The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa merupakan rakaman sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-22 20:19:44

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa merupakan rakaman sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia.

Keywords: gerakan mahasiswa

LIKU-LIKU PERJUANGAN
GERAKAN MAHASISWA DI MALAYSIA

SATU RAKAMAN SEJARAH

Penyusun
Mohamad Ridhwan Alias

1

Penafian

“Penyusun membaca, menulis, mengumpul,
menyusun, menyalin dan mengolah maklumat

daripada sumber yang penyusun tidak
sertakan sumber rujukan. Penulisan ini
hanyalah himpunan nota dan catatan peribadi
penulis hasil pembacaan dan ‘sembang politik’

dengan orang tertentu”

2

Daftar Kandungan MUKA SURAT

KANDUNGAN

Prolog
Bab 1 Falsafah Perjuangan Mahasiswa
Bab 2 Tahun-Tahun Kebangkitan
Bab 3 Tahun-Tahun Radikal
Bab 4 Tahun-Tahun Mencabar
Bab 5 Zaman Kebangkitan Gerakan Mahasiswa Islam
Bab 6 Tahun-Tahun Melawan
Bab 7 Tahun-Tahun Fikrah Dicabar
Bab 8 Bunga Kerusuhan
Bab 9 Era Malaysia Baru
Bab 10 Falsafah Perjuangan Mahasiswa Islam
Bab 11 Mengemudi Gerakan Wasatiyyah
Bab 12 Pemantapan Model Kepimpinan Mahasiswa
Bab 13 Pemugaran Kepimpinan Mahasiswi
Bab 14 Wacana Reformasi Dalam Gerakan Mahasiswa
Bab 15 Penjanaan Media Dalam Gerakan Mahasiswa
Epilog

3

Prolog
Segala puji bagi Allah, alhamdulillah. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW kerana hamba Allah yang
faqir ilmu dan maklumat ini berjaya menyusun penulisan yang tidak seberapa ini. Penulisan ini berasal
daripada penulisan latihan ilmiah penulis, nota-nota dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai
sumber.

Tujuan penulis menyusun buku ini untuk merakam sejarah gerakan mahasiswa negara ini
meneruskan kesinambungan penulisan lain. Penulisan ini ditulis berdasarkan kronologi dan tema. Ia hanya
merakam sebahagian sejarah mahasiswa.

Gerakan mahasiswa merupakan langkah mula bagi seseorang mahasiswa membina watak
pemimpin sebenar dalam alam realiti. Ia medan praktikal. Berbanding dengan zaman pelajar sekolah yang
diawasi dan dipantau oleh guru, zaman mahasiswa memerlukan mahasiswa bergantung kepada usaha
dan semangat mereka sendiri. Sifat muda yang penuh dengan semangat dan idea itu menjadi akar tunjang
kepada perjuangan mahasiswa. Mereka degil, penuh amarah, acah intelektual, berani, kritikal dicampuri
dengan pendek akal dan ‘muda itu bodoh’ mendorong mereka melakukan tindakan yang spontan dan
menyalahi tata tertib masyarakat termasuk demonstrasi haram.

Pengalaman semasa muda mengajari mereka untuk hidup pada masa akan datang. Kadangkala
mereka tersenyum apabila mengimbau kedangkalan, ketololan dan kebodohan serta keberanian Hang
Jebat mereka ketika zaman mahasiswa. Zaman mahasiswa adalah zaman kerbau yang terlepas daripada
tali tambatan.

Zaman mahasiswa juga memberi gambaran perbandingan watak-watak manusia. Ada yang
keguguran dalam perjuangan, ada yang istiqamah dan ada hilang sepi tanpa berita. Bahkan ada yang
berpaling tadah menjilat ludahan kata-kata mereka pada zaman mahasiswa. Sang Hero menjadi Sang
Pendajal. Begitulah hati dibolak-balik oleh Allah SWT.

Selamat membaca.

4

Bab Satu
Falsafah Perjuangan Mahasiswa

“Pemuda berusia 20an tahun sentiasa radikal kerana ia mempunyai hati, bapa-bapa yang 40an tahun bertindak
dengan rasional kerana ia mempunyai kepala”
Tun Dr Ismail1

Gerakan pelajar atau gerakan mahasiswa merupakan satu gerakan yang dipelopori segolongan
anak muda yang menuntut di universiti. Gerakan mahasiswa muncul apabila ketidak-adilan sosial
berlaku dalam kampus dan masyarakat. Mereka akan berusaha mengatasi permasalahan
tersebut melalui pelbagai cara seperti mengadakan simposium, seminar, debat, forum,
memorandum dan demontrasi. Di Malaysia, antara tindakan paling drastik dan radikal gerakan
mahasiswa ialah merampas kuasa di kampus Universiti Malaya dan Institut Teknologi MARA.

Gerakan mahasiswa tidak dapat lari daripada politik kampus. Dari sini berlakunya
perpolitikan dalam kampus yang mencetuskan persaingan kuasa antara pihak berlainan fikrah
dalam kampus. Persaingan merebut kuasa di kampus melalui pilihan raya kampus (PRK) untuk
memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Dalam permasalahan tertentu, para mahasiswa telah mengambil langkah drastik bagi
menonjolkan protes mereka melalui demonstrasi jalanan. Mahasiswa mempunyai falsafah
perjuangan yang tersendiri berasaskan kesedaran dan kepekaan dalam permasalahan politik dan
isu massa negara.

Siapa Mahasiswa?

Dalam kamus dewan, perkataan maha bermaksud sangat atau amat. Manakala perkataan
siswa ialah penuntut atau pelajar. Dalam beberapa buah buku, ada penulis lebih suka
mengunakan istilah pelajar seiring dengan perkataan dalam bahasa Inggeris, student manakala
ada penulis lebih suka menggunakan istilah mahasiswa.

1 Pernah menjadi Timbalan PM Malaysia. Kata katanya dikutip dalam satu seminar pada tahun 1971.

5

Dr. Zuhdi bin Marzuki mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang
yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.
Penggemblingan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealisme
untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di
menara puncak ilmu. Natijahnya, lahir suatu arus gerakan yang senantiasa bersama dengan
kebenaran (al-Haq) dan sama sekali tidak bersekongkol dengan kebatilan hatta kelompok mereka
ini dikenali sebagai independence group.

Menurut Knopfemacher, mahasiswa merupakan insan-insan calon sarjana yang terlibat
dalam sebuah institusi pengajian tinggi, dididik serta diharapkan menjadi calon-calon intelektual.
Menurut Sarwono, mahasiswa merupakan setiap orang yang secara rasmi telah terdaftar untuk
mengikuti pelajaran di perguruan tinggi dengan batas usia sekitar antara 18 – 30 tahun.
Mahasiswa adalah suatu kelompok dalam masyarakat yang memperoleh status kerana memiliki
ikatan dengan institusi penga.jian tinggi. Mahasiswa juga merupakan seorang calon intelektual
ataupun cendekiawan muda dalam suatu lapisan masyarakat.

Romantisme Dalam Sejarah Gerakan Mahasiswa

Romantisme2 dalam sejarah gerakan mahasiswa akan membawa kita mengimbau kenangan
lama, mengimpikan ia kembali dan mengkhayali kekuatan silam. Sejarah perlu diambil ibrah
bukannya membina semula angan-angan tanpa usaha dan tindakan. Sejarah juga dipelajari untuk
mengelakkan melakukan kesalahan yang sama buat kali kedua.

Pengalaman romantisme adalah pengalaman yang hanya terjadi dalam angan-angan,
seperti lamunan muda-mudi dengan kekasihnya. Ia bagaikan tidak berpijak pada bumi yang nyata

2 Aliran romantisme ini bermula pada akhir abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. Akar ini telah
mempengaruhi karakteristik budaya dan banyak karya seni dalam peradaban Barat. Antara tokoh romantisme
ialah Victor Marie Hugo dan Friedrich Von Schlegel.

6

dan penekanan emosi yang kuat dari segi estetika dan menyertakan emosi seperti takjub,
bangga, dan ‘syok’ yang dialami. Ini antara faham ringkas romantisme.

Ada setengah pendapat, sejarah akan menghasilkan keromantisan. Ada yang
berpendapat, perkara yang perlu dibincangkan dalam gerakan mahasiswa bukanlah sejarah
tetapi falsafah. Falsafah dikatakan kerangka pemikiran yang bakal dilaksanakan oleh mahasiswa.
Sesebuah falsafah berasal daripada sejarah. Pada hemat saya, gabungan sejarah dan falsafah
disusuli dengan tindakan akan menjadi gabungan yang terulung. Ketiga-tiga elemen ini saling
perlu memerlukan dalam perjalanan sesebuah gerakan mahasiswa.

Menariknya, romantisme boleh meningkat semangat perjuangan aktivis gerakan
mahasiswa. Perjuangan Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan Che Guevara banyak menjadi
aspiratif kepada anak muda dalam perjuangan mereka. Anak muda mahu berjuang seumpama
tokoh idola yang menjadi panutan mereka.

Falsafah Perjuangan Mahasiswa

Hassan Karim3 telah memilih lima kelemahan utama yang wujud dalam gerakan mahasiswa
semasa era kebangkitannya. Antaranya, perjuangan mereka mempunyai unsur perkauman,
pengalaman yang terlalu sedikit, kurang perhubungan dengan rakyat, terlalu bergantung kepada
isu-isu serta kurang sokongan daripada intelektual.

Pada hemat penulis, gerakan mahasiswa perlu melakukan proses pemurnian kembali
falsafah perjuangan mahasiswa supaya lebih sesuai dengan semangat zaman. Menurut
Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka
sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka
sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa. Elemen ini memberi

3 Mantan aktivis mahasiswa. Beliau juga pernah memimpin Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat.

7

kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus. Oleh itu, pengaruh
kemanusiaan ini mewujudkan aspirasi mahasiswa bagi menegakkan gagasan keadilan, kebenaran
dan kebebasan.

Sesuatu gagasan yang didokongi oleh gerakan mahasiswa diperjuangkan melalui proses
interaksi gerakan pelajar dengan kerajaan dan penguasa universiti melalui medium diplomasi dan
kekerasan. Tindakan kerajaan dan penguasa universiti telah memberi alasan kepada gerakan
mahasiswa mengambil langkah kekerasan seperti berdemonstrasi. Tindakan demonstrasi
dilabelkan sebagai golongan kiri yang cuba menumbangkan kerajaan. Gerakan pelajar yang
dilabel aliran kiri ini cukup penting dalam proses pembinaan sesebuah negara.

Menurut Lipset, mahasiswa merupakan elemen penting dalam revolusi Jerman dan
Austria pada tahun 1848 dan aktivis mahasiswa dilihat sebagai ‘Professors Parliament’ dalam
usaha menumbangkan rejim monarki. Gambaran ini menjelaskan gerakan mahasiswa
berperanan sebagai jurubicara masyarakat dan sedia menegak kepentingan masyarakat.

Usia mereka yang rata-ratanya berusia 21 tahun menjadikan mereka sebagai
warganegara yang berhak untuk mengundi. Dalam proses kematangan dan pendewasaan para
mahasiswa ini, adalah sukar untuk menghalang mereka cakna politik atau celik politik
terutamanya dalam suatu isu berkaitan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Para mahasiswa
seringkali mendakwa bahawa kerajaan dan pihak pentadbiran kampus yang melanggar hak asasi
mahasiswa sebagai rakyat untuk berpolitik. Dakwaan tersebut disangkal apabila kerajaan dan
pihak pentadbiran kampus juga telah menyediakan ruang politik kampus melalui piliharaya
kampus supaya warga mahasiswa berpolitik .

8

Gerakan mahasiswa merupakan salah satu cabang gerakan anak muda. Peranan anak
muda sangat penting dalam bernegara. Setelah parti Bolshevik menang dalam Revolusi Russia
pada tahun 1917, parti itu menubuhkan Barisan Pemuda komunis. Mereka menubuhkan
KOMSOMOL (Kommuni Sticheskli soinz Molodezhi- Communist League of Youth) bertujuan
memastikan bahawa pengembangan dan perjuangan ideologi komunis dipertahankan sampai
bila-bila.

Di ruang politik kampus, penulis melihat falsafah perjuangan mahasiswa bergantung
kepada aktivisme, intelektualisme, pengaruh politik luar, ruang kebebasan bersuara, AUKU dan
ideologi perjuangan seseorang atau kelompok mahasiswa.

Kampus sebagai Medan Perjuangan.
AUKU 1975 menghapuskan peranan Persatuan Mahasiswa Universiti (PMU) untuk

menjadi badan mahasiswa yang mempunyai kuasa autonomi. Sebelum AUKU 1975, Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) merupakan badan mahasiswa yang kaya dan hampir
memiliki stesen minyak sendiri. Malang apabila hasrat itu tidak berjaya akibat demonstrasi Baling
pada tahun 1974. Ketiadaan PMU sebagai badan mutlak bertanggungjawab ke atas mahasiswa,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ditubuhkan. Peranan PMU diganti dengan Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP).

Penubuhan Hal Ehwal Pelajar (HEP) menimbulkan ketidakpuasan hati kepada gerakan
mahasiswa dengan mendakwa kebebasan akademik dan autonomi universiti dinodai oleh HEP
dan kerajaan. Ketidakpuasan hati terhadap HEP bertukar menjadi perseteruan apabila HEP
banyak mengongkong badan mahasiswa dan menganggu aktiviti mereka. Dalam piliharaya
kampus, HEP didakwa menaja calon bagi melawan calon pro mahasiswa.

9

Dalam konteks Universiti Malaya, HEP pernah menaja Badan Mahassiswa Bersatu (BMB)
Badan Kepimpinan Mahasiswa(BKM), Majlis Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM),
ASPIRASi dan PENGGERAK. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, pihak HEP menaja Tindakan Siswa
Bersatu(TSB). Pihak yang ditaja oleh HEP bertanding dalam pilihanraya kampus menentang
gerakan mahasiswa yang tidak ditaja oleh pihak HEP. Gerakan mahasiswa yang menentang calon
HEP juga mempunyai hubungan politik dengan luar kampus termasuk dengan PAS, PKR, DAP dan
badan independen yang lain. Antara pihak ini ialah WUFI UIA, GMUM(UM) dan Pro M.

Intelektualisme Mengakari Gerakan Mahasiswa
Menurut Sheikh Syakib Arsalan, antara faktor ketertinggalan umat Islam ialah kebodohan

dan jumlah ilmu pengetahuan yang mereka ada. Adakah mahasiswa yanng kononnya terpelajar
mempunyai kedua-dua faktor berkenaan?. Disinilah, para mahasiswa perlu menjalani proses
pembinaan intelektualisme semasa alam kampus.

Raja Ahmad Aminullah pernah menceritakan dalam bukunya tentang pengembaraan
beliau ke Mexico. Beliau melihat bagaimana penduduk Mexico mengupayakan dunia ilmu
melalui wacana hatta di kedai buku mahupun galeri seni meskipun majoriti penduduk Mexico
adalah miskin.4

Wacana, baca buku, diskusi dan menulis, itu semua boleh menyemarakkan
intelektualisme. Menurut kamus dewan, intelektualisme ialah pengabdian kepada penggunaan

4 Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan, KL: SIRD, 2011. Perkembangan yang sihat dengan adanya aktiviti
wacana yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mantan mahasiswa di restoran Amjal dan kedai kopi sekitar Kerinchi.
Selain itu, kehadiran Lepak Maqasid oleh Sekolah Pemikiran As Syatibi menyemarakkan lagi usaha merakyatkan
ilmu.

10

intelek atau daya fikir. Manakala satu lagi maksud ialah doktrin yang menekankan bahawa
pengetahuan terhasil dengan penaakulan tulen.

Di universiti, mahasiswa adalah anak muda yang merdeka bebas daripada pengawasan
ibubapa. Mereka bertindak mengikut akal dan hati nurani sendiri. Risiko dan tanggungjawab atas
diri mereka sendiri. Kecenderungan ini membuka ruang mencari identiti diri yang merdeka
melalui intelektualisme.

Apa yang penting sangat dengan intelektualisme dalam gerakan mahasiswa?. Peranan
penting intelektualisme dalam gerakan mahasiswa memberi panduan dalam perjuangan mereka.
Mahasiswa yang mempunyai intelektualisme harus menjelaskan masalah kepada masyarakat
dan cuba mencari penyelesaian masalah dan mengemukakan alternatif mengatasi masalah. Jika
berjaya menghasilkan idea atau menyelesaikan masalah, kejayaan itu perlu disebar kepada
masyarakat.

Dalam pembinaan intelektualisme gerakan mahasiswa, paling penting ialah membaca
dan menulis. Tanpa budaya membaca, gerakan mahasiswa tidak akan berjaya membina
intelektualisme mereka. Budaya membaca bukannya membaca bahan percisan tetapi bahan
ilmiah. Pembacaan haruslah merentasi ideologi dan aliran pemikiran.

Intelektualisme juga dapat dibina dengan aktiviti bersama pensyarah mereka. Mereka
boleh ziarah dan bersoal jawab dengan para pensyarah. Dalam perbincangan dengan para
pensyarah, mahasiswa boleh bertanya dan berdialog tentang bahan bacaan yang mereka baca
dan kaji. Dengan itu para mahasiswa boleh mengembangkan lagi pemikiran mereka.

11

Dengan adanya intelektualisme, barulah perjuangan mahasiswa ada teras dan tema
perjuangan yang dilakukan dengan kefahaman bukannya atas faktor emosi. Melalui kefahaman
idea-idea ini membolehkan gerakan mahasiswa bangkit memperjuangkan isu yang difahami oleh
mereka.

Pengaruh Organisasi Luar Dalam Gerakan Mahasiswa

Organisasi luar yang penulis maksudkan ini adalah organisasi politik atau badan bukan
kerajaan (NGO). Organisasi ini akan mengadakan latihan dan program pengkaderan untuk
mempengaruhi para mahasiswa terlibat dalam perjuangan mereka.

Sistem pengkaderan menghasilkan mahasiswa yang taat kepada organisasi luar. Jadi ada
kelompok mahasiswa mengadakan protes terhadap sistem pengkaderan tersebut dengan
mengelak atau memutuskan hubungan dengan parti politik atau NGO berkenaan. Ini berlaku
apabla sistem pengkaderan ini menjadi alat indoktrinisasi terhadap para mahasiswa oleh
sesebuah parti atau NGO. Ada kelompok mahasiswa ingin ‘indiependen’ bukannya wakil
sesebuah parti di kampus. Kelompok mahasiswa bukannya hamba atau orang suruhan parti di
luar kampus.

Pada hemat penulis, hubungan dengan pihak luar bukanlah satu ‘dosa’ dan haram. Kita
bebas tetapi berpihak. Penulis tertarik pandangan Hasbie Muda,5 “saya fikir tiada masalah jika
persatuan-persatuan tersebut mempunyai hubungan dengan pertubuhan luar tetapi mereka
perlu diberi kebebasan agar tidak terikat dengan sebarang arahan atau peraturan yang bersifat
mengekang. Biarlah hubungan kumpulan tersebut dengan pertubuhan induknya sebagai
perhubungan rakan kongsi dan bukannya hubungan antara pemberi arahan dan pelaksana

5 Pernah menyertai PMIUM, kemudian aktif dalam PAS. Kini, Ketua Pemuda PAN Terengganu (2019)

12

arahan.” Menurut Nazree Yunus6 pula, mantan Presiden PMIUM; “Realitinya Gerakan
Mahasiswa dan Gerakan Anak Muda akan berpihak kepada perjuangan Kebenaran & Keadilan”

Penulis pernah mendengar cerita seseorang pimpinan mahasiswa tentang sebuah
gerakan mahasiswa Islam di negara ini melanggar arahan Dato Haron Taib, Ketua Dewan Ulama
PAS agar demonstrasi tidak dilakukan dalam kampus. Mantan pimpinan mahasiswa itu
mendakwa GMI itu telah memutuskan hubungan PAS.7

Contoh lain, PMUM mempunyai hubungan baik dengan Parti Sosialis Rakyat
Malaysia(PSRM) ranting Pantai. Menariknya, Syed Hamid mantan pimpinan Kelab Sosialis
Universiti Malaya telah aktif dalam PSRM ranting Pantai. Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim
Indonesia (KAMMI) merupakan wakil mahasiswa Partai Keadilan Sejahtera(PKS), bahkan ramai
kader KAMMI yang mengasaskan PKS. Jamaat Islami di Pakistan dan Bangladesh mempunyai
sayap politik kampus mereka, Chatra Shibir.

Sebenarnya, sukar untuk menidakkan pengaruh luar dalam gerakan mahasiswa dan
politik kampus. Piihak HEP sendiri mempunyai proksi tajaan seperti PENGGERAK dan ASPIRASI.
Sifat berpihak timbul apabila isu perjuangan memerlukan mereka bersama dan ada kalangan
pimpinan mahasiswa yang memang dididik oleh organisasi luar tersebut.

Orientasi Isu Mahasiswa ke Orientasi Isu Rakyat
apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan ?
di negeri ini hak asasi dikurangi

6 Menyertai PKR. Kini, menyandang Naib Ketua AMK (2019).
7 Nama beliau dirahsia. Beliau merupakan mantan setiausaha dalam PMIUM. Hubungan PAS dengan Jemaah Islam
Kampus (JIK) melalui Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) Dewan Pemuda PAS Pusat.

13

justru untuk membela yang mapan dan kaya
buruh, tani, nelayan, wartawan dan mahasiswa
dibikin tidak berdaya

Rendra....

Dalam kampus, isu yuran dan kemudahan asas antara isu yang diperjuangkan oleh
gerakan mahasiswa melalui pemimpin mereka yang ada dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Isu-isu
ini akan dibawa berbincang dengan pihak HEP. Selain isu dalaman kampus, para pemimpin
mahasiswa juga turut memperjuangkan isu semasa dalam negara dan isu luar negara. Antaranya
isu Mansuh ISA (Gerakan Mahasiswa Mansuh ISA), isu PPSMI dan isu politik (GM13 dan
LangkahSiswa).

Ada juga mahasiswa yang terlibat dengan gerakan ‘indie’ yang menjalankan projek
kebajikan mereka. Antaranya Program Dapur Jalanan, Food Not Bomb dan lain-lain. Rasa
tanggungjawab terhadap masyarakat tertindas dan miskin dipupuk. Ada juga mahasiswa
mendekati isu-isu rakyat atas nama ideologi pegangan mereka. Ada kalangan mahasiswa ini dari
kelompok sosialis dan anarkis.

Gerakan mahasiswa mahu pihak penguasa menyelesaikan isu rakyat tanpa penindasan
dan bersifat pro rakyat. Pro-rakyat disini bermaksud tidak memihak kepada kelompok tertentu
termasuk kelompok elitis, bangsawan dan kapitalis. Pihak penguasa juga tidak boleh
mengamalkan budaya korupsi (rasuah), kronisme dan nepotisme.

Seorang pemimpin mahasiswa menulis, isu mahasiswa meliputi hanya 10%, manakala isu
rakyat meliputi 90%. Justeru, mahasiswa perlu bijak memilih isu dan perlu pengkajian terlebih

14

dahulu. Perjuangan isu mahasiswa di dalam kampus sendiri kurang mendapat sokongan kerana
majoriti mahasiswa bukan hardcore GM adalah pasif dan menjaga periuk nasi mereka. Jadi
perjuangan mereka akan kelihatan hambar dan tidak berjaya mempengaruhi massa kampus dan
rakyat.

Jika mahasiswa berjuang dengan orientasi isu rakyat seperti isu PTPTN (lebih tepat
Pendidikan Percuma), isu tanah, isu kos hidup, minyak dan rasuah, perjuangan mahasiswa akan
mendapat simpatis daripada rakyat. Ini akan memarakkan semangat mahasiswa bersama rakyat.
Contoh, kita melihat perjuangan mahasiswa Universiti Trisakti pada tahun 1998, pemimpin
mahasiswa mereka memperjuangkan isu rakyat dimana ekonomi Indonesia ketika itu semakin
merosot. Begitu juga Demonstrasi Baling, ia berlaku disebabkan petani mengalami kesusahan
ekoran kemerosotan harga getah.

Untuk berjaya dalam perjuangan mahasiswa, kebijaksanaan memanipulasi isu rakyat dan
berani membuat keputusan semerta (sewajibnya dengan doa, solat istikharah dan tawakal).
Pemimpin gerakan mahasiswa perlu memainkan peranan penting agar gerakan mahasiswa
memenuhi asiprasi rakyat bukanlah berada dalam lingkungan mahasiswa sahaja.

Radikalisme Anak Muda.
Pendekatan kekerasan yang dimaksudkan ialah pendekatan demonstrasi. Kebanyakan

demonstrasi adalah pilihan terakhir. Kebiasaannya demonstrasi dimulai dengan ceramah dan
nyanyian semangat serta slogan-slogan. Semasa era 1970an, demonstrasi dimulakan selepas
berpidato di sudut pidato. Kemudian mahasiswa akan berarak dan berdemonstrasi di sekeliling
kampus.

15

Masalah yang timbul dalam demonstrasi ialah apabila pihak berkuasa memprovokasi para
pelajar sehingga mereka bertindak luar kawalan dan menggunakan kekerasan. Setakat hari ini
(2018), tiada lagi kes demonstrasi mahasiswa yang diakhiri dengan pembunuhan atau kematian
tetapi kecederaan banyak berlaku.

Kejadian demonstrasi perlu dikaji dari segi personaliti dan psikologi para pemimpin
mahasiswa. Semangat, emosi dan keyakinan diri daripada jiwa anak muda yang memberontak
menghasilkan tindakan yang keras dan keazaman yang utuh. Kebanyakan mereka setelah dewasa
mengetawakan sifat mereka semasa muda dan tidak mahu mengulangi untuk kali kedua.

Gerakan mahasiswa salah satu cabang gerakan anak muda. Kelompok anak muda
memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak. Kumpulan berkepentingan lebih bertindak
pro-establisment manakala kelompok pendesak dilihat kelompok anti establishment.

Pengolakan dan konflik sekitar anak muda mempengaruhi pemikiran dan sikap mereka
untuk bertindak lebih radikal. Keradikalan ini bermula lama sejak zaman berzaman. Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka, kita mempunyai faham ‘jebat” yang sering bertentangan dengan
faham ‘Tuah’. Ia diteruskan lagi dengan perseteruan antara kaum muda dengan kaum tua, dan
kewujudan Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf dan lain-lain.

Menurut kamus Dewan, radikalisme ialah satu fahaman (kepercayaan) yang radikal dalam
politik atau fahaman yang mahu perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial.
Revolusioner adalah orang yang menyokong revolusi. Ungkapan Revolusioner dan radikal dilihat
keras ekoran menerima konsep radikal daripada sarjana Barat.

16

Kerajaan seringkali berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di negara ini
dengan tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat. Sikap revolusioner perlu
bagi membangunkan sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap
revolusioner; ‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh dan
menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai
ganti yang lapuk yang diruntuh dan dirubah’.

Mahasiswa sebagai golongan intelektual perlu bersikap pemberani yang berlandaskan
ilmu dan pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang diyakini bukannya bersikap surealis;
bersuara kuat untuk meruntuh dan menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula.
Seorang revolusioner mengharapkan jiwa tertekan dan terdesak kerana dengan itulah dia akan
bangun untuk menentang penindas-penindas.

Sikap radikal, revolusioner dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi oleh kerajaan.
Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia pernah berkata; “Jikalau kita tinjau
belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kita dapat melihat perkara itu dari sudut yang
betul”. Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan
tanggungjawab mereka pada masyarakat dan negara kerana hidup mereka biar berjasa.

Aktor Politik Mahasiswa
Gerakan mahasiswa sangat bergantung kepada aktor-aktor mereka. Watak dan falsafah

perjuangan seseorang aktor mahasiswa adalah tunjang kepada aktivisme. Cuma persoalan yang
timbul, adakah tindakan aktor politik mahasiswa berdasarkan kepentingan diri atau ideologi?.

17

Mari kita lihat perubahan pendekatan PBMUM setelah dipimpin oleh aktor yang berlainan
‘ideologi’. Kemenangan Mahadzir Khir dalam perebutan tampuk jawatan Presiden PBMUM
mengubah pendekatan PBMUM daripada pendekatan radikal kepada pendekatan sederhana.
Perubahan pendekatan PBMUM zaman Awang Had Salleh lebih kepada pemupukan sastera dan
budaya, Sanusi Osman pula menjadikan PBMUM mempunyai komitmen politik, zaman Anwar
Ibrahim dan Nordin Razak8 menggerakkan zaman radikal PBMUM yang mengunakan pendekatan
demonstrasi dan tidak berkompromi. Pada zaman Mahadzir Khir, beliau cuba mengunakan
pendekatan kebajikan dan mesra kerajaan atau pihak pentadbiran universiti.

Kelab Sosialis Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
pada tahun sekitar 1970an digerakkan oleh tokoh pelajar yang radikal seperti Syed Hamid Ali,
Kamarazaman Yaacob, Abu Zer dan Hishamuddin Rais. Mereka banyak mengunakan pendekatan
demonstrasi, penglibatan dalam pilihanraya umum dan lebih radikal dengan merampas
pentadbiran universiti. Pada pertengahan 1970an juga, Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA
(ITM) telah bangkit mengunakan pendekatan radikal melalui Ibrahim Ali.

Pada tahun 1998, gerakan mahasiswa mengalami perubahan besar apabila Dato Seri
Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
UMNO. Pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan gerakan mahasiswa daripada
pelbagai proksi bersatu dibawah satu gabungan dan satu matlamat. Gerakan mahasiswa proksi
PAS (GAMIS dan PMI mengikut universiti), proksi Anwar Ibrahim dan proksi jemaah Islam (IRC-
JIM) bergabung tenaga untuk menentang proksi kerajaan di kampus.

GAMIS, BBMN, PKPIM dan lain-lain memulakan era kebangkitan semula mahasiswa Islam
di negara ini. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) diregenerasikan dibawah

8 Pernah suatu ketika menjadi Dato Bandar Kuala Lumpur.

18

kepimpinan Zaharudin Abdul Rahman9 sebagai Presiden GAMIS dengan dibantu oleh
Burhanuddin Ahmad sebagai Timbalan Presiden. Pada waktu yang sama, Barisan Bertindak
Mahasiswa Negara (BBMN) dihidupkan kembali dengan Burhan Che Daud sebagai Pengerusi
BBMN dan Nizamuddin Alias sebagai Timbalan Pengerusi BBMN.

Selepas tahun 1998, gerakan mahasiswa mengunakan pendekatan berdemonstrasi,
berforum dan berusaha untuk memenangi pilihanraya kampus. Pihak pentadbiran mula
mengongkong gerakan mahasiswa di kampus ekoran ketegangan politik negara. Penentangan
gerakan mahasiswa diterjemahkan melalui pendekatan demokrasi iaitu bertanding dalam
pilihanraya kampus. Apa yang menarik, pihak pentadbiran universiti turut sama menaja proksi
mereka dalam usaha mengekangkan kemaraan gerakan mahasiswa Islam yang dikatakan Pro-
PAS dan pro-Anwar Ibrahim, Antara nama proksi digunakan untuk bertanding menentang calon
gerakan mahasiswa Islam ialah calon daripada ASPIRASI, PENGGERAK dan kelab WAWASAN.

Aktor gerakan mahasiswa mengikut pendekatan demonstrasi memerlukan keberanian
dan sanggup menanggung risiko. Ini bertepatan dengan ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim ketika
berjawatan Menteri Pendidikan. Kata beliau “sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya
buat ketika menjadi mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”

PMIUM sesi- 2007/2008 dan GAMIS 2007-2009, dibawah pimpinan Dzul Khairi berusaha
membawa suasana baru apabila beliau menekankan persoalan intelektualisme, keluar daripada
ketaksuban, menolak kejumudan dan banyak mengkritik sistem pentarbiahan, pengkaderan dan
pendoktrinisasi gerakan mahasiswa Islam yang dilakukan oleh PAS. Dzul Khairi mengkritik cara
Ikhwanul Muslimin kerana suasana realiti dan semangat zaman sudah berubah. Silibus
pentarbiahan dan pengkaderan perlu berubah umpamanya membincangkan pendapat tokoh

9 Pernah aktif dalam PAS, kemudian menubuh MURSYID , Anggota IKRAM dan Pro PH (2019).

19

semasa bukan lagi terhad kepada tokoh haraki. Beliau menulis; “Masa sekarang, banyak modul
yang diperkenalkan. Dunia sudah lama berubah. Dunia sudah melalui tiga revolusi iaitu revolusi
perindustrian, maklumat dan ilmu pengetahuan sedangkan dakwah masih berada di takuk lama.
Perbincangan usrah masih lagi membincangkan soal 20 rukun kefahaman Ikhwan tanpa
mengambil kira kerelevanannya. Saya tidak pernah mengkritik Al-Banna malah mendokongnya,
namun mengapa kita masih lagi ingin mengambil pendekatan 60 tahun yang lampau, malah
pendekatan itu di buat di Mesir!”

Pada sesi 2009/2010, masyarakat mahasiswa menyaksikan gerakan mahasiswa kembali
mengunakan pendekatan radikal iaitu provokasi, mendesak, mencabar dan demonstrasi. Ia
dipimpin oleh Syazni Munir (Presiden PMIUM)10. Kemudian ia diteruskan oleh Safwan Anang
(PMIUM)11, Syukri Razab (SMM)12 dan Khalid Ismath (KAMI-UiTM)13. Semasa demonstrasi di UPSI,
Safwan Anang dicederakan. Ketika ini muncul seorang pelajar bernama Adam Adli.

Dalam konteks UM, hemat saya memikirkan warisan pendekatan radikal Safwan Anang
diperturunkan kepada Syis Kadir, Bukhari dan Mohd Khairol Najib14. Gabungan kepimpinan
seperti Mohd Khairul Najib (PMIUM), Safwan Shamsudin (Pengerusi Pro M UM), Fahmi Zainol15
(Presiden PMUM) dan Abdul Muqit (Pengerusi Pro M Nasional)16 telah mencipta sejarah dalam
tempoh 2001 hingga 2014 kerana berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kampus,
berpidato bersama Anwar dan berarak dalam kampus.

10 Mantan Presiden PMIUM. Pernah aktif dalam PAS. Kini Naib Ketua PAN Pusat (2019)
11 Pro PH (2019)
12 Kini menyertai PKR (2019)
13 Kini menyertai PSM (2019)
14 Pimpinan Pemuda PAN (2019)
15 Kini menyertai PKR (2019)
16 Kakitangan UIA (2019)

20

Panduan Ideologi

Ideologi berkaitan dengan politik. Ideologi mengerakkan politik kemahasiswaan dalam
sesuatu isu. Persoalan politik pelajar dinukilkan oleh Raja Azlan Syah, Pro Canselor Universiti
Pulau Pinang. Menurutnya, mahasiswa harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan perlu
melakukan sesuatu untuk rakyat. Oleh itu, gerakan pelajar haruslah menggunakan tenaga-idea
mereka bagi mendepani permasalahan masyarakat dan negara.

Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran kepada anak muda dalam politik. Khoo Kay
Kim mencadangkan agar kerajaan hanya mengawal gerakan pelajar bukannya menghalang
penglibatan pelajar dalam gelanggang politik kerana pelajar adalah sebahagian daripada
masyarakat yang mempunyai hak mengundi. Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan
semangat pelajar bangkit melawan kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu
mengekalkan image the student dan sebarang gelombang yang menganggu perjuangan mereka
akan ditentang.

Sebelum kita berbahas tentang ideologi, marilah kita melihat latarbelakang watak aktor
pimpinan mahasiswa. Latarbelakang keluarga, buku dibaca, sekolah dah jurusan diambil sangat
mempengaruhi panduan ideologi seseorang. Jurusan seseorang pimpinan mahasiswa dalam
PBMUM sebelum tahun 1972 sangat mempengaruhi perjuangan PBMUM. Sebelum tahun 1972,
Mahadzir Khir17 dan Ismail Daud sahaja daripada bidang lain iaitu sejarah, semua Presiden
PBMUM datang daripada jurusan pengajian Melayu. Begitu juga dalam PMIUM, selepas era
kebangkitan mahasiswa pro PAS, jarang sekali PMIUM dipegang oleh bukan mahasiswa daripada
Akademi Pengajian Islam. Sebab itu semangat pejuangan Islam berbeza kerana Presiden PMIUM
sangat dekat dengan perjuangan Islam.

17 Mantan pensyarah Jabatan Sejarah UM dan mantan Timbalan Menteri Pendidikan.

21

Kampus sendiri mempunyai kepelbagaian pemikiran dalam kalangan warga varsiti
terutamanya para mahasiswa dan para pensyarah. Ledakan ubudiyyah dan pencernaan ideologi
telah berlaku dalam kampus sehingga mencetuskan pertembungan fikrah sesama mahasiswa
yang berada dalam proses pembentukkan identiti diri.

Mahasiswa sendiri telah memilih aliran fikiran yang mereka idamkan. Ada yang hanyut
dengan hedonisme, Marxisme, Sosialisime, Liberalism dan faham Islam.

Secara mudahnya, ideologi bermaksud suatu ilmu yang mengkaji sesuatu idea atau
pemikiran. Di bawah ada beberapa definisi tentang ideologi;

1. Menuruf Prof Rahman Shaari, ideologi dalam politik ialah idea, pemikiran atau pegangan yang
dapat mempengaruhi pengikut untuk berada dalam prosedur tertentu. Manakala, perbedaan
antara pejuang ideologi politik dengan pejuang politik sosial ialah pejuang ideologi sosial tidak
menghendaki orang lain mengundi kumpulannya.

2. Menurut Frans Magnis Suseno, ideologi dimaksud sebagai keseluruhan sistem berfikir, nilai-
nilai dan sikap dasar rohaniah sebuah gerakan, kelompok sosial atau individu.

3. Menurut Taqiyuddin An-Nabhani, ideologi(Mabda’) adalah suatu aqidah aqliyah yang
melahirkan peraturan. Aqidah yang dimaksudkan adalah suatu idea dasar yang menyeluruh
mengenai alam semesta, manusia, dan kehidupan.

Dalam gerakan mahasiswa, ideologi adalah sumber pegangan dalam membentuk corak
berfikir dan cara bertindak para mahasiswa. Menurut Altbach, perjuangan mahasiswa
berasaskan ideologi politik tertentu. Antara ideologi yang berpengaruh dalam gerakan
mahasiswa di Malaysia ialah sosialisme, nasionalisme dan ‘faham Islam’. Pertembungan antara
ideologi menyumbang kepada pembentukan pemikiran mahasiswa bahkan mencetuskan
kehangatan dalam politik kampus. Cuma terkenang bicara sahabat penulis, “di Malaysia mana
ada parti (termasuk mahasiswa) yang ada ideologi kecuali PRM, PSM, Barisan Sosialis, Parti
Buroh dan sedikit DAP”.

22

Esklusif Ke Inklusif
Zaman sebalik tabir semakin senja dalam perjuangan. Sifat pemberani, terbuka dan media

sosial menjadikan banyak perkara tidak menjadi rahsia lagi. Aspek pengkaderan sebagai contoh,
bukan lagi perkara yang rahsia. Untuk menghadapi zaman ini, gerakan mahasiswa perlu
mempunyai bacaan politik secara futuristik. Dalam politik bukan sahaja memerlukan kekuatan
dasar dan kualiti pemimpin, politik juga memerlukan kekuatan pendekatan atau strategi politik.
Pendekatan politik hasil penekunan dan bacaan politik Qiraatul Waqi’ dari perspektif Siyasatus
Syariah dan Maqaasidus Syariah di samping ilmu cabang fiqh yang lain.

Politikus perlu mempunyai apa yang disarankan oleh Fadzil Mohd Noor; “Kita mahu PAS
supaya menjadi sebuah organisasi dan parti yang Usuliy (Fundamentalis) di segi prinsip, Mu’asir
(Kontemporari) di segi perlaksanaan dan Istiqbaliy (Futuristik) di segi persiapan masa depan”.
Elemen fundamentalis, kontemporari dan futuristik perlu seimbang dalam tindakan politik.
Tindakan politik jangan hanya memikirkan persoalan kemenangan, kekuasaan dan pemerintahan
sahaja, ia juga menitik beratkan akhlak dan prinsip Islam dalam tindakan.

Bacaan politik memerlukan kajian masa depan. Berdasarkan pengalaman dan penasihat
(tim pemikir) yang baik, pemimpin boleh membuat bacaan politik yang lebih baik dan tepat. Tun
Mahathir18 mempunyai Think Tank yang hebat melalui ISIS, MIER19 dan IKIM. Anwar Ibrahim
melalui IKD. PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS Pusat dan Institut Kajian Polisi.

Dunia yang Inklusif memerlukan seseorang mempunyai jatidiri Islam yang kental. Mesti
bersifat warak dan menjauhi perkara syubhat. Islam perlu mendepani bukannya didepani.

18 Institut Kajian Strategik Malaysia (ISIS) pada 1983. Itu institusi yang pertama diwujudkan. Kedua, diwujudkan
Malaysian Institute of Economic Research (MIER) pada 1985. Ketiga, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada
1992. ISIS yang mengkaji hal ehwal negara, politik dan antarabangsa, MIER (Ekonomi) fokus kepada keadaan
ekonomi dan kewangan negara dan IKIM (Islam) mendalami proses pentadbiran agama Islam secara menyeluruh
kerana ia di bawah kawalan negeri-negeri. Ketiga-tiga institusi ini memudahkan tugas beliau untuk bertindak dan
melaksana dengan pantas http://www.utusan.com.my/rencana/utama/percaturan-politik-mahathir
19 Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

23

Media Sosial dan Gajet
Internet mencetuskan revolusi ketamadunan dunia terutamanya kemunculan media

sosial dan gajet telefon bimbit yang mengubah cara hidup manusia. ‘Maklumat dihujung cari’ dan
‘maklumat adalah kuasa’ menjadi sesuatu yang realiti.

Mahasiswa adalah anak muda cerminan zaman. Perjuangan gerakan mahasiswa perlu
disesuaikan dengan zaman dari segi pendekatan. Tanpa perubahan dalam pendekatan, gerakan
mahasiswa akan berada dalam takuk lama: beku dan langka.

Sejarah Gerakan Mahasiswa Antarabangsa: Bangkit Daripada Manifesto Cardoba
Menurut Ausaf Ali faktor-faktor penting penyebab kebangkitan rakyat dan reformasi ialah

pertama, munculnya kritikan terhadap realiti dan kehidupan sosial yang ada telah dilakukan oleh
golongan reformis. Kedua, adanya paradigma baru nilai-nilai, norma dan sistem yang
menjelaskan perbezaan; dan ketiga, penyertaan sosial yang disertai mereka yang cenderung
dengan golongan reformis tersebut dalam mentransformasikan masyarakat.

Menurut penelitian Adi Usman Musa, gerakan mahasiswa yang pertama dikesan pada
tahun 1918 dimana gerakan mahasiswa di Argentina telah mendeklarasikan Manifesto Cordoba
manakala Lipset menyatakan elemen aktivis mahasiswa sudah ada semasa revolusi Jerman dan
Austria pada tahun 1848. Bahkan sesetengah pendapat mendakwa, sejarah gerakan mahasiswa
telah dikesan pada abad ke 12 dan ke 13 dengan tertubuhnya Universiti Bologna Paris dan
Oxford.

Mahasiswa Amerika Latin telah memulakan langkah mahasiswa turun ke lapangan
demonstrasi. Kebangkitan ini berpunca daripada struktur politik masyarakat dan uiniversiti.
Reformasi pendidikan universiti di Amerika Latin lahir dari Manifesto Cordoba, ketika mahasiswa
Cordoba di Argentina mengeluarkan sebuah manifesto yang menuntut autonomi universiti dan

24

keterlibatan mahasiswa dalam pentadbiran universiti. Istilah yang terkenal dalam kelibatan
mahasiswa dalam pentadbiran university ialah cogobierno (kawalan bersama).

Manifesto ini dimurnikan setelah pertemuan diantara pimpinan mahasiswa seluruh
Argentina. Atas persetujuan bersama, para pimpinan mahasiswa mahu reformasikan universiti
dengan tuntutan, iaitu pertama, adakan pilihanraya kampus; kedua, penghapusan rasis dalam
pemilihan pensyarah; ketiga, biasiswa mahasiswa; keempat, orientasi sosial universiti di
universiti sendiri; kelima, pendemokrasian sIstem organisasi universiti.

Dalam tempoh 20 tahun, tuntutan mahasiswa Argentina ini menyebar ke seluruh Amerika
Latin. Di Peru tahun 1919; di Chile tahun 1920; Columbia tahun 1924; Paraguay tahun 1927; di
Brazil dan Bolivia tahun 1928; Mexico tahun 1929; dan Costa rika tahun 1930, dengan
keberhasilan yang berbeza-beza.

Di Indonesia, seramai 750 orang mahasiswa dalam Kongres Pemuda 2 pada tahun 1928.
Melalui kongres ini Sumpah Pemuda Indonesia melalui ikrar satu nusa, satu bangsa, satu bahasa.
Kita boleh melihat bahawa gerakan mahasiswa telah mengunakan nasionalisme untuk
membangkitkan perpaduan dalam negara dalam membebaskan negara daripada penjajahan.

Pada 17 November 1939, tentera Hitler telah menyerang pertemuan pimpinan gerakan
mahasiswa sedunia di Prague, Czechoslovakia. Natijah serangan itu, sembilan pemimpin
mahasiswa terbunuh dan Universiti Charles pun ditutup. Peristiwa tersebut menyebabkan
gerakan mahasiswa mengisytiharkan setiap 17 November sebagai Hari Pelajar Antarabangsa
(International Student Day).

Pada Mac 1945, seramai 24 orang mahasiswa dari seluruh dunia berkumpul dan bertemu
di London. Dalam pertemuan tersebut, mereka bersetuju membentuk satu organisasi mahasiswa
seluruh dunia yang dikenal dengan nama Persekutuan Pelajar Seluruh Dunia. Kemudian pada

25

bulan November 1945, seramai 150 orang mahasiswa dari 38 negara di dunia atas tujuan
mempereratkan hubungan sesama pertubuhan mahasiswa.

Menariknya, pada waktu yang sama telah wujud pertubuhan pelajar yang didominasi oleh
kelompok komunis yang diberi nama The World Federation Of Democratic Youth (WFDY).
Kelahiran organisasi ini telah mempengaruhi pertemuan di London, dimana organisasi
Persekutuan Pelajar perlu membuat pendirian sama ada mahu bersekutu dengan WFDY atau
tidak. Disinilah bermulanya perpecahan organisasi mahasiswa dan hampir menyebabkan
Persekutuan Pelajar Antarabangsa dibubarkan. Pada 17 November 1946, diadakan pertemuan
mahasiswa sedunia di Prague, Czechoslovakia. Dalam pertemuan inilah terbentuk organisasi
mahasiswa sedunia secara rasmi yang diberi nama International Union Of Student (IUS).

Pada kemudian hari, IUS mengalami perpecahan disebabkan oleh tiga faktor, pertama,
IUS gagal melakukan protes terhadap kudeta -Coup D’etat- di Czechoslovakia pada Februari 1948.
Sedangkan secara realitinya mahasiswa menggerakkan gelombang demonstrasi menentang
usaha Coup D’etat. Sebaliknya Komunis dengan bantuan Tentera Merah Kesatuan Soviet
menghancurkan demonstrasi mahasiswa tersebut.

Kedua, kegiatan IUS bekerjasama dengan WFYD yang melaksanakan kongres di Calcutta
India pada tahun 1948. Ternyata kongres tersebut dijadikan alasan oleh pihak Komunis untuk
melakukan Coup D’etat di Asia seperti Burma, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Faktor ketiga adalah IUS tidak mampu melakukan protes terhadap pemberontakan Parti
Komunis Indonesia (PKI) di Madiun pada tanggal 18 September 1948. Selanjutnya perselisihan
semakin hebat dari tahun ke tahun hingga menyebabkan perpecahan dalam badan gerakan
pelajar. Namun begitu, perang Korea meletus, IUS melaksanakan kongres kedua di Prague pada
22 Jun 1950.

26

Gerakan mahasiswa dari negara Barat mengambil sikap menentang, mereka yang terdiri
daripada 21 wakil National Union Of Student mengadakan pertemuan di Stockholm Sweden.
Dalam pertemuan itulah mereka kemudiannya melahirkan The International Student Conference
(ISC).

Organisasi mahasiswa terpecah kepada dua, satu bernama IUS yang berpusat di Prague,
Czechoslovakia, sedangkan satu lagi bernama ISC yang berpusat di Leiden, Belanda. Perpecahan
dalam badan organisasi mahasiswa ini merupakan cerminan terhadap perpecahan politik dunia,
dimana terjadi persaingan dalam Perang Dingin antara dua blok iaitu Kesatuan Soviet versus
Amerika Syarikat. Akibat perpecahan tersebut, gerakan mahasiswa lebih banyak menyusup
masuk ke dalam gerakan mahasiswa pada peringkat nasional.

Seperti Revolusi di Hungary pada 23 Oktober 1956, gerakan mahasiswa menuntut agar
para dekan yang menganut aliran Stalinist dipecat dari Universiti. Mahasiswa dan rakyat bersatu
padu dalam gerakan tersebut, mereka menyerukan suara kemerdekaan dengan slogan ‘kami
ingikan kebebasan dan tentera Soviet Union harus segera meninggalkan Hungary’. Gerakan
tersebut dihadiri oleh 100 000 pelajar. Gerakan mahasiswa mula disambut dengan mengerahkan
kereta kebal-kereta kebal, panser dan pesawat tempur oleh tentera Soviet Union.

Walaupun gerakan mahasiswa dilayan dengan kekerasan, namun semangat perjuangan
mahasiswa tidak pernah luntur dan berundur tidak sesekali. Mereka terus bersemangat untuk
memperjuangkan sistem politik, kebebasan, demokrasi, keadilan, dan penghargaan terhadap
martabat manusia. Gerakan demi gerakan terus dilakukan oleh mereka seperti di Lisbon, Portugis
1 Februari 1965.

Gerakan mahasiswa menuntut pendemokrasian dan perbaikan sistem pendidikan serta
kebebasan di universiti. Demikian juga gerakan mahasiswa di negara-negara lain baik di Perancis,
Poland, Belgium, Belanda, England, Afrika, Maghribi, Libya, Iran, Iraq, Sudan, Kenya, Turki, Nepal,

27

Korea Selatan, Filipina dan Indonesia. Gerakan mahasiswa tetap menjadi tonggak politik untuk
melakukan segala perubahan di seluruh dunia.

Dunia telah digemparkan apabila diktator Venezella telah digulingkan pada tahun 1966.
Gerakan mahasiswa telah mempertahankan universiti sehingga pasukan kereta kebal merempuh
dan menyerbu kampus. Pengulingan sesebuah kerajaan diktaktor bagi membolehkan perubahan
sosial dilakukan.

Pada pertengahan tahun 1960an, kelompok mahasiswa pro-Mao Tse Tung telah
melakukan demonstrasi20 dalam menentang Presiden China, Liu Shao Chi. Mereka juga
mengkritik pensyarah Universiti Beijing. Pasukan Liu Shao Chi telah bertempur dengan
mahasiswa yang dipimpin oleh Kuai Da Fu. Kuai da Fu berjaya ditangkap. Semasa dalam penjara,
Kuai Da Fu telah dibebaskan dengan perancangan sulit Mao Tse Tung. Kumpulan kecil Revolusi
Kebudayaan telah mengarahkan Kuai Da Fu21 memimpin Red Guards yang terdiri daripada 5000
orang mahasiswa berarak keliling Beijing dengan slogan ‘hapuskan Liu Shao chi’. Atas muslihat
desakan rakyat ini, Mao Tse Tung memecat Liu Shao Chi sebagai Presiden China.

Bantahan menentang pemerintahan komunis China tahun 1989 berlaku di Medan
Tiananmen mengorbankan lebih 10000 orang. Semenjak tahun 1978, Deng Xiaoping telah
memperkenalkan pembaharuan ekonomi dan sosial sehingga berlaku ketidak-puasan hati dalam
kalangan rakyat. Pada awal tahun 1989. Dua kelompok utama penentang kerajaan iaitu pertama,
mahasiswa dan cendikiawan kerana pembaharuan hanya dalam kalangan petani dan pekerjaan
sahaja. Mereka mahu liberalisasi politik glasnost yang dilakukan oleh Mikhail Gorbachev. Kedua,
kelompok pekerja industri yang mengatakan hala tuju ekonomi Deng tersasar.

20 Antara peristiwa demonstrasi besar ialah Pergerakan Empat Mei dalam tahun 1919 semasa penjajahan Jepundan
Pergerakan Lima April pada tahun 1976 semasa menjatuhkan Kumpulan 4. Selain itu, lingkungan tahun 1986-1987
ada juga perhimpunan pro demokrasi.
21 Kuai Da Fu berasal dari wilayah Hebei, berusia 20 tahun ketika itu. Beliau minat politik daripada usia 13 tahun
lagi apabila melihat kebuluran dan penyalahgunaan kuasa pegawai kerajaan menindas rakyat. Beliau bertindak
menghantar surat bantahan ke Ibupejabat Parti Komunis China di Beijing.

28

Demonstrasi bermula sejak 15 April dan berakhir pada 4 Jun 1989. Pada awalnya protes
mahasiswa ini kerana ketidakstabilan ekonomi, rasuah dan situasi politik.22 Setelah 7 minggu
berhimpun, kereta tentera China mula mara dan merempuh para penunjuk perasaan, memukul
dan menembak secara melulu. Akibanya, ramai yang mati ditembak.

Gerakan mahasiswa Sepanyol pula bekerjasama dengan gerakan sekerja. Kempen
kebebasan berpersatuan telah menjadi isu politik. Isu juga diperjuangan oleh gerakan pekerja
Pada bulan Februari 1967 di Madrid, mahasiswa telah berdemonstrasi secara khusus menuntut
perwakilan gerakan sekerja berada dalam suruhanjaya membahas undang-undang pertubuhan
sekerja. Selama tiga hari (1-3 Mei 1968) mereka berdemonstrasi. Penangkapan tokoh gerakan
sekerja dan mahasiswa melemahkan kebangkitan tersebut.

Di Myanmar pula wujud golongan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Thakin atau
"tuan” telah memainkan peranan penting dalam merancakkan nasionalisma Myanmar bermula
dari tahun 1936 dengan penubuhan Dobama Asiayone (Pertubuhan Kita Orang Myanmar)
Golongan Thakin bertekad untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada British
dengan mendakwa bahawa orang Myanmar ialah "tuan" sebenar Myanmar dan bukannya
British.

Di Korea Selatan, Park Chung Hee, Presiden Korea Selatan ditembak mati oleh Kim Jaegyu
seorang pengarah KCIA pada 26 Oktober 1979. Park Chung Hee telah dibunuh kerana dikatakan
menjadi penghalang kepada demokrasi. Kim Jaegyu mendakwa tindakannya membunuh Park
Chung Hee merupakan satu tindakan yang patriotik.

Pada 12 Disember 1979. pihak tentera dibawah Jeneral Chun Doo Hwan telah melakukan
rampasan kuasa. Korea Selatan diperintah secara diktator tidak disenangi oleh rakyat Korea
Selatan. Mereka keluar berdemontrasi membantah rampasan kuasa tentera. Jeneral Chun Doo

22 Situasi politik yang dimaksudkan ialah kematian Hu Yaobang, Setiausaha Agungl PKC yang telah meletak jawatan.
Hu dipandang sebagai seorang yang berpemikiran liberal dan dipaksa meletak jawatan dari posisinya oleh Deng.
Kebanyakkan rakyat terutamanya kelompok intelektual,menganggap ini sebagai sebuah perlakuan yang tidak adil.

29

Hwan telah menisytiharkan darurat pada 17 Mei 1980 bagi menekan para penunjuk perasaan di
seluruh negara. Pada 18 Mei 1980, kira-kira 100 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan
Chonnam telah berarak ke arah pintu pagar Universiti Kebangsaan Chonnam yang telah
dikepungi oleh tentera sambil melaungkan slogan ‘berambus tentera’.

Pihak tentera telah bertindak ganas dalam menangani demonstrasi ini. Pemimpin
mahasiswa diburu dan ditangkap. Mahasiswa telah meneruskan demonstrasi. Pada 20 Mei 1980,
majoriti rakyat Gwangju telah menyertai demonstrasi mahasiswa dan mereka telah menawan
dan membakar stesen TV MBC kerana mereka mendakwa MBC telah memberikan laporan yang
salah tentang para demonstrasi dan tidak melaporkan tentang keganasan yang dilakukan oleh
tentera.

Pada 21 Mei 1980, 300,000 rakyat telah menyertai demonstrasi menentang kekuasaan
Jeneral Chun Doo Hwan. Tempat simpanan senjata dan balai polis telah ditawan dan senjata telah
dirampas oleh rakyat. Mereka telah menubuhkan Tentera Rakyat yang telah melawan semula
tentera yang mengganas.

Hampir semua jalan keluar masuk ke Gwangju telah dikepung oleh pihak tentera
pemerintah. Namun rakyat yang tinggal di bandar tersebut telah bergabung dan membentuk
sebuah komuniti yang efektif. Wakil komuniti telah dilantik untuk mengawal keamanan dan
untuk berunding dengan kerajaan diktator tentera.

Keamanan telah dipulihkan tetapi rundingan dengan kerajaan gagal. Pada 27 Mei 1980,
kerajaan diktator tentera pimpinan Jeneral Chun telah menghantar Unit Khas dari 5 divisyen
tentera untuk merempuh masuk ke bandar Gwangju dan berlakunya pembunuhan beramai-
ramai. Jeneral Chun mendakwa trajedi Gwangju didalangi oleh Komunis.

30

Ekonomi Indonesia mulai goyah pada awal 1998, yang terpengaruh oleh krisis kewangan
Asia sepanjang 1997-1999. Mahasiswa pun melakukan aksi demonstrasi besar-besaran di
jalanan, termasuk mahasiswa Universiti Trisakti.

Mereka melakukan aksi demonstrasi secara damai dari kampus Trisakti menuju Gedung
Nusantara pada pukul 12.30. Namun aksi mereka disekat dari polis dan tentera datang kemudian.
Beberapa mahasiswa mencuba berbincang dengan polis.

Akhirnya, pada pukul 17.15, para mahasiswa bergerak cuba bersurai, ikuti oleh pihak
keselamatan. Pihak keselamatan mula menembak peluru ke arah mahasiswa. Para mahasiswa
panik dan bercerai berai, sebahagian besar berlindung di Universiti Trisakti. Namun pasukan
keselamatan terus melakukan penembakan. Ramai yang terbunuh dan cedera dibawa ke RS
Sumber Waras.

Pasukan Keselamatan yang berada di lokasi pada saat itu adalah Brimob, Batalion Kavaleri
9, Batalyon Infanteri 203, Artileri Pertahanan Udara Kostrad, Batalyon Infanteri 202, Pasukan Anti
Huru Hara Kodam serta Pasukan Bermotor. Mereka dilengkapi dengan tameng, gas air mata,
Steyr, dan SS-1.

Pada pukul 20.00 dipastikan empat orang mahasiswa tewas ditembak dan salah seorang
dalam keadaan kritikal. Meskipun pihak keselamatan menafikan mereka mengunakan peluru
hidup tetapi dapatan hospital menunjukkan kematian disebabkan oleh peluru hidup. Pihak
Keselamatan juga mendakwa kemungkinan peluru itu datang daripada pantulan daripada jalan
raya ketika memberi amaran kepada para demonstrasi.

Kesimpulan
Sejarah dan falsafah adalah gandingan ilmu yang memantapkan perjuangan seseorang.

Kedua-dua pengetahuan ini dapat mencorak perjuangan gerakan mahasiswa. Radikalisme dalam
gerakan Islam menjadi satu keperluan dimana ia menjadi satu tenaga-idea untuk mengerakkan

31

perjuangan agar bangkit menentang ketidakadilan dan kemungkaran. Kita mesti membezakan
antara radikalisme dengan ekstremisme. Selain itu, elemen perubahan menjadi satu teori yang
penting dalam kepimpinan mahasiswa. Kita dapat melihat elemen perubahan menukarkan
pemimpin mahasiswa radikal kepada konformis.

32

BAB DUA
TAHUN-TAHUN KEBANGKITAN

‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin
pengalaman(mencabar) dan terpelajar’
Profesor Diraja Ungku Aziz

Gerakan pelajar bermula seiring dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Pada tahun
1816, sekolah pertama dibina oleh British iaitu Penang Free School. Pada tahun 1937, dunia
pendidikan Tanah Melayu dikejutkan dengan kelulusan pertama graduan Melayu dalam Senior
Cambridge dan beliau adalah Abdul Wahab Mohd. Ariff. Beliau telah dianugerah Penang Free
School Centenary Gold Medal pada tahun 1938 atas kecemerlangan pertama anak Melayu.
Kejayaan Abdul Wahab mendorong rakan-rakan mendesak beliau memberi nasihat agar mereka
turut cemerlang. Hasilnya Abdul Wahab menubuhkan pertubuhan pertama pelajar Melayu iaitu
Malay Boys League yang bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang tetapi terpaksa
dibubar kerana larangan pengetua.

Semasa menuntut di Singapura, Abdul Wahab telah menjadi Presiden Mahasiswa Islam
Kolej Raffles dan Perubatan Singapura iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam. Pertubuhan
pelajar Melayu penting bagi menyatukan pelajar Melayu. Jumlah pelajar Melayu yang kecil
menyebabkan Abdul Wahab menyeru agar pelajar Melayu bersatu demi pelajaran. Persatuan
Mahasiswa Islam Kolej di Singapura juga mendesak agar kerajaan menubuhkan Majlis Pelajaran
Tinggi yang diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai Melayu sebagai Ketua Pengarah
Pendidikan.

Pada bulan April 1946, Aminuddin Baki seorang pelajar menengah atas Sekolah Anderson,
Ipoh menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI). Pada bulan Ogos 1947 PERMI
cawangan Perak ditubuhkan. Perkembangan gerakan pelajar semakin pesat dengan penubuhan
Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor (KPPMS) pada tahun 1946 dan Kesatuan
Penuntut Melayu Pahang pada tahun 1947. Kesatuan Penuntut Melayu berkembang pesat pada

33

tahun 1949 dengan penubuhan cawangan di negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah,
Melaka dan Johor. Abdul Wahab telah mengetuai Jawatankuasa Persiapan Kongres Pelajar bagi
menyatukan seluruh gerakan pelajar di Malaya.

Kongres Pelajar Melayu berlangsung di Maktab Teknik, Kuala Lumpur pada 14 dan 15
Ogos 1949. Pertubuhan yang hadir dalam kongres ini adalah Persatuan Penuntut-penuntut
Muslim Maktab Teknik, PERMI (Perak), Persatuan Penuntut Melayu (Pahang, Selangor, Kuala
Lumpur, Kajang) dan Persatuan Penuntut-penuntut Melayu Maktab Tanam-tanaman. Mereka
membincangkan permasalahan pelajar Melayu dan bagaimana untuk bekerjasama. Pada jam 12
tengah hari, 15 Ogos 1949, kongres bersetuju menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut
Melayu Semenanjung(GPMS) yang diketuai oleh Abdul Wahab. Apabila Universiti Malaya
ditubuhkan di Singapura, GPMS mendesak agar Dr. G.V. Allen dilantik sebagai Naib Canselor
Universiti Malaya kerana beliau seorang yang bersimpati dengan orang Melayu. Tampuk
pimpinan GPMS dikuasai oleh mahasiswa Universiti Malaya seperti Lokman Musa, Musa Hitam
dan Abdullah Ahmad Badawi.

Kewujudan kampus Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah mengalakkan perkembangan
gerakan mahasiswa. Sebenarnya banyak persatuan yang telah ditubuhkan tetapi penulis
menumpukan kepada persatuan yang berpengaruh di Universiti Malaya iaitu PMUM, PBMUM
dan PMIUM. Semua mahasiswa di Universiti Malaya bernaung di bawah PMUM atau UMSU mula
ditubuh pada 1 Januari 1962 seiring dengan hari penubuhan Universiti Malaya yang ditubuh di
bawah Akta Universiti Malaya. Maka Persatuan Mahasiswa yang ditubuh pada 15 Januari 1959
telah berakhir pada penghujung 1961.

Tujuan PMUM ialah memupuk kebajikan am badan mahasiswa, memajukan kegiatan
sosial, kebudayaan dan mengadakan hubungan rasmi dengan badan lain. PMUM adalah badan
pelajar yang diberikan kuasa untuk mewakili mahasiswa dalam semua perkara yang menyentuh
kepentingan mahasiswa. PMUM diakui sebagai suara rasmi mahasiswa oleh pihak Universiti

34

Malaya. PMUM adalah pertubuhan yang lantang bersuara memperjuangkan isu kampus,
antarabangsa dan nasional.

PMUM mempunyai kuasa menjalinkan hubungan rasmi dengan badan mahasiswa yang
lain sama ada didalam atau diluar negara. PMUM menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar
Malaysia(PKPM) yang merupakan wakil badan mahasiswa Malaysia dalam arena antarabangsa.
PKPM telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama National Union of Federation Student
(PKPPTM) dan ditukar nama kepada PKPM pada tahun 1962. PKPM yang didominasi oleh tokoh
PMUM juga bergabung di bawah International Student’ Council yang berpusat di London dan
menyambut 17 November setiap tahun sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

PBMUM pula ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 27 orang
semasa tahap awal. Di Singapura, PBMUM dikenali Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya dan perkataan persekutuan diganti dengan persatuan pada tahun 1969. Penubuhan
PBMUM adalah hasil usaha pensyarah dan pelajar fakulti Sastera seperti Lokman Musa, Noh
Abdullah, Tahir Abdul Rahman dan Fatimah Hasyim. Walau bagaimanapun, idea penubuhan
PBMUM telah dicetuskan oleh Ungku Aziz dan Za’ba sejak tahun 1954 lagi. Pada tahun 1956,
keahlian PBMUM seramai 202 meningkat kepada 721 orang pada tahun 1965. Pada sesi
1970/1971, keahlian PBMUM adalah 3123 orang menjadi antara persatuan berpengaruh di
Universiti Malaya.

PBMUM tidak bergabung dengan PMUM kerana hala tuju PMUM tidak selaras dengan
perjuangan bahasa dan kebudayaan Melayu. Pengabungan akan membatasi peranan PBMUM.
Teras perjuangan PBMUM berdasarkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1954
yang mendesak Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Hasrat ini bertambah kukuh apabila
Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu yang bersidang pada 31 Mei 1955 bersetuju menjadi
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

35

Pada tahun 1969, PBMUM meminda perlembagaan dengan menambah isu perjuangan
iaitu mengambil berat dan memperjuangkan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan berusaha
memperjuangkan keadaan bangsa dan negara. PBMUM mendakwa mereka adalah penyambung
lidah rakyat bukanlah perjuangan perkauman tetapi perjuangan nasional.

Menurut Kochiko Mazilo, pendekatan PBMUM bukan emosional dan radikal tetapi bagi
batu timbang setiap pergerakan yang menyeleweng daripada aspirasi nasional. Bahasa Melayu
dan dasar pelajaran adalah cita-cita rakyat yang taat kerana bahasa bukan soal politik dan
pelajaran bukan persoalan ekonomi.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan
tahun 1950-an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang mahasiswa Islam di
Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak
apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM
di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid ar-Rahman yang dibina
pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan
Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan
Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau
cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran mahasiswa. Beliau telah berjaya
menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis. PMIUM cuba
melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam
dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara
PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

36

GERAKAN MAHASISWA DAN POLITIK

Politik melibatkan satu keadaan perebutan kuasa, satu sistem bagi mengadakan
peraturan asas, penglibatan pemerintah dan pembangkang dalam usaha mewujudkan
masyarakat yang sempurna. Gerakan protes adalah satu tindakan politik bagi menyaingi
kekuasaan kerajaan. Sifat intrinsiknya sukar dinyatakan tetapi ia harus ditangani dengan penuh
bijaksana. Walau bagaimanapun, kondisi masyarakat tempatan antara alasan bagi organisasi
pelajar mendesak untuk melakukan perlawanan sosial.

Gerakan pelajar dan politik mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.
Keterlibatan gerakan pelajar dalam politik terbahagi dua iaitu tahap dalaman kampus dan politik
luar terutamanya politik nasional. Menurut Khong Kim Hoong, pelajar mesti aktif dalam politik
supaya terlibat secara langsung dalam proses pembinaan bangsa dimana pelajar perlu berupaya
menganalisis tentang persoalan demokrasi, kebebasan dan equality. Beberapa pertubuhan
pelajar mempunyai jalinan ideologi yang rapat dengan pertubuhan politik dan pertubuhan bukan
kerajaan. Perkara ini terbukti kumpulan Republik Islam yang pro-PAS mengalahkan kumpulan
PKPIM-ABIM dalam pemilihan tampuk kuasa PMIUM pada tahun 1983. Politik juga merangsang
kematangan para pelajar dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan membentuk bakat
kepimpinan.

Isu politik dan penyertaan dalam parti politik merupakan unsur yang berbeza. Bagi
mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak universiti wajar
menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik. Dalam kelab perbincangan ini
digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan perbezaan dalam memberi pendapat akan
memugarkan demokrasi yang berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi
manusia. Secara idealnya, kezahiran Kelab Sosialis telah mempertingkatkan kesedaran politik di
kalangan pelajar tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada lingkaran pelajar berjiwa
kiri sahaja.

37

Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam mencari
pengaruh demi kepentingan pertubuhan pelajar yang diwakili. Menurut Maurice Duverger,
proses ini dikenali sebagai ideological decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana
diskusi, persaingan intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik.

Isu Tanah di Teluk Gong.

Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium ‘Masalah
Penduduk Luar Bandar’ bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh
penduduk luar bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi persoalan pendidikan, nasib
wanita, kemudahan dan ekonomi orang Melayu di luar bandar. PBMUM telah menggunakan
platform simposium ini bagi menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin
dan terbiar di desa.

Walaupun perjuangan PBMUM dilihat dalam konteks positif, sesetengah pihak
berpandangan PBMUM dibawah pimpinan Sanusi Osman terpengaruh dengan cita-cita fahaman
Sosialis. Impak simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM telah memperjuangkan isu Teluk
Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah bersama pengikutnya telah membuka tanah haram untuk
petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah
menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar. Pada bulan
September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh
seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah dan pengikutnya yang enggan
menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.

Pada 14 Oktober 1967, para mahasiswa mengadakan sudut pidato membidas pihak
kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka
telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu
dapat disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid
Ali berjaya menghantar memorandum.

38

Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid Tuah,
Syarifah Aini dan Dam Huri (anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang mahasiswa. Para
mahasiswa telah mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk diagihkan kepada
pengikut Hamid Tuah.

Isu Penglibatan Mahasiswa Dalam Pilihanraya 1969.

Gerakan mahasiswa mengalami tranformasi secara radikal dalam politik apabila
melibatkan diri dalam pilihanraya Umum 1969. Pada bulan April dan Mei, PMUM telah bersedia
dengan membuat persiapan bagi menyertai kempen pilihan raya. PMUM cuba memberi
gambaran sebenar tentang politik nasional dengan menggunakan pedekatan non racial. Pada 19
April 1969, PMUM telah mengeluarkan satu manifesto yang dikenali Manifesto Mahasiswa
sebagai asas perjuangan.

PMUM telah menyediakan manifesto yang bebas daripada sifat perkauman yang
diamalkan dalam politik nasional. Pembebasan daripada unsur perkauman dalam manifesto
diakui oleh Jawatankuasa MAGERAN Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut Di Kampus
Universiti Malaya. PMUM dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti hak-
hak demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun, reformasi
pertanian dan dasar luar. Para mahasiswa ingin melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang
dimana penindasan manusia ke atas manusia lain tidak kedapatan.

PMUM telah turun padang dalam kempen pilihan raya 1969 dengan mengadakan rapat
umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan
Petaling Jaya. Rapat umum mempamerkan bakat politik dari segi idealis dan karismatik pimpinan
mahasiswa seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dan Yoong Suan. Sebanyak 13 rapat umum
diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan
mahasiswa dikalangan rakyat sehingga pimpinan PMUM tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.

39

Impak Peristiwa 13 Mei.

PBMUM mengadakan sidang tergempar pada 11 Julai 1969 telah meletakkan kesalahan
pada bahu pucuk pimpinan negara ekoran peristiwa hitam itu dengan meluluskan undi tidak
percaya terhadap Tunku Abdul Rahman. PBMUM bersama kumpulan anti-Tunku telah
menyatakan kegagalan Tunku melalui pelbagai wasilah seperti banner, surat layang dan Berita
PBMUM. Penemuan banner yang tergantung di Masjid ar Rahman dengan slogan ‘Regim Tengku
Imperialis dan Feudalis’ dan ‘Tengku, berhentilah’ pada 17 Julai 1969 mengecewakan hati Tunku.

Pada peringkat awal PMUM tidak terlibat dalam pertikaian mahasiswa dengan Tunku
tetapi Tunku telah menuduh Presiden PMUM, Syed Hamid Ali terlibat dalam menguruskan
perarakan mayat pemuda Cina yang ditembak oleh polis di Kepong. Syed Hamid Ali menyangkal
tuduhan Tunku dan mengajak Tunku berdebat. Kerajaan cuba mengendurkan keadaan dengan
mengubah kenyataan daripada mengurus perarakan kepada bersama-sama berada di balai polis
untuk meminta kebenaran. Syed Hamid menjelaskan beliau hanya jurubahasa antara penganjur
dengan polis.

Pada 28 Ogos 1969, gerakan mahasiswa telah mengadakan sudut pidato yang ditaja oleh
PBMUM sempena Konferensi Internasional mengenai Drama dan Muzik Tradisonal telah
mengutuk Tunku. Seramai 1000 orang mahasiswa berarak ke Dewan Tunku Canselor dan
bertembung pasukan FRU yang telah menembak 10 das gas pemedih mata. Para mahasiswa tidak
berpuashati telah mendakwa pihak polis mencabul hak autonomi universiti.

Pada 29 Ogos 1969, demonstrasi diadakan bagi mendesak agar hak autonomi dikekalkan
telah dihadiri 1000 orang mahasiswa di sudut pidato. Pada malam hari tersebut, polis menahan
Naib YDP PBMUM, Hanafiah Ishak, Aziz Deraman(Setiausaha Penerbitan PBMUM), Yusuf Embi
(ahli PBMUM) dan Syed Hamid dibawah Undang-Undang Ketenteraman Awam dan Mencegah
Jenayah 1969. Pada 2 September 1969, mahasiswa tersebut dibebaskan setelah perbincangan

40

diadakan antara wakil pihak gerakan mahasiswa dengan kerajaan dan desakan 10 badan
mahasiswa antarabangsa seperti Federation of United Kingdom and Eire Malaysian and
Singapore Student Organization (FGEMSO).

Pada 27 September 1969, suasana kembali tegang apabila PBMUM mengadakan sudut
pidato di depan perpustakaan yang telah dihadiri oleh 300 orang mahasiswa. Sudut pidato pada
hari tersebut bertujuan membincangkan buku yang dihasilkan oleh Tunku iaitu 13 Mei: Sebelum
dan Selepasnya. Mahasiswa telah membakar buku ini sebagai tanda protes dengan alasan ia
bersifat mitos dan subversif yang menimbulkan sifat perkauman dan satu tuduhan yang melulu.
Anwar Ibrahim (YDP PBMUM), protes yang diadakan pada hari itu berikutan tuduhan Tunku
dalam buku tersebut adalah tidak tepat. Tunku meletakkan jawatan pada 22 September 1970
dan diganti oleh Tun Razak.

Isu Bahasa dan Dasar Pelajaran.
Isu Bahasa sangat penting bagi menjamin survival orang Melayu dan menguatkan lagi

perpaduan rakyat di Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu
terjamin selaras dengan perlembagaan negara dimana bahasa kebangsaan adalah Bahasa
Melayu dan orang bukan Melayu diberi peluang sekurang-kurang 10 tahun untuk bertranformasi
dari berbahasa Inggeris kepada berbahasa Melayu. Bahasa Melayu dilihat sebagai wahana bagi
negara mencapai perpaduan diantara rakyat yang pelbagai kaum. Dalam Penyata Razak telah
dijelaskan matlamat dasar pendidikan adalah menyatukan segala bangsa dibawah sistem
pendidikan nasional yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Bagi memenuhi agenda bahasa kebangsaan, pada 28 hingga 29 September 1968, PBMUM
mengambil inisiatif dengan mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan
lanjutan Seminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1966. Simposium ini dihadiri oleh 30 buah
pertubuhan dan menyatakan resolusi agar penubuhan Universiti Kebangsaan diwujudkan
selewat-lewat pada tahun 1970 dan kerajaan perlu tegas dalam pelaksanaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi.

41

Perjuangan menegak Bahasa Melayu merupakan perjuangan berterusan. Bahasa Melayu
adalah sumber adipenting bagi nasionalisme. Secara umumnya, gerakan mahasiswa bersetuju
pelaksanaan dasar Bahasa Melayu. Cuma berlaku dikotomi dalam kaedah pelaksanaan. PBMUM
mahukan perubahan secara drastik dimana Bahasa Melayu perlu digunakan secara meluas dalam
kursus di Universiti Malaya bukan hanya di fakulti Sastera yang dimulakan pada tahun 1970.
Tuntutan PBMUM disokong oleh Kelab Sosialis. PMUM pula mahu pelaksanaan dilakukan
berperingkat-peringkat. Kenyataan PMUM dikecam oleh PBMUM sebagai satu propanganda dan
helah. PBMUM mecabar Setiausaha Agung PMUM, Encik Oon meletakkan jawatan. Isu bahasa
telah memberi impak kepada dua demonstrasi;

a. Bantahan Peletakan Jawatan Abdul Rahman Yaakob.

Menteri Pelajaran Dato Abdul Rahman Yaakob akan meletakkan jawatan untuk menjawat
jawatan Ketua Menteri Sarawak. Pada 7 Julai 1970, wakil PBMUM dan PMIUM pergi kediaman
Tun Razak ingin mengetahui keadaan sebenar. Pada 9 Julai 1970, seramai 2000 ahli PBMUM
melakukan demonstrasi mendesak supaya perletakan jawatan ditarik balik. Pelajar berarak ke
luar kampus disertai pelajar Universti Kebangsaan. Demonstrasi bersurai setelah mendapat
mesej bahawa Abdul Rahman datang ke Kuala Lumpur untuk menjelas isu ini. Pada 10 Julai 1967,
Abdul Rahman menjelaskan Dasar Bahasa Melayu tidak akan berubah walaupun beliau tiada.

b. Demontransi Papan Tanda.

Pada 5 Oktober 1970, PBMUM memcabar tindakan pensyarah yang tidak mahu mengajar
dalam Bahasa Melayu dalam bilik kuliah A di fakulti Sastera. PBMUM curiga tentang pelaksanaan
Bahasa Melayu di universti. Menurut Anwar Ibrahim, surat kepada Naib Canselor kepada
PBMUM bertarikh 4 Julai 1969 menjelaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam proses
perbincangan oleh Majlis Senat. PBMUM juga kecewa sikap pentadbir Universiti Malaya yang

42

meremeh pelaksanaan Bahasa Melayu walaupun pentadbir universiti berjanji memperluaskan
penggunaan Bahasa Melayu.

Pada jam 10.00 pagi hari tersebut, PBMUM mengadakan sudut pidato dan berarak yang
disertai 3000 orang pelajar. Mereka menyerbu fakulti Sains, Sastera, Pendidikan dan pusat
petadbiran dengan mengecat kenyataan berbahasa Inggeris termasuk perkataan ‘UMSU’ yang
terdapat pada bas PMUM dan no parking dengan warna merah dan hitam. Pelajar juga
membakar surat berbahasa Inggeris.

Isu Antarabangsa: Pencerobohan Rusia ke atas Czekslovakia

Selain isu tempatan, gerakan mahasiswa juga mempunyai daya responsif terhadap isu
antarabangsa. PMUM selalu memainkan peranan utama dalam persoalan isu antarabangsa.
Pimpinan PMUM yang menguasai tampuk pentadbiran PKPM yang merupakan wakil badan
mahasiswa di Malaysia mempunyai hubungan dengan badan mahasiswa negara lain diperingkat
antarabangsa. Pada bulan Ogos 1968, pakatan Warsaw yang diketuai oleh Rusia memceroboh
Czekslovakia. Gerakan pelajar di seluruh dunia menyatakan penentangan terhadap tindakan
Rusia.

Pendudukan Rusia selama 6 minggu mencabul kedaulatan sesebuah negara yang bebas
telah menyemarak semangat protes dikalangan mahasiswa. Mahasiswa Universiti Malaya dan
Singapura mengutuk tindakan Rusia walaupun Rusia beralasan menghapuskan puak deviationist
di Czekslovakia. Sebenarnya kemasukan berpunca apabila Alexender Dubcek (Setiusaha Agung
Parti Komunis) mahu melakukan reformasi dalam Parti Komunis Czekslovakia. Perubahan itu
disokong oleh golongan mahasiswa negara itu. Pada 28 Ogos 1968, seramai 150 mahasiswa
Universiti Malaya berarak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Rusia bagi mengecam
tindakan Rusia. Perarakan itu berjaya disurai oleh FRU setelah menggunakan gas pemedih mata.

43

Pada 27 Ogos 1969, seramai 1000 orang pelajar menunjukkan perasaan di hadapan
Kementerian Dalam Negeri dibawah pimpinan Syed Hamid Ali. Reaksi mahasiswa Malaysia terbit
apabila pertubuhan mahasiswa Czekslovakia iaitu Czech Student Union menolak perjanjian
dengan Rusia; ‘never resign themselves to result of the Moscow negotiations’.
KESIMPULAN

Sebelum tahun 1970, aktiviti mahasiswa boleh dibahagikan dua era iaitu sebelum tahun
1965 yang bersifat kebudayaan dan ilmiah dan selepas tahun 1965 hingga 1970, kemunculan
mahasiswa progresif yang mahu perubahan terutamanya dalam masyarakat. Keterlibatan
mahasiswa dalam masyarakat memperluaskan objektif sosial mahasiswa agar tidak terkongkong
dalam bidang akademik semata-mata. Bakat kepimpinan yang dimiliki oleh Syed Hamid Ali dan
Anwar Ibrahim membolehkan mahasiswa menjadi jurubicara masyarakat agar suara rakyat
didengari oleh penguasa politik. Asas gerakan mahasiswa pada akhir 1960an akan mempengaruhi
suasana politik kampus pada dekad seterusnya.

44

BAB 3
TAHUN-TAHUN RADIKAL

“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut
dengan segala janji dan kepalsuan manusia”
Noordin Razak

Islam adalah ad-din bukan sekadar agama sebagai difahami oleh masyarakat Barat atau
sekular. Islam adalah satu sistem yang meliputi gaya hidup manusia Islam dalam pelbagai hal
kemanusiaan termasuk politik, sosial dan ekonomi. Ad-din merupakan satu kecenderungan
secara semulajadi pada diri insani yang mendorongnya untuk berdayausaha membentuk
masyarakat dan menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan
mencapai pemerintahan yang adil

Islam daripada zaman dahulu lagi merupakan sinergi yang berpengaruh dalam politik
orang Melayu. Islam adalah asas perjuangan Abdul Rahman Limbung dalam menentang British.
Islam menjadi ‘ideologi’ dalam sesuatu gerakan seperti gerakan Islah di Tanah Melayu pada tahun
1906 hingga 1948.

Kemuncak pengaruh Islam dalam gerakan politik di Malaysia dengan kezahiran Hizbul
Muslimin pada bulan Mac 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar al Baqir di
Madrasah El-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Pertubuhan ini dirancang untuk
menjadi platform kepada perjuangan politik Islam sebagaimana Mashumi di Indonesia. Idea
pembentukan parti ini bersendikan cita-cita Islamiyah dan objektifnya mencapai kemerdekaan.
Dalam memperjuangkan kemerdekaan ini, barulah Islam menjadi sumber ideologi politik orang
Melayu dan ia diteruskan oleh PAS apabila Hizbul Muslimin diharamkan.

Pada awal tahun 1970an, dunia mengalami fenomena kebangkitan semula Islam. Islam
sebagai ad-ddin, Islam adalah satu jalan penyelesaian dan Islam itu syumul mula berkumandang.
Gerakan mahasiswa juga terkena tempias fenomena yang mendunia itu. Umat Islam dikatakan

45

mundur dan lemah sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924. Pelbagai pihak cuba
mengembali kegemilangan Islam termasuk mengembalikan sistem khalifah. Antara yang cuba
mengembalikan kegemilangan Islam ialah kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh
Hasan al Banna pada tahun 1928 di Ismailiah, Mesir dan Abul Ala’ Maududi yang menubuh
Jamaat-i-Islami pada 26 Ogos 1941 serta Badiuzaman Said Nursi di Turki.

Kepulangan Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 1964 dan berkhidmat di
Universiti Malaya. Ia diikuti kepulangan mahasiswa Islam yang belajar di luar negara [Negara
Barat dan Negara Timur Tengah] berkhidmat sebagai pensyarah dan profesional-teknorat
membawa pemikiran Islam ke dalam gerakan mahasiswa. Mereka yang belajar di luar negara
terpengaruh dengan gerakan Islam dan para pemimpin Islam seperti Maulana Abul Ala’ al
Maududi, Hassan al Banna, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan lain-lain. Mantan mahasiswa Islam
lulusan antarabangsa ini juga yang banyak mengerakkan gerakan Islam tempatan.

Syed Naquib al Attas merangsang pelajar memahami Islam melalui usrah dan
perbincangan yang dilakukan oleh beliau. Beliau telah menjadi mentor kepada PMIUM dan
PBMUM dimana selepas kuliah pelajar akan tertumpu di rumah atau pejabat beliau untuk
berdiskusi. Beliau juga berjaya menangkis hujah golongan Sosialis dan Nasionalis sempit yang
menguasai kampus pada masa itu. Idea Islam beliau yang lebih terbuka berjaya menarik tokoh
mahasiswa Islam termasuk Anwar Ibrahim.

Tokoh mahasiswa Islam yang mendokong gagasan kebangkitan semula Islam mula
mewujudkan gerakan yang lebih besar pada peringkat nasional. Mereka telah mewujudkan ABIM
dan PKPIM untuk merangsang aktiviti-aktiviti Islam di kampus. Pengaruh ABIM dan PKPIM telah
menyerap masuk ke dalam PMIUM dan PBMUM dengan pengarapan idea amal Islami.
Mahasiswa Islam mula berdiskusi dan mengkaji idea tokoh Islam dalam usrah dan forum mereka.
Usrah penting dalam memantapkan akidah disamping pengikat tali persaudaraan sesama ahli.

46

Impak maksima telah berlaku dalam thaqafan (kebudayaan) mahasiswa dimana mereka
cuba mengimplementasi amal Islami dengan cara mentarbiyah, mengubah kebiasaan umum,
menyedarkan prinsip kebenaran kepada manusia melalui wasilah seperti kelas pengajian,
ceramah, mengadakan kebajikan dan perkhidmatan. Kejayaan ABIM melalui Yayasan Anda
Akademik dan Institut SOFAR iaitu satu pusat pembelajaran bagi pelajar tercicir dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Yayasan Anda berjaya
mentarbiyah pelajar dengan prinsip, etika dan moral Islam sehingga menjadi kader-kader Islam
di kampus. Hasil graduan Yayasan Anda telah memasuki universiti pada tahun 1974 menampilkan
imej Islamis seperti bertudung.

Disamping fenomena kebangkitan semula Islam, mahasiswa mula ada kesedaran tentang
nasib Bangsa Melayu yang miskin dan ketinggalan. Kebangkitan pengaruh Islam di kampus
didokong kuat oleh mahasiswa yang berasal dari luar bandar sedang menghadapi proses
pembenturan budaya dimana mereka masih kuat dengan pegangan agama Islam terpaksa
berdepan dengan suasana masyarakat kampus berbudaya cara hidup Barat. Justeru, kelompok
ini telah berkumpul dalam satu jamaah bagi mengelak dan membendung gejala negatif ini.
Mereka berkeinginan untuk meneruskan perkembangan Islam.

Mahasiswa luar bandar didalam kampus membangkitkan kesedaran tentang nasib bangsa
Melayu yang masih regress (mundur) dan miskin. Kesedaran ini juga dipelopori oleh mahasistua
dimana 80% terdiri daripada bekas guru sama ada dari maktab atau madrasah dan mereka yang
insaf dengan suasana masyarakat Melayu. Jika dibandingkan antara masyarakat Melayu dengan
masyarakat lain terutamanya orang Cina di Malaysia, jurang dalam ekonomi dan pendidikan yang
cukup ketara.

Masyarakat Melayu hidup sebagai masyarakat tani yang miskin dan bergantung
keperluan hidup dengan kedai Cina di bandar. Bagi memasuki sektor ekonomi, orang Melayu
didikriminasi oleh British dan orang Cina melalui bank-bank dimana bank tidak melayan

47

permintaan pinjaman peniaga Melayu. Oleh sebab itu, orang Melayu gagal bersaing dalam
ekonomi moden yang berasaskan modal.

Dalam pendidikan pula, orang Melayu masih mengalami masalah kemudahan sekolah di
luar bandar yang tidak lengkap dan kekurangan biasiswa untuk ke peringkat universiti. British
pula cuba menyekat peluang orang Melayu luar bandar memperolehi pendidikan yang lebih
tinggi. Sistem pelajaran yang diamalkan oleh British menuju kepada pembentukan masyarakat
berkasta. Perbezaan berdasarkan keturunan, warna kulit, kedudukan ekonomi dan sosial telah
bercambah dengan kewujudan aliran Inggeris di Tanah Melayu.

Justeru, atas kesedaran inilah gerakan mahasiswa terutamanya mahasiswa Melayu-Islam
telah mula mengorak langkah menyusun program membantu penduduk luar bandar. PBMUM
dan PMIUM bersama PKPIM telah memgembleng tenaga melaksanakan program Gerakan
Kempen Kesedaran (GKK) yang bermula pada 1968. Mereka tinggal bersama masyarakat untuk
menyelami masalah rakyat dan mengadakan projek kemasyarakatan. Program ini juga dijadikan
sebagai wahana untuk menyampai dakwah. Kesedaran nasib bangsa Melayu ini menyebabkan
mahasiswa merasakan mereka sebagai agen perubahan bagi memajukan masyarakat,
menghapuskan kezaliman dan membantu masyarakat.

Walaupun kesedaran tentang Islam semakin meningkat, kumpulan mahasiswa Islam
bukanlah kuasa politik yang memdominasi dunia politik kampus kerana kampus masih lagi
dikuasai oleh golongan mahasiswa Sosialis. Dengan sentimen Melayu-Islam, kumpulan
mahasiswa Islam mendekati golongan Nasionalis seperti PBMUM dalam mengimbangi pengaruh
mahasiswa Sosialis.

Kemunculan kumpulan mahasiswa Islam dalam politik kampus mula menghangatkan
suasana politik kampus apabila mereka bertembung secara politik ideologi dan perbezaan
pendekatan dengan golongan mahasiswa sosialis. Pada mulanya, pertembungan ini sekitar
wacana dan forum intelektual merebak kepada pendekatan kekerasan.

48

Bantahan Penindasan Kerajaan Thai Terhadap Orang Islam Di Selatan Thai.

Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti
Malaya dengan kerjasama PKPIM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga
mengumpulkan mahasiswa Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap
keganasan yang menimpa umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai
warga tertindas di bumi sendiri. Para pejuang Islam Patani mula mengangkat senjata secara gerila
apabila pentadbiran Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Patani
terakhir Tengku Abdul Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya
Decha-Nuchit pada tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Patani Darul
Makrif.

Sejak tahun 1906, wilayah selatan Thai berada dalam keadaan bergolak terutamanya
pada akhir 1960 dan awal 1970an. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang
disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan
ketidakstabilan di wilayah selatan. Perjuangan rakyat Patani dan kekejaman tentera Thai banyak
dipaparkan oleh makalah dan akhbar di negara ini. Pemaparan media massa ini telah berjaya
menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar.

Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena
lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30, PMIUM,
PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS (seramai 1000 orang pelajar) berarak ke Lebuhraya
Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar termasuk Anwar
Ibrahim manakala terdapat 6 orang pelajar cedera. Pada 15 Jun 1971, satu demonstrasi(seramai
3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka dibebaskan tetapi dihalang
oleh FRU di depan Universiti Malaya.

49

Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan
membebaskan pelajar yang ditahan dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini
dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa. Sebenarnya, isu Patani ini
cuba digelapkan oleh media massa tempatan. Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak lain
campurtangan dalam isu Patani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak campurtangan
bagi menjaga sensitiviti negara jiran. Demonstrasi ini bersifat perkauman pada mulanya kerana
membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat kemanusiaan
apabila hak autonomi universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis setelah peristiwa
penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah menyertai
demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.

Penubuhan Universiti Kebangsaan dan Tapaknya.

Idea penubuhan universiti untuk masyarakat Melayu sudah lama bergema di kalangan
cendiakiawan Melayu yang sedar kepentingan universiti sebagai wadah peningkatan daya
pemikiran bangsa. Abdul Kadir Adabi pernah mengesyorkan satu memorandum kepada Raja
Kelantan agar sebuah universiti ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu untuk orang Melayu.
Penubuhan Universiti Malaya pada tahun 1949 bukanlah memenuhi citra keseluruhan orang
Melayu tetapi untuk segelintir elitis Melayu feudal dan terpilih yang mengabaikan persoalan
Melayu terutamanya Bahasa Melayu.

Pada tahun 1949, KKGSK telah mengambil keputusan mendesak agar diadakan bidang
pengajian Melayu di Universiti Malaya. Pada tahun 1966, Jabatan Pengajian Melayu mula
menggunakan Bahasa Melayu. Jabatan Sejarah telah memberi kuliah, tutorial dan menjawab
dalam peperiksaan dalam Bahasa Melayu tetapi terhad kepada Sejarah Malaysia. Pada 29 dan 30
Oktober 1966, PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Seminar Bahasa
Kebangsaan dan dihadiri oleh 216 perwakilan. PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu
mengemukakan resolusi bersama bersetuju agar Universiti Malaya menggunakan Bahasa Melayu
sebagai pengantar dan mengusahakan Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan.

50


Click to View FlipBook Version