Sigmund freud mengemukakan pandangan bahawa anak lelaki bimbang kalau-kalau
ayahnya akan mengembirikannya atau castration anxiety. Justeru anak lelaki sentiasa berhasrat
menentang bapanya oediphus membunuh bapanya dan mengahwini ibunya.
Orang yang ikhlas dan lurus dalam perjuangan sangat mudah ditipu dan dimanipulasi oleh
pemimpin mereka. Pemimpin mereka pandai memanipulasi agama dan sentimen perkauman
serta penderitaan rakyat bagi menarik sokongan kepada perjuangan mereka.
Kita melihat ahli Parlimen kita berdebat dalam Dewan Rakyat dan berpencak dalam
ceramah dan sidang akhbar, tetapi boleh bergurau senda di kafe parlimen. Dimana keseriusan
dalam perjuangan?.
Mengubati Radikalisme dan Fenomena Takfir
ABIM melembutkan pendekatan dan pemikiran Sayyid Qutb yang menyelimuti mereka
dengan pengkajian terhadap buku Fiqhud Dakwah karangan Muhammad Natsir. Buku ini
memberi impak kepada pembinaan peribadi seseorang kader dakwah agar lebih berhikmah dan
sederhana dalam bertindak dan berfikir.
1. Menambah ilmu dengan memperluaskan dan mempelbagaikan bahan bacaan serta berguru
dengan pakar.
2. Mengkaji pemikiran dan pendekatan Imam Hassan al Banna
3. Pengkajian terhadap sirah Rasulullah S.A.W.
4. Islam sebagai cara hidup
5. Kritis terhadap pemikiran Barat dan Orientalisme bukannya mengimani mereka.
6. Kerja dakwah melalui pendidikan, kebajikan dan khidmat masyarakat bukannya bersenjata.
Menangani radikalisme, ektremis, pelampau memerlukan kesabaran dan ketabahan
melalui pendekatan hikmah; lembut, nasihat dan teguran. Kita tidak boleh menghalau para
201
pelampau kerana ia menyebabkan mereka menjadi lebih radikal dan ekstrem. Dan kita sendiri
tidak boleh melarikan diri atau keluar jemaah kerana ia menjadikan jemaah tersebut radikal.
Kebiasaanya, para pelampau keluar jemaah ekoran pendekatan hikmah para pemimpin jemaah.
Teras Politik Malaysia
Teras 1: Sejarah dan Asal Usul
Teras 2: Kestabilan politik terletak pada rakyat majoriti yakni Melayu-Islam-Bumiputera
Teras 3: Perlembagaan Malaysia
Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara Malaysia bergantung kepada sejauh
manakah rakyat Malaysia memahami kepentingan ketiga-tiga teras politik Malaysia. Jika salah
satu teras ini tidak difahami atau cuba diganggu oleh anasir-anasir berniat jahat, maka negara ini
boleh terjerumus ke lembah pengolakan dan konflik.
Terdapat beberapa kelompok menganggu teras politik ini ialah kelompok elit yang
berpendidikan tinggi dan berpengaruh, kelompok anak muda yang terbuka, kelompok bukan
Melayu-Islam dan kelompok NGO hak asasi. Sebahagian mereka mendokong ketetapan PBB yang
cuba menyeragamkan dunia dalam satu kriteria yang sama tanpa melihat tradisi dan suasana
negara-negara tertentu.
Jika rakyat bersedia mahu perubahan, semestinya satu referendum mesti dilakukan
bukannya mengubah negara melalui lorong belakang atas bantuan proksi politik.
Politikus Generasi Baru
Apa hakikat sebenar sebuah kehidupan?
Ia terletak pada diri kita sama ada memilih kebenaran atau keadilan. Maka, persoalannya
anda pilih apa, kebenaran atau keadilan?
202
Kung Fu Tze pernah ditanya. “Bagaimana seorang yang berakhlak itu menilai
keberanian?”. Kung Fu Tze menjawab : “Orang berakhlak lebih memberi keutamaan kepada
keadilan. Orang berakhlak yang berani tanpa keadilan menjadi pemberontak, orang kecil yang
berani tanpa keadilan akan menjadi penyamun”.
Keadilan adalah nilai sejagat yang amat penting. Dalam Islam, nilai keadilan sangat dititik-
beratkan. Cuma syarat mendahului keadilan itu adalah ISLAM yakni sebuah kebenaran hakiki.
Tun Mahathir Mohamad telah ditanya, sama ada memilih Keadilan atau Kebenaran?.
Beliau memilih keadilan.
Tanpa panduan spritual yang benar, kita akan memilih keadilan sedangkan kita
melupakan kebenaran hakiki.
Fathi Aris Omar (FAO) membuat premis seperti dibawah
P1 : Bagi penganut Islam, wahyu sentiasa benar. Tidak ada kritik atau sisi buruk wahyu.
Kebenaran mutlak.
P2 : Oleh itu, iman, aqidah atau kepercayaan muslim sentiasa benar
P3 : Oleh itu, hujah agamawan berdasarkan wahyu akan sentiasa benar
P4 : Tradisi itu menjamin kebenaran
Persoalan FAO ialah Islam yang ditafsir dan Islam dalam fikiran manusia yang diturunkan
kepada makna manusiawi. Apa yang penulis faham, FAO menyatakan sebahagian Islam adalah
pentafsiran manusia. Setiap pentafsiran manusia ada salah dan betulnya yakni tidak sakral-suci
kerana manusia tidak kudus.
Pada penulis, paling penting pentafsiran Islam ialah sumber rujukannya iaitu al-Quran dan as
Sunnah. Kedua, orang yang mentafsir Islam mesti beriman lagi bertaqwa. Ketiga, orang yang
mentafsir Islam mesti berilmu yang menguasai sumber rujukan Islam dan kaedah ilmu Islam.
203
Keempat, dalam Islam, ada perkara prinsip yang kekal dan ada perkara cabang yang boleh ditafsir.
Kelima, konteks zaman, keutamaan dan realiti semasa adalah asas kedinamika ijtihad. Keenam,
ijtihad berbeza diiktiraf sebagai rahmat untuk umat Islam. (Untuk kejelasan, sila baca Mohd Hapiz
Mahaiyadin, Memahami Proses Istinbat Hukum Syarak?)
Tahaluf Siyasi dan Ta’awun Siyasi
Tahaluf Siyasi adalah kerjasama politik atas kesepakatan bersama. Para ulama Islam
mempunyai dua pendapat menyokong atau membantah tahaluf siyasi. Punbegitu hukumnya
harus.
Perkara yang paling penting dalam bertahaluf ialah garis panduan yang meliputi dalil,
syarat dan sebab dalam mengeluarkan hukum berkenaan tahaluf siyasi dalam suasana politik
semasa.
Majlis Syura Ulama PAS bertindak memberi beberapa garis panduan dalam tahaluf siyasi
Pakatan Rakyat yang perlu diikuti oleh pemimpin dan anggota PAS iaitu
1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan
umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.
2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada
Pakatan Tahaluf.
4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6. Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan
tahaluf siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.
Pada 10 November 1998, PMIUM telah bekerjasama dengan wakil mahasiswa Cina dan India
melakukan tahaluf siyasi. Maka, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) atau lebih
204