3) Mujahid Sulaiman (Pengerusi WUFI UIAM) : digantung 1 semester bermula semester
hadapan dan diberikan amaran keras. Beliau didakwa atas kesalahan “memalukan
universiti” kerana menghadiri himpunan pidato Anwar Ibrahim di UM.
4) Adam Fistival Wilfred – EXCO PMUM
5) Khairol Mohd Najib – Presiden PMIUM
6) Haw Yu Hong – Naib Presiden PMUM
7) Syamimi Munirah – SUA PMUM
Demi untuk melihat keadilan terus ditegakkan, Gerakan Mahasiswa sekali lagi
bersolidariti membantah tindakan zalim AUKU ini. OCCUPY UM bermula 10 Disember 2014
diadakan di pintu masuk utama UM menjadi simbolik Gerakan Mahasiswa yang bencikan
kezaliman. Mereka mendesak pihak pentadbiran mengugur hukuman tersebut. Sokongan Ahli
politik, para aktivis rakyat mengisi ruangan OCCUPY UM bagi membentuk Malaysia yang lebih
sejahtera.
UKM4
Dalam PRK Hulu Selangor pada tahun 2010, empat mahasiswa sains politik UKM
ditugaskan menyudahkan subjek ‘analisis pilihan raya’ telah ditahan kerana berada di lokasi
kempen. Mereka adalah Azlin, Ismail, King Chai dan Hilman Nordin. UKM4 membawa kes ini ke
mahkamah sehingga mahkamah rayuan memutuskan AUKU seksyen 15(5)(a) tidak menurut
Perlembagaan dan mencabul hak bersuara.
GM13
Sekali lagi gerakan mahasiswa terus komited menjulang agenda mahasiswa. Pilihanraya
Umum ke-13, satu langkah drastik telah meniup angin perubahan Malaysia apabila mahasiswa
berhasrat untuk bertanding menentang Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Abdul Razak di
Parlimen Pekan di bawah bendera Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang diwakili oleh saudara
Bukhairy Sofian47 sebagai calonnya. Semasa PRU ini, manifesto utama mahasiswa yang
47 Presiden PMIUM
151
diumumkan adalah membawa Polisi Pengajian Tinggi Baharu bagi menggantikan AUKU yang
sedia ada. Kemudiannya, GM13 menarik diri dari bertanding tetapi membantu pihak
pembangkang dalam kempen.
Pada 15 Februari 2013, GM13 bergerak ke Sungai Miang, Dun Peramu untuk aktiviti ziarah
dan menyerah surat harapan Mahasiswa. Mereka dihadang oleh penduduk. Pada sebelah
petang, GM13 dibahagi 3 kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa kepada orang ramai di
Bandar Pekan. Kumpulan yang terdiri Bukhari, Adam Adli dan Shukri Kamarudin ditahan oleh
Pemuda UMNO.
GM13 berkumpul di sebuah bangunan berhampiran Pasar Besar. Lebih 100 orang
mengepung mereka. Ahmad Saufi (KUIS) dan Mohd Alif Asyraf (UPSI) dirampas dompet. Nor
Afifah Jamaludin (UM) dan Fatehah Ahmad (UPM) dikasari dengan ditarik tudung. Ekhsan Bukhari
(UNISEL) dan Sheikh Omar (UniKL) ditumbuk. GM13 beredar ke tempat penginapan mereka di
madrasah al Husna. Sebanyak 10 buah kereta mengepung kawasan tersebut. Pada malam itu,
GM13 balik ke Kuala Lumpur diiringi oleh pihak polis.
Perkampungan Warisan dan Tanah Rizab Melayu.
Antara isu perkampungan tradisi atau warisan dan Tanah Rizab Melayu ialah
pencerobahan kampung Matau di Jengka, Kampung Banggol Donas di Terengganu dan kampung
Chubadak Tambahan di Kuala Lumpur. Isu tanah kampung Chubadak Tambahan dibawah kes
pencerobahan tanah warisan atau tanah rizab melayu. Pencerobahan perkampungan warisan di
pinggir bandar menjejaskan sumber ekonomi mereka kerana harga rumah yang sangat mahal
dan hak mereka yang sudah lama tinggal di sana.
GAMIS telah mendesak kerajaan memberhentikan dengan kadar segera pencerobohan
tanah warisan Melayu dan tanah Rizab Melayu sebagaimana termaktub dalam wasiat Raja-raja
Melayu. Mereka mendesak agar kerajaan menubuhkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu
dan polisi khas bagi melindungi perkampungan tradisi dan menjaga kebajikan peneroka bandar.
152
GAMIS dipimpin oleh Abdul Malik Abdul Razak dari UIA dan Mohd Khairol Najib Hashim
(PMIUM) telah berkumpul di halaman Masjid Pekeliling dan cuba berarak ke PWTC dimana
Perhimpunan Agung UMNO tahun 2014 diadakan. Dalam perjalanan, mereka dihalang oleh Polis
dan melencong ke arah Wisma MIC. Kemudian mereka disambut oleh Pemuda UMNO yang
mencetuskan ketegangan. Briged Kesatria Muda dipimpin oleh Armand Azha Abu Hanifah dan
Mohd Razlan Muhamad Rafil, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.
Pihak Kesatria Muda bersetuju menerima dan menghantar memorandum GAMIS kepada
Perdana Menteri dalam Persidangan Agung UMNO.
Pada tahun 2018, GAMIS dibawah pimpinan Faizudin Zai telah menubuhkan Sekretariat
Ummah Siswa Malaysia (Ummah Siswa) yang bekerjasama dengan Sekretariat Pembela Ummah,
Ikatan Arkeologi Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia mengadakan
perhimpunan Selamat Tanah Rizab Melayu di kompleks membeli belah SOGO.
Kes UPSI
Nama Adam Adli Abdul Halim mula dikenali setelah peristiwa penurunan bendera Najib
Razak di Ibu Pejabat UMNO, PWTC pada 17 Disember 2011. Pada malam 31 Disember 2011,
sekumpulan mahasiswa telah mengadakan demontrasi di UPSI untuk menunjuk sokongan
kepada Adam Adli. Pada malam itu, mahasiswa bertindak drastik dengan membaringkan diri
mereka di hadapan pintu masuk UPSI dan pihak polis telah bertindak secara kasar. Safwan Anang
Talib telah dicederakan dalam demonstrasi tersebut.
153
Rempuhan Pagar Universiti Malaya
Pada 27 Oktober 2014, gerakan mahasiswa telah mengemparkan negara apabila
‘menawan’ Universiti Malaya. Pada malam itu, diadakan program pidato ’40 tahun: Dari
Universiti Malaya ke Penjara’ yang dianjurkan oleh PMUM.
Lebih kurang jam 8.02 malam, seramai 200 orang mula berkumpul di pintu pagar utama
Universiti Malaya di Kuala Lumpur(UM). Kemudian, hujan melanda Kuala Lumpur, mahasiswa
dari dalam dihalang oleh pengawal keselamatan daripada keluar kampus. Pihak keselamatan
mula membuka pintu pagar, mahasiswa dan orang ramai bertindak agresif memaksa pintu pagar
dibuka. Mereka berarak masuk menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) dengan laungan ‘hidup
mahasiswa’. Dato Seri Anwar Ibrahim datang dengan trak pikap.
Pidato pertama di DTC dimulai oleh Pengerusi Pro-M UM, Safwan Shamsudin. Pidato ini
diiringan laungan slogan ‘student power’. Kemudian Abdul Muqit Muhammad selaku Pengerusi
Pro-Mahasiswa Nasional berucap. Mahasiswa melaungkan “tolak pembodohan’. Ketika Anwar
Ibrahim berucap, beliau menamakan Fahmi Zainol, Presiden PMUM sebagai ‘pemuda harapan
anak bangsa’.
Antara yang terlibat dalam ‘rempuhan’ pagar ini ialah mahasiswa daripada UIA, UKM,
UPM dan UTM jalan Semarak. Antara pemimpin lain yang hadir pula dalam perarakan sehari
sebelum kes meliwat disebut di mahkamah ialah Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS, Safwan
Anang, Pengarah Eksekutif Lensa Anak muda Malaysia (LENSA), Badrul Hisham ketua Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM), Adun Rawang, Gan Pei Nie dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan,
Hee Loy Sean.
Penulis melihat keberanian dan kebolehupayaan pemimpin mahasiswa ketika ini sangat
luar biasa. Fahmi Zainol, Safwan Shamsudin, Abdul Muqit, Mujahid, Mohd Khairol Najib Hashim
berjaya dalam menggerakkan mahasiswa berkumpul menyokong Anwar Ibrahim. Kehadiran sang
154
tokoh lagenda gerakan mahasiswa, Anwar Ibrahim memarakkan lagi api semangat perjuangan
mereka.
Impak kepada kepada rempuhan ini, Fahmi Zainol diugut ditarik balik biasiswa.
Mahkamah Universiti akan membicarakan Safwan Shamsuddin, Khairol Najib Hashim, Fahmi
Zainol, Yu Hong Haw, Adam, Fistival Wilfrid, Khairul Anwar, Abraham Au dan Syamimi Munira
Mohamed. Kes mereka lebih dikenali sebagai UM 8. Nun jauh di UIA, sahabat mereka,
Muhammad Mujahid Bin Muhammad Sulaiman lebih awal dihukum ekoran terlibat dalam
progran pidato ini. Mujahid, Pengerusi WUFI UIA digantung selama 1 semester.
Rempuhan ini melahirkan juga rasa tidak puas hati dalam kalangan front-front mahasiswa
yang terlibat. Ada kalangan mereka menganggap, ada pihak mengambil kesempatan atas
kejayaan rempuhan tersebut. Ada juga pihak mengkritik atas ‘ketidaknampakkan’ peranan
GAMIS dalam rempuhan itu.
Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)
Front Nasional bagi gerakan mahasiswa kelihat sunyi selepas kemalapan Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM). Awal 1990an, gerakan mahasiswa Malaysia bergabung dibawah
Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional (BBMN). Keaktifan BBMN ini sangat bergantung
kemenangan proksi Islam di setiap kampus.
SMM aktif pada awal tahun 2000an, kemudian akhir tahun 2000 an, SMM telah dikuasai
oleh sesetengah kelompok sahaja sehingga mereka menidakkan anggota gabungan SMM yang
lain. Kini, sebuah organisasi ala SMM kembali ditubuhkan. Kesatuan Mahasiswa Malaysia
(KESATUAN) adalah sebuah koalisi atau gabungan persatuan terdiri daripada Gerakan-Gerakan
Mahasiswa dan Anak Muda Malaysia yang ditubuhkan pada 9 Mei 2015 semasa Konvensyen
Mahasiswa Nasional 2015 di Hotel Armada, Petaling Jaya. KESATUAN dibina atas semangat
Deklarasi Mahasiswa Nasional 2015 yang dipersetujui bersama. Gabungan ini sebagai medium
155
mengumpul dan menyatukan kekuatan seluruh gerakan mahasiswa dan berjuang mengangkat
suara dan kebajikan mahasiswa dan rakyat. 3 isu utama yang diperjuangkan oleh KESATUAN
ialah:
1. Kebebasan Akademik: Menuntut agar mahasiswa bebas bersuara dan bebas berprogram
tanpa ada sekatan dan cengkaman dari mana-mana pihak serta universiti bebas dari
tangan2 orang politik.
2. Pendidikan Percuma: Memperjuangkan agar seluruh anak Malaysia diberi hak pendidikan
secara percuma bermula pra-sekolah sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda.
3. Isu-isu Nasional: Berjuang ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik, menjadi
pasukan paling hadapan dalam mengangkat suara mahasiswa dan rakyat, serta menjadi
kuasa ketiga (third force) kepada kerajaan dan pembangkang dalam memajukan negara.
KESATUAN semasa penubuhannya pada 9 Mei 2015 terdiri dari gabungan 15 gerakan
mahasiswa dan anak muda.
Kemunculan Neo Siswa di UM
Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya Nilam Puri bagi Semester Khas Sesi 2013/2014, Muhammad Shahrulanwar Mohd Shukri
telah memimpin sekumpulan mahasiswa mengerakkan aktiviti di APIUM Nilam Puri. Setelah
menyambung pelajaran ke kampus UMKL, Muhammad Shahrulanwar merasakan legasi
berasaskan keilmuan perlu ditubuhkan. Atas usaha beliau dan rakan satu bacth 2013/2014
APIUM Nilam Puri, mereka menubuhkan kumpulan The Thinkers. The Thinker sekumpulan anak
muda berteraskan keilmuan. Mereka menggerakkan proses pembudayaan ilmu itu sendiri,
disamping melahirkan kesedaran tentang isu semasa dalam kalangan mahasiswa. Pendirian The
Thinker ialah menyokong sebarang program keilmuan yang dianjurkan mana-mana pihak atau
persatuan.
156
Pada tahun 2015, JIK UM48 dibubarkan. Politik Islam di kampus mengalami kelompangan.
Pro-Mahasiswa tidak menyertai PRK 2015. Ramai yang berpendapat ia melibatkan isu
pengolakkan dan perpecahan dalaman PAS. Kebanyakan JIK dan alumni JIK UM pro pihak
‘progresif’ dalam PAS. Dalam suasana ini, Muhammad Shahrulanwar bertanding secara individu
dan menang.
Sebahagian anggota The Thinkers dan penggerak Persatuan Mahasiswa Akademi
Pengajian Islam UM (PMAPIUM) mula mengerakkan sayap politik baru dikenali Neo Siswa UM.
Neo-Siswa Universiti Malaya (UM) merupakan suatu gagasan pembaharuan dan pemurnian imej
mahasiswa yang kembali kepada identiti mahasiswa Islam yang sebenar. Gagasan pembaharuan
ini juga menitikberatkan tugas khas mahasiswa di kampus atau universiti sebagai seorang
penuntut ilmu mengikut disiplinnya. Neo-Siswa UM berperanan memahasiswakan mahasiswa
mengikut acuan tradisi ilmu Islam dan membentuk pola pemikir Islam, seterusnya menghasilkan
produk #MahasiswaHybrid. Identiti MahasiswaHybrid ialah integrasi antara dua elemen:- 1)
Mahasiswa yang menguasai pelbagai bidang ilmu, cemerlang prestasi akademik, dan memiliki
sahsiah yang terpuji. 2) Pemimpin mahasiswa idealis yang memimpin dan membudayakan
masyarakat kampus dengan ilmu.
Dalam PRK UM 2016, Neo Siswa lebih cenderung kepada aspirasi PAS. Sebahagian
penggerak Neo Siswa ialah merupakan mantan ahli PMIUM yang pro-PAS mengundur daripada
kepimpinan PMIUM yang dikuasai oleh pemimpin pro-Parti Amanah Negara dan Alumni JIK UM
yang pro-PAN. Sebahagian besar mantan JIK UM pro-PAN menubuhkan ANGKATAN dan
sebahagian kecil menubuhkan DEMOKRAT.
DEMOKRAT dan ANGKATAN ditubuhkan ekoran wakil Pro M Universiti Malaya, Erfan
Razeeq bin Ahmad Mohni telah mengisytiharkan pembubaran Pro M. Ini menunjukkan dalam
gerakan mahasiswa pro Anwar, perpecahan pendekatan turut berlaku.
48 Antara JIK yang mengalami masalah ialah UTHM.
157
Dalam PRK UM 2016, berlaku pertandingan 6 penjuru. Keputusannya ialah Penggerak
Mahasiswa UM memenangi 29 kerusi daripada 40 buah kerusi. Neo Siswa UM dilihat mencapai
keputusan yang memberangsangkan. Neo Siswa UM hanya bertanding 4 kerusi dan memenangi
3 kerusi daripada 4 kerusi tersebut. UMANY mendapat 5 kerusi, Angkatan Mahasiswa mendapat
2 kerusi manakala calon bebas mendapat 1 kerusi. Demokrat UM dan Harmoni IKRAM tidak
menang mana-mana kerusi. Dalam PRK UM 2017/18, Neo Siswa menghantar 10 calon. Hanya
mampu menang tiga sahaja kerusi sahaja.
Menangani Perubahan Zaman
A. Disiplin Dalam Berjemaah
Kemunculan Parti Amanah Negara adalah kemuncak kepada ‘pembebasan’ kelompok
progresif daripada keterikatan dengan PAS. Penulis tidak pasti sama ada mereka benar-benar
bebas atau terikat dengan pihak yang disukai.
Kemunculan Parti Amanah Negara dan perpecahan Pakatan Rakyat menyebabkan
gerakan mahasiswa berpecah. Ukhwah bagai menjadi bunga kerusuhan. Dalam pertembungan
pendirian politik, ukhwah dan akhlak (adab) mesti dipelihara. Pendirian yang berbeza terhasil
daripada pentafsiran yang berbeza. Ilmu, pengalaman, ideologi, kepentingan, pengaulan dan
ilham banyak mempengaruhi pentafsiran kita terhadap sesuatu perkara. Justeru, kita tidak perlu
mengikut orang lain dalam menentukan pendirian kita.
Kemunculan Parti Amanah Negara terhasil daripada perpecahan kem-kem dalam PAS.
Ahli PAS yang seusrah, sepengaulan, sahabat baik, setamrin dan setanzim akhirnya keluarnya
daripada PAS. Justeru, kita melihat gerombolan bekas anggota yang ditarbiah IRC-JIM-IKRAM,
alumni UM-anak murid TGYO dan sahabat Mat Sabu-Mahfuz-Salahudin keluar daripada PAS.
Tentang anggota gerakan Islam yang keluar atau dipecat, marilah kita menghayati tulisan
Imam Hassan al Hudaybi, Mursyidul Aam Ikhawanul Muslimin terhadap anggota Ikhwan yang
158
dipecat: ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah
seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang
harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar
barisan tetap lurus dan rapi’.
Pemecatan atau keluarnya anggota Ikhwanul Muslimin bukannya disebabkan mereka
kekurangan kesalehan tetapi pelanggaran tata tertib-adab, disiplin atau kaedah dalam jemaah.
Disiplin parti yakni akur kepada Perlembagaan Parti; akur kepada keputusan parti; dan akur
kepada arahan parti WAJIB diikuti.
Dalam perjuangan Islam, bekalan pahala, syurga dan hari akhirat yang kita cari. Maka, niat
mesti ikhlas dan kaedah mesti betul dan patuh syariat. Wadah atau wasilah hanyalah ladang
amal, pilihalah mana-mana wasilah/wadah selagi ia patuh syariat.
B. Antara Kebijaksanaan Diri Dengan Kebijaksanaan Pemimpin
Setiap orang mempunyai kebijaksanaan tersendiri. Ramai ahli organisasi mempunyai
kebijaksanaan mengatasi kebijaksanaan pemimpin atau ketua organisasi. Sewajarnya, ahli
menyalurkan kebijaksanaan mereka kepada kepimpinan melalui saluran yang betul manakala
pemimpin yang baik mesti mendengar pandangan daripada ahli-ahli dan barulah membuat
keputusan secara kolektif.
Kelemahan seseorang yang bijaksana ialah degil dalam pandangan sendiri, sombong,
sering menyalahkan orang lain, bangga diri dan sukar mentaati arahan pemimpin terutamanya
yang kurang bijak. Maka muncullah ujian ketaatan kepada pimpinan. “ancaman terbesar
terhadap Ikhwanul Musllimin ialah yang datang dari dalam, yakni saat anggota jamaah Ikhwan
sudah menjadi kesetiaan kepada diri sendiri dan tidak mahu menerima pendapat para Ulama,
kecuali yang sesuai dengan agendanya." Berwaspadalah.
159
Kesimpulan
Pentafsiran dalam isu-isu, pendekatan dan strategi politik menghasilkan kefahaman yang
pelbagai menyukarkan penyatuan pemikiran dan pendirian. Keadaan lebih meruncing apabila
kita gagal menguruskan konflik dalaman dengan baik dimana hilangnya adab berjemaah dan
adab dalam berkhilaf. Tutur kata dan tindakan seperti label melabel, maki memaki, cantas
mencantas dan bagai menyebabkan hati terguris membuahkan dengki dan dendam sekaligus
menumpulkan ukhwah dan akhirnya berlaku perpecahan.
Bagaimana kita nak istiqamah dalam perjuangan Islam?
1. Jemaah yang syumul menyatukan tarbiyah, dakwah, politik, ekonomi dan lain-lain.
2. Jemaah yang berpegang kepada al-Quran dan as Sunnah yang jelas dan terang dalam
Perlembagaan Parti.
3. Matlamatnya menegak perundangan Islam dan Masyarakat/Negara Islam
4. Didalam jemaah tersebut ramai ulamak, orang bertaqwa dan orang yang ikhlas.
Dalam perjuangan, jangan sesekali mengikut individu ekoran kita selesa dan makan budi
dalam pengaulan yang mesra. Kemesraan, akhlak dan ketaqwaan seseorang itu bagus tetapi
tanpa lingkungan yang salih, seseorang mudah hanyut dan lalai. Hati manusia mudah berbolak-
balik. Lawan menjadi kawan, kawan menjadi lawan, itulah dunia politik. Selain itu, buruk atau
baik anggota tetap ada dimana-mana organisasi. Itu cabaran berorganisasi. Apa yang penting,
diri kita menjadi insan yang bertaqwa, berakhlak dan beramal salih, berada dalam lingkungan
yang salih dan dalam jemaah yang mahu mewujudkan masyarakat Islam berdasarkan al-Quran
dan as Sunnah.
Ya, tiada orang yang tidak sedih apabila jemaah berpecah. Sahabat baik keluar jemaah.
Kata mengata sesama sahabat. Tetapi itulah realiti organisasi yang tidak dapat lari daripada
konflik. Berdiam, rehat sementara, fikir dalam-dalam dan berdoa serta buat keputusan yang
160
lambat antara resepi mengelak tersilap langkah dalam menghadapi konflik dalaman jemaah
Islam.
Ikuti Amir Jemaah dengan dengar dan taat atau bertawaquf daripada berjemaah. Jika
tidak puas hati, salurkan dalam saluran yang betul. Jika tidak didengari, terlepaslah
tanggungjawab kita. Jika masih tidak puas hati, bertanding dalam muktamar. Jika menang,
lakukan perubahan. Jika tewas, dengar dan taat kepada Amir Jemaah. Begitulah seterusnya.
Gaduh dan balah kita biarlah dalam jemaah Islam. Punbegitu, ukhwah dalam gaduh dan balah
mesti dijaga.
161
BAB 9
ERA MALAYSIA BARU
"Dalam pendirian politik, tiada neutral."-
Dr Syed Husin Ali (Mantan Timbalan Presiden PKR)
Kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan UMNO-BN pada PRU 14 memberi impak kepada
sayap gerakan mahasiswa mereka. Antara kesannya ialah dari segi dana, pengkaderan dan fungsi
mereka di kampus. Kerajaan PH dipimpin oleh Tun Mahathir yang dulunya pembangkang
mengutuk beliau sebagai maha firaun, maha zalim dan bapak korupsi. Tun Mahathir adalah
musuh Anwar Ibrahim selama 20 tahun akhirnya diangkat kembali oleh PH sebagai Perdana
Menteri Malaysia oleh Anwar Ibrahim dan rakan-rakan.
Kelompok Gerakan Mahasiswa di Kampus
Pada tahun 2016, IKRAM Siswa49 Nasional mentransformasikan organisasi mereka
sebagai Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni) sebagai memenuhi tuntutan utama
membumikan Gagasan Kampus Harmoni. Harmoni adalah sayap belia-mahasiswa IKRAM
Malaysia. Penulis melihat jenama IKRAM Siswa ditewas oleh PEMBINA yang lebih popular.
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan juga
merupakan antara pertubuhan belia Islam di Malaysia. Ditubuhkan pada September 2006 di
bawah Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. PEMBINA adalah
sayap belia-mahasiswa bagi ISMA, musuh tradisi IKRAM.
Gagasan Kampus Harmoni yang mula diperkenalkan IKRAM Siswa dalam HARMONI’15
menekankan bahawa terdapat lapan (8) ciri yang perlu dicapai ke arah mencapai sebuah Kampus
Harmoni iaitu:
1. Gaya hidup warga kampus yang sihat, mesra dan berakhlak;
49 Dulu dikenali Kelab Rakan Islah Malaysia atau KARISMA, sayap mahasiswa JIM.
162
2. Warga kampus yang bebas bersuara dan diiktiraf;
3. Pentadbiran kampus yang cekap dan berintegriti;
4. Pengamalan budaya politik nilai dalam pilihanraya kampus;
5. Penyuburan budaya ilmu dan intelektualisme;
6. Penghasilan mahasiswa berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing;
7. Kampus selamat, berkebajikan dan mesra mahasiswa; dan
8. Peranan kampus dalam isu-isu masyarakat, negara dan antarabangsa diiktiraf.
Sebagaimana PEMBINA, Harmoni telah menubuhkan cawangan –cawangan mereka di
universiti tempatan.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dilihat sebuah proksi PAS di kampus.
Satu persekutuan Jemaah Islam Kampus (JIK) di Malaysia. PKPIM merupakan sayap mahasiswa
bagi ABIM dan WADAH. Mereka pro-Anwar Ibrahim.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) antara parti yang bersedia lebih awal untuk menghadirkan
cawangan parti mereka di kampus. Biro Mahasiswa AMK telah ditransformasi menjadi
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) pada tahun 2012. Pada 10 Oktober 2018, MKM
membantah pelantikan Dr Mohamad Nur Manuty sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisza.
Satu memorandum oleh Mahasiswa Keadilan Malaysia diserahkan kepada pihak kerajaan
bersempena pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama sidang parlimen ke-14.
Memorandum ini mengandungi dua (2) tuntutan utama terhadap janji manifesto kerajaan untuk
segera dilaksanakan iaitu:
1. Janji 27: Menghapus undang-undang zalim
2. Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi
Akta Universiti dan Kolej Universiti telah menyekat hak dan kebebasan mahasiswa selaku
warganegara yang dijamin oleh perlembagaan dihormati malah kebebasan universiti itu sendiri
dalam kebebasan berakademik serta akta-akta lain yang menjerat hak kebebasan bersuara.
163
Selain PKR, Parti Amanah Nasional juga menubuhkan sayap mahasiswa mereka yang dikenali
Mahasiswa Amanah Nasional.
Students Democratic Movements (DEMA) atau Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar
Malaysia dikatakan ditubuhkan pada 17 September 1998. Dulu dikenali Students Progressive
Front dan berpusat di USM. University of Malaya Association of New Youth (Umany) atau
Persatuan Untuk Belia Baru UM.
Isu dan Perjuangan Gerakan Mahasiswa Era Malaysia Baru
A. AUKU
Pindaan AUKU 2012 diwartakan, anak muda yang berada di institusi pengajian tinggi kini
bebas untuk terlibat dengan aktiviti politik kepartian. Kemenangan PH pada PRU 14, mahasiswa
mendesak agar kerajaan PH mansuhkan AUKU 2018 sebagaimana dijanjikan dalam manifesto.
B. Cawangan Parti Politik di Universiti
Dr Mazslee Malik, Menteri Pendidikan (BERNAMA, 31 Oktober 2018) mencadangkan agar
cawangan parti politik boleh ditubuhkan di Universiti Awam. Wong Yan Ke, Presiden UMANY-UM
(FMT 6/11/2018) menyatakan inisiatif penubuhan cawangan parti di universiti biar datang
daripada pelajar bukannya parti politik. Ada keperluan melarang parti politik membiayai
cawangan parti di kampus. Tun Mahathir, PM Malaysia menyatakan tidak setuju dengan
cadangan penubuhan cawangan parti politik di kampus. Kata beliau, ‘anda (pelajar) bebas
bercakap apa (politik) yang anda suka. Tidak payahlah parti’ (BH, 1.11.2018). Presiden GAMIS,
Muhammad Faizzuddin Mohd Zai (Harakahdaily, 10/12/18) menyatakan pindaan AUKU 2018
pada seksyen 15 (2)(C) menguntungkan parti politik sahaja dan tidak memberi manfaat kepada
gerakan mahasiswa.
C. PTPTN
164
Isu ini tidak berjaya diselesaikan apabila Kerajaan PH masih tidak menunaikan janji memberi
pendidikan percuma.
D. Identiti, Jati Diri, Sikap dan Keperibadian Bangsa dan Negara Merdeka
Malaysia merdeka bukanlah dalam erti kata yang sebenar. Dua perkara asas kepada
perpaduan negara bangsa ini ialah penyelesaian dalam soal pelajaran iaitu hanya ada satu sahaja
sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan. Dan soal bahasa iaitu Bahasa Melayu menjadi Bahasa
Kebangsaan.
Penulis menjangkakan perkara ini menjadi isu besar dimana jurang agama, kaum dan kelas
masyarakat. Kelompok nasionalis-Islam berjalur keras akan muncul kembali ekoran kelantangan
kelompok sekularis-liberalis-pluralis mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka.
Kita perlu melihat bahawa teras politik Malaysia ialah kuasa politik Melayu. Ia bukan
persoalan perkauman tetapi asasnya pada majoriti rakyat dan sejarah/asal usul negara ini. Orang
Melayu merupakan orang tempatan paling toleran dan terbuka berbanding dengan orang
tempatan di negara lain. Selama ini, kuasa politik Melayu dipegang oleh UMNO tetapi sikap
pemimpin UMNO yang korup menyebabkan rakyat termasuk orang Melayu memilih parti lain
dalam PRU 14. Akibatnya kuasa politik Melayu berpecah.
Apabila kuasa politik Melayu berpecah, pihak bukan Melayu, bukan Islam dan para pejuang
hak asasi manusia mula meminta segala sehingga mencabar dan melanggar sempadan tradisi
Orang Melayu (BM, ISLAM dan Beraja). Selama ini Watak ‘abang long’ mendominasi dalam politik
kemajmukan yang memperkuatkan kuasa politik Melayu telah lemah dalam tawar menawar dan
akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak kelompok pihak berkepentingan. Suhu politik
sebegini boleh menggugat kestabilan negara ini.
PH bukan sekadar empat komponen parti (PKR,PPBM, PAN dan DAP) tetapi disebalik tabir
mewakili pihak berkepentingan seperti kelompok NGO hak asasi manusia, kelompok SEPILIS,
165
kelompok evangelis, pihak kapitalis anti Najib dan lain-lain. Mereka mempunyai kehendak politik
tertentu sudah tentu melakukan proses tawar menawar dalam politik demi memenuhi kehendak
mereka. Sudah tentu Tun M menghadapi kesukaran menghadapinya. Antara cara Tun M
mengatasi permasalahan ini dengan meningkatkan kuasa Melayu dalam PH melalui penghijrahan
anggota Parlimen UMNO ke dalam PPBM.
Kini, Tun M dan PPBM cuba menguasai teras politik Malaysia bersaing dengan UMNO-PAS
yang memasuk era penyatuan ummah. Penyatuan Ummah antara UMNO-PAS cukup
menakutkan Anwar Ibrahim dan DAP. Anwar memainkan isu fitnah yang mengatakan PAS
menerima duit UMNO dan membayar Claire. Manakala Lim Guan Eng mengistiharkan perang.
Lim Guan Eng mendakwa kerjasama politik UMNO-PAS adalah pengisytiharan perang terhadap
bukan Melayu (astroawani, 7 Mac 2019). Dalam PH, watak ‘abang long’ yang mendominasi tiada,
kuasa Melayu jelas lemah.
Konflik sebegini pernah berlaku apabila kelompok nasionalis-Islami melalui PMIUM dan
PBMUM bertembung dengan kelompok sosialis yang menguasai PMUM. PMUM ketika itu
dikuasai oleh Kelab Sosialis UM yang bersifat bukan perkauman. Bahkan kelompok Nasionalis-
Islamis ini berjaya menumbangkan kelompok sosialis pimpinan Hishamudin Rais dalam PKPM
pada tahun 1972.50 Akibatnya, perjuangan orang Melayu berdasarkan Islam, Beraja dan Bahasa
Melayu tidak dicakna. Ini menyebabkan gerakan Mahasiswa Melayu terutamanya Kelab Silat
Gayung UM, PMIUM dan PBMUM bangkit menentang PMUM.
E. Kesatuan Pelajar
Memperkasakan Kesatuan Pelajar, atau apa yang dipopularkan sebagai Students’ Union
salah satu idea pasukan Dr Maszlee Malik dalam usaha reformasi institusi pendidikan tinggi. KPM
akan melakukan pemansuhan AUKU, pengembalian kuasa pelajar untuk menguruskan Pilihan
Raya Kampus mereka sendiri, serta pengembalian hak kebebasan bersuara dan kebebasan
50 Kelompok ini diketuai oleh Idris Jusi dari PMUKM. Sebab itu kita melihat tokoh sosialis seperti Hishamuddin Rais
dan Syed Hamid Ali agak alergik dengan Idris Jusi. Cuma Idris Jusi orang kepercayaan Anwar Ibrahim.
166
pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik, mewarnakan kehidupan aktivisme mahasiswa
melalui penubuhan Kesatuan Pelajar juga merupakan aspirasi yang sangat penting untuk
dilaksanakan[Dr Mazslee Malik].
Menurut Dr Mazslee Malik lagi, Kesatuan Pelajar ini penting sebagai nadi ekosistem
universiti bagi melahirkan graduan yang dewasa, matang, berdikari, dan yang paling penting,
bersedia untuk mengemudi perubahan. Students’ Union ini mempunyai persepsi yang berbeza di
Amerika Syarikat dengan mendefinisikannya sebagai “a building at a college or university that is
used for students' social activities.” Berbeza dengan definisi di British dengan menganggap ianya
sebagai “an association of students at a college or university”[Dr Mazslee Malik].
Dr Maszslee Malik menyatakan kedua-dua definisi bermula daripada pokok pangkal yang
sama; iaitu idea aktivisme pelajar yang diangkat dan diiktiraf sebagai pemegang taruh dan
pembuat polisi daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kemeriahan
terma “Students’ Union” ini menunjukkan bahawa kehidupan pelajar di universiti tidak
sepatutnya hanya terpenjara di sekitar sijil, pointer, tugasan, atau apa yang disebut sebagai 3K:
kuliah, kafe dan katil [Dr Maszlee Malik].
Kehidupan universiti ialah kehidupan yang real; bukan sebuah program latihan empat
atau tiga tahun dan bukan sebuah kursus tertentu yang hasilnya ialah sekeping sijil dengan
keputusan yang cemerlang. Kehidupan di universiti ialah kehidupan untuk memimpin perubahan
dalam skala yang lebih besar [Dr Mazslee Malik].
Saya sentiasa ingatkan pelajar-pelajar saya tentang dunia aktivisme yang sebenar, yang
mampu memimpin revolusi perubahan. Aktivisme pelajar mampu meningkatkan status
kehidupan masyarakat, mampu menumbangkan kerajaan yang zalim dan mampu bangkit
mempertahankan golongan yang lemah. Pelajar-pelajar universiti mesti berfikir lebih jauh;
mengangkat isu-isu yang besar dan mustahak dan menjadi sektor penting kepada perubahan
polisi [Dr Maszlee Malik].
167
F. Pilihan Raya Kampus
Dalam era Malaysia Baru, mahasiswa diberi autonomi mengadakan pilihan raya kampus
dengan bebas. Di Universiti Malaya, PRK 2019 diuruskan sendiri oleh mahasiswa melalui
Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UM (JPRKUM). JPRKUM 2019 dipengerusikan oleh Vanessa
Eunice Scully. Dalam PRK UM 2019, kumpulan Suara Siswa kesemua kerusi umum dan
mengungguli 15 daripada 32 kerusi bagi fakulti. Suara Siswa terdiri daripada gabungan Demokrat
UM, ANGKATAN dan UMANY.
G. Ideologi dan Doktrinasi Baru
Muktahir ini, kelompok anak muda terutamanya mahasiswa mengalami kecelaruan
dalam berideologi. [1] Tidak faham atau tidak menguasai ideologi dan [2] tidak berprinsip. Ada
yang mengatakan diri mereka sosialis tetapi kelihatan liberalis. Cuma jelas mereka sekularis dan
pragmatis.
Semakin lama bergelut dalam ideologi, berlaku pengenduran ideologi dalam kalangan
mahasiswa. Pemimpin mahasiswa Islam yang berada pada tahun 3 umpamanya tidak lagi
sefanatik dan setaksub ketika berada pada tahun 1.
Sekolah pengkaderan kelompok sekular seperti Sekolah Demokrasi (SEKDEM) dibawah
DAP cuba mengubah pemikiran anak muda Islam-Melayu. Mereka dikhayalkan dengan hak asasi
manusia dan kebebasan. Mereka diole-ole dengan ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’ dan ‘Saya
Melayu. Saya Rakyat Malaysia’, menolak sikap perkauman, menolak ketuanan Melayu dan
pascaetnik. Pemuda Amanah Nasional pula mengadakan Sekolah Kepimpinan (SCHOLAR). PKR
mempunyai terkenal dengan kader mereka melalui proses pendokrinisasi yang dilakukan oleh
168
Sekolah Politik (SEKPOL) IKD, Sekolah Merdeka oleh Institute for Leadership & Development
Studies (LEAD),51
Satu gagasan baru melalui penubuhan Mahasiswa Rahmah yang diketuai oleh Mohd
Khairul Najib52 yang akan mempromosikan RAHMAH (FB Dr Mujahid Yusuf, 24 Mei 2019)
dikalangan mahasiswa. Dr Mujahid Yusuf telah menemui dan berbincang beberapa orang bekas
aktivis mahasiswa iaitu Nurul Syuhada53, Sheikh Omar54 dan Shaznir Munir55. Melihat kumpulan
diskusi mahasiswa RAHMAH, ia mengambarkan tugas pendoktrinisasi gagasan RAHMAH
ditugaskan kepada bekas orang kuat Grup I dan penganut mazhab tarbiah ‘MAYO’. Ia satu
kepelikan kerana gagasan RAHMAH ini digagas-popularkan oleh IKRAM tetapi digerakkan oleh
jaringan bekas pimpinan Grup I.
Menangani Perubahan Zaman
Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin Kedua, Imam Hassan al-Hudhaibi menyatakan, ‘Aku dibaiah
untuk menguruskan jemaah sesuai dengan ketentuan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)’.
Asas perjuangan Islam ialah niat yang betul, sumber rujukan yang betul, Pandangan Sarwajagat
yang betul, kerangka pemikiran yang betul dan kaedah berfikir yang betul. Justeru, kitab turath
perlu dikaji. Pegangan akidah ASWJ perlu disemai dalam masyarakat kampus agar mereka tidak
tersesat dan ternoda dengan atheis, ideologi songsang dan kebejatan akhlak.
Universiti adalah medan pentarbiahan, dakwah dan politik kampus. Tahapnya berbeza
dengan politik kepartian parti nasional. Walaupun terdapat proksi politik luar dalam kampus,
penzahiran secara terbuka bukanlah sesuatu yang positif bagi gerakan mahasiswa Islam. Pada
penulis, peringkat universti adalah peringkat ta’asis (pembentukan) politik memerlukan
51 Ada kaitan dengan Internastional Republican Institute (IRI) , Friedrich Naumann Foundation (FNF) dan US Agency
for International Development (USAID).
52 Bekas Presiden PMIUM. Aktif dalam PAN.
53 Pernah aktif dalam GAMIS dan WUFI.
54 Mastermind Gerakan Mahasiswa dan pemimpin SMM. Aktif dalam DAP.
55 Bekas Presiden PMIUM. Aktif dalam PAN.
169
kerahsiaan agar tidak dirosak oleh pemerintah atau musuh. Pujukan, habuan keduniaan dan lain-
lain boleh merosak anak-anak muda ini.
Kampus bukan hanya tempat kerja politik. Mahasiswa mesti menjadi intelektual yang
merakyat. Selain itu, pendekatan dakwah boleh dipelbagai seperti mengunakan pendekatan
Jamaah Tabligh yang membahagikan kumpulan kecil dan dihantar ke kampung-kampung untuk
menghidupkan masjid sekurang-kurangnya tiga hari ketika musim cuti semester.
1. Kehadiran Parti Politik di Universiti
Magna Charta Universitatum yang dideklarasikan di Universiti Bologna pada tahun 1988
menyatakan secara jelas bahawa universiti adalah suatu institusi autonomi. Tidak boleh berpihak
kecuali kepada nilai kebenaran yang bersifat ilmiah.
Budaya politik Malaysia kurang bersifat ilmu. Ia dalam lingkungan kebencian, dendam,
dengki, kutuk mengutuk, maki memaki dan fitnah-persepsi. Kehadiran parti politik kampus bakal
merosakkan suasana kampus.
Kita mahu kelab politik atau cawangan parti politik di kampus berfungsi memberi
kesedaran politik kepada mahasiswa. Ia juga perlu menjadi wadah pendidikan politik.
Kebanyakan pihak seperti MKM dan MAN mengunakan pendekatan indoktrinisasi ala Sekolah
Demokrasi (SEKDEM-DAP) dan Sekolah Politik (SEKPOL-IKD). Ia lebih terbuka daripada GMI yang
menjalankan tamrin secara rahsia.
2. Gerakan Mahasiswa Sebagai Gerakan Intelektual yang Merakyat
GM mesti keluar daripada intelektualisme yang bersifat elitis dan terpenjara dalam
kebijaksanaan sendiri tanpa menjiwai hati nurani rakyat.
Menurut Usman Awang, intelektual itu mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:
170
a. Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan otak (fikiran) yang sentiasa
memperkembangkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan perkembangan ilmu yang dari
zaman ke zaman semakin bertambah kaya. Jadi ilmunya tidak basi dan beku.
b. Orang yang sentiasa berfikir dan menyumbang dan mengembangkan ideanya
c. Orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk mengkaji,
menganalisa, merumuskan segala perkara dalam kehidupan manusia terutamanya
masyarakat dan alamnya untuk mencari kebenaran dan menegakkan kebenaran.
d. Orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuangkan kebenaran, orang yang
mengenal kebebasan dan berani memperjuangkan kebebasan, meski bagaimanapun
tekanan dan ancaman yang dihadapinya terutamanya kebenaran, kemajuan dan
kebebasan untuk rakyat.
Menurut Azhar Ibrahim, peranan intelektual adalah
A. Bercakap untuk kebenaran dan mendedahkan kepalsuan
B. Bukan setakat berteori dan menulis tetapi memupuk rasa bertanggungjawab dan komited
kepada nasib masyarakat.
C. Penerus dan pengaju idea
Peranan utama seorang intelektual mengenal masyarakatnya dan sistem sedalam dalamnya,
melihat dengan sikap kritis segala sebab dan akibat. Justeru, mereka mesti mengintegrasikan diri
dengan kehidupan rakyat itu sendiri, mengenal harapan dan cita-citanya, menyerap duka
laranya, bernafas dan bercakap dengan nafas dan bahasa rakyat.
Rumusnya, mahasiswa selaku intelektual perlu melakukan perkara dibawah:
a. Perubahan suasana, persekitaran dan sistem sangat penting perlu diperjuangkan oleh
mahasiswa.
b. Membentuk sikap, keperibadian dan identiti suatu bangsa dan negara merdeka dalam
kalangan mahasiswa
c. Bersuara untuk rakyat
171
3. Gerakan Mahasiswa Sebagai Kuasa Ketiga
Keadaan politik kepartian yang tidak menentu penuh dengan korupsi, pembohongan,
nepotisme dan kronisme. Penuh kutuk mengutuk, maki memaki, caci mencaci dan sebagainya.
NGO-NGO pula cenderung kepada parti politik tertentu. NGO-NGO ini juga mempunyai agenda
yang tersendiri. Jika keadaan ini berterusan, gerakan mahasiswa ada ruang dan peluang menjadi
kuasa ketiga yang bebas daripada keterikatan parti politik dan NGO.
Ada beberapa isu yang boleh kita fikirkan. [1] Dana, [2] sumber tenaga. [3] jentera dan [4]
sokongan massa. Gerakan mahasiswa perlu mempunyai alumni yang kuat dan bebas daripada
agenda politik kepartian dan NGO. Alumni ini bertujuan untuk mengumpul dana dan
mengeratkan hubungan ukhwah antara anggota alumni walaupun berlainan parti. Gerakan
Mahasiswa perlu mewujudkan satu persekutuan peringkat nasional. Penulis mencadangkan agar
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) dihidupkan kembali.
Kita boleh mencontohi PKPIM-ABIM-WADAH dari segi pengorganisasian. Punbegitu,
penulis lebih suka idea memberi kebebasan kepada para pemimpin gerakan mahasiswa memilih
NGO atau parti politik mereka sendiri selepas alam kampus tetapi masih terikat dengan alumni
dari segi ukhwah dan sumbangan dana.
Selain itu, penulis menyokong aspirasi Dr Mazslee Malik berkaitan dengan idea Kesatuan
Pelajar. Walaupun identiti mahasiswa tetap dikenali berdasarkan pemikiran politik dan
indokrinisasi mereka sebagai kader PAS, UMNO, IKRAM, ISMA, PKPIM-ABIM, DAP dan lain-lain.
Sepanjang di kampus dan memimpin Kesatuan Pelajar, mahasiswa MESTI keluar daripada
sempadan proksi ini dengan membentuk identiti dan keperibadian mahasiswa bebas melalui
Kesatuan Pelajar. Kesatuan Pelajar mesti menjadi satu entiti yang mempunyai identiti yang
tersendiri. Dengan dana yang diperolehi oleh kerajaan dan universiti, mahasiswa boleh
mengerakkan program tanpa kekangan universiti dan bebas daripada pengaruh luar. Selepas
172
zaman kampus, mahasiswa diberi pilihan untuk menyertai NGO atau parti berdasarkan pilihan
mereka sendiri.
Kesatuan Pelajar perlu diberi kuasa autonomi termasuk menguruskan kewangan sendiri
dan menjalinkan hubungan antarabangsa dengan persatuan pelajar di luar negara.
4. Politik Bukan Segala-galanya
‘Menuju ke Putrajaya’, ‘menang dulu baru buat Islam’, ‘politik kemenangan mengatasi
keredhaan Allah’ dan bagai. Politik Islam bukan begitu. Politik Islam mendambakan keredhaan
Allah. Kekalahan dalam pilihan raya bukan kesakitan tetapi satu kenikmatan bagi orang yang
berjuang demi Islam.
Politik bukan gimik dan permainan. Politik adalah medan amal untuk menjadi pahala
dengan menegakkan Islam, mengutamakan Islam dan kesejahteraan rakyat. Umpamanya, Harun
Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat) menyatakan tidak tahu kenapa keputusan PRK 13 perlu
dibantah dengan penganjuran Black Out 505 di Petaling Jaya. Beliau menyatakan bahawa fikirkan
kemenangan melalui kesabaran dan kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu
kemenangan yang isinya tidak ranum. Tidak perlu demonstrasi dan revolusi untuk
menumbangkan kerajaan.
5. Mengenali DAP
DAP keluar daripada rahim PAP sebuah parti yang menggugat kestabilan politik Malaysia.
Cuba mengadu domba Perikatan dengan menyatakan bahawa PAP mahu mengantikan MCA
sebagai wakil orang Cina dalam Perikatan. Kemudian mengadu domba orang Melayu Singapura
agar berbalah dengan UMNO Singapura apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah
mengadakan pertemuan dengan lebih 100 NGO Melayu Singapura berkaitan rancangan
kemajuan bandar. Kemudian, Lee Kuan Yew menjalankan hubungan diplomatik dengan negara
luar melepasi bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Singapura tidak mahu berkongsi
hasil cukai padahal hasil cukai Singapura melebihi keperluan.
173
Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew memperkenalkan pendekatan Malaysia Untuk Rakyat
Malaysia. Dalam pada itu juga, DAP telah bergabung dengan UDP dan PPP (Dari Tanah Melayu)
bersama SUPP dan MACHINDA (Sarawak) untuk membentuk Konvensyen Perpaduan Malaysia.
Antara resolusi mereka ialah
1. Tidak mengecam hak istimewa orang Melayu tetapi mengecam ke atas kedudukan unggul
politik orang Melayu (ketuanan Melayu).
2. Satu protes terhadap perkauman orang Melayu
Dua perkara dalam konvesyen itu adalah teras perjuangan DAP. Ketuanan Melayu bukan
bermaksud orang Melayu menjadi tuan kepada orang bukan Melayu. Ketuanan Melayu
bermaksud orang Melayu adalah orang asal negara ini dan pemilik Tanah Melayu. Justeru, hak
istimewa orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan Institusi Beraja tidak perlu diusik. Ini adalah
sejarah.
Lee Kuan Yew memulakan satu usaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum, untuk
menyebarkan hak-hak asasi semua bangsa yang membentuk masyarakat berbilang kaum.
Tambahan pula, beliau menjelaskan yang perkara yang akan menyatukan semua bangsa ke dalam
‘Malaysian Malaysia’ lebih dari faktor bahasa ataupun tekanan dari luar. Lee Kuan Yew turut
menambah bahawa pengalaman menunjukkan di negara-negara lain yang mempunyai
masyarakat majmuk, masyarakat negara tersebut boleh bersatu jika satu kaum tidak bercita-cita
menjadi ketua kaum lain tetapi beranggapan yang semua warganegara adalah sama tanpa
mengira kaum.
Deklarasi Setapak cuba menghapuskan istilah Bumiputera dengan Bukan Bumiputera adalah
cubaan menghilangkan sejarah bahawa pemilik asal negara ini adalah bumiputera. Begitu juga
fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan cuba dilemahkan berdasarkan deklarasi
Setapak. Deklarasi-deklarasi DAP cuba mengambarkan bahawa masyarakat bukan Melayu dan
174
Bukan Islam bagaikan didiskriminatif. Ini satu pendustaan. Kelebihan diberi kepada orang Melayu
dan Bumiputera atas dasar mereka pemilik asal negara ini dan kedudukan semasa mereka yang
masih miskin dan terkebelakang.
Perlembagaan DAP sendiri boleh menggugat kestabilan politik negara ini. Matlamat DAP
seperti dalam perkara 1, 2, 5, 10, 11 dan 9 boleh meresahkan majoriti rakyat negara ini. Realiti
kekuatan ekonomi negara ini dikuasai oleh kaum Cina. Kaum Cina dan India mempunyai sekolah
persendirian yang berbahasa pengantar masing-masing. Sewajarnya, soal didiskriminasi tidak
timbulkan. Pada penulis, DAP sendiri gagal memahami konsep kebangsaan, ketuanan Melayu56
dan Islam dengan baik. Sewajarnya, DAP menyokong penghapusan sekolah jenis mengikut kaum
dan hanya sekolah kebangsaan sahaja yang dibenarkan.
Sejarah dan budaya membuktikan bahawa orang Cina lebih bersifat perkauman yang
melampau berbanding orang Melayu. Orang Cina, Melayu dan India dalam DAP disatukan oleh
SEKULARISME dan Bahasa Inggeris sahaja. Bagi orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam DAP,
kesatuan mereka atas dasar menolak kekuasaan politik orang Melayu.
Tanggal 9 Mei 2018, PH telah menang PRU 14. Disebalik Perdana Menteri yang berbangsa
Melayu dan beragama Islam ialah terdapat kuasa pendesak yang unggul iaitu kelompok sekular
yang berfikir dalam Bahasa Inggeris. Mereka sangat berpegang kepada hak asasi manusia. Dan
kebanyakan mereka ialah evangelis. Mereka mendominasi DAP dan PKR. Jelas mereka menolak
kekuasaan unggul politik Melayu dan Islam. Mereka akan mengunakan kekuasaan politik dan
perundangan untuk mengubah ekosistem politik negara ini.
56 Konsep Ketuanan Melayu berdasarkan pemilikan orang Melayu sebagai orang Asal terhadap Tanah Melayu.
Ketuanan Melayu jelas terdapat dalam kontrak social kemudian dipertegaskan lagi dalam Perlembagaan Malaysia.
Selama ini, konsep ini diperalat oleh UMNO untuk kepentingan politik mereka. Walaupun DAP sering mendakwa
bahawa mereka akan mengikut Perlembagaan Malaysia tetapi mereka akan berusaha mengubah Perlembagaan
Malaysia melalui perundangan.
175
Justeru, sepanjang penggal 2018-2022, orang Melayu boleh mengenali lebih dekat siapa DAP
sebenarnya. Lebih tepat siapa Sekularis yang berfikir dalam Bahasa Inggeris yang berpegang
kepada hak asasi manusia ini.
6. Anwar Ibrahim dan PKR
Tun Mahathir seorang sekular yang berfikir dalam Bahasa Inggeris tetapi beliau tidak
terikat dengan hak asasi manusia ciptaan Barat. Faktor penyelamat yang ada pada dirinya adalah
nasionalisme. Anwar Ibrahim pula mempunyai pemikiran yang agak ‘celaru’ dan keliru. Beliau
kelihatan seorang pragmatis-pluralis-globalis yang menjalinkan pemikiran ketamadunan Islam-
Timur-Barat dan lingkungan hak asasi manusia. Justeru, Anwar Ibrahim kelihatan manusia yang
pragmatis dan bercampur-baur pemikirannya.
Kita tidak pasti Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Kelapan atau tidak. Ramai
menjangka negara bakal mengalami kemelut politik besar ekoran pertembungan Mahathir-
Azmin vs Anwar-Rafizi. Punbegitu, dari segi pemikiran, kelompok Azmin dan Anwar hampir sama.
DAP dan PKR mahu membentuk masyarakat baru di negara ini melalui reformasi institusi,
penyusunan semula masyarakat, penyusunan semula agenda ekonomi bersifat KeMalaysiaan,
penerapan nilai-nilai baru berpaksikan hak asasi manusia, perubahan Perlembagaan Malaysia
melalui perundangan, penghapusan dominasi-hegemoni politik Melayu yang disifat
mendikriminasi kaum lain dan menghapuskan pengenalan berdasarkan kaum. Masyarakat Baru
cuba menghakiskan kecinaan, kemelayuan dan keindiaan. Maka, muncul ketuanan rakyat,
meritokrasi dan masyarakat tertakluk kepada hak asasi manusia Barat.
Sebagaimana Lee Kuan Yew, DAP dan PKR akan melihat Islam dan Melayu sebagai
penghalang penyatuan kaum di negara ini. Persoalan aqidah dan arak dilihat penghalang utama
kepada keharmonian kaum. Maka, konsep Rahmatan Lil Alamin untuk mengendurkan ketegasan
prinsip Aqidah Islam akan terus diperalatkan demi kesinambungan politik.
176
Kesimpulan
Rakyat Malaysia memberi peluang dan ruang kepada PH untuk mentadbir negara ini
dengan amanah. Rakyat Malaysia termasuk mahasiswa akan menilai keupayaan kerajaan pada
hari ini dan akan menentukan siapakah yang layak dipilih pada PRU 15. Kita mengharapkan
kerajaan PH melaksanakan perubahan lebih baik daripada BN. Kita juga mendoakan parti-parti
Melayu agar bersatu atas nama Islam dan Melayu sehingga terbentuk pembangkang yang kuat
untuk menyaingi PH. Perjuangan Islam dan Melayu mesti merentasi politik kepartian sama ada
di blok kerajaan dan blok pembangkang. Kepentingan Islam dan Melayu mesti diutamakan
daripada kepentingan parti politik.
Mengutamakan Islam dan Melayu bukan bermakna kita bersikap perkauman. Kita tidak
membenci pada agama dan kaum lain. Kita berpegang kepada kestabilan politik di negara ini
sangat bergantung kepada rakyat majoriti iaitu Orang Melayu dan Orang Islam. Kita boleh
menilai, negara mana yang memiliki orang tempatan paling toleran dan harmoni jika mahu
dibandingkan dengan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia?
Penyebaran kebudayaan Barat oleh NGO2 dan pendokong hak asasi manusia dalam
kerajaan boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam di negara ini. Kebanyakan
elemen hak asasi manusia yang dicadang oleh PBB tidak relevan dengan nilai Timur dan Islam
orang tempatan. Kehadiran kelompok ini akan membangkitkan reaksi57 kurang senang majoriti
rakyat terhadap kelompok hak asasi manusia.
57 Pihak [1] yang melakukan tindakan melampau, ganas dan ekstrem adalah salah. Pihak [2] yang menuduh,
memprovokasi sehingga menimbulkan reaksi ekstrem, ganas dan melampau juga disalahkan.
177
Bab 10
FALSAFAH PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM
"Kita bangga membaca buku-buku karya manusia tetapi tidak pernah dalam hidup
kebanyakan kita untuk mengkaji walaupun sekali khatam Karya Agung Tuhan kita dalam QuranNya " Almarhum
Syeikh Abdul Halim Mahmood,
bekas Rektor Universiti Azhar, Mesir.
Falsafah kehidupan Islam semakin terhakis dalam masyarakat Islam. Sumber Islam iaitu al Quran,
al Sunnah dan akal cuba diserang daripada pelbagai penjuru. Ada anak muda pada hari berfikir
dalam konteks bukan tauhidik. Akhirnya, keatheisan muncul mendarah-daging dalam diri
mereka. Mereka bercakap tentang maqasid syariah tetapi ketaatan dalam beragama hatta solat
masih samar-samar mengamalkannya. Mereka menjadi pengkagum Barat bukannya pengamal
wahyu Allah SWT.
Falsafah Bukannya Falsampah
Sebelum saudara-saudari belajar falsafah atau berfalsafah, saya sarankan beberapa perkara
sebagai pra syarat;
1. Khatamkan pembacaan al Quran dan terjemahannya.
2. Baca buku Risalah Untuk Kaum Muslimin
3. Baca Falsafah Hidup karangan Buya Hamka.
Selepas saudara-saudari berjaya membaca buku tersebut, barulah sesuai saudara-saudari
memulakan langkah ke dunia falsafah dan ideologi.
Dari mana falsafah dan ideologi yang anda perolehi?.
178
Kebanyakan falsafah dan ideologi yang kita belajar dan minati datang daripada
Kebudayaan Barat. Apa yang dimaksudkan sebagai Kebudayaan Barat?. Kebudayaan Barat
bersumber agama Kristian, Yahudi, Kebudayaan Yunani Kuno, Kebudayaan Romawi dan sekularis.
Daripada unsur inilah Kebudayaan Barat mencipta falsafah dan ideologi mereka. Malangnya, kita
anak muda mudah terpesona dengan ‘candu’ falsafah dan ideologi sehingga kita terlupa dari
mana kita belajar dan dengan siapa kita belajar?.
Kebudayaan Barat digerakkan oleh agama Kristian setelah mengetahui kedatangan
seorang nabi yang bernama Ahmad (Surah al Saff: 6). Berdasarkan kenyataan diberikan oleh Nabi
Isa AS, mereka mengenal Islam dan mendirikan asas yang hampir sama dengan akidah agama
yang akhir digelar sebagai Kristian. Agama baharu rekaan mereka sendiri dijelmakan dengan
mengandungi sifat persamaan dengan Islam dengan tujuan menyangkal kedatangan agama
Islam.
Kebobrakan Kebudayaan Barat jelas kelihatan apabila Gospel Kristian tidak dijaga dalam
bahasa asal. Menurut mereka, agama Kristian disebarkan dalam bahasa Hebrew atau Aramaic
atau Greek tetapi kebanyakan terjemahan Bible dalam Bahasa Inggeris. Perkara ini jelas
bertentangan dengan Islam dimana kitab al Quran dipelihara dalam Bahasa Arab dan umat Islam
paling kurang membaca surah al fatihah sebanyak 17 kali sehari dalam solat 5 waktu.
Kebobrakan Kebudayaan Barat kelihatan lagi apabila mereka tidak mengenali Nabi Isa AS
kerana panggilan Jesus dicipta pada kurun 17 Masihi adalah nama Inggeris bukannya bahasa
Greek, Hebrew atau Aramaic.
Kebobrakan paling besar berkaitan aqidah agama Kristian sendiri. Perkara ini berlaku
pada Persidangan Nicea pada tahun 325M dimana berlaku perselisihan faham antara dua
kelompok Arius (Arians) dan pembangkangnya, kelompok Anthanasius. Kelompok Arius
mengatakan bahawa ‘Jesus’ semata-mata rasul dan manusia dipilih oleh Allah manakala
kelompok Anthanasius mengatakan bahawa Jesus anak Tuhan (konsep Triniti). Persidangan yang
179
dihadiri oleh 2048 uskop itu mengadakan pengundian, kelompok Anthanasius mendapat undi
sebanyak 318 manakala kelompok Arius mendapat 1730 undi. Malangnya Raja Constantin Rom
masuk campur dengan memilih pendapat kelompok Athanasius dan menjadi pendapat ini –
Triniti sebagai agama rasmi Empayar Rom.
Pengaruh Islam tersebar pada Abad Pertengahan Eropah dengan masuknya unsur ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi.58 Pengaruh Islam menyebabkan Eropah bangkit kembali
pengajaran daripada Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi sebagai teras baru
Kebudayaan Barat.
Kebudayaan Barat berteraskan dasar falsafah bukannya agama. Mereka hidup
berdasarkan teori, dugaan, sangkaan dan betul atau tidak, manakala Islam berteraskan keyakinan
bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
58 Maimonides (1204M) ahli falsafah Yahudi pernah belajar di Universiti al Qarawiyyin. Sarjana Belanda, Jacobus
Golius (1660M) iaitu guru Rene Descartes membawa beratus-ratus kitab dari Universiti al Qarawiyyin ke Belanda.
Dr Muhammad Afifi al Akiti, sarjana Universiti Oxford kelahiran Malaysia menceritakan ahli falsafah Kristian pada
zaman selepas Al-Juwaini [Guru kepada Imam al Ghazali] telah mengambil 6 wasiat ini dan menerapkan di dalam
pendidikan mereka pula. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu Islam pada zaman itu
hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf kristian yang terkenal yang menggesa Orang
Kristian Eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres panggil
dalam bahasa latin:
1) mens humilis
2) studium querendi
3) paupertas
4) terra aliena
5) scrutinium tacitum
6) vita quietta
atau
1) Zaka'un - Akal yang cerdas. Jaga akal kita dan jangan rosakkan ia dengan perkara tidak baik.
2) Wa khirsun - Kesungguhan yang tinggi dalam apa juga usaha. Jangan buat kerja sambil lewa.
3) Wa iftikarun - Sentiasa merendah diri. Ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.
4) Wa ghurbatun - Sentiasa ada sifat ingin merantau, mencari pengalaman. Bukan jadi jaguh kampung.
5) Wa talqeenu uztazi - Harus ada bimbingan guru yang bertauliah. Bergurukan buku, syaitanlah guru.
6) Wa tulus zamani - Kesihatan dan umur yang panjang. Bila badan sihat, segala usaha jadi lebih mudah.
180
Kebudayaan Barat mula memungkiri keistimewaan dan menggugat kewibawaan ajaran
Agama Kristian dalam masyarakat digantikan dengan kewibawaan falsafah dan keistimewaan
manusia (humanisme) dan duniawi (material). Faham humanisme iaitu suatu faham pandangan
hidup sekular. Faham humanisme mementingkan dasar keistimewaan kemanusiaan dan
keduniaan serta kebendaan dan tiada meletakkan agama dan ajaran-ajaran serta kepercayaan
Ketuhanan sebagai yang utama dan penting.
Daripada faham humanisme inilah, falsafah dan ideologi Barat muncul. Walaupun
kelihatan bertentangan dan tiada kaitan antara satu sama lain, penyatuan mereka pada
pengakhiran tujuannya ialah faham humanisme. Liberalisme, Komunisme, Sosialis dan lain-lain
muncul daripada rahim faham humanisme.
Tidak salah mempelajari, berwacana dan membaca buku tentang falsafah dan ideologi.
Cuma, jangan gadaikan aqidah kita dengan bertuankan falsafah dan ideologi ciptaan manusia.
Kita memerlukan garis panduan sebagai batas untuk mengelakkan campur-aduk pengaruh
Kebudayaan Barat dengan Islam dalam diri kita.
Tersalah Baca
Budaya membaca adalah amalan yang baik dalam menambah ilmu pengetahuan. Tetapi
malang tidak berbau apabila budaya membaca juga boleh menghakiskan iman kita dengan
menolak Rukun Iman.
Budaya membaca dalam Islam bermula dengan konsep IQRA. “Bacalah dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan”. Ayat ini menanamkan aqidah dalam proses pengilmuan. Matlamat
akhir membaca ialah mengimani Allah SWT, menyakini apa yang terkandung dalam Rukun Iman
dan Rukun Islam, beramal sebagai tanda penghambaan diri kepada Allah SWT dan berakhlak
mulia. Tetapi manusia yang berpengetahuan seringkali melampaui batas merasakan diri mereka
181
serba cukup dari segi ilmu, kekayaan, kuasa, kesihatan, pangkat dan gaji. Maka, lahirlah sifat
kesombongan yang dimiliki oleh Sang Iblis.
Membaca tanpa penapisan oleh aqidah Islam boleh menjerumuskan kita kepada atheis,
humanisme, sekularisme, pluralisme, liberalisme, marxisme dan isme-isme yang lain kerana
membaca bukan sahaja menambah tahu tetapi menghidupkan fikiran dengan penyoalan dan
kritikan serta muhasabah. Jadikanlah aqidah Islam sebagai sempadan atau batas kita berfikir.
PENULARAN PANDANGAN ALAM BARAT KE DALAM PEMIKIRAN ANAK MUDA
Anak muda dan mahasiswa mengalami perubahan pandangan alam disebabkan oleh sifat ingin
tahu, banyak membaca buku, wacana, melalui guru dan perkembangan teknologi maklumat.
Anak muda mula terikut dengan pandangan-pandangan manusia yang bertuhankan akal
diketengah sebagai pegangan hidup pada peringkat peribadi, sosial dan negara. Masyarakat
seakan-akan redha dengan dengan perkembangan pandangan alam melalui isme-isme yang
dikemukakan oleh Barat. Akhirnya, pemikiran anak muda sudah tercemar oleh persekitaran yang
dibentuk oleh ideologi-ideologi (isme) sehingga komitmen dan kepercayaan kepada seruan
agama semakin lemah. Islam sudah menjadi amalan peribadi dan adat.
Mempelajari dan memahami ideologi-ideologi moden tidak salah kerana bagi menangani
persoalan semasa yang disebabkan oleh ideologi-ideologi, kita perlu mengetahui tentang
ideologi tersebut. Malang yang berlaku ialah, kita terpedaya oleh sorotan dan saranan yang
terkandung dalam sesebuah ideologi sehingga kepercayaan kita kepada Islam mula terhakis. Dari
segi pengamalan seharian, kita mula meletakkan ideologi sebagai kaedah dan objektif hidup
sehingga mempengaruhi pandangan alam kita terhadap seluruh kehidupan.
Ideologi dicipta oleh akal dan pengalaman manusia. Maka tidak menghairankan
didalamnya terdapat fitrah kemanusiaan. Anak muda ghairah dengan fitrah kemanusiaan
182
merasakan bahawa ada beberapa persamaan antara Islam dengan ideologi-ideologi. Kononnya,
ada ciri-ciri Islam dalam sosialisme, kapitalisme dan demokrasi. Ada dikalangan anak muda
terpengaruh dengan campuran Islam dengan ideologi seperti Islam Liberal, Islam Plural dan
Muslim Demokrat. Konsep-konsep yang dicipta dan digagaskan oleh bukan Islam.
Anak muda dan mahasiswa Islam mesti ingat bahawa, Islam sudah sempurna dan tidak
memerlukan tambahan. Persoalan kepada ajaran Islam pada hari ini ialah pengamalan dalam
kehidupan seharian. Kita tidak perlu kepada ideologi kerana Islam merupakan risalah yang
sempurna (Surah al Maidah: 3).
LEDAKAN UBUDIYYAH59
Manusia menurut aqidah tauhid, dijadikan oleh Allah SWT untuk mengabdikan dirinya kepada
Allah dalam satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik (Surah al Dhariyat:56, Surah
al Mukminun:115). Pengabdian ini berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah
selaku khalifah di bumi (Surah al Anam: 165, Surah al Baqarah: 30-39). Di atas konsep rukun Iman,
manusia perlu membangunkan kehidupan di dunia sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta
garis panduan Allah SWT (yakni dikenali syariat). Apabila ia dipatuhi, kehidupan manusia menjadi
selamat dunia dan akhirat.
Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan
setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat
’bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh syarak.
Antara syarat ubudiyyah ;
59 Penulis merujuk tulisan Ustazah Fatimah Sulaiman
183
1. niat yang ikhlas,
2. pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak,
3. pelaksanaannya selaras dengan prinsip syariat dan akhlak Islam,
4. amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin,
5. bekerja jangan sampai menganggu atau melalaikan ibadah pokok terutamanya solat
Segala bakat, kebolehan, buah fikiran, ilmu pengetahuan dan kesedaran yang ada pada diri
seseorang menjadi ubudiyyah apabila ia ditujukan kerana Allah.60 Ia selaras dengan firman Allah
dengan maksudnya “dan tidaklah Ku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mengabdikan
diri mereka kepadaKu” (Surah Adh Dhariyat:56)
Anak muda dan mahasiswa Islam! Bekerja bukanlah kerana pemimpin kamu. Bekerja
bukanlah untuk memenuhi nafsu dan cita-cita besar kamu sebagai politikus. Bekerja bukan mahu
nama dan populariti. Bekerjalah kerana Allah SWT. Ia tanda ubudiyyah kita kepada Allah.
AQIDAH PERJUANGAN61
Perkataan aqidah dari segi bahasa satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu
yang lain. Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang dengan satu
keyakinan dan menjadikan kehidupannya lebih terarah dan terpimpin. Aqidah mengikat seorang
muslim untuk hidup berasaskan dasar keyakinan yang disebut iman iaitu kepercayaan.
60 Muhammad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyyah Dalam Kalangan Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka
Ikhwan,1986
61 Dalam subtopic ini, penulis banyak merujuk Fadzil Mohd Nor, Aqidah Perjuangan, Shah Alam:DPF, 2003.
184
Dasar kehidupan seorang muslim adalah dasar keimanan. Iman itu melahirkan
penyerahan diri kepada Allah. Iman boleh bertambah atau berkurang. Dan ada beberapa perkara
tertentu yang boleh membatalkan iman.
Antara perkara yang membatalkan iman ialah62,
1. mengingkari sifat rububiyyah atau mencelanya
2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatnya
3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah atau kerasulannya.
Anak muda dan mahasiswa Islam! Jangan sesekali memilih jalan merosakkan iman. Kita boleh
membaca, mengkaji dan berdiskusi ideologi dan pemikiran ciptaan manusia. Tetapi kita tidak
boleh berpegang dengan pandangan dan pendirian mereka yang berlawanan dengan Islam.
Berwaspada agar tidak terjebak dengan pegangan, pandangan dan pendirian ideologi yang
menyesatkan.
Anak muda dan mahasiswa Islam juga perlu berhati-hati semasa memberi pandangan.
Pandangan mesti merujuk kepada sumber Islam dan mengikuti kaedah-kaedah ilmu Islam agar
tidak tersasul sehingga menjejaskan iman.
THE IDEA OF PROGRESS63
Idea Kemajuan (the idea of progress) seringkali dikaitkan dengan kepercayaan bahawa
setiap perkembangan dari satu keadaan kepada suatu keadaan semestinya satu kemajuan. Ia
62 Abdul Hadi Awang, Muqadimah Aqidah Musllimin, Batu Caves: Ahnaf, 1985.
6363 Penulis banyak merujuk tulisan Dr Muhammad Abu Bakar. Muhammad Abu Bakar, Potret Masa 1, PJ:Gateway,
1994 dan Muhammad Abu Bakar, Idea Kemajuan dalam Pemikiran dan Golongan Fundamentalis Islam, dlm.,
Islamika 2.
185
bermula dengan keadaan tidak memuaskan kepada keadaan lebih memuaskan, telah maju pada
masa lepas, sedang maju dan akan berkembang maju lebih besar pada masa depan atau akan
menikmati masa depan penuh bahagia dan sempurna. Contoh, matlamat akhir kaum marxis ialah
masyarakat tanpa kelas yang diwujudkan melalui proses dialektik. Dan dalam erti yang lebih
mudah, ia adalah perubahan.
Dalam pentafsiran tamadun Barat, mereka menolak kehadiran agama dalam idea
kemajuan mereka. Apabila negara ummat Islam terpengaruh dengan idea kemajuan Barat,
mereka menjadikan idea kemajuan Barat sebagai pengukuran, wujud pengasingan cita-cita Islam
dan cita-cita Barat (dualisme) dan penyebaran falsafah sekular dalam masyarakat Islam. Barat
menolak peranan Tuhan dan fungsi agama dalam evolusi atau revolusi masyarakat. Tempat
tertinggi adalah kebolehan manusia terutamanya AKAL sebagai faktor bertanggungjawab kepada
segala perubahan.
Konsep kemajuan Barat ini menjalar ke dalam masyarakat dunia. Ia boleh dikesan melalui
ciri-ciri dibawah:
a. Menilai pembangunan, pemimpin dan rakyat mengikut ukuran kemajuan Barat.
b. Kehadiran persepsi hidup yang kabur dan bersifat dualisme. Maka, muncul konsep Islam Liberal,
Islam Hadhari dan Muslim Demokrat.
c. Penyebaran falsafah sekularisme. Agama menjadi urusan petanggungjawaban peribadi.
Konsep kemajuan akhirnya melahirkan proses deislamisasi. Proses deislamisasi melahirkan
sikap dalam kalangan pemimpin dan rakyat dalam memilih pemimpin yang menjadi tauladan
atau hero sanjungan. Mereka memilih pemimpin seperti Abraham Lincoln sebagai tauladan dan
tokoh sanjungan.
Pada peringkat politik, idea permisahan agama dengan politik sebagaimana Barat
menceraikan agama daripada politik. Pada peringkat peribadi, Islam dijadikan agama peribadi.
Islam dijadikan agama pentanggungjawab individu. Proses deislamisasi dalam idea kemajuan
186
menyebabkan penekanan hanya pada kekayaan material, berpolitik mementing
mempertahankan kuasa bukannya alat untuk beribadah, hidup hanya bereksperimen padahal
hidup adalah pelaksanaan anjuran Allah dan Rasulullah dan mereka mengikut jalan fikir serupa
dengan cara berfikir ahli falsafah Barat seperti Bertrand Russell, Jean Paul Satre dan lain-lain.
Mereka menerima sepenuhnya pemikiran Barat tanpa memikirkan hala tuju seterusnya para
pemikir tersebut, bahagia atau tidak?.64
Oleh kerana falsafah Islam merujuk kepada arahan al Quran dan Hadith, idea kemajuan wajib
mengikuti kedua-dua sumber utama Islam tersebut. Manusia yang berjaya adalah manusia yang
bertaqwa. Menurut Muhammad Asad ‘mentaati sunnah adalah kewujudan dan kemajuan
mengikut Islam’ manakala Prof Muhammad Naqiub al Attas menyatakan ‘perubahan,
pembangunan dan kemajuan mengikut kacamata Islam ialah pengembalian kepada Islam yang
tulen yang dianjur dan diamalkan oleh Rasulullah’.
Ibrah daripada idea kemajuan bertunjangkan Islam, gerakan mahasiswa Islam yang
menggerakkan intelektualisme perlulah beringat, jangan sesekali terjerumus dalam perangkap
idea dan gagasan pemikiran Barat yang meminggirkan agama dan ke arah atheis. Islam
mempunyai syariat, bukannya Islam Amerika yang berteori, diskusi sembang kencang dan
berdebat tanpa lilitan aqidah dan tanpa syariat.
Faham Islam: Sempadan Berideologi
Islam bukan sebuah ideologi atau ‘isme’ bahkan Islam bukan agama sebagaimana
didefinisikan dan difahami Barat. Agama menurut fahaman manusia umumnya, iaitu berupa
ajaran yang menyatakan tentang hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib. Islam adalah
adden merangkumi keseluruhan kehidupan manusia termasuk politik, sosial dan ekonomi. Hujah
al Quran; “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Ku cukupkan
64 Sila baca Syed Muhammad Naquib al Attas, Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya Dalam Islam, KL: IBFIM,
2014. Prof al Attas, makna kebahagiaan terletak dalam istilah sa’adah yang mempunyai pertalian di akhirat dan di
dunia.
187
untuk kamu nikmatKu dan telah Aku Redha bagi kamu Islam sebagai Deen kamu” (Surah al
Maidah:3)
Tiga kata kunci yang maha hebat daripada Allah untuk kita, sempurnakan agama,
cukupkan nikmat dan REDHA kepada kita sebagai Islam.
Dalam berideologi, kita seringkali menoleh ke Barat, menurut fahaman demokrasi dan
liberalisme tanpa mengali kekayaan khazanah ilmu Islam. Hamka mengariskan kata seperti “kami
juga orang Islam, kami mengakui agama Islam. Tetapi kami jadikan agama itu hanyalah dalam
hubungan diri kita masing-masing dengan Tuhan. Adapun perjalanan negara,kehidupan sehari-
hari, politik, ekonomi, kehakiman, harta benda, tidaklah boleh agama dicampur baurkan ke sana.
Itu adalah urusan masyarakat atau urusan kenegaraan Agama dengan negara harus
dipisahkan!”
Komunis dan sosialis pula menjarakkan agama sebagai bukan kelas orang miskin dan
seorang revolusioner. Agama itu candu!
Jika kita menganuti ideologi ciptaan manusia bukannya Islam, itu satu pemberontakan
terhadap Allah. Kalau kita berideologi (lebih tepat: TIDAK BOLEH berideologi), jangan sampai
ideologi mengatasi pegangan agama dan melanggar prinsip agama. Menganuti ideologi seringkali
disebabkan protes terhadap agamawan dan pemberontakan terhadap amalan agama. Ia lahir
daripada kecelaruan jiwa dan fikir sehingga menjadi muslim tanpa masjid dan muslim tanpa al
Quran.
Anak muda dan mahasiswa Islam! Jangan sesekali melanggari prinsip agama walaupun
kalian berideologi. Jangan jadi muslim yang mengkritik agamawan tetapi diri sendiri tak solat (tak
mengamalkan ibadah dengan sempurna dan tidak istiqamah dalam amalan ibadah). Bersih jiwa
dengan amalan agama sebelum kritik amalan agamawan walaupun agamawan tersebut tidak
betul. Disinilah letak kebebasan individu yang perlu mengikut arahan Ilahi.
188
FENOMENA PROGRESIF DAN POST ISLAMISME
Wacana Post Islamisme semakin memarak dalam gerakan Islam. Post Islamisme dikatakan reaksi
kepada kegagalan Islamisme. Secara manis mulutnya, Asef Bayat menyatakan Post Islamisme
bukanlah anti islam atau sekular, ia hanya tidak mengubah Islam tetapi memberi tumpuan
kepada hak asasi warganegara.
Dalam Ikhwanul Muslimin Mesir (Ikhwan), kelompok progresif telah memainkan wacana
Post Islamisme. Dalam proses menumbang Husni Mubarak, Issam Al-Erian, seorang pemimpin
Ikhwan, “kita tidak perlu lagi negara Islam yang direbut secara revolusioner”. Maksudnya, negara
Islam tidak perlu wujud secara keseluruhan melalui revolusi, sudah cukup dengan penerapan
Islam. Antara tokoh Ikhwan yang terpengaruh dengan Post Islamisme ialah Abdul Mun’im Abul
Futuh, Issam Al-Erian, Mohammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani, Abul A’la El-Mady. Mereka
merupakan kelompok progresif yang mahu perubahan dalam Ikhwan. Kenaikkan Muhamad
Badie sebagai Mursyidul Aam, leluhur pemikiran Sayyid Qutb mengekang kemaraan kelompok
progresif dalam Ikhwan.
Gelombang pertama, reaksi kelompok progresif ialah menubuhkan Parti Wasat pada
tahun 1996 yang dipimpin tokoh buangan Ikhwan Abul A’la El-Madi dan Issam Sultan itu penting
untuk penyegaran di Ikhwan dan Mesir. Gelombang kedua pada tahun 2008 dimana kelompok
progresif mengerakkan ‘Gerakan 6 April’ bersama jurnalis Ayman Nour. Kelompok ‘6 April’ di
Mesir itu melakukan solidariti ke atas mogok buruh di Mahallah El-Kubra, Mesir. Gerakan 6 April
menggunakan media sosial dalam menggerakkan aktiviti. Kelompok konservatif-tradisionalis-
fundementalis dalam Ikhwan tidak bersetuju dengan gerakan 6 April akhir memecat Muhammad
al Qassas dan Islam Lotfy. Menariknya gerakan 6 April inilah akhirnya menumbangkan Mubarak.
Selepas revolusi menumbangkan Mubarak, kumpulan ini dikenali Revolutionary Youth Council
(RYC).
189
Pada tahun 2011, Ikhwan menyatakan mereka tidak akan memasuki pilihanraya memilih
Presiden Mesir. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh Abdul Mun’im Abul Futuh, anak murid Umar
Tilmisani dan Abbas As Siisi. Abul Futuh telah melanggari keputusan syura Ikhwan dengan ijtihad
peribadi untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir. Akhirnya Abu Futuh dipecat. Tokoh
Ikhwan kelompok progresif seperti Muhammad Habib, Ibrahim Al-Za’farani, Salah Abd Karim dan
Haytham Abu Khalil menarik diri dari Ikhwan.
Kegagalan kelompok progresif disebabkan oleh doktrin qiyadah wal jundiyah atau
tanzhim wal jama’ah. Semasa penubuhan sayap politik Ikhwan, FJP , masih terdapat beberapa
tokoh post Islamisme dalam Ikhwan. Antaranya Essam al Erian dan al Betagy. Dalam pemilihan
Presiden FJP, Essam al Erian kalah kepada Saad el Katatny. Ini menandakan pengekalan pengaruh
fundamnetalis dalam Ikhwan dan FJP.
Penularan Post Islamisme mula mendatangi pemikiran tokoh progresif dalam PAS.
Kemasukan tokoh-tokoh IRC dididik di UK seperti Dr Dzulkifli dan Ir Saari Sungip mula menggugat
teras Islamisme dalam PAS. Konflik dalaman berasaskan permusuhan peribadi, persaingan
jawatan dan perbezaan pandangan dalam mentafsir dan menangani pendekatan sesuatu isu
membuatkan pemikiran post Islamisme mula membenih disamping dengan konflik dalaman.
Anak muda mahasiswa Islam mahu memilih bersama Islamisme atau post
Islamisme(kelompok progresif)?
Pada hemat saya, ia bergantung kepada niat seseorang dan sifat berhati-hati seseorang
tentang penyusupan gagasan pemikiran Barat yang tidak Islami ke dalam anggota jemaah Islam
secara sedar atau tidak sedar. Banyak idea Post Islamisme yang boleh dijadikan pendekatan
tetapi bukan sebagai panduan dalam pemikiran jemaah Islam.
Asas kemunculan ideologi yang terselit dengan Islam yang dicipta oleh Barat seperti post
Islamisme, Islam Liberal, Islam Plural dan lain-lain ialah mahu menjarakkan lagi Islam daripada
190
keganasan, eksterim dan kekerasan. Jauh daripada itu, Barat mahu menguasai dan mencatur
(campurtangan) dalam agama Islam. Perkembangan komunikasi dan gajet menyebabkan ramai
anak muda mudah tertarik dengan ideologi ciptaan Barat.
Post Islamisme hasil lontaran sarjana Barat dan Sarjana Islam terpinggir (sesat?) berakar
umbi daripada pemikiran Liberalisme-Pragmatisme. Menurut Ulil Abshar Abdala, fenomena
pragmatisme parti Islam berhaluan tengah beriringan dengan fenomena melunturnya ideologi
dalam politik. Penulis melihat Pak Ulil menyatakan bahawa Islam tidak lagi menjadi teras dalam
parti Islam. Parti Islam akan dirosakkan oleh pragmatisme yang tersembunyi dalam Post
Islamisme.
Saya menukil pendapat akibat buruk yang dapat ditimbulkan sikap pragmatisme dalam
mengejar tujuan politik yang berideologi adalah: Pertama, bagi parti Islam yang
mengamalkannya. Parti itu akan terancam oleh bahaya ideologi (al-khathr al-mabda’i).
Maknanya, dasar parti, baik fikrah (pemikiran) mahupun tharîqah (metode)-nya, akan mengalami
kemerosotan. Kedua: bagi masyarakat awam. Pragmatisme politik menjadikan parti-parti Islam
menimbulkan citra (image) buruk pada Islam itu sendiri. Ketiga, bagi pendokong parti Islam itu.
Bahaya ini muncul kerana pendokong parti Islam umumnya adalah orang-orang yang lurus,
ikhlas, wala’ dan patuh kepada pimpinan parti (qiyâdah). Dengan menempuh pragmatisme
politik, bererti parti Islam itu telah menipu penyokongnya. Penyokong mengira partinya adalah
parti Islam sejati, padahal parti itu telah menyimpang daripada Islam, terjerumus ke dalam
langkah-langkah pragmatis tanpa mempedulikan halal-haram.
Radikalisme Keagamaan
Radikalisme dan anak muda tidak dapat dipisahkan. Semangat yang membara menyemarakkan
lagi radikalisme dalam kalangan mereka. Dalam perjuangan gerakan mahasiswa Islam,
radikalisme mereka bernuasakan keagamaan. Adakah agama Islam menjadikan mereka radikal?.
191
Radikalisme keagamaan berpunca daripada pemahaman segelintir umat Islam terhadap
ayat-ayat al Quran secara literal, sepotong-potong dan semangat yang penuh sentimen.
Pemahaman sebegini boleh menjerumuskan umat Islam ke lembah melampau dalam beragama
dan kehidupan. Daripada pemahaman sebeginilah lahirnya kelompok khawarij pada Zaman
Saidina Ali Bin Abi Talib.
Radikalisme keagamaan juga berpunca daripada kefahaman yang salah dan
penyalahgunaan konsep jihad dalam Islam. Menurut istilah syarak, jihad ialah mengerahkan
segala usaha dan tenaga menghadapi orang yang menentang agama Allah dan dimasukkan juga
menentang hawa nafsu, syaitan dan juga orang yang fasik. Menurut Syeikh Said Ramadan al Buti,
jihad ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah, mendirikan
masyarakat Islam dan mendirikan negara Islam yang sah.
Radikalisme keagamaan berpunca daripada kepentingan politik sama ada politik
berasaskan perkauman, kepartian dan individu yang memimpin. Hadirnya sesetengah ulama
dalam politik kepartian juga menyebabkan radikalisme keagamaan. Mereka memperalatkan
agama untuk kepentingan nafsu politik mereka. Hujah-hujah dan fatwa keagamaan mereka
untuk kemenangan bukannya kebenaran.
Kemuncaknya keradikalisme dalam keagamaan ini ialah muncul fenomena kafir-
mengkafir yang boleh membawa pembunuhan sesama umat Islam. Ia juga menelurkan pelampau
agama dalam masyarakat.
Pelampau Agama
Dalam al Quran, pelampau disebut dengan perkataan thoghut bererti melampaui batas
agama terutamanya bab aqidah. Melampau dalam agama inilah yang melahirkan sekularisme
dan keberhalaan sama ada kepada tuhan selain Allah termasuk kepada manusia.
192
Pelampau muncul disebabkan radikalisme dan fanatisme. Radikalisme muncul
disebabkan faktor dalaman dan luaran melalui proses radikalisasi dan tekanan luar manakala
fanatisme disebabkan oleh faktor dalaman yang menghasilkan keyakinan.
Untuk mengadili pelampau agama terutamanya pelampau Islam seeloknya kita melihat
faktor dalaman dan luaran diri dan kelompok mereka.
Antara faktor melampau ialah
1. Diri sendiri yang jahil
2. Gagal memahami nas
3. Tidak berhikmah dan rasional dalam bertindak
4. Tekanan pemerintah yang fasik
5. Angkara musuh Islam sama ada melalui propanganda atau serangan
6. Gagal memahami sejarah dan realiti
7. Taksub kelompok dan pemimpin
Kalangan kita juga mengadili fenomena melampau daripada kaca mata Barat dan
keenakkan nafsu sendiri. Kita semestinya menilai fenomena melampau berdasarkan kajian
wahyu dan hadith. Antara wahyu dalam menilai fenomena melampau ialah “Adakah engkau
tidak hairan melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada al Quran
yang telah diturunkan kepadamu, dan kepada kitab-kitab yang telah diturunkan dulu
daripadamu, mereka suka hendak berhakim thogut, padahal mereka telah diperintah supaya
engkar kepada toghut itu. Dan syaitan pula sentiasahendak menyesatkan mereka dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya” an Nisa:60
Hakikat melampau dalam agama Islam ialah melampau kepada Allah S.W.T dengan
melakukan perkara yang boleh membatalkan iman dan Islam. Justeru, Islam mempunyai batas
membezakan antara pelampau sebenar atau pelampau yang dituduh.
193
Sayyid Qutb, Radikalisme dan Kelompok Pelampau
Asy Syahid Sayyid Qutb adalah ideolog Ikhwanul Muslimin Mesir yang cukup berpengaruh
dalam kalangan anak muda dan mahasiswa Islam tahun 1950an sehingga tahun 1980an. Faham
Islam yang dipelopori oleh Sayyid Qutb adalah faham Islam yang melawan sekularisme dan
kezaliman pemerintah melalui hujah-hujah berlandaskan aqidah Islam. Konteks ketika zaman
Sayyid Qutb dimana anggota dan pimpinan Ikhwanul Muslimin ditindas, dizalimi dan tindakan
melampau rejim Mesir yang memperlekehkan ajaran Islam menyebabkan batas iman dan kufur
dilanggari oleh rejim dan sesetengah pengikut Sayyid Qutb.
Sayyid Qutb menulis kitab Tafsir al Quran Fi Zilal al Quran yang sangat bersinergi dan
menjadi sumber intelektualisme yang dinamik. Kitab Ma’alim fi al Tariq merupakan kitab paling
berpengaruh dalam gerakan Islam terutamanya oleh anak muda yang bersemangat. Kitab ini
menjadi pedoman bagi anak muda dalam menghakimi batas iman dan kufur seseorang. Kekuatan
tulisan Sayyid Qutb dalam memperteguhkan aqidah dan menyemarak semangat menentang
kezaliman. Negatifnya pula menelurkan radikalisme dalam kalangan anak muda sehingga
bermudah-mudahan dalam mengkafirkan pihak lawan.
Marilah kita meneliti antara bab-bab yang ada dalam kitab Ma’alim Fi al Tariq;
1. Generasi al Quran yang unik
2. Islam ialah Tamadun
3. Aqidah: Rupa bangsa Islam
4. Masyarakat Islam
5. Jihad di jalan Allah
Tajuk-tajuk seperti di atas bukan sahaja mengelojak jiwa anak muda Islam bahkan ia
mengerunkan musuh-musuh Islam dan pemerintah sekular.
194
Jihad Politik
Demokrasi bukanlah sistem yang sempurna bahkan ia mudah diseleweng oleh para pelobi
yang berdana, politikus berbaju awam bertubuh tentera dan politikus diktaktor-dinasti melalui
perwarisan kuasa secara perundangan atau ‘Tirani Majoriti’. Dengan sabar, banyak gerakan Islam
mengambil peluang dan membuka ruang untuk mengubah politik kenegaraan melalui
penyertaan dalam demokrasi. Untuk mendapat kekuasaan, gerakan Islam mengunakan kaedah
muwajahah silmiyyah.
Penyertaan dalam demokrasi memerlukan gerakan Islam berpegang kepada jihad politik.
Kejatuhan Daulah Uthamaniyyah dan penjajahan menyebabkan dunia Islam berada dalam
suasana paling menghinakan.Mereka terjajah di bumi sendiri. Sistem politik Islam dirosakkan
dengan mewujudkan birokrat baru, bangsawan dan elit politik berwajah sekular dan sistem-
sistem termasuk perundangan dan pendidikan bercirikan sekular.
Dalam konteks politik hari ini, gerakan Islam kekal berjuang dalam demokrasi. Dalam
mengeluti demokrasi, jihad politik perlu disuburkan selaras dengan iltizam mewujudkan
pemerintahan dan perundangan Islam.
Gerakan Islam yang berjuang melalui demokrasi memerlukan parti politik berasaskan
Islam atau beraspirasikan Islam. Jika di negara sekular totok, parti beraspirasikan Islam manakala
di negara Islam yang boleh ditubuhkan parti Islam.
Sesebuah parti Islam perlu bertunjangkan perkara di bawah;
1. Perlembagaan ditanam dasar Islam
2. Merujuk kepada al Quran, hadith, ijmak ulama dan qiyas
3. Mewujudkan perundangan Islam
4. Mewujudkan negara yang mempunyai masyarakat dan pemerintahan Islam berlandaskan
syariat Allah dan nilai hidup Islam.
195
Parti Islam ini perlu mengerakkan jihad politik dalam demokrasi. Jihad politik berinteraksi
dengan konsep negara yang diamalkan oleh sesebuah negara Syeikh Said Hawwa membahagikan
jihad politik mengikut pembahagian negara seperti berikut;
1. Negara Islam yang adil
2. Negara Islam yang menyeleweng
3. Negara yang kafir
Di negara Islam yang adil, penglibatan gerakan Islam atau parti Islam sebagai rakan
pembangunan iaitu membantu usaha-usaha kerajaan Islam dengan kaedah konsensus politik,
kerajaan campuran, gabungan satu parti dan kerajaan perpaduan.
Di negara Islam yang menyeleweng, gerakan Islam, parti Islam dan parti beraspirasi Islam
boleh mengamalkan pendekatan Islamisasi, mengalahkan parti sekular dalam gelanggang
pilihanraya atau penyertaan dalam kerajaan untuk ‘dakwah daripada dalam’. Pentarbiyahan
dalam siasah diharapkan membuahkan hasil agar parti-parti politik sekular menerima Islam
sebagai cara hidup. Dan pada masa depan dapat mereka menerima pelaksanaan syariah Islam.
Konsep Hakimiyyatu ‘Llah
Kebanyakan gerakan Islam dan parti Islam bernafaskan hakimiyyah (kedaulatan Allah dan
syariatnya). Konsep ini dipopularkan oleh Maulana Abul Ala’ al Maududi dan Sayyid Qutb.
Menurut Sayyid Qutb, pemerintah tidak mempunyai hak yang lebih utama dari rakyat kecuali hak
mendapat ketaatan rakyat untuk menguatkuasakan syariat Allah. Menariknya, Maulana Maududi
mengemukakan konsep Theo-demokrasi yang kedaulatan tertinggi ditangan Allah.
Islam menolak konsep teokrasi. Negara teokrasi hanya memberi peluang kepada
kelompok agamawan sahaja dalam pemerintahan. Ia membuka ruang ahli agama
196
memperalatkan agama secara menipu rakyat atas nama Tuhan. Para agamawan menjadikan
rakyat sebagai hamba mereka.
Islam tidak menolak kedaulatan rakyat. Penubuhan Negara Islam Madinah membuktikan
kewujudan kedaulatan rakyat, dimana berlakukan persetiaan antara pemimpin dan pengikut
melalui Baiah Aqabah 1 dan Aqabah 2. Justeru, Islam dengan demokrasi kelihatan serasi. Negara
Islam bersumberkan kedaulatan Allah dan kedaulatan Rakyat. Kedaulatan Rakyat tidak mengatasi
kedaulatan Allah kerana kemahuan rakyat adalah terbatas kehendak al Quran dan hadith.
Kedaulatan rakyat dalam konteks pemerintahan umat Islam tersalur terutamanya dalam
institusi shura yang biasanya dianggotai oleh wakil-wakil umat. Syura yang dibatasi oleh
kedaulatan Allah. “Dan tidak haruslah bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,
apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara,(tidaklah harus
bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa
yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka seseungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas nyata” (Surah al Azhab:36)
Dalam pemerintahan Islam, semua orang layak memerintah. Ulama dalam Islam bukan
milik sesuatu kelompok. Semua orang layak menjadi ulama atas kadar ilmu, nilai taqwa, akhlak
terpuji dan memenuhi ciri pemimpin Islam. Menurut Abdul Hadi Awang , syarat menjadi Ketua
Negara Islam(penulis:pemimpin) ialah
1. Menganut Islam
2. Berilmu dalam perkara hukum syarak dan memahami masalah semasa
3. Adil yang cukup syarat
4. Kemampuan maknawi dan jasmani
5. Berpengaruh
Jika dilihat kepada lima syarat tersebut semua orang boleh berusaha menjadi pemimpin
tanpa mengira bidang kelimuan mereka. Asasnya ialah taqwa dan ilmu.
197
Fenomena Kafir Mengkafir
Seperti dijelaskan pada tulisan di atas, fenomena takfir atau kafir mengkafir menjadi
kemuncak kepada radikalisme keagamaan. Ia boleh menyebabkan umat Islam berbunuhan
sesama sendiri.
Fenomena takfir adalah fenomena mendunia bukannya di Malaysia sahaja. Dalam
konteks Malaysia, ia sudah bermula agak lama termasuk zaman konflik Kaum Tua dengan Kaum
Muda. Menurut Syeikh Yusuf al Qaradhawi, antara sebab timbulnya fenomena takfir ialah
1. Kekufuran dan murtad secara terang terangan dalam masyarakat
2. Terdapat sebahagian ulama mengabaikan tugas mereka terhadap kelompok yang benar-
benar kufur
3. kelompok Islam yang mahu mengamalkan al Quran dan hadith ditindas
4. Pemuda Islam yang cetek ilmu agama.
Manakala Abdul Hadi Awang merumuskan kepada dua sebab fenomena takfir berlaku
iaitu kebiadapan pemimpin terhadap Islam dan pendokongnya. Keduanya, kejahilan mereka yang
cintakan Islam yang tidak dapat mengawal perasaan marah dan bersemangat begitu tinggi
sehingga melenting dalam mempertahankan Islam.
Pada tahun 1970an, pemuda Islam dan mahasiswa Islam terpengaruh dengan pemikiran
Sayyid Qutb. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) antara pertubuhan belia yang dipengaruhi
oleh pemikiran Sayyid Qutb. Mereka menonjolkan gagasan radikalisme dengan penggunaan
toghut dan jahiliah terhadap gejala modernisme dan sekularisme di Malaysia. Presiden ABIM,
Anwar Ibrahim pernah menegaskan hanya dua golongan masyarakat sahaja yang ada iaitu Islam
dan bukan Islam.
198
Tokoh ABIM yang menjadi pengarang majalah Risalah milik ABIM iaitu Siddiq Fadzil
seringkali mengunakan perkataan toghut dalam penulisannya. Siddiq Fadzil juga pendamba
tegar pemikiran Sayyid Qutb dalam penulisan dan ucapan beliau. ABIM mengurangkan
pengungkapan pemikiran Sayyid Qutb apabila radikalisme merebak sehingga berlaku kafir
mengkafir. Pemikiran Sayyid Qutb ditinggalkan oleh ABIM setelah Anwar Ibrahim masuk UMNO.
Kemuncak kepada fenomena takfir adalah Peristiwa Memali dan tersebarnya Amanah
Haji Hadi. Amanat Haji Hadi mengemparkan negara apabila Abdul Hadi Awang didakwa
mendakwa UMNO kafir. Fenomena sebegini berlaku apabila PAS diasak secara keras dan
pemimpin pemerintah berucap yang boleh membawa kepada kekufuran.
Narcisisme
Narcisisme ialah satu penyakit mengagumi diri sendiri dan kurang memiliki kesediaan
mengakui hutang budi kepada orang atau kelompok lain.
Dalam gerakan Islam di Malaysia, kedengaran slogan ‘siapa lebih Ikhwan?’, ‘Kami wakil
Ikhwan Malaysia’, ‘kami jemaah paling lama di Malaysia’, ‘kami jemaah paling tulen’, ‘jemaah
kami paling berjasa’, ‘jemaah kami paling intelek’ dan pelbagai istilah yang mengagumi diri
sendiri. Walaupun apa yang dikatakan itu benar tetapi kebenaran itu boleh membuka ruang
perselisihan faham antara satu sama lain.
Gerakan mahasiswa Islam membawa bagasi sejarah yang mengagumkan. GMI
mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dan tokoh yang hebat. Kita tidak memerlukan
perkara sebegitu sebagai bahan kebanggaan tetapi anggaplah ia sebagai ibrah yang boleh
menyuluh perjalanan masa depan yang lebih cerah dan gemilang.
Antara persoalan narcisisme yang seringkali diungkapkan ialah siapa lebih Ikhwan? , Siapa
wakil Ikhwan di Malaysia?, Jemaah mana paling hebat?, jemaah mana paling lama?, jemaah
mana paling popular?, jemaah mana paling berjasa?. Tidak timbul persoalan narcisisme jika
199
mereka ihtiram (menghormati) orang (pemimpin) atau organisasi yang lebih khibrah
(berpengalaman) dalam memahami waqie' (realiti).
Dalam konsep berjemaah, kita tidak boleh membina jemaah baru jika sudah ada jemaah.
Menurut Said Hawwa, jika sudah ada jemaah, anggota ikhwan perlu menjadi tentera kepada
jemaah tersebut. Kekuasaan dan kepimpinan bukanlah keutamaan bagi Ikhwan jika sudah ada
negara dan jemaah Islam.
Dalam memilih jemaah Islam , kita perlu melihat kepada beberapa perkara:
1. kekurangan bersangkutan ushul atau sekadar berkaitan perkara furu’. Utamakan jemaah yang
mempunyai kekuatan ushul berbanding perkara furu’.
2. Kekurangan pemimpin dan ahli merupakan kelemahan diri seseorang bukannya kelemahan
jemaah.
3. Pilih yang mendekati kebenaran terhadap prinsip dan fikrah Islam.
Perjuangan pada hari ini memerlukan perkongsian kuasa dan pendekatan berhikmah.
Pemimpin GMI perlu ‘mencemar duli’ mendekati, belajar, berkongsi dan berwacana dengan GMI
daripada front lain atau front berideologi bertentangan.
Pembuangan narcisisme membolehkan GMI bergerak lancar melalui kebersamaan dalam
suatu isu dan bergerak dalam satu pasukan.
Neurosis
Tahap neurosis iaitu cara berfikir ahli politik tidak sama cara berfikir pengikut mereka.
Pengikut menyangka bahawa pemimpin mereka adalah pejuang padahal pemimpin mereka
adalah pencari kuasa yang menjunjung neurosis.
200