The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa merupakan rakaman sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-01-22 20:19:44

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa

Liku-Liku Perjuangan Gerakan Mahasiswa merupakan rakaman sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia.

Keywords: gerakan mahasiswa

pestaria sudah diluluskan. Bagi meluluskan program itu sekurang-kurang 14 undi diperlukan.
Pihak HEP dan Gabungan bekerjasama menjalankan pestaria dengan meminggirkan suara ahli
MPP termasuk Presidennya, Yazid Othman. Menurut Yazid Othman, beliau kecewa Gabungan
dan HEP menggunakan nama Ungku Aziz untuk majlis makan malam amal yang diadakan pada
23 Jun 1980 dan nama Sultanah Kedah sebagai penaung pestaria itu dengan memasukkan acara
judi. Beliau tidak kisah Gabungan ingin melaksanakan program tersebut dengan syarat
bersungguh-sungguh mencegah acara judi.

Pihak Barisan PMUM bertindak tegas cuba menghapuskan judi sebagaimana termaktub
dalam AUKU 1971: Akta 30, Bahagian 1, Perkara 15. Cubaan ini menghadapi cabaran yang hebat
dimana banyak pihak seperti Gabungan, HEP dan akhbar tempatanmengecam kewibawaan
kerajaan pelajar Islam. Pihak Barisan PMUM telah mengarahkan gerai permainan berunsur judi
milik PMUM dihentikan pada hari Khamis. Mesyuarat tergempar dilangsungkan pada pukul 1.30
pagi tetapi Barisan PMUM gagal menghalang unsur perjudian apabila TNC, Zainal Kling
menggunakan kuasa mutlaknya dengan membenarkan amalan tersebut. Bagi mereka, usaha
pihak Barisan PMUM sebagai satu kegagalan dan tidak menarik keuntungan seperti tahun-tahun
lalu.

PMUM memperjuangkan moral dan etika yang sihat dengan kepatuhan prinsip-prinsip
Islam bukannya keuntungan semata-mata. Natijahnya, Yazid Othman dibicarakan di mahkamah
Universiti Malaya pada 19 Julai 1980 atas tuduhan menuduh HEP mencemari nama Sultanah
Kedah dan membuat kenyataan keras terhadap Musa Hitam tentang pengharaman penceramah
bukan anggota kerajaan di kampus. Mahkamah universiti telah mendenda Yazid Othman
sebanyak $75 ringgit melalui surat bertarikh 18 Ogos 1980 walaupun ramai pelajar beranggapan
Yazid akan digantung atau dibuang.

Dalam Pestaria 1983 pula tercetus kontroversi apabila pihak universiti membuat
perjanjian dengan Anita Sarawak tanpa pengetahuan PMUM. PMUM bertindak memulau
Pestaria 1983 kerana bertentangan dengan moral. PBMUM, PKPIM, ABIM dan Persatuan

101

Mahasiswa Pahang menyokong pendirian PMUM. Presiden PBMUM, Saifuddin Abdullah
mengecam TNC Mohd Yunus Mohd Nor kerana membelakangi PMUM dan program itu
menjuruskan mahasiswa ke arah maksiat. Pada tahun 1985 pula, PMUM (dikuasai oleh
Nasionalis) mengadakan konsert Sudirman bagi mengisi Tabung Mangsa Kebuluran di Afrika.
PMIUM di bawah pimpinan Misbahul Munir menentang konsert ini kerana Islam tidak
membenarkan matlamat menghalalkan cara. Namun, Naib Canselor meneruskan program ini.
Secara jelas, program maksiat dalam Pestaria seperti konsert dan judi tidak dapat dihapuskan
kerana HEP membentengi program maksiat tersebut.

Demonstrasi Anti Israel

Serangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200
buah kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan
Pembebasan Palestin(PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang
terdapat di Lebanon Selatan tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana
mereka dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut.
Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982 tetapi mencabul perjanjian
ini. Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Liga Muslim Sedunia dan Malaysia sendiri.

Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar.
PMUM, PMUKM, PMUPM dan ABIM (pertubuhan belia) melontarkan kemarahan di medan
demonstrasi. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan
AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982. residen PMUM, Ahmad Shabery Cheek
[kini, ahli parlimem Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika memberhentikan bantuan
senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir dan sologan anti
Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan pelarian-pelarian
mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.

102

Menegak Hak Asasi Pelajar.

Pelajar cuba menegak hak mereka sebagai warga universiti yang dewasa dan matang.
PMUM sebagai badan induk pelajar mahu hak asasi di universiti dipelihara. Oleh sebab itu,
PMUM mendesak agar kerajaan mengisytiharkan 10 Disember sebagai hari hak asasi selaras
pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa. Perjuangan hak
asasi manusia membawa satu peringkat baru di kalangan pelajar. Mereka lebih prihatin dengan
permasalahan semasa dan bercorak global. Sejajar perjuangan hak asasi kemanusiaan, PMUM
mendesak agar perundangan yang menyekat hak asasi seperti AUKU, Akta Polis dan ISA dikaji
semula. Ramachelvam sebagai Pemangku Setiausaha Agung PMUM mengatakan pelajar
dibelenggu oleh AUKU yang mengongkong pemikiran pelajar.

PMUM sesi 1981/82 mendesak AUKU pindaan 1975 dirujuk bahagian III perkara 15 dan
16 dimansuhkan. Segala kemudahan dan hak asasi PMUM sebelum akta dikembali semula seperti
perkhidmatan Bas, bangunan Baktisiswa dan hak kewangan sendiri. Hak untuk berforum juga
terhad. Walaupun PMUM pernah menganjur debat isu semasa bertajuk ‘Politik Malaysia: ke arah
mana?’ tetapi pengawalan HEP masih ketat. Buktinya apabila PMUM mahu mengadakan Kongres
Mahasiswa peringkat nasional, HEP telah menolak permintaan PMUM tanpa sebarang alasan
walaupun Kementerian Pendidikan sendiri tidak menghalang. Pihak HEP bersetuju jika Naib
Canselor bersetuju mengdakan kongres tersebut. Perkara ini menunjuk kedangkalan HEP kerana
program yang diadakan di Universti Malaya harus mendapat kebenaran pentadbiran Universiti
Malaya bukannya Naib Canselor universiti lain.

Kes pencabulan hak asasi pelajar yang cuba penulis paparkan ialah kes Yazid Othman,
mantan Presiden PMUM sesi 1979/80 yang membuat 2 saman untuk TNC Zainal Kling kerana
menganggu tugas-tugas PMUM. Saman susulan dilakukan oleh exco kanan PMUM 1979/80,
Muhamad Nur Anuar yang menegaskan HEP menekan dan mengongkong pelajar. Selain isu judi
dalam Pestaria 1980, TNC didakwa menekan penerbitan majalah Varsiti walaupun telah

103

diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dilulus sendiri oleh HEP. Penahanan majalah
Varsiti 1980 belaku semasa hampir pilihan raya kampus.

Kes kedua, pada 16 Mac 1985, pelajar Universiti Malaya berkumpul di depan DTC
membantah pencabulan hak asasi pelajar dan kebebasan akademik. Perhimpunan ini dilakukan
bagi mendesak pihak pentadbir varsiti agar menarik balik tuduhan terhadap rakan-rakan mereka.
Seramai 14 orang pelajar termasuk seorang siswi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir
dibicarakan kerana menonton video berbau politik bersama 50 pelajar yang lain di Kolej Pertama.
Video itu memaparkan pengebumian Osman Taib yang terbunuh ekoran pengaduhan di Lubuk
Tapah semasa pilihan raya kecil Padang Terap. Tontonan itu dikatakan menganggu keselamatan
dan kesentosaan varsiti. Mantan Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan mengatakan ia merupakan
satu pencabulan pihak pentadbir pro UMNO kerana didalangi oleh Senator Ghani Osman dan
Puan Jamilah(bekas pengetua dan pengetua kolej yang terkenal pro UMNO.

Isu penginapan pelajar antara isu hangat pada tahun 1986. Penginapan tidak mencukupi
dan kemudahan di kolej pada tahap minima menyebabkan pelajar memprotes pihak
pentadbiran. Isu penginapan pelajar tercetus semasa kempen pilihan raya umum tahun 1986.
Seramai 400 orang pelajar berdemonstrasi secara aman di Kolej Seksyen 17 apabila kemudahan
asas seperti air tidak mencukupi. Pada 7 Julai 1986, seramai 600 orang pelajar berdemonstrasi
mendesak pentadbiran memyediakan lebih banyak tempat penginapan tetapi Ungku Aziz telah
membuat polemik baru dengan menuduh PAS mendalangi demonstrasi itu PAS membidas
pentadbiran Universiti Malaya yang cuba mengalihkan kelemahan mereka dalam pentadbiran
kepada pengaruh PAS dalam demonstrasi. Nakhaie Ahmad menafikan keterlibatan PAS dalam
mempengaruhi pelajar.

Isu pemakaian purdah merupakan isu yang sensitif bagi gerakan pelajar Islam yang
mendokongi idea kesyumulan Islam. Penguasa Universiti Malaya telah mewajibkan larangan
pemakaian purdah semasa kuliah, tutorial, makmal dan perpustakaan. Isu pemakaian purdah
memuncak apabila pihak pentadbir UTM memecat Setiausaha Agung PMUTM, Ahmad Lufti

104

Othman [kini, penulis politik] pada 2 Jun 1986 apabila mempertahankan pemakaian purdah di
kampus UTM. Satu demonstrasi diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemecatan Lufti
yang disertai ahli gabungan BBMN.] PMUM dan PMUTM cuba mendapat bantuan guaman untuk
membela Lufti. Timbalan Presiden PMUM, Che Johan Che Pa menyatakan PMUM akan
menyediakan bantuan kewangan untuk menyeret pihak pentadbiran UTM ke mahkamah.

Kecaman Gerakan Pelajar Terhadap Kerajaan.

Gerakan pelajar di Universiti Malaya banyak membuat kenyataan mengecam penguasa
(kerajaan) terutamanya keceluparan para menteri semasa mengulas sesuatu isu. PBMUM telah
mengecam kenyataan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suhaimi
Kamaruddin [ketua Pemuda UMNO] di Parlimen pada 14 Oktober 1982 yang bersifat menghina
hukum Allah. Suhaimi menyebut; ‘Perundangan Islam di negara ini dilaksanakan mengikut
sunnah nabi mengambil kira kedudukan penganut Islam dan kemanusiaan’

Setiausaha Agung PBMUM, Husam Musa membidas kenyataan ini dengan menyifatkan
alasan ekonomi dan siasah (politik Malaysia bersifat plural) bukanlah alasan untuk menidakkan
hukum Allah. PBMUM mendesak agar Majlis Fatwa mengambilkan tindakan terhadap Suhaimi.
Selain kenyataan Suhaimi, kenyataan Musa Hitam dan Tunku Abdul Rahman turut dikecam
kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Islam.

Kes kedua, Menteri Perusahaan, Rafidah Aziz mengecam golongan pelajar universiti yang
gagal bertindak membawa masyarakat ke arah taraf hidup baik di dalam forum ‘Mahasiswa
Sebagai Elemen Sedar dan Ejen Perubahan untuk Membaiki Masyarakat’. Rafidah mengkritik
pelajar universiti yang pasif dan tidak mempunyai kesedaran akan peranan mereka membaiki
masyarakat. Pelajar hanya menggunakan AUKU sebagai alasan untuk menutup kelemahan.

Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan membidas kenyataan Rafidah kerana pelajar banyak
melakukan aktiviti ke arah membina masyarakat tetapi tidak mencapai matlamat disebabkan

105

AUKU. AUKU dilihat sebagai regalia untuk menyekat kebebasan kakitangan dan pelajar dalam
memyuarakan kritikan membina kepada kerajaan. Perkara didebatkan oleh Koh Tsu Koon(wakil
Barisan Nasional Tanjung) di Parlimen. AUKU menelurkan sifat kurang peduli mengenai
kebangunan politik dan sosio-ekonomi negara.

PMUM menegaskan mereka cuba membimbing masyarakat dengan mengadakan kelas
bimbingan untuk pelajar sekolah, khidmat kesihatan dan khidmat nasihat pertanian moden
melalui program baktisiswa. Namun, kemurnian hasrat PMUM selalu digagalkan oleh karenah
birokrasi yang cuba menghalang ketelusan program. Contoh, pelajar tidak boleh mendedahkan
bagaimana penyelewengan padi berlaku. Oleh itu, PMUM menyangkal kenyataan melulu
Rafidah.

Isu Penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Menjelang Jun 1983 terdapat 5 buah universiti di Malaysia. Pada 16 Ogos 1983,
Kementerian Pelajaran mengarahkan penubuhan universiti keenam dan dimulai pembinaan pada
1 Oktober 1983. Badan penyelaras dibentuk dan diketuai oleh Abdul Hamid. Universiti keenam
diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 1983 dan lawatan Perdana Menteri dilakukan
pada 16 Oktober 1983 ke tapak universiti keenam dan diberi nama Universiti Utara Malaysia.

Kenyataan kerajaan tentang penubuhan universiti ini dipandang dingin oleh PMUM. Presiden
PMUM sesi 1983/84, Takiyuddin Hasan mendesak agar kerajaan mengkaji semula
pembinaannya. Rasional yang diberikan oleh Takiyuddin adalah;

I. kekurangan tenaga akademik.
II. pembinaannya meningkatkan pengangguranc. pembaziran kerana varsiti yang ada boleh

mencapai tahap optimum

106

III. kedudukannya 20 km dengan sempadan Thai tidak menjamin keselamatan persekitaran
mendatang pengaruh tidak sihat kepada pelajar.

Secara rasionalnya penubuhan universiti memerlukan asas akademik yang kukuh melalui
pengalaman ahli akademik dan institusi itu sendiri. Pembinaan Universiti Malaya, Universiti
Pertanian Malaysia (cantuman Maktab Pertanian dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya)
dan Universiti Teknologi Malaysia mengikuti prosedur ini. Oleh sebab itu, kenaikan taraf Maktab
Teknik kepada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) disokong oleh PMUM dan PMUKM berbanding
dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Kenyataan PMUM dikecam oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri
Kedah, Zakaria Said mengecam PMUM kerana berpandangan negatif dan cetek akal daripada segi
idea pembangunan. Menurut Zakaria Said, penubuhan universiti baru akan menjana peluang
pelajaran tinggi kepada rakyat dan mengatasi permasalahan keselamatan secara langsung.
Pembinaan universiti keenam diteruskan dan beroperasi sementara di Bangunan UMNO Jitra
pada 15 Februari 1984 dan dilantik Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor pada 16 Februari
1984.

Serangan Amerika Syarikat ke atas Libya.

Konfrantasi Amerika dengan Libya semakin memuncak pada tahun 1986 berikutan
tuduhan Amerika terhadap Libya sebagai penaja keganasan sedunia. Pemimpin Libya, Muammar
Gaddafi dianggap berbahaya dan mengancam keamanan dan kesejahteraan dunia. Walau
bagaimanapun, hubungan Amerika dengan Libya telah dingin sebelum tahun 1980an lagi, api
kemarahan Amerika semakin membara apabila Libya menyerang pesawat Amerika di Teluk Sidra
pada 25 Mac 1986, pengeboman disko di Berlin dan pemgeboman pesawat TWA milik Amerika
di ruang angkasa Greek.

107

Pada 8 April 1986, Amerika menimbang menyerang Libya dan menghantar dua buah kapal
pengangkut pesawat ke Laut Mediterrean. Pada 15 April 1986, sebanyak 30 buah pesawat
Amerika yang membawa bom seberat 800 kilogram mengempur Istana Presiden Libya
menyebabkan 2 anak presiden cedera dan seramai 100 orang terbunuh. Namun, Gaddafi
terselamat daripada maut.

Tindakan ganas Amerika membawa kemarahan kepada masyarakat dunia termasuk di
Malaysia. Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia seperti UMNO, ABIM, Majlis Belia Malaysia dan
PKPIM telah mengutuk serangan Amerika. Pada 18 April 1986, PMUM mengadakan demonstrasi
di Baktisiswa dengan kelulusan HEP. Selepas Solat Jumaat, kepimpinan pelajar PMUM, PMUKM,
PMUPM dan PMUTM telah berkumpul di kedutaan Amerika. Mereka melaungkan takbir,
‘America Child Killer’ dan ‘bunuh Reagen’. Seramai empat orang pemimpin pelajar dibenarkan
masuk untuk memberi memorandum bantahan.

Akhbar tempatan menamakan kumpulan pelajar ini sebagai Gabungan Pelajar-pelajar
Universiti Seluruh Malaysia tetapi menurut Zulkifli Yusof [kini, pensyarah APIUM], kumpulan
pelajar ini adalah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang dianggotai oleh Presiden
MPP di kampus-kampus. Kebanyakan kampus pada masa ini dikuasai oleh kumpulan Islamis,
penubuhan BBMN memudahkan pelajar mengembleng tenaga bagi isu nasional yang
memerlukan kebersamaan.

KESIMPULAN

Secara idealnya, bab ini menjelaskan kebangkitan kelompok Islamis dalam mendominasi
politik kampus. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO membawa angin perubahan dalam
aliran kepimpinan pelajar Islamis apabila proksi PKPIM-ABIM yang pro-Anwar dinyahkan dalam
pimpinan PMIUM pada tahun 1983. Pimpinan baru yang pro-PAS telah melakukan regenerasi
agar kepimpinan ulama direalisasikan. Sejak tahun 1983 hingga sekarang (2004), pelajar Akademi

108

Pengajian Islam telah membentuk dinasti dalam kepimpinan tertinggi PMIUM sehingga sukar
bagi pelajar fakulti lain untuk menembusi saf kepimpinan PMIUM.

Perkara yang menarik dalam era 1980an adalah kewujudan forum pelajar seperti GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-didokongi oleh PMI di setiap kampus) dan BBMN
(didokongi oleh MPP setiap kampus) yang berjaya mengembleng tenaga pelajar untuk
menyelesaikan isu nasional dan antarabangsa yang memerlukan kebersamaan. Pengembalian
semula gerakan pelajar ini mengejutkan kerajaan sehingga pelbagai mehnah cuba dipraktikkan
termasuk penggunaan ISA. Oleh itu, era awal 1980an dilihat sebagai perintis kehadiran kuasa
politik pelajar Islamis dalam menggugat kerajaan semasa memperjuangkan isu kampus, nasional
dan antarabangsa.

109

BAB 6
TAHUN-TAHUN MELAWAN

(1990-1999)

“Muda adalah bodoh”

Era ini merupakan zaman keemasan Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) di negara ini. Dalam era ini,
berlaku pertembungan siapa lebih Islam dalam persaingan pengaruh antara GMI pro-PAS dengan
GMI pro-Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998 menjadi tahun penyatuan antara semua gerakan
mahasiswa dalam menghadapi cabaran kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato Seri (kini
Tun, 2019) Dr Mahathir Mohamad dari UMNO-BN.

Ia bermula pada tahun 1998 dimana Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana
Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada jawatannya ekoran kes liwat dan
rasuah. Pemecatan ini membawa negara kita ke kancah pengelutan politik yang dinama Zaman
Reformasi. Anwar Ibrahim merupakan lagenda gerakan belia-mahasiswa dan tokoh gerakan
Islam berpengaruh dalam kalangan masyarakat kampus. Kemuncaknya adalah penubuhan
GERAK dimana bermulalah era penyatuan gerakan mahasiswa Islam pro PAS bergabung dengan
gerakan mahasiswa Islam pro Anwar Ibrahim bersama gerakan mahasiswa aliran sosialis, gerakan
mahasiswa Cina dan India.

Tamrin Panjang: Model Pentarbiahan Jemaah Islam Kampus
Persoalan tamrin di Universiti Malaya pernah dimainkan oleh Maharajazhou yang telah

mendedahkan sistem pentarbiahan JIK UM. Ada pendapat persoalan pentarbiahan ini adalah
rahsia, namun hakikat ia bukanlah lagi rahsia pada zaman merentasi maklumat. Di Indonesia,
KAMMI dan GAMAIS menunjukkan silibus mereka secara terbuka. Lagipun ramai pemimpin
mahasiswa sendiri berhijrah mesra bersama UMNO parti yang dilawan dahulu. Dan sesiapa yang
mencari dan rapat dengan para pemimpin JIK akan ketemui apa yang dicari tentang gerakan
mahasiswa.

110

Pemilihan anggota dalaman JIK dilihat kepada individu yang berkualiti dan sudah ditarbiah
semasa di asasi atau matrikulasi dan sekolah. Di sekolah agama atau sekolah berasrama penuh,
pelajar telah ditarbiah lebih awal terutamanya pelajar yang terlibat dalam BADAR. Selain itu,
anggota juga dipilih berdasarkan risikan anggota dalaman semasa minggu orientasi.

Tamrin Panjang atau TAMPAN pro PAS mulai dilakukan setelah Anwar Ibrahim masuk
UMNO. Ketika gerakan mahasiswa Islam pro PAS menjatuhkan proksi Anwar dalam pemilihan
PMI. TAMPAN dikatakan digubal-fikirkan oleh Muhammad Hussin, Presiden PMIUM pada tahun
1983. Maharajazhou mendakwa TAMPAN digunakan sebagai alat penghasilan rekrut baru PAS.

Muhammad Hussin juga mengambil model tarbiyyah JIM/IRC yang diambil langsung dari
pentarbiyyahan Ikhwan. Muhammad Hussin sebenarnya ketika itu dilatih dan ditarbiyyah oleh
dua naqib dari IRC/JIM/Ikhwan iaitu Ustaz Alias Osman dan juga Ustaz Nik Ahmad Kamil.Oleh itu,
TAMPAN dan tarbiyyah PMI juga berteraskan manhaj dan silibus Ikhwan tetapi dibina lebih untuk
tujuan membina kader politik dan bukannya dai'e.

JIK akan memilih sesiapa yang layak untuk diTAMPANkan. Proses pertama dengan
Operasi Gerak Gempur (OGG) untuk menyambut mahasiswa baru. OGG dimulakan sebelum dari
bermulanya sesi pengajian. Sasarannya ialah untuk memastikan bahawa terdapat wakil untuk
Pembantu Pelajar/Pembantu Mahasiswa dari kalangan ahli JIK yang sudah mengikuti TAMPAN.
Di Indonesia, OGG dikenali sebagai Penyambutan Mahasiswa Baru (PMB).

Mereka yang mempunyai posisi dan pengaruh di peringkat Kolej ini diarahkan untuk
memohon sebagai Pembantu Pelajar/Mahasiswa.(PP/M) Biasanya, mereka yang memohon ini
adalah ahli kepada Balai Islam ataupun dahulunya JKP yang menjaga hal ehwal agama/surau
Kolej.

Ahli Kolej yang tidak berjaya ataupun tidak memohon sebagai PM/P akan bertugas
sebagai samada penyambut di stesen-stesen Bas ataupun sebagai runner di rumah jamaah untuk

111

mengumpul maklumat tentang perjalanan Minggu Haluansiswa/Orientasi. Mesyuarat dijalankan
untuk mengenalpasti ancaman, peluang, kelemahan dan kekuatan (SWOT) setiap PM/P, Penyelia
dan pengetua serta Kolej keseluruhannya bermula sebelum haluansiswa sehinggalah tamatnya
haluansiswa.

Sejak tahun 2003, jawatan PM mulai ditapis oleh HEP. Hanya segelintir sahaja AU dan
simpatis JIK berjaya menjadi PM.Dari mingguan orientasli (Haluansiswa) PM/P JIK bertindak
untuk menjaga ahli Jamaah dari Nilam Puri yang sudahpun dibai'ahkan serta mencari muka-muka
baru dari kalangan Asasi, Matrikulasi ataupun STP yang berpotensi untuk direkrut sebagai AU.
Sebenarnya terdapat lujnah khas untuk merapatkan hubungan Nilam Puri dengan kampus KL.

Selepas tamat sahaja haluansiswa, usrah akan dijalankan. Dulu usrah dikenali sebagai
Quranic Group.Mereka yang turun ke surau menjadi sasaran utama kepada usrah ini. Naqib ini
mestilah seorang yang sudah mengikuti TAMPAN.

Mereka yang berjaya diumpan mengikuti usrah akan dibahagi- bahagikan mengikut
kumpulan mengikut kolej masing-masing. Malahan, di Universiti Malaya, kolej-kolej dibahagikan
mengikut zon-zon, seperti kolej 3,4,7 diletakkan di bawah satu zon yang sama untuk
memudahkan perjumpaan sebelum tamrin pertama dijalankan.

Silibus untuk usrah sebelum tamrin pertama dijalankan adalah ringan melibatkan
perkara-perkara asas dalam Islam. Ini untuk mengelakkan syak wasangka disamping
menyediakan asas kepada anak -anak usrah yang rendah asas agamanya kepada Islam.

Tamrin yang pertama bersifat relaks dan rekreasi. Tamrin ini boleh diletak dalam program
LAKIUM PMUM bagi mendapat peruntukan Universiti kerana tidak disedari pihak pentadbir
bahawa ia sebenarnya adalah proses perkaderan JIK/PMI. Lain ditulis di kertas kerja, lain pula
dibuatnya. Dalam tamrin ini, tiada unsur politik dimasukkan. Kebanyakan pengisiannya adalah

112

perkara asas agama. Tamrin ini biasanya diberi nama Kem Kefahaman Islam ataupun nama-nama
lain untuk mengaburi pihak pentadbiran Universiti dan juga Kolej.

Terdapat beberapa tamrin yang dilaksanakan sebelum TAMPAN dijalankan. Usrah-usrah
dan tamrin yang akhir sebelum TAMPAN barulah dimasukkan unsur-unsur politik terutamanya
dalam kejelasan fikrah anak usrah. Sebelum tamrin pra TAMPAN ini pun, anak-anak usrah diminta
memilih jamaah yang benar dan tidak mengikuti jamaah-jamaah yang lain. Ketika ini, anak-anak
usrah susah mengetahui bahawa mereka tidak sepatutnya keluar bersama Jamaah Tabligh di
hujung minggu ataupun menyertai perkumpulan usrah JIM ataupun ABIM.

Di tamrin pra TAMPAN ini, anak-anak usrah akan mula dinilai sama ada mereka sesuai
untuk dibawa ke TAMPAN ataupun tidak. Penilaian ini akan dibawa di peringkat Kolej dan Mas'ul
Kolej a (Wakil Amir/Presiden PMI) akan membawa senarai nama-nama untuk diputuskan samada
sesuai untuk dibawa ke TAMPAN ataupun tidak oleh mesyuarat yang dikendalikan oleh Lajnah
Tarbiyyah.

Kebiasannya, calon-calon akan dibawa melainkan terdapat syak yang besar seperti calon
adalah perisik/SB ataupun tidak langsung ditarbiyyah ataupun tidak pernah langsung mengikuti
usrah ataupun tamrin. Merit yang tinggi akan diberikan kepada anak usrah yang terang
menyokong PAS dan mengikuti usrah serta tamrin dengan lengkap. TAMPAN berbeza dengan
tamrin yang disebut sebelum ini kerana ia melibatkan:

1) Masa yang "panjang" iaitu lebih kurang seminggu
2) Bai'ah, tamrin biasa tidak mempunyai bai'ah dan anak usrah tiada ikatan dengan PMI
3) Sesi Ta'ruf ataupun sesi viva/soal jawab dengan bekas-bekas JIK yang diketahui "hebat"

seperti pernah memegang jawatan dalam PMI/JIK
4) Unsur paksaan dan tekanan psikologi kepada ahli

Biasanya TAMPAN akan diadakan pada cuti panjang semester yakni di semester 1 dan 2
ataupun antara sesi. Anak usrah yang "berjaya" ke TAMPAN diminta menghadiri kem semasa

113

cuti. Mereka juga tidak diberitahu destinasi kem ataupun tamrin tersebut dan diminta menipu
ibu bapa mereka tentang perjalanan mereka. Anak-anak usrah ini akan dikumpulkan dan dihantar
ke destinasi menaiki bas ataupun dihantar sendiri oleh Naqib mereka ke destinasi TAMPAN.

TAMPAN pernah diadakan di markaz PAS seperti di Taman Melewar. Anak-anak usrah
yang malang ini tidak dibenarkan untuk memberitahu pengisian, lokasi dan suasana di dalam
TAMPAN kepada ibu bapa mereka jikalau mereka dibenarkan berkomunikasi melalui telefon
awam. Telefon bimbit dirampas sehinggalah program tamat untuk keselamatan program
TAMPAN.

Kehadzaran ataupun sifat awasan/berhati-hati adalah perkara yang dititikberatkan oleh
urusetia TAMPAN untuk memastikan program ini tidak dikesan oleh pihak Universiti terutamanya
Keselamatan, HEP dan juga Polis. Urusetia juga dipastikan tidak membocorkan rahsia
terutamanya orang luar yang mungkin disangkakan sebagai SB dan sebagainya.

TAMPAN mendapat sumber kewangannya dari Pemuda PAS, alumni-alumni PMI25 serta
kewangan Jemaah sendiri. Kewangan ini penting untuk pengangkutan seperti bas dan kereta
sewa, serta makanan peserta. Makanan peserta disediakan secara talam dan peserta dibiasakan
dengan perkara ini sejak tamrin pertama lagi.

Namun, makanannya adalah sangat asas iaitu kadangkala hanya melibatkan air teh, nasi
dan ikan kering untuk makan tengah hari dan makan malam. Biskut kering dan air teh diberikan
sebelum tidur. Makanan ini lebih teruk dari makanan di dalam penjara. Peserta juga diberikan

25 Jemaah Islam Kampus (JIK) menguasai PMI dan persatuan-persatuan mahasiswa yang lain. Dalam JIK UM
mengkategorikan anggota kepada tiga T bagi lelaki, B bagi perempuan fakulti pengajian Islam dan I (Islah) bagi
perempuan fakulti sains. Mereka membahagikan mahasiswa kepada dua iaitu Ahli Unit (AU) dan Bukan Ahli Unit
(BAU). Selain itu, terdapat alumni JIK yang berperanan membantu JIk dari segi tarbiah dan dana. Antara yang terkenal
ialah UKP UM (Usrah Kebajikan Profesional) dan JASA UKM. Selain alumni induk JIK, terdapat juga alumni
berdasarkan batch. Dalam kes UM, batch paling berjaya dilihat ialah Generasi Dinamik (GD) yang berjaya
menubuhkan NGO yang tersendiri. Asal usulnya, JIK model IRC dan kemudian diurus tadbir oleh PAS dengan nama
Unit Kader PAS (UKP) oleh Ustaz Harun Taib dan lain-lain.

114

tidur yang minima kerana pengisian dan sesi ta'ruf sehingga 12 malam dan dikehendaki bangun
untuk qiamullail dan perkara ini berterusan sehinggalah bai'ah dilakukan.

Sebelum TAMPAN dimulakan, peserta dikehendaki mengisi borang soal jawab yang
bertanyakan soalan peribadi dari asal negeri sehinggalah pemimpin kegemaran. Borang soal
jawab ini dinamakan borang ta'ruf dan ia akan digunakan untuk sesi ta'ruf.

Sesi ta'ruf merupakan manifestasi kedua terpenting selain dari bai'ah. Di dalam sesi ini,
urusetia TAMPAN akan menjemput seorang ataupun dua orang samada bekas ahli JIK yang
dipercayai(thiqah) samada bekas pimpinan ataupun kepimpinan JIK yang masih ada di dalam
kampus.

Tugas pena'ruf ini adalah untuk membersihkan fikrah peserta TAMPAN supaya
menyokong PAS dan beriltizam dengan jamaah. Kebiasanya peserta akan diberi borang yang
mengandungi soalan . Sesi ini adalah sesi brainwash dan juga peserta akan ditanya oleh pena'ruf
tadi seperti polis menyoalsiasat penjenayah di hadapan peserta lainnya. Ia merupakan sesi yang
paling digeruni peserta dan peserta yang tidak dapat memberikan jawapan mengikut "skema"
akan dimalukan dan "dibetulkan" fikrahnya oleh pena'ruf tadi. Pena'ruf-pena'ruf yang popular
biasanya adalah bekas-bekas Presiden PMI ataupun bekas-bekas pemegang jawatan dalam
PMI/PMU.

Antara unsur menakut-nakutkan peserta adalah dengan urusetia Disiplin yang menjaga
disiplin peserta dengan watak ganas dan tegas. Selain itu, peserta ditakutkan dengan gimik
seperti SB dan polis untuk menambahkan unsur ketakutan kepada mereka. Persoalan ini menjadi
perbahasan dimana ada pihak menyaran agar unsur kekerasan atau fizikal tidak perlu digunakan
aktiviti pengkaderan. Ini berlaku pertentangan pendapat antara senior dengan junior dalam GMI.

Selain dari itu, di dalam TAMPAN ini juga pemimpin-pemimpin PAS akan dijemput untuk
memberi ceramah. Pimpinan PAS dari peringkat Pemuda sehinggalah Presiden PAS akan

115

dijemput atas alasan bertemu mahasiswa. Biasanya, kunjungan ataupun ceramah ini diberikan
bersesuaian dengan jadual oleh pimpinan PAS ini ke markaz yang dilawati. Oleh itu, pengetahuan
mereka tentang TAMPAN tidak dinafikan, anya, mekasnisme perlaksanaannya mungkin agak
kabur bagi pimpinan yang bukan dari Dewan Pemuda.

TAMPAN berakhir dengan bai'ah. Kebiasaannya, kesemua peserta setuju untuk
dibai'ahkan. Jika terdapat peserta yang masih kurang jelas fikrah, dia akan diasingkan dan
dibrainwashkan oleh Pengarah TAMPAN ataupun Urusetia Disiplin sehinggalah dia bersedia
diTAMPANKAN. Terdapat juga kes-kes peserta yang dihantar pulang tetapi terlalu sedikit.

Majlis Bai'ah adalah majlis yang besar dan menjemput ahli jamaah yang berkesempatan
terutamanya Naqib-naqib yang tidak menyertai urusetia TAMPAN dan juga pimpinan di setiap
peringkat Jamaah Kampus. Bai'ah dilakukan oleh peserta-peserta TAMPAN dengan dihadiri oleh
Murabbi Kampus(dari ex-PMI, kebiasannya pensyarah Universiti , ahli mesyuarat kampus dari
mas'ul-mas'ul kampus, amir dan amir serta ahli majlis tertinggi jamaah dan exo-exconya
berhadapan dengan peserta.

Di dalam majlis ini, peserta berbai'ah untuk bersama dengan Jamaah dengan disaksikan
oleh ALlah SWT dan juga makhluk-makhluknya. Dan mereka diminta untuk dilaknat jikalau
mereka melanggar bai'ah demikian. Oleh itu, satu bai'ah telah dimetrai oleh peserta TAMPAN
dengan jamaah. Ini merupakan kemuncak kepada pentarbiyyahan JIK /PMI terhadap anak usrah
mereka.

Kemudiannya, mereka akan dibahagikan kepada unit masing-masing. Jika siswa, diberikan
unit TAMPAN, dan siswi pula dibahagikan kepada Bina' iaitu siswi Akademi Pengajian Islam serta
Islah iaitu yang non-API. Sebelum pengenalan unit TAMPAN, unit ini dikenali sebagai Syabab
ataupun Pemuda.

116

Selepas majlis bai'ah, mereka yang mengikuti majlis ini akan dihidangkan dengan
makanan yang istimewa oleh urusetia dan masing-masing terutamanya peserta dan pengarah
serta urusetia disiplin akan memohon maaf dan minta halal-menghalalkan di antara satu sama
lain. Peserta-peserta yang sudah diTAMPANkan ini dibenarkan pulang dan diminta untuk
merahsiakan program ini dari pengetahuan ibu bapa ataupun saudara mereka setelah pulang di
kampung halaman masing-masing.

Pada tahun 2001, negara kita telah digemparkan dengan pendedahan seorang mahasiswi,
Wan Norhayati Wan Alias tampil mendedahkan mengenai modus operandi gerakan bawah tanah
di kampus. Seingat penulis, ekoran kes ini PMIUTM telah digantung.

Wan Norhayati mendakwa Hizbul Islami(HI) dan Markaz Siswazah Kelantan(MSK)
menyusupi PMIUTM. Beliau memberitahu pengkaderan HI terbahagi 3 iaitu Tamrin Jelas Fikrah,
Tamrin wala’ dan Tamrin Nuqaba. Kemudian mahasiswa tersebut terpaksa baiah.

Isu Tanah Kampung Pulau Kundur, Melaka
Jika mahasiswa sosialis pada akhir tahun 1960an boleh berbangga dengan isu tanah Teluk

Gong, mahasiswa Islamis juga menunjukkan belang mereka dalam isu tanah rakyat semasa era
1990an di Pantai Kundor, Melaka. Kerajaan Negeri Melaka dengan menggunakan Akta
Pengambilan Tanah 1992 secara sewenang-wenangnya untuk merampas tanah rakyat nelayan.

Dalam tempoh 1991 hingga 1994, pelbagai cara digunakan untuk merampas tanah
nelayan seperti pemotongan bekalan air, elektrik, telefon, Pos dan sekatan pengangkutan awam
ke kampung Pantai Kundor. Akibat daripada itu, masyarakat kampung terpaksa bergelap dan
menggunakan perigi dalam kehidupan seharian mereka. Pada 18 Ogos 1994, pihak berkuasa
menangkap 12 orang penduduk kampung dan mengancam penduduk dengan anjing. Tindakan
rampasan tanah ini tidak wajar kerana tanah yang dirampas termasuk tanah wakaf, dua buah
masjid iaitu Masjid kampung Kundor dan masjid kampung Pantai Merah.

117

Pada 10 September 1994, negara digegarkan dengan demonstrasi mahasiswa di
perkarangan komplek pentadbiran negeri Melaka yang disertai 500 orang pelajar dari Universiti
Malaya, UTM, UKM, UPM, USM dan Maahad Tanfiz. Golongan mahasiswa telah bergabung di
bawah Jawatankuasa Bertindak Hak Asasi Rakyat, Universiti Tempatan bagi menghalang kerajaan
negeri merampas tanah nelayan. Demonstrasi cuba disuraikan oleh polis dibawah pimpinan
penolong Pesuruhjaya polis Melaka Tengah, Mat Drus Sudin tetapi tidak diendahkan dan pelajar
menuntut wakil mereka bertemu Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik tetapi
Ketua Menteri berada di luar negara kerana isu pencabulan gadis di bawah umur. Empat wakil
pelajar yang diketuai oleh Adly Zahari26 dan Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar,
Dr. Mohd Nasir Hashim dibenar bertemu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Jemal Zainal
Kassim yang menerima memorandum bantahan.

Keganasan Serb Ke atas Masyarakat Islam Bosnia
Pada 18 Ogos 1992 Satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak kereta

Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di samping mendesak
PBB melindungi umat Islam di negara tersebut. Pada 27 September 1991, satu pertemuan antara
Jemaah ABIM, JIM dan al-Arqam dengan pihak PMIUM diadakan untuk bersama-sama
melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta da'wah terhadap non-muslim.

Pemusnahan Masjid Babri, India oleh Pelampau Hindu
Ustaz Zuhdi Marzuki (kepimpinan PMIUM) telah mewakili GAMIS sebagai salah seorang

ahli panel mengutuk pemusnahan Masjid Babri di India.

Kedatangan Rombongan Kriket Israel
Cubaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel perlu dihalang.

Menjalinkan hubungan diplomatik bermakna Malaysia mengiktiraf Israel sebagai negara yang
sah. Bibit-bibit usaha merapati Israel dilihat semakin menonjol apabila Pengerusi Kumpulan
Melewar Corp. Sdn Bhd, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman pada 6 Julai 1994 bahawa beliau

26 Pernah aktif dalam PAS sebelum masuk PAN. Kini menjadi Ketua Menteri Melaka (2018)

118

telah berkunjung ke Israel, iaitu rakyat Malaysia pertama ke Israel sejak 1957. Pada 6 hingga 9
Julai 1994, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ketika berada di Paris, dilaporkan
menemui pemimpin Zionis, Yitzhak Rabin dan Shimon Peres, iaitu masing-masing adalah Perdana
Menteri dan Menteri Luar Israel.

Pada 21 Mac 1997, Kerajaan Malaysia telah meluluskan visa untuk membenarkan
pasukan Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket
Antarabangsa (ICC) di Kuala Lumpur.

Pada 25 Mac 1997, satu demonstrasi dilakukan di Dataran Merdeka diketuai Timbalan
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abu
Bakar Chik mengetuai pemuda-pemuda bersama Haji Mohamad Sabu (Naib Ketua), Haji Mahfuz
Omar (Setiausaha), Salahuddin Ayub (Ketua Penerangan) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Ketua
Pemuda Selangor). Kemudian siri-siri bantahan dibuat di peringkat negeri di Negeri Sembilan,
Pahang, Kelantan dan Perak.

Pada 28 Mac 1997, Mahasiswa Islam dari UM, UPM, UKM, UTM, UIAM dan ITM tekah
mengadakan demonstrasi di depan UM pada 28 Mac 1997 sedangkan Dewan Pemuda PAS
mengadakan bantahan di negeri masing-masing pada hari yang sama.

Kemuncak kepada bantahan ini dibuat di Masjid ar-Rahman pada 4 April 1997 dengan
dipimpin oleh Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ustaz Misbahul Munir Masduki, di mana
para demonstran telah diserbu oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan bom asap dan
semburan asid yang mengakibatkan 250 orang ditahan di lokap Balai Polis Brickfield. Selain
ditahan, ramai peserta bantahan ini yang turut mengalami kecederaan. 44 orang daripada
mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1998. Perhimpunan yang
disertai oleh lebih 2,000 demonstran ini diadakan di depan Masjid ar-Rahman, Universiti Malaya
sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

119

Setelah hampir tiga bulan dibicarakan, pada 20 Oktober 1997, empat orang telah
dipanggil membela diri, manakala 40 yang lain dibebaskan. Mereka yang dipanggil membela diri
ialah Haji Mahfuz Omar (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Salahuddin Ayub (Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Minghat Mahmud (Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka) dan
Jamaluddin Abdul Manaf (Pak Amjal) (Ketua Cawangan PAS Flat UDA, Lembah Pantai). Mereka
didapati bersalah pada 10 November 2000 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500
atau penjara sebulan. Ustaz Minghat yang uzur ketika itu memilih untuk membayar denda,
sedangkan tiga yang lain memilih dipenjara. Mereka kemudiannya dibebas pada 8 Disember 2000
setelah sebulan ditahan di Penjara Kajang.

1998: Tahun Penyatuan Gerakan Mahasiswa
Peristiwa pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri

Anwar Ibrahim mengejutkan dunia. Anwar Ibrahim merupakan lagenda gerakan belia dan
gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa pelbagai front telah bersatu dan bersepakat
mempertahankan Anwar Ibrahim.

Beberapa persatuan peringkat kebangsaan seperti Gabungan Mahasiswa Islam
Semalaysia (Gamis), Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kelab Rakan Islah
Malaysia (Karisma-JIM) bersama pertubuhan-pertubuhan bebas pelajar seperti Universiti
Bangsar Utama (UBU), Dema, Gerakan Mahasiswa Lantang (GMLN) telah bersatu dan bersepakat
dalam membuat kenyataan tentang isu-isu semasa termasuk termasuk bantahan terhadap
penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) masalah kemiskinan
dan polisi negara yang pincang.

Tempoh pasca 1998 memaparkan betapa hebatnya dominasi GMI dalam politik kampus
dan keterlibatan secara aktif GMI dalam politik nasional. Ia dianggap kemunculan kembali
gerakan mahasiswa di pentas politik nasional.

120

ISA adalah akta yang zalim dan digunakan secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan
untuk menghapuskan musuh politiknya. Akta ini digunakan secara berleluasa selepas kejatuhan
Anwar untuk menghapuskan pengaruh parti oposisi dan kroni Anwar Ibrahim. Pada 23 Oktober
1998, BBMN dan GAMIS telah bekerjasama mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan
menghapuskan ISA di Masjid UKM. Pada 1 Ogos 2000, GAMIS, PKPIM, DEMA dan 68 badan NGO
Malaysia menghantar memorandum agar ahli parlimen memansuhkan ISA. Pada 1 Mei 2001,
Majlis Gerakan Mansuhkan ISA dilancarkan dan ia diterajui oleh Ustaz Fadhil Nor, Presiden PAS
yang berkerjasama dengan PRM, DAP, JIM, SUARAM, PUM, PSM dan ABIM. Pada 11 Mei 2001,
Mohd. Fuad Ikhwan [Timbalan Presiden BBMN] menghantar memorandum mendesak kerajaan
mansuhkan ISA dan bebaskan 10 tahanan ISA kepada Ketua Polis Negara.

Susulan itu pada 12 Mei 2001, seramai 200 orang mahasiswa menghadiri perhimpunan
pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA [GMMI] di dewan kuliah, Akademi Pengajian
Islam, UM. Kamarulzaman Abdullah [Presiden GAMIS] dan Muhd Faisal Abdul Rahman [Presiden
PMIUM] memberi pidato dalam perhimpunan tersebut yang dihadiri wakil-wakil gerakan
mahasiswa seperti DEMA, KARISMA, PKPIM dan PMUM. Pada 8 Jun 2001, GMMI, PKPIM, DEMA,
UBU dan SPPUM telah melakukan demonstrasi mansuhkan ISA di Masjid Negara yang dihadiri
200 orang mahasiswa.

Pemecatan Anwar Ibrahim dengan fitnah dan kezaliman yang dilakukan kepadanya
menyebabkan GMI bangkit menentang ketidakadilan dan kezaliman kerajaan. Pada 2 Oktober
1998, GAMIS di bawah pimpinan Zaharuddin Abdul Rahman dan PKPIM telah menyertai PAS,
PRM, DAP, SUARAM, PUM, PSM dan ABIM untuk menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia
[GERAK]. Pada 4 September 1999, GAMIS menyertai perhimpunan Sejuta Reformasi di Dataran
Merdeka untuk membantah penahanan Anwar Ibrahim dan penglebaman matanya. Pada 17
September 1999, BBMN dibawah pimpinan Borhan Che Daud dan GAMIS [Presidennya
Borhanuddin Ahmad] bersama-sama PKPIM, DEMA, GMLN, KARISMA dan Sekretariat Pelajar
PUM [SPPUM] telah mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas DSAI ekoran kes
keracunan Anwar Ibrahim di dalam penjara.

121

Pada 12 Oktober 1999, satu perhimpunan menyokong Anwar diadakan di APIUM di
bawah pimpinan Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden GAMIS dan PMIUM. GMI melalui GAMIS
dan PKPIM berkerjasama dengan Universiti Bangsar Utama [UBU, juak sosialis dibawah kelolaan
Jonah] memainkan peranan penting untuk mengerakkan perhimpunan Black 14 pada 14 April
2001 dan majlis penyerahan memorandum rawatan Anwar pada 25 Mei 2001. Secara
keseluruhannya, GMI merupakan antara tonggak utama yang berjuang untuk mendapat keadilan
dan hak asasi untuk Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim membawa satu rahmat kepada gerakan
mahasiswa, dikatakan membangkit harimau muda daripada tidurnya. BBMN dan GAMIS sendiri
dengan berani mengadakan beberapa siri demonstrasi mendesak Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohammad meletakkan jawatannya. Demonstrasi pertama diadakan di Lebuhraya
Persekutuan pada 30 November 1998 dihadiri 1000 orang mahasiswa, kedua di Masjid Ar
Rahman pada 9 Oktober 1998 dan ketiga, di luar pintu USM pada 18 Disember 1998. GMI juga
mengembalikan keterlibatan secara rasmi gerakan mahasiswa di dalam pilihanraya umum
sebagaimana dilakukan oleh mahasiswa sosialis pada pilihanraya umum tahun 1969 dan 1974
dahulu.

Pada 27 Februari 1999, BBMN dan GAMIS sekali lagi mengadakan demonstrasi di DTC
ekoran pemecatan Dr. Chandra Muzaffar daripada jawatan Pengarah Pusat Dialog Peradaban
UM. Pemecatan Dr. Chandra tidak sah kerana beliau masih mempunyai kontrak dengan UM dan
pentadbiran UM didakwa terpaksa memecat Dr Chandra atas desakan pihak atasan apabila
beliau lantang mengkritik kerajaan dan terlibat dalam ADIL [Dr. Chandra berjaya dalam kes
samannya terhadap pentadbiran UM]. Pemecatan Rizal Anan ekoran keterlibatan dalam
piliharaya kecil Arau dan pengantungan Mohd Shazwan Dzulkifli kerana terlibat dalam Ikhwan
Utara dan GAMIS telah menyebabkan GAMIS dan BBMN mengadakan perhimpunan menyokong
Rizal di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Oktober 2000 dan mengutuk pengantungan
Shazwan. Pada 19 Januari 2001, 10 badan gabungan BBMN dan I5 gabungan GAMIS menghantar

122

memorandum agar kerajaan menghapuskan caj 4% PTPTN yang dianggap riba dan menindas
mahasiswa yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan terus membenarkan
PTPTN meneruskan caj 4% walaupun beberapa mufti menyatakan caj seumpama itu berunsurkan
riba.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) semakin berpengaruh dalam kalangan
mahasiswa Islam. Pada awal tahun 2000an, GAMIS dibawah pimpinan Kamarul Zaman (USM)
manakala Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) diterajui oleh adalah Ahmad Fadli Yusof
(UIAM). Antara isu yang diperjuangkan oleh mereka ialah

i. Kos perkhidmatan 4% PTPTN. Mahasiswa dengan diketuai GAMIS telah berjumpa
dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga perbicangan dengan beberapa
cendikiawan Islam. Beberapa MPP kampus juga telah mengadakan perbincangan
dengan pegawai PTPTN. Kemuncaknya ialah penyerahan memorandum dengan
diketuai oleh Faisal Abd. Rahman (Presiden PMIUM/SU GAMIS). Perhimpunan
tersebut telah disertai lebih 500 orang pelajar dan mendapat liputan muka hadapan
akhbar pada hari berikutnya.

ii. Memorandum Hasrat Mahasiswa Negara kepada PM berkenaan dengan Rancangan
Jangka panjang 3 (Dasar Wawasan Negara), ISA dan AUKU.

iii. Penyerahan laporan rasmi mahasiswa oleh Gabungan Mahasiswa Mansuhkan ISA
(GMMI) diketuai oleh BBMN kepada SUHAKAM berkenaan penindasan AUKU
terhadap hak asasi mahasiswa dan para ahli akademik.

iv. BBMN juga telah menyerahkan format cadangan untuk pelaksanaan MPPK. Namun
demikian, cadangan ini telah ditolak dan pelaksanaan MPPK telah banyak dipertikai
sehingga hari ini.

123

GAMIS dan BBMN mengadakan manifesto sendiri yang dihantar pada 21 November 1999
kepada Perdana Menteri dan pada 27 November 1999, BBMN dan GAMIS secara terbuka
menghantar memorandum menyokong Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999. Bukan
itu sahaja, GAMIS melalui Presidennya, Zaharuddin Abdul Rahman27 secara terang-terangan
berpidato di ceramah PAS [14 Oktober 1999 & 11 Julai 2000] dan forum parti Keadilan [14 Julai
1999]. Selama ini, GMI hanya bergerak di sebalik tabir dalam membantu PAS semasa pilihanraya
umum. Keberanian GMI menghadapi risiko boleh dipuji dan dikagumi. Fenomena keluarbiasaan
ini agak sukar dilihat dan mungkin sekali dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Perjuangan GMI
pasca 1998 cukup lantang walaupun keterlibatan massa lebih kecil daripada gerakan mahasiswa
sosialis pada tahun 1974.

Kerinchi Link dibinakan sebagai jalan pintas dari Lebuhraya Persekutuan ke jalan
Damansara. Demi sebuah jalan, masjid revolusi [kebanyakan demo GMI bermula di sini dan
dianggap mengantikan peranan sudut pidato], Masjid Ar-Rahman terpaksa dikorbankan. GMI dan
penduduk kariah Kerinchi berkeras menghalang pembinaan jalan pintas ini. Pada 21 Februari
1999, GAMIS, BBMN dan penduduk kariah mengadakan demonstrasi di hadapan Masjid Ar
Rahman. Dalam demo ini, orang ‘bengkeng’ KL, Pak Amjal bermandian air pancut FRU bersama
para pendokong GMI. Bantahan ini menyebabkan kerajaan mengubah pelan asal dan
membatalkan perobohan Masjid Ar-Rahman. Seranai 3 orang mahasiswa telah ditahan polis
termasuk seorang mahasiswa lepasan Universiti Jordan. Selain itu, GMI juga menggagalkan
kewujudan ikon penjajahan dan pembaratan di kampus apabila berjaya menghalang pengurusan
varsiti daripada mewujudkan restoran MacDonald’s di hadapan fakulti Undang-Undang. Dua
kejayaan ini cukup bermakna bagi GMI, kelantangan suara mahasiswa akhirnya menundukkan
penguasa yang pekak, buta dan besar kepala dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Usaha kerajaan Malaysia untuk merapatkan hubungan dengan Israel disambut dingin
oleh gerakan Islam di negara ini. Kerajaan cuba memulihkan hubungan dengan Israel melalui
hubungan tidak langsung iaitu kegiatan sukan. Kegiatan sukan ini adalah cubaan kerajaan

27 Kini (2018) menyertai IKRAM Malaysia.

124

mengelabui mata rakyat tentang hasrat rahsia kerajaan ingin mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara haram, Israel. Pada 10 Februari 2000, GAMIS di bawah pimpinan Borhanuddin
Ahmad dan Presiden BBMN, Mohd Hafez Abdul Samad telah menghantar memorandum
bantahan kehadiran pasukan ping pong Israel ke Malaysia. Memorandum mendapat sokongan
12 badan Jawatankuasa Tertinggi Kolej [JTK] di UM. Kedegilan kerajaan menyebabkan GAMIS,
PMUM, BBMN, PMIUM, PKPIM dan GMLN turun berdemonstrasi di Masjid Ar Rahman pada 18
Februari 2000 untuk menjelaskan bantahan mereka. Seramai 1500 orang mahasiswa terlibat
dalam demonstrasi ini.

Sebenarnya, BBMN, GAMIS dan Dewan Pemuda PAS pernah bekerjasama menentang
usaha kerajaan merapati Israel dalam demonstrasi membantah kedatangan pasukan kriket Israel
ke Malaysia pada 4 April 1997. Demonstrasi itu telah diadakan di Masjid Ar Rahman disertai 1000
orang pelajar. Cubaan Malaysia untuk mengiktiraf negara haram Israel menunjukkan betapa
hikporitnya pimpinan sekular di negara ini. Mereka hanya mahu membuncitkan perut ekonomi
mereka yang tersedia buncit itu.

GMI pasca 1998 terus menggugat kerajaan dengan menghantar pelbagai memorandum
dan kerap kali mengadakan demonstrasi dalam beberapa isu. Pada 14 Julai 2000, Mohd Fuad
Ikhwan mewakili GAMIS dan PAS telah menghantar memorandum membantah kekejaman
Amerika di Iraq di Kedutaan AS. Tidak cukup dengan menghantar memorandum, BBMN, GAMIS,
PKPIM dan DEMA mengadakan demonstrasi pada 23 Februari 2001 di Masjid Negara kerana
pencabulan hak asasi di Iraq. Dalam demonstrasi ini, Muhd Faisal Abdul Rahman [Presiden
PMIUM], Mohd Fuad Mohd Ikhwan [Presiden PMUM], Ahmad Saparuddin Yusof [S.U PKPIM],
Ahmad Fadly Yusof [Presiden BBMN] dan Abdullah Karim [S.U. PMUKM] telah memberikan
pidato di hadapan 1500 orang mahasiswa. Perkara ini membuktikan perjuangan GMI tidak
terbelenggu dalam isu kampus dan isu nasional sahaja tetapi GMI turut bersuara dalam isu yang
melangkaui sempadan negara.

125

GMI pasca 1998 bukan sahaja memperjuangkan isu-isu politik tetapi merangkumi isu-isu
rakyat yang tertindas dek tindakan rakus dan ganas kerajaan yang mengamalkan dasar pro
material [pro bisnes-kapitalis] dan anti Islam. GAMIS dan PAS telah menghantar memorandum
terhadap penyalahgunaan wang KWSP yang digunakan untuk membiayai projek mega kerajaan
dan menyuntik modal ke atas syarikat pro kerajaan. Memorandum ini dihantar pada 9 November
1998. Pada 20 April 2000 GAMIS dan BBMN turut mengadakan demonstrasi menghalang
pembinaan Gereja Shah Alam yang dipercayai antara terbesar di Asia Tenggara. Gereja ini tidak
relevan di bandar Shah Alam yang diduduki majoriti penduduk Melayu-Islam. Perhimpunan ini
diadakan di Masjid Al I’tisam, Shah Alam.

Harga petroleum kerap kali dinaikkan oleh kerajaan secara beransur-ansur bagi
menghalang kemarahan rakyat adalah satu beban besar kepada rakyat bawahan. GAMIS, PAS
dan PUM telah menghantar satu memorandum agar kerajaan tidak menaikkan harga petroleum
pada 3 Oktober 2000. Kenaikkan harga petroleum akan memberi impak kepada harga barangan
harian dan ini akan mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat bawahan. Kerajaan wajar
meneruskan subsidi petroleum bagi menjamin kesejahteraan rakyat ataupun menyediakan
insentif khas untuk menampung kenaikkan harga petroleum.

Kesimpulan
Jelas menunjukkan sesuatu gerakan memerlukan pemimpin yang berkarisma, pengikut

yang berani dan isu yang menjadi tema perjuangan. Ketiga-tiga elemen ini penting bagi
menghidupkan gerakan mahasiswa.

Pemimpin yang berkarisma dan pengikut yang berani memerlukan mereka dilatih dan
ditarbiah. Tanpa pentarbiahan, fikrah mereka tidak jelas. Berada di masjid adalah jalan
permulaan iman yang perlu disantuni oleh mahasiswa.

Menurut Muhammad Ahmad ar Rosyid, keikhlasan kita sangat unik, tawaduk kita sukar
dicabar, persaudaraan kita kuat dan ibadah kita indah tetapi kecemerlangan politik sukar dicapai

126

dengan sifat-sifat tersebut. Para pemimpin Islam memerlukan strategi dalam politik. Penulis pula
melihat kekurangan pemimpin Islam mengimbangi antara WARAK dengan RAMAH dalam
PENGAULAN termasuk dalam jemaah sendiri.

Penguasaan JIK dalam MPP menghasilkan sikap tidak puas hati dalam kalangan ahli MPP.
Dalam kes PMIUM vs PMUM, Wan Jemizan Wan Deraman telah dilantik sebagai Presiden PMUM
sesi 1997/98. EXCO PMUM tidak berpuas hati. Fauzul Naim Ishak menyatakan PMIUM tidak
mementing dakwah kepada non muslim. Kebanyakannya hanya mahu menarik sokongan politik.
Presiden PMIUM dan GAMIS, Zaharuddin Abdul Rahman banyak masuk campur tangan dalam
urusan PMUM. Antaranya Zaharudin Abdul Rahman pernah menyerbu 3 orang pemberontak
PMIUM yang menjawat jawatan penting dalam PMUM sesi 1996/97. Tiga pemberontak PMIUM
itu ialah Zainul Azizi Mat Zin (Presiden PMUM), Aksyah Nasrah (Timbalan Presiden) dan Nordie
Achie (SUA). Nordi Achie dan Aksyah didakwa pembelot jemaah kerana tidak ikut arahan jemaah
manakala Zainul Azizi dikatakan tidak warak kerana bermotor besar dan tidak berkopiah
walaupun dari APIUM.

Tahaluf Siyasi satu pendekatan penting dalam politik mahasiswa. Dalam PRK 1993/94 di
UIA, Yusri Muhammad (PKPIM) telah mengadakan tahaluf siyasi dengan GMPS dan IRC dengan
membentuk Rest of the World (ROW) untuk menewaskan WUFI yang pro-PAS. Antara tokoh pada
era itu Syed Munawwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Irwani Abdullah. PRK UIA 1999, WUFI
bertahaluf Siyasi PKPIM dengan gelaran Student Aspiration Front yang menentang SAHABAH pro
UMNO. Di UM, PMIUM, UMANY dan wakil mahasiswa menubuhkan Gagasan Mahasiswa
Universiti Malaya (GMUM) atau GAGASAN sekitar tahun 2000.

127

BAB 7
TAHUN-TAHUN FIKRAH DICABAR

(2000-2009)

Anwar didapati bersalah dalam kes rasuah dan dilepaskan dalam kes liwat. Tun Dr Mahathir di
www.chedet.com tajuk “Anwar” yang mana Tun DM mengatakan “Jika dihitung kita akan dapati
kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh
Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak
menjatuhkan hukuman salah ke atasnya. Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan
Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.”

Kes Anwar Ibrahim memberi kesan besar kepada gerakan mahasiswa. Pertama,
penyatuan gerakan mahasiswa Islam yang selama ini bertembung sesama sendiri. Kedua,
kebangkitan mahasiswa Cina. Ketiga, kemunculan pemimpin-pemimpin muda. Keempat,
kewujudan front mahasiswa nasional yang lebih ampuh. Kelima, penyusupan pemikiran
‘progresif’ dalam gerakan mahasiswa Islam.

Kebangkitan Mahasiswa Cina
Kedudukan Mahasiswa Cina dalam politik kampus sepenting kedudukan kaum Cina dalam

politik Malaysia. Jika kaum Cina penentu kerajaan di Malaysia, mahasiswa Cina juga mempunyai
peranan yang sama didalam kampus. Mahasiswa Cina dan India aktif dalam Kelab Sosialis
Universiti Malaya pada tahun 1967. Kelab Sosialis banyak kali menguasai tampuk Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Pada tahun 1971, mahasiswa Cina progresif/kiri mula
menguasai tampuk pimpinan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya. PBCUM ditubuhkan pada
tahun 1962 lebih kepada aktiviti kebudayaan berbanding aktiviti politik.

Kemalapan gerakan mahasiswa Cina di Malaysia setelah berlaku peristiwa pengharaman
Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya ekoran penyusupan anasir komunis. Penyusupan anasir
komunis dalam PBCUM dikesan pada pertengahan 1970an dimana jawatan setiausaha

128

penerbitan dimenangi oleh seorang pro komunis. Pada bulan Jun 1971, kumpulan Sosialis Muda
berjaya menguasai Jawatankuasa Kerja PBCUM dengan pemimpinnya berjaya memenangi
jawatan presiden. Pada 14 Oktober 1974, pasukan keselamatan menjumpai dokumen pada
seorang penganas komunis yang dibunuh di kampung Tanah Hitam, Perak. Dokumen itu
menjelaskan pelantikan Tham Ah Mok sebagai agen komunis dalam PBCUM.

Pada 26 Januari 1974, satu lagi dokumen dijumpai pada seorang lagi penganas komunis
yang ditembak di Behrang, Slim River, Perak. Dokumen itu menjelaskan PKM cuba menyusupi
pertubuhan Cina iaitu Kheng Chew, Ting Song dan PBCUM. Namun, komplot komunis dibocorkan
oleh Quah Lai Chee. Pengaruh komunis cuba diterap melalui aktiviti kebudayaan (drama ‘Musim
Bunga Datang Daripada Dunia Manusia’) dan penulisan (majalah Penyuluh dan Sastera
Universiti). Perkara ini terbukti apabila konsert ‘Persatuan Besar Kilat Musim Bunga’ dibatalkan,
radio Suara Revolusi milik PKM mengutuk tindakan kerajaan. Pengaruh komunis lumpuh dalam
PBCUM apabila polis menyerbu pusat kegiatan PBCUM di Sea Park, Petaling Jaya pada 9 Disember
1974. PBCUM diharamkan.28

Pada tahun 1980an, sekumpulan Chinese Consultative Council (CCC) oleh sekelompok
mahasiswa Cina di UKM. Kewujudan CCC menandakan kebangkitan semula gerakan mahasiswa
Cina di Malaysia selepas dimalapkan oleh penyusupan anasir Komunis dalam PBCUM. CCC
menghantar calon-calon mereka merebut kerusi dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Di UM,
sebelum tahun 1993, wujud Chinese Council. Pada tahun 1993, Gerakan Mahasiswa Universiti
Malaya (GEMA) ditubuhkan.

Sebelum reformasi, MCA menjadi wadah tumpuan pemimpin mahasiswa. Liow Tiong Lai
aktivis mahasiswa UKM dilantik setiausaha akhbar Timbalan Presiden MCA, Lim Ah Lek. Wee Ka
Siong aktivis mahasiswa UTM.

28 Pada 24 Disember 1986, PBCUM dibenarkan aktif kembali.

129

Peristiwa Reformasi 1998 telah menasionalkan gerakan mahasiswa Cina di Malaysia.
Selama ini gerakan mahasiswa Cina berlegar di kampus. Sim Tze Tzin29, Yong Kai Pin dari UTM
Sekudai turun berdemonstrasi. Begitu Anthony Loke (UKM)30 dan Lim Chin Tong (Kolej Era Baru)31
antara pemimpin mahasiswa yang turun berdemonstrasi.

Students Democratic Movements (DEMA) atau Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar
Malaysia dikatakan ditubuhkan pada 17 September 1998. Dulu dikenali Students Progressive
Front dan berpusat di USM. SPF USM ditubuhkan pada 28 Oktober 2001. SPF mempunyai
cawangan-cawangan di universiti utama. Mentor utama DEMA ialah Tian Chua. Di Universiti
Malaya, GEMA telah menubuhkan University of Malaya Association of New Youth (Umany) atau
Persatuan Untuk Belia Baru UM pada 27 Jun 2001.

Selepas alam kampus, Kader mahasiswa Cina biasanya akan berkhidmat dalam NGO
tertentu seperti SUARAM dalam masa tempoh tertentu sebelum memilih wadah masing-masing.
Biasanya, aktivis berlatarbelakang DEMA akan memilih PKR manakala aktivis UMANY memilih
DAP.

Kes Soh Sook Hwa
Dr. Yusri Mohamad (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM) bersama-sama

dengan Su Keong Sing (ADUN DAP, Pasir Panji, Perak), Loke Siew Fook (ADUN DAP, Lobak, Negeri
Sembilan), Nga Kor Ming (Ketua Pemuda DAP, ADUN DAP Pantai Remis, Perak)32 bersetuju untuk
menyokong pemansuhan AUKU dalam Bengkel Mansuhkan AUKU anjuran pemuda DAP di Dewan
Perhimpuan Cina Selangor pada 11 Februari 2006. DAP telah mendesak supaya seksyen 15, 14,
9, 4C dan 13 dimansuhkan. Soh Sook Hwa (DEMA USM) turut hadir bersama.

29 Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (PKR)
30 Menteri Pengangkutan (DAP)
31 Timbalan Menteri Pertahanan (DAP)
32 Kini(2019) Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

130

Soh Sook Hwa (bekas Presiden Persatuan Bahasa Tionghua USM) telah memfailkan
permohonan mencabar AUKU di Mahkamah Tinggi, Wisma Denmark, Kuala Lumpur pada 19
Oktober 2005. Mencabar atas alasan AUKU bercanggah dengan hak asasi manusia, setelah
didenda RM200 oleh USM pada 2 Disember 2004 kerana terlibat berkempen untuk Tian Chua
(Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat) dalam pilihanraya ke-11.

DEMA USM dan Tian Chua
Tian Chua adalah pemimpin National Overseas Student Collective (NOSCA) pada tahun

1985. Tian Chua menganjurkan demonstrasi menentang pengenalan yuran $250 untuk pelajar-
pelajar yang belajar Australia pada 25 Mac 1987 di Sydney.

Tian Chua menjadi penentang yang kuat kepada dasar kerajaan Australia di bawah
pimpinan Bob Hawke pada masa tersebut. Kini menyelaraskan SUARAM dan HAKAM secara tidak
langsung. Ginie Lim (bekas Exco MPP USM sesi 2002/03 ) pernah dilantik oleh Tian Chua (Ketua
Penerangan PKR) sebagai AJK Biro Penerangan PKR. Ginie Lim adalah bekas Setiausaha
Perhubungan Awam DEMA pernah mengeluarkan kenyataan media pada 8 Julai 2005 mendesak
supaya Kerajaan Malaysia mengkaji semula penahanan Ayah Pin dan 21 orang pengikutnya yang
tidak menurut perlembagaan persekutuan. Menurut DEMA setiap warganegara Malaysia
menurut Artikel 3 (1), Perlembagaan Malaysia boleh mengamalkan sebarang agama dalam
keadaan bebas dan harmoni di negara ini. Kenyataan ini memohon Kerajaan Malaysia
membenarkan pengamalan agama yang bebas di kalangan rakyat. Kerajaan tiada hak untuk
menghalang agama versi Ayah Pin. Agama ialah hak individu dan setiap individu berhak
menentukan takdirnya sendiri. Penggunaan ISA untuk menahan Ayah Pin turut dikecam oleh
Ginie Lim.

Penangkapan Fuad Ikhwan
'Simposium Penegasan Arah Tuju Idealisme Mahasiswa di Alaf Baru' yang dirasmikan

penutupannya oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Julai 2001. Pada
29 Jun 2001, berlaku kegemparan apabila Dewan Tunku Canselor terbakar. Ada sesetengah

131

akhbar memainkan isu Mahasiswa membakar DTC bukannya litar pintas sebagaimana diakui oleh
pihak bomba. Dr. Mahathir menyatakan mahasiswa mirip kepada militan.

Sebelum itu, berlaku kes Majalah Varsiti palsu (diedarkan awal bulan Jun) yang mengkritik
pemimpin negara dan kemunculan risalah membantah kehadiran Dr. Mahathir. Antara risalah
tersebut berbunyi "Tahu tak anda siapa yang akan masuk ke kampus anda pada 1 Julai ini? Itulah
dia... PM. Adakah anda sanggup menerima kehadiran pengkhianat ini? Bersama-samalah
dengan kami membantah kehadirannya pada 1 Julai, 2001. Masa: 9.30 pagi. Bertempat: Depan
DTC (UM)." (Lihat laporan muka depan Utusan Malaysia , 30 Jun 2001)

Aktivis pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (JONAH)
dan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merangkap Timbalan
Presiden BBMN, Mohamad Fuad Mohd Ikhwan telah ditangkap dan ditahan dibawah seksyen 73
(1) Akta ISA dengan alasan "mengancam keselamatan negara."

Presiden BBMN dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa,
Ahmad Fadzli Yusof mahu mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri yang juga turut Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan
(MPPK). MPPK adalah jawatankuasa nasional yang ditubuhkan kerajaan dan dianggotai oleh
empat pemimpin pelajar daripada setiap universiti awam dan swasta.

Setiausaha BBMN merangkap Presiden Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (PMUKM) Mahadi Sukarno berharap pertemuan wakil-wakil mahasiswa dalam MPPK
dengan Abdullah nanti dapat menghasilkan kesan positif.

Politik Damai
Pada tahun 2002, kepimpinan mahasiswa peringkat nasional mengamalkan pendekatan

lebih toleran dengan pihak kerajaan dan pentadbiran universiti. GAMIS dibawah kepimpinan

132

Izwan Yusuf33 lebih menumpukan kepada pembinaan semula GAMIS. BBMN juga mengunakan
pendekatan yang sama semasa dibawah kepimpinan Abdullah Karim.

Presiden SRC Dipecat
Presiden SRC sesi 2002 dan pelajar tahun akhir Kuliyyah Ilmu Wahyu, Dasuki Abdul Wahab

telah dipecat kerana membuat kenyataan akhbar dalam akhbar Harakah (13 Jun 2002)
membantah kemasukan Puteri Umno ke kampus UIAM. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan mereka tidak pernah memecat
Presiden Majlis Perwakilan Pelajarnya (MPP) bagi sesi 2002, Dasuki Abdul Wahab, sebaliknya
beliau diarah mengosongkan jawatan kerana kesalahan disiplin.

Timbalan Rektor (Disiplin dan Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Prof Madya Dr Sidek Baba
menyatakan tindakan itu dibuat selepas Dasuki didapati bersalah membuat kenyataan akhbar
tanpa kebenaran universiti. Dasuki dibicarakan mengikut Prosedur Pilihan Raya Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) 1984 (Pindaan 2000), Peruntukan 17, Perkara 40(A) yang mana beliau didapati
melanggar peraturan disiplin universiti yang sudah ditetapkan. Hukuman Dasuki ialah dipecat
berkuat kuasa serta-merta dan diberi amaran keras serta denda RM100 oleh UIAM kerana
bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur politik.

Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Dr Sidek Baba telah membuat siasatan rasmi
terhadap dakwaan itu dengan Presiden MPPUIAM berkenaan dipanggil untuk siasatan oleh
Jawatankuasa Disiplin UIAM serta dibicarakan di Mahkamah UIAM, 11 Disember 2002.

Dasuki diminta melepaskan jawatannya sebagai Presiden MPPUIAM berkuat kuasa 27
Disember 2002 selepas Mahkamah UIAM mendapati beliau bersalah di atas dakwaan membuat
kenyataan akhbar berbaur politik kepada media.

33 Kini(2019) pegawai JAKIM.

133

UIA tidak dapat menghalang pencalonan Dasuki sebagai calon pilihan raya kampus yang
berlangsung 29 November 2002 kerana aduan rasmi mengenainya hanya diterima 27 November
2002.

Demonstrasi Sekatan Ekonomi dan Penindasan AS ke atas Iraq (2003)
Demonstrasi aman mahasiswa di masjid Negara berkenaan tindakan sekatan ekonomi

dan penindasan AS ke atas rakyat Iraq. Di dalam perhimpunan ini juga, 7 orang mahasiswa telah
ditahan dan menjadi mangsa undang-undang draconian. Kumpulan ini telah dinamakan sebagai
ISA 7. Perbicaraan ke-11 mereka adalah pada 14 Julai 2003.

UIA Disaman Mahasiswa
Pada 8 September 2005, Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (SPRK) mengeluarkan notis

pilihanraya yang memperkenalkan beberapa peraturan baru: Potential candidates mesti
menduduki Public Speaking Test yang diadakan secara tertutup dengan diadili oleh 4 orang hakim
sahaja.

Peserta yang berjaya akan dipanggil menghadiri sesi pertemuan bersama Presiden UIA
(Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid), Rektor UIA dan Timbalan Rektor UIA (Hal Ehwal Pelajar). Selepas
itu, baru melayakkan mereka untuk menghadiri temuduga terakhir. Menghargai aspirasi kerajaan
- "He or she must understand the University's expectations as well as appreciate the government's
aspirations, not only by understanding but through actions." (penilaian yang sangat subjektif dan
tiada kayu ukur jelas)

Pelajar tahun 4 tidak layak bertanding walaupun pelajar tersebut mempunyai baki satu
tahun pengajian. Pada 23 September 2005, Mozahiri telah memfailkan permohonan semakan
penghakiman (Judicial Review) sebagai menuntut haknya yang dinafikan untuk bertanding dalam
pilihan raya kampus dan tidak mempersetujui sistem baru peraturan PRK yang tidak telus dan
tidak demokratik.

134

Antara hujah Mozahiri, syarat baru dalam perenggan 1(g) kepada jadual keempat dalam
perlembagaan MPP yang memerlukan calon untuk mempunyai CGPA tidak kurang dari 2.8 adalah
tidak sah. Menurut beliau, pindaan kepada perenggan itu tidak dijalankan selari dengan Artikel
34 perlembagaan yang sama, yang mensyaratkan pindaan diserahkan kepada Board of Student
Affairs dan setiausaha MPP 5 hari sebelum mesyuarat agung tahunan.

Mozahiri juga mendakwa syarat baru ini bertentangan dengan Artikel 8(1) Perlembagaan
Persekutuan. Pihak Jabatan Peguam Negara telah membantah dengan hujah peraturan tidak
boleh dipertikai di mahkamah.

Pada 26 September 2005, Mozahiri Shamsudin memfailkan permohonan injunksi bagi
menghalang PRK daripada diadakan. Pada 29 September 2005, tarikh sebutan kes (tarikh PRK
diadakan). Mozahiri menarik balik permohonan injunksi kerana ia tidak lagi relevan
memandangkan tarikh sebutan kes ditetapkan oleh pihak Mahkamah pada tarikh PRK. Malah,
sejak hari penamaan calon lagi telah diumumkan langsung tiada pertandingan kerusi dalam PRK
di UIA. Justeru, Yang Arif Hakim Datuk Wan Afrah menerima permohonan beliau.

AUKU, Tulisan dan Menyuarakan Pandangan
Pada 6 Julai 2006, bertempat di Dewan Kecil Kolej Islam Malaya, Solidariti Mahasiswa

Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bertajuk “SMM menuntut supaya
kandungan silibus subjek hubungan etnik yang di ajar di setiap IPTA dikaji semula”. SMM telah
membela kumpulan Suqiu dan mengiktiraf demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan pada tahun
1998 sebagai peristiwa perpaduan bangsa.

Student Progresif Front (SPF) yang merupakan proksi SMM di Universiti Sains Malaysia
telah mengedarkan flyers di dewan kuliah pada 11 dan 12 Julai 2006 untuk mengajak mahasiswa
berkumpul beramai-ramai di Tasik Harapan, USM. SPF mengajak mahasiswa untuk bersama-
sama mereka menuntut mansuhkan AUKU. Antara pemimpin SPF dan DEMA USM ialah Wong
Weng Hoo (Koordinator SPF), Sek Choon Shiou, Lee Huat Sheng, Low Chia Meng, Lee Yen Ting,

135

Choo Chon Kai (Persatuan Bahasa TionghuaUSM), Sook Sook Hwa (bekas penggerak Persatuan
Bahasa Tionghua USM) dan Ginie Lim (bekas Exco MPP USM sesi 2002/03).

Pada 11 Julai 2006, SMM bersama-sama dengan Datin Seri Wan Azizah (Presiden Parti
Keadilan Rakyat, PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Hishamuddin Rais (Universiti Bangsar
Utama) dan beberapa NGO seperti Asians Student Assosiation (ASA), Suaram, KL & Selangor
Chinese Assembly Hall dan Hakam mengadakan perbincangan “PROPOSAL PEMANSUHAN AKTA
UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 1975)”. Dalam majlis ini Mohd Rifauddin
Abdul Wahab menyerahkan proposal tersebut kepada Datin Seri Wan Azizah. Gerakan
mansuhkan AUKU ditubuhkan.

Seksyen 10, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menyebut larangan penerbitan
dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib
Canselor. 31 Mac 2006, Akta ini dilanggar di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pengedaran
risalah “Varsiti Ku Dicemari” oleh ISIUKM dan MAMPU. Selepas selesai sahaja Kongres Mahasiswa
Melayu Kebangsaan 2006 (Konmmek) pada 4 Jun 2006, We Unite For Islam (WUFI) pula
melanggar seksyen 10 di UIA dengan pengedaran risalah memfitnah aspirasi melalui
penyalahgunaan logo REVO.

Pada 15 Jun 2006, (Utusan Malaysia) Mohd Radzi Zawawi (Setiausaha Agung, Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya) telah menulis surat bertajuk “PMIUM syor langkah bantu
jayakan modul kemahiran berkomunikasi”. Tulisan Mohd Radzi bertajuk “Ketrampilan diri syarat
dapat kerja” juga disiarkan dalam Berita Harian. Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (PMAPIUM), Mohd Ashrof Zaki Yaacob menulis
pendapat bertajuk “Dialog betulkan salah tanggapan tamadun Barat, Islam” pada 23 Jun 2006
dalam Utusan Malaysia.

Mohd Hanif Baderun (bekas Yang Dipertua, Persatuan Mahasiswa Islam Univesiti Malaya
dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, GAMIS) telah menulis beberapa pendapat

136

dan disiarkan secara demokrasi dalam Utusan Malaysia. Pada 30 Disember 2006, dengan tulisan
bertajuk “Kriteria Utama Memilih Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor” dan 18 April 2005
dengan pendapat bertajuk “Kesan Penglibatan Tidak Sihat Artis”. Malah Hanif Baderun turut
dipopularkan oleh Utusan Malaysia dengan tajuk “Remaja perlu ada sifat kepimpinan” pada 14
Januari 2006. Zainulfaqar Yaacob (Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) pada 11 Mac 2006
dalam Utusan Malaysia.

Kes Pukul dan Belasah
Zainulfaqar Yaacob, Khairul Annuar Mat Zuki (Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah

Persekutuan, mantan Presiden PMIUM, Presiden GAMIS dan Pengerusi SMM) dan Gadafi Husin
(bekas komando PMI) didakwa memukul dan membelasah Kalam Azad Abu Bakar (pegawai
kontrak HEP, Universiti Malaya) di Masjid Negara pada 20 Januari 2006.

Pada 28 Mei 2006, Taufiq Kamaruddin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM sesi
04/05, mahasiswa tahun akhir Fakulti Kejuruteraan UPM) didakwa telah bersubahat sama
memukul Hamdi Hanapi (wartawan Akhbar Mahasiswa) bersama-sama dengan beberapa
demonstran pembangkang ketika PAS menganjurkan demonstrasi kenaikan tarif elekrik di luar
Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Kemunculan Grup I
Istilah Grup i mula penulis temui dalam ruang komen blog Dzul Khairi Mohd Nor. Grup i

atau Grup Islah boleh dianggap sebagai ‘Group Intelligence Leader’, satu nama yang digunakan
kepada kelompok progresif dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia. Dalam konteks
Kesatuan Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), kelompok progresif mereka dikenali sebagai
KAMMI Kultural. Dalam menelusuri pengkisahan sejarah Grup I, apa yang menarik kita cari adalah
siapakah mastermind yang sebenarnya disebalik kewujudan Grup i dan apakah tujuan sebenar
Grup i ditubuhkan?.

137

Grup i didakwa ditubuhkan pada zaman Dzul Khairi ketika beliau menjadi pemimpin
PMIUM (2007) dan GAMIS (2007-2009). Ada yang mendakwa, ia ditubuhkan sejak zaman Mohd
Ramadhan Fitri Elias (Presiden PMIUM-YDP PMUM)34 dan ada juga mendakwa lebih awal iaitu
semasa zaman Mohd Fuad Ikhwan (Timbalan BBMN dan Presiden PMUM)- Faisal Abdul Rahman
(PMIUM). Ada yang mendakwa grup ini aktif semasa zaman Hisomuddin35 (YDP MPPUM)-Izwan
Yusuf (Presiden PMIUM) dan digiatkan Dzul Khairi, Sheikh Omar Baghrib36 dan Azlan Zainal37 dan
seterusnya pada zaman Syazni Munir (Presiden PMIUM)38.

Pada tahun 2014, penulis pernah bertanya kepada seorang pemimpin mahasiswa tentang
grup i. Beliau berkata, itu perkara 7 tahun lalu. Setelah mengira 7 tahun yang lepas, ia berada
dalam lingkungan Dzul Khairi sebagai pimpinan mahasiswa.

Adakah Dzul Khairi mengasaskan Grup i? Grup i dianggotai oleh anggota yang bukan
totok PAS dan dikumpulkan dalam sebuah kumpulan kecil dianggota oleh kader-kader berbakat
atau dikenali sebagai Sofwah al-Mukhtarah. Pada pandangan penulis, matlamat awal kewujudan
adalah baik apatah lagi dimentori oleh murabbi tersohor, Tuan Guru Yahya Othman. Ramai yang
mendakwa ada pihak yang mengunakan ‘wasilah’ ini untuk kepentingan diri dan kelompok
sendiri.

Hipotesis awal hasil pendakwaan terhadap penubuhan Grup i, penulis membahagikan
kepada tiga pandangan;

1. Hanya satu dakwaan
2. Memang wujud
3. Ia hanya fenomena progresif

34 Pegawai tertinggi dalam Maybank. Kini menyertai PAN.
35 Pegawai di Kementeri Hal Ehwal Penguna. Sering membantu Dato Saifuddin Nasution. Pernah menyertai PKR.
36 Menyertai DAP. EXCO Kerajaan Negeri Johor (2018)
37 Terlibat dalam ILHAM Centre. Institusi pro PH.
38 Menyertai PAN (2018)

138

Pembaca boleh merumus dan membuat keputusan sendiri. Kelompok mahasiswa
sememang mempunyai kaitan dengan kecenderungan dan pengaulan mereka dengan tokoh
tertentu, kumpulan tertentu, aliran pemikiran tertentu dan senior mereka. Kecenderungan dan
pengaulan ini akhirnya membentuk sebuah kumpulan dan kesatuan pemikiran, seterusnya
berlakunya persaingan pengaruh dan kuasa antara kem-kem dalam sesebuah organisasi.

Penulis sendiri dapat mengesani sebuah kelompok progresif diwujudkan seakan-akan
jemaah dalam jemaah dalam Jemaah Islam Kampus (JIK) Universiti Malaya pada tahun 2002-2003
semasa PMIUM dibawah pimpinan Khairol Anuar Mat Zuki yang dikenali Tora Bora.39
Sebagaimana JIK, ia dimentori oleh senior dan tampuk kepimpinan diserah melalui baton
kepimpinan antara senior dengan junior. Penulis tidak pasti sejauh mana Amir JIK tahu tentang
kewujudan kumpulan ini.

Ada yang mendakwa Grup i dijaga oleh Ustaz Muhammad Husein semasa menjadi ahli
Parlimen Pasir Puteh tahun 1999-2004. Beliau merupakan antara pengasas JIK UM. Dalam
persaingan politik dalaman PAS, JIK UM antara penggerak Kumpulan Republik Islam atau
Kumpulan UM. Dan ada juga yang mendakwa kemungkinan Dr Zuhdi Marszuki juga terlibat dalam
perancangan Grup I pada peringkat awal berdasarkan pengaulan rapatnya dengan pimpinan
mahasiswa Grup I.

Sebagaimana Kumpulan UM atau Republik Islam, Grup i juga mengikuti jalur tarbiah Tuan
Guru Yahya Othman. Para alumni anak murid TGYO telah menubuhkan organisasi Madrasah
Yahya Othman (MAYO). Grup i ditarbiah khusus yang dikenali sebagai Tamrin Kota Bharu. Tokoh
yang ditonjolkan bakal pemimpin utama ialah Dato Husam Musa. Pada era perpecahan PAS,
tokoh-tokoh sepengaulan inilah yang membentuk PASMA, GHB dan Parti Amanah Negara.
Bahkan ada yang mendakwa bilik mesyuarat yang digunakan oleh PASMA di Perpustakaan Az
Zahra ditempah atas nama MAYO.

39 Tora Bora ialah rangkaian gua di Afghanistan yang menjadi tempat persembunyian pejuang Taliban daripada
serangan tentera udara AS.

139

Ramai mendakwa Grup I disedari semasa zaman Ahmad Syazwan menjadi Presiden
PMIUM dimana ramai anggota PMIUM ‘hilang’ semasa aktiviti PMIUM. Mereka lebih mementing
komitmen dengan sesama mereka berbanding JIK sendiri.40 Kemuncaknya, impak kewujudan
Grup I ialah GAMIS memutuskan hubungan dengan PAS dan mendakwa mereka organisasi yang
bebas pada zaman Dzul Khairi (2007-2009). Dalam konteks dalaman JIK-PMIUM, cerita hendak
putus hubungan dengan PAS dah lama berlaku. Diceritakan ketika zaman Mohd Ramadhan Fitri
(2004)41, ura-ura ‘putus hubungan’ ini bertiup kencang. Pada tahun 2015, JIK UM telah
dibubarkan dan PMIUM didokongi oleh alumni JIK UM pro-Parti Amanah Nasional (kelompok
progresif dalam PAS).

Menariknya, ada mendakwa Grup i ini mempunyai dua aliran mazhab iaitu tarbiah ustaz
Mohd Noor Umar dari Melaka dan tarbiah Kota Bharu oleh Ustaz Muhammad Husein. Ikon
ulamak Grup I dan kelompok progresif dalam PAS daripada jalur Universiti Malaya ialah Murabbi
Tarbiah PAS, Tuan Guru Yahya Othman. Manakala tokoh utama yang ditonjolkan sebagai
pemimpin masa depan ialah YB Dato Paduka Husam Musa. Walaubagaimanapun, mastermind
sebenar gerakan ini adalah Ustaz Muhammad Husein, antara penggerak-pengasas Jemaah Islam
Kampus terutamanya di Universiti Malaya. Ustaz Muhammad Husein pernah berguru dengan
Murabbi Tarbiah IRC, Ustaz Alias Othman. Jika dilihat konsep-pendekatan JIK, ia menyerupai
konsep-pendekatan IRC. Memang kelihatan beliau secara autonominya ‘menjaga’ pengkaderan
JIK UM. Ustaz Muhammad Husein bergerak sebalik tabir dan cuma memposisikan orangnya
dalam PAS. Disebalik penubuhan PASMA, Grup I, Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Amanah
Negara, terselit nama Ustaz Muhammad Husein.

Grup I sudah melata di kebanyakan kampus. Mereka didakwa meletakkan anggota Grup i
dalam posisi-posisi tertentu dalam kepimpinan PAS. Penubuhan Parti Amanah Negara
membolehkan ramai kader Grup i menyertainya.

40 Salah satu perangai dan sikap IRC.
41 Memimpin PMUM memboikot PRK 2004. Selepas kampus aktif dalam Gerakan Mansuh ISA yang digerakkan oleh
tokoh JIM, Syed Ibrahim. Kemudian aktif dalam Pemuda PAS. Kini naib Presiden Maybank (Bahagian Syariah).

140

Kemunculan Pro-Mahasiswa

Penulis melihat Pro-Mahasiswa Nasional mengantikan sayap politik gerakan mahasiswa
Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN). Idea penubuhannya dicetuskan oleh Sheikh Omar
Baghrib Bin Ali, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Azlan Zainal42. Cadangan asal
adalah mengantikan Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM), pertubuhan politik di
Universiti Malaya hasil gabungan PMIUM dan UMANY pada tahun 2007. Tetapi ia diubah menjadi
front nasional yang ditubuhkan setiap cawangan di universiti yang berada di negara kita pada
tahun 2008 oleh Norazali Bin Zainuddin Pengerusi Pro Mahasiswa UM.

Pro M Nasional diisytiharkan di hadapan Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Pro M
Nasional dianggotai oleh semua kampus termasuk UKM, USM, UPSI, UTM dan UIA. Menariknya,
UIA masih mengekalkan nama lama WUFI dan UKM dengan nama Gerakan Mahasiswa UKM
(GMUKM). Pada tahun 2009, Pro M dilegasikan oleh Mohd Shafie Hashim. Pro M diperkenalkan
kepada para mahasiswa secara roadshow.

Hampir kesemua cawangan Pro M mengunakan warna oren kecuali GMUKM
menggunakan warga ungu. Pada tahun 2009, PRO M mula menunjukkan taring dengan
memenangi beberapa kerusi yang dipertandingan di beberapa kampus. Teras perjuangan PRO M
ialah demokrasi, integriti, kebajikan mahasiswa dan intelektual.

Perpecahan PAS dalam Muktamar 2016 mengundang perpecahan dalaman gerakan
mahasiswa seluruh negara. Ini menyebabkan Pro Mahasiswa Nasional dibubarkan. Dalam
konteks Universiti Malaya, Pro-M dibubarkan digantikan dengan ANGKATAN.

42 Azlan Zainal antara perancang sebalik tabir gerakan mahasiswa era ini bersama Sheikh Omar terutamanya Pro M.
Beliau juga mengasaskan Parti Mahasiswa Negara. Orang kanan Hishomuddin Abu Bakar (baik dengan Dato Saifuddin
Nasution, bahkan kini(2019) menjadi pegawai khas dimana Saifuddin telah menjadi Menteri Kementerian Hal Ehwal
Pengguna) dalam Ilham Centre (instusi kajian politik) dan Ilham Book.

141

PARTI MAHASISWA NEGARA
Pilihan raya Umum berlangsung pada tahun 2008. Gerakan mahasiswa menubuhkan Parti

Mahasiswa Negara (PMN) untuk bertanding menentang YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
di Parlimen Kepala Batas. Menurut Pengerusi PMN, Azlan Zainal, antara nama yang disebut
sebagai calon-calon PMN ialah Amin Idris, Hisomuddin Bakar, Zainul Faqar Yaakob atau Nazree
Yunus43. Pada saat akhir, PMN mengumunkan tarik diri.

Dalam sejarah gerakan mahasiswa, mahasiswa pernah menubuhkan Parti Mahasiswa
Malaya pada tahun 1949. Ia ditaja oleh Aminuddin Baki (Presiden GPMS), James Puthuceary
(Kelab Sosialis), Abdullah Majid, David Tan Chee Khoon dan Majlis Mahasiswa tetapi ditolak oleh
Lembaga Kebajikan Mahasiswa dan Naib Canselor.

Pada tahun 1969, sekali lagi parti mahasiswa hampir ditubuhkan apabila Presiden PMUM,
Khong Kim Hoong mencadangkan mahasiswa diletakkan sebagai calon bebas dalam PRU tahun
1969. Tetapi cadangan ini ditangguhkan apabila muncul isu Parti Rakyat Malaya mengunakan
kemudahan percetakan PMUM.

Kesimpulan
Era 2000-2009 merupakan tahun-tahun fikrah Islam tercabar. Ia berlaku disebabkan oleh

[1] persaingan politik dalaman antara kem-kem dalam gerakan Islam. [2] Kemunculan fenomena
progresif dalam pendekatan siasah, [3] perkembangan dialog peradaban, wacana ilmu dan silang
budaya dan [4] perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Keempat-empat elemen
mengubah pemikiran dan pendekatan anak-anak muda. Penulis menyifatkan era ini sebagai era
pembentukan jati diri kelompok progresif.

Watak Mahasiswa UM berubah dengan ketara. Laungan kebebasan daripada keterikatan
dengan PAS mula membiak pesat. Kelompok ‘Sofwah al-Mukhtarah’ yang diasuh oleh Tuan Guru
Yahya Othman membentuk baton kepimpinan dalam JIK/PMIUM dengan sokongan padu alumni

43 Presiden PMIUM. Menyertai PKR.

142

merentasi zaman masing-masing bagaikan terhalang dan dikongkong. Kelompok ini mula
mendamba kemenangan politik. Kemenangan politik yang dicari sehingga meninggalkan prinsip
perjuangan politik Islam. Mereka mula menjauhi konsep Negara Islam dan Hukum Hudud.
Mereka mula meninggalkan Presiden PAS dan memeluk erat Ketua Umum PKR. Inilah yang
disifatkan oleh Azizi Abdullah sebagai ‘badan PAS, baju PKR’. Anak muda sering dibuta-tulikan
oleh soal keperibadian tokoh sehingga tidak nampak kebenaran dasar parti. Keredhaan Allah dan
keberkatan dalam perjuangan mula dipersoalkan. Perkara [2] dieksport ke kampus-kampus yang
lain.

Perkara [3] diperolehi melalui pengalaman, pengaulan, wacana dan membaca. Secara
terancang dan atas nama ingin mengenali serta keterbukaan, ada kader gerakan Islam menyertai
indoktrinisasi melalui Sekolah Politik (SEKPOL), Sekolah Demokrasi (SEKDEM) dan pelbagai nama
lagi yang berakar-umbikan kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) serta
didanai oleh pihak asing. Zaman ini tidak perlu lagi proses Kristianisasi tetapi proses dualisme
pemikiran. Proses dualisme pemikiran ini secara evolusi menghakiskan keberagamaan dalam
faham/pandangan alam seseorang. Ini secara tak langsung melumpuh konsep Islam, Iman dan
Ihsan dalam diri.

Perkara [3] dan Perkara [2] menyebabkan sebilangan anak muda Melayu-Islam didikan
gerakan Islam menyertai seperti PKR dan DAP. Kita tidak mempersoalkan amalan peribadi ahli
DAP beragama Islam, mungkin dia lebih baik dan banyak beramal daripada ahli PAS. Tetapi
perkara yang kita persoalkan ialah sejauhmanakah kemampuan dia memilih antara
arahan/keputusan parti DAP atau mengikut pandangan Islam jika berlaku pertembungan kedua-
duanya?. Menyertai sesebuah parti politik bermakna kita mengakui dan akur kepada
Perlembagaan Parti, Keputusan Parti dan Arahan Kepimpinan Parti. Ini adalah asas disiplin
berorganisasi.

DAP memang mendokong Perlembagaan Malaysia tetapi pentafsiran mereka terhadap
Perlembagaan Malaysia adalah berbeza dengan seorang muslim sejati. Banyak kefahaman

143

berbeza antara DAP dengan pihak muslim dalam pentafsiran hak asasi manusia. Perbezaan
kefahaman ini akan memerangkap muslim yang berada dalam DAP.

Kemunculan perkara [1] disebabkan oleh pertembungan peribadi dan kem (tanzim
tertentu) dalam gerakan Islam. Unsur pengaulan rapat (makan budi/mesra) dan unsur kesamaan
pemikiran/pandangan/pendirian menyatukan membentuk kem politik. Ada kem RTI, ada kem
Tanjung Mas, ada kem alumni-alumni univerisiti. Apabila ruang dan peluang untuk memimpin
sudah tertutup bagi sesuatu kem, maka pertembungan berlaku secara terbuka dalam pemilihan
parti PAS sehingga akhirnya hati terguris dan tertubuh parti baru. Tiga kem dalam PAS yang
bersatu membentuk Kelompok Progresif ialah Alumni UM, sahabat Anwar Ibrahim-ABIM dan IRC-
Alami-JIM-IKRAM-SI. Kemudiannya, kelompok progresif disertai oleh kem aktivis PAS yang dekat
dengan Haji Mohamad Sabu-Dato Mahfuz Omar-Dato Salahudin Ayub.

Penjenamaan Semula Gerakan Mahasiswa (Perkara [1] dan Perkara [2]). Pada awal tahun
2000, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ditubuhkan. Ia gabungan front-front gerakan
mahasiswa termasuk kelompok kiri. Ia dipimpin oleh GAMIS. Pada pertengahan dan akhir tahun
2000, GAMIS dan SMM dikuasai oleh kelompok Progresif. Penjenamaan semula gerakan
mahasiswa dibawah jenama baru, Pro Mahasiswa boleh disangsi kerana ia digerakkan oleh
kelompok progresif.

Pada 1 September 2001, Wan Noor Hayati Wan Alias mendedahkan wujudnya gerakan
bawah tanah di universiti tempatan yang mendokong politik pembangkang. Wan Noor Hayati
mendakwa dirinya gagal di UTM kerana aktiviti gerakan bawah tanah melalui Markaz Siswazah
Kelantan (MSK) dan Hizbi Islami yang berada disebalik tabir PMIUTM. Umumnya, kebanyakan
pemimpin politik dan polis tahu perihal itu. Ia boleh dilihat gimik politik. Gimik politik kadangkala
dilakukan oleh kelompok mereka sendiri untuk menarik simpatis umum kepada mereka. Antara
yang didakwa gimik politik ialah penculikan calon PRK UM yang bernama Masturah44, kepala babi
di Surau APIUM, contengan dinding dan lain-lain.

44 Akhirnya menjadi isteri Safwan Anang yang ketika itu Presiden PMIUM. Kini terlibat dalam PAN.

144

Bahaya besar yang mendatang ialah suntikan pengaruh evangelis dalam pergerakan
mahasiswa Islam. DAP dan PKR adalah lubuk evangelis. Pihak evangelis45 ini mengusahakan
Kristianisasi dalam politik Malaysia secara halus. Mereka berpengaruh dalam DAP dan PKR serta
NGO. Mereka mengadakan kursus atau sekolah pengkaderan politik untuk memisahkan antara
Islam dan politik (sekular) dan cuba menghalalkan konsep istilah Barat seperti sekularisme,
pluralisme dan liberalisme. Konsep-istilah Islam perlu dimurnikan seperti KAFIR ditukar kepada
Non Muslim.

45 Evangelism ahu menguasai 7 gunung sebelum Jesus datang kembali ke bumi. Tujuh gunung itu ialah pendidikan,
agama, keluarga, perniagaan, kerajaan, hiburan dan media. Penguasaan gunung ini asas kepada fahaman Kristian
Dominionisme.

145

BAB 8
BUNGA KERUSUHAN

(2010-2018)

“Politik kampus tidak lebih suatu gelanggang atau pentas mengisi masa lapang”
Nasir Awang46

Kebangkitan kelompok progresif dalam gerakan mahasiswa bermula pada tahun 2007. Dalam
lingkungan ini, sifat progresif yang penulis maksudkan adalah fenomena memerdekakan diri
daripada pengaruh PAS dan membentuk pandangan sendiri yang dikatakan ‘tidak berpihak’.
Sejak tahun 1980an, pengaruh PAS melalui Jemaah Islam Kampus (JIK) sangat menebal dalam
gerakan mahasiswa. Persatuan Mahasiswa (PMI) peringkat kampus hampir semuanya dikuasai
dan dipengaruhi oleh mahasiswa pro-PAS.

Sesetengah pemimpin PMI dihantar menyertai Forum Universiti Bangsar Utama (UBU),
menyertai kursus anjuran Sekolah Politik (SEKPOL) Institut Kajian Dasar (IKD) dan Sekolah
Demokrasi (SEKDEM) DAP. Tujuan asal menyertai kursus seumpama ini adalah meningkatkan
pengetahuan pemimpin mahasiswa tentang pemikiran sekularisme, silang budaya-fikiran dan
hak asasi. Apa yang berlaku ialah pemimpin mahasiswa itu sendiri dipengaruhi pemikiran yang
menyimpang daripada pemikiran Islam.

Pemimpin mahasiswa progresif juga mahu membebaskan gerakan mahasiswa daripada
pemikiran dan ikatan politik yang diterima melalui proses indoktrinasi oleh PAS. Mereka tidak
mahu terikat dengan pendirian dan arahan pemimpin PAS. Pemimpin mahasiswa progresif mahu
JIK menjadi badan yang bebas daripada cengkaman parti politik. Pada pandangan penulis,
fenomena ini disebabkan oleh persaingan dalaman PAS yang membentuk kem-kem politik
berdasarkan pemikiran dan pengaulan. Tidak hairanlah muncul kumpulan sebagaimana Grup i.

46 Nasir Awang menulis sedemikian kerana melihat 3 orang sahabat merangkap naqib usrah beliau yang lantang
mengkritik kerajaan telah mendokong parti pemerintah UMNO. Mereka dulunya anti-establishment bertukar
menjadi conformist yakni tunduk dan akur dengan apa yang ada. Mereka tidak lagi menyuarakan sesuatu yang
berbeza daripada apa yang diterima pakai oleh pihak berkuasa.

146

Bibit-bibit penentangan atau pemberontakan sesetengah pemimpin JIK terhadap PAS
mula kelihatan. Pemimpin progresif mula mengunakan pendekatan yang agresif dan
menonjolkan aktivisme. Jika dulu pemimpin PMI menampakkan keulamakkan. Sekitar tahun
2009-2010, keadaan semakin jelas menunjukkan wujudnya pemberontak-pendesak yang
progresif dalam JIK di kampus masing-masing terutamanya di Universiti Malaya.

Dua kem dalam kelompok progresif dalam PAS ialah jalur pentarbiahan IRC-ALAMI (IRC-
Alami-JIM-IKRAM) dan jalur pentarbiahan Tuan Guru Yahya Othman. Jalur pentarbiahan TGYO
digerakkan sebalik tabir oleh Ustaz Mohamad Husein dan Cikgu Rahim serta sahabat-sahabat
alumni mahasiswa Universiti Malaya dengan menonjolkan Dato Husam Musa sebagai pemimpin
impian mereka. Kemudian, barulah kelompok progresif disertai oleh kem aktivis PAS yang rapat
dengan Haji Mohamad Sabu, Dato Salahudin Ayub dan Dato Mahfuz Omar.

Penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
SMM adalah kesinambungan Majlis Pelajar Malaysia (MPM) yang muncul pada bulan Mac

2004 yang menyatukan PKPIM, DEMA, GAMIS, Gemalang, Isrec dan lain-lain pertubuhan
mahasiswa lain ketika itu. MPM telah cuba dilemahkan apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Pengerusi pertama SMM ialah
bekas Presiden PMIUM iaitu Mohd Khairol Anwar Mat Zuki.

Menurut Ali Bukhari Amir, SMM bermula sekitar tahun 2004 dan 2005 di New Era College,
Kajang. Mahasiswa merasakan bahawa perlu diwujudkan satu badan bagi menggabungkan
tenaga seluruh persatuan pelajar tanpa mengira kaum dan merentasi ideologi politik. Antara
penggerak utama penubuhan SMM ialah Ginie Lim, Gan Pei Nei, Soh Sook Hwa dari Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

SMM memperjuangkan pelbagai isu kampus dan rakyat. Antaranya membebaskan
Kampung Baru, Kuala Lumpur, mempertahankan Surau Al-Falah yang bakal dirobohkan oleh
DBKL dan pelbagai isu lagi.

147

SMM menjadi progresif pada zaman Shaznir Munir dan Syukri Razab. Pendekatan
progresif diteruskan oleh Safwan Anang. Kehadiran Adam Adli yang menjadi jurucakap SMM juga
menambah kelantangan gerakan mahasiswa mengulas isu-isu semasa seperti PTPTN dan AUKU.

KUIN5
Berlaku pertembungan antara dua pihak dalam isu KUIN dan isu tuntutan semula

bangunan tahfiz yang dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari iaitu antara GAMIS
dengan SMM. Ia bermula apabila pihak pentadbiran KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada
enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan
Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

Pihak mahasiswa memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan negeri Kedah agar lebih profesional
dalam berdepan dengan aktivisme pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

GAMIS mendakwa Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab
cuba menjatuhkan kepimpinan Ustaz Dato Seri Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah
ketika itu. Sesetengah pimpinan GAMIS mendakwa SMM cuba mepertahankan hak individu
tertentu apabila kebetulan antara pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar KUIN adalah adik pengerusi
SMM iaitu Muhamad Aiman Che Abdul Razab.

AUKU
Gabungan Mahasiswa Mansuh AUKU (GMMA) menentang kezaliman yang disebabkan

oleh seksyen 15 yang mengekang kebebasan mahasiswa untuk berpolitik. Pada tahun 2012
dilancarkan pula gerakan BEBAS yangn diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM) iaitu Safwan Anang Talib. Antara kegiatan dilakukan ialah menuntut keadilan buat Prof
Dr Abd Aziz Bari yang digantung oleh pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM). Satu perhimpunan disertai kira-kira 200 orang mahasiswa di PWTC bagi menyerahkan

148

memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah
bertujuan membantah pindaan seksyen 15 AUKU dan menuntut pemansuhan AUKU secara
keseluruhan.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berhimpun di Parlimen bagi menyerahkan
dokumen magna carta Pendidikan Tinggi Nasional kepada ahli parlimen. Dokumen ini merupakan
draft bagi menggantikan AUKU yang sedia ada, yang disediakan sendiri oleh mahasiswa.

Sorotan tahun membelakang, suatu gabungan yang dinamakan sebagai Gabungan
Mahasiswa Mansuh AUKU (GMMA) telah digerakkan bagi membebaskan mahasiswa daripada
cengkaman AUKU yang kian zalim. Perkara yang terkandung dalam seksyen 15 yang mengekang
kebebasan mahasiswa untuk berpolitik terutamannya.

Perjuangan ini tidak pernah putus dan terus dikemudikan demi untuk keadilan yang ingin
dicapai oleh Gerakan Mahasiswa. Pada tahun 2012 dilancarkan pula gerakan BEBAS. BEBAS yang
diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) iaitu Safwan Anang Talib demi
untuk membebaskan kampus dari ‘hantu’ yang merosakkan semangat kebebasan akademik di
dalam universiti.

Antara aksi yang diperagakan bermula dengan himpunan solidariti menuntut keadilan
buat Prof Dr Abd Aziz Bari yang digantung oleh pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), gerakan ini mencapai klimaks apabila satu perhimpunan yang disertai kira-kira
200 orang mahasiswa di PWTC bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah bertujuan membantah pindaan seksyen 15 AUKU
dan menuntut pemansuhan AUKU secara keseluruhan.

Pada tahun yang sama juga, gabungan Gerakan Mahasiswa yang bernaung di bawah
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berhimpun di Parlimen bagi menyerahkan dokumen

149

magna carta Pendidikan Tinggi Nasional kepada ahli parlimen. Dokumen ini merupakan draft bagi
menggantikan AUKU yang sedia ada dan disediakan sendiri oleh mahasiswa.

Sekali lagi gerakan mahasiswa terus komited menjulang agenda mahasiswa. Pilihanraya
Umum ke-13, satu langkah drastik telah meniup angin perubahan Malaysia apabila mahasiswa
berhasrat untuk bertanding menentang Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Abdul Razak di
Parlimen Pekan di bawah bendera Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang diwakili oleh saudara
Bukhairy Sofian sebagai calonnya. Semasa PRU ini, manifesto utama mahasiswa yang diumumkan
adalah membawa Polisi Pengajian Tinggi Baharu bagi menggantikan AUKU yang sedia ada.
Akhirnya, GM13 menarik diri dari bertanding diatas beberapa faktor.

Pada tahun 2014 GMMA diaktifkan semula oleh Khairol Najib Hashim dengan membawa
bersama agenda menuntut pemansuhan Akta 174. Gabungan ini akhirnya dinamakan sebagai
GMMA 174. Asas pelancaran semula gabungan ini bermula selepas 16 orang mahasiswa UMSKAL
diambil tindakan di bawah AUKU kerana berhimpun membantah penutupan gerai mahasiswa di
dalam kampus. Selain itu, faktor perbicaraan saudara Fathihie, seorang aktivis mahasiswa
daripada UiTM Kota Kinabalu yang juga merupakan pengerusi GAMIS Sabah juga menjadi asas
pelancaran semula gerakan ini.

Pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pastinya tidak senang duduk dengan
ketumbukan gerakan mahasiswa ini. Akhirnya seramai 8 orang mahasiswa UM dan seorang
mahasiswa UIAM telah dijatuhkan hukuman AUKU yang terus menzalimi mahasiswa. Di antara
kelapan-lapan mangsa ini, 3 orang telah dikenakan hukuman yang berat oleh universiti, iaitu :

1) Fahmi Zainol (Presiden PMUM 13/14) : digantung 2 semester serta-merta dan denda
RM150 di atas setiap kesalahan. Beliau sepatutnya menamatkan pengajiannya pada
semester ini.

2) Safwan Shamsuddin (Pengerusi Pro-M UM) : digantung 1 semester serta-merta dan
didenda RM150 untuk setiap kesalahan. Tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan
akhir semester ini.

150


Click to View FlipBook Version