Ijma’ Ulamak; dan Qiyas’. Menguasai kaedah-kaedah ilmu dalam pengajian Islam. Dan
mempunyai kerangka pemikiran yang benar. Paling penting ialah niat yang betul dan
matlamatnya keredhaan Allah SWT. Pentafsiran terhadap Islam bukannya berakhir Islam
mengikuti kehendak kita tetapi kita mesti mengikuti kehendak Islam.

Ada yang berpandangan, selama ini kita hanya mengikuti pentafsiran ulama terhadap
Islam bukannya Islam yang sebenar. Mereka mendakwa Imam Syafie, Imam Malik dan Imam al
Ghazali itu hanyalah manusia biasa. Mereka juga seperti kita yang ada nafsu. Kelihatan
pandangan mereka benar. Adakah kita menganggap iman, amalan dan ilmu Imam Malik, Imam
Syafie dan Imam al Ghazali setaraf dengan kita? Kita persoalkan diri kita sendiri terlebih dahulu
sebelum mempersoalkan ulama-ulama Islam silam.

Allah SWT dan Rasulullah SAW Hilang Dalam Kehidupan Orang Muslim

Allah SWT semakin kurang dikenali, kurang dirasai kewujudan dan kehadiran-Nya kerana ilmu
tauhid seperti Sifat 20 dan Nama-nama Allah semakin kurang dilazimi. Kitab-kitab tauhid

terutamanya karangan ulama Melayu silam sudah kurang dipelajari. Allah dapat dikenali dan
diyakini melalui [1] al Quran dan as Sunnah. [2] Sifat dan Nama Allah dan [3] Sains dan Alam.
Manakala Rasulullah SAW dapat dikenali melalui [1] kitab hadith dan [2] kitab sirah Rasulullah
SAW.

Malangnya, anak muda pada zaman ini lebih berminat dengan Rawl, Habermas, Marx
berbanding mengenali Rasulullah SAW. Buku-buku sirah Rasulullah SAW semakin ditinggalkan.

Ada yang berminat mempelajari Islam tetapi bukan dipelajari untuk mengenali
kewujudan Allah SWT dan mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW. Mereka berminat
dengan falsafah, tareqat, sanad dan watak-watak luar biasa. Mereka sibuk mengkaji Al-Hallaj, Al-
Sahruwardi, Basysyar, Al-Rawandi dan Shah Waliyullah. Mereka minat falsafah dan kesufian
bukannya cara hidup Islam. Tidak mereka sedar, kemuncak kepada falsafah dan kesufian itu
adalah keyakinan kepada Allah sebagai Tuhan Semesta Alam.

Belajar Islam
Membaca buku-buku Islam tetapi masih mendokong SEPILIS. Bermanfaatkah apa yang kita baca?

Bacaan yang bermanfaat adalah bacaan yang menambahkan iman dan pahala kita. Ia
bermaksud dengan membaca buku tersebut kita dapat menambah keyakinan kita kepada Allah
dan Rasul-Nya dengan mengamalkan apa yang dibaca dan menolak apa yang dilarang.

Baca buku bukan untuk tahu tetapi untuk faham. Baca buku untuk amal bukannya modal
nak berdebat.

Pemikiran Bercampur-aduk
Mencari sumber ilmu lain selain Al-Quran menyebabkan pemikiran seorang muslim akan kacau-
bilau.

Rasulullah SAW membentuk Generasi Quranik yang bersih hatinya; bersih pemikirannya;
bersih pandangan hidupnya; bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang
unsur-unsur yang lain selain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quran.

Apabila sumber ilmu Islam dicampur-aduk dengan pemikiran Yunani dan Romawi,
pemikiran umat Islam menjadi kacau-bilau. Kehadiran ideologi Barat menambah kecelaruan itu.

Generasi Quranik yang ditarbiyyah oleh Nabi Muhammad hanya ada satu sumber
panduan yang TUNGGAL iaitu AL-QURAN. Kita akan rosak jika mencari sumber panduan lain
selain daripada Al-Quran. Sumber panduan lain menyebabkan pemikiran bercampur-aduk yang
akhirnya seseorang itu terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Rasulullah SAW murka apabila melihat Saidina Umar al-Khattab memegang kitab Taurat.
Sabda baginda ‘Demi Allah sekiranya nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun,
tidak halal baginya melainkan mesti mengikuti ajaranku’. Justeru, pembacaan kita terhadap
buku-buku selain daripada al-Quran dan kitab hadith adalah bertujuan menambahkan tahu dan
keyakinan bertuhan bukannya menghakiskan keyakinan kita dalam bertuhan.

Pengkudusan Ulama

‘Fahami agama dengan menghadiri kuliah pengajian ilmu’

Hassan al Banna menyatakan,‘Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali
kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam
yang diredai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak, kitab
Allah dan sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan
mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada
niat mereka. Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan.’

Sesetengah ulama merasakan mereka sahaja tahu tentang agama Islam. Sememangnya
mereka tahu kerana mereka mendapat pendidikan Islam secara formal. Tahu tidak semestinya
beramal. Tahu belum tentu mempunyai niat yang lurus dan ikhlas dalam menyampaikan Islam.

Kita menghormati pandangan ulama bukannya taksub kepada mereka. Pelajari agama
Islam dengan ramai guru dan pelbagai pendekatan (selagi patuh syariah dan memenuhi pendirian
ASWJ) supaya sifat taksub dan fanatik serta ekstrem dapat dibendung.

Kita boleh menolak pandangan ulama. Kita boleh memilih pandangan ulama yang sesuai
dengan kemampuan kita. Pilihlah pandangan ulama yang paling dekat dengan Al-Quran dan As-
Sunnah dan hujahnya paling kuat diantara hujah-hujah yang dikemukakan oleh para ulama.

Dalam Islam, kemuliaan bukan terletak kepada gelaran ulama. Kemuliaan Islam terletak
kepada taqwa kita kepada Allah SWT. Biarlah Allah sahaja menilai kita bukannya penilaian
manusia. Cuma pastikan amalan kita mengikut syariat dan menepati Al-Quran dan As-Sunnah.

Aqal

Beraqal mengambarkan kecerdikan, kebijakan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu
menyatakan, ‘pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti’.

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan
‘mengikat binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya’. Pada istilahnya, aqal adalah
pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui.

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, ‘aqallah alat untuk
berfikir, dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak
dapat dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat
kepada aqal tetapi aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan
mengakuri dan mematuhinya.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan
[2] permulaannya dari dalam hati sendiri. Pengaktif aqal bagi [1] dan [2] ialah Al-Quran. Daripada
Al-Quran, aqal dibina dan diislah agar diri manusia menjadi seorang yang berTAQWA.

Jika kita memilih nafsu dan bisikan syaitan sebagai pengaktif aqal, iman kita akan
tergugat, akhlak kita terbejat dan diri kita akan hanyut dalam keasyikan dunia yang sementara
ini. Justeru, perbanyakkan pembacaan Al-Quran.

Bab 5
Benteng Menangani Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme (SEPILIS)

Dalam Gerakan Islam

‘Membaca buku untuk menjadi siapa dan siapa kita.
Membeli buku menentukan siapa kita dan mahu menjadi siapa’

Dalam bab ini, kita dapat:

1. Mengetahui cara menangani SEPILIS
2. Memperkuatkan diri dengan kekuatan dalaman untuk menolak SEPILIS.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud RA berkata, pada suatu hari, Rasulullah SAW
membuat garisan dengan tangan kanan baginda, kemudian bersabda, ‘ini adalah jalan Allah yang
lurus’. Kemudian baginda mengariskan dengan tangan kiri baginda, kemudian bersabda, ‘ini
jalan-jalan (garisan) tidak ada mana-mana jalan melainkan di atasnya Syaitan mengajak kamu
semua kepadanya’. Kemudian baginda SAW membawa ayat al Quran (dari Surah al An’am: 153)
yang bermaksud, ‘Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari
Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa’ (Riwayat al Hakim dan al
Nasaie)

Penyusupan masuk kelompok SEPILIS dan ejen musuh Islam ke dalam Gerakan Islam
bukanlah suatu yang mustahil. Kita telah melihat bagaimana Muhammadiyyah dan Nahdatul
Ulama, dua pertubuhan Islam terbesar di dunia mengalami krisis fikrah apabila kelompok SEPILIS
menyusup masuk dan akhirnya memdominasi kepimpinan pertubuhan tersebut.

Budaya berorganisasi membuka ruang dan peluang penyusupan ini apabila organisasi
mengamalkan sistem keahlian terbuka. Ia juga berlaku apabila ahli tidak menyertai sistem
pentarbiyyahan jemaah atau sistem pentarbiyyahan dicemari oleh kelompok SEPILIS.

Benteng menangani kelompok SEPILIS dapat dilakukan dengan tiga tunjang iaitu
[1]kekuatan dalaman individu, [2] suasana kesolehan dalam gerakan Islam dan [3] dasar yang
terkandung Perlembagaan gerakan Islam.

Pandangan Alam Islam

Pandangan Alam Islam ialah Islam sebagai addin atau satu sistem kehidupan. Syed Muhammad
Naquib al Attas melihat pandangan alam Islam menurut hukum metafizik, yakni berasaskan
sumber epistemologi, yang menjadi asas kepada kerangka dalam mentelaah sesuatu perkara
termasuk falsafah, bahasa, politik dan sebagainya.

Sistem metafizik adalah tentang sesuatu yang ada dalam kotak pemikiran manusia. Setiap
perbahasan dan persoalan bermula dari dalam pemikiran manusia. Perkara ini berbeza corak
pemikiran sesetengah ilmuwan dan teknorat yang berfikir daripada luar pemikiran yakni secara
fizik. Mereka menganggap perkara dalam pemikiran suatu yang tidak penting. Justeru, mereka
bersifat pragmatis dengan mengurus sesuatu secara fizik. Cara mereka berfikir adalah kurang
tepat kerana setiap tindakan berasal daripada dalam pemikiran. Pemikiranlah sumber perlakuan
atau tindakan yang bersifat fizik. Setiap orang mesti mengetahui apa yang berlaku dalam
pemikirannya.

Istilah pandangan alam (world view) dalam Islam merujuk kepada makna rasional dan
realiti yang tiada titik sempadan, meliputi kehidupan di dunia dan juga akhirat. Pandangan alam
Islam memerlukan kerangka berfikir secara Islami yang memenuhi kehendak dan matlamat
dunia-akhirat.

Kerangka berfikir adalah sebuah pemahaman yang melandasi pemahaman-pemahaman
yang lain. Maksudnya, kerangka berfikir menjadi sebuah asas atau dasar untuk memandu
pemikiran seseorang individu dalam menangani kepelbagaian pemikiran yang diperolehinya

melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman atau wacana. Kerangka berfikir mempunyai
kemampuan istimewa untuk menapis, menerima atau menyerap sesuatu maklumat.
Kemampuan kerangka berfikir ini membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain,
muslim dengan kafir dan mukmin dengan muslim.

Seperti dijelaskan pada ayat berikut: “dan Allah mengajarkan kepada Adam nama-nama
(benda) itu seluruhnya, kemudian Allah mengajukannya kepada para malaikat sambil berkata,
‘sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar’
mereka menjawab ‘maha suci Engkau, tiada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan
kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Allah
berfirman, ’hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini’. Maka setelah
diberitahukannya, Allah berfirman, ’bukankah sudah Ku-katakan kepadamu bahawa
sesungguhnya aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan
dan yang kamu sembunyikan’.” (Q.S. Al-Baqarah: 31-33).

Kerangka berfikir secara Islam yang menghasilkan pandangan alam Islam dibentuk
daripada konsep-konsep kunci dan istilah berasal daripada sumber rabbani iaitu al Quran dan
Hadis. Keistimewaan sumber rabbani ialah difahami dan diamalkan secara keseluruhan-syumul-
holistik, berprinsip yang tetap dan dinamik dalam pendekatan.

Individu dalam gerakan Islam perlu mempunyai pandangan alam Islam yang benar
bukannya palsu. Pandangan alam Islam yang palsu dapat dilihat apabila mereka mencampur-
aduk pandangan-pandangan pemikir Barat dengan pandangan bersumber al Quran dan al
Sunnah. Istilah-istilah dan konsep-konsep kunci yang mereka gunakan berasal dari Barat dan
difahami mengikut kehendak Barat tanpa kritikan. Kefahaman yang palsu ini menghasilkan
pandangan alam yang palsu sekaligus tindakan mereka terpesong daripada prinsip dan akhlak
Islam.

Dalam membina kerangka pemikiran yang unggul, para sarjana dan ulama Islam perlu
mengali khazanah yang terdapat dalam al-Quran, as Sunnah dan kitab-kitab karangan ulama
terdahulu dalam memantapkan istilah-istilah Islam. Umpamanya, konsep keadilan dan insan
boleh dimantapkan dan digunakan dalam pandangan alam Islam berbanding konsep keadilan
disisi pemikiran Barat. Anak muda Islam juga wajar menggunakan konsep dan istilah-istilah yang
digali daripada sumber Islam. Keterujaan terhadap Bahasa Inggeris antara punca pemilihan anak
muda Islam terhadap istilah dan konsep Barat.

Kelurusan Aqidah

Aqidah yang sebenar menuntut daripada seorang muslim menjelmakannya dalam tiga bentuk
iaitu

1. Dalam bentuk fikrah dan kefahaman
2. Dalam bentuk pegangan hati atau qalbi
3. Dalam bentuk amali atau penghayatan

Setelah sempurna penjelmaan aqidah dalam diri seorang muslim dalam tiga bentuk di atas,
maka sempurnalah hubungan muslim dengan Allah SWT.i

Persoalan aqidah adalah persoalan sejauh manakah darjat keyakinan/keimanan
seseorang muslim kepada Allah?. Sabda Rasulullah SAW, ‘iman itu bukanlah dengan angan-
angan (yakni teori sahaja) dan bukan hiasan (yakni dalam bentuk hiasan pakaian atau hiasan
perkataan) tetapi ia adalah sesuatu bentuk yang TETAP tidak bergoyang di HATI yakni
KEYAKINAN dan pegangan hati nurani muslim dan diiakan dengan PERBUATAN. Didalam
riwayat yang lain diturunkan dengan perkataan’

Gabungan keyakinan dengan perbuatan/amalan menentukan sejauh-mana darjat
keimanan dan keyakinan kita kepada Allah. Keyakinan terhadap Allah memberi kekuatan untuk

kita menolak semua perkara yang tidak datang daripada Allah yang menyalahi aqidah dan tidak
menguntungkan umat Islam.

Menjadi keanehan apabila seorang Islamis menyertai gerakan sekular dan liberal yang
jelas menolak Islam sebagai Addin yang syumul. Islam diletakkan dalam biro kecil yang dikabur
sebagai contoh dengan nama Biro Kemantapan Agama berbanding gerakan Islam yang
menjadikan Islam sebagai dasar penting dalam Perlembagaan organisasi.

Memperagamakan Aqal

Menurut Hamid Fahmi Zakarsyi, ‘sebab seseorang yang dilahirkan sebagai Muslim sekalipun tidak
wajib beriman dan ber-Islam kecuali setelah dia dapat menggunakan akalnya ataupun mencapai
umur aqil dan baligh. Bahkan hadis Nabi menegaskan bahawa dasar keberagamaan dalam Islam
itu adalah fikiran, tanpa fikiran bererti tidak ada keberagamaan religiusiti (al-dīn ‘aqlun la dīna
liman la ‘aqla lah). Ertinya beriman dalam Islam itu berdasarkan pada peningkatan tahap akal,
dan ilmu ‘aqliyah itu bertujuan untuk beriman. Dalam hal ini Nabi menegaskan bahawa:
Barangsiapa tambah ilmunya, tapi tidak tambah petunjuknya, maka ia akan tambah jauh dari
tuhannya (al-hadis).

Hadis ini dapat diertikan begini: barangsiapa ilmunya tidak mengandungi iman maka
bertambahnya ilmu hanya akan menambah kesesatan. Logiknya, kerana ‘ilm itu mengandungi
iman dan sebaliknya, maka sudah barang tentu bertambahnya ‘ilm itu akan menambah kekuatan
iman.’ii

Ilmu ialah ketibaan makna yakni sampainya makna kedalam fikiran (dhihin) dan
sampainya fikiran ke dalam makna. Ini mengindikasikan bahawa jiwa yang dimaksud al-Ghazalī
adalah fikiran. Bererti ilmu itu berada di dalam jiwa. Menurut Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik,
aqal satu sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati (jiwa) sanubari dan bersambung sampai

kepada otak kepala. Perkara ini bermakna ilmu yang memandu aqal sehingga sampai ke otak
manusia.

Aqal bergantung kepada ilmu yang diperolehi oleh seseorang manusia. Al Quran sebagai
sumber ilmu Islam merupakan pengaktif aqal yang mendorong manusia mendapat ilmu atau
pengetahuan. Aqal dapat mengidrak al Quran dan al Hadis.

Bahasa menghasilkan istilah dan konsep-konsep kunci ilmu pengetahuan boleh
mempengaruhi aqal sekaligus mempengaruhi keyakinan, pandangan alam, kepercayaan dan
tindakan seseorang. Awas!, kita perlu berwaspada dengan penyusupan masuk pemikiran SEPILIS
menggugat aqal kita agar tidak mengherotkan iman kita.

Kita perlu memperagamakan aqal dengan ilmu bersumberkan al Quran. Al-Quran sebagai
sumber khabar sadiq yang mutawatir menyatakaniii: ‘sesungguhnya Kami menurunkan al Quran
dalam bahasa Arab agar kamu berfikir dengan aqal’

Pengalian istilah dan konsep-konsep kunci dalam al Quran dan berbahasa Arab
membolehkan aqal kita diIslamkan sekaligus mempengaruhi Pandangan Alam Islam dan akhlak
kita dalam tindakan.

Sumber Hukum dan Ilmu Islam.

Fasal (7), Hukum-hukum dan kekuasaan: ‘Adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS
ialah kitab Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang
dan nyata yang tertakluk kepada hukum tertinggi Islam’

Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias menjadi tonggak pegangan Gerakan Islam,
PAS. Sumber hukum inilah rahsia kekuatan PAS kerana setiap institusi dalam PAS mesti
mengakuri keempat-empat sumber hukum ini.

Majlis Syura Ulama (MSU) memandu PAS dengan sumber hukum ini agar tidak terbabas
dalam laluan yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Justeru, pandangan-
pandangan peribadi para ulama dan pemimpin PAS akan tertolak setelah MSU membuat
keputusan rasmi PAS dalam sesuatu isu termasuk pandangan Presiden dan Mursyidul Aam PAS
sendiri.

Selain kelompok SEPILIS yang menyusup masuk ke dalam gerakan Islam, gerakan Islam
juga diancam oleh kelompok ekstrem dan kelompok membuncit perut (mencari habuan dunia)
yang terdapat didalamnya. Oleh itu, penggerak gerakan Islam tidak boleh patah hati atau kecewa
dengan perangai, percakapan dan tindakan kelompok-kelompok pelampau dalam gerakan Islam.
Kelompok-kelompok sebegini akan tetap ada dimana-mana. Penggerak gerakan Islam perlu
meneruskan perjuangan berdasarkan Perlembagaan, arahan MSU dan di bawah arahan ulama
yang rabbani.

Mengetahui Tujuan Kehidupan Manusia

Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran
sebagaimana ia mempunyai gharizah (naluri), pancaindera dan perasaan manusia menurut
keadaan semulajadinya:iv

1. Terpengaruh dengan segala yang difikirkan dan dilihatnya
2. Menghargai sebarang budi dan kebaikan, dan menghormati tempat terbitnya serta

bersyukur dan berterima kasih kepada pemberinya.
3. Mengagungkan yang mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan yang lebih tinggi

daripadanya dan menghormatinya.
4. Tunduk patuh kepada yang mempunyai kekuasaan yang mengatasinya
5. Mencintai keamanan, keadilan dan kesejahteraan.

Ketinggian martabat manusia disebabkan hakikat rohani dimana manusia dapat memahami
hakikat sesuatu, pendapat dan akidah kepercayaan. Timbul pula keinginan manusia mengkaji dan
berbahas apa yang dilihat dan difikirkanya untuk dijadikan keyakinan dan kepercayaannya demi
kebahagiaan dan keselamatannya. Maka, timbullah pertanyaan, dari mana datangnya alam ini?;
ke mana sesudah mati atau berakhirnya alam ini?; Siapa yang pencipta alam ini?.

Manusia juga adalah makhluk yang lemah, banyak melakukan kesilapan dan kurang serba
serbi memerlukan pertolongan, perlindungan dan pimpinan terutamanya dalam persoalan
ketuhanan. Jika tidak, hakikat rohani mereka disesatkan oleh alam sekeliling dan kehendak aqal-
nafsu mereka sendiri. Justeru, manusia perlu tahu apa yang paling penting dalam kehidupan ini
dan tujuan mereka dicipta.

Paling penting sekali dalam Islam dan kehidupan iniv ialah mengenal Tuhan yang menjadikan
kita. Hakikat Makrifatullah disimpulkan oleh ulama tauhid sebagai ‘asas mengenal agama ialah
mengenal Allah’. Sekiranya asas makrifat tidak kuat dan kukuh yakni peringkat keraguan dan
sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya seseorang tidak merasakan tanggungjawab dalam
melakukan amalan dan menjalankan hukum-hukum dengan sepenuhnya. Mengenal Allah itu
wajib pada syarak dan wajib pada aqal. Untuk menjadi seorang yang bertaqwa dan seorang
mukmin, dekati Allah dengan rasa kehambaan (ubudiah).

Manusia juga mesti tahu apa yang mereka buat?, apa yang kita kata?, apa yang kita kerjakan?.
Fikir terlebih dahulu akan manfaat atau mudharat sebelum melakukan sesuatu. Ada manfaat,
teruskan. Ada mudharat, tinggalkan.

Kita mesti sedar kita akan mati; ada alam kubur; ada hari pembalasan; dibangkitkan di akhirat.
Fikirkan pahala dan dosa, syurga dan neraka, azab kubur dan keselamatan dalam alam kubur dan
di akhirat sebelum melakukan sesuatu.

Ketiga-tiga perkara di atas biarlah menjadi asas kita berfikir dan bertindak agar tidak
terpengaruh dengan kehendak aqal-nafsu dan kepentingan kumpulan yang kita dokongi sahaja.
Berfikir dan bertindak berdasarkan nas-nas al Quran bukannya bersifat pragmatis dengan
matlamat menghalalkan cara demi kekuasaan politik dan kemenangan pilihanraya.

Tanzil

Tanpa Lampu Tanzil para Rasul dari Adam hingga Mustafa
Gagal mengenal Allah dalam samar akal dan pengalaman saja
Tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan
Penuh keyakinan, tanpa mainan syak dan gurauan zan.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]

Konsep Tanzil dalam al Quran menyatakan bahawa kepalsuan tidak terdapat dalam Islam
termasuk dalam wahyu [surah Fusshilat: 42]. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Malaikat
Jibril secara beransur-ansur. Al Quran menusuk ke dalam hati-jiwa seseorang mukmin dan
akhirnya mengerakkan mukmin tadi untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Pada waktu
yang sama juga, seseorang Islam memiliki sifat rasul yakni memberi peringatan. Peringatan ini
perlu berdasarkan istilah [bahasa] dan makna [makna kepada makna] yang benar, jelas dan tepat
[Surah Asy Syu’ara’: 192-195].

‘Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al Quran’ [rujuk
Surah Ali ‘Imran: 7] Keabsahan Tanzil terletak kepada Dia yakni Allah mentanzilkan atau
menurunkan al Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Apa yang adipenting disini ialah al Quran
telah membuktikan bahawa al Quran sendiri diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.
Perkara ini menunjukkan al Quran datang daripada Allah SWT dan bersifat kebenaran mutlak.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Agama [Islam] itu berasas pada TANZIL
daripada Tuhan kepada insan yang dilangsungkan oleh-Nya kepada nabi atau rasul-Nya
[pengakuan terhadap kerasulan Nabi Muhammad] bagi anutan segenap manusia. Berikut dari
pengakuan ini maka kita mengikrarkan bahawa agama Islam BUKAN TEORI, bukan hasil

renungan-renungan para bijaksana dan failasuf, bukan hasil renungan insan, bukan hasil ciptaan
insan sebagaimana kebudayaan itu hasil usaha dan dayaciptanya dalam menghadapi keadaan
sekeliling.

Md Asham Ahmad menyatakan bahawa kenyataan Allah yang di-tanzil-kan kepada
PesuruhNya Muhammad SAW. Dan apa yang dia fahami pada keinsafannya adalah kefahaman
yang benar terhadap hakikat yang diperkatakan kerana ia datang dari seorang yang benar [yakni
Muhammad] yang telah menyampai kepadanya perutusan yang benar [yakni al Quran] melalui
bahasa yang mempunyai cukup kewibawaan [Surah Yusuf:2] bagi memperikan hakikat dan
kebenaran seperti yang dikehendaki. Kebenaran itu adalah ‘kebenaran disisi Allah’, maka tidak
boleh tidak agama berkenaan mesti memberikan BUKTI pengakuan Tuhan terhadap
kebenarannya.

Kesempurnaan bukti kebenaran yang dimiliki oleh Islam melalui Tanzil membuktikan
Islam paling sempurna dan menyakinkan. Keyakinan dan kesempurnaan ini membuktikan tiada
keraguan pada Islam [Surah al Baqarah: 2].

Keabsahan Tanzil membuktikan bahawa Islam adalah hakikat kebenaran disisi Allah yang
sebenar dan tulen. Antara hujah-hujahnya:

1. Ayat al Quran menguatkan al Quran sebagai wahyu Allah SWT Surah al Anbiya: 5, Surah
al Ankabut: 48-49, Surah al Haaqah: 44-47

2. Gaya al Quran bukan ciptaan manusia, Surah al Baqarah: 23-24
3. Nabi Muhammad SAW turun ditegur-nasihati dalam al Quran menandakan bahawa al

Quran bukan ciptaan baginda. Surah al Anfaal: 67, Surah Abasa: 1-10
4. Ayat al Quran berkaitan perkara ghaib, Surah al Fath: 27
5. Ayat al Quran menyatakan tentang alam raya. Surah al Anbiya: 30, Surah Yaasin: 38-40,

Surah as Syura: 29, Surah al An’am: 125
6. Bersifat rahim, surah al Mukminun: 12-14
7. Islam bersifat Ilahi, Surah an Nahl: 17

8. Penerapan Islam secara keseluruhan, Surah al Baqarah: 85
9. Al Quran untuk selamatkan manusia, Surah Yusuf: 111

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, terdapat dua ciri khas Tanzil iaitu [1] wahyu Islam
diperuntukkan untuk semua umat manusia secara keseluruhannya (tanpa menbezakan waktu
dan tempat) dan [2] hukum-hukum yang suci yang terkandung dalam wahyu itu tidak
memerlukan pengembangan lebih lanjut dalam agama iti sendiri.

Kemampuan manusia meliputi akal, fizikal, emosi dan rohaniah manusia adalah terbatas(
Surah al Israa: 85, Surah an Nisa’: 28). Imam Shafie pernah berkata, ‘akal mempunyai batas
tempatnya berhenti sama seperti penglihatan mempunyai batas tempatnya berhenti’. Akal
manusia yang terbatas memerlukan wahyu [Surah an Nisa’: 165] dalam memberi panduan agar
kehidupan manusia mencapai kebahagiaan dan selamat di dunia mahupun akhirat.

Peranan Bahasa Arab

‘Al Quran ialah kitab dalam bahasa Arab, merupakan ‘bahan’ yang bakal membentuk tamadun
Islam’ – Seyyed Hossein Nasr.

Keyakinan hasil daripada keadilan dalam memilih keyakinan berdasarkan sumber ilmu dan
kaedah-kaedah ilmu. Ilmu pula difahami dengan bahasa. Bahasa adalah alat dan sarana
keagamaan, kebudayaan dan peradaban.

Kebanyakan mahasiswa dan para sarjana kita diherotkan pemikiran mereka disebabkan
boleh kekacauan dan kekeliruan dalam memahami kata dasar istilah. Keherotan memahami kata
dasar istilah mempengaruhi pandangan alam seseorang dan kerangka pemikiran orang tersebut.
Oleh kerana mahasiswa dan para sarjana tersebut mendapat pendidikan sekular, terpengaruh
dengan sekularisme dan dididik oleh para orientalis, kata dasar istilah yang dipelajari berasul-usul
daripada bahasa asing yang dipengaruhi oleh tamadun mereka.

Pengaulan Dalam Islam

‘Kita, apa yang kita baca dan siapa sahabat kita’

Imam al-Muhasibi menyatakan, ‘jangan engkau bergaul melainkan orang yang berAKAL dan
berTAQWA dan janganlah kamu mendampingi melainkan orang ALIM yang CELIK’ . Orang alim
yang celik ialah orang alim yang WARAK dan berAMAL dengan ILMUnya serta menjadikan
AKHIRAT sebagai MATLAMATnya..

Rasulullah SAW pernah ditanya, ‘Siapakah teman-teman yang baik?. Baginda SAW
menjawab: Siapa yang mengINGATkan kamu kepada ALLAH dengan melihat wajahnya,
menambahkan ILMU dengan mendengar bicaranya dan mengingatkan akan hari AKHIRAT bila
melihat amalannya’

Kebanyakan anak muda pada hari ini tidak menjaga pengaulan mereka. Mereka
bercampur gaul dalam pelbagai aktiviti termasuk kursus-kursus atau wacana yang dianjurkan
oleh kelompok SEPILIS sehingga terpengaruh dengan pemikiran SEPILIS. Mereka menjadikan
pengalaman mereka dengan orang agama sebagai pengalaman buruk yang penuh doktrinisasi,
pemikiran jumud, penuh pelabelan, terkongkong dan sempit.

Kita tidak menafikan sesetengahnya betul tetapi itu tidak mengambarkan Islam yang
sebenar. Wajar kita kembali kepada al-Quran dan as Sunnah, banyak membaca, berguru dengan
pelbagai guru dan banyak mengembara serta pengaulan tidak bersifat statik.

Bergaul dan bersahabat untuk meningkatkan taqwa, ilmu, amal dan masa depan hari
akhirat kita. Menghadiri majlis atau program yang dianjur oleh kelompok SEPILIS untuk belajar
dan pengkongsian ilmu bukannya mengikuti pemikiran mereka. Punbegitu jangan benarkan
pemikiran itu mengikis keyakinan kita. Sesungguhnya orang paling rugi ialah kelompok yang

sudah datang kebenaran kepada mereka tetapi mereka memilih kembali kejahilan dan
kemaksiatan.

Hujah: Melihat ‘Apa’ dan ‘Siapa’
‘Lihat hujahnya bukan pada sahsiah orangnya?’

Hukum-hukum Islam dibina pada asas-asas yang kuat, kukuh dan mapan kerana Islam
mempunyai sumber ilmu dijamin kebenarannya. Dua sumber ilmu Islam datang daripada Allah
SWT dan dipraktikalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sumber ilmu Islam yang lain adalah al-ijma’
yang dilihat sebagai kesepakatan dalam kalangan orang-orang yang terbaik dalam umat Islam
dan satu lagi sumber ilmu Islam yang memberi ruang yang luas kepada umat Islam untuk
mengatur kemaslahatan mereka termasuk qiyas, al-istishab dan lain-lain.

Islam tertegak berdasarkan hujah-hujah para ulama bukannya pada diri ulama tersebut.
Perkara ini bermakna kelemahan, kesilapan, kelalaian dan kesalahan ulama adalah persoalan
peribadi bukannya persoalan sumber ilmu jika tujuan dan kaedah-kaedah ilmu yang betul dan
benar. Hujah mengatasi keperibadian diri seseorang ulama.

Pada hari ini, dunia ilmu mengalami krisis: kehakisan ilmu [Ontologi dan Epistemologi];
Kehilangan Adab. Sumber ilmu Islam dicerobohi dengan pentafsiran yang menyeleweng oleh
ulama palsu dan intelektual sekular anak buah orientalis. Justeru, kita bukan sahaja perlu melihat
hujah tetapi latarbelakang siapa yang mengutarakan hujah.

Melihat siapa dalam penghujahan sumber ilmu bukanlah asing dalam tradisi keilmuan
Islam kerana tradisi ilmu Islam bermula dengan pendekatan ini. Sumber ilmu Islam terutamanya
pengajian hadith dijaga oleh pengajian ilmu secara bersanad iaitu daripada Rasulullah SAW
sehingga kepada penyebutnya yang ada pada saat ini.

Pengajian ilmu secara bersanad sangat ditekankan dalam pengajian hadith. Sanad adalah
rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya Al-Bukhari >
Musaddad > Yahyaa > Syu’bah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW. Manakala Isnad pula
adalah sandaran hadis pada periwayatnya.

Dengan mengenali orang yang berhujah, kita dapat menilai tahap keimanan berdasarkan
akhlak, cara hidup, perjuangan, kumpulan yang mereka sertai dan tujuan hujah tersebut
dikemukakan.

Antara ciri-ciri mereka yang keliru dan menyesatkan ini ialah [1] berfikiran dualisme yakni
bercampur aduk hujah agama dengan hujah pemikiran ciptaan manusia sehingga hujah agama
terpinggir. Dualisme kebenaran adalah kesesatan yang membawa kecelaruan aqidah. [2] Mereka
mendakwa mereka sebagai kelompok reformis-progresif dalam Islam tetapi mereka membawa
perjuangan mengikut kehendak para orientalis dari Barat. Mereka teruja dengan pemikiran
Barat. [3] Mereka mengangkat pemikiran tokoh atau ulama Islam tertentu tanpa melihat
kesyumulan Islam sebagai addin. [4] Gaya hidup mereka tidak mengambarkan Islam sebagai
addin. Mereka bersifat selektif dengan memilih mengamalkan Islam yang sesuai dengan selera
mereka sahaja.

Disini, kita dapat mengenali siapa liberalis, sekularis atau pluralis walaupun hujah-hujah
mereka dibaluti dengan sumber al Quran, al Sunnah dan pendapat para ulama. Maka, kewajiban
kita menolak hujah-hujah mereka.
‘Hujah mereka benar tetapi tujuan mereka batil’

Antara Hujah dan Akhlak
Islam adalah satu cara hidup yang bergantung kepada hujah yang benar dan sahih. Hujah yang
benar dan sahih merujuk kepada al Quran dan al Sunnah. Islam tidak menghalang umatnya
merujuk kepada sumber lain yang disifatkan ‘hikmah yang tercicir’ dengan syarat sumber
tersebut tidak melanggari syariat dan tidak melampaui sumber al Quran dan al Sunnah.

Sebilangan orang mengatakan akhlak perlu mendahului ilmu, manakala sebilangan yang
lain mengatakan ilmu perlu menghasilkan akhlak dan adab. Sebenarnya, segalanya berpunca
daripada ilmu. Ilmu yang benar memberi keyakinan dan kesedaran sehingga seseorang berakhlak
dan beradab. Ketinggian darjat seseorang ulamak silam yang mantap apabila mereka
melengkapkan ilmu tauhid, ilmu fiqah dan ilmu tasawuf dalam pengamalan hidup mereka

Penghujahan adalah satu proses ilmu yang berdasarkan sumber paling berautoriti yang
melahirkan keyakinan, kesedaran dan kefahaman untuk perubahan diri, orang sekeliling dan
masyarakat. Dalam konteks Islam, perubahan tersebut ke arah lebih bertuhan.

Keyakinan, kefahaman dan kesedaran ibarat akar pokok manakala buahnya adalah
akhlak. Ilmu pula adalah bajanya. Jika kita menggunakan baja yang salah atau tidak membajai
pokok, keyakinan, kesedaran dan kefahaman yang dihasilkan adalah salah sekaligus
menghasilkan buah yang ‘salah’.

Ada yang berpendapat kita boleh menerima idea atau hujah seseorang walaupun peribadi
(akhlak) mereka buruk seperti tak solat dan tak menutup aurat. Jawapannya, ya.

Walau bagaimanapun, jika ada dua pertembungan antara hujah orang berakhlak Islami
dengan seseorang yang tidak berakhlak Islami, keutamaan paling utama ialah hujah orang
berakhlak Islam kerana ilmu seseorang itu menghasilkan akhlak (akhlak yang sebenar bukannya
lakonan), maksudnya ilmu berbekas pada diri atau ilmu telah menghasilkan keyakinan kepada
diri seseorang bukannya hanya sembang kencang atau berwacana-falsafah sahaja.

Islam, antara ilmu dan praktis, hujah dan akhlak, keyakinan dan kefahaman, kesedaran
dan perubahan, individu dan negara, cara hidup dan budaya.

Ingat! ilmu itu untuk membentuk pandangan sarwajagat (alam atau hidup) Islam,
membina amalan yang benar dan tujuannya adalah untuk menambah keyakinan bertuhan. Jika
tidak, kita mengadaikan akhirat kita.

Mempertahankan Tradisi Keilmuan Islam

Berkata al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi : “Tidak diambil sesuatu ilmu, melainkan
daripada lidah-lidah ulama”

Tradisi keilmuan Islam ialah sistem pengajian bersanad. Tujuan sistem pengajian
bersanad pada mulanya untuk memastikan kesahihan riwayatvi.

Menurut Mohd Khafidz Soroni, Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu
kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
2. Merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan

mengajar.
3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia

adalah satu kebanggaan buat mereka.
4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari

kiamat.
5. Merupakan satu rahmat dan barakah.

Periwayatan bersanad berkembang dalam pengajian al Quran, pengajian hadith dan
pengajian berkitab. Pedagogi talaqqi digunakan dalam periwayatan bersanad ini. Talaqqi dari segi
bahasa diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru.
Kaedah berguru menampilkan melalui:

1. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-Quran dengan
memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul).

2. Mendengar (al-sama’)
3. Ijazah
4. Bacaan di depan guru (al Qira’ah)
5. Pemberitahuan (I’lam)
6. Pemberian (munawalah)

Tradisi keilmuan Islam melalui sistem pengajian bersanad ini memberi jaminan bahawa
kefahaman pelajar yang mempelajari Islam adalah selaras dan benar. Kesilapan pada sesebuah
kitab dapat dijelaskan oleh guru.

Pengajian bersanad juga sangat mementingkan keperibadian guru yang mengajar. Perkara ini
penting dalam menjaga keaslian dan autoriti ilmu Islam agar tidak dipengaruh oleh anasir-anasir
asing yeng menyesatkan.

Membaca Tanpa Guru: Berguru Dengan Syaitan?

Kebanyakan yang terpengaruh dengan SEPILIS adalah kelompok yang suka membaca dan
berwacana. Mereka menyukai dan mendalami ilmu dengan membaca tanpa guru. Akibatnya,
ilmu yang diperolehi menimbulkan keraguan dalam diri sehingga berlaku konflik dalaman
sehingga ada yang terjerumus ke dalam lembah SEPILIS.

Membaca tanpa guru bukanlah bermakna berguru dengan syaitan. Orang yang ‘berguru
dengan syaitan’ adalah orang yang membaca tanpa iman dan kerangka pemikiran yang benar.
Sebelum belajar melalui membaca buku, kita mesti belajar melalui berguru.86 Guru dalam
memimpin kita agar memahami sesuatu ilmu dengan kaedah yang betul. Apabila kita mengetahui
kefahaman dan kaedah ilmu yang betul, baru kita menambah pengetahuan dengan membaca
buku.

86 Rasulullah SAW sendiri belajar melalui berguru yakni melalui perantaraan antara baginda dengan Malaikat Jibril.

Allah SWT sendiri mentanzilkan al Quran dengan surah al ‘Alaq: ‘Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Surah al ‘Alaq: 1)

Baca dengan iman yang menyakini Allah yang menciptakan sesuatu atau makhluk. Bacaan
yang boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT bukannya menjauhi diri daripada Allah SWT
sehingga mempertuhankan akal sendiri dan pemikiran ciptaan manusia.

Ulama Memimpin Umat
‘Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar
Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan
akhirat walaupun parti Islam itu mundur, kalah dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan
akhlak. Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati
penyakit tersebut dengan izin Allah.

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah
Al Mukaramah. Beliau sangat alim. Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang masyhur di
Makkah.

Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri. Menurut
Dr Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah “Kewujudan
para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan
umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka
kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini
menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.”

“Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan
politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang
ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.”

Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis Syura’
Ulamak yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan
PAS. Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan
dilaksanakan. Dan memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak dalam
kumpulan dan masyarakat Islam.

Ulama Moderat, Pragmatis, Progresif dan Populis

Pada zaman mutakhir ini, kita perlu berhati-hati dengan sesetengah ulama palsu. Ketinggian ilmu
dan imej ulama mereka menyebabkan kita mudah tertipu. Mereka berselindung disebalik jubah,
hujah/nas dan janggut mereka. Mereka berselindung dengan slogan dan pidato yang menawan
hati. Mereka berselindung disebalik nama progresif, islah, reformis dan mempertahankan
tradisonalis.

Ulama adalah orang beraqal yang menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al-
Quran dan Sunnah Rasulullah SAW serta ijtihad para imam terutamanya Imam Abu Hanifah,
Imam Malik, Imam asy-Shafie dan Imam Ahmad Hanbali.

Keaslian agama Islam terletak pada [1] al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda
Rasulullah SAW, ‘Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang
teguh pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (al-Quran)
dan Sunnahku’ Disebut dalam riwayat yang lain, ‘kitab Allah (al-Quran) dan kaum kerabat
terdekatku’ (Riwayat Malik dalam al Muwatta’ no 1594).

Keaslian agama Islam kedua terletak kepada kefahaman ulama al-salaf al-soleh yakni
zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat, zaman tabi’in. Sabda Rasulullah SAW, ‘sebaik-baik kamu
adalah orang yang hidup sezaman denganku, kemudian orang yang (hidup) mengiringi mereka,
kemudian orang yang (hidup) mengiringi mereka’ (Riwayat Bukhari: 2651).

Pentafsiran Islam oleh ulama generasi kini perlu diterima dengan berhati-hati dan penuh
teliti kerana mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, guru mereka, aliran pemikiran,
pertubuhan mereka sertai, buku yang dibaca dan kepentingan peribadi mereka. Kita sukar
mengesani niat mereka ke atas sesuatu pendapat tetapi kita boleh menilai apa yang mereka
zahirkan melalui akhlak dan tindakan mereka. Para ulama mesti sentiasa beramal dengan
menguatkan yang ZAHIR dan menjauhi yang SYUBHAH.

Ulama juga perlu sentiasa menjaga (memeriksa-muhasabah) niat mereka dan
mengetahui kehendak serta tujuan mereka melakukan sesuatu. Lazimilah takut kepada Allah
SWT terutamanya angkara dosa tangan dan lidah.

Neo-Taklidisme ialah bertaklid dengan proses pembelajaran bukannya taklid membabi-
buta sehingga menghasilkan ketaksuban dan kejumudan. Disamping bertaklid, hendaklah juga
seseorang ilmu belajar bagaimana proses ijtihad ulama ke atas dalil tersebut. Justeru, setiap
perbuatan dan dalil yang diterima mesti dengan hujah-hujah yang sahih dan mendekati sumber
ilmu Islam yang berautoriti iaitu al Quran, as Sunnah dan kitab ulama muktabar.

Panduan Bagi Pemimpin Memilih Pembantunya.

Memilih pembantu, pemimpin pelapis atau timbalan ketua merupakan permasalahan besar
dalam sesebuah organisasi. Kehadiran pemimpin pelapis datang melalui [1] lantikan ketua atau
perwakilan, [2] latihan untuk menjadi pemimpin dan [3] spontan tanpa disangka-sangka
sebagaimana yang berlaku dalam kisah Nabi Daud dan Thalut. Di Malaysia, kisah Tun Mahathir

menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Dato Seri Mohamad Nizar menjadi Menteri Besar Perak
antara contoh kenaikan spontan.

Contoh klasik bagaimana Tun Mahathir memilih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan
Perdana Menteri. Tun Mahathir menurunkan Tun Musa Hitam, merestui pihak [Tim Wawasan]
yang menentang Tun Ghafar Baba, memecat Dato Seri Anwar Ibrahim, mendesak calon
pilihannya sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga meletak jawatan dan
kini berusaha agar Dato Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Penulis tertarik dengan pendapat Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam
Berita Harian, 4.12.2004, ‘Golongan pelapis dalam parti tidak perlu dilatih kerana ia terjadi
dengan sendiri menerusi pelbagai cara seperti pengaulan, berkecimpung’

‘Kadangkala kita latih orang tetapi apabila tiba masanya dia tidak berkelayakan, setiap
orang letak sebagai pemimpin rumah tangga, pemimpin masyarakat terjadilah dia pemimpin
kena guling ialah orang yang sengaja letak dirinya sebagai pelapis’

Dalam banyak keadaan, timbalan ketua atau pemimpin pelapis yang cuba merampas
kuasa dan mengancam kestabilan dalam organisasi.

Tuan Guru Yahya Othmanvii yang terkenal dengan pendekatan Ikhwanul Muslimin melalui
‘al sofwah al mukhtarah’ menyatakan hujah penting dalam memilih pemimpin pelapis dengan
hujah hadith di bawah; Daripada Abi Said dan Abi Hurairah RA, ‘bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda, ‘Allah SWT tidak menghantar seorang nabi/khalifah/pemerintah, melainkan ada
baginya dua kumpulan penasihat, satu kumpulan menurutnya membuat kebajikan, kebaikan dan
kumpulan ini mengalakkannya ke arah itu, dan satu kumpulan lagi menyuruhnya dan
mengalakkannya ke arah kejahatan dan menyuruhnya ke arah itu’ (Riwayat al Bukhari)

Daripada Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
‘apabila Allah SWT menghendaki kebaikan kepada pemerintah, Allah jadikan kepadanya menteri
yang benar. Sekiranya dia terlupa diperingatkannya, jikalau dia ingat dibantunya, sekirannya
Allah mahukan selain daripada itu, maka dijadikan padanya menteri yang jahat. Jika dia terlupa,
tidak diperingatkannya, dan sekiranya dia ingat tidak dibantunya’ (Riwayat Abu Daud)

Pemimpin pelapis perlu dilatih agar kelompok SEPILIS tidak berjaya menyusup masuk ke
dalam saf kepimpinan gerakan Islam. Sudah tibanya, PAS mengamalkan keahlian bertapis
sebagaimana Ikhwanul Muslimin. ‘Syura pemilihan pimpinan dijalankan dengan meletak
bukannya pertandingan’.

Sistem pengkaderan di kampus seharusnya 100% diambil oleh Dewan Ulama PAS Pusat
bukan lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan dimentori oleh tokoh-tokoh tertentu dalam PAS. Sistem
pengkaderan juga perlu diterangkan secara ilmiah dan berbentuk kajian tentang pemikiran Barat.

Manual Pembanterasan SEPILIS

Anak muda dan anggota gerakan Islam mesti menghindari pemikiran SEPILIS dan para
penggiatnya sebagaimana disarankan oleh Ustaz Zulkifli Ismail (dengan olahan oleh penulis) di
bawah;

1. Jika kita tiada kemampuan ilmu, hujah dan keupayaan berdebat, hendaklah menjauhi
program wacana mereka. Jika tidak kita mudah terpengaruhi dengan mereka. Orang yang
tiada kelayakan berijtihad tidak layak, tidak mampu berlaku adil dan akan bersifat
bermudah-mudahan mengeluarkan pandangan dalam persoalan agama.

2. Menilai ajaran agama dengan aqal adalah pendekatan falsafah bukan pendekatan Islam.
Ia cara pemikiran kelompok sesat zaman lampau seperti muktazilah.

3. Mencampur-adukkan manhaj falsafah dalam persoalan agama adalah agenda halus Barat
untuk menyerang Islam dan menghancurkan keyakinan umat Islam terhadap Islam.

4. Kemuliaan sebenar seseorang ialah menerima ilmu bersumberkan wahyu bukannya
falsafah.

5. Wajib menolak usaha merosakkan Islam melalui pemikiran falsafah sekular dan
metodenya dalam mentafsir agama Islam.

Bab 6
Aku Mahu Menjadi Sekular!

Dalam bab ini, kita dapat:
1. Mengetahui definisi sekularisme-pluralisme-liberalisme
2. Mengetahui ciri-ciri sekularisme.

Ibrah Daripada Ahmad Wahib87
Usia muda, semangat, berbekalkan ilmu dan bahan baca dan igauan buruk dalam pengalaman
beragama atau organisasi agama antara faktor JIWA KACAU dan JIWA MEMBERONTAK. Itulah
gambaran awal terhadap seluruh anak muda berwatak AHMAD WAHID. Ahmad Wahid hanyalah
watak yang mahu ditonjolkan mewakili anak-anak muda berjiwa fikir sepertinya. Jiwa fikir seperti
berfikir mahu meruntuh dan mengubah sistem, mahu menghapuskan ketidakbenaran dan
kelemahan dalam agama dan berkata TIDAK kepada pihak berkuasa.

Seterusnya, kita akan melihat elemen-elemen terpilih yang ada dalam penulisan Ahmad Wahib
yang mewakili jiwa fikir yang kacau dan memberontak melawan agama dan pihak berkuasa.

Batas Berfikir

“Sebagian orang meminta agar saya berpikir dalam batas-batas Tauhid, sebagai konklusi globalitas
ajaran Islam. Aneh, mengapa berpikir hendak dibatasi. Apakah Tuhan itu takut terhadap rasio yang
diciptakan oleh Tuhan itu sendiri? Saya percaya pada Tuhan, tapi Tuhan bukanlah daerah terlarang
bagi pemikiran. Tuhan ada bukan untuk tidak dipikirkan “adanya”.

87 “almarhum sedang menghadapi pergulatan pikiran yang keras dalam proses pencariannya. Hal itu tidak terlalu
mengherankan. Almarhum Ahmad Wahib berasal dari lingkungan agama yang terkenal sangat teguh, Madura. Dalam
pendidikan, almarhum adalah mahasiswa fakultas eksakta, Fakultas Ilmu Pasti dan Alam. Sedang kegiatannya dalam
gerakan mahasiswa mengantarkannya ke dalam lingkaran masalah-masalah agama dan kemasyarakatan” [H.A Mukti
Ali, Pengolakan Pemikiran Islam- Catatan Harian Ahmad Wahid, ms ix]

Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui ber-
Tuhan. Tapi menolak untuk berpikir bebas berarti menolak rasionalitas eksistenasinya Tuhan. Jadi dia
menghina Tuhan karena kepercayaannya hanya sekedar kepura-puraan yang tersembunyi.”

“Saya sungguh tidak mendewa-dewakan kekuatan berpikir manusia sehinga seolah-olah absolut.
Kekuatan berpikir manusia itu memang ada batasnya, sekali lagi ada batasnya! Tapi siapa yang tau
batasnya itu? Otak atau pikiran sendiri tidak bisa menentukan sebelumnya. Batas kekuatan itu akan
diketahui manakala otak kita sudah sampai di sana dan percobaan percobaan untuk menembusnya
selalu gagal. Karena itu manakala “keterbatasan kekuatan berpikir, maka jelas statement ini tidak
berarti dan mungkin salah besar. Otak itu akan melampaui batas kekuatannya. Kalau sudah terang
begitu, apa gunanya kita mempersoalkan batas, kalau di luar batas itu sudah di luar kemampuannya?
Hal ini sudah dengan sendirinya, tak perlu dipersoalkan. Berikanlah otak itu kebebasan untuk bekerja
dalam keterbatasannya, yaitu keterbatasan yang hanya otak itu sendiri yang tahu. Selama otak itu
masih bisa bekerja atau berpikir, itulah tanda bahwa ia masih dalam batas kemampuannya. Dalam
batas-batas kemampuannya dia bebas. Jadi dalam, tiap tiap bekerja dan bepikir otak itu bebas.” –
Ahmad Wahib

Apa kegunaan brek kenderaan? Ia digunakan untuk berhenti atau berhenti kecemasan setelah

bergerak dalam kelajuan. Setiap wilayah ada sempadan, setiap negara atau organisasi ada

undang-undang atau peraturan. Semua itu adalah batas atau sempadan. Dalam berfikir, kita

perlukan batas dan sempadan agar kita tidak terkeluar atau sesat. Surah al ikhlas umpamanya

menjadi batas untuk fikiran kita berfikir tentang Tuhan. Jika kita melewati sempadan surah itu,

kita akan sesat dan boleh jadi kafir.

Akal

“Saya pikir hanya dua yaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Bila akal dimasukkan dalam deretan itu, menjadi
tidak proporsional. Akal di sini bukan sebagai sumber, tapi sebagai alat untuk menggali kedua sumber
tadi. Apa konsekuensinya bila akal dipakai sebagai alat dan bagaimana kalau sebagai sumber? Kalau
dipakai sebagai alat, karena akal itu macam-macam, sumber pun macam-macam, walaupun dalam
ruang lingkup Qur’an dan Hadist, maka akan timbul macam-macam Islam. Dan bila akal dipakai
sebagai sumber, maka segala sesuatu yang merupakan produk akal yang kita rasa tak bertentangan
dengan Qur’an dan Hadist, lalu bernama Islam.”

“Dan malahan menyulitkan pemikiran-pemikiran kita selanjutnya, mana yang telah ditentukan Tuhan
dan mana yang disesuaikan dengan akal kita. Saya kira kita harus membedakan antara Islam—saya
pakai sebagai kata benda, yang identik dengan ajaran—dengan Islamistis yang berarti sesuai atau tidak
bertentangan atau senafas dengan ajaran Islam”

“Ini akal bebasku yang berkata, akal bebas yang meronta-ronta untuk berani berpikir tanpa disertai
ketakutan akan dimarahi Tuhan. Dan hanya karena kepercayaanku akan adanya Tuhan serta bahwa
Al-Qur’an itu betul-betul dari Tuhan serta Muhammad itu betul-betul manusia sempurna, maka aku
pada resultante terakhir tetap berpendapat bahwa Islam itu secara total baik dan sempurna. Akalku

sendirilah yang tidak mampu meraba kesempurnaan tadi. Kalau begitu hormatku terhadap ajaran-
ajaran Islam adalah karena alasan-alasan formal belaka, bukan material. Betulkah?”

“Bila menilai sesuatu kita sudah bertolak dari suatu asumsi bahwa ajaran Islam itu baik dan faham-
faham lain di bawahnya, lebih rendah. Ajaran Islam kita tempatkan pada tempat yang paling baik. Dan
apa yang tidak cocok dengannya kita taruh dalam nilai di bawahnya. Karena Islam itu paling baik dan
kita ingin menempatkan diri pada yang paling baik, maka kita selalu mengidentikkan pendapat yang
kita anggap benar sebagai pendapat Islam.”

“Dia dengan kekuatan akalnya yakin bahwa ide-ide luar itu baik dan karena itu tidak berani berpikir dan
berpendapat bahwa ide-ide luar itu lebih baik dari Islam (karena asumsinya ide-ide Islam itu paling
baik), maka tidak ada alternatif lain kecuali berkata bahwa ide-ide itu sesuai dengan ajaran Islam. Ini
tidak disadari karena tidak ada kebebasan berpikir dalam dirinya”

“Sesungguhnya kalau kita berani berpikir bebas, kita harus berani membedakan dua hal, yaitu: 1.
Pendapat Islam: 2. Kebenaran menurut akal kita. Ini untuk mencegah kemurnian pemahaman Islam”

Kemampuan berpikir manusia itu memang terbatas, tapi batas itu sendiri kita tidak tahu. Persoalannya
apakah keterbatasan kita itu akan kita gunakan secara maksimum ataukah akan kita gunakan
setengah-setengah. [34]

perubahan dalam subyek-dalam hal ini pikiran kita sendiri-dan menjadilah Islam “baru” itu nanti
sebagai Islam menurut kita sendiri dan bukan “Islam baru” menurut Islam itu sendiri.

Islam itu pada asasnya terletak pada kefahaman RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN. KeTAATan dan
penghayatan kepada kedua-dua RUKUN ini menyelesaikan segala kekusutan, kecelaruan dan

kekeliruan dalam jiwa fikir seseorang terhadap agama Islam. Tetapi malangnya, kita mahu
melawan Islam.

Islam juga terletak kepada sumber ilmu yang WAJIB dirujuk iaitu AL QURAN dan AS
SUNNAH. Jika kita FAHAM, TAAT, HADAM, HAYATI, AMAL dan ISTIQAMAH mengamalkannya,

tiada persoalan yang kita akan timbulkan.
Tanpa pentafsiran ulama sekalipun, kita boleh TAAT dalam beragama dengan merujuk al

Quran dan as Sunnah. Kemudian doa. Untuk dapat hidayah. Malangnya, kita kata membaca al

Quran dan tafsir sendiri tetapi akhlak dan amal Islam kita tidak berubah. Hidup masih berfoya-
foya, aurat tidak ditutup dan lain-lain. Orang macam inikah mahu mentafsir sendiri Islam?

Sekularisme dan Pensekularan

“Fiqh merupakan hasil sekularisasi ajaran Islam di suatu tempat dan waktu. Menurut saya, Qur’an dan
Hadist itu fiqh pertama di kalangan umat islam. Sehingga Al-Qur’an merupakan hasil sekularisasi

ajaran Islam di zaman nabi. Pelakunya Tuhan sendiri. Dan hadist saya pikir, merupakan hasil
sekularisasi ajaran Islam di Zaman nabi. Pelakunya: Muhamad.[47]”

“Sekularime itu anti agama tapi sekularisasi itu netral agama. Sekularisme itu sendiri walaupun untuk
mencapainya memerlukan sekularisasi (sebagai proses appproach), dia bersikap tidak senang terhadap
sekularisasi, karena keterbukaan dan kebebasan yang diberikan oleh sekularisasi itu bagi pencaharian
hakekat lebih lanjut beyond this world and this time. Sekularisasi tidak menghalangi kita untuk mencari
kemungkinan adanya atau menganut adanya the other significance of realities, other/ different than
those which can be measured by the method of natural science. Sekularisasi itu adalah opened process
sedang sekularisme adalah closed system.”

“Sekularisasi yang dilambari oleh pemahaman bahwa tidak ada nilai yang tetap dan yang tetap hanya
Tuhan (iman dan taqwa) akan melahirkan “God without religion”. Pada hemat saya, sekularisasi yang
bertolak pada pemikiran bahwa “religion is private business” tidak mengharuskan lahirnya suatu
anutan: “God without religion”, karena “religion is private business” akan membekali setiap pribadi
dengan nilai-nilai tertentu yang abadi dan universal yang harus ditegakkan dalam kehidupan
bersamanya di samping beberapa landasan spiritual dan tugas ritual yang harus ada dalam kehidupan
pribadinya.”

“Tentang sekularisasi perlu diingat bahwa disukai atau tidak, proses sekularisasi mesti terjadi.
Sekularisasi merupakan proses sosiologis yang tidak bisa dicegah andaikata kita suka dan merupakan
proses yang pasti datang sendiri andaikata kita memang mengharapkannya.” – Ahmad Wahib

Islam, dari Islam, melalui Islam, untuk Islam. Islam mempunyai sumber ilmu, kaedah ilmu dan ahli

ilmu yang tersendiri. Maka, Islam tidak perlu menumpangi ideologi dan kaedah ilmu yang lain.

Memcampur-aduk Islam dengan ideologi dan kaedah ilmu yang lain boleh mengelirukan

pemikiran dan sesat.

Kebenaran

Aku adalah aku, pada saat sakratul maut!’

saya aqidah itu demokratis, yaitu aqidah mencintai sekaligus juga menghargai “anti aqidah”, walaupun
aqidah tidak menyetujui isinya. Hanya dengan demikian orang akan sampai pada aqidah yang sebenar-
benarnya dan bukan “pseudo aqidah” atau “aqidah slogan”. Biarlah semua ulama-ulama tua dan calon-
calon ulama itu berbeda pendapat dengan saya. Saya ingin berbicara langsung dengan Tuhan dan
berkenalan langsung dengan Muhammad. Saya yakin bahwa Tuhan mencintai dan menghargai pikiran-
pikiran yang meragukan sebagai ajarannya. Tuhan memberi hak hidup dan memberi kesempatan pada
“musuh-musuhnya” untuk berpikir, untuk kemudian menjadi “sahabat-sahabatnya. [ms 35]

Kalau kita berani berkata bahwa orang yang beragama non- Islam itu masuk neraka, atau seorang
pencuri itu tak akan masuk syurga, maka hal itu berarti bahwa kita telah berani memegang jabatan
Tuhan, sebab hanya Tuhanlah yang tahu ke mana tiap-tiap orang itu dimasukkan.

Yang penting bagi kita ialah berbuat dan bertanggung jawab. Kebenaran adalah sesuatu yang kita
usahakan mendapati dan kesalahan adalah sesuatu yang kita usahakan menghindari. Dalam sikap

demikian, maka kemungkinan melakukan kebenaran atau kesalahan adalah hirarkis di bawah
pentingnya

Menggunakan akal dalam meninggalkan obyektivitas menuju subyektivitas untuk sampai pada
kebenaran. [36]— Ahmad Wahib

Kebenaran itu bukan pada aqal kita. Kebenaran itu terletak kepada sejauh mana kita TAAT kepada
Allah dan TAAT kepada ajaran Islam. Baca al Quran dan hadith, kemudian TAAT. Tetapi kamu baca
al Quran dan hadith, kemudian kamu mempersoalkan al Quran dan hadith. Disini, kamu
sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi keliru dalam mencari kebenaran. Mencari
kebenaran untuk menyakini kewujudan Allah dan TAAT kepada Allah bukan sekadar permainan
aqal melalui wacana, forum dan baca buku.

Liberalisme

“Saya pikir, salah satu sikap seorang demokrat ialah tidak melakukan teror mental terhadap orang yang
mau bersikap lain. Membiarkan orang lain menentukan sikap dengan perasaan bebas, tanpa ketakutan,
sesuai dengan isi hatinya sendiri merupakan pencerminan sikap seorang demokrat. Tugas kaum
demokrat menyampaikan pertimbangan-pertimbangan dengan tenang terhadap kelemahan-
kelemahan dari sikap tadi serta konsekuensi-konsekuensi yang bisa timbul. Target kaum demokrat
bukanlah “supaya dia menentukan sikap seperti kita punya sikap” melainkan “supaya dia menginsyafi,
dengan sadar akan kelemahan sikapnya”. Kaum demokrat tidak suka bila orang lain itu sependapat atau
sesikap dengan dia karena terpaksa, karena ngeri akan serangan-serangan keras ataupun segala macam
teror mental.”

“Ini penting dalam pembinaan berpikir bebas, membebaskan diri kita dari tirani dalam diri kita
sendiri. Kita harus berani membebaskan diri dari dua tirani yang yakni 1. Tirani kesombongan: sok Islam
tulen, sok ikhlas, sok moderen, sok intelektual, sok moralis, sok suci, sok nuchter dan lain sebagainya:
2. Tirani ketakutan: konservatif, atheis, kolot, kafir, Mu’tazilat, disorientasi, lemah ideologi, imannya
diragukan, sekularis, kebarat-baratan, dan lain-lainnya.”— Ahmad Wahib

Kepalsuan ideologi terletak kepada keindahan fikir yang terlampau ideal. Islam pula meliputi niat
(keyakinan), fikiran, tingkah laku fizikal dan satu cara hidup seharian kita. Prinsip-prinsip Islam
boleh membangunkan peradaban. Intipati Islam itu pada sifat WUJUD pada ALLAH dan TAAT
kepadaNya. Jangan sampai kebebasan itu menyesatkan kita sebab kebebasan ini menerbangkan
kita pada bumi realiti yang perlu bertuhan dan beragama.

Ancaman Kebenakkan Akal

Premis 1. Wahyu sentiasa benar. Tidak ada kritik atau sisi buruk wahyu. Kebenarannya mutlak.

Premis 2. Oleh itu iman, akidah atau kepercayaan muslim sentiasa benar.

Premis 3. Oleh itu hujah agamawan yang berlandaskan wahyu akan sentiasa benar.

Premis 4: Tradisi itu menjamin kebenaran

Hujah-hujah di atas disebabkan oleh:
1. Pengkudusan ulama
2. Muslim yang malas menimba ilmu dan serba cukup.
3. Masa silam lebih baik daripada sekarang. Mempertahankan hujah muktabar tanpa fikir.
4. Premis 2, 3, dan 4 tidak menyimpan kebenaran mutlak boleh dikritik
5. Wacana agama lebih berorientasikan ideologi bukannya realiti.
6. Premis 2, 3 dan 4 ialah Islam dalam fikran manusia. Islam yang ditafsir. Sejenis ideologi.

— Pemimpi Ahmad Wahib

Kelihatan benar tetapi mengelirukan. Satu fikiran yang menyatakan “Islam itu hasil pentafsiran
ulamak”. Mentafsir Islam memerlukan [1] niat yang ikhlas, [2] sumber ilmu yang benar iaitu al
Quran dan as Sunnah, [3] mahir kaedah ilmu dan [4] ulama berwibawa dan berautoriti. Bukan
semua orang boleh tafsir Islam kerana tiada keupayaan dari segi ilmu.

Buah sebenarnya Islam ialah sejauh manakah kita istiqamah mengamalkan ajaran Islam
sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dalam aspek kehidupan kita? Sejauh mana kita beriman
dan berakhlak dengan Islam? Sejauhmanakah kita menyakini Allah itu WUJUD sebagai Tuhan
kita? Kita tak PERLU mengemukakan persoalan tentang Islam jikalau kita sendiri tidak mahu
mengamalkan Islam secara keseluruhan.

Keadilan

Ada sebilangan orang pihak Islam menyatakan keadilan hanya tercapai dari sumber wahyu Islam sahaja,
tidak dari sumber lain.

Dakwaan ini tidak tepat. Hujahnya adalah, jika benar keadilan itu hanya tercapai melalui wahyu
sahaja, sudah pasti keadilan tidak akan berlaku pada kalangan orang bukan Islam.

Keadilan terbahagi dua jenis iaitu [1] keadilan yang benar disisi Allah dan [2] keadilan yang baik
disisi manusia. Keadilan yang benar disisi Allah ialah mengesakan Allah dan mengakui
keadilanNya secara menyeluruh sehingga membawa pengakuan syahadah. Keadilan yang benar
yang wajib dilakukan oleh manusia ialah mengenali Allah dengan cara yang benar iaitu menganuti
Islam dan mengikut ajaran al Quran. Justeru, keadilan bergandingan dengan akidah tauhid [Surah

Ali Imran: 18; Surah al Hadid: 25] melambangkan bahawa keadilan sebenar ialah keadilan yang
benar disisi Allah yang ditanzilkan dalam al Quran dan diamalkan oleh Rasulullah SAW. Konsep
keadilan dalam Islam iaitu meletakkan sesuatu pada tempat sepatutnya.

Dalam Islam, pertama sekali membicara keadilan mesti kembali kepada punca diri sendiri:
seseorang itu boleh melakukan keadilan atau melakukan kezaliman pada diri sendiri. Pahala atau
dosa milik individu bukannya negara dan masyarakat menjadi pertimbangan diri semasa ingin
melakukan sesuatu agar melakukan keadilan dan tidak menjerumuskan kepada perbuatan zalim.

Manusia pertama iaitu Nabi Adam dan Hawa mengunakan istilah ‘zalim’ dalam
pengakuan keinsafan [Surah al A’raf: 23] mereka setelah tertewas dengan pujukan Iblis. Al Quran
mensifatkan orang jahat, kafir dan salah sebagai orang yang zalim terhadap diri sendiri.

Secara umumnya, keadilan yang baik disisi manusia adalah kesaksamaan dan samarata.
kesaksamaan sebagai keadilan (justice as fairness). Pada pandangan Barat, keadilan adalah suatu
perkara yang berlangsung dalam rangka dua pihak merujuk kepada negara dan masyarakat iaitu
antara seorang dengan orang lain; rakyat dengan pemerintah; masyarakat dengan negara. Jika
kita meneliti teori keadilan sosial Rawls, Amaryat Sen dan lain-lain , ia melibatkan dua pihak.

Keadilan yang baik disisi manusia belum tentu benar disisi Allah. Justeru, setiap perlakuan
perlu kembali kepada tanda aras keadilan dalam Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Kelompok
yang berkenaan hanya mahu menjauhi keadilan daripada digandingkan dengan akidah tauhid.

Agama Itu Peribadi
“Yang berbeda adalah titik tolak hati masing-masing, yaitu bahwa yang satu dalam menentukan
pakaiannya tidak kehilangan referensinya terhadap ajaran agama, sedang yang lain sudah melepaskan
hubungan dengan ajaran agama. Yang satu merasa bahwa Tuhan “merestui” pakaiannya, sedang yang
lain sudah tidak lagi mempersoalkan ada tidaknya restu Tuhan.”
“bahwa tiap-tiap pribadi membawa nafas Islam termasuk nilai-nilai dasar sosialnya dalam kehidupan
dirinya serta terciptanya nilai-nilai dasar itu dalam masyarakat sebagai akibat cita yang pertama. Bila

untuk ini Muhammad atau Khalifah Rasyidin membentuk negara teokratis, itu ada¬lah karena menurut
pertimbangan basic demands waktu itu” – Ahmad Wahib

Setiap amalan seseorang bergantung kepada niat seseorang menjadi agama itu seakan-akan
peribadi. Tetapi Islam bukan sekadar agama sebagaimana konsep agama yang difahami oleh
Barat. Islam itu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh merangkumi ekonomi, politik dan
sosial. Seseorang muslim yang beriman MESTI terikat dengan Islam dalam semua perihal
kehidupan mereka, barulah mereka menjadi seorang Islam yang sejati yakni seorang mukmin.

Ijtihad

“Jadi ijtihad merupakan usaha: 1. Menyusun “konsepsi” (pikiran-pikiran) Islam yang meliputi masalah
aqidah, ibadah, akhlaq. Di sini akal sebagai alat. Sedang; 2. Menjawab persoalan-persoalan
kemanusiaan yaitu penjabaran konsepsi islam di-bidang ahklaq dan khilafah termasuk ilmu dan filsafat.
Disini akal sebagai sumber kreasi”. 12 Pebruari 1970

“penafsiran-penafsiran Islam kita dengan tuntutan-tuntutan/kebutuhan-kebutuhan (baca:
keperluan) kemanusiaan dan perkembangan pola pemikiran manusia. Dengan demikian sejak sekarang
ini dan seterusnya rumusan pemikiran Islam kita akan merupakan suatu kontinyuitas dari tahap-tahap
perkembangan ide yang terus menaik.”— Ahmad Wahib

Ijitihad, kembalilah kepada ahli ilmu bukannya kita dalam kelompok orang awam ini pandai
pandai berijtihad sendiri. Hak kita hanya memilih ijtihad bukannya membuat ijtihad sebagaimana
ahli ilmu. Pilihlah ijtihad yang paling dekat dengan al Quran dan as Sunnah. Dan Ahli Ilmu
dikalangan orang bertaqwa, berakhlak dan WARAK.

Pluralisme

“Saya pikir ini sama saja masalahnya dengan agama Allah. Das Sollen: Hanya satu agama. Das Sein:
macam-macam agama. Tiap-tiap agama harus merasa bahwa dialah agama Allah. Dialah yang
universal dan abadi. Kalau pemahaman itu berubah, bukan karena obyeknya berubah tapi karena
subyeknya atau otak di kepala itu yang lain atau karena otak yang mengamati obyek itu yang berbeda.
Tapi ini tidak boleh disengaja. Memang ada unsur subyektivitas. Tapi subyektivitas di sini tidak boleh
disengaja.”

‘Haruskah Aku Memusuhi Mereka yang Bukan Islam dan Sampai Hatikah Memasukkan Mereka ke
Dalam Neraka?’

“Aku bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis. Aku bukan Budha, bukan Protestan, bukan
westernis. Aku bukan komunis. Aku bukan humanis. Aku adalah semuanya. Mudah mudahan inilah
yang disebut muslim. Aku ingin bahwa orang memandang dan menilaiku sebagai suatu kemutlakan

(absolute entity) tanpa menghubung-hubungkan dari kelompok mana saya termasuk serta dari aliran
apa saya berangkat. Memahami manusia sebagai manusia. 9 Oktober 1969” – Ahmad Wahib

Pengalaman Tragis Beragama

Ahmad Wahib menyatakan,

‘lebih banyak terbentuk karena sari-sari pengalaman yang selalu kuperas dari seluruh arena
kehidupan yang beraneka-ragam berikut celah-celahnya yang menarik. Aku pernah hidup di
lingkungan pondok pesantren yang diracuni dengan skandal-skandal homo-seksualnya. Aku
pernah hidup sekeluarga dengan suatu keluarga abangan yang memelihara anjing. Aku pernah
satu rumah dengan suatu keluarga Katolik yang cukup fanatik. Aku pernah mempunyai teman
seorang komunis yang paling rapat bergaul denganku disekolah menengah (sekarang dia
meringkuk di tahanan golongan A)’.

‘Aku pernah mengaji, mohon-mohon berkat dikuburan keramat sebelum aku sadar seperti aku
sekarang. Aku pernah masuk di gang-gang pelacuran dengan bulu kudukku berdiri. Aku pernah
mengagumi bagaimana penjual-penjual jamu di alun-alun Yogya berbohong. Setiap arena itu
mengurniai aku ide-ide baru yang tidak kumiliki sebelumnya. Aku tidak tau bagaimana cara dari
pengalaman-pengalaman ini membentuk pribadiku. Aku tidak tahu apakah pengalaman itu
hanya memiliki. Kadar pengaruh yang insidental simptomatis, dus sewaktu-waktu bisa
tersepak, ataukah itu telah mengangap di bawah sadar bisa tersepak, ataukah itu telah
mengendap di bawah sadar dan menemukan bentuk pengaruh yang rasional. Aku tidak tahu
lagi, di manakah emosiku dan di manakah rasioku. Aku tak mampu membedakannya.’

‘Aku seorang muslim, sebagaimana muslim Indonesia umumnya, merupakan hasil refleksi
masyarakat. Dan kini setelah kurang lebih lima tahun aku mencoba merenungkan kembali,
mengendapkan dan mengolah pengalaman-pengalaman itu, maka aku kini menjelma menjadi
muslim Indonesia yang memberontak. Berontak terhadap sikap-sikap umat dan bangsa yang
ada. Mungkin pengalaman-pengalaman emosionalku terlalu berpengaruh.’

Igauan buruk dalam beragama menjadi alasan kita menghukumi agama. Tidaklah pula kita

mengatakan ia sebagai pengalaman peribadi sebagaimana kita menganggap agama itu peribadi.

Pengalaman buruk dalam beragama, tidaklah sewajarnya kita menyalahkan agama Islam yang

sempurna ini. Kesalahan sebenarnya kepada individu yang mengamalkan agama. Iman berbolak-

balik dan tidak berakhlak seseorang individu banyak menjatuhkan imej agama Islam. Masyarakat

tidak menilai dan melihat kelemahan dan kesilapan individu tetapi menghukum agama Islam. Itu

tidak adil.

Al Quran

‘Tuhan, aku ingin tanya apakah nilai-nilai dalam agama-Mu tetap atau berubah-ubah? Tuhan, mana
sajakah dari ajaran- Mu itu yang betul-betul merupakan fundamen yang tak bisa berubah-ubah lagi,
yang harus menjadi pedoman dalam perkembangan nilai-nilai dalam masyarakat?’

‘Dan biarkanlah tiap orang memahamkan Qur’an dan Sunnah itu menurut dirinya sendiri.’ – Ahmad
Wahib
[1]
Sejarah tamadun Islam membuktikan bahawa Al-Quran boleh ditafsir. Kita pernah mendengar
pentafsiran al-Quran daripada Saidina Umar al Khattab dan Saidina Abdullah Abbas. Khazanah
ilmu tafsir al-Quran sangat banyak seperti Kitab Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Sayyid Qutb.
Persoalan yang timbul ialah kelayakan orang yang mentafsirkan al-Quran.

Bukan semua orang boleh dan mampu mentafsir al-Quran. Tokoh agung dan berwibawa,
Saidina Abu Bakar sendiri kurang mengeluarkan pandangan tentang pentafsiran ayat-ayat al
Quran dibimbangi salah dalam mentafsirkannya.“Siapa saja yang menafsirkan atau mengatakan
sesuatu mengenai al-Qur’an tanpa landasan ilmu [yang memadai] atau dengan pandangannya
sendiri maka ia telah menempah tempat duduknya di neraka” (HR Imam Tirmidzi).

Seorang yang layak mentafsirkan al-Quran mesti menguasai bahasa Arab dan ilmu hadis
secara mendalam dan komprehensif, bukan setengah-setengah atau sepotong-sepotong. Jika
prasyarat ini sudah dipenuhi, seseorang perlu mengikuti prosedur yang berlaku:
1. menafsirkan suatu ayat dengan ayat lain
2. menafsirkan ayat al-Qur’an dengan Sunnah/hadis Rasulullah SAW
3. menafsirkannya dengan keterangan para mufassirin dari kalangan Sahabat, Tabi’in, dan para
ulama salaf.
[2]
Setelah membaca al-Quran, akal kita seringkali menghasilkan pertanyaan dan pandangan. Ia
berlaku kerana al-Quran adalah sumber ilmu dan ‘rakan’ mengajak kita berfikir. Cuma hasil
pandangan dan pemikiran kita tidak semestinya benar kerana ia perlu disahkan melalui kaedah-
kaedah ilmu al-Quran. Dibimbangi pandangan dan pemikiran kita itu mengikut hawa nafsu diri
sendiri.

Imam al-Ghazali telah membahagikan jenis penafsiran yang dilarang dan dikecam terbahagi
kepada tiga. Pertama, jika kita menafsirkan al-Qur’an dengan pendekatan linguistik semata-mata,
tanpa menghiraukan keterangan hadis dan riwayats. Kedua, jika kita sengaja melompati dan
menafikan tafsir literal seraya membuat tafsiran allegoris. Ketiga, apabila sebelum menafsirkan
al-Qur’an kita sudah terlebih dulu mempunyai gagasan, teori, pemikiran, ideologi, keyakinan atau
tujuan tertentu, lantas al-Qur’an kita tafsirkan sesuai dengan dan menurut apa yang kita yakini.

Monopoli Pentafsiran Islam88

Agama dilihat sebagai cabang produk budaya atau hanya Proses Pengalaman Manusia

Ketulenan Islam menghalang kelahiran kejamakan tafsir atas pengalaman beragama

Campurtangan tafsir manusia dan monopoli pentafsiran oleh sesetengah pihak

Agama sebagai hegemoni ilmu, wacana dan institusi sosial dibuka seluas-luasnya untuk dikritik

Jasad terpisah daripada sumber kekudusan agama

Ahli Ilmu Islam mesti menepati syarat-syarat seorang ilmuwan Islam atau ulamak. Pada hari ini,
ada juga ulamak yang mempunyai pandangan yang keliru dan bahkan ada yang mendokong
kelompok SEPILIS. Mereka memberi pandangan yang mengelirukan. Kita tidak tahu niat dan
agenda sebenar mereka.

Pandangan ulamak mesti dekat al Quran dan hadith. WARAK. AKHLAK. Tiga elemen
penting yang perlu ada pada seseorang yang mengaku seorang ulamak yang sejati. Insya Allah,
BACA al Quran dan terjemahan, Baca dan Amal Hadith, Belajar Ilmu secara berguru dengan ramai
guru dan doa hidayah dapat menjadi benteng kita daripada terpengaruh dengan ulamak ‘jahat’.

88 Agama hasil ciptaan manusia ekoran ia adalah produk tafsiran para ulama. Itu antara dakwaan para sekularis.
Imam Ibnu Tamiyyah tafsir al Quran dengan ra’yi (pendapat sendiri) adalah haram. Pada beliau, tafsir al-Quran al
Quran sendiri, Sunnah Nabi, Sahabat Nabi, pendapat Tabi’in Ijma’ mereka. Jika ada perselisihan para Tabi’in, pilih
pendapat lebih dekat kepada Bahasa al Quran dan Sunnah. Imam Jarullah az Zamakhsyari dan Imam al Ghazali
menyatakan boleh menafsir al Quran dengan pendapat sendiri yang sihat. Syaratnya, alim, sesuai dengan pokok
alasan dengan Bahasa Arab, tidak menyalahi pokok ajaran Islam (usuluddin al Qath’iyah), tidak boleh menurut
hawanafsu sendiri, tidak boleh mengambil satu ayat untuk menguatkan pendirian yang sudah ditentukan terlebih
dahulu, mesti menyelidik tafsir terdahulu, memerhati uruf (kebiasaan) yng telah berlaku pada lafaz dalam al-Quran,
mengetahui uslub Bahasa dan susunan, tidak menyalahi dasar yang diterima oleh Nabi Muhammad. Ini bermaksud
bukan mudah kita nak menafsir al Quran.

Perbincangan Tentang Sekularisme

Sekularisme boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu [1] Sekularisme Falsafah dan [2]
Sekularisme bukan falsafah. Falsafah ialah pandangan hidup (baca: alam) yang menyeluruh yang
meliputi semua aspek: material, moral dan spritual.89

Dalam tamadun Barat, ada dua aliran utama iaitu [1] aliran humanis dan republikan yang
disifatkan materialisme falsafah. Aliran kedua [2] ialah aliran liberal-kolonial yang disifatkan
humanisme falsafah. Dua aliran ini membentuk dua jenis aliran sekularisme.

Sesetengah sarjana menyatakan bahawa sekularisme terbahagi kepada dua bentuk yang
popular ialah Anglo-American (Amerika Syarikat-Britain) dan French Republican (Perancis).

Sekularisme dikatakan perlu dibincang dari pelbagai sudut seperti sudut falsafah, politik
dan sosiologi. Perbincangan dari sudut berbeza menghasilkan pandangan-pandangan dan
keputusan-perbuatan yang berbeza. Ia jelas berbeza dengan wacana ilmu dalam Islam yang
bersifat syumul-holistik-keseluruhan yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Segala perbincangan bermula dengan satu niat, diikuti dengan sumber ilmu dan kaedah-
kaedah ilmu yang menyuluhi aqal dalam menyatakan pandangan-pandangan yang diterjemahkan
melalui perbuatan atau kelakuan. Proses membentuk pandangan alam seseorang individu sangat
mempengaruhi kelakuan yang akhirnya membentuk struktur sesuatu pandangan alam dalam
instutusi yang dianggotainya.

Pembahagian sekularisme berjenis-jenis, berversi-versi yang pelbagai itu adalah
percubaan menghalalkan sekularisme dalam masyarakat.

89 Kassim Ahmad, Jalan yang Lurus, Pekan Ilmu: Ampang, 2014.

Definisi Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme

Pengertian Sekularisme secara etimologi sekularisme berasal dari kata saeculum (bahasa latin),
mempunyai erti dengan dua konotasi waktu dan lokasi: waktu menunjukkan kepada pengertian
‘sekarang’ atau ‘kini’, dan waktu menunjuk kepada pengertian ‘dunia’ atau ‘duniawi’.

Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas menyatakan istilah al-waqi’iyyah lebih
mendekati definisi sekularisme berbanding istilah ‘almaniyyah kerana ia lebih merujuk kepada
kedisinikinian. Istilah al-waqi’iyyah mempunyai kaitan dengan faham positivisme.

Pluralisme Agama ialah satu faham menyamakan semua agama. Ia terbahagi kepada 4
iaitu [1] Civil Religion, [2] Global Theology, [3] Transcendent Unity of Religion dan [4] Syncretisme.
Mereka menyatakan pendekatan agama adalah sama tetapi hakikat sebenar agama ialah menuju
pada tuhan yang satu.

Liberalisme ialah satu faham kebebasan yang ada pada setiap individu. Kebebasan
mengalakkan sifat pragmatis dan individualistik dalam kalangan individu dan masyarakat.
Fahaman ini menerima pakai pemikiran Barat dalam kehidupan mereka.

Ciri-ciri SEPILIS

Dibawah adalah perihal falsafah berdasarkan pandangan Dr Muhammad Uthman el
Muhammady.

Fahaman Perihal
Sekularisme Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan pemisahan total antara hidup
jasmani dan rohani, keagamaan dan keduniaan.
Memang ada yang bersifat keduniaan antara kegiatan-

Pluralisme kegiatan manusia tetapi semuanya terletak di bawah
Liberalisme kawalan hukum agama.
Pasca Modenisme Yang mengajar manusia tentang satu faham yang
menyamakan semua agama berdasarkan Satu Tuhan
melalui pelbagai agama. Ia terbahagi empat iaitu [1]
Global Teologi, [2] Agama Sivil, [3] Transcendent Unity
of Religions dan [4] Sinkretisme.
Sarjana Islam yang berasal dari Barat dan mendapat
pendidikan di Barat terpengaruh dengan pemikiran
pluralisme. Antaranya, Rene Guenon, Frthjof Schuon,
Martin Lings, Titus Burckhardt dan Seyyed Hossen
Nasr,
Yang mengajar tentang kebebasan yang diberikan
kepada individu tanpa batasan. Individu lebih penting
daripada masyarakat dan individu bebas daripada
ikatan nilai-nilai agama.
Digerakkan oleh kelompok reformis Islam ala Barat
dengan alasan untuk meningkatkan pemikiran dan
kemajuan umat Islam.
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak
dan menentu, meta-naratif dalam bentuk agama-
agama besar tidak berguna, dan nilai-nilai baik dan
buruk tidak boleh dipakai. Ini menyanggahi akidah
Ahlis-Sunnah yang mengajarkan ada ajaran yang
mutlak yang tidak berubah-ubah seperti Tauhid,
wahyu, kenabian, dan akhirat, ada bentuk-bentuk
ibadat yang tetap dan pasti, ada yang baik dan buruk
yang tetap dan tentu.

Saintisme Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuan-
penemuan sains sahaja yang boleh dipakai sebagai
ilmu yang benar, yang lain yang bercanggah
dengannya seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran
agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan
bercanggahan dengan sains dan teori-teorinya. Ini
bercanggah dengan epistemologi atau faham ilmu
Sunni yang mengajarkan adanya tempat yang wajar
untuk sains dalam skemanya tetapi kebenaran-
kebenaran yang mutlak dalam agama dan wahyu
bukan bidang yang boleh dihakimi oleh sains dan
teori-teorinya.
teori-teori tentang asal usul manusia dan agama
dalam kaji sosial (sosiologi)– ini yang perlu diawasi.
teori-teori dalam sains seperti evolusi dan yang
sepertinya yang perlu diawasi, termasuk kenyataan-
kenyataan tentang tenaga (energy), dan benda
(matter).
teori-teori psikologi seperti konsep seks yang
menentu segala dalam fahaman Sigmund Freud,
penafsiran pengalaman jiwa oleh Carl Jung dan yang
sepertinya yang perlu diawasi. Kita boleh
mempelajarinya untuk bahan bandingan tetapi untuk
menjadi pegangan diperlukan pengamatan yang tajam
dan kewaspadaan intelektuil yang tinggi.


Click to View FlipBook Version