ANWAR IBRAHIM, PAS DAN IRC
Menelusuri Sungai Sejarah
1
Penafian
“Penyusun membaca, menulis, mengumpul,
menyusun, menyalin dan mengolah maklumat
daripada sumber yang penyusun tidak
sertakan sumber rujukan. Penulisan ini
hanyalah himpunan nota dan catatan peribadi
penulis hasil pembacaan dan ‘sembang politik’
dengan orang tertentu”
2
KANDUNGAN
Bab 1 Anwar Ibrahim Dan Muslim Demokrat
Bab 2 Seimbas Ciri-Ciri Muslim Demokrat
Bab 3 Kemasukan Anwar Ibrahim Ke Dalam Umno
Bab 4 Islamic Representative Council (Irc)
Bab 5 Ikram, Politik Kepartian Dan Pemerintahan: Dari Al Jamaah Hingga Parti Amanah Nasional.
Bab 6 Ikhwanul Muslimin Melayu
Bab 7 Muslim Demokrat Dan Pasca Islamisme Dalam Masyarakat Islam
Bab 8 Muslim Demokrat Dan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua
Bab 9 Dana Penggerak Sepilis
Bab 10 Gerakan Islam Rebah Dalam Selimut Sepilis
Bab 11 Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Gerakan Islam
Bab 12 Tahaluf Siyasi, Dap Dan Gerakan Islam
Bab 13 Muslim Demokrat Dan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua
Bab 14 Parti Amanah Negara (Pan ) Sebagai Parti Islam Kedua Di Malaysia: Memenuhi Cita-Cita Siapa?
Bab 15 Ketatanegaraan Islam Dan Negara Sekular: Dari Anwar Ibrahim Ke Parti Amanah Nasional.
Bab 16 Igauan Ngeri Dalam Gerakan Islam
Bab 17 Tentang Umno
Bab 18 Ikram Dan Pilihan Raya Ke 14
Bab 19 Penutup
3
Tesis Hubungan Gerakan Islam Dengan Kebudayaan Barat
Tesis 1
Pencampuran pemikiran antara pemikiran Islam yang berasaskan al-Quran dan as Sunnah
dengan pemikiran Kebudayaan Barat merosakkan Pandangan Alam (worldview) Islam individu
muslim. Barat menolak Islam sebagai adden. Barat menolak kesyumulan Islam.
Tesis 2
Pemikiran palsu berjenama Islam bersumberkan kepada pemikiran Barat bermula daripada
orientalis Barat yang menyebarkan pengaruh kepada pemikir Islam di Barat kepada pemikir atau
pemimpin Islam di negara Umat Islam. Ia didanai oleh Barat dan sekutu Barat dalam kalangan
negara umat Islam.
Tesis 3
Tanzim Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dirosakkan oleh para pemimpin senior Ikhwanul
Muslimin yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi serta pendekatan sendiri.
Pemimpin senior yang berpelarian di Barat bersifat pro-Barat.
Tesis 4
Tanzim Ikhwanul Muslimin Antarabangsa melalui NGO dan institusi pemikiran di Barat cuba
merapatkan hubungan antara Islam dengan Barat. Mereka melakukan melalui pendekatan
dialog. Tujuan utama untuk melahirkan dunia yang lebih baik. Umat Islam dan Barat bersama-
sama membangunkan dunia. Masalah yang berlaku ialah umat Islam kembali ditindas oleh Barat.
Ajaran Islam terpaksa digubal semula mengikut kehendak dan selera Barat. Umpamanya, Barat
menolak konsep Jihad, poligami dan perundangan Islam.
4
Tesis 5
Fenomena perubahan dalam Gerakan Islam bermula oleh para pemimpin muda WAMY. Antara
model pemimpin muda Islam ketika itu ialah Anwar Ibrahim dan Dr. Hassan Turabi.
Tesis 6
Istilah-konsep yang bombastik dan mengkhayalkan disertakan dengan kepetahan berpidato dan
kelincahan intelektualisme hanyalah fenomena palsu.
Tesis 7
Gagasan Muslim Demokrat hanya istilah-konsep palsu yang meneruskan istilah-konsep palsu
yang lain berbau Islam seperti Masyarakat Madani dan Islam Hadhari. Asas istilah-konsep Muslim
Demokrat berakar-umbikan Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme (SEPILIS).
Tesis 8
Anwar Ibrahim adalah hero ciptaan Barat yang didokong oleh para senior Ikhwanul Muslimin
yang terkhayal dengan mitos hubungan baik Islam dengan Kebudayaan Barat dapat dilaksanakan
melalui dialog. Moga Allah SWT kurniakan hidayah dan keinsafan kepada Anwar Ibrahim pada
akhir usia beliau dan semoga Allah membalasi setimpal dengan apa yang beliau buat.
5
Bab 1
Anwar Ibrahim dan Muslim Demokrat
Musuh sebenar dan paling besar pada diri kita adalah diri kita sendiri,
Kerna kita menzalimi diri sendiri,
Kita tahu tetapi tidak beramal,
Kita beramal tetapi tidak ikhlas
Kita ikut kehendak aqal dan nafsu
untuk memenuhi agenda diri
menurut jalan matlamat menghalalkan cara-PRAGMATIS.
Ilmu
Bukan mencari kebenaran tetapi mencari pembenaran
Dalam berhujah dan berbahas.
Ingatlah kemenangan dan kejayaan duniawi itu hanya fana
Tidak bermakna tanpa redha Allah.
Dalam penulisan ini, penulis cuba meneroka pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim yang berusaha
merapatkan hubungan Timur (baca: Islam) dengan Barat. Produk pemikiran mutakhir (2016) yang
menjadi dokongan Anwar Ibrahim ialah Muslim Demokrat. Adakah mampu Anwar Ibrahim dan
kelompok reformis gerakan Islam merapatkan hubungan Islam dengan Barat yang dilihat
pertembungan hakiki sampai Hari Kiamat?
Hubungan Islam dengan Barat
Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiga sikap cendikiawan Timur terhadap Barat.
Pertama, mereka taksub dengan tradisi dan menolak saja sesuatu yang datang dari Barat. Kedua,
kelompok yang terpesona dengan sinar gemilang peradaban Barat menjadikan mereka seperti si
Tanggang derhaka kepada jati diri dan budaya sendiri. Ketiga, kelompok yang cuba mencari jalan
tengah untuk mengadun unsur-unsur terbaik antara Timur dan Barat. Mereka yakin bahawa
bangsa Timur akan muncul kuat kembali dengan menimba ilmu dan pengalaman Barat ketika
yang sama mempertahankan keperibadian bangsa.
Persoalan yang besar antara Timur dan Barat ini ialah Barat datang ke Timur membawa
agenda imperialisme, Kristianisasi, pembaratan, kolonialisasi dan merkantilisme (mengumpul
6
kekayaan, menambah kekuasaan). Akibatnya, berlakunya pertembungan di antara Timur dengan
Barat. Dalam konteks hubungan Islam dengan Barat, semangat penerusan perang Salib dalam
kalangan penjajah Barat mencetuskan pertembungan yang sukar dimaafkan.
Penulis merumuskan peringkat-peringkat pertembungan Islam dengan Barat ialah:
1. Pertembungan hakiki Islam dengan Kebudayaan Barat (Yunani Kuno-Romawi Purba-
Kristian-Yahudi-Kaum Biadap). Pertembungan ini antara pandangan alam Islam dengan
pandangan alam Barat. Batasan bedanya pertembungan ini ialah antara iman dan kufur.
2. Pertembungan Perang Salib antara Kerajaan Islam dengan Kerajaan Barat.
3. Pertembungan Kerajaan dan Pejuang Islam Tempatan dengan Kolonial dan Imperialis
Barat
4. Pertembungan Gerakan Islam dengan Barat dan anak didik Barat.
Secara umumnya, ramai sarjana mengakui bahawa kebangkitan semula Islam semakin
menyerlah dengan kemunculan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kemunculan Ikhwan bersama-sama
pakej bukan sekadar kesedaran Islam tetapi meliputi politik dan undang-undang, jihad dan
ekonomi, pendidikan dan rekreasi. Ia meliputi Islam sebagai addin yang bersifat syumul dan Islam
sebagai Jalan Penyelesaian dalam semua masalah akhirat dan duniawi.
Kebangkitan semula Islam bersekali dengan jihad menentang penjajahan imperialis Barat
sangat menakutkan sehingga berlakunya pertembungan antara Islam dengan Barat. Imperialis
Barat menyerahkan tampuk pemerintahan kepada kelompok pro-Barat dalam kalangan
bangsawan dan nasionalis asuhan mereka. Kebangkitan semula Islam mengancam pemerintahan
anak didik Barat, akhirnya sebahagian pemimpin gerakan Islam diancam dengan kekerasan
sehingga pemimpin Islam melarikan diri ke luar negara dan menjadi pelarian termasuk di negara
Barat sendiri.
Kehidupan di Barat banyak mempengaruhi pemikiran pemimpin gerakan Islam tadi
bahawa pertembungan yang tidak berkesudahan merugikan umat Islam dan Barat sendiri. Antara
kerugian tersebut kemunculan kelompok radikal dan ekstrem dalam gerakan Islam yang
7
mencetuskan huru-hara di negara umat Islam. Pertembungan yang berterusan dan memenatkan
ini telah menghasilkan kelompok yang cuba merapatkan hubungan antara Islam dengan Barat.
Dalam konteks gerakan Islam, ia mula dilakukan oleh para senior gerakan Islam
terutamanya para pemimpin Ikhwanul Muslimin yang melarikan diri ke Barat dan menjadi
pelarian di sana merasakan bahawa gerakan Islam perlu mencari pendekatan baru dalam
mendepani Barat iaitu cuba berbaik-baik dan berdialog dengan Barat dalam membina dunia yang
lebih baik dan makmur. Ia dikatakan bermula pada tahun 1980-an dan semakin meluas pada
tahun 1990an.
Walau bagaimanapun, pemikiran kelompok ini masih baru dan tidak diterima secara
meluas dalam kalangan gerakan Islam di seluruh dunia. Jumlah mereka juga tidak ramai. Oleh
sebab itu, tumpuan utama kelompok reformis ini pada tahun 1980an dan 1990an ialah kepada
bidang pendidikan dan pengkaderan. Ada sesetengah mereka masih kekal dalam gerakan Islam.
Ada juga yang bergerak secara individu atau tidak terikat dengan gerakan Islam.
Kehadiran kelompok reformis dalam sesebuah gerakan Islam menghasilkan
pertembungan dalaman sehingga mencetuskan konflik. Sebagai contoh, kemuncak konflik antara
kelompok dalam Ikhwan Mesir ialah parti tahun 1996 dimana sebahagian pemimpin kelompok
reformis keluar Ikhwan menubuhkan Parti Wasat.
Lingkungan tahun 1997 hingga awal tahun 2000an (sekitar 2001-2003), kelompok
reformis mula menonjolkan diri sebagai satu tenaga-idea baru dalam gerakan Islam dan
membentuk Gerakan Islam Generasi Kedua yang sedia berpisah dengan Gerakan Islam Generasi
Pertama dengan membentuk NGO atau parti Islam generasi baru. Dalam tahun 2003 sehingga
tahun 2016, hampir setiap negara umat Islam mempunyai dua organisasi Islam yang berpisah
dan bertembung sesama mereka yang diwakili Gerakan Islam Generasi Pertama(Gen 1.0) dan
Gerakan Islam Generasi Kedua (Gen 2.0). Bezanya kedua-keduanya lebih kepada pendekatan
menyelesaikan isu.
Pada pandangan penulis, Anwar Ibrahim adalah model kepimpinan gerakan Islam
generasi kedua. Anwar Ibrahim merupakan mantan pemimpin belia Islam yang aktif dalam
8
WAMY yang digerak kan oleh aktivis belia gerakan Islam sedunia terutamanya dari Ikhwanul
Muslimin dan Jamaati Islami serta ditaja oleh Arab Saudi. Pengaulan dalam WAMY (World
Assembly of Muslim Youth) ini melahirkan satu pemikiran baru dalam gerakan Islam agar
pendekatan dialog dengan Barat. WAMY melahirkan sekelompok pemimpin muda yang progresif
dalam gerakan Islam masing-masing.
Para pimpinan WAMY bermuafakat mewujudkan IIIT (The International Institute for
Islamic Thought), berpengkalan di Herndon Virginia yang ditubuhkan pada tahun 1980 oleh para
pimpinan WAMY seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Dr. Jamal Barzinji, Dr. Abdul Hamid Abu
Sulayman (Setiausaha Pertama WAMY), Dr. Ahmad al-Haj Totonji (pegawai WAMY dikatakan
membantu penubuhan ABIM pada tahun 1970) dan Dr. Ismail R. Faruqi (Intelek yang
menghubungkan antara Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir Mohamad) berasal daripada
kepimpinan WAMY yang berpusat di Arab Saudi. IIIT direstui oleh para pemimpin gerakan Islam
terutamanya Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana yang
diiputuskan mereka di Lugano, Switzerland pada akhir tahun 1970an.
Pada akhir tahun 1970an, ABIM dan Anwar Ibrahim mula menjarakkan diri mereka
daripada pemikiran Sayyid Qutb. Mereka mula mendekati pemikiran Muhammad Natsir (buku
fiqhul dakwah) dan Malek Bennabi. Ia lebih ketara selepas Anwar Ibrahim dibebaskan daripada
tahanan ISA pada tahun 1976. Pada tahun 1976 juga, Anwar Ibrahim mengemukakan formula
perpaduan kaum di Seminar Dakwah Belia Islam Asia Pasifik. Pada tahun 1979, Anwar Ibrahim
mempromosikan pelaksanaan Karamah Insan dalam konteks Malaysia pelbagai kaum dan agama
dalam Muktamar Senawi ABIM ke 8.
IIIT, satu entiti yang bertujuan untuk memberikan asas intelektual kepada gerakan Islam
di Barat. Gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang
menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world
view).
Kemuncak eksperimen ialah Anwar Ibrahim secara rasminya menyertai UMNO-BN.
9
Selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO yang dikatakan melalui pengaruh Dr. Ismail al-
Faruqi dengan Tun Mahathir, Presiden UMNO ketika itu, Universiti Islam Antarabangsa
ditubuhkan. UIA telah menjadi kubu kuat dimana mantan pimpinan gerakan Islam seperti Ikhwan
dan WAMU dilantik sebagai tenaga pengajar. Anwar Ibrahim dan Tan Sri Prof. Dr. Syed
Muhammad Naquib al-Attas telah menubuhkan ISTAC yang dilihat kembar IIIT dalam usaha
Islamisasi.
Dr. Taha Jabir al Alwani (pemimpin IIIT) adalah Presiden Cordoba Universiti Amerika
Syarikat yang giat mempromosi persefahaman diantara Muslim-Christian telah berkerjasama
Washington Theological Consortium. Usaha-usaha ‘Muslim-Christian Understanding’ mendapat
tajaan penuh daripada Carnegie Corporation. Pada tahun 1993, John Esposito (teman rapat Dr.
Ismail al-Faruqi dan Anwar Ibrahim- Pengarah CMCU) dan John Voll (Pensyarah Sejarah di CMCU)
telah membangunkan the Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti
Georgetown Amerika Syarikat.
CMCU dibina melalui dana projek pluralisme agama iaitu Fondation pour L'Entente entre
Chretiens et Musulmans dan the Pluralism Project. Projek Pluralisme Amerika ini berpengkalan
Harvard University mendapat tajaan beberapa yayasan Amerika iaitu The Ford Foundation, The
Henry Luce Foundation, The Lilly Endowment, Inc., The Massachusetts Endowment for the
Humanities, The Milton Fund, The National Endowment for the Humanities, The North Star Fund,
The Pew Charitable Trusts, The Rockefeller Foundation, The Templeton Foundation dan
sebagainya. Pendekatan dialog antara agama digunakan.
Usaha mempromosi persefahaman Islam dengan Barat dalam melahirkan kehidupan
lebih baik dan aman diteruskan lagi dengan penubuhan Center for the Study of Islam and
Democracy (CSID) pada tahun 1999. Pada awal penubuhan CSID, Ahli Lembaga Pengarah CSID
terdiri daripada: Ali A. Mazrui (Pengerusi); John L. Esposito (Naib Pengerusi); Sana Abed-Kotob;
Abdulwahab Alkebsi; Taha Jaber Alalwani (IIIT); Laila Al-Marayati; Jamal Barzanji(IIIT); Charles
Butterworth; Louis Cantori; John Entelis; Muqtedar Khan; Radwan Masmoudi; Ali Memon; Fathi
Osman dan Tamara Sonn.
10
Manakala Ahli Jawatankuasa eksekutif terdiri daripada Radwan A. Masmoudi (Pengarah
Eksekutif); Ismail Obeidallah (koodinator program); Svend White (Setiausaha); Mahir Haroun
(Bendahari) dan Maher Kharma (Koodinator Keahlian). CSID ditaja oleh yayasan dan organisasi
dari Amerika Syarikat seperti NED (National Endowment for Democracy) dan dari yayasan dan
NGO negara Arab Saudi.
Selain mempromosi persefahaman agama, CSID ingin melahirkan kader-kader Muslim
Moderat/ Islam Liberal seluruh dunia. Muslim Demokrat satu produk yang ber-evolusi daripada
pemikiran Muslim Moderat. CSID Tunisia memainkan peranan besar di sebalik parti Nahdah di
Tunisia.
IIIT, CMCU dan CSID membuktikan ada kelompok senior Ikhwanul Muslimin terutamanya
yang aktif dalam WAMY ingin merapatkan hubungan Islam dengan Barat melalui pendekatan
berdialog dan bersama-sama membina kehidupan yang lebih baik. Bahkan ada yang terjerumus
ke dalam ‘Islam yang dimahukan oleh Barat’.
Jaringan Persahabatan Anwar Ibrahim
Dalam sejarah politik Malaysia Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang mempunyai paling
banyak jaringan dan pandai membina jaringan dalam mengembangkan pengaruh. Sifat ramah
dan mudah mesra antara kelebihan beliau. Antara jaringan tersebut ialah jaringan ABIM, jaringan
MCKK, jaringan BTN, jaringan media massa, jaringan gerakan Islam dan paling persahabatan
dengan tokoh-tokoh berpengaruh di dunia Barat dan dunia Islam.
Antara jaringan yang berpengaruh dalam diri beliau ialah jaringan ABIM, jaringan
organisasi antarabangsa dan jaringan gerakan Islam. Terkini, jaringan Muslim Demokrat yang
dipeloporinya bersama-sama tokoh-tokoh ternama seperti Dr. Tariq Ramadhan, B.J. Habibibie,
Abdullah Gul dan Syeikh Rashid Ghannousshi.
Fungsi jaringan ini ialah membina pengaruh melalui pengaulan, pertemuan dan bersifat
saling bantu membantu antara satu sama lain. Ia juga mewujudkan impak yang lebih besar
kepada gagasan pemikiran yang diutarakan.
11
Pada pertengahan tahun 1970an, Anwar Ibrahim juga salah seorang penggerak utama
kepada gagasan masyarakat madani atau masyarakat sivil yang berkembang ke negara-negara
umat Islam melalui jaringan-jaringan persahabatan Anwar Ibrahim.
Anwar Menyertai UMNO
‘Sejarah telah membuktikan betapa hebat dan kuatnya seseorang, jika berseorangan tanpa sahabat dan jemaah,
kita mudah tergelincir dan hanyut dengan pengaruh disekeliling kita yang mencabar iman kita’
Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982
untuk menyertai UMNO. Kemasukkan Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan kepada dunia
gerakan Islam kerana beliau adalah tokoh harapan dalam memimpin gerakan Islam berasaskan
politik kepartian iaitu PAS. Ramai pemimpin dan aktivis gerakan Islam terutamanya ABIM dan
PAS marah dan bersedih. Akhirnya, muncul gerakan yang anti kemasukkan Anwar Ibrahim ke
dalam UMNO yang bertindak tidak aktif dalam ABIM dan kebanyakan mereka menyertai PAS.
Kemasukan Anwar Ibrahim dilihat melanggar dan mengkhianati perjuangan gerakan
Islam. Mengikut perancangan awal, pemimpin-pemimpin ABIM perlu disalurkan ke dalam PAS
untuk memperkuatkan PAS sebagaimana saranan tokoh MASYUMI, Muhammad Natsir dimana
rancangan itu telah berjalan. Pemimpin ABIM seperti Ustaz Fadzil Noor (Timbalan Presiden
ABIM), Ustaz Abdul Hadi Awang (Ketua ABIM Terengganu), Syed Ibrahim, Ustaz Nakhaie Ahmad
dan beberapa pemimpin lain telah diserapkan ke dalam PAS.
Anwar Ibrahim menemui Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia secara
sulit. Syura ABIM telah menolak hujah-hujah dan alasan Anwar Ibrahim menyertai UMNO.
Malangnya yang berlaku apabila Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM atau EXCO ABIM telah membuat
kenyataan akhbar dengan ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim bekecimpung dalam politik kepartian.
Melihat penglibatan dan sokongan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Ismail Raji’ al-Faruqi,
penulis mempunyai persepsi dan tesis bahawa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO boleh
dibahagikan kepada dua sebab:
12
1. Habuan yang dijanjikan oleh Dr. Mahathir Mohammad kepada Anwar Ibrahim ialah
penganti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lonjakan pantas beliau dalam politik
UMNO dan Malaysia adalah luar biasa.1 Beliau dapat memintas pemimpin-pemimpin
senior UMNO.
2. Anwar Ibrahim disokong oleh para pemimpin gerakan Islam antarabangsa terutamanya
para senior Ikhwanul Muslimin yang berada di Barat (terutamanya dari IIIT) dan Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa (terutamanya WAMY).
Tokoh-Tokoh yang Mempengaruhi Pemikiran Anwar Ibrahim
Setiap tokoh mempunyai jalur pemikiran yang tersendiri berdasarkan latar-belakang kehidupan
mereka, tempat belajar, siapa guru mereka, organisasi yang mereka sertai, pembacaan mereka,
pengaulan, persahabatan, badan pemikir/penasihat, para penasihat dan siapa penulis ucapan
mereka.
Kepandaian Anwar Ibrahim bergaul dan bersahabat dengan para intelektual, tokoh
berpengaruh dan minat membaca banyak membantu beliau menggagaskan pemikiran beliau.
Melalui gerakan Islam, Anwar Ibrahim mengenali ramai tokoh-tokoh Islam seperti Dr. Yusof al-
Qaradhawi, Sheikh Taha Jabir al-Elwani, Muhammad Natsir, Dr. Kurshid Ahmad, Ziauddin Sardar
dan ramai lagi. Anwar Ibrahim bukan setakat mengenali mereka tetapi ‘berguru’ secara tidak
langsung dan melakukan pencapahan pemikiran dengan tokoh-tokoh tersebut.
Antara penulis ucapan beliau yang terkenal dan berpengaruh tahun 1990an ialah
Munawar Anees. Pemikiran Anwar Ibrahim juga mendapat dokongan badan seperti Institut
Kajian Dasar (IKD) yang dibawah pimpinan Dato Kamarudin Jaafar dan Dr. Siddiq Fadzil kemudian
diteruskan oleh Khalid Jaafar. Pada akhir tahun 1990an, pengaruh Khalid Jaafar dalam
mempengaruhi pemikiran Anwar Ibrahim sangat besar. Mutakhir ini, Khalid Jaafar dan
1 Dalam setahun dalam UMNO, Dr Mahathir memberi dua kesempatan kepada Anwar Ibrahim iaitu menjadi calon
dalam PRU pada bulan April 1982 sebagai calon BN di Parlimen Permatang Pauh. Kesempatan kedua ialah mencabar
Suhaimi Kamarudin bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar telah mendapat kelebihan undi sebanyak
10 undi.
13
pasukannya merupakan elemen berpengaruh dalam menentukan pemikiran Dato Seri
Mohammed Azmin Ali2.
Penulis berpandangan, tokoh yang banyak mempengaruhi pemikiran Anwar Ibrahim ialah
Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Malik Bennabi (pemikir Ibnu Khaldun dari
Algeria) dan Prof. Dr. John Esposito (Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding,
Universiti Georgetown).
Anwar Ibrahim antara murid kepercayaan Prof al-Attas dilantik sebagai tutor mengajar
subjek 'Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu’ di UKM. Buah pemikiran Anwar Ibrahim
diasuh-didik oleh Prof. al-Attas melalui usrah dan perbincangan peribadi. Dalam perjuangan
Anwar Ibrahim dalam ABIM dan gerakan mahasiswa Islam (PMIUM, PKPIM dan PBMUM),
pemikiran Prof. al Attas digabung-jalinkan dengan pemikiran tokoh-tokoh haraki seperti Hassan
al-Banna, Sayyid Qutb, Maulana Abul Ala’ al-Maududdi dan lain-lain. Maknanya, perjuangan
Anwar Ibrahim mempunyai unsur keilmuan dan intelektualisme bukan setakat politik semata-
mata. Prof. Al-Attas merupakan salah seorang dari tokoh tersebut. Beliau memberikan Anwar
Ibrahim bimbingan dan pendedahan dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya sebagai
mahasiswa di UM dan semasa Anwar Ibrahim berkhidmat sebagai tutor di UKM. Bahkan dalam
bidang falsafah pengaruh beliau terhadap generasi kami begitu mendalam. Prof. Al-Attas bukan
sahaja sedia mencurahkan ilmu tetapi sebagai seorang sahabat setia turut memberikan dorongan
serta semangat dalam ketika dan saat genting.
Pemikiran Malik Bennabi merupakan pemikiran yang paling berpengaruh dalam
pemikiran Anwar Ibrahim. Menurut Khalid Jaafar, siapa yang mahu setia dengan perjuangan
Anwar Ibrahim perlu mengunyah pemikiran Malik Bennabi. Dan tulisan-tulisan pemikir itu keras,
sukar dikunyah. Pandangan dan falsafah pemikirannya banyak dipengaruhi oleh Ibn Khaldun dan
Étienne Bonnot de Condillac (1714-1780, ahli falsafah dari Perancis aliran empirisme dan pro-
John Locke). Tema pemikiran Malik Bennabi berkisar kepada teori peradaban, pemikiran islah
2 Malangnya, sejak mendapat pengampunan diraja, pandangan dan pendirian Anwar Ibrahim kelihatan menjauhi
para pemikir seperti Khalid Jaafar. Khalid Jaafar sendiri mendukungi Azmin Ali. Anwar Ibrahim lebih kepada political
mengikut pandangan dan saranan Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution serta pasukannya.
14
dan tajdid dengan formula: Manusia (Insan)+Tanah (Turab)+Waktu (Waqt)=Peradaban
(Hadarah). Persamaan ini memerlukan AGAMA untuk berfungsi.
Prof. Dr. John Esposito adalah anak murid dan sahabat Prof. Dr. Ismail al-Faruqi, tokoh
ternama IIIT. Esposito banyak menulis buku-buku tentang Islam. Esposito merupakan pengerak
dan pemikir utama dalam dialog peradaban antara Islam dengan Barat dan mengusahakan
hubungan lebih rapat antara Islam dengan Barat. Sesetengah pihak menggelarkan beliau sebagai
Abu Thalib, sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW yang banyak membantu Islam
walaupun akhirnya mati sebagai bukan Islam. Antara bukunya yang berpengaruh ialah ‘Islam and
Democracy’ yang ditulis pada tahun 1996. Ramai yang mempercayai gagasan Muslim Moderat
yang ber-evolusi kepada gagasan Muslim Demokrat berasal daripada gagasan pemikiran
Esposito.
Pemikiran Anwar Ibrahim.
Suka atau tidak, Anwar Ibrahim antara pemimpin Islam bertaraf dunia. Kita boleh
mengklasifikasikan pemikiran beliau beberapa tahap iaitu: 1. Tahap kampus; 2. Tahap Belia Islam;
3. Tahap Nasionalis Islam dan Islamisasi; dan 4. Tahap Demokrat Liberal dan Muslim Demokrat.
Secara keseluruhan, penulis berpandangan pemikiran Anwar Ibrahim boleh dirumuskan
kepada 5 teras pemikiran:
a) Teras pemikiran 1: Pluralisme dan Liberalisme. Golongan-golongan agama tertentu yang
menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang
membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan
tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan
penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.
b) Teras pemikiran 2: Hubungan Jalin Pemikiran Timur-Barat. Hubungan ini dijalin dengan
dialog. Dialog merupakan satu cara untuk kita menukar persepsi kita dan mendapatkan
perspektif yang lebih jelas mengenai isu-isu ini dari pelbagai sudut agar kita dapat
mencapai kefahaman yang lebih baik. Dialog adalah sangat di perlukan di dunia muktakhir
ini. Negara-negara Membangun atau Dunia Ketiga harus berusaha mencapai
15
persefahaman dengan Barat serta memahami kesilapan kedua-dua belah pihak. Anwar
Ibrahim menegaskan, dialog adalah suatu cara untuk kita memartabatkan agenda
mengenai hak asasi manusia, demokrasi, pembasmian kemiskinan, keadilan sosial dan
masyarakat sivil diseluruh dunia. Langkah ini bukanlah bermaksud untuk membenarkan
sebelah pihak sahaja yang menguasai atau mempengaruhi pihak yang lain. Sebaliknya,
kita semua harus menumpukan pemikiran kepada nilai-nilai asas, manakala nilai-nilai ini
juga merupakan nilai-nilai asas dalam Islam yang kita sanjungi.
c) Teras pemikiran 3: Humanistik. Menurut Khalid Jaafar, Anwar Ibrahim membaca buku-
buku tentang sejarah, sastera dan sejarah falsafah dan idea bukannya terbatas kepada
buku-buku karangan tokoh-tokoh haraki dan tarbiyyah sahaja. Pembacaan beliau tidak
terhadap penulisan tokoh Islam sahaja tetapi meliputi tokoh-tokoh silam dan moden dari
Timur dan Barat. Antara novel yang menjadi pilihan Anwar Ibrahim hasil karya Umberto
Eco, Primo Levi dan Italo Calvino. Jika Anwar Ibrahim berbicara tentang ekonomi, ia bukan
persoalan ekonomi tetapi menjangkaui persoalan kehidupan manusia dan alam sekitar.
d) Teras pemikiran 4: Demokrasi. Demokrasi yang tulen di Asia Tenggara akan menjana
penilaian politik kreatif yang diperlukan untuk merangkul kemodenan dan
kosmopolitanisme. Kestabilan politik melalui demokrasi adalah tapak kemunculan
masyarakat madani. Seorang demokrat atau demokrasi perlu mempunyai nilai
kebebasan, hak asasi manusia, ekonomi pasaran bebas, urus tadbir kerajaan yang baik
dan ketelusan.
e) Teras pemikiran 5: Masyarakat Sivil. Anwar Ibrahim pengamal budaya masyarakat sivil
daripada zaman muda lagi. PBMUM, PKPIM, ABIM, WAMY, MBM dan Yayasan ANDA
Akademik antara kegiatan masyarakat sivil yang digerakkan oleh beliau. Beliau cuba
membawa konsep masyarakat sivil bercitrakan Islam yang dikenali sebagai konsep
masyarakat madani. Masyarakat madani adalah sistem sosial yang subur berdasarkan
prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan individu untuk kestabilan
masyarakat.
Beberapa pengamatan penulis terhadap produk pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim dapat
disimpulkan ialah:
16
1. Faham Co-Existence atau fiqh al-ta`ayush: Dalam pengertian tata aturan hidup
berdampingan yang harmonis dan penuh semangat kesalingan dalam kalangan warga
pelbagai agama dan budaya
2. Karamah insan: Menurut Anwar Ibrahim, ‘mendekati kembali fitrah insaniah dan melihat
manusia sebagai satu keluarga besar yang menembusi tembok dan batasan kaum, kelas
dan agama’
3. Fiqh Pluraliti atau Fiqh al-ta`addudiyyah: Meliputi persoalan hak kebebasan beragama,
hak asasi manusia, prinsip keadilan, nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seterusnya tata
susila kesantunan hidup berdampingan dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama
4. Gagasan Pendidikan Kerakyatan dan Liberatif: Menurut Dato Dr. Siddiq Fadzil, Anwar
Ibrahim mengadun pemikiran Paolo Freire dari Brazil dengan pemikiran ‘Abd al-Rahman
al-Kawakibiy dari Syria untuk menggagaskan pendidikan pembebasan dan
pemberdayaan. Anwar dan para aktivis ABIM telah menubuhkan Yayasan Anda Akademik
sebagai wadah untuk rakyat yang tersisih menerus pendidikan. Perjuangan kebebasan
dan keterbukaan di kampus-kampus.
5. Pendidikan demokrasi: Meningkatkan kefahaman dan amalan sebenar demokrasi
supaya ada integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah politik. Faktor ini juga
menghasilkan produk Muslim Demokrat.
6. Ekonomi Manusiawi: Bukan sekadar ekonomi semata-mata tetapi perlu menangani
persoalan kehidupan manusia yang rumit dalam mengangkat martabat manusia.
7. Masyarakat Madani: Menurut Anwar Ibrahim, masyarakat madani ialah sistem sosial yang
subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara
kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.
8. Manusia Nahdah (mutafannin): Mereka yang menjiwai ilmu-ilmu kemanusiaan, studia
humanitatis.
9. Convivencia Sejagat: Masyarakat manusia pelbagai bangsa yang dibangunkan dengan
semangat dialog peradaban iaitu atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujudnya ‘orang
lain’.
17
10. Ketuanan Rakyat: Menurut Anwar Ibrahim, “Ketuanan rakyat yang kita maksudkan adalah
demokrasi yang matang di bawah naungan raja beperlembagaan. Demokrasi yang
matang adalah demokrasi dimana rakyatnya perkasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar,
tindakannya dipandu oleh prinsip moral dan idealisme. Demokrasi inilah yang kita
perjuangkan. Pohon demokrasi ini akan kita suburkan dengan pembinaan institusi-
institusi masyarakat madani, media yang bebas serta bertanggjung jawab dan
perlaksanaan undang-udang dengan seadilnya.”
11. Muslim Demokrat: Anwar Ibrahim sebagai seorang demokrat Muslim tanpa ragu dalam
memburu dengan kritis perubahan tulen, tuntutan Islam dan konteks semasa adalah
agenda koheren dengan tujuan dan objektif yang jelas; iaitu pilihanraya bebas dan adil,
akses terbuka dan inklusif bagi partisipasi dan libat serta semua lapisan masyarakat,
penggantian kuasa aman dan tatakelola teliti dengan akauntabiliti. Menurut Dr. Siddiq
Fadzil, Muslim Demokrat adalah suatu gemblengan kekuatan politik, intelektual dan
professional untuk memperjuangkan aspirasi kebebasan, demokrasi dan keadilan.
12. Nahdah Asia: Anwar Ibrahim menyatakan Nahdah Asia berlandaskan agama dan tradisi
yang digilap semula agar sinar kerohanian dan ajaran akhlaknya tampak jelas dan
bertenaga.
Asal-Usul Muslim Demokrat
Secara mudahnya, Muslim Moderat adalah golongan yang menolak keganasan dan
teokrasi; mengislahkan persatuan-persatuan mereka berdasarkan nilai-nilai Islam keadilan,
persamaan, dan kebertanggungjawaban. Ringkasnya, mereka mahu membentuk sifat
demokratik selaras dengan nilai-nilai Islam. Pergerakan Islam Moderat hari ini telah berkembang
di Turki melalui AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) dan Parti al-Nahdah di Tunisia. Muslim
Demokrat adalah evolusi kepada Muslim Moderat.
Apakah yang dimaksudkan sebagai Muslim Demokrat?.Dr Muhammad Fathi Yusuf telah
membincangkan tentang konsep Muslim Demokrat,
18
Dalam penggunaan istilah bahasa Melayu, perkataan demokrat Muslim dan Muslim
demokrat membawa maksud yang tidak sama. Perbezaannya adalah dari sudut identiti dominan.
Jika istilah asalnya dalam bahasa inggeris ialah Muslim democrat, maka terjemahan yang tepat
ialah demokrat Muslim. Demokrat Muslim menekankan identitinya sebagai seorang demokrat
berbanding identiti Muslim.
Demokrat bermaksud seseorang yang kuat menyokong dan memperjuangkan demokrasi.
Istilah demokrasi dalam perspektif moden membawa kepada pelbagai definisi yang dipecahkan
kepada dua bentuk tafsiran iaitu pertamanya dari aspek nilai dan keduanya dari aspek sistem
pemerintahan. Dari sudut nilai dikaitkan dengan beberapa prinsip politik iaitu: kedaulatan rakyat,
hak persamaan, majoritarianism dan kebebasan. Dari sudut sistem pemerintahan pula ia
dikaitkan dengan pilihan raya, perwakilan, referendum, undian dan seumpamanya dan
dibezakan dengan sistem monarki atau autoritarian.
Antara prinsip-prinsip demokrasi ialah
1. Negara menurut Perlembagaan
2. Badan kehakiman yang bebas dan tidak memihak
3. Kebebasan bersuara dan berorganisasi
4. Ada pilihan raya yang bebas
5. Jaminan hak asasi manusia
6. Penegakkan hukum yang adil
7. Kebebasan akhbar
8. Permisahan kuasa antara Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan
9. Kedaulatan/Ketuanan Rakyat
10. Penubuhan parti politik.
19
'World Forum Demokrat Islam' (WFDI) ditubuhkan pada tahun 2014 atas inisiatif Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi WFDI bersama-sama Yayasan
Keamanan Sasakawa (SPF), Pusat Habibie (THC, Indonesia), Institut Kajian Dasar (IKD, Malaysia)
dan Yayasan Politik, Ekonomi dan Penyelidikan sosial (SETA, Turki) telah secara bersama
melancarkan gerakan untuk menggalakkan "Demokrat Islam". WFMI bertujuan mewujudkan satu
platform bagi pemimpin, intelektual, dan profesional dari akidah Islam, bersama-sama dengan
rakan-rakan mereka dari agama dan kepercayaan lain, untuk menyatakan dengan jelas
pandangan progresif mereka mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kebebasan,
demokrasi, keadilan, dan pembangunan.
WFDI mentakrifkan Demokrat Islam seperti, antara lain, seorang Muslim yang
menghargai keamanan dan demokrasi, kebebasan dan maruah, toleransi dan inklusif tanpa
mengira perbezaan bangsa, politik, sosial dan budaya. Penulis berpandangan istilah Muslim
Demokrat berasal daripada konsep Muslim Moderat yang dicanang oleh Rand Corp. dan CSID
yang akhirnya dimoderasikan sebagai Muslim Demokrat. John Esposito dalam bukunya Islam dan
Demokrasi mula menyatakan demokrasi Islam pada tahun 1996. Dalam satu wawancara pada
tahun 2004, Khalid Jaafar yang dikatakan pemikir besar disebalik tabir pemikiran Anwar Ibrahim
menyatakan tentang Islam Demokrasi yang disebut ‘Saya Islam, tetapi saya adalah Islam
demokrat’.
Kritikan Terhadap Pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim
Antara isu yang kontroversi berkaitan pemikiran Anwar Ibrahim ialah unsur-unsur
pluralisme agama dan liberal yang terdapat dalam pemikiran beliau. Sebenarnya, Anwar Ibrahim
tidak menafikan dan sedia mengakurinya jika beliau bercanggah dengan al-Quran dan as Sunnah,
jelas beliau, “Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat
dan rujukan masih Qur’an dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah dengan rujukan
pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya”.
Penulis berpandangan intipati, hakikat dan rujukan masih al-Quran dan as-Sunnah yang
dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim ialah nilai-nilai sejagat yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah
seperti nilai keadilan, amanah dan lain-lain. Nilai-nilai sejagat ini didefinisikan dengan pelbagai
20
pandangan manusia sehingga hilang pendefinisiannya daripada kacamata Islam. Nilai-nilai
sejagat ini perlu dinampakkan sebagai Nilai Islam bukannya sebagai Nilai Anwar Ibrahim apatah
lagi nilai yang difahami daripada kacamata Barat. Penghujahan sebagaimana Anwar Ibrahim
menampakkan bahawa darjah keyakinan kita terhadap hujah dan dalil nas al-Quran dan as-
Sunnah rendah.
Adunan pemikiran Anwar Ibrahim yang bercampur-aduk dan rencam menghasilkan satu
pemikiran yang terkeliru. Kehebatan pidato, sikap lelucon, kepelbagaian pandangan inteletual
bertaraf dunia dan kaya dari Timur dan Barat dengan pelbagai istilah-konsep bombastik
menjadikan pidato dan tulisan Anwar Ibrahim menarik perhatian orang ramai. Namun, jika
sesiapa yang pernah membaca dan mendengar retorik Anwar Ibrahim sejak tahun 1970an,
pemikiran Anwar Ibrahim sangat mengelirukan. Oleh sebab itu, kita tidak hairan kenapa Anwar
Ibrahim boleh masuk UMNO, terlibat dengan kelompok SEPILIS dan mengamalkan politik
kebinatangan. Jujurnya, Anwar Ibrahim ditewaskan oleh beberapa: pertama, nafsu yang
menerbitkan sifat pragmatis sehingga melahirkan matlamat menghalalkan cara; kedua,
pengaulan dengan kelompok SEPILIS yang mengucar-kacirkan pemikiran dan pendirian Islami
beliau; ketiga, beliau sendiri terpesona, hanyut dan lena dalam pelukan Barat; dan keempat, cita-
cita besar dalam politik kekuasaan.
Kita lihat sahaja tentang konsep pluraliti yang dihujahkan secara baik akhirnya menjadi
pluralisme agama. Perkara digambarkan melalui ucapan dan penulisan Anwar Ibrahim
sebagaimana ucapan yang terkenal di London School of Economics pada 2010 yang dikatakan
menyama-ratakan agama sebagaimana pluralisme agama ala John Hick.
Dalam pelaksanaan dan tindakan politik, Anwar Ibrahim dilihat bersikap pragmatis
sehingga mengatasi nas-nas syarak. Dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
dan kes 16 September, jelas kelihatan sikap pragmatis yang melanggar prinsip keadilan.
Kegopohan menurunkan Khalid Ibrahim dengan peletakan ADUN Kajang untuk menobatkan
Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang adalah satu tindakan yang
kurang demokratik dan memperbodohkan rakyat. Begitu juga adegan yang mahu membawa ahli
21
parlimen Barisan Nasional melompat parti ke dalam parti pembangkang nampak jelas satu
tindakan tidak beretika dan tidak bermoral.
Gagasan Pendidikan Liberatif: Anwar Ibrahim tidak menghapuskan AUKU bahkan
meneruskannya sebagaimana dilakukan oleh Tun Mahathir walaupun ketika Anwar Ibrahim
menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Apa yang Anwar Ibrahim buat ialah memperkuatkan
proksi beliau di kampus melalui PKPIM-ABIM, kalangan pensyarah dan pentadbir universiti dalam
kalangan orang beliau. Di peringkat pilihan raya kampus, berlaku pertembungan gerakan
mahasiswa Islam pro PAS dengan gerakan mahasiswa Islam pro-Anwar Ibrahim. Pada awal Anwar
ibrahim masuk UMNO, gerakan mahasiswa Islam huru-hara bercakaran sesama sendiri.
Anwar Ibrahim bergantung kepada penasihat yang berjaya mengepung beliau. Pada
zaman ABIM, Anwar Ibrahim dikepung dan dikeliling oleh pemikir pro-Islam kalangan ustaz,
ulama dan sarjana Islam. Sejak Khalid Jaafar bersama Anwar Ibrahim, kepungan kelompok pro-
Islam semakin longgar diambil alih oleh kelompok Liberal. Khalid Jaafar merupakan Setiausaha
Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahun 1988 sehingga 1998 semasa Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Mentari Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatannya
di dalam kerajaan dan akhirnya dilantik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) badan
pemikir Anwar Ibrahim.
Adakah Hubungan Islam dengan Barat dapat dirapati dan dijalin?
Kita boleh menjalinkan hubungan dengan orang Barat secara hubungan sosial dan
diplomatik serta individu. Dari segi kebersamaan dalam pandangan alam, pemikiran dan
kebudayaan adalah agak mustahil kerana pertembungan ini adalah pertembungan hakiki sejak
azali.
Kita juga sudah tahu bahawa Kebudayaan Barat berdasarkan gabung-jalin Kebudayaan
Yunani Kuno, Romawi Purba, Yahudi, Kristian dan Kaum Biadap-Gasar di Eropah. Gabung-jalin ini
menghasilkan sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat yang dilihat amat sukar mendekatkan Islam
dengan Barat.
22
Di Barat, mereka bukan mengutamakan kebenaran. Mereka mengutamakan pembenaran
dalam berhujah. Pembenaran dalam berhujah daripada kebenaran. Islam menyakini kebenaran
mutlak bukannya kebenaran relatif. Hakikat kebenaran ialah keyakinan dalam pegangan atau
pendirian.
Rumusan daripada sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat ialah:
1. Kebudayaan Barat berdasarkan falsafah dan bukan agama.
2. Falsafah yang menjelmakan sifatnya sebagai humanism, mengikrarkan faham
penduaan (dualisme) yang mutlak dan bukan kesatuan sebagai nilai serta
kebenaran hakikat semesta.
3. Kebudayaan Barat berdasarkan pandangan hidup yang Tragic iaitu mereka
menerima pengalaman ‘kesengsaraan hidup’ sebagai suatu kepercayaan yang
mutlak yang mempengaruhi peranan manusia dalam dunia.
Dari segi tauhid, Kebudayaan Barat menganggap Islam sebagai Islam sebagai seterunya
yang mutlak dan kesejahteraannya hanya akan terjamin dengan kemenangannya ke atas Islam
dalam perjuangan yang berterusan dan bermati-matian. Mereka bersetuju dengan umat Islam
jika umat Islam mengikut kehendak mereka [Surah al-Baqarah: 120]. Hakikat sebenarnya,
Kebudayaan Barat adalah musuh Islam. Dalam masa yang sama, ‘musuh’ ini perlu diperkenalkan
Islam dan dilayan dengan baik selagi mereka tidak memerangi Islam dan umat Islam.
Penjajah Barat datang ke Timur dengan sifat deskruktif bukan konskruktif. Mereka
menakluki dan menjarah Kerajaan-Kerajaan Timur termasuk Kerajaan Islam. Kuman-kuman
penjajahan yang diwarisi daripada Kaum Biadap Eropah dikembang pada zaman Renaissance
dengan gambaran-gambaran perseteruan sengit yang membawa kepada pertumpahan darah.
Pada zaman dahulu, agama Kristian dan Perang Salib menjadi alasan untuk menyerang
dan menakluki wilayah-wilayah Islam. Mutakhir mereka menjadikan alasan ‘atas nama
memerangi keganasan’ dan demokrasi untuk memerangi dan menyerang wilayah Islam. Jika
dikaji lebih lanjut, para diktator, kumpulan radikal (seperti Taliban) dan kumpulan ekstremis
(seperti daesh dan al-Qaeda) dicipta oleh Barat sendiri. Media massa, bantuan senjata, bantuan
23
kewangan, konkraktor tentera dan pelbagai sokongan diberikan untuk mewujudkan suasana
tidak stabil sehingga memberi peluang Barat menyerang negara umat Islam tersebut.
Pendokong Kebudayaan Barat akan bermati-matian menentang Islam. Tidak dinafikan
ada yang cuba menjalinkan hubungan ‘mesra’ dengan Islam tetapi ia bukanlah sifat majoriti
pemimpin, sarjana dan anak didik mereka. Bahkan, pihak yang ‘mesra’ Islam juga menggagaskan
pemikiran yang cuba menghakis tauhidik umat Islam dengan aspirasi dan agenda yang mengikut
kehendak Barat.
Orientalis dan Institusi Pemikiran Menghakis Aqidah Islam
Pandangan alam Islam yang mantap berasal daripada kerangka pemikiran berpasakkan
tauhidik. Individu yang memiliki pandangan alam Islam seperti ini sukar dipengaruhi oleh
Kebudayaan Barat.
Orientalisme ialah ilmu atau fahaman tentang Timur atau ehwal ketimuran termasuk
dalam bahasa, budaya, pemikiran, geografi, sejarah dan lain-lain. Pada awalnya, orientalisme
dipelopori oleh para paderi Kristian untuk dakyah. Kedatangan mereka seiring imperialism
kerajaan Barat. Antara tokoh yang mempopularkan orientalisme ialah Roger Bacon dan Raymond
Lull.
Jikalau kita meninjau pendekatan para orientalis, mereka cuba memajukan dan
menubuhkan institusi pendidikan ala Barat di negara yang dijajah. Jangan hairan jika Universiti
Of American ditubuhkan di Lebanon dan Mesir. Mereka juga menubuhkan yayasan untuk
mendanai pengajian, penyebaran dan kegiatan dalam membumikan orientalisme dalam
kalangan pemimpin dan rakyat sesebuah negara. Contoh, Yayasan Ford menaja Richard Mitchell
untuk mengkaji Ikhwan Muslimin manakala Yayasan Asia menaja Cak Nur.
Masyarakat Timur seringkali memartabatkan Barat dengan cara pandang kekaguman
terhadap Barat. Pertama, masyarakat tempatan memiliki persepsi bahawa Barat mempunyai
simbol kemajuan dan ketamadunan.
24
Kedua, kelompok terpelajar masyarakat tempatan pula menganggap Barat simbol
kehebatan dan keunggulan metodelogi pengkajian, pendekatan dan pemikiran. Dalam kalangan
muslim, mereka ini disifatkan oleh Cheryl Bernard sebagai muslim modenis dan sekularis. Mereka
paling rapat bersahabat dengan nilai, norma, pemikiran dan jiwa masyarakat Barat moden yang
demokratik. Jadi, kita jangan hairan 25 mantan pegawai tinggi kerajaan dan kelompok terpelajar
mengeluarkan pandangan tentang hudud yang bertentangan (baca; meragui dan tidak yakin)
dengan kehendak Islam.
Ketiga, kelompok yang melihat Barat sebagai penjajah yang perlu ditolak segala yang
berasal dari Barat. Mereka menganggap Islam sudah lengkap. Kelompok ini dianggap sebagai
Muslim fundamentalis. Keempat, kelompok yang melihat Barat secara kritis dan objektif iaitu
Barat adalah peradaban asing yang berbeza daripada Islam. Tidak semua datang dari Barat itu
baik dan tidak semuanya buruk. Barat perlu dikaji dari akar-akar kewujudan pemikiran, budaya
dan ketamadunan mereka.
Antara peranan para orientalis selama ini ialah
1. Melemahkan bahasa Arab fushah untuk diganti dengan bahasa arab amiyyah
2. Menjalan kajian terhadap kumpulan - kumpulan Islam. Mereka menyebar
ketidaksamaan mereka. Ada kajian terhadap kumpulan sesat sebagai contoh
Ahmadiah, Qadiani dan Druze.
3. Cuba merosakkan asas-asas Islam terutamanya hadith dan perselisihan mazhab
dengan menyebarkan perbezaan mereka.
4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran dan kehebatan tamadun Islam. Mereka
menonjolkan pemerintahan dan tokoh yang tak mengikut ajaran Islam yang
sebenarnya.
5. Menggunakan ukuran kebendaan.
6. Mentafsirkan Islam mengikut pandangan alam mereka.
7. Menyemarak kemarahan orang bukan Islam kepada orang Islam.
8. Mengkaji Islam dan mengemukakan alternatif berdasarkan pemikiran mereka.
9. Menggunakan orang Islam untuk mengkritik Islam
25
10. Mempopolarkan idealism dalam kalangan anak muda melalui pengkaderan mereka
11. Menggerakkan hak asasi dan Islam tanpa syariat dalam kelompok Islam
12. Penggunaan akal dan nafsu melebihi hujah al Quran
Antara pemasalahan para ilmuwan atau pejuang idealism Barat dalam kalangan Muslim
ialah menjadikan pengalaman diri mereka sebagai ‘agama’. Kegagalan mereka beragama secara
lurus menyebabkan kesesatan mereka. Ramai dalam kalangan mereka berpandangan bahawa
Islam dikongkong kerana disalah tafsir oleh para ulama.
Disini ada sedikit kesilapan, walaupun dilihat seakan-akan ulama mentafsirkan Islam
tetapi ukuran pentafsiran itu adalah al Quran dan hadith. Jika kita ada ilmu yang boleh menjadi
syarat mentafsir Islam, kita boleh mentafsirkan Islam. Sebelum mentafsir Islam, pasti hati kita
ikhlas dan diri mesti dibebas daripada kehendak nafsu serta berakhlak Islami. Jika ketiga-tiga
elemen ini tiada, kita belum mampu membuat ijtihad untuk orang lain. Kalau ada ijtihad untuk
diri sendiri, tidak berakhlak jika menyebarluaskannya.
Pendokong pemikiran Barat dalam kalangan anak tempatan berada dalam institusi
kerajaan dan institusi persendirian tajaan yayasan-yayasan yang berasal daripada Barat. Di Mesir,
ada sebuah institusi diberi nama al Islahud Dini iaitu suatu kumpulan diwujudkan kononnya untuk
menjalankan usaha membaiki (reformasi, renaisance, tranformasi) agama. Antara seruan mereka
ialah Islam yang lebih sederhana, Islam tanpa syariat, pentafsiran semula al Quran, mempertikai
ulama-ulama muktabar seperti Imam al Bukhari, pendapat ulama terdahulu sudah tidak relevan.
Ada kalangan mereka cuba menaikkan pemikiran ulama atau tokoh Islam seperti
Muhammad Asad, Suhrawardi dan Syeikh Muhammad Abduh.
Ada juga kalangan yang berani mendokong buah pemikiran Barat seperti pasca Islamisme,
Islam Inklusif, Islam Liberal dan Islam Plural.
Orang non Muslim perlu berhati-hati dalam menerima pendapat daripada mereka kerana
hujah mereka berdasarkan teori Barat dan hujahan akal bukannya berdalil al Quran dan al
Sunnah.
26
Paling mengelirukan apabila mereka menggunakan hujah-hujah al Quran dan al Sunnah
serta kerangka pemikiran Islam seperti fiqh Maqasid, Fiqh Keutamaan dan lain-lain. Dalam
keadaan ini, hujah mereka benar tetapi tujuan mereka batil. Kita perlu melihat pengaulan dan
pemikiran mereka sebelum menerima hujah-hujah mereka.
Kesimpulan
Adakah perkara yang kita bincangkan di atas Anwar Ibrahim dan para pendokong Muslim
Demokrat tidak tahu?. Sebenarnya, mereka lebih tahu. Orang seperti Anwar Ibrahim, Abdul
Rahman Wahib dan Nucholish Madjid lebih tahu dan pakar tentang perbincangan di atas. Cuma
kita kena kembali kepada ayat ‘tahu tak beramal, beramal tak ikhlas’. Justeru, kita berlepas diri,
serah pada Allah SWT menilai niat pendokong Muslim Demokrat, kita kembali segala niat dan
usaha pendokong Muslim Demokrat mendapat ganjaran setimpa dengan mereka usahakan.
Kita tahu siapa musuh kita,
Kita tidak mahu berwaspada
Kita tahu perancangan musuh kita,
Kita tidak ambil peduli.
Kita hanya banyak TAHU.
27
Bab 2
Seimbas Ciri-ciri Muslim Demokrat
Asas Pemikiran Anti-Islam
Pada tahun 1970an, sarjana-sarjana Islam dan aktivis gerakan Islam mula cuba
mendekatkan Islam dengan Barat. Pada tahun 1977, Islamisasi ilmu pengetahuan dipopularkan
di persidangan pendidikan Islam di Makkah. Penggagas utama Islamisasi ialah Tan Sri Prof. Dr.
Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dr. Ismail Raji al- Faruqi.
Dalam proses Islamisasi ilmu, menurut al-Attas melibatkan dua langkah utama. Pertama
ialah proses mengasingkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Barat dari ilmu tersebut.
Langkah kedua ialah menyerapkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Islam ke dalamnya.
Dalam hal ini Al-Attas mengambil pendekatan Imam Ghazali dalam aspek jiwa, di mana ia
menyarankan supaya sifat yang keji dibuang dahulu sebelum jiwa dihiasi dengan sifat yang
terpuji. (http://www.kompasiana.com/luqman1990/islamisasi-ilmu-menurut-al-attas-dan-al-
faruqi_550add3d813311cf14b1e230)
Berbeda dengan Al-Attas yang menggunakan pendekatan Imam Ghazali, iaitu
mengunakan kaedah pembersihan sebelum dilakukan penghiasan, al-Faruqi menawarkan 12
langkah yang harus dilalui dalam proses Islamisasi ilmu. Proses itu adalah: 1. Penguasaan disiplin
moden-prinsip metodologi, masalah, tema dan perkembangannya 2. Peninjauan disiplin 3.
Penguasaan ilmu warisan Islam (antologi) 4. Penguasaan ilmu warisan Islam (analisis) 5.
Penentuan relevansi Islam yang tertentu kepada suatu disiplin 6. Penilaian secara kritis disiplin
moden-memperjelaskan kedudukan disiplin dari sudut Islam dan memberi panduan terhadap
langkah yang harus diambil untuk menjadikannya Islami 7. Penilaian secara kritis ilmu warisan
Islam-kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah, perlu dilakukan pembetulan terhadap kesalah-
fahaman 8. Kajian masalah utama umat Islam 9. Kajian masalah manusia sejagat 10. Analisis dan
28
sintesis kreatif 11. Pengacuan kembali disiplin dalam kerangka Islam: buku teks universiti, dan
12. Penyebar-luas ilmu yang sudah diislamkan.
Perbedaan lainnya dalam pendekatan mereka berdua ialah melibatkan ruang lingkup ilmu
pengetahuan yang ingin diislamisasikan. Al-Attas membatasi ilmu yang ingin diislamisasikan
adalah pengetahuan kontemporari (yang telah ter-Baratkan). Akan tetapi Al-Faruqi memandang
bahawa proses Islamisasi patut juga dilakukan ilmu turats islamyy (ilmu-ilmu keislaman yang
tidak ter-Baratkan).
Menurut Dr. Muhammad Atiullah Othman, ilmu Islam melalui cara pemikiran mazhab-
mazhab dalam Islam. Antara pendekatan ulama terdahulu terhadap ilmu adalah:
1. Berteraskan syarak, dan akal adalah susulan. Kaedah ini adalah kaedah diguna pakai oleh
al-Salafiyyah.
2. Syarak dan akal bersama-sama menjadi teras tetapi meletakkan ketinggian nas. Ini
kaedah diguna pakai oleh ulama Kalam seperti al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.
3. Akal adalah teras dan syarak adalah susulan. Kaedah ini merupakan kaedah diguna pakai
oleh Muktazilah.
Oleh kerana itu, ilmu dalam Islam adalah syarak dan akal.
Islamisasi pengetahuan ala al Faruqi memberi peluang kepada Barat mempengaruhi
pemikiran pemimpin dan sarjana Islam. Kebanyakan tokoh IIIT yang cuba mendekati Barat
menjadi penyumbang utama kepada perancangan Barat membentuk semula dunia Islam
mengikut kehendak mereka (Barat).
Gagasan Muslim Demokrat sendiri dikatakan berakar-umbikan daripada IIIT dan senior
Ikhwanul Muslimin yang pro-Barat iaitu pro-berdialog dengan Barat.
29
Memerangi Pengganas Islam
Peristiwa 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan WTC runtuh menjadi modal
kerajaan Amerika Syarikat mengisytiharkan Perang Terhadap Keganasan. Akibatnya, Afghanistan
dan Iraq menjadi mangsa diserang oleh Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu.
Watak Osama Ben Laden dan al-Qaeda dicipta bagi mengambarkan kejahatan yang
dilakukan oleh mereka. Ini semua adalah modal-modal matlamat menghalalkan cara. Disamping
watak jahat, Barat juga mencipta watak hero atau penyelamat. Bagi kes Afghanistan, watak hero
mereka ialah Hamid Karzai. Di Malaysia, ada atau tidak watak seumpama ini?.
Pada tahun 2002, Presiden Bush melaungkan slogan“Freedom Agenda” sebagai ‘grand
strategy’ untuk ‘Global War on Terorism’. Penganas bukan sahaja dimaknai dengan kelompok
penganas dan ekstremis tetapi dimasukkan juga kelompok fundamentalis Islam.
Para intelektual Barat dan orientalis yang berpusat di universiti-universiti di Barat mula
berbincang menyusun agenda. Ia dibantu oleh intelektual dan aktivis-pemimpin muslim yang pro
Barat. Kelompok orientalis ini mendapat sumber kewangan dari badan-badan kerajaan Amerika
Syarikat, termasuklah RAND Corporation, Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim
World, Hudson Institute, The Washington Institute for Near East Policy, US Commission on
International Religious Freedom, Freedom House, United States Institute of Peace, Center for the
Study of Islam & Democracy dan Council on Foreign Relations (CFR).
Di Barat, kerajaan, pemimpin dan NGO mereka akan mengikut gagasan pemikiran dan
saranan badan pemikir, para intelektual dan orientalis. Para intelektual, orientalis dan badan
pemikir menyediakan laporan-laporan yang mengandungi gagasan pemikiran, pandangan dan
cadangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan, pemimpin dan NGO. Kemunculan gagasan
pemikiran Islam Liberal sebagai contoh berasal daripada pemikiran Fazlur Rahman, Leonard
Binder dan Charles Kurzman. Kemudian pemikiran Islam Liberal dieksport ke negara-negara Islam
melalui intelektual Muslim yang belajar di Barat dan aktivis-NGO.
30
Barat menubuhkan NED untuk mengeksport demokrasi ke negara-negara yang
ditentukan oleh Amerika Syarikat. NED menyediakan bantuan dana kewangan kepada NGO-NGO
tertentu untuk melaksanakan program-program demokrasi.
Selain menaja dana kewangan, terdapat yayasan-yayasan dan NGO Barat yang telibat
dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial di negara-negara tertentu. Walaupun
kelihatan bermanfaat dan memberi kebaikan, mereka mempunyai agenda tersirat untuk
menusuk pemikiran penduduk tempatan.
Sekali imbas, program-program The Asia Foundation yang memberi buku-buku secara
percuma dan menyediakan tajaan biasiswa kepada anak tempatan adalah baik tetapi disebalik
itu, jarum halus pemikiran orientalis dicucuk ke dalam pemikiran rakyat tempatan.
RAND Corporation, “Civil Democratic Islam’ dan “Building Muslim Moderate Networks”
RAND Corporation adalah badan pemikir dan kajian strategi tentang Islam yang dibiayai
oleh Smith Richardson Foundation. Sebelum itu, RAND Corp terlibat dalam urusan jual-beli
senjata Douglas Aircraft Company. RAND menjadi badan pemikir yang utama kepada PENTAGON
dalam usaha Amerika dan Barat mengatasi keganasan.
Antara laporan yang menarik yang disediakan oleh RAND ialah
1. The Muslim Brotherhood in the West
2. The Rise of Political Islam in Turkey
3. Civil Democratic Islam – Partners, Resources and Strategies
4. Building Muslim Moderate Networks
“Building Muslim Moderate Networks” dizahirkan pada tahun 2007. Ia dikatakan dikaji dan
diteliti oleh beberapa kelompok. Pertama, pihak RAND Corporation; Angel Rabasa, Cheryl
Benard, Lowell H. Schwartz & Peter Sickle . Kedua pemikir Yahudi; Daniel Pipes, Stephen Schwartz
dan Michael Whine. Ketiga, Badan-badan kerajaan Amerika; Hillel Fradkin (Center on Islam,
31
Democracy & the Future of the Muslim World/ Hudson Institute), Dennis Ross dan Robert Satloff
(The Washington Institute for Near East Policy) Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott
Flipse (US Commission on International Religious Freedom) Paul Paul Marshall (Freedom House),
Abdeslam Maghraoui & Mona Yacoubian (United States Institute of Peace), Radwan Masmoudi
(Center for the Study of Islam & Democracy). Steven Cook(Council on Foreign Relations).
Keempat, pemikir orientalis; John Esposito (Universiti Georgetown).
Manakala pihak kelima adalah golongan Islam yang terdiri daripada kumpulan
moderat/liberal dan murtad. Mereka termasuklah; Anwar Ibrahim (Malaysia), Azyumardi Azra,
Abdurrahman Wahid (Gus Dur) & Ulil Abshar Abdalla (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo (Filipina)
dan Suzaina Kadir (Singapura).
Intipati “Building Muslim Moderate Networks” mengenal-pasti musuh atau sahabat dalam
kalangan umat Islam; membina atau mewujudkan kelompok Islam yang disenangi dan mengikut
kehendak Barat; dan memecah belah umat Islam berdasarkan kehendak Barat.
Dalam ‘Civil Democratic Islam’, Cheryl Bernard menyatakan kelompok Islam dibahagikan
kepada beberapa kelompok.
• Pertama: kelompok fundamentalis, iaitu kelompok yang dinilai menolak nilai-nilai
demokrasi dan budaya Barat serta menginginkan sebuah negara autoritarian murni yang akan
dapat menerapkan hukum perundangan Islam.
• Kedua: kelompok tradisionalis, iaitu kelompok yang menginginkan suatu masyarakat yang
konservatif. Curiga terhadap pemodenan, inovasi dan perubahan.
32
• Ketiga: kelompok modenis, iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam menjadi
sebahagian daripada pemodenan global. Mereka juga ingin memodenkan dan mereformasi Islam
dan menyesuaikan Islam dengan perkembangan zaman.
• Keempat: kelompok sekular, iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam dapat
menerima faham sekular dengan cara seperti yang dilakukan negara-negara Barat dimana agama
dibatasi pada lingkup peribadi sahaja.
Saranan Cheryl Bernard ialah
• Pertama: menyokong kelompok modenis dengan mengembangkan visi mereka tentang
Islam sehingga mengungguli kelompok tradisionalis. Caranya dengan memberikan ruang yang
luas agar mereka dapat menyebarkan pandangan mereka. Mereka harus dididik dan diangkat ke
tengah-tengah masyarakat untuk mewakili wajah Islam kontemporari.
• Kedua: menyokong kelompok tradisionalis untuk mengarahkan mereka agar berlawanan
dengan kelompok fundamentalis dan untuk mencegah pertalian yang erat di antara mereka;
menerbitkan kritik kaum tradisionalis atas kekerasan dan ekstremisme yang dilakukan kaum
fundamentalis; mendorong perbezaan antara kelompok tradisionalis dan fundamentalis;
mendorong kerjasama antara kaum modenis dan kaum tradisionalis yang lebih dekat dengan
kaum modenis; juga mendorong populariti dan penerimaan atas sufisme.
• Ketiga: menyokong kelompok sekularis mendorong pengakuan fundamentalisme sebagai
suatu musuh bersama; mendorong idea bahawa agama dan negara mesti dipisahkan, dan hal ini
tidak membahayakan keimanan tetapi malah akan memperkuatnya.
• Keempat: musuhi kelompok fundamentalis dengan menunjukkan kelemahan pandangan
keislaman mereka; mendorong para wartawan untuk mengeksplotasi isu-isu korupsi,
kemunafikan dan tidak bermoralnya kaum fundamentalis, pelaksanaan Islam yang salah dan
ketidakmampuan mereka dalam memimpin dan memerintah. Posisikan mereka sebagai
33
pengacau dan pengecut, bukan sebagai pahlawan, serta dorong perpecahan antara kaum
fundamentalis.
Cheryl Bernard telah mengemukakan rekomendasinya iaitu
a. Menghancurkan monopoli fundamentalis dan tradisionalis dalam mendefinisikan,
menjelaskan dan mentafsirkan Islam
b. Memberi tunjuk ajar kepada sarjana modenis membuat laman web dengan menjawab
persoalan hukum Islam kaum modenis.
c. Menyokong sarjana modenis menulis buku
d. Memberi bantuan dana dalam penerbitan buku-buku kepada sarjana modenis
e. Memanfaatkan kemudahan media.
Langkah-langkah strategi yang disarankan oleh Cheryl ialah
a. Membangunkan kepimpinan modenis
i. Mewujudkan role model dan pemimpin.
ii. Menyokong kewujudan Masyarakat Sivil
iii. Mengembangkan gagasan Islam mengikut kehendak aspirasi Barat: Islam Amerika, Islam
Jerman, Islam Liberal dan lain-lain.
b. Meneruskan serangan terhadap fundamentalis
i. Melakukan pembunuhan karekter individu dan kedudukan kelompok ektremis Islam.
ii. Menyokong wartawan dan media popular
c. Promosi nilai-nilai modeniti demokrasi Barat secara agresif
i. Mewujudkan dan mempropagandakan suatu model Islam yang moderat
ii. Mengkritik kesalahan tradisionalis
iii. Menyokong kemunculan kelompok yang pentingkan sufisme dan tareqat
34
iv. Memberi fokus pada pendidikan dan remaja
Langkah-langkah praktis ialah
a. Menyokong kelompok modenis dan sekularis
i. menerbit dan menyebarkan karya-karya mereka
ii. mendorong mereka menulis secara khusus untuk orang awam dan orang muda
iii. memperkenalkan pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam
iv. memberi ruang awam kepada mereka
v. menyebarkan pandangan kepada orang awam melalui laman web, penerbitan, sekolah
dan lain-lain
vi. memposisikan modenisme sebagai pilihan remaja Islam
vii. memberi kemudahan dan menyokong kesedaran tentang sejarah dan kebudayaan
sebelum kedatangan Islam dan bukan Islam.
viii. mewujudkan NGO sekular dan awam.
b. Menyokong kelompok tradisionalis melawan kelompok fundamentalis
i. menerbitkan kritikan tradisionalis terhadap kekerasan dan ekstrimisme fundamentalis
ii. mencegah perpaduan diantara kelompok fundamentalis dan tradisionalis
iii. Mendorong kerjasama kelompok tradisionalis dengan modenis
iv. Membezakan pemikiran yang ada dalam kelompok tradisionalis
v. Menggalakkan pertembungan antara mazhab
vi. menyokong penerimaan sufisme dan tareqat.
c. Menghadapi dan menentang kelompok fundamentalis
i. Menolak pentafsiran kelompok fundamentalis
ii. Membongkar aktiviti kelompok fundamentalis yang bersifat bawah tanah
35
iii. Membongkar kesan perilaku kejahatan mereka
iv. Menunjukkan ketidakmampuan kelompok fundamentalis memerintah negara
v. Menonjolkan kelebihan tertentu yang perlu dilakukan oleh kelompok fundamentalis
seperti kesalehan kelompok tradisionalis, hak wanita, kemahuan anak muda
vi. Mendorong wartawan menyiasat isu-isu korupsi yang dilakukan oleh kelompok
fundamentalis
vii. Menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kelompok fundamentalis dengan
menuduh mereka sebagai pemimpin dan kelompok yang jahat, radikal dan ektrem.
d. Mendokong sekularis dengan selektif
i. mendorong pengakuan bahawa fundamentalis adalah musuh bersama
ii. mencegah perpaduan sekularis dengan kelompok anti Amerika
iii. Mendokong idea Islam dan negara dipisahkan.
Kelompok moderat adalah paling bersahabat dengan nilai-nilai dan jiwa masyarakat
demokratik moden. Modenisme dan bukan tradisionalisme adalah pembantu Barat. Misi
kelompok ini ialah menyimpang, memodifikasi dan mengesampingkan secara selektif elemen-
elemen doktrin keagamaan yang tulen.
Jika kita meneliti dengan jujur, kita mendapati perancangan RAND sedang berlaku di negara-
negara umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat serta ulama jahat/palsu
bermaharajalela dalam setiap inci negara umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat
menceduk pemikiran orientalis tanpa kritik, mengangkat istilah-konsep Barat secara berlebihan
dan membabi-buta. Maka muncul pelbagai istilah-konsep Islam seperti Islam Liberal, Islam Plural,
Islam Sivil, Islam Amerika dan Islam Hadhari. Terbaru Islam Demokrat atau Muslim Demokrat.
36
Pengelompokkan umat Islam ini memecah-belahkan masyarakat dalam sesebuah negara
umat Islam. Konflik antara puak, kaum, mazhab, kelompok dan parti seringkali berlaku. Paling
teruk berlaku rusuhan, pembunuhan dan peperangan sesama sendiri. Perkara ini menghalang
usaha penyatuan umat Islam dalam menghadapi musuh Islam yang sebenar iaitu Barat.
Memecah-belah Negara Umat Islam
Barat cuba memecah-belah negara-negara umat Islam mengikut selera mereka. Ia adalah
rancangan jangka panjang mereka. Israel sendiri mempunyai Yinon Plan dalam membentuk
wilayah mereka yang lebih besar.
Antara perancangan pemetaan dunia Islam ialah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
Perjanjian Sykes-Picot pada Mei 1916 merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh
dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan Picot Georges yang mewakili negara British dan
Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Sykes dan Picot telah merancang untuk membahagikan
Empayar Uthmaniyyah apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat Islam di Syria, Lubnan dan Turki
Cilicia untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan
kawasan sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British.
37
Antara perancangan
yang lain ialah New Middle
East. Istilah ‘New Middle East’
(NME) diperkenalkan oleh
Setiausaha US, Condoleezza
Rice pada Jun 2006 di Tel Aviv.
Perang Iraq, kemunculan ISIS dan Arab Springs juga dilihat antara kaedah untuk memetakan
kembali Timur Tengah. Libya dan Iraq sebagai contoh akan dipecahkan kepada tiga wilayah besar.
Di Indonesia, 11 hingga 17 buah negara baru boleh diwujudkan.
Bagaimana dengan Malaysia?. Malaysia
boleh dipecahkan kepada 3 hingga 4 buah
negara baru iaitu Negara Sabah, Negara
Sarawak, Negara Tanah Melayu dan Negara
Johor.
Pembahagian wilayah ini berdasarkan kaum (semangat nasionalisme) dan mazhab.
Semangat nasionalisme yang sempit dan kejumudan bermazhab antara penghalang utama
kemunculan Daulah Islamiyyah-Khalifah Islam. Sepatutnya, negara Islam disatukan oleh Al-
Quran, As-Sunnah dan sifat Persaudaraan Islam tetapi dihalang oleh semangat nasionalisme dan
bermazhab. Semangat nasionalisme dan mazhab mewujudkan pertelingkahan dan peperangan
sesama umat Islam.
38
Memahami Khalid Jaafar
Kata sesetengah pihak, ‘jika mahu mengenali Anwar Ibrahim, kenali dahulu Khalid Jaafar’.
Ini mengambarkan betapa besarnya pengaruh Khalid Jaafar terhadap pemikiran Anwar Ibrahim.
Jika nak tahu pemikiran Khalid Jaafar, lihat apa bahan bacaan beliau dan dengan siapa beliau
bergaul. Khalid Jaafar sendiri mempunyai tim pemikiran dan menjalin hubungan baik dengan
para pemikir di luar negara.
“sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran
terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri.
Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama
sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan
buku – buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca
buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang
diterjemahkan “Islam & Dasar Pemerintahan”) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan
hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama”
Pemikiran Khalid Jaafar dapat disimpulkan kepada beberapa perkara dibawah:
+ Demokrasi. Muslim Demokrasi dan Islam Demokratik.
+ Islam Tanwiri
+ Mengutamakan Peranan Akal
+ Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)
39
Fenomena Gerakan Islam Generasi Kedua (G 2.0)
Parti Islam (Islamisme) mengalami transisi Kepada Pasca Islamisme. Pasca Islamisme
menjadi lanjutan kepada konsep masyarakat Sivil atau Madani. Terbaru, Muslim Demokrat dan
Gerakan Islam Generasi Kedua diwar-warkan sebagai titik perubahan kepada gerakan Islam.
Dalam satu wawancara antara Khalid Jaafar dengan Ummahonline, Khalid Jaafar
menyatakan ‘Mungkin kita boleh namakannya sebagai muslim demokrasi, Islamik demokrasi’.
Dua istilah yang asing dalam konteks Malaysia pada awal tahun 2000. Harakah keluaran 1-15
April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli Ahmad mengutarakan idea-
idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Seorang sarjana lepasan Fletcher
School, Turf University bernama Erica Miller pernah menulis tesis sarjananya yang berjudul
“Democratic Islamist? A Case Study on the PAS” pada tahun 2006 yang mengkaji perubahan
pemikiran pimpinan baru PAS kepada pendekatan yang lebih demokrasi.
Dr. Dzulkefly Ahmad adalah pengarah Dewan Penyelidikan PAS Pusat banyak membawa
pemikiran baru dalam PAS yang mendekati pendekatan ala orientalis Barat.
[sumber: FB Forum Kajian Strategi dan Pemikiran
Gerakan Islam Malaysia ]
Fenomena Gerakan Islam Generasi
2.0 memisahkan antara Islam dengan
Politik telah menjadikan parti politik
bernuasakan Sekularisme yakni satu fahaman yang sesat disisi Islam.
40
Membendung Fahaman Pelampau
Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di
seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini menerusi
peti undi. Dr Maszlee Malik menyatakan, “Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian
lama. Kumpulan radikal muncul kerana mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam
untuk menikmati keadilan, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik,”
Demokrat Islam meghadapi masalah untuk menyeimbangkan antara menjadi demokratik
dan menegakkan nilai-nilai Islam sebenar dalam usaha menjadi relevan dalam negara yang
pelbagai seperti Malaysia.
[sumber: FBForum Kajian Strategi dan Pemikiran
Gerakan Islam Malaysia ]
Dr Dzulkefly Ahmad
menyatakan, “Parti Demokrat Islam perlu tampil dengan cadangan universal yang boleh
menyakinkan rakyat, iaitu orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, ia perlu melibatkan diri dengan
orang awam, membenarkan adanya forum perbezaan dan kurang membuat pertimbangan,”
Anggota Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Parti Keadilan dan Pembangunan
(PJD) Maghribi, Dr Driss Bouanou, pula membangkitkan mengenai kejayaan Demokrat Islam di
negara itu kerana Maghribi mengamalkan demokrasi sejak penubuhannya.“Kita berjaya
41
menjalinkan kerjasama baik dengan pemerintahan beraja dan musuh politik kami untuk
mengekalkan kemakmuran Maghribi”
Umumnya, gerakan Islam bukanlah pelampau. Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami dan PAS
bukanlah kelompok pelampau. PAS sendiri mengunakan pendekatan penyertaan dalam
pilihanraya untuk menasihati kerajaan dan memerintah negara. Penyertaan PAS dalam
pilihanraya sangat lama. Ia menandakan satu usaha positif penerapan nilai-nilai Islam dalam
politik Malaysia sekaligus tidak bertentangan dengan demokrasi.
Kesimpulan: Kegagalan Muslim Demokrat
Gagasan Muslim Demokrat bukanlah gagasan pemikiran majoriti umat Islam. Ia hanya
idea sebahagian elitis dan sarjana-sarjana moden. Gagasan Muslim Demokrat hasil daripada
sekularisasi Islam yang akhirnya membentuk ‘agama baru’.
Dalam perjuangan politik Islam, perundangan Islam, menegak Khalifah dan kewujudan
semula Daulah Islam merupakan kemuncak kepada politik Islam. Gagasan Muslim Demokrat
tidak boleh menghindari ketiga-tiga kemuncak ini. Jika gagasan Muslim Demokrat mengabaikan
ketiga-tiga kemuncak ini, ia menunjukkan politik Islam bawaan Muslim Demokrat adalah politik
Islam yang palsu.
Politik kepartian memecah-belahkan umat Islam pada hari ini. Islam dan kebenaran telah
dibuta-tulikan oleh politik kepartian yang kaya sentimen dan dendam itu. Begitu juga sistem
pendidikan yang tidak mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT. Kedua-dua ini adalah bala
petaka kepada umat Islam pada hari ini.
42
Bab 3
KEMASUKAN ANWAR IBRAHIM KE DALAM UMNO
Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah
1. Ijtihad Anwar Ibrahim
2. Impak kepada gerakan Islam ekoran tindakan Anwar Ibrahim
Tanggal 29 Mac 1982, politik negara digegarkan oleh kemasukan Anwar Ibrahim, tokoh belia
Islam menyertai UMNO yang dikritiknya. Kemasukkan beliau ke dalam UMNO mencetuskan
konflik dalaman dalam gerakan Islam di Malaysia.
Siapa Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim merupakan legenda politik zaman ini mempunyai kehebatan sejak zaman
sekolah, mahasiswa, belia dan politik kepartian serta pada peringkat antarabangsa. Beliau
anugerah Allah untuk rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim berasal daripada keluarga elitis Melayu dan UMNO. Ayah beliau pernah
menjadi ahli Parlimen UMNO dan Setiausaha Parlimen.
Penglibatan beliau dalam badan dakwah bermula di sekolah Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK)3 melalui Badan Revolusi Islam4 kemudian menjadi Presiden Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM),
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Presiden WAMY. Deretan
pengalaman dalam gerakan Islam ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai lagenda.
3 Sekolah elit untuk melahirkan pegawai tadbir Melayu. Semua pelajar adalah lelaki. Pembenci Anwar ada
menyatakan orientasi seks luar tabii Anwar dibentuk di sini.
4 Satu badan pelajar rahsia dan bergerak dibawah tanah. Ia satu badan pengkaderan, tarbiah dan dakwah pelajar.
43
Anwar Ibrahim juga pernah ditahan dalam kem Kemunting sebagai tahan ISA. Dan beliau
juga berbakti dalam dunia pendidikan apabila menubuhkan Yayasan ANDA Akademik yang
berperanan mengadakan kelas-kelas bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan keciciran.
Dalam politik, beliau banyak membantu PAS tetapi akhirnya memilih UMNO sebagai
wadah perjuangan. Pada tahun 1998, beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan Timbalan Presiden UMNO. Kemudian beliau menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kemudian
PKR) merangkap sebagai Ketua Umum.
Anwar Ibrahim dan PAS.
Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan tamparan yang paling memedihkan
kepada PAS kerana ia dilakukan menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan 22 April 1982.
Ada yang berpendapat tamparan yang memedihkan PAS disebabkan oleh Anwar dikatakan
terlibat dalam perancangan PAS menghadapi UMNO pilihanraya tersebut. Anwar masuk UMNO
pada 29 Mac 1982, tarikh yang begitu hampir dengan pilihanraya tersebut. Tidak menghairankan
jika PAS menganggap Anwar sebagai pengkhianat dan ‘ular bermuka dua’.
Dunia politik menjangka bahawa Anwar akan masuk PAS kerana rapatnya hubungan PAS
dengan Anwar. Anwar Ibrahim dilaporkan berkata “...tetapi sebagai pertubuhan dakwah yang
berlandaskan Islam, sudah tentu ABIM menggalakkan ahli-ahlinya memihak corak parti yang
jelas matlamat Islamnya”. Pemimpin DAP, Dr Chan Man Hen juga meramalkan Anwar Ibrahim
akan masuk PAS dalam persidangan Wakil Rakyat DAP pada bulan Ogos 1980.
PAS ada darah ABIM. PAS adalah lonjakan politik kepartian ABIM. Begitulah ketakdiran
Allah, perkara yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah telah dicemari oleh tindakan Anwar
masuk UMNO. Sudah tentu disebalik peristiwa ada rahmat dan pengajaran. Sebenarnya, ABIM
ketika itu menjadi pusat pemayungan gerakan Islam melalui pelbagai tanzim gerakan Islam
terutamanya tanzim Ikhwanul Muslimin. Secara mudahnya, PAS pula menjadi saluran politik
44
manakala ABIM menjadi saluran NGO. Namun, usaha yang sepatutnya boleh dilakukan tidak
terjadi angkara kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.
Pilihanraya Umum 1978, PAS mengalami saat paling menderita. Dalam pilihanraya ini,
Kerajaan PAS di Kelantan tumbang ekoran krisis politik. Muhammad Nasir, bekas Menteri Besar
yang dipecat oleh PAS berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui parti
BERJASA. Suasana gawat ini mengundang kegusaran kepada tokoh gerakan Islam di Asia
Tenggara iaitu Muhammmad Natsir. Beliau telah mengarahkan ABIM menyalurkan pimpinannya
ke dalam PAS. Ia dalam proses membantu PAS agar lebih berupaya dalam pilihanraya akan
datang.
Penyaluran pimpinan ABIM sangat terkenal dengan istilah ‘pemindahan darah’.
Penyaluran pimpinan ABIM ke dalam PAS bukannya seperti Anwar masuk UMNO. Penyaluran
pimpinan ABIM ke dalam PAS merupakan arahan jemaah yang dipertanggungjawabkan kepada
para pimpinan tersebut. Muhammad Natsir telah bermesyuarat dengan pimpinan ABIM negeri-
negeri dan mesyuarat tersebut bersetuju dengan saranan beliau. Fadzil Noor, Syed Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Nakhaie Ahmad antara pimpinan yang disalurkan ke dalam PAS dalam usaha
mengembalikan sinergi PAS.
Kemasukan pimpinan ABIM ke dalam PAS sudah tentu menyiapkan segala perkara yang
wajib dibuat sementara menunggu ketibaan pemimpin impian gerakan Islam Malaysia. Sayang
penungguan tersebut sia-sia ekoran kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.
Jarang sekali penceraian tanpa benci. Segala baik itu adalah buruk. Putih dikatakan hitam.
Sedap dikatakan tak sedap. Begitulah penceraian yang menghasilkan dendam dan kebencian.
Setelah masuk UMNO, apa yang Anwar Ibrahim tidak kata pada PAS. UMNO telah mengadakan
pidato “PAS tuduh UMNO Kafir, Anwar Jawab” di Gombak. Dalam perbahasan Belanjawan Tahun
45
1993, Anwar membidas PAS dengan mengelarkan atau melabelkan pimpinan PAS sebagai ulama
jumud, ulama kolot. 5
Penulis mengakui bahawa kaedah penyertaan dalam kerajaan adalah salah satu kaedah
yang mengurangkan konflik dan ketegangan politik negara. Cuma kaedah ini boleh memakan diri
dan melorong pemimpin gerakan Islam terlarut dalam kemungkaran pemerintah. Ini yang
berlaku kepada Ustaz Hassan al Baquri 6 yang menyertai Kabinet Kerajaan Revolusi, pimpinan
Muhammad Najib seorang pemimpin tentera berfahaman sosialisme. Apabila Ikhwan menarik
balik sokongan kepada Kerajaan Revolusi, Hassan al Baquri tidak mendengar arahan pimpinan
dan kekal didalamnya.
Kenapa Anwar Ibrahim memilih UMNO?
Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mahu menyertai UMNO. Dalam pertemuan
dengan Mahathir, Anwar Ibrahim menjelaskan beliau bersetuju dengan perjuangan UMNO.7
Anwar Ibrahim dalam pertemuan 6 jam bersama Fadzil Noor mengemukakan alasan
bahawa beliau mampu membawa perubahan dalam UMNO mencakupi penerapan nilai Islam,
pembanterasan rasuah, pendidikan, penolakan ISA, pindaan akta pertubuhan dan membela
nasib rakyat miskin. 8 Jelas Mahathir lagi, Anwar mahu mengubah UMNO daripada dalam agar
usaha beliau mewujudkan kerajaan Islam tercapai. Mahathir sendiri tidak menghalang cadangan
Anwar.
Ada sesetengah pendapat mendakwa, Anwar dinasihati oleh tokoh-tokoh Islam
antarabangsa supaya mengurangkan pertembungan antara gerakan Islam dengan pihak
kerajaan. Antara tokoh Islam yang mengerakkan usaha mengelakkan pertembungan gerakan
Islam dengan kerajaan ialah Ismail al Faruqi, Mohamad Abu Saud dan Abdul Hamid Abu
5 Hansard Parlimen 12 November 1992
6 Antara calon pilihan penganti Hassan al Banna sebagai Mursyidul Aam IM Mesir.
7 Buku Doktor Umum tulisan Tun Mahathir
8 Warkah Anwar Dari Penjara
46
Sulayman. Kebanyakan mereka ialah tokoh Islam dari International Institute of Islamic Thought
(IIIT).
Kita tak pasti bagaimana hubungan Anwar Ibrahim dengan Tanzim Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa, sebagai sahabat mata rantai perjuangan gerakan Islam atau anggota Ikhwan
secara individu. Sebagaimana IRC, Anwar dan ABIM mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwan
Antarabangsa melalui pengaulan dan keaktifan bersama-sama dalam gerakan pelajar dan belia
Islam antarabangsa. Ikhwan Antarabangsa menghantar kader dakwah mereka ke dalam
Pertubuhan Pelajar Islam Sedunia (IIFSO) dan Pertubuhan Belia Islam Sedunia (WAMY). Antara
kader dakwah Ikhwan tersebut seperti Mustafa Tahhan dan Kamal Helbawy 9.
ABIM melalui Anwar Ibrahim dan Fadzil Nor pernah bertemu dengan Ustaz Umar
Tilmisani. Dalam pertemuan tersebut, ada jalinan muafakat antara ABIM dengan Ikhwan tetapi
tidak bersedia berbaiah dengan mereka sebagai rangkaian gerakan Ikhwan di Malaysia atas
alasan Malaysia memerlukan pendekatan yang berbeza kerana masyarakat yang majmuk.
Menurut Anwar, PAS dan ABIM lebih bebas bergerak tanpa terikat rasmi dengan gerakan Islam
lain. ABIM ialah salah satu mata rantai gerakan Islam di Malaysia.
Ada juga berpendapat ada faktor sampingan iaitu pengaruh keluarga beliau.
Anwar Ibrahim telah menyatakan; “kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan
corak perjuangan Dr Mahathir Mohamad” dan “Saya memilih UMNO kerana ia memberi
ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya”
Alasan Anwar mendapat kritikan hebat sehingga ada menyatakan beliau membersih tahi
dalam tong tahi. Fadzil Noor pernah mengingatkan Anwar pengalaman PAS dalam kerajaan
campuran yang digagalkan dan dikhianati oleh UMNO.
9 Pernah menjadi wakil Ikhwan Muslimin di UK. Kini menyokong rejim As Sisi.
47
Apa yang Anwar lakukan adalah satu ijtihad peribadi beliau bukannya keputusan jemaah.
Majlis Syura ABIM vs Jawatankuasa Kerja ABIM
Keputusan Anwar Ibrahim masuk UMNO adalah ijtihad peribadi bukannya keputusan jemaah.
Ia hanya disokong oleh kelompok pro Anwar yang taksub.
Perkara ini membezakan peristiwa kemasukan sekelompok pimpinan ABIM ke dalam PAS
atas tanggungjawab dan keputusan jemaah.
Fadzil Noor tidak yakin keupayaan Anwar menyempurnakan agenda perubahan dengan
corak perjuangan UMNO. Fadzil Noor tidak yakin dan tidak merestui tindakan Anwar Ibrahim.
Punbegitu Fadzil Noor tidak pula menganggap langkah Anwar sebagai ‘ghair syarie’ (bersalahan
syarak) atau mempertikaikan keikhlasan Anwar.
Keputusan Anwar menimbulkan keributan kepada gerakan Islam di Malaysia khususnya
ABIM. Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM memutuskan bersetuju ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim
untuk menyertai UMNO sebagaimana kenyataan akhbar bertarikh 29 Mac 1982 daripada
Setiausaha Agung ABIM, Kamarudin Jaafar.
Keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM jelas bertentangan dengan ‘Majlis Syura
ABIM’ yang mendakwa Anwar Ibrahim membelakangi pandangan ahli dan Majlis Syura ABIM.
Satu kertas kerja bertajuk ‘Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie” telah
dihasilkan bagi membantah ijtihad Anwar.
Diskusi isi kertas kerja ‘Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie”;
1. Tindakan itu bukan perkara ijtihadiyyah tetapi melibatkan masalah qat’ie iaitu perkara
yang sudah dijelaskan oleh syarak. Kenyataan ini dirujuk kepada surah al taubah:23-24,
Surah al Mumtahanah:13 dan Surah al Mujadalah:21.
2. Ijtihad Anwar menyalahi kaedah fiqhiyyah
48
3. Bertentangan dengan ruh syariat yang berteras matlamat tidak menghalalkan cara
4. Bertentanngan dengan Masalih Mursalah
Konsep Syura juga mengalami polemik dan wacana. Ramai ulama dan sarjana Islam
membahagikan syura kepada dua iaitu syura mulzimah (keputusan syura wajib diterima oleh
pemimpin dan organisasi) dan syura mu’limah (sekadar pemberitahuan dan pengetahuan
kepada pemimpin dan pemimpin boleh membuat pilihan sendiri dalam keputusan).
Jasser Auda memilih syura itu mu’limah bukannya mulzimah berdasarkan keputusan
Saidina Abu Bakar berkeras dengan pendirian beliau bukannya para sahabat lain termasuk
Saidina Umar dalam kes memerangi orang murtad.
Realiti berorganisasi pada hari ini juga berdasarkan syura mu’limah kerana para ketua
hanya meminta pendapat sidang mesyuarat tetapi keputusan sebenar diputuskan oleh ketua
sendiri.
Imam Hassan al Banna yang menyatakan “syura dalam Islam bukan terletak pada suara
majoriti atau sedikit. Seorang imam (pemimpin) meminta penjelasan dari setiap pandangan
yang dipercayainya kemudian mengambil mana-mana yang nyata kesahihannya dan
melakukannya sesuai dengan hukum-hukum Islam.” Kenyataan Imam Hassan al Banna
bagaikan memilih pendekatan syura mu’limah.
Ikhwanul Muslimin memberi hak bermusyawarah kalangan yang berkeahlian sahaja.
Penerimaan keputusan majoriti itu ialah keputusan kepada mana-mana persoalan yang tiada
nas. Tindakan Saidina Abu Bakar dan Imam Hassan al Banna dalam kedua-dua kes di atas
adalah dalam perkara yang sudah termaktub mempunyai nas. Jelas ia tidak memerlukan
syura.
49
Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan keputusan berdasarkan syura mu’limah. Kelebihan
baginda adalah baginda sendiri mendapat bimbingan wahyu yang dijadikan nas. Baginda
adalah sumber nas. Dan mempunyai para sahabat yang berwibawa.
Yusuf al Qaradhawi pula berhujah bahawa syura itu Mulzimah bukannya sekadar
mu’limah. Yusuf al Qaradhawi menjelaskan syura tiada makna sekiranya pemimpin hanya
meminta pandangan tetapi melaksanakan apa yang pemimpin sukai. Demokrasi sendiri
mendekati asas Syura Mulzimah iaitu kepatuhan kepada hasil perbincangan.
Pendapat Yusuf al Qaradhawi sangat bertepatan dengan zaman ini. Syura mu’limah
sangat bergantung kepada maqam keimanan dan taqwa serta keilmuan seseorang pemimpin.
Maqam iman dan taqwa yang tinggi pada zaman ini kelihatan berkurangan. Justeru,
alternatifnya adalah syura mulzimah. Ia mengalakkan kepimpinan secara institusional dan
ketertanggungjawaban kolektif berbanding kepimpinan secara individu yang boleh menjadi
‘diktator’.
Impak Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam
Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar
sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian beliau.
Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang institusi
gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih menghampiri
perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi mengantikan tugas
Dato Asri sebagai Presiden PAS.
Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran
dikalangan penggerak gerakan mahasiswa Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi
1983/84 terpaksa ditangguh. Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh
Mohamad Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.
50